The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2024-04-23 04:52:13

118 MODEL PENULISAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 123

Price:
WM: RM13.90
EM: RM14.90

49 (a) Contoh pendahuluan – Definisi/konsep Tajuk: Jenayah vandalisme Perbuatan merosakkan harta benda semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Menurut Kamus Dewan, jenayah vandalisme bermaksud perlakuan jenayah yang melibatkan harta benda awam yang dilakukan oleh golongan remaja dan murid sekolah. (b) Contoh pendahuluan – Pendapat tokoh Tajuk: Peranan belia dalam pembangunan negara Belia merupakan generasi penerus pembangunan dalam sesebuah negara. Ulama terkemuka Mesir, iaitu Dr. Yusuf al-Qadrawi menyatakan bahawa jika kita ingin mengetahui keadaan sesebuah negara pada masa depan, lihatlah keadaan belia pada hari ini. Hal ini bermaksud, keadaan negara pada masa depan banyak ditentukan oleh golongan belia pada hari ini. (c) Contoh pendahuluan – Memperihalkan keadaan Tajuk: Kemalangan yang mengerikan Hujan turun selebat-lebatnya. Jalan raya licin dan kenderaan bergerak perlahanlahan. Beberapa buah motosikal kelihatan memecut di celah-celah deretan kenderaan. Tiba-tiba, salah sebuah motosikal tergelincir di bahu jalan dan terbabas melanggar sebatang pokok. Keadaaan menjadi kelam kabut. Beberapa orang yang berteduh di pinggir jalan menerpa untuk membantu. (d) Contoh pendahuluan – Persoalan Tajuk: Bahaya merokok Pernahkah anda terfikir tentang bahaya merokok? Bagi golongan perokok, mungkin mereka tidak mahu ambil pusing tentang bahaya merokok. Namun begitu, bagi anda yang tidak merokok, jauhilah diri anda daripada berada hampir dengan orang yang merokok kerana asap rokok yang anda hidu daripada perokok lebih berbahaya daripada individu yang merokok itu sendiri. (e) Contoh pendahuluan – Sejarah Tajuk: Peperangan membawa kesan buruk Tahun 1945 tetap menjadi ingatan kepada sesiapa sahaja yang hidup pada ketika itu. Pada masa itulah, sebutir bom atom telah digugurkan oleh tentera Amerika Syarikat di Nagasaki, Jepun. Akibatnya, berpuluh-puluh ribu rakyat yang tidak berdosa telah menjadi korban dan tidak kurang yang hidup dalam kecacatan. Sesungguhnya, perang membawa banyak kesan buruk kepada manusia sejagat. (f) Contoh pendahuluan – Berita Tajuk: Hukuman berat patut dikenakan kepada pesalah rogol. Berikan komen anda. Terperanjat dengan hukuman penjara selama 23 tahun dan sebatan 30 kali kerana kesalahan merogol anak kandungnya, seorang lelaki tanpa menghiraukan keselamatannya mencuba melarikan diri dengan melompat keluar dari kandang tertuduh dan terus terjun dari tingkat dua Mahkamah Sesyen berkenaan. Namun, lelaki berkenaan yang juga bapa kepada enam orang anak berjaya ditangkap oleh orang ramai. Demikianlah petikan berita muka hadapan akhbar Utusan Malaysia tidak lama dahulu tentang perilaku pesalah apabila berhadapan dengan tindakan undang-undang. Kejadian tersebut dapat dijadikan pengajaran betapa beratnya kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(48-50)_vim3p.indd 49 3/4/2023 9:03:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


50 2 Teknik Pemerengganan (a) Perenggan isi (deduktif) Perenggan ini terdiri daripada ayat topik/ayat fokus, diikuti ayat huraian dan contoh dan diakhiri ayat penyimpul. Contoh: Tajuk: Hidupan liar semakin pupus (1) Kegiatan memburu hidupan liar secara haram adalah antara punca pupusnya haiwan berkenaan di negara kita. (2) Pemburu yang tidak bertanggungjawab ini hanya mementingkan keuntungan peribadi tanpa memikirkan kesan jangka panjang tindakan mereka kepada negara dan generasi akan datang. (3) Mereka memburu harimau, gajah, seladang dan rusa untuk mendapatkan daging, kulit, gading dan tanduk. (4) Daging harimau dikatakan dapat dijadikan ubat bagi penyakit-penyakit tertentu, manakala kulit dan gading gajah dijadikan pembuatan beg tangan wanita dan barang-barang perhiasan. (5) Justeru, tidak mustahil haiwan-haiwan berkenaan lambat-laun akan pupus kerana adanya permintaan daripada para peniaga. Ayat 1 Ayat topik/ayat fokus Ayat 2, 3, 4 Ayat huraian dan contoh Ayat 5 Ayat penyimpul (b) Perenggan isi (induktif) Perenggan ini didahului ayat huraian/ayat contoh, diikuti ayat topik/ayat fokus. Contoh: Tajuk: Makanan asas kesihatan (1) Amalan negatif seperti budaya makan di luar, mengamalkan pemakanan yang mengandungi garam dan gula yang tinggi dapat memudaratkan kesihatan individu. (2) Sebaliknya, pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat membantu penjagaan kesihatan kita. Ayat 1 Ayat huraian/contoh Ayat 2 Ayat topik/ayat fokus 3 Perenggan Penutup Penutup atau kesimpulan merupakan rumusan yang dibuat tentang isu yang dikemukakan. Murid boleh bersetuju, tidak bersetuju atau memilih jalan tengah berdasarkan hujah yang diberi. Di sini, murid boleh menyelitkan unsur pengajaran atau nilai murni bagi menyimpulkan persoalan yang diberi. 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(48-50)_vim3p.indd 50 3/4/2023 9:03:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


