The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-05-08 00:25:29

Revisi Sukses SPM_Sejarah

WM: RM35.90
EM: RM37.50

31 Kebangkitan Nasionalisme TINGKATAN 4 Bab 2 (b) Berikan dua contoh akhbar yang terlibat dalam perjuangan nasionalisme tersebut. Buku Teks ms. 38 (i) (ii) [2 markah] (c) Jelaskan tokoh-tokoh penulis yang berperanan penting dalam memberikan kesedaran kepada penduduk Sarawak. Buku Teks ms. 38 [3 markah] (d) Mengapakah perkembangan gerakan nasionalisme disuarakan melalui akhbar dan majalah? KBAT Menganalisis [4 markah] Bahagian B | Soalan Esei Jawab semua soalan. 1 (a) Jelaskan maksud nasionalisme secara umum. Buku Teks ms. 22 [4 markah] (b) Terangkan perkembangan nasionalisme di Jepun. Buku Teks ms. 27 [8 markah] (c) Berikan cadangan anda untuk menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan di negara kita. KBAT Mencipta [8 markah] 2 Kesedaran nasionalisme di negara kita dapat ditelusuri sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia berkembang semasa menghadapi ancaman Siam dan British oleh pejuang tempatan. (a) Jelaskan faktor-faktor yang mendorong kemunculan semangat nasionalisme tersebut. Buku Teks ms. 34 – 35 [4 markah] (b) Bincangkan perjuangan nasionalisme yang dilakukan oleh golongan intelektual berpendidikan agama. Buku Teks ms. 36 [8 markah] (c) Sejauh manakah semangat nasionalisme boleh mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat? KBAT Menilai [8 markah] RE SPM Sej Tg4(B2).indd 31 28/03/2023 4:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


32 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita TINGKATAN 4 3 Pengenalan 1 Konflik dunia merangkumi Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita 2 Perkembangan imperialisme dan nasionalisme untuk merebut kuasa politik dan ekonomi membawa kepada berlakunya konflik tersebut. iKonflik Dunia i THINK Peta Dakap Tahun 1914 Pembunuhan Putera Mahkota Austria-Hungary Berlakunya Perang Dunia Pertama Tahun 1919 Pemeteraian Perjanjian Versailles Tahun 1918 Jerman menandatangani gencatan senjata Tamatnya Perang Dunia Pertama Tahun 1941 Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu dan Pearl Harbour Bermulanya Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik Tahun 1939 Poland ditakluki Jerman Bermulanya Perang Dunia Kedua di Eropah Tahun 1945 Bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki Berakhirnya Perang Dunia Kedua Rajah 3.1 Konflik dunia bab 3 TEMA: Pembinaan Negara RE SPM Sej Tg4(B3).indd 32 28/03/2023 4:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


33 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita TINGKATAN 4 Bab 3 Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia 3.1 SP 10.1.1 Memerihalkan kesedaran nasionalisme di negara kita sebelum Perang Dunia. 1 Gerakan yang dilakukan oleh orang Melayu membawa kepada tercetusnya gerakan nasionalisme di negara kita. 2 Ia berlaku sebelum Perang Dunia untuk menentang campur tangan British ke atas negara kita. 3 Pada peringkat awal, gerakan tersebut dilakukan secara terbuka dan mendapat tindak balas yang keras daripada pihak British. 4 Pada awal abad ke-20, berlaku pengaruh idea gerakan Islam dari Timur Tengah. 5 Hal tersebut mendorong British dengan persetujuan Raja-raja Melayu memperkenalkan Enakmen Undang-undang Islam 1904. 6 Melalui enakmen tersebut, sesiapa yang mencetak dan mengedarkan tulisan berkaitan agama dan politik Islam tanpa kebenaran sultan akan dikenakan hukuman penjara. 7 Untuk mengawal gerakan Islah Islamiah, British turut menubuhkan dua badan penyiasat, iaitu Jabatan Siasatan Jenayah dan Biro Siasatan Politik. 8 Kebangkitan Islam di peringkat antarabangsa menyebabkan British berhati-hati terhadap gerakan Pan-Islamisme. 9 Perjuangan Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan dipengaruhi politik antarabangsa. Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran https://www.bharian.com.my/rencana/ sastera/2018/11/498913/cetus-persoalanidentiti-tok-janggut untuk mendapatkan maklumat tentang Tok Janggut. 10 Perjuangan beliau dikaitkan dengan pelaksanaan isu cukai serta sikap membenci British. 11 Penentangan tersebut juga merupakan kesinambungan daripada cetusan kebangkitan masyarakat Islam sedunia terhadap tindakan penjajahan kuasa Barat ke atas negara Islam. INFO dinamik Antara cukai yang diperkenalkan oleh British di Kelantan ialah: • Cukai pokok kelapa berbuah – tiga sen sepokok • Pokok pinang – satu sen sepokok • Sirih – lima sen sejunjung • Kerbau dan lembu – 20 sen seekor 12 British turut berwaspada terhadap penglibatan empayar Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama. 13 Ini disebabkan orang Melayu memberikan sokongan kepada khalifah empayar Utmaniyah yang dianggap sebagai pelindung umat Islam serta penaung tanah suci Makkah dan Madinah. 14 Kegagalan perjuangan Tok Janggut membawa kepada penyusunan strategi lain oleh orang Melayu untuk menentang British. 15 Akhbar dan majalah turut berperanan untuk meniupkan semangat kesedaran tersebut. 16 Walaupun demikian, kesedaran kebangsaan tersebut tidak berlaku secara terbuka. 17 Ini kerana pelaksanaan undang-undang British telah menghalang orang Melayu menyatakan sikap politik secara bertulis. 18 Pengenalan undang-undang tersebut membolehkan British mengawal kebebasan bersuara, penerbitan dan berpersatuan. Semak cepat 3.1 1 Jelaskan faktor yang mempengaruhi British untuk memperkenalkan Enakmen Undangundang Islam 1904. 2 Namakan dua badan penyiasat yang telah ditubuhkan oleh pentadbiran British. 3 Jelaskan undang-undang penerbitan yang telah diperkenalkan oleh British. Latar Belakang Perang Dunia 3.2 SP 10.1.2 Menerangkan latar belakang Perang Dunia. 1 Perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah untuk bersaing mempertahankan kepentingan masing-masing membawa kepada berlakunya Perang Dunia Pertama (1914 – 1918) dan Perang Dunia Kedua (1939 – 1945). 2 Peristiwa tersebut telah memberikan kesan terhadap penduduk dunia. Perang Dunia Pertama 1 Berlaku dalam kalangan negara di Eropah dan empayar Uthmaniyah. 2 Perang ini berlaku kerana: (a) Persaingan kuasa imperialis (i) Revolusi Industri mewujudkan persaingan dalam kalangan kuasa imperialis di Eropah. RE SPM Sej Tg4(B3).indd 33 28/03/2023 4:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


34 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita TINGKATAN 4 3 (ii) Persaingan ini berlaku kerana ingin mendapatkan bahan mentah di tanah jajahan serta pasaran untuk memasarkan hasil industri. (iii) Akibatnya, wujud permusuhan dalam kalangan kuasa imperialis di Eropah seperti Jerman dan Perancis. (b) Pakatan ketenteraan (i) Terbentuk kerana berlakunya permusuhan dalam kalangan kuasa Eropah. (ii) Pakatan Kuasa Tengah terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary dan empayar Uthmaniyah. (iii) Pakatan Bertiga yang terdiri daripada Britain, Perancis, Rusia dan disokong oleh Serbia, Itali, Romania, Portugal dan Greece. (iv) Pembentukan pakatan-pakatan tersebut menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik di Eropah. (v) Mereka bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan, menghasilkan senjata moden dan sedia berperang untuk mempertahankan kepentingan masing-masing. (c) Krisis Rantau Balkan (i) Permusuhan antara Austria- Hungary dengan Serbia membawa kepada berlakunya krisis di rantau Balkan. (ii) Serbia dituduh menghasut rakyat Austria berketurunan Serb membebaskan diri daripada pemerintahan Austria-Hungary. (iii) Pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria Hungary dan isterinya Sophie oleh seorang pemuda Serbia merupakan kemuncak krisis Balkan. (iv) Peristiwa ini membawa kepada tercetusnya peperangan dalam kalangan negara Eropah dalam Perang Dunia Pertama. Jadual 3.1 Kronologi peristiwa Perang Dunia Pertama Tahun Peristiwa 28 Julai 1914 Austria-Hungary yang disokong Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia. 30 Julai 1914 Rusia memberikan bantuan ketenteraan untuk mempertahankan Serbia. 1 Ogos 1914 Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia. 3 Ogos 1914 • Jerman mengisytiharkan perang terhadap Perancis kerana menyebelahi Rusia. • Jerman menceroboh Belgium bertujuan menyerang Perancis. 4 Ogos 1914 Britain menyertai Rusia dan Perancis berperang dengan Jerman yang menceroboh Belgium. Oktober 1914 Empayar Uthmaniyah menyertai peperangan dengan menyebelahi Kuasa Tengah. Mac 1915 Itali menyertai Perancis, Britain dan Rusia dalam Pakatan Bertiga. April 1917 Amerika Syarikat menyertai peperangan dengan memihak kepada Pakatan Bertiga. Berakhirnya Perang Dunia Pertama 1 Pelibatan Amerika Syarikat pada tahun 1918 membawa kejayaan kepada Pakatan Bertiga dalam Perang Dunia Pertama. 2 Ini menyebabkan Jerman terpaksa menandatangani gencatan senjata. 3 Beberapa siri persidangan dan perjanjian damai yang dilakukan telah membawa pengiktirafan kepada Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia. Persidangan Damai Perancis 1 Diadakan pada 18 Januari 1919 bertujuan membincangkan syarat perdamaian selepas perang bagi memastikan Jerman tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah. 2 Hasilnya, Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat dan menjadi asas perdamaian. 3 Terdapat dua prinsip utama yang dicadangkan, iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan sempadan negara berasaskan bangsa. Perjanjian Versailles 1 Ditandatangani pada 28 Jun 1919 antara Pakatan Bertiga dengan Jerman. 2 Perjanjian tersebut menetapkan penubuhan Liga Bangsa untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa. RE SPM Sej Tg4(B3).indd 34 28/03/2023 4:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


35 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita TINGKATAN 4 Bab 3 Kesan Perang Dunia Pertama 1 Perang Dunia Pertama memberikan kesan terhadap negara kita dan juga negara Eropah. 2 Antara kesan Perang Dunia Pertama ialah: (a) Keruntuhan pemerintahan beraja (b) Kemunculan negara baharu (c) Kesan terhadap negara kita 3 Keruntuhan pemerintahan beraja (a) Perang Dunia Pertama membawa kepada berakhirnya pemerintahan sistem beraja di Jerman, Austria-Hungary, Rusia dan empayar Uthmaniyah. (b) Perang ini juga menyebabkan Republik Jerman ditubuhkan apabila Kaiser William II turun takhta dan mendapatkan perlindungan politik di Belanda. (c) Perang Dunia Pertama juga menyebabkan berakhirnya pemerintahan Dinasti Habsburg ke atas empayar AustriaHungary. (d) Berlakunya Revolusi Rusia sehingga menyebabkan berakhirnya pemerintahan beraja Tsar Nicholas II dan terbentuknya kerajaan komunis pertama di dunia di bawah pimpinan Vladimir Lenin. (e) Pembentukan kerajaan Turki bercorak republik diketuai oleh Mustafa Kemal Ataturk selepas menggulingkan Sultan Mehmed VI, pemerintah empayar Uthmaniyah. 4 Kemunculan negara baharu (a) Muncul beberapa negara baharu selepas keruntuhan empayar Austria-Hungary. (b) Ia melibatkan pembentukan negara Austria, Hungary, Czechoslovakia dan Yugoslavia. (c) Negara Poland, Estonia, Latvia dan Lithuania wujud selepas perpecahan empayar Rusia. (d) Negara Lebanon, Syria dan Iraq muncul selepas perpecahan empayar Uthmaniyah. 5 Kesan kepada negara kita (a) Raja-raja Melayu diminta menandatangani perisytiharan perang yang menyokong dan memberikan taat setia kepada kerajaan British. (b) British turut memperkenalkan pelbagai undang-undang yang berkaitan dengan perang. INFO dinamik Undang-undang lain berkaitan dengan perang yang turut diluluskan oleh British ialah: • To Vest in the High Commissior Exceptional Power in Time of Public Emergency Enactment 1914 • The Trading With Enemy Enactment 1914 • The Naval and Military News (Emergency) Enactment 1914 (c) Pesuruhjaya Tinggi British diberikan kuasa untuk meletakkan negeri Melayu di bawah undang-undang tentera jika diperlukan. (d) British turut memanipulasi kemakmuran ekonomi Tanah Melayu untuk membiayai operasi British dalam Perang Dunia Pertama. Semak cepat 3.2 1 Namakan negera-negara yang membentuk Pakatan Kuasa Tengah. 2 Jelaskan syarat-syarat yang dipersetujui oleh Jerman dalam Perjanjian Versailles. 3.3 Perang Dunia Kedua SP 10.1.3 Menghuraikan perkembangan Perang Dunia Kedua. 1 Melibatkan dua medan pertempuran, iaitu di Eropah yang tertumpu di negara Eropah dan Afrika Utara serta di Asia Pasifik yang Kandungan Perjanjian Versailles Jerman perlu Bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga Mengehadkan saiz angkatan tentera Menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga Rajah 3.2 Kandungan Perjanjian Versailles RE SPM Sej Tg4(B3).indd 35 28/03/2023 4:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


