The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2024-04-23 04:52:13

118 MODEL PENULISAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 123

Price:
WM: RM13.90
EM: RM14.90

ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


iii Tip Menulis Karangan Cemerlang • Panduan Umum ................................... 1 • Model Karangan 1 – 6 ........................... 4 Pemindahan Maklumat • Panduan Umum ................................. 17 • Ringkasan (Model 1 – 5) ...................... 17 • Rumusan (Model 1 – 5) ....................... 26 • Ulasan (Model 1 – 5) ........................... 34 Karangan Respons Terhad (Karangan Pendek) • Panduan Umum .................................. 40 • Model 1 – 6 ........................................ 41 Karangan Respons Terbuka (Karangan Umum) • Panduan Umum .................................. 48 • Cerita/Cereka ...................................... 51 • Perbincangan ...................................... 61 • Gambaran ........................................... 71 • Fakta ................................................... 78 • Peribahasa .......................................... 87 • Penerangan ......................................... 95 • Rencana ............................................ 104 • Pendapat ........................................... 112 • Surat Kiriman Rasmi .......................... 119 • Surat Kiriman Tidak Rasmi ................ 129 • Laporan ............................................. 137 • Syarahan ........................................... 145 • Ceramah ........................................... 153 • Wawancara ....................................... 161 • Dialog ............................................... 171 • Ucapan ............................................. 180 • Perbahasan ....................................... 187 • Ulasan .............................................. 194 Pengukuhan Sumatif ............................. 200 Jawapan .............................................. 204 Kandungan 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_Kan_vim3p.indd 3 3/4/2023 9:12:41 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1 Tip Menulis Karangan Cemerlang Baca soalan dengan teliti dan pilih satu soalan sahaja daripada tiga soalan yang dikemukakan. Soalan yang dipilih mestilah berdasarkan kemampuan calon untuk menjawabnya. Cuba senaraikan beberapa isi daripada soalan yang dipilih bagi memastikan bahawa calon telah memilih soalan yang sesuai. Jika calon mampu mengeluarkan isi dengan pantas dan banyak, pilihlah soalan tersebut. Jika tidak, calon perlu memilih soalan yang lain. Ramai calon salah memilih soalan menyebabkan calon tidak dapat mengemukakan isi dengan baik. Isi juga tidak dapat dihuraikan menyebabkan keseluruhan karangan tidak jelas. Perhatian 1 Pilih soalan mengikut kemampuan sendiri Terdapat lima langkah menulis karangan, iaitu: 1 Pilih soalan mengikut kemampuan sendiri 2 Kenal pasti arahan soalan 3 Bina rangka karangan 4 Tulis karangan 5 Semak karangan Panduan Umum 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(1-16)_vim3p.indd 1 3/4/2023 9:01:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


2 Calon harus memahami arahan soalan dengan jelas kerana inilah tugas sebenar calon. Biasanya arahan soalan terdiri daripada faktor, kesan, faedah, langkah, peranan dan halangan. Isi karangan harus berdasarkan arahan soalan tersebut. Contohnya: Huraikan kepentingan sektor pertanian di negara kita. Calon juga harus mengenal pasti bilangan tugasan sama ada satu atau dua. Contohnya, ada soalan yang meminta calon mengemukakan isi faktor dan kesan. 2 Kenal pasti arahan soalan Rangka karangan ialah aspek penting yang mesti disediakan sebelum menulis karangan. Rangka karangan dapat memastikan isi yang ditulis oleh calon memenuhi kehendak soalan. Ramai calon mengabaikan aspek ini menyebabkan mereka menulis karangan tanpa panduan yang jelas. Penulisan rangka karangan perlu ringkas tetapi jelas. 3 Bina rangka karangan Rangka karangan harus terdiri daripada: ● Satu pendahuluan ● Empat atau lima isi ● Satu penutup Perhatian Jika terdapat dua tugasan, pastikan kedua-dua bahagian tugasan tersebut disentuh secara seimbang oleh calon. Perhatian 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(1-16)_vim3p.indd 2 3/4/2023 9:01:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 Aspek ini amat penting dilakukan oleh calon supaya markah tidak dipotong atas kesalahan tertentu. Kesalahan ejaan dan tatabahasa yang dikenal pasti boleh dibetulkan dengan memotong kesalahan itu dan menulisnya semula. Bagi kesalahan fakta, calon boleh memotong semua perenggan tersebut dan menulis perenggan baharu. Pastikan juga karangan tersebut menepati format yang ditetapkan. 5 Semak karangan Pendahuluan harus memperkenalkan isu dan mengaitkannya dengan tugasan yang diberi. Berdasarkan rangka isi, olah isi dengan sebaik-baiknya. Mulakan dengan menyatakan isi, dan seterusnya menghuraikan isi dengan betul. Semasa menulis karangan, gunakan kosa kata luas dan peribahasa yang sesuai. Penutup haruslah menyimpulkan karangan dengan mengemukakan cadangan dan harapan. 4 Tulis karangan Pastikan karangan ditulis menepati jumlah perkataan yang telah ditetapkan. Perhatian Sebaik-baiknya, isi diperkukuh dengan contoh yang sesuai. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(1-16)_vim3p.indd 3 3/4/2023 9:01:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


4 Pendahuluan • Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa – setiap tahun negara kita menganjurkan sukan bertaraf dunia • Antaranya pertandingan lumba motosikal dunia, pertandingan lumba basikal jelajah Malaysia dan pertandingan badminton dunia Rangka Karangan Penutup Banyak manfaat yang dapat kita peroleh, kerajaan haruslah membanyakkan usaha untuk mempromosikan negara kita agar menjadi destinasi penganjuran sukan bertaraf dunia Isi-isi penting Isi 1 Mampu merancakkan ekonomi domestik – membuka peluang perniagaan kepada peniaga tempatan Isi 2 Melonjakkan industri pelancongan negara – industri pelancongan turut memperoleh keuntungan Isi 3 Meningkatkan mutu sukan negara – sebagai tuan rumah, para peserta negara kita memperoleh keistimewaan untuk bersaing dengan atlet bertaraf dunia – membuktikan kemampuan atlet Isi 4 Memajukan prasarana sukan di negara kita – membina stadium, gelanggang, kemudahan sukan – selepas acara sukan berakhir, rakyat dapat menggunakan kemudahan tersebut untuk tujuan rekreasi Mutakhir ini, negara kita semakin kerap menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa seperti pertandingan lumba motosikal, lumba basikal jelajah Malaysia, pertandingan badminton dunia dan pertandingan hoki peringkat dunia. Huraikan kebaikan-kebaikan yang kita peroleh daripada penganjuran sukan bertaraf antarabangsa itu. Model Karangan 1 Soalan 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(1-16)_vim3p.indd 4 3/4/2023 9:01:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


5 Marcapada ini, negara kita semakin kerap menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa. Pada setiap tahun, negara kita menganjurkan sukan bertaraf dunia yang berprestij. Antaranya, pertandingan lumba motosikal dunia, pertandingan lumba basikal Jelajah Malaysia dan pertandingan badminton dunia. Penganjuran sukan ini memberikan banyak kebaikan kepada negara kita. Faedah yang paling ketara, penganjuran sukan ini mampu melonjakkan ekonomi negara. Kunjungan para atlet dan peminat sukan sudah tentu membuka pintu rezeki kepada peniaga tempatan. Antaranya ialah pengusaha hotel, peniaga makanan dan operator pengangkutan. Hal ini menjadikan para peniaga memperoleh keuntungan lumayan hasil daripada durian runtuh akibat daripada penganjuran sukan tersebut. Selain itu, penganjuran sukan tersebut juga akan memacu industri pelancongan negara. Lumrahnya, para atlet dan para peminat sukan dari luar negara akan mengunjungi tempat-tempat menarik di negara kita selepas tamat pertandingan. Hal ini bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Justeru, para penggiat industri pelancongan akan memperoleh keuntungan yang lumayan. Maka, pulau peranginan seperti Pulau Sipadan, Pulau Kapas dan Pulau Tioman akan menjadi destinasi pilihan. Di samping itu, penganjuran sukan bertaraf dunia sudah pasti akan meningkatkan prestasi sukan negara kita. Sebagai tuan rumah, para peserta negara kita memperoleh tempat secara ‘wild card’ untuk berlumba dengan atlet bertaraf dunia. Hal ini memberi peluang kepada atlet tempatan untuk membuktikan kemampuan mereka. Mereka akan mendapat sokongan daripada penonton tempatan. Penganjuran sukan bertaraf dunia juga akan memajukan prasarana sukan di negara kita. Kerajaan akan membina stadium, gelanggang dan kemudahan sukan. Apabila sukan tersebut berakhir, rakyat tempatan boleh menggunakan kemudahan tersebut untuk tujuan rekreasi. Hal ini sudah tentu melahirkan rakyat yang cergas dan cerdas. Gelanggang tersebut juga boleh dimanfaatkan oleh jurulatih tempatan untuk mencungkil bakat-bakat baharu. Kesimpulannya, banyak kebaikan yang kita peroleh menerusi penganjuran sukan bertaraf dunia. Oleh itu, kita berharap agar pihak kerajaan terus giat mempromosikan negara kita agar menjadi destinasi utama penganjuran sukan bertaraf dunia. Karangan Mantap Info Guru Soalan ini meminta calon menghuraikan kebaikan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa di negara kita. Zon Kata 1 berprestij – mempunyai prestij 2 memacu – menggerakkan sesuatu aktiviti 3 mencungkil – mengeluarkan sesuatu yang terpendam Isi-isi Penting 1 Merancakkan ekonomi domestik 2 Melonjakkan industri pelancongan 3 Meningkatkan mutu sukan 4 Memajukan prasarana sukan 1 durian runtuh – mendapat keuntungan yang lumayan 2 sambil menyelam minum air – melakukan dua perkara pada suatu masa Peribahasa Calon tidak jelas tentang maksud ‘kebaikan-kebaikan’. Kebaikan tersebut bermaksud faedah atau manfaat yang diperoleh daripada penganjuran sukan itu. Kesalahan Lazim 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(1-16)_vim3p.indd 5 3/4/2023 9:01:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


6 Pendahuluan • Perpaduan elemen yang dititikberatkan oleh kerajaan – pelbagai langkah dilakukan untuk mencapai tujuan tersebut Rangka Karangan Penutup Semua cabaran tersebut haruslah dipandang serius oleh semua pihak – berusaha memperkukuh perpaduan kaum Isi-isi penting Isi 1 Pengaruh langit terbuka yang dibawa oleh medium Internet – berani bersuara tentang isu-isu sensitif – memporak-perandakan perpaduan kaum Isi 2 Sesetengah pemimpin politik yang sengaja menghasut dan meniupkan api perkauman – seolah-olah kaum mereka terpinggir – mendapatkan sokongan kaum Isi 3 Sikap sesetengah ibu bapa yang kurang menggalakkan anak mereka bergaul dengan kaum lain – menggelarkan kaum lain dengan gelaran yang buruk – mempengaruhi pemikiran anakanak Isi 4 Sikap sesetengah ibu bapa yang tidak menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan – memilih untuk menghantar anak ke sekolah aliran ibunda mereka Sebagai sebuah negara yang memiliki masyarakat pelbagai kaum, usaha-usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum menjadi perkara penting bagi kerajaan. Namun demikian, terdapat pelbagai cabaran untuk mencapai matlamat tersebut. Jelaskan cabaran-cabaran yang kita hadapi untuk memperkukuh perpaduan kaum. Model Karangan 2 Soalan 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(1-16)_vim3p.indd 6 3/4/2023 9:01:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


