The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penulisan Berdiagram Bahasa Melayu Ting 123

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2023-10-17 03:20:18

Penulisan Berdiagram Bahasa Melayu Ting 123

Penulisan Berdiagram Bahasa Melayu Ting 123

ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BH


Pemindahan Maklumat Teknik Menjawab Soalan 2 Ringkasan 5 Rumusan 15 Ulasan 25 Karangan Respons Terhad dan Karangan Respons Terbuka Teknik Menjawab Soalan 32 Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan Isu Penyakit Berjangkit 34 Isu Kurangnya Amalan Menjaga Kebersihan 36 Isu Sikap Pengotor Golongan Tertentu 38 Isu Membudayakan Amalan Kebersihan Bermula dari Rumah 40 Tema 2 Keselamatan Isu Penggunaan Alat Peranti Secara Sihat 42 Isu Kemalangan di Rumah 44 Isu Persiapan Menghadapi banjir 46 Tema 3 Perpaduan Isu Aktiviti Sukarela 48 Isu Masyarakat Penyayang 50 Isu Keluarga Malaysia 52 Isu Rumah Terbuka 54 Tema 4 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Isu Permainan Tradisional 56 Isu Pupusnya Seni Budaya 58 Isu Pantun Tradisional 60 Tema 5 Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Isu Cara Meningkatkan Semangat Patriotik 62 Isu Patriotisme 64 Isu Jati Diri 66 Tema 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Isu Cara Melahirkan Pencipta Teknologi 68 Isu Kesan Buruk Penggunaan Teknologi 70 Isu Cara Meningkatkan Minat terhadap Sains 72 Isu Cabaran Menjadikan Negara Berteknologi Tinggi 74 Tema 7 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Isu Kitar Semula 76 Isu Pembakaran Terbuka 78 Isu Amalan Hijau 80 Isu Pencemaran Alam Sekitar 82 Tema 8 Pertanian, Penternakan dan Perikanan Isu Pertanian Moden 84 Isu Kepentingan Sektor Pertanian 86 Kandungan Penulisan Karangan Berdiagram BM Tg123(Kand).indd 1 PENERBIT 17/03/2023 3:37 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


Isu Cabaran dalam Sektor Pertanian 88 Isu Menarik Minat Golongan Muda terhadap Pertanian 90 Tema 9 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Isu Berjimat Cermat 92 Isu Hari Keusahawanan di Sekolah 94 Isu Pendidikan Kewangan di Sekolah 96 Isu Budaya Berhutang Memberi Kesan Buruk 98 Tema 10 Pelancongan Isu Melancong di dalam Negara 100 Isu Melancong Bersama Keluarga 102 Isu Cabaran Industri Pelancongan Negara 104 Tema 11 Sejarah dan Warisan Isu Bangunan Bersejarah 106 Isu Cara Menimbulkan Minat Belajar Sejarah 108 Isu Kepentingan Belajar Sejarah 110 Tema 12 Sukan dan Rekreasi Isu Malas Bersukan 112 Isu Gaya Hidup Sihat 114 Isu Aktiviti Rekreasi Masa Ini 116 Tema 13 Perindustrian Isu Industri Kecil dan Sederhana 118 Isu Gaji Minimum 120 Isu Industri Kecil dan Sederhana yang Berkembang Pesat 122 Tema 14 Pendidikan Isu Kecemerlangan Pelajaran 124 Isu Pendidikan Vokasional 126 Isu Keciciran Pelajaran 128 Tema 15 Bahasa dan Kesusasteraan Isu Bidang Sastera 130 Isu Kepentingan Bahasa Melayu 132 Isu Melahirkan Penulis Berbakat Besar 134 Tema 16 Kerjaya Isu Kerjaya dalam Bidang Kemahiran 136 Isu Sebab-sebab Belia Kurang Meminati Bidang Kemahiran 138 Isu Sikap Graduan Memilih Pekerjaan 140 Tema 17 Integriti Isu Rasuah 142 Isu Amanah 144 Isu Pendidikan Integriti Bermula dari Rumah 146 Tema 18 Pentadbiran dan Politik Isu Malaysia Negara Demokrasi 148 Isu Pentadbiran Negara Malaysia 150 Karangan Cemerlang 153 Pengukuhan Sumatif 168 Jawapan 170 Berdiagram BM Tg123(Kand).indd 2 PENERBIT 17/03/2023 3:37 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


Pemindahan Maklumat Ringkasan, Rumusan & Ulasan Berdiagram BM Ti123_K2-ENG.indd 1 PENERBIT 20/3/2023 9:27:24 AM ILMU BAKTI SDN. BHD.


2 Teknik Menjawab Soalan Panduan Menulis Ringkasan 1 Calon hendaklah membaca arahan untuk memahami kata kunci atau kehendak soalan. 2 Kemudian baca keseluruhan petikan untuk memahami maksudnya. 3 Cari fokus yang menjadi perbincangan dalam petikan sama ada faktor, kesan, langkah dan faedah. 4 Garis isi-isi penting berdasarkan fokus tersebut. 5 Isi-isi penting seharusnya antara lima hingga lapan isi. 6 Calon hendaklah membina ayat-ayat sendiri berdasarkan isi-isi penting tersebut. 7 Calon boleh menggunakan penanda wacana yang sesuai contohnya, antara, selain itu, di samping itu, seterusnya dan akhir sekali. 8 Isi-isi juga boleh ditulis dalam satu ayat atau digabungkan dengan menggunakan kata sendi atau kata hubung yang sesuai. 9 Ayat-ayat haruslah ringkas dan padat. Pengenalan 1 Calon diminta meringkaskan petikan atau bahan. 2 Panjangnya ringkasan itu hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. 3 Calon menulis ringkasan dalam satu perenggan sahaja. Ringkasan Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 2 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 Panduan Menulis Rumusan 1 Calon hendaklah membaca arahan untuk memahami kata kunci atau kehendak soalan. 2 Kemudian baca keseluruhan petikan untuk memahami kata kunci. 3 Kenal pasti idea utama melalui kata kunci yang terdapat dalam petikan. 4 Idea utama yang dikenal pasti ini akan menjadi pendahuluan bagi rumusan. 5 Dalam petikan mungkin terdapat satu idea utama atau dua idea utama. 6 Kemudian, cari dan kenal pasti lagi idea-idea sokongan. Keluarkan enam hingga lapan idea sokongan. 7 Contohnya, jika idea utamanya berkaitan dengan faktor kedatangan pekerja asing ke negara kita, calon hanya perlu mengeluarkan isi-isi berkaitan sebab-sebab pekerja asing datang ke negara kita. 8 Elakkan daripada menulis huraian dan contoh. Biasanya huraian menggunakan perkataan “hal ini demikian kerana” yang diletakkan selepas isi. Contoh pula menggunakan perkataan “sebagai contohnya”, “umpamanya” dan “misalnya”. Pengenalan 1 Calon diminta merumus petikan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. 2 Panjangnya rumusan itu hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. 3 Calon digalakkan menulis rumusan dalam tiga perenggan. Rumusan Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 3 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


4 Panduan Menulis Ulasan 1 Baca arahan soalan dan fahami kehendak soalan. 2 Teliti bahan rangsangan dan fahami maklumat yang ada. 3 Keluarkan isi-isi tersurat daripada maklumat yang terdapat pada bahan rangsangan. 4 Berdasarkan isi-isi tersurat, fikirkan isi-isi tersirat yang sesuai. 5 Tulis ulasan dengan lengkap – ada pendahuluan, isi-isi dan kesimpulan. Pengenalan 1 Calon diminta membuat ulasan berdasarkan bahan rangsangan berupa gambar rajah, carta, jadual, poster, iklan dan pelan. 2 Panjangnya ulasan itu hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. 3 Setiap ulasan perlu ada isi tersurat dan isi tersirat. Teknik Menulis Pendahuluan 1 Pendahuluan merupakan satu ayat ringkas berdasarkan tema bahan rangsangan. 2 Kaitkan ayat ringkas itu dengan kehendak soalan. 3 Pendahuluan mempunyai lebih kurang 10 hingga 11 patah perkataan. Ulasan Teknik Menulis Penutup 1 Penutup merupakan gambaran keseluruhan idea. 2 Panjang penutup hendaklah antara lapan hingga 10 patah perkataan. Teknik Menulis Isi Tersurat dan Isi Tersirat 1 Isi tersurat berdasarkan maklumat yang ada pada bahan rangsangan. 2 Keluarkan antara tiga hingga empat isi tersurat. 3 Daripada isi-isi tersurat, fikirkan isi-isi tersirat. 4 Isi tersirat ialah sesuatu yang di sebalik isi-isi tersurat, misalnya ‘sebab perkara itu berlaku’, ‘kesan daripada perkara itu’ dan ‘langkah untuk menanganinya.’ 5 Jumlah isi tersirat adalah antara satu hingga tiga isi. Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 4 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


5 Ringkasan Contoh 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cabaran-cabaran mengamalkan gaya hidup sihat. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Tema Sukan dan Rekreasi Sudah terang lagi bersuluh, masyarakat kita semakin mengamalkan gaya hidup sihat. Buktinya, pada setiap hujung minggu kita biasa melihat kumpulan orang mengayuh basikal dan ada pula yang berjoging bersama-sama dengan keluarga. Masyarakat juga semakin selektif untuk memilih makanan yang sihat. Namun, dengan kerancakan fenomena ini, pasti ada halangan yang menyekat perkembangan amalan gaya hidup sihat ini. Kekangan utamanya ialah masih ramai dalam kalangan masyarakat yang tidak mahu beriadah. Mereka lebih rela menghadap telefon pintar mereka berjam-jam lamanya daripada beriadah di padang walaupun terletak di hadapan rumah mereka. Mereka memberi pelbagai alasan untuk tidak melakukan riadah. Selain itu, terdapat juga masyarakat yang benar-benar sibuk dengan kerja mereka. Mereka keluar rumah pada awal pagi dan balik pula pada waktu malam. Waktu mereka memang betul-betul padat. Cabaran seterusnya ialah peningkatan harga peralatan sukan sehingga membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk membelinya. Bayangkan kasut sukan sahaja sudah mencecah ratusan ringgit, tidak termasuk lagi dengan harga raket badminton dan basikal. Hal ini menyebabkan golongan tersebut hanya memendam rasa untuk beriadah. Di samping itu, kekurangan tempat untuk beriadah juga menjadi kekangan kepada masyarakat. Pada masa ini, pemaju perumahan tidak lagi menyediakan taman untuk beriadah, sebaliknya kawasan tersebut dijadikan rumah yang memberikan keuntungan kepada mereka. Daripada segi pemakanan pula, godaan yang kuat menerusi iklan di media-media massa dan media-media sosial menyebabkan masyarakat tidak lagi menjaga diet mereka. Apa-apa sahaja yang menyelerakan mereka, sudah pasti mereka akan menikmati makanan tersebut. Natijahnya, kadar obesiti semakin meningkat terutama dalam kalangan remaja. Malahan, kewujudan pelbagai aplikasi yang membolehkan makanan dipesan dan dihantar terus ke muka pintu menyebabkan masyarakat mudah memenuhi selera mereka sehinggakan mereka terdedah kepada pelbagai penyakit kritikal. Kesimpulannya, banyak kekangan dan cabaran yang perlu kita hadapi jika kita mahu mengamalkan gaya hidup sihat. Namun demikian, kekangan tersebut bukanlah sesuatu yang sukar untuk kita tempuh, jika kita memiliki iltizam yang kuat. Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 5 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


6 Cadangan Jawapan Isi-isi penting: • Masih ramai dalam kalangan masyarakat yang tidak mahu beriadah • Ada pula yang betul-betul sibuk dengan kerja mereka • Kenaikan harga peralatan sukan sehingga membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana • Kekurangan tempat untuk beriadah • Daripada aspek pemakanan, godaan yang kuat menerusi iklan di media-media massa dan media-media sosial • Kewujudan pelbagai aplikasi yang membolehkan makanan dipesan dan dihantar terus ke muka pintu Sudut Bahasa 1 beriadah – bersenam; berekreasi Contoh ayat – Beriadah bersama-sama keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. 2 obesiti – kegemukan yang disebabkan oleh lemak yang berlebihan Contoh ayat – kita perlu mengamalkan diet yang sihat untuk mencegah obesiti. Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 6 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


7 Contoh 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan-kebaikan belajar secara dalam talian. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Tema Pendidikan Mutakhir ini, pendidikan secara dalam talian semakin pesat. Kemunculan wabak COVID-19 menyebabkan pendidikan terpaksa dijalankan secara dalam talian. Walaupun terdapat rungutan sesetengah pihak mengenai kelemahan kaedah pendidikan ini, namun banyak kebaikannya. Dengan adanya pembelajaran secara dalam talian, para pelajar dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam keadaan yang selesa di rumah. Hal ini demikian kerana, pelajar hanya memerlukan peranti mudah alih seperti telefon bimbit atau komputer riba yang mempunyai sambungan Internet untuk belajar. Malahan, pembelajaran dalam talian juga memudahkan pelajar kerana mereka tidak perlu bangun awal untuk bersiap dan menempuh kesesakan jalan raya kerana mereka tidak perlu bergerak ke sekolah atau ke pusat pendidikan. Di samping itu, di sesetengah sekolah atau pusat pengajian, pembelajaran secara dalam talian bersifat mesra pelajar. Hal ini demikian kerana, pelajar diberi kebebasan untuk memilih subjeksubjek tertentu dan masa-masa tertentu. Malahan, pembelajaran secara dalam talian juga mampu meningkatkan prestasi pelajar kerana mereka boleh mengulang pelajaran semula daripada rakaman yang disediakan. Tambahan pula, pelajar yang tidak menghadiri kelas kerana kekangan tertentu masih boleh mengikuti rakaman kelas tersebut. Proses ulang kaji juga mudah kerana pelajar boleh mengulang kaji seberapa banyak kali yang diinginkan. Pembelajaran secara dalam talian juga meraikan pelajar yang cemerlang dan pelajar pada tahap yang biasa. Hal ini demikian kerana, pelajar boleh menghabiskan bahan pembelajaran mengikut kesesuaian masa dan tahap pemahaman mereka. Tambahan pula, pembelajaran secara dalam talian sangat efektif kerana para pengajar boleh menggunakan pelbagai aplikasi sebagai alat bantu mengajar yang dapat meningkatkan kefahaman pelajar. Bahan rujukan juga diperoleh melalui dalam talian. Pelajar tidak perlu mencetak nota sekiranya tidak mahu kerana kandungan yang digunakan boleh dilihat semula hanya dengan membuka fail melalui telefon bimbit. Tuntasnya, pembelajaran secara dalam talian yang semakin rancak pada masa ini banyak manfaatnya kepada pelajar. Oleh itu, sudah sampai masanya pendidikan negara disebarluaskan kepada pelbagai golongan menerusi pembelajaran secara dalam talian bagi memenuhi aspirasi negara kita yang mahu menjadikan pendidikan sepanjang hayat terhadap rakyat negara ini. Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 7 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


8 Cadangan Jawapan Isi-isi penting: • Para pelajar dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam keadaan yang selesa • Pembelajaran dalam talian juga memudahkan pelajar • Pembelajaran secara dalam talian bersifat mesra pelajar • Pembelajaran secara dalam talian juga mampu meningkatkan prestasi pelajar • Pelajar yang tidak menghadiri kelas masih boleh mengikuti rakaman kelas tersebut • Proses ulang kaji juga lebih mudah • Pembelajaran secara dalam talian meraikan pelajar cemerlang dan pelajar tahap biasa • Pembelajaran secara dalam talian sangat efektif Sudut Bahasa 1 efektif – berkesan Contoh ayat – Kaedah pengajaran yang lebih efektif sedang dilaksanakan di universiti awam seluruh negara. 2 aspirasi – keinginan; cita-cita Contoh ayat – Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan demi memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia. Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 8 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


9 Contoh 3 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah memajukan industri pelancongan negara. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Tema Pelancongan Industri pelancongan negara merupakan sumber pendapatan ketiga terpenting negara selain daripada perindustrian dan eksport komoditi. Hal ini demikian kerana, sektor ini memberikan pulangan yang lumayan kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, pelbagai langkah sedang dan akan diambil untuk menyemarakkan industri ini. Langkah yang pertama, kerajaan telah meningkatkan infrastruktur di negara kita ke tahap yang berkualiti dan bilangannya memenuhi keperluan para pelancong. Hal ini demikian kerana, infrastruktur ini memudahkan dan memberikan keselesaan kepada para pelancong. Justeru, lebuh raya di negara kita diperlebar, kemudahan rehat dan rawat diperkasa dan sistem pengangkutan yang pelbagai telah diadakan. Di samping itu, kerajaan giat mempromosi industri pelancongan negara kita di luar negara. Banyak papan tanda yang mengiklankan industri pelancongan negara dipasang di merata-rata tempat di seluruh dunia. Selain itu, kerajaan juga telah mengambil pelbagai langkah untuk meringankan kerenah birokrasi dalam sektor pelancongan. Antaranya, urusan memasuki negara dipermudah, cukai belian barangan dikurangkan dan pusat perkhidmatan tukaran wang asing telah ditambah. Kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri juga telah membuka lebih banyak pusat pelancongan di negara kita. Antaranya ialah Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Pangkor. Pulau-pulau ini telah dinaik taraf dengan pelbagai kemudahan untuk menarik minat para pelancong ke sana. Tambahan pula, kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia terhadap penduduk tempatan. Kempen ini bertujuan untuk merancakkan semangat melancong domestik dalam kalangan rakyat tempatan. Bagi para pelajar yang berada di luar negara pula, mereka boleh menjadi duta kecil kepada Malaysia dengan mempromosikan tempat-tempat yang menarik di Malaysia seperti Pulau Redang, Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting. Peranan ini tidak sukar dilakukan dengan memanfaatkan media sosial sahaja. Kesimpulannya, usaha yang konsisten dan bersungguh-sungguh perlu dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan di Malaysia. Kita yakin bahawa suatu masa nanti negara kita akan menjadi peneraju industri pelancongan dunia. Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 9 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


10 Cadangan Jawapan Isi-isi penting: • Kerajaan meningkatkan infrastruktur ke tahap yang berkualiti dan bilangannya mencukupi • Kerajaan giat mempromosi industri pelancongan negara kita di luar negara • Kerajaan meringankan kerenah birokrasi dalam sektor pelancongan • Kerajaan telah membuka lebih banyak pusat pelancongan • Kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia terhadap penduduk tempatan • Para pelajar yang berada di luar negara menjadi duta kecil untuk mempromosikan tempat-tempat menarik Sudut Bahasa 1 infrastruktur – kemudahan dan perkhidmatan asas Contoh ayat – Taman rekreasi yang baru dibuka itu dilengkapi dengan infrastruktur yang menarik. 2 duta – wakil Contoh ayat – Beliau telah dilantik sebagai duta untuk mempromosikan produk Malaysia di luar negara. Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 10 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


11 Contoh 4 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Tema Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Mutakhir ini semangat patriotik dalam kalangan generasi muda semakin luntur. Ledakan teknologi maklumat dan pengaruh globalisasi menyebabkan semangat cinta akan negara dalam kalangan mereka semakin terhakis. Keadaan ini tidak boleh dipandang enteng dan perlu dipugar demi kemaslahatan negara. Antara langkahnya, kerajaan hendaklah mengadakan kempen “Cintailah Negaraku”. Kempen ini boleh disemarakkan menerusi kaedah yang diminati oleh generasi muda seperti menggunakan aplikasi TikTok dan Instagram. Di samping itu, penerbit filem atau drama haruslah membanyakkan karya yang menanamkan semangat cinta akan negara. Filem-filem seperti “Leftenan Adnan” dan “Bukit Kepong” harus ditayangkan kepada generasi muda semula agar mereka memahami jerih perih untuk negara kita memperoleh kemerdekaan. Selain itu, ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi mengenai semangat patriotik. Ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke Melaka untuk melihat bangunanbangunan bersejarah tinggalan penjajah seperti Kota A Famosa. Ibu bapa juga boleh menceritakan kesengsaraan penduduk semasa berjuang untuk memerdekakan negara daripada penjajah. Hal ini secara tidak langsung akan membangkitkan semangat patriotik dalam diri anak-anak. Di samping itu, ibu bapa juga perlu menegur dan menasihati anak-anak jika mereka tidak menghormati lagu “Negaraku” dan bendera Jalur Gemilang. Di samping itu, pihak sekolah juga perlu memantapkan sambutan Bulan Kemerdekaan pada setiap tahun. Hal ini dikatakan demikian kerana, sambutan tersebut tidak mampu menarik minat murid-murid dan tidak dapat mewujudkan semangat patriotik dalam diri murid-murid. Pihak sekolah juga boleh meminta bantuan polis dan tentera untuk mengadakan pameran kereta perisai dan senjata api semasa sambutan Bulan Kemerdekaan. Jika hal ini dilakukan, sudah pasti sambutan Bulan Kemerdekaan menjadi semakin menarik sekali gus mampu meningkatkan semangat patriotik dalam diri murid-murid. Kesimpulannya, banyak peranan yang boleh dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda. Usaha ini perlu dilakukan secara bersepadu dan berterusan demi mencapai matlamat tersebut. Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 11 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


12 Cadangan Jawapan Isi-isi penting: • Kerajaan hendaklah mengadakan kempen “Cintailah Negaraku” menerusi kaedah terkini • Penerbit filem membanyakkan karya yang menanamkan semangat cinta akan negara • Ibu bapa mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi mengenai semangat patriotik • Ibu bapa menceritakan kesengsaraan perjuangan memerdekakan negara daripada penjajah • Ibu bapa perlu menasihati anak-anak agar menghormati lagu “Negaraku” dan Jalur Gemilang • Pihak sekolah juga perlu memantapkan sambutan Bulan Kemerdekaan pada setiap tahun • Pihak sekolah juga boleh meminta kerjasama polis dan tentera untuk mengadakan pameran Sudut Bahasa 1 luntur – hilang atau berkurang Contoh ayat – Kasih sayang seseorang ibu terhadap anak-anaknya tidak pernah luntur. 2 enteng – mudah; ringan Contoh ayat – Aspek keselamatan di jalan raya tidak boleh di pandang enteng oleh semua pengguna jalan raya. Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 12 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


13 Contoh 5 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca pencemaran air. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Tema Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Air merupakan khazanah alam yang sangat penting bagi kehidupan manusia. Namun, sejak akhir-akhir ini, sumber air khususnya sungai di negara kita semakin banyak tercemar. Hal ini memberikan impak yang besar kepada kesejahteraan kita. Oleh itu, punca-punca pencemaran ini haruslah diselidiki bagi menanganinya dengan segera. Punca utama pencemaran sumber ini ialah pembuangan sisa kumbahan oleh sesetengah syarikat. Syarikat tersebut bertindak sedemikian rupa adalah untuk menjimatkan kos operasi mereka. Tambahan pula, kelemahan agensi penguatkuasaan menyebabkan mereka semakin giat melakukan aktiviti ini tanpa berasa takut dikenakan tindakan undang-undang. Selain itu, pencemaran sumber air juga adalah disebabkan aktiviti pembukaan tanah yang tidak terkawal. Pembukaan tanah tersebut menyebabkan pokok-pokok ditebang dan dibuang ke dalam sungai. Hal ini menyebabkan sungai penuh dengan kayukayu yang menyebabkan aliran sungai perlahan. Tambahan pula, penggunaan racun serangga dan juga baja kimia yang tidak diserap oleh tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran akan mengalir ke sungai atau meresap ke dalam tanah bersama-sama air hujan memberikan kesan kepada kehidupan akuatik dan pencemaran alam sekitar. Pencemaran sungai juga disebabkan oleh penternakan haiwan yang menjadi masalah yang semakin serius dan sukar ditangani. Misalnya, sisa air mandian babi mempunyai kandungan zink dan ammoniacal nitrogen yang tinggi, manakala najisnya pula mengandungai bakteria berbahaya seperti escherichia coli (E.coli) dan sebagainya yang memberikan kesan kepada tahap keselamatan sumber air. Masyarakat juga bersikap ambil mudah kerana membuang sampah terus ke dalam longkang dan sungai memburukkan lagi keadaan. Dianggarkan bahawa tidak kurang daripada satu juta kilogram sisa buangan dibuang ke dalam sungai pada setiap bulan. Pusat pelupusan sampah yang tidak diuruskan dengan sempurna menggawatkan lagi masalah ini. Beberapa tapak pelupusan sampah di sekitar Selangor dan Putrajaya telah diarahkan tutup kerana menjadi antara punca utama pencemaran air. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Air: Bersyukurkah Kita?’ oleh Roslan Lateh, Dewan Siswa) Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 13 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


14 Sudut Bahasa 1 khazanah – harta yang berharga Contoh ayat – Lawatan itu bertujuan mendidik murid-murid tentang kepentingan memelihara khazanah alam. 2 impak – kesan Contoh ayat – Perbuatan menebang pokok secara berleluasa memberikan impak yang buruk terhadap alam sekitar. 3 akuatik – sesuatu yang hidup di dalam air Contoh ayat – Pencemaran sungai menyebabkan hidupan akuatik semakin terancam. 4 pelupusan – perihal melupuskan Contoh ayat – Kawasan pelupusan sampah itu berbau busuk terutamanya selepas hujan. Cadangan Jawapan Isi-isi penting: • Pembuangan sisa kumbahan oleh sesetengah syarikat kerana mahu menjimatkan kos operasi mereka • Aktiviti pembukaan tanah yang tidak terkawal menyebabkan pokok-pokok ditebang dan dibuang ke dalam sungai • Penggunaan racun serangga dan juga baja kimia yang tidak diserap oleh oleh tumbuh-tumbuhan akan mengalir ke sungai • Penternakan haiwan di pinggir sungai juga menjadi punca pencemaran sungai • Terdapat pusat pelupusan sampah yang tidak diurus dengan sempurna Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 14 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


15 Rumusan Contoh 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Tema Sains, Teknologi dan Inovasi Remaja kita semakin sukar untuk berenggang dengan telefon. Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik bebas di seluruh dunia, mendapati bahawa penduduk negara kita mempunyai tahap ketagihan telefon yang sangat tinggi. Sebelum masalah ini menjadi semakin kritikal, kita haruslah mengetahui kesan-kesan buruk ketagihan telefon pintar terhadap remaja. Kesan yang paling ketara ialah masalah kekurangan tidur. Berdasarkan kajian, hampir 80 peratus remaja tidur dengan telefon pintar mereka. Pakar kesihatan memberi amaran bahawa waktu tidur remaja boleh terganggu dengan lampu skrin telefon. Kekurangan tidur boleh memberi kesan psikologi kepada remaja termasuklah mudah marah dan memori lemah yang boleh memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka. Selain itu, ketagihan telefon pintar boleh menyebabkan masalah kemurungan media sosial dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku kerana remaja menghabiskan masa secara berlebihan pada laman media sosial. Tambahan pula, terdapat segelintir remaja lain yang menjadi pembuli siber yang menambahkan beban kemurungan. Masalah ini didapati semakin bertambah dari semasa ke semasa dan membimbangkan banyak pihak. Di samping itu, kesan ketagihan telefon pintar menyebabkan timbulnya sindrom swafoto. Dalam satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, hampir 91 peratus remaja mempamerkan gambar mereka di sosial media. Namun 53 peratus remaja berasa bahawa foto-foto yang dimuat naik oleh mereka membuatkan mereka berasa hodoh. Oleh sebab itu, remaja terus berusaha untuk mempamerkan imej diri mereka yang terbaik melalui swafoto. Hal ini telah menambahkan masalah narsisisme, iaitu usaha untuk menyembunyikan masalah tidak yakin diri. Tambahan pula, ketagihan terhadap telefon pintar menyebabkan remaja kini sukar untuk berkomunikasi dan memberikan tumpuan terhadap sesuatu perkara. Penyelidik dalam bidang neurobiologi menyatakan bahawa remaja kini kurang pandai bergaul dan berkomunikasi sesama mereka dan juga terhadap orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka juga sukar untuk memberikan tumpuan sama ada di dalam kelas atau semasa membaca buku. Hal ini berlaku kerana, mereka lebih menggemari komunikasi dengan respons laju dan pantas. Satu kajian melaporkan bahawa pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja rumah mereka untuk lebih daripada dua minit tanpa perhatian mereka dialihkan oleh gajet mereka. Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 15 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


16 Rumusan membincangkan kesan-kesan ketagihan telefon pintar Semua pihak perlu berganding bahu menangani masalah ketagihan telefon pintar demi melahirkan generasi yang sejahtera 1 Masalah kekurangan tidur dalam kalangan remaja 2 Remaja mudah marah dan memorinya lemah 3 Timbulnya masalah kemurungan media sosial dalam kalangan remaja 4 Timbulnya sindrom swafoto dalam kalangan remaja 5 Remaja sukar untuk berkomunikasi dan memberikan tumpuan terhadap sesuatu perkara Pendahuluan (Idea Utama) Idea Sokongan (Kesan-kesan) Cadangan Jawapan Penutup Sudut Bahasa 1 kritikal – meruncing Contoh ayat – Kebanjiran pendatang asing di negara kita berada pada tahap kritikal yang memerlukan tindakan segera bagi mengurangkan bilangan mereka. 2 respons – tindak balas Contoh ayat – Pihak Berkuasa Tempatan diseru agar memberikan respons segera terhadap aduan yang dikemukakan oleh penduduk setempat. Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 16 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


17 Contoh 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Tema Pertanian, Penternakan dan Perikanan Sektor pertanian semakin maju di sesetengah negara sehingga menjanakan pendapatan yang lumayan kepada masyarakat dan negaranya. Contohnya ialah negara Vietnam dan Thailand yang kini menjadi negara di Asia Tenggara yang paling menyerlah dalam bidang pertanian. Namun, negara kita masih terkebelakang walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk memperkasa sektor ini kerana kekangan pelbagai faktor. Masalah sektor ini belum dapat dimajukan ialah negara kita kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir dalam sektor ini. Hal ini demikian kerana, golongan muda tidak berminat untuk menceburi bidang pertanian ini kerana mereka tidak mahu bersusah payah di bawah panas terik matahari. Natijahnya, sektor pertanian di negara kita terpaksa diusahakan oleh golongan dewasa dan tua yang kudratnya semakin berkurangan. Apakah yang akan berlaku kepada sektor pertanian negara kita jika golongan ini sudah tiada? Kita bimbang akan penguasaan pendatang asing yang semakin berani meneroka bidang pertanian di negara kita. Selain itu, sektor pertanian kita kurang berkembang dengan pesat kerana agensi-agensi yang terlibat belum bersungguhsungguh untuk membantu para petani. Kita mengakui usaha ada dilakukan oleh pihak berkenaan, namun usaha tersebut sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Mereka lebih selesa menunggu kedatangan petani untuk meminta bantuan di pejabat berhawa dingin daripada mereka sendiri turun berjumpa dengan para petani di lapangan. Keadaan ini sangat berbeza dengan negaranegara lain, iaitu para pegawai pertanian turun ke ladang untuk memberikan khidmat kepada para petani. Di samping itu, sektor pertanian di negara kita masih terbelenggu dengan masalah orang tengah sejak sekian lama. Mereka memerah keringat dari pagi hingga petang, pendapatan yang diperoleh mereka sekadar cukup makan. Hal ini menyebabkan minat mereka dalam bidang ini semakin kurang. Mereka bertani hanya untuk meneruskan kehidupan, bukannya untuk membina kekayaan. Keadaan ini berbeza dengan orang tengah yang terus membina kekayaan di tengah-tengah kenaikan harga sayur-sayuran yang semakin meningkat pada masa ini. Sektor pertanian di negara kita juga masih kurang maju kerana penggunaan teknologi moden masih kurang dalam sektor pertanian di negara kita. Hal ini demikian kerana, para petani kita tidak mempunyai modal yang besar untuk membeli peralatan tersebut. Justeru, mereka terus menggunakan peralatan tradisional dan tenaga empat kerat walaupun hasilnya tidak seberapa. Tidak hairanlah, produktiviti tidak dapat ditingkatkan. Kesimpulannya, banyak faktor yang menyebabkan industri pertanian di negara kita sekadar cukup makan. Oleh itu, pelbagai pihak haruslah memikirkan langkah-langkah yang berkesan untuk menangani perkara ini demi kemaslahatan ekonomi negara kita. Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 17 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


18 Cadangan Jawapan Rumusan membincangkan faktor-faktor bidang pertanian di negara kita tidak berkembang maju 1 Kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir dalam sektor ini 2 Golongan muda kurang berminat terhadap bidang pertanian 3 Agensi-agensi kerajaan belum bersungguh-sungguh untuk membantu para petani 4 Sektor pertanian di negara kita terbelenggu dengan orang tengah sejak sekian lama 5 Penggunaan teknologi moden masih kurang dalam sektor pertanian di negara kita Sudut Bahasa 1 memperkasa – memperkukuh/meningkatkan Contoh ayat – Para remaja haruslah berusaha untuk memperkasa jati diri mereka agar tidak mudah terjebak dengan gejala sosial. 2 kemaslahatan – faedah Contoh ayat – Jabatan Kerja Raya terpaksa memasang pagar di kawasan lebuh raya itu demi kemaslahatan semua pihak. Semua pihak mesti berganding bahu memajukan industri pertanian negara supaya setanding dengan negara-negara yang maju dalam sektor pertanian Pendahuluan (Idea Utama) Idea Sokongan (Faktor-faktor) Penutup Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 18 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


19 Contoh 3 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Tema Sejarah dan Warisan Kita tahu akan kepentingan belajar Sejarah, namun kebanyakan pelajar hanya belajar subjek ini kerana mahu lulus dalam peperiksaan. Sikap seperti ini haruslah diperbetul kerana banyak kepentingan yang kita peroleh apabila kita belajar Sejarah dengan tulus. Antara kepentingannya ialah belajar subjek Sejarah dapat menanamkan perasaan cinta akan negara terhadap diri kita. Kita mengetahui betapa perihnya negara kita berada di tangan penjajah selama 446 tahun dan betapa sukarnya kita memperoleh kemerdekaan. Justeru, kita sayang akan negara kita dan tidak rela lagi membiarkan negara kita dijajah buat kali kedua. Selain itu, belajar Sejarah juga akan dapat memperkukuh perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita belajar daripada tragedi hitam 13 Mei 1969 bahawa persengketaan kaum hanya membawa kemusnahan jiwa dan harta benda. Oleh itu, kita harus menjaga perpaduan demi kebaikan bersama. Selain itu, subjek Sejarah juga menanamkan rasa bangga kita terhadap tanah air kita. Negara kita terjajah selama lebih empat abad, namun penduduk Melayu di negara kita masih kukuh dengan jati diri sebagai orang Melayu dan agama Islam. Kedatangan penjajah tidak sekali-kali mengubah asas penting ini. Begitu juga dengan aspek budi bahasa dan pergaulan yang masih terjaga sehingga kini. Di samping itu, subjek Sejarah juga mampu melonjakkan pembangunan negara khususnya dalam sektor pelancongan. Tempat-tempat bersejarah di negara kita seperti Kota A Famosa menjadi kunjungan pelancong dari serata pelosok dunia. Subjek Sejarah juga memberikan iktibar yang berguna kepada kita untuk dijadikan pengajaran pada masa hadapan. Pertelingkahan dan amalan rasuah telah menyebabkan Melaka jatuh ke tangan Portugis. Hal ini harus menyedarkan kita agar menjauhi dua perkara buruk tersebut agar sejarah hitam tidak berulang lagi. Malahan, Sejarah juga memberi pendidikan yang berharga kepada generasi sekarang agar berusaha gigih untuk mencapai sesuatu kejayaan. Kemerdekaan negara kita walaupun diperoleh melalui mata pena, namun usaha tersebut bermula dengan perjuangan yang gigih dan tekun. Kegigihan dan ketekunan merupakan elemen penting untuk kemajuan diri, bangsa dan negara. Kesimpulannya, banyak manfaat yang diperoleh menerusi pendidikan Sejarah. Oleh itu, sudah sampai masanya semua pihak memperkasa pendidikan dan pengajaran Sejarah agar lebih menarik minat murid. Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 19 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


20 Cadangan Jawapan Rumusan membincangkan kepentingan mempelajari Sejarah 1 Subjek Sejarah dapat menanamkan perasaan cinta akan negara 2 Subjek Sejarah juga dapat memperkukuh perpaduan kaum dalam kalangan rakyat 3 Subjek Sejarah juga menanamkan rasa bangga kita terhadap tanah air kita 4 Subjek Sejarah juga mampu melonjakkan sektor pelancongan 5 Subjek Sejarah juga memberikan iktibar yang berguna kepada kita Sudut Bahasa 1 jati diri – pegangan diri Contoh ayat – Kemasukan budaya Barat sudah tentu akan menggugat jati diri dalam kalangan remaja negara ini. 2 elemen – Unsur Contoh ayat – Elemen kejujuran amat penting dalam kehidupan kita demi membina hubungan yang baik dengan orang lain. Semua pihak perlu berganding bahu untuk memperkasa pendidikan subjek Sejarah demi melahirkan generasi muda yang patriotisme dan berjati diri Pendahuluan (Idea Utama) Idea Sokongan (Kepentingan) Penutup Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 20 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


21 Contoh 4 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Tema Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Kini, setiap universiti dan pusat pengajian tinggi melengkapkan graduan mereka dengan ilmu perniagaan dan keusahawanan selain belajar dalam bidang tertentu. Ada sesetengah ibu bapa yang mempersoalkan kewajaran anak-anak mereka belajar dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Mereka menganggap subjek tersebut membebankan anak mereka. Hakikatnya, terdapat banyak sebab Kementerian Pengajian Tinggi memperkenalkan silibus berkenaan. Faktor utamanya adalah untuk melatih graduan untuk berani berkecimpung dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Hal ini demikian kerana, lebih ramai graduan yang berkecimpung dalam bidang tersebut, maka lebih ramai usahawan dan korporat dapat dihasilkan. Usahawan dan korporat yang berjaya sudah tentu memberikan sumbangan yang besar terhadap negara melalui pembayaran cukai. Malahan, graduan yang berkecimpung dalam bidang perniagaan mampu menangani masalah pengangguran di negara kita. Mereka bukan sahaja mampu berdikari malahan mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan yang lain. Bidang perniagaan dan keusahawanan juga merupakan lubuk emas untuk graduan membina kekayaan. Dengan ilmu dan kepakaran yang dipelajari di universiti, graduan boleh menjadikannya sebagai bahan untuk diperdagangkan. Misalnya, pelajar yang mahir dalam bidang fotografi boleh memanfaatkan ilmunya untuk dikomersialkan bagi fotografi pengiklanan. Syarikat Fotografi Huzieifa menjana pendapatan jutaan ringgit hasil pelibatan mereka dalam bidang pengiklanan. Tambahan pula, graduan kini suka akan cabaran-cabaran baharu yang boleh melonjakkan prestasi diri mereka. Mereka berasa terkongkong dengan peraturan kerja dari pukul 8:00 pagi hingga 5:00 petang. Oleh itu, bidang perniagaan merupakan bidang yang tepat kepada mereka. Pengenalan silibus perniagaan dan keusahawanan kepada para graduan juga bertujuan untuk melahirkan usahawan dalam kalangan graduan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Jika negara China berbangga dengan keunggulan usahawan bernama Jack Ma dengan platform Alibaba sehingga membolehkan barangan dari negara China masuk mencurahcurah ke negara kita, kita berharap akan lahir usahawan yang mampu melonjakkan negara kita di mata dunia. Di samping itu, bidang perniagaan dan keusahawanan juga mampu merancakkan ekonomi negara. Apabila graduan membuka perniagaan, sudah tentu mereka memerlukan bahan mentah dan mesin serta pekerja. Hal ini mampu memeriahkan sektor ekonomi negara. Kesimpulannya, usaha Kementerian Pengajian Tinggi memperkenalkan silibus perniagaan dan keusahawanan merupakan langkah tepat untuk melahirkan usahawan berkualiti di negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah memberikan sokongan jitu lagi padu untuk menjayakan matlamat tersebut. Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 21 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


22 Cadangan Jawapan Rumusan membincangkan kepentingan graduan memiliki ilmu perniagaan dan keusahawanan 1 Silibus ini melatih graduan untuk berani berkecimpung dalam bidang perniagaan dan keusahawanan 2 Graduan yang berkecimpung dalam bidang perniagaan mampu menangani masalah pengangguran di negara kita 3 Lubuk emas untuk graduan membina kekayaan 4 Graduan kini suka akan cabaran-cabaran baharu yang boleh melonjakkan prestasi diri mereka 5 Bertujuan untuk melahirkan usahawan dalam kalangan graduan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa 6 Bidang perniagaan dan keusahawanan juga mampu merancakkan ekonomi negara Sudut Bahasa Silibus – sukatan pelajaran Contoh ayat – Para guru diingatkan agar menghabiskan silibus pelajaran demi memastikan murid tidak ketinggalan terhadap sesuatu topik. Semua pihak perlu berganding bahu untuk meningkatkan pelibatan graduan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan demi meningkatkan ekonomi negara Pendahuluan (Idea Utama) Idea Sokongan (Kepentingan) Penutup Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 22 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


23 Contoh 5 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Tema Perpaduan Perpaduan penting bagi negara kita yang memiliki rakyat pelbagai kaum. Justeru, sebarang usaha untuk memperkukuh perpaduan bangsa haruslah disokong oleh rakyat demi kebaikan negara dalam jangka masa panjang. Antara langkah utama untuk memperkukuh perpaduan bangsa ialah memupuk perpaduan bagi anak-anak sejak mereka di bangku sekolah lagi. Murid pelbagai kaum digalakkan untuk belajar di sekolah yang sama. Menerusi pergaulan dengan rakan yang berbeza kaum, hubungan antara kaum dapat dipererat. Hal ini sejajar dengan peribahasa kita, melentur buluh biarlah waktu rebungnya. Selain itu, ibu bapa haruslah menggalakkan anak-anak mereka agar bergaul dengan rakan-rakan daripada kaum yang lain. Di samping itu, ibu bapa juga harus membawa anak-anak mereka menghadiri program masyarakat setempat. Hal ini membolehkan anak-anak bergaul dengan rakan-rakan mereka daripada kaum yang berlainan. Kunjungan ke rumah terbuka bagi perayaan kaum lain juga mampu membina perasaan saling memahami perayaan dan budaya masyarakat lain. Malahan, ibu bapa jangan sesekali mengajar anak mereka berprasangka terhadap kaum lain dengan memberi label tertentu kepada kaum tersebut. Ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak mereka agar berprasangka baik terhadap orang lain termasuklah kepada rakanrakan daripada kaum yang lain. Kerajaan haruslah mengadakan kempen memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kempen ini amat penting dilakukan dari semasa ke semasa bagi menyedarkan masyarakat khususnya generasi muda tentang kepentingan perpaduan. Kempen ini haruslah diuar-uarkan melalui media massa. Di samping itu, kerajaan juga haruslah membanyakkan program yang memperkukuh perpaduan masyarakat. Antaranya ialah program rumah terbuka, aktiviti Hari Kebangsaan dan aktiviti gotong-royong. Menerusi program seperti ini, masyarakat berpeluang untuk bergaul dan berinteraksi sekali gus dapat memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat. Kerajaan juga perlu bertindak tegas terhadap pihak tertentu yang menyalakan api perkauman. Tindakan tegas ini amat penting bagi membendung sikap sesetengah pihak tertentu yang suka menangguk di air yang keruh demi kepentingan diri mereka. Malahan, kerajaan juga haruslah memperkasa peranan media massa untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya perpaduan. Apa-apa sahaja terbitan sama ada berita, drama atau dokumentari haruslah memaparkan perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat negara ini. Tegasnya, semua pihak haruslah memainkan peranan untuk memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara kita. Bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln pernah berkata, ‘jangan ditanyakan apakah sumbangan negara kepada kita, tetapi tanyalah apakah sumbangan kita kepada negara’. Daripada kata-kata itu, jelaslah bahawa rakyat haruslah memberikan sumbangan yang bermakna untuk memperkukuh perpaduan rakyat. Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 23 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


24 Cadangan Jawapan Rumusan membincangkan usaha-usaha untuk memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat 1 Memupuk perpaduan sejak di bangku sekolah 2 Ibu bapa menggalakkan anak-anak bergaul dengan rakanrakan daripada kaum lain 3 Ibu bapa tidak mengajar anak-anak dengan prasangka buruk terhadap kaum lain 4 Kerajaan haruslah membanyakkan kempen dan program ke arah perpaduan kaum 5 Bertindak tegas terhadap pihak yang menyalakan api perkauman Sudut Bahasa 1 berinteraksi – saling bertindak Contoh ayat – Para peserta kursus itu diberi peluang untuk berinteraksi dan berkongsi pandangan sesama mereka. 2 utuh – sempurna Contoh ayat – Rumah peninggalan orang kaya itu masih utuh walaupun usianya telah melewati puluhan tahun. Semua pihak perlulah berganding bahu untuk memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat Pendahuluan (Idea Utama) Idea Sokongan (Usaha-usaha) Penutup Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 24 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


25 Ulasan Contoh 1 Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Tema Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Cadangan Jawapan Pendahuluan Poster menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pesakit asma apabila berhadapan dengan pencemaran udara Isi-isi penting (Su: Isi Tersurat / Si: Isi Tersirat) 1 Su: Antara langkahnya, penghidap asma perlu menutup pintu, tingkap atau sebarang bukaan Si: Hal ini adalah untuk mengelakkan asap atau udara yang tercemar itu masuk ke dalam rumah 2 Su: Selain itu, pesakit asma perlulah sentiasa membawa ubatubatan untuk mengawal serangan asma Si: Hal ini demikian kerana, serangan asma boleh berlaku dengan pantas dan boleh membahayakan nyawa pesakit 3 Su: Pesakit asma juga haruslah mengelakkan kawasan yang sesak dengan kenderaan Si: Hal ini demikian kerana, kawasan tersebut mempunyai banyak karbon monoksida yang boleh mendatangkan risiko kepada mereka Penutup Pesakit asma perlulah lebih peka terhadap keadaan persekitaran yang tercemar udaranya bagi mengelakkan mereka mendapat serangan asma yang lebih teruk Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 25 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


26 Contoh 2 Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Tema Kesihatan dan Kebersihan Cadangan Jawapan Pendahuluan Poster menunjukkan cara-cara pelaksanaan pinggan sihat seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Isi-isi penting (Su: Isi Tersurat / Si: Isi Tersirat) 1 Su: Mengikut amalan pinggan sihat, ¼ pinggan adalah untuk buahbuahan seperti pisang, betik dan epal Si: Pengambilan buah-buahan penting untuk tujuan penghadaman kerana buah-buahan mengandungi serat 2 Su: Selain itu, ¼ pinggan adalah untuk bijirin seperti nasi, mi, pasta dan roti Si: Bijirin penting untuk tumbesaran tubuh kita kerana mengandungi karbohidrat 3 Su: Di samping itu, ¼ pinggan adalah untuk sayur-sayuran seperti lobak, brokoli dan terung Si: Sayur-sayuran penting untuk membekalkan vitamin kepada kita bagi menguatkan sistem badan kita Penutup Amalan pinggan sihat perlu diamalkan demi melahirkan rakyat Malaysia yang sihat dan bertenaga Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 26 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


27 Contoh 3 Lihat carta di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Tema Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Cadangan Jawapan Pendahuluan Carta pai menunjukkan Formula Kewangan Model INFAQ yang menyarankan peratus bagi pengurusan perbelanjaan rumah setiap bulan Isi-isi penting (Su: Isi Tersurat / Si: Isi Tersirat) 1 Su: Sebanyak 30% daripada pendapatan digunakan untuk membayar perbelanjaan isi rumah seperti sewa, minyak dan petrol Si: Hal ini penting supaya perbelanjaan yang digunakan bersesuaian dengan tahap kemampuan isi rumah 2 Su: Sebanyak 30% daripada pendapatan digunakan untuk membayar hutang seperti hutang rumah dan hutang kereta Si: Pembayaran hutang perlu dilakukan secara sistematik bagi mengelakkan masalah pada kemudian hari 3 Su: Sebanyak 30% sebagai lebihan pula digunakan untuk membuat simpanan, pelaburan dan perlindungan Si: Hal ini penting bagi menghadapi situasi cemas, bak kata peribahasa sediakan payung sebelum hujan Penutup Pengurusan kewangan yang baik amat penting demi memberikan ketenangan dan kesejahteraan kepada masyarakat dan negara 30% 30% 30% 10% Formula Kewangan Model INFAQ Perbelanjaan Isi Rumah Pembayaran Hutang hutang rumah, hutang kereta, dll Pembayaran Hutang sewa, minyak, petrol, dan lain-lain Lebihan simpanan, perlindungan, pelaburan Pemberian & Lain-lain zakat, sedekah, cukai, ibu bapa, dan lain-lain ibu bapa, dll Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 27 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


28 Contoh 4 Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Tema Pendidikan Cadangan Jawapan Pendahuluan Setiap murid diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum – banyak faedah yang diperoleh – mengisi masa lapang Isi-isi penting (Su: Isi Tersurat / Si: Isi Tersirat) 1 Su: memupuk kerjasama dalam kalangan murid Si: mereka bekerjasama untuk menjayakan sesuatu aktiviti demi kebaikan bersama 2 Su: menambahkan ilmu Si: terdapat pelbagai kemahiran dalam kegiatan kokurikulum – contohnya, ilmu pertolongan cemas dan kepimpinan – meningkatkan keterampilan murid 3 Su: memantapkan jati diri Si: terdapat elemen kerohanian – memimpin murid menjalani kehidupan secara sihat dan positif Penutup Kegiatan kokurikulum banyak faedahnya – murid mesti bergiat aktif – meningkatkan bakat dan kebolehan diri Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum Membentuk kerjasama Menambahkan ilmu Membina perpaduan Memantapkan diri Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 28 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


29 Contoh 5 Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Tema Kesihatan dan Kebersihan Cadangan Jawapan Pendahuluan Kempen kebersihan dan keceriaan dijalankan di Taman Setia Jaya – terdapat pelbagai tujuan Isi-isi penting (Su: Isi Tersurat / Si: Isi Tersirat) 1 Su: mewujudkan persekitaran yang bersih dan ceria Si: penduduk bergotong-royong membersihkan kawasan 2 Su: mengeratkan perpaduan dalam masyarat Si: penduduk setempat saling mengenali sekali gus memupuk perasaan muhibah 3 Su: memperkukuh semangat kerjasama Si: penduduk saling bekerjasama – membina semangat kekitaan Penutup Kempen kebersihan dan keceriaan memberi banyak manfaat – perlu disertai oleh semua penduduk – membina komuniti yang sejahtera Tujuan kempen dijalankan: • mewujudkan persekitaran yang bersih dan ceria • mengeratkan perpaduan masyarakat • memperkukuh semangat kerjasama KEMPEN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN TAMAN SETIA JAYA Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 29 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


30 Contoh 6 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Cara-cara Mencegah Pembiakan Nyamuk Aedes Cadangan Jawapan Pendahuluan Saban tahun, ribuan nyawa terkorban kerana demam denggi – berpunca daripada pembiakan nyamuk aedes – perlu ditangani oleh seluruh anggota masyarakat – aedes mengancam sesiapa sahaja Isi-isi penting (Su: Isi Tersurat / Si: Isi Tersirat) 1 Su: penduduk bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar Si: membuang atau membersihkan bekas-bekas yang menakung air – tempat utama pembiakan nyamuk 2 Su: pihak berkuasa membuat semburan kabus Si: di kawasan yang banyak nyamuk – menghapuskan nyamuk sebagai langkah pencegahan 3 Su: meletakkan racun jentik-jentik dalam bekas takungan air Si: mengelakkan pembiakan jentik-jentik di kawasan rumah Penutup Usaha membasmi denggi memerlukan komitmen daripada semua pihak – tiada aedes tiada denggi – masyarakat sihat dan sejahtera Berdiagram BM Ting 123 (Teknik).indd 30 PENERBIT 17/03/2023 3:40 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


31 Pemindahan Maklumat Ringkasan, Rumusan & Ulasan Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 31 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


32 Teknik Menjawab Soalan Karangan Pengenalan 1 Calon diberikan satu soalan berbentuk rangsangan dan mempunyai beberapa isi penting. 2 Panjangnya karangan yang mesti ditulis adalah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Panduan Menulis Karangan Respons Terhad 1 Karangan mestilah mengandungi pendahuluan, isi dan penutup. 2 Pendahuluan hendaklah ditulis secara ringkas mengenai isu yang dikemukakan dalam bahan rangsangan. 3 Isi pula menghuraikan isi yang ada pada bahan rangsangan. Huraian hendaklah ringkas dan padat. 4 Biasanya tiga isi perlu dikemukakan pada bahagian isi. 5 Penutup ialah kesimpulan daripada keseluruhan karangan. Kesimpulan yang baik mengandungi ayat penyimpul, ayat cadangan dan ayat harapan. Pengenalan 1 Calon diberikan tiga soalan karangan. 2 Calon hendaklah memilih satu soalan sahaja untuk dijawab. 3 Panjangnya karangan yang mesti ditulis adalah tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Panduan Menulis Karangan Respons Terbuka 1 Pilih satu soalan berdasarkan kemampuan calon untuk menjawabnya. 2 Bagi memastikan bahawa calon telah memilih soalan yang sesuai, cuba senaraikan beberapa isi daripada soalan tersebut. 3 Jika calon mampu mengeluarkan isi dengan pantas dan banyak, pilihlah soalan tersebut. Jika tidak, calon perlu memilih soalan yang lain. Pesan Pemeriksa: Ramai calon salah memilih soalan menyebabkan calon tidak dapat mengemukakan isi dengan baik. Isi juga tidak dapat dihuraikan menyebabkan karangan tidak jelas. Karangan Respons Terhad Karangan Respons Terbuka Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 32 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


33 Kenal Pasti Arahan Soalan 1 Calon harus memahami arahan soalan dengan jelas. 2 Biasanya arahan soalan terdiri daripada faktor, kesan, faedah, langkah, peranan dan halangan. 3 Isi karangan harus berdasarkan arahan soalan tersebut. Contoh soalan: Huraikan faktor kedatangan pelancong asing ke negara kita. • Calon harus mengenal pasti bilangan tugasan sama ada satu atau dua. • Contohnya, ada soalan yang meminta calon mengemukakan faktor dan kesan. Pesan Pemeriksa: Jika terdapat dua tugasan, pastikan kedua-dua bahagian tugasan tersebut disentuh secara seimbang oleh calon. Menulis Rangka Karangan 1 Penulisan rangka karangan perlu ringkas tetapi jelas. 2 Ramai calon mengabaikan aspek ini menyebabkan mereka menulis karangan tanpa panduan yang jelas. 3 Rangka karangan dapat memastikan isi yang ditulis memenuhi kehendak soalan. 4 Menyediakan rangka karangan sebelum menulis karangan adalah sangat penting. Pesan Pemeriksa: Rangka harus terdiri daripada 1 pendahuluan, 4 atau 5 isi dan 1 penutup. Menulis Karangan 1 Pendahuluan harus memperkenalkan isu dan mengaitkannya dengan tugasan yang diberi. 2 Berdasarkan rangka isi, olah isi dengan sebaik-baiknya. Mulakan dengan menyatakan isi, menghuraikan isi dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai. 3 Sebaik-baiknya, isi diperkukuh dengan contoh yang sesuai. 4 Semasa menulis karangan, gunakan kosa kata luas dan peribahasa yang sesuai. 5 Penutup haruslah menyimpulkan karangan dengan mengemukakan cadangan dan harapan. Pesan Pemeriksa: Pastikan karangan ditulis menepati jumlah perkataan yang ditetapkan. Menyemak Karangan 1 Aspek ini amat penting dilakukan supaya markah tidak dipotong atas kesalahan tertentu. 2 Kesalahan ejaan dan tatabahasa yang dikenal pasti boleh dibetulkan dengan memotong kesalahan itu dan menulisnya semula pada bahagian atas. 3 Bagi kesalahan fakta, calon boleh memotong semua perenggan tersebut dan menulis perenggan baharu. 4 Pastikan juga karangan tersebut menepati format yang ditetapkan. Langkah-langkah Menulis Karangan Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 33 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


34 Isu Penyakit Berjangkit Karangan Respons Terbuka Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan Mutakhir ini, semakin banyak penyakit berjangkit yang boleh menggugat kesihatan dan nyawa manusia. COVID-19 umpamanya telah meragut jutaan nyawa di seluruh dunia. Oleh itu, masyarakat haruslah meningkatkan peranan mereka dalam usaha mengurangkan penularan penyakit berjangkit. Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menangani penyakit berjangkit. Soalan Fokus Tip Bestari Kenal pasti arahan soalan, iaitu usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menangani penyakit berjangkit. Pendahuluan Penyakit berjangkit – isu kesihatan yang tiada kesudahannya Banyak nyawa terkorban – merupakan satu kerugian kepada negara – masyarakat perlu memainkan peranan untuk mengurangkan penularan 1 Meningkatkan ilmu pengetahuan • dapat mengetahui perkara yang patut dilakukan atau perkara yang mesti dielakkan • dapat mengawal penularan – mudah melalui Internet 2 Menyokong usaha kerajaan • mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan – bukan kerana takut didenda, tetapi untuk selamatkan nyawa • prosedur bukan untuk suka-suka 3 Mengurangkan aktiviti di luar rumah • keluar rumah apabila benar-benar perlu • virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar – lakukan kawalan kendiri Isi-isi Penting Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 34 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


35 Contoh Karangan Lengkap Penyakit berjangkit merupakan isu kesihatan yang tiada kesudahannya. Saban tahun, ribuan nyawa terkorban kerana virus penyakit berjangkit. Hal ini merupakan satu kerugian kepada negara. Oleh itu, masyarakat perlu memainkan peranan untuk mengurangkan penularan penyakit berjangkit seperti kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Langkah paling utama untuk menangani penularan virus penyakit berjangkit ialah masyarakat haruslah meningkatkan ilmu pengetahuan mereka mengenai penyakit tersebut. Dengan ilmu pengetahuan tersebut, masyarakat mendapat maklumat tentang perkara yang patut dilakukan oleh mereka. Mereka juga tahu tentang perkara yang tidak patut dilakukan oleh mereka. Kini, proses memperoleh ilmu tentang sesuatu penyakit berjangkit menjadi semakin mudah kerana semuanya berada di hujung jari. Selain itu, masyarakat juga haruslah menyokong usaha kerajaan untuk menangani sebarang serangan jangkitan penyakit berjangkit. (Ayat Judul + Ayat Huraian + Ayat Penyimpul) (AJ) Langkah paling utama untuk menangani penularan virus penyakit berjangkit ialah masyarakat haruslah meningkatkan ilmu pengetahuan mereka mengenai penyakit tersebut. (AH) Dengan ilmu pengetahuan tersebut, masyarakat mendapat maklumat tentang perkara yang patut dilakukan oleh mereka. Mereka juga tahu tentang perkara yang tidak patut dilakukan oleh mereka. Oleh itu, masyarakat dapat melakukan sesuatu tindakan yang betul apabila berhadapan dengan situasi penyakit berjangkit. (AP) Kini, proses memperoleh ilmu tentang sesuatu penyakit berjangkit menjadi semakin mudah kerana semuanya berada di hujung jari. Model Huraian Isi Cara sokongan tersebut adalah dengan mematuhi setiap prosedur yang ditetapkan kerajaan. Contohnya, jika kita diminta memakai pelitup hidung dan mulut ketika berada di luar rumah, kita perlulah mematuhi arahan tersebut. Kita mematuhi arahan tersebut bukanlah kerana kita takut didenda, tetapi yang lebih penting untuk menyelamatkan nyawa kita. Di samping itu, kita patut mengurangkan aktiviti di luar rumah jika kita tidak mempunyai urusan yang penting. Hal ini demikian kerana, semakin banyak kita berada di luar rumah, maka semakin tinggi risiko kita dijangkiti oleh virus penyakit berjangkit. Kita keluar rumah apabila kita benar-benar perlu sahaja. Kita perlu sedar bahawa virus sesuatu penyakit berjangkit tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kesimpulannya, kita tidak boleh memandang enteng terhadap serangan virus penyakit berjangkit kerana boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, langkah terbaik untuk menangani serangan virus ini adalah dengan meningkatkan kawalan kendiri dan lebih bersiap siaga untuk menghadapinya. mencegah itu lebih baik daripada merawat – mengelakkan daripada sesuatu yang boleh menyebabkan kesakitan adalah lebih baik daripada merawatnya Peribahasa Sudut Bahasa 1 penularan – berjangkit dengan meluas Contoh ayat – Penularan penyakit berjangkit memerlukan kawalan secara serius oleh semua pihak. 2 prosedur – langkah-langkah Contoh ayat – Kerajaan memperkenalkan prosedur operasi standard bagi mengekang penularan COVID-19. Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 35 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


36 Karangan Respons Terbuka Amalan kebersihan dalam kalangan masyarakat kita masih kurang walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak. Cadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap amalan kebersihan. Soalan Fokus 1 Didikan ibu bapa • ibu bapa mendidik anak-anak agar menjaga kebersihan – pendidikan awal penting – sejak kecil • menjadi contoh kepada anak-anak 2 Kempen • kerajaan melaksanakan kempen melalui media massa • menjalankan kempen secara berterusan – menggunakan artis sebagai contoh 3 Penguatkuasaan undang-undang • orang yang membuang sampah dikenakan denda atau dikenakan kerja sosial • menginsafkan mereka – sebagai pengajaran Pendahuluan Isi-isi Penting Kebersihan – lambang masyarakat maju Namun, amalan kebersihan dalam kalangan masyarakat masih kurang – buktinya, sampah bersepah di merata-rata Kebersihan – lambang masyarakat maju (Ayat Judul + Ayat Huraian + Ayat Penyimpul) (AJ) Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak mereka sejak kecil agar menjaga kebersihan. (AH) Pendidikan awal ini amat penting kerana kesannya berpanjangan dan mudah mendidik mereka. Hal ini sejajar dengan peribahasa melentur buluh biarlah waktu rebungnya. Ibu bapa juga haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak dalam hal menjaga kebersihan. (AP) Tuntasnya, pendidikan awal oleh ibu bapa merupakan langkah terbaik untuk menimbulkan kesedaran terhadap kebersihan dalam kalangan anak. Model Huraian Isi Tip Bestari Kenal pasti arahan soalan, iaitu cadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap amalan kebersihan. Anda harus mengemukakan cara-cara yang sesuai untuk menambahkan kesedaran masyarakat. Isu Kurangnya Amalan Menjaga Kebersihan Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 36 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


37 Contoh Karangan Lengkap Kebersihan merupakan lambang bagi sesebuah masyarakat maju. Namun, amalan kebersihan dalam kalangan masyarakat kita masih kurang. Buktinya, sampah masih bersepah di merata-rata tempat di negara kita. Bagi menangani masalah ini, ibu bapa haruslah mendidik anakanak mereka sejak kecil agar menjaga kebersihan. Pendidikan awal ini amat penting kerana kesannya berpanjangan dan mudah untuk mendidik mereka. Hal ini sejajar dengan peribahasa melentur buluh biarlah waktu rebungnya. Ibu bapa juga haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak dalam hal menjaga kebersihan. Selain itu, kerajaan perlu mengadakan kempen kebersihan melalui media massa dan media sosial. Kempen tersebut perlu dilakukan secara berterusan, bukannya hangat-hangat tahi ayam. Bagi memastikan kempen ini berjaya, kerajaan perlulah menggunakan artis sebagai duta untuk mempengaruhi orang ramai. Kempen kebersihan ini amat penting bagi meningkatkan kesedaran orang ramai. Di samping itu, kerajaan perlulah meningkatkan aspek penguatkuasaan undang-undang. Justeru, sesiapa sahaja yang membuang sampah, wajar dikenakan denda atau dikenakan hukuman untuk melaksanakan kerja sosial. Hukuman sebegini amat penting untuk menginsafkan mereka agar tidak mengotorkan kawasan sekitar. Malahan, hukuman ini dapat memberi pengajaran yang sangat berkesan kepada masyarakat. Kesimpulannya, peranan pelbagai pihak yang bersikap bagaikan aur dengan tebing amat penting untuk memantapkan semangat cinta akan kebersihan dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika peranan ini dijayakan, kita yakin bahawa negara kita akan mempunyai rakyat yang cakna akan kebersihan di kawasan persekitaran mereka. Karangan Respons Terhad Keracunan makanan – masalah yang kerap berlaku – membimbangkan ibu bapa – berlaku di kantin sekolah – pengusaha kantin – beringat – utamakan kebersihan – tutup makanan – tidak menggunakan bahan mentah yang rosak – pihak sekolah – mengadakan pemeriksaan – pastikan kantin sentiasa bersih Mutakhir ini, keracunan makanan merupakan masalah yang kerap berlaku. Hal ini amat membimbangkan ibu bapa. Bagi mengelakkan masalah ini berlaku, pengusaha kantin sekolah perlulah sentiasa beringat, bak kata pepatah, beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Pengusaha kantin juga mesti mengutamakan kebersihan. Setiap makanan hendaklah ditutup bagi mengelakkannya dihinggapi lalat. Selain itu, pengusaha kantin juga tidak seharusnya menggunakan bahan mentah yang rosak. Kesimpulannya, pengusaha kantin harus bertindak proaktif untuk mengelakkan keracunan makanan. Pihak sekolah juga harus mengadakan pemeriksaan untuk memastikan kantin sentiasa bersih. • beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis – berhati-hati supaya tidak tertipu atau kehabisan harta • melentur buluh biarlah waktu rebungnya – mendidik anak hendaklah sejak kecil • hangat-hangat tahi ayam – tidak bersungguh-sungguh • bagaikan aur dengan tebing – tolong-menolong di antara satu sama lain Peribahasa Sudut Bahasa sejajar – selari Contoh ayat – Usaha kerajaan menangani pandemik COVID-19 sejajar dengan saranan Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO). Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 37 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


38 Isu Sikap Pengotor Golongan Tertentu Karangan Respons Terbuka Sikap masyarakat terhadap amalan kebersihan masih kurang lagi di negara kita. Justeru, kita boleh melihat sampah sarap di buang di merata-rata tempat tanpa rasa bersalah sedikit pun. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini masih berlaku di negara kita? Soalan Fokus Tip Bestari Kenal pasti arahan soalan, iaitu sebab-sebab masyarakat masih membuang sampah di merata-rata tempat. 1 Kurang kesedaran sivik • anggap perbuatan itu tidak salah – ada pihak yang akan mengutip sampah mereka • meneruskan sikap itu – tiada pihak yang berani menegur mereka 2 Lemahnya penguatkuasaan undang-undang • kurang menjalankan tugas – walaupun ada peruntukan undangundang • harus diperkasa – menimbulkan rasa gerun dalam kalangan masyarakat 3 Kurang pendidikan ibu bapa • peranan ibu bapa penting – menjadi contoh dan teladan kepada anak-anak • ada ibu bapa yang membuang sampah – diikuti oleh anakanak – sukar untuk dibetulkan Pendahuluan Isi-isi Penting Kita sudah merdeka – melebihi enam dekad – negara telah maju – disegani oleh negara luar Satu sikap negatif masih terserlah – ada sesetengah masyarakat – membuang sampah di merata-rata – mencemarkan imej negara (Ayat Judul + Ayat Huraian + Ayat Penyimpul) (AJ) Punca utama masih ramai orang yang membuang sampah di merata-rata tempat ialah kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan mereka. (AH) Mereka menganggap perbuatan mereka itu tidak salah di sisi undang-undang dan nilai hidup bermasyarakat kerana akan ada pihak yang akan mengutip sampah mereka itu. (AP) Justeru, mereka meneruskan sikap itu kerana tiada pihak yang berani menegur kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Model Huraian Isi Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 38 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


39 Contoh Karangan Lengkap Negara kita sudah pun merdeka melebihi enam dekad. Negara kita telah mencapai kemajuan daripada pelbagai aspek sehingga negara kita disegani oleh negara luar. Namun demikian, terdapat satu sikap negatif yang masih terserlah, iaitu ada sesetengah masyarakat yang gemar membuang sampah di merata-rata tempat. Punca utama masih ramai orang yang membuang sampah di merata-rata tempat ialah kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan mereka. Mereka menganggap perbuatan mereka itu tidak salah di sisi undang-undang dan nilai hidup bermasyarakat kerana akan ada pihak yang akan mengutip sampah mereka itu. Justeru, mereka meneruskan sikap itu kerana tiada pihak yang berani menegur kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Selain itu, keadaan ini berlaku kerana lemahnya penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa. Mereka kurang menjalankan tugas mungkin kerana sibuk dengan tugas-tugas lain walaupun ada peruntukan undang-undang yang membolehkan mereka mengenakan denda kepada orang yang membuang sampah di merata-rata tempat. Di samping itu, keadaan ini terus berlaku kerana kurangnya pendidikan ibu bapa terhadap amalan membuang sampah secara yang betul. Kerap kita lihat, ibu bapa sendiri yang membiarkan sampah mereka begitu sahaja di pusat-pusat peranginan. Ada juga segelintir ibu bapa yang membuang sampah melalui kenderaan. Hal ini diperhatikan oleh anak-anak kerana peranan ibu bapa amat penting dan menjadi teladan kepada anak-anak bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Kesimpulannya, faktor-faktor sikap negatif ini berterusan haruslah dikaji dan diperbetul supaya tidak berdarah daging dalam kalangan masyarakat. Kita berharap agar suatu masa nanti, masyarakat negara kita memiliki sikap cinta akan kebersihan dalam sanubari dan tindaktanduk mereka. Karangan Respons Terhad Peranan ibu bapa – mendidik anak-anak – cinta akan kebersihan – cara pendidikan – memberikan tunjuk ajar – cara menjaga kebersihan – menegur sikap anak – pendidikan masa kecil amat penting – melentur buluh biarlah waktu rebungnya – jadikan aspek kebersihan – perkara penting dalam hidup Peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar cinta akan kebersihan amatlah besar. Hal ini demikian kerana, pengaruh ibu bapa amat dominan terhadap anak-anak mereka. Terdapat pelbagai cara pendidikan yang dapat diterapkan oleh ibu bapa kepada anakanak. Antaranya, ibu bapa memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak tentang cara menjaga kebersihan dengan betul. Malahan, ibu bapa juga harus menegur sikap anak yang pengotor agar sikap itu dapat dikikis daripada diri anak-anak. Tuntasnya, pendidikan masa kecil amat penting, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah waktu rebungnya. Justeru, ibu bapa harus menjadikan aspek kebersihan sebagai perkara penting dalam kehidupan keluarga mereka. • bagaimana acuan begitulah kuihnya – seseorang anak akan mengikut perangai bapa atau ibunya • melentur buluh biarlah waktu rebungnya – mendidik anak hendaklah sejak kecil Peribahasa Sudut Bahasa 1 dekad – 10 tahun Contoh ayat – Kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat melebihi enam dekad lamanya. 2 teladan – contoh yang baik Contoh ayat – Ibu bapa haruslah memberikan teladan yang baik kepada anak-anak. Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 39 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


40 Isu Membudayakan Amalan Kebersihan Bermula dari Rumah Kebersihan merupakan elemen penting dalam kehidupan kita. Pendidikan tentang amalan kebersihan ini seharusnya bermula dari rumah. Pada pendapat anda, bagaimanakah ibu bapa dapat mendidik anak mereka agar mengamalkan amalan kebersihan? Soalan Fokus Tip Bestari Kenal pasti arahan soalan, iaitu caracara yang dilakukan oleh ibu bapa untuk mendidik anak mereka agar mengamalkan kebersihan. Pendahuluan Agama menitikberatkan kebersihan – separuh daripada iman Amalan kebersihan harus bermula dari rumah – ibu bapa memainkan peranan – melentur buluh biarlah waktu rebungnya Ibu bapa menjadi suri teladan • menjadi contoh kepada anak-anak – menjaga kebersihan setiap masa • anak-anak mudah meniru perlakuan ibu bapa – elakkan sikap negatif Menetapkan peraturan dan jadual tugasan • peraturan dan tugasan hendaklah jelas – perlu membersihkan dan mengemaskan tempat tidur • memantau aktiviti anakanak Memberikan ganjaran dan hukuman • jika anak patuh peraturan – ganjaran – memberikan motivasi • jika anak tidak mementingkan kebersihan – kenakan hukuman dan denda Isi-isi Penting (Ayat Judul + Ayat Huraian + Ayat Penyimpul) (AJ) Bagi membudayakan amalan kebersihan dalam kalangan anak-anak, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka. (AH) Mereka harus menjadi contoh dan ikutan kepada anak-anak dalam aspek menjaga kebersihan. Ibu bapa juga harus mengelakkan perlakuan negatif seperti membuang sampah melalui kenderaan kerana anak-anak mudah meniru perlakuan mereka. (AP) Oleh itu, kita janganlah bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Model Huraian Isi Karangan Respons Terbuka Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 40 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


41 Contoh Karangan Lengkap Agama menitikberatkan kebersihan bagi setiap manusia. Justeru, kebersihan dianggap separuh daripada iman. Oleh itu, amalan kebersihan harus bermula dari rumah. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan penuh tanggungjawab, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah waktu rebungnya. Bagi membudayakan amalan kebersihan dalam kalangan anakanak, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka. Mereka harus menjadi contoh dan ikutan kepada anak-anak dalam aspek menjaga kebersihan. Ibu bapa juga harus mengelakkan perlakuan negatif seperti membuang sampah melalui kenderaan kerana anak-anak mudah meniru perlakuan mereka. Oleh itu, kita janganlah bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Selain itu, ibu bapa haruslah menetapkan peraturan dan jadual tugasan kebersihan kepada anak-anak mereka di rumah. Peraturan dan tugasan itu hendaklah jelas supaya anak-anak dapat melaksanakannya dengan mudah. Sebagai contohnya, anak-anak perlu membersihkan dan mengemaskan tempat tidur mereka apabila bangun daripada tidur. Bagi memastikan tugasan tersebut dipatuhi, ibu bapa haruslah sentiasa memantau anak-anak mereka. Di samping itu, ibu bapa haruslah memberikan ganjaran dan hukuman kepada anak-anak. Jika anak-anak mematuhi peraturan menjaga kebersihan sama ada di rumah atau di luar rumah, anakanak mestilah diberikan ganjaran oleh ibu bapa. Ganjaran tersebut boleh sahaja dalam bentuk wang atau kata-kata pujian. Hal ini dapat memberikan motivasi kepada anak-anak untuk terus menjaga kebersihan. Sebaliknya, jika anak-anak tidak mementingkan kebersihan, ibu bapa haruslah mengenakan hukuman dan denda kepada mereka. Kesimpulannya, pendidikan kebersihan haruslah bermula dari rumah dan diambil tanggungjawab oleh ibu bapa. Kebijaksanaan ibu bapa mendidik anak-anak dengan penuh hemah dan disiplin sudah pasti memberikan impak dalam jangka masa panjang dalam usaha membudayakan amalan cinta akan kebersihan dalam kalangan anakanak. Karangan Respons Terhad Persekitaran sekolah perlu bersih – tempat murid menimba ilmu – pihak sekolah – menyediakan peraturan – didik murid agar cinta akan kebersihan – mengadakan pelbagai pertandingan – murid yang pengotor – beri pendidikan dan hukuman – agar mereka sedar kesilapan mereka Semua pihak haruslah berusaha untuk membina persekitaran sekolah yang bersih. Hal ini sejajar dengan fungsi sekolah sebagai tempat murid menimba ilmu. Untuk membudayakan amalan ini, pihak sekolah haruslah menyediakan peraturan yang jelas mengenai aspek kebersihan. Peraturan ini mampu mendidik murid agar cinta akan kebersihan. Malahan, pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai pertandingan untuk mewujudkan persaingan yang sihat. Di samping itu, murid yang pengotor haruslah diberikan hukuman agar mereka sedar akan kesilapan mereka. Kesimpulannya, sekolah memainkan peranan yang amat penting untuk melahirkan murid yang cinta akan kebersihan. Justeru, semua warga sekolah harus berganding bahu untuk mencapai matlamat tersebut. Sudut Bahasa 1 suri teladan – contoh ikutan Contoh ayat – Ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan mengamalkan nilai-nilai murni. 2 membudayakan – mengamalkan Contoh ayat – Kita haruslah membudayakan amalan membaca buku kerana banyak faedahnya. seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul – orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tetapi diri sendiri tidak betul Peribahasa Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 41 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


42 Isu Penggunaan Alat Peranti Secara Sihat Tema 2 Keselamatan Penggunaan alat peranti dalam kalangan remaja semakin penting. Alat ini menjadi medium pengajaran dan pembelajaran. Namun, pada masa yang sama, alat peranti turut memberikan kesan negatif kepada remaja. Jelaskan sebab-sebab remaja perlu menggunakan alat peranti secara sihat. Soalan Fokus Tip Bestari Kenal pasti arahan soalan, iaitu sebab-sebab remaja perlu menggunakan alat peranti secara sihat. Anda harus menjelaskan pentingnya remaja menggunakan alat peranti dengan baik demi kebaikan mereka. 1 Memberikan kesan positif • dapat memberikan kesan positif – meningkatkan kecemerlangan pendidikan • dapat meluaskan ilmu pengetahuan – menentukan kejayaan 2 Mengelakkan unsur negatif • banyak unsur negatif daripada alat peranti – permainan Internet melalaikan dan membuang masa – terpengaruh dengan pornografi 3 Banyak risiko • ketagihan alat peranti – hilang minat belajar – gagal memberikan tumpuan – menjejaskan prestasi akademik Alat peranti – dominan menguasai kehidupan seluruh lapisan masyarakat Remaja turut tidak dapat menepis tempias kepentingan alat peranti terhadap mereka Pendahuluan Isi-isi Penting Karangan Respons Terbuka (Ayat Judul + Ayat Huraian + Ayat Penyimpul) (AJ) Penggunaan alat peranti secara sihat dapat memberikan kesan positif kepada seseorang remaja.(AH) Pelajaran mereka akan bertambah maju kerana mereka dapat belajar dengan berakseskan Internet. Malahan, mereka juga boleh meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. (AP) Justeru, pengetahuan remaja tidak lagi seperti katak di bawah tempurung. Model Huraian Isi Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 42 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


43 Contoh Karangan Lengkap Pada era globalisasi ini, penggunaan alat peranti begitu dominan sehingga menguasai seluruh kehidupan lapisan masyarakat. Dalam hal ini, remaja turut tidak dapat menepis tempias kepentingan alat peranti ini terhadap mereka. Namun, mereka perlu disedarkan agar menggunakan alat peranti ini secara sihat. Penggunaan alat peranti secara sihat dapat memberikan kesan positif kepada seseorang remaja. Pelajaran mereka akan bertambah maju kerana mereka dapat belajar dengan berakseskan Internet. Malahan, mereka juga boleh meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Justeru, pengetahuan remaja tidak lagi seperti katak di bawah tempurung. Selain itu, penggunaan alat peranti secara sihat dapat mengelakkan unsur negatif mempengaruhi remaja. Hal ini demikian kerana, banyak unsur negatif daripada alat peranti. Antaranya, permainan Internet melalaikan dan membuang masa serta remaja mudah terpengaruh dengan unsur pornografi. Sekali remaja terjebak dengan unsur negatif itu, amat susah untuk mereka menghilangkan unsur tersebut. Di samping itu, remaja perlu menggunakan alat peranti secara sihat kerana banyak risikonya jika remaja gagal mengawal penggunaannya. Kesan yang paling ketara ialah ketagihan alat peranti yang dipanggil nomofobia. Natijahnya, remaja mengalami kehilangan minat belajar. Mereka juga gagal memberikan tumpuan sekali gus menjejaskan prestasi akademik mereka. seperti katak di bawah tempurung – orang yang cetek pengetahuannya Peribahasa Sudut Bahasa 1 berakseskan – melalui Contoh ayat – Murid di luar bandar dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berakseskan Internet. 2 menepis – menolak Contoh ayat – Kita sukar menepis elemen negatif yang dibawa masuk menerusi Internet. Kesimpulannya, penggunaan alat peranti haruslah digunakan secara bijak kerana banyak manfaat yang diperoleh jika kita menggunakannya dengan baik. Namun, jika kita menjadi hamba alat peranti, hidup kita akan menjadi sengsara dan sukar mencapai kejayaan. Oleh itu, bertindaklah bijak dengan menggunakan alat peranti secara berhemat. Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 43 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


