The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teks Efektif STPM Geografi (Sem 2)_Anyflip

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2025-11-17 01:28:31

Teks Efektif STPM Geografi (Sem 2)_Anyflip

Teks Efektif STPM Geografi (Sem 2)_Anyflip

Skema Pentaksiran STPM .................................................................................................................................................... iiiBAHAGIAN A: GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKALfifffi 1 Sistem Hidrologi1.1 Fasa Air 21.2 Kitaran Hidrologi 31.3 Edaran Air Tanih 61.4 Imbangan Air 111.5 Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia 131.6 Kemahiran Geografi 22Tinjau Bab 25Fokus STPM 1 27fifffi 2 Sistem Geomorfologi2.1 Konsep Geomorfologi 302.2 Konfigurasi Bentuk Bumi 302.3 Proses Geomorfologi di Kawasan Tropika Lembap 422.4 Sungai dan Pembentukan Bentuk Muka Bumi 572.5 Pinggir Pantai dan Pembentukan Bentuk Muka Bumi 652.6 Kaitan Sistem Geomorfologi dengan Manusia 722.7 Kemahiran Geografi 77Tinjau Bab 82Fokus STPM 2 84BAHAGIAN B: GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIAfifffi Transformasi Luar Bandar dan Pembandaran 33.1 Transformasi Luar Bandar 873.2 Pembandaran 943.3 Kemahiran Geografi 109Tinjau Bab 112Fokus STPM 3 114fifffi 4 Pembangunan dan Kegiatan Ekonomi4.1 Pembangunan Ekonomi 1174.2 Kegiatan Ekonomi 1184.3 Ketidakseimbangan Pembangunan 1684.4 Kesan Pembangunan Ekonomi terhadap Alam Sekitar 1754.5 Hubungan Ekonomi Antarabangsa 1814.6 Kemahiran Geografi 189Tinjau Bab 194Fokus STPM 4 196Kertas Model STPM 198Jawapan 203KandunganTE STPM Geo S2(Kand).indd 2 11/11/2025 12:17 PM


Semester PengajianKod dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Masa Pentadbiran1 942/1Geografi 1Ujian Bertulis 90 (32.14%) 2 jam 15 minit Berpusat Bahagian A: Alam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar Manusia Soalan berstruktur4 soalan diberikan Jawab semua soalan40 markahBahagian B: Alam Sekitar FizikalSoalan esei2 soalan diberikan Jawab 1 daripada 2 soalan25 markahBahagian C:Alam Sekitar Manusia Soalan esei2 soalan diberikanJawab 1 daripada 2 soalan25 markah2 942/2Geografi 2Ujian Bertulis 90 (32.14%)2 jam 15 minit BerpusatBahagian A: Alam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar ManusiaSoalan berstruktur4 soalan diberikan Jawab semua soalan40 markahBahagian B: Alam Sekitar FizikalSoalan esei2 soalan diberikan Jawab 1 daripada 2 soalan25 markahBahagian C:Alam Sekitar Manusia Soalan esei2 soalan diberikanJawab 1 daripada 2 soalan25 markahSkema Pentaksiran STPMiiiTeks Lengkap STPM Geo(Skema)3rd.indd 3 28/03/2025 3:55 PM


Semester PengajianKod dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Masa Pentadbiran3942/3Geografi 3Ujian Bertulis 40 (14.29%)1 jam BerpusatBahagian A: Alam Sekitar Fizikal Soalan esei pendek2 soalan diberikan Jawab semua soalan20 markahBahagian B: Alam Sekitar ManusiaSoalan esei pendek2 soalan diberikan Jawab semua soalan 20 markah942/4Geografi 4Kerja Kursus (Kajian Lapangan) 60 (21.43%)Sepanjangsemester 3 Pentaksiran oleh guru sekolah bagi calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan. Soalan kajian lapangan2 soalan diberikan Jawab 1 daripada 2 soalanSoalan adalah berdasarkan tajuk dalam Semester 1 dan Semester 2942/5Geografi 5Ujian Bertulis 60 (21.43%)1 jam 30 minitPentaksiran berpusat bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu sebagai alternatif kajian lapangan. Alam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar Manusia Soalan esei2 soalan diberikan Jawab semua soalan 30 markahBahagian B: Alam Sekitar ManusiaSoalan kemahiran 2 soalan diberikan Jawab 1 daripada 2 soalan 15 markahBahagian C:Alam Sekitar Manusia Soalan kemahiran2 soalan diberikan Jawab 1 daripada 2 soalan15 markahivTeks Lengkap STPM Geo(Skema)3rd.indd 4 28/03/2025 3:55 PM


Sistem HidrologiBAB 1Infografik• Menganalisis data, melukis,mentafsir graf dan merumus data hidrologi• Mentafsir data, jadual, graf, carta, foto, peta topografi dan gambar rajah• Kepentingan sumber air kepada aktiviti manusia• Gangguan imbangan air• Kesan gangguan imbangan air terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia• Mencadangkan penyesuaian manusia terhadap kekurangan air dan lebihan airFaktor yang mempengaruhi variasi imbangan air• Ketinggian suatu tempat• Aspek kecerunan• Hujan • Topografi permukaan• Tumbuh-tumbuhan• Jenis batuan Fasa perubahan air• Fasa cecair• Fasa gas• Fasa pepejalProses edaran air tanih• Larian air permukaan• Resapan• Aliran air bawah tanah• Simpanan air tanih• AkuiferFasa proses perubahan air dan tenaga yang terlibat (diserap atau dibebaskan)Faktor mempengaruhi edaran air tanih• Saiz liang pori tanih• Struktur tanih• Jumlah hujan• Litupan tumbuhan• Kecerunan• Kelembapan tanihSistem Hidrologi 1BABKaitan sistem hidrologi Kemahiran geografidengan manusiaFasa air Edaran air tanih1Imbangan airVariasi imbangan air mengikut ruang dan masa• Berdasarkan garis lintang benua• Perubahan musimKonsep kitaran hidrologiPergerakan dan pertukaran air secara berterusan dalam pelbagai bentuk dan ruang.Proses menegak kitaran hidrologiPergerakan air secara menegak dari permukaan bumi ke atmosfera dan dari atmosfera ke permukaan bumi.Kitaran hidrologiProses mendatar kitaran hidrologiPergerakan air secara mendatar di atmosfera dan permukaan bumi.Sistem HidrologiTE STPM Geo S2(B1)6th.indd 1 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB121.1 Fasa Air 1 Tiga fasa air dan tenaga yang terlibat:(a) Fasa cecair (air)(b) Fasa gas (wap)(c) Fasa pepejal (ais)2 Apabila air berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, perubahan tersebut melibatkan pemindahan tenaga haba. 3 Rajah 1.1 menunjukkan penyerapan tenaga digambarkan dengan simbol (+), manakala pembebasan tenaga ditunjukkan dengan simbol (–).