The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISBN: 978-629-7536-02-4
Price: WM: 17.90 / EM: 18.90

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-04-03 21:24:15

Revisi Cepat Pendidikan Moral Ting 123

ISBN: 978-629-7536-02-4
Price: WM: 17.90 / EM: 18.90

44 Tingkatan 1 Unit 9Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Keselamatan Kawasan Terjamin SP 3.2.4 Melahirkan perasaan apabila keselamatan kawasan kediaman terjamin 1 Keselamatan kawasan kediaman yang terjamin akan memberikan pelbagai perasaan kepada penduduk. Penduduk akan berasa tenang, gembira dan dapat meneruskan urusan harian tanpa kerisauan. 2 Antara perasaan yang akan dirasai oleh penduduk: (a) Melahirkan perasaan gembira kerana kawasan kediaman selamat dan dapat menjalankan aktiviti harian dengan baik (b) Bahagia melihat jiran tetangga bersatu dan bekerjasama memastikan kawasan kediaman komuniti yang aman dan selamat (c) Gembira apabila dapat membuat rondaan Rukun Tetangga mengikut giliran yang ditetapkan di kawasan kediaman (d) Seronok apabila menjalankan aktiviti di kawasan kediaman secara gotong-royong (e) Komited dalam memastikan program seperti menjaga keselamatan dan kebersihan di kediaman berjalan lancar agar dapat mewujudkan komuniti yang bahagia dan kawasan kediaman yang ceria. Penglibatan Diri dalam Aktiviti Menjaga Keselamatan Kawasan Kediaman SP 3.2.5 Melibatkan diri tanpa mengira kaum dalam aktiviti menjaga keselamatan kawasan kediaman 1 Setiap penduduk kawasan kediaman perlu menyertai apa-apa jua aktiviti berfaedah untuk mewujudkan hubungan yang erat supaya dapat menjaga keselamatan kawasan kediaman dengan baik. 2 Permuafakatan yang jitu dan mantap dapat membendung ancaman buruk dan melahirkan komuniti yang aman dan selamat. 3 Antara aktiviti menjaga keselamatan kawasan kediaman yang memerlukan penglibatan diri: (a) Meronda kawasan kediaman mengikut giliran yang ditetapkan oleh AJK Rukun Tetangga (b) Melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan belukar dan kawasan terbiar (c) Menyertai kempen kesedaran untuk menangani aktiviti gejala sosial yang negatif (d) Melaporkan kepada pihak berkuasa kes yang berlaku seperti curi, ragut, jenayah dan sebagainya Galeri Info Antara program dan kempen kesedaran yang boleh dianjurkan untuk menjaga keselamatan • Sayangi Jiran • Kami Prihatin • Bersih • Kawasan Kami Nyaman RC PT3 PM Tg1 2023 B9.indd 44 14/3/2023 12:05:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


45 Tingkatan 1 Unit 10Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Nota Grafik Unit 10 Kemudahan Awam Dijaga Bersama Cara Menjaga Kemudahan Awam dan Kepentingan Menjaganya Kesan Perbuatan Vandalisme Perasaan terhadap Vandalisme Kemudahan Awam Cara Menjaga Kemudahan Awam Kepentingan Menjaga Kemudahan Awam Hospital Mematuhi peraturan yang disediakan Memastikan peralatan dalam keadaan yang baik Komuter/ LRT/ MRT Tidak makan dan minum serta menconteng dinding Memberikan keselesaan kepada pengguna Perpustakaan awam Meletakkan buku yang tidak digunakan di tempat yang disediakan Memastikan buku mudah disusun semula dan buku dalam keadaan yang baik Taman rekreasi Tidak membuang sampah di merata-rata tempat Mengelakkan penyakit dan memastikan persekitaran sentiasa bersih Tandas awam Mengepam tandas setiap kali selepas digunakan Menghindarkan bau yang tidak menyenangkan Marah kerana tidak dapat menggunakan kemudahan awam dengan selesa Sedih kerana imej negara tercemar Kecewa dengan sikap dan perbuatan vandalisme sebahagian masyarakat Menyusahkan orang ramai yang ingin menggunakan kemudahan tersebut 1 Mencacatkan pemandangan persekitaran 3 Membazirkan wang negara yang sepatutnya digunakan untuk tujuan pembangunan 2 Menjejaskan imej dan nama baik negara 4 Perasaan terhadap Vandalisme RC PT3 PM Tg1 2023 B10 2nd.indd 45 14/3/2023 12:05:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


46 Tingkatan 1 Unit 10Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Kepentingan Kemudahan Awam SP 3.3.1 Memerihalkan kepentingan kemudahan awam kepada masyarakat 1 Sebagai rakyat Malaysia, kita patut bersyukur dan berbangga dengan kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan. 2 Antara kemudahan awam yang terdapat di Malaysia: (a) Hospital (b) Transit Aliran Ringan (LRT) (c) Pusat Transformasi Bandar (UTC) (d) Tandas awam (e) Tempat parkir (f) Taman permainan (g) Perpustakaan 3 Kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan adalah untuk kegunaan dan manfaat orang ramai dalam sesebuah negara. Hospital Taman permainan Dewan orang ramai Perpustakaan Komuter/LRT/Monorel Pusat Transformasi Bandar (UTC) Gambar 10.1 Kemudahan awam di Malaysia 10 Kemudahan Awam Dijaga Bersama Unit 3.3 Hargai Kemudahan Awam Bidang 3: Hubungan antara Diri, Komuniti dan Masyarakat Kerjasama Patriotisme Kesederhanaan Berterima Kasih Bertanggungjawab Cadangan Nilai RC PT3 PM Tg1 2023 B10 2nd.indd 46 14/3/2023 12:05:53 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


47 Tingkatan 1 Unit 10Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Cara Menjaga Kemudahan Awam SP 3.3.2 Menghuraikan cara menjaga kemudahan awam secara bersama 1 Setiap pihak harus bertanggungjawab ketika menggunakan semua kemudahan awam agar dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. 2 Perbuatan seperti menconteng dinding tandas, tidak mengepam tangki tandas selepas menggunakannya, merosakkan pili air bomba dengan sengaja dan tidak menjaga kebersihan LRT tidak seharusnya berlaku dalam kalangan masyarakat. 3 Antara panduan menggunakan kemudahan awam yang betul adalah: (a) Mematuhi peraturan bagi setiap tempat (b) Tidak bertolak-tolak dalam komuter/LRT/MRT (c) Membuang sampah di tempat yang ditetapkan (d) Mengepam air dan memastikan tandas bersih Imbas Kod QR atau layari https://www.youtube.com/ watch?v=q9LYXQihOFY tentang projek MRT di Malaysia. PAK-21 4 Kepentingan menjaga kemudahan awam dapat diringkaskan dalam rajah berikut: Hospital Komuter/ LRT/MRT Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perpustakaan Taman rekreasi Orang ramai boleh mendapat rawatan dengan kadar yang rendah. Orang ramai mudah bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain. Orang ramai boleh menyelesaikan pelbagai urusan. Orang ramai boleh membaca dan membuat rujukan. Orang ramai boleh istirehat dan beriadah. Peta Dakap RC PT3 PM Tg1 2023 B10 2nd.indd 47 14/3/2023 12:05:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


48 Tingkatan 1 Unit 10Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Kesan Vandalisme SP 3.3.3 Meramalkan kesan vandalisme 1 Perbuatan vandalisme memberikan kesan terhadap masyarakat dan negara. 2 Pihak kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk proses membaik pulih dan penyelenggaran kemudahan awam yang rosak akibat perbuatan vandalisme. 3 Selain daripada pembaziran wang negara, vandalisme juga menyusahkan orang ramai yang ingin menggunakan kemudahan awam itu. 4 Perkara ini juga menjejaskan imej dan nama baik negara kerana pelancong dan orang asing akan mempunyai persepsi yang negatif ketika menggunakan kemudahan awam. 5 Antara kesan lain ialah: Jadual 10.1 Kesan vandalisme Kemudahan Awam Kesan Vandalisme Pondok telefon Tidak dapat menghubungi pihak berwajib ketika kecemasan. Tandas awam Keadaan tubuh badan akan tidak selesa. Taman permainan awam Kanak-kanak tidak dapat bermain atau beriadah. Perhentian bas Tidak ada tempat perlindungan semasa hujan atau hari panas. Tong sampah Kawasan setempat akan dipenuhi sampah dan akan mengundang penyakit. Berbangga dengan Kemudahan Awam SP 3.3.4 Berbangga dengan kemudahan awam yang disediakan 1 Kita patut berbangga dengan kemudahan awam yang canggih di Malaysia kerana setanding dengan negara maju yang lain. 2 Kita juga perlu berbangga dengan pencapaian negara dalam menyediakan kemudahan yang sangat lengkap seperti: (a) Bangunan sekolah bertingkat serta dilengkapi dengan keperluan asas dan kelengkapan terkini seperti kemudahan Internet, makmal komputer dan alatan moden yang berkaitan (b) Hospital bertaraf antarabangsa dan kemudahan rawatan yang terkini (c) Light Rail Transit (LRT), Mass Rapid Transport (MRT) dan komuter merupakan pengangkutan moden dan cekap (d) Pembinaan taman rekreaksi dan menaiktarafkan kemudahan supaya dapat menjalankan aktiviti riadah dengan seronok dan selesa RC PT3 PM Tg1 2023 B10 2nd.indd 48 14/3/2023 12:05:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