44 Isu Kemalangan di Rumah Karangan Respons Terbuka Mutakhir ini, semakin banyak kemalangan yang berlaku di rumah seperti kanakkanak jatuh tangga, terkena pisau atau lemas di bilik air. Hal ini tidak boleh terus dibiarkan. Jelaskan usaha-usaha yang patut dilakukan oleh ibu bapa untuk menjadikan rumah sebagai tempat yang selamat kepada anak-anak. Soalan Fokus Tip Bestari Kenal pasti arahan soalan, iaitu usaha-usaha yang patut dilakukan oleh ibu bapa untuk menjadikan rumah sebagai tempat yang selamat kepada anak-anak. 1 Meningkatkan tahap keselamatan di rumah • memastikan rumah tempat paling selamat – tangga di pasang pintu penghadang – mengelakkan anak jatuh 2 Mengenal pasti kemalangan yang boleh berlaku • mengurangkan perabot yang berbucu tajam – boleh mencederakan anak, mengelakkan lantai rumah licin 3 Mengambil langkah berjaga-jaga • menyimpan peralatan tajam di tempat tinggi • menyimpan ubatubatan di tempat yang sukar dicapai oleh anak-anak Pendahuluan Banyak kemalangan berlaku – di rumah – peristiwa tragis yang perlu dikurangkan Punca utama – sikap ibu bapa yang alpa – membiarkan sesuatu keadaan berisiko kepada anak Isi-isi Penting (Ayat Judul + Ayat Huraian + Ayat Penyimpul) (AJ) Bagi mengurangkan risiko kemalangan di rumah, ibu bapa patut meningkatkan tahap keselamatan di rumah. (AH) Hal ini amat penting bagi memastikan rumah merupakan tempat yang paling selamat untuk anak-anak. Jika keluarga memiliki anak-anak yang masih kecil, tangga perlu dipasang pintu penghadang bagi mengelakkan anak-anak terjatuh. Kita perlu ingat bahawa malang tidak berbau. (AP) Oleh itu, kita haruslah bersikap proaktif sebelum kemalangan berlaku. Model Huraian Isi Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 44 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


45 Contoh Karangan Lengkap Sejak belakangan ini, semakin banyak kemalangan berlaku di rumah. Insiden ini merupakan peristiwa tragis yang perlu dikurangkan kerana boleh menimbulkan trauma kepada mangsa dan keluarga. Kebanyakan kes kemalangan itu berpunca daripada sikap ibu bapa yang alpa. Bagi mengurangkan risiko kemalangan di rumah, ibu bapa patut meningkatkan tahap keselamatan di rumah. Hal ini amat penting bagi memastikan rumah sebagai tempat yang paling selamat untuk anakanak. Jika keluarga memiliki anak-anak yang masih kecil, tangga perlu dipasang pintu penghadang bagi mengelakkan anak-anak terjatuh. Kita perlu ingat bahawa malang tidak berbau. Oleh itu, kita haruslah bersikap proaktif sebelum kemalangan berlaku. Selain itu, ibu bapa juga haruslah mengenal pasti kemalangan yang boleh berlaku di rumah mereka sebelum kemalangan tersebut berlaku. Antara perkara yang patut diberikan perhatian ialah jenis perabot, keadaan lantai dan ruang balkoni yang berpagar tinggi. Ibu bapa patut mengelakkan pembelian perabot yang berbucu tajam kerana boleh mencederakan anak. Peribahasa ada mengatakan berjimat sebelum habis, beringat sebelum kena. Malahan, ibu bapa juga haruslah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah. Ibu bapa haruslah menyimpan peralatan tajam di tempat tinggi bagi mengelakkan anakanak mengambil peralatan tersebut. Selain itu, ibu bapa juga perlu menyimpan ubat-ubatan di tempat yang sukar dicapai oleh anakanak. Langkah berjaga-jaga ini perlu diambil kerana anak-anak kecil suka bereksperimentasi menggunakan sesuatu peralatan. Kesimpulannya, ibu bapa haruslah memainkan peranan yang penting untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah. Sikap ibu bapa yang positif dapat menjadikan rumah lebih selamat didiami sejajar dengan konsep “Rumahku Syurgaku”. Karangan Respons Terhad Kemalangan jalan raya – mengorbankan banyak nyawa – kerugian harta benda – harus mengurangkannya – kempen keselamatan – tingkatkan kesedaran – menaikkan kompaun – hukuman berat – menimbulkan kesedaran – ketegasan – semoga jalan raya selamat Mutakhir ini, kemalangan jalan raya di negara kita semakin kerap berlaku. Hal ini telah mengorbankan banyak nyawa dan turut melibatkan kerugian harta benda. Semua pihak haruslah berganding bahu untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Kerajaan harus memperhebat kempen keselamatan jalan raya. Hal ini amat penting untuk meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya. Selain itu, kerajaan harus menaikkan kompaun kesalahan jalan raya dan mengenakan hukuman berat kepada para pesalah. Tegasnya, tindakan yang keras perlu dilakukan untuk menimbulkan kesedaran terhadap para pengguna. Menerusi ketegasan ini, kita berharap semoga jalan raya merupakan tempat yang selamat untuk digunakan. Sudut Bahasa 1 tragis – menyedihkan Contoh ayat – Langkah keselamatan perlu diambil di rumah bagi mengelakkan kemalangan tragis terhadap kanak-kanak. 2 proaktif – lebih aktif Contoh ayat – Kita perlu bertindak proaktif bagi mengelakkan sesuatu kemalangan daripada berlaku. 3 berbucu – mempunyai segi Contoh ayat – Ibu bapa haruslah mengelakkan daripada membeli permainan yang berbucu tajam. Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 45 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


46 Isu Persiapan Menghadapi Banjir Karangan Respons Terbuka Kejadian banjir kerap berlaku di negara kita terutama pada musim tengkujuh. Para penduduk yang tinggal di kawasan banjir perlulah bersiap siaga untuk menghadapi bencana tersebut. Huraikan persiapan-persiapan yang perlu dilakukan untuk menghadapi banjir. Soalan Fokus Tip Bestari Kenal pasti arahan soalan, iaitu persiapanpersiapan yang perlu dilakukan untuk menghadapi banjir. 1 Menyediakan dokumen penting • kad pengenalan, passport, sijil-sijil – perlu diletakkan di tempat yang selamat • sekiranya hilang – rumit untuk mendapatkannya semula 2 Peka terhadap perubahan cuaca dan amaran pihak tertentu • boleh mengambil tindakan yang sesuai – jangan ambil mudah dan bersikap sambil lewa • memudaratkan diri dan keluarga 3 Berpindah ke tempat selamat • patuh kepada arahan – demi keselamatan diri • kerajaan menyediakan bot penyelamat yang mencukupi – memastikan penduduk selamat Pendahuluan Banjir kerap berlaku – persiapan awal penting – sediakan payung sebelum hujan Persiapan untuk mengelakkan kerugian harta benda dan kehilangan nyawa Isi-isi Penting (Ayat Judul + Ayat Huraian + Ayat Penyimpul) (AJ) Persiapan paling utama, para penduduk yang terlibat perlu menyediakan dokumen-dokumen yang penting. (AH) Dokumendokumen ini perlu diletakkan di tempat yang selamat. Antaranya ialah kad pengenalan, passport dan sijil-sijil. (AP) Hal ini demikian kerana, dokumen-dokumen tersebut rumit untuk diadakan semula jika rosak atau hilang. Model Huraian Isi Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 46 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


47 Contoh Karangan Lengkap Sudah terang lagi bersuluh bahawa banjir kerap berlaku di negara kita. Oleh itu, amat penting sekali bagi pihak yang terlibat untuk membuat persiapan awal, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Persiapan ini untuk mengelakkan kerugian harta benda dan kehilangan nyawa. Persiapan paling utama, para penduduk yang terlibat perlu menyediakan dokumen-dokumen yang penting. Dokumen-dokumen ini perlu diletakkan di tempat yang selamat. Antaranya ialah kad pengenalan, passport dan sijil-sijil. Hal ini demikian kerana, dokumen-dokumen tersebut rumit untuk diadakan semula jika rosak atau hilang. Selain itu, penduduk yang terlibat perlulah peka terhadap perubahan cuaca dan amaran pihak tertentu. Hal ini amat penting agar mereka boleh mengambil tindakan yang sesuai. Mereka jangan sesekali mengambil mudah terhadap bahaya banjir dan bersikap sambil lewa terhadap amaran yang diberikan oleh pihak berkuasa. Sikap sebegini boleh memudaratkan diri dan keluarga mereka. Di samping itu, masyarakat yang terlibat harus segera berpindah ke tempat selamat apabila mereka diarahkan oleh pihak penyelamat. Mereka perlu patuh kepada arahan demi keselamatan diri dan keluarga mereka. Kerajaan telah menyediakan bot penyelamat yang mencukupi bagi memastikan penduduk selamat dipindahkan ke tempat pemindahan banjir. Kesimpulannya, banjir merupakan bencana yang tidak boleh dianggap enteng. Oleh itu, masyarakat yang tinggal di kawasan berisiko tinggi mengalami banjir perlulah bersikap proaktif untuk mendepani cabaran bencana tersebut. Sudut Bahasa 1 dokumen – bahan bercetak yang penting Contoh ayat – Para pelajar yang menghadiri temu duga untuk mendapatkan biasiswa perlu membawa dokumen mereka. 2 sambil lewa – bersikap tidak endah Contoh ayat – Para pelajar jangan sesekali bersikap sambil lewa dalam pelajaran kerana ini akan merugikan mereka. • sudah terang lagi bersuluh – sesuatu perkara yang sudah jelas dan tiada ragu-ragu lagi • sediakan payung sebelum hujan – bersiap sedia sebelum menghadapi musibah Peribahasa Karangan Respons Terhad Kemalangan kerap berlaku – boleh berlaku di mana-mana – di sekolah – kemalangan di tangga – pihak sekolah berjaga-jaga – murid lebih berhati-hati – semasa kelas Pendidikan Jasmani – guru memantau murid – elakkan aktiviti berbahaya – keselamatan harus diutamakan Sejak belakangan ini, kemalangan kerap berlaku di mana-mana termasuklah di sekolah. Oleh itu, usaha-usaha perlu dilakukan untuk mengurangkan kemalangan di sekolah. Tempat yang selalu berlaku kemalangan ialah di tangga. Murid boleh terjatuh atau tergelincir sehingga tercedera. Oleh itu, pihak sekolah haruslah memastikan tangga tidak berisiko. dan membahayakan murid. Selain itu, murid juga perlu lebih berhati-hati semasa menggunakan tangga. Di samping itu, semasa kelas Pendidikan Jasmani, guru haruslah memantau murid dan mengelakkan aktiviti yang berbahaya. Pihak sekolah haruslah mengutamakan keselamatan murid. Hal ini amat penting supaya ibu bapa tidak bimbang akan tahap keselamatan anak mereka ketika di sekolah. Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 47 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version