32 Tatabahasa Kosa Kata Kata Banyak Makna 1 Kata banyak makna bermaksud satu perkataan itu mempunyai pelbagai maksud. 2 Berikut ialah beberapa contoh kata banyak makna dan penggunaannya: Kata Penggunaan Contoh Ayat Alamat (a) sesuatu yang dianggap sebagai tanda kejadian baik atau buruk akan berlaku (b) butir keterangan tentang rumah, nama jalan dan sebagainya (c) menerangkan sesuatu keadaan (a) Mimpinya malam tadi memberi alamat sesuatu yang tidak baik akan berlaku. (b) Fahmi menulis alamat rumah kawannya pada sampul surat itu. (c) Ayam berkokok alamat hari hendak siang. Angkat (a) menaikkan ke atas (b) menaikkan seseorang seperti anak sendiri (a) Baju di ampaian telah saya angkat. (b) Puan Fatimah telah mengambil seorang anak angkat. Besar (a) tidak kecil (b) penting atau berpengaruh (c) sudah dewasa (d) banyak (a) Rumah baharu Encik Wong lebih besar daripada rumah lamanya. (b) Encik Ishak menjawat jawatan besar di syarikat itu. (c) Anak-anak Puan Noni sudah besar. (d) Syarikat itu mendapat keuntungan yang besar pada tahun ini. Cerah (a) terang (b) tidak hitam (a) Walaupun hari telah cerah, namun Zaki masih nyenyak tidur. (b) Kulit kakak semakin cerah sejak menggunakan kosmetik tradisional. daki (a) kotoran pada badan (b) perbuatan memanjat (a) Adik menggosok badannya dengan sabun untuk membuang daki. (b) Gunung yang tinggi dapat kami daki, inikan pula bukit. dingin (a) tidak panas (b) tidak meriah (c) tidak mesra atau tidak mengambil berat (a) Cuaca di Bukit Fraser sungguh dingin. (b) Sambutan hari lahir Izyana pada kali ini amat dingin. (c) Hubungan mereka dingin sejak kemunculan orang ketiga. faedah (a) manfaat (b) bayaran yang dikenakan atas pinjaman (a) Kita mendapat banyak faedah apabila beriadah bersama-sama keluarga. (b) Pemegang kad kredit akan dikenakan faedah atas setiap penggunaan. RP BM Thn6 (1).indd 32 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 32 6/12/2024 2:22:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
33 TatabahasaKata Penggunaan Contoh Ayat hampa (a) kosong atau tidak berisi (b) kecewa (c) tidak berhasil, gagal, sia-sia (a) Padi yang hampa telah diasingkan dan dibuang oleh nenek. (b) Fakhrul berasa hampa kerana gagal dalam temuduga itu. (c) Kita akan hampa jika berkawan dengan orang yang tidak berilmu. hanyut (a) dibawa mengalir oleh air (b) asyik, terlalu khayal atau menggelamun (a) Perahunya yang hanyut semalam telah dijumpai di hilir sungai. (b) Penagih dadah yang sedang hanyut itu telah diberkas oleh polis. jalan (a) tempat lalu lintas (b) laluan (c) ikhtiar atau usaha (a) Pekerja itu sedang memperbaik jalan yang rosak. (b) Pelancong itu bertanyakan jalan ke Muzium Negara. (c) Mereka sedang mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu. jelas (a) terang atau tidak kabur (b) habis, selesai, beres (a) Pandangannya kurang jelas kerana kabus amat tebal. (b) Hutangnya kepada saya masih belum jelas. kanan (a) bahagian yang berlawanan dengan kiri (b) penting (a) Tangan kanan Azri terpaksa disimen oleh doktor. (b) Anaknya menjawat jawatan pegawai kanan dalam pasukan tentera. kemas (a) elok dan rapi (b) kuat, teguh atau erat (a) Bilik tidur telah saya kemas pagi tadi. (b) Pelukan adik yang kemas itu sukar dileraikan. kusut (a) tidak kemas (b) tidak teratur atau tenteram (a) Rambutnya kusut ditiup