The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2023-11-15 20:35:58

Lembaran PBD BM Thn 6

WM: RM6.50/ EM: RM6.90

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Aiman mengayuh basikal tua peninggalan ayahnya menuju ke kebun kelapa sawit di hujung kampung. Kebun peninggalan ayahnya itulah yang menyara kehidupan mereka empat beradik. Sebagai anak sulung, Aiman tidak pernah mengeluh pahit getir kehidupan mereka. Kehidupan mereka agak susah bak kata pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rutin kehidupan Aiman bermula selepas dia selesai solat subuh. Dia bersyukur kerana sejak belakangan ini, pendapatannya agak lumayan. Hal ini disebabkan harga kelapa sawit sangat tinggi. Pada waktu petang, Aiman akan mengusahakan kebun sayur-sayuran di belakang rumahnya untuk menambah pendapatan. Dia akan menjual hasil tanamannya itu di pasar malam. Berkat kerajinan dan jimat cermatnya, Aiman berjaya mengumpul wang dan membeli tanah yang luas untuk dijadikan ladang kelapa sawit dan kebun sayur-sayurannya. Semakin hari, pendapatan Aiman semakin tinggi. Dia membina dua buah kilang memproses kelapa sawit. Aiman juga memiliki 100 orang pekerja untuk membantunya mengurus ladang. Walaupun telah hidup selesa, Aiman tidak lupa akan asal usulnya. Aiman tidak melupakan golongan yang tidak bernasib baik dengan menghulurkan bantuan kewangan dan pekerjaan. Aiman sangat bersyukur atas rezeki yang diperolehnya itu. 1 Pendapatan Aiman sebagai pekebun kelapa sawit agak lumayan kerana harga kelapa sawit sangat tinggi . 2 Aiman berjaya membuka ladang kelapa sawit dan kebun sayur-sayuran kerana sikap kerajinan dan jimat cermat . 3 Bagaimanakah cara Aiman membantu golongan yang kurang bernasib baik? Cara Aiman membantu golongan yang kurang bernasib baik adalah dengan memberikan bantuan kewangan dan pekerjaan. 4 Tandakan () pada pernyataan yang betul dan tandakan () pada pernyataan yang salah. (a) Aiman memiliki 150 orang pekerja untuk mengurus ladangnya. (b) Aiman mengusahakan kebun sayur-sayuran pada waktu pagi. (c) Aiman menanam kelapa sawit di tanah milik orang kampung. (d) Aiman tidak lupa akan asal usulnya walaupun telah berjaya. Tema 7 Unit 19 Halaman Buku Teks 144-150 Kemahiran Membaca SP 2.1.1 SP 2.1.1 Membaca, memahami, dan mentafsir bahan sastera dan bahan bukan sastera. 48 49 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 49 Unit 19 Halaman Buku Teks: 144 – 150 Penternakan Janakan Pendapatan Kemahiran: Membaca Tema 7 : Pertanian dan Penternakan [S1] [S2] [S4(d)] [S3] Lembaran PBD BM TH6.indb 49 8/30/2023 7:56:45 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Garis kesalahan ejaan, tanda baca, imbuhan, penggunaan perkataan dan struktur ayat yang terdapat dalam petikan. Kemudian, salin semula petikan tersebut. encik nasir ialah pengusaha ternakan lembu. Dia mempunyai beratus-ratus buah lembu di ladang ternakannya. Pada mulanya? Encik Nasir hanya menternak enam ekor lembu pedaging. Apabila jumlah lembunya telah melebihi 30 ekor, Encik Nasir berhenti kerja sebagai memandu teksi. Beliau menternak lembu sepenuhmasa. Encik Nasir membiarkan lembu-lembunya diragut rumput pada waktu petang. Di waktu malam, lembu-lembu itu diberikan makanan tambahan dan tempat berteduh. Lembu-lembu itu diberikan makanan seperti hampes kelapa sawit, batang pokok pisang dan kulit koko! Lembu-lembu Encik Nasir sihat-sihat dan gemuk-gemuk. Encik Nasir memperolehi hasil yang lumayan setelah lembu-lembu tersebut dijual untuk tujuan pembiakkan. Ada juga lembu-lembu yang disembelih untuk menjual dagingnya. Kini, pendapatan Encik Nasir melebihi RM300 ribu setahun. Encik Nasir menjadi lembu penternak yang berjaya sangat bangga. Encik Nasir ialah pengusaha ternakan lembu. Dia mempunyai beratus-ratus ekor lembu di ladang ternakannya. Pada mulanya, Encik Nasir hanya menternak enam ekor lembu pedaging. Apabila jumlah lembunya telah melebihi 30 ekor, Encik Nasir berhenti kerja sebagai pemandu teksi. Beliau menternak lembu sepenuh masa. Encik Nasir membiarkan lembu-lembunya meragut rumput pada waktu petang. Pada waktu malam, lembu-lembu itu diberikan makanan tambahan dan tempat berteduh. Lembu-lembu itu diberikan makanan seperti hampas kelapa sawit, batang pokok pisang dan kulit koko. Lembu-lembu Encik Nasir sihat-sihat dan gemuk-gemuk. Encik Nasir memperoleh hasil yang lumayan setelah lembu-lembu tersebut dijual untuk tujuan pembiakan. Ada juga lembu-lembu yang disembelih untuk dijual dagingnya. Kini, pendapatan Encik Nasir melebihi RM300 ribu setahun. Encik Nasir sangat bangga menjadi penternak lembu yang berjaya. Tema 7 Pertanian dan Penternakan Unit 19 Penternakan Janakan Pendapatan Halaman Buku Teks 144-150 Kemahiran Menulis SP 3.3.2 Mengedit dan memurnikan teks. SP 3.3.2 Mengedit dan memurnikan teks. 50 51 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 50 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 19 Halaman Buku Teks: 144 – 150 Penternakan Janakan Pendapatan Kemahiran: Menulis Tema 7 : Pertanian dan Penternakan Lembaran PBD BM TH6.indb 50 8/30/2023 7:56:45 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Bina ayat tanya atau ayat penyata berdasarkan gambar di bawah. Tema 7 Pertanian dan Penternakan Unit 19 Penternakan Janakan Pendapatan Halaman Buku Teks 144-150 Aspek Tatabahasa SP 5.3.2 1 Ayat Tanya Ayat Penyata Apakah haiwan yang diternak oleh Encik Kamil? Haiwan yang diternak oleh Encik Kamil ialah ayam, itik dan lembu. 2 Ayat Tanya Ayat Penyata Siapakah yang membantu Encik Kamil menternak lembu? Pekerja-pekerja yang membantu Encik Kamil menternak lembu. 4 Ayat Tanya Ayat Penyata Di manakah Encik Kamil memproses daging lembu? Encik Kamil memproses daging lembu di kilang pemprosesan daging lembu. 3 Ayat Tanya Ayat Penyata Mengapakah Encik Kamil memasang pagar di sekeliling ladang lembunya? Encik Kamil memasang pagar di sekeliling ladang lembunya agar lembunya tidak berkeliaran dan tidak merosakkan tanaman orang lain. 5 Ayat Tanya Ayat Penyata Bagaimanakah cara Encik Kamil memasarkan produk hasil lembunya? Cara Encik Kamil memasarkan produk hasil lembunya adalah dengan menghantar produknya itu ke pasar raya yang terdekat. SP 5.3.2 Memahami dan membina pelbagai jenis ayat mengikut konteks. 51 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 50 Lembaran Kerja 51 Unit 19 Halaman Buku Teks: 144 – 150 Penternakan Janakan Pendapatan Aspek: Tatabahasa Tema 7 : Pertanian dan Penternakan Lembaran PBD BM TH6.indb 51 8/30/2023 7:56:45 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Lengkapkan perbualan di bawah, kemudian lakonkan di hadapan kelas. Siew Min : Oh, begitu! Berkebun boleh menjimatkan belanja dapur . Nabila : Benar, Siew Min. Kami jarang membeli sayur di kedai. Kalau kami hendak makan sayur, kami hanya perlu memetiknya di kebun. Siew Min : Adakah keluarga kamu juga menjual sayur-sayuran itu? Nabila : Ya, keluarga saya juga menjualnya. Sayur yang ditanam di kebun agak banyak. Sebahagian daripada hasil tanaman itu akan dijual kepada peniaga di tepi jalan. Kami juga memberikan sayur-sayuran kepada jiran kami. Siew Min : Wah, nampaknya berkebun juga boleh menambah pendapatan keluarga kamu! Nabila : Betul, Siew Min. Lebih penting lagi, berkebun ini dapat menyihatkan tubuh badan kerana kerja-kerja bercucuk tanam boleh mengeluarkan peluh. Adakah kamu berminat untuk berkebun juga, Siew Min? Siew Min : Ya, saya memang berminat untuk berkebun. Nabila : Apakah tanaman yang ingin kamu tanam dan sebab kamu memilih tanaman tersebut? Siew Min : Saya ingin menanam pokok bunga kerana pokok bunga tersebut boleh menceriakan kawasan sekitar rumah dan boleh dijual di pasar pagi . Tema 7 Pertanian dan Penternakan Unit 20 Halaman Buku Teks 151-156 Kemahiran Mendengar dan Bertutur SP 1.2.3 Nabila, keluarga kamu berkebun sayur? Ya, Siew Min. Sudah tiga tahun kami berkebun sayur di belakang rumah. SP 1.2.3 Bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan tentang sesuatu perkara. 52 53 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 52 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 20 Halaman Buku Teks: 151 – 156 Rezeki daripada Tanah Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Tema 7 : Pertanian dan Penternakan Lembaran PBD BM TH6.indb 52 8/30/2023 7:56:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tema 7 Pertanian dan Penternakan Unit 20 Rezeki daripada Tanah Halaman Buku Teks 151-156 Aspek Tatabahasa SP 5.3.2 Memahami dan membina pelbagai jenis ayat mengikut konteks. Lengkapkan ayat perintah di bawah dengan kata perintah yang sesuai. Tandakan (✓) pada ayat seruan yang betul dan (✗) pada ayat seruan yang salah. 1 Cis, ambillah buku cerita Petani dan Angsa Bertelur Emas itu! ✗ 2 “Wah, besar sungguh kebun durian pak cik kamu, Mohan!” kata Azmir. ✓ 3 Aduhai, malangnya mangsa kebakaran yang tinggal sehelai pinggang itu! ✓ 4 “Eh, kebun sayur-sayuran ini ialah milik kamu Razif?” tanya Malik kepada sahabatnya itu. ✓ 5 “Wahai murid-murid, ingatlah pesanan kedua-dua orang tua kamu!” nasihat Cikgu Hidayah. ✓ 6 “Amboi, berani sungguh kamu semua mengganggu keamanan kampung ini!” kata ketua kampung dengan marah. ✗ 1 “ Minta para hadirin mengambil tempat masing-masing kerana tetamu kehormat akan tiba sebentar lagi,” kata juruacara itu. 2 “ Tolong berikan kerjasama dengan tidak membuat bising apabila kita tiba di Ladang MARDI nanti,” kata Cikgu Ali kepada anak muridnya. 3 “ Usah kamu membuang masa, Zarul. Lebih baik kamu membantu ayah menyiram sayur-sayuran di kebun,” kata Pak Samad. 4 “ Jemput nikmati rendang ayam kampung yang disediakan oleh nenek saya,” kata Nazirah kepada rakan-rakannya. 5 “ Sila beratur sebelum kita memulakan lawatan di kebun buah-buahan itu, pesan Cikgu Khalid kepada murid-muridnya. Sila Jemput Minta Tolong Usah SP 5.3.2 Memahami dan membina pelbagai jenis ayat mengikut konteks. 53 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 52 Lembaran Kerja 53 Unit 20 Halaman Buku Teks: 151 – 156 Rezeki daripada Tanah Aspek: Tatabahasa Tema 7 : Pertanian dan Penternakan Lembaran PBD BM TH6.indb 53 8/30/2023 7:56:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Baca dan fahami bahan di bawah. Kemudian, buat rumusan tentang bahan tersebut dalam bentuk perenggan. Nanas merupakan tanaman yang banyak kegunaannya dan boleh menghasilkan pendapatan. [Pendahuluan] Buah nanas dapat menghasilkan pelbagai produk yang memberikan pendapatan yang lumayan kepada kita. [Isi tersurat] Antara produk yang dihasilkan daripada buah nanas ialah jem nanas. [Isi tersirat] Pelbagai jenis jem nanas yang terdapat di pasaran kini. [Isi tersurat] Selain itu, buah nanas juga boleh dibuat jus [Isi tersirat] yang mengandungi pelbagai khasiat dan vitamin yang baik untuk tubuh badan kita. [Isi tersurat] Di samping itu, isi nanas juga boleh dibuat kuih, iaitu tart [Isi tersirat] nanas yang sangat popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. [Isi tersurat] Seterusnya, buah nanas juga boleh diproses menjadi jeli. [Isi tersirat] Jeli tersebut boleh dipasarkan di kedai atau di pasar raya yang mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai. [Penutup] Kesimpulannya, tanaman nanas mampu menghasilkan pelbagai jenis produk yang boleh dipasarkan di negara kita. Halaman Buku Teks 157-162 Kemahiran Membaca Video TutoSP 2.2.1 Membaca, memahami, dan menaakul bahan multimedia untuk membuat rumusan dan ramalan. Video Tuto rial 54 55 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 54 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 21 Halaman Buku Teks: 157 – 162 Dunia Tani dan Ternak Kemahiran: Membaca Tema 7 : Pertanian dan Penternakan Lembaran PBD BM TH6.indb 54 8/30/2023 7:56:47 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “Aku Sebatang Pokok Pisang” berdasarkan maklumat yang diberikan. [Pendahuluan] Aku dikenali sebagai pokok pisang. Aku mudah hidup di mana-mana sahaja. Aku menjadi tanaman yang disukai ramai. Keluarga aku terdiri daripada beberapa jenis seperti pisang tanduk, pisang nangka, pisang berangan dan pelbagai lagi. [Isi – Apa] Batangku lembut dan mudah patah. [Mengapa] Bagaimanapun, batangku selalu dijadikan rakit kerana boleh terapung di atas air. Selalunya, beberapa batang pokok pisang diikat dengan tali dan diletakkan di dalam sungai. [Isi – Apa] Aku mempunyai jantung. [Bagaimana] Jantung aku diambil untuk dijadikan ulam dan sayursayuran. [Mengapa] Jantungku dipercayai banyak khasiat untuk kesihatan manusia. [Isi – Apa] Selain itu, buahku boleh dijadikan pelbagai makanan. [Bagaimana] Buahku boleh dijadikan kek, pisang goreng dan kerepek. [Mengapa] Aku mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada mereka yang menanam aku. [Isi – Apa] Daunku pula ada kegunaannya. [Bagaimana] Biasanya, daunku dijadikan pembungkus kuih seperti pulut panggang dan kuih koci. [Mengapa] Malah, pengusaha nasi lemak menjadikan daunku sebagai pembalut kerana aromanya yang harum. [Penutup] Usiaku tidak lama. Sembilan bulan selepas aku ditanam, aku mengeluarkan buah. [Harapan] Aku berdoa agar aku mempunyai anak yang banyak dan boleh meneruskan bakti dan memberikan banyak kebaikan kepada manusia. Halaman Buku Teks 157-162 Kemahiran Menulis SP 3.2.1 Membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis dan kreatif berdasarkan sesuatu bahan multimedia. Video Tuto rial Daun dijadikan pembalut nasi lemak, pembungkus kuih pulut panggang dan kuih koci. Batang pisang dijadikan rakit. Buah pisang dijadikan kerepek, kek pisang dan pisang goreng. Jantung pisang dijadikan ulam dan sayur-sayuran. 54 55 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 55 Unit 21 Halaman Buku Teks: 157 – 162 Dunia Tani dan Ternak Kemahiran: Menulis Tema 7 : Pertanian dan Penternakan Lembaran PBD BM TH6.indb 55 8/30/2023 7:56:47 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


n yang boleh Bina ayat aktif berdasarkan gambar di bawah. 1 Beberapa orang pekerja mengangkat bakul sayur-sayuran di ladang itu. 2 Pak Salim mengawasi pekerjanya mengangkat bakul berisi sayur-sayuran ke dalam lori. 3 Wartawan itu menemu bual pemilik ladang tentang kejayaannya dalam bidang pertanian. 4 Encik Ravi memandu lori muatan sayur-sayuran itu untuk dibawa ke bandar. 5 Dua orang pekerja menyiram sayur-sayuran di ladang itu. Halaman Buku Teks 157-162 Aspek Tatabahasa SP 5.3.3 SP 5.3.3 Memahami dan membina ayat aktif dan ayat pasif mengikut konteks. 56 57 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 56 Unit 21 Halaman Buku Teks: 157 – 162 Dunia Tani dan Ternak Aspek: Tatabahasa Tema 7 : Pertanian dan Penternakan Lembaran PBD BM TH6.indb 56 8/30/2023 7:56:47 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Lafazkan sajak di bawah. Kemudian, berikan maksud bagi setiap rangkap sajak. Tanah airku Malaysia kaya dengan sumber ekonomi yang boleh diniagakan ke seluruh negara dan dunia. Sumber laut, darat, hutan dan mineral diterokai, digali dan diproses menjadi bahan mentah memberikan pulangan kepada negara dan rakyat. Kini, perniagaan dijalankan dengan pelbagai cara jaringan Internet menjadi popular jualan dalam talian menjadi pilihan mudah, cepat dan jimat. Barangan buatan Malaysia sudah semakin popular di serata dunia mampu bersaing dengan dunia luar gah di mata rakyat. Pelancongan, pertanian, perkhidmatan penyumbang kepada ekonomi negara membuka peluang kerjaya memajukan negara dengan hasilnya. Maksud Rangkap 1 Malaysia mempunyai banyak sumber yang boleh dijadikan sumber ekonomi negara. Maksud Rangkap 2 Sumber bahan mentah yang diproses memberikan keuntungan kepada negara. Maksud Rangkap 3 Peniagaan dalam talian menjadi semakin popular disebabkan jaringannya yang cepat, mudah dan menjimatkan. Maksud Rangkap 4 Malaysia mampu mengeluarkan produk sendiri yang sangat hebat pada pandangan masyarakat dunia. Maksud Rangkap 5 Sektor pelancongan, pertanian dan perkhidmatan juga merupakan sumber ekonomi penting untuk memajukan negara. Halaman Buku Teks 168-172 Kemahiran Membaca SP 2.3.1 SP 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera untuk membuat ramalan. 57 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 56 Lembaran Kerja 57 Unit 22 Halaman Buku Teks: 168 – 172 Sumber Ekonomi Kemahiran: Membaca Tema 8 : Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan Lembaran PBD BM TH6.indb 57 8/30/2023 7:56:48 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. 1 Siapakah yang menghasilkan kraf tangan? [Siapa] Penduduk kampung yang menghasilkan kraf tangan. 2 Apakah kraf tangan yang dihasilkan oleh mereka? [Apa] Kraf tangan yang dihasilkan oleh mereka adalah seperti tikar, bakul, tudung saji, beg tangan dan labu sayung. 