196 UNIT 7 Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik atau wabak Coronavirus merupakan wabak penyakit yang sedang berlaku secara global berpunca daripada Coronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan Disember 2019 di bandar raya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga 28 September 2020, lebih 33.4 juta kes COVID-19 telah dilaporkan di lebih 188 buah negara dan wilayah, mengakibatkan lebih 1.004 juta kematian, manakala lebih 24.7 juta orang telah pulih. Virus ini kebanyakannya menjangkiti seseorang dengan cara yang serupa dengan influenza, iaitu melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. Virus ini paling mudah berjangkit kepada seseorang daripada seseorang yang bergejala. Masa antara pendedahan dan permulaan gejala biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antara dua hingga empat belas hari. Gejala umum seperti demam, batuk dan sesak nafas. Komplikasi mungkin termasuk radang paru-paru dan sindrom kesukaran pernafasan akut. Pada masa ini, tiada vaksin atau rawatan antiviral tertentu. Langkah-langkah pencegahan yang disyorkan termasuklah membasuh tangan, menutup mulut apabila batuk, mengekalkan jarak dari orang lain (terutamanya mereka yang tidak sihat), dan pemantauan dan pengasingan diri selama 14 hari untuk orang yang mengesyaki mereka dijangkiti. Jika tidak ditangani, maka rakyat akan mati dan ekonomi akan jatuh teruk. (Dipetik dan diubah suai daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Pandemik_COVID-19) Revisi Cepat BM SPM U7 5th.indd 196 18/3/2024 9:36:15 AM
197 UNIT 7 Soalan Rangsangan Soalan 1 Apakah yang anda faham tentang pandemik COVID-19? • Calon dikehendaki memberitahu fahamannya tentang pandemik COVID-19. • Jawapan: Pandemik COVID-19 ialah pandemik penyakit Coronavirus 2019 yang sedang berlaku secara global berpunca daripada Coronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Soalan 2 Ceritakan tanda-tanda atau gejala individu yang disyaki mempunyai kes COVID-19. • Calon dikehendaki menjelaskan tanda-tanda atau gejala seseorang dijangkiti virus. • Jawapan: Tanda-tandanya ialah demam, batuk dan sesak nafas. Soalan 3 Pada pendapat anda, bagaimanakah pandemik COVID-19 dapat ditangani? • Calon memberikan jawapan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan rangsangan. • Jawapan: Pandemik COVID-19 dapat ditangani dengan cara duduk di rumah, elakkan 3S, membasuh tangan, menutup mulut apabila batuk, mengekalkan jarak dari orang lain (terutamanya mereka yang tidak sihat), pemantauan dan pengasingan diri selama 14 hari. Soalan 4 Penularan wabak Coronavirus telah memberi kesan kepada rakyat dan negara. Berikan ulasan anda. • Calon mendapatkan jawapan berdasarkan maklumat yang diberikan, kemudian membuat ulasan terhadap soalan tersebut. • Jawapan: Kesannya ialah rakyat yang dijangkiti virus ini akan meninggal dunia sekiranya tidak dirawat, malah ekonomi akan jatuh teruk kerana banyak sektor ekonomi tidak dapat beroperasi. Revisi Cepat BM SPM U7 5th.indd 197 18/3/2024 9:36:15 AM
198 UNIT 7 Bahagian B: Taksiran Berkumpulan TEMA: SIKAP PELAJAR, SITUASI SEKOLAH DAN PENGARUH SOSIAL MEDIA Gejala ponteng sekolah semakin menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Gejala ini telah mempengaruhi prestasi pelajar dalam bidang akademik. Sebenarnya, terdapat banyak punca gejala ponteng sekolah. Ulaskan pernyataan tersebut. Cadangan Jawapan 1 Tekanan ekonomi 2 Mencari keseronokan 3 Pengaruh rakan sebaya 4 Pengaruh sosial media 5 Peraturan sekolah yang terlalu ketat 6 Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa 7 Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah Revisi Cepat BM SPM U7 5th.indd 198 18/3/2024 9:36:15 AM
