The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-02-28 22:43:16

1QA_Biologi_AnyflipWM

1QA_Biologi_AnyflipWM

PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


ii Kandungan TINGKATAN 4 Tema 1: Asas Biologi Bab Kertas 1 Soalan Objektif 1 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 3 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 7 Bahagian B & C – Soalan Esei 8 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 11 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 14 Bahagian B & C – Soalan Esei 16 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 18 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 21 Bahagian B & C – Soalan Esei 23 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 25 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 28 Bahagian B & C – Soalan Esei 30 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 34 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 37 Bahagian B & C – Soalan Esei 40 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 42 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 45 Bahagian B & C – Soalan Esei 47 Tema 2: Fisiologi Manusia dan Haiwan Bab Kertas 1 Soalan Objektif 49 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 52 Bahagian B & C – Soalan Esei 53 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 55 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 59 Bahagian B & C – Soalan Esei 61 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 63 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 68 Bahagian B & C – Soalan Esei 69 Q&A SPM Biologi Kandungan.indd 2 12/28/22 3:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


iii Bab Kertas 1 Soalan Objektif 73 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 75 Bahagian B & C – Soalan Esei 76 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 80 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 83 Bahagian B & C – Soalan Esei 84 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 88 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 91 Bahagian B & C – Soalan Esei 92 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 95 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 98 Bahagian B & C – Soalan Esei 99 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 103 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 106 Bahagian B & C – Soalan Esei 107 TINGKATAN 5 Tema 1: Fisiologi Tumbuhan Berbunga Bab Kertas 1 Soalan Objektif 110 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 114 Bahagian B & C – Soalan Esei 116 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 120 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 125 Bahagian B & C – Soalan Esei 128 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 131 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 134 Bahagian B & C – Soalan Esei 136 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 138 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 140 Bahagian B & C – Soalan Esei 142 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 145 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 147 Bahagian B & C – Soalan Esei 148 Q&A SPM Biologi Kandungan.indd 3 12/28/22 3:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


iv Bab Kertas 1 Soalan Objektif 152 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 154 Bahagian B & C – Soalan Esei 156 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 158 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 159 Bahagian B & C – Soalan Esei 160 Tema 2: Ekosistem dan Kelestarian Alam Sekitar Bab Kertas 1 Soalan Objektif 164 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 168 Bahagian B & C – Soalan Esei 169 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 173 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 177 Bahagian B & C – Soalan Esei 178 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 180 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 183 Bahagian B & C – Soalan Esei 184 Tema 3: Pewarisan dan Teknologi Genetik Bab Kertas 1 Soalan Objektif 188 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 191 Bahagian B & C – Soalan Esei 193 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 195 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 198 Bahagian B & C – Soalan Esei 200 Bab Kertas 1 Soalan Objektif 202 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 204 Bahagian B & C – Soalan Esei 206 Kertas Model SPM 208 Jawapan 232 Q&A SPM Biologi Kandungan.indd 4 12/28/22 3:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1 Bab Tingkatan 4 131 Kertas 1 Soalan Objektif Bidang Biologi dan Kerjaya 1.1 1 Antara yang berikut, yang manakah kajian tentang mikroorganisma? A Botani B Ekologi C Genetik D Mikrobiologi Mikrobiologi ialah kajian tentang mikroorganisma, iaitu bakteria, virus, kulat, protozoa dan alga, yang secara amnya dikenali sebagai ‘mikrob’. Jawapan: D 2 Antara yang berikut, yang manakah sumbangan biologi dalam kehidupan seharian? I Seni bina II Astronomi III Farmaseutikal IV Pembuatan makanan A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV Industri farmaseutikal menghasilkan bahan yang digunakan untuk rawatan dan pencegahan penyakit. Pembuatan makanan menghasilkan makanan yang diproses menggunakan mikroorganisma. Jawapan: D 1.2 Keselamatan dan Peraturan dalam Makmal Biologi 3 Makmal biologi ialah tempat untuk membuat kajian dan penyelidikan. Antara yang berikut, yang manakah merujuk kepada peraturan keselamatan makmal umum yang mesti sentiasa diamalkan oleh murid? A Jangan bekerja sendirian di makmal tanpa pengawasan B Jangan basuh tangan selepas menjalankan eksperimen C Bawa barang yang tidak berkaitan ke dalam makmal D Bawa makanan dan minuman ke dalam makmal Pilihan B, C dan D dilarang dalam makmal kerana tindakan ini boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini. Jawapan: A 4 Urutan langkah yang manakah betul dalam mengendalikan tumpahan bahan kimia di makmal? P Cedok bahan kimia yang tumpah itu menggunakan peralatan yang sesuai dan buang dengan cara yang selamat Q Maklum kepada guru R Cegah tumpahan bahan kimia daripada merebak dengan menggunakan pasir Buku Teks: Halaman 1 – 19 Pengenalan kepada Biologi dan 1 Peraturan Makmal BAB Tema 1: Asas Biologi Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 1 12/29/22 5:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


2 Bab Tingkatan 4 131 S Isytihar kawasan tumpahan sebagai zon larangan A P, Q, R, S C Q, P, R, S B P, R, Q, S D Q, S, R, P Apabila berlaku tumpahan bahan kimia atau merkuri, langkah pertama ialah memaklumkan kepada guru, dan kemudian ikut arahan guru sehingga tumpahan itu dibersihkan. Jawapan: D 1.3 Berkomunikasi dalam Biologi 5 Antara istilah berikut, yang manakah merujuk kepada satah yang digunakan dalam penyelidikan dan pemerhatian terhadap sesuatu struktur organisma? I Sagital III Posterior II Frontal IV Membujur A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV Satah ialah permukaan rata bayangan yang melintasi badan. Tiga satah tersebut ialah satah sagital, frontal dan melintang. Jawapan: A 6 Graf yang menunjukkan hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas boleh digambarkan dalam bentuk graf garis, carta palang dan histogram. Pernyataan manakah menerangkan carta palang dengan betul? A Lebar palang mesti sama tanpa ruang antara palang B Lebar palang mesti sama dengan ruang antara palang C Lebar palang mesti berbeza tanpa ruang antara palang D Lebar palang mesti berbeza dengan ruang antara palang Carta palang mempersembahkan data dengan menggunakan palang menegak yang tidak melekat antara satu sama lain. Jawapan: B 1.4 Penyiasatan Saintifik dalam Biologi 7 Antara istilah berikut, yang manakah digunakan oleh saintis untuk menunjukkan keadaan yang dibenarkan berubah semasa eksperimen? A Pernyataan masalah B Pemboleh ubah C Kesimpulan D Hipotesis Faktor atau keadaan yang mempengaruhi hasil eksperimen tersebut disebut pemboleh ubah dan ia terbahagi kepada pemboleh ubah malar (terkawal), dimanipulasi (diubah) dan bergerak balas (diukur). Jawapan: B 8 Antara yang berikut, yang manakah merujuk kepada pernyataan umum yang boleh diuji untuk menentukan kesahihannya? A Teori B Hipotesis C Pemboleh ubah D Pernyataan masalah Hipotesis ialah pernyataan umum tentang peristiwa yang diperhatikan atau penjelasan awal untuknya, kesahihan yang belum terbukti. Kesahihan sesuatu hipotesis mesti diuji dengan menjalankan eksperimen. Jawapan: B Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 2 12/29/22 5:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 Bab Tingkatan 4 213 Buku Teks: Halaman 20 – 43 2 Biologi Sel dan Organisasi Sel BAB Tema 1: Asas Biologi Kertas 1 Soalan Objektif 2.1 Struktur dan Fungsi Sel 1 Antara larutan berikut, yang manakah digunakan dalam penyediaan slaid sel haiwan? A Larutan iodin B Larutan DCPIP C Larutan Benedict D Larutan metilena biru Larutan metilena biru digunakan untuk mewarnakan nukleus dan sitoplasma dalam sel haiwan, untuk memerhati struktur ini di bawah mikroskop cahaya. Jawapan: D 2 Rajah 1 menunjukkan satu komponen yang terdapat dalam sel haiwan. Rajah 1 Apakah fungsi komponen ini? A Mensintesis protein B Mengawal aktiviti sel C Menjana tenaga dalam bentuk ATP D Mengawal atur jumlah air dalam sel Mitokondrion ialah struktur berbentuk sfera yang terdiri daripada dua lapisan membran. Ia merupakan tapak yang menjana tenaga melalui pengoksidaan glukosa. Jawapan: C 3 Komponen sel yang manakah dipadankan dengan cirinya dengan betul? Komponen sel Ciri A Nukleus Terdiri daripada satu timbunan kantung pipih yang selari B Jasad Golgi Struktur yang dikelilingi membran dengan banyak liang C Ribosom Butiran sfera yang kecil dan padat D Sentriol Terdiri daripada kantung pipih yang bersambung dan berlipatlipat Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 3 12/29/22 5:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


4 Bab Tingkatan 4 132 Ciri-ciri dalam pilihan A, B dan D masing-masing merujuk kepada jasad Golgi, nukleus dan jalinan endoplasma. Jawapan: C 4 Rajah 2 menunjukkan satu komponen sel yang mengelilingi sel haiwan. Lapisan fosfolipid Rajah 2 Apakah kepentingan komponen sel ini kepada sel haiwan? A Memberi bentuk kepada sel B Tapak untuk sintesis protein C Menyokong dan melindungi sel D Mengawal atur pergerakan bahan yang masuk dan keluar daripada sel Komponen sel yang ditunjukkan ialah membran plasma. Ia memisahkan persekitaran intrasel dan ekstrasel. Jawapan: D ] Membran plasma diperbuat daripada protein dan fosfolipid, membolehkan hanya bahan tertentu untuk melaluinya. Oleh itu, membran plasma dikatakan telap memilih. Tip Peperiksaan 5 Rajah 3 menunjukkan dua komponen penting yang terdapat dalam kedua-dua sel haiwan dan tumbuhan. P Q Rajah 3 Antara yang berikut, yang manakah fungsi P dan Q yang betul? P Q A Membawa bahan genetik Sintesis protein B Sintesis protein Terlibat dalam osmoregulasi C Sintesis protein Mengawal aktiviti sel D Menguraikan dadah dan bahan toksik Mengawal aktiviti sel P merujuk kepada butiran kecil di luar kantung berlipat yang saling berkait (dikenali sebagai jalinan endoplasma kasar). Organel ini disebut ribosom dan ia merupakan tapak untuk sintesis protein. Q berbentuk sfera dan mempunyai liang kecil pada permukaan luar. Q ialah nukleus dan ia mengawal semua aktiviti sel seperti pembahagian sel. Jawapan: C 6 Dinding sel sel tumbuhan diperbuat daripada apa? A Fosfolipid C Selulosa B Glikoprotein D Pektin Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 4 12/29/22 5:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


5 Bab Tingkatan 4 213 Selulosa ialah sejenis karbohidrat yang tegar dan keras. Ia menyediakan sokongan mekanikal kepada sel tumbuhan. Jawapan: C 7 Apakah fungsi jalinan endoplasma kasar? A Untuk menjana tenaga B Untuk menguraikan makanan C Untuk mensintesis protein dan lipid D Untuk mengangkut protein yang disintesis ke jasad Golgi Perkataan 'kasar' pada jalinan endoplasma (JE) merujuk kepada ribosom yang melekat padanya. Protein yang disintesis oleh ribosom diangkut oleh JE kasar ke jasad Golgi dalam vesikel. Jawapan: D Calon sering fikir bahawa jalinan endoplasma kasar mensintesis protein. Kesalahan Umum 8 Antara komponen berikut, yang manakah terlibat dalam sintesis protein? I Nukleus II Ribosom III Lisosom IV Jalinan endoplasma licin A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV Urutan sintesis protein bermula daripada nukleus, diikuti oleh ribosom, jalinan endoplasma kasar dan jasad Golgi. Jawapan: A 2.2 Proses Hidup Organisma Unisel 9 Rajah 4 menunjukkan sejenis organisma unisel yang diperhatikan di bawah mikroskop cahaya. Rajah 4 Apakah organisma unisel yang ditunjukkan dalam Rajah 4? A Paramecium sp. B Azotobacter sp. C Euglena sp. D Amoeba sp. Paramecium sp. adalah panjang, berbentuk sfera dan mempunyai silia pada membran luar. Jawapan: A 10 Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan perbezaan antara Amoeba sp. dengan Paramecium sp. yang betul? Amoeba sp. Paramecium sp. A Mempunyai satu vakuol mengecut Mempunyai dua vakuol mengecut B Tidak melakukan fagositosis Melakukan fagositosis C Hidup di dalam air masin Hidup di dalam air tawar D Makan menggunakan alur mulut Makan menggunakan pseudopodium Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 5 12/29/22 5:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


6 Bab Tingkatan 4 132 Kedua-dua Amoeba sp. dan Paramecium sp. hidup di dalam air tawar, melakukan dan menjalani fagositosis. Tidak seperti Amoeba sp., Paramecium sp. mempunyai dua vakuol mengecut untuk osmoregulasi. Amoeba sp. makan dengan menggerakkan pseudopodiumnya, manakala Paramecium sp. menggunakan silia untuk menggerakkan makanan ke dalam alur mulut. Jawapan: A 2.3 Proses Hidup Organisma Multisel 11 Jenis tisu yang manakah dipadankan dengan fungsinya dengan betul? Jenis tisu Fungsi A Tisu otot Menghubungkan tulang dengan tulang B Tisu saraf Menyerap hentakan C Tisu darah Melindungi organ dalaman D Tisu adipos Menyimpan tenaga dan bertindak sebagai penebat • Tisu otot – mengecut dan mengendur untuk membolehkan pergerakan • Tisu saraf – mengesan dan membawa maklumat dalam bentuk isyarat elektrik • Tisu darah – Terlibat dalam pengawal aturan, pengangkutan dan perlindungan Jawapan: D 12 Jenis sel manakah dipadankan dengan komponen sel yang terdapat dengan banyak dalam sel dengan betul? Jenis sel Komponen sel A Sel sperma Mitokondrion B Sel mesofil palisad Vakuol C Sel hati Lisosom D Sel meristem Jasad Golgi Sel sperma memerlukan tenaga untuk berenang melalui uterus ke tiub Fallopio untuk mensenyawakan ovum. Tenaga dibekalkan oleh mitokondrion. Jawapan: A 2.4 Aras Organisasi dalam Organisma Multisel 13 Rajah 5 menunjukkan struktur yang mewakili satu aras organisasi sel. Rajah 5 Aras organisasi sel yang manakah yang diwakili oleh struktur ini? A Sel C Organ B Tisu D Sistem Hati ialah sejenis organ yang terdiri daripada pelbagai tisu yang berfungsi bersama-sama untuk melaksanakan sesuatu fungsi tertentu. Jawapan: C Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 6 12/29/22 5:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


7 Bab Tingkatan 4 213 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 1 Rajah 1 menunjukkan komponen P, Q dan R yang terdapat dalam sel tumbuhan. P Q R Rajah 1 (a) Namakan komponen P dan Q. P: Kloroplas S: Mitokondrion [2 markah] (b) Nyatakan fungsi komponen P. Tapak untuk fotosintesis [1 markah] ] Kloroplas mengandungi klorofil yang memerangkap tenaga daripada cahaya matahari untuk fotosintesis. Tip Peperiksaan (c) Nyatakan fungsi komponen Q. Dengan menggunakan satu contoh sel manusia, terangkan mengapa komponen Q diperlukan dalam kepadatan tinggi. Q ialah tapak proses pengoksidaan glukosa yang membebaskan tenaga dalam bentuk molekul ATP (adenosin trifosfat). Contoh sel ialah sel sperma. Komponen Q (mitokondrion) membekalkan banyak tenaga kepada ekor sperma yang membolehkannya berenang ke arah ovum dalam tiub Fallopio. [3 markah] (d) Wajarkan mengapa komponen R penting untuk kemandirian sel tumbuhan. KBAT Menganalisis Komponen R ialah vakuol yang mengandungi sap sel. Sap sel mengandungi air yang mengekalkan kesegahan tumbuhan bagi mengelakkannya daripada layu. [2 markah] Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 7 12/29/22 5:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


8 Bab Tingkatan 4 132 Kertas 2 Bahagian B & C – Soalan Esei 2 Rajah 2.1 menunjukkan organisma unisel yang hidup dalam habitat air tawar. (a) Kenal pasti organisma ini dan terangkan bagaimana organisma ini makan. [5 markah] (b) Terangkan bagaimana organisma ini bermandiri dalam air tawar tanpa menghadapi masalah dalam mengawal atur air berlebihan yang masuk ke dalamnya. [5 markah] (c) Rajah 2.2 menunjukkan Paramecium sp., sejenis organisma unisel yang juga hidup di habitat air tawar. Rajah 2.2 (i) Terangkan perbezaan proses hidup yang dijalani kedua-dua organisma dalam Rajah 2.1 dan 2.2. [6 markah] (ii) Nyatakan satu komponen sel yang Paramecium sp. mesti ada dalam kepadatan tinggi dan nyatakan fungsinya. Terangkan mengapa. [4 markah] 2 (a) – Organisma ialah Amoeba sp. – Ia makan melalui fagositosis dan mempunyai pseudopodium (kaki palsu). – Pseudopodium memanjang keluar untuk memerangkap zarah makanan lalu membentuk vakuol makanan. – Vakuol makanan bercantum dengan lisosom. – Enzim lisozim dalam lisosom memecahkan zarah makanan menjadi kepingan/nutrien yang lebih kecil. – Nutrien kemudiannya akan diserap ke dalam sitoplasma. (b) – Amoeba sp. mempunyai vakuol mengecut. – Air masuk/meresap ke dalam sel melalui membran plasma secara osmosis. – Air kemudiannya memasuki/memenuhi vakuol mengecut. – Vakuol mengecut mengembang sehingga mencapai saiz maksimum. – Vakuol mengecut kemudiannya mengecut, mengeluarkan air ke persekitaran sekali lagi. (c) (i) – Pergerakan: Amoeba sp. menggunakan pseudopodium untuk bergerak ke hadapan. – manakala Paramecium sp. bergerak dengan memukul silianya terhadap air. – Pembiakan: Amoeba sp. membiak secara belahan dedua dan pembentukan spora. Jawapan Rajah 2.1 Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 8 12/29/22 5:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


9 Bab Tingkatan 4 213 – manakala Paramecium sp. membiak secara belahan dedua dan konjugasi. – Pemakanan: Amoeba sp. makan dengan menelan zarah makanan menggunakan pseudopodiumnya. – manakala Paramecium sp. menolak zarah makanan ke dalam alur mulutnya menggunakan silia. (ii) – Mitokondrion – Mitokondrion membekalkan tenaga. – Paramecium sp. memerlukan tenaga yang tinggi bagi vakuol mengecut untuk mengecut semasa osmoregulasi. – Paramecium sp. juga memerlukan tenaga untuk pergerakan silia memukul air.  3 (a) (i) Terangkan dua sistem utama yang terdapat dalam tumbuhan. [5 markah] (ii) Tumbuhan multisel perlu meningkatkan ketinggiannya untuk menyerap jumlah cahaya matahari yang maksimum untuk fotosintesis, manakala akar perlu menambahkan panjangnya untuk penyerapan air. Pada masa yang sama, keperluan sel seperti nutrien, air dan mineral yang mencukupi perlu diangkut ke seluruh tumbuhan secara optimum. Dengan menggunakan pengetahuan anda, terangkan bagaimana kepadatan komponen sel dalam tisu tumbuhan tertentu membantu pertumbuhan tumbuhan multisel. [7 markah] (b) Beberapa inovasi digunakan secara meluas dalam industri perubatan untuk merawat dan menyembuhkan masalah perubatan. Rajah 3 menunjukkan tiga tahap lecuran pada kulit beberapa individu. First degree burn Second degree burn Third degree burn Lecur tahap pertama Lecur tahap kedua Lecur tahap ketiga Rajah 3 (i) Berdasarkan Rajah 3, terangkan bagaimana tisu-tisu yang melecur pada tahap ketiga boleh menyebabkan kemudaratan kepada pesakit. [3 markah] (ii) Prosedur cantuman kulit melibatkan pembuangan tisu yang cedera, pemilihan penderma, kulit yang sihat dikeluarkan, menutup kawasan luka terbakar yang telah dibersihkan, kulit dituai (dialihkan), graf kulit dikeluarkan dari penderma, meletakkan dan melekatkan graf kulit pada luka yang telah dibersihkan melalui pembedahan supaya luka bakar boleh sembuh. Cadangkan dan terangkan jenis komponen sel yang diperlukan dalam kepadatan tinggi semasa proses penyembuhan cantuman kulit. KBAT Menganalisis [5 markah] Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 9 12/29/22 5:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


10 Bab Tingkatan 4 132  3 (a) (i) – Tumbuhan terdiri daripada dua sistem, iaitu sistem pucuk dan akar. – Sistem pucuk terdiri daripada batang, daun, pucuk, bunga dan buah. – Batang dan ranting menyokong daun pada kedudukan menegak, membenarkan penyerapan maksimum tenaga cahaya semasa fotosintesis. – Sistem pucuk mengangkut makanan dan air ke seluruh tumbuhan, manakala bunga yang dihasilkan membantu dalam proses pendebungaan. – Sistem akar terdiri daripada semua bahagian akar seperti akar, ubi dan rizom. – Sistem ini menyerap air dan garam mineral, selain menyediakan sokongan kepada tumbuhan. (Mana-mana 5) (ii) – Tisu meristem terdiri daripada sel yang membahagi secara aktif. – Salah satu tisu meristem ialah meristem apeks yang terletak di hujung pucuk dan akar. – Mitokondrion diperlukan untuk menghasilkan banyak tenaga dalam bentuk molekul ATP (adenosin trifosfat). – Tenaga ini akan digunakan semasa proses pembahagian sel/ mitosis untuk menambah bilangan sel pucuk/akar. – Oleh itu, ini akan meningkatkan panjang pucuk untuk penyerapan cahaya matahari yang maksimum/panjang akar untuk pengambilan air yang maksimum. – Di dalam daun, sel mesofil palisad dan sel mesofil span mempunyai kepadatan kloroplas yang tinggi. – Ini membantu meningkatkan penyerapan tenaga cahaya matahari bagi melakukan fotosintesis. – Floem dalam batang dan daun mempunyai banyak mitokondrion untuk membekalkan lebih banyak tenaga kepada sel rakan, yang membantu proses translokasi bahan organik ke semua bahagian tumbuhan. (Mana-mana 7) (b) (i) Tisu yang rosak ialah tisu epitelium dan tisu saraf. – Tanpa tisu epitelium, patogen boleh masuk/menembusi kulit manusia. – Jika tisu saraf rosak, sebarang perubahan dalam persekitaran, seperti suhu tinggi tidak dapat dikesan, yang kemudiannya mungkin membahayakan pesakit. – Jika tisu darah rosak, sel darah putih juga akan musnah, menyebabkan aras keimunan badan menurun. (Mana-mana 3) (ii) – Banyak mitokondrion – Mitokondrion membekalkan tenaga untuk membolehkan mitosis/ pembahagian sel berlaku. – Bilangan sel seperti sel kulit akan bertambah. – Cantuman kulit juga memerlukan lebih banyak lisosom. – Lisosom terlibat dalam fagositosis untuk memecahkan sel lama dan rosak, dan untuk membunuh patogen. Jawapan Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 10 12/29/22 5:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


11 Bab Tingkatan 4 313 Kertas 1 Soalan Objektif 3.1 Struktur Membran Plasma 1 Rajah 1 menunjukkan struktur X yang tertanam dalam membran plasma. XX Rajah 1 Apakah X? A Protein pembawa B Karbohidrat C Fosfolipid D Kolesterol Molekul protein tertanam di dalam membran plasma, yang bertindak sebagai pembawa, disebut protein pembawa. Molekul protein yang membentuk terusan atau liang disebut protein liang. Jawapan: A 3.2 Konsep Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma 2 Air suling meresap ke dalam hirisan timun dan menyebabkan pertambahan jisim. Proses yang manakah menyebabkan keadaan ini? A Osmosis B Resapan ringkas C Resapan berbantu D Pengangkutan aktif Osmosis melibatkan pengangkutan pasif serupa dengan resapan tetapi osmosis melibatkan hanya pergerakan molekul air. Jawapan: A Pergerakan molekul air bukan proses resapan ringkas tetapi ialah proses osmosis. Kesalahan Umum 3 Maklumat di bawah adalah tentang ciri-ciri proses Q. • Memerlukan tenaga dalam bentuk molekul ATP • Menyebabkan pengumpulan atau penyingkiran molekul atau ion dalam sel Apakah proses Q? A Osmosis B Resapan ringkas C Resapan berbantu D Pengangkutan aktif Hanya pengangkutan aktif memerlukan tenaga untuk mengubah bentuk protein pembawa bagi menggerakkan molekul atau ion menentang kecerunan kepekatan. Jawapan: D Buku Teks: Halaman 44 – 69 Pergerakan Bahan Merentasi 3 Membran Plasma BAB Tema 1: Asas Biologi Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 11 12/29/22 5:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


12 Bab Tingkatan 4 133 4 Rajah 2 menunjukkan pergerakan bahan X merentasi membran plasma. Luar Dalam Membran plasma Bahan X Rajah 2 Apakah bahan X? A Glukosa B Ion kalium C Asid amino D Karbon dioksida Molekul larut lemak (asid lemak, gliserol, vitamin larut lemak dan sebatian steroid) dan molekul kecil tak berkutub (oksigen dan karbon dioksida) boleh meresap dengan bebas melalui membran plasma secara resapan ringkas. Jawapan: D 5 Maklumat di bawah menghuraikan tentang pergerakan molekul merentasi membran plasma. Molekul bergerak dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah dengan bantuan protein pembawa dan tidak memerlukan tenaga. Apakah jenis pergerakan molekulmolekul ini? A Pengangkutan aktif B Resapan berbantu C Resapan ringkas D Osmosis Sesetengah molekul besar memerlukan bantuan protein pembawa untuk bergerak merentasi membran plasma. Jawapan: B 6 Rajah 3 menunjukkan sel tumbuhan menjalani proses X selepas diletakkan di dalam air suling. Process X Distilled water Vacuole Air suling Proses X Vakuol Rajah 3 Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan keadaan sel selepas 20 minit? A C B D Pergerakan molekul air melibatkan osmosis. Molekul air memasuki vakuol, menyebabkannya mengembang dan mengenakan tekanan ke atas dinding sel. Jawapan: B 7 Rajah 4 menunjukkan ion mineral bergerak ke dalam sel rambut akar melalui proses Y. Root hair cell Mineral ions Sel rambut akar Ion mineral Rajah 4 Apakah proses Y? A Osmosis B Resapan ringkas C Resapan berbantu D Pengangkutan aktif Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 12 12/29/22 5:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


13 Bab Tingkatan 4 313 Ion mineral bergerak menentang kecerunan kepekatan, iaitu dikenali sebagai pengangkutan aktif. Jawapan: D 3.3 Pergerakan Bahan Merentasi Plasma Membran dalam Organisma Hidup 8 Apakah yang akan berlaku kepada sel darah merah selepas direndam di dalam air suling? A Haemolisis C Flasid B Krenasi D Turgid Apabila sel darah merah (eritrosit) diletakkan di dalam larutan hipotonik, air akan meresap ke dalam sel secara osmosis, menyebabkan sel membengkak dan akhirnya pecah. Jawapan: A 9 Rajah 5 menunjukkan sel tumbuhan menjalani proses P selepas direndam di dalam larutan Q selama 20 minit. Sebelum Before Selepas After Rajah 5 Apakah proses P dan jenis larutan Q yang menyebabkan keadaan yang ditunjukkan di atas? Proses P Larutan Q A Plasmolisis Hipotonik B Plasmolisis Hipertonik C Deplasmolisis Hipertonik D Deplasmolisis Hipotonik Apabila membran plasma tertarik dari dinding sel, ini menunjukkan bahawa air telah meresap keluar secara osmosis daripada sel ke dalam larutan di luar. Proses ini disebut plasmolisis. Larutan hipertonik mempunyai kepekatan zat terlarut tinggi dan keupayaan air yang rendah. Jawapan: B ] Bandingkan keadaan dua larutan atau sel yang berbeza apabila menerangkan pergerakan bahan dan kemudian pilih proses yang betul. Tip Peperiksaan 3.4 Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma dan Aplikasinya dalam Kehidupan Harian 10 Seorang suri rumah menanam sebatang pokok tomato dalam pasu yang mengandungi tanah yang diambil dari paya bakau. Beberapa hari kemudian, pokok itu menjadi layu. Antara cara berikut, yang manakah boleh mengelakkan tumbuhan daripada layu? A Tambahkan air ke dalam tanah B Tambahkan baja ke dalam tanah C Tambahkan lebih banyak tanah bakau ke dalam pasu D Gali tanah untuk meningkatkan pengudaraan Menyiram tumbuhan boleh kurangkan kemasinan tanah bakau, menjadikannya lebih hipotonik berbanding dengan sel akar. Air meresap ke dalam sap sel akar secara osmosis, menyebabkan vakuol membengkak dan menolak ke arah dinding sel. Sel kemudiannya menjadi segah. Jawapan: A Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 13 12/29/22 5:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


14 Bab Tingkatan 4 133 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 1 Rajah 1.1 menunjukkan sel tumbuhan yang telah direndam dalam larutan sukrosa pekat. P: Dinding sel Q: Membran plasma Rajah 1.1 (a) (i) Label struktur P dan Q dalam Rajah 1.1. [2 markah] (ii) Nyatakan perbezaan antara ciri P dan Q. P/Dinding sel adalah telap sepenuhnya kepada sebarang bahan, manakala Q/membran plasma telap memilih. [2 markah] (b) Sebarang makanan boleh disimpan lama jika air dikeluarkan daripadanya. Ketiadaan air menghalang pertumbuhan bakteria. Rajah 1.2 menunjukkan seekor ikan yang direndam di dalam larutan garam tepu. Saturated salt solution Larutan garam tepu Rajah 1.2 Terangkan bagaimana larutan garam tepu boleh mengeluarkan air daripada tisu ikan. Larutan garam tepu adalah hipertonik terhadap tisu ikan. Molekul air daripada tisu ikan meresap ke dalam larutan garam tepu secara osmosis. Tisu ikan kemudian kehilangan air dan menjadi dehidrasi. [3 markah] Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 14 12/29/22 5:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


15 Bab Tingkatan 4 313 2 Rajah 2.1 menunjukkan pergerakan ion natrium merentasi membran plasma sel rambut akar. Rajah 2.2 menunjukkan pergerakan oksigen merentasi membran plasma alveolus. Ion natrium Sel rambut akar Alveolus Kapilari darah Oksigen Rajah 2.1 Rajah 2.2 (a) Namakan proses pergerakan ion natrium dalam Rajah 2.1. Pengangkutan aktif [1 markah] (b) (i) Namakan proses pergerakan oksigen dalam Rajah 2.2. Resapan mudah/Pengangkutan pasif [1 markah] (ii) Terangkan bagaimana oksigen bergerak dari alveolus ke dalam kapilari darah. Oksigen meresap/merentasi membran plasma dari alveolus ke dalam kapilari darah. Dari kawasan berkepekatan oksigen yang lebih tinggi dalam alveolus ke kawasan berkepekatan oksigen rendah dalam kapilari darah/ menuruni kecerunan kepekatan, tekanan separa oksigen dalam alveolus lebih tinggi daripada tekanan separa oksigen dalam kapilari darah. [2 markah] (c) Terangkan dua perbezaan proses yang telah anda nyatakan dalam 2(a) dan 2(b)(i). KBAT Menganalisis Pengangkutan aktif Resapan ringkas/ Pengangkutan pasif Pergerakan ion natrium menentang kecerunan kepekatan Pergerakan oksigen menuruni kecerunan kepekatan Proses ini memerlukan tenaga Proses ini tidak memerlukan tenaga [2 markah] Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 15 12/29/22 5:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


16 Bab Tingkatan 4 133 (d) Rajah 2.3 menunjukkan keadaan sel tumbuhan menjalani plasmolisis selepas direndam dalam sejenis larutan. Sebelum direndam Before immersion Selepas direndam After immersion Rajah 2.3 (i) Apakah larutan itu? Air suling [1 markah] (ii) Terangkan proses yang telah berlaku kepada sel tumbuhan yang terplasmolisis. Larutan tersebut adalah hipotonik kepada sap sel/ Sap sel adalah hipertonik kepada larutan tersebut. Molekul air daripada larutan tersebut meresap ke dalam sap sel secara osmosis, menyebabkan vakuol mengembang dan menolak sitoplasma ke arah dinding sel. Sel tersebut dikatakan deplasmolisis. [2 markah] Kertas 2 Bahagian B & C – Soalan Esei 3 (a) Rajah 3 menunjukkan keadaan dua larutan yang berlainan kepekatan dipisahkan oleh satu membran telap memilih selepas 30 minit. Membran telap memilih Larutan sukrosa 5% Larutan sukrosa 15% Selepas 30 minit Rajah 3 (i) Apakah yang dimaksudkan dengan membran telap memilih? [2 markah] (ii) Terangkan proses yang berlaku dalam tiub-U selepas 30 minit. [6 markah] Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 16 12/29/22 5:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


17 Bab Tingkatan 4 313 (b) Bahan bergerak merentasi membran plasma secara pengangkutan pasif dan pengangkutan aktif. (i) Salah satu jenis pengangkutan pasif ialah resapan ringkas. Nyatakan dua lagi jenis pengangkutan pasif. [2 markah] (ii) Terangkan persamaan dan perbezaan antara pengangkutan aktif dan resapan ringkas berdasarkan pergerakan molekul merentasi membran sel. [10 markah] 3 (a) (i) Membran yang membenarkan pergerakan bebas molekul tertentu untuk merentasinya, tetapi menghalang atau mengehadkan pergerakan molekul lain. (ii) – Larutan sukrosa 5% adalah hipotonik kepada larutan sukrosa 15%. – Membran telap memilih hanya membenarkan molekul air untuk merentasinya. – Molekul air bergerak dari larutan sukrosa 5% ke larutan sukrosa 15% secara osmosis. – Molekul air bergerak melalui membran telap memilih. – Selepas 30 minit, paras larutan sukrosa 15% dalam tiub-U adalah lebih tinggi berbanding dengan di awal eksperimen. – Sementara itu, paras larutan sukrosa 5% dalam tiub-U adalah lebih rendah di akhir eksperimen berbanding dengan di awal eksperimen. (b) (i) Resapan ringkas dan osmosis (ii) Persamaan: – Kedua-duanya memerlukan protein pembawa dalam membran sel untuk mengikat dengan molekul/ion/bahan. – Kedua-duanya mengangkut molekul/ion/bahan tertentu merentasi membran sel. – Kedua-duanya berlaku dalam sel hidup kerana protein pembawa perlu/boleh tukar bentuk. – Kedua-duanya berlaku merentasi membran telap memilih. Perbezaan: Resapan ringkas Pengangkutan aktif Menuruni kecerunan kepekatan Menentang kecerunan kepekatan Molekul bergerak dari kawasan berkepekatan yang lebih tinggi ke kawasan berkepekatan lebih rendah Molekul bergerak dari kawasan berkepekatan yang lebih rendah ke kawasan berkepekatan lebih tinggi Molekul bergerak dalam keduadua arah merentasi membran sel Molekul bergerak dalam satu arah merentasi membran sel Molekul boleh bergerak merentasi protein liang dan protein pembawa Molekul bergerak merentasi protein pembawa sahaja Tidak memerlukan tenaga daripada sel Memerlukan tenaga daripada sel Berlaku sehingga keseimbangan dinamik dicapai Terdapat pengumpulan dan penyingkiran molekul atau ion Jawapan Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 17 12/29/22 5:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


18 Bab Tingkatan 4 134 Kertas 1 Soalan Objektif 4.1 Air 1 Antara yang berikut, yang manakah sebatian tak organik? A Air C Protein B Lipid D Karbohidrat Air ialah sebatian tak organik yang terdiri daripada unsur hidrogen (H) dan oksigen (O). Sebatian organik ialah sebatian kimia yang mengandungi unsur karbon. Jawapan: A 2 Air boleh menyerap banyak haba tanpa peningkatan suhu. Apakah yang akan berlaku jika air kehilangan fungsi ini? KBAT Menganalisis A Cecair tidak boleh diangkut ke seluruh badan B Protein dalam sitoplasma sel akan musnah C Makanan tercerna tidak boleh diangkut ke sel-sel D Gula paling ringkas yang terbentuk tidak dapat melarut dalam darah Semasa cuaca panas, badan menerima haba dari persekitaran, menyebabkan peningkatan suhu badan. Peningkatan suhu memusnahkan molekul protein kerana protein sensitif kepada haba. Jawapan: B 4.2 Carbohydrates 3 Antara yang berikut, yang manakah ialah polisakarida? A Maltosa B Fruktosa C Glikogen D Galaktosa Polisakarida ialah polimer gula seperti selulosa, kanji dan glikogen. Jawapan: C ] Contoh: • Monosakarida – glukosa, fruktosa dan galaktosa • Disakarida – maltosa, sukrosa dan laktosa • Polisakarida – selulosa, kanji dan glikogen Tip Peperiksaan 4 Antara yang berikut, yang manakah gula bukan penurun? A Sukrosa B Maltosa C Laktosa D Glukosa Sukrosa ialah gula bukan penurun kerana ia tidak menurunkan warna biru larutan kuprum(II) sulfat kepada mendakan merah bata kuprum(I) oksida. Jawapan: A Buku Teks: Halaman 70 – 83 4 Komposisi Kimia dalam Sel BAB Tema 1: Asas Biologi Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 18 12/29/22 5:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


19 Bab Tingkatan 4 413 5 Antara yang berikut yang manakah contoh karbohidrat? A Glikogen dan lilin B Laktosa dan steroid C Selulosa dan glikogen D Dipeptida dan selulosa Glikogen, laktosa dan selulosa dikategorikan sebagai karbohidrat, manakala lilin dan steroid ialah lipid. Dipeptida ialah satu bentuk protein. Jawapan: C 4.3 Protein 6 Apakah produk daripada hidrolisis dipeptida? A Dipeptida + air B Asid amino + air C Polipeptida + air D Asid amino + asid amino Hidrolisis dipeptida akan menghasilkan dua molekul asid amino. Jawapan: D 7 Antara yang berikut, yang manakah kepentingan protein? I Membina sel baharu dan membaiki tisu yang rosak II Sintesis asid ribonukleik (RNA) III Membentuk blok binaan tulang, otot, rawan, kulit, rambut dan kuku IV Bertindak sebagai penebat haba A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV Pilihan II merujuk kepada asid nukleik, manakala pilihan IV merujuk kepada lemak. Jawapan: B 4.4 Lipid 8 Rajah 1 menunjukkan hidrolisis molekul lemak yang berlaku dalam sistem pencernaan haiwan. 3H2 O + + P Rajah 1 Apakah P? A Lipid B Gliserol C Asid lemak D Trigliserida Hidrolisis trigliserida akan menghasilkan satu molekul gliserol dan tiga molekul asid lemak (P). Jawapan: C ] Proses berbalik hidrolisis dikenali sebagai kondensasi, iaitu apabila molekul trigliserida terbentuk. Tip Peperiksaan 9 X ialah sejenis lipid yang tidak mengandungi asid lemak. Apakah X? A Lilin B Lemak C Steroid D Fosfolipid Steroid ialah satu-satunya lipid yang tidak mengandungi asid lemak. Jawapan: C Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 19 12/29/22 5:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


20 Bab Tingkatan 4 134 4.5 Asid Nukleik 10 Rajah 2 menunjukkan struktur satu nukleotida. X Rajah 2 Apakah X? A Asid lemak B Bes nitrogen C Kumpulan fosfat D Gula deoksiribosa Setiap nukleotida terdiri daripada gula pentosa (gula 5-karbon), bes nitrogen dan kumpulan fosfat yang digabungkan bersama melalui proses kondensasi. Jawapan: B 11 Rajah 3 menunjukkan struktur molekul suatu sebatian. Rajah 3 Antara yang berikut, yang manakah mempunyai struktur seperti itu? A Asid deoksiribonukleik (DNA) B Kromosom C Nukleotida D Gen DNA terdiri daripada dua rantai polinukleotida yang saling berpintal dalam arah bertentangan, membentuk struktur heliks ganda dua. Jawapan: A 12 Antara bes nitrogen berikut, yang manakah saling melengkapi antara satu sama lain? A Adenina Guanina B Sitosina Guanina C Sitosina Timina D Adenina Sitosina Pasangan bes nitrogen adalah seperti berikut: Adenine (A) berpasangan dengan timina (T) dan guanina berpasangan dengan sitosina (C). Jawapan: B Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 20 12/29/22 5:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


21 Bab Tingkatan 4 413 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 1 Rajah 1 menunjukkan pembentukan sebatian X apabila dua molekul monosakarida, iaitu glukosa dan fruktosa menjalani proses P. + Process P Glucose Fructose Compound X + water Glukosa Fruktosa Proses P Sebatian X + air Rajah 1 (a) (i) Namakan sebatian X dan proses P. Sebatian X: Sukrosa Proses P: Kondensasi (ii) Terangkan proses P. Dua molekul monosakarida bergabung secara kondensasi untuk membentuk satu unit disakarida yang dinamakan sukrosa. Proses kondensasi melibatkan penyingkiran molekul air. [2 markah] (b) Karbohidrat dikelaskan kepada tiga jenis utama, iaitu monosakarida, disakarida dan polisakarida. Jadual 1 menunjukkan tiga contoh makanan yang terdiri daripada karbohidrat. Makanan Kentang Tebu HONEY Madu Jenis karbohidrat Polisakarida Disakarida Monosakarida Jadual 1 Tulis jenis karbohidrat bagi setiap makanan dalam ruang yang disediakan dalam Jadual 1. [2 markah] Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 21 12/29/22 5:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


22 Bab Tingkatan 4 134 (c) Sukrosa ialah gula bukan penurun dan tidak bertindak balas dengan larutan Benedict. Cadangkan satu cara untuk menukarkan sukrosa kepada gula penurun. Sukrosa perlu diuraikan (hidrolisis) kepada komponen monosakaridanya, iaitu glukosa dan fruktosa. Kedua-dua glukosa dan fruktosa ialah gula penurun. [2 markah] Semua disakarida ialah gula penurun, kecuali sukrosa. Maltosa dan laktosa ialah gula penurun. Kesalahan Umum 2 Rajah 2.1 menunjukkan sejenis asid nukleik yang terdapat dalam nukleus sel. Y ialah sebahagian daripada dua rantai polimer yang terdiri daripada monomermonomer nukleotida. A T C G G C Y Sel Nukleus Kromosom Gen Rajah 2.1 (a) (i) Nyatakan lima unsur yang membentuk asid nukleik. Karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen dan fosforus [2 markah] (ii) Berdasarkan Y, nyatakan jenis asid nukleik itu. Asid deoksiribonukleik (DNA) [1 markah] Calon sering keliru DNA dan RNA dari segi strukturnya. DNA terdiri daripada dua rantai polinukleotida yang dijalin secara bertentangan arah dan membentuk heliks ganda dua, manakala RNA ialah rantai polinukleotida tunggal yang lebih pendek daripada DNA. Kesalahan Umum Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 22 12/29/22 5:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


23 Bab Tingkatan 4 413 (b) Rajah 2.2 menunjukkan monomer nukleotida yang merupakan blok binaan asid nukleik. S T Kumpulan fosfat Rajah 2.2 (i) Kenal pasti struktur nukleotida. Bes nitrogen: T Gula deoksiribosa: S [2 markah] (ii) Terdapat empat jenis T, iaitu adenina, sitosina, guanina dan timina. Setiap T akan membentuk ikatan hidrogen dengan pasangan pelengkapnya. Padankan pasangan T yang betul. Adenina (A) Guanina (G) Sitosina (C) Timina (T) [2 markah] (c) Terangkan masalah yang mungkin timbul jika sel tidak mempunyai asid nukleik. KBAT Menilai Bahan keturunan dalam bentuk DNA yang menentukan sifat-sifat tertentu tidak boleh diturunkan kepada generasi seterusnya/sintesis protein tidak akan berlaku (Mana-mana 1) [1 markah] Kertas 2 Bahagian B & C – Soalan Esei 3 (a) Sebatian organik ialah sebatian kimia yang mengandungi unsur karbon. (i) Beri empat contoh sebatian organik. [4 markah] (ii) Berdasarkan jawapan anda di 3(a)(i), terangkan kepentingan setiap satu sebatian organik dalam sel. [10 markah] (b) Lemak boleh dikategorikan kepada asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu. Asid lemak tepu juga dikenali sebagai lemak tepu, manakala asid lemak tak tepu disebut lemak tak tepu. Banding dan bezakan lemak tepu dan lemak tak tepu. KBAT Menganalisis [6 markah] Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 23 12/29/22 5:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


24 Bab Tingkatan 4 134 3 (a) (i) Karbohidrat, protein, lipid, asid nukleik (ii) Kepentingan karbohidrat: – Glukosa ialah sumber tenaga. – Sel tumbuhan menyimpan tenaga dalam bentuk kanji dan sel haiwan menyimpan tenaga dalam bentuk glikogen. – Selulosa dalam dinding sel tumbuhan memberikan struktur sokongan, melindungi dan mengekalkan bentuk sel tumbuhan. Kepentingan protein: – Protein digunakan untuk membina sel baharu dan membaiki tisu yang rosak. – Protein digunakan untuk mensintesis enzim, hormon, antibodi dan hemoglobin. – Protein membentuk blok binaan seperti keratin dalam kulit, kolagen dalam tulang dan miosin dalam tisu otot. Kepentingan lipid: – Lemak berfungsi sebagai simpanan tenaga dan penebat haba untuk haiwan, dan sebagai lapisan untuk melindungi organ dalaman. – Lilin ialah komponen penting dalam kutikel dan sebum dirembeskan oleh kulit manusia. – Glikolipid memastikan kestabilan membran plasma dan membantu dalam proses pengenalan sel. – Kolesterol penting dalam sintesis hormon steroid. Kepentingan asid nukleik: – Asid nukleik bertindak sebagai pembawa bahan keturunan dan penentu sifat dalam organisma. – DNA mengandungi kod genetik untuk sintesis protein. (Mana-mana 10) (b) Persamaan: – Kedua-duanya mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen – Kedua-duanya mengandungi gliserol dan asid lemak – Kedua-duanya ialah molekul tak berkutub Perbezaan: Lemak tepu Lemak tak tepu Wujud dalam bentuk pepejal pada suhu bilik Wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik Asid lemak yang hanya mempunyai ikatan tunggal antara atom karbon Asid lemak yang mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua antara atom karbon Tidak membentuk ikatan kimia dengan atom hidrogen tambahan kerana semua ikatan antara atom karbon adalah tepu Ikatan ganda dua masih boleh menerima satu atau lebih atom hidrogen tambahan kerana atom karbon adalah tidak tepu Dijumpai dalam kebanyakan haiwan Dijumpai dalam kebanyakan tumbuhan Mengandungi lebih kolesterol Mengandungi kurang kolesterol (Mana-mana 6) Jawapan Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 24 12/29/22 5:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


25 Bab Tingkatan 4 513 Kertas 1 Soalan Objektif 5.1 Metabolisme 1 Antara proses berikut, yang manakah berkaitan dengan penguraian zarah makanan kompleks kepada bahan ringkas? A Pertumbuhan B Metabolisme C Katabolisme D Anabolisme Katabolisme merujuk kepada proses penguraian bahan kompleks kepada yang lebih ringkas bagi membebaskan tenaga untuk digunakan oleh organisma. Jawapan: C Calon selalu keliru tentang istilah yang digunakan untuk menerangkan proses penguraian dan sintesis molekul. Kesalahan Umum 2 Rajah 1 menunjukkan suatu tindak balas kimia yang berlaku dalam sel. X Y Hidrolisis Rajah 1 Apakah yang diwakili oleh X dan Y? X Y A Produk Substrat B Substrat Produk C Enzim Substrat D Anabolisme Katabolisme Substrat, X telah diuraikan kepada bahan yang lebih ringkas (lebih kecil), yang disebut sebagai produk yang diperoleh daripada tindak balas lengkap. Jawapan: B 5.2 Enzim 3 Rajah 2 menunjukkan percantuman X dengan Y semasa penghasilan enzim ekstrasel. X Y Rajah 2 Apakah yang akan berlaku jika X tidak bercantum dengan Y? A Protein akan dihidrolisiskan B Protein tidak akan disintesis C Protein akan didenaturasikan D Protein tidak akan diubah suai Buku Teks: Halaman 84 – 97 5 Metabolisme dan Enzim BAB Tema 1: Asas Biologi Q&A SPM Biologi Tkt 4-Bab 1-5.indd 25 12/29/22 5:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


110 Bab Tingkatan 5 131 Kertas 1 Soalan Objektif Organisasi Tisu Tumbuhan 1.1 1 Antara tisu berikut, yang manakah tisu vaskular? I Tisu meristem II Tisu parenkima III Tisu floem IV Tisu xilem A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV Tisu vaskular mengangkut bahan-bahan ke semua bahagian tumbuhan. Jawapan: D ] Organisasi tisu dalam tumbuhan dipermudahkan seperti di bawah: Meristem apeks Meristem lateral Tisu epidermis Tisu asas Tisu vaskular Tisu tumbuhan Tisu meristem Tisu kekal Tisu parenkima Tisu kolenkima Tisu sklerenkima Tisu xilem Tisu floem Tip Peperiksaan 1.2 Tisu Meristem dan Pertumbuhan 2 Antara yang berikut, yang manakah dikelaskan sebagai tisu meristem? A Floem B Tisu parenkima C Epidermis daun D Kambium dalam batang Terdapat dua jenis tisu meristem, iaitu meristem apeks dan meristem lateral. Meristem lateral terdiri daripada kambium vaskular dan kambium gabus yang boleh didapati di batang tumbuhan. Jawapan: D 3 Tisu tumbuhan yang manakah mengalami pembahagian sel secara aktif? A Tisu sklerenkima B Tisu parenkima C Tisu meristem D Tisu xilem Tisu meristema ialah tisu hidup yang belum membeza yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan tumbuhan. Oleh itu, pembahagian sel berlaku secara aktif dalam tisu jenis ini. Jawapan: C ] Tisu meristem menjalani pembahagian dan pembezaan sel untuk membentuk tisu kekal. Tip Peperiksaan Buku Teks: Halaman 2 – 25 Organisasi Tisu dan Pertumbuhan 1 Tumbuhan BAB Tema 1: Fisiologi Tumbuhan Berbunga Q&A SPM Biologi Tkt 5-Bab 1-5.indd 110 12/29/22 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


111 Bab Tingkatan 5 131 4 Rajah 1 menunjukkan keratan membujur bahagian hujung pucuk eudikot. Zon III Zon II Zon I Rajah 1 Antara yang berikut, yang manakah betul tentang Zon II dan Zon III? Zon II Zon III A Nukleus besar Nukleus kecil B Vakuol besar Vakuol kecil C Ada xilem Tiada xilem D Sel membahagi secara aktif Sel telah mencapai saiz maksimum Zon III ialah zon pembahagian sel. Terdapat banyak vakuol kecil dalam sel di zon ini. Zon II ialah zon pemanjangan sel. Pemvakuolan berlaku di zon ini, iaitu vakuol kecil bercantum membentuk vakuol besar. Zon I ialah zon pembezaan sel, di sini tisu kekal seperti xilem dan floem terbentuk. Jawapan: B 5 Rajah 2 menunjukkan keratan rentas batang eudikot. A B C D Rajah 2 Bahagian berlabel manakah, A, B, C atau D, terbentuk semasa pertumbuhan sekunder dan menyediakan sokongan mekanikal kepada tumbuhan? Lignin pada dinding xilem menyediakan sokongan mekanikal kepada tumbuhan. Pertumbuhan sekunder menghasilkan xilem sekunder, iaitu bahagian berlabel C. Jawapan: C 6 Rajah 3 menunjukkan keratan rentas batang tumbuhan yang telah mengalami pertumbuhan sekunder. I II Gelang kambium Rajah 3 Apakah yang diwakili oleh bahagian I dan II? I II A Xilem sekunder Floem primer B Xilem sekunder Floem sekunder C Floem sekunder Xilem primer D Floem sekunder Xilem sekunder Sel-sel dalam gelang kambium membahagi ke arah dalam untuk membentuk xilem sekunder, yang dilabelkan sebagai I. Floem primer ditolak ke arah epidermis, yang dilabel sebagai II. Jawapan: A Q&A SPM Biologi Tkt 5-Bab 1-5.indd 111 12/29/22 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


112 Bab Tingkatan 5 131 Calon sering tidak pasti tentang bahagian-bahagian yang mengalami pertumbuhan primer dan sekunder. Oleh itu, mereka tidak dapat mengenal pasti sel-sel baharu yang terbentuk di hujung berkas vaskular dengan betul. Kesalahan Umum ] Kambium vaskular membahagi untuk membentuk sel-sel baharu, maka menggalakkan pertumbuhan. Selsel baharu di sebelah dalam gelang kambium diubah suai menjadi xilem sekunder dan sel-sel baharu di sebelah luar diubah suai menjadi floem sekunder. Tip Peperiksaan 7 Rajah 4 menunjukkan keratan rentas dua batang tumbuhan A dan B. A B Rajah 4 Apakah perbezaan antara batang tumbuhan A dengan B? A B A Pertumbuhan berlaku secara memanjang Pertumbuhan berlaku secara jejari B Mempunyai tisu berkayu Tidak mempunyai tisu berkayu C Ada kambium gabus Tiada kambium gabus D Kulit kayu tebal Kulit kayu nipis Batang tumbuhan A menunjukkan bahawa berkas vaskularnya terbahagi kepada dua bahagian, iaitu menunjukkan ia mengalami pertumbuhan primer. Batang tumbuhan B mempunyai gelang kambium dan berkas vaskularnya dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu membuktikan bahawa ia mengalami pertumbuhan sekunder. Jawapan: A 8 Rajah 5 menunjukkan keratan rentas batang eudikot yang menjalani pertumbuhan sekunder. IV III I II Rajah 5 Bahagian berlabel manakah, I, II, III atau IV, terlibat dalam pertumbuhan sekunder? A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV Pertumbuhan sekunder berlaku pada meristem lateral, yang terdiri daripada kambium vaskular (bahagian berlabel II) dan kambium gabus (bahagian berlabel IV). Jawapan: C Calon sering menganggap bahawa semua jenis tumbuhan mengalami pertumbuhan sekunder. Kesalahan Umum Q&A SPM Biologi Tkt 5-Bab 1-5.indd 112 12/29/22 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


113 Bab Tingkatan 5 131 9 Umur tumbuhan di kawasan beriklim sederhana boleh ditentukan berdasarkan gelang pertumbuhan tahunan dalam batang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6. Gelang cerah Gelang gelap Rajah 6 Mengapakah sesetengah gelang kelihatan lebih cerah? A Warna gelang yang lebih cerah menunjukkan pembentukan xilem sekunder dengan dinding lebih tebal B Warna gelang yang lebih cerah menunjukkan pembentukan kambium vaskular C Warna gelang yang lebih cerah menunjukkan pembentukan xilem sekunder yang lebih besar dan mempunyai dinding yang lebih nipis D Warna gelang yang lebih cerah menunjukkan pembentukan xilem sekunder dan bukannya pembentukan floem sekunder Gelang yang lebih cerah menunjukkan bahawa xilem sekunder yang terbentuk lebih besar dan mempunyai dinding yang lebih nipis semasa musim bunga apabila bekalan air dan cahaya matahari adalah mencukupi. Walau bagaimanapun, pada musim panas xilem sekunder yang terbentuk adalah lebih kecil dan mempunyai dinding lebih tebal. Tisu xilem yang terbentuk semasa musim panas berwarna lebih gelap. Jawapan: C 10 Antara yang berikut, yang manakah kepentingan ekonomi tumbuhan dengan pertumbuhan sekunder? I Untuk membuat minyak wangi II Untuk membuat perabot III Sebagai sumber protein IV Untuk membuat barang kemas berkualiti tinggi A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV Kayu dan kulit kayu sesetengah tumbuhan menghasilkan damar dan minyak yang boleh dikomersialkan sebagai minyak wangi. Pertumbuhan sekunder menghasilkan kayu yang kuat dan keras yang sesuai untuk dibuat perabot. Jawapan: A 1.3 Lengkung Pertumbuhan 11 Mengapakah rumput hidup lebih lama daripada pokok padi? A Rumput mempunyai bunga tetapi pokok padi tidak mempunyai bunga B Rumput mengalami pertumbuhan sekunder tetapi pokok padi mengalami pertumbuhan primer sahaja C Rumput boleh hidup di manamana sahaja tetapi pokok padi hanya boleh tumbuh di kawasan tertentu D Rumput ialah tumbuhan saka tetapi pokok padi merupakan tanaman semusim Pokok padi ialah tanaman semusim. Ini menerangkan jangka hayat pokok padi yang singkat, biasanya dalam masa setahun. Rumput ialah tumbuhan saka. Oleh itu, jangka hayat rumput adalah panjang dan boleh hidup lebih daripada dua tahun. Jawapan: D Q&A SPM Biologi Tkt 5-Bab 1-5.indd 113 12/29/22 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


114 Bab Tingkatan 5 131 Kertas 2 Bahagian A – Soalan Struktur 1 Rajah 1 menunjukkan dua jenis tisu kekal, P dan Q, yang terdapat dalam tumbuhan. Q X Y P Rajah 1 (a) Kenal pasti jenis tisu kekal berlabel P dan Q. P: Tisu epidermis Q: Tisu vaskular [2 markah] ] Sel pengawal dan sel rambut akar ialah sel epidermis yang telah diubah suai. Tip Peperiksaan (b) Tisu Q terdiri daripada struktur X dan Y. (i) Apakah struktur X? Xilem [1 markah] (ii) Terangkan bagaimana struktur X disesuaikan dengan fungsinya. Struktur X (atau xilem) terdiri daripada sel-sel mati tanpa sitoplasma dan nukleus dan membentuk tiub berongga berterusan yang panjang. Ciri ini membenarkan struktur X (atau xilem) mengangkut air dan garam mineral dari akar ke seluruh bahagian tumbuhan. [3 markah] (c) Tisu tumbuhan terbahagi kepada tisu kekal dan tisu meristem. Nyatakan satu perbezaan antara tisu kekal dengan tisu meristem. KBAT Menganalisis Tisu kekal ialah tisu matang yang telah mengalami pembezaan, manakala tisu meristem ialah tisu yang sedang membahagi secara aktif. [1 markah] Q&A SPM Biologi Tkt 5-Bab 1-5.indd 114 12/29/22 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


115 Bab Tingkatan 5 131 2 Rajah 2.1 menunjukkan keratan membujur hujung akar eudikot. A, B, C dan D ialah zon pertumbuhan sel. A: Tisu matang B: Zon pembezaan sel C: Zon pemanjangan sel D Rajah 2.1 (a) Namakan zon A, B dan C dalam Rajah 2.1. [3 markah] (b) Berdasarkan Rajah 2.1, (i) kenal pasti zon yang terdiri daripada sel yang membahagi dengan aktif secara mitosis. Zon D [1 markah] (ii) terangkan dua perbezaan antara zonCdengan zonD. KBAT Menganalisis Zon C ialah zon pemanjangan sel, manakala zon D ialah zon pembahagian sel. Sel dalam zon C bertambah saiz melalui pemvakuolan, manakala sel dalam zon D bertambah bilangan melalui pembahagian mitosis. Setiap sel dalam zon C mempunyai satu vakuol besar, manakala setiap sel dalam zon D mempunyai banyak vakuol kecil. [2 markah] (c) Rajah 2.2 menunjukkan dua jenis organisma, burung dan pokok ceri. Rajah 2.2 Q&A SPM Biologi Tkt 5-Bab 1-5.indd 115 12/29/22 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


116 Bab Tingkatan 5 131 Apakah perbezaan antara pertumbuhan burung dengan pokok ceri? KBAT Menganalisis Pertumbuhan burung berlaku di seluruh badannya, manakala pertumbuhan pokok ceri berlaku di bahagian yang mengandungi tisu meristem. [1 markah] Menganggap bahawa pertumbuhan berlaku di semua bahagian tumbuhan dan haiwan adalah salah. Tumbuhan menunjukkan pertumbuhan berterusan sepanjang hayat tetapi prosesnya hanya berlaku pada tisu meristem apeks dan lateral. Kesalahan Umum Kertas 2 Bahagian B & C – Soalan Esei 3 (a) Rajah 3.1 menunjukkan keratan rentas akar eudikot. X Y Z Korteks Rajah 3.1 (i) Terangkan fungsi struktur X dan Y. [2 markah] (ii) Struktur Z memisahkan struktur X dan Y semasa pertumbuhan sekunder. Terangkan proses yang berlaku dalam struktur Z yang membolehkan akar mengalami pertambahan saiz semasa pertumbuhan sekunder. [4 markah] (iii) Ramalkan apa yang akan berlaku kepada tumbuhan jika struktur Z tidak terbentuk. [4 markah] (b) Rajah 3.2 menunjukkan akar eudikot yang telah mengalami pertumbuhan sekunder. Korteks Floem sekunder Kambium vaskular Xilem sekunder Xilem primer Rajah 3.2 Q&A SPM Biologi Tkt 5-Bab 1-5.indd 116 12/29/22 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


117 Bab Tingkatan 5 131 3 (a) (i) – X (atau floem) mengangkut bahan organik / hasil fotosintesis dari daun ke bahagian lain tumbuhan. – Y (atau xilem) mengangkut air dan ion mineral dari akar ke daun. (ii) – Struktur Z ialah kambium vaskular. – Sel kambium vaskular membahagi dengan aktif secara mitosis untuk membentuk satu lingkaran lengkap disebut gelang kambium. – Sel-sel dalam gelang kambium yang membahagi ke bahagian dalam membentuk xilem sekunder. – Sel-sel dalam gelang kambium yang membahagi ke bahagian luar membentuk floem sekunder. (iii) – Struktur Z terdiri daripada sel yang membahagi secara aktif. – Akar tumbuhan tidak akan dapat menjalankan pertumbuhan sekunder. – Floem sekunder dan xilem sekunder tidak dapat dibentuk. Tidak berlaku peningkatan lilitan / diameter akar. – Tumbuhan tidak dapat mengekalkan kestabilannya. (b) Persamaan: – Kedua-dua pertumbuhan meningkatkan saiz akar secara kekal. – Kedua-dua pertumbuhan melibatkan pembahagian sel pada tisu meristem. – Kedua-dua pertumbuhan melibatkan pemanjangan / pertumbuhan sel. – Kedua-dua pertumbuhan berlaku pada tumbuhan berkayu. Perbezaan: Pertumbuhan primer Pertumbuhan sekunder Berlaku pada tisu meristem apeks Berlaku pada tisu meristem lateral Berlaku pada akar yang lebih muda Berlaku pada akar matang Menghasilkan pertumbuhan memanjang Menghasilkan pertumbuhan jejari Menambahkan panjang akar Menambahkan ketebalan atau lilitan akar Hanya mempunyai xilem primer Mempunyai kedua-dua xilem primer dan sekunder Hanya mempunyai floem primer Mempunyai kedua-dua floem primer dan sekunder Jawapan Berdasarkan Rajah 3.1 dan 3.2, banding dan bezakan pertumbuhan primer dan pertumbuhan sekunder dalam akar tumbuhan eudikot. KBAT Menganalisis [10 markah] Q&A SPM Biologi Tkt 5-Bab 1-5.indd 117 12/29/22 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


118 Bab Tingkatan 5 131 4 (a) Rajah 4.1 menunjukkan lengkung pertumbuhan pokok bawang. Masa (Minggu) 0 10 3 20 0 40 50 0.4 0.8 1.2 1.6 2.0 2.4 Time (Week) Dry mass (g) Jisim kering (g) Rajah 4.1 (i) Terangkan bentuk graf yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1. [6 markah] (ii) Adakah semua tumbuhan mempunyai lengkung pertumbuhan yang sama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1? Wajarkan jawapan anda. [5 markah] (b) Rajah 4.2 menunjukkan keratan rentas struktur batang eudikot yang mengalami pertumbuhan sekunder. Gabus Kambium gabus Kortex Floem (kawasan gelap) Kayu musim panas Kayu musim bunga Xilem primer Xilem sekunder Pit Kayu (3 gelang tahunan) Kambium vaskular Kulit kayu Rajah 4.2 (i) Bincangkan kepentingan ekonomi tumbuhan yang mengalami pertumbuhan sekunder. [4 markah] (ii) Encik David menanam beberapa pokok pain di halaman rumahnya. Pokok pain boleh tumbuh pada ketinggian lebih daripada 3 meter. Encik David merancang untuk mengawal ketinggian pokok pain supaya tidak terlalu tinggi. Berdasarkan pengetahuan anda dalam biologi, cadangkan cara bagaimana dia boleh melakukan ini. Wajarkan jawapan anda. KBAT Menganalisis [5 markah] Q&A SPM Biologi Tkt 5-Bab 1-5.indd 118 12/29/22 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


119 Bab Tingkatan 5 131 4 (a) (i) – Dua lengkung sigmoid yang bergabung menunjukkan bahawa pokok bawang ialah tumbuhan dwimusim. – Keluk sigmoid pertama mewakili musim pertumbuhan pertama. – Pada musim ini, tumbuhan mengeluarkan daun supaya fotosintesis boleh berlaku. – Makanan yang dihasilkan semasa fotosintesis disimpan di dalam ubi. – Keluk sigmoid kedua ialah musim pertumbuhan kedua. – Makanan yang disimpan digunakan untuk menghasilkan struktur pembiakan seperti bunga dan biji (pembiakan). (ii) – Tidak, tidak semua tumbuhan mempunyai bentuk lengkung pertumbuhan yang sama seperti pokok bawang. – Selain tumbuhan dwimusim, terdapat dua lagi jenis tumbuhan, iaitu tumbuhan semusim dan saka. – Graf tumbuhan semusim hanya mempunyai satu lengkung sigmoid. – Tumbuhan semusim hanya mempunyai satu kitar hayat dalam setahun. – Tumbuhan saka mempunyai satu siri lengkung sigmoid kecil yang bergabung. – Setiap lengkung mewakili pertumbuhan dalam tempoh setahun. – Tumbuhan saka mempunyai jangka hayat yang lebih lama dan boleh hidup lebih daripada dua tahun. (Mana-mana 5) (b) (i) – Pertumbuhan sekunder menjadikan kayu kuat dan keras dan sesuai untuk membina bangunan, perabot dan struktur sokongan. – Kehadiran gelang tahunan di batang membuat perabot kelihatan menarik secara visual. – Resin dan minyak daripada kayu atau kulit kayu boleh dikomersialkan sebagai varnis, bahan pelekat, minyak wangi dan ubat. – Buah-buahan daripada tumbuhan berkayu boleh dikomersialkan untuk menjana pendapatan. (ii) – Ketinggian pokok boleh dikawal dengan memangkas hujung pucuk tumbuhan yang terdiri daripada tisu meristem apeks. Pemangkasan perlu dilakukan secara berkala. – Tisu meristem apeks membolehkan pokok tumbuh secara memanjang dan meningkatkan ketinggian pokok. – Walau bagaimanapun, apabila tisu meristem apeks dalam pucuk dikeluarkan, ini membolehkan tisu meristem lateral dalam pucuk berkembang secara aktif. – Tisu meristem lateral menyumbang kepada peningkatan dalam diameter pokok. – Kaedah ini memastikan ketinggian pokok terkawal. Jawapan Q&A SPM Biologi Tkt 5-Bab 1-5.indd 119 12/29/22 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


120 Bab Tingkatan 5 132 Kertas 1 Soalan Objektif 2.1 Struktur Daun 1 Rajah 1 menunjukkan struktur luar daun. P Q Rajah 1 Apakah struktur P dan Q? Struktur P Struktur Q A Lamina Petiol B Lamina Daun C Petiol Lamina D Kutikel Daun Permukaan rata, nipis dan hijau ialah lamina, manakala tangkai yang melekatkan daun ke batang ialah petiol. Jawapan: C 2 Rajah 2 menunjukkan susunan daun tumbuhan yang tumbuh tanpa bertindih antara satu sama lain. Rajah 2 Mengapakah daun tersusun dengan cara begini? A Untuk menyediakan ruang antara daun B Untuk menerima jumlah cahaya matahari yang maksimum C Untuk menerima jumlah karbon dioksida yang maksimum D Supaya daun menerima jumlah nutrien yang sama Susunan ini disebut mozek daun yang membolehkan daun tersebar dalam kedudukan yang optimum untuk fotosintesis. Jawapan: B 3 Rajah 3 menunjukkan keratan rentas lamina daun. Upper epidermis Cells X Epidermis atas Sel X Rajah 3 Mengapakah sel X disusun secara menegak dan padat? A Untuk menyimpan banyak air B Untuk membebaskan banyak oksigen C Untuk menerima tenaga cahaya yang maksimum D Untuk menyerap banyak karbon dioksida Buku Teks: Halaman 26 – 57 2 Struktur dan Fungsi Daun BAB Tema 1: Fisiologi Tumbuhan Berbunga Q&A SPM Biologi Tkt 5-Bab 1-5.indd 120 12/29/22 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


121 Bab Tingkatan 5 213 Sel mesofil palisad (sel X) terletak betul-betul di bahagian bawah epidermis atas dan mengandungi banyak kloroplas. Susunan ini membolehkan lebih banyak sel berada dalam ruang yang lebih kecil. Jawapan: C 4 Apakah kepentingan kutikel pada epidermis bawah dan atas sehelai daun? A Untuk menyokong daun B Untuk mengangkut air dengan mudah C Untuk mencegah kehilangan air yang berlebihan D Untuk memastikan pertukaran gas berlaku dengan cekap Kutikel ialah lapisan berlilin dan kalis air yang terdapat pada permukaan daun untuk mengurangkan kehilangan air yang berlebihan melalui penyejatan. Jawapan: C 5 Rajah 4 menunjukkan sel P, Q, R dan S yang terdapat dalam lamina daun. P Q R S Rajah 4 Sel yang manakah, P, Q, R atau S, mengangkut air dan bahan organik? Mengangkut air Mengangkut bahan organik A R S B Q R C S R D S P R ialah xilem yang ditunjukkan oleh dinding sel yang tebal dan berlignin dalam rajah. Xilem mengangkut air dan ion mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan. Floem terletak di bawah xilem dan ia mengangkut bahan organik yang dihasilkan semasa fotosintesis. Jawapan: A ] Xilem dan floem terdapat dalam berkas vaskular. Xilem menghadap ke permukaan atas, manakala floem berada lebih dekat dengan permukaan bawah. Tip Peperiksaan 2.2 Organ Utama Pertukaran Gas 6 Apakah yang menyebabkan pembukaan stoma? A Air meresap keluar dari sel pengawal B Ion kalium bergerak keluar dari sel pengawal C Kepekatan sukrosa yang tinggi dalam sel pengawal D Tiada perbezaan dalam keupayaan air dalam sel pengawal Q&A SPM Biologi Tkt 5-Bab 1-5.indd 121 12/29/22 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


122 Bab Tingkatan 5 132 Kepekatan sukrosa dalam sel pengawal tinggi, menyebabkan keupayaan air menurun. Air meresap ke dalam sel pengawal secara osmosis sehingga sel pengawal menjadi segah dan melengkung ke luar, lalu stoma terbuka. Jawapan: C 7 Rajah 5 menunjukkan suatu model yang berfungsi sama seperti mekanisme pembukaan dan penutupan stoma. Belon Benang Ruang Tiub-Y Rajah 5 Struktur manakah dalam tumbuhan diwakili oleh belon dan ruang antara belon? Belon Ruang antara belon A Stoma Epidermis bawah B Epidermis atas Stoma C Sel pengawal Stoma D Stoma Sel mesofil Belon mewakili sel pengawal yang mengawal pembukaan dan penutupan stoma. Ruang antara belon mewakili stoma. Jawapan: C 8 Seorang pelajar mendapati taburan stoma lebih tinggi pada epidermis bawah daripada epidermis atas daun keembung. Mengapakah taburan stoma berbeza dalam daun keembung? A Lebih banyak air diangkut ke epidermis bawah B Epidermis bawah tidak terdedah kepada cahaya matahari langsung C Kurang pertukaran gas berlaku di bahagian epidermis bawah D Lebih banyak ion kalium terkumpul di bahagian epidermis bawah Lebih banyak stoma terdapat di bahagian bawah epidermis untuk mencegah kehilangan air yang berlebihan melalui penyejatan semasa penyerapan karbon dioksida. Jawapan: B 2.3 Organ Utama Transpirasi 9 Mengapakah transpirasi perlu dalam tumbuhan? I Untuk mencegah penyerapan garam mineral daripada air tanah II Untuk memastikan bahan organik diangkut ke seluruh tumbuhan III Untuk menghasilkan daya tarikan untuk menggerakkan air ke atas dan secara berterusan dalam salur xilem IV Untuk memberikan kesan penyejukan kepada tumbuhan A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV Air menyerap tenaga haba dan melepaskannya ke atmosfera semasa penyejatan. Proses ini mewujudkan daya tarikan yang menarik molekul air ke atas di dalam salur xilem untuk menggantikan molekul air yang hilang secara penyejatan. Jawapan: D Q&A SPM Biologi Tkt 5-Bab 1-5.indd 122 12/29/22 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


123 Bab Tingkatan 5 213 10 Semakin rendah kelembapan relatif udara dalam persekitaran, semakin cepat wap air keluar daripada stoma. Graf yang manakah mewakili hubung kait ini? A Kelembapan relatif udara Rate of transpiration Relative air humidity Rate of transpiration Relative air humidity Rate of transpiration Relative air humidity Rate of transpiration Relative air humidity Kadar transpirasi B Rate of transpiration Relative air humidity Rate of transpiration Relative air humidity Rate of transpiration Relative air humidity Rate of transpiration Relative air humidity Kadar transpirasi Kelembapan relatif udara Rate of transpiration C Relative air humidity Rate of transpiration Relative air humidity Rate of transpiration Relative air humidity Rate of transpiration Relative air humidity Kadar transpirasi Kelembapan relatif udara D Rate of transpiration Relative air humidity Rate of transpiration Relative air humidity Rate of transpiration Relative air humidity Rate of transpiration Relative air humidity Kadar transpirasi Kelembapan relatif udara Apabila kelembapan relatif udara adalah tinggi, udara tepu dengan wap air. Ini mengurangkan penyejatan air daripada daun melalui stoma. Oleh itu, mengurangkan kadar transpirasi. Jawapan: D 11 Faktor persekitaran yang manakah mempengaruhi kadar transpirasi dalam tumbuhan? I Suhu II pH tanah III Keamatan cahaya IV Ketumpatan udara A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV Pergerakan udara dan kelembapan relatif udara ialah dua faktor lain yang mempengaruhi kadar transpirasi. Jawapan: B 12 Rajah 6 menunjukkan susunan radas untuk potometer. Ranting berdaun Gabus Tiub kapilari Air Klip skru Gelembung udara sebagai penanda 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Rajah 6 Mengapakah ranting daun itu mesti dipotong di bawah permukaan air? A Untuk mengangkut air dengan cekap B Untuk membenarkan air keluar lebih pantas ke persekitaran C Untuk mengelakkan gelembung udara daripada memasuki salur xilem D Untuk meningkatkan pergerakan molekul air Memotong ranting di bawah permukaan air memastikan pengaliran air yang berterusan dalam salur xilem. Gelembung udara yang masuk ke salur xilem boleh mengganggu pergerakan kapilari air. Jawapan: C Q&A SPM Biologi Tkt 5-Bab 1-5.indd 123 12/29/22 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


124 Bab Tingkatan 5 132 2.4 Organ Utama Fotosintesis 13 Antara yang berikut, yang manakah diperlukan semasa tindak balas bersandarkan cahaya dalam fotosintesis? A Karbon dioksida B Glukosa C Oksigen D Air Air mengalami fotolisis, iaitu molekul air diuraikan kepada ion hidrogen dan ion hidroksida dengan kehadiran tenaga cahaya dan klorofil. Jawapan: D 14 Rajah 7 menunjukkan struktur satu komponen yang terdapat dalam sel tumbuhan. A C B D Rajah 7 Bahagian yang manakah, A, B, C atau D terlibat dalam pengikatan gas karbon dioksida untuk membentuk sebatian organik 6 karbon? Proses pengikatan karbon dioksida berlaku dalam stroma yang dilabelkan sebagai D. Jawapan: D 2.5 Titik Pampasan 15 Rajah 8 menunjukkan titik pampasan tumbuhan. Titik pampasan Pengambilan CO2 berkurangan Pengambilan CO2 meningkat Rendah Keamatan cahaya Tinggi meningkat Rajah 8 Antara yang berikut, yang manakah terbaik menerangkan titik pampasan dalam tumbuhan? A Kadar fotosintesis lebih tinggi daripada kadar respirasi dalam tumbuhan B Karbon dioksida yang dibebaskan oleh tumbuhan lebih daripada karbon dioksida yang diserap C Tumbuhan itu mengeluarkan oksigen berlebihan ke persekitaran D Tiada untung bersih atau rugi bersih glukosa dalam tumbuhan Pada titik pampasan, kadar fotosintesis adalah sama dengan kadar respirasi untuk keamatan cahaya tertentu. Glukosa yang dihasilkan semasa fotosintesis digunakan oleh tumbuhan untuk respirasi. Jawapan: D ] Kadar fotosintesis dalam tumbuhan mesti melebihi kadar respirasi supaya tumbuhan itu dapat mengeluarkan lebih banyak glukosa bagi perkembangan dan pertumbuhannya. Tip Peperiksaan Q&A SPM Biologi Tkt 5-Bab 1-5.indd 124 12/29/22 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


208 Kertas Model SPM Kertas Model SPM 1 Dalam bidang biologi, kajian dan pemerhatian struktur organisma dilakukan berdasarkan satah, keratan dan arah. Apakah yang dimaksudkan dengan satah frontal? A Membahagikan tubuh kepada bahagian depan dan belakang B Membahagikan tubuh kepada bahagian atas dan bawah C Membahagikan tubuh kepada bahagian kiri dan kanan D Membahagikan tubuh kepada satah simetri 2 Pernyataan berikut adalah tentang ciri-ciri komponen A di dalam sel haiwan. • Struktur silinder kecil yang wujud secara berpasangan • Terdiri daripada sususan mikrotubul kompleks Apakah komponen A? A Sentriol C Mitokondrion B Ribosom D Lisosom 3 Rajah 1 menunjukkan sel tumbuhan. A B C D Rajah 1 Komponen yang manakah, A, B, C atau D, mengandungi pigmen hijau yang boleh menyerap cahaya matahari dan menukarkannya kepada tenaga kimia semasa fotosintesis? 4 Rajah 2 menunjukkan struktur membran plasma. P Rajah 2 Apakah yang akan terjadi sekiranya molekul P tiada? A Dwilapisan fosfolipid akan menjadi lebih kuat B Tidak ada apa-apa perubahan kepada membran plasma C Terdapat lebih banyak protein liang di dalam membran plasma D Dwilapisan fosfolipid akan lebih telap terhadap bahan larut air 5 Apakah fungsi protein dalam sel? I Membina sel baharu II Membaiki tisu yang rosak III Sebagai sumber tenaga di dalam sel IV Pembawa maklumat pewarisan A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV Kertas 1 Masa: 1 jam 15 minit [40 markah] Arahan: Jawab semua soalan. Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan sahaja. Q&A SPM Biologi Kertas Model.indd 208 12/29/22 5:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


209 Kertas Model SPM 6 Rajah 3 menunjukkan penyerapan ion mineral oleh sel akar rambut tumbuhan. Epidermis akar Zarah tanah Sel akar rambut Ion mineral Rajah 3 Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang pergerakan di atas? A Pergerakan di atas memerlukan tenaga B Ion mineral bergerak dengan bantuan protein liang C Proses di atas dikenali sebagai pengangkutan pasif D Ion mineral bergerak mengikut kecerunan kepekatan 7 Makanan X tidak baik untuk kesihatan kerana ia meningkatkan paras lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) di dalam darah. Antara yang berikut, yang manakah merupakan makanan X? A B C D 8 Antara yang berikut, yang manakah urutan rangkaian organel yang betul dalam penghasilan enzim ekstrasel? A Ribosom → Vesikel angkutan → Jasad golgi → Vesikel rembesan B Jasad golgi → Vesikel angkutan → Ribosom → Vesikel rembesan C Ribosom → Vesikel rembesan → Jasad golgi → Vesikel angkutan D Vesikel angkutan → Ribosom → Jasad golgi → Vesikel rembesan 9 Rajah 4 menunjukkan keadaan sehelai kemeja sebelum dan selepas dicuci menggunakan sejenis serbuk pencuci. Puri sayuran Kesan telur Kesan darah Sebelum dicuci Selepas dicuci Kesan minyak Rajah 4 Antara enzim berikut, yang manakah paling mungkin digunakan dalam serbuk pencuci tersebut? A Protease C Lipase B Amilase D Selulase Q&A SPM Biologi Kertas Model.indd 209 12/29/22 5:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


210 Kertas Model SPM 10 Rajah 5 menunjukkan satu peringkat dalam sejenis pembahagian sel. Rajah 5 Kenal pasti peringkat yang ditunjukkan dalam Rajah 5. A Profasa B Anafasa C Telofasa D Metafasa 11 Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang fermentasi? I Fermentasi menghasilkan 2 898 kJ tenaga II Fermentasi berlaku di dalam mitokondrion III Fermentasi menghasilkan asid laktik atau etanol IV Fermentasi berlaku dalam keadaan oksigen terhad atau ketiadaan oksigen A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 12 Rajah 6 menunjukkan tumbuhan yang tumbuh di dalam sebuah pasu berisi air. P Air Q Rajah 6 Apakah hasil daripada respirasi yang berlaku di bahagian P dan Q? Bahagian P Bahagian Q A Karbon dioksida + air + tenaga Etanol + karbon dioksida + tenaga B Etanol + karbon dioksida + tenaga Asid laktik + tenaga C Asid laktik + tenaga Karbon dioksida + air + tenaga D Asid laktik + tenaga Etanol + karbon dioksida + tenaga 13 Rajah 7 menunjukkan struktur respirasi ikan. A Rajah 7 Penyesuaian struktur A yang manakah membolehkan pertukaran gas yang cekap dalam ikan? I Mempunyai lamela yang banyak II Mempunyai jaringan kapilari darah III Mempunyai lengkung insang yang bertulang IV Bukaan operkulum yang besar A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV Q&A SPM Biologi Kertas Model.indd 210 12/29/22 5:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


211 Kertas Model SPM 14 Rajah 8 menunjukkan alveolus yang dilingkari oleh kapilari darah. S T Arah aliran darah Rajah 8 Pilih tekanan separa oksigen yang betul di S dan T. S T A Tinggi Tinggi B Tinggi Rendah C Rendah Rendah D Rendah Tinggi 15 Rajah 9 menunjukkan perut seorang individu yang telah menjalani pembedahan sebagai alternatif untuk mengurangkan berat badannya. Bahagian perut yang dipintas Kantung gastrik Duodenum yang telah dipintas Jejunum Rajah 9 Bagaimanakah pembedahan tersebut boleh mengurangkan berat badan? A Meningkatkan risiko gastritis B Meningkatkan penyerapan nutrien C Pengambilan makanan yang kurang D Meningkatkan penghasilan insulin dalam badan 16 Rajah 10 menunjukkan sebahagian daripada salur darah manusia. Salur darah X Aliran darah Kapilari darah Rajah 10 Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri salur darah X? I Lumen yang kecil II Kehadiran injap III Mengangkut darah beroksigen IV Dinding otot nipis A I dan II B I and III C II dan IV D III dan IV 17 Pernyataan berikut adalah mengenai salah satu vaksin yang diambil oleh ramai indidvidu di seluruh dunia bagi mendapatkan keimunan terhadap virus COVID-19. Vaksin virus tidak aktif yang menggunakan virus mati untuk merangsang tubuh kita menghasilkan tindak balas keimunan, sama seperti vaksin selesema dan polio. Sekiranya anda menerima vaksin di atas, apakah jenis keimunan yang anda dapat? A Keimunan pasif buatan B Keimunan aktif buatan C Keimunan pasif semula jadi D Keimunan aktif semula jadi Q&A SPM Biologi Kertas Model.indd 211 12/29/22 5:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


212 Kertas Model SPM 18 Rajah 11 menunjukkan keratan rentas sinaps. Vesikel sinaps Bahan X Rajah 11 Apakah kepentingan bahan X? A Menghasilkan tenaga B Menghasilkan hormon C Menghasilkan neurotransmitter D Penghantaran impuls merentasi sinaps 19 Rajah 12 menunjukkan pengawalaturan suhu badan manusia dalam cuaca yang sejuk. Suhu badan jatuh di bawah julat normal ↓ Termoreseptor dalam hipotalamus ↓ ↓ Termoreseptor dalam kulit ↓ Mekanisme pembetulan ↓ Suhu badan yang normal Rajah 12 Antara yang berikut, yang manakah mekanisme pembetulan oleh efektor melalui cara fizikal? I Pemvasocerutan arteriol II Otot erektor mengecut III Kelenjar adrenal merembeskan lebih hormon adrenalina IV Kelenjar tiroid merembeskan lebih hormon tiroksina A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 20 Rajah 13 menunjukkan pembentukan anak kembar. Rajah 13 Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai kembar di atas? A Jantina mereka berbeza B Kumpulan darah mereka sama C Kandungan genetik mereka berbeza D Mereka mempunyai plasenta masing-masing 21 Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan batang pokok tumbuh dengan diameter yang lebih lebar? A Fotosintesis B Tumbuhan semusim C Pertumbuhan primer D Pertumbuhan sekunder 22 Mengapakah daun yang mengandungi klorofil kelihatan berwarna hijau? A Kerana daun berwarna hijau B Kerana daun menyerap cahaya hijau C Kerana daun menyerap cahaya kuning D Kerana daun memantulkan cahaya hijau Q&A SPM Biologi Kertas Model.indd 212 12/29/22 5:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


213 Kertas Model SPM 23 Rajah 14 menunjukkan sejenis tumbuhan yang boleh memerangkap mangsanya, kebiasaannya serangga. Rajah 14 Antara nutrien berikut, yang manakah dibekalkan oleh serangga kepada tumbuhan tersebut? A Ferum B Boron C Sulfur D Nitrogen 24 Pernyataan berikut adalah tentang serangga yang mendapat sumber nutrien daripada tumbuhan. Banyak serangga dan patogen telah berevolusi untuk mengakses floem bagi mendapatkan sumber nutrien. Sebilangan besar serangga pemakan floem tergolong dalam order Hemiptera, termasuk kutu daun, belalang, lalat putih dan serangga perisai. Sumber: Jiang, Y., Zhang, C., Chen, R. and He, S., 2019. Challenging battles of plants with phloem-feeding insects and prokaryotic pathogens. Proceedings of the National Academy of Sciences, 116(47), pp.23390-23397. Bahagian yang manakah, A, B, C atau D, membekalkan nutrien kepada serangga? A B C D 25 Rajah 15 menunjukkan salah satu salur pengangkutan bagi tumbuhan. X Y Rajah 15 Apakah bahagian yang berlabel X dan Y? Bahagian X Bahagian Y A Tiub tapis Floem B Sel rakan Floem C Tiub tapis Sel rakan D Sel rakan Tiub tapis 26 Pernyataan berikut adalah tentang amalan untuk mempercepat pemasakan buah mangga. Buah mangga sering dimasukkan ke dalam bekas beras untuk mempercepat pemasakan buah. Bagaimanakah kaedah tersebut boleh mempercepat pemasakan buah mangga? Q&A SPM Biologi Kertas Model.indd 213 12/29/22 5:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version