The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Revisi Pintar UASA Bahasa Melayu Tahun 6

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2025-02-25 21:20:29

Revisi Pintar UASA Bahasa Melayu Tahun 6

Revisi Pintar UASA Bahasa Melayu Tahun 6

NERBIT ILMU BAKTI SDN. BH


iii Nota Berdiagram N1 – N16 Format Pentaksiran Instrumen Sekolah Rendah iv Topik 1 Tatabahasa Panduan Menjawab 1 Golongan Kata 2 Pentaksiran Sumatif 44 Topik 2 Pemahaman Petikan Panduan Menjawab 47 Petikan Teks Tunggal 47 Pentaksiran Sumatif 49 Petikan Teks Pelbagai 54 Pentaksiran Sumatif 56 Topik 3 Pemahaman (Teks/Grafik) Panduan Menjawab 61 Tatabahasa dan Pemahaman Petikan 61 Respons Kritis dan Kreatif 63 Pentaksiran Sumatif 64 Topik 4 Penulisan Perenggan Panduan Menjawab 71 Pentaksiran Sumatif 73 Topik 5 Penulisan Karangan Panduan Menjawab 78 Pentaksiran Sumatif 81 Pentaksiran Pertengahan Tahun 86 Ujian Akhir Sesi Akademik 93 Jawapan 101 Kandungan RP BM Thn6 (Kand).indd 3 03/12/2024 8:08 AM i_iv_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 3 6/12/2024 2:23:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


iv Format Pentaksiran Instrumen Sekolah Rendah: Bahasa Melayu Bil. Perkara Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis: Pemahaman dan Penulisan 2 Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad (SRT) • Subjektif Respons Terbuka (SRTb) 3 Bilangan Soalan Bahagian A (10 markah) – OAP • Tatabahasa (3 – 5 soalan) • Pemahaman Petikan (5 – 7 soalan) – Teks Tunggal dan Teks Pelbagai Bahagian B (10 markah) – OPB dan SRT • Tatabahasa dan Pemahaman Petikan (3 – 5 soalan) • Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan) Bahagian C (10 markah) – SRTb • Penulisan Perenggan (1 soalan) Bahagian D (20 markah) – SRTb • Penulisan Karangan (1 soalan) 4 Markah 50 markah 5 Tempoh Ujian 1 jam 15 minit 6 Konstruk • Pengetahuan Sistem Bahasa • Kemahiran Membaca: – Memahami – Mengaplikasi – Menganalisis • Kemahiran Menulis: – Mengaplikasi – Menganalisis – Menilai – Mencipta 7 Aras Kesukaran Rendah: Sederhana: Tinggi (5:3:2) 8 Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik RP BM Thn6 (Kand).indd 4 03/12/2024 8:08 AM i_iv_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 4 6/12/2024 2:23:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N1 kipas foto langsir rak lampu bantal kucing katil bola kerusi pen buku komputer riba permaidani Sistem Bahasa Kata Nama tingkap Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 1 22/11/2024 6:50:25 PM N1 kipas foto langsir rak lampu bantal kucing katil bola kerusi pen buku komputer riba permaidani Sistem Bahasa Kata Nama tingkap Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 1 22/11/2024 6:50:25 PM Nota Berdiagram Nota Berdiagram N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 1 5/12/2024 3:49:27 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N2 Sistem Bahasa Kata Kerja mandi berlari bermain makan membina membaca kejar duduk tuang Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 2 22/11/2024 6:50:26 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 2 5/12/2024 3:49:27 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N3 Sistem Bahasa Kata Adjektif gembira kurus gemuk jernih cantik bersih biru rendang wangi Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 3 22/11/2024 6:50:28 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 3 5/12/2024 3:49:28 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N4 Sistem Bahasa Kata Arah 1 Seekor burung hinggap di atas bumbung rumah. 2 Di belakang rumah terdapat sebatang pokok kelapa. 3 Di tepi rumah nenek ada sepohon pokok yang rendang. 4 Datuk menyimpan basikalnya di bawah rumah. 5 Sebuah kereta berwarna biru diletakkan di luar pagar rumah nenek. di atas di luar di tepi di bawah di belakang Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 4 22/11/2024 6:50:30 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 4 5/12/2024 3:49:29 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N5 Sistem Bahasa Kata Ganda sayur-sayuran tungganglanggang rama-rama kanak-kanak biri-biri pepatung berkejar-kejaran Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 5 22/11/2024 6:50:32 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 5 5/12/2024 3:49:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N6 Sistem Bahasa Kata Majmuk 1 Ramai orang sedang makan di kedai makan itu. 2 Kereta berhenti apabila lampu isyarat bertukar warna merah. 3 Orang ramai menggunakan lintasan belang untuk melintas jalan. 4 Di tepi jalan raya itu ada laluan pejalan kaki. kedai makan jalan raya pejalan kaki lampu isyarat orang ramai lintasan belang Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 6 22/11/2024 6:50:33 PM Revisi Pintar BN1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 6 5/12/2024 3:49:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N7 Sistem Bahasa Kata Banyak Makna Di belakang rumah nenek ada sebuah perigi. Di dalam almari itu ada beberapa pasang baju kurung. Amira menunggu kedatangan kawannya di perhentian bas. Kawasan itu didiami oleh pendatang tanpa izin. Alif dan Hakim bermain layang-layang di kawasan lapang. Najai gemar membaca buku pada masa lapang. Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 7 22/11/2024 6:50:35 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 7 5/12/2024 3:49:31 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N8 Sistem Bahasa Kata Hampir Sama Makna baling buang campak lempar bongkok bengkok condong serong Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 8 22/11/2024 6:50:36 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 8 5/12/2024 3:49:31 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N9 Penjodoh Bilangan Keluarga Badrul Bersarapan sebilah pisau secawan kopi sekeping roti sebungkus roti sejambak bunga seekor kucing sebuah kerusi Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 9 22/11/2024 6:50:37 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 9 5/12/2024 3:49:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N10 Penjodoh Bilangan Membantu Ibu di Dapur sebilah pisau seikat sayur tiga papan petai dua ekor ikan sebekas bawang empat ulas bawang Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 10 22/11/2024 6:50:39 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 10 5/12/2024 3:49:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N11 Penjodoh Bilangan Halaman Rumah Nenek sebuah rumah sebuah kereta seberkas penyapu lidi dua biji kelapa sepohon pokok kelapa setangkai bunga orkid beberapa helai daun seikat rambutan Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 11 22/11/2024 6:50:41 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 11 5/12/2024 3:49:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N12 Sinonim Keluarga Pak Shakir sawah bendang alih ubah kumpul himpun gugur jatuh cuci basuh ternak bela perigi telaga jenguk jengah sembunyi sorok Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 12 22/11/2024 6:50:43 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 12 5/12/2024 3:49:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N13 Sinonim Membeli-belah di Pasar Raya emak ibu baki lebihan bapa ayah tangkap berkas berbual bersembang menyeluk memasukkan bungkus balut patung boneka Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 13 22/11/2024 6:50:45 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 13 5/12/2024 3:49:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N14 Antonim Di Kebun Sayur Datuk tua muda jual beli tegak condong lebat jarang depan belakang rendah tinggi kecil besar mati hidup Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 14 22/11/2024 6:50:47 PM Revisi Pintar BN1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 14 5/12/2024 3:49:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N15 Antonim Semoga Cepat Sembuh tidur jaga uzur sihat doktor pesakit minum makan tolak tarik sedih gembira bersih kotor Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 15 22/11/2024 6:50:48 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 15 5/12/2024 3:49:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


N16 Antonim Di Taman Permainan laju perlahan turun naik bawah atas rendah tinggi berdiri duduk tutup buka luas sempit hinggap terbang Revisi Pintar BM Thn 4 2024 Nota 4C 3rd.indd 16 22/11/2024 6:50:50 PM N1-N16_bahasa melayu_T4_MASTER 213X148.indd 16 5/12/2024 3:49:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


1 TatabahasaPanduan Menjawab 1 Soalan tatabahasa ini terdapat dalam Bahagian A dan terdiri daripada tiga soalan objektif. 2 Markah yang telah diperuntukkan untuk soalan bahagian ini ialah satu markah untuk setiap soalan. 3 Baca arahan dengan teliti untuk memilih jawapan yang paling tepat. Contoh [Bahagian A – Soalan 1 hingga 3] 1 Pertandingan _________ sotong itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai. A menjala B menjerat C mencandat D memancing [1 markah] Pilihan jawapan yang sesuai ialah C, iaitu mencandat yang bermaksud menangkap sotong dengan menggunakan candat (sejenis sauh untuk menangkap sotong). 2 Pak Cik Hamid mengait buah rambutan dengan menggunakan se____________ galah yang panjang. A kaki B batang C bentuk D keping [1 markah] Pilihan jawapan yang sesuai ialah B, iaitu batang. Batang ialah penjodoh bilangan untuk benda yang lurus, panjang dan keras. 3 Pilih ayat yang betul. A Alia dan kakaknya pergi ke pekan dengan menaiki mini bas. B Puan Nazira memasukkan sedikit cili sos ke dalam masakannya. C Encik Fahim memuji keenakan bubur kacang yang disediakan oleh isterinya. D Mereka singgah di gerai Mak Cik Siti untuk membeli goreng pisang. [1 markah] Pilihan jawapan yang betul ialah C. Pilihan jawapan A, B dan D salah kerana penggunaan kata yang tidak tepat, iaitu: A: mini bas – bas mini B: cili sos – sos cili D: goreng pisang – pisang goreng Topik 1 Tatabahasa RP BM Thn6 (1).indd 1 03/12/2024 8:06 AM 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 1 6/12/2024 2:22:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


2 Tatabahasa Golongan Kata Kata Nama 1 Kata nama ialah golongan kata yang merujuk orang, haiwan, benda, tempat dan sebagainya. 2 Kata nama terbahagi kepada: (a) kata nama am; (b) kata nama khas; (c) kata ganti nama. Kata Nama Am 1 Kata nama am digunakan untuk merujuk benda, orang, haiwan, tempat atau perkara yang umum sifatnya. 2 Huruf pertama bagi setiap kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat. 3 Contoh kata nama am adalah seperti yang berikut: Kata Nama Am Contoh Orang ibu, ayah, adik, abang, petani, doktor, polis, guru, bomba Haiwan rama-rama, kucing, ikan, burung, gajah, zirafah, lembu, unta Benda rumah, kereta, pen, mentol, basikal, buku, meja, beg, pasu Tempat masjid, dewan, padang, tasik, kedai, bengkel, klinik, pasar, bandar 4 Contoh ayat: (a) Banyak serangga berterbangan di kebun milik datuk. (b) Ayah membeli sebuah televisyen di kedai itu semalam. (c) Pada waktu petang, lalu lintas di bandar akan menjadi sesak. (d) Banyak kawan saya datang ke rumah pada hari raya baru-baru ini. (e) Pada setiap awal pagi, Pak Uda akan memetik sayur untuk dijual di pasar. Kata Nama Khas 1 Kata nama khas digunakan untuk merujuk benda, orang, haiwan, tempat atau perkara yang khusus sifatnya. 2 Huruf pertama bagi setiap kata nama khas ditulis dengan huruf besar walaupun pada pertengahan ayat. 3 Contoh kata nama khas adalah seperti yang berikut: Kata Nama Khas Contoh Orang Azmir, Doktor Wong, Cikgu Ahmad, Syaqil, Airil, Nanthini Haiwan Si Tompok, Pak Belang, Sang Rangkak, Si Comel, Si Putih Benda Jalur Gemilang, Proton, Adidas, Rolex, Perodua Tempat Restoran Minang, Klinik Chan, Melaka, Menara Kuala Lumpur 5 Contoh ayat: (a) Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam. (b) Nama bendera negara kita ialah Jalur Gemilang. (c) Cikgu Izad mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu. RP BM Thn6 (1).indd 2 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 2 6/12/2024 2:22:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


3 TatabahasaPraktis Formatif A Lengkapkan jadual dengan kata nama khas yang betul. Kata Nama Am Kata Nama Khas 1 negeri 2 guru 3 selat 4 bangunan 5 jalan 6 bendera B Lengkapkan jadual dengan kata nama am yang betul. Kata Nama Khas Kata Nama Am 1 Bata 2 Jepun 3 Selat Melaka 4 Toshiba 5 Proton Saga 6 Si Tompok Kata Ganti Nama 1 Kata ganti nama terbahagi kepada dua, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. 2 Kata ganti nama tunjuk ialah kata nama yang berfungsi menunjuk kepada sesuatu perkara atau benda. 3 Kata ganti nama tunjuk yang digunakan ialah ini dan itu. (a) ini – merujuk kedudukan benda atau perkara yang dekat (b) itu – merujuk kedudukan benda atau perkara yang jauh 4 Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama manusia. 5 Kata ganti nama diri membawa maksud tunggal atau jamak. 6 Kata ganti nama diri dibahagikan kepada dua, iaitu: (a) kata ganti nama tanya yang merujuk benda, tempat atau orang dalam bentuk kata tanya, iaitu: (i) apa – merujuk benda (ii) siapa – merujuk orang (iii) mana – merujuk tempat RP BM Thn6 (1).indd 3 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 3 6/12/2024 2:22:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


4 Tatabahasa (b) kata ganti nama diri orang yang merujuk diri orang tertentu, iaitu: Kata Ganti Nama Diri Penggunaan Contoh Kata ganti nama diri pertama Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap. aku, saya, beta, patik, kami, kita, hamba Kata ganti nama diri kedua Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang diajak bercakap. anda, awak, engkau, kamu, saudara, saudari, kalian, tuanku Kata ganti nama diri ketiga Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang diperkatakan. dia, mereka, ia, -nya, baginda, beliau 7 Contoh ayat: (a) Nama saya ialah Shahira binti Nazli. (b) Tuanku akan berangkat sebentar lagi. (c) Dia pergi ke sekolah dengan menaiki bas. (d) Sebagai murid, kita mesti menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. 8 Kata ganti nama tanya boleh mengalami proses penggandaan yang membawa maksud rujukan yang tidak tentu atau penegasan, iaitu apa-apa, mana-mana dan siapa-siapa. Praktis Formatif Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata ganti nama yang sesuai. 1 “ ialah wakil rakyat di tempat saya,” kata pemuda itu. 2 “Apakah rancangan pada cuti persekolahan nanti?” tanya Richard kepada Brian. 3 Maniam dan Saiful bersahabat baik. tidak pernah berselisih faham. 4 Raja Ahmad Syah ialah raja yang pemurah. selalu memberi sumbangan dan bantuan kepada rakyat. 5 Azira tidak hadir ke sekolah kerana kurang sihat. 6 Rumah yang terletak di atas bukit sudah lama tidak berpenghuni. 7 “Tolong simpan sayur di dalam peti sejuk,” kata emak sambil menghulurkan seikat sayur kepada Yati. 8 “Nama Amira,” kata Amira memperkenalkan dirinya. 9 “ tidak mampu mengangkat kotak yang berat itu,” kata Alif dan Fikri serentak. 10 “ akan sentiasa menjaga kesejahteraan dan keharmonian rakyat di negara ini,” titah Sultan Abdullah. RP BM Thn6 (1).indd 4 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 4 6/12/2024 2:22:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


5 Tatabahasa Kata Kerja 1 Kata kerja ialah kata yang menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh manusia, haiwan atau benda. 2 Kata kerja terbahagi kepada dua kumpulan yang utama, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata Kerja Transitif 1 Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek untuk membentuk ayat yang sempurna. 2 Objek yang menyertai kata kerja transitif pula mestilah kata nama atau frasa nama. Contohnya: • Daniel dan adiknya sedang mengulang kaji pelajaran. mengulang kaji – kata kerja transitif pelajaran – kata nama (objek) 3 Kata kerja transitif terbahagi kepada dua, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. 4 Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i. 5 Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang mengalami perubahan daripada ayat aktif. 6 Contoh ayat kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif: (a) Puan Zurina menanam pokok bunga. [kata kerja transitif aktif] (b) Pokok bunga ditanam oleh Puan Zurina. [kata kerja transitif pasif] 7 Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada bentuk-bentuk yang berikut, iaitu: Bentuk-bentuk Kata Kerja Transitif Contoh Kata kerja tunggal jaga, main, lari, lompat, terjun, lihat Awalan meN- menulis, memburu, mengarang, memberi Apitan meN- ... -kan memberikan, membersihkan, meloloskan Apitan meN- ... -i merestui, menaiki, menasihati, membolosi Apitan memper- ... -kan memperlihatkan, mempersoalkan Awalan memper- memperoleh, memperdengar, memperketat Akhiran -kan masakkan, belikan, bacakan, carikan Akhiran -i duduki, halusi, contohi, dekati, baiki Awalan ter- ternampak, terbeli, tertewas, tertelan 8 Contoh ayat: (a) Adik makan bubur nasi. (b) Aimi mengarang sajak untuk ibunya. (c) Huda membersihkan kotoran pada bajunya. (d) Ayah berjaya menyelesaikan masalah perniagaannya. (e) Adam terbeli pen berwarna merah. RP BM Thn6 (1).indd 5 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 5 6/12/2024 2:22:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


6 Tatabahasa Kata Kerja Tak Transitif 1 Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan makna yang lengkap. 2 Kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya. Contohnya: • Ibu duduk. duduk ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut. 3 Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua golongan, iaitu: (a) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap (b) Kata kerja tak transitif berpelengkap 4 Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut. 5 Contoh ayat: (a) Abang masih tidur. (b) Amira sedang menyanyi. (c) Mereka asyik bergurau. 6 Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti pelengkap. 7 Unsur pelengkap tidak boleh disamakan dengan objek atau penyambut yang hadir dalam kata kerja transitif. 8 Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. 9 Contoh ayat: (a) Encik Harun menjadi guru. (b) Keadaan nenek beransur baik. (c) Nazim tinggal di Taman Mutiara. 10 Unsur pelengkap terdiri daripada: (a) Kata adjektif: baik, lemah, kukuh (b) Frasa sendi nama: di Taman Mutiara, ke kanan, di Pelabuhan Klang (c) Kata nama: kertas, emas, doktor 11 Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada bentuk-bentuk yang berikut: Bentuk-bentuk Kata Kerja Tak Transitif Contoh Kata kerja tunggal turun, duduk, ketawa, bangun, bina, tiba Awalan ber- bermain, berdiri, berbaris, berdarah Awalan men- menyanyi, menguning, me mandu, meniarap Awalan ter- tertawa, tergadai, ter jaga, terlajak, tertipu Apitan ber- ... -an berlinangan, bertaburan, berlainan Apitan ber- ... -kan bermandikan, bermimpi kan, bertemankan 12 Contoh ayat: (a) Ayah memandu dengan berhati-hati kerana jalan licin selepas hujan. (b) Azizul sudah tiba di tempat kerja walaupun lewat kerana jalan sesak. (c) Emak tertawa apabila melihat gelagat adik yang melucukan. (d) Perangai datuk berlainan sekali pada hari ini. (e) Anis tertipu dengan janji manis lelaki yang baru dikenalinya. RP BM Thn6 (1).indd 6 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 6 6/12/2024 2:22:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


7 TatabahasaPraktis Formatif A Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata kerja transitif yang betul. 1 Fatimah sedang Internet ketika rakan-rakannya sampai. 2 Fahim badan adiknya sehingga dia ketawa terbahak-bahak. 3 Peserta lawatan sambil belajar itu bas yang disediakan oleh pihak sekolah. 4 Majalah yang baru dibeli oleh kakak telah oleh adik. 5 Adik sebaik-baik sahaja terjaga daripada tidur. 6 Mereka bergotong-royong kawasan taman permainan kanakkanak. 7 Puan Lidia pokok-pokok bunganya pada waktu petang. 8 Kasut sekolah itu oleh Hafiz pagi tadi. 9 Murid-murid di kelas itu sedang tekun karangan. 10 Budak itu dikejarkan ke hospital kerana sekeping duit syiling. B Garis kata kerja tak transitif dalam ayat-ayat di bawah. 1 Orang tua itu tidur beralaskan sebidang tikar mengkuang. 2 Hampir sepuluh tahun Hani dan keluarganya menetap di Negeri Sembilan. 3 Ibu termuntah kerana jalan ke Tanah Tinggi Cameron berliku-liku. 4 Guru-guru sedang berbincang tentang masalah disiplin murid-murid. 5 Fikri terjatuh kerana lantai itu licin. 6 Suzana bercita-cita untuk menjadi guru. 7 Mereka berasa kagum melihat sawah padi yang menguning. 8 Kanak-kanak itu sedang berlari di taman. 9 Pasukan hoki sedang berlatih di padang sekolah. 10 Azri dan rakan-rakannya sedang mandi di sungai yang cetek itu. menggeliat membersihkan menyiram dicuci tertelan dikoyakkan menulis menggeletek melayari menaiki RP BM Thn6 (1).indd 7 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 7 6/12/2024 2:22:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


8 Tatabahasa Kata Adjektif 1 Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama, sama ada orang, benda, haiwan, tempat dan sebagainya. 2 Kata adjektif boleh disertai kata penguat, iaitu amat, sangat, paling, nian dan sebagainya. 3 Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis, iaitu: i-THINK Peta Dakap Kata adjektif cara Kata adjektif jarak Kata adjektif waktu Kata adjektif warna Kata adjektif bentuk Kata adjektif ukuran Kata adjektif keadaan Kata adjektif perasaan Kata adjektif pancaindera Kata adjektif                            gopoh, cepat, perlahan, pantas, lembab, laju jauh, hampir, dekat, rapat, jarang, nyaris lama, baru, silam, singkat, suntuk, awal, lambat merah, hitam, hijau, kuning, putih, jingga, biru leper, nipis, bulat, gemuk, lurus, kempis tinggi, panjang, rendah, gemuk, nipis, renek bersih, baik, berani, pandai, kotor marah, sayang, rindu, suka, benci, kasih merdu, manis, jelas, kabur, nyaring, lazat 4 Contoh ayat: (a) Penerangan yang diberikan oleh guru itu masih kabur. (b) Wajah penyanyi yang kacak itu menjadi pujaan setiap gadis. (c) Arni takut tinggal seorang diri lebih-lebih lagi pada waktu malam. (d) Kisman melukis tiga garisan lurus di papan hitam. Praktis Formatif Garis kata adjektif dalam ayat-ayat di bawah. 1 Perempuan yang garang itu telah memarahi anaknya di hadapan orang ramai. 2 Datuk sedang mengasah sebilah parang yang tumpul di anjung rumah. 3 Abang sangat gembira apabila mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. 4 Kok Weng dinaikkan pangkat kerana dia seorang yang rajin dan telus dalam pekerjaan. 5 Penyanyi yang bersuara merdu itu memakai baju berwarna biru semasa membuat persembahan. RP BM Thn6 (1).indd 8 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 8 6/12/2024 2:22:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


9 Tatabahasa Kata Hubung 1 Kata hubung ialah kata yang menghubung kan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat. (a) Dina makan sekeping roti dan segelas susu. [kata dengan kata] (b) Julita sudah membuat ulang kaji tetapi masih gagal dalam ujian. [frasa dengan frasa] (c) Emak memasak manakala kakak mengemas rumah. [ayat dengan ayat] 2 Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: i-THINK Peta Dakap Kata hubung gabungan Kata hubung pancangan Kata hubung berpasangan Kata Hubung                                         dan, lalu, atau, maka, serta, tetapi, kecuali, sambil, kemudian, malahan yang, walaupun, untuk, semasa, sekiranya, kalau, sementara, ketika, semoga, agar, jika, bahawa, apabila, selama, hingga, kerana, sungguhpun baik ... mahupun baik ... ataupun bukan sahaja ... tetapi juga bukan sahaja ... bahkan juga sungguhpun ... namun 3 Contoh ayat: (a) Encik Zul bekerja dari pagi hingga petang. (b) Mak Cik Siti berharap agar anaknya berjaya mendapat pekerjaan itu. (c) Pada setiap petang, saya dan Amir akan bermain badminton kecuali hari hujan. (d) Encik Jamal bukan sahaja rajin tetapi juga mempunyai pelbagai kemahiran. Praktis Formatif Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata hubung yang betul. 1 Fikri rajin membaca buku (tetapi, dan) adiknya malas. 2 Anita tidak pasti sama ada hendak memakai baju berwarna merah (dan, atau) kuning ketika menghadiri majlis hari jadi kawannya. 3 Pak Zahid menuntun basikalnya ke bawah rumah (dan, lalu) menyandarkan basikal itu ke tiang rumah. 4 Adik menangis (kerana, bahawa) pensel kesayangannya telah hilang. 5 Kakak mengemas rumah (tetapi, sambil) mendengar radio. 6 Murid-murid segera senyap (hingga, apabila) Cikgu Sakinah masuk ke dalam kelas. 7 Abang Jailani seorang yang pendiam (manakala, melainkan) kakaknya seorang yang peramah. RP BM Thn6 (1).indd 9 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 9 6/12/2024 2:22:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