199 UNIT 7 CONTOH 2 Naskhah Pentaksir Bahagian A: Taksiran Individu Gejala Buli Revisi Cepat BM SPM U7 5th.indd 199 18/3/2024 9:36:16 AM
200 UNIT 7 Buli ialah perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Kekuatan ini biasanya boleh diperlihatkan sama ada secara berseorangan atau berkumpulan meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya. Faktor dominan kes buli adalah disebabkan oleh kegagalan ibu bapa menunaikan tanggungjawab terhadap anak. Dasawarsa ini, ibu bapa hanya mementingkan profesion dan kerjaya mereka. Mereka sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Hal ini menyebabkan anak-anak kurang mendapat perhatian dan belaian kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, anak-anak mula menunjukkan keagresifan di luar seperti di sekolah lalu berlakulah kes buli. Selain itu, kekurangan pengawasan dan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong berlakunya gejala buli ini. Pihak sekolah yang kurang peka dan tidak mengambil peduli tentang disiplin sekolah serta kelonggaran disiplin membuka ruang kepada para murid untuk mengambil kesempatan dalam melakukan gejala sosial seperti gejala membuli. Sesungguhnya terdapat banyak faktor kejadian buli. Pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca gejala buli. Remaja yang kurang penghayatan nilai agama dan moral akan mudah terpengaruh dengan tingkah laku rakan sebaya yang bermasalah. Soalan Rangsangan Soalan 1 Apakah tujuan pembuli melakukan perbuatan membuli? Jawapan: Tujuan pembuli membuli adalah untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Soalan 2 Nyatakan jenis-jenis buli. Nyatakan. Jawapan: Jenis-jenis buli adalah seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki. Soalan 3 Jelaskan implikasi yang dihadapi oleh mangsa buli. Jawapan: Implikasi yang dihadapi oleh mangsa buli ialah mangsa buli berasa trauma dan seterusnya akan ponteng sekolah. Soalan 4 Apakah tindakan anda jika anda mendapat tahu ada kes buli di sekolah? Jawapan: Tindakan saya jika saya mendapat tahu ada kes buli di sekolah ialah melaporkan kes itu kepada guru disiplin. Saya juga akan mengadu hal tersebut kepada kaunselor agar pelaku dan mangsa dapat dipulihkan. Revisi Cepat BM SPM U7 5th.indd 200 18/3/2024 9:36:16 AM
201 UNIT 7 Bahagian B: Taksiran Berkumpulan TEMA: MUTU SUKAN, SEBAB MEROSOT DAN CARA PENINGKATAN Sukan adalah antara penyumbang utama kepada peningkatan ekonomi negara. Muktahir ini, ada pendapat mengatakan mutu sukan di negara kita semakin merosot. Ulaskan pendapat tersebut. Cadangan Jawapan Punca Sukan Semakin Merosot 1 Pemain kurang semangat cinta akan negara • tidak bersungguh-sungguh kecuali mendapat imbuhan yang menarik 2 Pemain menganggap sukan hanyalah kerjaya sampingan • tidak memberikan tumpuan semasa latihan 3 Disiplin pemain rendah • selalu ponteng latihan dan tidak menepati masa 4 Prasarana sukan masih kurang • kekurangan tempat bersukan seperti badminton, hoki, tenis dan bola keranjang – atlet tidak dapat fokus kepada latihan Cara Menaikkan Mutu Sukan 1 Menyediakan infrastruktur yang lengkap untuk kegunaan para atlet negara – padang bola sepak yang luas dan bersih, gelanggang tenis yang serba canggih dan lain-lain lagi. 2 Pihak sukan juga seharusnya mengupah jurulatih yang berpengalaman – mendapat bimbingan yang betul untuk bertanding dengan atlet-atlet sukan negara lain – mempraktikkan teknik-teknik yang lebih sesuai dalam permainan mereka supaya mereka lebih tangkas daripada sebelum itu. 3 Pihak kerajaan mestilah membayar gaji yang tinggi kepada atlet sukan negara – dorongan kepada mereka agar terus berjaya dalam mengecapi kemenangan – akan merasakan diri mereka lebih dihargai. 4 Pihak tertentu hendaklah menawarkan kepada mereka beberapa pakej tawaran – pakej penerbangan percuma, pakej pelancongan ke negara-negara luar – sekiranya mereka berjaya meraih kejayaan – tanda penghargaan kepada mereka kerana telah berjaya mengharumkan nama negara. 5 Menggunakan sains dan teknologi dalam sukan. 6 Memperkasakan peranan badan sukan. 7 Memberi pendedahan atlet di peringkat antarabangsa. 8 Memperkasakan program pembangunan sukan di sekolah dan peringkat tinggi. Revisi Cepat BM SPM U7 5th.indd 201 18/3/2024 9:36:16 AM
202 UNIT 7 7.4 Ujian Mendengar Panduan Umum 1 Melibatkan semua calon dalam dewan peperiksaan atau bilik peperiksaan. 2 Jumlah soalan antara 20 hingga 25 soalan. 3 Calon akan disediakan dengan 4 hingga 5 petikan. 4 Kepanjangan petikan adalah antara 180 hingga 200 patah perkataan. 5 Satu petikan akan mengambil masa antara 3 hingga 4 minit. 6 Masa keseluruhan ujian mendengar ialah 30 minit. 7 Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 30 markah. Panduan Peperiksaan untuk Satu Petikan 1 Soalan akan diedarkan kepada calon. 2 Calon dibenarkan membaca soalan secara senyap selama satu minit. 3 Calon diperdengarkan audio (bacaan petikan) buat kali pertama. 4 Arahan disebut: Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan. 5 Calon menjawab sambil mendengar audio (bacaan petikan). 6 Calon dibenarkan menyemak jawapan selama 30 saat. 7 Kemudian, petikan yang sama diperdengarkan buat kali kedua. 8 Calon menjawab sambil mendengar audio (bacaan petikan). 9 Calon diberi masa selama 30 saat untuk menyemak jawapan. 10 Skrip jawapan calon akan dikutip setelah selesai menjawab semua petikan. Kaedah Penskoran Dua kaedah penskoran digunakan untuk Ujian Mendengar, iaitu kaedah dikotomus dan kaedah analitik. Dikotomus • Pilihan jawapan betul atau salah. • 1 markah untuk jawapan yang betul dan 0 untuk jawapan yang salah. Analitik • Markah berpandukan unsur yang terkandung dalam jawapan. Bentuk Pelaksanaan Ujian Mendengar 1 Panjang petikan ialah 180 hingga 200 patah perkataan. 2 Setiap petikan, calon hendaklah: (a) membaca soalan kali pertama selama 1 minit; (b) mendengar rakaman petikan kali pertama; (c) menyemak jawapan – masa yang diberikan ialah 30 saat; (d) membaca soalan kali kedua selama 1 minit; (e) mendengar rakaman petikan kali kedua; (f) menyemak jawapan sekali lagi dalam masa 30 saat. Revisi Cepat BM SPM U7 5th.indd 202 18/3/2024 9:36:16 AM
203 UNIT 7 7.5 Contoh Ujian Mendengar Contoh Bahan Audio CONTOH 1 Dalam peperiksaan, teks diperdengarkan menerusi sistem audio. Ulasan Cerpen Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Dengar ulasan cerpen berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan. Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Pak Kaduk, iaitu Hakim yang berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja. Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya, iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaan hatinya. Jika tidak ditukar, Pak Kaduk takut dihukum mati kerana pada masa itu kata atau permintaan raja wajib dikota. Hujah ini menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat. Syarikat tersebut menubuhkan cawangannya di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan yang banyak memberikan insentif kepada penternak. Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali. Melalui bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan pinjaman untuk membina sebuah reban ayam tertutup. Hakim ingin membina reban ayam yang dilengkapi sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. Setelah kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak dimeterai antara Hakim dengan syarikat RAJA. Projek penternakan ayam pun bermula. Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan. Petikan ulasan cerpen akan dibaca sekali lagi. Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan. Petikan yang sama diperdengarkan (Petikan Ulasan Cerpen) Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan. Revisi Cepat BM SPM U7 5th.indd 203 18/3/2024 9:36:16 AM
210 UNIT 7 Petikan yang sama diperdengarkan (Petikan Kenyataan Media) Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan. CONTOH ITEM PENYOALAN (Soalan diedar kepada pelajar/calon) Petikan ini mengandungi lima soalan. Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan kenyataan media yang diperdengarkan. 1 Kenyataan media dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Melaka . [1 markah] 2 Kenyataan media berkaitan isu tular dalam aplikasi WhatsApp berkenaan satu kes Coronavirus di Daerah Jasin . [3 markah] 3 Apakah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Melaka berkaitan Coronavirus di negeri Melaka? [1 markah] Kenyataan tersebut ialah tiada kes positif Coronavirus di negeri Melaka. 4 Jabatan Kesihatan menasihati orang ramai mengamalkan penjagaan diri yang baik seperti kerap mencuci tangan dengan sabun dan mengelak daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai . [2 markah] Bulatkan jawapan yang betul bagi Soalan 5. 5 Mengapakah Jabatan Kesihatan meminta semua lapisan masyarakat sentiasa berhati-hati dan tidak menularkan berita tidak benar? [1 markah] A Supaya kita tidak dicerca oleh orang ramai B Supaya kita tidak dikutuk oleh masyarakat C Supaya tidak menimbulkan kekeliruan masyarakat D Supaya tidak menimbulkan kebimbangan masyarakat Revisi Cepat BM SPM U7 5th.indd 210 18/3/2024 9:36:16 AM
233 Jawapan Unit 2 Karangan Respons Terhad Praktis SPM Praktis 1 Pendahuluan – Perpaduan ialah kunci utama kestabilan politik – Rakyat Malaysia berstatus majmuk mesti hidup bersatu padu – Mengorak langkah menyepadukan persefahaman Isi-isi Penting 1 Bertunjangkan persefahaman, bertolak ansur dan rasa hormat-menghormati – persefahaman ini dapat dikukuhkan menerusi rencaman program – pembudayaan tersebut mampu mengintimkan hubungan masyarakat majmuk 2 Kita seharusnya insaf akan hakikat kisah silam – rakyat majmuk tidak boleh hidup dengan dendam kesumat antara kaum – saling menghormati dengan tidak menyentuh isu sensitif antara kaum – tidak memperbesar isu perkauman – kuasa tular – perpaduan rakyat majmuk dapat dieratkan 3 Rakyat majmuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan – tidak boleh mementingkan bangsanya sendiri dari segi kebahasaan – seharusnya berpijak di bumi nyata, iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung – hendaklah mementingkan komunikasi dalam bahasa Melayu – rakyat pelbagai kaum memahami pertuturan antara mereka Penutup/Kesimpulan – Perpaduan dapat diwujudkan menerusi kerjasama dan keprihatinan rakyat – Kita tidak boleh menjadi api dalam sekam – Kelak kita juga yang merana akibat sudah terhantuk baru tengadah Praktis 2 Pendahuluan – Isu semasa kes buli di sekolah – Punca kes buli – dendam, ingin tunjuk hero, perempuan, cemburu dan lain-lain – bagai mencurah garam di laut – perbuatan yang sia-sia – Menjadi kebimbangan banyak pihak khasnya ibu bapa – Banyak cara menangani kejadian buli Revisi Cepat BM SPM Jaw 5th.indd 233 18/3/2024 9:32:48 AM
234 JAWAPAN Isi-isi Penting 1 Dengan pemberian khidmat kaunseling berterusan – murid bermasalah harus diberi peluang kembali ke pangkal jalan – pembuli dan mangsa masih muda dan masa depan perlu dipandu – pembuli dan mangsa buli diberi kaunseling secara berasingan dari segi masa – disiasat punca kes buli – diberi motivasi dan kesedaran – cerna kemaafan dalam diri pembuli dan mangsa – buang yang keruh ambil yang jernih 2 Pihak sekolah ketatkan kawalan – pemasangan cctv – memantau pergerakan dan aktiviti murid – mereka rasa diperhati – mengaktifkan tugas pengawas sekolah – kawal murid – ambil tindakan segera apabila menerima aduan – pihak sekolah tak perlu takut cabaran oleh ibu bapa – membujur lalu melintang patah – mengetatkan kawalan membuatkan murid tidak berani melakukan buli 3 Ibu bapa memberi kasih sayang kepada anak-anak – bagai menatang minyak yang penuh – berpada-pada – anak-anak memerlukan kasih sayang – tiada kasih sayang anak memberontak di luar khasnya di sekolah – membuli orang lain – melepaskan tekanan – ibu bapa perlu luangkan masa – berinteraksi dengan anak-anak – anak-anak rasa disayangi dan dipeduli – anak-anak tidak sanggup menjatuhkan maruah keluarga – tak berani melakukan buli Penutup/Kesimpulan – Kita tidak boleh membiarkan kejadian buli berleluasa – Pihak sekolah dan ibu bapa – perlu saling bekerjasama – bagai aur dengan tebing mendidik para murid bertatasusila dan belas kasihan – Tindakan segera oleh pihak sekolah – cegah sebelum parah – mencegah lebih baik daripada mengubati Praktis 3 Pendahuluan – Guru ibarat lilin menerangi hidup kita. – Mengajar kita daripada tidak tahu membaca hinggalah tahu membaca – Guru merupakan ibu bapa kedua kepada kita – Sebagai murid, kita wajar mengenang jasa guru Isi-isi Penting 1 Meraikan Hari Guru – tarikh 16 Mei pada setiap tahun memberi 1001 makna kepada warga pendidik di seluruh negara – guru yang berkhidmat di ibu kota atau pedalaman, semua merasai ketibaan tarikh keramat itu sejak 1956 – hanya jauhari mengenal manikam – setiap sekolah mengadakan majlis Hari Guru – pengisian pelbagai aktiviti – nyanyian, deklamasi sajak, pentomen dan lain-lain – murid-murid akan menghiburkan guru Revisi Cepat BM SPM Jaw 5th.indd 234 18/3/2024 9:32:49 AM
235 JAWAPAN – pemberian hadiah – menambah seri majlis Hari Guru. – guru rasa dihargai – berasa gembira 2 Kita boleh menziarah cikgu sewaktu sihat ataupun sakit – guru pasti rindu akan kedatangan murid-muridnya ke rumah – ziarah guru pada musim perayaan – menggembirakan guru – ziarah guru pada waktu sakit sama ada di rumah atau di hospital – guru berasa terubat 3 Kita juga boleh menolong cikgu melakukan sesuatu tugas untuk meringankan beban tugas cikgu – jasa guru tidak ternilai – kita boleh meringankan beban tugas guru – ringan tulang – menolong guru menjaga kebersihan dan keceriaan kelas – menolong guru mengangkat barang seperti buku – guru akan bersyukur mempunyai anak didik yang bermoral tinggi Penutup/Kesimpulan – Guru ibarat obor yang menerangi alam – Para murid, ibu bapa dan masyarakat mesti menghormati guru dan menghargai jasa guru – Guru – bukan sahaja memberi ilmu malah mendidik pelajar erti kehidupan yang harmoni Praktis 4 Pendahuluan – Alam sekitar – kurniaan Tuhan – mesti menjaga sebaiknya – Isu pencemaran seiring dengan pemodenan – tidak dapat dipisahkan – irama dengan lagu – Demi kepentingan kemajuan – alam sekitar terkorban – yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran – Jika dipandang enteng – alam sekitar semakin sakit – hidupan akan mendapat kesan negatifnya Isi-isi Penting 1 Mengganggu kesihatan hidupan – pencemaran udara dan pencemaran laut – pembuangan sisa toksik ke laut dan sungai – kualiti air terjejas – banyak hidupan air seperti ikan mati – udara kekurangan oksigen untuk hidupan – impak – jerebu – pandangan mata terhad, sakit mata, sakit kulit, gangguan kardiovaskular – jejas kesihatan – tahap kesihatan hidupan menurun 2 Suhu dunia meningkat – pembakaran terbuka, letusan gunung berapi, asap industri dan asap kenderaan – membebaskan karbon monoksida – menipiskan lapisan ozon – suhu dunia meningkat – impak – kemasukan cahaya infrared – membahayakan kesihatan khasnya kulit 3 Bencana alam berlaku – bukit ditarah – dapatkan kayu balak – secara halal atau haram – bukit – pasak bumi – terjejas fungsi – kawasan tadahan hujan – impak – banjir kilat, hakisan tanah (tanah runtuh), kemarau Revisi Cepat BM SPM Jaw 5th.indd 235 18/3/2024 9:32:49 AM
236 JAWAPAN Penutup/Kesimpulan – Kesejahteraan alam adalah tanggungjawab bersama – Kerjasama semua masyarakat – bagai aur dengan tebing – mencegah pencemaran alam – Penguatkuasaan yang tegas – mampu mencegah pelaku pencemaran daripada mementingkan diri – bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Praktis 5 Pendahuluan – Kehidupan alaf baharu –mempengaruhi gaya kehidupan manusia – Gaya hidup mula berubah daripada pemakanan gaya sihat kepada pemakanan gaya hidup kurang sihat – Menyukai makanan proses (makanan segera) dan kurang bersenam – Memudaratkan kesihatan – Ada banyak cara mengamalkan gaya hidup sihat dan kesannya terhadap tubuh badan Isi-isi Penting 1 Amalkan pemakanan seimbang – jauhi pemakanan yang berlemak, berminyak, berkolesterol tinggi – mencegah lebih baik daripada mengubati – makan makanan berdasarkan piramid makanan – sediakan payung sebelum hujan – mengelakkan penyakit – kencing manis, darah tinggi, hipertensi, jantung dan lain-lain – 32.7% atau 5.8 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit darah tinggi (hipertensi) – pemakanan seimbang mampu membentuk kesihatan yang unggul 2 Senaman yang mengeluarkan peluh – ramai rakyat Malaysia kurang beriadah – berjoging, bersukan – badan sihat otak cerdas – lebih suka permainan moden – bermain permainan video, melayari media sosial – membahayakan kesihatan – tubuh penuh dengan toksik – mengundang permasalahan kardivaskular, kencing manis dan penyakit kronik yang lain – sepatutnya bersenam 30 minit setiap hari – memadai – keluarkan peluh – toksik dalam tubuh – amalkan 10 000 langkah – setiap langkah membawa faedah 3 Menjaga kebersihan diri – amalkan tabiat mencuci tangan dengan sabun, kerap mandi, memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam – musim pandemik COVID-19 – pastikan diri sentiasa bersih – pastikan keadaan rumah dan sekitar – sentiasa bersih dan ceria – aktiviti gotong-royong keluarga – membuang tin kosong, sapu sampah, hindari habuk dan sebagainya – elak penyakit berbahaya – denggi, malaria Revisi Cepat BM SPM Jaw 5th.indd 236 18/3/2024 9:32:49 AM
237 JAWAPAN Penutup/Kesimpulan – Amalan gaya hidup sihat – membentuk keluarga bahagia – Ahli keluarga – jauhi arak dan judi – merosakkan kebahagiaan keluarga – Ikuti program – Jom Sihat – 10 000 langkah dan lain-lain Praktis 6 Pendahuluan – Fenomena ponteng sekolah – seluruh negara khasnya sekolah harian sama ada di bandar mahupun di luar bandar – Isu – menjadi topik hangat – Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri – Gejala – memberi impak – peratus kedatangan dan mutu akademik murid-murid – Rencaman punca – perlu mencari solusi menanganinya Isi-isi Penting Punca 1 Berjaga hingga larut malam – murid sekolah – habiskan masa dengan sosial media – bermain permainan video, Facebook, WhatsApp, YouTube, Wechat, Instagram dan Twitter – ada juga yang suka melepak jauh hingga malam, merempit – impak – masa terbuang begitu sahaja – tidak buat kerja sekolah – tidur lewat – mengantuk – bangun lewat – ponteng sekolah – seperti peribahasa ada sampan hendak berenang – menyusahkan diri – kesihatan terjejas – akademik turut terjejas akibat gejala ponteng sekolah – ibu bapa perlu pantau – penggunaan telefon bimbit anak – jumlah masa penggunaan dikurangkan 2 Pengaruh rakan sebaya – rakan sebaya merupakan individu yang paling hampir dengan remaja selepas keluarga – terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya – tersalah pilih rakan – mengikut trend walhal budaya yang disalurkan adalah negatif – anak-anak yang kurang kasih sayang keluarga – keluarga bermasalah – pemangkin anak-anak mencari kegembiraan di luar – bersama-sama rakan – pengaruh rakan sebaya – umpama api dalam sekam – menjerumus anak-anak ke kancah negatif – menjatuhkan maruah diri dan keluarga Cara mencegah 3 Program Sekolah Penyayang – melembutkan hati murid – suka akan sekolah – “Sekolahku Syurgaku” – guru-guru bertindak berhemah – menangani permasalahan murid-murid – kaunselor terlatih – memotivasi murid – menolong meringankan masalah murid – program “Masih Ada yang Sayang” – murid-murid dianggap anak sendiri oleh guru – subprogram “Muridku Anakku” – ucapan atau kata-kata guru yang merangsang jiwa murid – “Permata Malim Kusayang” – membuatkan murid seronok mendengar panggilan itu – murid seronok ke sekolah Revisi Cepat BM SPM Jaw 5th.indd 237 18/3/2024 9:32:49 AM
238 JAWAPAN Penutup/Kesimpulan – Dari bangku sekolah anak-anak dididik – berdisplin, bermotivasi, berdaya saing – membentuk jati diri – melentur buluh biarlah waktu rebung – Gejala ponteng mesti dibasmi segera sebelum kudis menjadi tokak – sebelum nasi menjadi bubur – dah besar menjadi darah daging – tak berguna – nasihat – masuk telinga kanan keluar telinga kiri – Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara sukar dilahirkan – memimpin negara – negara akan hancur Praktis 7 Pendahuluan Pandemik COVID-19 melanda dunia – terpaksa bekerja dari rumah (BDR) demi mematuhi SOP – golongan wanita malah kaum lelaki juga berkeluh-kesah di media sosial mengenai berat badan yang semakin bertambah (obesiti) – terdapat rencaman punca dan kesan daripada obesiti Isi-isi Penting 1 Pergerakan di rumah yang terhad – berkurung di rumah dan tidak dapat beriadah secara aktif – nafsu makan semakin melonjak – mudah menempah makanan dalam talian khususnya makanan segera – ibu bapa dan ahli keluarga terlazim dengan cara hidup era pandemik – kes obesiti semakin melonjak 2 Penurunan tahap kesihatan diri – obsesi makan makanan segera berlebihan – ikut hati mati, ikut rasa binasa – mudah terdedah kepada penyakit – kemerosotan tahap kesihatan pengidap obesiti boleh membawa maut Kesimpulan Buang tabiat suka makan semasa era pandemik – kita beringat-ingat sebelum kena – mencegah lebih baik daripada mengubati – usahlah kita mengikut hawa nafsu sehingga memudaratkan kesihatan sebelum nasi menjadi bubur Unit 3 Karangan Respons Terbuka Praktis SPM Praktis 1 Soalan 1: Domain Awam Analisis Kehendak Soalan Isu/Tema: Media Sosial Kehendak Soalan: Pengaruh media sosial terhadap masyarakat – positif dan negatif Revisi Cepat BM SPM Jaw 5th.indd 238 18/3/2024 9:32:49 AM
239 JAWAPAN Sasaran: Murid, masyarakat Jenis: Perbincangan Pendahuluan Media sosial tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat pada masa ini – bagai irama dengan lagu – pengaruh media sosial terhadap penampilan akhlak dari aspek pergaulan, komunikasi, pemakaian dan penghiburan dalam kalangan masyarakat – tamsil media sosial ialah aplikasi Facebook, Youtube, Twitter, Instagram dan sebagainya – rencaman pengaruh positif dan negatif terhadap kehidupan masyarakat Isi-isi Penting Isi 1: Berkomunikasi – berhubung jarak jauh – tinggal berjauhan – tidak balik kerana pandemik – sambung pelajaran – Impaknya, erat silaturahim – melepaskan kerinduan terhadap ibu bapa – tegasnya, –memudahkan interaksi Isi 2: Mengisi masa lapang – penat bekerja – penat belajar – bermain permainan video, menonton kisah lucu – kesannya, menghilangkan kepenatan dan stres – namun kita mesti mengawal nafsu bermedia sosial agar tidak ketagihan – tuntasnya, – boleh mengurangkan tekanan kerja Isi 3: Mencari informasi dengan cepat – maklumat di hujung jari – tanpa pergi ke sesuatu tempat yang jauh – hanya mencari informasi di alam maya – Tamsilnya, mencari sesuatu maklumat dengan menggunakan ‘Google’ – kesannya, menjimatkan masa dan tenaga – masa itu emas – Jelasnya, memudahkan pencarian maklumat yang berguna di alam pekerjaan dan pembelajaran Isi 4: Pentas penjualan dalam talian – perniagaan dalam talian semakin rancak pada era Pandemik COVID-19 – program PKP membatasi pergerakan – pembelian sesuatu barangan dalam talian menjadi viral di seluruh dunia – Impaknya, penjual dapat menjimatkan kos sewaan premis – pembeli pula tidak perlu bersusah-payah ke pusat membeli belah sama ada dekat atau jauh – pihak penghantar seperti Ninja Van, J&T, Motorex, FoodPanda dan lain-lain – ternyata, media sosial menjadi wadah perniagaan Isi 5: Membuang masa – menghabiskan masa bermedia sosial – penggunaan tanpa kawalan masa – timbul rasa ketagih – tamsilnya, bermain permainan video, menonton cerita di YouTube dan sebagainya – natijahnya, mengabaikan pekerjaan dan pelajaran – perlu mencegah ketagihan sebelum kudis menjadi tokak – Sudah terang lagi bersuluh, media sosial mampu mempengaruhi penampilan akhlak dari aspek pergaulan, komunikasi, pemakaian dan penghiburan dalam kalangan murid Kesimpulan Sesungguhnya media sosial mempengaruhi penampilan akhlak dari aspek pergaulan, komunikasi, pemakaian dan penghiburan dalam kalangan murid – perlu ada pemantauan ibu bapa kepenggunaan media sosial oleh anak-anak Revisi Cepat BM SPM Jaw 5th.indd 239 18/3/2024 9:32:49 AM