7 1 tonggak – perkara penting 2 termaktub – tertulis 3 individualistik – sikap mementingkan diri Zon Kata 1 baling batu sembunyi tangan – membuat sesuatu kejahatan secara bersembunyi 2 bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing – mementingkan diri sendiri 3 kera sumbang – tidak mencampuri orang lain Peribahasa Calon tidak jelas tentang maksud ‘cabaran-cabaran’. Cabaran tersebut bermaksud halangan atau kesukaran untuk memperkukuh perpaduan kaum. Kesalahan Lazim Info Guru Soalan ini meminta calon menjelaskan cabaran-cabaran untuk memperkukuh perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Perpaduan merupakan tonggak penting untuk keharmonian dan kestabilan negara kita. Sejak sebelum merdeka sehinggalah kini, pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan untuk tujuan tersebut. Namun, ada sahaja cabarancabaran yang menggugat perpaduan rakyat Malaysia. Cabaran paling ketara ialah Internet. Ledakan langit terbuka menyebabkan ada pihak yang berani bersuara kerana yakin akan kebebasan bersuara. Di sebalik alam maya, mereka membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh memporak-perandakan perpaduan masyarakat. Mereka mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Golongan ini bertindak baling batu sembunyi tangan kerana tidak berani menyuarakannya secara bersemuka. Selain itu, cabaran lain yang tidak kurang kesan buruknya ialah sikap sesetengah pemimpin kaum yang sengaja menghasut dan memainkan api perkauman. Mereka membangkitkan pelbagai isu seolah-olah kaum mereka dipinggirkan oleh kerajaan. Hal ini sengaja ditimbulkan oleh mereka demi mendapatkan sokongan kaumnya. Realitinya, kerajaan negara kita tidak pernah meminggirkan sesuatu kaum walaupun bilangan mereka amat sedikit. Di samping itu, ada sesetengah ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka bergaul dengan kaum lain. Mereka menggelarkan kaum lain dengan pelbagai gelaran buruk. Gelaran negatif ini besar pengaruhnya kepada pemikiran anak-anak kerana mereka akan menganggap bahawa gelaran tersebut adalah betul. Akhirnya, mereka akan menjadi kera sumbang. Perkara ini melahirkan masyarakat individualistik, bak kata pepatah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Cabaran lain ialah sikap sesetengah ibu bapa yang tidak menyokong sekolah kebangsaan. Walhal, sekolah kebangsaan menempatkan murid pelbagai kaum. Mereka lebih yakin akan sekolah aliran ibunda mereka. Mereka memang mempunyai hak untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran yang diminati oleh mereka, namun ibu bapa haruslah juga memberikan sokongan kepada sekolah kebangsaan. Kesimpulannya, semua cabaran tersebut tidak harus kita pandang enteng. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu untuk memperkukuh perpaduan kaum. Kita berharap suatu masa nanti, semua rakyat Malaysia dikenali sebagai bangsa Malaysia. Karangan Mantap Isi-isi Penting 1 Pengaruh langit terbuka 2 Pemimpin menghasut dan meniupkan api perkauman 3 Ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak bergaul dengan kaum lain 4 Ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(1-16)_vim3p.indd 7 3/4/2023 9:01:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


8 Pendahuluan • Kita biasa melihat individu leka dengan alat peranti mereka – menunjukkan Internet besar pengaruhnya terhadap masyarakat • Di samping membawa kebaikan, Internet juga membawa keburukan Rangka Karangan Penutup Banyak kesan negatif yang dibawa oleh Internet – perlu berhati-hati menggunakannya – agar tidak menjahanamkan masa depan – perlu menggunakannya secara bijaksana Isi-isi penting Isi 1 Muncul ‘scammer’ yang memperdayakan masyarakat – mengaut wang orang lain sehingga berjuta-juta ringgit Isi 2 Institusi kekeluargaan menjadi rapuh – kurang berkomunikasi – lebih banyak masa dengan alat peranti masing-masing Isi 3 Kemerosotan pelajaran – murid kurang minat belajar – leka dengan alat peranti – ada yang ketagih bermain permainan Internet Isi 4 Menimbulkan pelbagai gejala sosial – jenayah seks, rogol – tanpa mengira latar belakang masyarakat – membimbangkan banyak pihak Mutakhir ini, penggunaan Internet menjadi satu keperluan dalam kehidupan manusia. Namun demikian, penggunaan Internet turut membawa pelbagai kesan buruk. Huraikan kesan-kesan buruk tersebut. Model Karangan 3 Soalan 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(1-16)_vim3p.indd 8 3/4/2023 9:01:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


9 1 akrab – rapat 2 pendamping – selalu bersama 3 merudum – merosot Zon Kata 1 masuk telinga kanan, keluar telinga kiri – langsung tidak memberi kesan 2 bagaikan aur dengan tebing – saling membantu Peribahasa Info Guru Soalan ini meminta murid menghuraikan kesan-kesan buruk penggunaan Internet. Sudah terang lagi bersuluh, masyarakat kini semakin akrab dengan Internet. Kita biasa melihat individu yang leka dengan alat peranti mereka untuk melayari Internet. Kita mengakui bahawa Internet banyak membawa kebaikan, namun kita perlu sedar bahawa Internet juga membawa pelbagai kesan buruk. Kesan buruk yang paling ketara ialah kemunculan banyak ‘scammer’ yang memperdayakan orang lain. Mereka berselindung di sebalik alam maya dengan mencetuskan pelbagai isu agar mereka dapat menjerat mangsa. Mereka menyamar sebagai kakitangan mahkamah, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mendakwa mangsa telah melakukan kesalahan jenayah. Statistik PDRM menunjukkan bahawa ramai orang menjadi mangsa penipuan Internet. Selain itu, Internet menyebabkan institusi kekeluargaan menjadi semakin rapuh. Kebanyakan ahli keluarga sibuk dengan Internet sehingga tiada masa untuk keluarga. Hal ini amat mendukacitakan kita kerana kerapuhan institusi keluarga sudah tentu menimbulkan pelbagai kesan negatif. Anak-anak tidak lagi mendapat bimbingan daripada ahli keluarga. Mereka menjadikan enjin carian di Internet sebagai pendamping mereka. Hubungan mereka dengan Internet bagaikan isi dengan kuku. Di samping itu, pengaruh Internet menyebabkan prestasi murid-murid dalam pelajaran merosot. Hal ini demikian kerana, minat belajar semakin merudum dalam kalangan murid. Pengaruh alat peranti amat kuat sehingga mereka mengabaikan masa belajar. Nasihat yang diberikan oleh ibu bapa dan guru langsung tidak memberi kesan kepada mereka, bak kata pepatah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tambahan pula, perkembangan Internet menyebabkan gejala sosial semakin kerap berlaku. Kita biasa mendengar kes sumbang mahram, lesbian, rogol dan jenayah seksual. Pelaku jenayah ini melakukannya kerana terpengaruh dengan laman pornografi yang dilayari oleh mereka. Sungguh menyedihkan kerana negara kita antara negara yang tinggi kadar rakyat yang melayari laman lucah. Akibatnya, kes jenayah seksual semakin bertambah. Kesimpulannya, jelas sekali bahawa Internet memang banyak membawa kesan buruk. Oleh itu, semua pihak haruslah bersatu padu bagaikan aur dengan tebing untuk menangani masalah ini. Karangan Mantap Calon tidak dapat menghuraikan isi dengan jelas tentang kesan-kesan buruk penggunaan Internet. Kesalahan Lazim Isi-isi Penting 1 Muncul ‘scammer’ 2 Institusi kekeluargaan menjadi rapuh 3 Kemerosotan pelajaran 4 Menimbulkan pelbagai gejala sosial 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(1-16)_vim3p.indd 9 3/4/2023 9:01:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


10 Pendahuluan • Defi nisi masyarakat penyayang – masyarakat yang saling prihatin dan mengambil berat • Pembinaan masyarakat penyayang memang sukar tetapi banyak faedahnya Rangka Karangan Penutup Banyak faedah yang diperoleh – semua pihak haruslah berganding bahu bagi membina masyarakat penyayang Isi-isi penting Isi 1 Dapat mengurangkan kadar jenayah dalam sesebuah komuniti – golongan yang susah tidak dibiarkan hidup dalam kesusahan, sebaliknya mereka dibantu dan dibela oleh golongan yang berada Isi 2 Melahirkan masyarakat yang bersatu hati – tiada golongan yang dipinggirkan oleh pemimpin masyarakat Isi 3 Mampu mengutuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakathasil daripada sikap simpati, saling membantu dan saling mengambil berat Isi 4 Melahirkan generasi yang berakhlak mulia – dibesarkan dalam sebuah komuniti yang prihatin, penyayang dan berhemah tinggi Pembinaan masyarakat penyayang amat penting untuk sesebuah negara. Oleh itu, kerajaan meletakkan matlamat pembinaan masyarakat penyayang sebagai matlamat penting negara. Terdapat pelbagai faedah yang kita peroleh hasil daripada pembinaan masyarakat penyayang. Huraikan faedah-faedah tersebut. Model Karangan 4 Soalan 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(1-16)_vim3p.indd 10 3/4/2023 9:01:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


11 1 prihatin – ambil berat 2 musibah – kemalangan 3 komuniti – masyarakat Zon Kata 1 cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit – jika seorang ahli keluarga ditimpa kesusahan, ahli keluarga yang lain turut merasakan kesusahan itu 2 seikat bagai sirih, serumpun bagai serai – bersatu hati 3 ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi – didikan ibu bapa memberi kebaikan kepada anakanak Peribahasa Calon tidak memahami maksud masyarakat penyayang. Mereka gagal memberikan isi yang sesuai dengan kebaikan pembinaan masyarakat penyayang. Kesalahan Lazim Info Guru Soalan ini meminta calon menerangkan kebaikan daripada pembinaan masyarakat penyayang. Masyarakat penyayang ialah masyarakat yang saling prihatin dan mengambil berat. Apabila sesebuah keluarga dalam sesebuah komuniti ditimpa musibah, anggota masyarakat menghulurkan bantuan, bak kata pepatah cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit. Pembinaan masyarakat penyayang memang sukar, namun banyak faedah yang diperoleh daripada masyarakat penyayang. Faedah utama, pembinaan masyarakat penyayang dapat mengurangkan kadar jenayah dalam sesebuah komuniti. Hal ini demikian kerana, golongan yang susah tidak dibiarkan hidup dalam kesusahan, sebaliknya mereka dibantu dan dibela oleh golongan yang berada. Justeru, mereka tidak akan melakukan jenayah untuk mendapatkan sesuap nasi. Selain itu, pembinaan masyarakat penyayang akan melahirkan masyarakat yang bersatu hati. Hal ini sejajar dengan peribahasa kita, seikat bagai sirih, serumpun bagai serai. Keadaan ini wujud kerana tiada golongan yang dipinggirkan oleh pemimpin masyarakat. Justeru, golongan yang dibantu akan berasa terhutang budi sekali gus akan memberi kerjasama dalam segala perkara. Di samping itu, pembinaan masyarakat penyayang mampu mengutuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Hasil daripada sikap simpati, saling membantu dan saling mengambil berat menyebabkan setiap anggota masyarakat berasa dihargai. Natijahnya, mereka berasa sangat gembira hidup dalam komuniti mereka. Apabila mereka akan turut serta untuk menjayakan program tersebut. Pembinaan masyarakat penyayang juga mampu melahirkan generasi yang berakhlak mulia. Anak-anak dibesarkan dalam sebuah komuniti yang prihatin, penyayang dan berhemah tinggi. Kehidupan sebegini sudah tentu akan memberi impak kepada keperibadian generasi muda. Justeru, mereka akan menampilkan akhlak mulia hasil daripada didikan ibu bapa dan masyarakat penyayang. Hal ini sejajar dengan peribahasa ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Kesimpulannya, banyak faedah yang diperoleh hasil daripada pembinaan masyarakat penyayang. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu bagi membina masyarakat penyayang. Asas penting kepada pembinaan masyarakat penyayang ini sudah tentu bermula dari rumah. Karangan Mantap Isi-isi Penting 1 Mengurangkan kadar jenayah 2 Melahirkan masayarakat yang bersatu hati 3 Mengutuhkan perpaduan 4 Melahirkan generasi berakhlak mulia 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(1-16)_vim3p.indd 11 3/4/2023 9:01:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


12 Pendahuluan • KPM telah memansuhkan PT3 – mengurangkan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan • Mengundang pelbagai respons – ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju Rangka Karangan Penutup Pemansuhan peperiksaan menimbulkan pelbagai kesan – Kementerian Pendidikan Malaysia harus mengkaji keputusan ini semula Isi-isi penting Isi 1 Seharusnya tidak dimansuhkan – peperiksaan berpusat amat penting untuk mendisiplinkan murid agar belajar dengan tekun – apabila peperiksaan tiada – murid tidak berasa takut dan berasa tidak perlu belajar dengan bersungguh-sungguh Isi 2 Pemansuhan peperiksaan menyukarkan ibu bapa dan guru memotivasikan anak-anak – mereka tiada alasan lagi untuk menyuruh anak belajar kerana peperiksaan tiada Isi 3 Murid tidak mahu meningkatkan prestasi akademik mereka – berasa cukup selesa dengan pencapaian yang diperoleh – kurang fokus terhadap pengajaran guru Isi 4 Banyak pusat tuisyen dan penerbit buku yang terpaksa gulung tikar – permintaan terhadap tuisyen dan buku-buku rujukan semakin berkurangan – kadar pengangguran bertambah Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil keputusan untuk memasuhkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk mengurangkan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. Pemansuhan ini telah mengundang pelbagai respons daripada pelbagai pihak. Ada yang bersetuju dengan pemansuhan tersebut dan ada pula yang tidak bersetuju. Pada pendapat anda, adakah pemansuhan ini mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan negara kita? Bincangkan. Model Karangan 5 Soalan 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(1-16)_vim3p.indd 12 3/4/2023 9:01:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


13 1 pemansuhan – pembatalan 2 menjanakan – menggerakkan 3 tutor – pengajar Zon Kata 1 duduk sama rendah, berdiri sama tinggi – sama taraf 2 tak pandai menari, dikatakan lantai tinggi rendah – menyalahkan pihak lain atas kegagalan sesuatu perkara Peribahasa Calon tidak tahu cara menulis karangan perbincangan. Bagi karangan perbincangan, calon boleh bersetuju, tidak bersetuju atau kedua-duanya sekali. Kesalahan Lazim Info Guru Soalan ini meminta calon membincangkan baik buruknya pemansuhan PT3 kepada masyarakat dan negara. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memansuhkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan alasan untuk mengurangkan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. Keputusan ini sudah pasti diambil selepas pihak kementerian melakukan kajian yang menyeluruh. Pemansuhan ini juga mengundang pelbagai respons daripada pelbagai pihak. Ada pihak yang bersetuju, namun ramai juga yang mempertikaikannya. Pada pendapat saya, pemansuhan PT3 tidak harus dilakukan oleh kerajaan pada masa ini. Hal ini demikian kerana, peperiksaan berpusat dengan kawalan mutu yang ketat amat penting untuk mendisiplinkan murid agar belajar dengan tekun. Ketiadaan peperiksaan menyebabkan murid tidak berasa takut dan berasa tidak perlu belajar dengan bersungguh-sungguh. Selain itu, pemansuhan peperiksaan ini juga menyukarkan ibu bapa dan guru untuk memotivasikan anakanak agar belajar. Dahulu, ibu bapa dan guru mempunyai alasan untuk menyuruh anak mereka belajar kerana peperiksaan semakin hampir, kini mereka tiada alasan lagi. Mereka tidak boleh lagi bersikap tak pandai menari, dikatakan lantai tinggi rendah. Oleh itu, usaha murid untuk belajar secara kendiri semakin berkurangan. Pemansuhan PT3 juga menyebabkan murid tidak mahu meningkatkan prestasi akademik mereka. Mereka berasa cukup selesa dengan pencapaian yang diperoleh mereka pada ketika ini. Justeru, mereka enggan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Mereka juga kurang fokus terhadap pengajaran guru. Malahan, mereka juga tidak mahu menyertai tuisyen di sekolah atau di pusat tuisyen. Pemansuhan PT3 juga menyebabkan banyak pusat tuisyen dan penerbit buku yang terpaksa gulung tikar. Hal ini demikian kerana, permintaan terhadap tuisyen dan bukubuku rujukan semakin berkurangan. Natijahnya, kadar pengangguran semakin bertambah. Walhal, kedua-dua industri ini mampu menjanakan banyak peluang pekerjaan. Pusat tuisyen, tidak lagi membuka peluang kepada graduan untuk menjadi tutor atau guru tuisyen. Kesimpulannya, pemansuhan peperiksaan ini memang menimbulkan pelbagai kesan terhadap mutu pendidikan negara. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia harus mengkaji keputusan ini semula. Hal ini penting agar mutu pendidikan negara kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Karangan Mantap Isi-isi Penting 1 Seharusnya tidak dimansuhkan 2 Menyukarkan ibu bapa untuk memotivasikan anak-anak 3 Murid tidak mahu meningkatkan prestasi akademik 4 Pusat tuisyen dan penerbit buku gulung tikar 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(1-16)_vim3p.indd 13 3/4/2023 9:01:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


14 Pendahuluan • Tajuk laporan dan latar belakang program Rangka Karangan Penutup Program ini berjaya mencapai objektif – berharap agar program ini lebih berjaya dan lebih meriah pada masa akan datang Isi-isi penting Isi 1 Perasmian program Minggu Bahasa Melayu dan Sastera oleh Tuan Pengetua – berharap program ini dapat memupuk perasaan cinta akan bahasa Melayu dan sastera dalam jiwa murid-murid Isi 2 Program kebahasaan – aktiviti pertandingan deklamasi puisi, pidato, forum dan penulisan esei – mencungkil bakat murid Isi 3 Program sastera – aktiviti persembahan teater – teater berjudul “Tuk Janggut Pahlawan Kelantan” – menarik minat murid-murid Isi 4 Persembahan baca puisi – melibatkan Sasterawan Negara – A. Samad Said dan Rahman Shaari – penuh penghayatan – muridmurid terpukau Sekolah anda menganjurkan Minggu Bahasa Melayu dan Sastera. Banyak aktiviti yang telah disusun sepanjang program tersebut. Sebagai setiausaha persatuan, anda telah diminta menulis laporan mengenai program tersebut. Model Karangan 6 Soalan 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(1-16)_vim3p.indd 14 3/4/2023 9:01:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


15 Guru Soalan ini meminta calon membuat laporan mengenai aktiviti Minggu Bahasa dan Sastera. Laporan harus mengandungi aktiviti dan sambutan murid-murid terhadap aktiviti tersebut. Laporan Minggu Bahasa Melayu dan Sastera Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kandi Pada 22 Jun 20__ hingga 30 Jun 20__, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kandi telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu dan Sastera. Tema program pada tahun ini ialah “Bahasa Kita Sastera Kita”. Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Khuzaimi bin Nordin. Dalam ucapan tersebut, beliau berharap agar program ini dapat memupuk rasa cinta akan bahasa Melayu dan sastera dalam jiwa murid-murid. Hal ini demikian kerana, keduadua bidang tersebut kaya dengan pelbagai khazanah yang berharga. Sebagai rakyat, kita harus cinta akan bahasa dan sastera kita agar dapat mengukuhkan jati diri. Sepanjang Minggu Bahasa dan Sastera ini, pelbagai program kebahasaan dan sastera telah diadakan. Antara program kebahasaan ialah pertandingan mendeklamasi puisi, pidato, forum dan penulisan esei. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid. Kesemua pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid. Paling mengejutkan, kebanyakan pertandingan ini dimenangi oleh murid tingkatan 1. Hal ini membuktikan kemampuan mereka, bak kata pepatah kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. Program sastera pula melibatkan aktiviti persembahan teater. Judul teater yang dipersembahkan ialah “Tuk Janggut Pahlawan Kelantan”. Barisan pelakon teater ini terdiri daripada murid-murid sekolah. Mereka dilatih oleh Puan Rosnah binti Mat Zain. Persembahan teater tersebut benarbenar menarik minat murid terhadap sastera. Lontaran vokal yang bertenaga daripada para pelakon dan mesej yang terdapat daripada teater tersebut begitu mendalam kesannya kepada murid-murid. Selain itu, terdapat persembahan baca puisi yang melibatkan Sasterawan Negara seperti A. Samad Said dan Rahman Shaari. Kedua-dua sasterawan tersebut membaca puisi mereka dengan penuh penghayatan. A. Samad Said membaca puisi “Hidup Bersama”, “Jika” dan “Bayang”, manakala Rahman Shaari membaca puisinya yang bertajuk “Makna Merdeka”, “Penunggang Kenyataan”, “Melati” dan “Pesan Ibu Beribu-ribu”. Murid-murid begitu tertarik dan terpukau menyaksikan persembahan kedua-dua sasterawan itu. Karangan Mantap Isi-isi Penting 1 Acara perasmian 2 Program kebahasaan 3 Program sastera 1 khazanah – harta 2 jati diri – prinsip atau maruah diri 3 terpukau – terpesona Zon Kata kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa – jangan menilai seseorang daripada pandangan luaran Peribahasa Calon tidak tahu format laporan. Laporan perlu ada tajuk, latar belakang program dan aktiviti yang dijalankan. Kesalahan Lazim 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(1-16)_vim3p.indd 15 3/4/2023 9:01:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


16 Program Minggu Bahasa Melayu dan Sastera ini telah mencapai objektifnya dalam usaha menimbulkan rasa cinta akan bahasa Melayu dan Sastera dalam kalangan murid. Kami berharap agar program ini dapat diadakan pada tahun hadapan dengan lebih meriah lagi. Sekian, terima kasih. Laporan disediakan oleh, 3 Julai 20__ Ainal Najwa ( Ainal Najwa binti Zahari ) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kandi. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(1-16)_vim3p.indd 16 3/4/2023 9:01:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


17 Panduan Umum 1 Murid diminta menulis ringkasan, ulasan atau rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. 2 Terdapat cara yang berbeza untuk menulis ringkasan, ulasan atau pun rumusan. Justeru, murid perlulah menguasai cara penulisan tersebut. Pemindahan Maklumat Fokus Bimbingan Panduan Menulis Ringkasan 1 Murid akan diberi satu petikan yang panjangnya antara 200 hingga 260 patah perkataan. Murid diminta meringkaskan petikan tersebut berpandukan arahan yang diberi. 2 Kehendak tugasan dinyatakan dalam petikan. Arahan ringkasan biasanya ialah sebab, cara mengatasi, langkah, kekangan dan kelebihan. 3 Langkah-langkah mengenal isi: (a) Baca soalan dengan teliti untuk memahami tugasan yang perlu diselesaikan. (b) Baca petikan dan garis isi-isi penting yang berkaitan dengan tugasan. (c) Isi biasanya terletak pada awal perenggan dan selepas penanda wacana. Sebaikbaiknya garis lapan isi. (d) Elakkan daripada mengemukakan huraian atau contoh. 4 Langkah-langkah menulis ringkasan: (a) Tulis isi tersebut dalam satu perenggan. (b) Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menyambungkan isi. (c) Elakkan daripada menyalin isi secara terus daripada petikan. (d) Elakkan daripada mengemukakan isi sendiri yang tidak terdapat dalam petikan. (e) Murid digalakkan menulis ayat sendiri tetapi mestilah berdasarkan isi daripada petikan. (f) Kira bilangan perkataan agar tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 100 perkataan. (g) Jika terlebih perkataan, sila potong perkataan yang tidak perlu dengan satu garisan. (h) Tulis jumlah perkataan yang sebenar pada bahagian bawah sebelah kanan petikan. Ringkasan 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 17 3/4/2023 9:02:39 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


18 Model 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah menangani pemanasan global. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Para saintis sudah membuktikan bahawa pemanasan global pasti berlaku. Kita tidak dapat lari ataupun mampu mengelakkan diri daripada situasi ini. Dalam hal ini, usah kita bertanya tentang apa-apa yang akan dilakukan oleh orang lain untuk menyelamatkan kita, sebaliknya kita perlu bertindak bagi menghadapi keadaan tersebut. Selama ini pengguna mendakwa bahawa penggunaan lampu kalimantang tidak mendatangkan kesan kepada alam sekitar. Namun, kajian saintis mendapati bahawa lampu jenis ini ialah penyumbang kepada gas rumah hijau. Oleh itu, pengguna seharusnya bertukar kepada jenis lampu yang lebih efi sien yang bersifat mesra alam. Selain itu, kita perlu mengurangkan penggunaan peralatan yang membebaskan klorofl orokarbon (CFC) ke atmosfera, contohnya peti sejuk dan alat pendingin hawa. Hal ini demikian kerana, peralatan itu banyak membebaskan CFC yang boleh menipiskan lapisan ozon. Asap kenderaan juga merupakan penyumbang kepada gas rumah hijau. Oleh itu, kita seharusnya mencari alternatif untuk mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan yang membebaskan banyak gas karbon dioksida. Kita boleh menggunakan basikal jika jarak ke destinasi yang dituju tidak jauh. Kita juga boleh membeli kenderaan berkuasakan tenaga solar atau tenaga elektrik yang bersifat lebih mesra alam. Di samping itu, kita haruslah membanyakkan penanaman pokok di sekitar kawasan kita. Hal ini demikian kerana, penanaman pokok dapat menyumbang kepada kestabilan alam sekitar. Malahan pokok yang banyak dapat menurunkan suhu bumi. Justeru, kita boleh mengurangkan pergantungan kepada alat pendingin hawa. Usaha mengurangkan pemanasan global juga dapat dilakukan dengan mengurangkan pembinaan bangunan terutamanya di ibu kota. Hal ini demikian kerana, pembinaan bangunan menyebabkan banyak kawasan hijau terpaksa dikorbankan. Kawasan hijau ini penting untuk melestarikan alam sekitar sekali gus membantu masalah pemanasan global. (Dipetik dan diubah suai daripada, “Bagaimana Mencegah dan Mengawal Pemanasan Global” oleh Nurul Fiza Selamat, Dewan Kosmik) Kita boleh menggunakan basikal atau membeli kenderaan berkuasakan tenaga solar atau tenaga elektrik yang bersifat lebih mesra alam Kita mestilah mengelakkan penggunaan lampu kalimantang, sebaliknya kita menggunakan lampu yang lebih efi sien yang bersifat mesra alam Kita seharusnya mencari alternatif untuk mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan yang membebaskan banyak gas karbon dioksida Kita perlu mengurangkan penggunaan peralatan elektrik yang membebaskan klorofl orokarbon (CFC) ke atmosfera Rangka Ringkasan (Langkah-langkah Menangani Pemanasan Global) Kita haruslah membanyakkan penanaman pokok di sekitar kawasan kita 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 18 3/4/2023 9:02:40 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


