BAHAGIAN C [15 markah] Jawab semua soalan. 1 Ilustrasi menunjukkan sekumpulan lelaki sedang melakukan rondaan di kawasan kediaman. (a) Selain aktiviti di atas, berikan satu aktiviti lain yang boleh memupuk semangat kejiranan. [1 markah] (b) Jelaskan dua manfaat yang diperoleh daripada aktiviti tersebut. (i) (ii) [2 markah] (c) Nyatakan dua kesan sekiranya semangat kejiranan diabaikan oleh masyarakat. (i) (ii) [2 markah] (UASA) Tingkatan 1 U6 RC PT3 PM Tg1 2023 UASA 4th.indd 6 14/3/2023 12:10:18 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Ilustrasi di bawah menunjukkan kemudahan awam yang terdapat di negara kita. (a) Nyatakan kepentingan pengangkutan awam yang disediakan untuk kemudahan rakyat. [1 markah] (b) Berikan dua jenis kemudahan awam yang terdapat di kawasan tempat tinggal anda. (i) (ii) [2 markah] (c) Berikan dua cara anda menghargai kemudahan awam tersebut. (i) (ii) [2 markah] U7 (UASA) Tingkatan 1 RC PT3 PM Tg1 2023 UASA 4th.indd 7 14/3/2023 12:10:18 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 Keratan akhbar yang berikut berkaitan dengan kes rasuah yang berlaku di negara kita. IPOH: Bekas pengarah dan ketua unit pendakwaan Jabatan Imigresen Perak, masing-masing dihukum penjara tiga tahun dan denda RM85 000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas didapati bersalah meminta dan menerima rasuah tujuh tahun lepas. Hakim S Indra Nehru menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50 000 terhadap Zulhairin Yahya, 50, dan Zaidi Dali, 54, bermula hari ini dan dipenjara 10 bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan atas kesalahan meminta suapan RM10 000 setiap bulan supaya tiada pemeriksaan dijalankan ke atas sebuah pusat hiburan di Manjung. Indra Nehru turut menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bermula hari ini dan denda RM35 000 serta lapan bulan penjara, jika gagal membayar denda itu ke atas kedua-dua mereka, masing-masing bagi dua kesalahan memperoleh suapan sebanyak RM7000. (Sumber: Berita Harian, 23 September 2022) (a) Wajarkah tindakan tegas dikenakan ke atas pesalah rasuah? [1 markah] (b) Nyatakan dua langkah yang perlu diambil untuk membanteras gejala rasuah daripada berleluasa di negara kita. (i) (ii) [2 markah] (c) Apakah kesan rasuah terhadap negara kita? [2 markah] (UASA) Tingkatan 1 U8 RC PT3 PM Tg1 2023 UASA 4th.indd 8 14/3/2023 12:10:18 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
BAHAGIAN D [5 markah] Bahagian ini mengandungi dua soalan. Pilih satu soalan sahaja. 1 Gambar yang berikut menunjukkan ahli keluarga sedang berada di meja makan. (a) Nyatakan nilai universal yang patut diamalkan oleh anggota keluarga dalam gambar di atas. [1 markah] (b) Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh keluarga di atas untuk mewujudkan hubungan mesra antara ahli keluarga? [2 markah] (c) Apakah kesan negatif jika amalan penggunaan gajet elektronik semasa makan dengan ahli keluarga berterusan? [2 markah] U9 (UASA) Tingkatan 1 RC PT3 PM Tg1 2023 UASA 4th.indd 9 14/3/2023 12:10:18 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Lihat gambar yang diberi. Kemudian, jawab soalan yang berikutnya. (a) Jelaskan perasaan anda apabila melihat remaja terjebak dalam gejala negatif seperti dalam gambar di atas. [1 markah] (b) Sekiranya anda terjebak dalam salah satu ketagihan seperti dalam gambar di atas, bagaimanakah cara anda mengatasinya? [2 markah] (c) Jelaskan kesan jangka panjang kepada negara jika ketagihan di atas dibiarkan berterusan. [2 markah] (UASA) Tingkatan 1 U10 RC PT3 PM Tg1 2023 UASA 4th.indd 10 14/3/2023 12:10:18 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
89 Tingkatan 1 Unit 1Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Nota Grafik Unit 1 Sumber Moral Asas Pembentukan Akhlak Mulia Norma Masyarakat Malaysia yang Menjadi Sumber Moral Pantang larang dan adat resam masyarakat Malaysia Melayu (a) Membasuh kaki sebelum tidur bagi mengelakkan mimpi-mimpi ngeri (b) Anak gadis ditegah bersiul dan menyanyi di dapur nescaya akan lambat berkahwin Cina (a) Pada tiga hari pertama Tahun Baharu Cina, amalan menyapu lantai tidak dibenarkan kerana akan mengurangkan tuah (b) Mimpi tentang salji ataupun gigi bererti kematian mungkin menimpa ibu atau ayah India (a) Sekiranya berlaku kematian, keluarga terdekat si mati dilarang menyambut Deepavali selama setahun (b) Larangan makan daging lembu kerana binatang tersebut dianggap suci Iban (a) Tanah disemah terlebih dahulu sebelum penempatan baharu dibuka (b) Menyimpan pasu, gong dan tajau (tempayan) Kadazan (a) Menjalankan upacara Magavau sebagai menghormati semangat padi (b) Bobohizan merupakan bomoh untuk membuang kepanasan Merisik Perkahwinan Berinai Meminang Bertunang Akad nikah RC PT3 PM Tg2 2023 B1.indd 89 14/3/2023 12:11:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
90 Tingkatan 1 Unit 1Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Sumber Moral SP 1.1.1 Menamakan sumber moral • Moral berasal daripada perkataan Latin, iaitu mores yang bermaksud tingkah laku yang baik, betul dan diterima oleh sesebuah komuniti. • Sumber moral merujuk kepada bahan rujukan yang menjadi panduan kepada pembentukan keperibadian serta tingkah laku seseorang individu. 1 Antara sumber moral yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah masyarakat Malaysia ialah agama, kepercayaan, norma masyarakat dan prinsip Rukun Negara. 2 Peranan agama dan kepercayaan dapat dilihat melalui kepercayaan dan sumber rujukan bagi setiap agama seperti kitab-kitab suci serta karya-karya agung. 3 Antara contoh kitab suci ialah Al-Quran, Bible, Tripitaka, Bhagavad Gita, Sri Guru Granth Sahib Ji, Analects dan Tao Te Ching. 4 Di samping itu, norma masyarakat yang terdiri daripada peraturan, undang-undang serta adat resam juga menjadi sumber rujukan dalam pembentukan insan bermoral. 5 Antara kepentingan mematuhi peraturan dan adat resam: (a) Memastikan warisan nenek moyang dipertahankan (b) Memupuk jati diri yang positif (c) Melahirkan keluarga yang harmoni (d) Menghindari budaya negatif dan gejala sosial 6 Rukun Negara bermatlamat untuk membentuk masyarakat yang adil dan saksama. Selain itu, ia turut bertujuan untuk mengukuhkan ikatan antara kaum serta memantapkan institusi negara dengan melahirkan rakyat yang taat dan setia kepada raja dan negara. 1 Sumber Moral Asas Pembentukan Akhlak Mulia Unit Sumber Moral Berdasarkan Agama, Kepercayaan dan Norma Masyarakat 1.1 Bidang 1: Pengenalan Moral RC PT3 PM Tg2 2023 B1.indd 90 14/3/2023 12:11:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
91 Tingkatan 1 Unit 1Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Sumber Moral Agama • Islam • Kristian • Buddha • Hindu • Sikh Kepercayaan • Confucius • Taoisme • Kepercayaan orang asli di Semenanjung Malaysia • Kepercayaan pribumi Sabah dan Sarawak Rukun Negara • Kepercayaan kepada Tuhan • Kesetiaan kepada raja dan negara • Keluhuran perlembagaan • Kedaulatan undangundang • Kesopanan dan kesusilaan Norma masyarakat • Peraturan • Undang-undang • Pantang larang • Adat resam Sumber Agama dan Kepercayaan SP 1.1.2 Menghuraikan sumber agama atau kepercayaan yang menjadi asas kepada prinsip moral 1 Semua agama dan kepercayaan menggalakkan penganutnya berbuat baik dalam kehidupan. 2 Setiap agama juga mempunyai nilai, pemikiran dan perlakuan tertentu yang diambil daripada kitab-kitab suci. 3 Antara agama dan kepercayaan utama yang menjadi anutan majoriti rakyat Malaysia: (a) Islam (b) Buddha (c) Kristian (d) Hindu (e) Confucius (f) Taoisme Gambar 1.1 Setiap agama mempunyai cara tersendiri dalam mengamalkan ajaran tersebut. Peta Pokok Kepercayaan kepada Tuhan Hormat Toleransi Rasional Kesederhanaan Cadangan Nilai Semak Cepat 1.1 1 Nyatakan agama yang menjadi sumber moral kepada rakyat Malaysia. 2 Mengapakah norma masyarakat dianggap sumber moral yang penting? RC PT3 PM Tg2 2023 B1.indd 91 14/3/2023 12:11:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
92 Tingkatan 1 Unit 1Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Islam “Adapun orang-orang yang beramal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan ingatlah Allah tidak suka kepada orang yang zalim.” (Surah Ali, Imran: 75) Sumber: Al-Quran al-Karim Kristian “Kecantikan seseorang tidak bergantung kepada hiasan rambut, barang kemas atau pun pakaian yang mahal. Sebaliknya kecantikan itu terdiri daripada jiwa batin yang murni, budi pekerti yang lembut dan sederhana.” (Petrus 3:3-5) Sumber: Church of the Good Shepherd Buddha “Seseorang yang bijaksana sentiasa sedar akan pemikirannya. Pemikiran yang baik akan selalu membawa kebahagiaan.” (Dhammapada: 36) Sumber: Young Buddha Association of Malaysia Hindu “Anda mempunyai hak untuk laksanakan tugas yang ditetapkan tetapi anda tidak berhak mendapatkan hasilnya kerana memenuhi tanggungjawab adalah satu ibadah.” (Bhagavad Gita, Bab 2: 47) Sumber: Malaysia Hindu Sangam Taoisme “Saya baik kepada mereka yang baik kepada saya. Saya juga baik kepada mereka yang benci saya.” (Tao Te Ching, 49: 2) Sumber: Federation of Taoist Association Malaysia Rajah 1.1 Contoh nilai, pemikiran dan perlakuan daripada sumber moral berdasarkan agama atau kepercayaan. Imbas Kod QR atau layari https://ms.wikipedia.org/wiki/ Agama_mengikut_negara tentang agama-agama di dunia. PAK-21 RC PT3 PM Tg2 2023 B1.indd 92 14/3/2023 12:11:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
93 Tingkatan 1 Unit 1Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Pantang Larang dan Adat Resam Masyarakat Malaysia Melayu (a) Semasa mengandung, wanita dilarang memukul atau mendera binatang dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan (b) Membasuh kaki sebelum tidur bagi mengelakkan mimpi-mimpi ngeri (c) Anak gadis ditegah bersiul dan menyanyi di dapur nescaya akan lambat berkahwin Cina (a) Pada tiga hari pertama Tahun Baharu Cina, amalan menyapu lantai tidak dibenarkan kerana akan mengurangkan tuah (b) Dipercayai anjing berkebolehan untuk melihat mahluk ghaib dan akan menyalak apabila terserempak dengannya (c) Mimpi tentang salji ataupun gigi bererti kematian mungkin menimpa ibu atau ayah India (a) Sekiranya berlaku kematian, keluarga terdekat si mati dilarang menyambut Deepavali selama setahun (b) Larangan makan daging lembu kerana binatang tersebut dianggap suci (c) Pakaian yang berwarna hitam dan putih tidak sesuai dipakai semasa Deepavali kerana bermaksud kesedihan Iban (a) Tanah disemah terlebih dahulu sebelum penempatan baharu dibuka (b) Menyimpan pasu, gong dan tajau (tempayan) (c) Menyambut perayaan Gawai sebagai tanda kesyukuran bagi hasil padi yang diperoleh Kadazan (a) Mempercayai Tuhan yang dikenali sebagai Kinorohingan (b) Menjalankan upacara Magavau sebagai menghormati semangat padi (c) Bobohizan merupakan bomoh untuk membuang kepanasan Norma-norma Masyarakat SP 1.1.3 Menjelaskan melalui contoh norma masyarakat Malaysia yang menjadi sumber moral Semak Cepat 1.2 1 Mengapakah kita perlu menghormati adat resam kaum lain? 2 Nyatakan adat resam kaum anda yang anda tahu. RC PT3 PM Tg2 2023 B1.indd 93 14/3/2023 12:11:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
94 Tingkatan 1 Unit 1Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Kajian Kes PT3Tingkatan 2 Unit 1 Jadual 1.1 Adat perkahwinan masyarakat Melayu Adat Penerangan Merisik Adat ini juga dikenali sebagai meninjau atau menengok. Ia merupakan peringkat awal menjodohkan teruna dan dara yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Pertemuan ini dianggap penting sebagai menghormati keluarga dara. Meminang Meminang bertujuan untuk menyatakan hasrat untuk menjadikan anak perempuan pihak yang dirisik sebagai bakal isteri. Pihak lelaki akan membawa hadiah dan barang yang boleh dijadikan tanda pertunangan seperti cincin. Bertunang Tujuan bertunang adalah supaya kedua-dua pasangan diberi sedikit masa untuk bersedia serta mengenali satu sama lain dengan lebih dekat. Ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada kedua-dua keluarga membina hubungan sebelum bergelar besan. Bernikah Kemuncak kepada kesahihan sesebuah ikatan perkahwinan. Ia dilakukan di masjid, pejabat kadi atau rumah pengantin perempuan. Akad nikah dijalankan oleh tok kadi. Majlis ini kebiasaannya dijalankan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Perkahwinan Pada hari persandingan, pihak pengantin lelaki akan diiringi oleh sekumpulan kompang atau rebana bagi menyambut kedatangan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Pada hari persandingan, kedua-dua pengantin akan duduk bersebelahan di atas pelamin yang dihiasi indah. Gambar 1.2 Antara suasana yang berlaku sewaktu majlis perkahwinan masyarakat Melayu. RC PT3 PM Tg2 2023 B1.indd 94 14/3/2023 12:11:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
(Masa: 2 Jam) Arahan: Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian, iaitu Bahagian A, B, C dan D. BAHAGIAN A [20 markah] Jawab semua soalan. 1 Yang berikut ialah ciri-ciri pilihan bermoral, kecuali A mengikut ajaran agama. B melakukan sesuatu dengan paksaan. C bertingkah laku baik, benar dan patut. D mematuhi peraturan dan undang-undang. 2 Keperluan membuat pilihan bermoral akan memberi kesan kepada diri sendiri, iaitu A dapat dipilih sebagai ketua. B meningkatkan keyakinan diri. C mendapat pujian dan ganjaran. D dipandang serong oleh orang lain. 3 Hidup bermoral dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun dan memiliki ciri-ciri I integriti II toleransi III kerjasama IV materialistik A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Tingkatan 3 U1 (UASA) Tingkatan 3 RC PT3 PM Tg3 2023 UASA 4th.indd 1 14/3/2023 12:37:47 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 Anugerah alam merupakan ciptaan Tuhan yang amat penting dalam kehidupan. Pernyataan yang manakah yang tidak menerangkan kepentingan menghargai anugerah alam? A Membekalkan sumber tenaga B Sumber pendapatan dan ekonomi C Memudahkan kegiatan pemburuan haram D Sumber makanan, minuman dan perubatan 5 Pernyataan yang manakah menerangkan tentang kesan pengabaian anugerah alam? A Imej negara bertambah baik B Mendapat pujian di mata dunia C Sumber tenaga dan ekonomi berkurangan D Menjadi negara contoh kepada negara lain 6 Individu yang memiliki kebestarian diri akan sentiasa I berdisiplin II putus asa III pemalas IV proaktif A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 7 Kebestarian diri dapat membentuk diri yang unggul dalam dalam diri seseorang dan kehidupannya. A insan B bangga C teladan D keperibadian 8 Tradisi sesebuah keluarga diamalkan berdasarkan elemen-elemen yang berikut, kecuali A norma. B ikutan. C adat resam. D kepercayaan. (UASA) Tingkatan 3 U2 RC PT3 PM Tg3 2023 UASA 4th.indd 2 14/3/2023 12:37:47 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
9 Mengekalkan amalan tradisi kekeluargaan dapat merapatkan antara generasi tua dengan generasi muda. A masa B jurang C kemesraan D masa hadapan 10 Konflik persahabatan merujuk atau pertentangan yang berlaku antara seorang sahabat dengan sahabat yang lain. A perbuatan B penerimaan C perselisihan D kepercayaan 11 Pernyataan yang berikut menerangkan tentang kepentingan amalan bersatu padu dalam kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa kecuali A meningkatkan imej negara. B mengagungkan bangsa sendiri. C masyarakat hidup harmoni tanpa sebarang konflik. D mengukuhkan ekonomi dan seterusnya meningkatkan pembangunan negara. 12 Antara yang berikut, yang manakah bukan contoh idea baharu untuk meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan awam? A Mesyuarat secara telesidang B Memperbaharu pasport secara dalam talian C Menularkan dalam sosial media untuk tindakan cepat D Penggunaan sistem biometrik untuk pendaftaran di hospital 13 Program 5R bertujuan untuk A menambah pendapatan negara. B menjadikan Malaysia negara maju. C mengurangkan penghasilan sampah. D memastikan kestabilan negara terjamin. 14 Mengikut Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara, amalan konsep 3R adalah untuk mengurangkan A penjanaan sisa. B penebangan pokok. C pelupusan barangan. D penggunaan barangan. U3 (UASA) Tingkatan 3 RC PT3 PM Tg3 2023 UASA 4th.indd 3 14/3/2023 12:37:47 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
15 Gambar yang berikut berkaitan dengan golongan OKU. Apakah peranan individu sebagai anggota masyarakat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap golongan OKU? I Membuat kutipan derma II Menjaga keselamatan mereka III Memberi sumbangan kewangan IV Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 16 Yang berikut ialah kelakuan beradab di majlis rasmi atau majlis tidak rasmi kecuali A berinteraksi dengan bahasa yang betul dan hanya bercakap apabila perlu sahaja. B bebas bercakap dan bersikap angkuh dengan tetamu yang menghadiri majlis. C duduk di tempat yang selesa dengan tenang tanpa menggoyangkan kaki. D menggunakan gelaran yang betul dan memanggil nama dengan sopan. (UASA) Tingkatan 3 U4 RC PT3 PM Tg3 2023 UASA 4th.indd 4 14/3/2023 12:37:47 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
17 Berdasarkan Akta Kanak-kanak, tanggungjawab atas kesalahan jenayah yang dilakukan oleh kanak-kanak perlulah berdasarkan perkara yang berikut: I Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dibebaskan daripada apaapa jua tanggungjawab jenayah. II Kanak-kanak yang berumur lebih daripada 12 tahun bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah yang dilakukan. III Kanak-kanak yang berumur lebih daripada 12 tahun tidak bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah yang dilakukan sehingga mencapai umur 18 tahun. IV Kanak-kanak yang berusia antara 10 hingga 12 tahun bergantung pada keupayaan membuktikan kanak-kanak tersebut berupaya melakukan jenayah. A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 18 Mengapakah perlunya batasan dalam kebebasan bersuara? A Menghindari perbuatan fitnah B Supaya mendapat hak yang sama rata C Mencetuskan propaganda perkauman D Bebas mengeluarkan pendapat dan suara 19 Apakah kesan pengabaian tradisi dalam masyarakat majmuk? A Mengasingkan diri dan hidup berpuak-puak B Keselamatan penduduk setempat terjaga C Hilang maruah diri dan keluarga D Bersikap proaktif 20 Contoh pencabulan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa ialah I membunuh orang awam yang tidak berdosa. II menghalang mangsa yang cedera mendapatkan rawatan. III memusnahkan bangunan yang menjadi markas penjenayah. IV tidak melaporkan kepada Interpol jenayah yang berlaku kepada mangsa. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV U5 (UASA) Tingkatan 3 RC PT3 PM Tg3 2023 UASA 4th.indd 5 14/3/2023 12:37:47 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
BAHAGIAN B [20 markah] Jawab semua soalan. 1 Pilih cara membuat pilihan bermoral dengan betul. kekayaan kerjaya tingkah laku bekerja kawan keluarga tempat tinggal gaya hidup Bil. Cara Membuat Pilihan Bermoral (a) (b) (c) (d) [4 markah] 2 Padankan kesan amalan disiplin dalam membentuk kebestarian diri dengan betul. Kerja dapat diselesaikan tepat pada masanya Imej diri dan keluarga terpelihara Mengelakkan ketegangan hubungan Kualiti kerja terjamin Keputusan yang dibuat adalah yang terbaik Mendapat kepercayaan daripada orang lain (a) Menyiapkan tugasan tanpa menangguhkan kerja (b) Sentiasa komited dalam tugasan yang dilaksanakan (c) Matang dan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu keputusan [6 markah] (UASA) Tingkatan 3 U6 RC PT3 PM Tg3 2023 UASA 4th.indd 6 14/3/2023 12:37:47 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. rumah hijau Tuhan tamak perancangan penerokaan (a) Kita perlu menghargai alam sekitar ciptaan . (b) tanah secara haram dan berleluasa mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. (c) Kesan merupakan satu kesan daripada aktiviti pembangunan yang tidak sistematik. (d) yang teliti perlu dilaksanakan sebelum sesuatu projek dimulakan. (e) Sikap manusia yang menjadi faktor utama kerosakan alam sekitar. [5 markah] 4 Tulis A, B, C, D atau E mengikut kronologi yang betul bagi adat perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya di bawah. A Meminang B Majlis naik belanja D Adat sojah C Merisik E Menjamu teh Penerangan Adat (a) Wakil lelaki ke rumah pihak perempuan yang ingin dipinangnya. (b) ‘Mueynang’ akan dihantar untuk mendapatkan butiran seperti tarikh dan masa lahir pasangan. (c) Pihak lelaki akan menyediakan sebahagian daripada jumlah wang hantaran. (d) Pengantin menjamu teh kepada ahli keluarga yang lebih tua. (e) Selepas hari perkahwinan, kedua-dua pengantin menjamu teh kepada mentuanya. [5 markah] U7 (UASA) Tingkatan 3 RC PT3 PM Tg3 2023 UASA 4th.indd 7 14/3/2023 12:37:47 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
BAHAGIAN C [15 markah] Jawab semua soalan. 1 Gambar yang berikut berkaitan dengan kempen kitar semula. (a) Senaraikan dua amalan 5R bagi pengekalan bumi hijau. (i) (ii) [2 markah] (b) Apakah kepentingan amalan 5R? [1 markah] (c) Berikan dua cara meningkatkan amalan 5R bagi pengekalan bumi hijau. (i) (ii) [2 markah] (UASA) Tingkatan 3 U8 RC PT3 PM Tg3 2023 UASA 4th.indd 8 14/3/2023 12:37:47 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Situasi di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong di satu kawasan perumahan. (a) Jelaskan nilai yang diamalkan oleh penduduk di kawasan perumahan tersebut. [1 markah] (b) Nyatakan dua cara hidup bersatu padu yang diamalkan dalam kalangan masyarakat selain aktiviti gotong-royong. (i) (ii) [2 markah] (c) Huraikan dua kepentingan amalan perpaduan dalam kalangan masyarakat. (i) (ii) [2 markah] U9 (UASA) Tingkatan 3 RC PT3 PM Tg3 2023 UASA 4th.indd 9 14/3/2023 12:37:47 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 Ilustrasi di bawah menunjukkan suatu majlis tidak rasmi, iaitu majlis rumah terbuka sempena perayaan. (a) Senaraikan dua adab semasa menghadiri majlis tidak rasmi seperti rumah terbuka. (i) (ii) [2 markah] (b) Huraikan dua kepentingan menjaga adab sesuatu majlis, khususnya majlis tidak rasmi. (i) (ii) [2 markah] (c) Apakah kesan pengabaian adab dalam majlis rasmi? [1 markah] (UASA) Tingkatan 3 U10 RC PT3 PM Tg3 2023 UASA 4th.indd 10 14/3/2023 12:37:47 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
BAHAGIAN D [5 markah] Bahagian ini mengandungi dua soalan. Pilih satu soalan sahaja. 1 Berdasarkan keratan akhbar yang diberi, jawab soalan yang berikutnya. Jenayah pelajar sekolah membimbangkan Oleh: Omar Ahmad - Disember 2, 2020 @ 1:44pm bhnews@bh.com.my ISKANDAR PUTERI: Trend dan statistik jenayah membabitkan kanak-kanak sama ada mereka menjadi mangsa atau pelaku jenayah di negeri ini membimbangkan. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, antara kesalahan indeks jenayah membabitkan pelajar paling tinggi ialah kes curi motosikal, kecurian-kecurian lain, mencederakan orang, pecah rumah, rogol dan samun. Katanya, biarpun statistik menunjukkan tangkapan membabitkan pelajar sekolah dalam indeks jenayah menurun, namun kes-kes ini masih membimbangkan. “Bagi tahun 2018, tangkapan membabitkan pelajar sekolah dalam indeks jenayah sebanyak 1,388 kes, manakala 2019 mencatatkan 1,230 kes. Sementara itu, dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini sebanyak 538 kes dilaporkan (Sumber: Berita Harian, 2 Disember 2020) (a) Nyatakan faktor penyumbang kepada peningkatan kadar jenayah dalam kalangan pelajar sekolah. [2 markah] (b) Apakah kesan sekiranya remaja terjebak dalam kes-kes jenayah? [2 markah] U11 (UASA) Tingkatan 3 RC PT3 PM Tg3 2023 UASA 4th.indd 11 14/3/2023 12:37:48 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
(c) Bagaimanakah cara remaja menghindari diri daripada terjebak dalam kancah jenayah? [1 markah] 2 Berdasarkan maklumat yang diberi, jawab soalan yang berikutnya. HAK untuk bersuara, berekspresi atau mengutarakan pandangan sememangnya telah terpelihara di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa setiap warganegara berhak ke atas kebebasan bercakap dan bersuara. Kebebasan ini banyak membantu dalam melindungi hak masyarakat awam dalam mengekspresikan pandangan masingmasing dalam konteks peradaban masa kini. Namun, terdapat segelintir masyarakat kita yang terlalu taksub menggunakan hak ini tanpa mengetahui natijah penggunaan hak tersebut sewenang-wenangnya tanpa batas sehingga mengakibatkan kesan yang buruk terhadap individu, komuniti, institusi berkepentingan malah kesannya terhadap negara. Artikel dipetik daripada http://www.utusan.com.my (a) Mengapakah kebebasan bersuara perlu ada batasannya? [1 markah] (b) Apakah perasaan anda apabila dapat menyuarakan pendapat melalui saluran yang betul? Nyatakan kewajaran. [2 markah] (c) Senaraikan dua perkara yang dianggap sebagai isu sensitif di negara kita. (i) (ii) [2 markah] (UASA) Tingkatan 3 U12 RC PT3 PM Tg3 2023 UASA 4th.indd 12 14/3/2023 12:37:48 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
237 Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Tingkatan 2 Unit 1Tingkatan 1 Unit 1 TINGKATAN 1 Kenali Moral 1 Unit Semak Cepat 1.1 Perlakuan baik: Muhammad menasihati Akmal Perlakuan benar: Akmal menerima nasihat Muhammad Perlakuan patut: Akmal berjanji untuk tidak membawa telefon bimbit ke sekolah Semak Cepat 1.2 1 Moral ialah perlakuan yang baik, betul dan diterima mengikut kehendak agama, norma masyarakat serta peraturan dan undang-undang 2 Dipercayai dan diyakini oleh orang lain 3 Saya merasa seronok dan bangga selepas melakukan kebaikan kerana dapat membantu dan memudahkan urusan orang lain Insan Bermoral Pilihan 2 Hidup Unit Semak Cepat 2.1 1 Insan bermoral ialah individu yang berfikiran, berperasaan dan mengamalkan perlakuan baik dalam semua tindakannya 2 Kepentingan insan bermoral terhadap masyarakat: (a) Masyarakat akan hidup bermuafakat dan harmoni (b) Saling hormat-menghormati dan bertolak ansur 3 Ciri insan bermoral daripada aspek pemikiran: (a) Tahu membezakan yang betul dan salah (b) Mampu menyelesaikan masalah Hidup Bermoral 3 Pemangkin Kesejahteraan Unit Semak Cepat 3.1 1 (a) Memberikan kata-kata semangat kepada rakan yang sakit (b) Mendoakan kebaikan dan kesembuhan rakan (c) Membawa buah tangan 2 Gembira kerana telah menggembirakan rakan yang dalam kesedihan dan kesakitan Hidup Beragama atau Berkepercayaan Membawa 4 Berkat Unit Semak Cepat 4.1 1 Tidak memperlekeh dan menghina amalan agama lain/ Menghidangkan makanan yang sesuai dan tidak bertentangan dengan amalan agama tetamu 2 Persengketaan dan permusuhan sering terjadi dalam kalangan masyarakat kerana saling menyalahkan Jawapan RC PT3 PM 2023 Jwp 4th.indd 237 14/3/2023 11:58:14 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
238 Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Tingkatan 2 Unit 1Tingkatan 1 Unit 1 Serlahkan Potensi Diri 5 Unit Semak Cepat 5.1 1 Mahir berbicara puitis/suka menanam tanaman/suka bermain muzik *Mana-mana jawapan yang munasabah diterima 2 Menghadiri kelas bahasa/mempelajari selok belok tanaman daripada pakar/ menyertai persembahan orkestra sekolah *Mana-mana jawapan yang munasabah diterima Hubungan Mesra Keluarga 6 Bahagia Unit Semak Cepat 6.1 1 Membantu ahli keluarga yang berada dalam kesusahan/Memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga yang berada dalam kesedihan/Melakukan aktiviti bersama ahli keluarga 2 Membersihkan kawasan luar rumah bersama-sama/Bersiar-siar di hujung minggu/Melakukan hobi Bijaksana Memilih Sahabat 7 Unit Semak Cepat 7.1 1 Matthew akan cenderung untuk terjebak dalam gejala tidak sihat yang lain seperti menghisap dadah, meminum darah, merokok dan lain-lain/Matthew terdedah kepada bahaya jalan raya 2 Ain dan Nur akan memahami pelajaran dengan lebih baik/Hubungan persahabatan Ain dan Nur semakin akrab Warga Prihatin Sekolah 8 Sejahtera Unit Semak Cepat 8.1 1 Berasa bangga kerana telah menyumbang tenaga dan masa untuk membersihkan kawasan sekolah/Berasa gembira kerana kawasan sekolah bersih dan cantik 2 Menyertai program Jom Hijaukan Sekolah/Mewarna lukisan mural di dinding sekolah/Mematuhi peraturan sekolah supaya menjaga kebersihan kawasan sekolah dan menggunakan peralatan sekolah dengan baik/ Memastikan tiada sampah sarap di sekitar kawasan sekolah Keselamatan Tempat Tinggal 9 Tanggungjawab Bersama Unit Semak Cepat 9.1 1 (a) Melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong (b) Meronda kawasan kediaman dengan AJK Rukun Tetangga (c) Menyertai kempen kesedaran untuk menangani gejala sosial 2 (a) Kawalan ketat di pintu utama masuk kawasan kediaman (b) Membahagikan tugasan kumpulan untuk melakukan rondaan di kawasan kediaman pada waktu malam (c) Memasang kamera litar tertutup di kawasan yang sunyi dan berisiko (d) Memastikan keadaan rumah sentiasa bertutup dan berkunci (e) Membantu mengawasi keselamatan rumah jiran RC PT3 PM 2023 Jwp 4th.indd 238 14/3/2023 11:58:15 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
239 Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Tingkatan 2 Unit 1Tingkatan 1 Unit 1 Kemudahan Awam Dijaga Bersama 10 Unit Semak Cepat 10.1 1 Sekolah, masjid, tandas awam, taman permainan, perpustakaan komuniti, tempat menunggu bas *Mana-mana jawapan yang munasabah diterima 2 Menggunakan alatan senaman dengan berhemah, tidak membuang sampah di merata tempat, mematuhi peraturan di taman rekreasi 3 Memberitahu rakan perkara itu merupakan perkara yang dilarang di sekolah/Menasihatinya untuk memberhentikan perbuatan menconteng/ Melaporkan kepada guru bertugas perbuatan rakan menconteng dinding Masyarakat Prihatin Alam Terpelihara 11 Unit Semak Cepat 11.1 1 Melaporkan kepada ibu atau bapa untuk memberikan nasihat kepada mereka/ Melaporkan kepada AJK kawasan kediaman Remaja Berhemah Harapan Negara 12 Unit Semak Cepat 12.1 1 Disukai oleh rakan-rakan dan disenangi oleh masyarakat/Mudah untuk berjaya dalam kehidupan/Mengharumkan nama negara 2 Cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut/Meminta pertolongan orang lebih dewasa untuk menyelamatkan kanak-kanak Patuhi Etiket Keluarga Harmoni 13 Unit Semak Cepat 13.1 1 Mengisi air dengan cermat/Memastikan pemanas air tidak basah semasa membuka suis/Berhati-hati ketika menuang air panas 2 Membantu adik sebaik mungkin/ Mengajar adik dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami Hindari Ketagihan Hidup Sejahtera 14 Unit Semak Cepat 14.1 1 Ketagihan Internet, arak, berjudi dan rokok 2 Tiada pengawasan daripada ibu dan bapa/ Tidak mempunyai aktiviti bermanfaat yang lain/Pengaruh rakan sebaya Patuhi Peraturan Sekolah 15 Unit Semak Cepat 15.1 1 Beratur sebelum masuk ke dalam makmal/Menggunakan peralatan makmal dengan cermat/Menjaga kebersihan makmal/Menyusun kerusi sebelum meninggalkan makmal 2 Memaklumkan kepada guru sebelum meminjam dan menggunakan peralatan/ Menggunakan peralatan dengan berhatihati dan cermat/Membersihkan peralatan jika kotor selepas menggunakannya 3 Nama baik sekolah akan terjejas/Prestasi murid-murid dalam pelajaran merosot/ Pihak sekolah terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk pembaikan alatan sekolah/Murid-murid tidak mahu ke sekolah kerana takut dibuli RC PT3 PM 2023 Jwp 4th.indd 239 14/3/2023 11:58:15 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
240 Jawapan Tingkatan 3 Unit 1Tingkatan 2 Unit 1Tingkatan 1 Unit 1 Kenali Hak Kanak-kanak 16 Unit Semak Cepat 16.1 1 Kanak-kanak merupakan seseorang yang berumur di bawah 18 tahun, memerlukan kasih sayang, penjagaan dan perlindungan 2 Menyediakan perkhidmatan perlindungan dan pemulihan/Menekankan perkembangan kanak kanak dari segi fizikal, emosi, sosial dan mental 3 Saya berasa sedih kerana tidak dapat menyertai perlawanan bersama rakanrakan./Saya berasa kecewa kerana ibu bapa tidak memahami keinginan saya Semak Cepat 16.2 1 Kehidupan/Perlindungan/Perkembangan/ Penyertaan 2 Membawanya ke rumah anda dan meminta pandangan ibu bapa anda/ Membuat aduan kepada Talian Nur/ Menenangkan rakan dan memujuk untuk pulang ke rumah Rasuah Musuh Negara 17 Unit Semak Cepat 17.1 1 Diskaun khas/Upah tidak berpatutan/ Perkhidmatan percuma/Jawatan tinggi 2 Terlalu mengejar wang dan kebendaan/ Kurangnya penghayatan terhadap agama/ Terdesak dengan keperluan hidup yang tinggi 3 Rasuah menindas golongan bawahan/ Menimbulkan permusuhan dan perpecahan dalam kalangan masyarakat/ Rasuah melahirkan manusia yang mementingkan diri zalim Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahagian A 1 A 2 C 3 D 4 A 5 D 6 A 7 D 8 D 9 B 10 C 11 A 12 B 13 D 14 B 15 C 16 B 17 B 18 D 19 C 20 B Bahagian B 1 (a) dihormati (b) Ibu bapa (c) prihatin (d) harga diri (e) tingkah laku 2 (a) Berintegriti (b) Menepati masa (c) Bersikap jujur (d) Beradab (e) Bertoleransi 3 (a) Rethink (Fikir semula) (b) Repair (Baiki) (c) Reduce (Kurangkan) (d) Reuse (Guna semula) (e) Recycle (Kitar semula) 4 (a) SALAH (b) BETUL (c) SALAH (d) BETUL (e) BETUL Bahagian C 1 (a) – Gotong-royong perdana – Majlis rumah terbuka – Sukaneka *Mana-mana jawapan yang munasabah diterima (b) (i) Keselamatan di tempat tinggal lebih terjamin (ii) Penduduk dapat hidup dengan tenteram *Mana-mana jawapan yang munasabah diterima (c) (i) Melahirkan masyarakat yang bersikap individualistik (ii) Keharmonian hidup masyarakat terjejas *Mana-mana jawapan yang munasabah diterima RC PT3 PM 2023 Jwp 4th.indd 240 14/3/2023 11:58:15 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.