Nama: Kelas: Tarikh: 48 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 133 – 138 Prɑktis PBD Edit dan murnikan penggunaan frasa dalam teks. S.P 3.3.2 KBAT Menganalisis Pertandingan Membina Jambatan Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid. Di samping itu, pertandingan ini dapat mendedahkan kepada murid-murid tentang ilmu reka bentuk. Minat muridmurid dalam bidang sains, reka bentuk dan teknologi juga dapat dipupuk dengan pertandingan ini. Syarat-syarat pertandingan 1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid-murid tahap dua secara berkumpulan. 2 Peserta hendaklah membina jambatan semasa pertandingan berlangsung. 3 Peserta perlu membina jambatan yang paling kukuh sekali dengan menggunakan lidi sate dan gam yang sesuai. 4 Bahan-bahan dan peralatan untuk membina jambatan hendaklah para peserta sediakan. 5 Murid-murid yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh berhubung Encik Badrul bin Zamani sebelum atau pada 15 Jun 20__. Pertandingan Membina Jambatan Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid. Di samping itu, pertandingan ini dapat mendedahkan murid-murid tentang ilmu reka bentuk. Minat murid-murid dalam bidang sains, reka bentuk dan teknologi juga dapat dipupuk melalui pertandingan ini. Syarat-syarat pertandingan 1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid-murid tahap dua secara berkumpulan. 2 Peserta hendaklah membina jambatan semasa pertandingan berlangsung. 3 Peserta perlu membina jambatan yang paling kukuh/kukuh sekali dengan menggunakan lidi sate dan gam yang sesuai. 4 Bahan-bahan dan peralatan untuk membina jambatan hendaklah disediakan oleh para peserta. 5 Murid-murid yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh berhubung dengan Encik Badrul bin Zamani sebelum atau pada 15 Jun 20__. Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 48 10/3/2023 4:41:03 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 49 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 133 – 138 Prɑktis PBD Bina ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat berdasarkan ayat-ayat yang diberikan. S.P 5.3.1 KBAT Mencipta 1 Cincin pintar ini baru dicipta. Cincin pintar ini mempunyai ciri-ciri istimewa. yang Cincin pintar yang baru dicipta ini mempunyai ciri-ciri istimewa. 2 Skrin sesentuh pada cincin ini tahan lasak. Skrin sesentuh pada cincin ini kalis air. bukan sahaja ... malahan Skrin sesentuh pada cincin ini bukan sahaja tahan lasak malahan kalis air. 3 Reka bentuknya yang unik pasti akan menarik minat orang ramai. Reka bentuknya yang kecil pasti akan menarik minat orang ramai. serta Reka bentuknya yang unik serta kecil pasti akan menarik minat orang ramai. 4 Pengguna boleh membuat panggilan telefon. Cincin ini disambungkan dengan telefon bimbit. jika Pengguna boleh membuat panggilan telefon jika cincin ini disambungkan dengan telefon bimbit. 5 Pengguna boleh mendengar muzik dengan cincin ini. Pengguna boleh merakamkan gambar dengan cincin ini. Pengguna boleh menghantar sistem pesanan ringkas dengan cincin ini. dan Pengguna boleh mendengar muzik, merakamkan gambar dan menghantar sistem pesanan ringkas dengan cincin ini. yang bukan sahaja ... malahan serta jika dan Cincin Pintar Aktiviti Interaktif Interaktif Aktiviti PdPc Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 49 10/3/2023 4:41:04 PM
50 TP 1 2 3 4 5 6 19 Penternakan Janakan Pendapatan Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 144 – 150 Prɑktis PBD Baca teks. Kemudian, buat tafsiran. S.P 2.1.1 KBAT Menganalisis “Saya memancing di sini pada setiap hari. Setelah mendapat seekor dua ikan, bolehlah isteri saya masak untuk makan malam kami sekeluarga,” jawab pak cik itu. “Mengapakah hanya seekor dua ikan sahaja, pak cik? Bukankah terdapat banyak ikan di laut ini? Jika pak cik memancing lebih lama, pak cik akan mendapat ikan yang lebih banyak,” kata Tuan Asrul yang menganggap Pak Karman pemalas orangnya. “Untuk apakah ikan yang banyak itu?” tanya Pak Karman kehairanan. “Seekor dua buat santapan pak cik sekeluarga. Bakinya boleh pak cik jual. Hasil jualan ikan itu boleh pak cik simpan untuk membeli alatan memancing lagi supaya hasil pak cik lebih banyak,” kata Tuan Asrul mengajar Pak Karman. “Untuk apakah semua itu kepada saya?” tanya Pak Karman semakin hairan. “Dengar penjelasan saya ini. Setelah wang simpanan pak cik semakin banyak, pak cik boleh membeli jala pula. Apabila hasil tangkapan ikan semakin banyak, wang yang diperoleh juga semakin banyak. Jadi, pak cik boleh membeli bot untuk menangkap ikan. Daripada satu bot boleh bertambah menjadi kapal besar untuk menangkap ikan. Pak cik akan menjadi seorang nelayan yang kaya raya,” kata Tuan Asrul lagi. “Jikalau saya telah kaya raya, apakah yang boleh saya lakukan?” tanya Pak Karman. “Setelah ada wang yang banyak, bolehlah pak cik berbuat apa-apa saja. Misalnya, berlibur di pantai ini sambil memancing seperti saya,” kata Tuan Asrul. “Untuk apakah saya memancing sekali-sekala, semasa berlibur sahaja? Sedangkan, saya boleh memancing pada setiap hari?” tanya Pak Karman, masih tidak berpuas hati. 1 Sikap Pak Karman Pak Karman berpuas hati dengan hasil tangkapannya. Dia memancing ikan untuk keperluan keluarga sahaja. Dia tidak berhasrat untuk menjadikan perikanan sebagai sumber perniagaan. 2 Sikap Tuan Asrul Tuan Asrul berpandangan lebih jauh dalam bidang perikanan. Dia beranggapan bahawa perikanan boleh memberikan keuntungan yang besar. Dia bijak menyusun perancangan agar perikanan boleh menjadi sumber perniagaan. Tema 7: Pertanian dan Penternakan Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 50 10/3/2023 4:41:04 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 51 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 144 – 150 Prɑktis PBD Edit dan murnikan teks. S.P 3.3.2 KBAT Menganalisis Encik Ahmad Zikri bin Sulaiman menceburi bidang penternakan ayam kampung kacuk setelah pengajian tamat. Dia mulanya hanya menternak 50 ekor ayam sahaja. Pada masa kini dia menternak lebih seribu ekor ayam kampung kacuk. Dia memberikan ayam kampung kacuk makan dedak. Haiwan ini mengambil masa kira-kira 60 hari untuk matang sebelum boleh disembelih dan dijual. Ayam ini akan matang dengan berat di antara 1.5 hingga dua kilo gram sebelum boleh dijual secara segar atau diproses. Encik Ahmad Zikri mengunakan media sosial untuk mempromosikan jualan ayam ternakannya. Selain itu, memudahkan pelanggan mengetahui tentang jualan ayam yang diusahakannya. Ayam kampung kacuknya mendapat permintaan yang tinggi terutama sebelum perayaan Aidil Fitri. Encik Ahmad Zikri yakin bahawa industri penternakan ayam kampung kacuk amat berpotensi di masa hadapan. Oleh itu, dia berhasrat untuk membuka ladang ternakan ayam kampung kacuk di tempat lain. Encik Ahmad Zikri bin Sulaiman menceburi bidang penternakan ayam kampung kacuk setelah tamat pengajian. Dia pada mulanya menternak 50 ekor ayam sahaja. Kini/Pada masa ini, dia menternak lebih seribu ekor ayam kampung kacuk. Dia memberi ayam kampung kacuk makan dedak. Haiwan ini mengambil masa kira-kira 60 hari untuk matang sebelum boleh disembelih dan dijual. Ayam ini akan matang dengan berat antara 1.5 hingga dua kilogram sebelum boleh dijual secara segar atau diproses. Encik Ahmad Zikri menggunakan media sosial untuk mempromosikan jualan ayam ternakannya. Selain itu, penggunaan media sosial memudahkan pelanggan mengetahui jualan ayam yang diusahakannya. Ayam kampung kacuknya mendapat permintaan yang tinggi terutama sebelum perayaan Aidilfitri. Encik Ahmad Zikri yakin bahawa industri penternakan ayam kampung kacuk amat berpotensi pada masa hadapan. Oleh itu, dia berhasrat untuk membuka ladang ternakan ayam kampung kacuk di tempat lain. Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 51 10/3/2023 4:41:05 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 52 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 144 – 150 Prɑktis PBD Lengkapkan perbualan di bawah dengan ayat seruan dan ayat perintah yang betul. S.P 5.3.2 Sarah : Apakah aktiviti Pak Ali selepas bersara nanti? Pak Ali : (1) Pak Ali ingin menternak kambing bagi mengisi masa lapang. Sarah : Wah, menariknya. Di manakah Pak Ali akan membina kandang kambing itu? Pak Ali : (2) Kandang kambing itu akan dibina di hujung kampung. Sarah : Berapa ekor kambingkah yang akan Pak Ali ternak? Pak Ali : Pak Ali akan menternak 20 ekor kambing terlebih dahulu. Sarah : (3) Apakah produk yang dihasilkan daripada ternakan kambing Pak Ali? Pak Ali : Pak Ali bercadang untuk menjual susu kambing dan daging kambing. Sarah : (4) Di manakah Pak Ali akan memasarkan produk tersebut? Pak Ali : Pak Ali akan memasarkannya di pasar raya, restoran dan kedai barang basah yang berhampiran. Sarah : Saya doakan agar projek penternakan kambing yang dirancang ini akan membuahkan hasil. Pak Ali : Terima kasih, Sarah. Sarah : Sama-sama, Pak Ali. Kandang kambing itu akan dibina di hujung kampung Di manakah Pak Ali akan memasarkan produk tersebut? Pak Ali ingin menternak kambing bagi mengisi masa lapang Apakah produk yang dihasilkan daripada ternakan kambing Pak Ali? Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 52 10/3/2023 4:41:08 PM
53 TP 1 2 3 4 5 6 Halaman Buku Teks: 37 – 42 20 Rezeki daripada Tanah Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 151 – 156 Prɑktis PBD Lengkapkan dialog untuk membuat keputusan dan rumusan. Kemudian, lakonkannya . S.P 1.2.3 KBAT Menilai • Tempoh mengeluarkan hasil adalah antara empat hingga enam minggu • Mudah ditanam • Digemari oleh abang dan kakak • Tempoh mengeluarkan hasil ialah lapan minggu • Sukar dijaga • Digemari oleh semua ahli keluarga Alif : Apakah sayur yang patut kita tanam di rumah sebagai percubaan? Sawi hijau atau kubis bunga? Najiha : Saya hendak menanam kubis bunga sebagai percubaan. Alif : Bukankah kubis bunga mengambil masa lapan minggu untuk mengeluarkan hasil? Abang rasa lebih baik kita menanam sawi hijau. Tempoh penanamannya lebih singkat. Najiha : Saya kurang bersetuju. Sawi hijau hanya disukai oleh abang dan kakak. Kubis bunga disukai oleh semua orang. Alif : Kalau begitu, abang merumuskan bahawa sawi hijau mengeluarkan hasil yang lebih singkat tetapi bukan menjadi kegemaran semua ahli keluarga. Najiha : Benar, kubis bunga pula walaupun penjagaannya sukar dan tempoh mengeluarkan hasilnya lebih lama, sayur ini digemari oleh semua ahli keluarga kita. Alif : Oleh itu, kita mengambil keputusan untuk menanam kubis bunga sebagai percubaan kerana sayur ini menjadi pilihan semua ahli keluarga. Tema 7: Pertanian dan Penternakan Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 53 10/3/2023 4:41:09 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 54 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 151 – 156 Prɑktis PBD Lengkapkan perbualan di bawah dengan ayat seruan dan ayat perintah yang betul. S.P 5.3.2 Perbualan di kebun durian pada waktu pagi. Anis : (1) Wah, buah durian di kebun mak su telah gugur! Mak su : Ya, buah durian telah mula gugur. Anis : Kalau begitu, bolehlah Anis menolong mak su mengutip buah durian ini. Mak su : Boleh, Anis. (2) Sila datang ke kebun mak su pada petang ini. Anis : Baik, mak su. Nanti saya datang. Perbualan di kebun durian pada waktu petang. Anis : (3) Amboi, banyaknya buah durian! Mak su : Betul tu, Anis. Menjadi sungguh buah durian kali ini. Anis : Bolehkah saya ambil sebiji, mak su? Mak su : Ambillah seberapa banyak yang kamu mahu. Bawalah pulang untuk ibu dan bapa kamu. Kamu telah puas makan durian. (4) Usah lupa ibu dan bapa kamu pula. Anis : Baiklah, mak su. Mak su : (5) Nah, ambil raga ini! . Isi durian untuk kamu bawa pulang. Amboi, banyaknya buah durian! Sila datang ke kebun mak su petang ini. Nah, ambil raga ini! Usah lupa ibu dan bapa kamu pula. Wah, buah durian di kebun mak su telah gugur! Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 54 10/3/2023 4:41:09 PM
55 TP 1 2 3 4 5 6 21 Dunia Tani dan Ternak Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 157 – 162 Prɑktis PBD Baca teks dengan teliti. Kemudian, buat rumusan dan ramalan. S.P 2.2.1 KBAT Menilai Perniagaan trading lembu bermaksud membeli lembu dewasa dan menjualnya semula. Sebelum dijual, pengusaha perlu memastikan lembu tersebut dalam keadaan baik, iaitu cukup makan dan tidak berpenyakit. Keuntungan bagi seekor lembu adalah antara RM200.00 hingga RM300.00. Puan Masitah binti Alwi menceburi perniagaan ini kerana permintaan terhadap daging lembu sentiasa meningkat. Pelibatannya bermula pada tahun 2018. Pada waktu itu, dia membeli tiga ekor lembu dewasa dengan modal RM19 000. Kandangnya pula disewa. Setelah beberapa bulan, lembu yang dibeli oleh Puan Masitah semakin banyak. Dia perlu menjaga lembu-lembu ini dengan baik sebelum mendapat pembeli baharu. Penjagaan yang baik perlu dilakukan untuk mengelakkan kematian lembu. Rumusan Puan Masitah memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan. Setelah beberapa bulan, perniagaannya semakin berkembang. Jumlah lembu yang dibelinya semakin bertambah. Dia perlu menjaga lembu-lembu itu dengan baik bagi mengelakkan ternakan tersebut mati. Kematian lembu akan menyebabkan dia mengalami kerugian. Ramalan Puan Masitah akan menyewa ladang yang lebih besar untuk menampung jumlah lembu yang semakin banyak. Dia juga akan mengupah beberapa orang pekerja untuk membantunya. Dengan cara ini, perniagaan Puan Masitah akan berkembang lebih maju. Dia juga akan meluaskan pasaran lembu-lembu yang dibelinya. Tema 7: Pertanian dan Penternakan Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 55 10/3/2023 4:41:09 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 56 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 157 – 162 Prɑktis PBD Tulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis dan kreatif. S.P 3.2.1 KBAT Menilai Pak Cik Safwan bercadang untuk menanam pokok kaktus secara komersial. Oleh itu, Danial telah membantu pak ciknya mendapatkan beberapa maklumat. Berdasarkan maklumat tersebut, Danial memberikan pendapatnya. Pada pendapat saya, menanam kaktus adalah mudah. Pokok ini tidak memerlukan air dan baja yang banyak. Penanaman kaktus juga tidak memerlukan tempat yang besar. Walau bagaimanapun, Pak Cik Safwan perlu menjaga pokok-pokok kaktus dengan teliti agar tidak dijangkiti kulat. Saya mencadangkan agar pak cik mengkaji jenis pokok kaktus yang menjadi pilihan penggemarnya. Pak Cik Safwan boleh mempromosikan kaktus jualannya melalui media sosial. Selain menjual kaktus di kedai, Pak Cik Safwan juga boleh menjual kaktus secara dalam talian. Pokok kaktus: • Disemai di dalam pasu kecil atau besar mengikut saiznya. • Tidak memerlukan siraman air yang banyak. Pokok kaktus bersifat menyimpan air, tahan cuaca panas dan boleh hidup lama walaupun tanpa disiram. • Tidak perlu dibaja selalu. Terlampau kerap membaja boleh mengurangkan kecantikan kaktus, terutama yang berdaun lembut. • Pokok yang tidak dijaga dengan baik boleh dijangkiti kulat. Gunakan racun kulat pada kadar yang bersesuaian untuk menghalang masalah ini. Jagalah kaktus dengan sepenuh kasih sayang PdPc Aktiviti Pelibatan Ibu Bapa (PIB) Berbuallah dengan ibu bapa dan ahli keluarga kamu yang lebih tua daripada kamu. 1 Imbau kembali kenangan seharian di dusun buah-buahan datuk kamu. 2 Berceritalah tentang aktiviti yang telah dilakukan oleh kamu sekeluarga di dusun itu. 3 Minta juga datuk kamu menceritakan cara-cara menanam dan menjaga pokok buah-buahan. PIB PdPc Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 56 10/3/2023 4:41:12 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 57 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 157 – 162 Prɑktis PBD Bina ayat aktif berdasarkan gambar dan perkataan yang diberikan. S.P 5.3.3 Pak Ngah memiliki kelong di Tanjung Piandang. Pak Ngah telah mempelawa Yusri ke kelongnya. Yusri telah pergi ke sana pada hujung minggu. Dia bertemankan abangnya, Yusuf. • tiba • memancing • terpesona • mengajar • menggunakan Mereka pulang pada pukul 5:00 petang. Yusri dan Yusuf berasa gembira. Mereka mendapat banyak ikan. Pak Ngah mengajar Yusri cara memasang umpan. Mereka menggunakan umpun-umpun sebagai umpan. Mereka tiba di kelong tersebut. Mereka memancing ikan dari atas kelong. Yusri terpesona akan keindahan tempat tersebut. 1 2 3 • pulang • berasa • mendapat Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 57 10/3/2023 4:41:12 PM
58 TP 1 2 3 4 5 6 Halaman Buku Teks: 48 – 54 22 Sumber Ekonomi Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 168 – 172 Prɑktis PBD Baca dan taakul bahan. Kemudian, buat rumusan dan ramalan. S.P 2.3.1 KBAT Menganalisis Usah malu usah gelisah, Hati tenang gembira diri; Jika dahulu hidup susah, Kini senang mula hampiri. Pokok jering jangan dipangkas. Kayu dilontar terkena kera; Guna jaring tangkap belangkas, Belangkas dihantar ke luar negara. Belangkas telah mengubah nasib Encik Syukri sekeluarga. Suatu ketika dahulu, dia merupakan nelayan pinggir pantai yang menangkap ikan dengan menggunakan bot kecil sahaja. Kini, dia mampu tersenyum dan bersyukur kerana telah berjaya menjadi pengeksport belangkas. Bagi nelayan lain, belangkas dianggap sebagai hidupan yang mengganggu golongan nelayan kerana belangkas mudah terlekat pada jaring. Hal ini menyebabkan jaring nelayan rosak. Encik Syukri memperoleh pendapatan lumayan setelah mengeksport belangkas ke Thailand. Pada mulanya, dia hanya mengumpulkan belangkas yang tersangkut pada pukatnya. Selepas mengetahui hasil laut itu berpotensi untuk dipasarkan, dia mula menangkap belangkas dengan lebih serius. Belangkas ditangkap dan dikumpulkan sebelum dieksport. Sebanyak 800 ekor belangkas dieksport ke Thailand dalam masa sebulan. Pada pendapat saya, Encik Syukri ialah (1) nelayan yang berpandangan jauh. Dia berusaha untuk meningkatkan taraf hidupnya dengan menangkap belangkas. Encik Syukri bijak memanfaatkan hidupan yang terdapat di persekitarannya. Saya meramalkan bahawa (2) perniagaan Encik Syukri akan berkembang maju. Dia bukan sahaja akan menangkap belangkas malahan akan membeli belangkas yang ditangkap oleh nelayan lain. Belangkas ini dikumpulkan untuk dijual ke luar negara. Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 58 10/3/2023 4:41:13 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 59 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 168 – 172 Prɑktis PBD Baca petikan dengan teliti. Kemudian, tulis cadangan secara kritis dan kreatif. S.P 3.2.2 KBAT Menganalisis Catatan Hana Pada setiap hujung minggu, saya selalu menemani ayah ke tempat cuci kereta. Pekerja di situ menyambut ayah dengan baik. Mereka akan bertanya tentang perkhidmatan yang diperlukan oleh ayah. Sementara menunggu kereta dicuci, saya dan ayah akan menunggu di tempat yang disediakan. Saya berpendapat bahawa pengusaha tempat cuci kereta tersebut perlu melakukan beberapa tindakan untuk menambah baik perkhidmatan di situ. Saya mencadangkan agar mereka menyediakan tempat menunggu yang lebih selesa. Mereka juga boleh menyediakan bahan bacaan yang sesuai untuk diletakkan di tempat menunggu itu. Selain itu, pengusaha tempat cuci kereta boleh memberikan bonus kesetiaan kepada pelanggan tetap. Sebagai contoh, mereka menyediakan kad bonus. Setiap kali pelanggan mencuci kereta, kad itu akan dicop. Setelah cukup lima kali, pelanggan diberikan perkhidmatan mencuci kereta secara percuma. Saya juga mencadangkan agar pengusaha tempat cuci kereta menyediakan peti cadangan. Para pelanggan boleh menulis pandangan berhubung dengan perkhidmatan di situ. Berdasarkan pandangan pelanggan, pengusaha boleh mengambil tindakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. Aktiviti Interaktif Interaktif Aktiviti PdPc Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72)_J.indd 59 6/10/2023 9:58:42 AM
