Pengenalan 1 Unit 1 1.1 Info Asas Kertas 1 1 1.2 Info Asas Kertas 2 3 1.3 Info Asas Kertas 3 dan Kertas 4 3 Karangan Respons Terhad 5 Unit 2 2.1 Info Asas Karangan 5 2.2 Pembentukan Karangan 6 2.3 Skema Pemarkahan Tentatif 6 2.4 Panduan Menjawab Karangan 7 2.5 Contoh Soalan Karangan Bahagian A 8 Praktis SPM 22 Karangan Respons Terbuka 29 Unit 3 3.1 Info Asas Karangan 29 3.2 Pembentukan Karangan 29 3.3 Panduan Menjawab Karangan 30 3.4 Skop/Domain Karangan 31 3.5 Panduan Karangan Cemerlang 32 3.6 Skema Pemarkahan Tentatif 34 3.7 Petua Bijak Mengarang 36 3.8 Contoh Menjawab Soalan Karangan 37 3.9 Contoh Model Karangan Berdasarkan Domain 41 Praktis SPM 64 Sistem dan Aplikasi Bahasa 68 Unit 4 4.1 Info Asas Sistem dan Aplikasi Bahasa 68 4.2 Bentuk Pengujian Item 68 4.3 Perincian Item: Morfologi 68 4.4 Panduan Menjawab Item Morfologi 81 Praktis SPM 84 4.5 Perincian Item: Sintaksis 88 Praktis SPM 104 4.6 Penyuntingan (Kesalahan Bahasa) 106 Praktis SPM 115 4.7 Perincian Item: Bahasa Melayu Standard 120 Praktis SPM 122 4.8 Perincian Item: Peribahasa 124 Praktis SPM 125 Pemahaman 127 Unit 5 5.1 Pengenalan 127 5.2 Petikan Umum 127 5.3 Panduan Menjawab Petikan Umum 127 Praktis SPM 130 5.4 Petikan Sastera 135 5.5 Panduan Menjawab Petikan Sastera 135 Praktis SPM 138 5.6 Novel 144 Praktis SPM 171 Rumusan 174 Unit 6 6.1 Elemen Penyoalan 174 6.2 Panduan Menulis Isi 174 6.3 Bentuk Rumusan dan Pemarkahan 174 6.4 Kategori Fokus 175 6.5 Panduan Menjawab 175 Praktis SPM 182 Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar 194 Unit 7 7.1 Info Asas 194 7.2 Ujian Bertutur 194 7.3 Contoh Ujian Bertutur 195 7.4 Ujian Mendengar 202 7.5 Contoh Ujian Mendengar 203 Kertas Model SPM 211 Jawapan 233 Kandungan Revisi Cepat BM SPM Kandg 2nd.indd 2 18/3/2024 9:33:11 AM
1 Pengenalan Unit 1 1.1 Info Asas Kertas 1 Panduan Menulis Karangan Cemerlang 1 Kertas 1 terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. 2 Masa yang diperuntukkan untuk menjawab Kertas 1 ialah dua jam (2 jam). 3 Markah untuk kedua-dua bahagian ini ialah 100 markah, iaitu 30 markah untuk Bahagian A dan 70 markah untuk Bahagian B. 4 Pembahagian untuk Kertas 1 adalah seperti berikut: Bahagian A Berpandukan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan. Bahagian B • Terdapat empat soalan mengikut domain • Calon dikehendaki memilih satu soalan sahaja. Pengisian dan Pengembangan Pendahuluan Pendahuluan Ayat isu semasa berelevan dengan soalan Ayat isu semasa ... Ayat sebab isu berlaku Hal ini demikian kerana ... (sebab) Ayat untuk perkembangkan isu Oleh itu, ... (bagaimana) Ayat definisi atau ayat contoh Tamsilnya, ... Ayat peribahasa/ slogan/program kerajaan ... bak pepatah ... Ayat impak (ayat perkembangan isu) Impaknya, ... Ayat penegasan kehendak soalan Tegasnya ... Revisi Cepat BM SPM U1 4th.indd 1 18/3/2024 9:34:23 AM
2 UNIT 1 Pengisian dan Pengembangan Isi Gunakan formula: TeHCUP (untuk murid lemah/sederhana) TeHsecakeCUP (untuk murid cemerlang) Catatan • Murid cemerlang: boleh membuat huraian lebih daripada satu terhadap AYAT HURAIAN 1, AYAT HURAIAN 2, dan AYAT HURAIAN 3. • Murid sederhana dan lemah: boleh membuat satu atau dua huraian terhadap AYAT HURAIAN 1 atau AYAT HURAIAN 2 atau AYAT HURAIAN 3. • KEDUDUKAN FLEKSIBEL – H C U (kedudukan boleh berubah) Pengisian dan Pengembangan Penutup 1 Berikan pandangan / pendapat anda terhadap tema / kehendak soalan. 2 Berikan beberapa cadangan anda terhadap tema / isu soalan. 3 Berikan harapan anda terhadap tema / isu / kehendak soalan. 4 Selitkan ayat peribahasa. Ayat Tema/Topik (Isi/Idea) Ayat Huraian 1 Ayat Huraian 2 Ayat Huraian 3 Ayat Contoh Ayat Ungkapan/Slogan/ Program Kerajaan Ayat Penegasan Ayat Topik/ Tema (Isi/Idea) Menyatakan isi utama Menyatakan sebab (se) – Hal ini demikian kerana ... Menyatakan cara (ca) – Oleh itu, ... Menyatakan kesan ... (ke) – Impaknya ... Tamsilnya, ... ... seperti peribahasa ... Tuntasnya, ... Isi TeHCUP TeHsecakeCUP Te H C U P T H C se ca ke U P Revisi Cepat BM SPM U1 4th.indd 2 18/3/2024 9:34:24 AM
3 UNIT 1 1.2 Info Asas Kertas 2 1 Kertas 2 terbahagi kepada Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2 Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan dalam Kertas 2 ialah dua jam tiga puluh minit (2 jam 30 minit). 3 Markah untuk ketiga-tiga bahagian ini ialah 100 markah, iaitu 35 markah untuk Bahagian A, 35 markah untuk Bahagian B dan 30 markah untuk Bahagian C. 4 Pembahagian untuk Kertas 2 adalah seperti berikut: Bahagian Kertas 2 Bilangan Soalan Bahagian A Sistem dan Aplikasi Bahasa Soalan 1: Morfologi Soalan 2: Sintaksis Soalan 3: Penyuntingan Soalan 4: Bahasa Melayu Standard – Menukarkan teks klasik kepada bahasa Melayu moden Soalan 5: Peribahasa Bahagian B Pemahaman Soalan 6: Petikan Umum Soalan 7: Petikan Sastera Soalan 8: Novel Bahagian C Rumusan Soalan 9: Menulis Rumusan 1.3 Info Asas Kertas 3 dan Kertas 4 Ujian Bertutur (Kertas 3) 1 Ujian Bertutur ini dilaksanakan secara peperiksaan berpusat semasa murid di Tingkatan Lima. 2 Calon Ujian Bertutur (1103/3) akan ditaksir dua kali, iaitu Taksiran 1 secara individu dan Taksiran 2 secara berkumpulan. 3 Kedua-dua pentaksiran ini dilaksanakan secara formal di dalam bilik ujian pentaksiran oleh dua orang pentaksir luar yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan. 4 Penskoran (pemarkahan) diberi berdasarkan konstruk berikut: (a) Tatabahasa dan kosa kata. (b) Sebutan, intonasi dan nada. (c) Kefasihan dan kelancaran. (d) Idea dan bermakna. Revisi Cepat BM SPM U1 4th.indd 3 18/3/2024 9:34:24 AM
4 UNIT 1 5 Murid akan masuk ke bilik menunggu untuk persediaan ujian bertutur individu. Pengawas calon akan memberikan petikan kepada calon. Calon perlu membaca secara mentalis selama tiga minit sebelum diuji di bilik ujian. 6 Setelah cukup masa, calon akan bergerak ke bilik ujian untuk memulakan ujian bertutur individu bersama dua orang pentaksir. Masa ujian selama tiga hingga lima minit. 7 Semasa ujian, tiada buku catatan, nota, peranti dan alat tulis yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam bilik ujian. Calon dikehendaki menyerahkan kertas soalan kepada pentaksir. 8 Setelah selesai, calon akan bergerak ke bilik kuarantin untuk menduduki pentaksiran kumpulan. Ujian Mendengar (Kertas 4) 1 Ujian Mendengar ini dilaksanakan secara peperiksaan berpusat semasa murid di Tingkatan Lima. 2 Calon Ujian Mendengar (1103/4) akan ditaksir 1 kali. Ujian berlangsung selama 30 minit. 3 Soalan mempunyai 4–6 petikan dan jumlah soalan ialah 20–25 soalan. 4 Panjang setiap petikan ialah 180 hingga 200 patah perkataan. 5 Soalan termasuklah: – Objektif Aneka Pilihan. – Objektif Pelbagai Bentuk. – Subjektif Respons Terhad. 6 Semasa ujian, hanya alat tulis yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam bilik/dewan ujian. 7 Calon akan diberikan masa selama satu minit untuk membaca soalan sebelum setiap audio diperdengarkan. Audio untuk setiap petikan akan diulang sebanyak 2 kali. Calon mestilah menjawab dalam ayat yang lengkap. Revisi Cepat BM SPM U1 4th.indd 4 18/3/2024 9:34:24 AM
68 Sistem dan Aplikasi Bahasa Unit 4 4.1 Info Asas Sistem dan Aplikasi Bahasa 1 Sistem dan Aplikasi Bahasa diuji dalam Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2). 2 Peruntukan markah untuk bahagian ini ialah 35 markah (peruntukan markah bagi setiap item adalah fleksibel). 3 Cadangan masa menjawab bahagian ini ialah 30 minit (tertakluk kepada perubahan). 4.2 Bentuk Pengujian Item Item Pengujian Morfologi Bina ayat Sintaksis Pola Ayat / Ayat Aktif / Ayat Pasif / Ayat Songsang / Ayat Tanya (Bina Soalan / Ayat Tanya) / Subjek-Predikat / Jenis Ayat / Ayat Majmuk / Ayat Selapis Penyuntingan Kesalahan bahasa Bahasa Melayu Standard Petikan bahasa Melayu Klasik ditulis semula dalam bahasa Melayu standard Peribahasa (Teks) • Berikan peribahasa lain yang hampir sama dengan peribahasa yang diberi • Cari peribahasa dan beri maksud • Cari peribahasa dan bina ayat sendiri (lain daripada dalam teks) • Nyatakan peribahasa menurut konteks situasi yang diberi • Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai 4.3 Perincian Item: Morfologi Bentuk Pengujian 1 Calon dikehendaki membina ayat. 2 Petikan diubah suai daripada mana-mana sumber. 3 Calon dikehendaki menyenaraikan jenis kata dan bina ayat setiap kata yang dipilih. 4 Bilangan kata adalah fleksibel (tidak tentu). 5 Peruntukan markah juga fleksibel (tidak tentu). Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 68 18/3/2024 9:35:26 AM
69 UNIT 4 6 Antara jenis kata yang diuji ialah: kata kerja / kata adjektif / kata majmuk / kata ganda kata nama (nama am, nama khas, ganti nama) / kata dasar / kata terbitan / kata tugas (kata sendi / kata hubung / kata seru / kata keterangan / kata sandang / kata tanya / kata perintah) Kata Kerja 1 Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. 2 Kata kerja terbahagi kepada kata kerja transitif (perbuatan melampau) dan kata kerja tak transitif (perbuatan tidak melampau). Kata Kerja Transitif 1 Kata kerja yang diikuti oleh objek tepat, iaitu kata nama bagi melengkapkan maksud sesuatu ayat. 2 Kata kerja ini akan mempunyai imbuhan awalan atau imbuhan apitan. Contoh: Imbuhan Awalan Contoh Perkataan Contoh Ayat meN- mencari, menjentik, menjala, menari Seri mencari wangnya yang hilang. memper- memperlebar, memperkukuh Pekerja-pekerja itu sedang memperlebar lebuh raya dua lorong menjadi tiga lorong. ter- tersepak, terambil, tergigit Adam tersepak batu lalu tersungkur. Imbuhan Apitan Contoh Perkataan Contoh Ayat meN…-i menyertai, menaiki Saya menyertai pertandingan mewarna. meN…._kan mendoakan, memasukkan Ibu sentiasa mendoakan anakanaknya selamat di dunia dan akhirat. memper-….-kan mempersilakan, mempereratkan Pengacara telah mempersilakan para pemenang naik ke pentas. Kata Kerja Tak Transitif 1 Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri di dalam ayat. 2 Tidak memerlukan penyambut atau objek kerana sudah sempurna makna ayatnya. Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 69 18/3/2024 9:35:26 AM
70 UNIT 4 Contoh: Imbuhan Contoh Perkataan Contoh Ayat awalan meN- menangis, melawak Adik menangis sambil mengelap air mata. berapitan ber-….-an bersalaman, berpegangan Amalan bersalaman ketika berjumpa sesama muslim ialah akhlak yang mulia. awalan teR- tergelak, tersungkur Balqis tergelak semasa Rosman membuat lawak di kelas. Kata kerja tak transitif boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu 1 Kata kerja tak transitif berpelengkap • kata kerja yang memerlukan kata atau frasa tertentu selepas kata kerja untuk melengkapkan maksud ayat tersebut. (ayat gramatis) Contoh: Peragut itu menyentap beg tangan seorang wanita. * Ayat di atas tidak lengkap (tidak gramatis) sekiranya tiada objek atau pelengkap (..beg tangan) 2 Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap • kata kerja itu boleh berdiri dengan sendiri dan masih membawa makna ayat yang hendak disampaikan • tidak memerlukan objek atau pelengkap selepas kata kerja. Contoh: Para pelajar itu asyik bermain. * Ayat di atas telah lengkap tanpa wujudnya objek atau pelengkap selepas kata kerja ‘bermain’. * Namun kata kerja ini (bermain) boleh diikuti oleh unsur keterangan sebagai maklumat tambahan. Contoh: Murid-murid itu asyik bermain di padang. Kata Adjektif 1 Kata adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa ditulis dengan huruf condong). 2 Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata Majmuk 1 Kata majmuk terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih. Oleh itu, ia hendaklah ditulis terpisah. Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 70 18/3/2024 9:35:26 AM
71 UNIT 4 2 Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kata majmuk yang ditulis bercantum kerana dianggap telah mantap. 3 Ada 15 kata majmuk yang ditulis secara rapat, iaitu: antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan kerjasama matahari olahraga pesuruhjaya setiausaha sukarela suruhanjaya tanggungjawab tandatangan warganegara 4 Ditulis secara jarak (ada banyak) antaranya, garis pusat bandar raya jam tangan merah muda luar biasa tengah hari kipas angin biru laut kapal terbang mata pelajaran meja tulis kuning langsat terima kasih kertas kerja bom tangan buah hati kemas kini cari gali atur cara buah tangan segi tiga reka bentuk alat tulis manis mulut kaki bangku makan angin berat tangan duit kopi 5 Penggandaan kata majmuk (melibatkan kata depan sahaja). balai-balai raya kapal-kapal terbang Menteri-menteri besar gambar-gambar rajah suku-suku kata garis-garis pusat 6 Berdasarkan rumusan kategori kata majmuk, kata majmuk dapat digolongkan kepada golongan yang berikut: Penggolongan Kata Majmuk Contoh Perkataan Kata Nama Majmuk guru besar, balai raya, tepian gelanggang, cakar ayam, bulan madu, Menteri Besar, Naib Canselor, ketua murid, warganegara, ketidakadilan, persuratkhabaran, kebolehpercayaan, tandatangan, warganegara, setiausaha Kata Kerja Majmuk hapus kira, ambil alih, lipat ganda, kenal pasti, terima kasih, gulung tikar, bersatu padu, mereka bentuk, menandatangani, bertanggungjawab, berlatarbelakangkan Kata Adjektif Majmuk merah jambu, terang hati, kuning langsat, muda remaja, panas terik, sukacita, dukacita Kata Tugas Majmuk bagaimana, apabila, barangkali, kadangkala, walhal, daripada, kepada, mana lagi Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 71 18/3/2024 9:35:26 AM
72 UNIT 4 Kata Ganda 1 Kata ganda terbentuk apabila kata dasar diulang. 2 Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagianbahagian tertentu dalam perkataan tersebut. 3 Terdapat empat jenis kata ganda, iaitu: (a) gandaan seluruh kata / semu; (b) gandaan separa / separuh; (c) gandaan berirama / berentak; (d) gandaan menyaling. Gandaan Seluruh Kata Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan. 1 Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. 2 Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (–). 3 Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata keterangan. Gandaan Kata Nama Gandaan Kata Kerja Gandaan Kata Adjektif kawan-kawan murid-murid kucing-kucing buku-buku pandang-pandang jalan-jalan makan-makan usik-usik besar-besar manis-manis bulat-bulat awal-awal Gandaan Separa/Separuh Penerangan Konsep: 1 Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya. 2 Hanya diambil hujung perkataan itu, contohnya: lelaki bebola dedaun kekuda jejari pepohon jejentik kekabu lelabah kekisi Gandaan Berirama Penerangan Konsep: 1 Gandaan berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal. 2 Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya. Contoh: lauk-pauk batu-bata saudara-mara bukit-bukau kacau-bilau tungganglanggang tanah-tanih semak-samun bengkangbengkok gelap-gelita Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 72 18/3/2024 9:35:26 AM
81 UNIT 4 Kata Bilangan 1 Menurut Profesor Abdullah Hassan, kata bilangan memberitahu jumlah orang, benda atau perkara. 2 Kata bilangan ada enam jenis, iaitu: (a) bilangan kardinal / bilangan tentu – satu, dua, seribu, sejuta (b) bilangan tak tentu – segala, semua, beberapa, seluruh, sekian, para (c) bilangan pisahan – setiap, tiap-tiap, masing-masing (d) bilangan himpunan – berpuluh-puluh, berjuta-juta (e) Bilangan pecahan – separuh, setengah, sebahagian, tiga suku (f) Bilangan ordinal / giliran – pertama, kedua, keseribu, kedua ratus Kata Bilangan Contoh Fungsi Kata Bilangan Tentu satu, dua, sepuluh, seribu, sejuta (kardinal) pertama, kedua, keseribu, kedua ratus (ordinal / giliran ) Menunjukkan jumlah atau bilangan yang tepat/ tertentu Kata Bilangan Tak Tentu banyak, beberapa, semua, kebanyakan, segala, para, sekalian, seluruh, berbagai-bagai, segelintir, sebilangan Menunjukkan jumlah atau bilangan yang tidak tentu (tidak tahu jumlah yang tepat / tentu) berlima-lima, beratus-ratus, beribu-ribu, berjuta-juta Menunjukkan bilangan secara himpunan Setiap, tiap-tiap, masing-masing Menunjukkan bilangan pisahan atau berasingan Setengah, sebahagian, empat suku, separuh, sepertiga Menunjukkan bilangan pecahan 4.4 Panduan Menjawab Item Morfologi Bentuk Soalan 1 Teks petikan diberikan. Teks boleh dipetik dan diubah suai daripada sebarang artikel ilmiah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Budaya, eBook Portal, Majalah Kerjaya, Majalah Kepenggunaan dan lain-lain. 2 Senaraikan jenis kata, iaitu satu jenis kata atau dua jenis kata. 3 Kemudian, bina ayat dengan menggunakan kata yang dipilih dengan ayat anda sendiri. 4 Penggunaan ayat sendiri menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. 5 Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 81 18/3/2024 9:35:27 AM
82 UNIT 4 Peruntukan Markah 1 Peruntukan markah untuk bahagian ini (soalan 1) tidak tentu, boleh jadi enam (6) markah atau lapan (8) markah. 2 Satu ayat diperuntukkan dua (2) markah. Petua Menjawab 1 Calon wajib baca arahan dan fahamkan kehendak soalan. 2 Garis kehendak soalan yang terdapat dalam arahan. 3 Kemudian, calon hendaklah membaca teks dengan teliti sambil mengesan dan menggaris item kehendak soalan. 4 Pilih item kehendak soalan yang memudahkan anda untuk membuat ayat. 5 Calon hendaklah membina ayat sendiri dan tidak meniru ayat di dalam teks. CONTOH 1 SOALAN 1: MORFOLOGI Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja dan kata adjektif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda yang hendak berhijrah ke kota tetapi dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar. Menurut bondanya, ‘saya’ masih belum mantap berbahasa ibunda dan mantap jati dirinya. Selain itu, bondanya menyatakan bahawa warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa. Hal ini terjadi kerana penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum. Justeru, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani. (Dipetik dan diubah suai daripada “Cerpen Munsyi” oleh Husna Nazri) Jawapan: (Rujuk – Petua Menjawab nombor 4) Calon menyenaraikan dua kata kerja. (i) berhijrah (berpindah) (ii) memelihara (menjaga, membela, merawat, menternak, melindungi) Calon membina ayat daripada kata kerja tersebut. (i) Saya telah berhijrah ke Kedah mengikut ayah. (ii) Kita mestilah memelihara alam sekitar. Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 82 18/3/2024 9:35:27 AM
83 UNIT 4 Calon menyenaraikan dua kata adjektif. (i) bimbang (berasa gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu atau takut sesuatu yang tidak diingini berlaku, khuatir, risau) (ii) cinta (perasaan kasih sayang) Calon membina ayat daripada kata adjektif tersebut. (i) Ibu berasa bimbang akan keselamatan Aidil yang berulang-alik ke sekolah dengan berjalan kaki. (ii) Ahmad Mutawakkil cinta akan negara dengan sepenuh jiwa dan raga. CONTOH 2 SOALAN 1: MORFOLOGI Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata majmuk tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Fenomena bahasa yang sebegini juga dihuraikan oleh Liaw dan Abdullah (1994) dengan menggunakan istilah ‘kata majmuk setara’. Pada pendapat mereka, kata majmuk setara adalah terdiri daripada gabungan dua kata dasar yang dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu seerti, berlawanan erti dan sejajar. Contoh-contoh seerti seperti malapetaka, hutan rimba, sangkut paut, berlawanan erti seperti miskin kaya, buruk baik, tinggi rendah dan sejajar seperti pinggan mangkuk, kampung halaman, rumah tangga. (Dipetik daripada “Analisis Pembentukan Leksis Kata Majmuk Setara dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Cina”, oleh Chan Kar Min, Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya, Kuala Lumpur 2015) (Ada banyak kata majmuk – Sila pilih kata majmuk yang mudah dibuat ayat yang gramatis) Jawapan: (Rujuk – Petua Menjawab nombor 4) Calon menyenaraikan tiga kata majmuk: (i) sangkut paut (pertalian) (ii) hutan rimba (hutan besar, iaitu belum pernah diterokai manusia) (iii) rumah tangga (berkahwin) Calon membina ayat daripada kata majmuk tersebut. (i) Keluarga Tengku Alamin ada sangkut paut dengan kerabat diraja yang berasal dari Pahang. (ii) Terdapat pelbagai flora dan fauna di dalam hutan rimba. (iii) Encik Rosman dan Puan Noryati telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1985. Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 83 18/3/2024 9:35:27 AM
84 UNIT 4 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata akronim. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata akronim tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Galak Anak Terlibat Secara Aktif dalam Sukan DARO: Ibu bapa diseru agar menggalakkan anak-anak mereka terlibat secara aktif dalam sukan sejak di alam tadika. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad kejohanan sukan sekolah merupakan satu perkara perlu bagi pelajar sekolah untuk turut serta kerana ini ialah salah satu modul di sekolah yang dipanggil kokurikulum. “Para ibu bapa tidak perlu menghalang anak-anak mereka untuk terlibat dengan sukan malah perlu memberi sokongan kerana sukan ialah salah satu subjek dalam sekolah yang dipanggil kokurikulum. Setiap pelajar terpaksa berdikari melaksanakan sesuatu aktiviti. Selain aktiviti perkhemahan, aktiviti kokurikulum yang boleh diadakan untuk membina sikap ini ialah kegiatan gimrama. Bagi melahirkan rasa seronok pelajar di samping mencungkil bakat pelajar dalam bidang kokurikulum, maka diwujudkan juga aktiviti kugiran. (Dipetik dan diubah suai daripada https://ukas.sarawak.gov.my/2022/11/03/galak-anak-terlibat-secara-aktif-dalam-sukan/) [8 markah] Kata Akronim Ayat (i) (ii) (iii) (iv) Praktis SPM Praktis 1 Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 84 18/3/2024 9:35:27 AM
85 UNIT 4 Praktis 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata kerja terbitan awalan dan dua kata kerja terbitan apitan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja terbitan awalan dan kata kerja terbitan apitan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Selain bidang sukan, bidang pelancongan dan perindustrian merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana, bidang sukan mendatangkan pelbagai faedah kepada masyarakat dan negara. Selain melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat, bidang sukan juga mampu menjana ekonomi yang baik kepada negara dan memberi pulangan yang lumayan kepada ahli-ahli sukan. Dato’ Lee Chong Wei yang merupakan pemenang pingat perak sukan Olimpik tiga kali berturut-turut pada tahun 2008, 2012 dan 2016, manakala Dato’ Nicol Ann David, Ratu Squasy negara yang sudah beberapa kali dinobatkan sebagai Juara Dunia adalah antara ahli sukan yang memperoleh pendapatan yang lumayan hasil daripada bidang sukan yang diceburi. (Dipetik dan diubah suai daripada https://ohkarangan.blogspot.com/2019/04/ karangan-spm-ibu-bapa-memainkan-peranan.html, Asia Pacific University (APU)) [8 markah] Kata Kerja Terbitan Awalan Ayat (i) (ii) Kata Kerja Terbitan Apitan Ayat (i) (ii) Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 85 18/3/2024 9:35:28 AM
86 UNIT 4 Praktis 3 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata majmuk mantap dan dua kata ganda. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata majmuk dan kata ganda tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Hujan berterusan, peningkatan air sungai punca banjir besar SHAH ALAM: Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Azizan Abu Samah berkata, hujan berterusan menyebabkan peningkatan paras air sungai pada tahap waspada dan bahaya. Saya berpandangan, kemungkinan banjir besar boleh berlaku pertama sekali ialah sungai-sungai di Pahang, Terengganu dan Kelantan, kebanyakannya berada di paras sama ada bahaya atau waspada. “Oleh sebab itu, saya beri langkah berjaga-jaga, khususnya di Pantai Timur iaitu Kelantan, Pahang Terengganu, kemungkinan banjir yang lebih besar lagi akan berlaku,” katanya. Semua warganegara dan bukan warganegara mestilah membuat persiapan awal agar tidak panik sewaktu banjir. Sikap siap siaga ini turut melibatkan kakitangan awam seperti pihak bomba dan polis. (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ hujan-berterusan-peningkatan-air-sungai-punca-banjir-besar-396876) [8 markah] Kata Majmuk Mantap Ayat (i) (ii) Kata Ganda Ayat (i) (ii) Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 86 18/3/2024 9:35:28 AM
87 UNIT 4 Praktis 4 Baca lirik di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja terbitan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja terbitan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Tiara... menggamit kenangan zaman persekolahan Tiara... ku mimpi kita bersanding atas kayangan Seakan bisa kusentuh peristiwa semalam Di malam pesta engkau bisikkan Kata azimat di telinga Kita... terpaksa berpisah untuk mencari arah Kita... dipukul ombak hidup alam yang nyata Engkau jauh meniti puncak menara gading Yang menjanjikan hidup sempurna Tapi aku hanya tunduk ke bumi Hidup tertekan (Dipetik daripada lirik lagu “Tiara”, nyanyian Kumpulan Kris) [8 markah] Kata Kerja Terbitan Ayat (i) (ii) (iii) (iv) Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 87 18/3/2024 9:35:28 AM
88 UNIT 4 4.5 Perincian Item: Sintaksis Bentuk Pengujian 1 Sebelum menjawab soalan, calon hendaklah membaca dan memahami kehendak soalan yang terkandung dalam arahan soalan tersebut terlebih dahulu. 2 Aspek penggunaan bahasa yang mungkin disoal adalah seperti berikut: subjek – predikat/pola ayat/ayat aktif/ayat pasif/ayat songsang/ayat tanya (bina soalan) /jenis ayat/ayat selapis/ayat majmuk Subjek – Predikat 1 Binaan ayat terdiri daripada subjek dan predikat. 2 Subjek ialah hal unsur yang diterangkan. 3 Predikat ialah perihal unsur yang menerangkan subjek. 4 Subjek terletak di hadapan ayat. 5 Predikat terletak di belakang ayat. CONTOH 1 Ayat Selapis Bapa saya seorang guru. Cerakin: Bapa saya : Subjek, iaitu hal unsur yang diterangkan. seorang guru : Predikat, iaitu perihal unsur yang menerangkan subjek. CONTOH 2 Ayat Selapis Doktor itu merawat pesakit. Cerakin: Doktor itu : Subjek (unsur yang diterangkan) merawat pesakit : Predikat (unsur yang menerangkan subjek) CONTOH 3 Ayat Berlapis/Ayat Majmuk Anak dara Pak Yahya yang ayu itu telah menjadi isteri saya. (Ayat Selapis) Cerakin: Anak dara Pak Yahya yang ayu itu : Subjek telah menjadi isteri saya : Predikat Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 88 18/3/2024 9:35:28 AM
89 UNIT 4 CONTOH 4 Ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri Ketiga – Ayat Majmuk Pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan telah mendapat sokongan rakyat. Cerakin: Pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan : Subjek telah mendapat sokongan rakyat : Predikat CONTOH 5 Ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri Ketiga – Ayat Majmuk Ayat Pasif Kata Ganti Diri Ketiga – Ayat Selapis Bola itu telah ditendang oleh Ali. Cerakin: Bola itu : Subjek telah ditendang oleh Ali : Predikat CONTOH 6 Ayat Pasif Kata Ganti Diri Pertama – Ayat Selapis Bola itu saya tendang. Cerakin: Bola itu : Subjek saya tendang : Predikat CONTOH 7 Encik Ahmad menjadi pegawai tentera berpangkat Sarjan. (Ayat Majmuk) Cerakin: Encik Ahmad : Subjek menjadi pegawai tentera : Predikat 1 berpangkat Sarjan : Predikat 2 Pola Ayat * Anda mesti mengenali subjek dan predikat Subjek Predikat • Mesti berpola Frasa Nama (FN) • Boleh berpola Frasa Adjektif (FA) • Boleh berpola Frasa Kerja (FK) • Boleh berpola Frasa Sendi Nama (FSN) Gabungan Pola dalam Ayat Dasar • FN + FN • FN + FA • FN + FK • FN + FS/FSN Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 89 18/3/2024 9:35:28 AM
90 UNIT 4 Frasa Nama + Frasa Nama Contoh i Botolnya pelbagai warna. Cerakinan : Botolnya (Subjek: FN) pelbagai warna (Predikat: FN) Contoh ii Botol yang sesuai botol kaca. Cerakinan : Botol yang sesuai (Subjek: FN) botol kaca (Predikat: FN) Frasa Nama + Frasa Kerja Contoh i Botolnya perlu dicuci. Cerakinan : Botolnya (Subjek: FN) perlu dicuci (Predikat: FK) Contoh ii Botol yang tertutup mengelakkan kemasukan lalat. Cerakinan : Botol yang tertutup (Subjek: FN) mengelakkan kemasukan lalat (Predikat: FK) Frasa Nama + Frasa Adjektif Contoh i Bentuk botol menarik. Cerakinan : Bentuk botol (Subjek: FN) menarik (Predikat: FA) Contoh ii Pembersihan botol mesti kerap. Cerakinan : Pembersihan botol (Subjek: FN) mesti kerap (Predikat: FA) Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Contoh i Botol itu di atas meja. Cerakinan : Botol itu (Subjek: FN) di atas meja (Predikat: FSN) Contoh ii Botol itu dibuat daripada kaca. Cerakinan : Botol itu dibuat (Subjek: FN) daripada kaca (Predikat: FSN) Ayat Aktif 1 Ayat aktif ialah ayat yang menekankan atau mengutamakan si pelaku atau pembuat sebagai subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan meN- (me, mem-, men-, menge-, dan meny-). 2 Dalam ayat aktif subjek terletak di hadapan ayat dan predikat di belakang ayat. 3 Jenis-jenis ayat Aktif Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut: • ayat aktif transitif • ayat aktif tak transitif Ayat Aktif Transitif 1 Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek. 2 Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyai objek. Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 90 18/3/2024 9:35:28 AM
91 UNIT 4 Contoh: (a) Saya sudah menyiapkan latihan Bahasa Melayu. (b) Ibu membeli ikan, ketam dan sayur di pasar. (c) Cikgu Rosman mengajar subjek Bahasa Melayu. (d) Kamu membeli buku. (e) Dia sedang menganyam ketupat. Ayat Aktif Tak Transitif 1 Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. 2 Ayat aktif tak transitif tidak boleh dipasifkan kerana tidak mempunyai objek dalam ayat tersebut. Contoh: (a) Budak itu pandai mengaji. (b) Kakak sedang memasak. (c) Kapal terbang itu telah terjunam ke dalam Laut China Selatan. Ayat Pasif 1 Dalam ayat aktif, subjek terletak di hadapan ayat dan predikat di belakang ayat. 2 Ayat pasif merupakan ayat yang diterbitkan daripada ayat aktif transitif yang menggunakan kata kerja meN- dengan cara menggantikan awalan transitif meN- dengan salah satu daripada awalan pasif, iaitu di ... oleh, ter-, ber-, ke ... an atau perkataan sebelum kata kerja pasif itu dalam ayat-ayat pasif. 3 Dalam ayat pasif, predikat asal dibawa ke hadapan dan objek tepatnya menjadi subjek manakala subjek asal dibawa ke belakang ayat menjadi predikat. Contoh: (subjek) (predikat: ikan – objek tepat) Madiha sedang mengoreng ikan. (ayat aktif transitif) (subjek) (predikat) Ikan sedang digoreng oleh Madiha. (ayat Pasif kata ganti nama diri ketiga) 4 Ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut: (a) Ayat pasif diri pertama → saya, aku, beta, hamba, patik, daku, kami (jamak) dan beta (b) Ayat pasif diri kedua → anda (seorang/jamak), awak, engkau, kamu, kalian (jamak) dan lain-lain (c) Ayat pasif diri ketiga → dia, mereka, -nya, beliau, Azira dan lain-lain Tambahan: (d) Ayat Pasif dengan kata bantu pasif → kena , ter-, ber-, ke ... an Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 91 18/3/2024 9:35:28 AM
92 UNIT 4 Petua Mengesan, Membina atau Menukar Ayat Pasif 1 Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua – kata bantu (KB) di hadapan ganti nama dan diikuti kata kerja. Contoh: (KKt) ▼ • Saya sudah menyiapkan latihan Bahasa Melayu. (Ayat Aktif) (KB)(KGND 1) ▼ ▼ • Latihan Bahasa Melayu sudah saya siapkan. (Ayat Pasif Diri Pertama) 2 Ayat pasif diri ketiga – kata kerja transitif (KKt) perlu diganti ‘di’ diikuti ‘oleh’ Contoh: (KKt) ▼ (a) Cikgu Rosman mengajar subjek Bahasa Melayu. (Ayat Aktif) Subjek Bahasa Melayu diajar oleh Cikgu Rosman. (Ayat Pasif: KGND 3) Ayat Songsang 1 Ayat dalam bahasa Melayu disusun dengan dua cara: (a) Susunan biasa : Subjek + Predikat (b) Susunan songsang : Predikat + Subjek 2 Ayat biasa dan ayat songsang mempunyai persamaan maksud ayat tetapi berbeza dari segi penekanan ayat. 3 Semasa proses penukaran atau transformasi ayat biasa kepada ayat songsang: tidak boleh berlaku penambahan imbuhan atau sebarang perkataan lain – jika berlaku maka satu kesalahan dari segi binaannya. Contoh mudah ayat penyata: Pertukaran ayat biasa kepada ayat songsang. Ayat Biasa Ayat Songsang Subjek Predikat Subjek Predikat Cikgu Umi sangat peramah. Sangat peramah Cikgu Umi. Ibu saya seorang suri rumah. Seorang suri rumah ibu saya. Itu buku Azizah. Buku Azizah Itulah. Contoh mudah ayat tanya: Pertukaran ayat biasa kepada ayat songsang. Ayat Biasa Ayat Songsang Subjek Predikat Subjek Predikat Cikgu Azirah sedang buat apa? Sedang buat apa Cikgu Azirah? Zurianah hendak ke mana? Hendak ke mana Zurianah? Cenderahati itu untuk siapa? Untuk siapa cenderahati itu? Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 92 18/3/2024 9:35:28 AM
93 UNIT 4 Contoh mudah ayat pasif: Pertukaran ayat biasa kepada ayat songsang. Ayat Biasa Ayat Songsang Subjek Predikat Subjek Predikat Meja itu telah saya kemaskan. Telah saya kemaskan meja itu. Sampah itu telah disapu oleh Samad. Telah disapu oleh Samad sampah itu. Bilik tidur Seri belum berkemas. Belum berkemas bilik tidur Seri. Lanjutan Bentuk Penukaran Ayat Biasa kepada Ayat Songsang Ayat songsang boleh dibentuk daripada ayat biasa dengan dua cara: 1 Pendepanan Seluruh Predikat (a) Seluruh predikat dibawa ke depan mendahului subjek bertujuan memberi penegasan atau menjadi tumpuan ayat songsang. Contoh: Ayat Biasa Ayat Songsang Subjek Predikat Subjek Predikat Buku-buku Hamer belum berkemas. Belum berkemas buku-buku Hamer. Fauzi sangat tampan Sangat tampan Fauzi. Wan masih belum tiba. Masih belum tiba Wan. Rumah Raop di Durian Tunggal. Di Durian Tunggal rumah Raop. 2 Pendepanan Sebahagian Predikat (a) Sebahagian predikat sahaja dibawa ke depan mendahului subjek : bertujuan memberi penegasan atau menjadi tumpuan ayat songsang. (b) Ada tiga bahagian predikat yang boleh ditransformasikan atau dibawa ke depan melalui proses pendepanan. (i) Pendepanan Frasa Kerja (FK ) (ii) Pendepanan Frasa Adjektif (FA) (iii) Pendepanan Frasa Sendi Nama (FS/FSN) Contoh: Pendepanan Frasa Kerja Ayat Biasa Ayat Songsang Subjek Predikat Subjek Predikat Najwa bekerja pada setiap hari. Bekerja Najwa pada setiap hari. Dia mengarang di bilik. Mengarang dia di bilik. Budak itu sedang membaca di meja. Sedang membaca budak itu di meja. Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 93 18/3/2024 9:35:28 AM
94 UNIT 4 Contoh: Pendepanan Frasa Adjektif Ayat Biasa Ayat Songsang Subjek Predikat Subjek Predikat Assema terkejut mendengar guruh di langit. Terkejut Assema mendengar guruh di langit. Buah mangga itu masih segar kerana baru dipetik. Masih segar buah mangga itu kerana baru dipetik. Kereta baharu yang dibeli oleh Mat Saat masih bersih di parkir. Masih bersih kereta baharu yang dibeli oleh Mat Saat di parkir. Contoh: Pendepanan Frasa Sendi Nama Ayat Biasa Ayat Songsang Subjek Predikat Subjek Predikat Saliza pergi ke perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran. Ke perpustakaan Saliza pergi untuk mengulang kaji pelajaran. Haji Azman di Johor pada masa ini. Di Johor Haji Azman pada masa ini. Mawar memanah burung itu dengan sebatang busur panah. Dengan sebatang busur panah Mawar memanah burung itu. Panduan Membina atau Menukar Ayat Biasa kepada Ayat Songsang Ayat biasa: Roza / membaca buku di perpustakaan. Cara Songsangkan Ayat: Nomborkan penggalan ayat. 1 2 3 Roza membaca buku di perpustakaan. KGND – Ketiga Frasa Kerja Transitif Objek Frasa Keterangan Subjek Predikat Contoh: Ayat Biasa: 1+2+3 Ayat songsang: (i) 2+3+1 (iii) 3+1+2 (ii) 2+1+3 (iv) 3+2+1 Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 94 18/3/2024 9:35:28 AM
95 UNIT 4 Ayat biasa: 1 2 3 Roza membaca buku di perpustakaan. Contoh ayat songsang: Pendepanan Seluruh Predikat: PENDEPANAN FRASA KERJA 2 3 1 Membaca buku di perpustakaan. Roza Contoh ayat songsang: Pendepanan Sebahagian Predikat: PENDEPANAN FRASA KERJA 2 1 3 membaca buku Roza di perpustakaan. Contoh ayat songsang: Pendepanan Sebahagian Predikat: PENDEPANAN FRASA sendi nama 3 1 2 Di perpustakaan Roza membaca buku. Contoh ayat songsang: Pendepanan Seluruh Predikat: PENDEPANAN FRASA sendi nama 3 2 1 Di perpustakaan membaca buku Roza Jenis-jenis Ayat Ayat Penyata 1 Ayat penyata ialah ayat untuk memberitahu atau menyatakan sesuatu hal. 2 Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan. 3 Ayat penyata terdiri daripada beberapa jenis, iaitu: ➤ Ayat aktif Ibu telah menanak nasi. ➤ Ayat pasif Sampah di dalam bakul itu telah saya buang. ➤ Ayat songsang Di dalam bilik mereka tiada. ➤ Ayat nafi Saya tidak mengambil buku kamu. Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 95 18/3/2024 9:35:28 AM
96 UNIT 4 Ayat Tanya 1 Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. 2 Ayat tanya ada tanda soal (?) dibubuh pada akhir ayat dalam tulisan. 3 Ada ayat tanya yang guna partikel ‘kah’ (jika tidak guna tidak menjadi kesalahan) Contoh ayat: (i) Bilakah hari lahir kamu? (ii) Hari lahir kamu bila? (iii) Di manakah kamu tinggal? (iv) Kamu tinggal di mana? (v) Apakah pekerjaan kamu? (vi) Pekerjaan kamu apa? (vii) Bagaimanakah kamu ke sekolah? (viii) Kamu ke sekolah bagaimana? Ayat Perintah 1 Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. 2 Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, suruhan, larangan / tegahan, permintaan, ajakan, silaan, doa, harapan. Contoh: Jenis Perintah Contoh Penggunaan Perintah Bersihkan kelas kamu sekarang. Suruhan Sikat rambut anda dengan kemas. Larangan/Tegahan Jangan keluar rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Permintaan Tolong guna pensanitasi tangan untuk mencegah COVID-19. Ajakan Marilah ikut kami ke perpustakaan. Silaan Sila rasa kek coklat yang dibuat oleh kakak saya ini. Doa Syukurlah mereka semua selamat dalam kemalangan itu. Harapan Harap-harap ibu dan ayah mengizinkan saya menyertai rombongan ke Melaka. Ayat Seruan 1 Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya. 2 Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan. 3 Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya. Contoh: (i) Amboi, cantiknya mak pada hari ini! (ii) Wah, mahalnya baju raya kamu! (iii) Eh, kamu kata tak hadir ke sekolah pada hari ini! Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 96 18/3/2024 9:35:28 AM
97 UNIT 4 (iv) Oh, saya tersilap bas! (v) Aduh, kakiku terpijak paku! (vi) Cis, berani kamu melanggar Perintah Kawalan Pergerakan! (vii) Syabas, anda masih berada di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan! Ayat Selapis/Ayat Mudah/Ayat Dasar/Ayat Tunggal Ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Contoh: Encik Ahmad menjadi pegawai tentera. Subjek : Encik Ahmad Predikat : menjadi pegawai tentera. Ayat Majmuk 1 Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal. Contoh: Encik Musa menjadi pegawai tentera. (Ayat Selapis) Encik Musa berpangkat Sarjan. (Ayat Selapis) Encik Musa menjadi pegawai tentera berpangkat Sarjan. (Ayat Majmuk: dua Predikat) 2 Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal. 3 Terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu: (a) ayat majmuk gabungan; (b) ayat majmuk pancangan; (c) ayat majmuk campuran. Ayat Majmuk Gabungan 1 Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal. 2 Ayat majmuk gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan – contohnya dan, serta, atau, tetapi, sambil dan sebagainya. 3 Cara pembentukan ayat majmuk gabungan adalah seperti berikut: CONTOH 1 Ayat Tunggal Ayat Majmuk Gabungan (a) Ibu membeli ikan di pasar. (b) Kakak membeli ikan di pasar. Ibu dan kakak membeli ikan di pasar. Subjek : Ibu dan kakak (FN) Predikat : membeli ikan di pasar. (FK) Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 97 18/3/2024 9:35:28 AM
98 UNIT 4 CONTOH 2 Ayat Tunggal Ayat Majmuk Gabungan (a) Puan Suraya membeli ikan di pasar. (b) Puan Suraya membeli sayur di pasar. Puan Suraya membeli ikan dan sayur di pasar. Subjek : Puan Suraya (FN) Predikat : membeli ikan dan sayur di pasar (FK) CONTOH 3 Ayat Tunggal Ayat Majmuk Gabungan (a) Hajah Rafeah seorang guru yang garang. (b) Hajah Rafeah seorang guru yang tegas. Hajah Rafeah seorang guru yang garang dan tegas. Subjek : Hajah Rafeah (FN) Predikat : seorang guru yang garang dan tegas. CONTOH 4 Ayat Tunggal Ayat Majmuk Gabungan (a) Haji Azlan masuk ke surau. (b) Haji Azlan solat. Haji Azlan masuk ke surau lalu solat. Subjek : Haji Azlan (FN) Predikat : masuk ke surau lalu solat. (FK) Ayat Majmuk Pancangan 1 Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata hubung pancangan. 2 Terdapat empat jenis ayat majmuk pancangan, iaitu: (a) ayat majmuk pancangan relatif; (b) ayat majmuk pancangan komplemen; (c) ayat majmuk pancangan keterangan; (d) ayat majmuk campuran. Ayat Majmuk Pancangan Relatif 1 Ayat majmuk yang menggunakan kata hubung “yang”. 2 Cara pembentukan ayat majmuk pancangan relatif. (a) gabung ayat induk dan ayat kecil dan tambah ‘yang’ (b) buang perkataan/frasa yang sama CONTOH 1 Ayat induk : Aliza menulis karangan itu. Ayat kecil : Karangan bertajuk “Sayangi Ibu Bapa”. Ayat Majmuk Pancangan Relatif (gabung ayat dan tambah ‘yang’) • Aliza menulis karangan yang bertajuk ‘Sayangi Ibu Bapa’. Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 98 18/3/2024 9:35:29 AM
99 UNIT 4 CONTOH 2 Ayat induk : Puan Rosliza menyampaikan ceramah. Ayat kecil : Puan Rosliza ialah pegawai SICPlus Jabatan Pendidikan Melaka Tengah. Ayat Majmuk Pancangan Relatif (gabung ayat dan tambah ‘yang’) • Puan Rosliza yang menyampaikan ceramah itu ialah pegawai SISC+ Jabatan Pendidikan Melaka Tengah. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen 1 Ayat yang menggunakan kata hubung “bahawa” atau “untuk”. 2 Cara pembentukan ayat majmuk pancangan relatif: (a) gabung ayat induk dan ayat kecil dan tambah “bahawa” atau “untuk”. (b) buang perkataan/frasa yang sama. CONTOH 1 Ayat induk : Wafi telah berjanji. Ayat kecil : Wafi tidak akan membuli lagi. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen: Gabung ayat dan masukkan Kata Hubung “bahawa” • Wafi telah berjanji bahawa tidak akan membuli lagi. CONTOH 2 Ayat induk : Che Aziz telah pergi ke kedai kereta T. Barat. Ayat kecil : Che Aziz membeli kenderaan serba guna (MPV). Ayat Majmuk Pancangan Relatif: Gabung ayat dan masukkan Kata Hubung “untuk” • Che Aziz telah pergi ke kedai kereta T. Barat untuk membeli kenderaan serba guna (MPV). Ayat Majmuk Pancangan Keterangan 1 Ayat majmuk yang terdiri daripada ayat induk dan ayat kecil berfungsi untuk memberi keterangan. 2 Terdiri daripada beberapa jenis: Jenis Contoh Kata Hubung (KH) Cara Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Keterangan sebab atau musabab – sesuatu kejadian atau perbuatan kerana, sebab, oleh sebab, lantaran Ayat induk : Henry tidak bersekolah. Ayat kecil : Keluarganya miskin. Henry tidak bersekolah kerana keluarganya miskin. Keterangan syarat – sesuatu tuntutan yang harus dipenuhi jika, kalau, jikalau, sekiranya, andai kata Ayat induk : Ammar rajin belajar. Ayat kecil : Ammar akan cemerlang dalam peperiksaan. Sekiranya Ammar rajin belajar, dia akan cemerlang dalam peperiksaan. Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 99 18/3/2024 9:35:29 AM
100 UNIT 4 Jenis Contoh Kata Hubung (KH) Cara Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Keterangan harapan – sesuatu kejadian atau perbuatan yang dihajati agar, semoga, supaya, mogamoga, kalaukalau, harap-harap Ayat induk : Darwish sedang berdoa. Ayat kecil : Dia mencapai kecemerlangan. Darwish sedang berdoa semoga dia mencapai kecemerlangan. Keterangan perbandingan – sesuatu kejadian atau perbuatan yang ada kesamaan seperti, macam, umpama, seolaholah, ibarat, bak, bagaikan, ibarat Ayat induk : Henry Ganya rajin belajar. Ayat kecil : Peperiksaan bermula pada hari esok. Henry Ganya rajin belajar seolah-olah peperiksaan bermula pada hari esok. Keterangan tujuan – maksud sesuatu kejadian atau perbuatan demi, untuk, bagi Ayat induk : Memastikan kesihatan rakyat terjamin. Ayat kecil : Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan. Demi memastikan kesihatan rakyat terjamin, Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan. Keterangan cara – cara sesuatu kejadian atau perbuatan berlaku dengan Ayat induk : Cikgu Rahimy telah mendenda murid nakal itu. Ayat kecil : Cikgu Rahimy menggunakan rotan. Cikgu Rahimy telah mendenda murid nakal itu dengan menggunakan rotan. Keterangan akibat – kesan atau hasil sesuatu kejadian atau perbuatan hingga, sehingga Ayat induk : Norman menangis teresakesak. Ayat kecil : Suaranya serak. Norman menangis teresak-esak sehingga suaranya serak. Keterangan waktu – masa sesuatu kejadian atau perbuatan sejak, semenjak, setelah, sewaktu, ketika, tatkala, apabila, sementara Ayat induk : Nur Ammarah kebasahan. Ayat kecil : Dia disimbah air oleh adiknya. Nur Ammarah kebasahan setelah disimbah air oleh adiknya. Keterangan pertentangan atau berlawanan fakta 1 dan 2 – sesuatu kejadian atau perbuatan yang berlawanan meskipun, walaupun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sedangkan Ayat induk : Cikgu Illyana belum tiba ke sekolah. Ayat kecil : Cikgu Illyana memandu kereta sendiri. Cikgu Illyana belum tiba ke sekolah meskipun memandu kereta sendiri. Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 100 18/3/2024 9:35:29 AM