10 Tatabahasa Kata Seru 1 Kata seru digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, hairan dan sebagainya. 2 Berikut ialah beberapa penggunaan dan contoh ayat dalam kata seru. Kata Seru Penggunaan Contoh Ayat oh menggambarkan perasaan hairan, kecewa atau terkejut Oh, awak rupa-rupanya! eh menggambarkan perasaan hairan atau terkejut Eh, dalamnya sungai ini! ah menggambarkan perasaan tidak setuju atau marah Ah, aku tetap tidak bersetuju! hai untuk menyapa atau menarik perhatian Hai, sudah lama kita tidak bersua! nah memberi sesuatu dengan perasaan marah Nah, ambil semula pen awak! cis menggambarkan perasaan marah, mengejek atau tidak suka Cis, berani kau mengganggu adikku! aduh menggambarkan perasaan sakit atau kagum Aduh, sakitnya badanku ini! wahai menyatakan nasihat atau menarik perhatian Wahai murid-murid, belajarlah dengan bersungguh-sungguh demi masa depan kalian! aduhai menggambarkan perasaan sedih Aduhai, malang sungguh nasibku hari ini! wah/ amboi menggambarkan perasaan kagum Wah, besarnya rumah kamu! Praktis Formatif Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata seru yang betul. 1 (Ah, Nah), rasakan penumbuk sulungku ini! 2 (Wah, Oh), cantiknya gubahan bunga awak! 3 (Aduh, Aduhai), peningnya kepalaku kerana memikirkan masalah ini! 4 (Syabas, Wahai), awak berjaya memenangi perlumbaan itu! 5 (Nah, Aduhai), malang sungguh nasib orang tua itu! 6 (Oh, Hai), Danial! Sudah lama tidak berjumpa kamu. 7 (Eh, Wah), kamu pun menyertai pertandingan ini! 8 (Amboi, Cis), bergayanya kamu hari ini! RP BM Thn6 (1).indd 10 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 10 6/12/2024 2:22:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


11 Tatabahasa Kata Tanya 1 Kata tanya ialah kata yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. 2 Kata tanya biasanya digunakan untuk membentuk ayat tanya. 3 Kata tanya boleh berada di hadapan ayat dan boleh berada di belakang ayat. 4 Partikel -kah hendaklah disertakan sekiranya kata tanya berada di hadapan ayat. 5 Contoh kata tanya adalah seperti yang berikut: Kata Tanya Penggunaan Contoh Ayat apa menanyakan benda atau haiwan • Apakah nama gunung yang tinggi itu? • Nama gunung yang tinggi itu apa? bila menanyakan masa atau waktu • Bilakah awak sampai? • Awak sampai bila? mana menanyakan tempat • Di manakah pensel warna saya? • Pensel warna saya mana? siapa menanyakan manusia atau nama orang • Siapakah pemuda yang berkereta merah itu? • Pemuda yang berkereta merah itu siapa? berapa menanyakan bilangan atau jumlah • Berapakah umur anak awak? • Umur anak awak berapa? mengapa/ kenapa menanyakan sebab atau alasan • Mengapakah/kenapakah ayah masih belum pulang? • Ayah masih belum pulang mengapa/ kenapa? bagaimana menanyakan cara atau keadaan • Bagaimanakah cara membuat kek ini? • Cara membuat kek ini bagaimana? Praktis Formatif Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata tanya yang betul. 1 kah ayah pulang lewat pada hari ini? 2 kah awak akan berangkat ke luar negara? 3 kah yang memenangi pertandingan catur itu? 4 Di kah awak menyimpan barang-barang kemas saya? 5 kah keadaan awak selepas keluar dari hospital? 6 Kanak-kanak itu menangis ? 7 Kemalangan ngeri itu berlaku ? 8 Wanita yang cantik itu ? RP BM Thn6 (1).indd 11 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 11 6/12/2024 2:22:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


12 Tatabahasa Kata Perintah 1 Kata perintah digunakan supaya seseorang mematuhi arahan, permintaan, perintah dan silaan. 2 Kata perintah digunakan untuk membentuk ayat perintah. 3 Kata perintah biasanya ditambah partikel -lah untuk menunjukkan kelembutan dan kesopanan dalam ayat. 4 Contoh penggunaan kata perintah dalam ayat: Kata Perintah Contoh Ayat tolong Tolong berundur ke belakang sedikit. jangan Jangan hanya pandai berkata-kata jika tidak pandai membuatnya. sila Silalah jamah makanan di atas meja itu. minta Minta semua hadirin bersabar kerana majlis akan bermula sebentar lagi. usah Usah kamu peduli akan kata-kata budak itu. jemput Jemputlah masuk ke dalam rumah saya. harap Harap kamu dapat hadir ke majlis itu nanti. Praktis Formatif Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata perintah yang sesuai. 1 (Jemput, Tolong) ambilkan ayah segelas air. 2 (Harap, Jemput) masuk ke dalam bilik mesyuarat ini. 3 (Harap, Minta) saudara dan saudari berasa selesa tinggal di sini. 4 (Tolong, Usah) dibiarkan budak itu bermain seorang diri di tepi jalan. 5 (Sila, Jangan) lah awak mempermain-mainkan perasaan saya. 6 (Harap, Jangan) sentuh bahan pameran ini. 7 (Jemput, Sila) beratur sebelum masuk ke kelas. 8 (Tolong, Usah) buang sampah ke dalam tong sampah. 9 (Minta, Jemput) makan kuih-muih ini. 10 (Usah, Minta) melakukan perbuatan yang memalukan itu. RP BM Thn6 (1).indd 12 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 12 6/12/2024 2:22:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


13 Tatabahasa Kata Penegas 1 Kata penegas ialah partikel yang digunakan untuk memberi penekanan pada bahagianbahagian tertentu dalam ayat. 2 Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu kata tunggal dan kata partikel. (a) Contoh kata tunggal ialah juga, hanya, memang, jua, pun, sahaja, lagi. (b) Contoh kata partikel ialah -kah, -lah, -tah. 3 Contoh ayat: (a) Apakah awak penduduk asal kampung ini? (b) Apatah yang dilakukannya pada malam-malam begini. (c) Siapalah yang mahukan perempuan yang miskin seperti saya. (d) Selain pandai berbahasa Inggeris, Zahirah juga pandai berbahasa Cina. (e) Kebanyakan penduduk Kampung Tengah memang arif tentang selok-belok menangkap ikan. Praktis Formatif Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang betul. 1 (Memang, Hanya) Zali yang tahu menggunakan komputer di dalam kelas itu. 2 Awak (tah, lah) yang sepatutnya menjadi juara. 3 Apa (kah, tah) yang merunsingkan awak hari ini. 4 Bila (kah, tah) mereka akan mengunjungi kita lagi? 5 Selain pandai memasak, Julia (hanya, juga) pandai menjahit. Kata Pemeri 1 Kata pemeri ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. 2 Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. 3 Kata pemeri ialah digunakan untuk menjelaskan subjek dengan frasa nama dan diletakkan selepas frasa nama. 4 Kata pemeri adalah digunakan untuk menjelaskan subjek dengan frasa adjektif dan frasa sendi nama. 5 Contoh ayat: (a) Tun Dr. Mahathir Mohammad ialah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. (c) Surat itu adalah untuk Wardina. Praktis Formatif Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata pemeri yang betul. 1 Salina antara murid yang cemerlang di sekolah itu. 2 Roti bakar makanan kegemaran Khusyairi. 3 Tarikh tutup permohonan itu pada hari Isnin. 4 Wanita yang lemah lembut itu ibu saya. RP BM Thn6 (1).indd 13 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 13 6/12/2024 2:22:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