angin. (b) Fikirannya semakin kusut apabila tidak dapat menyelesaikan masalah keluarganya. lalu (a) berjalan atau melintas (b) perkara yang lepas (c) terus, hingga atau langsung (a) Diana membuka langkah seribu ketika lalu di kawasan yang sunyi itu. (b) Perkara yang lalu jangan dikenang. (c) Ibu mengambil sebilah pisau lalu memotong sayur. lebur (a) menjadi cair (b) musnah atau rosak (a) Besi yang lebur dituang ke dalam acuan. (b) Lebur hatinya apabila kekasihnya curang. pahit (a) rasa seperti hempedu (b) perkara yang sukar ditanggung atau diterima (a) Kopi itu terlalu pahit kerana tidak dibubuh gula. (b) Mereka terpaksa menerima berita itu dengan hati yang terbuka walaupun pahit. RP BM Thn6 (1).indd 33 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 33 6/12/2024 2:22:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
34 Tatabahasa Kata Penggunaan Contoh Ayat rendang (a) lauk yang dibuat daripada daging dan lain-lain yang menggunakan rempah (b) rendah dan banyak daun serta dahan (a) Ibu memasak rendang daging sebagai juadah hari raya. (b) Pokok rambutan di belakang rumah Erna sungguh rendang. sesak (a) susah bernafas (b) tidak lapang (a) Datuk dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas. (b) Kedai makan itu sesak dengan pengunjung terutamanya pada waktu tengah hari. tawar (a) tidak berasa apa-apa (b) hilang minat atau tidak gembira (a) Air suam tawar rasanya. (b) Saya telah tawar hati untuk berkawan dengannya. Praktis Formatif Bina ayat daripada kata banyak makna yang diberikan. 1 alamat (a) (b) 2 dalam (a) (b) 3 cabang (a) (b) 4 bekas (a) (b) 5 rendang (a) (b) RP BM Thn6 (1).indd 34 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 34 6/12/2024 2:22:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
35 Tatabahasa Kata Hampir Sama Makna 1 Kata hampir sama makna merupakan kata yang hampir sama dari segi maksud dan tujuan. 2 Kata hampir sama makna berbeza dari segi maksud ayat. Kata Penggunaan Contoh Ayat (a) besar (b) lebar (c) luas (d) longgar (a) tidak kecil ukurannya (b) ukuran lintang sesuatu bidang (c) lapang atau tidak sempit (d) tidak sempit (pakaian) (a) Semua peserta angkat berat berbadan besar. (b) Permaidani yang baharu itu sangat lebar. (c) Padang yang baru dibina itu sangat luas. (d) Seluar yang baru dibelinya sangat longgar. (a) beku (b) kaku (c) kejur (d) tegang (a) sesuatu yang menjadi kental atau keras (b) tidak boleh dilentur atau kejang (c) keras dan kaku (mayat), tegak dan keras (rambut) (d) keras dan liat (a) Agar-agar yang dimasak oleh emak beku setelah dibiarkan beberapa minit. (b) Mayat yang dijumpai itu sudah kaku. (c) Rambut pemuda itu kejur setelah disapu dengan minyak. (d) Wayar elektrik menjadi tegang pada waktu malam atau cuaca dingin. (a) basi (b) busuk (c) hangit (d) tengik (a) makanan yang sudah tercemar atau dibiarkan terlalu lama (b) berbau tidak sedap (c) makanan yang dimasak terlalu lama sehingga hangus (d) benda yang sudah berbau dan berasa tidak sedap (a) Kari ayam itu basi kerana tidak dipanaskan semalam. (b) Bilik saya berbau busuk kerana terdapat seekor bangkai tikus. (c) Sambal udang yang dimasak oleh ibu hangit kerana dia terlupa menutup api. (d) Minyak masak yang tersorok di belakang dapur sudah berbau tengik. (a) bengkok (b) bongkok (c) condong (d) serong (a) tidak