(+) Haba diserap(–) Haba dibebaskanPemejalwapan+Pemejalwapan–Pembekuan–Sejatan+Pencairan+Pepejal(Ais)H HO(+)(–)Molekul airCecair(Air)Gas(Wap air) Pemeluwapan–Rajah 1.1 Perubahan fasa air4 Tiga fasa proses perubahan air dan tenaga yang terlibat dalam jadual di bawah:Fasa Air Proses Perubahan Fasa AirFasa cecairPada fasa cecair apabila tenaga haba dikenakan ke atas cecair menyebabkan air tersejat menjadi wap air (gas). Molekul air yang wujud dalam badan air seperti laut, sungai, tasik dan kolam akan tersejat menjadi wap air apabila melalui proses sejatan, iaitu berlaku penyerapan haba oleh cecair. Cecair juga boleh berubah kepada bentuk ais atau pepejal melalui proses pembekuan, iaitu proses pembebasan haba.Fasa ais (pepejal)Fasa ais atau air beku boleh berubah bentuk kepada cecair melalui proses pencairan, iaitu ais akan menyerap tenaga haba lalu bertukar menjadi cecair (air). Ais juga boleh bertukar menjadi wap air melalui proses pemejalwapan apabila ais menyerap haba.Fasa gasFasa gas dikenali juga sebagai wap air. Wap air boleh bertukar menjadi cecair melalui proses pemeluwapan, iaitu haba dibebaskan daripada wap air. Wap air juga boleh bertukar menjadi pepejal (ais) melalui proses pemejalwapan, iaitu haba dibebaskan daripada wap air.Proses perubahan fasa air melibatkan:• Proses sejatan• Proses pemeluwapan• Proses pencairan• Proses pembekuan• Proses pemejalwapanInfoekstraSemak Cepat 1.11 Nyatakan tiga fasa air.2 Senaraikan lima proses perubahan fasa air. TE STPM Geo S2(B1)6th.indd 2 12/11/2025 12:42 PM


Sistem HidrologiBAB 131.2 Kitaran Hidrologi 1 Konsep kitaran hidrologi merujuk pergerakan dan pertukaran air secara berterusan dalam pelbagai bentuk dan ruang.2 Pembentukan kitaran hidrologi memerlukan cahaya matahari yang membekalkan tenaga haba kepada badan air (laut, sungai, tasik dan kolam) untuk membolehkan proses sejatan air berlaku. 3 Kitaran hidrologi sentiasa berterusan melibatkan dua proses pergerakan air, iaitu proses mendatar dan proses menegak.1.2.1 Proses Mendatar Kitaran Hidrologi1 Proses mendatar merupakan pergerakan air secara mendatar di atmosfera dan permukaan bumi. 2 Proses mendatar meliputi proses:(a) Larian air permukaanApabila hujan sebahagian besar air akan dialirkan di atas permukaan tanah lalu membentuk larian air permukaan yang akan menuju ke kawasan sungai, tasik dan laut.(b) Aliran air bawah tanahAir yang diserap masuk ke dalam tanah akan membentuk aliran air bawah tanah dan membekalkan air bagi aras air bawah tanah sebelum dialirkan sebagai air mata air semula jadi.(c) Alir lintang atmosferaPergerakan titisan air atau awan dari lautan ke daratan atau sebaliknya secara melintang.1.2.2 Proses Menegak Kitaran Hidrologi1 Proses menegak merupakan pergerakan air secara menegak dari permukaan bumi ke atmosfera dan dari atmosfera ke permukaan bumi.2 Proses menegak meliputi proses:(a) SejatanSejatan merupakan pertukaran air daripada bentuk cecair kepada bentuk wap air di atmosfera. Sejatan memerlukan tenaga haba daripada matahari yang cukup untuk memanaskan badan air di permukaan bumi sama ada dari lautan, sungai, tasik dan kolam.(b) Sejat peluhanKehilangan air melalui proses perpeluhan liang-liang stoma daun tumbuhtumbuhan. Sejat peluhan berlaku pada siang hari apabila tekanan wap air pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara di atmosfera.(c) PerpeluhanProses respirasi atau kehilangan air dari badan haiwan yang membebaskan wap air atau berpeluh ke udara.(d) PemeluwapanBerlaku apabila wap air bertukar menjadi titisan atau bintik air. Pemeluwapan terjadi apabila kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila naik semakin tinggi di atmosfera. Proses ini dinamakan sebagai penyejukan adiabatik. Pencantuman titisan atau bintik air ini akan membentuk awan.Proses utama dalam kitaran hidrologi terdiri daripada:• Proses sejatan• Proses pemeluwapan• Proses kerpasan• Proses larian air permukaan • Proses aliran air bawah tanahInfoekstraCegatan silara/ kanopi merujuk aliran air hujan dihalangi oleh daun dan dialirkan melalui ranting, dahan, batang pokok dan menuruni ke akar pokok sebelum meresap ke dalam tanih.Tahukah AndaTE STPM Geo S2(B1)6th.indd 3 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB14(e) KerpasanLembapan yang terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi dalam pelbagai bentuk, iaitu cecair dan pepejal. Misalnya, kerpasan meliputi hujan, salji, hujan batu, hujan beku dan embun yang berlaku apabila bintik-bintik air dan ais di udara atau awan turun ke permukaan bumi.(f) Aliran batangTitisan air hujan dipecahkan oleh kanopi pokok dan mengalir turun dari bahagian atas pokok ke ranting dan dahan melalui batang pokok sebelum sampai ke akar dan permukaan bumi.(g) ResapanApabila kerpasan turun sebahagian air hujan akan diresap ke dalam tanah dan beredar melalui liang pori yang terdapat di dalam tanah.PemeluwapanPemeluwapanKerpasanUdara lembapSejatan darilautanLautanKerpasanAir bawah tanahLembapan tanahAir larian permukaanTanahPerkolasiSejat peluhandari tumbuhan dan tanahSejatan darisungai dan tasikLembapan tanahResapanTasikTasikSungaiRajah 1.2 Proses kitaran hidrologi1.2.3 Faktor yang Mempengaruhi Proses Kitaran HidrologiFaktor Fizikal 1 SuhuPenerimaan suhu yang tinggi mempengaruhi kadar sejatan di permukaan bumi. Di kawasan yang mengalami panas ekstrem seperti di kawasan gurun kadar kerpasan adalah rendah (sedikit) disebabkan kadar sejatan yang tinggi tidak memberi peluang untuk air meresap masuk ke dalam tanah. Sementara itu, proses pemeluwapan tidak berlaku di kawasan gurun panas. Hujan lebat berlaku di kawasan Khatulistiwa dengan min suhu tahunan 27°C yang menggalakkan proses sejatan dan pembentukan awan dengan giat.2 Kelembapan udaraKelembapan udara yang tinggi di persekitaran akan meningkatkan proses pemeluwapan di atmosfera. Oleh itu, pembentukan awan akan berlaku dengan giat dan menurunkan hujan apabila awan mencapai tahap tepu, iaitu awan tidak mampu menampung kuantiti air.3 Litupan tumbuh-tumbuhanHutan terdiri daripada tumbuh-tumbuhan yang memiliki banyak kanopi (daun). InfomindaFaktor fizikal yang mempengaruhi kitaran hidrologi seperti faktor iklim, topografi, jenis tanah, litupan tumbuh-tumbuhan, pemanasan global dan pencemaran udara boleh mengganggu kitaran hidrologi.TE STPM Geo S2(B1)6th.indd 4 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB 15Hutan memainkan peranan penting dalam kitaran hidrologi. Hutan mampu mengawal kadar sejatan, meningkatkan kadar perpeluhan dan mengurangkan larian air permukaan. Sejat peluhan yang tinggi tumbuh-tumbuhan menghasilkan banyak wap air dan proses pembentukan awan menjadi lebih giat.4 Jenis tanah Jenis tanah mempengaruhi kadar resapan air ke dalam tanah. Tanah berpasir yang mempunyai liang pori yang besar akan membenarkan air untuk meresap dengan lebih cepat dan berkesan, manakala tanah liat yang mempunyai liang pori halus dan padat akan menyebabkan air sukar untuk meresap dan mengalir di permukaan bumi. Tanih yang mengandungi air yang tinggi memudahkan proses sejatan dan pembentukan wap air di atmosfera.5 Faktor badan airKewujudan badan air yang banyak membolehkan proses sejatan berlaku dengan giat. Pembentukan wap air yang tinggi di atmosfera akan menggalakkan lebih banyak proses pemeluwapan dan pembentukan awan. Pembentukan awan yang giat akhirnya akan menghasilkan kerpasan (hujan) apabila awan sudah mulai tepu dan tidak dapat menampung kuantiti air yang terlalu banyak.6 Bentuk muka bumi Bentuk muka bumi seperti ketinggian dan kecerunan boleh mempengaruhi kadar resapan air dan aliran air permukaan. Cerun curam menggalakkan larian air permukaan, manakala cerun yang landai menggalakkan kadar resapan air ke dalam tanah dan mempengaruhi proses kitaran hidrologi.7 Tekanan udara Perubahan tekanan udara boleh mempengaruhi pembentukan dan pergerakan awan serta jumlah hujan yang turun. Kawasan yang mengalami tekanan udara tinggi lebih sejuk dan kadar kelembapan persekitarannya yang tinggi. Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan dan menghasilkan hujan lebat.Faktor Manusia 1 PembalakanPenebangan pokok atau penyahhutanan dalam skala yang luas menjadikan kawasan gondol dan mengurangkan kadar sejat peluhan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, kadar resapan dan aliran air bawah tanah turut berkurangan menjadikan kadar sejatan air dan hujan juga berkurangan.2 Pertanian Aktiviti pertanian seperti menanam tanaman getah, kelapa sawit dan sayursayuran mengurangkan kadar perpeluhan tumbuh-tumbuhan berbanding dengan sebelum penyahhutanan dilakukan. Proses resapan dan aliran air bawah tanah berkurangan dan mempengaruhi kadar sejatan dan kerpasan. Selain itu, pembinaan sistem pengairan untuk pertanian mengubah laluan semula jadi air.3 PembandaranAktiviti pembangunan khususnya di kawasan bandar akan mengurangkan aliran air bawah tanah. Penyimenan dan penurapan (tar, simen, asfalt) di permukaan tanah mengurangkan kadar susupan air ke dalam tanah dan meningkatkan larian air permukaan. Oleh itu, kadar sejatan kurang berlaku kerana tiada badan air yang membolehkan proses sejatan berlaku.4 PerindustrianAktiviti perindustrian menambahkan jumlah bahan pencemar ke dalam udara yang boleh bertindak balas dengan molekul-molekul air di atmosfera dan berupaya meningkatkan kekerapan hujan. Pencemaran udara yang disebabkan asap dan Faktor fizikal dan manusia mengganggu kitaran hidrologi dengan cara: • Peningkatan suhu, sejatan dan pengurangan pembentukan awan.• Mengurangkan proses perpeluhan dan resapan air.• Meningkatkan larian air permukaan.• Mengurangkan simpanan air akuifer dan pembentukan awan.Tahukah AndaTE STPM Geo S2(B1)6th.indd 5 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB16gas-gas pencemar udara daripada sektor perindustrian menyebabkan kejadian hujan asid.5 Pembinaan empanganAir yang diempang akan mengurangkan aliran air permukaan tetapi meningkatkan kadar sejatan dari takungan air yang besar. Sejatan yang tinggi menghasilkan wap air yang banyak dan proses pembentukan awan berlaku dengan giat yang menjadikan hujan akan turun dengan lebat.6 Penghutanan semulaPenanaman semula pokok kayu balak yang telah ditebang akan meningkatkan kadar perpeluhan tumbuh-tumbuhan, resapan air dan larian air bawah tanah. Kepadatan tumbuh-tumbuhan mengurangkan kadar larian air permukaan. Proses sejat peluhan yang dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan akan meningkatkan wap air di persekitaran dan proses pembentukan awan akan berlaku dengan giat. Pembentukan awan yang banyak akan meningkatkan kadar kerpasan di kawasan berkenaan.Semak Cepat 1.21 Apakah maksud kitaran hidrologi?2 Senaraikan lima kitaran menegak kitaran hidrologi. 3 Nyatakan empat faktor fizikal yang mempengaruhi kitaran hidrologi.4 Senaraikan enam aktiviti manusia yang mempengaruhi kitaran hidrologi.1.3 Edaran Air Tanih 1 Proses edaran air tanih berlaku apabila air hujan akan melalui proses pintasan dan cegatan silara tumbuh-tumbuhan sebelum diserap liang pori tanah hingga ke lapisan telap air (akuifer).2 Air yang tidak diserap ke dalam tanah akan membentuk larian air permukaan dan akan mengalir ke longkang, tasik, sungai dan laut. Zon pengudaraanTasikAras mata air AkuiferZon tepu MatahariPerigi Rajah 1.3 Akuifer dan edaran air tanihEdaran air tanih merujuk pergerakan air di bawah tanah yang menggunakan tanah sebagai mediumnya seperti aliran permukaan, resapan air yang berlaku secara menegak ke dalam tanah dan pergerakan air secara mendatar dalam sistem akuifer.InfoekstraTE STPM Geo S2(B1)6th.indd 6 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB 171.3.1 Proses Edaran Air Tanih1 KerpasanPenerimaan kadar hujan yang tinggi ke permukaan bumi akan mempengaruhi jumlah air di dalam tanih. Contohnya, hujan lebat dalam masa yang lama di kawasan tropika menyebabkan air yang terdapat dalam tanih di kawasan ini lebih banyak.2 Larian air permukaanTitisan air hujan akan menyerap masuk ke dalam tanih. Apabila tanih sudah mencapai tahap tepu, air hujan tidak dapat diserap tanih. Air hujan akan mengalir sebagai air larian permukaan yang mengalir ke alur-alur, sungai, tasik dan lautan.3 Proses resapanProses resapan merujuk air hujan atau kerpasan yang bergerak masuk melalui liang pori tanih ke dalam lapisan dalam tanih. Resapan air hujan oleh tanah sebahagiannya akan mengalir sebagai aliran air bawah tanah dan mengalir ke tasik atau sungai sebagai mata air.4 Aliran air dalam tanahAir yang diserap masuk ke dalam tanah melalui liang pori tanah akan membentuk aliran air bawah tanah. Proses serapan air hujan akan membekalkan air dan dialirkan sebagai mata air semula jadi.5 Simpanan air tanihAir tanih ialah air yang terdapat di dalam tanih sama ada di zon tepu mahupun zon tidak tepu. Air hujan yang meresap masuk ke dalam tanih akan membentuk simpanan air tanih. Simpanan air tanih bergantung pada struktur batuan atau jenis tanih yang terdapat di sesuatu kawasan.6 KeporosanKeporosan merupakan ruang rongga di antara butir-butir tanah. Air akan mudah menyerap melalui tanih yang poros seperti pasir dan batu kelikir kerana mempunyai liang pori yang besar. Keporosan tanah yang tinggi memudahkan proses penyerapan dan pengaliran air di dalam tanih.7 KetelapanAir akan meresap ke dalam tanih hingga lapisan batuan yang tidak telap air (akuiklud). Ketelapan merujuk keupayaan tanih untuk mengalirkan air. Batuan yang telap air ialah batuan yang akan membenarkan air melepasinya sama ada bersifat poros atau tidak. Saiz pori batuan sangat penting dalam menentukan kadar ketelapan air.8 AkuiferAkuifer merujuk struktur geologi atau batuan yang telap air dan berupaya membendung (menakung) air dengan banyak serta berupaya memindahkannya melalui pergerakan air bawah tanah. Akuifer merupakan simpanan semula jadi air tanih. Permukaan yang terdapat di atas akuifer dikenali sebagai aras mata air dan berubah-ubah mengikut musim.1.3.2 Faktor yang Mempengaruhi Edaran Air Tanih1 Saiz liang pori tanih Saiz liang pori tanih yang akan menentukan suatu jenis tanih itu poros atau tidak. Contohnya, tanih pasir mempunyai liang pori yang besar lebih poros, air mudah meresap masuk dan tanih tidak mampu menyimpan air. Oleh itu, kandungan air tanihnya kurang berbanding dengan tanih liat yang tidak poros dan mampu menyimpan kuantiti air dengan banyak.Keporosan tanah ialah ukuran kebolehan tanah untuk membenarkan air melalui liang-liang pori yang ada dalam tanah. Keporosan tanah dipengaruhi tekstur, kandungan bahan organik dan taburan saiz partikel tanah.InfoekstraInfomindaLiang pori tanah merujuk ruang kosong atau liang yang terdapat di dalam tanih. Ruang di antara zarah-zarah tanih yang boleh diisi dengan udara atau air. Tanih pasir mempunyai ruang pori yang banyak dan mudah menyerap air.TE STPM Geo S2(B1)6th.indd 7 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB182 Struktur tanihStruktur tanih akan mempengaruhi kadar ketelapan air ke dalam tanih. Tanih yang berstruktur longgar dan bertekstur kasar mempunyai peratus liang pori yang tinggi. Contohnya, batu pasir dan kerikil lebih cepat kehilangan air berbanding dengan tanih yang berstruktur padat dan bertekstur halus seperti tanih liat yang menggalakkan air bertakung.3 Jumlah hujanHujan lebat akan membekalkan jumlah air tanih yang tinggi. Misalnya, pada musim tengkujuh penerimaan jumlah hujan yang tinggi menyebabkan tanih menjadi lembap berbanding dengan jumlah hujan yang sedikit atau pada musim kemarau. Keadaan ini akan mempengaruhi edaran air tanih. Bagi hujan yang lebat tetapi sekejap sahaja tidak akan menghasilkan simpanan air tanih yang banyak kerana bentuk hujan ini membolehkan kadar larian air permukaan yang tinggi dan tidak mempengaruhi kadar resapan air yang tinggi.4 Liputan tumbuh-tumbuhanLitupan tumbuh-tumbuhan mempengaruhi proses edaran air tanih melalui proses resapan, aliran air permukaan, aliran air bawah tanah, pintasan silara pokok dan akar pokok. Akar pokok yang banyak di permukaan tanah akan mengurangkan pergerakan larian air permukaan dan meningkatkan proses resapan air dalam tanah.Rajah 1.4 Akar tumbuh-tumbuhan5 KecerunanCerun curam akan mengurangkan proses resapan air hujan kerana larian air permukaan yang terbentuk lebih tinggi disebabkan tarikan graviti bumi. Sebaliknya, cerun yang landai mempunyai kadar resapan air yang lebih tinggi kerana larian air permukaan yang lemah. Edaran air tanih di kawasan cerun curam kurang berlaku berbanding dengan kawasan yang bercerun landai.6 Kelembapan tanihTanih yang kering lebih poros dan meningkatkan kadar resapan air hujan berbanding dengan tanih yang lembap. Oleh itu, edaran air tanih akan berlaku lebih giat di kawasan tanih kering. Faktor yang Mempengaruhi Kadar Larian Air Permukaan yang Tinggi1 Kurang litupan tumbuh-tumbuhanDi kawasan yang tidak padat dengan litupan tumbuh-tumbuhan akan mengalami kadar larian air permukaan tinggi disebabkan tiada kanopi pokok yang boleh melakukan cegatan silara terhadap titisan air hujan. Ketiadaan akar tumbuhtumbuhan yang berfungsi untuk mengurangkan halaju aliran air permukaan juga mempengaruhi kadar aliran air permukaan yang tinggi.TE STPM Geo S2(B1)6th.indd 8 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB 192 Kurang sistem perparitanSistem perparitan yang tidak banyak menyebabkan larian air permukaan tinggi kerana air tidak dapat dialirkan ke dalam sistem perparitan dengan cepat apabila hujan lebat.3 Permukaan tidak telap air tinggiKawasan bandar merupakan kawasan