Nama: Kelas: Tarikh: 28 A Tulis imbuhan apitan yang betul pada kata dasar yang diberikan bagi melengkapkan ayat di bawah. S.P 5.2.1 (iii) B Isi tempat kosong dengan kata dasar yang betul bagi melengkapkan ayat di bawah. S.P 5.2.1 (iii) 1 Ketupat merupakan makanan tradisi Melayu yang turut menjadi kegemaran (gemar) rakyat Malaysia termasuklah kaum Cina, India dan lain-lain. 2 Persembahan (sembah) wayang kulit dengan diiringi alunan alat muzik tradisional sangat terkenal di negeri Pantai Timur Malaysia. 3 Dalam ucapan khas beliau, Perdana Menteri telah mengisytiharkan (isytihar) tarikh 3 Disember setiap tahun adalah sebagai Hari Batik Malaysia. 4 “Wau mestilah dinaikkan (naik) bertentangan dengan arah tiupan angin dalam keadaan tegak di kawasan lapang supaya dapat diterbangkan dengan sempurna,” kata Tok Mail kepada cucu-cucunya. 5 Penganjuran Festival Tarian dan Muzik Rakyat bertujuan untuk memperkenalkan (kenal) muzik, tarian dan nyanyian tempatan kepada para pelancong luar negara. p e m b u a t a n 1 Proses pembuatan cencaluk memerlukan ketelitian yang tinggi bagi memastikan mutu dan rasanya berada pada kualiti terbaik. p e r m a i n a n 2 Lebih ramai pemain yang menyertainya, lebih meriah permainan galah panjang. m e n g u c a p k a n 3 Sikap berbudi bahasa seperti mengucapkan terima kasih dan meminta izin dengan sopan ialah cara untuk menghormati orang tua. d i m a r t a b a t k a n 4 Adat dan budaya warisan Melayu perlu dimartabatkan oleh semua pihak termasuk para guru dan ibu bapa supaya dapat dipupuk dalam diri anak-anak. Aspek Tatabahasa BT: m.s. 79 – 83 Prɑktis PBD Aktiviti Interaktif Aktiviti Interaktif PdPc Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 10-12 4th.indd 28 26/9/2023 2:19:49 PM
29 TP 1 2 3 4 5 6 Baca dan fahami maklumat di bawah. Kemudian, tuturkan dialog dan berikan alasan secara bertatasusila. S.P 1.2.1 13 Jadikan Inspirasi Unit Nama: Kelas: Tarikh: Tema 5: Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 88 – 94 Prɑktis PBD • Nama sebenarnya ialah Adnan bin Saidi. • Dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. • Merupakan seorang anggota tentera dan askar Tanah Melayu dari Briged Infantri 1 yang bertempur dengan Jepun dalam Pertempuran Singapura. • Keberanian Leftenan Adnan Saidi bersama-sama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan Permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. • Adnan dilakonkan oleh Hairie Othman dalam filem Leftenan Adnan. (Dipetik dan diubah suai daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Adnan_bin_Saidi#cite_note-12) Cikgu Rahim : Siapa yang pernah membaca kisah Leftenan Adnan atau menonton filemnya? Aidil : Saya pernah menonton filemnya yang dilakonkan oleh Hairie Othman yang berjudul (1) Leftenan Adnan . Arsyad : Siapakah Leftenan Adnan, cikgu? Cikgu Rahim : Leftenan Adnan merupakan seorang (2) anggota tentera dan askar Tanah Melayu daripada Briged Infantri 1 yang bertempur dengan Jepun dalam Pertempuran Singapura. Beliau dilahirkan di (3) Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor pada tahun (4) 1915 . Arsyad : Saya belum pernah menonton filemnya. Bolehkah cikgu ceritakan secara ringkas tentang kisah perjuangan beliau? Cikgu Rahim : Secara ringkasnya, kisah keberanian Leftenan Adnan bersama-sama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Mereka telah bertempur bermati-matian untuk (5) mempertahankan Permatang Pasir Panjang . Leftenan Adnan Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 13-15 5th.indd 29 26/9/2023 2:22:24 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 30 TP 1 2 3 4 5 6 1 Hari Malaysia disambut di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka. 2 Pak Omar dan Salina pergi ke Stadium Perpaduan. 3 Perdana Menteri membaca perutusan Hari Malaysia. 4 Perarakan dan perbarisan dimulai oleh anggota polis dan tentera. Perarakan dan perbarisan dimulai oleh anggota polis dan tentera. Perarakan dan perbarisan dimulai oleh anggota polis dan tentera. Perdana Menteri membaca perutusan Hari Malaysia. Perdana Menteri membaca perutusan Hari Malaysia. Pak Omar dan Salina pergi ke Stadium Perpaduan. Pak Omar dan Salina pergi ke Stadium Perpaduan. Hari Malaysia disambut di Dataran Memorial Penyisytiharan Kemerdekaan, Melaka. Hari Malaysia disambut di Dataran Memorial Penyisytiharan Kemerdekaan, Melaka. Tulis ayat di bawah dalam bentuk tulisan berangkai. S.P 3.1.1 KBAT Mengaplikasi PdPc Aktiviti Pelibatan Ibu Bapa (PIB) • Ibu bapa dan anak merancang untuk menghadiri sambutan Hari Kebangsaan yang akan diadakan pada 31 Ogos setiap tahun. • Ibu bapa bersama-sama anak mengambil pelbagai gambar dan merakamkan video semasa sambutan itu untuk dijadikan kenang-kenangan. • Kemudian, ibu bapa dan anak meluangkan masa bersama-sama di rumah melihat gambar dan menonton rakaman video sambutan tersebut. Kemahiran Menulis BT: m.s. 88 – 94 Prɑktis PBD PIB PdPc Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 13-15 5th.indd 30 26/9/2023 2:22:24 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 31 Senaraikan kata majmuk bebas yang terdapat dalam gambar di bawah. Kemudian, bina ayat menggunakan kata majmuk bebas tersebut. S.P 5.2.2 KBAT Mengaplikasi No. Kata Majmuk Bebas Ayat 1 raket badminton Raket badminton ini berharga RM200.00. 2 bulu tangkis Pemain itu menghadang bulu tangkis dengan kuatnya. 3 tetamu kehormat Tetamu kehormat itu berdiri di atas pentas. 4 botol air Chua mengambil botol air lalu dibuang ke dalam tong sampah. 5 pingat emas Ahmad memperoleh pingat emas kerana menjuarai acara perseorangan lelaki. 6 seluar sukan Seluar sukan itu dipakai oleh Muthu. 7 cermin mata Datuk memakai cermin mata semasa membaca surat khabar. 8 jam tangan Jam tangan kepunyaan ayah saya ini amat mahal. Aspek Tatabahasa BT: m.s. 88 – 94 Prɑktis PBD Video Tutorial Kuiz Tutorial Video PdPc Kuiz PdPc Aktiviti Interaktif Interaktif Aktiviti PdPc Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 13-15 5th.indd 31 26/9/2023 2:22:25 PM
32 TP 1 2 3 4 5 6 Cara Menghormati Lagu Kebangsaan Cara dan Sebab Menghormati Lagu Kebangsaan Cara Sebab Lagu: Negaraku Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup Bersatu dan maju Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta • Kita perlu berdiri tegak semasa lagu kebangsaan dimainkan. • Kita dilarang berbual-bual semasa lagu kebangsaan dimainkan. • Kita perlu menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh bersemangat. • Kita perlu memandang bendera Malaysia semasa menyanyikan lagu kebangsaan. Baca dan fahami grafik di bawah. Kemudian, lengkapkan rajah yang diberikan. S.P 2.2.1 KBAT Menilai 5 Menunjukkan sikap patriotik 6 Menunjukkan kesetiaan kepada negara 4 Mensyukuri keamanan negara 1 Berdiri tegak 2 Bernyanyi dengan penuh semangat 3 Memandang bendera Malaysia 14 Demi Tanah Airku Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 95 – 100 Prɑktis PBD Tema 5: Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 13-15 5th.indd 32 26/9/2023 2:22:26 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 33 TP 1 2 3 4 5 6 Baca maklumat di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. S.P 3.2.2 Kemahiran Menulis BT: m.s. 95 – 100 Prɑktis PBD 1 Bilakah Aaron Chia dilahirkan? Aaron Chia dilahirkan pada 24 Februari 1997. 2 Apakah kejayaan yang dicapai oleh mereka pada tahun 2020? Kejayaan yang dicapai oleh mereka pada tahun 2020 ialah meraih pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Tokyo. 3 Di manakah Kejohanan Badminton Dunia BWF 2022 diadakan? Kejohanan Badminton Asia 2022 diadakan di Tokyo. 4 Berapakah perbezaan usia antara Aaron Chia dengan Soh Wooi Yik? Perbezaan usia antara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik satu tahun. (Dipetik dan diubah suai daripada https://en.wikipedia.org/wiki/Aaron_Chia dan https://en.wikipedia.org/wiki/Soh_Wooi_Yik) Juara Dunia Nama : Aaron Chia Soh Wooi Yik Tarikh Lahir : 24 Februari 1997 17 Februari 1998 Tempat Lahir : Melaka Kuala Lumpur Tinggi : 169 cm 183 cm Pegangan raket : Kanan Kanan Acara : Beregu lelaki Beregu lelaki Pencapaian Kejohanan Gangsa : Sukan Olimpik 2020, Tokyo Emas : Kejohanan Dunia BWF 2022, Tokyo Gangsa : Sukan Komanwel 2022, Birmingham Perak : Kejohanan Badminton Asia 2022, Manila Emas : Sukan Asia Tenggara 2019, Filipina Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 13-15 5th.indd 33 26/9/2023 2:22:26 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 34 bas-bas meja-meja jalan-jalan laju-laju buku-buku kubah-kubah besar-besar awal-awal bangunan-bangunan masing-masing murah-murah piring-piring Harraz dan Azam (1) awal-awal lagi sudah menunggu Jason di hentian bas pada pagi itu. Mereka bertiga ingin ke Pekan Ipoh untuk (2) jalan-jalan . Mereka turun di Stesen Bas Medan Kid. (3) Bas-bas dari serata Perak tertumpu di stesen itu. Mereka berjalan kaki menuju ke Kedai Kopi Yong Suan untuk membeli nasi kandar. Di sepanjang jalan, (4) bangunan-bangunan lama peninggalan British masih berdiri kukuh. Mereka bergerak (5) laju-laju ke sana kerana mereka perlu beratur untuk membeli nasi kandar. Mereka berjaya mendapat tempat. (6) Meja-meja telah dipenuhi oleh orang ramai. Mereka menempah tiga bungkus nasi kandar dan air teh ais. Selepas itu, mereka ke Pasar Karat Ipoh. Di sana, ada pelbagai barang dijual. (7) Piring-piring hitam dan (8) buku-buku yang berusia 60 tahun yang lalu antara barang yang sukar diperoleh. Harga bagi setiap buku lama juga (9) murah-murah . Setelah sejam di sana, mereka kemudiannya ke Masjid Sultan Idris Shah II untuk solat zuhur. (10) Kubah-kubah di atas masjid ini (11) besar-besar belaka. Selepas bersolat, mereka menaiki bas untuk pulang ke rumah (12) masing-masing . Lengkapkan petikan di bawah dengan kata ganda penuh yang sesuai. S.P 5.2.3 (i) Aspek Tatabahasa BT: m.s. 95 – 100 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 13-15 5th.indd 34 26/9/2023 2:22:26 PM
35 TP 1 2 3 4 5 6 Hafiz merupakan murid dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU). Ketika berumur 15 tahun, dia belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Menanti. Pendaftaran OKU Hafiz telah dilakukan oleh ibu bapanya setelah pemeriksaan doktor mengesahkan bahawa Hafiz dikategorikan sebagai orang kurang upaya mental dan pembelajaran. Hafiz menerima kad pengenalan OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dia menerima bantuan berupa wang sebanyak RM150.00 sebulan. Hafiz juga dikecualikan daripada membuat bayaran rawatan perubatan di klinik atau di hospital kerajaan. Dia kemudian melanjutkan pelajaran ke Kolej Vokasional Batu Berendam, Melaka. Di sana, Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan bantuan kewangan. Setelah keluar dari Kolej Vokasional, Hafiz telah membuka sebuah bengkel motosikal melalui Skim Bantuan Galakan Perniagaan daripada Kementerian Sumber Manusia. Dia juga mendapat pelepasan cukai pendapatan daripada Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN). Setelah lima tahun membuka bengkel motosikal tersebut, Hafiz berjaya membeli sebuah rumah kos sederhana dengan potongan harga 20 peratus daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad. Hafiz bersyukur kerana ibu bapanya telah memohon kad pengenalan OKU semasa dia di sekolah menengah. Jika dia tidak didaftarkan, semua keistimewaan yang dinikmati sekarang ini tidak akan berlaku. Keistimewaan Kad Pengenalan OKU 2 Mendapat Skim Bantuan Galakan Perniagaan daripada Kementerian Sumber Manusia 1 Menerima wang sebanyak RM150.00 sebulan untuk murid sekolah 4 Potongan harga 20 peratus daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad 3 Mendapat pelepasan cukai pendapatan daripada LHDN Baca dan analisis petikan di bawah. Kemudian, lengkapkan rajah yang diberikan. S.P 2.3.1 15 Aku Anak Watan Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 101 – 105 Prɑktis PBD KBAT Menganalisis Kamus Kata Orang Kelainan Upaya (OKU) – seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera, iaitu apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat. Tema 5: Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 13-15 5th.indd 35 26/9/2023 2:22:26 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 36 Rangkap Pertama Guruku selalu berpesan rajinkan diri belajar membaca kelak berjaya di dunia senangilah hati ibu bapamu selamatlah kamu di akhirat. Rangkap Kedua Guruku berpesan lagi jagalah diri dan maruah tingkatkan integriti nescaya dihormati ramai namamu terukir indah sampai bila-bila. Rangkap Ketiga Pesanan terakhir guruku didiklah bangsa agar berjaya pegangan agama jangan dilupakan arus kemodenan kita kejar kejayaan kita gapai untuk generasi akan datang. Rangkap Pertama (1) Datukku selalu berpesan (2) giatkan diri belajar membaca kelak berjaya di dunia (3) bahagiakanlah hati ibu bapamu selamatlah kamu di akhirat. Rangkap Kedua (4) Datukku berpesan lagi (5) peliharalah diri dan maruah tingkatkan integriti nescaya (6) disanjungi ramai namamu (7) mekar indah sampai bila-bila. Rangkap Ketiga Pesanan terakhir (8) datukku didiklah bangsa agar (9) gemilang pegangan agama jangan (10) ditinggalkan arus kemodenan kita kejar kejayaan kita (11) julangi untuk generasi akan datang. Baca dan ubah suai sajak di bawah. Kemudian, persembahkan sajak secara kreatif di hadapan guru dan rakan-rakan. S.P 4.3.1 KBAT Mengaplikasi Aspek Seni Bahasa BT: m.s. 101 – 105 Prɑktis PBD DIDIK HIBUR Kamus Kata • maruah – harga diri; kehormatan • integriti – kejujuran; ketulusan • gapai – mencapai Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 13-15 5th.indd 36 26/9/2023 2:22:27 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 37 1 Ayat Tunggal 2 Malaysia aman. Ayat Majmuk Malaysia yang aman tanah airku. Ayat Tunggal 1 Malaysia tanah airku. 2 Ayat Tunggal 2 Malaysia makmur di bawah kepimpinan kerajaan. Ayat Majmuk Malaysia semakin maju dan makmur di bawah kepimpinan kerajaan. Ayat Tunggal 1 Malaysia semakin maju. 3 Ayat Tunggal 2 Para perajurit membebaskan bumi ini daripada cengkaman penjajah. Ayat Majmuk Para perajurit berjuang untuk membebaskan bumi ini daripada cengkaman penjajah. Ayat Tunggal 1 Para perajurit berjuang. 4 Ayat Tunggal 2 Tanah air ini menunjukkan penjajahan British telah berakhir. Ayat Majmuk Tanah air ini dimerdekakan pada 31 Ogos 1957 bagi menunjukkan penjajahan British telah berakhir. Ayat Tunggal 1 Tanah air ini dimerdekakan pada 31 Ogos 1957. Bina ayat tunggal atau ayat majmuk bagi ayat-ayat di bawah. S.P 5.3.1 PdPc Aktiviti PAK-21 Fikir-Pasang-Kongsi (Think-Pair-Share) • Guru mengemukakan tajuk, “Ciri-ciri Generasi yang Diperlukan oleh Negara”. • Murid secara individu berfikir tentang tajuk tersebut. • Kemudian, setiap murid diberikan pasangan dan berbincang bersama-sama pasangan mereka. • Seterusnya, wakil pasangan diminta untuk berkongsi jawapan mereka kepada semua murid di dalam kelas. Aspek Tatabahasa BT: m.s. 101 – 105 Prɑktis PBD PAK-21 PdPc Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 13-15 5th.indd 37 26/9/2023 2:22:27 PM
38 Tulis draf karangan. Kemudian, tulis karangan selengkapnya. S.P 3.3.1 KBAT Mencipta Aku Pencipta Robot Pembantu Rumah Pendahuluan: Telah mencipta robot pembantu rumah • Memudahkan manusia menguruskan kerja rumah [Mengapa] • Menjimatkan masa dan tenaga manusia untuk memasak, mencuci pakaian dan membersihkan rumah [Bagaimana – Contoh] • Mengurangkan stres setelah seharian bekerja [Kesan] • Wang dapat membeli masa sekarang [Ungkapan menarik] Isi 1: Bahasa pertuturan robot ialah bahasa Melayu • Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan [Mengapa] • Menerima dan memberikan respons kepada pengguna dengan bahasa Melayu standard [Bagaimana – Contoh] • Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat meningkatkan kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik [Kesan] • Bahasa jiwa bangsa [Ungkapan menarik] Isi 2: Waktu dan hari robot bekerja boleh ditetapkan • Tidak ada kerja yang tertangguh [Mengapa] • Mengatur kekerapan robot memasak, mencuci pakaian dalam seminggu dan membersihkan lantai dan karpet dalam sehari [Bagaimana – Contoh] • Kehidupan manusia akan menjadi lebih tersusun [Kesan] • Masa itu emas [Ungkapan menarik] Isi 3: Robot diservis pada setiap bulan • Memastikan robot sentiasa dalam keadaan terbaik [Mengapa] • Staf teknik syarikat akan mengatur temu janji mengikut kesesuaian waktu pemilik robot di rumah [Bagaimana – Contoh] • Robot akan diselenggara oleh staf terlatih [Kesan] • Alah membeli, menang memakai [Ungkapan menarik] 16 Kehebatan Sains Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Menulis BT: m.s. 110 – 114 Prɑktis PBD Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 16-18 5th.indd 38 26/9/2023 2:23:57 PM
39 TP 1 2 3 4 5 6 Penutup: Berharap rakyat yang berkemampuan memiliki sebuah robot pembantu rumah • Memberikan banyak kemudahan kepada ramai orang [Mengapa] • Melayari Internet dan menghubungi nombor khidmat pelanggan untuk pembelian [Bagaimana – Contoh] • Pengguna dapat memperoleh maklumat lanjut tentang robot [Kesan] • Pemilik sebagai kawan bukan tuan [Harapan] Aku ialah seorang saintis muda. Aku telah berjaya mencipta sejenis robot pembantu rumah. Robot ini dicipta bagi memudahkan manusia menguruskan kerja-kerja di rumah. Ciptaan ini mampu menjimatkan masa dan tenaga manusia untuk memasak, mencuci pakaian dan membersihkan rumah. Oleh itu, manusia dapat mengurangkan stres setelah seharian bekerja. Robot berbaloi untuk dimiliki kerana wang yang dilaburkan dapat membeli masa sekarang. [Isi] Setelah tubuh robot lengkap dipasang, sekeping cip dipasang pada bahagian kepala robot untuk menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturannya. [Mengapa] Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa pertuturan bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia. [Bagaimana] Robot berkebolehan menerima dan memberikan respons kepada pengguna dengan bahasa Melayu standard. [Kesan] Oleh hal yang demikian, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat meningkatkan kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik. [Ungkapan menarik] Bertepatan dengan kata-kata hikmat mengatakan bahawa bahasa jiwa bangsa. [Isi] Selain itu, waktu dan hari robot bekerja boleh ditetapkan. [Mengapa] Dengan kemudahan ini, tidak ada kerja yang tertangguh akibat kelupaan. [Bagaimana] Kita dapat mengatur kekerapan robot memasak, mencuci pakaian dalam seminggu dan membersihkan lantai dan karpet dalam sehari. [Kesan] Oleh itu, kehidupan manusia akan menjadi lebih tersusun [Ungkapan menarik] kerana masa itu emas. [Isi] Seterusnya, robot akan diservis pada setiap bulan [Mengapa] untuk memastikannya sentiasa dalam keadaan terbaik. [Bagaimana] Staf teknik syarikat akan menghubungi pemilik untuk mengatur temu janji mengikut kesesuaian masa pemilik di rumah. [Kesan] Oleh hal yang demikian, robot juga akan diselenggara oleh staf yang terlatih. [Ungkapan menarik] Pembelian robot ini menguntungkan. Bak kata pepatah, alah membeli, menang memakai. [Penutup] Aku berasa bangga dapat mencipta robot pembantu rumah dan berharap rakyat berkemampuan memiliki sebuah robot pembantu rumah. [Mengapa] Robot ini terbukti memberikan banyak kemudahan kepada ramai orang. [Bagaimana] Para pengguna perlu melayari Internet dan menghubungi nombor khidmat pelanggan untuk [Kesan] memperoleh maklumat lanjut tentang robot untuk pembelian. [Harapan] Saya berharap agar pemilik setiap robot menganggap mereka juga sebagai kawan. Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 16-18 5th.indd 39 26/9/2023 2:23:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 40 Adik : Bilakah kita akan bermain permainan roket air ini, kakak? Kakak : Kita akan bermain permainan roket air ini sebentar lagi di halaman rumah. Adik : Wah, cantik sungguh roket air ini! Roket air ini dibuat daripada apa, kakak? Kakak : Roket air ini dibuat daripada botol minuman, plastisin, pita pelekat dan kulit kotak. Adik : Roket air ini mempunyai sayap kenapa? Kakak : Roket air ini mempunyai sayap untuk membantu No. Jenis Ayat Ayat Penyata Ayat Tanya 1 Kita akan bermain permainan roket air ini sebentar lagi di halaman rumah. Bilakah kita akan bermain permainan roket air ini, kakak? 2 Roket air ini dibuat daripada botol minuman, plastisin, pita pelekat dan kulit kotak. Roket air ini dibuat daripada apa, kakak? 3 Roket air ini perlu mempunyai sayap untuk membantu roket ini terbang dengan lebih jauh. Roket air ini mempunyai sayap kenapa? 4 Roket air ini memang hebat. Bolehkah kakak berikan roket air ini kepada saya? Baca dialog di bawah. Kemudian, senaraikan ayat penyata atau ayat tanya yang terdapat dalam dialog tersebut. S.P 5.3.2 (i), (ii) roket ini terbang dengan lebih jauh. Adik : Roket air ini memang hebat. Bolehkah kakak berikan roket air ini kepada saya? Kakak : Boleh, adik. PdPc Aktiviti Pelibatan Ibu Bapa (PIB) Ibu bapa dan anak meluangkan masa bersama-sama untuk menghasilkan sesuatu inovasi menggunakan bahanbahan terpakai yang mudah didapati di rumah. Aspek Tatabahasa BT: m.s. 110 – 114 Prɑktis PBD PIB PdPc Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 16-18 5th.indd 40 26/9/2023 2:23:57 PM
41 TP 1 2 3 4 5 6 Rangkap Pertama Dompet pintar lahir seiring teknologi kini warnanya hitam nampak biasa namun kecanggihan luar biasa senang dibawa ke mana-mana tanpa wang yang tebal mampu membayar apa-apa. Rangkap Kedua Cip pintar tertanam padanya disambung terus pada telefon jika hilang dapat dikesan lokasinya penggera berbunyi apabila berjauhan kamera pengintip perakam gambar perlindungan keselamatan diutamakan menjadi kesukaan ramai. Rangkap Ketiga Dompet pintarku ditambah teknologi canggih menjadi pengecas telefon cip pintar menyimpan memori kod kad kredit dijamin selamat pencuri terlopong tuan dompet gembira. Baca sajak di bawah. Kemudian, nyatakan maksud sajak tersebut. S.P 2.3.2 KBAT Menganalisis Maksud Rangkap Pertama Kemajuan sains telah menyebabkan dompet mempunyai kecanggihan teknologi walaupun warnanya seperti dompet biasa dan tanpa membawa wang yang banyak. Maksud Rangkap Kedua Teknologi hebat pada dompet ini dapat mengesan kedudukannya dan kamera akan merakam gambar pencuri serta terdapat sistem penggera apabila pemilik dompet berada jauh. Maksud Rangkap Ketiga Dompet ini mempunyai kelebihan sebagai pengecas telefon, penyimpan memori dan jaminan keselamatan dari segi kod kad kredit. 17 Teknologi dalam Kehidupan Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 115 – 120 Prɑktis PBD Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 16-18 5th.indd 41 26/9/2023 2:23:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 42 TP 1 2 3 4 5 6 Suzana dan ibunya, puan arifah pergi ke bandar sungai petani. Tiba-tiba Suzana telihat sebuah jam tangan yang menarik hatinya. Mereka pun singgah di kedai jam itu “Adakah jam tangan ini ialah jam pintar,” tanya suzana. “Ya, jam tangan ini ialah jam pintar jawab penjual itu. Penjual itu bercerita tentang jam tangan pintar yang mempunyai lima ciri yang unik. Ciri pertama ialah jam ini dapat mengukur pergerakan kaki dengan memaparkan jumlah langkah yang dilakukan. Seterusnya, jam ini boleh mengesan denyutan nadi dan jantong bagi mengukur tahap kecergasan diri. Di samping itu jam pintar ini boleh mengukur tahap stres seseorang. Apabila seseorang dalam keadaan stres, simbul berwarna merah akan muncul. Selain itu, jam ini befungsi sebagai penggera, kalkulatur dan pemain muzik. Akhir sekali, jam ini boleh menjadi alat kawalan apabila berhubung dengan peranti lain seperti televisen atau radio untuk mentukar saluran rancangan. “Baiklah, saya beli jam pintar ini,” kata Puan Arifah kepada penjual itu. Ini jamnya, puan,” kata penjual itu sambil senyuman. Edit dan murnikan ayat daripada aspek ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan dalam petikan. Kemudian, tulis petikan itu semula. S.P 3.2.2 KBAT Menganalisis Suzana dan ibunya, Puan Arifah pergi ke bandar Sungai Petani. Tiba-tiba Suzana terlihat sebuah jam tangan yang menarik hatinya. Mereka pun singgah di kedai jam itu. “Adakah jam tangan ini ialah jam pintar?” tanya Suzana. “Ya, jam tangan ini ialah jam pintar,” jawab penjual itu. Penjual itu bercerita tentang jam tangan pintar yang mempunyai lima ciri yang unik. Ciri pertama ialah jam ini dapat mengukur pergerakan kaki dengan memaparkan jumlah langkah yang dilakukan. Seterusnya, jam ini boleh mengesan denyutan nadi dan jantung bagi mengukur tahap kecergasan diri. Di samping itu, jam pintar ini boleh mengukur tahap stres seseorang. Apabila seseorang dalam keadaan stres, simbol berwarna merah akan muncul. Selain itu, jam ini berfungsi sebagai penggera, kalkulator dan pemain muzik. Akhir sekali, jam ini boleh menjadi alat kawalan apabila berhubung dengan peranti lain seperti televisyen atau radio untuk menukar saluran rancangan. “Baiklah, saya beli jam pintar ini,” kata Puan Arifah kepada penjual itu. “Ini jamnya, puan,” kata penjual itu sambil tersenyum. Kemahiran Menulis BT: m.s. 115 – 120 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 16-18 5th.indd 42 26/9/2023 2:23:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 43 Bina ayat aktif berdasarkan gambar dan perkataan yang diberikan. S.P 5.3.3 2 mengeluarkan Jason – pemacu cakera keras – komputer – berhati-hati Jason mengeluarkan pemacu cakera keras dari komputer dengan berhati-hati. 3 membersihkan Jason – pemacu cakera keras – kotor – berdebu – berus Jason membersihkan pemacu cakera keras yang kotor dan berdebu dengan berus. 4 memasang Jason – pemacu cakera keras – bahagian – semula Jason memasang pemacu cakera keras ke bahagian komputer semula. 5 melayari Jason – Internet – komputernya – pulih – sediakala Jason melayari Internet setelah komputernya pulih seperti sediakala. 1 membuka Jason – komputer – rosak – di biliknya Jason membuka komputer yang rosak di biliknya. Aspek Tatabahasa BT: m.s. 115 – 120 Prɑktis PBD Aktiviti Interaktif Interaktif Aktiviti PdPc Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 16-18 5th.indd 43 26/9/2023 2:23:59 PM
44 TP 1 2 3 4 5 6 Ayat • Mei Lin hendak ke bandar Muar. • Mei Lin membuka aplikasi Grab Car melalui telefon pintar. • Mei Lin menempah sebuah kereta. Perenggan Mei Lin hendak ke bandar Muar. Dia membuka aplikasi Grab Car melalui telefon pintar lalu menempah sebuah kereta . 1 Ayat • Mei Lin masuk ke Restoran Cendana. • Mei Lin menekan butang pada mesin di hadapan pintu. • Mei Lin menempah makanan. • Pelayan restoran menghantar makanan kepadanya. Perenggan Mei Lin masuk ke Restoran Cendana. Dia menekan butang tertentu pada mesin di hadapan pintu untuk menempah makanan. Selepas 10 minit kemudian, pelayan restoran menghantar makanan kepadanya. 2 Ayat • Mei Lin ingin menonton wayang. • Mei Lin membeli tiket wayang melalui aplikasi dalam mesin yang disediakan. • Mei Lin menunjukkan tiket wayang kepada pekerja di kaunter sebelum masuk ke pawagam. Perenggan Mei Lin ingin menonton wayang. Mei Lin membeli tiket wayang melalui aplikasi dalam mesin yang disediakan. Selepas itu, Mei Lin menunjukkan tiket wayang kepada pekerja di kaunter sebelum masuk ke pawagam. 3 Lengkapkan ayat berdasarkan gambar. Kemudian, tulis perenggan yang lengkap. S.P 3.2.1 18 Inovasi untuk Kita Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Menulis BT: m.s. 121 – 125 Prɑktis PBD Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 16-18 5th.indd 44 26/9/2023 2:23:59 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 45 Ayat susunan biasa ialah subjek di hadapan diikuti predikat. Ayat susunan songsang pula ialah predikat di hadapan diikuti subjek. Ayat susunan biasa: Mesin itu (subjek) sungguh berat. (predikat) Ayat susunan songsang: Sungguh berat (predikat) mesin itu. (subjek) Bina ayat susunan biasa atau ayat susunan songsang dengan betul. S.P 5.3.4 No. Ayat Susunan Biasa Ayat Susunan Songsang 1 Encik Halim ialah jurugambar di Kedai Gambar Max. Jurugambar di Kedai Gambar Max ialah Encik Halim. 2 Kamera yang mahal itu sentiasa dibawa oleh Encik Halim. Sentiasa dibawa oleh Encik Halim kamera yang mahal itu. 3 Encik Halim merakamkan gambar dengan kamera yang mahal itu. Merakamkan gambar dengan kamera yang mahal itu Encik Halim. 4 Beliau sungguh cekap ketika merakamkan gambar. Sungguh cekap ketika merakamkan gambar beliau. 5 Gambar yang cantik itu dirakamkan oleh beliau semasa berada di Bidor. Dirakamkan oleh beliau semasa berada di Bidor gambar yang cantik itu. 6 Gambar itu dicuci dan dihantar kepada rakannya melalui e-mel. Dicuci dan dihantar kepada rakannya melalui e-mel gambar itu. 7 Encik Phairot ialah rakan karib Encik Halim yang berada di Thailand. Rakan karib Encik Halim yang berada di Thailand ialah Encik Pahirot. 8 Encik Phairot mempamerkan gambar yang ditangkap oleh Encik Halim di Galeri Sukorn. Mempamerkan gambar yang ditangkap oleh Encik Halim di Galeri Sukorn Encik Phairot. 9 Gambar yang dirakamkan oleh Encik Halim itu diletakkan di atas sebuah meja. Diletakkan di atas sebuah meja gambar yang dirakamkan oleh Encik Halim itu. Aspek Tatabahasa BT: m.s. 121 – 125 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 16-18 5th.indd 45 26/9/2023 2:23:59 PM
46 TP 1 2 3 4 5 6 19 Kreatifnya Petani Kita Unit Nama: Kelas: Tarikh: Tema 7: Pertanian dan Penternakan Kemahiran Membaca BT: m.s. 130 – 136 Prɑktis PBD Lengkapkan teks dengan jawapan yang betul. Kemudian, lagukan gurindam dengan gaya yang sesuai. S.P 2.3.2 Gurindam Jasa Petani Melintang 2 Walau sesiapa tiada memuji, Terus bekerja tanpa berhenti. 4 Kerana petani perut terisi, Makanan sihat penuh nutrisi . 6 Bertahun lama petani berjuang, Mengundur diri sangatlah pantang. 7 Sedia pengganti para petani, Anak muda masa kini. Menegak 1 Berjemur petani di bawah mentari , Tekun gigih setiap hari. 3 Jasa petani tiada terperi, Masyarakat nikmati makanan ruji . 5 Sebiji nasi jangan dibuang, Padi dituai bukannya senang. DIDIK HIBUR 1 m r e m u d a n j 4 n u t r i s i a r n t i a d a s d i r i 4 1 3 7 5 6 2 Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 19-21 5th.indd 46 26/9/2023 2:25:51 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 47 TP 1 2 3 4 5 6 Encik Ali : Selamat datang ke Syarikat Pes Durian Lawin. Di sini, kami akan menunjukkan caracara untuk memproses pes durian yang mampu bertahan selama dua tahun. Kamal : Bagaimanakah pes durian ini dibuat, Encik Ali? Encik Ali : Pes durian ini dibuat melalui mesin pengasing isi durian. Mesin ini memudahkan proses pengasingan antara isi dengan biji durian. Tujuan utama alat ini adalah untuk menghasilkan produk makanan berperisa seperti coklat, aiskrim, dodol, kuih dan sebagainya. Intan : Mesin ini digunakan bagaimana? Encik Ali : Mesin ini direka khusus untuk mengasingkan isi daripada biji. Mula-mula, buah durian dibuka dan diletakkan setiap ulas di dalam sebuah mangkuk besar. Sebuah mangkuk ini mengandungi empat kilogram buah durian. Setiap ulas durian dimasukkan ke dalam bahagian pengisian. Seterusnya, mesin dihidupkan dengan tiga kaedah kelajuan, iaitu perlahan, sederhana dan laju. Putaran di dalam bahagian pengisian ini akan mengeluarkan biji durian terlebih dahulu. Selanjutnya, pes durian terhasil tanpa sebarang biji. Dina : Wah, kerja pengasingan biji dengan isi durian ini sangat menjimatkan masa! Encik Ali : Ya. Melalui mesin ini, syarikat kami mampu menghasilkan sebanyak 300 kilogram pes durian dalam sehari. Mesin ini juga memudahkan kerja yang perlu dilakukan oleh 20 orang pekerja. Puan Tan : Terima kasih atas penerangan ringkas Encik Ali. Encik Ali : Sama-sama, Puan Tan. 1 Bagaimanakah mesin ini digunakan untuk menghasilkan pes durian? Mesin ini digunakan untuk menghasilkan pes durian dengan memasukkan ulas durian ke dalam mesin pada bahagian pengisian. Putaran mesin akan memisahkan antara isi dengan biji durian. Pes durian terhasil setelah proses biji durian dikeluarkan terlebih dahulu. 2 Mengapakah mesin ini sangat menjimatkan masa? Mesin ini sangat menjimatkan masa kerana mesin ini mampu menghasilkan sebanyak 300 kilogram pes durian dalam masa sehari bahkan memudahkan kerja yang perlu dilakukan oleh 20 orang pekerja. Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. S.P 3.2.2 Kemahiran Menulis BT: m.s. 130 – 136 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 19-21 5th.indd 47 26/9/2023 2:25:51 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 48 Saya dan adik ke ladang ternakan lembu datuk. Kami berasa sungguh teruja untuk melihat lembulembu di situ. Tiba-tiba, seekor lembu mengejar kami dari belakang. Kami pun langkah seribu ke luar ladang ternakan. Kami patah hati kerana tidak dapat ke ladang ternakan datuk. 1 Simpulan bahasa: Langkah seribu Garis simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah. Kemudian, tulis simpulan bahasa dalam bentuk tulisan Jawi. S.P 4.4.2 KBAT Mengaplikasi 2 Simpulan bahasa: Patah hati Aspek Seni Bahasa BT: m.s. 130 – 136 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 19-21 5th.indd 48 26/9/2023 2:25:51 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 49 Bina ayat aktif berdasarkan gambar dan kata kerja yang diberikan. S.P 5.1.2 (i) KBAT Mengaplikasi 1 Adnan balik ke kampung di Teluk Intan. 2 Adnan berbincang dengan ayahnya tentang tanah terbiar di belakang rumah. 3 Adnan mula menebas semak samun di tanah tersebut. 4 Dia menanam pokok jagung dan pokok tebu. 5 Adnan menjual jagung dan tebu di pasar tani. 6 Pendapatan Adnan semakin bertambah sejak dia mengusahakan tanah itu. balik menanam berbincang menjual menebas bertambah 6 3 5 2 4 1 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 130 – 136 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 19-21 5th.indd 49 26/9/2023 2:25:52 PM
50 TP 1 2 3 4 5 6 Cara-cara Membuat Sarang Kelulut Azlan : Saya berminat untuk membuat sarang kelulut kerana (1) pembuatannya sangat mudah dan senang . Madu kelulut ini juga (2) dapat menambahkan pendapatan saya . Kai Chun : Saya juga berminat dengan pembuatan madu kelulut kerana (3) pelbagai produk kesihatan dapat dihasilkan . Saya juga ingin membuat (4) sabun kelulut dengan jenama sendiri . Ramesh : Saya ingin menghasilkan banyak sarang kelulut kerana (5) madunya mengandungi banyak khasiat seperti dapat mencegah pelbagai jenis penyakit . Cara-cara membuat sarang kelulut: • Sediakan sebuah kotak kayu yang tertutup. • Masukkan kelulut dan sarang lebah ke dalam kotak. • Kelulut bertambah banyak dan membiak di dalam sarang. • Madu kelulut diambil melalui picagari. • Madu kelulut dijadikan produk kesihatan seperti minuman, sabun dan syampu. Khasiat madu kelulut: • Mencegah pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit sendi. • Meningkatkan dan menguatkan bahagian dalaman badan. • Membersihkan dan mencantikkan kulit agar lebih berseri. Fahami gambar dan maklumat di bawah. Kemudian, berikan respons terhadap soalan yang dikemukakan. S.P 1.1.3 20 Mari Bertani Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 137 – 142 Prɑktis PBD Tema 7: Pertanian dan Perternakan Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 19-21 5th.indd 50 26/9/2023 2:25:52 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 51 TP 1 2 3 4 5 6 Cara-cara Menanam Bunga Ros Melalui Ubi Kentang Mula-mula, sediakan bahan seperti gunting, tanah, batang pokok bunga ros, ubi kentang dan pasu kecil. Ambil batang pokok bunga ros dan guntingkan semua daun. Potong keratan batang bunga ros kepada empat batang kecil berukuran 15 sentimeter. Cucuk setiap batang pokok bunga ros itu pada ubi kentang. Letakkan ubi kentang yang dicucuk dengan batang bunga ros ke dalam pasu. Masukkan tanah dan biarkan selama seminggu. Lakukan siraman dengan penyembur air untuk melembapkan tanah setiap hari. Dalam satu minggu, tunas baharu akan muncul dan daun menjadi matang. Pokok bunga ros ini boleh dipindahkan ke pasu besar atau ke kawasan tertentu untuk ditanam. Cara-cara Menanam Bunga Ros Melalui Ubi Kentang Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, lengkapkan rajah berdasarkan petikan tersebut. S.P 2.1.1 KBAT Menganalisis Sediakan bahan seperti gunting, tanah, batang pokok bunga ros, ubi kentang dan pasu kecil. 1 Setiap batang pokok bunga ros itu dicucuk pada ubi kentang. 4 Batang pokok bunga ros digunting dan dibersihkan. 2 Masukkan tanah dan ubi kentang yang dicucuk dengan batang pokok bunga ros ke dalam pasu kecil dan disiram dengan semburan air. 5 Batang bunga ros dipotong pendek. 3 Tunas baharu akan muncul dan pindahkan ke dalam pasu besar. 6 Kemahiran Membaca BT: m.s. 137 – 142 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 19-21 5th.indd 51 26/9/2023 2:25:52 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 52 TP 1 2 3 4 5 6 Buah Salak Salak atau nama saintifiknya salacca zalacca ialah keluarga tumbuhan Arecaceae. Salak dikatakan berasal dari kawasan barat daya Jawa dan selatan Sumatera. Pokok salak dapat tumbuh dengan subur di bawah lindungan tumbuhan, iaitu dalam keadaan yang lembap dan teduh. Salak terkenal kerana mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi dengan beberapa kebaikan untuk kesihatan tubuh badan manusia. Buah salak mempunyai rasa yang manis atau masam-masam manis dan sedikit kelat. Buah ini mempunyai kulit yang berwarna merah dan kasar seperti bersisik manakala isinya pula berwarna putih kekuningan. Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, catat maklumat dalam rajah yang diberikan. S.P 3.2.3 KBAT Menganalisis Kemahiran Menulis BT: m.s. 137 – 142 Prɑktis PBD Buah Salak 5 Rasa Manis atau masam-masam manis dan sedikit kelat 3 Habitat Di bawah lindungan tumbuhan, iaitu dalam keadaan yang lembap dan teduh 1 Nama Saintifik Salacca zalacca 2 Asal Kawasan barat daya Jawa dan selatan Sumatera 4 Khasiat Kandungan nutrisi yang tinggi dengan beberapa kebaikan untuk tubuh badan manusia 6 Kulit Berwarna merah dan kasar seperti bersisik 7 Isi Berwarna putih kekuningan Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 19-21 5th.indd 52 26/9/2023 2:25:52 PM
