KANDUNGAN Nota Ekspres i - xvi Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 xvii - xxii Modul Literasi dan Amali Sivik xxiii - xxvi Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) xxvii - xxxii Rekod Prestasi Murid xxxiii - xxxviii Unit 1 Masyarakat Penyayang PIB 1 Unit 2 Kerjasama Eratkan Hubungan Praktis Ekstra 5 Unit 3 Masyarakat Celik Ilmu Kuiz 9 Unit 4 Bahaya dalam Senyap 12 Unit 5 Kebersihan Diri dan Persekitaran Aktiviti PAK-21 PIB 15 Unit 6 Minda Sihat Kuiz 18 Unit 7 Bijak Bertindak Aktiviti PAK-21 21 Unit 8 Awasi Langkahmu Video Tutorial 25 Unit 9 Beringat sebelum Terkena PIB Kuiz 27 Unit 10 Memupuk Perpaduan 29 Unit 11 Meraikan Penyatuan 31 Unit 12 Jalinan Perpaduan Video Tutorial 33 Unit 13 Sikap Bertanggungjawab 35 Aktiviti Interaktif Aktiviti Interaktif Aktiviti Interaktif Aktiviti Interaktif Aktiviti Interaktif Aktiviti Interaktif 06 Kandungan-BM Thn 5_J.indd 39 28/9/2023 4:59:25 PM
Unit 14 Sayangi Malaysia PIB 37 Unit 15 Keranamu Malaysia 39 Unit 16 Sains dan Kehidupan 41 Unit 17 Mesra Teknologi 44 Unit 18 Inovasi Bertambah Mutu Kuiz 48 Unit 19 Ceriakan Buana Kita 51 Unit 20 Selamatkan Alam Kita 54 Unit 21 Teknologi Hijau Kuiz 56 Unit 22 Ekonomi Dinamik 58 Unit 23 Usahawan Berwawasan 60 Unit 24 Pintar Kewangan Kuiz 63 Unit 25 Insan Berketerampilan 65 Unit 26 Dahulukan yang Utama 67 Unit 27 Hormati Hak Sesama Kita 69 Aktiviti Interaktif Aktiviti Interaktif Aktiviti Interaktif Aktiviti Interaktif 06 Kandungan-BM Thn 5_J.indd 40 28/9/2023 4:59:25 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 1 1 Masyarakat Penyayang Unit Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 2 – 6 Prɑktis PBD Teliti maklumat dalam poster di bawah. Kemudian, ujarkan semula. S.P 1.1.1 PdPc Aktiviti Pelibatan Ibu Bapa (PIB) Berbuallah dengan ibu dan ayah kamu. 1 Bagaimanakah ayah dan ibu memupuk amalan muafakat dalam ahli keluarga? 2 Mengapakah amalan muafakat sangat penting dalam keluarga? PIB PdPc Gotong-royong Perdana Taman Bestari Tarikh : 23 Mac 20____ (Sabtu) Masa : 8:00 pagi – 12:30 tengah hari Tempat : Pekarangan Dewan Orang Ramai Taman Bestari Aktiviti : (i) Membersihkan kawasan sekitar (ii) Memperindah kawasan taman perumahan (iii) Memperindah jalan-jalan utama dengan tanaman pokok bunga Objektif 1 Membersihkan seluruh kawasan perumahan 2 Memperindah kawasan perumahan 3 Memupuk semangat kerjasama antara penduduk 4 Menanamkan sikap mengutamakan kebersihan Kawasan Sasaran 1 Kawasan perumahan 3 Jalan-jalan utama 2 Dewan orang ramai 4 Masjid Jom datang seisi keluarga! Minum pagi dan makan tengah hari disediakan Rakyat Bersih, Negara Sihat Rakan-rakan, Gotong-royong Perdana Taman Bestari akan diadakan pada 23 Mac 20__, iaitu pada hari Sabtu. Gotong-royong tersebut bermula pada pukul 8:00 pagi hingga pukul 12:30 tengah hari. Para penduduk dikehendaki berkumpul di pekarangan dewan orang ramai. Antara aktiviti pada hari tersebut ialah membersihkan kawasan perumahan serta jalan-jalan utama. Tujuannya adalah untuk memperindah kawasan sekitar dan memupuk kerjasama antara penduduk. Tema 1: Kemasyarakatan Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 1 9/7/23 6:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 2 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Membaca BT: m.s. 2 – 6 Prɑktis PBD Baca petikan di bawah. Kemudian, berikan respons terhadap maklumat tersurat yang terdapat dalam petikan melalui peta pelbagai alir. S.P 2.1.1 Kebersihan Tanggungjawab Semua Penduduk Kampung Landak akan mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan kampung setelah beberapa orang penduduk diserang demam denggi. Haji Mat Daud selaku ketua kampung telah mengarahkan anak buahnya untuk mengadakan program gotong-royong segera. Program gotong-royong diadakan di sekitar kawasan yang telah disyaki sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes seperti parit perumahan, balai raya dan Masjid Tok Haji Yahya. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membasmi penyakit demam denggi yang semakin merebak. Di samping itu, majlis ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung serta menjaga kebersihan kawasan setempat. Majlis gotong-royong ini turut disertai oleh kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Lima orang pegawai dengan 20 orang kakitangan turut bersama-sama membantu dalam gotong-royong ini. Kerjasama yang erat ini menunjukkan bahawa agensi kerajaan prihatin akan keadaan semasa di kawasan persekitaran. Majlis gotong-royong tamat pada pukul 12:30 tengah hari. Penduduk kampung dan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia dapat melaksanakan segala aktiviti dengan jayanya bagi menjaga kebersihan setempat. Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 2 9/7/23 6:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 3 TP 1 2 3 4 5 6 Haji Mat Daud selaku ketua kampung telah mengarahkan anak buahnya untuk mengadakan program gotongroyong segera. Sebagai pemimpin, kita mesti bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu perkara yang penting dengan kadar segera. Majlis ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung serta menjaga kebersihan kawasan setempat. Kita mesti sentiasa berhubungan baik dan sentiasa terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan untuk memastikan kawasan persekitaran dalam keadaan bersih. Kerjasama yang erat ini menunjukkan bahawa agensi kerajaan prihatin akan keadaan semasa di kawasan persekitaran. Kita harus membantu penduduk setempat untuk menunjukkan teladan yang baik sekali gus mewujudkan masyarakat penyayang. Respons Aktiviti Interaktif Interaktif Aktiviti PdPc Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 3 9/7/23 6:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 4 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 2 – 6 Prɑktis PBD Senaraikan kata nama am dan kata nama khas yang terdapat dalam teks dan gambar di bawah. Kemudian, bina ayat bagi kata nama tersebut. SP: 5.1.1 Pada hari Sabtu yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bukit Kinrara telah mengadakan lawatan ke Zoo Negara. Murid dan guru pergi ke sana menaiki bas. Kata Nama Am Ayat hari Kami ke sekolah pada setiap hari. murid Mereka murid Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara. guru Semua guru perlu ke dewan sekarang. bas Bas itu berhenti di hentian bas. harimau Harimau itu sedang mengaum. Kata Nama Khas Ayat Sabtu Kami bermain bola sepak di padang pada setiap hari Sabtu. Sekolah Kebangsaan Bukit Kinrara Sekolah Kebangsaan Bukit Kinrara terletak di Puchong. Zoo Negara Lawatan ke Zoo Negara memang menyeronokkan. Pak Belang Pak Belang sedang tidur dengan nyenyaknya. Sang Kancil Pada zaman dahulu, Sang Kancil ialah haiwan yang pintar. Wah, garangnya Pak Belang itu! Besarnya buaya itu. Minumlah air ini. Mari kita ke sana untuk melihat Sang Kancil. Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 4 28/9/2023 5:11:20 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 5 2 Kerjasama Eratkan Hubungan Unit Kemahiran Membaca BT: m.s. 7 – 12 Prɑktis PBD Baca petikan di bawah. Kemudian, berikan respons terhadap maklumat tersurat yang terdapat dalam petikan melalui peta pelbagai alir. SP: 2.1.1 Encik Roslee ialah pegawai polis berpangkat Inspektor. Beliau tinggal di Taman Makmur. Beliau pegawai yang ramah dan mudah mesra. Pada satu hari, rumah Puan Tan dimasuki oleh pencuri kerana dia terlupa mengunci pintu semasa ke pasar. Banyak barangannya telah hilang seperti rantai emas, komputer riba, telefon pintar dan wang tunai. Jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM245, 000. Setelah siasatan dijalankan oleh pihak polis selama dua hari, akhirnya dua orang pencuri telah ditangkap. Kedua-dua orang pencuri telah dihadapkan ke muka pengadilan. Puan Tan berasa gembira kerana dia memperoleh barangannya semula. Puan Tan mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan Encik Roslee yang bertindak dengan tangkas sehingga pencuri berjaya diberkas. Encik Roslee bersyukur kerana kawasan kejiranannya kembali aman. Tema 1: Kemasyarakatan Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 5 9/7/23 6:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 6 TP 1 2 3 4 5 6 Maklumat Tersurat: Beliau pegawai yang ramah dan mudah mesra. Respons: Kita mestilah bersikap peramah kepada semua orang supaya kita disenangi dan mudah bergaul dengan komuniti setempat. Maklumat Tersurat: Pada satu hari, rumah Puan Tan dimasuki oleh pencuri kerana dia terlupa mengunci pintu semasa ke pasar. Respons: 1 Kita harus sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak cuai bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 2 Kita perlulah memberikan bantuan atau pertolongan bagi meringankan bebanan jiran seperti pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Maklumat Tersurat: Kedua-dua orang pencuri telah dihadapkan ke muka pengadilan. Respons: Kita sepatutunya tidak melakukan kegiatan jenayah kerana segala kegiatan keji akan terbongkar ibarat sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Maklumat Tersurat: Puan Tan mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan Encik Roslee yang bertindak dengan tangkas sehingga pencuri berjaya diberkas. Respons: 1 Kita haruslah berterima kasih atas bantuan yang diberikan oleh orang lain. 2 Amanah terhadap tugas yang diberikan membolehkan sesuatu tugasan berjaya diselesaikan dengan segera. Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 6 9/7/23 6:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 7 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 7 – 12 Prɑktis PBD Teliti iklan di bawah. Kemudian, jawab semua soalan. SP: 3.2.1 Pertandingan Bicara Berirama Anjuran: Kelab Kebudayaan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara Tarikh: 21 September 20____ Hari : Ahad Masa : 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari Tujuan Pertandingan: 1 Murid menanamkan sikap kerjasama dalam kumpulan. 2 Murid membudayakan persembahan bahasa puisi dalam kumpulan. 3 Murid menonjolkan bakat melalui pelbagai intonasi. Hadiah Utama: Wang Tunai bernilai RM100 dan sijil penyertaan Tarikh Tutup Penyertaan: 7 September 20___ Urus Setia Pertandingan: Cikgu Lutfi Bukhari Hamid : Hai, Kevin! Mari kita lihat iklan ini. Kevin : Iklan ini tentang pertandingan bicara berirama . Kalau kita rujuk iklan ini, mengapakah pertandingan ini diadakan pada hari Ahad? Hamid : Pertandingan ini diadakan pada hari Ahad kerana pertandingan ini tidak mengganggu aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Kevin : Bagaimanakah pertandingan bicara berirama dapat menanamkan sikap kerjasama dalam kumpulan? Hamid : Pertandingan bicara berirama dapat memupuk sikap bekerjasama dalam kumpulan melalui persembahan yang memerlukan kerjasama semua ahli kumpulan contohnya memperdengarkan keseragaman suara yang dikawal oleh konduktor. Kevin : Mengapakah tarikh tutup penyertaan hampir dengan tarikh pertandingan? Hamid : Pada pandangan saya, tarikh tutup sangat hampir dengan tarikh pertandingan adalah untuk menggalakkan pelibatan banyak kumpulan. Kevin : Pada pendapat kamu, sesuaikah hadiah utama diberikan dalam bentuk wang tunai? Hamid : Pada pendapat saya, hadiah berbentuk wang tunai amat sesuai kerana dapat diagihkan kepada setiap ahli kumpulan untuk tujuan tertentu misalnya membeli buku dan alat tulis. Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 7 9/7/23 6:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 8 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 7 – 12 Prɑktis PBD Lengkapkan teks dengan kata ganti nama yang sesuai. SP: 5.1.1 Bantu-membantu Amalan Mulia Abang Zali : Assalamualaikum Hadi. Apa kah yang sedang engkau lakukan? Ayah kamu di mana ? Abang hendak meminta pertolongan ayah mu untuk membaiki bumbung rumah abang pada petang ini . Hadi : Walaikumusalam, Abang Zali. Saya sedang mencuci basikal. Ayah ada di dalam rumah. Hadi bergegas ke dalam rumah untuk memanggil ayahnya. Mak Nani : Siapa kah yang datang itu, Hadi? Hadi : Abang Zali, ibu. Abang Zali meminta ayah membaiki bumbung rumah nya yang rosak. Mak Nani : Ayah kamu di situ tadi. Hadi : Baiklah. Saya panggil ayah segera. Hadi : Ayah, Abang Zali datang ke sini . Abang Zali mahu berjumpa dengan ayah. Dia ada di halaman rumah. Ayah : Baiklah. Mari kita ke sana , Hadi. itu sana situ kita saya ini siapa dia apa aku kamu mana engkau -nya -mu sini Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 8 9/7/23 6:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 9 3 Masyarakat Celik Ilmu Unit Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 13 – 22 Prɑktis PBD Lengkapkan perbualan di bawah. SP: 1.1.3 KBAT Mengaplikasi Rayyan : Wah, seronoknya berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa! Banyak buku dan program yang dijalankan di sini. Aliff, Apakah kebaikan berkunjung ke pesta buku seperti ini? Aliff : Antara kebaikan berkunjung ke pesta buku seperti ini ialah (1) kita dapat membeli buku dengan potongan harga yang menarik. Selain itu, pesta seperti ini dapat memupuk minat kita untuk membaca. Rayyan : Betul, Aliff. Apakah aktiviti yang diadakan semasa pesta tersebut berlangsung? Aliff : (2) Antara aktiviti yang diadakan semasa pesta tersebut berlangsung ialah jualan buku, sesi bertemu penulis buku, pertandingan mewarna dan bercerita. Rayyan : Oh, begitu! Pada pendapat kamu, mengapakah pesta tersebut berlangsung selama dua minggu? Aliff : (3) Pada pendapat saya, pesta tersebut berlangsung selama dua minggu supaya dapat memberi peluang kepada lebih ramai orang berkunjung ke pesta buku tersebut. TP 1 2 3 4 5 6 Tema 1: Kemasyarakatan Bab 1-27-BM Thn 5_J.indd 9 28/9/2023 5:18:18 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 10 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 13 – 22 Prɑktis PBD Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya. SP: 3.2.2 Keluarga Harith tinggal di Taman Bukit Permata. Mereka gembira tinggal di taman perumahan tersebut kerana persekitarannya bersih dan indah. Tambahan pula jiran-jiran mereka sangat baik dan saling mengambil berat. Persatuan Penduduk Taman Bukit Permata juga sangat aktif menganjurkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Antaranya ialah aktiviti gotong-royong yang diadakan dari semasa ke semasa. Mereka juga mewujudkan perpustakaan mini untuk kemudahan anak-anak penduduk di situ belajar dan mengulang kaji pelajaran. Selain itu, mereka juga meraikan sambutan perayaan bersama-sama. Mereka akan mengadakan majlis itu di balai raya. Para penduduk memberi sumbangan dalam bentuk wang, barang keperluan dan juga tenaga untuk membuat persiapan. Pihak persatuan juga akan mengadakan beberapa perjumpaan untuk membincangkan masalah penduduk. Hubungan baik bagai aur dengan tebing ini membolehkan penduduk di situ melalui kehidupan yang aman dan harmoni. Lebih membanggakan lagi, Taman Bukit Permata juga mendapat anugerah Taman Terindah dan Anugerah Komuniti Muhibah dan Celik Ilmu. 1 Apakah antara aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Bukit Permata? Antara aktiviti itu ialah gotong-royong, sambutan perayaan dan perjumpaan untuk membincangkan masalah penduduk. 2 Apakah maksud peribahasa bagai aur dengan tebing? KBAT Mengaplikasi Maksud peribahasa tersebut ialah tolong-menolong antara satu dengan yang lain. 3 Nyatakan dua kebaikan meraikan sambutan perayaan bersama-sama. KBAT Menilai (a) Mengeratkan hubungan perpaduan antara masyarakat. (b) Dapat berkenalan dan beramah mesra dengan jiran-jiran. 4 Pada pendapat kamu, wajarkah Taman Bukit Permata menerima Anugerah Komuniti Muhibah dan Celik Ilmu? Mengapa? KBAT Menilai Pada pendapat saya, Taman Bukit Permata wajar menerima Anugerah Komuniti Muhibah kerana penduduknya mempunyai semangat kejiranan yang kukuh walaupun berbeza kaum. Bab 1-27-BM Thn 5_J.indd 10 29/9/2023 5:07:29 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 11 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 13 – 22 Prɑktis PBD Bina ayat berdasarkan penjodoh bilangan dan gambar di bawah. SP: 5.1.1 Bekerjasama di Dusun Datuk 1 tandan Ayah mengangkat setandan pisang dari kebun datuk. 2 batang Abang mengumpul beberapa batang ranting kayu di bawah pokok. 3 ikat Ibu memasukkan tiga ikat rambutan ke dalam plastik. 4 buku Kakak memegang beberapa buku roti di bawah pondok rehat. 5 biji Datuk membawa sebiji buah durian yang baru jatuh di kebunnya. 6 bidang Adik tidur di atas sebidang tikar di pondok rehat. Kuiz PdPc Kuiz Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 11 9/7/23 6:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 12 4 Bahaya dalam Senyap Unit Kemahiran Membaca BT: m.s. 24 – 30 Prɑktis PBD Baca maklumat dalam poster di bawah. Kemudian, Cari maksud perkataan tersebut di dalam kamus atau media elektronik. SP: 2.1.2 Perkataan Maksud (1) kerap selalu (2) menutup menghalang (3) sesak sempit (4) berkongsi berpakat (5) mendekati menghampiri (6) sentuhan pegangan (7) sempurna lengkap (8) menyentuh memegang TP 1 2 3 4 5 6 Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 12 9/7/23 6:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 13 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 24 – 30 Prɑktis PBD Lengkapkan carta di bawah dengan maklumat yang betul. SP: 3.2.3 Kudis Buta Tanda-tanda Punca Cara Rawatan • Berpunca daripada sejenis kutu atau hama • Gunakan ubat sapu berbentuk krim atau losen • Berasa sangat gatal • Muncul bintik merah seperti ruam Kamus Kata • berbintik-bintik – ada titik-titik • ruam – bintil-bintil merah pada kulit • melecet – luka berair • kudis buta – kudis yang kecil-kecil di badan Ibu melihat Anas resah gelisah. Semasa menonton televisyen, Anas sering menggaru-garu tangannya. “Mengapakah kamu asyik menggaru-garu tangan, Anas?” tanya ibu. “Saya rasa sangat gatal, ibu,” jawab Anas. Anas mengalami kegatalan teramat sangat di bahagian celah-celah jari. Emak Anas memeriksa jari-jemari Anas. Didapatinya kawasan itu berbintik merah seperti tanda ruam dan sudah mula melecet akibat selalu digaru. “Nampaknya kamu terkena kudis buta. Kudis ini berpunca daripada sejenis kutu atau hama. Sudah berapa lama kamu mengalami kegatalan ini?” tanya ibu lagi. “Sejak semalam, ibu,” jawab Anas. “Kudis kamu perlu dirawat sebelum melarat. Kita boleh gunakan ubat sapu berbentuk krim atau losen. Kebetulan ubat itu ada dalam simpanan di rumah kita,” jelas ibu. Anas berasa lega. Dia berharap agar kegatalan itu akan berakhir dengan segera kerana dia berasa sangat tidak selesa. Aktiviti Interaktif Interaktif Aktiviti PdPc Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 13 9/7/23 6:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 14 Murid-murid, kita hendaklah mengutamakan kebersihan dan kesihatan. Pastikan kamu mencuci tangan sebelum makan. Pastikan juga makanan dalam keadaan baik dengan mengikuti tiga langkah penting ini. Pertama, kamu perlu melihat keadaan makanan itu. Jika berlendir, berbuih atau berubah warna, makanan itu sudah rosak. Kedua, hidu bau makanan itu. Jika baunya kurang menyenangkan dan berbeza daripada biasa, makanan itu sudah tidak elok. Ketiga, rasa sedikit makanan itu. Jika rasanya basi, ketepikan. Elakkan makan makanan yang sudah rosak supaya kamu tidak mengalami keracunan makanan. Jika kamu jatuh sakit, bagaimanakah kamu hendak belajar ? Sudah tentu kamu akan ketinggalan dalam pelajaran. Jika perkara ini berlaku di kantin sekolah kita, kamu boleh membuat laporan kepada pengusaha kantin atau guru yang bertugas. Marilah kita sama-sama menjaga kebersihan dan kesihatan. Isi tempat kosong dalam petikan dengan kata kerja yang betul. SP: 5.1.2 melihat membuat mencuci berubah belajar menjaga Murid-murid, kita hendaklah mengutamakan kebersihan dan kesihatan. Pastikan kamu mencuci tangan sebelum makan. Pastikan juga makanan dalam keadaan baik dengan mengikuti tiga langkah penting ini. Pertama, kamu perlu melihat keadaan makanan itu. Jika berlendir, berbuih atau berubah warna, makanan itu sudah rosak. Kedua, hidu bau makanan itu. Jika baunya kurang menyenangkan dan berbeza daripada biasa, makanan itu sudah tidak elok. Ketiga, rasa sedikit makanan itu. Jika rasanya basi, ketepikan. Elakkan makan makanan yang sudah rosak supaya kamu tidak mengalami keracunan makanan. Jika kamu jatuh sakit, bagaimanakah kamu hendak belajar ? Sudah tentu kamu akan ketinggalan dalam pelajaran. Jika perkara ini berlaku di kantin sekolah kita, kamu boleh membuat laporan kepada pengusaha kantin atau guru yang bertugas. Marilah kita sama-sama menjaga kebersihan dan kesihatan. Aspek Tatabahasa BT: m.s. 24 – 30 Prɑktis PBD Kamus Kata • berlendir – ada benda cair yang pekat • berbuih – ada gelembung udara pada cecair • basi – makanan yang sudah tidak boleh dimakan lagi Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 14 9/7/23 6:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 15 5 Unit Kebersihan Diri dan Persekitaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 31 – 36 Prɑktis PBD Lengkapkan dialog dengan maklumat yang sesuai. SP: 1.2.2 Terdapat lebih kurang 100 000 helai rambut di atas kepala manusia. Setiap hari, lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baharu. Masalah rambut yang biasa dialami ialah kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh dan pecah. Gunakan syampu berbeza mengikut jenis dan masalah rambut, begitu juga dengan kekerapan membasuh rambut. Rambut Cikgu Yati : Halil, bolehkah kamu terangkan tentang rambut manusia? Halil : Manusia mempunyai lebih kurang 100,000 helai rambut. Kira-kira 100 helai rambut akan gugur setiap hari dan digantikan dengan rambut yang baharu. Cikgu Yati : Shima, jelaskan masalah rambut yang biasa kita alami. Shima : Masalah rambut yang biasa kita alami ialah kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh dan pecah. Cikgu Yati : Andy, bagaimanakah cara penjagaan rambut supaya rambut sihat? Andy : Kita perlu mencuci rambut dengan syampu. Gunakan syampu yang berbeza mengikut jenis dan masalah rambut, begitu juga dengan kekerapan membasuh rambut. PdPc Aktiviti PAK-21 Rally Robin 1 Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan. 2 Murid secara bergilir-gilir memberikan respons tentang tajuk. 3 Tajuk perbincangan ialah “Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri”. 4 Catatkan hasil perbincangan dalam peta pemikiran. PAK-21 PdPc TP 1 2 3 4 5 6 Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 15 9/7/23 6:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 16 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Membaca BT: m.s. 31 – 36 Prɑktis PBD Baca maklumat dan petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan. SP: 2.2.1 KITAR SEMULA • Sampah sarap hendaklah diasingkan mengikut jenisnya, sama ada sisa dapur atau barang terpakai. • Sisa dapur boleh dijadikan baja kompos untuk tanaman. • Barang-barang seperti plastik, kertas, dan kaca boleh dikitar semula. • Jaga kebersihan persekitaran dan kurangkan pencemaran alam. Hari ini, Laila dan kakaknya mengemas rumah. Mereka mengumpulkan sampah sarap dan barang terpakai yang tidak digunakan lagi. Sisa dapur seperti kulit buah-buahan, kulit telur dan sisa makanan diletakkan di dalam satu beg plastik. Mereka turut mengumpul bekas-bekas plastik yang sudah pecah dan majalah lama. Pada mulanya, kakak Laila terfikir untuk membakar sahaja majalah lama dan bekas-bekas plastik itu. Pada pendapat kamu, apakah langkah terbaik yang boleh diambil oleh Laila dan kakaknya untuk melupuskan sampah sarap itu? KBAT Menganalisis Pada pendapat saya, mereka perlu mengasingkan sampah sarap mengikut jenisnya. Sisa dapur seperti kulit buah-buahan, kulit telur dan sisa makanan boleh dijadikan baja kompos. Bekas-bekas plastik yang sudah pecah dan majalah lama boleh dihantar ke pusat kitar semula. Dengan cara ini, mereka dapat menjaga kebersihan persekitaran dan mengurangkan pencemaran alam. PIB PdPc PdPc Aktiviti Pelibatan Ibu Bapa (PIB) Berbuallah dengan ibu kamu. 1 Bagaimanakah ibu menjaga kebersihan di dapur? 2 Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan di dapur? Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 16 9/7/23 6:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 17 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 31 – 36 Prɑktis PBD Teliti gambar di bawah. Kemudian, bina ayat dengan menggunakan kata adjektif yang diberikan. SP: 5.1.3 jinak perlahan panjang wangi kelabu sayang Si Comel ialah kucing yang jinak. Si Comel mempunyai ekor yang panjang. Badan Si Comel berwarna kelabu. Si Comel berjalan agak perlahan. Badan Si Comel berbau wangi. Seluruh keluarga Puan Anita sayang akan Si Comel. Aktiviti Interaktif Interaktif Aktiviti PdPc Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 17 9/7/23 6:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 18 Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 37 – 46 Prɑktis PBD Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai. SP: 1.2.2 Bengkel Mengurus Emosi Tarikh : 4 Jun 20__ Masa : 9:00 pagi Lokasi : Dewan sekolah Objektif : Mendidik murid-murid cara mengurus emosi dengan betul bagi menangani masalah stres. • Selalu termenung • Cepat marah • Pendiam dan enggan bergaul • Selalu sedih dan murung Tanda-tanda Stres Karina : Sekolah kita akan mengadakan Bengkel Mengurus Emosi pada 4 Jun 20__. Hasrin : Apakah tujuan bengkel itu diadakan? Karina : (1) Tujuannya adalah untuk mendidik murid-murid mengurus emosi dengan betul bagi menangani masalah stres. Hasrin : Apakah tanda-tandanya jika seseorang dilanda masalah stres? Karina : (2) Tanda-tanda stres ialah selalu termenung, cepat marah, pendiam dan enggan bergaul, serta selalu sedih dan murung. Hasrin : Oh, bahaya penyakit stres ini! Karina : Pada pendapat kamu, apakah akibatnya jika kita tidak belajar mengurus emosi dengan baik? Hasrin : Pada pendapat saya, (3) jika kita tidak belajar mengurus emosi dengan baik, kita akan selalu berasa stres. Stres akan menyebabkan kita berasa tidak gembira dan mengganggu rutin kehidupan kita. 6 Minda Sihat Unit TP 1 2 3 4 5 6 Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 18 9/7/23 6:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 19 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Membaca BT: m.s. 37 – 46 Prɑktis PBD Baca petikan dan lengkapkan maklumat dalam peta alir. SP: 2.3.1 Aisha termenung. Wajahnya muram. Dia kecewa kerana gagal menyertai pertandingan syarahan. Dia sudah berlatih. Dia berasakan segala usahanya sia-sia sahaja. Kak Isma mengajak Aisha makan. Mereka hanya berdua di rumah kerana ibu dan ayah belum pulang dari bekerja. Kak Isma berasa hairan melihat sikap Aisha yang diam sejak tadi. Lambatlambat disuapnya nasi goreng. Hanya separuh pinggan mampu dihabiskannya. “Mengapakah kamu makan sedikit sahaja?” tanya Kak Isma. “Tak ada selera,” jawab Aisha. Selepas mencuci pinggan, Aisha masuk ke bilik. Dia berbaring di atas katil sambil melayan rasa kecewanya. Dia hendak tidur tetapi matanya tidak dapat lena. Kak Isma menjenguk Aisha di bilik. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. “Kamu ada masalah? Ceritakanlah kepada kakak,” kata Kak Isma. Aisha menceritakan hal yang sebenar sambil menangis teresak-esak. Dia berasa sangat sedih. Kak Isma memujuknya dan memberikan kata-kata semangat. “Kamu boleh cuba lagi, lain kali. Mungkin kali ini belum rezeki kamu lagi. Jangan putus asa,” kata Kak Isma. Kak Isma mengajak Aisha bermain badminton di halaman rumah. Mulanya Aisha enggan tetapi Kak Isma terus mendesak. Kata Kak Isma, aktiviti riadah dapat membantu kita melepaskan rasa stres. Benarlah seperti kata Kak Isma, hati Aisha ceria semula selepas melakukan aktiviti riadah. Dia sudah boleh menerima kegagalan dan berjanji akan berusaha dengan lebih baik lagi. Aisha kecewa kerana gagal menyertai pertandingan syarahan Kak Isma mengajak Aisha makan dan Aisha makan sedikit sahaja Kak Isma memujuk dan menasihati Aisha supaya tidak mudah putus asa Aisha masuk ke bilik dan berbaring melayan kecewa Kak Isma mengajak Aisha bermain badminton untuk melepaskan stres Kak Isma bertanyakan masalah Aisha lalu Aisha bercerita sambil menangis Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 19 9/7/23 6:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 20 TP 1 2 3 4 5 6 Tulis karangan bentuk syarahan berdasarkan draf di bawah. SP: 3.3.1 Pentingnya Menjaga Kesihatan Pendahuluan • Kata alu-aluan • Tajuk syarahan • Mengelakkan penyakit yang berbahaya – kencing manis, darah tinggi, sakit jantung • Mengamalkan pemakanan seimbang – makan makanan yang berkhasiat • Bersenam dan beriadah – meningkatkan kecerdasan – menyihatkan badan – Mencegah lebih baik daripada merawat – banyak wang perlu digunakan Penutup • Mengutamakan penjagaan kesihatan – menjalani hidup yang sejahtera [Pendahuluan] Salam sejahtera kepada para hadirin yang saya hormati sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan bertajuk “Pentingnya Menjaga Kesihatan”. [Isi 1 – Apa] Penjagaan kesihatan perlu diberi perhatian oleh setiap orang. [Huraian-Mengapa] Kesihatan yang baik dapat mengelakkan kita daripada mendapat penyakit berbahaya seperti [Contoh] kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. [Isi 2 – Apa] Kita hendaklah mengamalkan pemakanan yang seimbang. [Huraian-Sebab] Kita perlu makan makanan yang berkhasiat supaya badan kita mendapat zat yang mencukupi. [Contoh] Makanan manis dan berlemak hendaklah dielakkan. Hadirin sekalian, [Isi 3 – Apa] Kita juga perlu bersenam dan beriadah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. [Huraian – Kesan] Aktiviti tersebut dapat meningkatkan kecergasan diri dan menyihatkan badan. Sesungguhnya, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Oleh itu, kita perlu memastikan kesihatan kita dalam keadaan baik. Jika kita sakit, banyak wang perlu digunakan untuk mendapatkan rawatan. [Penutup] Kesimpulannya, kita hendaklah mengutamakan penjagaan kesihatan. Apabila badan sihat, kita dapat menjalani kehidupan yang sejahtera. Sekian, terima kasih. Kemahiran Menulis BT: m.s. 37 – 46 Prɑktis PBD Kuiz PdPc Kuiz Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 20 9/7/23 6:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 21 7 Bijak Bertindak Unit Contoh: tekan tubi, bangkit tubi, mendagu dan naik turun bangku Faedah: • Menguatkan tulang dan mengelakkan penyakit tulang rapuh • Mengawal berat badan agar tidak berlebihan • Mengelakkan masalah sakit belakang • Pemanas badan bagi mengurangkan risiko kekejangan atau kecederaan Aktiviti Daya Tahan Otot dan Kekuatan Fizikal PAK-21 PdPc Kemahiran Membaca BT: m.s. 48 – 54 Prɑktis PBD Baca petikan di bawah dan buat rumusan. SP: 2.3.1 Hafizi dan rakan-rakan sekelasnya sedang menjalani latihan jasmani di padang sekolah. Pada hari ini, guru Pendidikan Jasmani mengarahkan mereka melakukan beberapa aktiviti untuk membina daya tahan otot dan kekuatan fizikal. Antaranya ialah aktiviti tekan tubi, bangkit tubi, mendagu dan naik turun bangku. “Cikgu, mengapakah kita melakukan aktiviti seperti ini?” tanya Rauf. “Aktiviti ini penting untuk kekuatan tulang dan mengelakkan penyakit tulang rapuh. Berat badan juga dapat dikawal supaya tidak berlebihan. Masalah sakit belakang juga dapat dielakkan. Oleh itu, kita dapat melakukan kegiatan harian dengan lebih baik dan tidak mudah penat,” jelas Cikgu Rahmat. “Jurulatih bola sepak selalu meminta kami membuat aktiviti fizikal seperti ini sebelum menjalani latihan. Mengapakah begitu, cikgu?” tanya Hafizi. “Aktiviti ini juga dilakukan sebagai pemanas badan bagi mengurangkan risiko kekejangan atau kecederaan semasa bermain bola sepak.” PdPc Aktiviti PAK-21 Meja Bulat (Round Table) 1 Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan. 2 Guru akan menyediakan dua situasi tentang keselamatan di dalam rumah dan keselamatan di luar rumah. 3 Murid akan secara bergilir-gilir mencatat idea menggunakan pen atau pensel yang sama. TP 1 2 3 4 5 6 Tema 3: Keselamatan Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 21 9/7/23 6:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 22 Kemahiran Menulis BT: m.s. 48 – 54 Prɑktis PBD Tulis sebuah karangan berdasarkan draf yang diberikan. SP: 3.3.1 Pendahuluan Cuti persekolahan sudah bermula – keluarga Irfan bercadang pulang ke kampung untuk melawat datuk dan nenek – Irfan dan adik-adiknya berasa gembira Isi 1 Irfan berasa teruja – tidak dapat melelapkan mata – terbayang keseronokan di kampung – akan mengajak sepupu memancing ikan di tali air, berbasikal mengelilingi kampung, memberi haiwan ternakan datuk dan nenek makan – tertidur Isi 2 Terjaga apabila dikejutkan oleh ibu – menyiapkan diri – bersarapan – membantu ayah memeriksa keadaan rumah – tingkap, pintu berkunci, alatan elektrik dalam keadaan selamat – ibu memastikan dapur dalam keadaan selamat – menanggalkan kepala gas untuk elak kebakaran Isi 3 Memberitahu jiran tentang ketiadaan di rumah selama beberapa hari – meminta bantuan jiran mengawasi keadaan rumah – tiba masa untuk bertolak – memakai tali pinggang keledar – memandu dengan berhati-hati Penutup Selamat tiba di kampung – disambut dengan meriah oleh nenek, datuk dan sepupu – makan tengah hari dengan lauk-pauk kampung – kekenyangan – berehat – tidak sabar hendak meneroka keseronokan di kampung Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 22 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 23 TP 1 2 3 4 5 6 Bercuti di kampung [Pendahuluan] Cuti persekolahan sudah bermula. Memandangkan ayah dan ibu Irfan tidak sibuk sepanjang cuti sekolah ini, keluarga Irfan bercadang pulang ke kampung untuk melawat datuk dan nenek. Irfan dan adikadiknya berasa gembira kerana sudah lama tidak mengunjungi datuk dan nenek di kampung. [Isi 1 – Apa] Irfan berasa sangat teruja. Setelah selesai mengemas pakaian yang hendak dibawa, Irfan terus masuk tidur. Walau bagaimanapun, dia tidak dapat melelapkan mata. Irfan terbayang akan keseronokan di kampung. Irfan merancang hendak mengajak sepupunya memancing ikan di tali air. Dia juga akan mengajak sepupunya berbasikal mengelilingi kampung. Selain itu, dia juga membayangkan keseronokan memberi makan kepada haiwan ternakan datuk dan nenek. Ketika berangan-angan itu, akhirnya Irfan tertidur. [Isi 2 – Apa] Irfan terjaga apabila dikejutkan oleh ibu. Dia segera bangun dan menyiapkan diri. Setelah itu, dia dan keluarganya bersarapan. Selesai bersarapan, adik Irfan membantu ibu mengemas dapur, manakala Irfan membantu ayah memeriksa keadaan rumah. Irfan memastikan semua tingkap dan pintu berkunci serta alatan elektrik dalam keadaan selamat. Ibu pula memastikan dapur dalam keadaan selamat seperti menanggalkan kepala gas untuk mengelakkan kebakaran. [Isi 3 – Apa] Sebelum bertolak, ayah Irfan menghubungi Encik Majid, jiran yang dipercayai untuk memberitahu tentang ketiadaan mereka di rumah selama beberapa hari. Ayah Irfan meminta bantuan Encik Majid mengawasi keadaan rumah semasa ketiadaan mereka nanti. Akhirnya, tibalah masa untuk bertolak. Di dalam kereta, mereka tidak lupa memakai tali pinggang keledar. Ayah Irfan memandu dengan berhati-hati. [Isi 4 – Bila] Menjelang tengah hari, mereka pun tiba di kampung. Mereka disambut dengan meriah oleh nenek, datuk dan sepupu-sepupu. Nenek mengajak mereka makan tengah hari. Mereka dihidangkan dengan lauk-pauk kampung. Irfan makan dengan berselera sekali. Selepas makan mereka sekeluarga berehat sambil berbual-bual dengan datuk dan nenek. Pada masa yang sama, Irfan sudah tidak sabar hendak meneroka keseronokan di kampung. Aktiviti Interaktif Interaktif Aktiviti PdPc Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 23 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 24 Aspek Seni Bahasa BT: m.s. 48 – 54 Prɑktis PBD Sebut huruf tunggal dalam tulisan Jawi yang membentuk perumpamaan di bawah. SP: 4.4.1 ب ا ا ي ا ي س ي ya sim ya alif ya alif ga alif ba isi bagai د ڠ ن و و wau kaf wau kaf nun nga dal kuku dengan Bagai isi dengan kuku ب ا ا ي ب و ل ن nun lam wau ba ya alif ga alif ba bulan bagai ج ا ت و ه ر ي ب ا alif ba ya ra kaf ha wau ta alif jim riba ke jatuh Bagai bulan jatuh ke riba Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 24 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 25 8 Awasi Langkahmu Unit Kemahiran Menulis BT: m.s. 55 – 62 Prɑktis PBD Tulis karangan berdasarkan gambar dan frasa yang diberi. SP: 3.3.1 Keselamatan ketika Menunggang Basikal kegiatan riadah – baik untuk kesihatan – langkah keselamatan semasa berbasikal pertama – memakai topi keselamatan – pelapik lutut – melindungi diri – kecederaan kedua – menggunakan laluan khas – menunggang dengan selamat – tidak perlu bersesak menunggang dengan cermat – jangan gopoh – mematuhi peraturan jalan raya Aktiviti berbasikal merupakan kegiatan riadah yang sangat baik untuk kesihatan. Walau bagaimanapun, kita hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan semasa berbasikal. Langkah keselamatan yang pertama adalah dengan memakai topi keselamatan dan pelapik lutut. Topi keselamatan dan pelapik lutut ini dapat melindungi diri daripada kecederaan semasa berbasikal. Langkah yang kedua adalah dengan menggunakan laluan khas untuk penunggang basikal. Laluan khas ini membolehkan kita menunggang dengan selamat dan tidak perlu bersesak dengan kenderaan lain di jalan raya. Seterusnya, kita hendaklah menunggang dengan cermat dan jangan gopoh-gapah. Kita juga hendaklah mematuhi peraturan jalan raya agar tidak berlaku kemalangan. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menjaga keselamatan apabila berada di jalan raya. Amalkan sikap berhati-hati dan berwaspada selalu bagi mengelakkan kemalangan. Tutorial Video PdPc TP 1 2 3 4 5 6 Video Tutorial Tema 3: Keselamatan Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 25 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 26 Baca frasa bertulisan Jawi di bawah. Kemudian, salin semula. SP: 4.4.2 1 Perumpamaan: Bagai bulan dipagar bintang 2 Perumpamaan: Bagai langit dengan bumi Aspek Seni Bahasa BT: m.s. 55 – 62 Prɑktis PBD Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 26 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 27 9 Beringat sebelum Terkena Unit Kemahiran Menulis BT: m.s. 62 – 72 Prɑktis PBD Tulis semula perenggan di bawah dengan ejaan, tanda baca dan imbuhan yang betul. SP: 3.3.2 Ramai murid yang berulang-alek ke sekolah dengan menunggang beskal. Sikap berlomba-lomba dan menunggang beskal dengan laju akan mensebabkan kemalangan. Murid-murid yang menjalan kaki juga perlu berjaga keselamatan. Kemalangan berlaku mereka apabila gopoh-gapah ketika melintas jalan tanpa ke kiri melehat dan kanan. Oleh itu, Kempen Kesedaran untuk diadakan mendidik murid-murid tentang cara-cara berjaga keselamatan di jalan raya. Pengetahuan tentang keselamatan melintas jalan dan beskal menunggang dapat menchegah kemalangan. Ramai murid yang berulang-alik ke sekolah dengan menunggang basikal. Sikap berlumba-lumba dan menunggang basikal dengan laju akan menyebabkan kemalangan. Murid-murid yang berjalan kaki juga perlu menjaga keselamatan. Kemalangan berlaku apabila mereka gopoh-gapah ketika melintas jalan tanpa melihat ke kiri dan kanan. Oleh itu, Kempen Kesedaran diadakan untuk mendidik murid-murid tentang cara-cara menjaga keselamatan di jalan raya. Pengetahuan tentang keselamatan melintas jalan dan menunggang basikal dapat mencegah kemalangan. PIB PdPc PdPc Aktiviti Pelibatan Ibu Bapa (PIB) Berbuallah dengan ibu dan ayah kamu. 1 Apakah panduan dan peraturan semasa menaiki kereta? 2 Sekiranya ayah/abang mengantuk semasa memandu, apakah yang dilakukan untuk menghilangkan mengantuk? TP 1 2 3 4 5 6 Tema 3: Keselamatan Aktiviti Interaktif Interaktif Aktiviti PdPc Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 27 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 28 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 62 – 72 Prɑktis PBD Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. SP: 5.2.1 Najmi dan adiknya (1) melonjak kegembiraan apabila (2) cadangan mereka untuk (3) bercuti ke Pulau Langkawi dipersetujui oleh ibu dan ayah. Pulau Langkawi merupakan destinasi (4) pilihan yang terkenal di Malaysia. Najmi sudah lama hendak pergi ke pulau yang banyak (5) menyimpan sejarah Mahsuri itu. Mereka (6) mengemas beberapa helai (7) pakaian yang hendak dibawa. Ayah juga mengisi (8) ubatan penting di dalam begnya. Pada hari yang ditetapkan, mereka sekeluarga sampai di jeti Kuala Perlis. Sebelum menaiki feri, ayah (9) membeli tiket untuk mereka semua. Ibu (10) berpesan supaya mereka sentiasa (11) menjaga keselamatan. Semasa di atas feri, mereka duduk dengan tenang dan (12) memakai jaket keselamatan yang disediakan. Kuiz PdPc mengemas menyimpan memakai menjaga cadangan membeli melonjak ubatan pakaian bercuti berpesan pilihan Kuiz Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 28 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 29 10 Memupuk Perpaduan Unit Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 74 – 80 Prɑktis PBD Lengkapkan dialog dan lafazkan bersama-sama rakan kamu. SP: 1.3.2 Haris : Kawan-kawan, mari lihat rakaman video ini. Suasananya meriah sekali. Avinash : Rakaman video apa yang kamu lihat itu, Haris? Haris : Rakaman video sukaneka Hari Keluarga Taman Selasih. Chun Yee : Saya rasa aktiviti sukaneka seperti ini sangat menarik dan meriah. Kita semua dapat menyertainya. Avinash : Ya, semua orang gembira tanpa mengira kaum dan usia. Haris : Chun Yee, apakah faedah sambutan Hari Keluarga ini? Chun Yee : Banyak faedahnya, Haris. Antaranya ialah kita dapat memupuk perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, kita dapat mengeratkan hubungan dengan penduduk setaman. Haris : Avinash, apakah aktiviti lain yang dapat memupuk perpaduan? Avinash : Aktiviti lain yang dapat memupuk perpaduan ialah aktiviti menyambut perayaan bersama-sama, bergotong-royong mengadakan majlis dan menghadiri kenduri- kendara. DIDIK HIBUR TP 1 2 3 4 5 6 Tema 4: Perpaduan Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 29 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 30 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 74 – 80 Prɑktis PBD Senaraikan penggunaan kata dan struktur ayat yang salah dalam petikan. Kemudian, tulis pembetulannya. SP: 3.3.2 Penggunaan Kata Kesalahan Pembetulan berlonggok berkumpul / berhimpun mengedarkan membahagikan / mengagihkan habis tamat / selesai Penggunaan Struktur Ayat Kesalahan Pembetulan Jambatan rosak yang juga dibaiki telah. Jambatan yang rosak juga telah dibaiki. Taman permainan kanak-kanak digunakan sudah boleh. Taman permainan kanak-kanak sudah boleh digunakan. Penduduk kampung dan gembira berasa puas hati. Penduduk kampung berasa gembira dan puas hati. Baru-baru ini, aktiviti gotong-royong diadakan di kampung saya. Semua penduduk berlonggok di balai raya dan membawa peralatan untuk aktiviti tersebut. Ketua kampung mengedarkan tugas kepada setiap kumpulan mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Ada yang membersihkan longkang, memotong rumput, mengutip sampah, mengecat balai raya dan sebagainya. Mereka semua saling membantu. Aktiviti gotong-royong ini habis pada waktu petang. Kawasan persekitaran menjadi lebih bersih. Jambatan rosak yang juga dibaiki telah. Taman permainan kanak-kanak digunakan sudah boleh. Penduduk kampung dan gembira berasa puas hati. Mereka mengamalkan sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan hidup bersatu padu seperti aur dengan tebing. Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 30 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 31 11 Meraikan Penyatuan Unit Kemahiran Membaca BT: m.s. 81 – 86 Prɑktis PBD Baca petikan, kemudian lengkapkan jadual. SP: 2.3.2 Nama Tugas Puan Chia Mengemas rumah Puan Sunita Menghias pelamin Puan Adila Menyiapkan cenderamata Encik Kamal dan Encik Tong Memasang khemah Encik Lokesh Mengurus sewaan kerusi dan meja Saudara-mara Menyediakan masakan Pak Cik Halim hendak mengadakan kenduri perkahwinan anak perempuannya. Beberapa hari sebelum majlis berlangsung, Pak Cik Halim sibuk ke sana sini untuk membeli barang keperluan. Isterinya pula sibuk menyampaikan surat undangan kepada saudara-mara dan jiran tetangga. Menjelang hari perkahwinan anak Pak Cik Halim, kaum keluarga dan jiran tetangga turut menghulurkan bantuan untuk membuat persiapan. Pak Cik Halim dan isterinya berasa lega kerana ramai yang sudi meringankan beban mereka. Puan Chia menawarkan diri untuk membantu mengemas rumah. Puan Sunita pula menawarkan diri untuk menghias pelamin kerana dia mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut. Puan Adila pula menyiapkan cenderamata untuk tetamu. Encik Kamal dan Encik Tong menolong Pak Cik Halim memasang khemah. Encik Lokesh menguruskan sewaan kerusi dan meja untuk majlis tersebut. Manakala saudara-mara bergotongroyong menyediakan masakan. Pak Cik Halim dan isterinya berasa lega dan terharu. Majlis perkahwinan itu berlangsung dengan meriah dan lancar hasil kerjasama mereka tanpa mengira kaum dan agama. Kamus Kata • kenduri – jamuan makan • surat undangan – jemputan menghadiri majlis • pelamin – tempat pengantin duduk bersanding • cenderamata – sesuatu yang diberikan sebagai tanda ingatan TP 1 2 3 4 5 6 Tema 4: Perpaduan Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 31 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 32 Isi tempat kosong dalam petikan dengan jawapan yang betul. SP: 5.2.1 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 81 – 86 Prɑktis PBD kemuning perpaduan gementar kesungguhan bergerigi menyiapkan menyampaikan meraikan menunjukkan mengeratkan perayaan telapak Murid-murid Tahun Lima Bestari sedang (1) menyiapkan papan maklumat di kelas mereka tentang (2) perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia. Setiap kaum (3) meraikan pelbagai perayaan, menjadikan negara ini amat unik. “Cikgu, bolehkah kita menghias papan maklumat ini?” tanya Asmida. “Boleh, Asmida. Kamu boleh ambil bunga (4) kemuning yang banyak gugur di tepi padang sekolah,” jawab Cikgu Zahara. “Cikgu, bagaimanakah cara membuat kertas hiasan bercorak seperti ini?” tanya Anas sambil (5) menunjukkan kertas yang ada di atas (6) telapak tangannya. “Kamu boleh gunakan gunting yang (7) bergerigi . Gunakan dengan hati-hati,” kata Cikgu Zahara. “Baik, cikgu.” Murid-murid membuat tugasan masing-masing sambil berbual tentang perayaan di Malaysia. Perayaan ini dapat (8) mengeratkan hubungan dan memupuk (9) perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum. “Saya berasa (10) gementar kerana perlu (11) menyampaikan ucapan tentang topik perpaduan esok,” kata Azim. “Jangan risau. Cikgu yakin bahawa kamu mampu melakukannya, Cikgu sudah lihat (12) kesungguhan kamu semasa berlatih,” kata Cikgu Zahara. Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 32 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 33 12 Jalinan Perpaduan Unit Jane : Mimi, mari tengok iklan ini. Mimi : Iklan apa, Jane? Jane : Iklan tentang Kuiz Perpaduan dalam talian bertemakan Malaysia Harmoni. Mimi : Apakah syarat-syaratnya? Jane : Syarat-syaratnya ialah terbuka kepada semua peringkat umur, hanya satu penyertaan bagi setiap individu dan layari laman sesawang http/www/kuiz_perpaduan2021. Mimi : Pada pendapat kamu, apakah objektif Kuiz Perpaduan ini diadakan? Jane : Pada pendapat saya, objektif Kuiz Perpaduan ini diadakan adalah untuk menggalakkan masyarakat menambah ilmu tentang perpaduan, seterusnya dapat memupuk perpaduan ke arah kehidupan yang harmoni. Mimi : Apakah kesannya jika masyarakat tidak mengamalkan perpaduan? Jane : Jika masyarakat tidak mengamalkan perpaduan, perselisihan mudah berlaku dan masyarakat bersikap mementingkan diri. Akibatnya, kita tidak dapat menjalani kehidupan yang aman dan harmoni. Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 87 – 96 Prɑktis PBD Lengkapkan dialog dan lafazkan. SP: 1.1.2 KBAT Menganalisis KUIZ PERPADUAN Syarat-syarat ☞ Terbuka kepada semua peringkat umur ☞ Hanya satu penyertaan bagi setiap individu ☞ Layari laman sesawang http/www/kuiz_perpaduan2021 Malaysia Harmoni Hadiah menarik menanti anda! TP 1 2 3 4 5 6 Tema 4: Perpaduan Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 33 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 34 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 87 – 96 Prɑktis PBD Pilih kata majmuk yang betul dalam ayat-ayat di bawah. SP: 5.2.2 Video Tutorial PdPc 1 Ramai pengunjung hadir untuk melihat persembahan seni budaya di Dataran Merdeka. jati diri seni budaya adat budaya 2 Hasnita berasa gembira apabila dilantik sebagai setiausaha Kelab Perpaduan Sekolah. setiausaha warganegara antarabangsa 3 Ibu menasihati anak-anak supaya sentiasa menjaga tingkah laku dalam pergaulan dengan rakan-rakan. gerak kerja latih tubi tingkah laku 4 Pertandingan Kuiz Perpaduan peringkat daerah diadakan di dewan serba guna Taman Mutiara. serba guna serba boleh serba tahu 5 Mereka memberikan kerjasama apabila diminta membantu Pak Cik Halim memasang khemah. tandatangan jawatankuasa kerjasama 6 Seminggu sekali Puan Rania akan pergi ke kedai runcit untuk membeli barang keperluan dapur. kedai runcit rumah teres balai raya 7 Rakyat Malaysia unik kerana berbilang bangsa dan kaya dengan adat budaya yang menarik. adat resam adat budaya seni reka Video Tutorial Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 34 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 35 13 Sikap Bertanggungjawab Unit 1 Apakah bidang pekerjaan yang diusahakan oleh Tengku Arman Harris? Beliau menjalankan perusahaan batik sutera dan mempunyai dua buah kedai. 2 Di manakah beliau memperoleh ilmu membuat batik? Beliau memperoleh ilmu membuat batik semasa bekerja di kilang batik selepas tamat sekolah. 3 Bagaimanakah beliau dapat membesarkan perniagaannya? Beliau mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Amanah Rakyat. 4 Pada pendapat kamu, apakah sikap yang boleh kamu contohi daripada beliau? KBAT Menilai Pada pendapat saya, sikap gigih dan rajin berusaha tanpa melihat kekurangan diri merupakan sikap yang boleh saya contohi. Kemahiran Menulis BT: m.s. 98 – 102 Prɑktis PBD Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. SP: 3.2.2 Tengku Arman Harris Tengku Ismail seorang usahawan OKU yang hebat. Beliau memiliki perusahaan batik sutera sendiri dan dua buah kedai yang menjual kain batik. Walaupun beliau cacat pendengaran kerana gegendang telinganya rosak sejak lahir, namun beliau tidak pernah berputus asa. Kecacatan bukan penghalang untuk beliau mencipta kejayaan. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas. Setelah tamat sekolah, beliau bekerja di sebuah kilang batik selama beberapa tahun. Di situlah beliau menimba pengalaman dan belajar cara-cara membuat batik. Selepas itu, beliau membina sebuah bangsal di hadapan rumahnya dan membuat batik secara kecil-kecilan. Beliau memanfaatkan kemahiran jarijemarinya untuk mencanting corak-corak batik yang menarik. Beliau mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Amanah Rakyat untuk membesarkan perusahaan tersebut. Ternyata usaha gigih beliau tidak sia-sia kerana kini perusahaannya semakin maju. Beliau membuka dua buah kedai di ibu kota Kuala Lumpur yang diuruskan oleh adiknya. Beliau sentiasa berulang-alik dari Terengganu ke Kuala Lumpur untuk menghantar kain-kain batik yang dihasilkannya itu. Beliau bercita-cita untuk membuka sebuah lagi kedai batik di Terengganu dalam waktu terdekat. Kegigihan beliau harus dijadikan contoh. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, beliau turut berbakti kepada negara mengikut kemahiran yang ada. TP 1 2 3 4 5 6 Tema 5: Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 35 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 36 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 98 – 102 Prɑktis PBD Isi tempat kosong dengan kata majmuk kiasan yang sesuai. SP: 5.2.2 1 “Jangan bersikap buruk siku dengan mengambil balik barang yang telah kamu beri,” kata Kak Hani kepada Budin. 2 Walaupun Hasni hanya anak angkat , dia dijaga oleh Mak Limah dengan penuh kasih sayang seperti anak sendiri. 3 Kejayaan murid-murid itu dalam Pertandingan Reka Cipta di peringkat antarabangsa menjadi buah mulut orang ramai. 4 Dua orang sahabat baik itu bergaduh kerana termakan hasutan rakan mereka sendiri yang menjadi batu api . 5 Jamilah bersedih kerana dia kini telah menjadi anak yatim setelah kematian ayahnya. 6 Kita jangan mudah percaya akan khabar angin kerana belum tentu kebenarannya. 7 Setelah lama menonton Pesta Gendang, Pak Cik Husin angkat kaki apabila acara itu tamat. 8 Kami besar hati kerana dilahirkan di Malaysia, negara yang aman dan sungguh makmur. batu api besar hati anak yatim khabar angin angkat kaki buruk siku buah mulut anak angkat Aktiviti Interaktif Aktiviti Interaktif PdPc Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 36 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 37 14 Unit Sayangi Malaysia Proton X50 Model Mazda CX3 1.5 turbo Enjin 2.0 175 hp Kuasa Kuda (hp) 154 hp 7 kelajuan DCT Transmisi 6 kelajuan SDA enam Beg Udara enam 1, 609 Ruang But 1, 635 kurang penjimatan minyak Minyak penjimatan minyak – kawalan pemanduan pintar – kawalan parkir kendiri – kamera 360 Spesifikasi Keselamatan – kawalan pemanduan pintar – kawalan parkir kendiri – kamera undur Malaysia Negara Jepun RM 103, 300 Harga RM 130, 159 Kemahiran Membaca BT: m.s. 103 – 108 Prɑktis PBD Baca maklumat yang terdapat dalam poster di bawah. Kemudian, berikan pendapat anda. SP: 2.2.1 Fayyad : Pada pendapat ayah, kereta yang manakah sesuai untuk keluarga kita? Ayah : Mari kita baca maklumat yang terdapat dalam poster ini. Cuba buat perbandingan kereta manakah yang patut kita beli? Fayyad : Saya berpendapat bahawa Proton X50 lebih baik kerana prestasi enjin yang berkuasa besar berbanding dengan Mazda CX3. Selain itu, kuasa kuda untuk kereta ini lebih hebat, iaitu 175hp. Ibu : Pada pandangan ibu pula, Mazda CX3 lebih baik kerana penjimatan minyak, lagi pula kereta import lebih berkualiti. Ayah : Baiklah. Setelah meneliti maklumat dalam poster ini dan mendengar pandangan kalian, ayah memilih Proton X50 kerana terdapat beberapa kelebihan seperti enjin yang hebat, spesifikasi keselamatan yang baik, keluasan kereta dan harganya yang murah serta kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menyokong produk keluaran negara. Lebih-lebih lagi, gaji ayah mampu untuk membeli Proton X50 berbanding kereta import. Fayyad dan Ibu : Baiklah, kami setuju dengan pandangan ayah. TP 1 2 3 4 5 6 Tema 5: Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 37 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 38 TP 1 2 3 4 5 6 Catat maklumat dalam carta berdasarkan petikan di bawah. SP: 3.2.3 Kemahiran Menulis BT: m.s. 103 – 108 Prɑktis PBD Berjiwa besar sebagai pemimpin pelapis Menuntut ilmu setinggi mungkin Mengukuhkan jati diri dan rasa cinta akan negara Mengenang jasa orang yang terdahulu Bersemangat waja dan gigih berusaha KUALA LUMPUR, Isnin – Pertandingan Pidato antara Sekolah Peringkat Negeri telah berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Malaya baru-baru ini. Pertandingan itu bertemakan “Kami Anak Malaysia”. Pertandingan ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada murid sekolah seluruh negara. Namun begitu, hanya lima orang pemidato berjaya ke peringkat akhir. Pidato yang disampaikan sangat menarik dari sudut pandangan peserta sebagai murid dan anak merdeka yang lahir di negara bertuah ini. Sebagai anak Malaysia, mereka ialah contoh generasi muda berjiwa besar yang akan menjadi pelapis pemimpin masa depan. Generasi muda juga perlu mengukuhkan jati diri dan rasa cinta akan negara. Ilmu, tenaga dan kemahiran mereka diperlukan untuk menyambung pembangunan negara agar terus makmur serta aman merdeka. Generasi muda diseru agar mengenang jasa orang-orang terdahulu yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan kedaulatan negara serta membuktikan kecintaan terhadap ibu pertiwi. Generasi muda juga diseru supaya menuntut ilmu setinggi mungkin agar dapat berbakti kepada negara. Beberapa tokoh yang mekar di persada dunia wajar dijadikan contoh dan pendorong. Tokoh-tokoh tersebut bersemangat waja kerana gigih berusaha untuk cemerlang dalam bidang masing-masing. Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 38 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 39 15 Keranamu Malaysia Unit Kemahiran Membaca BT: m.s. 109 – 118 Prɑktis PBD Baca petikan di bawah untuk membuat rumusan. SP: 2.3.1 Keunikan • Rakyat pelbagai kaum • Pelbagai budaya • Keamanan • Kemakmuran Kemudahan • Pendidikan • Kesihatan • Kemudahan awam Prinsip Rukun Negara • Kepercayaan kepada Tuhan • Kesetiaan kepada Raja dan Negara • Keluhuran Perlembagaan • Kedaulatan Undang-undang • Kesopanan dan Kesusilaan Danish dan datuknya sedang minum petang sambil berbual-bual. “Kamu perlu bangga menjadi warganegara Malaysia. Selain keunikan budaya rakyatnya yang pelbagai kaum dan keamanan serta kemakmuran, ada banyak lagi kelebihan.” “Apakah kelebihan itu, datuk?” tanya Danish. “Kita mendapat pelbagai kemudahan dari segi pendidikan, kesihatan dan kemudahan awam. Kamu tidak dikenakan yuran untuk bersekolah. Untuk mendapatkan rawatan di klinik atau di hospital kerajaan, kita hanya perlu membayar serendah satu ringgit.” Datuk juga memuji pelbagai kemudahan awam yang disediakan seperti pengangkutan awam, taman dan tandas awam, perhentian bas, lampu jalan dan sebagainya. Semuanya adalah untuk keselesaan hidup rakyat Malaysia. Ketika mereka berbual, terdengar nyanyian lagu “Prinsip Rukun” Negara berkumandang dari radio. Lagu itu menyeru orang ramai agar mengamalkan Prinsip Rukun Negara. “Tahukah kamu Prinsip Rukun Negara itu, Danish?” tanya datuk. “Tahu, datuk. Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan.” “Bagus. Oleh itu, kita perlu berpegang kepada prinsip ini supaya negara kita terpelihara dan keamanan kekal selamanya,” kata datuk. TP 1 2 3 4 5 6 Tema 5: Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 39 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 40 Isi tempat kosong dengan kata ganda yang betul. SP: 5.2.3 1 Guru kelas memantau murid-murid yang sedang menghias Sudut Patriotik di kelas mereka. kawan-kawan murid-murid anak-anak 2 Fasihah sedang membaca buku tentang tokoh-tokoh hebat dalam sejarah Malaysia. tokoh-tokoh ahli-ahli ketua-ketua 3 Dia memakai penutup telinga bagi melindungi gegendang daripada bunyi letupan yang kuat. jejari kekunci gegendang 4 Danish dan Rakesh menjual bebola ayam semasa sambutan Hari Malaysia di sekolahnya. jejentik bebola bebiri 5 Suasana hingar-bingar di pasar itu bertukar senyap seketika apabila lagu “Negaraku” berkemundang di udara. hingar-bingar haru-biru lintang-pukang 6 Jika kita rajin berusaha tanpa mengenal putus asa, lambat-laun pasti kita akan berjaya mencapai impian kita. serta-merta lambat-laun kelam-kabut 7 Mereka ulang-alik ke makmal komputer untuk menyiapkan video bertemakan Sayangi Malaysia. licin-licau calar-balar ulang-alik 8 Kamelia sedang membaca syarat-syarat penyertaan untuk memasuki Peraduan Mengarang sempena Hari Malaysia. tajuk-tajuk syarat-syarat hadiah-hadiah Aspek Tatabahasa BT: m.s. 109 – 118 Prɑktis PBD Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 40 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 41 16 Sains dan Kehidupan Unit Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 120 – 126 Prɑktis PBD Teliti grafik di bawah. Kemudian, bersoal jawablah dengan rakan bagi mendapatkan penjelasan tentang perkara di bawah. SP: 1.2.3 Selalu Berwaspada Tanggalkan pin keselamatan daripada pemadam api Halakan muncung alat pemadam api ke pangkal api Tekan tuil alat pemadam api Semburkan ke arah api dengan cara ke kanan dan ke kiri Cikgu : Rashid, jika berlaku kebakaran di dalam kelas, apakah yang perlu kita lakukan? Rashid : Kita perlu mendapatkan alat pemadam api kemudian menanggalkan pin keselamatan daripada pemadam api terlebih dahulu supaya alat ini dapat digunakan. Cikgu : Mengapakah kita perlu menghalakan muncung alat pemadam api ke pangkal api? Faris : Tujuan kita menghalakan muncung alat pemadam api adalah untuk memastikan serbuk kering yang keluar dapat memadamkan sumber pembakaran yang sedang aktif. Cikgu : Mengapakah kita harus menyemburkan api dengan cara ke kanan dan ke kiri? Rajiv : Semburan sebegini adalah untuk memadamkan api secara menyeluruh agar tidak merebak ke arah lain. Semburan cara menyapu merupakan cara yang terbaik. Cikgu : Apakah yang akan berlaku jika pemadam api tiada? Afiq : Jika alat pemadam api tiada, kita boleh menggunakan air atau buih sabun. Oleh sebab itu, kita perlu bertindak segera untuk mencari punca air. TP 1 2 3 4 5 6 Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 41 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 42 Baca dan kenal pasti peribahasa di bawah. Kemudian, salin dan sebut huruf tunggal Jawi bagi peribahasa tersebut. SP: 4.4.1 Aspek Seni Bahasa BT: m.s. 7 – 12 Prɑktis PBD Malaysia, Singapura Perlu Bekerjasama Tangani Ancaman COVID-19 KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura perlu terus meningkatkan kerjasama dan berganding bahu untuk mencegah, membendung dan mengawal penyebaran COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perdana Menteri berkata, kerjasama yang boleh dijayakan adalah dalam bentuk penyelidikan dan pengembangan vaksin COVID-19 serta bidang epidemiologi dan ubat-ubatan antivirus bermanfaat kepada kedua-dua negara. “Untuk itu, saya tekankan kedua-dua negara perlu terus meningkatkan hubungan bagai aur dengan tebing untuk mencegah, membendung dan mengawal penyebaran COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. ب ا ا ي ب ا ا ي bagai ا ء و ر ا ء و ر aur د ڠ ن د ڠ ن dengan ت ب ي ڠ ت ب ي ڠ tebing Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 42 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 43 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, bina ayat majmuk dengan subjek dan predikat mengikut konteks. SP: 5.3.1 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 120 – 126 Prɑktis PBD 1 • Razak sedang mendirikan khemah di sebuah taman rekreasi. • Bazli sedang mendirikan khemah di sebuah taman rekreasi. (dan) Ayat majmuk peluasan subjek Razak dan Bazli sedang mendirikan khemah di sebuah taman rekreasi. 2 • Razak mengggunakan kompas bagi menentukan arah kiblat. • Bazli menggunakan aplikasi dalam telefon bimbit bagi menentukan arah kiblat. (manakala) Ayat majmuk peluasan subjek Razak mengggunakan kompas manakala Bazli menggunakan aplikasi dalam telefon bimbit untuk menentukan arah kiblat. 3 • Bazli masih tidak dapat menentukan arah kiblat. • Bazli mendapati talian Internet pada telefonnya lemah. (kerana) Ayat majmuk peluasan predikat Bazli masih tidak dapat menentukan arah kiblat kerana mendapati talian Internet pada telefonnya lemah. 4 • Razak menegakkan sebatang kayu. • Razak menggunakan pantulan cahaya matahari bagi menentukan arah kiblat. (lalu) Ayat majmuk peluasan predikat Razak menegakkan sebatang kayu lalu menggunakan pantulan cahaya matahari bagi menentukan arah kiblat. 5 • Razak menerangkan sesuatu • Bayang-bayang yang menghala ke arah matahari menunjukkan arah kiblat yang tepat. (bahawa) Ayat majmuk peluasan predikat Razak menerangkan bahawa bayang-bayang yang menghala ke arah matahari menunjukkan arah kiblat yang tepat. Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 43 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 44 17 Mesra Teknologi Unit Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 127 – 132 Prɑktis PBD Baca dan fahami maklumat di bawah. Kemudian, ceritakan dengan sebutan yang betul dan intonasi serta gaya yang sesuai. SP: 1.3.1 Pesawat Udara Tanpa Pemandu Bantu Pesawah Pada cuti persekolahan yang lalu, Firas ke rumah pak ciknya di Kelantan. Pak cik mengajaknya ke kawasan sawah padi. Firas sangat teruja kerana pak ciknya telah berjanji akan menunjukkan sebuah pesawat yang menggunakan alat kawalan jauh. menerbangkan dron dron melakukan kerja menyembur racun dan baja menghalau makhluk perosak dron memantau anak benih padi Firas : Wah, canggihnya alat yang pak cik pegang itu! Pak cik : Ini ialah pesawat udara tanpa pemandu atau lebih dikenali dengan panggilan dron. Firas : Mengapakah pak cik membeli dron ini? Pak cik : (1) Pak cik membeli dron ini untuk membantu pak cik menguruskan kerja-kerja sawah padi. Firas : Apakah fungsi dron ini, pak cik? Pak cik : Antara fungsi dron ini ialah dapat membantu (2) kerja-kerja penyemburan racun dan baja di sawah padi. Selain itu, dron ini juga pak cik gunakan untuk (3) menghalau makhluk perosak padi dan (4) memantau anak benih padi yang baru ditanam. Firas : Apakah kelebihan penggunaan dron dalam bidang pertanian ini, pak cik? Pak cik : (5) Kelebihan penggunaan dron ini ialah kita dapat menjimatkan masa dan kos. Hal ini demikian kerana kita tidak lagi menggunakan tenaga manusia untuk operasi semburan racun dan baja. Firas : Adakah kerja-kerja pak cik menjadi makin senang sekarang? Pak cik : (6) Ya, Firas. TP 1 2 3 4 5 6 Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 44 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 45 Kemahiran Membaca BT: m.s. 127 – 132 Prɑktis PBD Baca perbualan di bawah. Kemudian, lengkapkan maklumat tersirat. SP: 2.1.1 Basikal Elektrik Inilah basikal baharu saya. Ini basikal elektrik. Basikal ini menjimatkan tenaga kerana kita tidak perlu menggunakan kaki untuk mengayuh basikal. Satu daripada kelebihan basikal ini ialah mesra alam sekitar, tidak seperti penggunaan motosikal dan kereta. Selain itu, basikal ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar. Betul Adnan. Saya terbaca dalam Internet bahawa basikal elektrik juga mempercepat perjalanan untuk bergerak di kawasan yang berdekatan. Harga basikal ini juga agak murah sekitar RM800 hingga RM1500 dan sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Saya ingin memujuk ibu saya untuk membeli basikal elektrik juga. Wah, bergaya betul basikal kamu, Adnan! Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 45 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 46 TP 1 2 3 4 5 6 Maklumat Tersurat Maklumat Tersirat 1 Menjimatkan tenaga Dapat mengurangkan kelenguhan pada kaki bagi memberikan keselesaan kepada kaki. 2 Mesra alam Dapat mengurangkan pencemaran yang berlaku kerana penggunaan motosikal dapat mencemarkan udara. 3 Mengurangkan kesesakan lalu lintas Dapat menjadi pengangkutan lestari yang mesra penggunaan dan mudah dinaiki tanpa lesen. 4 Mempercepat perjalanan Dapat bergerak ke satu tempat dengan cara yang selamat dan mempunyai ciri keselamatan yang baik. 5 Sesuai digunakan untuk semua peringkat umur Dapat digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti orang dewasa dan kanak-kanak serta orang tua dan mudah diakses ke mana-mana. Aktiviti Interaktif Aktiviti Interaktif PdPc Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 46 9/7/23 6:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 47 TP 1 2 3 4 5 6 Kenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca dan pengimbuhan. Kemudian, nyatakan jenis kesalahan dan betulkan kesalahan tersebut. SP: 3.3.2 Kemahiran Menulis BT: m.s. 127 – 132 Prɑktis PBD Banjir sering berlaku di negara kita terutama di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah. Banyak kediaman yang rosak dan kemusnahan harta benda yang mengakibatkan kerugian yang tingi. Kini, masalah ini dapat diatasi melalui satu inovasi yang diperkenalkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Altenatif tersebut ialah rumah terapung yang menggunakan sistem Fast-Track Wall (FTW). Sistem FTW ialah satu teknik binaan rumah pasang siap dengan menggunakan acuan yang diperbuat dari plastik dan besi bagi mengurangkan kos buruh. Melalui teknik ini, sebanyak 20 peratus kos binaan dan 60 peratus tenaga pekerja dapat dikurangkan. Selain itu, UTHM turut menampilkan model kediaman terapung yang dikenali sebagai Rumah Amfibia ciptaan Proffesor Madya Dr. Mohamad Ibrahim Mohamad dengan bahagian bawah dipasang dengan kongkrit ‘pontoon yang boleh terapung secara menegak apabila paras air semakin meningkat dengan sokongan tiang di sekelilingnya. Melalui konsep ini, rumah tidak akan rosak ketika dilanda banjir bahkan penghuni rumah dan harta benda masih berada dalam keadaan selamat kerana apungan ini mengkawal keadaan rumah menjadi stabil. Hal ini turut ditegaskan oleh Profesor Madya Dr. Mohamad Ibrahim Mohamad yang mengatakan bahawa kos menyiapkan Rumah Amfibia hanya mengambil masa tiga bulan dengan kos RM20, 000 tidak termasuk upah kos pembinaan rumah tersebut. (Dipetik dan diubah suai daripada https://news.utm.my/ms/2015/01/utm-perkenal-tiga-inovasi-binaan-rumah-pasca-banjir/) Kesalahan Jenis Kesalahan Pembetulan tingi ejaan tinggi altenatif ejaan alternatif dari kata daripada Proffesor ejaan Profesor ‘pontoon tanda baca ‘pontoon’ kongkrit ejaan konkrit mengkawal imbuhan mengawal Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 47 9/7/23 6:58 PM