The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2023-11-15 20:35:58

Lembaran PBD BM Thn 6

WM: RM6.50/ EM: RM6.90

PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Jadual Rekod Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu Tahun 6 KSSR (Semakan) TEMA 1 : Kekeluargaan LK1 – LK8 Unit 1: Saling Menyayangi Unit 2: Ke Sana ke Sini Unit 3: Cerita Pertemuan TEMA 2 : Kesihatan dan Kebersihan LK9 – LK18 Unit 4: Kesihatan Tanggungjawab Kita Unit 5: Kebersihan Asas Kesejahteraan Unit 6: Bersih Selalu, Sihat Sentiasa TEMA 3 : Keselamatan LK19 – LK26 Unit 7: Sentiasa Peka Unit 8: Sentiasa Berhati-hati Unit 9: Waspada Fenomena Alam TEMA 4 : Perpaduan LK27 – LK34 Unit 10: Langkah Perpaduan Unit 11: Gema Perpaduan Unit 12: Semarak Perpaduan TEMA 5 : Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika LK35 – LK41 Unit 13: Warisan Budaya Kekal Terpelihara Unit 14: Persada Seni Lambang Jati Diri Unit 15: Estetika Cita Rasa Malaysia TEMA 6 : Sains, Teknologi, dan Inovasi LK42 – LK48 Unit 16: Indahnya Sains Unit 17: Teknologi Membantu Kita Unit 18: Inovasi Kreatif TEMA 7 : Pertanian dan Penternakan LK49 – LK56 Unit 19: Penternakan Janakan Pendapatan Unit 20: Rezeki daripada Tanah Unit 21: Dunia Tani dan Ternak TEMA 8 : Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan LK57 – LK64 Unit 22: Sumber Ekonomi Unit 23: Usahawan Berjaya Unit 24: Bijak Mengurus Wang TEMA 9 : Integriti LK65 – LK72 Unit 25: Amanah Sejagat Unit 26: Integriti Nadi Kemakmuran Negara Unit 27: Kejujuran Asas Jati Diri Tutorial Video Vdi eo Tutorial 34 Tutorial Video Vdi eo Tutorial 54 Tutorial Video Vdi eo Tutorial 55 Kandungan Lembaran PBD BM TH6.indb 2 8/30/2023 7:56:28 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tema 1 Unit 1 Halaman Buku Teks Aspek Dengar, cam dan sebut semula maklumat yang diperlukan dengan betul. Kasih Ayah kepada Ibu Babak 1 Aidan dan ayah mengemas meja makan di dapur sambil berbual-bual. Aidan : Ayah baru sahaja pulang kerja petang tadi. Mengapakah ayah mahu mencuci semua pinggan mangkuk ini? Tidakkah ayah berasa sangat penat? Ayah : Ya, Aidan. Memang penat tetapi kita perlu membantu ibu kamu. Ibu kamu telah mengemas rumah, mencuci pakaian, memasak lauk-pauk dan menjaga adik kamu seharian di rumah. Tidak salah kita membantu meringankan beban ibu. Ibu kamu boleh mengambil sedikit masa ini untuk berehat di ruang tamu sambil menonton rancangan televisyen kegemarannya dengan tenang dan senang hati apabila dapur telah dikemaskan. Aidan : Benar sekali, ayah. Jika ibu tidak sihat sekalipun, dia tetap bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan dan membekalkan makanan kepada Aidan sebelum ke sekolah. Ayah : Oleh sebab itu, kita perlu sama-sama membantu ibu walaupun tidak diminta. Ibu pasti gembira jika Aidan telah mengelap meja dan mencuci pinggan mangkuk di singki. Aidan : Sebenarnya, pertolongan saya ini tidaklah seberapa jika hendak dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan ibu. Babak 2 Aidan berbual-bual dengan ibunya yang selesai mengajar adik mengeja. Dia juga baru sahaja menyiapkan tugasan sekolah dengan bimbingan ayahnya. Aidan : Ada apa-apa yang boleh saya bantu, ibu? Ibu : Tiada, Aidan. Aidan : Kata ayah, ibu telah mengemas rumah, mencuci pakaian, memasak lauk-pauk dan menjaga adik seharian di rumah . Terima kasih, ibu. Ibu : Sama-sama, Aidan. Kamu anak yang baik kerana selalu membantu ibu dan ayah. Apakah lagi pesan ayah kepada kamu? Aidan : Saya juga perlu sama-sama membantu ibu walaupun tidak diminta . Ibu : Terima kasih, Aidan kerana sudah mengelap meja dan mencuci pinggan mangkuk di dapur. Kamu perlu tidur awal kerana esok hari sekolah. SP 1.1.1 SP 1.1.1 Mendengar, mengecam sebutan dan menyebut semula ujaran yang terdapat dalam pelbagai situasi. 1 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 1 Unit 1 Halaman Buku Teks: 2 – 6 Saling Menyayangi Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Tema 1 : Kekeluargaan Lembaran PBD BM TH6.indb 1 8/30/2023 7:56:29 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Baca dan fahami petikan. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Nyatakan cara-cara mewujudkan keluarga bahagia. Peta Pokok Ahli keluarga merupakan orang yang terhampir dengan kita. Kita perlulah menyayangi ahli keluarga kita. Ahli keluarga terdiri daripada ayah, ibu, abang, kakak dan adik. Terdapat beberapa cara untuk kita menyayangi ahli keluarga kita. Antaranya, kita perlulah bersopan ketika bercakap dengan ahli keluarga kita. Ketika bercakap dengan ibu bapa, anak-anak perlulah menjaga pertuturan mereka. Bercakaplah dengan nada suara yang lembut. Elakkan menggunakan bahasa kasar ketika bercakap dengan ahli keluarga. Selain itu, menolong ahli keluarga kita juga merupakan antara cara kita menyayangi mereka. Kita perlulah mengamalkan sikap bantu-membantu sesama ahli keluarga. Berusahalah menjadi anak yang baik dalam keluarga. Ini juga merupakan cara kita menyayangi ahli keluarga. Sebagai ahli keluarga, kita perlulah mendoakan kebaikan ahli keluarga kita. Sebagai anak, kita perlu mendoakan kesejahteraan ibu bapa. Tema 1 Kekeluargaan Unit 1 Saling Menyayangi Halaman Buku Teks 2-6 Kemahiran Membaca 1 Sebagai anak, bagaimanakah cara kita bercakap dengan ibu bapa kita? [Bagaimana] Sebagai anak, cara kita bercakap dengan ibu bapa kita adalah dengan menjaga pertuturan dan bernada lembut. 2 Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi kepada sesebuah keluarga sekiranya sikap menyayangi sesama ahli keluarga tidak diterapkan? KBAT [Apa] Pada pendapat saya, sekiranya sikap menyayangi sesama ahli keluarga tidak diterapkan, sesebuah keluarga itu akan hilang sikap kasih sayang dan hormat-menghormati dalam kehidupan mereka. Cara-cara Mewujudkan Keluarga Bahagia Mengambil berat antara satu sama lain Bertolak ansur Bekerjasama Hormat-menghormati [S1] SP 2.1.1 Membaca, memahami, dan mentafsir bahan sastera dan bahan bukan sastera. 2 3 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 2 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 1 Halaman Buku Teks: 2 – 6 Saling Menyayangi Kemahiran: Membaca Tema 1 : Kekeluargaan Lembaran PBD BM TH6.indb 2 8/30/2023 7:56:29 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai. Isi tempat kosong dengan kata nama am dan kata nama khas yang sesuai. 1 “Pak Cik Farhan, bolehkah kami menolong pak cik membawa barangbarang ini?” tanya Hafiz dan Khairul. 2 Encik Mahmud dan isterinya mengagihkan makanan kepada penduduk kampung yang terkesan akibat banjir. Mereka begitu prihatin dengan keadaan masyarakat di sekelilingnya. 3 “Walaupun jauh di perantauan, janganlah kamu cepat lupa diri apabila telah berjaya suatu hari nanti. Ingatlah pengorbanan ibu dan ayah yang membesarkan kita ,” pesan kakak kepada adik. Ayah berjanji akan membawa kami sekeluarga makan angin ke Tanah Tinggi Cameron yang popular dengan tanaman teh, sayur-sayuran dan bunga-bungaan segar. Encik Mogan telah menempah tiket ke Pulau Langkawi sejurus selepas pengumuman oleh pihak kerajaan membenarkan individu yang telah lengkap divaksin melancong ke sana. “Jika berpeluang nanti, saya akan membawa kamu berkunjung ke Menara Berkembar Petronas , iaitu salah sebuah bangunan yang tertinggi di dunia,” kata Chong kepada sepupunya. Pulau Langkawi ayah bangunan individu Tanah Tinggi Cameron Menara Berkembar Petronas 1 2 3 Tema 1 Kekeluargaan Unit 1 Saling Menyayangi Halaman Buku Teks 2-6 SP 5.1.1 SP 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks; (i) kata nama am, (ii) kata nama khas, (iii) kata ganti nama. 3 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 2 Lembaran Kerja 3 Unit 1 Halaman Buku Teks: 2 – 6 Saling Menyayangi Aspek: Tatabahasa Tema 1 : Kekeluargaan Lembaran PBD BM TH6.indb 3 8/30/2023 7:56:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tulis pendapat yang sesuai berdasarkan bahan. Memilih Tempat Percutian Keluarga Ayah meminta Faiq untuk mencari lokasi percutian yang sesuai untuk keluarga mereka. Faiq melayari Internet untuk mencari lokasi percutian yang menarik. Dia memilih dua lokasi percutian terbaik berdasarkan pencariannya di beberapa laman sesawang. Tema 1 Kekeluargaan Unit 2 Halaman Buku Teks 7-12 Kemahiran M SP 3.2.1 Membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis dan kreatif daripada sesuatu bahan multimedia. Belum Rainforest Resort The Dusun Tempat: Gerik, Perak Tempat: Seremban, Negeri Sembilan Keistimewaan: • Menikmati keindahan panorama tumbuhan menghijau dan tasik yang tenang dari tempat penginapan • Menenangkan minda dengan kesegaran hutan hujan mencecah jutaan tahun yang mengelilinginya Keistimewaan: • Berada dalam kawasan dusun yang berkeluasan 12 ekar • Terletak pada kedudukan 800 kaki dari paras laut di kaki bukit Banjaran Titiwangsa yang menjanjikan kesegaran udara dan pemandangan hijau Aktiviti Menarik: • Berkayak • Meredah hutan • Berenang di kolam renang infiniti • Membaca pelbagai jenis buku di ruang bacaan • Bermain permainan berpapan (board games) Aktiviti Menarik: • Meredah hutan • Berenang di kolam renang infiniti • Kelas masakan Minangkabau • Kelas fotografi • Memberi rusa makan Ayah : Faiq, sudahkah kamu memilih lokasi percutian yang sesuai untuk keluarga kita bercuti? Faiq : Sudah, ayah. Saya memilih The Dusun . Tempat ini terletak di Seremban, Negeri Sembilan . Keistimewaan tempat ini ialah kawasannya berada dalam dusun yang berkeluasan 12 ekar. Tambahan lagi, lokasinya yang terletak pada kedudukan 800 kaki dari paras laut di kaki Bukit Banjaran Titiwangsa menjanjikan kesegaran udara dan pemandangan hijau . Antara aktiviti menarik yang terdapat di sini ialah meredah hutan, berenang di kolam renang infiniti, kelas masakan Minangkabau, kelas fotografi dan memberi makan rusa . Ayah : Lokasi percutian ini amat jimat, menarik dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. 4 5 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 4 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 2 Halaman Buku Teks: 7 – 12 Ke Sana ke Sini Kemahiran: Menulis Tema 1 : Kekeluargaan Lembaran PBD BM TH6.indb 4 8/30/2023 7:56:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


gHalaman Buku Teks 7-12 SP 5.1.1 j a t a n d a n t b i l a h a c u q r y i p g e r a i s m g s i k a t y r n h e g p b e r h i f m x u j d f u i a c p g t o j d m z b n g r k i r a w a n s p b i g u j h s z g d m f q u a d b s o k e p i n g e s n d a v o h z y f y s u o x b w n c m t l h b e n t u k d b g u s a m d m l s j k z j n i w w n w h f b x f r e s o u c t g d l g i e k b a t a n g i k a t n j k c o p b n z r w a s q v i a v q h e l a i m i Cari penjodoh bilangan dalam permainan cari kata di bawah. Didik Hibur Pilih tiga penjodoh bilangan, kemudian bina ayat. Penjodoh Bilangan • biji • das • bilah • helai • sikat • gugus • rawan • keping • batang • tandan • jambak • bentuk • bidang • rumpun • tangkai SP 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks; (iv) penjodoh bilangan Penjodoh bilangan Ayat 1 tandan Pak Leman mengangkat setandan pisang di atas bahunya selepas pulang dari kebun. 2 jambak Ayah menghadiahkan sejambak bunga kepada ibu sempena ulang tahun perkahwinan mereka. 3 gugus Ibu membeli segugus anggur di pasar tani pada pagi tadi. 5 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 4 Lembaran Kerja 5 Unit 2 Halaman Buku Teks: 7 – 12 Ke Sana ke Sini Aspek: Tatabahasa Tema 1 : Kekeluargaan Lembaran PBD BM Thn 6 Text -2024 LLH.indd 5 9/26/2023 11:15:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Lengkapkan perbualan dengan maklumat di bawah. Kemudian, lakonkan di hadapan kelas. gHalaman Buku Teks 13 - 18 Kemahiran SP 1.1.3 Mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap penyataan secara kritis dan kreatif. Hairul : Kini, kita semakin celik dengan pelbagai jenis aplikasi gajet. Kita perlu terus memanfaatkan pula kemajuan dalam sistem telekomunikasi ini untuk berhubung dengan datuk dan nenek yang jauh di kampung. Syahid : Benar sekali, Hairul tetapi datuk dan nenek pula yang kurang mahir menggunakan aplikasi gajet seperti WhatsApp dan Google Meet . Hairul : WhatsApp dan Google Meet mempunyai kelebihan yang boleh dimanfaatkan. Kita perlu memilih aplikasi yang bersesuaian dengan keselesaan mereka. Syahid : Jika kita menggunakan Google Meet, teks, audio, dokumen, foto dan video dapat dikongsikan terus pada paparan dengan menunjukkan keseluruhan skrin atau tetingkap sahaja . WhatsApp pula memerlukan pengguna menaip atau memuat naik terlebih dahulu teks, audio, video dan dokumen untuk berkirim pesan . Hairul : Benar, Syahid. Saya fikir kedua-dua aplikasi ini sesuai untuk kegunaan datuk dan nenek kerana persamaannya ialah kita dapat menghubungi mereka melalui panggilan video . Syahid : Setuju, Hairul. Saya tidak sabar untuk pulang ke kampung untuk berjumpa dengan datuk dan nenek. Pertama sekali, kita perlu membimbing mereka menggunakan WhatsApp dan Google Meet untuk membuat panggilan video melalui telefon bimbit . • Menggunakan telefon bimbit • Dapat berkirim pesan dengan pengguna lain dengan teks, audio, dokumen, foto dan video • Menghubungi pengguna lain dengan panggilan video • Skrin paparan kecil • Menggunakan telefon bimbit dan komputer riba • Dapat berkongsi terus paparan teks, audio, dokumen, foto dan video dengan menunjukkan keseluruhan skrin atau tetingkap sahaja • Menghubungi pengguna lain dengan panggilan video • Skrin paparan besar WhatsApp Google Meet 6 7 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 6 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 3 Halaman Buku Teks: 13 – 18 Cerita Pertemuan Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Tema 1 : Kekeluargaan Lembaran PBD BM TH6.indb 6 8/30/2023 7:56:31 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Baca surat di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. 54, Jalan Bakti, Taman Bakti Indah, 58200 Kuala Lumpur. 6 Julai 20__. Menemui kakandaku, Fadila yang kini sedang menuntut di London. Semoga kakanda berada dalam keadaan sihat dan menjalani kehidupan harian dengan baik. Kakanda, Adinda berasa sangat rindu akan kakanda. Sudah enam bulan kakanda berada di luar negara kerana menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran. Adinda berharap agar kakanda dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sejuk di London. Adinda selalu membelek-belek album gambar kakanda. Rasa terubat rindu apabila melihat gambar-gambar kakanda. Adinda tersenyum sendirian apabila melihat gambargambar tersebut. Adinda tidak sabar untuk menunggu kepulangan kakanda pada hari raya kelak. Sudah tentu pertemuan kita itu nanti merupakan saat paling gembira untuk keluarga kita. Walaupun kakanda jauh di mata, namun tetap dekat di hati. Adinda juga sering mengingati nasihat kakanda supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Setakat ini sahaja dahulu yang dapat adinda coretkan. Bonda dan ayahanda mengirim salam rindu dan sayang untuk kakanda. Adindamu, Fadila 1 Apakah yang dilakukan oleh Fadila jika dia merindui kakaknya? [Apa] Fadila selalu membelek-belek album gambar kakaknya jika dia merindui kakaknya. 2 Selain surat, nyatakan cara lain Fadila dapat berhubung dengan kakaknya. KBAT [Apa] Selain surat, cara lain Fadila dapat berhubung dengan kakaknya adalah dengan menggunakan e-mel, panggilan video atau melalui media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan sebagainya. 3 Belajar di luar negara memberikan banyak kebaikan. Adakah kamu setuju dengan pernyataan tersebut? Mengapa? KBAT [Apa] Ya, belajar di luar negara memberikan banyak kebaikan [Mengapa] kerana kita dapat mengenali budaya masyarakat di luar negara. Halaman Buku Teks 13-18 Kemahiran SP 3.2.2 SP 3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif. 6 7 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 7 Unit 3 Halaman Buku Teks: 13 – 18 Cerita Pertemuan Kemahiran: Menulis Tema 1 : Kekeluargaan [S1] Lembaran PBD BM TH6.indb 7 8/30/2023 7:56:31 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Padankan ayat dengan kata kerja tak transitif yang sesuai. Isi tempat kosong dengan kata kerja transitif yang sesuai. menasihati menghidangkan menghadiahi menziarahi memberikan 1 Kami menziarahi nenek di kampung semasa cuti sekolah yang lalu. 2 Ibu menghadiahi abang sebuah komputer riba sempena hari lahir abang. 3 Ayah dan ibu memberikan kata-kata semangat kepada kakak yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. 4 Puan Nadia menghidangkan makanan berkhasiat untuk keluarganya pada setiap hari. 5 Nenek Jamilah menasihati cucu-cucu agar sentiasa berkasih sayang sesama ahli keluarga untuk mewujudkan keluarga bahagia. Tema 1 Kekeluargaan Unit 3 Cerita Pertemuan Halaman Buku Teks 13-18 Aspek Tatabahasa SP 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif mengikut konteks. Cari penjodoh bilangan dalam permainan cari kata di bawah. 1 Kesihatan nenek beransur pulih. bercuti 2 Ayah mengangkat adik yang sedang tidur di ruang tamu. menjadi 3 Kami akan pergi bercuti ke Pulau Langkawi pada minggu depan. bertandang 5 Saya ingin menjadi seorang doktor yang berjaya pada suatu hari nanti. tidur 4 Datuk dan nenek akan bertandang ke rumah kami pada minggu depan. beransur 8 9 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 8 Unit 3 Halaman Buku Teks: 13 – 18 Cerita Pertemuan Aspek: Tatabahasa Tema 1 : Kekeluargaan Lembaran PBD BM TH6.indb 8 8/30/2023 7:56:31 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Baca petikan di bawah. Kemudian, cari makna bagi perkataan yang dicetak tebal. Selain COVID-19, beberapa penyakit berjangkit muncul kembali termasuklah influenza, penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dan respiratory synctial virus (RSV). Di sebalik peningkatan kes penyakit-penyakit tersebut, ramai yang masih keliru tentang perbezaan simptom dan kaedah rawatan yang sesuai. Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pantai Hospital Penang, Dr. Hasanah Ishak, influenza, HFMD dan RSV ialah penyakit jangkitan virus yang mudah menular dan kesnya sangat ketara terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Sama seperti influenza, HFMD boleh dielakkan dengan menjaga kebersihan diri, membasuh tangan yang tercemar dengan sabun dan air atau pensanitasi tangan, membersihkan permukaan meja dan kerusi, tombol pintu, barang permainan serta mengelakkan sentuhan dengan pesakit bergejala. Walau bagaimanapun, tiada rawatan khusus untuk HFMD. Doktor biasanya akan memberikan pesakit rawatan simtomatik seperti paracetamol, ubat ulser dan kadang-kadang memerlukan kemasukan ke hospital untuk rehidrasi. Kes komplikasi serius pula memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan bantuan alat pernafasan. RSV ialah sejenis virus yang sering menyerang saluran pernafasan yang menyebabkan gejala ringan. RSV juga tiada rawatan khusus. Kebiasaannya, doktor akan memberikan ubat demam, ubat titisan hidung dan kadangkala antibiotik jika terdapat komplikasi kuman bakteria. (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.utusan.com.my/gaya/kesihatan/2022/08/ tiga-penyakit-berjangkit-kini-ancam-manusia/) Tema 2 Unit 4 Halaman Buku Teks 24-30 Kemahiran 1 simptom gejala penyakit 2 jangkitan kejadian berjangkit 3 dielakkan dijauhkan 4 bergejala berpetanda 5 komplikasi perkembangan baharu pada sesuatu penyakit yang menjadikannya lebih rumit untuk dirawati 6 antibiotik sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh mikroorganisma yang boleh mencegah pembiakan dan atau memusnahkan mikroorganisma lain Perkataan Makna Perkataan SP 2.1.2 Membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan, sebutan yang betul, ejaan dan penggunaan perkataan yang tepat. 9 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 8 Lembaran Kerja 9 Unit 4 Halaman Buku Teks: 24 – 30 Kesihatan Tanggungjawab Kita Kemahiran: Membaca Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan Lembaran PBD BM TH6.indb 9 8/30/2023 7:56:31 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Catat maklumat di bawah berdasarkan petikan yang dibaca. Salah satu ciri emosi terjejas ialah seseorang tidak dapat mengendalikan tekanan. Sebagai seorang murid, bagaimanakah cara kamu membantu kawan mengawal tekanan? Anxiety merupakan perasaan bimbang, risau dan takut terhadap sesuatu yang berisiko mampu mendatangkan ancaman. Perasaan ini mengundang kesedaran awal agar berjaga-jaga bagi menghadapi perkara yang dikhuatiri membahayakan. Bagi individu yang mengalami gangguan anxiety, kebimbangan terhadap ancaman tidak selesai begitu sahaja, malah menjadi semakin tegar kerana sering dibayangkan. Seseorang yang mengalami anxiety selalunya mengalami simptom yang berbezabeza berdasarkan keupayaan mereka mengendalikannya. Seseorang yang mengalami anxiety kronik kebiasaannya terlalu banyak berfikir sehingga menyebabkan fikiran berkecamuk dan tidak mampu fokus. Terlalu banyak hal yang mengganggu fikiran mereka termasuklah perkara-perkara remeh dan tidak bersangkutan dengan hidup mereka. Penghidap anxiety kronik juga agak lemah dalam mengendalikan tekanan emosi. Mereka terlalu mudah berasa takut atau panik, gementar, marah dan kadangkala mengalami perasaan waswas yang keterlaluan. Marah yang keterlaluan boleh menjadikan kulit berubah kemerah-merahan. Rasa gementar pula akan membuatkan jantung pesakit berdegup kencang dan bernafas dengan laju. Malah, pesakit juga akan sering berpeluh walaupun tidak melakukan aktiviti lasak. Disebabkan kesemua ini adalah tindak balas emosi, respons yang keterlaluan boleh menjadi simptom kepada anxiety. (Dipetik dan diubah suai daripada https://ibnusinawellness.com/ iswp/apakah-itu-depresi-anxiety-apakah-simptom-depresi-anxiety) Simptom Anxiety 1 Banyak berfikir dan tidak terkawal 2 Terlalu takut atau panik 3 Mudah marah 4 Kulit kemerah-merahan 5 Tidak fokus 6 Gementar 7 Waswas yang keterlaluan 8 Jantung berdegup kencang u bapa diri Tema 2 Kesihatan dan Kebersihan Unit 4 Kesihatan Tanggungjawab Kita Halaman Buku Teks 24-30 Kemahiran Menulis SP 3.2.3 SP 3.2.3 Mencatat maklumat dan menjana idea berdasarkan bahan. 1 Mengajak kawan melakukan aktiviti riadah yang berfaedah untuk menghilangkan stres. 2 Memberikan nasihat dan bimbingan agar mereka tidak melakukan perbuatan yang memudaratkan diri. 3 Memberikan kemaafan agar mereka tidak terbelenggu dengan perasaan bersalah, kecewa dan marah. 4 Menziarahi kawan ketika sakit supaya mereka berasa dihargai dan tidak dipulaukan oleh orang lain. 10 11 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 10 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 4 Halaman Buku Teks: 24 – 30 Kesihatan Tanggungjawab Kita Kemahiran: Menulis Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan Lembaran PBD BM TH6.indb 10 8/30/2023 7:56:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif yang sesuai. 1 Kita perlu menangani tekanan dengan baik kerana jika dibiarkan berterusan boleh menyebabkan kemurungan yang berpanjangan. 2 Datuk melakukan senaman ringan pada setiap pagi agar dapat mengurangkan risiko serangan jantung secara tiba-tiba. 3 Orang ramai perlu membudayakan penjagaan kesihatan dan pengambilan makanan yang seimbang untuk melahirkan masyarakat yang sihat sepanjang hayat. 4 Forum ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai tentang kepentingan melakukan aktiviti fizikal. 5 Kesihatan beliau beransur pulih selepas mendapatkan rawatan daripada doktor pakar itu. 6 Para jururawat berada di dewan seminar bagi mendengar taklimat pengagihan vaksin kepada warga tua. 7 Amalan bersenam sudah menjadi kebiasaan bagi warga taman itu untuk kehidupan yang sihat. 8 Kami berbual tentang proses pembentukan imuniti menerusi pemberian vaksin yang akan kami terima tidak lama lagi. 9 Murid-murid memakai baju sukan dan seluar trek panjang semasa menyertai acara merentas desa. 10 Puan Salina melebihkan buah dan sayur dalam menu harian untuk menjaga kesihatan ahli keluarganya. melakukan berbual melebihkan meningkatkan bersenam berada menangani memakai beransur membudayakan Tema 2 Kesihatan dan Kebersihan Unit 4 Halaman Buku Teks 24-30 Aspek Tatabahasa SP 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif mengikut konteks. 11 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 10 Lembaran Kerja 11 Unit 4 Halaman Buku Teks: 24 – 30 Kesihatan Tanggungjawab Kita Aspek: Tatabahasa Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan Lembaran PBD BM TH6.indb 11 8/30/2023 7:56:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Bina ayat berdasarkan gambar dan kata kerja yang diberikan. 1 Dua orang budak lelaki sedang bermain jongkang-jongket dengan gembira. 2 Sekumpulan remaja berbual di tepi padang sebelum memulakan latihan bola sepak. 3 Seorang wanita sedang duduk di bangku sambil memerhatikan anaknya bermain buaian. 4 Datuk melakukan senaman dengan berjalan kaki pada setiap petang sebagai rutin bagi mengurangkan risiko penyakit jantung. 5 Adik menunggang basikal dengan berhati-hati sambil ditemani oleh datuk. Tema 2 Kesihatan dan Kebersihan Unit 4 Kesihatan Tanggungjawab Kita Halaman Buku Teks 24-30 Aspek Tatabahasa melakukan menunggang bermain berbual duduk SP 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif mengikut konteks. 