The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISBN: 978-629-473-137-0
Price: WM RM14.90 / EM RM15.50

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-09-11 23:49:42

Bahasa Melayu

ISBN: 978-629-473-137-0
Price: WM RM14.90 / EM RM15.50

149 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu – Jawapan semakin berleluasa pada masa ini. Umum mengetahui bahawa penggunaan plastik pembungkus makanan mengambil masa yang lama untuk dibiodegrasi. Kandungan bahan kimia juga boleh membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Tambahan pula, plastik pembungkus makanan yang bersepah akan menjejaskan pemandangan dan berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan jentik-jentik. Oleh itu, masyarakat perlu mengubah sikap dengan membawa bekas makanan sendiri apabila berkunjung ke restoran untuk menjamu selera atau membungkus makanan. Usaha ini pasti dapat mengurangkan kos penyediaan makanan dan peniaga boleh menjual makanan dengan harga yang lebih murah. Kesimpulannya, budaya sisa sifar tidak menjadi sukar jika sentiasa menjadi amalan masyarakat pada setiap masa, bertepatan dengan peribahasa alah bisa tegal biasa. Oleh itu, masyarakat perlu menyambut baik seruan kerajaan untuk menyemarakkan budaya sisa sifar untuk alam sekitar yang mampan. Kertas 2 Bahagian A 1 (a) Kata Nama • seniman – Beliau telah berjaya menghasilkan banyak lagu untuk penyanyi terkenal tanah air sejak bergelar seniman. • laut – Semasa kami tiba ke Pantai Morib, air laut sedang pasang. (b) Kata Adjektif • peka – Sebagai masyarakat yang prihatin, kita mestilah peka dengan keadaan jiran kita. • bangga – Encik Shamlan bangga dengan pencapaian anak tunggalnya dalam SPM. 2 (a) FN + FN (b) FN + FK (c) FN + FA 3 (a) taktik – teknik/kaedah/amalan (b) hidroponic – hidroponik (c) mengecilkan – mengurangkan (d) pengguna – penggunaan (e) minima – minimum (f) banyak petani-petani – banyak petani (g) buruh tenaga – tenaga buruh (h) teknoloji – teknologi (i) aspek – bidang/sektor/industri (j) kayu pengukur – kayu ukur (k) demi untuk – demi/untuk 4 Sebentar nanti Laksamana akan datang membawa syahwat (kemaluan) dan keris Kertala Sari. Bendahara menyembah, “Inilah pertandaan yang sebenarnya, tuanku. Pada pendapat patik, tiada seorang yang mampu membunuh askar/pencuri melainkan Laksamana. Bukan sahaja tidak dapat membunuh dia, bertentang mata juga mereka tidak mampu.” Mereka masing-masing tunduk malu dan berlalu pergi. 5 (a) harapkan pegar, pegar makan padi (b) sudah jatuh ditimpa tangga (c) berat mata memandang, berat lagi bahu memikul Bahagian B 6 (i) Maksud rangkai kata memanfaatkan kebebasan • menggunakan kelapangan (ii) • Persamaan langkah memartabatkan bahasa di negara kita adalah dengan memperkasa penggunaan bahasa Melayu di negara kita. • Perbezaan: Bahan 1: Memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang kehakiman melalui kursus dan prosiding mahkamah. Bahan 2: Memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan di kampus dengan aktiviti karya kreatif dan membawa wacana perbincangan yang memartabatkan bahasa, sastera dan budaya. Catatan: Jawapan wajib ada 1 jawapan persamaan daripada keduadua bahan dan 1 jawapan perbezaan daripada Bahan 1 dan Bahan 2. (iii) Kepentingan bahasa kepada negara dan masyarakat: • melambangkan identiti negara dan jati diri penutur bahasa bagi negara kita • bahasa perpaduan ialah bahasa pengikat bangsa • bahasa kebangsaan kita/bahasa rasmi negara • melambangkan budaya/sopan santun/adat (iv) Cadangan aktiviti menarik yang boleh meningkatkan rasa minat murid terhadap bahasa Melayu: • aktiviti bahasa/program bercerita/perbahasan/pantun • pertandingan permainan bahasa • kempen dan hebahan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka atau pihak swasta yang lain • pameran buku/pameran bahasa • mengundang penulis tersohor atau penulis karya popular 7 (i) Maksud frasa pengikat ukhuwah ● penghubung persaudaraan (ii) Sebab remaja kini tidak berminat dengan aktiviti sukan: Bahan 1 • hidup serba cukup/mewah/ada duit • buang masa dan tenaga Bahan 2 • ketagih/sibuk bermain gajet • takut berpeluh • kurang kesedaran/tiada motivasi • kurang menarik perhatian (iii) Langkah bagi menggalakkan murid bersukan di sekolah: • kempen/program hari sukan/minggu sukan/bulan sukan • pertandingan sukan • aktiviti senamrobik, zumba dan rekreasi • memberikan risalah/menampal poster sukan (iv) Cadangan sebagai guru sukan: • rajin berlatih atau mempraktikkan skil atau teknik bola sepak yang betul • meminta bantuan rakan lain atau ahli keluarga yang berpengalaman dalam sukan bola sepak • menghantar murid tersebut mewakili pasukan bola sepak sekolah • mencadangkan murid tersebut menyertai mana-mana kelab/akademi bola sepak yang wujud di Malaysia bagi mengembangkan bakat serta pengalaman 8 (i) Ciri-ciri fizikal kampung: • tidak terlalu mundur/baik dari segi fizikal • lampu kuning juga dipasang berselang tiga batang tiang elektrik Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_Jaw_update.indd 149 29/8/2023 9:25:14 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 150 • jalannya sudah berturap • lengkap dengan sekolah, balai raya dan klinik desa (ii) Peristiwa yang menggambarkan tema bagi novel. (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa • Keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air Huraian: Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air. Huraian: Leftenan Adnan berani berjuang untuk menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata. (b) Di Sebalik Dinara • Ketaasuban terhadap teknologi hingga mengetepikan nilai kemanusiaan Huraian: Karl sanggup menjadikan anaknya mangsa kajian sains sehingga memasukkan mikrocip ke dalam tubuh anaknya, Farisha untuk menjadikannya genius. Huraian: Peristiwa Karl menyeksa isterinya, Medina sehingga cacat dan menukarnyanya menjadi cyborg. Akhirnya, Medina melarikan diri daripada Karl. (c) Jendela Menghadap Jalan • Kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah dan diselesaikan dengan cara bermuafakat Huraian: Masalah keganasan rumah tangga yang berlaku kepada keluarga Che Jah akibat sikap suaminya, Seman dapat diatasi apabila Che Jah sendiri dengan sukarela membuat laporan polis. Akibat tidak tahan dengan sikap suaminya dan kesan kenakalan anakanaknya, Che Jah akhirnya berjaya diselamatkan. Huraian: Keprihatinan masyarakat terhadap masalah yang dihadapi. Lili begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh Che Jah. (d) Pantai Kasih • Ketabahan seorang wanita menghadapi dugaan hidup Huraian: Raiha, seorang pakar bedah tabah menghadapi konflik dan tekanan setelah kematian anak tunggal kesayangannya yang terkorban dalam kebakaran kereta. Huraian: Walaupun Raiha mengetahui punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya, Doktor Sadiz, namun Raiha reda dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan Tuhan dan mereka ialah mangsa keadaan. (e) Songket Berbenang Emas • Ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup Huraian: Dahlia, seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan hidupnya. Apabila emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan ke hospital, Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan berulang-alik ke sekolah. Dahlia seorang yang tabah kerana terpaksa menjaga adik-adiknya di samping pelajarannya. Huraian: Kehidupan Dahlia semakin tertekan apabila ayahnya dipatuk ular. Dia terpaksa mengambil alih semua tugas menguruskan adik-adik dan keperluan rumah mereka. Namun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan tersebut. (f) Tirani • Kegigihan seorang wanita dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya Huraian: Sebagai seorang wanita, Waheeda gigih menghadapi keruntuhan rumah tangga dan bangkit semula untuk menjadi usahawan yang berjaya dengan membangunkan Aya-Sajinah. Huraian: Waheeda gigih berusaha bersama-sama keluarganya untuk mengusahakan perusahaan inap desa di Bukit Tajau Emas Matang Sarawak. (g) Bimasakti Menari • Kegigihan dan keberanian anak muda untuk mempertahankan alam sekitar walaupun menghadapi pelbagai rintangan Huraian: Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah berusaha untuk mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Huraian: Budiman dan adiknya sama-sama prihatin terhadap pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor dan berazam untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran akibat pembangunan yang tidak terancang. (h) Silir Daksina • Kekeluargaan Huraian: Haikal terpisah jauh daripada ayahnya, iaitu Abdullah Kayan. Haiqal dipelihara oleh uminya dan ayah tirinya yang bernama Abdul Fattah yang selama ini dipanggilnya sebagai walid. Huraian: Walaupun mendapat tentangan daripada umi, Haiqal tetap meneruskan hasratnya untuk ke Batu Pahat bagi mengetahui sejarah ayah kandungnya. 9 Pendahuluan Rumusan membincangkan manfaat menyertai aktiviti kesukarelawanan dan langkah-langkah mempergiat penyertaan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_Jaw_update.indd 150 29/8/2023 9:25:15 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


151 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu – Jawapan Isi tersurat Bahan 1: Manfaat/Faedah/Kebaikan (a) Aktiviti kesukarelawanan memperkaya ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman (b) Aktiviti tersebut memupuk budaya bekerjasama, semangat berkumpulan dan mengikis sikap pentingkan diri (c) Kita dapat meluaskan jaringan kenalan daripada pelbagai latar belakang (d) Kesukarelawan memberikan kepuasan menerusi amalan kebajikan (e) Kesukarelawan membina keyakinan diri dalam menyelesaikan masalah (f) Kesukarelawan mampu meningkatkan kebolehpasaran kerjaya Bahan 2: Manfaat/Faedah/Kebaikan (a) Aktiviti kesukarelawan melahirkan individu yang penuh empati dan bertanggungjawab (b) Aktiviti itu memupuk semangat perpaduan masyarakat (c) Kesukarelawan juga membentuk peribadi mulia Bahan 3: Langkah-langkah/Usaha/Cara (a) Pihak swasta/kerajaan mengadakan kempen kesukarelawan terbuka (b) Iklan/video kesukarelawan di media sosial Kesimpulan Kesimpulannya, aktiviti kesukarelawan perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat agar negara bertambah harmoni dan aman. Kertas 3 1 Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan sektor ekonomi yang melibatkan pengeluaran barangan kilang atau perkhidmatan berkaitan perkilangan yang mempunyai bilangan pekerja antara 150 hingga 200 orang 2 ● Memastikan negara dapat bersaing dengan negara maju yang lain ● Memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan ekonomi negara 3 Peranan pihak kerajaan: ● Memberikan dana kepada pengusaha PKS ● Mempromosikan PKS melalui media sosial ● Mengurangkan cukai kepada PKS ● Memberikan latihan kemahiran kepada pekerja-pekerja PKS 4 Usaha yang perlu saya lakukan: ● Meningkatkan ilmu pengetahuan ● Menguasai pelbagai bahasa ● Mempelajari kemahiran yang sesuai dengan diri Bahagian B • Pihak sekolah memantau kawasan berbahaya – meletakkan papan tanda amaran • Pihak sekolah perlu memastikan peralatan di sekolah diselenggara dengan baik – tiang gol tidak berkarat, peralatan sukan berada dalam keadaan baik • Pihak sekolah perlu memberikan peringatan kepada muridmurid dari semasa ke semasa • Pihak sekolah memastikan kegiatan di luar bilik darjah dikawal selia oleh guru yang bertugas Kertas 4 Petikan 1 1 150 hingga 200 orang 2 (i) Merancakkan ekonomi negara (ii) Memastikan bekalan makanan negara mencukupi (iii) Negara dapat bersaing dengan negara maju 3 B Petikan 2 1 pakaian terpakai 2 (i) Mampu memiliki lima kedai pakaian terpakai. (ii) Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. 3 (i) Memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM100 sahaja. (ii) Beliau pergi dari rumah ke rumah untuk mencari bekalan. (iii) Menawarkan harga baju terpakai pada harga RM1.00 sekilogram kepada penghuni rumah. 4 Puan Mi menjual pakaian di kaki lima pasar malam. ✗ Puan Mi berjaya membuka gudang pakaian ✗ Puan Mi meneruskan jualan di aplikasi e-dagang dan laman sosial. ✓ 5 baju bayi, tudung, kasut, dan beg Petikan 3 1 (i) berdiri (ii) menarik nafasnya dalam-dalam (iii) melepaskan nafasnya secara perlahan-lahan 2 C 3 Seorang penyajak itu perlulah tenang dengan mengawal pernafasannya, selain perlukan konsentrasi ketika bersajak. Petikan 4 1 alternatif; dislokasi 2 ● Mengurangkan sakit leher dan belakang ● Kesakitan pada sendi juga dapat dikurangkan ● Mengurangkan kesakitan dan ketegangan otot Kertas Model 3 Kertas 1 Bahagian A Tema: Belajar secara berkumpulan Fokus: Kebaikan belajar secara berkumpulan Format: E-mel Cadangan isi 1 Belajar secara berkumpulan menyeronokkan 2 Murid dapat menguasai mata pelajaran dengan mudah Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_Jaw_update.indd 151 29/8/2023 9:25:15 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 152 Contoh Karangan Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Belajar secara berkumpulan Salam hormat, sahabatku. Terima kasih kerana saudara sudi mengirim e-mel kepada saya. Kehadiran e-mel saudara menceriakan hidup saya kerana sudah lama kita tidak bersua muka. Saudara, Untuk makluman saudara, sudah hampir dua bulan saya belajar secara berkumpulan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa belajar secara berkumpulan memberikan manfaat yang banyak. Antara manfaat belajar secara berkumpulan termasuklah saya dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Hal ini dikatakan demikian kerana kami belajar dalam suasana yang santai bersama-sama rakan sebaya. Sebagai contoh, masing-masing tidak berasa kekok untuk bertanya soalan dan berkongsi masalah dalam pembelajaran. Oleh itu, saya tidak berasa stres malah setiap topik dapat saya ingati sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Selain itu, saya dapat menguasai mata pelajaran yang sukar saya kuasai sejak tingkatan empat seperti Matematik Tambahan. Saya bersyukur apabila rakan sekumpulan yang cemerlang sudi membimbing saya dengan menunjuk ajar formula yang mudah dan berkongsi nota ringkas yang menarik ibarat peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Secara tidak langsung, keputusan Matematik Tambahan saya semakin baik dalam peperiksaan percubaan SPM yang lalu. Saudara, Kesimpulannya, aktiviti belajar secara berkumpulan sangat bermanfaat kepada calon SPM. Oleh itu, saya turut berharap agar saudara menyertai aktiviti belajar secara berkumpulan. Sekian sahaja e-mel saya pada kali ini. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Latifah Hana Bahagian B Soalan 1 Tema: Inovasi Fokus: Manfaat inovasi dalam kehidupan seharian Cadangan isi 1 Meningkatkan kualiti kehidupan manusia 2 Meningkatkan ekonomi negara 3 Mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar Contoh Karangan Inovasi merupakan idea, kaedah atau ciptaan produk baharu yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa. Perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0 telah menunjukkan bahawa inovasi kerap berlaku dari semasa ke semasa. Sebagai contohnya, teknologi telefon bimbit telah berkembang menjadi telefon pintar pada masa ini. Hal ini membuktikan bahawa inovasi memberikan manfaat yang banyak dalam kehidupan. Antara manfaat inovasi dalam kehidupan seharian termasuklah meningkatkan kualiti kehidupan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan inovasi terhasil daripada masalah yang dihadapi oleh masyarakat dalam urusan seharian. Sehubungan dengan hal itu, manusia sentiasa mencari jalan dengan melakukan inovasi agar masalah tersebut dapat diselesaikan ibarat peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sebagai contohnya, urusan suri rumah mengurus rumah tangga berjaya diringankan dengan inovasi teknologi seperti pembersih vakum pintar yang mampu membersihkan rumah secara automatik. Bukan itu sahaja, inovasi periuk pintar Thermomix pula dapat digunakan untuk memasak pelbagai juadah tradisional atau moden yang lazat dalam masa yang singkat. Jelaslah bahawa perkembangan inovasi dalam teknologi menyebabkan tugasan suri rumah menjadi lebih mudah. Selain itu, inovasi juga dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini berlaku demikian kerana hasil inovasi boleh dikomersialkan dan dipasarkan di dalam dan di luar negara. Apabila sesuatu produk inovasi dikomersialkan, pasti banyak kilang akan dibuka bagi mengkomersialkan produk berkenaan seperti inovasi dalam industri makanan. Sebagai contohnya, produk inovasi tempatan daripada MARDI seperti air minuman tenaga tanpa gula juga mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna. Bukan itu sahaja, pihak MARDI telah menghasilkan inovasi jus Terung Gold yang selamat untuk mengawal berat badan. Situasi ini akan menarik lebih ramai pelabur asing malah penduduk tempatan juga akan menerima kesan positif apabila peluang pekerjaan terbuka luas. Di samping itu, inovasi juga membantu dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana hasil inovasi mampu menambah baik usaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar. Sebagai contohnya, inovasi tenaga solar yang lebih murah dan mudah untuk digunakan di rumah dapat mengurangkan kebergantungan pengguna kepada tenaga elektrik yang menggunakan teknologi arang batu. Bukan itu sahaja, penciptaan straw daripada beras juga dapat mengurangkan penggunaan plastik dalam perniagaan makanan. Oleh itu, masalah timbunan sampah dan penipisan ozon akan dapat diatasi dari semasa ke semasa. Pada masa yang sama juga inovasi dapat melestarikan alam sekitar yang mapan. Kesimpulannya, inovasi memberikan manfaat yang banyak dalam kehidupan manusia. Oleh itu, inovasi perlu sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa agar kehidupan kita lebih sejahtera malah dapat bersaing dengan negara maju yang lain ibarat peribahasa berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Soalan 2 Tema: Aktiviti kemasyarakatan Fokus: Manfaat menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti kemasyarakatan Cadangan isi 1 Menyatupadukan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia 2 Memupuk nilai murni dalam kalangan generasi muda 3 Melahirkan masyarakat yang prihatin dan penyayang Contoh Karangan Aktiviti kemasyarakatan merupakan kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat di sesebuah kawasan petempatan seperti amalan ziarah-menziarahi, rumah terbuka dan gotong-royong. Namun begitu, aktiviti kemasyarakatan semakin dipinggirkan kerana masyarakat sibuk bekerja mengejar kemewahan duniawi dan mereka juga bersifat individualistik ibarat peribahasa bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu aktif dalam aktiviti kemasyarakatan kerana memberikan manfaat yang banyak. Antara manfaat aktiviti kemasyarakatan termasuklah menyatupadukan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti kemasyarakatan merupakan salah satu medium untuk masyarakat berbilang Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_Jaw_update.indd 152 29/8/2023 9:25:15 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


153 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu – Jawapan bangsa berkumpul. Oleh hal yang demikian, masyarakat dapat berbual mesra, bertanya khabar atau bertegur sapa semasa menyertai aktiviti kemasyarakatan. Masyarakat juga boleh berbual-bual dengan jiran tetangga yang sudah lama tidak bersua muka kerana kesibukan bekerja. Sebagai contoh, aktiviti rumah terbuka di sesebuah kawasan perumahan mampu menyatupadukan masyarakat setempat berbilang kaum sambil menikmati juadah tradisional yang lazat. Secara tidak langsung, semangat kejiranan dapat dipupuk dan masyarakat harmoni dapat diwujudkan. Selain itu, aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan secara berterusan dapat memupuk nilai murni dalam kalangan masyarakat, terutamanya generasi muda. Hal ini berlaku demikian kerana aktiviti kemasyarakatan dilakukan secara sukarela tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran daripada mana-mana pihak. Sebagai contoh, aktiviti gotongroyong membersihkan kawasan pembiakan nyamuk Aedes di sesebuah kawasan perumahan jelas menunjukkan semangat kekitaan dan nilai kerjasama dalam kalangan penduduk ibarat peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Setiap penduduk tidak kira tua atau muda akan berganding bahu untuk membersihkan kawasan perumahan agar kesihatan masyarakat setempat terpelihara daripada wabak denggi. Situasi ini dapat dijadikan suri teladan kepada generasi muda agar mereka dapat meneruskan aktiviti kemasyarakatan pada masa hadapan. Di samping itu, aktiviti kemasyarakatan dapat mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyayang. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap anggota masyarakat sentiasa mengambil berat akan keadaan penduduk yang tinggal berhampiran. Sebagai contohnya, amalan ziarahmenziarahi jiran yang sakit dapat menunjukkan sifat belas ihsan kepada setiap anggota masyarakat di samping memahami penderitaan yang ditanggung oleh pesakit ibarat kata mutiara cubit paha kiri, paha kanan teras sakit. Semasa menziarahi, sumbangan wang dan kata-kata semangat turut diberikan agar mereka berasa dihargai dan tidak dipinggirkan oleh individu lain. Lawatan sosial seperti ini pasti dapat merapatkan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat. Kesimpulannya, aktiviti kemasyarakatan memberikan seribu satu manfaat ke arah pembentukan masyarakat penyayang. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu sepakat untuk menyemarakkan lagi aktiviti kemasyarakatan agar suasana muhibah di dalam negara dapat dikekalkan dari semasa ke semasa. Soalan 3 Tema: Amalan membaca Fokus: Cara-cara membudayakan amalan membaca Cadangan isi 1 Pihak kerajaan dan swasta menganjurkan kempen membaca 2 Pihak kerajaan menganjurkan Program Nilam di peringkat sekolah 3 Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak Contoh Karangan Amalan membaca merupakan jambatan ilmu bagi setiap individu. Namun begitu, budaya membaca semakin dipinggirkan oleh masyarakat apabila seramai 5.5 juta rakyat Malaysia langsung tidak berminat terhadap buku dan bahan bacaan. Tambahan pula, pengaruh digital begitu besar sehingga sumber pembacaan tradisional seperti surat khabar dan buku semakin diketepikan malah banyak syarikat akhbar terpaksa gulung tikar kerana jualan merosot. Oleh itu, amalan membaca wajar disuburkan semula untuk melahirkan masyarakat yang berilmu. Antara usaha memupuk amalan membaca termasuklah pihak kerajaan dan swasta berganding bahu melaksanakan kempen kesedaran budaya membaca kepada masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen kesedaran dapat memberikan pendedahan tentang kepentingan budaya membaca kepada masyarakat. Pada masa yang sama, kempen kesedaran dapat mempengaruhi minda masyarakat, terutamanya generasi muda untuk membaca. Oleh hal yang demikian, penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada setiap tahun merupakan satu tindakan yang tepat. Pesta buku akan menghimpunkan syarikat penerbitan buku dari seluruh negara. Pengunjung juga dapat membeli buku dengan harga yang murah malah boleh mendapatkan tandatangan penulis buku yang digemari seperti Dayang Noor, iaitu penulis novel Di Sebalik Dinara. Secara tidak langsung, pesta buku dapat menarik minat masyarakat untuk membeli dan membaca buku di samping merancakkan industri buku negara. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program Nilam di peringkat sekolah. Hal ini dapat menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan generasi muda ibarat peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bukan itu sahaja, usaha tersebut dapat menggalakkan murid untuk menjadikan buku sebagai teman setia. Budaya membaca dalam kalangan murid pasti akan meningkat apabila mereka berusaha untuk mendapatkan anugerah peringkat gangsa, emas, perak dan nilam. Pada masa yang sama, murid yang mempunyai bilangan bacaan tertinggi akan berpeluang untuk menjadi Tokoh Nilam di peringkat sekolah. Oleh itu, generasi yang celik ilmu pasti dapat dilahirkan apabila murid menjadikan buku sebagai teman setia. Di samping itu, ibu bapa perlu menjadi suri teladan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan anak. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak akan mudah dipengaruhi oleh tingkah laku yang dipaparkan oleh ibu bapa mereka ibarat kata mutiara ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Pada masa yang sama, ibu bapa juga ialah guru pertama bagi anak-anak. Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa juga wajar menjadikan buku sebagai teman setia pada masa lapang dan mengurangkan masa menggunakan telefon pintar. Ibu bapa juga perlu menyediakan perpustakaan mini di rumah agar anak-anak mudah untuk mendapatkan bahan bacaan. Semasa hujung minggu, ibu bapa perlu menjadikan perpustakaan atau kedai buku sebagai lokasi untuk bersantai bersama-sama keluarga. Hal ini pasti dapat meningkatkan perasaan cinta akan buku dalam kalangan generasi muda. Kesimpulannya, berbagai-bagai usaha wajar dilaksanakan untuk memupuk amalan membaca dalam setiap lapisan masyarakat. Oleh itu, semua pihak wajar berganding bahu untuk menyemarakkan budaya membaca kerana bangsa membaca bangsa berjaya. Soalan 4 Tema: Berkebun Fokus: Manfaat berkebun Cadangan isi 1 Menyegarkan dan menghijaukan alam 2 Memberikan pulangan wang tunai 3 Bekalan makanan yang bersih dan selamat Contoh Karangan Menurut Kamus Dewan, berkebun bermaksud bercucuk tanam di kebun atau bekerja menguruskan kebun. Namun Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_Jaw_update.indd 153 29/8/2023 9:25:15 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 154 begitu, amalan berkebun kurang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tempatan kerana tiada kawasan untuk berbudi kepada tanah dan kurang pengetahuan untuk bercucuk tanam. Oleh itu, masyarakat perlu diberikan pendedahan terhadap aktiviti berkebun kerana kegiatan tersebut memberikan faedah yang banyak bukan sahaja kepada alam sekitar malah kepada individu. Antara manfaat berkebun termasuklah kegiatan tersebut merupakan salah satu usaha untuk menyegarkan dan menghijaukan alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana proses pembandaran yang tidak terancang akan mengurangkan kehijauan alam. Kawasan hutan telah diteroka untuk mewujudkan kawasan petempatan baharu. Sehubungan dengan hal itu, setiap individu boleh mengorak langkah dengan menanam pokok hiasan di sekitar kawasan rumah seperti pokok ru, pokok bucida atau dikenali sebagai pokok doa dan pokok bunga raya. Usaha ini bukan sahaja dapat menghijaukan pemandangan alam di sekitar kawasan rumah malah dapat menyejukkan suhu sekitar kerana tumbuh-tumbuhan membekalkan oksigen. Selain itu, aktiviti berkebun juga dapat memberikan pulangan wang tunai kepada masyarakat yang aktif berkebun. Hal ini berlaku demikian kerana hasil tanaman boleh dituai dan dijual kepada orang ramai. Hasil kebun bukan sahaja sayursayuran malah pokok hiasan juga mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai. Sebagai contoh, hasil sayuran seperti sawi yang ditanam menggunakan kaedah hidroponik mendapat permintaan yang tinggi kerana ditanam secara organik. Bukan itu sahaja, pokok hiasan seperti lidah buaya boleh dijual dengan harga yang mahal kerana sering digunakan sebagai hiasan malah turut digunakan dalam perubatan alternatif. Oleh itu, aktiviti berkebun dapat membantu masyarakat mengurangkan beban kewangan. Di samping itu, aktiviti berkebun juga dapat membekalkan sumber sayuran yang segar, berkhasiat, bersih dan selamat kepada isi rumah. Hal ini dikatakan demikian kerana sayursayuran yang ditanam secara komersial menggunakan racun serangga dan baja yang mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan. Oleh sebab itu, bercucuk tanam di kawasan rumah dapat menjamin keselamatan dan kebersihan sayur-sayuran. Sebagai contohnya, tanaman cili, terung dan timun yang ditanam di kebun kecil hanya memerlukan baja organik daripada sisa makanan dari dapur. Untuk mengatasi serangan makhluk perosak, kaedah kawalan biologi boleh digunakan. Oleh hal yang demikian, hasil tanaman tanpa racun dan menggunakan baja organik pasti dapat mengekalkan kesihatan isi rumah dari semasa ke semasa. Kesimpulannya, aktiviti berkebun di sekitar kawasan rumah sangat bermanfaat kepada alam dan individu. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu menimba ilmu bercucuk tanam yang mudah diperoleh daripada Internet agar kesihatan dan kelestarian alam sekitar dapat dikekalkan. Kertas 2 Bahagian A 1 Kata Sendi • daripada – Perabot yang terdapat di rumah nenek diperbuat daripada kayu jati. • di – Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra. Kata Hubung • dan – Salman dan abangnya berkongsi minat yang sama, iaitu menyertai sukan lasak. • atau – “Sudahkah kamu membuat pilihan sama ada belajar di dalam negara atau di luar negara?” tanya Samuel kepada adiknya. 2 (a) Merupakan aktiviti masa lapang yang popular dalam kalangan masyarakat dan sesuai untuk segenap lapisan umur permainan video. (b) Dikhuatiri perangai mereka akan berubah apabila dewasa nanti kanak-kanak yang taasub terhadap permainan video. (c) Dalam jangka pendek masyarakat tidak dapat melihat kesan negatifnya. 3 Bahan 1 (a) di antara – antara (b) di kalangan – dalam kalangan (c) warga negara – warganegara (d) setiakawan – setia kawan (e) bertolak-ansur – bertolak ansur (f) bahawa – untuk Bahan 2 (a) di atas – atas (b) dari – daripada (c) diterima oleh saya – saya terima (d) bahawa – agar (e) mengunjungi – berkunjung 4 Laksamana mengambil harta itu dan membahagikan kepada tiga. Sebahagian yang dibahagi tiga itu; sebahagiannya didermakan kepada fakir miskin dan yang sebahagian lagi diberikan kepada semua pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagian lagi diberikan kepada semua orangnya. Segala harta itu akhirnya habis dan tidak ada yang diambil oleh Laksamana. 5 (a) seperti isi dengan kuku (b) sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna (c) bumi mana yang tidak ditimpa hujan (Peribahasa lain yang sesuai juga diterima) Bahagian B 6 (i) Maksud rangkai kata menghapuskan tembok • melenyapkan penghalang (ii) Kebaikan bagi individu yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan: • menyatukan masyarakat Malaysia/ejen perpaduan • merapatkan hubungan antara kaum/menghapus politik perkauman dan agama Catatan: Jawapan wajib ada 1 jawapan persamaan daripada keduadua bahan. (iii) Langkah mengembangkan bakat saya dalam bidang sukan: • menambah pengetahuan dan teori sukan yang saya minat berlatih dengan bersungguh-sungguh • menghadiri kursus pemantapan sukan tersebut • menyediakan peralatan sukan (iv) Peranan yang saya lakukan bagi menarik minat rakan menyertai sukan: • menerangkan kelebihan sukan dalam kehidupan • menunjukkan minat dan potensi sukan kepada generasi muda • mengajak rakan menyertai acara sukan • Melawat pusat sukan atau stadium negara 7 (i) Maksud rangkai kata mencerminkan peribadi • menggambarkan diri/kelakuan/sikap/sifat Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_Jaw_update.indd 154 29/8/2023 9:25:15 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BH


Click to View FlipBook Version