36 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita TINGKATAN 4 3 tertumpu di Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara. 2 Peperangan tersebut melibatkan dua pakatan, iaitu Kuasa Paksi yang melibatkan Jerman, Itali dan Jerman serta Kuasa Bersekutu yang melibatkan Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan Rusia. Faktor Tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah 1 Berikut merupakan faktor-faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah: (a) Kemunculan ideologi baharu (b) Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles (c) Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa Kemunculan Ideologi Baharu 1 Kemelesetan ekonomi membawa kepada kemunculan gerakan politik radikal di Itali dan Jerman. 2 Gerakan tersebut dipimpin oleh pemimpin nasionalis berfahaman melampau, iaitu Fasisme di Itali dan Nazisme di Jerman. 3 Fasisme (a) Dipimpin oleh Benito Musssolini selepas parti Fasis berjaya menguasai Itali pada tahun 1922. (b) Keutamaan diberikan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan individu. (c) Mereka percaya kepada nasionalisme melampau termasuk melancarkan peperangan. (d) Itali telah meluaskan tanah jajahannya ke Habsyah dan Albania bertujuan memulihkan kembali imej Itali. 4 Nazisme (a) Di bawah pimpinan Adolf Hitler, Jerman berjaya membentuk kerajaan Jerman pada tahun 1933. (b) Nazisme mengagungkan bangsa Jerman. (c) Hitler mengetepikan Perjanjian Versailles sebagai usaha untuk memulihkan nasionalisme Jerman. (d) Hitler membina semula angkatan tenteranya dan seterusnya menduduki Rhineland yang merupakan wilayahnya yang hilang apabila Perjanjian Versailles ditandatangani. Ketidakpuasan Hati terhadap Perjanjian Versailles 1 Sebagai negara yang kalah dalam Perang Dunia Pertama, Jerman menganggap Perjanjian Versailles yang ditandatangani tidak adil dan menjejaskan kedaulatan negaranya. 2 Ini kerana Jerman kehilangan tanah jajahan di samping perlu membayar sejumlah pampasan perang yang tinggi. 3 Ini menyebabkan Jerman mengalami kemelesetan ekonomi dan inflasi yang teruk. 4 Itali turut tidak berpuas hati dengan perjanjian tersebut. 5 Ini kerana Itali tidak diberikan tanah jajahan yang baharu seperti yang diberikan kepada Perancis dan Poland. Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa 1 Liga ini ditubuhkan untuk memastikan keamanan dunia dan mewujudkan kerjasama antarabangsa. 2 Walaupun demikian, Liga Bangsa-Bangsa gagal untuk menguatkuasakan perjanjian perlucutan kuasa dan menangani krisis pencerobohan yang berlaku selepas Perang Dunia Pertama. 3 Situasi tersebut menyebabkan berlakunya Perang Dunia Kedua. Krisis Manchuria (1931 - 1933) Jepun menakluki Manchuria yang di bawah penguasaan China Krisis Habsyah (1935 – 1936) Itali menyerang Habsyah di Afrika Perjanjian Pelucutan Senjata (1932 - 1934) Jerman keluar daripada Liga Bangsa-Bangsa dan memperbesar pasukan tentera Cabaran Liga Bangsa-Bangsa Rajah 3.3 Cabaran Liga Bangsa-Bangsa RE SPM Sej Tg4(B3).indd 36 28/03/2023 4:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


37 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita TINGKATAN 4 Bab 3 Perang Dunia Kedua di Eropah 1 Tindakan Jerman menyerang Poland pada tahun 1939 membawa kepada meletusnya Perang Dunia Kedua. 2 Ini mendorong Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman. i THINK Peta Alir Penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat • Untuk menguasai Eropah, Jerman memulakan serangan Blitzkrieg. • Menjelang pertengahan tahun 1941, Jerman berjaya menguasai Poland, Denmark, Norway, Belanda, Belgium, Luxembourg dan Perancis. Penyertaan Itali dalam Perang di Eropah • Pada bulan Jun 1940, sekutu Jerman, Itali telah mengisytiharkan perang terhadap Britain dan Perancis. • Melalui pakatan tersebut, Itali menyerang Perancis dari arah selatan dan Jerman menyerang Perancis dari arah utara. Pengeboman Britain • Pada bulan September 1940 hingga bulan Jun 1941, serangan laut dan udara telah dilancarkan oleh Jerman ke atas Britain. • Ia menjejaskan ekonomi Britain dan memusnahkan pelabuhan, kawasan perindustrian dan pertahanan tentera Britain. Serangan Jerman ke atas Rusia • Jerman melancarkan Operasi Barbarossa untuk menawan Rusia. • Penguasaan ke atas Rusia membolehkan Jerman mencapai cita-cita untuk menguasai seluruh Eropah. Sasaran utama Jerman ialah bandar utama Rusia seperti Leningrad, Moscow dan Stalingrad. Rajah 3.4 Kronologi peristiwa Perang Dunia Kedua di Eropah Berakhirnya Perang Dunia Kedua di Eropah 1 Strategi serangan balas dan kerjasama kuasa besar membawa kejayaan kepada Kuasa Bersekutu. 2 Ia membolehkan Kuasa Bersekutu menamatkan perang di Eropah dan menumpukan kepada peperangan di Asia Pasifik yang melibatkan kemaraan tentera Jepun. 3 Kerjasama kuasa besar (a) Melibatkan kerjasama antara Presiden Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt, Perdana Menteri Britain, Winston Churchill dan Presiden Rusia, Joseph Stalin. (b) Di medan perang, Tentera Bersekutu yang terdiri daripada tentera laut, udara dan laut beroperasi di bawah Komander Tertinggi Tentera Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat. 4 Keberkesanan strategi serangan (a) Kesilapan keputusan politik dan ketenteraan dalam operasi menawan Rusia menyebabkan Kuasa Paksi menemui kegagalan. (b) Amerika Syarikat yang memimpin Kuasa Bersekutu menunjukkan keunggulan dalam peperangan. (c) Operasi pendaratan tentera Bersekutu di Normandy, Perancis berjaya dilaksanakan. 5 Kegagalan operasi menawan Rusia (a) Awalnya, serangan Jerman ke atas Rusia mencapai kejayaan. (b) Tempoh perang yang lama melewati dua musim sejuk menyebabkan Jerman kehilangan banyak nyawa. (c) Tempoh perang yang panjang juga menyebabkan Jerman kehabisan peluru, minyak dan makanan. (d) Situasi ini telah melemahkan semangat tentera Jerman lalu menyebabkan Jeneral Jerman, Friedrich Von Paulus mengingkari perintah Hitler dan menyerah kalah kepada tentera Rusia di Stalingrad pada bulan Januari 1943. RE SPM Sej Tg4(B3).indd 37 28/03/2023 4:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


38 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita TINGKATAN 4 3 6 Kejayaan operasi pendaratan tentera Bersekutu (a) Pada bulan Jun 1944, tentera Bersekutu berjaya mendarat di Normandy, Perancis. (b) Ini dilakukan melalui operasi yang diberi nama kod “D Day” yang berjaya memperdayakan tentera Jerman. (c) Ia dilakukan dengan menyebarkan maklumat yang meyakinkan tentera Jerman bahawa tentera Bersekutu akan mendarat di Calais bukannya di Normandy. (d) Peristiwa tersebut mendorong kepada kejayaan membebaskan Perancis dan negara Eropah Barat daripada penaklukan Jerman. (e) Operasi tersebut juga membolehkan tentera Bersekutu memasuki Jerman dari arah Barat dan tentera Rusia menyerang Jerman dari arah Timur. (f ) Kematian Hitler pada bulan April 1945 telah mengubah suasana perang di Eropah. (g) Perjanjian menyerah kalah yang ditandatangani oleh Jerman menandakan berakhirnya perang di Eropah yang telah berlangsung selama enam tahun. Peta 1 Pendaratan tentera Bersekutu di Norwandy, Perancis Semak cepat 3.3 1 Namakan pemimpin gerakan Fasis di Itali. 2 Nyatakan tumpuan yang diberikan oleh gerakan tersebut. 3 Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Liga Bangsa-Bangsa selepas tamatnya peperangan. Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik 3.4 SP 10.1.4 Menghuraikan perkembangan Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik. 1 Peperangan ini berlangsung dari tahun 1941 hingga tahun 1945. 2 Peperangan ini juga dikenali sebagai Perang Pasifik dan berlaku di Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara. 3 Kemunculan Jepun sebagai kuasa tentera yang menjalankan imperialisme m e m b a w a k e p ad a b e r l a k u ny a peperangan tersebut. Peluasan Kuasa Jepun 1 Pembaharuan Meiji telah berjaya memodenkan Jepun sehingga Jepun menjadi negara industri, seterusnya membolehkan Jepun memiliki kuasa ketenteraan yang kuat setanding dengan kuasa Barat. 2 Berikutan ini, Jepun melaksanakan dasar peluasan kuasa bagi memenuhi keperluan ekonomi, ketenteraan dan perkembangan politik dalam negara. Dasar Peluasan Kuasa Jepun 1 Jepun meluaskan kuasa kerana keperluan industri, pengaruh golongan tentera dan untuk mewujudkan orde baharu Asia. 2 Keperluan industri (a) Kemunculan Jepun sebagai sebuah kuasa industri pada akhir abad ke-19 menyebabkannya berusaha mengurangkan pergantungan kepada negara Barat untuk mendapatkan bahan mentah. RE SPM Sej Tg4(B3).indd 38 28/03/2023 4:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


39 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita TINGKATAN 4 Bab 3 (b) Ini mendorong Jepun mendapatkan wilayah yang boleh membekalkan bahan mentah serta menjadi kawasan pasaran yang boleh mengembangkan lagi bidang perindustrian. 3 Pengaruh golongan tentera (a) Pada abad ke-20, pasukan tentera Jepun muncul sebagai pasukan tentera termoden di Asia. (b) Pada tahun 1932, penguasaan golongan tentera ke atas politik menjadikan Jepun semakin agresif. (c) Mereka berpendapat bahawa masalah ekonomi Jepun boleh diselesaikan dengan menakluki kawasan yang kaya dengan bahan mentah. (d) Pada Oktober 1941, pelantikan Jeneral Hideki Tojo sebagai Perdana Menteri telah menyebabkan Jepun terlibat dalam peperangan. 4 Orde baharu Asia (a) Pentadbiran tentera Jepun bermatlamat mengembangkan kuasa, mewujudkan kebebasan ekonomi dan menentang imperialisme Barat. (b) Sehubungan itu, Jepun mewujudkan orde baharu di Asia Timur. (c) Orde ini merangkumi Jepun, Korea,China dan Machuria ke dalam satu blok ekonomi. (d) Orde ini seterusnya dikembangkan ke negara Asia yang lain. INFO dinamik Orde baharu ialah rancangan Jepun untuk menyingkirkan kuasa Barat di Asia dan menganjurkan perkongsian kuasa dan kekayaan yang lebih adil dalam kalangan negara Asia. Sekatan Ekonomi terhadap Jepun 1 Selain Korea, China dan Manchuria, Jepun meneruskan penguasaan ke atas kawasan strategik di Laut China Selatan. 2 Ini temasuklah Pulau Hainan dan IndoChina. 3 Tindakan tersebut mendapat reaksi daripada pihak Bersekutu. 4 Sebagai reaksi terhadap tindakan tersebut, Amerika Syarikat, Britain dan Belanda mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun. 5 Sekatan ekonomi ini bertujuan menghalang Jepun daripada mendapatkan bahan mentah bagi keperluan industri dan operasi perang. INFO dinamik Sekatan ekonomi ialah tindakan menghentikan perdagangan dan membekukan semua harta milik Jepun di wilayah yang dikuasai oleh Britain, Amerika Syarikat dan Belanda. Rancangan Penaklukan Wilayah di Selatan 1 Sekatan ekonomi menyebabkan Jepun merancang untuk menguasai wilayah di selatan. 2 Ini merangkumi Asia Tenggara yang kaya dengan bijih timah, bauksit dan petroleum. 3 Penglibatan Jepun dalam pakatan Kuasa Paksi menyebabkan Jerman menghantar pakarnya ke Jepun untuk mengkaji serangan terhadap wilayah selatan dan membantu mengembangkan industri pembuatan kapal terbang Jepun. Bermulanya Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik 1 Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu dan pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik (Pearl Harbour) membawa kepada bermulanya Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik. 2 Serangan ke atas Pearl Harbour bertujuan melumpuhkan armada laut Amerika Syarikat di Pasifik. 3 Ia menjadi penghalang kepada rancangan perluasan kuasa Jepun. 4 Serangan seterusnya adalah ke atas wilayah jajahan Amerika Syarikat, Britain dan Belanda. 5 Serangan ini melibatkan Filipina, Hong Kong, Pulau Guam dan Pulau Wake. 6 Tindakan tersebut membawa kepada penglibatan Amerika Syarikat yang mengisytiharkan perang ke atas Jepun melalui darat, laut dan udara. 7 Perang Dunia Kedua telah menyebabkan kematian 75 juta nyawa manusia, kemusnahan harta benda, kesengsaraan, kelaparan, ketakutan, kezaliman dan kemiskinan. Semak cepat 3.4 1 Nyatakan kawasan-kawasan yang terlibat dalam Perang Pasifik. 2 Jelaskan matlamat dasar luar pemerintahan tentera Jepun. 3 Senaraikan bahan mentah yang diperlukan oleh pentadbiran tentera Jepun. RE SPM Sej Tg4(B3).indd 39 28/03/2023 4:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


40 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita TINGKATAN 4 3 28 Februari 1942 : Jepun menyerang Jawa 27 Februari 1942 : Jepun menewaskan Tentera Bersekutu 19 Februari 1942 : Jepun mengebom Darwin 15 Februari 1942 : Penguasaan Jepun di Singapura 19 Januari 1942 : Pendudukan Jepun di Sandakan 2 Januari 1942 : Penguasaan Jepun di Burma 2 Januari 1942 : Manila dikuasai Jepun 25 Disember 1941 : Penguasaan Jepun di Hong Kong 23 Disember 1941 : Pendudukan Jepun di Pulau Wake 22 Disember 1941 : Pendaratan Jepun di Filipina 16 Disember 1941 : Jepun menguasai Miri 10 Disember 1941 : Pendaratan Jepun di Pulau Guam 8 Disember 1941 : Serangan Jepun ke atas Pearl Harbour 8 Disember 1941 : Pendaratan tentera Jepun di Kelantan Rajah 3.5 Kronologi perluasan kuasa Jepun Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita 3.5 SP 10.2.1 Menjelaskan faktor kedatangan Jepun di negara kita. 1 Serangan tentera Jepun di Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941 serta di Sarawak dan Sabah bermula pada 16 Disember 1941. 2 Tentera Jepun menggunakan slogan “Semangat Asia” dan “Asia untuk Orang Asia”. 3 Penggunaan slogan ini bertujuan menanam semangat antipenjajahan Barat dan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia. 4 Tujuan kedatangan tentera Jepun adalah untuk: (a) Mengeksploitasi sumber bahan mentah. (b) Kepentingan strategik ketenteraan. RE SPM Sej Tg4(B3).indd 40 28/03/2023 4:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


41 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita TINGKATAN 4 Bab 3 Tujuan Kedatangan Tentera Jepun Eksploitasi Sumber Bahan Mentah Kepentingan Strategik Ketenteraan • Tanah Melayu kaya dengan bijih timah, getah, emas, bijih besi, arang batu dan bauksit. • Bahan-bahan tersebut boleh dieksploitasi untuk keperluan perindustrian di Jepun. • Di Sarawak,sasaran utama Jepun ialah menguasai sumber minyak di Miri dan di Lutong. • Penguasaan tersebut ialah sebahagian daripada pembentukan kawasan Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya untuk mengukuhkan ekonomi Jepun. • Kedudukan negara kita yang strategik sesuai untuk dasar ketenteraan Jepun. • Singapura terletak di hujung Semenanjung Tanah Melayu. • Penguasaannya membolehkan Jepun menguasai pangkalan tentera laut British di Singapura. • Ini akan membuka laluan Jepun menguasai telaga minyak di Sumatera. • Penguasaan ke atas Pulau Borneo membolehkan Jepun menjayakan operasi penaklukan ke atas Pulau Jawa. Rajah 3.6 Tujuan kedatangan tentera Jepun Serangan Jepun terhadap Negara Kita Peta 2 Kemaraan tentera Jepun menguasai Tanah Melayu 1 Di Tanah Melayu, serangan tentera Jepun bermula dengan pendaratan serentak pada 8 Disember 1941 di Pantai Kuala Pak Amat, Pantai Sabak, Kota Bharu dan Thailand (Singgora dan Patani). 2 Pada 15 Februari 1942, keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun. 3 Di Sarawak dan di Sabah, pendaratan tentera Jepun bermula di Miri pada 16 Disember 1941. Semak cepat 3.5 1 Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perluasan kuasa Jepun ke negara kita. 2 Jelaskan kepentingan slogan dalam usaha perluasan kuasa Jepun ke negara kita. RE SPM Sej Tg4(B3).indd 41 28/03/2023 4:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


42 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita TINGKATAN 4 3 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita 3.6 SP 10.2.2 Menerangkan dasar pendudukan Jepun di negara kita. 1 Kedatangan Jepun membawa kepada pengenalan sistem pemerintahan tentera di negara kita. 2 Dasar tersebut diterima daripada Panglima Agung Japanese Southern Army dan melibatkan dasar pentadbiran, dasar ekonomi dan dasar sosial. Dasar Pentadbiran Pentadbiran Tentera Jepun 1 Pada awalnya, Jepun menggabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera. 2 Diletakkan di bawah satu pentadbiran untuk membentuk Kawasan Pertahanan Khas yang berpusat di Singapura. 3 Perbezaan sistem politik dan ekonomi yang ketara menyebabkan pada bulan April 1945 Sumatera diletakkan di bawah pentadbiran tentera Jepun ke-25 yang berpusat di Bukit Tinggi, Sumatera, manakala Tanah Melayu ditadbir oleh pasukan tentera Jepun ke-29 yang berpusat di Taiping, Perak. 4 Singapura dikenali sebagai Pulau Cahaya Selatan (Syonan-to). 5 Pentadbirannya diasingkan daripada Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru). 6 Pentadbiran Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diletakkan di bawah kerajaan Thailand. 7 Jepun menggabungkan Sarawak, Sabah dan Brunei menjadi satu unit pentadbiran. 8 Dikenali sebagai Kita Boruneo dan diketuai oleh Gabenor Jeneral. 9 Pentadbirannya diletakkan di bawah pasukan tentera Jepun yang ke-37 dan berpusat di Kuching. Dasar terhadap Raja-raja Melayu 1 Kedudukan Raja-raja Melayu diiktiraf oleh pentadbiran tentera Jepun. 2 Raja-raja Melayu berperanan sebagai ketua dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu, diberikan bayaran pencen serta diletakkan di bawah pengawasan Gabenor Jepun. 3 Pengiktirafan tersebut dilakukan oleh Jepun pada bulan Januari 1943 semasa berlangsungnya Persidangan Raja-raja Tanah Melayu dan Sumatera. Dasar terhadap Kepimpinan Tempatan 1 Pemimpin tempatan yang berpendidikan dan berpengalaman diberikan peluang kenaikan pangkat oleh pentadbiran Jepun. 2 Tindakan tersebut bertujuan mengatasi masalah kekurangan pegawai dan mendapatkan sokongan penduduk tempatan. 3 Institut Latihan Pemimpin-pemimpin Muda (Koa Kunrenjo) ditubuhkan untuk melatih dan menanam semangat memperjuangkan citacita politik Jepun dalam kalangan penduduk tempatan. INFO dinamik Koa Kunrenjo ditubuhkan di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang dan lulusannya diberi peluang menjawat jawatan dalam kerajaan. Dasar Ekonomi 1 Kemelesatan ekonomi menyebabkan Jepun melaksanakan sistem ekonomi kawalan dengan memperkenalkan Rancangan Pengeluaran Lima Tahun dan Jawatankuasa Penyelidikan Bahan. 2 Pelaksanaannya membolehkan pentadbiran Jepun mengawal selia pelupusan barangan dan membuat penyelidikan kegunaan baharu bagi sumber tempatan. 3 Bagi menggantikan mata wang British, mata wang Jepun telah dicetak untuk kegunaan penduduk di negara kita. Mata wang Jepun (wang pokok pisang) RE SPM Sej Tg4(B3).indd 42 28/03/2023 4:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


43 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita TINGKATAN 4 Bab 3 INFO dinamik Antara industri baharu yang wujud semasa pendudukan tentera Jepun ialah: • Lori dan kereta berkuasa wap menggunakan arang • Tayar tanpa tiub daripada getah padat • Tali kapal daripada sabut kelapa • Kelambu dan kain daripada daun nanas • Kertas daripada buluh, daun getah dan lalang Dasar Sosial Pendidikan 1 Pentadbiran tentera Jepun bertindak menutup sekolah Inggeris dan Cina. 2 Bangunan sekolah dijadikan sebagai keperluan tentera Jepun. 3 Bertujuan membentuk semangat persaudaraan sejagat (Hakko Ichiu), Jepun telah memperkenalkan sistem persekolahan Jepun. 4 Selain itu, sistem persekolahan ini juga diwujudkan bertujuan mencapai teknologi industri, meningkatkan disiplin dan menerapkan nilai Jepun. 5 Menerusi pendidikan, pentadbiran tentera Jepun juga berusaha untuk memupuk nasionalisme Asia, menghapuskan pengaruh Barat dan menanam kesetiaan kepada Jepun. 6 Untuk itu, bidang pendidikan yang dilaksanakan menekankan semangat Jepun (Nippon Seishin), menghormati kebudayaan dan menghormati Maharaja Jepun (Tenno Heika). 7 Jepun ingin menjadikan bahasa Jepun sebagai lingua franca dalam Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya. 8 Bagi merealisasikan ini, bahasa Jepun (Nippon Go) diajar secara meluas. 9 Perhimpunan pagi di sekolah dimulakan dengan menghadap arah negara Jepun dan menyanyikan lagu Kimigayo (lagu kebangsaan Jepun). 10 Pegawai agama turut dimanipulasikan secara halus untuk tujuan propaganda Jepun. 11 Mereka diminta menyampaikan hal yang diputuskan oleh tentera Jepun dalam kelas agama di masjid dan surau serta menyampaikan titah sultan bagi menyokong dasar Jepun di masjid. Sikap Jepun terhadap Agama 1 Pentadbiran tentera Jepun menghormati agama Islam dan adat istiadat Melayu, tidak mencampuri adat resam tempatan, meneruskan semula sekolah agama dan kelas pengajian alQuran, membentuk Majlis Agama Negeri dan mengadakan persidangan agama di Singapura dan Kuala Kangsar. 2 Tindakan tersebut dilakukan untuk membendung kegiatan penentangan penduduk tempatan terhadap Jepun. Catuan dan Penghasilan Makanan 1 Ordinan Kawalan Makanan dan Bahan Penting diperkenalkan untuk mengawal kekurangan bekalan makanan. 2 Penguatkuasaannya membolehkan Jepun mengawal barangan keperluan asas seperti beras, garam dan gula. 3 Pentadbiran tentera Jepun telah mengadakan kempen “Tambah Lebih Banyak Makanan” dengan tujuan mencukupkan makanan dalam negeri. 4 Kempen ini menggalakkan penduduk menanam bahan makanan sendiri. 5 Bagi meneruskan kelangsungan hidup, penduduk tempatan menjadi lebih kreatif dengan menghasilkan tempe daripada biji getah. Layanan terhadap Penduduk 1 Layanan yang berbeza-beza diberikan oleh pentadbiran tentera Jepun di negara kita. 2 Tentera Jepun memberikan layanan yang baik kepada orang Melayu dan peribumi yang lain bertujuan mendapatkan sokongan. 3 Pentadbiran tentera Jepun memberikan layanan yang sama kepada orang India bertujuan menguasai negara India dengan membantu menubuhkan Tentera Kebangsaan India di Tanah Melayu dan Borneo yang dipimpin oleh Subhas Chandra Bose. 4 Orang India juga digalakkan menyertainya untuk kemerdekaan negara India. 5 Lanjutan permusuhan Perang China-Jepun, layanan yang kejam diberikan kepada orang Cina. 6 Sebagai hukuman, mereka dipaksa membayar sejumlah wang kepada pentadbiran tentera Jepun. 7 Walaupun demikian, secara umumnya masyarakat berbilang kaum di negara ini telah mengalami pelbagai penderitaan dan pengalaman pahit akibat pendudukan Jepun. RE SPM Sej Tg4(B3).indd 43 28/03/2023 4:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


44 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita TINGKATAN 4 3 8 Buktinya, pembinaan Landasan Kereta Api Maut menyebabkan ramai orang Melayu, India dan Cina yang dipaksa menjadi buruh. 9 Pembinaan ini menyebabkan ramai yang terkorban kerana kekurangan makanan, ubatubatan, pelbagai jenis penyakit dan suasana yang buruk di tempat kerja. INFO dinamik Pembinaan Landasan Kereta Api Maut tersebut adalah dari Thailand ke Burma. Pembinaan landasan ini melibatkan seramai 200 ribu buruh paksa dari negara Asia Tenggara dan 60 ribu tawanan perang Pihak Bersekutu. Semak cepat 3.6 1 Jelaskan nama yang diberikan oleh pentadbiran tentera Jepun ke atas Singapura dan Tanah Melayu. 2 Mengapakah Rancangan Perindustrian Lima Tahun diperkenalkan oleh pentadbiran Jepun? 3 Senaraikan bekalan barangan yang dikenakan catuan oleh tentera Jepun. Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun 3.7 SP 10.2.3 Menghuraikan perjuangan rakyat menentang pendudukan Jepun. 1 Rakyat tempatan terlibat dalam usaha mempertahankan kedaulatan tanah air. 2 Ini melibatkan Rejimen Askar Melayu yang berusaha menentang kemaraan tentera Jepun. Regimen Askar Melayu Benteng Pertahanan Tanah Air 1 Kemaraan tentera Jepun di Kelantan ditentang oleh Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu dan tentera British. 2 Semangat juang yang tinggi telah ditunjukkan oleh Rejimen Askar Melayu semasa bertempur dengan tentera Jepun di Singapura. 3 Panglima Pemerintah Tentera British di Tanah Melayu menyifatkan batalion tersebut sebagai contoh keteguhan dan ketahanan. 4 Semangat keberanian dan keperwiraan mereka menjadi inspirasi kepada generasi yang akan datang. 5 Antara tokoh yang terlibat ialah Leftenan Adnan Saidi, Leftenan Ibrahim Alla Ditta MC dan Koperal Yaakob Bidin. Leftenan Adnan Penentangan MPAJA 1 Terdapat sebahagian daripada orang Cina yang mencari perlindungan di bawah Parti Komunis Malaya (PKM) bagi mengelakkan daripada kekejaman yang dilakukan oleh tentera Jepun. 2 Tindakan tersebut akhirnya membawa kepada penubuhan pasukan sukarela gerila, iaitu Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA) untuk menentang Jepun. 3 British memberikan latihan kepada mereka untuk menghadapi serangan tentera Jepun. 4 Seramai 165 orang anggota PKM diberikan latihan menjalankan kerja sabotaj dan perang gerila di Sekolah Latihan Khas di Singapura. 5 Mereka dihantar ke Tanah Melayu untuk membentuk pasukan gerila yang kemudiannya menjadi asas kepada penubuhan lapan rejimen MPAJA. INFO dinamik Malayan Peoples’ Anti Japanese Army (MPAJA) ialah gerakan anti-Jepun yang terbesar di Tanah Melayu. Kerjasama MPAJA dan Force 136 1 MPAJA dan Force 136 yang mewakili tentera British telah menjalinkan kerjasama untuk melawan tentera Jepun. 2 Perjanjian kerjasama tersebut ditandatangani pada Disember 1943. 3 British menjanjikan bantuan seperti senjata, ubatan, kewangan dan latihan ketenteraan kepada MPAJA. RE SPM Sej Tg4(B3).indd 44 28/03/2023 4:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


45 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita TINGKATAN 4 Bab 3 Kerjasama Parti Kuomintang dan MPAJA 1 Terdapat sebahagian daripada gerila Cina yang dikuasai oleh Parti Kuomintang (KMT). 2 Mereka menentang tentera Jepun di utara Tanah Melayu, terutamanya di Hulu Perak dan Kelantan serta menubuhkan Overseas Chinese Anti-Japanese Army (OCAJA) yang dikenali juga sebagai Tentera Bintang Satu. 3 Gerila KMT bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan MPAJA atau PKM bagi menentang tentera Jepun. Force 136 1 Bertempat di Colombo, Sri Lanka, British telah menubuhkan South East Asia Command (SEAC) dan membentuk Force 136 yang merupakan unit khas. 2 Unit khas ini diberikan latihan di India dan Sri Lanka. 3 Setelah tamat, mereka dihantar semula ke tanah air menggunakan kapal selam atau diturunkan dengan payung terjun melalui kapal terbang. 4 Tindakan tersebut bertujuan mendapatkan sokongan orang Melayu dan menubuhkan pasukan gerila anti-Jepun. 5 Antara anggota awal Force 136 ialah Mejar Tengku Mahmood Mahyiddeen, Leftenan Tunku Yusuf Tunku Yaakub, Kapten Ibrahim Ismail dan Leftenan Tengku Osman Tengku Mohd. Jiwa. 6 Tengku Mahmood Mahyiddeen merupakan pemimpin Force 136. 7 Tindakan mengelolakan siaran radio dari India yang dinamakan Suara Harimau Malaya menyebabkan beliau diberi gelaran “Harimau Malaya”. 8 Beliau menyeru supaya orang Melayu menentang tentera Jepun dan tali barutnya. Force 136 Ulu Perak-Askar Melayu Setia 1 Pasukan tersebut berjaya mendarat di Hulu Perak. 2 Bantuan Pegawai Daerah Gerik, Kapten Mohd. Salleh Haji Sulaiman membawa kepada penubuhan Askar Melayu Setia. Force 136 Pahang-Wataniah Pahang 1 Pasukan tersebut berjaya mendarat di Raub, Pahang. 2 Bantuan Yeop Mahidin, Penolong Pegawai Daerah Raub membawa kepada penubuhan gerila Wataniah Pahang. 3 Operasi beliau adalah di sekitar Kuala Lipis dan Raub sehingga bahagian tengah Temerloh. Force 136-Gerila Melayu Kedah 1 Pasukan tersebut telah mendarat di Kampung Kuala Janing, Kedah. 2 Bantuan Pegawai Daerah Kedah dan Tunku Abdul Rahman membawa kepada pembentukan gerila Melayu Kedah. INFO dinamik • Force 136 dan pertubuhan gerila Melayu bekerjasama untuk menentang Jepun. • Mereka menjalankan aktiviti rahsia di Tanah Melayu seperti: – Mengumpulkan maklumat – Melakukan sabotaj – Menyebarkan propaganda – Membuat persiapan untuk British melancarkan Operasi Zipper Penentangan Individu Gurchan Singh 1 Beliau merupakan penggerak penentangan terhadap pendudukan tentera Jepun. 2 Dilakukan dengan menyebarkan risalah dan propaganda dengan menggunakan nama samaran “Lion of Malaya”. 3 Risalah beliau diedarkan secara teratur dan berkesan memberitahu penduduk tentang fakta sebenar perang dan pendudukan tentera Jepun. 4 Penyamaran beliau sebagai wartawan membolehkannya menghadiri sidang akhbar tentera Jepun. 5 Beliau mendalangi sabotaj terhadap landasan kereta api untuk menjejaskan pengangkutan tentera Jepun. RE SPM Sej Tg4(B3).indd 45 28/03/2023 4:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


