The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2023-11-05 20:47:53

Kuasai PBD_Bhs Melayu_T4 (buku A)

Kuasai PBD_Bhs Melayu_T4 (buku A)

xvii Hari: Tarikh: Aktiviti Pembelɑjɑrɑn Abɑd ke-21 Aktiviti 1 Jalan Galeri (Gallery Walk) Tugasan: 1 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2 Wakil murid setiap kumpulan tampil ke hadapan kelas untuk mengambil satu sampul. 3 Setiap kumpulan akan menerima kad tugasan yang berbeza berdasarkan kandungan yang terdapat dalam sampul, iaitu: (a) Kata Ganti Diri Pertama (b) Kata Ganti Diri Kedua (c) Kata Ganti Diri Ketiga (d) Kata Ganti Nama Tunjuk 4 Murid diminta untuk berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk membina ayat bagi setiap kata ganti nama dan kata ganti nama tunjuk. 5 Murid mencatat ayat dalam kertas sebak sebagai hasil tugasan. 6 Setiap kumpulan menampalkan hasil tugasan pada stesen yang ditentukan oleh guru. 7 Setiap kumpulan melantik seorang wakil untuk kekal di stesen bagi membentangkan hasil kerja kumpulan. 8 Setiap kumpulan akan bergerak ke setiap satu stesen yang lain untuk melihat hasil kerja kumpulan lain. 9 Setiap kumpulan akan bersoal jawab dengan pembentang di setiap stesen untuk bertanyakan soalan, berkongsi idea atau memberikan idea baharu. Cadangan Bahan Rangsangan Bina ayat dengan kata ganti diri pertama yang berikut: (a) saya (b) aku (c) kita (d) kami Bina ayat dengan kata ganti diri kedua yang berikut: (a) kamu (b) awak (c) kalian Bina ayat dengan kata ganti diri ketiga yang berikut: (a) mereka (b) dia (c) beliau (d) ia Bina ayat dengan kata ganti nama tunjuk umum berikut: (a) ini (b) itu Bina ayat dengan kata ganti nama tunjuk tempat yang berikut: (a) sini (b) situ (c) sana Sampul 1 Sampul 2 Sampul 3 Sampul 4 Kuasai PBD BM Aktiviti PAK-21 4th.indd 17 29/9/2023 3:49:18 PM


Hari: Tarikh: xviii Cadangan Jawapan Sampul 1 Ayat dengan kata ganti diri pertama: (a) Saya belajar di kelas Tahun Empat Platinum. (b) “Aku tidak akan berputus asa,” bisik Ikmal dalam hatinya. (c) “Kita mesti mematuhi peraturan sekolah,” kata Affan kepada rakan-rakannya. (d) Saya, Affan dan Ikmal pergi ke sekolah bersama-sama. Kami belajar di kelas yang sama. Sampul 2 Ayat dengan kata ganti diri kedua: (a) “Bilakah hari lahir kamu?” tanya Adam kepada Fahim. (b) “Siapakah yang duduk di sebelah awak di dalam kelas?” tanya Fahim kepada Adam. (c) “Harap kalian tidak gentar dengan pasukan lawan,” pesan Arif kepada rakan-rakannya. Sampul 3 Ayat dengan kata ganti diri ketiga: (a) Zharif, Hafiz dan Hairul berada di padang. Mereka sedang bermain bola sepak. (b) Arif murid kelas Tahun Empat Solar. Dia kawan baik saya. (c) Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim ialah Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. (d) Bayi lelaki itu menangis. Ia kelaparan. Sampul 4 Ayat dengan kata ganti nama tunjuk umum: (a) Ini pensel warna baharu saya. (b) Rumah yang baru siap dibina itu rumah Encik Zain. Ayat dengan kata ganti nama tunjuk tempat: (a) Saya berharap kamu akan tinggal di sini bersama-sama saya. (b) “Letakkan sahaja barang-barang kamu di situ,” pesan ibu kepada abang. (c) Kamu pasti akan merindui saya di sana nanti. Kuasai PBD BM Aktiviti PAK-21 4th.indd 18 29/9/2023 3:49:18 PM


Hari: Tarikh: xix Aktiviti 2 Meja Bulat (Round Table) Tugasan: 1 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2 Wakil murid setiap kumpulan tampil ke hadapan kelas untuk mengambil sehelai kertas sebak. 3 Setiap kumpulan membina sebuah rajah dalam kertas sebak yang diberikan. 4 Setiap kumpulan dikehendaki untuk berbincang berkenaan dengan panduan keselamatan jalan raya. 5 Setiap murid dalam kumpulan bergilir-gilir menulis satu isi berkenaan dengan tajuk yang dibincangkan. 6 Murid dalam kumpulan yang sama membantu rakan mereka yang mengalami masalah untuk menterjemahkan idea ke dalam ayat yang menarik dan mudah difahami. 7 Setiap murid dalam kumpulan membincangkan idea-idea yang telah ditulis untuk ditambah baik. 8 Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan. 9 Kumpulan lain akan menyemak hasil kerja untuk menambah baik jawapan masing-masing. Cadangan Bahan Rangsangan Panduan Keselamatan Jalan Raya Memakai tali pinggang keledar pada setiap masa. 1 Menggunakan laluan pejalan kaki apabila melintas jalan. 8 Menggunakan kerusi keselamatan untuk kanak-kanak. 7 Memakai topi keledar pada setiap masa. 2 Tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu. 6 Mematuhi had laju yang ditetapkan. 3 Tidak mengekori kenderaan lain terlalu rapat. 4 Memberikan isyarat apabila memotong kenderaan lain. 5 Kuasai PBD BM Aktiviti PAK-21 4th.indd 19 29/9/2023 3:49:18 PM


Hari: Tarikh: xx Aktiviti 3 Kerusi Panas (Hot Seat) Tugasan: 1 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2 Wakil murid setiap kumpulan tampil ke hadapan kelas untuk mengambil sehelai kertas sebak. 3 Setiap kumpulan membina sebuah peta buih dalam kertas sebak yang diberikan. 4 Setiap kumpulan memilih seorang tokoh daripada mana-mana bidang sama ada politik, agama, sukan, budaya dan lain-lain untuk dibincangkan. 5 Setiap kumpulan menyatakan seorang tokoh yang telah dipilih kepada kelas agar tidak berlaku persamaan dengan kumpulan lain. 6 Setiap kumpulan akan berbincang untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tokoh yang telah dipilih. 7 Setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil untuk duduk di kerusi di hadapan kelas untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh kumpulan lain kepadanya. 8 Kumpulan lain akan mencatat maklumat dalam peta minda. Cadangan Bahan Rangsangan Cadangan Soalan 1 Mengapakah kumpulan kamu memilih tokoh tersebut? 2 Apakah sikap yang boleh kita contohi daripada beliau? 3 Apakah kata-kata tokoh tersebut yang menjadi inspirasi kepada kamu? 4 Dimanakah kamu mula mengenali tokoh tersebut? 5 Pernahkah kamu bertemu dengan beliau? Di mana? 6 Sekiranya kamu diberikan peluang untuk bertemu dengannya, apakah soalan yang akan kamu kemukakan kepada beliau? Tokoh Negeri kelahiran Tarikh lahir Nama Keluarga Pendidikan Kejayaan Kuasai PBD BM Aktiviti PAK-21 4th.indd 20 29/9/2023 3:49:18 PM


Hari: Tarikh: xxi Aktiviti 4 Satu Tetap, Tiga Lilau (Three Stray, One Stay) Tugasan: 1 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2 Ketua kumpulan diminta untuk mengambil satu sampul. 3 Murid dikehendaki menyelesaikan tugasan yang terdapat di dalam sampul yang mengandungi gambar situasi tentang kebersihan. (a) Sampul 1 – Situasi di pasar malam (b) Sampul 2 – Situasi di padang bola 4 Guru memberikan arahan tugasan: Apakah tindakan yang perlu diambil apabila kamu menghadapi situasi berikut bagi memastikan kebersihan dan kesihatan diri terjamin? 5 Murid berbincang dan mencatat maklumat dalam kertas sebak sebagai hasil tugasan. 6 Hasil tugasan ditampalkan pada stesen yang disediakan. 7 Ketua kumpulan dikehendaki menunggu di stesen bagi menerangkan hasil kerja kumpulan. 8 Ahli yang lain akan bergerak dari satu stesen ke satu stesen yang lain untuk mendengar dan meneliti maklumat daripada kumpulan lain. Cadangan Bahan Rangsangan Cadangan Jawapan Sampul 1 Sampul 2 Sampul Tindakan Sampul 1 • Memakai topeng muka • Tidak membeli minuman yang tidak dimasak Sampul 2 • Membasuh baju selepas digunakan • Membersihkan badan dengan sabun ketika mandi selepas bermain bola Kuasai PBD BM Aktiviti PAK-21 4th.indd 21 29/9/2023 3:49:19 PM


xxii Modul Literɑsi dɑn Amɑli Sivik Tajuk Toleransi Standard Kandungan (SK)/Standard Pembelajaran (SP) 2.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan multimedia. 2.2.1 Membaca dan memahami bahan grafik daripada multimedia untuk membuat gambaran. Nilai Teras Sivik Hormat-menghormati Konteks Masyarakat Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat menyatakan amalan-amalan yang dapat memupuk sikap toleransi dalam masyarakat berserta manfaatnya. Menerangkan cara bersikap toleransi dalam masyarakat. Menunjukkan perasaan bersikap toleransi dalam masyarakat. Saling bekerjasama dan memahami antara satu sama lain. Aktiviti PAK-21 1 Saya lihat, Saya fikir dan Saya Bertanya (I See, I Think, I Wonder) 2 Fail Edar (Travelling File) Aktiviti 1 Murid berkongsi dengan rakan sekelas tentang pengalaman manis mereka berkawan dengan murid-murid yang berlainan kaum. 2 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan oleh guru. 3 Setiap kumpulan meneliti dan memahami gambar-gambar yang dibekalkan oleh guru. 4 Murid menyatakan amalan-amalan yang dapat memupuk toleransi masyarakat dalam gambar-gambar tersebut. 5 Setiap ahli dalam kumpulan mencatat manfaat yang diperoleh masyarakat daripada amalan-amalan tersebut. 6 Setiap ahli dalam kumpulan membaca jawapan masing-masing. Kemudian, jawapan-jawapan tersebut dibincangkan dan disunting untuk mengukuhkannya. 7 Seorang ahli dalam kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan masing-masing di hadapan kelas. Pengetahuan Sosioemosi Tindakan Hari: Tarikh: Kuasai PBD BM Modul Amali Sivik 4th.indd 22 26/9/2023 2:00:09 PM


xxiii Hari: Tarikh: Cadangan Bahan Rangsangan Gambar 1 Gambar 2 Gambar 4 Gambar 3 Gambar 5 Cadangan Jawapan Gambar Draf 1 Penganjuran majlis rumah terbuka Masyarakat berbilang bangsa dapat berkenal-kenalan dan beramah mesra dengan lebih dekat. 2 Gerobok rezeki Sumbangan dapat diberikan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira kaum. 3 Sambutan Hari Kebangsaan Menyemai sifat menghargai dalam jiwa setiap rakyat akan pengorbanan setiap kaum dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. 4 Aktiviti sukan dan rekreasi dalam komuniti Masyarakat bukan sahaja dapat bekerjasama dan bersatu padu dalam satu pasukan malah menjadi lebih sihat dan cergas. 5 Aktiviti rondaan malam di kawasan taman Masyarakat setempat bergilir-gilir mengikut jadual yang ditetapkan untuk mengawal kawasan perumahan daripada situasi yang mencurigakan. Kuasai PBD BM Modul Amali Sivik 4th.indd 23 26/9/2023 2:00:10 PM


