KANDUNGAN Nota Ekspres i – x Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 xi – xvi Modul Literasi dan Amali Sivik xvii – xxiv Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PJKR) xxv – xxxii Rekod Prestasi Murid xxiii – xxxviii Unit 1 Saling Menyayangi Kuiz Aktiviti Interaktif 1 Unit 2 Ke Sana ke Sini PIB Aktiviti Interaktif 4 Unit 3 Cerita Pertemuan 6 Unit 4 Kesihatan Tanggungjawab Kita Kuiz 9 Unit 5 Kebersihan Asas Kesejahteraan Aktiviti PAK-21 Kuiz 12 Unit 6 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa Aktiviti Interaktif 14 Unit 7 Sentiasa Peka Video Tutorial PIB 17 Unit 8 Sentiasa Berhati-hati 20 Unit 9 Waspada Fenomena Alam 22 Unit 10 Langkah Perpaduan 25 Unit 11 Gema Perpaduan 28 Unit 12 Semarak Perpaduan Kuiz 30 Thn6 Kuasa BM Kandungan.indd 1 10/3/2023 4:36:57 PM
Unit 13 Warisan Budaya Kekal Terpelihara 33 Unit 14 Persada Seni Lambang Jati Diri Kuiz 36 Unit 15 Estetika Cita Rasa Malaysia Aktiviti PAK-21 38 Unit 16 Indahnya Sains Video Tutorial 41 Unit 17 Teknologi Membantu Kita Aktiviti Interaktif 44 Unit 18 Inovasi Kreatif Aktiviti Interaktif 47 Unit 19 Penternakan Janakan Pendapatan 50 Unit 20 Rezeki daripada Tanah 53 Unit 21 Dunia Tani dan Ternak PIB 55 Unit 22 Sumber Ekonomi Kuiz Aktiviti Interaktif 58 Unit 23 Usahawan Berjaya 61 Unit 24 Bijak Mengurus Wang 63 Unit 25 Amanah Sejagat 66 Unit 26 Integriti Nadi Kemakmuran Negara 68 Unit 27 Kejujuran Asas Jati Diri Kuiz 70 Thn6 Kuasa BM Kandungan.indd 2 10/3/2023 4:36:57 PM
1 1 Saling Menyayangi Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 2 – 6 Prɑktis PBD 1 Sikap Zubir Zubir amat menyayangi adiknya walaupun adiknya mempunyai kekurangan. Dia sangat prihatin dan mengambil berat akan keselamatan adiknya. 2 Hubungan antara Zubir dengan Zain Hubungan Zubir dengan Zain sangat rapat dan mesra. 3 Pengajaran Cerita Kita hendaklah menyayangi anggota keluarga kita dengan sepenuh hati. Kita perlu prihatin terhadap keselamatan anggota keluarga kita dan menerima kekurangan mereka dengan hati yang terbuka. Tema 1: Kekeluargaan Zubir mempunyai seorang adik bongsu. Nama adiknya, Zain. Ketika berumur lima tahun, Zain telah disahkan oleh doktor menghidap autisme. Kanak-kanak yang mengalami masalah ini sukar dikawal dan sikap mereka sukar difahami. Sungguhpun kecewa kerana adiknya tidak seperti kanak-kanak normal yang lain, Zubir tetap menyayangi adiknya itu. Kasih sayangnya tidak pernah luntur walaupun kerenah adiknya itu memeningkan kepalanya. Setiap hari, ada sahaja masalah yang ditimbulkan oleh Zain. Jika permintaannya tidak dituruti, Zain akan mengamuk sesuka hatinya. Pada suatu hari, keluarga Zubir berkelah di Pantai Chendering. Zubir dan Zain sangat gembira kerana dapat bermain di pantai bersama-sama. Namun begitu, ketika Zubir sedang leka bermain ombak, Zain hilang secara tiba-tiba. Zubir cemas dan bingung bagai kucing kehilangan anak. Puas dia mencari dan melaunglaungkan nama adiknya itu. Akhirnya, Zain ditemukan sedang menyorok di celah-celah batu besar di pantai itu. Lega sungguh hati Zubir apabila mendapati adiknya itu selamat. Dalam masa yang sama, dia hampir hilang sabar kerana tindakan adiknya itu menyusahkannya. Namun begitu, dia dapat mengawal kemarahannya. Dia sedar bahawa adiknya itu ada kekurangan. Baca cerita. Kemudian, buat tafsiran. S.P 2.1.1 KBAT Menilai TP 1 2 3 4 5 6 Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 1 10/3/2023 4:39:57 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 2 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 2 – 6 Prɑktis PBD Tulis gurindam dalam bentuk tulisan berangkai. S.P 3.1.1 Gurindam Keluarga Bahagia Kasih-mengasihi sesama keluarga, Rumah dihuni ibarat syurga. Saling memahami bertimbang rasa, Keluarga harmoni bahagia sentiasa. Sikap prihatin kita amalkan, Hubungan baik akan berkekalan. Elakkan sengketa dan hasad dengki, Pasti keluarga dimurahkan rezeki. Amalkan sikap bekerjasama, Sinar bahagia pasti menjema. Saling muafakat dan bersatu hati, Keluarga bahagia idaman hati. Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 2 10/3/2023 4:40:00 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 3 TP 1 2 3 4 5 6 Lengkapkan dialog dengan kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama diri yang betul. S.P 5.1.1 (i), (ii), (iii) Ayah : Akmal, ayah bercadang mahu membawa keluarga kita bercuti di kawasan air terjun. Adakah (1) kamu berminat? Akmal : Ya, sudah tentu. (2) Saya sangat suka akan suasana di kawasan air terjun. Kawasan (3) itu indah dan damai. Ayah : Kalau begitu, kita akan berkelah di (4) Jeram Gading , Negeri Sembilan. Kita akan menginap di sebuah (5) chalet yang diusahakan oleh rakan ayah di sana. (6) Beliau amat mengalu-alukan kedatangan kita. Akmal : Apakah keistimewaan tempat itu, ayah? Ayah : Bacalah brosur (7) ini . Segala maklumat tentang kawasan itu ada dinyatakan. Akmal : Wah, menariknya! Kita akan bercuti di sana (8) bila , ayah? Ayah : Kita akan bercuti di tempat itu pada bulan hadapan. Akmal : Ibu, adik dan kakak sudah tahukah, ayah? Apakah kata (9) mereka ? Ayah : Sudah, Akmal. Mereka amat teruja untuk bercuti di (10) sana . beliau Jeram Gading saya mereka kamu chalet sana ini bila itu Kuiz Kuiz PdPc Aspek Tatabahasa BT: m.s. 2 – 6 Prɑktis PBD Interaktif Aktiviti PdPc Aktiviti Interaktif Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 3 10/3/2023 4:40:00 PM
4 2 Ke Sana ke Sini Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 7 – 12 Prɑktis PBD Dengar maklumat. Kemudian, berikan respons. S.P 1.1.2 KBAT Menilai Pada minggu lepas, Encik Adi membawa anak-anaknya, iaitu Lokman dan Hamdan menyaksikan perlawanan akhir badminton di sebuah stadium di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Sebelum perlawanan badminton bermula. Encik Adi : Perlawanan pada malam ini ialah perlawanan akhir perseorangan lelaki. Pemain negara kita akan menentang pemain dari Indonesia. Lokman : Perlawanan ini (1) pasti sengit. Kedua-dua orang pemain badminton itu sangat handal. Hamdan : Semoga (2) pemain negara kita bermain dengan cemerlangnya dan berjaya menjadi juara. Selepas perlawanan badminton berakhir. Encik Adi : Keputusan perlawanan akhir tadi memihak kepada pemain negara kita. Beliau berjaya menewaskan pemain lawan untuk menjadi juara kejohanan. Lokman : Wah, (3) gembiranya hati saya! Pemain badminton negara kita sungguh hebat. Hamdan : Tahniah (4) diucapkan kepada beliau. Kejayaan beliau wajar dicontohi dan diberikan pujian. Tema 1: Kekeluargaan TP 1 2 3 4 5 6 Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 4 10/3/2023 4:40:01 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 5 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 7 – 12 Prɑktis PBD Teliti gambar di bawah. Kemudian, jawab soalan yang dikemukakan. S.P 3.2.1 KBAT Menilai Aktiviti riadah bersama-sama keluarga sangat berfaedah. Pada pendapat kamu, apakah faedah yang kamu peroleh daripada aktiviti tersebut? Pada pendapat saya, aktiviti riadah bersama-sama keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selain itu, aktiviti tersebut dapat menyihatkan badan dan menenangkan fikiran. Berikan pendapat kamu tentang kebaikan yang diperoleh daripada aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar ini? Pada pendapat saya, aktiviti tersebut sangat berfaedah kerana sangat mencabar dan menyeronokkan. Kita juga akan dapat mempelajari pelbagai kemahiran baharu seperti memasak, memasang khemah dan ikhtiar hidup. 1 2 PdPc Aktiviti Pelibatan Ibu Bapa (PIB) Berbuallah dengan ibu bapa dan anggota keluarga yang lebih tua daripada kamu. 1 Imbau kembali kenangan bercuti bersama-sama dengan keluarga. 2 Berikan cadangan tentang tempat percutian keluarga yang menarik. PIB PdPc Aktiviti Interaktif Interaktif Aktiviti PdPc Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 5 10/3/2023 4:40:01 PM
6 3 Cerita Pertemuan Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 13 – 18 Prɑktis PBD Baca teks ucapan. Kemudian, buat tafsiran. S.P 2.1.1 KBAT Menganalisis Hadirin yang saya kasihi, Terima kasih saya ucapkan kerana memberikan saya peluang berucap dalam majlis yang amat bermakna ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul dalam Majlis Tautan Kasih Keluarga bagi meraikan keluarga besar kita. Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, kehidupan kita amat terkesan. Kita terpaksa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak ini. Pergerakan dan aktiviti kita terbatas. Kita tidak dapat melakukan majlis kenduri-kendara dan amalan kunjungmengunjungi pada musim perayaan. Kita umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung. Syukurlah, pandemik ini kian reda. Kini, kita dapat menjalani kehidupan normal walaupun tidak bebas sepenuhnya. Kita dapat berkumpul dan bertemu secara fizikal dalam suasana norma baharu. Namun begitu, kita masih lagi perlu berwaspada agar episod hitam ini tidak berulang dalam kehidupan kita. Dalam majlis ini, marilah kita manfaatkan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya. Eratkan kembali ikatan persaudaraan kita. Mudah-mudahan, pertemuan ini dapat menyemarakkan kemesraan dan kasih sayang antara kita. Akhir kata, terimalah dua rangkap pantun ini sebagai penutup bicara. Dari kota membawa pelita, Singgah berhenti di tepi kali; Walaupun kita jauh di mata, Namun di hati dekat sekali. Pergi ke kedai naik kereta, Membeli kacang dan rempah-ratus; Biarpun badai melanda kita, Air dicencang tak akan putus. Maksud pantun: (1) Walaupun tidak dapat bersua kerana tinggal berjauhan, namun kasih sayang antara keluarga dan saudara-mara tidak luntur. Maksud pantun: (2) Hubungan kekeluargaan dan persaudaraan tidak akan hilang walaupun pelbagai masalah datang menimpa. Tema 1: Kekeluargaan TP 1 2 3 4 5 6 Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 6 10/3/2023 4:40:01 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 7 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 13 – 18 Prɑktis PBD Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan cadangan untuk menyelesaikan masalah tersebut. S.P 3.2.2 KBAT Menilai 1 Akibat kesempitan hidup, Nora terpisah daripada keluarganya sejak kecil. Kini, dia sudah dewasa dan berkerjaya. Dia mahu bertemu dengan keluarganya tetapi tidak tahu lokasi mereka. Bagaimanakah Nora dapat menyelesaikan masalah itu? Berikan cadangan. Nora boleh [Bagaimana] meminta bantuan daripada badan kebajikan atau pihak media untuk mengesan lokasi keluarganya. Selain itu, dia juga boleh [Bagaimana] menggunakan media sosial untuk membuat hebahan dan meminta bantuan bagi mengesan keluarganya. 2 Hilman amat merindui datuk dan neneknya di kampung. Namun begitu, dia tidak dapat pulang ke kampung dalam waktu terdekat kerana ibu bapanya sibuk dengan urusan kerja. Bagaimanakah Hilman dapat menghilangkan rindu terhadap datuk dan neneknya? Berikan cadangan. Hilman boleh [Bagaimana] menggunakan teknologi digital bagi menyelesaikan masalahnya. Dia boleh [Bagaimana] membuat panggilan video untuk bercakap dengan datuk dan neneknya sambil menatap wajah mereka. 3 Zafri mahu menziarahi sepupunya, Helmi yang terlantar di hospital. Helmi patah kaki kerana terjatuh dari tangga. Zafri mahu menceriakan sepupunya itu. Apakah yang perlu dilakukan oleh Zafri? Berikan cadangan. Zafri perlu [Bagaimana] membawa buah tangan yang disukai oleh sepupunya itu semasa lawatannya ke hospital. Sebagai contoh, dia boleh membawa [Apa] buku cerita atau majalah bagi menghiburkan hati sepupunya itu. Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 7 10/3/2023 4:40:02 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 8 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 13 – 18 Prɑktis PBD Lengkapkan tempat kosong dengan kata kerja tak transitif yang betul. S.P 5.1.2 merantau terbayang pulang bersyukur mendarat bertemu berlepas ternampak berpelukan tersenyum Azlin baru sahaja menamatkan pengajiannya di luar negara. Dia akan (1) pulang ke tanah air untuk (2) bertemu dengan keluarganya. Dia amat rindu akan mereka setelah bertahun-tahun (3) merantau di negara orang. Azlin (4) berlepas pulang dengan menaiki kapal terbang. Semasa dalam penerbangan, dia (5) terbayang akan wajah ahli keluarganya. Kapal terbang yang dinaiki oleh Azlin (6) mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dia (7) bersyukur kerana perjalanannya lancar. Ahli keluarga Azlin (8) tersenyum apabila (9) ternampak Azlin. Mereka (10) berpelukan kerana terlalu gembira. Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 8 10/3/2023 4:40:03 PM
9 4 Kesihatan Tanggungjawab Kita Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 24 – 30 Prɑktis PBD Baca petikan. Kemudian, cari makna perkataan yang berhuruf tebal dengan merujuk kamus. S.P 2.1.2 COVID-19 ialah virus yang amat berbahaya. Virus ini bukan sahaja boleh memudaratkan kesihatan tetapi juga boleh meragut nyawa manusia. Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, berjutajuta orang telah menjadi mangsa. Di negara kita sahaja, beribu-ribu orang telah meninggal dunia kerana dijangkiti virus ini. Penularan wabak COVID-19 amat mencemaskan kita semua. Hal ini demikian kerana virus ini boleh tersebar melalui udara. Jangkitan boleh berlaku di mana-mana sahaja sama ada di sekolah, di tempat kerja atau di tempat awam. Bagi mencegah penularan COVID-19 di sekolah, pelbagai langkah perlu dilakukan oleh warga sekolah. Langkah pencegahan ini amat penting bagi mengelakkan tercetusnya tragedi yang tidak kita ingini. Bak kata peribahasa, beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Antara langkah pencegahan yang perlu diambil termasuklah pihak sekolah perlu membuat saringan kesihatan di pintu masuk sekolah. Suhu badan murid perlu diperiksa sebelum mereka dibenarkan memasuki kawasan sekolah. Murid yang bergejala perlu dirujuk ke pusat kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan. Selain itu, murid perlu mempraktikkan norma baharu di sekolah. Mereka perlu mengamalkan penjarakan fizikal semasa berada di kawasan sekolah. Mereka perlu memakai pelitup muka sepanjang sesi persekolahan. Mereka juga perlu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun. Seterusnya, mereka perlu mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul. Perkataan Makna Perkataan Makna 1 memudaratkan membahayakan 6 tragedi peristiwa yang menyedihkan 2 pandemik wabak penyakit yang tersebar dengan meluas 7 saringan acara untuk memilih 3 penularan perihal menular atau merebak 8 bergejala mempunyai tanda-tanda 4 awam melibatkan orang ramai 9 mempraktikkan mengamalkan 5 tercetus berlaku sesuatu keadaan 10 etika prinsip moral yang menjadi pegangan seseorang Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan TP 1 2 3 4 5 6 Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 9 10/3/2023 4:40:03 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 10 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 24 – 30 Prɑktis PBD A Baca petikan. Kemudian, catat maklumat dalam peta pelbagai alir. S.P 3.2.3 Obesiti atau kegemukan ialah masalah yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak pada masa ini. Seorang kanak-kanak itu dianggap obes apabila Indeks Jisim Tubuhnya (BMI) adalah tinggi bagi usia dan jantinanya. Pelbagai faktor menjadi punca berlakunya masalah ini. Antaranya termasuklah tabiat pemakanan yang tidak sihat. Kanak-kanak akan mengalami obes apabila mengambil makanan yang tinggi lemak dan kalori secara berlebihan. Selain itu, gaya hidup yang tidak aktif juga menjadi penyumbang kepada masalah ini. Kanakkanak yang kurang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dan bersukan akan mudah menjadi obes. Seterusnya, masalah tidak cukup tidur boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan seseorang. Apabila keadaan ini berlaku, seseorang itu akan berasa lebih lapar dan mengidamkan makanan yang berkalori tinggi. Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak perlulah dipandang serius. Hal ini penting kerana obesiti akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius. Seseorang yang obes berisiko tinggi untuk diserang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. B Berikan idea untuk mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. KBAT Mengaplikasi [Apa] Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak dapat diatasi jika [Bagaimana] ibu bapa mengambil berat akan amalan pemakanan dan gaya hidup anak-anak mereka. 2 Gaya hidup yang tidak aktif 2 Mendapat penyakit kencing manis 3 Tidak cukup tidur 3 Mendapat sakit jantung 1 Tabiat pemakanan yang tidak sihat 1 Mendapat penyakit darah tinggi Obesiti dalam Kalangan Kanak-kanak Punca Kesan Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 10 10/3/2023 4:40:03 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 11 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 24 – 30 Prɑktis PBD Hai, Razlan! Apa khabar? Semoga saudara sekeluarga sihat sejahtera. Tujuan saya menulis e-mel ini adalah untuk (1) berkongsi maklumat tentang penjagaan mata. Baru-baru ini, sepupu saya yang (2) berusia enam tahun telah disahkan (3) menghidap penyakit miopia atau rabun jauh. Akibat penyakit tersebut, pelihatannya menjadi kabur. Dia tidak boleh melihat objek yang jauh secara jelas. Saya (4) bersimpati dengan nasibnya. Dalam usia yang terlalu muda, dia terpaksa memakai cermin mata bagi (5) mengatasi masalah pelihatannya. Menurut ibu saudara saya, sepupu saya itu suka (6) menonton televisyen pada jarak yang terlalu dekat. Dia juga sering (7) menghabiskan masa berjam-jam bermain permainan interaktif menerusi tablet dan telefon pintar. Disebabkan tabiat tersebut, matanya telah rosak. Marilah kita (8) menjadikan kisah ini sebagai pengajaran. Peliharalah kesihatan mata sebelum (9) terlambat . Kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati. Pelbagai langkah boleh kita ambil bagi mengelakkan penyakit miopia ini. Sebagai contoh, jika kita membaca buku di dalam bilik, pastikan bilik itu tidak terlalu gelap. Pencahayaan yang baik amat penting bagi (10) mengelakkan mata kita daripada menjadi rosak. Lengkapkan e-mel dengan kata kerja transtif dan kata kerja tak transitif yang betul. S.P 5.1.2 menonton berkongsi mengatasi berusia menghidap terlambat menghabiskan bersimpati menjadikan mengelakkan Kuiz Kuiz PdPc Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 11 10/3/2023 4:40:03 PM
12 Lengkapkan dialog dengan hujah yang sesuai. S.P 1.2.2 KBAT Menilai Shauki, Anida dan Teoh tinggal di Taman Mawar. Pada suatu petang, setelah selesai berjoging mereka duduk berbual-bual. Shauki : Semalam ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Mawar telah mengadakan mesyuarat. Mereka telah membuat keputusan untuk menjadikan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan kita sebagai aktiviti mingguan. Anida : Maksud kamu aktiviti gotong-royong itu akan diadakan pada setiap minggu? Shauki : Ya, Anida. Aktiviti itu akan diadakan pada setiap pagi Ahad secara sukarela bagi sesiapa yang berkelapangan. Teoh : Saya setuju dengan keputusan tersebut. Bagi saya, (1) aktiviti itu dapat menjadikan kawasan perumahan kita sentiasa bersih dan selesa. Anida : Saya tidak setuju dengan keputusan itu. Bagi saya, (2) aktiviti itu tidak perlu diadakan pada setiap minggu kerana hujung minggu merupakan waktu untuk orang ramai berehat. Teoh : Kamu tidak sepatutnya berfikiran begitu, Anida. Keputusan ahli jawatankuasa itu tepat kerana (3) aktiviti itu akan dijalankan secara sukarela. Oleh yang demikian, sesiapa yang sibuk atau penat tidak perlulah menyertai aktiviti itu. Shauki : Bagi saya, keputusan ahli jawatankuasa ada baik dan buruknya. Saya berharap agar kita dapat berfikiran positif dalam perkara ini. 5 Kebersihan Asas Kesejahteraan Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 31 – 36 Prɑktis PBD Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan PdPc Aktiviti PAK-21 Sumbang Saran (Brainstorming) 1 Murid duduk dalam kumpulan. 2 Guru akan memberikan topik perbincangan. Contoh: Amalan Kebersihan yang Perlu Kita Amalkan Setiap Hari 3 Murid berbincang dengan anggota kumpulan yang lain. 4 Hasil perbincangan dibentangkan di hadapan kelas. PAK-21 PdPc TP 1 2 3 4 5 6 Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 12 10/3/2023 4:40:04 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 13 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Seni Bahasa BT: m.s. 31 – 36 Prɑktis PBD Lengkapkan pantun berdasarkan gambar yang diberikan. Kemudian, persembahkan secara kreatif. S.P 4.3.1 Buah berembang dimakan ikan, Pucuk kayu dimakan (1) rusa ; Makanan seimbang perlu dimakan, Agar dirimu sihat sentiasa. Burung nuri di tengah laman, Burung gagak di atas (2) rakit ; Bebaskan diri daripada kuman, Supaya tidak diserang penyakit. (3) Ikan sungai dimasak kari, Ikan jelawat berenang-renang; Mari beriadah cergaskan diri, Badan sihat minda pun tenang. Membeli pahat di kedai nyonya, Pahat diletak di atas (4) meja ; Dapatkan rehat yang secukupnya, Supaya otak lancar bekerja. Anak burung di tepi jeram, Anak (5) kuda terpijak duri; Usah bermurung atau bermuram, Ceriakan minda aktifkan diri. Kuiz PdPc Kuiz DIDIK HIBUR Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 13 10/3/2023 4:40:05 PM
14 Baca maklumat di bawah. Kemudian, buat rumusan dan ramalan. S.P 2.2.1 KBAT Menilai Halaman Buku Teks: 37 – 42 Ain : Bacalah maklumat ini, Asraf. Maklumat ini tentang amalan menjaga kebersihan tangan. Asraf : Apakah rumusan yang dapat kamu buat tentang amalan tersebut, Ain? Ain : Rumusan yang dapat saya buat ialah (1) amalan menjaga kebersihan tangan amat penting. Kita perlu melakukan amalan ini bagi mengelakkan jangkitan kuman yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Asraf : Apakah yang akan berlaku jika kita menyediakan makanan dengan menggunakan tangan yang kotor? Ain : (2) Makanan yang kita sediakan itu akan dicemari bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Jika kita makan makanan itu, kita akan muntah, sakit perut, cirit-birit atau sakit kepala. 6 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 37 – 42 Prɑktis PBD Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan Aktiviti: - Membina robot aw_8 cecair Cuci Aktiviti Interaktif Aktiviti Interaktif PdPc TP 1 2 3 4 5 6 Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 14 10/3/2023 4:40:05 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 15 TP 1 2 3 4 5 6 Dalam Keheningan Pagi Dalam keheningan pagi kuhayun langkah ini menyusuri tepian tasik menghirup udara segar dipenuhi pepohon hijau. Ayuh, teman-teman! beriadah bersamaku usah bermalas-malas amalkan gaya hidup aktif peliharalah kesihatan diri. Dup dap dup dap jantungku berdegup-degap kian lama kuberlari peluh membasahi diri tubuh berasa cergas minda menjadi cerdas. Kemahiran Menulis BT: m.s. 37 – 42 Prɑktis PBD Tulis sajak yang diimlakkan. S.P 3.2.4 Dalam Keheningan Pagi Dalam keheningan pagi kuhayun langkah ini menyusuri tepian tasik menghirup udara segar dipenuhi pepohon hijau. Ayuh, teman-teman! beriadah bersamaku usah bermalas-malas amalkan gaya hidup aktif peliharalah kesihatan diri. Dup dap dup dap jantungku berdegup-degap kian lama kuberlari peluh membasahi diri tubuh berasa cergas minda menjadi cerdas. Nukilan: ARK71 Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 15 10/3/2023 4:40:06 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 16 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 37 – 42 Prɑktis PBD Lengkapkan ayat dengan kata adjektif yang betul. S.P 5.1.3 nyaring cemas bersih putih cekap sopan segar tajam 1 Zubir berasa cemas ketika menunggu adiknya menerima rawatan di hospital. 2 Kakitangan hospital itu sangat cekap menjalankan tugas masing-masing. 3 Jururawat di hospital itu memakai pakaian seragam berwarna putih . 4 Doktor Ismadi amat sopan ketika bercakap dengan pesakitnya. 5 Pekerja pembersihan sentiasa memastikan keadaan hospital itu bersih dan selesa. 6 Bunyi siren ambulans yang membawa pesakit ke hospital sangat nyaring . 7 Kanak-kanak itu menangis ketakutan apabila ternampak jarum suntikan yang tajam . 8 Puan Jun membawa buah-buahan segar ketika menziarahi rakannya yang sakit di hospital. Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 16 10/3/2023 4:40:06 PM
17 Halaman Buku Teks: 48 – 54 1 Apakah rumusan yang dapat kamu buat tentang keselamatan di sekolah Fatin? KBAT Menilai Rumusannya, sekolah Fatin sangat selamat. Pihak sekolah amat mementingkan keselamatan murid di sekolah itu dengan mengambil pelbagai langkah keselamatan. 2 Apakah yang mungkin berlaku jika tiada langkah keselamatan diambil oleh pihak sekolah? KBAT Mengaplikasi Jika tiada langkah keselamatan diambil oleh pihak sekolah, banyak kemalangan mungkin berlaku di sekolah itu. Murid-murid mungkin akan tercedera kerana terjatuh, bergaduh dan sebagainya. Sekolah Fatin sentiasa mengutamakan keselamatan murid-murid. Pelbagai langkah keselamatan diambil oleh pihak sekolah bagi memastikan murid-murid sentiasa selamat. Sebagai contoh, murid-murid tidak dibenarkan bermain di tangga, di tepi longkang besar dan di kawasan sunyi. Murid-murid juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran guru. Selain itu, anggota pengawas sekolah sentiasa membantu guru mengawasi aktiviti murid. Jika ada murid yang bergaduh atau melakukan aktiviti berbahaya, mereka akan segera membuat laporan kepada guru. Seterusnya, pengawal keselamatan sekolah turut memainkan peranan dalam menjaga keselamatan murid. Beliau sentiasa mengawasi kawasan sekolah bagi menghalang penceroboh. Sehingga kini, tiada kejadian kemalangan yang serius berlaku di sekolah Fatin. Hal ini membuktikan bahawa langkah keselamatan yang dilakukan oleh pihak sekolah berkesan. Fatin berasa gembira kerana dia dapat belajar dalam suasana yang selamat. 7 Sentiasa Peka Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 48 – 54 Prɑktis PBD Baca petikan. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan. S.P 2.2.1 Kamus Kata • mengutamakan – mementingkan • mengawasi – menjaga; memerhati • penceroboh – orang yang menceroboh Tema 3: Keselamatan TP 1 2 3 4 5 6 Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 17 10/3/2023 4:40:07 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 18 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 48 – 54 Prɑktis PBD Tulis catatan berdasarkan gambar dan maklumat yang diberikan. S.P 3.3.1 menyertai – gotong-royong – membersihkan – semak samun ternampak – sarang lebah – dahan – menghubungi – bomba dan penyelamat menyemburkan – racun serangga – membunuh – cekap – berhati-hati lebah – dihapuskan – lega – gembira – mengucapkan – terima kasih Sabtu, 11 Jun 20__ 8:00 pagi Aku dan rakan-rakanku menyertai aktiviti gotong-royong di taman perumahan kami. Kami bekerjasama membersihkan kawasan semak samun. 9:00 pagi Ketika sedang bergotong-royong, tiba-tiba kami ternampak sarang lebah yang besar di dahan pokok. Lebahlebah berbisa berterbangan mengerumuni sarang itu. Encik Musa segera menghubungi pasukan bomba dan penyelamat. 9:45 pagi Sepasukan anggota bomba dan penyelamat tiba. Mereka membawa tangga dan racun serangga. Mereka menyemburkan racun serangga bagi membunuh lebah-lebah itu. Mereka sangat cekap dan berhati-hati dalam melakukan tugas tersebut. 10:30 pagi Semua lebah itu berjaya dihapuskan. Kami berasa lega dan gembira. Kami mengucapkan terima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat kerana telah menyelamatkan kami daripada ancaman lebah berbisa. Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 18 10/3/2023 4:40:07 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 19 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 48 – 54 Prɑktis PBD Lengkapkan petikan dengan kata hubung yang betul. S.P 5.1.4 bahawa dan kerana agar sambil apabila lalu walaupun jika yang Pada minggu lalu, kami sekeluarga pulang ke kampung di Kuala Kangsar, Perak. Semasa melalui lebuh raya, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Cermin hadapan kereta ayah mula dibasahi hujan. Ayah segera memasang pengelap cermin kereta bagi memudahkan pemanduannya. (1) Jika pengelap cermin itu tidak dipasang, ayah tidak dapat melihat ke hadapan dengan jelasnya. Hal ini amat berbahaya (2) kerana jarak pelihatan ayah semakin berkurang. Keadaan jalan raya pada ketika itu basah (3) dan licin. Ayah sedar (4) bahawa keadaan itu berbahaya kepada pengguna jalan raya. Oleh sebab itu, dia memperlahankan kereta dan berhati-hati dalam pemanduan. (5) Apabila hujan semakin lebat, saya mula berasa cemas. Saya berdoa (6) agar perjalanan kami selamat. Untuk menenangkan perasaan, saya bersandar (7) sambil memandang ke luar tingkap. Tiba-tiba, sebuah lori memotong kereta kami dengan lajunya. (8) Walaupun keadaan jalan raya licin, namun pemandu lori itu tidak menghiraukannya. Sikapnya (9) yang tidak berhati-hati itu boleh mengundang padah. Malang tidak berbau. Tidak beberapa lama kemudian, lori itu mengalami kemalangan. Lori itu terbabas (10) lalu melanggar penghadang di tepi lebuh raya. Kejadian yang berlaku di depan mata kami itu benar-benar memberikan pengajaran kepada kami sekeluarga. PdPc Aktiviti Pelibatan Ibu Bapa (PIB) Bertuturlah dengan ibu bapa atau anggota keluarga kamu yang lebih tua. 1 Minta mereka berkongsi pengalaman tentang kejadian yang pernah mengancam keselamatan mereka. Contoh: kemalangan jalan raya 2 Minta mereka menyatakan cara mereka menyelamatkan diri atau mengatasi masalah tersebut. 3 Minta mereka memberikan panduan keselamatan atau pengajaran yang dapat diperoleh daripada kejadian tersebut. Video Tutorial Tutorial Video PdPc PIB PdPc Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 19 10/3/2023 4:40:07 PM
20 8 Sentiasa Berhati-hati Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 55 – 62 Prɑktis PBD Lengkapkan dialog dengan rumusan dan keputusan yang sesuai. S.P 1.2.3 KBAT Menilai Selamatkah Botol Air Kamu? Jika kamu menggunakan botol air plastik, pastikan botol air kamu bebas daripada bahan kimia bertoksik. Sesetengah botol plastik akan membebaskan bahan kimia apabila terkena suhu yang panas. Bahan kimia ini berbahaya kerana boleh menyebabkan kanser. Oleh itu, gunakanlah botol air yang selamat. Aidil : Apakah maklumat yang ditunjukkan dalam bahan di atas, Shanti? Shanti : Maklumat tersebut adalah tentang keselamatan penggunaan botol air. Aidil : Apakah rumusan yang dapat kamu buat tentang maklumat tersebut? Shanti : (1) Penggunaan botol air yang selamat amat penting. Botol air yang selamat tidak mengandungi bahan kimia yang bertoksik. Bahan kimia ini amat berbahaya kerana boleh menyebabkan kanser. Aidil : Setelah memahami maklumat tersebut, adakah kamu akan menggunakan botol air yang diperbuat daripada plastik, kaca atau keluli tahan karat? Shanti : (2) Saya akan menggunakan botol air yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Aidil : Mengapakah kamu membuat keputusan itu? Shanti : (3) Saya membuat keputusan itu kerana botol air keluli tahan karat tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Selain itu, botol air ini lebih tahan lasak. Botol air plastik Botol air kaca Botol air keluli tahan karat Tema 3: Keselamatan TP 1 2 3 4 5 6 Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 20 10/3/2023 4:40:08 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 21 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 55 – 62 Prɑktis PBD Tulis karangan berdasarkan rangka karangan yang diberikan. S.P 3.3.1 KBAT Mencipta Pendahuluan mengunjungi – Pameran Keselamatan Rumah – syarikat swasta – kerjasama – bomba dan penyelamat Isi-isi penting Isi 1 : pelbagai peralatan keselamatan – dipamerkan – teruja – moden dan pintar Isi 2 : kagum – kunci pintu pintar – berfungsi – automatik – dikawal – alat kawalan jauh – dibuka dan ditutup – imbasan cap jari Isi 3 : alat mencegah kebakaran – pengesan asap dan api – mengeluarkan – siren – mencegah kebakaran Isi 4 : menyaksikan – demonstrasi – selimut api – kecemasan – memadamkan – kebakaran kecil – melindungi diri Penutup sangat puas hati – berfaedah – menyeronokkan [Pengenalan] Pada minggu lalu, saya sekeluarga telah mengunjungi Pameran Keselamatan Rumah. Pameran itu diadakan oleh sebuah syarikat swasta dengan kerjasama pihak bomba dan penyelamat. [Isi 1] Di pameran tersebut, kami dapat melihat pelbagai peralatan keselamatan rumah dipamerkan. Kami berasa amat teruja kerana dapat melihat peralatan keselamatan yang moden dan pintar. [Isi 2] Kami berasa amat kagum apabila menyaksikan pameran kunci pintu pintar. Kunci pintu tersebut berfungsi secara automatik dan boleh dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh. Kunci pintu itu juga boleh dibuka dan ditutup dengan menggunakan imbasan cap jari. [Isi 3] Seterusnya, kami menyaksikan pelbagai peralatan mencegah kebakaran. Antara peralatan tersebut termasuklah alat pengesan asap dan api. Alat ini akan mengeluarkan bunyi siren yang kuat bagi mencegah kebakaran. [Isi 4] Selain itu, kami turut menyaksikan demonstrasi penggunaan selimut api. Selimut itu boleh digunakan ketika kecemasan seperti memadam kebakaran kecil dan melindungi diri daripada terbakar. [Penutup] Kami berasa amat puas hati kerana dapat menyaksikan pameran itu. Pameran itu amat berfaedah dan menyeronokkan. Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 21 10/3/2023 4:40:08 PM
22 Baca poster. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan. S.P 2.3.1 1 Apakah maklumat yang ditunjukkan dalam poster? Maklumat yang ditunjukkan dalam poster adalah tentang [Apa] panduan keselamatan semasa banjir. 2 Mengapakah kita dilarang menghampiri dawai elektrik yang jatuh ke dalam air? Kita dilarang menghampiri dawai elektrik yang jatuh ke dalam air bagi [Mengapa] mengelakkan diri daripada terkena renjatan elektrik. 3 Apakah yang akan berlaku sekiranya mangsa banjir mengabaikan panduan keselamatan tersebut? Ramalkan. KBAT Menganalisis [Bagaimana] Sekiranya mangsa banjir mengabaikan panduan keselamatan tersebut, mereka mungkin akan mengalami kecederaan, jatuh sakit atau terkorban. 9 Waspada Fenomena Alam Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 63 – 67 Prɑktis PBD Tutup semua suis utama elektrik dan gas sebelum meninggalkan rumah Jangan menghampiri dawai elektrik yang jatuh ke dalam air Jangan biarkan kanak-kanak bermain air banjir Elakkan meredah jalan raya yang ditenggelami air Segera berpindah ke pusat pemindahan banjir apabila diarahkan Keselamatan Semasa Banjir Tema 3: Keselamatan TP 1 2 3 4 5 6 Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 22 10/3/2023 4:40:09 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 23 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 63 – 67 Prɑktis PBD Kenal pasti kesalahan ejaan dan tanda baca yang terdapat dalam petikan. Kemudian, betulkan kesalahan tersebut. S.P 3.3.2 Pada suatu petang, Asraf dan adiknya menonton dokumenteri tentang bencana tsunami yang pernah berlaku di Malaysia. Bencana alam itu berlaku di pulau pinang pada tahun 2004. Dalam tragedi itu, ombak besar dan ganas telah melanda beberapa kawasan pantai. Akibatnya, berpuluh-puluh orang telah terkorban. Bangunan dan tempat kediaman pula banyak yang musnah. “Aduhai malang sungguh nasib mangsa tsunami,” keluh Asraf. Dia amat simpati terhadap mangsa tsunami. “Bagaimanakah tsunami boleh terjadi, abang,” tanya adik Asraf. Dia amat bimbang jika kejadian yang mengerikan itu berulang. “Tsunami terjadi apabila berlaku gempa bumi di dasar laut. Kejadian gempa bumi ini akan menghasilkan ombak atau gelombang rasaksa yang bergerak sangat laju. Ombak ini akan mengganas di kawasan pantai lalu menyebabkan kerosakan harta benda dan meragut nyawa manusia. “Oh begitu,” jawab adik Asraf. Dia mula faham akan punca berlakunya fenomina alam tersebut. Dia berdoa agar terhindar daripada bencana alam yang dasyat itu. Kesalahan Pembetulan dokumenteri dokumentari pulau pinang Pulau Pinang “Aduhai malang sungguh nasib mangsa tsunami,” keluh Asraf. “Aduhai, malang sungguh nasib mangsa tsunami!” keluh Asraf. “Bagaimanakah tsunami boleh terjadi, abang,” tanya adik Asraf. “Bagaimanakah tsunami boleh terjadi, abang?” tanya adik Asraf. rasaksa raksasa “Oh begitu,” jawab adik Asraf. “Oh, begitu!” jawab adik Asraf. fenomina fenomena dasyat dahsyat Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 23 10/3/2023 4:40:09 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 24 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 63 – 67 Prɑktis PBD Lengkapkan surat kiriman dengan kata berimbuhan yang betul. S.P 5.2.1 terjadi mengalami pastikan gelanggang keadaan keterlaluan dimasukkan bertanya rawatan melakukan 10, Jalan Kelubi, Taman Cendana, 45210 Kluang, Johor Darul Takzim. 20 Mac 20__. Menemui sahabatku, Azlan Suhairi di Bentong, Pahang. Semoga saudara berada dalam (1) keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang. Saudara, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk (2) bertanya khabar tentang adik saudara. Daripada berita yang saya dengar, adik saudara (3) dimasukkan ke hospital kerana terkena strok haba. Saya berharap agar adik saudara akan cepat sembuh. Dalam keadaan negara dilanda cuaca panas dan kering seperti sekarang, masalah strok haba mudah (4) terjadi . Biasanya, masalah ini berlaku kepada individu yang (5) melakukan aktiviti luar dalam tempoh yang lama. Oleh yang demikian, jika kita mahu bersenam atau bersukan, (6) pastikan kita tidak terdedah kepada terik matahari secara (7) keterlaluan . Saya pernah (8) mengalami masalah ini beberapa tahun yang lalu. Masalah ini berlaku kerana saya leka bermain di (9) gelanggang bola keranjang pada waktu tengah hari. Saya juga kurang minum air sehingga menyebabkan tubuh saya mengalami dehidrasi. Akibatnya, saya berasa pening, sakit kepala dan muntah. Mujurlah, saya segera dibawa oleh ayah saya ke klinik untuk mendapatkan (10) rawatan . Sebagai peringatan untuk kita, masalah strok haba perlu dipandang serius. Kita perlu mencegahnya sebelum masalah ini mengancam kesihatan dan nyawa kita. Setakat ini dahulu buat kali ini. Semoga kita bertemu lagi pada kesempatan yang lain. Yang benar, Isham Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 24 10/3/2023 4:40:09 PM
25 10 Langkah Perpaduan Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 74 – 80 Prɑktis PBD A Baca cerita. Kemudian, lengkapkan jadual. S.P 2.3.1 Pak Kasan menghadapi masalah besar. Pokok padinya banyak yang mati. Hal ini berpunca daripada serangan serangga perosak. Pak Kasan bertungkus lumus mahu menyelamatkan pokok padinya itu. Dia bekerja di tengah sawah dari pagi hingga petang. Encik Muthu dan Encik Lim rakan baik Pak Kasan. Mereka bersimpati terhadap Pak Kasan. Pada suatu hari, mereka datang berjumpa dengan Pak Kasan. Mereka mahu menghulurkan bantuan. “Gunakanlah dron ini, Pak Kasan. Dron ini boleh menyembur racun serangga di sawah padi. Tak perlulah Pak Kasan berpanas dan berhujan di tengah sawah,” kata Encik Lim. “Pak Kasan tidak perlu membayar apa-apa. Kami ikhlas membantu Pak Kasan. Apalah gunanya kita bersahabat jika tidak bantu-membantu,” kata Encik Muthu pula. Pak Kasan amat terharu atas keprihatinan rakan-rakannya itu. Dengan bantuan mereka, Pak Kasan pun memulakan operasi menyelamatkan pokok padinya. Akhirnya,... Masalah Pak Kasan Pokok padinya banyak yang mati Punca masalah Serangan serangga perosak Sikap Encik Lim dan Encik Muthu Prihatin dan baik hati Pertolongan yang diberikan oleh Encik Lim dan Encik Muthu Mereka meminjamkan dron yang boleh membantu Pak Kasan menyemburkan racun serangga perosak di sawah padi B Ramalkan kesudahan cerita. KBAT Menilai Akhirnya, masalah Pak Kasan berjaya diselesaikan. Dengan menggunakan dron, seluruh kawasan sawah padi Pak Kasan disembur dengan racun serangga perosak. Pak Kasan gembira kerana padinya hidup subur. Tema 4: Perpaduan TP 1 2 3 4 5 6 Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 25 10/3/2023 4:40:09 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 26 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 74 – 80 Prɑktis PBD Baca petikan. Kemudian, betulkan kesalahan dari segi penggunaan imbuhan dan penggunaan kata. S.P 3.3.2 Masalah kejadian pecah rumah di Taman Seri Intan semakin menjadi. Masalah itu telah menimbulkan kerisauan dan mengecam keselamatan penduduk di taman itu. Baru-baru ini, rumah Encik Yaakob telah dimasukkan pencuri menyebabkan beliau kerugian ribuan ringgit. Penduduk Taman Seri Intan terdiri daripada pelbagai kaum. Bagi mengatasi masalah tersebut, mereka bermuafakat dan bekerjasama. Mereka sebulat suara mendirikan skuad peronda sukarela. Skuad itu ditugaskan untuk memantau keselamatan taman perumahan itu terutamanya pada waktu malam. Pada suatu malam, skuad peronda keselamatan telah ternampak berkumpulan lelaki yang mencurigakan. Kumpulan lelaki itu sedang mengumpil jeriji besi rumah Encik Ramesh. Salah seorang anggota skuad, iaitu Encik Yeoh segera dihubungi pihak polis. Dengan bantuan pihak polis, kumpulan lelaki itu diberkas lalu dibawa ke balai polis. Sejak kejadian itu, keadaan keselamatan di Taman Seri Intan menjadi lebih dikawal. Berkat kerjasama semua pihak, tiada lagi kes pecah rumah wujud. Penduduk Taman Seri Intan gembira kerana hidup mereka aman sentosa. Inilah yang dikatakan “muafakat membawa berkat”. Kesalahan Pembetulan 1 menjadi 1 menjadi-jadi 2 mengecam 2 mengancam 3 dimasukkan 3 dimasuki 4 mendirikan 4 menubuhkan 5 berkumpulan 5 sekumpulan 6 dihubungi 6 menghubungi 7 dikawal 7 terkawal 8 wujud 8 berlaku Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 26 10/3/2023 4:40:09 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 27 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 74 – 80 Prɑktis PBD Lengkapkan tempat kosong dengan kata berimbuhan yang betul. S.P 5.2.1 dimasukkan seruling bermula terdiri kunjungan gemuruh menziarahi hidangan 1 Persembahan muzik tradisional pelbagai kaum itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. Alunan bunyi seruling yang merdu amat memikat hati mereka. 2 Acara Sukaneka Perpaduan telah bermula . Para peserta yang bertanding terdiri daripada murid pelbagai kaum. 3 Encik Ramu dan Encik Wong menziarahi jiran mereka, Encik Zaki di hospital. Encik Zaki dimasukkan ke hospital kerana dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. 4 Puan Marlisa menyajikan hidangan yang istimewa kepada Puan Shanti dan Puan Ang. Dia amat berbesar hati menerima kunjungan tetamunya itu. Aktiviti Interaktif Interaktif Aktiviti PdPc Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 27 10/3/2023 4:40:10 PM
28 11 Gema Perpaduan Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 81 – 86 Prɑktis PBD Lengkapkan cerita. Kemudian, sampaikan. S.P 1.3.1 KBAT Menganalisis Kebetulan, anak gajah ternampak kejadian itu. Ketika itu, anak gajah sedang minum bersama-sama ibu dan bapanya. Anak gajah segera meminta ibu bapanya menyelamatkan tupai, tikus dan musang. Keluarga gajah itu menggunakan belalai mereka untuk menarik batang kayu yang hanyut. Akhirnya, tupai, tikus dan musang berjaya diselamatkan. Tolong! Tolong! Tupai, tikus dan musang tinggal dalam sebuah hutan. Ketika sedang mencari makanan, mereka ternampak seekor anak gajah terperangkap di dalam jaring. 1 Keesokan harinya, hujan lebat dan ribut melanda kawasan hutan. Tupai, tikus dan musang dihanyutkan air banjir. 3 5 Mereka pun menyelamatkan anak gajah itu dengan menggigit jaring itu hingga putus. 2 Nyawa tupai, tikus dan musang dalam bahaya. Mereka menjerit meminta tolong. 4 Tema 4: Perpaduan TP 1 2 3 4 5 6 Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 28 10/3/2023 4:40:10 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 29 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 81 – 86 Prɑktis PBD Tulis syair di bawah dalam bentuk tulisan berangkai. S.P 3.1.1 Syair Hidup Berjiran Dalam kehidupan sehari-harian, Buatlah baik dengan jiran, Kunjung-mengunjungi jadikan amalan, Supaya hubungan dapat dieratkan. Jiran tetangga berbeza bangsa, Santunilah mereka sebaik-baiknya, Jangan bermusuh atau bersengketa, Elakkan prejudis dan buruk sangka. Jika timbul sesuatu masalah, Dengan jiran usah berbalah, Jaga emosi hindari amarah, Supaya perpaduan tidak musnah. Marilah kita bertoleransi, Jauhkan sikap mementingkan diri, Jiran tetangga usah dimusuhi, Agar hidup aman harmoni. Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 29 10/3/2023 4:40:13 PM
30 12 Semarak Perpaduan Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 87 – 92 Prɑktis PBD Baca berita. Kemudian, lengkapkan peta grafik yang diberikan. S.P 2.3.2 KBAT Menganalisis Mangsa Kemalangan Dibantu, Semangat Perpaduan Terserlah KUANTAN, 8 Mac – Suatu kemalangan jalan raya yang melibatkan seorang penunggang motosikal telah berlaku di Jalan Merbuk, Taman Delima hari ini. Mangsa kemalangan, Munir Amri, 19 tahun, merupakan seorang penghantar makanan berbangsa Melayu. Kemalangan berlaku apabila mangsa gagal mengawal motosikalnya kerana terlanggar lopak air. Orang awam yang berada di tempat kejadian telah menghulurkan bantuan. Mereka mengawal lalu lintas agar tidak berlaku kesesakan di kawasan itu. Seorang wanita telah membuat panggilan kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan paramedik dan polis. Seorang doktor berbangsa Cina yang kebetulan berada di situ telah memberikan bantuan kecemasan. Beliau menghentikan pendarahan di bahagian lengan mangsa dengan menggunakan sehelai kain. Beliau kemudiannya memapah mangsa ke tempat yang lebih selamat. Sementara itu, beberapa orang pemuda berbangsa India telah mengalihkan motosikal mangsa ke tepi jalan bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. Pengajaran 1 Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan tanpa mengira bangsa dan agama. 2 Kita hendaklah sentiasa berwaspada ketika di jalan raya. Ilmu 1 Pendidikan Keselamatan Jalan Raya 2 Pertolongan cemas atau paramedik Nilai 1 Prihatin 2 Bertimbang rasa Berita “Mangsa Kemalangan Dibantu, Semangat Perpaduan Terserlah” Tema 4: Perpaduan TP 1 2 3 4 5 6 Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 30 10/3/2023 4:40:14 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 31 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 87 – 92 Prɑktis PBD Teliti gambar. Kemudian, berikan pendapat kamu. S.P 3.2.1 KBAT Menilai Perlukah program seperti ini diadakan di sekolah? Bagaimanakah aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan kaum di negara kita? 1 2 Pada pendapat saya, program yang dapat memupuk perpaduan kaum perlu diadakan di sekolah. Menerusi program ini, semangat perpaduan kaum dapat diterapkan dalam diri murid-murid. Hal ini penting agar semangat ini dapat dipupuk dalam diri seseorang dari peringkat awal lagi. Pada pendapat saya, aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan kaum di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana menerusi aktiviti sukan, para peserta yang terdiri daripada pelbagai bangsa akan bekerjasama dan bersatu hati untuk mencapai kemenangan. Secara tidak langsung, semangat perpaduan dapat dikukuhkan. Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 31 10/3/2023 4:40:14 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 32 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 87 – 92 Prɑktis PBD Padankan ayat dengan kata majmuk yang betul. S.P 5.2.2 1 2 3 4 5 6 Tuk Penghulu mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk atas yang diberikan. berat tulang menemu bual kerjasama kerusi roda pintu gerbang gempa bumi Encik Rizal dan Encik Teoh menyumbangkan sebuah bagi membantu jiran mereka yang lumpuh. “Janganlah kita dalam melakukan kerja amal,” kata Shahmi kepada Harjit dan Chan Heng. Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bersatu hati membantu mangsa itu. Wartawan akhbar sedang seorang tokoh masyarakat yang banyak menabur bakti kepada golongan kurang berkemampuan. Kerja membina taman perumahan itu dilakukan secara gotong-royong oleh penduduk berbilang bangsa. Kuiz Kuiz PdPc Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 32 10/3/2023 4:40:15 PM
33 13 Warisan Budaya Kekal Terpelihara Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 98 – 102 Prɑktis PBD Baca teks drama. Kemudian, buat tafsiran. S.P 2.1.1 KBAT Menilai Masa : Petang Tempat : Halaman rumah Farid, Aiman dan Suresh sedang berbual-bual. Farid : Eh, ada pertandingan membuat layang-layang! Persatuan Kesenian dan Kebudayaan menganjurkannya. Aiman : (Menganggukkan kepala) Saya telah membaca poster pertandingan itu semalam. Saya ingat hendak membuat wau kucing. Suresh : Awak hendak membuat wau kucing? Bukankah lebih baik awak membuat layanglayang tradisional, iaitu wau bulan? Aiman : Layang-layang tradisional bukan hanya wau bulan, Suresh. Ada banyak layanglayang tradisional yang lain. Antaranya termasuklah wau kucing, wau jala budi, wau dodo helang dan wau puyuh. Suresh : Oh, begitu! Pandai awak, Aiman. Bagaimanakah awak tahu tentang semua itu? Aiman : Saya pernah membacanya dalam ensiklopedia. Lagipun, pak cik saya pembuat wau di Kelantan. Awak bagaimana pula, Farid? Awak hendak buat wau apa? Farid : Saya hendak membuat layang-layang tiga dimensi berbentuk kura-kura. Suresh : Saya tidak pernah mendengar tentang layang-layang tiga dimensi. Pandaikah awak membuatnya? Farid : Walaupun sukar untuk membuat layang-layang tiga dimensi, saya akan mencubanya. Saya pernah melihat cara-cara membuatnya di YouTube. Watak Perwatakan 1 Aiman Mempunyai banyak pengetahuan tentang layang-layang tradisional. 2 Farid Bersemangat untuk melakukan sesuatu yang mencabar. 3 Suresh Tidak mengetahui banyak perkara tentang layang-layang. Tema 5: Kebudayaan, Kesenian dan Estetika TP 1 2 3 4 5 6 Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 33 10/3/2023 4:40:15 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 34 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 98 – 102 Prɑktis PBD Sebelum menziarahinya, saya akan menghubungi rakan saya itu terlebih dahulu. Kemudian, saya akan bertanya sama ada keadaan sesuai atau tidak untuk kami menziarahinya. Setelah mendapat kebenaran, kami akan menziarahinya pada waktu petang. Sewaktu datang berziarah, kami akan membawa buah tangan. Kami akan memberikannya semangat dan menasihatinya agar tidak lupa makan ubat. Kami tidak akan menziarahinya terlalu lama agar dia tidak berasa terganggu dan dapat berehat dengan secukupnya. Semasa di meja makan, saya akan duduk dengan tertibnya. Saya tidak akan menjamah makanan selagi tidak dipelawa oleh tuan rumah. Semasa makan, saya akan mengunyah makanan perlahan-lahan dan tanpa mengeluarkan bunyi. Saya juga tidak akan bercakap semasa mengunyah makanan. Saya akan mengambil makanan yang paling hampir dengan saya terlebih dahulu. Saya akan mengambil makanan yang secukupnya untuk saya habiskan. Setelah selesai makan, saya akan mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah. Baca dan teliti situasi yang diberikan. Kemudian, tulis cadangan yang kritis dan kreatif. S.P 3.2.2 KBAT Menilai 1 Rakan kamu tidak hadir ke sekolah selama dua hari. Kamu dan rakan-rakan hendak menziarahinya. Bagaimanakah cara yang sebaik-baiknya untuk kamu menziarahinya? 2 Kamu dan keluarga bertandang ke rumah pak cik kamu. Dia telah menjemput kamu sekeluarga untuk makan tengah hari. Apakah yang perlu kamu lakukan semasa berada di meja makan? Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 34 10/3/2023 4:40:16 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 35 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 98 – 102 Prɑktis PBD Kenal pasti dan bulatkan kata ganda penuh yang terdapat dalam teks. Kemudian, bina catatan ringkas dengan menggunakan kata ganda tersebut. S.P 5.2.3 Di Sarawak terdapat permainan tradisional yang digemari oleh pemuda-pemuda Melanau. Permainan tradisional ini dinamakan tibow. Mereka akan menunjukkan lagak-lagak ngeri semasa bermain tibow. Mereka bermain pada waktu petang tetapi permainan kadang-kadang boleh berlanjutan hingga larut malam. Permainan ini sesuai dimainkan di kawasan yang tidak mempunyai batu-batu kerikil untuk mengelakkan kecederaan. Semoga permainan yang menjadi kegemaran anak-anak muda ini akan kekal menjadi warisan kebudayaan kita. Tibow ialah permainan tradisional masyarakat Melanau di Sarawak. Selain untuk bersuka-suka, permainan ini menjadi simbol perpaduan. Dalam permainan ini, pemuda-pemuda yang berani akan menunjukkan lagak-lagak ngeri semasa bermain. Tibow menjadi pemainan yang digemari oleh anak-anak muda sewaktu berkumpul sementara menunggu musim menuai. Permainan tibow juga diadakan pada musim buah-buahan, iaitu lazimnya pada awal tahun. Mereka mula bermain pada waktu petang. Kadang-kadang permainan berlanjutan sehingga larut malam. Tibow lazimnya dimainkan diawasan tanah lapang, di belakang atau di hujung kampung. Biasanya, tapak untuk permainan tersebut mestilah lembut dan tidak mempunyai batu-batu kerikil yang keras. Di sesetengah tempat, pasir diletakkan untuk mengelakkan pemain mendapat sebarang kecederaan. Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 35 10/3/2023 4:40:16 PM
36 14 Persada Seni Lambang Jati Diri Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Menulis BT: m.s. 103 – 108 Prɑktis PBD A Baca petikan. Kemudian, catat maklumat tentang yoyo Cina. S.P 3.2.3 KBAT Menganalisis Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina. Kehebatan persembahan yoyo ini diukur melalui kreativiti pemain. Mereka akan melakukan aksi-aksi yang unik dan menarik. Pemain bukan sahaja perlu menguasai yoyo tersebut malahan mereka juga perlu melihat keadaan sekeliling. Mereka perlu menentukan kemahiran yang akan dipersembahkan sesuai atau tidak dengan persekitaran. Pemain akan memegang kedua-dua hujung kayu dan mengimbangi yoyo daripada jatuh. Pemain boleh melakukan pergerakan seperti membaling yoyo ke udara dan menyambut yoyo tersebut di atas tali. Untuk menjadikan persembahan lebih menarik, yoyo Cina terkini dilengkapi lampu yang akan menyala semasa yoyo berputar. Apabila dimainkan dalam keadaan gelap, persembahan ini akan kelihatan seperti persembahan cahaya dengan warna-warna yang sangat cantik. Terdapat juga pemain yang menggabungkan pergerakan yoyo dengan muzik yang rancak. 1 Cara bermain • Pemain akan memegang kedua-dua hujung kayu dan mengimbangi yoyo daripada jatuh 2 Ukuran kehebatan • Kreativiti pemain melakukan aksi-aksi yang unik dan menarik 3 Pergerakan dalam permainan • Pemain akan membaling yoyo ke udara dan menyambut yoyo tersebut di atas tali 4 Cara menjadikan permainan lebih menarik • Menggunakan lampu yang menyala apabila yoyo berputar • Menggabungkan pergerakan yoyo dengan muzik rancak B Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan agar yoyo Cina turut dimainkan oleh kaum lain? KBAT Mengaplikasi Pada pendapat saya, yoyo Cina akan dimainkan oleh kaum lain jika permainan ini diperkenalkan kepada umum. Yoyo Cina boleh diperkenalkan melalui media sosial atau media elektronik. Selain itu, penggiat permainan ini boleh mengadakan pertandingan yoyo Cina yang melibatkan kaum lain. Tema 5: Kebudayaan, Kesenian dan Estetika TP 1 2 3 4 5 6 Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 36 10/3/2023 4:40:17 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 37 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 103 – 108 Prɑktis PBD Lengkapkan tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai berdasarkan perkataan dalam kurungan. S.P 5.2.3 Abang Joni mengajak saya menonton persembahan wayang kulit di Kota Bharu. Sebelum pergi ke tempat persembahan, Abang Joni membawa saya (1) bersiar-siar (bersiar) di bandar tersebut. Menurut Abang Joni, saya bernasib baik kerana berkesempatan menonton persembahan tersebut. Pengalaman ini akan menjadi (2) kenang-kenangan (kenangan) setelah saya pulang ke Kuala Lumpur nanti. Sewaktu kami tiba di tempat persembahan, Abang Joni (3) meninjau-ninjau (tinjau) tempat duduk yang sesuai. Kami bernasib baik kerana mendapat tempat duduk yang strategik. Penonton masih belum ramai, hanya kelihatan beberapa orang (4) tetamu (tamu) dari luar negara. Mereka sedang (5) berbual-bual (berbual) sambil makan (6) kudap-kudapan (kudapan). Suasana di (7) bebalai (balai), tempat persembahan wayang kulit masih sunyi dan gelap. Para penonton masih (8) ternanti-nanti (ternanti) cerita yang akan disampaikan oleh Tuk Dalang. Saya berasa amat teruja kerana inilah (9) pertama-tama (pertama) kalinya saya menonton persembahan wayang kulit secara langsung. Sebelum ini, saya pernah menontonnya melalui televisyen sahaja. Tidak beberapa lama kemudian, terdengar bunyi daripada (10) alat-alatan (alatan) muzik tradisional. Di layar putih kelihatan imej wayang kulit sebagai tanda persembahan akan dimulakan. Kuiz Kuiz PdPc Thn6 Kuasa BM U1-14(1-37).indd 37 10/3/2023 4:40:17 PM
38 TP 1 2 3 4 5 6 15 Estetika Cita Rasa Malaysia Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 109 – 113 Prɑktis PBD Tema 5: Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Baca teks dan rujuk kamus untuk menentukan sebutan dan ejaan perkataan yang berhuruf tebal. Kemudian, tulis makna perkataan tersebut. S.P 2.1.2 Dikir barat ialah persembahan nyanyian beramai-ramai yang terkenal di negeri Kelantan. Pasukan dikir barat terdiri daripada 15 orang awak-awak yang dipimpin oleh juara dan tukang karut. Persembahan ini juga diiringi alat-alat muzik jenis paluan, iaitu gedombak, rebana kecil, tetawak dan gong. Awak-awak memakai pakaian yang seragam. Bagaimanapun, juara dan tukang karut memakai pakaian yang lebih istimewa seperti berbaju Melayu lengkap, bersamping dan bertengkolok. Dikir barat dipersembahkan dalam satu bulatan. Dalam keadaan bersila, ahli-ahli akan menyanyi mengikut lagu yang dinyanyikan oleh juara dan tukang karut. Cara nyanyiannya adalah dalam bentuk pantun yang disampaikan secara spontan. Kemudian, nyanyian tersebut akan diikuti oleh awak-awak secara beramai-ramai dengan iringan muzik dan bertepuk tangan. Setelah juara menyanyikan tiga rangkap pantun, barulah tukang karut memulakan persembahannya. Perkataan Makna 1 juara orang kedua penting dalam persembahan dikir barat 2 paluan hasil memalu 3 seragam sama potongan dan warnanya 4 istimewa lain daripada yang lain 5 lengkap cukup serba serbi, tiada yang kurang 6 bersila duduk dengan melipatkan dan menyilangkan kaki 7 spontan berlaku serta-merta menurut gerak hati sendiri 8 iringan sesuatu yang mengiringi Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 38 10/3/2023 4:40:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 39 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 109 – 113 Prɑktis PBD Tulis teks syair yang diimlakkan. S.P 3.2.4 Syair Cekak Musang Baju Melayu dipakai bangga, Cantik dipakai hati berbunga, Dipakai pemuda duduk di tangga, Orang melihat mulut ternganga. Cekak musang busana idaman, Sejak dahulu zaman-berzaman, Pakaian sopan untukmu teman, Selesa dipakai berasa aman. Cekak musang berbutang lima, Maksudnya lima rukun utama, Rukun Islam dalam agama, Jadi pegangan sekian lama. Kain diikat bernama samping, Diikat kemas pinggang keliling, Samping songket dipakai sering, Bentuk badan terlihat ramping. Songkok hitam dipakai juga, Baru lengkap busana berharga, Warisan budaya elok terjaga, Mari dipakai penuh bangga. Nukilan: Paul Keli Syair Cekak Musang Baju Melayu dipakai bangga, Cantik dipakai hati berbunga, Dipakai pemuda duduk di tangga, Orang melihat mulut ternganga. Cekak musang busana idaman, Sejak dahulu zaman-berzaman, Pakaian sopan untukmu teman, Selesa dipakai berasa aman. Cekak musang berbutang lima, Maksudnya lima rukun utama, Rukun Islam dalam agama, Jadi pegangan sekian lama. Kain diikat bernama samping, Diikat kemas pinggang keliling, Samping songket dipakai sering, Bentuk badan terlihat ramping. Songkok hitam dipakai juga, Baru lengkap busana berharga, Warisan budaya elok terjaga, Mari dipakai penuh bangga. Nukilan: Paul Keli Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 39 10/3/2023 4:40:58 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 40 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 109 – 113 Prɑktis PBD Garis kata ganda berentak yang terdapat dalam petikan. Kemudian, bina ayat. S.P 5.2.3 Dewan Kejora masih gelap-gelita. Saya telah tidak sabar-sabar mahu menyaksikan acara bermula. Dalam persembahan pembukaan, muda-mudi dari Kampung Teluk akan mempersembahkan tarian canggung. Kedengaran juruacara memulakan acara. Selepas itu, pentas terang-benderang dengan lampu warna-warni. Bunyi alat-alat muzik tradisional tingkah-meningkah. Persembahan dimulakan dengan puteri menjual pantun kepada asuk. Puteri ialah penaripenari wanita yang berbaju kebaya dan berkain batik. Asuk pula ialah penari-penari lelaki yang berbaju Melayu lengkap. Saya terpesona akan gerak-geri penari yang lemah gemalai. Para tetamu amat terhibur dengan persembahan pembukaan yang gilang-gemilang itu. 1 Jalilah memasang pelita pada malam yang gelap-gelita itu. 2 Permainan tradisional kurang diminati oleh muda-mudi sekarang. 3 Bilik itu terang-benderang setelah lampu dipasang. 4 Belon warna-warni menghiasi ruang tamu rumah Alia. 5 Kami memerhatikan gerak-geri pemuda asing itu di taman permainan. 6 Majlis pembukaan sambutan Bulan Kemerdekaan diadakan secara gilang-gemilang. PdPc Aktiviti PAK-21 i-THINK (i-THINK Maps) 1 Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. 2 Guru meminta murid-murid berbincang dan menyenaraikan permainan tradisional yang terdapat di negara kita. 3 Murid mencatat maklumat yang diperoleh dalam peta buih. 4 Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas. PAK-21 PdPc Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 40 10/3/2023 4:40:58 PM
41 TP 1 2 3 4 5 6 16 Indahnya Sains Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 120 – 126 Prɑktis PBD Baca dan taakul bahan. Kemudian, buat rumusan dan ramalan. S.P 2.2.1 KBAT Menilai Saya merumuskan bahawa (1) bidang sains amat penting kepada manusia. Bidang ini memberikan banyak manfaat kepada manusia. Melalui kemajuan dalam bidang sains, manusia dapat membina bangunan yang kukuh, berkomunikasi dengan berkesan, menghasilkan tanaman yang subur dan sebagainya. Oleh yang demikian, manusia mesti memajukan bidang sains dalam kehidupan. Saya meramalkan bahawa (2) semakin banyak kejayaan akan dicapai oleh manusia dalam bidang sains. Pada masa akan datang manusia akan menghasilkan alat komunikasi yang lebih canggih. Selain itu, hasil pertanian akan dapat dituai dengan lebih cepat melalui kaedah pertanian yang terkini. Dalam bidang pembinaan pula, manusia akan membina rumah pintar yang dikendalikan sepenuhnya oleh robot. Mengapakah sains penting dalam kehidupan manusia? Penyakit dapat dikawal dengan menggunakan ubat, antibiotik, vaksin dan kaedah rawatan moden. Hasil tanaman dapat ditingkatkan melalui penggunaan baja, racun dan teknik pertanian moden. Satelit membolehkan manusia berkomunikasi dengan cekapnya dan cepatnya. Pembinaan membolehkan manusia membina bangunan melalui bidang kejuruteraan. Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 41 10/3/2023 4:40:59 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 42 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 120 – 126 Prɑktis PBD A Baca petikan. Kemudian, catat maklumat tentang pakaian yang sesuai dipakai mengikut cuaca. S.P 3.2.3 Warna permukaan memainkan peranan dalam penyerapan dan pemantulan haba. Warna-warna gelap seperti warna hitam ialah warna yang terbaik untuk menyerap haba. Warna-warna yang cerah pula seperti warna putih merupakan warna yang terbaik untuk memantulkan haba. Pelbagai jenis bahan digunakan untuk membuat kain. Ada kain yang diperbuat daripada sumber semula jadi seperti kapas serta kulit dan bulu haiwan. Sifat kapas secara semula jadi sememangnya menyerap kelembapan seperti peluh dalam cuaca panas. Pakaian tebal lebih sesuai dipakai dalam cuaca panas berbanding dengan cuaca sejuk. Ciri Cuaca Panas Cuaca Sejuk Warna Warna yang cerah Warna yang gelap Jenis bahan Kapas Kulit dan bulu haiwan Ketebalan Nipis Tebal B Fahmi dan keluarganya bercadang untuk melancong ke negara Jepun. Mereka akan berada di Jepun semasa cuaca sejuk. Bantu mereka menentukan pakaian yang perlu dibawa ke sana. Untuk musim sejuk, baju sejuk tebal merupakan satu kemestian. Mereka tidak boleh bergantung pada jaket atau baju sejuk biasa kerana ketebalannya tidak mampu menahan angin sejuk. Mereka perlu memilih baju sejuk yang dibuat daripada jenis kain yang berkualiti. Mereka juga perlu membawa sarung tangan, topi salji dan mafela bulu bagi menahan sejuk. Seluar pula mestilah daripada kain yang tebal seperti jeans. Selain itu, mereka mesti menggunakan kasut yang kalis air. Kaki akan berasa sejuk dan tidak selesa jika dimasuki air. Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 42 10/3/2023 4:40:59 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 43 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 120 – 126 Prɑktis PBD Bina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan peluasan predikat. S.P 5.3.1 Maklumat itu dalam majalah. Peluasan subjek: Maklumat tentang pantulan cahaya itu dalam majalah. Peluasan predikat: Maklumat itu dalam majalah di Pusat Sumber. 1 Adik teringat akan maklumat itu. Peluasan subjek Adik Anisa teringat akan maklumat itu. Peluasan predikat Adik teringat akan maklumat tentang pantulan cahaya itu. 2 Mereka melihat persembahan wayang kulit. Peluasan subjek Mereka sekeluarga melihat persembahan wayang kulit. Peluasan predikat Mereka melihat persembahan wayang kulit di Istana Budaya. 3 Cahaya dipancarkan pada wayang kulit. Peluasan subjek Cahaya lampu dipancarkan pada wayang kulit. Peluasan predikat Cahaya dipancarkan oleh Tuk Dalang pada wayang kulit. 4 Bayang-bayang terhasil pada layar. Peluasan subjek Bayang-bayang patung wayang kulit terhasil pada layar. Peluasan predikat Bayang-bayang terhasil pada layar di hadapan penonton. 5 Anisa melihat Tuk Dalang. Peluasan subjek Anisa di belakang pentas itu melihat Tuk Dalang. Peluasan predikat Anisa melihat Tuk Dalang di belakang pentas. Video Tutorial Tutorial Video PdPc Contoh Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72)_J.indd 43 6/10/2023 9:58:42 AM
44 TP 1 2 3 4 5 6 17 Teknologi Membantu Kita Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 127 – 132 Prɑktis PBD Lengkapkan dialog. Kemudian, bertutur untuk membuat ramalan secara bertatasusila mengikut konteks. S.P 1.2.1 KBAT Menilai Anisa : Nurul, saya ada terbaca tentang dapur mudah alih yang dicipta oleh seorang suri rumah tangga. Nurul : Apakah kelebihan dapur mudah alih tersebut? Anisa : (1) Dapur ini senang untuk dibawa ke mana-mana. Oleh itu, kita boleh menggunakannya semasa berkhemah atau berkelah. Arang digunakan sebagai bahan bakar untuk memasak atau membakar makanan. Kos ciptaannya juga murah, iaitu RM200.00 sahaja. Nurul : Pada pendapat Anisa, bagaimanakah penggunaan dapur ini pada masa hadapan? Anisa : (2) Pada pendapat saya, dapur mudah alih ini akan lebih popular penggunaannya pada masa hadapan. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat kita semakin gemar berkhemah dan berkelah. Semasa berkhemah atau berkelah, mereka gemar memasak makanan atau membuat barbeku. Oleh yang demikian, dapur mudah alih seperti ini amat diperlukan. Walau bagaimanapun, ciptaan ini perlu dikomersialkan agar pengguna mudah untuk mendapatkannya di pasaran. Pencipta Puan Munirah binti Ahmad Kos Ciptaan RM200.00 Kelebihan • Mudah alih dan senang dibawa • Menggunakan arang sebagai bahan bakar • Sesuai digunakan semasa berkhemah atau berkelah • Boleh digunakan untuk memasak dan membakar makanan Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 44 10/3/2023 4:41:00 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 45 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 127 – 132 Prɑktis PBD Berdasarkan bahan, tulis surat kiriman rasmi untuk mengundang pihak sekolah lain menghadiri Karnival Sains dan Teknologi di sekolah kamu. S.P 3.3.1 Kelab Sains dan Teknologi, SK Seri Siantan, 34300 Taiping, PERAK DARUL RIDZUAN. Pengerusi, Kelab Sains dan Teknologi, SK Kota Raja, 34300 Taiping, PERAK DARUL RIDZUAN. 20 APRIL 20__. aw_18 aw_8 Aktiviti: - Membina robot - Pertunjukan dron - Pameran produk inovasi - Kuiz sains dan teknologi - Pertunjukan kereta solar - Pertandingan reka cipta : Aktiviti Interaktif Interaktif Aktiviti PdPc Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 45 10/3/2023 4:41:00 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 46 TP 1 2 3 4 5 6 Tuan, Undangan Menyertai Karnival Sains dan Teknologi Merujuk perkara di atas, pihak Kelab Sains dan Teknologi SK Seri Siantan ingin mengundang ahli Kelab Sains dan Teknologi sekolah tuan untuk menghadiri Karnival Sains dan Teknologi yang akan diadakan di sekolah kami. 2. Penganjuran karnival ini bertujuan untuk menyedarkan murid tentang manfaat sains dan teknologi dalam kehidupan. Selain itu, karnival ini diharapkan dapat mencungkil bakat dan kreativiti murid. 3. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memeriahkan Karnival Sains dan Teknologi ini. Antaranya termasuklah membina robot, pertunjukan dron, pameran produk inovasi, dan kuiz sains dan teknologi. 4. Maklumat tentang Karnival Sains dan Teknologi SK Seri Siantan adalah seperti yang berikut: Tarikh: 4 – 5 Mei 20__ Masa: 8:30 pagi – 5:00 petang Tempat: Dewan Seri Siantan Kami berharap semoga undangan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Atas kerjasama dan perhatian tuan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang benar, Yusuf Ar rian (YUSUF ARRIAN BIN BUKHARI) Setiausaha, Kelab Sains dan Teknologi SK Seri Siantan. Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 46 10/3/2023 4:41:00 PM
47 TP 1 2 3 4 5 6 18 Inovasi Kreatif Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 133 – 138 Prɑktis PBD Baca petikan. Kemudian, nyatakan ilmu serta nilai yang terdapat dalam petikan tersebut . S.P 2.3.2 KBAT Menganalisis Haris melihat Pak Kardi menggunakan mesin rumput galas untuk memotong semak samun. Kerja tersebut menggunakan banyak tenaga. Sebagai pelajar dalam bidang teknologi pertanian di universiti, Haris mahu membantu meringankan kerja Pak Kardi. Haris ternampak motosikal roda tiga milik Pak Kardi. Motosikal itu masih elok tetapi terbiar setelah Pak Kardi membeli lori kecil. Kemudian, Haris melihat mesin rumput galas yang digunakan oleh Pak Kardi. “Akan aku fikirkan sesuatu untuk membantu Pak Kardi,” Haris berkata di dalam hati. Motosikal roda tiga dan mesin rumput itu akan digabungkan. Demikian perancangan kasar Haris. Dia mengangguk-angguk sambil mengurut-urut dagunya. Kemudian, dia bingkas bangun, mengambil pen dan kertas. Dengan pantas, Haris membuat lakaran. “Inilah motosikal mesin rumput yang akan membantu Pak Kardi. Aku namakannya Mosirum. Dia hanya perlu duduk di atas Mosirum sambil memotong semak samun,” kata Haris dengan bangganya. 1 Nilai • Baik hati – Haris hendak membantu meringankan kerja Pak Kardi. • Rasional – Haris berfikir dengan bijaknya untuk mengubah suai motosikal roda tiga dan mesin rumput galas. • Ketelitian – Haris teliti dalam menghasilkan ciptaannya dengan membuat lakaran terlebih dahulu. 2 Ilmu • Barang yang tidak digunakan boleh diubah suai untuk tujuan lain. • Motosikal roda tiga dan mesin rumput galas boleh digabungkan untuk menghasilkan inovasi yang hebat. • Pada peringkat permulaan, lakaran perlu dibuat untuk menghasilkan sesuatu ciptaan. Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 47 10/3/2023 4:41:01 PM