214 Kertas Model SPM A Etilena terperangkap di dalam bekas beras tersebut B Haba terperangkap di dalam bekas beras tersebut C Oksigen terperangkap di dalam bekas beras tersebut D Karbon dioksida terperangkap di dalam bekas beras tersebut 27 Rajah 16 menunjukkan keratan rentas buah betik. AA Rajah 16 Bahagian A berkembang daripada bahagian bunga yang mana? A Ovul B Ovari C Anter D Stigma 28 Rajah 17 menunjukkan keratan rentas batang pokok teratai. Ruang udara Air spaces Ruang udara Rajah 17 Batang pokok teratai terdiri daripada tisu ringan. Apakah nama tisu tersebut? A Tisu vaskular B Tisu epidermal C Tisu aerenkima D Tisu sklerenkima 29 Anas platyrhynchosi ialah nama saintifik untuk itik dalam sistem binomial Linnaeus. Antara yang berikut, yang manakah merupakan aras hierarki bagi Anas? A Order C Famili B Genus D Spesies 30 Pernyataan berikut adalah tentang bakteria termofil. Bakteria termofil ialah bakteria yang boleh tahan suhu tinggi dan berkembang pada suhu optimum 60°C hingga 80°C. Ia dijumpai di kawasan mata air panas dan sangat berasid. Antara yang berikut, yang manakah alam bagi bakteria termofil? A Animalia B Protista C Eubacteria D Archaebacteria 31 Rajah 18 menunjukkan salah satu penyesuaian pokok bakau. Rajah 18 Apakah kepentingan penyesuaian di atas? A Mengurangkan kadar transpirasi B Memberi sokongan kepada pokok C Menyingkirkan garam berlebihan daripada daun D Menghalang biji benih yang jatuh daripada dihanyutkan oleh ombak Q&A SPM Biologi Kertas Model.indd 214 12/29/22 5:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
215 Kertas Model SPM 32 Antara yang berikut, yang manakah menerangkan interaksi antara komponen biosis dan komponen abiosis? A Bunga didebungakan oleh burung B Burung membina sarangnya di atas pokok C Arnab memakan bunga dan sayur-sayuran dari kebun D Reptilia duduk di atas batu panas di bawah sinar matahari untuk memanaskan badan mereka 33 Antara yang berikut, yang manakah tidak boleh menyumbang kepada kelestarian alam? A Upcycle bahan sisa B Mengamalkan konsep 5R C Menggunakan racun perosak di kebun D Menggunakan burung hantu sebagai agen kawalan biologi di ladang kelapa sawit 34 Pilih kriteria yang tepat untuk sesuatu produk, peralatan atau sistem yang dikategorikan sebagai teknologi hijau. I Produk yang berkualiti II Boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang III Mempunyai kadar pembebasan gas rumah hijau yang rendah IV Menggalakkan penggunaan sumber yang boleh diperbaharu A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 35 Jadual 1 menunjukkan segi empat Punnett yang digunakan untuk menentukan generasi F1 apabila dua pokok dengan biji benih bulat dikacukkan. Biji benih bulat ialah trait dominan, manakala biji benih berkedut ialah trait resesif. Gamet jantan Gamet betina R r R RR Rr r Rr rr Jadual 1 Apakah kebarangkalian untuk mendapatkan biji benih berkedut dalam generasi F1 ? A 25% C 75% B 50% D 100% 36 Rajah 19 menunjukkan pasangan kromosom homolog. a D f a d F Rajah 19 Apakah yang diwakili oleh D dan d? A Allel C Fenotip B Genotip D Lokus gen 37 Rajah 20 menunjukkan bunga hibrid, Lilium asiatica. Rajah 20 Apakah yang dimaksudkan dengan baka hibrid? A Pokok yang terhasil daripada pendebungaan sendiri B Pokok yang terhasil daripada alel dominan dan alel resesif Q&A SPM Biologi Kertas Model.indd 215 12/29/22 5:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
216 Kertas Model SPM C Pokok yang terhasil daripada kacukan dua varieti berbaka tulen D Pokok yang mempunyai bunga yang berwarna warni 38 Rajah 21 menunjukkan beberapa daun yang mempunyai panjang yang berbeza walaupun diambil daripada pokok yang sama. Rajah 21 Pilih ciri-ciri yang ditunjukkan oleh variasi ini. I Variasi kualitatif II Tiada ciri-ciri perantaraan III Perbezaan yang tidak ketara IV Dipengaruhi oleh faktor persekitaran A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 39 Mutasi dapat berlaku pada sel soma atau gamet dan dapat menghasilkan variasi dalam populasi. Pilih pernyataan yang betul tentang mutasi pada sel soma. A Perubahan yang berlaku tidak kekal B Ciri-ciri mutasi dapat diwarisi ke generasi seterusnya C Ciri-ciri mutasi tidak dapat diwarisi ke generasi seterusnya D Generasi seterusnya akan menghasilkan sel gamet yang mengalami mutasi 40 Pernyataan yang manakah menghuraikan tentang organisma transgenik dengan tepat? A Sperma dan ovum disenyawakan dalam piring Petri B Tanaman orkid yang dihasilkan dengan teknik kultur tisu di makmal C Seekor kambing yang memiliki gen manusia yang mengekodkan faktor pembekuan darah D Seorang pesakit diabetes yang dirawat dengan insulin yang dihasilkan melalui teknik kejuruteraan genetik Q&A SPM Biologi Kertas Model.indd 216 12/29/22 5:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
217 Kertas Model SPM Kertas 2 Masa: 2 jam 30 minit [100 markah] Bahagian A [60 markah] Arahan: Jawab semua soalan. 1 Rajah 1 menunjukkan komponen-komponen di dalam sel tumbuhan. P Q R Rajah 1 (a) Namakan komponen P dan Q. P: Q: [2 markah] (b) Nyatakan fungsi R. [1 markah] (c) Bahagian manakah pada daun yang mempunyai banyak komponen Q? [1 markah] (d) Sel akar rambut mempunyai lebih banyak komponen P tetapi tiada langsung komponen Q. Jelaskan mengapa. KBAT Menganalisis [2 markah] 2 Rajah 2 menunjukkan struktur monomer bagi kelas makanan A. CH2 OH H H H O H H HO OH OH OH Rajah 2 Q&A SPM Biologi Kertas Model.indd 217 12/29/22 5:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
218 Kertas Model SPM (a) (i) Namakan unsur yang membina monomer yang ditunjukkan dalam Rajah 2. [1 markah] (ii) Nyatakan satu fungsi kelas makanan A. [1 markah] (b) Baca maklumat di bawah. Kemudian, jawab soalan berikutnya. Kitin ialah sejenis polisakarida yang digunakan untuk membuat benang pembedahan. Kelebihannya, kitin akan terurai setelah luka yang dijahit sembuh. Terangkan pembentukan kitin. [2 markah] (c) Puan Asmah dinasihatkan oleh doktor untuk mengurangkan pengambilan kanji. Cadangkan apa yang perlu dilakukan oleh Puan Asmah untuk mengurangkan kandungan kanji di dalam ubi kentang semasa penyediaan makanan. KBAT Mencipta [2 markah] 3 Rajah 3.1 menunjukkan dua struktur respirasi bagi dua organisma yang berbeza. Y Z Rajah 3.1 (a) Apakah proses yang berlaku pada struktur Y dan Z? [1 markah] Q&A SPM Biologi Kertas Model.indd 218 12/29/22 5:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
219 Kertas Model SPM (b) (i) Namakan struktur Y dan Z yang masing-masing membantu ikan dan manusia dalam pertukaran gas. Y: Z: [2 markah] (ii) Nyatakan satu persamaan antara struktur respirasi Y dan Z. [1 markah] (c) Rajah 3.2 menunjukkan alveolus seorang yang normal dan alveolus penghidap emfisema. Alveolus normal Alveolus penghidap emfisema Rajah 3.2 Terangkan mengapa pertukaran gas bagi pesakit emfisema tidak dapat berlaku dengan cekap. [3 markah] 4 Rajah 4.1 menunjukkan otot manusia yang terlibat semasa berjalan. Sendi M Tulang C Otot A Sendi N Rajah 4.1 Q&A SPM Biologi Kertas Model.indd 219 12/29/22 5:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
220 Kertas Model SPM (a) (i) Namakan jenis sendi bagi sendi M dan sendi N. Sendi M: Sendi N: [2 markah] (ii) Beri satu perbezaan antara sendi M dengan sendi N. [1 markah] (b) Semasa melakukan aktiviti lasak, otot A telah tercedera. Terangkan kesannya kepada pergerakan kaki. KBAT Menganalisis [2 markah] (c) Disebabkan oleh sejenis penyakit, keadaan tulang C menjadi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.2. Cadangkan dua makanan yang sesuai untuk pesakit ini. [2 markah] 5 Rajah 5 menunjukkan keratan rentas daun. P Q R S Rajah 5 Rajah 4.2 Q&A SPM Biologi Kertas Model.indd 220 12/29/22 5:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
221 Kertas Model SPM (a) Berdasarkan Rajah 5, (i) pada struktur manakah berlakunya fotosintesis yang paling banyak? Namakan struktur tersebut. [2 markah] (ii) terangkan penyesuaian struktur S yang dapat membantu meningkatkan kadar fotosintesis. [2 markah] (b) (i) Kadar fotosintesis boleh dipengaruhi banyak faktor, antaranya ialah suhu persekitaran. Ramalkan apa yang akan berlaku kepada kadar fotosintesis sekiranya suhu persekitaran meningkat sehingga 50 °C. Terangkan jawapan anda. [3 markah] (ii) Nyatakan satu kepentingan fotosintesis. [1 markah] 6 Rajah 6(a) menunjukkan anak pokok dalam sebuah pasu yang terdedah kepada matahari sebelum pasu tersebut tumbang ke tepi. Rajah 6(b) menunjukkan keadaan anak pokok tersebut setelah pasu tumbang ke tepi. Akar Batang (a) (b) Rajah 6 (a) (i) Berdasarkan Rajah 6, namakan gerak balas yang ditunjukkan oleh pucuk dan akar anak pokok di atas. [2 markah] Q&A SPM Biologi Kertas Model.indd 221 12/29/22 5:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
232 Jawapan Jawapan Kertas Model SPM Kertas 1 1 A 2 A 3 C 4 D 5 A 6 A 7 C 8 A 9 C 10 B 11 D 12 A 13 A 14 B 15 C 16 B 17 B 18 D 19 A 20 B 21 D 22 D 23 D 24 A 25 C 26 A 27 A 28 C 29 B 30 D 31 D 32 D 33 C 34 D 35 A 36 A 37 C 38 D 39 C 40 C Kertas 2 Bahagian A 1 (a) P: Mitokondrion Q: Kloroplas (b) R mengangkut protein yang telah disintesis (c) Mesofil palisad (d) – P menjana tenaga untuk pengangkutan aktif berlaku di akar. – Q memerangkap cahaya untuk proses fotosintesis. Akar tidak menjalankan proses fotosintesis. 2 (a) (i) Karbon, hidrogen, oksigen (ii) Sebagai sumber tenaga (b) Kitin terbina daripada beratusratus monomer monosakarida yang membentuk rantai molekul yang panjang melalui proses kondensasi. (c) – Rendamkan ubi kentang yang sudah dibuang kulit di dalam air untuk membuang kanji yang terdapat pada permukaan ubi kentang. – Kemudian, celurkan kentang ke dalam air panas untuk membuang lebih banyak kanji. 3 (a) Proses pertukaran gas (b) (i) Y: insang Z: alveolus (ii) Kedua-duanya mempunyai nisbah jumlah permukaan kepada isi padu yang besar untuk pertukaran gas respirasi yang cekap. (c) – Alveolus hilang kekenyalan dan saiz bertambah. – Dinding alveolus rosak – Jumlah luas permukaan alveolus berkurang dan pertukaran gas menjadi kurang cekap. 4 (a) (i) Sendi M: Sendi lesung Sendi N: Sendi engsel (ii) Sendi lesung membenarkan pergerakan berbentuk putaran dalam semua arah, manakala sendi engsel membenarkan pergerakan tulang pada satu satah. (b) Jika otot A cedera, ia tidak dapat mengecut. Kaki tidak dapat diluruskan. (c) Susu dan sayuran hijau 5 (a) (i) Struktur P Mesofil palisad (ii) – Mempunyai lapisan lutsinar yang membenarkan cahaya matahari menembusi daun. – Mempunyai sel pengawal yang mengandungi klorofil dan dapat melakukan fotosintesis. (b) (i) Kadar fotosintesis akan menurun. Suhu optimum bagi tumbuhan adalah antara 5 °C hingga 30 °C. Enzim akan ternyahasli pada suhu 50 °C. (ii) Membekalkan sumber oksigen di atmosfera. 6 (a) (i) – Pucuk: fototropisme positif/ geotropisme negatif Q&A SPM Biologi Jawapan KM.indd 232 12/28/22 5:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
233 Jawapan – Akar: geotropisme positif/ fototropisme negatif (ii) – Apabila pasu jatuh ke tepi, pucuk terkena cahaya hanya dari atas. – Auksin akan bergerak menjauhi cahaya. – Kepekatan auksin lebih tinggi di bahagian teduh. – Sel di bahagian teduh mengalami pemanjangan yang lebih berbanding dengan sel di bahagian yang terkena cahaya. – Auksin menggalakkan pemanjangan sel di pucuk. – Hasilnya, pucuk membengkok ke arah cahaya. (b) Fitohormon ialah bahan kimia yang disintesis oleh tumbuhan pada kepekatan yang sangat rendah untuk merangsang dan menyelaras gerak balas tumbuhan. (c) – Auksin merangsang perkembangan akar adventitius pada keratan batang. – Etilena merangsang pemasakan buah dengan cepat. 7 (a) (i) Proses U: Ammonifikasi Mikrooganisma: Bakteria/ kulat saprofit (ii) Nitrobacter sp. (b) – Interaksi yang berlaku ialah mutualisme. – Bakteria Rhizobium sp. di dalam nodul akar tumbuhan legum menukarkan nitrogen dari udara menjadi sebatian nitrogen yang diperlukan oleh tumbuhan, manakala tumbuhan membekalkan makanan kepada bakteria. – Kedua-dua organisma mendapat manfaat. (c) – Gunakan teknik penggiliran tanaman. – Pertama, tanam tumbuhan legum (tumbuhan C) untuk membekalkan ion nitrat di dalam tanah. – Kedua, tanam sayur-sayuran (tumbuhan A) kerana sayursayuran hijau berdaun memerlukan jumlah nitrogen yang tinggi. – Akhir sekali, tanam ubi (tumbuhan B) kerana ia memerlukan nitrogen yang paling sedikit. 8 (a) (i) Trait dominan: Bunga ungu Trait resesif: Bunga putih (ii) – Kedua-dua induk adalah homozigot. – Semasa pembentukan gamet, alel berpisah menghasilkan gamet dengan alel dominan dari satu induk dan alel resesif dari satu lagi induk. – Apabila alel dominan bersenyawa dengan alel resesif, akan menghasilkan anak yang heterozigot. Trait resesif tidak kelihatan kerana telah ditindas oleh trait dominan. (b) – Nisbah genotip VV : Vv : vv 1: 2: 1 – Nisbah fenotip Bunga ungu : Bunga putih 3 : 1 (c) – Kedua-dua anak lelaki mereka mewarisi hemofilia. – Hemofilia berlaku disebabkan alel resesif pada kromosom X yang diwakili oleh Xh . – Anak lelaki mewarisi kromosom X daripada ibu mereka yang mempunyai genotip Xh . Bahagian B 9 (a) (i) Y: Liku Henle (1) Proses: Penyerapan semula (1) (ii) – Proses ultraturasan berlaku di bawah tekanan hidrostatik yang tinggi dalam X (glomerulus) (1) Q&A SPM Biologi Jawapan KM.indd 233 12/28/22 5:10 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.