33 Unit 5 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Unit 5 (ii) Haba tambahan yang berterusan ini mengakibatkan pencairan ais di kawasan kutub dan paras air laut meningkat. Ini mengakibatkan habitat haiwan dan tumbuhan di kawasan pantai tenggelam dan musnah. (e) Bencana alam Selain aktiviti manusia, bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, puting beliung, tsunami dan letupan gunung berapi juga boleh menyebabkan pemusnahan habitat haiwan dan tumbuhan. Cara Pemeliharaan dan Pemuliharaan Haiwan dan Tumbuhan TP 4: Menjelaskan melalui contoh cara pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan 1 Aktiviti manusia boleh merosakkan alam sekitar dan mengganggu keseimbangan alam. 2 Manusia mestilah bijak mengurus dan merancang aktiviti untuk mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. 3 Di sini terdapat beberapa cara untuk mengelakkan spesies yang terancam daripada menjadi pupus. 4 Cara pemeliharaan: (a) Mendidik kanak-kanak melalui kurikulum sekolah tentang kepentingan memelihara dan memulihara haiwan dan tumbuhan. (b) Mengingatkan orang awam melalui media massa untuk memboikot penjualan produk yang dihasilkan daripada spesies yang terancam. (c) Menguatkuasakan undang-undang bagi melarang pembunuhan, pemburuan dan penyeludupan spesies terancam. Individu yang didapati bersalah mesti dikenakan denda. (d) Mewartakan hutan simpanan, taman laut dan tapak RAMSAR sebagai kawasan perlindungan. (e) Mewartakan spesies haiwan dan tumbuhan sebagai spesies yang dilindungi. (f) Menjalankan pembalakan terpilih untuk melindungi habitat haiwan dan tumbuhan. (g) Aktiviti mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula barangan dapat mengurangkan aktiviti pembalakan dan pencemaran serta mencegah eksploitasi haiwan dan tumbuhan. 5 Cara pemuliharaan: (a) Mendirikan pusat pemuliharaan seperti pusat perlindungan hidupan liar dan pusat rehabilitasi. (b) Penanaman semula anak benih pokok bagi menggantikan hutan yang rosak akibat aktiviti pembalakan. Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Haiwan dan Tumbuhan TP 5: Menaakul kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan Tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap haiwan dan tumbuhan yang mengalami ancaman kepupusan adalah untuk memastikan kemandirian spesies haiwan dan tumbuhan dengan melindungi spesiesnya, dan untuk mendidik orang ramai untuk hidup secara berkesinambungan dengan spesies lain. 1 Beri dua contoh bagi setiap yang berikut: (a) Haiwan yang pupus (b) Haiwan terancam 2 Beri dua contoh tumbuhan terancam. 3 Nyatakan tiga faktor ancaman yang menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. 4 Beri maksud yang berikut: (a) Pemeliharaan haiwan dan tumbuhan (b) Pemuliharaan haiwan dan tumbuhan 5 Cadangkan dua cara untuk mencegah berlakunya kepupusan haiwan dan tumbuhan. Semak Cepat 5.1 Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 33 26/10/2024 10:36 AM Unit 5 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 33 6/12/2024 9:28:00 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
34 Unit 5 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Unit 5 Praktis Formatif 5 1 Maklumat berikut menunjukkan keputusan suatu penyiasatan terhadap spesies haiwan yang terancam. • Bilangan spesies R lebih banyak daripada spesies P • Bilangan spesies S lebih banyak daripada spesies R • Bilangan spesies Q lebih banyak daripada spesies S Carta palang yang manakah mewakili maklumat di atas? A Bilangan Spesies P Q R S B Bilangan Spesies P Q R S C Bilangan Spesies P Q R S D Bilangan Spesies P Q R S 2 Jadual 1 menunjukkan bilangan haiwan X dalam kawasan Y dari tahun 2020 hingga tahun 2023. Tahun 2020 2021 2022 2023 Bilangan haiwan 340 290 210 180 Jadual 1 Antara berikut, yang manakah boleh menjelaskan keadaan di atas? A Haiwan X tidak membiak B Aktiviti penerokaan hutan di kawasan Y C Haiwan X berada di dalam hutan simpan D Haiwan X tidak boleh membuat makanan sendiri 3 Apakah