The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2026-04-28 01:57:36

Teks Efektif STPM Bahasa Melayu Sem 1

Teks Efektif STPM Bahasa Melayu Sem 1

PENERBIT ILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Skema Pentaksiran STPM.......................................................................................................................................................ivJadual Analisis Soalan STPM Bahasa Melayu Kertas 1 (2026)............................................................................................. v Ulasan Soalan STPM Bahasa Melayu Kertas 1 (2026) ..........................................................................................................viBAB 1 Fonetik1.1 Konsep fonetik 21.2 Alat pertuturan 51.3 Penggolongan dan penghasilan bunyi bahasa 101.4 Transkripsi fonetik sebutan baku 32Tinjau Bab 42Fokus STPM 1 47BAB 2 Fonologi2.1 Definisi dan konsep fonologi 562.2 Sebutan baku 602.3 Sistem ejaan bahasa Melayu 79Tinjau Bab 107Fokus STPM 2 112BAB 3 Pembacaan dan Pemahaman Kritis3.1 Pembacaan dan Pemahaman Kritis 1223.2 Konsep Membaca 125Tinjau Bab 134Fokus STPM 3 138Kertas Model STPM 1 144Kertas Model STPM 2 155Jawapan 166Kandunganiii00_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KAND_3rd.indd 3PENERBIT 4/14/26 1:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Semester PengajianKod dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Masa PentadbiranSemester 1910/1 Bahasa Melayu 1Ujian Bertulis 100%(33.33%)2 jam 30 minitPentaksiran berpusatBahagian A:• Soalan aneka pilihan• 30 soalan• Jawab semua soalan30Bahagian B:• Soalan berstruktur • Jawab semua soalan30Bahagian C:• Soalan berstruktur • Jawab semua soalan40Semester 2910/2 Bahasa Melayu 2Ujian Bertulis 100%(33.33%)2 jam 30 minitPentaksiran berpusatBahagian A:• Soalan aneka pilihan• 40 soalan• Jawab semua soalan40Bahagian B:• Soalan berstruktur • Jawab semua soalan60Semester 3910/3 Bahasa Melayu 3Ujian Bertulis 100%(33.33%)2 jam 30 minitPentaksiran berpusatBahagian A:• Soalan aneka pilihan• 30 soalan• Jawab semua soalan30Bahagian B:• Soalan berstruktur • Jawab semua soalan30Bahagian C:• Soalan esei• Tiga soalan diberikan• Pilih satu soalan40Skema Pentaksiran STPMiv00_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KAND_3rd.indd 4PENERBIT 4/14/26 1:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Jadual Analisis Soalan STPM Bahasa Melayu Kertas 1 (2026)Bahagian A (Soalan Aneka Pilihan) dan Bahagian B (Soalan Berstruktur)Tajuk dan Subtajuk Bahagian A (Aneka Pilihan)Bahagian B(Berstruktur) Jumlah1 Fonetik1.1 Konsep Fonetik 1 1 21.2 Alat Pertuturan 1 1 21.3 Penggolongan dan Penghasilan Bunyi Bahasa 16 2 181.4 Transkripsi Fonetik Sebutan Baku 2 2 32 Fonologi2.1 Definisi dan Konsep Fonologi 2 1 32.2 Sebutan Baku 4 2 72.3 Sistem Ejaan Bahasa Melayu 4 1 5Jumlah Soalan 30 10 40Bahagian C (Soalan Berstruktur)Tajuk dan Subtajuk Soalan3.0 Pembacaan dan Pemahaman KritisMenjelaskan maksud perkataan, frasa, rangkai kata atau ayat dalam perenggan S41Mengenal pasti idea atau fakta S42Membezakan fakta dengan pendapat penulis S43Menyusun dan mengolah idea atau fakta S44Membuat inferens, ramalan, mesej dan kesimpulan –Memberikan pandangan, ulasan atau kritikan terhadap teks S45v00_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KAND_3rd.indd 5PENERBIT 4/14/26 1:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Bahagian A: Soalan Aneka PilihanNo. SoalanTajuk dan Subtajuk Ulasan Cadangan Jawapan1 Fonetik – Konsep FonetikSoalan ini meminta calon untuk mengenal pasti konsep fonetik yang benar berdasarkan pernyataan yang diberikan. Terdapat hanya satu pernyataan yang benar dalam pilihan jawapan, iaitu B dengan kata kuncinya ialah “...cara bunyi bahasa dihasilkan”.B2 Fonetik – Alat PertuturanSoalan ini meminta calon untuk mengenal pasti alat pertuturan yang terlibat dalam proses nasalisasi atau penyengauan. Udara dari paru-paru merentasi rongga hidung (I) dan lelangit lembut (III) diturunkan semasa penghasilan bunyi nasal. Jawapan yang paling tepat ialah B. B3 Fonetik – Penggolongan dan Penghasilan Bunyi BahasaSoalan ini meminta calon untuk membezakan alat pertuturan dengan menentukan ciri-ciri yang menentukan jenis-jenis vokal. Keadaan bibir sama ada bundar atau hampar dan kedudukan tinggi rendah lidah menentukan jenis penghasilan bunyi vokal semasa diujarkan. Jawapan yang paling tepat ialah A.A4 Fonetik – Penggolongan dan Penghasilan Bunyi BahasaSoalan ini meminta calon untuk mengenal pasti lambang fonetik yang betul bagi bunyi vokal I dan II dalam rajah keratan rentas lidah. Calon berkemungkinan tersalah dalam menentukan kedudukan vokal depan separuh tinggi [e] dengan vokal tengah [ə]. Oleh itu, calon perlu mengingati kedudukan bunyi vokal dalam rajah keratan rentas lidah dengan baik. Jawapan yang paling tepat bagi soalan ini ialah C.C5 Fonetik – Penggolongan dan Penghasilan Bunyi BahasaSoalan ini mengkehendaki calon untuk mengenal pasti vokal separuh sempit pada suku kata tertutup. Calon perlu mengenal pasti vokal separuh sempit yang wujud dalam suku kata yang diakhiri dengan konsonan terlebih dahulu sebelum menentukan perkataan yang mengandungi vokal depan separuh sempit. Oleh hal yang demikian, jawapan D merupakan jawapan yang tepat kerana sebutan perkataan gelempangan ialah [ɡə.lem.pa.ŋãn].D6 Fonetik – Penggolongan dan Penghasilan Bunyi BahasaSoalan ini mengkehendaki calon untuk mengenal pasti vokal asli e-taling dalam perkataan yang berhuruf condong. Calon mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk melakukan kesilapan dalam membezakan vokal e-taling dengan e-pepet khususnya bagi perkataan selak, membelanya, rendang dan semak. Walau bagaimanapun, jawapan yang paling tepat ialah D. D7 Fonetik – Penggolongan dan Penghasilan Bunyi BahasaCalon dikehendaki untuk mengenal pasti bunyi vokal yang terhasil dengan cara yang diberikan sebelum mengenal pasti pasangan perkataan yang kedua-duanya mempunyai bunyi vokal tersebut. Bunyi vokal yang menepati pernyataan “bahagian depan lidah diangkat setinggi-tingginya, keadaan bibir terhampar dan udara keluar melalui rongga mulut dan hidung tanpa halangan” ialah bunyi vokal /i/. Oleh hal yang demikian, jawapan A merupakan jawapan yang paling tepat bagi soalan ini.AUlasan Soalan STPM Bahasa Melayu Kertas 1 (2026)vi00_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KAND_3rd.indd 6PENERBIT 4/14/26 1:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


No. SoalanTajuk dan Subtajuk Ulasan Cadangan Jawapan8 Fonetik – Penggolongan dan Penghasilan Bunyi BahasaCalon dikehendaki untuk mengenal pasti cara penghasilan bunyi bahasa yang betul bagi bunyi [ɲ]. Calon mestilah mengetahui daerah artikulasi dan artikulator yang tepat dalam penghasilan bunyi tersebut. Oleh hal yang demikian, jawapan yang paling tepat ialah C.C9 Fonetik – Penggolongan dan Penghasilan Bunyi BahasaCalon dikehendaki untuk mengkategorikan bunyi bahasa mengikut cara penghasilan dan daerah artikulasi yang dikemukakan, iaitu gusi, lelangit lembut, anak tekak dan gusi lelangit keras. Calon mestilah mengetahui cara penghasilan bunyi konsonan pinjaman secara geseran dan letupan dengan tepat sebelum menentukan padanan yang tepat antara konsonan pinjaman I, II, III, dan IV. Oleh hal yang demikian, jawapan yang paling tepat ialah B.B10 Fonetik – Penggolongan dan Penghasilan Bunyi BahasaCalon dikehendaki untuk mengenal pasti contoh perkataan berdasarkan cara penghasilan bunyi bahasa bagi X (letupan gusi tak bersuara /t/ dan letupan gusi bersuara /d/) dan Y (letupan lelangit lembut tak bersuara /k/ dan letupan lelangit lembut bersuara /g/). Calon mestilah mengenal pasti bunyi bahasa ini terlebih dahulu sebelum menentukan pasangan perkataan yang mengandungi bunyi-bunyi bahasa tersebut. Oleh hal yang demikian, jawapan yang paling tepat ialah C dengan perkataan tunduk dan kaget.C11 Fonetik – Penggolongan dan Penghasilan Bunyi BahasaCalon dikehendaki untuk mengenal pasti diftong yang terdapat dalam kesemua perkataan dalam kumpulan perkataan dengan tepat. Perkataan gemalai, saudaradan konvoi menepati ciri-ciri bunyi diftong. Oleh hal yang demikian, jawapan yang paling tepat ialah D.D12 Fonetik – Penggolongan dan Penghasilan Bunyi BahasaCalon dikehendaki untuk mengenal pasti bunyi konsonan hentian glotis dalam pilihan jawapan yang diberikan. Bunyi hentian glotis ini hadir dalam bentuk penyisipan di antara vokal rangkap seperti e-e, e-i dan a-a dalam perkataan keenakan dan keistimewaan. Oleh hal yang demikian, jawapan yang paling tepat ialah B.B13 Fonetik – Penggolongan dan Penghasilan Bunyi BahasaCalon dikehendaki untuk mengenal pasti digraf dalam kumpulan perkataan. Dua huruf konsonan yang mewakili satu fonem merujuk istilah digraf seperti /ɣ/, /x/ dan /ŋ/ yang terdapat dalam perkataan ghaib, khabar dan ngilu. Oleh hal yang demikian, jawapan yang paling tepat ialah A.A14 Fonetik – Penggolongan dan Penghasilan Bunyi BahasaCalon dikehendaki untuk mengenal pasti contoh perkataan yang kesemuanya mengandungi vokal rangkap. Berbeza dengan penghasilan bunyi diftong, vokal rangkap terhasil dengan kehadiran bunyi vokal secara berturutan dalam dua suku kata yang berlainan. Oleh hal yang demikian, jawapan A merupakan jawapan yang paling tepat bagi soalan ini. Perkataan auto, kurau dalam pilihan jawapan B, amboi, tupai dalam pilihan jawapan C, rambai, pulau dalam pilihan jawapan Dadalah tidak tepat kerana bunyi-bunyi ini merupakan bunyi diftong.A15 Fonetik – Penggolongan dan Penghasilan Bunyi BahasaCalon dikehendaki untuk mengenal pasti pasangan kata yang mempunyai suku kata akhirnya dimulai oleh konsonan bersuara. Calon mestilah boleh mengenal pasti konsonan bersuara pada suku kata akhir dalam pasangan kata tersebut. Pilihan jawapan A mempunyai ciri tersebut apabila suku kata akhir dalam kata /pandaŋ/ dan /tərbaŋ/ terdiri daripada konsonan /d/ dan /b/, lantas menjadikan jawapan A sebagai jawapan yang paling tepat.Avii00_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KAND_3rd.indd 7PENERBIT 4/14/26 1:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


No. SoalanTajuk dan Subtajuk Ulasan Cadangan Jawapan16 Fonetik – Penggolongan dan Penghasilan Bunyi BahasaCalon dikehendaki untuk mengenal pasti cara penghasilan bunyi bahasa dengan menentukan cara penghasilan kedua-dua bunyi pertama pada suku kata kedua dalam perkataan /bəntaŋ/ dan /bəndaŋ/. Kedua-dua bunyi [t] dan [d] dihasilkan pada tempat sentuhan alat pertuturan yang sama. Oleh hal yang demikian, pilihan jawapan yang paling tepat ialah D.D17 Fonetik – Penggolongan dan Penghasilan Bunyi BahasaCalon dikehendaki untuk mengenal pasti contoh perkataan berdasarkan bunyi bahasa yang melibatkan penurunan lelangit lembut sebagai cara penghasilan bunyi. Konsonan sengauan seperti [ŋ] dan [ɲ] dalam perkataan keringat dan lenyapmenepati kehendak soalan ini. Oleh hal yang demikian, jawapan yang paling tepat ialah D.D18 Fonetik – Penggolongan dan Penghasilan Bunyi BahasaCalon dikehendaki untuk mengenal pasti contoh perkataan berdasarkan bunyi bahasa dan cara penghasilan bunyi yang dinyatakan. Bunyi bahasa yang dihasilkan dengan cara tersebut merupakan bunyi [m]. Perkataan muflis dan kembungmenepati cara penghasilan bunyi bahasa tersebut. Oleh hal yang demikian, jawapan yang paling tepat ialah A.A19 Fonetik – Transkripsi Fonetik Sebutan BakuCalon dikehendaki untuk mengenal pasti penggunaan transkripsi fonetik yang betul bagi perkataan merengkok. Jawapan C merupakan jawapan yang paling tepat bagi soalan ini, iaitu [mə̃.reŋ.koʔ]. C20 Fonetik – Transkripsi Fonetik Sebutan BakuCalon dikehendaki untuk mengenal pasti penggunaan transkripsi fonetik yang betul bagi perkataan pengenyahtoksidan. Jawapan C merupakan jawapan yang paling tepat bagi soalan ini, iaitu [pə.ŋə̃.ɲãh.tok.si.dan]. Huruf /k/ dalam perkataan tersebut tidak mengalami perubahan hentian glotis kerana kata tersebut merupakan kata pinjaman.C21 Fonologi – Definisi dan Konsep FonologiCalon dikehendaki untuk mengenal pasti definisi alofon dengan tepat berdasarkan pernyataan yang dikemukakan dalam pilihan jawapan. Unit bunyi bahasa yang terkecil pada A dan unit bahasa yang membezakan makna kata pada C merujuk definisi fonem manakala pernyataan unit bahasa yang diwakili oleh satu lambang fonetik pada D ialah definisi huruf. Oleh hal yang demikian, jawapan yang tepat ialah B kerana alofon merujuk kelainan bunyi bagi sesuatu fonem.B22 Fonologi – Definisi dan Konsep FonologiCalon dikehendaki untuk memberikan contoh pasangan minimal yang terdapat dalam pasangan perkataan yang diberikan dalam soalan. Calon mestilah menentukan pasangan perkataan yang paling tepat untuk menentukan perbezaan fonem /a/ dan /i/ dengan berpandukan konsep pasangan minimal, iaitu pasangan kata yang mempunyai bentuk yang sama dengan perbezaan satu unit fonem bagi sesuatu lingkungan. Oleh itu, lantang-lintang merupakan pasangan perkataan yang tepat bagi konsep pasangan minimal. Pilihan jawapan yang paling tepat ialah D.D23 Fonologi – Sebutan BakuCalon dikehendaki untuk menganalisis perkataan berdasarkan struktur suku kata. Calon mestilah mengenal pasti perkataan yang tidak mengandungi struktur suku kata asli bahasa Melayu. Bentuk fonetik diperlukan untuk menentukan struktur suku kata asli.[ar.ʧa] → VK+KV[hek.sa.ɡon] → KVK+KV+KVK[mãn.tap] → KVK+KVK[eks.klu.sif] → VKK+KKV+KVKOleh hal yang demikian, jawapan yang tepat ialah eksklusif, iaitu D.Dviii00_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KAND_3rd.indd 8PENERBIT 4/14/26 1:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


FonetikKonsep Alat Pertuturan Penggolongan dan Penghasilan Bunyi BahasaTranskripsi Fonetik Sebutan BakuFonVokalAsliPinjamanAsliPinjamanDiftong DigrafKata TerbitanKata AsliKonsonan Vokal RangkapKonsepKata Serapan InggerisKonsonan RangkapKata DasarKata Serapan ArabHuruf Aktif PasifInfografik1BABFonetik101_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 1PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1.1 Konsep Fonetik 1 Fonetik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat pertuturan manusia tanpa mengira fungsinya.2 Kajian dalam bidang fonetik terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu fonetikartikulasi, fonetik auditori dan fonetik akustik.Kajian FonetikKajian tentang cara penghasilan bunyi-bunyi bahasa dan fungsi organ pertuturan atau alat pertuturan manusia.Fonetik artikulasiKajian tentang tindak balas pendengar yang menerima bunyi bahasa yang diujarkan oleh penutur.Fonetik auditoriKajian yang berfokuskan penelitian terhadap sifat atau ciri-ciri fizikal bunyi yang dihasilkan oleh alat pertuturan manusia.Fonetik akustikSemak Cepat 1.11 Apakah yang dimaksudkan dengan fonetik?2 Nyatakan tiga cabang utama dalam bidang ilmu fonetik.1.1.1 Fon1 Manusia berupaya menghasilkan pelbagai jenis bunyi. Namun demikian, bunyi yang mempunyai makna sahaja dikenali sebagai bunyi bahasa manakala bunyi yang tidak mempunyai makna tidak dianggap sebagai bunyi bahasa. 2 Bunyi-bunyi lain seperti batuk, bersin, menguap, berdehem dan lain-lain tidak dianggap bunyi bahasa, tetapi bunyi semata-mata.3 Fon merujuk bunyi bahasa yang dihasilkan oleh artikulator manusia atau juga dikenali sebagai alat artikulasi manusia tanpa mengambil kira sebarang fungsinya dalam sistem bahasa.4 Fon yang mampu membezakan makna dikenali sebagai fonem. Contohnya /k/ dan /g/ dalam perkataan /kaji/ dan /gaji/ dikenali sebagai fonem kerana kedua-dua fonem tersebut menghasilkan makna perkataan yang berbeza.5 Dalam bidang ini juga, fon atau bunyi bahasa dijadikan aspek utama bagi menentukan kepelbagaian fonetik yang terdapat dalam mana-mana bahasa di dunia. Contohnya, bunyi [b] dan [p] merupakan fon yang wujud dalam pelbagai bahasa yang lain tetapi tidak wajib membawa makna yang berbeza dalam tiap-tiap bahasa.InfomindaTiga fokus utama dalam aspek kajian fonetik adalah seperti berikut:• Fonetik artikulasi – fungsi organ pertuturan dan cara penghasilan bunyi• Fonetik akustik – sifat dan ciri-ciri fizikal bunyi yang dihasilkan oleh alat pertuturan• Fonetik auditori – cara penerimaan bunyi bahasa yang diujarkan oleh penutur kepada pendengarFonetik21BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 2PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


6 Dalam penulisan, fon ditulis dalam kurungan, iaitu [ ] yang menandakan bahawa fon itu merupakan suatu bentuk bunyi bahasa. Contohnya, kata padi terdiri daripada bunyi atau fon [p], [a], [d] dan [i].Semak Cepat 1.21 Apakah yang dimaksudkan dengan fon?2 Mengapakah tidak semua bunyi yang dihasilkan oleh manusia merupakan bunyi bahasa?1.1.2 Huruf1 Huruf ialah unsur dalam sesebuah sistem tulisan abjad. Huruf merupakan lambang yang mewakili bunyi dalam sesuatu bahasa. Lambang-lambang ini menghasilkan bahasa dalam bentuk tulisan.2 Dalam sejarah penghasilan sistem tulisan, terdapat beberapa lambang bahasa yang digunakan untuk menyampaikan mesej. Antara lambang bahasa tersebut ialah piktogram, ideogram, logogram, tulisan silabogram dan tulisan abjad. 3 Setiap huruf dalam bahasa bertulis biasanya dikaitkan dengan satu fonem (bunyi) dalam bahasa lisan yang bersamaan.4 Sistem huruf disusun bagi melambangi fonem. Oleh hal yang demikian, sistem huruf hadir setelah kewujudan sistem bunyi bahasa.5 Terdapat 26 huruf digunakan dalam ejaan bahasa Melayu yang terdiri daripada huruf A (a) hingga Z (z). Huruf-huruf ini dieja dalam bentuk tulisan Romawi.6 Dalam bahasa Melayu, meskipun kebanyakan huruf mewakili satu bunyi, tidak semua huruf akan mewakili satu bunyi. Oleh itu, huruf bersifat separuh fonemik kerana kebanyakan huruf yang mewakili satu bunyi mempunyai lambang fonemik dan lambang fonetik yang sama. 7 Contohnya, bunyi [b] diwakili oleh huruf ‘b’ membuktikan persamaan lambang fonemik /b/ dengan lambang fonetiknya [b]. Perkara ini berbeza bagi huruf ‘k’ yang mewakili bunyi konsonan glotis [ʔ], konsonan anak tekak [ʕ] dan konsonan letupan lelangit lembut [k].8 Terdapat enam fonem vokal dan 18 fonem konsonan dalam bahasa Melayu. Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada a, e, i, o dan u. 9 Dalam pengajaran sebutan, boleh digunakan tanda (ə) untuk e pepet jika ejaan kata menimbulkan keraguan, contohnya pada perkataan, emak, enam, emas, kena, sosialisme dan besar.Jenis Huruf Fonemik Fonetik ContohVokala /a/ [a] [a.bu]e (pepet) /e/ [ə] [sə.sat]e (taling) /e/ [e] [e.sa]i /i/ [i] [bi.lis]o /o/ [o] [bo.la]u /u/ [u] [du.lu]Fonetik31BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 3PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Jenis Huruf Fonemik Fonetik ContohKonsonanb /b/ [b] [bo.tol]c /c/ [tʃ] [tʃa.wan]d /d/ [d] [da.lam]g /g/ [ɡ] [ɡa.ʤah]h /h/ [h] [ha.ri]j /j/ [ʤ] [ʤa.ɡa]k /k/ [k] [kal.bu]k /k/ [ʔ] [ka.paʔ]k /k/ [ʕ] [niʕ.mat] ˜k /q/ [k] [ka.di]l /l/ [l] [la.par]m /m/ [m] [am.bil]n /n/ [n] [kən.du.ri]p /p/ [p] [pə.la.ʤar]q /q/ [q] [qa.ri]r /r/ [r] [ra.ʤin]s /s/ [s] [sa.ʤa]t /t/ [t] [ta.pi]v /v/ [v] [vi.o.la]w /w/ [w] [wa.ʤah]x /x/ [z] [zi.lem]y /y/ [j] [ju.ran]z /z/ [z] [za.pin]Fonetik41BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 4PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1.2 Alat Pertuturan 1 Bunyi bahasa dihasilkan melalui alat pertuturan. 2 Alat pertuturan yang dikenali sebagai artikulator atau alat artikulasi merupakan alat yang digunakan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa semasa pertuturan.3 Alat pertuturan manusia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu: (a) Organ pernafasan, iaitu alat yang terlibat dengan sistem pernafasan dan berkaitan dengan sistem udara yang keluar masuk ke paru-paru.(b) Organ pertuturan, iaitu alat yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran bunyi bahasa, contohnya bahagian-bahagian lidah, bibir dan gigi.4 Berikut ialah alat artikulasi atau artikulator, iaitu rongga mulut, rongga tekak dan rongga hidung:Artikulasi atau Artikulator• Larink/Tenggorok• Pita suara• Epiglotis• Bibir atas• Bibir bawah• Gigi atas• Gigi bawah• Gusi atas• Depan lidah• Rongga hidungRongga tekak Rongga mulut Rongga hidungAlat Pernafasan1 Badan kita mempunyai sistem pernafasan yang bertujuan untuk menyedut oksigen bagi pembersihan darah. Sistem pernafasan ini berfungsi sebagai alat bagi mengeluarkan bunyi bahasa kerana bunyi terhasil melalui peredaran udara.2 Dalam sistem pernafasan, alat-alat penting yang terlibat dengan penghasilan bunyi bahasa ialah paru-paru, rongga hidung, rongga rengkung, rongga mulut dan rongga tekak:(a) Paru-paru• Udara yang masuk ke paru-paru ditahan keluar oleh paru-paru apabila dinding paru-paru dikecutkan. • Sewaktu udara sedang keluar dari paru-paru, berlaku proses penghasilan bunyi, iaitu melalui pelbagai jenis sekatan ke atas arus udara ini. • Melalui kelainan titik artikulasi dan cara penyekatan udara, bunyi-bunyi bahasa yang berlainan akan terhasil, misalnya bunyi-bunyi vokal a, i dan oserta bunyi-bunyi konsonan p, t dan g.InfomindaAlat-alat yang terlibat dengan penghasilan bunyi bahasa:• Rongga tekak• Rongga mulut• Rongga hidungFonetik51BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 5PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


(b) Rongga rengkung • Terdiri daripada sembilan keping tulang rawan yang mempunyai bentuk seakan-akan kotak dan diberi nama kotak suara atau peti suara. • Di sinilah terletaknya halkum yang boleh bergerak ke atas dan ke bawah berdasarkan sama ada nada bunyi yang dikeluarkan itu tinggi atau rendah. • Kotak atau peti suara ini amat penting bagi penghasilan bunyi. Di dalamnya terdapat pita suara atau glotis. • Apabila pita suara ini digetarkan semasa udara melaluinya, bunyi yang dihasilkan ialah bunyi bersuara.(c) Rongga tekak • Bermula dari rongga rengkung hingga ke rongga hidung. • Rongga itu lebar di atas dan meruncing ke bawah. • Rongga ini boleh diluaskan dan disempitkan. • Lelangit lembut yang terletak di dalam rongga ini boleh diangkat untuk menutup rongga hidung atau diturunkan untuk membuka dan meluaskan ruang rongga ini supaya udara dapat melaluinya.(d) Rongga hidung • Ruang yang terdapat di atas rongga mulut dan dipisahkan dari rongga mulut oleh lelangit lembut. • Rongga ini bermula dari rongga tekak hingga ke lubang hidung.(e) Rongga mulut• Ruang yang terletak di antara rongga tekak dengan bibir.Lelangit lembutRonggahidungLidahGigiBibirPita suaraSaluran udaraDiafragmaParu-paruRajah 1.1 Alat pernafasan Alat PertuturanAlat pertuturan ialah alat-alat yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran bunyi. Antaranya ialah lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara.Fonetik61BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 6PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Alat Artikulasi1 Alat artikulasi atau juga dikenali sebagai alat pertuturan atau artikulator ialah alat-alat ujaran yang boleh membuat penyempitan dan boleh digerak-gerakkan semasa menghasilkan bunyi bahasa. Antara alat artikulasi ialah bibir atas dan bibir bawah, gigi bawah, lidah, lelangit lembut dan pita suara.2 Alat-alat ini menerbitkan bunyi akibat fenomena seperti gangguan atau sekatan setelah udara dari paru-paru melalui organ yang terlibat.Lelangit lembutRonggahidung Lelangit kerasGigi atasGusiBibir atas Arus udaraBibir bawahGigi bawahTengahlidahDepan lidah Belakang lidahGlotisParu-paruRongga mulutLaringsEsofagusEpigiotisAnak tekakFarinks (rongga tekak)Rajah 1.2 Alat pertuturan3 Alat-alat artikulasi adalah seperti yang berikut:(a) Bibir atas dan bibir bawah • Kedua-dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan, contohnya, untuk menghasilkan bunyi-bunyi i, b dan w.(b) Lidah • Merupakan alat artikulasi yang terpenting. Gerakan lidah ke daerah-daerah tertentu dalam rongga mulut menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. • Lidah dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu hujung lidah (bahagian lidah yang bertemu dengan gigi), daun lidah (bahagian lidah yang bertemu dengan gusi), depan lidah (bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras atau bahagian lidah selepas daun lidah), belakang lidah (bahagian lidah yang paling belakang), akar lidah (bahagian lidah yang terdekat dengan anak tekak dan berfungsi mengubah keluasan rongga tekak).(c) Lelangit lembut • Bermula dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut dan merupakan bahagian lelangit yang paling belakang dalam rongga mulut. • Lelangit lembut boleh diturunkan dan dinaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak dan saluran rongga hidung. • Jika lelangit lembut dinaikkan, udara dari paru-paru boleh keluar melalui rongga tekak. InfomindaAlat-alat artikulasi:• Bibir atas• Bibir bawah• Tulang rahang• Lidah• Lelangit lembut• Pita suaraFonetik71BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 7PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


• Jika lelangit lembut diturunkan, udara akan keluar melalui rongga hidung. Bunyi-bunyi sengau akan terhasil. Jelaslah, peranan lelangit lembut adalah untuk menentukan sesuatu bunyi itu sengau atau tidak sengau.(d) Pita suara • Terletak di dalam rongga rengkung. Di dalam peti suara terdapat otot-otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Pita suara boleh dirapatkan dan direnggangkan. • Ruang antara pita suara itu dipanggil glotis. Glotis boleh disempitkan, dikecilkan atau dirapatkan hingga tertutup sama sekali. • Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara lalu tanpa sekatan. Dengan kata lain, dalam pernafasan biasa, glotis terbuka. • Jika glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara yang kuat daripada paru-paru mengakibatkan rapatan itu dilepaskan dengan sertamerta, terjadilah bunyi letupan pita suara, yang dilambangkan seperti [ʔ]. • Jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang, udara dari paru-paru boleh melaluinya. Jika laluan udara itu menggetarkan pita, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi bersuara, contohnya [a]. Sebaliknya, jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi tidak bersuara, contohnya, [s].Rajah 1.3 Pita suara tertutup Pita suara tertutupRajah 1.4 Pita suara terbuka Pita suara terbukaPita suara disempitkan(bunyi yang dihasilkan berbisik)Rajah 1.5 Pita suara disempitkan (Penghasilan bunyi semasa berbisik)Daerah Artikulasi1 Daerah artikulasi ialah bahagian dalam rongga mulut yang tidak dapat digerakkan semasa penghasilan bunyi. Walau bagaimanapun, daerah-daerah ini boleh membuat penyempitan dan dapat disentuh oleh alat-alat artikulasi tertentu. 2 Antara daerah artikulasi ini ialah gigi, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut.InfomindaDaerah artikulasi bersifat statik dan boleh disentuh oleh alat-alat artikulasi.Fonetik81BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 8PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Alat artikulasi Daerah artikulasiLidah dan bibir bawah Seluruh alat pertuturan lain selain lidah dan bibir bawahPerbezaan antara Alat Artikulasi dengan Daerah ArtikulasiAlat yang menerbitkan bunyi bahasa melalui gangguan atau sekatanAlat yang menyentuh daerah artikulasiTidak bersifat statik kerana boleh digerakkanAlat yang terlibat dalam penerbitan bunyi bahasaBahagian yang disentuh oleh alat artikulasiBersifat statik kerana tidak boleh digerakkan1.2.1 Alat Pertuturan Aktif1 Alat pertuturan aktif merupakan organ pertuturan yang boleh digerakkan dan bersifat tidak statik.2 Artikulator atau alat pertuturan aktif merangkumi bibir bawah dan lidah.Bibir bawah LidahAlat Pertuturan Aktif1.2.2 Alat Pertuturan Pasif1 Artikulator pasif merupakan organ pertuturan yang tidak dapat digerakkan dan bersifat statik.2 Artikulator atau alat pertuturan pasif ini merangkumi gusi, gigi atas, gigi bawah dan bibir atas.Alat Pertuturan PasifBibir atas Gigi atas Gigi bawah GusiSemak Cepat 1.31 Jelaskan tiga perbezaan antara daerah atau titik artikulasi dengan alat artikulasi. 2 Apakah yang dimaksudkan dengan alat pertuturan aktif dan pasif?3 Senaraikan contoh alat pertuturan aktif pada tubuh manusia.Fonetik91BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 9PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1.3 Penggolongan dan Penghasilan Bunyi Bahasa Penggolongan dan Penghasilan Bunyi BahasaUdara keluar dari paru-paru tanpa sebarang gangguan sekatan atau geseranUdara keluar dari paru-paru menerima gangguan sekatan atau geseranTerhasil dalam satu hembusan nafas dengan satu puncak kelantanganDitentukan oleh keadaan bibir, bahagian lidah dan ketinggian posisi lidahDitentukan oleh sentuhan titik artikulasi dengan alat artikulasi, keadaan lelangit lembut dan cara arus udara keluar dari paru-paruDitentukan oleh geluncuran lidahsemasa mula-mula menyebut vokal pertama dan berakhir di vokal keduaVokal Konsonan DiftongEnam vokal asli 18 konsonan Tiga jenis diftongBersuara Bersuara dan tidak bersuara Bersuara/a/, /e/, /i/, /o/ dan /u/ /b/, /d/, /g/, /p/, /t/, /k/ /ai/, /au/ dan /oi/1.3.1 Vokal1 Bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara. Ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapat sebarang sekatan atau geseran. Pita suara digetarkan. 2 Ciri-ciri bunyi vokal ialah:(a) Bersuara(b) Udara keluar dari paru-paru berterusan(c) Udara keluar tanpa sekatan atau geseran3 Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu, iaitu:(a) Keadaan bibir – sama ada dihamparkan atau dibundarkan(b) Bahagian lidah yang terlibat – sama ada depan lidah atau belakang lidah(c) Turun naik lidah – sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkanInfomindaPenghasilkan bunyi vokal ditentukan oleh:• Keadaan bibir• Bahagian lidah• Keadaan lelangit lembut• Keadaan glotisFonetik101BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 10PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


(d) Keadaan lelangit lembut – sama ada dinaikkan dan udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut sahaja (menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung (menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan)(e) Keadaan glotis – dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetarVokal Asli1 Terdapat enam vokal asli bahasa Melayu, iaitu:(a) Tiga vokal depan(b) Satu vokal tengah(c) Dua vokal belakang2 Berikut merupakan rajah kedudukan vokal asli bahasa Melayu:DepanSempit [i] [u]Separuh sempit [e] [o]Separuh luasLuas [a]Bibir hamparTengah BelakangBibir bundar[ə]Rajah 1.6 Vokal asli bahasa Melayu3 Vokal i ialah vokal depan sempit, vokal a ialah vokal depan luas, vokal u ialah vokal belakang sempit dan vokal o ialah vokal belakang separuh sempit.4 Kedudukan vokal i, a dan u boleh hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e taling, o dan e pepet, hanya hadir pada awal dan tengah perkataan.5 Vokal e taling dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam perkataan pinjaman, contohnya sate, tauge, logo dan polo.6 Konsep depan, tengah dan belakang bermaksud bahagian lidah yang terlibat, iaitu depan, tengah dan belakang lidah. Sempit, separuh sempit, separuh luas dan luas bermaksud keadaan rongga mulut ketika vokal dibunyikan. Garis-garis lintang pula ialah gambaran ketinggian lidah ketika dinaikkan.Kedudukan LidahKeadaan Bibir Depan Tengah BelakangSempit i uSeparuh sempit e (e taling), contoh enak oSeparuh luas ə (e pepet), contoh emakLuas aFonetik111BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 11PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


7 Bunyi e, contohnya dalam perkataan enak dan bunyi ə dalam perkataan emakdiwakili oleh huruf yang sama, iaitu e. Huruf e dalam enak ialah vokal depan separuh sempit disebut e taling manakala huruf e dalam perkataan emak ialah vokal tengah separuh luas disebut e pepet (ə). KedudukanVokalKedudukan dalam PerkataanAwal Tengah (Suku kata terbuka)Tengah (Suku kata tertutup) Akhiri [i.tu] [bi.las] [pin.tu] [a.pi]e (taling) [e.kar] [be.raŋ] [ben.ʤol] –a [akar] [ba.raŋ] [ban.tu] [bo.la]ə (pepet) [əŋ.ɡaŋ] [bə.lah] [bəŋ.kuŋ] –u [u.bat] [su.dah] [bun.tal] [pa.lu]o [o.lah] [bo.leh] [dom.pet] –Jadual 1.1 Kedudukan vokal dalam perkataanCara Penghasilan Bunyi VokalBerikut ialah cara menghasilkan bunyi vokal asli bahasa Melayu:Vokal Cara Menghasilkannya ContohVokal depan sempit [i]• Bahagian depan lidah diangkat setinggi-tingginya.• Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung.• Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan pita suara bergetar.• Bibir dalam keadaan hampar.ibu, biru, hatiVokal depan separuh sempit [e]• Bahagian depan lidah diturunkan satu per tiga daripada kedudukannya untuk menghasilkan vokal depan sempit.• Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung.• Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan pita suara bergetar.• Bibir dalam keadaan hampar.eja, merah, tempeVokal depan luas [a]• Bahagian depan lidah diturunkan serendahrendahnya.• Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. • Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan pita suara bergetar.• Bibir dalam keadaan hampar.arus, baju, kereta12Fonetik1BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 12PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Vokal Cara Menghasilkannya ContohVokal belakang sempit [u]• Bahagian belakang lidah diangkat tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuhnya.• Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung.• Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan pita suara bergetar.• Bibir dalam keadaan bundarular, kulit, baruVokal belakang separuh sempit [o]• Bahagian belakang lidah diturunkan satu per tiga daripada kedudukannya untuk menghasilkan vokal belakang sempit.• Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung.• Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan pita suara bergetar.• Bibir dalam keadaan bundar.ozon, tolak, logoVokal tengah [ə]• Puncak tengah lidah berada pada kedudukan untuk menghasilkan vokal separuh luas dan vokal separuh sempit. • Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung.• Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan pita suara bergetar.• Bibir dalam keadaan biasa.emak, besarVokal Pinjaman 1 Terdapat dua jenis vokal pinjaman dalam bahasa Melayu, iaitu vokal depan separuh luas [ɛ] dan vokal belakang separuh luas [ɔ].2 Vokal ini merupakan vokal pinjaman daripada bahasa Inggeris. Lazimnya, vokal [ɛ] dan [ɔ] hadir dalam penggunaan dialek daerah dan bahasa lisan sahaja dalam bahasa Melayu.3 Vokal ini bervariasi bebas memandangkan vokal ini boleh bertukar ganti dengan vokal [e] dan [o] tanpa sebarang perubahan makna.4 Cara untuk menghasilkan vokal pinjaman adalah seperti berikut:(a) Vokal depan separuh luas [ɛ]Vokal Cara MenghasilkannyaVokal depan separuh luas [ɛ]• Bahagian depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi tanpa menyentuhnya.• Lelangit lembut dinaikkan bagi menutupi rongga hidung. • Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan pita suara bergetar.• Bibir dalam keadaan terhampar separuh luas.Huruf Fonem SebutanContoh (Dialek Kelantan)Awal Tengah Akhire /e/ [ ɛ ] [ɛ.sok] [pə.lɛʔ] [bu.lɛ]13Fonetik1BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 13PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


(b) Vokal belakang separuh luas [ɔ]Vokal Cara menghasilkannyaVokal belakang separuh luas [ɔ]• Bahagian belakang lidah dinaikkan separuh rendah ke arah lelangit lembut tanpa menyentuhnya.• Lelangit lembut dinaikkan bagi menutupi rongga hidung. • Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan pita suara bergetar.• Bibir dalam keadaan bundar.Huruf Fonem Sebutan Contoh (Dialek Kelantan)Awal Tengah Akhiro /o/ [ ɔ ] [ɔ.rɛ] [bɔ.rɔh] [bi.lɔ]Semak Cepat 1.41 Jelaskan konsep bunyi vokal dalam bahasa Melayu.2 Huraikan ciri-ciri yang membezakan penghasilan bunyi-bunyi vokal oleh penutur.1.3.2 Konsonan1 Konsonan merupakan bunyi-bunyi bahasa selain daripada bunyi-bunyi vokal, sama ada bersuara atau tidak bersuara, yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru menerima sekatan atau geseran dalam rongga mulut, rongga tekak atau rongga hidung. 2 Bunyi-bunyi konsonan mempunyai ciri-ciri yang berikut:(a) Konsonan bersuara dan tidak bersuara, bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak(b) Arus udara yang keluar dari paru-paru menerima sekatan atau geseran(c) Semasa menghasilkannya berlaku sekatan atau geseran dalam rongga tekak atau rongga mulut hasil daripada sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi(d) Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau, bergantung kepada keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan3 Penghasilan bunyi-bunyi konsonan ditentukan juga oleh:(a) Keadaan glotis• Apabila glotis dirapatkan dan pita suara bergetar ketika arus udara keluar dari paru-paru, bunyi bersuara terhasil. • Sekiranya glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi tidak bersuara terhasil. • Jika glotis dirapatkan dan pita suara tidak bergetar semasa arus udara dari paru-paru melaluinya, bunyi yang terhasil ialah bisikan.(b) Keadaan lelangit lembut boleh dinaikturunkan• Sekiranya lelangit lembut dinaikkan, bunyi-bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi-bunyi oral. • Sekiranya lelangit lembut diturunkan, udara dari paru-paru akan keluar melalui rongga hidung, bunyi-bunyi sengau atau bunyi nasal dihasilkan.(c) Cara arus udara keluar dari paru-paru akan menghasilkan pelbagai kategori bunyi konsonan, iaitu letupan, letusan, geseran, sengauan, sisian, getaran dan separuh vokal.InfomindaPenghasilkan bunyi konsonan ditentukan oleh:• Keadaan glotis• Keadaan lelangit lembut• Cara arus udara keluar dari paru-paru• Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasiFonetik141BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 14PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


(d) Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi akan menghasilkan pelbagai bunyi konsonan, antaranya konsonan dua bibir, konsonan gigi-gusi, konsonan lelangit keras, konsonan lelangit lembut dan konsonan anak tekak.4 Konsonan terbahagi kepada pelbagai variasi bentuk, jenis dan cara sebutan.5 Terdapat tiga jenis konsonan dalam bahasa Melayu, iaitu konsonan asli, konsonan pinjaman, dan gugusan konsonan.6 Konsonan asli bahasa Melayu terdiri daripada 19 buah jenis fonem tetapi bunyi [ʔ] dianggap sebagai suatu variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata.Jenis KonsonanKonsonan asliKonsonan pinjamanGugusan konsonanSemak Cepat 1.5Jelaskan ciri-ciri penentuan bagi penghasilan bunyi-bunyi konsonan dalam bahasa Melayu.Konsonan Asli1 Konsonan asli bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tujuh jenis, iaitu letupan, letusan, geseran, getaran, sengauan, sisian dan separuh vokal. 2 Terdapat sembilan belas konsonan asli bahasa Melayu dan diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya.3 Jadual berikut menunjukkan konsonan-konsonan asli dalam bahasa Melayu:Daerah Sebutan Cara sebutanKeadaanpita suaraDua bibir Gusi Lelangit kerasLelangit lembut GlotisT B T B T B T B T BLetupan p b t d k g ʔLetusan ʧ ʤSengauan m n ɲ ŋGeseran s hGetaran rSisian lSeparuh vokal w* jPetunjuk:* [w] mempunyai dua daerah artikulasi, iaitu dua bibir dan lelangit lembutT: Tak BersuaraB: BersuaraJadual 1.2 Konsonan asli dalam bahasa MelayuFonetik151BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 15PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


(a) Terdapat tujuh konsonan letupan, iaitu:• Letupan dua bibir tak bersuara [p] • Letupan dua bibir bersuara [b]• Letupan gusi tak bersuara [t] • Letupan gusi bersuara [d]• Letupan lelangit lembut tak bersuara [k] • Letupan lelangit lembut bersuara [g] • Letupan glotis [ʔ](b) Ada dua konsonan letusan atau afrikat dalam bahasa Melayu, iaitu: • Letusan lelangit keras tak bersuara [tʃ] • Letusan lelangit keras bersuara [ʤ](c) Terdapat dua bunyi geseran atau frikatif, iaitu: • Geseran gusi tak bersuara [s] • Geseran glotis tak bersuara [h](d) Hanya ada satu konsonan getaran dan satu konsonan sisian, iaitu: • Getaran gusi bersuara [r] • Sisian gusi bersuara [l](e) Bunyi konsonan sengauan pula terdiri daripada: • Sengauan dua bibir bersuara [m]• Sengauan gusi bersuara [n]• Sengauan lelangit keras bersuara [ɲ] • Sengauan lelangit lembut bersuara [ŋ](f) Bahasa Melayu mempunyai dua separuh vokal, iaitu: • Separuh vokal dua bibir bersuara [w] • Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]4 Sepuluh huruf konsonan, iaitu p, t, k, m, n, ng, s, h, r dan l hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan.5 Konsonan b, d, g, c dan j hanya berada pada akhir perkataan-perkataan pinjaman, contohnya bab, had, beg, koc dan kolej.6 Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan asli bahasa Melayu. KedudukanKonsonan AsliAwal PerkataanTengah PerkataanAkhir Perkataanp [pə.ri] [li.pas] [mã.lap]b [bi.su] [sa.bit] [kə.lab]t [ta.li] [a.tap] [u.lat]d [di.ri] [li.di] [baɣ.dad]k [kə.ra] [a.kal] [kli.nik]g [ɡu.nã] [a.ɡar] –ʧ [ʧu.ri] [a.ʧap] [klaʧ]ʤ [ʤu.ri] [a.ʤar] [ʧaʤ]m [mũ.la] [ra.mãj] [mã.lam]Fonetik161BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 16PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


KedudukanKonsonan AsliAwal PerkataanTengah PerkataanAkhir Perkataann [nã.si] [pa.nãw] [tə.kan]ɲ [ɲã.la] [ba.ɲãʔ] –ŋ [ŋĩ.lu] [a.ŋãn] [ti.jaŋ]s [sa.ɡu] [ka.sar] [ka.pas]h [hə.laŋ] [ta.han] [su.rah]ʔ – [keʔ.wa] [a.diʔ]r [ra.tu] [ba.ran] [ti.kar]l [la.ɡu] [ɡa.las] [ha.lal]w [wa.ŋi] [a.wan] –j [jaŋ] [ba.ju] –Jadual 1.3 Contoh kedudukan konsonan asli dalam perkataanCara Penghasilan Bunyi Konsonan AsliKonsonan Letupan1 Bunyi konsonan letupan terhasil apabila alat sebutan dirapatkan pada mana-mana daerah sebutan. Jadi, udara dari paru-paru yang melalui rongga mulut akan tersekatdan kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta untuk menghasilkan bunyi letupan.2 Bunyi konsonan letupan terbahagi kepada empat jenis, iaitu:(a) Konsonan letupan dua bibir – konsonan letupan dua bibir tak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b](b) Konsonan letupan gusi – konsonan letupan gusi tak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d](c) Konsonan letupan lelangit lembut – konsonan letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g](d) Konsonan letupan glotis [ʔ]3 Berikut ialah cara untuk menghasilkan bunyi konsonan letupan:Dua bibirdirapatkanLelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekakRajah 1.7 Keadaan alat pertuturan sewaktu menghasilkan [p] dan [b]Fonetik171BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 17PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Konsonan Cara Menghasilkannya ContohLetupan dua bibir tak bersuara [p]•  Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. •  Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dibiarkan tersekat di belakang dua bibir yang dirapatkan.• Udara yang tersekat dilepaskan serta-merta.• Pita suara tidak bergetar.paku, lampu, siripLetupan dua bibir bersuara [b]•  Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.•  Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dibiarkan tersekat di bahagian dua bibir yang dirapatkan.•  Udara tersebut dilepaskan dengan serta-merta.•  Pita suara bergetar.buku, tebu, kitab Hujung lidahdirapatkan ke gusiLelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekakRajah 1.8 Keadaan alat pertuturan sewaktu menghasilkan bunyi [t] dan [d]Konsonan Cara Menghasilkannya ContohLetupan gusi tak bersuara [t]•  Hujung lidah dirapatkan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.•  Udara dari paru-paru dibiarkan di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi.• Udara yang tersekat dilepaskan serta-merta.• Pita suara tidak bergetar.tukun, satu, rakitLetupan gusi bersuara [d]•  Hujung lidah dirapatkan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.•  Udara dari paru-paru dibiarkan di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi.•  Udara yang tersekat dilepaskan serta-merta.•  Pita suara bergetar.dahi, badan, abadFonetik181BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 18PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Belakang lidahditemukanke lelangitlembutLelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekakRajah 1.9 Keadaan alat pertuturan sewaktu menghasilkan bunyi [k] dan [g]Konsonan Cara Menghasilkannya ContohLetupan lelangit lembut tak bersuara [k]•  Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.•  Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut sehingga menyekat udara yang keluar dari paru-paru pada bahagian pertemuan belakang lidah dengan lelangit lembut.•  Udara yang tersekat dilepaskan serta-merta.•  Pita suara tidak bergetar.katil, akar, cantikLetupan lelangit lembut bersuara [g]•  Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.•  Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut sehingga menyekat udara yang keluar dari paru-paru pada bahagian pertemuan belakang lidah dengan lelangit lembut.•  Udara yang tersekat dilepaskan serta-merta.•  Pita suara bergetar.gajah, logam, begHentian glotis [ʔ]•  Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. •  Udara dari paru-paru dibiarkan tersekat pada bahagian belakang rapatan pita suara.•  Sekatan udara itu dilepaskan serta-merta.•  Pita suara tidak bergetar. kakak, takjub, tidakKonsonan Letusan1 Bunyi konsonan letusan terbahagi kepada dua jenis, iaitu:(a) Konsonan letusan lelangit keras tak bersuara [tʃ] (b) Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ʤ]Fonetik191BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 19PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


2 Berikut ialah cara untuk menghasilkan bunyi konsonan letusan:Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak Depan lidahditemukandengan daerahlelangit kerasRajah 1.10 Keadaan alat pertuturan sewaktu menghasilkan bunyi [tʃ] dan [ʤ]Konsonan Cara Menghasilkannya ContohLetusan lelangit keras tak bersuara [tʃ]•  Depan lidah ditemukan pada lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.•  Udara dari paru-paru yang melalui rongga mulut dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dengan lelangit keras.•  Sekatan udara itu dilepaskan secara perlahan-lahan.•  Pita suara tidak bergetar.cawan, pacat, kocLetusan lelangit keras bersuara [ʤ]•  Depan lidah ditemukan pada lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.•  Udara dari paru-paru yang melalui rongga mulut dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dengan lelangit keras.•  Sekatan udara itu dilepaskan secara perlahan-lahan.•  Pita suara bergetar.juara, manja, garajKonsonan Geseran1 Bunyi konsonan geseran terbahagi kepada dua jenis, iaitu: (a) Konsonan geseran gusi tak bersuara [s] (b) Konsonan geseran glotis tak bersuara [h]2 Berikut ialah cara untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran:Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekakHujung lidahdirapatkan ke gusiRajah 1.11 Keadaan alat pertuturan sewaktu menghasilkan bunyi [s] Fonetik201BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 20PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Konsonan Cara Menghasilkannya ContohGeseran gusi tak bersuara [s]•  Daun lidah didekatkan ke daerah gigi-gusi hingga berlaku sempitan untuk udara keluar.•  Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.•  Udara yang dikeluarkan dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi-gusi sehingga berlaku sempitan dengan daun lidah.•  Pita suara tidak bergetar.sabun, basuh, berusLelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekakRajah 1.12 Keadaan alat pertuturan sewaktu menghasilkan bunyi [h] Konsonan Cara Menghasilkannya ContohGeseran glotis tak bersuara [h]•  Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.•  Pita suara direnggangkan luas dan udara yang keluar dari paru-paru bebas melalui glotis yang terbuka seperti keadaan biasa ketika bernafas.hari, dahi, marahKonsonan Getaran1 Terdapat satu bunyi konsonan getaran, iaitu konsonan getaran gusi bersuara [r].2 Cara untuk menghasilkan bunyi konsonan getaran ialah:Hujung lidahdiangkat kearah gusiLelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekakRajah 1.13 Keadaan alat pertuturan sewaktu menghasilkan bunyi [r] Fonetik211BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 21PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Konsonan Cara Menghasilkannya ContohGetaran gusi bersuara [r]•  Hujung lidah dikenakan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.•  Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sehingga menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi.•  Pita suara bergetar.roti, cari, mekarKonsonan Sengauan1 Konsonan sengauan ialah bunyi yang terhasil apabila lelangit lembut direndahkan dan udara keluar melalui rongga hidung.2 Bunyi konsonan sengauan terbahagi kepada empat jenis, iaitu:(a) Sengauan dua bibir bersuara [m] (b) Sengauan gusi bersuara [n](c) Sengauan lelangit keras bersuara [ɲ](d) Sengauan lelangit lembut bersuara [ŋ]3 Berikut ialah cara untuk menghasilkan bunyi konsonan sengauan:Dua bibirLelangit lembut dirapatkan diturunkanRajah 1.14 Keadaan alat pertuturan sewaktu menghasilkan bunyi [m] Konsonan Cara Menghasilkannya ContohSengauan dua bibir bersuara [m]•  Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas.•  Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paruparu keluar melalui rongga hidung manakala glotis dirapatkan.•  Pita suara bergetar.mata, lima, hitamLelangit lembut diturunkanHujung lidahdirapatkan kegusiRajah 1.15 Keadaan alat pertuturan sewaktu menghasilkan bunyi [n] InfomindaSemua bunyi sengauan ialah bunyi bersuara.Fonetik221BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 22PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Konsonan Cara Menghasilkannya ContohSengauan gusi bersuara [n]•  Hujung lidah ditemukan dengan gusi. •  Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paruparu keluar melalui rongga hidung manakala glotis dirapatkan.•  Pita suara bergetar.nasi, tani, awanLelangit lembut diturunkanDepan lidahditemukan denganlelangit kerasRajah 1.16 Keadaan alat pertuturan sewaktu menghasilkan bunyi [ɲ]Konsonan Cara Menghasilkannya ContohSengauan lelangit keras bersuara [ɲ]• Depan lidah dirapatkan ke lelangit keras.•  Lelangit lembut pula diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung.• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.nyaris, nyanyiBelakang lidahdirapatkan kelelangit lembut Lelangit lembutditurunkanRajah 1.17 Keadaan alat pertuturan sewaktu menghasilkan bunyi [ŋ] Konsonan Cara Menghasilkannya ContohSengauan lelangit lembut bersuara [ŋ]• Belakang lidah diangkat rapat ke lelangit lembut. •  Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung.• Pita suara bergetar.ngilu, bunga, abangFonetik231BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 23PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Konsonan Sisian1 Terdapat satu jenis bunyi konsonan sisian, iaitu konsonan sisian gusi bersuara [l].2 Cara untuk menghasilkan bunyi konsonan sisian ialah:Hujung lidahdiangkat kearah gusiLelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekakRajah 1.18 Keadaan alat pertuturan sewaktu menghasilkan bunyi [l] Konsonan Cara Menghasilkannya ContohSisian gusi bersuara [l]•  Hujung lidah dikenakan ke bahagian tengah gigi-gusi.•  Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.•  Udara dari paru-paru keluar melalui tepian lidah.•  Pita suara bergetar.labu, alih, nakalKonsonan Separuh Vokal1 Bunyi ini terhasil apabila artikulator membuat geluncuran dari satu vokal ke arah vokal yang mengikutinya. Caranya sama seperti penghasilan bunyi vokal tetapi berlaku sedikit penyempitan pada rongga mulut ketika arus udara keluar melaluinya. 2 Bunyi konsonan separuh vokal terbahagi kepada dua jenis, iaitu:(a) Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w](b) Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j]3 Berikut ialah cara untuk menghasilkan bunyi konsonan separuh vokal:Rajah 1.19 Bibir dibundarkan untuk menghasilkan [w]Konsonan Cara Menghasilkannya ContohSeparuh vokal dua bibir bersuara [w]•  Bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.•  Lelangit lembut terangkat ke belakang rongga tekak. •  Pita suara digetarkan manakala lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah.wakil, sawah, takrawFonetik241BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 24PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Rajah 1.20 Bibir dibundarkan untuk menghasilkan [j]Konsonan Cara Menghasilkannya ContohSeparuh vokal lelangit keras bersuara [j]•  Depan lidah diangkat agak tinggi ke arah lelangit keras dengan bibir terhampar. •  Lelangit lembut terangkat ke belakang rongga tekak.•  Pita suara digetarkan serta lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah.yuran, bayarKonsonan Pinjaman1 Konsonan pinjaman bahasa Melayu digunakan pada perkataan yang dipinjam daripada bahasa sumber. Antaranya ialah bahasa Sanskrit, bahasa Arab, bahasa Inggeris, bahasa Portugis, bahasa Belanda, bahasa Cina dan bahasa-bahasa serumpun seperti bahasa Jawa dan bahasa Minangkabau.2 Bunyi konsonan pinjaman itu terdiri daripada enam konsonan geseran dan satu konsonan letupan, iaitu:(a) Geseran bibir-gigi tak bersuara [f](b) Geseran bibir-gigi bersuara [v](c) Geseran gusi bersuara [z](d) Geseran gusi-lelangit keras tak bersuara [ʃ](e) Geseran lelangit lembut tak bersuara [x](f) Geseran lelangit lembut bersuara [ˠ](g) Letupan anak tekak [q]Daerah SebutanCara SebutanBibir-gigi GusiGusilelangit kerasLelangit lembut GlotisTB B TB B TB B TB B TB BLetupan qGeseran f v z ʃ x ˠJadual 1.4 Konsonan pinjaman bahasa Melayu3 Daripada jadual di atas, tujuh konsonan pinjaman masih digunakan dengan kerapnya dalam bahasa Melayu. Konsonan-konsonan tersebut ialah:(a) Geseran bibir-gigi tak bersuara dan bersuara, f dan v, seperti dalam perkataan fikir dan visi(b) Geseran gusi bersuara, z, contohnya dalam zikir(c) Geseran gusi-lelangit keras tak bersuara, sy, seperti dalam syarat(d) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan bersuara, kh dan gh, seperti dalam khabar dan ghaib(e) Letupan anak tekak q, iaitu dalam qari.Fonetik251BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 25PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


4 Penggunaan bunyi-bunyi pinjaman dalam bentuk-bentuk perkataan yang dieja mengikut ejaan lama terdapat dalam jadual di bawah. KedudukanKonsonan PinjamanAwal Kata Tengah Kata Akhir Kata[f] [for.mãl] [si.fir] [wa.kaf][v] [va.ri.ja] [u.nĩ.ver.si.ti] [slav][z] [za.mãn] [a.zam] [ku.wiz][ʃ] [ʃa.rat] [mãʃ.hur] [sku.aʃ][x] [xa.mĩs] [a.xir] [ta.rix][ɣ] [ɣa.ib] [ba.ɣal] [ba.liɣ][q] [qa.ri] [ba.qa] [fa.riq]Jadual 1.5 Contoh kedudukan konsonan pinjaman dalam perkataanCara Penghasilan Bunyi Konsonan Pinjaman1 Cara menghasilkan konsonan pinjaman adalah seperti berikut:(a) Konsonan geseran bibir-gigi [f] dan [v]Dua bibirdirapatkanLelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekakRajah 1.21 Keadaan alat pertuturan sewaktu menghasilkan bunyi [f] dan [v]Konsonan Cara Menghasilkannya ContohGeseran bibirgigi tak bersuara [f]•  Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas untuk membuat sempitan. •  Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.• Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dandibiarkan bergeser dengan sempitan bibir bawah dengan gigi atas.•  Pita suara tidak bergetar.filem, sifir, arifGeseran bibir-gigi bersuara [v]•  Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas untuk membuat sempitan.•  Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.•  Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan sempitan bibir bawah dengan gigi atas serta glotis dirapatkan.•  Pita suara bergetar.video, novelFonetik261BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 26PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


(b) Konsonan geseran gusi bersuara [z]Hujung lidahdidekatkanke gusiLelangit lembut dirapatkan ke dinding rongga tekakRajah 1.22 Keadaan alat pertuturan sewaktu menghasilkan bunyi [z]Konsonan Cara Menghasilkannya ContohGeseran gusi bersuara [z]•  Hujung lidah dirapatkan dengan daerah gigi-gusi untuk membuat sempitan udara yang keluar.•  Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak.•  Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi.•  Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.zikir, azam, kuiz(c) Konsonan geseran gusi-lelangit keras tak bersuara [ʃ]Bahagian belakang depan lidah didekatkan dengan daerah di antara gusi dengan lelangit kerasLelangit lembut dirapatkan ke dinding rongga tekakRajah 1.23 Keadaan alat pertuturan sewaktu menghasilkan bunyi [ʃ]Konsonan Cara Menghasilkannya ContohGeseran gusi-lelangit keras tak bersuara [ʃ]•  Bahagian depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras.•  Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.•  Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah pertemuan antara depan lidah dengan sempadan gusi-lelangit keras.•  Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.syampu, skuasyFonetik271BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 27PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


(d) Konsonan geseran lelangit lembut [x] dan [ˠ]Belakang lidahdidekatkan kelelangit kerasLelangit lembut dirapatkan ke dinding rongga tekakRajah 1.24 Keadaan alat pertuturan sewaktu menghasilkan bunyi [x] dan [ˠ]Konsonan Cara Menghasilkannya ContohGeseran lelangit lembut tak bersuara [x]•  Belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut yang dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.•  Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah pertemuan antara belakang lidah dengan lelangit lembut.•  Glotis direnggangkan tanpa menggetarkan pita suara.khabar, ikhtiar, fasakhGeseran lelangit lembut bersuara [ˠ]•  Belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut, yang dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.•  Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah pertemuan antara belakang lidah dengan lelangit lembut.•  Glotis direnggangkan dan pita suara bergetar.ghaib, maghrib, mubaligh1.3.3 Diftong1 Diftong merupakan cantuman dua bunyi vokal dalam satu suku kata.2 Ketika penghasilan diftong, berlaku geluncuran lidah, iaitu daripada kedudukan ketika penghasilan vokal pertama kepada kedudukan ketika penghasilan vokal kedua.3 Diftong mempunyai satu puncak kelantangan dan dilafazkan dengan satu hembusan nafas sahaja.4 Semua bunyi diftong merupakan bunyi bersuara kerana arus udara dari paru-paru menggetarkan pita suara. Arus udara tersebut tidak mengalami sebarang halangan semasa pergerakannya.5 Terdapat tiga bunyi diftong dalam bahasa Melayu, iaitu [aj], [aw] dan [oj].[i] [u][o][a]Rajah 1.25 Keratan rentas lidah tentang kedudukan bunyi diftongInfomindaDiftong:• Cantuman dua bunyi vokal• Satu suku kata • Berlaku geluncuran lidah• Satu puncak kelantangan• Satu hembusan nafas• Bunyi bersuaraFonetik281BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 28PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


6 Berikut ialah cara-cara penghasilan diftong:Jenis Diftong Contoh Cara Menghasilkan[aj]/ai/[aj.siŋ][haj.ran][ca.naj]Posisi permulaanLidah berada pada kedudukan vokal depan luas [a].GeluncuranLidah digeluncurkan ke arah tempat penghasilan bunyi vokal depan sempit [i].Keadaan bibir Bibir dalam keadaan terhampar.[aw]/au/[aw.to.ma.tik][saw.ʤa.na][pan.taw]Posisi permulaanLidah berada pada kedudukan vokal depan luas [a].GeluncuranLidah digeluncurkan ke arah tempat penghasilan bunyi vokal depan sempit [u].Keadaan bibirBibir daripada keadaan terhampar menjadi bundar.[oj]/oi/[boj.kot][ka.loj][kon.voj]Posisi permulaanLidah berada pada kedudukan vokal depan luas [o].GeluncuranLidah digeluncurkan ke arah tempat penghasilan bunyi vokal depan sempit [i].Keadaan bibirBibir daripada keadaan bundar menjadi terhampar.Jadual 1.6 Cara-cara penghasilan diftongSemak Cepat 1.6Huraikan konsep diftong.1.3.4 Vokal Rangkap1 Vokal rangkap merupakan fenomena kehadiran dua bunyi vokal yang hadir secara berturutan dalam kedudukan dua suku kata yang berasingan. Contohnya perkataan daun, vokal a dan u ialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri daripada dua suku kata, iaitu da dan un.2 Vokal rangkap disifatkan hadir apabila proses penghasilan bunyi seperti penyisipan hentian glotis dan penyisipan geluncuran [w] dan [j].Fonetik291BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 29PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Proses Fonologi ContohPenyisipan hentian glotis [ʔ]Awalan • [di.ʔi.kat]• [ʤu.ru.ʔa.ca.ra]Akhiran • [mũ.la.ʔi]• [tʃu.ba.ʔan]Kata ganda • [a.naj.ʔa.naj]• [u.li.ʔu.li]Kata majmuk• [bu.lu.ʔa.jam]• [ba.tu.ʔa.pi]Penyisipan geluncuran [w]• [ku.wat] • [gu.ra.wan]• [bu.waŋ] • [a.ku.wi]• [pan.du.wan] • [kə.ta.hu.wi]Penyisipan geluncuran [j]• [si.jat] • [ta.ri.jan]• [ri.jaʔ] • [ɲã.ɲĩ.jan]• [ɡe.jar] • [un.di.jan]Jadual 1.7 Vokal rangkap3 Vokal rangkap mempunyai perbezaan dengan diftong, iaitu:Ciri-ciri Vokal Rangkap DiftongSuku kata Dalam dua suku kata yang berasinganDalam satu suku kata yang samaKelantangan bunyi Dua puncak kelantangan Satu puncak kelantanganGeluncuran lidah Tidak berlaku geluncuran lidah Berlaku geluncuran lidahContoh• [nã.iʔ]• [bu.wah]• [fa.ʔe.dah]• [aw.to.mo.tif]• [haj.ran]• [laŋ.kaw]Jadual 1.8 Perbezaan antara vokal rangkap dengan diftongSemak Cepat 1.71 Jelaskan konsep vokal rangkap dengan contoh yang bersesuaian.2 Huraikan ciri-ciri penentuan yang menyebabkan fenomena vokal rangkap itu berlaku.3 Nyatakan perbezaan antara diftong dengan vokal rangkap dalam bahasa Melayu.1.3.5 Konsonan Rangkap1 Konsonan rangkap merupakan konsonan yang hadir secara berturutan dalam duasuku kata yang sama dan wujud dalam kata dasar dan kata pinjaman.2 Kedua-dua konsonan dalam rangkap dibunyikan dengan jelas kerana perbezaan kedua-dua bunyi.InfomindaVokal rangkap:• Dua bunyi vokal• Dua suku kata• Dua puncak kelantangan• Tiada geluncuran lidahFonetik301BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 30PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


3 Konsonan rangkap mempunyai beberapa perbezaan yang ketara dengan digraf, iaitu:Konsonan Rangkap DigrafMempunyai dua bunyi Mempunyai satu bunyiTerdiri daripada dua lambang Terdiri daripada satu lambangHadir dalam kata dasar dan kata terbitan Hadir dalam kata dasar sahajaJadual 1.9 Perbezaan antara konsonan rangkap dengan digrafSemak Cepat 1.81 Apakah yang dimaksudkan dengan konsonan rangkap?2 Senaraikan tiga contoh konsonan rangkap yang terdapat dalam bahasa Melayu.1.3.6 Digraf1 Digraf ialah dua huruf konsonan yang hadir secara berturutan dalam satu suku kata yang sama dan mewakili satu bunyi sahaja.2 Digraf hadir dalam perkataan asal bahasa Melayu sahaja. 3 Kedua-dua konsonan yang hadir akan dibunyikan dengan jelas kerana persamaan kedua-dua bunyi.Digraf Sebutan Contohgh /gh/ → [ Ɣ ]/ghazal/ → [Ɣa.zal]/maghrib/ → [ma˜Ɣ.rib]/baligh/ → [ba.liƔ]kh /kh/ → [ x ]/khairat/ → [xai.rat]/akhir/ → [a.xir]/tarikh/ → [ta.rix]ng /ng/ → [ ŋ ]/nganga/ → [ŋa˜.ŋa˜]/bangun/ → [ba.ŋun] ˜/kenang/ → [ke.na˜ŋ]ny /ny/ → [ ɲ ]/nyanyi/ → [ɲa˜.ɲ˜i]/anyam/ → [a.ɲa˜m]/sunyi/ → [su.ɲ˜i]sy /sy/ → [ ∫ ]/syukur/ → [∫u.kur]/masyarakat/ → [ma˜.∫a.ra.kat]/arasy/ → [a.ra∫]Jadual 1.10 DigrafSemak Cepat 1.91 Jelaskan konsep digraf dalam bahasa Melayu.2 Huraikan perbezaan antara konsonan rangkap dengan digraf.Fonetik311BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 31PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


1.4 Transkripsi Fonetik Sebutan Baku 1 Bahasa baku merujuk bahasa standard yang mempunyai struktur tatabahasa yang lengkap. Struktur tersebut merangkumi kesempurnaan daripada aspek sistem ejaan, tatabahasa dan kosa kata.2 Sebutan baku merupakan sebutan fonemik, iaitu sebutan berdasarkan ejaan dan tidak berdasarkan kelaziman sebutan berdasarkan dialek Melayu Johor-Riau.3 Tiga aspek fonologi yang diberikan perhatian dalam pembakuan bahasa Melayu ialah sebutan huruf, sebutan kata dan intonasi.4 Pembakuan bahasa penting bagi tujuan penggunaan rasmi atau situasi formal kerana taraf bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini.5 Ciri-ciri bahasa baku adalah seperti yang berikut:(a) Digunakan untuk tujuan rasmi(b) Tidak mempunyai penutur jati / asli(c) Mementingkan ketepatan tatabahasa(d) Mematuhi peraturan tatabahasa sepenuhnya(e) Digunakan dalam konteks formal(f) Mengamalkan sistem sapaan / panggilan formal(g) Terdiri daripada pelbagai laras(h) Bersifat fonemik dengan mengikut ejaan(i) Bahasa yang tersusun(j) Mengalami perancangan korpus yang sistematik(k) Tiada unsur kependekan kataSemak Cepat 1.10Apakah maksud bahasa baku?6 Terdapat beberapa panduan atau kriteria yang diberikan penekanan dalam ejaan atau sebutan perkataan bahasa Melayu, iaitu:Panduan Ejaan Perkataan dan Istilah Bahasa MelayuKeselarasan huruf vokalPenggunaan imbuhan dan kata sendiPenggunaan partikelPenulisan kata majmukPenggunaan kata ganti nama singkatPenggunaan huruf konsonanKekecualianhuruf vokalPenggunaan diftong Pinjaman istilahFonetik321BAB1BAB01_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_B1_3rd.indd 32PENERBIT 4/14/26 1:37 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


144Kertas Model STPM 1Masa: 2 jam 30 minitBahagian A[30 markah]Jawab semua soalan.1 Apakah yang dikaji dalam bidang fonetik?A Bahasa secara saintifikB Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusiaC Fonem-fonem dalam sesuatu bahasa tersebutD Penghasilan bunyi-bunyi bahasa oleh organ pertuturan manusia2 Yang manakah alat pertuturan aktif?A Bibir bawah, lidahB Pita suara, bibir atasC Lidah, lelangit lembutD Bibir bawah, lelangit lembut3 Perkataan yang manakah bermula dengan bunyi konsonan letupan dua bibir tak bersuara dan berakhir dengan bunyi konsonan sengauan dua bibir bersuara?A PitamB PohonC BadamD Binatang 4 Padanan yang manakah yang betul antara cara penyebutan dengan daerah penyebutan bagi bunyi konsonan [s]?Cara penyebutan Daerah penyebutanA Geseran GusiB Getaran Gigi-gusiC Sisian GusiD Letusan Gusi-lelangit keras5 Perkataan yang manakah dimulai oleh konsonan letupan dua bibir bersuara dan diakhiri oleh vokal belakang sempit?A TaugeB BantuC KunciD DelimaSTPMKLONKertas Model STPM 1 910/104_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM1_3rd.indd 144PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kertas Model STPM 1145Kertas Model STPM 16 Perkataan yang manakah mengandungi vokal rangkap? I TaubatII AmboiIII PautIV KainA I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV7 Yang manakah ayat yang mempunyai kata yang mengandungi diftong?I Kemerduan suaranya mengagumkan.II Ikatan persaudaraan mereka erat sekali.III Biarkan dia berpaut pada dahan pokok.IV Penonton kehairanan menyaksikan pertunjukan sarkas itu.A I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV 8 Apakah yang menentukan penghasilan bunyi vokal? I Bahagian lidah dan ketinggian lidahII Keadaan bibir sama ada hampar atau bundarIII Keadaan pita suara sama ada bergetar atau tidakIV Keadaan rongga hidung sama ada terbuka atau tertutupA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV9 Pasangan bunyi yang manakah yang kedua-duanya merupakan vokal separuh sempit?A [i], [e]B [e], [o]C [u], [i]D [ε], [o]10 Padanan yang manakah yang betul bagi titik artikulasi dan bunyi yang terhasil pada titik tersebut?Titik artikulasiLelangit keras Lelangit lembutI [ x ] [ ŋ ]II [ n ] [ j ]III [ j ] [ k ]IV [ ɲ ] [ g ]A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IVSTPMKLONSTPMKLONSTPMKLON04_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM1_3rd.indd 145PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kertas Model STPM 1146Kertas Model STPM 111IIIBerdasarkan rajah di atas, perkataan yang manakah yang mengandungi bunyi yang ditandai oleh I dan II?I IIA Esok Lemak B Emak EkorC Enam OperaD Bengkok Engsel 12 Pasangan perkataan yang manakah yang kedua-duanya mempunyai konsonan bersuara?I Petak, cukaiII Garam, badanIII Kicap, sambutIV Lazim, dalamA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV13 Pasangan perkataan yang manakah yang penyebutan bunyi awalnya adalah pada daerah artikulasi yang sama tetapi membawa makna yang berbeza?A Pekat, tekatB Karam, garamC Kandung, bendungD Pandang, kandang14 Pasangan perkataan yang manakah yang kedua-duanya mengandungi konsonan sengauan?I Dengkur, penatII Senyap, mewahIII Rawan, ketayapIV Tembok, syariatA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IVSTPMKLONSTPMKLON04_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM1_3rd.indd 146PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kertas Model STPM 1147Kertas Model STPM 115 Perkataan yang manakah yang dalam penyebutannya wujud artikulasi sertaan pengglotisan?I KeinsafanII KenderaanIII KemerahanIV KelembutanA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV16 Pernyataan yang manakah yang benar tentang vokal rangkap? I Membentuk dua suku kataII Berlaku geluncuran pada vokal keduaIII Kedua-dua vokal mempunyai puncak kelantanganIV Vokal kedua berubah menjadi konsonanA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV17 I DamaiII DaunIII Boikot IV Main Padanan yang manakah betul antara perkataan yang mengandungi diftong dengan perkataan yang mengandungi vokal rangkap?Diftong Vokal rangkapA I dan II III dan IVB I dan III II dan IVC III dan IV I dan IID II dan IV I dan III18 Transkripsi fonetik yang manakah yang betul bagi perkataan masyarakat?A [mã.∫a.ra.kat]B [ma.∫a.ra.kat]C [mã.sya.ra.kat]D [ma.sha.ra.kat]19 Padanan yang manakah yang betul antara perkataan dengan lambang fonetiknya dalam sebutan baku? Perkataan Lambang fonetikA khabar [ka.bar]B pulang [pu.laɲ]C nyamuk [ɲã.mu˜Ɂ]D kucing [ku.ceɲ]STPMKLONSTPMKLON04_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM1_3rd.indd 147PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kertas Model STPM 1148Kertas Model STPM 120 Unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu dikenal sebagaiA bunyi.B fonem.C alofon.D alomorf.21 Yang manakah benar tentang fonem?A Unit bahasa yang mempunyai maknaB Unit bahasa yang boleh berdiri sendiriC Unit bahasa yang membezakan maknaD Unit bahasa yang tidak mempunyai makna22 Yang manakah perkataan yang mengalami proses peleburan fonem?A MengecilB MengecatC MengutusD Mengumpan23 Perkataan yang manakah yang semua suku katanya ialah suku kata tertutup?A ArtikulasiB KonduktorC IntelektualD Pustakawan24 Perkataan yang manakah yang mengalami proses penyisipan schwa?A MengelapB MengetamC MengetuaiD Mengetahui25 Perkataan yang manakah yang mengalami penyisipan glotal ketika membunyikannya? I Soalan III BualanII Buatan IV KeadaanA I dan III C II dan IIIB I dan IV D II dan I26 I ManaII SiangProses fonologi yang manakah yang terdapat pada perkataan I dan II?I IIA Penyisipan glotal Penyisipan geluncuranB Penyengauan Penyisipan glotalC Penyisipan geluncuran PenyengauanD Penyengauan Penyisipan geluncuran04_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM1_3rd.indd 148PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kertas Model STPM 1149Kertas Model STPM 127 I KKVII KKVKPadanan perkataan yang manakah yang suku kata keduanya terdiri daripada pola suku kata seperti dalam I dan II di atas?I IIA Influenza ProduksiB Kompleksiti PesimistikC Tribunal SitoplasmaD Eksklusif Konfrantasi28 Pernyataan yang manakah benar tentang pola keselarasan vokal bahasa Melayu? I Suku kata sebelum praakhir tidak diambil kiraII Suku kata akhir boleh dihadiri oleh semua vokalIII Suku kata akhir hendaklah berakhir dengan konsonanIV Suku kata praakhir boleh terdiri daripada suku kata tertutupA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV29 Pernyataan yang manakah yang benar tentang pola keselarasan vokal dalam sistem ejaan baharu? I Keselarasan vokal wujud dalam dua suku kata pada sesuatu kata dasarII Keselarasan vokal melibatkan suku kata sebelum praakhir dan akhir tertutup III Keselarasan vokal melibatkan suku kata praakhir dan suku kata akhir tertutupIV Keselarasan vokal melibatkan ejaan perkataan asli bahasa Melayu dan kata pinjamanA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV30 Ayat yang manakah yang penggunaan semua tanda bacanya betul?A “Eh, buku saya ada di atas meja sebentar tadi! Bagaimanakah buku saya boleh hilang?” Tanya Nayli kepada Nura. B “Eh! Buku saya ada di atas meja sebentar tadi! Bagaimanakah buku saya boleh hilang?” tanya Nayli kepada Nura. C “Eh, buku saya ada di atas meja sebentar tadi. Bagaimanakah buku saya boleh hilang!” tanya Nayli kepada Nura. D “Eh, buku saya ada di atas meja sebentar tadi, bagaimanakah buku saya boleh hilang? Tanya Nayli kepada Nura”.STPMKLON04_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM1_3rd.indd 149PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kertas Model STPM 1150Kertas Model STPM 1Bahagian B[30 markah]Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan.31 (a) Jelaskan konsep fonetik.[2](b) Apakah konsep huruf?[1]32 IIIIIIIVBerdasarkan rajah keratan rentas lidah di atas,(a) apakah nama bunyi III?[1](b) berikan satu perkataan yang mengandungi bunyi I dan satu perkataan yang mengandungi bunyi II.(i) I: [1](ii) II: [1]33 I [h]II [z](a) Apakah nama konsonan I dan II di atas?(i) [h]: [1](ii) [z]: [1](b) Jelaskan cara penghasilan bunyi II.[2]STPMKLON3STPMKLON3404_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM1_3rd.indd 150PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kertas Model STPM 1151Kertas Model STPM 134 X Haiwan Y Biasa (a) Namakan bunyi yang bergaris pada perkataan X dan Y.(i) X: [1](ii) Y: [1](b) Jelaskan satu perbezaan bunyi yang bergaris pada perkataan X dan Y.[2]35 sayangTranskripsikan perkataan di atas dengan menggunakan Abjad Fonetik Antarabangsa.[2]36 [di.a ke kli.niɁ kə.ra.ja.Ɂan]Berdasarkan sebutan baku bahasa Melayu, betulkan kesalahan transkripsi fonetik dalam ayat di atas dengan menggunakan Abjad Fonetik Antarabangsa.[2]37 (a) Nyatakan definisi bagi setiap istilah yang berikut:(i) Fonem [1](ii) Alofon[1](b) Berikan satu contoh pasangan minimal.[1]38 /kuih/→[ku.wih] kuah/→[ku.wah] /siap/→[si.jap] /liut/→[li.jut]Berdasarkan contoh perkataan di atas,(a) nyatakan proses fonologi yang berlaku,[1](b) apakah syarat lingkungan bagi proses fonologi di atas?[1]4223STPMKLON204_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM1_3rd.indd 151PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kertas Model STPM 1152Kertas Model STPM 139 I KerongsangII EkspatriatIII KompleksTulis struktur suku kata bagi perkataan I, II, dan III di atas.(a) I: [1](b) II: [1](c) III: [1]40 Kata Dr. Ayyash, pengambilan pil ini sudah pasti mempunyai kesan sampingannya tetapi faedahnya lebih banyak.(a) Tulis semula ayat di atas dengan menggunakan tanda baca yang betul.[2](b) Berikan dua contoh perkataan yang menepati keselarasan vokal bahasa Melayu yang bermula dengan e-pepet dalam petikan di atas.(i) [1](ii) [1]STPMKLON3404_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM1_3rd.indd 152PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kertas Model STPM 1153Kertas Model STPM 1Bahagian C[40 markah]Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.Mungkin ada kebenaran di sebalik dakwaan ramai lepasan SPM yang tidak berminat untuk sambung belajar. Baru-baru ini, tular di media sosial anak-anak muda bermodalkan kapal terbang sewa yang sama bagi menunjukkan bahawa mereka mampu hidup mewah bagi menarik orang ramai menyertai skim pelaburan yang ditawarkan. Perkara itu terbongkar setelah perbandingan dibuat antara beberapa video lain menunjukkan kapal terbang yang sama telah disewa dan penggambaran dilakukan di tempat yang sama. Klip-klip video sebegini jika tidak disekat akan menyebabkan pelbagai kesan negatif. Tidak mahu melanjutkan pelajaran selepas tamat SPM telah menjadi satu trend pada era digital ini. Namun begitu, adakah itu jalan yang terbaik? Ada yang berpendapat bahawa pendedahan yang dibuat oleh media massa baru-baru ini tentang ramai calon bumiputera menolak tawaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) adalah terbaik. Jumlah ini merangkumi data selama tiga tahun berturut-turut, iaitu dari tahun 2020 hingga tahun 2022 dengan trend peningkatan yang amat ketara, iaitu seramai 39,910 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menolak tawaran ke IPTA pada tahun 2020 kepada 73,431 pada tahun 2022. Mereka yang nekad untuk tidak menyambung belajar hakikatnya akan menghadapi persaingan dalam memperoleh kerjaya atau peluang pekerjaan yang lebih baik pada masa depan. Tidak hairanlah jika mereka akan berputih mata apabila melihat rakan-rakan mereka yang berpelajaran tinggi menikmati gaji yang lumayan sedangkan mereka hanya mendapat gaji yang rendah. Pilihan mereka ini realitinya mengehadkan peluang untuk memajukan diri di samping sukar untuk meningkatkan taraf hidup pada masa depan.Sampai bila generasi muda kita harus dikhayalkan dengan perkara sebegini? Tidakkah mereka sedar bahawa senario ini akan menggagalkan usaha negara untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam sektor ekonomi pada masa depan? Mungkin juga mereka hanya akan sedar dengan dunia realiti apabila melihat lambakan graduan yang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi malah sehingga ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD), namun selama bertahun-tahun tidak mendapat pekerjaan yang sesuai dengan taraf kelayakan akademik mereka. Mungkin ada kebenaran di sebalik dakwaan bahawa ramai yang tidak berminat belajar dan ingin mendapatkan pulangan yang lumayan dengan mudah, namun bagi saya tidak semua orang yang menolak untuk menyambung pelajaran berfikiran sebegitu. Untuk mengatasi masalah ini, terdapat pelbagai bantuan kewangan ditawarkan. Antaranya ialah bantuan zakat untuk pendidikan. Peluasan tafsiran asnaf, terutamanya dalam kelompok penerima fi sabilillah(berjuang di jalan Allah) kini bukan hanya berlegar kepada mereka yang berperang. Akan tetapi terbuka luas kepada pelajar yang mengikuti pengajian bersifat keperluan semasa seperti perakaunan, perubatan dan kejuruteraan. Langkah proaktif pelbagai institusi zakat di negara ini mewujudkan saluran permohonan secara dalam talian. Bagi mereka yang memerlukan bantuan zakat, inilah langkah yang bertepatan dengan keperluan dan realiti pada masa ini.Dengan adanya kaedah tersebut, pemohon tidak lagi perlu mengisi pelbagai borang yang rumit dan memerlukan belanja yang besar bagi kos pengangkutan untuk ke pusat zakat. Terdapat juga pihak universiti yang menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi zakat di negeri yang sama bagi manfaat penuntut mereka. Selain itu, langkah turun padang bagi mengenal pasti mereka yang kurang berkemampuan tetapi cemerlang dalam akademik untuk disalurkan agihan zakat pendidikan adalah baik. Mungkin masih terdapat pelbagai kerenah birokrasi sewaktu proses permohonan ini, namun hakikatnya transformasi yang dilakukanoleh pelbagai institusi zakat ini seharusnya disokong dan diberikan pujian. (Dipetik dan disesuaikan daripada Utusan Malaysia, 4 Ogos 2023)51015202530354004_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM1_3rd.indd 153PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kertas Model STPM 1154Kertas Model STPM 141 Berdasarkan petikan tersebut, jelaskan maksud frasa yang berikut: (a) ... akan sedar dengan dunia realiti apabila melihat lambakan graduan ... (baris 21 – 22) [2](b) ... langkah turun padang bagi mengenal pasti mereka yang kurang berkemampuan ... (baris 37) [2]42 Nyatakan empat implikasi kepada pelajar jika mereka tidak berminat untuk menyambung pelajaran. [4]43 Nyatakan tiga usaha yang dilakukan oleh institusi zakat di Malaysia untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada pelajar miskin agar mereka menyambung pelajaran selepas tamat SPM. [3]44 Jelaskan konsep peluasan tafsiran asnaf terutamanya dalam kelompok penerima fi sabilillah (berjuang di jalan Allah). [4]45 Tidak mahu melanjutkan pelajaran selepas tamat SPM telah menjadi satu trend pada era digital ini. (baris 6 – 7)Berikan ulasan anda tentang faktor sesetengah pelajar lepasan SPM enggan menyambung pelajaran selepas tamat SPM. Panjang jawapan anda hendaklah tidak melebihi 200 patah perkataan. KBAT [25]04_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM1_3rd.indd 154PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Click to View FlipBook Version