PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Skema Pentaksiran STPM ..................................................................................................................................................... ivKandunganfifffflffi 1 Masyarakat, Politik dan Pentadbiran1.1 Transformasi Masyarakat 2Konsep Masyarakat 2Masyarakat Jahiliah 2Masyarakat Arab Jahiliah 3Ciri-ciri Masyarakat Jahiliah 6Masyarakat Islam 13Masyarakat Islam Pada Zaman Khulafa al-Rasyidin 23Ciri-ciri Masyarakat Islam Pada Zaman Khulafa al-Rasyidin 26Tinjau Topik 1.1 31Fokus STPM 1.1 331.2 Politik dan Pentadbiran 341.2.1 Piagam Madinah 34 Piagam Madinah (Sahifah Madinah) 34 Faktor Pembentukan Piagam Madinah 34 Kandungan Piagam Madinah 35 Prinsip-prinsip Piagam Madinah 39 Kepentingan Piagam Madinah 411.2.2 Institusi Khilafah 44 Konsep Khilafah dan Khalifah 44 Kaedah Pemilihan Khalifah 46 Kaedah Pemilihan Khalifah Pada Zaman Khulafa al-Rasyidin 46 Sumbangan Tokoh Khulafa al-Rasyidin 501.2.3 Pembukaan Wilayah dan Hubungan Luar 68 Penyebaran Islam di China Pada Abad ke-7 hingga Abad ke-8 Masihi 68 Kedatangan Islam di Alam Melayu Pada Abad ke-7 hingga Abad ke-14 Masihi 72 Pembukaan Wilayah Balkan di Bawah Kerajaan Turki Uthmaniyah Pada Abad ke-14 hingga Abad ke-17 Masihi 78 Hubungan Turki Uthmaniyah dengan Acheh Pada Abad ke-16 hingga Abad ke-20 Masihi 86 Hubungan Turki Uthmaniyah dengan Johor Pada Abad ke-16 hingga Abad ke-20 Masihi 91Tinjau Topik 1.2 101Fokus STPM 1.2 109fifffflffi Pembangunan Ekonomi dan Intelektual 22.1 Ekonomi 1122.1.1 Institusi Ekonomi 112 Peranan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam Pengukuhan Institusi Baitulmal 1122.1.2 Perkembangan Ekonomi 125 Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Aurangzeb (1658 Masihi hingga 1707 Masihi) 125Tinjau Topik 2.1 140Fokus STPM 2.1 1432.2 Perkembangan Intelektual 1442.2.1 Perkembangan Ilmu di Baghdad 144 Latar Belakang Kota Baghdad Pada Zaman Khulafa Bani Abbas sebagai Pusat Perkembangan Ilmu (Abad ke-8 hingga Abad ke-13 Masihi) 144 Faktor-faktor Perkembangan Kota Baghdad sebagai Pusat Ilmu 146 Jenis-jenis Ilmu yang Muncul di Baghdad (Abad ke-9 hingga Abad ke-11 Masihi) 150 Tokoh-tokoh Ilmuwan Baghdad (Abad ke-8 hingga Abad ke-13 Masihi) 153Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 2 11/11/2025 2:03:53 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Kesan-kesan Kemunculan Baghdad sebagai Pusat Ilmu Pada Zaman Bani Abbas (Abad ke-8 hingga Abad ke-13 Masihi) 155 Kejatuhan Kota Baghdad sebagai Pusat Ilmu Pada Abad ke-13 Masihi 158 Sumbangan Tokoh dalam Perkembangan Ilmu di Baghdad 160 Ibn Sina 160 Imam Al-Ghazali 1682.2.2 Pengaliran Ilmu dari Andalus ke Eropah 176 Latar Belakang Andalusia sebagai Pusat Ilmu Islam (Abad ke-8 hingga Abad ke-15 Masihi 176 Pengaliran Ilmu Sains dan Teknologi ke Eropah 176 Faktor-faktor Pengaliran Ilmu Sains dan Teknologi yang Pesat dari Andalusia ke Eropah 178 Ilmu-ilmu Sains dan Teknologi yang Berkembang Pesat di Andalusia (Abad ke-8 hingga Abad ke-15 Masihi) 182 Kesan Kemunculan Andalusia sebagai Pusat Ilmu Sains dan Teknologi terhadap Peradaban Dunia 186 Sumbangan Ibn Rushd dalam Bidang Sains dan Teknologi 188 Karya-karya Utama Ibn Rushd dalam Bidang Sains dan Teknologi 193Tinjau Topik 2.2 197Fokus STPM 2.2 200fifffflffi Penglibatan Barat dan Pembinaan Negara Bangsa 33.1 Penglibatan British di Asia Barat 202Latar Belakang Asia Barat 202Latar Belakang Mesir 203Pendudukan Perancis di Mesir (1798 – 1801) 203Pendudukan British di Mesir (1882 – 1956) 210Konsep Wihdat al-Islamiah 217Tinjau Topik 3.1 228Fokus STPM 3.1 2303.2 Perang Dunia Pertama 231Latar Belakang Turki Uthamniyah Sebelum Perang Dunia Pertama 231Faktor-faktor Penglibatan Empayar Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama 232Penglibatan Empayar Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama 235Tamatnya Perang Dunia Pertama Melibatkan Kerajaan Turki Uthmaniyah 246Kesan-kesan Penglibatan Empayar Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama 247Tinjau Topik 3.2 251Fokus STPM 3.2 2523.3 Pembinaan Negara Bangsa 253Latar Belakang Pembinaan Negara Bangsa Turkiye 253Faktor-faktor Pembentukan Negara Bangsa Turkiye 253Perkembangan Sekularisasi di Turkiye 256Peranan Keluarga Saud dalam Penubuhan Negara Arab Saudi 263Tinjau Topik 3.3 270Fokus STPM 3.3 2723.4 Gerakan Islam 273Ikhwanul Muslimin 273Tinjau Topik 3.4 279Fokus STPM 3.4 2813.5 Hubungan Arab-Israel 282Sejarah Awal Konflik Arab-Israel 282Faktor-faktor Konflik Arab-Israel 284Kesan-kesan Konflik Arab-Israel 288Tinjau Topik 3.5 296Fokus STPM 3.5 297Kertas Model STPM 298Jawapan 299Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 3 11/11/2025 2:03:53 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Skema Pentaksiran STPMSemester PengajianKod dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Masa PentadbiranSemester 1 940/1Sejarah 1Ujian Bertulis80(29%) 2 jam Pentaksiran berpusatBahagian A (berstruktur)• 5 soalan diberikan• Jawab semua soalanBahagian B (esei) • 3 soalan diberikan• Jawab semua soalanSemester 2940/2Sejarah 2Ujian Bertulis60(22%)1 jam 30 minitPentaksiran berpusatBahagian A (berstruktur)• 5 soalan diberikan• Jawab semua soalanBahagian B (esei) • 3 soalan diberikan• Jawab dua soalan940/4Sejarah 4Kerja Kursus (Kerja Projek)55(20%)Sepanjang semester 2Pentaksiran oleh guru sekolah bagi calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan.Pilih satu tema daripada dua tema yang diberikan dan hasilkan satu tugasan daripada tema yang dipilih.940/5Sejarah 5Ujian BertulisPentaksiran berpusat bagi calon swasta dan calon persendirian.Bahagian A (berstruktur)• 3 soalan diberikan• Jawab semua soalanBahagian B (esei) • 3 soalan diberikan• Jawab dua soalanSemester 3 940/3Sejarah 3Ujian Bertulis80(29%) 2 jam Pentaksiran berpusatBahagian A (berstruktur)• 5 soalan diberikan• Jawab semua soalanBahagian B (esei) • 3 soalan diberikan• Jawab semua soalanivTeks Efektif STPM Sej Sem 1(2025)_Skim J.indd 4 8/5/2025 10:10:52 AMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
InfografikMasyarakat, Politik dan Pentadbiran 1TemaTransformasi MasyarakatAlam MelayuChinaMasyarakat JahiliahPembukaan Wilayah dan Hubungan LuarWilayah BalkanAcheh dan JohorMasyarakat IslamMasyarakat Islam Era Nabi Muhammad SAW Masyarakat Islam Era Khulafa al-Rasyidin Politik dan PentadbiranPiagam Madinah Institusi KhilafahKhalifah Abu Bakar al-SiddiqKhalifah Umar al-KhattabKhalifah Uthman al-AffanKhalifah Ali bin Abi TalibKhulafa al-RasyidinTurki UthmaniyahMasyarakat, Politik dan Pentadbiran1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 1 11/11/2025 2:03:53 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1.1 Transformasi Masyarakat Konsep Masyarakat 1 Masyarakat boleh diertikan sebagai sekumpulan individu yang hidup bersama serta bekerjasama untuk memperoleh kepentingan bersama dalam kehidupan, norma-norma dan adat istiadat yang diikuti. 2 Masyarakat juga merupakan sekumpulan manusia yang dapat berinteraksi dalam suatu hubungan sosial. Hubungan masyarakat ini ialah berasaskan kesamaan budaya, wilayah, mempunyai kebiasaan tradisi, sikap serta perasaan kemasyarakatan yang diikat oleh kesamaan.Masyarakat Jahiliah 1 Peradaban Arab pra-Islam dikenali sebagai zaman jahiliah. Zaman ini ditafsirkan oleh Karen Amstrong sebagai masyarakat ‘barbarisme’.2 Perkataan jahiliah dari aspek bahasa berasal daripada kata “jahala” dan kata terbitan \"jahlun” yang bermaksud tidak tahu, bodoh dan sesat. 3 Philip K. Hitti dalam bukunya, History of the Arabs menyatakan bahawa jahiliah bukan bererti jahil (bodoh) dari segi ilmu pengetahuan, tetapi hanya jahil dari segi agama kerana pada zaman tersebut (sebelum kedatangan Islam), tidak ada nabi dan tidak ada kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk. 4 Menurut Kamus Dewan, jahiliah ialah gelaran kepada masyarakat Arab sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, zaman yang tidak menerima kebenaran ajaran daripada para nabi dan rasul sebelum kedatangan Islam. 5 Menurut Kamus Almaany, istilah \"jahiliah\" merujuk zaman Arab sebelum kedatangan Islam yang dikaitkan dengan kejahilan dan ketiadaan ilmu pengetahuan, khususnya dalam aspek agama dan moral. Istilah ini juga boleh merujuk keadaan atau sifat jahil itu sendiri. 6 Al-Quran pula menjelaskan bahawa jahiliah bermaksud keadaan jiwa yang menolak hidayah dan petunjuk Ilahi serta keadaan yang bersifat menentang hukum Allah SWT. Hal ini dinyatakan dalam surah al-Maidah, ayat 50 yang bermaksud: \"Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah.\" 7 Perkataan jahil disebutkan dalam al-Quran sebanyak 24 kali, iaitu dalam 17 surah dan empat ayat (Ali 'Imran; ayat 154, al-Maidah; ayat 50, al-Ahzab; ayat 33 dan al-Fath; ayat 2).8 Oleh itu, jelas dilihat bahawa jahiliah yang dimaksudkan ialah jahil dalam nilainilai agama, akhlak dan kemasyarakatan serta tidak mahu mengabdikan diri kepada Allah SWT dan tidak menyedari bahawa dirinya sendiri ialah ciptaan Allah SWT. 9 Zaman jahiliah ini juga merujuk masyarakat Arab yang tinggal di Semenanjung Tanah Arab selepas waktu kemusnahan empangan Ma'arib di Saba' pada tahun 300 Masihi. Tempoh zaman jahiliah ialah sekitar 310 tahun yang bermula daripada tahun 300 Masihi sehingga 610 Masihi. Pada ketika itu, tidak ada masyarakat yang mengikut mana-mana ajaran nabi dan rasul yang terdahulu sama ada Nabi Sulaiman a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s., Nabi Musa as., Nabi Isa a.s. atau mana-mana nabi dan rasul yang lain.10 Kesimpulannya, sepanjang zaman jahiliah, masyarakat Arab berada dalam kekufuran, kemaksiatan, keangkuhan, kebodohan dalam ilmu kerana tidak mahu mempercayai dan tidak patuh kepada hukum-hukum Allah SWT yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW.InfomindaBarbarisme boleh ditafsirkan sebagai perbuatan tidak beradab, keganasan, kejahatan, kekasaran, kekejaman dan kezaliman.Tip STPMCalon perlu memahami konsep jahiliah dan menghuraikan ciri-ciri masyarakat jahiliah.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran2TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 2 11/11/2025 2:03:54 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Masyarakat Arab Jahiliah 1 Bangsa Arab menyebut negeri Arab dengan nama jazirah atau pulau. Dari segi bahasa, Arab bererti gurun pasir, tanah kering tandus, tanpa tumbuhan dan air.2 Bangsa Arab sebelum Islam mendiami Semenanjung Tanah Arab dan kawasankawasan di sekitar Semenanjung Tanah Arab seperti Mesir dan Syam.3 Cara masyarakat Arab jahiliah berhubung dengan dunia luar ialah melalui barat dan timur. Melalui bahagian barat, masyarakat masyarakat Arab jahiliah berhubungan dengan benua Eropah dan melalui bahagian timur, mereka berhubungan dengan negara-negara Arab, Timur Tengah dan menghubungkan China serta India juga.Masyarakat Makkah Masyarakat terbahagi kepada dua golongan, iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari.Masyarakat Badwi 1 Masyarakat Badwi ialah masyarakat yang menetap di luar bandar seperti di kampung dan kawasan pedalaman. Penempatan utama adalah di bahagian tengah dan utara Tanah Arab. 2 Masyarakat ini yang tidak bercampur gaul dengan kaum lain. Mereka terdiri daripada satu suku atau keturunan yang dikenali sebagai kabilah dengan institusi sosial dan politik yang tersendiri. 3 Tempat tinggal mereka tidak tetap di satu-satu kawasan dan sering berpindahrandah dari satu tempat ke tempat yang lain. Perpindahan dilakukan kerana aktiviti kehidupan seperti menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan, mencari tempat perlindungan di padang pasir daripada bencana ribut pasir dan mencari kawasan yang bebas daripada ancaman kabilah-kabilah lain yang memusuhi mereka.4 Oleh itu, kebiasaannya masyarakat Badwi menetap sementara di wadi dan oasis.5 Sumber pendapatan utama masyarakat Badwi ialah menternak binatang seperti unta dan kibas.6 Mereka juga mempunyai sifat yang tahan lasak, suka berperang, menyerang, berani, keras hati, semangat gotong-royong, pemurah, amanah dan mematuhi janji serta mempertahankan kehormatan kabilah sendiri. Masyarakat Hadari 1 Masyarakat Hadari ialah masyarakat Arab yang menetap di bandar dan pinggir bandar di bahagian selatan, tengah dan utara Tanah Arab. 2 Penempatan di kawasan selatan adalah di Yaman, kawasan tengah ialah Hijaz atau Makkah dan kawasan utara seperti di Hirah dan Ghassan. 3 Masyarakat Hadari terdiri daripada golongan cerdik pandai dan berasal daripada golongan keturunan bangsawan serta mempunyai hubungan yang luas dengan kabilah atau suku Arab yang lain terutama dalam hubungan perdagangan. 4 Corak kehidupan mereka dapat dilihat apabila mereka memiliki kemewahan, kesenangan hidup dan tinggal menetap. 5 Sumber ekonomi masyarakat Hadari ialah hasil perdagangan, pertanian dan pertukangan. Misalnya, Makkah dan Taif menjadi pusat perdagangan, Yathrib pula menjadi pusat pertanian, Madinah menjadi pusat perniagaan dan Yaman pula dikenali dengan pelabuhan bebas.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran3TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 3 11/11/2025 2:03:54 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Masyarakat Madinah 1 Penduduk asal Madinah ialah masyarakat berketurunan Arab yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj. 2 Selain itu, terdapat kaum lain, iaitu kaum Yahudi yang terdiri daripada Bani Nadhir, Bani Quraizah dan Bani Qainuqa'.Masyarakat Hadari 1 Suku Aus terdiri daripada tujuh bani, iaitu Bani Abd al-Asyhal, Bani Amr bin Auf, Bani Umaiyah, Bani Lauzan, Bani Hubaib, Bani Dabi'ah dan Bani Zafar.2 Suku Aus tinggal di wilayah selatan dan timur, iaitu kawasan dataran tinggi Madinah serta kawasan yang subur dengan pertanian.3 Suku Khazraj pula terdiri daripada lapan bani. Antaranya ialah Bani al-Najjar, Bani Zurayq, Bani Auf, Bani Salim bin Auf, Bani Salimah dan Bani Sa'idah.4 Suku Khazraj menetap di wilayah utara tengah yang merupakan dataran rendah Madinah, iaitu kawasan kurang subur dan berjiran dengan Bani Qainuqa’.5 Aktiviti ekonomi kedua-dua suku ini ialah mengusahakan tanah-tanah yang kurang subur berbanding orang Yahudi yang kebanyakannya usahawan, peniaga dan juga petani, di samping menjalankan riba.6 Kedua-duanya suku ini sering bermusuhan. Maka, peperangan sering berlaku dan tidak pernah berhenti selama lebih kurang 120 tahun.Yahudi1 Kaum Yahudi terdiri daripada Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah. 2 Bani Qainuqa’ tinggal di dalam kota Madinah dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Aktiviti ekonomi mereka ialah perdagangan dan pertukangan. 3 Bani Qainuqa’ mempunyai kekuatan tentera dan menyebelahi suku Khazraj menentang suku Aus.4 Bani Nadhir kebanyakan berada di Aliyah, di lembah Baththan. Penempatan mereka ini dipenuhi dengan pohon kurma dan tanaman-tanaman lain. Aktiviti ekonomi Bani Nadhir yang lain ialah bertukang, bertani dan berniaga. 5 Bani Nadhir akan memihak kepada suku Aus dan suka memecahbelahkan orang Arab daripada berkuasa di Madinah.6 Bani Quraizah pula mendiami di wilayah Mazhur. Kegiatan ekonomi Bani Quraizah ialah pertanian dan mereka dianggap golongan yang mewah. Mereka juga menganggap diri mereka sebagai ahli ilmu dan ahli agama. 7 Bani Quraizah membantu suku Aus menentang suku Khazraj dalam peperangan Bu’ath.Struktur Masyarakat Arab JahiliahStruktur asas masyarakat jahiliah• Masyarakat Arab pada zaman jahiliah dibahagikan kepada Arab Badwi danArab Hadari.• Arab Badwi ialah masyarakat luar bandar dan hidup berpindah-randah.• Mereka menjalankan aktiviti penternakan dan pertanian.• Arab Hadari merupakan masyarakat bandar. Mereka mendirikan petempatankekal dan kebanyakan hidup mewah. • Mereka menjalankan kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertukangan danpertanian.InfomindaNama asal Madinah ialah Yathrib. Nama Yathrib diambil daripada nama seorang pemimpin puak Amaliq. Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masihi, nama Yathrib ditukarkan kepada Madinah al-Munawarah yang bermaksud kota bercahaya, cahaya Islamatau nur Islam.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran4TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 4 11/11/2025 2:03:54 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Struktur masyarakat Arab jahiliah di Makkah • Masyarakat jahiliah di Makkah terdiri daripada pelbagai kabilah, antaranyakabilah Quraisy. Bani Hashim dan Bani Umaiyah merupakan kabilah Arab Quraisy paling berpengaruh. • Mereka menguasai pentadbiran kota Makkah.• Dalam struktur masyarakat Makkah, terdapat golongan merdeka dan hamba.• Golongan merdeka terdiri daripada para bangsawan, agamawan seperti ahlikitab dan pendeta, golongan masyarakat biasa seperti para peniaga, pedagang dan petukang, golongan wanita dan golongan hamba.Struktur masyarakat jahiliah berasaskan kabilah• Masyarakat jahiliah berasaskan sistem kabilah yang ada hubungan pertaliandarah dan keturunan. • Kehidupan Arab jahiliah diikat dan disatukan oleh semangat assabiah.• Berasaskan kepada unit kekeluargaan terdiri dari suami isteri, anak dan ibubapa. • Tinggal dalam satu khemah dikenali a’ilah. Beberapa khemah bergabung membentuk satu hayy. Gabungan beberapa hayy membentuk bani (kaum) dan gabungan bani akan membentuk kabilah.Struktur masyarakat Arab jahiliah di Madinah • Masyarakat Arab jahiliah di Madinah terdiri daripada kaum Arab dan Yahudi.• Kaum Arab terdiri daripada suku Aus dan Khazraj.