Kelemahan HuraianPerbezaan tingkat harga umum• Tahap harga umum berbeza antara negara dan bolehmempengaruhi taraf hidup.• Sekiranya sesebuah negara mempunyai KDNK benarper kapita yang tinggi tetapi turut mengalami tingkat harga umum yang tinggi, rakyatnya perlu membayar harga yang mahal untuk memperoleh barang dan perkhidmatan.• Oleh itu, taraf hidup rakyat di negara tersebut mungkinlebih rendah berbanding penduduk di negara lain yang memiliki KDNK benar per kapita yang lebih rendah tetapi harga barangan dan perkhidmatan juga rendah.Perbezaan corak agihan pendapatan• Negara dengan KDNK benar per kapita yang tinggibelum tentu menjamin taraf hidup rakyat yang tinggisekiranya pendapatan negara tidak diagihkan secara saksama.• Sebaliknya, negara yang mempunyai pendapatan perkapita yang lebih rendah tetapi mengamalkan agihan pendapatan yang adil antara semua lapisan masyarakat mungkin dapat memberikan taraf hidup yang lebih baikkepada rakyatnya.Perbezaan jumlah kegiatan yang tidak dipasarkan• Taraf hidup rakyat turut dipengaruhi oleh sejauh manabarang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam sesebuah negara dipasarkan atau tidak.• Sekiranya sesebuah negara mempunyai sistem ekonomiberasaskan pasaran wang dan memperdagangkan sebahagian besar barang serta perkhidmatan, maka penduduknya berpeluang menikmati taraf hidup yanglebih baik.• Sebaliknya, jika sesebuah negara lebih banyak terlibatdalam kegiatan produktif yang tidak dipasarkan sepertikegiatan sara diri, sistem barter atau kegiatan haram, taraf hidup rakyat mungkin lebih rendah walaupunKDNK benar per kapitanya rendah.Perbezaan kesan luar negatif• Negara yang mempunyai KDNK benar per kapita yangtinggi hasil daripada pelaksanaan pelbagai projek pembangunan mungkin tetap tidak menikmati tarafhidup yang tinggi sekiranya terpaksa menanggung kos sosial seperti pencemaran alam sekitar dan kesesakan yang tidak terkawal.• Sebaliknya, negara yang mencatatkan KDNK benarper kapita yang rendah tetapi kurang terdedah kepada masalah kesesakan dan pencemaran alam mungkin dapat menawarkan taraf hidup yang lebih baik kepadarakyatnya.Perakaunan Pendapatan Negara46BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 46 10/31/2025 4:15:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Semak Cepat 2.61 Pendapatan per kapita tidak mengambil kira seperti pencemaran alam sekitar dan kesesakan lalu lintas yang boleh menjejaskan kualiti hidup rakyat.2 PPK tidak menggambarkan pendapatan antara golongan kaya dengan miskin dalam sesebuah negara.3 Sekiranya sesebuah negara mempunyai kadar pengangguran yang tinggi, taraf hiduprakyat akan walaupun PPK meningkat.4 Pendapatan per kapita tidak mengambil kira aktiviti ekonomi yang tidak dipasarkan seperti dan kerja sukarela.5 Negara yang mencatatkan PPK yang tinggi tetapi perbelanjaannya tertumpu kepada mungkin tidak meningkatkan taraf hidup rakyat secara langsung.1 Konsep-konsep pendapatan negara1 KDNK dan KNK • KNK = KDNK + PFbLN2 Harga pasaran (hp) dan kos faktor (kf) • KNKhp = KNKkf + CTL – B• KDNKhp = KDNKkf + CTL – B• KNKkf = KNKhp – CTL + B• KDNKkf = KDNKhp – CTl + B3 KNK dan KNB • KNB = KNK – Susut nilai4 KNK Nominal dan KNK benar • KNK benar tahun t = IHP tahun asasIHP tahun t# KNK nominal tahun t5 Pendapatan per kapita YPK = KDNK benar tahun tJumlah penduduk tahun t ATAU = Pendapatan negara benar tahun tJumlah penduduk tahun t2 Kaedah-kaedah perhitunganKaedah Perbelanjaan Kaedah Keluaran Kaedah PendapatanPenggunaan isi rumah (C) Sektor utama: Sektor pertanianSektor perlombonganUpah atau gajiPelaburan firma (I) (Pembentukan modal tetap kasar swasta)Sektor kedua: Sektor perkilangan Sektor pembinaanSewaPerbelanjaan kerajaan (G) Sektor ketiga: Sektor kewangan Sektor pengangkutanSektor perhubunganSektor perkhidmatan kerajaanBunga bersihEksport bersih (X-M) Campur: Cukai import Untung kasarPerubahan inventori/stok Pendapatan perusahaan persendirianKDNKhp KDNKhp KNBkf / Pendapatan negara3 Nilai tambah: Peningkatan nilai terhadap sesuatu keluaran setelah melalui proses pengeluaran.4 Taraf hidup: Kualiti hidup yang diukur berdasarkan jumlah atau jenis barang dan perkhidmatan yang dapat dinikmati oleh setiap penduduk atau rakyat sesebuah negara.5 Perubahan struktur ekonomi: Perubahan dalam peratus sumbangan pelbagai sektor ekonomi terhadap keluaran negara.Rumusan Bab 2Perakaunan Pendapatan Negara47BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 47 10/31/2025 4:15:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam sesebuah negara oleh faktor pengeluaran milik negara itu dan negara asing dalam tempoh masa setahun.2 merupakan jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara yang berada di dalam negara dan di luar negara.3 Perbezaan antara KNK dengan KDNK ialah 4 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan bagi sebuah negara.Butiran RM jutaKeluaran Negara Kasar 6,000Bayaran faktor ke luar negeri 250Penerimaan faktor dari luar negeri 150(a) Pendapatan faktor bersih luar negeri (PFbLN) =(b) KDNK = (c) Nilai KDNK melebihi nilai KNK apabila pendapatan faktor bersih luar negeri bernilai5 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan sebuah negara.Butiran RM jutaKDNK 5,850KNK 6,050Penerimaan faktor dari luar luar negeri 550Susut nilai 250Berdasarkan maklumat diberi, hitung nilai:(a) Pendapatan faktor bersih luar negeri:(b) Bayaran faktor ke luar negeri:(c) Keluaran negara bersih: 6 (a) Nilai keluaran negara pada kos faktor lebih besar daripada keluaran negara pada harga pasaran apabilasubsidi cukai tak langsung. (b) Nilai keluaran negara pada kos faktor lebih kecil daripada nilai keluaran negara pada harga pasaran apabilasubsidi daripada cukai tak langsung.Tinjau BabPerakaunan Pendapatan Negara48BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 48 10/31/2025 4:15:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
7 Diberikan maklumat berikut: Perbelanjaan penggunaan isi rumah: RM600 jutaPelaburan swasta: RM250 jutaPerbelanjaan kerajaan: RM300 jutaEksport: RM200 jutaImport: RM150 jutaHitung KDNK mengikut kaedah perbelanjaan.8 Negara Z mencatatkan: KDNK nominal = RM6,000 juta Indeks harga (tahun semasa) = 150 Hitungkan KDNK benar bagi tahun semasa.9 Maklumat berikut diperoleh:KDNKhp = RM4,000 jutaCukai tak langsung = RM500 jutaSubsidi = RM300 jutaPendapatan faktor bersih luar negeri = RM200 jutaSusut nilai = RM250 jutaHitungkan Pendapatan Negara Bersih pada kos faktor.10 Keluaran Negara Kasar (KNK) bagi negara Y ialah RM1,200 juta. Jumlah penduduk negara tersebut ialah 3 jutaorang. Hitungkan pendapatan per kapita negara tersebut.11 Jadual di bawah menunjukkan nilai output dan input antara beberapa sektor ekonomi di sebuah negara bagi tahun semasa:Sektor Ekonomi Nilai Output (RM juta) Kos Input (RM juta)Pertanian 120 40Pembuatan 300 180Pembinaan 200 140Perkhidmatan 400 220(a) Hitungkan jumlah KDNK negara tersebut berdasarkan kaedah nilai ditambah.(b) Hitungkan sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK.(c) Berdasarkan jawapan anda dalam (b), huraikan satu kepentingan sektor perkhidmatan kepada pembangunan ekonomi negara.Perakaunan Pendapatan Negara49BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 49 10/31/2025 4:15:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
12 Diberi data pendapatan bagi sebuah negara seperti berikut:Sektor Ekonomi RM juta Butiran RM jutaPenggunaan isi rumah 50,000 Sewa 2,890Gaji dan upah 38,500 Import 25,275Keuntungan syarikat 9,875 Cukai tak langsung 6,670Eksport 28,000 Subsidi 1,300Cukai pendapatan individu 5,200 Bunga bersih 9,280Bunga atas pinjaman kerajaan 1,350 Bunga atas pinjaman individu 1,180Pendapatan faktor bersih luar negeri –5,520 Perbelanjaan kerajaan 15,400Pelaburan kasar 10,380 Susut nilai 4,100Bunga bersih 9,280(a) Hitung KDNKkf(b) Tentukan Keluaran Negara Bersih mengikut kaedah pendapatan (c) Hitung pendapatan persendirian dan pendapatan boleh guna. 13 Jadual sumbangan sektor-sektor kepada KDNK di Malaysia pada tahun 1990 dan 2005 (ikut harga tetap 1987)Tahun Sektor Utama (%) Sektor Kedua (%) Sektor Ketiga (%) Jumlah KDNKhp (RM juta)1990 29.9 22.6 47.5 119,0802005 14.9 31.8 53.3 262,175Sumber diubahsuai daripada: Jabatan Perangkaan Malaysia(a) Hitung nilai sumbangan sektor utama, kedua dan ketiga kepada KDNK bagi tahun 1990 dan 2005. (b) Berdasarkan maklumat dalam jadual yang diberi, apakah rumusan yang boleh dibuat tentang arah aliran sumbangan sektor-sektor ekonomi di Malaysia antara tahun 1990 hingga 2005? (c) Didapati faktor sumbangan sektor utama telah menurun. Adakah ini bermakna nilai keluaran sektortersebut juga menurun? Berikan alasan anda. Perakaunan Pendapatan Negara50BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 50 10/31/2025 4:15:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
(d) Nyatakan dua masalah untuk menggunakan data pendapatan negara sebagai taraf hidup antara masa. (i) (ii) 1 Keluaran negara benar lebih rendah daripada keluaran negara nominal disebabkan olehA peningkatan harga umum.B peningkatan kos pengeluaran.C pengurangan jumlah penduduk.D pengurangan taraf hidup rakyat.2 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatannegara bagi sebuah ekonomi pada tahun 2025.Butiran RM jutaPenggunaan swastaPenggunaan awamPelaburan swastaPelaburan awamSusut nilaiPerubahan stokEksport baranganImport baranganPendapatan faktor bersih dariluar negeri45,00012,00022,00011,5001,000–35080,00082,000–5,000 Berapakah Keluaran Negara Kasar?A RM82,150 jutaB RM82,800 jutaC RM83,150 jutaD RM83,500 juta3 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatannegara bagi sebuah negara pada tahun 2026.Butiran RM jutaKeluaran Negara KasarPembentukan modal tetap kasar swastaPerbelanjaan penggunaan swastaPerbelanjaan awamEksportImport3,9643762,5725485012 Berapakah pendapatan faktor bersih dari luar negeri?A –RM430 juta C RM430 jutaB –RM406 juta D RM406 juta4 Tingkat keluaran negara yang dihitung mengikut harga tetap dinamakanA pendapatan negara benar.B pendapatan negara bersih.C pendapatan negara potensi.D pendapatan negara nominal.5 Dalam penghitungan keluaran negara mengikut kaedah keluaran, masalah terlebih nilai dapat diatasi dengan menjumlahkan semuaA perbelanjaan golongan pengguna.B jenis barang separuh siap dan barang siap.C pendapatan faktor pengeluaran yang produktif.D nilai ditambah pada setiap peringkat pengeluaran.6 Kegunaan data pendapatan negara adalah untukA menentukan sumbangan sektor ekonomi.B menentukan kadar pertukaran asing.C membandingkan mutu barangan.D mengukur kadar pengangguran.Bahagian A Soalan Aneka PilihanJawab semua soalan.Fokus STPM 2Perakaunan Pendapatan Negara51BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 51 10/31/2025 4:15:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
7 Taraf kesejahteraan rakyat sesebuah negara akanmenurun walaupun pendapatan per kapita meningkat jika berlaku peningkatan dalamA masa kerja. C saiz penduduk.B guna tenaga. D kualiti keluaran.8 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatannegara bagi sebuah negara pada tahun 2024.Butiran RM jutaPerbelanjaan penggunaan swastaPembentukan modal tetap kasar awamPerbelanjaan penggunaan awamPembentukan modal tetap kasar swastaPerubahan stokPendapatan faktor bersih dari luarnegeriEksport barang dan perkhidmatanImport barang dan perkhidmatan557,744117,012149,338104,984–28,578–49,130559,537488,691 Nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar ialahA RM971,346 jutaB RM922,216 jutaC RM823,956 jutaD RM795,378 juta9 Petunjuk makroekonomi yang paling sesuai untuk menentukan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara ialahA Keluaran Negara Kasar benar.B Keluaran Negara Kasar nominal.C Keluaran Dalam Negeri Kasar benar.D Keluaran Dalam Negeri Kasar nominal.10 Berikut merupakan komponen keluaran negara,kecualiA pembentukan modal tetap kasar.B perbelanjaan kerajaan.C eksport.D import.11 Pendapatan negara ialahA jumlah nilai barangan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.B jumlah cukai yang dikutip oleh kerajaan sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.C jumlah wang yang diterima oleh semua rakyat sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.D jumlah pendapatan yang diperoleh pihak kerajaan sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.12 Perbezaan antara Keluaran Negara Kasar pada kos faktor dengan Keluaran Negara Bersih pada hargapasaran ialahA susut nilai dan subsidi.B susut nilai, subsidi dan cukai tak langsung.C susut nilai dan pendapatan faktor bersih dari luarnegeri.D susut nilai, subsidi, cukai tak langsung dan pendapatan faktor bersih dari luar negeri.13 Keluaran Negara Kasar nominal lebih tinggi daripada Keluaran Negara Kasar benar jikaA wujud susut nilai barang modal.B indeks harga semasa melebihi 100.C cukai tak langsung melebihi subsidi.D indeks harga semasa kurang daripada 100.14 Antara persamaan berikut, yang manakah tidakbenar?A Keluaran Negara Kasar = Keluaran Negara Bersih + Susut nilaiB Keluaran Negara Kasar pada kos faktor = KeluaranDalam Negeri Kasar + Subsidi – Cukai tak langsungC Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran = Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran – Pendapatan faktor bersih dari luar negeriD Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran = Keluaran Dalam Negeri Kasar pada kos faktor +Pendapatan faktor bersih dari luar negeri + Cukaitak langsung – Subsidi15 Jadual di bawah menunjukkan data keluaran negarabagi sebuah ekonomi pada tahun 2025.Butiran RM jutaKeluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaranCukai tak langsung dan subsidi6,9051,2505,655 Nilai RM5,655 juta merupakanA Keluaran Negara Kasar pada kos faktor.B Keluaran Dalam Negeri Kasar pada kos faktor.C Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran.D Keluaran Negara Bersih pada harga pasaran.16 Di negara sedang membangun, nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar biasanya lebih tinggi daripada Keluaran Negara Kasar disebabkanA kewujudan susut nilai.B nilai eksport bersih adalah negatif.C pendapatan faktor bersih dari luar negeri adalahpositif.D kemasukan banyak pelaburan dan buruh dari luar negara.Perakaunan Pendapatan Negara52BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 52 10/31/2025 4:15:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
17 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatannegara bagi sebuah ekonomi pada tahun 2025.Butiran RM jutaPenggunaan isi rumahPendapatan faktor bersih dariluar negeriPembentukan modal tetap kasar swastaPerubahan inventoriSusut nilaiCukai tak langsungSubsidiImportEksportPerbelanjaan kerajaan50–1535–20101512252030 Antara berikut, yang manakah benar mengenai data dalam jadual tersebut?A Stok pada tahun semasa lebih tinggi daripada stok pada tahun sebelumnyaB Keluaran Dalam Negeri Kasar melebihi Keluaran Negara KasarC Keluaran Negara Bersih melebihi Keluaran Negara KasarD Kos faktor lebih tinggi daripada harga pasaran18 Keluaran Dalam Negeri Kasar mengukurA jumlah nilai keluaran yang dihasilkan oleh semua faktor pengeluaran milik negara asing yangterdapat di dalam sesebuah negara.B jumlah nilai keluaran yang dihasilkan oleh semua faktor pengeluaran milik sesebuah negara.C jumlah nilai keluaran yang dihasilkan oleh semua faktor pengeluaran yang terdapat di dalamsesebuah negara.D jumlah nilai keluaran yang dihasilkan oleh semua faktor pengeluaran milik sesebuah negara yangberada di dalam negara dan di luar negara.19 Antara berikut, yang manakah tidak dihitung dalam Keluaran Negara Kasar negara Makmur?A Bayaran sewa bangunan oleh kedutaan negara Mewah di negara MakmurB Upah pekerja negara asing yang bekerja dalam sektor perindustrian di negara MakmurC Pendapatan Encik Amirul, seorang warganegara negara Makmur yang bekerja sebagai jurutera di luar negaraD Duti eksport yang dikenakan terhadap barang pembuatan keluaran negara Makmur yang dijual di negara Mewah20 Jadual di bawah menunjukkan butiran pendapatannegara bagi sebuah ekonomi.Butiran RM jutaKeluaran Negara Kasar pada kos faktorPendapatan faktor bersih dariluar negeriCukai tak langsungSubsidiSusut nilai80015025010040 Nilai Keluaran Negara Bersih pada harga pasaran bagi ekonomi tersebut ialahA RM460 juta C RM760 jutaB RM610 juta D RM910 juta21 Apabila pendapatan negara dihitung dengan menggunakan kaedah pendapatan, nilai yang diperoleh ialahA Keluaran Negara Bersih pada harga pasaran.B Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran.C Keluaran Negara Bersih pada harga faktor.D Keluaran Negara Kasar pada harga faktor.22 Maklumat berikut dapat diperoleh daripada data pendapatan negara sesebuah negara, kecualiA prestasi sektor ekonomi.B perubahan struktur ekonomi.C perubahan agihan pendapatan.D prestasi pertumbuhan ekonomi.23 Jadual di bawah menunjukkan maklumat pendapatannegara bagi negara Bahagia.Butiran RM jutaCukai pendapatan perseoranganSubsidiPenerimaan pendapatan dari luar negaraPembayaran pendapatan ke luar negaraBayaran pindahanCukai tak langsungKeluaran Negara Kasar pada harga pasaran2,0004,8001806603006,80024,740 Nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar pada kos faktorbagi negara Bahagia ialahA RM25,700 juta C RM23,220 jutaB RM25,040 juta D RM20,740 jutaPerakaunan Pendapatan Negara53BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 53 10/31/2025 4:15:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
24 Nilai keluaran yang dihasilkan oleh sebuah kilang Jepun yang beroperasi di negara Malaysia akandihitung dalamA Keluaran Negara Kasar negara Jepun sahaja.B Keluaran Negara Kasar negara Malaysia sahaja.C Keluaran Dalam Negeri Kasar negara Jepunsahaja. D Keluaran Negara Kasar dan Keluaran Dalam Negeri Kasar negara Malaysia.25 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatannegara bagi sebuah negara pada tahun 2024.Butiran RM jutaUpahUntungSewaBunga bersihCukai pendapatan perseoranganSubsidiBayaran faktor ke luar negaraPendapatan faktor dari luarnegaraSusut nilaiCukai tak langsung50803060104814311 Perbezaan antara Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran ialahA RM3 juta C RM7 jutaB RM6 juta D RM17 juta26 Butiran berikut dihitung dalam Keluaran Negara Kasar mengikut kaedah perbelanjaan, kecualiA pembentukan modal tetap kasar swasta.B perbelanjaan penggunaan swasta.C perkhidmatan kerajaan. D perubahan inventori.27 Perbezaan antara Keluaran Negara Kasar nominal dengan Keluaran Negara Kasar benar disebabkanA cukai tak langsung dan subsidi.B indeks harga pengguna.C bayaran pindahan.D susut nilai.28 Keluaran Negara Kasar (KNK) sebenar sesebuah negara boleh melebihi KNK potensi apabilaA perbelanjaan agregat menurun. B import barang dan perkhidmatan meningkat. C ekonomi belum mencapai guna tenaga penuh. D pengangguran rendah dan wujud banyak pelaburan asing.29 Taraf hidup rakyat sesebuah negara tidak meningkat walaupun kadar pertumbuhan ekonomi meningkat apabilaA jam bekerja meningkat.B kadar bunga meningkat.C kualiti barangan meningkat.D agihan pendapatan semakin adil.30 Jadual di bawah menunjukkan butiran keluarannegara bagi sebuah ekonomi pada tahun 2024.Butiran RM jutaPenggunaan isi rumah Pelaburan firmaPerbelanjaan kerajaanKeluaran Negara KasarImportEksport1,2861882741,982625 Peratusan pendapatan faktor bersih dari luar negeriterhadap Keluaran Negara Kasar ialahA 12.20%B 10.92%C 10.85%D 7.60%31 Jadual di bawah menunjukkan butiran pendapatannegara bagi sebuah negara pada tahun 2023 dan 2024.Butiran 2023(RM juta)2024(RM juta)Keluaran Negara KasarPendapatan faktor bersihdari luar negeriEksportImport480,625–32,836610,533532,418478,224–25,104525,815473,217 Berapakah kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2024?A –6.03% C –1.97%B –3.84% D 1.19%32 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatannegara bagi sebuah negara.Butiran RM jutaKDNK pada harga semasaKDNK pada harga tetapSusut nilai765,000825,00012,000Perakaunan Pendapatan Negara54BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 54 10/31/2025 4:15:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Berapakah pendapatan benar per kapita sekiranya jumlah penduduk di negara tersebut ialah 15 juta orang?A RM50,200B RM51,000C RM54,200D RM55,00033 Keluaran Negara Kasar (KNK) lebih kecil daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) disebabkanA pendapatan faktor bersih dari luar negeri bernilaipositif.B pendapatan faktor bersih dari luar negeri bernilainegatif.C eksport melebihi import.D import melebihi eksport.34 Kewujudan kegiatan produktif yang tidak dibayardengan wang menyebabkanA keluaran negara bersih menurun. B keluaran negara kasar terkurang nilai. C keluaran negara kasar terlebih anggar.D keluaran negara sebenar kurang daripada keluaran negara potensi.35 Pendapatan negara yang dihitung mengikut kaedah keluaran dan menggunakan nilai ditambah dapatA menentukan perubahan mutu barang.B menentukan sumbangan pelbagai sektor ekonomi.C membantu kerajaan membuat perancangan ekonomi.D menentukan perubahan struktur ekonomi sesebuah negara.36 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatannegara bagi sebuah ekonomi.Butiran RM jutaPenggunaan awamPenggunaan swastaPelaburan awamPelaburan swastaPerubahan stokEksport barang dan perkhidmatanImport barang dan perkhidmatanSubsidiPendapatan faktor bersih luarnegeriCukai tak langsungSusut nilai32,296107,93827,58021,885530304,566246,4646,000–10,7355,0002,500 Keluaran Negara Bersih pada kos faktor ialahA RM236,096 jutaB RM238,596 jutaC RM254,331 jutaD RM260,331 juta37 Perbandingan taraf hidup antara dua masa bagisebuah negara melalui data pendapatan negara sukar dilakukan kerana A perbezaan tafsiran butiran pendapatan negara.B perbezaan nilai mata wang asing.C perbezaan tingkat harga umum.D perbezaan iklim.38 Nilai keluaran kilang Taiwan yang beroperasi di Malaysia dihitung dalamA Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia dan Keluaran Negara Kasar Malaysia.B Keluaran Dalam Negeri Kasar Taiwan dan Keluaran Negara Kasar Malaysia.C Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia dan Keluaran Negara Kasar Taiwan.D Keluaran Dalam Negeri Kasar Taiwan dan Keluaran Negara Kasar Taiwan.39 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatannegara sebuah negara pada tahun 2024.Butiran RM jutaPerbelanjaan penggunaan awamPerbelanjaan penggunaan swastaPembentukan modal tetap kasar awamPembentukan modal tetap kasar swastaPerubahan stokEksport barang dan perkhidmatanImport barang dan perkhidmatanKDNK harga pasaran54,938216,72443,54376,505379367,340346,634412,794 Jumlah perbelanjaan kerajaan pada tahun 2024 ialahA RM54,938 jutaB RM98,481 jutaC RM120,048 jutaD RM271,662 jutaPerakaunan Pendapatan Negara55BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 55 10/31/2025 4:15:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Bahagian B Soalan EseiJawab semua soalan.1 (a) Terangkan perbezaan antara Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan Keluaran Negara Kasar (KNK) dengan menggunakan rumus. [3] (b) Jelaskan dua perbezaan antara Keluaran Negara Kasar pada harga semasa dengan Keluaran Negara Kasar pada harga tetap. [4] (c) Walaupun sesuatu negara mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi, taraf hidup penduduknya tidaksemestinya meningkat. Huraikan empat sebab yang boleh menjelaskan fenomena ini. [8]2 Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita (USD) bagi dua buah negaraterpilih pada suatu tahun.Negara KDNK per kapita (USD)Malaysia 4,120Laos 381 Adakah taraf hidup di Malaysia semestinya lebih tinggi daripada taraf hidup di Laos berdasarkan data di atas?Berikan lima alasan yang menyokong atau menolak andaian ini. [15]3 (a) Bezakan antara Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dengan Keluaran Negara Kasar (KNK). [4] (b) Jelaskan kesan perubahan nilai Pendapatan Faktor Bersih dari Luar Negeri (PFbLN) terhadap ekonomisesebuah negara dan bincangkan sama ada KNK lebih sesuai digunakan sebagai penunjuk kesejahteraan ekonomi berbanding KDNK. [11]Bahagian C Soalan KuantitatifJawab semua soalan. Tunjukkan jalan pengiraan.1 Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut permintaan agregat sebuahnegara pada tahun 2023 dan 2024.Jenis Perbelanjaan (RM juta) 2023 2024Perbelanjaan penggunaan awam 37,335 37,427Perbelanjaan penggunaan swasta 139,436 148,846Pembentukan modal tetap kasar awam 29,253 31,696Pembentukan modal tetap kasar swasta 26,246 30,223Perubahan dalam stok –7,145 3,102Eksport barang dan perkhidmatan 279,768 312,230Import barang dan perkhidmatan 244 346 284,799 (a) Hitung KDNK pada tahun 2023 dan 2024. [2] (b) Takrifkan(i) perbelanjaan penggunaan swasta. [1](ii) pembentukan modal tetap kasar swasta. [1]Perakaunan Pendapatan Negara56BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 56 10/31/2025 4:15:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
(c) Hitung peratusan sumbangan(i) perbelanjaan penggunaan swasta [2](ii) perbelanjaan sektor awam [2]kepada KDNK pada tahun 2023 dan 2024. (d) Adakah peranan perbelanjaan penggunaan swasta dan perbelanjaan sektor awam semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara tersebut? Jelaskan. [2]2 Jadual di bawah menunjukkan pelbagai kegiatan ekonomi dan nilai jualan yang bermula daripada kegiatanmenanam padi hingga ke aktiviti penjualan nasi bungkus.Jenis Kegiatan Nilai Jualan (RM)Menanam padi 150Mengilang beras 400Memasak dan membungkus nasi 900Jualan runcit nasi bungkus 1,200 (a) Apakah maksud nilai ditambah? [2] (b) Hitung nilai ditambah yang dihasilkan melalui setiap kegiatan tersebut. [2] (c) Buktikan bahawa jumlah nilai ditambah sama dengan nilai barang akhir [2] (d) (i) Nyatakan kategori sektor ekonomi bagi setiap kegiatan yang dijalankan. [2] (ii) Hitung nilai sumbangan setiap sektor ekonomi kepada pendapatan negara. [2]3 Jadual di bawah menunjukkan data perakaunan pendapatan negara bagi sebuah negara pada tahun 2023.Butiran RM jutaPenggunaan awam 110,500Penggunaan swasta 365,200Pelaburan awam 72,800Pelaburan swasta 82,400Perubahan stok –9,600Eksport 648,350Import 522,940Subsidi 15,300Pendapatan faktor bersih dari luar negara –10,450Cukai tak langsung 13,700Susut nilai 9,200 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan stok? Mengapakah nilainya boleh negatif? [2] (b) Hitung Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga pasaran dan KDNK pada kos faktor. [2] (c) Hitung Keluaran Negara Kasar (KNK) pada kos faktor. Apakah perbezaan utama antara KNK pada kos faktordengan KDNK pada harga pasaran? [3] (d) Hitung Keluaran Negara Bersih pada kos faktor bagi negara tersebut. [1] (e) Jika anda mengira pendapatan negara menggunakan kaedah pendapatan, adakah jumlahnya sepatutnyasama dengan jawapan di (d)? Jelaskan. [2]Perakaunan Pendapatan Negara57BAB2Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 57 10/31/2025 4:15:58 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
InfografikKeseimbangan Pendapatan Negara dan 3 Dasar FiskalBABAnalisis AD – ASEkonomi empat sektorEkonomi tiga sektorEkonomi dua sektor3.1 Pendekatan Perbelanjaan AgregatKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal3.2 Analisis Permintaan Agregat - Penawaran Agregat (AD - AS)Permintaan agregat - penawaran agregat Keseimbangan pendapatan negara: inflasiPendapatanAE – YPendekatan suntikan – bocoranJurang KNKDasar fiskalLompang deflasiLompang inflasi58Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 58 10/31/2025 4:15:58 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Pendekatan Perbelanjaan Agregat-Pendapatan (AE-Y) dan Pendekatan Suntikan-Bocoran (Harga Tetap) 3.11 Keseimbangan pendapatan negara tercapai apabila jumlah perbelanjaan dalam ekonomi, iaitu perbelanjaan agregat menyamai nilai keluaran yang dihasilkan oleh semua firma, iaitu penawaran agregat (AE = AS).2 Nilai keluaran yang dihasilkan oleh semua firma turut disebut sebagai pendapatannegara. Perbelanjaan agregat, maka AE =Y. Pada tingkat keseimbangan pendapatan negara, suntikan adalah sama dengan bocoran.3 Terdapat tiga pendekatan penentuan keseimbangan pendapatan negara seperti berikut:AE-Y W-J AD-ASHarga tetap Harga tetap Harga berubahPerbelanjaan agregat - pendapatan Bocoran - suntikan Permintaan agregat- penawaran agregatKeseimbangan Ekonomi Dua SektorKomponen Perbelanjaan Agregat dalam Ekonomi Dua Sektor1 Dalam model ekonomi dua sektor, perbelanjaan agregat terdiri daripada dua komponen utama, iaitu:(a) Perbelanjaan penggunaan (C) – Merujuk perbelanjaan oleh isi rumah untuk memperoleh barangan dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh firma. Ini termasuk barangan keperluan harian seperti makanan, pakaian dan perkhidmatan asas.(b) Pelaburan (I) – Merujuk perbelanjaan oleh firma untuk menambah stok modal seperti mesin, peralatan dan bangunan. Pelaburan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran dan menjana keuntungan masa hadapan. 2 Persamaan perbelanjaan agregat dalam ekonomi dua sektor ialah AE = C + I3 Suntikan dalam ekonomi dua sektor(a) Suntikan merujuk sebarang aliran masuk tambahan ke dalam aliran pendapatan yang akan meningkatkan perbelanjaan agregat dan seterusnya merangsang aktiviti ekonomi. Dalam ekonomi dua sektor, satu-satunya suntikan ialah pelaburan (I) oleh firma.(b) Contohnya, apabila firma melabur dalam peralatan baharu, hal inimeningkatkan permintaan terhadap barangan modal yang seterusnya meningkatkan pengeluaran dan pendapatan dalam ekonomi.4 Bocoran dalam ekonomi dua sektor(a) Bocoran merujuk aliran keluar daripada aliran pendapatan yang mengurangkan jumlah perbelanjaan dalam ekonomi. Dalam model dua sektor, satu-satunya bentuk bocoran ialah tabungan (S) oleh isi rumah.(b) Apabila isi rumah tidak membelanjakan keseluruhan pendapatan mereka dan sebaliknya menyimpan sebahagian daripadanya di institusi kewangan, hal ini mengurangkan jumlah perbelanjaan terhadap barangan dan perkhidmatan.Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal59BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 59 10/31/2025 4:15:58 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 Keseimbangan ekonomi dicapai apabila jumlah suntikan sama dengan jumlah bocoran, iaitu:Perkara Penggunaan (C) Tabungan (S)Maksud Perbelanjaan terhadap barang dan perkhidmatan oleh sektor isi rumah. Dinamakan juga sebagai perbelanjaan penggunaan swasta. Terdiri daripada barang mudah rosak, barang separuh tahan lama dan barang tahan lama.Pendapatan sektor isi rumah yang tidak dibelanjakan, iaitu perbezaan antara tingkat pendapatan dengan penggunaan.S = Y – CFaktor mempengaruhiDipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara(Y) atau tingkat pendapatan boleh guna (Yd).Dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara (Y) atau tingkat pendapatan boleh guna (Yd).Konsep Kecenderungan mengguna purata (APC) = CYKecenderungan mengguna sut (MPC) = ∆C∆YKecenderungan menabung purata (APS) = SYKecenderungan menabung sut (MPS) = = ∆S∆YHubungan antara konsepAPC + APS = 1 dan,MPC + MPS = 1Jadual Penggunaan dan TabunganJadual 3.1 Hubungan antara tingkat penggunaan dan tabungan dengan tingkat pendapatanPenggunaan ( C) Tabungan (S)Y (RM juta)C (RM juta) APC MPC S (RM juta) APS MPS0 800 – – 0 – 800 =– 800 – –1,000 1,6001,6001,000= 1.601,600 – 8001,000 – 0= 0.80–600–6001 000= –0.60–600 – (–800)1 000 – 0= 0.202,000 2,400 20 0.80 –400 –02.0 0.203,000 3,200 1.07 0.80 –200 –0.07 0.204,000 4,000 1 0.80 0 0 0.205,000 4,800 0.96 0.80 200 0.04 0.206,000 5,600 0.93 0.80 400 0.07 0.207,000 6,400 0.91 0.80 600 0.09 0.208,000 7,200 0.90 0.80 800 0.10 0.201 Berdasarkan jadual, pendapatan negara (Y) meningkat daripada RM0 hingga RM8,000 juta dan penggunaan (C) turut meningkat, bermula daripada RM800 juta walaupun Y = 0. Hal ini menunjukkan penggunaan autonomi (a = 800).APC = C / Y menurun apabila pendapatan meningkat, menandakan peratus pendapatan yang digunakan semakin kecil. MPC = ΔC / ΔY kekal pada 0.80, Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal60BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 60 10/31/2025 4:15:58 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
bermakna setiap RM1 tambahan pendapatan akan menambah penggunaan sebanyak RM0.80.2 Tabungan (S = Y – C) adalah negatif pada Y < RM4,000 juta, menunjukkanperbelanjaan melebihi pendapatan. Pada Y = RM4,000 juta, S = 0, iaitu pendapatan seimbang. APS = S / Y meningkat apabila pendapatan meningkat. MPS = ΔS / ΔYkekal pada 0.20, iaitu baki daripada pendapatan tambahan yang tidak digunakan untuk penggunaan.3 Fungsi penggunaan boleh ditulis seperti berikut:C = a + bYd atau C = a + bY.Di mana C = fungsi penggunaan, a = penggunaan autonomi, bYd atau bY ialahpenggunaan teraruh, b = kecenderungan mengguna sut, Yd = pendapatan boleh guna, Y = pendapatan negara. Berdasarkan Jadual 3.1, maka:C = 800 + 0.8Y.4 Fungsi tabungan pula boleh ditulis sebagai S = –a + (1-b)Yd atau S = –a + (1-b)Y, di mana S = fungsi tabungan , –a = tabungan autonomi, (1 – b)YD atau (1 – b)Y = tabungan teraruh, (1 – b) = kecenderungan menabung sut, Yd = pendapatan boleh guna, Y = pendapatan negara. Berdasarkan jadual, S = –800 + 0.2Y5 Secara gambar rajah: 0 45°4,000CCYY = Ca = 800SS0 Y–8004,000Rajah 3.1 Fungsi penggunaan dan fungsi tabungan bagi ekonomi dua sektor(a) Berdasarkan Rajah 3.1, fungsi penggunaan merupakan garis lurus yangmencerun ke atas menunjukkan apabila pendapatan boleh guna meningkat, perbelanjaan penggunaan juga meningkat.(b) Fungsi penggunaan dilihat sentiasa bernilai positif dan bermula pada paksi Y.Bila Y = 0, nilai penggunaan = 800 juta , iaitu merupakan pnggunaan autonomi.(c) Fungsi tabungan juga merupakan keluk yang bergaris lurus dan mencerun ke atas. Hal ini menunjukkan apabila pendapatan meningkat, tabungan juga meningkat. Fungsitabunganbermula dari paksiYyangnegatif, iaitumerupakantabungan autonomi di mana nilainya -800 juta seperti rajah di atas.Pelaburan (I)Maksud1 Perbelanjaan terhadap barang modal oleh sektor firma.2 Dinamakan juga sebagai pembentukan modal tetap kasar swasta.Jadual 3.2 Jenis barang modal dan contohJenis ContohAlatan fizikal Jentera dan alat kelengkapanBangunan Kilang, rumah dan pejabatBarang perantaraan/barang separuh siap Stok/inventori seperti tepung dan papanKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal61BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 61 10/31/2025 4:15:58 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Jenis PelaburanPerkara Pelaburan Autonomi Pelaburan Teraruh/Terdorong TerangsangMaksud Jenis pelaburan yang tidakdipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara.Jenis pelaburan yang dipengaruhioleh tingkat pendapatan negara.Fungsi/rajah0IYIY0 Y1I0• Keluk yang menunjukkan hubungan antara pelaburan dengan tingkat pendapatan negara.• Berbentuk garis lurus yangmendatar.• Nilainya tetap pada setiaptingkat pendapatan negara.• Terdapat faktor lain yangmempengaruhinya.0IYIY1 Y2I2I1I0• Keluk yang menunjukkan hubungan antara pelaburan dengan tingkat pendapatan negara.• Berbentuk garis lurus yang mencerun ke atas dari kiri ke kanan.• Semakin tinggi tingkat pendapatan negara, semakin tinggi pelaburan.Keluk Kecekapan Modal Sut (MEI atau MEC)1 Keluk yang menunjukkan hubungan antara kadar bunga dengan tingkat pelaburan.2 Dinamakan juga sebagai keluk permintaan modal.0Kadar bungaMEIPelaburan/Kuantiti modal I1 I0 I2r1r0r2Rajah 3.2 Hubungan antara kadar bunga dengan tingkat pelaburan3 Keluk MEI yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan songsang antara kadar bunga dengan tingkat pelaburan.4 Apabila kadar bunga naik daripada 0r0 kepada 0r1, pelaburan berkurang daripada 0I0 kepada 0I1.5 Sebaliknya, apabila kadar bunga turun daripada 0r0 kepada 0r2, pelaburan meningkat daripada 0I0 kepada 0I2.Pelabur akan melabur jika kadar pulangan pelaburan – kadar bunga pinjaman ialah positif.Keynes menganggap kadar pulangan pelaburan sebagai kecekapan modal sut (MEI).InfoekstraKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal62BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 62 10/31/2025 4:15:59 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara Ekonomi Dua Sektor1 Kaedah jadual Jadual 3.3 Keseimbangan pendapatan negaraY(RM) C S I (RM) AE = C + I0 100 –100 100 200100 150 –50 100 250200 200 0 100 300300 250 50 100 350400 300 100 100 400500 350 150 100 450(a) Mengikut pendekatan AE = Y, maka keseimbangan tercapai pada AE=Y = 400.(b) Mengikut pendekatan suntikan = bocoran, I = S, iaitu 100 pada pendapatan negara (Y) = 400.2 Kaedah rajah Diberi data perbelanjaan agregat seperti berikut: C= 100 + 0.5Yd, I =100.Pendekatan AE-YAE(RM)0 Y(RM)100Y=AEAE = 200 + 0.5YdE400Y(RM)100−100Suntikan, bocoran S = 100 + 0.5YdE400I Pendekatan suntikan-bocoranRajah 3.3 Penentuan keseimbangan mengikut cara 3 Kaedah penghitunganPendekatan AE – Y C = 100 + 0.5Yd I = 100 Y = C + I Y = 100 + 0.5Yd + 100 = 100 + 0.5Y(T – 0) +100 Y = 200 + 0.5Y0.5Y = 200 Y = RM400Pendekatan suntikan – bocoranSuntikan = Bocoran I = S 100 = –100 + 0.5Yd 100 = –100 + 0.5(Y – T) 100 = –100 + 0.5Y 200 = 0.5YKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal63BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 63 10/31/2025 4:15:59 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Proses Keseimbangan Pendapatan Negara Ekonomi Dua SektorPendekatan AE-Y1 Keseimbangan pendapatan negara ekonomidua sektor tercapai apabila keluk Y = AE, iaitu C + I di titik keseimbangan E pada keseimbangan pendapatan negara Y.2 Pada pendapatan negara lebih rendah daripada Y, iaitu Y1, ekonom i t ida k mencapai keseimbangan kerana berlaku lebihan AE sebanyak ab.3 Apabila ini berlaku, stok atau inventori d a l a m e k onom i b e r k u r a n g a n d a n ini akan menggalakkan firma untukm e n i n g k a t k a n k e l u a r a n s e h i n g g a mencapai keseimbangan di titik E apabila keluk Y = AE, iaitu C + I pada pendapatan negara Y.4 Pada pendapatan negara lebih tinggi daripada Y, iaitu Y2, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku lebihan AS sebanyak df.5 Apabila ini berlaku, stok atau inventori dalam ekonomi berlebihan dan ini akan menggalakkan firma untuk mengurangkan keluaran sehingga mencapaikeseimbangan di titik E apabila keluk Y = AE, iaitu C + I pada pendapatan negara Y.Perdekatan Suntikan-Bocoran1 Keseimbangan pendapatan negara ekonomidua sektor tercapai apabila keluk suntikan bersilang dengan keluk bocoran, iaitu I = S di titik keseimbangan E pada keseimbangan pendapatan negara Y.2 Pada pendapata n nega ra lebi h renda h daripada Y, iaitu Y1 ekonomi tidak mencapai keseimba nga n kera na berla k u lebi ha n suntikan sebanyak ab. 3 Apabila ini berlaku, stok dalam ekonomi berkurangan dan ini akan menggalakkan firmauntukmeningkatkankeluaransehinggamencapai keseimbangan di titik E apabila keluk I = S pada pendapatan negara Y.4 Pada pendapatan negara lebih tinggi daripada Y, iaitu Y2, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku lebihan bocoran sebanyak df.5 Apabila ini berlaku, stok/ inventori dalam ekonomi berlebihan dan ini akan menggalakkan firma untuk mengurangkan keluaran sehingga mencapaikeseimbangan di titik E apabila keluk I = S pada pendapatan negara Y.Semak Cepat 3.11 Jika MPC = 0.75, berapakah kecenderungan menabung sut?2 Apakah yang akan berlaku apabila bocoran adalah lebih besar daripada suntikan?AE0 YY=AEAE = C + 1Yfi Y YffabdfERajah 3.4 Pendekatan AE – YJffW0 YW = SJ = IYff Y YabdE fRajah 3.5 Pendekatan suntikan-bocoranKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal64BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 64 10/31/2025 4:16:00 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Pengganda Ekonomi Dua SektorPengganda ialah ukuran berapa kali ganda perubahan pendapatan negara (∆Y) kesan daripada perubahan perbelanjaan agregat (∆AE).M = p(1–MPC) M = ΔYΔI1 Kaedah jadualAndaikan pelaburan di negara X telah meningkat sebanyak RM500 juta dan nilai kecenderungan mengguna sut (MPC) ialah 0.8.Jadual 3.4 Proses penggandaPeringkatPertambahan Pendapatan negara (RM juta)Pertambahan Penggunaan(RM juta)Pertambahan Tabungan(RM juta)1 500 400 1002 400 320 803 320 256 644 256 204.8 51.2Proses seterusnya 1,024 819.2 204.8Jumlah 2,500 2,000 500(a) Pada peringkat pertama, apabila firma meningkatkan pelaburan sebanyakRM500 juta, pendapatan negara X juga bertambah sebanyak RM500 juta. Jikanilai MPC ialah 0.8, maka RM400 juta akan dibelanjakan dan bakinya RM100 juta akan ditabungkan.(b) Pada peringkat kedua, pertambahan perbelanjaan penggunaan sebanyak RM400 juta akan mendorong firma terus mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Oleh itu, pendapatan negara akan bertambah lagi sebanyak RM400 juta. Dengan nilai MPC 0.8, maka RM320 juta akan dibelanjakan dan bakinya RM80 juta akan ditabungkan. Selagi ada perbelanjaan, ia akan terus mencipta lebih banyak pendapatan negara. Proses ini berterusan sehingga tiada lebihan pendapatan yang boleh dibelanjakan.(c) Oleh itu, apabila pelaburan meningkat, pendapatan negara juga akan meningkat dengan beberapa kali ganda melalui proses penggandaan. k = 1 ÷ (1 – 0.8) = 5 Y = 5 × 500 = RM2,500 juta(d) Kesimpulannya, pertambahan pelaburan sebanyak RM500 juta telah menyebabkan pendapatan negara X meningkat sebanyak lima kali ganda, iaitu meningkat sebanyak RM2,500 juta.2 Kaedah rajah Y = AEAE1 = C + l1AE = C + l0Y0 Y1Y2 Y3a bc dEE1Perbelanjaan agregat0 Pendapatan negaraΔlRajah 3.6 Perubahan pendapatan negara melalui proses penggandaKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal65BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 65 10/31/2025 4:16:00 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
(a) Keseimbangan pendapatan negara asal dicapai apabila keluk Y = AE₀, iaituC + I₀, bersilang pada titik keseimbangan E₀ dengan pendapatan negara Y₀.(b) Apabila firma menambah pelaburan, perbelanjaan agregat dalam ekonomi turut meningkat. Akibatnya, keluk perbelanjaan agregat beralih ke atas dariAE₀ = C + I₀ ke AE₁ = C + I₁ sebanyak pertambahan pelaburan, iaitu perubahan I.(c) Pada tahap pendapatan negara asal Y₀, berlaku lebihan perbelanjaan agregat sebanyak Ea. Keadaan ini menyebabkan pengurangan stok dalam ekonomi, mendorong firma untuk menambah pengeluaran sebanyak ab. Akibatnya,pendapatan negara meningkat dari Y₀ ke Y₁.(d) Namun, pada tahap Y₁, lebihan perbelanjaan agregat masih wujud sebanyak bc. Kekurangan stok berterusan menyebabkan firma meningkatkan lagipengeluaran sebanyak cd, yang seterusnya meningkatkan pendapatan negara dari Y₁ ke Y₂.(e) Proses ini akan berulang sehingga lebihan perbelanjaan agregat tidak lagi berlaku, iaitu apabila ekonomi mencapai keseimbangan baharu pada titik E, di mana keluk Y = AE₁, iaitu C + I₁, bertemu pada pendapatan negara baharu Y₃.(f ) Kesimpulannya, peningkatan pelaburan sebanyak perubahan I telahmenyebabkan pendapatan negara meningkat dari Y₀ ke Y₃. Kenaikan ini berlaku berlipat kali ganda melalui proses penggandaan.Semak Cepat 3.2Berikan takrif konsep pengganda dan nyatakan bagaimana pengganda diperoleh.Keseimbangan Ekonomi Tiga Sektor (Cukai Sekali Gus)1 Keseimbangan pendapatan negara tercapai apabila keluaran agregat (Aggregate Supply, AS) adalah sama dengan perbelanjaan agregat (AE). Y = AE ⇒ Y = C + I + G Dalam situasi ini, keseluruhan pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam ekonomi diserap sepenuhnya oleh permintaan agregat daripada sektor isi rumah, firma dan kerajaan. Keseimbangan Pendapatan Negara: Pendekatan Suntikan-Bocoran (J = W)2 Keseimbangan pendapatan negara juga boleh dianalisis melalui pendekatan suntikan dan bocoran, iaitu apabila jumlah suntikan ke dalam aliran pusingan pendapatan sama dengan jumlah bocoran daripadanya.(a) Suntikan (J) merujuk aliran masuk ke dalam ekonomi yang terdiri daripada: • Pelaburan (I) • Perbelanjaan kerajaan (G) Maka, J = I + G(b) Bocoran (W) pula merujuk aliran keluar daripada ekonomi yang terdiri daripada: • Tabungan (S) – bahagian daripada pendapatan yang tidak dibelanjakan. • Cukai (T) – bayaran wajib kepada kerajaan.3 Cukai (T) di sini merujuk cukai langsung, iaitu beban cukai yang tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain. Contohnya, cukai pendapatan individu.Maka, W = S + TKeseimbangan pendapatan negara tercapai apabila: J = W ⇒ I + G = S + T● Ekonomi tiga sektor juga dikenali sebagai ekonomi tertutup● Ia merangkumi– sektor isi rumah– sektor firma– sektor kerajaanInfoekstraKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal66BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 66 10/31/2025 4:16:00 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Perbelanjaan Kerajaan (G)Maksud1 Perbelanjaan terhadap barang pengguna dan barang modal oleh sektor kerajaan.2 Dinamakan juga sebagai perbelanjaan awam.Jenis Perbelanjaan KerajaanJenis perbelanjaan kerajaanPerbelanjaan mengurus• Perbelanjaan terhadap pentadbiran negaradan memberi perkhidmatan kepada orang ramai• Dinamakan juga sebagai penggunaan awam• Contoh: Emolumen, bayaran khidmat hutang dan bekalanPerbelanjaan pembangunan• Perbelanjaan terhadap pembangunan negara• Dinamakan juga sebagai pelaburan awam• Contoh: Pembinaan sekolah dan jalan rayaFungsi Perbelanjaan Kerajaan1 Keluk yang menunjukkan hubungan antara perbelanjaan kerajaan dengan tingkat pendapatan negara. 0 Pendapatan negaraPerbelanjaan kerajaanGY0 Y1G0Rajah 3.7 Hubungan antara perbelanjaan kerajaan dengan tingkat pendapatan negara2 Fungsi perbelanjaan kerajaan (G) merupakan satu garis lurus yang mendatar.3 Seperti fungsi pelaburan autonomi, perbelanjaan kerajaan juga bernilai autonomi,iaitu tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara.Cukai (T)1 Hasil kerajaan yang diterima daripada sektor isi rumah dan sektor firma.2 Terdapat dua kumpulan cukai yang utama seperti berikut:(a) Cukai langsung dan cukai tak langsung(b) Cukai progresif, cukai regresif dan cukai berkadar tetapJadual 3.5 Jenis-jenis cukaiJenis Huraian ContohCukai langsungBeban cukai yang tidak bolehdialihkan kepada pihak lain.Cukai pendapatan perseorangan, cukai keuntungan syarikatCukai tak langsungBeban cukai yang boleh dialihkan kepada pihak lain.Cukai jualan, cukai import (tarif )Cukai progresifKadar cukai meningkat apabila pendapatan meningkat.Cukai pendapatan perseoranganCukai regresifKadar cukai menurun apabila pendapatan meningkatCukai sekali gus (lump sum/tetap)i-THINK Peta DakapKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal67BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 67 10/31/2025 4:16:00 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Cara Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara Ekonomi Tiga Sektor (dengan Cukai Sekali Gus)Perkara Perbelanjaan Agregat – Pendapatan (AE-Y) Bocoran – Suntikan (W-J)Persamaan umumY = C + I + G S + T = I + GPenentuan mengikut kaedah rajahPerbelanjaan agregat (AE)Pendapatan negara (Y)0 Y2 Y0 Y145°eacdbLebihan ASLebihan AEC + I + GY = AEBocoran, suntikan (W, J)S + TI + GPendapatan Y negara (Y) 2 Y0 Y1eacb Lebihan suntikanLebihan bocoran0dKesan Cukai Sekali Gus/Cukai Tetap1 Jenis cukai yang tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara, iaitu nilai cukai tetap pada setiap tingkat pendapatan negara.2 Pendapatan boleh guna (Yd) berkurangan akibat cukai tetap, iaitu: Yd = Y – T Maka, nilai penggunaan dan tabungan turut berkurangan.ContohKesan cukai sekali gus, T = RM100 juta terhadap penggunaan dan tabunganPerkara Penggunaan (C) Tabungan (S)Persamaan/fungsiC = 100 + 0.8YdC = 100 + 0.8(Y – T)C = 100 + 0.8(Y – 100)C = 100 + 0.8Y – 80C = 20 + 0.8YS = –100 + 0.2YdS = –100 + 0.2(Y – T)S = –100 + 0.2(Y – 100)S = –100 + 0.2Y – 20S = –120 + 0.2YRajahFungsi C beralih ke bawahsecara selari dari C0 ke C1Y (RM juta)S (RM juta)∆S = 200–100–120S0S1Fungsi S beralih ke bawahsecara selari dari S0 ke S1Beban ∆C∆Y = MPC∆C = MPC.∆Y= MPC.T∆C = 0.8(100)= 80S∆Y = MPS∆S = MPS.∆Y= MPS.T∆S = 0.2(100)= 200Y (RM juta)C (RM juta)∆C = 80C0C110020● Cukai sekali gus mempunyai hubungan yang songsang dengan perbelanjaan penggunaan dan tabungan.● Apabila cukai sekali gus dinaikkan/dikenakan, penggunaan dan tabungan akan berkurangInfoekstraKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal68BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 68 10/31/2025 4:16:00 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
• Keseimbangan ekonomi tiga sektor dicapai pada titik e apabila Y = C + I + G pada tingkat pendapatan negara 0Y0.• Jika tingkat pendapatan negara dicapai pada 0Y1, wujud lebihan penawaran agregat sebanyak ab. Maka, stok akan bertambah dan firma cenderung mengurangkan output. Jadi, tingkatkeluaran negara akan berkurangan sehingga keseimbangan dicapai semula pada 0Y0.• Sebaliknya, jika tingkat pendapatannegara dicapai pada 0Y2, wujud lebihan perbelanjaan agregat sebanyak cd. Maka, stok akan berkurangan dan firma cenderung menambahkan output. Jadi tingkatkeluaran negara akan bertambah sehingga keseimbangan dicapai semula pada 0Y0.• Oleh itu, tingkat keseimbangan pendapatannegara dicapai pada 0Y0 apabila pendapatan negara sama dengan perbelanjaan agregat (AS = AE).• Keseimbangan ekonomi tiga sektor dicapai pada titik e apabila S + T = I + G pada tingkat pendapatan negara 0Y0.• Jika tingkat pendapatan negara dicapaipada 0Y1, wujud lebihan bocoran sebanyak ab. Jadi, tingkat keluaran negara akanberkurangan sehingga keseimbangan dicapai semula pada 0Y0.• Sebaliknya, jika tingkat pendapatan negaradicapai pada 0Y2, wujud lebihan suntikansebanyak cd. Jadi, tingkat keluaran negaraakan bertambah sehingga keseimbangan dicapai semula pada 0Y0.• Oleh itu, tingkat keseimbangan pendapatannegara dicapai pada 0Y0 apabila bocoran sama dengan suntikan (W = J).Penentuan mengikut kaedah rajahContoh: C = 100 + 0.8Yd, I = G = 200, T = 100 (nilai dalam RM juta)Y = C + I + G= 100 + 0.8Yd + 200 + 200= 500 + 0.8(Y – T)= 500 + 0.8(Y – 100)8= 500 + 0.8Y – 80Y = 420 + 0.8YY – 0.8Y = 420 0.2Y = 420Y = 4200.2= RM2,100 jutaS + T = I + G–100 + 0.2Yd + 100 = 200 + 2000.2(Y – 100) = 4000.2Y – 20 = 4000.2Y = 400 + 200.2Y = 420Y = 4200.2= RM2,100 jutaPerubahan Keseimbangan Pendapatan Negara Ekonomi TigaSektorPendekatan AE-Y(a) G MeningkatC + I1 + GC + I0 + GY = AE∆IAE0 Y Y0 Y145°e1e0(b) G MenurunAE0 YY1 Y045°e0e1C + I + G0C + I + G1Y = AE∆G• Keseimbangan asal berlaku pada titike0 apabila pendapatan negara (Y) sama dengan jumlah perbelanjaan agregat, iaitu Y = C + I + G0 pada tingkat pendapatan 0Y0.• Keseimbangan asal berlaku pada titike0 apabila pendapatan negara (Y) sama dengan jumlah perbelanjaan agregat, iaitu Y = C + I + G0 pada tingkat pendapatan 0Y0.Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal69BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 69 10/31/2025 4:16:01 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
• Apabila kerajaan meningkatkanperbelanjaan, perbelanjaan agregat turut meningkat, menyebabkan fungsiperbelanjaan agregat beralih ke atas secara selari daripada (C + I + G0) kepada (C + I + G1) sebanyak ∆G.• Pada tingkat pendapatan 0Y0, berlaku lebihan perbelanjaan agregat yang menyebabkan pengurangan dalam stok.• Akibatnya, firma akan meningkatkanpengeluaran. Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baharu tercapai pada titik e1, apabila Y = C + I + G1 pada tingkat pendapatan negara 0Y1.• Oleh itu, pendapatan negarameningkat dari 0Y0 ke 0Y1.• Apabila kerajaan mengurangkanperbelanjaan, perbelanjaan agregat turut menurun, menyebabkan fungsiperbelanjaan agregat beralih ke bawah secara selari daripada (C + I + G0) kepada (C + I + G1) sebanyak ∆G.• Pada tingkat pendapatan 0Y0, berlaku kekurangan perbelanjaan agregat yang membawa kepada peningkatan stok tidak terjual. Akibatnya, firma akan mengurangkan pengeluaran. Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baharu tercapai pada titik e1, apabila Y = C + I + G1 pada tingkat pendapatan negara 0Y1.• Oleh itu, pendapatan negara menurundari 0Y0 ke 0Y1.(c) T MeningkatAE0 Y Y1 Y045°e0e1C0 + I + GC1 + I + GY = AE∆C(d) T MenurunAE0 YY0 Y145°e1e0C1 + I + GC0 + I + GY = AE∆C• Keseimbangan asal berlaku padatitik e0 apabila pendapatan negara (Y) bersamaan dengan perbelanjaan agregat, iaitu Y = C0 + I + G pada tingkat pendapatan 0Y0.• Apabila cukai dinaikkan, perbelanjaanpenggunaan menurun, menyebabkan perbelanjaan agregat turut berkurang. Ini menyebabkan fungsi perbelanjaanagregat beralih ke bawah secara selari daripada (C0 + I + G) kepada (C1 + I + G) sebanyak ∆C, di mana ∆C = MPC ×∆T.• Pada tingkat pendapatan 0Y0, berlaku lebihan penawaran agregat yang menyebabkan pertambahan stok. Oleh itu, firma akan mengurangkan pengeluaran. Proses ini berterusansehingga keseimbangan baharu tercapai pada titik e1 apabila Y = C1 + I + G pada tingkat pendapatan negara 0Y1.• Kesannya, pendapatan negaramenurun dari 0Y0 ke 0Y1.• Keseimbangan asal berlaku padatitik e0 apabila pendapatan negara (Y) bersamaan dengan perbelanjaan agregat, iaitu Y = C0 + I + G pada tingkat pendapatan 0Y0.• Apabila cukai diturunkan,perbelanjaan penggunaan meningkat, menyebabkan perbelanjaan agregat turut meningkat. Hal ini menyebabkan fungsi perbelanjaan agregat beralihke atas secara selari daripada (C0 + I + G) kepada (C1 + I + G) sebanyak ∆C, di mana ∆C = MPC × ∆T.• Pada tingkat pendapatan 0Y0, berlaku kurangan penawaran agregat yang menyebabkan pertambahan stok. Oleh itu, firma akan menambahkan pengeluaran. Proses ini berterusansehingga keseimbangan baharu tercapai pada titik e1 apabila C1 + I + G pada tingkat pendapatan negara 0Y1.• Kesannya, pendapatan negarameningkat dari 0Y0 ke 0Y1.Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal70BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 70 10/31/2025 4:16:01 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Pendekatan Suntikan – Bocoran(a) G Meningkat∆GW, JY Y0 Y1e0e10S + TI + G1I + G0(b) G Menurun∆GW, JY Y1 Y0e1e00S + TI + G0I + G1• Keseimbangan asal wujud pada titik e0apabila jumlah bocoran (S + T) sama dengan jumlah suntikan (I + G0) pada tingkat pendapatan negara 0Y0.• Apabila kerajaan meningkatkanperbelanjaannya, jumlah suntikan meningkat dan fungsi suntikan beralihke atas secara selari daripada (I + G0) kepada (I + G1) sebanyak ∆G.• Pada tingkat pendapatan 0Y0, berlaku lebihan suntikan yang menyebabkan pengurangan dalam stok. Akibatnya, firma akan meningkatkan pengeluaran. Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baharu dicapai pada titik e1 apabila S + T = I + G1 pada tingkat pendapatan negara 0Y1.• Oleh itu, pendapatan negarameningkat dari 0Y0 ke 0Y1.• Keseimbangan asal wujud pada titik e0apabila jumlah bocoran (S + T) sama dengan jumlah suntikan (I + G0) pada tingkat pendapatan negara 0Y0.• Apabila perbelanjaan kerajaanmenurun, jumlah suntikan turut berkurang dan fungsi suntikan beralihke bawah secara selari daripada (I + G0) kepada (I + G1) sebanyak ∆G.• Pada tingkat pendapatan 0Y0, berlaku kekurangan suntikan yang menyebabkan pertambahan stok tidak terjual. Akibatnya, firma akan mengurangkan pengeluaran. Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baharu tercapai pada titik e1 apabila S + T = I + G1 pada tingkat pendapatan negara 0Y1.(c) T Meningkat∆TW, JY Y1 Y0e0 e10(S + T)1(S + T)0I + G(d) T Menurun∆TW, JY Y0 Y1e1 e00(S + T)0(S + T)1I + G• Keseimbangan asal berlaku pada titike0 apabila jumlah bocoran, iaitu (S + T)0, sama dengan jumlah suntikan I + G pada tingkat pendapatan negara 0Y0.• Apabila cukai dinaikkan, kebocoranmeningkat dan fungsi bocoran beralihke atas secara selari daripada (S + T)0kepada (S + T)1 sebanyak ∆T.• Keseimbangan asal berlaku pada titike0 apabila jumlah bocoran, iaitu (S + T)0, sama dengan jumlah suntikan I + G pada tingkat pendapatan negara 0Y0.• Apabila cukai diturunkan, bocoranberkurang dan fungsi bocoran beralihke bawah secara selari daripada (S + T)0 kepada (S + T)1 sebanyak ∆T.Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal71BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 71 10/31/2025 4:16:01 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
• Pada tingkat pendapatan 0Y0, lebihan bocoran berlaku, menyebabkan pertambahan stok tidak terjual. Akibatnya, firma mengurangkan pengeluaran. Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baharu tercapai pada titik e1 apabila (S + T)1 = I + G pada tingkat pendapatan negara 0Y1.• Oleh itu, pendapatan negara menurundari 0Y0 ke 0Y1.• Pada tingkat pendapatan 0Y0, berlaku lebihan suntikan yang menyebabkan pengurangan dalam stok. Akibatnya, firma akan meningkatkan pengeluaran. Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baharu tercapai pada titik e1 apabila (S + T)1 = I + G pada tingkat pendapatan negara 0Y1.Pengganda Ekonomi Tiga Sektor1 Selain pengganda pelaburan, dalam ekonomi tiga sektor ada dua lagi pengganda, iaitu:(a) pengganda perbelanjaan kerajaan dan(b) pengganda cukai 2 Pengganda perbelanjaan kerajaanPengganda perbelanjaan kerajaan = 1/ 1 – MPC atau 1/ MPSPerubahan dalam pendapatan ΔY = k × Δ GContohJika kerajaan mengurangkan perbelanjaan kerajaan (G) daripada RM500 juta kepada RM300 juta, berapakah keseimbangan pendapatan negara yang baharu sekiranya pendapatan negara asal ialah RM4,800 juta dan MPC= 0.75?ΔY = 11 – 0.75 × ΔG= 10.25 × ΔG= 4 × –200= –800 juta Maka, pendapatan negara pada keseimbangan yang baharu ialah:Y1 = Y asal + ΔY= 4,800 + (–800)1 = RM4,000 juta Rumus: Penurunan dalam perbelanjaan kerajaan telah menyebabkan pendapatan negara turut berkurangan.3 Pengganda cukaiPengganda cukai = MPC1 – MPC atau – MPCMPSPerubahan pendapatan ΔY = k × ΔTContohKeseimbangan pendapatan negara asal ialah RM4,800 juta, kerajaan mengurangkan cukai sebanyak RM150 juta dan nilai MPC ialah 0.75. Sekiranya kerajaan mengurangkan cukai bermakna pendapatan boleh guna akan meningkat dan perbelanjaan agregat turut meningkat dan ini akan meningkatkan pendapatan negara.• Pengganda perbelanjaan kerajaan ialah ukuran berapa kali ganda perubahan pendapatan negara (ΔY) kesan daripada perubahan perbelanjaan kerajaan (ΔG).• Pengganda cukai ialah ukuran berapa kali ganda perubahan pendapatan negara (ΔY) kesan daripada perubahan cukai (ΔT)InfoekstraKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal72BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 72 10/31/2025 4:16:01 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Semak Cepat 3.31 Terangkan dua konsep tambahan yang timbul akibat penglibatan sektor kerajaan dalam ekonomi tiga sektor.2 Nyatakan keseimbangan ekonomi tiga sektor menggunakan pendekatan suntikanbocoran.3 Andaikan bahawa MPC = 0.4 dan kerajaan meningkatkan perbelanjaan sebanyak RM2 juta dan cukai sebanyak RM1 juta. Hitung perubahan keseimbangan pendapatan negara yang baharu.Maka, nilai ΔY = k × ΔT= (–MPCMPS ) × Δ T= (– 0.750.25 ) × –150= 450 juta Pendapatan negara pada keseimbangan yang baharu ialah:Y1 = Y asal + ΔY= RM4,800 juta + 450 juta= RM5,250 juta Rumus: Penurunan cukai akan meningkatkan pendapatan negara.Dasar Fiskal1 Dasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan melalui perubahan perbelanjaan kerajaan dan cukai untukmenstabilkan atau mengatasi masalah ekonomi yang dihadapi.2 Alat dasar fiskal adalah seperti berikut:(a) Mengubah perbelanjaan kerajaan (∆G)(b) Mengubah cukai (∆T)(c) Mengubah perbelanjaan kerajaan dan cukai secara serentak (∆G dan ∆T)Jurang Keluaran Negara Kasar (KNK)Merupakan perbezaan antara pendapatan negara potensi (Yf) dengan pendapatan negara sebenar (Ye).Formula: Jurang KNK = Yf – YeLompang Deflasi Lompang Inflasi• Kekurangan perbelanjaan agregat untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh.• Lebihan perbelanjaan agregat untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh.• Wujud apabila keseimbangan pendapatan negaradicapai sebelum guna tenaga penuh.• Keseimbangan pendapatan negara sebenar (Ye) kurangdaripada keseimbangan pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh (Yf ).• Perbezaan antara Ye dengan Yf mewujudkan jurang KNK.• Wujud apabila keseimbangan pendapatan negara dicapai selepas guna tenaga penuh.• Keseimbangan pendapatan negara sebenar (Ye)melebihi keseimbangan pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh (Yf ).• Perbezaan antara Ye dengan Yf mewujudkan jurang KNK.• Mengakibatkan masalah pengangguran kitaran. • Mengakibatkan masalah inflasi tarikanpermintaan.• LD = Jurang KNK ÷ Pengganda • LI = Jurang KNK ÷ PenggandaKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal73BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 73 10/31/2025 4:16:01 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Lompang Deflasi dan Lompang Inflasi Mengikut Pendekatan Rajah Ae-YPerbelanjaan agregatPendapatan negara0 Ye Yf45°e0abJurangKNKLompang deflasiAE0AEfY = AE• Keseimbangan pendapatan negara berlaku di titik E0 apabila pendapatan negara (Y) sama dengan perbelanjaan agregat (AE0) pada paras pendapatan 0Ye yang masih lebih rendah daripada paras guna tenaga penuh, iaitu 0Yf.• Pada tahap 0Yf, terdapat kekurangan dalam perbelanjaan agregat sebanyak ab yang dikenali sebagai lompang deflasi. Jurang di antara0Ye dan 0Yf inilah yang membentuk jurang Keluaran Negara Kasar (KNK).• Bagi mengatasi lompang deflasi ini, perbelanjaan agregat perluditingkatkan daripada AE0 kepada AEf. Peningkatan ini akan mendorong pendapatan negara meningkat daripada 0Ye kepada 0Yf, sekali gus mencapai keseimbangan pada tahap guna tenaga penuh.Perbelanjaan agregatPendapatan negara0 Yf Ye45°e0 abJurangKNKLompang inflasiAEfAE0Y = AE• Keseimbangan pendapatan negara berlaku pada titik E0 apabila pendapatan negara (Y) sama dengan perbelanjaan agregat (AE0) pada paras pendapatan 0Ye yang melebihi tahap guna tenaga penuh, iaitu 0Yf.• Pada paras 0Yf, terdapat lebihan dalam perbelanjaan agregat sebanyak ab yang dikenali sebagai lompang inflasi. Perbezaan antara 0Yedengan 0Yf membentuk jurang Keluaran Negara Kasar (KNK).• Bagi menangani lompang inflasi ini, perbelanjaan agregat perludikurangkan daripada AE0 kepada AEf. Pengurangan ini akan menyebabkan pendapatan negara menurun dari 0Ye ke 0Yf, sekali gus mencapai keseimbangan pada tahap guna tenaga penuh.Lompang Deflasi dan Lompang Inflasi Mengikut Pendekatan Rajah SuntikanBocoranBocoran, suntikanPendapatan Ye Yf negarae00S + TI + GLompangdeflasicd• Keseimbangan pendapatan negara dicapai pada titik e₀ apabilasuntikan (J) sama dengan bocoran (W) pada tingkat pendapatan 0Yeyang masih berada di bawah tingkat guna tenaga penuh, iaitu 0Yf.• Pada tingkat 0Yf, terdapat kekurangan suntikan atau lebihan bocoran sebanyak cd yang dikenali sebagai lompang deflasi.• Untuk menutup lompang deflasi dan mencapai keseimbangan padaguna tenaga penuh (0Yf), suntikan perlu ditingkatkan atau bocoran perlu dikurangkan.Bocoran, suntikanPendapatan Yf Ye negarae00S + TI + G Lompanginflasicd• Keseimbangan pendapatan negara berlaku pada titik e₀ apabilajumlah suntikan (J) sama dengan jumlah bocoran (W) pada tingkatpendapatan 0Ye yang melebihi tingkat guna tenaga penuh, iaitu 0Yf.• Pada tingkat 0Yf, terdapat lebihan suntikan atau kekurangan bocoran sebanyak cd dan keadaan ini dikenali sebagai lompang inflasi.• Bagi mengatasi lompang inflasi dan mengembalikan keseimbanganpada tingkat guna tenaga penuh (0Yf), suntikan perlu dikurangkan atau bocoran perlu ditingkatkan.Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal74BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 74 10/31/2025 4:16:02 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
ContohRajah di bawah menunjukkan fungsi perbelanjaan agregat bagi sebuah ekonomi.PerbelanjaanagregatPendapatannegara045°AE = 500 + 0.8YY = AEY0Semua nilai adalah dalam RM juta.(a) Hitung tingkat keseimbangan pendapatan negara sebenar (0Y0).(b) Hitung nilai pengganda.(c) Jika keseimbangan pendapatannegara pada tingkat guna tenaga penuh ialah RM2,000 juta, hitung(i) jurang KNK(ii) lompang inflasiPenyelesaian:(a) Y = 500 + 0.8Y0.2Y = 500Y = 5000.2= RM2,500 juta(b) k = 11 –0.8 = 5(c) (i) Jurang KNK = 2,500 – 2,000 = RM500 juta(ii) Lompang inflasi = 5005 = RM100 jutaLangkah Dasar Fiskal untuk Menangani Pengangguran1 Pengangguran kitaran berlaku apabila pendapatan negara sebenar berada di bawah paras pendapatan negara potensi. Situasi ini berpunca daripada kurangan perbelanjaan agregat berbanding pendapatan negara atau kekurangan suntikan berbanding bocoran pada tahap guna tenaga penuh.2 Pengangguran kitaran dapat dikenal pasti melalui wujudnya lompang deflasi.3 Bagi mengurangkan lompang deflasi, kerajaan melaksanakan dasar fiskal mengembang, antaranya:(a) Menambah perbelanjaan kerajaan, atau(b) Mengurangkan kadar cukai, atau(c) Gabungan kedua-duanya, iaitu menambah perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan cukai secara serentak (dikenali sebagai dasar fiskal kurangan/ defisit).Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal75BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 75 10/31/2025 4:16:02 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Menambah Perbelanjaan KerajaanPerbelanjaan agregatPendapatan negara0 Ye Yf45°e1e0C + I + G1C + I + G0Y = AE∆GLompangdeflasiBocoran,suntikanPendapatan negara∆GYe Yfe0e10S + TI + G1I + G0Lompangdeflasi1 Pendekatan AE-Y: Kesan penambahan perbelanjaan kerajaan terhadap pendapatan negara• Keseimbangan awal dalam ekonomi tiga sektor berlaku pada titike₀ apabila pendapatan negara (Y) bersamaan dengan jumlah perbelanjaan agregat, iaitu Y = C + I + G₀, pada paras pendapatan 0Ye — sebelum tahap guna tenaga penuh dicapai. Keadaan ini menunjukkan wujudnya lompang deflasi.• Apabila kerajaan menambah perbelanjaan sebanyak ∆G, kelukperbelanjaan agregat meningkat secara selari dari (C + I + G₀) ke (C + I + G₁). Keseimbangan baharu terbentuk pada titik e₁ apabila Y = C + I + G₁, iaitu pada paras pendapatan 0Yf.• Hasilnya, pendapatan negara meningkat dari 0Ye ke 0Yf, sekali gus membawa ekonomi ke tahap guna tenaga penuh dan menyelesaikan masalah lompang deflasi serta pengangguran.2 Pendekatan W-J: Kesan pengurangan cukai terhadap suntikan dan kebocoran• Dalam pendekatan ini, keseimbangan awal ekonomi tiga sektorberlaku pada titik e₀ apabila jumlah kebocoran (S + T) menyamai jumlah suntikan (I + G₀) pada paras pendapatan negara 0Ye, iaitu sebelum guna tenaga penuh tercapai. Hal ini menunjukkan berlakunya lompang deflasi.• Apabila kerajaan menambah perbelanjaan sebanyak ∆G, keluksuntikan meningkat secara selari daripada (I + G₀) kepada (I + G₁). Keseimbangan baharu dicapai pada titik e₁ apabila S + T = I + G₁ pada paras pendapatan negara 0Yf.• Akibatnya, pendapatan negara meningkat dari 0Ye ke 0Yf yang menandakan ekonomi telah mencapai tahap guna tenaga penuh dan masalah deflasi serta pengangguran berjaya diatasi.Mengurang Cukai1 Pendekatan AE-Y: Kesan pengurangan cukai terhadap pendapatan negara• Dalam ekonomi tiga sektor, keseimbangan awal berlaku pada titike₀ apabila Y = C₀ + I + G, iaitu pada tahap pendapatan 0Ye sebelum mencapai guna tenaga penuh. Situasi ini menunjukkan wujudnya lompang deflasi dalam ekonomi.• Pengurangan cukai meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah,seterusnya meningkatkan penggunaan. Perkara ini menyebabkan fungsi perbelanjaan agregat beralih ke atas secara selari daripada (C₀+ I + G) kepada (C₁ + I + G) sebanyak ∆C = MPC × ∆T.• Keseimbangan baharu dicapai pada titik e₁ apabila Y = C₁ + I + Gpada tahap pendapatan 0Yf, menandakan guna tenaga penuh telah dicapai dan masalah deflasi serta pengangguran dapat diatasi2 Pendekatan W-J: Kesan pengurangan cukai terhadap suntikan dan kebocoran• Mengikut pendekatan W-J, keseimbangan awal dicapai padatitik e₀ apabila jumlah kebocoran (S + T)₀ adalah sama dengan jumlah suntikan (I + G) pada tahap pendapatan 0Ye, iaitu sebelum mencapai guna tenaga penuh.• Pengurangan cukai menyebabkan kebocoran dalam ekonomiberkurang, lalu mengalihkan fungsi (S + T) ke bawah secara selaridaripada (S + T)₀ kepada (S + T)₁ sebanyak ∆T.Perbelanjaan agregatPendapatan negara0 Ye Yf45°e1e0C1 + I + GC0 + I + GY = AE∆CLompangdeflasiBocoran, suntikanPendapatan Ye Yf negarae1 e00(S + T)0I + G(S + T)1Lompang deflasiKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal76BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 76 10/31/2025 4:16:02 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
• Keseimbangan baharu dicapai pada titik e₁ apabila (S + T)₁ = I +G, iaitu pada tahap pendapatan 0Yf, menandakan ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh dan masalah lompang deflasi berjaya diatasiCara Alat Dasar Fiskal Mengawal Inflasi Tarikan Permintaan1 Inflasitarikan permintaan berlaku apabila berlaku peningkatan dalam tingkat harga umum akibat perbelanjaan agregat yang melebihi pendapatan negara atau suntikan yang melebihi bocoran pada tahap guna tenaga penuh.2 Keadaan ini dapat dikenal pasti melalui kewujudan lompang inflasi, iaitu perbezaan antara pendapatan negarasebenar dengan pendapatan negara guna tenaga penuh.3 Bagi mengurangkanlompang inflasi, kerajaanakanmelaksanakandasarfiskalmenguncup, antaranya termasuk:(a) Mengurangkan perbelanjaan kerajaan, atau(b) Menaikkan kadar cukai, atau(c) Melaksanakan kedua-dua langkah tersebut secara serentak, iaitu mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai, dikenali sebagai dasar fiskal lebihan.Mengurang Perbelanjaan Kerajaan1 Pendekatan AE-Y (Perbelanjaan agregat - Pendapatan)• Keseimbangan asal dalam ekonomi tiga sektor berlakupada titik e₀ apabila pendapatan negara (Y) sama dengan jumlah perbelanjaan agregat, iaitu Y = C₀ + I + G, pada tingkat pendapatan 0Ye yang melebihi guna tenaga penuh. Ini menunjukkan kewujudan lompang inflasi.• Apabila cukai dinaikkan, perbelanjaan boleh guna rakyatberkurang, lalu fungsi perbelanjaan agregat beralih ke bawahsecara selari daripada (C₀ + I + G) kepada (C₁ + I + G) sebanyak ∆C, iaitu perubahan dalam penggunaan akibat MPC × ∆T.• Keseimbangan baharu tercapai pada titik e₁ apabila Y = C₁ + I +G, iaitu pada tingkat pendapatan negara 0Yf.• Dengan itu, pendapatan negara menurun daripada 0Ye kepada 0Yf — guna tenaga penuh dicapai, dan masalah lompang inflasi atau inflasi tarikan permintaan dapat diselesaikan.2 Pendekatan W-J (Kebocoran - Suntikan)• Keseimbangan asal ekonomi tiga sektor berlaku pada titike₀ apabila jumlah kebocoran sama dengan jumlah suntikan, iaitu (S + T)₀ = I + G, pada tingkat pendapatan negara 0Ye yang melebihi tingkat guna tenaga penuh. Keadaan ini menunjukkan wujudnya lompang inflasi.• Kenaikan cukai menyebabkan fungsi kebocoran beralih ke atassecara selari daripada (S + T)₀ kepada (S + T)₁ sebanyak ∆T.• Keseimbangan baharu dicapai pada titik e₁ apabila (S + T)₁ = I +G pada tingkat pendapatan negara 0Yf.• Akibatnya, pendapatan negara menurun daripada 0Ye kepada 0Yf, menandakan bahawa guna tenaga penuh telah dicapai dan tekanan inflasi berjaya dikawal.Perbelanjaan agregatPendapatan negara0 Yf Ye45°e0e1C + I + G0C + I + G1Y = AE∆GLompanginflasiBocoran,suntikanPendapatan negara∆GYf Yee1e00S + TI + G0I + G1LompanginflasiKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal77BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 77 10/31/2025 4:16:02 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Menambah CukaiPerbelanjaan agregatPendapatan negara0 Yf Ye45°e0e1C0 + I + GC1 + I + GY = AE∆CLompanginflasi0Bocoran, suntikanPendapatan Yf Ye negarae e1 0(S + T)1I + G(S + T) Lompang 0inflasi1 Pendekatan AE-Y – Kesan kenaikan cukai• Keseimbangan awal ekonomi tiga sektor tercapai pada titik eo, iaitu apabila perbelanjaan agregat sama dengan pendapatan negara sebenar, iaitu Y = C₀ + I₀ + G₀ pada tingkat pendapatan Ye.• Namun, pada tahap ini wujud lompang inflasi kerana ekonomimelebihi guna tenaga penuh.• Apabila kerajaan menaikkan cukai, pendapatan boleh gunaberkurang, menyebabkan perbelanjaan penggunaan (C) menurun. Hal ini mengakibatkan fungsi perbelanjaan agregat AE beralih kebawah secara selari daripada (C₀ + I + G) ke (C₁ + I + G) sebanyak ΔC (MPC × ΔT).• Keseimbangan baharu tercapai pada titik e1, iaitu apabila Y = C₁ + I₀ + G₀ pada tingkat pendapatan Yf, yang mencerminkan guna tenaga penuh.• Maka, pendapatan negara menurun dari Ye ke Yf, dan masalah inflasi dapat diatasi.2 Pendekatan W-J – Kesan kenaikan cukai• Pada awalnya, keseimbangan berlaku di titik eo, di mana jumlah suntikan sama dengan jumlah bocoran: (S + T)₀ = I + G pada tingkat pendapatan Ye.• Namun, Ye berada melebihi guna tenaga penuh, maka wujud lompang inflasi.• Apabila cukai dinaikkan, bocoran cukai (T) meningkat,menyebabkan garis bocoran beralih dari (S + T)₀ ke (S + T)₁ secara selari.• Keseimbangan baharu dicapai pada titik e1, iaitu apabila (S + T)₁ = I + G pada tingkat pendapatan Yf.• Dengan itu, pendapatan negara menurun dari Ye ke Yf, menandakan inflasi berjaya dikawal melalui pelaksanaan dasar fiskal menguncup.Semak Cepat 3.41 Pada pandangan anda, apakah yang akan berlaku apabila(a) pengurangan eksport sama dengan pengurangan import?(b) pengurangan eksport melebihi pengurangan import?Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal78BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 78 10/31/2025 4:16:02 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Keseimbangan Ekonomi Empat Sektor (Ekonomi Terbuka)Perbelanjaan Agregat, Bocoran dan SuntikanPerbelanjaan agregat Bocoran SuntikanC + I + G + (X – M) S + T + M I + G + XEkonomi Empat SektorEksport (X)Perbelanjaan terhadap keluaran sesebuah negara oleh penduduk negara asingImport (M)Perbelanjaan terhadap keluaran negara asing oleh penduduk sesebuah negara (tempatan)Fungsi Import (M)Fungsi import menerangkan kaitan antara jumlah import sesuatu negara dengan tingkat pendapatan negara tersebut. Ia boleh dinyatakan sebagai:M = Mo + mYdi mana Mo ialah import autonomi, iaitu perbelanjaan import yang tidak dipengaruhi oleh pendapatan negara, manakala mY ialah import teraruh , iaitu perbelanjaan import yang dipengaruhi oleh pendapatan negara.Fungsi EksportFungsi eksport menerangkan hubungan antara jumlah eksport dengan tingkat pendapatan negara. Namun begitu, eksport merupakan perbelanjaan autonomi yang tidak bergantung kepada perubahan dalam pendapatan negara.Keseimbangan Ekonomi Terbuka Mengikut Kaedah RumusPendekatan AE-Y1 Pendapatan negara bagi ekonomi terbuka dikira berdasarkan jumlah pengeluaran yang dihasilkan dalam negara (Y) dan jumlah barangan yang diimport (M), iaitu Y + M.2 Perbelanjaan agregat dalam ekonomi terbuka terdiri daripada perbelanjaan penggunaan (C), perbelanjaan pelaburan (I), perbelanjaan kerajaan (G) dan perbelanjaan eksport (X). AE = C + I + G + X3 Dengan itu, keseimbangan pendapatan negara ekonomi terbuka dicapai apabila: Y = AE Y + M = C + I + G + X Y = C + I + G + (X – M)dengan, (X – M) = Eksport bersih● Eksport merupakan komponen suntikan kerana menerima pendapatan daripada penjualan barangan ke negara lain, iaitu ia melibatkan aliran masuk wang (dalam aliran pusingan pendapatan)● Import merupakan komponen bocoran kerana pembayaran daripada pembelian barangan dari luar negara dan ia melibatkan aliran wang keluar (aliran wang keluar dari aliran pusingan pendapatan)InfoekstraKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal79BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 79 10/31/2025 4:16:02 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Pendekatan J-W1 Pendapatan boleh guna (Yd) terdiri daripada perbelanjaan penggunaan dan tabungan, iaitu: Yd = C + S 2 Oleh sebab Yd = Y – T, maka: Y – T = C + S atau Y = C + S + T3 Keseimbangan pendapatan negara mengikut pendekatan suntikan-bocoran (J-W)dapat ditulis seperti berikut: C + I + G + (X – M) = C + S + T , iaitu I + G + X = S + T + Mdengan,Suntikan (J) = I + G + XFBocoran (W) = S + T + MContohC = 50 + 0.6Y, I = G = 150, X = 200, M = 100 + 0.1Y (nilai dalam RM juta)Kaedah AE-YY = C + I + G + (X – M)= 50 + 0.6Y + 150 + 150 + (200 – (100 + 0.1Y))= 50 + 0.6Y + 300 + 200 – 100 – 0.1Y = 450 + 0.5Y Y – 0.5Y = 4500.5Y = 450Y = 4500.5= RM900 jutaKaedah J-WS + T + M = I + G + X–50 + 0.4Y + 0 + (100 + 0.1Y) = 150 + 150 + 200–50 + 0.4Y + 100 + 0.1Y = 50050 + 0.5Y = 5000.5Y = 500 – 500.5Y = 450Y = 4500.5= RM900 jutaPendekatan AE-Y• Dalam ekonomi terbuka, keseimbangan dicapai pada titik E apabila Y= AE = C + I + G + (X - M) pada tahap pendapatan negara 0Y0.• Apabila pendapatan negara berada pada tahap 0Y1, terdapat lebihan perbelanjaan agregat sebanyak AB. Hal ini menyebabkan pengurangan inventori, mendorong firma untuk meningkatkanpengeluaran. Pendapatan negara akan meningkat sehingga mencapai 0Y0, mengembalikan keseimbangan ekonomi pada titik E.• Sebaliknya, pada tahap pendapatan negara 0Y2, terdapat kekurangan perbelanjaan agregat sebanyak KL. Hal ini menyebabkan peningkatan inventori, mendorong firma untuk mengurangkan pengeluaran.Akibatnya, pendapatan negara akan menurun sehingga mencapai 0Y0, di mana keseimbangan dipulihkan pada titik E.Pendekatan J-W• Dalam ekonomi terbuka, keseimbangan dicapai pada titik E apabila I+ G + X = S + T + M pada tahap pendapatan negara 0Y0.• Pada tahap pendapatan negara 0Y1, terdapat lebihan suntikan sebanyak MN. Hal ini menyebabkan pengurangan inventori, mendorong firma untuk meningkatkan pengeluaran. Pendapatannegara akan meningkat sehingga mencapai 0Y0, mengembalikan keseimbangan ekonomi pada titik E.0PerbelanjaanagregatPendapatannegaraY = AEBocoran,suntikanPendapatanY negara Y1 0 Y2Y1 Y0 Y20ABEKLAE = C + I + G + (X – M)MNEQRKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal80BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 80 10/31/2025 4:16:03 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
• Sebenarnya, apabila pendapatan negara mencapai tahap OY2, akan wujud kekurangan sebanyak QR. Akibatnya, inventori akan bertambah dan syarikat-syarikat akan mengurangkan perbelanjaan mereka. Pendapatan negara akan menurun ke paras OY0. Pada tahap OY0, ekonomi mencapai keseimbangan seperti yang ditunjukkan oleh titik E.Kesan Perubahan Eksport dan Import terhadap Keseimbangan Pendapatan NegaraPerubahan Eksport ( ΔX) ∆XBocoran, suntikanPendapatan Y0 Y1 negarae0e10S + T + MI + G + X1I + G + X01 Eksport bertambah• Keseimbangan asal dicapai pada titik e0 apabila S + T + M = I + G + X0pada paras pendapatan negara 0Y0.• Dengan peningkatan eksport, fungsi suntikan bertambah (beranjak ke atas secara selari) dari (I + G + X0) kepada (I + G + X1) sebanyak ∆X. Keseimbangan baharu tercapai di titik e1 apabila S + T + M = I + G + X1 pada paras pendapatan negara 0Y1.• Oleh itu, paras pendapatan negara bertambah dari 0Y0 kepada 0Y1akibat peningkatan eksport.∆XBocoran, suntikanPendapatan Y1 Y0 negarae1e00S + T + MI + G + X0I + G + X12 Eksport berkurang• Keseimbangan asal dicapai pada titik e0 apabila S + T + M = I + G + X0pada tingkat pendapatan negara 0Y0.• Dengan pengurangan eksport, fungsi suntikan menurun (beralih ke bawah secara selari) dari (I + G + X0) ke (I + G + X1) sebanyak ∆X. Keseimbangan baharu dicapai pada titik e1 apabila S + T + M = I + G + X1 pada tingkat pendapatan negara 0Y1.• Jadi, tingkat pendapatan negara menurun daripada 0Y0 kepada 0Y1kesan pengurangan eksport.Perubahan Import ( ΔM) 0Bocoran,suntikanPendapatan Y1 Y0 negarae0 e1 I + G + X∆MS + T + M1S + T + M03 Import bertambah• Keseimbangan tercapai di titik e0 apabila S + T + M0 = I + G + X pada pendapatan negara 0Y0. Dengan peningkatan import, fungsi bocoranbertambah dari (S + T + M0) ke (S + T + M1) sebanyak ∆M. • Keseimbangan baharu tercapai di titik e1 apabila S + T + M1 = I + G + X pada tingkat pendapatan negara 0Y1.• Oleh itu, pendapatan negara berkurangan dari 0Y0 ke 0Y1 kesan pertambahan import.Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal81BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 81 10/31/2025 4:16:03 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
0Bocoran,suntikanPendapatan Y0 Y1 negarae1 e0 I + G + X∆MS + T + M0S + T + M12 Import berkurang• Keseimbangan asal berlaku pada titik e0 apabila S + T + M0 = I + G + X pada tingkat pendapatan negara 0Y0. Pengurangan import menyebabkan fungsi bocoran berkurang daripada (S + T + M0) kepada (S + T + M1) sebanyak ∆M. • Keseimbangan baharu kemudian dicapai pada titik e1 apabila S + T + M1 = I + G + X pada tahap pendapatan negara 0Y1.• Akibatnya, tahap pendapatan negara meningkat daripada 0Y0kepada 0Y1 kesan pengurangan import.Perubahan Eksport (ΔX) dan Perubahan Import (ΔM) 0Bocoran,suntikanPendapatan Y0 Y1 negarae1e0I + G + X1I + G + X0∆M∆XS + T + M0S + T + M11 Eksport bertambah, import berkurang• Keseimbangan asal dicapai pada titik e0 apabila S + T + M0 = I + G + X0 pada tahap pendapatan negara 0Y0. Dengan peningkatan eksport, fungsi suntikan meningkat dari (I + G + X0) ke (I + G + X1) sebanyak ∆X. • Sementara itu, pengurungan import menyebabkan fungsi bocoranberkurang dari (S + T + M0) ke (S + T + M1) sebanyak ∆M.• Keseimbangan baharu kemudian dicapai pada titik e1 apabila S + T + M1 = I + G + X1 pada tingkat pendapatan negara 0Y1.• Kesannya, pendapatan negara meningkat dari 0Y0 ke 0Y1 hasil daripada pertambahan eksport dan pengurangan import.0Bocoran,suntikanPendapatan Y1 Y0 negarae0e1I + G + X0I + G + X1∆M∆XS + T + M1S + T + M02 Eksport berkurang, import bertambah• Keseimbangan asal dicapai pada titik e0 apabila S + T + M0 = I + G + X0pada tahap pendapatan negara 0Y0. Dengan pengurangan eksport, fungsi suntikan berkurang dari (I + G + X0) ke (I + G + X1) sebanyak ∆X. • Sementara itu, peningkatan import menyebabkan fungsi bocoranmeningkat dari (S + T + M0) ke (S + T + M1) sebanyak ∆M.• Keseimbangan baharu dicapai pada titik e1 apabila S + T + M1 = I + G + X1 pada tingkat pendapatan negara 0Y1.• Oleh itu, tahap pendapatan negara menurun dari 0Y0 ke 0Y1 kesan pengurangan eksport dan pertambahan import.Semak Cepat 3.51 Nyatakan sektor ekonomi yang terdapat dalam ekonomi terbuka.2 Apakah komponen perbelanjaan agregat dalam ekonomi terbuka?3 Tulis rumus keseimbangan pendapatan negara ekonomi terbuka mengikut pendekatan (a) AE - Y (b) J - WKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal82BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 82 10/31/2025 4:16:03 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3.2 Analisis Permintaan Agregat - Penawaran Agregat (AD-AS) Permintaan Agregat - Penawaran AgregatPermintaan Agregat1 Permintaan agregat ialah tingkat perbelanjaan benar yang dilakukan olehsebuah ekonomi pada pelbagai tingkat harga.AD = C + I + G + (X – M)2 Keluk permintaan agregat diterbitkan daripada keluk perbelanjaan agregat.(a) (b)• Keseimbangan asal dicapai pada titik e0 apabila Y = AE0 pada tingkat pendapatan negara 0Y0.• Andaikan harga asal ialah 0P0 dan pendapatan negara asal ialah 0Y0. Hubungan antara pendapatan negara dengan tingkat harga ditunjukkan oleh titik c pada rajah (b).• Apabila harga naik dari 0P0 ke 0P1, perbelanjaan agregat menurun dari AE0 ke AE1. Keseimbangan baharu dicapai pada titik e1 apabila Y = AE1 pada tingkat pendapatan negara 0Y1. Maka, pada tingkat harga 0P1, tingkat pendapatan negara ialah 0Y1 seperti ditunjukkan oleh titik d pada rajah (b).• Apabila titik c dan d disambungkan, terbentuklah kelukpermintaan agregat (AD) yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan (negatif ). Hal ini menunjukkan hubungan songsang antara tingkat harga umum dengan pendapatan negara.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi peralihan keluk permintaan agregat adalah seperti berikut:(a) Perubahan penggunaan(b) Perubahan pelaburan(c) Perubahan perbelanjaan kerajaan(d) Perubahan eksport dan import(e) Perubahan bekalan wang4 Sebagai contoh, pertambahan penggunaan (C), pelaburan (I) dan perbelanjaan kerajaan (G) akan menyebabkan keluk permintaan agregat beralih ke kanan pada tingkat harga tetap. Kesannya, pendapatan negara meningkat.5 Sebaliknya, pengurangan penggunaan (C), pelaburan (I) dan perbelanjaan kerajaan (G) akan menyebabkan keluk permintaan agregat beralih ke kiri pada tingkat harga tetap. Kesannya, pendapatan negara menurun. HargaPendapatannegara0 Y2 Y0 Y1AD2 AD0AD1P0Perbelanjaan agregatPendapatannegaraPendapatannegara00Y1Y1P1P0Y0Y045°e0e1AE0AE1Y = AEHargadcADKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal83BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 83 10/31/2025 4:16:03 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Penawaran Agregat1 Tingkat output atau keluaran yang akan dihasilkan oleh sebuah ekonomi pada pelbagai tingkat harga.2 Keluk penawaran agregat mencerun ke atas dari kiri ke kanan. Hal ini bermakna wujud hubungan positif antaratingkat harga umum dengan pendapatan negara.HargaPendapatannegara0ASY2 Y0 Y1P0P1P2• Apabila tingkat harga naik dari 0P0 ke 0P1, pendapatan negara meningkat dari 0Y0 ke 0Y1.• Apabila tingkat harga turun dari 0P0 ke 0P2, pendapatan negara menurun dari 0Y0 ke 0Y2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi peralihan keluk penawaran agregat termasuk:(a) Teknologi – Kemajuan teknologi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos pengeluaran.(b) Kos pengeluaran – Harga input seperti upah dan bahan mentah mempengaruhi jumlah pengeluaran.(c) Dasar kerajaan – Cukai boleh meningkatkan kos, manakala subsidi menggalakkan pengeluaran.(d) Produktiviti – Kecekapan tenaga kerja dan penggunaan sumber menentukan tahap pengeluaran.(e) Sumber – Ketersediaan bahan mentah, tenaga kerja dan modal mempengaruhi pertumbuhan ekonomi. HargaPendapatannegara0 Y2 Y0 Y1AS2 AS0 AS1P0• Kemajuan teknologi dan kejatuhan upah yang menurunkankos pengeluaran mendorong firma meningkatkan output. Kesannya, keluk penawaran agregat beralih ke kanan pada tingkat harga tetap. Pendapatan negara meningkat.• Kenaikan harga bahan mentah dan pengenaan cukai olehkerajaan yang meningkatkan kos pengeluaran menyebabkan firma mengurangkan output. Kesannya, keluk penawaran agregat beralih ke kiri pada tingkat harga tetap. Pendapatan negara menurun.Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dan Tingkat HargaHargaPendapatan negara0P1P0P2Y1 Y0 Y2e0ADASLebihan ASLebihan AD • Keseimbangan ekonomi dicapai pada titik e0 apabila AD = AS pada tingkat harga 0P0 dan pendapatan negara 0Y0.• Jika tingkat harga adalah pada 0P1, wujud lebihan penawaran agregat sebanyak Y1Y2. Maka, stok akan bertambah dan tingkat harga turun. Firma cenderung mengurangkan output dan tingkat keluaran negara menurun dari 0Y2 ke 0Y0 dan keseimbangan dicapai semula pada tingkat harga 0P0.• Sebaliknya, jika tingkat harga adalah pada 0P2, wujud lebihan permintaan agregat sebanyak Y1Y2. Maka,stok akan berkurangan dan tingkat harga naik. Firma cenderung menambahkan output dan tingkat keluaran negara meningkat dari 0Y1 ke 0Y0 dan keseimbangan dicapai semula pada tingkat harga 0P0.• Oleh itu, keseimbangan pendapatan negara dicapaipada 0Y0 dan tingkat harga umum pada 0P0.Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal84BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 84 10/31/2025 4:16:03 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Perubahan Keseimbangan Pendapatan Negara dan Tingkat HargaPerubahan Permintaan Agregat (∆AD)Permintaan Agregat Bertambah Permintaan Agregat BerkurangHargaPendapatan negara0AS1AS0AD0Y1 Y0P1P0e0e1HargaPendapatan negara0AS1AS0AD0Y1 Y0P1P0e0e1a• Keseimbangan asal dicapai pada titik e0 apabila AD0= AS0 pada tingkat harga 0P0 dan pendapatan negara 0Y0.• Apabila permintaan agregat bertambah, kelukpermintaan agregat beralih ke kanan dari AD0 ke AD1.• Pada tingkat harga 0P0, wujud lebihan permintaan agregat sebanyak e0a. Oleh itu, stok berkurangan, tingkat harga naik dan firma akan menambahkan output.• Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baharudicapai pada titik e1 apabila AD1 = AS0 dan tingkat harga ialah 0P1 dan pendapatan negara ialah 0Y1.• Jadi, tingkat harga naik dari 0P0 ke 0P1 dan pendapatan negara meningkat dari 0Y0 ke 0Y1 kesan pertambahan permintaan agregat.Y1 Y0HargaPendapatan negara0AS0AD0AD1P0P1e1e a 0• Keseimbangan asal dicapai pada titik e0 apabila AD0= AS0 pada tingkat harga 0P0 dan pendapatan negara 0Y0.• Apabila permintaan agregat berkurang, kelukpermintaan agregat beralih ke kiri dari AD0 ke AD1. Pada tingkat harga 0P0, wujud lebihan penawaran agregat sebanyak ae0. Oleh itu, stok bertambah, tingkat harga turun dan firma akan mengurangkan output.• Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baharudicapai pada titik e1 apabila AD1 = AS0 dan tingkat harga ialah 0P1 dan pendapatan negara ialah 0Y1.• Jadi, tingkat harga turun dari 0P0 ke 0P1 dan pendapatan negara menurun dari 0Y0 ke 0Y1 kesan pengurangan permintaan agregat.Perubahan Penawaran Agregat (∆AS)Penawaran Agregat BertambahHargaPendapatan negara0AS0AD1AD0Y0 Y1P1P0e0e1a• Keseimbangan asal dicapai pada titik e0 apabila AD0 = AS0 pada tingkat harga 0P0 dan pendapatan negara 0Y0.• Apabila penawaran agregat bertambah, keluk penawaranagregat beralih ke kanan dari AS0 ke AS1. Pada tingkat harga 0P0, wujud lebihan penawaran agregat sebanyak e0a. Oleh itu, stok bertambah dan tingkat harga turun.• Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baharu dicapaipada titik e1 apabila AD0 = AS1 dan tingkat harga ialah 0P1 dan pendapatan negara ialah 0Y1.• Jadi, tingkat harga turun dari 0P0 ke 0P1 dan pendapatan negara meningkat dari 0Y0 ke 0Y1 kesan pertambahan penawaran agregat.Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal85BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 85 10/31/2025 4:16:03 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Penawaran Agregat BerkurangHargaPendapatan negara0AS1AS0AD0Y1 Y0P1P0e0e1HargaPendapatan negara0AS1AS0AD0Y1 Y0P1P0e0e1a• Keseimbangan asal dicapai pada titik e0 apabila AD0 = AS0 pada tingkat harga 0P0 dan pendapatan negara 0Y0.• Apabila penawaran agregat berkurang, keluk penawaranagregat beralih ke kiri dari AS0 ke AS1. Pada tingkat harga 0P0, wujud lebihan permintaan agregat sebanyak ae0. Oleh itu, stok berkurangan dan tingkat harga naik.• Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baharu dicapaipada titik e1 apabila AD0 = AS1 dan tingkat harga ialah 0P1 dan pendapatan negara ialah 0Y1.• Jadi, tingkat harga naik dari 0P0 ke 0P1 dan pendapatan negara menurun dari 0Y0 ke 0Y1 kesan pengurangan penawaran agregat.Perubahan Permintaan Agregat dan Penawaran Agregat (∆AD dan ∆AS) AD↑ = AS↑ AD↑ . AS↑HargaPendapatannegara0 Y0 Y1AS0AD1AD0AS1P0e0 e1• Keseimbangan asal dicapai pada titik e0 apabila AD0 = AS0 pada tingkat harga 0P0 dan pendapatan negara 0Y0.• Dengan pertambahan permintaan agregat dan penawaran agregat, keluk permintaan agregat beralih ke kanan dari AD0 ke AD1 manakala keluk penawaran agregat beralih ke kanan dari AS0 ke AS1, dan pertambahan AD sama dengan pertambahan AS.• Keseimbangan baharu dicapai pada titik e1 apabila AD1 = AS1 pada tingkat harga 0P0 dan pendapatan negara 0Y1.• Jadi, tingkat harga tetap pada 0P0 dan pendapatan negara meningkat dari 0Y0 ke 0Y1 apabila pertambahan permintaan agregat sama dengan pertambahan penawaran agregat.HargaPendapatannegara0 Y0 Y1AS0AD1AD0AS1P1P0 e0e1• Keseimbangan asal dicapai pada titik e0 apabila AD0 = AS0 pada tingkat harga 0P0 dan pendapatan negara 0Y0.• Dengan pertambahan permintaan agregat dan penawaran agregat, keluk permintaan agregat beralih ke kanan dari AD0 ke AD1 manakala keluk penawaran agregat beralih ke kanan dari AS0 ke AS1, dan pertambahan AD melebihi pertambahan AS.• Keseimbangan baharu dicapai pada titik e1 apabila AD1 = AS1 pada tingkat harga 0P1 dan pendapatan negara 0Y1.• Jadi, tingkat harga naik dari 0P0 ke 0P1 dan pendapatan negara meningkat dari 0Y0 ke 0Y1apabila pertambahan permintaan agregat melebihi pertambahan penawaran agregat.AD↓ = AS↑ AD↓ , AS↓Harga0 Pendapatan negara Y0AS0AD1AD0AS1P0P1e0e1Harga0 Pendapatan negara Y1 Y0AS0AD1AD0AS1P1P0 e0e1Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal86BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 86 10/31/2025 4:16:04 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Semak Cepat 3.61 Apakah yang akan berlaku kepada keseimbangan pendapatan negara apabila:(a) pengurangan AD melebihi pengurangan AS?(b) pertambahan AD sama dengan pengurangan AS?1 Perbelanjaan agregat Jumlah nilai perbelanjaan yang dilakukan oleh semua pelaku ekonomi dalam sesebuah negara, iaitu perbelanjaan oleh sektor isi rumah, sektor firma, sektor kerajaan dan sektor luar negara atau sektor asing.Butiran MaksudPenggunaan isi rumah atau penggunaan swasta (C) Perbelanjaan terhadap barang dan perkhidmatan oleh sektor isi rumahPelaburan firma atau pembentukan modal tetap kasar swasta (I)Perbelanjaan terhadap barang modal oleh sektor firmaPerbelanjaan kerajaan atau perbelanjaan awam (G) Perbelanjaan terhadap barang pengguna (penggunaan awam atau perbelanjaan mengurus) dan barang modal (pelaburan awam atau perbelanjaan pembangunan) oleh sektor kerajaanPerbelanjaan sektor luar negara atau sektor asing (X-M)Perbelanjaan terhadap keluaran sebuah negara oleh rakyat asing (eksport) tolak perbelanjaan terhadap keluaran negara asing oleh rakyat tempatan (import). Juga dinamakan nilai eksport bersih2 Suntikan dan bocoranSuntikan BocoranAliran wang yang masuk ke dalam aliran pusingan pendapatan dan meningkatkan pendapatan negaraAliran wang yang keluar daripada aliran pusingan pendapatan dan mengurangkan pendapatan negaraPelaburan (I), perbelanjaan kerajaan (G) dan eksport (X) Tabungan (S), cukai (T) dan import (M)3 Keseimbangan pendapatan negara (Ye) Tingkat pendapatan negara yang dicapai apabila keinginan firma untuk mengeluarkan barang adalah sama nilainya dengan perbelanjaan agregat yang dilakukan oleh semua pelaku ekonomi. Syarat keseimbangan boleh dicapai dalam tiga pendekatan, iaitu:Perbelanjaan Agregat-Pendapatan Bocoran-Suntikan Permintaan Agregat-Penawaran AgregatAE = Y W = J AD = AS4 Pendapatan negara guna tenaga penuh (Yf)Tingkat pendapatan negara yang dicapai dalam keadaan guna tenaga penuh atau kadar pengangguran tidak melebihi 4%.5 Penggunaan autonomiNilai penggunaan yang tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara, iaitu nilai penggunaan pada tingkat pendapatan negara sifar.6 Kecenderungan mengguna sut (MPC) dan kecenderungan menabung sut (MPS)MPC MPSPerubahan dalam penggunaan akibat perubahan dalam pendapatan negaraPerubahan dalam tabungan akibat perubahan dalam pendapatan negaraMPC = ∆C∆Y MPS = ∆S∆YRumusan Bab 3Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal87BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 87 10/31/2025 4:16:04 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
7 Kecekapan modal sut (MEI)Keluk yang menunjukkan hubungan songsang antara kadar bunga dengan tingkat pelaburan, iaitu keluk permintaan modal.8 Pengganda(a) Mengukur bilangan kali ganda pertambahan pendapatan negara kesan pertambahan dalam perbelanjaan agregat, iaitu pertambahan penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan atau eksport bersih.Pengganda = Perubahan pendapatan negara (∆Y)Perubahan perbelanjaan agregat (∆AE)(b) Nilai pengganda ditentukan oleh nilai MPCPengganda = 11-MPC1MPS9 Lompang deflasi dan lompang inflasiLompang Deflasi Lompang InflasiKurangan perbelanjaan agregat untuk mencapai guna tenaga penuhLebihan perbelanjaan agregat untuk mencapai guna tenaga penuhWujud apabila keseimbangan pendapatan negara dicapai kurangdaripada pendapatan negara guna tenaga penuh (Ye < Yf)Wujud apabila keseimbangan pendapatan negara dicapai melebihipendapatan negara guna tenaga penuh (Ye > Yf)10 Permintaan agregat (AD) dan penawaran agregat (AS)AD ASJumlah perbelanjaan benar (iaitu C, I, G dan X-M) pada pelbagai tingkat hargaJumlah keluaran atau output yang dihasilkan pada pelbagai tingkat harga11 Dasar fiskal Langkah-langkah oleh kerajaan melalui perubahan cukai (∆T) dan perubahan perbelanjaan kerajaan (∆G) untuk menstabilkan ekonomi sesebuah negara.Dasar Fiskal Mengembang Dasar Fiskal MenguncupLangkah-langkah mengurangkan cukai dan menambah perbelanjaan kerajaan untuk menambah perbelanjaan agregat supaya pendapatan negara meningkatLangkah-langkah meningkatkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan agregat supaya harga umum menurunMengatasi masalah lompang deflasi Mengatasi masalah lompang inflasiKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal88BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 88 10/31/2025 4:16:04 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 (a) Komponen perbelanjaan agregat dalam ekonomi dua sektor terdiri daripada dan .(b) Secara rumus, syarat keseimbangan pendapatan negara ekonomi dua sektor ialah .2 (a) merujuk sebahagian daripada pendapatan yang tidak digunakan dalam aliran pusingan pendapatan, contohnya . Peningkatan dalam bocoran akan menurunkan dan menyebabkan pendapatan menjadi semakin .(b) merujuk tambahan perbelanjaan yang dimasukkan ke dalam aliran pusingan pendapatan dan tidak berasal daripada pendapatan sedia ada, contohnya . Suntikan ini akan perbelanjaan agregat dan seterusnya meningkatkan pendapatan .(c) Mengikut pendekatan bocoran dan suntikan, pendapatan negara mencapai keseimbangan apabila jumlah adalah sama dengan jumlah . Secara matematik, syarat keseimbangan dalam ekonomi dua sektor ditulis sebagai .3 ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah ke atas barang dan perkhidmatan, manakala ialah bahagian lebihan pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan.4 Sebuah ekonomi dua sektor mempunyai penggunaan autonomi sebanyak RM250 juta, MPC (kecenderungan mengguna marginal) ialah 0.75, dan pelaburan autonomi berjumlah RM500 juta. Jadual berikut menunjukkan paras pendapatan negara (Y) dalam juta ringgit:Y (RM juta) Penggunaan Tabungan Pelaburan AE1,000 1,000 0 500 1,5002,000 1,750 250 500 2,2503,000 2,500 500 500 3,0004,000 3,250 750 500 3,7505,000 4,000 1,000 500 4,500(a) Nyatakan fungsi penggunaan dalam ekonomi ini:(b) Nyatakan fungsi tabungan dalam ekonomi ini: (c) Berdasarkan jadual di atas, pada tahap pendapatan manakah keseimbangan pendapatan negara dicapai?Tinjau BabKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal89BAB3Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 89 10/31/2025 4:16:04 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
JAWAPANJawapanBAB 1 PengenalanSemak Cepat 1.1Pelaku ekonomi dalam:1 Dua sektor- isi rumah dan firma2 Tiga sektor -isi rumah, firma dan kerajaan3 Empat sektor – isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luarnegaraSemak Cepat 1.2Kerajaan boleh menurunkan cukai, memberi subsidi, membina infrastruktur dan mempertingkatkan latihan tenagakerja untuk meningkatkan penawaran agregat.Semak Cepat 1.3Ekonomi mengalami lebihan permintaan yang boleh menyebabkan inflasi.Tinjau Bab1 (a) perbelanjaan penggunaan (b) pendapatan (c) cukai langsung (d) import (e) perbelanjaan kerajaan2 kestabilan harga, seimbang3 penawaran agregat4 mengurangkan; meningkatkan5 fiskal, monetari dan kawalan langsung6 perbelanjaan; cukai7 bank; faedah8 penawaran; produktif9 cukai 10 pengeluaran dan pelaburan11 keluaran 12 harga 13 pekerjaan14 ekonomi Fokus STPM 1Bahagian A1 A 2 C 3 C 4 B 5 B 6 A7 B 8 B 9 C 10 B 11 B 12 A13 B 14 C 15 B 16 CBahagian B1 (a) Dua matlamat utama makroekonomi Kestabilan harga - Negara berusaha mengawal kadar inflasi supaya tidak terlalu tinggi agar kuasabeli rakyat terpelihara dan perniagaan dapat merancang aktiviti ekonomi dengan lebih yakin. Guna tenaga penuh - negara berusaha memastikan semua individu yang mampu dan bersedia bekerja mendapat pekerjaan bagi mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan hasil pengeluaran negara. (b) Dua kesan buruk inflasi Kuasa beli rakyat menurun - apabila harga barang meningkat secara berterusan, pengguna mampu membeli kurang barang dengan pendapatan yang sama. Hal ini menjejaskan taraf hidup. Kenaikan kos pengeluaran - harga bahan mentah dan input meningkat, menyebabkan kos operasi firma bertambah. Firma mungkin kurangkanpengeluaran atau menaikkan harga barang lagi. (c) Dua punca berlakunya pengangguran Kemelesetan ekonomi - semasa kemelesetan, permintaan agregat menurun menyebabkan firmamengurangkan pengeluaran dan pekerja, lalu meningkatkan pengangguran. Kemajuan teknologi- menyebabkan penggunaan mesin menggantikan tenaga buruh berkemahiran rendah sekali gus menimbulkan penggangguran teknologi. (d) Kerajaan boleh melaksanakan dasar fiskalmengembang secara terpilih dengan meningkatkan perbelanjaan pembangunan bagi mewujudkan pekerjaan dan mengawal cukai atau memberi Subsidi bersasar bagi mengekang tekanan harga. Hal ini meningkatkan pengeluaran dan menstabilkan harga, sekali gus mengurangkan inflasi danpengangguran.2 (a) Petunjuk makroekonomi ialah data atau ukuran yang digunakan untuk menilai prestasi ekonomi sesebuah negara secara keseluruhan. Petunjuk ini memberi gambaran tentang keadaan ekonomi seperti pertumbuhan ekonomi, kestabilan harga, guna tenaga dan imbangan pembayaran. (b) Empat petunjuk ekonomi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) KDNK mengukur jumlah nilai semua barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu, biasanya setahun. Ia digunakan untuk menilai tahap pertumbuhan ekonomi. Peningkatan KDNK menunjukkan ekonomi berkembang.Jawapan185Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 185 10/31/2025 4:16:22 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
JAWAPANJawapan Kadar inflasi Kadar inflasi menunjukkan perubahan peratusandalam tahap harga barang dan perkhidmatan secara purata dalam ekonomi. Inflasi yang tinggimenunjukkan kenaikan harga yang berterusan yang boleh mengurangkan kuasa beli pengguna. Kadar pengangguran Kadar pengangguran merujuk peratusan tenaga buruh yang sanggup dan mampu bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan. Kadar ini digunakan untuk mengukur keberkesanan ekonomi dalam menyediakan peluang pekerjaan. Imbangan pembayaran Imbangan pembayaran mencatat semua transaksi ekonomi antara sesebuah negara dengan negara lain, termasuk eksport dan import barang, perkhidmatan, pelaburan dan bantuan kewangan. Imbangan yang positif menunjukkan lebih banyakpendapatan dari luar berbanding pembayaran ke luar negara. (c) Dasar fiskal Kerajaan boleh melaksanakan dasar fiskalmenguncup untuk mengurangkan inflasi. Hal iniboleh dilakukan dengan: • Mengurangkan perbelanjaan kerajaan, bagimengurangkan permintaan agregat dalam ekonomi. • Meningkatkan kadar cukai, seperti cukaipendapatan dan cukai jualan, bagi mengurangkan pendapatan boleh guna rakyat dan seterusnya mengurangkan perbelanjaan pengguna. Dasar monetari Bank pusat boleh menggunakan dasar monetari menguncup untuk mengawal inflasi, seperti: • Menaikkan kadar faedah, yang akanmeningkatkan kos pinjaman dan menggalakkan orang ramai menyimpan wang, sekaligus mengurangkan perbelanjaan. • Mengurangkan penawaran wang dalam ekonomi,contohnya melalui jualan sekuriti kerajaan, bagi mengurangkan tekanan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan. Kedua-dua dasar ini bertujuan mengurangkan permintaan agregat dalam ekonomi, seterusnya membantu menstabilkan harga.3 (a) Kitaran perniagaan merujuk perubahan naik turun dalam aktiviti ekonomi sesebuah negara dalam jangka masa tertentu. Terdapat empat fasa utama: • Fasa pengembangan Dalam fasa ini, KNK sebenar meningkatdan melebihi KNK potensi. Aktiviti ekonomi berkembang pesat. Kadar pertumbuhan ekonomi sangat tinggi, kadar inflasi juga tinggi danpengangguran sangat rendah. • Fasa kemerosotan KNK sebenar menurun tetapi lebih besar daripada KNK potensi. Kadar pertumbuhan ekonomi mula perlahan, walaupun masih positif. Firma mulamengurangkan pngeluaran kerana permintaan agregat semakin berkurang. Kadar inflasi menurundan kadar pengangguran mula meningkat. • Fasa kemelesetan Fasa ini berlaku apabila pertumbuhan ekonomi mula menurun. Permintaan agregat jatuh, pengeluaran menurun, kadar pengangguran meningkat dan pelaburan serta pendapatan turut menurun. KNK jatuh dan berada di bawah KNK potensi. • Fasa pemulihan Pada fasa ini KNK sebenar mula meningkatsemula apabila aktiviti ekonomi dipulihkan. Kadar pertumbuhan ekonomi semakin meningkat. KNK sebenar bergerak naik menghampiri KNK potensi menandakan ekonomi mula stabil. (b) Tiga kesan negatif fasa kemelesetan terhadapekonomi sesebuah negara • Peningkatan kadar pengangguran Dalam fasa kemelesetan, banyak syarikatmengurangkan pengeluaran atau terpaksa menutup operasi. Hal ini menyebabkan ramai pekerja kehilangan pekerjaan dan kadar pengangguran meningkat. • Penurunan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah Oleh kerana ramai orang hilang kerja atau menerima gaji lebih rendah, pendapatan boleh guna berkurang. Akibatnya, permintaan terhadap barang dan perkhidmatan juga menurun. • Penurunan pelaburan dan keuntungan syarikat Keyakinan pelabur menurun ketika kemelesetan. Syarikat kurang melabur untuk mengembangkan perniagaan kerana permintaan rendah dan risiko tinggi. Hal ini menjejaskan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.Bahagian C1 (a) Butiran 2021 2022 2023(i) Kadar pengangguran (%)13 083.40 – 12 632.1013 083.40 × 100 = 3.45 3.95 3.07(ii) Kadar pertumbuhan ekonomi (%) – 786 694 – 751 470751 470 × 100 = 4.69 5.20(iii) Pendapatan per kapita (RM)751 47029.70 = 25 302.02 27 603.30 28 006.84186Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 186 10/31/2025 4:16:22 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
JAWAPANJawapan (b) Ya, guna tenaga penuh dicapai kerana kadar pengangguran kurang daripada 4%.2 (a) KNK Potensi: Tahap keluaran maksimum yang boleh dicapai oleh ekonomi apabila semua sumber digunakan sepenuhnya tanpa menyebabkan inflasi. KNK Sebenar: Tahap sebenar pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam ekonomi pada satu-satu masa. (b) 2020: 2000 - 1950 = 50 juta 2021: 2100 - 2100 = 0 (tiada jurang) 2022: 2200 - 2170 = 30 juta 2023: 2300 - 2250 = 50 juta (c) Negara menghadapi masalah pengangguran atau pengeluaran kurang daripada potensi. Hal ini menunjukkan sumber tidak dimanfaatkansepenuhnya. (d) Dasar fiskal mengembang Kerajaan boleh meningkatkan perbelanjaan atau mengurangkan cukai untuk merangsang permintaan agregat dan mengurangkan jurang keluaran. (e) Tahun 2021, kerana KNK sebenar = KNK potensi, menunjukkan ekonomi mencapai guna tenaga penuh.3 (a) (i) KDNK benar: Nilai keseluruhan barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu yang diselaraskan dengan inflasi. (ii) Indeks Harga Pengguna (IHP): Ukuran purata perubahan harga sekumpulan barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh isi rumah dalam satu tempoh masa tertentu. (b) Pengiraan: (i) Kadar pertumbuhan ekonomi: Negara X: 46,470 - 45,60045,600× 100 = 1.91% Negara Y: 63,800 - 62,30062,300 × 100 = 2.41 (ii) Kadar inflasi: Negara X: 102.9 - 101.5101.5 × 100 = 1.38% Negara Y: 101.2 - 99.899.8 × 100 = 1.40% (c) Kesimpulan • Negara Y mempunyai kadar pertumbuhanekonomi lebih tinggi (2.41%) \\ berbanding negara X (1.91%). • Kadar inflasi bagi kedua-dua negara adalah stabildan hampir sama (sekitar 1.4%).BAB 2 Perakaunan Pendapatan NegaraSemak Cepat 2.11 (a) Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Jumlah nilai semua barang dan perkhidmatan akhiryang dikeluarkan dalam sesebuah negara bagi tempoh satu tahun, tanpa mengambil kira pemilikan faktor pengeluaran. (b) Keluaran Negara Kasar (KNK) Jumlah nilai semua barang dan perkhidmatanakhir yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran miliksesebuah negara dalam tempoh satu tahun tanpa mengira faktor itu berada dalam negara atau luarnegara.2 KDNKhp melebihi KDNKkf kerana KDNKhp sudahtermasuk cukai tidak langsung. Cukai tidak langsung ini meningkatkan harga pasaran barang dan perkhidmatan.3 Perbezaannya ialah pendapatan faktor bersih dari luarnegara ditambah pada KDNK untuk mendapatkan KNK. Cukai tidak langsung ditolak daripada KDNKhp untuk mendapatkan KDNKkf dan seterusnya KNKkf.Semak Cepat 2.21 Nilai ditambah merujuk nilai tambahan yang dicipta pada setiap peringkat proses pengeluaran, iaitu perbezaan antara nilai keluaran akhir sesuatu aktiviti dengan kos input antara (barang perantaraan) yang digunakan dalam aktiviti tersebut. Dalam konteks pengiraan KDNK, nilai ditambah membantu mengelakkan masalah penghitungan dua kali.2Jenis Kegiatan dan KeluaranNilai Keluaran Akhir (RM)Nilai Ditambah (RM)Menebang pokok 100 100Memproses papan 350 250 (350 – 100)Menghasilkan meja 660 310 (660 – 350)Jumlah nilai ditambah – 660 Menebang pokok: Tiada kos input, maka nilai ditambah = 100 – 0 = RM100 Memproses papan: Input: kayu balak (RM100) = 350 – 100 = RM250 Menghasilkan meja: Input: papan (RM350) = 660 – 350 = RM310 Jumlah nilai ditambah = 100 + 250 + 310 = RM660Semak Cepat 2.31 (a) Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara Kasar (KNK): KNK = KDNK + Pendapatan faktor bersih dari luarnegara KNK mengambil kira pendapatan warganegara di luar negara dan menolak pendapatan warga asing di dalam negara.187Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 187 10/31/2025 4:16:22 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
JAWAPANJawapan (b) Pendapatan perseorangan dan pendapatan boleh guna: Pendapatan boleh guna = Pendapatan perseorangan − Cukai langsung → Pendapatan perseorangan ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh individu, manakala pendapatan boleh guna ialah jumlah yang tinggal selepas ditolak cukai dan boleh dibelanjakan.2 (a) Pendapatan Perseorangan = KNBkf + Bayaranpindahan + Bunga pinjaman kerajaan + Bunga atas pinjaman pengguna − (Untung tidak dibahagikan +Cukai keuntungan syarikat + Caruman KWSP) = 50,000 + 3,000 + 2,000 + 1,000 − (4,000 +1,000 +1,000) = 56,000 − 6,000 = RM50,000 juta (b) Pendapatan boleh guna = Pendapatan perseorangan – Cukai individu = 50,000 − 1,500 = RM48,500 jutaSemak Cepat 2.41 pendapatan2 struktur3 sumbangan 4 KDNK5 sumber Semak Cepat 2.51 Penghitungan dua kali berlaku apabila barang perantaraan dan barang akhir dihitung sekaligus dalam pengiraan pendapatan negara. Hal ini menyebabkan nilai keluaran negara terlebih anggar. Contohnya, nilai tepung dan nilai roti dihitung serentak, sedangkan nilai tepung sudah termasuk dalam nilai roti. 2 Dua contohkegiatanproduktif yang tidakdiambil kiradalampengiraan pendapatan Contoh 1: Kerja-kerja suri rumah atau aktiviti gotong-royong. Tidak dimasukkan kerana tiada bayaran wang diterima (tidak melalui pasaran). Contoh 2: Kegiatan haram seperti penyeludupan atau penjualan barangan cetak rompak. Tidak diambil kira kerana menyalahi undang-undang dan tidak direkod secara rasmi. 3 Dua sebab yang menyebabkan pendapatan negara sukar dihitung secara tepat: • Kesukaran dalam pengumpulan data dan maklumat. • Masalah penentuan harga barang.Semak Cepat 2.61 eksternaliti negatif2 agihan 3 merosot/rendah 4 kerja suri rumah 5 barangan ketenteraan Tinjau Bab1 Keluaran Dalam Negeri Kasar2 Keluaran Negara Kasar3 pendapatan faktor bersih luar negeri4 (a) PFbln = 150 – 250 = –100 (b) KDNK = KNK – PFbln = 6,000 – (–100) = RM6,100 (c) negatif5 (a) RM200 (b) RM350 (c) RM5,8006 (a) melebihi (b) kurang7 KDNK = C + I + G + (X – M) = 600 + 250 + 300 + (200 – 150) = RM1,200 juta8 KDNK benar = 100150 × KNK Nominal = 100150 × 6,000j = RM4,000 juta9 KDNKkf = 4,000 – 500 + 300 = 3,800 KNK kf = 3,800 + 200 = 4,000 KNBkf = 4,000 – 250 = RM3,750 juta10 Pendapatan per kapita = KNK ÷ Bilangan penduduk = 1,200 j ÷ 3 j = RM40011 (a) Nilai ditambah setiap sektor Pertanian: 120 – 40 = RM80 juta Pembuatan: 300 – 180 = RM120 juta Pembinaan: 200 – 140 = RM60 juta Perkhidmatan: 400 – 220 = RM180 juta Jumlah KDNK = Jumlah Nilai Ditambah KDNK = 80 + 120 + 180 + 60 = RM440 juta (b) Sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK = (180 ÷ 440) × 100 = 40.91% (c) Sektor perkhidmatan menyumbang peratusan terbesar kepada KDNK, menunjukkan peranan pentingnya dalam merangsang pertumbuhan ekonomi melalui pekerjaan, penggunaan domestik dan pelaburan infrastruktur sokongan sepertipengangkutan dan kewangan.12 (a) KDNKkf = RM73,135 juta (b) KNBkf = Gaji dan upah + Keuntungan syarikat +Sewa + Bunga bersih = 38,500 + 9,875 + 2,890 + 9,280 = 60,545 juta188Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 188 10/31/2025 4:16:22 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
JAWAPANJawapan Pendapatan persendirian = KNBfk + Pendapatantambahan individu + Pendapatan bukan milik individu = RM60,545 + 1,350 + 1,180 = RM63,075 juta (c) Pendapatan boleh guna = Pendapatan persendirian −Cukai pendapatan individu = 63,075 − 5,200 = 57,875 juta13 (a) Pengiraan sumbangan sektor (RM juta) Tahun 1990 Sektor utama: 29.9% × 119,080 = 35,604.92 Sektor kedua: 22.6% × 119,080 = 26,912.08 Sektor ketiga: 47.5% × 119,080 = 56,563.00 Tahun 2005 Sektor utama: 14.9% × 262,175 = 39,064.08 Sektor kedua: 31.8% × 262,175 = 83,371.65 Sektor ketiga: 53.3% × 262,175 = 139,739.28 (b) Rumusan • Sumbangan sektor utama menurun secara ketaradaripada 29.9% kepada 14.9%, menunjukkan pengurangan kepentingan sektor pertanian dan perlombongan dalam ekonomi. • Sektor kedua meningkat daripada 22.6% kepada31.8%, menandakan peningkatan kepentingan sektor perindustrian dan pembuatan. • Sektor ketiga juga meningkat daripada 47.5%kepada 53.3%, menunjukkan pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan. • Kesimpulannya, ekonomi Malaysia mengalamiproses peralihan struktur daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan perindustrian dan perkhidmatan. (c) Tidak semestinya. Hal ini kerana jumlah KDNKhp meningkat daripada RM119,080 juta pada tahun 1990 kepada RM262,175 juta pada tahun 2005. Nilai sektor utama 1990 = 29.9% × 119,080 = RM35,604.92 juta Nilai sektor utama 2005 = 10014.9 × 262,175 = 39,064.08 juta Walaupun peratusan sumbangan sektor utama menurun daripada 29.9% kepada 14.9%, nilai sebenar sektor utama meningkat daripada RM35,604.92 juta (1990) kepada RM39,064.08 juta (2005). (d) (i) Perubahan pendapatan negara tidak menggambarkan perbezaan kualiti barang dan perkhidmatan (ii) Nilai pendapatan negara tidak dapat menunjukkan agihan pendapatan, walaupun pendapatan negara meningkat jika kekayaan hanya tertumpu kepada golongan tertentu sahaja, maka taraf hidup majoriti rakyatmungkin tidak berubah atau menurun.Fokus STPM 2Bahagian A1 A 2 C 3 C 4 A 5 D 6 A7 A 8 A 9 C 10 D 11 A 12 B13 B 14 B 15 B 16 D 17 B 18 C19 B 20 D 21 C 22 C 23 C 24 A25 B 26 C 27 B 28 D 29 A 30 C31 C 32 D 33 B 34 C 35 B 36 A37 C 38 C 39 BBahagian B1 (a) KNK = KDNK + Pendapatan faktor bersih dari luarnegeri (PFLN) • KDNK mengukur jumlah nilai keluaran semua barangan dan perkhidmatan akhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu. • KNK pula mengukur jumlah nilai keluaran yang melibatkan milikan faktor oleh warganegara samaada di dalam atau di luar negara. (b) Dua perbezaan antara KNK pada harga semasa dengan KNK pada harga tetap ialah: Aspek harga • Harga semasa menggunakan harga pasaransemasa dalam tahun semasa. • Harga tetap menggunakan harga dalam tahunasas (menyesuaikan inflasi). Ketepatan ukuran pertumbuhan • KNK harga tetap memberikan gambaran sebenarpertumbuhan ekonomi sebenar. • KNK harga semasa boleh meningkat hanya keranakenaikan harga, bukan pertambahan keluaran (c) Empat sebab pertumbuhan ekonomi tinggi tetapi taraf hidup tidak semestinya meningkat. • Ketidaksamarataan agihan pendapatan Walaupun ekonomi berkembang, kekayaan mungkin hanya tertumpu kepada golongan tertentu seperti kapitalis atau korporat besar. Golongan berpendapatan rendah terus kekal miskin, menyebabkan taraf hidup mereka tidak meningkat. • Inflasi/kenaikan kos sara hidup Pertumbuhan ekonomi boleh menyebabkan permintaan meningkat dan mendorong inflasi.Jika kenaikan harga melebihi peningkatanpendapatan, kuasa beli rakyat merosot dan tarafhidup menurun. • Pencemaran alam sekitar dan kualiti hidup Pertumbuhan pesat sektor perindustrian atau pembandaran boleh mencetuskan pencemaran udara, air dan bunyi. Hal ini menjejaskan kesihatan rakyat dan meningkatkan kos rawatan, seterusnya mengurangkan kesejahteraan hidup. • Kadar pengangguran kekal tinggi Pertumbuhan ekonomi mungkin dipacu oleh sektor yang menggunakan teknologi tinggi dan automasi, bukan tenaga kerja manusia. Hal ini menyebabkan sebahagian rakyat terus menganggur dan tidak menikmati faedahpertumbuhan.189Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 189 10/31/2025 4:16:22 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
JAWAPANJawapan2 Pendapatan per kapita yang lebih tinggi menunjukkan keupayaan ekonomi yang lebih besar Malaysia (USD 4120) jauh lebih tinggi berbanding Laos (USD 381) mencerminkan potensi kuasa beli dan akses kepada barangan/perkhidmatan yang lebih besar. Namun: KDNK per kapita tidak menggambarkan agihan pendapatan Walaupun Malaysia mempunyai pendapatan per kapita yang lebih tinggi, tetapi jika Malaysia mengalami agihan pendapatan yang tidak setara mungkin sebahagian besar rakyat tidak dapat menikmati pendapatan atau manfaatdaripada pertumbuhan ekonomi. Keadaan ini akan menjejaskan taraf hidup penduduk negara itu. Sebaliknya,jika agihan pendapatan lebih setara di Laos, pendapatan negaranya dapat dinikmati oleh sebahagian besar penduduk Laos dan taraf hidupnya akan meningkat. Kos sara hidup mungkin jauh berbeza Kos hidup di Malaysia lebih tinggi. Maka, USD4,120 mungkin tidak setara dengan nilai sebenar berbanding USD381 di Laos jika harga barangan di Indonesia jauh lebih murah. Perbezaan kadar pengangguran Walaupun KDNK perkapita Malaysia lebih tinggi namun taraf hidup mungkin lebih rendah sekiranya Malaysiamempunyai kadar pengangguran yang lebih tinggi. Sebaliknya, walaupun KDNK per kapita Laos lebih rendah, taraf hidup di Laos mungkin lebih tinggi daripada Malaysiasekiranya kadar penganggurannya rendah. Perbezaan eksternaliti negatif Kemajuan ekonomi yang pesat di Malaysia turut membawa kesan sampingan yang tidak diingini, khususnya dalam bentuk eksternaliti negatif seperti pencemaran alam sekitardan kesesakan bandar. Keadaan ini boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan rakyat serta menjejaskan kualiti hidup mereka. Sebaliknya, negara seperti Laos, walaupun mencatat kadar pertumbuhan ekonomi yang perlahan, mungkin menikmati persekitaran yang lebih bersih dan sihat kerana kurangnya gangguan terhadap alam sekitar. Oleh itu, taraf hidup sebenar rakyat di Laos mungkin lebihbaik berbanding rakyat Malaysia, walaupun pendapatan per kapita mereka lebih rendah. Perbezaan masa rehat Pendapatan per kapita yang tinggi di Malaysia mungkin berpunca daripada tempoh masa bekerja yang panjang dan waktu rehat yang terhad. Walaupun ini menyumbang kepada peningkatan output negara, ia boleh menjejaskan taraf hidup rakyat kerana kekurangan masa untuk berehat,berinteraksi dengan keluarga, serta menjalani kehidupan yang seimbang. Sebaliknya, di Laos, tempoh bekerja yang lebih singkat dan waktu rehat yang lebih panjang membolehkan rakyat menikmati kualiti hidup yang lebih baik walaupun pendapatan per kapita negara tersebut lebih rendah. Hal ini menunjukkan bahawa pendapatan per kapita yang tinggi tidak semestinya mencerminkan taraf hidupyang tinggi, terutamanya jika aspek kesejahteraan sosial dan keseimbangan kehidupan tidak diberi perhatian. Perbezaan aktiviti ekonomi yang tidak melibatkan wang Kebanyakan aktiviti ekonomi di Malaysia melibatkan urus niaga berasaskan wang dan direkodkan secara rasmi dalam pengiraan pendapatan negara. Hal ini menyebabkan pendapatan per kapita Malaysia kelihatan tinggi. Sebaliknya, diLaos, kegiatanekonomibukanformal seperti sistembartermasih diamalkan secara meluas dan tidak direkodkan dalam pengiraan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Keadaan ini menyebabkan pendapatan per kapita Laos kelihatan rendah, walaupun hakikatnya taraf hidup penduduknyatidak semestinya rendah, kerana mereka masih memperoleh barangan dan perkhidmatan melalui pertukaran secara langsung tanpa melibatkan wang.3 (a) KDNK: Nilai keseluruhan barangan dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara dalam tempoh tertentu (biasanya setahun), tanpa mengira pemilikan faktorpengeluaran. KNK: Nilai keseluruhan pendapatan yang diterima oleh rakyat sesebuah negara termasuk dari luar negeri tanpa mengira lokasi pengeluaran. Perbezaan utama: KNK = KDNK + PFbLN KNK ambil kira PFbLN manakala KDNK tidak. Contoh: KNK > KDNK apabila PFbLN positif, KNK <KDNK apabila PFbLN negatif. (b) Huraian hubungan PFbLN ialah perbezaan antara pendapatan faktoryang diterima dari luar dengan yang dibayar kepada luar. KNK = KDNK + PFbLN. PFbLN positif: KNK > KDNK – menunjukkan rakyatmemperoleh pendapatan dari luar, meningkatkan kesejahteraan ekonomi. PFbLN negatif: KNK < KDNK – menunjukkanpendapatan negara mengalir ke luar negara, menjejaskan pendapatan sebenar rakyat. Kesan kepada ekonomi: • Mempengaruhi imbangan pembayaran • Mempengaruhi kuasa beli rakyat • Menunjukkan kebergantungan kepada pelaburasing atau tenaga kerja luar Penilaian sama ada KNK lebih sesuai sebagai penunjuk kesejahteraan: KNK lebih mencerminkan pendapatan sebenar milik rakyat KDNK tidak ambil kira aliran keluar masuk pendapatan Dalam ekonomi terbuka, KNK lebih tepat. Namun, dalam negara yang banyak menerima pelaburan asing, KDNK boleh tampak tinggi tetapi KNK rendah190Teks Efektif STPM Makro Sem 2 (2025).indb 190 10/31/2025 4:16:22 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.