lurus; berkelukkeluk; berliku-liku (b) melengkung ke depan; tidak lurus (c) tidak sama rata letaknya; senget; miring (d) tidak tepat atau lurus (a) Tiang elektrik itu bengkok selepas dilanggar oleh sebuah kereta. (b) Orang tua yang bongkok itu berjalan perlahan-lahan. (c) Pokok kelapa yang condong itu seakan-akan hendak tumbang sahaja. (d) Papan yang dipotong itu serong kerana tidak menggunakan sesiku. RP BM Thn6 (1).indd 35 03/12/2024 8:06 AM Tatabahasa 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 35 6/12/2024 2:22:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
101 Jawapan Topik 1: Tatabahasa Golongan Kata Kata Nama Praktis Formatif A 1 Negeri Perak 2 Cikgu Farhana 3 Selat Melaka 4 Bangunan Daya Bumi 5 Jalan Persekutuan 6 Jalur Gemilang (Mana-mana jawapan yang sesuai diterima) B 1 kasut 2 negara 3 selat 4 televisyen 5 kereta 6 kucing (Mana-mana jawapan yang sesuai diterima) Kata Ganti Nama Praktis Formatif 1 Beliau 2 kamu 3 Mereka 4 Baginda 5 dia 6 itu 7 ini 8 saya 9 Kami 10 Beta Kata Kerja Praktis Formatif A 1 melayari 2 menggeletek 3 menaiki 4 dikoyakkan 5 menggeliat 6 membersihkan 7 menyiram 8 dicuci 9 menulis 10 tertelan B 1 tidur; beralaskan 2 menetap 3 termuntah 4 berbincang 5 terjatuh 6 menjadi 7 menguning 8 berlari Jawapan 9 berlatih 10 mandi Kata Adjektif Praktis Formatif 1 garang 2 tumpul 3 gembira 4 rajin; telus 5 merdu; biru Kata Hubung Praktis Formatif 1 tetapi 2 atau 3 lalu 4 kerana 5 sambil 6 apabila 7 manakala Kata Seru Praktis Formatif 1 Nah 2 Wah 3 Aduh 4 Syabas 5 Aduhai 6 Hai 7 Wah 8 Amboi Kata Tanya Praktis Formatif 1 Mengapa 2 Bila 3 Siapa 4 mana 5 Bagaimana 6 mengapa 7 bila 8 siapa Kata Perintah Praktis Formatif 1 Tolong 2 Jemput 3 Harap 4 Usah 5 Jangan 6 Jangan 7 Sila RP BM Thn6 (Jaw).indd 101 03/12/2024 8:08 AM 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 101 6/12/2024 2:22:17 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
102 Jawapan 8 Tolong 9 Jemput 10 Usah Kata Penegas Praktis Formatif 1 Hanya 2 lah 3 tah 4 kah 5 juga Kata Pemeri Praktis Formatif 1 adalah 2 ialah 3 adalah 4 ialah Kata Sendi Nama Praktis Formatif 1 oleh 2 pada 3 di 4 dengan 5 dari 6 kepada 7 hingga 8 daripada Kata Arah Praktis Formatif A 1 atas 2 hujung 3 seberang 4 dalam 5 celah 6 pinggir 7 belakang 8 antara 9 sisi 10 luar B 1 bawah 2 hujung 3 belakang 4 selekoh 5 tengah Kata Bilangan Praktis Formatif 1 dua ratus; setiap 2 Pelbagai 3 enam puluh empat 4 pertama 5 Semua Penjodoh Bilangan Praktis Formatif 1 ulas 2 ekor 3 bilah 4 bungkus; potong 5 batang 6 kaki 7 gumpal 8 bidang Penanda Wacana Praktis Formatif 1 Kemudian 2 Lebih-lebih lagi 3 Selepas itu 4 Oleh sebab itu 5 Jadi Bahasa Istana Praktis Formatif 1 baginda 2 bersiram 3 balairung 4 beradu 5 ampun 6 berangkat Pembentukan Kata Pengimbuhan Praktis Formatif 1 diutamakan 2 mengunyah 3 berangan 4 terserlah 5 mengeluarkan 6 berlainan Imbuhan Pinjaman Praktis Formatif 1 Jurusolek 2 seniman 3 sejarawan 4 tatasusila 5 angkasawan Penggandaan Praktis Formatif 1 kekuda 2 besar-besaran 3 selok-belok 4 lauk-pauk 5 bersalam-salaman 6 Jari-jemari 7 ampai-ampai 8 lintang-pukang Pemajmukan Praktis Formatif 1 air terjun 2 Mesin jahit 3 Mata pelajaran 4 papan kenyataan 5 tudung saji 6 buku rujukan RP BM Thn6 (Jaw).indd 102 03/12/2024 8:08 AM Jawapan 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 102 6/12/2024 2:22:17 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