12 13 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 12 Unit 4 Halaman Buku Teks: 24 – 30 Kesihatan Tanggungjawab Kita Aspek: Tatabahasa Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan Lembaran PBD BM TH6.indb 12 8/30/2023 7:56:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Teliti poster di bawah. Kemudian, lengkapkan perbualan di bawah serta lakonkan di hadapan kelas. Tema 2 Kesihatan dan Kebersihan Unit 5 Halaman Buku Teks 31-36 Kemahiran Mendengar dan Bertutur SP 1.2.2 Mary : Lihat poster itu, Aina. Program HiTS itu apa? Aina : Program HiTS ialah Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah yang merupakan salah satu cara untuk mempromosikan makanan sihat kepada murid. Mary : Oh, begitu maksudnya! Seperti yang kita tahu, murid-murid memerlukan banyak tenaga sepanjang hari supaya kekal cergas. Adakah hidangan tersebut memenuhi keperluan kalori dan nutrien murid semasa waktu makan di sekolah? Aina : Ya, hidangan tersebut memenuhi keperluan kalori dan nutrien murid semasa waktu makan di sekolah. Mary : Murid-murid memerlukan makanan yang berkhasiat untuk tumbesaran mereka. Apakah kesannya jika murid makan makanan yang tidak berkhasiat? KBAT Aina : Jika murid makan makanan yang tidak berkhasiat, kesannya ialah murid akan mengalami obesiti, mudah mendapat penyakit dan murid tidak akan mendapat nutrien yang seimbang untuk badan. SP 1.2.2 Bertutur untuk menghujahkan sesuatu perkara menggunakan idea yang kritis dan kreatif berdasarkan maklumat yang tersurat dan tersirat. 13 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 12 Lembaran Kerja 13 Unit 5 Halaman Buku Teks: 31 – 36 Kebersihan Asas Kesejahteraan Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan Lembaran PBD BM TH6.indb 13 8/30/2023 7:56:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Baca petikan di bawah. Kemudian, analisis petikan berdasarkan maklumat yang diberikan. Rumusannya, untuk memastikan kita kekal sihat semasa musim panas ialah kita perlu minum air kosong dengan banyak. Selain itu, kita harus mengehadkan aktiviti di luar rumah semasa musim panas. Malah, kita digalakkan untuk menggunakan payung atau topi agar tidak terkena pancaran matahari secara terus. Di samping itu, kita digalakkan untuk memakai pakaian nipis, longgar dan berwarna terang. Dinasihatkan agar kita datang ke klinik jika mengalami batuk, selesema, asma, sakit mata atau jangkitan paru-paru yang kronik. jHalaman Buku Teks 31-36 Kemahiran Membaca Kita masih boleh mengekalkan kesihatan semasa musim panas. Salah satu cara untuk kekal sihat adalah dengan minum air kosong dengan banyak. Air kosong bertindak untuk mengelakkan masalah kehilangan air di dalam badan. Dengan demikian, tubuh kita menjadi lebih sihat. Jangan pula kita menunggu hingga dahaga baru hendak minum air. Selain itu, kita perlu mengehadkan aktiviti di luar rumah. Kita mudah diserang strok haba jika melakukan aktiviti di luar rumah semasa musim panas. Aktiviti tersebut perlulah dilakukan di dalam dewan tertutup atau di kawasan berbumbung. Semasa berada di luar rumah, gunakan payung atau topi untuk melindungi kepala dan badan daripada terkena pancaran matahari secara terus. Di samping itu, kita digalakkan untuk memakai pakaian nipis, longgar dan berwarna terang. Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata atau jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan kesihatan diri bertambah teruk. SP 2.2.1 Membaca, memahami dan menaakul bahan multimedia untuk membuat rumusan dan ramalan. 14 15 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 14 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 5 Halaman Buku Teks: 31 – 36 Kebersihan Asas Kesejahteraan Kemahiran: Membaca Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan Lembaran PBD BM TH6.indb 14 8/30/2023 7:56:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Lengkapkan silang kata di bawah dengan kata adjektif yang paling sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Didik Hibur jHalaman Buku Teks 31-36 Aspek Tatabahasa Menegak 1 Wajah adik pucat apabila ternampak seekor ular di dalam rak kasut. 3 Air tasik di taman rekreasi itu semakin surut disebabkan kemarau yang melanda. 4 Aina berasa tidak selesa memakai baju kurung itu kerana kainnya agak labuh . 5 Pada malam itu, kami terdengar jeritan yang nyaring dari rumah jiran. 6 Azri berasa takut apabila mendengar kilat sabung-menyabung. Melintang 2 Kawasan sawah padi di belakang rumah nenek terbentang luas . 4 Kaki Aiman lenguh kerana berdiri lama di tapak perhimpunan. 6 Pancaran matahari yang sangat terik menyebabkan Siti berasa agak letih. 7 Bangunan sekolah itu sudah berusia seratus tahun tetapi masih teguh . 8 Adik sangat sayang akan basikal baharunya yang dibeli oleh ayah. 9 p l u a s l e n g u h u a y c t e r i k b a a a u u r t k t e g u h i u n t s a y a n g 2 3 4 5 1 7 8 6 SP 5.1.3 Memahami dan menggunakan pelbagai kata adjektif mengikut konteks. 15 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 14 Lembaran Kerja 15 Unit 5 Halaman Buku Teks: 31 – 36 Kebersihan Asas Kesejahteraan Aspek: Tatabahasa Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan Lembaran PBD BM TH6.indb 15 8/30/2023 7:56:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Baca petikan di bawah. Kemudian, buat ramalan tentang petikan tersebut. Harith dan Haikal merupakan adik-beradik kembar. Harith murid yang aktif. Dia suka bermain bola sepak untuk mengeluarkan peluh. Jadi, badannya lebih cergas selepas bermain. Malah, berat badannya normal dan tidak mengalami obesiti. Tidak hairanlah dia tidak mudah mendapat penyakit kerana dia seorang yang aktif bersukan. Dia juga sangat menjaga pemakanannya dengan memperbanyak pengambilan sayur dan buah dalam hidangan makanannya. Haikal pula suka bermain permainan komputer. Dia bermain sehingga larut malam. Hal ini menyebabkan matanya kabur dan terpaksa menggunakan cermin mata. Selain itu, berat badannya bertambah kerana dia tidak bersenam. Hal ini menyebabkan dia tidak cergas dan badannya lemah. Oleh itu, dia sering demam dan mudah mendapat penyakit. Perbezaan gaya hidup antara Harith dengan Haikal itu menyebabkan ibu bapa mereka berasa risau. Encik Hakim dan Puan Faizah telah meluangkan masa untuk mengajak pasangan kembar itu mengamalkan gaya hidup sihat. Mereka melakukan aktiviti beriadah seperti berbasikal, berjoging, berkhemah dan melakukan aktiviti fizikal di gimnasium. Dari segi pemakanan pula, Puan Faizah akan masak makanan yang berkhasiat. Malah, beliau turut melebihkan sayur dan buah dalam setiap menu makanan. Mereka juga tidak mengambil minuman bergula dan berkarbonat. Encik Hakim pula akan sentiasa memastikan ahli keluarganya memperbanyak minum air kosong. Ramalkan kehidupan Keluarga Harith dan Haikal selepas mengamalkan gaya hidup sihat. Kehidupan keluarga Harith dan Haikal akan lebih sihat dan cergas selepas mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka melakukan aktiviti harian bersama-sama. Harith akan lebih aktif dengan aktiviti riadah bersama-sama keluarganya. Haikal pula dapat mengurangkan masanya bermain permainan video yang boleh merosakkan pelihatan matanya. Badannya juga akan bertambah cergas, malah boleh mengurangkan masalah berat badan yang dihadapi. Masa bersama-sama keluarga juga akan bertambah kualiti kerana setiap aktiviti dilakukan bersama-sama. Tahap kesihatan badan juga akan meningkat dengan mengambil makanan berkhasiat dan banyak minum air kosong. SP 2.2.1 Membaca, memahami dan menaakul bahan multimedia untuk membuat rumusan dan ramalan. SP 2.2.1 Membaca, memahami dan menaakul bahan multimedia untuk membuat rumusan dan ramalan. 16 17 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 16 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 6 Halaman Buku Teks: 37 – 42 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa Kemahiran: Membaca Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan Lembaran PBD BM TH6.indb 16 8/30/2023 7:56:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tulis teks sajak yang diimlakkan. Kemudian, lafazkan sajak di hadapan kelas. SP 3.2.4 Wahai sahabat dengarlah pesananku makanlah buah-buahan yang segar serta sayur-sayuran yang hijau. Wahai sahabat dengarlah pesananku marilah kita bersukan dan beriadah pada waktu petang dan lapang. Wahai sahabat dengarlah pesananku berjumpalah doktor dan pakar kesihatan periksa tahap kecergasan dan kesihatan. Wahai sahabat dengarlah pesananku tidur dan rehat secukupnya badan cergas keesokan harinya. Wahai sahabat dengarlah pesananku kesihatan anugerah Tuhan jaga dan peliharalah kesihatan kita. Wahai sahabat dengarlah pesananku makanlah buah-buahan yang segar serta sayur-sayuran yang hijau. Wahai sahabat dengarlah pesananku marilah kita bersukan dan beriadah pada waktu petang dan lapang. Wahai sahabat dengarlah pesananku berjumpalah doktor dan pakar kesihatan periksa tahap kecergasan dan kesihatan. Wahai sahabat dengarlah pesananku tidur dan rehat secukupnya badan cergas keesokan harinya. Wahai sahabat dengarlah pesananku kesihatan anugerah Tuhan jaga dan peliharalah kesihatan kita. SP 3.2.4 Menulis teks prosa dan teks puisi yang diimlakkan. 16 17 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 17 Unit 6 Halaman Buku Teks: 37 – 42 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa Kemahiran: Menulis Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan Lembaran PBD BM TH6.indb 17 8/30/2023 7:56:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Lengkapkan dialog dengan kata adjektif yang sesuai. Halaman Buku Teks 37-42 Aspek Tatabahasa SP 5.1.3 Memahami dan menggunakan pelbagai kata adjektif mengikut konteks. SP 5.1.3 Memahami dan menggunakan pelbagai kata adjektif mengikut konteks. hitam rapat panjang segera kotor panas murah sedih Anuar : Cikgu, saya berasa sedih kerana makanan yang saya bawa untuk jamuan pada hari ini tiada seorang pun yang mahu makan. Cikgu Azam : Mengapakah kawan-kawan kamu tidak mahu makan, Anuar? Anuar : Sambil mentertawakan saya, mereka mengatakan baju saya sangat kotor . Kuku saya panjang , cikgu. Cikgu Azam : Oh, begitu! Apakah makanan yang kamu bawa hari ini, Anuar? Anuar : Kata kawan-kawan, makanan yang saya bawa murah sahaja. Makanan yang murid-murid lain bawa dari rumah semuanya sedap-sedap belaka. Saya pula hanya membawa biskut kering. Itu sahaja yang saya mampu. Cikgu Azam : Sebenarnya, biskut kering itu sedap, Anuar. Sepatutnya, mereka perlu mencecah biskut itu terlebih dahulu ke dalam air teh atau air milo yang masih panas . Anuar : Baiklah, cikgu. Selepas ini, saya akan beritahu kawan-kawan supaya mencelup biskut itu terlebih dahulu ke dalam air minuman yang panas sebelum dimakan. Cikgu Azam : Bagus, Anuar. Saya juga mahu mengingatkan kamu supaya tidak memakai baju uniform sekolah ketika bersukan di padang. Baju yang telah kotor tidak boleh lagi dipakai keesokan harinya. Baju itu perlu dicuci terlebih dahulu. Jika kamu masih memakai baju yang sama, tidak ada kawan yang mahu duduk rapat dengan kamu. Anuar : Sekarang baru saya faham, cikgu. Cikgu Azam : Selain itu, hujung kuku yang hitam akibat daripada kotoran seperti daki dan debu juga perlu segera dipotong apabila pulang ke rumah. Anuar : Baiklah, cikgu. Saya tidak akan bersedih lagi. Saya juga akan mengubah diri saya menjadi lebih baik. Terima kasih, cikgu. Cikgu Azam : Sama-sama, Anuar. Kamu memang murid yang baik. 18 19 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 18 Unit 6 Halaman Buku Teks: 37 – 42 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa Aspek: Tatabahasa Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan Lembaran PBD BM TH6.indb 18 8/30/2023 7:56:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Baca dan fahami maklumat di bawah. Kemudian, buat rumusan berdasarkan maklumat tersebut. Halaman Buku Teks 48-54 Kemahiran Membaca SP 2.2.1 Membaca, memahami, dan menaakul bahan multimedia untuk membuat rumusan dan ramalan. SP 2.2.1 Membaca, memahami, dan menaakul bahan multimedia untuk membuat rumusan dan ramalan. Berani Katakan Tidak kepada Sentuhan Tidak Selamat Sulit untuk kanak-kanak memberitahu orang dewasa mengenai penderaan seksual. Oleh itu, kanak-kanak perlu lebih dahulu tahu istilah yang patut digunakan untuk bercakap tentang bahagian badan mereka. Kosa kata yang betul penting untuk membantu mereka menyebut perkataan yang betul. Kanak-kanak harus tahu bahawa tidak salah untuk bercakap tentang bahagian badan mereka. Untuk bahagian tubuh yang sulit, mereka boleh menggunakan perkataan yang betul, sopan dan tepat untuk bahagian tertentu seperti kemaluan dan punggung. Kanak-kanak hendaklah percaya bahawa tiada apa-apa yang hendak dimalukan jika mereka melaporkan sebarang sentuhan tidak selamat daripada orang lain pada bahagian tersebut. Sentuhan tidak selamat adalah apabila orang yang lebih besar menyentuh bahagian sulit mereka bukan dengan tujuan untuk membersihkan atau memastikan mereka sihat. Maksud “membersihkan” merujuk bantuan orang dewasa kepada kanak-kanak yang memerlukan bantuan untuk menukar lampin atau pakaian, masuk ke tandas atau mandi. Maksud “memastikan sihat” pula merujuk temu janji dengan doktor. Contohnya, apabila doktor memberi kanak-kanak suntikan di bawah pengawasan ibu bapa dan penjaga. Oleh itu, kanak-kanak mestilah berani dan yakin untuk mengatakan ‘tidak’ dengan suara yang kuat dan sopan kepada sesiapa yang mahu menyentuh bahagian sulit dengan sentuhan tidak selamat. (Dipetik dan diubah suai daripada https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-kanak/ perkembangan/ajar-anak-tentang-sentuhan-selamat/) Mengikut ramalan kamu, apakah yang akan berlaku jika kanak-kanak memilih untuk terus mendiamkan diri apabila berlakunya sentuhan yang tidak selamat kepada diri mereka? Jika kanak-kanak memilih untuk terus mendiamkan diri, mereka akan semakin berani mengulangi perbuatan yang sama berkali-kali setiap kali bertemu. Para pelaku akan semakin seronok dan selesa untuk melakukan hal yang sama kepada kanak-kanak lain. Akibatnya, semakin ramai kanak-kanak yang mengalami penderaan seksual. Kanak-kanak mesti berani mengatakan tidak dan melaporkan kejadian kepada ibu bapa dan guru-guru untuk menghentikannya . 19 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 18 Lembaran Kerja 19 Unit 7 Halaman Buku Teks: 48 – 54 Sentiasa Peka Kemahiran: Membaca Tema 3 : Keselamatan Lembaran PBD BM TH6.indb 19 8/30/2023 7:56:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Sekolah kamu telah mengadakan latihan kebakaran. Tulis catatan tentang latihan kebakaran tersebut. 8:00 pagi [Apa] Loceng kecemasan telah dibunyikan secara berterusan [Mengapa] menandakan bermulanya latihan kebakaran. [Bagaimana] Aku dan kawan-kawan mengosongkan kelas dengan segera sambil diawasi [Siapa] oleh guru kelas masing-masing. 8:15 pagi [Siapa] Murid-murid berkumpul [Di mana] di padang sekolah. [Apa] Guru kelas mengambil rekod kehadiran murid. [Bagaimana] Semua murid dapat berkumpul dengan selamat dan tenang. 8:30 pagi [Siapa] Seorang pegawai bomba [Mengapa] memberikan ceramah tentang panduan keselamatan semasa kebakaran di sekolah. [Bagaimana] Murid-murid mendengar dengan tekun semasa sesi ceramah tersebut. 9:30 pagi [Siapa] Aku diberikan peluang mewakili kelasku untuk [Bagaimana] membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api. [Mengapa] Aku sangat kagum dengan kehebatan pihak bomba mengajar cara menggunakan alat pemadam api dengan pantas. 10:30 pagi [Apa] Program tamat. [Siapa] Guru besar menyampaikan cenderahati kepada wakil pihak bomba. Murid-murid beratur [Mengapa] untuk makan [Di mana] di kantin. Aku sangat gembira kerana dapat mempelajari ilmu baharu tentang keselamatan. 11:30 pagi [Siapa] Murid-murid masuk [Di mana] ke dalam kelas. [Apa] Kami rakan sekelas menceritakan pengalaman sepanjang latihan kebakaran kepada guru kelas kami. Pendahuluan: loceng kecemasan dibunyikan – mengosongkan kelas – diawasi oleh guru kelas Isi 1: berkumpul – rekod kehadiran – selamat dan tenang Isi 2: pegawai bomba – ceramah – panduan – mendengar Isi 3: diberikan peluang – demonstrasi – memadam kebakaran – alat pemadam api – kagum – mengajar – cara menggunakan – pantas Isi 4: tamat – cenderahati – beratur – makan – gembira – ilmu baharu Penutup: masuk ke kelas – menceritakan pengalaman – guru kelas SP 3.3.1 Menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat secara koheren dan kohesi. 20 21 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 20 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 7 Halaman Buku Teks: 48 – 54 Sentiasa Peka Kemahiran: Menulis Tema 3 : Keselamatan Lembaran PBD BM TH6.indb 20 8/30/2023 7:56:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Isi tempat kosong dengan kata hubung yang paling sesuai. setelah atau supaya sebelum sekiranya SP 5.1.4 Ammar harus memastikan bungkusan makanan tidak terbuka atau bocor. 1 Ammar perlu memastikan beg penghantaran dalam keadaan bersih sebelum menghantar pesanan makanan kepada pelanggan. 2 Ammar hendaklah memastikan masa penyediaan makanan dinyatakan pada bungkusan makanan sekiranya ingin meyakinkan pelanggannya. 3 Ammar perlu memastikan barang-barang peribadi tidak diletakkan bersamasama makanan pelanggan supaya dapat menjamin keselamatan makanan tersebut. 4 Ammar perlu memastikan penutup beg penghantaran ditutup dengan rapi dan ketat setelah memasukkan makanan yang dipesan oleh pelanggannya. 5 Ammar bekerja sebagai penghantar makanan secara sambilan. Oleh itu, dia perlulah memberikan penekanan kepada beberapa aspek keselamatan makanan semasa penghantaran makanan. SP 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks. 21 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 20 Lembaran Kerja 21 Unit 7 Halaman Buku Teks: 48 – 54 Sentiasa Peka Aspek: Tatabahasa Tema 3 : Keselamatan Lembaran PBD BM TH6.indb 21 8/30/2023 7:56:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Lengkapkan dialog di bawah berdasarkan poster yang diberikan. Sekolah Kebangsaan Gelang Patah telah menjemput seorang pegawai polis bagi memberikan pendedahan kepada semua murid tentang sindiket penipuan yang berlaku di negara ini. Ammar : Akif, bagaimanakah kita dapat mengetahui diri kita sedang ditipu oleh sindiket penipuan melalui panggilan telefon? Akif : Kita dapat mengetahui diri kita sedang ditipu oleh sindiket penipuan melalui panggilan telefon apabila mereka memperkenalkan diri sebagai pegawai polis, pegawai mahkamah atau pegawai bank . Selain itu, mereka juga akan meminta maklumat kewangan seperti nombor akaun bank, Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) dan Kod Pengesahan Transaksi (TAC) daripada kita . Ammar : Apakah langkah-langkah yang telah dikongsikan oleh pegawai polis tadi sekiranya kita mendapat panggilan daripada sindiket penipuan ini? Akif : Pegawai polis tadi mengingatkan kita supaya tidak mendedahkan maklumat akaun, Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) dan Kod Pengesahan Transaksi (TAC) serta tidak menjawab panggilan daripada pihak yang tidak dikenali . Ammar : Terima kasih, Akif. Bolehlah saya berkongsi maklumat tentang sindiket penipuan ini dengan ibu dan ayah saya nanti. Akif : Sama-sama, Ammar. Semoga kita dan keluarga tidak menjadi mangsa mereka. (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.1media.my/2021/01/10-cara-mengenali-scammer.html) SP 1.2.3. SP 1.2.3 Bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan tentang sesuatu perkara. 22 23 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 22 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 8 Halaman Buku Teks: 55 – 62 Sentiasa Berhati-hati Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Tema 3 : Keselamatan Lembaran PBD BM TH6.indb 22 8/30/2023 7:56:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Lengkapkan karangan di bawah berdasarkan maklumat yang diberikan. Pada 6 dan 7 Julai 20_, Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Indah akan mengadakan Perkhemahan Perdana Siri 2. Program ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Indah. Perkhemahan Perdana Siri 2 ini akan diadakan selama dua hari satu malam di sekolah. Satu sesi taklimat telah diadakan, semua murid tahap dua berkumpul di Dewan Oxford untuk mendengar taklimat daripada guru penyelaras unit beruniform, iaitu Cikgu Nidzam. Beliau memaklumkan bahawa murid yang berminat sahaja akan menyertai perkhemahan perdana ini. Tiada paksaan bagi murid yang tidak berminat untuk menyertai perkhemahan ini. Penyertaan ini terhad kepada 150 orang murid terawal yang mendaftar. Semasa sesi taklimat itu juga, Cikgu Nidzam menerangkan tentatif program sepanjang dua hari satu malam itu. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk mendedahkan murid-murid dengan pelbagai pengalaman baharu. Beliau turut menyenaraikan barang keperluan yang perlu dibawa seperti pakaian, alatan mandi, kasut, selipar dan lampu suluh. Telefon bimbit, barang permainan dan alatan tajam ialah barang larangan sepanjang perkhemahan ini. Barang larangan ini berisiko untuk hilang dan boleh membahayakan serta mencederakan peserta lain. Selain itu, Cikgu Nidzam turut menerangkan peraturan program. Menurut beliau, tujuan utama peraturan ini dikuatkuasakan adalah untuk mendisiplinkan dan menjaga keselamatan semua murid sepanjang aktiviti perkhemahan berlangsung. Oleh itu, semua murid dapat menghindarkan diri daripada terlibat dengan kejadian yang tidak diingini seperti kecederaan fizikal, kehilangan barang bernilai dan kerosakan harta benda sekolah. Akhir sekali, Cikgu Nidzam membuka slot sesi soal jawab bagi memberikan peluang kepada semua murid untuk bertanya. Ramai murid bangun untuk bertanya tentang hadiah bagi setiap aktiviti yang disertai. Cikgu Nidzam menjelaskan bahawa setiap aktiviti yang dijalankan berbentuk pertandingan. Tiga hadiah utama disediakan untuk setiap pertandingan manakala semua peserta akan menerima cenderamata. Sebelum kembali ke kelas, beliau mengedarkan borang penyertaan kepada semua murid tahap dua. Murid-murid yang berminat untuk menyertai perkhemahan ini perlu memohon kebenaran ibu bapa terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk mendaftarkan diri. Keselamatan Jadi Keutamaan • menerangkan tentatif program – barang keperluan yang perlu dibawa – barang larangan • peraturan program – menjaga keselamatan – menghindarkan diri – kejadian tidak diingini • sesi soal jawab – ramai murid bangkit bertanya – hadiah bagi setiap aktiviti SP 3.3.1 SP 3.3.1 Menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat secara koheren dan kohesi. 22 23 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 23 Unit 8 Halaman Buku Teks: 55 – 62 Sentiasa Berhati-hati Kemahiran: Menulis Tema 3 : Keselamatan Lembaran PBD BM TH6.indb 23 8/30/2023 7:56:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Lengkapkan perbualan berdasarkan poster di bawah. Panduan Keselamatan ketika Musim Banjir Pindah segera ke pusat pemindahan banjir apabila diarahkan. Jangan biarkan kanak-kanak bermain air banjir. Elakkan daripada meredah jalan raya yang ditenggelami air. Tutup semua suis utama elektrik, bekalan air dan gas sebelum meninggalkan rumah. Tutup semua suis utama elektrik, bekalan air dan gas sebelum meninggalkan rumah. Bawa dokumen penting bersama-sama. Jangan hampiri dawai elektrik yang jatuh ke dalam air. Syahmi : Musim banjir sering berlaku di negara kita. Saya sedang melayari laman sesawang tentang panduan keselamatan semasa musim banjir. Ayah : Bagus, Syahmi. Kamu melayari laman sesawang yang sangat berfaedah. Berdasarkan pembacaan kamu, apakah yang perlu kita lakukan jika rumah ditenggelami banjir, Syahmi? Syahmi : Kita perlu berpindah dengan segera ke pusat pemindahan banjir. Ayah : Benar, Syahmi. Selain itu, kita perlu sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa. Kanak-kanak dilarang bermain air banjir. Apakah sebabnya? KBAT Syahmi : Kanak-kanak dilarang bermain air banjir kerana boleh mengancam nyawa dan mengakibatkan berbagai-bagai penyakit yang berbahaya. Ayah : Betul, Syahmi. Apakah contoh dokumen penting yang perlu kita bawa? KBAT Syahmi : Contoh dokumen penting yang perlu kita bawa ialah kad pengenalan dan sijil lahir. Ayah : Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara kita menjaga kesihatan semasa musim banjir? KBAT Syahmi : (5) Pada pendapat saya, cara kita menjaga kesihatan semasa musim banjir ialah kita mesti makan dan minum daripada sumber bersih dan dimasak. Selain itu, kita tidak boleh bermain air banjir kerana keadaannya yang kotor dan boleh membawa pelbagai penyakit. SP 1.2.3 Bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan tentang sesuatu perkara. 24 25 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 24 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 9 Halaman Buku Teks: 63 – 67 Waspada Fenomena Alam Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Tema 3 : Keselamatan Lembaran PBD BM TH6.indb 24 8/30/2023 7:56:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Garis kesalahan ejaan dan imbuhan yang terdapat dalam petikan. Kemudian, tulis pembetulan pada ruang yang disediakan. Kuala Lumpur – fenomena cuaca panas yang sedang berlaku di Kanada dan barat laut Amerika Syarikat pada masa ini tidak akan menjejaskan Malaysia. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata, “Rakyat Malaysia tidak perlu khuwatir. Cuaca panas dan gelombang haba yang merekodkan suhu sehingga 47.9 dan 56.6 darjah Celsius yang mengalami oleh dua negara itu tidak melibatkan Malaysia.” “Pertengahan fasa Monsun Barat Daya yang kini dilanda Malaysia dijangka berakhir pada bulan september ini. Dalam tempuh itu, negara akan mengalami suhu yang lebih rendah daripada biasa pada bulan Julai kerana cuaca lebih lembap serta hujan lebih banyak berbanding biasa. “Keadaan ini disebabkan oleh peralihan daripada fasa La Nina kepada fasa El Nino Southern Oscillation (ENSO) Neutral. Negara menjangka mengalami taburkan hujan normal mulai Ogos,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Sehubungan dengan itu, menurut Jailan lagi, tiada suhu luar biasa panas dijangka akan berlaku di Malaysia pada tahun ini selain tiada kejadian jerebu rentas senpadan yang serius berlaku dalam tempoh terdekat ini. Jailan turut dinasihati orang ramai supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat serta amaran cuaca terkini melalui laman sesawang, aplikasi myCuaca, midea sosial dan talian hotline MetMalaysia untuk sebarang bertanyakan lanjut. (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.melakahariini.my/malaysia-tidak-terjejasfenomena-cuaca-panas-di-as-dan-kanada/) SP 3.3.2 Mengedit dan memurnikan teks. Ejaan Imbuhan 1 Fenomena 2 khuatir 3 September 4 tempoh 5 sempadan 6 media 1 dialami 2 melanda 3 dijangka 4 taburan 5 menasihati 6 pertanyaan 24 25 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 25 Unit 9 Halaman Buku Teks: 63 – 67 Waspada Fenomena Alam Kemahiran: Menulis Tema 3 : Keselamatan Lembaran PBD BM TH6.indb 25 8/30/2023 7:56:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Lengkapkan dialog di bawah dengan peribahasa yang sesuai. Kemudian, ujarkan dialog tersebut. Halaman Buku Teks 63-67 Kemahiran Menulis kecil hati jaga hati bagai telur di hujung tanduk cari jalan berat hati kata putus berat sebelah SP 4.1.1 Bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang santun dalam bentuk persembahan. Hujan lebat berterusan selama beberapa hari. Situasi banjir di Bandar Raya Metro Lumpur semakin buruk. Kilatman dan Awanman telah bersedia untuk membantu memindahkan mangsa banjir yang sedang terperangkap di kediaman masing-masing. Lihat, Kilatman. Air naik mendadak dan berarus deras. Masih ramai lagi orang yang berlindung di atas bumbung. Nasib mereka bagai telur di hujung tanduk . Namun begitu, bilangan mereka terlalu ramai untuk ruang pesawat kita yang terhad. Kita mesti mencapai kata putus untuk menyelamatkan mangsa banjir yang lebih berkeutamaan. Bagaimanakah pula sekiranya mereka berat hati meninggalkan keluarga mereka di sana, Kilatman? Tugas kita akan menjadi lebih sulit jika ada dalam kalangan mereka menganggap kita berat sebelah apabila mengutamakan golongan tertentu sahaja. Kita mesti cari jalan untuk memindahkan mereka ke kawasan yang selamat dengan pantas. Ya, Awanman. Kita mesti memberikan keutamaan kepada wanita hamil, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas kerana mereka golongan yang paling lemah. Kita tidak boleh cepat kecil hati dengan pandangan negatif orang lain. Tugas utama kita adalah untuk menyelamatkan nyawa orang. Kita tidak mampu untuk jaga hati semua orang. 26 27 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 26 Unit 9 Halaman Buku Teks: 63 – 67 Waspada Fenomena Alam Aspek: Seni Bahasa Tema 3 : Keselamatan Lembaran PBD BM TH6.indb 26 8/30/2023 7:56:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, ramalkan kesan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rakyat Malaysia dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama menerusi penganjuran karnival kebudayaan. Penganjuran karnival kebudayaan wajar menjadi keutamaan dalam perancangan program sesebuah komuniti. Karnival kebudayaan boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat dalam sesebuah taman atau komuniti untuk mereka saling mengenali dan memahami adat, budaya, bahasa, agama dan kepercayaan kaum lain dengan lebih terbuka. Antara pengisian menarik dalam karnival kebudayaan adalah seperti pertandingan seni tari, bengkel kesenian, permainan tradisional, pameran, persembahan pentas dan lain-lain. Ibu bapa boleh membawa anak masing-masing untuk melihat dan menyertai aktiviti-aktiviti tersebut secara percuma bagi menambah kenalan baharu daripada pelbagai kaum. Secara tidak langsung, setiap ahli masyarakat berpeluang mengenali dan berkomunikasi dengan lebih dekat dengan jiran tetangga yang selama ini hanya berselisih muka ketika pergi dan pulang dari tempat kerja sahaja. Karnival kebudayaan juga berpotensi untuk mengetengahkan bakat anak-anak malah mampu memupuk kesedaran masyarakat akan kepentingan seni, budaya tempatan khususnya. Mereka dapat memperkenalkan identiti setiap kaum selain dapat menyemai minat serta sayangkan kesenian dan kebudayaan mengikut etnik masingmasing. Kebudayaan kita akan terus berkembang melalui perkongsian tersebut di atas satu pentas yang sama tanpa rasa prejudis dan sengketa. Oleh itu, seni jiwa bangsa dapat dihayati dalam kehidupan kerana tak kenal maka tak cinta. Halaman Buku Teks 74-80 Kemahiran SP 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera untuk membuat ramalan. Aktiviti Kesan 1 Hari keluarga Mewujudkan nilai keakraban di dalam masyarakat yang pelbagai kaum. 2 Majlis rumah terbuka Menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. 3 Sambutan Hari Kebangsaan Menanam semangat cinta akan negara sekali gus memantapkan permuafakatan antara kaum. 4 Sukan dan riadah Penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum bersorak dengan penuh semangat menyokong pasukan negara. 5 Aktiviti rukun tetangga Mengurangkan kejadian pecah rumah malahan semangat perpaduan juga dapat ditingkatkan. 27 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 26 Lembaran Kerja 27 Unit 10 Halaman Buku Teks: 74 – 80 Langkah Perpaduan Kemahiran: Membaca Tema 4 : Perpaduan Lembaran PBD BM TH6.indb 27 8/30/2023 7:56:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Kenal pasti dan garis kesalahan ejaan, imbuhan dan penggunaan kata yang terdapat dalam petikan. Kemudian, tulis pembetulan pada ruang yang disediakan. Dasar Perpaduan Negara (DPN) Dasar Perpaduan Negara merupakan satu usaha yang berterusan bagi memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan di kalangan rakyat. Konsep perpaduan dalam kepelbagaian menggunakan untuk melestarikan kehamonian masyarakat majmuk di negara ini. Dasar ini menetapkan tuju hala perpaduan negara dan bertindak sebagai pemangkin bagi pencapaian Malaysia sebagai sebuah negeri yang bersatupadu, harmoni dan makmur. DPN merupakan dasar pertama negara yang kusus kepada pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional. Manfaat Dasar Perpaduan Negara Dasar ini perlu dijadikan panduan kepada semua pihak tidak kira kementerian dan agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO serta seluruh rakyat Malaysia lalu semua pihak dapat main peranan masing-masing dalam menyemarakan perpaduan berdasarkan kemampuan setiap golongan masyarakat. Setiap rakyat Malaysia yang menghargai keharmonian negara seharusnya melibatkan diri dalam usaha untuk mencapai matlamat dasar ini demi kesinambungan dan generasi akan datang. DPN adalah untuk manfaat setiap rakyat Malaysia. Ajenda perpaduan negara memerlukan komidmen dan usaha semua pihak dan merupakan tanggungjawab bersama. Setiap rakyat Malaysia perlu memainkan peranan masing-masing dalam mencapai agenda perpaduan di peringkat individu, keluarga dan komuniti. (Sumber: Portal Rasmi Kementerian Perpaduan Negara) Kesalahan Pembetulan 1 di dalam 2 menggunakan digunakan 3 kehamonian keharmonian 4 tuju hala hala tuju 5 negeri negara 6 bersatupadu bersatu padu Kesalahan Pembetulan 7 kusus khusus 8 lalu agar 9 main memainkan 10 menyemarakan menyemarakkan 11 Ajenda Agenda 12 komidmen komitmen Tema 4 Perpaduan Unit 10 Langkah Perpaduan Halaman Buku Teks 74-80 Kemahiran Menulis SP 3.3.2 Mengedit dan memurnikan teks. 28 29 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 28 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 10 Halaman Buku Teks: 74 – 80 Langkah Perpaduan Kemahiran: Menulis Tema 4 : Perpaduan Lembaran PBD BM TH6.indb 28 8/30/2023 7:56:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Kenal pasti dan tulis imbuhan yang sesuai pada perkataan yang dicetak tebal. Kemudian, nyatakan jenis imbuhannya. Tema 4 Perpaduan Unit 10 Langkah Perpaduan Halaman Buku Teks 74-80 Aspek Tatabahasa Perkataan Perkataan Berimbuhan Jenis Imbuhan 1 pupuk memupuk Imbuhan awalan 2 nyanyi nyanyian Imbuhan akhiran 3 lari larian Imbuhan akhiran 4 gilang gemilang Imbuhan sisipan 5 undang mengundang Imbuhan awalan 6 lahir melahirkan Imbuhan apitan 7 kita kekitaan Imbuhan apitan 8 jari jemari Imbuhan sisipan SP 5.2.1 Memahami dan menggunakan pelbagai kata berimbuhan mengikut konteks. Daripada : [email protected] Kepada : [email protected] Perkara : Aktiviti Memupuk Perpaduan di Sekolah Menemui sahabatku, Johari yang kini berada di Sabah. Saya berharap agar saudara seisi keluarga sihat sejahtera. Saya dan keluarga di sini sihat sahaja seperti biasa. Saudara, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk bercerita tentang aktiviti pupuk perpaduan di sekolah saya. Antara program yang telah dijalankan termasuklah pertandingan nyanyi muhibah, lari perpaduan, malam kebudayaan dan sukaneka gilang. Setiap aktiviti dan penyertaan dalam sesebuah pasukan perlu melibatkan murid yang berbilang kaum. Pihak sekolah juga turut undang sebuah kumpulan kebudayaan dari Sabah dan Sarawak bagi menjayakan aktiviti perpaduan ini. Program ini dirancang dengan teliti bertujuan untuk lahir peserta yang dapat menjiwai erti perpaduan. Selain itu, melalui program seperti ini terpancarnya semangat kita yang jelas dalam kalangan murid. Bakat murid-murid juga dapat ditonjolkan dan dikembangkan kerana budaya yang mewarisi bangsa perlu diraikan agar sentiasa subur. Saya berharap agar saudara juga sudi menceritakan aktiviti perpaduan di sana. Saya menyusun jari-jari saya memohon maaf sekiranya saya terkasar bahasa atau tersalah bicara. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudara sekeluarga. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Irfan 29 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 28 Lembaran Kerja 29 Unit 10 Halaman Buku Teks: 74 – 80 Langkah Perpaduan Aspek: Tatabahasa Tema 4 : Perpaduan Lembaran PBD BM TH6.indb 29 8/30/2023 7:56:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Bercerita dengan rakan kamu berdasarkan gambar yang diberikan. Lim Poi : Saya mendapat tahu bahawa kamu telah menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri baru-baru ini. Ceritalah pengalaman kamu itu, Dalphin. Dalphin : Ya, Lim Poi. Saya berasa sungguh seronok kerana dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama jiran tetangga yang berlainan bangsa dan agama. Walaupun saya berketurunan Kadazan Dusun, saya sekeluarga tidak kekok bergaul mesra dengan masyarakat daripada kaum lain seperti kaum Melayu, Cina dan India. Lim Poi : Wah, seronoknya! Tentu kamu dapat mempelajari adat dan budaya kaum lain. Dalphin : Betul kata kamu, Lim Poi. Saya juga dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain. Contohnya, kaum Melayu mengamalkan adab bersalam-salaman ketika berjumpa dengan tetamu. Saya juga dapat menyaksikan tetamu memakai pakaian tradisional masyarakat Malaysia seperti baju Melayu dan baju kurung bagi masyarakat Melayu, ceongsam dan samfu bagi kaum Cina, manakala Sari dan Doti bagi kaum India. Lim Poi : Bagaimanakah pula dengan juadah yang dihidangkan? Dalphin : Saya berpeluang mengenali dan menikmati pelbagai jenis makanan orang Melayu seperti ketupat, lemang, rendang, sate, serunding, dodol, kuih baulu dan banyak lagi. Saya menikmati makanan yang terhidang sambil berbual-bual mesra dengan tetamu lain. Lim Poi : Saya berasa seronok mendengar cerita kamu ini, Dalphin. Banyak faedah yang dapat diperoleh daripada amalan rumah terbuka ini. Saya berharap agar saya juga berpeluang menyertai rumah terbuka pada masa akan datang. SP 1.3.1 Bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya dan ekspresi yang sesuai. Rumah Terbuka Aidilfitri 30 31 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 30 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 11 Halaman Buku Teks: 81 – 86 Gema Perpaduan Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Tema 4 : Perpaduan Lembaran PBD BM TH6.indb 30 8/30/2023 7:56:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tulis puisi di bawah dalam bentuk tulisan berangkai. Ini bumi yang kita pijak Malaysiaku aman damai dalam acuan pelbagai kaum dan bangsa dibina atas kesepakatan keharmonian yang sekalian lama telah terpahat teguh memacu integrasi menuju perpaduan teguh. Perpaduan perlu ditatang cermat dengan tolak ansur dan rasa hormat agar kasih sayang sesama kita sentiasa segar sepanjang masa tanpa mengira kepercayaan dan rupa. Marilah memupuk budaya cinta pada hayat nusa dan bangsa bersama mengukir nilai murni sejagat seiring mengusir liar prasangka supaya sengketa tidak lagi berbunga melemahkan segala kekuatan negara. Ini bumi yang kita pijak Malaysiaku aman damai dalam acuan pelbagai kaum dan bangsa dibina atas kesepakatan keharmonian yang sekalian lama telah terpahat teguh memacu integrasi menuju perpaduan teguh. Perpaduan perlu ditatang cermat dengan tolak ansur dan rasa hormat agar kasih sayang sesama kita sentiasa segar sepanjang masa tanpa mengira kepercayaan dan rupa. Marilah memupuk budaya cinta pada hayat nusa dan bangsa bersama mengukir nilai murni sejagat seiring mengusir liar prasangka supaya sengketa tidak lagi berbunga melemahkan segala kekuatan negara. SP 3.1.1 Menulis puisi secara mekanis dalam bentuk tulisan berangkai. 30 31 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 31 Unit 11 Halaman Buku Teks: 81 – 86 Gema Perpaduan Kemahiran: Menulis Tema 4 : Perpaduan Lembaran PBD BM TH6.indb 31 8/30/2023 7:56:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Banyak manfaat penubuhan Malaysia, Menyatupadukan rakyat pelbagai bangsa. Pengaruh dan anasir luar dapat dihapus, Generasi Malaysia hidup aman dan damai. Kesempatan yang ada jangan dipersia, Perpaduan dipupuk sehabis daya; Berjuang hingga titisan darah terakhir, Jiwa dan raga akan kuserah; Berdasarkan petikan yang dibaca, lengkapkan pantun yang diberikan. Generasi baharu mungkin kurang faham pentingnya tarikh 16 September dalam catatan sejarah negara. Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 merangkumi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta Singapura. Bagaimanapun, Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965. Malaysia hari ini adalah antara negara yang bebas daripada pengaruh dan anasir asing. Ini manfaat paling berharga dinikmati oleh generasi baharu di Malaysia kerana dapat hidup aman dan damai. Berbeza dengan kehidupan nenek moyang kita dahulu yang sentiasa hidup dalam ketakutan, kerisauan, kebuluran dan menjadi mangsa kekejaman komunis. Percantuman Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sesungguhnya menyatupadukan seluruh bangsa dan kaum sehingga terbentuknya suatu budaya yang sangat unik di bawah satu payung. Malaysia adalah antara negara yang sangat kaya dengan keunikan budaya, adat resam, kepercayaan dan gaya hidup. Inilah sumbangan besar penubuhan Malaysia kerana kini negara Malaysia dikenali di seluruh dunia. (Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian Online, 12 September 2020) Rangkap 1 Berjuang hingga titisan darah terakhir, Jiwa dan raga akan kuserah; Enam belas September tarikh terukir, Penubuhan Malaysia satu anugerah. Rangkap 2 Peliharalah fauna jangan sampai pupus, Flora menghijau indah dan permai; Pengaruh dan anasir luar dapat dihapus, Generasi Malaysia hidup aman dan damai. Rangkap 3 Mencari ilmu sepanjang usia, Menjadi manusia yang suka berjasa; Banyak manfaat penubuhan Malaysia, Menyatupadukan rakyat pelbagai bangsa. Rangkap 4 Kesempatan yang ada jangan dipersia, Perpaduan dipupuk sehabis daya; Uniknya kehidupan masyarakat Malaysia, Rakyatnya hidup pelbagai budaya. Halaman Buku Teks 87-92 Kemahiran Membaca SP 2.3.2 SP 2.3.2 Membaca dan menghargai ilmu dan nilai daripada pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera, serta dipersembahkan dalam pelbagai bentuk. 32 33 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 32 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 12 Halaman Buku Teks: 87 – 92 Semarak Perpaduan Kemahiran: Menulis Tema 4 : Perpaduan Lembaran PBD BM TH6.indb 32 8/30/2023 7:56:39 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Teliti poster di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu secara kritis dan kreatif. Karnival Sukan Perpaduan yang diadakan baru-baru ini merupakan salah satu cara untuk mewujudkan wadah perpaduan kaum dalam komuniti setempat. Pada pandangan kamu, adakah semangat perpaduan antara kaum dapat dimantapkan melalui program ini? Berikan alasan kamu. KBAT Pada pandangan saya, semangat perpaduan antara kaum dapat dimantapkan melalui program ini. Melalui program ini, setiap pasukan wajib menghantar penyertaan yang mempunyai pemain daripada pelbagai kaum. Biarpun berbeza kaum, mereka akan bekerjasama dalam pasukan. Apabila mewakili pasukan masing-masing, semua sempadan agama, adat, bahasa dan budaya terhapus dengan sendirinya kerana mereka hanya akan memberikan sepenuh fokus agar kemenangan dapat dicapai. Para penyokong yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan bersorak bersama-sama untuk menyokong pasukan pilihan mereka. Terbukti, program ini dapat memantapkan perpaduan kaum dalam komuniti setempat. Pada masa yang sama, program ini dapat menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta pelbagai kaum. Persahabatan yang terjalin juga akan berpanjangan dalam masyarakat. Tema 4 Perpaduan Unit 12 Semarak Perpaduan Halaman Buku Teks 87-92 Kemahiran Menulis SP 3.2.1 SP 3.2.1 Membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis dan kreatif daripada sesuatu bahan multimedia. 32 33 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 33 Unit 12 Halaman Buku Teks: 87 – 92 Semarak Perpaduan Kemahiran: Menulis Tema 4 : Perpaduan Lembaran PBD BM TH6.indb 33 8/30/2023 7:56:39 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Garis kata majmuk yang terdapat dalam ayat. Kemudian, nyatakan jenis kata majmuk tersebut. Ayat Jenis Kata Majmuk 1 “Guru besar telah mencadangkan kepada kelab kita supaya mengadakan persembahan drama “Semarak Perpaduan” sempena Hari Malaysia yang akan kita sambut tidak lama lagi,” kata Aina kepada Rajan. Kata majmuk bebas 2 Setiap ahli kelab yang terdiri daripada pelbagai kaum datang ke sekolah secara sukarela bagi menjayakan pementasan drama “Semarak Perpaduan”. Kata majmuk mantap 3 Berkat kerjasama ahli kelab yang bertungkus lumus membuat latihan pada setiap hari, akhirnya terhasillah sebuah pementasan drama “Semarak Perpaduan” yang begitu bertenaga sekali. Kata majmuk mantap 4 Murid-murid yang ingin menyertai pertandingan nyanyian sempena Hari Malaysia bolehlah menghantar borang penyertaan yang lengkap kepada urus setia pertandingan. Kata majmuk bebas 5 Antara syarat pertandingan Larian Perpaduan ialah peserta mestilah warganegara Malaysia dan telah mencapai umur 12 tahun serta mempunyai tubuh badan yang sihat. Kata majmuk mantap 6 Sebagai Setiausaha Kelab Kebudayaan, Alexandra menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik. Kata majmuk mantap 7 Puan Junita menyediakan alat tulis dan kertas sebak kepada setiap kumpulan sebelum menjalankan aktiviti Permainan Bahasa sempena Bulan Kemerdekaan. Kata majmuk bebas 8 Majlis pelancaran Program Rumah Terbuka Perpaduan itu telah diadakan di Dewan Balai Raya Taman Bukit Cahaya secara besar-besaran. Kata majmuk bebas 9 Muthusamy merupakan ayam tambatan bagi pasukan bola sepak sekolahnya. Oleh itu, tidak hairanlah dia dipilih sebagai salah seorang wakil yang akan menyertai Pertandingan Bola Sepak Peringkat Daerah Johor Bahru sempena Hari Malaysia. Kata majmuk kiasan 10 Semua murid ringan tulang membantu guru dalam membuat persiapan bagi menjayakan program Gema Perpaduan yang bakal berlangsung pada minggu depan. Kata majmuk kiasan Tema 4 Perpaduan Unit 12 Semarak Perpaduan Halaman Buku Teks 87-92 Aspek Tatabahasa SP 5.2.2 SP 5.2.2 Memahami dan menggunakan pelbagai kata majmuk mengikut konteks. Video Tuto rial 34 35 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 34 Unit 12 Halaman Buku Teks: 87 – 92 Semarak Perpaduan Aspek: Tatabahasa Tema 4 : Perpaduan Lembaran PBD BM TH6.indb 34 8/30/2023 7:56:40 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Baca dan fahami petikan di bawah, kemudian lengkapkan dialog yang diberikan. Samping Ikatan Kembung Tema 5 Unit 13 Halaman Buku Teks 98-102 Kemahiran Membaca SP 1.3.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dan dibaca dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya dan ekspresi yang sesuai. Maksud Kata “kembung” berasal daripada kesan menggembung saat memakai ikatan ini. Mempelai lelaki yang mengenakan baju kahwin songket atau baju Melayu songket dalam busana pilihannya pasti akan gemar memilih lilitan kembung kerana kesempurnaan sentuhan akhir yang ada pada bentuknya akan menambahkan lagi seri mereka. Cara pemakaian samping 1 Kain samping perlu dilembarkan terlebih dahulu pada badan. 2 Tarik kain samping sama ada ke bahagian tengah atau tepi badan mengikut kesesuaian pemakai. 3 Bentukkan ikatan atau simpulan corak bunga di bahagian tersebut agar tersemat elok di pinggang. 4 Rapikan bahagian ikatan berkenaan dengan bengkung tetapi boleh juga dirapikan secara manual dengan memastikannya kemas dan sekata. (Dipetik dan diubah suai daripada https://songketrepublik.com/blogs/ blog/5-tips-cara-pakai-songket-lelaki) Ryan : Bolehkah kamu mengajar saya cara pemakaian samping yang betul? Hadi : Boleh sahaja, Ryan. Terdapat pelbagai jenis ikatan kain samping sebenarnya. Saya akan mengajar kamu cara pemakaian samping ikatan kembung . Ryan : Baiklah, Hadi. Saya sudah pun bersedia dengan pen dan buku nota untuk mencatat satu demi satu langkah pemakaiannya. Hadi : Pertama sekali, kamu perlu melembarkan kain samping terlebih dahulu pada badan . Kemudian, tarik kain samping sama ada ke bahagian tengah atau tepi badan mengikut kesesuaian. Selepas itu, bentukkan ikatan atau simpulan corak bunga di bahagian leher tersebut agar tersemat elok di pinggang . Akhir sekali, rapikan bahagian ikatan berkenaan dengan bengkung . Ryan : Sekejap, Hadi. Saya tidak punya bengkungnya sekarang. Ryan : Saya akan cuba memakai samping ini mengikut cara pemakaian yang telah kamu terangkan. Terima kasih, Hadi. Hadi : Sama-sama, Ryan. 35 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 34 Lembaran Kerja 35 Unit 13 Halaman Buku Teks: 98 – 102 Warisan Budaya Kekal Terpelihara Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Tema 5 : Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika Lembaran PBD BM TH6.indb 35 8/30/2023 7:56:40 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Baca maklumat di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia telah menganjurkan Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2021. Buat julung-julung kalinya, acara yang mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri Kelantan itu berlangsung secara dalam talian, iaitu menerusi rakaman video dan secara langsung dipaparkan di laman Facebook JKKN TV. Mengetengahkan tema, “Maghi Pakat Kelih Blako”, FKRK 2021 bertujuan untuk mempromosikan pelbagai aktiviti kesenian, budaya, adat, makanan dan cara hidup masyarakat negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Menerusi festival ini, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan kekayaan dan keunikan seni budaya masyarakat Kelantan secara dalam talian menerusi JKKN TV selama sehari. Penganjuran acara sebegini juga dapat membuka peluang kepada penggiat industri untuk mengetengahkan produk seni dan budaya mereka kepada masyarakat luar. (Dipetik dan diubah suai daripada www.kosmo.com.my, 22 Julai 2021) 1 Apakah tema penganjuran Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2021? [Apa] Tema penganjuran Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2021 ialah “Maghi Pakat Kelih Blako”. 2 Bagaimanakah penganjuran Festival Kesenian Rakyat Kelate ini dijalankan? [Bagaimana] Penganjuran Festival Kesenian Rakyat Kelate ini dijalankan secara dalam talian, iaitu melalui rakaman video dan secara langsung menerusi laman Facebook JKKN TV. 3 Mengapakah Festival Kesenian Rakyat Kelate 2021 ini diadakan? [Mengapa] Festival Kesenian Rakyat Kelate 2021 ini diadakan untuk mempromosikan pelbagai aktiviti kesenian, budaya, adat, makanan dan cara hidup masyarakat negeri Cik Siti Wan Kembang. 4 Pada pendapat kamu, mengapakah kesenian tradisi rakyat Kelantan perlu dipertahankan? KBAT [Mengapa] Pada pendapat saya, kesenian tradisi rakyat Kelantan perlu dipertahankan supaya tradisi ini tidak luput ditelan zaman dan dapat diteruskan oleh generasi akan datang. Tema 5 Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika Unit 13 Warisan Budaya Kekal Terpelihara Halaman Buku Teks 98-102 Kemahiran Menulis SP 3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif. 36 37 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 36 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 13 Halaman Buku Teks: 98 – 102 Warisan Budaya Kekal Terpelihara Kemahiran: Menulis Tema 5 : Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika [S1] [S3] [S2] Lembaran PBD BM Thn 6 Text -2024 LLH.indd 36 9/26/2023 11:03:36 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai. Permainan catur yang dimainkan pada zaman moden ini sebenarnya berasal dari India dan dikenali sebagai chaturanga. Apabila orang-orang Arab menakluki Parsi, catur telah diambil oleh dunia Islam dan kemudiannya, merebak ke Eropah Selatan. 