19 Antara cara untuk mengurangkan pemanasan global ialah kita harus menggunakan lampu yang lebih efi sien yang bersifat mesra alam. Kita juga perlu mengurangkan penggunaan peralatan yang membebaskan klorofl orokarbon (CFC) ke atmosfera yang boleh menjejaskan lapisan ozon. Di samping itu, kita harus mencari alternatif lain yang mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan yang membebaskan banyak gas karbon dioksida. Malahan, kita boleh menggunakan basikal atau membeli kenderaan berkuasakan tenaga solar atau tenaga elektrik yang bersifat lebih mesra alam. Selain itu, kita haruslah membanyakkan penanaman pokok di sekitar kawasan kita bagi menurunkan suhu di persekitaran kita. (82 patah perkataan) Ringkasan Lengkap Sekolah ialah tempat digantungkan harapan oleh ibu bapa, masyarakat dan negara. Kejayaan untuk merealisasikan harapan ini pula terletak pada kepimpinan dan guru sekolah. Oleh itu, guru haruslah memainkan peranan mereka secara proaktif bagi mencapai matlamat tersebut. Guru haruslah bertanggungjawab dan memiliki komitmen yang jitu terhadap tugas yang diamanahkan kepada mereka. Tugas mendidik memerlukan pengorbanan yang tinggi daripada para guru. Oleh itu, mereka haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh mendidik murid-murid agar memperoleh ilmu sejajar dengan perkembangan zaman kini. Bagi memenuhi tuntutan tersebut, para guru hendaklah meningkatkan pengetahuan mereka sesuai dengan tuntutan zaman supaya pergerakan mereka sentiasa relevan dengan keadaan dan ketika. Hal ini demikian kerana ledakan pengetahuan bertambah hebat, di samping kumpulan yang diajar juga mempunyai pelbagai tahap kebolehan. Di samping itu, guru perlulah menanamkan sikap suka belajar kepada murid. Mereka hendaklah meningkatkan tahap profesionalisme mereka ke tahap tertinggi. Hal ini demikian kerana, pengetahuan sentiasa berkembang maju dan apa-apa yang diajarkan hari ini akan menjadi usang esok. Oleh sebab itu, pembelajaran secara berterusan perlu dilakukan oleh guru. Hal ini juga memberi motivasi kepada murid-murid untuk mencontohi guru mereka. Guru juga hendaklah menyemai nilai moral dalam diri murid supaya murid menjadi manusia yang bersopan santun, berbudi bahasa, hormat-menghormati dan berbudi pekerti mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Hal ini demikian kerana, pengaruh globalisasi turut membawa nilai moral dari luar yang boleh menjadikan muda-mudi kita longlai. Pada masa yang sama guru wajib mempunyai wawasan untuk membetulkan yang salah dan mengelakkan yang negatif. Dalam memastikan kejayaan seseorang murid, guru tidak boleh leka daripada menilai diri sendiri supaya pengajarannya sentiasa berkesan dan berjaya mengambil hati muridnya. Murid yang dibentuk diharapkan bakal menjadi masyarakat yang inovatif, kreatif dan sentiasa memajukan diri sendiri. Untuk menjayakan harapan tersebut, guru sendiri seharusnya menjadi contoh yang terbaik kepada murid. (Dipetik dan diubah suai daripada “Guru Pembina Negara Bangsa” oleh Abdul Rahman Arshad, Pelita Bahasa) Model 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh guru sebagai pembina negara bangsa. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 19 3/4/2023 9:02:40 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


20 Guru perlulah menanamkan sikap suka belajar kepada murid Guru haruslah bertanggungjawab dan memiliki komitmen yang jitu terhadap tugas yang diamanahkan kepada mereka Para guru hendaklah meningkatkan pengetahuan mereka sesuai dengan tuntutan zaman supaya pergerakan mereka sentiasa relevan Guru haruslah berusaha dengan bersungguhsungguh mendidik murid-murid agar memperoleh ilmu sejajar dengan perkembangan zaman kini Rangka Ringkasan (Guru sebagai Pembina Negara Bangsa) Pembelajaran secara berterusan perlu dilakukan oleh guru Guru wajib mempunyai wawasan untuk membetulkan yang salah dan mengelakkan yang negatif Guru juga hendaklah menyemai nilai moral dalam diri murid Terdapat pelbagai usaha yang dapat dilakukan oleh guru sebagai pembina negara bangsa. Antaranya, guru haruslah bertanggungjawab dan memiliki komitmen yang jitu terhadap tugas yang diamanahkan kepada mereka. Mereka juga haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh mendidik murid-murid agar memperoleh ilmu sejajar dengan perkembangan zaman kini. Malahan, para guru hendaklah meningkatkan pengetahuan mereka sesuai dengan tuntutan zaman supaya pergerakan mereka sentiasa relevan. Selain itu, guru perlulah menanamkan sikap suka belajar kepada murid. Malahan, mereka hendaklah meningkatkan tahap profesionalisme mereka ke tahap tertinggi. Justeru, pembelajaran secara berterusan perlu dilakukan oleh guru. Guru juga hendaklah menyemai nilai moral dalam diri murid. Selain itu, guru wajib mempunyai wawasan untuk membetulkan yang salah dan mengelakkan yang negatif. (97 patah perkataan) Model 3 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha memperkasa kegiatan kokurikulum di sekolah. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Ringkasan Lengkap Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti yang dilaksanakan di luar bilik darjah dan di luar waktu persekolahan. Terdapat tiga jenis kegiatan kokurikulum, iaitu persatuan akademik, kelab permainan dan unit beruniform. Setiap murid diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum tersebut. Kerajaan mengambil langkah yang proaktif untuk memperkasakan kegiatan kokurikulum di sekolah. Untuk memperkasa kegiatan kokurikulum dalam sistem pendidikan negara, kerajaan bersetuju untuk mengiktiraf kokurikulum sebagai satu nilai tambah dalam proses pengambilan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Oleh itu, kegiatan kokurikulum di sekolah yang sebelum ini dipinggirkan kini berjaya dihidupkan semula dengan menambah baik latihan perguruan di Insitusi Pendidikan Guru (IPG). Usaha ini bertujuan untuk melahirkan lebih banyak guru yang berwibawa dan terlatih dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 20 3/4/2023 9:02:40 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


21 Mengiktiraf kokurikulum sebagai satu nilai tambah dalam proses pengambilan pelajar ke IPTA Meluluskan peruntukan tambahan bagi menampung kos pembiayaan aktiviti kokurikulum Menambah baik latihan perguruan di IPG untuk melahirkan lebih banyak guru yang berwibawa KPM telah mewujudkan Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah Memperuntukan RM344 juta untuk menambah baik kemudahan sukan di sekolahsekolah Setiap sekolah meletakkan sukan sebagai satu bidang yang diberi keutamaan selain bidang akademik Rangka Ringkasan (Usaha-usaha Memperkasa Kegiatan Kokurikulum di Sekolah) Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan tambahan bagi menampung peningkatan kos pembiayaan aktiviti kokurikulum membabitkan pecahan RM10 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM12 bagi murid sekolah menengah. Selain itu, kerajaan telah memperuntukkan RM344 juta untuk menambah baik kemudahan sukan di sekolahsekolah. Kementerian Pendidikan juga telah mewujudkan Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah di peringkat kementerian untuk merancang, memantau, dan mempergiat aktiviti sukan di sekolah. Bagi mencapai matlamat, setiap sekolah meletakkan sukan sebagai satu bidang yang diberi keutamaan selain bidang akademik. Sejak dahulu, kegiatan kokurikulum di sekolah hanya berkisar pada pelibatan murid dalam bidang beruniform sehingga mengabaikan usaha untuk memupuk minat untuk mendalami bidang keusahawanan. Oleh itu, saranan supaya kegiatan koperasi dijadikan satu daripada kegiatan kokurikulum pada peringkat sekolah memang kena pada masanya. Hal ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan generasi yang menguasai kemahiran berniaga. (Dipetik dan diubah suai daripada “Memperkasakan Kokurikulum ke Arah Kecemerlangan” oleh Samat Buang, Dewan Siswa) Terdapat pelbagai usaha untuk memperkasa kegiatan kokurikulum di sekolah. Antaranya, kerajaan bersetuju untuk mengiktiraf kokurikulum sebagai satu nilai tambah dalam proses pengambilan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Malahan, kerajaan juga menambah baik latihan perguruan di Institusi Pendidikan Guru (IPG) untuk melahirkan lebih banyak guru yang berwibawa mengendalikan aktiviti kokurikulum. Di samping itu, kerajaan meluluskan peruntukan tambahan bagi menampung peningkatan kos pembiayaan aktiviti kokurikulum. Tambahan pula, kerajaan telah memperuntukkan RM344 juta untuk menambah baik kemudahan sukan di sekolah-sekolah. Selain itu, Kementerian Pendidikan telah mewujudkan Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah di peringkat kementerian untuk merancang, memantau, dan mempergiat aktiviti sukan di sekolah. Justeru, setiap sekolah meletakkan sukan sebagai satu bidang yang diberi keutamaan selain bidang akademik. (99 patah perkataan) Ringkasan Lengkap 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 21 3/4/2023 9:02:40 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


22 Model 4 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh remaja untuk memacu kejayaan negara. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Negara kita sudah merdeka melebihi enam abad. Dalam tempoh tersebut, banyak kemajuan yang telah dicapai oleh negara kita. Namun begitu, kita tidak harus berasa cepat berpuas hati dengan kemajuan tersebut kerana pada masa yang sama, negaranegara luar begitu maju ke hadapan meninggalkan negara kita. Sudah tentu, kejayaan negara haruslah diletakkan pada golongan remaja yang merupakan tonggak masa depan negara. Prakarsa utamanya, para remaja pada hari ini perlu melengkapi diri dengan kemahiran insaniah dan jati diri yang kukuh. Hal ini demikian kerana, pencapaian akademik yang cemerlang masih belum cukup untuk membentuk remaja yang berkualiti. Oleh itu, remaja perlu melibatkan diri dalam pelbagai bidang untuk menjana kreativiti dan inovasi. Pada masa ini, banyak kursus yang ditawarkan sama ada oleh pihak kerajaan atau pihak swasta yang dapat meningkatkan kreativiti dan inovasi mereka. Di samping itu, para remaja haruslah berusaha untuk meningkatkan kematangan mereka dalam mengatur setiap langkah kehidupan. Kematangan ini dapat diperoleh melalui pembacaan, pergaulan dengan rakan-rakan lain dan pelibatan dalam programprogram keilmuan. Kematangan ini dapat membina keyakinan diri remaja agar dapat mengemudi amanah yang berat bagi memastikan kemajuan agama, bangsa dan negara. Selain itu, para remaja masa kini berhadapan dengan dunia yang kian mencabar. Oleh itu, mereka sewajarnya mempunyai daya saing yang tinggi. Senario remaja di Malaysia amat berbeza jika dibandingkan dengan remaja di negara Jepun. Sejak kanakkanak mereka telah didedahkan dengan amalan membaca. Mereka juga cukup taksub dengan bahasa ibunda tanpa dipengaruhi oleh bahasa asing. Mentaliti masyarakat negara matahari terbit ini sememangnya diasuh untuk cinta akan negara sepenuh jiwa. Oleh itu, remaja Malaysia harus menyanjung tinggi adat dan budaya warisan nenek moyang tanpa mempedulikan anasir asing biarpun ada yang menyelinap secara diam. Malahan, remaja hendaklah lebih peka dan tidak mudah mengalah seterusnya melibatkan diri dalam bidang keusahawanan bagi menyahut saranan kerajaan. Selain itu, remaja perlu sensitif terhadap isu semasa yang berlaku sama ada di dalam atau luar negara. Remaja boleh bersama-sama menyalur bantuan kepada negara yang mengalami krisis kemanusiaan dan bencana alam. Mereka juga perlu bijak bersuara untuk melontar pendapat selagi tidak menggugat ketenteraman negara. (Dipetik dan diubah suai daripada “Remaja Kreatif dan Inovatif Memacu Kegemilangan Negara” oleh Mohd Haniff Mohammad Yusoff, Dewan Siswa) 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 22 3/4/2023 9:02:40 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


23 Remaja bersama-sama menyalur bantuan kepada negara yang mengalami krisis kemanusiaan dan bencana alam Para remaja perlu melengkapi diri dengan kemahiran insaniah dan jati diri yang kukuh Mereka hendaklah berusaha untuk meningkatkan kematangan mereka dalam mengatur setiap langkah kehidupan Mereka juga perlu melibatkan diri dalam pelbagai bidang untuk menjana kreativiti dan inovasi Dalam bidang keusahawanan pula, remaja hendaklah lebih peka dan melibatkan diri dalam bidang tersebut Mereka sewajarnya mempunyai daya saing yang tinggi dan menyanjung tinggi adat serta budaya warisan nenek moyang Remaja perlu sensitif terhadap isu semasa yang berlaku sama ada di dalam atau luar negara Rangka Ringkasan (Remaja Pemaju Kejayaan Negara) Ada pelbagai langkah yang dapat dilakukan oleh remaja untuk memacu kejayaan negara. Para remaja perlu melengkapi diri dengan kemahiran insaniah dan jati diri yang kukuh. Mereka juga perlu melibatkan diri dalam pelbagai bidang untuk menjana kreativiti dan inovasi. Selain itu, mereka hendaklah berusaha untuk meningkatkan kematangan mereka. Malahan, mereka sewajarnya mempunyai daya saing yang tinggi dan menyanjung tinggi adat dan budaya. Dalam bidang keusahawanan pula, remaja hendaklah lebih peka dan melibatkan diri dalam bidang tersebut. Di samping itu, remaja perlu sensitif terhadap isu semasa yang berlaku sama ada di dalam atau luar negara dan bersama-sama menyalur bantuan kepada negara yang mengalami krisis kemanusiaan dan bencana alam. (100 patah perkataan) Ringkasan Lengkap 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 23 3/4/2023 9:02:41 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


24 Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fi zikal. Bidang ini merangkumi kinesiologi, biomekanik, anatomi dan fi siologi. Kebanyakan negara yang berjaya dalam bidang sukan menggunakan ilmu sains sukan kepada atletnya seperti Amerika Syarikat, Australia, China, dan Jerman. Sudah sampai masanya negara kita mencontohi negara-negara yang maju dalam bidang sukan kerana bidang ini membantu atlet memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf dan sistem otot dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan. Kebanyakan atlet negara gagal dalam sesuatu kejohanan disebabkan kelemahan taktikal atlet itu sendiri. Sebaliknya, seseorang atlet yang berpengetahuan dalam ilmu sains sukan berupaya memanipulasi kemahiran taktikal yang dimiliki untuk meningkatkan tahap pencapaian masing-masing ketika bertanding. Ilmu sains sukan sepatutnya didedahkan kepada atlet sejak awal lagi kerana pembinaan kekuatan asas tubuh badan dan kemahiran asas sukan yang betul juga sepatutnya bermula di peringkat sekolah rendah lagi. Oleh itu, subjek sains sukan perlu didedahkan secara menyeluruh kepada semua atlet supaya mereka mampu melatih diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan jurulatih. Malah, atlet dapat mengawal emosi serta fokus ketika berhadapan situasi tegang dalam pertandingan. Perkara seperti kebimbangan, stres, kurang berkeyakinan dan kehadiran emosi yang negatif adalah sesuatu yang normal dalam pertandingan. Tidak hairanlah sekiranya atlet yang ‘kuat’ tewas kepada atlet yang ‘lemah’. Tambahan lagi, jurulatih yang terdapat di Malaysia ini merupakan bekas atlet dalam bidang masing-masing yang bersandarkan pengalaman yang dimiliki untuk menghasilkan dan melatih atlet. Ilmu sains sukan yang dipelajari membantu jurulatih sukan mengembangkan profesionalisme mereka hasil gabungan ilmu tersebut dengan pengalaman yang dimilikinya. Kebanyakan negara yang berjaya dalam bidang sukan menggunakan ilmu sains sukan untuk mengkaji tentang pemakanan, kemahiran, psikologi, teknik, biomekanik, dan ginetik yang membantu persembahan dan pencapaian atlet. Ilmu sains sukan yang dirancang dengan betul dan program latihan yang bersistematik akan dapat menghasilkan atlet bertaraf dunia. Perlu diingatkan bahawa untuk menghasilkan atlet bertaraf dunia bukan mengambil masa yang singkat. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kepentingan Sains Sukan” oleh Firdauz Radzak, Dewan Masyarakat) Model 5 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan sains sukan dalam melahirkan atlet berwibawa. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 24 3/4/2023 9:02:41 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


25 Pengetahuan mengenai sains sukan penting untuk memanipulasi kemahiran taktikal yang dimiliki atlet sekali gus mampu meningkatkan tahap pencapaian mereka. Malahan, pengetahuan mengenai sains sukan perlu didedahkan secara menyeluruh kepada semua atlet supaya mereka mampu melatih diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan jurulatih. Selain itu, sains sukan ini memberi kelebihan kepada atlet untuk mengawal emosi serta fokus ketika berhadapan situasi tegang dalam pertandingan. Tambahan pula, sains sukan dapat membantu jurulatih sukan mengembangkan profesionalisme mereka hasil gabungan ilmu tersebut dengan pengalaman. Kebanyakan negara yang berjaya dalam bidang sukan juga turut menggunakan ilmu sains sukan untuk mengkaji tentang pelbagai aspek yang membantu persembahan dan pencapaian atlet. (96 patah perkataan) Memanipulasi kemahiran taktikal yang dimiliki oleh atlet Atlet dapat mengawal emosi serta fokus ketika berhadapan situasi tegang dalam pertandingan Atlet mampu melatih diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan jurulatih Kebanyakan negara yang berjaya dalam bidang sukan menggunakan ilmu sains sukan untuk yang membantu persembahan dan pencapaian atlet Membantu jurulatih sukan mengembangkan profesionalisme mereka Rangka Ringkasan (Kepentingan Sains Sukan) Ringkasan Lengkap 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 25 3/4/2023 9:02:41 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


26 Fokus Bimbingan Panduan Menulis Rumusan 1 Murid akan diberi satu petikan yang panjangnya antara 200 hingga 260 patah perkataan. Murid diminta membuat rumusan berdasarkan petikan tersebut. 2 Kehendak tugasan perlu dicari sendiri berdasarkan petikan. Arahan rumusan boleh terdiri daripada faktor, kesan, langkah, faedah dan cabaran. 3 Isi diperoleh secara langsung daripada petikan. Murid seharusnya mengemukakan enam hingga tujuh isi. 4 Langkah-langkah mengenal isi: (a) Baca soalan dengan teliti untuk memahami tugasan yang perlu diselesaikan. (b) Baca petikan dan garisi isi-isi penting yang berkaitan dengan tugasan. (c) Isi biasanya terletak pada awal perenggan dan selepas penanda wacana. Sebaikbaiknya garisi enam atau tujuh isi. (d) Elakkan daripada mengemukakan huraian atau contoh. 5 Langkah-langkah menulis rumusan: (a) Murid boleh menulis rumusan dalam satu perenggan atau tiga perenggan yang terdiri daripada pendahuluan, isi dan kesimpulan. (b) Murid harus memulakan rumusan dengan kaedah ini: • Rumusan membincangkan … (tukarkan arahan tersurat sahaja) (c) Tulis isi dan gabungkan dengan penanda wacana yang sesuai. (d) Elakkan daripada menyalin isi secara terus daripada petikan. (e) Murid digalakkan menulis ayat sendiri tetapi mestilah berdasarkan isi daripada petikan. (f) Tulis kesimpulan. Kesimpulan harus mengandungi ayat kesimpulan dan ayat harapan. Contohnya: Semua pihak perlulah berganding bahu untuk … agar … (g) Kira bilangan perkataan agar tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak lebih daripada 100 patah perkataan. (h) Jika terlebih perkataan, sila potong perkataan yang tidak perlu dengan satu garisan. (i) Tulis jumlah perkataan yang sebenar pada bahagian bawah sebelah kanan petikan. Rumusan 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 26 3/4/2023 9:02:42 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


27 Gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Justeru, masyarakat perlu meningkatkan amalan gaya hidup sihat kerana banyak kebaikannya. Pertama sekali, kebaikan utama amalan gaya hidup sihat ialah memperoleh tahap kesihatan yang mantap. Hal ini membolehkan kita menjalani kehidupan dengan aktif dan cergas. Kita dapat menjayakan setiap tugasan yang diberi dengan sempurna. Selain itu, amalan gaya hidup sihat juga dapat meningkatkan stamina diri seseorang. Pergerakan menjadi lebih pantas dan banyak kerja dapat dilakukan pada sesuatu masa. Justeru, hal ini sekali gus dapat meningkatkan produktiviti sesebuah agensi. Selain itu, amalan gaya hidup sihat juga dapat meningkatkan keceriaan dan kebahagiaan seseorang individu. Kesihatan yang diperoleh membolehkannya meluangkan masa berkualiti dengan keluarga. Semasa hujung minggu, kita boleh menghabiskan masa dengan keluarga untuk beriadah dan berekreasi. Malahan, amalan gaya hidup sihat juga dapat meningkatkan kecerdasan otak. Hal ini kerana, otak menjadi lebih aktif apabila mendapat oksigen yang mencukupi melalui aktiviti fi zikal yang dijalankan. Di samping itu, amalan gaya hidup sihat juga dapat meningkatkan tabungan sesebuah keluarga. Mereka tidak perlu mengeluarkan duit untuk menanggung kos rawatan atau perubatan akibat penyakit yang dihidapi. Malahan, melalui kesihatan yang diperoleh, mereka boleh melakukan pelbagai kerja sampingan untuk menjanakan pendapatan tambahan. Hal ini dapat memperkukuh ekonomi keluarga tersebut. Kesimpulannya, banyak manfaat yang diperoleh melalui amalan gaya hidup sihat. Justeru, semua pihak haruslah menyahut cabaran untuk menjadikan diri lebih sihat menerusi aktiviti fi zikal dan amalan pemakanan yang sihat. Sesungguhnya, individu yang sihat merupakan aset berharga kepada sesebuah negara. Pendahuluan: Petikan membincangkan faedah-faedah amalan gaya hidup sihat Isi-isi penting: • Memperoleh kesihatan yang mantap • Meningkatkan stamina diri • Banyak kerja yang dapat dilakukan • Meningkatkan produktiviti sesebuah agensi • Meningkatkan keceriaan dan kebahagiaan seseorang • Meningkatkan kecerdasan otak • Meningkatkan tabungan keluarga • Dapat melakukan pelbagai kerja sampingan Rangka Rumusan (Faedah-faedah Amalan Gaya Hidup Sihat) Penutup: Semua pihak perlu berganding bahu – melahirkan masyarakat yang sihat – menjanakan kemajuan negara Model 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 27 3/4/2023 9:02:43 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


28 Rumusan Lengkap Petikan membincangkan faedah-faedah mengamalkan gaya hidup sihat. Antara faedahnya ialah kita memperoleh tahap kesihatan yang mantap. Jadi, kita boleh menjalani kehidupan yang aktif yang cergas. Selain itu, gaya hidup sihat turut meningkatkan stamina diri kita. Hal ini membolehkan banyak kerja dilakukan dalam sesuatu masa sekali gus dapat meningkatkan produktiviti sesebuah agensi. Malahan, keceriaan dan kebahagiaan serta kecerdasan otak turut meningkat. Di samping itu, kita juga dapat meningkatkan tabungan keluarga dan melakukan kerja sampingan untuk menjanakan pendapatan tambahan. Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu demi melahirkan masyarakat yang dapat menjanakan kemajuan negara. (85 patah perkataan) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) hari ini mendedahkan bahawa penggunaan dadah sintetik seperti methamphetamine kini semakin menjadi pilihan golongan muda terutamanya dalam kalangan remaja. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifl i Abdullah, penggunaan dadah jenis tersebut dilihat semakin popular dalam kalangan penagih muda berbanding dengan dadah tradisional seperti ganja. Menurut beliau, faktor yang menjadi penyumbang kepada peralihan ini ialah lambakan dadah jenis sintetik yang semakin mudah didapati. Remaja-remaja boleh membeli dadah ini melalui pengedar yang bergerak di sesuatu kawasan. Selain itu, fi zikal dadah sintetik yang berbentuk pil dan kapsul mudah disorok apabila serbuan atau tangkapan dilakukan oleh pihak berkuasa. Remaja juga menggunakan dadah sintetik kerana harganya jauh lebih murah berbanding dengan dadah tradisional. Hal ini kerana, dadah sintetik boleh dihasilkan di makmal-makmal ringkas di dalam rumah. Tambahan pula, dadah sintetik ini dapat memberi kesan keseronokan yang lebih maksimum apabila mereka berkunjung ke pusat hiburan. Justeru, remaja yang bermasalah akan menggunakan dadah sintetik ini sebagai jalan keluar sementara terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka. Penggunaan dadah sintetik juga meningkat dalam kalangan remaja kerana para pengedar aktif merekrut ahli-ahli baharu. Mereka mendekati remaja yang bermasalah yang datang daripada keluarga yang mewah. Mereka memujuk remaja tersebut agar menggunakan dadah tersebut. Di samping itu, peningkatan penggunaan dadah jenis ini juga kerana kesukaran pihak berkuasa untuk mengesan lokasi pemprosesan dadah ini. Hal ini kerana, dadah ini boleh diproses di mana-mana premis termasuk rumah. Biasanya, mereka akan berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi untuk mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa. Penggunaan dadah sintetik sebanyak 45.6 peratus dalam kalangan remaja tidak harus dipandang ringan. Hal ini kerana, jumlah ini akan meningkat dengan mendadak. Justeru, semua pihak haruslah berganding bahu bagi menangani masalah ini demi melahirkan generasi muda yang bebas dadah. Model 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 28 3/4/2023 9:02:43 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