103 JawapanPembentukan Ayat Ayat Aktif dan Ayat Pasif Praktis Formatif A 1 Kakak membeli buku cerita itu. 2 Ibu telah menyiang ikan. 3 Pihak kastam sedang memeriksa semua penumpang. 4 Beberapa orang pekerja sedang membersihkan ruang pejabatnya. 5 Guru-guru memuji kepakaran Shauki dalam bidang komputer. B 1 Pakaian sedang disidai oleh kakak. 2 Lalu lintas sedang dikawal oleh seorang anggota polis trafik. 3 Cili itu digiling oleh Liana sehingga lumat. 4 Pokok bunga itu ditanam oleh ibu di dalam pasu. 5 Nama pesakit itu dipanggil oleh jururawat. Kosa Kata Kata Banyak Makna Praktis Formatif 1 (a) Cuaca mendung sejak pagi alamat hari hendak hujan. (b) Fahmi mencari rumah kawannya berdasarkan alamat yang diberikan. 2 (a) Perigi di belakang rumah usang itu sangat dalam. (b) Kumari menyimpan buku itu di dalam laci meja tulisnya. 3 (a) Encik Man memotong cabang pokok mangga yang mengenai bumbung rumahnya. (b) Sungai di hujung kampung itu mempunyai banyak cabang. 4 (a) Penduduk kampung gempar apabila mereka menemukan bekas tapak kaki harimau. (b) Ibu menyimpan biskut itu di dalam bekas kedap udara. 5 (a) Mereka sedang berteduh di bawah pokok rambutan yang rendang. (b) Puan Shima memasak rendang daging sebagai juadah hari raya. (Mana-mana jawapan yang sesuai diterima) Kata Hampir Sama Makna Praktis Formatif 1 melihat 2 menyemak 3 menonton 4 meneliti 5 mengintai Sinonim Praktis Formatif 1 hilang; lesap 2 maksud; makna 3 kuat; perkasa 4 lembut; gebu 5 bakhil; lokek 6 susah; sukar 7 periksa; siasat 8 sesuai; cocok 9 sangsi; waswas 10 cuai; leka Antonim Praktis Formatif 1 tetap 2 rajin 3 turun 4 sempit 5 kawan 6 bebas 7 ketat 8 keji 9 gelap 10 ringan Kesalahan Umum Tatabahasa Praktis Formatif 1 “Bawa anakanda beta masuk menghadap,” titah sultan. 2 Kami akan pergi ke pasar tani pada pagi esok. 3 Pak Mat tidak dapat menangkap ikan kerana angin sangat kencang. 4 Encik Shan menunggang motosikalnya dengan berhati-hati semasa hujan turun. 5 Pelbagai acara diadakan di Putrajaya bersempena dengan tahun melawat Malaysia. 6 Pasu yang dibeli oleh kakak sangat cantik. Pasu itu dibuat oleh seorang pakar. 7 Kebanyakan murid tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa. Pentaksiran Sumatif Praktis 1 Golongan Kata 1 D 2 A 3 A 4 C 5 D 6 B 7 A 8 C 9 C 10 B Praktis 2 Ayat yang Betul 1 D 2 B 3 B 4 B 5 C 6 A 7 C 8 D 9 B 10 C 11 B 12 B 13 C 14 C 15 C Topik 2: Pemahaman Petikan Petikan Teks Tunggal Pentaksiran Sumatif Praktis 1 1 C 2 D 3 C Praktis 2 1 D 2 B 3 D Petikan 3 1 B 2 D 3 D Petikan 4 1 D 2 D 3 B Petikan 5 1 B 2 C 3 D RP BM Thn6 (Jaw).indd 103 03/12/2024 8:08 AM Jawapan 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 103 6/12/2024 2:22:17 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
104 Jawapan Petikan Teks Pelbagai Pentaksiran Sumatif Praktis 1 1 A 2 B 3 B 4 D Praktis 2 1 B 2 D 3 D 4 D Praktis 3 1 B 2 D 3 B 4 B Praktis 4 1 B 2 D 3 B 4 B Praktis 5 1 A 2 B 3 D 4 D Topik 3: Pemahaman (Teks/Grafik) Tatabahasa dan Pemahaman Petikan Pentaksiran Sumatif Praktis 1 1 (a) ... Taman Melati. (b) Usia anak Encik Zaki dan Puan Ainun ialah 12 tahun. (c) Yana seorang murid yang bijak dan tekun. (d) Oleh sebab mempunyai anak yang pintar, Encik Zaki dan isterinya berasa bangga. BETUL Anaknya berasa bangga kerana Encik Zaki dan isterinya yang pintar. 2 Sekiranya saya sebagai Darwish, saya akan memberikan salam lalu masuk ke kelas. Kemudian, saya akan meminta maaf kepada guru tersebut dan saya akan menceritakan perkara sebenar kepada guru itu. Akhir sekali, saya berjanji tidak akan datang lewat lagi pada masa hadapan. Praktis 2 1 (a) ... Cikgu Kamarudin. (b) Ah Mei tidak hadir ke kelas tambahan kerana dia sakit perut. (c) Dia telah pergi ke klinik bersama-sama ayahnya. (d) Pada pukul 4:00 petang, Cikgu Kamarudin akan bertolak ke rumah mereka. Pada pukul 4:00 petang, mereka akan bertolak ke rumah Cikgu Kamarudin. BETUL 2 Pada pendapat saya, Wahida akan membawa rakannya ke bilik kesihatan untuk berehat. Kemudian, dia akan melaporkan tentang keadaan rakannya kepada guru kelas. Jika dia hendak makan, dia akan membantu membeli makanan di kantin. Kesimpulannya, kita perlu membantu rakan kita. Praktis 3 1 (a) ... nelayan. (b) Mak Saliha bercucuk tanam di sekeliling rumah mereka. (c) Kadang-kadang Mak Saliha akan menjual sayur-sayuran tersebut di pasar tani. (d) Pak Rasyid akan menunggu kepulangan Mak Saliha di tepi pantai pada sebelah petang. Mak Saliha akan menunggu kepulangan Pak Rasyid di tepi pantai pada sebelah petang. BETUL 2 Pada pendapat saya, Habib boleh menegur murid tersebut. Dia boleh menasihati murid tersebut agar membuang sampah ke dalam tong sampah. Seterusnya, dia perlu melaporkan kejadian tersebut kepada guru bertugas. Kesimpulannya, kita perlu membuang sampah ke dalam tong sampah. Praktis 4 1 (a) ... taman permainan kanak-kanak. (b) Tugas Nina dan Swee Lan ialah menyapu daun-daun kering yang berguguran di kawasan taman itu. (c) Devi dan ibunya menanam pokok-pokok bunga supaya kawasan itu lebih cantik dan ceria. (d) Sebelum pulang, para penduduk menikmati makan tengah hari yang disediakan oleh mereka. Mereka menikmati makan tengah hari yang disediakan oleh para penduduk sebelum pulang. BETUL 2 Pada pendapat saya, Syed perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh dan belajar dengan tekun. Selain itu, dia perlu sentiasa fokus semasa guru mengajar di dalam kelas. Sekiranya dia tidak memahami tentang sesuatu topik, dia perlu bertanya kepada guru dengan segera. Di samping itu, dia harus sentiasa berdisiplin untuk berjaya. Kesimpulannya, kita perlu berusaha untuk menjadi murid yang cemerlang. RP BM Thn6 (Jaw).indd 104 03/12/2024 8:08 AM Jawapan 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 104 6/12/2024 2:22:17 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
105 JawapanPraktis 5 1 (a) ... berkelah. (b) Hadi lebih suka berkelah di tepi pantai kerana mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti di tepi pantai. (c) Hadi sangat teruja dan tidak sabar untuk bercuti bersama-sama dengan keluarganya. (d) Ayah dipilih berkelah di tepi pantai. Berkelah di tepi pantai pilihan ayah. BETUL 2 Pada pendapat saya, Adam boleh meminta ibunya menyediakan bekal untuk dibawa ke sekolah. Selain itu, Adam boleh membawa air kosong dari rumah jika dia kehausan di sekolah. Dengan cara ini, Adam tidak perlu menggunakan wang sakunya. Jadi, wang sakunya boleh disimpan di dalam tabung. Kesimpulannya, kita dapat berjimat cermat dengan pelbagai cara. Praktis 6 1 (a) ... kampung (b) Keluarga Atiqah