53 TP 1 2 3 4 5 6 Burger Ketam dan Keistimewaannya • Isi ketam yang segar, lembut dan rangup • Kulit ketam dibuang • Tiada kolesterol dan rendah lemak • Roti dan salad dibuat sendiri • Sos yang sedap • Mudah kenyang • Memberikan tenaga yang cepat • Digoreng dalam masa tiga minit dengan api sederhana • Harga yang murah – RM6.00 Pelayan : Selamat petang, tuan dan puan. Hari ini kami ada menyediakan menu istimewa, iaitu burger ketam. Encik Lim : Apakah keistimewaan burger ketam ini? Mengapakah harga burger ini murah? Pelayan : Keistimewaan burger ketam ini ialah isinya yang segar dan lembut. Daging burger ketam ini sangat lembut kerana kulitnya dibuang. Pihak kami juga menyediakan roti dan salad yang dibuat sendiri ditambah dengan sos yang sedap. Harga ketam ini murah kerana dibeli terus daripada pembekal tanpa melalui orang tengah . Puan Lim : Baiklah. Kami ingin memesan dua burger ketam. Kami inginkan makanan yang tiada kolesterol dan rendah lemak serta mudah mengenyangkan . Pelayan : Pesanan puan kami terima. Jemput duduk di sana tuan dan puan. Baca gegantung di bawah. Kemudian, tutur dan berikan alasan yang sesuai bersama-sama rakan. S.P 1.2.1 KBAT Menilai PdPc Aktiviti PAK-21 Fail Edar (Travelling File) 1 Murid diminta duduk dalam kumpulan. 2 Setiap kumpulan akan menerima sebuah fail yang akan diserahkan daripada satu kumpulan kepada satu kumpulan secara berurutan. 3 Fail tersebut mengandungi perenggan pendahuluan bagi tajuk, “Impian Menjadi Penternak yang Berjaya”. 4 Kumpulan pertama diberikan masa selama lima minit untuk menyambung perenggan isi. 5 Seterusnya, fail akan terus bergerak sehingga kumpulan terakhir yang akan membuat penutup karangan. 6 Akhir sekali, seorang wakil daripada setiap kumpulan akan membaca perenggan yang dihasilkan oleh kumpulan mereka di hadapan kelas. PAK-21 PdPc 21 Ternakan Jana Pendapatan Unit Nama: Kelas: Tarikh: Tema 7: Pertanian dan Penternakan Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 143 – 147 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 19-21 5th.indd 53 26/9/2023 2:25:52 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 54 TP 1 2 3 4 5 6 Penternakan Itik Telur Itik ialah seekor haiwan yang kecil dan menyerupai angsa. Itik dikategorikan dalam kelas burung. Secara umumnya, penternakan itik tidak sesukar penternakan ayam. Hal ini dikatakan demikian kerana antibodi itik lebih tinggi daripada ayam dan tidak mudah diserang penyakit. Penjagaan itik sangat mudah. Itik hanya perlu diberikan makanan ternakan atau makanan campuran yang terdiri daripada beras hancur, baja ikan, dedak padi dan jagung. Reban itik hendaklah sesuai dengan jumlah itik yang dipelihara. Perkara yang penting dalam penjagaan itik telur ialah pencahayaan. Cahaya sama ada daripada matahari atau lampu dapat mempercepat pengeluaran telur. Itik memerlukan 16 jam cahaya secara langsung. Apabila itik telah menghasilkan telur, banyak faedah yang diperoleh penternak. Sebagai contohnya, penternak boleh menjual telur itik kepada pemborong atau individu. Telur itik lazimnya dijual mengikut gred tertentu. Seterusnya, telur itik dijadikan telur masin. Harga telur masin ini lebih mahal daripada telur itik segar. Kini, telur itik mendapat sambutan hangat apabila kebanyakan restoran membeli telur itik untuk dimasak sebagai gulai telur itik. Penternakan Itik Telur 2 Penjagaan (a) Memberikan makanan ternakan atau campuran (b) Reban yang sesuai dengan jumlah itik (c) Pencahayaan yang cukup 1 Ciri-ciri (a) Haiwan kecil dalam kategori burung (b) Daya ketahanan lebih tinggi daripada ayam 3 Faedah (a) Telur itik dijual mengikut gred (b) Dijadikan telur masin (c) Dimasak sebagai gulai telur itik Baca dan analisis petikan di bawah. Kemudian, lengkapkan rajah berdasarkan petikan tersebut. S.P 2.3.1 KBAT Menganalisis Kemahiran Membaca BT: m.s. 143 – 147 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 19-21 5th.indd 54 26/9/2023 2:25:53 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 55 dengan untuk semasa di yang tetapi kerana agar apabila dari oleh ketika pada dalam kepada dan daripada Encik Hamid ialah usahawan muda (1) dari Melaka. Beliau telah membeli kolam ikan di Kampung Rambai (2) untuk menternak ikan tilapia merah. Ikan tilapia merah sangat popular (3) di Malaysia (4) kerana harganya yang mahal. Ikan ini mudah membiak (5) dan senang diuruskan di dalam sangkar. Idea untuk membeli kolam ikan itu tercetus (6) semasa beliau menonton rancangan Tani Budi. Kolam ikan itu boleh diisi (7) oleh 800 ekor ikan tilapia. (8) Pada setiap hari Sabtu, Encik Hamid akan pergi ke kolam ikan (9) dengan isterinya. Encik Hamid mempunyai lima orang pekerja (10) yang berasal dari Kedah. Semua pekerja beliau sangat cekap (11) ketika menguruskan anak ikan tilapia. Kolam ikan Encik Hamid dijaga oleh pengawal (12) agar kawasan tersebut berada (13) dalam keadaan selamat. Encik Hamid menerima permintaan yang banyak (14) daripada peniaga dan pemborong. Pendapatan yang diperoleh Encik Hamid dalam sebulan kebiasaannya RM15 ribu (15) tetapi bertambah (16) apabila musim perayaan tiba. Beliau sentiasa bersyukur (17) kepada Tuhan disebabkan rezekinya yang tidak putus-putus. Lengkapkan petikan dengan kata hubung atau kata sendi nama yang betul. S.P 5.1.4 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 143 – 147 Prɑktis PBD Aktiviti Interaktif Interaktif Aktiviti PdPc Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 19-21 5th.indd 55 26/9/2023 2:25:53 PM
56 TP 1 2 3 4 5 6 22 Menjanakan Ekonomi Unit Nama: Kelas: Tarikh: Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Kemahiran Membaca BT: m.s. 152 – 158 Prɑktis PBD Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, catat maklumat dalam rajah yang diberikan. S.P 2.3.1 Pengurusan inap desa membawa pulangan yang lumayan. Ada beberapa petua yang boleh diikuti oleh seseorang individu atau kumpulan yang mahu menceburkan diri dalam bidang pengurusan inap desa. Dalam apa-apa juga jenis perniagaan, pemilihan lokasi yang strategik berhampiran dengan kawasan tumpuan pelancong atau berdekatan dengan kemudahan awam paling utama. Selain itu, pengusaha perlulah mencari idea yang unik untuk dekorasi ruang dalaman bagi memastikan pelanggan yang meninggalkan inap desa memberikan maklum balas menarik. Tambahan lagi, susun atur dalaman inap desa juga perlulah kemas dan teratur walaupun ruangnya kecil. Seterusnya, inap desa itu perlu diperkenalkan kepada pelanggan baharu melalui kaedah pengiklanan yang berkesan. Pengiklanan boleh sahaja dilakukan melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya untuk tujuan promosi. Akhir sekali, tawaran istimewa seperti diskaun untuk tarikh-tarikh tertentu, sarapan percuma dan lain-lainnya pasti akan mencuri perhatian ramai orang. (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.majalahlabur.com/pelaburan-hartanah/7-tips-bagimereka-yang-nak-buat-bisnes-homestay/) Petua Pengurusan Inap Desa 3 Susun atur dalaman yang kemas dan teratur walaupun kecil. 4 Kaedah pengiklanan yang berkesan melalui media sosial. 5 Tawaran istimewa seperti diskaun, sarapan percuma dan lain-lain. 2 Idea yang unik untuk dekorasi ruang dalaman. 1 Pemilihan lokasi yang strategik. Aktiviti Interaktif Aktiviti Interaktif PdPc Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 22-24 5th.indd 56 26/9/2023 2:27:07 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 57 Lengkapkan kerangka karangan di bawah. Kemudian, tulis karangan selengkapnya. S.P 3.3.1 Aku Pengusaha Kambing Ternakan Pendahuluan: Merupakan seorang pengusaha kambing ternakan • Gagal mendapatkan kerja yang diingini [Mengapa] • Mengeluarkan modal perniagaan sebanyak RM5000.00 untuk membeli tujuh ekor kambing sebagai permulaan [Bagaimana – Contoh] • Mula fokus sepenuhnya kepada penternakan kambing [Kesan] • Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan [Ungkapan menarik] Isi 1: Menghasilkan pendapatan yang lumayan • Pendapatan diri dan pekerja serta perbelanjaan mengurus kambing [Mengapa] • Sentiasa menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan, sabar dan berusaha dengan bersungguh-sungguh [Bagaimana – Contoh] • Penternakan kambing pedaging dan kambing susu terus maju [Kesan] • Usaha tangga kejayaan [Ungkapan menarik] Isi 2: Permintaan terhadap daging kambing secara amnya • Sambutan berbeza pada musim perayaan seperti hari raya dan Deepavali [Mengapa] • Peningkatan permintaan terhadap daging berlaku [Bagaimana – Contoh] • Berlaku kekurangan daging kambing dalam negara [Kesan] • Sediakan payung sebelum hujan [Ungkapan menarik] Isi 3: Mengeluarkan modal bagi menternak kambing susu • Tidak ramai pengusaha yang mahu mengusahakan kambing susu [Mengapa] • Diproses dan dibotolkan dalam lima perisa, iaitu susu kurma, sirap bandung, coklat, jagung dan susu asli [Bagaimana – Contoh] • Pembeli boleh memilih perisa kegemaran [Kesan] • Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih [Ungkapan menarik] Penutup: Gembira dapat memberikan keuntungan dan manfaat kepada ramai orang • Perusahaan akan kekal bertahan lama dengan sumbangannya [Mengapa] • Menyediakan peluang pekerjaan dan memberikan pilihan kepada pembeli untuk membuat pilihan produk yang terbaik [Bagaimana – Contoh] • Kualiti dan produktiviti akan sentiasa ditingkatkan [Kesan] • Berbakti sampai ke akhir usia [Harapan] Kemahiran Menulis BT: m.s. 152 – 158 Prɑktis PBD KBAT Mencipta Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 22-24 5th.indd 57 26/9/2023 2:27:07 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 58 TP 1 2 3 4 5 6 [Pendahuluan] Aku merupakan seorang pengusaha kambing ternakan. [Mengapa] Aku memilih kerjaya sebagai pengusaha kambing ternakan kerana gagal mendapatkan kerja yang diingini. [Bagaimana] Aku mengeluarkan modal perniagaan sebanyak RM5000.00 untuk membeli tujuh ekor kambing sebagai permulaan. [Kesan] Aku mula fokus sepenuhnya kepada penternakan kambing. [Ungkapan menarik] Aku cukup terinspirasi dengan rangkap lirik lagu yang berbunyi, jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan. [Isi] Penternakan kambing berupaya untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada pengusahanya. [Mengapa] Keuntungan yang diperoleh sangat penting untuk menjamin perusahaan secara konsisten mampu menjadi sumber pendapatan diri dan para pekerja serta perbelanjaan mengurus kambing-kambing. [Bagaimana] Bagi mencapai sasaran itu, aku sentiasa menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan, sabar dan berusaha dengan bersungguhsungguh. [Kesan] Oleh hal yang demikian, penternakan kambing pedaging dan kambing susu semakin maju. [Ungkapan menarik] Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan. [Isi] Permintaan terhadap daging kambing secara amnya bermusim. [Mengapa] Sambutan berbeza pada musim perayaan seperti hari raya dan Deepavali. [Bagaimana] Hal ini dikatakan demikian kerana peningkatan terhadap permintaan daging berlaku. [Kesan] Akibatnya, berlaku kekurangan daging kambing dalam negara pada waktu itu. [Ungkapan menarik] Sebagai pengusaha, aku telah sediakan payung sebelum hujan dengan bersedia meningkatkan penghasilan daging kambing bagi memenuhi kekurangan itu lebih awal. [Isi] Apabila perusahaan semakin maju, aku mengorak langkah mengeluarkan modal bagi menternak kambing susu. [Mengapa] Aku mahu mengambil kesempatan ini kerana tidak ramai pengusaha yang mahu mengusahakan kambing susu. [Bagaimana] Susu yang diambil diproses dan dibotolkan dalam lima perisa, iaitu susu kurma, sirap bandung, coklat, jagung dan susu asli. [Kesan] Oleh itu, pembeli boleh memilih perisa kegemaran. [Ungkapan menarik] Permulaannya memang sukar tetapi kata pepatah telah menyebut, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. [Penutup] Aku gembira dapat memberikan keuntungan dan manfaat kepada ramai orang. [Mengapa] Aku sedar perusahaan akan kekal bertahan lama dengan sumbangannya. [Bagaimana] Perusahaan ini akan terus menyediakan peluang pekerjaan dan memberikan pilihan kepada pembeli untuk membuat pilihan produk yang terbaik. [Kesan] Oleh itu, kualiti dan produktiviti akan sentiasa ditingkatkan. [Harapan] Aku berharap agar dapat berbakti sampai ke akhir usia. Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 22-24 5th.indd 58 26/9/2023 2:27:07 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 59 Simpulan bahasa: Ambil angin Simpulan bahasa: Buah mulut 1 Jika anda ambil angin ke Kuala Kangsar, anda pasti ternampak arca labu sayong yang besar. Perniagaan labu sayong telah lama dijalankan di Kuala Kangsar. Haji Nasuri membuka perniagaan labu sayong sejak awal tahun 1990-an. 2 Labu sayong yang dihasilkan oleh Haji Nasuri sungguh cantik dan kreatif sehingga menjadi buah mulut penduduk Kuala Kangsar. Garis simpulan bahasa yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian, tulis simpulan bahasa dalam bentuk tulisan Jawi. S.P 4.4.2 KBAT Mengaplikasi Aspek Seni Bahasa BT: m.s. 152 – 158 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 22-24 5th.indd 59 26/9/2023 2:27:07 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 60 Pada 21 September 20__, Harraz, Azam dan Jason bertolak ke Pulau Pangkor. Mereka akan ke sana selama (1) ( beberapa / sedikit ) hari untuk bercuti. Mereka tiba di Jeti Pangkor pada pukul (2) ( sembilan / dua belas ) pagi. “Selamat pagi, pak cik. Feri ini akan ke Pulau Pangkor pagi ini?” tanya Harraz. “Selamat pagi. Feri ini (3) ( tidak / bukan ) ke Pulau Pangkor pagi ini tetapi ke Pulau Mentagor,” jawab pak cik tersebut. Harraz mengangguk. “Kalian, tengok di sana ada (4) ( beratus-ratus / berkotak-kotak ) ikan kering yang diletakkan di dalam sebuah feri lagi,” kata Jason kepada rakan-rakannya. (5) “( Tiap-tiap / Masing-masing ) hari beratus-ratus barang dibawa keluar dari Pulau Pangkor. Antara barang yang dibawa keluar dari Pulau Pangkor ialah ikan kering, sate ikan, sotong kering dan pelbagai cenderamata,” celah pak cik itu. “Oh, begitu! Patutlah banyak barang dibawa oleh pekerja itu. Mari kita ke sana untuk membeli tiket feri,” ajak Harraz kepada Azam dan Jason. “Encik penjaga kaunter tiket?” tanya Harraz kepada seorang pemuda. “Saya (6) ( tidak / bukan ) penjaga kaunter tiket. Kaunter tiket di sebelah sana,” jawab pemuda itu sambil tersenyum. “Maaf, saya tersilap. Terima kasih, encik,” kata Harraz. Mereka kemudiannya ke kaunter tiket untuk membeli tiket menaiki feri. (7) “( Semua / Seluruh ) sekali harga tiket ialah RM30.00,” kata penjual tiket feri. “Ini wangnya, encik,” kata Harraz. Mereka pun beredar dari situ. “Kalian lapar? Kalian hendak makan?” tanya Harraz kepada rakan-rakannya. “Kami (8) ( tidak / bukan ) lapar. Kami sudah makan tadi,” jawab Azam. Jason mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata Azam. “Feri kita akan bergerak pada pukul sebelas (9) ( separuh / setengah ). Mari kita bersiap-siap sekarang,” ajak Harraz. “Baiklah,” jawab Azam dan Jason serentak. Garis kata nafi atau kata bilangan yang betul bagi melengkapkan petikan di bawah. S.P 5.1.4 (iii), (iv) Aspek Tatabahasa BT: m.s. 152 – 158 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 22-24 5th.indd 60 26/9/2023 2:27:07 PM
61 TP 1 2 3 4 5 6 Kedai Runcit Pasar Raya Teliti gambar-gambar di bawah. Kemudian, buat perbandingan tentang maklumat tersurat dan maklumat tersirat pada gambar-gambar tersebut. S.P 1.2.2 KBAT Menganalisis Farhana : Harga barang-barang di kedai runcit (1) lebih mahal daripada pasar raya yang lebih murah. Nelini : Kedai runcit mengambil (2) stok yang terhad , manakala pasar raya mengambil stok pukal. Farhana : Bilangan pelanggan di kedai runcit (3) sedikit berbanding dengan bilangan pelanggan di pasar raya yang ramai. Nelini : Kedai runcit kawasan yang kecil dan tidak memenuhi keperluan pelanggan berbanding dengan pasar raya yang (4) luas dan memenuhi kehendak pelanggan . Farhana : Produk di kedai runcit sedikit berbanding dengan produk di pasar raya yang (5) banyak dan pelbagai . Nelini : Di kedai runcit, produk mungkin tiada kerana modal yang kecil manakala di pasar raya terdapat (6) pelbagai produk kerana modal yang besar untuk membeli produk daripada pengilang. Farhana : Produk di kedai runcit bercampur-campur berbanding dengan produk di pasar raya yang (7) lebih tersusun . Nelini : Kedai runcit (8) tidak tersusun kerana tempat penyimpanan barang terhad, manakala pasar raya lebih tersusun kerana mengikut format atau tempat yang dilabelkan. 23 Usahawan Kita Unit Nama: Kelas: Tarikh: Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 159 – 164 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 22-24 5th.indd 61 26/9/2023 2:27:08 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 62 Kata Majmuk Bebas Kata Majmuk Mantap 1 kapal terbang 1 warganegara 2 pengutip buah 2 kerjasama 3 ladang epal 3 tanggungjawab 4 tengah hari 4 setiausaha 5 tempat penginapan 5 sukarela Kata Majmuk Bebas 1 Kapal terbang itu dari Jepun. 2 Pengutip buah itu dari Thailand. 3 Ladang epal di Australia sangat luas. 4 Kami makan nasi ayam pada waktu tengah hari. 5 Tempat penginapan yang selesa ini daripada Haji Buyong. Kata Majmuk Mantap 1 Setiap warganegara Malaysia perlu taat dan setia kepada negara. 2 Kerjasama yang erat itu telah membuahkan hasil. 3 Ali memikul tanggungjawab untuk membesarkan anaknya. 4 Seorang setiausaha ditugaskan untuk mencatat minit mesyuarat. 5 Petugas itu berkhidmat secara sukarela. Amran merupakan warganegara Malaysia. Dia tiba di Australia semalam setelah menaiki kapal terbang selama 10 jam. Dia diminta untuk bekerja sebagai pengutip buah di Australia oleh Encik David, iaitu pemilik ladang epal terbesar di Australia yang mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi untuk membekalkan pekerja. Amran menggalas tanggungjawab sebagai ketua pengutip buah setelah Encik Salman pulang ke Bangladesh. Dia bekerja selama 10 jam sehari. Dia memetik buah epal dan memasukkan buah tersebut ke dalam bakul besar. Pada waktu tengah hari, dia akan berehat selama sejam. Purata bayaran bagi satu jam ialah 14 dolar bersamaan dengan RM35.00. Tempat penginapan Amran disediakan oleh Encik David. Menurut setiausaha Encik David, kebanyakan pekerja terdiri daripada rakyat negara Indonesia, Burma, Vietnam, Malaysia dan Kemboja yang sukarela bekerja di sini. Senaraikan kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap yang terdapat dalam petikan. Kemudian, bina ayat berdasarkan kata majmuk tersebut. S.P 5.2.2 (i), (ii) KBAT Menganalisis Aspek Tatabahasa BT: m.s. 159 – 164 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 22-24 5th.indd 62 26/9/2023 2:27:08 PM
63 TP 1 2 3 4 5 6 Panduan Pengurusan Kewangan Fahami maklumat di bawah. Kemudian, bersoal jawab dengan rakan tentang maklumat tersebut. S.P 1.2.3 24 Pengurusan Perbelanjaan Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 165 – 169 Prɑktis PBD Azam : Sudah lama saya menabung tetapi tabung saya belum penuh, abang. Apakah yang harus saya lakukan? Helmi : Teruskan menabung, Azam. Menabung dalam jumlah yang sedikit tetapi berterusan adalah (1) lebih baik daripada langsung tidak menabung . Pepatah Melayu pun ada menyebut, sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Ada beberapa lagi tip pengurusan kewangan yang boleh kita amalkan selain daripada menabung. Azam : Bolehkah abang jelaskan dengan lebih lanjut? Helmi : Boleh, Azam. Kita mesti mengelakkan diri daripada tabiat berhutang untuk (2) gaya hidup mewah kerana wang tabungan kita akan habis begitu sahaja. Hal ini menyebabkan kita terpaksa meminjam wang daripada rakan-rakan atau orang sekeliling. Azam : Oh, begitu! Saya fikir saya perlu menyusun semula kewangan peribadi saya agar (3) perbelanjaan yang tidak penting dapat dikurangkan . Helmi : Bagus, Azam. Selain itu, kita juga perlu merekodkan setiap perbelanjaan agar kita dapat mengenal pasti (4) punca wang dihabiskan terutamanya perkara-perkara yang tidak mustahak . Mengamalkan budaya menabung dan menyimpan Menyusun semula kewangan peribadi Elakkan tabiat berhutang Merekodkan setiap perbelanjaan Menabung dalam jumlah yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada langsung tidak menabung. Perbelanjaan yang tidak penting dapat dikurangkan. Dapat mengenal pasti punca wang dihabiskan terutamanya perkara-perkara yang tidak mustahak. Mengelakkan diri daripada berhutang untuk gaya hidup mewah. Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 22-24 5th.indd 63 26/9/2023 2:27:09 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 64 TP 1 2 3 4 5 6 Haslina dan neneknya ke sebuah bank di sungai petani untuk menyimpan wang. Mereka bejumpa dengan seorang petugas di kaunter petanyaan. “Encik, bagaimanakah cara untuk menyimpan wang nenek saya?” tanya Haslina. “Begini caranya, adik. Pertama, adik perlu memberikan buku simpankan dan kad pengenalan nenek kepada petugas di kaunter hadapan. Kemudian adik perlu mengisi borang penyimpanan wang. Adik perlu melengkapkan segala butiran dan maklumat seperti nama, numbor kad pengenalan dan jumlah wang,” terang petugas itu Jika nenek saya tertinggal kad pengenalan, adakah nenek saya tidak dapat menyimpan wang melalui buku bank? tanya Haslina lagi. “Tidak. Nenek adik masih bolih menyimpan wang melalui buku bank. Namun, cop ibu jari nenek adik perlu diambil telebih dahulu supaya pihak kami dapat mengkenal pasti pemilik akaun bank,” kata petugas tersebut “Baiklah, terima kaseh atas penerangan encik,” ucap Haslina. Sama-sama. jawab petugas itu sambil tersenyum. Haslina dan neneknya ke sebuah bank di Sungai Petani untuk menyimpan wang. Mereka berjumpa dengan seorang petugas di kaunter pertanyaan. “Encik, bagaimanakah cara untuk menyimpan wang nenek saya?” tanya Haslina. “Begini caranya, adik. Pertama, adik perlu memberikan buku simpanan dan kad pengenalan nenek kepada petugas di kaunter hadapan. Kemudian, adik perlu mengisi borang penyimpanan wang. Adik perlu melengkapkan segala butiran dan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan jumlah wang,” terang petugas itu. “Jika nenek saya tertinggal kad pengenalan, adakah nenek saya tidak dapat menyimpan wang melalui buku bank?” tanya Haslina lagi. “Tidak. Nenek adik masih boleh menyimpan wang melalui buku bank. Namun, cap ibu jari nenek adik perlu diambil terlebih dahulu supaya pihak kami dapat mengenal pasti pemilik akaun bank,” kata petugas tersebut. “Baiklah, terima kasih atas penerangan encik,” ucap Haslina. “Sama-sama,” jawab petugas itu sambil tersenyum. Edit dan murnikan ayat daripada aspek kesalahan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan dalam petikan di bawah. Kemudian, tulis petikan itu semula. S.P 3.3.2 KBAT Menganalisis Kemahiran Menulis BT: m.s. 165 – 169 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 22-24 5th.indd 64 26/9/2023 2:27:09 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 65 4 ayah – menyimpan wang – di bank – tabung ayah – penuh Ayat Tunggal (a) Ayah menyimpan wang di bank. (b) Tabung ayah telah penuh. Ayat Majmuk Ayah menyimpan wang di bank apabila tabung ayah telah penuh. 3 ayah – menyimpan baki wang – tabung – digunakan – masa akan datang Ayat Tunggal (a) Ayah menyimpan baki wang di dalam tabung. (b) Baki wang digunakan pada masa akan datang. Ayat Majmuk Ayah menyimpan baki wang di dalam tabung untuk digunakan pada masa akan datang. 2 ayah – membuat bayaran di kaunter – balik ke rumah – kereta Ayat Tunggal (a) Ayah membuat bayaran di kaunter. (b) Ayah balik ke rumah dengan kereta. Ayat Majmuk Ayah membuat bayaran di kaunter lalu balik ke rumah dengan kereta. 1 ayah – membeli minyak masak – membeli tepung gandum Ayat Tunggal (a) Ayah membeli minyak masak. (b) Ayah membeli tepung gandum. Ayat Majmuk Ayah membeli minyak masak dan tepung gandum. Bina dua ayat tunggal berdasarkan rangkai kata yang diberikan. Kemudian, gabungkan ayat tersebut menjadi ayat majmuk. S.P 5.3.1 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 165 – 169 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 22-24 5th.indd 65 26/9/2023 2:27:09 PM
66 25 Tanggungjawab Digalas Unit Nama: Kelas: Tarikh: Tema 9: Integriti Aspek Seni Bahasa BT: m.s. 174 – 180 Prɑktis PBD Lengkapkan cerita di bawah dengan peribahasa yang betul. Kemudian, ujarkan dialog di bawah. S.P 4.1.1 Harraz berpendapat bahawa dirinya perlu berubah dari sekarang. Dia (1) ada hati untuk menjadi murid yang cemerlang. Dia harus belajar untuk menepati masa dan mengelakkan diri daripada membuang banyak masa bersembang kosong dengan rakan-rakan di dalam kelas ketika guru sedang mengajar. Dia sedar kejayaan tidak akan datang bergolek dengan hanya (2) goyang kaki . Harraz : Saya mahu mengikut (3) jejak langkah abang yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading. Saya tidak mahu (4) ber putih mata melihat rakan-rakan saya sahaja yang berjaya dalam pelajaran. Ayah : Bagus, Harraz. Ayah bangga dengan sikap kamu itu. Harraz : Kalau diikutkan (5) kata hati , saya memang tiada minat untuk belajar. Saya hanya mahu melakukan aktiviti yang digemari sahaja, iaitu bermain bola sepak. Ayah : Untuk menjadi pemain bola sepak yang berprestasi, kamu mesti berpelajaran tinggi. Kamu harus mempunyai (6) otak geliga untuk menterjemahkan strategi yang direncanakan oleh jurulatih di atas padang dengan berjaya. Harraz : Betul, ayah. Mulai hari ini, Harraz akan (7) pasang telinga baik-baik untuk mendengar pengajaran daripada setiap guru. Saya tidak mahu menyesal pada kemudian hari seperti kata-kata yang sering diucapkan oleh ayah ketika saya sering alpa, (8) sudah terhantuk baru tengadah . otak geliga sudah terhantuk baru tengadah ada hati jejak langkah putih mata goyang kaki pasang telinga kata hati Cerita 1 Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 25-27 4th.indd 66 26/9/2023 2:28:16 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 67 Lengkapkan cerita di bawah dengan peribahasa yang sesuai. Kemudian, ujarkan dialog di bawah bersama-sama rakan. S.P 4.1.1 KBAT Mengaplikasi Pada suatu hari, Sang Kancil ternampak buah rambutan yang ranum di sebalik sungai. Ketika Sang Kancil hendak melintasi sungai itu, Sang Kancil bertemu dengan Sang Bedal. Sang Kancil berpendapat bahawa dirinya perlulah bersikap (1) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih jika hendak makan buah rambutan itu. Kemudian, Sang Kancil (2) memerah otak hinggalah Sang Kancil mendapat satu idea untuk menyeberangi sungai itu. Sang Kancil : Hai, Sang Bedal! Raja Sulaiman ingin memberikan emas kepada kalian tetapi baginda perlu mengetahui bilangan buaya yang ada di dalam sungai ini. Sang Bedal : Baiklah, berikan aku masa 12 minit untuk aku mengumpulkan kaumku. Sang Kancil : Engkau (3) pasang telinga baik-baik, Sang Bedal. Menurut titah Raja Sulaiman, baginda hendak kalian berbaris. Nanti aku kira bilangan kalian. Sang Bedal : Baiklah, Sang Kancil. Wahai kaumku, kalian berbaris sekarang! Sang Kancil : Kalian diminta bersedia. Aku akan memijak kepala kalian sambil membilang. Sang Kancil pun memijak kepala Sang Bedal sambil mengira 1, 2, 3, 4, ... 20. Akhirnya, Sang Kancil sampai ke seberang sungai. Sang Kancil : Kalian memang (4) otak udang . Tiada sebab Raja Sulaiman hendak memberikan emas kepada kalian. Kalian (5) seperti kerbau dicucuk hidung kerana mengikut kata-kata aku. Sang Bedal : Kita dikatakan (6) sudah terhantuk baru tengadah . Walau bagaimana liciknya engkau Sang Kancil, aku pasti (7) ada ubi ada batas, ada hari boleh dibalas . Sang Kancil : Ha … ha … ha. Engkau sepatutnya (8) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis , Sang Bedal. Aku ingin menikmati buah rambutan yang ranum itu. Terima kasih aku ucapkan atas jasa kalian tadi. Sang Bedal berasa (9) panas hati apabila mendengar kata-kata Sang Kancil itu. Sang Bedal tidak dapat berbuat apa-apa. Sang Bedal (10) putih mata melihat Sang Kancil makan buah rambutan yang ranum. Cerita 2 Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 25-27 4th.indd 67 26/9/2023 2:28:16 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 68 Pada suatu petang, Azam dan Jason berjalan kaki untuk pulang ke rumah selepas bermain bola sepak di padang. Mereka berbual-bual semasa berjalan. Tiba-tiba, Azam berhenti di persimpangan jalan. 1 Azam ternampak sebuah dompet ketika berada di persimpangan jalan. Dia mengambil dompet itu. ternampak dompet mengambil 2 Azam dan Jason berbincang tentang dompet itu. Mereka membuat keputusan untuk menyerahkan dompet itu kepada pihak polis. berbincang membuat pihak polis 3 Mereka pergi ke balai polis yang berdekatan. Azam menceritakan peristiwa penemuan dompet itu kepada pegawai polis yang bertugas. pergi menceritakan pegawai polis 4 Azam menyerahkan dompet itu kepada pegawai polis. Pegawai polis itu memuji sikap Azam yang bertanggungjawab. menyerahkan memuji bertanggungjawab Bina ayat aktif berdasarkan perkataan yang diberikan. S.P 5.3.3 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 174 – 180 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 25-27 4th.indd 68 26/9/2023 2:28:16 PM
69 Lengkapkan kerangka jadual program gotong-royong di bawah. Kemudian, tulis karangan catatan selengkapnya. S.P 3.2.1 KBAT Mencipta Jadual Program Gotong-royong Perdana Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 3 Sabtu, 22 Jun 20_ 7:30 pagi Berkumpul • Semua guru dan murid tahap dua [Siapa] • Untuk mengambil hadiran [Mengapa] • Dataran Muafakat [Di mana] • Dengan berpakaian sukan dan membawa peralatan [Bagaimana] 8:00 pagi Ucapan • Tuan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid [Siapa] • Untuk memberikan ucapan dan taklimat tentang pembahagian tugas [Mengapa] • Di atas pentas [Di mana] • Dengan penerangan yang jelas [Bagaimana] 8:30 pagi Aktiviti gotong-royong • Semua guru dan murid tahap dua [Siapa] • Untuk membersihkan dan menceriakan persekitaran [Mengapa] • Kawasan sekolah [Di mana] • Dengan pengawasan guru-guru dan pengawas [Bagaimana] 10:30 pagi Berehat seketika • Semua guru dan murid tahap dua [Siapa] • Untuk makan kuih-muih dan minum air mineral [Mengapa] • Di kantin [Di mana] • Beratur untuk mengambil makanan dan minuman [Bagaimana] 11:00 pagi Aktiviti gotong-royong bersambung semula • Semua guru dan murid tahap dua [Siapa] • Untuk mengecat bangunan sekolah [Mengapa] • Blok A dan Blok B [Di mana] • Mengikut kumpulan masing-masing [Bagaimana] 26 Ibarat Pedang Unit Nama: Kelas: Tarikh: Tema: Integriti Kemahiran Menulis BT: m.s. 181 – 186 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 25-27 4th.indd 69 26/9/2023 2:28:16 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 70 TP 1 2 3 4 5 6 Sabtu, 22 Jun 20__ 7:30 pagi Semua guru dan murid tahap dua berkumpul di Dataran Muafakat. Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing untuk diambil kehadiran mereka oleh guru kelas. Masing-masing datang lengkap dengan berpakaian sukan dan sudah bersedia dengan peralatan seperti baldi, penyapu, baldi, mop dan sebagainya. 8:00 pagi Tuan Guru Besar, Encik Nawawi bin Min tampil ke atas pentas untuk memberikan ucapan ringkas tentang tujuan gotong-royong diadakan. Selepas itu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Zaini bin Abdul Razak memberikan taklimat tentang pembahagian tugas mengikut kumpulan masing-masing. Pembahagian tugas melibatkan kawasan kelas, perpustakaan, kantin, makmal, tandas dan lain-lain. 8:30 pagi Semua guru dan murid tahap dua memulakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan persekitaran kawasan sekolah dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Semua murid bekerja dengan pengawasan guru-guru dan pengawas untuk memastikan suasana terkawal dan keselamatan mereka sentiasa dalam pemerhatian. 10:30 pagi Setelah dua jam bergotong-royong, semua guru dan murid tahap dua berehat seketika. Murid-murid berhenti rehat untuk makan kuih-muih dan minum air mineral yang disediakan oleh pihak sekolah di kantin. Murid-murid beratur untuk mengambil makanan dengan pengawasan guru-guru supaya mereka beratur dengan baik semasa mengambil makanan dan minuman. 11:00 pagi Aktiviti gotong-royong bersambung semula dengan arahan guru-guru. Kali ini, semua guru dan murid tahap dua mengecat bangunan sekolah mengikut kumpulan masing-masing. Bangunan Blok A dan Blok B berubah wajah menjadi semakin cantik dan ceria selepas siap dicat. 1:00 tengah hari Aktiviti gotong-royong berakhir pada pukul 1:00 tengah hari. Semua guru dan murid tahap dua dijamu dengan makan tengah hari di kantin untuk mengisi perut sebelum pulang ke rumah masing-masing. Makan tengah hari telah ditaja oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). 1:00 tengah hari Jamuan makan tengah hari dan bersurai • Semua guru dan murid tahap dua [Siapa] • Untuk mengisi perut sebelum pulang [Mengapa] • Di kantin [Di mana] • Ditaja oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) [Bagaimana] Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 25-27 4th.indd 70 26/9/2023 2:28:16 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 71 A Nyatakan ayat di bawah sama ada ayat susunan biasa atau ayat susunan songsang. S.P 5.3.4 No. Ayat Susunan Ayat 1 Ke Lenggong dengan basikal, Azmi dan Rahim. Songsang 2 Mereka yang kepenatan singgah sebentar di sebuah gerai. Biasa 3 Memesan air sirap Azmi manakala Rahim memesan air kopi. Songsang 4 Selepas membayar minuman Azmi dan Rahim meneruskan perjalanan. Songsang 5 Setibanya di sebuah perkampungan mereka yang mengayuh basikal terdengar jeritan pertolongan. Songsang 6 Azmi dan Rahim terus meletakkan basikal dan ternampak sebuah rumah terbakar. Biasa 7 Membantu menjirus air mereka dan orang kampung bagi memadamkan kebakaran. Songsang B Tukarkan ayat di bawah menjadi ayat susunan biasa atau ayat susunan songsang. S.P 5.3.4 No. Ayat Susunan Biasa Ayat Susunan Songsang 1 Rashid yang bekerja sebagai doktor di Jerman teringat akan kampung halamannya di Perak. Teringat akan kampung halamannya di Perak Rashid yang bekerja sebagai doktor di Jerman. 2 Rashid bercadang hendak pulang beraya pada hari raya. Bercadang hendak pulang beraya pada hari raya Rashid. 3 Rashid dan isterinya menaiki pesawat Boeing 443 yang terbesar di dunia. Menaiki pesawat Boeing 443 yang terbesar di dunia Rashid dan isterinya. 4 Perjalanan dari Jerman ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 12 jam. Mengambil masa selama 12 jam perjalanan dari Jerman ke Kuala Lumpur. 5 Mereka disambut oleh dua orang adik Rashid yang bernama Rahim dan Rohana di lapangan terbang. Disambut oleh dua orang adik Rashid yang bernama Rahim dan Rohana di lapangan terbang mereka. Aspek Tatabahasa BT: m.s. 181 – 186 Prɑktis PBD Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 25-27 4th.indd 71 26/9/2023 2:28:16 PM
72 TP 1 2 3 4 5 6 Baca petikan di bawah. Kemudian, analisis nilai dan pengajaran yang terdapat dalam petikan tersebut. S.P 2.3.1 27 Seribu Impian Unit Nama: Kelas: Tarikh: Tema 9: Integriti Kemahiran Membaca BT: m.s. 187 – 191 Prɑktis PBD Terdapat beberapa orang pengunjung duduk di meja. Ada yang sedang menaip di komputer riba dan ada yang sedang membaca novel atau buku. Mereka tekun sekali meladeni minat masingmasing. Suasana kafe tersebut yang bersih, tenang dan nyaman tanpa sebarang gangguan membantu mereka untuk menumpukan sepenuh perhatian. Aidan dijemput duduk oleh seorang pekerjanya di sebuah meja berhampiran dengan kaunter bayaran. Wajahnya yang manis dengan senyuman serta perwatakannya yang peramah cukup membuatkan sesiapa sahaja berasa selesa. Tidak hairanlah kafe ini mendapat banyak maklum balas yang baik di media sosial. Dari tempat duduknya, Aidan dapat mendengar barista mengisar biji kopi dengan mesin kopi. Bau harum aroma kopi menusuk hidungnya. Dalam cuaca panas yang masih panjang, Aidan bersyukur dia masih dapat membasahkan tekak dengan menempah segelas Caramel Macchiatto ais di sini. Tidak lama kemudian, pemilik kafe muncul dari balik pintu dengan membawa sekotak buku. Buku-buku baharu tersebut disusun di rak mengikut kategori dengan cermat untuk memudahkan pembeli memilih buku yang diingini. Aidan sudah tidak sabar lagi untuk mencari judul buku cerita kanak-kanak yang telah dirancang mahu dibelinya. Aidan berazam untuk mengusahakan sebuah kafe buku seperti pemiliknya. Di sana nanti, pengunjung tidak hanya dapat minum kopi dan beli buku, malah setiap minggu sesi diskusi buku oleh para pengarangnya juga akan turut diadakan. Kafe Buku Nilai Pengajaran 1 Kebersihan fizikal dan mental Para pengunjung dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja yang dilakukan kerana suasana kafe yang bersih, tenang dan nyaman. 2 Kesopanan Pengunjung tertarik untuk berkunjung ke kafe buku tersebut kerana pekerjanya murah dengan senyuman dan peramah. 3 Kesyukuran Aidan bersyukur kerana mampu untuk menempah segelas Caramel Macchiatto ais untuk menghilangkan dahaga. 4 Keprihatinan Buku-buku yang disusun di rak mengikut kategori akan memudahkan pembeli untuk menemui buku yang dicari. 5 Semangat bermasyarakat Aidan bercita-cita untuk menjadikan kafe buku miliknya sebagai ruang diskusi ilmu yang mesra untuk masyarakat umum hadir sambil minum kopi. Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 25-27 4th.indd 72 26/9/2023 2:28:16 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 73 TP 1 2 3 4 5 6 Baca maklumat di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. S.P 3.2.2 Kemahiran Menulis BT: m.s. 187 – 191 Prɑktis PBD Bintang Muda Arif Aiman Hanapi merupakan nama pemain muda yang kini meniti di bibir peminat bola sepak tanah air. Kualiti dan populariti penyerang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu tidak dapat disangkal lagi. • Dilahirkan di Kuantan, Pahang pada 4 Mei 2002. • Berhijrah ke Akademi Bola Sepak Darul Takzim pada penghujung tahun 2018 untuk mengembangkan karier bola sepak. • Penampilan pertama dengan skuad utama JDT adalah pada 14 Mac 2020 ketika turun menentang Felda United di Stadium Sultan Ibrahim pada usia 17 tahun 10 bulan. • Pada tahun 2021, Arif membuat penampilan pertama bersama dengan skuad Harimau Malaya ketika menentang Thailand dalam Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia. • Terpilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP), penyerang terbaik dan pemain terbaik dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 (ABK2021). 1 Siapakah Arif Aiman Hanapi? Arif Aiman Hanapi ialah seorang pemain bola sepak dan penyerang pasukan Johor Darul Takzim (JDT). 2 Bilakah Arif Aiman Hanapi dilahirkan? Arif Aiman Hanapi dilahirkan pada 4 Mei 2002. 3 Mengapakah Arif berhijrah ke Akademi Bola Sepak Darul Takzim pada penghujung tahun 2018? Arif berhijrah ke Akademik Bola Sepak Darul Takzim pada tahun 2018 untuk mengembangkan karier bola sepak beliau. 4 Di manakah penampilan pertama Arif bersama dengan skuad utama JDT berlaku? Penampilan pertama Arif bersama dengan skuad utama JDT berlaku di Stadium Sultan Ibrahim. 5 Pada pandangan kamu, adakah sikap rendah hati perlu ada dalam diri seorang pemain bola sepak untuk berjaya? Mengapa? KBAT Menilai Ya, sikap rendah hati perlu ada dalam diri seorang pemain bola sepak untuk berjaya kerana sikap ini akan membuatkan seseorang pemain bola sepak tidak mudah lupa diri, tahu kekurangan diri dan sentiasa belajar untuk meningkatkan kualiti permainan bola sepak. Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 25-27 4th.indd 73 26/9/2023 2:28:16 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 74 Rangkap Pertama Ibu engkau membesarkan aku dengan belaian kasihmu agar menjadi insan berguna engkau mendidikku dengan kejujuran. Rangkap Kedua Ibu tanpamu di sisi segala usahaku menjadi sia-sia supaya hidupku diberkati Tuhan kuturuti pesananmu berbuat kebaikan. Rangkap Ketiga Ibu pengorbananmu sungguh besar engkau kandungkan diriku sembilan bulan supaya aku lebih bertanggungjawab mendidik dengan penuh saksama. Rangkap Keempat Ibu jasamu tak ternilai jerih perihmu tak dapat diselami agar aku jujur dan amanah mengajarku sopan santun kehidupan. Maksud Rangkap Pertama Untuk berguna kepada masyarakat, kita perlu dididik dengan kasih sayang dan kejujuran. Maksud Rangkap Kedua Untuk kehidupan sentiasa dirahmati Tuhan, kita perlu menuruti arahan dan pesanan yang baik. Maksud Rangkap Ketiga Untuk menjadi orang yang bertanggungjawab, kita perlu berlaku adil dan saksama. Maksud Rangkap Keempat Untuk menjadi orang yang jujur dan beramanah, kita perlu memiliki kesopanan dan peribadi yang tinggi. Lafazkan sajak di bawah. Kemudian, jelaskan maksud sajak tersebut. S.P 4.2.1 KBAT Menganalisis Aspek Seni Bahasa BT: m.s. 187 – 191 Prɑktis PBD DIDIK HIBUR Kuasai PBD KSSR BM Th4 Unit 25-27 4th.indd 74 26/9/2023 2:28:17 PM