maksud pemuliharaan? A Mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan daripada musnah B Menyelamatkan haiwan dan tumbuhan daripada diancam kepupusan C Melindungi haiwan dan tumbuhan daripada faktor ancaman kepupusan D Mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang 4 Rajah 1 menunjukkan hidupan dalam satu habitat. Rajah 1 Mengapakah kebanyakan tumbuhan di habitat tersebut mempunyai batang yang tinggi? A Ditanam terlalu rapat B Mempunyai baka yang baik C Persaingan untuk mendapatkan ruang D Persaingan untuk mendapatkan cahaya matahari Arahan: Jawab semua soalan. Setiap soalan diikuti dengan empat pilihan, A, B, C dan D. Pilih jawapan yang betul. Soalan Objektif Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 34 26/10/2024 10:36 AM Unit 5 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 34 6/12/2024 9:28:00 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
35 Unit 5 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Unit 5 1 Carta pai dalam Rajah 1 menunjukkan bilangan tapir di sebuah pusat perlindungan haiwan liar. Tahun 2007 2017 2012 2022 Tahun 2007 2012 2017 2022 20% 40% 60% 80% Rajah 1 (a) Nyatakan pemboleh ubah yang berikut. (i) Pemboleh ubah dimanipulasi: (ii) Pemboleh ubah bergerak balas: [2 markah] (b) Nyatakan hipotesis bagi penyiasatan ini. [1 markah] (c) Apakah faktor ancaman yang menyebabkan tapir diancam kepupusan? Tandakan (✓) pada jawapan yang betul. Pembalakan Pemburuan Pencemaran [1 markah] (d) Apakah yang akan terjadi sekiranya tapir tidak dilindungi? [1 markah] (e) Dengan menggunakan maklumat dalam carta pai pada Rajah 1, bina carta palang dalam ruangan di bawah. [2 markah] Soalan Subjektif Arahan: Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan. Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 35 26/10/2024 10:36 AM Unit 5 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 35 6/12/2024 9:28:00 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 6 36 Unit 6 Daya 6.1 Daya dan Kesannya TP 1: Menyatakan maksud daya dengan menjalankan akti viti TP 3: Menjelas dengan contoh kesan daya dengan menjalankan akti viti 1 Daya ialah tarikan atau tolakan yang bertindak ke atas sesuatu objek. 2 Daya tidak mempunyai jisim dan tidak memenuhi ruang. Oleh itu, daya bukanlah jirim. 3 Daya tidak boleh dilihat. Namun begitu, kita boleh melihat dan merasai kesan daya. 4 Contohnya, semasa kita menolak sebiji bola, kita tidak dapat melihat daya yang dikenakan ke atas bola, tetapi kita boleh melihat bola tersebut bergerak menjauhi kita. 5 Daya tolakan ialah daya yang menggerakkan suatu objek menjauhi kita. Menendang bola Melontar batu Menekan plastisin Menjentik syiling Menolak troli Rajah 6.1 Contoh-contoh daya tolakan 6 Daya tarikan ialah daya yang menggerakkan suatu objek mendekati kita. Meregang spring Mengangkat kotak Mencabut paku Membuka pintu Rajah 6.2 Contoh-contoh daya tarikan Kesan Daya TP 2: Memerihalkan kesan daya 1 Daya boleh mengubah bentuk objek (a) Apabila daya dikenakan pada sesuatu objek, daya akan mengubah bentuk objek. (b) Perubahan dalam bentuk objek bergantung pada sifat objek tersebut. (c) Sesuatu objek yang kembali kepada bentuk dan saiz asalnya setelah ditekan, diregang, dipintal dan dipicit dikatakan sebagai kenyal. 2 Daya boleh mengubah arah pergerakan objek (a) Daya juga boleh mengubah arah objek yang bergerak. (b) Contohnya, jika bola tenis yang sedang bergerak dipukul dengan raket, bola tenis akan bergerak dalam arah yang berlainan. Raket mengenakan daya pada bola tenis yang menyebabkan bola tenis mengubah arah. Rajah 6.3 Daya boleh mengubah arah objek yang bergerak Unit Daya Tema 3: Sains Fizikal 6 Daya kuat yang dihasilkan oleh alam boleh menyebabkan kerosakan yang teruk. Contohnya, puting beliung merupakan daya kuat yang boleh mencabut akar pokok, menerbangkan kereta dan bangunan ke udara. Info Sains Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 36 26/10/2024 10:36 AM Unit 6 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 36 6/12/2024 9:28:00 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 6 37 Unit 6 Daya 3 Daya boleh mengubah kelajuan objek (a) Daya boleh mengubah kelajuan objek yang bergerak. (b) Apabila satu daya dikenakan dalam arah yang sama dengan arah gerakan sesuatu objek, daya ini meningkatkan kelajuan objek. Contohnya, kelajuan kapal layar yang bergerak bertambah apabila daya dari angin yang kuat meniup dari arah belakang kapal layar. (c) Daya boleh mengurangkan kelajuan sesuatu objek jika daya yang dikenakan dan pergerakan objek adalah dalam arah yang bertentangan. Contohnya, kelajuan kapal layar yang bergerak Berkurang apabila daya dari angin yang kuat meniup dari arah hadapan kapal layar. 4 Daya boleh menggerakkan objek yang pegun (a) Objek pegun akan bergerak apabila daya yang lebih besar daripada beratnya dikenakan ke atasnya. (b) Objek akan bergerak dalam arah yang sama dengan arah daya yang dikenakan. (c) Contohnya, bola yang pegun akan bergerak ke hadapan apabila ditendang ke hadapan. Arah daya Bola yang pegun Arah gerakan Arah gerakan Rajah 6.4 Arah gerakan bola adalah sama dengan arah daya yang dikenakan ke atasnya 5 Daya boleh menghentikan objek yang bergerak (a) Objek yang bergerak akan berhenti apabila daya yang sama dikenakan pada arah yang bertentangan dengan arah gerakannya. (b) Contohnya, bola yang sedang bergolek akan berhenti bergerak apabila ditahan dengan kaki. Bola berhenti Arah gerakan Bola yang bergerak Arah daya Rajah 6.5 Daya boleh menghentikan objek yang bergerak 1 Nyatakan sama ada perbuatan yang berikut melibatkan daya tolakan atau tarikan. (a) Membuka suis lampu (b) Menggosok lantai (c) Menarik busur (d) Menunggang basikal (e) Sukan tarik tali 2 Nyatakan kesan yang diakibatkan oleh daya. 3 Menolak sesuatu objek pada arah yang dengan arah gerakan objek akan menjadikan objek bergerak dengan lebih cepat. 4 Menolak sesuatu objek pada arah yang dengan arah gerakan objek akan menjadikan objek bergerak dengan lebih perlahan. Semak Cepat 6.1 Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 37 26/10/2024 10:36 AM Unit 6 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 37 6/12/2024 9:28:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 6 38 Unit 6 Daya 6.2 Daya Geseran Maksud Daya Geseran TP 1: Menyatakan maksud daya geseran dengan menjalankan akti viti 1 Daya geseran ialah sejenis daya yang dihasilkan apabila dua permukaan bergeser antara satu sama lain. 2 Daya geseran menentang arah pergerakan objek. Kesan Daya Geseran TP 2: Memerihalkan kesan daya geseran 1 Kebaikan daya geseran (a) Peralatan seperti pisau dapat ditajamkan. (b) Geseran menyebabkan objek pegun kekal pegun. (c) Kertas pasir dapat melicinkan permukaan yang kasar. (d) Pemadam pensel boleh digunakan untuk memadam tulisan di atas kertas. (e) Kita dapat berjalan dan berlari tanpa tergelincir dan objek dapat dipegang tanpa terlepas. (f) Corak pada bunga tayar menambahkan cengkaman tayar kereta di atas jalan raya. (g) Pad brek basikal dapat memperlahankan dan menghentikan basikal yang bergerak. 2 Keburukan daya geseran (a) Geseran menyebabkan tapak kasut kita dan tayar kenderaan menjadi haus. Hal ini adalah berbahaya kerana keadaan ini mungkin mengakibatkan kemalangan. (b) Geseran juga menghasilkan haba dalam mesin. Haba yang dihasilkan mungkin akan merosakkan sesetengah bahagian yang sensitif dalam mesin seperti sensor. (c) Geseran menentang atau memperlahankan gerakan. Dalam kenderaan, ini akan menyebabkan lebih banyak bahan api digunakan kerana lebih banyak tenaga diperlukan untuk mengatasi geseran. (d) Geseran menghasilkan bunyi dalam mesin. Contohnya, bunyi yang kuat dihasilkan semasa kerja menggerudi menyebabkan pencemaran bunyi. (e) Skru yang berkarat akan menambahkan daya geseran dan menyebabkan skru sukar dilonggarkan. Faktor yang Mempengaruhi Geseran TP 4: Membuat kesimpulan faktor yang mempengaruhi geseran. 1 Geseran dipengaruhi oleh dua faktor, iaitu jenis permukaan yang bersentuhan dan jisim objek. 2 Jenis permukaan yang bersentuhan (a) Semua permukaan menghasilkan geseran kerana permukaan-permukaan ini bukanlah betul-betul licin. (b) Walaupun semua permukaan menghasilkan geseran, sesetengah permukaan menghasilkan lebih daya geseran daripada yang lain. Guli bergerak pada jarak Guli bergerak lebih jauh yang lebih pendek Permaidani Kaca Rajah 6.7 Jenis permukaan mempengaruhi geseran (c) Permukaan licin seperti kaca dan cermin, menghasilkan daya geseran yang lebih kecil. (d) Contohnya, lebih mudah menggolekkan sebiji guli di atas permukaan kaca berbanding dengan permukaan berpermaidani. (e) Sebaliknya, permukaan kasar menghasilkan daya geseran yang lebih besar. Daya geseran Arah pergerakan Rajah 6.6 Daya geseran Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 38 26/10/2024 10:36 AM Unit 6 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 38 6/12/2024 9:28:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 6 39 Unit 6 Daya 3 Jisim objek (a) Objek berat menghasilkan daya geseran yang lebih besar berbanding dengan objek ringan. (b) Oleh itu, menggerakkan objek ringan adalah lebih senang berbanding dengan objek berat di atas permukaan yang sama kerana kurang geseran. Senang untuk ditolak Sukar untuk ditolak 2 kg 10 kg Rajah 6.8 Jisim sesuatu objek mempengaruhi geseran Eksperimen 6.1 Tujuan: Untuk menyiasat hubungan antara jenis permukaan dengan daya yang diperlukan untuk menggerakkan bongkah kayu. Pernyataan masalah: Bagaimanakah daya geseran dipengaruhi oleh jenis permukaan? Hipotesis: Semakin kasar permukaan, semakin besar daya yang diperlukan untuk menggerakkan bongkah kayu. Pemboleh ubah: (a) Perkara yang diubah (dimanipulasi): Jenis permukaan (b) Perkara yang diperhati (bergerak balas): Daya yang diperlukan untuk menggerakkan bongkah kayu (c) Perkara yang dibiarkan tetap (dimalarkan): Berat bongkah kayu Alat dan bahan: Bongkah kayu, neraca spring, kepingan kaca, kertas pasir. Langkah-langkah: Neraca spring Meja Bongkah kayu Tarik 1 Sebuah bongkah kayu diletakkan di atas meja kayu. 2 Neraca spring disambungkan kepada bongkah kayu dan ditarik sehingga bongkah kayu bergerak seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas. 3 Sebelum bongkah kayu bergerak, bacaan pada neraca spring direkodkan. 4 Eksperimen diulang dengan: (i) menarik bongkah kayu di atas sekeping kaca. (ii) menarik bongkah kayu di atas sehelai kertas pasir. Pemerhatian: Jenis permukaan Daya yang diperlukan untuk menggerakkan bongkah kayu (N) Meja (kayu) 6.0 Kaca 4.0 Kertas pasir 8.0 Mentafsir data: 1 Bongkah kayu tidak bergerak pada awalnya kerana daya geseran menentang dan mengimbangi tarikan neraca spring. 2 Bongkah kayu mula bergerak apabila daya tarikan lebih besar daripada daya geseran. 3 Arah daya geseran dapat ditentukan dengan memerhatikan arah pergerakan jarum penunjuk pada neraca spring. Inferens: Permukaan yang kasar mempunyai daya geseran yang lebih besar berbanding dengan permukaan yang licin. Kesimpulan: Semakin kasar suatu permukaan, semakin besar daya yang diperlukan untuk menggerakkan bongkah kayu. Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 39 26/10/2024 10:36 AM Unit 6 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 39 6/12/2024 9:28:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 6 40 Unit 6 Daya Eksperimen 6.2 Tujuan: Untuk menyiasat hubungan antara jisim objek dengan daya yang diperlukan untuk menggerakkan objek. Pernyataan masalah: Bagaimanakah daya geseran dipengaruhi oleh jisim objek? Hipotesis: Semakin besar jisim objek, semakin besar daya yang diperlukan untuk menggerakkan objek. Pemboleh ubah: (a) Perkara yang diubah (dimanipulasi): Jisim objek (buku latihan dan buku teks) (b) Perkara yang diperhati (bergerak balas): Daya yang diperlukan untuk menggerakkan objek (c) Perkara yang dibiarkan tetap (dimalarkan): Jenis permukaan Alat dan bahan: Meja kayu, takal, pemberat 50 g, klip kertas, benang, buku latihan dan buku teks. Langkah-langkah: Klip kertas Takal Meja Buku latihan Pemberat 1 Alat dan bahan disusun seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas. 2 Pemberat 50 g ditambahkan pada takal sehingga buku latihan mula bergerak di atas meja. 3 Pemerhatian dicatatkan dalam jadual. 4 Eksperimen diulang dengan menggantikan buku latihan dengan sebuah buku teks. Pemerhatian: Jisim objek Bilangan pemberat yang diperlukan untuk menggerakkan objek (unit) Buku latihan (ringan) 2 Buku teks (berat) 5 Mentafsir data: 1 Dua unit pemberat 50 g diperlukan untuk menggerakkan buku latihan, manakala 5 unit pemberat 50 g diperlukan untuk menggerakkan buku teks. 2 Buku teks mempunyai jisim yang lebih besar berbanding dengan buku latihan, maka daya geseran juga lebih besar. 3 Lebih daya diperlukan untuk menggerakkan objek dengan jisim yang lebih besar. Inferens: Objek yang berat mempunyai daya geseran yang lebih berbanding dengan objek yang ringan. Kesimpulan: Semakin besar jisim objek, semakin besar daya yang diperlukan untuk menggerakkan objek tersebut. Menyelesaikan Masalah dalam Kehidupan Harian dengan Menambah atau Mengurangkan Geseran TP 6: Menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian dari aspek menambah atau mengurangkan geseran 1 Berikut ialah cara-cara menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian dengan menambah geseran. (a) (b) Membuat alur pada anak tangga eskalator untuk mengelakkan kita daripada tergelincir. Menggunakan alas kaki antigelincir di dalam bilik air untuk mengelakkan daripada tergelincir. (c) Mengecat garisan sebelum bonggol untuk memperlahankan kereta. Imbas kod QR atau layari https://www. youtube.com/watch?v=qN0V0NXV3Kw tentang daya geseran Kod QR Untuk tujuan pembelajaran Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 40 26/10/2024 10:36 AM Unit 6 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 40 6/12/2024 9:28:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 6 41 Unit 6 Daya (d) (e) Menjadikan permukaan jalan lebih kasar dengan menggunakan campuran tar dan batu kelikir untuk mengelakkan kenderaan daripada terbabas. Membuat corak pada permukaan tayar untuk mengelakkan kenderaan daripada terbabas dan tergelincir. (f) Membuat corak pada tapak kasut untuk membolehkan kita berlari atau berjalan tanpa tergelincir. 2 Berikut ialah cara-cara untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian dengan mengurangkan geseran. Alas bebola (a) Menggunakan alas bebola pada roda untuk melambatkan roda menjadi haus. Penggolek (b) Penggolek digunakan di bahagian bawah papan selaju untuk membolehkan papan selaju bergerak dengan lebih laju. Minyak Engsel pintu (c) Menggunakan gris atau minyak pelincir supaya engsel pintu lebih mudah ditutup dan tidak berbunyi. (d) Menggosokkan lilin pada permukaan laci supaya laci mudah dibuka. (e) Menggunakan kusyen udara supaya hoverkraf bergerak lebih mudah dan cepat. Bedak (f) Menggunakan bedak talkum supaya buah karom mudah meluncur di atas papan karom. 1 Geseran berlaku apabila . 2 Geseran ialah suatu daya yang arah gerakan. 3 Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi geseran. 4 Nyatakan dua kesan daya geseran. Semak Cepat 6.2 6.3 Tekanan Udara Tekanan Udara TP 1: Menyatakan kewujudan tekanan udara 1 Teori kinetik jirim menerangkan bahawa zarah-zarah dalam sesuatu jirim sentiasa bergerak dan berlanggar antara satu sama lain. Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 41 26/10/2024 10:36 AM Unit 6 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 41 6/12/2024 9:28:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Unit 6 42 Unit 6 Daya 2 Zarah-zarah udara dalam sesuatu objek akan berlanggar dengan satu sama lain dan dengan permukaan dalam, manakala zarah-zarah udara di luar objek akan berlanggar dengan permukaan luar. 3 Rajah 6.9 menunjukkan tekanan udara terhasil akibat perlanggaran zarah-zarah udara pada permukaan dalam bekas. 4 Perlanggaran zarah-zarah udara ke atas permukaan luar dan permukaan dalam sesuatu objek dikenali sebagai tekanan udara. 5 Ini bermaksud tekanan udara terdapat di sekeliling kita. Kewujudan Tekanan Udara Aktiviti berikut menunjukkan kewujudan tekanan udara di sekeliling kita. Aktiviti 6.1 Tujuan: Memerihalkan kewujudan tekanan udara. Alat dan bahan: Gelas kaca, kadbod, air. Langkah-langkah: Awal Akhir Gelas Air Kadbod Tekanan udara 1 Isi sebiji gelas dengan air sehingga penuh. 2 Tutup permukaan gelas dengan sekeping kadbod. 3 Telangkupkan gelas berisi air itu dengan kadbod yang masih menutup gelas. 4 Apabila tangan yang menahan kadbod dialihkan, kadbod tersebut tidak jatuh dan air kekal di dalam gelas. Apabila gelas diterbalikkan, udara di luar gelas mengenakan tekanan pada kadbod menyebabkan kadbod tidak jatuh dan air tidak tertumpah keluar. 5 Ini disebabkan tekanan udara yang dikenakan ke atas kadbod dan menghalang air di dalam gelas tertumpah keluar. Imbas kod QR atau layari https://youtu.be/ bjHsNWAThK8 untuk menonton video aktiviti yang membuktikan kewujudan tekanan udara. Kod QR Untuk tujuan pembelajaran Hubung Kait antara Tekanan Udara dengan Ketinggian TP 3: Menjelas dengan contoh hubung kait keti nggian dengan tekanan udara 1 Seseorang boleh berasa sesak nafas di puncak gunung berbanding dengan di kaki gunung. 2 Hal ini adalah kerana tekanan udara di puncak gunung kurang daripada udara tekanan di kaki gunung. 3 Bilangan zarah udara di puncak gunung adalah kurang daripada bilangan zarah udara di kaki gunung. 4 Rajah 6.10 menunjukkan semakin berkurang bilangan zarah udara di puncak gunung, semakin berkurang perlanggaran antara zarah udara, lalu menyebabkan tekanan udara juga semakin rendah. Semakin bertambah aras ketinggian suatu tempat dari aras laut, semakin berkurang tekanan udara. Rajah 6.9 Perlanggaran zarahzarah gas dalam bekas Dinding bekas Zarahzarah gas Tekanan udara rendah Tekanan udara tinggi Bilangan zarah udara adalah banyak Bilangan zarah adalah sedikit Rajah 6.10 Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 42 26/10/2024 10:36 AM Unit 6 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 42 6/12/2024 9:28:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
99 Unit 13 Teknologi Unit 13 Praktis Formatif 13 1 Rajah 1 menunjukkan alatan yang digunakan dalam pertanian. X Y Z Rajah 1 Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan urutan yang betul bagi perkembangan teknologi dalam bidang pertanian? A X → Y → Z B Y → Z → X C Z → Y → X D Y → X → Z 2 Antara kaedah berikut, yang manakah menjadikan komunikasi jarak jauh lebih cepat? A Perkhidmatan pos B Memukul gendang C Melukis pada dinding gua D Penggunaan Internet dan jalur lebar 3 Seorang ahli sains tidak dapat melihat bakteria dengan mata kasar. Antara peralatan berikut, yang manakah boleh digunakan untuk mengatasi had keupayaan ahli sains tersebut? A C B D 4 Rajah 2 menunjukkan perkembangan teknologi dalam bidang pengangkutan udara. Rajah 2 Apakah kelebihan ciptaan pengangkutan dalam Rajah 2? A Melancong ke negara luar B Mengembara ke angkasa lepas C Mengelakkan kesesakan lalu lintas D Mengukuhkan sistem pertahanan negara 5 Rajah 3 menunjukkan sebuah rumah yang dibina dengan menggunakan kaedah pasang siap. Rajah 3 Antara yang berikut, yang manakah kebaikan teknologi tersebut? A Mengurangkan kerugian akibat banjir kilat B Mengurangkan masa pembinaan C Meningkatkan kos pembinaan D Membina rumah mesra alam Arahan: Jawab semua soalan. Setiap soalan diikuti dengan empat pilihan, A, B, C dan D. Pilih jawapan yang betul. Soalan Objektif Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 99 26/10/2024 10:37 AM Unit 13 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 99 6/12/2024 9:28:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
100 Unit 13 Teknologi Unit 13 1 (a) Isi tempat kosong dalam peta alir di bawah dengan fasa perkembangan pengangkutan air yang betul. Roket Rakit Kapal persiaran Kereta api (i) Sampan Kapal layar Kapal stim (ii) [2 markah] (b) (i) Pada masa kini, mesin dan jentera moden digunakan dalam bidang pertanian. Mengapakah penggunaan mesin dan jentera moden semakin meningkat? KBAT Menganalisis [1 markah] (ii) Nyatakan satu kesan sekiranya kita hanya bergantung pada satu sistem pengangkutan sahaja. KBAT Mengaplikasi [1 markah] (c) Penggunaan sistem transit aliran ringan (LRT) sangat digalakkan oleh kerajaan sebagai pengangkutan awam utama di Malaysia. Mengapa? KBAT Menilai [2 markah] (d) Rajah 1 menunjukkan dua jenis perkembangan teknologi. Kelajuan: 150 km/j Kelajuan: 400 km/j Rajah 1 (i) Apakah bidang yang berkaitan dengan perkembangan teknologi dalam Rajah 1? [1 markah] (ii) Apakah tujuan penciptaan teknologi di atas? [1 markah] (iii) Beri satu kebaikan teknologi dalam Rajah 1. KBAT Menilai [1 markah] Soalan Subjektif Arahan: Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan. Revisi Pintar Sains Tahun 6.indd 100 26/10/2024 10:37 AM Unit 13 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 100 6/12/2024 9:28:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
101 Jawapan TEMA 1: inKUiri DALAM SAinS Unit 1: Kemahiran Saintifik Semak Cepat 1.1 1 – Memerhati – Mengelas – Meramal – Mentafsirkan data – Membuat hipotesis 2 – Pemboleh ubah dimanipulasikan – Pemboleh ubah dimalarkan – Pemboleh ubah bergerak balas Praktis Formatif 1 Soalan Objektif 1 A 2 A 3 D 4 C 5 B Soalan Subjektif 1 (a) Untuk menyiasat hubungan antara jenis kaedah pengawetan ikan dengan keadaan ikan selepas seminggu. (b) – A: Ikan sudah busuk / berulat – B: Ikan berbau busuk – C: Ikan masih elok (c) Ikan dalam peti sejuk masih elok, manakala ikan dalam almari dan larutan garam telah busuk kerana mikroorganisma tidak dapat membiak dalam suhu yang rendah di dalam peti sejuk. (d) (i) Kaedah penyimpanan ikan (ii) Keadaan ikan selepas seminggu (e) Pelilinan / penjerukan (lain-lain jawapan yang sesuai) TEMA 2: SAinS HAyAT Unit 2: Manusia Semak Cepat 2.1 1 – Sel pembiakan lelaki: sperma – Sel pembiakan perempuan: ovum 2 Untuk menghasilkan ovum dan hormon perempuan seperti progesteron dan estrogen. 3 Persenyawaan ialah percantuman antara nukleus sperma dan nukleus ovum dan ia berlaku di tiub Fallopio. 4 Dalam tempoh lebih kurang 9 bulan. 5 – Dapat menghasilkan individu yang baru. – Dapat menambahkan bilangan individu untuk memastikan kemandirian spesies – Supaya ciri-ciri warisan dapat diturunkan. Semak Cepat 2.2 1 pusat; periferi 2 Otak dan saraf tunjang 3 Otak 4 Saraf tunjang 5 Fungsi sistem saraf periferi adalah untuk menghantar isyarat dari bahagian tubuh ke sistem saraf pusat dan menghantar isyarat arahan dari sistem saraf pusat ke seluruh bahagian tubuh. 6 rangkaian; pusat 7 Mungkin mengalami lumpuh separuh atau keseluruhan badan / masalah keseimbangan tubuh / Bell’s palsy / Neuropati periferi Praktis Formatif 2 Soalan Objektif 1 D 2 C 3 B 4 A 5 D 6 B Soalan Subjektif 1 (a) W dan X (b) Sistem saraf pusat berfungsi sebagai pusat kawalan, untuk mentafsir dan menyelaraskan sistem saraf lain di dalam badan. Jawapan Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Ans.indd 101 26/10/2024 10:30 AM 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 101 6/12/2024 9:28:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
102 Jawapan(c) Maklumat dihantar sebagai isyarat elektrik atau dorongan. (d) Saraf kranial (e) Mata / Telinga / Hidung TEMA 2: SAinS HAyAT Unit 3: Mikroorganisma Semak Cepat 3.1 1 Fungi – yis, kulapuk, cendawan Protozoa – Paramesium, Amoeba Alga – Spirulina, Chlorella, Spirogyra, Volvox Bakteria – E.coli, Bacillus, Salmonella, Streptococcus Virus – HIV, Virus Influenza 2 Bernafas, bertumbuh dan bergerak. 3 Air, udara, nutrien, suhu dan keasidan 4 – Menyebabkan penyakit – Pereputan gigi – Keracunan makanan – Merosakkan makanan 5 – Pembuatan roti / tapai / tempe / yogurt – Penghasilan antibiotik dan vaksin – Penguraian bahan organik 6 (a) Fungi (b) Bakteria atau virus 7 Bakteria, virus dan fungi. Praktis Formatif 3 Soalan Objektif 1 C 2 D 3 B 4 A Soalan Subjektif 1 (a) Botol Botol AA Botol Botol BB (b) Belon pada botol A menjadi besar manakala belon pada botol B kekal sama kerana yis di dalam larutan gula bernafas dan membebaskan gas. (c) – Mikroorganisma bertumbuh – Mikroorganisma bergerak (d) Menggunakan madu, madu merupakan pemanis yang mempunyai sumber nutrien untuk yis TEMA 2: SAinS HAyAT Unit 4: interaksi antara Hidupan Semak Cepat 4.1 1 Interaksi antara haiwan ialah bentuk hubungan yang berlaku secara intraspesies dan interspesies bagi memperoleh keperluan asas. 2 (a) Buran laut mendapat pengangkutan percuma dan sisa makanan daripada umang-umang. Umang-umang pula dilindungi daripada musuhnya oleh tentakel buran laut yang beracun. (b) – Ikan remora (komensal) yang melekat pada ikan jerung (perumah) mendapat makanan, perlindungan dan pengangkutan tanpa mencederakan ikan jerung. – Teritip (komensal) yang melekat pada kulit ikan paus (perumah) mendapat sumber makanan baharu melalui pengangkutan percuma daripada ikan paus. Ikan paus tidak terjejas mahupun mendapat faedah. (Mana-mana satu jawapan) (c) – Kutu (parasit) yang hidup pada kulit haiwan mamalia (perumah) mendapat makanan dengan menghisap darah perumah tersebut. – Cacing gelang (parasit) dan cacing pita (parasit) mendapat makanan dengan hidup di dalam usus manusia (perumah) dan haiwan lain (perumah). (Mana-mana satu jawapan) Semak Cepat 4.2 1 Air, cahaya matahari, nutrien dan ruang. 2 Komensalisme dan parasitisme. 3 (a) Parasitisme (b) Komensalisme Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Ans.indd 102 26/10/2024 10:30 AM Jawapan 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 102 6/12/2024 9:28:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
103 Jawapan Semak Cepat 4.3 1 – Memastikan kemandirian spesies – Mengawal populasi hidupan – Menghasilkan baka berkualiti – Menjaga keseimbangan alam Praktis Formatif 4 Soalan Objektif 1 C 2 D 3 B 4 A 5 B Soalan Subjektif 1 (a) Kerana kekurangan ruang / air / cahaya matahari / nutrien (b) Sebahagian anak benih akan mati / terbantut (c) Memindahkan sebahagian anak benih ke pasu lain (d) Air yang terhad, cahaya matahari yang terhad dan nutrien yang terhad. (e) Simbiosis (f) Memastikan bekalan air yang berterusan untuk memenuhi keperluan tumbuhan. / Menjimatkan tenaga dan kos. TEMA 2: SAinS HAyAT Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan Semak Cepat 5.1 1 (a) Burung Dodo, mamot (b) Orang utan, penyu 2 Pokok pakma, pokok periuk kera 3 Pembalakan, pemburuan, penerokaan kawasan, pencemaran (pilih tiga) 4 (a) Pemeliharaan haiwan dan tumbuhan ialah tindakan melindungi haiwan dan tumbuhan supaya dapat mengekalkan keadaan asalnya daripada musnah atau pupus. (b) Pemuliharaan haiwan dan tumbuhan ialah cara mengendalikan, menguruskan dan mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal supaya dapat dinikmati generasi akan datang. 5 – Menguatkuasakan undang-undang yang melarang membunuh, memburu dan menyeludup spesies terancam. – Mewartakan spesies haiwan dan tumbuhan sebagai spesies yang dilindungi. Praktis Formatif 5 Soalan Objektif 1 C 2 B 3 D 4 D Soalan Subjektif 1 (a) (i) Tahun (ii) Bilangan tapir (b) Semakin bertambah tahun, semakin bertambah bilangan tapir. (c) Pembalakan, Pemburuan (d) Tapir akan pupus (e) Tahun Bilangan Tapir 2007 2012 2017 2022 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 TEMA 3: SAinS FiZiKAL Unit 6: Daya Semak Cepat 6.1 1 (a) Daya tolakan (b) Daya tarikan dan tolakan (c) Daya tarikan (d) Daya tarikan dan tolakan (e) Daya tarikan dan tolakan 2 Perubahan ke atas bentuk objek, arah gerakan objek, kelajuan objek, menggerakkan objek pegun dan memberhentikan objek yang bergerak. 3 sama 4 bertentangan Semak Cepat 6.2 1 dua permukaan bergeser 2 menentang Revisi Pintar KSSR Sains Tahun 6 Ans.indd 103 26/10/2024 10:30 AM Jawapan 1-108_sains_T6_MASTER 213X148.indd 103 6/12/2024 9:28:07 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD