The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-11-05 20:48:07

Kuasai PBD_Bhs Melayu_T5 (buku A)

Kuasai PBD_Bhs Melayu_T5 (buku A)

Nama: Kelas: Tarikh: 48 18 Inovasi Bertambah Mutu Unit Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 133 – 142 Prɑktis PBD Baca dan fahami maklumat di bawah. Kemudian, ceritakan dengan sebutan yang betul dan intonasi serta gaya yang sesuai. SP: 1.3.2 Puan Razni : Sofea, apakah yang sedang kamu tonton dan baca itu? Sofea : Saya sedang membaca dan menonton berita (1) tentang kejayaan inovasi penapis air oleh penyelidik dari Universiti Putra Malaysia. Puan Razni : Bolehkah kamu ceritakan kepada ibu tentang kelebihan penapis air itu? Sofea: Sudah tentu, ibu. Antara kelebihan penapis air ini ialah (2) dapat mengeluarkan logam berat dan membolehkan pemantauan bilangan ion logam berat yang terdapat di dalam air secara terus. Puan Razni : Mengapakah inovasi penapis air itu perlu diperkenalkan kepada pengguna? Sofea : Penapis air diperkenalkan kerana (3) orang ramai bimbang akan tahap kesihatan dan (4) paras selamat kandungan ion kuprum (II) di dalam air. Puan Razni : Wah, penapis air ini sangat bermanfaat kepada kita! Sofea : Memang betul, ibu. Penapis air ini juga mudah digunakan dan (5) mesra alam . orang ramai bimbang akan tahap kesihatan dapat mengeluarkan logam berat dan membolehkan pemantauan bilangan ion logam berat tentang kejayaan inovasi penapis air oleh penyelidik dari Universiti Putra Malaysia mesra alam paras selamat TP 1 2 3 4 5 6 Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 48 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 49 TP 1 2 3 4 5 6 Baca petikan di bawah. Kemudian, rujuk kamus untuk mencari makna perkataan yang berhuruf tebal. SP: 2.1.2 Kemahiran Membaca BT: m.s. 133 – 142 Prɑktis PBD Sistem Kehadiran Biometrik dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Sistem Kehadiran Biometrik dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ialah satu daripada inovasi yang semakin popular di sekolah. Sistem ini mengorak langkah dalam kehadiran murid dan telah banyak diguna pakai oleh sekolah di bandar. Penggunaan sistem ini mempunyai dua fungsi, iaitu mencatat kehadiran murid melalui cap jari untuk direkodkan kehadiran secara automatik dalam sistem dan menghantar SMS kepada ibu bapa. Tujuan utama adalah untuk mengurangkan gejala ponteng yang semakin leluasa dalam kalangan murid bahkan memudahkan pihak sekolah merekodkan kehadiran murid. Selain itu, sistem ini dilengkapi dengan analisis kehadiran murid yang melibatkan jumlah hari belajar, kedatangan murid, peratus kedatangan murid, peratus murid ponteng dan penyata ketidakhadiran murid. Secara tidak langsung, tugas guru dapat diringankan berbanding dengan kaedah konvensional yang semakin lapuk. Seterusnya, pihak sekolah dapat memantau dan mencegah gejala ponteng. Makluman awal tentang ketidakhadiran murid kepada ibu bapa melalui SMS dapat membantu pihak sekolah menyampaikan maklumat secara cepat dan telus tanpa sekatan. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa dapat mengetahui keberadaan anak mereka secara langsung dan pemantauan dapat dilakukan. Oleh hal yang demikian, pelaksanaan sistem ini wajar diperluas ke seluruh negara bagi meningkatkan keterampilan penyampaian mesej dan perekodan maklumat. Perkataan Maksud biometrik kajian tentang data biologi secara analisis statistik mengorak menghitung untuk mencari angka pengisi bagi sesuatu angka automatik dapat bergerak atau bekerja sendiri leluasa tidak terbatas atau tersekat-sekat konvensional berdasarkan yang biasa dilakukan atau diamalkan lapuk tidak berguna lagi kerana terlalu lama telus mudah difahami atau diketahui (tiada hal yang tersembunyi, disangsikan) keterampilan kecekapan, kemampuan (yang tinggi) Informasi Tambahan Murid boleh merujuk laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu untuk mendapatkan akses cepat melalui pautan berikut: https://prpm.dbp.gov.my/ Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 49 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 50 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 133 – 142 Prɑktis PBD Kenal pasti kesalahan penggunaan kata dan struktur ayat. Kemudian, betulkan. SP: 3.3.2 Proses memasak lemang secara tradisional biasanya mengambil masa kepada tujuh jam, namun dengan teknologi terbaharu, lemang boleh dinikmati dalam tempoh dua jam sahaja. Menerusi peralatan khas yang menggunakan besi tahan karat, Che Rimi Hussin, 49, dan isterinya Norakhadah Yatimi, 46, mampu menghasilkan lebih 3,000 batang lemang sehari. Alat seperti bekas besar yang boleh memuatkan 13 batang besi berbentuk buluh itu digunakan amat mudah dan lemang akan dimasak menggunakan dapur gas dengan kawalan suhu dan kepanasan tertentu. Teknologi baharu ini bukan sahaja mempunyai ukuran bahan malah mempercepatkan proses pembakaran lemang. Pasangan yang mempunyai kedai sendiri di Kampung Nyior Tujuh di Bandar Permaisuri di Setiu, Terengganu ini mampu menghasilkan 11 jenis perisa lemang termasuk jagung, kacang, durian, nangka dan mangga. Che Rimi berkata proses menyediakan lemang sama seperti cara tradisional malah turut diletakkan daun pisang bagi memastikan rasa serta bau asli lemang tidak hilang. Menceritakan permulaan beliau terlibat dalam mengusahakan perniagaan ‘Lemang Anekarasa’ itu, Che Rimi berkata pada awalnya resipi mereka tidak mendapat sambutan positif daripada penggemar lemang. Namun itu tidak mematahkan semangat Che Rimi untuk terus membaiki kelebihan produk jualannya. “Setiap kali mencuba resipi lemang baharu, saya akan diberikan lemang itu secara percuma kepada orang ramai supaya mereka mencuba dan memberi pendapat kepada saya,” katanya. Menurut Norakhadah, kini perniagaan yang diusahakan bersama-sama suaminya itu telah mula mengandungi pelanggan tetap tanpa mengira lapisan umur dan ada juga yang datang dari pelbagai negeri, selain menerima tempahan tiap kali tiba musim perayaan mahupun musim kenduri. Kesalahan Pembetulan mengambil masa kepada tujuh jam mengambil masa sehingga tujuh jam digunakan amat mudah amat mudah digunakan ukuran bahan sukatan bahan membaiki kelebihan produk membaiki kelemahan produk saya akan diberikan lemang saya akan memberikan lemang telah mula mengandungi pelanggan telah mula mempunyai pelanggan Kuiz PdPc Kuiz Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 50 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 51 19 Ceriakan Buana Kita Unit Kemahiran Menulis BT: m.s. 120 – 126 Prɑktis PBD Baca petikan di bawah dengan teliti. Betulkan kesalahan tatabahasa yang bergaris dalam petikan tersebut. SP: 3.3.2 Hutan paya bakau merupakan ekosistem yang prodaktif dan unik. Hal ini dikatakan demikian kerana hutan ini berkebolehan untuk membesar di bawah keadaan air masin yang tinggi dan air pasang surot di laut. Hutan paya bakau memainkan peranan penting melindungi kawasan pantai dan muara sungai, mengcegah hakisan oleh ombak dan angin serta menambahkan keluasan kawasan darat. Hutan paya bakau merupakan tempat membiakan bagi pelbagai jenis hidupan laut seperti ketam, ikan, udang dan lainlain di samping habitat hidupan liar seperti monyet, ular, biawak dan burung-burung hutan. Malangnya, pembangun yang berleluasa telah menyebabkan sebahagian besar dari hutan paya bakau telah dimusnahkan dan telah menyebabkan pencemaran di persekitarannya dan rezeki para nelayan yang bergantung kepada sumber paya bakau telah terancam. Hasil temu bual dengan beberapa orang nelayan menyatakan hasil tangkapan ikan merusut sehingga 60 peratus akibat aktiviti penggorekan pasir dan pembangunan di sekitar pantai tersebut. Pokok-pokok bakau juga menjadi penghalang angin dan ombak besar secara semula jadi seperti tsunami, menghalang air masin masuk pada sungai dan tanah pantai, mengitar semula nutrien dan menapis bahan toksik secara semula jadi, membekalkan sumber hutan seperti kayu bakau untuk bahan bangunan, bahan api dalam bentuk arang kayu dan sebagainya. Rakyat Malaysia terutama kaum nelayan mesti mengambil tindakan tegas untuk melindungi hutan paya bakau daripada terus dimusnahkan. Pihak berkuasa disaran meluluskan sebarang rancangan ternakan udang secara besaran-besar sebelum suatu dasar yang dapat terlindung hutan paya bakau dibentuk. Kesalahan Pembetulan Kesalahan Pembetulan 1 prodaktif produktif 6 merusut merosot 2 surot surut 7 penggorekan pengorekan 3 mengcegah mencegah 8 pada sungai ke sungai 4 membiakan pembiakan 9 besaran-besar besar-besaran 5 pembangun pembangunan 10 terlindung melindungi TP 1 2 3 4 5 6 Tema 7: Kelestarian Alam Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 51 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 52 Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, tukar ayat berikut kepada ragam ayat pasif yang betul. SP: 5.3.3 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 144 – 150 Prɑktis PBD Malaysia kini berdepan krisis mendapatkan baka zuriat susulan bilangan Harimau Malaya betina tempatan yang kian berkurang akibat ancaman aktiviti pemburuan haram dan pelbagai faktor lain lagi. Harimau Malaya ialah spesies ikonik negara Malaysia yang menjadi lambang keberanian, integriti dan perpaduan nasional. Simbol-simbol rasmi negara seperti Jata Negara atau logo agensi kerajaan dan swasta turut menggunakan Harimau Malaya sebagai ikon. Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pengurangan populasi Harimau Malaya berpunca daripada beberapa faktor seperti pengurangan habitat dan kawasan keliaran akibat aktiviti pembukaan hutan serta perubahan guna tanah. “Selain itu, pemburu haram juga menjadikan Harimau Malaya sebagai sasaran utama aktiviti pemburuan kerana permintaannya yang tinggi di pasaran gelap”. Menurutnya, penggunaan jerat secara agresif oleh pemburu haram menyebabkan pelbagai spesies haiwan yang menjadi makanan Harimau Malaya berkurangan di dalam hutan. Pihak KeTSA melalui PERHILITAN mengadakan Kempen Selamatkan Harimau Malaya selama dua tahun, iaitu dari tahun 2019 hingga tahun 2020 dengan tema khusus, “Selamatkan Harimau Malaya”. Datuk Abdul Kadir berkata, sebagai komitmen kepada langkah pemuliharaan Harimau Malaya di Malaysia, kerajaan memperkenalkan dan melaksanakan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan 2008 – 2020. Matlamat utama pelan ini adalah untuk menggandakan populasi harimau liar di Malaysia. Berjuang demi Harimau Malaya Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 52 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 53 Ayat Aktif Ayat Pasif Pemburu haram juga menjadikan Harimau Malaya sebagai sasaran utama aktiviti pemburuan kerana permintaannya yang tinggi di pasaran gelap. Harimau Malaya dijadikan sasaran utama aktiviti pemburuan oleh pemburu haram kerana permintaannya yang tinggi di pasaran gelap. Pihak KeTSA melalui PERHILITAN mengadakan Kempen Selamatkan Harimau Malaya selama dua tahun, iaitu dari tahun 2019 hingga tahun 2020. Kempen Selamatkan Harimau Malaya selama dua tahun, iaitu dari tahun 2019 hingga tahun 2020 diadakan oleh pihak KeTSA melalui PERHILITAN. Kerajaan memperkenal dan melaksanakan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan 2008 – 2020. Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan 2008 – 2020 diperkenal dan dilaksanakan oleh kerajaan. Simbol-simbol rasmi negara seperti Jata Negara atau logo agensi kerajaan dan swasta turut menggunakan Harimau Malaya sebagai ikon. Ikon Harimau Malaya turut digunakan sebagai simbol-simbol rasmi negara seperti Jata Negara atau logo agensi kerajaan dan swasta. Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 53 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 54 Kemahiran Membaca BT: m.s. 151 – 156 Prɑktis PBD Baca petikan di bawah. Kemudian, buat rumusan tentang petikan tersebut. SP: 2.3.1 20 Unit Selamatkan Alam Kita Buluh merupakan tumbuhan yang sesuai digunakan dalam pembinaan rumah. Tumbuhan ini mempunyai banyak kelebihannya. Antara kelebihan menggunakan pokok buluh dalam pembinaan rumah ialah dapat mewujudkan udara yang nyaman di dalam rumah. Susunan batang buluh pada dinding rumah memberi ruang kepada udara untuk bergerak masuk dan keluar ke dalam rumah. Selain itu, pokok buluh juga bersifat ringan dan mudah dialih. Hal ini dapat mengurangkan kos dan menjimatkan masa pembinaan sesebuah rumah. Di samping itu, tumbuhan ini mampu bertahan lama dan tidak mudah rosak setelah melalui proses pengawetan. Akhir sekali, binaan daripada buluh boleh menjadikan rumah kelihatan cantik dan unik serta mampu menarik perhatian para pelancong. Kesimpulannya, buluh memberi banyak manfaat kepada manusia. Kita perlulah membuat penyelidikan terhadap pokok buluh supaya dapat mengenal pasti kegunaannya. Kelebihan Buluh KOTA BELUD – Buluh yang biasanya digunakan untuk memasak lemang juga dibuktikan sesuai untuk dijadikan bahan utama dalam pembinaan rumah, khususnya kediaman kampung. Tukang rumah, Mujil Hamidsor, 62, dari Kampung Peninting, dekat sini, membuktikannya apabila tumbuhan itu berupaya dijadikan bahan binaan rumah yang tahan cuaca selain mewujudkan udara nyaman dalam rumah. Dinding rumahnya dipasang menggunakan buluh sejak enam tahun lalu, manakala lantainya beralaskan papan dan atap daripada zink. Malah, katanya, beliau membina dinding rumah berasaskan buluh kerana tumbuhan tersebut ringan dan mudah untuk dialih. Mujil berkata, sebelum menggunakan buluh sebagai dinding kediamannya, beliau membina pondok kecil di kawasan rumah menggunakan tumbuhan itu dan beratapkan zink pada tahun 1992. “Sehingga kini dinding buluh di pondok itu yang kini menjadi tempat tidur anak saya, tidak berubah atau rosak.” Bagaimanapun, ada petua tertentu bagi memastikan ia tahan lama dan tidak mudah rosak. Buluh yang digunakan perlu direndam di dalam kolam selama tiga bulan bagi memastikan ia tahan lama dan tidak mudah dimakan ulat. Selepas itu, buluh perlu dikeringkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum dipasang. Katanya, dia menyapu varnis di seluruh permukaan dinding bagi memastikan rupanya kekal cantik dan unik biarpun bertahun-tahun digunakan. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada BH Online, 20 Julai 2016) TP 1 2 3 4 5 6 Tema 7: Kelestarian Alam Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 54 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 55 Kemahiran Menulis BT: m.s. 151 – 156 Prɑktis PBD Tulis teks di bawah dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul dan kemas. SP: 3.1.1 Tong sampah yang kotor dan penuh dengan botol plastik menjadi inspirasi buat Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Selangor untuk menghasilkan ciptaan sebuah tong sampah kreatif. Tong sampah yang dinamakan Chami itu dipamerkan pada Pameran Inovasi Robotik sempena program sepanjang minggu Sains yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Selangor baru-baru ini. Ketua Kumpulan Pencipta, Danial Haziq berkata, tong sampah yang kelihatan seperti mesin penjual itu hanya diperbuat daripada bahan kitar semula, iaitu daripada kotak telur dan kad manila. Menurutnya, setiap murid yang membuang botol plastik ke dalam tong berkenaan akan memperoleh token yang boleh ditukar dengan wang melalui guru sekolah. “Kita mencipta inovasi ini sebagai penggalak murid membuang sampah dengan cara yang betul. “Selain memperoleh persekitaran yang bersih, murid sendiri mendapat manfaat melalui token,” katanya. Projek berkenaan kemudiannya mendapat tempat kelapan dalam Malaysia Robotics Championship di Pulau Pinang dalam kategori junior. Projek ini berjaya disiapkan dalam tempoh sebulan. Tong sampah yang kotor dan penuh dengan botol plastik menjadi inspirasi buat Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Selangor untuk menghasilkan ciptaan sebuah tong sampah kreatif. Tong sampah yang dinamakan Chami itu dipamerkan pada Pameran Inovasi Robotik sempena program sepanjang minggu Sains yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Selangor baru-baru ini. Ketua Kumpulan Pencipta, Danial Haziq berkata, tong sampah yang kelihatan seperti mesin penjual itu hanya diperbuat daripada bahan kitar semula, iaitu daripada kotak telur dan kad manila.Menurutnya, setiap murid yang membuang botol plastik ke dalam tong berkenaan akan memperoleh token yang boleh ditukar dengan wang melalui guru sekolah. “Kita mencipta inovasi ini sebagai penggalak murid membuang sampah dengan cara yang betul. “Selain memperoleh persekitaran yang bersih, murid sendiri mendapat manfaat melalui token,” katanya. Projek berkenaan kemudiannya mendapat tempat kelapan dalam Malaysia Robotics Championship di Pulau Pinang dalam kategori junior. Projek ini berjaya disiapkan dalam tempoh sebulan. DIDIK HIBUR TP 1 2 3 4 5 6 Aktiviti Interaktif Interaktif Aktiviti PdPc Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 55 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 56 21 Teknologi Hijau Unit TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 157 – 166 Prɑktis PBD Lengkapkan perbualan di bawah dengan ayat yang sesuai. SP: 1.1.3 TAKLIMAT KESEDARAN DAN PENGUATKUASAAN PENGGUNAAN PRODUK BIODEGRADASI DI PREMIS PERNIAGAAN PUTRAJAYA 25 OGOS 20__ (JUMAAT) 9:00 PAGI DEWAN SERI MELATI, PERBADANAN PUTRAJAYA LEBIH SELAMAT & MESRA ALAM Azmi menemani ayahnya ke Dewan Perbadanan Putrajaya. Mereka ingin mengikuti taklimat berkaitan kesedaran dan penguatkuasaan penggunaan produk biodegradasi di premis perniagaan. Ayah Azmi berkesempatan menemu bual pegawai yang memberi taklimat. Ayah : Encik, apakah perbezaan antara pembungkus polistirena dengan pembungkus biodegradasi ini? Pegawai : (1) Pembungkus polistirena diperbuat daripada bahan kimia yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan manakala pembungkus biodegradasi diperbuat daripada sumber kitar semula dan sumber tumbuhan. Ayah : Azmi, berdasarkan taklimat yang kita dengar tadi, pembungkus manakah yang sesuai untuk kedai makan kita? Azmi : (2) Kita perlu guna pembungkus biodegradasi, ayah. Ayah : Mengapakah kamu memilih pembungkusan biodegradasi? Azmi : (3) Semua pembungkus biodegradasi tidak bertoksik, ayah. Ayah : Apakah kesannya jika ramai orang membuat pilihan yang sama seperti kita, Azmi? Azmi : (4) Kita dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. • Semua pembungkus biodegradasi tidak bertoksik, ayah. • Pembungkus polistirena diperbuat daripada bahan kimia yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan manakala pembungkus biodegradasi diperbuat daripada sumber kitar semula dan sumber tumbuhan. • Kita dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. • Kita perlu guna pembungkus biodegradasi, ayah. Tema 7: Kelestarian Alam Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 56 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 57 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 157 – 166 Prɑktis PBD Baca dan fahami petikan di bawah. Lengkapkan grafik, kemudian bina ayat untuk menyatakan pendapat. SP: 3.2.1 KBAT Mengaplikasi Pada masa ini, kerajaan menggalakkan orang ramai menggunakan teknologi hijau bagi memelihara alam sekitar dan meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Antara teknologi hijau yang diberi penekanan ialah penggunaan kenderaan elektrik sebagai pengangkutan awam dan kenderaan persendirian. Sistem Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway, sistem pengangkutan bas elektrik yang beroperasi di sekitar Bandar Sunway dan Subang Jaya sejak Jun lalu ialah contoh terbaik usaha kerajaan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rapid Bus Sdn. Bhd, Zulkifli Mohd Yusoff, berkata, sejak menggunakan bas elektrik kira-kira lima bulan lalu, pihaknya berjaya mengurangkan kos penyelenggaraan sehingga 50 peratus berbanding penggunaan bas diesel. Pemandu bas juga mengakui lebih selesa dan kurang letih ketika memandu kerana bas yang beroperasi tanpa enjin itu bergerak dengan lancar, senyap dan kurang gegaran. Sementara itu, CEO Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia), Ahmad Hadri Harris berkata, bas yang digunakan tidak mengeluarkan asap yang mengandungi partikel halus yang berbahaya kepada sistem pernafasan dan alam sekitar seperti bas konvensional. “Oleh itu, kami berterima kasih kepada PRASARANA dan Sunway Bhd. kerana memulakan projek kenderaan elektrik ini dan berharap orang ramai menghargainya dengan menyokong sistem pengangkutan awam ini,” katanya. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada BH Online, 17 November 2015) 1 mengurangkan kos penyelenggaraan 4 tidak mengeluarkan asap yang berbahaya 3 bergerak dengan lancar 2 pemanduan lebih selesa Kelebihan Penggunaan Bas Elektrik Pada pendapat saya, kelebihan penggunaan bas elektrik ialah dapat mengurangkan kos penyelenggaraan. Pemanduan bas elektrik juga menjadi lebih selesa kepada para pemandu. Selain itu, pergerakan bas elektrik juga menjadi lancar. Di samping itu, kelebihan bas elektrik ialah tidak mengeluarkan asap yang berbahaya kepada sistem pernafasan manusia. PdPc Kuiz Kuiz Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 57 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 58 22 Ekonomi Dinamik Unit TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 168 – 172 Prɑktis PBD Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. SP: 3.2.2 Statistik daripada Bank Negara Malaysia mendapati terdapat peningkatan yang ketara bilangan kad debit di pasaran dari tahun ke tahun. Kad debit ialah sejenis kad pembayaran yang digunakan sebagai pengganti wang tunai semasa membuat pembelian. Banyak kelebihan yang akan diperoleh pengguna apabila menggunakan kad debit ini. Antaranya, penggunaan kad debit membolehkan para pengguna membuat pembayaran tanpa menggunakan wang tunai. Dengan cara ini, pengguna akan berasa lebih selesa kerana tidak perlu membawa wang yang banyak. Hal ini dapat mengurangkan risiko kehilangan wang tunai disebabkan oleh kecurian, rompakan atau ragut. Penggunaan kad debit juga lebih selamat kerana sebarang pembelian secara dalam talian atau melalui Internet, pengguna perlu membuat permohonan kepada bank pengeluar untuk mengaktifkan transaksi pembelian tersebut. Sebagai pengguna yang bijak, aspek keselamatan harus diambil kira kerana kad debit juga terdedah kepada risiko penipuan Internet. Individu yang tidak bertanggungjawab boleh mengambil maklumat peribadi pemegang kad dan melakukan transaksi secara terus daripada akaun simpanan utama. 1 Apakah yang dimaksudkan dengan kad debit? Kad debit ialah sejenis kad pembayaran yang digunakan sebagai pengganti wang tunai semasa membuat pembelian. 2 Mengapakah penggunaan kad debit dikatakan lebih selesa dan selamat? Penggunaan kad debit dikatakan lebih selesa dan selamat kerana pengguna tidak perlu membawa wang yang banyak ketika berbelanja. Pengguna juga berasa lebih selamat kerana sebarang pembelian secara dalam talian atau melalui Internet, pengguna perlu membuat permohonan kepada bank pengeluar untuk mengaktifkan transaksi pembelian tersebut. 3 Tidak dinafikan penggunaan kad debit banyak manfaatnya. Walau bagaimanapun, penggunaan kad debit juga mempunyai risiko kepada pengguna. Sebagai pengguna yang bijak, apakah yang perlu kamu lakukan agar dapat mengurangkan risiko tersebut? KBAT Menilai Sebagai pengguna yang bijak, saya tidak akan sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat akaun saya seperti berkongsi nombor akaun atau nombor kad kepada orang yang tidak dikenali dan sentiasa berhati-hati ketika melakukan transaksi pembelian. Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 58 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 59 Lengkapkan teks dengan kata pemeri, kata bantu dan kata penguat yang sesuai. SP: 5.1.4 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 168 – 172 Prɑktis PBD Imran yang Baik Hati Imran ialah murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Permai Perdana. Imran berkawan baik dengan Haziq. Mereka akan berbasikal ke sekolah bersama-sama pada setiap hari. Hubungan mereka amat akrab. ialah akan amat Pada suatu hari, Imran dan Haziq sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah. Tiba-tiba mereka nampak sebuah rumah terbakar. Api sangat besar. Perkara pertama yang mereka lakukan adalah dengan menelefon pihak bomba. sangat adalah sedang Imran suka menabung. Imran telah memecahkan tabungnya. Jumlah wang yang diperoleh ialah RM300. Imran berasa sungguh gembira kerana wang tersebut dapat digunakan untuk membantu mangsa kebakaran. ialah telah sungguh Bina ayat berdasarkan kata tugas yang diberikan. Bil. Kata Tugas Ayat 1 ialah Cikgu Halim ialah guru Bahasa Melayu saya. 2 adalah Baju kurung merah itu adalah untuk kakak. 3 akan Dia akan ke Melaka esok. 4 amat Gadis itu amat cantik. 5 selalu Ayah selalu membaca al-Quran. 6 sekali Gadis itu sopan sekali. 7 terlalu Murid itu terlalu pintar di dalam kelasnya. 8 telah Pemain itu telah menjaringkan gol pada minit kedua puluh. Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 59 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 60 23 Unit Usahawan Berwawasan TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Membaca BT: m.s. 173 – 178 Prɑktis PBD Baca petikan dialog di bawah. Kemudian, cari maksud perkataan dan frasa yang bercetak tebal dengan merujuk kamus atau media elektronik. SP: 2.1.2 Wartawan : Selamat sejahtera, puan. Tahniah, kerana berjaya mendapat Anugerah Usahawan Berwawasan! Puan Rossa : Selamat sejahtera. Terima kasih. Wartawan : Sejak bilakah puan mula berkecimpung dalam perniagaan ini? Puan Rossa : Saya mula melibatkan diri dalam perniagaan ini sejak 12 tahun yang lalu. Pada mulanya agak sukar, namun bak kata pepatah, alang-alang berdakwat biar hitam. Wartawan : Apakah faktor yang mendorong puan melibatkan diri dalam perniagaan ini? Puan Rossa : Saya mendapat dorongan daripada keluarga dan sahabat-handai. Minat yang mendalam juga menjadi salah satu faktor saya melibatkan diri dalam perniagaan ini. Pepatah orang tua-tua ada mengatakan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Atas sebab inilah saya membuka syarikat penyajian makanan ini. Wartawan : Sepanjang 12 tahun ini, puan tentu pernah mengalami pengalaman pahit. Bolehkah puan berkongsi pengalaman itu bersama-sama kami? Puan Rossa : Pengalaman pahit dalam perniagaan ini sememangnya lumrah. Oleh sebab itu, sebagai pengusaha, kita perlu sentiasa cekal dan kuat mengharungi cabaran mendatang. Wartawan : Oh, begitu! Bolehkah puan berkongsi kejayaan sehingga mendapat Anugerah Usahawan Berwawasan pada tahun ini? Puan Rossa : Sebagai seorang usahawan, kita perlu berani bertindak dan pandai mencari peluang untuk meningkatkan perniagaan. Sikap bertolak ansur menjadi rahsia utama kejayaan saya. Wartawan : Terima kasih, puan. Semoga perniagaan puan akan terus berkembang maju. Puan Rossa : Sama-sama. berkecimpung bergiat dalam sesuatu lapangan mendorong memberi galakan lumrah biasa, lazim alang-alang berdakwat biar hitam membuat sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sehingga berhasil kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya sesuatu kejayaan itu tidak akan dapat dicapai tanpa usaha Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 60 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 61 Baca petikan. Kemudian, pindahkan maklumat tentang proses penghasilan kerepek ke dalam peta alir. SP:3.2.3 Kemahiran Menulis BT: m.s. 173 – 178 Prɑktis PBD Mak Cik Suri Pengusaha Kerepek Berjaya Iffah dan keluarganya sedang bercuti di kampung datuk dan nenek mereka di Johor. Pada hari kedua di sana, ayah membawa Iffah ke kilang kerepek milik ibu saudaranya. Iffah dan keluarganya dibawa melihat-lihat sekitar kilang yang memproses pelbagai jenis kerepek itu. Antara kerepek yang diusahakan ialah kerepek ubi yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelanggannya. Kerepek ubi yang dihasilkannya mempunyai pelbagai perasa antaranya, kerepek ubi pedas, kerepek ubi keju, kerepek ubi lada hitam, kerepek ubi masin, kerepek ubi kari dan banyak lagi. Menurut Mak Cik Suri, dia memerlukan bekalan ubi kayu sekurang-kurangnya lima tan sehari untuk diproses menjadi kerepek. Setelah dikupas, ubi tersebut perlu dibasuh sehingga bersih dengan air dan dimasukkan ke dalam mesin untuk dipotong menjadi kepingan kecil berbentuk bulat. Selepas itu, kepingan ubi digoreng di dalam minyak yang banyak bagi menjamin kerangupan kerepek. Ada juga kerepek yang digoreng separuh masak untuk ditambah perisa bagi mempelbagaikan rasa kerepek ubi. Kerepek yang telah siap digoreng perlu dibiarkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam pembungkusan. Menurut Mak Cik Suri lagi, pembungkusan perlu dilakukan secara berhati-hati agar kerepek tidak hancur dan rosak. Bungkusan kerepek yang telah siap akan disusun di atas rak bagi memudahkan pelanggan mendapatkan bekalan. Iffah mendengar dengan penuh minat penerangan Mak Cik Suri tentang proses menghasilkan kerepek. Sebelum ini, Iffah hanya tahu makan kerepek tanpa melihat sendiri proses penghasilan kerepek. Sebelum pulang, Mak Cik Suri menghadiahi kami beberapa bungkus kerepek ubi yang sedap dan rangup itu. Ayah juga sempat membeli beberapa jenis kerepek ubi untuk dibawa ke rumah nenek. Iffah begitu gembira kerana selain dapat makan kerepek yang sedap, dia juga mendapat ilmu tentang cara menghasilkan kerepek. Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 61 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 62 TP 1 2 3 4 5 6 Kemudian, ubi dimasukkan ke dalam mesin untuk dipotong menjadi kepingan kecil berbentuk bulat. Kerepek yang telah siap dibiarkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam pembungkusan. Kerepek digoreng separuh masak untuk ditambah perisa. Kepingan ubi digoreng di dalam minyak yang banyak. Bungkusan kerepek yang telah siap akan disusun di atas rak. Mula-mula, ubi kayu perlu dikupas dan dibersihkan dengan air. Aktiviti Interaktif Aktiviti Interaktif PdPc Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 62 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 63 24 Pintar Kewangan Unit TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Membaca BT: m.s. 179 – 188 Prɑktis PBD Baca dan fahami maklumat di bawah. Kemudian, lengkapkan dialog di bawah dengan ayat yang sesuai. SP: 2.2.1 Farisya dan adiknya sedang melayari laman sesawang untuk mencari maklumat tentang cara berjimat-cermat. Langkah-langkah berjimat cermat • Ibu bapa – mengamalkan sikap bersederhana dan berjimat cermat – menjadi contoh dan ikutan kepada anak-anak • Murid-murid – membawa bekalan ke sekolah – menabung baki wang saku • Pihak sekolah – melaksanakan program yang dapat menerapkan sikap berjimat cermat dalam kalangan murid – contoh menjalankan program kitar semula • Masyarakat – menanam sayur-sayuran di sekitar rumah – menjimatkan perbelanjaan dapur – mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah Faedah amalan berjimat cermat • Persediaan dan jaminan masa hadapan • Persediaan menghadapi waktu kecemasan • Mengelakkan sikap boros berbelanja Apakah pendapat kakak tentang amalan berjimat cermat? Pada pendapat kakak, amalan berjimat cermat sangat mulia. Apakah yang perlu kita lakukan untuk berjimat cermat? Kita perlu mengikut sikap ibu dan ayah (1) yang sentiasa bersederhana dan mengamalkan sikap berjimat cermat. Saya setuju dengan pendapat kakak. Selain itu, amalan berjimat cemat juga dapat mengelakkan daripada (2) sikap boros. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada membeli barang yang tidak perlu. Kita (3) boleh membawa bekal ke sekolah setiap hari dan wang saku yang tidak dibelanjakan boleh disimpan di dalam tabung. Baiklah, kakak. Saya akan mengamalkan sikap berjimat cermat agar kehidupan kita sekeluarga terjamin. Wah, kamu sungguh bijak! Pada hujung minggu, (4) kita boleh membantu ayah bercucuk tanam sayur-sayuran agar dapat mengurangkan perbelanjaan dapur. Secara tidak langsung, masa lapang (5) kita juga boleh dipenuhi dengan aktiviti berfaedah. Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 63 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 64 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 179 – 188 Prɑktis PBD A Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai. SP: 5.2.3 kenang-kenangan hingar-bingar membanding-bandingkan tetangga tawar-menawar oleh-oleh jalan-jalan awal-awal Pada cuti sekolah yang lalu, ayah telah membawa Sabiq sekeluarga pergi bercuti di Pulau Langkawi. Awal-awal lagi ayah telah membuat perancangan rapi untuk membawa kami sekeluarga jalan-jalan ke sana. Keluarga Sabiq menggunakan masa yang ada untuk membeli-belah. Suasana agak hingar-bingar dengan suara penjual memanggil pelanggan. Proses tawar-menawar tidak berlaku kerana kebanyakan kedai menjual barang dengan harga mati. Ibu Sabiq telah memperuntukkan sebahagian daripada wang yang dibawa untuk membeli set pinggan mangkuk dan beberapa helai kain batik untuk diberikan kepada jiran tetangga . Sebelum membeli, ibu Sabiq telah membanding-bandingkan harga dengan beberapa buah kedai di sekitar situ. Sabiq pula membeli beberapa rantai kunci untuk dijadikan oleh-oleh manakala ayah membeli sebatang tongkat untuk dijadikan kenang-kenangan . B Bina ayat dengan menggunakan kata ganda berentak di bawah. 1 Desas-desus Kami sekeluarga sentiasa mengamalkan sikap berjimat-cermat apatah lagi apabila terdengar desas-desus mengatakan ekonomi negara kita semakin merudum. 2 Gerak-geri Kami diingatkan supaya berdisiplin dan mematuhi arahan apabila berada di dalam Galeri Seni Bank Negara Malaysia kerana gerak-geri kami sentiasa diperhatikan. 3 Gopoh-gapah Jika kita melakukan kerja secara gopoh-gapah, sudah tentunya pekerjaan kita tidak akan sempurna. 4 Awan-gemawan Ketika berada di dalam bas menuju ke Galeri Seni Bank Negara Malaysia, kami sempat menyaksikan awan-gemawan yang indah itu. Kuiz PdPc Kuiz Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 64 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 65 25 Insan Berketerampilan Unit TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Membaca BT: m.s. 190 – 196 Prɑktis PBD Baca dan fahami kandungan dialog di bawah, kemudian buat rumusan tentang faktor-faktor kejayaan Luqman. SP: 2.3.1 Rayyan : Tahniah, Luqman kerana terpilih sebagai Tokoh Murid Cemerlang sekolah ini! Luqman : Terima kasih. Rayyan : Bolehkah saudara kongsikan pencapaian cemerlang saudara? Luqman : Sudah tentu. Saya melakukan yang terbaik, bukan sahaja dalam akademik, malah kokurikulum. Selain keputusan peperiksaan yang sentiasa konsisten pada tahap cemerlang, saya juga mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan, mewakili sekolah dalam acara olahraga dan melibatkan diri dalam Unit Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) sebagai ketua kadet yang berdisiplin. Rayyan : Sebagai ketua pengawas, apakah rahsia di sebalik kejayaan saudara ini? Luqman : Saya belajar mengikut jadual waktu belajar yang telah disusun secara sistematik. Saya menumpukan perhatian ketika guru mengajar dan bertanyakan soalan kepada guru dan rakan sekiranya tidak faham. Saya juga mengikuti kelas tambahan secara dalam talian. Sekiranya ada masa terluang, saya akan mengunjungi perpustakaan untuk menonton video perbahasan terbaik dari sekolah-sekolah lain untuk memantapkan lagi kemahiran berpidato saya. Rayyan : Siapakah yang memberikan dorongan kepada saudara? Luqman : Ibu bapa dan guru-guru banyak memberikan tunjuk ajar, dorongan dan semangat kepada saya. Begitu juga dengan kawan-kawan. Rayyan : Akhir kata, apakah azam saudara pada masa hadapan? Luqman : Saya berazam untuk terus berjaya demi mencapai cita-cita saya kelak. [Pendahuluan] Dialog menceritakan tentang kejayaan Luqman sehingga mendapat anugerah Tokoh Murid Cemerlang. [Isi 1] Luqman pandai membahagikan masa antara pelajaran dengan kokurikulum. Dia mempunyai jadual waktu belajar yang sistematik di rumah. Dia akan belajar mengikut jadual yang telah ditetapkan. [Isi 2] Selain itu, dia memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru di dalam kelas. [Isi 3] Seterusnya, dia sering bertanyakan soalan apabila tidak memahami pelajaran yang diajar oleh guru. [Isi 4] Di samping itu, dia mengikuti kelas tambahan secara dalam talian. [Isi 5] Akhir sekali, jika ada masa terluang, dia akan ke perpustakaan untuk menonton video perbahasan agar dapat memantapkan lagi kemahirannya berpidato. [Penutup] Kesimpulannya, usaha yang gigih dan dorongan daripada ibu bapa, guru-guru serta rakan-rakan menjadi pemangkin kepada kejayaan Luqman. Tema 9: Integriti Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 65 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 66 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 190 – 196 Prɑktis PBD Bina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat. SP: 5.3.1 A Ayat tunggal dengan peluasan subjek 1 Pegawai polis sedang menjalankan tugas. Pegawai polis beruniform lengkap sedang menjalankan tugas. 2 Tan Sri Dato’ Seri Doktor Noor Hisham Abdullah tabah mendepani pandemik COVID-19. Tan Sri Dato’ Seri Doktor Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan tabah mendepani pandemik COVID-19. 3 Aqeef Luqman seorang ketua pengawas. Aqeef Luqman murid Tahun Enam Ibnu Sina seorang ketua pengawas. 4 Puan Ainun membimbing murid-murid menghasilkan karangan. Puan Ainun guru Bahasa Melayu membimbing murid-murid menghasilkan karangan. B Ayat majmuk dengan peluasan predikat 1 Aisyah dan Fatima mendengar nasihat ibunya supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Aisyah dan Fatima mendengar nasihat ibunya supaya belajar dengan bersungguh-sungguh agar menjadi insan yang cemerlang. 2 Guru besar menyatakan bahawa disiplin murid di sekolah itu bertambah baik. Guru besar menyatakan bahawa disiplin murid di sekolah itu bertambah baik dan mudah dikawal. 3 Setiap hari, Syazwan mematuhi saranan kerajaan untuk terus kekal di rumah. Setiap hari, Syazwan mematuhi saranan kerajaan untuk terus kekal di rumah dan mengamalkan kebersihan diri. 4 Kumar dan Kamal akan mewakili sekolah dalam perlawanan bola sepak. Kumar dan Kamal akan mewakili sekolah dalam perlawanan bola sepak manakala Aina mewakili sekolah dalam perlawanan bola jaring. Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 66 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 67 26 Dahulukan yang Utama Unit TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 197 – 202 Prɑktis PBD Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat yang lengkap. SP: 3.2.2 “Kamu tidak ke sekolah hari ini, Razuan?” soal Pak Jusuh. “Tidak, Pak Jusuh. Ibu sakit lagi. Saya kena jaga ibu,” balas Razuan sedih. Dia memandang sejenak ke wajah Pak Jusuh, kemudian dia tunduk. Esok, kamu pergilah ke sekolah. Biar Pak Jusuh suruh Milah jenguk-jengukkan ibu kamu itu,” kata Pak Jusuh. Razuan mengangguk. “Nah, kamu pergi ke kedai dan beli apa-apa keperluan kamu sekeluarga,” kata Pak Jusuh sambil menghulurkan wang RM50 kepada Razuan. “Jangan susah-susah, Pak Jusuh. Selama ini Pak Jusuh sekeluarga sudah banyak membantu keluarga saya,” kata Razuan. “Ambillah, Razuan. Pak Jusuh ikhlas membantu kamu. Adat berjiran mestilah saling menolong. Abang kamu pun banyak menolong Pak Jusuh memetik kelapa sawit apabila dia pulang bercuti.” “Terima kasih, Pak Jusuh.” “Cuma satu nasihat Pak Jusuh, kamu belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Ikut jejak langkah abang kamu ke menara gading.” Razuan mengangguk. 1 Mengapakah Razuan tidak pergi ke sekolah pada hari itu? Razuan tidak pergi ke sekolah pada hari itu kerana menjaga ibunya yang sakit. 2 Apakah bantuan yang diberikan oleh Pak Jusuh kepada Razuan jika Razuan bersekolah pada keesokan harinya? Pak Jusuh meminta anaknya Milah menjaga ibu Razuan yang sakit apabila Razuan ke sekolah pada keesokan harinya. 3 Apakah nasihat Pak Jusuh kepada Razuan? Pak Jusuh meminta Razuan belajar dengan bersungguh-sungguh agar dapat mengikuti jejak langkah abangnya ke menara gading. 4 Berdasarkan petikan di atas, nyatakan sikap Pak Jusuh yang boleh kita teladani. KBAT Menganalisis Berdasarkan petikan di atas, Pak Jusuh merupakan seorang jiran yang prihatin, bertanggungjawab, baik hati, ikhlas dan penyayang. Tema 9: Integriti Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 67 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 68 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 197 – 202 Prɑktis PBD Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif dan ayat pasif kepada ayat aktif. SP: 5.3.3 Semasa di dalam kelas Bahasa Melayu, Cikgu Saiful telah berbincang dengan murid-muridnya tentang golongan yang perlu diberi keutamaan oleh masyarakat prihatin. 1 Ayat aktif Kumalan mendahulukan OKU yang sedang menunggu giliran untuk berurusan di kaunter itu. OKU yang sedang menunggu giliran didahulukan oleh Kumalan untuk berurusan di kaunter itu. 2 Ayat aktif Kita perlu menawarkan tempat duduk kepada golongan warga emas dan perempuan mengandung ketika berada di dalam pengangkutan awam. Kepada golongan warga emas dan perempuan mengandung perlu kita tawarkan tempat duduk ketika berada di dalam pengangkutan awam. 3 Ayat pasif Kemudahan tempat letak kereta golongan OKU tidak boleh kita cerobohi. Kita tidak boleh mencerobohi kemudahan tempat letak kereta golongan OKU. 4 Ayat pasif Pihak bomba dihubungi oleh Puan Hanim apabila melihat rumah jirannya terbakar. Puan Hanim menghubungi pihak bomba apabila melihat rumah jirannya terbakar. Aktiviti Interaktif Aktiviti Interaktif PdPc Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 68 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 69 27 Unit Hormati Hak Sesama Kita TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 203 – 221 Prɑktis PBD Berdasarkan maklumat di bawah, bersoal jawablah bersama-sama rakan kamu untuk mendapatkan penjelasan tentang perkara di bawah. SP: 1.2.3 Johan: Hai, Nathan, apakah yang sedang kamu baca itu? Nathan: Saya sedang membaca notis (1) larangan merokok yang dikuatkuasakan oleh pihak Kementerian Kesihatan. Johan: Di manakah kawasan larangan merokok yang dikuatkuasakan itu? Nathan: Antara kawasan yang dikuatkuasakan oleh pihak Kementerian Kesihatan ialah (2) kawasan rumah kedai, tempat makan terbuka, kendera saji, restoran di atas tanah lot, kedai makan dalam sungai, restoran atas awan dan kenderaan. Johan: Mengapakah pihak Kementerian Kesihatan menguatkuasakan larangan tersebut? Nathan: Pihak kementerian menguatkuasakan larangan tersebut (3) bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat, di samping untuk meningkatkan kesedaran masyarakat hormat-menghormati sesama berkaitan amalan gaya hidup yang sihat serta mewujudkan perasaan individu, sama ada perokok mahupun bukan perokok. Johan: Bagaimanakah aduan boleh dibuat sekiranya terdapat perokok yang ingkar kepada larangan tersebut? Nathan: (4) Kita boleh membuat aduan dengan menyatakan nama restoran berserta alamat, mengambil gambar perokok sedang merokok di dalam premis dan merakamkan waktu serta tarikh aduan. Aduan tersebut kita boleh hantar terus ke aplikasi WhatsApp di talian 010-860XXXX. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan notis larangan merokok di restoran dan premis makanan seperti di kawasan rumah kedai, restoran di atas tanah lot, tempat makan terbuka, kedai makan dalam sungai, kenderaan, kendera saji dan restoran atas awan. Orang ramai boleh membuat aduan jika terdapat perokok yang ingkar dengan arahan tersebut dengan menyatakan nama restoran, alamat, gambar perokok berserta tarikh. Tema 9: Integriti Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 69 9/7/23 6:58 PM


Nama: Kelas: Tarikh: 70 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 203 – 210 Prɑktis PBD A Nyatakan ayat di bawah sama ada ayat susunan biasa atau ayat susunan songsang. SP: 5.3.4 No. Ayat Susunan Ayat 1 Masyarakat perlu berhenti menyalahgunakan tempat letak kenderaan yang dikhaskan untuk OKU. Biasa 2 Tempat letak kenderaan OKU disediakan mereka yang berkerusi roda. Songsang 3 Mereka yang memandu untuk ahli keluarga yang OKU juga meletak kenderaan di lot OKU. Biasa 4 Meletak kerusi di lot parkir OKU juga peniaga makanan. Songsang 5 Mengambil kesempatan terhadap ruang untuk OKU mereka. Songsang B Tukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang. SP: 5.3.4 No. Ayat Susunan Biasa Ayat Susunan Songsang 1 Ramai antara kita menyalahgunakan ruang parkir OKU. Menyalahgunakan ruang parkir OKU di antara kita, ramai. 2 Segelintir pengguna jalan raya mempunyai tahap kesedaran yang rendah terhadap golongan OKU. Mempunyai tahap kesedaran yang rendah terhadap golongan OKU segelintir pengguna jalan raya. 3 Segelintir pihak kurang prihatin terhadap golongan OKU. Kurang prihatin terhadap golongan OKU segelintir pihak. 4 Segelintir pihak tidak bertimbang rasa terhadap golongan OKU. Tidak bertimbang rasa terhadap golongan OKU segelintir pihak. 5 Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas pengguna jalan raya yang meletakkan kereta di parkir OKU. Perlu mengambil tindakan tegas ke atas pengguna jalan raya yang meletakkan kereta di parkir OKU pihak berkuasa. Bab 1-27-BM Thn 5_wanie.indd 70 9/7/23 6:58 PM


Click to View FlipBook Version