singgah di tepi jalan untuk membeli buah tangan buat datuk dan nenek. (c) Atiqah sudah tidak sabar hendak bertemu dengan mereka. (d) Perjalanan ke Kuala Lumpur dan ke kampung mengambil masa selama lapan jam. Mengambil masa selama lapan jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke kampung. BETUL 2 Pada pendapat saya, Zarif boleh menggunakan duit simpanannya itu untuk membeli barangan persekolahan. Selain itu, dia boleh menyimpan duit simpanannya di dalam bank untuk kegunaan pada masa hadapan. Kesimpulannya, kita perlu menggunakan duit simpanan dengan bijak. Topik 4: Penulisan Perenggan Pentaksiran Sumatif Praktis 1 Kita perlu menunggang basikal dengan selamat. Antara caranya ialah kita perlu memakai topi keledar semasa menunggang basikal. Selain itu, kita harus memakai pad siku dan lutut untuk melindungi anggota badan sekiranya kita terjatuh ketika menunggang basikal. Di samping itu, kita perlu memastikan brek dan lampu basikal sentiasa berfungsi dengan baik. Kesimpulannya, tungganglah basikal dengan selamat untuk mengelakkan kemalangan berlaku. Praktis 2 Semua murid ingin menjadi murid yang cemerlang. Antara cara menjadi murid yang cemerlang ialah kita perlu sentiasa rajin mengulang kaji pelajaran. Selain itu, kita harus sentiasa fokus semasa guru mengajar di dalam kelas. Di samping itu, kita perlu sentiasa menjaga kesihatan agar badan kita cergas di samping minda kita cerdas. Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menjadi murid yang cemerlang. Praktis 3 Ibu bapa perlu sentiasa dihormati. Antara cara menghormati ibu bapa ialah kita perlu sentiasa membantu mereka membuat kerja rumah seperti menyapu sampah, mengelap meja, membersihkan halaman dan sebagainya. Selain itu, kita perlu bersalam-salaman dengan mereka sebelum keluar rumah atau ke sekolah. Di samping itu, kita mesti sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita. Kesimpulannya, ibu bapa perlu sentiasa dihormati agar hidup kita sentiasa dirahmati. Praktis 4 Aktiviti bercuti bersama-sama keluarga mempunyai banyak kebaikan. Antara kebaikannya ialah kita dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah bersama dengan keluarga. Di samping itu, kita boleh mengurangkan stres setelah kita penat belajar dan ibu bapa kita penat bekerja. Kesimpulannya, kita perlu bercuti bersama dengan keluarga agar kita dapat memanfaatkan masa yang berharga bersama-sama keluarga. Praktis 5 Masyarakat kita sering mengadakan rumah terbuka sempena perayaan. Antara kebaikan mengunjungi rumah terbuka ialah kita dapat mengeratkan hubungan tanpa mengira kaum dan agama. Selain itu, kita dapat mengenali budaya sesuatu kaum yang menyambut perayaan tersebut. Di samping itu, kita dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Kesimpulannya, kita perlu mengunjungi rumah terbuka perayaan jika ada kesempatan. Topik 5: Penulisan Karangan Pentaksiran Sumatif Praktis 1 Pendahuluan Menyertai perkhemahan pengakap – dua hari satu malam – disertai oleh 45 orang ahli pengakap dan lima orang guru pengiring Isi-isi penting 1 Pukul 7:30 pagi bertolak ke tapak perkhemahan dengan menaiki bas – tiba di tapak perkhemahan RP BM Thn6 (Jaw).indd 105 03/12/2024 8:08 AM Jawapan 1-108_bahasa melayu_T6_MASTER 213X148.indd 105 6/12/2024 2:22:17 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD