97 Tingkatan 1 Bab 6 Nota Grafik Bab 6 Jadual Berkala Perbezaan Ciri-ciri Logam dan Bukan Logam Perbezaan antara Sebatian dengan Campuran Logam Perbezaan Bukan logam Berkilat Keadaan permukaan Kusam Mulur Kemuluran Tidak mulur/Rapuh Boleh ditempa Ketertempaan Tidak boleh ditempa Kuat Kekuatan regangan Lemah Tinggi Takat lebur dan takat didih Rendah Baik Kekonduksian elektrik Lemah Baik Kekonduksian haba Lemah Tinggi Ketumpatan Rendah Persamaan: Kedua-duanya ialah unsur. Sebatian Aspek Campuran Tindak balas kimia Kaedah pembentukan Kaedah fi zikal Ya Pembentukan bahan baharu Tidak Sifat sebatian yang terbentuk berbeza daripada unsur asalnya Sifat komponen Sifat komponen kekal sama Tetap Komposisi unsur Tidak tetap Ada Ikatan kimia Tiada Proses kimia seperti elektrolisis Kaedah pengasingan Proses fi zikal seperti menggunakan magnet atau penapis Persamaan: Kedua-duanya terdiri daripada dua atau lebih unsur. F1 Revisi Cepat PT3 Sain6(97-113).indd 97 15/3/2023 11:33:50 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
98 Tingkatan 1 Bab 6 6.1 Pengelasan Unsur Jirim Terdiri daripada Atom TP 1 Mengingat kembali tentang jirim 1 Semua benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang ialah jirim. 2 Jirim berada dalam salah satu keadaan, iaitu pepejal, cecair atau gas. Jirim terdiri daripada zarah-zarah kecil dan diskret yang dikenal sebagai atom. 3 Teori atom Dalton ditambahbaik dalam teori atom moden. (a) Unsur-unsur terdiri daripada atom, iaitu zarah yang paling kecil. (b) Semua atom unsur yang sama mempunyai sifat-sifat kimia yang sama dan mengandungi bilangan proton yang sama. (c) Sebatian terbentuk oleh tindak balas kimia antara dua atau lebih jenis atom yang berbeza. (d) Atom terdiri daripada tiga zarah sub-atom, iaitu elektron, proton dan neutron. (e) Elektron beredar mengelilingi nukleus, manakala proton dan neutron terdapat di dalam nukleus atom. (f) Jadual 6.1 menunjukkan simbol, cas dan kedudukan bagi setiap zarah sub-atom. Petala Proton _ Zarah yang bercas positif Neutron _ Zarah neutral yang tidak bercas Elektron _ Zarah bercas negatif Rajah 6.1 Struktur atom Jadual 6.1 Zarah sub-atom Zarah sub-atom Simbol Cas Kedudukan Proton p+ Positif Dalam nukleus Neutron n0 Neutral (tiada cas) Dalam nukleus Elektron e– Negatif Mengorbit di luar nukleus Perbezaan antara Atom dengan Molekul Atom 1 Atom merupakan zarah terkecil dalam sesuatu unsur yang mempunyai sifat-sifat unsur tersebut. 6 Jadual Berkala Bab Tema 3: Penerokaan Unsur dalam Alam F1 Revisi Cepat PT3 Sain6(97-113).indd 98 15/3/2023 11:33:51 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
99 Tingkatan 1 Bab 6 2 Satu atom tunggal terdiri daripada proton, neutron dan elektron. Bilangan proton, neutron dan elektron sesuatu atom menentukan sesuatu unsur itu. 3 Atom tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan merupakan unit asas sesuatu unsur. Rajah 6.2 Atom Besi Zink Molekul 1 Molekul merupakan sekumpulan atom yang bergabung dengan ikatan kimia seperti ikatan ion, ikatan logam atau ikatan kovalen. 2 Molekul terbentuk apabila dua atau lebih atom bergabung. Contohnya, satu molekul air terbentuk daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Klorin Oksigen Rajah 6.3 Molekul 3 Molekul boleh dipisahkan kepada atom-atom unsur dengan tindak balas kimia. Atom Molekul Zarah terkecil dalam unsur Zarah terkecil dalam sebatian Tidak boleh dipisahkan kepada zarah yang lebih kecil Unit asas bahan Boleh dipisahkan kepada atomatom unsur dengan kaedah kimia Rajah 6.4 Perbezaan antara atom dengan molekul Perbezaan antara Unsur dengan Sebatian Unsur 1 Unsur ialah bahan yang paling ringkas yang tidak boleh diasingkan lagi kepada bahan yang lebih kecil oleh kaedah kimia atau fizikal. 2 Unsur mungkin terbentuk daripada atom atau molekul atom yang sama. 3 Unsur yang berlainan terdiri daripada atom yang berlainan. Contohnya, besi terbentuk daripada atom besi dan kuprum terbentuk daripada atom kuprum. 4 Atom satu unsur adalah sama tetapi berbeza daripada atom unsur lain. 5 Semua unsur dapat dikelaskan ke dalam dua kumpulan utama, iaitu logam dan bukan logam. Besi Kuprum Rajah 6.5 Unsur terbentuk daripada atom yang sama Peta Buih Berganda F1 Revisi Cepat PT3 Sain6(97-113).indd 99 15/3/2023 11:33:51 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
100 Tingkatan 1 Bab 6 Sebatian 1 Sebatian ialah suatu bahan yang terdiri daripada dua atau lebih unsur yang bergabung secara kimia. 2 Zarah yang paling kecil dalam sebatian ialah molekul (kumpulan dalam dua atau lebih atom). 3 Kecenderungan unsur untuk membentuk sebatian secara kimia menunjukkan sebatian adalah lebih stabil berbanding dengan unsur. 4 Sifat-sifat fizik sebatian berbeza daripada sifat-sifat fizik unsur yang terdapat di dalamnya. 5 Jadual 6.2 menunjukkan unsur-unsur yang membentuk sebatian. Gula (sukrosa) Garam (natrium klorida) Rajah 6.6 Contohcontoh sebatian Jadual 6.2 Unsur-unsur dalam sebatian Sebatian Unsur yang membentuk sebatian Garam (natrium klorida) Natrium dan klorin Gula (sukrosa) Karbon, hidrogen dan oksigen Air Hidrogen dan oksigen Karbon dioksida Karbon dan oksigen Ammonia Nitrogen dan hidrogen 6 Sebatian boleh diasingkan kepada unsur-unsurnya melalui kaedah kimia seperti elektrolisis. Unsur Sebatian Terbentuk daripada atom atau molekul yang sama Terbentuk daripada dua atau lebih unsur Tidak boleh diasingkan lagi kepada bahan yang lebih ringkas Merupakan bahan Boleh diasingkan kepada unsurunsurnya Peta Buih Berganda Rajah 6.7 Perbezaan antara unsur dengan sebatian TP 2 Memahami jadual berkala Jadual Berkala 1 Dengan penemuan pelbagai jenis unsur, kajian ke atas unsur menjadi semakin sukar. 2 Untuk memudahkan kajian ke atas unsur, pengelasan unsur dilakukan. 3 Banyak cubaan untuk mengelaskan unsur-unsur dilakukan dari semasa ke semasa. F1 Revisi Cepat PT3 Sain6(97-113).indd 100 15/3/2023 11:33:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
101 Tingkatan 1 Bab 6 4 Salah seorang saintis yang menjalankan penyiasatan mengenal pasti dan membandingkan unsur-unsur ialah Dmitri Mendeleev (1869). (a) Beliau telah menemui unsur-unsur baharu semasa menjalankan eksperimennya. (b) Beliau mencatatkan unsur-unsur baharu dan menyedari bahawa beliau perlu mencari kaedah untuk mengelas dan menyusun unsur-unsur untuk rujukan pada masa hadapan. (c) Mendeleev mula membuat carta dan mengumpulkan unsur-unsur mengikut jisim atom. (i) Mendeleev menyusun unsur-unsur mengikut tertib jisim atom menaik. (ii) Jadual berkala ini dibahagikan kepada tujuh baris melintang (kala) dan lapan lajur menegak (kumpulan). (iii) Unsur-unsur dengan sifat-sifat kimia yang sama diletakkan dalam kumpulan yang sama. 5 Jadual berkala moden (1913) (a) H.J.G. Moseley mengubah suai jadual berkala Mendeleev. (b) Beliau menyusun unsur-unsur mengikut tertib menaik nombor proton. (c) Jadual berkala unsur ada 18 lajur menegak, iaitu kumpulan yang diberi nombor 1 hingga 18. (d) Terdapat tujuh baris mendatar, iaitu kala. KUMPULAN H 1 1 Hidrogen Magnesium Mg 12 24 Li 3 7 Litium Be 4 9 Berilium Na 11 23 Natrium K 19 39 Kalium Cs 55 133Sesium Fr 87 223Fransium Ca 20 40 Kalsium Sc 21 45 Skandium Y 39 89 Ytrium Rb 37 85.5 Rubidium Sr 38 88 Strontium Ti 22 48 Titanium V 23 51 Vanadium Ba 56 137 Barium 57–71 139 Lantanida Ra 88 226 Radium Cr 24 52 Kromium 89–103 227 Aktinida Zr 40 91 Zirkonium Hf 72 178.5Hafnium Rf 104 261 Rutherfodium Db 105 262 Dubnium Ta 73 181Tantalum Nb 41 93 Niobium Mo 96 42 Molibdenum Mn 25 55 Mangan Tc 43 98 Teknetium W 74 184Tungsten Sg 106 266 Seaborgium Bh 107 264 Bohrium Re 75 186 Rhenium Fe 26 56 Ferum Co 27 59 Kobalt Ni 28 59 Nikel Pd 46 106 Paladium Ru 44 101 Ruthenium Rh 45 103 Rhodium Os 190 76 Osmium Ir 192 77 Iridium Hs 108 277Hassium Mt 109 268 Meitnerium Pt 195 78 Platinum Ds 110 271 Darmstadtium Rg 111 272 Roentgenium Cu 29 64 Kuprum Ag 47 108 Argentum Au 197 79 Aurum Zn 30 65 Zink Cd 48 112 Kadmium Hg 201 80 Merkuri B 5 11 Boron Al 13 27 Aluminium In 49 115 Indium Ge 32 73 Germanium N 7 14 Nitrogen He 2 4 Helium Ar 18 40 Argon Xe 54 131 Xenon Rn 222 86 Radon Po 209 84 Polonium Se 34 79 Selenium Ga 31 70 Galium Tl 204 81 Talium C 6 12 Karbon Si 14 28 Silikon Sn 50 119 Stanum Pb 207 82 Plumbum P 15 31 Fosforus As 33 75 Arsenik Sb 51 122 Antimoni Bi 209 83 Bismut O 8 16 Oksigen S 16 32 Sulfur Te 52 128 Telurium F 9 19 Fluorin Cl 17 35.5 Klorin Br 35 80 Bromin I 53 127 Iodin At 210 85 Astatin Kr 36 84 Kripton Ce Serium 58 140 Th 90 232 Torium Pr 59 141 Praseodimium Nd 60 144 Neodimium Pm 61 145 Prometium Dy 66 162.5 Disprosium Sm 62 150 Samarium Eu 63 152 Europium Gd 64 157 Gadolinium Tb 65 159 Terbium Ho 67 165 Holmium Er 68 167 Erbium Tm 69 169 Tulium Yb 70 173 Yterbium Lu 71 175 Lutetium Pa 91 231 Protaktinium U 92 238 Uranium Np 93 237 Neptunium Pu 94 244 Plutonium Am 95 243 Amerisium Cm 96 247 Kurium Es 99 252 Einsteinium Cf 98 251 Kalifornium Fm 100 257 Femium Md 101 258 Mendelevium No 102 259 Nobelium Lr 103 262 Lawrensium Bk 97 247 Berkelium Ne 10 20 Neon 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 II III IV V VI VII Magnesium H 1 1 Hidrogen Nombor proton Jisim atom relatif Petunjuk: Simbol unsur Nama unsur Cn 285 112 Kopernisium Uuo 294 118 Ununoktium Lv 292 116 Livermorium Uut 284 113 Ununtrium Fl 289 114 Flerovium Uup 288 115 Ununpentium Uus 294 117 Ununseptium Logam Separuh logam Bukan logam I VIII La *Ac * La Lantanium 57 139 Ac 89 230 Aktinium K A L A Siri Lantanida Siri Aktinida Rajah 6.8 Jadual Berkala Unsur F1 Revisi Cepat PT3 Sain6(97-113).indd 101 15/3/2023 11:33:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
102 Tingkatan 1 Bab 6 6 Unsur-unsur kumpulan 1 hingga 13 merupakan logam. 7 Unsur-unsur dalam kumpulan 14 terdiri daripada logam, separuh logam dan bukan logam. 8 Unsur-unsur dalam kumpulan 15 hingga 18 merupakan bukan logam. 9 Gas nadir terletak dalam kumpulan 18. Logam dan Bukan Logam 1 Unsur logam wujud sebagai pepejal pada suhu bilik dan terdiri daripada atom-atom yang tersusun rapat (kecuali merkuri yang merupakan cecair pada suhu bilik). 2 Contoh unsur-unsur logam ialah kuprum, besi, aluminium dan zink. 3 Unsur-unsur bukan logam wujud sebagai pepejal, cecair dan gas. Peta Pokok Unsur Logam Bukan logam Gas Contoh: • Oksigen • Hidrogen • Nitrogen Cecair Contoh: Bromin Pepejal Contoh: • Karbon • Fosforus • Sulfur Cecair Contoh: Merkuri Pepejal Contoh: • Kuprum • Aluminium • Besi • Zink Rajah 6.9 Unsur logam dan bukan logam Perbezaan Sifat-sifat Logam dan Bukan Logam Jadual 6.3 Perbezaan dan persamaan sifat-sifat logam dan bukan logam Logam Perbezaan dari aspek Bukan logam Permukaan berkilat Keadaan permukaan Permukaan kusam/pudar Mulur Kemuluran Tidak mulur Boleh ditempa Ketertempaan Tidak boleh ditempa Kuat Kekuatan regangan Lemah (mudah patah) Tinggi Takat lebur dan takat didih Rendah Pengalir elektrik yang baik Kekonduksian elektrik Pengalir elektrik yang lemah (kecuali karbon) Pengalir haba yang baik Kekonduksian haba Pengalir haba yang lemah Tinggi Ketumpatan Rendah Persamaan: Kedua-duanya ialah unsur. F1 Revisi Cepat PT3 Sain6(97-113).indd 102 15/3/2023 11:33:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
103 Tingkatan 1 Bab 6 Hipotesis: Logam dan bukan logam mempunyai sifat-sifat yang berbeza. Radas/Bahan: Kuprum, sulfur, kertas kobalt klorida, kertas pasir, tukul, tungku kaki tiga, penunu Bunsen, suis, mentol, bateri, piring Petri dan mangkuk pijar. Aktiviti Prosedur Pemerhatian Kesimpulan Kuprum Sulfur Keadaan permukaan • Rod kuprum digosok dengan kertas pasir. • Permukaan rod kuprum diperiksa. • Aktiviti ini diulang dengan menggunakan kepingan sulfur. Rod kupum berkilat apabila digosok dengan kertas pasir. Tidak berkilat. Logam mempunyai permukaan yang berkilat dan bukan logam mempunyai permukaan yang kusam. Mengalirkan haba Kertas kobalt klorida Sulfur Kuprum Tungku kaki tiga Piring Petri Air • Piring Petri diletakkan di atas sebuah bikar berisi air panas. • Sekeping kuprum dan sulfur diletakkan di dalam piring Petri. • Sekeping kertas kobalt klorida lembap diletakkan di atas setiap bahan. Kertas kobalt klorida bertukar daripada merah jambu menjadi biru dengan cepat. Kertas kobalt klorida mengambil masa yang lama untuk menjadi biru. Logam adalah konduktor haba yang baik dan bukan logam adalah konduktor haba yang lemah. Kemuluran Wayar kuprum • Wayar kuprum dibengkokkan. • Langkah ini diulang dengan seketul sulfur. Wayar kuprum bengkok dengan mudah. Sulfur pecah dengan mudah. Logam adalah mulur (fleksibel), manakala bukan logam tidak mulur. Ketertempaan Kuprum Tukul • Rod kuprum dan seketul sulfur diketuk dengan tukul. • Ketertempaan bahan diperhatikan. Rod kuprum menjadi leper dan mudah dibentuk. Sulfur pecah menjadi serbuk. Logam boleh dibentuk dan bukan logam adalah rapuh. Aktiviti 6.1 Mengkaji sifat-sifat logam dan bukan logam F1 Revisi Cepat PT3 Sain6(97-113).indd 103 15/3/2023 11:33:53 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
104 Tingkatan 1 Bab 6 Mengalirkan elektrik Suis Kuprum/sulfur Mentol Bateri • Litar seperti dalam rajah disediakan dan kedua-dua hujung kerajang kuprum disambungkan dengan menggunakan klip buaya. • Suis dihidupkan dan mentol diperhatikan. • Aktiviti diulang dengan sulfur. Mentol menyala Mentol tidak menyala Logam adalah konduktor elektrik yang baik dan bukan logam tidak mengalirkan elektrik. Takat lebur Kerajang kuprum Panaskan Tungku kaki tiga xxxxxxxxx Mangkuk pijar • Kerajang kuprum dan sulfur diletakkan di dalam mangkuk pijar yang berasingan dan dipanaskan. • Masa bagi setiap bahan melebur direkodkan. Tidak melebur Melebur dengan mudah Logam mempunyai takat lebur yang tinggi dan bukan logam mempunyai takat lebur yang rendah. Kesimpulan: Hipotesis diterima. Logam dan bukan logam mempunyai sifat-sifat yang berbeza. 6.2 Campuran 1 Campuran terdiri daripada dua atau lebih unsur atau sebatian yang bergabung secara fizikal, dan bukan secara kimia. Rajah 6.10 Susunan zarah-zarah dalam campuran Sulfur Besi 2 Campuran terbentuk apabila (a) dua atau lebih unsur bergabung secara fizikal (b) unsur dan sebatian dicampurkan secara fizikal 3 Susunan zarah-zarah dalam campuran ditunjukkan dalam Rajah 6.10. 4 Jadual 6.4 menunjukkan contoh-contoh campuran. 5 Sifat-sifat fizik campuran sama dengan sifat-sifat fizik unsurunsur yang hadir di dalamnya. Campuran Komponen Udara Nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas nadir, wap air dan habuk Tanah Humus, pasir, air, udara, garam mineral Darah Sel darah, platelet, plasma, air, bahan buangan, nutrien, gas terlarut Air laut Natrium klorida, air, gas terlarut, mikroorganisma Jadual 6.4 Contoh-contoh campuran F1 Revisi Cepat PT3 Sain6(97-113).indd 104 15/3/2023 11:33:53 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
105 Tingkatan 1 Bab 6 6 Contohnya, besi boleh diasingkan daripada campuran serbuk besi dan sulfur dengan menggunakan magnet. Ini menunjukkan besi masih menunjukkan sifat-sifatnya walaupun dicampur dengan unsur lain. Pengasingan Campuran 1 Unsur-unsur yang berlainan dalam campuran mudah diasingkan antara satu sama lain. 2 Campuran boleh diasingkan dengan menggunakan kaedah fizikal. 3 Kaedah yang digunakan bergantung pada jenis campuran, iaitu seperti kaedah kromatografi, penurasan, penyejatan, penyulingan, ayakan/ penapisan, penyiringan, kaedah corong pemisah, pemisahan menggunakan magnet, pengenapan dan pengapungan. Jadual 6.5 Pelbagai kaedah fizikal untuk mengasingkan campuran Kaedah pengasingan Rajah (a) Kromatografi • Kaedah kromatografi ialah kaedah yang sesuai untuk mengasingkan bahan-bahan terlarut yang berlainan warna seperti dakwat atau pewarna. • Kaedah ini sesuai kerana sesetengah bahan berwarna melarut lebih baik di dalam pelarut berbanding dengan bahan lain, maka bahan ini akan bergerak lebih banyak di atas kertas kromatografi. • Contohnya, mengasingkan campuran klorofil dan air. Kadbod Balang gas Kertas kromatografi Wayar (b) Penurasan • Kaedah penurasan sangat sesuai untuk mengasingkan pepejal tidak terlarut daripada cecair. • Contohnya, pasir boleh diasingkan daripada campuran pasir dan air dengan menggunakan kaedah penurasan. • Pasir akan tertinggal sebagai sisa turasan dan air sebagai hasil turasan. Campuran Corong turas Hasil turasan Sisa Rod kaca Kertas turas (c) Penyejatan • Kaedah ini sesuai untuk mengasingkan pepejal terlarut daripada cecair. • Contohnya, hablur kuprum sulfat boleh diasingkan daripada larutan kuprum sulfat dengan menggunakan kaedah penyejatan. • Air di dalam larutan kuprum sulfat akan tersejat keluar lalu meninggalkan hablur kuprum sulfat. • Contoh lain ialah mengasingkan campuran gula dan air. xxxxxxxxxxx Kasa dawai Tungku kaki tiga Piring penyejat Larutan F1 Revisi Cepat PT3 Sain6(97-113).indd 105 15/3/2023 11:33:54 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
106 Tingkatan 1 Bab 6 (d) Penyulingan • Kaedah ini sesuai untuk mengasingkan cecair daripada larutan. • Contohnya, air boleh diasingkan daripada larutan garam dengan kaedah penyulingan ringkas. • Kaedah ini sesuai kerana air menyejat daripada larutan dan kemudian disejukkan dan terkondensasi ke dalam bekas yang berasingan. Garam tidak tersejat, maka garam akan tertinggal di dalam kelalang bulat. (e) Penyulingan berperingkat • Kaedah penyulingan berperingkat sesuai untuk mengasingkan campuran dua atau lebih cecair daripada satu sama lain. • Contohnya, etanol boleh diasingkan daripada campuran etanol dan air. Kaedah ini berkesan kerana kedua-dua cecair ini mempunyai takat didih yang berbeza. • Etanol mempunyai takat didih yang lebih rendah berbanding dengan air. Oleh itu, etanol tersejat dan disulingkan terlebih dahulu dan dikumpulkan sebagai hasil sulingan. • Selepas etanol tersejat, air akan tertinggal di dalam kelalang bulat. Termometer Campuran Air keluar Kondenser Liebig Hasil sulingan Air masuk (f) Ayakan/Penapisan • Kaedah ayakan ini sesuai untuk mengasingkan campuran pepejal yang berlainan saiz partikelnya. • Contohnya, mengasingkan campuran pasir dan tepung atau campuran gula kasar dan gula halus. Penapis Tepung dan pasir Tepung (g) Penyiringan • Kaedah penyiringan sesuai untuk mengasingkan campuran pepejal kecil dengan cecair. • Contohnya, campuran tanah dan air boleh diasingkan dengan kaedah ini. Air dikeluarkan dan tanah tertinggal sebagai sisa. Air Tanah (h) Kaedah corong pemisah • Corong pemisah digunakan dalam kaedah ini. • Kaedah ini mengasingkan dua cecair yang berlainan ketumpatan dan saling tidak melarut antara satu sama lain. • Contohnya, mengasingkan campuran minyak dan air. • Minyak kurang tumpat berada di lapisan atas dan air yang lebih tumpat berada di lapisan bawah. • Pili dibuka dan air dialirkan keluar lalu meninggalkan minyak di dalam corong pemisah. Pili Air Minyak (i) Pemisahan menggunakan magnet • Kaedah ini sesuai digunakan untuk mengasingkan bahan magnet daripada bahan bukan magnet dengan menggunakan sebatang magnet. • Contohnya, mengasingkan serbuk besi dan sulfur. • Sebatang magnet didekatkan pada campuran serbuk besi dan sulfur. Serbuk besi akan tertarik kepada magnet dan sulfur tertinggal di dalam bekas. Magnet Serbuk besi Campuran serbuk besi dan sulfur F1 Revisi Cepat PT3 Sain6(97-113).indd 106 15/3/2023 11:33:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
107 Tingkatan 1 Bab 6 (j) Pengenapan • Kaedah ini sesuai digunakan untuk mengasingkan pepejal tidak melarut dengan air. • Contohnya, mengasingkan tanah dan air. • Campuran air dan tanah dibiarkan seketika. Tanah akan termendap di dasar bekas kerana lebih tumpat daripada air. (k) Pengapungan • Kaedah ini sesuai digunakan untuk mengasingkan pepejal tidak melarut dan terapung daripada air. • Contohnya, mengasingkan minyak dan air. • Campuran air dan minyak dibiarkan seketika. Minyak akan terapung di permukaan air kerana kurang tumpat daripada air. 6.3 Sebatian Sebatian dalam Kehidupan Harian 1 Sebatian ialah suatu bahan yang terdiri daripada atom dua atau lebih unsur yang berlainan yang bergabung dengan ikatan kimia. 2 Zarah yang paling kecil dalam sebatian ialah molekul. 3 Nisbah atom yang membentuk molekul dalam sebatian adalah berbeza bagi sebatian yang berbeza. 4 Contoh sebatian ialah air, karbon dioksida, metana dan garam mineral seperti natrium klorida, kalsium karbonat dan magnesium sulfat. Jadual 6.6 Contoh-contoh sebatian dan unsur-unsur yang hadir di dalamnya. Sebatian Unsur yang hadir Susunan molekul Nisbah atom Air Hidrogen dan oksigen 2 hidrogen : 1 oksigen Karbon dioksida Karbon dan oksigen 1 karbon : 2 oksigen Metana Karbon dan hidrogen 1 karbon : 4 hidrogen Natrium klorida Natrium dan klorin 1 natrium : 1 klorin Ammonia Nitrogen dan hidrogen 1 nitrogen : 3 hidrogen F1 Revisi Cepat PT3 Sain6(97-113).indd 107 15/3/2023 11:33:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
108 Tingkatan 1 Bab 6 5 Air ialah satu sebatian. Molekul air terbentuk daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen yang bergabung secara kimia. Ini menyebabkan air tidak lagi mempunyai sifat-sifat hidrogen atau oksigen. 6 Sebatian hanya dapat diuraikan kepada unsur-unsurnya dengan kaedah kimia. Pembentukan Sebatian 1 Sebatian terbentuk apabila suatu logam bergabung dengan suatu bukan logam. 2 Tindak balas logam dengan oksigen (a) Logam seperti magnesium, zink, besi dan kuprum bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk logam oksida. (b) Logam yang berlainan bertindak balas dengan oksigen pada kadar yang berbeza. (c) Jadual 6.7 menunjukkan beberapa sebatian yang terhasil apabila logam bertindak balas dengan oksigen. Jadual 6.7 Sebatian yang terhasil daripada tindak balas logam dengan oksigen Logam Bukan logam Sebatian Persamaan tindak balas Magnesium Oksigen Magnesium oksida Magnesium + oksigen → magnesium oksida Zink Oksigen Zink oksida Zink + oksigen → zink oksida Besi Oksigen Besi oksida Besi + oksigen → besi oksida Kuprum Oksigen Kuprum oksida Kuprum + oksigen → kuprum oksida 3 Tindak balas logam dengan sulfur (a) Logam bertindak balas dengan sulfur untuk membentuk sulfida logam. (b) Logam yang berlainan bertindak balas dengan sulfur pada kadar yang berbeza. 4 Tindak balas logam dengan air (a) Terdapat beberapa logam yang bertindak balas dengan air dan menghasilkan sebatian beralkali dan membebaskan hidrogen. (b) Logam-logam ini disebut logam alkali dan terletak dalam kumpulan I Jadual Berkala. Contohnya, litium, natrium dan kalium. F1 Revisi Cepat PT3 Sain6(97-113).indd 108 15/3/2023 11:33:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
109 Tingkatan 1 Bab 6 Hipotesis: Logam bertindak balas dengan bukan logam menghasilkan bahan baharu, iaitu sebatian. Radas/Bahan: Serbuk besi, serbuk sulfur, natrium, pita magnesium, penunu Bunsen, kasa dawai, mangkuk pijar, balang gas, sudu balang gas, kertas pasir dan forsep. Prosedur: A Pembentukan besi sulfida 1 Serbuk besi dan serbuk sulfur dikacau di dalam mangkuk pijar dengan menggunakan rod kaca bagi membentuk campuran. 2 Campuran ini dipanaskan sehingga melebur. 3 Pemerhatian direkodkan. B Pembentukan magnesium oksida 1 Kertas pasir digunakan untuk membersihkan pita magnesium. 2 Pita magnesium dimasukkan ke dalam mangkuk pijar dan dipanaskan dengan kuat. 3 Pemerhatian direkodkan. C Pembentukan natrium klorida 1 Sepotong kecil natrium diletakkan di dalam sudu balang gas dengan menggunakan forsep. 2 Natrium dipanaskan perlahan-lahan sehingga menyala. 3 Natrium dimasukkan ke dalam balang gas yang berisi gas klorin. 4 Pemerhatian direkodkan. Keputusan: Aktiviti Pemerhatian Kesimpulan A Pembentukan besi sulfida xxxxxxxxx Kasa dawai Tungku kaki tiga Mangkuk pijar Besi dan sulfur Panaskan Satu bahan baharu berwarna hitam terhasil. Tidak dapat membezakan sulfur dan besi secara berasingan. Pepejal hitam yang terbentuk ialah ferum(III) sulfida. Ferum (logam) + sulfur (bukan logam) → ferum sulfida B Pembentukan magnesium oksida Pita magnesium Pita magnesium terbakar dengan nyalaan cerah untuk menghasilkan abu putih. Pepejal putih yang terbentuk ialah magnesium oksida. Magnesium (logam) + oksigen (bukan logam) → magnesium oksida Aktiviti 6.2 Menunjukkan pembentukan sebatian daripada campuran logam dan bukan logam F1 Revisi Cepat PT3 Sain6(97-113).indd 109 15/3/2023 11:33:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
110 Tingkatan 1 Bab 6 Jisim Diabadikan Semasa Perubahan Kimia 1 Atom merupakan zarah terkecil dalam unsur yang mengambil bahagian dalam sesuatu tindak balas kimia. 2 Semasa tindak balas kimia, tiada atom yang terhasil atau termusnah. Atom hanya disusun semula daripada bahan tindak balas kepada hasil tindak balas. 3 Hasil tindak balas mungkin mempunyai sifat-sifat yang berbeza dengan bahan tindak balas. 4 Jisim tidak hilang atau diperoleh dalam tindak balas kimia, iaitu jisim sentiasa diabadikan. 5 Jumlah jisim hasil tindak balas di akhir tindak balas sama dengan jumlah jisim bahan tindak balas di awal tindak balas. Contohnya, Magnesium + oksigen → magnesium oksida 48 g 32 g 80 g Mengasingkan Sebatian Melalui Kaedah Kimia 1 Sebatian boleh diasingkan kepada komponen-komponennya melalui kaedah kimia. Contohnya, elektrolisis. 2 Elektrolisis ialah proses penguraian sesuatu sebatian kepada unsurunsurnya apabila arus elektrik dialirkan melalui sebatian tersebut. 6V + _ G A + _ X Y Segi tiga tanah liat Reostat Mangkuk pijar Suis Tungku kaki tiga Elektrod karbon Plumbum bromida lebur Penunu Bunsen Galvanometer Suis Air suling + asid sulfurik Elektrolisis plumbum bromida Elektrolisis air Rajah 6.11 Elektrolisis C Pembentukan natrium klorida Natrium terbakar Gas klorin Natrium terbakar dengan nyalaan kuning yang cerah dan membentuk serbuk putih. Warna hijau kuning klorin hilang. Serbuk putih yang terbentuk ialah natrium klorida. Natrium (logam) + klorin (bukan logam) → natrium klorida Kesimpulan: Hipotesis diterima. Logam bertindak balas dengan bukan logam menghasilkan bahan baharu, iaitu sebatian. F1 Revisi Cepat PT3 Sain6(97-113).indd 110 15/3/2023 11:33:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
111 Tingkatan 1 Bab 6 3 Elektrolisis air (a) Air terdiri daripada gabungan unsur hidrogen dan oksigen secara kimia. (b) Melalui elektrolisis, air boleh diuraikan kepada unsur-unsurnya. (c) Semasa air menjalani elektrolisis, gas oksigen terkumpul di elektrod positif, manakala gas hidrogen terkumpul di elektrod negatif. (d) Gas di dalam tabung uji X menyalakan kayu uji berbara, menunjukkan kehadiran gas oksigen. (e) Gas di dalam tabung uji Y menghasilkan bunyi ‘pop’ apabila diuji dengan kayu uji menyala, menunjukkan kehadiran gas hidrogen. 4 Elektrolisis plumbum bromida (a) Semasa elekrolisis dijalankan ke atas plumbum bromida, gas perang yang sengit dibebaskan di elektrod positif yang menukarkan kertas litmus biru menjadi merah dan menyahwarnakannya. Ini menunjukkan gas bromin terbebas. (b) Bahan berwarna kelabu berkilat terenap di elektrod negatif. Bahan kelabu ini ialah plumbum. Perubahan Fizik dan Perubahan Kimia 1 Perubahan fizik yang berlaku ke atas sesuatu sebatian tidak mengubah sebatian tersebut. Contohnya, apabila sekeping kertas dikoyak menjadi cebisan-cebisan kecil, ia tetap kertas. Ini merupakan perubahan fizik dalam saiz dan bentuk kertas. 2 Perubahan fizik boleh disongsangkan. Contohnya, (a) air boleh dibekukan menjadi ais. Ais apabila dipanaskan akan kembali ke bentuk cecair, iaitu air. (b) gula apabila dilarutkan ke dalam air menjadi air gula. Apabila air gula dipanaskan, air menyejat dan akhirnya meninggalkan hablur gula. Ais terbentuk apabila air disejukkan pada takat beku. Air terbentuk apabila ais dipanaskan atau wap air disejukkan. Wap air terbentuk apabila air dipanaskan pada takat didih atau air tersejat. Peleburan Pembekuan Kondensasi Pendidihan/ Penyejatan Rajah 6.12 Perubahan fizik air 3 Perubahan kimia berlaku apabila terdapat tindak balas kimia dan suatu bahan baharu terbentuk. 4 Semasa perubahan kimia, tenaga sama ada dibebaskan atau diserap. 5 Perubahan kimia tidak boleh disongsangkan. Contohnya, (a) fotosintesis (c) respirasi sel (b) pengaratan besi (d) pembakaran F1 Revisi Cepat PT3 Sain6(97-113).indd 111 15/3/2023 11:33:56 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
112 Tingkatan 1 Bab 6 Peta Buih Berganda Melibatkan jirim Tidak membentuk bahan baharu Membentuk bahan baharu Melibatkan perubahan tenaga Memerlukan tenaga yang sedikit Sifat bahan dan hasil sama Komposisi kimia bahan dan hasil sama Sifat bahan dan hasil berbeza Komposisi kimia bahan dan hasil Memerlukan berbeza tenaga yang banyak Rajah 6.13 Perbandingan antara perubahan fizik dan perubahan kimia Perbezaan antara Campuran dan Sebatian Jadual 6.8 Perbezaan antara campuran dan sebatian Campuran Aspek Sebatian Kaedah fizikal Kaedah penyediaan Kaedah kimia Tiada Pembentukan bahan baharu Ada Tidak melibatkan perubahan tenaga Perubahan tenaga Melibatkan pembebasan atau penyerapan haba Menunjukkan sifatsifat komponen asal Sifat-sifat komponen asal Mempunyai sifat-sifat yang berbeza daripada komponenkomponen asalnya Tiada Ikatan kimia Ada Tidak tetap Komposisi komponen Tetap Fizikal Kaedah pengasingan Kimia Hipotesis: Campuran menunjukkan sifat-sifat asas komponen-komponennya tetapi sebatian mempunyai sifat-sifat yang berbeza daripada komponen-komponennya. Campuran boleh diasingkan secara fizikal tetapi sebatian tidak boleh. Radas/Bahan: Serbuk besi, serbuk sulfur, penunu Bunsen, kasa dawai, mangkuk pijar, karbon disulfida dan magnet. Prosedur: xxxxxxxxx Kasa dawai Tungku kaki tiga Mangkuk pijar Besi dan sulfur Panaskan Rajah 6.14(a) Pemanasan sulfur dan besi Aktiviti 6.3 Mengkaji perbezaan antara campuran dan sebatian F1 Revisi Cepat PT3 Sain6(97-113).indd 112 15/3/2023 11:33:57 AM asda PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
113 Tingkatan 1 Bab 6 Piring Petri Campuran besi dan sulfur Rajah 6.14(b) Campuran sulfur dan besi 1 Serbuk besi dan serbuk sulfur dikacau dengan menggunakan rod kaca untuk membentuk campuran. 2 Sedikit campuran ini dipindahkan ke dalam mangkuk pijar dan dipanaskan sehingga melebur menjadi sebatian. 3 Campuran dan sebatian ini diperiksa dengan menggunakan kanta pembesar. 4 Magnet diletakkan dekat dengan campuran dan sebatian ini. 5 Sedikit campuran dan sebatian ini dimasukkan ke dalam sebuah tabung uji berisi larutan karbon disulfida. Tabung uji digoncang perlahan-lahan. 6 Pemerhatian direkodkan. Pemerhatian: Ujian Pemerhatian Sebatian Campuran Periksa dengan kanta pembesar Bahan Piring Petri Kanta pembesar Satu bahan kimia yang baharu terbentuk, iaitu ferum(II) sulfida yang berwarna hitam. Tidak boleh membezakan sulfur dan besi secara berasingan. Serbuk sulfur (kuning) dan serbuk besi (hitam) boleh dikenal pasti. Pengasingan komponen Letakkan magnet dekat dengan komponen. Bahan Magnet bar Piring petri Pepejal itu tidak tertarik kepada magnet. Serbuk besi tertarik kepada magnet. Serbuk besi boleh diasingkan daripada serbuk sulfur. Campurkan dengan larutan karbon disulfida. Larutan karbon disulfida Bahan Pepejal itu tidak melarut dalam larutan karbon disulfida. Sulfur melarut dalam larutan karbon disulfida. Kesimpulan: Hipotesis diterima. Campuran menunjukkan sifat-sifat asal komponen-komponennya tetapi sebatian ialah bahan kimia baharu yang terbentuk yang mempunyai sifatsifat yang berbeza daripada komponen-komponennya. Campuran boleh diasingkan dengan cara fizikal tetapi sebatian tidak boleh. asda F1 Revisi Cepat PT3 Sain6(97-113).indd 113 15/3/2023 11:33:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
114 Tingkatan 1 Bab 7 Nota Grafik Bab 7 Udara Sumber Bahan Pencemar Udara Langkah-langkah Mencegah dan Mengawal Pencemaran Udara Kenderaan bermotor WMS 911 Aktiviti pertanian Kuari Aktiviti pembinaan Gunung berapi Pembakaran terbuka Kilang-kilang Merokok Gunung berapi Langkahlangkah mencegah dan mengawal pencemaran udara • Dilarang merokok di tempat awam. • Dilarang melakukan pembakaran terbuka. • Mengenakan denda kepada pemandu kenderaan yang mengeluarkan asap berlebihan. • Pengilang dilarang membina kilang di kawasan perumahan. • Mengadakan kempen antimerokok di sekolah dan melalui media cetak dan elektronik. • Mendidik dan memberi kesedaran kepada murid dan orang awam tentang kesan pencemaran udara dan langkah-langkah pengawalannya. • Menggalakkan berkongsi kereta atau menggunakan kenderaan awam. • Memasang penapis pada cerobong asap di kilang. • Menggunakan penukar bermangkin pada kenderaan bermotor. • Menggunakan kaedah kawalan biologi bagi menggantikan racun perosak. • Menggunakan kenderaan hibrid bagi menggantikan kenderaan yang menggunakan bahan api fosil. • Menggunakan HCFC bagi menggantikan CFC dalam peti sejuk dan penyembur aerosol. Melalui pendidikan Melalui penguatkuasaan undang-undang Melalui sains dan teknologi Sumber bahan pencemar udara F1 Revisi Cepat PT3 Sain7(114-130).indd 114 15/3/2023 11:34:51 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
115 Tingkatan 1 Bab 7 7.1 Komposisi Udara TP 2 Memahami udara 1 Atmosfera ialah selapisan udara yang mengelilingi Bumi. 2 Udara di sekeliling kita tidak berwarna, tidak berbau dan tidak mempunyai rasa tetapi kita dapat merasai pergerakannya seperti angin. 3 Udara merupakan jirim kerana udara memenuhi ruang dan mempunyai jisim. 4 Udara terdiri daripada campuran gas, mikroorganisma dan zarah habuk. 5 Udara merupakan satu campuran kerana: (a) komponen-komponen di dalam udara tidak bergabung secara kimia dan boleh diasingkan melalui kaedah fizikal. (i) Gas-gas di dalam udara tidak bergabung secara kimia dan boleh diasingkan melalui kaedah penyulingan berperingkat. (ii) Wap air di dalam udara boleh diasingkan secara kondensasi, iaitu dengan merendahkan suhu. (b) perkadaran komponen-komponen di dalam udara tidak tetap tetapi berbeza dari satu tempat ke satu tempat. Contohnya, peratus karbon dioksida di dalam udara di kawasan bandar adalah lebih tinggi daripada kawasan luar bandar. (c) ciri-ciri udara adalah sama dengan ciri-ciri komponen-komponennya. (d) tidak berlaku sebarang perubahan tenaga haba apabila berlaku perubahan peratus pada komponen-komponen di dalam udara. 6 Rajah 7.1 ialah carta pai yang menunjukkan komposisi udara. Imbas Kod QR atau layari https://www.youtube.com/ watch?v=PMenuLJmV0I tentang komposisi udara Nitrogen PAK-21 (78%) Gas nadir dan bahan lain (0.97%) Karbon dioksida (0.03%) Oksigen (21%) Rajah 7.1 Komposisi udara 7 Udara Bab Tema 3: Penerokaan Unsur dalam Alam F1 Revisi Cepat PT3 Sain7(114-130).indd 115 15/3/2023 11:34:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
116 Tingkatan 1 Bab 7 Hipotesis: Udara mengandungi lebih kurang 20% oksigen. Radas/Bahan: Bekas kaca, kaki balang gas, lilin, gelang getah, mancis dan air. Prosedur: Bekas kaca Air Lilin menyala Udara Balang gas Gelang getah Kaki balang gas Rajah 7.2 1 Radas dan bahan disediakan seperti dalam Rajah 7.2. 2 Balang gas dibahagikan kepada lima bahagian yang sama besar dan ditandakan dengan menggunakan gelang getah. 3 Kaki balang gas diletakkan di dalam bekas kaca yang berisi air dan lilin diletakkan di atasnya. 4 Lilin dinyalakan dan balang gas diterlungkupkan di atasnya. 5 Perubahan paras air di dalam balang gas diperhatikan sehingga api lilin terpadam. Pemerhatian: Rajah 7.3 Nyalaan lilin terpadam dan paras air meningkat sehingga satu perlima (20%) balang gas. Perbincangan: Paras air tidak meningkat pada awal eksperimen kerana balang gas dipenuhi udara. Oksigen digunakan untuk pembakaran lilin dan lilin terpadam apabila semua oksigen telah digunakan. Paras air meningkat dan memenuhi ruang yang dikosongkan oleh oksigen. Kesimpulan: Hipotesis diterima. Udara mengandungi lebih kurang 20% oksigen. TP 3 Mengaplikasi pengetahuan tentang udara Kepentingan Gas-gas dalam Kehidupan Harian Oksigen 1 Sifat-sifat gas oksigen: (a) Tidak mempunyai warna, bau dan rasa. (b) Larut sedikit dalam air. (c) Tidak larut dalam natrium hidroksida. (d) Menyokong pembakaran. (e) Tidak bertindak balas dengan air kapur. (f) Merupakan gas yang neutral. Aktiviti 7.1 Mengkaji peratusan oksigen di udara F1 Revisi Cepat PT3 Sain7(114-130).indd 116 15/3/2023 11:34:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
117 Tingkatan 1 Bab 7 2 Ujian pengesahan gas oksigen (a) Kehadiran gas oksigen boleh diuji dengan menggunakan kayu uji berbara dan kayu uji menyala. (b) Jika kayu uji berbara dan kayu uji menyala bernyala dengan lebih terang, maka gas oksigen hadir. (c) Ini disebabkan oksigen menyokong pembakaran. 3 Kegunaan oksigen (a) Oksigen diperlukan dalam respirasi (i) Semua benda hidup memerlukan tenaga untuk menjalankan proses hidup. (ii) Tenaga disintesis melalui proses respirasi. (iii) Respirasi boleh dibahagikan kepada respirasi luaran dan respirasi dalaman. (iv) Respirasi luaran atau pernafasan ialah proses mendapatkan oksigen (tarik nafas) dari atmosfera dan menyingkirkan karbon dioksida (hembus nafas). Dalam kebanyakan organisma, pertukaran gas berlaku melalui struktur pernafasan. (v) Respirasi dalaman atau respirasi sel ialah proses pengoksidaan molekul makanan seperti glukosa kepada tenaga, karbon dioksida dan air. Glukosa + oksigen → tenaga + karbon dioksida + air (vi) Oksigen diperoleh melalui mekanisme pernafasan sementara karbohidrat diuraikan kepada bentuk yang lebih ringkas, iaitu glukosa melalui proses pencernaan. (vii) Kedua-dua oksigen dan glukosa diangkut oleh darah ke tisu badan, iaitu tempat pengoksidaan glukosa berlaku untuk menghasilkan tenaga. Oksigen Udara sedutan Peparu Tarik nafas: Dada mengembang Diafragma Tolak ke bawah Karbon dioksida + wap air Udara hembusan Hembus nafas: Dada mengecut Peparu Diafragma Tolak ke atas Ruang di dalam dada mengecil Oksigen Udara sedutan Peparu Tarik nafas: Dada mengembang Diafragma Tolak ke bawah Karbon dioksida + wap air Udara hembusan Hembus nafas: Dada mengecut Peparu Diafragma Tolak ke atas Ruang di dalam dada mengecil Rajah 7.4 Respirasi luaran (b) Oksigen diperlukan dalam pembakaran (i) Api hanya akan terhasil apabila oksigen, bahan api dan haba hadir. (ii) Tanpa salah satu daripada ketiga-tiga faktor ini pembakaran tidak boleh berlaku. F1 Revisi Cepat PT3 Sain7(114-130).indd 117 15/3/2023 11:34:52 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
118 Tingkatan 1 Bab 7 (c) Oksigen diperlukan dalam pengaratan (i) Karat atau besi oksida terbentuk apabila besi terdedah kepada oksigen dan air. (ii) Oksigen bergabung dengan besi lalu membentuk sebatian baharu, iaitu besi oksida yang berwarna keperangan. (d) Oksigen diperlukan dalam pereputan (i) Pereputan ialah proses penguraian bahan organik kepada bentuk yang lebih ringkas. (ii) Proses pereputan bergantung pada faktor oksigen, suhu dan kelembapan udara. (iii) Oksigen diperlukan oleh mikroorganisma untuk menguraikan bahan organik dengan cekap. (e) Oksigen digunakan dalam perubatan (i) Oksigen diperlukan dalam respirasi. (ii) Terapi oksigen digunakan untuk merawat empisema, pneumonia dan penyakit jantung seperti serangan jantung. (iii) Oksigen digunakan sebagai makanan tambahan. (f) Sokongan hidup (i) Oksigen asli bertekanan rendah digunakan dalam pakaian angkasawan. (ii) Oksigen yang disimpan di dalam silinder digunakan oleh penyelam skuba, ahli bomba dan pendaki gunung. (g) Oksigen digunakan dalam industri (i) Oksigen digunakan untuk menyingkirkan bahan asing seperti sulfur dan karbon berlebihan dalam bijih besi. (ii) Oksigen juga digunakan dalam pemotongan logam dan pengimpalan, sebagai pengoksida dalam bahan api roket, dan dalam rawatan air. (h) Pembentukan molekul air (i) Oksigen bergabung dengan hidrogen secara kimia bagi membentuk air yang merupakan sumber semula jadi. (ii) Air merupakan keperluan asas bagi hidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuhan. Respirasi Pembakaran Pengaratan Tangki oksigen Rajah 7.5 Beberapa kegunaan oksigen dalam kehidupan seharian F1 Revisi Cepat PT3 Sain7(114-130).indd 118 15/3/2023 11:34:53 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
119 Tingkatan 1 Bab 7 4 Kandungan gas oksigen di atmosfera dikekalkan melalui kitar oksigen. Gas oksigen dalam atmosfera Gas karbon dioksida dalam atmosfera Fotosintesis Respirasi Pereputan bahan kumuh dan organisma mati Pembakaran Pengaratan Respirasi Pereputan bahan kumuh dan organisma mati Menggunakan oksigen Membebaskan oksigen Rajah 7.6 Kitar oksigen (a) Kitar oksigen ialah kitar yang melibatkan pengambilan oksigen daripada udara dan pengembalian oksigen semula ke udara secara berterusan. (b) Oksigen digunakan dan dihasilkan secara tetap oleh proses-proses yang berbeza di Bumi ini. (c) Kesemua proses ini membentuk kitar oksigen. Karbon Dioksida 1 Sifat-sifat gas karbon dioksida (a) Tidak mempunyai warna dan bau serta rasanya sedikit masam. (b) Larut dalam air. (c) Sangat larut dalam natrium hidroksida. (d) Tidak menyokong pembakaran. (e) Mengeruhkan air kapur. (f) Merupakan gas yang berasid. 2 Ujian pengesahan gas karbon dioksida (a) Kehadiran gas karbon dioksida boleh diuji dengan air kapur. (b) Jika air kapur menjadi keruh, maka gas karbon dioksida hadir. (c) Ini disebabkan gas karbon dioksida bersifat asid. Gas karbon dioksida membentuk kalsium karbonat yang tidak larut apabila bertindak balas dengan air kapur. F1 Revisi Cepat PT3 Sain7(114-130).indd 119 15/3/2023 11:34:53 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Rajah 1 menunjukkan bahagian-bahagian telinga manusia. Osikel Rajah 1 Apakah fungsi osikel? A Mentafsirkan impuls saraf B Menguatkan getaran bunyi C Mengumpul gelombang bunyi D Menukarkan getaran bunyi kepada impuls saraf 2 Rajah 2 menunjukkan garis lateral yang terdapat pada badan seekor ikan. Garis lateral Rajah 2 Apakah fungsi garis lateral itu? A Merembeskan racun B Mengesan rangsangan Arahan: Jawab semua soalan. BAHAGIAN A [20 markah] C Mengeluarkan feromon D Menghasilkan medan elektrik 3 Berikut menunjukkan laluan udara semasa menghembus nafas. Alveolus → P → Bronkus Trakea → Q Apakah P dan Q? P Q A Larinks Hidung B Farinks Larinks C Bronkiol Hidung D Hidung Bronkiol 4 Rajah 3 menunjukkan keratan rentas batang tumbuhan. P Q R S Rajah 3 Struktur yang manakah merupakan tisu pengangkut dalam tumbuhan? A P dan Q C P dan R B Q dan R D R dan S Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Tingkatan 3 U1 Tk 3 RC Sain UA(1-14)(10).indd 1 8/3/2023 11:07:16 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 Antara sel berikut, yang manakah mengawal pembukaan liang stoma? A Sel pengawal B Sel epidermis C Sel mesofil palisad D Sel mesofil berspan 6 Rajah 4 menunjukkan keratan memanjang jantung manusia. X Rajah 4 Apakah ciri struktur X? A Mempunyai ruang paling kecil B Mempunyai dinding yang kurang berotot C Mempunyai dinding berotot yang paling tebal D Mempunyai dinding berotot yang paling nipis 7 Rajah 5 menunjukkan pengekstrakan sejenis logam daripada bijihnya, iaitu X, di dalam relau bagas. X, arang kok dan batu kapur Gas relau Udara panas Timah lebur Sanga Udara panas Rajah 5 Apakah X? A Timah karbonat B Logam timah C Timah oksida D Serbuk timah 8 Antara gabungan unsur berikut, yang manakah membentuk bauksit? A Aluminium dan karbon B Aluminium dan oksigen C Aluminium dan hidrogen D Aluminium, oksigen dan karbon 9 Permukaan luar sebuah bikar yang mengandungi air menjadi sejuk selepas ammonium klorida dilarutkan di dalamnya. Apakah tindak balas yang berlaku? A Peneutralan B Penyesaran C Eksotermik D Endotermik 10 Antara rajah berikut, yang manakah menghasilkan arus aruhan? A C B D G G G G Solenoid G G G G Dawai penyambung digerakan G G G G Magnet pegun Dawai penyambung Solenoid G G G G (UASA) Tingkatan 3 U2 Tk 3 RC Sain UA(1-14)(10).indd 2 8/3/2023 11:07:17 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
(UASA) Tingkatan 3 11 Apakah yang berlaku kepada bacaan termometer selepas natrium hidrogen karbonat dilarutkan ke dalam asid hidroklorik? A Menurun B Meningkat C Tidak berubah D Menurun dan kemudian menaik 12 Satu peralatan elektrik dilabelkan 240 V, 800 W. Nilai arus dihitung dengan menggunakan rumus berikut. Arus (A) = Kuasa (W) Voltan (V) Apakah nilai fius yang paling sesuai digunakan pada peralatan elektrik itu? A 1 A C 5 A B 3 A D 13 A 13 Rajah 6 menunjukkan seorang lelaki menolak sebuah kereta dengan daya 200 N dari titik P ke titik Q. 2 m Q P Rajah 6 Hitung kerja yang dilakukan oleh lelaki itu. A 100 J B 200 J C 300 J D 400 J 14 Rajah 7 menunjukkan panjang suatu spring sebelum dan selepas satu beban seberat 20 N diletakkan di atasnya. 30 cm 25 cm 20 N Rajah 7 Hitung tenaga keupayaan kenyal yang dimiliki spring yang termampat itu. A 50 J C 0.5 J B 1.0 J D 0.1 J 15 Apakah kegunaan radium dalam bidang perubatan? A Merawat kanser B Merawat kecacatan otot C Menghasilkan ubat bius D Menghasilkan ubat penahan sakit 16 Atom P mempunyai 25 elektron. Atom ini telah kehilangan 2 elektron dan membentuk ion P. Apakah cas pada ion P? A Negatif 2 C Neutral B Positif 2 D Sifar 17 Fenomena yang manakah berlaku di permukaan Matahari? A Granul B Ribut radiasi suria C Ribut geomagnetik D Lingkaran Van Allen U3 Tk 3 RC Sain UA(1-14)(10).indd 3 8/3/2023 11:07:17 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
18 Apakah yang dimaksudkan dengan cuaca angkasa lepas? A Fenomena yang berlaku di semua bintang di alam semesta B Fenomena yang berlaku di permukaan Bumi dan angkasa lepas C Fenomena yang berlaku di permukaan Matahari dan angkasa lepas D Fenomena yang berlaku di permukaan Matahari sehingga mempengaruhi Bumi 19 Antara yang berikut, yang manakah aplikasi teknologi penderiaan jauh? A Alat komunikasi yang menghubungkan dua kawasan paling jauh di atas permukaan Bumi B Alat yang dihantar ke angkasa lepas bagi merekod aktiviti Matahari yang boleh menjejaskan Bumi C Alat peninjau kawasan yang lebih luas daripada spektrum mata manusia tanpa berada di kawasan tersebut D Alat komunikasi yang digunakan untuk menghubungkan orang yang berada di permukaan Bumi dan di angkasa lepas 20 Rajah 8 menunjukkan alat pertama dicipta untuk mencerap objek di angkasa lepas. Rajah 8 Apakah nama alat itu dan siapakah yang menciptanya? Alat Tokoh A Teropong bintang Edmund Halley B Satelit mikro William Herschel C Jam angkasa Hans Lippershey D Teleskop Galileo Galilei (UASA) Tingkatan 3 U4 Tk 3 RC Sain UA(1-14)(10).indd 4 8/3/2023 11:07:17 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
(UASA) Tingkatan 3 BAHAGIAN B [20 markah] Arahan: Jawab semua soalan. 1 Rajah 1 menunjukkan struktur respirasi pada seekor belalang. Trakeol Spirakel Rajah 1 (a) Namakan struktur respirasi berdasarkan setiap fungsi di bawah. Struktur respirasi Fungsi (i) Liang seni yang membenarkan udara masuk dan keluar dari trakea. (ii) Salur yang membawa gas respirasi ke sel-sel bagi proses pertukaran gas. [2 markah] (b) Lengkapkan peta buih di bawah tentang ciri-ciri trakeol. Luas permukaan yang besar Ciri-ciri trakeol (ii) (i) [2 markah] U5 Tk 3 RC Sain UA(1-14)(10).indd 5 8/3/2023 11:07:18 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Unsur atau sebatian pepejal yang terdapat di dalam kerak Bumi dikenali sebagai mineral. (a) Antara yang berikut, yang manakah unsur? Tandakan (3) pada kotak yang disediakan. Bauksit Timah Magnesium Kasiterit [2 markah] (b) Padankan setiap sebatian dengan unsur-unsur yang membentuknya. Sebatian Unsur-unsur (i) Hematit Ferum dan oksigen Magnesium dan oksigen (ii) Galena Plumbum dan sulfur [2 markah] 3 (a) Terdapat dua jenis transformer, iaitu transformer injak naik dan transformer injak turun. Padankan setiap rajah dengan jenis transformer yang betul. Gegelung primer Gegelung sekunder Gegelung primer Gegelung sekunder Transformer injak naik Transformer injak turun (i) (ii) [2 markah] (UASA) Tingkatan 3 U6 Tk 3 RC Sain UA(1-14)(10).indd 6 8/3/2023 11:07:18 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
(UASA) Tingkatan 3 (b) Rajah 2 menunjukkan dua bahagian pada plug 3-pin yang tidak dilabel. Lengkapkan Rajah 2 dengan perkataan yang betul. Dawai neutral Fius (ii) (i) Rajah 2 [2 markah] 4 (a) Zarah subatom terbahagi kepada tiga jenis, iaitu proton, elektron dan neutron. Labelkan zarah subatom pada Rajah 3 berdasarkan casnya. Neutron Cas: Neutral (i) Cas: Negatif (ii) Cas: Positif Rajah 3 [2 markah] (b) Tandakan () pada pernyataan yang benar dan (7) pada pernyataan yang salah tentang ion positif. (i) Ion positif ialah atom yang menerima elektron daripada atom lain. (ii) Ion positif dikenali juga sebagai kation. [2 markah] U7 Tk 3 RC Sain UA(1-14)(10).indd 7 8/3/2023 11:07:18 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 Rajah 4 menunjukkan dua model Sistem Suria, iaitu model geosentrik dan model heliosentrik. Model geosentrik Model geosentrik Model heliosentrik Model heliosentrik Rajah 4 (a) Berdasarkan Rajah 4, namakan model yang dibina oleh ahli astronomi di bawah. (i) Copernicus (ii) Ptolemy [2 markah] (b) Garisi jawapan yang betul tentang model Sistem Suria yang dibina oleh Kepler. (i) Orbit dalam Sistem Suria berbentuk (elips / bulatan). (ii) Pusat Sistem Suria ialah (Matahari / Bumi). [2 markah] BAHAGIAN C [60 markah] Arahan: Jawab semua soalan. 1 (a) Rajah 1.1 menunjukkan Razif dan Anita yang sedang berjoging di sebuah taman semasa pandemik COVID-19. Anita Razif Rajah 1.1 (UASA) Tingkatan 3 U8 Tk 3 RC Sain UA(1-14)(10).indd 8 8/3/2023 11:07:18 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
(UASA) Tingkatan 3 (i) Pada pendapat anda, individu yang manakah berjoging dengan cara yang betul? Terangkan jawapan anda. [3 markah] (ii) Razif ingin mengelakkan dirinya daripada dijangkiti COVID-19, lalu dia memakai pelitup muka yang tebal dan diperbuat daripada bahan plastik. Huraikan kesan pemakaian pelitup muka itu terhadap pertukaran gas karbon dioksida di alveolus. [3 markah] (b) Rajah 1.2 menunjukkan pertukaran gas respirasi, iaitu oksigen dan karbon dioksida, antara alveolus dengan kapilari darah. Oksigen Karbon dioksida Rajah 1.2 Nyatakan dua adaptasi struktur alveolus yang mempengaruhi kecekapan pertukaran gas respirasi itu. [2 markah] 2 (a) Rajah 2.1 menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh dua individu, P dan Q. tv10 P Q Rajah 2.1 Berdasarkan Rajah 2.1, jelaskan perbuatan individu P dan individu Q berdasarkan kerja yang dilakukan. [2 markah] U9 Tk 3 RC Sain UA(1-14)(10).indd 9 8/3/2023 11:07:19 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
(b) Rajah 2.2 menunjukkan Amira sedang menarik troli yang berisi buku seberat 10 kg sejauh 4 meter. 4 m 10 kg Rajah 2.2 (i) Berdasarkan Rajah 2.2, nyatakan arah daya yang bertindak pada troli itu. [1 markah] (ii) Nyatakan rumus untuk mengira kerja yang dilakukan. [1 markah] (iii) Berapakah kerja yang dilakukan oleh Amira? (Anggap daya graviti yang bertindak ke atas objek berjisim 1 kg ialah 10 N) [2 markah] (iv) Amira telah menambah beberapa buah buku seberat 5 kg di atas troli itu. Dia menarik troli itu sejauh 4 meter. Adakah kerja yang dilakukan oleh Amira sama dengan kerja yang dilakukan di 2(b)(iii)? Jelaskan jawapan anda. [2 markah] 3 Rajah 3 menunjukkan keratan rentas kepala manusia. P: Q: Rajah 3 (a) Namakan struktur yang berlabel P dan Q dalam Rajah 3. [2 markah] (b) Hidung merupakan organ deria bau. (i) Apakah rangsangan bagi organ deria bau? [1 markah] (ii) Huraikan bagaimana manusia dapat mengenal pasti pelbagai jenis bau. Menganalisis [2 markah] (UASA) Tingkatan 3 U10 Tk 3 RC Sain UA(1-14)(10).indd 10 8/3/2023 11:07:19 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
(UASA) Tingkatan 3 (c) Seorang budak lelaki berasa makanan yang dimakannya kurang sedap apabila terdapat pengumpulan banyak mukus di dalam rongga hidungnya. (i) Huraikan bagaimana deria bau boleh mempengaruhi deria rasa seseorang. Menganalisis [3 markah] (ii) Kenal pasti keadaan yang dihidapi oleh budak lelaki itu berdasarkan simptom yang dialaminya. [1 markah] (iii) Namakan satu bahan yang dihasilkan di dalam mulut yang membantu melarutkan bahan kimia dalam makanan. [1 markah] 4 Cuaca angkasa lepas ialah suatu fenomena yang berlaku pada permukaan Matahari dan di angkasa lepas. (a) Namakan satu fenomena yang berlaku (i) di permukaan Matahari (ii) di angkasa lepas [2 markah] (b) Rajah 4 menunjukkan tiga kesan gangguan terhadap sistem di Bumi kesan daripada cuaca angkasa lepas. R S T Rajah 4 (i) Nyatakan jenis sistem berdasarkan Rajah 4. [3 markah] (ii) Nyatakan satu kesan gangguan terhadap setiap sistem yang dinyatakan di 4(b)(i). [3 markah] (c) Aurora ialah pemandangan indah di langit kutub utara dan selatan yang juga dikaitkan dengan cuaca angkasa lepas kesan daripada aktiviti di Matahari. (i) Namakan fenomena yang menyebabkan berlakunya aurora. [1 markah] (ii) Berdasarkan pendapat anda, nyatakan kesan ekonomi daripada pembentukan aurora tersebut. [1 markah] U11 Tk 3 RC Sain UA(1-14)(10).indd 11 8/3/2023 11:07:19 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 Rajah 5 menunjukkan satu pokok di dalam pasu yang diletakkan di dalam rumah. Rajah 5 (a) Nyatakan bahagian tumbuhan yang menunjukkan (i) geotropisme positif (ii) fototropisme positif (iii) hidrotropisme positif [3 markah] (b) Nyatakan jenis gerak balas yang ditunjukkan oleh tumbuhan berdasarkan jawapan anda di 5(a). [1 markah] (c) Apakah kepentingan jenis gerak balas yang dinyatakan di 5(b) kepada tumbuhan? [1 markah] (d) Dengan pengetahuan anda tentang rangsangan dan gerak balas tumbuhan, huraikan satu cara untuk membuatkan batang pokok dalam Rajah 5 membengkok ke arah kiri. Anda dibekalkan dengan bahan-bahan berikut: • Kotak hitam bersaiz besar • Gunting Masukkan rajah dalam huraian anda. [3 markah] (e) Terdapat sesetengah tumbuhan menunjukkan gerak balas positif terhadap sentuhan. (i) Namakan gerak balas itu. [1 markah] (ii) Akar menunjukkan gerak balas yang negatif terhadap sentuhan. Bincangkan. [3 markah] (UASA) Tingkatan 3 U12 Tk 3 RC Sain UA(1-14)(10).indd 12 8/3/2023 11:07:19 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
(UASA) Tingkatan 3 6 Rajah 6.1 menunjukkan keratan rentas satu organ pada tumbuhan yang merupakan tempat utama berlakunya proses transpirasi. Rajah 6.1 (a) (i) Namakan organ yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1. [1 markah] (ii) X ialah stoma, iaitu struktur yang membenarkan wap air meresap keluar semasa transpirasi. Labelkan X pada Rajah 6.1. [1 markah] (b) Sekumpulan murid ingin mengkaji kesan pergerakan udara terhadap kadar transpirasi. Mereka telah menyediakan dua set radas yang sama seperti ditunjukkan dalam Rajah 6.2. Kapas Pokok keembung Lapisan minyak Rajah 6.2 (i) Set radas pertama (dilabel A) diletakkan di bawah kipas yang berputar laju. Cadangkan tempat yang sesuai untuk meletakkan set radas kedua (set B). Wajarkan cadangan anda. [2 markah] U13 Tk 3 RC Sain UA(1-14)(10).indd 13 8/3/2023 11:07:20 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
(ii) Selepas satu jam, penimbang elektronik dalam Set A menunjukkan pengurangan jisim sebanyak 35 g. Ramalkan pengurangan jisim pada penimbang elektronik bagi Set B. Terangkan jawapan anda. [3 markah] (c) Pokok kaktus yang hidup di kawasan tandus seperti gurun mempunyai daun terubah suai berbentuk duri. Nyatakan kepentingan ciri tersebut. [2 markah] (d) Rajah 6.3 menunjukkan sebatang pokok keembung dengan bunga berwarna putih yang direndam dalam larutan dakwat biru. Setelah dua puluh minit, pisau digunakan untuk melakukan keratan rentas batang. Pokok keembung Larutan dakwat biru Rajah 6.3 (i) Lorek tisu yang akan diwarnakan biru pada keratan rentas batang di bawah. [1 markah] (ii) Berdasarkan jawapan di 6(d)(i), terangkan pemerhatian anda. [2 markah] (UASA) Tingkatan 3 U14 Tk 3 RC Sain UA(1-14)(10).indd 14 8/3/2023 11:07:20 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
J1 Jawapan TINGKATAN 1 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahagian A 1 B 2 B 3 A 4 B 5 D 6 C 7 C 8 D 9 D 10 D 11 A 12 B 13 A 14 A 15 B 16 D 17 D 18 B 19 C 20 B Bahagian B 1 (a) – Seni bina ialah kajian tentang reka bentuk bangunan. – Geologi ialah kajian tentang batu dan tanah yang membentuk Bumi (b) (i) Ammonia (ii) Merkuri 2 (a) X: Nukleus Y: Kloroplas (b) Dinding sel – Mengekalkan bentuk sel Membran sel – Mengawal bahan-bahan yang keluar atau masuk ke dalam sel 3 (a) (i) Mekanisme pembetulan diaktifkan (ii) Mekanisme pembetulan dinyahaktifkan (b) (i) menurun (ii) lebih 4 (a) P: Ovari Q: Tiub Fallopio R: Faraj (b) Testis – Menghasilkan sperma dan hormon seks lelaki Zakar – Organ yang terdiri daripada tisu-tisu lembut yang kaya dengan salur darah 5 (a) (i) Cermin cembung (ii) Cermin cekung (b) – Dipasang pada bahagian dasar teleskop – Digunakan pada cermin pergigian Bahagian C 1 (a) Pendebungaan (b) (i) Proses 1: Pendebungaan sendiri Proses 2: Pendebungaan sendiri Proses 3: Pendebungaan kacuk (ii) Tiada variasi pada anak yang terhasil dan anak mewarisi semua sifat induk termasuk ciri yang tidak dikehendaki. (iii) – Anak pokok dengan varieti baharu terhasil – Anak pokok dengan kualiti yang lebih baik daripada induk terhasil seperti menghasilkan lebih banyak buah, tahan penyakit dan cepat matang (c) (i) Serangga (ii) Berwarna terang, wangi dan menghasilkan nektar (iii) Dengan memelihara kelulut, selain daripada mendapat madu, pekebun dapat mengurangkan pengunaan racun perosak dan kelulut juga bertindak sebagai agen pendebungaan. 2 (a) (i) Pepejal/Cecair/Gas (ii) Pepejal – bentuk dan isi padu tetap Cecair – bentuk mengikut bekas dan isi padu tetap Gas – bentuk mengikut bekas dan isi padu mengikut isi padu bekas (b) Zarah-zarah gas sangat jauh antara satu sama lain dan mempunyai ruang yang besar untuk bergerak. (c) Isi padu larutan campuran tidak mencecah 100 cm3 kerana terdapat ruang antara zarah cecair. Zarah-zarah larutan X mengisi ruang antara zarah larutan Y. (d) Apabila sesuatu bahan mengalami perubahan fizik, jisimnya tidak berubah kerana kuantiti zarah-zarah tidak berubah apabila bahan dipanaskan atau disejukkan. Perubahan hanyalah berlaku pada tenaga kinetik zarahzarah bahan. Tk 1-3 RC Sain UA Jaw(1-6).indd 1 8/3/2023 11:13:41 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
J2 Jawapan 3 (a) Spektrum cahaya (b) Apabila satu alur cahaya putih dilalukan menerusi sebuah prisma kaca, setiap warna komponennya dibiaskan pada sudut yang berbeza kerana warna-warna ini bergerak pada kelajuan yang berbeza. Hasilnya cahaya putih terpisah kepada tujuh warna komponennya. Jalur cahaya berwarna ini disebut spektrum. (c) Titisan air hujan bertindak seperti sebuah prisma kaca. Apabila sinar cahaya matahari (cahaya putih) masuk ke dalam titisan air hujan, sinar cahaya matahari akan dibiaskan kerana bergerak dari medium udara ke medium air. Warna komponennya akan dibiaskan dan disebarkan pada sudut yang berbeza. Cahaya yang tersebar ini mengalami pantulan dalam penuh sebelum keluar dari titisan air. Sinar cahaya ini dibiaskan sekali lagi semasa keluar dari titisan air. Ini menyebabkan pelangi terbentuk. (d) Siang Senja Semasa cahaya matahari bergerak melalui atmosfera Bumi, ia berlanggar dengan habuk dan molekulmolekul gas. Molekulmolekul gas ini menyerakkan cahaya matahari ke semua arah. Cahaya ungu, indigo dan biru diserakkan paling banyak kerana jarak gelombangnya lebih pendek berbanding dengan cahaya merah. Maka, langit kelihatan biru. Pada lewat petang, Matahari berada rendah di kaki langit. Cahaya matahari terpaksa melalui jarak yang lebih jauh melalui atmosfera untuk tiba ke mata pemerhati. Sesampainya cahaya matahari ke mata pemerhati, kebanyakan cahaya ungu, indigo dan biru telah diserakkan jauh oleh habuk dan molekul gas. Hanya cahaya merah, jingga dan kuning yang kurang diserakkan tiba ke mata pemerhati. Oleh itu, langit kelihatan berwarna jingga kemerahan. (e) Ungu Merah Sinar cahaya Cermin satah Besen Air Merah Jingga Kuning Hijau Biru Indigo Ungu Skrin putih Besen diisikan dengan air dan diletakkan di atas meja. Satu cermin satah dimasukkan ke dalam besen tersebut. Makmal digelapkan dengan menutup tingkap dan langsir. Suis kotak sinar dihidupkan. Satu sinar cahaya dihalakan ke cermin satah. Cermin satah diselaraskan kedudukannya untuk mendapat spektrum warna yang jelas pada skrin putih. 4 (a) Ferum sulfida (b) Tiada perubahan, iaitu hasil tindak balas itu tidak tertarik kepada magnet (c) (i) Elektrolisis (ii) Pemanasan (d) – Unsur-unsurnya terikat oleh ikatan kimia – Melibatkan pembebasan haba atau penyerapan haba semasa pembentukannya (e) Campuran Sebatian Disediakan dengan kaedah fizikal Disediakan dengan kaedah kimia Komposisi unsur tidak tetap Komposisi unsur tetap Tidak melibatkan perubahan tenaga Melibatkan pembebasan atau penyerapan tenaga 5 (a) Transpirasi (b) Suhu, keadaan angin (c) Sel pengawal (d) Pada hari yang panas terik, transpirasi berterusan menyebabkan sel pengawal mengecut lalu menyebabkan stoma tertutup. Hal ini mengurangkan kehilangan air dari daun melalui transpirasi. (e) Pemboleh ubah dimanipulasikan – Suhu persekitaran/ Keadaan persekitaran Tk 1-3 RC Sain UA Jaw(1-6).indd 2 8/3/2023 11:13:41 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
J3 Pemboleh ubah bergerak balas – Keadaan pokok bunga 6 (a) (i) X, Y, Z (ii) Kadar resapan dalam pepejal paling rendah. Hal ini kerana ruang antara zarah pepejal adalah paling kecil. Kadar resapan dalam gas paling tinggi. Hal ini kerana ruang antara zarah gas adalah paling besar. Zarah-zarah gas bergerak dengan pantas. (b) (i) Penyejatan (ii) Panaskan air laut itu/ Letakkan di bawah kipas/ Tuangkan ke dalam bekas yang mempunyai permukaan terdedah yang lebih besar (c) (i) Campuran/Mixture (ii) Air laut ialah campuran air tulen dan bahan ionik terlarut. (d) Kepingan plastik Titisan air Air laut Gelas Besen Isi sebuah besen dengan air laut. Biarkan semalaman supaya air laut tersejat pada kepingan plastik. Wap air terkondensasi kepada titisan air tulen. Titisan air tulen terkumpul di dalam gelas. TINGKATAN 2 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahagian A 1 A 2 C 3 D 4 C 5 A 6 B 7 C 8 A 9 D 10 D 11 A 12 C 13 C 14 B 15 A 16 C 17 B 18 B 19 A 20 B Bahagian B 1 (a) Haiwan X bertulang belakang Haiwan Y mempunyai rangka luar yang keras (b) (i) Homoioterma, Bertelur (ii) Poikiloterma, Bertelur 2 (a) X: Oksigen Y: Karbon dioksida (b) Karbon dioksida + Air → Oksigen + Glukosa 3 (a) (i) patogen (ii) bakteria (b) (i) vaksin (ii) antiserum 4 (a) – Mengukur kedalaman lautan – Membantu kelawar mengesan objek (b) (i) Betul (ii) Palsu (iii) Betul 5 (a) Zuhal – Planet yang mempunyai sistem gelang Zuhrah – Planet yang berputar dari timur ke barat pada paksinya (b) X: Musytari Y: Uranus Bahagian C 1 (a) L: Protein M: Karbohidrat, protein, lemak (b) K: amilase M: protease, lipase (c) (i) Cecair hempedu (ii) Mengemulsikan lemak dan minyak kepada globul-globul kecil. (d) (i) Pundi hempedu (ii) Set B kerana set B mengandungi makanan seimbang yang lengkap dengan karbohidrat, protein, serat dan vitamin. Set B juga mengikut sukatan pinggan sihat Malaysia, iaitu suku-suku separuh seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Set A tidak sesuai kena mengandungi makanan segera yang tinggi dengan lemak trans dan gula yang boleh meningkatkan aras kolesterol darah. 2 (a) (i) Tekanan udara di luar tin menghalang susu daripada mengalir keluar menerusi lubang. (ii) Tebuk satu lagi lubang bertentangan dengan lubang yang pertama. (iii) Lubang kedua dibuat bertentangan dengan lubang pertama untuk membolehkan udara masuk ke dalam tin semasa susu mengalir keluar menerusi lubang pertama. Udara masuk melalui lubang kedua dan mengimbangkan tekanan udara di dalam dan di luar tin. Tekanan udara ini menolak susu keluar melalui lubang pertama. Hasilnya, susu mengalir berterusan melalui lubang pertama. Tk 1-3 RC Sain UA Jaw(1-6).indd 3 8/3/2023 11:13:42 AM Jawapan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
J4 Jawapan (b) (i) Tekanan udara di X lebih tinggi daripada Y. (ii) Apabila pelocok ditolak ke bawah, udara dipaksa keluar dari bawah penyedut getah lalu tekanan udara di Y dikurangkan. Apabila pelocok ditarik ke atas, isi padu udara di bawah penyedut getah bertambah. Ini mengurangkan lagi tekanan udara di Y. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar penyedut getah menekan penyedut getah dan menolak sisa kotoran yang menyumbat singki lalu menyebabkan air mengalir keluar daripada saliran. 3 (a) (i) C (ii) A (b) (i) Amplitud Masa (ii) Amplitud Masa (c) (i) Gelombang ultrabunyi ialah gelombang bunyi dengan frekuensi melebihi 20 000 Hz. (ii) Pemancar gelombang ultrabunyi pada kapal perang menghasilkan gelombang ultrabunyi yang ditujukan ke dalam laut. Apabila gelombang ultrabunyi terkena kapal selam, gelombang bunyi terpantul semula ke kapal perang dan dikesan oleh penerima gelombang ultrabunyi. Masa yang diambil untuk penghantaran dan penerimaan gelombang tersebut digunakan untuk menganggarkan jarak kapal selam dari kapal perang. (iii) Prosedur kawalan kualiti (d) 1. Balut pembalut plastik di atas mangkuk. Pastikan pembalut plastik itu ketat dan tidak kendur dengan mengikat menggunakan gelang getah. 2. Letakkan beberapa hablur gula berwarna di bahagian tengah pembalut plastik. 3. Cuba bercakap dengan nada perlahan berhampiran mangkuk kaca dan perhatikan gerak balas gula. 4. Kemudian, bercakap dengan nada yang kuat dan perhatikan gerak balas gula. 5. Gelombang bunyi menyebabkan pembalut plastik bergetar, lalu menyebabkan gula turut bergetar. 4 (a) (i) X (ii) Kandungan haba air di dalam X lebih tinggi daripada di dalam Y kerana air di dalam X mempunyai isi padu yang lebih besar. (iii) Suhu, jisim dan jenis bahan. (b) (i) P → Q → R (ii) Bahan R mengalami penurunan haba yang paling sedikit. Maka, bahan R ialah penebat haba paling baik antara ketiga-tiga bahan. (c) Kerajang aluminium Cawan besar Bebola Cawan kecil kapas 1. Letakkan cawan plastik yang lebih kecil di dalam cawan plastik yang lebih besar dan isikan celah antara dua cawan dengan bahan penebat yang diingini (kertas, kapas). 2. Isikan cawan yang lebih kecil dengan cecair panas dan balut seluruh cawan dengan kerajang aluminium. 3. Gunakan pita pelekat untuk menutup termos jika perlu. 5 (a) Beralkali – koko, peria Berasid - Asam jawa, mangga (b) (i) X: Tiada perubahan Y: Menjadi merah Tk 1-3 RC Sain UA Jaw(1-6).indd 4 8/3/2023 11:13:42 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
J5 (ii) Asid hanya menunjukkan sifatsifatnya dengan kehadiran air. (c) (i) Guna serbuk bikarbonat (ii) Sengat semut api adalah berasid. Serbuk bikarbonat yang bersifat alkali dapat meneutralkan sengat semut api. 6 (a) X – litar bersiri Y – litar selari (b) X Y R = R1 + R2 = (3 + 3) W = 6 W I = V R = 6 6 = 1A 1 R = 1 R1 + 1 R2 = 1 3 + 1 3 = 2 3 W R = 3 2 W = 1.5 W I = V R = 6 1.5 = 4 A (c) (i) Q tidak menyala (ii) S kekal menyala (d) V = 1.5 V + 1.5 V = 3 V Rintangan berkesan bagi Q dan R 1 R = 1 4 + 1 4 1 R = 2 4 R = 2 W Rlitar = RP + Rselari (Q dan R) = 4 W + 2 W = 6 W I = V R = 3 6 = 0.5 A TINGKATAN 3 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahagian A 1 B 2 B 3 C 4 C 5 A 6 C 7 C 8 B 9 D 10 D 11 A 12 C 13 D 14 C 15 A 16 B 17 A 18 C 19 C 20 D Bahagian B 1 (a) (i) Spirakel (ii) Trakeol (b) (i) Dinding yang nipis (ii) Dinding yang lembap 2 (a) Magnesium, timah (b) (i) Ferum dan oksigen (ii) Plumbum dan sulfur 3 (a) (i) Transformer injak naik (ii) Transformer injak turun (b) (i) Dawai bumi (ii) Dawai hidup 4 (a) (i) Elektron (ii) Proton (b) (i) X (ii) √ 5 (a) (i) Model heliosentrik (ii) Model geosentrik (b) (i) elips (ii) Matahari Bahagian C 1 (a) (i) Anita. Dia tidak memakai pelitup muka. Pertukaran gas semasa berlari dapat berlaku dengan sempurna. (ii) Karbon dioksida berkumpul di dalam pelitup hidung dan mulut semasa hembusan nafas. Udara sedutan di dalam alveolus mengandungi kepekatan karbon dioksida lebih tinggi berbanding dengan kepekatan karbon dioksida di dalam kapilari darah. Karbon dioksida meresap ke dalam kapilari darah dan dibawa ke sel-sel badan. (b) Dinding alveolus yang nipis / Dinding alveolus yang lembap / Luas permukaan yang besar / Jaringan kapilari darah yang padat 2 (a) Individu P tidak melakukan kerja kerana tiada sesaran. Individu Q melakukan kerja kerana terdapat sesaran pada tangannya. (b) (i) Mendatar (ii) Kerja yang dilakukan, W = Daya (F) X Sesaran (s) (iii) Kerja = (10 × 10) N × 4 m = 400 J (iv) Tidak sama. Daya (berat) semakin bertambah akan mempengaruhi jumlah kerja yang dilakukan. 3 (a) P: Sel deria bau (reseptor bau) Q: Rongga hidung (b) (i) Bahan kimia (ii) Bahan kimia masuk ke dalam rongga hidung dan melarut Tk 1-3 RC Sain UA Jaw(1-6).indd 5 8/3/2023 11:13:42 AM Jawapan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
J6 Jawapan di dalam lapisan mukus pada permukaan sel deria bau (reseptor bau). Sel deria bau dirangsang untuk menghasilkan impuls saraf dan kemudiannya dihantar ke otak untuk mengenal pasti jenis bau itu. (c) (i) Kedua-dua deria bau dan deria rasa bekerjasama dalam meningkatkan deria rasa. Pengumpulan mukus yang tebal menghalang sel deria bau (reseptor bau) mengesan bahan kimia yang terdapat di dalam rongga hidung. Apabila deria bau tidak dapat digunakan, hanya deria rasa dirangsang untuk mengesan rasa. (ii) Selesema (iii) Air liur 4 (a) (i) Nyalaan suria / Semarak suria (prominen) / Tompok Matahari / Lentingan jisim korona (ii) Angin suria / Ribut pancaran suria / Ribut geomagnet (b) (i) R : Sistem telekomunikasi S : Sistem navigasi T : Sistem grid kuasa (ii) R : Tiada isyarat radio atau televisyen S : Ralat dalam sistem tunjuk arah kapal T : Gangguan bekalan elektrik (c) (i) Angin suria (ii) Memajukan industri pelancongan 5 (a) (i) Akar (ii) Pucuk (iii) Akar (b) Tropisme (c) Tumbuhan dapat bergerak balas terhadap rangsangan seperti cahaya, graviti dan air untuk menjamin kelestarian dan kemandirian tumbuhan. (d) Bukaan Kotak hitam – Buat bukaan di bahagian kiri kotak dengan menggunakan gunting. – Cahaya sehala dari arah kiri menyebabkan pucuk dan batang tumbuhan membengkok ke arah kiri bagi mendapatkan sumber cahaya. (e) (i) Tigmotropisme (ii) – Akar bertumbuh lebih jauh ke dalam tanah. – Akar mengelak sebarang objek yang menghalangnya. – Supaya akar dapat mencari sumber air. 6 (a) (i) Daun (ii) X (b) (i) Di dalam bilik tanpa kipas. Pergerakan udara lebih perlahan (ii) Kurang daripada 35 g / 2 – 10 g Pergerakan udara lebih perlahan / Tiada pergerakan udara. Kadar transpirasi menjadi lebih lambat menyebabkan lebih sedikit air yang tersejat. (c) Luas permukaan setiap daun berkurang / Bilangan stoma berkurang. Kadar transpirasi menjadi rendah. (d) (i) (ii) Tisu berwarna biru ialah xilem. Larutan dakwat biru meresap dari akar ke daun melalui batang bagi menggantikan air yang hilang semasa transpirasi. Tk 1-3 RC Sain UA Jaw(1-6).indd 6 8/3/2023 11:13:43 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.