xxiv Hari: Tarikh: Tajuk Peranti (Gajet Mania) Standard Kandungan (SK)/Standard Pembelajaran (SP) 3.3 Menghasilkan penulisan. 3.3.1 Menulis draf dan menghasilkan penulisan imaginatif dan deskriptif. Nilai Teras Sivik Bertanggungjawab Konteks Diri dan Masyarakat Objektif Pada akhir pembelajaran, murid boleh membina empat draf perenggan dan menghasilkan penulisan imaginatif dengan baik. Menghuraikan kepentingan penggunaan gajet secara berhemah. Mengekspresikan perasaan dapat menggunakan gajet dengan berhemah. Penggunaan gajet secara berhemah. Aktiviti PAK-21 Susun Suai (Jigsaw Reading) Aktiviti 1 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2 Murid diberikan penerangan oleh guru tentang pengertian gajet dan jenis-jenis gajet seperti telefon bimbit, komputer riba, kamera digital dan lain-lain. 3 Murid bersoal jawab dengan guru tentang kesan negatif penggunaan gajet secara berlebihan dalam kehidupan. 4 Murid meneliti gambar dan frasa dalam bahan yang diberikan oleh guru. 5 Murid dibimbing untuk menulis empat draf perenggan berdasarkan gambar dan frasa tentang tujuan penggunaan gajet secara berhemah. 6 Murid dalam kumpulan berbincang untuk menyusun semula ayat-ayat dalam draf dengan gramatis. 7 Ketua kumpulan membentangkan draf yang dibina. 8 Guru membuat penilaian dan memurnikan draf yang dihasilkan. 9 Murid menulis karangan imaginatif dengan lengkap. Pengetahuan Sosioemosi Tindakan Kuasai PBD BM Modul Amali Sivik 4th.indd 24 26/9/2023 2:00:10 PM


xxv Hari: Tarikh: Cadangan Bahan Rangsangan Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 Gambar 4 Cadangan Jawapan Gambar Draf 1 Tidak membuka laman-laman sesawang yang tidak baik – menjauhkan diri daripada terpengaruh dengan budaya dan hiburan yang melekakan. 2 Tidak menyebarkan berita palsu – tidak menimbulkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat. 3 Tidak mendedahkan maklumat peribadi di laman sosial – pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menggunakan data untuk perkara negatif. 4 Tidak mencerca orang lain di laman sosial – tindakan tersebut boleh mengaibkan dan memalukan individu tertentu. Kuasai PBD BM Modul Amali Sivik 4th.indd 25 26/9/2023 2:00:11 PM


xxvi Hari: Tarikh: Tajuk Jimat Air dan Elektrik Standard Kandungan (SK)/Standard Pembelajaran (SP) 1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal. 1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons tehadap ujaran yang terdapat dalam situasi tidak formal. Nilai Teras Sivik Kasih Sayang Konteks Keluarga Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat memberikan respons terhadap ujaran yang terdapat dalam situasi tidak formal. Menjelaskan cara penjimatan air dan elektrik. Mengekspresikan rasa bangga apabila dapat berjimat cermat dalam menggunakan air dan elektrik. Tidak melakukan pembaziran air dan elektrik. Aktiviti PAK-21 1 Tunjuk Jawapan (Show Down) 2 Fail Edar (Travelling File) Aktiviti 1 1 Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2 Murid meneliti dan memahami gambar yang diberikan. 3 Guru meminta setiap kumpulan menyatakan cara mengelakkan pembaziran berdasarkan gambar yang diberikan. 4 Setiap ahli dalam kumpulan perlu menulis satu idea dalam masa 10 minit. 5 Selepas 10 minit, setiap ahli dalam pasukan perlu menunjukkan idea yang ditulis, kemudian berbincang untuk mengukuhkan idea tersebut. 6 Seorang ahli dalam kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas. Cadangan Bahan Rangsangan Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 Pengetahuan Sosioemosi Tindakan Kuasai PBD BM Modul Amali Sivik 4th.indd 26 26/9/2023 2:00:11 PM


xxvii Hari: Tarikh: Cadangan Jawapan Gambar Draf 1 Membuka paip air di singki dengan kecil ketika membasuh tangan. 2 Tidak membiarkan air paip mengalir di singki ketika membasuh pinggan mangkuk yang kotor dengan sabun. 3 Tidak menggunakan air paip untuk membasuh kereta sebaliknya menggunakan air yang diisi di dalam baldi atau air tadahan hujan. Aktiviti 2 1 Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan. 2 Guru menyediakan tiga buah fail yang mengandungi tiga soalan. 3 Setiap kumpulan dibekalkan satu fail yang mengandungi soalan untuk dibincangkan. 4 Selepas 10 hingga 15 minit, soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail yang diedarkan. 5 Setiap kumpulan lain yang menerima fail baharu daripada kumpulan lain perlu membaca soalan dan jawapan yang terdapat di dalam fail tersebut. 6 Setelah semua kumpulan melihat fail daripada kumpulan lain, soalan dan jawapan yang dibaca itu perlulah dibincangkan di dalam kelas secara bersama-sama. Cadangan Bahan Rangsangan Fail 1 Huraikan cara menjimatkan air semasa berada di dapur. Fail 2 Terangkan cara menggunakan air secara berhemat semasa berada di bilik air. Fail 3 Jelaskan cara menjimatkan air semasa melakukan aktiviti di luar rumah. Cadangan Jawapan Fail 1 Cara untuk menjimatkan air semasa berada di dapur: (a) Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan mangkuk. (b) Pastikan paip ditutup dengan kemas untuk mengelakkan air menitis. (c) Elakkan air mengalir apabila mencuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam singki atau mangkuk berisi air. (d) Basuh pakaian menggunakan mesin basuh dengan muatan penuh. Fail 2 Cara menggunakan air secara berhemat semasa berada di bilik air: (a) Kurangkan masa mandi. (b) Tidak membiarkan air paip mengalir ketika menggosok gigi. (c) Gunakan pancuran mandi bertekanan rendah. (d) Tutup pancuran mandian ketika membersihkan badan dengan sabun. Fail 3 Cara menjimatkan air semasa melakukan aktiviti di luar rumah: (a) Elakkan membasuh kereta menggunakan air paip sebaliknya gunakan air di dalam bekas atau baldi. (b) Tadah air hujan untuk membasuh kereta, membersihkan longkang dan menyiram pokok bunga atau tanaman. (c) Tidak menyiram pokok bunga di halaman rumah ketika hari hujan. Kuasai PBD BM Modul Amali Sivik 4th.indd 27 26/9/2023 2:00:11 PM


xxviii Tarikh: Modul Pendidikɑn Keselɑmɑtɑn Jɑlɑn Rɑyɑ (PKJR) Tajuk Had Laju di Jalan Raya Standard Kandungan (SK)/Standard Pembelajaran (SP) 1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan. 1.2.3 Bersoal jawab untuk mendapatkan penjelasan. Fokus/Hasil Pembelajaran PKJR 2.1 Jenis-jenis jalan raya 2.1.3 Menjelaskan had laju kenderaan yang bergerak di setiap jenis jalan. Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat menyatakan jenis jalan dan had lajunya. Aktiviti PAK-21 Meja Bulat (Round Table) Aktiviti 1 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2 Murid bersoal jawab dengan guru tentang jenis-jenis jalan di Malaysia seperti lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan lain-lain berserta dengan fungsinya. 3 Murid diberikan penjelasan tentang had laju kenderaan yang berbeza di setiap jenis jalan raya. (Penyerapan PKJR) 4 Murid membaca dan memahami bahan grafik yang disediakan oleh guru. 5 Murid meneliti bahan grafik dan berbincang dalam kumpulan untuk melengkapkan maklumat dalam bahan yang disediakan. 6 Murid menyemak jawapan dan membetulkan kesalahan yang dilakukan dengan menulis semula jawapan. 7 Setiap kumpulan membentangkan secara lisan info dan idea yang telah dipelajari dari awal kelas bermula. 8 Murid daripada kumpulan lain boleh bertanyakan soalan atau memberikan pandangan tambahan. Hari: Tarikh: Kuasai PBD BM Modul (PKJR) 4th.indd 28 26/9/2023 2:14:10 PM


xxix Hari: Tarikh: Cadangan Bahan Rangsangan 1 3 2 4 Cadangan Jawapan Jenis Jalan Kenderaan Ringan Kenderaan Berat 1 Lebuh Raya (dua lorong) 110 km/j 80 – 90 km/j 2 Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri (satu lorong) 90 km/j 70 – 80 km/j 3 Kawasan Bandar 60 km/j 60 km/j 4 Kawasan Sekolah 30 km/j 30 km/j Kuasai PBD BM Modul (PKJR) 4th.indd 29 26/9/2023 2:14:11 PM


xxx Hari: Tarikh: Tajuk Persekitaran Jalan Raya Standard Kandungan (SK)/Standard Pembelajaran (SP) 3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna. 3.2.1 Membina dan menulis ayat dan perenggan daripada bahan multimedia. Fokus/Hasil Pembelajaran PKJR 2.1 Jenis-jenis jalan raya 2.1.4 Mengenal pasti elemen persekitaran yang dapat meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya. 2.2 Prasarana jalan raya 2.2.4 Menerangkan kegunaan perabot jalan raya dan impaknya terhadap keselamatan pengguna jalan raya. Objektif Pada akhir PdPc, murid dapat: 1 Mengenal persekitaran jalan raya. 2 Mengetahui impak buruk tidak menggunakan prasarana jalan raya. 3 Mengenal pasti elemen persekitaran yang dapat meningkatkan keselamatan jalan raya. 4 Membina ayat yang betul berdasarkan gambar dan frasa. Aktiviti PAK-21 Jalan Galeri (Gallery Walk) Aktiviti 1 1 Murid diberikan penerangan oleh guru tentang persekitaran jalan raya. 2 Murid menyebut prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. 3 Murid menjelaskan kesan kepada para pengguna jalan raya yang tidak mematuhi atau tidak menggunakan prasarana yang telah disediakan. Cadangan Jawapan Prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya: (a) Jejantas (b) Lintasan pejalan kaki (c) Lampu isyarat pejalan kaki (d) Laluan pejalan kaki (e) Lampu isyarat Kesan kepada para pengguna jalan raya yang tidak mematuhi atau tidak menggunakan prasarana yang telah disediakan: (a) Kematian dan kehilangan nyawa kepada pemandu kenderaan atau pejalan kaki (b) Kecacatan anggota badan secara kekal/sementara (c) Kenderaan rosak akibat kemalangan yang berlaku Kuasai PBD BM Modul (PKJR) 4th.indd 30 26/9/2023 2:14:11 PM


xxxi Hari: Tarikh: Aktiviti 2 1 Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2 Setiap kumpulan dibekalkan lima keping gambar berserta frasa yang sama. 3 Setiap kumpulan perlu membina satu ayat yang lengkap bagi setiap gambar dan frasa tersebut dalam masa 15 minit. 4 Selepas 15 minit, ketua kumpulan akan menampal hasil kerja yang sudah siap pada ruang yang disediakan. 5 Murid bergerak ke paparan secara berkumpulan untuk melihat dan membaca ayat-ayat yang dibina oleh kumpulan lain. 6 Murid boleh membaiki ayat kumpulan lain sekiranya terdapat kesalahan ejaan, tanda baca atau struktur ayat. Cadangan Bahan Rangsangan Jejantas Lintasan pejalan kaki Laluan pejalan kaki Lampu isyarat pejalan kaki Lampu isyarat Cadangan Jawapan 1 Jejantas Murid-murid menggunakan jejantas untuk melintas dengan selamat dan mengelakkan berlakunya kemalangan. 2 Lintasan pejalan kaki Kemudahan lintasan pejalan kaki di hadapan sekolah membantu murid-murid melintas dengan selamat. 3 Lampu isyarat pejalan kaki Murid-murid boleh melintas jalan sekiranya lampu isyarat pejalan kaki berwarna hijau. 4 Laluan pejalan kaki Syafik dan Haikal menggunakan laluan pejalan kaki untuk ke sekolah. 5 Lampu isyarat Kemalangan dapat dielakkan sekiranya pengguna jalan raya mematuhi lampu isyarat. Kuasai PBD BM Modul (PKJR) 4th.indd 31 26/9/2023 2:14:11 PM


xxxii Kemahiran / Aspek Standard Kandungan Standard Pembelajaran Halaman Tahap Penguasaan TEMA 1: KEMASYARAKATAN Unit 1 Jiran Tetangga (Buku Teks: Halaman 2 – 6) Mendengar dan Bertutur 1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal. 1.1.1 Mendengar, mengecam sebutan dan menyebut sesuatu yang diujarkan semula dalam situasi tidak formal. 1 Membaca 2.1 Asas membaca dan memahami. 2.1.1 Membaca dan memahami petikan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. 2 Seni Bahasa 4.1 Mengaplikasikan unsur keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera. 4.1.1 Bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa. 3 Tatabahasa 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks. 5.1.1 (i) Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks tidak formal; (i) kata nama am 4 Unit 2 Prihatinnya Kita (Buku Teks: Halaman 7 – 12) Mendengar dan Bertutur 1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal. 1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap ujaran yang terdapat dalam situasi tidak formal. 5 Menulis 3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna. 3.2.1 Membina dan menulis ayat dan perenggan daripada bahan multimedia. 6 Seni Bahasa 4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera. 4.2.1 Melafazkan dan menjelaskan maksud sajak. 7 Unit 3 Masyarakat Berilmu (Buku Teks: Halaman 13 – 17) Mendengar dan Bertutur 1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal. 1.1.3 Mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap soalan secara kritis. 8 Menulis 3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna. 3.2.1 Membina dan menulis ayat dan perenggan daripada bahan multimedia. 9 TEMA 2: KESIHATAN DAN KEBERSIHAN Unit 4 Saya Sihat (Buku Teks: Halaman 22 – 28) Membaca 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera. 10 Menulis 3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna. 3.2.2 Menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah secara kritis dan kreatif. 11 Unit 5 Persekitaran Bersih Hidup Ceria (Buku Teks: Halaman 29 – 34) Membaca 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. 2.3.2 Membaca karya sastera dan karya bukan sastera dengan gaya penyampaian yang sesuai. 12 Tatabahasa 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks. 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja mengikut konteks; (i) kata kerja aktif – transitif dan tak transitif 13 Unit 6 Pilih Gaya Hidup Sihat (Buku Teks: Halaman 35 – 39) Menulis 3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna. 3.2.3 Menganalisis dan mencatat maklumat tentang sesuatu perkara yang dirujuk. 14 Tatabahasa 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks. 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja mengikut konteks; (ii) kata kerja pasif 15 Nama Murid: Nama Guru: Kelas: Bahasa Melayu KSSR Tahun 4 REKOD PRESTASI MURID 5-Kuasai PBD DSKP BM Th4 Rekod 4th.indd 32 26/9/2023 4:26:04 PM


xxxiii Kemahiran / Aspek Standard Kandungan Standard Pembelajaran Halaman Tahap Penguasaan TEMA 3: KESELAMATAN Unit 7 Waspada Selalu (Buku Teks: Halaman 44 – 50) Mendengar dan Bertutur 1.2 Bertutur dan menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan. 1.2.3 Bersoal jawab untuk mendapatkan penjelasan. 16 Seni Bahasa 4.4 Mengaplikasikan, menghayati dan menghasilkan unsur keindahan dalam seni khat. 4.4.1 Mengenal, mengecam dan menyebut huruf tunggal yang ditulis mengikut tulisan jawi dalam simpulan bahasa dan mempersembahkannya. 17 Unit 8 Hargai Diri (Buku Teks: Halaman 51 – 56) Menulis 3.3 Menghasilkan penulisan. 3.3.1 Menulis draf dan menghasilkan penulisan imaginatif dan deskriptif. 18 – 19 Tatabahasa 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks. 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata adjektif mengikut konteks; (iii) pancaindera; (iv) waktu 20 Unit 9 Patuh dan Selamat (Buku Teks: Halaman 57 – 61) Membaca 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera. 21 Tatabahasa 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks. 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks; (i) kata hubung, (ii) kata sendi nama 22 TEMA 4: KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA Unit 10 Semarakkan Budaya Kita (Buku Teks: Halaman 66 – 72) Membaca 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera. 23 Menulis 3.3 Menghasilkan penulisan. 3.3.2 Mengedit dan memurnikan ayat daripada aspek ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan. 24 Unit 11 Indah Seni Sepanjang Zaman (Buku Teks: Halaman 73 – 78) Mendengar dan Bertutur 1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal. 1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap ujaran yang terdapat dalam situasi tidak formal. 25 Tatabahasa 5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks. 5.2.1 Memahami dan menggunakan kata berimbuhan mengikut konteks; (i) kata berimbuhan awalan, (ii) kata berimbuhan akhiran 26 Unit 12 Adat Dijunjung Budaya Disanjung (Buku Teks: Halaman 79 – 83) Seni Bahasa 4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera. 4.2.1 Melafazkan dan menjelaskan maksud sajak. 27 Tatabahasa 5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks. 5.2.1 Memahami dan menggunakan kata berimbuhan mengikut konteks; (iii) kata berimbuhan apitan 28 TEMA 5: JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN Unit 13 Jadikan Inspirasi (Buku Teks: Halaman 88 – 94) Mendengar dan Bertutur 1.2 Bertutur dan menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan. 1.2.1 Bertutur untuk menilai dan memberikan alasan tentang sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks. 29 Menulis 3.1 Asas menulis. 3.1.1 Menulis secara mekanis menggunakan tulisan berangkai dalam bentuk ayat. 30 Tatabahasa 5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks. 5.2.2 Memahami dan menggunakan kata majmuk mengikut konteks; (i) kata majmuk bebas 31 Unit 14 Demi Tanah Airku (Buku Teks: Halaman 95 – 100) Membaca 2.2 Memahami, membaca dan menaakul bahan multimedia. 2.2.1 Membaca dan memahami bahan grafik daripada multimedia untuk membuat gambaran. 32 Menulis 3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna. 3.2.2 Menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah secara kritis dan kreatif. 33 5-Kuasai PBD DSKP BM Th4 Rekod 4th.indd 33 26/9/2023 4:26:04 PM


xxxiv Kemahiran / Aspek Standard Kandungan Standard Pembelajaran Halaman Tahap Penguasaan Tatabahasa 5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks. 5.2.3 Memahami dan menggunakan kata ganda mengikut konteks; (i) kata ganda penuh 34 Unit 15 Aku Anak Watan (Buku Teks: Halaman 101 – 105) Membaca 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera. 35 Seni Bahasa 4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif. 4.3.1 Mengubah suai puisi secara berpandu dan mempersembahkannya secara kreatif. 36 Tatabahasa 5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks. 5.3.1 Memahami dan membina pelbagai ayat tunggal dan ayat majmuk mengikut konteks. 37 TEMA 6: SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI Unit 16 Kehebatan Sains (Buku Teks: Halaman 110 – 114) Menulis 3.3 Menghasilkan penulisan. 3.3.1 Menulis draf dan menghasilkan penulisan imaginatif dan deskriptif. 38 – 39 Tatabahasa 5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks. 5.3.2 Memahami dan membina pelbagai jenis ayat mengikut konteks; (i) ayat penyata, (ii) ayat tanya 40 Unit 17 Teknologi dalam Kehidupan (Buku Teks: Halaman 115 – 120) Membaca 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. 2.3.2 Membaca karya sastera dan karya bukan sastera dengan gaya penyampaian yang sesuai. 41 Menulis 3.3 Menghasilkan penulisan. 3.2.2 Mengedit dan memurnikan ayat daripada aspek ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan. 42 Tatabahasa 5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks. 5.3.3 Memahami dan membina ayat aktif. 43 Unit 18 Inovasi untuk Kita (Buku Teks: Halaman 121 – 125) Menulis 3.2 Menghasilkan penulisan. 3.2.1 Membina dan menulis ayat serta perenggan daripada bahan multimedia. 44 Tatabahasa 5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks. 5.3.4 Memahami dan membina ayat susunan biasa dan susunan songsang. 45 TEMA 7: PERTANIAN DAN PENTERNAKAN Unit 19 Kreatifnya Petani Kita (Buku Teks: Halaman 130 – 136) Membaca 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. 2.3.2 Membaca karya sastera dan karya bukan sastera dengan gaya penyampaian yang sesuai. 46 Menulis 3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna. 3.2.2 Menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah secara kritis dan kreatif. 47 Seni Bahasa 4.4 Mengaplikasikan, menghayati dan menghasilkan unsur keindahan dalam seni khat. 4.4.2 Mempersembahkan keindahan seni tulisan jawi melalui simpulan bahasa. 48 Tatabahasa 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks. 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja mengikut konteks; (i) kata kerja aktif – transitif dan tak transitif 49 Unit 20 Mari Bertani (Buku Teks: Halaman 137 – 142) Mendengar dan Bertutur 1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal. 1.1.3 Mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap soalan secara kritis. 50 Membaca 2.1 Asas membaca dan memahami. 2.1.1 Membaca dan memahami petikan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. 51 Menulis 3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna. 3.2.3 Menganalisis dan mencatat maklumat tentang sesuatu perkara yang dirujuk. 52 Unit 21 Ternakan Jana Pendapatan (Buku Teks: Halaman 143 – 147) Mendengar dan Bertutur 1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai maklumat. 1.2.1 Bertutur untuk menilai dan memberikan alasan tentang sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks. 53 5-Kuasai PBD DSKP BM Th4 Rekod 4th.indd 34 26/9/2023 4:26:04 PM


xxxv Kemahiran / Aspek Standard Kandungan Standard Pembelajaran Halaman Tahap Penguasaan Membaca 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera. 54 Tatabahasa 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks. 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks; (i) kata hubung, (ii) kata sendi nama 55 TEMA 8: EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN Unit 22 Menjanakan Ekonomi (Buku Teks: Halaman 152 – 158) Membaca 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera. 56 Menulis 3.3 Menghasilkan penulisan. 3.3.1 Menulis draf dan menghasilkan penulisan imaginatif dan deskriptif. 57 – 58 Seni Bahasa 4.4 Mengaplikasikan, menghayati dan menghasilkan unsur keindahan dalam seni khat. 4.4.2 Mempersembahkan keindahan seni tulisan jawi melalui simpulan bahasa. 59 Tatabahasa 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks. 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks; (iii) kata nafi, (iv) kata bilangan 60 Unit 23 Usahawan Kita (Buku Teks: Halaman 159 – 164) Mendengar dan Bertutur 1.2 Bertutur dan menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan. 1.2.2 Menjelaskan dan membanding beza maklumat tersurat dan tersirat dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif. 61 Tatabahasa 5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks. 5.2.2 Memahami dan menggunakan kata majmuk mengikut konteks; (i) kata majmuk bebas, (ii) kata majmuk mantap 62 Unit 24 Pengurusan Perbelanjaan (Buku Teks: Halaman 165 – 169) Mendengar dan Bertutur 1.2 Bertutur dan menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan. 1.2.3 Bersoal jawab untuk mendapatkan penjelasan. 63 Menulis 3.3 Menghasilkan penulisan. 3.3.2 Mengedit dan memurnikan ayat daripada aspek ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan. 64 Tatabahasa 5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks. 5.3.1 Memahami dan membina pelbagai ayat tunggal dan ayat majmuk mengikut konteks. 65 TEMA 9: INTEGRITI Unit 25 Tanggungjawab Digalas (Buku Teks: Halaman 174 – 180) Seni Bahasa 4.1 Mengaplikasikan unsur keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera. 4.1.1 Bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa. 66 – 67 Tatabahasa 5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks. 5.3.3 Memahami dan membina ayat aktif. 68 Unit 26 Ibarat Pedang (Buku Teks: Halaman 181 – 186) Menulis 3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna. 3.2.1 Membina dan menulis ayat dan perenggan daripada bahan multimedia. 69 – 70 Tatabahasa 5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks. 5.3.4 Memahami dan membina ayat susunan biasa dan susunan songsang. 71 Unit 27 Seribu Impian (Buku Teks: Halaman 187 – 191) Membaca 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. 2.3.1 Membaca dan menganalisis teks karya sastera dan karya bukan sastera. 72 Menulis 3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna. 3.2.2 Menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah secara kritis dan kreatif. 73 Seni Bahasa 4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera. 4.2.1 Melafazkan dan menjelaskan maksud sajak. 74 5-Kuasai PBD DSKP BM Th4 Rekod 4th.indd 35 26/9/2023 4:26:04 PM


kUASAi PBD Bhs Melayu Thn4_TP.pdf 1 4/10/2023 11:46:10 AM


KANDUNGAN Nota Ekspres i – xvi Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 xvii – xxi Modul Literasi dan Amali Sivik xxii – xxvii Modul Pendidikan dan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) xxviii – xxxi Rekod Prestasi Murid xxxii – xxxv Unit 1 Jiran Tetangga 1 Unit 2 Prihatinnya Kita 5 Unit 3 Masyarakat Berilmu 8 Unit 4 Saya Sihat Aktiviti Interaktif 10 Unit 5 Persekitaran Bersih Hidup Ceria Aktiviti PAK-21 Aktiviti Interaktif 12 Unit 6 Pilih Gaya Hidup Sihat Aktiviti PAK-21 Video Tutorial 14 Unit 7 Waspada Selalu 16 Unit 8 Hargai Diri Aktiviti Interaktif 18 Unit 9 Patuh dan Selamat PIB Kuiz Aktiviti Interaktif 21 Unit10 Semarakkan Budaya Kita 23 Unit 11 Indah Seni Sepanjang Zaman Kuiz Aktiviti Interaktif 25 Unit 12 Adat Dijunjung Budaya Disanjung Aktiviti Interaktif 27 6-Kuasai PBD DSKP BM Th4 Kand 4th.indd 1 26/9/2023 2:29:27 PM


Unit 13 Jadikan Inspirasi PIB Video Tutorial Kuiz Aktiviti Interaktif 29 Unit14 Demi Tanah Airku 32 Unit 15 Aku Anak Watan Aktiviti PAK-21 35 Unit 16 Kehebatan Sains PIB 38 Unit 17 Teknologi dalam Kehidupan Aktiviti Interaktif 41 Unit 18 Inovasi untuk Kita 44 Unit 19 Kreatifnya Petani Kita 46 Unit 20 Mari Bertani 50 Unit 21 Ternakan Jana Pendapatan Aktiviti PAK-21 Aktiviti Interaktif 53 Unit 22 Menjanakan Ekonomi Aktiviti Interaktif 56 Unit 23 Usahawan Kita 61 Unit 24 Pengurusan Perbelanjaan 63 Unit 25 Tanggungjawab Digalas 66 Unit 26 Ibarat Pedang 69 Unit 27 Seribu Impian 72 6-Kuasai PBD DSKP BM Th4 Kand 4th.indd 2 26/9/2023 2:29:27 PM


1 TP 1 2 3 4 5 6 Dengar dan fahami dialog. Kemudian, lengkapkan maklumat yang diperlukan. S.P 1.1.1 Jiran Baharu Guru Baharu Babak 1 Encik Azman telah mengunjungi rumah Cikgu Faruq untuk mengenali jiran baharunya. Encik Azman : Assalamualaikum, saya Azman. Selamat datang ke Taman Bestari Indah. Cikgu Faruq : Waalaikumussalam. Terima kasih, Encik Azman. Saya Faruq. Saya berasal dari Pahang. Saya akan mula bertugas di Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram esok. Encik Azman : Oh, begitu! Anak saya Harraz, belajar di Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram. Dia murid kelas Tahun Empat Solar. Cikgu Faruq : Kebetulan, saya juga akan mengajar Bahasa Melayu di kelas tersebut. Encik Azman : Harraz pasti teruja jika mengetahui Cikgu Faruq guru Bahasa Melayu kelasnya. Babak 2 Harraz menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru di meja tulisnya selepas selesai makan malam. Ayahnya duduk di sofa sambil menonton siaran berita di televisyen. Encik Azman : Harraz, sudahkah kamu berkenalan dengan jiran baharu kita, guru baharu sekolah kamu? Harraz : Belum, ayah. Siapakah nama guru baharu sekolah saya? Encik Azman : (1) Nama guru baharu sekolah kamu ialah Cikgu Faruq . Harraz : Beliau berasal dari mana, ayah? Encik Azman : (2) Beliau berasal dari negeri Pahang. . Harraz : Bilakah beliau akan mula bertugas di sekolah? Encik Azman : (3) Beliau akan mula bertugas di sekolah esok . Harraz : Oh, begitu! Apakah mata pelajaran yang diajar oleh Cikgu Faruq? Encik Azman : (4) Mata pelajaran yang diajar oleh Cikgu Faruq Bahasa Melayu . Beliau akan mengajar kamu di kelas Tahun Empat Solar. Harraz : Tidak sabar rasanya saya ingin berkenalan dengan Cikgu Faruq. 1 Jiran Tetangga Unit Nama: Kelas: Tarikh: Tema 1: Kemasyarakatan Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 2 – 6 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 1-3 3rd.indd 1 26/9/2023 2:16:40 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 2 TP 1 2 3 4 5 6 Baca dan fahami petikan. Kemudian, lengkapkan jadual di bawah. S.P 2.1.1 Menziarahi Guru Baharu Harraz, Azam dan Jason mengunjungi Cikgu Faruq di rumahnya. Ketika berdiri di hadapan pagar, mereka bertiga melihat Cikgu Faruq sedang menanda buku dan menyusun buku-buku yang sudah siap ditanda di atas meja. Harraz memberikan salam kepada Cikgu Faruq mewakili kawan-kawannya. Cikgu Faruq menjemput mereka masuk. Pintu pagar tidak berkunci. Harraz menyatakan tujuan kunjungan mereka adalah untuk belajar menulis karangan dengan Cikgu Faruq. Cikgu Faruq menyatakan kesediaan beliau untuk membimbing mereka adalah pada setiap hujung minggu di rumahnya. Mereka bertiga berasa sungguh gembira. Hajat mereka untuk belajar menulis karangan tercapai. Cikgu Faruq mengingatkan mereka agar membawa buku karangan dan alat tulis untuk sesi bimbingan nanti. Tidak lama kemudian, isteri Cikgu Faruq muncul di ruang tamu. Dia menghidangkan teh dan kuih-muih. Cikgu Faruq menjemput mereka minum dan menikmati hidangan yang disediakan oleh isteri beliau. Kemahiran Membaca BT: m.s. 2 – 6 Prɑktis PBD (1) Harraz, Azam dan Jason mengunjungi Cikgu Faruq di rumah. Harraz menyatakan tujuan kunjungan mereka adalah untuk belajar menulis karangan. (2) Cikgu Faruq menjemput mereka masuk. Cikgu Faruq mengingatkan mereka agar membawa buku karangan dan alat tulis untuk sesi bimbingan nanti. Harraz memberikan salam kepada Cikgu Faruq mewakili kawan-kawannya. (3) Cikgu Faruq menyatakan beliau bersedia untuk membimbing mereka. Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 1-3 3rd.indd 2 26/9/2023 2:16:40 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 3 Lengkapkan dialog di bawah dengan peribahasa yang sesuai. Kemudian, ujarkan dialog bersamasama rakan. S.P 4.1.1 berganding bahu muafakat membawa berkat bagai aur dengan tebing bersatu kita teguh, bercerai kita roboh Hubungan antara murid di kelas kami sangat akrab (1) bagai aur dengan tebing . Kami sentiasa (2) berganding bahu . untuk menjaga kebersihan kelas agar sentiasa ceria dan terjaga. Semangat kerjasama yang diamalkan oleh ahli kelas kamu luar biasa. Saya berasa kagum apabila melihat setiap murid menyumbang tenaga untuk menjayakan aktiviti menceriakan kelas. Kerja yang berat akan menjadi ringan. Bak kata peribahasa, (3) muafakat membawa berkat . Azam, guru kelas selalu menasihati kami agar sentiasa bekerjasama dan selalu berbincang sebelum mengambil sebarang keputusan bagi mengelakkan perselisihan faham sesama ahli. Benarlah, (4) bersatu kita teguh, bercerai kita roboh . Saya sangat setuju dengan kata-kata kamu itu, Harraz. Aspek Seni Bahasa BT: m.s. 2 – 6 Prɑktis PBD • bagai aur dengan tebing – hubungan yang akrab • muafakat membawa berkat – sesuatu kejayaan atau matlamat dapat dicapai sekiranya semua orang dalam pasukan, kumpulan, masyarakat atau negara bersatu hati dan mereka akan gagal jika berceraiberai atau berpecah-belah • bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat – kata sepakat dicapai dalam mesyuarat • bersatu kita teguh, bercerai kita roboh – persefahaman dalam sesebuah masyarakat dapat membuahkan kejayaan, manakala perbalahan akan menyebabkan perpecahan Kamus Kata Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 1-3 3rd.indd 3 26/9/2023 2:16:41 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 4 Bina ayat yang lengkap menggunakan kata nama am berdasarkan gambar yang diberikan. Aspek Tatabahasa BT: m.s. 2 – 6 Prɑktis PBD S.P 5.1.1(i) Hujung Minggu di Rumah Guru Harraz, Azam dan Jason duduk di ruang tamu rumah Cikgu Faruq. Mereka mendengar dengan teliti penerangan daripada Cikgu Faruq. 1 rumah Cikgu Faruq menjemput Harraz, Azam dan Jason masuk ke ruang tamu rumah. 2 meja Cikgu Faruq menyediakan sebuah meja untuk Harraz, Azam dan Jason belajar. 3 kerusi Mereka duduk di kerusi sambil mendengar penerangan daripada Cikgu Faruq. 4 buku Harraz, Azam dan Jason mencatat nota pembelajaran dalam buku masing-masing. 5 pensel Harraz, Azam dan Jason menulis karangan dengan menggunakan pensel. Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 1-3 3rd.indd 4 26/9/2023 2:16:41 PM


5 TP 1 2 3 4 5 6 Dengar dan fahami perbualan untuk memberikan respons berdasarkan maklumat dalam dialog di bawah. S.P 1.1.2 Encik Azman : Mengapakah Aini menangis, tadi? Puan Adibah : Dia menangis kerana (1) sudah lama dia tidak pulang menziarahi neneknya di kampung . Encik Azman : Oh, begitu! Dia pasti sangat merindui neneknya di kampung. Puan Adibah : Benar. Dia sudah (2) tidak sabar untuk berjumpa dengan neneknya. Banyak perkara yang dia mahu ceritakan kepada neneknya . Encik Azman : Apakah buah tangan yang ingin dibawanya? Puan Adibah : (3) Buah tangan yang ingin dibawanya ialah buah kegemaran neneknya . Encik Azman : Neneknya pasti gembira menerima buah tangan daripada cucu kesayangannya. Bilakah kita akan membawanya pulang ke kampung? Puan Adibah : (4) Kita akan membawanya pulang ke kampung pada cuti sekolah yang akan datang . Rindu Nenek Ibu : Mengapakah kamu menangis, Aini? Kamu sakit? Aini : Tidak, ibu. Saya berasa sedih kerana sudah lama saya tidak pulang menziarahi nenek di kampung. Ibu : Ibu baharu sahaja menghubungi nenek. Nenek sihat-sihat sahaja. Dia sudah tidak sabar untuk menemui kamu. Aini : Saya juga sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan nenek. Banyak perkara yang mahu saya ceritakan kepada nenek. Ibu : Nenek pasti sudah lama rindu untuk berjumpa dengan kamu, Aini. Aini : Ya, ibu. Saya akan bawakan nenek buah kegemarannya nanti. Nenek pasti gembira. Ibu : Kita akan pulang ke kampung pada cuti sekolah yang akan datang, Aini. Aini : Benarkah, ibu? Terima kasih, ibu. 2 Prihatinnya Kita Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 7 – 12 Prɑktis PBD Tema 1: Kemasyarakatan Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 1-3 3rd.indd 5 26/9/2023 2:16:42 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 6 TP 1 2 3 4 5 6 Bina ayat berdasarkan frasa yang diberikan. S.P 3.2.1 Pulang Menziarahi Nenek 1 – membantu – mengemas pakaian – diperlukan – Saya membantu ibu mengemas pakaian yang diperlukan sepanjang berada di kampung. 2 – mengingatkan – tali pinggang keledar – memulakan perjalanan – Ayah mengingatkan kami sekeluarga agar memakai tali pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan untuk mengurangkan risiko kecederaan. 3 – berhenti – hentian rehat – makan – solat – Kami sekeluarga singgah di hentian rehat untuk makan tengah hari dan solat zuhur. 4 – kemalangan – kereta dan lori – lalu lintas – sesak Satu kemalangan melibatkan kereta dan lori menyebabkan lalu lintas menjadi sesak. 5 mengingatkan – memandu kereta – selamat – Ibu mengingatkan ayah supaya memandu kereta dengan berhati-hati agar kami semua selamat di jalan raya. Kemahiran Menulis BT: m.s. 7 – 12 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 1-3 3rd.indd 6 26/9/2023 2:16:42 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 7 Lafazkan sajak di bawah. Kemudian, jelaskan maksud sajak tersebut. S.P 4.2.1 KBAT Menganalisis Rangkap Pertama Adik-adik di bangku persekolahan taatilah ibu taatilah bapa nasihat dan pesanan sematkan di dada pahatkan dalam ingatan segala kata untuk pedoman hari muka. Rangkap Kedua Adik-adik di bangku persekolahan tuntutlah ilmu tanpa kenal jemu inilah temanmu yang selalu bertamu pada saat hilang arah dan tuju. Rangkap Ketiga Adik-adik di bangku persekolahan apabila dewasa janganlah dilupa ibu dan bapa, merekalah wira siangnya kerja, malamnya sujud dan berdoa agar kau berjaya di dunia dan di sana. Rangkap Pertama Penulis mengingatkan murid-murid di bangku persekolahan agar sentiasa mentaati nasihat dan pesanan daripada ibu bapa kerana nasihat ibu bapa sangat berguna untuk dijadikan panduan kehidupan pada masa depan. Rangkap Kedua Penulis berpesan kepada murid-murid di bangku persekolahan supaya tekun mencari ilmu tanpa mengenal erti jemu kerana ilmu merupakan sahabat yang akan memandu mereka membezakan perkara yang baik dan buruk. Rangkap Ketiga Penulis berharap agar murid-murid di bangku persekolahan tidak akan lupa jasa bakti ibu bapa setelah berjaya kerana ibu bapa merupakan insan yang telah banyak berkorban jiwa raga dan sentiasa berdoa agar anak-anak mereka berjaya di dunia dan di akhirat. Aspek Seni Bahasa BT: m.s. 7 – 12 Prɑktis PBD DIDIK HIBUR Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 1-3 3rd.indd 7 26/9/2023 2:16:42 PM


8 TP 1 2 3 4 5 6 Dengar dan fahami perbualan untuk memberikan respons berdasarkan maklumat dalam poster di bawah. S.P 1.1.3 BENGKEL PENULISAN KREATIF 20__ (DALAM TALIAN) Anjuran : Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan (GEMA) Tarikh : 18 Februari – 19 Mac 20__ (Setiap Minggu Hari Sabtu & Ahad) Masa : 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari Penceramah : • Rosli K. Matari (Sasterawan Negeri Kelantan) • S.M. Zakir • Dr. Maskiah Haji Masrom • Nimoiz T.Y. Harraz : Saya berminat untuk menyertai Bengkel Penulisan Kreatif 20__. Adakah kamu berminat untuk menyertainya? Azam : Ya, saya juga berminat tetapi tidak tahu cara untuk mendaftar. Harraz : Saya rasa lebih baik sekiranya kita hubungi dahulu penyelaras bengkel, iaitu (1) Encik Zainal Abidin untuk mendapatkan maklumat lanjut. Azam : Bilakah bengkel itu akan diadakan? Harraz : Kita boleh mengikuti bengkel itu pada setiap hujung minggu di rumah masing-masing. Bengkel itu akan diadakan secara (2) dalam talian . Azam : Wah, menariknya! Bengkel penulisan kreatif itu dianjurkan oleh siapa? Harraz : Bengkel penulisan kreatif itu dianjurkan oleh (3) Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan (GEMA) . Azam : Berapakah yuran pendaftaran untuk menyertai bengkel itu? Harraz : Yuran pendaftaran sangat berpatutan. Kita hanya perlu membayar sebanyak (4) RM20.00 kerana kita masih bersekolah. Azam : Tidak rugi kita menyertai bengkel ini. Program sebegini dapat (5) menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang penulisan kreatif . Yuran Pendaftaran: • Bukan Ahli GEMA RM100.00 • Ahli GEMA RM50.00 • Murid RM20.00 Hubungi penyelaras bengkel: Encik Zainal Abidin (013-987XXXX) 3 Masyarakat Berilmu Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 13 – 17 Prɑktis PBD Tema 1: Kemasyarakatan Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 1-3 3rd.indd 8 26/9/2023 2:16:42 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 9 TP 1 2 3 4 5 6 Tulis ayat dalam bentuk perenggan yang lengkap berdasarkan poster yang diberikan. S.P 3.2.1 1 melihat poster – papan kenyataan perpustakaan – berminat – hadiah – menarik 2 menyemak syarat dan peraturan pertandingan – mengambil keputusan – kategori – 3 menulis teks cerita – merakam video berdurasi – menggunakan kamera di telefon bimbit – menghantar penyertaan – Saya melihat poster pertandingan video bercerita pada papan kenyataan perpustakaan sekolah semasa waktu rehat. Saya berminat untuk menyertai pertandingan itu kerana hadiah wang tunainya menarik. Saya telah mengimbas kod QR untuk menyemak syarat dan peraturan pertandingan dengan telefon bimbit. Saya mengambil keputusan untuk menyertai kategori kanak-kanak berumur tujuh hingga sembilan tahun kerana saya murid tahun empat. Saya mula menulis teks cerita untuk dihafal. Kemudian, saya merakam video berdurasi antara tiga hingga lima minit menggunakan kamera iPhone untuk menghantar penyertaan ke [email protected]. Anjuran: Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur PERTANDINGAN VIDEO BERCERITA SEMPENA SAMBUTAN JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT 23 MAC hingga 6 APRIL 20 • Durasi video adalah antara tiga hingga lima minit sahaja. • Hantarkan video penyertaan ke [email protected] Kategori: • Kanak-kanak lima hingga enam tahun • Kanak-kanak tujuh hingga sembilan tahun Kemahiran Menulis BT: m.s. 13 – 17 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 1-3 3rd.indd 9 26/9/2023 2:16:42 PM


10 TP 1 2 3 4 5 6 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, lengkapkan jadual dengan maklumat yang betul. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia antara lima hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022. Pemberian vaksin COVID-19 bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada mortaliti dan morbiditi akibat jangkitan COVID-19, membolehkan mereka menjalani aktiviti seharian dengan lebih selamat terutamanya aktiviti di luar rumah dan di tempat belajar serta mengurangkan risiko penularan jangkitan kepada kanak-kanak lain yang tidak layak menerima vaksin COVID-19. Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan minggu selepas dos pertama. Sela masa lapan minggu antara dua dos yang disuntik akan memberikan kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta berpotensi untuk memberikan perlindungan yang lebih lama. (Dipetik dan diubah suai daripada https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pickids dan https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/02/23/ program-imunisasi-covid-19-kanak-kanak-pickids-negeri-terengganu/) 4 Saya Sihat Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 22 – 28 Prɑktis PBD S.P 2.3.1 KBAT Menganalisis Umur kanak-kanak yang layak menerima vaksin COVID-19 Kanak-kanak yang berusia antara lima hingga bawah 12 tahun Tujuan pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak 1 Melindungi kanak-kanak daripada mortaliti dan morbiditi akibat COVID-19. 2 Membolehkan mereka menjalani aktiviti harian dengan lebih selamat terutamanya aktiviti di luar rumah dan di tempat belajar. 3 Mengurangkan risiko penularan jangkitan kepada kanak-kanak lain yang tidak layak menerima vaksin COVID-19. Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 4-6 5th.indd 10 26/9/2023 2:17:35 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 11 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 22 – 28 Prɑktis PBD Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut. S.P 3.2.2 Ketagihan kepada gajet menjadi faktor utama kanak-kanak berdepan dengan masalah kesihatan mental. Penggunaan gajet dalam tempoh yang terlalu lama telah membawa kepada punca sebenar masalah kesihatan mental. Isu ini perlu dipandang serius oleh semua pihak terutamanya ibu bapa dan guru. Ibu bapa adalah antara pengguna media sosial. Mereka seharusnya memantau penggunaan media sosial anak-anak. Ketidakmatangan anak-anak dalam memilih kandungan yang sesuai untuk dikongsikan di media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok atau X boleh mendatangkan kesan buruk jika tidak dikawal. Anak-anak berkemungkinan menerima kritikan dan kecaman yang tidak sepatutnya di media sosial daripada “netizen”. Andaikan mereka memuat naik gambar-gambar atau video-video yang tidak sesuai seperti berat badan berlebihan atau masalah obesiti, komen-komen negatif yang dilemparkan boleh mengakibatkan mereka mengalami gejala stres, kebimbangan dan kemurungan. Dalam pada itu, ujian saringan stres, kebimbangan dan kemurungan (DASS) antara langkah awal yang boleh dilaksanakan untuk mengenal pasti masalah kesihatan mental dalam kalangan murid di sekolah akibat ketagihan kepada gajet. (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kanakkanak-remajaberisiko-tinggi-alami-masalah-kesihatan-mental-dr-zaliha-407279) 1 Apakah punca sebenar yang telah membawa kepada masalah kesihatan mental? Punca sebenar yang telah membawa kepada masalah kesihatan mental ialah penggunaan gajet dalam tempoh yang terlalu lama. 2 Mengapakah ibu bapa harus memantau penggunaan media sosial anak-anak? Ibu bapa harus memantau penggunaan media sosial anak-anak kerana mereka belum matang dalam memilih kandungan yang sesuai untuk dikongsikan. 3 Kritikan dan kecaman di media sosial daripada “netizen” mengakibatkan kanak-kanak mengalami gejala stres, kebimbangan dan kemurungan. Berikan pendapat kamu. KBAT Menilai Pada pendapat saya, kanak-kanak mengalami gejala stres, kebimbangan dan kemurungan akibat kritikan dan kecaman daripada “netizen” kerana mereka menganggap bahawa komen-komen negatif ialah satu kenyataan yang benar tentang diri mereka sedangkan komen-komen itu datang daripada individu-individu yang tidak dikenali di alam maya. Interaktif Aktiviti PdPc Aktiviti Interaktif Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 4-6 5th.indd 11 26/9/2023 2:17:35 PM


12 TP 1 2 3 4 5 6 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, lengkapkan petikan teks dengan maklumat yang paling sesuai. S.P 2.3.2 Waktu pembelajaran Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram akan tamat. Murid-murid Tahun Empat Solar sudah bersiap sedia untuk pulang. Cikgu Faruq mengingatkan semua murid agar (1) memastikan kelas dalam keadaan bersih tanpa sisa sampah dan barang tertinggal sebelum keluar dari kelas. Murid-murid Tahun Empat Solar (2) memasang telinga masing-masing untuk mendengar arahan seterusnya daripada Cikgu Faruq. Seorang demi seorang murid menghantar tugasan Bahasa Melayu yang sudah disiapkan dalam buku latihan. Kemudian, mereka mula (3) mengemas alat tulis dan buku teks lalu dimasukkan ke dalam beg sekolah. Kemudian, Cikgu Faruq menyuruh murid-murid melihat ke bawah meja dan kerusi. Beliau meminta mereka (4) mengutip cebisan kertas dan habuk pensel yang masih tersisa di lantai untuk dibuang ke dalam tong sampah. Setiap murid menunduk lalu mencari gumpalan kertas dan habuk pensel di kawasan meja dan kerusi masing-masing. Seorang murid yang duduk berhadapan dengan meja guru (5) mengambil pemadam yang disangkakan sudah hilang . Rupa-rupanya pemadam itu ada di bawah kerusinya. Setelah berpuas hati dengan keadaan kelas, Cikgu Faruq mengingatkan sekali lagi murid-murid Tahun Empat Solar untuk (6) membawa plastik sampah dari rumah masing-masing bagi mengekalkan kebersihan kelas selepas sesi pembelajaran Pendidikan Seni Visual awal pagi esok. memastikan kelas dalam keadaan bersih memasang telinga masingmasing mengutip semua cebisan kertas dan habuk pensel mengemas alat tulis dan buku teks membawa plastik sampah dari rumah mengambil pemadam yang disangkakan sudah hilang 5 Persekitaran Bersih Hidup Ceria Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 29 – 34 Prɑktis PBD Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 4-6 5th.indd 12 26/9/2023 2:17:35 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 13 PdPc Aktiviti PAK-21 Lengkapkan perbualan di bawah dengan kata kerja aktif tak transitif yang sesuai. S.P 5.1.2 (i) Azam sudah berjanji akan membantu Harraz dan keluarganya membersihkan halaman rumah mereka pagi ini. Sebelum ke rumah Harraz, Azam terlebih dahulu menelefon Harraz menggunakan telefon bimbit bapanya. Azam : Selamat pagi, Harraz. Kamu sudah (1) bangun ? Harraz : Selamat pagi, Azam. Saya sudah bangun sejak awal pagi lagi. Sekarang saya sedang (2) bersarapan bersama-sama ahli keluarga saya. Kamu sudah (3) berjalan ke sini? Azam : Belum lagi. Saya sedang (4) bersiap . Harraz : Oh, begitu! Ibu saya (5) bertanya sama ada kamu sudah bersarapan atau belum. Jika belum, kamu boleh bersarapan di sini. Azam : Terima kasih, Harraz. Ibu saya sudah pun menyediakan sarapan untuk kami sekeluarga. Malah, ibu saya turut menyediakan bekal karipap dan donat. Dia cuma (6) berpesan kepada saya supaya tidak pulang selagi gotong-royong di rumah kamu belum selesai. Paling penting, kita mesti (7) berusaha untuk menghapuskan semua tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan kejiranan kita. Harraz : Betul, Azam. Ada beberapa tempat lain lagi di kawasan rumah saya yang perlu kita bersihkan. Nanti saya tunjukkan kepada kamu. Susah untuk saya terangkan apabila (8) berbual dengan kamu melalui telefon begini. Azam : Baiklah, Harraz. Saya perlu bersiap dahulu. Kita (9) berjumpa di rumah kamu sebentar lagi. berjumpa bersiap berusaha berbual bertanya berpesan berjalan bersarapan bangun Fail Edar (Travelling File) 1 Murid diminta duduk dalam kumpulan. 2 Setiap kumpulan dibekalkan satu fail yang mengandungi soalan untuk dibincangkan. (a) Fail 1: Kudis buta (b) Fail 2: Kutu kepala (c) Fail 3: Cirit-birit 3 Selepas 10 hingga 15 minit, soalan dan catatan maklumat dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada kumpulan lain. 4 Setiap kumpulan yang menerima fail baharu daripada kumpulan lain perlu membaca soalan dan maklumat yang terdapat di dalam fail tersebut sebelum dibincangkan, ditambah, dihuraikan atau disunting. Aspek Tatabahasa BT: m.s. 29 – 34 Prɑktis PBD PAK-21 PdPc Interaktif Aktiviti PdPc Aktiviti Interaktif Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 4-6 5th.indd 13 26/9/2023 2:17:35 PM


14 TP 1 2 3 4 5 6 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, lengkapkan jadual yang diberikan. S.P 3.2.3 KBAT Menganalisis Pemakanan Seimbang dan Sihat Imuniti Melawan COVID-19 Badan memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya selepas sembuh daripada COVID-19. Pemakanan seimbang dan sihat sangat penting sepanjang proses pemulihan tersebut. Kita haruslah mengamalkan diet pemakanan daripada sumber karbohidrat, protein, lemak sihat dan serat bagi meningkatkan impak kesembuhan dengan lebih optimum. Setiap kumpulan makanan itu mempunyai nutrisinya tersendiri yang penting bagi fungsi badan. Selain itu, kita hendaklah menjadikan piramid makanan Malaysia sebagai panduan. Penggunaan konsep pinggan sihat Malaysia suku-suku separuh perlu diterapkan untuk memastikan badan memperoleh nutrisi yang disarankan. Tambahan lagi, kita wajar menambah jenis makanan tinggi vitamin dan mineral seperti vitamin A, C, E dan B kompleks untuk membantu meningkatkan dan menjaga sel imun agar terus berfungsi dengan baik. Pengambilan air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari juga amat penting sepanjang rawatan jangkitan untuk menggantikan cecair yang hilang akibat simptom muntah-muntah dan cirit-birit yang dialami oleh pesakit. (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.utusan.com.my/gaya/kesihatan/2022/02/pemakanansihat-imuniti-lawan-covid-19/) No. Isi Tersurat Isi Tersirat 1 Mengamalkan diet pemakanan daripada sumber karbohidrat, protein, lemak sihat dan serat. Meningkatkan impak kesembuhan dengan lebih optimum. 2 Penggunaan konsep pinggan sihat Malaysia suku-suku separuh perlu diterapkan. Memastikan badan memperoleh nutrisi yang disarankan. 3 Menambah jenis makanan tinggi vitamin dan mineral seperti vitamin A, C, E dan B kompleks. Membantu meningkatkan dan menjaga sel imun agar berfungsi dengan baik. 4 Pengambilan air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari sepanjang rawatan jangkitan. Menggantikan cecair yang hilang akibat simptom muntah-muntah dan cirit-birit yang dialami oleh pesakit. 6 Pilih Gaya Hidup Sihat Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Menulis BT: m.s. 35 – 39 Prɑktis PBD Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 4-6 5th.indd 14 26/9/2023 2:17:35 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 15 PdPc Aktiviti PAK-21 1 Adib menjaga pemakanannya setiap hari. Pemakanan Adib dijaganya setiap hari. 2 Setiap hari Adib minum air kosong sebanyak lapan gelas. Sebanyak lapan gelas air kosong diminum oleh Adib setiap hari. 3 Adib mengurangkan pengambilan makanan berlemak. Pengambilan makanan berlemak dikurangkan oleh Adib. 4 Adib makan buah dan sayur-sayuran. Buah dan sayur-sayuran dimakan oleh Adib. 5 Adib melakukan senaman tiga kali seminggu. Tiga kali seminggu senaman dilakukan oleh Adib. 6 Adib memilih untuk melakukan senaman yang menyeronokkan bersama-sama kawannya. Senaman yang menyeronokkan dipilih oleh Adib untuk dilakukan bersama-sama kawannya. 7 Adib sering membuat pemeriksaan kesihatan di hospital. Pemeriksaan kesihatan sering dibuat oleh Adib di hospital. 8 Adib membuat rawatan gigi setiap enam bulan sekali. Setiap enam bulan sekali rawatan gigi dibuat oleh Adib. 9 Adib sekeluarga menjalani pemeriksaan kesihatan penuh setahun sekali. Pemeriksaan kesihatan penuh setahun sekali dijalani oleh Adib sekeluarga. 10 Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan. Gaya hidup sihat perlu kita amalkan dalam kehidupan. Bina ayat pasif bagi ayat aktif di bawah. S.P 5.1.2 (ii) Peta Pemikiran (i-THINK Map) • Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. • Setiap kumpulan perlu berbincang tentang tajuk, “Cara-cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat”. • Setiap isi atau idea perlulah menggunakan peta buih. • Seorang wakil daripada setiap kumpulan akan diminta membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas. Aspek Tatabahasa BT: m.s. 35 – 39 Prɑktis PBD Video Tutorial PAK-21 PdPc Tutorial Video PdPc Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 4-6 5th.indd 15 26/9/2023 2:17:36 PM


16 TP 1 2 3 4 5 6 Secara berpasangan, bersoal jawab bersama-sama rakan untuk menerangkan situasi di bawah dengan jelas. S.P 1.2.3 Harraz : Adakah kamu melihat berita di televisyen tentang kes murid sekolah diculik? Jason : Tidak, Harraz. (1) Bilakah kejadian itu berlaku ? Harraz : Kejadian itu berlaku pada waktu pagi ketika murid itu sedang berjalan kaki ke sekolah. Jason : Siapakah yang cuba menculik murid itu, Harraz? Harraz : (2) Dua orang lelaki warga asing yang cuba menculik murid itu . Dia bernasib baik kerana berjaya melepaskan diri. Kata bapa saya lagi, murid itu yang telah bersetuju untuk menaiki kereta penculik itu. Jason : Bagaimanakah murid itu boleh bersetuju untuk menaiki kereta orang yang tidak dikenali? Harraz : Murid itu boleh bersetuju untuk menaiki kereta orang yang tidak dikenali kerana (3) dia mahu membantu mereka mengirimkan yuran PIBG kepada pihak pentadbiran sekolah dan bersetuju untuk dihantar di hadapan pagar sekolah . Jason : Murid itu sangat bernasib baik. Guru-guru kita pun selalu berpesan supaya kita tidak mudah percaya kepada orang yang tidak dikenali. Kita juga perlu berjalan secara berkumpulan dan tidak berjalan kaki seorang diri di tempat-tempat sunyi. JOHOR BAHRU, 25 November – Seorang murid lelaki berjaya menyelamatkan diri daripada diculik selepas dua orang lelaki yang menaiki Perodua Myvi cuba melarikannya di Taman Rosmerah, Johor Jaya. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Zain Mamat berkata, dalam kejadian pukul 6:55 pagi itu, mangsa yang berusia 10 tahun telah dihampiri oleh suspek yang tidak dikenali ketika sedang berjalan kaki ke sekolah. Katanya, kedua-dua orang lelaki warga asing itu dipercayai menghampiri murid berkenaan dengan menaiki kereta sebelum berpura-pura meminta bantuan mangsa untuk mengirimkan yuran PIBG kepada pihak pentadbiran sekolah. “Mangsa yang diminta untuk masuk ke dalam kereta oleh suspek bersetuju untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, dia berjaya melepaskan diri kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian selepas menyedari pemandu itu tidak berhenti di hadapan pagar sekolah seperti yang dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. (Dipetik dan diubah suai daripada:https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelajar-perempuanselamat-dalam-kejadian-culik-depan-sekolah-332835) 7 Waspada Selalu Unit Nama: Kelas: Tarikh: Tema 3: Keselamatan Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 44 – 50 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 7-9 5th.indd 16 26/9/2023 2:18:42 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 17 Sikap panjang tangan akan menjadikan diri kita tidak disenangi oleh orang lain. 1 2 1 1 2 1 2 1 1 2 1 1 Lihat dan sebut huruf tunggal dalam tulisan Jawi di bawah. Kemudian, salin huruf tersebut dengan betul dan kemas. S.P 4.4.1 KBAT Mengaplikasi Aspek Seni Bahasa BT: m.s. 44 – 50 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 7-9 5th.indd 17 26/9/2023 2:18:42 PM


18 Tulis draf karangan. Kemudian, tulis karangan selengkapnya. S.P 3.3.1 KBAT Mengaplikasi Cara-cara Menghargai Diri Sendiri Pendahuluan: Meluangkan waktu dan melakukan kebaikan untuk menghargai diri sendiri • Mampu menetapkan tujuan hidup dan cita-cita [Mengapa] • Menjadi manusia yang sempurna dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial [Bagaimana – Contoh] • Bersemangat untuk mencapai impian hidup [Kesan] • Jangan menyayangi orang lain sehingga melupakan diri sendiri [Ungkapan menarik] Isi 1: Makan makanan seimbang • Memenuhi keperluan protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang lengkap untuk badan [Mengapa] • Mengambil makanan yang mempunyai banyak zat makanan dan protein yang cukup seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, ikan, ayam, kekacang dan produk tenusu [Bagaimana – Contoh] • Tubuh sihat dan tidak terkena penyakit [Kesan] • Badan sihat, otak cerdas [Ungkapan menarik] Isi 2: Menjaga penampilan diri • Kebersihan badan dan pakaian terjaga [Mengapa] • Menjaga kebersihan anggota badan seperti rambut, gigi, telinga, muka dan lain-lain. Selain itu, berpakaian bersih, sopan dan kemas [Bagaimana – Contoh] • Tubuh bersih, segar dan harum [Kesan] • Kebersihan sebahagian daripada iman [Ungkapan menarik] Isi 3: Memilih kawan dan persekitaran positif • Mendidik diri menjadi manusia yang lebih baik [Mengapa] • Mendorong kita melakukan aktiviti yang berfaedah seperti bersenam, belajar secara berkumpulan, mengunjungi perpustakaan dan lain-lain [Bagaimana – Contoh] • Mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah [Kesan] • Kawanmu cerminan dirimu [Ungkapan menarik] 8 Hargai Diri Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Menulis BT: m.s. 51 – 56 Prɑktis PBD Tema 3: Keselamatan Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 7-9 5th.indd 18 26/9/2023 2:18:42 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 19 TP 1 2 3 4 5 6 Penutup: Menghargai diri sendiri sebelum menyayangi diri orang lain • Orang-orang di sekitar akan melihat kita sebagai orang yang patut dihargai [Mengapa] • Yakin dengan diri sendiri [Bagaimana – Contoh] • Tidak dipengaruhi oleh anasir negatif [Kesan] • Orang akan menghargai kita jika kita terlebih dahulu menghargai diri sendiri [Harapan] Sebagai insan, kita mesti meluangkan waktu dan melakukan kebaikan untuk menghargai diri. Kita akan mampu untuk menetapkan tujuan hidup dan cita-cita dengan menjadi manusia yang sempurna dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Oleh itu, kita akan sentiasa bersemangat untuk mencapai impian hidup. Madah indah ada berpesan, jangan menyayangi diri orang lain sehingga melupakan diri sendiri. [Isi] Kita wajar memilih makanan seimbang [Mengapa] untuk diri bagi memenuhi keperluan protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang lengkap untuk badan. [Bagaimana] Hal ini dikatakan demikian kerana makanan yang mempunyai zat makanan dan protein yang cukup seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan, ayam, kekacang dan produk tenusu [Kesan] dapat menjadikan kita sihat dan tidak terkena penyakit. [Ungkapan menarik] Pepatah juga ada menyebut bahawa badan sihat, otak cerdas. [Isi] Selain itu, kita haruslah menjaga penampilan diri [Mengapa] supaya kebersihan badan dan pakaian terjaga. [Bagaimana] Kita perlu menjaga kebersihan anggota badan seperti rambut, gigi, telinga, muka dan lain-lain serta berpakaian bersih, sopan dan kemas [Kesan] supaya tubuh bersih, segar dan kemas. [Ungkapan menarik] Sesuai juga dengan ajaran Islam, kebersihan sebahagian daripada iman. [Isi] Seterusnya, kita mestilah memilih kawan dan persekitaran positif [Mengapa] untuk mendidik diri menjadi manusia yang lebih baik. [Bagaimana] Kawan dan persekitaran positif mendorong kita melakukan aktiviti yang berfaedah seperti bersenam, belajar secara berkumpulan, mengunjungi perpustakaan dan lain-lain. [Kesan] Oleh itu, kita juga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. [Ungkapan menarik] Pujangga ada mengatakan bahawa kawanmu cerminan dirimu. [Penutup] Kesimpulannya, kita harus menghargai diri sendiri sebelum menyayangi diri orang lain. [Mengapa] Orang-orang di sekitar akan melihat kita sebagai orang yang patut dihargai [Bagaimana] kerana kita tetap yakin dengan diri sendiri. [Kesan] Hal ini dikatakan demikian kerana kita tidak mudah dipengaruhi oleh anasir negatif. [Harapan] Sesungguhnya, orang akan menghargai kita jika kita terlebih dahulu menyayangi diri sendiri. Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 7-9 5th.indd 19 26/9/2023 2:18:42 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 20 Lengkapkan teka silang kata dengan kata adjektif pancaindera dan kata adjektif waktu yang sesuai. S.P 5.1.3 (iii), (iv) Menegak 1 Aiman dan Alif berada di perpustakaan awam sehari suntuk untuk mengulang kaji pelajaran. 2 Peserta program Bacalah Sayangku perlu datang ke sekolah pada awal pagi. 3 Ayah melarang saya bermain dengan pisau yang tajam kerana boleh membahayakan diri. 5 Murid-murid tidak digalakkan makan makanan segera kerana kurang berkhasiat. 7 Ayub datang lewat kerana rumahnya terletak jauh dari sekolah. 8 Bau busuk dari kilang itu mengganggu ketenteraman penduduk taman kami. Melintang 4 Sup ayam yang dimasak oleh kakak sangat masin kerana terbubuh banyak garam. 6 Ibu menyediakan sarapan yang lazat dan berkhasiat untuk kami. 7 Perabot lama di kelas itu ditukar dengan perabot baharu kerana banyak yang telah rosak. 9 Suara Fatimah yang merdu diminati oleh ramai orang. 10 Suara pemidato itu serak kerana batuknya belum pulih. 11 Adib mengasah penselnya yang tumpul di meja. Aspek Tatabahasa BT: m.s. 51 – 56 Prɑktis PBD s a u t w m a s i n l a z a t e t j l g u l a m a b e k e m e r d u r w s e r a k a u t u m p u l k 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 DIDIK HIBUR Aktiviti Interaktif PdPc Aktiviti Interaktif Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 7-9 5th.indd 20 26/9/2023 2:18:42 PM


21 TP 1 2 3 4 5 6 Baca dan analisis sajak di bawah. Kemudian, lengkapkan jadual yang diberikan. S.P 2.3.1 Di Lampu Isyarat Aku melihat pelbagai kenderaan berhenti tetapi banyak juga yang tidak ambil peduli tidak sedar aku penunggu setia di sini. Adakah mereka tidak pernah memahami warna kuning bersedia untuk berhenti warna merah mestilah dipatuhi warna hijau teruskan perjalanan ke destinasi. Aku tidak pernah lupa pada pemandu beremosi ketika tiga warna pada badanku tidak berfungsi mereka saling berebut dan tak ingin berkongsi keadaan lalu lintas jadi tak terkawal lagi. Satu lagi masalah dari dulu hingga kini had laju yang ditetapkan enggan dipatuhi walaupun kereta makin besar bukan mini ini bukan lagi soal harta tetapi hati. Untuk pejalan kaki, lain pula yang terjadi mereka lebih suka berjalan tanpa menoleh ke kanan mahupun ke kiri. Apa yang aku harapkan dalam hidup ini agar kehadiranku dapat memberikan erti kepada pengguna jalan raya seisi. FAUZAN ZAIN Tidak menoleh ke kanan dan ke kiri sebelum melintas jalan Tidak mengawal emosi semasa lalu lintas sesak Tidak mematuhi lampu isyarat Enggan mematuhi had laju yang ditetapkan Sikap Pengguna Jalan Raya 4 2 1 3 9 Patuh dan Selamat Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 57 – 61 Prɑktis PBD KBAT Menganalisis Tema 3: Keselamatan Kuiz Kuiz PdPc Aktiviti Interaktif Interaktif Aktiviti PdPc Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 7-9 5th.indd 21 26/9/2023 2:18:42 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 22 Isi tempat kosong dengan kata hubung dan kata sendi nama yang paling sesuai. Kemudian, cari kata hubung dan kata sendi nama tersebut yang tersembunyi. S.P 5.1.4 (i), (ii) Kata Hubung k e r a n a s s b l r l a k u j i k a t e p e l s i a t a m a a m u i y a n u l h k a a r l a u a 1 Kereta itu terbabas lalu merempuh tebing batu di tepi jalan. 2 Semua penumpang perlu memakai tali pinggang keledar ketika menaiki kereta. 3 Cikgu Fairie menasihati murid-murid supaya berhati-hati semasa menaiki van sekolah. 4 Encik Aminuddin memeriksa lampu isyarat motosikalnya sama ada masih berfungsi atau sebaliknya. 5 Semua murid dikehendaki berhimpun di padang kerana pihak bomba hendak memberikan taklimat tentang latihan kebakaran. 6 Kanak-kanak tidak dibenarkan mandi di kolam renang itu jika tiada pengawasan orang dewasa. Kata Sendi Nama d i e a t s r u e r r a e r u e j k a p u t d o e i e n r p d a p r t d a l a m t u k u e a n i k 1 Murid-murid tidak boleh keluar ke tandas tanpa kebenaran guru. 2 Kami sedang makan malam di ruang tamu ketika letupan mercun meletus. 3 Kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen di media untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya. 4 Ayah memastikan keretanya dalam keadaan terbaik sebelum memulakan pemanduan pulang ke kampung. 5 Jangan sesekali berkongsi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon di laman media sosial. PdPc Aktiviti Pelibatan Ibu Bapa (PIB) Ibu bapa berbual bersama-sama anak tentang cara menjaga keselamatan diri ketika mereka berada di luar rumah. Aspek Tatabahasa BT: m.s. 57 – 61 Prɑktis PBD DIDIK HIBUR PIB PdPc Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 7-9 5th.indd 22 26/9/2023 2:18:43 PM


23 TP 1 2 3 4 5 6 Baca dan fahami dialog di bawah. Kemudian, lengkapkan jadual yang diberikan. S.P 2.3.1 Puan Hidayah : Ini sampul duit hari raya, Amalina. Ibu sudah menjemput jiran-jiran agar singgah ke rumah kita selepas solat sunat Aidilfitri. Amalina : Wah, banyaknya ibu! Puan Hidayah : Ya. Pemberian duit raya ini untuk sanak saudara dan anak-anak tetamu yang akan berkunjung nanti. Amalina : Oh, begitu! Adakah duit raya ini satu kewajipan, ibu? Puan Hidayah : Tidak, Amalina. Duit raya bukanlah satu kewajipan. Pemberian duit raya tidaklah sampai memaksa diri sendiri jika kita kurang berkemampuan. Oleh itu, jangan pula salah sangka apabila tuan rumah tidak memberikan duit raya kepada kamu. Amalina : Baiklah, ibu. Mengapakah orang dewasa tidak mendapat duit raya, ibu? Puan Hidayah : Amalan pemberian duit raya ini sudah menjadi adat dan budaya masyarakat Melayu yang diberikan kepada anak-anak kecil atau sehingga mereka mula bekerja. Bagi yang sudah bekerja pula, mereka dianggap sudah berkemampuan, dewasa dan berdikari. Amalina : Apakah tujuan sebenar pemberian duit raya ini? Puan Hidayah : Tujuan pemberian duit raya ini adalah untuk bersedekah dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita. Amalina : Saya sudah tidak sabar untuk menerima duit raya daripada ayah dan ibu. Mari saya tolong ibu masukkan duit raya ke dalam sampul. Puan Hidayah : Ada-ada sahaja kamu ini, Amalina. (ketawa) Pemberian Duit Raya 1 Tujuan Bersedekah dan mengeratkan hubungan silaturahim 2 Masyarakat Melayu 3 Lokasi Rumah 4 Pemberi Orang dewasa yang berkemampuan; tuan rumah 5 Penerima Anak-anak kecil atau sehingga mereka mula bekerja Kemahiran Membaca BT: m.s. 66 – 72 Prɑktis PBD Tema 4: Kebudayaan, Kesenian dan Estetika 10 Semarakkan Budaya Kita Unit Nama: Kelas: Tarikh: KBAT Menganalisis Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 10-12 4th.indd 23 26/9/2023 2:19:48 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 24 TP 1 2 3 4 5 6 Amalan ziarah-menziarahi sudah sebati dengan budaya masharakat melayu di malaysia menjelang harilebaran. Amalan ini dapat mendekatkan hubungan yang jaoh, merapatkan hubungan yang renggang dan mengdamaikan sengketa yang lama . ketika ziarah ke rumah orang lain, kita dianjurkan untuk menjaga adab supaya tuan rumah tidak berasa terbeban. Semasa melakukan ziarah, kita dapat memahami keadaan jiran dan saling mengenali antara satu sama lain Kita dapat merengankan kesusahan dan menggembirakan hati mereka dengan sokongan mural dan bantuan keuangan sekadar yang termampu. kita juga harus mengambil kesempatan untuk menziarahi ahli keluarga jiran tetanga dan sahabat handai semasa musim cuti dan sambutan majelis tertentu dengan sebaik-baiknya. Kesibukan kerja harian dan tugas hakiki telah mensukarkan kita untuk menghidupkan amalan ziarah dengan lebih kerap. Amalan ziarah-menziarahi sudah sebati dengan budaya masyarakat Melayu di Malaysia menjelang hari lebaran. Amalan ini dapat mendekatkan hubungan yang jauh, merapatkan hubungan yang renggang dan mendamaikan sengketa yang lama. Ketika ziarah ke rumah orang lain, kita dianjurkan untuk menjaga adab supaya tuan rumah tidak berasa terbeban. Semasa melakukan ziarah, kita dapat memahami keadaan jiran dan saling mengenali antara satu sama lain. Kita dapat meringankan kesusahan dan menggembirakan hati mereka dengan sokongan moral dan bantuan kewangan sekadar yang termampu. Kita juga harus mengambil kesempatan untuk menziarahi ahli keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai semasa musim cuti dan sambutan majlis tertentu dengan sebaik-baiknya. Kesibukan kerja harian dan tugas hakiki telah menyukarkan kita untuk menghidupkan amalan ziarah dengan lebih kerap. Edit kesalahan yang terdapat dalam petikan di bawah. Kemudian, tulis petikan itu semula. Kemahiran Menulis BT: m.s. 66 – 72 Prɑktis PBD S.P 3.3.2 KBAT Menganalisis Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 10-12 4th.indd 24 26/9/2023 2:19:48 PM


25 TP 1 2 3 4 5 6 Dengar dan fahami maklumat yang disampaikan. Kemudian, berikan respons yang sesuai terhadap dialog di bawah. S.P 1.1.2 Tanjak merupakan salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu. Dahulunya, tanjak dipakai mengikut keturunan, pangkat atau tempat asal seseorang itu. Kini, tanjak menjadi trend pemakaian dalam majlis formal dan santai. Kebanyakan tanjak sekarang diperbuat daripada kain jenis songket, kain pelikat atau kapas. Tanjak yang dihasilkan oleh seseorang pembuat tanjak Jason : Di manakah tanjak dipakai pada masa sekarang, Azam? Azam : Menurut penerangan daripada Cikgu Zalina, sekarang tanjak dipakai dalam (1) majlis formal dan santai . Adakah kamu tahu tentang jenis kain yang digunakan untuk membuat tanjak, Jason? Jason : Ya, saya tahu. Kebanyakan tanjak sekarang diperbuat daripada (2) kain jenis songket, kain pelikat dan kapas . Azam : Betul. Tanjak yang dihasilkan juga memerlukan kemahiran yang tinggi dan (3) harus dilakukan dengan teliti dan berhati-hati . Jason : Saya berminat untuk memakai tanjak, Azam. Apakah pakaian yang sesuai untuk dipadankan dengan tanjak? Azam : Tanjak sebaik-baiknya dipadankan dengan (4) samping, bengkung dan baju Melayu berserta keris selit . Antara tanjak yang boleh kamu pilih adalah seperti (5) Alang Iskandar, Ayam Patah Kepak, Getam Pekasam, Helang Menyonsong Angin, Dendam Tak Sudah dan banyak lagi . memerlukan kemahiran yang tinggi dan harus dilakukan dengan teliti dan berhatihati. Setiap tanjak yang disimpul atau dilipat tidak boleh dilakukan sembarangan tanpa mengikuti dan menelusuri susur galur sejarahnya. Tanjak pada kebiasaannya akan dipadankan dengan samping, bengkung dan baju Melayu berserta keris selit. Antara jenis tanjak yang boleh dipadankan ialah Alang Iskandar, Ayam Patah Kepak, Getam Pekasam, Helang Menyonsong Angin, Dendam Tak Sudah dan banyak lagi. (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.hmetro.com.my/ mutakhir/2021/04/698485/tanjak-perlu-dipakai-ikut-adab-pantang-larang) 11 Indah Seni Sepanjang Zaman Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 73 – 78 Prɑktis PBD Tema 4: Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Kuiz Kuiz PdPc Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 10-12 4th.indd 25 26/9/2023 2:19:48 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 26 B Tandakan (✓) pada kata berimbuhan akhiran yang betul bagi melengkapkan ayat di bawah. S.P 5.2.1 (ii) A Tulis imbuhan awalan yang betul pada kata dasar yang diberikan bagi melengkapkan ayat di bawah. S.P 5.2.1 (i) 1 Ramai anak muda era ini tidak janggal untuk memakai (pakai) tanjak dalam pelbagai jenis majlis atau acara. 2 Pembuat (buat) tanjak menjual tanjak secara dalam talian bagi memudahkan pembeli membuat pilihan. 3 Kamal mengambil masa lebih setahun untuk belajar (ajar) cara-cara membuat tanjak daripada gurunya. 4 Tanjak perlu disimpan (simpan) di dalam kotak atau almari bagi mengekalkan kualitinya agar terus terpelihara. 5 Zain berminat (minat) untuk memakai tanjak setelah melihat rakannya segak bertanjak. 1 Syafiq mempelajari simpulan dan lipatan tanjak menggunakan kain songket daripada datuknya. lipatkan [ ] lipatan [ ✓ ] lipati [ ] 2 Pengantin lelaki Melayu menggunakan tanjak sebagai hiasan di atas kepala ketika majlis perkahwinan. hiaskan [ ] hiasan [ ✓ ] hiasi [ ] 3 Ulangi langkah membuat tanjak sehinggalah kamu benar-benar menguasai kemahiran tersebut. Ulangkan [ ] Ulangan [ ] Ulangi [ ✓ ] 4 Encik Roslan terpaksa menolak tempahan tanjak daripada para pelanggannya yang menempah pada saat-saat akhir kerana kesuntukan waktu. tempahkan [ ] tempahan [ ✓ ] tempahi [ ] 5 Adat dan warisan yang menjadi identiti bangsa perlu kita hargai agar tidak hilang ditelan zaman. hargakan [ ] hargaan [ ] hargai [ ✓ ] Aspek Tatabahasa BT: m.s. 73 – 78 Prɑktis PBD Aktiviti Interaktif Aktiviti Interaktif PdPc Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 10-12 4th.indd 26 26/9/2023 2:19:48 PM


27 Lafazkan sajak di bawah. Kemudian, jelaskan maksud sajak tersebut. S.P 4.2.1 KBAT Menganalisis Rangkap Maksud Rangkap Kita harus mengamalkan adat dan budaya dalam kehidupan seharian supaya adat budaya kita akan terus diwarisi dan hidup sampai bila-bila. Ketiga Jadilah bangsa berkeperibadian adat budaya jadi sandaran dalam amalan hidup seharian zaman-berzaman jadi warisan. Adat budaya yang melencong harus kita perbetulkan walaupun diamalkan oleh orang yang kita kenali kerana kita prihatin. Kedua Ingat wahai teman sekalian mesti ditegur adat budaya menyimpang peduli kita akan warisan sekalipun dia teman sepermainan. Adat budaya kita mempunyai nilai kesopanan yang utuh harus dibawa sebagai watak diri dengan besar hati walau di mana-mana pun kita berada di dunia ini. Pertama Nilai kesopanan dipegang teguh ke mana pergi identiti diri ini adat budaya Malaysia berbanggalah kita di bumi ini. 12 Adat Dijunjung Budaya Disanjung Unit Nama: Kelas: Tarikh: Tema 4: Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Aspek Seni Bahasa BT: m.s. 79 – 83 Prɑktis PBD DIDIK HIBUR Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 10-12 4th.indd 27 26/9/2023 2:19:49 PM


Click to View FlipBook Version