3 Nyatakan sikap yang ada pada diri penduduk kampung tersebut. (a) Kreatif dalam menghasilkan sesuatu kraf tangan (b) Rajin berusaha untuk memajukan diri 4 Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk mempromosikan hasil kraf tangan mereka kepada orang ramai? KBAT [Bagaimana] Pada pendapat saya, cara untuk mempromosikan hasil kraf tangan mereka kepada orang ramai adalah dengan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram. Selain itu, mereka juga boleh menjual di pasar raya atau membuat pameran kraf tangan. Fatiha mengikut rakannya, Aini berkunjung ke pameran kraf tangan. Pameran itu telah diadakan di kampung Aini. Fatiha melihat pelbagai kraf tangan yang dihasilkan oleh penduduk kampung. “Wah, cantiknya hasil kraf tangan yang diusahakan oleh penduduk di kampung awak!” kata Fatiha kepada Aini. Menurut Aini, semuanya bermula daripada hobi dan minat sahaja. Akhirnya, mereka menjadikannya sebagai perusahaan kraf tangan dan sumber pendapatan kepada suri rumah. Kraf tangan itu menggunakan sumber alam sepenuhnya. Pelbagai jenis kraf tangan yang berjaya dihasilkan seperti tikar, bakul, tudung saji dan beg tangan. Fatiha sangat kagum akan keunikan, kehalusan dan kekemasan hasil kraf tangan yang telah dihasilkan di sini. Antaranya seperti labu sayung yang dihasilkan daripada tanah liat. Semuanya sangat menarik mata memandang. Walaupun penduduk di sini rata-ratanya petani, mereka kreatif dalam menghasilkan sesuatu kraf tangan dan rajin berusaha untuk memajukan diri. Mereka sering mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian dan Kraf Tangan bagi meningkatkan ekonomi mereka. Sumber daripada alam serta kebolehan yang dimiliki dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Ada antara mereka yang telah berjaya sebagai usahawan kecil-kecilan. Tema 8 Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan Unit 22 Sumber Ekonomi Halaman Buku Teks 168-172 Kemahiran Menulis SP 3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif. 58 59 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 58 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 22 Halaman Buku Teks: 168 – 172 Sumber Ekonomi Kemahiran: Menulis Tema 8 : Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan [S1] [S2] [S3(a)] [S3(b)] Lembaran PBD BM TH6.indb 58 8/30/2023 7:56:48 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Bina ayat aktif atau ayat pasif berdasarkan gambar di bawah. 1 Nurul menggoreng mi di dalam kuali dengan berhati-hati. 2 Buah tembikai itu dipotong Jamal dengan menggunakan sebilah pisau. 3 Air kotak dan air tin disusun oleh Danish dan Haikal di atas meja bagi memudahkan para pelanggan membuat pilihan. 4 Zarina dan Mei Ling memberikan bungkusan plastik berisi kuih yang dibeli oleh pelanggannya. 5 Cikgu Razak memantau murid-muridnya berniaga dan membeli makanan semasa Karnival Usahawan Muda. Tema 8 Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan Unit 22 Sumber Ekonomi Halaman Buku Teks 168-172 Aspek Tatabahasa SP 5.3.3 Memahami dan membina ayat aktif dan ayat pasif mengikut konteks. menggoreng dipotong disusun memberikan memantau 59 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 58 Lembaran Kerja 59 Unit 22 Halaman Buku Teks: 168 – 172 Sumber Ekonomi Aspek: Tatabahasa Tema 8 : Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan Lembaran PBD BM TH6.indb 59 8/30/2023 7:56:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Baca petikan di bawah. Kemudian, lengkapkan rajah yang diberikan. Ciri-ciri Usahawan yang Berjaya Tidak mudah berputus asa 1 Kreatif dan inovatif 3 Bijak mencari peluang 2 Berani mengambil risiko 4 Usahawan ialah seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan yang bermotifkan keuntungan di samping mengamalkan sikap-sikap yang terpuji untuk terus berjaya. Negara Malaysia melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Antara ciri seorang usahawan yang berjaya ialah seorang usahawan haruslah tidak mudah berputus asa. Walaupun banyak kerugian yang dialami, hal ini tidak bermakna seseorang itu gagal menjadi seorang usahawan, malah ini merupakan satu ujian agar tidak berputus asa. Selain itu, seorang usahawan perlu bijak mencari peluang seperti sentiasa mengambil hati pelanggan dan dapat memberikan pelanggan layanan yang baik. Gunakan pelbagai kemahiran untuk mengembangkan perniagaan agar semakin maju. Di samping itu, seorang usahawan haruslah mempunyai ciri-ciri kreatif dan inovatif. Usahawan yang kreatif dan inovatif ialah seseorang yang dapat menghasilkan idea dan konsep baharu. Usahawan yang kreatif merupakan usahawan yang banyak idea, panjang akal dan berupaya untuk menghasilkan produk baharu dan canggih serta unik. Seterusnya, usahawan yang ingin berjaya perlu berani mengambil risiko. Usahawan perlu sentiasa berhadapan dengan kerugian ataupun keuntungan. Setiap perniagaan sama ada perniagaan kecil ataupun besar akan mengambil risiko untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Kesimpulannya, untuk mencipta nama sebagai seorang usahawan yang berjaya, kita seharusnya memiliki sifat-sifat yang akan menjadi penggerak kepada diri untuk menjadi usahawan yang berjaya. Halaman Buku Teks 173-178 Kemahiran Menulis SP 3.2.3 SP 3.2.3 Mencatat maklumat dan menjana idea berdasarkan bahan. 60 61 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 60 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 23 Halaman Buku Teks: 173 – 178 Usahawan Berjaya Kemahiran: Menulis Tema 8 : Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan [1] [2] [3] [4] Lembaran PBD BM TH6.indb 60 8/30/2023 7:56:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


https://d1ma7fChttps://d1u96cwBina ayat songsang berdasarkan gambar dan ayat susunan biasa di bawah. Sangat luas kebun sayur-sayuran Encik Zul di kampung itu. 1 Menggoreng mi Puan Suria di kedainya. 2 Gemuk-gemuk kambing peliharaan Ali di padang itu. 3 Di kedai sate Pak Mail pelanggan sungguh ramai. 4 Halaman Buku Teks 173-178 Aspek Tatabahasa SP 5.3.4 SP 5.3.4 Memahami dan membina ayat susunan biasa dan susunan songsang mengikut konteks. Round Robin 1 Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan. 2 Murid diberikan tajuk perbincangan, iaitu “Ciri-ciri Usahawan Berjaya”. 3 Murid secara bergilir-gilir memberikan respons tentang tajuk yang diberikan. 4 Murid mencatat hasil perbincangan dan membentangkan hasil tersebut di hadapan kelas. PdPc PdPc Aktiviti PAK-21 Aktiviti PAK-21 PAK-21 PdPc Kebun sayuran Encik Zul sangat luas di kampung itu. Puan Suria menggoreng mi di kedainya. Kambing peliharaan Ali gemuk-gemuk di padang itu. Pelanggan sungguh ramai di kedai sate Pak Mail. 61 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 60 Lembaran Kerja 61 Unit 23 Halaman Buku Teks: 173 – 178 Usahawan Berjaya Aspek: Tatabahasa Tema 8 : Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan Lembaran PBD BM TH6.indb 61 8/30/2023 7:56:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. 1 Mengapakah Laili menulis senarai nama barang sebelum ke pasar raya? [Mengapa] Laili menulis senarai nama barang sebelum ke pasar raya agar dia membeli barang yang diperlukan sahaja. 2 Berikan dua kesan jika kita tidak membuat senarai barang yang hendak dibeli. (a) Kita terlupa membeli barang yang diperlukan. (b) Kita tertarik membeli barang lain yang tidak begitu penting. 3 Pada pendapat kamu, apakah kebaikan jika kita berbelanja secara berhemah? KBAT [Apa] Pada pendapat saya, kebaikan jika kita berbelanja secara berhemat ialah kita dapat menjimatkan wang daripada berbelanja barangan yang tidak perlu. Selain itu, wang lebihan itu dapat kita simpan untuk kegunaan masa depan atau pada waktu kecemasan. Erna : Apakah yang sedang ditulis oleh kakak? Laili : Kakak sedang menulis senarai nama barang yang hendak di beli pasar raya nanti. Erna : Mengapakah kakak perlu menulis senarai nama barang? Laili : Senarai nama barang perlu ditulis agar kita membeli barang yang diperlukan sahaja. Tanpa senarai nama barang ini mungkin kita akan membeli barang yang tidak begitu diperlukan. Akibatnya, kita akan lebih berbelanja daripada yang sepatutnya. Erna : Betul juga kata kakak itu. Jika tiada senarai nama barang, kita mungkin terlupa membeli barang yang diperlukan. Kita juga mungkin tertarik untuk membeli barang lain yang tidak begitu penting. Laili : Inilah yang dikatakan berbelanja secara berhemah. Kita merancang dahulu barang yang hendak dibeli. Pastikan wang kita mencukupi. Jika harga barang melebihi bajet kita, keluarkan senarai nama barang yang tidak begitu mustahak. Erna : Terima kasih atas nasihat kakak. Selepas ini, saya akan ikut cara kakak. Saya akan menyenaraikan terlebih dahulu nama barang yang hendak dibeli. Saya hendak berbelanja secara berhemah agar tidak membazirkan wang. Laili : Baguslah kalau begitu, Erna. Tema 8 Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan Unit 24 Halaman Buku Teks 179-184 Kemahiran Membaca SP 2.1.1 Membaca, memahami, dan mentafsir bahan sastera dan bahan bukan sastera. 62 63 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 62 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 24 Halaman Buku Teks: 179 – 184 Bijak Mengurus Wang Kemahiran: Membaca Tema 8 : Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan [S1] [S2(a)] [S2(b)] Lembaran PBD BM TH6.indb 62 8/30/2023 7:56:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “Kebaikan Menabung”. [Pendahuluan] Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberikan banyak faedah kepada kita. [Isi – Apa] Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat cermat. [Bagaimana] Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. [Mengapa] Justeru, baki duit yang diberikan oleh ibu bapa dapat disimpan ke dalam tabung. [Isi – Apa] Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. [Bagaimana] Wang simpanan ini dapat digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita [Mengapa] untuk melanjutkan pelajaran kelak atau membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. [Isi – Apa] Wang tabungan dapat kita gunakan untuk membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. [Bagaimana] Wang itu boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. [Mengapa] Justeru, kita tidak perlu meminta-minta atau meminjam wang daripada orang lain. [Isi – Apa] Menabung juga boleh menambah wang simpanan kita. [Bagaimana] Wang ini dapat digunakan untuk menampung kehidupan pada masa depan. [Mengapa] Dengan yang demikian, kita dapat hidup dengan selesa. [Penutup] Sesungguhnya, menabung ialah amalan mulia dan banyak manfaatnya. [Cadangan] Oleh itu, mulalah menabung dari sekarang kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Tema 8 Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan Unit 24 Bijak Mengurus Wang Halaman Buku Teks 179-184 Kemahiran Menulis SP 3.3.1 Menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat secara koheren dan kohesi. 62 63 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 63 Unit 24 Halaman Buku Teks: 179 – 184 Bijak Mengurus Wang Kemahiran: Menulis Tema 8 : Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan Lembaran PBD BM TH6.indb 63 8/30/2023 7:56:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Isi tempat kosong dengan kata penekan atau kata pembenda yang paling sesuai. 1 “ Banyaknya wang tabungan awak!” kata Amirul kepada sepupunya. 2 “ Sedapnya nasi lemak dan kuih-muih yang dijual oleh Nenek Milah,” kata Zila. 3 Bukan kepalang bisingnya murid di kelas itu selepas selesai mata pelajaran Matematik. 4 Penulis buku kewangan yang laris itu sememangnya sudah terkenal di seluruh Malaysia. 5 Bukan kepalang penatnya Puan Hani membuat tempahan kek untuk majlis perkahwinan dan sambutan hari lahir. 6 “ Sepatutnya kita membuat akaun simpanan pendidikan untuk anak-anak kita sejak awal lagi,” kata Puan Suhaila kepada suaminya. 7 “ Sesungguhnya sikap kamu berdua yang suka menabung ini boleh menjadi contoh kepada murid-murid lain,” puji Cikgu Suziana kepada Mastura dan Sum Leng. 8 Bahawasanya penggunaan kad kredit begitu fleksibel kerana dapat digunakan pada bila-bila masa sahaja untuk memperoleh barangan dan perkhidmatan. Tema 8 Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan Unit 24 Bijak Mengurus Wang Halaman Buku Teks 179-184 Aspek Tatabahasa bahawasanya bisingnya sedapnya penatnya banyaknya sesungguhnya sememangnya sepatutnya Jalan Galeri (Gallery Walk) 1 Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan. 2 Murid diberikan tajuk perbincangan, iaitu “Kelebihan Amalan Berjimat Cermat.” 3 Murid dibekalkan dengan pensel warna dan bahan bantu yang lain. 4 Murid diberikan masa untuk berbincang. 5 Murid menampal hasil kerja pada dinding kelas untuk dilihat oleh kumpulan lain. Seorang wakil kumpulan akan membentangkan hasil kerja kumpulannya. 6 Murid daripada kumpulan lain akan memberikan komen tentang hasil kerja kumpulan tersebut pada nota pelekat dan menampalkannya pada hasil kerja tersebut. PdPc PdPc Aktiviti PAK-21 Aktiviti PAK-21 PAK-21 PdPc SP 5.1.4 Memahami dan menggunakan pelbagai kata tugas mengikut konteks. 64 65 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 64 Unit 24 Halaman Buku Teks: 179 – 184 Bijak Mengurus Wang Aspek: Tatabahasa Tema 8 : Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan Lembaran PBD BM TH6.indb 64 8/30/2023 7:56:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Teliti jadual di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. 1 Tugas menyapu sampah merupakan tugas murid perempuan dalam kelas tersebut. 2 Senaraikan nama murid yang bertugas sebanyak dua kali dalam seminggu. (a) Hadi (b) Punithan (c) Cheng Hong (d) Hariz 3 Mengapakah murid yang bertugas perlu tiba awal di sekolah? KBAT [Mengapa] Murid yang bertugas perlu tiba awal di sekolah agar mereka dapat bertugas membersihkan kelas sebelum sesi pembelajaran bermula. 4 Pada pendapat kamu, apakah kebaikan pembahagian tugas? KBAT [Apa] Pada pendapat saya, kebaikan pembahagian tugas ialah pekerjaan yang berat menjadi senang. Selain itu, pembahagian tugas dapat mendidik murid-murid untuk lebih bertanggungjawab akan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Jadual Bertugas Murid Tahun Enam Jaya Hari Tugas Memadam Papan Hitam Menyapu Sampah Menyusun Kerusi dan Meja Mengelap Tingkap Membuang Sampah Isnin Hadi Murni Mei Ling Ng Mei Hakimi Karmila Yusri Cheng Hong Selasa Aiman Aishah Aliya Hadi Danish Jovian Punithan Kusyairi Rabu Steven Fariha Suzi Rayyan Ammar Batrisyia Fuad Hariz Khamis David Arina Haura Cheng Hong Darwish Nurul Akmal Siva Jumaat Punithan Husna Prema Aaron Hariz Naim Nadzirah Edward Peringatan: • Murid yang bertugas pada hari yang ditetapkan hendaklah tiba awal di sekolah. • Murid hendaklah sentiasa bertanggungjawab akan kebersihan dan keceriaan kelas. Tema 9 Unit 25 Halaman Buku Teks 190-196 Kemahiran Membaca SP 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera untuk membuat ramalan. 65 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 64 Lembaran Kerja 65 Unit 25 Halaman Buku Teks: 190 – 196 Amanah Sejagat Kemahiran: Membaca Tema 9 : Integriti [S1] [S2(a)] [S2(b)] [S2(b)] [S2(c)] [S2(c)] [S2(d)] [S2(d)] [S2(a)] Lembaran PBD BM TH6.indb 65 8/30/2023 7:56:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Ketua kelas merupakan pemimpin di dalam kelas. Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis peranan dan tanggungjawab ketua kelas dalam bentuk perenggan. Ketua kelas bertanggungjawab untuk memeriksa kebersihan kelas agar sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria. Selain itu, ketua kelas perlu memastikan murid-murid mematuhi peraturan kelas agar tiada salah laku dilakukan oleh murid lain. Di samping itu, ketua kelas juga harus menjaga murid dan kelas semasa ketiadaan guru agar keadaan di dalam kelas tidak bising. Akhir sekali, ketua kelas harus membantu guru sekiranya diperlukan seperti menolong guru membawa buku latihan murid ke bilik guru. jgHalaman Buku Teks 190-196 Kemahiran Menulis SP 3.2.1 Membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis dan kreatif daripada sesuatu bahan multimedia. 66 67 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 66 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 25 Halaman Buku Teks: 190 – 196 Amanah Sejagat Kemahiran: Menulis Tema 9 : Integriti Lembaran PBD BM TH6.indb 66 8/30/2023 7:56:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tandakan (✓) pada kata majmuk yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah. 1 Walaupun Pak Leman dan Mak Leha tetapi mereka berupaya untuk memberikan pelajaran yang secukupnya kepada anak-anak. buta mata buta huruf ✓ buta hati 2 Buku Tokoh Usahawan yang diterbitkan ini merupakan hasil yang dijalankan selama setahun. uji kaji soal selidik kaji selidik ✓ 3 Beberapa orang wartawan sedang tokoh usahawan peringkat kebangsaan itu selepas majlis tamat. menemu bual ✓ menemu duga menguji minda 4 Pelan Resort Cherating yang unik itu ialah hasil seorang arkitek muda yang terkenal. reka cipta ✓ daya fikir susun atur gjgHalaman Buku Teks 190-196 Aspek Tatabahasa SP 5.2.2 Memahami dan menggunakan pelbagai kata majmuk mengikut konteks. Kuiz 5 Sarah akan menyertai sesi sebelum terpilih dalam kumpulan muzik tradisional itu. uji kaji uji bakat ✓ tindak balas 6 Pihak hotel itu mendapat yang positif daripada beberapa orang pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan. tindak balas temu ramah maklum balas ✓ 7 Kakak belum memberikan kepada pihak syarikat itu tentang tawaran pekerjaan tersebut. kata sepakat kata putus ✓ kata hati 8 Aiman dan abangnya akan untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit di ladang milik ayah mereka. berganding bahu ✓ berputus asa berpeluk tubuh 67 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: 66 Lembaran Kerja 67 Unit 25 Halaman Buku Teks: 190 – 196 Amanah Sejagat Aspek: Tatabahasa Tema 9 : Integriti Lembaran PBD BM TH6.indb 67 8/30/2023 7:56:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Lakonkan cerita di bawah di hadapan kelas dengan sebutan, intonasi, gaya yang sesuai. Kemudian, jawab soalan yang diberikan. Sewaktu pulang dari sekolah, Aryan ternampak sebuah telefon bimbit di pondok hentian bas. “Eh, ada orang tertinggal telefon bimbit!” bisik hati Aryan. Aryan mengambil telefon tersebut. Aryan terus membawa telefon itu ke balai polis yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Aryan memberikan telefon bimbit itu kepada pegawai polis yang bertugas. “Saya terjumpa telefon bimbit ini di hentian bas berhampiran dengan kawasan sekolah,” jelas Aryan kepada pegawai polis itu. Pegawai itu melihat maklumat yang ada di dalam telefon tersebut. Pegawai itu cuba menghubungi pemilik telefon tersebut. Pemilik telefon itu akhirnya berjaya dihubungi. Tidak lama kemudian, pemilik telefon itu tiba di balai polis. Pemilik telefon itu mengucapkan terima kasih kepada Aryan kerana menjumpai telefon bimbitnya. Pegawai polis memberitahu Aryan bahawa pemilik telefon tersebut ialah seorang ahli perniagaan yang terkenal dan berjaya. Pada keesokan harinya, Aryan dipanggil oleh guru besar ke pejabatnya. Aryan terkejut apabila melihat pemilik telefon itu ada di dalam bilik guru besar. “Nah, ambillah sebuah komputer riba ini sebagai tanda terima kasih saya kepada kamu!” kata ahli perniagaan itu kepada Aryan. Semasa perhimpunan, guru besar memuji sikap jujur Aryan di hadapan muridmurid. Guru besar menyampaikan Sijil Keterampilan Terpuji kepada Aryan atas kejujurannya. Tema 9 Integriti Unit 26 Halaman Buku Teks 197-202 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Apakah pengajaran yang dapat kamu pelajari daripada cerita tersebut? Pengajaran yang dapat saya pelajari daripada cerita tersebut ialah kita perlu sentiasa bersikap jujur dalam setiap tindakan. Orang yang bersikap jujur akan sentiasa disayangi oleh orang lain. SP 1.3.1 Bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya dan ekspresi yang sesuai. 68 69 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 68 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 26 Halaman Buku Teks: 197 – 202 Integriti Nadi Kemakmuran Negara Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Tema 9 : Integriti Lembaran PBD BM TH6.indb 68 8/30/2023 7:56:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Lafazkan sajak di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Integriti Jika hendak mengenal orang mulia orang mulia selalu jujur dan setia sentiasa mesra berwajah ceria seorang insan selalu setia. Jika hendak mengenal orang yang dipercaya hendaklah menggunakan masa dengan sebaiknya bekerja bersungguh-sungguh sedaya upaya barulah hidup akan berjaya. Jika hendak dihormati orang perlulah jujur dalam semua perkara jika bertutur perlulah berterus terang hidup tenang lagi gembira. Tuntut ilmu dengan tabah kongsi ilmu pahala bertambah integriti diri bersikap amanah agar sekolah tidak musnah. 1 Berdasarkan sajak di atas, orang mulia selalunya bersikap jujur dan setia . 2 Nyatakan nilai yang terdapat di dalam sajak di atas. (a) Setia (b) Menggunakan masa dengan sebaiknya (c) Jujur (d) Amanah 3 Apakah pengajaran yang dapat diperoleh daripada sajak di atas? KBAT [Apa] Pengajaran yang dapat diperoleh daripada sajak di atas ialah kita perlu sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni agar menjadi murid yang berjaya. 4 Pada pendapat kamu, mengapakah semua murid perlu bersikap amanah? KBAT [Mengapa] Pada pendapat saya, semua murid perlu bersikap amanah supaya dipercayai oleh orang lain, di samping disayangi oleh semua orang. Tema 9 Integriti Unit 26 Integriti Nadi Kemakmuran Negara Halaman Buku Teks 197-202 Kemahiran Menulis SP 3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif. 68 69 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 69 Unit 26 Halaman Buku Teks: 197 – 202 Integriti Nadi Kemakmuran Negara Kemahiran: Menulis Tema 9 : Integriti [S1] [S2(a)] [S2(b)] [S2(c)] [S2(d)] Lembaran PBD BM TH6.indb 69 8/30/2023 7:56:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Baca petikan di bawah. Kemudian, cari makna bagi perkataan yang dicetak tebal. Perkataan Makna Perkataan 1 terpuji terbaik; sangat baik 2 wabak penyakit yang merebak 3 norma peraturan; kebiasaan 4 penularan merebak; menjangkit 5 mengabaikan tidak memberikan perhatian 6 prihatin mengambil berat 7 terjejas terganggu 8 sepakat setuju Tokoh Murid Inspirasi Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1) 20__ Aslamruzaini bin Mohd Rosoul merupakan murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1). Atas sikap terpuji yang ada dalam dirinya, dia telah dilantik menjadi ketua pengawas bagi sesi 20__. Oleh sebab negara sedang dilanda wabak COVID-19, menjadi kebiasaan bagi Aslamruzaini untuk mengamalkan norma baharu demi menjaga keselamatan diri dan orang lain. Sikap yang ditunjukkan oleh Aslamruzaini menjadi contoh kepada muridmurid lain di sekolahnya. Dia sangat mengutamakan kebersihan dan keselamatan diri. Dia sentiasa memakai pelitup muka untuk mengelakkan penularan wabak tersebut. Dia juga menjaga jarak fizikal dengan rakan-rakan dan guru-gurunya. Aslamruzaini seorang murid yang pintar. Dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya. Dia sentiasa mengikuti pembelajaran dalam talian yang diadakan oleh gurunya. Dia memberikan tumpuan yang sepenuhnya ketika sesi pembelajaran. Dia tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran. Dia akan menghantar setiap kerja sekolah tepat pada waktu yang ditetapkan. Selain itu, dia juga seorang yang bertanggungjawab dan prihatin akan insan-insan yang memerlukan bantuan. Beberapa buah keluarga terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, Aslamruzaini sekeluarga memberikan sumbangan wang dan makanan untuk keluarga tersebut. Guru-guru dan rakan-rakan amat bangga akan sikap yang ditunjukkan oleh Aslamruzaini. Oleh sebab itu, pihak sekolah sepakat untuk memberikan Anugerah Tokoh Murid Inspirasi kepada Aslamruzaini bin Mohd Rosoul. Tema 9 Integriti Unit 27 Halaman Buku Teks 203-206 Kemahiran Membaca SP 2.1.2 Membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat. 70 71 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 70 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Unit 27 Halaman Buku Teks: 203 – 206 Kejujuran Asas Jati Diri Kemahiran: Membaca Tema 9 : Integriti Lembaran PBD BM TH6.indb 70 8/30/2023 7:56:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Lengkapkan cerita di bawah. Mulakan cerita kamu dengan, “Aku terdengar ...” Aku baru selesai mengulang kaji pelajaran dengan kawan-kawan. Selepas mengemas buku, kami berbasikal ke padang awam untuk bermain bola. Dalam perjalanan ke sana, aku terdengar ... [Apa] Aku terdengar suara orang meminta tolong. Aku memberitahu rakan tentang hal itu. [Bagaimana] Kami mencari arah suara itu dan [Di mana] ternampak seorang budak lelaki terjatuh basikal. [Apa] Dia berbasikal seorang diri. Dia hendak [Di mana] ke taman tetapi basikalnya terlanggar lubang yang agak dalam. [Bagaimana] Dia tidak sempat mengelak. Mujur, tiada kenderaan lain yang lalu-lalang di situ pada waktu itu. [Mengapa] Dia menangis kerana tidak dapat bangun kerana kakinya sakit dan terseliuh, malah lutut dan sikunya pula luka. Kami berasa kasihan akan budak lelaki itu. [Bagaimana] Kami pun membantu budak lelaki itu. [Bagaimana] Kami mengalihkan basikalnya ke tempat yang selamat. Kami memapahnya ke tepi jalan dengan berhati-hati. [Apa] Dia mengucapkan terima kasih kepada kami. Aku bertanyakan [Di mana] lokasi rumahnya. Rupa-rupanya, rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian. [Bagaimana] Kami menghantarnya pulang ke rumah. Setibanya di rumah, [Siapa] ibu dan bapanya agak terkejut. Ibu bapanya mengucapkan terima kasih kepada kami [Mengapa] kerana telah membantu anak mereka. [Apa] Mereka mahu membawa anak mereka ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. [Bila] Sebelum kami beredar, [Apa] ibu bapanya sempat menasihati kami supaya tidak menunggang basikal seorang diri serta menunggang dengan berhati-hati. Kami meneruskan perjalanan [Di mana] ke padang awam untuk bermain bola. Tema 9 Integriti Unit 27 Kejujuran Asas Jati Diri Halaman Buku Teks 203-206 Kemahiran Menulis SP 3.3.1 Menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat secara koheren dan kohesi. 70 71 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 71 Unit 27 Halaman Buku Teks: 203 – 206 Kejujuran Asas Jati Diri Kemahiran: Menulis Tema 9 : Integriti Lembaran PBD BM TH6.indb 71 8/30/2023 7:56:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Garis kata perintah, kata seru atau kata tanya yang terdapat dalam petikan di bawah. Kemudian, bina ayat menggunakan perkataan tersebut. 1 Mengapakah awak tidak hadir ke sekolah semalam? 2 Hai, nama saya Akmal! 3 Tahniah, kamu telah dinobatkan johan pertandingan bercerita! 4 Tolong tutup semua suis kipas dan lampu sebelum meninggalkan kelas. 5 Siapakah guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas kamu? Zara : Hai, Aliya! Mengapakah awak berdiri di pagar sekolah ini? Aliya : Hai, Zara! Saya berdiri di sini kerana saya sedang menjalankan tugas saya sebagai pengawas. Saya perlu memastikan semua murid masuk ke kawasan sekolah sebelum loceng pertama berbunyi. Zara : Tahniah, awak seorang pengawas yang sangat berintegriti! Awak menjalankan tugas dengan penuh amanah. Aliya : Terima kasih, Zara. Tolong maklumkan kepada ketua kelas kita agar memastikan semua murid hadir awal ke sekolah. Zara : Baik, Aliya. saya akan maklumkan kepada ketua kelas. Siapakah pengawas yang bertugas dengan awak? Aliya : Sepatutnya hari ini saya bertugas bersama-sama Mary tetapi dia tidak hadir ke sekolah kerana tidak sihat. Zara : Oh, begitu! Saya hendak masuk ke kelas sekarang. Sebentar lagi loceng pertama akan berbunyi. Aliya : Baiklah, Zara. Jumpa awak di kelas nanti. SP 5.3.2 SP 5.3.2 Memahami dan membina pelbagai jenis ayat mengikut konteks. Fikir-Pasang-Kongsi (Think-Pair-Share) 1 Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan. 2 Guru memberikan tajuk, “Tugas-tugas Seorang Pengawas”. 3 Murid perlu membincangkan isi-isi tentang tajuk tersebut. 4 Setiap isi yang dibincangkan ditulis dalam kertas. 5 Setiap pasangan akan diminta untuk membentangkan hasil perbincangan tersebut di hadapan kelas. PdPc PdPc Aktiviti PAK-21 Aktiviti PAK-21 PAK-21 PdPc 72 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 6 Nama: Kelas: Tarikh: Lembaran Kerja 72 Unit 27 Halaman Buku Teks: 203 – 206 Kejujuran Asas Jati Diri Aspek: Tatabahasa Tema 9 : Integriti Lembaran PBD BM TH6.indb 72 8/30/2023 7:56:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version