• Kaum Aus dan Khazraj sentiasa bermusuhan akibat dilagakan golongan Yahudiyang menguasai ekonomi Madinah. • Masyarakat Madinah mengamalkan sistem al-Mala’, iaitu tiada pemimpinutama. Situasi ini membawa konflik berpanjangan antara kaum Arab kerana ada dalam kalangan mereka ingin menjadi pemimpin utama. Keadaan ini berakhir apabila Nabi Muhammad SAW dijemput menjadi pemimpin utama Madinah.Syeikh Kabilah dan Darul Nadwah • Politik dan pentadbiran masyarakat jahiliah dipengaruhi oleh Majlis Kabilah,Syeikh Kabilah dan Darul Nadwah. • Setiap kabilah diketuai seorang syeikh. Syeikh dilantik daripada golonganbangsawan dan memiliki kriteria seperti berani, berilmu, berpengalaman dan berwibawa. Beliau bertanggungjawab melindungi dan menyelesaikan segala isu politik, ekonomi dan sosial yang berlaku dalam kabilahnya. • Syeikh Kabilah seorang yang dihormati dan anggota kabilah memberikankesetiaan yang tidak berbelah bahagi. • Darul Nadwah, iaitu pusat pentadbiran dan berfungsi sebagai tempatpertemuan Syeikh Kabilah di kota Makkah untuk membincangkan urusanurusan penting.Status sosial masyarakat jahiliah• Status sosial berasaskan kepada status individu dan bergantung padakedudukan kabilah. Seseorang itu dipandang tinggi jika ia daripada kabilah yang berkedudukan tinggi dan sebaliknya.• Kebolehan yang dimiliki juga menentukan status seseorang. Seseorang itudipandang mulia jika dia boleh berpidato, bersyair dan mahir bermain senjata. • Kebanyakan kaum wanita tidak mendapat tempat atau kedudukan sewajarnyadalam masyarakat.Rajah 1.1(a) Struktur masyarakat Arab jahiliahMasyarakat, Politik dan Pentadbiran5TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 5 11/11/2025 2:03:54 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Ciri-ciri Masyarakat Jahiliah Aspek Politik 1 Masyarakat Arab jahiliah tidak mempunyai sistem pemerintahan yang tersusun selepas keruntuhan kerajaan Himyar pada tahun 534 Masihi. 2 Kedudukan politik Arab jahiliah tergugat akibat penjajahan. Misalnya, di bahagian utara Semenanjung Arab dikuasai Rom dan Parsi, bahagian selatan pula diancam oleh Habsyah dan Parsi. Hanya kawasan Makkah dan Madinah (Yathrib) tidak dijajah.3 Pemerintahan di Makkah terbahagi kepada masyarakat Badwi dan Hadari. Keduaduanya mempunyai sistem politik yang tersendiri. Politik Masyarakat Badwi 1 Masyarakat Badwi berasaskan sistem kabilah. Sistem ini berasaskan kesetiaan yang menyebabkan masyarakat Badwi bertindak secara kolektif untuk melindungi anggotanya dan menggalas tanggungjawab secara bersama.2 Ketua setiap kabilah dikenali sebagai Syeikh. Syeikh yang dilantik memiliki sifatsifat keberanian, pemurah, bijaksana dan juga seorang hartawan. 3 Jawatan Syeikh ini biasanya diwarisi oleh anak-anaknya, dengan syarat pada dirinya terdapat kebolehan yang setanding atau melebihi bapanya.4 Syeikh berperanan menjaga keamanan kabilah, membuat perjanjian dengan kabilah-kabilah lain sekiranya timbul perselisihan dan bertanggungjawab melayan tetamu yang hadir serta memberikan perlindungan. 5 Sistem perundangan masyarakat Badwi tidak sistematik. Undang-undang berasaskan kepada semangat assabiah dan bersifat balas dendam. Setiap puak berpegang pada undang-undang yang ditetapkan oleh kabilahnya yang tersendiri. 6 Misa lnya, ji ka seora ng indiv idu da la m kelompok kabi la h menga la m i permasalahan, maka kabilah akan menuntut balas. Sebaliknya, jika seseorang daripada kelompok kabilah tersebut melakukan kesalahan, maka akan menjadi tanggungjawab kelompok kabilah secara keseluruhan. Akibatnya, sering berlakunya peperangan antara kabilah.Politik Masyarakat Hadari 1 Politik masyarakat Hadari pula lebih mengutamakan keamanan dan tunduk di bawah suatu kuasa pentadbiran yang tetap dan mantap.2 Pentadbiran politik masyarakat ini lebih bertamadun. Hal ini demikian kerana kematangan yang diperoleh oleh masyarakat Hadari yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa serta urusan yang melibatkan hubungan dengan bangsa-bangsa asing yang mempunyai peradaban tinggi.3 Bangsawan Quraisy mendominasi pentadbiran bercorak aristokrasi dan menubuhkan Majlis Kabilah. Majlis Kabilah merupakan institusi pentadbiran yang menguruskan tatacara dan perjalanan hidup masyarakat yang berperanan memastikan setiap kabilah mempunyai bidang tugas pentadbiran masing-masing. 4 Terdapat beberapa majlis yang dibentuk untuk menguruskan bidang-bidang tertentu. Antaranya ialah:(a) Al-Siqayah – menguruskan air zam-zam bagi orang yang mengerjakan haji(b) Al-Rifadah – menguruskan makanan bagi orang yang mengerjakan haji(c) Al-Hijabah – menguruskan kunci keselamatan kaabah(d) Al-Nadwah – mentadbir pemerintahan dan undang-undang(e) Al-Qiyadah – menguruskan ketenteraan dan keamanan(f) Al-Liwa’ – menguruskan bendera negaraSTPM 2013STPM 2022STPM 2021STPM 2024Masyarakat, Politik dan Pentadbiran6TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 6 11/11/2025 2:03:54 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 Ketua kabilah dipilih daripada ahli-ahli kabilah. Setiap perwakilan kabilah ini akan mengadakan mesyuarat bersama untuk melicinkan pengurusan mereka di Balai Musyawarah yang dikenali dengan Darul Nadwah. 6 Ketamadunan kerajaan Arab ini diperlihatkan dengan pembentukan kerajaan seperti di Yaman dan di Hirah. Kerajaan-kerajaan tersebut ialah:(a) Kerajaan Ma’in - terletak di Selatan Semenanjung Tanah Arab. Kerajaan ini lebih tua daripada kerajaan Saba’. Kemajuan kerajaan Ma’in dapat dilihat dari segi perdagangan dengan Hijaz dan Mesir.(b) Kerajaan Saba’ - di daerah Yaman. Kemajuan kerajaan Saba’ dapat dilihat dalam seni bina. Misalnya, pembinaan Empangan Ma’arib pada abad ke-4 S.M.. Kerajaan Saba‘ mulai musnah setelah kemusnahan Empangan Ma’arib. (c) Kerajaan Himyar – di Yaman. Kerajaan ini didirikan oleh suku Himyar. Ibu kotanya ialah Kota Zhafari, iaitu sebuah kota yang terletak di pedalaman negeri Yaman. Kerajaan Himyar suka berperang dan menakluk negara jiran. Misalnya, Himyar berjaya menakluki Parsi, Iraq dan Khurasan. (d) Kerajaan Hirah – Muncul selepas kejatuhan kerajaan Al-Nabt dan Tadmur. Kerajaan ini diasaskan oleh Amru bin Adi. Kemajuannya dapat dilihat dalam bidang ilmu pengetahuan dan pusat perkembangan agama Kristian pada abad ke-3 M.. Kerajaan Hirah dilindungi oleh kerajaan Parsi yang memerlukan Hirah membayar cukai dan ufti kepada kerajaan Parsi. Kekuasaan Hirah berterusan sehinggalah dikalahkan oleh kerajaan Islam di bawah panglima Khalid al-Walid yang membawa pengislaman kepada penduduk Hirah.(e) Kerajaan Ghassan - terletak antara kerajaan Tadmur dengan Lubnan di bahagian selatan dan kerajaan Palestin di utara Tanah Arab. Kerajaan Ghassan didirikan oleh pemimpin suku Jafna, diletakkan di bawah kekuasaan kerajaan Rom sehinggalah kedatangan Islam ke Ghassan. Kemajuan kerajaan Ghassan dapat dilihat dengan bangunan yang besar, kubu pertahanan yang kukuh dan banyak rumah ibadat. Aspek Ekonomi Pertanian1 Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama bagi masyarakat Arab jahiliah. Kawasan pertanian tertumpu di kawasan lembah-lembah yang subur dan terdapat mata air atau oasis.2 Misalnya, di Yaman, tanaman gandum dan kopi merupakan kawasan pertanian utama. Oman pula giat dengan tanaman sekoi dan padi. Daerah Taif pula merupakan kawasan pertanian bagi tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan. 3 Hasil pertanian ini kemudiannya dijual ke kota-kota seperti Makkah dan Madinah. 4 Teknologi pertanian juga berkembang seperti menggunakan pelbagai kaedah pertanian untuk menyuburkan tanah seperti sistem saliran, penggunaan baja semula jadi daripada sisa tanaman dan haiwan tanah tertentu seperti cacing dan anai-anai serta menggunakan teknik kacukan pokok. Selain itu, peralatan pertanian seperti alat bajak, cangkul dan serampang peladang (pitchfork) turut digunakan untuk menanam.Perdagangan1 Masyarakat Arab jahiliah di bandar terlibat dalam bidang perdagangan.2 Aktiviti perdagangan dilakukan secara sistematik, iaitu para pedagang keluar berdagang secara kafilah. Jumlah kafilah ini dianggarkan boleh mencapai 500 hingga 1,000 ekor unta, dilengkapi dengan barang dagangan, tentera pengintip bagi menjaga keselamatan, petunjuk jalan dan pengawal-pengawal yang menjaga keselamatan kafilah.InfomindaKerajaan Saba’Keruntuhan kerajaan Saba‘ diperlihatkan dengan turunnya azab daripada Allah SWT atas perlakuan mereka yang berpaling daripada seruan para rasul utusan Allah SWT.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran7TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 7 11/11/2025 2:03:54 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 Aktiviti perdagangan ini berdasarkan kepada dua musim, iaitu pada musim sejuk, masyarakat Arab jahiliah berdagang ke selatan Tanah Arab (Yaman) dan pada musim panas, mereka berdagang ke Utara Arab (Syam) sama ada melalui laut mahupun darat. 4 Masyarakat bandar juga melakukan perdagangan antarabangsa seperti ke India, Parsi, Mesir dan di bahagian utara Semenanjung Tanah Arab seperti Syria dan Palestin. 5 Barangan utama yang diperdagangkan ialah kurma, gandum dan kismis. Barangan dari Yaman dan Syam yang diperdagangkan pula ialah kain dan galian seperti emas dan perak. Barangan import dari Afrika Timur termasuk kayu untuk bahan binaan, bulu burung unta, logam berharga; badak sumbu dari Asia Selatan; sementara dari China dalam bentuk gading, batu permata, sutera, pakaian, pedang dan rempah ratus dan dari negara lain di Teluk Parsi pula giat mengimport berlian. 6 Kesannya, kota Makkah menjadi pusat perdagangan utama dan dikunjungi ramai pedagang luar. Buktinya, pasar-pasar utama di kota Makkah seperti Ukaz dan Zul Majaz menjadi pusat perdagangan terkenal. Urusan perdagangan di pasar-pasar ini menggunakan wang emas dan perak sebagai alat urus niaga. 7 Masyarakat Arab jahiliah juga melaksanakan aktiviti perdagangan yang berasaskan riba. Amalan riba ini terdapat dalam jual beli dan pinjam-meminjam. Amalan ini tidak ada tolak ansur atau kasihan. Kesannya, wujudnya golongan kaya dan golongan miskin serta berlaku penindasan terhadap golongan miskin dan lemah.Perusahaan1 Kegiatan perusahaan ini agak terbatas dan bukan aktiviti ekonomi utama dalam masyarakat Arab jahiliah. 2 Perusahaan yang diusahakan ialah menenun, barangan kulit, minyak wangi, kaca, membuat senjata seperti pedang, pisau, tombak, panah dan perisai. 3 Kawasan utama kegiatan perusahaan adalah di daerah Yaman dan Hirah seperti penenunan dan barangan kulit. 4 Kegiatan perusahaan mengukir pelbagai patung berhala adalah yang paling banyak diusahakan. Kegiatan mengukir patung menjadi salah satu barangan yang diperdagangkan di Makkah dan Makkah juga menjadi pusat kegiatan agama kerana adanya Kaabah.Penternakan1 Aktiviti penternakan dijalankan di kawasan pedalaman oleh masyarakat Arab Badwi. Binatang yang diternak seperti kambing, biri-biri dan unta di kawasan oasis dan wadi. 2 Hasil daripada penternakan ialah susu, daging dan kulit untuk pakaian atau menjual sebahagian daripada ternakan mereka untuk memenuhi keperluan hidup mereka.3 Unta juga merupakan haiwan yang sangat penting kerana digunakan sebagai kenderaan, alat pengangkutan dan sumber makanan seperti susu, bulu dan kulit. Rompakan1 Selain itu, masyarakat Arab Badwi juga melakukan rompakan sebagai salah satu sumber ekonomi mereka. 2 Mereka akan menyerang suku-suku yang dimusuhinya serta merampas ternakan, wanita atau anak-anak. Sementara suku yang menjadi mangsa rompakan ini sentiasa pula mencari kesempatan untuk menyerang balas.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran8TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 8 11/11/2025 2:03:54 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Aspek Sosial Sistem Moral 1 Masyarakat Arab jahiliah mempunyai sifat al-ghazw (peperangan) dan hamasah(kepahlawanan) dalam kalangan masyarakat Badwi.2 Sifat al-ghazw berkait rapat dengan sifat asabiah (perkauman) dalam kehidupan masyarakat arab jahiliah itu sendiri. Sifat ini berasaskan daripada semangat kesetiaan atau sikap fanatik terhadap suku sendiri, tanpa mempersoalkan kebenaran. Malah, sifat ini memperlihatkan sifat yang ada pada kaum lelaki masyarakat Arab jahiliah yang sentiasa bersedia untuk berjuang, berperang dan mempertahankan diri serta kepentingan masing-masing. 3 Hal inilah yang membawa kepada peperangan yang kerap berlaku dalam masyarakat Arab dan berlanjutan begitu lama. Misalnya, peperangan al-Basus antara Bani Taghlib dengan Bani Bakr yang berlanjutan selama 40 tahun.4 Masyarakat Arab jahiliah juga memiliki nilai-nilai yang terpuji. Mereka memiliki sifat sabar dalam mengharungi kesukaran dengan penuh kegigihan. 5 Selain itu, masyarakat Arab jahiliah juga memiliki sifat muru'ah (maruah), al-karam dan al-diyafah, iaitu sentiasa membantu orang miskin dan memuliakan tetamu. Sifat muru'ah ini melahirkan sifat-sifat positif yang diterima dalam masyarakat seperti sifat-sifat kelakian, kepahlawanan, pemurah, setia, menepati janji dan sumpah. 6 Sifat al-diyafah pula memperlihatkan kesanggupan mereka untuk mengorbankan kepentingan peribadi untuk tetamu, golongan miskin atau mereka yang lemah. Misalnya, apabila tengah malam, mereka akan memasang api di tempat-tempat tinggi untuk menolong pengembara yang sesat dan apabila seseorang itu meminta bantuan sesuatu kaum, maka menjadi tanggungjawab bagi kaum tersebut melindunginya.Perkahwinan1 Perkahwinan dalam masyarakat Arab jahiliah dilingkungi dengan pelbagai peraturan adat yang berkaitan dengan kehidupan sosial. 2 Perkahwinan adalah tidak terbatas, poligami dibenarkan dan tidak terbatas. Misalnya, mengahwini dua wanita yang bersaudara, berkahwin dengan balu bapa mereka, sama ada kerana telah bercerai atau meninggal dunia. Hal ini memperlihatkan bahawa masyarakat Arab jahiliah memberi penghormatan terhadap golongan lelaki melebihi kaum wanita.3 Malahan, masyarakat jahiliah membenarkan penzinaan antara lelaki dengan perempuan, suami tidak menghargai kesetiaan isteri sehingga membenarkan isteri tinggal bersama lelaki lain.Wanita1 Kedudukan wanita sangat rendah atau hina dalam kalangan masyarakat Arab jahiliah. Kaum wanita juga dijadikan sebagai alat untuk memuaskan nafsu lelaki. 2 Malah, masyarakat Arab jahiliah malu sekiranya mendapat anak perempuan. Buktinya, disebutkan dalam al-Quran dalam surah al-Nahl; Ayat 58-59. Oleh itu, amalan membunuh anak perempuan dilakukan sebaik sahaja dilahirkan dan ada sesetengahnya ditanam hidup-hidup. 3 Perbuatan ini disebabkan masyarakat Arab jahiliah khuatir akan kemiskinan, anak perempuan miskin apabila dewasa serta malu jika ditawan dalam peperangan dan dicabul kehormatan. Kekhuatiran ini dijelaskan dalam al-Quran dalam surah al-An’am, ayat 151, surah al-Isra, ayat 31 dan surah al-Nahl; ayat 58.4 Walau bagaimanapun, bukan semua wanita pada zaman jahiliah berada dalam keadaan yang hina kerana terdapat kaum wanita yang boleh dinilai dari segi nilai dan akhlak yang baik. Masyarakat, Politik dan Pentadbiran9TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 9 11/11/2025 2:03:54 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 Misalnya, wanita daripada golongan bangsawan mempunyai kebebasan untuk melaksanakan segala kemahuan, kehendak dan menyuarakan pendapatnya. Misalnya, Khadijah binti Khuwailid yang merupakan seorang saudagar yang berjaya dalam perniagaannya serta dipandang mulia oleh masyarakat Arab jahiliah.6 Peranan wanita yang mulia juga adalah untuk melahirkan zuriat yang baik, penyusuan dan juga membantu dalam peperangan. Misalnya, wanita di kawasan luar bandar dipandang baik kerana tradisi ‘ibu susuan’. Mereka menjadi ibu susuan dan menyusu bayi bagi memastikan bayi dibesarkan dalam keadaan semula jadi di samping mempunyai kekuatan fizikal dan kemahiran berbahasa. 7 Sebagai contoh, Halimah As-Sa’diah daripada Bani Saad yang merupakan ibu susuan Nabi Muhammad SAW. Hindun binti Utbah pula ialah wanita yang lantang bersuara dalam menegakkan hak wanita pada zaman jahiliah. Sementara Syifa binti Abdullah Al-Adawiah Al-Qurasyiah, boleh membaca dan setelah memeluk Islam, beliau mengajar isteri Rasulullah SAW, iaitu Hafshah binti Umar membaca dan menulis dan Arwa binti Abdul Muthalib pula memiliki kemampuan bersyair.Ilmu Pengetahuan 1 Masyarakat Arab jahiliah mempunyai ilmu pengetahuan mengenai sejarah bangsabangsa terdahulu, ilmu geografi mengenai kelautan, perjalanan di lautan serta pengetahuan mengenai angin, bintang-bintang yang dijadikan petunjuk dalam pelayaran.2 Sebahagian masyarakat Arab jahiliah juga mempunyai pengetahuan ilmu perubatan seperti kemahiran mengenal pasti penyakit dan cara pengubatannya serta ubat-ubatan. Antara tokoh perubatan yang terkenal ialah al-Harith bin Kaldah al-Thaqafi, al-Nadar bin al-Harith dan Zuhair bin Khabab.3 Pengetahuan ilmu sejarah juga berkembang dalam masyarakat Arab jahiliah. Tumpuan diberikan kepada sejarah keturunan dan peristiwa politik setiap suku kaum. Ilmu ini disampaikan secara lisan dalam syair-syair. Misalnya, syair perang seperti yawm ‘ayn abagh yang menceritakan mengenai perang dan sumber air dan syair yawm dzi qar, perang atau hari Dzi Qar (nama kampung).4 Masyarakat Arab jahiliah sangat menghargai syair. Syair-syair yang dicipta dipertandingkan di pasar Ukaz, Majinnah dan Zul Majaz. Syair-syair yang terbaik akan dipilih dan syair pemenang akan digantung di dinding Kaabah. Syair yang dicipta mengandungi peristiwa penting bagi setiap kabilah penyair, seperti peperangan, memuliakan kabilah serta mencatat sejarah kaum. Contohnya, syair yang menceritakan Perang al-Basus, sifat difayah dan sebagainya.5 Kebolehan mengarang syair diperlihatkan dengan lahirnya tokoh-tokoh penyair. Antara penyair yang terkenal ialah 'Imru al-Qays, Tarafah, Zuhayr, Nabighah, Labid, Hassan bin Thabit, Hatim al-Tai, Al-A’sya, Salma binti Naufal al-Kinani dan lainlain.Agama dan Kepercayaan Agama Wathani 1 Agama Wathani mendominasi pegangan agama masyarakat Arab jahiliah di Semenanjung Tanah Arab. Agama ini dikenali juga sebagai agama berhala yang merujuk perkataan wathan yang bermaksud berhala. Agama Wathani dibawa masuk ke Tanah Arab oleh Amru bin Luhay ketika berniaga ke Syam.2 Masyarakat Arab jahiliah menyembah berhala kerana perbuatan ini dianggap sebagai penghormatan kepada Kaabah dan berhala juga menjadi perantara antara mereka dengan Allah SWT serta mereka percaya bahawa berhala dapat memberi manfaat dan mudarat.Menjadi adat kebiasaan dalam kalangan bangsawan Arab menyerahkan bayi mereka untuk disusukan oleh ibu susuan yang tinggal di desa atau di pedalaman. Tujuan penyusuan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada bayi supaya membesar dalam kehidupan desa yang penuh dengan nilai-nilai murni dan tidak tercemar dengan unsurunsur negatif masyarakat Arab jahiliah di bandar. Selain itu, mereka juga percaya bahawa persekitaran desa yang bersih akan membantu pertumbuhan anak menjadi sihat (terhindar daripada penyakit), kuat fizikal dan berdikari. Desa juga memberikan kemahiran berbahasa Arab jati. Tahukah AndaMasyarakat, Politik dan Pentadbiran10TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 10 11/11/2025 2:03:54 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 Berhala-berhala ini diperbuat daripada kayu, batu, gangsa, perak, emas dan buah tamar. Terdapat beberapa bentuk berhala, iaitu:(a) Al-Wad – berhala yang menyerupai seorang lelaki dan melambangkan kekuatan lelaki dan terletak di Daumatul Jandal. (b) Al-Suwa – berhala yang menyerupai wanita, melambangkan kecantikan dan keindahan wanita.(c) Al-Yaghuth – berhala berbentuk singa atau lembu jantan yang melambangkan kekuatan, kegagahan dan keberanian.(d) Al-Tauq – berhala berbentuk kuda yang melambangkan ketangkasan dan kekuatan berlari.(e) Al-Nasr – berhala berbentuk burung helang yang melambangkan suatu pandangan yang tajam.4 Terdapat beberapa berhala yang dipuja dan menerima penghormatan tinggi daripada ratusan berhala yang lain. Berhala ini dianggap yang besar dan dijadikan ketua kepada berhala-berhala yang lain. Antaranya ialah:(a) Al-Uzza – berhala yang paling terkemuka, ditempatkan di Wadi Nakhla dan diberikan hadiah korban anak gadis pada setiap tahun. (b) Al-Manat – berhala yang disembah oleh suku Aus, Khazraj dan Asad yang terletak di Abu Qudayd.(c) Al-Latta – berhala ini dijadikan Tuhan oleh suku Thaqif yang berada di Taif, Makkah yang dianggap suci.5 Berhala-berhala tersebut ditempatkan di sekitar kota Makkah yang mewakili setiap kaum dan dianggarkan terdapat lebih kurang 360 buah berhala di sekeliling Kaabah. Agama Nasrani 1 Kedatangan agama Nasrani di Semenanjung Tanah Arab bermula melalui perhubungan penduduk Arab dengan Syria, Mesir dan Habsyah. 2 Agama ini dibawa oleh Nabi Isa a.s. yang diturunkan kepadanya kitab suci Injil, namun isi kandungannya telah diubah atas tujuan peribadi menyebabkan agama ini terpesong daripada konsep asalnya. 3 Penyebaran agama ini tersebar melalui para mubaligh, aktiviti perdagangan dan perhambaan. 4 Agama ini bertapak di Makkah pada abad ke-4 Masihi apabila kuasa Rom meluaskan kuasanya di Yaman. Yaman menjadi pusat penyebaran agama Nasrani Kaum Taghlil, Ghassan dan Qudhah adalah antara penduduk terawal menerima agama ini di Yaman dan seterusnya agama ini tersebar di Najran, di selatan Tanah Arab. 5 Di Najran, terdapat gereja-gereja yang masyhur seperti al-Qalis yang dibina dengan bentuk yang sama seperti Kaabah. Malah, terdapat pusat latihan paderi Nasrani di Wadi al-Qura, iaitu kawasan pedalaman Timur Hijaz. Bandar Najran berkembang menjadi bandar Nasrani hinggalah zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. 6 Antara penduduk Makkah yang menganut agama asal Nasrani ini ialah Waraqah bin Naufal dan Uthman bin Huwarith. 7 Penganut ini juga terdiri daripada kaum Bani Israel.Agama Yahudi 1 Agama Yahudi memasuki Semenanjung Tanah Arab melalui penghijrahan dan tersebar luas di selatan Arab. InfomindaAgama masyarakat Arab jahiliah terbahagi kepada dua, iaitu agama Samawi dan agama Ardhi. Agama Samawi ialah agama yang diturunkan oleh Allah SWT melalui nabinabi dan kitab-kitab suci. Manakala agama Ardhi ialah agama yang direka sendiri oleh manusia. Masyarakat, Politik dan Pentadbiran11TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 11 11/11/2025 2:03:55 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Penganut asal agama Yahudi ialah Bani Israel yang tinggal di utara Tanah Arab. Namun, kerajaan Qaisar melakukan penindasan dan menyebabkan orang Yahudi melarikan diri ke Yaman. Ramai kabilah Yaman menerima agama ini dan antaranya ialah Yusof Zu Nawas. 3 Selain Yaman, penganut agama Yahudi juga menetap di Khaibar, Yathrib dan di utara Hijaz.4 Penganut agama Yahudi telah mengubah kandungan asal kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s..Agama Hanif 1 Agama ini diwahyukan kepada Nabi Ibrahim a.s. dan penganut agama ini digelar hunafa. Penganut agama ini tidak melakukan penyembahan berhala dan tidak melakukan perkara keji yang dilarang oleh Allah SWT.2 Agama ini tidak mempunyai kitab suci tetapi mentauhidkan Allah SWT dan hanya sebahagian kecil masyarakat jahiliah yang menganut agama ini.3 Antara tokoh Arab yang menganuti agama ini ialah Zaid bin Amr, Umaiyah binti Abi Salat dan Qis bin Saidah al-Ayadi, termasuk juga kedua-dua ibu bapa Nabi Muhammad SAW yang memeluk agama Hanif ini dan mereka tidak pernah menyembah berhala sebagaimana masyarakat Arab jahiliah yang lain.Agama Majusi 1 Agama ini berasal dari Parsi selepas Parsi berjaya mengalahkan Habsyah di Yaman pada akhir abad ke-6 Masihi. 2 Penganut agama ini tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui nabi yang diutuskan oleh Allah SWT, serta mendakwanya sebagai palsu. Agama ini dianuti oleh orang Arab sebelum Islam tetapi tidak secara meluas. Penganut agama ini menjadikan api sebagai objek ketuhanan mereka.3 Antara mereka yang memeluk agama Majusi di Makkah ialah Zazarah dan anaknya, Hajib bin Zazarah, al-Aqra bin Habis dan Abu al-Aswad. Mereka berasal daripada Bani Tamin yang mempunyai perhubungan dengan Parsi dan juga terpengaruh dengan agama orang Parsi.Kepercayaan Animisme 1 Kepercayaan animisme wujud kerana sifat manusia yang kagum terhadap sesuatu objek yang ditemuinya. Mereka percaya bahawa wujudnya satu kuasa yang boleh menolong atau memberi mudarat kepada mereka. Oleh itu, mereka menyembah apa-apa sahaja yang dianggap ganjil termasuklah bulan, matahari, pokok, batu, gua dan sebagainya.2 Antara kepercayaan yang menjadi amalan masyarakat Arab jahiliah:(a) Menilik nasib. (b) Adat tasa'um (sangka duka) dan tafa'ul (sangka suka) dalam memulakan sesuatu kerja.(c) Mengikat suatu simpulan pada sebatang pokok bagi menguji kesetiaan isteri apabila keluar mengembara.(d) Apabila seseorang itu telah mati, rohnya akan menjadi seekor burung Hammah.(e) Jika seseorang itu berasa lapar, hal ini disebabkan perutnya digigit oleh seekor ular yang berada dalam perutnya.(f) Melarang membunuh ular kerana hantu ular itu akan datang membalas dendam. Masyarakat, Politik dan Pentadbiran12TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 12 11/11/2025 2:03:55 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
(g) Jika seseorang itu lambat mendapat jodoh, maka dibahagikan dua rambutnya; sebahagian dilapihnya dan sebahagian lagi dilepaskannya. Lalu dicelak matanya sebelah, bertentangan dengan rambut yang dilapih itu. Setelah itu dibuka lapihnya sebelah dan pada waktu malam ia akan membaca, \"Saya mahu kahwin sebelum subuh\".(h) Memakai cincin besi atau tembaga dengan harapan akan menambah kekuatan.3 Jelaslah bahawa kepercayaan masyarakat jahiliah berlandaskan hubungan mereka dengan alam. Selepas kedatangan Islam, kehidupan masyarakat Arab jahiliah berubah dalam aspek rohani dan jasmani.Masyarakat Islam Konsep Masyarakat Islam 1 Masyarakat Islam ialah kelompok manusia yang beragama Islam, mengamalkan ajaran Islam dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT. 2 Sayyid Qutb dalam bukunya, Konsep Masyarakat Islam menyatakan bahawa masyarakat Islam ialah sebuah masyarakat yang kehidupan, falsafah hidup, nilainya dan seluruh pertimbangannya bersumberkan daripada ajaran Islam. 3 Masyarakat Islam berjaya mengeluarkan umat manusia daripada kegelapan (agama) kepada masyarakat yang berjuang pada jalan Allah SWT. Malah, masyarakat Islam menetap bersama-sama dengan orang bukan Islam dalam suatu kelompok yang dipanggil masyarakat. 4 Masyarakat Islam juga tidak membezakan keturunan, warna kulit, bahasa dan tiada batasan sempadan geografi. Setiap manusia yang berada dalam kerajaan Islam mempunyai hak dan kewajipan yang sama.5 Pembentukan masyarakat Islam yang pertama adalah pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat di Madinah.6 Tiada sebarang perbezaan dari segi jantina, suku dan bangsa dalam masyarakat Islam yang menjadi penghalang untuk berhubung antara sesama masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam.Pembentukan Masyarakat Islam 1 Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama, iaitu surah al-Alaq; ayat 1 – 5 pada 17 Ramadan 610 Masihi di Gua Hira’ ketika berusia 40. Penerimaan wahyu ini menandakan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan bermulalah dakwah dan penyebaran Islam.2 Permulaan dan penyebaran dakwah Islamiah di Makkah berlangsung selama 13 tahun. Usaha dakwah ini dapat dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu:(a) Dakwah secara rahsia dan sulit(b) Dakwah secara terbuka(c) Dakwah ke luar kota Makkah3 Baginda memulakan berdakwah secara sulit yang berlangsung selama tiga tahun dalam kalangan anggota keluarga dan para sahabat. Antara yang menyahut seruan Nabi Muhammad SAW ialah isteri baginda, Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abi Talib, Zaid Ibn Harithah, Bilal bin Rabah dan tokoh masyarakat, Abu Bakar alSiddiq. Seterusnya, ramai lagi yang menyahut seruan baginda seperti Uthman Ibn Affan, Zubair Ibn Awwam, Talhah Ibn Ubaidillah, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Zaid serta Saad bin Abi Waqqas. Mereka ini mendapat gelaran al-Sabiqun Alawwalun, iaitu orang-orang pertama yang memeluk Islam.Tip STPMPelajar perlu memahami konsep masyarakat Islam dan menghuraikan ciri-ciri masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran13TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 13 11/11/2025 2:03:55 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 Ketika umat Islam bertambah sedikit demi sedikit, rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam telah dijadikan sebagai tempat menyampaikan risalah tauhid. Usaha dakwah tersebut telah membuahkan hasil apabila hampir 40 orang telah menerima seruan Islam. Hal ini menunjukkan gambaran permulaan dakwah Nabi SAW yang penuh strategik.5 Baginda kemudiannya melaksanakan dakwah secara terang-terangan setelah turunnya wahyu Allah SWT, iaitu surah al-Hijr; ayat 94 yang bermaksud, “Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir Musyrik itu.” Baginda memulakan dakwahnya dalam kalangan Bani Hasyim, iaitu keluarga terdekatnya dahulu.6 Dalam tempoh dakwah di Makkah, baginda menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran terutamanya daripada kafir Quraisy termasuk bapa saudara Baginda sendiri, iaitu Abu Lahab. 7 Pada tahun kelima kerasulan, Baginda menyuruh para sahabat berhijrah ke Habsyah bagi mengelakkan penyeksaan daripada orang Musyrikin Makkah dan juga sebagai salah satu jalan menyebarkan Islam. Baginda juga menyebarkan agama Islam ke Taif tetapi tidak berjaya disebabkan tentangan dan rintangan oleh musuh-musuh Islam. 8 Pada tahun ke-11 kerasulan, enam lelaki dari suku Khazraj dari Yathrib (Madinah) telah bertemu Rasulullah SAW semasa musim haji. Setelah mendengar seruan Islam, mereka memeluk agama Islam dan pulang membawa risalah ke tanah air mereka. Setahun kemudian, 12 lelaki dari Yathrib datang dan mengadakan pertemuan dengan Baginda berhampiran Bukit Aqabah yang mengikrarkan janji untuk menjunjung Islam yang dikenali sebagai Perjanjian Aqabah I.9 Sementara pada tahun ke-13 kerasulan Nabi Muhammad SAW, perjanjian lebih besar diadakan, iaitu Perjanjian Aqabah II. Rombongan seramai 73 lelaki dan dua wanita berjanji untuk melindungi Rasulullah SAW dan Islam walau apa jua cabaran. Mereka berjanji untuk mempertahankan Baginda seperti mereka mempertahankan keluarga mereka sendiri. 10 Mereka menawarkan Rasulullah SAW dan pengikutnya untuk tinggal di kota mereka (Yathrib), bahkan bersedia melantik nabi sebagai perantara dan pendamai dalam konflik Aus dan Khazraj. Malah, mereka juga menyatakan kesediaan untuk membela Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya serta menyertai Baginda dalam perjalanannya dari Makkah ke kota Yathrib.11 Rasulullah SAW membenarkan para sahabat dan para pengikutnya berhijrah ke Yathrib. Baginda seterusnya menggunakan perjanjian ini untuk menghantar kirakira 60 keluarga ke Yathrib terlebih dahulu, kemudian Baginda berhijrah dan tiba di kota Yathrib pada tahun 622 Masihi. 12 Penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat ke Yathrib untuk menyebarkan agama Islam. Yathrib dipilih kerana baginda mendapat perintah daripada Allah SWT untuk berhijrah dan menubuhkan daulah islamiah dan masyarakat Islam. 13 Sebelum berhijrah, orang-orang Islam telah menerima tentangan hebat daripada orang-orang kafir Makkah. Pengikut-pengikut Nabi Muhammad SAW telah menerima pelbagai seksaan terutamanya golongan bawahan, miskin, hamba dan yang lemah. Berbanding dengan golongan atasan dan berkedudukan, mereka hanya disindir dan diancam dari segi perniagaan, harta, nama dan kedudukan.14 Perjanjian Aqabah I dan Perjanjian Aqabah II menghasilkan kesepakatan di mana orang-orang Ansar menyatakan kesetiaan kepada Nabi Muhammad SAW, memeluk agama Islam serta bersedia untuk terlibat dalam jalan dakwah. Baginda kemudiannya menukar nama Yathrib kepada Madinah yang bermaksud ‘bandar bercahaya’.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran14TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 14 11/11/2025 2:03:55 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Perjanjian AqabahPerjanjian Aqabah I• Pada tahun 621 Masihi, 12 orang (10kaum Khazraj dan dua kaum Aus) mengadakan pertemuan dengan Rasulullah SAW. • Antara isi kandungan perjanjian ini, mereka berjanji: – Beriman kepada Allah SWT dan Rasul (tidak menyekutukan Allah SWT dengan apa jua pun)– Tidak mengamalkan amalan jahiliah (tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak perempuan, tidak berbohong sama ada disengajakan ataupun tidak terhadap diri sendiri atau orang lain dan tidak derhaka perkara yang baik– Membantu perjuangan dakwah Rasulullah SAW• Rasulullah kemudiannya mengutusMus'ab bin Umayr ke Madinah untuk menyebarkan Islam dan mengajar mereka ayat-ayat al-Quran. Perjanjian Aqabah II• Pada tahun 622 Masihi, seramai 73orang termasuk dua orang wanita dari Yathrib (Madinah) yang terdiri daripada kaum Khazraj dan Aus menemui Rasulullah SAW.• Antara isi perjanjian ini:– Mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad SAW– Menjemput Nabi Muhammad SAW dan orang Islam berhijrah ke Madinah– Sukarela menyediakan tempat tinggal– Berjanji menjaga keselamatan Baginda dan orang Islam Makkah– Menyatakan kesediaan mempertahankan Islam (melindungi Nabi Muhammad SAW sebagaimana mereka melindungi wanita-wanita dan anak-anak mereka sendiri)• Jaminan keselamatan dan dankesanggupan orang Madinah mempertahankan Islam menjadi pendorong utama berlakunya penghijrahan orang Islam dari Makkah ke Madinah.• Sokongan dan bantuan daripada orangArab Madinah juga menjadi faktor penting penghijrahan ini.Rajah 1.1(b) Perjanjian Aqabah I dan Perjanjian Aqabah IIKonsep Ummah 1 Ummah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud rakyat atau umat. Dalam konteks Islam, ummah ialah penganut, pengamal dan pengikut agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Setiap orang Islam dikira sebagai satu ummah tanpa mengira bangsa, warna kulit dan juga sempadan geografi.2 Perkataan ummah disebut sebanyak 40 kali dalam al-Quran. Al-Quran menyatakan makna umum bagi perkataan ummah, termasuklah masyarakat jin dalam surah al-A’raf; ayat 38 dan makhluk-makhluk lain dalam surah al-An’am; ayat 38. 3 Secara istilah pula perkataan ummah tercatat melalui (surah al-An’am; ayat 38), (surah Yunus; ayat 47), (surah al-Ra’d; ayat 30), (surah al-Nahl; ayat 36 dan 63) dan (surah al-Ankabut; ayat 18) (Mahayudin Hj Yahya: Tamadun Islam, 53). 4 Antara umat yang disebut dalam al-Quran ialah umat Nabi Ibrahim a.s., umat Nabi Isa a.s. dan umat Nabi Muhammad SAW. 5 Pada zaman Nabi Muhammad SAW, konteks ummah merangkumi masyarakat Islam dan bukan Islam seperti kaum Yahudi di Madinah yang mematuhi Piagam Madinah ketika itu. Masyarakat, Politik dan Pentadbiran15TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 15 11/11/2025 2:03:55 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 Secara ringkasnya, ummah zaman Nabi Muhammad SAW ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang Islam sama ada mereka seagama ataupun tidak. Namun, berikutan dengan penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah, maka konsep ummah terbatas kepada umat Islam yang tinggal di Kota Madinah. 