46 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita TINGKATAN 4 3 6 Tindakan tersebut menyebabkan beliau ditangkap oleh Kempeitai. 7 Walaupun demikian, beliau berjaya melarikan diri ke Burma. Sybil Kathigasu 1 Sybil Kathigasu merupakan seorang jururawat yang terkenal dengan keberanian dan kecekalan dalam membantu mangsa perang dan gerila anti-Jepun di Perak. 2 Beliau bersama suaminya, Dr. Abdon Clement Kathigasu mengendalikan sebuah klinik di Ipoh sebelum perang. 3 Kedatangan tentera Jepun menyebabkan pasangan tersebut memberikan bantuan kepada gerila anti-Jepun dalam bentuk ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan. 4 Tindakan tersebut menyebabkan beliau dan suaminya ditangkap dan diseksa sehingga membawa kepada kematian suaminya. 5 Sybil dibebaskan selepas kekalahan tentera Jepun dan diterbangkan ke Britain untuk diberikan rawatan perubatan. 6 Beliau turut dianugerahkan Pingat King George di Istana Buckingham oleh Raja George VI. Gerakan Anti-Jepun di Sarawak dan Sabah Operasi Semut 1 Siri operasi yang dilakukan Unit Khas Z Australia dan dilaksanakan oleh Jabatan Peninjauan Perkhidmatan Australia atau Australian Services Reconnasissance Department (SRD). 2 Bertujuan mengumpulkan risikan dan melatih orang tempatan untuk melancarkan perang gerila menghadapi tentera Jepun. 3 Ia merupakan sebahagian daripada kempen Tentera Bersekutu untuk menentang tentera Jepun di Sarawak. 4 Anggota SRD mendarat di kawasan tengah dan timur laut Sarawak untuk mengatur penentangan terhadap tentera Jepun serta membuat persediaan bagi pendaratan pasukan Bersekutu pada bulan Mei 1945. 5 Anggotanya terdiri daripada tentera Australia, Britain dan New Zealand. 6 Gerila Semut yang dianggotai oleh tentera tempatan terdiri daripada orang Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut dan Iban. 7 Kepakaran gerila tersebut penting dalam usaha merancang taktikal perang gerila menghadapi serangan Jepun kerana mengetahui selok-belok bumi Sarawak. Jadual 3.2 Kawasan Operasi Semut Merah Kawasan Operasi Semut Merah Semut I Lembah Bario hingga ke Belait dan Trusan Semut II Lembangan Sungai Baram, Tutong, Marudi dan Brunei Semut III Seluruh lembangan Sungai Rajang Semut IV Bintulu dan Mukah Pemberontakan Jesselton 1 Terkenal sebagai pemberontakan Double Tenth. 2 Diketuai oleh Albert Kwok dan menjalankan penentangan terhadap tentera Jepun di Sabah. 3 Kumpulan beliau yang dikenali sebagai Gerila Kinabalu menjalankan serangan terhadap pejabat pentadbiran, balai polis dan kemudahan Tentera Diraja Jepun pada Oktober 1943. 4 Mereka turut membunuh tentera Jepun di Jesselton, Kota Belud, Menggatal dan Tuaran. 5 Tentera Jepun melakukan serangan balas dengan menyerang dan mengebom perkampungan di pesisir pantai. 6 Bagi menamatkan serangan Jepun ke atas orang awam, Albert Kwok telah menyerah diri pada bulan Oktober 1943. 7 Walaupun demikian, beliau bersama-sama 175 orang yang lain telah dihukum bunuh di Petagas. 8 Jepun turut memenjarakan 131 orang di Labuan. 9 Gerila anti-Jepun yang lain adalah di bawah pimpinan Tun Datu Mustapha Datu Harun. RE SPM Sej Tg4(B3).indd 46 28/03/2023 4:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


47 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita TINGKATAN 4 Bab 3 Semak cepat 3.7 1 Jelaskan sumbangan yang telah diberikan oleh Leftenan Ibrahim Alla terhadap pentadbiran British. 2 Nyatakan bentuk bantuan yang telah diberikan oleh British kepada MPAJA. Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun 3.8 SP 10.2.4 Menghubungkaitkan perkembangan gerakan nasionalisme tempatan dengan pendudukan Jepun. 1 Dasar pemerintahan Jepun memberikan kesan yang besar dalam kalangan masyarakat tempatan di negara kita. 2 Ia membawa kepada perkembangan nasionalisme dalam masyarakat. Perkembangan Semangat Antipenjajah 1 Bibit-bibit kesedaran nasionalisme di negara kita telah muncul sejak sebelum Perang Dunia Kedua. 2 Penggunaan slogan “Asia untuk Orang Asia” dan konsep “Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya” oleh Jepun menekankan kebebasan negara Asia, menentukan kemajuan dan meningkatkan persaudaraan sejagat. 3 Slogan tersebut selari dengan perjuangan sebahagian daripada golongan nasionalis di Tanah Melayu, terutamanya Kesatuan Melayu Muda (KMM). 4 Kesatuan tersebut telah menjalinkan kerjasama dengan Jepun dengan harapan Jepun dapat memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. 5 Penguasaan Asia oleh Jepun memberikan kesedaran bahawa orang Asia juga boleh menewaskan kuasa besar Eropah. Perjuangan Menuntut Kemerdekaan dalam Kalangan Orang Melayu 1 Tindakan awal tentera Jepun membebaskan ahli KMM yang dipenjarakan oleh British telah membangkitkan nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. 2 Pentadbiran Jepun turut memberikan ruang kepada kegiatan politik KMM. 3 Ia dilakukan kerana Jepun memerlukan sokongan daripada masyarakat tempatan. 4 Tindakan pemimpin KMM menuntut kemerdekaan menyebabkan pada bulan Jun 1942, Jepun membubarkan pertubuhan tersebut. 5 Ini menyedarkan penduduk tempatan bahawa walaupun memberikan kerjasama, namun Jepun tidak akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. 6 Perjuangan KMM diteruskan dengan menggunakan taktik dan strategi baharu. 7 Ia dilakukan dengan tindakan anggota KMM menyertai organisasi ketenteraan Giyu Gun dan Giyu Tai, iaitu gerakan bawah tanah menentang Jepun. INFO dinamik • Penubuhan Giyu Gun atau Pembela Tanah Air (PETA) bertujuan membantu Jepun mempertahankan Tanah Melayu. • Giyu Tai merupakan pasukan yang diketuai oleh Onan Haji Siraj untuk membantu pertahanan dan menjaga ketenteraman awam di pesisir pantai. 8 Walaupun demikian, dalam masa yang sama mereka menjalinkan kerjasama dengan pentadbiran tentera Jepun. 9 Pada bulan Jun 1945,serangan tentera bersekutu menyebabkan tentera Jepun semakin tertekan. 10 Oleh itu, tentera Jepun berusaha memenangi hati golongan nasionalis Melayu dengan memberikan sokongan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi,Ibrahim Haji Yaakob dan Onan Haji Siraj. 11 Mereka menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) dengan bermatlamat untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu bersama-sama dengan Indonesia melalui semangat “Asia untuk Asia”. 12 Walaupun demikian, ia tidak dapat dilaksanakan ekoran pengeboman ke atas bandar Hiroshima dan Nagasaki. 13 Akhirnya,Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Kesedaran Politik di Sarawak dan Sabah 1 Kegiatan berpersatuan oleh masyarakat Sarawak dan Sabah dikawal oleh tentera Jepun. 2 Ia dilakukan dengan menaja pertubuhanpertubuhan tersebut. RE SPM Sej Tg4(B3).indd 47 28/03/2023 4:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


48 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita TINGKATAN 4 3 3 Persatuan Cina digabungkan menjadi Kakeo Kokokai. 4 Walaupun demikian, kekurangan pegawai menyebabkan Jepun memberikan jawatan dan kuasa yang lebih tinggi kepada orang Melayu dan Iban. 5 Antara mereka yang dilantik sebagai pegawai daerah ialah Abang Haji Openg di Kuching, Empenit Adam di Simanggang dan Satem di Lawas. 6 Pelantikan jawatan tersebut memberikan kesedaran dan keyakinan kepada penduduk tempatan untuk menjalankan tugas penting. 7 Ia juga memberikan keyakinan kepada penduduk Sarawak untuk berkerajaan sendiri selepas Perang Dunia Kedua. 8 Situasi tersebut turut berlaku dalam kalangan masyarakat Sabah dengan menubuhkan persatuan seperti Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) oleh Tengku Noordin, Abu Bakar dan Zakaria Gunn. 9 Penubuhannya adalah berdasarkan idea Harun Aminurrashid. 10 Di kawasan pantai timur Sabah, Orang Kayakaya Abu Bakar menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Tawau. Semak cepat 3.8 1 Nyatakan slogan yang digunakan oleh tentera Jepun untuk menaikkan semangat antipenjajahan dalam kalangan penduduk tempatan di negara kita. 2 Namakan tokoh-tokoh yang dilantik menjawat jawatan Pegawai Daerah semasa pentadbiran Jepun. Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun 3.9 SP 10.2.5 Menganalisis keadaan negara kita selepas kekalahan Jepun. 1 Pada bulan Ogos 1945, Amerika Syarikat telah melancarkan serangan ke atas Jepun. 2 Ia dilakukan dengan menggugurkan bom atom ke atas bandar Hiroshima dan Nagasaki. i THINK Peta Alir 6 Ogos 1945 Pengguguran bom atom “Little Boy” ke atas bandar Hiroshima 9 Ogos 1945 Pengguguran bom atom “Fat Man” ke atas bandar Nagasaki 8 Ogos 1945 Kabinet Jepun bermesyuarat memutuskan untuk meneruskan peperangan 15 Ogos 1945 Pengumuman menyerah kalah Jepun oleh Maharaja Hirohito Rajah 3.7 Kekalahan Jepun dan pengakhiran Perang Dunia Kedua 3 Selepas kekalahan Jepun, Lord Louis Mountbatteen, pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara telah merancang untuk mendarat di Tanah Melayu. 4 Walaupun demikian, ia hanya dibolehkan sehingga selesai upacara penyerahan rasmi oleh pemerintah tentera Jepun kepada Jeneral Douglas Mac Arthur, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Pasifik pada 2 September 1945. 5 Pada 3 September 1945,tentera British kembali semula ke Tanah Melayu. 6 Upacara rasmi penyerahan kalah tentera Jepun berlangsung dari 10 September 1945 hingga 13 September 1945 dan telah diadakan di Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu. Pengeboman Hiroshima RE SPM Sej Tg4(B3).indd 48 28/03/2023 4:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


49 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita TINGKATAN 4 Bab 3 Jeneral Teizo Ishiguro menyerah kalah pada 13 September 1943 Penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu 1 Kelewatan pendaratan semula tentera British memberikan peluang kepada Bintang Tiga PKM melalui MPAJA mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu. 2 Kekalahan tentera Jepun dianggap oleh Bintang Tiga sebagai lambang keunggulan, kekuatan dan keberanian menentang Jepun. 3 Untuk itu, mereka bertindak menguasai bandar, balai polis dan pejabat pentadbiran kerajaan, menjalankan undang-undang sendiri, menggunakan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman mati kepada sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun serta menyeksa dan membunuh anggota polis, askar, pegawai daerah dan pasukan sukarelawan Melayu. 4 Tindakan Bintang Tiga yang berkuasa selama lebih kurang 14 hari dianggap melampau dan mencabar kesabaran orang Melayu. 5 Ancaman yang dilakukan ke atas institusi politik, kekeluargaan dan agama Islam menyebabkan orang Melayu bersatu. 6 Gerakan Fi-Sabilillah dibentuk untuk mempertahankan maruah bangsa, hak, harta dan kelangsungan hidup orang Melayu. 7 Golongan ulama tempatan mengambil inisiatif dengan memberikan inspirasi kepada orang Melayu berhadapan dengan kezaliman Bintang Tiga. 8 Haji Salleh Abdul Karim (Kiai Salleh) mempelopori penentangan terhadap Bintang Tiga di Johor. 9 Beliau telah menubuhkan Pasukan Tentera Selempang Merah di Johor. 10 Tuan Haji Bakri Haji Mohd. Saman menjadi Khalifah Parang Panjang di Sungai Manik, Perak. 11 Situasi tersebut telah menggugat keamanan negara. Lokasi Kebangkitan Orang Melayu Johor Muar Batu Pahat (Ayer Hitam, Senggarang dan Rengit) Perak Sungai Manik Teluk Anson Kampong Gajah Bidor Kuala Kangsar Pahang Raub Temerloh Negeri Sembilan Batu Kikir (Padang Lebar) Melaka Alor Gajah Kedah Baling i THINK Peta Dakap Rajah 3.8 Lokasi kebangkitan Orang Melayu RE SPM Sej Tg4(B3).indd 49 28/03/2023 4:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


146 PB Kedaulatan Negara Kedaulatan Negara TINGKATAN 5 Bab 1 Pengenalan 1 Konsep kedaulatan yang berkaitan dengan kenegaraan telah diasaskan dan diamalkan sejak zaman tamadun Yunani. 2 Seiring dengan perubahan zaman, pelbagai tafsiran telah diberikan oleh tokoh-tokoh tentang konsep kedaulatan. 1.1 Konsep Kedaulatan SP 12.1.1 Menyatakan konsep kedaulatan. Takrif Kedaulatan 1 Istilah kedaulatan ditakrifkan sebagai: (a) Kekuasaan tertinggi (b) Kewibawaan sesebuah negara yang bebas (c) Mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara 2 Di negara kita, kedaulatan dapat dilihat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. 3 Kedaulatan tersebut semakin kukuh dan mantap ekoran daripada peristiwa kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan seterusnya pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Kedaulatan Negara bab 1 TEMA: Malaysia dan Masa Hadapan Rajah 1.1 Takrif kedaulatan menurut bahasa Takrif Kedaulatan Bahasa Melayu Berasal daripada perkataan daulat Bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara Bahasa Yunani Supernuus atau superanus Bermaksud agung atau tertinggi Merujuk negara yang bebas dan merdeka Bahasa Inggeris Sovereignty Bermaksud negara berkuasa penuh terhadap pemerintahan Bahasa Arab Berasal daripada kata daulah Bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan i THINK Peta Dakap RE SPM Sej Tg5(B1).indd 146 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB 147 Kedaulatan Negara Kedaulatan Negara TINGKATAN 5 Bab 1 INFO dinamik Tamadun Yunani ialah tamadun Greek yang berkembang dari tahun 1000 Sebelum Masihi hingga 800 Masihi. Kewujudannya merupakan pencetus kepada perkembangan tamadun Eropah dan memberikan inspirasi kepada kehidupan manusia yang lebih baik menerusi beberapa pencapaian tamadun tersebut. Pandangan Tokoh 1 Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang merdeka untuk: (a) Menjalankan pemerintahan (b) Melaksanakan undang-undang 2 Ia penting untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran sesebuah negara serta diterima dan diiktiraf oleh negara lain. Jadual 1.1 Tafsiran kedaulatan menurut pandangan tokoh Aristotle (Ahli Falsafah Yunani) • Kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. • Merujuk kerajaan yang terikat kepada undang-undang. Ibnu Khaldun (Ilmuwan Islam) • Kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya dengan diiringi kekuatan semangat beragama. • Kesannya, sesuatu bangsa rela untuk berkorban. • Ia bertujuan mencapai cita-cita yang sama. Jean Bodin (Ahli Falsafah Politik Perancis) • Kekuasaan tertinggi dalam sesebuah negara. • Mempunyai sifat kekal. • Mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Perdana Menteri Malaysia yang pertama) • Dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan. • Sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Tun Dr. Mohamed Salleh Abas (Mantan Ketua Hakim Negara) • Asas negara yang merdeka. • Memiliki kebebasan di peringkat antarabangsa bersama hak. • Memiliki kuasa untuk mengatur urusan dalam negeri tanpa telunjuk asing. RE SPM Sej Tg5(B1).indd 147 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


148 149 Kedaulatan Negara Kedaulatan Negara TINGKATAN 5 Bab 1 Jenis Kedaulatan 1 Kedaulatan sesebuah negara adalah mengikut bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh negara tersebut. 2 Ini disebabkan setiap negara mempunyai hak bagi menentukan bentuk dan jenis kedaulatan yang diamalkan masing-masing seperti: (a) Kedaulatan tradisional (b) Kedaulatan moden (c) Kedaulatan undang-undang (d) Kedaulatan antarabangsa Kedaulatan Tradisional 1 Ia merupakan sistem pemerintahan berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya segala urusan kerajaan sejak zaman tamadun awal manusia. 2 Di Malaysia, kedaulatan adalah: (a) Berpaksikan kepada kedaulatan Raja-raja Melayu (b) Terletak pada kekuasaan dan kewibawaan seseorang raja 3 Kedudukan raja sebagai pemerintah tertinggi dan diperkukuh oleh kesetiaan rakyat. Kedaulatan Moden 1 Kedaulatan moden berkait rapat dengan: (a) Idea kemunculan negara bangsa yang wujud selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis (b) Hak rakyat (c) Kerajaan berperlembagaan 2 Kedaulatan selepas Perang Dunia Pertama dikaitkan dengan nasionalisme yang menggunakan persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa masing-masing. 3 Kedaulatan yang wujud di negara kita sebagai sebuah negara bangsa merupakan gabungan negeri Persekutuan Tanah Melayu 1957 dengan Persekutuan Malaysia 1963. Kedaulatan Undang-undang 1 Istilah kedaulatan undang-undang merujuk kerajaan dan rakyat terikat oleh undangundang yang perlu dipatuhi. 2 Situasi tersebut dapat: (a) Menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat (b) Menjadikan negara aman, stabil dan mencapai kemakmuran 3 Kewujudan badan kehakiman yang bebas dan berwibawa bertujuan memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang yang dijadikan prinsip keempat Rukun Negara. Kedaulatan Antarabangsa 1 Kedaulatan antarabangsa bermaksud pengiktirafan daripada Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara. 2 Kedaulatan ini tidak boleh dicabuli oleh negara lain. 3 Prinsip persamaan kedaulatan dari segi undangundang tersebut disahkan melalui Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970. 4 Keanggotaan Malaysia dalam PBB menjadi bukti pengiktirafan dunia terhadap negara kita sebagai sebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat. Semak cepat 1.1 1 Nyatakan maksud istilah daulah daripada perkataan bahasa Arab. 2 Mengapakah kedaulatan perlu mempunyai sifat kekal dan kuasa yang tidak terbatas? 3 Berikan empat jenis kedaulatan yang berkaitan dengan sesebuah negara. Ciri Negara yang Berdaulat 1.2 SP 12.1.2 Menerangkan ciri-ciri negara berdaulat. 1 Sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka, negara kita mempunyai ciri-ciri tertentu untuk menentukan identiti kedaulatan negara. 2 Ciri-ciri yang dimaksudkan perlulah mempunyai: (a) Pemerintahan (b) Sempadan (c) Perundangan (d) Rakyat RE SPM Sej Tg5(B1).indd 148 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


148 149 Kedaulatan Negara Kedaulatan Negara TINGKATAN 5 Bab 1 Pemerintahan 1 Kewujudan pemerintahan bertujuan menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan memastikan ekonomi yang dijalankan secara teratur. 2 Sebagai sebuah negara persekutuan, negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. 3 Yang di-Pertuan Agong berperanan sebagai Ketua Utama Negara. 4 Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan yang dibantu oleh Jemaah Menteri. Sempadan 1 Sempadan ialah garis pemisah antara negeri atau negara. 2 Negara kita berkongsi sempadan darat, air dan udara dengan negara jiran. 3 Ia melibatkan Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina yang telah diakui oleh masyarakat antarabangsa termasuk PBB. 4 Penetapan tersebut memudahkan urusan pemerintahan, pentadbiran, pertahanan dan pembangunan ekonomi Malaysia. Perundangan 1 Perundangan menjadi asas kepada sesebuah negara untuk: (a) Memelihara kesejahteraan (b) Menjamin keadilan (c) Melindungi rakyat 2 Perlembagaan Persekutuan merupakan asas kepada sistem perundangan negara. 3 Penggubalan dan penentuan sistem perundangan berada di bawah tanggungjawab Parlimen. Rakyat 1 Rakyat bermaksud penduduk sesebuah negara yang terikat dengan undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah. 2 Negara kita mempunyai rakyat yang majmuk, terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan adat resam. 3 Penyatuan rakyat dilakukan melalui: (a) Satu bahasa dan kebudayaan (b) Rukun Negara (c) Identiti nasional yang sama INFO dinamik • Raja Berperlembagaan ialah pemerintahan beraja mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan. • Demokrasi berparlimen ialah demokrasi yang dijalankan melalui proses pilihan raya. Semak cepat 1.2 Nyatakan ciri-ciri negara yang berdaulat. Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat 1.3 SP 12.1.3 Menjelaskan akan pentingnya mewujudkan negara berdaulat. 1 Kedaulatan penting bagi sesebuah negara. Ia membawa kepada keberkesanan pentadbiran, kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial dan kecemerlangan hubungan luar negara. 2 Kedaulatan juga membawa kepada pengiktirafan negara lain terhadap negara kita. Keberkesanan Pentadbiran 1 Negara bebas untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar dengan wujudnya kedaulatan. 2 Sistem Jemaah Menteri dan kementerian yang berkaitan telah menjalankan dasar pentadbiran dengan berkesan. 3 Wujud kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. 4 Tindakan tersebut dilakukan melalui: (a) Pengagihan kuasa yang berkesan (b) Pengukuhan undang-undang melalui peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Kemakmuran Ekonomi 1 Pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berbilang kaum di negara kita selepas negara kita mencapai kemerdekaan. 2 Kedaulatan membolehkan pelaksanaan dasar pembangunan ekonomi yang meliputi bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan. RE SPM Sej Tg5(B1).indd 149 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


150 151 Kedaulatan Negara Kedaulatan Negara TINGKATAN 5 Bab 1 3 Kesemuanya diperkenalkan melalui dasar pembangunan ekonomi negara. Kesejahteraan Sosial 1 Kedaulatan juga membolehkan negara melaksanakan dasar sosial bagi kesejahteraan rakyat. 2 Negara kita dapat melahirkan warganegara yang: (a) Berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan (b) Memberikan sumbangan untuk pembangunan negara 3 Justeru itu, beberapa perkara diperkenalkan berkaitan dengan bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara. 4 Pelaksanaannya bertujuan memupuk perasaan muhibah dan perpaduan dalam kalangan rakyat negara kita yang berbilang kaum. Kecemerlangan Hubungan Luar Negara 1 Kedaulatan juga penting untuk memberikan hak kepada negara menjalinkan hubungan dengan negara lain. 2 Ia dilakukan melalui penggubalan dasar luar negara. 3 Tindakan tersebut dapat: (a) Menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara lain (b) Mengadakan perjanjian dan kerjasama dalam pelbagai bidang 4 Secara tidak langsung, negara kita memperoleh pelbagai faedah dan kelebihan dalam usaha mempertahankan kedaulatan. 5 Selain itu, langkah Malaysia menganggotai pertubuhan serantau dan antarabangsa telah meningkatkan imej negara. 6 Peranan dan kebolehan negara kita turut diakui oleh masyarakat antarabangsa. Semak cepat 1.3 1 Bagaimanakah tindakan yang diambil untuk mewujudkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri di Malaysia? 2 Jelaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah kerajaan untuk memupuk perasaan muhibah dan semangat perpaduan di negara kita. Langkah Mempertahankan Kedaulatan 1.4 SP 12.1.4 Menghuraikan langkah-langkah pemerintah dan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara. 1 Golongan pemerintah dan rakyat berperanan penting dan perlu saling bekerjasama untuk mempertahankan kedaulatan negara. 2 Ia dapat: (a) Mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi (b) Mengekalkan perpaduan kaum (c) Memupuk patriotisme (d) Mengukuhkan pertahanan negara Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi 1 Pemerintah dan rakyat perlu berganding bahu dan bersama-sama dalam usaha memastikan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. 2 Golongan pemerintah perlu mentadbir dengan cekap dan melakukan pelbagai usaha serta program untuk memajukan ekonomi. 3 Usaha-usaha tersebut perlu mendapat kerjasama yang tidak berbelah bagi oleh rakyat bagi memastikan ia berjalan lancar. Pemerintah Rakyat • Membentuk pentadbiran yang cekap. • Menghindarkan perbuatan rasuah dalam pentadbiran. • Mengagihkan sumber kekayaan negara melalui dasar pembangunan ekonomi secara adil kepada semua kaum. • Menguatkuasakan undang-undang negara berpandukan perlembagaan dengan efektif. • Mentaati raja dan setia kepada negara. • Menyokong segala usaha dan dasar kerajaan. • Memupuk kerjasama dengan semua kaum agar agihan kekayaan negara dinikmati semua. • Mematuhi undangundang negara. Usaha untuk Mewujudkan Kestabilan Politik dan Ekonomi Rajah 1.2 Peranan pemerintah dan rakyat untuk mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi RE SPM Sej Tg5(B1).indd 150 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


150 151 Kedaulatan Negara Kedaulatan Negara TINGKATAN 5 Bab 1 Mengekalkan Perpaduan Kaum 1 Usaha mengekalkan perpaduan kaum sudah bermula sejak negara mencapai kemerdekaan. 2 Tindakan tersebut yang dilaksanakan oleh pemerintah dan rakyat melalui beberapa langkah bertujuan mengekalkan kedaulatan negara. Jadual 1.2 Peranan pemerintah dan rakyat untuk mengekalkan perpaduan kaum Golongan Maklumat Pemerintah • Membentuk dasar dan undangundang berkaitan dengan perpaduan kaum serta integrasi nasional. • Memastikan dasar berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan dilaksanakan dengan berkesan oleh kementerian dan agensi berkaitan. • Merangka program dan kempen ke arah memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional. • Menyediakan perbelanjaan yang mencukupi untuk program memupuk perpaduan kaum. Rakyat • Menjamin perpaduan kaum dengan menggunakan bahasa kebangsaan dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara. • Memahami dan menghormati agama serta kebudayaan kaum lain. • Mengamalkan semangat perkongsian, bertoleransi dan saling menghormati antara satu sama lain. • Memupuk kerjasama antara kaum dengan melibatkan diri dalam program kemasyarakatan. Memupuk Patriotisme 1 Patriotisme membawa maksud: (a) Perasaan cinta yang mendalam terhadap negara (b) Kesanggupan mempertahankan sejarah, bahasa, undang-undang, warisan dan budaya 2 Patriotisme menjadi nadi kepada kebebasan, kestabilan dan kemajuan sesebuah negara. 3 Ia juga berperanan penting dalam usaha melahirkan pemimpin dan rakyat yang setia dan sanggup berkorban untuk negara. Jadual 1.3 Peranan pemerintah dan rakyat untuk memupuk patriotisme terhadap negara Golongan Maklumat Pemerintah • Melahirkan perasaan cinta akan negara dengan menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan. • Melahirkan generasi yang peka terhadap sejarah negara dengan mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran teras di sekolah. • Memupuk patriotisme melalui pelbagai media dengan menganjurkan kempen dan menerbitkan filem serta rencana. • Mengabadikan nama rakyat Malaysia yang berjasa kepada negara pada bangunan dan jalan sebagai tanda pengiktirafan terhadap mereka. Rakyat • Menghormati lambang negara seperti bendera Jalur Gemilang, Jata Negara dan lagu Negaraku. • Menyanjung dan menghargai adat dan warisan negara. • Meningkatkan imej negara dengan melakar kejayaan dalam bidang pendidikan, sukan dan ekonomi. • Menghargai tokoh pelbagai kaum yang terlibat dalam perjuangan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Mengukuhkan Pertahanan Negara 1 Usaha mempertahankan negara sememangnya melibatkan kerjasama daripada pihak pemerintah dan rakyat. 2 Tindakan tersebut dapat mengekalkan kedaulatan negara. RE SPM Sej Tg5(B1).indd 151 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


152 153 Kedaulatan Negara Kedaulatan Negara TINGKATAN 5 Bab 1 Jadual 1.4 Peranan pemerintah dan rakyat untuk mengukuhkan pertahanan negara Golongan Maklumat Pemerintah • Membentuk dasar dan undangundang untuk melindungi keselamatan negara. • Mewujudkan perjanjian pertahanan dan latihan ketenteraan bersamasama negara serantau dan antarabangsa. • Mengukuhkan pasukan pertahanan negara dengan memodenkan aset ketenteraan. • Memastikan pasukan keselamatan bersiap sedia untuk menghadapi cabaran semasa. Rakyat • Sentiasa peka terhadap isu keselamatan negara dengan memberikan maklumat terhadap pencerobohan sempadan negara. • Menghin da rkan sebar ang kolaborasi dengan pihak luar yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. • Mempertahankan negara dengan menganggotai pasukan keselamatan dan pasukan sukarelawan. • Rela berkorban apa-apa sahaja untuk mempertahankan negara. Semak cepat 1.4 1 Mengapakah golongan pemerintah dan rakyat perlu bekerjasama untuk mempertahankan kedaulatan negara? 2 Apakah kesan daripada tindakan tersebut? Murid diminta menghasilkan sebuah kajian berkaitan dengan sumbangan Ibnu Khaldun terhadap perkembangan tamadun dunia. RE SPM Sej Tg5(B1).indd 152 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


152 153 Kedaulatan Negara Kedaulatan Negara TINGKATAN 5 Bab 1 1 Maklumat berikut merupakan takrif perkataan kedaulatan dalam bahasa Yunani. Buku Teks ms. 4 • Supernuus • Superanus Apakah maksud perkataan tersebut? A Agung atau tertinggi B Kuasa pemerintahan dan kerajaan C Kuasa penuh terhadap pemerintah D Pemerintah negara atau kuasa tinggi 2 Maklumat berikut berkaitan dengan pandangan Ibnu Khaldun tentang kedaulatan. Buku Teks ms. 5 Kedaulatan merupakan kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara Apakah yang menjadi asas kepada kekuatan sepertimana pendapat tokoh tersebut? A Undang-undang kerajaan B Kebebasan antarabangsa C Kesejahteraan rakyat D Semangat kekitaan 3 Kewujudan kedaulatan bermula sejak tamadun awal manusia. Apakah yang menjadi paksi kepada kedaulatan di negara kita? Buku Teks ms. 6 A Kemerdekaan negara B Pelantikan Raja-raja Melayu C Kewujudan semangat nasionalisme D Penggubalan Perlembagaan Persekutuan 4 Apakah peristiwa yang menjadi asas kepada konsep kedaulatan negara moden? Buku Teks ms. 8 I Revolusi China II Revolusi Amerika Praktis SPM 1 Jawab semua soalan. Kertas 1 III Revolusi Perancis IV Revolusi Keagungan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 6 Gambar berikut menunjukkan tindakan yang telah dilakukan oleh Tun Abdul Razak Hussein. Buku Teks ms. 10 Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut? A Bersepakat dalam perjuangan B Mengamalkan sikap tolak ansur C Berwaspada terhadap anasir luar D Menolak campur tangan kuasa asing 7 Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di negara kita pada tahun 1970-an. Buku Teks ms. 11 Tahun Peristiwa 1972 Pasukan X berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Apakah pasukan yang dimaksudkan? A Hoki B Renang C Bola sepak D Badminton RE SPM Sej Tg5(B1).indd 153 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


154 155 Kedaulatan Negara Kedaulatan Negara TINGKATAN 5 Bab 1 8 Kedaulatan penting untuk memberikan hak kepada negara menjalinkan hubungan dengan negara lain. Bagaimanakah langkah yang diambil untuk mencapai ke arah tersebut? Buku Teks ms. 11 A Menggubal dasar luar B Mengadakan perjanjian C Memupuk semangat muhibah D Mengakui kebolehan negara lain 9 Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan yang dilakukan oleh pemerintah. Buku Teks ms. 14 • Menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan • Menganjurkan sambutan Hari Pahlawan Apakah tujuan tindakan tersebut? A Meningkatkan imej negara B Mengekalkan kedaulatan negara C Meningkatkan semangat cintakan negara D Membentuk keamanan dan kesejahteraan 10 Pasangan yang manakah betul berkaitan dengan peranan pihak berikut dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan negara? Buku Teks ms. 15 Pemerintah Rakyat I Memodenkan aset ketenteraan Mengadakan latihan ketenteraan II Malakar kejayaan dalam pendidikan Mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar III Menganggotai pasukan keselamatan Peka terhadap keselamatan negara IV Memberikan maklumat pencerobohan sempadan Melindungi keselamatan negara A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Kertas 2 Bahagian A | Soalan Struktur Jawab semua soalan. 1 Maklumat berikut berkaitan dengan kepentingan mewujudkan negara berdaulat. Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar sosial bagi kesejahteraan rakyat. (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka (2020), halaman 11) (a) Mengapakah dasar tersebut dianggap memberikan faedah kepada negara? Buku Teks ms. 11 [2 markah] RE SPM Sej Tg5(B1).indd 154 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


154 155 Kedaulatan Negara Kedaulatan Negara TINGKATAN 5 Bab 1 (b) Nyatakan aspek yang diberikan tumpuan oleh kerajaan untuk memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan generasi hari ini. Buku Teks ms. 11 [4 markah] (c) Jelaskan kepentingan kedaulatan dalam pembentukan negara yang berdaulat. Berikan penjelasan berdasarkan pengetahuan sejarah anda. KBAT Menganalisis [4 markah] 2 Pemerintah dan rakyat berperanan penting untuk mempertahankan kedaulatan negara. Keduadua golongan ini perlu saling bekerjasama demi kesejahteraan negara. (a) Mengapakah mereka perlu berbuat demikian? Buku Teks ms. 12 [3 markah] (b) Jelaskan peranan golongan rakyat untuk mengekalkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi negara. Buku Teks ms. 12 [3 markah] (c) Bagaimanakah langkah yang boleh diambil untuk mengukuhkan lagi hubungan antara golongan pemerintah dengan rakyat pada masa kini? KBAT Mencipta [4 markah] RE SPM Sej Tg5(B1).indd 155 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


156 PB Kedaulatan Negara Kedaulatan Negara TINGKATAN 5 Bab 1 Bahagian B | Soalan Esei Jawab semua soalan. 1 Maklumat berikut berkaitan dengan jenis kedaulatan. Kedaulatan berbeza mengikut bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah negara. Setiap negara mempunyai hak untuk menentukan bentuk dan jenis kedaulatan yang diamalkannya. (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka (2020), halaman 6) (a) Jelaskan jenis kedaulatan bagi sesebuah negara. Buku Teks ms. 6-7 [4 markah] (b) Terangkan ciri negara yang berdaulat. Buku Teks ms. 8-9 [8 markah] (c) Huraikan impak kedaulatan negara Malaysia kepada generasi hari ini. Gunakan pengetahuan sejarah dan pengetahuan am anda. KBAT Menganalisis [8 markah] 2 (a) Jelaskan maksud patriotisme. Buku Teks ms. 14 [4 markah] (b) Terangkan tindakan yang diambil oleh golongan berikut untuk mengukuhkan semangat patriotisme di negara kita. Buku Teks ms. 14 (i) Pemerintah [4 markah] (ii) Rakyat [4 markah] (c) Mengapakah semangat patriotisme perlu diterapkan dalam kalangan generasi pada hari ini? Berikan hujah anda. KBAT Mengaplikasi [8 markah] RE SPM Sej Tg5(B1).indd 156 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB 157 Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan TINGKATAN 5 Bab 2 TINGKATAN 5 BAB 2 Pengenalan 1 Perlembagaan Persekutuan ialah teras kepada sistem pemerintahan negara. 2 Ia merupakan dokumen undang-undang bertulis yang digubal berasaskan undangundang negeri-negeri Melayu yang sedia ada dan tambahan unsur baharu. 3 Ciri-ciri tradisional dan moden menjadikan perlembagaan negara kita unik. Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan 2.1 SP 12.2.1 Memerihalkan latar belakang sejarah perlembagaan negara. 1 Perlembagaan bertindak sebagai undangundang tertinggi dalam sesebuah negara. 2 Negara kita mengamalkan sistem pemerintahan beraja sebelum kedatangan British. 3 Pemerintah atau raja mentadbir negara berdasarkan undang-undang dan peraturan yang digubal. 4 Kedudukan raja diterima sebagai pemerintah yang berdaulat selepas ditadbir oleh British. 5 Selepas mencapai kemerdekaan, negara kita mempunyai perlembagaan yang merupakan unsur penting dalam sesebuah negara. Asas Pembentukan Perlembagaan 1 Nilai tradisi Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan negara. 2 Walau bagaimanapun, terdapat prinsip undangundang Inggeris yang diasimilasikan dengan nilai tempatan. Jadual 2.1 Undang-undang Negeri Melayu dan undang-undang Inggeris Jenis Maklumat Undang-undang Negeri Melayu • Raja berperanan sebagai pemerintah. • Rakyat memberikan kesetiaan. • Raja menentukan undangundang dan sistem pemerintahan. • Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud: – Hukum Kanun Melaka – Undang-Undang Laut Melaka • Kandungannya mempengaruhi undang-undang bertulis di negeri Melayu yang lain seperti: – Hukum Kanun Pahang – Undang-Undang Kedah – Undang-Undang Johor – Undang-Undang 99 Perak Perlembagaan Persekutuan bab 2 TEMA: Malaysia dan Masa Hadapan RE SPM Sej Tg5(B2).indd 157 07/04/2023 4:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


158 159 Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan TINGKATAN 5 Bab 2 TINGKATAN 5 BAB 2 Hukum Kanun Pahang Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka • Penggubalan undang-undang tersebut menjadi panduan serta kawalan kepada raja dan pembesar dalam pentadbiran negara. Undang-undang Inggeris • Charter of Justice yang digubal di England diperkenalkan sebagai undang-undang di Negeri-negeri Selat (NNS). • Matlamatnya adalah untuk melindungi penduduk asal daripada penindasan dan ketidakadilan. • Piagam terpilih seperti Charter of Justice 1807 sahaja yang diguna pakai di NNS. • The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949 digunakan di Sarawak sebagaiThe Common Laws of England. • Undang-undang yang sama di Sabah dikenali sebagai Sabah Application of Laws Ordinance 1951. INFO dinamik Perubahan undang-undang di negeri-negeri Melayu selaras dengan perkembangan masyarakat sehingga pelaksanaan undang-undang Barat pada abad ke-19. Rajah 2.1 Charter of Justice di Negeri-negeri Selat i THINK Peta Pokok Charter of Justice di Negeri-negeri Selat Charter of Justice I – 1807 Mewujudkan mahkamah di Pulau Pinang Charter of Justice II – 1826 Menyatukan mahkamah di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang Charter of Justice III – 1855 Mewujudkan mahkamah di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang 3 Pada bulan Ogos 1956, Council Negri (Majlis Negeri), iaitu badan membuat undang-undang telah menerima kuasa daripada Perlembagaan Sarawak. 4 Majlis Negeri dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha dan mempunyai sebanyak 45 orang ahli. 5 Gabenor Sarawak pula mempengerusikan Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh: (a) Ketua Setiausaha (b) Setiausaha Kewangan (c) Peguam Negara 6 Pada tahun 1959, kuasa pentadbiran negeri diserahkan oleh Perlembagaan Sarawak kepada: (a) Majlis Tertinggi (b) Council Negri INFO dinamik Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 Fasal berkaitan dengan jenayah, bidang kuasa sultan dan pembesar, kekeluargaan serta hal berkaitan dengan ekonomi. Undang-undang tersebut digubal semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446 – 1456) dan telah disusun semula semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1489 – 1511). RE SPM Sej Tg5(B2).indd 158 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


158 159 Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan TINGKATAN 5 Bab 2 TINGKATAN 5 BAB 2 Semak cepat 2.1 1 Jelaskan bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan British. 2 Senaraikan undang-undang bertulis yang pernah digunakan di negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan kuasa barat. 3 Nyatakan peranan Charter of Justice terhadap penduduk Negeri-Negeri Selat (NNS). Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan 2.2 SP 10.5.4 Menganalisis kesan zaman darurat terhadap negara kita.. 1 Penggubalan Perlembagaan Persekutuan bermula dari tahun 1877 hingga tahun 1957 oleh badan yang sah di sisi perundangan. 2 Parlimen merupakan badan perundangan yang diberikan kuasa penuh untuk membentuk undang-undang di Malaysia. 3 Sehingga kini, ahli Parlimen berperanan untuk meminda perlembagaan bagi menegakkan kedaulatan negara. 4 Jasa para pemimpin untuk mengekalkan kedaulatan negara perlu dihargai oleh rakyat. i THINK Peta Alir Tahun 1946 • Majlis Undangan Negeri menggubal undangundang di NNS. • Majlis Persekutuan menggubal undang-undang di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). • Majlis Negeri menggubal undang-undang di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Tahun 1957 • Penubuhan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. • Dikenali juga sebagai Suruhanjaya Reid yang disesuaikan dengan model Westminster dari Britain. • Perlembagaan tersebut mula berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957 dan dijadikan asas kepada Perlembagaan Malaysia pada hari ini. Tahun 1877 • Raja Muda Yusuf mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak untuk menggubal undang-undang negeri. • Titik tolak kepada pembentukan undangundang negara. • Peranan yang sama dimainkan oleh Majlis Negeri di negeri-negeri Melayu. Tahun 1948 • Pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. • Titik tolak kepada pembentukan sebuah Persekutuan yang terdiri daripada negeri-negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang. • Hal pentadbiran, kuasa raja Melayu, perundangan dan kewarganegaraan merupakan antara kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Rajah 2.2 Kronologi sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran https://www.malaysia.gov.myportal/content/ 30109?language=my- untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Perlembagaan Persekutuan. Semak cepat 2.2 1 Jelaskan kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. 2 Apakah nama lain bagi Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu? 3 Nyatakan model yang dijadikan rujukan untuk membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. INFO dinamik Terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957 ialah pengukuhan Kerajaan Persekutuan, menjamin kedudukan Raja-raja Melayu, menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain, Parlimen mengandungi Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta kewarganegaraan yang sama. RE SPM Sej Tg5(B2).indd 159 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


160 161 Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan TINGKATAN 5 Bab 2 TINGKATAN 5 BAB 2 Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan 2.3 SP 12.2.3 Menjelaskan ciri-ciri utama Perlembagaan Persekutuan. 1 Perlembagaan sebagai peraturan tertinggi dan panduan dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. 2 Di negara kita, perlembagaan terbahagi kepada dua ciri utama, iaitu: (a) Ciri tradisional (b) Ciri moden Ciri Tradisional Kesultanan atau Pemerintahan Beraja 1 Pentadbiran negeri-negeri Melayu dilaksanakan berasaskan pemerintahan beraja. 2 Melaluinya, sultan berperanan sebagai pemerintah yang berdaulat dan berkuasa penuh di negeri masing-masing. 3 Sistem pemerintahan beraja diteruskan sehingga negara kita mencapai kemerdekaan. Walaupun demikian, ia disesuaikan dengan konsep Demokrasi Berparlimen. 4 Perlembagaan memperuntukkan kuasa Yang diPertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi dan mempunyai kuasa untuk: (a) Mengampun (b) Menangguhkan hukuman kepada sesiapa yang melakukan kesalahan oleh mahkamah (c) Melantik jawatan utama negara 5 Di peringkat negeri, raja memainkan peranan sebagai ketua negeri. 6 Raja memegang kuasa eksekutif yang dilaksanakan melalui nasihat Majlis Mesyuarat Negeri. 7 Selain itu, raja juga berkuasa untuk: (a) Mengampun (b) Menangguhkan hukuman kepada sesiapa yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah (c) Melantik jawatan utama negeri 8 Baginda merupakan tonggak kehormatan dan keadilan yang juga berperanan untuk mengurniakan anugerah, penghormatan dan bintang kehormat kepada mereka yang terpilih. Agama Islam 1 Antara ciri tradisional yang terkandung dalam peruntukan perlembagaan ialah agama Islam. 2 Semasa pentadbiran British, raja di negeri Melayu tidak perlu menerima nasihat daripada Penasihat British dalam hal yang berkaitan dengan: (a) Hak dan kedaulatan raja (b) Adat istiadat orang Melayu (c) Agama Islam 3 Selepas negara mencapai kemerdekaan, agama Islam diletakkan di bawah kuasa raja di negeri masing-masing kecuali di Wilayah Persekutuan dan negeri tidak beraja. 4 Perkara tersebut diletakkan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Bahasa Melayu 1 Bahasa Melayu telah lama digunakan dalam pemerintahan negara kita. 2 Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu menjadi lingua franca dan berperanan sebagai bahasa ilmu. 3 Kini, ia merupakan bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi. Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera 1 Kedudukan orang Melayu dan Bumiputera sebelum merdeka berada di bawah kuasa raja dan ketua peribumi. 2 Selepas merdeka, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah serta kepentingan sah kaum lain diletakkan di bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Ciri Moden Kerajaan Persekutuan 1 Antara perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan ialah mewujudkan satu sistem kerajaan Persekutuan. 2 Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dalam laporannya menyarankan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri diberi kuasa dalam bidang tertentu. 3 Selepas pembentukan Malaysia, kuasa autonomi diberikan kepada Sarawak dan Sabah. Sistem Demokrasi Berparlimen 1 Pelaksanaan sistem demokrasi diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. 2 Ia menjadi asas kepada pilihan raya umum pada tahun 1955 yang bertujuan memberikan kebebasan kepada rakyat untuk: RE SPM Sej Tg5(B2).indd 160 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


160 161 Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan TINGKATAN 5 Bab 2 TINGKATAN 5 BAB 2 (a) Memilih wakil pemimpin (b) Menubuhkan kerajaan 3 Suruhanjaya Pilihan Raya juga diwujudkan bagi memastikan pilihan raya dilaksanakan dengan adil. 4 Suruhanjaya tersebut juga bertanggungjawab menjalankan: (a) Pilihan raya persekutuan untuk memilih wakil membentuk Kerajaan Persekutuan (b) Pilihan raya negeri untuk memilih wakil membentuk Kerajaan Negeri Kewarganegaraan 1 Pada tahun 1948, kewarganegaraan Persekutuan telah diperkenalkan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. 2 Melaluinya, rakyat terbahagi kepada rakyat raja dan mendapat kerakyatan British jika dilahirkan di Melaka atau Pulau Pinang. 3 Selepas kemerdekaan Tanah Melayu, taraf kewarganegaraan yang sama diberikan kepada semua rakyat. INFO dinamik • Rakyat raja ialah orang Melayu dan orang Asli yang lahir dan tinggal di negeri-negeri Melayu yang mempunyai raja. • Rakyat British ialah mereka yang dilahirkan di Melaka dan Pulau Pinang atau mana-mana tanah jajahan British yang lain. • Mulai tahun 1969, sistem pemilihan melalui pilihan raya telah dilaksanakan di Sarawak. • Di Sabah, ia dimulakan pada tahun 1967 untuk membolehkan pembubaran Dewan Undangan Negeri. Semak cepat 2.3 1 Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan? 2 Namakan negeri-negeri Melayu yang melaksanakan kerakyatan British. Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965 2.4 SP 12.2.4 Menghuraikan pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965. 1 Penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Singapura membawa kepada pelaksanaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963. 2 Perlembagaan tersebut berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu 1957. 3 Pindaan perlembagaan bertujuan menyesuaikan peruntukan negeri baharu ke dalam perlembagaan tanpa mengubah kedudukan negeri yang sedia ada. 4 Pada tahun 1963 dan 1965, beberapa pindaan perlembagaan yang utama telah dilakukan dengan melibatkan struktur Mahkamah Atasan dan pemisahan Singapura. Pindaan Perlembagaan 1963 1 Selepas pembentukan Malaysia, berlaku pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. 2 Ia dilakukan dengan memasukkan klausa baharu pada bahagian tertentu untuk disesuaikan dengan keperluan semasa. 3 Pindaan tersebut melibatkan: (a) Struktur Mahkamah Atasan (b) Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo (c) Jawatan Yang di-Pertua Negeri Struktur Mahkamah Atasan 1 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menetapkan struktur Mahkamah Atasan adalah mengikut model Mahkamah Tertinggi England. 2 Ia dibahagikan kepada: (a) Mahkamah Atasan (b) Mahkamah Rayuan 3 Pembentukan Malaysia membawa kepada kewujudan Mahkamah Persekutuan (Mahkamah Atasan). 4 Terdapat tiga buah Mahkamah Atasan di Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura. 5 Mahkamah Persekutuan boleh mendengar mana-mana perkara yang berkaitan dengan: (a) Persoalan perlembagaan (b) Pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo 1 Kedudukan Mahkamah Tinggi Malaya dikekalkan dalam Perlembagaan Malaysia, manakala Mahkamah Tinggi Borneo pula ditubuhkan. RE SPM Sej Tg5(B2).indd 161 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


162 163 Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan TINGKATAN 5 Bab 2 TINGKATAN 5 BAB 2 2 Kewujudan Mahkamah Tinggi Borneo bertujuan menguruskan soal kehakiman di Sarawak dan Sabah. 3 Pada tahun 1963, telah diwujudkan jawatan Ketua Hakim Borneo di Kuching, Sarawak. 4 Pada tahun 1994, nama jawatan tersebut diubah kepada Ketua Hakim Sarawak dan Sabah. Jawatan Yang di-Pertua Negeri 1 Pembentukan Malaysia membawa kepada pelantikan Yang di-Pertua Negeri di Sarawak dan Sabah. 2 Pelantikan tersebut dilakukan oleh Yang diPertuan Agong. 3 Semasa menjalankan tugas, Yang di-Pertua Negeri perlu mengikut nasihat Majlis Tertinggi bagi Sarawak dan Kabinet Negeri bagi Sabah. Pindaan Perlembagaan 1965 1 Usul pindaan perlembagaan dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. 2 Ia dinamakan sebagai pindaan Singapura di Parlimen pada 7 Ogos 1965. 3 Kelulusan Parlimen membolehkan Singapura keluar daripada Malaysia dan semua perkara berkaitan dengannya dimansuhkan dalam Perlembagaan Malaysia (pindaan 1965). 4 Antara perkara tersebut ialah imigresen, kewangan, hubungan luar negara dan pertahanan. Persidangan akhbar bagi menjelaskan sebab pemisahan Singapura daripada Malaysia yang dihadiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka Semak cepat 2.4 1 Apakah yang menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia? 2 Nyatakan tiga perkara utama dalam pindaan Perlembagaan 1963. Dengan bantuan guru, murid diminta menghasilkan satu kajian ringkas berkaitan dengan faktor-faktor yang membawa kepada pemisahan Malaysia dengan Singapura. INFO dinamik • Sebelum pembentukan Malaysia, Sabah juga dikenali sebagai North Borneo. • Pada tahun 1912, seorang Pesuruhjaya Kehakiman yang bertauliah telah dilantik. • Jawatan tersebut dikenali sebagai Ketua Hakim North Borneo. • Pada tahun 1928, jawatan Pesuruhjaya Kehakiman diperkenalkan di Sarawak. RE SPM Sej Tg5(B2).indd 162 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


162 163 Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan TINGKATAN 5 Bab 2 TINGKATAN 5 BAB 2 1 Maklumat berikut berkaitan dengan sistem perundangan yang digunakan oleh Kesultanan Melayu Melaka. • Hukum Kanun Melaka • Undang-Undang Laut Melaka Apakah negeri Melayu lain yang menerima pengaruh daripada kandungan undangundang tersebut? Buku Teks ms. 22 I Terengganu II Selangor III Pahang IV Kedah A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 2 Maklumat berikut berkaitan dengan undangundang Inggeris. Charter of Justice 1807 Undang-undang tersebut diguna pakai di Buku Teks ms. 23 A Sabah B Sarawak C Negeri-negeri Selat D Negeri-negeri Melayu 3 Apakah pihak yang berkuasa mentadbir Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Sarawak tahun 1959? Buku Teks ms. 24 I Majlis Kerja II Council Negri III Majlis Tertinggi IV Majlis Undangan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Praktis SPM 2 Jawab semua soalan. Kertas 1 4 Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan British ke atas negeri-negeri Melayu. Buku Teks ms. 24 Memperkenalkan Charter of Justice I Apakah pembaharuan yang diperkenalkan oleh British melalui sistem tersebut? A Menubuhkan mahkamah di Melaka B Menubuhkan mahkamah di Singapura C Menubuhkan mahkamah di Pulau Pinang D Menyatukan mahkamah di Melaka dan Singapura 5 Apakah langkah awal yang membawa kepada pembentukan Persekutuan Malaysia? Buku Teks ms. 26 A Penubuhan Negeri-Negeri Selat B Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu C Pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 D Pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 6 Pasangan negeri manakah yang diberikan beberapa kuasa autonomi oleh Kerajaan Persekutuan? Buku Teks ms. 28 A Kedah dan Perlis B Johor dan Sarawak C Sabah dan Sarawak D Melaka dan Pulau Pinang 7 Selepas merdeka, agama Islam diletakkan di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Negeri yang mempunyai kaitan dengan perkara tersebut ialah Buku Teks ms. 29 A Terengganu B Kelantan C Pahang D Melaka RE SPM Sej Tg5(B2).indd 163 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


164 165 Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan TINGKATAN 5 Bab 2 TINGKATAN 5 BAB 2 8 Di Malaysia, sistem demokrasi diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Apakah yang menjadi asas kepada amalan demokrasi tersebut? Buku Teks ms. 29 A Pilihan raya umum 1955 B Pilihan raya umum 1957 C Pilihan raya umum 1958 D Pilihan raya umum 1963 9 Model Mahkamah Tinggi England merupakan model dalam struktur Mahkamah Atasan di negara kita. Bagaimanakah pembahagian mahkamah tersebut dilakukan? Buku Teks ms. 30 I Mahkamah Atasan II Mahkamah Rayuan III Mahkamah Rendah IV Mahkamah Majistret Kertas 2 Bahagian A | Soalan Struktur Jawab semua soalan. 1 Sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan bermula dari tahun 1877 hingga tahun 1957. (a) Nyatakan pihak yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di: (i) Negeri-Negeri Selat Buku Teks ms. 26 [1 markah] (ii) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Buku Teks ms. 26 [1 markah] (b) Jelaskan perkara yang menyentuh terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957. Buku Teks ms. 27 [4 markah] A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 10 Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa semasa pentadbiran British di negara kita. Tahun Peristiwa 1928 Negeri X menerima Pesuruhjaya Kehakiman Negeri X ialah Buku Teks ms. 30 A Johor B Sabah C Sarawak D Kelantan RE SPM Sej Tg5(B2).indd 164 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


164 165 Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan TINGKATAN 5 Bab 2 TINGKATAN 5 BAB 2 (c) Bagaimanakah langkah yang boleh dilakukan oleh generasi hari ini untuk menunjukkan penghargaan terhadap perlembagaan negara? KBAT Mencipta [4 markah] 2 Pembentukan Malaysia membawa kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Pindaan tersebut dilakukan dengan memasukkan klausa baharu dalam bahagian tertentu. (a) Nyatakan perkara-perkara utama yang terdapat dalam pindaan tersebut. Buku Teks ms. 30 [3 markah] (b) Pemisahan Singapura daripada Malaysia menyebabkan pindaan 1965 dilakukan terhadap semua perkara yang berkaitan dengan negara tersebut. Jelaskan perkara-perkara yang dimansuhkan dalam pindaan 1965. Buku Teks ms. 31 [3 markah] (c) Mengapakah berlakunya pindaan perlembagaan di negara kita? Berikan penjelasan anda. KBAT Menganalisis [4 markah] RE SPM Sej Tg5(B2).indd 165 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


166 PB Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan TINGKATAN 5 Bab 2 TINGKATAN 5 BAB 2 Bahagian B | Soalan Esei Jawab semua soalan. 1 (a) Jelaskan latar belakang sejarah Perlembagaan Persekutuan. Buku Teks ms. 22 [4 markah] (b) Terangkan sistem perundangan British di negeri-negeri berikut: (i) Negeri-Negeri Selat Buku Teks ms. 24 [4 markah] (ii) Sarawak Buku Teks ms. 24 [4 markah] (c) Pengamalan sistem Demokrasi Berparlimen dilaksanakan melalui Perlembagaan Persekutuan di negara kita. Sejauh manakah sistem tersebut membawa kebaikan kepada kita? KBAT Menganalisis [8 markah] 2 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri utama Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi dan panduan dalam sistem pemerintahan negara. Perlembagaan mempunyai dua ciri utama, iaitu tradisional dan moden. (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka (2020), halaman 28) (a) Jelaskan aspek yang berkaitan dengan ciri tradisional tersebut. Buku Teks ms. 28-29 [4 markah] (b) Terangkan ciri moden yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. Buku Teks ms. 28-29 [8 markah] (c) Mengapakah perlembagaan penting kepada sesebuah negara? Berikan ulasan anda. KBAT Menilai [8 markah] RE SPM Sej Tg5(B2).indd 166 28/03/2023 4:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


291 model kertas SPM Kertas Model SPM 1 Maklumat berikut berkaitan dengan fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka. Fasal 30 Apakah perkara yang berkaitan dengan fasal tersebut? A Amalan riba B Kekeluargaan C Peranan sultan D Hukuman bunuh 2 Anda dilantik sebagai nakhoda semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Berapakah kadar yang akan dikenakan kepada penumpang sekiranya penumpang ingin turun dari kapal sebelum sampai janjinya? A Satu pertiga C Satu perlapan B Satu perlima D Satu persepuluh 3 Maklumat berikut merujuk karya yang dihasilkan oleh John Locke. Two Treatises of Government Apakah prinsip yang diperjuangkan oleh beliau dalam karya tersebut? A Pentadbiran demokrasi B Raja berperlembagaan C Raja berkuasa mutlak D Pentadbiran republik 4 Nasionalisme di Jepun digerakkan oleh golongan pemerintah di negara tersebut. Mengapakah mereka berbuat demikian? A Menyatupadukan golongan rakyat B Menyaingi kemajuan negara China C Menolak kemasukan pengaruh Barat D Menghalang peluasan kuasa imperialis 5 Pada tahun 1922, gerakan fasisme berjaya menguasai Itali. Apakah yang diperjuangkan oleh gerakan tersebut? I Menolak politik perkauman II Mengagungkan bangsa Itali III Mengutamakan kepentingan negara IV Mempercayai nasionalisme melampau A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 6 Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di Manchuria. Tahun Peristiwa 1931 – 1933 Berlaku krisis di Manchuria Mengapakah krisis tersebut melanda negara tersebut? A Kebangkitan rakyat China B Penyerangan tentera Jepun C Kedatangan tentera Bersekutu D Penggulingan kerajaan Manchu 7 Maklumat berikut berkaitan dengan reaksi pemimpin Tanah Melayu terhadap Malayan Union. Tarikh Reaksi 22 November 1945 Melengah-lengahkan masa menandatangani persetujuan Malayan Union Siapakah pemimpin yang berbuat demikian? A Sultan Terengganu B Sultan Pahang C Sultan Kedah D Sultan Perak Kertas 1 [40 markah] Masa: 1 jam Jawab semua soalan. RE SPM Sej Tg45(KM).indd 291 28/03/2023 4:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