1 Pemainan wau atau layang-layang ialah permainan tradisional yang sangat popular di negeri-negeri Pantai Timur, Malaysia. Permainan ini sering dimainkan sebagai tujuan hiburan kepada berbagai-bagai peringkat umur. 2 Pemainan go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang pemain. Permainan ini terkenal dengan strategi-strategi yang kompleks tetapi mempunyai peraturan-peraturan permainan yang mudah. Permainan ini menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih. 3 negeri-negeri berbagai-bagai orang-orang peraturan-peraturan strategi-strategi biji-biji Tema 5 Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika Unit 13 Warisan Budaya Kekal Terpelihara Halaman Buku Teks 98-102 Aspek Tatabahasa SP 5.2.3 Memahami dan menggunakan pelbagai jenis kata ganda mengikut konteks. Kuiz 37 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 36 Lembaran Kerja 37 Unit 13 Halaman Buku Teks: 98 – 102 Warisan Budaya Kekal Terpelihara Aspek: Tatabahasa Tema 5 : Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika Lembaran PBD BM TH6.indb 37 8/30/2023 7:56:41 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Baca petikan di bawah. Kemudian, lengkapkan jadual tentang ciri-ciri sape. Sape merupakan sejenis alat muzik yang paling popular daripada kaum Kayan dan kaum Kenyah di Sarawak. Alat muzik ini diperbuat daripada kayu lembut yang berbentuk segi empat bujur memanjang seperti perahu. Bahagian muka sape rata sahaja dan diukir dengan ukiran yang bermotifkan Orang Ulu di Sarawak serta diwarnakan dengan warna merah dan hitam. Sementara itu, bahagian belakang sape ditebuk sebagai kotak bunyi atau gema. Pada asalnya, sape hanya dimainkan dalam upacara ritual di rumah panjang. Namun, setelah mengalami perubahan masa, alat muzik ini telah berubah menjadi alat hiburan atau mengiringi tarian tradisional etnik di Sarawak seperti tarian Ngajat dan tarian Datun Julud. Sape dicipta dengan pelbagai saiz dan mempunyai tali yang berbeza-beza sama ada bertali dua, tiga atau empat. Pada zaman dahulu, tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut halus atau tali yang dipintal daripada kulit batang sagu. Kini, tali-tali sape telah digantikan dengan dawai halus kerana lebih mudah diperoleh dan bunyinya lebih mantap. Sape dimainkan dengan cara memetik sape menggunakan jari sambil meribanya. Alunan melodi yang dihasilkan oleh sape ini lebih tenang dan mengasyikkan. Gubahan muzik oleh sape kini divariasikan mengikut acara tertentu seperti majlis perkahwinan, pesta menuai atau upacara-upacara yang lain. Kini, penggemarpenggemar sape terutamanya generasi muda boleh mendapatkan alat muzik ini dalam bentuk sape elektrik. SP 3.2.3 Ciri-ciri Keterangan 1 Buatan 2 Ukiran 3 Warna 4 Bentuk 5 Bilangan tali 6 Cara dimainkan 7 Waktu dimainkan Kayu lembut berbentuk segi empat bujur memanjang Bermotifkan Orang Ulu Merah dan hitam Segi empat bujur memanjang Dua, tiga atau empat Memetik sape menggunakan jari sambil meribanya Majlis perkahwinan, pesta menuai dan upacara lain SP 3.2.3 Mencatat maklumat dan menjana idea berdasarkan bahan. 38 39 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 38 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 14 Halaman Buku Teks: 103 – 108 Persada Seni Lambang Jati Diri Kemahiran: Menulis Tema 5 : Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika [S1][S4] [S2] [S3] [S5] [S6] [S7] Lembaran PBD BM TH6.indb 38 8/30/2023 7:56:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


oraSeni Warisan Tekstil Berhias Emas Telepuk ialah nama lain yang digunakan untuk bunga teratai, namun kain telepuk mungkin agak asing bagi kebanyakan daripada kita, terutamanya generasi muda. Kain telepuk merupakan kain yang terhasil daripada teknik menghias kain menggunakan kertas emas. Teknik hiasan kertas emas ini bukan sahaja digunakan di alam Melayu, malah merupakan salah satu teknik yang digunakan untuk menghias pakaian golongan atasan di wilayah-wilayah Asia yang lain seperti Jepun, Korea dan China. Di Indonesia dan Malaysia, teknik yang digunakan mungkin terdapat sedikit perbezaan. Di Indonesia, kain berhias emas ini dipanggil kain perada, iaitu merujuk serbuk perada atau air emas yang digunakan untuk melukis corak-corak yang diinginkan oleh pembuat kain. Di Malaysia pula, kain telepuk menggunakan teknik mengecap. Beberapa persiapan dan bahan-bahan asas diperlukan bagi menghasilkan kain telepuk. Dua jenis kain yang sering menjadi pilihan dalam menghasilkan kain telepuk ialah kain kapas dan kain sutera. Kain kapas sering digunakan bagi pakaian lelaki kerana Islam melarang golongan lelaki memakai sutera. Susunan-susunan di atas kain diadaptasikan daripada corak dan susunan hiasan kain songket seperti bahagian badan, kaki dan kepala kain. Corak telepuk boleh digunakan pada pakaian-pakaian lelaki seperti destar, baju, seluar dan kain samping, manakala bagi wanita, corak telepuk boleh digunakan pada kain tudung atau selendang, baju dan kain. Namun begitu, penggunaan kain telepuk amat jarang ditemui pada hari ini. Hal ini disebabkan oleh faktor penghasilannya yang agak rumit dan menyebabkan pengeluarannya menjadi terhad. Lengkapkan petikan di bawah dengan kata ganda yang sesuai. pakaianpakaian corakcorak wilayahwilayah bahanbahan susunansusunan SP 5.2.3 Memahami dan menggunakan pelbagai jenis kata ganda mengikut konteks. 39 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 38 Lembaran Kerja 39 Unit 14 Halaman Buku Teks: 103 – 108 Persada Seni Lambang Jati Diri Aspek: Tatabahasa Tema 5 : Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika Lembaran PBD BM TH6.indb 39 8/30/2023 7:56:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Baca petikan di bawah. Kemudian, cari makna bagi perkataan yang dicetak tebal. KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini melancarkan Program Cita Rasa Malaysia di Bumi Kenyalang yang diadakan di Vivacity Megamall, Kuching. Program ini merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu syarikat-syarikat dan para usahawan tempatan dalam memasarkan produk mereka. Program ini juga berkesan bagi mewujudkan lebih banyak permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan keluaran tempatan. Program ini menyeru para pengguna di negara ini supaya mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia. Hal ini seterusnya dapat merancakkan kembali sektor peruncitan dan mengembalikan permintaan pasaran dalam negara. Program Cita Rasa Malaysia di Bumi Kenyalang merupakan subprogram Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang diadakan di seluruh negara sepanjang tahun ini. Kempen untuk merancakkan ekonomi domestik perlu dipergiat kerana cabaran globalisasi perniagaan kini banyak menyumbang kepada pembelian barangan dari luar negara. Justeru, langkah kerajaan untuk memperkasakan perbelanjaan dalam negara menerusi inisiatif seperti KBBM dan Kempen Jualan Malaysia adalah tepat. (Dipetik dan diubah suai daripada www.dayakdaily.com, 4 Julai 2020) Tema 5 Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika Unit 15 Halaman Buku Teks 109-113 Kemahiran SP 2.1.2 SP 2.1.2 Membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat. Perkataan Makna Perkataan 1 inisiatif daya usaha 2 usahawan orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan 3 produk sesuatu barang yang dikeluarkan oleh kilang 4 peruncitan pembelian dan penjualan barangan secara sedikit-sedikit 5 pasaran kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan 6 domestik berkenaan hal atau urusan dalam negeri 7 globalisasi proses yang membolehkan sesuatu aktiviti ekonomi diperluas ke peringkat antarabangsa 8 perbelanjaan perihal berbelanja 40 41 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 40 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 15 Halaman Buku Teks: 109 – 113 Estetika Cita Rasa Malaysia Kemahiran: Membaca Tema 5 : Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika Lembaran PBD BM TH6.indb 40 8/30/2023 7:56:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SAYANG KINABALU Nyanyikan lirik lagu mengikut iramanya. Kemudian, tulis teks yang diimlakkan dengan betul. Tema 5 Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika Unit 15 Estetika Cita Rasa Malaysia Halaman Buku Teks 109-113 Kemahiran Menulis Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu Tinggi lagi sayang sama kamu Biru-biru hujung Kinabalu Tengok dari jauh hati saya rindu Kinabalu dekat di Kundasang Banyak sayur boleh pilih-pilih Apa guna pergi luar negeri Naik Kinabalu hati saya rindu Sumandak-sumandak pun ramai menunggu Menari-nari lenggang Sumayau Sekali melihat melepak kulitnya Sayang, jatuh cinta Sayang-sayang, sayang Kinabalu Kaamatan pesta bulan lima Sayang-sayang, kita pergi tamu Jalan Tamparuli hati saya rindu Kinabalu dekat di Kundasang Banyak sayur boleh pilih-pilih Apa guna pergi luar negeri Naik Kinabalu hati saya rindu Sumandak-sumandak pun ramai menunggu Menari-nari lenggang Sumayau Sekali melihat melepak kulitnya Sayang, jatuh cinta Sayang-sayang, sayang Kinabalu Kaamatan pesta bulan lima Sayang-sayang, kita pergi tamu Jalan Tamparuli hati saya rindu Sayang-sayang, kita pergi tamu Jalan Tamparuli hati saya rindu. SP 3.2.4 Menulis teks prosa dan teks puisi yang diimlakkan. Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu Tinggi lagi sayang sama kamu Biru-biru hujung Kinabalu Tengok dari jauh hati saya rindu Kinabalu dekat di Kundasang Banyak sayur boleh pilih-pilih Apa guna pergi luar negeri Naik Kinabalu hati saya rindu Sumandak-sumandak pun ramai menunggu Menari-nari lenggang Sumayau Sekali melihat melepak kulitnya Sayang, jatuh cinta Sayang-sayang, sayang Kinabalu Kaamatan pesta bulan lima Sayang-sayang, kita pergi tamu Jalan Tamparuli hati saya rindu 40 41 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 41 Unit 15 Halaman Buku Teks: 109 – 113 Estetika Cita Rasa Malaysia Kemahiran: Menulis Tema 5 : Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika Lembaran PBD BM TH6.indb 41 8/30/2023 7:56:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Baca petikan di bawah. Kemudian, lengkapkan rajah yang diberikan. Kini, terdapat banyak lokasi yang menyediakan kemudahan Wi-Fi. Lokasi-lokasi ini dikenali sebagai Wi-Fi Hotspot, iaitu kawasan khas yang membolehkan pengguna mengakses Internet. Teknologi Wi-Fi ini mudah dicapai jika pengguna menggunakan komputer riba atau telefon pintar yang mempunyai aplikasi Wi-Fi. Teknologi Wi-Fi semakin canggih dan laju. Para pengguna dapat melayari Internet di kebanyakan tempat awam seperti di kafe, di restoran, di stesen pengangkutan awam, di pusat sumber dan di tempat-tempat lain yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi. Penyediaan perkhidmatan Wi-Fi dapat menarik minat pengguna atau pelanggan. Selain itu, di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta pula, kemudahan Wi-Fi yang disediakan membolehkan para pekerja bekerja dengan lebih efisien dan produktif. Mereka dapat melayari Internet dengan mudah untuk mencari maklumat berkaitan dengan tugasan harian. Teknologi Wi-Fi menyediakan rangkaian jalur lebar yang lebih luas. Justeru, para pekerja mampu melakukan pemindahan data-data penting dengan pantas. Wabak COVID-19 yang melanda menyebabkan ramai pekerja perlu bekerja dari rumah. Hal ini memerlukan Internet untuk berhubung dengan majikan. Teknologi Wi-Fi membantu pekerja dari rumah membuat kerja dengan lebih berkesan dan mudah. Kelebihan Wi-Fi Pengguna dapat melayari Internet di kebanyakan tempat awam yang menyediakan kemudahan Wi-Fi. 1 Pengguna dapat mencari pelbagai info berkaitan dengan tugasan harian. 3 Membolehkan para pekerja bekerja dengan lebih efisien dan produktif. 2 Pengguna dapat melakukan pemindahan data-data penting dengan pantas. 4 Tema 6 Unit 16 Halaman Buku Teks 120-126 Kemahiran Membaca SP 3.2.3 Mencatat maklumat dan menjana idea berdasarkan bahan. 42 43 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 42 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 16 Halaman Buku Teks: 120 – 126 Indahnya Sains Kemahiran: Menulis Tema 6 : Sains, Teknologi, dan Inovasi [1] [2] [3] [4] Lembaran PBD BM TH6.indb 42 8/30/2023 7:56:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Bina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat berdasarkan maklumat dalam poster. Ayat Tunggal Murid-murid menyertai pertandingan. 1 Ayat tunggal dengan peluasan subjek Murid-murid Tahap 2 menyertai pertandingan. 2 Ayat tunggal dengan peluasan predikat Murid-murid menyertai pertandingan cerita pendek. 3 Ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat Murid-murid Tahap 2 menyertai pertandingan cerita pendek Sains Fiksyen bertemakan Sains Forensik. Ayat Tunggal Karya berpeluang diterbitkan. 1 Ayat tunggal dengan peluasan subjek Karya yang terpilih berpeluang diterbitkan. 2 Ayat tunggal dengan peluasan predikat Karya berpeluang diterbitkan oleh Penerbit Ilmu Bakti. 3 Ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat Karya yang terpilih berpeluang diterbitkan oleh Penerbit Ilmu Bakti. SP 5.3.1 Memahami dan membina ayat tunggal, dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat mengikut konteks. 