155Masa: 2 jam 30 minitBahagian A[30 markah]Jawab semua soalan.1 Apakah yang dijadikan fokus dalam kajian bidang fonetik?A Sistem ejaan bagi sesuatu bahasaB Fungsi nahuan dalam sesuatu bahasaC Makna tatabahasa bagi sesuatu perkataanD Penghasilan bunyi-bunyi bahasa oleh alat pertuturan manusia2 Mengapakah kajian fonetik penting dalam memahami bunyi bahasa manusia?A Membezakan bentuk struktur bunyi vokal dan konsonanB Membezakan ciri-ciri bunyi vokal dan konsonan secara saintifikC Membezakan makna yang dihasilkan oleh bunyi vokal dan konsonanD Membezakan tujuan dan mesej penggunaan bunyi vokal dan konsonan3 Yang manakah merupakan situasi yang mempunyai makna dalam bunyi bahasa?A Kanak-kanak menangisB Sekumpulan lelaki bergelak ketawaC Seorang pemidato menyampaikan ucapanD Seseorang menjerit dengan jeritan yang nyaring4 Yang manakah merupakan pernyataan yang tepat tentang hubungan bunyi dengan huruf dalam sistem bunyi bahasa manusia?I Huruf atau aksara tidak melambangi bunyiII Huruf atau aksara hanya melambangi bunyiIII Sistem abjad hadir selepas sistem huruf dan aksaraIV Sistem bunyi hadir sebelum sistem huruf atau aksaraA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV5 Pasangan perkataan yang manakah yang kedua-duanya mempunyai vokal tengah?A Teko, tekakB Ternak, senakC Tempoh, sesakD Tembak, tengkukKertas Model STPM 2 910/105_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM2_3rd.indd 155PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE
Kertas Model STPM 2156Kertas Model STPM 26 Yang manakah merupakan alat pertuturan aktif yang tepat?I BibirII LidahIII Gigi atasIV Lelangit kerasA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV7 Apakah yang menentukan penghasilan sesebuah bunyi vokal?I Bahagian lidah dan ketinggian lidahII Keadaan bibir sama ada hampar atau bundarIII Keadaan pita suara sama ada bergetar atau tidakIV Keadaan rongga mulut sama ada terbuka atau tertutupA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV8 Apakah yang menentukan penghasilan sesebuah bunyi konsonan?I Keadaan lidah dan ketinggian lidahII Keadaan bibir sama ada hampar atau bundar.III Keadaan pita suara sama ada bergetar atau tidakIV Tempat pengeluaran bunyi yang diberikan sekatan udaraA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV9 Pasangan perkataan yang manakah yang kedua-duanya merupakan vokal depan?A [a] dan [ə]B [a] dan [e]C [i] dan [ə]D [i] dan [o]10 Kumpulan perkataan yang manakah yang kesemuanya mengandungi bunyi diftong?A Amboi, pantau, santaiB Konvoi, santau, naikC Jauh, laut, langkauD Saat, gulai, aurat11 Pasangan perkataan yang manakah yang mengandungi vokal rangkap?A Baik, daunB Landai, naikC Kait, kaloiD Ramai, lampauSTPMKLONSTPMKLON05_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM2_3rd.indd 156PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE
Kertas Model STPM 2157Kertas Model STPM 212 Kumpulan perkataan yang manakah yang mengandungi digraf?A Bunyi, ungu, bankB Syak, langit, konkritC Ghaib, nganga, khabar D Kompleks, khemah, syabas13 Pasangan perkataan yang manakah yang mengandungi konsonan rangkap?A Span, pelanB Singa, tanggaC Seksyen, stesenD Struktur, traktor14 Yang manakah pernyataan yang benar tentang vokal rangkap?I Terjadi geluncuran pada vokal keduaII Vokal pertama dan kedua terdiri sebagai satu suku kataIII Terbentuk sebagai dua suku kata dalam sesebuah perkataanIV Vokal yang hadir mempunyai puncak kelantangan yang tersendiriA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV15 Lambang konsonan pinjaman Jenis konsonan pinjamanI [Ɣ] P Geseran bibir-gigi bersuaraII [x] Q Geseran bibir-gigi tak bersuaraIII [f] R Geseran lelangit lembut bersuaraIV [v] S Geseran lelangit lembut tak bersuaraPadanan yang manakah yang tepat antara lambang konsonan pinjaman dengan jenis konsonan pinjamannya? I II III IVA R S Q PB S R P QC Q P R SD S P Q R16 Cara penghasilan bunyi konsonan [m], [n], [ŋ] dan [ɲ] adalah sama daripada segiA kedudukan lidah.B keadaan rongga mulut yang tertutup.C kedudukan lelangit lembut dinaikkan.D cara pelepasan udara secara serta-merta.05_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM2_3rd.indd 157PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE
Kertas Model STPM 2158Kertas Model STPM 217 Transkripsi fonetik yang manakah yang betul bagi perkataan memasyarakatkan?A [me.ma.ʃa.ra.kat.kan]B [mə.mã.ša.ra.kat.kan]C [me.ma.ša.ra.kat.kan]D [mə.mã.ʃa.ra.kat.kan]18 Yang manakah padanan yang tepat antara perkataan dengan lambang fonetiknya dalam sebutan baku?Perkataan Lambang fonetikA alpa [lə.pε]B nyanyuk [ɲã.ɲũʔ]C harga [har.gε]D anjing [an.jeŋ]19 Yang manakah pernyataan yang benar tentang alofon?A Unit bahasa yang mempunyai maknaB Unit bahasa yang mampu berdiri sendiriC Unit bahasa yang boleh membezakan maknaD Unit bahasa yang berlainan yang terhasil daripada satu fonem20 Pasangan perkataan yang manakah yang mengandungi semua suku kata tertutup?A Pendidikan, pendudukanB Cendawan, cendekiawanC Pengganggu, pengganasD Konduktor, kontraktor21 Perkataan yang manakah yang terdiri daripada tujuh suku kata terbuka dan dua suku kata tertutup?A BerpendapatanB BerkepentinganC BerkeperibadianD Berperikemanusiaan22 Perkataan Lambang fonetik dialek Perak Lambang fonetik sebutan bakuerti [ʁəti] [ərti]Berdasarkan perkataan dan lambang fonetik tersebut, yang manakah pernyataan yang benar tentang sebutan baku?A Setiap perkataan hendaklah dieja mengikut sebutanB Setiap perkataan mestilah dieja berdasarkan penyukuan suku kataC Setiap perkataan perlulah dilafazkan mengikut bunyi yang berbezaD Setiap perkataan perlulah dilafazkan mengikut intonasi yang tersendiriSTPMKLONSTPMKLON05_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM2_3rd.indd 158PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE
Kertas Model STPM 2159Kertas Model STPM 223 Yang manakah proses fonologi yang terdapat pada perkataan menyiang?I PenyengauanII Penyisipan glotalIII Penyisipan faringgalIV Penyisipan geluncuranA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV24 Perkataan yang manakah yang mengalami penyisipan faringgal ketika proses membunyikannya berlaku?I DiamII KetaatanIII JuruazanIV MuamalatA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV25 Perkataan yang manakah yang mengalami penyisipan schwa ketika proses membunyikannya berlaku?I MengelapII MengenaliIII MengebomIV MengetahuiA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV26 Susunan pola suku kata yang manakah yang menepati perkataan pembangunan?A KVK+KV+KV+KVKB KVK+KVK+VK+VKC KVK+KV+KKV+KVKD KVK+KVKK+VK+KVK27 Perkataan yang manakah yang ejaannya menepati pola kekecualian keselarasan vokal dalam bahasa Melayu?I PotongII KabinetIII Tumpang IV KontraktorA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV05_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM2_3rd.indd 159PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE
Kertas Model STPM 2160Kertas Model STPM 228 Pasangan perkataan yang manakah yang mempunyai perubahan dalam pola keselarasan bahasa Melayu?A Pola, untukB Kuda, botolC Pelik, nomborD Tidur, sembuh29 Yang manakah pernyataan yang tepat tentang pola keselarasan vokal bahasa Melayu?I Suku kata sebelum praakhir tidak diambil kira.II Suku kata akhir perlulah berakhir dengan vokal.III Suku kata akhir perlulah berakhir dengan suku kata tertutup. IV Suku kata sebelum praakhir tidak boleh berakhir dengan suku kata terbuka.A I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV30 Ayat yang manakah yang betul dalam penggunaan tanda bacanya?A Dia ialah kakaknya. Bukan teman wanitanya.B “Aku memang tak p,e,d,u,l,i”, kata Arief kepada Azim.C Tiga perkara yang merosakkan negara; dadah, alkohol dan rokok.D Ayah pernah bertugas sebagai polis di Kuala Lumpur pada awal tahun 1990-an.05_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM2_3rd.indd 160PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE
Kertas Model STPM 2161Kertas Model STPM 2Bahagian B[30 markah]Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan.31 (a) Nyatakan satu perbezaan antara fon dengan huruf.[2](b) Huraikan konsep alat pertuturan pasif.[1]32 III IIIIVBerdasarkan rajah keratan rentas lidah di atas,(a) namakan bunyi II dan III.(i) II: [1](ii) III: [1](b) nyatakan satu perkataan yang didahului bunyi IV dan diikuti bunyi I. [1]33 (a) Namakan konsonan yang berikut.(i) [j]: [1](ii) [ʤ]: [1](b) Berikan dua contoh perkataan yang dihasilkan menggunakan konsonan [ʤ].[2]34 I pemantauanII kelautan(a) Nyatakan jenis bunyi yang bergaris dalam perkataan di atas.(i) I: [1](ii) II: [1]33405_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM2_3rd.indd 161PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE
Kertas Model STPM 2162Kertas Model STPM 2(b) Huraikan satu perbezaan antara digraf dengan konsonan rangkap.[2]35 Transkripsikan perkataan berikut dengan berpandukan Abjad Fonetik Antarabangsa.(a) pembantaian: [1](b) kesenggangan: [1]36 [kə.ra.ja.ʔan a.kan mə̃m.bə.ri.kan kə.u.ta.mã.ʔan kə.pa.da raʔ.yat]Berdasarkan sebutan baku bahasa Melayu, betulkan kesalahan transkripsi fonetik dalam ayat di atas berpandukan Abjad Fonetik Antarabangsa.[2]37 (a) Nyatakan definisi pasangan minimal.[1](b) Berikan dua contoh pasangan minimal.[2]38 /diam/→[di.jam] /gurauan/→[gu.ra.wan] /tarian/→[ta.ri.jan]Berdasarkan contoh perkataan di atas,(a) apakah proses fonologi yang berlaku?[1](b) nyatakan syarat lingkungan bagi membolehkan kehadiran proses di atas.[1]39 I PendaulatanII PerkhabaranIII ProjektorTulis struktur suku kata bagi perkataan I, II dan III di atas.(a) I: [1](b) II: [1](c) III: [1]42232305_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM2_3rd.indd 162PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE
Kertas Model STPM 2163Kertas Model STPM 240 Kata seorang bekas anggota polis penubuhan unit cawangan khas menjadi titik tolak sejarah agensi perisikan dalam pasukan polis diraja Malaysia.(a) Tulis semula ayat di atas dengan menggunakan tanda baca yang betul.[2](b) Berikan dua contoh perkataan yang menepati keselarasan vokal bahasa Melayu yang terdapat dalam petikan di atas.(i) [1](ii) [1]STPMKLON405_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM2_3rd.indd 163PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE
Kertas Model STPM 2164Kertas Model STPM 2Bahagian C[40 markah]Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.Kehadiran atau campur tangan orang ketiga tetap menjadi punca utama keruntuhan rumah tangga, meskipun terdapat 1,001 sebab lain yang mendorong perkahwinan dibubarkan selain daripada kesedaran pasangan yang tidak lagi sanggup untuk terus dipergunakan. Peguam syariah, Nurul Izzah Zainol, menjelaskan faktor usia tidak menentukan sesuatu perceraian. Usia bukan lagi merupakan faktor penentuan sama ada untuk terus bertahan atau berpisah, kerana perceraian diambil sebagai langkah apabila seseorang itu dicurangi,tidak diberi nafkah, dicederakan hingga tiba satu masa, mereka bertekad memfailkan perceraian kerana tidak mampu lagi bertahan. Ramai pasangan memilih pendekatan untuk bertahan walaupun dari awal perkahwinan dirinya dipukul atau dibiarkan menanggung sepenuhnya beban kewangan tetapi masih tidak mahu mengambil keputusan berpisah demi masa depan anak-anak. Perceraian tidak berlaku secara tiba-tiba hanya kerana dicurangi, tetapi turut disebabkan oleh faktor lain seperti wujudnya parasit atau peranan yang tidak seimbang antara pasangan yang memaksa golongan wanita perlu bekerja keras berikutan semua beban ditanggungnya sendirian. Walau bagaimanapun, menurut Nurul Izzah, persepsi orang ramai bahawa sekiranya seseorang itu merujuk masalah rumah tangga kepada peguam, hubungan itu pasti berakhir dengan perceraian, adalah kurang tepat. Peguam tidak secara bulat-bulat mengusulkan perceraian, tetapi peguam menasihati anak guamnya agar mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada berkaitan hak individu untuk bercerai. Pilihan menggunakan hak di sisi undang-undang atau tidak adalah atas individu itu. Peguam berperanan memberikan maklumat undangundang. Bagaimanapun, intervensi guaman biasanya menjadi penyelesaian terakhir selepas segala usaha tidak membuahkan hasil. Beliau berkata, perkahwinan sepatutnya memberikan manfaat yang kepada kedua-dua pasangan. Ikatan itu sewajarnya lebih memperbaiki keperluan dan gaya hidup pasangan. Selain itu, perkahwinan sepatutnyamempertingkatkan potensi dan kecemerlangan diri. Perkembangan karier dan pengukuhan kedudukan kewangan kedua-dua pihak ke tahap yang lebih baik juga merupakan kebaikan dalam perkahwinan. Bagi Nurul Izzah, apabila perkahwinan itu tidak mencapai matlamat daripada pelbagai sudut sehingga berlakunya kepincangan, maka matlamat perkahwinan sudah tidak lagi tercapai. Penyelesaian pada peringkat akhir yang wajar ialah perceraian apabila perkahwinan tidak lagi menjadi ladang pahala. Lebih banyak kemungkarandan dosa serta kualiti hidup juga tidak semakin membaik apabila langkah tersebut tidak diambil. Untuk menilai kewajaran sebuah perkahwinan itu dipertahankan, kita mesti melihat nilai positif dan negatif yang wujud daripada perkahwinan itu. Sekiranya lebih banyak mudarat berbanding dengan kebaikan, maka perpisahan ialah jalan yang terbaik, kata Nurul Izzah.(Dipetik dan disesuaikan daripada “Orang Ketiga Punca Utama Keruntuhan Rumah Tangga” oleh Mahani Ishak, Berita Harian, 11 April 2023)5101520253005_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM2_3rd.indd 164PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE
Kertas Model STPM 2165Kertas Model STPM 241 Berdasarkan petikan tersebut, jelaskan maksud frasa ...wujudnya parasit....(baris 11). [2]42 Nyatakan dua faktor yang menjadi punca keruntuhan institusi rumah tangga. [4]43 Nyatakan empat manfaat yang sewajarnya diperoleh daripada perkahwinan. [4]44 Nyatakan lima sebab sesebuah perceraian itu dibenarkan sebagai langkah terakhir. [5]45 Ramai pasangan memilih pendekatan untuk bertahan walaupun dari awal perkahwinan dirinya dipukul, dibiarkan menanggung sepenuhnya beban kewangan tetapi masih tidak mahu mengambil keputusan berpisah demi masa depan anak-anak. (baris 7 – 10)Kemukakan pendapat anda tentang implikasi daripada keruntuhan institusi kekeluargaan akibat perceraian di negara ini. Panjang jawapan anda hendaklah tidak melebihi 200 patah perkataan. KBAT [25]05_Teks Efektif STPM_BM_Sem 1_KM2_3rd.indd 165PENERBIT 4/14/26 1:38 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE
BAB 1 FonetikSemak Cepat 1.11 Fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.2 Tiga cabang utama ilmu fonetik: • Fonetik pendengaran• Fonetik akustik • Fonetik artikulasiSemak Cepat 1.21 Bunyi bahasa atau fon merupakan elemen yang terhasil daripada gelombang bunyi yang pada arus udara yang bergerak.2 Bunyi yang mempunyai makna sahaja dikenali sebagai bunyi bahasa manakala bunyi yang tidak mempunyai makna tidak dianggap sebagai bunyi bahasa. Bunyi-bunyi lain seperti batuk, bersin atau berdehem tidak dianggap bunyi bahasa, tetapi bunyi semata-mata.Semak Cepat 1.31 Perbezaan antara titik artikulasi dengan alat artikulasi: • Titik artikulasi merupakan alat yang terlibat dalampenghasilan bunyi bahasa manakala alat artikulasi merupakan organ yang menghasilkan bunyi bahasa melalui gangguan atau sekatan udara. • Titik artikulasi bersifat statik dan tidak boleh bergerakmanakala alat artikulasi tidak bersifat statik kerana boleh bergerak. • Titik artikulasi manusia ialah gigi atas, gigi bawah, gusi dan bibir atas manakala alat artikulasi pula seperti lidah dan bibir bawah.2 Alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran bunyi. Alat pertuturan aktif ialah organ pertuturan yang boleh bergerak dan bersifat tidak statik yang merangkumi bibir, lidah, lelangit lembut dan gigi bawah. Alat pertuturan pasif pula ialah organ pertuturan yang tidak dapat bergerak dan bersifat statik merangkumi gusi, gigi atas dan lelangit keras.3 Contoh alat artikulasi aktif ialah lidah, bibir dan gigi bawah.Semak Cepat 1.41 Bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara, ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapat sebarang sekatan atau geseran.2 Ciri-ciri yang membezakan penghasilan bunyi vokal:• Keadaan bibir• Bahagian lidah yang terlibat• Turun naik lidah• Keadaan lelangit lembut dan keadaan glotis semasa udarakeluar dari paru-paruSemak Cepat 1.5Ciri-ciri penentuan penghasilan bunyi konsonan: • Keadaan glotis• Keadaan lelangit lembut• Cara arus udara keluar dari paru-paru • Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasiSemak Cepat 1.6Diftong merupakan cantuman dua bunyi vokal dalam satu suku kata dan terhasil dengan proses geluncuran lidah daripada vokal pertama ke vokal kedua.Semak Cepat 1.71 Vokal rangkap merupakan urutan dua vokal penuh dan tiap-tiap vokal merupakan vokal penuh yang tersendiri, contohnya daun. Dalam daun, misalnya, a dan u ialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri daripada dua suku kata, iaitu da dan un.2 Vokal rangkap disifatkan hadir apabila berlakunya proses penghasilan bunyi seperti penyisipan hentian glotis dan penyisipan geluncuran /w/ dan /j/.3 Perbezaan antara diftong dengan vokal rangkap:• Diftong terhasil dalam satu suku kata yang samamanakala vokal rangkap terhasil dalam dua suku kata yang berasingan.• Diftong mempunyai satu puncak kelantangan manakala vokal rangkap mempunyai dua puncak kelantangan.• Geluncuran lidah berlaku semasa bunyi diftongdihasilkan manakala tiada geluncuran lidah berlaku dalam vokal rangkap.Semak Cepat 1.81 Konsonan rangkap merupakan konsonan yang hadir secara berturutan dalam satu suku kata yang sama dan wujud dalam perkataan pinjaman bahasa Inggeris sahaja.2 Tiga contoh perkataan yang mengandungi konsonan rangkap ialah drama, plasma dan strawberi.Semak Cepat 1.91 Digraf merujuk konsonan yang hadir secara berturutan dalam satu suku kata yang sama dan konsonan tersebut mewakili satu bunyi sahaja.2 Perbezaan antara konsonan rangkap dengan digraf: • Konsonan rangkap mempunyi dua bunyi manakala digrafmempunyai satu bunyi. • Konsonan rangkap terdiri daripada dua lambang bunyi manakala digraf terdiri daripada satu lambang bunyi. 166JawapanJawapanTeks Efektif STPM_BM_Sem 1_JAWP_3rd.indd 166PENERBIT 4/14/26 12:45 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE
Semak Cepat 1.10Bahasa baku merujuk bahasa standard yang mempunyai struktur tatabahasa yang lengkap. Struktur tersebut merangkumi kesempurnaan daripada aspek sistem ejaan, tatabahasa dan kosa kata.Semak Cepat 1.111 Transkripsi fonetik ialah cara merakamkan atau merekodkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan lambanglambang fonetik.2 Perbezaan antara transkripsi fonetik dengan transkripsi fonemik:• Transkripsi fonetik menumpukan fokus mengenaitranskripsi bunyi bahasa manakala transkripsi fonemik menumpukan fokus mengenai transkripsi dalam bentuk tulisan.Tinjau Bab1 bunyi bahasa; sistem dan fungsi2 (a) Fonetik akustik (b) Fonetik auditori(c) Fonetik artikulasi3 fon; fonem4 (a) Bunyi bahasa(b) Sistem dan fungsi bahasa5 lambang yang mewakili bunyi6 huruf; bunyi7 (a) Alat pertuturan yang digunakan untuk menyentuh daerah artikulasi(b) Tidak bersifat statik kerana boleh bergerak(c) Lidah dan bibir(d) Kawasan/titik sentuhan oleh alat artikulasi(e) Bersifat statik(f) Gusi dan lelangit lembut8 (a) Lidah(b) Bibir bawah(c) Lelangit keras(d) Lelangit lembut(e) Gusi(f) Gigi atas9 (a) Depan(b) Tengah(c) Belakang(d) [i](e) [u](f) [o](g) [ɛ](h) [a](i) hampar(j) bundar10 (a) u(b) e(c) ɛ(d) ə(e) a11 (a) Depan lidah dinaikkan tinggi(b) Depan lidah dinaikkan separuh tinggi(c) Depan lidah dinaikkan(d) Depan lidah diturunkan serendah-rendahnya(e) Bahagian tengah lidah dinaikkan ke bahagian pertemuan(f) Dibundarkan12 (a) Ketinggian dan kedudukan lidah(b) Bentuk bibir sama ada hampar atau bundar13 (a) Keadaan glotis(b) Keadaan lelangit lembut(c) Cara arus udara keluar dari paru-paru(d) Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi14 (a) satu(b) satu(c) Berlaku geluncuran lidah(d) Dua(e) Dua(f) Tidak berlaku geluncuran lidah15 (a) [ʤən.to.laʔ](b) [ku.ra.ku.ra](c) [o.lah.ra.ɡa](d) [kə.sə.sa.tan]16 (a) [kli.tik](b) [ta.ʔa.sub](c) [rag.bi](d) [im.pot]Fokus STPM 1Bahagian A1 A 2 B 3 B 4 B 5 A 6 B7 D 8 C 9 A 10 D 11 D 12 C13 D 14 B 15 A 16 A 17 C 18 C19 D 20 D 21 A 22 D 23 A 24 D25 CBahagian B1 (a) Perbezaan antara konsep fon dengan huruf:Fon ialah bunyi yang terhasil daripada gelombang udara yang bergerak dan mengenai gegendang telinga, manakala huruf merupakan lambang dalam sistem bunyi bahasa.(b) Konsep alat pertuturan pasif:Alat pertuturan pasif ialah organ pertuturan yang terlibat dalam penghasilan bunyi tetapi tidak dapat bergerak dan bersifat statik. 2 (a) (i) tʃ : Konsonan letusan lelangit keras tak bersuara(ii) ʃ: Konsonan geseran gusi-lelangit keras tak bersuara (b) Cara penghasilan bunyi [ʤ]:• Depan lidah ditemukan pada lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.• Udara yang melalui rongga mulut dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dengan lelangit keras. Jawapan167JawapanTeks Efektif STPM_BM_Sem 1_JAWP_3rd.indd 167PENERBIT 4/14/26 12:45 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE
• Udara dilepaskan secara perlahan-lahan sambil menggetarkan pita suara. 3 (a) Vokal tengah(b) Cara penghasilan bunyi X:• Bahagian tengah lidah dinaikkan ke bahagian pertengahan di antara lelangit keras dengan lelangit lembut. • Lelangit lembut dinaikkan bagi menutupi rongga hidung dan udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. • Pita suara bergetar.(c) Emak, besar dan bertukang4 (a) (i) Diftong(ii) Konsonan rangkap(iii) Vokal rangkap(b) Perbezaan antara vokal rangkap dengan diftong:• Vokal rangkap tidak mengalami geluncuran lidah manakala diftong mengalami geluncuran lidah• Vokal rangkap mempunyai dua puncak kelantangan manakala diftong mempunyai satu puncak kelantangan• Vokal rangkap berlaku dalam dua suku kata yang berasingan manakala diftong berlaku dalam satu suku kata yang sama(Pilih mana-mana satu)5 Perbezaan antara konsonan rangkap dengan digraf:• Konsonan rangkap mempunyai dua bunyi manakaladigraf mempunyai satu bunyi• Konsonan rangkap terdiri daripada dua lambang manakala digraf mempunyai satu lambang(Pilih mana-mana satu)6 [ta.rix a.xir. pə.ɲə.ra.han draf kon.trak i.tu kə bank a.da.lah pa.da 1 Mei 2026]7 (a) [kə.ra.ʤa.ʔan](b) [ʧon.te.ŋãn](c) [pə.ra.nãn]8 (a) (i) [pan.taj](ii) [ʃa.ri.kat](iii) [pə.la.ŋĩ](b) [kə.ba.ʤi.kan raʔ.jat i.ja.lah kəʔ.wu.ta.mã.ʔan kə.ra.ʤa.ʔan]9 (a) (i) Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara(ii) Konsonan letusan lelangit keras bersuara(b) Depan lidah dinaikkan pada daerah antara gusi dengan lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara yang dikeluarkan melalui rongga mulut mengalami geseran akibat sempitan pada lelangit keras. Pita suara tidak bergetar.10 (a) (i) [pǝr.la.wa.nãn](ii) [kǝ.tu.ha.nãn](iii) [pǝr.ma.ji.nãn](iv) [kǝ.u.pa.ja.an](b) [kǝ.mãm.pu.wan di.ri ki.ta su.dah mǝ.mã.da.i kǝ.per.lu.wan mǝ.re.ka]BAB 2 FonologiSemak Cepat 2.11 Alofon merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain dan tergolong sebagai satu fonem. Kelainan fon ini dipengaruhi oleh bunyi tertentu sama ada hadir pada posisi suku kata sama ada awalan, tengah atau akhiran.2 Fonem k dalam perkataan /kadi/, /paksi/ dan /katak/.Semak Cepat 2.21 Sebutan baku merupakan sebutan fonemik, iaitu sebutan berdasarkan ejaan dan tidak berdasarkan kelaziman sebutan berdasarkan dialek Melayu Johor-Riau.2 Tiga aspek fonologi yang diberikan perhatian dalam pembakuan bahasa Melayu:• Sebutan huruf• Sebutan kata • IntonasiSemak Cepat 2.31 Pola keselarasan vokal merujuk keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir sama ada terbuka atau tertutup dengan suku kata akhir tertutup. 2 Contoh pola keselarasan vokal ialah lantik, boleh dan lelong.Semak Cepat 2.41 Kata tunggal merupakan kata yang belum menerima sebarang proses morfologi sama ada penerbitan, penggandaan atau pemajmukan. Kata tunggal juga boleh terdiri daripada bentuk morfem bebas kerana setiap kata dasar bagi kata tunggal ini mempunyai makna yang tersendiri. 2 Contoh kata tunggal ialah kucing, pandai dan kereta.Semak Cepat 2.51 Kata terbitan merupakan bentuk kata yang terhasil daripada proses pengimbuhan pada sesebuah kata dasar. Kata terbitan atau kata berimbuhan ini menerima imbuhan sama ada imbuhan awalan, akhiran, apitan atau sisipan.2 Contoh kata terbitan ialah memasak, meletakkan dan menterjemah.Semak Cepat 2.61 Kata majmuk merupakan rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. 2 Contoh kata majmuk ialah suruhanjaya, warganegara, balai raya, cermin mata dan lut sinar.Semak Cepat 2.71 Kata ganda merupakan kata yang dibentuk dengan proses menggandakan atau proses pengulangan seluruh atau sebahagian kata. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.Jawapan168JawapanTeks Efektif STPM_BM_Sem 1_JAWP_3rd.indd 168PENERBIT 4/14/26 12:45 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE