PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Skema Pentaksiran STPM ......................................................................................................................................................ivKonsep-konsep Makroekonomi yang Penting Mengikut Bab ............................................................................................ vfifffi 1 Pengenalan1.1 Aliran Pusingan Pendapatan Negara 21.2 Matlamat dan Isu Makroekonomi 41.3 Petunjuk Makroekonomi 11Tinjau Bab 19Fokus STPM 1 20fifffi 2 Perakaunan Pendapatan Negara2.1 Konsep Pendapatan Negara 252.2 Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara 282.3 Kegunaan Data Pendapatan Negara 382.4 Masalah Penghitungan Pendapatan Negara 392.5 Kelemahan Data Pendapatan Negara 41Tinjau Bab 48Fokus STPM 2 51fifffi Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal 33.1 Pendekatan Perbelanjaan Agregat – Pendapatan (AE-Y) dan Pendekatan Suntikan-Bocoran (Harga Tetap) 593.2 Analisis Permintaan Agregat - Penawaran Agregat (AD-AS) 83Tinjau Bab 89Fokus STPM 3 92fifffi 4 Wang, Bank dan Dasar Monetari4.1 Wang 1044.2 Penawaran Wang 1064.3 Teori Kuantiti Wang 1094.4 Teori Keutamaan Kecairan Keynes danMekanisme Transmisi Keynes 1104.5 Bank Pusat dan Dasar Monetari 116Tinjau Bab 124Fokus STPM 4 127fifffi Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa 55.1 Sebab Wujud Perdagangan Antarabangsa 1345.2 Teori Perdagangan Antarabangsa 1365.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa 1415.4 Kadar Pertukaran Asing 1475.5 Imbangan Pembayaran 156Tinjau Bab 162Fokus STPM 5 167Kertas Model STPM 177Jawapan 185KandunganTeks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 3 10/31/2025 4:15:50 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Skema Pentaksiran STPMSemester PengajianKod dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Masa PentadbiranSemesterPertama944/1MikroekonomiUjian Bertulis 100 (33.33%)2 jam 30 minitPentaksiran berpusatBahagian A:• Soalan aneka pilihan• 20 soalan diberikan• Jawab semua soalan20 markahBahagian B:• Soalan esei• 6 soalan diberikan• Jawab 4 soalan sahaja60 markahBahagian C:• Soalan kuantitatif• 3 soalan diberikan• Jawab 2 soalan sahaja20 markahSemesterKedua944/2MakroekonomiUjian Bertulis 100 (33.33%)2 jam 30 minitPentaksiran berpusatBahagian A:• Soalan aneka pilihan• 20 soalan diberikan• Jawab semua soalan20 markahBahagian B:• Soalan esei• 6 soalan diberikan• Jawab 4 soalan sahaja60 markahBahagian C:• Soalan kuantitatif• 3 soalan diberikan• Jawab 2 soalan sahaja20 markahSemesterKetiga944/3Ekonomi GunaanUjian Bertulis 100 (33.33%)2 jam 30 minitPentaksiran berpusatBahagian A:• Soalan esei• 5 soalan diberikan• Jawab 4 soalan sahaja40 markahBahagian B:• Soalan aplikasi• 3 soalan diberikan• Jawab 2 soalan sahaja40 markahBahagian C:• Soalan analisis• 1 soalan diberikan20 markahivTeks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 4 10/31/2025 4:15:50 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Konsep-konsep Makroekonomi yang Penting Mengikut BabBAB 1 Pengenalan1 Aliran pusingan pendapatanAliran perbelanjaan dan pendapatan yang wujud antara pelaku ekonomi, iaitu sektor isi rumah, sektor firma,sektor kerajaan dan sektor asing.2 Isu makroekonomiIsu MaksudInflasi Proses kenaikan harga umum yang berterusan dan tidak terhadPengangguran Jumlah tenaga buruh yang tidak terlibat dalam sebarang kegiatan produktifPertumbuhan ekonomi Pertambahan dalam keluaran negara dari setahun ke setahunImbangan pembayaran Penyata kewangan mengenai aliran wang yang masuk-keluar sesebuah negara kesan perdagangan antarabangsa3 Petunjuk makroekonomiPetunjuk MaksudPendapatan negara Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam setahunKadar inflasi Kadar atau peratusan kenaikan harga umum pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnyaKadar pengangguran Kadar atau peratusan jumlah tenaga buruh yang tidak produktif berbanding dengan jumlah tenaga buruh pada sesuatu tahunImbangan akaun dagangan dan akaun semasaAkaun dagangan ialah perbezaan antara nilai eksport barang nampak dan nilai import barang nampak manakala akaun semasa ialah jumlah nilai bersih diperoleh daripadaakaun dagangan, perkhidmatan, pendapatan dan pindahan semasaKadar pertumbuhan ekonomiKadar perubahan dalam keluaran negara (KDNK benar) pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnyaKadar bunga Kos pinjaman diukur dalam peratus bagi sejumlah pinjaman oleh pelabur atau firmaKitaran perniagaan Keadaan ekonomi melambung dan meleset berdasarkan keluaran negara sebenar berbanding dengan keluaran negara potensi4 Dasar makroekonomiDasar MaksudDasar fiskal Langkah-langkah oleh kerajaan yang melibatkan perubahan cukai dan perubahan perbelanjaan kerajaanDasar kewangan Langkah-langkah oleh kerajaan melalui bank pusat yang melibatkan perubahan kadar bunga dan perubahan penawaran wangKawalan langsung Langkah-langkah oleh kerajaan secara langsung seperti kawalan harga dan kawalan upahDasar sebelah penawaran Langkah-langkah oleh kerajaan yang mempengaruhi penawaran agregat seperti peningkatan teknologi, kecekapan buruh dan penyelidikanvTeks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 5 10/31/2025 4:15:50 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
BAB 2 Perakaunan Pendapatan Negara1 Pendapatan negara/Keluaran negaraJumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara pada satu tahun.2 Konsep-konsep pendapatan negaraKonsep MaksudKeluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara oleh faktor pengeluaran milik warganegara dan milik warganegara asingKeluaran Negara Kasar (KNK)Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik warganegara yang berada di dalam negara dan di luar negaraKNK pada harga pasaran (KNKhp)Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan berdasarkan harga pembeli,iaitu harga di pasaranKNK pada kos faktor(KNKkf)Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan berdasarkan kos pengeluaran, iaitu bayaran kepada faktor pengeluaranKeluaran Negara Bersih (KNB)Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan setelah ditolak susut nilai barang modalKNK nominal atau keluaran negara pada harga semasaJumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan berdasarkan harga tahun semasaKNK benar atau keluaran negara pada harga tetapJumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan berdasarkan harga tahun asas atau harga tahun dibandingkanKNK benar per kapita Pendapatan benar purata bagi setiap penduduk dan pengukur taraf hidup rakyat sesebuahnegara3 Kaedah-kaedah penghitunganKaedah Perbelanjaan Kaedah Keluaran Kaedah PendapatanPenggunaan isi rumah (C) Sektor utama: Sektor pertanianSektor perlombonganUpah atau gajiPelaburan firma (I) (Pembentukan modal tetap kasar swasta)Sektor kedua: Sektor perkilanganSektor pembinaanSewaPerbelanjaan kerajaan (G) Sektor ketiga: Sektor kewanganSektor pengangkutanSektor perhubunganSektor perkhidmatan kerajaanBunga bersihEksport bersih (X-M) Campur: Cukai import Untung kasarPerubahan inventori/stok Pendapatan perusahaan persendirianKDNKhp KDNKhp KNBkf / Pendapatan negaraviTeks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 6 10/31/2025 4:15:50 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
InfografikPengenalan 1BAB1.1 Aliran Pusingan Pendapatan Negara 1.2 Matlamat dan Isu Ekonomi• Data statistik• Aktiviti ekonomi• Pengukuran aktiviti ekonomi• Ekonomi dua sektor• Ekonomi tiga sektor• Ekonomi empat sektor• Kestabilan harga• Pertumbuhan ekonomimampan• Imbangan pembayaranmampan• Guna tenaga penuh • Inflasi tinggi• Pengangguran tinggi• Kompleksitas ekonomi• Imbangan pembayaran negatif• Defisit imbangan pembayaranAliran fizikal Aliran wangPelaku ekonomiMatlamat Isu1.3 Petunjuk Makroekonomi Pengenalan1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 1 10/31/2025 4:15:51 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1.1 Aliran Pusingan Pendapatan 1 Aliran pusingan pendapatan menggambarkan pergerakan atau aliran perbelanjaan dan pendapatan antara pelaku ekonomi yang terdiri daripada isi rumah, firmakerajaan dan sektor luar negara dalam sesebuah ekonomi.Pelaku HuraianIsi rumah • Menawarkan faktor pengeluaran.• Membeli barang dan perkhidmatan.• Matlamatnya ialah memaksimumkan kepuasan.Firma • Membeli faktor pengeluaran.• Menawarkan barang dan perkhidmatan.• Matlamatnya ialah memaksimumkan keuntungan.Kerajaan • Pihak berkuasa atau badan perancangan pusat yangmempengaruhi sektor isi rumah dan firma melalui undang-undang dan dasar ekonomi.• Membeli faktor pengeluaran dan barangan (barang danperkhidmatan).• Menawarkan barangan awam.• Matlamatnya ialah memaksimumkan kebajikan sosial.Sektor luar negara (sektor asing)• Rakyat asing membeli barangan yang dikeluarkan olehsebuah negara (eksport).• Rakyat tempatan membeli barangan yang dikeluarkanoleh negara asing (import).2 Maka, aliran pusingan pendapatan menunjukkan aliran fizikal dan aliran wangyang wujud kesan daripada interaksi antara pelaku ekonomi.3 Aliran fizikal merujuk pergerakan barangan, perkhidmatan atau faktor-faktorpengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan usahawan dalam sistem ekonomi.4 Aliran wang merujuk pergerakan wang dalam bentuk perbelanjaan penggunaan (C), tabungan (S) dan sebagainya serta pembayaran pendapatan kepada faktorfaktor pengeluaran seperti upah, sewa, bunga dan untung.Rajah Aliran Pusingan Pendapatan NegaraCukaiInstitusi kewanganSektor kerajaanSektor luar negaraSektor firmaSektor isi rumahPerbelanjaan kerajaanCukaiPerbelanjaan kerajaanEksportImportImportEksportPerbelanjaanPendapatan faktorTabungan PelaburanPasaran baranganPasaran faktorPetunjukAliran fizikalAliran wangAliran suntikanAliran bocoranRajah 1.1 Rajah aliran pusingan pendapatan negaraPengenalan2BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 2 10/31/2025 4:15:51 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Model Ekonomi Dua Sektor: Isi Rumah dan FirmaDalam model ekonomi dua sektor, hanya terdapat dua pelaku utama terlibat, iaitu sektor isi rumah dan sektor firma.1 Aliran fizikal Sektor isi rumah membekalkan faktor-faktor pengeluaran seperti buruh, tanah, modal dan keusahawanan kepada sektor firma. Sektor firma menghasilkanbarangan dan perkhidmatan yang dijual semula kepada sektor isi rumah bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.2 Aliran wangSektor firma membayar pendapatan kepada sektorisirumah dalam bentuk upah,sewa, bunga dan untung sebagai balasan kepada penggunaan faktor pengeluaran.Pendapatan ini seterusnya dibelanjakan oleh isi rumah untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh firma, dikenali sebagai perbelanjaanpenggunaan (C). Tidak semua pendapatan yang diterima oleh isi rumah akan dibelanjakan kerana sebahagiannya akan ditabung (S) di institusi kewangan.Tabungan isi rumah ini dipinjamkan pula kepada sektor firma bagi melakukan perbelanjaan pelaburan (I).Model Ekonomi Tiga Sektor: Isi Rumah, Firma dan KerajaanModel ekonomi tiga sektor memperkenalkan peranan sektor kerajaan, selain sektor isi rumah dan firma.1 Aliran fizikalSelain sektor isi rumah membekalkan faktor pengeluaran kepada firma danmenerima barangan dan perkhidmatan, kerajaan juga memperoleh barangan dan perkhidmatan daripada firma serta menggunakan tenaga buruh daripada isirumah untuk perkhidmatan awam.2 Aliran wangIsi rumah dan firma membayar cukai (T) kepada kerajaan. Sebagai balasan, kerajaan membelanjakan hasil cukai melalui perbelanjaan kerajaan (G) dalam bentuk subsidi, gaji dan pembelian barangan serta perkhidmatan daripada firma.Hal ini menambah pendapatan kepada isi rumah dan firma.3 Suntikan dan bocoran(a) Bocoran: Cukai (T) yang dibayar oleh isi rumah dan firma kepada kerajaan mengurangkan pendapatan boleh guna dalam ekonomi.(b) Suntikan: Perbelanjaan kerajaan (G) menjadi suntikan semula ke dalam ekonomi dengan meningkatkan permintaan agregat. Model tiga sektor ini masih merupakan ekonomi tertutup kerana sektor luar belum terlibat.Model Ekonomi Empat Sektor: Isi Rumah, Firma, Kerajaan dan Sektor Luar NegaraModel ekonomi empat sektor melibatkan pelaku tambahan, iaitu sektor luar negarayang menjadikan ekonomi bersifat terbuka.1 Aliran fizikalSelain interaksi domestik, sektorfirma mengeksport barangan dan perkhidmatanke luar negara, manakala sektor isi rumah dan firma mengimport barangan danperkhidmatan dari luar negara. 2 Aliran wangFirma menerima bayaran dalam bentuk eksport (X) dari luar negara apabila produk dijual ke luar. Sebaliknya, firma dan isi rumah membuat bayarankepada sektor luar negara bagi barangan dan perkhidmatan yang diimport (M). Tambahan lagi, pendapatan isi rumah yang tidak dibelanjakan akan disimpan Institusi kewangan bertindak sebagai pemudah cara dalam menyeimbangkan bocoran dan suntikan dalam ekonomi. Tabungan sektor isi rumah yang disalurkan semula sebagai pelaburan kepada sektor firma memastikan aliran pusingan pendapatan terus berfungsi dengan lancar, sekali gus menyokong kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara.InfoekstraPengenalan3BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 3 10/31/2025 4:15:51 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
di institusi kewangan sebagai tabungan, dan seterusnya digunakan oleh firmauntuk pelaburan (I).3 Suntikan dan bocoran(a) Bocoran: Tabungan (S), cukai (T), dan import (M) mengalir keluar daripada kitaran pendapatan domestik dan mengurangkan permintaan agregat.(a) Suntikan: Pelaburan (I), perbelanjaan kerajaan (G), dan eksport (X)membawa masuk wang ke dalam ekonomi, meningkatkan tahap permintaan dan pendapatan negara. Dalam model ini, keseimbangan pendapatan negara tercapai apabila jumlah suntikan (I + G + X) bersamaan dengan jumlah bocoran (S + T + M). Ketidakseimbangan antara suntikan dan bocoran akan menyebabkan perubahan pada tahap keluaran negara.Semak Cepat 1.1Senaraikan pelaku ekonomi dalam:1 Ekonomi dua sektor2 Ekonomi tiga sektor3 Ekonomi empat sektor1.2 Matlamat dan Isu Makroekonomi Matlamat Makroekonomi1 Matlamat makroekonomi merujuk objektif ekonomi utama yang ingin dicapaioleh sesebuah negara pada peringkat keseluruhan ekonomi. 2 Ia merupakan sasaran yang ditetapkan oleh pembuat dasar (kerajaan dan bank pusat) untuk memastikan ekonomi berfungsi dengan cekap dan menyediakan kesejahteraan kepada penduduk.Matlamat Makroekonomi Huraian KepentinganKestabilan harga Merujuk kadar inflasi yang rendah dan stabil dalam ekonomi.• Melindungi kuasa beli penggunadan nilai simpanan.• Mengurangkan ketidakpastiandalam perancangan perniagaan dan kewangan.• Menggalakkan pengagihansumber yang cekap.• Mengekalkan daya saingantarabangsa.Guna tenaga penuhMatlamat ini bertujuan untuk memastikan sumber tenaga kerja digunakan secara maksimum bagi meningkatkan produktiviti ekonomi dan kesejahteraan rakyat.• Memaksimumkan penggunaansumber manusia dalam ekonomi.• Mengurangkan kos sosial danekonomi seperti kemiskinan dan ketidaksamaan.• Mengelakkan kehilangankemahiran dan produktiviti pekerja.• Mengurangkan perbelanjaankerajaan untuk bantuan sosial dan meningkatkan hasil cukai.Pengenalan4BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 4 10/31/2025 4:15:51 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Pertumbuhan ekonomi yang mampanMatlamat makroekonomi bagi pertumbuhan ekonomi yang mampan adalah untuk memastikan ekonomi berkembang secara stabil dan berterusan tanpa menyebabkan ketidakstabilan harga, ketidakseimbangan sosial, ataupun kerosakan alam sekitar.• Meningkatkan pendapatannegara. • Mewujudkan peluang pekerjaan,• Memperbaik taraf hidup rakyat,serta mengekalkan penggunaan sumber asli secara lestari demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang.• Membantu negara mengelakkankemelesetan ekonomi • Mengekalkan kestabilankewangan dalam jangka panjang.Imbangan pembayaran yang mampanMerujuk keadaan di mana sesebuah negara dapat mengekalkan aliran masuk dan keluar mata wang asing secara seimbang tanpa menghadapi tekanan kewangan yang berpanjangan.• Menstabilkan aliran masukdan keluar mata wang asing supaya negara tidak mengalami kekurangan atau lambakan mata wang asing secara mendadak.• Membiayai import barangan danperkhidmatan.• Memastikan negara mampumembeli keperluan dari luar negara tanpa masalah kewangan.• Membayar hutang luar negara.• Menyediakan dana mencukupiuntuk melunaskan pinjaman antarabangsa dan bayaran faedah.• Menstabilkan nilai mata wangnegara.• Mengelakkan kejatuhan ataukenaikan mendadak nilai mata wang yang boleh menjejaskan perdagangan.• Meningkatkan keyakinan pelaburasing.• Imbangan pembayaran yangstabil menarik lebih banyak pelaburan asing ke dalam negara.Isu MakroekonomiIsu makroekonomi merujuk pelbagai masalah utama yang dihadapi oleh sesebuah negara yang berpotensi menyebabkan ketidakstabilan dalam ekonomi negara tersebut.Inflasi yang TinggiProses kenaikan harga umum yang berterusan dan tidak terhad dalam sesebuah negara disebabkan kenaikan permintaan agregat yang pesat (inflasi tarikanpermintaan), kenaikan kos pengeluaran (inflasi tolakan kos) dan kenaikan hargaimport (inflasi diimport).Inflasi yang tinggi perlu diatasi kerana membawa kesan negatif seperti:Pengenalan5BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 5 10/31/2025 4:15:51 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Taraf hidup masyarakat menurun Inflasi tinggi menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan meningkat. Akibatnya, pendapatan sebenar pengguna berkurangan kerana mereka dapat membeli sedikit barangan dan perkhidmatan dengan jumlah wang yang sama.2 Kos sara hidup meningkatKenaikan harga barangan keperluan asas seperti makanan, perumahan dan pendidikan menyebabkan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah terpaksa menanggung perbelanjaan yang lebih besar. Hutang mungkin meningkat dan tabungan akan terjejas. 3 Imbangan dagangan/pembayaraan terjejasKos pengeluaran yang tinggi akibat inflasi menyebabkan harga eksport negarameningkat. Hal ini mengurangkan daya saing produk negara di pasaran antarabangsa, sekali gus menjejaskan imbangan dagangan dan imbangan pembayaran.4 Pelaburan langsung asing terjejasKos bahan mentah, upah dan perkhidmatan turut meningkat ketika inflasitinggi. Hal ini mengurangkan keuntungan syarikat disebabkan kenaikan dalam kos pengeluaran. Inflasi yang tinggi juga menyebabkan ketidakpastian dalam pulangan pelaburan, menjadikan pelabur asing kurang berminat untuk melabur dalam projek jangka panjang. 5 Tabungan berkurangApabila harga barang meningkat, rakyat terpaksa membelanjakan lebih banyak wang untuk memenuhi keperluan asas. Akibatnya, lebihan pendapatan untuk disimpan menjadi semakin kecil.6 Pembentukan modal dalam negara terjejas Inflasi yang tinggi menghakis nilai sebenar pendapatan dan simpanan rakyat. Apabila kuasa beli berkurangan, individu dan isi rumah kurang mampu untuk menabung. Oleh kerana tabungan ialah sumber utama dana untuk pelaburan domestik, pengurangan tabungan akan menyekat pembentukan modal baharu.Pengangguran yang TinggiPengangguran ialah keadaan di mana seseorang individu yang aktif mencaripekerjaan pada kadar upah semasa, tetapi tidak dapat memperoleh sebarang pekerjaan. Pengangguran yang tinggi perlu ditangani kerana ia membawa kepada kesan-kesan negatif atau buruk seperti:1 Pembaziran sumber manusiaPengangguran membawa kepada pembaziran sumber manusia apabila tenaga kerja yang berpotensi tidak digunakan sepenuhnya. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar berada di bawah tahap potensi ekonomi mewujudkan jurang pengangguran. 2 Peningkatan perbelanjaan kerajaanPengangguran menyebabkan kerajaan perlu meningkatkan perbelanjaan untuk pembayaran subsidi, bayaran pindahan dan kebajikan. Hasil kutipan cukai menurundan memburukkan lagi defisitfiskal dan meningkatkan kebergantungankepada pembiayaan hutang.3 Peningkatan kadar jenayah dan masalah sosialKadar jenayah harta benda dan jenayah kekerasan meningkat di kawasan yang mencatatkan kadar pengangguran tinggi. Tekanan kewangan juga menyumbang kepada peningkatan kes keganasan dan masalah sosial.4 Peningkatan kemiskinan dan agihan pendapatan semakin tidak setaraKehilangan sumber pendapatan utama menyebabkan peningkatan kemiskinan dalam kalangan isi rumah. Beza jurang agihan pendapatan menjadi lebih ketara apabila akses kepada pendidikan, kesihatan, dan kemudahan asas menjadi terhad bagi golongan yang terjejas.Pengangguran berlaku dalam ekonomi apabila wujud lebihan penawaran buruh, iaitu kuantiti ditawarkan buruh melebihi kuantiti diminta buruh.InfoekstraPengenalan6BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 6 10/31/2025 4:15:51 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 Penurunan daya saing ekonomiPekerja yang menganggur dalam tempoh yang lama akan mengalami kehilangan kemahiran. Hal ini menjejaskan produktiviti tenaga kerja, mengurangkan kecekapan ekonomi dan akhirnya melemahkan daya saing negara di peringkat antarabangsa.Setiap negara akan berusaha memastikan mereka mencapai tahap guna tenaga penuh, iaitu di mana kadar pengangguran kurang daripada 4%.Kemelesetan EkonomiKemelesetan ekonomi merujuk keadaan apabila aktiviti ekonomi negara merosot dengan ketara dalam suatu tempoh yang berpanjangan. Kemelesetan ekonomi perlu ditangani kerana:1 Meningkatkan kadar pengangguranApabila permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan menurun, syarikat mengurangkan pengeluaran dan mungkin memberhentikan pekerja. Hal ini menyebabkan kadar pengangguran meningkat dengan ketara.2 Penurunan keluaran negaraAktiviti pengeluaran barangan dan perkhidmatan menurun akibat permintaan agregat yang lemah. Keadaan ini menyebabkan pertumbuhan KDNK menjadi negatif atau sangat perlahan.3 Pengurangan pelaburanDalam suasana ketidakpastian ekonomi, pelabur kurang berminat untuk membuat pelaburan baharu kerana risiko kerugian adalah tinggi. Hal ini mengurangkan pertumbuhan jangka panjang ekonomi.4 Peningkatan kadar kemiskinan dan masalah sosialGolongan berpendapatan rendah paling terkesan dalam tempoh kemelesetan kerana peluang pekerjaan berkurang dan harga barang keperluan mungkin kekal tinggi. Kadar kemiskinan dan pengangguran yang tinggi boleh membawa kepada masalah sosial seperti jenayah, pergaduhan keluarga, tekanan mental dan ketidakstabilan sosial.Imbangan Pembayaran Defisit yang BerterusanImbangan pembayaran merupakan penyata kewangan atau rekod kewangan yang mencatatkan aliran masuk dan aliran keluar wang serta modal sesebuah negara kesan perdagangan antarabangsa. Imbangan pembayaran diperoleh setelah mencampurkan imbangan akaun semasa dan imbangan akaun modal dan kewangan. Imbangan pembayaran defisityang berterusan akan membawa kesan buruk:1 Susut nilai mata wang negara Defisit yang berpanjangan menyebabkan permintaan untuk mata wang asing meningkat, seterusnya menyebabkan nilai mata wang domestik jatuh. Kejatuhan nilai mata wang ini meningkatkan kos import, sekali gus menyebabkan inflasidalam negara.2 Pelaburan langsung asing berkurang Defisit yang berterusan boleh mencetuskan ket idakstabilan ekonomi, mengurangkan keya k inan pelabur asing dan domest i k. Ha l ini boleh menyebabkan pelaburan langsung asing menurun dan membawa kepada penurunan dalam pertumbuhan ekonomi.3 Kemerosotan kemampuan pembiayaan importApabila rizab mata wang asing berkurangan, negara mungkin tidak lagi mampu membuat pembayaran import tepat pada waktunya. Hal ini menyebabkan Infominda • Imbangan Pembayaran Lebihan:Merupakan aliran masuk wang ke dalam negara melebihi aliran keluar wang ke luar negara. Imbangan keseluruhan bernilai positif dan ianya menguntungkan negara.• Imbangan Pembayaran Defisit:Merupakan aliran keluar wang ke luar negara melebihi aliran masuk wang ke dalam negara. Imbangan keseluruhan bernilai negatif.Imbangan pembayaran defisit merugikan negara.Pengenalan7BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 7 10/31/2025 4:15:51 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
kebergantungan kepada penangguhan bayaran (deferred payment) dan kredit perdagangan. Namun, jika defisit berterusan, kepercayaan pengeksport asing terhadap kebolehan negara membayar akan turut menurun, lalu kemampuan untuk mendapatkan pembiayaan import juga semakin berkurang.4 Industri berorientasikan eksport berkurangNilai mata wang yang lemah akibat defisit akan meningkatkan kos bahanmentah dan input yang diimport. Industri eksport yang bergantung pada bahan import akan berhadapan dengan kos pengeluaran yang lebih tinggi, sekali gus menjejaskan daya saing produk mereka di pasaran antarabangsa.5 Peningkatan kadar pengangguranApabila industri eksport terjejas akibat kos yang tinggi dan gangguan operasi, syarikat mungkin terpaksa mengurangkan pengeluaran atau menutup operasi mereka. Hal ini menyebabkan pemberhentian pekerja dan peningkatan kadar pengangguran dalam negara.Langkah Menangani Isu MakroekonomiIsu-isu makroekonomi tersebut boleh ditangani menggunakan alat-alat dasar sebelah permintaan dan dasar sebelah penawaran.Dasar Sebelah PermintaanDasar ini merupakan dasar kerajaan untuk mempengaruhi permintaan agregat (AD) bagi merangsang kegiatan ekonomi.Alat Dasar Sebelah PermintaanHuraian Cara Mengatasi Isu MakroekonomiDasar fiskal Dasar fiskal memainkan peranan penting dalam mengawal permintaan agregat (jumlah perbelanjaan dalam ekonomi) dengan menyesuaikan tahap perbelanjaan kerajaan dan sistem cukai.Mengatasi kemelesetan ekonomi dan kadar pengangguran tinggi (Dasar Fiskal Mengembang)1 Meningkatkan perbelanjaan kerajaan • Kerajaan meningkatkan perbelanjaandalam sektor seperti infrastruktur,pendidikan dan kesihatan. Langkah ini merangsang aktiviti ekonomi dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.2 Pengurangan cukai • Kerajaan mengurangkan cukai terhadapindividu dan perniagaan. Hal ini meningkatkan pendapatan boleh guna, menggalakkan perbelanjaan dan pelaburan serta membantu meningkatkan permintaan agregat.Mengatasi inflasi (Dasar Fiskal Menguncup)1 Mengurangkan perbelanjaan kerajaan • Kerajaan mengurangkan perbelanjaandalam sektor-sektor tertentu, terutamanya projek yang kurang mendesak. Tindakan ini mengurangkan permintaan agregat dan membantu mengurangkan tekanan inflasi.Pengenalan8BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 8 10/31/2025 4:15:52 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Meningkatkan cukai • Kerajaan menaikkan cukai ke atasindividu dan perniagaan. Hal ini mengurangkan pendapatan boleh guna rakyat, mengurangkan perbelanjaan, dan seterusnya menurunkan permintaan agregat dalam ekonomi.Dasar monetariDasar yang dilakukan oleh bank pusat untuk mengawal bekalan wang, kadar bunga dan kredit dalam ekonomi.Mengatasi kemelesetan ekonomi dan kadar pengangguran tinggi (Dasar Monetari Mengembang)Bank pusat akan:1 Menurunkan kadar bunga • Pinjaman menjadi lebih murah,menggalakkan perbelanjaan dan pelaburan oleh pengguna dan perniagaan.2 Meningkatkan bekalan wang • Bank pusat membeli sekuriti kerajaanmelalui operasi pasaran terbuka, menambahkan wang dalam sistem perbankan dan memudahkan kredit.3 Mengurangkan keperluan rizab bank • Bank mempunyai lebih banyak wanguntuk dipinjamkan kepada pengguna dan syarikat.Dasar pertukaran asing Dasar sebelah permintaan melalui dasar pertukaran asing ialah langkah kerajaan atau bank pusat mengawal nilai mata wang untuk mempengaruhi permintaan agregat dalam ekonomi. Dasar pertukaran asing untuk mengatasi kemelesetan dan pengangguran tinggi1 Menurunkan nilai mata wang • Nilai mata wang negara jatuh berbandingmata wang asing. • Penyusutan ini menjadikan eksportlebih murah dan import lebih mahal, meningkatkan permintaan terhadap barangan tempatan.2 Campur tangan pasaran pertukaran asing • Bank pusat membeli mata wang asingdan menjual mata wang tempatan untuk melemahkan nilai mata wang negara3 Meningkatkan pendapatan eksport • Permintaan luar negara terhadap produktempatan bertambah, merangsang pengeluaran, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan negara.Dasar Sebelah Penawaran Dasar sebelah penawaran merujuk langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam ekonomi dan bertujuan untuk menambah penawaran agregat.Pengenalan9BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 9 10/31/2025 4:15:52 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Langkah Dasar Sebelah PenawaranCara Mengatasi Kemelesetan Ekonomi dan Pengangguran TinggiCara Mengatasi InflasiPendidikan dan latihanKerajaan menyediakan program pendidikan dan latihan kemahiran bagi meningkatkan kecekapan tenaga kerja.• Pendidikan berkualiti danlatihan vokasional yang berkesan dapat meningkatkan kebolehpasaran pekerja, meningkatkan produktiviti, dan mengurangkan kadar pengangguran.Kerajaan memperkenalkan program pendidikan dan latihan kemahiran untuk meningkatkan produktiviti tenaga kerja.• Tenaga kerja yang lebih cekapdan mahir membolehkan pengeluaran barang dan perkhidmatan berlaku dengan lebih pantas dan kos yang lebih rendah.• Akibatnya, kos pengeluaranmenurun, membolehkan harga barangan lebih stabil dan membantu mengurangkan tekanan inflasi.Pengurangan cukaiKerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan individu dan korporat.• Langkah ini memberikaninsentif kepada syarikat untukmelabur, mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pengeluaran.• Pendapatan boleh guna yanglebih tinggi juga mendorong pekerja untuk meningkatkan usaha dan produktiviti.Kerajaan memberi insentifcukai seperti pemotongan cukai keuntungan kepada pengeluar dan syarikat industri.• Langkah ini mendorongpeningkatan pelaburan dalam pengeluaran, meningkatkan kapasiti bekalan barang dan perkhidmatan. • Dengan penawaran yang lebihbanyak, tekanan permintaan terhadap harga berkurangan, sekali gus menurunkan kadar inflasi.Pelaburan infrastrukturKerajaan melabur dalam projekprojek infrastruktur sepertijalan raya, pelabuhan, lapangan terbang dan kemudahan komunikasi.• Infrastruktur yang baikmempercepat pengangkutan barangan, meningkatkan kecekapan logistik dan pelaburan.Kerajaan melabur dalam pembangunan infrastrukturseperti jalan raya, pelabuhan, lapangan terbang dan sistem pengangkutan awam.• Infrastruktur yang lebih baikmeningkatkan kecekapan logistik dan mengurangkan kos penghantaran dan pengedaran barangan. • Penurunan kos ini membantumenstabilkan harga barang dan mengurangkan tekanan inflasi di pasaran.Pengenalan10BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 10 10/31/2025 4:15:52 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
• KadarGalakan penyelidikan dan pembangunan (R&D)Kerajaan menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan melalui insentif kewangan dansubsidi.• R&D membantumemperkenalkan teknologi baharu, meningkatkan inovasi dan meningkatkan daya saing industri di pasaran global.Kerajaan menyediakan insentifuntuk syarikat melabur dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi baharu.• Penggunaan teknologimoden meningkatkan kecekapan pengeluaran dan mengurangkan kos operasi. • Barang dan perkhidmatandapat dihasilkan dengan kos lebih rendah, membantu mengawal kenaikan harga dalam ekonomi.Liberalisasi pasaranburuhKerajaan memperkenalkan dasar untuk menjadikan pasaran buruh lebih fleksibel.• Langkah ini termasukmemudahkan prosedur pengambilan dan pemberhentian pekerja, serta memperkenalkan sistem upah yang lebih fleksibel untuk menggalakkan penciptaan pekerjaan.Kerajaan melonggarkan peraturan buruh seperti ketetapan gaji minimum dan syarat penggajian.• Hal ini membolehkan majikanmenyesuaikan upah mengikut produktiviti, mengelakkan peningkatan kos buruh yang tidak seimbang.• Kos buruh yang terkawalmembantu mengurangkan kos pengeluaran dan seterusnya mengekang tekanan kenaikan harga.Semak Cepat 1.2Apakah langkah dasar sebelah penawaran yang boleh diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan penawaran agregat?1.3 Petunjuk Makroekonomi Petunjuk makroekonomi adalah seperti berikut:1 Kadar pertumbuhan ekonomi2 Kadar inflasi3 Kadar pengangguran4 Imbangan pembayaranKadar Pertumbuhan Ekonomi1 Kadar pertambahan atau perubahan dalam tingkat keluaran negara pada sesuatu tahun berbanding tahun sebelumnya berdasarkan Keluaran Negara Kasar (KNK) benar atau Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar.Kadar pertumbuhan ekonomi = KDNK benar1 – KDNK benar0KDNK benar0× 100Pengenalan11BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 11 10/31/2025 4:15:52 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
denganKDNK benar0 = Keluaran negara tahun sebelumnyaKDNK benar1 = Keluaran negara tahun semasa2 Kadar pertumbuhan ekonomi adalah positif apabila keluaran negara pada tahunsemasa lebih tinggi daripada keluaran negara pada tahun sebelumnya. Maka, wujud pertumbuhan ekonomi.3 Kadar pertumbuhan ekonomi adalah negatif apabila keluaran negara pada tahunsemasa lebih rendah daripada keluaran negara pada tahun sebelumnya. Maka, wujud kemelesetan ekonomi. Contoh Data KDNK Harga Benar Malaysia (mengikut harga malar 2015)Tahun KDNK Harga Benar (Harga Malar 2015) Nilai (RM bilion)2020 KDNK harga benar 1,346.22021 KDNK harga benar 1,390.9Kadar pertumbuhan KDNK Benar = KDNK 2021 – KDNK 2020KDNK benar 2020 × 100Kadar pertumbuhan KDNK Benar = 1,390.9 – 1,346.21,346.2 × 100= 44.71,346.2 × 100= 3.32%Kadar pertumbuhan ekonomi sebenar Malaysia dari tahun 2020 ke 2021 ialah 3.32%Jadual 1.1 Trend KDNK malar Malaysia (2020 – 2023)Tahun KDNK Harga Malar(RM bilion)Pertumbuhan Tahunan (%)2020 1,346.2 –2021 1,390.9 +3.32%2022 1,514.1 +8.86%2023 1,568.0 +3.56%TahunNilai KDNK (RM billion)2020 20211,3501,3001,4001,4501,5001,5501,6002022 20231,346.21,390.91,514.11,568.0Rajah 1.2 Kadar pertumbuhan ekonomi (harga malar)Pengenalan12BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 12 10/31/2025 4:15:52 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Rajah 1.2 menunjukkan perubahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) harga malar Malaysia dari tahun 2020 hingga 2023 yang diukur berdasarkan harga tetap tahun asas (2015). KDNK harga malar menggambarkan pertumbuhan ekonomi sebenar tanpa kesan inflasi.• 2020: KDNK berada pada RM1,346.2 bilion.Tahun ini mencatatkan kemerosotan ekonomi yang ketara akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).• 2021: Ekonomi mula pulih, dengan KDNK meningkat kepada RM1,390.9 bilion. Pertumbuhan sebenar sekitar 3.32%, mencerminkan permulaan pemulihan ekonomi.• 2022: Pemulihan yang lebih kukuh dengan KDNK melonjak ke RM1,514.1 bilion.Pertumbuhan tahunan tinggi sekitar 8.86%, didorong oleh pembukaan semula sektor ekonomi dan peningkatan aktiviti perdagangan serta pelaburan.• 2023: Ekonomi terus berkembang dengan KDNK mencecah RM1,568.0 bilion.Walaupun pertumbuhan lebih sederhana sekitar 3.56%, ia mencerminkan kestabilan pasca-pandemik.KesimpulanRajah 1.2 menunjukkan trend menaik yang konsisten dalam ekonomi Malaysia selepas kemelesetan pada tahun 2020. Pertumbuhan paling ketara berlaku pada tahun 2022, manakala pada tahun 2023 ekonomi terus menunjukkan pemulihan yang stabil.Kadar Inflasi1 Kadar kenaikan tingkat harga umum pada sesuatu tahun berbanding tahun sebelumnya.Kadar inflasi = 1HP1 – 1HP01HP0 × 100dengan,IHP0 = Indeks harga pengguna tahun sebelumnya IHP1 = Indeks harga pengguna tahun semasa2 Indeks harga pengguna (IHP) ialah ukuran purata perubahan tingkat hargaumum pada sesuatu tahun berbanding dengan harga tahun asas.Kadar PengangguranKadar pengangguran = Jumlah penganggurJumlah tenaga buruh × 1001 Peratusan jumlah tenaga buruh yang tidak produktif berbanding jumlah tenaga buruh dalam sesebuah negara pada suatu tahun.atau,Kadar pengangguran = Jumlah tenaga buruh – Jumlah guna tenagaJumlah tenaga buruh × 100Pengenalan13BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 13 10/31/2025 4:15:52 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Jadual 1.2 Konsep penting yang berkaitan dengan tenaga buruhKonsep HuraianJumlah tenaga buruhJumlah penduduk yang berumur dalam lingkungan 15–64 tahun tetapi tidak termasuk golongan pelajar, suri rumah tangga dan pesara.Jumlah guna tenagaJumlah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan produktif.Jumlah penganggurPerbezaan antara jumlah tenaga buruh dengan jumlah guna tenaga.Jumlah penganggur = Jumlah tenaga buruh– Jumlah guna tenaga2 Sesebuah negara dianggap mencapai guna tenaga penuh apabila kadar pengangguran kurang daripada 4%.Imbangan Pembayaran Imbangan pembayaran diperoleh dengan mencampurkan imbangan akaun semasa dan imbangan akaun modal dan kewanganStruktur Imbangan PembayaranImbangan Pembayaran terdiri daripada tiga akaun utama:1 Akaun Semasa 2 Akaun Modal 3 Akaun Kewangan1 Akaun SemasaAkaun Semasa menrekodkan nilai eksport dan import barang nampak, nilai eksport dan import perkhidmatan, pendapatan primer dan pendapatan sekunder 2 Akaun Modal Akaun Modal merekodkan aliran masuk dan keluar modal yang berkaitan dengan pemindahan pemilikan aset kewangan dan bukan kewangan antara penduduk sesebuah negara dengan negara luar.3 Akaun Kewangan Akaun Kewangan merekodkan aliran masuk dan keluar dana yang berkaitan dengan pelaburan antarabangsa, melibatkan pemindahan hak milik aset kewangan antara penduduk sesebuah negara dengan penduduk negara luar. Hubungan antara Petunjuk Makroekonomi2 304826104 5 6 7 8 9 10Keluk Phillips: Hubungan antara inflasi dan pengangguranKadar pengangguran (%)Kadar inflasi (%)Rajah 1.3 Keluk Phillips – Hubungan antara inflasi dengan pengangguranContoh Pengiraan Imbangan Pembayaran MalaysiaRingkasan pengiraan bagi suku keempat 2023● Akaun Semasa: RM253.4 juta● Akaun Modal: RM0.1 bilion● Akaun Kewangan:–RM15.3 bilion Jumlah Imbangan Keseluruhan = Akaun Semasa + Akaun Modal + Akaun Kewangan = RM0.253 bilion + RM0.1bilion – RM15.3 bilion = – RM14.947 bilionHal ini menunjukkan terdapat aliran keluar bersih sebanyak RM14.947 bilion dalam Imbangan Pembayaran Malaysia bagi suku keempat 2023. KesimpulanPada tahun 2023, Malaysia mencatatkan lebihan dalam Akaun Semasa, terutamanya disumbangkan oleh lebihan dagangan barangan. Walau bagaimanapun, defisit dalam Akaun Kewangan menunjukkan aliran keluar modal yang lebih tinggi, yang mungkin disebabkan oleh pelaburan luar negara oleh penduduk Malaysia atau pengurangan pelaburan asing di Malaysia.InfoekstraPengenalan14BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 14 10/31/2025 4:15:52 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Rajah 1.3 ialah Keluk Phillips yang menunjukkan hubungan songsang antara kadar pengangguran dengan kadar inflasi2 Keluk menurun ke bawah menunjukkan apabila:(a) Pengangguran rendah, inflasi tinggi.(b) Pengangguran tinggi, inflasi rendah.3 Hal ini berlaku kerana apabila ramai orang bekerja (pengangguran rendah), permintaan barangan dan perkhidmatan meningkat, menyebabkan tekanan kenaikan harga (inflasi).4 Sebaliknya, apabila pengangguran tinggi, kuasa beli menurun dan inflasimenjadi rendah atau mungkin negatifHubungan antara Kadar Pertumbuhan Ekonomi dengan Kadar Pengangguran1 Hukum Okun (a) Hukum Okun menunjukkan hubungan antara pertumbuhan ekonomi dengan penganggaran.(b) Hukum Okun menyatakan terdapat hubungan songsang antara kadar pengangguran dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar. 2 Aplikasi di Malaysia(a) Kajian empirikal menunjukkan bahawa Hukum Okun berlaku di Malaysia, dengan pekali sekitar 1.75.(b) Ini bermakna setiap peningkatan 1% dalam kadar pengangguran dikaitkan dengan penurunan 1.75% dalam KDNK sebenar.(c) Faktor-faktor seperti strukturpasaranburuhdansektorinformalmempengaruhikekuatan hubungan iniPendapatan Negara (Keluaran Negara Kasar)1 Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktorpengeluaran milik sesebuah negara dalam tempoh setahun.2 Keluaran Negara Kasar menggambarkan ukuran prestasi atau pencapaian ekonomi sesebuah negara.3 Dapat dibezakan kepada:(a) Keluaran negara potensiTingkat keluaran negara yang dicapai oleh sesebuah negara dalam tempoh setahun pada tingkat guna tenaga penuh. Mengukur tingkat keluaran maksimum yang dapat dicapai oleh sesebuah negara.(b) Keluaran negara sebenarTingkat keluaran negara yang sebenar dicapai oleh sesebuah negara dalam tempoh setahun berdasarkan permintaan agregat, iaitu jumlah permintaan oleh semua golongan pengguna.Kitaran Perniagaan1 Keadaan ekonomi yang melambung dan meleset dalam jangka masa tertentu.2 Mewujudkan perbezaan antara KNK potensi dengan KNK sebenar yang dinamakan jurang KNK.Kegunaan Hukum Okun● Membantu dalam peramalan ekonomi dan penetapan dasar fiskal serta monetari.● Digunakan untuk menilai kesan pengangguran terhadap pertumbuhan ekonomi.● Membantu dalam analisis kitaran perniagaan.InfoekstraInfomindaKadar pengangguran dan kadar inflasi Malaysia dari tahun 2020 hingga 2023TahunKadar Pengangguran (%)Kadar Inflasi(%)2020 4.5 -1.12020 4.6 2.52022 3.8 3.32023 3.4 2.5Dari 2021 ke 2022, pengangguran menurun dan inflasi meningkat menyokong Keluk Phillips.Dari 2022 ke 2023, pengangguran terus menurun tetapi inflasi menurun tidak konsisten dengan Teori Phillips.Secara keseluruhan, data ini sebahagiannya menyokong Keluk Phillips, tetapi terdapat pengecualian yang menunjukkan hubungan ini tidak sempurna, mungkin disebabkan faktor lain seperti dasar fiskal, global supply shock atau pasaran buruh yang berubah. Pengenalan15BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 15 10/31/2025 4:15:52 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Pendapatannegara benar (Y)TahunT2 T4 T1 T3 T5Pendapatan negara sebenar (Ye)Pendapatan negara potensi (Yf)0abcdefgRajah 1.4 Kitaran perniagaan3 Berdasarkan Rajah 1.4, kitaran perniagaan di atas menunjukkan keadaan atau fasa ekonomi:• Puncak (titik a) KNK sebenar berada pada tahap paling tinggi dan berada di atas KNK potensi.• Pada fasa penguncupan/kemerosotan ekonomi (dari a ke c) walaupun KNK sebenar mula menurun, namun KNK sebenar masih lebih tinggi daripada KNK potensi. • Pada fasa kemelesetan ekonomi (dari c ke e), KNK sebenar adalah lebih rendahdaripada KNK potensi.• Jurang (titik e), iaitu KNK sebenar berada pada tahap paling rendah dan berada di bawah KNK potensi.• Pada fasa pemulihan (dari e ke f), walaupun KNK sebenar mula meningkat,KNK sebenar masih lebih rendah daripada KNK potensi.• Pada fasa pengembangan (dari f ke g),KNK sebenar lebih tinggi daripada KNK potensi.• Guna tenaga penuh(titik cdanf),iaituKNK sebenar sama dengan KNK potensi.4 Rajah 1.4 menunjukkan kitaran perniagaan yang menggambarkan tiga keadaan berikut:KeadaanPerkaraPengembangan EkonomiKemelesetan EkonomiKestabilan EkonomiYe dan Yf Ye melebihi Yf Yf melebihi Ye Ye = YfBahagian pada keluk fg ce Titik c dan fJangka masaAntara tahun T4dengan tahun T5Antara tahun T2dengan tahun T3Tahun T2 dan T4Kadar pertumbuhan ekonomiPositif Negatif StabilKadar pengangguranRendah Tinggi Guna tenaga penuh tercapaiSemak Cepat 1.3Apakah kesan ekonomi jika KNK sebenar melebihi KNK potensi?Pengenalan16BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 16 10/31/2025 4:15:53 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Aliran pusingan pendapatan ialah pergerakan berterusan barangan, perkhidmatan dan wang antara isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar.2 Aliran fizikal: Faktor pengeluaran dan barangan/perkhidmatan.3 Aliran wang: Pembayaran seperti upah, sewa, bunga, untung, C, S, I, T, G, X, M.4 Dalam model dua sektor: Isi rumah bekal faktor → firma hasilkan barangan. (aliran fizikal) dan firma bayar pendapatan → isi rumah belanja (C) → tabungan (S) → pelaburan firma (I).5 Dalam model tiga sektor: Cukai (T) kurangkan pendapatan boleh guna, Perbelanjaan kerajaan (G) naikkan permintaan agregat.6 Kerajaan mengutip cukai dan belanja melalui subsidi, gaji dan pembelian.7 Dalam empat sektor, Eksport (X): Suntikan – firma terima bayaran dari luar negara dan Import (M): Bocoran – bayaran ke luar negara. Bocoran: S + T + M Suntikan: I + G + X8 Matlamat makroekonomi adalah untuk mencapai kestabilan dan kesejahteraan ekonomi secara menyeluruhMatlamat Makroekonomi KepentinganKestabilan harga Menjaga kadar inflasi agar rendah dan stabil bagi melindungi kuasa beli pengguna dan mengekalkan daya saing antarabangsaGuna tenaga penuh Menggunakan sumber dengan optimum bagi mengurangkan pengangguran, dapat meningkan hasil cukai dan mengurangkan kos sosialPertumbuhan ekonomi mampan KDNK yang stabil berterusan dapat meningkatkan pendapatan negara, mewujudkan peluang pekerjaan dan menjamin kesejahteraan masa depan.Imbangan pembayaran mampan Keluar masuk mata wang asing yang stabil dapat menstabilkan mata wang tempatan, membiayai import dan hutang luar serta dapat menarik pelabur asing 9 Isu makroekonomi perlu ditangani untuk mengelakkan pelbagai masalah ekonomiIsu Huraian Inflasi tinggi Permintaan melebihi penawaran, kos pengeluaran dan harga import naik. Kesannya, dan taraf hidup menurun, kos sara hidup meningkat dan tabungan serta pelaburan menurun.Pengangguran tinggi Pengangguran yang tinggi mempunyai kesan negatif seperti taraf hidup merosot, kadar kemiskinan akan meningkat dan hasil kerajaan menurun.Kemelesetan ekonomi Aktiviti ekonomi yang merosot berpanjangan akan membawa kesan buruk. Sebagai contoh KDNK akan menurun, pengangguran meningkat, pelaburan menurun dan masalah sosial akan meningkat.Defisit imbangan pembayaran berterusanDefisit yang berpanjangan akan mengurangkan pelaburan asing, menurunkan nilai mata wang dan ini menyukarkan untuk membiayai import.Rumusan Bab 1Pengenalan17BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 17 10/31/2025 4:15:53 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 Dasar makroekonomi Dasar Maksud Dasar Fiskal Langkah-langkah oleh kerajaan yang melibatkan perubahan cukai dan perubahan perbelanjaan kerajaan.Dasar Monetari Langkah-langkah oleh kerajaan melalui bank pusat yang melibatkan perubahan kadar bunga dan perubahan penawaran wang.Dasar Pertukaran Asing Langkah kerajaan atau bank pusat mengawal nilai mata wang untuk mempengaruhi permintaan agregat dalam ekonomi.Dasar Sebelah Penawaran Langkah-langkah oleh kerajaan yang mempengaruhi penawaran agregat seperti peningkatan teknologi, kecekapan buruh dan penyelidikan.11 Petunjuk makroekonomi utama terdiri daripada:(a) Kadar pertumbuhan ekonomi(b) Kadar inflasi(c) Kadar pengangguran(d) Imbangan pembayaran12 Kadar pertumbuhan ekonomi merujuk perubahan peratusan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar atau Keluaran Negara Kasar (KNK) benar dari satu tahun ke tahun berikutnya. 13 Kadar pengangguran merupakan peratusan jumlah tenaga buruh yang tidak bekerja berbanding dengan jumlah keseluruhan tenaga buruh dalam sesebuah negara pada suatu tempoh tertentu.14 Imbangan pembayaran ialah penyata kewangan yang merekodkan nilai semua urus niaga dan aliran wang antara negara dalam satu tahun. Ianya merupakan alat untuk mengukur keadaan perdagangan luar negara.15 Keluk Phillips digunakan untuk menunjukkan hubungan antara kadar pengangguran dan inflasi, iaitu apabila kadar pengangguran tinggi inflasi rendah.16 Hukum Okun menyatakan terdapat hubungan songsang antara kadar pengangguran dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar.17 Keluaran Negara Kasar menggambarkan ukuran prestasi atau pencapaian ekonomi sesebuah negara.18 Kitaran perniagaan menunjukkan tujuh keadaan ekonomi yang berlaku dalam sesebuah negara berdasarkan hubungan antara KNK sebenar dengan KNK potensi.Pengenalan18BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 18 10/31/2025 4:15:53 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Lengkapkan tempat kosong berdasarkan rajah Aliran Pusingan Pendapatan di bawah.PetunjukAliran fizikalAliran wangAliran suntikanAliran bocoranCukaiInstitusi kewanganSektorkerajaanSektor luar negaraSektor firmaSektor isi rumahPerbelCanujkaaan kerajaanPierbelanjaan kerajaanEksportImportImportEksportPerbelanjaanPendapatan faktorTabungan PelaburanPasaran faktorPasaran baranganAliran pusingan pendapatan (empat sektor)(a) Aliran wang dari isi rumah kepada firma dalam bentuk perbelanjaan pengguna dikenali sebagai.(b) Firma membayar kepada isi rumah sebagai ganjaran kepada faktor pengeluaran.(c) Cukai yang dibayar oleh isi rumah kepada kerajaan disebut sebagai .(d) Pembayaran kepada luar negara untuk pembelian barangan/perkhidmatan dikenali sebagai .(e) Kerajaan menyuntik wang ke dalam ekonomi melalui kepada firma.2 Matlamat utama makroekonomi ialah , guna tenaga penuh, pertumbuhan ekonomi mampan dan imbangan pembayaran yang .3 Inflasi berlaku apabila permintaan agregat melebihi .4 Dasar fiskal mengembang dilaksanakan dengan cara cukai dan perbelanjaan kerajaan.5 Tiga instrumen utama dasar sebelah permintaan ialah dasar , dasar dan langsung.6 Dasar fiskal melibatkan perubahan dalam kerajaan dan .7 Dasar monetari dikendalikan oleh pusat melalui perubahan dalam kadar dan penawaran wang.8 Dasar sebelah penawaran bertujuan untuk meningkatkan agregat dengan meningkatkan keupayaan ekonomi.9 Antara langkah dalam dasar sebelah penawaran ialah pengurangan pendapatan dan cukai input yang diimport.Tinjau BabPengenalan19BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 19 10/31/2025 4:15:53 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 Galakan fiskal dan insentif pelaburan diberikan untuk menggalakkan dan .11 Kadar pertumbuhan ekonomi diukur berdasarkan perubahan dalam negara kasar (KDNK) benar dari tahun ke tahun.12 Kadar inflasi menunjukkan kadar peningkatan umum dalam barang dan perkhidmatan dalam tempoh tertentu.13 Kadar pengangguran merujuk kepada peratusan tenaga buruh yang tidak mempunyai .14 Imbangan pembayaran mencatatkan semua transaksi sesebuah negara dengan negara lain.1 Dasar fiskal yang dijalankan oleh kerajaan untuk mengatasi kemerosotan ekonomi ialahA mengurangkan cukai pendapatan.B mengurangkan gaji kakitangan kerajaan.C menangguhkan pembinaan empangan air.D mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk biasiswa pelajaran.2 Antara berikut, yang manakah merupakan cara pengiraan kadar pengangguran yang betul?A Jumlah penganggurJumlah penduduk × 100B Jumlah penganggurJumlah guna tenaga × 100C Jumlah penganggurJumlah tenaga buruh × 100D Jumlah penganggurJumlah penduduk 15–64 tahun × 1003 Jika Keluaran Negara Kasar sebenar kurang daripadaKeluaran Negara Kasar potensi, makaA guna tenaga buruh adalah tinggi.B pertumbuhan ekonomi berlaku.C pengangguran berlaku.D inflasi berlaku.4 Antara pemboleh ubah yang berikut, yang manakah bukan pemboleh ubah dalam aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor?A Perbelanjaan awamB Perbelanjaan eksportC Penggunaan isi rumahD Pembentukan modal tetap kasar5 Jadualdi bawahmenunjukkanindekshargapenggunabagi sebuah negara pada tahun 2024 dan 2025.Tahun Indeks harga pengguna2024 106.82025 108.6 Kadar inflasi pada tahun 2025 ialahA 1.8%B 1.7%C 1.6%D 1.5%6 Kerajaan harus mengambil langkah berikut apabila berlaku inflasi kesan pertumbuhan ekonomi yang pesat, kecualiA mengurangkan kadar cukai pendapatan.B meningkatkan kadar cukai pendapatan.C mengurangkan perbelanjaan kerajaan.D menjalankan dasar fiskal menguncup.Bahagian A Soalan Aneka PilihanJawab semua soalan.Fokus STPM 1Pengenalan20BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 20 10/31/2025 4:15:53 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
7 Jadual di bawah menunjukkan butiran penduduk,tenaga buruh dan guna tenaga bagi Negara Jaya padatahun 2025.Butiran Juta orangJumlah penduduk 15–64 tahun 8.45Jumlah tenaga buruh 7.05Jumlah guna tenaga 6.55 Kadar pengangguran di Negara Jaya pada tahun 2025ialahA 16.6%B 7.1%C 5.9%D 1.9%8 Yang manakah bukan peranan firma?A Pembeli faktor pengeluaranB Pengguna barang dan perkhidmatanC Pengeluar barang dan perkhidmatanD Pengeksport barang dan perkhidmatan9 Yang berikut merupakan petunjuk makroekonomi yang dapat menggambarkan pencapaian ekonomi sesebuah negara, kecualiA kadar pengangguran.B keluaran negara kasar.C perbelanjaan kerajaan.D imbangan akaun dagangan.10 Dasar monetari ialah dasar kerajaan untukA mempengaruhi aktiviti ekonomi melalui perubahan perbelanjaan kerajaan dan cukai.B mempengaruhi aktiviti ekonomi melalui perubahan penawaran wang dan kadar bunga.C merapatkan jurang pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin.D meningkatkan taraf kebajikan rakyat melaluiperbelanjaan awam.11 Jika jumlah buruh yang menganggur di sebuah negaraialah 6 juta orang manakala 48 juta orang yang lain bekerja, kadar pengangguran di negara tersebut ialahA 12.5%B 11.1%C 8.5%D 3.0%12 Berikut merupakan petunjuk makroekonomi yang positif bagi sebuah negara kecualiA kenaikan kadar inflasi.B lebihan akaun dagangan.C kejatuhan kadar pengangguran.D kenaikan Keluaran Negara Kasar.13 Pemboleh ubah suntikan dalam aliran pusingan pendapatan ialahA penggunaan, pelaburan dan eksport.B pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan eksport.C tabungan, pelaburan dan perbelanjaan kerajaan.D penggunaan, pelaburan dan perbelanjaan kerajaan.14 Antara penyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai pertumbuhan ekonomi?A Apabila kadar pertumbuhan ekonomi bernilai negatif, keluaran negara pada tahun sebelumnyamelebihi keluaran negara pada tahun semasaB Apabila kadar pertumbuhan ekonomi bernilai positif, keluaran negara pada tahun semasamelebihi keluaran negara pada tahun sebelumnyaC Apabila kadar pertumbuhan ekonomi bernilai negatif, keluaran negara pada tahun semasamelebihi keluaran negara pada tahun sebelumnyaD Apabila kadar pertumbuhan ekonomi bernilai negatif, sesebuah negara mengalami kemelesetanekonomi15 Lebihan dalam imbangan pembayaran boleh menyebabkanA mata wang domestik menjadi semakin murah.B peningkatan rizab antarabangsa bank pusat.C agihan pendapatan lebih seimbang.D penurunan kos sara hidup rakyat.16 Jadual di bawah menunjukkan KeluaranDalam Negeri Kasar (KDNK) benar dan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada tahun 2015 dan 2016.Butiran 2015 2016IHP 152.5 160KDNK benar (RM juta) 160 173.50 Berapakah kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2016?A 3.35%B 4.92%C 8.44%D 9.00%Pengenalan21BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 21 10/31/2025 4:15:53 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Bahagian B Soalan EseiJawab semua soalan.1 Sebuah negara perlu mencapai pelbagai matlamat makroekonomi untuk menjamin kesejahteraan ekonomi rakyatnya. Walau bagaimanapun, negara tersebut kini sedang berdepan dengan inflasi yang tinggi dan pengangguran yang meningkat secara serentak. Berdasarkan pernyataan di atas, jawab soalan-soalan berikut: (a) Jelaskan dua matlamat utama makroekonomi yang ingin dicapai oleh sesebuah negara. [4] (b) Terangkan dua kesan buruk inflasi terhadap ekonomi sesebuah negara. [4] (c) Huraikan dua punca berlakunya pengangguran. [4] (d) Cadangkan satu langkah dasar ekonomi yang boleh diambil oleh kerajaan bagi menangani isu inflasi dan pengangguran serentak. [3]2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan petunjuk makroekonomi? [2] (b) Terangkan empat petunjuk makroekonomi. [8] (c) Jelaskan dasar fiskal dan dasar monetari yang dapat dilaksanakan untuk membendung inflasi. [5]3 (a) Terangkan empat fasa utama dalam kitaran perniagaan. [8] (b) Huraikan tiga kesan negatif fasa kemelesetan terhadap ekonomi sesebuah negara. [7]Bahagian C Soalan KuantitatifJawab semua soalan. Tunjukkan jalan pengiraan.1 Jadual di bawah menunjukkan matlumat penduduk, tenaga buruh, guna tenaga dan Keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK) sesebuah negara antara tahun 2021 hingga tahun 2023.Tahun Penduduk(juta)Tenaga buruh (’000)Guna tenaga (’000)Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) (RM juta)2021 29.70 13 083.40 12 632.10 751 4702022 28.50 13 261.30 12 737.50 786 6942023 29.55 13 645.70 13 226.70 827 602 (a) Hitung(i) kadar pengangguran [3](ii) kadar pertumbuhan ekonomi [2](iii) pendapatan per kapita [3]dari tahun 2021 hingga tahun 2023. (b) Berdasarkan jawapan (a)(i), adakah negara sudah mencapai guna tenaga penuh? Berikan alasan bagi jawapan anda. [2]Pengenalan22BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 22 10/31/2025 4:15:53 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Jadual berikut menunjukkan Keluaran Negara Kasar (KNK) potensi dan KNK sebenar sesebuah negara.Tahun KNK potensi (RM juta) KNK sebenar (RM juta)2020 2 000 1 9502021 2 100 2 1002022 2 200 2 1702023 2 300 2 250 (a) Nyatakan maksud KNK potensi dan KNK sebenar. [2] (b) Hitung jurang KNK bagi tahun 2020 hingga 2023. [2] (c) Berdasarkan jawapan anda dalam (b), apakah isu makroekonomi yang mungkin sedang dihadapi negara ini? Jelaskan. [2] (d) Cadangkan satu dasar ekonomi yang sesuai untuk menangani isu tersebut. Terangkan bagaimana dasar tersebut berfungsi. [2] (e) Pada tahun manakah negara ini berada dalam situasi guna tenaga penuh? Berikan sebab. [2]3 Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar dan Indeks Harga Pengguna(IHP) bagi dua buah negara pada tahun 2023 dan 2024.Butiran Negara X2023Negara X2024Negara Y2023Negara Y2023KDNK benar (RM juta) 45 600 46 470 62 300 63 800IHP 101.5 102.9 99.8 101.2 (a) (i) Berikan definisi KDNK benar. [2] (ii) Apakah yang dimaksudkan dengan indeks harga pengguna (IHP)? [2] (b) Hitung bagi Negara X dan Negara Y: (i) Kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2024. [2] (ii) Kadar inflasi pada tahun 2024. [2] (c) Berdasarkan pengiraan anda, buat dua kesimpulan tentang prestasi ekonomi dan kestabilan harga bagi kedua-dua negara tersebut. [2]Pengenalan23BAB1Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 23 10/31/2025 4:15:53 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
InfografikPerakaunan Pendapatan Negara 2BAB2.3 Kegunaan Data Pendapatan Negara2.4 Masalah Penghitungan Pendapatan NegaraKDNKKNKHarga pasaranHarga faktorKNBPendapatan Negara NominalPendapatan Negara BenarPendapatan BenarPer KapitaMasalah perbandingan taraf hidup2.5 Kelemahan Data Pendapatan NegaraAntaramasaAntaranegara2.1 Konsep Pendapatan Negara2.2 Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara• Kaedah keluaran• Kaedah perbelanjaan• Kaedah pendapatanPerakauan Pendapatan Negara24Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 24 10/31/2025 4:15:54 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2.1 Konsep Pendapatan Negara Maksud1 Pendapatan negara merupakan nilai barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara pada satu tahun tertentu.2 Keluaran negara juga dikenali sebagai pendapatan negara.KonsepKeluaran Dalam Negeri Kasar dan Keluaran Negara KasarKonsep Definisi/HuraianKeluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yangdikeluarkan di dalam sebuah negara oleh faktor pengeluaranmilik negara itu atau milik negara asing dalam setahun.Keluaran Negara Kasar (KNK)Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yangdikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara yang beradadi dalam negara dan di luar negara.KNK = KDNK + PFbLN atau KDNK = KNK – PFbLNDimana,• PFbLN ialah pendapatan faktor bersih dari luar negara• PFbLN ialah perbezaan antara pendapatan faktor yang diterima dari luar negeri • PFbLN positif apabila KNK > KDNK• PFbLN negatif apabila KNK < KDNKPendapatan faktor bersih luar negara boleh dihitung berdasarkan rumus:PFbLN = KNK-KDNKContoh Pengiraan 1Diberi KDNK tahun 2023 ialah sebanyak RM410,000 juta dan pendapatan faktor bersih luar negeri sebanyak –RM1,200 juta. Hitung Keluaran NegariKasar(KNK) bagi tahun ini.KNK = KDNK + PFbLN= RM410,000 + (–RM1,200)= RM408,800 jutaApabila PFbLN bernilai negatif, maka KDNK adalah lebih besar daripadaKNK. Pengiraan 2Diberi KNK tahun 2022 ialah RM439,700 juta dan pendapatan faktor bersihluar negeri (PFbLN) ialah RM1,200 juta. Hitung Keluaran Dalam Negari Kasar (KDNK) bagi tahun 2022.KDNK = KNK – PFbLN= RM439,700 – RM1,200= RM438,500 jutaApabila PFbLN bernilai positif, maka KDNK adalah lebih kecil daripada KNK.Perakaunan Pendapatan Negara25BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 25 10/31/2025 4:15:54 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KNK atau KDNK pada Harga Pasaran dan KNK atau KDNK pada KosKonsep Definisi/HuraianKNK pada harga pasaran (KNK hp)Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yangdikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negaraberdasarkan harga di pasaran, iaitu harga pembeli.KNK pada kos faktor atau harga faktor (KNKkf atau KNKhf)Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yangdikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negaraberdasarkan bayaran kepada faktor pengeluaran, iaitu kos pengeluaran.KDNK pada harga pasaran (KDNKhp)Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkanoleh faktor pengeluaran milik negara itu dan milik negaraasing berdasarkan harga di pasaran atau harga pembeli.KDNK pada kos faktor atau harga faktor (KDNKkf atau KDNKHF)Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yangdikeluarkan di dalam sebuah negara oleh faktorpengeluaran milik negara itu atau milik negara asing berdasarkan bayaran kepada faktor pengeluaran, iaitu kos pengeluaran.KNKkf = KNKhp – CTL + B atau KDNKkf = KNKhp – CTL + BKNKhp = KNKkf + CTL – B atau KDNKhp = KDNKkf + CTL – Bdengan,• CTL ialah cukai tak langsung yang menaikkan harga pasaran• B ialah subsidi yang menurunkan harga pasaran• CTL > B apabila KNKhp > KNKkf atau apabila KDNKhp > KDNKkf• CTL < B apabila KNKhp < KNKkf atau apabila KDNKhp < KDNKkf• CTL = B apabila KNKhp = KNKkf atau apabila KDNKhp = KDNKkfContoh PengiraanJika Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran bagi sesuatu tahun ialahRM1,700,000 juta, cukai tidak langsung (termasuk cukai jualan, GST, eksais, duti import) ialah RM53,500 juta dan subsidi (termasuk subsidi petrol, elektrik, makanan, dan pertanian) ialah RM23,800 juta. Hitung Keluaran Dalam Negeri Kasar kos faktorKDNKkf = KDNKhp − CTL + B= RM1,700,000 – RM53,500 + RM23,800= RM1,700,000 – RM29,700= RM1,670,300 juta ● Cukai tak langsung menyebabkan harga pasaran naik● Subsidi menyebabkan kos faktor turunInfoekstraPerakaunan Pendapatan Negara26BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 26 10/31/2025 4:15:54 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Keluaran Negara Kasar (KNK) dan Keluaran Negara Bersih (KNB)Konsep Definisi/HuraianKeluaran NegaraBersih (KNB)Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yangdikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara setelah ditolak susut nilai.KNB = KNK – Susut nilai atau KNK = KNB + Susut nilaidengan,susut nilai ialah nilai barang modal yang mengalami kehausan nilai apabila digunakan pada tahun berkenaan.KNB < KNK akibat susut nilai barang modal.Konsep Definisi/HuraianKNK nominal Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihitungberdasarkan tingkat harga tahun semasa.KNK benar Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihitungberdasarkan tingkat harga tahun asas, iaitu harga tetap.KNK benar = KNK nominal # 1001HP1 KNK nominal = KNK benar # 1HP1100dengan,IH1 ialah indeks harga semasa yang mengukur perubahan harga secara purata bagi tahun semasa berbanding harga tahun asas.• Jika IHP1 > 100, maka KNK nominal > KNK benar• Jika IHP1 < 100, maka KNK nominal < KNK benar• Jika IHP1 = 100, maka KNK nominal = KNK benarContoh PengiraanJika Keluaran Negara Kasar semasa tahun 2025 ialah RM550,000 juta dan Indeksharga Pengguna tahun 2025 ialah 110,Hitung Keluaran Negara Kasar benar tahun 2025.KNK benar 2025 = KNK nominal # 1001HP1= RM 50,000 # 100110= RM500,000 jutaApabila indeks harga pengguna tahun 2025 lebih besar daripada 100, maka KNK semasa adalah lebih besar daripada KNK benar. Perakaunan Pendapatan Negara27BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 27 10/31/2025 4:15:54 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
• Jika IHP1 > 100, maka KNK nominal > KNK benar• Jika IHP1 < 100, maka KNK nominal < KNK benar• Jika IHP1 = 100, maka KNK nominal = KNK benarKNK/KDNK Per Kapita dan KNK/KDNK Benar Per KapitaKonsep Definisi/HuraianKNK/KDNK perkapita Pendapatan purata bagi setiap penduduk.KNK/KDNK perkapita benarPendapatan benar purata bagi setiap penduduk.KNK/KDNK per kapita = KNK / KDNKJumlah PendudukKNK / KDNK benar per kapita = KNK / KDNK benarJumlah PendudukSemak Cepat 2.11 Berikan definisi konsep berikut: (a) Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)(b) Keluaran Negara Kasar (KNK)2 Terangkan sebab KDNKhp melebihi KDNKkf.3 Apakah butiran yang membezakan KNK pada kos faktor dengan KDNK pada hargapasaran?2.2 Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara 1 Pendapatan negara dapat dihitung dengan mengggunakan tiga kaedah, iaitu:(a) Kaedah keluaran (nilai ditambah)(b) Kaedah perbelanjaan (nilai barang akhir)(c) Kaedah pendapatan (bayaran faktor)2 Malaysia hanya menggunakan kaedah keluaran dan kaedah perbelanjaan untuk menghitung pendapatan negara. Kaedah pendapatan tidak digunakan di Malaysia.Kaedah Keluaran (Nilai Ditambah)1 Mengikut kaedah ini, pendapatan negara dihitung dengan menjumlahkan semua nilai tambah yang dihasilkan pada semua peringkat pengeluaran dalam jangka masa tertentu. 2 Nilai tambah merupakan perbezaan antara nilai jualan sesuatu barang dengan kos pembelian input yang digunakan oleh firma dalam pengeluarannya.Nilai tambah = Nilai jualan barang – Nilai belian atauNilai tambah = Harga keluaran – Kos input 3 Maka, nilai tambah boleh ditakrifkan sebagai peningkatan nilai sesuatu barangyang terhasil setelah melalui proses pengeluaran dalam sesebuah aktiviti ekonomi.• Pendapatan per kapita memberikan indikasi terhadap keupayaan kewangan penduduk sesebuah negara untuk berbelanja dalam sesuatu tahun tertentu.• Ia merupakan pengukur taraf hidup rakyat untuk perbandingan antara masa dengan antara negara.InfoekstraPerakaunan Pendapatan Negara28BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 28 10/31/2025 4:15:55 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Jadual 2.1 Contoh pengiraan nilai tambahAktiviti PengeluaranKos Input/ (Nilai Belian RM)Harga Jualan / Nilai Keluaran(RM)Nilai Tambah(RM)Petani menanam dan menuai kapas 0 100 100 – 0 = 100Kilang memproses kapas menjadi kain 100 300 300 − 100 = 200Kilang menjahit kain menjadi baju T-shirt 300 600 600 − 300 = 300Butik pakaian menjual baju kepada pengguna 600 800 800 – 600 = 200Jumlah nilai ditambah 800(a) Nilai tambah berlaku pada setiap peringkat apabila input diubah dan dijual pada harga yang lebih tinggi. Sebagai contoh, aktiviti menanam dan menuai kapas menghasilkan kapas yang bernilai RM10 dengan andaian tiada belian input daripada firma lain. Kapas tersebut dijual kepada kilang. Maka, RM100 ialah belian input bagi kilang tekstil. (b) Kilang tekstil menghasilkan kain kapas yang dijual kepada syarikat pengeluar baju dengan harga RM300.Maka, nilai ditambah ialah (300 – 100) = RM200.(c) Seterusnya, pihak kilang akan menjahit kain menjadi baju T-shirt dan menjualnya pada harga RM600 kepada butik. Nilai ditambahnya ialah (600 – 300) = RM300. (d) Harga akhir baju kepada pengguna ialah RM800, dan jumlah nilai ditambah sepanjang proses pengeluaran juga ialah RM800.Jumlah nilai ditambah = 100 + 200 + 300 + 200= RM800= Nilai jualan akhir baju(e) Penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah keluaranMengikut kaedah keluaran dalam pengiraan pendapatan negara, ekonomi dibahagikan kepada tiga sektor utama, iaitu sektor pertama, sektor kedua dan sektor ketiga.KomponenSektor Pengeluaran HuraianKeluaran Negara Bersih (KNB)• Terlibat dalam pengeluaran barang pertanian dan galian.• Contoh: Sektor pertanian (termasuk perikanan, perhutanan dan penternakan), sektor perlombongan dan kuari.Sektor perindustrian (sektor kedua)• Terlibat dalam pengeluaran barang perkilangan dan barang modal seperti pembinaan rumah dan bangunan.• Contoh: Sektor perkilangan dan sektor pembinaan.Sektor perkhidmatan (sektor ketiga)• Terlibat dalam pengeluaran barang tak nampak, iaitu perkhidmatan.• Contoh: Sektor kewangan dan insurans, sektor perhubungan dan pengangkutan dan sektor perkhidmatan kerajaan.Perakaunan Pendapatan Negara29BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 29 10/31/2025 4:15:55 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Semasa mengira pendapatan negara berdasarkan kaedah keluaran pada harga malar tahun 2000, bayaran perkhidmatan bank perlu ditolak bagi mengelakkan berlakunya pengiraan dua kali memandangkan ia telah dimasukkan dalam pengiraan nilai tambah sektor kewangan. Walau bagaimanapun, mulai harga malar tahun 2005, bayaran tersebut tidak lagi perlu ditolak.Infoekstra Jadual 2.2 KDNK Malaysia mengikut jenis aktiviti ekonomi mengikut kaedah keluaran(pada harga malar tahun 2015) Aktiviti Ekonomi Tahun 2023 (RM juta)þPertanian 100,812Perlombongan dan kuari 97,312Pembuatan 366,694Pembinaan 56,659Perkhidmatan 927,904Utiliti 41,411Perdagangan borong dan runcit 281,372Makanan, minuman dan penginapan 47,305Pengangkutan dan penyimpanan 62,782Maklumat dan komunikasi 102,828Kewangan dan insurans 104,189Hartanah dan perkhidmatan perniagaan 105,995Perkhidmatan lain 38,156Perkhidmatan kerajaan 143,868+ Cukai Import 18,392KDNK harga pasaran 1,567,974Þ – unjuran Sumber: Diubah suai daripada Tinjauan Ekonomi 2023: Jabatan Perangkaan Negara MalaysiaBerdasarkan Jadual 2.2, sumbangan pelbagai sektorterhadapKDNKtahun 2023 boleh dihitung:Sumbangan Sektor Pertama RM(100,812 + 97,312)RM1,567,974# 100 = 12.64%Sumbangan Sektor Kedua RM(366,694 + 56,659)RM1,567,974# 100 = 27.0%Sumbangan Sektor Ketiga RM927,904RM1,567,974# 100 = 59.18%Sumbangan setiap sektor telah dihitung. Rumusan yang didapati ialah sumbangan sektor ketiga adalah sangat penting kerana telah memberikan sumbangan paling besar terhadap KDNK, iaitu 59.18%, diikuti sektor kedua sebanyak 27.0% dan sektor pertama sebanyak 12.64% .Rumus Kaedah KeluaranKDNKhp = Sektor pertama + Sektor kedua + Sektor ketiga + Cukai importKNKhp = KDNKhp + PFbLNKNKkf = KNKhp – CTL + BKNBkf = KNKkf – Susut nilaiInfomindaSelain mengukur peratusan sumbangan komponen setiap sektor ekonomi kepada KDNK, penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah keluaran atau nilai ditambah juga menghitung kadar pertumbuhan setiap sektor berdasarkan nilai sumbangan KDNK setiap sektor dari tahun ke tahun;Kadar pertumbuhan sektor:= Nilai sumbangan – Nilai sumbangan kepada KDNKt – kepada KDNK(t-1)Nilai Sumbangan kepada KDNK( t-1)# 100Perakaunan Pendapatan Negara30BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 30 10/31/2025 4:15:55 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Semak Cepat 2.21 Apakah yang dimaksudkan dengan nilai ditambah?2 Lengkapkan jadual di bawah dengan menghitung nilai ditambah:Jenis kegitan dan keluaran Nilai keluaran akhir (RM) Nilai ditambah (RM)Menebang pokok 100Memproses papan 350Menghasilkan meja 660Jumlah nilai ditambahKaedah Perbelanjaan (Nilai Barang Akhir)1 Mengikut kaedah ini, pendapatan negara dihitung dengan menjumlahkan semua perbelanjaan terhadap barang akhir dan perkhidmatan yang dilakukan oleh semua sektor isi rumah, firma, kerajaan dan juga sektor luar negara bagi satu tempoh tertentu.2 Bentuk perbelanjaan yang dihitung adalah seperti berikut:Komponen Perbelanjaan HuraianPenggunaan isi rumah (C)• Perbelanjaan oleh sektor isi rumah terhadap barang pengguna.• Contoh: Pembelian pakaian, barang elektrik dan perbelanjaan harian.• Dinamakan juga sebagai penggunaan swasta.Pelaburan kasar firma (I)• Perbelanjaan oleh sektor firma terhadap barang modal.• Contoh: Pembelian jentera dan pembinaan kilang.• Dinamakan juga sebagai perbelanjaan pelaburan atau pembentukan modal tetap kasar swasta.Perbelanjaan kerajaan (G)• Perbelanjaan oleh sektor kerajaan terhadap barang pengguna (penggunaan awam) dan barang modal (pelaburan awam).• Dinamakan juga sebagai perbelanjaan awam.Perbelanjaan sektor luar negara (X_M)• Perbelanjaan oleh sektor asing terhadap barang eksport (X) dan import (M).• Nilai eksport dihitung kerana eksport merupakan perbelanjaan penduduk negara asing terhadap keluaran sebuah negara.• Nilai import ditolak kerana import merupakan perbelanjaan penduduk sebuah negara terhadap keluaran negara asing.• Dinamakan juga sebagai eksport bersih.Perubahan stok atau inventori• Sejumlah barang yang dihasilkan tetapi tidak dapat dijual pada sesuatu tahun (stok akhir) dan dijual pada tahun berikutnya (stok awal).• Jadi, perubahan stok ialah perbezaan antara stok akhir dengan stok awal.Perakaunan Pendapatan Negara31BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 31 10/31/2025 4:15:55 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 Mengikut kaedah perbelanjaan, dengan menjumlahkan perbelanjaan semua sektor pengguna, akan menghasilkan Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran KDNKhp.Rumus Kaedah PerbelanjaanKDNKhp = C + I + G + (X-M), iaitu: = Perbelanjaan penggunaan (C awam dan C swasta) + Pembentukan modal tetap kasar (I awam dan I swasta) + Perubahan stok + Eksport bersihKNKhp = KDNKhp + PFbLNKNKkf = KNKhp – CTL + BKNBkf = KNKkf – Susut nilaiBerikut ialah contoh penghitungan pendapatan negara Malaysia mengikut kaedah perbelanjaan.Jadual 2.3 Penghitungan pendapatan negara Malaysia mengikut kaedah perbelanjaanJenis Perbelanjaan Tahun 2022 a(RM juta)Tahun 2023 þ(RM juta)A. Perbelanjaan penggunaan akhirSwasta (C) 909,562 951,892Awam (G) 199,922 206,556B. Pembentukan modal tetap kasarSwasta (I) 232,110 242,734Awam (G) 66,096 71,773C. Perubahan stok 24,106 25,991D. Eksport barang dan perkhidmatan (X) 1,126,873 1,035,882E. Import barang dan perkhidmatan (M) 1,044,529 966,855F. Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran (KDNKhp)1,514,140 1,567,974G. Pendapatan faktor bersih luar negeri 111,860 201,860 H. Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran (KNKhp)1,626,000 1,769,834a – anggaran Þ -unjuran Sumber: Diubah suai daripada Tinjauan Ekonomi 2023: Jabatan Perangkaan Negara MalaysiaDaripada contoh data yang diberikan, seperti kaedah keluaran sumbangan pelbagai komponen perbelanjaan terhadap KDNK juga boleh dihitung.Sumbangan Perbelanjaan Isi Rumah terhadap KDNKTahun Sumbangan Perbelanjaan Isi Rumah (C swasta)2022 RM909,562RM1,514,140# 100 = 60.07%2023 RM951,892RM1,567,974# 100 = 60.07%1 Sumbangan perbelanjaan isi rumah meningkat daripada 60.07% pada tahun 2022 kepada 60.70% pada tahun 2023. Hal ini menunjukkan peningkatan daya beli pengguna dan permintaan domestik yang lebih tinggi.Perakaunan Pendapatan Negara32BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 32 10/31/2025 4:15:55 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Perbelanjaan isi rumah terus menjadi pemacu utama dalam pertumbuhan ekonomi negara. Peningkatan ini mencerminkan sentimen pengguna yang positif, di mana isirumah mempunyai lebih banyak pendapatan boleh guna untuk dibelanjakan.3 Walaupun perbelanjaan isi rumah meningkat, komponen lain dalam KDNK seperti pelaburan dan eksport mungkin memberi sumbangan yang lebih rendah. Hal ini, menunjukkan ekonomi negara semakin bergantung pada penggunaan domestik.Sumbangan Pelaburan Firma terhadap KDNKTahun Sumbangan Pelaburan firma2022 RM(232,110 + 24,106)RM1,514,140# 100 = 256,2161,514,140# 100= 16.92%2023 RM(242,734 + 25,991)RM1,567,974# 100 = 268,7251,567,974# 100= 17.14%1 Pelaburan firma merangkumi pembentukan modal tetap kasar swasta dan perubahan inventori.2 Pada tahun 2022, jumlah pelaburan firma ialah RM256,216 juta, manakala KDNKkeseluruhan ialah RM1,514,140 juta. Sumbangan pelaburan firma terhadapKDNKialah 16.92%.3 Pada tahun 2023, jumlah pelaburan firma meningkat kepada RM268,725 juta,manakala KDNK ialah RM1,567,974 juta. Sumbangan pelaburan firma terhadapKDNK ialah 17.14%.4 Peningkatan sebanyak 0.22 peratus menunjukkan pertumbuhan pelaburan swasta yang stabil.5 Peningkatan ini mungkin mencerminkan:(a) Peningkatan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi negara.(b) Usaha firma meningkatkan kapasiti pengeluaran melalui pembelian mesin, bangunan dan peralatan.(c) Penambahan inventori sebagai persediaan untuk memenuhi permintaan masa hadapan.6 KesimpulanPelaburan firma memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Peningkatan sumbangan pelaburan terhadap K DNK menandakan aktiviti ekonomi yang lebih aktif dan menunjukkan bahawa sektorswasta bertindak sebagai pemacu utama pembangunan ekonomi negara.Sumbangan Perbelanjaan Kerajaan terhadap KDNKTahun Sumbangan Perbelanjaan Kerajaan (C awam + I awam)2022 RM(199,922 + 66,096)RM1,514,140# 100 = 266,0181,514,140# 100= 17.57%2023 RM(206,556 + 71,773)RM1,567,974# 100 = 278,3291,567,974# 100= 17.75%Perakaunan Pendapatan Negara33BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 33 10/31/2025 4:15:55 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Perbelanjaan kerajaan merangkumi perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan(C awam) dan pelaburan sektor awam (I awam). Pada tahun 2022, jumlah perbelanjaan kerajaan ialah RM266,018 juta, iaitu 17.57% daripada KDNK.2 Pada tahun 2023, perbelanjaan meningkat kepada RM278,329 juta, bersamaan 17.75% daripada KDNK. Peningkatan sebanyak 0.18 peratus menunjukkan kerajaan terus memainkan peranan aktif dalam merangsang pertumbuhanekonomi.3 Perbelanjaan ini tertumpu kepada sektor penting seperti pendidikan, kesihatan, infrastruktur dan keselamatan.4 KesimpulanPerbelanjaan kerajaan kekal sebagai komponen penting dalam KDNK, mencerminkan komitmen kerajaan dalam menyokong pembangunan ekonomi, meningkatkan kebajikan rakyat dan menyediakan persekitaran yang kondusifuntuk pertumbuhan jangka panjang.Sumbangan Sektor Luar terhadap KDNKTahun Sumbangan Eksport Bersih (Sektor Luar Negeri)2022 RM(1,126,873 – 1,044,529)RM1,514,140# 100 = 82,3441,514,140# 100= 5.44%2023 RM(1,035,882 – 966,855)RM1,567,974# 100 = 69,0271,567,974# 100= 4.44%1 Sektor luar negeri diukur melalui eksport bersih, iaitu perbezaan antara eksport dengan import barangan dan perkhidmatan.2 Pada tahun 2022, eksport bersih berjumlah RM82,344 juta, menyumbang 5.44% kepada KDNK. Manakala pada tahun 2023, eksport bersih menurun kepada RM69,027 juta, iaitu 4.40% daripada KDNK.3 Penurunan sebanyak 1.04 peratusan mata menunjuk kan sektor luaran menyumbang lebih rendah kepada pertumbuhan ekonomi berbanding tahun sebelumnya.4 Faktor penyumbang termasuk kemungkinan kelembapan permintaan global, penyusutan nilai eksport atau peningkatan import.5 KesimpulanSumbangan sektor luar negeri terhadap KDNK telah menurun, mencerminkan cabaran dalam perdagangan antarabangsa. Hal ini menekankan keperluan untuk memperkukuh daya saing eksport negara dan mempelbagaikan pasaran luar bagi mengurangkan kebergantungan kepada permintaan global yang tidak menentu. Kaedah Pendapatan1 Mengikut kaedah ini, pendapatan negara diperoleh dengan menjumlahkan nilai pendapatan yang diperoleh semua faktor pengeluaran yang terlibat dalam prosespengeluaran barang dan perkhidmatan, iaitu faktor pengeluaran yang produktif.2 Komponen bayaran kepada faktor pengeluaran.Perakaunan Pendapatan Negara34BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 34 10/31/2025 4:15:55 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Konsep Definisi/HuraianUpah dan gaji • Pendapatan kepada faktor buruh yang produktifsahaja, iaitu buruh yang menyumbang kepada keluaran negara.• Bayaran kepada buruh yang tidak produktif sepertielaun pengangguran dan biasiswa ditolak atau tidak dihitung sebab tidak menyumbang kepada keluaran negara. • Dinamakan bayaran pindahan.Sewa Pendapatan kepada faktor tanah yang digunakan dalamproses pengeluaran barang dan perkhidmatan.Bunga bersih • Pendapatan kepada faktor modal yang menyumbangkepada keluaran negara.• Oleh itu, bunga yang tidak produktif seperti bungaatas pinjaman pengguna dan bunga atas pinjaman kerajaan ditolak sebab tidak menyumbang kepada keluaran negara.Untung kasar • Keuntungan yang diperoleh faktor usahawan.• Terdiri daripada untung yang diagihkan atau dividen, untung tidak diagihkan dan cukai keuntungan syarikat.Pendapatan perusahaan persendirianNilai pendapatan yang diterima oleh perniagaan kecilkecilan seperti perniagaan tunggal, iaitu bayaran upah, sewa, bunga dan untung sukar diasingkan.Jadual 2.4 Contoh pengiraan kaedah pendapatanJenis Pendapatan RM juta RM jutaUpah dan gaji 20,000Bunga bersih 2,000Bunga kasar 4,000Tolak: Bunga atas pinjaman kerajaanBunga atas pinjaman pengguna1,500500Sewa 5,000Pendapatan perusahaan persendirian 8,000Keuntungan syarikat 11,000Untung yang dibahagikan (dividen) 7,000Untung yang tak diagihkan 3,000Cukai pendapatan syarikat 1,000Pendapatan Negara (KNB pada kos faktor) 46,0003 Penjumlahan nilai pendapatan semua faktor pengeluaran yang produktifmenghasilkan Keluaran Negara Bersih pada kos faktor (KNBkf).4 Dinamakan juga sebagai pendapatan negara (Pendapatan negara = KNBkf).● Bunga atas pinjaman kerajaan dan pinjaman pengguna tidak dimasukkan dalam pengiraan pendapatan negara mengikut kaedah pendapatan. Hal ini kerana pinjaman kerajaan digunakan untuk membiayai perbelanjaan seperti pertahanan, keselamatan dan subsidi, manakala pinjaman pengguna bertujuan untuk pembelian barangan dan perkhidmatan akhir bagi kegunaan peribadi, bukan untuk tujuan pelaburan.● Bayaran pindahan seperti pencen dan biasiswa juga tidak dimasukkan dalam pendapatan negara kerana ia merupakan pendapatan yang tidak melibatkan penggunaan faktor produktif dalam pengeluaran.InfoekstraDi negara Malaysia, kaedah pendapatan tidak diamalkan dalam penghitungan pendapatan negara. Hanya kaedah perbelanjaan dan kaedah keluaran yang diamalkan.InfoekstraPerakaunan Pendapatan Negara35BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 35 10/31/2025 4:15:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KNBkf = Upah/Gaji + Sewa + Bunga bersih + Untung kasar + Pendapatan perusahaan persendirianKonsep Pendapatan Persendirian dan Pendapatan Boleh Guna 1 Pendapatan persendirian ialah jumlah pendapatan yg diterima oleh semua individu di sesebuah negara dalam tempoh setahun tanpa mengambil kira sama pendapatan produktif atau tidak produktif.Pendapatan Persendirian = Pendapatan Negara + Bayaran pindahan + Bunga atas pinjaman kerajaan + Bunga atas pinjaman pengguna – Untung tidak dibahagikan – Cukai keuntungan syarikat – Caruman KWSP2 Pendapatan boleh guna ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam sesebuah negara setelah ditolak cukai pendapatan perseorangan.3 Pendapatan boleh guna juga merupakan pendapatan individu yang dapat dibelanjakan oleh isi rumah terhadap barang dan perkhidmatan selepas ditolak cukai pendapatan individu.Pendapatan Boleh Guna = Pendapatan perseorangan /individu – Cukai pendapatan individuPengiraan Pendapatan Negara sehingga Pendapatan Boleh Guna mengikut Kaedah PendapatanJadual 2.5 Contoh pengiraan pendapatan individu dan pendapatan boleh gunaButiran RM jutaUpah dan gaji 20,000Bunga bersih 2,000Sewa 5,000Pendapatan perusahaan persendirian 8,000Dividen 7,000Untung tidak dibahagikan 3,000Cukai keuntungan syarikat 1,000Pendapatan negara (KNBkf ) 46,000+ Bayaran pindahan 2,000+ Bunga atas pinjaman kerajaan 1,500+ Bunga atas pinjaman pengguna 1,000– Untung yang tak dibahagikan 3,000– Cukai keuntungan syarikat 1,000– Caruman KWSP 1,000Pendapatan Perseorangan 45,500– Cukai pendapatan individu 1,500Pendapatan Boleh Guna 44,000Perakaunan Pendapatan Negara36BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 36 10/31/2025 4:15:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Daripada data yang diberi, kita dapat merumuskan tiga tahap pengiraan utama dalam sistem pendapatan negara:1 Pendapatan Negara Kasar Faktor (KNBkf) Jumlah semua pendapatan yang diperoleh daripada faktor pengeluaran dalamekonomi.= 20,000 + 2,000 + 5,000 + 8,000 + 7,000 + 3,000 + 1,000= RM46,000 juta 2 Pendapatan milik individuselepaspelarasanterhadapbeberapa itemdalamKNBkf= 46,000 + 2,000 + 1,500 + 1,000 − 3,000 − 1,000 − 1,000= RM45,500 juta3 Pendapatan boleh gunaPendapatan yang boleh dibelanjakan oleh individu selepas ditolak cukai pendapatan.Pendapatan boleh guna = Pendapatan perseorangan −Cukai pendapatan individu= 45,500 − 1,500= RM44,000 jutaRingkasan Rumus:KNBkf = Semua pendapatan faktor (Gaji + Bunga + Sewa+ Dividen + dll.)Pendapatan perseorangan = KNBkf + (Pendapatan tambahan) −(Pendapatan bukan milik individu)Pendapatan boleh guna = Pendapatan perseorangan − Cukai pendapatanindividuSemak Cepat 2.31 Jelaskan perhubungan bagi konsep berikut:(a) Keluaran Dalam Negeri Kasar dan Keluaran Negara Kasar.(b) Pendapatan perseorangan dan pendapatan boleh guna.2 Diberi data seperti berikut:KNBkf : RM50,000 jutaBayaran pindahan : RM3,000 jutaBunga pinjaman kerajaan : RM2,000 jutaBunga pinjaman pengguna : RM1,000 jutaUntung tidak dibahagikan : RM4,000 jutaCukai keuntungan syarikat : RM1,000 jutaCaruman KWSP : RM1,000 jutaCukai individu : RM1,500 juta(a) Kira pendapatan perseorangan.(b) Kira pendapatan boleh guna.Perakaunan Pendapatan Negara37BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 37 10/31/2025 4:15:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2.3 Kegunaan Data Pendapatan Negara KegunaanDataPendapatanNegaraMengukur pertumbuhan ekonomiMengukur taraf hidupPetunjuk perubahan struktur ekonomiMengukur sumbangan sektor ekonomiAsas perancangan ekonomiData pendapatan negara digunakan:1 Sebagai pengukur pertumbuhan ekonomi(a) Data pendapatan negara digunakan untuk mengukur kadar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, iaitu perubahan dalam tingkat keluaran.(b) Kadar pertumbuhan ekonomi biasanya diukur menggunakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar yang mengambil kira perubahan harga.Kadar pertumbuhan ekonomi = KDNK benar(t) – KDNK benar( t-1)KDNK benar (t-1)# 100(c) Peningkatan dalam KDNK benar menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi, sekali gus mencerminkan prestasi ekonomi yang semakin baik.2 Sebagai pengukur taraf hidup(a) Data pendapatan negara juga digunakan untuk menilai taraf hidup atautahap kemakmuran rakyat dalam sesebuah negara, serta untuk membuat perbandingan taraf hidup antara negara.(b) Taraf hidup merujuk kualiti kehidupan yang dinikmati oleh penduduk,berdasarkan kuantiti dan jenis barangan serta perkhidmatan yang dapat dimiliki. Ukuran yang lazim digunakan ialah KDNK benar per kapita. KDNK benar per kapita = KDNK benar Jumlah penduduk(c) Semakin tinggi nilai KDNK benar per kapita, semakin tinggi taraf hiduprakyat. Jika kadar pertumbuhan pendapatan benar per kapita melebihi kadarpertumbuhan penduduk, taraf hidup rakyat akan meningkat.3 Mengukur sumbangan pelbagai sektor ekonomi(a) Melalui kaedah pengiraan berdasarkan keluaran, data pendapatan negara dapat menunjukkan nilai sumbangan setiap sektor utama ekonomi, iaitu sektor primer (pertanian), sekunder (perindustrian) dan tertier (perkhidmatan). (b) Nilai keluaran yang tinggi mencerminkan sumbangan besar sektor tersebut terhadap keseluruhan KDNK. Oleh itu, kepentingan relatif sesuatu sektorekonomi dapat dikenal pasti berdasarkan kadar sumbangannya kepada pendapatan negara. (c) Sektor yang menyumbang paling tinggi dianggap sebagai penyumbang utama dalam struktur ekonomi negara.● Semakin tinggi pendapatan per kapita, semakin baik kehidupan rakyat. Hal ini kerana rakyat mempunyai lebih banyak pendapatan untuk memenuhi keperluan harian, menikmati kemudahan awam dan meningkatkan taraf hidup mereka.● Pendapatan benar per kapita lebih sesuai digunakan untuk mengukur tingkat kebajikan masyarakat berbanding pendapatan per kapita pada harga semasa (nominal).InfoEkstraPerakaunan Pendapatan Negara38BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 38 10/31/2025 4:15:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Sumbangan sektor = Jumlah keluaran sektorPendapatan negara# 1004 Menilai perubahan struktur ekonomi(a) Struktur ekonomi merujuk peratusan sumbangan sektor-sektor ekonomi kepada KDNK. (b) Perubahan struktur ekonomi berlaku apabila terdapat peralihan dalam sumbangan sektor ekonomi daripada satu sektor kepada sektor lain secara ketara.(c) Sebagai contoh, jika sumbangan sektor pertanian menurun manakala, sektor perindustrian meningkat, ini menandakan perubahan daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan perindustrian. Maka, data pendapatan negara dapat digunakan untuk menilai tahap perubahan struktur ekonomi negara dari masa ke masa.5 Menjadi asas perancangan ekonomi(a) Maklumat yang terkandung dalam data pendapatan negara seperti perbelanjaan, keluaran dan pelaburan amat penting sebagai asas dalam penyediaan rancangan pembangunan ekonomi negara. (b) Kerajaan menggunakan data ini untuk merangka strategi ekonomi, meramal keperluan masa hadapan dan merancang agihan sumber secara lebih berkesan.Semak Cepat 2.4Isi tempat kosong di bawah dengan jawapan yang paling tepat berdasarkan pemahaman anda tentang topik \"Data Pendapatan Negara\".1 Jika kadar pertumbuhan benar per kapita melebihi kadar pertumbuhan penduduk, taraf hidup rakyat dijangka akan meningkat.2 Peralihan sumbangan sektor ekonomi daripada sektor pertanian kepada sektor perindustrian merupakan contoh perubahan dalam ekonomi.3 Data pendapatan negara yang dikumpul berdasarkan kaedah keluaran boleh menunjukkan sektor tertentu terhadap KDNK keseluruhan.4 Semakin tinggi nilai benar per kapita, semakin tinggi taraf hidup rakyat dalamsesebuah negara.5 Kerajaan merujuk data pendapatan negara untuk merancang strategi ekonomi dan mengagihkan secara lebih berkesan.2.4 Masalah Penghitungan Pendapatan Negara 1 Masalah penghitungan dua kali(a) Masalah ini berlaku apabila tidak dapat membezakan antara barang perantaraan dengan barang akhir dalam proses pengeluaran.(b) Sebagai contoh, tepung digunakan untuk menghasilkan roti. Jika nilai keduaduanya dihitung sekali gus, maka berlaku penghitungan dua kali kerana nilai tepung sudah pun termasuk dalam nilai roti. Hal ini menunjukkan pendapatan negara telah terlebih anggar.(c) Oleh itu, penting untuk membezakan antara barang perantaraan dengan barang akhir apabila mengira jumlah keluaran dalam ekonomi.(d) Masalah ini dapat dielakkan dengan menggunakan kaedah nilai ditambah atau hanya mengira nilai barang akhir sahaja.Perakaunan Pendapatan Negara39BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 39 10/31/2025 4:15:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang(a) Terdapat banyak kegiatan yang bersifat produktif dan menyumbang kepadaekonomi negara, namun tidak diambil kira dalam pengiraan pendapatan negara kerana tidak melibatkan bayaran wang.(b) Contohnya, kerja-kerja suri rumah dan aktiviti sukarela seperti gotong-royong.(c) Apabila kegiatan ini tidak diambil kira dalam pendapatan negara, ia menyebabkan nilai pendapatan negara menjadi lebih rendah daripada keadaan sebenar. Hal ini menunjukkan bahawa pendapatan negara telah terkurang anggar.3 Kegiatan produktif yang haram(a) Contoh kegiatan haram termasuk penyeludupan dan jualan barangan cetak rompak yang tidak direkodkan dalam statistik rasmi kerana tiada maklumat sah diperoleh.(b) Hal ini berlaku kerana aktiviti tersebut menyalahi undang-undang dan tidak diiktiraf secara rasmi dalam sistem ekonomi negara.(c) Walaupun kegiatan ini memberi pendapatan atau keuntungan kepada individu, ia tidak diambil kira dalam pengiraan pendapatan negara.(d) Akibatnya, pendapatan negara dianggarkan lebih rendah daripada nilai sebenar menyebabkan pendapatan negara telah terkurang anggar.4 Kegiatan produktif yang tidak dipasarkan(a) Dalam sesebuah ekonomi, terdapat barangan yang dihasilkan tetapi tidak dijual atau dipasarkan kepada umum.(b) Contoh yang biasa berlaku ialah dalam aktiviti sara diri sektor pertanian, di mana hasil pertanian digunakan sepenuhnya oleh petani dan keluarga mereka tanpa dijual.(c) Walaupun tidak dipasarkan, nilai keluaran ini tetap dianggap produktif danpatut diambil kira dalam pengiraan pendapatan negara kerana ia menyumbang kepada penggunaan dan kesejahteraan isi rumah. Walau bagaimanapun, nilai ini tidak diambil kira dalam pendapatan negara dan ini menyebabkan pendapatan negara telah terkurang anggar.5 Kesukaran dalam pengumpulan data dan maklumat(a) Kekurangan maklumat yang lengkap dan tepat menyukarkan proses pengiraan pendapatan negara secara menyeluruh.(b) Situasi ini sering berlaku kerana ada individu atau pihak tertentu cuba mengelak daripada membayar cukai, lalu tidak melaporkan pendapatan sebenar mereka.(c) Contohnya, pemilik perniagaan tunggal yang tidak mendedahkan jumlah keuntungan sebenar yang diperoleh dalam setahun.(d) Akibatnya, nilai pendapatan negara yang dihitung mungkin lebih rendah daripada jumlah sebenar, sekali gus menjejaskan ketepatan data ekonomi.6 Masalah penentuan harga barang(a) Pengiraan jumlah nilai keluaran negara bergantung pada tingkat harga pasaran.(b) Namun begitu, perbezaan harga bagi sesuatu barang boleh berlaku mengikut lokasi geografi dan tempoh masa tertentu.(c) Keadaan ini menimbulkan kesukaran untuk menetapkan harga yang sesuai dan seragam bagi tujuan penghitungan pendapatan negara yang tepat.7 Anggaran susut nilai(a) Susut nilai barang modal perlu diambil kira dalam pengiraan Keluaran Negara Bersih (KNB) bagi menunjukkan penggunaan sebenar modal dalam proses pengeluaran.(b) Nilai susut nilai yang digunakan berbeza-beza mengikut kaedah penganggaran yang diamalkan oleh setiap perniagaan.(c) Oleh itu, angka susut nilai yang digunakan dalam pengiraan hanyalah suatu anggaran, bukan nilai sebenar.Perakaunan Pendapatan Negara40BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 40 10/31/2025 4:15:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
(d) Hal ini menyebabkan penghitungan pendapatan negara menjadi kurang tepat.Semak Cepat 2.51 Jelaskan maksud penghitungan dua kali dalam pengiraan pendapatan negara.2 Berikan dua contoh kegiatan produktif yang tidak diambil kira dalam pengiraanpendapatan negara dan jelaskan mengapa ia tidak dimasukkan.3 Nyatakan dua sebab lain yang menyebabkan pendapatan negara sukar dihitung secara tepat.2.5 Kelemahan Data Pendapatan Negara Kelemahan Pendapatan Negara sebagai Petunjuk Taraf Hidup Sesebuah Negara1 Data seperti KDNK benar per kapita atau KNK benar per kapita sering digunakan untuk mengukur taraf hidup secara kuantitatif.2 Hal ini kerana KDNK benar dan KNK benar menggambarkan nilai keseluruhan barang dan perkhidmatan akhir tanpa dipengaruhi oleh inflasi.3 Oleh itu, peningkatan dalam KDNK benar per kapita atau KNK benar per kapita biasanya dikaitkan dengan peningkatan taraf hidup rakyat. Namun begitu,penggunaan data pendapatan negara semata-mata mempunyai keterbatasan, kerana taraf hidup juga dipengaruhi oleh faktor-faktor kualitatif.Faktor HuraianMasalah pengangguran • Pendapatan negara yang tinggi tidak semestinyamencerminkan taraf hidup yang tinggi sekiranyakadar pengangguran dalam negara juga tinggi, kerana ramai penduduk tidak mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan tetap.• Sebaliknya, pendapatan negara yang rendahtidak semestinya menandakan taraf hidup yangrendah jika kadar guna tenaga adalah tinggi, kerana sebahagian besar penduduk mempunyai pekerjaan dan pendapatan.Masa kerja dan masa rehat • Kenaikan pendapatan negara tidak semestinyamembawa kepada peningkatan taraf hiduprakyat jika berlaku pertambahan dalam tempoh waktu bekerja.• Masa bekerja yang terlalu panjang dan masarehat yang berkurangan boleh menjejaskan kesejahteraan hidup, sekali gus merendahkan taraf hidup rakyat.• Oleh itu, peningkatan pendapatan negara yangberpunca daripada waktu kerja yang berlebihan tidak menjamin peningkatan dalam taraf hidup.• Taraf hidup hanya akan benar-benar meningkatsekiranya kenaikan pendapatan negara disertai dengan peningkatan masa rehat dan keseimbangan hidup.Perakaunan Pendapatan Negara41BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 41 10/31/2025 4:15:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Faktor HuraianMasalah agihan barang dan perkhidmatan• Peningkatan pendapatan negara tidak menjaminpengagihan yang adil kepada semua lapisan masyarakat.• Golongan atasan cenderung menikmati lebihbanyak barangan dan kemudahan, sekali gus memperoleh taraf hidup yang lebih tinggiberbanding golongan bawahan.• Oleh itu, peningkatan pendapatan negaratidak semestinya meningkatkan tarafhidup keseluruhan rakyat sekiranya wujud ketidakseimbangan dalam pengagihan pendapatan atau jurang pendapatan antara golongan kaya dengan miskin terlalu besar.Kesan luaran negatif/eksternaliti negatif• Data pendapatan negara tidak mengambil kirakesan luaran negatif seperti pencemaran udaradan air yang berlaku akibat aktiviti pengeluaran oleh firma.• Pencemaran alam sekitar boleh menjejaskankesihatan rakyat serta menurunkan kualiti hidup. • Oleh itu, KDNK benar per kapita yang tinggitidak semestinya mencerminkan tarafhidup yang tinggi sekiranya rakyat terpaksa menanggung kos sosial yang tinggi akibat kerosakan alam sekitar.Kualiti barang dan perkhidmatan• Data pendapatan negara tidak mencerminkantahap kualiti barangan dan perkhidmatan yang dinikmati oleh rakyat. • Kemajuan teknologi lazimnya meningkatkankualiti barangan dan perkhidmatan, namun peningkatan ini sering disertai oleh inflasi atau kenaikan tingkat harga umum. • Kenaikan harga ini boleh mengurangkan kuasabeli pengguna dan seterusnya menjejaskan kesejahteraan ekonomi rakyat. • Oleh itu, taraf hidup rakyat tidak semestinyameningkat walaupun mereka menikmati barangan dan perkhidmatan yang berkualiti lebih tinggiMasalah sosial • Data pendapatan negara tidak mencerminkanmasalah sosial yang wujud seperti peningkatan kadar jenayah, penyalahgunaan dadah dan kadar penceraian.• Dalam beberapa keadaan, kenaikan pendapatannegara disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan untuk mengatasi isu-isu sosial ini.• Oleh itu, walaupun KDNK benar per kapitatinggi, ia tidak semestinya mencerminkan peningkatan taraf hidup jika sesebuah negarasedang menghadapi masalah sosial yang serius.Perakaunan Pendapatan Negara42BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 42 10/31/2025 4:15:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Kelemahan Membandingkan Taraf Hidup antara MasaKelemahan HuraianMasalah pengangguran• Data PPK tidak memberikan gambaran tentang kadarpengangguran dalam sesebuah negara. Sekiranya PPK meningkat berbanding tahun sebelumnya tetapi kadar pengangguran juga meningkat dalam tempoh yang sama, maka peningkatan pendapatan tersebut tidak semestinya mencerminkan peningkatan taraf hidup.• Hal ini berlaku kerana sebahagian besar tenagaburuh masih tidak memperoleh pekerjaan dan tidak menikmati hasil pertumbuhan ekonomi.• Kadar pengangguran yang tinggi menandakanpembaziran sumber tenaga kerja dan kehilangan pendapatan isi rumah, sekali gus menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat. • Oleh itu, peningkatan PPK perlu dilihat bersamaindikator lain seperti kadar pengangguran untuk menilai taraf hidup dengan lebih menyeluruh.Perubahan masa kerja dan masa rehat• PPK yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnyamenunjukkan peningkatan pendapatan purata rakyat. • Walau bagaimanapun, taraf hidup bukan sahajaditentukan oleh faktor pendapatan, tetapi turutdipengaruhi oleh penunjuk bukan monetari seperti masa rehat.• Peningkatan tempoh masa rehat berbanding tahunsebelumnya mencerminkan keseimbangan kerjahidup yang lebih baik, memberi peluang kepada rakyat untuk berehat bersama keluarga dan meningkatkan kesejahteraan mental serta fizikal.• Oleh itu, taraf hidup rakyat dianggap lebih baikberbanding tahun sebelumnya apabila peningkatan pendapatan disertai dengan masa rehat yang lebih mencukupi.Perubahan komposisi pendapatan negara• PPK yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnyasecara umumnya menunjukkan peningkatan dalam pendapatan negara.• Namun demikian, peningkatan ini tidak semestinyamencerminkan kesejahteraan rakyat sekiranya sebahagian besar perbelanjaan negara tidak memberi faedah langsung kepada mereka.• Sebagai contoh, peningkatan perbelanjaan ke atasbarangan ketenteraan berbanding tahun sebelumnya merupakan perbelanjaan yang kurang menyumbang kepada kebajikan rakyat secara langsung. Perbelanjaan seperti ini dianggap tidak produktif dari segipeningkatan taraf hidup rakyat.• Oleh itu, meskipun PPK meningkat, taraf hidup rakyatmungkin lebih rendah berbanding tahun sebelumnya disebabkan penggunaan sumber yang tidak memberi manfaat langsung kepada kesejahteraan mereka.Perakaunan Pendapatan Negara43BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 43 10/31/2025 4:15:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Kelemahan HuraianPerubahan tingkat harga umum• Peningkatan PPK berbanding tahun sebelumnyamungkin disebabkan oleh kenaikan tingkat harga umum dan bukannya pertambahan dalam kuantiti barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan. • Keadaan ini menunjukkan bahawa rakyat tidaksemestinya menikmati lebih banyak barangan dan perkhidmatan, malah taraf hidup mungkin menurunberbanding tahun sebelumnya disebabkan oleh penurunan kuasa beli. • Oleh itu, untuk mendapatkan gambaran yang lebihtepat tentang taraf hidup, data pendapatan per kapitabenar perlu digunakan kerana ia mengambil kira kesan perubahan tingkat harga umum (inflasi).Perubahan dalam agihan pendapatan• Data PPK tidak menggambarkan tahap agihanpendapatan dalam sesebuah negara. Sekiranya PPK mencatat peningkatan berbanding tahun sebelumnya tetapi agihan pendapatan menjadi semakin tidak setara, maka peningkatan pendapatan tersebut tidak semestinya menunjukkan taraf hidup rakyat yang lebihbaik. • Ketidaksamaan agihan pendapatan menunjukkanbahawa hanya segelintir golongan menikmati manfaatpertumbuhan ekonomi, manakala sebahagian besar rakyat tidak menerima bahagian yang sewajarnya.• Keadaan ini boleh mewujudkan jurang pendapatanyang ketara antara golongan kaya dengan miskin, seterusnya menjejaskan kesejahteraan sosial dan ekonomi. • Oleh itu, peningkatan PPK perlu ditafsir bersamadengan data agihan pendapatan untuk menilai tarafhidup rakyat secara menyeluruhMasalah eksternaliti negatif• Lazimnya, PPK yang lebih tinggi berbanding tahunsebelumnya menunjukkan peningkatan dalam pendapatan purata rakyat. • Namun begitu, peningkatan ini tidak semestinyamencerminkan taraf hidup yang lebih baik sekiranyanegara turut berdepan dengan peningkatan eksternaliti negatif seperti pencemaran udara, air, bunyi ataukesesakan lalu lintas yang semakin serius. • Apabila eksternaliti negatif meningkat, ia bolehmenjejaskan kesihatan, persekitaran hidup dan kesejahteraan mental rakyat. • Oleh itu, walaupun PPK meningkat, taraf hidup rakyatmungkin lebih rendah berbanding tahun sebelumnya kerana peningkatan dalam pendapatan telah diimbangi atau dibatalkan oleh kemerosotan kualiti hidup akibat pencemaran dan kesan negatif lain daripadapembangunan ekonomi.Perakaunan Pendapatan Negara44BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 44 10/31/2025 4:15:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Kelemahan Membandingkan Taraf Hidup antara NegaraPenggunaan data KDNK benar per kapita untuk membandingkan taraf hidup antaranegara juga mempunyai kelemahan tertentu.Kelemahan HuraianPerbezaan kadar pengangguran• Data KDNK benar per kapita tidak memberikangambaran tentang kadar pengangguran dalam sesebuah negara. • Walaupun sesebuah negara mencatat KDNK benarper kapita yang tinggi, Hal ini tidak semestinya mencerminkan taraf hidup rakyat yang tinggi sekiranyakadar pengangguran juga berada pada paras yang tinggi. • Pengangguran menunjukkan bahawa sebahagian besartenaga buruh tidak mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan, sekali gus menjejaskan kesejahteraan hidup mereka. • Oleh itu, sebuah negara yang mempunyai KDNK benarper kapita yang lebih rendah tetapi kadar pengangguran yang rendah mungkin menikmati taraf hidup yanglebih baik berbanding negara yang mempunyai pendapatan per kapita tinggi tetapi dibelenggu masalah pengangguran.Perbezaan masa rehat • Masa rehat merupakan salah satu elemen pentingdalam menikmati kehidupan dan perlu diambil kira apabila membandingkan taraf hidup antara negara.• Sekiranya sesebuah negara mencatatkan KDNK benarper kapita yang tinggi tetapi rakyatnya perlu bekerja dalam tempoh yang panjang, maka mereka hanya mempunyai masa rehat yang terhad.• Oleh itu, taraf hidup penduduk negara berkenaanmungkin lebih rendah berbanding negara lain yang mempunyai KDNK benar per kapita yang lebih rendah, tetapi rakyatnya menikmati masa rehat yang lebih panjang.Perbezaan komposisi pendapatan negara• Penduduk di negara yang mempunyai KDNK benarper kapita yang rendah masih boleh menikmati tarafhidup yang lebih baik sekiranya aktiviti ekonominya tertumpu kepada pengeluaran barang pengguna yang memberikan manfaat langsung kepada rakyat.• Sebaliknya, sesebuah negara yang mencatatkan KDNKbenar per kapita yang tinggi mungkin mengalami tarafhidup yang rendah sekiranya komposisi pendapatannya tidak memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.• Hal ini berlaku kerana negara tersebut lebihmenumpukan kegiatan ekonomi kepada pengeluaran peralatan ketenteraan yang melibatkan perbelanjaan besar, namun tidak memberikan manfaat secaralangsung kepada rakyat.Perakaunan Pendapatan Negara45BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 45 10/31/2025 4:15:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.