Nama: Kelas: Tarikh: 60 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 168 – 172 Prɑktis PBD Bina ayat aktif atau ayat pasif berdasarkan gambar. S.P 5.3.3 Puan Sarina mengusahakan perniagaan makanan. Makanan yang diusahakan olehnya ialah rojak buah. 1 2 3 4 5 Buah-buahan dibersihkan oleh Puan Sarina. dibersihkan Buah-buahan itu dimasukkan ke dalam bekas. dimasukkan Puan Sarina memotong buah-buahan. memotong Penghantar makanan menghantar rojak buah kepada pelanggan. menghantar Pelanggan memuji rojak buah yang dibuat oleh Puan Sarina. memuji Kuiz Kuiz PdPc Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 60 10/3/2023 4:41:14 PM
61 TP 1 2 3 4 5 6 23 Usahawan Berjaya Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Menulis BT: m.s. 173 – 178 Prɑktis PBD A Lengkapkan maklumat dalam peta alir di bawah. S.P 3.2.3 Sewaktu melancong ke luar negara, Puan Asira Ghazali sukar untuk mendapat makanan Melayu yang menepati seleranya. Oleh itu, setiap kali melancong ke luar negara, dia membawa sambal ikan bilis. Pengalaman tersebut memberinya idea untuk menjual sambal ikan bilis. Puan Asira telah mengusahakan produk sambal ikan bilis dengan jenama Sedap Rasa. Produk ini mendapat sambutan baik di pasaran tempatan. Selepas itu, Puan Asira berhasrat untuk memasarkan produk Sedap Rasa ke luar negara pula. Pelanggan Puan Asira, usahawan yang sering ke luar negara telah jatuh cinta dengan sambal Sedap Rasa. Dia berminat untuk menjadi pengedar produk Sedap Rasa di Korea Selatan. Kini, produk Sedap Rasa telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa. B Pada pendapat kamu, apakah yang boleh dilakukan oleh Puan Asira untuk memajukan perniagaannya? KBAT Menilai Pada pendapat saya, Puan Asira boleh memajukan perniagaannya dengan cara mempelbagaikan produk sambal. Selain mengeluarkan sambal ikan bilis, Puan Asira boleh mengeluarkan sambal lain, contohnya sambal udang, sambal petai dan sambal hitam belimbing buluh. Untuk pasaran antarabangsa, Puan Asira boleh mencari pengedar produk Sedap Rasa di negara-negara lain pula. (3) hendak memasarkan produk Sedap Rasa ke luar negara (4) menjadi kegemaran seorang usahawan dipasarkan di Korea Selatan oleh seorang usahawan membawa sambal ikan bilis semasa melancong ke luar negara (1) mendapat idea untuk menjual sambal ikan bilis (2) mengusahakan produk sambal ikan bilis, Sedap Rasa Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 61 10/3/2023 4:41:15 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 62 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 173 – 178 Prɑktis PBD Kenal pasti ayat susunan songsang yang terdapat dalam teks. Kemudian, tukarkannya kepada ayat susunan biasa. S.P 5.3.4 Dania Azman memiliki kedai pakaian pengantin. Butik Kasih nama kedai milik Dania. Butik ini juga menyediakan perkhidmatan solekan dan dandanan. Dari semasa ke semasa, Dania memastikan perkhidmatannya mengikut perkembangan terkini. Sikap cerewet pelanggan ialah cabaran yang dihadapi oleh Dania. Oleh itu, dia perlu memastikan sentuhannya setanding dengan jurusolek profesional. Menjadi keutamaan Dania kepuasan pelanggannya. Untuk memperkenalkan kedainya kepada pelanggan, Dania menggunakan media sosial. Dania telah melantik seorang pegawai pemasaran untuk menguruskan hal tersebut. Dengan cara tersebut, kedai pakaian pengantin Dania semakin dikenali ramai. 1 Butik Kasih nama kedai milik Dania. Nama kedai milik Dania Butik Kasih. 2 Dari semasa ke semasa, Dania memastikan perkhidmatannya mengikut perkembangan terkini. Dania memastikan perkhidmatannya mengikut perkembangan terkini dari semasa ke semasa. 3 Menjadi keutamaan Dania kepuasan pelanggannya. Kepuasan pelanggannya menjadi keutamaan Dania. 4 Untuk memperkenalkan kedainya kepada pelanggan, Dania menggunakan media sosial. Dania menggunakan media sosial untuk memperkenalkan kedainya kepada pelanggan. 5 Dengan cara tersebut, kedai pakaian pengantin Dania semakin dikenali ramai. Kedai pakaian pengantin Dania semakin dikenali ramai dengan cara tersebut. Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 62 10/3/2023 4:41:15 PM
63 TP 1 2 3 4 5 6 24 Bijak Mengurus Wang Unit Nama: Kelas: Tarikh: Baca teks dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut. S.P 2.1.1 1 Jelaskan sikap yang ditunjukkan oleh Fahmi dan ayahnya. Fahmi anak yang baik hati. Dia mahu membantu ayahnya mengumpulkan wang untuk dia menyambung pelajaran di universiti. Ayah Fahmi pula seorang yang beringat dan bertanggungjawab. Dia telah menabung sejak Fahmi lahir sebagai persediaan untuk pendidikan anaknya itu. 2 Apakah pengajaran yang kamu peroleh daripada cerita ini? Jelaskannya. KBAT Menilai Daripada cerita ini, saya mendapat pengajaran agar menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa kita. Mereka telah bersusah payah menyediakan segala keperluan untuk kita menuntut ilmu. “Ayah, Fahmi ingin bekerja sambilan di pasar raya. Fahmi hendak mengumpulkan wang untuk menyambung pelajaran di universiti nanti,” kata Fahmi. “Mengapakah Fahmi perlu bekerja? Fahmi sepatutnya memberikan tumpuan kepada pelajaran. Tahun ini tahun yang penting kepada Fahmi. Peperiksaan semakin hampir. Tentang wang untuk melanjutkan pelajaran itu, biar ayah yang menguruskannya,” kata ayah Fahmi. Selepas berbincang dengan keluarganya, Fahmi terus belajar dengan gigihnya. Dia berhasrat ingin mengubah nasib mereka sekeluarga. Akhirnya, Fahmi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. “Fahmi, ini dokumen simpanan Fahmi di SSPN-i. Gunakanlah duit ini untuk membiayai pengajian Fahmi nanti. Duit simpanan ini ayah simpan semenjak Fahmi berumur satu hari. Setelah Fahmi dilahirkan, ayah terus membuka akaun ini. Ayah menyimpannya setiap bulan,” kata ayah Fahmi. Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Kemahiran Membaca BT: m.s. 179 – 184 Prɑktis PBD Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 63 10/3/2023 4:41:16 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 64 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 179 – 184 Prɑktis PBD Tulis syarahan yang bertajuk “Langkah-langkah Berjimat Cermat”. S.P 3.3.1 KBAT Mencipta [Pendahuluan] Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang adil dan bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Langkah-langkah Berjimat Cermat”. Hadirin yang dihormati, [Isi 1] Amalan berjimat cermat bermaksud menjimatkan perbelanjaan kita. Amalan ini amat baik agar kita tidak bersikap boros. Kita boleh berjimat dengan cara mengawal diri ketika berbelanja. Hal ini boleh dilakukan dengan cara membeli barang yang benar-benar diperlukan sahaja. [Isi 2] Selain itu, sebahagian wang belanja yang diterima daripada ibu bapa hendaklah kita simpan ke dalam tabung. Jangan habiskan wang belanja itu dengan sewenang-wenangnya. Wang yang terkumpul boleh dimasukkan ke dalam bank untuk digunakan pada masa hadapan. Hadirin yang dikasihi, [Isi 3] Di samping itu, kita hendaklah berjimat cermat ketika menggunakan barang-barang yang kita miliki. Sebagai contoh, buku-buku sekolah digunakan dengan cermat agar boleh digunakan oleh adik-beradik kita. Dengan cara itu, kita dapat meringankan beban kewangan ibu bapa. [Isi 4] Kita juga mesti berjimat cermat semasa menggunakan elektrik, air dan telefon. Penggunaan yang tidak terkawal akan menyebabkan ibu bapa kita menanggung bil yang tinggi. Sekiranya kita berjimat, ibu bapa boleh menggunakan wang yang dijimatkan dengan lebih berfaedah. [Penutup] Kesimpulannya, banyak cara yang boleh kita lakukan untuk berjimat cermat. Semoga kita menjadikan amalan berjimat cermat sebagai budaya hidup. Sekian, terima kasih. Mengawal diri ketika berbelanja Menyimpan sebahagian daripada wang belanja Menggunakan barangbarang sendiri dengan cermatnya Berjimat ketika menggunakan elektrik, air dan telefon Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 64 10/3/2023 4:41:16 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 65 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 179 – 184 Prɑktis PBD Kenal pasti kata penekan dan kata pembenda yang terdapat dalam teks. Kemudian, bina ayat. S.P 5.1.4 SK Indera Kayangan akan mengadakan Hari Kantin. Oleh itu, murid-murid Tahun 6 Bitara berbincang tentang harga barang jualan. Mereka hendak menentukan harga barang yang sewajarnya. “Dua biji kuih kita jual dengan harga RM1.00. Untungnya berjumlah lima puluh sen,” kata Wani. “Mahalnya harga tersebut. Saya tidak bersetuju. Saya cadangkan kita jual tiga biji kuih dengan harga RM1.00. Kalau kita jual dengan murahnya, pasti kita banyak pelanggan,” kata Israq. Hadri mencadangkan agar air jagung, air mangga, dan air tembikai dijual dengan harga RM1.00 juga. “Sesungguhnya keuntungan akan bertambah jika pelanggan kita banyak. Oleh itu, sebaik-baiknya kita meletakkan harga yang murah untuk menarik pelanggan,” kata Khairi. Mereka mengakhiri perbincangan itu dengan gembiranya kerana strategi jualan mereka berjaya. Mereka seboleh-bolehnya mahu mengaut keuntungan yang banyak pada Hari Kantin. Kata Penekan 1 Sewajarnya kita berbelanja dengan berhemat pada Hari Kantin. 2 Sesungguhnya keuntungan Hari Kantin akan digunakan untuk kebajikan. 3 Sebaik-baiknya harga barang jualan pada Hari Kantin tidak terlalu mahal. 4 Kami seboleh-bolehnya tidak mahu membazir pada Hari Kantin. Kata Pembenda 1 Untungnya berniaga pada Hari Kantin. 2 Mahalnya harga barang permainan itu. 3 Mereka menjual makanan dengan murahnya. 4 Mereka bernyanyi dengan gembiranya. Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 65 10/3/2023 4:41:16 PM
66 TP 1 2 3 4 5 6 25 Amanah Sejagat Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 190 – 196 Prɑktis PBD Baca cerita. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan. S.P 2.3.1 Pak Karim ialah peniaga buah-buahan di pasar malam. Dia menjual pelbagai jenis buah-buahan seperti mangga, betik, duku, pisang dan tembikai. Dia berniaga di pasar malam tersebut pada setiap hari Sabtu. Pak Karim sentiasa bersikap jujur terhadap pelanggannya. Dia tidak pernah menipu pelanggannya semata-mata kerana mahu mengaut keuntungan yang lebih. Dia menjual buah-buahan yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Pada suatu hari, seorang rakan Pak Karim memperkenalkan sejenis cecair semburan yang mampu menjadikan buah-buahan tahan lama. Jika cecair itu disemburkan pada buah-buahan, buahbuahan tersebut akan kelihatan segar dan tidak mudah busuk. Namun begitu, cecair itu mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Menurut rakan Pak Karim, pelanggan tidak akan sedar akan penggunaan bahan tersebut. Cecair itu tidak berwarna dan tidak berbau. Mereka akan tertarik apabila melihat buah yang elok, ranum dan segar. Pak Karim akan memperoleh keuntungan yang besar kerana hasil jualannya pasti laris. Pak Karim terdiam sebentar selepas mendengar kata-kata rakannya itu. Sebagai peniaga, dia perlu membuat keputusan yang betul dan bijak. Dia tidak boleh bertindak secara semberono tanpa memikirkan kesan buruk yang akan dihadapinya. “Wajarkah perkara ini aku lakukan?” tanya Pak Karim kepada dirinya sendiri. 1 Adakah Pak Karim akan mengikut cadangan rakannya itu? Mengapa? Pak Karim tidak akan mengikut cadangan rakannya itu. Hal ini demikian kerana Pak Karim seorang peniaga yang jujur dan berintegriti. Dia tidak akan merisikokan kesihatan pelanggannya demi mengaut keuntungan yang lebih. 2 Ramalkan keadaan perniagaan Pak Karim pada masa akan datang. KBAT Menilai Perniagaan Pak Karim akan bertambah maju kerana hasil jualannya sentiasa laris. Para pelanggan gemar membeli buah-buahan yang dijual oleh Pak Karim kerana dia tidak pernah menipu para pelanggannya. Tema 9: Integriti Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 66 10/3/2023 4:41:17 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 67 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 190 – 196 Prɑktis PBD Baca cerita. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. S.P 3.2.1 KBAT Menganalisis 1 Wajarkah tindakan Doktor Latif terhadap lelaki itu? Berikan pendapat kamu. Pada pendapat saya, tindakan Doktor Latif sangat wajar. Tindakan itu menunjukkan bahawa beliau seorang doktor yang berintegriti. Beliau tidak memberikan sijil cuti sakit kepada lelaki itu kerana lelaki itu sihat dan berupaya untuk bekerja. 2 Nyatakan dua nilai yang dapat diperoleh daripada cerita tersebut. Nilai yang diperoleh daripada cerita ialah kejujuran dan bertanggungjawab. Doktor Latif mempunyai sebuah klinik. Setiap hari, kliniknya didatangi banyak pesakit untuk mendapatkan rawatan. Pada suatu hari, seorang lelaki datang berjumpa dengan Doktor Latif. Dia mengadu bahawa dirinya sakit dan tidak berupaya untuk bekerja. Dia memohon sijil cuti sakit. Doktor Latif melakukan pemeriksaan kesihatan. Beliau mendapati bahawa lelaki itu sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit. Doktor Latif enggan memberikan sijil cuti sakit kepada lelaki itu. Lelaki itu meninggalkan klinik dengan perasaan yang kecewa. 1 2 3 4 Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 67 10/3/2023 4:41:17 PM
68 TP 1 2 3 4 5 6 26 Integriti Nadi Kemakmuran Negara Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Mendengar dan Bertutur BT: m.s. 197 – 202 Prɑktis PBD Lengkapkan cerita. Kemudian, sampaikan. S.P 1.3.1 KBAT Mencipta Yusni tidak gelap mata. Dia sangat jujur dan amanah. Dia menyimpan wang itu di tempat yang selamat. Kemudian, dia memberitahu majikannya tentang perkara itu. Majikannya segera menghubungi pemilik wang itu. Yusni bekerja di sebuah kedai dobi. Setiap hari, banyak pelanggan datang ke kedai dobi itu untuk mencuci pakaian. Semasa mahu mencuci kot lelaki itu, Yusni terjumpa wang bernilai RM1 000 di dalam poket kot tersebut. Pada suatu hari, seorang lelaki menghantar kotnya untuk dicuci. Kot itu berjenama terkenal dan mahal. Ketika itu, Yusni berseorangan di kedai dobi itu. Rakan sekerja dan majikannya tiada di situ. 1 3 2 4 5 Tema 9: Integriti Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 68 10/3/2023 4:41:18 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 69 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 197 – 202 Prɑktis PBD Teliti gambar. Kemudian, berikan cadangan. S.P 3.2.2 KBAT Menganalisis 1 Berikan cadangan untuk mengatasi masalah yang ditunjukkan. Para penyokong bola sepak yang tidak berdisiplin dan tidak berintegriti perlu dikenakan tindakan dan dihalang daripada memasuki stadium. 2 Berikan cadangan untuk mengatasi masalah yang ditunjukkan. Program atau kempen integriti perlu diadakan secara lebih giat dan besar-besaran bagi mendidik masyarakat supaya menghargai kemudahan awam. Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 69 10/3/2023 4:41:18 PM
70 TP 1 2 3 4 5 6 27 Kejujuran Asas Jati Diri Unit Nama: Kelas: Tarikh: Kemahiran Membaca BT: m.s. 203 – 206 Prɑktis PBD Baca dan rujuk kamus untuk menentukan sebutan dan ejaan perkataan yang berhuruf tebal. Kemudian, tulis makna perkataan tersebut. S.P 2.1.2 Sejak negara dilanda pandemik COVID-19, kita banyak belajar tentang kepentingan nilai integriti. Sebagai contoh, pengamalan nilai integriti boleh dilihat dalam kalangan peniaga. Dalam hal ini, pemilik premis perniagaan meletakkan alat pengesan suhu, alat pensanitasi tangan, buku log maklumat pelanggan, serta pengimbas kod QR MySejahtera di hadapan premis. Namun demikian, mereka tidak memantau pematuhan penggunaannya. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat faktor yang menyebabkan limitasi pemantauan, iaitu bilangan pekerja yang terhad. Walaupun demikian, perkara ini perlu dipandang serius supaya tidak timbul sebarang masalah pada kemudian hari. Kurangnya sifat jujur dalam kalangan masyarakat telah menyebabkan kesulitan kepada negara. Sikap mengambil enteng akan hal ini telah menyebabkan wujudnya pelbagai kluster baharu COVID-19. Kewujudan pelbagai kluster ini menunjukkan masyarakat masih tidak berintegriti dalam pematuhan prosedur operasi standard. Perkataan Makna 1 integriti kejujuran 2 premis bangunan dan kawasan tempat diuruskan sesuatu perniagaan 3 buku log buku yang digunakan untuk menyimpan butir-butir tentang sesuatu 4 pematuhan perbuatan mengikut perintah 5 terhad terbatas 6 enteng ringan / mudah Tema 9: Integriti Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 70 10/3/2023 4:41:18 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 71 TP 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis BT: m.s. 203 – 206 Prɑktis PBD Tulis cerita berdasarkan maklumat yang diberikan secara koheren dan kohesi. S.P 3.3.1 KBAT Mencipta Pada suatu hari, Aznita makan di sebuah restoran. Setelah selesai makan, dia membayar harga makanannya. Juruwang mengembalikan wang baki kepadanya. Semasa di dalam kereta, Aznita hendak menyimpan wang baki tersebut ke dalam dompet. Sebelum menyimpannya, dia terkejut kerana wang kertas itu bertulis sesuatu. Aznita telah mengambil gambar wang kertas yang bertulis, “Wang terakhir pemberian mendiang ayahku” itu. Dia telah berkongsi kisah penemuan wang kertas itu melalui akaun Facebook miliknya. Kisah yang dikongsinya mendapat pelbagai komen daripada netizen. Beberapa hari selepas itu, dia menerima mesej daripada seorang yang bernama Zhang Min. Dia meminta Aznita menghubunginya. Zhang Min telah berjumpa dengan Aznita. Rupa-rupanya dia ialah pemilik wang kertas tersebut. Zhang Min menceritakan bahawa dia telah diragut. Oleh yang demikian, wang pemberian ayahnya yang terdapat dalam beg tangannya telah hilang. Zhang Min berterima kasih kepada Aznita yang telah memulangkan wang kertas tersebut. Dia tidak menyangka akan menemukan wang kertas itu semula. Bagi Zhang Min, wang kertas itu amat bermakna kepadanya. selesai makan di restoran – membayar harga makanan – juruwang mengembalikan wang baki ingin menyimpan wang baki – terkejut ada tulisan pada wang – “wang terakhir pemberian mendiang ayahku” berkongsi tentang perkara itu – media sosial – Facebook dihubungi oleh pemilik wang tersebut – menceritakan bahawa wang itu hilang – kejadian ragut mengucapkan terima kasih kasih – tidak menyangka akan menemukan wang itu semula – berasa sangat gembira Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 71 10/3/2023 4:41:19 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 72 TP 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa BT: m.s. 203 – 206 Prɑktis PBD Bina dua ayat mengikut jenisnya berdasarkan gambar yang diberikan. S.P 5.3.2 Ayat penyata 1 Johari mengikat buku-buku teks sebelum memulangkannya. 2 Buku teks yang hendak dipulangkan diletakkan di atas meja. Ayat tanya 1 Siapakah yang menjaga kaunter pemulangan buku teks? 2 Di manakah buku teks hendak dipulangkan? Ayat perintah 1 Senaraikan buku teks yang kamu pinjam. 2 Minta pulangkan semua buku teks sebelum cuti persekolahan bermula. Ayat seruan 1 Wah, buku teks tersusun dengan kemasnya! 2 Syabas, kamu telah memulangkan buku teks! Kuiz Kuiz PdPc Thn6 Kuasa BM U15-27(38-72).indd 72 10/3/2023 4:41:19 PM