7 Nabi Muhammad SAW memulakan proses pembentukan masyarakat Islam yang terdiri daripada golongan Muhajirin, golongan Ansar dan bukan Islam seperti golongan Yahudi dengan menyatukan penduduk Madinah dalam satu kesatuan ummah.Masyarakat di MadinahGolongan Muhajirin• Masyarakat yang berhijrah dari Makkah ke Madinah bersama denganpenghijrahan Baginda. • Kaum pendatang yang tidak mempunyai harta dan tempat tinggal.• Al-Quran mencatatkan pengorbanan yang dilakukan oleh kaumMuhajirin seperti dalam surah al-Baqarah, ayat 215 yang menyatakan bahawa golongan Muhajirin ini mendapat rahmat dan pahala yang amat besar daripada Allah SWT di akhirat kelak kerana pengorbanan mereka meninggalkan kampung halaman kerana agama Allah SWT. Yahudi• Golongan Yahudi terdiri daripada golongan Yahudi Bani Qainuqa’, BaniNadhir, Bani Quraizah dan masyarakat Arab yang memeluk agama Yahudi. • Jumlah mereka secara keseluruhannya dianggarkan seramai 4,400 orang.• Bani Qainuqa’ paling ramai anggota, iaitu seramai 1,500 orang, BaniQuraizah pula seramai 1,400 orang dengan selebihnya daripada Yahudi Bani Nadhir.• Golongan Yahudi merupakan orang-orang yang pintar dan mempunyaikebun-kebun yang luas dan subur serta mempunyai rumah-rumah batu yang besar dan dibina dalam benteng atau kubu.Golongan Ansar• Penduduk asal Madinah yang terdiri daripada dua kabilah, iaitu golonganAus dan golongan Khazraj.• Kedua-dua kabilah ini telah memeluk Islam.• Kaum Ansar mempunyai segala kemudahan dan kekayaan keranaMadinah itu merupakan tanah air mereka.• Dalam surah al-Taubah, ayat 100, Allah SWT memuji golongan Muhajirin dan Ansar kerana mereka ialah kelompok pertama yang beriman, berjuang terpaksa berhijrah atau memberi bantuan kepada saudarasaudaranya.Masyarakat IslamMasyarakat Bukan IslamRajah 1.1(c) Pembentukan masyarakat MadinahMasyarakat, Politik dan Pentadbiran16TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 16 11/11/2025 2:03:55 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Langkah-langkah Pembentukan Ummah Memperkasakan fungsi masjid Penyatuan suku Arab Aus dan Khazraj menjadi AnsarMelaksanakan keadilan dan kesejahteraan sosialKebebasan beragamaMengawal dan membendung kaum MunafikPenyingkiran kaum YahudiMemperkasakan ekonomi IslamKepimpinan melalui teladanPengukuhan persaudaraan (ukhuwah islamiah) - penyatuan golongan Ansar dan MuhajirinPenggubalan Piagam Madinah dan penubuhan negara IslamUsaha dan Langkah Membentuk Ummah di MadinahRajah 1.1(d) Langkah-langkah pembentukan ummah di MadinahMemperkasakan Fungsi Masjid 1 Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu mengasaskan pembinaan masjid yang pertama, iaitu Masjid Quba dan seterusnya, Masjid Nabawi. Pembinaan masjid ini bukan hanya sebagai tempat beribadat, malah Rasulullah SAW telah memperkasakan fungsi masjid dengan menjadikannya sebagai tempat pertemuan masyarakat kaum Muslimin untuk membincangkan hal-hal semasa termasuk urusan agama, politik, ekonomi dan sosial. 2 Di masjid, masyarakat Islam mempelajari agama, peraturan-peraturan kemasyarakatan dan mempelajari ayat-ayat al-Quran. Penyatuan Suku Arab Aus dan Khazraj Menjadi Ansar 1 Suku Aus dan Khazraj merupakan penduduk asal Madinah. Sebelum kedatangan Islam, kedua-dua suku kaum ini sentiasa bertelagah dan bermusuhan antara satu sama lain. Banyak peperangan tercetus antara dua suku ini antaranya, Perang Sumair, Perang Ka’b, Perang Hathib dan Perang Bu’ath.2 Nabi Muhammad SAW telah mengambil langkah dengan berusaha menyatukan kedua-dua suku kaum ini dengan menamakan mereka sebagai Ansar.Memperkukuh Persaudaraan (Ukhuwah Islamiah) – Penyatuan Ansar dan Muhajirin 1 Rasulullah SAW bertindak memperkukuh persaudaraan umat Islam, iaitu menyatukan (mempersaudarakan) golongan Ansar dengan golongan Muhajirin. 2 Persaudaraan antara kaum Muslimin yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW adalah lebih luas, iaitu kerjasama antara sesama Islam.3 Pengukuhan persaudaraan ini membolehkan wujudnya pergaulan mesra seperti saudara kandung atau saudara angkat. Misalnya:Masyarakat, Politik dan Pentadbiran17TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 17 11/11/2025 2:03:55 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Golongan Muhajirindipersaudarakan denganGolongan AnsarSayidina Abu Bakar Kharijah bin ZuhairSayidina Umar al-Khattab Utbah bin MalikJaafar bin Abi Talib Muaz bin JabalAbdul Rahman bin Auf Saad bin Rabi’Abu Ubaidah bin Abdullah Saad bin Mu’azAmmar bin Yasir Huzaifah bin YamanBilal bin Rabah Abu Ruwaihah4 Pengukuhan persaudaraan ini dapat mempercepat pembentukan masyarakat Madinah yang mantap dan mengukuhkan negara Islam Madinah.Penggubalan Piagam Madinah dan Penubuhan Negara Islam 1 Nabi Muhammad SAW menggubal dan menguatkuasakan Piagam Madinahkepada seluruh masyarakat di Madinah.2 Piagam Madinah dapat memperkukuh kedudukan pelbagai kaum kerana undangundang yang ada menjadi asas dan teras kepada pemerintahan dan pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu. 3 Kesemua masyarakat Madinah mempunyai tanggungjawab menjaga kedaulatan negara, kebebasan beragama dan juga membantu dalam urusan ekonomi. 4 Buktinya dalam Fasal 25: Piagam Madinah, golongan Yahudi merupakan ummah bersama orang-orang Mukmin. Malah, golongan Yahudi dan Nasrani menerima status mereka sebagai golongan Zimmi yang patuh kepada Perlembagaan Madinah. 5 Keadaan ini membuka jalan kepada pembentukan masyarakat Madinah pelbagai kaum di bawah pemerintahan kerajaan Islam.Melaksanakan Keadilan dan Kesejahteraan Sosial 1 Rasululullah SAW menegakkan keadilan dan kesejahteraan sosial dalam kalangan masyarakat Madinah. 2 Pelaksanaan ini juga dilakukan melalui amalan sistem ekonomi Islam, hubungan antarabangsa, perundangan dan syura. 3 Misalnya dalam hubungan antarabangsa, Baginda menghantar surat kepada pemimpin-pemimpin luar dan surat kepada pendak wah. Surat tersebut mengandungi ajakan memeluk agama Islam atau berada dalam kekuasaan negara Islam. Sebagai contoh, Baginda menghantar surat kepada Raja Najashi di Habsyah dan menghantar utusan kepada Hercules di Rom serta pembesar lain seperti Parsi dan Mesir. 4 Selain itu, Rasulullah SAW juga menggalakkan masyarakat Madinah berniaga sehingga peringkat antarabangsa. Ada dalam kalangan sahabat menjalankan perdagangan ke Tanah Syam.5 Bag inda juga menghapuskan unsur penindasan da lam ekonomi ser ta menghapuskan amalan riba. Baginda turut mengadakan kutipan zakat yang menjadi sumber kewangan utama. Usaha ini berjaya memperkasakan sistem ekonomi Islam. Buktinya, pemulihan ekonomi dapat dicapai yang sebelum ini hanya dikuasai oleh golongan Yahudi dan Madinah juga menjadi pusat perdagangan baharu.Kebebasan Beragama 1 Masyarakat Madinah diberikan kebebasan dalam beragama. Mereka boleh mengamalkan agama mereka selagi mereka patuh pada undang-undang yang termaktub dalam Piagam Madinah tanpa diganggu-gugat oleh masyarakat Islam.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran18TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 18 11/11/2025 2:03:55 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Penyingkiran Bani QuraizahBani Quraizah melakukan pengkhianatan semasa Perang Ahzab dengan bekerjasama dengan pasukan Musyrikin yang akhirnya membolehkan pasukan Musyrikin dapat masuk ke dalam kota untuk menyerang tempat kediaman Nabi Muhammad SAW. Namun, cubaan mereka dapat digagalkan oleh kaum Muslimin. Berpandukan Perjanjian Madinah (Piagam Madinah), Bani Quraizah dijatuhkan hukuman, iaitu kaum lelaki dibunuh, manakala wanita dan kanak-kanak ditawan.Tahukah Anda2 Kebebasan ini jelas membuktikan bahawa Islam menghormati kebebasan beragama, iaitu tiada paksaan dalam kepercayaan setiap individu bagi menghindarkan permusuhan antara masyarakat dan mengelakkan kaum Yahudi menyebarkan agama mereka di Madinah.Mengawal dan Membendung Kaum Munafik 1 Rasulullah SAW turut mengawal dan membendung kaum Munafik (Munafiqun). Hal ini demikian kerana pembentukan ummah Madinah sukar jika golongan Munafik menjadi duri dalam daging. 2 Golongan Munafik merupakan golongan yang berpura-pura memeluk Islam tetapi berniat jahat untuk memecahbelahkan dan menghancurkan masyarakat Islam. 3 Ketua golongan Munafik ialah Abdullah bin Ubay mempunyai hubungan erat dengan golongan Yahudi yang menjadi musuh utama umat Islam Madinah. 4 Antara masalah yang ditimbulkan oleh golongan ini termasuklah dalam peristiwa perang seperti Perang Uhud, Perang Khandak dan sebelum Perang Tabuk. Buktinya, Abdullah bin Ubay memihak kaum Yahudi Qainuqa’ semasa Perang Uhud. Abdullah bin Ubay dan pengikutnya menarik diri daripada peperangan itu kerana tidak bersetuju dengan tindakan Nabi Muhammad SAW. 5 Golongan Munafik ini akhirnya berjaya dihapuskan oleh Sayidina Abu Bakar melalui gerakan al-Riddah.Penyingkiran Kaum Yahudi 1 Golongan Yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah disingkirkan dari kota Madinah kerana mereka telah melanggar Piagam Madinah.2 Penyingkiran ini dibuat bagi mengukuhkan ummah. Penyingkiran Kaum Yahudi dibuat secara perundangan dan berteraskan keadilan.3 Kaum Yahudi merupakan musuh dalaman masyarakat Madinah sama ada secara terbuka ataupun secara senyap. Misalnya, mereka sering mengganggu orang Islam dan cuba memecahbelahkan perpaduan umat Islam. Buktinya, kaum Yahudi telah mengganggu wanita Muslim di pasar Bani Qainuqa’ sehingga berlakunya pergaduhan.4 Mereka juga telah merancang pembunuhan Rasulullah SAW ketika Baginda melawat perkampungan Yahudi Bani Nadhir dan memperkecil kemenangan dan kebolehan orang Islam dalam Perang Badar.5 Penyingkiran kaum Yahudi membawa kepada keamanan negara Islam, amnya dan pengukuhan ummah, khasnya.Kepimpinan Melalui Teladan 1 Nabi Muhammad SAW sebagai ketua agama dan negara memperlihatkan kepimpinan melalui teladan. Sifat kepemimpinan baginda yang terpuji seperti siddiq (berkata benar), amanah (dipercayai), tabliqh (menyampaikan), fatanah(bijaksana) dan berhikmah dalam pemerintahan dan pentadbiran Baginda.2 Misalnya, Baginda memperkasakan masjid, memperkukuh persaudaraan semasa Islam dan juga membuat perjanjian dengan golongan bukan Islam di Madinah. Melalui pergaulan pula, Baginda menghadiri urusan masyarakat seperti perkahwinan, kematian, menziarahi orang sakit dan memuliakan tetamu.3 Jelaslah bahawa sifat kepemimpinan Baginda ini berjaya menyatukan dan membangunkan masyarakat Madinah yang berbilang kaum. Masyarakat, Politik dan Pentadbiran19TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 19 11/11/2025 2:03:55 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Ciri-ciri Masyarakat Islam Akidah1 Prinsip utama masyarakat Islam ialah akidah, iaitu beriman kepada keesaan Allah SWT. Maka, tidak ada ibadah kecuali hanya untuk Allah SWT, bukan menyembah patung, berhala, batu, bintang-bintang dan sebagainya. Allah SWT bukan Tuhan untuk satu-satu kabilah atau bangsa tertentu, tetapi Tuhan sekalian alam sekali gus penciptanya. 2 Masyarakat Islam mengamalkan tauhid dalam kehidupan. Nabi Muhammad SAW secara langsung menjadi qudwah (ikutan) kepada para sahabatnya. Hasilnya, kebiasaan masyarakat Arab yang memulakan perbuatan atas nama berhala, digantikan dengan ucapan ‘Bismillahirrahmanirrahim’. Kelaziman mereka menyembah berhala telah digantikan dengan mengagungkan dan menyembah Allah SWT.3 Maka, masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW meletakkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai matlamat utama melebihi perkara lain. Buktinya, masyarakat Islam berjuang bersama Rasulullah SAW dalam mempertahankan agama dan negara Islam seperti Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.Akhlak1 Masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW ialah masyarakat yang mempunyai akhlak yang baik. 2 Nabi Muhammad SAW menghapuskan segala akhlak buruk dalam kehidupan jahiliah di Madinah seperti zina, minum arak, judi dan membunuh anak perempuan. Penindasan dan kezaliman oleh pihak yang memerintah demi kepentingan diri dan kaum masing-masing serta permusuhan dan budaya membalas dendam juga dihapuskan. 3 Islam mengutamakan hak persamaan antara sesama manusia berlandaskan peraturan dan undang-undang Allah SWT yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda juga menekankan perdamaian, menukarkan sikap suka membalas dendam kepada pampasan dan bersikap pemaaf seperti yang tertera dalam surah al-Baqarah; ayat 178-179 dan surah al-Nahl; ayat 126-127.Ukhwah atau Persaudaraan 1 Ciri ini dianggap penting dalam masyarakat Islam yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW. Hal ini berbeza daripada amalan masyarakat jahiliah yang mengamalkan sikap kesukuan.2 Amalan ukhwah ini dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam mengukuhkan persaudaraan antara Ansar dengan Muhajirin. Setiap mereka yang dipersaudarakan itu dianggap seperti saudara kandung sendiri. Strategi persaudaraan ini dilihat sebagai cara terbaik dalam menghapuskan soal kefanatikan terhadap sesuatu kaum dan pada masa sama, memantapkan lagi pengabdian umat Islam itu kepada Allah SWT. Persamaan1 Ciri persamaan ini diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang disarankan dalam Islam. Baginda menyampaikan bahawa seluruh manusia daripada keturunan Adam yang diciptakan Tuhan dari tanah. Seorang Arab tidak lebih mulia dari seorang (bukan Arab), demikian juga sebaliknya, kecuali kerana ketakwaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam surah al-Hujurat; ayat 13. 2 Maka, setiap masyarakat di Madinah memiliki kebebasan dan persamaan dalam kalangan mereka. Misalnya. Nabi Muhammad SAW menganjurkan para sahabatnya untuk memerdekakan hamba-hamba sahaya yang dimiliki oleh bangsawan-bangsawan Quraisy. InfomindaTokoh golongan Muhajirin:• Abu Bakar al-Siddiq dan Umar al-Khattab: terlibat dalam penggubalan Piagam Madinah • Mus'ab bin Umair: membantu golongan Ansar mendalami ajaran Islam• Abdul Rahman bin Auf: membina pasar untuk umat Islam • Uthman al-Affan: menyumbangkan 100 ekor unta dan 1,000 dinar ketika Perang TabukInfomindaTokoh golongan Ansar:• Saad bin Muaz, Saad bin Ubadah: ahli Majlis Syura• Saad bin Ubadah dan Saad bin Muaz: ekspedisiekspedisi ketenteraan seperti perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak• Muaz bin Jabal: guru agama dan pendakwahMasyarakat, Politik dan Pentadbiran20TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 20 11/11/2025 2:03:55 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 Bukt i lain ialah isi kandungan Piagam Madinah yang meng utamakan tanggungjawab ke atas seluruh masyarakat di Madinah sama ada Islam dan bukan Islam. Tanggungjawab ini memperlihatkan persamaan atau kesamarataan dalam masyarakat. Semua masyarakat mendapat perlindungan dari negara dan bebas melaksanakan ajaran agamanya.Keadilan 1 Ciri masyarakat Islam di Madinah yang seterusnya ialah keadilan. Ciri keadilan ini membolehkan setiap masyarakat memperoleh hak dan berkewajipan memberikan hak orang lain kepada yang berhak menerimanya. 2 Misalnya, dalam sistem ekonomi Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, Islam menolak pengamalan riba dan penindasan yang dilaksanakan oleh masyarakat jahiliah. 3 Masyarakat Islam juga perlu menunaikan zakat, digalakkan bersedekah dan berwakaf. Sebagai contoh, Abdul Rahman bin Auf telah menginfakkan barang dagangannya yang baru pulang dari Syam sebanyak 700 tunggangan penuh dengan barang dagangan. Selain itu, beliau juga telah menyumbang sebanyak 100 tunggangan penuh dengan muatan untuk para pejuang Islam di Madinah. 4 Bagi masyarakat bukan Islam pula, mereka perlu membayar jizyah atau pajakan. 5 Sistem ekonomi Islam ini menolak pengamalan riba dan penindasan yang dilaksanakan oleh masyarakat jahiliah kerana amalan riba merupakan punca kepada penderitaan dan kesengsaraan bagi mereka yang amat memerlukan (harta) dan kesusahan hidup.6 Sistem perbendaharaan negara Islam juga memperuntukkan pembiayaan bagi negara Madinah dan memberi jaminan sosial bagi masyarakat bukan Islam juga.Menghormati Agama Lain 1 Masyarakat Islam ialah masyarakat yang menghormati agama lain. 2 Masyarakat Madinah terdiri daripada orang Islam dan Yahudi. Semua warga Madinah bebas menganut agama dan keyakinan masing-masing serta diberi jaminan kebebasan dalam menjalankan ibadah sesuai dengan agama dan keyakinan masing-masing. Tidak seorang pun dibenarkan untuk mencampuri urusan agama lain.Ilmu Pengetahuan 1 Masyarakat Islam ialah masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan. 2 Nabi Muhammad SAW membina pendidikan Islam dalam masyarakat Islam melalui dua fasa, iaitu:(a) Fasa awal pembinaan pendidikan Islam di Makkah(b) Fasa penyempurnaan pendidikan Islam di Madinah3 Pada fasa awal, pembelajaran utama mengenai ilmu tauhid, al-Quran, pendidikan yang bersifat pengembangan akhlak dan ilmiah, iaitu mempelajari kejadian manusia ketika diciptakan, pendidikan akhlak, pendidikan jasmani dan kesihatan serta pendidikan kebersihan.4 Fasa kedua pula ialah pendidikan sosiopolitik. Antaranya pelaksanaan pendidikan ukhwah, pendidikan kesejahteraan sosial dan pertahanan negara. 5 Institusi pendidikan ialah masjid seperti Masjid Quba’ dan Masjid Nabawi. 6 Kaedah pembelajaran pula melalui sistem halaqah di institusi masjid bagi mempelajari pelbagai jenis ilmu.Jizyah ialah sejenis cukai yang dibayar oleh orang (atau negeri) yang bukan Islam kepada negeri (atau raja) Islam yang menaklukinya atau memerintah.Tahukah AndaPerang Badar• Seramai 70 musuh yang ditawan, hanya dua orang sahaja yang dibunuh, iaitu Uqbah bin Abi Muit dan Nadzr bin al-Harith kerana mengancam kaum Muslimin. • Tawanan perang yang lain diminta menebus diri mereka. Bagi mereka yang tidak mampu menebus diri, mereka dibolehkan menebus diri dengan mengajar membaca dan menulis kepada 10 kanak-kanak Muslim sehingga pandai.Tahukah AndaMasyarakat, Politik dan Pentadbiran21TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 21 11/11/2025 2:03:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Wanita 1 Islam memandang tinggi dan memuliakan kaum wanita. Wanita dalam masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW tidak dipandang rendah. Mereka juga memahami tanggungjawab terhadap agama Islam dan juga bertanggungjawab dalam kehidupan sosial mereka.2 Hal ini menggambarkan kepentingan kegiatan wanita dan peranannya dalam melaksanakan hak dan tanggungjawab kepada masyarakat.3 Sumbangan wanita Islam banyak membantu masyarakat Islam di Madinah. Antaranya:(a) Aisyah (Ummu al-Mukminin r.a.) – wanita pada masa awal Islam yang paling menonjol keilmuannya. Beliau menjadi tempat pertanyaan para sahabat mengenai pelbagai persoalan ilmu terutamanya dalam faraid. Malahan, Aisyah juga memiliki banyak hafalan hadis.(b) Al-Hawla’ – terkenal dalam bidang ekonomi. Beliau merupakan penjual minyak atar.(c) Zainab bin Jahsy – berkemahiran dalam menyamak kulit dan menjahit manik. Hasilnya jualannya disedekahkan untuk perjuangan Islam.(d) Wanita keturunan al-Asadiyyah – bekerja mengumpul benang bulu binatang, rambut, sabut dan memintalnya. (e) Al-Shifa’ binti Abdullah al-Qurshiyyah – terkenal dalam bidang perawatan dan pengubatan. Beliau pandai mengubati penyakit namlah dengan ruqyah dan kebolehannya diakui oleh Rasulullah SAW. Masyarakat Demokrasi 1 Di bawah kepimpinan Nabi Muhammad SAW, sistem politik Madinah berasaskan ciri demokrasi yang menggantikan sikap kesukuan dalam masyarakat Madinah.2 Nabi Muhammad SAW melaksanakan perjanjian yang dikenali dengan Piagam Madinah yang menjadi undang-undang dasar negara Islam yang pertama. Dalam Piagam Madinah, setiap masyarakatnya mempunyai kewajipan menjaga negara Islam Madinah, bebas beragama, saling membantu dalam semua aspek politik, ekonomi dan sosial.3 Nabi Muhammad SAW juga mengamalkan prinsip musyawarah dalam pemerintahan. Baginda sering meminta pendapat para sahabat dalam menghadapi dan menyelesaikan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan urusan dunia dan sosial budaya. Budaya Jihad1 Jihad menurut istilah syariat Islam ialah berusaha gigih untuk menegakkan sebuah masyarakat Islam dan meletakkan kalimah Allah di tempat yang tertinggi, seterusnya membawa syariat Allah SWT untuk memimpin seluruh alam. Jihad juga bermaksud seseorang Muslim mencurahkan tenaga dan kekuatan bagi menentang kejahatan dan membuang kebatilan bermula daripada membuang kejahatan dalam diri dengan menolak godaan-godaan syaitan. 2 Konsep ini diterap oleh Rasulullah SAW dalam masyarakat di Madinah. Masyarakat yang sanggup berkorban untuk mempertahankan negara Madinah dan mendaulatkan Islam. Demi menjaga kedaulatan negara, Islam hanya menggalakkan peperangan untuk mempertahankan diri, mempertahankan kebebasan berdakwah dan mempertahankan orang yang dizalimi. 3 Semangat jihad masyarakat Islam ini dibuktikan apabila tentera Islam hanya berjumlah 313 orang tentera menentang 1,000 tentera Quraisy dalam Perang Badar. Dalam peperangan ini, 14 orang tentera Islam gugur syahid berbanding 70 orang tentera Quraisy yang terbunuh.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran22TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 22 11/11/2025 2:03:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Masyarakat Islam Pada Zaman Khulafa Al-Rasyidin 1 Perkembangan masyarakat Islam dan bukan Islam berlaku semasa pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. 2 Komposisi masyarakat yang ada terdiri daripada masyarakat Arab dan bukan Arab. Masyarakat Arab termasuk golongan Muhajirin, Ansar dan Ahl-al-Ayyam. Golongan bukan Arab pula terdiri daripada kaum Parsi dan Qibti. Orang Arab 1 Orang Arab terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar. 2 Kedua-duan kaum ini pada zaman Khulafa al-Rasyidin merupakan golongan yang penting dalam membantu pentadbiran negara. 3 Misalnya, Khalid al-Walid dan Amru al-As merupakan panglima perang yang berjaya mengatasi golongan al-Riddah, Khalifah Umar al-Khattab pula melantik enam sahabat seperti Ali bin Abu Talib, Uthman bin Affan dan Zubir bin al-Awwam sebagai ahli Majlis Syura, dan pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, keluarga Bani Umaiyah diberikan jawatan penting seperti Marwan alHakkam dan Muawiyyah bin Abu Sufyan sebagai Gabenor.Golongan al-Riddah1 Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal 11 Hijrah, konsep ummah yang dibina Rasulullah SAW hampir berpecah-belah akibat munculnya golongan al-Riddah. 2 Golongan al-Riddah ialah golongan yang muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW dan mereka terlibat dalam menentang kerajaan Islam di bawah pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. Golongan ini terdiri daripada:(a) Golongan yang mengaku sebagai nabi(b) Golongan yang murtad(c) Golongan yang tidak mahu membayar zakat3 Gerakan al-Riddah ini muncul di sebahagian besar di Tanah Arab kecuali di Makkah, Madinah dan Taif.4 Golongan nabi palsu wujud kerana ingin menjadi nabi daripada kaum mereka sendiri dan tidak mahu mengikuti nabi dalam kalangan orang Quraisy. Nabi palsu yang berpengaruh yang muncul seperti:(a) Tulaihah al-Khuwailid dari Bani Asad di Najed, Arab Tengah. Golongan ini cuba menghapuskan amalan sujud dalam setiap solat kerana bagi mereka wajah yang dicipta Tuhan bukanlah untuk dihina sebanyak lima kali sehari dan mereka juga menghapuskan amalan zakat. Tulaihah juga telah bersemuka dengan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq di Madinah dan menuntut supaya mengakui kenabiannya, namun usahanya gagal. (b) Al-Aswad al-Ansi dari Bani Mazhaj di Yaman mempunyai pengikut seramai 700 orang membebaskan pengikutnya daripada kewajipan solat dan zakat serta menghalalkan penzinaan. (c) Sajjah binti al-Harith bin Suwaid bin Aqfan dari Bani Tamim di Yamamah telah mengakui dirinya nabi wanita.(d) Musailammah al-Kazab pula merupakan nabi palsu yang berpengaruh dan mempunyai pengikut seramai 40,000 orang yang berpusat di Yamamah. Musailamah pula melakukan pelbagai kemungkaran terhadap agama Islam. Misalnya, mengubah syariat Islam dengan mengurangkan bilangan solat, membuat ayat al-Quran palsu dan mendakwanya sebagai wahyu. Masyarakat, Politik dan Pentadbiran23TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 23 11/11/2025 2:03:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 Golongan murtad pula adalah daripada kabilah-kabilah Arab yang menerima Islam dengan tujuan mendapatkan perlindungan politik dari negara Islam. Mereka juga ialah pengikut golongan nabi palsu. Kebanyakannya golongan murtad ialah mereka yang baru memeluk Islam dan belum memahami ajaran Islam secara mendalam terutama yang tinggal jauh dari Madinah. Oleh itu, golongan ini menanggap ajaran Islam hanya mengongkong mereka daripada keseronokan kehidupan jahiliah dan kewafatan Nabi Muhammas SAW memberi kesempatan kepada golongan ini terus keluar daripada Islam secara terang-terangan. Kawasan golongan murtad ini adalah di Bahrain, Oman, Hadramaut, Mahrah dan Yaman.6 Golongan yang enggan membayar zakat pula berpendapat bahawa zakat merupakan cukai yang hanya dibayar kepada Nabi Muhammad SAW. Golongan ini juga berpendapat bahawa tujuan utama membayar zakat untuk membersihkan dan menghapuskan kesalahan yang pernah mereka lakukan. Bagi mereka, Khalifah Abu Bakar al-Sidddiq bukanlah nabi dan tidak layak mengalas tugas tersebut. Oleh itu, mereka tidak perlu membayar zakat. Golongan ini terdiri daripada penduduk Baharin, Yamamah dan Hirah. Di Yamamah golongan ini diketuai oleh Abdul Malik bin al-Mughirah.7 Kewujudan ketiga-tiga golongan dengan bilangan pengikut yang ramai ini semestinya akan mengugat keamanan dan mengancam negara Islam Madinah, maka Khalifah Abu Bakar mengambil langkah untuk menangani golongan al-Riddah. 8 Khalifah Abu Bakar mengadakan mesyuarat dan dalam Majlis Syura, para sahabat kurang setuju dengan keputusan memerangi golongan al-Riddah kerana menurut mereka, golongan ini harus diberi peluang untuk pulang ke pangkal jalan kerana masih ada yang bersolat walaupun enggan membayar zakat. Namun, Khalifah Abu Bakar tetap berkeras memerangi seluruh golongan al-Riddah walaupun secara bersendirian. 9 Khalifah Abu Bakar menghantar utusan kepada golongan al-Riddah mengajak mereka kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Bagi mereka yang enggan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, Khalifah Abu Bakar menghantar pasukan tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid ke Ghassan dan berjaya menumpaskan golongan ini.10 Khalifah Abu Bakar seterusnya membentuk 11 pasukan tentera diketuai oleh panglima Islam. Antaranya:(a) Khalid bin al-Walid berjaya menumpaskan Tulaihah al-Khuwalid(b) Ikrimah bin Abu Jahal menumpaskan Musailamah al Khazzab dengan 10,000 orang murtad terbunuh(c) Amru al-As menumpaskan suku Qudha’ah dan suku Wadi’ah(d) Al-Muhajir bin Abi Umaiyyah menumpaskan Aswad al-Ansi di Yaman 11 Setiap pasukan tentera ini dibekalkan ‘al-Mansyurat’ (pengumuman kepada ketua-ketua golongan al-Riddah supaya mereka pulang ke pangkal jalan, sekiranya mereka enggan barulah mereka diperangi) dan setiap pasukan tenteranya, Khalifah Abu Bakar menyerahkan ‘al-Adhu’ (surat janji) kepada panglima sebagai amanat dalam displin ketenteraan.12 Tindakan tegas Khalifah Abu Bakar berjaya menyelamatkan umat Islam dan membawa kepada perkembangan masyarakat Islam. Golongan Ahl-al-Ayyam 1 Golongan ahl-al-Ayyam ialah golongan peneroka yang terdiri daripada pelbagai suku Arab yang kecil seperti suku Syaiban yang tinggal di kawasan timur laut Semenanjung Arab. Masyarakat, Politik dan Pentadbiran24TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 24 11/11/2025 2:03:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Golongan ini wujud pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khatab. Mereka banyak membantu menewaskan musuh-musuh Islam dalam medan peperangan seperti di wilayah Iraq dan sebagai balasan, Khalifah Umar al-Khattab memberi kuasa mentadbir ladang dan tanah-tanah di wilayah Iraq serta memungut cukai daripada hasil tanaman. Malahan, mereka juga mendapat elaun sebanyak 3,000 dirham setahun. 3 Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, golongan ini terdapat lebih kurang 12,000 orang. Antara pemimpin mereka yang sangat menyerlah termasuklah al-Ashtar, Malik bin al-Harith al-Nakha’i, Hujr bin ‘Adi al-Kindi dan Yazid bin Qays al-Arhabi.4 Sementara pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, pentadbiran wilayah Iraq diambil alih oleh golongan Quraisy dan ketua-ketua kabilah memberi sokongan kepada Khalifah Uthman. Hal ini menyebabkan golongan ahl-al-Ayyam melakukan pemberontakan dan seterusnya mereka disingkirkan dari Kota Kufah, iaitu pusat pemerintahan Islam di Iraq. Mereka kemudiannya digelar kaum al-Qurra.Golongan Al-Qurra 1 Golongan al-Qurra berasal daripada golongan ahl-al-Ayyam.2 Perkataan al-Qurra merujuk kata dasar ‘qaf ra ya’ yang bermaksud orang kampung dan mereka membezakan diri mereka daripada golongan ahl-al-Ayyam terutamanya golongan murtad.3 Golongan al-Qurra di Kufah pula banyak memberikan sokongan kepada Khalifah Ali bin Abi Talib ketika menentang Sayidatina Aisyah r.a., Thalhah bin Ubaidillah dan Zubair bin al-Awwam dalam Perang Jamal serta menentang Muawiyah bin Abu Sufyan dalam Perang Siffin.4 Setelah tamatnya Perang Siffin dan berakhirnya Majlis Tahkim, sebahagian besar golongan al-Qurra berpaling tadah dan menentang Khalifah Ali bin Abi Talib. Mereka mengisytiharkan keluar daripada barisan tentera Khalifah Ali yang kemudiannya golongan ini dikenali sebagai Khawarij. Golongan Khawarij 1 Khawarij pada asalnya menyokong Khalifah Ali bin Abi Talib. Namun, kemudiannya keluar daripada barisan tentera Khalifah Ali bin Abi Talib.2 Hal ini demikian kerana golongan Khawarij tidak bersetuju dengan tindakan Khalifah Ali bin Abu Talib yang berdamai dengan Muawiyah bin Abu Sufyan dalam Perang Siffin dan rundingan Majlis Tahkim. Malahan, ada yang berpendapat bahawa Khalifah Ali bin Abu Talib, Muawiyah bin Abu Sufyan dan Amru al-As seharusnya dipertanggungjawabkan atas perpecahan umat Islam.3 Lantas, golongan Khawarij melancarkan gerakan membunuh Khalifah Ali bin Abu Talib, Muawiyah dan Amru al-As. Mereka berjaya membunuh Khalifah Ali dan melancarkan gerakan menentang kerajaan Bani Umaiyah.Golongan Berkecuali 1 Golongan Berkecuali terdiri daripada golongan yang tidak mahu terlibat dalam konflik antara Khalifah Ali bin Abu Talib dengan Muawiyah bin Abu Sufyan. Golongan ini tinggal di Hijjaz.Golongan Bukan Arab (Mawali) 1 Golongan ini terdiri daripada orang bukan Arab, iaitu kaum Parsi yang telah memeluk agama Islam. Kebanyakan mereka tinggal di Iraq dan mereka tidak dikenakan bayaran cukai jizyah.Perang Jamal• Berlaku pada tahun 36 Hijrah di Basrah.• Antara pasukan kaum Muslimin di bawah Sayidatina Aisyah r.a., isteri Rasulullah SAW menentang kaum Muslimin di bawah Khalifah Ali bin Abu Talib.• Berpunca daripada fitnah golongan Munafik yang membunuh dan menyokong pembunuhan Khalifah Uthman al-Affan.• Jumlah korban kedua-dua belah pihak sekitar 10,000 orang. • Ada catatan menyatakan berjumlah 2,500 – 6,000 orang. • Pasukan Ali kehilangan 400-600 orang termasuk Thalhah bin Ubaidillah dan Zubair bin al-Awwam, iaitu dua sahabat yang dijamin masuk syurga oleh Nabi Muhammad SAW.Tahukah AndaMasyarakat, Politik dan Pentadbiran25TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 25 11/11/2025 2:03:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Hafsah merupakan puteri Khalifah Umar al-Khattab r.a. dan isteri Rasulullah SAW. Hafsah diberi penghormatan besar untuk menjaga mashaf al-Quran, salinan awal ayatayat suci yang dihimpunkan selepas kewafatan Rasulullah SAW. Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, mashaf al-Quran mula dihimpunkan untuk memastikan ayat-ayat suci ini terpelihara. Projek besar ini diteruskan pada zaman Umar al-Khattab dan mashaf tersebut disimpan oleh Hafsah selepas kewafatan ayahnya. Ketika zaman Khalifah Uthman al-Affan, mashaf ini dijadikan rujukan utama untuk menyalin al-Quran dalam satu dialek Quraisy yang seragam. Langkah ini memastikan kesatuan bacaan al-Quran dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia. Amanah Hafsah dalam menjaga mashaf ini merupakan sumbangan besar kepada agama Islam, menjadikan beliau antara wanita paling berpengaruh dalam sejarah Islam.Tahukah Anda2 Kaum-kaum bukan Arab pada zaman Khulafa al-Rasyidin di Iraq yang terdiri daripada kaum Parsi yang lebih dikenali dengan gelaran Mawali atau orang Ajam. 3 Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, bilangan mereka tidaklah begitu ramai berbanding dengan zaman selepasnya, iaitu pada zaman Bani Umaiyah dan Abbasiyah. Hal ini disebabkan pengaruh orang Arab pada zaman Khulafa’ alRasyidin masih kuat. Pengaruh politik yang kuat telah mempengaruhi aspek sosial.Ciri-ciri Masyarakat Islam pada Zaman Khulafa Al-Rasyidin Al-Quran Sebagai Panduan Hidup 1 Al-Quran menjadi panduan hidup masyarakat Islam terus diamalkan pada zaman Khulafa al-Rasyidin. Al-Quran pada zaman Rasulullah SAW, ayat-ayat alQuran sudah sedia tertulis tetapi tidaklah diusahakan pengumpulannya dalam suatu mashaf. Hal ini memandangkan bahawa ayat-ayat al-Quran masih lagi dalam proses nuzul (turun), malah sesetengahnya ada yang memansuhkan ayat sebelumnya. 2 Namun, banya k para sa habat yang menghafa l a l-Quran g ug ur da lam Perang Yamamah. Dari sinilah timbulnya kesedaran dan keperluan untuk menghimpunkan ayat-ayat al-Quran. Oleh itu, Khalifah Umar bin Al-Khattab telah memberi cadangan kepada Khalifah Abu Bakar untuk mengumpulkan ayat-ayat al-Quran. Khalifah Abu Bakar menugaskan Zaid bin Thabit melaksanakan usahausaha menghimpunkan ayat-ayat al-Quran. Zaid bin Thabit menyelesaikannya dengan cara menemui para huffaz serta daripada catatan-catatan dan membentangkannya kepada Khalifah Abu Bakar.3 Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman al-Affan, wujud masalah berkaitan dengan pembacaan al-Quran. Hal ini terjadi berikutan daripada penghafalpenghafal al-Quran telah berpindah ke negeri yang baharu dibuka oleh orangorang Islam seperti di Mesir, Syria, Iraq, Armenia dan Azerbaijan. Oleh itu, pembacaan al-Quran mengikut dialek masing-masing dan menganggap dialek mereka betul. Hal ini menimbulkan pertikaian serta jika dibiarkan keadaan ini berlaku, maka tidak akan ada versi al-Quran yang diterima secara universal. 4 Khalifah Uthman bin Affan berusaha untuk mengatasi permasalahan ini dengan meminta Hafsah binti Umar (Ummahatul Mukminin) untuk menyediakan kompilasi al-Quran yang lebih awal supaya lebih banyak salinan dapat dibuat. 5 Seterusnya, Khalifah Uthman menubuhkan satu jawatankuasa yang terdiri daripada Zaid bin Thabit, Abid bin al-As, Abdullah bin Zubayr dan Abdul Rahman bin al-Harith. 