49 Tingkatan 1 Unit 10Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 3 Perasaan bangga dan seronok akan mendorong kita untuk menggunakan dan menjaga kemudahan awam dengan baik dan berhemah. 4 Cara penggunaan yang betul dan berhemah perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Perasaan Kemudahan Awam Dirosakkan SP 3.3.5 Menceritakan perasaan apabila kemudahan awam dirosakkan 1 Perbuatan vandalisme dan merosakkan harta benda awam dengan sengaja ialah perbuatan yang salah di sisi undang-undang negara. 2 Sebagai anggota masyarakat, kita pasti berasa marah dan sedih jika kemudahan awam dirosakkan dan tidak dapat digunakan. Marah Sedih Kecewa 3 Kita juga akan berasa kecewa kerana tidak dapat menggunakan kemudahan awam dengan selesa ketika memerlukan. Hal ini akan mengundang emosi negatif kepada pengguna. Kebersamaan Menjaga Kemudahan Awam SP 3.3.6 Menjaga kemudahan awam secara bersama 1 Tanggungjawab menjaga kemudahan harta benda awam seharusnya dipikul secara bersama agar kemudahan awam dapat digunakan secara optimum. 2 Ibu bapa perlu memberikan pendidikan awal kepada anak-anak mengenai penggunaan kemudahan awam dengan berhemah dan menerangkan kesan perbuatan vandalisme. 3 Masyarakat perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan melaporkan sebarang kerosakan kepada pihak yang bertanggungjawab. 4 Masyarakat harus mempunyai kesedaran terhadap usaha murni kerajaan untuk menyediakan kemudahan awam walaupun terpaksa menelan belanja yang besar agar lebih menghargai semua kemudahan awam. 5 Pelbagai kempen kesedaran perlu diadakan supaya orang ramai lebih cakna dan mengetahui cara penggunaan kemudahan yang betul. Semak Cepat 10.1 1 Senaraikan kemudahan awam yang terdapat di kawasan perumahan anda. 2 Jelaskan cara anda menggunakan kemudahan di taman rekreasi. 3 Apakah tindakan anda ketika melihat rakan menconteng dinding tandas sekolah? RC PT3 PM Tg1 2023 B10 2nd.indd 49 14/3/2023 12:05:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


50 Tingkatan 1 Unit 11Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Nota Grafik Unit 11 Masyarakat Prihatin Alam Terpelihara Kepentingan Menjaga Alam dan Kesan Tidak Menjaganya • Mengurangkan pencemaran alam • Kualiti udara yang segar dan nyaman • Kesihatan komuniti terjamin • Menjimatkan kos, sumber dan tenaga • Persekitaran menjadi lebih sihat dan bersih • Kesan rumah hijau • Ekonomi negara terjejas kerana perbelanjaan untuk pengurusan mengatasi pencemaran yang tinggi • Habitat hidupan akuatik terjejas • Kehidupan manusia terjejas secara keseluruhannya • Pemanasan global Kepentingan menjaga alam sekitar Kesan tidak menjaga alam sekitar Pencemaran udara Pencemaran air Pencemaran bunyi Pencemaran tanah • Kesan rumah hijau • Menjejaskan kualiti air • Menjejaskan kesihatan manusia • Pemanasan global • Penipisan lapisan ozon • Menjejaskan kualiti air • Menjejaskan kesihatan manusia • Menjejaskan hidupan akuatik • Mengganggu persekitaran • Mengganggu pendengaran manusia • Kerosakan kualiti tanah • Tanah gersang • Hakisan tanah Kesan Pencemaran Alam Sekitar RC PT3 PM Tg1 2023 B11.indd 50 14/3/2023 12:07:27 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


51 Tingkatan 1 Unit 11Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Cara Menjaga Alam Sekitar SP 3.4.1 Mencadangkan cara menjaga alam sekitar 1 Alam sekitar merupakan salah satu kurniaan Tuhan yang sangat indah. Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga alam ini daripada berlaku sebarang kerosakan. 2 Alam sekitar meliputi segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di alam ini. Alam sekitar yang paling dekat dengan kita ialah kawasan tempat tinggal kita. 3 Antara cara menjaga keindahan dan kebersihan kawasan tempat tinggal ialah: (a) Sentiasa melaksanakan program gotong-royong di kawasan perumahan (b) Mengadakan kempen keceriaan dan keindahan taman seperti perbanyak pokok bunga (c) Mengadakan program 5R iaitu rethink, repair, reduce, reuse dan recycle (d) Memperbanyak tong sampah di kawasan perumahan 11 Masyarakat Prihatin Alam Terpelihara Unit 3.4 Sayangi Alam Sekitar Bidang 3: Hubungan antara Diri, Komuniti dan Masyarakat Rasional Kerjasama Patriotisme Kasih Sayang Bertanggungjawab Kepercayaan kepada Tuhan Cadangan Nilai Galeri Info Tip memelihara alam sekitar 1 Bawa beg sendiri ketika hendak membeli-belah. 2 Berbasikal atau berjalan kaki untuk perjalanan yang dekat. 3 Tutup peralatan elektrik jika tidak digunakan. 4 Praktiskan dan sokong perkebunan secara organik. 5 Gunakan tenaga dan bahan api secara efisien. 6 Dinginkan rumah anda secara bijak dengan menanam pokok di sekitar rumah. 7 Kurangkan atau hentikan menggunakan barangan pakai buang. Ia hanya menghasilkan sisa pepejal. 8 Belilah barangan mesra alam yang diiktiraf. Produk-produk ini dapat mengurangkan kesan kepada alam sekitar. RC PT3 PM Tg1 2023 B11.indd 51 14/3/2023 12:07:27 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


52 Tingkatan 1 Unit 11Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 4 Contoh aplikasi program 5R dalam kehidupan harian: (a) Fikir semula (rethink): Memastikan sama ada barang yang dibuang boleh diguna semula atau dibaiki (b) Baiki (repair): Membaiki semula komputer yang rosak (c) Kitar semula (recycle): Mengumpulkan botol-botol kaca dan surat khabar di rumah untuk dikitar semula (d) Guna semula (reuse): Memberikan televisyen yang tidak digunakan kepada rumah anak yatim (e) Kurangkan (reduce): Membawa beg ketika membeli-belah di pasar raya untuk mengurangkan penggunaan plastik Kepentingan Menjaga Alam SP 3.4.2 Membincangkan kepentingan menjaga alam 1 Mengurangkan pencemaran alam. 2 Kualiti udara yang segar dan nyaman. 3 Kesihatan komuniti terjamin. 4 Menjimatkan kos, sumber dan tenaga. 5 Persekitaran menjadi lebih sihat dan bersih. Fikir semula (rethink) Fikir dahulu sebelum membuang sesuatu Program 5R Baiki (repair) Membaik pulih barangan yang rosak dan menggunakannya semula Kitar semula (recycle) Mengitar semula bahan Guna semula (reuse) Menggunakan barang-barang lama semula Kurangkan (reduce) Mengurangkan pembelian dan penggunaan bahan Peta Buih Gambar 11.1 Tabiat menjaga alam sekitar perlu dipupuk sejak kecil RC PT3 PM Tg1 2023 B11.indd 52 14/3/2023 12:07:28 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


53 Tingkatan 1 Unit 11Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar SP 3.4.3 Meramalkan kesan jika tidak menjaga alam sekitar 1 Kesan rumah hijau. 2 Ekonomi negara terjejas kerana perbelanjaan untuk pengurusan mengatasi pencemaran yang tinggi. 3 Habitat hidupan akuatik terjejas. 4 Kehidupan manusia terjejas secara keseluruhannya. 5 Pemanasan global. Perasaan Menjaga Alam Sekitar SP 3.4.4 Menceritakan perasaan apabila menjaga alam sekitar 1 Apabila kawasan rumah kediaman bersih, ceria dan nyaman, kita pasti berasa gembira dan bahagia. Pencemaran udara Pencemaran bunyi • Menjejaskan kualiti udara • Menjejaskan kesihatan manusia • Pemanasan global • Menjejaskan kualiti air • Menjejaskan kesihatan manusia • Mengancam habitat hidupan akuatik • Mengganggu persekitaran • Mengganggu pendengaran manusia Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar Pencemaran air Peta Pokok Imbas Kod QR atau layari https://www. youtube.com/watch?v=Ny8NaOKKxEU tentang manfaat kitar semula. PAK-21 Galeri Info Tong sampah kitar semula memainkan peranan dalam menjaga kebersihan dan keceriaan alam sekitar. Sampah akan dibuang mengikut kategori seperti berikut: (a) Biru untuk kertas (b) Coklat untuk kaca (c) Jingga untuk tin aluminium, tin keluli dan plastik RC PT3 PM Tg1 2023 B11.indd 53 14/3/2023 12:07:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


54 Tingkatan 1 Unit 11Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 2 Aktiviti bersama seperti gotong-royong merupakan amalan yang menyeronokkan kerana dapat mengeratkan hubungan dan perpaduan dalam masyarakat setempat. 3 Ahli komuniti juga akan semakin gembira hidup dalam kawasan yang bersih dan cantik serta kehidupan aman damai kerana hubungan antara komuniti semakin erat. Mengurus Alam Bersama SP 3.4.5 Melibatkan diri secara proaktif dalam menguruskan alam secara bersama 1 Alam sekitar yang bersih, nyaman dan cantik akan dapat diperoleh jika semua pihak memainkan peranan. 2 Perkara yang boleh kita lakukan untuk memelihara alam sekitar ialah: (a) Menggiatkan kempen kitar semula kerana proses semula bahan buangan dapat menjimatkan banyak sumber (b) Tidak melakukan pembakaran terbuka dan pembuangan sampah secara tidak terurus kerana akan memberi kesan negatif terhadap alam sekitar (c) Pihak yang terlibat dalam sektor perindustrian dan sektor pertanian perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa 3 Antara usaha lain yang boleh digunakan untuk bekerjasama dalam menguruskan alam: (a) Sambutan Hari Alam Sekitar (b) Mempromosi program kitar semula (c) Amalan tidak menggunakan bungkusan plastik atau polisterin (d) Mengamalkan amalan gotong-royong (e) Kempen Sayangi Alam Sekitar Semak Cepat 11.1 Apakah yang perlu anda lakukan jika melihat pembakaran terbuka di kawasan tempat tinggal anda? Gambar 11.2 Sambutan Hari Alam Sekitar di sekolah RC PT3 PM Tg1 2023 B11.indd 54 14/3/2023 12:07:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


55 Tingkatan 1 Unit 12Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Nota Grafik Unit 12 Remaja Berhemah Harapan Negara Ciri Remaja Berhemah Remaja Berhemah dalam Masyarakat • Berpegang kuat pada ajaran agama • Membuat kebaikan dan menjauhi kejahatan • Melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh • Tabah menghadapi cabaran • Belajar bersungguh-sungguh • Menguasai kemahiran • Menguasai teknologi terkini • Bangga menjadi rakyat Malaysia • Cinta dan setia kepada negara – sanggup berkorban untuk mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara • Mengamalkan nilai-nilai murni • Contoh: Jujur dan amanah, bertanggungjawab, sopan santun dan bertimbang rasa Patuh pada ajaran agama Berusaha gigih Berilmu pengetahuan Bersemangat patriotik Berakhlak mulia • Sentiasa berpakaian sopan dan tidak mencolok mata • Menjaga tingkah laku ketika bergaul • Menghormati logo dan lambang negara • Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara • Melibatkan diri dengan aktiviti amal seperti melawat rumah anak yatim dan menolong mangsa banjir • Remaja berhemah tidak melakukan vandalisme atau kegiatan jenayah • Sering menjadi penggerak utama dalam aktiviti berfaedah contohnya menderma darah Remaja berhemah RC PT3 PM Tg1 2023 B12 2nd.indd 55 14/3/2023 12:07:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


56 Tingkatan 1 Unit 12Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Ciri Remaja Berhemah SP 3.5.1 Menghuraikan ciri remaja berhemah 1 Golongan remaja merupakan bakal pengganti kepimpinan negara dan merupakan aset penting kepada negara. 2 Keadaan negara pada masa akan datang bergantung kepada generasi remajanya pada masa sekarang. 3 Remaja perlu mempunyai ciri remaja berhemah seperti di bawah: Patuh kepada ajaran agama atau kepercayaan Berilmu pengetahuan Ciri Remaja Berhemah Gigih berusaha Semangat patriotik Berakhlak mulia Jadual 12.1 Ciri remaja berhemah Ciri Remaja Berhemah Huraian Patuh kepada ajaran agama • Berpegang teguh kepada nilai-nilai agama. • Tidak melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama. Gigih berusaha • Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh. • Tabah menghadapi cabaran. • Sanggup mengorbankan masa dan tenaga. Berilmu pengetahuan • Berdaya saing. • Mempersiapkan diri dengan teknologi terkini. • Berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran. Bersemangat patriotik • Berbangga sebagai rakyat Malaysia. • Bersemangat setia kepada negara. • Bersemangat kekitaan. Berakhlak mulia • Bertanggungjawab. • Bersifat amanah dan jujur. • Ikhlas membantu orang lain. • Berkelakuan sopan dan bertatasusila. • Tidak terlibat dalam aktiviti yang merosakkan diri. 12 Remaja Berhemah Harapan Negara Unit 3.5 Remaja Berhemah Bidang 3: Hubungan antara Diri, Komuniti dan Masyarakat Rasional Baik Hati Kebebasan Kesederhanaan Bertanggungjawab Cadangan Nilai Peta Pokok RC PT3 PM Tg1 2023 B12 2nd.indd 56 14/3/2023 12:07:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


57 Tingkatan 1 Unit 12Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Kepentingan Menjadi Remaja Berhemah SP 3.5.2 Menjelaskan melalui contoh kepentingan menjadi remaja berhemah 1 Remaja berhemah merupakan aset yang paling bernilai bagi sesebuah negara. 2 Remaja yang mempunyai jati diri yang kuat, perasaan dan emosi yang positif, tingkah laku yang bersopan serta intelektual yang tinggi akan memberikan sumbangan terbesar kepada sesebuah negara. 3 Antara kepentingan menjadi remaja berhemah ialah: Mempunyai jati diri Menjadi insan kamil Menjaga nama baik negara Membantu memajukan negara Dihormati dan dipandang mulia Rajah 12.1 Kepentingan remaja berhemah Remaja Berhemah dan Negara SP 3.5.3 Menghubungkaitkan remaja berhemah dengan imej negara 1 Meningkatkan imej negara. 2 Mengharumkan nama negara. 3 Dipandang mulia dan disegani orang lain. 4 Bersemangat patriotisme dan cinta akan negara. 5 Menjadi generasi yang berilmu dan berwawasan tinggi. 6 Menghormati Jalur Gemilang dan menyanyi lagu Negaraku semasa perhimpunan. 7 Melibatkan diri sebagai sukarelawan apabila negara menjadi tuan rumah acara bersukan, contohnya Sukan SEA. REMAJA NEGARA Rajah 12.2 Peranan remaja berhemah terhadap negara RC PT3 PM Tg1 2023 B12 2nd.indd 57 14/3/2023 12:07:53 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


58 Tingkatan 1 Unit 12Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Remaja Harapan Negara SP 3.5.4 Berbangga menjadi remaja harapan negara 1 Remaja yang menjadi harapan negara perlu berusaha dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. 2 Remaja yang sopan santun dan berperibadi mulia pasti disukai serta mudah diterima oleh masyarakat majmuk negara kita. 3 Remaja perlu menunjukkan akhlak yang baik dan semangat cintakan negara apabila mewakili negara dalam program pertukaran pelajar ke luar negara supaya imej negara tidak tercalar. 4 Remaja yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, berhemah, daya usaha yang tinggi dan berwawasan dapat memartabatkan nama negara. Perlakuan Remaja Berhemah dalam Masyarakat SP 3.5.1 Mengamalkan perlakuan remaja berhemah dalam masyarakat 1 Remaja berhemah sentiasa mempunyai perilaku: (a) Sentiasa berpakaian sopan dan tidak mencolok mata (b) Menjaga tingkah laku ketika bergaul (c) Menghormati logo dan lambang negara (d) Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara (e) Peranan ibu bapa penting dalam memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa remaja supaya terlibat secara berhemah. Contohnya, remaja tidak melanggar lampu isyarat (f) Melibatkan diri dengan aktiviti kerja amal seperti melawat rumah anak yatim dan menolong mangsa banjir (g) Remaja perlu prihatin tentang perbuatan seperti tidak melakukan vandalisme atau kegiatan jenayah (h) Sering menjadi penggerak utama dalam aktiviti berfaedah. Contohnya, menderma darah Imbas Kod QR atau layari https:// bit.ly/3mcwJTZ/ tentang gejala sosial dalam kalangan remaja. PAK-21 RC PT3 PM Tg1 2023 B12 2nd.indd 58 14/3/2023 12:07:53 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


59 Tingkatan 1 Unit 12Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Menghormati ibu bapa Semangat patriotik yang tinggi Mencuba kemahiran baharu Membantu jiran yang berpindah Gambar 12.1 Contoh perlakuan remaja berhemah Semak Cepat 12.1 1 Apakah kebaikan menjadi remaja berhemah? 2 Sekiranya anda terlihat seorang kanak-kanak lemas di sungai, apakah tindakan anda? Galeri Info Azizulhasni Awang merupakan pelumba negara. Beliau telah merangkul pingat emas di Kejohanan Trek Berbasikal Dunia 2017 yang berlangsung di Hong Kong. Pelumba negara ini juga dikenali sebagai “The Pocket Rocketman”. Atlet negara ini mempunyai perlakuan berhemah yang menjadi salah satu faktor kejayaannya. RC PT3 PM Tg1 2023 B12 2nd.indd 59 14/3/2023 12:07:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


60 Tingkatan 1 Unit 13Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Nota Grafik Unit 13 Patuhi Etiket Keluarga Harmoni Etiket di Rumah Etiket menghormati keluarga • Memanggil anggota keluarga dengan panggilan yang betul • Menerima nasihat dan teguran daripada anggota keluarga • Berbicara dengan lembut dan sopan semasa berbicara • Membantu anggota keluarga Etiket menghormati tetamu • Sentiasa tersenyum manis ketika menyambut tetamu • Bersalam mengikut kesesuaian • Mempersilakan tetamu masuk ke dalam rumah • Memberikan layanan yang baik • Menyajikan makanan kepada tetamu Etiket di meja makan • Makan apabila semua anggota keluarga telah hadir di meja makan • Mendahulukan orang yang lebih tua untuk mengambil makanan • Makan dengan cermat dan tenang • Mengambil makanan secukupnya dan tidak berlebihan • Bersikap ingin membantu • Bersikap sopan dan menghormati pihak lain • Menjaga perasaan dan hubungan baik dengan pihak lain • Mengamalkan sikap toleransi dan tidak mementingkan diri • Menjaga nama baik diri dan keluarga • Menjejaskan keharmonian hubungan ahli keluarga • Anggota keluarga tidak mengendahkan perihal anggota keluarga yang lain • Mencemarkan maruah diri dan anggota keluarga • Berlaku pembaziran makanan Kepentingan etiket di rumah Kesan tidak mematuhi etiket Kepentingan Etiket dan Kesan Tidak Mematuhi Etiket RC PT3 PM Tg1 2023 B13.indd 60 14/3/2023 12:08:18 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


61 Tingkatan 1 Unit 13Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Etiket di Rumah SP 4.1.1 Menyenaraikan etiket di rumah 1 Etiket bermaksud peraturan tingkah laku, keperibadian mulia dan kesopanan yang diamalkan dalam kehidupan harian, dalam hubungan antara satu sama lain atau dalam majlis formal dan tidak formal. 2 Etiket di rumah merupakan peraturan tingkah laku kesopanan yang diamalkan dalam kehidupan harian bagi keluarga masing-masing. 3 Etiket di rumah merupakan amalan mulia yang diatur dan diamalkan secara tradisi dan diwarisi turun-temurun. Menghormati keluarga Menggunakan peralatan Etiket di Rumah Menghormati tetamu Di meja makan Menjawab telefon Menggunakan tandas Duduk dan berjalan Etiket Menghormati Keluarga • Memanggil ahli keluarga dengan panggilan yang betul. • Menerima nasihat dan teguran daripada ahli keluarga. • Berbicara dengan lembut dan sopan. • Memberikan layanan yang baik kepada mereka. 13 Patuhi Etiket Keluarga Harmoni Unit 4.1 Etiket di Rumah Bidang 4: Moral, Peraturan dan Undang-undang Hormat Rasional Hemah Tinggi Kesederhanaan Bertanggungjawab Cadangan Nilai Peta Pokok RC PT3 PM Tg1 2023 B13.indd 61 14/3/2023 12:08:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


62 Tingkatan 1 Unit 13Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Etiket Menghormati Tetamu • Sentiasa tersenyum manis ketika menyambut tetamu. • Mempersilakan tetamu masuk ke rumah. • Memberikan layanan yang baik. • Menyajikan makanan kepada tetamu. • Menggunakan bahasa yang sopan dan baik. Etiket di Meja Makan • Makan apabila semua anggota keluarga telah hadir di meja makan. • Mendahulukan orang yang lebih tua untuk mengambil makanan. • Berpakaian bersih dan kemas. • Mengambil makanan secukupnya dan tidak berlebihan. • Mengunyah makanan dengan mulut tertutup. Etiket Menggunakan Peralatan • Mengambil barang dengan cermat dan berhati-hati. • Menggunakan barang dengan cermat. • Meletakkan semula barangan yang telah digunakan di tempatnya. • Membersihkan peralatan jika kotor selepas digunakan. Etiket Menjawab Telefon • Menjawab panggilan telefon dengan segera. • Bercakap dengan mesra, sopan dan jelas. • Mengucapkan terima kasih dan salam sebelum meletakkan telefon. • Meletakkan gagang telefon dengan perlahan. Etiket Menggunakan Tandas • Menggunakan alatan tandas dengan berhemah. • Memastikan tandas dipam selepas digunakan. • Memastikan paip air ditutup dengan kemas selepas menggunakannya. • Meninggalkan tandas dalam keadaan bersih. Kepentingan Etiket di Rumah SP 4.1.2 Memaparkan kepentingan etiket di rumah 1 Disenangi oleh anggota keluarga yang lain. 2 Menjaga perasaan anggota keluarga. 3 Mengekalkan hubungan erat antara anggota keluarga. 4 Menjadi teladan yang baik kepada adik-adik. 5 Mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian dalam keluarga. RC PT3 PM Tg1 2023 B13.indd 62 14/3/2023 12:08:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


63 Tingkatan 1 Unit 13Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Kepentingan Mematuhi Etiket di Rumah Bersikap toleransi dan sentiasa mengelakkan perselisihan faham Mewujudkan keharmonian hidup Tidak menyinggung perasaan orang lain Bersopan santun dan bertingkah laku yang baik Saling membantu dan kerjasama antara anggota keluarga Menjaga imej dan nama baik keluarga Kesan Tidak Mematuhi Etiket di Rumah SP 4.1.3 Meramalkan kesan jika etiket di rumah tidak dipatuhi 1 Etiket di rumah perlu dipatuhi demi mewujudkan keharmonian dalam kehidupan keluarga di rumah. 2 Kesan jika etiket di rumah tidak dipatuhi: (a) Hubungan ahli keluarga akan keruh dan renggang (b) Ahli keluarga akan terasa hati dan memendam perasaan (c) Kehidupan keluarga tidak tenteram kerana sering berlaku salah faham (d) Ahli keluarga melakukan kerja sendiri dan tidak mengambil berat antara satu sama lain (e) Mencalarkan imej keluarga di mata masyarakat Peta Buih Imbas Kod QR atau layari https://www. youtube.com/watch?v=QsZVoLpYHhw tentang kesan tidak mengamalkan etiket di rumah. PAK-21 RC PT3 PM Tg1 2023 B13.indd 63 14/3/2023 12:08:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


64 Tingkatan 1 Unit 13Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Jadual 13.1 Kesan jika tidak menjaga etiket di rumah Etiket Perlakuan Tidak Mematuhi Etiket Kesan Tidak Mematuhi Etiket Menghormati keluarga • Bercakap acuh tidak acuh. • Tidak menghulurkan bantuan ketika ahli keluarga memerlukan. • Tidak menyapa datuk dan nenek. • Menjejaskan keharmonian hubungan ahli keluarga. • Ahli keluarga tidak mengendahkan perihal ahli yang lain. Menghormati tetamu • Bercakap kasar dengan tetamu. • Tidak menghidangkan makanan yang baik. • Mencemarkan maruah diri dan keluarga. Di meja makan • Makan dengan gelojoh. • Mengambil makanan dengan banyak. • Mengganggu ahli keluarga yang lain makan. • Berlakunya pembaziran makanan. Menggunakan peralatan • Tidak membersihkan kotoran pada alatan selepas digunakan. • Menggunakan alatan dengan kasar dan tergopoh-gapah. • Alatan rumah akan cepat rosak. • Menyebabkan pembaziran wang kerana terpaksa membeli alatan baru. Menggunakan telefon • Tidak memberikan ucapan salam. • Bercakap dengan tidak mesra. • Menimbulkan kemarahan pemanggil. • Menyebabkan maklumat tidak disampaikan dengan baik. Menggunakan tandas • Tidak pam selepas menggunakan tandas. • Meninggalkan tandas dalam keadaan kotor dan berbau. • Menimbulkan ketidakselesaan ahli keluarga yang lain untuk menggunakan tandas. • Mengundang penyakit. Galeri Info Peranan anak-anak dalam keluarga 1 Bersahsiah mulia – bertingkah laku sopan 2 Berbudi bahasa – bercakap dengan lemah lembut 3 Membantu melakukan kerja rumah – membersihkan halaman rumah 4 Berdisiplin – balik ke rumah sebelum malam 5 Menjauhi perkara negatif – tidak melakukan vandalisme atau gangsterisme 6 Menghargai ibu bapa – memberi hadiah ulang tahun perkahwinan 7 Belajar dengan rajin untuk membanggakan ibu bapa – melanjutkan pelajaran ke menara gading RC PT3 PM Tg1 2023 B13.indd 64 14/3/2023 12:08:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


65 Tingkatan 1 Unit 13Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Perasaan Mengamalkan Etiket di Rumah SP 4.1.4 Menceritakan perasaan apabila mengamalkan etiket di rumah 1 Suasana gembira dan bahagia apabila makan bersama keluarga. 2 Menunjukkan hormat dengan menundukkan sedikit badan ketika lalu di hadapan orang yang lebih tua boleh menimbulkan perasaan bangga ibu bapa terhadap anaknya. 3 Gembira dan mesra semasa memberikan layanan yang sopan kepada tetamu. 4 Rasa gembira apabila dapat menggembirakan ahli keluarga dengan meringankan beban mereka. Mengamalkan Etiket di Rumah SP 4.1.5 Mempraktikkan etiket di rumah dalam kehidupan harian 1 Mempraktikkan etiket di meja makan sangat penting untuk menunjukkan tatacara yang baik semasa menjamu selera. 2 Setiap ahli keluarga perlu mempunyai etika melayan tetamu dengan baik dan selalu mengingati tunjuk ajar dan peraturan keluarga mengenai tatasusila melayan tetamu. 3 Etiket menghormati keluarga sangat penting dipraktikkan secara berterusan supaya dapat mewujudkan suasana yang harmoni dalam keluarga. Gambar 13.1 Antara etiket yang boleh diamalkan di rumah Semak Cepat 13.1 1 Jelaskan etiket anda menggunakan pemanas air di rumah. 2 Diyana ingin membantu adiknya yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Apakah etiket yang perlu Diyana patuhi? RC PT3 PM Tg1 2023 B13.indd 65 14/3/2023 12:08:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


66 Tingkatan 1 Unit 14Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Nota Grafik Unit 14 Hindari Ketagihan Hidup Sejahtera Ketagihan Remaja yang Membawa Mudarat Kesan Ketagihan yang Memudaratkan dan Cara Mengatasinya Ketagihan merokok Menghisap rokok dengan banyak dan kerap dalam sehari sehingga menimbulkan gian kepada emosi dan fizikal badan jika tidak merokok Ketagihan Internet Menghabiskan masa setiap hari melayari Internet tanpa had sehingga mengabaikan tugas dan tanggungjawab lain Ketagihan arak Meminum arak dengan kuantiti yang banyak dan kekerapan yang tinggi sehingga menjadikan arak sebagai pelepas stres Ketagihan Kesan Ketagihan Cara Mengatasi Ketagihan Merokok • Kesihatan terjejas seperti tangan menggeletar dan sukar tidur • Mudah terdedah kepada risiko penyakit berbahaya • Emosi tidak stabil seperti gelisah, risau dan marah • Tidak minat belajar dan kurang fokus • Perubahan fizikal badan seperti bibir hitam dan gigi kuning • Menjauhi rakan yang menghisap rokok • Menanam azam yang tinggi untuk berhenti merokok • Mendapatkan sokongan moral daripada keluarga • Sentiasa berfikiran positif dan katakan tidak pada merokok • Mencari hobi baharu untuk menenangkan fikiran Penggunaan Internet • Kesihatan terjejas seperti mata menjadi rabun dan lesu • Pencemaran minda kerana dihadapkan dengan pelbagai maklumat tidak berfaedah • Mudah berasa letih, mengantuk dan hilang fokus • Mengabaikan tanggungjawab • Mengehadkan penggunaan Internet harian • Menetapkan matlamat dan tujuan ketika melayari Internet • Menjadikan Internet sebagai sumber ilmu dan maklumat • Membahagikan masa secara seimbang Arak • Hilang pertimbangan diri seperti mudah marah sehingga mencederakan ahli keluarga • Kesihatan akan terjejas. Contohnya, penyakit gastrik • Masa depan terjejas kerana tidak berjaya dalam pelajaran • Berpegang teguh dengan ajaran agama • Melakukan aktiviti yang menenangkan diri seperti bersiarsiar dan menarik nafas dalam • Mendapatkan sokongan sosial daripada keluarga dan kawan-kawan • Mengawal nafsu diri RC PT3 PM Tg1 2023 B14.indd 66 14/3/2023 12:08:41 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


67 Tingkatan 1 Unit 14Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Perlakuan Ketagih yang Membawa Mudarat SP 4.2.1 Menyenaraikan perlakuan ketagihan yang membawa mudarat 1 Dalam kehidupan, kita sering berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita membuat keputusan yang bijak dan menghindari daripada perlakuan yang bertentangan dengan agama, norma masyarakat dan undang-undang. 2 Pengaruh rakan sebaya yang negatif boleh menjadikan masa depan gelap dan tidak ada arah tuju atau matlamat jelas. 3 Remaja yang sudah terjebak dalam ketagihan sanggup melakukan apaapa sahaja untuk melegakan gian dan melepaskan ketagihan. 4 Gian yang dialami mengakibatkan: (a) Hilang fokus semasa belajar (b) Pergaulan dengan rakan dan keluarga terjejas (c) Tidak dapat mengawal diri, fikiran dan emosi (d) Cenderung melakukan perkara tidak bermoral (e) Mencemarkan maruah diri dan keluarga Dadah Telefon bimbit Ketagihan dalam Kalangan Remaja Merokok Penggunaan Internet Arak Judi 14 Hindari Ketagihan Hidup Sejahtera Unit 4.2 Ketagihan Membawa Mudarat Bidang 4: Moral, Peraturan dan Undang-undang Rasional Harga Diri Kebebasan Kasih Sayang Kesederhanaan Cadangan Nilai Imbas Kod QR atau layari http:// taknak.myhealth.gov.my/ tentang bahaya rokok. PAK-21 Peta Pokok RC PT3 PM Tg1 2023 B14.indd 67 14/3/2023 12:08:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


68 Tingkatan 1 Unit 14Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Kesan dan Cara Mengatasi Ketagihan yang Membawa Mudarat SP 4.2.2 Menghuraikan kesan ketagihan yang membawa mudarat SP 4.2.3 Mengesyorkan cara mengatasi ketagihan yang membawa mudarat Merokok Penggunaan Internet Rajah 14.1 Ketagihan merokok Rajah 14.2 Ketagihan Internet Ketagihan Merokok Ketagihan Penggunaan Internet Kesan Ketagihan • Kesihatan terjejas seperti tangan menggeletar dan sukar tidur. • Mudah terdedah kepada risiko penyakit berbahaya. • Emosi tidak stabil seperti gelisah, risau dan marah. • Tidak minat belajar dan kurang fokus. • Perubahan fizikal badan seperti bibir hitam dan gigi kuning. Kesan Ketagihan • Kesihatan terjejas seperti mata menjadi rabun dan lesu. • Pencemaran minda kerana dihadapkan dengan pelbagai maklumat tidak berfaedah. • Mudah berasa letih, mengantuk dan hilang fokus. • Mengabaikan tanggungjawab. Ketagihan merokok Gian untuk menghisap rokok dengan kuantiti dan kekerapan yang tinggi sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melepaskan gian. Ketagihan Internet Menghabiskan masa setiap hari melayari Internet tanpa had sehingga mengabaikan tugas dan tanggungjawab lain. Cara Mengatasi Ketagihan • Menjauhi rakan yang menghisap rokok. • Menanam azam yang tinggi untuk berhenti merokok. • Mendapatkan sokongan moral daripada keluarga. • Sentiasa berfikiran positif dan katakan tidak pada merokok. • Mencari hobi baharu untuk menenangkan fikiran. Cara Mengatasi Ketagihan • Menghadkan penggunaan Internet harian. • Menetapkan matlamat dan tujuan ketika melayari Internet. • Menjadikan Internet sebagai sumber ilmu dan maklumat. • Membahagikan masa secara seimbang. RC PT3 PM Tg1 2023 B14.indd 68 14/3/2023 12:08:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


69 Tingkatan 1 Unit 14Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Perasaan apabila Ketagihan Diatasi SP 4.2.4 Menceritakan perasaan apabila ketagihan yang membawa mudarat dapat diatasi 1 Seseorang pelajar akan merasa seronok apabila mendapat pengiktirafan kerana tidak terlibat dalam sebarang bentuk ketagihan. 2 Hubungan antara orang lain akan menjadi lebih erat dan menimbulkan perasaan terharu apabila dihargai sebagai warganegara yang bakal memberi sumbangan besar kepada negara. 3 Amalan berikut boleh menimbulkan perasaan gembira dan bangga kepada ibu bapa: (a) Melayari media sosial secara berhemah (b) Sentiasa meminta petunjuk daripada Tuhan dalam kehidupan (c) Tidak terlibat dengan gejala merokok, minum arak dan dadah (d) Sentiasa memenuhkan masa dengan melakukan aktiviti berfaedah (e) Tidak berjudi atau bermain permainan video sehingga mengabaikan pelajaran Arak Rajah 14.3 Ketagihan arak Ketagihan Arak Kesan Ketagihan • Hilang pertimbangan diri seperti mudah marah sehingga mencederakan ahli keluarga. • Kesihatan akan terjejas. Contohnya, penyakit gastrik. • Masa depan terjejas kerana tidak berjaya dalam pelajaran. • Mencemarkan maruah diri. Ketagihan Arak Meminum arak dengan kuantiti yang banyak dan kekerapan yang tinggi sehingga menjadikan arak sebagai pelepas stres. Cara Mengatasi Ketagihan • Berpegang teguh dengan ajaran agama. • Melakukan aktviti yang menenangkan diri seperti bersiarsiar dan menarik nafas dalam. • Mendapatkan sokongan sosial daripada keluarga dan kawankawan. • Mengawal nafsu diri. RC PT3 PM Tg1 2023 B14.indd 69 14/3/2023 12:08:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


70 Tingkatan 1 Unit 14Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Menghindari Ketagihan Memudaratkan SP 4.2.5 Menghindari diri daripada terlibat dalam ketagihan yang membawa mudarat 1 Setiap remaja perlu berusaha untuk menghindari diri dan berazam kuat untuk mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat. 2 Remaja perlu bijak memilih kawan yang baik kerana kawan memberikan pengaruh yang besar kepada seseorang. 3 Remaja perlu mempunyai matlamat dan visi agar seluruh aktiviti kehidupan lebih fokus. 4 Remaja perlu mendapatkan sokongan moral daripada kawan-kawan yang baik, guru-guru dan ibu bapa agar terpelihara daripada ketagihan yang memudaratkan. Gambar 14.1 Elakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang boleh merosakkan diri dan masa depan. Semak Cepat 14.1 1 Senaraikan ketagihan yang memudaratkan bagi seorang remaja. 2 Jelaskan sebab golongan remaja terjebak dalam ketagihan Internet. Galeri Info Langkah-langkah membentuk gaya hidup sihat 1 Mengamalkan pemakanan yang seimbang – dapat mengelak sebarang penyakit kronik 2 Bersenam dan beriadah – menjadikan diri lebih ceria dan sihat 3 Utamakan kebersihan diri – dapat terhindar daripada sebarang penyakit 4 Menjaga kebersihan persekitaran – mengadakan gotong-royong di kawasan kediaman 5 Menjalinkan hubungan baik dengan keluarga, rakan, jiran serta haiwan – melahirkan hubungan yang baik dan menggembirakan 6 Mempunyai sikap dan mentaliti yang positif – dapat menyelesaikan masalah dengan baik tanpa menghadapi tekanan hidup RC PT3 PM Tg1 2023 B14.indd 70 14/3/2023 12:08:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


71 Tingkatan 1 Unit 15Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Nota Grafik Unit 15 Patuhi Peraturan Sekolah Peraturan Sekolah Kesan Tiada Peraturan Sekolah Peraturan Sekolah Peraturan umum Di dalam kelas Di bilik-bilik khas Di kantin • Murid berpenampilan kemas dan bersih • Kedatangan ke sekolah selewatlewatnya sepuluh minit sebelum waktu persekolahan lewatnya sepuluh minit sebelum waktu persekolahan • Senyap • Menjaga kebersihan kelas • Tidak plagiat kerja orang lain • Menyusun semula kerusi selepas digunakan • Menggunakan peralatan dengan cermat • Menjaga kebersihan kantin • Meletakkan semula pinggan dan cawan yang telah digunakan ke dalam besen Berlakunya pergaduhan, perbuatan vandalisme, kecurian, buli dan pelbagai salah laku yang mengganggu kesejahteraan hidup warga sekolah Warga sekolah menghidap penyakit kerana persekitaran yang kotor Pembelajaran terganggu dengan sikap murid yang tidak akur akan arahan guru Persekitaran sekolah kotor dan sampah merata-rata Perasaan tidak selamat dan rasa risau kerana tiada penguatkuasaan undang-undang Imej sekolah tercemar kerana sekolah kucar-kacir RC PT3 PM Tg1 2023 B15.indd 71 14/3/2023 12:09:03 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


72 Tingkatan 1 Unit 15Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Peraturan Sekolah SP 4.3.1 Membentangkan peraturan sekolah 1 Setiap murid perlu mematuhi semua peraturan sekolah demi melahirkan suasana sekolah yang harmoni dan aman damai. 2 Peraturan sekolah ialah undang-undang yang ditetapkan oleh pihak sekolah kepada setiap murid untuk mematuhinya. Peraturan ini merangkumi disiplin diri, etika berurusan dan peraturan di kawasan sekolah. Unit • Murid berpenampilan kemas dan lengkap • Kedatangan ke sekolah selewat-lewatnya sepuluh minit sebelum waktu persekolahan • Sentiasa menghormati warga sekolah • Beratur sebelum masuk ke bilik khas • Menjaga kebersihan perpustakaan, makmal, bilik IT dan sebagainya • Menyusun semula kerusi selepas digunakan • Menggunakan peralatan dengan cermat • Beratur ketika membeli makanan • Menjaga kebersihan kantin • Meletakkan semula pinggan dan cawan yang telah digunakan ke dalam besen • Senyap • Menjaga kebersihan kelas • Tidak plagiat kerja orang lain Peraturan umum Di dalam kelas Di bilikbilik khas Di kantin Kesan Tiada Peraturan Sekolah SP 4.3.2 Meramalkan kesan jika tiada peraturan sekolah 1 Peraturan sekolah sangat penting untuk dipatuhi oleh murid. 2 Antara kesan jika tiada peraturan sekolah: (a) Suasana sekolah akan huru-hara 15 Patuhi Peraturan Sekolah Unit 4.3 Akur dengan Peraturan Sekolah Bidang 4: Moral, Peraturan dan Undang-undang Peta Dakap RC PT3 PM Tg1 2023 B15.indd 72 14/3/2023 12:09:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


73 Tingkatan 1 Unit 15Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 (b) Kawasan sekolah kotor dan tidak cantik (c) Kesihatan warga sekolah akan terjejas (d) Kegiatan vandalisme, kecurian, buli dan salah laku disiplin semakin berleluasa (e) Proses pembelajaran dan pengajaran guru tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin (f) Pihak sekolah terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk pemulihan alatan dan perabot sekolah (g) Tahap keselamatan murid-murid berada di tahap yang rendah Kepentingan dan Akibat Melanggar Peraturan Sekolah SP 4.3.3 Menjelaskan akibat jika melanggar peraturan sekolah SP 4.3.4 Menghuraikan kepentingan peraturan sekolah • Melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran • Membina sahsiah pelajar yang baik dan terpuji • Mengekalkan kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah • Mengekalkan kemesraan dan kesejahteraan warga sekolah • Memupuk perpaduan pelbagai kaum • Memastikan falsafah pendidikan dan peranan sekolah untuk melahirkan warga sekolah yang terdidik dan mantap • Hukuman yang setimpal perlu dikenakan terhadap murid yang melanggar peraturan sekolah supaya perbuatan itu tidak diulangi. • Hukuman yang boleh dikenakan kepada pelajar yang melanggar peraturan sekolah: (a) Diberi amaran dan mata penalti kesalahan (b) Sesi kaunseling (c) Menghadiri program pembentukan sahsiah (d) Dirotan, digantung sekolah atau dibuang Kepentingan Peraturan Akibat Melanggar Peraturan Hormat Rasional Toleransi Kebebasan Kerjasama Hemah Tinggi Bertanggungjawab Cadangan Nilai Imbas Kod QR atau layari https://www.youtube.com/ watch?v=kBlqqy98XkY tentang peraturan sekolah. PAK-21 RC PT3 PM Tg1 2023 B15.indd 73 14/3/2023 12:09:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


74 Tingkatan 1 Unit 15Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Perasaan Mematuhi Peraturan Sekolah SP 4.3.5 Menceritakan perasaan mematuhi peraturan sekolah Perasaan tenang akan wujud kerana semua murid mematuhi peraturan sekolah. Contohnya, tiada perebutan berlaku ketika membeli makanan di kantin. Sikap bertanggungjawab menjaga kawasan sekolah dan bertoleransi dalam pergaulan memberikan rasa bangga dalam diri kerana bersikap baik. Contohnya, tidak membuat bising dalam perpustakaan. Menjaga persekitaran sekolah dengan baik boleh menimbulkan perasaan gembira dan selesa dengan persekitaran sekolah yang indah dan cantik. Memakai lencana sekolah, menepati waktu ke sekolah dan berdisiplin dalam perhimpunan akan melahirkan rasa suka dan seronok ke sekolah. Perasaan sayang kepada sekolah dan ingin berusaha mengharumkan nama sekolah dengan cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dapat diterapkan dalam semua warga sekolah. 1 Tenang 2 Bangga 3 Gembira 4 Suka 5 Sayang Gambar 15.1 Panduan pemakaian pakaian sekolah RC PT3 PM Tg1 2023 B15.indd 74 14/3/2023 12:09:05 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


75 Tingkatan 1 Unit 15Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Mematuhi Peraturan Sekolah SP 4.3.6 Mematuhi peraturan sekolah demi mengekalkan keharmonian sekolah SP 4.3.7 Memberi kerjasama dalam pelaksanaan peraturan sekolah tanpa mengira kaum 1 Peraturan sekolah diwujudkan untuk melancarkan proses pelajaran dan pengajaran murid serta semua aktiviti di sekolah. 2 Perlaksanaan peraturan sekolah memerlukan kerjasama semua warga sekolah tanpa mengira kaum dan bangsa. 3 Mematuhi peraturan sekolah secara bersama akan mengukuhkan perpaduan antara semua warga sekolah khususnya murid-murid. 4 Murid yang mematuhi peraturan sekolah akan disenangi oleh rakanrakan dan disayangi guru. 5 Tingkah laku yang baik dan berdisiplin merupakan aspek utama dalam menentukan kejayaan seseorang murid. Semak Cepat 15.1 1 Nyatakan tiga peraturan di makmal sains. 2 Jelaskan cara anda menggunakan peralatan di bilik kemahiran. 3 Ramalkan keadaan sebuah sekolah yang muridnya tidak mematuhi peraturan sekolah. Galeri Info 14 kategori kesalahan disiplin: 1 Tingkah laku jenayah 2 Buli 3 Rokok 4 Ponteng 5 Tingkah laku lucah 6 Tingkah laku kurang sopan/biadap 7 Kesalahan vandalisme 8 Tingkah laku tidak amanah 9 Kenakalan 10 Tingkah laku tidak pentingkan masa 11 Kekemasan diri 12 Penglibatan politik 13 Lain-lain 14 Kes khas RC PT3 PM Tg1 2023 B15.indd 75 14/3/2023 12:09:05 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


76 Tingkatan 1 Unit 16Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Nota Grafik Unit 16 Kenali Hak Kanak-kanak Hak Asasi Kanak-kanak Kepentingan Melindungi Hak Asasi Kanak-kanak Hak asasi kanak-kanak • Kehidupan: Kesihatan, makanan, pakaian, tempat tinggal dan rawatan • Perlindungan: Keselamatan • Perkembangan: Pendidikan dan masa depan yang baik • Penyertaan: Pergaulan, persahabatan dan aktiviti sosial Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membesar dan menikmati kehidupan yang lebih baik Kehidupan Menghindari dan melindungi kanak-kanak daripada anasir jahat Perlindungan Melahirkan kanak-kanak yang berilmu pengetahuan dan menjadi aset negara Perkembangan Mencungkil bakat dan potensi kanakkanak serta meningkatkan kemahiran berinteraksi kanak-kanak dengan anggota masyarakat Penyertaan RC PT3 PM Tg1 2023 B16.indd 76 14/3/2023 12:09:28 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


77 Tingkatan 1 Unit 16Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 SP 4.4.1 Menyenaraikan hak asasi kanak-kanak Berdasarkan takrifan Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak merupakan seseorang yang berumur di bawah 18 tahun, memerlukan kasih sayang, penjagaan dan perlindungan. 1 Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mensyaratkan empat hak kanakkanak iaitu: (a) Hak kanak-kanak dari segi kehidupan iaitu hak untuk menikmati hidup dengan selesa, mendapat makanan, pakaian dan tempat tinggal yang sempurna (b) Hak kanak-kanak dari segi perlindungan iaitu hak untuk dilindungi daripada ancaman kecederaan fizikal dan mental serta gejala sosial seperti dadah, penjenayah dan lain-lain (c) Hak kanak-kanak dari segi penyertaan iaitu hak untuk berjumpa dengan kanak-kanak lain, menyertai kelab atau badan beruniform dan bergaul bebas dengan rakan sebaya lain (d) Hak kanak-kanak dari segi perkembangan iaitu hak untuk pendidikan, didikan sehingga menjadi dewasa yang mantap dan matang. 2 Dalam memenuhi hak seorang kanak-kanak, ibu bapa bertanggungjawab untuk menyediakan segala keperluan asas mereka seperti berikut: (a) Makanan dan minuman yang secukupnya bersesuaian dengan peringkat tumbesaran kanak-kanak (b) Pakaian yang sesuai, bersih dan mengikut keperluannya. Contohnya, baju sekolah, pakaian seragam dan baju perayaan (c) Tempat tinggal yang selesa, bersih dan sesuai mengikut kemampuan keluarga 16 Kenali Hak Kanak-kanak Unit 4.4 Lindungi Hak Asasi Kanak-kanak Bidang 4: Moral, Peraturan dan Undang-undang Hormat Rasional Baik Hati Keberanian Kasih Sayang Bertanggungjawab Cadangan Nilai RC PT3 PM Tg1 2023 B16.indd 77 14/3/2023 12:09:28 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


78 Tingkatan 1 Unit 16Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Kehidupan • Kesihatan • Makanan • Pakaian • Tempat tinggal • Rawatan Penyertaan • Pergaulan • Persahabatan • Aktiviti sosial Hak Asasi Kanak-kanak Perlindungan • Keselamatan Perkembangan • Pendidikan • Masa depan yang baik Kepentingan Melindungi Hak Asasi Kanak-kanak SP 4.4.2 Memerihalkan kepentingan melindungi hak asasi kanak-kanak demi kesejahteraan hidup 1 Kanak-kanak akan berasa gembira dan dapat membesar dengan lebih baik jika semua haknya dipenuhi. 2 Antara kepentingan menjaga hak kanak-kanak adalah: (a) Kehidupan – Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membesar dan menikmati kehidupan yang lebih baik (b) Perlindungan – Menghindari dan melindungi kanak-kanak daripada anasir jahat (c) Perkembangan – Melahirkan kanak-kanak yang berilmu pengetahuan dan menjadi aset negara (d) Penyertaan – Mencungkil bakat dan potensi kanak-kanak serta meningkatkan kemahiran berinteraksi kanak-kanak dengan anggota masyarakat Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan Melindungi Hak Kanak-kanak SP 4.4.3 Menyenaraikan badan kerajaan dan badan bukan kerajaan yang melindungi hak asasi kanak-kanak SP 4.4.4 Menghuraikan cara badan kerajaan dan badan bukan kerajaan melindungi hak asasi kanak-kanak demi kesejahteraan masyarakat 1 Bagi memastikan semua hak kanak-kanak di Malaysia dipenuhi dan dijaga, semua pihak harus bekerjasama dan memainkan peranan. 2 Berikut merupakan senarai badan kerajaan dan bukan kerajaan yang berperanan dalam memastikan semua hak kanak-kanak terjamin dan terjaga: Peta Pokok RC PT3 PM Tg1 2023 B16.indd 78 14/3/2023 12:09:29 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


79 Tingkatan 1 Unit 16Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Jadual 16.1 Badan kerajaan yang melindungi hak kanak-kanak Badan Kerajaan Nama Badan Kerajaan Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) • Menyediakan perkhidmatan perlindungan dan pemulihan. • Menekankan perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, emosi, sosial dan mental. • Memberikan bantuan kewangan kepada kanakkanak istimewa dan miskin. • Menyediakan tempat tinggal dan bantuan lain. Imbas Kod QR atau layari http:// www.jkm.gov.my/ tentang Jabatan Kebajikan Masyarakat. PAK-21 Polis Diraja Malaysia (PDRM) • Menguatkuasa undang-undang berkaitan dengan pelanggaran hak asasi kanak-kanak. • Menahan, menyiasat dan mengumpul bukti sesuatu kes berkaitan dengan kanak-kanak. • Menyerahkan pendakwaan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan. Imbas Kod QR atau layari https:// www.rmp.gov.my/ tentang Polis Diraja Malaysia. PAK-21 Kementerian Dalam Negeri (KDN) • Meningkatkan tahap kesedaran tentang keperluan membanteras pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran. • Memperkukuh prosedur penguatkuasaan dan meningkatkan kerjasama pelbagai pihak. Imbas Kod QR atau layari http:// www.moha.gov.my/index.php/ms/ tentang Kementerian Dalam Negeri. PAK-21 RC PT3 PM Tg1 2023 B16.indd 79 14/3/2023 12:09:29 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


80 Tingkatan 1 Unit 16Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Jadual 16.2 Badan bukan kerajaan yang melindungi hak kanak-kanak Badan Bukan Kerajaan Nama Badan bukan Kerajaan Peranan Tabung Darurat Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu • Menangani isu penderitaan dan pencabulan hak kanak-kanak. • Mengumpul sokongan politik untuk membuat pelaburan kepada kebajikan kanak-kanak. Imbas Kod QR atau layari https:// www.unicef.org/malaysia/ tentang UNICEF Malaysia. PAK-21 Yayasan Salam Malaysia • Melaksanakan program kesedaran berkaitan keselamatan diri kanak-kanak di rumah, sekolah dan tempat awam. • Memberikan semangat dan motivasi kepada kanak-kanak yang bermasalah kembali ke pangkal jalan. Imbas Kod QR atau layari http:// www.salam.org.my/ tentang Yayasan Salam Malaysia. PAK-21 Yayasan Chow Kit • Menyediakan beberapa pusat aktiviti yang selamat untuk kanak-kanak dan remaja. • Membantu dalam membentuk potensi diri melalui pelbagai program. Imbas Kod QR atau layari http://www. yck.org.my/ tentang Yayasan Chow Kit. PAK-21 Persatuan Kanak-kanak Istimewa Hulu Langat Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Hulu Langat • Menyediakan terapi dan latihan bantuan diri kepada anak kelainan upaya. • Memberikan kesedaran tentang keperluan orang kurang upaya. Imbas Kod QR atau layari http:// www.hati.my/disabled/persatuankanak-kanak-istimewa-hululanga/ tentang Persatuan Kanakkanak Istimewa Hulu Langat. PAK-21 RC PT3 PM Tg1 2023 B16.indd 80 14/3/2023 12:09:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


81 Tingkatan 1 Unit 16Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Perasaan Hak Kanak-kanak Dilindungi SP 4.4.5 Menceritakan perasaan apabila hak kanak-kanak dilindungi pelbagai pihak tanpa mengira kaum 1 Seronok dan bahagia 2 Gembira dan bersyukur 3 Bertanggungjawab dan bangga Seronok dan bahagia apabila melihat semua kanak-kanak membesar dengan baik dan sempurna tanpa ada sebarang kekurangan. Kanak-kanak yang dianiayai dan ditindas dapat diberikan perlindungan seterusnya membesar dan menjadi aset penting untuk negara. Rasa bertanggungjawab untuk memenuhi semua hak kanak-kanak dan bangga apabila dapat menjadi sebahagian yang menyumbang tenaga, wang ringgit dan masa untuk kebaikan kanak-kanak. Peta Dakap Semak Cepat 16.1 1 Apakah maksud kanak-kanak? 2 Jelaskan dua peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 3 Jelaskan perasaan anda jika tidak dibenarkan untuk menyertai perlawanan bola sepak di sekolah. Galeri Info Panduan ketika berada di luar rumah • Tidak mengikuti orang yang tidak dikenali • Tidak berjalan sendirian di luar kawasan rumah • Bermain di taman permainan dengan pengawasan orang dewasa • Tidak menerima pelawaan menaiki kenderaan orang yang tidak dikenali RC PT3 PM Tg1 2023 B16.indd 81 14/3/2023 12:09:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


82 Tingkatan 1 Unit 16Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Tindakan Melindungi Hak Kanak-kanak SP 4.4.6 Mengambil tindakan melindungi hak kanak-kanak tanpa mengira kaum 1 Tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang perlu dikenakan kepada sesiapa yang melayan kanak-kanak sebagai budak suruhan, hamba dan didera sesuka hati. 2 Semua anggota masyarakat perlu peka dan cakna dengan aktiviti dan kegiatan kanak-kanak di sekeliling mereka agar semua kanak-kanak berada dalam keadaan baik dan selamat. 3 Anggota masyarakat perlu menjadi mata dan telinga untuk melaporkan kejadian yang melibatkan pencabulan hak asasi kanakkanak kepada pihak berkuasa. 4 Setiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan hak seperti tempat perlindungan yang selamat dan terlindung daripada ancaman persekitaran dan gejala sosial. 5 Kanak-kanak juga memerlukan pakaian yang sempurna untuk melindungi anggota kanak-kanak daripada cuaca panas dan hujan. 6 Memastikan kanak-kanak diberikan pendidikan yang sama seperti kanak-kanak lain dengan bantuan kerajaan, badan bukan kerajaan serta badan sukarelawan yang lain. 7 Aspek kasih sayang sangat penting dan tidak patut dipandang enteng kerana kanak-kanak perlu merasai dirinya dihargai dan disayangi. Semak Cepat 16.2 1 Nyatakan dua hak asasi seorang kanak-kanak. 2 Kawan anda tidak mahu pulang ke rumah kerana bimbang dipukul oleh bapanya. Apakah tindakan anda untuk membantunya? Imbas Kod QR atau layari http://bit.ly/3ExgpnO tentang isu pemerdagangan kanak-kanak. PAK-21 RC PT3 PM Tg1 2023 B16.indd 82 14/3/2023 12:09:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


83 Tingkatan 1 Unit 17Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Nota Grafik Unit 17 Rasuah Musuh Negara Contoh Perbuatan Rasuah Cara Membanteras Rasuah Seorang pemaju meminta wang suapan daripada seorang kontraktor sebagai jaminan memastikan syarikat milik kontraktor tersebut dipilih sebagai kontraktor pembinaan rumah. Meminta dan menerima rasuah Seorang pengusaha restoran menawarkan sejumlah wang kepada seorang pelanggannya agar tidak menghebahkan kepada orang ramai mengenai lipas dan lalat yang ditemui dalam makanannya. Menawarkan dan memberikan rasuah Seorang pekerja membuat tuntutan palsu berkaitan jarak perjalanan rasmi ke luar daerah walaupun sebenarnya beliau tidak melakukan perjalanan sejauh itu. Mengemukakan tuntutan palsu Seorang pegawai kerajaan menggunakan kuasa dan kedudukannya untuk memasukkan anak perempuannya ke pusat pengajian tinggi yang terkenal walaupun anaknya tidak layak. Menyalahgunakan kedudukan • Memasukkan elemen membenci rasuah dalam mata pelajaran di sekolah • Mendakwa perbuatan rasuah tanpa mengira kedudukan Masyarakat • Tidak menggalakkan amalan menyogok untuk memperoleh sesuatu tanpa melalui saluran yang betul • Bersedia melaporkan sebarang kegiatan rasuah yang berlaku dalam kalangan masyarakat Cara Membanteras Rasuah Individu Kerajaan • Menanam sifat membenci rasuah dalam diri • Mempunyai didikan agama dan moral serta jati diri yang kuat Contoh Perbuatan Rasuah RC PT3 PM Tg1 2023 B17.indd 83 14/3/2023 12:09:53 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


84 Tingkatan 1 Unit 17Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 SP 4.5.1 Menjelaskan maksud rasuah Rasuah bermaksud pemberian dan penerimaan suapan sebagai upah atau dorongan kepada seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya. 1 Dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009, istilah rasuah disebut juga sebagai suapan. Antara bentuk suapan adalah seperti rajah di bawah: Ibu bapa Buku Teks Internet Guru Bentuk Suapan Rasuah Upah tidak berpatutan Hadiah istimewa Jawatan tinggi Perkhidmatan percuma Wang tunai tanpa sebab Pinjaman tanpa faedah Diskaun khas Bonus lumayan 17 Rasuah Musuh Negara Unit 4.5 Rasuah Musuh Negara Bidang 4: Moral, Peraturan dan Undang-undang Peta Bulatan RC PT3 PM Tg1 2023 B17.indd 84 14/3/2023 12:09:53 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


85 Tingkatan 1 Unit 17Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Kesan Perbuatan Rasuah SP 4.5.3 Menghuraikan kesan perbuatan rasuah 1 Amalan rasuah yang semakin berleluasa akan mendatangkan banyak kesan kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya. 2 Antara kesan buruk rasuah: (a) Terhadap individu: (i) Hilang pekerjaan (ii) Dikenakan hukuman penjara (iii) Disisihkan keluarga sendiri (b) Terhadap keluarga: (i) Maruah keluarga terjejas (ii) Ahli keluarga hilang tempat bergantung (c) Terhadap masyarakat: (i) Hilang kepercayaan masyarakat (ii) Harga barang dan perkhidmatan meningkat (d) Terhadap negara: (i) Menjejaskan sistem pentadbiran negara (ii) Kesejahteraan dan keselamatan rakyat terancam Contoh Perbuatan Rasuah SP 4.5.2 Menjelaskan dengan contoh perbuatan rasuah Meminta dan menerima rasuah Seorang pemaju meminta wang suapan daripada seorang kontraktor sebagai jaminan memastikan syarikat milik kontraktor tersebut dipilih sebagai kontraktor pembinaan rumah. Menawarkan dan memberikan rasuah Seorang pengusaha restoran menawarkan sejumlah wang kepada seorang pelanggannya agar tidak menghebahkan kepada orang ramai mengenai lipas dan lalat yang ditemui dalam makanannya. Mengemukakan tuntutan palsu Seorang pekerja membuat tuntutan palsu berkaitan jarak perjalanan rasmi ke luar daerah walaupun sebenarnya beliau tidak melakukan perjalanan sejauh itu. Menyalahgunakan kedudukan Seorang pegawai kerajaan menggunakan kuasanya untuk memasukkan anak perempuannya ke pusat pengajian tinggi yang terkenal walaupun anaknya tidak layak. Peta Dakap Rasional Kejujuran Harga Diri Keberanian Patriotisme Bertanggungjawab Kepercayaan kepada Tuhan Cadangan Nilai RC PT3 PM Tg1 2023 B17.indd 85 14/3/2023 12:09:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


86 Tingkatan 1 Unit 17Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Foto 17.1 Badan tunggal dan bebas yang mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan rasuah. Cara Membanteras Perbuatan Rasuah SP 4.5.4 Menyarankan cara untuk membanteras rasuah demi kesejahteraan masyarakat 1 Rasuah ini merupakan perbuatan yang boleh merosakkan diri, keluarga, masyarakat dan negara secara halus. Jika tidak dibanteras, seluruh negara akan menanggung masa depan yang sangat gelap. 2 Semua pihak harus bekerjasama dalam memainkan peranan untuk membanteras rasuah. 3 Antara usaha yang boleh dilakukan untuk membanteras rasuah: (a) Individu: (i) Mempunyai didikan agama dan moral serta jati diri yang kuat (ii) Menanam sifat membenci rasuah dalam diri (b) Masyarakat: (i) Bersedia melaporkan sebarang kegiatan rasuah yang berlaku dalam kalangan masyarakat (ii) Tidak menggalakkan amalan menyogok untuk memperoleh sesuatu tanpa melalui saluran yang betul Galeri Info • Jenis-jenis rasuah Berdasarkan ASPRM 2009 (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu: 1 Meminta/menerima rasuah [Seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009] 2 Memberi suapan [Seksyen 17(b) ASPRM 2009] 3 Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009] 4 Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009] • Hukuman rasuah di Malaysia Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10 000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. RC PT3 PM Tg1 2023 B17.indd 86 14/3/2023 12:09:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


87 Tingkatan 1 Unit 17Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 (c) Kerajaan: (i) Penguatkuasaan Undang-undang • Mendakwa perbuatan rasuah tanpa mengira kedudukan • Mengenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya (ii) Pendidikan Pencegahan Rasuah • Memperbanyak kempen iklan dan program mengenai kesan rasuah kepada diri dan individu, keluarga dan negara melalui pelbagai media massa • Memasukkan elemen membenci rasuah dalam mata pelajaran di sekolah (iii) Inisiatif Lain • Menubuhkan badan-badan pencegah rasuah Institusi Integriti Malaysia Mahkamah Khas Rasuah Pangkalan Data Pesalah Rasuah Pusat Talian Khas 1-800-88-6000 Menghindari Perbuatan Rasuah SP 4.5.6 Menghindari perbuatan rasuah dalam kehidupan 1 Antara cara menghindari perbuatan rasuah dalam kehidupan: (a) Memilih dan bergaul dengan rakan yang berperibadi mulia (b) Menanam sifat benci perbuatan rasuah dalam diri (c) Menyemai nilai-nilai murni dalam diri sejak kecil (d) Pegangan agama dan jati yang kuat Gambar 17.1 Amalan rasuah dibenci oleh semua agama. Peta Dakap RC PT3 PM Tg1 2023 B17.indd 87 14/3/2023 12:09:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


88 Tingkatan 1 Unit 17Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Perasaan terhadap Perbuatan Rasuah SP 4.5.5 Melahirkan rasa benci terhadap perbuatan rasuah demi keharmonian hidup Perasaan terhadap Perbuatan Rasuah Benci Benci dengan amalan rasuah yang menindas golongan bawahan dan boleh menjejaskan ekonomi negara secara keseluruhan. Kecewa dengan pemberi dan penerima rasuah yang hanya mementingkan diri sendiri. Mereka terlalu mengejar wang dan kedudukan tanpa memikirkan kebaikan orang lain. Sedih Sedih dengan keadaan ekonomi negara yang semakin merudum dan menyebabkan ramai rakyat tidak dapat memajukan diri dalam lapangan masing-masing Kecewa Peta Pokok Semak Cepat 17.1 1 Nyatakan dua bentuk suapan. 2 Jelaskan faktor seseorang individu itu terjebak dalam kegiatan rasuah. 3 Mengapakah setiap agama melarang perbuatan rasuah? Galeri Info Di Malaysia, rasuah juga dikenali sebagai kaw tim, duit minyak, duit kopi, makan suap, tumbuk rusuk, pelincir bunga emas dan under counter money. Imbas Kod QR atau layari http://bitily/3yxSanb tentang proses siasatan kes rasuah. PAK-21 RC PT3 PM Tg1 2023 B17.indd 88 14/3/2023 12:09:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(Masa: 2 Jam) Arahan: Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian, iaitu Bahagian A, B, C dan D. BAHAGIAN A [20 markah] Jawab semua soalan. 1 Perkataan moral berasal daripada bahasa Latin, iaitu A mores. C modern. B model. D module. 2 Antara yang berikut, yang manakah menerangkan berkelakuan benar? A Tingkah laku yang diterima oleh masyarakat B Tingkah laku yang perlu diamalkan oleh setiap masyarakat C Tingkah laku yang sesuai dibuat dan terima oleh masyarakat D Tingkah laku yang betul berasaskan fakta dan bukti yang sah 3 Sebagai insan berakhlak mulia, kita hendaklah sentiasa berfikir dan bertingkah laku selaras dengan yang sepatutnya. A Rukun Negara C nilai-nilai murni B undang-undang D agama dan kepercayaan 4 Tindakan yang berikut merupakan ciri hidup beragama kecuali A malas dan leka. B mentaati Tuhan. C menjauhi perbuatan dosa. D menolong golongan yang memerlukan. 5 Individu yang kreatif akan mengembangkan potensi dirinya dengan A lebih kerap belajar dan bertanya. B lebih kerap bergaul dengan orang lain. C melihat sesuatu melalui satu skop atau sudut. D mencari idea baharu melalui pelbagai sumber. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Tingkatan 1 U1 (UASA) Tingkatan 1 RC PT3 PM Tg1 2023 UASA 4th.indd 1 14/3/2023 12:10:17 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


6 Antara yang berikut, aktiviti yang manakah boleh menjejaskan hemah diri remaja? I Berjudi III Gotong-royong II Lumba haram IV Aktiviti keagamaan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 7 Adik anda menghadapi masalah dengan rakannya di sekolah. Apakah tindakan yang wajar anda lakukan? A Memaklumkan kepada guru B Bersemuka dengan rakan adik C Cuba selesaikan masalah mereka D Meluangkan masa dan cuba untuk memahami masalahnya 8 Kawan anda kerap menghabiskan masa di kafe siber. Apakah tindakan anda? A Tidak menghiraukannya B Mengikutinya ke kafe siber C Memaklumkan kepada pihak sekolah D Menasihatinya agar mengubah sikap negatifnya 9 Antara warna tong kitar semula termasuklah I biru. III merah. II hitam. IV coklat. A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 10 Warga terdiri daripada guru, murid dan juga PIBG. A maya C sekolah B global D pendidikan 11 Ibu meminta Raymond membeli gula di kedai berhampiran. Sewaktu dalam perjalanan, rakan Raymond mengajaknya bermain bola di padang. Apakah yang perlu dilakukannya? A Membeli gula dan menolak ajakan rakannya B Mengabaikan permintaan ibunya dan bermain bola bersama rakannya C Membeli gula dan sewaktu balik Raymond singgah bermain bola bersama rakannya D Membeli gula untuk ibunya dan meminta izin ibunya untuk menyertai rakannya bermain (UASA) Tingkatan 1 U2 RC PT3 PM Tg1 2023 UASA 4th.indd 2 14/3/2023 12:10:17 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


12 Penganut agama Hindu percaya kepada hukum _________ yang menekankan perilaku setiap individu semasa hidup. A kosmos C rimba B karma D alam 13 Individu yang cemerlang akan potensi diri dan memperbaik kelemahannya. A menunjuk-nunjuk C mengurangkan B menyembunyikan D menyerlahkan 14 memainkan peranan penting dalam menjaga kesejahteraan dalam kalangan warga sekolah. A Polis C Menteri B PIBG D Parti politik 15 Penguatkuasaan perlu bagi memastikan murid-murid dapat belajar dalam situasi yang kondusif. A cukai C peraturan B dasar D keselamatan 16 Kegiatan merupakan salah satu ancaman keselamatan kawasan kediaman yang makin membimbangkan. A sukaneka C lumba haram B pecah rumah D gotong-royong 17 Amalan merupakan salah satu amalan yang dikutuk oleh semua agama. A riadah C tilik nasib B rasuah D menderma 18 Rasuah juga dikenali sebagai . A mata ganjaran C titik peluh B wang ihsan D duit kopi 19 Kanak-kanak sewajarnya mendapat dan perlindungan agar hidup dengan sempurna. A kesenangan C penjagaan B kewangan D hasutan 20 menyediakan perkhidmatan perlindungan dan pemulihan untuk kanak-kanak teraniaya. A Jabatan Belia dan Sukan Negara B Jabatan Kebajikan Masyarakat C Jabatan Kesenian Negara D Jabatan Alam Sekitar U3 (UASA) Tingkatan 1 RC PT3 PM Tg1 2023 UASA 4th.indd 3 14/3/2023 12:10:17 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


BAHAGIAN B [20 markah] Jawab semua soalan. 1 Isikan ruangan kosong dengan pilihan jawapan yang sesuai berkaitan insan bermoral. dihormati prihatin ibu bapa tingkah laku harga diri (a) Insan bermoral akan oleh masyarakat. (b) memainkan peranan penting dalam membentuk insan bermoral. (c) Sikap memupuk ciri-ciri insan bermoral. (d) Seorang insan bermoral akan selalu menjaga . (e) Insan bermoral ialah individu yang mempunyai yang baik. [5 markah] 2 Kenal pasti perbuatan yang menunjukkan cara hidup bermoral. Berintegriti Mungkir janji Berjudi Pemalas Boros Menepati masa Berfoya-foya Bersikap jujur Beradab Memfitnah Bertoleransi Bersengketa Cara Hidup Bermoral (a) (d) (b) (e) (c) [5 markah] (UASA) Tingkatan 1 U4 RC PT3 PM Tg1 2023 UASA 4th.indd 4 14/3/2023 12:10:17 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 Padankan cara mengurus alam sekitar dengan program 5R yang betul. Recycle (Kitar semula) Reduce (Kurangkan) Repair (Baiki) Reuse (Guna semula) Rethink (Fikir semula) (a) Berfikir sebelum membuang sebarang alatan yang masih boleh diguna pakai (b) Membaik pulih alatan yang masih boleh digunakan (c) Membawa bekas makanan untuk mengisi makanan yang dibeli di kantin (d) Menderma pakaian lama kepada mereka yang memerlukan (e) Mengumpul dan menghantar botol, plastik, kertas atau tin minuman ke pusat kitar semula [5 markah] 4 Tulis “BETUL” pada pernyataan yang betul dan “SALAH” pada pernyataan yang salah mengenai kesan hak kanak-kanak. (a) Kanak-kanak merujuk mereka yang berumur di bawah 15 tahun. (b) Penderaan mental adalah antara penderaan kanak-kanak. (c) UNESCO merupakan badan dunia yang berperanan menjayakan kempen memelihara hak kanak-kanak. (d) Kita perlu melindungi hak kanak-kanak kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara (e) Antara hak kanak-kanak termasuklah hak mendapatkan pendidikan. [5 markah] U5 (UASA) Tingkatan 1 RC PT3 PM Tg1 2023 UASA 4th.indd 5 14/3/2023 12:10:17 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version