101 UNIT 4 Ayat Majmuk Campuran 1 Gabungan lebih daripada satu jenis ayat, iaitu campuran ayat majmuk gabungan dengan ayat majmuk pancangan. 2 Dikenali sebagai ayat kompleks. Contoh: JENIS AYAT MAJMUK (a) Ayat Gabungan Ayat Relatif Farish dan Afazan masih suka ponteng sekolah. Dia telah dinasihati kaunselor. Ayat Majmuk Campuran Farish dan Afzan masih suka ponteng sekolah meskipun telah dinasihati kaunselor. (b) Ayat Gabungan Ayat Komplemen Nur Miezana dan Adilah cepat bersiap lalu ke halaman rumah. Kawan-kawan kelasnya sedang menunggu untuk beraya di rumah Cikgu Rosman. Ayat Majmuk Campuran Nur Miezana dan Adilah cepat bersiap lalu ke halaman rumah kerana kawankawan kelasnya sedang menunggu untuk beraya di rumah Cikgu Rosman. (c) Ayat Komplemen Ayat Relatif Syakeer berjanji bahawa dia akan berpuasa. Dia ingin mendapat keredaan Allah. Syakeer berjanji bahawa dia akan berpuasa demi mendapat keredaan Allah. (d) Ayat Komplemen Ayat Keterangan Murid itu memberitahu bahawa dia tidak suka guru disiplin. Guru disiplin terlalu tegas. Ayat Majmuk Campuran Murid itu memberitahu bahawa dia tidak suka guru disiplin kerana guru disiplin terlalu tegas. (e) Ayat Keterangan Ayat Relatif Tilla ke sekolah dengan bas sekolah. Bas itu datang dari Pulau Gadong. Ayat Majmuk Campuran Tilla ke sekolah dengan bas sekolah yang datang dari Pulau Gadong. Panduan Menjawab Item Sintaksis Bentuk Soalan 1 Teks petikan akan diberi. Teks boleh dipetik dan diubah suai daripada sebarang artikel ilmiah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Budaya, eBook Portal, Majalah Kerjaya, Majalah Kepenggunaan dan lain-lain. 2 Bentuk pengujian ialah Subjek – Predikat/Pola Ayat/Ayat Aktif/Ayat Pasif/ Ayat Songsang/Ayat Tanya (Bina Soalan)/Jenis Ayat/Ayat Selapis/Ayat Majmuk. Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 101 18/3/2024 9:35:29 AM
102 UNIT 4 3 Lihat, baca dan fahamkan ayat atau frasa yang bergaris atau ayat atau frasa yang berhuruf condong dalam teks. 4 Ada bentuk soalan yang anda pilih ayat dalam teks dan jawab ikut kehendak soalan (subjek – predikat) tanpa mengubah maksud asalnya. Peruntukan Markah 1 Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 6 markah. 2 Satu jawapan (bentuk ayat) diperuntukkan 2 markah. (3 ayat × 2m = 6 markah) 3 Ada juga satu jawapan (bentuk ayat) diperuntukkan 1 markah. (6 ayat × 1 m = 6 markah) Petua Menjawab 1 Baca arahan dan fahamkan kehendak soalan. 2 Kemudian, baca teks. 3 Jika tiada garisan atau huruf condong pada frasa atau ayat, maka hendaklah anda menggaris atau buat kurungan mengikut kehendak soalan. CONTOH 1 Baca petikan di bawah, kemudian tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Dalam lingkungan sekolah dalam talian, siswa dapat mengalami interaksi sosial yang efektif dengan teman sebaya mereka. Ini ialah fakta bahawa interaksi sosial sangat penting bagi siswa. Penting bagi siswa untuk bekerja pada keterampilan kehidupan yang vital yang kemungkinan akan membantu mereka melakukannya dengan baik pada masa depan. Kontrol ialah perbezaan utama di sini. Siswa biasanya memiliki kontrol jauh lebih besar dengan siapa mereka berinteraksi dan membentuk ikatan dengan temannya. Sekolah dalam talian menyediakan berbagai-bagai cara sosialisasi baharu kepada siswa. Siswa sekolah dalam talian dapat memanfaatkan kesempatan sosialisasi ini untuk bersosialisasi secara efektif. (Sumber: Internet) Jawapan: (rujuk Pendepanan Seluruh Predikat – Seluruh predikat dibawa ke depan mendahului subjek: bertujuan memberi penegasan atau menjadi tumpuan ayat songsang) subjek predikat 1 siswa dapat mengalami interaksi sosial yang efektif/dengan teman sebaya mereka. Dengan teman sebaya mereka, siswa dapat mengalami interaksi sosial yang efektif. Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 102 18/3/2024 9:35:29 AM
103 UNIT 4 subjek predikat 2 interaksi sosial/sangat penting bagi siswa. Sangat penting bagi siswa, interaksi sosial. subjek predikat 3 Sekolah dalam talian/menyediakan berbagai-bagai cara sosialisasi baharu kepada siswa. Menyediakan berbagai-bagai cara sosialisasi baharu kepada siswa, sekolah dalam talian. CONTOH 2 Baca petikan di bawah, kemudian bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa berhuruf condong. Kerajaan Jerman menyediakan tempat khas sebagai pelindung kepada bayi yang dilahirkan akibat masalah sosial. Pelindung Bayi dibina bertujuan mengelakkan bayi mati atau terbunuh akibat terdedah kepada kesejukan selepas dibuang. Seorang bayi dijaga oleh hospital selama lapan minggu. Keluarga bayi itu akan menanggung kos penjagaan oleh pihak hospital. Dalam tempoh dua bulan, seseorang ibu boleh mengambil semula anak yang mereka tinggalkan jika berubah fikiran. Bayi itu diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dijadikan anak angkat. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kecelaruan Sosial Punca Kes Buang Bayi Meningkat”, BHonline, November 2015) [6 markah] Jawapan tempat khas sebagai pelindung 1 Apakah yang disediakan oleh kerajaan Jerman kepada bayi yang dilahirkan akibat masalah sosial? Nota: Calon tidak perlu menyalin semula frasa yang diberikan dalam petikan. mengelakkan bayi mati atau terbunuh akibat terdedah kepada kesejukan selepas dibuang 2 Apakah tujuan/Mengapakah Pelindung Bayi dibina? Nota: Calon tidak perlu menyalin semula frasa yang diberikan dalam petikan. Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 103 18/3/2024 9:35:29 AM
104 UNIT 4 Selama lapan minggu 3 Berapakah lama seorang bayi dijaga oleh hospital? Nota: Calon tidak perlu menyalin semula frasa yang diberikan dalam petikan. keluarga bayi itu 4 Siapakah yang akan menanggung kos penjagaan oleh pihak hospital? Nota: Calon tidak perlu menyalin semula frasa yang diberikan dalam petikan. Dalam tempoh dua bulan 5 Berapakah tempoh seseorang ibu boleh mengambil semula anak yang mereka tinggalkan jika berubah fikiran? Nota: Calon tidak perlu menyalin semula frasa yang diberikan dalam petikan. untuk dijadikan anak angkat 6 Mengapakah bayi itu diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat? Nota: Calon tidak perlu menyalin semula frasa yang diberikan dalam petikan. Praktis SPM Praktis 1 Baca petikan di bawah, kemudian kenal pasti subjek dan predikat bagi tiga ayat yang berhuruf condong. (1) Ibu bapa perlu mengenali dan memahami anak remajanya. Sebelum itu, ibu bapa harus mengenali dan memahami dirinya sendiri terlebih dulu. (2) Pertembungan, dinamika dan keseimbangan antara kedua-dua komponen ini dapat menentukan gaya keibubapaan. Kebanyakan pengkaji membahagikan gaya keibubapaan kepada empat kategori, iaitu: autoritarian, autoritatif, permisif dan tidak terbabit. Walaupun mereka pengasih dan penyayang, anak remajanya tidak merasainya. Kebebasan hampir tidak diberikan dan pendapat anak remaja jarang didengar. (3) Cita-cita anak remaja ditentukan oleh ibu bapa. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kasih Sayang Ibu Bapa Berkesan Mendidik Anak”, KaranganNet, Februari 2020) [6 markah] Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 104 18/3/2024 9:35:29 AM
105 UNIT 4 1 Subjek : Predikat : 2 Subjek : Predikat : 3 Subjek : Predikat : Praktis 2 Baca petikan di bawah, kemudian tentukan Pola Ayat, iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), Frasa Sendi (FS) bagi enam ayat yang berhuruf condong. (1) Nurul Jannah akan melanjutkan pelajaran. (2) Kursus yang akan diikutinya ialah Diploma Sains di (3) Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terletak di Samarahan 2, Sarawak. Nurul Jannah telah memulakan penerokaan informasi tentang pengajiannya menerusi pautan dalam talian. Pelbagai persiapan telah dilakukannya sebelum ke Samarahan 2. Antara persiapan utama tersebut adalah menyiapkan dokumen penting untuk pendaftaran. (4) Nurul Jannah berasa gembira untuk melanjutkan pengajiannya. Ibu bapanya menemaninya ke Sarawak. (5) Tiket kapal terbang telah ditempah. Nurul Jannah dan keluarganya akan berangkat ke Samarahan 2, Sarawak pada 9 Oktober 2020. (6) Nurul Jannah akan menginap di Merdeka Hotel Palace, Kuching, Sarawak. [6 markah] 1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 105 18/3/2024 9:35:29 AM
106 UNIT 4 Praktis 3 Baca petikan di bawah, kemudian tukarkan tiga ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Kelas 4 Cemerlang telah menyertai aktiviti gotong-royong di sekolah. Program gotong-royong itu dianjurkan oleh pihak sekolah. Kami telah membersihkan kelas pada hari Sabtu. Kami juga menceriakan kelas dengan memasang langsir baharu. Pelbagai peralatan telah dibawa. Ketua kebersihan Kelas 4 Cemerlang telah memberi arahan tugas kepada sepuluh orang murid yang hadir bergotong-royong. Cikgu Rosman telah menyediakan makanan dan minuman. [6 markah] 1 2 3 4.6 Penyuntingan (Kesalahan Bahasa) 1 Petikan diambil daripada mana-mana bahan, kemudian diubah suai. 2 Bilangan kesalahan adalah fleksibel (tak tentu). 3 Peruntukan markah juga fleksibel (tak tentu jumlah) tetapi satu jawapan bersamaan satu (1) markah. 4 Bentuk penyoalan dalam soalan ini seperti arahan di bawah: CONTOH 1 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 106 18/3/2024 9:35:29 AM
107 UNIT 4 CONTOH 2 Bahan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. 5 Jenis kata yang diuji dalam soalan penyuntingan adalah seperti berikut: (a) kata bilangan jamak; (g) ayat pasif (KGND pertama, (b) kata hubung; KGND kedua, KGND ketiga); (c) kata sendi nama; (h) ejaan; (d) hukum D-M; (i) imbuhan; (e) kata penguat; (j) tanda bacaan. (f) kata pemeri; Kata Bilangan Jamak (Tak Tentu) Kata Bilangan Tentu Penggunaan: Bilangan yang sudah tentu sifatnya seperti tiga, sebiji, seribu dan sebagainya. Ayat contoh: 1 Aida ada tiga ekor anak kucing. 2 Sebiji epal dijual dengan harga RM2.00. Kata Bilangan Tak Tertentu Penggunaan: Bilangan yang tidak tentu seperti para, beberapa, pelbagai, semua, segala, seluruh, beberapa, banyak dan sebagainya. Ayat contoh: 1 Para guru sedang bermesyuarat. 2 Beberapa ekor burung sedang terbang. Kata Bilangan Himpunan Penggunaan: (mesti digandakan) Bilangan yang membawa maksud himpunan seperti berpuluh-puluh, berbakul-bakul, berkotak-kotak, kedua-dua dan sebagainya. Ayat contoh: 1 Berpuluh-puluh perusuh telah ditahan. 2 Berbakul-bakul durian telah dibeli oleh orang kaya itu. Kata Bilangan Pisahan Penggunaan: Bilangan yang membawa maksud pisahan seperti setiap, masing-masing, tiap-tiap dan sebagainya. Ayat contoh: 1 Kita mesti solat pada setiap hari. 2 Selepas masa persekolahan, murid-murid pulang ke rumah masing-masing. Kata Bilangan Pecahan Penggunaan: Bilangan yang membawa maksud pecahan seperti separuh, setengah, sepertiga dan sebagainya. Ayat contoh: 1 Nur Aqilah telah memberi separuh kek kepada Nurul Jannah. 2 Cikgu Sabariza telah membeli setengah kilo buah dokong. Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 107 18/3/2024 9:35:29 AM
108 UNIT 4 Kata Hubung Jenis Contoh Kata Hubung (KH) Cara Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Keterangan sebab atau musabab – sesuatu kejadian atau perbuatan kerana, sebab, oleh sebab, lantaran Firas tidak menyertai rombongan sekolahnya kerana keluarganya tidak mengizinkan. Keterangan syarat – sesuatu tuntutan yang harus dipenuhi jika, kalau, jikalau, sekiranya, andai kata Sekiranya Zahra rajin belajar, dia akan cemerlang dalam peperiksaan. Keterangan harapan – sesuatu kejadian atau perbuatan yang dihajati agar, semoga, supaya, moga-moga, kalaukalau, harap-harap Husna berdoa semoga neneknya cepat sembuh. Keterangan perbandingan – sesuatu kejadian atau perbuatan yang ada kesamaan seperti, macam, umpama, seolah-olah, ibarat, bak, bagaikan, ibarat Izzwan rajin belajar seolah-olah peperiksaan bermula pada hari esok. Keterangan tujuan – maksud sesuatu kejadian atau perbuatan demi, untuk, bagi Demi memastikan rantaian COVID-19 putus, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Keterangan cara – cara sesuatu kejadian atau perbuatan berlaku dengan Cikgu Shahrom telah mendenda pelajar nakal itu dengan menggunakan rotan. Keterangan akibat – kesan atau hasil sesuatu kejadian atau perbuatan hingga, sehingga Adik Najwa menangis teresak-esak sehingga suaranya serak. Keterangan waktu – masa sesuatu kejadian atau perbuatan sejak, semenjak, setelah, sewaktu, ketika, tatkala, apabila, sementara Nur Safia kebasahan setelah disimbah air oleh adiknya yang ingin bergurau dengannya. Keterangan pertentangan atau berlawanan fakta 1 dan 2 – sesuatu kejadian atau perbuatan yang berlawanan meskipun, walaupun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sedangkan Emelda belum tiba ke sekolah meskipun jarak rumahnya dengan sekolah sangat dekat. Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 108 18/3/2024 9:35:29 AM
109 UNIT 4 Kata Sendi Nama Jenis Kata Sendi Fungsi Contoh Ayat akan menunjukkan emosi dan sikap Saya cinta akan negara. terhadap unsur yang membawa maksud rujukan Cikgu Rohayati mengambil berat terhadap kesihatan anak muridnya. kepada menyatakan sasaran Cikgu Dayanti memberi ceramah kepada para guru. ke untuk tempat Ibu pergi ke pasar. pada menunjukkan masa, tempat dan sasaran • Saya ke sekolah pada pukul 6:30 pagi. • Gambar itu telah saya tampal pada dinding. • Buku saya ada pada cikgu. di menunjukkan tempat Rohani tinggal di Pulau Gadong. dari menyatakan arah, tempat dan waktu atau masa • Ayah baru pulang dari Utara. • Noryati berasal dari Durian Tunggal. • Nurul Jannah belajar dari pagi sehingga petang. daripada punca, asal kejadian serta perbandingan • Meja itu dibuat daripada batu. • Prestasi Nani lebih baik daripada Rosnani. demi makna tujuan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama Kita mestilah berani berkorban nyawa demi negara. untuk bagi tujuan sesuatu dilakukan • Aleysa membaca untuk menimba ilmu. • Tasha membaca bagi menimba ilmu. dengan menunjukkan bersama-sama keterangan cara bandingan setara • Alya ke perpustakaan dengan Maisarah. • Dia ke tempat kerja dengan bas. • Ketinggian saya sama dengan ketinggian dia. sejak/semenjak menyatakan suatu jangka masa atau waktu • Ah Fong keluar sejak pagi. • Keluarga Norhamiza semakin ceria semenjak mendapat cahaya mata. tentang/ mengenai menyatakan sesuatu hal atau perihal Rakyat Malaysia sibuk berbual tentang COVID-19. oleh memberi sebab digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter- • Pengetua telah ditemu ramah oleh wartawan. • Seguni beras itu tidak terpikul oleh Ammar. hingga/sehingga/ sampai untuk menunjukkan had masa dan tempat • Dia bekerja dari pagi hingga petang. • Pendaki itu mendaki dari bawah hingga puncak gunung. Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 109 18/3/2024 9:35:30 AM
119 UNIT 4 Bahan 1 Kesalahan Pembetulan (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Bahan 2 Kesalahan Pembetulan (i) (ii) (iii) (iv) (v) (i) (ii) (iii) (iv) (v) Praktis 4 Petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Spiderman merupakan satu kisah adiwira mengenai tentang seorang lelaki bernama Peter Parker yang merupakan setengah murid cemerlang di sebuah sekolah tinggi yang memiliki sifat pemalu serta sering di buli oleh pelajar paling popular di kolejnya, iaitu Flash Thompson. Spiderman (Peter Benjamin Parker) adalah wira rekaan Komik Marvel yang hebat dicipta oleh Stan Lee dan Steve Ditko. Sejak kemunculannya di dalam siri buku komik “Amazing Fantasy” di Ogos 1962, dia telah menjadi salah satu wira hebat yang paling amat popular, lama bertahan, dan berjaya secara komersel di dunia. Bila Spiderman diterbitkan buat pertama kali pada dekad 1960an, watakwatak belasan tahun dalam buku-buku komik wira hebat biasanya merupakan watak kesampingan. Siri spiderman menjadi perintis apabila ia memperkenalkan seorang wira yang pada dirinya merupakan seorang anak remaja yang dihantui oleh perasaan disingkirkan, kekurangan dan kesunyian. Sejak permulaannya, Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 119 18/3/2024 9:35:31 AM
120 UNIT 4 Spiderman telah muncul dalam berbagai-bagai media-media, termasuk bermacam-macam banyak siri television animasi. (Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Spider-Man) [13 markah] Bil. Salah Betul 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 4.7 Perincian Item: Bahasa Melayu Standard Info Asas 1 Petikan diambil daripada prosa klasik Tingkatan 4 atau Tingkatan 5, iaitu Burung Terbang Dipipiskan Lada dan Kepimpinan Melalui Teladan. 2 Peruntukan markah sebanyak 6 markah untuk bahagian ini. 3 Bentuk penyoalan: Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 120 18/3/2024 9:35:31 AM
121 UNIT 4 Contoh: Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard (Ayat biasa) tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?” Setelah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis, seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.” Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu marah, katanya, “Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?” (Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] Panduan Menjawab 1 Baca arahan dan fahamkan kehendak arahan. 2 Baca teks dengan teliti dan fahamkan maksud ayat. 3 Tukar bahasa klasik kepada bahasa standard (ayat biasa). 4 Bahasa standard (bahasa biasa) yang telah sedia ada dalam teks TIDAK perlu diubah (salin sahaja). 5 Semua tanda bacaan mesti dikekalkan. 6 Jangan mengubah bentuk dan maksud asalnya. 7 Boleh menjawab dalam bentuk penomboran atau teks. Contoh Jawapan Setelah Kertala Sari pulang/sampai di rumahnya, lalu dia pun bertanya kepada ibunya, “Wahai ibuku, ke manakah ayah telah pergi kerana saya tidak nampak ayah di mana-mana?” Setelah ibunya mendengar pertanyaan anaknya itu, lalu ibunya pun menangis, dan berkata, “Wahai anakku, ayahmu telah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.” Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya itu, lalu dia berasa sangat marah lalu berkata, “Siapakah yang telah menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis aku binasakan?” Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 121 18/3/2024 9:35:31 AM
122 UNIT 4 Praktis 1 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dengan bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang berdatang sembah kepada Sultan, “Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap dengan lelaki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali.” (Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada” dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia) [4 markah] Praktis 2 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dengan bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Setelah hari siang maka Bendahara pun gemparlah mengatakan kecurian. Maka Bendahara pun berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, pada malam ini patik habis kecurian, habislah harta yang kemas-kemas.” Maka titah raja, “Hai Temenggung, tidakkah kita titahkan Temenggung sendiri pada malam berkawal? Mengapakah pada malam ini mamak Bendahara kecurian ini?” (Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] Praktis SPM Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 122 18/3/2024 9:35:31 AM
123 UNIT 4 Praktis 3 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dengan bahasa Melayu Standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Hatta, berapa lamanya maka datang pula orang Siam menyerang Melaka; Awi Dicu nama panglimanya. Maka kedengaran khabarnya ke Melaka; maka dipersembahkan orang kepada Sultan. Maka baginda pun menitahkan Bendahara Paduka Raja berlengkap akan mengeluari orang Siam. Seri Bija Diraja dan segala hulubalang sekaliannya dititahkan baginda mengiringkan Seri Bendahara Paduka Raja itu. (Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada” dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 123 18/3/2024 9:35:31 AM
124 UNIT 4 4.8 Perincian Item: Peribahasa Info Asas 1 Bentuk teks yang diberi dalam item peribahasa antaranya dialog, kata bual, isi tempat kosong, situasi dan iklan. 2 Peruntukan markah sebanyak empat markah atau enam markah. (fleksibel) 3 Aspek penyoalan dalam item peribahasa adalah seperti berikut: (a) beri peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud berdasarkan peribahasa dalam teks yang diberi; (b) beri peribahasa yang sesuai dengan situasi atau tempat kosong yang dinyatakan dalam teks; (c) beri maksud peribahasa yang diberi dalam teks; (d) bina ayat peribahasa berdasarkan peribahasa dalam teks. 4 Bentuk penyoalan untuk bahagian ini adalah seperti berikut: (a) dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja kemudian berikan dua peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. [4 markah] (b) baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. [6 markah] (c) baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan tiga peribahasa sahaja, kemudian beri maksud berdasarkan peribahasa tersebut. [6 markah] (d) baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan tiga peribahasa sahaja. Bina ayat berdasarkan peribahasa tersebut. [6 markah] Contoh: (Bentuk Dialog) Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan dua peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. Rawiyah: Emak di kampung tidak sihat dan tidak boleh melakukan kerja rumah. Noryati : Apakah yang harus kita lakukan? Rawiyah: Apa kata kalau kita minta bantuan Mak Cik Azlah memasak lauk untuk emak dan ayah? Kita mesti bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk membantu emak dan ayah. Noryati : Bagus idea kakak tu. Biar saya beritahu Mak Cik Azlah. Rawiyah: Sebagai adik-beradik, kita mesti bersama-sama merasa senang dan susah seperti peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Noryati : Betul tu, kakak. [4 markah] Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 124 18/3/2024 9:35:31 AM
125 UNIT 4 Panduan Menjawab 1 Baca arahan dan fahamkan kehendak soalan. 2 Baca teks dengan teliti dan fahamkan maksud ayat. 3 Fikirkan peribahasa yang dikehendaki atau diberi dalam teks. 4 Hanya tulis peribahasa dalam sistem penomboran bagi semua aspek penyoalan. 5 Jangan salin ayat peribahasa dalam teks. 6 Jangan mengubah maksud atau bentuk peribahasa. 7 Jangan bina ayat sama dengan ayat dalam teks. (aspek penyoalan) Contoh Jawapan: 1 bagai isi dengan kuku / bagai dakwat dengan kertas. 2 hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Praktis SPM Praktis 1 Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. “Pandemik COVID-19 telah merubah kehidupan masyarakat dunia. Ada negara yang teruk diserang COVID-19 kerana rakyatnya tidak akur kepada arahan pemerintah menyebabkan beribu-ribu rakyat mati.” luahku kepada murid-murid. “Nak buat macam mana cikgu, mereka telah melakukan kesilapan besar. Dalam kehidupan sudah pasti kita akan melakukan kesilapan lebih-lebih lagi berada dalam situasi ini. Maklumlah mereka sudah biasa hidup bebas,” balas murid-muridku. “Sepatutnya rakyat Malaysia mengambil iktibar daripada fenomena yang melanda negara itu agar kita bersedia dari awal untuk menghapuskan COVID-19,” kataku lagi. [6 markah] 1 2 3 Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 125 18/3/2024 9:35:31 AM
126 UNIT 4 Praktis 2 Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa sahaja, kemudian berikan maksud peribahasa tersebut. Mak Cik Senah telah memelihara seorang anak angkat lelaki yang bernama Syafiq. Syafiq telah mendapat kasih sayang yang penuh seperti anak kandungnya. Malangnya, Syafiq telah tersalah memilih kawan. Dia telah berkawan dengan kawan yang ketagih dadah. Akhirnya dia turut terjebak dengan penagihan dadah. Apabila tiada wang untuk membeli dadah, dia mencuri wang Mak Cik Senah. Barang kemas Mak Cik Senah turut hilang. Perasaan sedih dan kecewa terbekam dalam hati Mak Cik Senah. Beliau seolah-olah menyesal mengambil Syafiq sebagai anak angkat kerana memberi beban kepadanya. [6 markah] 1 2 3 Praktis 3 Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa sahaja, kemudian beri maksud peribahasa tersebut. Seseorang murid haruslah rajin berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik. Hanya murid yang mempunyai cita-cita akan rajin berusaha demi masa depan yang cerah. Selain itu, guru pula mestilah mendidik anak murid dengan sepenuh hati. Hal ini demikian kerana anak murid merupakan pemuda dan pemudi yang bakal menerajui negara. Di samping itu, guru haruslah menjadi idola yang bersifat positif. Para murid memerhati tingkah laku kita semasa di sekolah. Mereka akan mengikut cara cikgu berinteraksi dan bertugas. [6 markah] 1 2 3 Revisi Cepat BM SPM U4 6th.indd 126 18/3/2024 9:35:31 AM
194 Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar Unit 7 7.1 Info Asas 1 Mulai tahun 2021, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menduduki Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar. Ujian ini bagi menggantikan Pentaksiran Ujian Lisan sebelum ini. 2 Ujian Bertutur dikenali Kertas 3 (1103/3), manakala Ujian Mendengar dikenali Kertas 4 (1103/4). 3 Jumlah markah untuk Ujian Bertutur ialah sebanyak 70 markah. 4 Pembahagian markah ialah 40 markah untuk Ujian Bertutur Individu dan 30 markah untuk Ujian Bertutur Kumpulan. 7.2 Ujian Bertutur Panduan Umum Bahagian A: Taksiran Individu 1 Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 40 markah. 2 Calon dikehendaki membaca petikan atau bahan rangsangan yang diberikan dan jawab soalan-soalan secara lisan. 3 Naskhah soalan hanya ada pada pentaksir dan murid akan bersoal jawab dengan pentaksir. 4 Masa untuk sesi soal jawab adalah antara tiga hingga lima minit. Bahagian B: Taksiran Berkumpulan 1 Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 30 markah. 2 Masa ujian ini diadakan sebaik-baik sahaja TAKSIRAN INDIVIDU selesai. 3 Calon akan bersama-sama tiga hingga lima orang murid lain. 4 Calon akan diberikan soalan berupa situasi / pernyataan / tema / tajuk dan diarahkan berbincang dengan ahli lain untuk mengulas / memberi pendapat. 5 Masa untuk perbincangan berkumpulan adalah lebih kurang 12 hingga 15 minit. 6 Masa yang diberikan untuk persiapan ialah lapan minit. Revisi Cepat BM SPM U7 5th.indd 194 18/3/2024 9:36:14 AM
195 UNIT 7 7.3 Contoh Ujian Bertutur CONTOH 1 Naskhah Pentaksir Bahagian A: Taksiran Individu Menangani Pandemik COVID-19 Revisi Cepat BM SPM U7 5th.indd 195 18/3/2024 9:36:15 AM