292 8 Maklumat berikut merujuk persatuan yang menghantar memorandum kepada kerajaan British pada 25 April 1945. Persatuan Pelajar Melayu Britain Apakah kandungan memorandum tersebut? A Menolak pengamalan prinsip jus soli B Menghalang penubuhan Malayan Union C Menyokong Persekutuan Tanah Melayu 1948 D Menuntut menyegerakan kemerdekaan Tanah Melayu 9 Maklumat berikut merujuk tokoh yang mengetuai sebuah pertubuhan Melayu. Abu Bakar al-Baqir Apakah pertubuhan Melayu tersebut? A Hizbul Muslimin B Barisan Tani Malaya C Angkatan Pemuda Insaf D Gerakan Angkatan Muda 10 Rangka Perjanjian Persekutuan 1948 ditentang oleh All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) dan sebagai alternatif mencadangkan Perlembagaan Rakyat. Apakah cadangan yang dikemukakan oleh AMCJA? I Kedudukan bahasa Melayu II Bendera dan lagu kebangsaan III Adat istiadat dan agama Islam IV Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 11 Maklumat berikut berkaitan dengan penyebaran fahaman komunis di negara kita. Tarikh Peristiwa 1928 Parti X gagal mencapai matlamatnya di negara kita Apakah parti X? A Parti Komunis Nanyang B Parti Komunis Malaya C Parti Kuomintang D Main School 12 Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan British di negara kita. Meluluskan Trade Union Ordinance No. 9 of 1948 Mengapakah langkah tersebut dilakukan? A Menyekat penubuhan parti politik B Memajukan ekonomi Tanah Melayu C Mengukuhkan sistem pertahanan negara D Menghalang penyebaran fahaman komunis 13 Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (CLC) bermatlamat menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian antara kaum. Apakah cadangan yang dikemukakan oleh CLC dari aspek pendidikan? A Mengekalkan sekolah vernakular B Menyeragamkan sistem persekolahan C Melaksanakan sekolah pelbagai jurusan D Mewajibkan pembelajaran bahasa Inggeris 14 Maklumat berikut merujuk ordinan yang diperkenalkan di negara kita pada tahun 1952. Ordinan Pelajaran Apakah matlamat pengenalannya? A Mencadangkan penambahbaikan sekolah Cina B Menekankan kepentingan penubuhan sekolah rendah C Mengekalkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar D Membentuk sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi Persekutuan 15 Maklumat berikut merujuk tokoh yang pernah berkhidmat di negara kita semasa pentadbiran British. T.E. Smith Apakah peranan beliau pada ketika itu? A Menyelia urusan pilihan raya B Mendapatkan pandangan rakyat C Menyeragamkan sistem pendidikan D Menggubal perlembagaan Persekutuan RE SPM Sej Tg45(KM).indd 292 28/03/2023 4:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


293 model kertas SPM 16 Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955. Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut? I Bertoleransi dalam kalangan masyarakat II Berwaspada terhadap anasir luar III Berani membuat penerokaan IV Bijaksana dalam tindakan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 17 Maklumat berikut merujuk parti yang memberikan sokongan terhadap rundingan kemerdekaan di London. Parti Rakyat Siapakah tokoh yang memimpin parti tersebut? A Dr. Ismail Abdul Rahman B Ibrahim Haji Yaakob C Ahmad Boestamam D Dato’ Onn Jaafar 18 Maklumat berikut berkaitan dengan pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Tokoh Tindakan X Memberikan pandangan tentang penetapan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Siapakah X? A Syed Sheikh al-Hadi B Ustaz Hassan Azhari C Sheikh Abdullah Fahim D Haji Abbas Mohamad Taha 19 Gambar berikut merujuk tokoh yang memberikan pengertian kemerdekaan. Mahatma Gandhi Apakah pengertian kemerdekaan menurut pandangan tokoh tersebut? A Kemerdekaan bererti bebas selamalamanya B Kemerdekaan merangkumi politik, ekonomi dan moral C Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan minda penjajah D Kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh bagi mewujudkan sebuah negara baharu yang berdaulat 20 Pasangan manakah yang betul tentang jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menyambut kemerdekaan negara? Jawatankuasa Pengerusi A Jawatankuasa Pusat Perayaan Merdeka H.S. Lee B Jawatankuasa Kerja Pusat Merdeka Dato’ Abdul Razak Hussein C Jawatankuasa Perayaan Ibu Kota Persekutuan Tuan Haji Massood Hayati D Jawatankuasa Derma Perayaan Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj 21 Maklumat berikut merujuk pendapat tokoh tentang konsep kedaulatan. • Asas negara yang merdeka • Memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa • Mempunyai hak dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negeri tanpa telunjuk asing Siapakah yang memberikan pendapat tersebut? A Aristotle B Jean Bodin C Tun Dr. Muhammad Salleh Abas D Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj RE SPM Sej Tg45(KM).indd 293 28/03/2023 4:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


294 22 Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pemerintah negara. Menggubal dasar dan undang-undang Mengapakah tindakan tersebut dilakukan? A Melindungi keselamatan negara B Memupuk semangat patriotisme C Mengukuhkan pertahanan negara D Bersiap siaga menghadapi cabaran 23 Maklumat berikut merujuk peristiwa yang berlaku di Perak. Menubuhkan Majlis Negeri pada tahun 1877 Apakah peranan majlis tersebut? A Menyatukan mahkamah negeri B Mengekalkan kedaulatan negeri C Mengelakkkan penindasan British D Menggubal undang-undang negeri 24 Terdapat beberapa pindaan yang utama dilakukan pada tahun 1963 dan 1965. Apakah perkara yang terlibat dengan pindaan tersebut? I Perubahan struktur Mahkamah Atasan II Pemisahan Malaysia daripada Singapura III Pembatalan pindaan kewangan Persekutuan IV Pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman bertauliah di Sabah A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 25 Apakah bukti yang menunjukkan Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan kehidupan bernegara semasa zaman kegemilangannya? A Melaksanakan Hukum Kanun Melaka B Melantik raja mengetuai pentadbiran C Mempunyai wilayah sempadan yang luas D Mengamalkan sistem pembesar empat lipatan 26 Maklumat berikut merujuk majlis yang ditubuhkan pada tahun 1946. Majlis Sultan-Sultan Apakah matlamat penubuhan majlis tersebut? I Menasihati Gabenor British II Meluluskan undang-undang III Merangka pentadbiran negeri IV Membincangkan undang-undang Islam A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 27 Sistem pentadbiran Persekutuan di negara kita mempunyai latar belakang sejarah yang tersendiri. Bilakah bermulanya era moden amalan Persekutuan di negara kita? A Penubuhan Kesatuan Malaya 1946 B Pemeteraian Perjanjian Persekutuan 1895 C Pewujudan jawatan Yang di-Pertuan Agong D Pembahagian kuasa peringkat persekutuan dan negeri 28 Pasangan manakah yang betul tentang pemberian kuasa tambahan kepada Sarawak dan Sabah selepas menyertai Persekutuan Malaysia 1963? Senarai Negeri Senarai Bersama A Kereta api di Sabah Penjagaan anak B Pencegahan penyakit tumbuhan Undang-undang keluarga C Mahkamah Anak Negeri Adat anak negeri D Pilihan raya Dewan Negeri Pengawalan makhluk perosak 29 Maklumat berikut merujuk pemimpin Parti Rakyat Brunei. A.M. Azahari Mengapakah pembentukan Malaysia ditolak oleh beliau? A Meluaskan pasaran Malaysia B Menyekat penubuhan Melayu Raya C Menganggap sebagai penjajahan bentuk baharu D Berminat menggabungkan Brunei dengan Sarawak, Sabah dan Kalimantan Utara RE SPM Sej Tg45(KM).indd 294 28/03/2023 4:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


295 model kertas SPM 30 Maklumat berikut berkaitan dengan jawatankuasa yang ditubuhkan semasa Persidangan Ahli-ahli Parlimen Komanwel di Singapura. Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia ( JSKM) Apakah matlamat penubuhannya? I Mempercepat pembentukan Malaysia II Menerangkan rancangan penubuhan Malaysia III Menunjukkan kesepakatan dalam kalangan ahli IV Mengumpulkan pandangan tentang penubuhan Malaysia A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 31 Maklumat berikut merujuk pertubuhan yang wujud di negara kita pada tahun 1960-an. • Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) • Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS) Apakah persamaan perjuangan kedua-dua pasukan tersebut? A Menubuhkan republik komunis di Sarawak B Mengembalikan pentadbiran keluarga Brooke C Mengekalkan pengaruh British di Borneo Utara D Menolak pelibatan Singapura dalam Persekutuan Malaysia 32 Maklumat berikut berkaitan dengan operasi ketenteraan yang dilancarkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Operasi Harapan Apakah tindakan yang dilakukan oleh beliau melalui operasi tersebut? A Membuka Kampung Baru B Membuka semula kawasan petempatan C Menarik semula pemberian senjata percuma D Mengemukakan tawaran pengampunan kepada komunis 33 Gambar berikut merujuk perkhidmatan Feri Malaysia yang diperkenalkan di negara kita. Mengapakah perkhidmatan Feri Malaysia ditamatkan pada tahun 1989? A Kegiatan pelanunan B Penyenggaraan yang tinggi C Pertikaian kawasan persempadanan D Sambutan pelancong kurang menggalakkan 34 Maklumat berikut menunjukkan dasar pendidikan kebangsaan. Mewujudkan sekolah kebangsaan yang menggabungkan semua kaum Apakah laporan pendidikan yang berkaitan dengan maklumat tersebut? A Laporan Razak B Kajian Aminuddin Baki C Laporan Rahman Talib D Laporan Jawatankuasa Kabinet 35 Maklumat berikut berkaitan dengan pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tahun Peristiwa 1981 – 1985 Rancangan Malaysia X Apakah X? A Rancangan Malaysia Kedua B Rancangan Malaysia Ketiga C Rancangan Malaysia Keempat D Rancangan Malaysia Kelima RE SPM Sej Tg45(KM).indd 295 28/03/2023 4:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


296 36 Pelancaran Rancangan Buku Hijau berlangsung pada 20 Disember 1974. Apakah tumpuan yang diberikan untuk merealisasikan rancangan tersebut? A Penerapan teknologi moden B Pelaksanaan tanaman berkelompok C Penggunaan tanah yang sepenuhnya D Pemilihan benih tanaman yang berkualiti 37 Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan dasar luar Malaysia di bawah pentadbiran seorang pemimpin negara. • Memulakan sikap tidak memihak • Menjalinkan hubungan dengan negara lain tanpa mengira ideologi Siapakah pemimpin yang dimaksudkan? A Tun Hussein Onn B Tun Abdul Razak Hussein C Tun Dr. Mahathir Mohammad D Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj 38 Gambar berikut merujuk tokoh yang banyak memberikan sumbangan dalam agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dr. Jomo Kwame Sundaram Apakah sumbangan beliau dalam PBB? I Naib Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial PBB II Ketua Sekretariat Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia PBB III Penolong Setiausaha Agung bagi Pembangunan Ekonomi di Jabatan PBB IV Penyelaras Penyelidikan (Kehormat) Kumpulan Antara Kerajaan G24 Hal Ehwal Kewangan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 39 Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan Malaysia untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi. Menambat kadar pertukaran ringgit (RM) kepada dolar (USD) Berapakah kadar pertukaran tersebut? A USD1 bersamaan dengan RM2.80 B USD1 bersamaan dengan RM3.00 C USD1 bersamaan dengan RM3.50 D USD1 bersamaan dengan RM3.80 40 Maklumat berikut merujuk bantuan yang diberikan oleh NGO untuk membantu rakyat Syria. Kempen i4Syria Apakah NGO yang memberikan bantuan tersebut? A Yayasan Restu B Global Peace Mission (GPM) C Organisasi Humanitarian Care Malaysia (MyCare) D Malaysian Medical Relief Society (MERCY Malaysia) RE SPM Sej Tg45(KM).indd 296 07/04/2023 4:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


297 model kertas SPM 1 Maklumat berikut berkaitan dengan faktor kemunculan gerakan nasionalisme. Kemunculan nasionalisme pada abad ke-20 didorong oleh beberapa faktor seperti peranan agama, penulisan kreatif dan media cetak. Selain itu, perkembangan sistem pendidikan yang berjaya melahirkan golongan intelektual dan pengaruh luar serta serantau jugak menyemarakkan nasionalisme menentang penjajah. (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka (2020), halaman 140) (a) Jelaskan seruan yang dilakukan oleh gerakan agama pada ketika itu. [1 markah] (b) Bagaimanakah peranan media cetak untuk membantu golongan nasionalis? [2 markah] (c) Nyatakan bentuk penulisan kreatif yang dihasilkan oleh tokoh nasionalis untuk menaikkan semangat rakyat tempatan. [3 markah] (d) Langkah-langkah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi kini berupaya mengekalkan kedaulatan negara. Berikan ulasan anda. [4 markah] [100 markah] Masa: 2 jam 30 minit Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan. Kertas 2 RE SPM Sej Tg45(KM).indd 297 28/03/2023 4:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


298 2 Gambar berikut menunjukkan golongan wanita turut aktif berkempen pada pilihan raya Persekutuan Tanah Melayu 1955. (a) Nyatakan tiga syarat untuk menjadi calon pilihan raya semasa pilihan raya tersebut. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Bagaimanakah proses pelaksanaan pilihan raya tersebut dilakukan? [3 markah] (c) Mengapakah kita perlu memberikan sokongan terhadap amalan pilihan raya di negara kita? [4 markah] 3 Kedatangan kuasa Barat membawa perubahan kepada sistem perundangan di negeri-negeri Melayu. Perubahan undang-undang ini selaras dengan perkembangan masyarakat. (a) Nyatakan tiga undang-undang yang diperkenalkan oleh British di Negeri-Negeri Selat. (i) (ii) (iii) [3 markah] RE SPM Sej Tg45(KM).indd 298 28/03/2023 4:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


299 model kertas SPM (b) Berikut merupakan perubahan yang berlaku di Sarawak semasa pentadbiran British. Menubuhkan Majlis Tertinggi Jelaskan keanggotaan majlis tersebut. [3 markah] (c) Bagaimanakah pematuhan undang-undang boleh memajukan sesebuah negara? [4 markah] 4 Penubuhan Majlis Raja-Raja bermula dengan pembentukan Durbar. Penubuhannya seiring dengan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1897. (a) Nyatakan keahlian Durbar pada ketika itu. [3 markah] (b) Berikut merupakan antara fungsi Majlis Raja-Raja. Memberikan nasihat berkaitan dengan pelantikan jawatan tertentu Jelaskan pelantikan jawatan yang memerlukan perundingan dengan Majlis Raja-Raja. [3 markah] RE SPM Sej Tg45(KM).indd 299 28/03/2023 4:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


300 (c) Penubuhan Majlis Raja-Raja masih relevan pada hari ini. Berikan penjelasan anda. [4 markah] 1 Maklumat berikut berkaitan dengan dasar pendudukan Jepun di negara kita. Setelah menduduki negara kita, Jepun memperkenalkan pentadbiran tentera. Dasar pemerintahan tentera Jepun diterima daripada Panglima Agung Japanese Southern Army untuk dilaksanakan di Tanah Melayu, di Sarawak dan di Sabah. (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka (2019), halaman 70) (a) Jelaskan sikap tentera Jepun terhadap agama Islam di negara kita. [4 markah] (b) Bagaimanakah layanan yang diberikan oleh tentera Jepun terhadap penduduk di Tanah Melayu? [8 markah] (c) Pentadbiran tentera Jepun memberikan iktibar kepada rakyat di negara kita. Berikan penjelasan anda. [8 markah] 2 Maklumat berikut merujuk penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi setelah Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka (2019), halaman 132) (a) Jelaskan reaksi pentadbir British terhadap penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. [4 markah] (b) Berikut merupakan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948. Meliputi aspek pentadbiran, kuasa Raja-raja Melayu, perundangan dan kewarganegaraan Terangkan ciri-ciri tersebut dari aspek pentadbiran. [8 markah] (c) Penentangan terhadap pentadbiran Malayan Union membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Mengapakah orang Melayu menolak pentadbiran Malayan Union? [8 markah] Bahagian B [60 markah] Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini. RE SPM Sej Tg45(KM).indd 300 28/03/2023 4:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version