tepu bina di mana permukaan bumi diturap dan bersimen. Permukaan yang berturap dan bersimen menghalang air daripada meresap ke dalam tanah. Hal ini, menyebabkan larian air permukaan yang tinggi dan mengalir lebih laju.4 Kecerunan curamKawasan yang terletak di kaki bukit dan bentuk muka bumi yang bercerun curam akan menggalakkan kadar larian air permukaan yang tinggi. Kawasan bercerun curam dipengaruhi tarikan graviti bumi yang tinggi.5 Intensiti hujanPenerimaan hujan yang lebat dalam jangka masa yang lama menyebabkan kandungan air dalam tanah mencapai had tepu. Tanah yang telah mencapai had tepu menggalakkan kadar larian air permukaan yang tinggi dan menghasilkan limpahan air kawasan rendah.6 Keporosan tanihDi kawasan tanih yang kurang poros menyebabkan kadar resapan air hujan menjadi rendah dan menggalakkan berlakunya larian air permukaan yang tinggi. Contohnya, tanah liat mempunyai liang pori yang halus mengurangkan resapan air dan menggalakkan larian air permukaan. Kesan Kadar Larian Air Permukaan yang Tinggi terhadap Alam Sekitar Fizikal1 Kejadian banjir/ banjir kilatBahan sedimen yang dibawa oleh larian air permukaan akan termendap di dasar sungai. Pemendapan yang giat berlaku menjadikan alur sungai cetek dan menyebabkan banjir kilat di kawasan yang menerima hujan lebat dalam jangka masa yang lama.2 Peningkatan kadar hakisan tanahLarian air permukaan yang tinggi akan menyebabkan hakisan tanih giat berlaku, terutamanya di kawasan cerun bukit. Hakisan tanih membawa bahan mendapan atau kelodak ke kawasan rendah. 3 Berlaku pencemaran airLarian air permukaan akan menghakis tanih dan membawa bahan kelodak (lumpur) ke kawasan badan air seperti sungai. Kelodak akan menyebabkan air sungai menjadi keruh.4 Tanah hilang kesuburanHakisan tanih oleh larian air permukaan akan membawa bahan organik dan humus di permukaan tanih yang akan mengurangkan kesuburan tanih.5 Peningkatan kadar pemendapanLarian air permukaan akan menghakis dan mengangkut tanih lalu dimendapkan di satu-satu kawasan. Contohnya, dasar sungai yang mengalami pemendapan yang giat menyebabkan alur sungai menjadi cetek.6 Kemusnahan habitat airHakisan larian air permukaan membawa bahan kelodak akan menyebabkan air menjadi keruh. Air sungai keruh menurunkan kualiti air sungai hingga menyebabkan habitat hidupan akuatik di tasik dan sungai musnah.Tidak telap air bermaksud sesuatu bahan atau struktur yang tidak membenarkan air mengalir atau meresap melaluinya. Bahan yang telap air pula akan membenarkan air melaluinya.InfoekstraTE STPM Geo S2(B1)6th.indd 9 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB1107 Kandungan air tanih berkuranganKadar larian air permukaan yang tinggi menyebabkan resapan air berkurang. Kekurangan proses resapan akan menyebabkan kandungan air dalam tanah (akuifer) rendah.Kepentingan Sumber Air Tanih kepada Alam Sekitar1 Sumber bekalan air bersih untuk kegunaan domestikSesetengah kawasan yang tiada kemudahan bekalan air bersih akan menggunakan sumber air tanih untuk kegunaan harian seperti memasak, mandi dan minum. Air tanih boleh dieksploitasi melalui beberapa kaedah seperti menggali perigi atau kaedah pam tiub. 2 Sumber air kepada tumbuh-tumbuhanAir tanih menjadi sumber air yang membekalkan nutrien dan memberi kelembapan kepada tanih untuk kegunaan tumbuh-tumbuhan. Air diserap melalui akar tumbuh-tumbuhan untuk tumbesaran dan elemen penting dalam proses fotosintesis.3 Sumber mata air kepada sungai dan tasikAir hujan yang diserap akan disimpan di dalam lapisan akuifer dan dialirkan ke laut, sungai dan tasik dalam bentuk aliran air bawah tanah. Air tanih menjadi sumber mata air kepada badan air seperti kolam, tasik dan sungai untuk membolehkan hidupan akuatik terus hidup dalam habitatnya. Hidupan akuatik meliputi ikan, udang, ketam dan rumpai air.4 Sumber air bersih alternatifAir tanih boleh menjadi alternatif sumber bekalan air bersih kepada penduduk sebagai air gantian kepada bekalan air bersih permukaan. Air yang tersimpan di dalam akuifer akan dipam keluar untuk membekalkan air bersih kepada penduduk.5 Sumber air untuk kegiatan perikananAir tanih menjadi sumber air kepada aktiviti perikanan terutama aktiviti akuakultur di kolam dan tasik. Jumlah air yang banyak dan sentiasa mencukupi akan membolehkan hidupan akuatik terus hidup dan membiak. Contohnya, penternakan ikan keli di dalam kolam kanvas. 6 Sumber air untuk aktiviti perlombonganAir tanih akan membekalkan air kepada aktiviti perlombongan yang menggunakan air yang banyak. Contohnya, perlombongan bijih timah dan emas secara pam hidraul bagi memecahkan batuan besar kepada batuan lebih kecil serta proses mengasingkan mineral tersebut daripada tanah atau benda asing.Semak Cepat 1.31 Bagaimanakah edaran air tanih berlaku?2 Senaraikan enam proses edaran air tanih yang terlibat.3 Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi edaran air tanih.4 Senaraikan enam kepentingan air tanih kepada alam sekitar.TE STPM Geo S2(B1)6th.indd 10 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB 1111.4 Imbangan Air 1 Imbangan air bermaksud jumlah kerpasan sama banyak dengan jumlah air yang mengalami sejatan dan sejat peluhan serta perubahan air yang disimpan di dalam tanih dan larian air permukaan. Oleh itu, tidak berlaku keadaan lebihan air dan kurangan air.2 Lebihan air bermaksud kerpasan (hujan) melebihi sejatan yang boleh menyebabkan kejadian banjir.3 Kesan lebihan air dalam rajah di bawah:Lebihan AirAir akan bertakung di kawasan lekukan dengan banyak dan meningkatkan simpanan air bawah tanah.Berlakunya banjir besar tidak termasuk banjir kilat yang menyebabkan kemusnahan harta benda. Kelembapan bandingan sentiasa tinggi di kawasan banjir kerana kuantiti wap air yang banyak di udara.4 Kurangan air bermaksud sejatan yang berlaku melebihi kerpasan yang menyebabkan kejadian kemarau.5 Rumusan imbangan air. P = ET + ∆ST + RP ialah kerpasanET ialah sejatan dan sejat peluhan∆ST ialah air yang diterima atau hilang daripada lapisan tanihR ialah larian air permukaan1.4.1 Proses yang Terlibat dalam Menentukan Imbangan Air1 KerpasanKerpasan merujuk lembapan daripada atmosfera yang turun ke permukaan bumi dalam bentuk hujan, salji, hujan batu, hujan beku dan embun. Kerpasan sangat berkait rapat dengan kelembapan udara di suatu kawasan. 