The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISBN: 978-629-473-137-0
Price: WM RM14.90 / EM RM15.50

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-09-11 23:49:42

Bahasa Melayu

ISBN: 978-629-473-137-0
Price: WM RM14.90 / EM RM15.50

ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


iv Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan SPM Bahasa Melayu TP1 – T10 Kertas Model SPM 1 1 – 20 Kertas Model SPM 2 21 – 40 Kertas Model SPM 3 41 – 60 Kertas Model SPM 4 61 – 80 Kertas Model SPM 5 81 – 100 Kertas Model SPM 6 101 – 120 Kertas Model SPM 7 121 – 140 Jawapan 141 – 180 Kandungan Imbas dan Muat turun • Skrip Ujian Mendengar Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_Kan Tips.indd 4 28/8/2023 3:01:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT SULIT 1103/1 Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan di Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. 2 jam Dua jam 1103/1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 1 KERTAS MODEL SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 1 28/8/2023 3:13:29 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1103/1 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu 2 SULIT SULIT 1103/1 Bahagian A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Puisi dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan pakaian tradisional di Malaysia. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang pakaian tradisional di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Pantun Busana Tradisional Cantik sungguh bunga akasia, Dipetik dara bawa ke pekan; Kempen Busana Tradisional Malaysia, Mari bersama kita jayakan. Berjalan-jalan si anak kancil, Ditangkap pemburu dari kota; Didiklah anak sedari kecil, Kenali pakaian tradisional kita. Sumber: Hudahayati Abd. Wahab Pertandingan Busana Tradisional Kategori Dewasa dan Kanak-kanak Tarikh: 12 Ogos 2023 Masa: 2:00 petang Tempat: AEON Kulai, Indahpura • Pakaian tradisional Melayu • Pakaian tradisional Cina • Pakaian tradisional India • Pakaian tradisional etnik lain Aktiviti: • Pameran busana tradisional • Pameran keris dan senjata lama • Alunan alat muzik tradisional • Pertandingan mewarna PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MALAYSIA Kebaya Baju Melayu Ceongsam Sari Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 2 28/8/2023 3:13:29 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT SULIT 1103/1 Bahagian B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 E-dompet ialah aplikasi yang berfungsi seperti dompet fizikal, iaitu menyimpan wang, kad debit dan juga maklumat akaun bank dalam bentuk aplikasi digital. E-dompet bertujuan untuk menggantikan dompet fizikal supaya kita tidak perlu lagi membawa wang tunai atau beg tangan ke mana-mana. Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka Pada pendapat anda, selain kepentingan e-dompet yang dinyatakan dalam petikan di atas, apakah kepentingan e-dompet yang lain kepada masyarakat? 2 Golongan kelainan upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Sehubungan dengan hal itu, beberapa inisiatif telah dilaksanakan seperti meningkatkan kemudahan awam yang mesra OKU dan membuka peluang pendidikan sehingga peringkat tertinggi. Selain itu, kesedaran dan memupuk sifat positif masyarakat terhadap golongan OKU perlu dititikberatkan agar golongan OKU tidak terpinggir dalam arus kemajuan negara. Dipetik dan diubah suai daripada portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Petikan di atas menyatakan bahawa golongan OKU perlu diberikan peluang dan dihargai oleh masyarakat. Bincangkan pernyataan di atas. Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 3 28/8/2023 3:13:29 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1103/1 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu 4 SULIT SULIT 1103/1 3 Malaysia ialah sebuah negara yang pesat membangun dan terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan dunia. Keunikan Malaysia terletak pada kepelbagaian kaum dan bangsa yang tinggal dalam suasana harmoni, iaitu Melayu, Cina dan India. Malah, Malaysia diibaratkan sebagai syurga makanan kerana setiap kaum mempunyai menu tradisi yang enak lagi tersendiri. Bukan itu sahaja, destinasi pelancongan seperti pulau dan pantai yang indah pasti memukau pelancong. Dipetik dan diubah suai daripada ‟Pelancongan di Malaysia” portal upm.edu.my Berdasarkan petikan di atas, terdapat pelbagai faktor yang menarik kehadiran pelancong ke Malaysia. Berikan komen anda. 4 Hutan ditakrifkan sebagai kawasan yang ditumbuhi pokok liar terbiar dan rimba yang menjadi habitat semula jadi flora dan fauna. Hutan juga memberikan sumbangan yang besar dalam mengawal kesan rumah hijau dan menyeimbangkan suhu bumi. Namun begitu, penerokaan hutan yang tidak terkawal telah mengakibatkan masalah pemanasan global semakin meningkat. Dipetik dan diubah suai daripada ‟Ada Apa dengan Hutan” oleh Haliza Abdul Rahman, Sinarharian.com.my, 29 Mac 2022 Sebagai respons terhadap petikan di atas, huraikan usaha yang dilakukan untuk mengekalkan kawasan hutan di Malaysia. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 4 28/8/2023 3:13:29 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


[Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT SULIT 1103/2 5 JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. 2 jam 30 minit Dua jam tiga puluh minit Kertas peperiksaan ini mengandungi 8 halaman bercetak 1103/2 BAHASA MELAYU KERTAS 2 1 KERTAS MODEL SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 5 28/8/2023 3:13:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1103/2 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu SULIT SULIT 1103/2 6 Bahagian A Sistem dan Aplikasi Bahasa [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata sendi nama. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja dan kata sendi nama tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Ramai orang kecewa apabila mereka difitnah, dikeji dan dimalukan menerusi media sosial. Kejadian ini dinamakan sebagai buli siber. Buli siber merupakan perbuatan membuli melalui teknologi digital. Masyarakat mengejar populariti dan pendapatan di alam maya. Kesan buli menyebabkan seseorang mengalami gangguan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Mangsa buli perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa. Setiap masyarakat berhak untuk dihormati meskipun secara dalam talian. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Hentikan Buli Siber’ oleh Fadhli Ali, Dewan Siswa, Bil. 11/2020 [8 markah] 2 Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang bergaris seperti yang berikut: Kedudukan guru amat dimuliakan dalam mana-mana agama sekalipun. Guru perlu dihormati dan disanjung. Kita belajar membaca dan mengira daripada guru. Kita lulus peperiksaan kerana ilmu yang diberikan oleh guru. Kita juga berjaya masuk ke universiti di dalam atau di luar negara juga disebabkan oleh peranan guru. Suatu hari nanti ada antara kita yang mungkin menjadi doktor, peguam, polis, akauntan, jurutera, juruterbang, guru, ahli bomba, jururawat dan sebagainya. Inilah hasil daripada ilmu yang ditimba daripada mereka yang bergelar guru. Dipetik dan diubah suai daripada ‟Cikgu, Jasamu Kusimpan di Hati Nurani” oleh Normah Ahmad, Dewan Siswa, Bil. 05,/2020 [6 markah] 3 Bahan-bahan di bawah terdapat pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut. Bahan 1 Secara umumnya, bukan sedikit muncul pemimpin muda di dunia sejak terbelakang ini. Pemimpin tidak muncul di dalam sekelip mata. Sifat itu perlu disemai sejak awal lagi, bak kata nenek moyang kita, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ketokohan dan sifat kepemimpinan yang ada kepada seseorang pemimpin sebenarnya bermula sejak bangku sekolah lagi. Oleh itu, pembabitan murid dalam aktiviti ko-kurikulum atau kurikulum di sekolah amat penting dan perlu diberikan perhatian. Aktiviti tersebut banyak memberikan sumbangan terhadap usaha memupuk nilai sifat kepemimpinan seperti semangat bertolak-ansur, kerja berpasukan dan berkomunikasi. Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‟Kepimpinan Remaja Tonggak Masa Hadapan Negara” Dewan Siswa, DBP, Bil. 04/2019 [5 markah] Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 6 28/8/2023 3:13:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


[Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT SULIT 1103/2 7 Bahan 2 Seluruh sistem perundangan dan kehakiman perlu melalui proses gerak-gempur penggunaan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, segalanya bertitik tolak dari nilai jati diri setiap individu yang terlibat di mahkamah. Perasaan cinta akan bahasa Melayu harus dipasak dalam diri. Mustahil untuk menerjemahkan segala kandungan teks undang-undang daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Sistem latihan melalui kursus yang menekankan penggunaan bahasa Melayu harus dipertingkatkan di kalangan hakim, pendakwaraya dan peguam. Arahan yang lebih tegas wajar dikeluarkan oleh pihak mahkamah untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu didahulukan dalam semua prosiding mahkamah kecuali pengunaan istilah tertentu dalam bahasa Latin atau bahasa asing yang lain dibenarkan. Dipetik dan diubah suai daripada ‟Memartabatkan Bahasa Kebangsaan di Mahkamah” oleh Norazlina Abdul Aziz dan Mazlina Mohamad Mansor, Dewan Bahasa, Bil. 03/2020 [6 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti, kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.” Maka titah baginda, “Baiklah.” Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [4 markah] 5 Baca dialog di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan peribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian, berikan maksud peribahasa tersebut. Siti: Zahid, kamu tidak pergi ke majlis rewang Zul malam ini? Semua ahli keluarga kita berkumpul di sana nanti. Zahid: Saya tidak dapat pergi ke majlis Zul malam ini kerana saya perlu menyiapkan kerja kursus saya. Saya bimbang sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna jika saya tidak menghantarnya pada pagi esok kepada pensyarah. Siti: Saya faham hubungan kamu dengan Zul tidak seperti dahulu, namun dalam kehidupan ini bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Dia pasti akan memaafkan kamu. Zahid: Entahlah, Siti. Disebabkan saya, segalanya ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya. Saya juga berharap agar hubungan kami akan kembali seperti dahulu. [6 markah] Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 7 28/8/2023 3:13:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1103/2 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu SULIT SULIT 1103/2 8 Bahagian B Pemahaman [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) yang besar dan penting, menuntut tanggungjawab serta amanah yang cukup besar. Walaupun nama kementerian diubah, kita tidak lari daripada perjuangan asal untuk menerajui transformasi pertanian supaya menjadi sektor moden dan kompetitif sehingga memberi pulangan lumayan kepada pengusaha tanaman, ternakan dan perikanan. Kerajaan melihat keperluan untuk menerajui industri makanan secara keseluruhan. Maksudnya, bukan sahaja konteks pengeluaran atau pembekal makanan, tetapi keseluruhan rantaian nilai makanan. Sudah tentu ini perlu dilakukan melalui pendekatan baharu dan luar kebiasaan bagi memastikan kementerian dapat menghadapi cabaran sekuriti makanan termasuk disebabkan wabak COVID-19. Banyak isu perlu dilihat termasuk kekurangan tanah pertanian, pengurusan tanah pertanian, kualiti benih dan baja, serangan penyakit, kekurangan sumber air, umur majoriti pesawah, isu dalam pelaksanaan subsidi dan insentif kerajaan, masalah kekurangan data serta isu lain pada peringkat rantaian pengeluaran. Hal ini juga menyebabkan kos pengeluaran padi tinggi di Malaysia. Dipetik dan diubah suai daripada ‟Tingkat Usaha Transformasi Sektor Pertanian”, oleh Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Berita Harian, Mei 2020 Bahan 2 Tarikh 6 Ogos setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Hari ini ialah hari pengiktirafan dan penghormatan kepada masyarakat peladang, penternak dan nelayan di seluruh negara. Pada tahun 1975, perayaan sambutan itu dirasmikan Tun Haji Abdul Razak di pekarangan Parlimen. 6 Ogos pada tahun ini adalah tahun yang ke-45 penganjurannya. Pengiktirafan ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap usaha para peladang, penternak dan nelayan memainkan peranan melonjakkan pelbagai aktiviti demi mengeluarkan bahan makanan dan memajukan sektor pertanian negara kita. Cabaran bagi kita sekarang ialah memastikan berlakunya satu perubahan dalam sektor pertanian dan industri makanan dengan memanfaatkan teknologi pertanian dan inovasi moden demi memastikan peladang, penternak dan nelayan meningkatkan pendapatan selain membantu menstabilkan harga barangan seterusnya mengurangkan keperluan import negara. Dipetik dan diubah suai daripada ‟Cabaran Kementerian Dalam Merubah Realiti” oleh Wartawan Sinar Harian, Ogos 2020 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menerajui transformasi. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam sektor pertanian. [3 markah] (iii) Sektor pertanian sebenarnya memberikan banyak manfaat kepada seorang individu. Pada pendapat anda, apakah manfaat-manfaat tersebut? [4 markah] (iv) Sedar atau tidak, generasi muda kini kurang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian. Sebagai generasi muda yang mahu berjinak dengan bidang ini, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan rasa minat terhadap sektor pertanian? [4 markah] Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 8 28/8/2023 3:13:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


[Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT SULIT 1103/2 9 7 Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Azam memandang wajah sahabatnya penuh simpati. “Jadi, apakah cadangan kau sekarang?” Hakim terus mengeluh, “Apa lagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja membela ayam dan mengharapkan hasil yang baik. Aku sudah berhutang dengan bank. Hutang mesti dibayar, kalau tidak tanah aku akan dirampas. Kau ingat kan, tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah. Bank akan merampas tanahku tidak ubah seperti raja merampas tanah datukku dulu.” Hakim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya. “Banyak persamaan antara aku dengan datukku. Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadaikan tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa. Walaupun namaku tidak lagi beransur kolot dan kuno seperti nama datukku, tatapi itu tidak bererti apa-apa. Sepatutnya namaku ialah Kaduk bin Kaduk bin Kaduk. Pada zaman ini tiada lagi raja yang menyabung ayam tetapi raja baharu telah muncul. Raja itu tetap menguasai seluruh hidup kita. Kita tidak dapat berbuat apa-apa selain mengikut telunjuk mereka. Mereka ialah golongan yang memegang kuasa ekonomi negara. Kita tetap Kaduk dan mereka tetap raja,” luah Hakim lagi. Dipetik daripada novel Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 Seloka Pak Kaduk Aduhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Aduhai malang Pak Kaduk. Dipetik daripada Seloka Pak Kaduk (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud frasa cengkaman orang berkuasa. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan nasib yang dialami oleh Pak Kaduk dan Hakim. [4 markah] (iii) Kejayaan sesebuah negara dilihat oleh pelbagai pihak melalui kewibawaan pemimpin negaranya. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang berwibawa yang mampu memacu kemajuan dan kejayaan sesebuah negara? [3 markah] (iv) Anda telah terpilih menjadi pengawas sekolah kerana potensi dan peribadi diri anda. Sebagai seorang pengawas, cadangkan usaha-usaha yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah bagi mengurangkan kes dan masalah disiplin di sekolah anda. [4 markah] Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 9 28/8/2023 3:13:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1103/2 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu SULIT SULIT 1103/2 10 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Hah, sistem Dinara ni aku rasa macam ada misteri sikit!” Nada suara Shida bertukar menjadi rendah. Seperti ada rahsia besar yang ingin dikongsi. “Aku baru baca tadi, Dinara sebenarnya hasil kerja Karl dan seorang lagi saintis, iaitu Medina. Tetapi sebelum Dinara berjaya disiapkan, Medina telah menghilangkan diri. Tadi aku cuba cari maklumat tentang dia di arkib, aku cuma jumpa dua tiga dokumen sahaja. Sebab itu aku terus jadi musykil.” Shida menyuarakan sesuatu yang bersarang di mindanya. “Itukah misterinya?” tanya Farisha yang tidak dapat menangkap keganjilan situasi tersebut. Dipetik daripada novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor, Kementerian Pendidikan Malaysia Berdasarkan petikan, apakah rahsia yang baru diketahui oleh Farisha? [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop (h) Silir Daksina, karya Nizar Parman Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan kasih sayang dalam novel. [6 markah] Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 10 28/8/2023 3:13:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


[Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT SULIT 1103/2 11 Bahagian C Rumusan [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Bagi sesetengah pihak, tabiat merokok sangat susah untuk dibuang. Mereka yang mengaitkan perbuatan menghisap rokok sebagai status yang menunjukkan seseorang individu tersebut telah matang atau sebagai melambangkan imej yang bersifat kemegahan. Biar apa pun pandangan dan pendapat daripada individu tersebut, seluruh makhluk yang mampu berfikir dengan waras tetap berpandangan bahawa perbuatan menghisap rokok sesuatu yang perlu dielakkan kerana perbuatan ini merupakan satu pembaziran wang secara jelas, apatah lagi dengan kenaikan harga rokok yang melambung tinggi. Ramai sedia maklum bahawa menghisap rokok menjadi punca pada pelbagai penyakit yang digolongkan dalam kategori penyakit berbahaya. Contohnya, penghisap rokok terdedah pada penyakit kanser paru-paru dan penyakit jantung. Kedua-dua penyakit berbahaya ini telah diisytiharkan sebagai pembunuh nombor satu negara. Perokok bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri malah pada masa yang sama turut membahayakan kesihatan keluarga dan orang lain di sekeliling mereka. Asap rokok yang dikeluarkan setelah dihisap adalah lebih berbahaya kepada orang lain dan kesannya adalah sama dengan si perokok. Bau busuk yang dikeluarkan oleh penghisap rokok juga boleh mengganggu keselesaan orang lain sehingga boleh menjejaskan pergaulan si perokok dengan orang lain. Hal ini sudah pasti akan menimbulkan suasana yang kurang selesa malah menjejaskan komunikasi seseorang. Bayangkanlah jika anda terpaksa berhadapan dengan si perokok dalam suasana tempat menjamu selera tertutup dan berhawa dingin! Oleh itu, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang bagi melarang orang ramai menghisap rokok di tempat awam dan di premis kerajaan. Bagi si perokok, masalah yang timbul ialah mereka akan menghadapi gejala ketagihan yang bukan mudah untuk diatasi. Hanya dengan usaha dan azam yang kuat sahaja perlakuan ini mampu dibanteras tetapi menurut kajian yang dijalankan oleh FOMCA, hanya 12 peratus daripada jumlah yang ingin berhenti merokok mampu berbuat demikian. Sementara itu, pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia menganggarkan jumlah kebakaran yang disebabkan oleh api rokok di negara kita mencecah hampir 23 peratus daripada punca kebakaran yang berjaya diselesaikan. Hal ini berpunca daripada sikap perokok yang suka membuang puntung rokok di merata-rata tempat. Natijahnya, merokok bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Bukan juga simbol yang menunjukkan kedewasaan tetapi sikap negatif yang menggambarkan ketidakwarasan seseorang individu. Katakan tak nak kepada rokok! Sumber: Internet Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 11 28/8/2023 3:13:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1103/2 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu SULIT SULIT 1103/2 12 Bahan 2 Bahan 3 Sumber: Berita Harian Penemuan ini ialah hasil kajian tentang tanggapan rakyat Malaysia mengenai merokok dan vape, satu tinjauan pendapat yang dijalankan baru-baru ini oleh syarikat penyelidikan pasaran terkemuka di Malaysia, Green Zebras. PEROKOK BAWAH UMUR MENGGALAKKAN PUNCA KADAR MEROKOK TIDAK TURUN 78% Rakyat Malaysia percaya rokok seludup murah merupakan halangan untuk mengurangkan kadar merokok secara kesuluruhan MENJEJASKAN AGENDA KESIHATAN NEGARA 18% Ibu Bapa 84% Pengawai Kesihatan 87% Guru BERSETUJU bahawa rokok seludup murah bertentangan dengan agenda kesihatan negara ROKOK SELUDUP MURAH MENGANCAM BELIA 9/10 Rakyat Malaysia percaya bahawa peningkatan rokok seludup murah mengancam kesihatan kanak-kanak (bawah 18 tahun) SETUJU YAPerokok Bukan perokok 89% 96% ROKOK SELUDUP MURAH ADALAH RISIKO KESIHATAN BELIA (DI BAWAH 18 TAHUN) ROKOK SELUDUP MURAH Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 Tak nak! Setiap sedutan membawa padah Kesalahan pertama dan kedua dikenakan kompaun RM250 manakala kesalahan ketiga dikenakan denda sebanyak RM350 bagi kesalahan di premis makanan Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 12 28/8/2023 3:13:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


[Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT SULIT 1103/3 13 JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab semua soalan. 20 minit Dua puluh minit 1103/3 BAHASA MELAYU KERTAS 3 Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak 1 KERTAS MODEL SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 13 28/8/2023 3:13:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1103/3 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu SULIT SULIT 1103/3 14 Slogan Anak yang baik lagi Cerdik (ABC) merupakan satu gagasan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan murid yang mempunyai sahsiah diri yang baik seterusnya meningkatkan daya intelektual dalam kalangan murid. Pada masa yang sama, slogan ABC juga menekankan pembentukan adab, akhlak dan integriti dalam kalangan murid. Menurut Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Haji Pkharuddin Haji Ghazali, slogan tersebut dihasilkan sebagai usaha untuk memberikan pemahaman yang mudah diterima oleh masyarakat untuk dihayati dari semasa ke semasa. Beliau berpandangan bahawa penekanan terhadap akademik semata-mata mengakibatkan perkembangan murid-murid menjadi tidak seimbang. Ada murid yang pandai dalam akademik tetapi sahsiah terabai. Situasi ini adalah tidak sihat untuk sistem pendidikan negara. Dipetik dan diubah suai daripada “KPM Komited Mewujudkan Sistem Pendidikan Negara yang Seimbang”, https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/ Ujian Bertutur Bahagian A: Taksiran Individu [ 40 markah ] Baca dan fahami bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC) abc aNAK baik cerdik Jasmani Emosi Rohani Sosial Intelek Sirah Perjalanan Melalui Kehidupan Ibadah Akidah Lahir Adab Karakter Peristiwa Mati Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 14 28/8/2023 3:13:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


[Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT SULIT 1103/3 15 Soalan Rangsangan 1 Nyatakan tujuan slogan ABC dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 2 Apakah kesan yang akan berlaku sekiranya perkembangan murid tidak seimbang? 3 Pada pandangan anda, apakah peranan pihak sekolah dan ibu bapa untuk melahirkan pelajar berakhlak mulia? 4 Rakan anda sering melanggar peraturan sekolah. Sebagai seorang rakan, nyatakan tindakan yang sesuai untuk menjadikan rakan anda seorang yang berdisiplin. Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 15 28/8/2023 3:13:31 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1103/3 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu SULIT SULIT 1103/3 16 Bahagian B: Taksiran Kumpulan [ 30 markah ] Tema: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Pengurusan kewangan yang bijak sangat penting untuk mengurangkan beban kewangan pada setiap individu. Berikan ulasan anda. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 16 28/8/2023 3:13:31 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


[Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT SULIT 1103/4 17 Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi satu bahagian. 2. Jawab semua soalan. 30 minit Tiga puluh minit 1103/4 BAHASA MELAYU KERTAS 4 1 KERTAS MODEL SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 17 28/8/2023 3:13:31 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1103/4 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu SULIT SULIT 1103/4 18 Ujian Mendengar [ 30 markah ] Petikan 1 – Maklumat Audio 1 Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan maklumat yang diperdengarkan. 1 Berbasikal merupakan aktiviti yang melibatkan jantung, paru-paru, otot dan . [1 markah] 2 Berikan tiga manfaat yang diperoleh daripada aktiviti berbasikal. (i) (ii) (iii) [3 markah] 3 Berikut merupakan langkah keselamatan semasa berbasikal, kecuali A mematuhi peraturan jalan raya. B menunggang basikal di lebuh raya. C mengenakan topi keledar yang sesuai. D mengelakkan daripada berbasikal secara beriringan. [1 markah] Petikan 2 – Perbualan Audio 2 Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan perbualan yang diperdengarkan. 1 Jamian dan abah sedang bermain . [1 markah] 2 Nyatakan dua manfaat permainan Dam Aji. (i) (ii) [2 markah] Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 18 28/8/2023 3:13:31 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


[Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT SULIT 1103/4 19 3 Apakah kaedah bermain Dam Aji? (i) (ii) (iii) [ 3 markah ] 4 Permainan Dam Aji kurang popular dalam kalangan remaja kerana (i) (ii) (iii) [ 3 markah ] 5 Permainan Dam Aji boleh dibuat sendiri dengan menggunakan [3 markah] Petikan 3 – Ucapan Audio 3 Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan ucapan yang diperdengarkan. 1 Nyatakan empat sebab kerjaya jurusolek kurang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. (i) (ii) (iii) (iv) [ 4 markah ] 2 Pendapatan jurusolek boleh memberikan pulangan yang lumayan kerana perkhidmatan jurusolek dikenakan caj antara hingga . [2 markah] Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 19 28/8/2023 3:13:31 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1103/4 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu SULIT SULIT 1103/4 20 3 Lengkapkan rajah berikut: Kolej Kemahiran Jurusolek profesional [2 markah] Petikan 4 – Maklumat Audio 4 Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan maklumat yang diperdengarkan. LANGKAH-LANGKAH MENUKAR TAYAR KERETA YANG PANCIT 1 Berhenti di tempat selamat 2 Letakkan 3 Longgarkan 4 Gunakan untuk meninggikan kereta. 5 Gantikan tayar yang rosak dengan tayar [4 markah] 5 Kerosakan tayar kereta disebabkan oleh [1 markah] Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM1(1-20)_vim2p.indd 20 28/8/2023 3:13:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


21 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT SULIT 1103/1 Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak 2 jam Dua jam 1103/1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan di Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. 2 KERTAS MODEL SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 21 28/8/2023 3:15:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1103/1 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu 22 SULIT SULIT 1103/1 Bahagian A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Grafik dan maklumat di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan wabak denggi. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang wabak denggi yang semakin meningkat. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. PENINGKATAN KES DEMAM DENGGI Jan - Jun 2020 48,584 kes Peningkatan kes Kematian setakat ini 84 8%setiap minggu sejak 6 minggu lepas CEGAH PEMBIAKAN NYAMUK AEDES Amalkan gotong-royong untuk mencegah kawasan pembiakan nyamuk aedes Amalkan penjagaan kebersihan kawasan rumah pada setiap masa ► ► Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 22 28/8/2023 3:15:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


23 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT SULIT 1103/1 Bahagian B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Pengangkutan awam merupakan sistem kenderaan bermotor seperti teksi, bas, monorel dan kereta api yang boleh digunakan di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Pengangkutan awam yang sistematik akan mempercepat masa perjalanan dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Pada masa yang sama, pengangkutan awam dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar. Dipetik dan diubah suai daripada hmetro.com.my Petikan di atas berkaitan dengan kebaikan pengangkutan awam di dalam negara. Berikan ulasan anda tentang petikan tersebut. 2 Kawasan pelancongan bersejarah mampu menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Kawasan pelancongan bersejarah seperti Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Melaka dan Tugu Negara di Kuala Lumpur mampu meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Pelajar, Bil. 1/2022 Pada pendapat anda, selain manfaat yang dinyatakan di atas, apakah manfaat lain melancong ke tempat bersejarah? Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 23 28/8/2023 3:15:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1103/1 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu 24 SULIT SULIT 1103/1 3 Cabaran untuk mendidik golongan remaja pada era Revolusi Industri (IR) 4.0 sangat berbeza dengan masa lalu. Kemasukan pengaruh luar seperti media sosial dan budaya negatif dari Barat telah mempengaruhi golongan remaja sehingga mengubah pola tingkah laku remaja. Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa dan guru memainkan peranan penting untuk membantu golongan remaja menghadapi pengaruh dari luar. Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Siswa, Bil. 1/2022 Petikan di atas menyatakan bahawa ibu bapa dan guru memainkan peranan penting untuk membantu golongan remaja menghadapi pengaruh dari luar. Bincangkan. 4 Gaya hidup sisa sifar merupakan amalan tidak menghasilkan sampah dalam kehidupan seharian. Konsep sisa sifar diharapkan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar melalui aktiviti kitar semula dengan mengasingkan sisa mengikut kategori. Amalan membeli barangan terpakai seperti pakaian dan perkakas rumah mampu mengurangkan timbunan sampah. Penggunaan bekas makanan sendiri untuk membungkus makanan dan beg untuk membeli-belah juga mampu mengurangkan penggunaan plastik. Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Siswa, Bil. 1/2022 Berdasarkan petikan di atas, amalan sisa sifar dalam kalangan masyarakat dapat mengurangkan masalah pencemaran. Ulaskan pernyataan tersebut. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 24 28/8/2023 3:15:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 1103/2 25 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. 2 jam 30 minit Dua jam tiga puluh minit Kertas peperiksaan ini mengandungi 8 halaman bercetak 1103/2 BAHASA MELAYU KERTAS 2 2 KERTAS MODEL SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 25 28/8/2023 3:15:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


26 SULIT 1103/2 1103/2 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu SULIT Bahagian A Sistem dan Aplikasi Bahasa [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata adjektif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata nama dan kata adjektif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Arkitek Kota hanya seniman peka, yang faham akan jiwa laut, kenal lambung gelombangnya, alur sungai serta diam batu, perasaan musim, fiil langit dan sabar bumi, berhak membina kota. kerana arkitek matang itu anak di taman, perenung di perpustakaan, orang muda pulang bertandang di lorong malam, pemunggah barang pasar di subuh hari, pengadil di bangku bijaksana, dan datuk bandar yang bangga. dia harus sayangkan lagu burung, pemancing di teduh pohon, pemerhati tasik, pengawas bintang, dan bunga menjalar di beranda. Dipetik daripada sajak ‟Arkitek Kota” oleh Muhammad Haji Salleh, antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka [8 markah] 2 Berdasarkan petikan di bawah, kemudian tentukan pola ayat dasar bagi ayat yang bergaris. Kaedah pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) sangat sesuai dengan jiwa generasi muda pada era teknologi maklumat ini. Kaedah ini menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih interaktif. Konsep Pembelajaran PAK-21 lebih mengutamakan aktiviti didik hibur. Aktiviti ini memudahkan murid memahami sesuatu topik pelajaran. Murid mengalami suasana pembelajaran baharu di dalam kelas. Murid sangat seronok belajar di dalam kelas. Dipetik dan diubah suai daripada ‟Belajar Lebih Menyeronokkan” dalam My Metro Online, September, 2019 [6 markah] Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 26 28/8/2023 3:15:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 1103/2 27 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT 3 Bahan-bahan di bawah terdapat pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut. Taktik pertanian moden seperti teknologi hidroponic mengecilkan pengguna tenaga buruh dan ruang yang minima. Oleh sebab itu, banyak petani-petani cenderung menggunakan peralatan moden kerana menjimatkan masa. Penggunaan dron untuk menguruskan ladang mampu menggantikan penggunaan buruh tenaga. Kepesatan teknoloji sebagai daya penarik untuk belia menceburi aspek pertanian. Masyarakat perlu mengikis persepsi negatif berkaitan dengan sektor ini walaupun kemahiran dan kelulusan menjadi kayu pengukur demi untuk mengangkat pertanian negara. [11 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti, kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahawat dan Keris Kertala Sari. Maka sembah Bendahara, “Inilah tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Janganlah membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali. Dipetik daripada prosa ‟Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] 5 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan petikan cerpen tersebut. Azam menggeleng-geleng lagi, “Jabatan Haiwan kan ada. Takkan mereka tidak memantau? Kau boleh adukan kepada mereka ...” “Aku pun harap begitu. Aku harap kerajaan boleh buat sesuatu. Jangan biarkan penternak kecil terperangkap dalam jerat syarikat besar.” Azam memujuk pula, “Menternak cara kontrak ini ada kelebihannya, bagus juga. Kau tidak payah keluar mencari anak-anak ayam. Kau tidak payah keluar mencari dedak ...” Hakim menjawab, “Ya, mereka hantar segalanya dengan harga yang mereka tentukan. Kini, hidupku bergelumang dengan hutang. Setiap saat aku berhutang dengan RAJA. Kau fikirkan pula, kalau nasibku malang dan nilai jualanku kurang daripada harga dedak dan ubat yang mereka bekalkan, bererti aku akan menanggung hutang kepada RAJA. Berhutang dan berhutang.” Azam memandang wajah sahabatnya penuh simpati. “Jadi, apakah cadangan kau sekarang?” Dipetik daripada cerpen ‟Kaduk, Ayam dan Raja” oleh Zurinah Hassan dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 27 28/8/2023 3:15:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


28 SULIT 1103/2 1103/2 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu SULIT Bahagian B Pemahaman [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Seluruh sistem perundangan dan kehakiman perlu melalui proses gerak gempur penggunaan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, segalanya bertitik tolak daripada nilai jati diri setiap individu yang terlibat di mahkamah. Kecintaan terhadap bahasa Melayu harus dipasak dan ditingkatkan. Mustahil untuk menterjemahkan segala kandungan teks undang-undang daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Sistem latihan melalui kursus yang menekankan penggunaan bahasa Melayu harus dipertingkatkan dalam kalangan hakim, pendakwa raya dan peguam. Arahan yang lebih tegas wajar dikeluarkan oleh pihak mahkamah untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu didahulukan dalam semua prosiding mahkamah kecuali penggunaan istilah tertentu dalam bahasa Latin atau bahasa asing yang lain boleh dibenarkan. Dipetik dan diubah suai daripada ‟Memartabatkan Bahasa” oleh Mohamad Mangsor, Dewan Bahasa, Bil. 03/2021 Bahan 2 Sekitar 1970-an dan 1980-an, persatuan Bahasa Melayu dan Kelab Sastera menjadi tumpuan aktivis pelajar untuk berkarya dalam memanfaatkan kebebasan dan menjuarai masalah rakyat. Mereka memanfaatkan setiap ruang yang ada untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan membawa wacana pemikiran besar mengenai pembangunan rakyat ke dalam kampus. Malah, ada dalam kalangan sasterawan besar negara pun memulakan kerja kreatif mereka semasa berada di kampus. Mereka menjadi suara bukan sahaja yang bersifat sangat peribadi tetapi juga dalam hal perjuangan untuk memartabatkan bahasa, sastera dan budaya. Hal ini penting jika kita serius untuk memastikan bahasa, sastera dan budaya kita berada pada tahap yang tinggi dan dihormati, sekali gus mendorong mahasiswa berfikir secara bebas mengenai masyarakat. Selain itu, pada masa yang sama dapat menyeimbangkan kekuatan sains dan teknologi, kejuruteraan dan sebagainya yang dianggap sebagai ‘teknologi tinggi’ (high-tech) dengan kekuatan jiwa dan rohani (high-touch) dalam konteks kemanusiaan, kelestarian dan keharmonian sebagai teras kepada pembangunan yang seimbang. Dipetik dan diubah suai daripada “Martabat Bahasa, Sastera, Budaya dan Jati Diri” oleh Mohamad Abdullah, Berita Harian, 2019 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud memanfaatkan kebebasan. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa di negara kita. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan bahasa kepada negara dan masyarakat kita? [3 markah] (iv) Sekolah anda akan mengadakan aktiviti sepanjang Bulan Bahasa. Sebagai seorang pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, cadangkan aktiviti menarik yang boleh meningkatkan rasa minat murid terhadap bahasa Melayu kepada guru penasihat kelab anda. [4 markah] Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 28 28/8/2023 3:15:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 1103/2 29 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT 7 Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Posmen: Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini? Aiman: Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini? Posmen: Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program itu. Kalau umur abang macam adik, pasti abang tidak akan lepaskan peluang ini. Aiman: Abang buang sahaja surat ini. Saya tidak berminat langsung. Buat apa nak bersusah payah sertai program macam ni. Ayah saya ada banyak duit. Apa yang saya nak, semua boleh dapat. Buang masa dan tenaga sahaja program macam ini. Untuk orang susah bolehlah. Maklumlah, dapat makan percuma enam kali sehari, tempat tidur dan pakaian semua diberikan. Siap dapat RM50.00 lagi ... ha ... ha ... ha. Posmen: Tak baik cakap macam itu, banyak kebaikannya program seperti ini. Cuba jangan fikir tentang duit dan makan minum tu. Cuba fikirkan tentang kemahiran dan pengalaman yang akan diperoleh nanti. Dipetik daripada drama ‟Berkhidmat untuk Negara” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 Pantun Budaya Sihat Bunga Mawar jadikan hiasan, Cantik memukau gadis terpikat; Budaya bersukan jadikan amalan, Pengikat ukhuwah antara masyarakat. Bermain guli janganlah culas, Melihat wajah di dalam cermin; Badan sihat otak cerdas , Bersatu hati ketika bermain. Anak nelayan mencari takat, Ikan keli di dalam sampan; Sukan pengikat ukhuwah masyarakat, Penawar penyakit dan nafsu makan. Emas tulen, emas suasa, Cantik dipakai ketika berjalan; Bermain gajet tak kira masa, Takut berpeluh bukan alasan. Pokok tumbang di atas jalan, Sarang merbah jatuh terlantar; Segelintir remaja kurang kesedaran, Tiada motivasi punca sebenar. Kain songket, kain batik, Dibawa pedagang untuk jualan; Sukan dianggap kurang menarik, Ibu dan bapa kurang galakan. Ruzaini Awang, Kinabatangan, Sabah. (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud frasa pengikat ukhuwah. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan sebab-sebab remaja kini tidak berminat dengan aktiviti luar atau bersukan. [3 markah] (iii) Bersukan mendatangkan banyak faedah. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah bagi menggalakkan murid bersukan di sekolah? [3 markah] (iv) Seorang murid anda sangat meminati sukan bola sepak. Dia juga menyertai pasukan bola sepak sekolah dan bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional negara. Sebagai seorang guru sukan yang prihatin, berikan cadangan kepada murid anda tentang cara-cara yang boleh dilakukan olehnya untuk mencapai cita-cita menjadi pemain bola sepak yang berjaya. [4 markah] Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 29 28/8/2023 3:15:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


30 SULIT 1103/2 1103/2 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu SULIT 8 Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kampung ini tidaklah terlalu mundur jika dilihat dari segi fizikalnya. Lampu kuning juga dipasang berselang tiga tiang elektrik. Jalannya sudah berturap malah rasanya jauh lebih baik daripada sesetengah tempat. Lengkap dengan sekolah, balai raya dan klinik desa. Ada pula sebuah bangunan yang dijadikan pusat komoditi pertanian. Di hadapan kampung ini ada papan tanda besar menunjukkan arah ke bangunan-bangunan ini. Terpampang juga logo gerakan daya wawasan. Jika diukur berdasarkan itu, kampung ini memang tiada kurangnya. “Sudah lamakah kumpulan zapin di kampung ni tak aktif, Pak Cik Bakar?” Haiqal memberanikan diri untuk bertanya. Dia menghela nafas, “Kalau nak dikira lama, adalah lebih kurang enam atau tujuh tahun, Haiqal. Waktu itu, Pak Cik Haji Salim, Wak Arif, Ramlan dan ada beberapa orang lagi sudah macam hilang arah. Dipetik daripada novel Silir Daksina karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan ciri-ciri fizikal kampung yang dinyatakan dalam petikan ini. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop (h) Silir Daksina, karya Nizar Parman Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan tema dan huraikan dua peristiwa yang menggambarkan tema novel tersebut. [6 markah] Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 30 28/8/2023 3:15:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 1103/2 31 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT Bahagian C Rumusan [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Kesukarelawan biasanya difahami sebagai aktiviti yang tidak dibayar, iaitu seseorang meluangkan masa mereka secara bebas untuk membantu organisasi atau individu yang bukan saudara mereka. Sukarelawan perlu mempunyai minat dan komitmen yang tinggi terhadap kerja sukarela. Namun, tahap kesedaran masyarakat Malaysia terhadap program sukarelawan perlu diberikan perhatian sewajarnya. Faktor pendorong bagi masyarakat Malaysia untuk membabitkan diri dengan aktiviti kesukarelawanan adalah mendapat pengalaman baharu. Aktiviti ini dapat menambah kecenderungan peserta dalam usaha memperkaya ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman yang diperoleh. Selain itu, mereka juga memupuk budaya bekerjasama, semangat berkumpulan dan mengikis sikap pentingkan diri. Ketika terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan, mereka sebenarnya berhadapan atau bergaul dengan pelbagai orang hebat yang baru dikenali justeru mereka dapat meluaskan jaringan kenalan daripada pelbagai latar belakang. Sukarelawan boleh bergaul secara baik melalui aktiviti ini kerana semua yang terlibat ialah insan hebat yang sanggup menyumbang tenaga dan bakti tanpa mengharapkan balasan. Keikhlasan dalam aktiviti kesukarelawan memberikan kepuasan menerusi amalan kebajikan. Kepuasan inilah yang akan membantu individu memperoleh perasaan bahagia dan tanpa sedar dapat melupakan tekanan untuk sementara waktu. Sungguhpun tahap pembabitan masyarakat Malaysia dalam aktiviti kesukarelawanan memuaskan, tidak semua berpeluang untuk melibatkan diri. Malah ramai yang tidak mengetahui wujudnya aktiviti kesukarelawanan di sekeliling mereka. Masyarakat tidak menyedari bahawa aktiviti ini sebenarnya dapat membina keyakinan diri dalam menyelesaikan masalah. Hal ini dikatakan demikian kerana sukarelawan perlu menampilkan keyakinan dan sikap yang sentiasa berusaha untuk menjalankan sesuatu dengan cara yang terbaik. Malah untuk menjadi seorang sukarelawan yang berkualiti, mereka mestilah mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap sesuatu tugas yang diberikan. Secara tidak langsung, sukarelawan ini mampu meningkatkan kebolehpasaran kerjaya mereka selepas tamat pengajian sekiranya sukarelawan ini terdiri daripada mahasiswa yang masih menuntut di menara gading. Tuntasnya, pihak penganjur, sama ada kerajaan ataupun swasta perlu memainkan peranan untuk mempergiat lagi komitmen mereka dalam memupuk semangat kesukarelawanan masyarakat. Melalui aktiviti seumpama ini lahirlah individu yang bertanggungjawab terhadap isu sosial yang melanda masyarakat. Oleh itu, Hari Kesukarelawanan Malaysia diharap dapat diteruskan setiap tahun kerana kita perlu meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan khidmat kesukarelawanan demi pembangunan masyarakat setempat. Dipetik dan diubah suai daripada ‟Program Kesukarelawan Wajar Diperhebat” oleh Vellapandian Ponnusamy, Berita Harian, Jun 2020 Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 31 28/8/2023 3:15:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


32 SULIT 1103/2 1103/2 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu SULIT Bahan 2 Bahan 3 MANFAAT MENJADI SEORANG SUKARELAWAN 1. Melahirkan individu yang penuh empati 2. Memupuk semangat perpaduan masyarakat 3. Membentuk peribadi mulia SYARAT: 1. Berusia 21 - 45 tahun 2. Sihat & ikhlas bekerja 3. Sentiasa bersedia dan komited #mindaterbukasukarelawannegara22 KAMI MYPRIHATIN PERLUKAN ANDA! KEMPEN KESUKARELAWANAN 20__ HUBUNGI TALIAN: 03-12345678/8765 E-mel: [email protected] TikTok/FB/Twitter/Youtube: generasiprihatin22 Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 32 28/8/2023 3:15:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


33 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT SULIT 1103/3 JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab semua soalan. 20 minit Dua puluh minit 1103/3 BAHASA MELAYU KERTAS 3 Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak 2 KERTAS MODEL SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 33 28/8/2023 3:15:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1103/3 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu 34 SULIT SULIT 1103/3 Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan sektor ekonomi yang melibatkan pengeluaran barangan kilang atau perkhidmatan berkaitan perkilangan yang mempunyai bilangan pekerja antara 150 hingga 200 orang. Sebagai contohnya, pengeluaran makanan sejuk beku, pembuatan pakaian, peralatan dapur dan pembuatan alat ganti kenderaan. Perkembangan PKS sangat penting dalam pembangunan negara pada masa ini kerana dapat memastikan negara dapat bersaing dengan negara maju yang lain ibarat peribahasa “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”. PKS memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan ekonomi negara. Hal ini dikatakan demikian kerana perkembangan PKS akan meningkatkan hasil kutipan cukai dalam sektor PKS dan mengurangkan import dari luar negara. PKS merupakan penyumbang besar kepada Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK), iaitu sebanyak 38.2 peratus atau RM512.8 bilion pada tahun 2020. Dipetik dan diubah suai daripada “Pakar Percukaian Digesa Bantu PKS”, www.astroawani.com Bahagian A: Taksiran Individu [ 40 markah ] Baca dan fahami bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 34 28/8/2023 3:15:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


35 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT SULIT 1103/3 Soalan Rangsangan 1 Apakah Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS)?. 2 Nyatakan kepentingan PKS kepada negara. 3 Pada pandangan anda, apakah peranan pihak kerajaan untuk memajukan PKS? 4 Anda ingin menceburi bidang PKS pada masa hadapan. Apakah usaha-usaha yang perlu anda lakukan sebagai persediaan untuk menceburkan diri dalam bidang PKS? Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 35 28/8/2023 3:15:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1103/3 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu 36 SULIT SULIT 1103/3 KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Bahagian B: Taksiran Kumpulan [ 30 markah ] Tema: Keselamatan Kemalangan di kawasan sekolah sering berlaku sejak akhir-akhir ini bahkan turut membawa maut. Huraikan usaha-usaha untuk mengatasi masalah tersebut. Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 36 28/8/2023 3:15:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


37 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT SULIT 1103/4 Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi satu bahagian. 2. Jawab semua soalan. 30 minit Tiga puluh minit 1103/4 BAHASA MELAYU KERTAS 4 2 KERTAS MODEL SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 37 28/8/2023 3:15:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1103/4 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu 38 SULIT SULIT 1103/4 Ujian Mendengar [ 30 markah ] Maklumat Petikan 1: Maklumat Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan maklumat yang diperdengarkan. Audio 1 1 Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) mempunyai bilangan pekerja antara [1 markah] 2 Berikan tiga manfaat Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS). (i) (ii) (iii) [3 markah] 3 Maklumat berikut adalah salah, kecuali A PKS tidak menarik pelabur asing. B PKS mengurangkan kualiti kehidupan. C PKS meningkatkan pencemaran alam. D PKS memberikan sumbangan sebanyak RM512.8 bilion. [1 markah] Petikan 2 – Petikan Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan yang diperdengarkan. Audio 2 1 Puan Mi menjalankan perniagaan . [1 markah] Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 38 28/8/2023 3:15:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


39 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT SULIT 1103/4 2 Mengapakah Puan Mi mampu tersenyum bangga? (i) (ii) [2 markah] 3 Bagaimanakah Puan Mi memulakan perniagaannya? (i) (ii) (iii) [3 markah] 4 Tandakan ( ✓ ) untuk maklumat yang betul dan ( ✗ ) untuk maklumat yang salah. Puan Mi menjual pakaian di kaki lima pasar malam. Puan Mi berjaya membuka gudang pakaian Puan Mi meneruskan jualan di aplikasi e-dagang dan laman sosial. [3 markah] 5 Antara pakaian yang dijual oleh Puan Mi termasuklah [3 markah] Petikan 3 – Petikan Novel Audio 3 Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan novel yang diperdengarkan. 1 Aku memerintahkan Ai Ling untuk (i) (ii) (iii) [3 markah] Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 39 28/8/2023 3:15:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1103/4 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu 40 SULIT SULIT 1103/4 2 Apakah yang diingatkan oleh “aku” kepada Ai Ling? A Menahan nafas B Banyak bertatih C Jangan berputus asa D Melepaskan nafas dengan lajunya [1 markah] 3 Nyatakan pandangan “aku” tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh penyajak. [4 markah] Petikan 4 – Petikan Novel Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan maklumat yang diperdengarkan. Audio 4 1 Kiropraktik merupakan rawatan untuk meletakkan tulang-tulang yang di tempat asalnya. [2 markah] 2 Nyatakan manfaat rawatan kiropraktik. MANFAAT KIROPRAKTIK [3 markah] Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_KM2(21-40)_vim2p.indd 40 28/8/2023 3:15:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


141 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu – Jawapan Kertas Model 1 Kertas 1 Bahagian A Tema: Pakaian tradisional di Malaysia Fokus: Usaha mempopularkan pakaian tradisional di Malaysia Cadangan isi 1 Pihak kerajaan menganjurkan kempen kenali pakaian tradisional di Malaysia 2 Ibu bapa memperkenalkan pakaian tradisional di Malaysia kepada anak-anak Contoh Karangan Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan budaya dan kesenian masyarakat berbilang bangsa seperti pakaian tradisional. Namun begitu, pakaian tradisional semakin dilupakan oleh generasi muda akibat pengaruh fesyen dari luar negara. Oleh itu, berbagai-bagai usaha perlu dilakukan untuk mempopularkan pakaian tradisional di Malaysia. Antara usaha mempopularkan pakaian tradisional di Malaysia termasuklah pihak kerajaan menganjurkan kempen kenali pakaian tradisional. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen ini dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang keunikan pakaian tradisional di Malaysia, tak kenal maka tak cinta. Oleh sebab itu, berbagaibagai aktiviti menarik dilaksanakan sepanjang kempen tersebut seperti pertandingan busana tradisional masyarakat berbilang bangsa yang boleh disertai oleh setiap lapisan masyarakat. Usaha ini pasti dapat menarik minat masyarakat untuk mengenakan busana tradisional. Selain itu, ibu bapa juga boleh memperkenalkan pakaian tradisional kepada anak-anak kerana mereka boleh mempengaruhi anak di rumah ibarat peribahasa ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mengenakan busana tradisional apabila menghadiri majlis keramaian seperti rumah terbuka dan majlis perkahwinan. Oleh itu, pakaian tradisional dapat dikekalkan seperti peribahasa tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Kesimpulannya, berbagai-bagai usaha wajar dilaksanakan untuk mempopularkan pakaian tradisional. Oleh itu, pihak kerajaan dan seluruh masyarakat wajar memainkan peranan agar busana tradisional tidak luput ditelan zaman dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Bahagian B Soalan 1 Tema: E-dompet Fokus: Kepentingan e-dompet kepada masyarakat Cadangan isi 1 Memudahkan proses pembayaran dan menjimatkan masa 2 Memudahkan pengguna mengawal perbelanjaan 3 Pelbagai ganjaran ditawarkan Contoh Karangan Teknologi komunikasi maklumat dan komunikasi semakin canggih dari semasa ke semasa sehingga mencetuskan fenomena Internet. Situasi ini menunjukkan bahawa setiap urusan harian boleh dilaksanakan dengan Internet melalui penggunaan telefon pintar. Sebagai contoh, penggunaan wang secara digital atau e-dompet sangat meluas pada masa ini bahkan pihak kerajaan turut menggalakkan masyarakat menggunakan e-dompet apabila memberikan RM30.00 secara percuma dalam aplikasi e-dompet Touch ‘n Go. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan e-dompet secara meluas akan memberikan berbagai-bagai kepentingan kepada masyarakat. Antara kepentingan penggunaan e-dompet kepada masyarakat termasuklah memudahkan proses pembayaran dan menjimatkan masa. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat tidak perlu beratur untuk mengeluarkan wang tunai dari mesin juruwang automatik (ATM) atau mencari wang kecil untuk membayar bil elektrik atau air. Tambahan pula, pengeluaran wang tunai melalui mesin turut dikenakan cas perkhidmatan sebanyak RM1.00 jika menggunakan perkhidmatan MEPS. Oleh sebab itu, pengguna e-dompet perlu memuat turun aplikasi yang sering digunakan seperti Grab Pay atau MAE untuk membuat pembayaran. Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan oleh pihak syarikat untuk membeli makanan, membayar bil atau membayar tiket bas. Secara tidak langsung, kes jenayah seperti samun akan berkurangan apabila masyarakat tidak membawa wang tunai. Selain itu, penggunaan e-dompet dapat mengawal perbelanjaan setiap individu. Hal ini berlaku kerana pengguna aplikasi e-dompet dapat melihat rekod transaksi perbelanjaan setiap hari melalui telefon bimbit. Pengguna dapat melihat baki akaun dan jumlah wang yang telah dibelanjakan dari semasa ke semasa agar lebih berhatihati dalam perbelanjaan setiap masa dan ini bertepatan dengan peribahasa beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Bukan itu sahaja, pengguna e-dompet bebas untuk menetapkan had maksimum perbelanjaan untuk setiap hari. Sekiranya pembayaran melebihi had maksimum, aplikasi e-dompet akan menyekat pembayaran tersebut. Hal ini pasti dapat melahirkan pengguna yang bijak mengurus wang di samping mengelakkan sifat boros ketika berbelanja. Di samping itu, penggunaan e-dompet turut menawarkan pelbagai ganjaran kepada pengguna. Hal ini dikatakan demikian kerana persaingan yang hebat dan positif antara syarikat aplikasi e-dompet pada masa ini. Setiap syarikat pasti menawarkan pelbagai ganjaran kepada pengguna semata-mata untuk menarik pengguna memuat turun aplikasi e-dompet. Sebagai contoh, syarikat e-dompet kerap menawarkan rebat tunai untuk setiap pembelian barangan runcit di kedai serbaneka atau pasar raya. Bukan itu sahaja, ada syarikat yang menawarkan mata ganjaran atau pulangan wang tunai kepada pengguna jika membuat pembayaran dengan aplikasi e-dompet. Selain itu, pengguna e-dompet juga ditawarkan diskaun untuk barangan runcit di pasar raya terpilih. Situasi ini pasti tidak dapat dinikmati oleh pengguna jika mereka menggunakan wang tunai. Oleh hal yang demikian, pengguna dapat menjimatkan wang perbelanjaan harian dan membantu mendepani kenaikan kos sara hidup. Kesimpulannya, penggunaan e-dompet dalam kehidupan seharian memberikan manfaat yang banyak Jawapan Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_Jaw_update.indd 141 29/8/2023 9:25:14 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 142 kepada pengguna. Oleh itu, pengguna hendaklah menjadi pengguna e-dompet yang bijak agar keselamatan wang digital terjamin dari semasa ke semasa. Soalan 2 Tema: Orang Kelainan Upaya (OKU) Fokus: Usaha menghargai golongan orang kelainan upaya Cadangan isi 1 Meningkatkan kemudahan untuk golongan orang kelainan upaya 2 Memberikan peluang pendidikan kepada golongan orang kelainan upaya 3 Meningkatkan kesedaran terhadap golongan orang kelainan upaya Contoh Karangan Orang kelainan upaya (OKU) merupakan individu yang mengalami kekurangan dari segi fizikal atau mental, sama ada sejak lahir, ditimpa penyakit atau kemalangan. Golongan OKU sukar untuk menjalani kehidupan harian secara normal dan sempurna kerana kekurangan yang dialami oleh mereka ibarat kata peribahasa “berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walau bagaimanapun, golongan OKU juga mempunyai hak yang sama dan tidak harus dipinggirkan dalam arus pembangunan negara. Oleh itu, berbagai-bagai usaha perlu dilaksanakan untuk membela nasib dan menghargai golongan OKU. Antara usaha yang perlu dilakukan untuk menghargai golongan OKU termasuklah pihak kerajaan menyediakan lebih banyak kemudahan awam yang mesra OKU. Hal ini dikatakan demikian kerana kekurangan yang ada pada golongan OKU menyukarkan mereka untuk membuat urusan seperti golongan yang normal. Pada masa yang sama, golongan OKU juga dapat memanfaatkan kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh pihak kerajaan kerana golongan OKU juga mempunyai hak yang sama sebagai warganegara Malaysia. Sebagai contohnya, pihak kerajaan menyediakan tempat duduk khas untuk OKU di mana-mana jabatan kerajaan atau agensi swasta, parkir khas untuk OKU dan tandas awam yang mesra OKU. Bukan itu sahaja, siaran televisyen dilengkapi oleh sari kata dan bahasa isyarat agar golongan OKU pendengaran boleh memahami maklumat yang ingin disampaikan. Oleh hal yang demikian, urusan harian golongan OKU pasti akan menjadi lebih mudah dan lancar. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu meningkatkan peluang pendidikan atau kemahiran yang sesuai kepada golongan OKU daripada pelbagai lapisan umur. Hal ini dapat memastikan golongan OKU tidak ketinggalan dalam arus Revolusi Perindustrian 4.0 bahkan pendidikan atau kemahiran yang sesuai dapat melatih golongan OKU untuk hidup berdikari ibarat kata mutiara “Apabila anda memberi seseorang ikan, maka anda memberinya makan untuk satu hari tetapi apabila anda mengajar seseorang itu memancing, maka anda akan memberinya makanan seumur hidup”. Oleh sebab itu, pihak kerajaan telah menawarkan kelas pendidikan khas di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia supaya ibu bapa dapat menghantar anak-anak OKU untuk menimba ilmu. Murid-murid OKU akan dilatih dengan kemahiran insaniah dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti menganyam, menjahit atau bertukang. Impaknya, golongan OKU dapat meningkatkan taraf hidup apabila mempunyai peluang dalam sektor pekerjaan dan memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara. Di samping itu, pihak kerajaan juga perlu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap golongan OKU di Malaysia. Usaha ini pasti dapat meningkatkan kesedaran masyarakat agar tidak merendah-rendahkan keupayaan golongan OKU. Pada masa yang sama, usaha ini pasti dapat meningkatkan semangat golongan OKU untuk membaiki taraf hidup. Oleh itu, inisiatif kerajaan melaksanakan kempen kesedaran masyarakat terhadap golongan OKU perlu dihargai. Sebagai contoh, menyiarkan iklan atau sketsa melalui media sosial tentang kejayaan OKU dalam berbagai-bagai bidang. Pihak kerajaan juga boleh menayangkan kejayaan atlet Paralimpik seperti Mohamad Ziyad agar masyarakat menyedari bahawa golongan OKU turut memberikan sumbangan yang besar kepada negara. Hal ini membuktikan bahawa golongan OKU mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan masyarakat yang normal. Kesimpulannya, golongan OKU wajar diberikan peluang dan dihargai oleh setiap lapisan masyarakat. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan agar golongan OKU tidak berasa dipinggirkan dan boleh menjadi insan yang berjaya dalam berbagai-bagai bidang yang diceburi. Soalan 3 Bahagian A Tema: Pelancongan Fokus: Faktor yang menarik kehadiran pelancong ke Malaysia Cadangan isi 1 Keunikan budaya masyarakat berbilang bangsa 2 Keenakan makanan di Malaysia 3 Keindahan tempat yang menarik di Malaysia Contoh Karangan Malaysia merupakan salah sebuah negara di Asia Tenggara yang sering menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Kehadiran pelancong dari pelosok negara, terutamanya dari negara Timur Tengah dan Asia semakin meningkat dari semasa ke semasa. Buktinya, hotel dan resort di pusat peranginan di dalam negara sentiasa dipenuhi oleh pelancong dari luar negara pada hujung tahun. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menarik kehadiran pelancong asing ke Malaysia? Antara faktor utama kehadiran pelancong asing ke Malaysia termasuklah keunikan budaya masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana pelancong ingin melihat dengan mata sendiri keharmonian budaya yang ditunjukkan oleh masyarakat berbilang bangsa ibarat peribahasa tak kenal maka tak cinta. Sudah pasti bahawa budaya seperti ini tidak terdapat di negara lain. Sebagai contohnya, perayaan utama di Malaysia seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali disambut dengan meriahnya oleh orang Melayu, Cina dan India. Budaya seperti acara rumah terbuka dengan jamuan yang enak dan persembahan tarian tradisional seperti zapin atau tarian singa pasti dapat memukau pelancong asing untuk melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, keharmonian masyarakat dan keunikan budaya dapat mengharumkan nama negara di mata dunia. Selain itu, keenakan makanan di Malaysia juga merupakan daya tarikan pelancong. Hal ini berlaku demikian kerana makanan di Malaysia terkenal dengan rempah-ratus dan berbagai-bagai rasa seperti pedas, masam dan manis. Tambahan pula, perkembangan pelancongan makanan atau gastronomi di serata dunia telah menyebabkan Malaysia menjadi destinasi utama kerana makanan di Malaysia melambangkan keharmonian kaum dan budaya masyarakat tempatan. Sebagai contohnya, keenakan nasi lemak, roti canai, nasi kandar dan nasi beriani telah dinikmati oleh masyarakat berbilang bangsa sejak turun-temurun dan Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_Jaw_update.indd 142 29/8/2023 9:25:14 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


143 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu – Jawapan boleh dinikmati pada bila-bila masa. Situasi ini pasti dapat meningkatkan ekonomi peniaga kecil tempatan apabila kehadiran pelancong asing meningkat. Di samping itu, keindahan destinasi pelancongan di Malaysia merupakan faktor kehadiran pelancong asing ke Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana pelancong boleh menikmati keindahan pantai yang memutih, khazanah laut seperti terumbu karang yang indah dan hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Iklim khatulistiwa juga memberikan pengalaman baharu yang menarik kepada pelancong asing apabila mereka melancong di destinasi tersebut. Pelancong mempunyai pelbagai pilihan destinasi yang menarik untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti bersantai di Pulau Redang, meneroka hutan di Taman Negara Endau-Rompin atau menyelam skuba di Pulau Sipadan dan Mabul yang merupakan antara tempat menyelam skuba terbaik di dunia. Oleh itu, keindahan destinasi pelancongan di Malaysia pasti dapat memberikan ketenangan dan pengalaman indah kepada pelancong asing. Kesimpulannya, Malaysia mempunyai berbagai-bagai tarikan yang tersendiri untuk menarik kehadiran pelancong dari seluruh dunia. Oleh itu, pihak kerajaan perlu merangka strategi seperti Tahun Melawat Malaysia agar Malaysia tetap menjadi destinasi pelancongan nombor satu kepada masyarakat antarabangsa. Soalan 4 Tema: Hutan Fokus: Usaha untuk mengekalkan kawasan hutan di Malaysia Cadangan isi 1 Mengenakan tindakan tegas kepada pembalak haram 2 Melaksanakan projek penanaman semula hutan 3 Kempen kesedaran di peringkat sekolah Contoh Karangan Hutan ditakrifkan sebagai kawasan yang ditumbuhi pokok liar terbiar dan rimba yang menjadi habitat semula jadi flora dan fauna. Hutan juga memberikan sumbangan yang besar dalam mengawal kesan rumah hijau dan menyeimbangkan suhu bumi. Namun begitu, penerokaan hutan yang tidak terkawal telah mengakibatkan masalah pemanasan global semakin meningkat. Oleh itu, berbagai-bagai usaha boleh dilaksanakan untuk mengekalkan kawasan hutan di Malaysia. Antara usaha untuk mengekalkan hutan di Malaysia termasuklah mengenakan tindakan tegas kepada pembalak haram yang bermaharajalela di hutan. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan tersebut menebang khazanah alam yang tidak ternilai harganya dan berusia beratusratus tahun seperti kayu cengal, jati, merapuh dan resak. Sebagai contohnya, pihak kerajaan telah meminda Akta 313 dengan mengenakan denda maksimum sehingga 10 kali ganda daripada RM500,000 kepada RM5 juta. Bukan itu sahaja, pemantauan berterusan daripada renjer hutan dan pemasangan kamera litar tertutup pasti dapat mencegah kegiatan pembalak haram. Hal ini pasti dapat memberikan kesedaran kepada pembalak haram apabila mereka mengetahui bahawa gerak-geri mereka sentiasa diperhatikan. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu melaksanakan penanaman semula pokok di hutan. Hal ini disebabkan oleh banyak kawasan hutan telah ditebang di Malaysia untuk projek pembangunan seperti perindustrian dan perumahan. Projek penanaman semula juga dapat menjamin kestabilan ekosistem di Malaysia. Oleh sebab itu, pihak kerajaan perlu memastikan pemaju perumahan atau pihak perindustrian yang telah meneroka hutan perlu membantu pihak kerajaan dengan membiayai dana projek penanaman semula. Benih pokok hutan yang cepat membesar perlu disemai agar kawasan hutan yang digondolkan dapat dihijaukan semula dengan segeranya. Secara tidak langsung, masalah bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir lumpur dapat dielakkan. Di samping itu, pihak sekolah turut memainkan peranan dengan melaksanakan kempen kesedaran dalam kalangan murid. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan hutan sejak bangku sekolah ibarat peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pada masa yang sama, generasi muda akan mengetahui bahawa masalah pembalakan merupakan masalah global yang akan memberikan mudarat kepada bumi. Oleh hal yang demikian, aktiviti yang menarik perlu dilaksanakan sepanjang kempen dilaksanakan. Sebagai contoh, pertandingan menulis esei, video pendek tentang hutan dan lawatan ke hutan simpan seperti Taman Negara Pahang. Usaha ini pasti dapat meluaskan pengetahuan anak muda tentang peranan hutan di Malaysia malah mendidik golongan remaja agar menghargai hutan. Kesimpulannya, masalah kemusnahan hutan merupakan masalah yang serius dan wajar ditangani oleh berbagai-bagai pihak. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk mengatasi masalah kemusnahan hutan agar kawasan hutan dapat dikekalkan dan dipelihara untuk generasi akan datang ibarat peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Kertas 2 Bahagian A 1 (a) Kata Kerja • difitnah – Walaupun difitnah oleh sahabatnya sendiri, namun Malek tetap bersabar • mengejar – Pihak polis mengejar pelumba motosikal haram itu yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya. (b) Kata Sendi Nama • kepada – Hadiah sagu hati akan diberikan kepada semua peserta yang mengambil bahagian • untuk – Abang telah membuat keputusan untuk menyambung pengajiannya di luar negara. 2 (a) Subjek – Kedudukan guru Predikat – amat dimuliakan dalam mana-mana agama sekalipun. (b) Subjek – Kita Predikat – belajar membaca dan mengira daripada guru. (c) Subjek – Kita Predikat – lulus peperiksaan kerana ilmu yang diberikan oleh guru. 3 Bahan 1 (a) terbelakang – belakangan (b) di dalam – dalam (c) kepada – pada (d) ko-kurikulum – kokurikulum (e) bertolak-ansur – bertolak ansur Bahan 2 (a) gerak-gempur – gerak gempur (b) dari – daripada (c) menerjemahkan – menterjemahkan (d) di kalangan – dalam kalangan (e) pendakwaraya – pendakwa raya (f) pengunaan – penggunaan Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_Jaw_update.indd 143 29/8/2023 9:25:14 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 144 4 Dan selepas idah, Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun Kudu. Menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan. Seri Nara Diraja menyembah Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana dia sedia anak bendahara.” Titah baginda, “Baiklah.” 5 (a) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna – sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis-habis/fikir masakmasak sebelum membuat sesuatu supaya tidak menyesal (b) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan – setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan (c) Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya – kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain menerima akibatnya Bahagian B (i) Maksud rangkai kata menerajui transformasi • memimpin/ mengetuai/mengendalikan perubahan (ii) Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam sektor pertanian: • kekurangan tanah pertanian, pengurusan tanah pertanian, kualiti benih dan baja, serangan penyakit, kekurangan sumber air, umur majoriti pesawah • pelaksanaan subsidi dan insentif kerajaan • masalah kekurangan data • memastikan berlakunya satu perubahan dalam sektor pertanian dan industri makanan dengan memanfaatkan teknologi pertanian dan inovasi moden • membantu menstabilkan harga barangan • mengurangkan keperluan import negara (iii) Manfaat sektor pertanian kepada individu: • boleh dijadikan sebagai hobi/mengisi masa lapang • boleh dijadikan sebagai salah satu punca pendapatan • boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti rekreasi/ menyihatkan badan • boleh dijadikan sumber makanan sehari-hari/ menjimatkan wang (iv) Langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi isu generasi muda kurang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian: • membuat kempen/karnival di sekolah • memberikan kursus percuma berkaitan pertanian • memberikan insentif kepada generasi muda bagi memulakan pertanian • menawarkan kembali subjek elektif pertanian kepada sekolah harian biasa selain di kolej vokasional • menggalakkan lebih banyak penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian 7 (i) Maksud rasa cengkaman orang berkuasa • campur tangan pihak atasan/kuasa pihak atasan • pengaruh pihak atasan/tangan orang atasan (ii) Nasib Pak Kaduk dan Hakim: • hidup berhutang • membela ayam • menggadaikan tanah • ditindas oleh pihak yang berkuasa (iii) Ciri-ciri pemimpin berwibawa yang mampu memacu kemajuan: • bebas daripada rasuah • maju dalam bidang pendidikan • beragama dan menjadi teladan masyarakat • membentuk ekonomi negara yang kukuh (iv) Cadangan langkah mengurangkan masalah disiplin: • pemantauan ketat • membina jadual pengawasan proaktif • kempen/program pihak sekolah bersama dengan pihak swasta • membentuk pasukan disiplin proaktif 8 (i) Rahsia yang baru diketahui oleh Farisha: • Dinara sebenarnya hasil kerja Karl dan seorang lagi saintis, iaitu Medina • sebelum Dinara berjaya disiapkan, Medina telah menghilangkan diri • maklumat tentang Medina di arkib dua atau tiga dokumen sahaja (ii) Peristiwa yang menggambarkan kasih sayang dalam novel. (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa • Kasih sayang Leftenan Adnan terhadap negara tercinta Huraian: Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang untuk mempertahankan tanah air. • Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-beradiknya sambil memberikan kata perangsang supaya berjuang bersungguhsungguh demi tanah air Huraian: Leftenan Adnan sangat sayang akan isterinya dan berasa sayu ketika ingin meninggalkannya di Sungai Ramal sebelum dia berangkat ke Singapura untuk menyekat kemaraan Jepun. (b) Di Sebalik Dinara • Peristiwa kasih sayang ibu terhadap anaknya Huraian: Marilyn/Medina sangat menyayangi anaknya, Farisha. Dia berusaha untuk mencari Farisha bertahuntahun selepas dipisahkan dengan Farisha oleh bekas suaminya, Karl. Marilyn/Medina berusaha untuk menyelamatkan Farisha daripada dipergunakan oleh Karl yang taasub terhadap bidang sains. • Kasih sayang abang terhadap adik, iaitu Azraai yang menyayangi adiknya, Farisha Huraian: Walaupun Farisha merupakan anak angkat, Azraai tetap menyayanginya seperti adik kandung. Azraai memasang ‘retinal scanner’ di pintu masuk rumah Farisha untuk memastikan keselamatan Farisha terjamin. (c) Jendela Menghadap Jalan • Kasih sayang anak terhadap ibunya Huraian: Ibu Lili mencadangkan Lili menghabiskan cuti persekolahannya di kampung neneknya di Dungun, Terengganu dan Lili akur akan cadangan ibunya itu kerana dia terlalu menyayangi ibunya. • Kasih sayang seorang sahabat Huraian: Danel sanggup mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan Lili Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_Jaw_update.indd 144 29/8/2023 9:25:14 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


145 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu – Jawapan yang diculik dan disembunyikan oleh Haziq dan Rafiq demi rakan yang sedang diancam bahaya. (d) Pantai Kasih • Kasih sayang seorang cucu kepada neneknya/ ahli keluarganya Huraian: Setibanya dia di apartmennya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. (e) Songket Berbenang Emas • Kasih sayang terhadap keluarga Huraian: Dahlia melawat ibunya, Saleha yang dirawat di Hospital Permai dan berharap agar ibunya segera sembuh kerana dia amat menyayangi ibunya. • Kasih sayang terhadap keluarga Huraian: Embong amat menyayangi isterinya, Saleha dan anak-anaknya. Dia sanggup bekerja dari pagi hingga malam untuk menyara keluarganya. Dia tetap menyayangi isterinya walaupun Saleha menghidapi tekanan mental. (f) Tirani • Kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandungnya Huraian: Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura. • Kasih sayang seorang isteri terhadap suaminya Huraian: Waheeda yang terlalu mencintai suaminya telah mengalami masalah kemurungan dan meroyan akibat tindakan Zahid yang menceraikannya. (g) Bimasakti Menari • Kasih sayang ibu terhadap anaknya Huraian: Puan Wickham tetap mengambil berat tentang projek Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan oleh anaknya, Muhammad Taufik walaupun mereka jarang-jarang dan sukar untuk bertemu. • Kasih sayang antara ibu bapa dengan anak Huraian: Puan Wickham dan Tan Sri Muhaimin tidak pernah bermusuh tentang penjagaan anak mereka, Muhamad Taufik malah sering memberikan sokongan kepadanya walaupun mereka telah bercerai. (h) Silir Daksina • Kasih sayang ayah terhadap anak, iaitu Abdullah Kayan/Cikgu Nizam terhadap Haiqal Huraian: Abdullah bin Kayan terlalu sayang akan anaknya, Haiqal yang dipisahkan oleh isterinya sehinggakan dia sentiasa merindukannya dan menghasilkan manuskrip cerita tentang perasaan rindu kepada anaknya. • Kasih sayang anak terhadap ayah, iaitu Abdullah Kayan/Cikgu Nizam terhadap Haiqal Huraian: Haiqal amat menyayangi arwah ayahnya dan dia menangis teresakesak ketika menziarahi pusara arwah ayahnya. Haiqal menangis kerana sangat sedih apabila mendalami perasaan ayahnya melalui manuskrip ayahnya, Abdullah bin Kayan yang hidup terseksa dan sunyi kerana terpisah dengan anaknya. 9 Pendahuluan Rumusan membincangkan faktor tabiat merokok dan kesannya kepada masyarakat di Malaysia. Isi tersurat Bahan 1: Petikan (faktor tabiat merokok) (a) Faktor tabiat merokok dalam kalangan masyarakat ialah segelintir mereka mengaitkan perbuatan menghisap rokok sebagai status seseorang individu tersebut telah matang atau melambangkan imej yang bersifat kemegahan. Bahan 1: Petikan (kesan merokok) (a) Pembaziran wang (b) Punca pelbagai penyakit (c) Merokok menyebabkan orang lain berasa tidak selesa serta mengganggu komunikasi (d) Menyebabkan ketagihan yang amat sukar untuk dihentikan (e) Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mengakibatkan kebakaran Bahan 2: Bahan Grafik (faktor tabiat merokok) (a) Rokok seludup murah Bahan 2: Bahan Grafik (kesan merokok) (a) Menjejaskan agenda kesihatan negara (b) Kadar merokok tidak turun Bahan 3: Bahan Grafik (kesan merokok) (a) Kompaun dikenakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Kesimpulan Kesimpulannya, masalah tabiat merokok harus diatasi oleh masyarakat agar dapat melahirkan generasi yang sihat. Kertas 3 Bahagian A 1 • Melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang baik seterusnya meningkatkan daya intelektual dalam kalangan pelajar • Menekankan pembentukan adab, akhlak dan integriti dalam kalangan pelajar 2 Ada murid yang pandai dalam akademik tetapi sahsiah terabai. Situasi ini adalah tidak sihat untuk sistem pendidikan negara 3 Peranan pihak sekolah dan ibu bapa: • Pihak sekolah melaksanakan program pembentukan akhlah seperti budaya al-quran. • Guru-guru mencatat amalan baik / merekod amalan baik dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_Jaw_update.indd 145 29/8/2023 9:25:14 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 146 • Ibu bapa menekankan pendidikan agama • Ibu bapa menjadi contoh / suri teladan yang baik 4 Tindakan rakan: • Memberikan nasihat kepada rakan-rakan yang melanggar disiplin • Merujuk kepada guru kaunseling • Menjadi suri teladan kepada rakan-rakan Bahagian B • Pengurusan kewangan dapat melahirkan indvidu yang celik ilmu kewangan • Pengurusan kewangan dapat meningkatkan kesedaran terhadap amalan berjimat cermat • Pengurusan kewangan dapat memastikan setiap individu mampu untuk membezakan antara keperluan dan kehendak • Pengurusan kewangan memudahkan individu menyediakan dana kecemasan yang tidak dapat diduga Kertas 4 Petikan 1 1 saluran darah 2 (i) Mengurangkan berat badan (ii) Menguatkan otot kaki (iii) Sesuai untuk individu yang mempunyai berat badan berlebihan 3 B Petikan 2 1 Dam Aji 2 (i) Mengisi masa lapang (ii) Mengeratkan silaturahim (iii) Mengasah ketajaman daya fikir 3 (i) Pemain perlu menggerakkan buah-buah Dam Aji (ii) Pemain perlu menembusi kubu pihak lawan (iii) Setelah berjaya menembusi kubu pihak lawan, pemain akan dapat dua biji buah yang disusun sekali. (iv) Pemain bebas menggerakkan buah aji untuk memakan buah pihak lawan. 4 • Golongan remaja pasti lebih suka bermain permainan dalam talian. • Permainan ini kurang dipromosikan di media massa. • Tidak banyak kedai yang menjual permainan ini. 5 • menggunakan penutup botol atau ceper. • gunakan papan dan lukis petak-petak Dam Aji. • Jika tiada papan, kertas lukisan juga boleh digunakan. Petikan 3 1 (i) Jurusolek tidak mempunyai pendapatan yang tetap (ii) Bergantung pada permintaan daripada pelanggan (iii) Pandemik melanda negara (iv) Semasa pandemik, aktiviti keramaian tidak boleh dianjurkan. 2 RM200; RM500 3 Kolej Kemahiran Menamatkan SPM Meneruskan pelajaran di universiti Jurusolek profesional Petikan 4 2 tanda segi tiga amaran 3 nat tayar 4 jek 5 ganti 6 kegagalan pemilik kereta menyelenggara tayar kereta Kertas Model 2 Kertas 1 Bahagian A Tema: Wabak denggi Fokus: Cara-cara mencegah wabak denggi Cadangan isi 1 Amalkan gotong-royong membersihkan kawasan perumahan 2 Amalkan penjagaan kebersihan kawasan rumah Contoh Karangan Wabak denggi merupakan penyakit berjangkit yang disebarkan melalui gigitan nyamuk aedes. Peningkatan kes jangkitan denggi sebanyak 8 peratus pada setiap minggu semakin membimbangkan apabila 84 kes kematian telah dicatatkan. Oleh itu, masyarakat perlu memainkan peranan untuk mencegah penularan wabak denggi ibarat kata mutiara mencegah lebih baik daripada mengubati. Antara cara mencegah wabak denggi ialah masyarakat perlu melaksanakan aktiviti gotong-royong di setiap kawasan perumahan. Masyarakat perlu cakna bahawa peningkatan kes demam denggi adalah tinggi di kawasan perumahan, terutamanya di kota metropolitan. Oleh sebab itu, masyarakat perlu bersepakat untuk mengutip sampah di kawasan persekitaran rumah dan membersihkan longkang yang tersumbat ibarat peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Usaha ini pasti dapat mencegah pembiakan jentik-jentik. Di samping itu, masyarakat hendaklah menanam sifat kebersihan dalam diri kerana wabak denggi berpunca daripada sifat tidak prihatin terhadap kebersihan kawasan rumah. Sehubungan dengan hal itu, pengurusan sisa domestik yang betul seperti mengumpulkan sampah yang boleh menakung air seperti tin dan tayar buruk dapat mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes. Pihak kerajaan juga perlu menguar-uarkan kempen antidenggi agar dapat meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kebersihan. Dengan usaha ini kes kematian akibat denggi dapat diatasi. Kesimpulannya, berbagai-bagai usaha perlu dilaksanakan untuk mengatasi penularan wabak denggi. Oleh itu, pihak kerajaan dan masyarakat perlu saling bekerjasama untuk mencegah wabak denggi agar kesihatan masyarakat terjamin dari semasa ke semasa. Bahagian B Soalan 1 Tema: Pengangkutan awam Fokus: Kebaikan pengangkutan awam di Malaysia Cadangan isi 1 Mempercepat masa perjalanan Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_Jaw_update.indd 146 29/8/2023 9:25:14 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


147 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu – Jawapan 2 Mengurangkan risiko kemalangan jalan raya 3 Mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar Contoh Karangan Pengangkutan awam merupakan kenderaan yang disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta dan boleh digunakan oleh orang ramai untuk ke destinasi yang ingin dituju, sama ada di dalam kawasan bandar atau di luar bandar sebagai bas ekspres, monorel, bas awam, feri atau kereta api. Penggunaan pengangkutan awam semakin meluas dan canggih seiring dengan arus perkembangan teknologi terkini. Hal ini disebabkan oleh pengangkutan awam memberikan kebaikan yang banyak kepada masyarakat. Antara kebaikan pengangkutan awam termasuklah masyarakat dapat mempercepat masa perjalanan. Hal ini dikatakan demikian kerana pengangkutan awam mempunyai laluan dan lorong khas, terutamanya di kawasan bandar raya yang sibuk. Sebagai contoh, sistem bas awam di bandar raya Kuala Lumpur mempunyai lorong khas dan kenderaan persendirian dilarang untuk memasuki lorong tersebut. Penggunaan MRT atau monorel juga mempercepat pergerakan kerana menggunakan landasan dan stesen yang terletak di kawasan tumpuan di ibu kota. Oleh itu, pengguna tidak akan terperangkap dalam kesesakan jalan raya jika menggunakan kenderaan sendiri, terutamanya pada waktu puncak dan urusan harian juga akan semakin lancar. Selain itu, pengangkutan awam juga dapat mengurangkan kemalangan jalan raya. Hal ini dikatakan demikian kerana kenderaan awam menjalani pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM). Sebagai contohnya, pemeriksaan brek, enjin dan tayar dilakukan supaya kenderaan awam seperti bas dan teksi selamat untuk bergerak di atas jalan raya bahkan mengurangkan risiko kemalangan kerana malang tidak berbau. Bukan itu sahaja, bas ekspres juga mempunyai dua orang pemandu sekiranya menuju ke destinasi yang jauh dan mereka boleh memandu secara bergilir-gilir. Situasi ini pasti dapat mengurangkan risiko keletihan akibat memandu dalam jarak jauh. Oleh hal yang demikian, kadar kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya dapat diatasi dari semasa ke semasa. Di samping itu, pengangkutan awam juga dapat mengurangkan masalah pencemaran udara. Hal ini dikatakan demikian kerana pengangkutan awam moden tidak membebaskan gas berbahaya ke udara. Umum mengetahui bahawa kesesakan lalu lintas di kawasan bandar raya di Malaysia turut menyumbang kepada masalah penipisan lapisan ozon. Sekiranya masyarakat menjadikan pengangkutan awam sebagai kenderaan utama untuk ke tempat kerja, bilangan kenderaan yang membebaskan gas karbon monoksida pasti dapat dikurangkan. Sebagai contohnya, monorel di kawasan bandar raya menggunakan tenaga elektrik untuk beroperasi malah bas awam juga sudah mula menggunakan tenaga solar untuk bergerak. Penggunaan kenderaan awam yang mesra alam tersebut pasti dapat menyegarkan udara di kawasan bandar malah kesan rumah hijau dan penipisan ozon akan dapat ditangani dari semasa ke semasa ibarat kata mutiara serampang dua mata. Kesimpulannya, pengangkutan awam di Malaysia mempunyai berbagai-bagai kebaikan kepada masyarakat dan juga alam sekitar. Oleh itu, pihak kerajaan perlu meningkatkan dan menambah baik kemudahan pengangkutan awam di Malaysia supaya setanding dengan kecekapan pengangkutan awam di negara maju ibarat kata mutiara duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Soalan 2 Tema: Melancong ke tempat bersejarah Fokus: Manfaat melancong ke tempat bersejarah Cadangan isi 1 Masyarakat dapat mengenali budaya dan warisan negara 2 Merancakkan perkembangan ekonomi masyarakat tempatan 3 Meluaskan pengetahuan rakyat Malaysia Contoh Karangan Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Selain keenakan makanan tempatan, keunikan perayaan dan destinasi peranginan yang indah, kawasan bersejarah juga antara faktor yang menarik kehadiran pelancong. Sebagai contoh, Melaka Bandar Raya Bersejarah telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO sebagai pusat pelancongan bersejarah. Oleh itu, pihak kerajaan telah berusaha untuk memajukan kawasan pelancongan bersejarah di Malaysia kerana memberikan manfaat yang banyak kepada masyarakat. Antara manfaat melancong ke tempat bersejarah termasuklah masyarakat dari dalam dan luar negara dapat mengenali budaya dan warisan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana pelancong dapat melihat sendiri budaya dan warisan negara melalui pameran yang terdapat di muzium atau kawasan yang bersejarah. Sebagai contohnya, pelancong dapat melihat kesenian rekaan rumah tradisional etnik di Malaysia seperti Iban, Bugis, Melanau dan banyak lagi di Taman Mini Malaysia yang terdapat di Melaka. Melalui lawatan ke taman budaya tersebut pelancong dapat mengetahui perkembangan tamadun sesuatu suku kaum yang terdapat di Malaysia seperti seni bina, peralatan memburu, memasak dan menjahit. Secara tidak langsung, hal ini dapat mengekalkan kebudayaan rakyat Malaysia ibarat peribahasa tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Selain itu, pelancongan bersejarah juga dapat meningkatkan ekonomi masyarakat tempatan. Hal ini berlaku demikian kerana kawasan pelancongan bersejarah pasti membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Oleh hal yang demikian, masyarakat tempatan boleh bekerja sebagai pemandu pelancong di kawasan pelancongan bersejarah atau menjalankan perniagaan berasaskan produk pelancongan bersejarah seperti cenderamata untuk dijadikan buah tangan oleh pelancong apabila mereka pulang ke negara asal. Bukan itu sahaja, perusahaan inap desa pasti akan berkembang. Sebagai contohnya, destinasi pelancongan bersejarah di Sungai Lembing, Pahang telah menawarkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan. Hal ini pasti dapat mengurangkan masalah pengangguran dalam kalangan warga tempatan. Di samping itu, pelancongan bersejarah dapat meningkatkan pengetahuan pelancong dari dalam dan luar negara supaya tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak maklumat bersejarah boleh diperoleh apabila melawat kawasan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Sebagai contoh, Memorial Kemerdekaan di Dataran Pahlawan, Melaka menempatkan pameran pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan Inggeris. Pelancong dapat merasai pengalaman berharga apabila melihat gambar, catatan bersejarah dan kereta yang digunakan oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia, iaitu Tunku Abdul Rahman. Secara tidak langsung, pelancong, khususnya warganegara Malaysia akan menghargai pengorbanan tokoh kemerdekaan negara. Kesimpulannya, pelancongan bersejarah memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat. Oleh itu, pihak Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_Jaw_update.indd 147 29/8/2023 9:25:14 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 148 kerajaan perlu memulihara bangunan bersejarah agar dapat dijadikan salah satu produk pelancongan yang unik dan menarik. Soalan 3 Tema: Pengaruh media sosial Fokus: Peranan ibu bapa dan guru untuk membantu remaja menghadapi cabaran pengaruh luar Cadangan isi 1 Ibu bapa perlu menekankan pendidikan agama 2 Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama-sama anak 3 Guru mendidik anak-anak menjadi pengguna media sosial yang bijak Contoh Karangan Penggunaan media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok telah meningkat secara drastik dalam kalangan remaja. Majoriti remaja yang berusia antara 18 tahun hingga 25 tahun pasti mempunyai akaun media sosial. Hal ini menyebabkan pengaruh dari luar mudah meresapi pemikiran anak muda, sama ada pengaruh yang positif atau negatif sehingga mengubah tingkah laku golongan remaja. Sekiranya kemasukan pengaruh luar tidak berjaya dihadapi, pasti generasi remaja akan rosak akhlaknya. Oleh itu, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang penting untuk membantu golongan remaja menghadapi pengaruh dari luar. Antara peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa termasuklah memberikan didikan agama dan moral yang sempurna kepada anak-anak yang masih berusia setahun jagung. Hal ini dikatakan demikian kerana didikan agama sangat penting untuk membimbing remaja untuk membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk. Oleh itu, ibu bapa perlu menceritakan kisah tokoh agama seperti akhlak mulia Nabi Muhammad SAW semasa menyebarkan dakwah kepada golongan remaja. Ibu bapa juga boleh menggunakan aplikasi media sosial seperti ceramah agamawan yang banyak tersebar melalui aplikasi YouTube. Oleh itu, didikan agama yang kukuh dapat membantu remaja menapis pengaruh yang bertentangan dengan budaya timur daripada media sosial. Selain itu, ibu bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Hal ini dapat memastikan anak-anak yang masih remaja memerlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa seperti peribahasa bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak tidak meluangkan masa dalam dunia digital untuk mencari perhatian daripada warga Internet dalam media sosial. Oleh itu, ibu bapa perlu melakukan aktiviti bersama-sama anak, sama ada di rumah atau di luar rumah. Sebagai contoh, makan malam atau minum petang bersama-sama agar ibu bapa dapat mengetahui perkembangan semasa anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa dapat mengesan sekiranya terdapat perubahan tingkah laku anak-anak agar masalah yang dihadapi oleh mereka dapat dikongsi bersama. Di samping itu, pihak sekolah turut memainkan peranan dengan melaksanakan kempen pengguna media sosial yang bijak. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja mencatat peratus tertinggi di media sosial dan sering terdedah kepada pengaruh luar yang negatif dari Barat. Oleh itu, penganjuran kempen kesedaran dapat membimbing golongan remaja agar dapat menjaga etika ketika menggunakan media sosial. Sebagai contoh, pihak sekolah perlu menganjurkan program forum remaja bagi mengupas isu pengaruh luar melalui media sosial secara dalam talian. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan pertandingan rakaman video yang berunsur positif dan dimuat naik di media sosial. Secara tidak langsung, guru dapat membimbing remaja untuk menyebarkan kebaikan melalui media sosial. Kesimpulannya, pengaruh luar memberikan berbagaibagai impak negatif kepada golongan remaja jika tidak ditangani dengan bijak. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing agar dapat membimbing remaja menangkis cabaran pengaruh luar yang semakin hebat dari semasa ke semasa. Soalan 4 Tema: Sisa sifar Fokus: Amalan sisa sifar dalam kalangan masyarakat Cadangan isi 1 Mengamalkan amalan kitar semula 2 Membeli barangan terpakai 3 Penggunaan bekas makanan sendiri Contoh Karangan Gaya hidup sisa sifar merupakan amalan tidak menghasilkan sampah dalam kehidupan seharian. Konsep sisa sifar diharapkan dapat mengurangkan sampah yang menggunung di kawasan pelupusan sampah. Timbunan sampah tersebut mengakibatkan berbagai-bagai kesan yang negatif terhadap kesejahteraan alam dan manusia, iaitu penipisan lapisan ozon, pencemaran bau dan menyebarkan berbagai-bagai penyakit berjangkit. Sehubungan dengan hal itu, gaya hidup sisa sifar perlu menjadi amalan dalam kalangan masyarakat ibarat peribahasa alah bisa tegal biasa. Antara amalan sisa sifar termasuklah mengamalkan kitar semula setiap masa, sama ada di rumah atau di luar rumah. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan kitar semula merupakan amalan yang berkesan untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar. Amalan kitar semula dapat mengurangkan timbunan sampah yang mengambil masa untuk mengalami proses biodegrasi. Sebagai contoh, setiap isi rumah perlu mengasingkan sisa domestik mengikut kategori, iaitu sisa makanan, tin aluminium, botol kaca, kertas dan plastik. Pada masa yang sama, pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandar Raya Iskandar Puteri, Johor telah menguatkuasakan peraturan pengasingan sisa domestik di setiap kawasan perumahan. Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan timbunan sampah malah dapat menjadi suri teladan kepada generasi muda apabila mereka melihat ibu bapa di rumah membudayakan amalan pengasingan sisa domestik. Selain itu, membeli barangan terpakai juga merupakan salah satu usaha ke arah sisa sifar dan mesra alam. Hal ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara jika barangan terpakai dibuang dan dibakar di kawasan pelupusan sampah. Penggunaan barangan terpakai juga dapat mengurangkan penggunaan sumber alam seperti pokok kayu balak untuk menghasilkan perabot baharu. Longgokan perabot lama yang dibuang juga dapat mengundang pembiakan vektor seperti tikus dan binatang berbisa. Bukan itu sahaja, pihak berkuasa tempatan juga dapat mengurangkan kos pengurusan sisa jika barangan terpakai boleh dijual semula untuk kegunaan individu lain. Oleh hal yang demikian, masyarakat tidak perlu berasa malu untuk menggunakan barangan terpakai seperti pakaian, perabot atau perkakas elektronik. Masyarakat perlu berasa bangga apabila dapat membudayakan sisa sifar secara tidak langsung. Pada masa yang sama, barangan terpakai lebih murah dan masyarakat sudah tentu dapat menjimatkan perbelanjaan. Di samping itu, amalan sisa sifar termasuklah penggunaan bekas makanan sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan plastik pembungkus makanan Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_Jaw_update.indd 148 29/8/2023 9:25:14 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version