29 Rumusan Lengkap Pendahuluan: Petikan membincangkan sebab-sebab penggunaan dadah sintetik dalam kalangan remaja Isi-isi penting: • Lambakan dadah jenis sintetik • Dadah ini mudah disorok • Harganya juga lebih murah • Dapat memberi kesan keseronokan yang lebih maksimum • Menjadi jalan keluar sementara bagi remaja yang bermasalah • Para pengedar aktif merekrut ahliahli baharu • Pihak berkuasa sukar untuk mengesan lokasi pemprosesan dadah ini Rangka Rumusan (Sebab-sebab Penggunaan Dadah Sintetik dalam Kalangan Remaja) Penutup: • Semua pihak perlu berganding bahu – remaja tonggak masa depan negara Petikan membincangkan sebab-sebab penggunaan dadah sintetik dalam kalangan remaja. Antara sebabnya ialah lambakan dadah sintetik ini mudah didapati. Selain itu, dadah sintetik juga mudah disorok kerana berbentuk pil dan kapsul serta harganya lebih murah. Malahan, dadah sintetik dapat memberikan kesan keseronokan yang lebih maksimum kepada remaja yang bermasalah sebagai jalan keluar sementara daripada masalah mereka. Tambahan pula, para pengedar aktif merekrut ahli-ahli baharu dan pihak berkuasa pula sukar untuk mengesan lokasi makmal pemprosesannya. Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu menangani masalah penggunaan dadah sintetik demi melahirkan remaja yang dapat menjadi tonggak masa depan negara. (83 patah perkataan) 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 29 3/4/2023 9:02:43 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


30 Kemiskinan bandar berlaku kerana peningkatan kos taraf hidup. Biasanya, isu ini berlaku dalam kalangan penduduk yang mempunyai pendapatan RM3000.00 ke bawah. Kerajaan memandang berat isu ini kerana boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan mewujudkan jurang sosial. Justeru, beberapa langkah telah, sedang dan akan diambil untuk menangani isu ini. Langkah utama yang diambil oleh kerajaan adalah dengan memberi bantuan sara hidup kepada golongan tersebut. Bantuan tersebut akan diagih-agihkan sebanyak tiga kali setahun. Selain itu, kerajaan juga memberi subsidi minyak kepada golongan berkenaan. Subsidi tersebut membolehkan mereka membeli minyak dengan harga yang lebih murah daripada orang lain. Selain itu, kerajaan juga menyediakan bantuan barangan dapur kepada golongan tersebut. Mereka boleh membawa kad keahlian dan membeli barangan dengan had tertentu dengan menggunakan kad tersebut. Kerajaan juga menggalakkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk menubuhkan bank makanan bagi mengumpulkan makanan seterusnya mengagihkan makanan kepada golongan tersebut. Dalam jangka panjang, kerajaan menggalakkan golongan ini berkecimpung dalam bidang perniagaan. Banyak agensi kerajaan yang bersedia menghulurkan bantuan kepada golongan ini untuk memulakan perniagaan. Mereka sedia memberi bantuan modal, latihan penyediaan produk dan kursus pemasaran. Malahan, kerajaan juga membantu anak-anak golongan ini meningkatkan prestasi akademik mereka. Mereka diberi makanan tambahan percuma. Mereka juga diberi bimbingan tuisyen percuma. Hal ini diharap dapat melahirkan golongan yang cerdik pandai daripada kumpulan ini. Golongan cerdik pandai ini sudah tentu akan memperoleh pekerjaan yang baik sekali gus dapat membantu keluarga mereka. Kesimpulannya, kerajaan melakukan pelbagai inisiatif untuk membantu golongan miskin bandar. Namun, perkara yang paling penting ialah golongan ini haruslah berubah sikap dan pemikiran agar tidak terus berada dalam kumpulan miskin bandar. Penutup: Semua pihak perlu berganding bahu menangani isu kemiskinan bandar demi melahirkan masyarakat yang prihatin Pendahuluan: Petikan membincangkan langkah-langkah untuk menangani kemiskinan bandar di negara kita Isi-isi penting: • Bantuan sara hidup • Subsidi minyak • Bantuan barangan dapur • Menubuhkan bank makanan • Menggalakkan berkecimpung dalam bidang perniagaan • Bimbingan tuisyen secara percuma Rangka Rumusan (Langkah-langkah untuk Menangani Kemiskinan Bandar) Model 3 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 30 3/4/2023 9:02:44 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


31 Petikan membincangkan langkah-langkah untuk menangani kemiskinan bandar di negara kita. Antara langkahnya ialah kerajaan memberi bantuan sara hidup kepada golongan tersebut. Selain itu, kerajaan memberi subsidi minyak yang membolehkan mereka membeli minyak dengan harga yang lebih murah. Malahan, kerajaan juga menyediakan bantuan barangan dapur kepada mereka. Tambahan pula, kerajaan turut menggalakkan badanbadan bukan kerajaan (NGO) menubuhkan bank makanan. Di samping itu, kerajaan juga menggalakkan golongan ini berniaga dengan memberikan bantuan modal, latihan dan kursus. Anak-anak mereka pula diberi bimbingan tuisyen secara percuma. Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu menangani isu kemiskinan bandar demi melahirkan masyarakat yang prihatin. (86 patah perkataan) Sejak belakangan ini, penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat semakin aktif. Di mana-mana sahaja, kita kerap melihat orang asyik melayan media sosial. Daripada sudut kemasyarakatan, ketagihan masyarakat terhadap media sosial memberikan pelbagai manfaat. Manfaat utamanya ialah media sosial menjadikan hubungan dalam kalangan masyarakat semakin erat. Dengan adanya aplikasi WhatsApp, Twitter, Instagram dan Facebook, kita dapat berhubung dengan ahli keluarga atau rakan taulan dengan mudah. Hal ini sejajar dengan peribahasa kita, yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan. Selain itu, penggunaan media sosial juga dapat merapatkan jurang antara golongan kaya dengan golongan miskin. Apabila sesebuah keluarga miskin ditimpa musibah seperti kemalangan atau ketiadaan barangan makanan, banyak bantuan dihulurkan oleh golongan kaya selepas mengetahuinya daripada media sosial. Selain itu, media sosial juga mampu membentuk masyarakat yang lebih peka terhadap kegiatan jenayah. Apabila berlaku sesuatu kegiatan jenayah, masyarakat cepat berkongsi maklumat tersebut dengan orang lain supaya orang lain tidak menjadi mangsa jenayah tersebut. Hal ini dapat mengurangkan kejadian jenayah di negara kita. Tambahan pula, penggunaan media sosial juga dapat meningkatkan budaya berniaga dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda. Mereka boleh memasarkan produk mereka dengan mudah dan tidak memerlukan premis seperti pejabat. Penggunaan media sosial juga dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan ibu bapa. Kebanyakan guru mewujudkan kumpulan WhatsApp untuk memudahkan mereka menyampaikan maklumat secara terus kepada ibu bapa. Selain itu, ibu bapa juga boleh mengetahui keadaan anak mereka secara terus daripada guru. Malahan, penggunaan media sosial juga mampu meningkatkan informasi masyarakat. Banyak tip atau maklumat dikongsi dalam sesuatu kumpulan media sosial tersebut. Kesimpulannya, banyak manfaat yang diperoleh menerusi penggunaan media sosial. Justeru, kita harus memanfaatkan sepenuhnya media sosial ini demi meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran negara. Kita juga haruslah mengelakkan diri daripada penyalahgunaan media sosial yang boleh mengundang pelbagai masalah. Rumusan Lengkap Model 4 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 31 3/4/2023 9:02:44 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


32 Penutup: Semua pihak perlu berganding bahu untuk menangani isu media sosial demi melahirkan masyarakat yang sejahtera mindanya Pendahuluan: Petikan membincangkan manfaat-manfaat penggunaan media sosial Isi-isi penting: • Hubungan dalam kalangan masyarakat semakin erat • Merapatkan jurang masyarakat • Membentuk masyarakat yang lebih peka terhadap kegiatan jenayah • Meningkatkan budaya berniaga • Mengeratkan hubungan antara guru dengan ibu bapa • Meningkatkan informasi masyarakat Rangka Rumusan (Manfaat-manfaat Penggunaan Media Sosial) Petikan membincangkan faedah-faedah penggunaan media sosial. Antara faedah penggunaan media sosial ialah dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat kerana kita dapat berhubung dengan ahli keluarga atau rakan dengan mudah. Selain itu, media sosial juga merapatkan jurang masyarakat apabila golongan kaya akan membantu mereka yang ditimpa musibah setelah mengetahuinya melalui media sosial. Di samping itu, media sosial mampu membentuk masyarakat yang peka terhadap jenayah. Malahan, media sosial dapat meningkatkan budaya berniaga dalam kalangan masyarakat. Media sosial juga mengeratkan hubungan antara guru dengan ibu bapa. Tambahan pula, media sosial dapat meningkatkan informasi masyarakat. Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu menangani isu ini demi kesejahteraan masyarakat. (89 patah perkataan) Ketika mengharungi arus globalisasi dan modenisasi, negara kita telah mengalami pembangunan yang pesat, terutamanya dalam sektor perindustrian. Rentetannya, sektor pertanian telah diketepikan. Bagaimanapun di bawah Misi Nasional, kerajaan serius untuk meningkatkan kedudukan sektor pertanian ini. Justeru, pelbagai langkah diambil untuk memajukan sektor pertanian di negara kita. Untuk memajukan sektor pertanian, kaum petani perlu menggunakan teknologi moden semaksimum yang mungkin. Hal ini kerana, penggunaan teknologi moden mampu meningkatkan pengeluaran sekali gus mengurangkan kos. Justeru, pendapatan bersih petani akan meningkat. Selain itu, petani juga hendaklah mengusahakan ladang mereka pada skala yang besar demi meningkatkan produktiviti. Istilah tanah sekangkang kera tidak Rumusan Lengkap Model 5 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 32 3/4/2023 9:02:44 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


33 Penutup: Semua pihak berganding bahu memajukan sektor pertanian demi meningkatkan pendapatan para petani Pendahuluan: Petikan membincangkan cara-cara memajukan sektor pertanian di negara ini Isi-isi penting: • Menggunakan teknologi moden • Mengusahakan ladang pada skala yang besar • Bersedia mewujudkan koperasi • Kerajaan menyalurkan bantuan kewangan • Kerajaan memberikan bantuan dan bimbingan • Meningkatkan ilmu pengetahuan • Menggunakan biji benih yang berkualiti Rangka Rumusan (Cara-cara Memajukan Sektor Pertanian) Rumusan Lengkap Petikan membincangkan cara-cara memajukan sektor pertanian di negara kita. Antara caranya ialah petani perlu menggunakan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden dapat meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan kos sekali gus meningkatkan pendapatan petani. Selain itu, petani perlu mengusahakan ladang pada skala yang besar serta bersedia untuk mewujudkan koperasi. Malahan, kerajaan haruslah menyalurkan bantuan kewangan dan bimbingan agar petani dapat menggunakan teknik baharu demi meningkatkan pengeluaran. Di samping itu, petani hendaklah meningkatkan ilmu pengetahuan serta menggunakan biji benih yang berkualiti. Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu memajukan sektor pertanian demi meningkatkan pendapatan para petani. (83 patah perkataan) boleh lagi digunakan pada era ini. Justeru, para petani haruslah bersedia mewujudkan koperasi atau syarikat kerjasama agar tanah mereka dapat diusahakan secara besarbesaran. Selain itu, kerajaan juga haruslah menyalurkan bantuan kewangan kepada para petani. Bantuan kewangan ini penting agar para petani boleh membeli teknologi moden di kawasan pertanian mereka. Malahan, kerajaan juga haruslah memberikan bantuan dan bimbingan kepada para petani agar dapat menggunakan teknik baharu yang dapat meningkatkan pengeluaran produk pertanian mereka. Di samping itu, para petani juga haruslah meningkatkan ilmu pengetahuan mereka agar dapat menghasilkan produk pertanian yang berkualiti. Mereka harus mencedok ilmu pengetahuan dari luar negara seperti Korea Selatan dan Vietnam yang sekarang ini semakin maju dalam bidang pertanian. Para petani juga haruslah menggunakan biji benih yang berkualiti yang dihasilkan agensi kerajaan. Biji benih yang berkualiti ini mampu mempercepat hasil pengeluaran, mengurangkan masalah penyakit dan menghasilkan produk yang lebih baik. Kesimpulannya, para petani haruslah bersikap proaktif untuk memodenkan sektor pertanian. Pada masa yang sama, kerajaan haruslah memberikan sokongan berbentuk material dan moral agar usaha petani tersebut dapat direalisasikan kejayaannya. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 33 3/4/2023 9:02:45 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


34 Fokus Bimbingan Ulasan Panduan Menulis Ulasan 1 Bahan rangsangan yang dikemukakan dalam bahagian ini mungkin terdiri daripada (a) gambar foto; (b) gambar rajah; (c) ilustrasi; (d) iklan; (e) jadual; (f) poster; (g) petikan, (h) dan lain-lain. 2 Berdasarkan bahan rangsangan dan soalan yang dikemukakan, murid dikehendaki membuat ulasan isu yang berkaitan. 3 Murid dinasihatkan memahami bahan rangsangan dan soalan yang dikemukakan agar jawapan tidak terpesong daripada kehendak soalan. 4 Jumlah markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 15 markah. 5 Murid dinasihatkan menulis ulasan antara 80 hingga 100 patah perkataan. 6 Murid dinasihatkan menulis ulasan dalam satu perenggan sahaja. 7 Isi ulasan mestilah terdiri daripada pendahuluan, isi-isi penting (isi tersurat dan isi tersirat) dan penutup. 8 Ayat mestilah gramatis dan mudah difahami. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 34 3/4/2023 9:02:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


35 Rangka Ulasan (Piramid Makanan) Pendahuluan: Makanan berkhasiat penting kepada manusia Isi 1: Kita akan lebih cergas – tangkas bergerak Penutup: Menjadikan kita lebih sihat dan bertenaga Isi 2: Kita akan lebih sihat – meningkatkan ketahanan tubuh badan Isi 3: Kita akan lebih fokus – pelajar akan lebih fokus kepada pelajaran Lemak, minyak, garam dan gula ARAS 4 Makan paling sedikit Susu, dadih dan keju (1 – 2 sajian) ARAS 3 Makan Sederhana Ikan, ayam, daging dan kacang (2 – 3 sajian) Buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurangnya 5 sajian) ARAS 2 Makan banyak Bijirin dan hasil bijirin serta ubi-ubian ARAS 1 Makan paling banyak Makanan yang berkhasiat penting untuk kehidupan manusia. Makanan yang berkhasiat dapat menjadikan kita lebih cergas dalam kehidupan. Badan yang cergas menyebabkan pergerakan lebih pantas untuk melakukan apa sahaja pekerjaan. Seseorang yang mengamalkan pemakanan yang berkhasiat juga akan lebih sihat. Mereka akan berupaya meningkatkan ketahanan tubuh badan daripada sebarang penyakit. Makanan berkhasiat membantu kita agar lebih fokus. Murid-murid yang mengamalkan pemakanan yang berkhasiat akan lebih fokus dalam pembelajaran mereka. Konklusinya, makanan yang berkhasiat akan menjadikan kita lebih sihat dan bertenaga dalam menjalani kehidupan seharian. (84 patah perkataan) Ulasan Lengkap Model 1 Lihat carta piramid makanan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 35 3/4/2023 9:02:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


36 Mengeratkan perpaduan Membina disiplin diri Mengisi masa lapang Kebaikan Bersukan Sukan ialah aktiviti yang memerlukan kemahiran, kebijaksanaan, kerjasama, ketangkasan dan tenaga. Lantaran itu, banyak faedah dapat diperoleh daripada aktiviti bersukan seperti dapat meningkatkan perpaduan. Melalui perpaduan, kerjasama lebih mudah dicapai dalam sesebuah masyarakat yang berbilang kaum. Bersukan juga dapat mengelakkan masalah sosial. Bersukan dapat menerapkan sikap positif dalam masyarakat terutama dalam kalangan remaja. Selain itu, bersukan akan meningkatkan tahap keyakinan diri kerana latihan yang disertai dapat memupuk keyakinan dalam diri seseorang. Konklusinya, bersukan banyak faedah dan patut digalakkan kepada seluruh lapisan masyarakat. (80 patah perkataan) Rangka Ulasan (Faedah Bersukan) Pendahuluan: Sukan ialah aktiviti yang memerlukan kemahiran, kebijaksanaan, kerjasama, ketangkasan dan tenaga Isi 1: Dapat meningkatkan perpaduan – kerjasama dapat dicapai dalam sesebuah masyarakat berbilang kaum Isi 2: Mengelakkan masalah sosial – dapat menerapkan sikap positif dalam masyarakat terutama dalam kalangan remaja Isi 3: Meningkatkan tahap keyakinan diri – latihan yang disertai dapat memupuk keyakinan dalam diri seseorang Penutup: Konklusinya, bersukan banyak faedah dan patut digalakkan kepada masyarakat Ulasan Lengkap Model 2 Lihat gambar faedah bersukan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 36 3/4/2023 9:02:47 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


37 Rangka Ulasan (Kenaikan Harga Barang) Pendahuluan: Barang-barang kini mengalami kenaikan harga hingga membebankan rakyat Isi 1: Berjimat ketika berbelanja – mengurangkan perbelanjaan barang-barang yang tidak penting Isi 2: Membudayakan amalan bercucuk tanam – dapat mengurangkan perbelanjaan dapur Isi 3: Merancang pembelian – supaya tidak terperangkap dengan iklan Penutup: Semua pihak perlu bekerjasama untuk menangani kenaikan harga barang Barang-barang kini mengalami kenaikan harga hingga membebankan rakyat. Langkah penjimatan patut dilakukan untuk mengatasi situasi ini. Para pengguna disarankan berjimat cermat ketika berbelanja. Elakkan membeli barang-barang yang tidak penting ketika berbelanja. Selain itu, kita disarankan supaya membudayakan amalan bercucuk tanam. Melalui budaya ini, kita dapat menjimatkan perbelanjaan dapur untuk membeli sayur-sayuran. Seterusnya, kita hendaklah merancang pembelian. Senaraikan barang yang hendak dibeli supaya kita tidak terpengaruh dengan iklan harga murah di pasar raya. Tuntasnya, semua pihak perlu bekerjasama menangani kenaikan harga barang. (80 patah perkataan) Ulasan Lengkap Model 3 Lihat keratan akhbar tentang kenaikan harga barang di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 37 3/4/2023 9:02:47 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


38 Masalah kepada alam sekitar Punca penyakit kanser paru-paru Menjejaskan ekonomi keluarga Pendahuluan: Rokok punca masalah kepada kesihatan, alam sekitar dan hubungan kemanusiaan Isi 1: Rokok punca utama kematian – kanser, jantung, keguguran atau kecacatan janin Isi 2: Merokok gambaran perilaku tidak baik – menjejaskan ekonomi keluarga Isi 3: Menjejaskan kualiti alam sekitar – merenggangkan hubungan kemanusiaan Penutup: Merokok tidak baik kepada pembentukan generasi Rangka Ulasan (Keburukan Merokok) Tabiat merokok menyumbang masalah kepada kesihatan, alam sekitar dan hubungan kemanusiaan. Pelbagai penyakit seperti kanser paru-paru, masalah jantung, kecacatan janin dan kecacatan anak yang dilahirkan adalah berpunca daripada tabiat merokok. Tabiat merokok juga memberi gambaran perilaku yang tidak baik kepada masyarakat. Selain itu, merokok juga menjejaskan kualiti alam sekitar apabila asap rokok dilepaskan ke udara. Cebisan puntung rokok dan habuk yang dibuang ke atas lantai mencemarkan tempat tersebut sekali gus menggambarkan perokok ialah pengotor. Merokok ternyata tidak baik kepada pembentukan generasi malah tidak menyumbang kepada sikap dan nilai murni dalam kalangan anak-anak. (89 patah perkataan) Ulasan Lengkap Model 4 Lihat poster Tak Nak Merokok di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 38 3/4/2023 9:02:47 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


39 Rakyat negara kita semakin berkemampuan untuk pergi melancong. Aktiviti ini banyak manfaatnya jika kita mengutamakan aktiviti melancong dalam negara. Aktiviti melancong dalam negara dapat meningkatkan ekonomi dalam kalangan pengusaha industri pelancongan kerana terdapatnya peningkatan permintaan dalam kalangan pelancong tempatan terhadap industri hotel dan industri kraf tangan. Selain itu, aktiviti melancong dalam negara juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan kerana pengusaha pelancongan memerlukan pekerja. Aktiviti melancong dalam negara juga dapat meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti lebuh raya dan hentian rehat dan rawat. Hal ini memberikan keselesaan kepada pengguna. Kesimpulannya, aktiviti melancong dalam negara lebih banyak faedah dan rakyat hendaklah mengutamakan melancong dalam negara. (97 patah perkataan) Faedah Melancong di Dalam Negara Aktiviti melancong dalam negara mesti digalakkan kerana banyak faedahnya Rakyat mestilah mengutamakan aktiviti melancong dalam negara Isi 3: Isi 2: Isi 1: Penutup: Pendahuluan: Meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti lebuh raya dan hentian rehat dan rawat – memberikan keselesaan kepada penduduk Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan – mereka mengisi kekosongan jawatan dalam industri pelancongan Meningkatkan ekonomi dalam kalangan pengusaha industri pelancongan – meningkatnya permintaan dalam kalangan pelancong tempatan – industri hotel dan industri kraf tangan Rangka Ulasan (Faedah Melancong) Meningkatkan kemudahan infrastruktur Meningkatkan ekonomi pengusaha Menyediakan peluang pekerjaan Ulasan Lengkap Model 5 Lihat rajah faedah melancong di dalam negara di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 39 3/4/2023 9:02:48 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


40 Karangan Respons Terhad (Karangan Pendek) Panduan Menulis Karangan Pendek 1 Murid akan diberikan soalan berbentuk rangsangan dan mempunyai beberapa isi penting. 2 Panjang karangan yang ditulis adalah antara 50 hingga 80 patah perkataan. 3 Setiap karangan mestilah mengandungi pendahuluan, isi dan penutup. 4 Pendahuluan hendaklah ditulis secara ringkas mengenai isu yang dikemukakan dalam bahan rangsangan. 5 Isi pula menghuraikan isi yang dikemukakan pada bahan rangsangan. Huraian hendaklah ringkas dan padat. 6 Biasanya tiga isi perlu dikemukakan pada bahagian ini. 7 Penutup ialah kesimpulan daripada keseluruhan karangan. Kesimpulan itu haruslah mengandungi ayat penyimpul, ayat cadangan dan ayat harapan. 8 Aspek pemarkahan ialah berdasarkan isi, pengolahan dan bahasa. Elakkan kesalahan fakta dan tatabahasa untuk mengelakkan markah dipotong. Panduan Umum 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 40 3/4/2023 9:02:48 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


41 Zon Kata 1 budaya - amalan 2 mendampingi - sentiasa bersama 3 prihatin - ambil berat 4 ampuh - paling berkesan Pendahuluan • Kes ponteng sekolah semakin meningkat Rangka Karangan Penutup • Kerjasama antara guru dengan ibu bapa merupakan pendekatan yang paling ampuh untuk menangani isu ini Isi-isi penting 1 Sekolah mengadakan kempen budaya penyayang 2 Guru-guru harus mendampingi murid dan memahami mereka 3 Guru juga harus bersikap prihatin dan bersedia untuk membantu mereka 4 Guru bertindak sebagai pembimbing 5 Guru berusaha menimbulkan perasaan seronok untuk belajar 6 Ibu bapa pula perlu prihatin 7 Ibu bapa perlu memantau kegiatan anak-anak 8 Ibu bapa perlu sentiasa berhubung rapat dengan pihak sekolah Kes ponteng sekolah semakin meningkat – harus ditangani – kempen budaya penyayang – guru-guru harus mendampingi murid – prihatin terhadap mereka – membantu mereka – bertindak sebagai pembimbing – menimbulkan keseronokan belajar – ibu bapa pula prihatin kepada anak-anak – memantau kegiatan anak mereka – berhubung rapat dengan pihak sekolah – kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa penting Karangan Lengkap Model 1 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Kes ponteng sekolah semakin meningkat. Kes ini harus ditangani dengan sebaik-baiknya. Pihak sekolah hendaklah mengadakan kempen budaya penyayang. Guru-guru harus mendampingi murid dan memahami mereka. Selain itu, guru juga harus bersikap prihatin dan bersedia untuk membantu mereka. Justeru, guru bertindak sebagai pembimbing dan berusaha menimbulkan perasaan bahawa belajar itu seronok. Di samping itu, ibu bapa pula perlu prihatin dan memantau kegiatan anakanak. Malahan, ibu bapa perlu sentiasa berhubung rapat dengan pihak sekolah. Kesimpulannya, kerjasama antara guru dengan ibu bapa ialah pendekatan ampuh dalam menangani isu ini. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 41 3/4/2023 9:02:48 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


42 Guru Internet Rakan-rakan Majalah Ciri-ciri Murid Cemerlang Menghargai masa Sokongan daripada guru, ibu bapa, rakan Tekun dan aktif Berdisiplin Pendahuluan • Kecemerlangan impian setiap murid Rangka Karangan Penutup • Semua pihak harus menyokong pembentukan murid cemerlang Isi-isi penting 1 Murid cemerlang sentiasa menghargai masa 2 Murid cemerlang sentiasa berdisiplin 3 Murid cemerlang sentiasa tekun dan aktif 4 Murid cemerlang sentiasa menerima sokongan daripada guru, ibu bapa dan rakan-rakan Model 2 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 42 3/4/2023 9:02:48 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


43 Zon Kata 1 ciri - unsur 2 tekun - berusaha berterusan 3 aktif - cergas 4 akademik - pelajaran Manfaat Kegiatan Kokurikulum Kegiatan kokurikulum terbahagi tiga kategori – banyak faedahnya – memupuk bakat kepimpinan – mengisi masa lapang – mengembangkan potensi diri – mengharumkan nama sekolah – semua pihak perlu memberikan galakan – murid tonggak masa hadapan Pendahuluan • Kegiatan kokurikulum terbahagi tiga kategori Rangka Karangan Penutup • Semua pihak perlu menggalakkan murid menyertai kegiatan ini kerana murid merupakan tonggak masa hadapan Isi-isi penting 1 Banyak faedahnya bergiat dalam kegiatan kokurikulum 2 Kegiatan ini dapat memupuk bakat kepimpinan 3 Kokurikulum juga dapat mengisi masa lapang murid 4 Kegiatan ini mampu mengembangkan potensi diri 5 Murid boleh mengharumkan nama sekolah melalui kegiatan kokurikulum Model 3 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Karangan Lengkap Kecemerlangan ialah impian setiap murid. Antara ciri murid cemerlang ialah menghargai masa. Mereka memastikan setiap masa mereka dimanfaatkan sebaiknyabaiknya. Mereka juga berdisiplin bagi memastikan setiap peraturan dipatuhi. Selain itu, mereka tekun belajar kerana kejayaan tidak akan datang tanpa usaha. Malahan, murid cemerlang juga aktif sama ada dalam akademik atau kegiatan kokurikulum. Mereka mendapat sokongan daripada guru, ibu bapa dan rakan-rakan. Kesimpulannya, murid cemerlang terbentuk hasil sokongan semua pihak. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 43 3/4/2023 9:02:48 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


44 Zon Kata Karangan Lengkap Kegiatan kokurikulum terbahagi kepada tiga kategori. Banyak faedahnya apabila murid aktif dalam kegiatan ini. Mereka boleh memupuk bakat kepimpinan melalui tugas jawatankuasa. Malahan, kegiatan ini mengisi masa lapang sekali gus mengelakkan mereka terlibat dalam gejala sosial dan mampu mengembangkan potensi diri untuk meningkatkan keterampilan mereka. Murid juga boleh mengharumkan nama sekolah melalui kejayaan mereka dalam pertandingan kokurikulum pelbagai peringkat. Kesimpulannya, semua pihak perlu menggalakkan murid aktif kerana mereka tonggak masa hadapan negara. 1 memupuk - melatih 2 potensi - peluang cerah 3 tonggak - bahagian penting MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN Pencemaran Udara Masa Menunggu Lama Kenderaan Usang Keselamatan Penumpang Tambang Mahal 5 1 2 3 4 Pendahuluan • Carta pai menunjukkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian Rangka Karangan Penutup • Dapatan kajian harus dipandang serius dan diambil tindakan untuk mengatasinya demi meningkatkan daya saing pengangkutan awam Isi-isi penting 1 Masalah yang paling utama ialah berkaitan dengan isu keselamatan 2 Pemandu pengangkutan awam memandu laju dan bas tidak memiliki ciri keselamatan 3 Pengangkutan awam kurang disenangi pengguna kerana masa menunggu yang lama 4 Hal ini menyebabkan masa terbuang dan pengguna lewat sampai ke destinasi Model 4 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 44 3/4/2023 9:02:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


45 Zon Kata Karangan Lengkap Carta pai menunjukkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian. Masalah yang paling dominan ialah berkaitan isu keselamatan. Hal ini kerana, ada pemandu pengangkutan awam memandu kenderaan dengan laju dan di bawah pengaruh dadah. Selain itu, pengangkutan awam juga kurang disenangi kerana pengguna terpaksa menunggu ketibaannya dalam tempoh yang lama. Hal ini menyebabkan masa pengguna terbuang dan mereka lewat sampai ke destinasi. Kesimpulannya, dapatan kajian ini harus dipandang serius oleh pihak yang terlibat dan diambil tindakan proaktif demi meningkatkan daya saing pengangkutan awam. 1 dominan - besar 2 destinasi - tempat yang dituju 3 proaktif - segera 4 daya saing - kemampuan untuk berlawan KERACUNAN MAKANAN Keracunan Makanan Boleh Membunuh, Segera Dapatkan Rawatan! Tanda-tanda: Sakit perut Cirit-birit Demam Loya Muntah Gejala Neurologi: Kebas mulut Sukar bernafas Langkah-langkah Pencegahan: • Lebih peka dengan melihat dan menghidu makanan sebelum menikmatinya • Penyedia makanan perlu menitikberatkan aspek kebersihan Model 5 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 45 3/4/2023 9:02:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


46 Zon Kata Karangan Lengkap Mutakhir ini, semakin banyak kes keracunan makanan. Kes ini tidak boleh dipandang ringan kerana boleh membawa maut. Antara tanda keracunan makanan ialah loya, muntah, sakit perut, demam dan cirit-birit. Di samping itu, terdapat gejala neurologi seperti kebas mulut dan sukar bernafas. Sekiranya ada tanda-tanda tersebut, segeralah mendapatkan rawatan. Bagi mengelakkan keracunan makanan, kita perlu lebih peka dengan melihat dan menghidu makanan sebelum menikmatinya. Hal ini penting untuk menilai tahap keselamatannya. Selain itu, para penyedia makanan perlu menitikberatkan aspek kebersihan. Kesimpulannya, kita perlulah berhati-hati untuk mengelakkan daripada terkena kes keracunan makanan. 1 neurologi - berkaitan saraf 2 peka - sensitif 3 menitikberatkan - mementingkan Pendahuluan • Mutakhir ini, semakin banyak kes keracunan makanan. Kes ini tidak boleh dipandang ringan kerana boleh membawa maut Rangka Karangan Isi-isi penting 1 Terdapat pelbagai tanda seseorang mengalami keracunan makanan 2 Antaranya ialah loya, muntah, sakit perut, demam dan cirit-birit 3 Terdapat juga gejala neurologi seperti kebas mulut dan sukar bernafas 4 Sekiranya ada tanda-tanda tersebut, segeralah ke hospital 5 Bagi mengelakkan keracunan makanan, pengguna perlu lebih peka dengan melihat dan menghidu makanan sebelum makan 6 Para penyedia makanan juga perlu menitikberatkan amalan kebersihan Penutup • Perlu berhati-hati untuk mengelakkan daripada terkena kes keracunan makanan. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 46 3/4/2023 9:02:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


47 Zon Kata Karangan Lengkap Pendahuluan • Bencana alam semakin kerap berlaku sehingga membimbangkan semua pihak Rangka Karangan • Pencemaran harus ditangani kerana menggugat kesejahteraan kita Penutup Isi-isi penting 1 Bencana alam berpunca daripada aktiviti manusia 2 Penebangan pokok menyebabkan banjir kilat berlaku 3 Kekurangan pokok menjadikan suhu bumi panas 4 Asap kenderaan telah mencemarkan udara dengan karbon monoksida 5 Pencemaran bunyi berlaku daripada aktiviti pembinaan dan lapangan terbang Mutakhir ini, bencana alam semakin kerap berlaku sehingga membimbangkan semua pihak. Keadaan ini berpunca daripada pelbagai aktiviti manusia. Punca utamanya ialah penebangan pokok oleh pihak yang berkepentingan sehingga menatijahkan banjir kilat yang kerap berlaku. Selain itu, kekurangan pokok juga menjadikan suhu bumi menjadi semakin panas. Justeru, manusia mengeluh kerana kepanasan yang menyulitkan kehidupan mereka. Malahan, banyaknya bilangan kenderaan telah mencemarkan udara dengan pembebasan karbon monoksida. Selain itu, pencemaran bunyi berlaku daripada aktiviti pembinaan dan lapangan terbang. Kesimpulannya, pencemaran harus ditangani kerana menggugat kesejahteraan kita. 1 aktiviti - kegiatan 2 mengeluh - meluahkan perasaan 3 menyulitkan - menyusahkan 4 menggugat - menjejaskan Punca-punca Pencemaran Bencana alam kerap berlaku – berpunca daripada aktiviti manusia – penebangan pokok – menyebabkan banjir kilat – suhu bumi bertambah panas – udara kotor – pembebasan karbon monoksida – pencemaran bunyi – tapak pembinaan dan lapangan terbang – pencemaran harus diatasi – menggugat kesejahteraan kita Model 6 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(17-47)_vim3p.indd 47 3/4/2023 9:02:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


48 Panduan Umum Karangan Respons Terbuka (Karangan Umum) TIP MEMPEROLEH MARKAH CEMERLANG 1 Pengolahan karangan perlu menarik dan berkesan. (a) Idea dihuraikan dengan jelas. (b) Laras bahasa sesuai dengan format karangan. (c) Idea dihuraikan dengan padat. Contoh: Ayat Murid Ayat yang Sepatutnya Pemain bola sepak menanduk bola itu dengan kepalanya. Pemain bola sepak menanduk bola itu. (frasa ‘dengan kepalanya’ tidak perlu kerana perbuatan menanduk memang dengan kepala) (d) Idea disampaikan dengan mudah. (e) Ayat jangan terlalu meleret-leret. (f) Gunakan satu idea dalam satu ayat. 2 Isi karangan yang cukup, iaitu minimum tiga isi. 3 Kosa kata pelbagai jenis dan tepat penggunaannya. 4 Karangan hendaklah ditulis dengan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis sama ada ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan atau ayat majmuk komplemen. 5 Penggunaan penanda wacana yang tepat untuk memperlihatkan aliran pemikiran yang tersusun sama ada antara ayat dengan ayat atau antara perenggan dengan perenggan yang lain. 6 Elakkan kesalahan ejaan yang ketara dalam karangan. Kesalahan ejaan yang ketara akan menjejaskan markah karangan anda. 7 Gunakan tanda baca yang betul dalam karangan anda seperti tanda koma ( , ), tanda noktah ( . ), tanda sempang ( - ), tanda kutip (“...”), tanda seru ( ! ), tanda tanya ( ? ), tanda kurung siku ( […] ), tanda garis miring ( / ) dan seumpamanya. 8 Pemerengganan perlu seimbang dan tersusun seperti yang berikut: (a) Perenggan pendahuluan dimulai dengan ayat rangsangan, huraian dan ayat arah. (b) Perenggan isi dimulai dengan ayat topik, huraian/contoh dan kesimpulan. 9 Format karangan hendaklah menepati kehendak soalan. 10 Gunakan ungkapan menarik jika difi kirkan sesuai dan tepat mengikut konteks soalan. Ungkapan menarik termasuklah peribahasa, simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan dan sebagainya. PEMERENGGANAN 1 Perenggan Pendahuluan Perenggan pendahuluan dapat ditulis dengan pelbagai cara, antaranya: (a) Defi nisi/Konsep (d) Persoalan (b) Pendapat Tokoh (e) Sejarah (c) Memperihalkan Keadaan (f) Berita 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(48-50)_vim3p.indd 48 3/4/2023 9:03:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version