14 Tatabahasa Kata Sendi Nama 1 Kata sendi nama ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan frasa nama untuk menghubungkannya dengan kata-kata lain dalam ayat. 2 Kata sendi nama diletakkan di hadapan frasa nama. 3 Berikut ialah beberapa contoh kata sendi nama serta penggunaannya dalam ayat: Kata Sendi Nama Penggunaan Contoh Ayat di menunjukkan tempat Beberapa buah kereta terlibat dalam kemalangan di jalan raya semalam. ke menunjukkan tempat, masa, dan arah yang dituju Mereka akan pergi ke Kuala Lumpur pada minggu hadapan. dari menunjukkan arah, tempat dan masa • Kami memulakan pencarian dari arah timur dahulu. • Wak berasal dari Pulau Sumatera. • Dia termenung dari pagi tadi. pada untuk masa, orang, benda dan haiwan • Kami bertolak pada pukul enam pagi. • Rantai ibu ada pada ayah. • Pisau yang dibalingnya terkena pada dinding. kepada untuk orang, tempat atau institusi yang berkaitan dengan orang dan menyatakan pecahan • Lagu itu ditujukan kepada orang yang disayangi. • Para peserta dibahagikan kepada lima kategori. daripada menunjukkan punca bagi orang, haiwan, benda, asal kejadian, perbandingan dan keanggotaan • Azrai berasal daripada keluarga yang susah. • Pasu ini dibuat daripada tanah liat yang bermutu. • Siti lebih suka menjahit daripada memasak. bagi/untuk menunjukkan kegunaan untuk sesuatu dan menyatakan bahagian yang ditentukan • Soalan itu mudah bagi/untuk saya. • Kek ini dibuat khas untuk adik tersayang. akan/ terhadap menunjukkan perasaan atau sikap • Ibu berasa hiba akan kata-kata kakak yang agak kasar. • Anak janganlah bersikap biadab terhadap ibu bapa. demi untuk menyatakan maksud tujuan, urutan dan sebagai unsur penegas dalam ungkapan Encik Fikri berusaha untuk mencari rezeki demi keluarganya yang tercinta. tentang digunakan untuk maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum Mereka berbual tentang masalah sosial remaja. RP BM Thn6 (1).indd 14 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 14 6/12/2024 2:22:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


15 TatabahasaKata Sendi Nama Penggunaan Contoh Ayat seperti/ bagai/ umpama/ laksana digunakan untuk maksud perbandingan Pengantin yang sedang bersanding di atas pelamin itu seperti/bagai/umpama/ laksana cincin dengan permata. sejak/ semenjak digunakan untuk menyatakan bermula dari masa tertentu Perangainya berubah sejak/semenjak kematian isterinya. oleh digunakan untuk menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat aktif Buku sedang dibaca oleh mereka. hingga/ sampai digunakan untuk menyatakan had tertentu atau peringkat Kami menyiapkan kerja itu hingga/ sampai subuh. antara/ dalam digunakan untuk menyatakan maksud lingkungan yang tidak mempunyai jarak • Antara adik-beradiknya, dialah yang paling disayangi. • Kita mesti bertolak ansur dalam sesuatu perkara. dengan digunakan untuk menyatakan bandingan setara, maksud bersamasama, ke te rangan cara dan peng gunaan sesuatu sebagai alat Pak Hadi menebas semak dengan sebilah tajak. Praktis Formatif Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata sendi nama yang betul. 1 Nasihat yang diberikan (bagi, oleh) ibu bapa adalah untuk kebaikan kita juga. 2 Encik Zaki akan menyertai pertandingan maraton (pada, bagi) bulan hadapan di Pulau Pinang. 3 Kelihatan kanak-kanak kecil sedang berlari-larian (ke, di) tepi pantai. 4 Rumah Puan Yati sangat cantik apabila dihiasi (dengan, oleh) pelbagai lampu yang berwarna-warni. 5 Persembahan Wayang Kulit berasal (dari, daripada) negeri Cik Siti Wan Kembang. 6 Hutan menjadi sumber rezeki (pada, kepada) penduduk yang berhampiran. 7 Pak Cik Rosli bekerja di kebun buah-buahannya dari pagi (hingga, kepada) petang. 8 Firdaus lebih suka menonton televisyen (dari, daripada) bermain bola sepak. RP BM Thn6 (1).indd 15 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 15 6/12/2024 2:22:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


16 Tatabahasa Kata Arah 1 Kata arah digunakan untuk menunjukkan hala atau jurusan. 2 Kata arah biasanya hadir antara kata sendi nama dengan kata nama untuk menunjukkan arah. 3 Contoh kata arah yang sering digunakan adalah seperti yang berikut: atas, bawah, hadapan, belakang, utara, selatan, dalam, hujung, tengah, luas, tepi, penjuru dan sebagainya. 4 Contoh ayat: (a) Terdapat beberapa batang pokok kelapa di tepi rumahnya. (b) Air di dalam telaga akan kering apabila tiba musim kemarau. (c) Abang meletakkan kasutnya di belakang pintu. (d) Mazlan menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jaalan. (e) Kucing kesayangan adik bersembunyi di bawah meja. (f) Rumah Hisyam terletak di hadapan rumah Muniandy. Praktis Formatif A Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata arah yang betul. 1 Bapa membuat sebuah ran di pokok sena. (atas, tepi) 2 Mereka berkumpul di padang selepas selesai latihan. (dalam, hujung) 3 Azwan meletakkan keretanya yang rosak di jalan. (seberang, tengah) 4 Semua peserta mesti berada di dewan tepat pada pukul tiga petang. (dalam, bawah) 5 Beberapa ekor lipas keluar dari dinding rumah apabila ayah menyembur racun serangga. (luar, celah) 6 Murid-murid yang tinggal di bandar pergi ke sekolah dengan menaiki bas. (pinggir, tepi) 7 Pak Cik Daud menebas semak samun di rumahnya. (atas, belakang) 8 Johan duduk di kakak dengan abangnya semasa menonton cerita seram itu. (antara, tengah) 9 Juwita sentiasa berada di neneknya yang sakit. (hujung, sisi) 10 Pembantu rumah itu menyidai pakaian di rumah pada awal pagi. (sudut, luar) B Garis kata arah dalam ayat-ayat di bawah. 1 Abang menyimpan buku-buku lama itu di bawah katil. 2 Rumah bidan kampung itu terletak di hujung kampung. 3 Rohani menggantung penyapu itu di belakang pintu dapur rumahnya. 4 Kereta Encik Lim mengalami kerosakan sebaik-baik sahaja tiba di selekoh itu. 5 Mereka bergerak ke tengah padang apabila wisel dibunyikan. RP BM Thn6 (1).indd 16 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 16 6/12/2024 2:22:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


17 Tatabahasa Kata Bilangan 1 Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk membilang sesuatu atau benda. 2 Kata bilangan dapat dibahagikan kepada enam jenis, iaitu: Jenis Kata Bilangan Contoh Contoh Ayat Kata bilangan tentu satu, lima, seratus satu dan sebagainya Murid yang keracunan makanan itu diberi cuti selama dua hari. Kata bilangan tak tentu para, semua, seluruh, sekalian, beberapa, setengah-setengah, pelbagai dan sebagainya Beberapa ekor ayamnya telah hilang sejak seminggu yang lalu. Kata bilangan pecahan setengah, separuh, suku, satu per dua dan sebagainya Separuh daripada wang simpanannya telah dikeluarkan untuk membeli komputer. Kata bilangan himpunan ratusan, berhari-hari, kedua-dua, berbakulbakul, pelbagai dan sebagainya Kedua-dua orang anaknya menjawat jawatan tinggi di sebuah bank. Kata bilangan tingkat pertama, kedua, kese ratus dan sebagainya Adli selalu mendapat tempat pertama dalam kelasnya. Kata bilangan pisahan setiap, tiap-tiap, masing-masing Tiap-tiap hari saya pergi ke surau. Praktis Formatif Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai. pelbagai dua ratus pertama semua setiap enam puluh empat 1 Saya akan mengirimkan wang kepada ibu sebanyak ringgit pada bulan. 2 acara telah diadakan bersempena dengan sukan tahunan sekolah. 3 Malaysia menyasarkan pingat emas pada temasya Sukan SEA pada kali ini. 4 Farid mendapat tempat dalam pertandingan bercerita. 5 mangsa banjir dinasihatkan agar mengikut arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. RP BM Thn6 (1).indd 17 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 17 6/12/2024 2:22:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


18 Tatabahasa Penjodoh Bilangan 1 Penjodoh bilangan digunakan sebelum kata nama. 2 Penjodoh bilangan digunakan untuk menyebut manusia, haiwan, tempat dan benda. 3 Penjodoh bilangan juga kadangkala digunakan bersama-sama dengan kata bilangan seperti sebuah kereta, dua batang pen dan sebagainya. Penjodoh Bilangan Penggunaan Contoh angkatan membilang kumpulan atau kelompok benda dan manusia askar, remaja, tentera baris membilang benda yang berderet atau manusia yang beratur kerusi, meja, kedai, rumah, ayat batang membilang benda yang lurus, panjang dan keras galah, paku, tongkat berkas membilang benda yang diikat dalam satu ikatan buluh, kayu api, lidi, rotan bilah membilang senjata atau benda yang tajam gunting, kapak, parang, pisau buku membilang benda yang berbuku dan berbongkah kecil benang, keju, sabun, roti cebis membilang benda yang dipotong atau dikoyak kecil-kecil kain, kertas cekak membilang benda yang dipegang secara mencekak benih padi, daun pandan, daun sirih cubit membilang benda yang diambil sedikit sahaja garam, gula, serbuk kunyit cucuk membilang benda yang dicucuk dengan lidi sate, bebola ayam das membilang bunyi letupan dan tembakan meriam, pistol, senapang ekor membilang semua jenis haiwan arnab, kucing, harimau, ular gugus membilang benda yang berkelompok dan buah-buahan dalam setangkai kunci, anggur, rambai gulung membilang benda yang panjang dan bergulung filem, kertas, tikar, tilam hiris membilang benda yang dipotong nipisnipis daging, lobak, timun, tomato jambak membilang benda yang berangkai bunga, kunci kaki membilang benda yang bertangkai payung, cendawan RP BM Thn6 (1).indd 18 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa RP BM Thn6 (1).Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 18 6/12/2024 2:22:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


19 TatabahasaPenjodoh Bilangan Penggunaan Contoh kampit membilang benda yang disimpan atau diisi di dalam kampit beras, garam, gula, tepung keping membilang benda yang rata, nipis dan lebar papan, gambar, poskad, roti kuntum membilang bunga ros, teratai, kekwa, orkid laras membilang senjata api meriam, pistol, senapang pangsa membilang buah-buahan yang ada pangsa durian rawan membilang benda yang dapat digantung jala, jaring, pukat ruas membilang benda yang beruas-ruas tebu, buluh, rotan sikat membilang buah pisang yang masih melekat pada sikatnya pisang abu, pisang berangan tongkol membilang tumbuh-tumbuhan yang buahnya bertongkol jagung ulas membilang isi buah-buahan durian, limau, nangka, cempedak Praktis Formatif Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan penjodoh bilangan yang betul. 1 Terdapat beberapa durian dalam sebiji durian. 2 Beberapa lembu Pak Hasan masih lagi berkeliaran di luar kandang. 3 Wak Kasa menggantung dua keris pada dinding rumah. 4 Nadia makan se nasi lemak dan se kuih. 5 Wahid sedang menebang beberapa buluh untuk dibuat lemang. 6 Puan Roha memasukkan beberapa cendawan ke dalam masakannya. 7 Nek Rahmah memasukkan beberapa kekabu ke dalam sarung bantal. 8 Ibu meminta ayah membentangkan se tikar yang baru dibelinya di ruang tamu. RP BM Thn6 (1).indd 19 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 19 6/12/2024 2:22:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


20 Tatabahasa Penanda Wacana 1 Penanda wacana ialah rangkaian perkataan yang digunakan untuk menyambung ayat yang berkaitan sebelumnya. 2 Berikut ialah beberapa contoh penanda wacana: Jenis Penanda Wacana Penggunaan Contoh Penanda tambahan • perenggan isi • ayat huraian selain itu, lagipun, tambahan pula, lebih-lebih lagi, dalam hal ini juga Penanda akibat • ayat huraian • kesan sesuatu oleh itu, oleh hal yang demikian, implikasinya, sebagai akibatnya Penanda contoh • ayat contoh umpamanya, contohnya, misalnya, terutamanya, khususnya Penanda penjelasan atau keterangan • ayat huraian • menegaskan sesuatu tegasnya, ringkasnya, sebenarnya, hal ini demikian kerana, dengan kata lain Penanda masa atau turutan • perenggan isi • ayat huraian kini, selepas itu, kemudian, pada ketika itu, pada masa sekarang Penanda perbandingan • perenggan isi • ayat huraian • membandingkan sesuatu namun demikian, walau bagaimanapun, sehubungan dengan itu, sebagai perbandingan, sebaliknya Penanda kesimpulan • perenggan penutup akhirnya, kesimpulannya, intihanya, konklusinya, jelaslah bahawa Penanda umum • ayat huraian • ayat akhir perenggan isi atau penutup Justeru, lazimnya, kebiasaannya, dengan ini, pada hemat saya, pada pandangan saya Praktis Formatif Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan penanda wacana yang paling sesuai. oleh sebab itu lebih-lebih lagi jadi kemudian selepas itu 1 Pak Usu memasukkan peralatan menangkap ikan ke dalam perahunya. , dia menolak perahunya ke gigi air. 2 Sebagai pengguna kita mesti berjimat cermat. , apabila harga barangan yang semakin meningkat. 3 Farah menolong ibunya di dapur. , dia mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam. 4 Kerajaan telah menyediakan pelbagai prasarana untuk kemudahan orang ramai. , kita mesti berhemah semasa menggunakan kemudahankemudahan itu. 5 Saya akan menyambut hari jadi pada minggu ini. , ayah dan ibu akan mengadakan majlis untuk saya. RP BM Thn6 (1).indd 20 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 20 6/12/2024 2:22:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


21 Tatabahasa Bahasa Istana Bahasa istana ialah bahasa yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja. Bahasa Biasa Bahasa Istana Contoh Ayat berkata bertitah Baginda sedang bertitah kepada pembesar negara di Istana Negara. maaf ampun Baginda telah mengampunkan beberapa orang banduan sempena hari keputeraan baginda yang ke-50. hadiah anugerah Hang Tuah telah dianugerahkan pingat kebesaran oleh Sultan Melaka. dia baginda Baginda amat berkenan akan seorang kanak-kanak yang mahir dalam ilmu persilatan itu. tidur beradu Baginda beradu awal pada malam itu. berlepas berangkat Puteri raja itu telah berangkat dari istana sejak awal pagi. berjalan/ pergi bercemar duli Sultan negara itu sering bercemar duli melawat ke desa-desa. suka akan berkenan Baginda berkenan untuk mengurniakan beberapa pingat kebesaran kepada rakyat yang telah berjasa kepada negara. mandi bersiram Tuan puteri sedang bersiram bersama dayang-dayang di taman larangan. saya/aku beta “Beta tidak akan mengampunkan kesalahan penderhaka negara,” titah sultan kepada pembesar-pembesar negara. sakit gering “Tuan puteri tiba-tiba jatuh gering, tuanku,” kata dayang. kubur makam Jasad putera raja itu telah dimakamkan di tanah perkuburan diraja. mati/ meninggal dunia mangkat Sultan Amirul Shah telah mangkat pada usia 85 tahun. marah murka Baginda amat murka akan kesalahan yang telah dilakukan oleh putera baginda. saya/aku patik/ hamba “Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun,” kata Belalang kepada Sultan Shahrul Nizam. isteri permaisuri Permaisuri akan duduk di sebelah kiri Sultan ketika berada di balairung seri. makan santap Baginda sekeluarga sedang menikmati santapan tengah hari yang disediakan oleh tukang masak istana. tinggal semayam Baginda telah bersemayam di Negara Antah Berantah selama tiga puluh tahun. anak lelaki putera Sultan di negara kayangan itu mempunyai tiga orang putera. RP BM Thn6 (1).indd 21 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 21 6/12/2024 2:22:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


22 Tatabahasa Bahasa Biasa Bahasa Istana Contoh Ayat anak perempuan puteri Puteri kesayangan sultan Ali sangat cantik dan berbudi bahasa. pekerja perempuan dayang Seorang dayang sedang membersihkan kamar Puteri Si Bujur Sireh. salam sembah Pedagang asing itu telah menjunjung sembah ketika mengadap raja di negara tersebut. pakaian persalinan Lima bersaudara telah diberi sepasang persalinan sempena kemenangan mereka mengalahkan lanun-lanun di Selat Melaka. bersetuju perkenan Baginda telah perkenan untuk menerima tetamu diraja itu. bendera panji Panji di seluruh negara dikibarkan sepanjang hari keputeraan baginda. tulis maktub Undang-undang negara telah termaktub dalam perlembagaan sejak negara merdeka. Praktis Formatif Lengkapkan tempat kosong dengan bahasa istana yang betul. berangkat bersiram balairung beradu baginda ampun 1 Sultan Shahrul Nizam berangkat bersama-sama hulubalang ke hutan untuk berburu. Hobi ialah berburu pada setiap hujung minggu. 2 Puteri Saadong gembira semasa di dalam kolam sambil ditemani oleh dayang-dayang. 3 Sultan Iskandar Ahmad masuk ke dalam sambil diperhatikan oleh para pembesar istana. 4 Setelah penat berburu, baginda masuk ke kamar untuk . 5 Pemuda yang didapati bersalah itu meminta kepada sultan untuk mengurangkan hukuman yang dikenakan terhadapnya. 6 Sultan Ahmad Syah telah ke luar negara pagi tadi. RP BM Thn6 (1).indd 22 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 22 6/12/2024 2:22:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


23 TatabahasaPembentukan Kata Pengimbuhan 1 Pengimbuhan dapat digolongkan kepada tiga jenis, iaitu imbuhan awalan, imbuhan akhiran dan imbuhan apitan. 2 Imbuhan awalan ialah imbuhan yang digunakan di hadapan kata dasar. Imbuhan Awalan Contoh Contoh Ayat beR- berbual, berakit, belajar, berjuang • Kami berakit hingga ke muara. • Kami sering berbual di serambi pada waktu petang. meN- memasak, memburu, menggunung, mendaki • Harapannya tinggi menggunung untuk melihat kejayaan anaknya. • Peserta ekspedisi sedang mendaki gunung. pe- pemukul, pemandu, pekebun, perompak • Ayah saya bekerja sebagai pemandu teksi. • Perompak yang sangat dikehendaki polis itu berjaya diberkas. peN- pengelap, pembantu, pengukir, pencuri • Sebelum bergelar usahawan, ayah bekerja sebagai pembantu pemasaran. • Rumahnya telah dimasuki pencuri. memper- memperlebar, memper lahan, memperoleh, memperindah • Para pekerja sedang memperlebar jalan. • Kita mesti memperlahan suara ketika berada di hospital. ter- terhidu, tertelan, terhidang, terbuka, terbaring • Makanan telah terhidang di atas meja. • Bapa segera membuka tingkap apabila terhidu bau gas. se- setiap, seminggu, sehingga, setinggi, sedalam, sebaik • Kami akan melancong ke luar negara selama seminggu. • Saya berjoging pada setiap petang. ke- kelima, kekuda, kekasih, kesemua, ketua • Abang berasa kecewa kerana mendapat tempat kelima dalam pertandingan itu. • Kesemua pendatang tanpa izin itu telah ditangkap. awalan pasif di-, ter-, berdilihat, dilukis, terdaki, tersepak, berikat, berjahit, tertipu, dirotan, berbasuh • Gadis itu berasa tertipu apabila kekasihnya menghilangkan diri. • Ali tersepak batu lalu jatuh. • Beberapa orang murid dirotan oleh guru disiplin. • Baju di dalam besen itu belum berbasuh. RP BM Thn6 (1).indd 23 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 23 6/12/2024 2:22:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


24 Tatabahasa 3 Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang terletak di akhir kata dasar. Imbuhan Akhiran Contoh Contoh Ayat -an sapaan, lukisan, lompatan, larian, bacaan • Lompatan terakhirnya telah dapat memecahkan rekod kebangsaan. • Lukisan itu sangat cantik. -kan sepakkan, bacakan, tidurkan • Saya tidurkan adik pada setiap malam. • Tolong kemaskan bilik abang. -i lukai, garisi, sudahi • Saya sudahi nyanyian itu dengan ucapan terima kasih. • Tajuk karangan itu telah saya garisi. 4 Imbuhan apitan ialah imbuhan yang terletak di awal dan di akhir kata dasar. Imbuhan Apitan Contoh Contoh Ayat beR- ... -an berlarian, bertempiaran, bergayutan, berdekatan • Kera-kera di dalam hutan itu sedang bergayutan di pokok. • Rumah Alia berdekatan dengan rumah Baizura. beR- ... -kan berbekalkan, berdasar kan, berlandaskan, berserakan • Ibu bapa mesti mendidik anak-anak berlandaskan hukum agama. • Rumahnya berserakan kerana dimasuki pencuri. di- ... -kan, di- ... -i diadakan, dikatakan, diadili, dimarahi • Sungai itu dikatakan lubuk udang galah. • Pergaduhan antara kedua-dua orang pemuda itu diadili ketua kampung. diper- ... -kan, diper- ... -i diperlakukan, dipersetujui • Janganlah saya diperlakukan seperti ini. • Usul yang dikemukakan dalam mesyuarat itu telah dipersetujui sebulat suara. ke- ...-an keadilan, kebimbangan, ketahanan • Kami menanti kepulangan ayah dengan penuh kebimbangan. • Ketahanan fizikal dan mental penting untuk berjaya. meN- ... -kan, menjadikan, membersihkan, memberikan, meleraikan • Ibu sedang membersihkan halaman rumah. • Penyanyi popular itu memberikan senyuman manis kepada peminatnya. meN- ... -i menghadiahi, meliputi, menyetujui, melalui • Saya telah menghadiahi guru sekuntum bunga ros. • Kami terpaksa melalui pelbagai rintangan sebelum berjaya. RP BM Thn6 (1).indd 24 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 24 6/12/2024 2:22:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


25 TatabahasaImbuhan Apitan Contoh Contoh Ayat mempeR- ... -kan memperkenalkan, memper katakan, mempertemukan • Pegawai itu memperkenalkan dirinya sebelum menyampaikan ceramah. • Mereka asyik memperkatakan hal jiran sebelah. mempeR- ... -i mempersetujui, memperingati • Kedua-dua belah pihak mempersetujui tarikh yang ditetapkan. • Tugu negara dibina untuk memperingati jasa perwira negara. peR- ... -an perbualan, percaturan, peradaban, perhiasan • Perbualan pemuda-pemuda itu diselangseli dengan gelak ketawa. • Perhiasan yang terdapat di rumah itu mahal-mahal belaka. PeN- ... -an penipuan, pembelaan, pengebumian • Kad perakam masa dapat mencegah penipuan. • Pengebumian semua mangsa kemalangan itu telah disiarkan secara langsung oleh sebuah syarikat televisyen. Praktis Formatif Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang betul. 1 Kebersihan sangat (keutamaan, diutamakan) dalam kehidupan kita. 2 Kita hendaklah (kunyahan, mengunyah) makanan sehingga hancur sebelum menelannya. 3 Zahirah (mengangankan, berangan) untuk menjadi seorang pramugari. 4 Bakatnya dalam bidang lukisan (terserlah, serlahan) ketika menyertai pertandingan melukis. 5 Melakukan pekerjaan seperti berkebun dapat (mengeluarkan, terkeluar) peluh. 6 Buah manggis dan buah durian mempunyai rasa yang (melainkan, berlainan) walaupun kedua-duanya tumbuh bersebelahan. RP BM Thn6 (1).indd 25 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 25 6/12/2024 2:22:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


26 Tatabahasa Imbuhan Pinjaman 1 Imbuhan pinjaman digunakan untuk membentuk kata nama. 2 Imbuhan pinjaman hadir pada awal atau akhir kata. Imbuhan Pinjaman Contoh Contoh Ayat -man budiman, seniman Filem-filem arahan seniman Tan Sri P. Ramlee masih lagi diminati hingga hari ini. -wan olahragawan, wartawan Para wartawan sedang sibuk menemu bual ahli perniagaan yang terkenal itu. -wati olahragawati, peragawati Peragawati itu sedang menggayakan pakaian tradisional di atas pentas. -nita biduanita, usahanita Biduanita Saloma masih dikenali oleh generasi sekarang. pra- prabayar, prasejarah Kad telefon prabayar mudah diperoleh di manamana sahaja. tata- tatabahasa, tatacara, tataetika, tatabudaya Murid-murid perlu menguasai aspek tatabahasa bagi membina ayat. juru- jurujual, juruterbang Ayah bekerja sebagai juruterbang di Syarikat Penerbangan Malaysia sejak 10 tahun yang lalu. maha- mahaguru, maharaja Maharaja yang zalim itu akhirnya telah digulingkan oleh rakyat. Praktis Formatif Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan imbuhan pinjaman yang sesuai. tatasusila angkasawan Jurusolek sejarawan seniman 1 sedang menyolek pelakon popular di bilik persalinan. 2 Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih lagi disanjung sebagai seorang yang tiada tolok bandingnya. 3 Tokoh telah dipanggil untuk mengesahkan penemuan beberapa buah tembikar lama di Melaka. 4 Perdana Menteri menyeru rakyat menjaga agar dapat hidup dengan harmoni. 5 Azif bercita-cita untuk menjadi apabila dewasa kelak kerana minatnya terhadap sains angkasa. RP BM Thn6 (1).indd 26 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 26 6/12/2024 2:22:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


27 Tatabahasa Penggandaan 1 Penggandaan ialah proses menggandakan kata dasar. 2 Terdapat empat jenis kata ganda, iaitu: (a) kata ganda penuh; (b) kata ganda separa; (c) kata ganda berentak; (d) kata ganda berimbuhan. Kata Ganda Penuh 1 Kata ganda penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada berimbuhan ataupun tidak. 2 Kata dasar yang digandakan boleh terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata majmuk dan imbuhan. 3 Kata ganda penuh membawa maksud jamak atau banyak dan menguatkan keterangan. Kata nama buku-buku, kasut-kasut, ikan-ikan Kata kerja jalan-jalan, makan-makan, baring-baring Kata adjektif cantik-cantik, besar-besar, kuat-kuat Kata majmuk guru-guru besar, suruhanjaya-suruhanjaya, kertas-kertas kerja Kata Ganda Separa 1 Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk dengan menghilangkan sebahagian kata ganda seluruh, iaitu kata tunggal dan kata terbitan. 2 Kata yang digandakan boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. langit → la-langit → lelangit pohon → po-pohon → pepohon rambut → ra-rambut → rerambut 3 Contoh ayat: (a) Ayah memotong rerumput yang panjang di belakang rumah. (b) Jejari basikal Adi bengkok kerana dia terlanggar batu. (c) Di dalam kolam itu ada beberapa ekor lelabi. Kata Ganda Berentak 1 Kata ganda berentak ialah kata yang mengalami persamaan bunyi sama ada di pangkal, di tengah atau di hujung. gunung-ganang, kuih-muih, kumat-kamit, huru-hara, mandi-manda, lintang-pukang 2 Kata ganda berentak terbahagi kepada tiga, iaitu: (a) pengulangan vokal: kuih-muih, cirit-birit, lauk-pauk (b) pengulangan konsonan: gunung-ganang, tanah-tanih, kayu-kayan (c) pengulangan bebas: saudara-mara, kusut-masai, lintang-pukang 3 Contoh ayat: (a) Beberapa orang murid di sekolah itu dimasukkan ke hospital kerana cirit-birit. (b) Penduduk kampung tidak senang hati kerana ada desas-desus tentang pembinaan kilang di kampung mereka. (c) Datuk Bakri pulang ke kampung untuk berjumpa dengan saudara-mara beliau. RP BM Thn6 (1).indd 27 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 27 6/12/2024 2:22:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


28 Tatabahasa Kata Ganda Berimbuhan 1 Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang diberikan imbuhan. 2 Imbuhan pada kata ganda boleh digunakan sebagai awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Awalan berjalan-jalan, berbual-bual, menari-nari, melompat-lompat, terjengukjenguk, tersipu-sipu Akhiran tanam-tanaman, sayur-sayuran, bunga-bungaan, ubat-ubatan, suratsuratan, mati-matian Apitan bermati-matian, berlari-larian, keputih-putihan, bertolak-tolakan Sisipan tali-temali, jari-jemari Praktis Formatif Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata ganda yang sesuai. lintang-pukang jari-jemari besar-besaran lauk-pauk ampai-ampai selok-belok kekuda bersalam-salaman 1 Pak Ngah Leman mengetam papan di atas sebuah . 2 Majlis perkahwinan anak tunggal mereka diadakan secara . 3 Peserta ekspedisi itu sesat kerana mereka tidak tahu jalan di situ. 4 Salina tersenyum apabila ibunya memuji akan keenakan yang dimasaknya. 5 Sebelum pulang, semua peserta bengkel penulisan itu . 6 Hartono menjadi kasar sejak bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan itu. 7 Zuri dibawa ke hospital oleh orang ramai kerana disengat oleh semasa berenang di laut. 8 Pencuri itu lari apabila dikejar oleh anggota polis. RP BM Thn6 (1).indd 28 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 28 6/12/2024 2:22:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


29 Tatabahasa Pemajmukan 1 Pemajmukan ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua atau lebih kata dasar. 2 Kata majmuk mempunyai maksud tertentu dan dieja secara terpisah tetapi bertindak sebagai satu unit. 3 Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. 4 Kata majmuk boleh digolongkan kepada beberapa jenis seperti yang berikut: Kata Majmuk Contoh Rangkai kata bebas lampu isyarat, rumah tumpangan, meja tulis, guru besar, kapal terbang, tengah hari, perahu layar, jalan raya, air terjun Istilah khusus lut sinar, segi tiga, pita suara, mata pelajaran, telefon bimbit Kiasan cari jalan, buah hati, habis akal, nyawa ikan, makan angin, banyak mulut, bulan madu 5 Walaupun kata majmuk dieja secara terpisah, namun terdapat kata majmuk yang dieja secara rapat seperti yang berikut: sukarela, kakitangan, pesuruhjaya, setiausaha, jawatankuasa, warganegara, bumiputera, tanggungjawab, matahari, antarabangsa, suruhanjaya, kerjasama, beritahu, tandatangan, olahraga, peribadi, dukacita, janakuasa 6 Contoh ayat: (a) Mereka menyerbu penyanyi popular itu untuk mendapatkan tandatangan. (b) Kebanyakan remaja bermasalah disebabkan ibu bapa mereka bersikap lepas tangan. (c) Hanya warganegara Malaysia yang diberi keutamaan untuk bekerja di syarikat itu. (d) Doktor Laila menasihati pesakitnya agar minum air masak yang secukupnya. (e) Kementerian Pendidikan Malaysia masih meneruskan usaha untuk mengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan murid sekolah. Praktis Formatif Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata majmuk yang sesuai. mata pelajaran buku rujukan air terjun tudung saji mesin jahit papan kenyataan 1 Mereka sedang berkelah di kawasan . 2 yang digunakan oleh Puan Ani telah menjangkau puluhan tahun. 3 Sains dan Matematik akan diajar oleh Cikgu Sabri. 4 Cikgu Hani menampal jadual waktu kelas pada di hadapan kelas. 5 Ibu menggunakan untuk menutup makanan supaya tidak dihinggapi lalat. 6 Terdapat pelbagai dijual di Pesta Buku Antarabangsa. RP BM Thn6 (1).indd 29 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 29 6/12/2024 2:22:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


30 Tatabahasa Pembentukan Ayat Ayat Aktif dan Ayat Pasif 1 Ayat aktif ialah ayat yang mempunyai kata kerja berawalan meN-. Contoh: Alif membaca buku. Syuhada menyapu sampah. 2 Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. 3 Ayat pasif terbentuk daripada ayat aktif transitif. 4 Ayat pasif terbahagi kepada tiga, iaitu: (a) ayat pasif diri pertama (i) Kata kerja tidak berawalan meN- dan didahului kata ganti nama diri pertama seperti aku, saya, kami. (ii) Contoh: Buku itu saya baca. Kata ganti nama diri pertama Kata kerja saya baca (b) ayat pasif diri kedua (i) Kata kerja tidak mempunyai awalan meN- dan didahului kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, engkau (ii) Contoh: Kek itu belum kamu makan lagi. Kata ganti nama diri kedua Kata kerja kamu makan (c) ayat pasif diri ketiga (i) Kata kerja berawalan di- serta diikuti kata sendi oleh dan kata ganti nama diri ketiga seperti -nya, ia, dia, mereka, beliau (ii) Contoh: Buku itu dibaca olehnya. Kata kerja Kata sendi Kata ganti nama diri ketiga dibaca oleh -nya 5 Contoh ayat: Ayat Aktif Ayat Pasif 1 Ayah sedang menjala ikan di sungai. 1 Ikan sedang dijala oleh ayah di sungai. 2 Ibu menidurkan adik di dalam bilik. 2 Adik ditidurkan oleh ibu di dalam bilik. 3 Mereka sedang menyaksikan persembahan teater. 3 Persembahan teater sedang disaksikan oleh mereka. 4 Wak Karman mengayuh becanya dengan perlahan-lahan. 4 Beca itu dikayuh oleh Wak Karman dengan perlahan-lahan. RP BM Thn6 (1).indd 30 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 30 6/12/2024 2:22:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


31 TatabahasaPraktis Formatif A Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif. 1 Buku cerita itu dibeli oleh kakak. 2 Ikan telah disiang oleh ibu. 3 Semua penumpang sedang diperiksa oleh pihak kastam. 4 Ruang pejabatnya sedang dibersihkan oleh beberapa orang pekerja. 5 Kepakaran Shauki dalam bidang komputer dipuji oleh guru-guru. B Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif. 1 Kakak sedang menyidai pakaian. 2 Seorang anggota polis trafik sedang mengawal lalu lintas. 3 Liana menggiling cili itu sehingga lumat. 4 Ibu menanam pokok bunga itu di dalam pasu. 5 Jururawat memanggil nama pesakit itu. RP BM Thn6 (1).indd 31 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 31 6/12/2024 2:22:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Click to View FlipBook Version