The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penulisan Berdiagram Bahasa Melayu Ting 123

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2023-10-17 03:20:18

Penulisan Berdiagram Bahasa Melayu Ting 123

Penulisan Berdiagram Bahasa Melayu Ting 123

48 Isu Aktiviti Sukarela Tema 3 Perpaduan Aktiviti sukarela banyak manfaatnya kerana dapat mengurangkan penderitaan golongan tertentu. Namun, bilangan generasi muda yang mahu terlibat dengan aktiviti sukarela semakin kurang. Huraikan cara-cara untuk meningkatkan pelibatan remaja dalam aktiviti sukarela. Soalan Fokus Tip Bestari Kenal pasti arahan soalan, iaitu cara-cara untuk meningkatkan pelibatan remaja dalam aktiviti sukarela. Negara kita berbangga dengan ikon dermawan – Ebit Lew dan ‘Uncle Kentang’ – menghulurkan bantuan Generasi muda kurang melibatkan diri dalam aktiviti sukarela Pendahuluan 1 Galakan daripada ibu bapa • ibu bapa menggalakkan anakanak menyertai kegiatan sukarela • membentuk sikap prihatin – membela nasib golongan yang kurang berkemampuan 3 Program yang dianjurkan dalam masyarakat • menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam aktiviti sukarela • mengadakan program menghulurkan bantuan kepada penduduk yang kurang berkemampuan Karangan Respons Terbuka Isi-isi Penting 2 Program yang dianjurkan di sekolah • sekolah banyak mengadakan aktiviti sukarela – unit beruniform pergi ke rumah kebajikan – lakukan aktiviti gotong-royong dan menghulurkan sumbangan Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 48 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


49 Contoh Karangan Lengkap Negara kita berbangga dengan ikon dermawan seperti Ebit Lew dan ‘Uncle Kentang’. Mereka menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Namun, sikap positif mereka kurang dicontohi oleh generasi muda. Buktinya, generasi muda kurang melibatkan diri dalam aktiviti sukarela. Oleh itu, usaha-usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan pelibatan remaja dalam aktiviti sukarela. Langkah paling utama, ibu bapa mestilah menggalakkan anakanak mereka menyertai badan-badan sukarela. Penyertaan anak-anak dalam pertubuhan tersebut dapat membangkitkan sikap prihatin terhadap golongan duafa. Mereka juga akan turut berasa susah dengan kemiskinan golongan tersebut. Hal ini sejajar dengan peribahasa cubit paha kanan, paha kiri pun terasa. Tuntasnya, galakan ibu bapa merupakan faktor penting untuk meningkatkan pelibatan remaja dalam aktiviti sukarela. Selain itu, sekolah turut berperanan untuk menyemarakkan semangat prihatin dalam kalangan murid. Justeru, sekolah banyak mengadakan aktiviti-aktiviti sukarela. Apabila berlaku musibah di Sudut Bahasa 1 membangkitkan – menimbulkan Contoh ayat – Kerajaan berusaha membangkitkan kesedaran remaja tentang bahaya rokok elektronik. 2 duafa – lemah Contoh ayat – Penduduk kampung itu berusaha meringankan beban golongan duafa di kampung mereka. (Ayat Judul + Ayat Huraian + Ayat Penyimpul) (AJ) Ibu bapa mestilah menggalakkan anak-anak mereka menyertai badan-badan sukarela. (AH) Penyertaan anak-anak mereka dalam pertubuhan tersebut dapat membangkitkan sikap prihatin terhadap golongan duafa. Mereka juga akan turut berasa susah dengan kemiskinan golongan tersebut. Hal ini sejajar dengan peribahasa cubit paha kanan, paha kiri pun terasa. (AP) Tuntasnya, galakan ibu bapa merupakan faktor penting untuk meningkatkan pelibatan remaja dalam aktiviti sukarela. Model Huraian Isi kawasan berdekatan seperti banjir kilat, unit-unit beruniform sekolah perlu pergi ke kawasan tersebut dengan diiringi oleh guru penasihat untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan. Di samping itu, aktiviti sukarela dapat disuburkan menerusi program masyarakat. Program ini amat penting untuk menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam aktiviti sukarela. Antara aktiviti yang dapat dilakukan ialah program menghulurkan bantuan kepada penduduk yang kurang berkemampuan. Aktiviti ini bukan sahaja menyemarakkan amalan masyarakat penyayang, malahan dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat. Kesimpulannya, semua pihak boleh memainkan peranan untuk menyemarakkan semangat kesukarelaan dalam kalangan generasi muda. Menerusi kerjasama pelbagai pihak dan disusuli dengan usaha yang istiqamah, sudah pasti budaya kesukarelaan akan berdarah daging dalam kalangan generasi muda. cubit paha kanan, paha kiri pun terasa – kesulitan yang turut dirasai bersama jika salah seorang ditimpa musibah Peribahasa Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 49 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


50 Isu Masyarakat Penyayang Karangan Respons Terbuka Masyarakat penyayang penting untuk membentuk masyarakat yang prihatin dan endah terhadap orang lain terutama golongan yang kurang bernasib baik. Jelaskan sebab-sebab kita perlu memupuk budaya masyarakat penyayang di negara kita. Soalan Fokus 1 Melahirkan masyarakat prihatin • ambil berat terhadap golongan yang kurang bernasib baik • membina rasa empati – membina masyarakat yang peduli terhadap pihak lain 2 Mengutuhkan perpaduan masyarakat • dapat mengeratkan hubungan – bagai aur dengan tebing • golongan susah rasa disantuni dan diambil berat – memupuk rasa kekitaan 3 Meringankan beban golongan kurang bernasib baik • golongan kurang bernasib baik berasa terbela – tidak dipinggirkan • tidak melakukan jenayah untuk kelangsungan hidup – membina masyarakat yang aman dan sejahtera Masyarakat penyayang – dititikberatkan oleh negara kita – sebagai langkah penting ke arah negara maju Pelbagai pihak berganding bahu membentuk masyarakat penyayang kerana banyak kepentingannya Pendahuluan Isi-isi Penting (Ayat Judul + Ayat Huraian + Ayat Penyimpul) (AJ) Masyarakat penyayang mampu melahirkan masyarakat prihatin. (AH) Mereka mengambil berat terhadap golongan yang kurang bernasib baik kerana sedar akan tanggungjawab mereka terhadap golongan tersebut. Mereka menyelami kesusahan golongan yang kurang bernasib baik sehingga terbina rasa empati. (AP) Hal ini dapat membina masyarakat yang peduli terhadap pihak lain, bak kata pepatah cubit paha kanan, paha kiri pun terasa. Model Huraian Isi Tip Bestari Kenal pasti arahan soalan, iaitu sebabsebab kita perlu memupuk budaya masyarakat penyayang di negara kita. Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 50 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


51 Contoh Karangan Lengkap Masyarakat penyayang sangat dititikberatkan oleh negara kita. Hal ini sebagai langkah penting ke arah negara kita menjadi sebuah negara maju. Oleh itu, pelbagai pihak mestilah berganding bahu untuk membentuk masyarakat penyayang kerana banyak kepentingannya. Antara kepentingannya ialah masyarakat penyayang mampu melahirkan masyarakat prihatin. Mereka mengambil berat terhadap golongan yang kurang bernasib baik kerana sedar akan tanggungjawab mereka terhadap golongan tersebut. Mereka menyelami dan merasai kesusahan golongan yang kurang bernasib baik sehingga terbina rasa empati. Hal ini dapat membina masyarakat yang peduli terhadap pihak lain, seperti kata pepatah cubit paha kanan, paha kiri pun terasa. Di samping itu, masyarakat penyayang mampu mengutuhkan perpaduan masyarakat. Perpaduan ini terbentuk apabila golongan yang menghulurkan bantuan membina silaturahim dengan golongan yang menerima bantuan. Hubungan yang terbina bagaikan aur dengan tebing. Golongan yang diberikan bantuan berasa disantuni dan diambil berat. Selain itu, pembentukan masyarakat penyayang mampu meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik. Golongan tersebut akan berasa terbela dan tidak dipinggirkan. Malahan, mereka tidak akan melakukan jenayah untuk meneruskan kelangsungan hidup. Natijahnya, kita mampu membina masyarakat yang aman dan sejahtera sekali gus membina ukhuwah yang utuh dalam kalangan masyarakat. Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha untuk membentuk dan memupuk masyarakat penyayang kerana banyak maslahat yang kita peroleh daripada pembentukan masyarakat penyayang. Hal ini memang tidak mudah, tetapi jika semua pihak bersatu hati, sudah pasti usaha ini menjadi mudah dijayakan. Karangan Respons Terhad Kampung Endah Banting – dipilih kampung terbaik – kampung itu bersih dan ceria – penduduk bersatu padu – bagai aur dengan tebing – kebajikan penduduk terbela – dicemburui oleh penduduk kampung lain – harus mencontohinya Kampung Endah Banting telah dipilih sebagai Kampung Terbaik Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Pemilihan kampung ini berdasarkan kebersihan dan keceriaan kampung tersebut. Penduduk kampung itu hidup bersatu padu dan tolong-menolong bagaikan aur dengan tebing. Apabila ada penduduk yang dilanda musibah, ahli jawatankuasa kampung segera bertindak agar kebajikan penduduk terbela. Kejayaan Kampung Endah ini dicemburui oleh penduduk kampung yang lain. Oleh itu, mereka harus mencontohinya agar kebajikan penduduk juga turut terbela. Peribahasa • bagai aur dengan tebing – tolong-menolong di antara satu sama lain • cubit paha kanan, paha kiri pun terasa – kesulitan yang turut dirasai bersama jika salah seorang ditimpa musibah Sudut Bahasa 1 prihatin – mengambil berat Contoh ayat – Kita haruslah bersikap prihatin terhadap golongan susah dengan menghulurkan bantuan kepada mereka setakat yang kita mampu. 2 mengutuhkan – mengukuhkan Contoh ayat – Kita mestilah mengutuhkan perpaduan sesama kita dengan mengamalkan sikap saling menghormati golongan duafa. Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 51 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


52 Isu Keluarga Malaysia Karangan Respons Terbuka Kerajaan melaungkan slogan Keluarga Malaysia demi membentuk masyarakat yang bersatu padu dan bersikap prihatin. Slogan ini amat penting disokong oleh rakyat Malaysia. Sebagai pelajar, huraikan usaha-usaha yang dapat kamu lakukan untuk menyokong slogan itu. Soalan Fokus Tip Bestari Kenal pasti arahan soalan, iaitu usahausaha yang dapat dilakukan untuk menyokong slogan Keluarga Malaysia. 1 Membina hubungan baik • tanpa mengira agama, kaum dan budaya – memecahkan tembok prasangka • mengamalkan budaya saling menghormati dan bertoleransi – merealisasikan pembinaan Keluarga Malaysia 2 Menghadiri rumah terbuka • memahami adat dan budaya kaum lain – menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang • tak kenal maka tak cinta – melahirkan masyarakat muhibah 3 Menyertai kegiatan kokurikulum • bergiat secara aktif – wahana untuk berinteraksi dan membentuk kerjasama • mengelakkan persatuan yang didominasi sesuatu kaum Pendahuluan Keluarga Malaysia – cetusan inspirasi Perdana Menteri Malaysia – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub Tujuannya melahirkan masyarakat bersatu padu – bagai aur dengan tebing Isi-isi Penting (Ayat Judul + Ayat Huraian + Ayat Penyimpul) (AJ) Usaha yang akan saya lakukan untuk menyokong usaha pembentukan Keluarga Malaysia adalah dengan membina hubungan yang baik dengan kaum lain. (AH) Hubungan silaturahim yang saya bina itu tanpa mengira agama, kaum dan budaya. Saya akan memecahkan tembok prasangka yang sekian lama melingkari masyarakat kita. Caranya adalah dengan saya mengamalkan budaya saling menghormati dan bertoleransi. (AP) Sikap sebegini sudah tentu mudah untuk merealisasikan pembinaan Keluarga Malaysia. Model Huraian Isi Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 52 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


53 Contoh Karangan Lengkap Mutakhir ini, slogan Keluarga Malaysia semakin kerap kita dengar di media-media massa. Slogan ini merupakan cetusan inspirasi mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub. Tujuan beliau melaungkan slogan ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing. Usaha yang akan saya lakukan untuk menyokong pembentukan Keluarga Malaysia adalah dengan membina hubungan yang baik dengan kaum lain. Hubungan silaturahim yang saya bina itu tanpa mengira agama, kaum dan budaya. Saya akan memecahkan tembok prasangka yang sekian lama melingkari masyarakat kita. Caranya adalah dengan mengamalkan budaya saling menghormati dan bertoleransi. Sikap sebegini sudah tentu mudah untuk merealisasikan pembinaan Keluarga Malaysia. Selain itu, saya juga akan menghadiri rumah terbuka yang diadakan di tempat saya. Hal ini membolehkan saya memahami adat dan budaya kaum lain. Saya tidak boleh bersikap seperti katak di bawah tempurung, sebaliknya mengambil peluang untuk memahami adat dan budaya kaum lain. Sikap sebegini sudah tentu akan menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Malahan, sikap sebegini mampu melahirkan masyarakat muhibah. Saya juga akan menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah dan bergiat secara aktif dalam kegiatan tersebut. Hal ini demikian kerana, kegiatan kokurikulum merupakan wahana untuk berinteraksi dan membentuk kerjasama pelajar pelbagai kaum. Saya juga akan mengelakkan persatuan yang didominasi sesuatu kaum kerana persatuan sebegini tidak membuka ruang pergaulan dengan rakan daripada kaum yang lain. Kesimpulannya, saya mempunyai peranan untuk menyokong usaha pembentukan Keluarga Malaysia. Saya akan melakukan usaha tersebut secara bersungguh-sungguh dan proaktif dalam usaha membina negara Malaysia yang lebih baik. • tak kenal maka tak cinta – apabila tahu, baru timbul suka • bagai aur dengan tebing – tolong-menolong di antara satu sama lain Peribahasa Sudut Bahasa bertoleransi – bertolak ansur Contoh ayat – Amalan bertoleransi amat penting diamalkan oleh rakyat negara kita yang pelbagai kaum. Karangan Respons Terhad Masyarakat kita dahulu – amalan bergotong-royong – semua aktiviti – dijalankan secara bergotong-royong – daripada kendurikendara – membina kemudahan – hubungan utuh – kerja lancar – menjimatkan perbelanjaan – perlu menghidupkan budaya ini – mendidik generasi muda Masyarakat kita dahulu amat terkenal dengan amalan bergotongroyong. Boleh dikatakan semua aktiviti dijalankan secara bergotongroyong. Antara aktiviti itu ialah daripada majlis kenduri-kendara sehinggalah membina kemudahan untuk masyarakat. Impak daripada amalan itu, hubungan dalam kalangan masyarakat menjadi utuh. Malahan, kerja pula menjadi lancar dan perbelanjaan pula menjadi jimat. Namun kini, amalan ini semakin kurang diamalkan oleh masyarakat lantaran pengaruh globalisasi. Oleh itu, semua pihak haruslah berusaha untuk menghidupkan budaya ini dengan mendidik generasi muda tentang kepentingan amalan ini. Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 53 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


54 Isu Rumah Terbuka Kini, semakin kerap masyarakat di negara kita mengadakan rumah terbuka bagi menyambut sesuatu perayaan. Aktiviti seperti ini besar faedahnya kepada masyarakat dan negara. Huraikan faedah-faedah tersebut. Soalan Fokus Tip Bestari Kenal pasti arahan soalan, iaitu faedah-faedah rumah terbuka kepada masyarakat dan negara. Pendahuluan Amalan rumah terbuka – semakin kerap diadakan – satu perkembangan positif – memberikan natijah yang baik Semua pihak harus menyokong usaha ini – kerana banyak faedahnya 1 Memperkukuh perpaduan • masyarakat majmuk – saling mengenali – tak kenal, maka tak cinta • berkenalan – tidak kira kaum – samasama hadir – membina ukhuwah – memperkukuh perpaduan 2 Membina toleransi • dapat memahami agama dan budaya – masyarakat lain • membina tolerasi – menghakis prasangka – mewujudkan budaya saling memahami – tunjang masyarakat sejahtera 3 Meningkatkan kerjasama • masyarakat saling bekerjasama – mudah menjayakan sesuatu aktiviti • dapat menjimatkan kos –membanyakkan aktiviti – mempererat silaturahim Isi-isi Penting (Ayat Judul + Ayat Huraian + Ayat Penyimpul) (AJ) Amalan rumah terbuka mampu memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita. (AH) Menerusi amalan ini, masyarakat akan saling mengenali antara satu sama lain. Mereka akan berkomunikasi dan berinteraksi semasa majlis tersebut. Peribahasa kita ada mengatakan, tak kenal, maka tak cinta. Tetamu yang diundang akan sama-sama hadir untuk memeriahkan majlis sekali gus dapat membina ukhuwah dan memperkukuh perpaduan. (AP) Oleh itu, apabila mereka berkenalan dan beramah mesra akan mewujudkan perasaan kasih sayang sesama mereka tidak kira kaum. Model Huraian Isi Karangan Respons Terbuka Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 54 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


55 Karangan Lengkap Mutahir ini, amalan rumah terbuka semakin kerap diadakan bagi menyambut sesuatu perayaan. Amalan ini merupakan satu perkembangan yang positif kerana memberikan natijah yang baik. Oleh itu, semua pihak harus menyokong dan menjayakan usaha ini kerana banyak faedahnya. Amalan rumah terbuka mampu memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita. Menerusi amalan ini, masyarakat akan saling mengenali antara satu sama lain. Mereka akan berkomunikasi dan berinteraksi semasa majlis tersebut. Peribahasa kita ada mengatakan, tak kenal, maka tak cinta. Tetamu yang diundang akan sama-sama hadir untuk memeriahkan majlis sekali gus dapat membina ukhuwah dan memperkukuh perpaduan. Oleh itu, apabila mereka berkenalan dan beramah mesra akan mewujudkan perasaan kasih sayang sesama mereka tidak kira kaum. Selain itu, amalan rumah terbuka juga mampu membina toleransi dalam kalangan masyarakat. Amalan ini amat penting agar masyarakat majmuk di negara kita dapat bertolak ansur demi kebaikan bersama. Menerusi amalan rumah terbuka, kita dapat memahami agama dan budaya masyarakat lain sekali gus membina tolerasi dan menghakis prasangka buruk terhadap sesuatu kaum. Malahan, amalan ini mampu mewujudkan budaya saling memahami yang menjadi tunjang penting bagi membina masyarakat yang sejahtera. Di samping itu, amalan rumah terbuka juga mampu meningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat. Menerusi amalan rumah terbuka yang menghubungkan masyarakat pelbagai kaum, masyarakat akan lebih saling bekerjasama, bak kata pepatah, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Justeru, masyarakat setempat mudah untuk menjayakan sesuatu aktiviti seperti bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan dan membina kemudahan. Hal ini dapat menjimatkan kos, membanyakkan aktiviti demi kebaikan bersama seterusnya mempererat silaturahim dalam kalangan penduduk. Tuntasnya, amalan rumah terbuka banyak manfaat kepada masyarakat dan negara. Justeru, tidak hairanlah apabila tiba sahaja musim perayaan, segenap lapisan masyarakat berusaha mengadakan rumah terbuka di kawasan mereka. Kita berharap agar usaha murni ini akan terus bertahan dalam kalangan masyarakat kita, bak kata pepatah tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Sudut Bahasa 1 berkomunikasi – berhubung Contoh ayat – Ibu bapa haruslah lebih banyak berkomunikasi dengan anak-anak mereka. 2 ukhuwah – perpaduan Contoh ayat – Persatuan penduduk haruslah sentiasa mencari jalan untuk memperkukuh ukhuwah dalam kalangan penduduk. 3 prasangka – sangkaan buruk Contoh ayat – Kita janganlah memasang prasangka terhadap seseorang sebelum kita mengenali hati budinya. • tak kenal, maka tak cinta – apabila tahu, baru timbul suka • ringan sama dijinjing, berat sama dijunjung – saling menolong ketika susah atau senang • tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan – adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh Peribahasa Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 55 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


56 Kanak-kanak sekarang semakin melupakan permainan tradisional. Hal ini haruslah diatasi demi mengelakkan budaya yang berharga ini pupus ditelan zaman. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya dapat menyuburkan permainan ini terhadap kanak-kanak? Soalan Fokus Tip Bestari Kenal pasti arahan soalan, iaitu caracara untuk menyuburkan permainan tradisional ini terhadap kanak-kanak. Isu Permainan Tradisional Tema 4 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Karangan Respons Terbuka Permainan tradisional merupakan khazanah yang sangat berharga – permainan ini dapat mengeratkan silaturahim Walau bagaimanapun, permainan ini semakin terpinggir dek arus pemodenan – masyarakat harus memartabatkannya semula Pendahuluan 1 Peranan ibu bapa • ibu bapa mengajak anak-anak bermain permainan tradisional – contohnya, batu seremban, galah panjang atau congkak • merapatkan hubungan keluarga 3 Peranan komuniti • menyediakan tempat yang sesuai untuk bermain permainan tradisional – tempat remaja berkumpul • golongan tua mengajar generasi muda bermain – mengadakan pertandingan Isi-isi Penting 2 Peranan sekolah • sekolah mewujudkan kelab permainan tradisional – murid diperkenalkan dengan permainan tradisional – belajar bermain • menjemput seseorang yang pakar untuk menunjukkan cara-cara bermain sesuatu permainan Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 56 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


57 Contoh Karangan Lengkap Permainan tradisional merupakan khazanah bangsa yang sangat berharga. Banyak manfaat diperoleh daripada permainan ini, antaranya dapat mengeratkan silaturahim. Walau bagaimanapun, permainan ini semakin terpinggir dek arus pemodenan. Justeru, masyarakat harus memartabatkannya semula sebelum pupus ditelan zaman. Antara usaha yang paling berkesan ialah ibu bapa haruslah mengajak anak-anak mereka bermain permainan tradisional. Aktiviti ini boleh dilakukan pada hujung minggu bagi mengisi waktu lapang. Antara permainan yang boleh dimainkan ialah batu seremban, congkak dan galah panjang. Aktiviti ini sudah pasti dapat menimbulkan minat anak-anak terhadap permainan tradisional. Justeru, permainan tradisional tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Tegasnya ibu bapa memainkan peranan paling penting untuk menyuburkan permainan tradisional ini semula. Selain itu, sekolah berperanan untuk menyemarakkan minat murid terhadap permainan ini dengan cara mengadakan kelab permainan tradisional sebagai aktiviti kokurikulum. Menerusi aktiviti tersebut, tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan – adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh Peribahasa Sudut Bahasa 1 menyuburkan – menghidupkan Contoh ayat – Program itu penting untuk menyuburkan minat remaja terhadap bidang sastera. 2 adiguru – pakar dalam sesuatu bidang Contoh ayat – Kerajaan mengiktiraf sumbangan adiguru dalam memartabatkan seni dan budaya tempatan. (Ayat Judul + Ayat Huraian + Ayat Penyimpul) (AJ) Ibu bapa haruslah mengajak anak-anak mereka bermain permainan tradisional. (AH) Aktiviti ini boleh dilakukan pada hujung minggu bagi mengisi waktu lapang. Antara permainan yang boleh dimainkan ialah batu seremban, congkak dan galah panjang. Aktiviti ini sudah pasti dapat menimbulkan minat anak-anak terhadap permainan tradisional. Justeru, permainan tradisional tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. (AP) Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan paling penting untuk menyuburkan permainan ini semula. Model Huraian Isi murid-murid dapat belajar dan bermain permainan tradisional. Jika murid tidak tahu cara bermain permainan tersebut, pihak sekolah boleh menjemput adiguru permainan itu untuk menunjukkan caracara bermainnya. Komuniti setempat turut berperanan untuk menimbulkan minat generasi muda terhadap permainan tradisional. Jawatankuasa persatuan penduduk melalui biro sukan harus mengadakan tempat untuk bermain permainan tradisonal. Tempat khusus ini membolehkan remaja menghabiskan masa secara berfaedah untuk bermain sesuatu permainan tradisional. Malahan, jawatankuasa penduduk boleh mengadakan pertandingan untuk mengetengahkan bakat para pemain. Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu untuk mempopularkan permainan tradisional semula. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing untuk mendekatkan generasi muda dengan warisan yang amat berharga ini. Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 57 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


58 Isu Pupusnya Seni Budaya Karangan Respons Terbuka 1 Unsur pendidikan • pantun – mendidik masyarakat – secara di luar sedar – yang ditegur tidak terasa – sebaliknya mengubah sikap yang kurang baik • berbeza dengan masyarakat sekarang 2 Mewujudkan perpaduan • dipersembahkan di khalayak ramai – bergaul dan bersilaturahim • persembahan wayang kulit – penduduk kampung berkumpul 3 Keindahan seni budaya • terserlah pada aspek bahasa dan cara persembahan – mengagumkan pelancong luar • sayang sekali masyarakat tempatan tidak menghargainya Pendahuluan Isi-isi Penting Masyarakat Melayu kaya dengan khazanah seni budaya bangsa – harus dipertahankan sebagai warisan yang sangat berharga Walau bagaimanapun, seni budaya ini semakin terpinggir – tidak harus dibiarkan – banyak sebab kita harus mempertahankan seni budaya ini Seni budaya kita semakin terhapus dek pengaruh globalisasi. Generasi muda kita semakin tidak kenal dondang sayang, tarian zapin, tarian dabus dan wayang kulit. Hal ini merupakan satu kerugian terhadap khazanah bangsa. Huraikan sebab-sebab kita perlu mempertahankan khazanah budaya bangsa yang sangat berharga ini. Soalan Fokus Tip Bestari Kenal pasti arahan soalan, iaitu sebabsebab kita perlu mempertahankan khazanah budaya bangsa yang sangat berharga ini. (Ayat Judul + Ayat Huraian + Ayat Penyimpul) (AJ) Faktor utama kita harus mempertahankan seni budaya bangsa kerana unsur pendidikan yang terdapat dalam setiap seni budaya. (AH) Pantun umpamanya mendidik masyarakat secara di luar sedar. Hal ini menyebabkan pihak yang ditegur tidak terasa, tetapi dapat mengubah sikap yang kurang baik kepada sikap yang lebih baik. (AP) Hal ini sejajar dengan peribahasa bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Model Huraian Isi Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 58 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


59 Contoh Karangan Lengkap Masyarakat Melayu kaya dengan khazanah seni budaya bangsa. Justeru, khazanah tersebut harus dipertahankan sebagai warisan yang sangat berharga. Walau bagaimanapun, seni budaya ini semakin terpinggir. Hal ini tidak harus dibiarkan kerana banyak sebab kita harus mempertahankan seni budaya ini. Faktor utama kita harus mempertahankan seni budaya bangsa kerana unsur pendidikan yang terdapat dalam setiap seni budaya. Pantun umpamanya mendidik masyarakat secara di luar sedar. Hal ini menyebabkan pihak yang ditegur tidak terasa, tetapi dapat mengubah sikap yang kurang baik kepada sikap yang lebih baik. Hal ini sejajar dengan peribahasa bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Selain itu, seni budaya kita merupakan medium penting untuk mewujudkan perpaduan. Apabila sesuatu seni budaya dipersembahkan kepada khalayak ramai, maka penduduk akan berkumpul, bergaul dan bersilaturahim. Sebagai contohnya, semasa persembahan wayang kulit, semua penduduk kampung berkumpul untuk menyaksikan persembahan itu bersama-sama. Semasa persembahan tersebut, mereka berkomunikasi lalu mengutuhkan perpaduan. Di samping itu, kita patut mempertahankan seni budaya kita kerana keindahan yang terdapat pada seni budaya kita. Keindahan itu terserlah pada aspek bahasa dan cara persembahan. Justeru, tidak hairanlah bahawa seni budaya kita mengagumkan pelancong luar. Namun, sayang sekali masyarakat tempatan tidak menghargainya menyebabkan khazanah seni budaya kita hidup segan, mati tak mahu. Kesimpulannya, kita haruslah mempertahankan seni budaya tempatan kita kerana banyak yang diperoleh daripada khazanah yang berharga ini. Oleh itu, kita haruslah melipatgandakan usaha untuk menghidupkan dan mempopularkan seni budaya kita terhadap generasi muda. Karangan Respons Terhad Masyarakat kita – budaya sopan santun – apabila berjumpa – senyum diukir – salam diberi – tangan dihulur – memperkukuh masyarakat – yang tua dihormati – yang muda disayangi – melahirkan masyarakat penyayang – harus dipertahankan – jangan terhapus Sejak zaman bahari lagi, masyarakat kita terkenal dengan amalan budi bahasa dan budaya sopan santun. Apabila masyarakat kita berjumpa, mereka akan mengukir senyuman, saling mengucapkan salam dan menghulurkan tangan. Budaya ini besar maknanya kerana mampu memperkukuh masyarakat, bak kata pepatah seikat bak sirih, serumpun bak serai. Malahan, masyarakat juga saling menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang muda. Amalan ini mampu melahirkan masyarakat penyayang. Budaya ini harus dipertahankan dan jangan terhapus kerana besar peranannya terhadap keutuhan negara. • bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak – menyelesaikan masalah secara bijaksana • seikat bak sirih serumpun bak serai – bersatu padu dalam segala hal • hidup segan, mati tak mahu – orang yang hidup melarat Peribahasa Sudut Bahasa 1 khazanah – sesuatu yang berharga Contoh ayat – Bahasa dan sastera merupakan khazanah bangsa yang sangat berharga yang perlu kita pelihara. 2 bersilaturahim – berhubung baik Contoh ayat – kita harus membudayakan amalan kunjungmengunjung untuk bersilaturahim dengan orang lain. Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 59 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


60 Isu Pantun Tradisional Karangan Respons Terbuka Pantun khazanah warisan bangsa yang sangat berharga. Pantun memaparkan kebijaksanaan masyarakat mengungkapkan sesuatu dengan menggunakan cara yang lembut dan berkesan. Namun begitu, minat masyarakat terhadap pantun semakin kurang. Huraikan cara-cara untuk menyemarakkan minat masyarakat terhadap pantun. Soalan Fokus Tip Bestari Kenal pasti arahan soalan, iaitu caracara untuk menyemarakkan minat masyarakat terhadap pantun. 1 Menyelitkan pantun dalam majlis tertentu • majlis formal atau tidak formal – pantun diselitkan untuk menceriakan majlis • dahulu semua majlis menggunakan pantun – menghidupkan suasana 2 Menubuhkan kelab pantun di sekolah • melatih murid sejak di bangku sekolah – murid didedahkan cara menghasilkan pantun • mementingkan nilai estetika alam dalam pembayang 3 Membanyakkan pertandingan pantun • mencungkil bakat murid – membiasakan mereka menjawab pantun dengan tema tertentu • mengadakan pertandingan dalam pelbagai peringkat Pendahuluan Pantun ialah warisan sangat berharga – kini khazanah ini semakin pupus – masyarakat suka menyampaikan sesuatu secara terus Jangan biarkan pantun pupus – semua pihak harus berusaha untuk menyemarakkan penggunaan pantun Isi-isi Penting (Ayat Judul + Ayat Huraian + Ayat Penyimpul) (AJ) Usaha yang paling utama untuk menyemarakkan penggunaan pantun adalah dengan menyelitkan pantun dalam majlis tertentu. (AH) Sebagai ungkapan bahasa yang indah, sudah tentu pantun meresap ke jiwa hadirin. Justeru, pantun boleh digunakan dalam majlis formal atau tidak formal. Masyarakat kita dahulu mengungkapkan pantun pada semua majlis untuk menghidupkan suasana termasuklah upacara melamar anak gadis. (AP) Jelas sekali bahawa pantun mampu untuk menceriakan majlis. Model Huraian Isi Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 60 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


61 Contoh Karangan Lengkap Pantun ialah warisan yang sangat berharga, namun khazanah ini semakin pupus. Hal ini demikian kerana, masyarakat kini suka menyampaikan sesuatu secara terus, berbanding penggunaan pantun yang berkias. Justeru, kita haruslah mempertahankan pantun agar tidak pupus. Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk menyemarakkan penggunaan pantun. Usaha yang paling utama untuk menyemarakkan penggunaan pantun adalah dengan menyelitkan pantun dalam majlis tertentu. Sebagai ungkapan bahasa yang indah, sudah tentu pantun meresap ke jiwa hadirin. Justeru, pantun boleh digunakan dalam majlis formal atau tidak formal. Masyarakat kita dahulu mengungkapkan pantun pada semua majlis untuk menghidupkan suasana termasuklah upacara melamar anak gadis. Jelas sekali bahawa pantun mampu untuk menceriakan majlis. Selain itu, pihak sekolah juga haruslah menubuhkan kelab pantun di sekolah. Kelab ini berperanan untuk melatih murid menggunakan pantun sejak di bangku sekolah. Justeru, murid dapat didedahkan tentang cara untuk menghasilkan pantun dengan lebih baik. Mereka harus mementingkan nilai estetika alam dalam pembayang pantun dan menggunakan kosa kata yang menarik dalam bahagian isi pantun. Di samping itu, kerajaan juga haruslah membanyakkan pertandingan pantun. Hal ini demikian kerana, pertandingan pantun dapat mencungkil bakat murid. Malahan, menerusi pertandingan yang diadakan, murid akan membiasakan diri mereka menjawab pantun dengan tema tertentu. Pertandingan tersebut perlu diadakan dalam pelbagai peringkat dengan melibatkan lebih ramai peserta. Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk menyemarakkan pantun dalam masyarakat. Persoalannya, sama ada mahu atau tidak sahaja untuk menjayakan usaha tersebut, bak kata pepatah tepuk dada tanya selera. tepuk dada tanya selera – sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri Peribahasa Sudut Bahasa 1 formal – rasmi Contoh ayat – Murid-murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka perlu berpakaian formal. 2 menceriakan – menggembirakan Contoh ayat – Pengacara majlis tersebut berjaya menceriakan majlis sehingga hadirin tidak kering gusi dibuatnya. Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 61 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


62 Di negara-negara maju, semangat patriotik dalam kalangan rakyatnya amat tinggi. Mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja demi negara mereka. Huraikan cara-cara yang dapat kita lakukan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja di negara kita. Soalan Fokus Tip Bestari Kenal pasti arahan soalan, iaitu cara-cara yang dapat kita lakukan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja. Anda harus menjelaskan usahausaha bagi meningkatkan semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja. Isu Cara Meningkatkan Semangat Patriotik Tema 5 Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Karangan Respons Terbuka 1 Pendidikan di sekolah • guru menerapkan semangat patriotik kepada murid • dididik agar mencintai negara dan bersyukur dilahirkan di negara ini 2 Program dalam kalangan komuniti • mengadakan sambutan bulan kebangsaan di peringkat kampung atau taman perumahan • menjalankan pelbagai aktiviti bertemakan patriotisme 3 Mengadakan kempen bulan kebangsaan • kerajaan memperkasa program – menggunakan semua agensi kerajaan • bergerak secara bersepadu – dari bandar ke luar bandar – memberikan impak Isi-isi Penting Semangat patriotik penting bagi sesebuah negara – dapat meningkatkan kemajuan negara Rakyat sanggup berkorban untuk negara – inilah yang diamalkan oleh rakyat negara maju Pendahuluan Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 62 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


63 Contoh Karangan Lengkap Semangat patriotik penting bagi sesebuah negara kerana dapat meningkatkan kemajuan negara. Menerusi semangat patriotik yang jitu, rakyat sanggup berkorban untuk negara. Semangat inilah yang diamalkan oleh rakyat di negara-negara maju. Justeru, pelbagai pihak haruslah memainkan peranan mereka untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja. Guru-guru haruslah menerapkan semangat patriotik kepada murid-murid. Guru-guru juga haruslah menyuntik kebanggaan dan kemegahan murid menjadi warganegara Malaysia. Justeru, mereka haruslah sanggup berkorban terhadap negara. Abraham Lincoln ada mengatakan, “Jangan kamu tanyakan apakah yang disumbangkan oleh negara kepada kamu, tetapi tanyakanlah apakah sumbangan kamu kepada negara?” Sudut Bahasa 1 patriotisme – semangat cinta akan negara Contoh ayat – Generasi muda haruslah memiliki patriotisme yang tinggi. 2 sumbangan – pemberian Contoh ayat – Kita boleh mengemukakan sumbangan idea demi meningkatkan kemajuan negara kita. (Ayat Judul + Ayat Huraian + Ayat Penyimpul) (AJ) Guru-guru haruslah menerapkan semangat patriotik kepada murid-murid. (AH) Guru-guru juga haruslah menyuntik kebanggaan dan kemegahan murid menjadi warganegara Malaysia. Justeru, mereka haruslah sanggup berkorban terhadap negara. Abraham Lincoln ada mengatakan, “Jangan kamu tanyakan apakah yang disumbangkan oleh negara kepada kamu, tetapi tanyakanlah apakah sumbangan kamu kepada negara?” (AP) Jelaslah bahawa pendidikan di sekolah merupakan langkah terpenting untuk menerapkan semangat patriotik. Model Huraian Isi Di samping itu, ahli jawatankuasa persatuan penduduk haruslah menjayakan program yang menerapkan semangat patriotik dalam kalangan remaja. Hal ini dapat dilakukan dengan mengadakan sambutan Bulan Kebangsaan di peringkat kampung atau taman perumahan. Terdapat banyak aktiviti yang dapat dijalankan seperti pertandingan kibar Jalur Gemilang, pertandingan deklamasi sajak dan pertandingan persembahan multimedia bertemakan patriotisme. Kerajaan juga harus mengadakan kempen Bulan Kebangsaan dengan memastikan program tersebut dijayakan secara menyeluruh. Oleh itu, kerajaan haruslah memastikan semua agensinya digunakan untuk menjayakan program ini. Hal ini amat penting supaya semua program dapat digerakkan secara bersepadu dan menyeluruh, iaitu dari bandar ke luar bandar. Hal ini amat penting bagi memberikan impak maksimum terhadap kebangkitan semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Tegasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan usaha ini memberikan kesan yang mendalam terhadap remaja. Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 63 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


64 Sejak sebelum merdeka lagi, semangat patriotik ditekankan kepada rakyat. Patriotisme dalam kalangan rakyat amat penting bagi sesebuah negara. Huraikan sebab-sebab masyarakat perlu memiliki semangat patriotik. Soalan Fokus Tip Bestari Kenal pasti arahan soalan, iaitu sebab-sebab masyarakat perlu memiliki semangat patriotik. Anda harus menjelaskan kepentingan semangat patriotik. Isu Patriotisme Karangan Respons Terbuka 1 Sanggup berkorban untuk negara • tidak mementingkan diri sendiri – mengutamakan negara • mengambil contoh negara Jepun – selepas tewas dalam Perang Dunia Kedua – bangkit sebagai kuasa ekonomi – rakyat sanggup berkorban 2 Melonjakkan kemajuan negara • sanggup bekerja keras – meningkatkan produktiviti • melonjakkan kemajuan negara – dalam apa-apa bidang – perindustrian, pertanian dan perdagangan 3 Mempertahankan maruah dan nama baik • tidak mahu nama baik negara dipandang rendah – menjaga akhlak dan tingkah laku • menunjukkan semangat patriotik yang tinggi di manamana sahaja Semangat patriotik dalam kalangan masyarakat – khususnya generasi muda semakin luntur Terdapat pelbagai faktor yang melunturkannya – semangat ini penting kepada masyarakat Pendahuluan Isi-isi Penting (Ayat Judul + Ayat Huraian + Ayat Penyimpul) (AJ) Semangat patriotik umpama sebuah kuasa ajaib dalam diri seseorang rakyat sehingga sanggup berkorban untuk negara. (AH) Rakyat tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya lebih mengutamakan negara. Sebagai contohnya, negara Jepun yang tewas dalam Perang Dunia Kedua, bangkit sebagai kuasa ekonomi dunia. (AP) Hal ini sejajar dengan kata-kata yang diungkapkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln yang berkata, “Jangan ditanyakan apakah sumbangan negara kepada anda, tetapi tanyalah apakah sumbangan anda kepada negara.” Model Huraian Isi Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 64 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


65 Contoh Karangan Lengkap Sudah terang lagi bersuluh bahawa semangat patriotik dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda semakin luntur. Terdapat pelbagai faktor yang melunturkannya seperti pengaruh ledakan langit terbuka walhal semangat ini amat penting kepada masyarakat. Semangat patriotik umpama sebuah kuasa ajaib dalam diri seseorang rakyat sehingga sanggup berkorban untuk negara. Rakyat tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya lebih mengutamakan negara. Sebagai contohnya, negara Jepun yang tewas dalam Perang Dunia Kedua, bangkit sebagai kuasa ekonomi dunia. Hal ini sejajar dengan kata-kata yang diungkapkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln yang berkata, “Jangan ditanyakan apakah sumbangan negara kepada anda, tetapi tanyalah apakah sumbangan anda kepada negara.” Semangat patriotik juga mampu melonjakkan kemajuan sesebuah negara. Semangat ini mendorong rakyat agar sanggup bekerja keras untuk meningkatkan produktiviti sekali gus melonjakkan kemajuan negara. Justeru, negara akan mencapai kemajuan dalam apa-apa bidang sama ada bidang perindustrian, pertanian atau perdagangan. Hal ini mampu menjadikan negara kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Selain itu, semangat patriotik mendorong rakyat untuk mempertahankan maruah dan nama baik negara. Hal ini demikian kerana, rakyat tidak mahu nama baik negara dipandang rendah. Justeru, walau di mana-mana pun rakyat berada, rakyat akan menjaga akhlak dan tingkah laku. Malahan, mereka juga akan memaparkan semangat patriotik yang tinggi di mana-mana sahaja. Natijahnya, negara kita akan dikagumi oleh masyarakat dunia. Kesimpulannya, semangat patriotik amat penting dimiliki oleh setiap warganegara. Dalam konteks negara kita, usaha perlu disenergikan oleh pelbagai pihak untuk memantapkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat demi melonjakkan pembangunan negara. berdiri sama tinggi, duduk sama rendah – sama taraf Peribahasa Sudut Bahasa bangkit – muncul Contoh ayat – Kita mesti bangkit daripada kegagalan masa lalu untuk melakar kejayaan pada masa hadapan. Karangan Respons Terhad Persiapan untuk menyambut Bulan Kemerdekaan – menghias sekolah – Jalur Gemilang – terdapat juga bendera – dihasilkan daripada barangan – hari sambutan – perhimpunan – pengetua mengingatkan murid – hargai kemerdekaan – persembahan teater – perjuangan kemerdekaan Sekolah saya sedang mengadakan persiapan untuk menyambut Bulan Kemerdekaan. Sambutan ini amat penting bagi seluruh warga sekolah saya. Sejak awal lagi, seluruh kawasan sekolah saya dihias dengan Jalur Gemilang. Terdapat juga bendera yang dihasilkan daripada barangan terpakai. Semasa hari sambutan, satu perhimpunan diadakan di dewan sekolah yang dihadiri oleh seluruh warga sekolah. Dalam perhimpunan itu, pengetua mengingatkan murid-murid agar menghargai kemerdekaan. Selepas itu, persembahan teater yang mengisahkan perjuangan kemerdekaan pula diadakan. Teater tersebut memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid agar mempertahankan kemerdekaan yang sedia ada. Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 65 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


66 Isu Jati Diri Remaja mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang datang dari luar sehingga menghakis jati diri mereka. Jelaskan peranan yang dapat dimainkan oleh pihak tertentu untuk mengukuhkan jati diri remaja. Soalan Fokus Tip Bestari Kenal pasti arahan soalan, iaitu peranan yang dimainkan oleh pihak tertentu untuk mengukuhkan jati diri remaja. Pendahuluan Jati diri aspek penting – perlu diperkukuh – dapat melonjakkan kemajuan bangsa dan negara Pengaruh luar menghakis jati diri remaja – mudah hilang pegangan – membimbangkan kerana mereka tonggak masa depan negara Peranan ibu bapa • memberikan pendidikan agama dan moral – benteng untuk menangkis ancaman luar • perlu diterapkan sejak kecil – melentur buluh biarlah waktu rebung Peranan guru di sekolah • guru – sebagai suri teladan – memberi contoh terbaik – berpegang teguh pada jati diri • mengadakan program memperkukuh jati diri Peranan kerajaan • memanfaatkan media massa dan media sosial – kempen memperkukuh jati diri • menjalankan program jati diri Isi-isi Penting (Ayat Judul + Ayat Huraian + Ayat Penyimpul) (AJ) Peranan terpenting dalam memperkukuh jati diri remaja dimainkan oleh ibu bapa. (AH) Justeru, ibu bapa haruslah memberikan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dengan selengkapnya. Hal ini demikian kerana, pendidikan agama dan moral merupakan benteng yang paling ampuh untuk menangkis ancaman luar. Pendidikan ini perlu diterapkan sejak kecil lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah waktu rebungnya. (AP) Hal ini menyebabkan remaja tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar yang boleh menghakis jati diri mereka. Model Huraian Isi Karangan Respons Terbuka Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 66 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


67 Contoh Karangan Lengkap Jati diri merupakan aspek penting pada diri seseorang dan perlu diperkukuh seiring dengan cabaran globalisasi yang semakin mencabar. Jati diri yang ampuh dapat melonjakkan kemajuan bangsa dan negara. Namun kini, pengaruh luar telah banyak menghakis jati diri remaja sehingga mereka mudah hilang pegangan. Situasi ini amat membimbangkan sebab mereka ialah tonggak masa depan negara. Peranan terpenting dalam memperkukuh jati diri remaja dimainkan oleh ibu bapa. Justeru, ibu bapa haruslah memberikan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dengan selengkapnya. Hal ini demikian kerana, pendidikan agama dan moral merupakan benteng yang paling ampuh untuk menangkis ancaman luar. Pendidikan ini perlu diterapkan sejak kecil lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah waktu rebungnya. Hal ini menyebabkan remaja tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar yang boleh menghakis jati diri mereka. Selain itu, usaha memperkukuh jati diri remaja boleh dilakukan oleh guru di sekolah. Hubungan yang erat antara guru dengan murid serta lamanya masa murid di sekolah menjadikan guru besar pengaruhnya terhadap murid-murid. Oleh itu, guru haruslah berfungsi sebagai suri teladan dengan memberi contoh terbaik kepada murid-murid. Pihak sekolah juga haruslah mengadakan program memperkukuh jati diri seperti kem motivasi terhadap murid. Di samping itu, kerajaan turut mempunyai peranan untuk memperkukuh jati diri remaja. Kerajaan haruslah memanfaatkan media massa dan media sosial untuk mengadakan kempen bagi memperkukuh jati diri remaja. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran remaja tentang pentingnya mereka memiliki jati diri yang ampuh. Malahan, kerajaan perlu menjalankan program jati diri untuk memantapkan jati diri remaja. Kesimpulannya, tugas untuk memperkukuh jati diri remaja merupakan tanggungjawab semua pihak. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan mereka untuk melahirkan remaja yang utuh peribadinya demi melonjakkan pembangunan negara ke tahap tertinggi. Karangan Respons Terhad Rukun Negara – ada lima prinsip – asas penting – membina negara – rakyat patuh akan Rukun Negara – agama asas penting – sikap setia – mentaati perlembagaan – menjunjung kedaulatan undangundang – kesopanan dan kesusilaan – rakyat penentu kepada kejayaan Rukun Negara Rukun Negara digubal selepas tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei 1969. Terdapat lima prinsip Rukun Negara yang menjadi asas penting untuk membina negara bangsa. Semua rakyat perlu patuh akan Rukun Negara. Prinsip pertama Rukun Negara menekankan agama sebagai asas penting dalam kehidupan manusia. Pada prinsip kedua, rakyat diseru agar taat kepada raja dan negara. Rakyat juga perlu mentaati Perlembagaan Negara dan menjunjung kedaulatan undang-undang. Akhir sekali, rakyat harus mengamalkan sikap yang sopan demi keharmonian hidup keluarga Malaysia. Kesimpulannya, Rukun Negara akan hanya tinggal Rukun Negara jika rakyat tidak mempraktikkannya dalam kehidupan. Oleh itu, rakyat penentu kepada kejayaan Rukun Negara. Sudut Bahasa 1 benteng – penghadang Contoh ayat – Kerajaan membina benteng di tepi pantai itu untuk mengelakkan hakisan tanah. 2 menangkis – menepis Contoh ayat – Pemuda itu berani menepis tohmahan yang dilemparkan oleh masyarakat terhadapnya. Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 67 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


68 Negara kita banyak mengimport peralatan teknologi moden dari luar negara. Hal ini merupakan satu kerugian kepada negara. Bincangkan cara-cara untuk menjadikan negara kita sebagai pengeluar peralatan teknologi moden. Soalan Fokus Tip Bestari Kenal pasti arahan soalan, iaitu cara-cara untuk menjadikan negara kita sebagai pengeluar peralatan teknologi moden. Isu Cara Melahirkan Pencipta Teknologi Tema 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Karangan Respons Terbuka 1 Meningkatkan bidang penyelidikan dan pembangunan • universiti dan syarikat meningkatkan penyelidikan dan pembangunan • menghasilkan peralatan berinovatif – mampu memudahkan kehidupan 2 Memberikan geran • memberikan geran kepada universiti atau syarikat – menghasilkan peralatan sains dan teknologi moden • modal yang besar diperlukan untuk tujuan tersebut 3 Meningkatkan pasaran di luar negara • supaya produk tersebut dapat menembusi pasaran luar negara • rombongan dagang dan pameran di peringkat antarabangsa Isi-isi Penting Sejak zaman sebelum merdeka, negara kita mengimport teknologi moden Hal ini diteruskan sehingga selepas merdeka – satu kerugian – duit mengalir keluar – usaha perlu dilakukan supaya negara kita boleh menjadi pengeluar peralatan teknologi moden Pendahuluan Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 68 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


69 Contoh Karangan Lengkap Sejak zaman sebelum merdeka, negara kita sudah mengimport teknologi moden. Hal ini diteruskan lagi sehinggalah kini. Pengimportan teknologi moden ini jelas satu kerugian kepada rakyat dan negara. Oleh itu, usaha-usaha perlu dilakukan supaya negara kita boleh menjadi pengeluar peralatan teknologi moden. Langkah pertama untuk kita mencapai matlamat tersebut ialah kita mestilah meningkatkan bidang penyelidikan dan pembangunan di negara kita. Bidang ini amat penting agar negara kita dapat mengeluarkan produk yang berinovatif atau sekurang-kurangnya setanding dengan negara-negara pengeluar peralatan teknologi yang lain. Oleh itu, universiti dan syarikat di negara kita haruslah melipatgandakan usaha untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan. Selain itu, kerajaan haruslah memberikan geran kepada universiti atau syarikat yang berusaha untuk menghasilkan peralatan sains dan teknologi moden. Hal ini amat penting kerana modal yang besar diperlukan untuk tujuan tersebut. Dengan pemberian geran ini, kita amat yakin bahawa semakin banyak syarikat yang berkecimpung dalam bidang tersebut. (Ayat Judul + Ayat Huraian + Ayat Penyimpul) (AJ) Langkah pertama untuk kita mencapai matlamat tersebut, kita mestilah meningkatkan bidang penyelidikan dan pembangunan di negara kita. (AH) Bidang ini amat penting agar negara kita dapat mengeluarkan produk yang berinovatif atau sekurang-kurangnya setanding dengan negara-negara pengeluar peralatan teknologi yang lain. (AP) Oleh itu, universiti dan syarikat di negara kita haruslah melipatgandakan usaha untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan. Model Huraian Isi Di samping itu, kita juga perlu meningkatkan pasaran di luar negara apabila kita berjaya menghasilkan sesuatu produk baharu. Hal ini amat penting supaya produk tersebut dapat menembusi pasaran luar negara. Oleh itu, rombongan dagang dan pameran di peringkat antarabangsa perlu dibanyakkan. Kesimpulannya, banyak langkah yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat untuk menjadi pengeluar peralatan teknologi moden. Pendek kata, mahu atau tidak mahu sahaja untuk merealisasikan impian tersebut, bak kata pepatah tepuk dada tanya selera. Karangan Respons Terhad Minat murid – sains dan teknologi – harus dipupuk – bermula dari rumah – ibu bapa berperanan – membelikan buku – membawa anak menyaksikan pameran – menggalakkan anak menyertai pertandingan – bercerita tentang tokoh-tokoh sains – usaha yang berterusan – melahirkan ahli sains – tersohor Minat murid terhadap bidang sains dan teknologi harus dipupuk bermula dari rumah. Hal ini amat penting untuk menjadikan negara kita peneraju dalam bidang berkenaan. Ibu bapa berperanan besar untuk mencambahkan minat anak-anak terhadap bidang sains. Ibu bapa boleh membelikan buku fiksyen yang berasaskan sains kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak menyaksikan pameran sains dan menggalakkan mereka menyertai pertandingan seperti kuiz sains. Malahan, ibu bapa boleh bercerita tentang tokoh-tokoh sains seperti Alexander Graham Bell dan Ibnu Sina kepada anak-anak. Usaha yang berterusan oleh ibu bapa mampu melahirkan ahli sains tempatan yang tersohor di peringkat dunia. tepuk dada tanya selera – sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri Peribahasa Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 69 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


70 Isu Kesan Buruk Penggunaan Teknologi Karangan Respons Terbuka Kehidupan kita masa ini banyak bergantung pada teknologi. Hal ini banyak memudahkan kehidupan kita, namun pada masa yang sama, teknologi turut membawa keburukan kepada kita. Huraikan kesan-kesan buruk yang dibawa oleh teknologi kepada manusia. Soalan Fokus Tip Bestari Kenal pasti arahan soalan, iaitu kesankesan buruk yang dibawa oleh teknologi kepada manusia. 1 Menjadikan manusia malas • kurang bergerak – semua bergantung pada teknologi • menggunakan kenderaan walaupun destinasi dekat – tubuh terdedah kepada obesiti 2 Banyak masa terbazir • penggunaan teknologi – telefon pintar – membazirkan masa – masa itu emas • harus dimanfaatkan sepenuhnya – agar tidak menyesal kemudian hari 3 Leka dengan permainan dan hiburan semata-mata • banyak aplikasi melekakan kita – permainan dan hiburan • tenggelam dalam keseronokan Pendahuluan Teknologi mendominasi seluruh kehidupan kita – sukar untuk lari Dalam membawa kebaikan – teknologi juga membawa keburukan – kita harus mengenal pasti keburukan itu agar tidak membawa kemusnahan Isi-isi Penting (Ayat Judul + Ayat Huraian + Ayat Penyimpul) (AJ) Penggunaan teknologi menjadikan manusia semakin malas. (AH) Hal ini demikian kerana, penggunaan teknologi menyebabkan manusia kurang bergerak. Kehidupan mereka memang sepenuhnya bergantung pada teknologi. Sebagai contohnya, mereka masih mahu menggunakan kenderaan walaupun destinasi yang ingin dituju sangat dekat. (AP) Oleh itu, tubuh mereka terdedah kepada obesiti. Model Huraian Isi Berdiagram (Karangan)Tema 1-12.indd 70 PENERBIT 17/03/2023 3:34 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


170 Jawapan PENGUKUHAN SUMATIF Pemindahan Maklumat Poster menunjukkan Bulan Bahasa Kebangsaan yang diadakan di Inap Desa Kampung Sepakat, Sabak Bernam, Selangor. Aktiviti ini diadakan pada 23 Oktober 20__ dari pukul 9:00 pagi hingga pukul 5:00 petang. Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan, iaitu berbalas pantun, membaca naskhah sastera lama, Sahibba, roda kata dan kembara bahasa. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menanamkan rasa cinta akan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Aktiviti ini juga dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam pelbagai aktiviti kebahasaan seperti pantun dan permainan Sahibba. Selain itu, aktiviti ini juga mampu menimbulkan minat generasi muda terhadap khazanah sastera lama. Kesimpulannya, Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan aktiviti yang sangat berfaedah dan perlu dijalankan dalam tempoh masa yang lebih lama. Karangan Respons Terhad Kesihatan ialah anugerah Tuhan yang sangat berharga kepada manusia. Oleh itu, kita perlu menjaganya dengan baik. Antara kaedahnya adalah dengan mengamalkan riadah bagi menguatkan otot dan meningkatkan stamina. Oleh itu, kita tidak mudah penat apabila melakukan sesuatu tugasan yang berat. Malahan, riadah mampu mengurangkan stres. Di samping itu, kita perlu menjaga pemakanan kita dengan mengikut piramid makanan yang betul. Hal ini demikian kerana, makanan merupakan punca sesuatu penyakit. Oleh itu, kita perlu mengelakkan makanan segera. Kita jangan tidur lambat kerana tabiat ini boleh menjejaskan kesihatan kita. Karangan Respons Terbuka Soalan 1 Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya para hadirin sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berdirinya saya di hadapan ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Tanggungjawab Rakyat untuk Menjaga Alam Sekitar.” Alam sekitar merupakan khazanah Tuhan yang sangat berharga kepada kita. Daripada alam sekitar, kita boleh hidup sejahtera dan menikmati kehidupan. Namun, alam sekitar semakin tercemar kini. Para hadirin, Punca pencemaran ialah sikap manusia yang gemar mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah hidup mereka. Mereka membuang sampah ke dalam sumber air seperti sungai dan laut, walhal tong sampah telah disediakan untuk mereka membuang sampah. Natijahnya, sungai dan laut dipenuhi sampah sarap sehingga memberi kesan yang tidak baik terhadap flora dan fauna di dalamnya. Selain itu, teknologi moden terutamanya penciptaan kenderaan telah menyebabkan semakin banyak karbon monoksida dilepaskan ke atmosfera. Natijahnya, udara yang kita sedut semakin tercemar dengan karbon monoksida sehingga menjejaskan kesejahteraan kita. Semakin ramai manusia menghadapi masalah asma dan paru-paru. 170 Berdiagram BM Tg 123(Jaw).indd 170 PENERBIT 17/03/2023 3:37 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


171 Para hadirin yang saya kasihi, Rakyat perlulah mengubah sikap untuk memastikan alam sekitar terus terjaga. Oleh itu, kita perlu bersahabat dengan alam dengan menjaga alam sekitar. Kita perlu mengamalkan kitar semula dan membanyakkan penanaman pokok. Ingatlah bahawa kegagalan kita bersahabat dengan alam akan memudaratkan dan merugikan diri kita sendiri. Malahan, semakin banyak bencana alam akan berlaku seperti banjir, pemanasan global dan tanah runtuh. Bagi mengakhiri syarahan saya pada pagi ini, ingin saya tegaskan bahawa kita perlu menjaga alam sekitar dengan sebaik-baiknya demi kesejahteraan hidup kita. Kita perlu sedar bahawa alam sekitar ialah anugerah yang kita pinjam daripada generasi selepas kita. Oleh itu, kita perlu menjaganya dengan baik supaya kita tidak dipersalahkan. Sekian, terima kasih. Soalan 2 Mutakhir ini, alam sekitar semakin terancam. Buktinya, banyak kemusnahan berlaku seperti banjir, gempa bumi dan tanah runtuh. Hal ini berpunca daripada sikap tamak dan rakus manusia. Kesannya, manusia sendiri yang terpaksa menanggung beban disebabkan bencana alam tersebut. Negara kita kerap berlaku kejadian banjir kilat, terutamanya di kawasan bandar. Hal ini berpunca daripada pembuangan sampah sarap ke dalam sungai dan longkang yang menatijahkan saliran air tersumbat. Banjir kilat boleh menyebabkan kemusnahan harta benda dan jiwa. Sebagai contohnya, banjir yang berlaku di Shah Alam barubaru ini. Selain banjir kilat, negara kita turut berhadapan dengan kejadian tanah runtuh. Kejadian ini berpunca daripada penebangan pokok di kawasan cerun. Kejadian tanah runtuh ini ibarat bom jangka yang boleh menyebabkan nyawa manusia dalam bahaya. Hal ini demikian kerana, kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Negara kita turut berhadapan dengan isu pemanasan global. Hal ini tempias daripada pemanasan yang berlaku di serata dunia. Natijahnya, suhu bumi menjadi semakin panas. Keadaan ini berlaku akibat perlepasan gas kloroflorokarbon yang tinggi yang telah menipiskan lapisan ozon. Pemanasan global memberi kesan kepada ekonomi dan sosial kepada negara kita. Kesimpulannya, semua kesan bencana alam yang timbul ialah akibat perbuatan manusia. Oleh itu, kita jangan lagi terus melakukan kemusnahan terhadap alam sekitar kerana ini akan memusnahkan kehidupan kita sendiri. Soalan 3 265 Sri Taman Kasih, Jalan Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak. 25 Jun 20___. Menemui sahabatku, Brian yang berada di Birmingham semoga saudara dan keluarga sihat-sihat sahaja. Saya dan keluarga saya di sini semua sihat. Saudara, Saya mengucapkan terima kasih atas kiriman surat saudara tempoh hari. Saya begitu tertarik dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh negara saudara untuk menjaga alam sekitar. Saya yakin penduduk negara saudara memberikan komitmen yang jitu lagi padu bagi memastikan usaha-usaha melestarikan alam sekitar di negara saudara akan berjalan dengan lancar. Sebagai memenuhi permintaan saudara, di sini saya akan kongsikan tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh negara saya untuk menjaga alam sekitar. Kerajaan negara saya juga komited menjaga alam sekitar. Di negara saya, undang-undang digubal dan dikuatkuasakan bagi memastikan rakyat patuh akan undang-undang tersebut. Sampah sarap tidak boleh dibuang sesuka hati. Selain itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mendakwa sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran terbuka atau membuang sisa toksik ke dalam sungai. Kerajaan di negara saya juga melancarkan pelbagai kempen untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Contohnya, kempen kitar semula yang menggalakkan masyarakat agar mengitar barangan semula seperti plastik, kertas dan tin aluminium. Berdiagram BM Tg 123(Jaw).indd 171 PENERBIT 17/03/2023 3:37 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


172 Selain itu, kerajaan juga mengadakan kempen ‘Cintailah Sungai Kita.” Menerusi kempen ini, rakyat diseru agar menjaga kebersihan sungai sebagai sumber air dan tempat riadah. Malahan, kempen ini bertujuan untuk menjaga flora dan fauna yang terdapat di sungai. Di negara ini, banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk menjaga alam sekitar dan meningkatkan pelibatan rakyat dalam menjaga alam sekitar. Antara NGO yang popular di negara kita ialah Sahabat Alam Malaysia(SAM). SAM menjalankan pelbagai aktiviti di sekolah dan di pusat pengajian tinggi untuk melibatkan murid dan mahasiswa agar sama-sama turun padang untuk menjaga kelestarian alam sekitar. Setakat ini, pelibatan murid dan mahasiswa dalam NGO tersebut sangat memberangsangkan. Saya rasa setakat ini sahaja dulu coretan saya untuk saudara. Saya berharap agar perkongsian saya ini dapat memuaskan hati saudara. Saya juga berharap agar kita dapat berjumpa pada cuti yang akan datang. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Chin Ku Wah Berdiagram BM Tg 123(Jaw).indd 172 PENERBIT 17/03/2023 3:37 PM ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version