6 Suruhanjaya ini telah menghasilkan teks dan beberapa salinan telah dibuat dan dihantar ke bahagian yang berlainan di negara Islam dengan arahan bahawa hanya ini dianggap sebagai teks rasmi dan sahih al-Quran. Semua masyarakat Islam di wilayah-wilayah Islam diperintahkan membaca al-Quran mengikut bacaan yang telah ditetapkan. 7 Sumbangan Khalifah Uthman bin Affan terhadap perkara ini sangat berharga dari dulu hingga sekarang, di mana sistem pembacaan masih diamalkan oleh umat Islam pada masa kini yang dikenali sebagai Mashaf Uthmani.Perundangan Islam 1 Masyarakat Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin ialah masyarakat yang menggunakan empat sumber perundangan, iaitu:(a) al-Quran(b) hadis(c) ijmak(d) ijtihadMasyarakat, Politik dan Pentadbiran26TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 26 11/11/2025 2:03:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Sumber perundangan yang utama ialah al-Quran. Khulafa al-Rasyidin akan merujuk al-Quran apabila ada masalah-masalah mengenai hukum yang timbul. 3 Seterusnya, apabila merujuk al-Quran dan tiada nas yang menyebut tentang permasalahan tersebut, maka Khulafa al-Rasyidin akan merujuk hadis serta fatwa-fatwa Rasulullah SAW melalui perbincangan bersama para sahabat. 4 Hal ini sebagaimana yang telah ditetapkan dalam al-Quran kerana hadis ialah sumber kedua dalam menetapkan hukum. Oleh yang sedemikian, Khulafa al-Rasyidin menjadikan hadis sebagai sumber kedua selepas al-Quran dalam perundangan Islam pada ketika itu. 5 Selain itu, Khulafa al-Rasyidin menggunakan ijmak, iaitu persepakatan dalam kalangan para mujtahid hukum syarak. Perselisihan hukum pada zaman Khulafa al-Rasyidin berbeza sedikit berbanding dengan zaman selain mereka kerana apabila dikemukakan masalah hukum, mereka akan bermesyuarat untuk mendapatkan fatwa. Jika berlaku perselisihan, mereka akan cuba berbincang untuk mendapatkan persepakatan yang dinamakan sebagai ijmak.6 Buktinya ketika Khalifah Abu Bakar r.a. memutuskan suatu permasalahan, beliau selalu mengundang para sahabat yang terbaik untuk diajak musyawarah, terutama mengenai hal-hal yang berkaitan dengan persoalan yang dasar hukumnya tidak ditemukan baik dalam al-Quran mahupun daripada pengalaman bersama Rasulullah SAW. Sebagai contoh, persoalan menghadapi golongan al-Riddah, sebelum melancarkan serangan, Khalifah Abu Bakar r.a. membawa persoalan ini ke sidang musyawarah terlebih dahulu, namun para sahabat mengusulkan agar cukup dihadapi dengan cara lunak sebagaimana yang disepakati oleh Khalifah Umar r.a. sehingga terjadi perdebatan dan persetujuan dicapai.7 Nabi Muhammad SAW pernah membenarkan para sahabat berijtihad dalam hal berkaitan dengan hukum. Maka, bagi mencari penyelesaian hukum, Khulafa al-Rasyidin dan para sahabat menggunakan itijhad, iaitu pendapat daripada persepakatan para sahabat.8 Seterusnya, ijtihad digunakan dalam menyelesaikan dan menjatuhkan hukum. Khulafa al-Rasyidin akan menghukum berdasarkan ijtihad atau pendapat mereka. Dalam perkara ini, ijtihad hanya digunakan dalam masalah yang tidak ada nas dalam al-Quran, hadis dan tiada fatwa daripada Nabi Muhammad SAW.Penyebaran Dakwah 1 Masyarakat Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin ialah masyarakat yang menyebarkan dakwah Islam dan masyarakat yang mempertahankan maruah dan hak.2 Khulafa al-Rasyidin meneruskan proses kesinambungan kepimpinan ummahdan pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang telah diasaskan penubuhannya oleh Rasulullah SAW.3 Buktinya, Khalifah Abu Bakar melakukan perluasan wilayah Islam di Semenanjung Arab seperti Iraq dan Syria. Tindakan ini adalah untuk memantapkan keamanan wilayah Islam daripada serangan Parsi dan Rom. 4 Peluasan wilayah sehingga meliputi Afrika Utara, Asia Timur dan Khurasan pula dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab. Khalifah Umar juga mengutuskan beberapa orang sahabat seperti Abu Darda, Abdul Rahman bin Maqal dan Abdul Rahman bin Ghuman ke wilayah-wilayah lain di sekitar Madinah untuk mengajar bagi membolehkan penduduknya bermuamalat secara Islam. 5 Semasa pemerintahan Khalifah Uthman, beliau melakukan perluasan kuasa yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi. Antara wilayah baharu yang telah berjaya ditakluki ialah Cyprus, Afganistan, Samarkand, Libya, Algeria, Tunisia dan Morocco. Banyak pendakwah telah dihantar ke serata negeri bagi meluaskan ajaran Islam.InfomindaPerundangan Islam• Meneliti dan merujuk alQuran• Meneliti dan mengkaji hadis• Perbincangan para sahabat dan ahli fiqh (ijmak)• Ijtihad dalam menyelesaikan dan menjatuhkan hukum.InfomindaIjtihad pada Zaman Nabi Muhammad SAWRasulullah SAW pernah membenarkan para sahabat berijtihad dalam perkara hukum. Sebagai contoh, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW kepada Muaz bin Jabal sebelum beliau diutuskan ke Yaman.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran27TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 27 11/11/2025 2:03:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Mempertahankan Maruah dan Hak 1 Masyarakat Islam pada zaman Khulafah al-Rasyidin dapat dilihat dalam mempertahankan maruah dan hak ummah serta negara Islam. 2 Oleh yang demikian, perlantikan khalifah mestilah berdasarkan pemilihan orang ramai melalui sistem syura dan khalifah pula bertanggungjawab melaksanakan hukum-hakam Islam, mengawal keamanan, kesejahteraan dan keselamatan negara.3 Buktinya, Khalifah Abu Bakar meneruskan usaha Rasulullah SAW dengan mengirim tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid ke Qudha`ah dan Abna di Syria bagi melindungi orang-orang Islam daripada ancaman Rom dan Parsi. 4 Khalifah Umar pula mendirikan pusat-pusat tentera di Madinah, Basrah, Mushal, Fustat, Damsyik, Jordan dan Palestin bagi memastikan negara Islam tidak diserang dan juga menghapuskan apa saja pemberontakan yang timbul di dalam negara. Kebajikan anggota tentera juga terjaga apabila tentera diberikan gaji, iaitu gaji yang diperuntukan untuk seorang tentera adalah sebanyak 600 dirham setahun di samping elaun dan sumbangan kepada setiap anggota tentera dan keluarga mereka.5 Semasa pemerintahan Khalifah Uthman pula, beliau memberikan keizinan untuk menubuhkan angkatan tentera laut pada 27 Hijrah. Penubuhan ini adalah sebagai keperluan menyediakan kekuatan pertahanan semasa kerana sudah ramai dalam kalangan tentera Islam yang berpengalaman di laut. Di samping itu, tujuan penubuhan angkatan tentera laut juga perlu bagi melindungi perjalanan laut kepada pedagang dan pendakwah. Kesannya, Khalifah Uthman r.a. berjaya menyebarkan Islam dan banyak negara yang telah dibuka melalui angkatan tentera ini. Antara wilayah baharu yang berjaya ditakluki oleh beliau ialah Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa buah negara lagi.Pendidikan 1 Masyarakat Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin ialah masyarakat yang mementingkan ilmu dan penyebaran ilmu dan sikap ini diwarisi daripada Rasulullah SAW serta seterusnya dikembangkan oleh Khulafa al-Rasyidin.2 Matlamat pendidikan Islam adalah untuk melahirkan seorang Muslim yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan ikutan serta melahirkan Muslim yang berkualiti dan berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya seperti yang dituntut oleh Islam. 3 Kurikulum pendidikan Islam adalah sama seperti zaman Rasulullah SAW, iaitu wahyu daripada Allah SWT (al-Quran). Terdapat penambahan dalam pendidikan ini, iaitu ilmu yang berkaitan dengan tafsir al-Quran, tauhid, fikah, ilmu mantiq, bahasa Arab, sajak, syair yang berunsur pendidikan, ilmu fizikal seperti memanah, menunggang kuda, bermain pedang dan ilmu mempertahankan diri untuk menegakkan dan menyebarkan Islam serta menghafaz dan mengingat beberapa surah al-Quran. 4 Buktinya, Khalifah Umar menggalakkan umat Islam belajar bahasa Arab, penghasilan sajak dan syair yang berunsur pendidikan. Malah, sumber pendidikan Islam telah bertambah, iaitu dengan menerima ilmu dan tamadun daripada sumber luar yang tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah terutama ilmu dan tamadun dari wilayah-wilayah kekuasaan Islam terutama tamadun dari Parsi. Perkara ini berterusan sehingga zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib.InfomindaKetenteraan pada Zaman Khalifah Umar al-Khattab:• Jabatan tentera (Diwan alJunud)• Pasukan berkuda• Tentera pejalan kaki • Perkhidmatan peninjau • Peninjau sayap belakang• Pusat tentera• Gaji tenteraMasyarakat Islam yang Berilmu• Khalifah Umar al-Khattab r.a. menetapkan supaya semua masyarakat dan tentera yang beragama Islam untuk belajar sekurang-kurangnya lima surah daripada ayat al-Quran, iaitu surah alBaqarah, al-Nisa’, al-Ma’idah, Hajj dan al-Nur.• Hal ini bertujuan untuk membentuk masyarakat Islam yang mantap dari segi penghayatan dan menjadikan mereka berpegang teguh dengan ajaran-ajaran dan perintah yang terdapat dalam al-Quran.Tahukah AndaMasyarakat, Politik dan Pentadbiran28TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 28 11/11/2025 2:03:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 Institusi masjid terus digunakan sebagai pusat pendidikan pada zaman Khulafa al-Rasyidin. Malah, masjid ditambah baik pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab yang sangat mementingkan sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik. Beliau telah merancang satu pembelajaran al-Quran dan ilmu pengetahuan di sekolah-sekolah. Beliau mendirikan banyak sekolah di kota-kota Basrah, Kufah, Fustat dan sebagainya.6 Guru-guru yang mengajar pula merupakan guru-guru yang pakar mengikut bidang masing-masing. Misalnya, Khalifah Umar sendiri mengajar ilmu hadis di Masjid Madinah dan menggalakkan dan membenarkan hanya orang yang pandai dan berkebolehan untuk mengajar hadis bagi mengelakkan bercampur antara hadis yang tulen dengan hadis palsu.7 Jelas, objektif dan tujuan proses pembelajaran ini adalah untuk menjadikan masyarakat Islam pada masa itu mantap dari segi penghayatan dan menjadikan mereka berpegang teguh dengan ajaran-ajaran dan perintah yang terdapat dalam ayat-ayat al-Quran.Keadilan Sosial1 Masyarakat Islam pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin ialah masyarakat yang mementingkan keadilan sosial dan menjaga ukhwah antara sesama Islam serta dengan masyarakat bukan Islam.2 Buktinya, Khalifah Abu Bakar memperuntukkan sebanyak 600 dirham setahun bagi dibelanjakan kepada rakyat dan negara. Khalifah Umar al-Khattab pula melarang gabenor serta pembesar-pembesar daripada mengambil harta kekayaan yang berlebihan dan memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat dahulu sebelum kesenangan peribadi. 3 Khalifah Uthman pula menyeragamkan cara membaca al-Quran yang ditandai dengan penyusunan ayat-ayatnya dalam satu mashaf. 4 Dalam keadilan sosial, diperlihatkan melalui suatu peristiwa apabila baju perang kepunyaan Khalifah Ali didapati telah hilang dan dijumpai berada pada tangan seorang Yahudi kafir yang paling memusuhi umat Islam. Khalifah Ali tidak merampasnya secara paksa, tetapi kes ini dibawa ke mahkamah. Apabila Khalifah Ali tidak dapat mengemukakan saksi, hakim tidak membenarkan baju perang itu dirampas, sebaliknya diserahkan kepada orang Yahudi tersebut. Setelah keluar daripada mahkamah, lelaki Yahudi menghadap Khalifah Ali. Dia mengaku baju perang itu sebenarnya kepunyaan Khalifah Ali, lalu menyerahkan baju perang itu kepada Khalifah Ali dan berikrar masuk Islam kerana melihat keadilan hukum yang dilaksanakan.5 Keadilan sosial juga diperlihatkan apabila rakyat diberi kebebasan untuk menganut agama dan kepercayaan serta mengamalkan ajaran agama mereka. Mereka juga boleh memberi dan berkongsi pendapat untuk kebaikan bersama.Ekonomi1 Masyarakat Islam berlandaskan kepada pelaksanaan ekonomi yang sama, tidak merampas hak asasi masyarakat majmuk pelbagai kaum dan agama yang bebas, saling menghormati dan saling bersimpati.2 Pelaksanaan sistem ekonomi ini dilaksanakan semasa pemerintahan Khulafa al-Rasyidin dengan menekankan keadilan, pengurusan harta yang baik dan kesejahteraan masyarakat. 3 Kemajuan ekonomi yang dinikmati dengan pertambahan sumber membolehkan pembangunan negara berjalan lancar. Tambahan pula, pengurusan dan penyelenggaraan pendapatan diurus dengan cekap oleh Khulafa al-Rasyidin. Masyarakat, Politik dan Pentadbiran29TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 29 11/11/2025 2:03:56 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 Pentadbiran Khulafa al-Rasyidin melaksanakan pengurusan baitulmal, iaitu tempat penyimpanan barang-barang berharga seperti emas, perak dan hartaharta amanah serta menguruskan harta seperti zakat, kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai kepala), ghanimah (harta rampasan perang) dan al-fay' (harta tanpa pemilik). Malahan, baitulmal berperanan penting dalam pembangunan ekonomi, menyediakan keperluan asas dan menyalurkan sumber kewangan kepada kerajaan pusat dan wilayah. Hasil ekonomi digunakan untuk membangunkan negara, termasuk membina infrastruktur, menyediakan kemudahan awam dan menyokong kegiatan dakwah. 5 Buktinya, semasa Khalifah Abu Bakar, peranan baitulmal dikembangkan sebagai pusat agihan zakat. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar pula, berlaku pertambahan pendapatan negara dan pada zaman Khalifah Uthman, zakat ternakan kepada pemilik kuda telah diperkenalkan.6 Jelas, ekonomi yang berlandaskan prinsip Islam telah berkembang pesat pada zaman Khulafa al-Rasyidin dan menyumbang kepada kemajuan serta kesejahteraan umat Islam pada masa itu. Semak Cepat 1.11 Nyatakan kejahilan masyarakat pada Zaman Jahiliah.2 Berikan perubahan ekonomi masyarakat jahiliah setelah kedatangan Islam.3 Nyatakan golongan masyarakat baharu pada zaman Khulafa al-Rasyidin yang muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.• Masyarakat Arab jahiliah ialah masyarakat yang mempunyai ketamadunan dan mereka hanya menolak agama yang diturunkan kepada nabinabi sebelum Nabi Muhammad SAW serta mengamalkan cara hidup yang rendah akhlaknya.• Masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW ialah masyarakat yang mengamalkan ajaran Islam dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT. • Masyarakat Islam berasaskan konsep ummah dan berkembang kepada pengasasan negara Islam yang pertama di Madinah.• Masyarakat Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin ialah masyarakat yang mengekalkan ajaran Islam dan masyarakat yang mengalami perkembangan dari peluasan dakwah Islam, aspek politik, perkembangan ekonomi dan sahsiah yang terpuji.Rumusan Topik 1.1Masyarakat, Politik dan Pentadbiran30TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 30 11/11/2025 2:03:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Nyatakan konsep masyarakat jahiliah.(a) Takrif dari segi bahasa (b) Takrif menurut al-QuranMasyarakat Jahiliah2 Berikan dua ciri golongan masyarakat Arab jahiliah di Makkah.(a) Masyarakat Badwi (b) Masyarakat HadariMasyarakat Arab Jahiliah di Makkah3 Lengkapkan maklumat tentang Perjanjian Aqabah I.Perjanjian Aqabah I(a) Bila: (b) Isi Perjanjian:Tinjau Topik 1.1Masyarakat, Politik dan Pentadbiran31TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 31 11/11/2025 2:03:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 Lengkapkan ciri keadilan sistem ekonomi masyarakat Islam.Ciri Keadilan Ekonomi Islam (a)(b)(c)(d)(e)5 Lengkapkan maklumat di bawah mengenai golongan murtad.Golongan Murtad(a) Siapa(c) Kawasan(b) Kenapa murtad(i)(ii)(iii)Masyarakat, Politik dan Pentadbiran32TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 32 11/11/2025 2:03:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 Nyatakan peluasan wilayah Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin.(a) Khalifah Abu Bakar al-Siddiq(b) Khalifah Umar bin al-Khattab(c) Khalifah Uthman al-AffanPeluasan Wilayah Zaman Khulafa al-RasyidinBahagian A Soalan StrukturJawab semua soalan.1 Berikan empat suku kaum Aus di Madinah. [4]2 Berikan dua berhala yang dianggap besar di Makkah. [4]3 Berikan dua suku kaum Yahudi yang menetap di Madinah. [4]4 Berikan dua fasa pendidikan Islam yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW. [4]5 Berikan empat ketua nabi palsu yang wujud pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. [4]6 Berikan empat sumber perundangan Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin. [4]Bahagian B Soalan EseiJawab semua soalan.1 Bincangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW. [20]2 Bincangkan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam membina ummah di KLON Madinah. [20] STPM Fokus STPM 1.1Masyarakat, Politik dan Pentadbiran33TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 33 11/11/2025 2:03:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1.2 Politik dan Pentadbiran 1.2.1 Piagam Madinah Piagam Madinah (Sahifah Madinah) 1 Piagam Madinah atau Sahifah Madinah ialah suatu perjanjian bertulis yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW sebagai suatu perjanjian antara pelbagai masyarakat Madinah, iaitu Muhajirin, Ansar, pelbagai etnik Yahudi dan Musyrikin pada tahun kedua Hijrah.2 Piagam Madinah ini mengenai hak dan tanggungjawab pemerintah dan orang yang diperintah untuk mewujudkan masyarakat yang aman, bersatu dan adil. 3 Piagam Madinah juga memperakui kebebasan dan kemerdekaan dalam menganuti agama, menjaminkan keselamatan harta benda, menentukan kewajipan dan menjamin hak sebagai warganegara Madinah.Piagam MadinahHak dan tanggungjawab warganegara Madinah (pemerintah dan rakyat)Kebebasan beragama serta kemerdekaan dalam menganut agamaJaminan keselamatan dan hak sama rataRajah 1.2(a) Perkara utama dalam Piagam MadinahFaktor Pembentukan Piagam Madinah Terdapat pelbagai faktor terbentuknya Piagam Madinah. Antara faktor pembentukan Piagam Madinah ialah: Kepelbagaian Kaum dan Konflik Dalaman 1 Masyarakat Madinah mempunyai banyak suku bangsa, iaitu suku bangsa Yahudi dan suku Arab yang mempunyai banyak cabangnya dan sentiasa berlaku pertelingkahan dan pertelagahan. 2 Maka, pembentukan piagam ini dapat menyusun struktur masyarakat, mewujudkan perpaduan dan mengelakkan daripada timbulnya pergaduhan, hasutan serta fitnah.Ketiadaan Kepimpinan dan Undang-undang yang Kukuh 1 Madinah belum mempunyai pemimpin dan undang-undang sebagai rujukan.2 Sebelum ketibaan Nabi Muhammad SAW, Madinah tidak mempunyai pemimpin tunggal atau sistem undang-undang yang teratur. Piagam ini menjadi asas kepada sistem pemerintahan Islam pertama.Menghadapi Ancaman Yahudi dan Musuh Islam1 Piagam Madinah dibentuk untuk mengekang usaha-usaha orang Yahudi dan musuh Islam terhadap agama Islam dan juga kaum Muslimin.2 Perjanjian ini juga untuk menyekat serangan musuh dari luar dan dalam negeri bagi memastikan keamanan Madinah.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran34TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 34 11/11/2025 2:03:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Kandungan Piagam Madinah 1 Piagam Madinah mengandungi 47 fasal dan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:(a) Bahagian pertama – mengandungi 23 fasal yang membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam, iaitu antara Ansar dengan Muhajirin. (b) Bahagian kedua – mengandungi 24 fasal yang membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam, iaitu golongan Yahudi.2 Antara perkara yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah seperti yang berikut:Fasal 1Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kitab (Piagam Bertulis) daripada Nabi Muhammad, Pesuruh Allah, antara orang-orang yang beriman dengan orang-orang yang memeluk Islam daripada Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka serta orang yang menyokong dan berjuang bersama-sama mereka.Fasal 2 Bahawa mereka ialah satu umat.Fasal 3Golongan Muhajirin daripada Quraisy saling bertanggungjawab dan membantu membayar dan menerima wang tebusan antara sesama mereka dan mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara makruf dan adil sesama orang beriman.Fasal 4Bani Auf (dari Yathrib) tetap dengan keadaan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap kelompok tetaplah menebus sesiapa yang tertawan daripada kalangan mereka sendiri dengan cara makruf dan adil sesama orang beriman.Fasal 5Bani al-Harith bin al-Khazraj (dari Yathrib, Madinah) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tiap-tiap puak daripada (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusan darah mereka sendiri dengan adil dan berkebajikan dalam kalangan orang yang beriman.Fasal 6Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak daripada mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil dalam kalangan orang yang beriman.Fasal 7Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak daripada mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil dalam kalangan orang yang beriman.Fasal 8Bani al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak daripada mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil dalam kalangan orang yang beriman.InfomindaTujuan Piagam Madinah• Menghadapi masyarakat majmuk Madinah• Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk• Menyatukan masyarakat pelbagai kaum• Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan• Mewujudkan keamanan di Madinah• Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad SAW dan penduduk setempat• Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin• Membentuk kesatuan politik dalam mempertahankan Madinah• Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi• Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di MakkahMasyarakat, Politik dan Pentadbiran35TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 35 11/11/2025 2:03:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Fasal 9Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak daripada mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil dalam kalangan orang yang beriman.Fasal 10Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak daripada mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil dalam kalangan orang yang beriman.Fasal 11Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak daripada mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil dalam kalangan orang yang beriman.Fasal 12(a)Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan orang yang susah antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan berkebajikan untuk membayar wang tebusan darah dengan adil.Fasal 12(b)Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang di bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu.Fasal 13Bahawa orang-orang beriman lagi bertakwa hendaklah mencegah sesiapa yang melakukan kezaliman, melanggar kesusilaan, penganiayaan, dosa atau perseteruan atau kerosakan dalam kalangan orang-orang beriman; dan mereka hendaklah bersatu menentang orang tersebut walaupun orang itu anak seorang daripada mereka.Fasal 14Dan tidak boleh membunuh sesama Mukmin lain kerana seorang kafir, dan tidak juga boleh membantu seorang kafir yang cuba menganiaya seseorang Mukmin.Fasal 15Dan sesungguhnya jaminan Allah SWT itu sahaja, iaitu melindungi nasib orang yang lemah daripada perbuatan mereka dan bahawa orang Mukmin hendaklah saling menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain.Fasal 16Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak ada niat buruk terhadap mereka.Fasal 17Bahawa perdamaian orang Mukmin itu sahaja, seseorang Mukmin tidak boleh membuat perjanjian dalam perjuangan pada jalan Allah SWT tanpa disertai oleh Mukmin yang lain, dan perjanjian ini mestilah berdasarkan persamaan dan keadilan dalam kalangan mereka.Fasal 18Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh itu hendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran36TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 36 11/11/2025 2:03:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Fasal 19 Bahawa orang Mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang tumpah pada jalan Allah SWT.Fasal 20(a) Bahawa orang-orang Mukmin lagi bertakwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk dan seteguh-teguhnya.Fasal 20(b)Bahawa orang-orang Musyrik di Madinah tidak boleh melindungi orang Quraisy di Makkah sama ada harta atau nyawa dan tidak boleh menghalang orang Mukmin atau haknya.Fasal 21Barang siapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang Mukmin tanpa bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh kecuali pihak keluarga atau penjaga yang terbunuh menerima ganti darah atau bayaran.Fasal 22Bahawa tidak dibenarkan bagi mana-mana orang Mukmin yang telah bersetuju dengan isi kandungan piagam, dan beriman kepada Allah SWT dan hari kiamat, menolong atau memberi perlindungan kepada orang yang bersalah. Barang siapa menolong, maka Allah SWT akan melaknatinya di hari kiamat kelak dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan dan juga taubat.Fasal 23Dan jika kamu berbalah pendapat tentang sesuatu perkara, maka hendaklah kamu merujuk perkara itu kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.Fasal 24Bahawa orang Yahudi hendaklah menanggung perbelanjaan bersama-sama dengan orang-orang Mukmin selama mana mereka itu berperang.Fasal 25Bahawa kaum Yahudi daripada Bani Auf ialah satu umat bersama orang Mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka, kecuali orang yang zalim dan berbuat dosa maka hal ini akan menimpa diri mereka dan keluarga mereka.Fasal 26 Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.Fasal 27 Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.Fasal 28 Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.Fasal 29 Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.Fasal 30 Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.Fasal 31Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri.Fasal 32Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Tha’alabah).Masyarakat, Politik dan Pentadbiran37TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 37 11/11/2025 2:03:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Fasal 33 Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan.Fasal 34 Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu.Fasal 35 Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri.Fasal 36(a)Tiada seorang pun antara mereka yang telah menyertai piagam ini boleh menarik diri tanpa mendapat keizinan Nabi Muhammad SAW.Fasal 36(b)Tidak boleh disekat daripada membalas dendam di atas lukaluka yang dilakukan oleh mana-mana ke atas dirinya. Barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah ke atas dirinya dan keluarganya, kecuali orang yang dizalimi. Allah SWT menghormati orang yang menghormati perjanjian ini.Fasal 37Bahawa orang Yahudi mestilah bersama-sama menanggung pembiayaan negara dengan orang Islam. Mereka hendaklah bersama-sama menolong menentang sesiapa juga yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini. Hendaklah sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling menasihati dan sama-sama membuat kebajikan dan mencegah kemungkaran. Seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya. Pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.Fasal 38Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menanggung pembiayaan bersama orang Mukmin selama mana mereka berada dalam peperangan.Fasal 39 Bahawa kota Yathrib adalah suci dan tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai Piagam ini.Fasal 40 Bahawa jiran tetangga hendaklah dianggap sebagai diri sendiri, selagi dia tidak melakukan sebarang bahaya dan dosa.Fasal 41 Tidak boleh diberikan sebarang perlindungan kepada seseorang wanita melainkan dengan keizinan ahli keluarganya.Fasal 42Bahawa apa juga kemungkinan atau perbalahan sesama anggota Piagam yang dikhuatiri membawa bencana, maka hendaklah dirujuk hukum Allah SWT dan penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah; Allah Maha Menyaksikan kebaikan isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.Fasal 43 Bahawa tidaklah boleh diberi perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga kepada orang yang membantunya.Fasal 44Bahawa hendaklah ada janji bantu-membantu antara mereka bagi mempertahankan kota Yathrib daripada serangan-serangan musuh. Masyarakat, Politik dan Pentadbiran38TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 38 11/11/2025 2:03:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Fasal 45Apabila mereka (musuh) mengajak berdamai atau masuk campur dalam satu-satu perdamaian, maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu dan apabila mereka diajak berbuat demikian, maka orang Mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam).Fasal 46Bahawa orang Yahudi Aus termasuk diri mereka yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan serta tanggungjawab sama seperti pihak lain yang menganggotai Piagam. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa kerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menerima risikonya. Bahawa Allah SWT menyaksikan akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.Fasal 47Bahawa Piagam ini tidak boleh digunakan bagi melindungi orang zalim dan berdosa (bersalah), bahawa dari saat ini, sesiapa keluar dari Kota Madinah atau menetap dalamnya adalah terjamin keselamatannya, kecuali orang zalim dan berdosa. Sesungguhnya Allah SWT melindungi orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan sesungguhnya Muhammad ialah pesuruh Allah SWT.Kandungan Piagam MadinahKesatuan umat Islam Keadilan sosial Hak kaum Yahudi dan MuslimPerjanjian pertahanan bersamaKeadilan bersama dan perdamaianBahagian Pertama23 Fasal (Fasa 1 – Fasal 23)(Hubungan Sesama Muslim)Bahagian Kedua24 Fasal (Fasa 24 – Fasal 47)(Hubungan Muslim dan Bukan Muslim)Tanggungjawab sesama MukminLarangan penganiyaan (zalim)Rajah 1.2(b) Kandungan Piagam MadinahPrinsip-prinsip Piagam Madinah Terdapat beberapa prinsip utama dalam Piagam Madinah. Prinsip-prinsip tersebut ialah: 1 Sumber utama undang-undang negaraPiagam Madinah merupakan sumber utama undang-undang negara. Piagam Madinah dijadikan rujukan dalam pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Misalnya, dalam Fasal 42, perbalahan dalam masyarakat Madinah dirujuk Piagam Madinah dan penyelesaiannya dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW.2 Kedudukan Nabi Muhammad SAWNabi Muhammad SAW sebagai pemerintah tertinggi negara Madinah. Masyarakat Madinah memperakukan dan menerima Baginda sebagai ketua negara Madinah. Perakuan ini diperlihatkan dalam Fasal 1 dan Fasal 23 Piagam Madinah. Masyarakat, Politik dan Pentadbiran39TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 39 11/11/2025 2:03:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
(a) Fasal 1: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang, kitab (Piagam Bertulis) daripada Nabi Muhammad, Pesuruh Allah, antara orangorang yang beriman dengan orang-orang yang memeluk Islam daripada Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka serta orang yang menyokong dan berjuang bersama-sama mereka. (b) Fasal 23: Dan jika kamu berbalah pendapat tentang sesuatu perkara, maka hendaklah kamu merujuk perkara itu kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.3 Masyarakat yang berasaskan ummahMasyarakat Madinah ialah masyarakat berbilang agama dan keturunan dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara Islam Madinah. Tanggungjawab ini dicatat dalam Fasal 2 hingga Fasal 11 dalam Piagam Madinah. Misalnya:(a) Fasal 2: Bahawa mereka ialah satu umat.(b) Fasal 3: Golongan Muhajirin daripada Quraisy saling bertanggungjawab dan membantu membayar dan menerima wang tebusan antara sesama mereka dan mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara makruf dan adil sesama orang beriman.(c) Fasal 4 hingga Fasal 11: Mengenai kaum Yahudi4 Hak dan kebebasan beragamaSemua masyarakat Madinah mempunyai hak dan kebebasan beragama. Prinsip ini memperlihatkan bahawa Islam menghormati kebebasan beragama, iaitu tiada paksaan dalam kepercayaan setiap individu, menghindarkan permusuhan antara masyarakat dan mengelakkan kaum Yahudi daripada menyebarkan agama mereka di Madinah. Fasal 25 menyatakan bahawa kaum Yahudi daripada Bani Auf ialah satu umat bersama orang Mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka, kecuali orang yang zalim dan berbuat dosa, maka hal ini akan menimpa diri mereka dan keluarga mereka.5 Menegakkan keadilan dan membanteras kezalimanPrinsip Piagam Madinah ialah menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman. Piagam Madinah menetapkan persamaan antara semua masyarakat. Kekayaan dibahagikan sama rata antara masyarakat bagi mengelakkan penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin. Setiap masyarakat bertanggungjawab untuk melaksanakan keadilan berlandaskan ajaran Islam agar sentiasa hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Keadilan yang dilaksanakan berdasarkan syariat Islam ini memberi hak dan kebaikan kepada semua. Misalnya, Fasal 13 menyatakan bahawa orang-orang beriman lagi bertakwa hendaklah mencegah sesiapa yang melakukan kezaliman, melanggar kesusilaan, penganiayaan dosa atau perseteruan atau kerosakan dalam kalangan orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu menentang orang tersebut walaupun orang itu anak seorang daripada mereka. 6 Jaminan keselamatan Orang bukan Islam yang menganggotai dan mematuhi peraturan-peraturan Piagam Madinah akan diberi jaminan keselamatan. Jaminan ini tertakluk selagi orang bukan Islam tidak menjalinkan hubungan dengan musuh-musuh Islam. Maka, orang Yahudi dianggap sebagai warganegara Madinah selagi mereka melaksanakan tanggungjawab mereka. Misalnya, Fasal 22 menyatakan bahawa tidak dibenarkan bagi mana-mana orang Mukmin yang telah bersetuju dengan isi kandungan Piagam, dan beriman kepada Allah SWT dan hari kiamat, menolong atau memberi perlindungan kepada orang yang bersalah. Barang siapa menolong, maka Allah SWT akan melaknatinya di hari kiamat kelak dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan dan juga taubat.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran40TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 40 11/11/2025 2:03:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Kepentingan Piagam Madinah Piagam Madinah merangkumi aspek politik, perundangan, agama, sosial, pertahanan dan kedudukan orang Yahudi yang menjadi faktor penting keutuhan negara Islam Madinah. Antara kepentingan Piagam Madinah ini ialah: 1 Mengiktiraf kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai pemerintah tertinggi dan unggulPengiktirafan ini dibuktikan dengan sokongan yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW daripada masyarakat Madinah yang memiliki masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama. Sebagai ketua negara, Rasulullah SAW mentadbir dengan adil dan saksama berdasarkan Piagam Madinah. Buktinya, sebagai ketua hakim, baginda menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah seperti perselisihan kaum berdasarkan hukum Allah SWT dan keputusan Baginda sendiri. Masalah ini juga diselesaikan dengan adil dan bermusyawarah. Baginda juga mewujudkan institusi kehakiman dan keadilan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Misalnya, peruntukan dalam Fasal 23 dan Fasal 42 Piagam Madinah menjelaskan bahawa apabila timbulnya perbezaan dan pertelingkahan, maka hendaklah dicari penyelesaiannya mengikut hukum Allah SWT dan keputusan Rasulullah SAW. Oleh itu, jelaslah Piagam Madinah meletakkan kedudukan baginda sebagai ketua dan hakim negara yang tinggi.2 Pengiktirafan negara Islam MadinahPiagam Madinah juga membuktikan pengiktirafan negara Islam Madinah dalam masyarakat Arab. Pembesar Quraisy Makkah telah mengiktiraf kewujudan dan kedaulatan kerajaan Islam di Madinah dan mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara. Malahan, kerajaan-kerajaan luar seperti Rom dan Parsi turut mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara dan kerajaan Islam Madinah serta menerima utusan dan menjalinkan hubungan diplomatik.3 Punca kuasa perundanganPiagam Madinah merupakan punca kuasa perundangan, ketua badan eksekutif dan ketua badan kehakiman di negara Madinah. Keadaan ini memperlihatkan bahawa undang-undang Islam dilaksanakan secara menyeluruh, dalam masa yang sama, peraturan atau adat dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Nabi Muhammad SAW menjadi ketua negara yang perlu dirujuk oleh masyarakat Madinah jika terdapat sebarang persengketaan atau ketidaksefahaman dan keputusan Rasulullah SAW merupakan keputusan muktamad. Buktinya, dalam Fasal 36 terkandung: Sesungguhnya tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar daripada pakatan mereka melainkan dengan persetujuan daripada Nabi Muhammad SAW.4 Tanggungjawab mempertahankan Madinah daripada ancaman musuhPiagam Madinah mewujudkan rasa tanggungjawab mempertahankan Madinah daripada ancaman musuh. Menjadi tanggungjawab bagi setiap masyarakat di Madinah yang terdiri daripada umat Islam dan bukan Islam bersama-sama mempertahankan kerajaan Madinah daripada serangan musuh. Misalnya, dalam Fasal 13 dan Fasal 14: Memastikan Madinah negara yang aman daripada ancaman dalam dan luar. Oleh itu, setiap warganegara perlu bertanggungjawab memastikan suasana aman dapat dikecapi bersama berteraskan prinsip kesaksamaan dan keadilan. Setiap warga perlu proaktif menolak segala bentuk kerosakan dan perbalahan yang merugikan. Fasal 18 pula dengan jelas menuntut semua masyarakat Madinah untuk terlibat tanpa berkecuali dalam menghadapi ancaman luar dan dalam apatah lagi melibatkan peperangan. Ketetapan ini menutup kemungkinan masyarakat Madinah untuk mengkhianati sesama sendiri.5 Musyawarah dalam pemerintahanPiagam Madinah menekanan konsep musyawarah dalam pemerintahan. Piagam Madinah ini mengamalkan prinsip musyawarah yang berlandaskan keadilan dalam pemerintahan. Semua masyarakat Madinah diberikan hak menyuarakan InfomindaAsas kepimpinan ketenteraan Nabi Muhammad SAW:• Akidah• Syariat• AkhlakMasyarakat, Politik dan Pentadbiran41TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 41 11/11/2025 2:03:57 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
masalah kaum masing-masing dan diberi hak menyuarakan pandangan terhadap pemimpin juga. Misalnya, dalam Fasal 12 hingga Fasal 23, menerangkan kewajipan umat Islam dari segi tanggungjawab sesama sendiri dan perkaraperkara yang patut dilakukan serta perkara yang perlu ditinggalkan. Manakala Fasal 24 hingga Fasal 38 menyebut tentang kedudukan kaum Yahudi dan peranan mereka dalam negara Islam Madinah.6 Kebebasan beragamaPiagam Madinah juga memberi kebebasan beragama terhadap kaum Yahudi dan penganut agama lain. Kebebasan ini diberikan kerana Islam menghormati kebebasan beragama, iaitu tiada paksaan dalam kepercayaan setiap individu, menghindarkan permusuhan antara masyarakat dan mengelakkan kaum Yahudi daripada menyebarkan agama mereka di Madinah. Misalnya dalam Fasal 2 hingga Fasal 11, kaum Yahudi diberi kebebasan untuk menjalankan agama mereka dan pada akhirnya mereka mengakui kepemimpinan Rasulullah SAW.7 Perpaduan dalam kalangan penduduk MadinahPiagam Madinah juga membuktikan wujudnya perpaduan antara umat Islam dengan bukan Islam. Piagam Madinah meletakkan asas penyatuan penduduk Madinah yang berbilang bangsa dan agama di bawah satu unit politik yang diterajui oleh Nabi Muhammad SAW. Masyarakat Madinah membentuk ummah tanpa mengira kaum, keturunan dan tempat tinggal serta mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang sama terhadap negara Islam Madinah seperti yang tercatat dalam Fasal 25 hingga Fasal 32. Fasal-fasal ini menekankan aspek saling penerimaan antara masyarakat yang ada di Madinah. Setiap pihak yang termaktub dalam perjanjian ini merupakan warganegara Madinah.8 Keadilan dan persamaanPiagam Madinah juga mewujudkan keadilan dan persamaan terhadap masyarakat Madinah. Keadilan yang dilaksanakan berdasarkan syariat Islam ini memberi hak dan kebaikan kepada mereka. Hal ini juga dapat menghalang sebarang keburukan berlaku ke atas masyarakat tersebut. Persamaan pula adalah antara semua penduduk tanpa mengira keturunan, bangsa dan kedudukan seperti antara pemerintah dengan yang diperintah. Piagam Madinah juga mengingatkan warganya supaya berlaku adil dan tidak menganiayai manusia bahkan hendaklah sentiasa tolong-menolong dan setiap kezaliman hendaklah dihapuskan seperti yang termaktub dalam Fasal 13 dan Fasal 14. Dalam Fasal 21, misalnya menerangkan tentang kesalahan membunuh yang dilakukan tanpa bukti yang kukuh akan dibalas dengan hukuman qisas kecuali walinya bersetuju untuk menerima ganti diat. Hukuman qisas dan diat bertujuan menjaga hak manusia untuk hidup di samping menjaga kerukunan dan menjamin keamanan.9 Kedudukan masyarakat Yahudi Kedudukan masyarakat Yahudi juga dinyatakan dalam Piagam Madinah. Masyarakat Yahudi mendapat kebebasan mengamalkan agama, adat dan budaya mereka. Namun, tidak boleh memaksa penduduk Madinah untuk menganut agama Yahudi. Masyarakat Yahudi juga dilarang menindas kaum atau golongan yang lemah. Keselamatan kaum Yahudi dijamin melalui Piagam Madinah selagi mereka mematuhi piagam tersebut. Buktinya dalam Fasal 44, sebagaimana masyarakat Islam, masyarakat Yahudi juga perlu menghormati kandungan Piagam Madinah. Jika kaum Yahudi meningkari piagam ini, mereka akan diadili oleh Rasulullah SAW. Misalnya, Yahudi Bani Qainuqa’ telah diusir dari Madinah apabila mereka menghina Piagam Madinah dan mempersendakan kemenangan umat Islam dalam Perang Badar pada tahun ke-2 Hijrah serta mengganggu maruah wanita Islam secara terang-terangan meskipun telah diberi amaran oleh Nabi Muhammad SAW.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran42TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 42 11/11/2025 2:03:58 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 Meningkatkan ekonomi MadinahPenghijrahan Nabi Muhammad SAW dan pembentukan Piagam Madinah telah mengubah kegiatan ekonomi Madinah yang sebelumnya dikuasai oleh kaum Yahudi. Nabi Muhammad SAW berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat Madinah bahawa perlunya bekerjasama antara satu sama lain dan menikmati hak dan tanggungjawab yang sama. Malahan, Islam mengajar memberi keadilan dalam aktiviti ekonomi dan mengajarkan sistem ekonomi yang menolak riba dalam aktiviti berjual beli serta melarang secara tegas mengambil hak orang lain sama ada orang Islam ataupun bukan Islam. Kesannya, ekonomi berkembang pesat di Madinah serta dapat mengelakkan wujudnya jurang perbezaan dan berlakunya penindasan dalam masyarakat Madinah.Jadual 1.2(a) Pelbagai aspek termaktub dalam Piagam Madinah demi keutuhan negara Islam MadinahAspek Perincian Contoh Fasal Politik dan Pemerintahan• Nabi Muhammad SAW diiktiraf sebagai ketua negara danhakim tertinggi. • Pemerintahan secara adil, bermusyawarah danberdasarkan hukum Allah SWT. • Penyelesaian masalah melalui keputusan Baginda.Fasal 23Fasal 36Fasal 42Perundangan• Piagam ialah punca kuasa perundangan, eksekutif dankehakiman. • Undang-undang Islam dilaksanakan menyeluruh.• Peraturan kabilah diiktiraf selagi tidak bertentangandengan Islam.Fasal 36Pertahanan• Masyarakat Madinah (Islam dan bukan Islam) wajibmempertahankan Madinah. • Masyarakat Madinah menolak segala bentuk kerosakandan perbalahan. • Mereka juga terlibat secara aktif dalam menghadapiancaman luar dan dalam.Fasal 13Fasal 14Fasal 18Sosial dan Musyawarah• Prinsip musyawarah dalam pemerintahan.• Hak semua masyarakat menyuarakan pandangan danmasalah. • Tanggungjawab sesama umat Islam dan bukan Islam.Fasal 12 – 23 Fasal 24 – 38 Kebebasan Beragama• Kaum Yahudi dan penganut lain diberi kebebasanberagama.• Tiada paksaan dalam agama.• Kaum Yahudi mengakui kepemimpinan Nabi MuhammadSAW.Fasal 2 – 11 Perpaduan Ummah• Penyatuan pelbagai bangsa dan agama di bawah satunegara.• Semua warga bertanggungjawab sama rata terhadapnegara.Fasal 25 – 32Keadilan dan Persamaan• Keadilan berdasarkan syariat Islam untuk semua.• Hukuman qisas dan diat sebagai pelindung hak manusia.• Menjaga keamanan dan kerukunan masyarakat.Fasal 13Fasal 14Fasal 21Kedudukan Kaum Yahudi• Kebebasan agama dan adat budaya.• Larangan memaksa orang lain menganut agama mereka.• Keselamatan dijamin selagi mematuhi Piagam Madinah.• Hukuman jika melanggar Piagam.Fasal 44Ekonomi• Keadilan dalam aktiviti ekonomi dan larangan riba.• Perkembangan ekonomi pesat melalui kerjasama.• Mengelakkan jurang sosial dan penindasan.Fasal 12Fasal 13Masyarakat, Politik dan Pentadbiran43TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 43 11/11/2025 2:03:58 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Semak Cepat 1.2.11 Berikan tujuan pembentukan Piagam Madinah.2 Berikan isi penting Piagam Madinah.3 Berapa fasalkah yang terkandung dalam Piagam Madinah?1.2.2 Institusi Khilafah Konsep Khilafah dan Khalifah Konsep Khilafah 1 Maksud khilafah ialah kekuasaan atau pemerintahan. Dari segi istilah, khilafah bermaksud susunan pemerintahan yang diatur menurut ajaran Islam, di mana aspek-aspek yang berkenaan dengan pemerintahan keseluruhannya berlandaskan ajaran Islam. 2 Pemerintahan yang berlandaskan Islam ialah pemerintahan menurut hukum alQuran dan al-Sunnah seperti yang dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman Khulafa al-Rasyidin. Definisi Khilafah bermaksud pemerintahan atau sistem kepimpinan Islam yang menggantikan kepimpinan Nabi Muhammad SAW selepas kewafatan Baginda. Khilafah merupakan sistem politik di mana seorang khalifah dilantik untuk mentadbir urusan dunia dan agama berdasarkan syariah Islam.Rajah 1.2(c) Definisi khilafah3 Sesebuah khilafah mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:Ciri-ciri KhilafahUmat Islam bersatu di bawah satu pemerintahan.Khalifah sebagai ketua negara dan agama.Berdasarkan syariat Islam sepenuhnya.Tujuannya untuk menegakkan keadilan, menjaga agama dan kesejahteraan umat.4 Dalam ketamadunan Islam, terdapat beberapa khilafah yang terkenal, seperti:(a) Khilafah Khulafa al-Rasyidin (632 – 661 Masihi) – Sayidina Abu Bakar, Sayidina Umar, Sayidina Uthman, dan Sayidina Ali(b) Khilafah Bani Umaiyah (661 – 750 Masihi)(c) Khilafah Bani Abbas/Abbasiyah (750 – 1258 Masihi)(d) Khilafah Turki Uthmaniy yah (1299 – 1924 Masihi) – tamat selepas dijatuhkan oleh Mustafa Kemal Ataturk di TurkiKonsep Khalifah 1 Manakala khalifah pula ditafsirkan sebagai pengganti atau wakil Allah SWT untuk melaksanakan undang-undang-Nya di muka bumi ini dan melanjutkan kepemimpinan Nabi Muhammad SAW dalam urusan keduniaan dan juga akhirat. 2 Makna lain bagi khalifah juga bermaksud pengganti, iaitu pengganti kedudukan yang ditinggalkan oleh pemerintah yang terdahulu. 3 Selain itu, khalifah juga bermaksud gelaran yang disandang oleh ketua negara Islam selepas kawafatan Nabi Muhammad SAW dan berperanan dalam pemerintahan dan pentadbiran negara serta mempertahankan kesucian agama Islam.STPM 2014STPM 2022STPM 2017Tip STPMCalon perlu memahami institusi khilafah dan institusi khalifah.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran44TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 44 11/11/2025 2:03:58 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Khalifah sebagai Pemimpin Umat Islam• Individu yang memegang kuasapemerintahan dalam sistem Khilafah.• Mempunyai tanggungjawab untukmenegakkan hukum Islam, menjaga keamanan dan memimpin umat.Khalifah sebagai Wakil Allah SWT di Bumi (Khalifatullah fi al-Ard)• Merujuk semua manusia, bukan hanyapemimpin.• Allah SWT berfirman dalam al-Quran:“Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di bumi.” (Surah alBaqarah: 30)• Menunjukkan bahawa manusia diberiamanah untuk mentadbir bumi dengan adil, menjaga alam sekitar dan melaksanakan syariat Allah SWT.Khalifahbermaksud pengganti, pemimpin atau wakil. Dalam konteks Islam, khalifah membawa dua maksud.Definisi KhalifahRajah 1.2(d) Definisi khalifah4 Pemilihan khalifah dalam Islam berdasarkan beberapa kelayakan. Kelayakantersebut, iaitu: (a) Beragama Islam(b) Lelaki yang mukalaf dan merdeka(c) Bersifat adil(d) Berilmu pengetahuan yang tinggi dalam agama Islam (warak)(e) Sempurna pancaindera atau sihat tubuh badan (seperti tidak gila, pekak, bisu)(f) Luas pengalaman dan bijak dalam pentadbiran politik dan negara(g) Berani dan berwibawa dalam mempertahankan taraf ummah dan agama Islam.5 Secara umum, tugas seseorang khalifah ialah:(a) Menjalankan tugas pemerintahan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah (b) Menjaga kepentingan agama dan masyarakat Islam (c) Menyelesaikan permasalahan mengikut hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah (d) Berjihad menentang musuh Islam(e) Memperkasakan ekonomi Islam (f) Membelanjakan harta negara dengan amanah (g) Melantik orang yang amanah dalam menguruskan urusan pemerintahan6 Khulafa al-Rasyidin ialah perkataan jamak (banyak) kepada khalifatur rasyid yang bermaksud wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Khulafa al-Rasyidin ialah pewaris kepimpinan Nabi Muhammad SAW selepas kewafatan Baginda. 7 Pelantikan Khulafa al-Rasyidin dilaksanakan secara syura, iaitu perbincangan antara para sahabat atau pilihan khalifah sebelumnya. 8 Khulafa al-Rasydin terdiri daripada empat orang sahabat, iaitu: (a) Sayidina Abu Bakar al-Siddiq (632 – 634 Masihi)(b) Sayidina Umar bin al-Khattab, (634 – 644 Masihi)(c) Sayidina Uthman bin Affan (644 – 656 Masihi) (d) Sayidina Ali bin Abi Talib (656 – 661 Masihi)Masyarakat, Politik dan Pentadbiran45TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 45 11/11/2025 2:03:58 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
9 Selepas kematian Sayidina Ali, pemerintahan Islam jatuh kepada Muawiyah yang mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah.Jadual 1.2(b) Perbezaan antara khilafah dengan khalifahAspek Khilafah KhalifahMakna Sistem pemerintahan Islam Pemimpin atau penggantiBentuk Institusi atau struktur IndividuSkop Negara atau pemerintahan umat Islam Pemimpin negara/wakil Allah SWT di bumiContoh Khilafah al-Rasyidin Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan, Ali bin Abu TalibKaedah Pemilihan Khalifah 1 Pemilihan khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin dilaksanakan melalui dua kaedah utama, iaitu syura dan baiah. 2 Kedua-dua kaedah ini merupakan elemen penting dalam memastikan pelantikan pemimpin dilakukan secara adil dan berteraskan prinsip Islam.Syura1 Syura bermaksud permesyuaratan atau perundingan antara pihak-pihak yang berkepentingan untuk mencapai kata sepakat dalam sesuatu keputusan. 2 Kaedah ini selari dengan ajaran al-Quran, khususnya dalam surah Ali Imran, ayat 159 yang menggesa umat Islam untuk bermesyuarat dalam hal pentadbiran dan kepimpinan. 3 Nabi Muhammad SAW sendiri mengamalkan prinsip syura dalam pemerintahan baginda dan kaedah ini menjadikannya sebagai satu tradisi penting dalam sistem politik Islam.Baiah 1 Baiah pula merujuk ikrar taat setia yang diberikan oleh individu atau sekumpulan masyarakat (ummah) terhadap pemimpin yang dipilih (khalifah). 2 Kaedah ini merupakan bentuk perjanjian antara rakyat dengan khalifah untuk memberi sokongan dan ketaatsetiaan kepada kepimpinan yang sah. 3 Menurut Dr. Sanhuri, sistem baiah dalam Islam menepati ciri-ciri pelantikan yang adil dan mendapat keredaan kedua-dua pihak, iaitu rakyat dan pemerintah.Kaedah Pemilihan Khalifah Pada Zaman Khulafa al-Rasyidin 1 Pemilihan khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW tidak mengikut sistem warisan atau keturunan, sebaliknya berdasarkan prinsip syura (permesyuaratan) dan baiah (ikrar taat setia). 2 Empat kaedah utama telah digunakan dalam pelantikan para khalifah, iaitu:(a) perundingan(b) pencalonan daripada khalifah terdahulu(c) secara syura (d) sokongan umum daripada masyarakatInfomindaBaiah diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW dan disambung oleh Khulafa al-Rasyidin. Selepas zaman Khulafa al-Rasyidin, cara baiah dilakukan:• Lafaz baiah diakad sebagai sumpah bagi perkara yang berat• Gabenor mewakili khalifah dalam baiah• Baiah juga digunakan untuk memaksa persetujuan rakyat tanpa permuafakatan secara syura terlebih dahuluMasyarakat, Politik dan Pentadbiran46TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 46 11/11/2025 2:03:58 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.