204 Pengukuhan Sumatif Pemindahan Maklumat Cadangan Isi 1 Perasaan ingin tahu yang amat kuat dalam diri murid-murid 2 Ingin merasai keseronokan menghisap rokok atau vape 3 Ingin membuktikan bahawa mereka telah matang 4 Pengaruh rakan sebaya – tercabar dengan rakanrakan 5 Ahli keluarga menghisap rokok atau vape – meniru perlakuan tersebut 6 Ingin menguruskan badan – terpengaruh dengan iklan Karangan Respons Terhad Pendahuluan Aku sepasang kasut sukan – nama aku Niki – aku cantik berwarna merah dan putih Cadangan Isi (a) dilahirkan di sebuah kilang kasut di Shah Alam (b) Aku diperbuat daripada kain yang berlapikkan span – tapak aku daripada getah yang bermutu – dijahit dan digam supaya kukuh (c) Aku dan kawan-kawan dihantar ke kedai kasut lalu dipamerkan – seorang pemuda mencuba aku lalu membeli aku – digunakan untuk berjoging (d) Pada suatu hari aku tersangkut pada seurat dawai ketika tuan aku berjoging di taman – badan aku koyak – aku tidak digunakan lagi Penutup Berasa sedih namun berbangga pernah berkhidmat kepada tuan aku Karangan Respons Terbuka (i) Pendahuluan Murid-murid sekolah perlu didedahkan dengan nilai-nilai murni dan sahsiah diri yang terpuji – melahirkan penghargaan terhadap golongan pendidik di negara ini Cadangan Isi (a) Sentiasa menghormati guru yang mendidik saya – tidak pernah mengenal jemu mencurahkan ilmu (b) Menumpukan perhatian ketika guru mengajar di dalam kelas – penghargaan terhadap guru sekali gus mencerminkan kewibawaan guru yang mengajar (c) Menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dengan sempurna – melahirkan rasa bangga guru terhadap saya (d) Membantu guru sekiranya memerlukan pertolongan – menghantar buku-buku latihan ke bilik guru Penutup Guru merupakan insan mulia yang perlu disanjung dan dihargai – bersungguh-sungguh dan ikhlas menghargai jasa guru (ii) Format: Surat Kiriman Tidak Rasmi Pendahuluan Alamat penerima dan tarikh Cadangan Isi (a) Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah secara meriah (b) Majlis dimulakan dengan perhimpunan khas Hari Guru pada puku 8:30 pagi – pengetua menyampaikan ucapan (c) Pengetua memimpin lafaz “Ikrar Guru” – semua guru menyanyikan lagu “Guru Malaysia” dengan penuh semangat (d) Persembahan pentas – sketsa, deklamasi sajak, tarian dan nyanyian (e) Acara padang – permainan dan sukaneka antara guru dengan murid-murid – majlis diakhiri dengan jamuan tengah hari Penutup Sambutan Hari Guru berjalan lancar – semua berpuas hati – ucapan terima kasih (iii) Pendahuluan Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini tidak dapat dinafi kan lagi Cadangan Isi (a) Kreatif dan Inovatif ketika mengajar – meningkatkan minat murid untuk pembelajaran secara holistik (b) Melengkapkan murid dengan pengetahuan dalam mata pelajaran dan pengetahuan am – wujud persaingan yang sihat untuk melahirkan murid-murid yang cerdas (c) Memperkembangkan potensi dan bakat dalam diri murid – menyerlahkan kebolehan muridmurid (d) Membentuk sahsiah murid yang unggul – murid yang bersahsiah mulia merupakan murid yang cemerlang Penutup Guru bertanggungjawab meningkatkan kejayaan anak murid mereka – menjadi pencetus kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum Jawapan 118 Mod Pnulis B.Myu Tg123_(204)_vim3p.indd 204 3/4/2023 9:12:23 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Click to View FlipBook Version