The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teks Efektif STPM Sej Islam (Sem 2)_Anyflip

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2025-11-17 01:28:18

Teks Efektif STPM Sej Islam (Sem 2)_Anyflip

Teks Efektif STPM Sej Islam (Sem 2)_Anyflip

InfomindaIntegriti Khalifah Umar bin al-Khattab:• Memilih ketua pentadbir wilayah dalam kalangan yang terbaik daripada para pemimpin dan ulama.• Memilih daripada kalangan orang yang berilmu, beriman, berakhlak dan memahami keadaan setempat untuk melaksanakan tugasan. • Memantau kelakuan dan tugas setiap pentadbir.Pemilihan Khulafa al-RasyidinPemilihan melalui syura dan baiah: Khalifah Abu Bakar al-SiddiqPelantikan melalui wasiat khalifah sebelumnya: Khalifah Umar al-KhattabPemilihan melalui Majlis Syura: Khalifah Uthman al-AffanPelantikan melalui sokongan umum dan baiah: Khalifah Ali bin Abi TalibRajah 1.2(e) Kaedah pemilihan Khulafa al-Rasyidin3 Empat kaedah pemilihan ini menunjukkan bahawa Islam tidak menetapkan satu bentuk tunggal dalam pelantikan pemimpin, tetapi menekankan unsur musyawarah, persetujuan bersama dan keadilan. 4 Kaedah ini memberi ruang kepada umat Islam untuk menyesuaikan kaedah pemilihan mengikut keperluan semasa selagi berlandaskan prinsip syura dan baiah.Pemilihan Secara Perbincangan dan Perundingan 1 Kaedah perundingan atau pemilihan secara perundingan beramai-ramai dilaksanakan semasa pemilihan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. 2 Perundingan beramai-ramai dilaksanakan secara terbuka dan berhemah di Saqifah Bani Sa’idah (balai). Semasa perundingan, berlaku peristiwa di Saqifah Bani Sa’idah, di mana golongan Ansar daripada Bani Saidah hampir melantik Saad bin Ubaidah sebagai khalifah menggantikan Nabi Muhammad SAW tanpa kehadiran pemimpin-pemimpin daripada golongan Muhajirin. 3 Namun, pelantikan tidak dapat dijalankan kerana mendapat bantahan daripada suku Aus. Apabila Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar al-Khattab menyertai mesyuarat tersebut, Sayidina Abu Bakar telah mencalonkan Sayidina Umar alKhattab mewakili golongan Muhajirin dan Abu Ubaidah mewakili golongan Ansar untuk dipilih sebagai khalifah. 4 Walau bagaimanapun, Sayidina Umar al-Khattab menarik diri daripada pencalonan tersebut dan diikuti oleh Abu Ubaidah. Sebaliknya, Sayidina Umar mencalonkan Sayidina Abu Bakar sebagai khalifah dan disokong oleh Abu Ubaidah. Cadangan tersebut kemudiannya disokong oleh majoriti umat Islam Madinah.5 Sayidina Abu Bakar dibaiahkan dalam musyawarah tersebut sebagai khalifah pertama yang memerintah negara Islam Madinah. Pencalonan daripada Khalifah Terdahulu 1 Kaedah cadangan seorang calon daripada khalifah terdahulu atau perlantikan dengan mengusulkan seseorang calon. 2 Kaedah ini dilaksanakan dalam pelantikan Khalifah Umar al-Khattab apabila Khalifah Abu Bakar al-Siddiq mencalonkan Sayidina Umar al-Khattab. 3 Pencalonan ini dilakukan semasa Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sedang gering dan umat Islam baru selesai menangani golongan al-Riddah. Setelah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berbincang dengan para sahabat seperti Abdul Rahman bin Auf dan Uthman bin Affan serta golongan Ansar termasuk Usaid bin Hudayr. Nabi Muhammad SAW telah memberi isyarat tentang kelebihan Khalifah Abu Bakar, antaranya:• Pada 10 Hijrah, beliau diberikan kepercayaan mengendalikan urusan haji ke Makkah. • Pada 11 Hijrah, beliau mengimami solat semasa Baginda keuzuran. Tahukah AndaMasyarakat, Politik dan Pentadbiran47TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 47 11/11/2025 2:03:58 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


4 Sayidina Umar al-Khattab dipilih disebabkan kebijaksanaan, kebolehan dan kualiti kepemimpinan tinggi yang dimiliki oleh beliau dan bukannya disebabkan hubungan peribadi dengan khalifah terdahulu. 5 Selepas wafatnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, pencalonan tersebut dibawa ke Majlis Syura dan melalui musyawarah, para sahabat dan ahli lembaga Majlis Syura mempersetujui pelantikan Sayidina Umar al-Khattab dan menerima baiah daripada umat Islam tanpa bantahan.Pemilihan Melalui Jawatankuasa Khas 1 Kaedah pemilihan melalui jawatankuasa khas (Majlis Syura) atau mengusul sekumpulan calon juga dilakukan dalam pemilihan khalifah. Kaedah pemilihan dengan cara ini telah digunakan dalam pemilihan Khalifah Uthman bin Affan. 2 Melalui kaedah ini, khalifah yang sebelumnya akan mencalonkan beberapa nama yang difikirkan terbaik untuk dicalonkan bagi menjadi khalifah dalam kalangan para sahabat. 3 Bagi menentukan keputusan siapa di antara calon yang disenaraikan akan menjadi khalifah, musyawarah diadakan. Dalam majlis musyawarah tersebut, pengundian dijalankan dan calon yang mendapat undian paling tinggi akan dilantik sebagai khalifah seterusnya dan dibaiahkan. 4 Khalifah Umar al-Khattab telah mengusulkan enam nama untuk dicadangkan sebagai khalifah, iaitu:(a) Sayidina Uthman al-Affan(b) Sayidina Ali bin Abu Talib(c) Abdul Rahman bin Auf (d) Zubair bin al-Awwam (e) Saad bin Abi Waqas (f) Talhah bin Ubaidillah 5 Tindakan ini adalah untuk mengelakkan perebutan kuasa dalam kalangan umat Islam. Selepas Khalifah Umar dimakamkan, para sahabat berkumpul dan bermesyuarat di rumah al-Miswar bin Makhrama untuk memilih pengganti khalifah. 6 Dalam perjumpaan tersebut, tiga orang calon disenaraikan, iaitu Saad bin Abi Waqas, Zubair bin al-Awwam dan Abdul Rahman bin Auf telah menarik diri, manakala Talhah bin Ubaidillah tidak hadir. Maka, tinggallah dua nama, iaitu Sayidina Uthman dan Sayidina Ali untuk dilantik sebagai khalifah. 7 Sehubungan dengan itu, Abdul Rahman bin Auf telah diamanahkan untuk mengendalikan pemilihan khalifah tersebut. Dalam proses ini, Sayidina Uthmanal-Affan telah dipilih berdasarkan kelebihan undi, kesediaan, ketegasan dan kesungguhan beliau untuk melaksanakan dan meneruskan pentadbiran dua orang khalifah yang terdahulu.Pengusulan Sekumpulan Masyarakat (Sokongan Umum dan Sokongan Rakyat)1 Pelantikan khalifah keempat adalah melalui pengusulan sekumpulan masyarakat. Kaedah pemilihan dengan cara ini telah digunakan dalam pemilihan Khalifah Ali bin Abu Talib. 2 Sayidina Ali bin Abu Talib dilantik bagi memikul amanah sebagai Khalifah al-Rasyidin yang terakhir pada 23 Jun 656 Masihi. Beliau telah dicadangkan oleh sekumpulan orang Islam Madinah termasuk golongan Ansar dan pemberontak Kufah.InfomindaSiasah Khalifah Uthman bin Affan:• Menjadi Gabenor Madinah semasa Nabi Muhammad SAW memimpin tentera dalam Perang Dzatirriqa dan Perang Ghatfahan.• Dalam Perang Tabuk, beliau mendermakan 950 ekor unta dan 70 ekor kuda serta 1,000 dirham.InfomindaSiasah Khalifah Ali bin Abu Talib:• Terkenal dengan keberanian• Berilmu pengetahuan agama yang tinggi• Daya akal fikiran yang tajam• Menjadi salah seorang penulis wahyuMasyarakat, Politik dan Pentadbiran48TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 48 11/11/2025 2:03:58 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 Musyawarah turut diadakan bagi memilih calon yang benar-benar sesuai bagi menjadi khalifah. Walau bagaimanapun, Sayidina Ali r.a. menolak jawatan tersebut pada awalnya, namun atas desakan para sahabat, beliau dibaiah oleh penduduk Hijaz, Kufah dan Basrah sebagai khalifah. Jadual 1.2.2(c) Cara pemilihan, kaedah dan proses pemilihan Khulafa al-RasyidinKhalifah Cara Pemilihan Kaedah ProsesKhalifah Pertama: Khalifah Abu Bakar al-SiddiqPemilihan melalui syura dan baiah Syura dalam kalangan sahabat utama, diikuti dengan baiah oleh umat Islam• Setelah kewafatan Nabi SAW,berlaku perbincangan antara golongan Muhajirin dengan Ansar di Saqifah Bani Sa'idah. • Dalam perbincangan itu,Sayidina Umar al-Khattab mencadangkan Sayidina Abu Bakar sebagai khalifah dan cadangan tersebut disokong oleh ramai sahabat. • Sayidina Abu Bakar kemudiandiberikan baiah secara terbuka oleh umat Islam.Khalifah Kedua: Khalifah Umar al-KhattabPelantikan melalui wasiat khalifah sebelumnyaWasiat pemimpin terdahulu, disahkan dengan baiah rakyat• Sebelum wafat, Sayidina AbuBakar telah melantik Sayidina Umar al-Khattab sebagai penggantinya melalui wasiat rasmi, setelah berbincang dengan para sahabat. • Wasiat ini disertai denganbaiah daripada masyarakat Islam.Khalifah Ketiga:Khalifah Uthman al-AffanPemilihan oleh Majlis SyuraPemilihan oleh Majlis Syura Khas• Sebelum wafat, Sayidina Umaral-Khattab menubuhkan satu Majlis Syura yang terdiri daripada enam orang sahabat utama: Uthman, Ali, Talhah, Zubair, Saad bin Abi Waqqas, dan Abdul Rahman bin Auf. • Selepas perbincangan,Sayidina Uthman bin Affan dipilih sebagai khalifah dan dilantik secara rasmi selepas baiah oleh umat Islam.Khalifah Keempat: Khalifah Ali bin Abi TalibPemilihan melalui sokongan umum dan baiahPelantikan berdasarkan sokongan umum dan baiah rakyat• Setelah pembunuhanKhalifah Uthman, umat Islam menuntut agar Sayidina Ali bin Abi Talib memimpin mereka. • Pada awalnya beliau enggan,akhirnya Sayidina Ali menerima jawatan tersebut setelah menerima baiah daripada majoriti umat Islam, khususnya penduduk Madinah.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran49TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 49 11/11/2025 2:03:58 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Sumbangan Tokoh Khulafa al-Rasyidin Khalifah Abu Bakar al-SiddiqBiodata Khalifah Abu Bakar al-SiddiqNama sebenarAbdullah bin Uthman (Abu Quhafah) bin ‘Amir bin Amru bin Ka‘ab bin Sa‘ad bin Taim bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai al-Qurasyi al-TaimiKeturunan Bani Taim (bangsawan Quraisy)Kelahiran Tahun 573 Masihi di Makkah al-Mukarramah (dua tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW) Jawatan Khalifah yang pertama: Dilantik menjadi khalifah pada 632 Masihi selepas kewafatan Nabi Muhammad SAWTempoh memerintahDua tahun, tiga bulan (11 Hijrah – 13 Hijrah/632 – 634 Masihi)Wafat 23 Jamadilakhir 13 Hijrah kerana menderita sakit Gelaran • Atiq• Al-Siddiq kerana pendiriannya yang sentiasa membenarkan apayang disampaikan oleh Rasulullah SAWJasa dan sumbangan untuk Islam• Sentiasa bersama Rasulullah SAW dalam semua usaha dakwah danpeperangan• Membebaskan hamba Islam yang diseksa dengan membayartebusan• Memerangi golongan al-Riddah (orang murtad, nabi palsu dan orang yang enggan bayar zakat)• Berusaha mengumpulkan al-Quran• Meluaskan empayar Islam dan perjuangan Islam• Mengekalkan keamanan MadinahLatar Belakang 1 Khalifah Abu Bakar lahir pada tahun 573 Masihi di Makkah al-Mukarramah. KhalifahAbu Bakar lahir dua tahun enam bulan selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW. 2 Beliau berasal daripada keluarga bani Taim (pecahan daripada kabilah arab Quraish), salah satu kabilah yang terhormat dalam kalangan Quraisy di Makkah. 3 Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abu Quhafah (Uthman) bin ‘Amir bin ‘Amr bin Ka‘ab bin Sa‘ad bin Taim bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai al-Qurasyi al-Taimi tetapi lebih dikenali sebagai Abu Bakar.4 Khalifah Abu Bakar merupakan sahabat karib Rasulullah SAW sejak zaman muda. Beliau orang dewasa pertama yang memeluk Islam selepas Rasulullah SAW menerima wahyu.5 Beliau diberi gelaran \"Al-Siddiq\" kerana beliau sentiasa membenarkan dan menyokong Rasulullah SAW, termasuk ketika peristiwa Israk dan Mikraj.6 Keperibadian Khalifah Abu Bakar terkenal dengan sifat lemah-lembut, jujur, bijaksana, amanah dan pemurah. Beliau dikenali sebagai seorang pedagang yang berjaya, namun hidup secara sederhana.7 Beliau banyak mendermakan harta benda pada jalan agama terutama sewaktu umat Islam menghadapi pemulauan kaum Quraisy di Makkah, sering membantu orang miskin dan memerdekakan hamba (seperti Bilal bin Rabah).8 Khalifah Abu Bakar sentiasa menyokong Rasulullah SAW dalam dakwah, hijrah dan peperangan. Beliau merupakan teman Rasulullah SAW ketika peristiwa Hijrah ke Madinah dan disebut dalam al-Quran (Surah al-Taubah: 40). Beliau juga menjadi penasihat utama Rasulullah SAW dalam urusan agama dan pentadbiran.9 Setelah kewafatan Rasulullah SAW, Khalifah Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah pertama Islam melalui perbincangan bersama para sahabat di Saqifah Bani Sa’idah.InfomindaUcapan Sayidina Abu Bakar Selepas Perlantikan Sebagai Khalifah:Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik (memimpin) kamu. Sekiranya aku berlaku baik, maka bantulah aku. Tetapi sekiranya aku berlaku buruk, maka betulkanlah aku. Kebenaran itu amanah dan penipuan itu khianat. Orang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisiku sehinggalah aku menunaikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu adalah lemah di sisiku sehingga aku mengambil hak daripadanya; Insya-Allah. Janganlah salah seorang antara kamu meninggalkan jihad kerana tidaklah sesuatu kaum meninggalkan jihad melainkan Allah SWT menimpakan kehinaan ke atasnya. Taatilah aku selagi aku mentaati Allah dan Rasul-Nya. Bila aku melakukan maksiat, maka tidak perlu kamu taat kepadaku. Bangunlah mendirikan solat, moga Allah merahmati kamu.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran50TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 50 11/11/2025 2:03:59 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


10 Pemerintahannya berlangsung selama dua tahun tiga bulan, dari tahun 632 Masihi hingga 634 Masihi.Sumbangan Khalifah Abu Bakar al-SiddiqMenstabilkan Keadaan Umat Islam Selepas Kewafatan Nabi Muhammad SAW1 Selepas kewafatan Rasulullah SAW, ramai umat Islam berada dalam keadaan panik dan tidak tentu arah.2 Khalifah Abu Bakar tampil dengan ketegasan dan kebijaksanaan, menyampaikan ucapan yang menenangkan keadaan tersebut:\"Barang siapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat. Tetapi barang siapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan mati.\"3 Beliau berjaya menenangkan umat Islam dan mengekalkan perpaduan umat.Memerangi Golongan al-Riddah1 Selepas kewafatan Nabi SAW, berlaku penentangan daripada beberapa kabilah Arab yang enggan membayar zakat dan ada juga yang mengaku sebagai nabi.2 Khalifah Abu Bakar berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam dengan mengisytiharkan perang terhadap mereka dalam Perang Riddah bagi memastikan Islam terus utuh. Keputusan beliau sangat penting dalam mengelakkan perpecahan besar dalam dunia Islam.3 Golongan al-Riddah merupakan mereka yang terlibat dalam gerakan antikerajaan Islam. Terdapat tiga golongan al-Riddah, iaitu:(a) golongan murtad(b) golongan nabi palsu(c) golongan yang enggan membayar zakatGolongan al-Riddah Ciri-ciriGolongan Murtad• Kebanyakan golongan murtad berada di Bahrain, Oman danYaman.• Golongan murtad ialah golongan yang baharu memeluk Islamdan belum benar-benar memahami agama Islam. • Golongan ini murtad setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW.Contohnya, Bani Bakr dan Bani Qais memeluk Islam kerana takut akan tentera Islam dan inginkan harta rampasan perang sewaktu menyertai tentera-tentera Islam. Golongan Nabi Palsu• Golongan ini muncul ketika Nabi Muhammad SAW masihhidup, namun setelah kewafatan Baginda, golongan ini semakin bertambah. • Golongan nabi palsu mengaku mendapat wahyu dan kebanyakanpengikut bukanlah mempercayai kebenaran ajaran nabi palsu tetapi lebih kepada bersifat asabiah atau sentimen kabilah sendiri dan ingin menamatkan penguasaan kabilah Quraisy. • Antara golongan nabi palsu termasuk Tulaihah al-Khuwailiddaripada Bani Asad di kawasan Najd. Ajarannya ialah menghapuskan amalan sujud dalam solat kerana mendakwa wajah yang dicipta Tuhan bukan untuk dihina. Beliau juga menghapuskan amalan zakat. • Al-Aswad daripada Bani Mazhaj di Yaman pula mengakudirinya nabi. Beliau berkebolehan dalam ilmu hitam dan sihir serta mempunyai 700 pengikut dan berjaya menguasai kota San'a daripada pemerintah Islam. Antara ajarannya ialah membebaskan pengikutnya daripada kewajipan solat dan zakat serta menghalalkan perzinaan. Masyarakat, Politik dan Pentadbiran51TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 51 11/11/2025 2:03:59 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Golongan yang Enggan Membayar Zakat• Golongan ini muncul kerana mereka mendakwa hanya NabiMuhammad SAW sahaja yang berhak memungut zakat kerana tujuan zakat adalah untuk membersihkan kesalahan dosa mereka dan Khalifah Abu Bakar r.a. bukannya seorang nabi yang layak membersihkan dosa. • Golongan ini juga menyalah tafsir ayat al-Quran dalam surahal-Taubah, ayat 103 berkaitan dengan zakat. • Sebahagian daripada golongan ini tidak ikhlas membayar zakatdan mendakwa zakat merupakan bayaran ufti.4 Dalam menangani golongan al-Riddah, Khalifah Abu Bakar membanteras golongan murtad dengan cara diplomasi dan memujuk golongan ini kembali ke pangkal jalan, namun hanya sebahagian sahaja kembali kepada Islam. 5 Oleh yang demikian, Khalifah Abu Bakar mula menggunakan kekerasan dengan membentuk 11 pasukan tentera yang akhirnya berjaya menundukkan golongan nabi-nabi palsu, golongan yang enggan membayar zakat dan golongan murtad. 6 Khalifah Abu Bakar turut menghantar Panglima al-Ala bin Hazrami dan berjaya menghapuskan ketua golongan murtad, iaitu al-Hatan bin Dzabiah.7 Seterusnya, Khalifah Abu Bakar menghantar Panglima Khalid al-Walid ke Najd untuk menghapuskan Tulaihah bin Khuwailid yang memimpin gerakan nabi palsu. Tulaihah yang mengaku sebagai nabi telah bertaubat dan kembali menganut Islam bersama pengikutnya. 8 Khalifah Abu Bakar berjaya menghapuskan nabi palsu paling berpengaruh daripada suku Hanifah di Yamamah, pesisir pantai timur Arab, iaitu Musailamah al-Kazzab dan pengikutnya seramai 40,000 orang di bawah panglima Ikrimah bin Abi Jahal dan Syurabil bin Hasanah. Walau bagaimanapun, Bani Hanifah dan Bani Tamin yang murtad dan menyokong nabi palsu kembali memeluk Islam. 9 Khalifah Abu Bakar juga mengirimkan pasukan di bawah pimpinan panglima Huzaifah bin Muhsin al-Galfani bagi mengamankan daerah Daba, Oman kerana pemimpinannya mengaku sebagai nabi manakala panglima Arfajah bin Harsamah al-Bariqi diarahkan mengembalikan kestabilan daerah Mahrah. Akhirnya, penduduk Oman dan Muhrah tunduk kepada kerajaan Islam. Panglima Suwaib bin Muqarin diperintahkan mengamankan daerah Tihamah yang terletak sepanjang pantai Laut Merah.10 Dalam menangani golongan enggan membayar zakat, Khalifah Abu Bakar menghantar panglima Khalid bin al-Walid dan berjaya menumpaskan Malik alNuwairah dari Bani Tamim di Baitah, Arab Selatan yang mengetuai golongan yang enggan mengeluarkan zakat. Golongan lain yang berjaya ditewaskan ialah puak Absy dan puak Zubayn di luar kota Madinah.11 Kejayaan membanteras golongan al-Riddah ini berjaya memperkukuh ummah yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW dan seterusnya menjamin kestabilan kerajaan Islam Madinah. Mempertahankan Madinah dan Meluaskan Kawasan Pemerintahan Islam1 Khalifah Abu Bakar mengorak langkah untuk mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar dan meluaskan empayar Islam ke luar Tanah Arab. 2 Buktinya, Khalifah Abu Bakar meneruskan misi ketenteraan di bawah pimpinan Usamah bin Zaid ke sempadan Syria. Walaupun terdapat dalam kalangan sahabat tidak bersetuju dengan keputusan tersebut, tetapi Khalifah Abu Bakar meneruskan usaha ini dan terbukti telah mencapai kemenangan. Bagi memperkuat tentera Islam di Syria, Khalifah Abu Bakar telah menghantar empat panglima, iaitu Abu Ubaidah al-Jarrah, Amr al-‘Ash, Yazid bin Abi Sufyan dan Syurahbil.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran52TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 52 11/11/2025 2:03:59 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 Seterusnya, Khalifah Abu Bakar mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa kerajaan Parsi di sebelah Timur dan kerajaan Rom Timur (Byzantine) di sebelah barat. 4 Khalifah Abu Bakar menghantar panglima perang Khalid bin al-Walid menentang angkatan tentera Parsi di Iraq dan di Hirah. Ketibaan Khalid bin al-Walid berjaya menakutkan tentera musuh sehingga mereka menerima tawaran perdamaian dengan panglima Khalid bin al-Walid. Khalid bin al-Walid seterusnya menghantar surat kepada Hurmuz, pemerintah Parsi di Ubullah dan memberi tiga pilihan, iaitu sama ada memeluk Islam, membayar jizyah atau berperang. Hurmuz menerima tawaran membayar jizyah kepada pemerintahan Khalifah Abu Bakar. 5 Khalifah Abu Bakar meneruskan usaha mempertahankan Madinah daripada ancaman Rom, terutamanya di Syria dan Palestin. Khalifah Abu Bakar telah membentuk sebuah pasukan tentera yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid dan dibantu oleh empat orang panglima tentera, iaitu: (a) Yazid bin Abu Sufian ditugaskan menakluk Kota Damsyik(b) Abu Ubaidah bin al-Jarrah menakluk Kota Himsh(c) Amru bin al-As menakluk Palestin(d) Syurahbil bin Hasanah ditugaskan menakluki Jordan6 Dalam pertempuran ini, tentera Islam telah mencapai kemenangan dan sebelum peperangan berakhir, sampai berita mengatakan bahawa Khalifah Abu Bakar telah wafat dan Sayidina Umar telah dilantik sebagai khalifah kedua. 7 Walaupun pemerintahan Khalifah Abu Bakar hanya dua tahun lebih, namun beliau berjaya mengukuhkan kedudukan Islam dan membuka jalan kepada peluasan wilayah Islam di bawah khalifah-khalifah seterusnya.Pengumpulan al-Quran1 Sayidina Umar bin al-Khattab telah mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar untuk mengumpulkan al-Quran memandangkan ramai dalam kalangan sahabat penghafaz al-Quran syahid dalam Perang Yamamah (632 Masihi/12 Hijrah). 2 Khalifah Abu Bakar menerima cadangan tersebut dan memerintahkan Zaid bin Thabit supaya menghimpunkan ayat al-Quran yang ada pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang serta menyalinnya semula. Selain itu, Zaid bin Thabit juga menemui para huffaz serta daripada semua catatan dan membentangkannya kepada Khalifah Abu Bakar. 3 Usaha ini dilakukan bagi memastikan al-Quran kekal terpelihara dan tidak hilang atau berubah. Sebagai pengiktirafan kepada kejayaan dan sumbangan beliau, Khalifah Abu Bakar telah digelar ‘Penyelamat Umat Islam’.Bidang Ekonomi1 Sumbangan Khalifah Abu Bakar juga terserlah dalam bidang ekonomi dengan memperkasakan ekonomi Madinah. 2 Antara yang dilaksanakan ialah pembentukan Baitulmal, memberi bantuan kepada balu-balu perang di Madinah, menjadikan Hirah sebagai pusat tentera untuk serangan ke atas Syam. 3 Seterusnya, beliau menjadikan zakat, sedekah, harta rampasan perang (ghanimah) dan cukai jizyah sebagai pendapatan negara. Beliau melantik Abu Ubaidah sebagai Menteri Kewangan bagi menguruskan hal-hal berkaitan dengan kewangan negara. 4 Jelas, Khalifah Abu Bakar berjaya menyelamatkan ummah, mempertahankan Madinah daripada ancaman musuh luar serta meluaskan wilayah Islam.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran53TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 53 11/11/2025 2:03:59 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Menegakkan Keadilan dan Prinsip Islam1 Khalifah Abu Bakar dikenali sebagai seorang yang sangat adil dan berpegang teguh pada prinsip Islam, berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.2 Beliau sering menekankan bahawa tugas seorang khalifah ialah berkhidmat kepada rakyat, bukan mengejar kekuasaan:“Sesungguhnya aku telah dilantik memimpin kamu, padahal aku bukanlah yang terbaik dalam kalangan kamu…”3 Beliau meneruskan kepimpinan Rasulullah SAW dalam pemerintahannya.Khalifah Umar al-Khattab Biodata Khalifah Umar al-KhattabNama sebenar Umar bin al-Khattab bin Naufal bin Abdil Uzza bin Rabaah bin Abdullah bin Qarth bin Raazah bin Adiy bin Ka’ab bin Lu’aiKeturunan Bani Adiy, Quraisy (salasilah keturunannya bertemu dengan salasilah keturunan Rasulullah SAW pada moyang mereka, Ka’ab)Kelahirann 583 Masihi di kota MakkahJawatan Khalifah yang kedua: Dilantik menjadi khalifah pada 634 Masihi selepas diusulkan oleh Khalifah Abu BakarTempoh memerintah10 tahun enam bulan (13 Hijrah – 23 Hijrah/634 Masihi – 644 Masihi) Wafat 27 Zulhijah 23 Hijrah (644 Masihi) dibunuh oleh Abu Lu’lu’ah (lelaki Parsi)Gelaran Al-Faruq, iaitu pemisah hak dan batilJasa dan sumbangan untuk Islam• Mewujudkan kalendar Islam (takwim Islam)• Menubuhkan Majlis Syura• Mengemas kini angkatan tentera dan memberi gaji kepadagabenor tenteraLatar Belakang1 Nama penuh Khalifah Umar ialah Umar bin al-Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza bin Rabah bin Abdullah bin Qarth bin Razah bin Adiy bin Ka’ab bin Lu’ai. 2 Beliau dilahirkan pada tahun 583 Masihi selepas Tahun Gajah di Makkah dan berketurunan daripada Bani Adiy, iaitu salah satu bani kabilah Quraisy yang dipandang mulia, megah dan berkedudukan tinggi.3 Nabi Muhammad SAW memberi gelaran al-Faruq kepada Khalifah Umar al-Khattab, bermaksud orang yang boleh memisahkan antara kebenaran dan batil. 4 Nama julukan lain (kunyah) bagi beliau ialah Abu Hafs. Nabi Muhammad SAW menggelarkannya ‘Abu Hafs’ yang bermaksud bapa singa kerana keberaniannya semasa Peristiwa Hijrah. Khalifah Umar keluar berhijrah secara terang-terangan dan di tangannya tersedia pedang untuk menikam mereka yang menghalang perjalanannya. 5 Khalifah Umar al-Khattab menjadi khalifah yang kedua pada 22 Jamadilakhir 13 Hijrah dan memerintah selama 10 tahun, enam bulan. Beliau juga khalifah yang pertama yang digelarkan sebagai ‘Amirul Mukminin’. 6 Menurut Abdullah bin Mas'ud, pengislaman Khalifah Umar ialah satu kemenangan. Hijrahnya ke Madinah merupakan satu pertolongan dan pemerintahannya ialah satu rahmat.STPM 2015STPM 2020Tip STPMCalon perlu membincangkan sumbangan Khalifah Umar alKhattab.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran54TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 54 11/11/2025 2:03:59 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Sumbangan Khalifah Umar al-KhattabPolitik1 Pemantapan Pelaksanaan Syura(a) Khalifah Umar al-Khattab menubuhkan Majlis Syura yang merupakan lembaga atau Majlis Tertinggi perundingan negara. Majlis Syura ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:(i) Majlis Syura Tertinggi(ii) Majlis Syura Am(b) Anggota Majlis Syura terdiri daripada anggota tetap, iaitu:(i) Khalifah Umar Al-Khattab(ii) Sayidina Ali bin Abu Talib(iii) Zaid bin Thabit(iv) Abdul Rahman bin Auf(v) Saad bin Abi Waqas(vi) Muaz bin Jabal(c) Khalifah Umar al-Khattab menggunakan Majlis Syura dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbiran, terutamanya perkara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara yang dibincangkan bersamasama ahli majlis tersebut. (d) Selain itu, Majlis Syura juga bertanggungjawab menentukan polisi negaradalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar. (e) Pelaksanaan sepenuhnya Majlis Syura ini membuktikan bahawa Khalifah Umar membuka peluang dan kebebasan seluas-luasnya kepada semua untuk mengemukakan buah fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam dalam memantapkan pentadbiran negara Islam Madinah.2 Pembaharuan Sistem Kehakiman(a) Dasar pemerintahan dan pentadbiran Khalifah Umar berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, perkara perlantikan hakim adalah sangat penting dalam dalam pemerintahannya. (b) Pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar dapat dilihat:(i) Khalifah Umar mengetatkan syarat-syarat pelantikan bagi seseorang hakim supaya hanya golongan yang layak sahaja akan diberikan amanah dalam melaksanakan tugas tersebut.(ii) Khalifah Umar memastikan pemilihan hakim adalah dalam kalangan mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup serta dihormati oleh masyarakat. (iii) Bagi memastikan para hakim tidak terlibat dalam amalan rasuah atau penyelewengan, Khalifah Umar bertindak menaikkan gaji hakim dan para hakim juga tidak dibenarkan melibatkan diri dalam perniagaanatau membeli-belah, seperti orang ramai di pasar-pasar.(iv) Jabatan kehakiman telah dipisahkan sepenuhnya daripada jabatanjabatan lain dan mempunyai mahkamah keadilan, kadi-kadi khas dilantik untuk menguruskan perbicaraan dan peraturan-peraturan tertentu kehakiman.3 Pembaharuan dalam Ketenteraan(a) Khalifah Umar turut melaksanakan pembaharuan dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan keselamatan negara Madinah dan menjaga keamanan negara. (b) Khalifah Umar membahagikan pasukan tentera Islam kepada dua bahagian, iaitu:(i) Tentera tetap – diberikan gaji, pakaian seragam dan keluarga mereka juga diberikan bantuan(ii) Tentera sukarela (simpanan)Khalifah Umar al-Khattabseorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan dengan Rasulullah SAW; bapa mertua dan sahabat Nabi SAW. Beliau merupakan Khalifah al-Rasyidin yang paling banyak melaksanakan pembaharuan dalam pentadbiran.Tahukah AndaInfomindaKadi-kadi Zaman Umar al-Khattab• Abu Dar’da di Madinah• Syuraih bin Haris al-Kindi di Kufah • Abu Musa al-Asyari di Basrah• Uthman bin Qais di MesirMasyarakat, Politik dan Pentadbiran55TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 55 11/11/2025 2:03:59 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(c) Seterusnya, beliau menubuhkan pusat-pusat ketenteraan di bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah, Basrah, Mosul, Fustat dan Hims. Pusat-pusat tentera ini kemudiannya berkembang menjadi pusat kebudayaan Islam. (d) Beliau turut mengarahkan Abdullah bin Qusay untuk membina kubu-kubu pertahanan di sempadan yang menghadap negara musuh demi keselamatan kerajaan Islam.(e) Bagi meningkatkan kekuatan ketenteraan Islam, Khalifah Umar melaksanakan beberapa pembaharuan:(i) Tentera-tentera wajib mengikut peraturan dan disiplin yang bersesuaian dengan ajaran Islam. (ii) Bagi memastikan disiplin tercapai dalam kalangan tentera, beliau menubuhkan Jabatan Penyiasatan Jenayah Tentera Rahsia.(iii) Para tentera diwajibkan menjalani latihan ketenteraan seperti menunggang kuda dan berjalan kaki tanpa menggunakan kasut. (iv) Tentera tetap pula tidak dibenarkan melibatkan diri dalam kegiatan pertanian di negara-negara jajahan. Tujuannya adalah untuk menanamkan semangat perjuangan pada setiap masa dan ketika serta mengelakkan tuduhan dan anggapan serong penduduk tempatan terhadap terhadap orang-orang Islam. (v) Mencatat dan menyenaraikan anggota tentera Islam. (vi) Menyediakan kemudahan lain untuk anggota tentera seperti rumahrumah tentera yang dibina di bandar Kufah, Basrah dan Fustat serta menyediakan pencen bagi golongan tentera. Tindakan ini dilaksanakan bagi menjaga kebajikan anggota tentera Islam.4 Peluasan Wilayah Islam(a) Khalifah Umar melaksanakan dasar peluasan wilayah dan berjaya memperluas wilayah hingga meliputi Afrika Utara, Asia Timur dan Khurasan. (b) Seterusnya, Islam mengambil alih Mesopotamia dan sebahagian Persiadaripada pemerintahan Dinasti Sassanid dari Persia serta mengambil alih Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara dan Armenia dari Rom atau Byzantine. Kedua-dua kuasa besar ini, iaitu Persia dan Rom telah berjaya ditakluki oleh kekhalifahan Islam di bawah pimpinan Khalifah Umar al-Khattab. 5 Memantapkan Pentadbiran Wilayah-wilayah Islam(a) Pemantapan pentadbiran ke atas wilayah-wilayah Islam bertujuan untuk menjamin kelicinan pemerintah Islam.(b) Oleh itu, Khalifah Umar membahagikan kepada beberapa wilayah. Wilayah tersebut terdiri daripada:(i) Hijaz yang berpusat di Makkah(ii) Syria(Syam) berpusat di Damsyik (iii) Iran berpusat di Basrah(iv) Iraq berpusat di Kufah(v) Palestin berpusat di Jurusalem(vi) Mesopotamia berpusat di Hims (vii) Madinah ialah pusat pentadbiran Islam(c) Khalifah Umar turut melantik beberapa orang pegawai bagi melancarkan urusan pentadbiran. Para pegawai yang dilantik dikehendaki datang ke Makkah pada musim haji bagi membentangkan laporan pentadbiran di wilayahnya dan orang ramai juga diberi peluang untuk melaporkan sebarang salah laku pegawai yang menjalan tugas di wilayahnya. (d) Khalifah Umar berkebolehan memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan jentera pentadbirannya. Antara pegawai yang terkenal di dalam pentadbirannya ialah Muawiyah bin Abu Sufyan, Amru al-As, Mughirah bin Shu'bah dan Zaid bin Sumyan.InfomindaTentera Pada Zaman Umar al-Khattab• Tentera yang bertugas sepenuh masa dan orang awam yang dikerahkan pada masa-masa tertentu (sukarelawan).• Tentera sepenuh masa dibayar gaji dan dapat kemudahan lain tetapi tidak boleh mengambil tanah.• Tentera sukarelawan dibolehkan mendapat tanah.Khalifah Umar al-Khattab melantik pegawai-pegawai bagi membantu Amil atau Wali dalam pentadbiran:• Pegawai Jabatan Percukaian• Pegawai Polis• Setiausaha Tentera• KadiTahukah AndaMasyarakat, Politik dan Pentadbiran56TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 56 11/11/2025 2:03:59 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(e) Khalifah Umar juga mewujudkan jawatan-jawatan penting bagi setiap wilayah seperti:(i) Wali atau gabenor yang menjadi Ketua Pentadbiran Awam dan panglima tentera(ii) Pengarah Perbendaharaan (Sahib al-Baitulmal)(iii) Pemungut Cukai (Sahib al-Kharaj)(iv) Ketua Polis (Sahib al-Ahdath) (f) Hakim atau kadi(g) Sementara itu, gabenor yang dilantik perlulah mengisytiharkan harta benda masing-masing sebelum dan selepas perlantikan bagi mengelakkan amalan rasuah. Malahan, gabenor juga tidak dibenarkan memakai pakaian yang mahalmahal.Ekonomi1 Pengurusan Baitulmal yang Cekap dan Bersistematik (a) Khalifah Umar menguruskan ekonomi dengan baik dengan menubuhkan baitulmal. Baitulmal ini berfungsi menyimpan, memelihara serta mengemas kini sistem kewangan dan perbelanjaan negara. (b) Bagi memastikan pengurusan baitulmal cekap dan bersistematik, Khalifah Umar menyediakan buku kira-kira. Segala sumber kewangan negara seperti hasil pungutan wang zakat, ghanimah (harta rampasan menerusi peperangan), jizyah(cukai perlindungan), kharaj (cukai tanah), al-fayy (harta yang diperoleh dari wilayah takluk Islam tanpa peperangan) dan usyur (cukai perniagaan) dicatat dalam buku kira-kira secara sistematik.(c) Selain itu, baitulmal juga berperanan menguruskan bayaran gaji tentera, pegawai kerajaan dan penyediaan prasarana awam. (d) Pengurusan baitulmal bukan hanya diwujudkan di Madinah, tetapi juga didirikan di setiap wilayah dan diberi tanggungjawab kepada gabenor wilayah tersebut. Semua harta di wilayah berkenaan disimpan dalam baitulmal dan setiap tahun gabenor akan menghantar laporan kepada Khalifah Umar.2 Pemantapan Sistem Percukaian (a) Pelbagai pembaharuan dilakukan dalam bidang ekonomi negara supaya agihan pendapatan dapat diperbaik selaras dengan peraturan Islam. Oleh itu, kadar dan sistem pungutan cukai telah diubah oleh Khalifah Umar.(b) Pengenalan sistem cukai baharu yang sistematik dan adil diperkenalkan bagi membantu meningkatkan kemakmuran negara. Antaranya, cukai kharajatau cukai tanah yang dikenakan mengikut perbezaan jenis tanaman dan kualiti tanah. Contohnya, cukai untuk hasil tanaman anggur ialah lima kali ganda daripada cukai tanaman gandum. Cukai untuk tanaman gandum pula dua kali ganda daripada cukai tanaman barli. Sementara, ladang-ladang yang mempunyai tanah yang lebih subur dikenakan cukai yang lebih tinggi.(c) Pembaharuan dalam pentadbiran tanah diwujudkan dengan membahagikan dua jenis tanah, iaitu tanahdhimmah dan tanahsawafi. Kedua-dua jenis tanah ini tidak boleh dibeli atau dimiliki bagi mengelakkan perpecahan. Manakala tentera Islam dibenarkan memilikinya hanya melalui pembelian.(d) Melantik para pegawai pungutan kharaj yang memenuhi syarat seperti alim, ahli fiqah dan lain-lain. Para pegawai ini juga dipantau oleh Khalifah Umar dan kesannya, sistem pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharaan negara semakin meningkat. (e) Seterusnya, Khalifah Umar menghapuskan peraturan-peraturan atau syaratsyarat yang tidak adil atau terlalu menyusahkan rakyat. Khalifah Umar juga turut menjaga kebajikan golongan Zimmi sama ada cukai atau jizyah yang dikenakan ke atas mereka tidak menyusahkan.Sumber Baitulmal:• Zakat• Ghanimah• Al-Fayy• Jizyah• Kharaj• UsyurTahukah AndaMasyarakat, Politik dan Pentadbiran57TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 57 11/11/2025 2:03:59 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(f) Pemantapan pengurusan zakat dilaksanakan dengan membuat catatan penerima zakat yang layak. Bagi yang layak menerima zakat, mereka diberi secara ‘one off’ sehingga mereka boleh membayar zakat pada tahun berikutnya. Hal ini adalah untuk membolehkan penerima zakat berusaha mengeluarkan diri daripada kemiskinan dan boleh menguruskan diri serta keluarga.(g) Beliau juga sering meninjau daripada golongan Zimmi, iaitu orang-orang bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam dan pegawai-pegawai yang memungut cukai untuk menentukan sama ada cukai atau jizyah yang dikenakan tidak menyusahkan mereka. Kesemua ini menyebabkan sistem pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharaan negara bertambah.3 Perkembangan Sektor Pertanian (a) Perkembangan ekonomi pertanian berkembang pesat hasil galakan daripada Khalifah Umar kepada rakyatnya. Beliau menggalakkan pembukaan tanahtanah baharu dan menyerahkan hak milik tanah pertanian kepada sesiapa yang mengusahakannya. Namun, jika tidak diusahakan dan tidak menunjukkan sebarang hasil dalam tempoh tiga tahun, hak milik tersebut akan ditarik balik.(b) Selain itu, tanah-tanah juga dikaji selidik bagi menentukan kesesuaian tanaman yang bermutu.(c) Khalifah Umar turut melaksanakan beberapa projek pengairan di Mesir dan Iraq untuk meningkatkan hasil pertanian serta memberi perhatian kepada kebajikan petani supaya amalan penindasan ke atas petani tidak berlaku. Antara projek pengairan yang dilaksanakan ialah Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula, empangan Abu Musa dibina yang menyambung Sungai Dajlah (Tigris) dengan bandar Basrah.4 Perkembangan Sektor Perdagangan (a) Sektor perdagangan antarabangsa dan perniagaan tempatan juga turut berkembang dengan baik. (b) Bagi memastikan perkembangan sektor perdagangan berjalan lancar, Khalifah Umar telah melaksanakan:(i) Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan di pasar-pasar dan pusat perdagangan bagi mengelakkan berlakunya penindasan oleh golongan peniaga. (ii) Melantik pegawai penyiasat pemasaran di pasar-pasar.(iii) Pengenalan sistem mata wang bagi memudahkan dan merangsang aktiviti perdagangan.Sosial1 Perkembangan Pendidikan (a) Sistem pendidikan yang diterapkan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Kelas-kelas pendidikan Islam dan al-Quran diadakan di sekolah-sekolah yang ditubuhkan di dalam masjid-masjid di seluruh wilayah Islam seperti di kotakota Basrah, Kufah dan Fustat.(b) Guru-guru agama yang dilantik dan dihantar ke pusat-pusat ini diberikan gaji yang lumayan. Contohnya, tiga orang guru al-Quran dalam kalangan sahabat dihantar ke wilayah Sham, iaitu Ubadah bin Samit, Mukadh bin Jabal dan Abu Darda’ yang mengajar al-Quran dan mendirikan sekolah al-Quran di Rom, Palestin dan Damsyik.(c) Mata pelajaran lain juga diperkenalkan oleh Khalifah Umar. Antaranya, mata pelajaran berenang, memanah, menunggang kuda serta menghafal syair dan peribahasa.(d) Kurikulum pada peringkat yang lebih tinggi pula ialah tafsir al-Quran dan al-Sunnah serta pelajaran yang berhubung dengan tasyri’ (hukum-hukum). Terusan Amirul Mukminin menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah. Terusan ini dibina bertujuan pengangkutan dan mengairi kawasan pertanian. Manakala Terusan Abu Musa al-Asy'ari di Iraq, membekalkan air minuman kepada setiap rumah di sepanjang Sungai Dajlah (Tigris) hingga Basrah. Tahukah AndaKeadilan Khalifah Umar al-Khattab:• Enggan membahagikan tanah Sawad (Iraq) kepada tentera-tentera Islam yang menaklukinya secara peperangan.• Membenarkan penduduk Sawad tinggal dan menetap dalam tanah mereka serta mengenakan jizyah ke atas mereka dan ke atas tanah mereka kharaj (pembayaran cukai oleh seseorang Zimmi) jika mereka memiliki tanah pertanian yang diusahakan.Tahukah AndaMasyarakat, Politik dan Pentadbiran58TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 58 11/11/2025 2:03:59 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


2 Kemajuan Prasarana Pelbagai penyediaan prasarana awam dilaksanakan oleh Khalifah Umar untuk kemudahan seluruh wilayah Islam. Antaranya:(a) Projek pengairan dibina di seluruh wilayah Islam termasuk Mesir dan Iraq bagi meningkatkan hasil pertanian negara. Misalnya, Terusan Abu Musa al-Asy'ari di Iraq dan Terusan Amirul Mukmimin di Mesir.(b) Sistem pengangkutan jalan raya diperbaik bagi melancarkan perhubungan.(c) Sistem komunikasi seperti sistem pos bagi kemudahan penghantaran surat-surat rasmi dan surat-surat awam turut diperkenalkan.3 Polisi terhadap Golongan Zimmi(a) Khalifah Umar melaksanakan dasar keadilan dalam pemerintahannya. Buktinya layanan yang diberikan kepada golongan Zimmi. (b) Beliau memberi layanan yang baik kepada golongan Zimmi di Syria dengan diberi taraf dan hak awam yang sama seperti yang dinikmati oleh orang Islam berdasarkan perjanjian yang dipersetujui bersama, iaitu perjanjian yang dibuat oleh Khalifah Umar dengan penduduk Ailiya' yang dikenali sebagai ‘Janji Umar’.(c) Mereka dijamin keselamatan, amalan agama, mengadakan syarikat dengan bukan Islam, memelihara binatang ternakan yang hendak dimakan dan kilang arak serta penyerahan penjagaan gereja besar kepada orang kafir dan mereka hendaklah bertanggungjawab menjelaskan cukai tanah serta menjaga sensitiviti umat Islam.(d) Mereka juga dikenakan cukai tanah dan cukai jizyah yang perpatutan. Jika mereka tidak menerima perjanjian ini, mereka boleh keluar dari Juruselam dan diiringi ke tempat yang selamat. Polisi yang dilaksanakan ini menyebabkan Khalifah Umar mendapat sokongan daripada golongan Zimmi ini. 4 Mengutamakan Kebajikan (a) Khalifah Umar mengutamakan kebajikan rakyat sepanjang pemerintahan dan pentadbirannya.(b) Antara dasar kebajikan yang dilaksanakan:(i) Mendirikan rumah-rumah tumpangan dan rumah persinggahan untuk golongan miskin dan pengembara. (ii) Memberi bantuan makanan kepada musafir, orang miskin dan mereka yang keputusan makanan. (iii) Memerintahkan para pegawai di peringkat wilayah menghantar senarai nama bagi golongan fakir miskin yang memerlukan bantuan untuk menjaga kebajikan mereka.(iv) Memberi layanan yang sama terhadap hamba seperti hamba yang sakit akan diberi rawatan dan penjualan hamba secara keluarga dan bukannya menjual secara individu.(v) Memberikan pencen tahunan berdasarkan sumbangan dan jasa seseorang terhadap Islam. Misalnya kepada tentera yang menyertai Perang Badar, Baiatul Ridhwan, golongan yang awal masuk Islam, anak-anak golongan Ansar dan Muhajirin serta orang bukan Islam yang tidak berupaya bekerja.5 Penciptaan Kalendar Islam(a) Islam tidak mempunyai kalendar atau takwim sendiri yang seragam bagi ikutan ummah sebagaimana masyarakat lainnya seperti Parsi, Rom dan Byzantine. (b) Sehubungan dengan itu, Khalifah Umar telah mengadakan perbincangan dalam kalangan kaum Muslimin bagi mengambil ketetapan mengenainya. Kalendar Rom atau Parsi dikemukakan akan tetapi ditolak oleh khalifah kerana keduadua kalendar empayar tersebut tidak selari dengan identiti Islam. Pemberian Pencen oleh Khalifah Umar al-Khattab• Keluarga Nabi (Ahlul Bait) sebanyak 12,000 dirham setahun.• Kaum Muhajirin dan Ansar antara 4,000-5,000 dirham setahun.• Golongan tentera biasanya 500-600 dirham setahun.• Golongan kanak-kanak serta perempuan mendapat 200-400 dirham setahun.Tahukah AndaInfomindaKewafatan Khalifah Umar al-Khattab:• Meninggal dunia dalam bulan Zulhijah pada tahun 23 Hijrah pada usia 63 tahun.• Ditikam oleh hamba berbangsa Parsi, Fairuz Abu Lu'lu'ah.• Dimakam berhampiran makam Rasulullah SAW dan Sayidina Abu Bakar.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran59TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 59 11/11/2025 2:04:00 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(c) Terdapat segolongan yang mencadangkan agar kalendar Islam dimulai dari hari kelahiran Rasulullah SAW. Sementara satu pihak lagi mengusulkan supaya permulaan kalendar dikira dari hari wafatnya Rasulullah SAW. (d) Akhirnya, usul yang dikemukakan oleh Umar al-Khattab bagaimanapun diterima dan dipersetujui oleh jemaah, iaitu kalendar Islam hendaklah dimulakan dari hari penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.Khalifah Uthman Al-AffanBiodata Khalifah Uthman al-AffanNama sebenar Uthman bin Affan bin Abu al-As bin Umaiyah bin Abdul Syams al-Qurasyi al-UmawiKeturunan Berasal daripada suku Quraisy keturunan UmawiyKelahiran 47 Sebelum Hijrah/577 Masihi di MakkahJawatan Khalifah ketiga Khulafa al-Rasyidin dipilih secara syuraTempoh memerintah12 tahun (23 Hijrah – 35 Hijrah/644 Masihi - 655 Masihi)Wafat 8 Zulhijjah tahun 35 Hijrah (656M) dibunuh oleh pemberontakGelaran Mendapat julukan Zun Nurain yang bermaksud pemilik dua cahaya kerana beliau berkahwin dengan dua orang puteri Rasulullah SAW, iaitu Ruqayyah dan Ummu KulthumJasa dan sumbangan untuk Islam• Pencatat wahyu• Mendermakan harta benda pada jalan Islam• Berhijrah ke Habsyah dan Madinah untuk menegakkanagama Islam• Sahabat yang banyak membantu Rasulullah SAW• Meluaskan kuasa ke atas beberapa buah negara• Melakukan pembukuan al-Quran• Membesarkan Masjid Nabawi• Menyebarkan dakwah islamiahLatar Belakang1 Khalifah Uthman al-Affan dilantik menggantikan Khalifah Umar al-Khattab sebagai khalifah. 2 Nama lengkap Khalifah Uthman bin Affan ialah Abu Abdillah Uthman bin Affan bin Abu al-As bin Umayyah bin Abdul Syams al-Qurasyi al-Umawi.3 Khalifah Uthman bin Affan dilahirkan pada tahun 47 Sebelum Hijrah/577 Masihi di Makkah yang berasal daripada suku Quraisy keturunan Umaiyah (Umawiy). 4 Beliau memperoleh gelaran “Zun Nurain” yang bererti pemilik dua cahaya. Hal ini disebabkan beliau mengahwini dua puteri Rasulullah SAW, iaitu Ruqayyah (wafat semasa Perang Badar) dan kemudian Rasulullah SAW mengahwinkannya pula dengan puterinya, Ummu Kalthum.5 Khalifah Uthman termasuk dalam kalangan mereka yang terawal memeluk Islam dan termasuk dalam kumpulan pencatat wahyu. 6 Beliau berkeperibadian yang lemah lembut, penyantun, pemalu dan sahabat yang tinggi budi pekertinya. 7 Selain itu, beliau juga terkenal sebagai seorang peniaga yang kaya dan pakar dalam bidang ekonomi yang sangat dermawan. Banyak bantuan ekonomi yang diberikan dalam membantu mengembangkan dakwah Islam. Antara kisah kedermawanan beliau dapat dilihat ketika berlakunya Perang Tabuk. InfomindaSiasah Khalifah Uthman:• Seorang dermawan dan sangat pemurah.• Menginfaqkan 950 unta, 50 ekor kuda dan 1,000 dinar untuk membiayai ekspedisi Perang Tabuk.• Membeli telaga Raumah daripada seorang Yahudi dengan harga 20,000 dirham untuk digunakan oleh umat Islam dengan percuma.• Bertarung nyawa ketika menjadi utusan orang Islam dalam Perjanjian Hudaibiyah.Tip STPMCalon perlu membincangkan sumbangan Khalifah Uthman al-Affan.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran60TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 60 11/11/2025 2:04:00 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


8 Pemerintahan Khalifah Uthman adalah paling lama memerintah dalam kalangan Khulafa al-Rasyidin. Pemerintahnanya berlangsung selama 12 tahun, iaitu dari 23 Hijrah/644 Masihi hingga 35 Hijrah/656 Masihi. 9 Enam tahun pertama pemerintahannya berjalan dengan baik, urus tadbir negara berjalan dengan baik dan lancar sehingga memperoleh kejayaan yang cemerlang khususnya dalam mempertahankan wilayah Islam yang telah ditawan sebelumnya di samping turut bertindak mengukuhkan dakwah Islam melalui misi peluasan kuasa yang baharu. 10 Walau bagaimanapun, tempoh enam tahun terakhir pemerintahannya sangat mencabar dan berlaku masalah pentadbiran sehingga menimbulkan perpecahan sesama pemimpin dan umat Islam ketika itu.Sumbangan Khalifah Uthman al-AffanPolitik1 Peluasan Wilayah(a) Wilayah kekuasaan Islam berjaya diperluas apabila tentera Islam menguasai Anatolia dan Asia Kecil, Palestin, Jordan, termasuk Pulau Cyprus di bahagian Barat dan ke Afrika Utara seperti Mesir, Libya, al-Jazair, Tunisia dan Maghribi. Di bahagian Timur pula ialah Iran, Iraq, Armenia, Azerbaijan, Afghanistan, Samarkand, Tajikistan, Turkmenistan, Khurasan, Uzbekistan dan Tabaristan.(b) Khalifah Uthman bertanggungjawab dalam menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama bagi menjamin keselamatan dan melakukan perluasan kuasa. Banyak negara yang telah dibuka melalui angkatan tentera ini.(c) Antara peluasan wilayah yang dilaksanakan oleh Khalifah Uthman ialah:Tahun Peluasan Wilayah Kekuasaan Islam24 Hijrah/645 Masihi• Penduduk Kufah, Azerbaijan dan Armenia mengingkariperjanjian yang telah dibuat dan memberontak. • Khalifah Uthman menghantar Walid bin Uqbah untukmenumpaskan pemberontakan dan mereka kembali tunduk kepada kekuasaan Islam.25 Hijrah/646 Masihi• Wilayah Syam yang dikuasai terancam dengan tindakanhasutan tentera Rom terhadap penduduk tempatan untuk bangkit memberontak. • Khalifah Uthman menghantar Salman bin Rabiahbersama 8,000 tentera Islam berkuda membantu Muawiyah bin Abi Sufyan di wilayah Syam dan berjaya menggempur tentera Rom.27 Hijrah/648 Masihi• Mempertahankan wilayah Mesir daripada ancamanRom dengan melaksanakan misi ketenteraan khususnya ke Tunisia, Algeria dan Maghribi.• Barqah dijadikan sebagai pengkalan hadapan tenteraIslam di bawah pimpinan Abdullah bin Sacad bin Abi Sarh bersama 20,000 tentera berjaya menundukkan wilayah-wilayah di Tunisia. 2 Pentadbiran(a) Khalifah Uthman melantik gabenor dan pegawai di wilayah-wilayah Islam. Gabenor-gabenor yang dilantik ialah mereka yang berpengalaman dan pernah bertugas pada zaman pemerintahan Khalifah Umar. Antara gabenor tersebut ialah:(i) Sufyan bin Abdul al-Harith al-Khuzai (Gabenor Makkah)(ii) Sufyan bin Abdullah al-Thaqafi (Gabenor Taif)(iii) Yala bin Munyah (Gabenor Sana, Yaman)Angkatan tentera laut Islam yang pertama dapat menakluk Pulau Cyprus di bawah pimpinan Muawiyah bin Abi Sufyan pada 28 Hijrah. Selain itu, angkatan tentera laut Islam juga dapat menakluk Rom di bawah pimpinan Abdullah bin Abi Sarah pada 31 Hijrah.Tahukah AndaDasar Pemecatan Gabenordilaksanakan pada zaman Khalifah Uthman. Faktorfaktor pemecatan:• Tidak sesuai dan tidak berkebolehan – Saad bin Abi Waqqas• Gagal melaksanakan tugas – Abu Musa al-Asyari• Desakan rakyat – al-Walid bin UqbahTahukah AndaMasyarakat, Politik dan Pentadbiran61TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 61 11/11/2025 2:04:00 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(iv) Abdullah bin Abi Rabiah (Gabenor Jahad) (v) Muawiyah bin Abu Sufyan (Gabenor Damsyik)(b) Para gabenor dan pegawai yang dilantik diberi garis panduan dalam menjalankan tugasan. Antaranya ialah amanah dan bukan untuk mengumpul kekayaan serta menindas rakyat, perlu mengikut contoh pemimpin yang terdahulu dan menangani permasalahan berdasarkan garis panduan Islam.Sosial1 Pembukuan al-Quran(a) Khalifah Uthman bin Affan melaksanakan pembukuan al-Quran berikutan permasalahan dengan pembacaan al-Quran akibat penghijrahan penghafalpenghafal al-Quran ke negeri yang baharu dibuka oleh orang-orang Islam seperti di Mesir, Syria, Iraq, Armenia dan Azerbaijan.(b) Kesannya, pembacaan al-Quran mengikut dialek masing-masing dan membawa kepada salah bacaan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Justeru, banyak terjadinya salah faham dan menganggap dialek mereka yang betul. Keadaan ini menimbulkan pertikaian dan jika dibiarkan berlaku, maka tidak akan ada versi al-Quran yang diterima secara sejagat. (c) Oleh itu, Khalifah Uthman telah mengadakan satu naskhah al-Quran yang baharu yang mana dapat digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah Uthman telah menggunakan lahjah bahasa Quraisy dan al-Quran yang mempunyai versi berbeza telah dibakar. Al-Quran inilah yang digunakan hingga hari ini, dikenali dengan nama ‘Mashaf Uthmani’. Langkah-langkah ini bertujuan untuk menjamin kesucian al-Quran sebagai sumber perundangan Islam.(d) Dalam proses pembukuan, Khalifah Uthman meminta Hafsah bin Umar untuk menyediakan kompilasi al-Quran yang lebih awal supaya lebih banyak salinan dapat dibuat. Kemudian, beliau menubuhkan satu jawatankuasa yang terdiri daripada Zaid bin Thabit, Abid bin al-As, Abdullah bin Zubayr dan Abdul Rahman bin al-Harith. Jawatankuasa ini telah menghasilkan teks lengkap dan kemudian beberapa salinan telah dibuat dan dihantar ke bahagian yang berlainan di negara Islam dengan arahan \"bahawa hanya ini dianggap sebagai teks rasmi dan sahih al-Quran\". (e) Seterusnya, Khalifah Uthman memerintahkan semua orang Islam di wilayahwilayah Islam membaca al-Quran mengikut bacaan yang telah ditetapkan. 2 Membesarkan Masjid Nabawi(a) Pembesaran Masjid Nabawi dilaksanakan memandangkan Masjid Nabawi semakin padat dengan jemaah Islam. (b) Khalifah Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan membeli tanah bagi meluaskan kawasan tersebut. Masjid tersebut telah diluaskan pada tahun 29 Hijrah.3 Pendidikan(a) Khalifah Uthman turut memberi penekanan pendidikan kepada umat Islam dan pengembangan ilmu pengetahuan. (b) Oleh yang demikian, Khalifah Uthman telah memperkasakan Masjid Nabawi di Madinah. Masjid tidak hanya berfungsi sebagai tempat ibadah, tetapi juga sebagai pusat pendidikan dan perbincangan keagamaan, tempat pengajaran al-Quran dan ilmu agama, bidang-bidang keilmuan yang lain juga diperkenalkan seperti disiplin ilmu, sastera dan sejarah serta ilmu yang membawa perkembangan intelektual dalam kalangan umat Islam. (c) Selain itu, beliau mengangkat taraf ulama dengan memberi penghargaan serta memberi kedudukan penting dalam struktur sosial dan pemerintahan.4 Usaha Menyebarkan Dakwah Islamiah(a) Khalifah Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan ramai banduan. Pembunuhan Khalifah Uthman Khalifah Uthman syahid dibunuh oleh pemberontakpemberontak yang mengepung rumahnya. Pada 8 Zulhijah 35 Hijrah, Khalifah Uthman menghembuskan nafas terakhirnya sambil memeluk al-Quran yang dibacanya. Sejak itu, kekuasaan Islam sering diwarnai oleh titisan darah.Tahukah AndaInfomindaGabenor pada Zaman Khalifah Uthman:• Abdullah al-Hadrami (Gabenor Makkah)• Al-Qasim bin Rabi’ah alThaqafi (Gabenor Taif)• Abdullah bin Amir (Gabenor Basrah)• Muawiyah bin Abi Sufyan (Gabenor Syam)• Habib bin Salamah (Gabenor Palestin)Masyarakat, Politik dan Pentadbiran62TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 62 11/11/2025 2:04:00 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(b) Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya. Selain itu, banyak pendakwah telah dihantar ke serata negeri bagi memperluas ajaran Islam, terutama kawasan atau wilayah baharu Islam.(c) Beliau juga telah melantik ramai pengajar hukum Islam dan petugas khas yang membetulkan saf-saf solat. (d) Beliau juga banyak menggunakan al-Quran dan al-Sunnah dalam menjalankan hukum-hukum dan peraturan.EkonomiEkonomi berkembang pesat seiring dengan pembangunan infrastruktur pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman. Antara perkembangan ekonomi dan infrastruktur:1 Perdagangan berkembang pesat dengan dorongan daripada Khalifah Uthman, pemberian insentif kepada pedagang serta memperluas ekonomi Islam sehingga meningkatkan pertumbuhan ekonomi masyarakat. Misalnya, pembukaan pelabuhan baharu seperti Shuhaiba di Jazirah Arab dan pelabuhan Jeddah. Pelabuhan-pelabuhan ini telah merancakkan ekonomi Islam.2 Khalifah Uthman mewakaf kan perigi Raumah untuk kepentingan umum bagi memastikan masyarakat Madinah mendapatkan bekalan air bersih dan membolehkan aktiviti pertanian berjalan lancar.3 Pembinaan terusan di wilayah Iraq, Iran dan Mesir telah merancakkan ekonomi di wilayah tersebut.4 Beliau mengurus baitulmal bagi membiayai pembangunan infrastruktur seperti masjid, jalan dan saluran air serta mengagihkan kekayaan fakir miskin, yatim dan golongan yang memerlukan. Contohnya, sebanyak 5,000 buah masjid siap dibina dan Masjid Nabawi dan Kaabah diluaskan persekitarannya.5 Khalifah Uthman juga memfokuskan kepada pengurusan sumber, pembahagian kesamarataan kekayaan dan pembangunan infrastruktur.Khalifah Ali bin Abi TalibBiodata Khalifah Ali bin Abi TalibNama sebenar Ali bin Abu Talib Abdul Manaf bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf al-Qurasyi al-HasyimiKeturunan Bani Hasyim, keturunan Quraisy (sepupu Nabi Muhammad SAW)Kelahiran 13 Rejab tahun 21 Sebelum Hijrah (sekitar tahun 600 Masihi) di Makkah kira-kira 10 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAWJawatan Khalifah al-Rasyidin yang keempatTempoh memerintahLima tahun (35 Hijrah – 40 Hijrah/656 Masihi – 661 Masihi)Wafat 35 Hijrah (656 Masihi) dibunuh oleh Ibn Muljam (orang Khawarij)Gelaran • Zul-Fiqar kerana keberanian dan sifat kepahlawanannya yangterserlah• Abu TurabJasa dan sumbangan untuk Islam• Berkorban apabila sanggup tidur di atas katil Rasulullah SAWketika Baginda berhijrah ke Madinah• Penulis surat kepada Rasulullah SAW• Arif dalam agama, undang-undang (penghakiman) dan syariah• Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara dalamkeadaan huru-hara Masyarakat, Politik dan Pentadbiran63TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 63 11/11/2025 2:04:00 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Latar Belakang1 Nama sebenar Khalifah Ali ialah Abu al-Hasan Ali bin Abu Talib Abdul Manaf bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf al-Qurasyi al-Hasyimi.2 Khalifah Ali lahir di dalam Kaabah pada tanggal 13 Rejab, tahun 21 Sebelum Hijrah (sekitar tahun 600 Masihi) dan merupakan anak terakhir daripada empat bersaudara. 3 Ayahnya, Abu Talib ialah pemimpin Bani Hasyim dan juga bapa saudara serta pelindung Nabi Muhammad SAW sejak kecil. 4 Khalifah Ali merupakan kanak-kanak yang pertama memeluk Islam. Beliau memeluk Islam ketika berumur 10 tahun.5 Beliau sentiasa menyokong perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW. Semasa kezaliman orang kafir Quraisy di Makkah terhadap orang Islam menyebabkan berlakunya hijrah umat Islam ke Madinah. Semasa Peristiwa Hijrah berlaku (622 Masihi), Sayidina Ali mengambil risiko apabila tidur di atas katil Nabi Muhammad SAW bagi mengelakkan percubaan membunuh Baginda. 6 Sayidina Ali turut serta bersama Nabi Muhammad SAW menyebarkan dakwah Islam di Madinah dan menyertai semua peperangan bersama-sama Nabi Muhammad SAW, kecuali Perang Tabuk.7 Ketika Khalifah Uthman al-Affan menghadapi pemberontakan politik di dalam negeri yang membawa kepada pembunuhannya pada tahun 35 Hijrah (656 Masihi), beliau telah dinamakan sebagai khalifah yang keempat dalam keadaan yang agak mencabar. 8 Atas keputusan Majlis Syura yang mencadangkan supaya Khalifah Ali menjadi khalifah tetapi ditolak oleh beliau. Selepas didesak, akhirnya Khalifah Ali menerima dan menjadi khalifah pada 35 Hijrah hingga 40 Hijrah (656 Masihi hingga 661 Masihi).Ucapan dasar Sayidina Ali bin Abu Talib“Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk dan menjelaskan keburukan dan kebaikan. Maka ambillah yang baik dan tinggallah yang buruk. Allah telah mengharamkan sesuatu dan menghalalkan sesuatu, maka kerjakanlah yang halal dan tinggallah yang haram. Bekerjalah dengan jujur demi perpaduan umat Islam. Orang Islam yang sebenar ialah orang yang selalu menjaga lidahnya dan tangannya daripada mencaci dan mengambil hak orang lain. Sekarang bersiaplah kamu kepada suatu yang amat penting, iaitu mati, dan mati itu adalah letaknya di hadapan kamu. Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah dan bertanggungjawablah kamu di muka bumi ini. Patuhilah perintah Allah dan janganlah sesekali derhaka kepadaNya. Apabila kamu melihat kebaikan, maka kerjakanlah. Dan apabila kamu melihat kejahatan, maka tinggalkanlah.”Sumbangan Khalifah Ali bin Abi Talib Pembaharuan Pentadbiran1 Khalifah Ali mempunyai pendirian dan pemikiran tersendiri dalam aspek pentadbiran negara. Oleh itu, Khalifah Ali mengeluarkan ketetapan bahawa gabenor-gabenor yang dilantik semasa pemerintahan Khalifah Uthman digantikan dengan pegawai-pegawai daripada golongan kaum Ansar dan kaum pemberontak. 2 Antara yang dipecat oleh Khalifah Ali ialah:(a) Abdullah bin Amir di Basrah digantikan dengan Uthman bin Hunaif(b) Abdullah bin Saad bin Abi Sarah di Mesir digantikan dengan Qais bin Said(c) Muawiyah bin Abi Sufyan di Syam digantikan dengan Sahl bin Hunaif. Masyarakat, Politik dan Pentadbiran64TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 64 11/11/2025 2:04:00 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 Namun, Khalifah Ali mengekalkan Abu Musa al-Asyari di Kufah. Tindakan Khalifah Ali ini mendapat tentangan daripada bekas Gabenor Syam, iaitu Muawiyah. Muawiyah mempunyai pengaruh dan pengikut yang kuat di Syam. Tambahan pula, selepas pembunuhan Khalifah Uthman, Muawiyah membuat tuduhan ke atas Khalifah Ali dengan mengatakan bahawa beliau terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthman. 4 Khalifah Ali juga dikatakan membiarkan penentang-penentang Khalifah Uthman terus berada di Madinah serta melambat-lambatkan hukuman ke atas pemberontak yang terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthman.5 Disebabkan kebijaksanaan Muawiyah dalam berkempen di Syam, penduduk Syam bangkit menentang Khalifah Ali. Peperangan antara Muawiyah dengan Khalifah Ali hanya berlaku selepas berlakunya Perang Jamal.Pemerintahan Berlandaskan Al-Quran1 Selepas pelantikan khalifah di Masjid Nabawi, Khalifah Ali menyampaikan ucapan penerimaan jawatan khalifah dan bersedia menjalankan pemerintahan negara serta mengajak umat Islam tetap berpegang teguh pada al-Quran, taat dan bertakwa kepada Allah SWT, saling memelihara kehormatan antara sesama manusia dan taat serta patuh kepada pemerintah.2 Berasaskan dasar pemerintahan berlandaskan al-Quran, Khalifah Ali merampas tanah-tanah milik negara yang telah diagihkan oleh Khalifah Uthman kepada kaum keluarga secara tidak sah dan juga hibah atau pemberian Khalifah Uthman kepada sesiapa pun tanpa ada syarii yang munasabah diambil semula oleh Khalifah Ali.Membina Markas Tentera Khalifah Ali membina turut markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria bagi memperkukuh pertahanan negara.Mengatasi Permasalahan atau Pergolakan Umat Islam1 Bagi mempertahankan ummah masyarakat Islam, Khalifah Ali menghadapi tuduhan sengaja melengahkan tuntutan penyokong Khalifah Uthman agar pembunuhannya segera disiasat dan dijatuhkan hukuman. 2 Sedangkan Khalifah Ali mengerahkan semua kekuatan dan perhatiannya untuk menyatukan ummah dan menjamin keamanan sehingga pemerintahan dapat berjalan lancar. Namun, usahanya tidak berjalan dengan lancar kerana fitnah dan konflik yang merebak dalam kalangan umat Islam.3 Khalifah Ali memegang amanah dalam keadaan negara hura-hara ekoran fitnah golongan Munafik yang mencetuskan perang saudara. Antaranya:Perang Jamal• Perang Jamal berlaku pada tahun 36 Hijrah apabila Sayidatina Aisyah, Thalhah binUbaidillah dan Zubair bin Awwam memberontak menentang Khalifah Ali kerana tidak berpuas hati dengan perkara pembunuhan Khalifah Uthman.• Peperangan ini melibatkan pasukan kaum Muslimin di bawah Sayidatina Aisyah,isteri Rasulullah SAW menentang kaum Muslimin di bawah Khalifah Ali bin Abu Talib.• 600 unta (jamal) digunakan dalam perang ini. Oleh itu, perang ini dinamakan Perang Jamal. Punca peperangan• Peperangan ini terjadi di Basrah akibat fitnah golongan Munafik yang membunuhdan menyokong pembunuhan Khalifah Uthman al-Affan. Masyarakat, Politik dan Pentadbiran65TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 65 11/11/2025 2:04:00 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


• Khulafa al-Rasyidin yang ketiga, iaitu Khalifah Uthman al-Affan telah dibunuholeh golongan Khawarij. Ekoran pembunuhan tersebut, sesetengah golongan kaum Muslimin, terutamanya golongan Bani Umaiyah (keluarga Khalifah Uthman) menuntut qisas dengan mengenakan hukuman bunuh kepada pembunuh Khalifah Uthman.• Namun, Khalifah Ali yang baru sahaja dilantik sebagai khalifah berpandanganbahawa hukuman tersebut tidak wajar dilaksanakan dahulu kerana kestabilan negara perlu dikembalikan (negara berada dalam keadaan kucar-kacir dengan fitnah). Tambahan pula, pembunuh-pembunuh Khalifah Uthman telah berbaiah kepada Khalifah Ali. Pada pandangan beliau, hukuman tersebut perlu dilakukan setelah beliau menguasai pemimpin-pemimpin Khawarij yang memiliki kekuatan dan pengikut yang ramai. • Pandangan Khalifah Ali ditentang oleh golongan Bani Umaiyah, SayidatinaAisyah di Makkah dan Muawiyah bin Abu Sufyan di Syam. Thalhah bin Ubaidillah dan Zubair bin Awwam bersama ramai golongan Bani Umaiyah (yang ketika itu berada di Makkah mengerjakan haji) bertemu dengan Sayidatina Aisyah untuk membincangkan peperangan bagi menuntut bela atas kewafatan Khalifah Uthman.Peperangan berlaku• Perbincangan membawa kata sepakat untuk pergi ke Basrah bagi mencaripembunuh Khalifah Uthman. Seramai 3,000 orang menuju ke Basrah dari Makkah.• Rombongan Khalifah Ali menuju ke Kufah dan satu rundingan telah diadakan.Khalifah Ali berjaya mencapai perdamaian dengan Sayidatina Aisyah bagi mengelakkan pertumpahan darah. Namun, pengikut Abdullah bin Saba’ telah menyerang Sayidatina Aisyah sehingga peperangan tidak dapat dielakkan.• Perang berlanjutan selama enam hari dan Khalifah Ali berharap perang initamat dengan menghantar Abu Musa al-Ash’ari dan Abdullah bin Abbas untuk berunding, namun gagal.• Peperangan ini berakhir dengan kemenangan pihak Khalifah Ali dan SayidatinaAisyah tetap dimuliakan oleh Khalifah Ali. Zubair al-Awwam pula melarikan diri dan dibunuh oleh Amru bin Jurmuz, Talhah dibunuh oleh Marwan al-Hakam serta Abdullah bin Zubair telah ditetak oleh al-Ashtar, Panglima Khalifah Ali.Perang SiffinPunca peperangan• Perang Siffin berlaku pada 37 Hijrah di Lembah Siffin selepas rundingan damai selepas Perang Jamal antara Khalifah Ali dengan Muawiyah gagal. • Beberapa rundingan cuba diadakan antara Khalifah Ali dengan Muawiyah,namun Muawiyah masih dengan pendiriannya bahawa Khalifah Ali terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthman.• Khalifah Ali juga meminta Muawiyah menyerah dan membaiahnya sebagaikhalifah, namun Muawiyah masih dengan pendiriannya.• Mendengar jawapan tersebut, Khalifah Ali menyiapkan pasukannya menuju keSyam dan pasukan Muawiyah juga mempersiapkan pasukannya bergerak ke arah Kufah.Peperangan berlaku• Akhirnya, kedua-dua pasukan ini bertemu di suatu tempat yang bernamaSiffin. Pertempuran hebat berlaku berlaku di Lembah Siffin ini selama tigabulan. Pasukan Khalifah Ali dibantu oleh kaum Ansar, al-Qurra dan lain-lain termasuk golongan yang pernah murtad seramai 150,000 orang, manakala tentera Muawiyah berjumlah 70,000 orang.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran66TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 66 11/11/2025 2:04:00 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


• Pada awal bulan Safar 37 Hijrah, pertempuran hebat berlaku yang dikenali jugasebagai \"Lailat al-Harir\" kerana perang ini berlanjutan hingga malam tanpa henti. Perang berlangsung selama berbulan dan Khalifah Ali hampir mencapai kejayaan.• Hal ini disedari oleh Muawiyah, beliau cuba mencari jalan meredakan serangandan mengadakan perundingan damai dengan Khalifah Ali.• Kedua-dua pihak berkumpul yang dinamakan Majlis Tahkim (melantik orangtengah) pada 37 Hijrah bertempat di Daumatul Jandal. Namun, rundingan masih menemui kegagalan dan menyatukan umat Islam.Perang NahrawanPunca peperangan• Perang Nahrawan berlaku pada Safar 38 Hijrah antara tentera Khawarij dengan tentera Khalifah Ali. • Tindakan Khalifah Ali yang ingin berkompromi (berunding dalam Majlis tahkim)dengan musuh mengecewakan kelompok pengikut Khalifah Ali yang paling komited sehingga para pengikut yang lebih muda dan radikal memisahkan diri mereka daripada tentera Khalifah Ali yang dikenali sebagai Khawarij. • Mereka melantik Abdullah bin Wahab al-Rasibi sebagai khalifah pertama bagikaum Khawarij pada 10 Syawal 37 Hijrah.Peperangan berlaku• Peperangan tidak dapat dielakkan kerana golongan Khawarij tidak berpuas hatidengan keputusan Majlis Tahkim tersebut. • Ramai tentera Khawarij yang terbunuh dan kemenangan berpihak kepadaKhalifah Ali.• Namun, golongan Khawarij tidak putus asa. Mereka mengadakan pakatanuntuk membunuh musuhnya, iaitu Khalifah Ali, Muawiyah dan Amru bin al-As. Pembunuhan ini dilakukan serentak pada malam 17 Ramadan 40 Hijrah. Walau bagaimanapun, hanya Khalifah Ali sahaja berjaya dibunuh oleh Ibn Muljam.Ekonomi1 Khalifah Ali meneruskan sistem baitulmal dan mengurus dengan jujur, amanah serta tidak menggunakan harta baitulmal. Buktinya, Khalifah Ali hidup dalam keadaan sederhana dan menerima gaji sama seperti yang diterima oleh Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar al-Khattab. Ketika berperang dengan Muawiyah, beliau tidak menggunakan harta baitulmal bagi mempertahankan diri. 2 Khalifah Ali juga meneruskan cukai jizyah bagi mengembangkan sistem ekonomi negara dengan menghantar surat kepada al-Asytar al-Nakhaii supaya menerima perdamaian damai yang dihulurkan oleh orang kafir Zimmi untuk membayar jizyah.Semak Cepat 1.2.21 Apakah ciri-ciri khilafah?2 Apakah nama pusat pemerintahan Khulafa al-Rasyidin?3 Apakah tugas khalifah berdasarkan agama Islam?InfomindaKegagalan Majlis TahkimSyarat-syarat yang dikenakan oleh orang Muawiyah tidak dipersetujui oleh segolongan kaum al-Qura, pimpinan Urwah bin Udaiyyah al-Tamimi. Mereka membantah dengan keluar beramai-ramai daripada barisan tentera Sayidina Ali dan kemudiannya digelar ‘Khawarij’. Kaum Khawarij menimbulkan huru-hara yang menyebabkan Majlis Tahkim ditunda. Amru bin al-As sebagai wakil Muawiyah pula menggunakan tipu helah sehingga menyebabkan Abu Musa al-Asyari sebagai wakil Khalifah Ali menerima peletakan jawatan Khalifah Ali sebagai khalifah.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran67TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 67 11/11/2025 2:04:00 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1.2.3 Pembukaan Wilayah dan Hubungan Luar Penyebaran Islam di China Pada Abad ke-7 hingga Abad ke-8 Masihi Latar Belakang 1 Usaha untuk mengajak orang-orang yang belum mempercayai kebenaran dalam Islam dianggap sebagai tugas suci yang mulia. Oleh sebab itu, semangat dakwah dan memperjuangkan kebenaran inilah yang telah mendorong umat Islam berasa wajib untuk menyampaikan ajaran Islam. 2 Penyebaran agama Islam dilaksanakan dalam pelbagai cara, antaranya melalui:(a) transformasi ilmu pengetahuan(b) perdagangan(c) politik(d) pernikahan (e) penaklukan wilayah3 Hubungan perdagangan antarabangsa telah menjadi perantara penyebaran agama Islam ke Asia Timur. Hubungan ini dinyatakan dalam catatan rasmi China atau Chinese Chornicles oleh Chen Yuan. Catatan ini menjelaskan bahawa sejak abad ke-5 Masihi telah wujud hubungan perdagangan antara China dengan Arab. Banyak kapal dagang dari China belayar menuju Teluk Parsi, muara sungai Furat (Euphrates) dan Tigris. 4 Hubungan perdagangan yang berlangsung antara China dengan Arab telah membolehkan sejarah perkembangan dakwah islamiah di China. 5 Perkembangan dakwah Islam di China melalui beberapa fasa:(a) Dinasti Tang (618 – 907 Masihi)Perkembangan dakwah islamiah di China bermula pada zaman Dinasti Tang. Dinasti ini diasaskan oleh Li Yuan, yang kemudiannya dikenali sebagai Maharaja Gaozu dari Tang. Dinasti Tang merupakan salah satu zaman keemasan dalam sejarah China, terkenal dengan kemajuan budaya, ekonomi dan ketenteraan. Misalnya, pembinaan masjid dan seni kaligrafi. Kemuncak kegemilangannya adalah pada masa pemerintahan Maharaja Taizong dan Maharaja Xuanzong, sebelum akhirnya runtuh akibat pemberontakan dan konflik dalaman.(b) Dinasti Song (960 – 1279 Masihi) Agama Islam berkembang pesat pada Dinasti Song.(c) Dinasti Yuan (1271 – 1368 Masihi) Agama Islam berkembang lebih pesat pada era Dinasti Yuan ini.(d) Dinasti Ming (1368 – 1644 Masihi)Agama Islam telah menghadapi rintangan kerana maharaja tidak menyokong dan mendiskriminasikan umat Islam.Faktor Penyebaran Islam di China Kegiatan Dakwah 1 Dakwah agama Islam menjadi faktor kepada penyebaran Islam di China. Dakwah Islam di China telah dimulakan oleh utusan yang dihantar oleh Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW menghantar empat sahabat, iaitu:(a) Hamzah bin Abdul Mutalib(b) Saad bin Abi Waqqas(c) Thabit bin Qays(d) Hassan bin Thabit(e) Uwais al-QarniInfomindaPemerintahan beraja di China dari abad ke-7 hingga abad ke-20:• Dinasti Tang (618 – 907M) • Dinasti Song (960 – 1279M) • Dinasti Yuan (1271 – 1368M)• Dinasti Ming (1368 – 1644M)• Dinasti Qing (1644 – 1912M)Tip STPMCalon perlu menghuraikan faktor penyebaran Islam di China pada abad ke-7 dan abad ke-8 Masihi.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran68TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 68 11/11/2025 2:04:01 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


2 Hamzah bin Abdul Muttalib merupakan bapa saudara Nabi Muhammad SAW yang kemudiannya menetap di San Gan Foo untuk menyebarkan dakwah islamiah.3 Utusan yang dihantar ini menjadi pembuka jalan kepada beberapa kumpulan Arab Islam yang lain untuk menyebarkan dakwah. Contohnya, Khalifah Uthman al-Affan mengutus Saad bin Abi Waqqas ke China.Kegiatan Perdagangan 1 Hubungan perdagangan antara Arab dengan China telah berlangsung sebelum penyebaran Islam di China. Aktiviti perdagangan yang terjalin ini memudahkan kegiatan dakwah Islam di China.2 Hubungan perdagangan ini terus terjalin secara timbal balik sama ada secara langsung atau tidak langsung antara pedagang Arab dengan China. Antara aktiviti yang dijalankan secara pertukaran barang keperluan masing-masing dan aktiviti ini dapat mempengaruhi rakyat bagi menerima Islam.3 Hubungan perdagangan ini disokong oleh sejarawan yang mengatakan bahawa Islam dibawa ke China oleh pedagang kerana masyarakat Arab Selatan merupakan golongan pedagang pertama yang berjaya mengharungi Lautan Hindi. Golongan pedagang ini telah memainkan peranan sebagai orang tengah antara saudagar Eropah dengan saudagar-saudagar di Asia sebelum penyebaran Islam ke China lagi.4 Jelas, hubungan erat yang terjalin antara pedagang Arab dengan China telah menjadi faktor utama menyebabkan orang-orang Islam mula berhijrah ke negeri itu. 5 Kedatangan mereka secara bebas dan terhormat di samping memiliki kekayaan, menjadikan mereka disanjung tinggi oleh bangsa China. Oleh itu, kesempatan ini membolehkan mereka menyebarkan Islam secara bebas di tempat mereka berhijrah atau berkunjung.6 Pedagang-pedagang China yang berinteraksi dengan pedagang-pedagang Islam sedikit sebanyak menerima kehadiran Islam. Mereka mula memeluk Islam sebagai agama mereka. Penyebaran Islam ini kemudian meluas dalam masyarakat Cina, khususnya wilayah-wilayah yang menjadi pusat perdagangan. 7 Masyarakat Cina yang telah memeluk Islam meminta pedagang-pedagang Muslim untuk mengajarkan Islam lebih banyak lagi. Oleh yang demikian, Islam merupakan agama yang paling banyak memiliki peradaban yang tersebar hampir di seluruh penjuru dunia.8 Pada kurun ke-8 Masihi, terdapat para pedagang Arab di pelabuhan-pelabuhan China memperdagangkan barangan yang diperoleh daripada persinggahan lain seperti di pelabuhan Srivijaya sebelum meneruskan pelayaran ke China. 9 Jelaslah bahawa para pedagang Arab yang berdagang di China menjadi faktor penyebaran dakwah islamiah di China.Hubungan Diplomatik 1 Hubungan diplomatik yang baik antara Arab dengan China telah membawa kepada penyebaran agama Islam di China. 2 Hubungan diplomatik ini berlaku pada pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman al-Affan. Khalifah Uthman menghantar utusan, iaitu Saad bin Abi Waqqas ke China. Pada masa yang sama, Saad bin Abi Waqqas berdakwah menyebarkan Islam. Hal ini ditegaskan dalam penulisan Lui Tshich, seorang penulis Islam-China dalam bukunya, \"Chee Chea Sheehuzoo” yang menegaskan bahawa Saad bin Abi Waqqas seorang diplomatik yang bertanggungjawab dan beliau meletakkan batu asas \"Masjid Kenangan Nabi\" di Canton.InfomindaSaad bin Abi Waqqas• Datuknya ialah bapa saudara kepada ibu Nabi Muhammad SAW, Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. • Beliau menjadi dua pupu kepada Nabi Muhammad SAW.• Salah seorang sahabat yang melindungi Nabi Muhammad SAW dalam Perang Uhud• Dikenali “Singa yang Mencakar, Saad bin Abi Waqqas.”• Sumbangan dalam peluasan wilayah dari Semenanjung Arab ke Asia Tengah di perbatasan Rusia hinggalah ke perbatasan China telah berjaya dijatuhkan.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran69TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 69 11/11/2025 2:04:01 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 Pada zaman pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik pula, Qutaibah bin Muslim dan tentera Islam dikatakan telah sampai di perbatasan negeri China pada tahun 713 Masihi dan telah berjaya menyebarkan Islam kepada suku-suku kaum di perbatasan China. Penyebaran Islam kepada suku-suku di sempadan barat dan barat laut telah mengakibatkan suku-suku tersebut menjadi jambatan penyambung bagi mengembangkan Islam di kawasan-kawasan pedalaman negeri China.Dasar Pentadbiran China 1 Dasar pentadbiran China yang memberi layanan baik juga turut menjadi faktor penyebaran Islam ke China.2 Layanan baik diberikan kepada para pendakwah, misalnya layanan Maharaja Yung Wei yang memberi kebenaran kepada Saad bin Abi Waqqas untuk membina Masjid Huaisheng atau Masjid Memorial di kota Guangzhou walaupun maharaja bukan penganut agama Islam. 3 Dasar pentadbiran yang sama diberikan kepada kerajaan Bani Abbasiyah (750 – 1258 Masihi) yang berpusat di Baghdad. Malah, Khalifah Abu Jaafar al-Mansur (754 – 775 Masihi) telah menghantar 10,000 orang tentera Islam yang berpusat di Turkistan bagi membantu Maharaja Hsuan Tsung pada tahun 755 Masihi menangani pemberontakan panglima tentera China.4 Hal ini membuktikan bahawa hubungan yang baik membawa kepada faktor penyebaran Islam di China dengan lebih meluas. Perluasan Kuasa ke Asia Tengah 1 Dasar perluasan kuasa ke kawasan Asia Tengah seperti Samarkhand dan Bukhara di wilayah Sinkiang juga mempercepat penyebaran Islam ke China. 2 Dasar perluasan kuasa dan penaklukan ini berlangsung pada zaman Bani Umaiyah khususnya di bawah kepimpinan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik (701 – 715 Masihi). 3 Buktinya, Qutaibah bin Muslim menakluk Samarkand dan kota ini menjadi pusat penyebaran Islam di Asia Tengah. Setelah Bani Umaiyah menakluk Bukhara, kota dan penduduknya mula memeluk agama Islam serta menjadi pusat ilmu dan perdagangan.4 Dalam pada itu, pasukan Bani Umaiyah juga meluaskan kuasa ke Kashgar yang kini dikenali Xinjiang, China pada zaman Dinasti Tang. Peluasan ini membawa kepada pengaruh Islam ke jalan perdagangan yang dikenali sebagai “Jalan Sutera”.Penyebaran Islam di China 1 Hubungan antara orang-orang Arab atau negeri-negeri Timur Tengah dengan orang-orang China pada peringkat awalnya berlaku menerusi kegiatan perdagangan, sama ada melalui jalan darat atau jalan laut. 2 Hubungan ini berlangsung di kawasan Asia Tengah seperti Khurasan dan Transoxiana serta melibatkan pedagang India dan juga pedagang Nusantara. 3 Hubungan yang wujud ini dilanjutkan lagi setelah munculnya agama Islam. Buktinya, pada zaman pemerintahan Tang (618 – 907 Masihi), berlaku hubungan antara orang Arab dengan China dan agama Islam mula mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat China seperti etnik Huizu, Uyghur, Kazakh, Kirgiz, Tajik, Uzbek serta Tatar. Kemudiannya, masyarakat Islam mula berkembang di seluruh China, terutamanya di bahagian barat laut.Utusan Dakwah Nabi Muhammad SAW 1 Perluasan dakwah Islam ke China berlaku selepas peristiwa \"Pembukaan Kota Makkah\" pada tahun 630 Masihi atau dikenali sebagai Tahun Perutusan bagi menyampaikan dakwah islamiah. Istilah \"Jalan Sutera\" merujuk laluan darat dan laut yang digunakan untuk perdagangan, terutamanya barangan mewah seperti sutera dari China. Laluan ini menghubungkan Timur dengan Barat, termasuk China, Asia Selatan, Asia Tengah dan Eropah. Tahukah AndaInfomindaXinjiang• Dikenali sebagai Turkistan Timur. • Dibuka pada zaman Bani Umaiyah sejak tahun 96 Hijrah. • Xinjiang ialah wilayah yang bersempadan dengan Pakistan dan Afghanistan. • Hampir 4/5 penduduk selatan Xinjiang keturunan Uyghur.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran70TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 70 11/11/2025 2:04:01 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


2 Nabi Muhammad SAW telah meng utus Wahab bin Abi Kabsyah untuk menyampaikan dakwah Islam (Wahab bin Abi Kabsyah meninggal dunia dan dikuburkan di China).3 Ada sejarawan berpendapat bahawa pada zaman Nabi Muhammad SAW, Hamzah bin Abdul Muttalib, iaitu bapa saudara Nabi Muhammad SAW telah menyebarkan Islam ke China. Hamzah bersama-sama pengikutnya seramai 3,000 orang Muhajirin telah menetap di San Gan Foo. Selain mereka, terdapat juga beberapa orang Islam lain yang tinggal di Yang Chaw, Canton dan Chuang Chow. 4 Jelas, kedatangan utusan ini ke negeri China menjadi titik tolak dan sebagai pembuka jalan kepada kumpulan orang Arab Islam yang lain untuk datang ke China melalui jalan laut dan kemudiannya menetap di Selatan China, iaitu di Yunan.Utusan Pemerintahan Khulafa al-Rasyidin 1 Khalifah Uthman al-Affan (644 – 655 Masihi) telah menghantar Saad bin Abi Waqqas, seorang daripada sahabat Nabi Muhammad SAW ke China. 2 Rombongan Saad seramai 15 orang belayar ke China dan berlabuh di pelabuhan Canton Selatan. Kedatangan utusan ini diterima secara terbuka oleh Maharaja Yung Wei dari Dinasti Tang dan mendapat kebenaran untuk membina Masjid Huaisheng atau Masjid Memorial di kota Guangzhou.Hubungan Baik Pemerintahan Bani Umaiyah1 Semasa pemerintahan Bani Umaiyah pula, hubungan Arab dengan China bertambah baik dan banyak pedagang menjalankan aktiviti perdagangan di samping berdakwah, khususnya semasa pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik (705 – 715 Masihi). 2 Wilayah Islam mula berkembang sehingga Timur Laut di China. Di bawah pimpinan Qutaibah bin Muslim, pasukannya berjaya menyebarkan dakwah islamiah dan menawan Samarqand dan Khawarizam antara tahun 710 – 712 Masihi. 3 Menurut al-Tabari dan sejarawan Islam yang lain, pada tahun 715 Masihi, Qutaibah berjaya menawan Kashgar, sebuah wilayah di perbatasan negeri China. Kemudian, menawan Sinkiang dan mara hingga Kansu di Tanah Besar China.4 Semasa Khalifah Hisham bin Abdul Malik (724 – 743 Masihi), beliau berusaha meluaskan wilayah ke China dan kemudiannya diteruskan oleh Nasr Ibn Ayyar. Di bawah pimpinan Nasr Ibn Ayyar, pasukannya berjaya mengembalikan semula wilayah-wilayah yang pernah ditakluki oleh Qutaibah. Malah, berjaya menakluk wilayah baharu sehingga meluas ke kawasan Shenxi. 5 Menurut sebuah hikayat China, pada zaman pemerintahan Khalifah Hisham, iaitu pada tahun 726 Masihi, seorang wakil kerajaan Islam bernama Sulaiman pernah dihantar ke negeri China sebagai duta. Ketika itu, kerajaan China di bawah pemerintahan Hsuan Tsung (713 – 756 Masihi) dalam Dinasti Tang. Hubungan baik tersebut mendorong penyebaran Islam yang lebih berkesan. 6 Semasa pemerintahan Bani Umaiyah ini juga kegiatan perdagangan antara keduadua buah kerajaan tersebut berjalan dengan baik.Utusan-utusan Kerajaan Bani Abbasiyah1 Pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah (750 – 1258 Masihi) yang berpusat di Baghdad, hubungan antara kedua-dua buah kerajaan tersebut bertambah erat. 2 Berdasarkan catatan Dinasti Tang (618 – 907 Masihi) terdapat banyak laporan mengenai kedatangan utusan-utusan Khalifah Abbasiyah ke negeri China, terutama utusan daripada Khalifah Abdul Abbas yang disebut oleh orang-orang China sebagai (Abo-Loba), utusan daripada Khalifah Abu Jaafar, disebut sebagai (A-P'u-Cha'-Pu) dan utusan daripada Khalifah Harun al-Rashid, disebut sebagai (A-Lun).Penyebaran Islam di ChinaApabila masyarakat berbangsa Uyghur yang tinggal di Turkistan Timur memeluk Islam, maka mereka mula menyebarkan Islam di Turkistan Timur dan negara China.Tahukah AndaMasyarakat, Politik dan Pentadbiran71TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 71 11/11/2025 2:04:01 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 Ketika Khalifah Abu Jaafar al-Mansur (754 – 775 Masihi) memerintah, hubungan erat antara China dengan kerajaan Bani Abbasiyah berjalan lancar. Hal ini berlaku kerana Khalifah Abu Jaafar al-Mansur telah menghantar 10,000 orang tentera Islam yang berpusat di Turkistan bagi membantu Maharaja Hsuan Tsung pada tahun 755 Masihi menangani pemberontakan panglima tentera China yang bernama An-Lu-Shan. Kesannya, Maharaja Hsuan Tsung berjaya merampas kembali bandar Singan dan Honan di samping menumpaskan pemberontakan tersebut.4 Sebagai membalas jasa, Maharaja Hsuan Tsung menerima tentera Islam menjadi warga negara China dan berkahwin dengan wanita China. Menerusi perkahwinan tersebut, Islam turut tersebar di China. Ditambah pula dengan pelbagai keistimewaan yang diberikan oleh Maharaja China kepada mereka. Misalnya, mereka boleh mendirikan tempat kediaman dan tempat ibadat yang ditanggung oleh kerajaan.Kesan Penyebaran Islam di China Penyebaran Islam ke China meninggalkan pelbagai kesan. Antaranya:1 Banyak perkampungan masyarakat Islam dibuka di China seperti pada tahun 800 Masihi, dianggarkan seramai 200,000 orang Islam berada di Canton.2 Dinasti Tang juga menyediakan tempat khusus untuk orang-orang asing di daerah Bandar Chow (Kanton), Chuan Chow serta Chang Chow yang terletak di Kwantung dan Fujian. 3 Perkembangan perdagangan yang berlaku antara China dengan Arab. Misalnya, pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah, kota-kota Baghdad, Nisabur, Balkh, Meru dan Bukhara menjadi tumpuan para pedagang Timur dan Barat, terutamanya dari India, China, Turki, Itali dan Perancis.4 Buktinya, kemajuan perdagangan telah meningkat dengan China semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid (786 – 809 Masihi). Antara barangan yang diperdagangkan ialah kain sutera, pinggan mangkuk, teh dan kertas. Para pedagang Arab telah membawa kertas China ke dunia Barat. Kertas China telah sampai ke Mesir pada tahun 800 Masihi dan pada tahun 900 Masihi, teknologi kertas telah sampai ke Sepanyol.Semak Cepat 1.2.3(a)1 Berikan tiga faktor penyebaran Islam di China.2 Apakah nama bandar yang menjadi tempat orang asing semasa Dinasti Tang?3 Siapakah khalifah Bani Abbasiyah yang membantu Maharaja Hsuan Tsung?Kedatangan Islam di Alam Melayu pada Abad ke-7 hingga Abad ke-14 Masihi Latar Belakang 1 Islam ialah agama universal yang datang dari Allah SWT untuk semua manusia. Islam memberi sinar kepada penduduk di Alam Melayu sejak abad ke-7 Masihi dan seterusnya berkembang dengan pesat. 2 Penyebaran dakwah Islam ke Alam Melayu telah mempengaruhi sebahagian besar penduduk Alam Melayu yang beragama Hindu.3 Alam Melayu turut dikenali sebagai Nusantara yang merujuk negara-negara di Asia Tenggara, iaitu kepulauan-kepulauan Melayu seperti Borneo, Sumatera, Kepulauan Riau, Jawa, Maluku, Luzon, Mindanao, Malaysia dan Filipina. InfomindaPenempatan Islam di China terumpu di daerah:• Xin Jiang• Hui Ning Xia• Yunnan• Shaanxi• Gansu• Hebei• Honan• Shandong• Sichuan• ShanxiTip STPMCalon perlu membincangkan teori kedatangan Islam di Alam Melayu pada abad ke-7 hingga abad ke-14 Masihi.Masyarakat, Politik dan Pentadbiran72TEMA1Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 72 11/11/2025 2:04:01 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3.5 Hubungan Arab-Israel Sejarah Awal Konflik Arab-Israel 1 Konflik Arab-Israel merupakan salah satu konflik yang berlarutan dan kompleks dalam sejarah moden Asia Barat. 2 Akar permasalahannya bermula sebelum pertengahan abad ke-20, namun detik paling kritikal yang menjadi titik mula konflik terbersar besar adalah ketika pengisytiharan negara Israel pada tahun 1948 yang membawa konflik sertamerta mencetuskan Perang Arab-Israel Pertama. 3 Pertembungan ini bukan sekadar pertikaian wilayah, tetapi juga merupakan pertembungan ideologi, nasionalisme dan warisan kolonial yang belum selesai.4 Perang tahun 1948 menjadi asas kepada semua konflik Arab-Israel selepasnya termasuk isu pelarian Palestin, pendudukan wilayah Arab dan penolakan legitimasi Israel oleh sebahagian besar negara Arab. Penubuhan Negara Israel 1 Proses penubuhan negara Israel tidak dapat dipisahkan daripada kesan Deklarasi Balfour 1917 yang menyatakan sokongan British terhadap pembentukan “sebuah tanah air untuk bangsa Yahudi” di Palestin. 2 Sepanjang tempoh mandat British (1920 – 1948), penghijrahan besar-besaran Yahudi dari Eropah ke Palestin berlaku secara berterusan, terutamanya selepas Perang Dunia Kedua dan Holocaust.3 Tekanan daripada Amerika Syarikat dan kuasa Eropah telah mempercepat proses pembentukan entiti politik Yahudi di Palestin. Pada 29 November 1947, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Pelan Pembahagian Palestin (Resolusi 181) yang mencadangkan pembahagian wilayah Palestin kepada dua negara, iaitu satu untuk Arab Palestin dan satu untuk Yahudi serta menjadikan Baitulmuqaddis sebagai zon antarabangsa. LautMerahN005050100 mil100 kilometerLaut MediterraneanSYRIAM E S I RKaherahSEMENANJUNGSINAICYPRUSBeirutDamsyikJORDONARAB SAUDIPALESTINTel Aviv Jaffa JerusalemHaifaAmman (Arab enclave)LautMatiPalestin: RancanganPembahagian PBB (1947)Negara ArabNegara YahudiZon International(Mesir dan Pinggir Bandar)Peta 3.5(a) Pelan Pembahagian Palestin (1947)4 Pelan ini ditolak secara total oleh pemimpin Arab Palestin dan negara-negara Arab jiran atas alasan ia tidak adil kerana memberikan 55 peratus tanah kepada minoriti Yahudi yang ketika itu membentuk kurang daripada satu pertiga penduduk Palestin. 5 Walau bagaimanapun, pada 14 Mei 1948, sehari sebelum tamatnya Mandat British, David Ben-Gurion mengisytiharkan kemerdekaan negara Israel. Pengisytiharan ini dianggap oleh dunia Arab sebagai pencerobohan dan permulaan kepada projek kolonialisme Zionis.Penglibatan Barat dan Pembinaan Negara Bangsa282TEMA3Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 282 11/11/2025 2:04:25 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Peranan Mandat British dan Deklarasi Balfour 19171 Peranan British dalam penubuhan negara Israel adalah sangat signifikan dan menjadi salah satu faktor utama yang mempercepat pembentukan entiti politik Yahudi di Palestin. 2 Dalam konteks ini, dua aspek paling penting ialah Deklarasi Balfour 1917 dan pelaksanaan Mandat British ke atas Palestin selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah. 3 Peranan kolonial British bukan sahaja bersifat pentadbiran tetapi juga bersifat ideologikal dan geopolitik, yang secara langsung menyokong matlamat gerakan Zionis antarabangsa.Deklarasi Balfour 1 Pada 2 November 1917, Menteri Luar British, Arthur James Balfour, menulis sepucuk surat kepada Lord Rothschild, seorang pemimpin masyarakat Yahudi British dan penyokong gerakan Zionisme yang menyatakan: “His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people...”2 Kenyataan ini dikenali sebagai Deklarasi Balfour yang memberi pengiktirafan secara rasmi terhadap aspirasi Zionisme. Meskipun bersifat sepucuk surat, namun membawa implikasi politik yang besar kerana menjadi asas moral dan politik kepada gerakan Zionis untuk menuntut penubuhan negara Yahudi di Palestin. 3 Walau bagaimanapun, Deklarasi ini menimbulkan kontroversi. Hal ini demikian kerana deklarasi ini diluluskan tanpa mendapat persetujuan atau rundingan terlebih dahulu dengan penduduk asal Palestin yang mana 90 peratus daripada penduduknya ialah bangsa Arab. 4 Deklarasi ini juga bercanggah dengan janji-janji yang dibuat kepada pemimpin Arab, khususnya melalui surat-menyurat McMahon–Hussein (1915–1916), yang menjanjikan kemerdekaan kepada wilayah Arab sebagai balasan kepada sokongan menentang kerajaan Uthmaniyah. 5 Dengan itu, Deklarasi Balfour menjadi dokumen yang bersifat berat sebelah kerana bertindak menafikan hak rakyat Palestin. Pelaksanaan Mandat British di Palestin (1920 - 1948) 1 Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama dan kejatuhan empayar Uthmaniyah, wilayah Palestin secara rasmi diletakkan di bawah Mandat British oleh Liga Bangsa-Bangsa pada tahun 1920. 2 Di bawah sistem mandat ini, Britain diberi tanggungjawab untuk memimpin wilayah untuk menentukan sendiri nasib negara mereka yang sama, namun dalam masa British melaksanakan Deklarasi Balfour.3 Tindakan yang dibuat ini secara rasminya telah memberikan kesan yang mendalam seperti:(a) memudahkan penghijrahan Yahudi ke Palestin, terutamanya dari Eropah Timur dan Rusia dengan menyediakan prasarana dan perlindungan undangundang. (b) membenarkan pembentukan Agensi Yahudi sebagai struktur politik separa rasmi untuk Yahudi sementara masyarakat Arab tidak diberikan organisasi sepadan.(c) mengabaikan bantahan Arab terhadap proses imigrasi dan gagal menubuhkan sebarang institusi politik untuk orang Arab Palestin.4 Kesannya, populasi Yahudi meningkat daripada kira-kira 60,000 pada tahun 1918 kepada lebih 600,000 menjelang tahun 1947. Penambahan populasi ini dilakukan dengan sokongan sistemik oleh pihak berkuasa mandat termasuk dalam bentuk pemilikan tanah, pembinaan penempatan dan kelonggaran syarat imigresen.Penglibatan Barat dan Pembinaan Negara Bangsa283TEMA3Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 283 11/11/2025 2:04:25 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Penindasan Gerakan Arab Palestin 1 Reaksi penduduk Arab Palestin terhadap dasar pro-Zionis British mula terserlah melalui pemberontakan dan mogok besar-besaran seperti:(a) Pemberontakan Arab 1920 dan 1929.(b) Kebangkitan Besar Arab (Great Revolt) antara tahun 1936–1939.2 Pemberontakan 1936 menuntut penggantungan imigresen Yahudi dan penubuhan kerajaan Palestin berdasarkan majoriti penduduk. 3 Namun, British menindas gerakan ini dengan kekerasan, menangkap dan membuang negeri ratusan pemimpin-pemimpin Arab. Sebaliknya, pasukan separa tentera Yahudi seperti Haganah dan Irgun berkembang pesat dengan toleransi British, menjadikan mereka bersedia dari segi ketenteraan menjelang tahun-tahun akhir mandat. 4 Situasi ini menunjukkan diskriminasi oleh penjajah British yang secara langsung melemahkan kepimpinan dan organisasi politik Arab, sambil memperkukuh institusi-institusi Zionis. 5 Ketidakseimbangan ini menjadi salah satu faktor utama yang mendorong Israel mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 1948 yang mana pada ketika itu dunia Arab berada dalam keadaan berpecah dan lemah dari segi politik dan ketenteraan.Faktor-faktor Konflik Arab-Israel 1 Konflik Arab-Israel merupakan antara konflik yang paling kompleks, berpanjangan dan berdarah dalam sejarah moden dunia. Konf lik ini bukan sekadar pertelingkahan wilayah tetapi juga melibatkan unsur keagamaan, identiti nasional, politik kolonial dan geopolitik antarabangsa. 2 Sejak kewujudan negara Israel pada tahun 1948, rantau Asia Barat telah menyaksikan pelbagai peperangan, intifada, rundingan damai yang gagal serta ketegangan diplomatik yang berlarutan. 3 Konflik ini telah memberi kesan mendalam bukan sahaja terhadap negara-negara Arab dan Israel, tetapi juga terhadap kestabilan global secara keseluruhannya. Faktor Sejarah 1 Salah satu faktor yang membawa kepada tercetusnya konflik Perang Arab-Israel bermula dengan kesan peluasan kuasa Barat, khususnya British. 2 Kekalahan empayar Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama telah membawa kepada pembahagian wilayahnya oleh kuasa-kuasa Eropah melalui perjanjianperjanjian kolonial seperti Sykes-Picot Agreement (1916) dan Persidangan San Remo (1920).3 Pada tahun 1917, British telah mengeluarkan Deklarasi Balfour bagi menyatakan sokongan penuh ke atas penubuhan “tanah air untuk bangsa Yahudi” di Palestin. Deklarasi yang dikeluarkan ini sememangnya berat sebelah kerana dibuat tanpa pengetahuan dan tidak mengambil kira pandangan rakyat Palestin yang mana majoriti penduduknya ialah Arab Muslim. 4 Pengisytiharan yang dibuat ini telah mencetuskan konflik dan ketegangan antara penduduk Arab Palestin dengan komuniti Yahudi yang semakin meningkat akibat penghijrahan beramai-ramai dari Eropah, terutamanya dari Rusia, Jerman dan Eropah Timur.5 Perubahan demografi ini dan ditambah pula dengan dasar-dasar yang berat sebelah penjajah British terhadap Yahudi, telah mengundang penentangan hebat daripada masyarakat Arab Palestin. 6 Kebangkitan Arab 1936 – 1939 menunjukkan penolakan masyarakat Arab terhadap rancangan penubuhan negara Yahudi. 7 Setelah pengumuman pengunduran British daripada tanah Palestin dan British menyerahkan Palestin kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1947, PBB mencadangkan Pelan Pembahagian Palestin (UN Partition Plan) yang memberikan lebih separuh daripada tanah Palestin kepada penduduk Yahudi yang ketika itu masih merupakan minoriti.Penglibatan Barat dan Pembinaan Negara Bangsa284TEMA3Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 284 11/11/2025 2:04:25 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


8 Rakyat Arab menolak Pelan Pembangunan Palestin kerana dianggap tidak adil dan hanya memihak kepada golongan pendatang. Ketegangan ini akhirnya membawa kepada peperangan Arab-Israel yang pertama pada tahun 1948 yang menyaksikan lebih 700,000 penduduk Palestin dihalau daripada tanah air mereka dan menjadi pelarian di negara-negara jiran seperti Jordan, Lubnan dan Syria. Migrasi Yahudi ke Palestin 1 Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, Perjanjian Balfour menyaksikan mandat Palestin diserahkan kepada British oleh Liga Bangsa-bangsa. Penyerahan mandat ini telah menyebabkan aliran kemasukan orang Yahudi semakin meningkat. Kemasukan orang Yahudi secara beramai-ramai ini telah disokong oleh gerakan Zionis Antarabangsa sekali gus telah merubah landskap demografi. 2 Proses imigrasi ini turut disertai oleh kegiatan pemilikan dan perampasan tanah oleh masyarakat Yahudi, sama ada melalui pembelian daripada pemilik tanah Arab atau secara paksaan dengan sokongan kumpulan militan Yahudi seperti Haganahdan Irgun. 3 Akibat daripada tindakan tersebut, sebilangan besar penduduk tempatan Palestin, khususnya dalam kalangan para petani telah kehilangan tempat tinggal serta sumber mata pencarian mereka. Aktiviti pemindahan penduduk secara sistematik dan pembinaan penempatan Yahudi yang bersifat eksklusif telah mencetuskan ketegangan etnik dan politik yang semakin memuncak menjelang pertengahan abad ke-20.4 Penghijrahan Yahudi ini bukan sekadar isu populasi atau imigresen semata-mata, tetapi merupakan satu bentuk penjajahan kolonial yang disokong oleh kuasa imperialis. Tindakan ini jelas memperlihatkan satu tindakan rampasan kuasa secara halus dan juga penghapusan identiti penduduk asal.5 Dari sudut pandang Zionis, penghijrahan tersebut dianggap sebagai “kepulangan semula” kepada tanah yang dijanjikan oleh Tuhan serta satu keperluan survival setelah tragedi Holocaust. Penubuhan Negara Israel 1 Penubuhan negara Israel pada 14 Mei 1948 merupakan titik tolak yang penting dalam konflik Arab-Israel moden. Penubuhan ini bukan sahaja menandakan berakhirnya mandat British di Palestin tetapi juga menjadi titik mula kepada penderitaan besar rakyat Palestin serta pencetus kepada perang pertama antara negara-negara Arab dan negara Yahudi yang baru diisytiharkan itu. 2 Peristiwa ini berlaku dalam konteks sejarah yang rumit, melibatkan campur tangan kuasa luar, pertembungan ideologi nasionalisme dan perebutan tanah yang berakar sejak akhir abad ke-19. 3 Pada 4 Mei 1948, sehari sebelum tamatnya mandat British secara rasmi, David Ben-Gurion yang merupakan pemimpin utama gerakan Zionis dan Pengerusi Agensi Yahudi telah mengisytiharkan penubuhan negara Israel di Tel Aviv. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa negara Israel akan menjadi tanah air bagi orang Yahudi dan terbuka kepada imigran Yahudi dari seluruh dunia. Pengisytiharan ini dibuat tanpa persetujuan masyarakat Arab Palestin dan tanpa penyelesaian terhadap nasib wilayah dan penduduk Arab yang berada di bawah kawalan British sebelum itu. 4 Selepas pengisytiharan tersebut dibuat, Amerika Syarikat telah bertindak mengiktiraf Israel secara de facto dan diikuti oleh Kesatuan Soviet serta negaranegara Barat lain. 5 Tindakan ini telah meningkat kan lagi ketegangan di rantau A rab dan memperkukuh persepsi bahawa pembentukan Israel ialah satu bentuk penjajahan yang disokong kuasa luar. Sejurus selepas pengisytiharan, lima negara Arab iaitu, Mesir, Jordan (Transjordan ketika itu), Syria, Iraq dan Lubnan telah melancarkan serangan ke atas wilayah Israel yang baru ditubuhkan. Tragedi Holocaustmerupakan satu peristiwa genosid sistematik yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua oleh rejim Nazi Jerman yang dipimpin oleh Adolf Hitler. Tragedi ini telah membunuh kira-kira enam juta orang Yahudi di seluruh Eropah melibatkan kaum Roma (Gypsies), golongan kurang upaya, homoseksual, komunis dan Slavic.Tahukah AndaPerebutan Jerusalem Dalam Islam Baitulmaqdis menempatkan Masjid al-Aqsa, yang disebut dalam al-Qur’an (Surah al-Isra’, ayat 1) sebagai destinasi Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum ditukar ke Kaabah di Makkah. Masjid al-Aqsa juga salah satu daripada tiga masjid yang dimuliakan dalam Islam, selain Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.Dalam Yahudi - Orang Yahudi mempercayai bahawa di tapak Temple Mount (Bukit Bait Suci), berdirinya dua kuil suci purba: Solomon’s Temple dan Second Temple yang merupakan pusat penyembahan utama dalam tradisi Yahudi.Tahukah AndaPenglibatan Barat dan Pembinaan Negara Bangsa285TEMA3Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 285 11/11/2025 2:04:26 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


6 Mereka menyatakan matlamat mereka adalah untuk menyelamatkan rakyat Palestin dan mencegah pembentukan negara Yahudi di tanah Arab. Namun, gabungan ketenteraan negara-negara Arab ini tidak tersusun, lemah dari segi koordinasi dan tidak mempunyai objektif strategik yang jelas. 7 Sebaliknya, bagi tentera Israel yang dibentuk daripada kumpulan paramiliter seperti Haganah, Irgun dan Lehi mempunyai struktur organisasi yang lebih kemas, semangat nasionalisme yang tinggi dan bantuan logistik daripada diaspora Yahudi serta sokongan antarabangsa.8 Menjelang ak hir perang pada tahun 1949, Israel bukan sahaja berjaya mempertahankan wilayah yang diberikan oleh pelan PBB, malah menguasai sekitar 78 peratus daripada keseluruhan wilayah Palestin melebihi bahagian asal yang diperuntukkan dalam pelan pembahagian.Kepentingan Keagamaan 1 Baitulmuqaddis atau Jerusalem merupakan kota suci yang menjadi titik pertembungan tiga agama samawi utama, iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Kota ini memiliki kepentingan rohani dan simbolik yang mendalam dalam sejarah keagamaan dan budaya Timur Tengah. 2 Dalam konteks konflik Arab–Israel ini, Jerusalem menjadi perebutan atas dasar kepentingan agama yang menjadi salah satu faktor terpenting yang meruncingkan pertentangan politik, ketenteraan dan ideologi antara penduduk Arab Palestin dengan negara Israel sejak pertengahan abad ke-20. 3 Bagi umat Islam, kota ini menempatkan Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama dan tempat suci ketiga dalam Islam. 4 Bagi Yahudi pula, Jerusalem ialah lokasi Temple Mount, iaitu tapak suci utama mereka. Oleh itu, penguasaan ke atas Jerusalem, khususnya Bukit Bait Suci (Har HaBayit) dianggap sebagai lambang kebangkitan semula tanah air bangsa Yahudi selepas ribuan tahun hidup dalam perantauan.5 Selepas penubuhan negara Israel pada tahun 1948, Jerusalem dibahagikan kepada dua, iaitu bahagian barat dikuasai oleh Israel dan bahagian timur (termasuk Masjid al-Aqsa) dikuasai Jordan. Namun, selepas Perang Enam Hari tahun 1967, Israel telah menawan Jerusalem Timur termasuk kawasan suci umat Islam. Sejak itu, Israel mendakwa seluruh kota Jerusalem sebagai ibu negaranya yang \"tidak dapat dibahagikan\", manakala Palestin dan dunia Arab menganggap Jerusalem timur sebagai ibu kota negara Palestin yang dijanjikan.Campur Tangan Kuasa-kuasa Barat 1 Campur tangan kuasa-kuasa besar dunia juga telah memperhebat konflik ArabIsrael, khususnya Amerika Syarikat yang merupakan penyokong utama Israel dari segi ketenteraan, kewangan dan diplomatik. 2 Selepas tamat Perang Dunia Kedua, sentimen simpati terhadap masyarakat Yahudi Eropah yang menjadi mangsa Holocaust telah membawa kepada pengiktirafan negara Israel oleh kuasa-kuasa Barat. Amerika Syarikat menjadi negara pertama yang mengiktiraf Israel secara rasmi, hanya beberapa minit selepas negara tersebut diisytiharkan pada 14 Mei 1948. 3 Amerika Syarikat menjadi penyumbang utama senjata dan bantuan ketenteraan kepada Israel seperti Jet pejuang F-4 Phantom, sistem pertahanan Iron Dome dan bantuan kewangan tahunan mencecah $3.8 bilion USD (sehingga kini). Perjanjian kerjasama ketenteraan ini menjadikan Israel kuasa dominan ketenteraan di Timur Tengah. 4 Amerika Syarikat juga telah menggunakan kuasa veto dalam Majlis Keselamatan PBB secara konsisten untuk menghalang resolusi-resolusi yang mengutuk tindakan Israel, termasuk pembinaan penempatan haram di Tebing Barat, pencerobohan terhadap wilayah Arab dan mengenakan sekatan ke atas Gaza. Penglibatan Barat dan Pembinaan Negara Bangsa286TEMA3Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 286 11/11/2025 2:04:26 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


5 Sejak tahun 1972, lebih 40 kuasa veto digunakan oleh Amerika Syarikat untuk melindungi kepentingan Israel sekali gus melemahkan usaha diplomatik antarabangsa untuk menyelesaikan konflik secara adil. 6 Selain bantuan ketenteraan, kuasa Barat juga terlibat dalam menyokong ekonomi Israel melalui pelaburan dan pemindahan teknologi. Syarikat-syarikat Amerika Syarikat dan Eropah banyak melabur dalam sektor teknologi, pertahanan dan pertanian Israel. Mana-mana negara Arab yang memboikot Israel telah dikenakan tekanan ekonomi oleh kuasa Barat. 7 Melalui bantuan ketenteraan, sokongan diplomatik, tekanan ekonomi dan rundingan damai yang tidak seimbang telah mengubah konflik ini daripada isu wilayah menjadi isu penjajahan berpanjangan dengan sokongan kuasa global.Masalah Pelarian dan Penempatan Haram 1 Konflik Arab-Israel bukan sekadar pertikaian wilayah atau agama, tetapi turut melibatkan isu kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa, terutamanya berkaitan nasib pelarian rakyat Palestin dan pembinaan penempatan haram oleh Israel di wilayah Palestin. Kedua-dua isu ini menjadi halangan utama kepada penyelesaian damai kerana ia menyentuh soal identiti, hak asasi manusia, dan keadilan sejarah bagi rakyat Palestin.2 Isu pelarian ini bermula setelah pembentukan negara Israel pada tahun 1948. Hal ini menyaksikan seramai 750,000 rakyat Palestin telah diusir atau melarikan diri akibat peperangan dan pembantaian yang berlaku dalam peristiwa Nakhbah. Pelarian Palestin ini tidak pernah dibenarkan kembali ke tanah asal mereka.3 Israel juga telah bertindak menolak tuntutan rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air mereka berdasarkan Resolusi 194 Majlis Umum PBB kerana mendakwa ia akan mengubah struktur negara demografi Yahudi. 4 Selepas perang Enam Hari 1967, Israel telah menawan Tebing Barat, Jerusalem Timur dan Dataran Tinggi Golan. Di kawasan ini, Israel telah bertindak membina kawasan penempatan pendatang Yahudi secara berterusan. 5 Walau bagaimanapun, berdasarkan undang-undang antarabangsa penempatan ini dianggap penempatan haram. Hal ini dapat dibuktikan melalui Konvensyen Geneva Keempat (1949) yang melarang pemindahan penduduk awam kuasa penjajah ke wilayah yang didudukinya. Dasar Pecah dan Perintah British 1 Dasar pecah dan perintah merupakan satu strategi kuasa penjajah yang bertujuan melemahkan masyarakat yang dijajah dengan memecahkan perpaduan mereka melalui politik identiti, agama atau wilayah. Dasar ini dilaksanakan dengan sengaja agar penduduk tempatan tidak mampu bersatu dalam menentang kuasa penjajah atau membentuk suatu pemerintahan yang berkesan selepas kemerdekaan.2 Dalam konteks Palestin dan dunia Arab, dasar ini digunakan untuk memisahkan antara negara-negara Arab, mengekalkan ketegangan Arab-Yahudi dan memastikan kebergantungan pada kuasa Barat. 3 Perjanjian Sykes-Picot (1916) antara Britain dengan Perancis telah berpakat untuk membahagikan wilayah Uthmaniyah Arab kepada zon pengaruh kolonial. Pemisahan ini tidak berdasarkan etnik atau sejarah budaya tetapi semata-mata kepentingan geopolitik kuasa penjajah. 4 Natijahnya, dunia Arab yang sebelumnya mempunyai hubungan politik dan kebudayaan yang kukuh di bawah khilafah Uthmaniyah kini dipecahkan menjadi negara-negara kecil dan lemah seperti Iraq, Syria, Jordan dan Lubnan yang bergantung pada kuasa penjajah untuk kesinambungan pemerintahan. Penglibatan Barat dan Pembinaan Negara Bangsa287TEMA3Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 287 11/11/2025 2:04:26 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


5 Pembahagian ini menghalang kemunculan satu entiti Arab bersatu yang boleh menghadapi sebarang cabaran luar secara kolektif, termasuk gerakan Zionisme yang mula berkembang di Palestin.6 Pelan Pembahagian Palestin yang dilaksanakan oleh PBB pada tahun 1947 ialah kesinambungan daripada dasar pecah dan perintah. Pelan ini telah memberikan lebih separuh wilayah Palestin kepada Yahudi walaupun mereka hanya mewakili satu pertiga penduduk sahaja. Pertembungan Zionisme dengan Nasionalisme Arab 1 Zionisme ialah satu gerakan kebangsaan Yahudi yang muncul pada penghujung abad ke-19 di Eropah, khususnya di tengah-tengah sentimen anti-Semitisme yang semakin meningkat. 2 Gerakan ini digerakkan oleh tokoh seperti Theodor Herzl, pengasas Kongres Zionis Dunia (1897), yang mengemukakan idea bahawa Yahudi merupakan satu bangsa yang memerlukan tanah air sendiri dan Palestin dianggap sebagai tempat paling simbolik, iaitu “tanah yang dijanjikan”. 3 Tujuan utama Zionisme adalah menubuhkan sebuah negara Yahudi yang merdeka di Palestin. 4 Nasionalisme Arab pula muncul sebagai gerakan yang menuntut kemerdekaan dan penyatuan bangsa Arab menentang penjajahan Barat dan penindasan Uthmaniyah. Di Palestin, nasionalisme Arab muncul sebagai reaksi kepada peningkatan kemasukan pendatang Zionis dan ancaman terhadap identiti serta tanah air Arab Palestin. 5 Semasa mandat British (1920–1948), konflik etnik antara Arab dengan Yahudi semakin memuncak sehingga menyebabkan Revolusi Arab-Palestin 1936 – 1939 bagi menentang penjajahan yang berlaku dan Zionisme.6 Walaupun nasionalisme Arab bersatu dalam menolak Israel, namun mereka sering berpecah dari segi kepentingan nasional masing-masing misalnya Mesir, Jordan dan Syria. 7 Hal ini menyebabkan kegagalan tentera Arab dalam Perang 1948 dan Perang Enam Hari 1967, sekali gus melemahkan kredibiliti projek nasionalis Arab dalam mempertahankan Palestin. 8 Pertembungan antara Zionisme dengan nasionalisme Arab bukan sekadar konflik wilayah tetapi juga pertentangan identiti, sejarah dan legitimasi. 9 Pihak Zionisme menuntut Palestin sebagai tanah sejarah Yahudi manakala nasionalisme Arab melihat Zionisme sebagai projek kolonial Eropah moden yang ingin merampas tanah Arab. 10 Kedua-dua gerakan ini tidak dapat didamaikan kerana masing-masing menuntut hak eksklusif terhadap Palestin. Kesan-kesan Konflik Arab-Israel Kesan Politik Ketidakstabilan Politik di Timur Tengah 1 Perang Arab-Israel tahun 1948 merupakan detik trauma bagi dunia Arab. Perang ini bukan sahaja menyaksikan kekalahan gabungan tentera Arab kepada entiti Zionis baharu, tetapi juga mencetuskan krisis keyakinan terhadap keupayaan kepimpinan politik Arab. 2 Rejim-rejim monarki dan konservatif yang wujud ketika itu seperti di Mesir, Jordan dan Iraq, dilihat gagal membela maruah Arab dan mempertahankan tanah Palestin. 3 Di Mesir, kekalahan ini menjadi pemangkin kepada ketidakpuasan hati terhadap rejim Raja Farouk yang dilihat korup dan tunduk kepada kepentingan asing. Penglibatan Barat dan Pembinaan Negara Bangsa288TEMA3Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 288 11/11/2025 2:04:26 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


4 Kekalahan tersebut memberikan momentum kepada golongan muda dalam tentera, khususnya Gerakan Perwira Bebas (Free Officers Movement) yang akhirnya menggulingkan monarki Mesir dalam rampasan kuasa pada tahun 1952 yang diketuai oleh Gamal Abdel Nasser. 5 Rampasan kuasa ini menandakan permulaan kepada era republik dan nasionalisme Arab moden yang radikal, menjadikan Mesir sebagai pusat utama ideologi Pan-Arabisme yang anti-Zionis dan anti-Barat. Perpecahan Dunia Arab 1 Perang Arab-Israel yang berulang sejak tahun 1948 bukan sahaja mengubah landskap geopolitik Asia Barat tetapi turut meninggalkan kesan mendalam terhadap hubungan intra-Arab. 2 Meskipun solidariti terhadap Palestin sering dijadikan retorik bersama, namun Perang Arab-Israel secara tidak langsung memperlihatkan perpecahan dalaman dunia Arab baik dari segi pendekatan diplomasi, kepentingan nasional mahupun orientasi politik. 3 Perpecahan ini menjadi salah satu faktor utama kelemahan umat Arab dalam menangani isu Palestin secara kolektif, sekali gus membuka ruang kepada perluasan hegemoni Israel dan marginalisasi perjuangan rakyat Palestin. 4 Perang-perang yang berlaku, terutamanya Perang 1948, 1967 dan 1973 telah menyebabkan negara-negara Arab menilai semula strategi masing-masing terhadap Israel. 5 Kekalahan ketenteraan yang berulang menjadikan sebahagian negara Arab telah mengambil pendekatan kompromi dan perjanjian damai, manakala sebahagian lain pula kekal dengan pendekatan konfrontasi. (a) Negara Mesir sebagai kuasa Arab utama telah membuat kejutan apabila menandatangani Perjanjian Camp David dengan Israel pada tahun 1979, iaitu selepas Perang Yom Kippur (1973). Perjanjian ini menandakan pengiktirafan rasmi pertama oleh negara Arab terhadap Israel. (b) Jordan pula mengikuti jejak Mesir dengan menandatangani Perjanjian Damai Wadi Araba pada tahun 1994. (c) Syria, Lebanon dan pihak bukan negara seperti Hezbollah dan Hamas kekal menolak pengiktirafan Israel dan meneruskan dasar konflik terbuka.6 Langkah unilateral negara seperti Mesir dan Jordan mencetuskan rasa pengkhianatan dalam kalangan negara Arab lain dan rakyat Palestin. Sebagai contohnya, selepas Perjanjian Camp David, Mesir digantung keahlian dalam Liga Arab dan ibu pejabat Liga Arab dipindahkan dari Kaherah ke Tunis. 7 Perjanjian-perjanjian damai tersebut dilihat sebagai pengabaian terhadap isu Palestin kerana tidak disertakan dengan penyelesaian yang adil bagi pelarian Palestin, penamatan penjajahan atau pembentukan negara Palestin merdeka.8 Perpecahan ini juga menyebabkan isu Palestin semakin terpinggir daripada keutamaan negara-negara Arab, khususnya selepas tahun 1990-an. Sebagai contoh, selepas Perang Teluk (1990–1991), negara-negara Arab lebih tertumpu kepada isu keselamatan dalaman dan konflik dengan Iran, lalu mengalihkan perhatian daripada Palestin.Kemunculan Organisasi Pembebasan Palestin 1 Sungguhpun pada peringkat awal konflik Arab-Israel lebih bersifat antara negara (state vs state) seperti yang terjadi dalam Perang Arab-Israel 1948 dan 1967. Namun, kini konflik ini telah melibatkan gerakan bukan senjata yang melibatkan kumpulan-kumpulan atau organisasi tertentu sebagai reaksi pembebasan Palestin. 2 Negara-negara Arab seperti Mesir, Syria dan Jordan telah mengalami beberapa kekalahan ketenteraan terhadap Israel (terutama dalam Perang Enam Hari 1967). Penglibatan Barat dan Pembinaan Negara Bangsa289TEMA3Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 289 11/11/2025 2:04:26 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Kekalahan ini telah melemahkan kepercayaan rakyat terhadap kemampuan negara-negara Arab dalam mempertahankan Palestin atau membebaskan tanah yang dijajah. 3 Selain itu, beberapa inisiatif damai seperti Perjanjian Oslo (1993) atau Perjanjian Damai Mesir-Israel (1979) juga tidak menghasilkan sebarang penyelesaian muktamad yang menguntungkan rakyat Palestin. Sebaliknya, penempatan haram Israel berterusan dan rakyat Palestin terus mengalami penderitaan serta sekatan terutamanya di Gaza dan Tebing Barat.4 Oleh sebab itu, muncul tiga kumpulan atau induvidu yang bertindak bagi memperjuangkan pembebasan Palestin.Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) 1 Pertubuhan Pembebasan Palestin (Palestine Liberation Organization – PLO) ditubuhkan pada tahun 1964 hasil inisiatif Liga Arab dengan tujuan untuk mewujudkan satu entiti yang dapat mewakili rakyat Palestin dalam perjuangan mereka menuntut hak-hak politik dan tanah air yang dirampas akibat penubuhan negara Israel pada tahun 1948. 2 PLO muncul sebagai satu gerakan nasionalis yang sah dan diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai wakil tunggal rakyat Palestin dengan matlamat utama membebaskan Palestin daripada penjajahan dan pendudukan Zionis melalui pelbagai bentuk perjuangan termasuklah penggunaan kekerasan bersenjata.3 Penubuhan PLO pada tahun 1964 merupakan reaksi langsung terhadap kegagalan negara-negara Arab dalam Perang Arab-Israel 1948 dan juga ketidakmampuan masyarakat antarabangsa untuk menyelesaikan isu pelarian dan hak penentuan nasib sendiri rakyat Palestin. 4 Sejak dari awal, PLO menampilkan dirinya sebagai gerakan pembebasan kebangsaan yang bersifat revolusioner dan tidak terikat kepada mana-mana negara. Piagam Nasional Palestin yang diluluskan oleh PLO menyatakan secara tegas bahawa pembebasan seluruh wilayah Palestin hanya boleh dicapai melalui perjuangan bersenjata dan menolak kewujudan negara Israel sebagai entiti yang sah.5 Sejak tahun 1960-an hingga awal 1980-an, PLO menjalankan pelbagai operasi ketenteraan dan serangan gerila terhadap Israel, termasuk melalui sayap ketenteraannya seperti al-Fatah, yang menjadi tunjang utama dalam organisasi tersebut. PLO menggunakan wilayah Jordan, Lubnan dan Syria sebagai pangkalan operasi, dengan tujuan melancarkan serangan ke atas Israel dari sempadan. Tindakan-tindakan ini termasuk serangan rentas sempadan, serangan roket, penculikan dan serangan ke atas sasaran awam serta ketenteraan Israel.6 Bermula dari akhir 1980-an, khususnya selepas pengisytiharan kemerdekaan Palestin pada tahun 1988 dan semasa Intifadah Pertama (1987–1993), PLO mula mengubah pendekatannya daripada perjuangan bersenjata kepada jalan diplomasi dan politik. 7 Perkembangan ini dimantapkan melalui Perjanjian Oslo pada tahun 1993, di mana PLO secara rasmi mengiktiraf kewujudan negara Israel dan berjanji untuk menamatkan aktiviti ketenteraan sebagai sebahagian daripada proses damai. Sebagai timbal balas Israel mengiktiraf PLO sebagai wakil sah rakyat Palestin.Pertubuhan Hamas (Harakat al-Muqawamah al-Islamiyyah) 1 Hamas ditubuhkan pada tahun 1987 akibat ketidakpuasan hati terhadap pendekatan PLO yang semakin cenderung kepada diplomasi serta kegagalan dalam membawa perubahan ketara terhadap nasib rakyat Palestin. 2 Hamas muncul dengan menawarkan alternatif yang bersifat keagamaan dan menyeluruh, dengan menekankan konsep jihad fi sabilillah (perjuangan di jalan Allah) sebagai pendekatan utama dalam menentang penjajahan Israel. Penglibatan Barat dan Pembinaan Negara Bangsa290TEMA3Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 290 11/11/2025 2:04:26 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 Sebagai cabang Ikhwanul Muslimin, Hamas mewarisi pendekatan dakwah dan tarbiah (pendidikan) yang menjadi asas perjuangan jangka panjang. Namun, tidak seperti Ikhwanul Muslimin yang secara relatif bersikap sederhana dalam pendekatan politik, Hamas mengambil jalan yang lebih konfrontatif. 4 Piagam Hamas (1988) dengan jelas menolak kewujudan negara Israel dan menuntut pembebasan seluruh wilayah Palestin dari Sungai Jordan hingga Laut Mediterranean. Dalam piagam tersebut, konflik dengan Israel dilihat bukan sekadar sebagai isu politik tetapi sebagai pertarungan ideologi dan keagamaan yang wajib disertai oleh setiap umat Islam.5 Hamas mula mendapat sokongan kuat daripada rakyat Palestin semasa Intifada Pertama (1987–1993) melalui pelbagai aktiviti sosial, pendidikan dan kebajikan selain penglibatan aktif dalam tindakan protes dan serangan terhadap tentera Israel. 6 Berbeza dengan pendekatan sekular PLO, Hamas menampilkan dirinya sebagai gerakan Islam yang bersih daripada rasuah, serta lebih dekat dengan penderitaan rakyat biasa.7 Hamas telah bertindak menentang sekeras-kerasnya Perjanjian Oslo yang ditandatangani pada tahun 1993 antara PLO dan Israel. Pada pandangan Hamas, perjanjian tersebut dianggap sebagai pengkhianatan terhadap prinsip perjuangan dan pengiktirafan terhadap kewujudan negara penjajah. Oleh sebab itu, Hamas enggan menyertai struktur politik yang ditubuhkan hasil daripada perjanjian tersebut seperti Autoriti Palestin (PA).8 Sayap ketenteraan Hamas, iaitu Briged Izzuddin al-Qassam telah ditubuhkan secara rasmi pada awal 1990-an. Briged ini dinamakan sempena tokoh pejuang Palestin era mandat British yang terkenal dengan penentangan bersenjata. Briged al-Qassam memainkan peranan utama dalam merancang dan melaksanakan operasi ketenteraan, termasuk serangan roket buatan tempatan, penanaman bom, serangan hendap dan pembinaan terowong bawah tanah untuk tujuan ketenteraan.9 Sungguhpun keupayaan ketenteraan Hamas pada tahun 1990-an masih terhad berbanding tentera Israel, namun Hamas berjaya menimbulkan tekanan dan ketakutan melalui taktik-taktik gerila serta operasi berani mati. Strategi ini bertujuan menonjolkan komitmen Hamas terhadap prinsip penentangan bersenjata dan membezakan dirinya daripada PLO yang dilihat semakin akur kepada tekanan antarabangsa. Peranan Hezbollah (di Lubnan) 1 Hezbollah atau Hizb Allah yang bermaksud “Parti Allah” merupakan salah satu pertubuhan yang paling berpengaruh di Timur Tengah. Pertubuhan ini muncul pada awal tahun 1980-an dan gerakan ini berkembang daripada kumpulan penentang kepada kekuatan politik dan ketenteraan utama dalam landskap Lubnan dan konflik serantau. 2 Hezbollah muncul selepas pencerobohan Israel ke Lubnan pada tahun 1982 merupakan operasi besar-besaran yang digelar Operasi Peace for Galilee. Tujuan utama Israel ketika itu adalah untuk menghapuskan kehadiran Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Beirut dan menubuhkan kerajaan pro-Israel di Lubnan. 3 Namun, akibat serangan itu telah berlaku penindasan besar-besaran terhadap penduduk awam termasuklah pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Sabra dan Shatila yang mengakibatkan kemarahan meluas dalam kalangan masyarakat Syiah Lubnan. 4 Dalam konteks ini, Hezbollah ditubuhkan sebagai tindak balas rakyat Syiah terhadap pencerobohan Israel dan kekecewaan terhadap kelemahan kerajaan Lubnan serta gerakan Syiah lain seperti Amal yang dilihat terlalu pasif. Penglibatan Barat dan Pembinaan Negara Bangsa291TEMA3Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 291 11/11/2025 2:04:26 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


5 Penubuhan Hezbollah didorong oleh pengaruh ideologi Revolusi Islam Iran (1979) dan diperkukuh dengan bantuan ketenteraan dan kewangan daripada Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) yang telah ditempatkan di Lembah Beqaa.6 Hezbollah telah menerima sokongan penuh dari negara Iran seperti latihan ketenteraan, dana dan ideologi Khomeinisme yang menggabungkan agama dan politik dalam satu kerangka perjuangan. Iran melihat Hezbollah sebagai lanjutan pengaruh revolusinya di dunia Arab, khususnya dalam menentang Israel dan Amerika Syarikat. 7 Syria pula menyokong Hezbollah dari sudut kepentingan geopolitik, terutamanya dalam mengimbangi pengaruh Israel dan dalam usahanya untuk mengekalkan dominasi ke atas Lubnan. Damsyik memberi laluan kepada penghantaran senjata Iran melalui wilayahnya serta membenarkan Hezbollah beroperasi dengan relatif bebas di selatan Lubnan dan kawasan strategik lain.Kesan Ekonomi Peningkatan Perbelanjaan Ketenteraan dan Keselamatan 1 Menurut data dari Stockholm International Peace Research Institute (SIPRI), Israel memperuntukkan perbelanjaan ketenteraan melebihi 5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setiap tahun yang mana jauh lebih tinggi berbanding purata global. 2 Perbelanjaan ini meliputi pembangunan teknologi senjata moden, sistem pertahanan udara seperti Iron Dome, pengeluaran senjata domestik serta penyelenggaraan pasukan pertahanan berskala besar. 3 Konflik dengan Israel memaksa negara-negara Arab seperti Mesir, Syria dan Jordan untuk meningkatkan peruntukan ketenteraan secara besar-besaran, terutamanya selepas kekalahan memalukan dalam Perang Enam Hari 1967. 4 Misalnya, Mesir telah memperuntukkan sehingga 20–25 peratus daripada KDNK untuk ketenteraan pada tahun 1970-an. 5 Sumber negara yang sepatutnya disalurkan kepada sektor sosial seperti pendidikan, kesihatan, dan pembangunan infrastruktur telah dialihkan kepada pembelian senjata dan pertahanan. Kesannya, pertumbuhan ekonomi dalaman menjadi terbantut dan hutang negara meningkat, menyebabkan ketergantungan pada bantuan luar, khususnya dari Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat.Kemusnahan Infrastruktur Ekonomi 1 Setiap kali berlaku perang, kawasan sempadan, infrastruktur awam dan prasarana ekonomi mengalami kemusnahan teruk.2 Sebagai contoh, Terusan Suez yang menjadi laluan perdagangan terpenting Mesir telah ditutup selama 8 tahun (1967–1975) akibat pendudukan Israel di Semenanjung Sinai menyebabkan kerugian berbilion Dolar kepada Mesir dari segi hasil transit dan perdagangan. 3 Kawasan pertanian, sistem bekalan air dan elektrik di Tebing Barat dan Gaza rosak teruk akibat serangan Israel menyebabkan rakyat Palestin sangat bergantung pada bantuan asing dan menyebabkan kadar pengangguran yang tinggi. 4 Banyak jalan raya, jambatan, rel kereta api serta jaringan komunikasi musnah sama sekali akibat pengeboman dan serangan udara. 5 Sebagai contohnya di Gaza, sistem bekalan air dan loji rawatan kumbahan telah dimusnahkan dalam pelbagai serangan sejak 2006 hingga kini yang menyebabkan kerugian besar dalam sektor kesihatan awam dan pertanian. 6 Selain itu, loji jana kuasa utama di Gaza sering dijadikan sasaran serangan, menyebabkan krisis tenaga kronik yang menghalang operasi industri tempatan dan mengganggu rutin kehidupan harian. Penglibatan Barat dan Pembinaan Negara Bangsa292TEMA3Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 292 11/11/2025 2:04:26 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


7 Kemusnahan ini telah melumpuhkan kelancaran perdagangan, mengehadkan keupayaan mobiliti tenaga kerja, serta menyekat aliran barangan sama ada masuk atau keluar dari pasaran. 8 Fasiliti ekonomi seperti kilang, ladang dan perusahaan kecil sederhana (PKS) di kawasan Palestin dan sebahagian wilayah Lubnan telah menjadi sasaran langsung dalam konflik. Serangan ke atas kawasan perindustrian bukan sahaja memusnahkan aset fizikal, malah memadamkan peluang pelaburan tempatan dan asing. 9 Sebagai contoh, sektor pertanian di Gaza dan Tebing Barat mengalami kerugian besar apabila ladang zaitun, pokok kurma dan kawasan ternakan dimusnahkan akibat peperangan. 10 Peperangan yang tercetus telah menyebabkan banyak kilang dan ladang tidak lagi beroperasi malah ribuan individu kehilangan mata pencarian. Hal ini meningkatkan kadar pengangguran, khususnya dalam kalangan golongan muda dan wanita.11 Selain itu, institusi kewangan seperti bank-bank, institusi pinjaman mikro dan sistem perbankan di kawasan yang terkesan turut mengalami gangguan akibat kemusnahan fizikal dan kekangan dasar. Sistem perbankan tempatan tidak dapat beroperasi dengan efisien kerana gangguan komunikasi, kehilangan data serta ketidakmampuan untuk menjalankan transaksi antarabangsa.Krisis Minyak 1 Dalam konflik ini, negara-negara Arab, khususnya anggota Pertubuhan NegaraNegara Pengeksport Petroleum (OPEC), melaksanakan boikot ekonomi ke atas negara-negara Barat, terutamanya Amerika Syarikat dan sekutunya sebagai tindak balas terhadap sokongan ketenteraan mereka kepada Israel. 2 Boikot ini termasuk pengurangan pengeluaran minyak serta penghentian eksport minyak ke negara-negara tertentu yang membawa kesan mendalam terhadap ekonomi global.3 Pada 17 Oktober 1973, negara-negara Arab anggota OPEC yang dipimpin oleh Arab Saudi memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 5 peratus setiap bulan sehingga tuntutan politik mereka dipenuhi termasuklah pengunduran Israel dari wilayah yang didudukinya. 4 Embargo minyak secara khusus dikenakan terhadap negara-negara yang menyokong Israel seperti Amerika Syarikat, Belanda, Kanada, Britain dan Jepun. 5 Embargo ini telah dikenakan secara berperingkat dan negara-negara berkenaan mengalami kekurangan bekalan minyak yang teruk sehingga menyebabkan gangguan ekonomi domestik dan global. 6 Harga minyak mentah meningkat secara mendadak, iaitu daripada USD 3 setong kepada hampir USD 12 setong dalam masa beberapa bulan. 7 Kenaikan harga barangan keperluan asas di negara-negara Barat akibat inflasi kos pengeluaran. Krisis tenaga yang menyebabkan catuan bahan api, sekatan penggunaan kenderaan dan penurunan produktiviti industri. 8 Kemelesetan ekonomi melanda negara-negara industri besar, terutama Amerika Syarikat dan Eropah Barat, yang sangat bergantung kepada minyak import dari Timur Tengah.Kemerosotan Ekonomi Palestin 1 Kemerosotan ekonomi Palestin mengalami krisis yang teruk sejak penubuhan negara Israel pada tahun 1948. Sungguhpun wilayah Palestin khususnya Tebing Barat dan Gaza mempunyai potensi tinggi dari segi kedudukan strategik dan sumber pertanian, namun disebabkan konflik yang berterusan, pendudukan haram, sekatan pergerakan dan ketiadaan kedaulatan ekonomi telah menyebabkan ekonomi Palestin menjadi rapuh dan terpinggir. Penglibatan Barat dan Pembinaan Negara Bangsa293TEMA3Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 293 11/11/2025 2:04:26 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


2 Sejak Perang Enam Hari pada tahun 1967, Israel telah menawan dan menduduki Tebing Barat, Gaza dan Baitulmuqaddis Timur. Pendudukan ini bukan hanya bersifat politik dan ketenteraan tetapi juga ekonomi.3 Hal ini dapat dilihat melalui kawalan langsung Israel terhadap tanah pertanian yang subur, sumber air utama dan infrastruktur pengangkutan dan pelabuhan. 4 Israel yang telah membina penempatan haram di tanah Palestin serta bertindak merampas ribuan hektar kawasan pertanian dan memindahkan hasil ekonomi kepada penduduk Yahudi di kawasan tersebut. 5 Pendudukan Israel telah menyebabkan rakyat Palestin tidak memiliki hak kawalan terhadap kastam, mata wang atau sempadan perdagangan. Selain itu, Palestin juga kehilangan kuasa untuk membina infrastruktur ekonomi bebas seperti pelabuhan, lapangan terbang atau kilang berskala besar. Rakyat Palestin juga dinafikan hak dalam kebebasan untuk bergerak bagi menjalankan perdagangan antara Gaza, Tebing Barat dan luar negara. 6 Kawalan terhadap Palestin oleh Israel ini telah menjadikan rakyat Palestin kehilangan hak terhadap kawalan ekonomi sehingga menyebabkan ekonomi Palestin semakin merosot. 7 Ramai rakyat Palestin khususnya lelaki terpaksa bekerja sebagai buruh di sektor binaan dan pertanian di Israel kerana peluang pekerjaan tempatan yang terhad. Sehingga akhir tahun 1980-an, lebih 30 peratus pendapatan keluarga Palestin terpaksa bergantung pada pekerjaan di Israel. 8 Walau bagaimanapun, pekerjaan ini tidak bersifat tetap akibat sekatan politik dan tindakan keselamatan Israel.Kesan Sosial Masalah Pelarian 1 Krisis pelarian Palestin merupakan antara isu kemanusiaan paling dominan dalam sejarah moden. Krisis ini berpunca daripada konflik Arab-Israel, khususnya Perang Arab-Israel 1948 (yang dikenali oleh orang Palestin sebagai Nakbah ) dan Perang Enam Hari pada tahun 1967. 2 Kedua-dua konflik ini telah menyebabkan pengusiran dan pemindahan paksa ratusan ribu rakyat Palestin dari tanah air mereka sehingga memaksa mereka mencari perlindungan di negara-negara jiran seperti Jordan, Lubnan, Syria dan Mesir. 3 Sehingga kini, isu pelarian Palestin terus menjadi akar utama kepada konflik Timur Tengah dan simbol kepada ketidakadilan sejarah yang berakar umbi dalam penjajahan, pengusiran dan penafian hak rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air. 4 Selepas penubuhan negara Israel pada 14 Mei 1948 dan pengunduran British dari Palestin telah membawa kepada tercetusnya perang antara Israel dengan gabungan negara-negara Arab. Perang yang tercetusnya ini telah menyebabkan lebih daripada 750,000 rakyat Palestin diusir keluar dari kawasan mereka yang mana kini telah menjadi sebahagian besar wilayah Israel moden. 5 Rakyat Palestin menjadi pelarian akibat serangan ketenteraan Zionis ke atas kampung dan bandar Palestin (seperti pembunuhan beramai-ramai di Deir Yassin), tindakan dasar pembersihan etnik secara sistematik untuk mengosongkan kawasan bagi penduduk Yahudi, ketakutan terhadap pembunuhan dan rampasan tanah. 6 Selain itu, Perang Enam Hari 1967 telah menyaksikan Israel menawan kawasan Tebing Barat, Gaza, Dataran Tinggi Golan dan juga Semenanjung Sinai. Dalam perang ini, 200,000 orang diusir dari Tebing Barat dan seramai 210,000 orang lagi dari Semenanjung Gaza. Penglibatan Barat dan Pembinaan Negara Bangsa294TEMA3Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 294 11/11/2025 2:04:26 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


7 Sehingga tahun 1968, jumlah pelarian Palestin yang berdaftar dengan UNRWA (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) ialah sekitar 700,000 yang tinggal di Jordan (termasuk pelarian lama di Tebing Timur dan Tebing Barat), 300,000 orang di Semenanjung Gaza, 150,000 orang di Lubnan dan 130,000 orang di Syria. Kemusnahan Moral 1 Peningkatan jumlah pelarian telah menyebabkan masalah kekurangan makanan yang sihat untuk pelarian. 2 Keadaan para pelarian amat menyedihkan dan berada dalam keadaan yang serba kekurangan. 3 Antara masalah yang dihadapi seperti masalah kekurangan zat makanan, keadaan khemah yang padat dan tidak selesa, terdedah kepada serangan-serangan kejam oleh tentera Israel dan masalah penyakit berjangkit.4 Keadaan kekurangan bekalan makanan yang berkhasiat dan seimbang ini akibat daripada kos yang semakin bertambah. 5 Emergency Fooding Programme oleh FAO terpaksa mengeluarkan tambahan kos sebanyak USD 3.5 juta bagi tahun 1968.6 Berikutan masalah yang tidak seimbang ini menyebabkan ramai pelarian mati kebuluran serta mengalami masalah tekanan mental dan budaya. Penularan Wabak Penyakit 1 Penularan wabak penyakit telah menimpa pelarian-pelarian akibat masalah kekurangan zat makanan.2 Antara penyakit yang dilaporkan ialah penyakit hipoproteinemia (kekurangan protein), penyakit skurvi (kekurangan vitamin C), penyakit beri-beri (kekurangan vitamin B), penyakit cheilosis dan arifkoflavinosis (akibat kekurangan vitamin B2).3 Jangka hayat pelarian juga telah menurun kepada purata 35 tahun atau kurang. 4 Kematian bayi akibat kekurangan zat makanan turut meningkat, iaitu sebanyak 200 kematian setiap 1,000 kelahiran atau satu untuk setiap lima yang hidup. 5 Masalah penyakit berjangkit juga dilaporkan membimbangkan misalnya di khemah pelarian Faramana, iaitu daripada 1432 orang pelarian yang menjalani ujian X-ray 1.7 peratus telah didapati positif tuberkulosis dan dianggarkan terdapat lebih 20,000 kes penyakit tuberkulosis dalam kalangan pelarian Palestin tahun 1967. Semak Cepat 3.51 Nyatakan faktor utama yang mencetuskan konflik Arab-Israel sejak tahun 1948.2 Apakah peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam konflik Arab-Israel?3 Bagaimanakah kesan Perang Enam Hari 1967 mempengaruhi hubungan Arab-Israel?4 Nyatakan usaha damai yang dijalankan melalui Perjanjian Camp David 1978.• Hubungan Arab-Israel merupakan konflik berpanjangan yang berpunca daripada penubuhan negara Israel pada tahun 1948 dan penolakan dunia Arab terhadapnya. • Konflik ini melibatkan siri peperangan seperti Perang Arab-Israel 1948, Perang Enam Hari 1967 dan Perang Yom Kippur 1973 serta isu berterusan seperti pelarian Palestin, penjajahan wilayah dan status Baitulmuqaddis. • Walaupun terdapat usaha damai seperti Perjanjian Camp David (1978) dan Oslo (1993), namun hubungan antara Israel dengan negara-negara Arab kekal tegang. Terdapat sebahagian negara memilih normalisasi, manakala yang lain terus menentang dasar Zionis. • Secara keseluruhan, hubungan ini mencerminkan ketegangan antara tuntutan nasionalisme Arab dengan realiti geopolitik Timur Tengah.Rumusan Topik 3.5Penglibatan Barat dan Pembinaan Negara Bangsa295TEMA3Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 295 11/11/2025 2:04:26 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1 Lengkapkan rajah di bawah berkaitan penubuhan negara Israel.(a)(d)(b)(e)(c)2 Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya konflik Arab-Israel.(a) (b)(c) (d)(e) (f)Faktor-faktor Konflik Arab-IsraelTinjau Topik 3.5Penglibatan Barat dan Pembinaan Negara Bangsa296TEMA3Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 296 11/11/2025 2:04:26 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 Lengkap rajah di bawah berkaitan dengan kesan konflik Arab-Israel dari aspek sosioekonomi.Kesan-kesan Konflik ArabIsrael dalam Sosioekonomi(a)(b)(c)Sosial(a)(b)(c)EkonomiBahagian A Soalan StrukturJawab semua soalan.1 Nyatakan dua sebab utama penubuhan negara Israel pada tahun 1948. [4]2 Berikan dua sebab utama penentangan Arab terhadap penubuhan negara Israel. [4]3 Nyatakan dua faktor kekalahan negara-negara Arab dalam Perang Enam Hari 1967. [4]4 Nyatakan dua sebab Intifada Pertama (1987) tercetus di wilayah Palestin. [4]5 Nyatakan dua peranan Mesir dalam usaha damai Arab-Israel. [4]Bahagian B Soalan EseiJawab semua soalan.1 Analisiskan kesan penubuhan negara Israel 1948 terhadap politik, masyarakat dan keselamatan dunia Arab. [20]2 Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada tercetusnya konflik Arab-Israel. [20]Fokus STPM 3.5Penglibatan Barat dan Pembinaan Negara Bangsa297TEMA3Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 297 11/11/2025 2:04:27 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Masa: Dua jamBahagian A[20 markah]Jawab semua soalan.Bahagian B[60 markah]Jawab dua soalan sahaja.1 Berikan empat kepercayaan yang menjadi amalan masyarakat Arab jahiliah. [4]2 Nyatakan empat kepentingan Piagam Madinah dari aspek politik pada zaman pentadbiran Nabi Muhammad SAW. [4]3 Berikan dua karya Ibn Sina dalam bidang perubatan yang telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat pada hari ini. [4]4 Berikan empat cukai yang dihapuskan oleh Maharaja Aurangzeb semasa pemerintahannya. [4]5 Berikan empat tujuan utama penubuhan Ikhwanul Muslimin di Mesir. [4]1 Bincangkan ciri-ciri masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW di Madinah dari aspek akidah, wanita, ilmu pengetahuan dan ekonomi. [20]2 Bincangkan peranan institusi baitulmal pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. [20]3 Penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama memberi kesan politik dan ekonomi kepada kerajaan Turki Uthmaniyah. Bincangkan. [20]Kertas Model STPM 940/2298Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 298 11/11/2025 2:04:27 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


JAWAPANJawapanTEMA 1 Masyarakat, Politik dan Pentadbiran1.1 Transformasi MasyarakatSemak Cepat 1.11 Masyarakat zaman jahiliah jahil daripada aspek akidah, ibadat dan akhlak.2 Ekonomi (a) Zaman jahiliah mengamalkan eksploitasi perdagangan satu hala dengan mengenakan tekanan terhadap kaum Badwi. Aktiviti ekonomi banyak yang bertentangan dengan syariat Islam seperti menjual berhala, amalan riba, menipu dalam sukatan dan timbangan dan menjadikan aktiviti merompak sebagai sumber ekonomi mereka. (b) Zaman Islam memperkenalkan dasar ekonomi mengikut syariat Islam seperti menghapuskan riba, menggalakkan perdagangan tanpa penipuan dan penindasan. Nabi Muhammad SAW menggalakkan umat Islam menceburi bidang pertanian dan perniagaan. Hal ini menyebabkan ekonomi umat Islam meningkat maju sehingga dapat mengatasi kegiatan monopoli orang Yahudi dalam ekonomi. 3 Golongan baharu, iaitu golongan al-Riddah, golongan ahl-al-Ayyam, golongan al-Qurra dan golongan Khawarij.Tinjau Topik 1.11 Konsep masyarakat jahiliah: (a) Takrif dari segi bahasa – Perkataan jahiliah berasal daripada kata “jahala” dan kata terbitan \"jahlun” yang bermaksud tiada tahu, bodoh dan sesat. (b) Takrif menurut al-Quran - Keadaan jiwa yang menolak hidayah dan petunjuk Ilahi serta keadaan yang bersifat menentang hukum Allah SWT. Perkataan jahil disebutkan dalam al-Quran sebanyak 24 kali dalam 17 surah dan empat ayat (surah Ali Imran ayat 154, surah al-Maidah ayat 50, surah al-Ahzab ayat 33 dan surah al-Fath ayat 2).2 Dua ciri golongan masyarakat Arab jahiliah di Makkah: (a) Masyarakat Badwi – Masyarakat yang menetap di luar bandar seperti di kampung dan kawasan pedalaman. – Penempatan utama adalah di bahagian tengah dan utara Tanah Arab. – Menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. – Mempunyai sifat yang tahan lasak, suka berperang, menyerang, berani, keras hati, semangat gotongroyong, pemurah, amanah dan mematuhi janji serta mempertahankan kehormatan kabilah sendiri. (b) Masyarakat Hadari – Masyarakat Arab yang menetap di bandar dan pinggir bandar di bahagian selatan, tengah dan utara Tanah Arab. – Sumber ekonomi ialah perdagangan, pertanian dan pertukangan. – Corak kehidupan ialah memiliki kemewahan, kesenangan hidup dan tinggal menetap.3 Perjanjian Aqabah I: (a) Bila – Pada tahun 621 Masihi apabila rombongan seramai 12 orang (10 kaum Khazraj dan dua kaum Aus) mengadakan pertemuan dengan Rasulullah SAW. (b) Isi perjanjian: (i) Berjanji tidak menyekutukan Allah SWT dengan apa-apa jua pun(ii) Tidak mencuri(iii) Tidak berzina(iv) Tidak membunuh anak perempuan(v) Tidak berbohong sama ada disengajakan atau tidak disengajakan terhadap diri sendiri atau orang lain dan tidak derhaka dalam perkara yang baik4 Ciri keadilan sistem ekonomi masyarakat Islam: (a) Menolak amalan riba (b) Menolak penindasan yang dilaksanakan oleh masyarakat jahiliah (c) Menunaikan zakat (d) Digalakkan bersedekah dan berwakaf (e) Masyarakat bukan Islam membayar jizyah atau pajak5 Golongan murtad: (a) Siapa: Golongan daripada kabilah-kabilah Arab yang menerima Islam dengan tujuan mendapatkan perlindungan politik dari negara Islam. (b) Kenapa murtad:(i) Mereka ialah pengikut golongan nabi palsu. (ii) Baru memeluk Islam dan belum memahami ajaran Islam secara mendalam terutama yang tinggal jauh dari Madinah. (iii) Menganggap ajaran Islam hanya mengongkong daripada keseronokan kehidupan jahiliah. (c) Kawasan: Di Bahrain, Oman, Hadramaut, Mahrah dan Yaman.6 Peluasan wilayah Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin: (a) Khalifah Abu Bakar al-Siddiq – Iraq dan Syria (b) Khalifah Umar bin al-Khattab – Afrika Utara, Asia Timur dan Khurasan (c) Khalifah Uthman al-Affan – Cyprus, Afganistan, Samarkand, Libya, Algeria, Tunisia dan MoroccoFokus STPM 1.1Bahagian ASoalan Struktur1 Suku kaum Aus di Madinah: (a) Bani Abd al-Asyhal (b) Bani Amr bin Auf (c) Bani Umaiyah (d) Bani Lauzan (e) Bani Hubaib (f) Bani Dabi'ah (g) Bani Zafar[Pilih mana-mana empat jawapan]2 Berhala yang dianggap besar di Makkah: (a) al-Uzza: Berhala yang paling terkemuka, ditempatkan di Wadi Nakhla dan diberi hadiah korban anak gadis pada setiap tahun. (b) al-Manat: Berhala yang disembah oleh suku Aus, Khazraj dan Asad yang terletak di Abu Qudayd. (c) al-Latta: Berhala ini dijadikan Tuhan oleh suku Thaqis dan Taif, dianggap suci dan ditempatkan di kota Makkah.[Pilih mana-mana dua jawapan]Jawapan299Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 299 11/11/2025 2:04:28 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


JAWAPANJawapan• Jawatan Syeikh ini biasanya diwarisi oleh anak-anaknya, dengansyarat pada diri mereka terdapat kebolehan yang setanding atau melebihi bapa mereka.• Syeikh berperanan menjaga keamanan kabilah, membuatperjanjian dengan kabilah-kabilah lain sekiranya timbul perselisihan dan bertanggungjawab melayan tetamu yang hadir serta memberikan perlindungan. Perundangan• Sistem perundangan tidak sistematik. Undang-undangberasaskan kepada semangat assabiyah dan bersifat balas dendam. Setiap puak berpegang kepada undang-undang yang ditetapkan oleh kabilahnya yang tersendiri. Misalnya, jika seorang individu dalam kelompok kabilah mengalami permasalahan, maka kabilah akan menuntut balas.Politik (Politik masyarakat Hadari)• Politik masyarakat Hadari pula lebih mengutamakan keamanandan tunduk di bawah suatu kuasa pentadbiran yang tetap dan mantap.• Pentadbiran politik masyarakat Hadari lebih bertamadunkerana kematangan yang diperoleh hasil keterlibatan mereka dalam perdagangan antarabangsa serta urusan yang melibatkan hubungan dengan bangsa-bangsa asing yang mempunyai peradaban tinggi.• Pentadbiran dimonopoli oleh golongan bangsawan Quraisy,pentadbiran bercorak aristokrasi dan menubuhkan Majlis Kabilah. • Majlis Kabilah merupakan institusi pentadbiran yangmenguruskan tatacara dan perjalanan hidup masyarakat, berperanan memastikan setiap kabilah mempunyai bidang tugas pentadbiran masing-masing. • Terdapat beberapa majlis yang dibentuk untuk menguruskanbidang-bidang tertentu. Antaranya ialah as-Siqayah yang menguruskan air zam-zam bagi orang yang mengerjakan haji, ar-Rifadah yang menguruskan makanan bagi orang yang mengerjakan haji, al-Hijabah yang menguruskan kunci keselamatan Kaabah, an-Nadwah yang mentadbir pemerintahan dan undang-undang, al-Qiyadah yang menguruskan ketenteraan dan keamanan dan al-Liwa’ yang menguruskan bendera negara. • Ketua kabilah dipilih daripada ahli-ahli kabilah. Setiapperwakilan kabilah ini akan mengadakan mesyuarat bersama untuk melicinkan pengurusan mereka di Balai Musyawarah yang dikenali dengan Darul Nadwah. Ekonomi Aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perdagangan• Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama bagi masyarakatArab jahiliah. Kawasan pertanian tertumpu di kawasan lembahlembah yang subur dan terdapat mata air atau oasis.• Misalnya, di Yaman, tanaman gandum dan kopi giat diusahakan.Oman pula tertumpu pada tanaman sekoi dan padi. Daerah Taif pula merupakan kawasan pertanian yang terkenal dengan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan. • Hasil pertanian ini kemudiannya dijual ke kota-kota sepertiMakkah dan Madinah. • Teknologi pertanian pelbagai kaedah digunakan bertujuanmenyuburkan tanah seperti sistem saliran, penggunaan baja semula jadi daripada sisa tanaman dan haiwan tanah tertentu, seperti cacing dan anai-anai serta menggunakan teknik kacukan pokok. Selain itu, peralatan pertanian seperti alat bajak, cangkul, dan serampang peladang (pitchfork) turut digunakan untuk menanam.• Masyarakat bandar terlibat dalam bidang perdagangan.Perdagangan dilakukan secara sistematik, iaitu para pedagang keluar berdagang secara kafilah.• Aktiviti perdagangan berdasarkan kepada dua musim, iaitu padamusim sejuk, masyarakat Arab jahiliah berdagang ke selatan Tanah Arab (Yaman) dan pada musim panas, mereka berdagang ke utara Arab (Syam) sama ada melalui jalan laut mahupun darat. 3 Suku kaum Yahudi yang menetap di Madinah: (a) Bani Qainuqa’ tinggal di dalam kota Madinah dan mempunyai kedudukan yang tinggi. (b) Bani Nadhir berada di Aliyah, di lembah Baththan. (c) Bani Quraizhah mendiami di wilayah Mazhur.[Pilih mana-mana dua jawapan]4 Fasa pendidikan Islam yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW: (a) Fasa awal, pembelajaran mengenai ilmu tauhid, al-Quran, pendidikan yang bersifat pengembangan akhlak dan ilmiah, iaitu mempelajari kejadian manusia ketika diciptakan, pendidikan akhlak, pendidikan jasmani dan kesihatan serta pendidikan kebersihan. (b) Fasa penyempurnaan (kedua), pendidikan sosiopolitik, antaranya pelaksanaan pendidikan ukhwah, pendidikan kesejahteraan sosial dan pertahanan negara. 5 Ketua nabi palsu yang wujud pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin: (a) Tulaihah al-Khuwailid daripada Bani Asad di Najed, Arab Tengah. (b) Al-Aswad al-Ansi daripada Bani Mazhaj di Yaman. (c) Sajjah binti Al-Harith bin Suwaid bin Aqfan daripada Bani Tamim di Yamamah. (d) Musailamah al-Kazzab yang berpusat di Yamamah.6 Sumber perundangan Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin: (a) Al-Quran (b) Hadis (c) Ijmak (d) IjtihadBahagian BSoalan Esei1 Ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW: Pengenalan• Perkataan jahiliah dari aspek bahasa berasal dari kata “jahala” dan kata terbitan \"jahlun” yang bermaksud tiada tahu, bodoh dan sesat. • Menurut Kamus Dewan [Edisi Keempat], jahiliah ialah gelaran kepada masyarakat Arab sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, iaitu zaman yang tidak menerima kebenaran ajaran para nabi dan rasul sebelum kedatangan Islam. • Al-Quran pula menjelaskan bahawa jahiliah bermaksud keadaanjiwa yang menolak hidayah dan petunjuk Ilahi serta keadaan yang bersifat menentang hukum Allah SWT. Perkataan jahil disebutkan dalam al-Quran sebanyak 24 kali dalam 17 surah dan empat ayat, yang terkandung dalam surah Ali Imran ayat 154, al-Maidah ayat 50, al-Ahzab ayat 33 dan al-Fath ayat 2.• ZamanjahiliahinijugamerujukmasyarakatArabdiSemenanjungTanah Arab selepas waktu kemusnahan empangan Ma'arib di Saba' pada tahun 300 Masihi. Tempoh zaman jahiliah ialah sekitar 310 tahun yang bermula daripada tahun 300 Masihi sehingga 610 Masihi. Pada ketika itu, tidak ada masyarakat yang mengikut mana-mana ajaran nabi dan rasul yang terdahulu sama ada Nabi Sulaiman a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. atau mana-mana nabi dan rasul yang lain.• Ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab jahiliah dapat dilihat dariaspek politik, ekonomi dan sosial. Isi-isi penting Politik (Politik masyarakat Badwi berasaskan sistem kabilah)• Sistem ini berasaskan kesetiaan yang menyebabkan masyarakatBadwi bertindak secara kolektif untuk melindungi anggotanya dan menggalas tanggungjawab secara bersama. Ketua setiap kabilah dikenali sebagai Syeikh. Syeikh yang dilantik memiliki sifat-sifat keberanian, pemurah, bijaksana dan juga seorang hartawan. 300Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 300 11/11/2025 2:04:28 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


JAWAPANJawapan• Mereka juga melaksanakan perdagangan antarabangsa sepertiIndia, Parsi, Mesir dan di bahagian utara Semenanjung Tanah Arab seperti Syria dan Palestin. Kota Makkah menjadi pusat perdagangan utama dan dikunjungi ramai pedagang luar. • MasyarakatArabjahiliahjugamelaksanakanaktivitiperdaganganyang berasaskan riba. Amalan riba ini terdapat dalam jual beli dan pinjam-meminjam. Amalan ini tidak ada tolak ansur dan tidak ada belas kasihan. Kesannya, wujudnya golongan kaya dan golongan miskin serta berlaku penindasan terhadap golongan miskin dan lemah. Perusahaan dan penternakan• Perusahaan yang diusahakan ialah menenun, barangan kulit,minyak wangi, kaca, membuat senjata seperti pedang, pisau, tombak, panah dan perisai. Kawasan utama adalah di daerah Yaman dan Hirah yang terkenal dengan aktiviti penenunan dan barangan kulit. • Kegiatan perusahaan mengukir pelbagai patung berhala ialahperusahaan yang paling banyak diusahakan dan menjadi salah satu barangan yang diperdagangkan di Makkah dan Madinah kerana kedua-dua bandar ini menjadi pusat kegiatan agama kerana adanya Kaabah.• Aktiviti penternakan dijalankan di kawasan pedalaman olehmasyarakat Arab Badwi. Binatang yang diternak adalah seperti kambing, kambing biri-biri dan unta di kawasan oasis dan wadi. • Hasil daripada penternakan, iaitu susu, daging dan kulit untukpakaian atau mereka menjual sebahagian daripada ternakan mereka untuk memenuhi keperluan hidup. Sosial• Masyarakat Arab jahiliah mempunyai sifat al-Ghazw (peperangan) dan hamasah (kepahlawanan) dalam kalangan masyarakat Badwi. Sifat ini berkait rapat dengan sifat assabiyah dalam kehidupan masyarakat Arab jahiliah yang berasaskan daripada kesetiaan yang melulu terhadap suku sendiri, tanpa mempersoalkan kebenaran. Hal inilah yang membawa kepada peperangan yang kerap berlaku dalam masyarakat Arab dan berlanjutan begitu lama. Misalnya, peperangan al-Basus antara Bani Taghlib dengan Bani Bakr yang berlanjutan selama 40 tahun.• Masyarakat Arab jahiliah juga memiliki nilai-nilai yang terpuji.Mereka memiliki sifat sabar dalam mengharungi kesukaran dengan kegigihan. • Selain itu, masyarakat Arab jahiliah juga memiliki sifat muru'ah (maruah), al-Karam dan al-Diyafah, iaitu sifat membantu orang miskin dan memuliakan tetamu. Sifat muru'ah melahirkan sifatsifat positif yang diterima dalam masyarakat seperti sifat-sifat kelakian, kepahlawanan, pemurah, setia, menepati janji dan surnpah. • Sifatal-diyafah pula memperlihatkan kesanggupan mereka untuk mengorbankan kepentingan peribadi untuk tetamu, golongan miskin atau lemah. Misalnya, apabila tengah malam, mereka akan memasang api di tempat-tempat tinggi untuk menolong pengembara yang sesat dan apabila seseorang itu meminta bantuan sesuatu kaum, maka menjadi tanggungjawab kaum tersebut melindunginya.• Kedudukan wanita sangat rendah atau hina. Kaum wanita jugadijadikan sebagai alat untuk memuaskan nafsu lelaki. Walau bagaimanapun, bukan semua wanita pada zaman jahiliah berada dalam keadaan yang hina kerana ada kaum wanita yang boleh dinilai dari segi nilai yang baik. Misalnya, wanita daripada golongan bangsawan mempunyai kebebasan untuk melaksanakan segala kemahuan, kehendak dan menyuarakan pendapatnya. Misalnya, Khadijah binti Khuwailid yang merupakan seorang saudagar yang berjaya dalam perniagaannya serta dipandang mulia oleh masyarakat Arab jahiliah. Peranan wanita yang mulia juga adalah untuk melahirkan zuriat yang baik, penyusuan dan juga dalam peperangan. Misalnya, wanita di kawasan luar bandar dipandang baik kerana mereka terlibat dalam penyusuan bayi bagi memastikan bayi dibesarkan dalam keadaan semula jadi di samping mempunyai kekuatan dan kemahiran berbahasa. Contohnya, Halimah al-Sa’diah.• Masyarakat Arab jahiliah mempunyai ilmu pengetahuanmengenai sejarah bangsa-bangsa terdahulu, ilmu geografi mengenai kelautan, perjalanan di lautan, pengetahuan mengenai angin, bintang-bintang yang dijadikan petunjuk dalam pelayaran. Sebahagian masyarakat Arab jahiliah juga mempunyai pengetahuan ilmu perubatan seperti kemahiran mengenal pasti penyakit dan cara pengubatannya serta ubat-ubatan. Antara tokoh perubatan terkenal, al-Harith bin Kaldah al-Thaqafi, al-Nadar bin al-Harith dan Zuhair bin Khabab. Pengetahuan ilmu sejarah juga berkembang dalam masyarakat Arab jahiliah. Tumpuan diberikan kepada sejarah keturunan dan peristiwa politik setiap suku kaum. Masyarakat Arab jahiliah sangat menghargai syair. Syair-syair yang dicipta akan dipertandingkan di pasar Ukaz, Majinnah dan Zul Majaz. Kesimpulan• Masyarakat Arab jahiliah ialah masyarakat yang mempunyaiketamadunan dan hanya menolak agama yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW serta mengamalkan cara hidup yang rendah akhlaknya.• Kedatangan Islam mengubah kehidupan dan akhlak masyarakatArab jahiliah.2 Usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam membina ummah di Madinah: Pengenalan• Kedatangan Nabi Muhammad SAW ke Madinah yang terletak keutara Madinah telah disambut baik oleh masyarakat Madinah yang terdiri daripada kaum Arab dan Yahudi. • Nabi Muhammad SAW telah membawa penyatuan dalamkalangan masyarakat Madinah dengan menggunakan konsep ummah. Konsep ummah, iaitu masyarakat atau umat manusia. • Perkataan ummah disebut 40 kali dalam al-Quran. Umat-umatyang disebut dalam al-Quran termasuklah umat Nabi Ibrahim a.s., Nabi Isa a.s. dan umat Nabi Muhammad SAW. • Dalam konteks Madinah, ummah meliputi orang Islam danbukan Islam seperti kaum Yahudi dan Kaum Nasrani. • Konsep ummah ialah masyarakat yang mematuhi undangundang negara Islam yang termaktub dalam Piagam Madinah. Apabila kaum Yahudi disingkirkan dari Madinah maka konsep ummah terbatas kepada umat Islam sahaja. Isi-isi penting Memperkasakan fungsi masjid• Rasulullah SAW terlebih dahulu mengasaskan pembinaanmasjid yang pertama, iaitu Masjid Quba dan seterusnya Masjid Nabawi. Pembinaan masjid ini bukan hanya sebagai tempat beribadat sahaja, malah Rasulullah SAW telah memperkasakan fungsi masjid dengan menjadikannya sebagai tempat pertemuan masyarakat kaum Muslimin untuk membincangkan hal-hal semasa termasuk urusan agama, politik, ekonomi dan sosial. • Dalam masjid, masyarakatIslam mempelajari agama, peraturanperaturan kemasyarakatan dan ayat-ayat al-Quran. Memperkukuh persaudaraan• Rasulullah SAW memperkukuhkan persaudaraan umat Islam,iaitu penyatuan Ansar dan Muhajirin. Persaudaraan antara kaum Muslimin yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW adalah lebih luas, iaitu kerjasama antara sesama Islam.• Pengukuhan persaudaraan ini membolehkan wujudnyapergaulan mesra seperti saudara kandung. Misalnya, Sayidina Umar al-Khattab dengan Utbah bin Malik, Hamzah bersaudara dengan Zaid, Abu Bakar bersaudara dengan Kharijah bin Zuhair, Abu Ubaidah bersaudara dengan Saad bin Mu’az, Ammar dengan Huzaifah dan Bilal dengan Abu Ruwaihah serta banyak lagi. Kesannya, dapat mempercepat pembentukan masyarakat Madinah yang mantap dan mengukuhkan negara Islam Madinah.301Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 301 11/11/2025 2:04:28 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


JAWAPANJawapanPenguatkuasaan Piagam Madinah• Nabi Muhammad SAW menggubal dan menguatkuasakanPiagam Madinah kepada seluruh masyarakat di Madinah. Piagam Madinah mampu memperkukuh kedudukan pelbagai kaum kerana undang-undang yang ada menjadi asas dan teras kepada pemerintahan dan pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu. • Kesemua masyarakat Madinah mempunyai tanggungjawabmenjaga kedaulatan negara, kebebasan beragama dan juga membantu dalam urusan ekonomi. • Buktinya dalam fasal 25, golongan Yahudi merupakan ummahbersama orang-orang Mukmin. Malah golongan Yahudi dan Nasrani menerima status mereka sebagai Zimmi dan patuh kepada Perlembagaan Madinah. Hal ini membuka jalan kepada pembentukan masyarakat Madinah pelbagai kaum di bawah pemerintahan kerajaan Islam.Keadilan dan kesejahteraan sosial• Rasulullah SAW menegakkan keadilan dan kesejahteraan sosialdalam kalangan masyarakat Madinah. Pelaksanaan dilakukan melalui amalan sistem ekonomi Islam, hubungan antarabangsa, perundangan dan syura. • Misalnya, dalam hubungan antarabangsa, Baginda menghantarsurat kepada pemimpin-pemimpin luar dan para pendakwah. Surat tersebut mengandungi ajakan memeluk agama Islam atau berada dalam kekuasaan negara Islam. Sebagai contoh, surat kepada Raja Najashi di Habsyah dan Baginda turut menghantar utusan kepada Hercules di Rom, Parsi dan Mesir. • Selain itu, Rasulullah SAW juga menggalakkan masyarakatMadinah berniaga, menghapuskan unsur penindasan dalam ekonomi serta menghapuskan amalan riba. Dengan ini, Baginda berjaya memperkasa sistem ekonomi Islam. Buktinya, pemulihan ekonomi yang sebelum ini dikuasai oleh golongan Yahudi dan terdapatnya pusat perdagangan baharu di Madinah.Kebebasan beragama• Pelaksanaan kebebasan beragama dalam pembinaan ummah.Masyarakat Madinah boleh mengamalkan agama mereka selagi mereka patuh pada undang-undang yang termaktub di dalam Piagam Madinah tanpa diganggu-gugat oleh masyarakat Islam.• Kebebasan ini jelas membuktikan bahawa Islam menghormatikebebasan beragama, iaitu tiada paksaan dalam kepercayaan setiap individu, menghindarkan permusuhan antara masyarakat dan mengelakkan kaum Yahudi menyebarkan agama mereka di Madinah.Mengawal dan membendung kaum munafik• Rasulullah SAW seterusnya mengawal dan membendung kaummunafik.• Golongan munafik merupakan golongan yang berpura-puramemeluk Islam tetapi berniat jahat untuk memecahbelahkan dan menghancurkan masyarakat Islam. • Antara masalah yang ditimbulkan oleh golongan ini dapat dilihatdalam peristiwa Perang Uhud, Perang Khandak dan sebelum Perang Tabuk.• Ketua golongan munafik ialah Abdullah bin Ubay mempunyaihubungan erat dengan golongan Yahudi dan merupakan musuh utama umat Islam Madinah. Buktinya, Abdullah bin Ubay memihak kaum Yahudi Qainuqa’ semasa Perang Uhud, dia dan pengikutnya menarik diri daripada peperangan itu kerana tidak bersetuju dengan tindakan Nabi Muhammad SAW. Penyingkiran kaum Yahudi• Penyingkiran ini dilakukan bagi mengukuhkan ummah.Penyingkiran Kaum Yahudi dibuat secara perundangan berteraskan keadilan. Kaum Yahudi ialah musuh dalaman Madinah sama ada secara terbuka ataupun secara senyap. Misalnya, melaksanakan gangguan terhadap orang Islam, cuba memecahbelahkan perpaduan umat Islam.• Buktinya, mereka mengganggu perempuan Muslim di pasarBani Qainuqa’ sehingga berlakunya pergaduhan. Selain itu, mereka merancang pembunuhan Rasulullah SAW ketika Baginda melawat perkampungan Yahudi Bani Nadhir dan memperkecil kemenangan dan kebolehan orang Islam dalam Perang Badar. Penyingkiran kaum Yahudi membawa kepada keamanan negara Islam amnya dan pengukuhan ummah khasnya.Kepimpinan melalui teladan• Nabi Muhammad SAW memperlihatkan kepimpinan melaluiteladan melalui sifat kepimpinan seperti siddiq, amanah, tabligh, fatanah dan hikmah dalam pemerintahan dan pentadbiran.• Misalnya, Baginda memperkasakan masjid, memperkukuhkanpersaudaraan semasa Islam dan juga membuat perjanjian dengan golongan bukan Islam di Madinah. Melalui pergaulan pula, Baginda menghadiri urusan masyarakat seperti perkahwinan, kematian, menziarahi orang sakit dan memuliakan tetamu.• Jelas, kepimpinanan Baginda berjaya menyatu danmembangunkan masyarakat Madinah yang berbilang kaum. Kesimpulan• Masyarakat Islam berasaskan konsep ummah dan berkembangkepada pengasasan negara Islam yang pertama di Madinah.• Masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW ialahmasyarakat yang mengamalkan ajaran Islam dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT. 1.2 Politik dan PentadbiranSemak Cepat 1.2.11 Tujuan Piagam Madinah: (a) Menyatukan penduduk Madinah antara orang Islam dengan orang bukan Islam. (b) Penetapan dasar bagi sebuah negara Islam yang berdaulat. (c) Menentukan hubungan dan tanggungjawab antara semua masyarakat Madinah. 2 Isi penting Piagam Madinah: (a) Ketua negara (b) Kesatuan umat Islam (c) Keadilan sosial (d) Tanggungjawab menjaga negara Madinah (e) Keamanan dan perdamaian (f) Kerjasama ekonomi3 47 fasalSemak Cepat 1.2.21 Ciri-ciri khilafah: (a) Berdasarkan syariat Islam (b) Ketua negara ialah khalifah (c) Penyatuan umat Islam2 Pusat pemerintahan Khulafa al-Rasyidin ialah Madinah.3 Tugas khalifah: (a) Menjalankan tugas pemerintahan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah (b) Menjaga kepentingan agama dan masyarakat Islam (c) Menyelesaikan permasalahan mengikut hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah (d) Berjihad menentang musuh Islam (e) Memperkasakan ekonomi Islam (f) Membelanjakan harta negara dengan amanah (g) Melantik orang yang amanah dalam menguruskan urusan pemerintahanSemak Cepat 1.2.3 (a)1 Tiga faktor penyebaran Islam di China: (a) Kegiatan dakwah (b) Kegiatan perdagangan (c) Hubungan diplomatik2 Nama bandar: (a) Bandar Chow (Kanton) (b) Chuan Chow (Kwantung)302Teks Efektif STPM Sejarah Islam (S2) 2025.indb 302 11/11/2025 2:04:28 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version