42 43 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 43 Unit 16 Halaman Buku Teks: 120 – 126 Indahnya Sains Aspek: Tatabahasa Tema 6 : Sains, Teknologi, dan Inovasi Lembaran PBD BM TH6.indb 43 8/30/2023 7:56:44 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Lengkapkan perbualan berdasarkan petikan yang dibaca. Kemudian, lakonkan. Ammar : Selamat pagi, Kamal. Apakah yang sedang kamu lakukan? Kamal : Selamat pagi, Ammar. Saya sedang membaca maklumat tentang teknologi terkini, iaitu Robot Berkebun . Ammar : Wah, hebatnya perkembangan teknologi kini! Kamal : Perkembangan teknologi membolehkan manusia mencipta robot pintar yang boleh dikawal secara jauh dan boleh melakukan sesuatu tugasan dalam industri pertanian . Ammar : Apakah nama robot yang dibangunkan oleh pasukan penyelidik Institut Arkeologi Lestari, Universiti Malaysia Perlis? Kamal : Robot berkenaan dikenali sebagai Agriculture Sprayer INSAT-1. . Ammar : Bagaimanakah robot ini berfungsi? Kamal : Robot ini berfungsi dengan dikawal menggunakan alat kawalan jauh dengan jarak maksimum sehingga 500 meter . Selain itu, robot ini juga mempunyai sistem pengecas automatik yang dipacu dengan enjin petrol . Ammar : Wah, hebat sungguh ciptaan penyelidik negara kita! Robot Berkebun Perkembangan teknologi sememangnya membantu kehidupan harian manusia daripada segmen industri sehingga kehidupan harian. Kemajuan teknologi hari ini membolehkan manusia mencipta robot pintar yang boleh dikawal secara jauh dan boleh melakukan sesuatu tugasan dalam industri pertanian. Sebagai langkah mula, sepasukan penyelidik Institut Agroteknologi Lestari (INSAT) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil inisiatif untuk mencipta robot sekali gus membantu tugasan harian petani. Robot berkenaan yang dikenali sebagai Agriculture Sprayer INSAT-1 direka khusus untuk membantu petani serta meningkatkan kecekapan dalam industri pertanian. Robot berkenaan boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh dengan jarak maksimum sehingga 500 meter sesuai dengan praktikal kerja di ladang. Robot ini juga mempunyai sistem pengecas bateri secara automatik yang dipacu dengan enjin petrol. (Dipetik dan diubah suai daripada hmetro.com.my, 15 Mac 2021) Tema 6 Sains, Teknologi, dan Inovasi Unit 17 Halaman Buku Teks 127-132 Kemahiran SP 1.2.1 SP 1.2.1 Bertutur untuk membuat rumusan dan ramalan tentang sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks. 44 45 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 44 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 17 Halaman Buku Teks: 127 – 132 Teknologi Membantu Kita Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Tema 6 : Sains, Teknologi, dan Inovasi Lembaran PBD BM TH6.indb 44 8/30/2023 7:56:44 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Baca petikan dan lengkapkan jadual yang diberikan. Kemudian, buat ramalan. Inovasi Pelitup Muka Dua orang murid Sekolah Kebangsaan Kirokot, Ranau, Sabah, Areha Heavenea Azri, 11, dan Jetty Lorrend, 12, bersama dengan guru pembimbing, Hallsen Justin, 33, mengambil inisiatif menghasilkan produk inovasi Pelitup Muka 2.0 yang berkonsepkan kitar semula menggunakan botol plastik bagi menggantikan pelitup muka sedia ada. Menurut Hallsen, penggunaan bahan kitar semula untuk menghasilkan Pelitup Muka 2.0 itu bukan sahaja murah, malah lebih menjimatkan kerana boleh digunakan secara berulang kali. Kos penghasilannya juga sangat rendah kerana bahan utamanya ialah botol air plastik, kain perca dan span. Justeru itu, jumlah penggunaan pelitup muka terutama pakai buang dapat dikurangkan jika orang ramai bersama-sama menghasilkan dan menggunakan Pelitup Muka 2.0. Produk inovasi ciptaan ini juga melepasi beberapa ujian dan diiktiraf oleh Sirim Berhad serta mencapai standard antarabangsa. Bukan itu sahaja, Pelitup Muka 2.0 turut memenangi pelbagai anugerah di dalam dan di luar negara seperti di Sabah, di Indonesia, di Turkey dan di Afrika Selatan. Kemenangan ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan Sabah kepada negara luar selain dapat memberikan motivasi kepada rakan lain untuk tidak berasa rendah diri bersaing dengan pelajar luar negara. (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.hmetro.com.my/ akademia/2022/01/803278/inovasi-dua-murid) Robotsendirsehari[Imenjaladi rumahpakaianuntuk be[Irobot unmilimetedalam b[Iyang seperindusdan tepaKedan bpelbagTema 6 Sains, Teknologi, dan Inovasi Unit 17 Teknologi Membantu Kita Halaman Buku Teks 127-132 Kemahiran Menulis SP 3.3.1 SP 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera untuk membuat ramalan. Ciri-ciri Pelitup Muka 2.0 Kesan 1 Berkonsepkan bahan kitar semula Mengurangkan pencemaran alam sekitar 2 Dihasilkan daripada bahan yang berkos rendah Pelitup muka pakai buang dapat dikurangkan 3 Diiktiraf dan mencapai standard antarabangsa Selamat dan diyakini untuk digunakan Pada ramalan saya, Pelitup Muka 2.0 berpotensi untuk digunakan secara meluas di Malaysia sekiranya terdapat pelbagai promosi di semua media massa yang berterusan dilakukan oleh semua pihak. Selain itu, guru-guru perlu diberikan kursus dan modul untuk mengajar murid-murid untuk menghasilkan Pelitup Muka 2.0 tersebut di sekolah masing-masing. Penganjuran pertandingan dengan hadiah lumayan bagi sekolah yang paling banyak menghasilkan Pelitup Muka 2.0 di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan akan menarik lebih banyak sekolah lain di seluruh Malaysia untuk turut serta. Oleh itu, penghasilan dan penggunaan Pelitup Muka 2.0 ini akan beransur-ansur tersebar dalam kalangan masyarakat . 44 45 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 45 Unit 17 Halaman Buku Teks: 127 – 132 Teknologi Membantu Kita Kemahiran: Membaca Tema 6 : Sains, Teknologi, dan Inovasi Lembaran PBD BM TH6.indb 45 8/30/2023 7:56:44 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tulis karangan yang bertajuk, “Peranan Robot dalam Industri Makanan dan Perkhidmatan” secara kohesi dan koheren. Isi-isi Penting 1 pengusaha premis perniagaan menggunakan robot sebagai pelayan restoran 2 pemilik restoran menjana lebih banyak keuntungan dari sudut penggajian pekerja 3 robot boleh bekerja pada setiap hari tanpa berhenti walau sesaat 4 robot tidak akan melakukan sebarang kesilapan kerana telah diprogramkan ,g,Halaman Buku Teks 133-138 Kemahiran Membaca SP 2.3.2 Robot ialah alat ciptaan manusia yang sentiasa mematuhi arahan manusia tanpa mempunyai kepentingan peribadi. Penciptaan mereka oleh manusia adalah untuk membantu kerja-kerja seharian manusia. Banyak negara maju di dunia seperti Amerika Syarikat, Jerman, Korea dan Jepun menggunakan robot dalam pelbagai bidang. Salah satu bidang yang memerlukan robot ialah industri makanan dan perkhidmatan. Dalam dunia yang semakin canggih dan moden, ramai pengusaha premis perniagaan telah mula menggunakan robot sebagai pelayan restoran. Hal ini dikatakan demikian kerana sejak kebelakangan ini, mereka sukar untuk mendapatkan tenaga kerja tempatan atau asing bagi menguruskan operasi harian restoran, kedai makan dan kafe. Selain itu, pemilik restoran akan menjanakan lebih banyak keuntungan terutamanya dari sudut penggajian pekerja. Majikan tidak perlu membayar gaji pekerja, malah mereka juga tidak perlu membayar KWSP serta Socso atau bonus tahunan kepada robot. Oleh itu, lebihan peruntukan yang masih ada boleh digunakan untuk meningkatkan mutu makanan dan kualiti prasarana untuk memikat selera para pelanggan. Tambahan lagi, robot boleh bekerja setiap hari termasuk hujung minggu apabila diperlukan kerana mereka tidak mempunyai sebarang komitmen keluarga. Robot mampu bekerja setiap masa tanpa henti walau sesaat, malah menepati waktu. Para pengusaha tidak mengalami masalah pekerja harian tidak cukup disebabkan ramai yang pergi bercuti atau cuti sakit sepanjang operasi perniagaan sedang berjalan. Akhir sekali, robot tidak akan melakukan sebarang kesilapan kerana telah diprogramkan oleh manusia mengikut tugas dan waktu yang telah ditentukan. Robot dapat bertugas dengan cepat dan tepat. Hal ini dikatakan demikian kerana robot tidak bergantung pada faktor emosi dan stamina sama sekali untuk bekerja dengan produktif mengikut kadar permintaan majikan yang semakin meningkat. Kesimpulannya, penggunaan robot dalam industri makanan dan perkhidmatan banyak memudahkan urusan manusia dan membantu pengusaha melakukan pelbagai jenis kerja dengan kebolehpercayaan dan kecekapan yang tinggi. SP 3.3.1 Menghasilkan penulisan berformat, dan tidak berformat secara koheren dan kohesi. 46 47 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 46 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 17 Halaman Buku Teks: 127 – 132 Teknologi Membantu Kita Kemahiran: Menulis Tema 6 : Sains, Teknologi, dan Inovasi Lembaran PBD BM TH6.indb 46 8/30/2023 7:56:44 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Bertutur untuk membuat ramalan secara bertatasusila mengikut konteks. SP 5.3.1 SP 1.2.1 Bertutur untuk membuat rumusan dan ramalan tentang sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks. Alat Pengukur Saiz Kaki Lima murid Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Changlun Kedah meraih pingat perak dalam World Invention Creativiti Olympic (WICO) di Seoul, Korea Selatan. Kemenangan mereka diraih menerusi inovasi NIKU Foot Measuring Device atau alat pengukur saiz kaki secara automatik. Pertandingan yang dianjurkan oleh Korea Universiti Invention Association (KUIA) itu telah berlangsung pada 21 hingga 23 Ogos 2020 di Seoul, Korea Selatan. Secara automatik saiz sebenar kasut pengguna akan keluar di paparan skrin apabila pengguna meletakkan kaki di atas alat. Membolehkan pengguna mengukur saiz kasut mengikut saiz United Kingdom, Jepun dan Eropah. Semua murid yang terbabit dalam pertandingan berusia 12 tahun. Memudahkan pengguna lelaki ataupun perempuan memilih kasut yang selesa dipakai dalam masa kurang dari tiga saat. Mengharumkan nama Malaysia dan negeri Kedah di peringkat antarabangsa. NIKU Foot Measuring Device (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/726413/pelajarsekolah-rendah-changlun-menang-inovasi-kreatif-di-seou) Akhbar: Belum tamat lagi sesi persekolahan kita tetapi kasut saya sudah koyak pada bahagian kekuranya. Kasut sekolah ini jugalah yang saya gunakan untuk bermain bola sepak pada waktu petang. Riduan : Mungkin kamu boleh fikirkan satu inovasi baharu kasut yang membolehkan murid menggunakan kasut yang sama untuk ke sekolah dan ke padang bola. Akhbar: Idea kamu memang menarik. Lagipun, lima orang rakan sebaya kita dari Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara telah meraih pingat perak dalam World Invention Creativity Olympic (WICO) di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini. Kemenangan mereka diraih menerusi inovasi NIKU Foot Foot Measuring Device atau alat pengukur saiz kaki secara automatik . Riduan : Wah, hebatnya! Dapatkah kamu ramalkan, apakah yang akan berlaku apabila inovasi mereka digunakan secara meluas suatu masa nanti? Akhbar: Saya ramalkan NIKU Foot Foot Measuring Device atau alat pengukur saiz kaki secara automatik akan digunakan secara meluas di semua kedai kasut kerana alat tersebut membolehkan pengguna mengukur saiz kasut mengikut saiz United Kingdom, Jepun dan Eropah. Selain itu, secara automatik saiz sebenar kasut pengguna akan keluar di paparan skrin apabila pengguna meletakkan kaki di atas alat tersebut . 47 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 46 Lembaran Kerja 47 Unit 18 Halaman Buku Teks: 133 – 138 Inovasi Kreatif Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Tema 6 : Sains, Teknologi, dan Inovasi Lembaran PBD BM TH6.indb 47 8/30/2023 7:56:44 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tema 6 Sains, Teknologi, dan Inovasi Unit 18 Inovasi Kreatif Halaman Buku Teks 133-138 Aspek Tatabahasa Garis kesalahan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan yang terdapat dalam petikan. Kemudian, salin semula petikan tersebut. KUANTAN – Murid tahun lima sekolah kebangsaan perempuan methodist, kuantan, Maryam Muzamir mengharumkan nama negara selepas meraih tiga pingat emas dalam Pertandingan Ciptaan, Inovasi Antarabangsa Keenam di Toronto, Kanada bulan lalu. Maryam beroleh kejayaan itu selepas mencipta inovasi makanan heiwan daripada kulit udan dan siput cedut yang dinamakan YAM 2.0. Murid berumur 11 tahun itu terkejut apabila memaklumkan meraih tiga pingat emas hasil inovasi berkenaan. Sementara itu, bapa Maryam, Prof. Madya Dr. Muzamir Hasan berkata, kejayaan Maryam sukar dijangkakan kerana turut disertakan oleh peserta pelbagai peringkat umur dari 70 negara. Bagaimanapun? beliau tetap menghantar penyertaan kerana yakin dengan inovasi yang dihasilkan oleh anak sulongnya itu. (Dipetik dan diubah suai daripada www.bharian.com.my/ 25 September 2021) KUANTAN – Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Kuantan, Maryam Muzamir mengharumkan nama negara selepas meraih tiga pingat emas dalam Pertandingan Ciptaan, Inovasi Antarabangsa Keenam di Toronto, Kanada bulan lalu. Maryam beroleh kejayaan itu selepas mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut yang dinamakan YAM 2.0. Murid berumur 11 tahun itu terkejut apabila dimaklumkan meraih tiga pingat emas hasil inovasi berkenaan. Sementara itu, bapa Maryam, Prof. Madya Dr. Muzamir Hasan berkata, kejayaan Maryam sukar dijangkakan kerana turut disertai oleh peserta pelbagai peringkat umur dari 70 negara. Bagaimanapun, beliau tetap menghantar penyertaan kerana yakin dengan inovasi yang dihasilkan oleh anak sulungnya itu. SP 3.3.2 SP 3.3.2 Mengedit dan memurnikan teks. 48 49 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 48 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 18 Halaman Buku Teks: 133 – 138 Inovasi Kreatif Kemahiran: Menulis Tema 6 : Sains, Teknologi, dan Inovasi Lembaran PBD BM TH6.indb 48 8/30/2023 7:56:44 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version