2 Sejat peluhan dan perpeluhanSejat peluhan dan perpeluhan ialah jumlah lembapan yang tersejat daripada unsur biologikal seperti tumbuh-tumbuhan, manusia dan haiwan.3 SejatanSejatan merupakan perubahan bentuk air daripada cecair menjadi wap. Sejatan berlaku apabila air yang tersejat dari permukaan sungai, laut, tasik dan tanih yang mendapat tenaga haba yang banyak lalu menukar cecair menjadi wap air. TE STPM Geo S2(B1)6th.indd 11 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB1124 Larian air permukaanLarian air permukaan merujuk semua bentuk aliran air di atas permukaan bumi sama ada di atas permukaan cerun dan di dalam sungai. Larian air permukaan meliputi air hujan yang mengalir di atas permukaan bumi semasa hujan lebat disebabkan tanah menjadi tepu dan tidak mampu menyerap air.5 Simpanan air dalam tanahSimpanan air bawah tanah merupakan air yang meresap ke dalam tanah dan terkumpul di dalam tanah.1.4.2 Variasi Imbangan Air Mengikut Ruang (Tempat) dan Masa (Musim)1 Berdasarkan garis lintang benuaKadar kerpasan dan sejatan dapat dilihat melalui garis lintang sesebuah kawasan. Garis lintang (latitud) boleh menentukan kawasan tersebut mengalami lebihan air atau kurangan air.(a) Kawasan yang menerima lebihan air terletak di kawasan antara garis lintang 0° hingga 10° di utara dan selatan yang berhampiran dengan garisan Khatulistiwa.(b) Kawasan yang terletak di garis lintang 10° hingga 40° di utara dan selatan merupakan kawasan yang mempunyai masalah kurangan air yang ketara, iaitu nilai sejatan melebihi nilai kerpasan. Di kawasan ini meliputi kawasan gurun utama di dunia. Selain itu, kutub utara dan kutub selatan mengalami kadar sejatan dan kerpasan yang kecil dan boleh dikatakan hampir seimbang.2 Perubahan musimKadar pembebasan wap air adalah tinggi pada musim panas, iaitu pada bulan Jun di hemisfera utara disebabkan pada masa ini kadar sejatan lebih tinggi berbanding dengan kerpasan. Pada musim sejuk pada bulan Disember hemisfera utara akan mengalami kadar kerpasan lebih banyak daripada kadar sejatan.1.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Variasi Imbangan Air Mengikut Ruang dan Masa1 Ketinggian sesuatu tempatKawasan tanah tinggi akan mengalami imbangan air sedikit kerana di kawasan ini pergerakan larian air permukaan dan resapan air bawah tanah yang menuruni cerun adalah tinggi. Sementara itu, kawasan tanah rendah mempunyai banyak simpanan air dalam bentuk aliran mendatar seperti takungan sungai, tasik dan laut.2 Aspek kecerunanBahagian cerun yang menghadap angin terutama dari lautan di kawasan tanah tinggi atau banjaran akan menerima taburan hujan lebih banyak. Sementara itu, kawasan cerun yang terletak di belakang cerun yang menghadap angin merupakan kawasan lindungan hujan yang kurang mendapat hujan kerana angin yang menuruni banjaran merupakan angin kering. Keadaan ini dapat dilihat melalui kejadian hujan bukit.3 HujanKawasan yang menerima taburan dan jumlah hujan tahunan yang tinggi mempunyai kadar kerpasan tinggi. Kawasan Tropika Lembap menerima hujan sepanjang tahun. Sementara itu, kawasan yang kurang menerima hujan akan mempunyai jumlah kerpasan yang rendah tetapi jumlah sejatan tinggi seperti di kawasan yang mengalami iklim gurun panas.TE STPM Geo S2(B1)6th.indd 12 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB 1134 Topografi permukaanPermukaan kawasan yang bersimen mempengaruhi kadar aliran air permukaan yang tinggi. Hal ini demikian kerana, air tidak dapat meresap ke dalam tanah. Air larian permukaan yang tinggi boleh menyebabkan berlaku lebihan air atau banjir di kawasan tanah rendah yang mempunyai sistem saliran yang buruk. Sementara itu, kawasan yang tidak berturap dan padat dengan tumbuh-tumbuhan, kadar resapan air tanah adalah tinggi dan membolehkan simpanan air lebih banyak di bawah tanah.5 Tumbuh-tumbuhanKawasan yang banyak dilitupi hutan mengalami kadar sejat peluhan yang tinggi menjadikan kadar lembapan di kawasan tersebut tinggi. Kelembapan udara membentuk awan yang boleh menurunkan kerpasan atau hujan. Kawasan yang giat menjalankan aktiviti penyahhutanan akan mengalami aliran air permukaan yang tinggi dan berpotensi untuk berlaku kejadian banjir lumpur. Kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan juga menyebabkan persekitaran menjadi kering dan kerpasan akan berkurangan menjadikan kawasan tersebut kekurangan air.6 Jenis batuanCiri batuan seperti keporosan dan ketelapan boleh mempengaruhi imbangan air tanah terutama pada lapisan akuifer. Jenis batuan telap air dapat menampung air di permukaan bumi dalam jumlah yang lebih banyak seperti tanah liat dan batu syal. Sementara itu, batuan yang tidak telap air akan membenarkan air mengalir melaluinya, maka simpanan air di permukaan kurang seperti batu kapur, batu pasir dan kuartza.Semak Cepat 1.41 Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan air?2 Nyatakan dua variasi imbangan air mengikut ruang dan masa.3 Senaraikan enam faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air mengikut ruang dan masa.1.5 Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia 1.5.1 Kepentingan Sumber Air kepada Aktiviti Manusia1 Aktiviti domestikKitaran hidrologi membekalkan sumber air bersih kepada sektor domestik yang digunakan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dalam kehidupan harian seperti membuat minuman, mencuci pakaian, membasuh peralatan, mandi serta mengairi tanaman. Sumber air utama datangnya daripada sungai dan empangan seperti Empangan Durian Tunggal, Empangan Kenyir, Empangan Temenggor dan sebagainya.2 PertanianKegiatan pertanian merupakan sektor yang sangat bergantung pada sumber air. Empangan dan tali air dibina untuk menyalurkan air kepada kawasan tanaman. Sistem pengairan dilaksanakan melalui projek pengairan pertanian khususnya untuk tanaman padi sawah. Sistem pengairan yang dibina untuk mengawal aliran air dan memastikan kestabilan pengairan tanah pertanian. Contohnya, sistem pengairan telah membantu meluaskan penanaman padi di Malaysia seperti rancangan pengairan Muda di Kedah dan rancangan pengairan Kemubu di Kelantan.InfomindaAir sangat penting dalam kehidupan manusia dan alam sekitar. Dalam tubuh manusia, air dapat membantu mengawal suhu badan, melancarkan pergerakan sendi, mengangkut nutrien dan mengeluarkan sisa toksik dalam badan. Selain itu, air juga penting untuk aktiviti pertanian, perindustrian dan pelbagai aktiviti harian manusia.InfomindaTopografi permukaan merujuk bentuk dan ciri permukaan bumi, termasuk ketinggian dan rendah tanah serta ciri semula jadi seperti gunung, lembah, sungai dan lain-lain.TE STPM Geo S2(B1)6th.indd 13 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB1143 PerindustrianSumber air memainkan peranan penting dalam industri pemprosesan dan pembuatan seperti industri pembuatan makanan, pakaian, besi dan keluli. Sumber air juga digunakan dalam pelbagai cara, terutamanya sebagai medium penyejukan dan pembersihan alatan atau hasil perindustrian. Sektor perkilangan juga memerlukan bekalan air bersih yang banyak dan berterusan. Contohnya, sumber air digunakan dalam industri pemprosesan kertas dan petrokimia.4 Sumber proteinAir menjadi habitat penting kepada pelbagai jenis hidupan akuatik seperti ikan, udang, ketam, siput, burung dan tumbuh-tumbuhan akuatik. Ekosistem akuatik menyediakan sumber makanan dan protein utama kepada manusia. Selain itu, badan air seperti sungai, kolam, tasik dan laut menjadi habitat yang sesuai untuk hidupan akuatik bertelur dan membiak.5 Jalan pengangkutanSungai dan lautan menjadi jaringan pengangkutan utama untuk menghubungkan kawasan yang terletak berjauhan dan tidak dapat dihubungi melalui jalan darat. Pengangkutan air seperti sampan, bot, kapal dan sebagainya digunakan untuk mengangkut penduduk dan barangan. Contohnya, pengangkutan air menghubungkan kawasan-kawasan yang berbeza, terutamanya di kawasan pedalaman. 6 PerlombonganAir merupakan sumber yang sangat penting dalam sektor perlombongan. Air digunakan untuk mengekstrak mineral, pembersihan dan rawatan air sisa perlombongan. Contohnya, dalam perlombongan bijih timah air digunakan untuk memecahkan batuan dengan menggunakan kaedah pancutan air melalui pam hidraulik. Pancutan air yang deras dan laju akan memecahkan batuan besar kepada batuan yang lebih kecil bagi memudahkan proses pengangkutan batuan dilakukan. 7 Sumber tenaga hidroelektrikAir sungai antara dua lembah akan diempang dengan membina empangan untuk membendung air bagi menghasilkan tenaga hidroelektrik. Tenaga hidroelektrik akan dialirkan bagi kegunaan domestik, perniagaan dan perindustrian. Contohnya, empangan yang menjana tenaga hidroelektrik di Malaysia seperti Empangan Kenyir di Terengganu dan Empangan Bakun di Sarawak.Rajah 1.5 Empangan hidroelektrikTaliankuasaTebingsungaiPusatjana kuasaKolam takunganKawasan hutansemula jadiEmpanganhidroelektrikTE STPM Geo S2(B1)6th.indd 14 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB 1151.5.2 Gangguan Imbangan AirGangguan imbangan air merujuk perubahan simpanan air dan digambarkan oleh kejadian lebihan air (banjir) dan kekurangan air (kemarau).Banjir Monsun1 Banjir monsun atau musiman berlaku disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan untuk beberapa hari semasa musim tengkujuh. Banjir monsun dibawa oleh angin monsun pada setiap tahun. Curahan air hujan yang tinggi menyebabkan tanah menjadi tepu dan menghasilkan aliran air permukaan yang tinggi. 2 Di Malaysia, musim tengkujuh berlaku dari November hingga Mac. Musim tengkujuh menyebabkan banjir di negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah. Hujan lebat menyebabkan aliran air sungai meningkat dan melimpah ke kawasan rendah sehingga berlaku banjir besar.3 Banjir besar ini akan memusnahkan banyak harta benda dan nyawa manusia serta meliputi kawasan yang luas dan berlanjutan untuk beberapa hari. Banjir akan memberi kesan kepada manusia secara langsung, terutama kepada aktiviti ekonomi, sosial dan kesihatan manusia.Kesan Banjir terhadap Alam Sekitar Fizikal1 Kepupusan flora dan faunaFenomena banjir menyebabkan sebahagian besar kawasan hutan akan ditenggelami air. Tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar mati akibat ditenggelami air banjir. Keadaan ini akan menyebabkan kemusnahan pelbagai flora dan fauna.2 Kemusnahan habitatBanjir yang berpanjangan menyebabkan tumbuh-tumbuhan layu dan mati, sementara itu habitat hidupan liar juga turut musnah. Kemusnahan habitat menjadikan hidupan liar hilang tempat tinggal serta menyebabkan hidupan liar yang lemah akan mati, manakala sebahagian hidupan liar akan berpindah ke kawasan lain.3 Hakisan tanahKejadian banjir menjadikan hakisan tanah giat berlaku terutama hakisan yang melibatkan permukaan tanah dan hakisan alur sungai. Kejadian banjir menyebabkan peningkatan isi padu air sungai secara mendadak dan meningkatkan halaju air. Halaju air yang semakin deras akan menggiatkan hakisan permukaan tanah dan hakisan alur sungai.4 Pencemaran airKejadian banjir menjadikan hakisan tanah giat dan membawa bahan pencemar seperti lumpur, sisa domestik dan najis. Keadaan ini menyebabkan air menjadi kotor dan tercemar dengan sisa sampah sarap, sisa najis dan bahan kelodak hakisan tanah.5 Ekosistem terjejasKemusnahan habitat akibat banjir akan mengganggu ekosistem sesebuah kawasan. Kemusnahan habitat telah memutuskan rantaian makanan dan menjadikan keseimbangan ekosistem terganggu.6 Kelembapan udara meningkatBanjir menyebabkan sesebuah kawasan akan diliputi air yang luas. Permukaan air yang luas ini menjadikan kelembapan udara di sesebuah kawasan tinggi. Proses sejatan berlaku dengan giat bagi menghasilkan wap-wap air yang banyak di persekitaran.Mengikut Jabatan Pengairan dan Saliran, banjir boleh didefinisikan sebagai badan air yang melimpah keluar dari tebing sungai, tasik atau sistem perparitan disebabkan oleh hujan lebat, pencairan ais, air pasang dan halangan pada saluran.Banjir di Malaysia ialah bencana biasa yang berlaku hampir setiap tahun semasa musim tengkujuh.Tahukah AndaFenomena banjir menyebabkan pelbagai kesan negatif terhadap sosioekonomi, seperti kerosakan harta benda, kemerosotan ekonomi dan kehilangan nyawa manusia. Banjir juga boleh mengganggu bekalan makanan, menjejaskan kesihatan dan menyebabkan pencemaran alam sekitar.InfoekstraTE STPM Geo S2(B1)6th.indd 15 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB116Kesan Banjir terhadap Alam Sekitar Manusia1 Aktiviti pertanianBanjir menjejaskan kegiatan pertanian kerana banjir boleh merosakkan hasil tanam-tanaman. Kejadian banjir di kawasan sawah padi akan menyebabkan hasil padi musnah. Contohnya, kawasan sawah padi di Kelantan dan Kedah pada musim tengkujuh.2 Aktiviti perikananSemasa kejadian banjir kolam ikan akan ditenggelami air. Keadaan ini menjadi lebih buruk lagi apabila air banjir yang melimpahi tebing sungai boleh menyebabkan ikan yang diternak terlepas. Selain itu, arus sungai yang deras boleh menghanyutkan atau memusnahkan sangkar ikan yang dibina di tebing sungai.3 Aktiviti pembalakanKejadian banjir boleh menghentikan aktiviti pembalakan kerana hujan yang berterusan menjadikan pokok kayu balak basah dan sulit untuk ditebang. Selain itu, laluan untuk mengeluarkan kayu balak yang becak, bertakung air dan terputus menyukarkan lagi aktiviti pembalakan. Aktiviti pengangkutan kayu balak ke kilang memproses akan turut terganggu.4 Aktiviti penternakanBanjir boleh mengganggu aktiviti penternakan apabila padang ragut ternakan dan kandang ternakan ditenggelami air. Semasa banjir, penternak sukar untuk memindahkan keseluruhan haiwan ternakan. Keadaan ini boleh menyebabkan haiwan ternakan mati dan merugikan penternak.5 Kerosakan dan kemusnahan harta bendaKejadian banjir besar akan menenggelamkan banyak kawasan dan kemudahan infrastruktur awam dalam jangka masa yang lama. Keadaan ini akan merosakkan harta benda dan peralatan penduduk. Kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan turut musnah dan rosak akibat ditenggelami oleh air banjir.6 Menyebabkan nyawa terkorban Banjir besar diikuti arus yang deras boleh menyebabkan manusia dibawa arus banjir. Selain itu, terdapat tragedi renjatan elektrik yang mengakibatkan mangsa banjir kehilangan nyawa. Statistik kematian yang disebabkan kejadian banjir banyak melibatkan kanak-kanak dan orang tua.7 Sistem pengangkutan dan perhubungan terputusKejadian banjir besar akan menyebabkan jalan raya dan sistem perhubungan terjejas kerana ditenggelami air. Keadaan ini menyebabkan aktiviti harian penduduk akan terganggu dan terbatas. Pergerakan penduduk dan barangan akan tergendala sepanjang kejadian banjir berlaku.8 Wabak penyakit mudah merebakWabak penyakit mudah merebak terutama apabila berlaku banjir besar. Banjir menyebabkan berlaku pencemaran air yang disebabkan oleh sisa kotoran dan sisa kumbahan bercampur dengan air. Keadaan ini memudahkan pembiakan bakteria dan virus di dalam air banjir. Penularan wabak penyakit yang dibawa oleh air seperti penyakit taun mudah merebak apabila mangsa banjir menggunakan air yang tercemar untuk kegunaan harian.9 Tekanan jiwa dan traumaPenduduk yang menghadapi kejadian banjir besar boleh menyebabkan trauma dan tekanan jiwa. Kesan banjir besar yang melibatkan kehilangan nyawa dan harta benda akan memberi tekanan jiwa dan trauma yang berpanjangan terhadap mangsa. Penduduk menjadi tidak tenteram setiap kali hujan lebat dan kenaikan paras air di sungai dan parit-parit besar.Beberapa penyakit yang biasa berlaku semasa banjir termasuk penyakit bawaan air seperti cirit-birit (termasuk taun dan disentri), leptospirosis dan hepatitis A serta penyakit bawaan vektor seperti demam denggi dan malaria. Selain itu, banjir juga boleh menyebabkan jangkitan pernafasan dan penyakit kulit.InfoekstraTE STPM Geo S2(B1)6th.indd 16 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB 117Langkah dan Penyesuaian Manusia Mengatasi Lebihan Air1 Membina empanganEmpangan dibina bagi menakung dan menyimpan air yang berlebihan daripada curahan hujan lebat bagi mengawal banjir. Empangan juga digunakan untuk menyimpan air dan membekalkan air untuk kegunaan harian penduduk dan aktiviti ekonomi yang lain.2 Memperdalam dan meluruskan sungaiInisiatif memperdalam alur-alur sungai membolehkan sungai menampung isi padu air yang banyak. Sementara itu, aktiviti meluruskan sungai membolehkan aliran air sungai dapat mengalir dengan mudah dan cepat ke laut. Keadaan ini akan dapat mengurangkan kejadian banjir besar.3 Membina bentengBenteng perlu dibina di sepanjang tebing sungai, terutamanya di kawasan yang rendah bagi mengawal air melimpahi tebing yang boleh menyebabkan banjir. Benteng boleh dibina dengan menggunakan konkrit daripada simen dan guniguni yang berisi pasir.4 Mengalihkan aliran sungaiLangkah mengalihkan aliran sungai seperti melencongkan aliran sungai ke tasik untuk mengelakkan kejadian banjir di sesuatu kawasan. Keadaan tersebut akan memudahkan aliran air sungai sampai ke kawasan takungan air dengan cepat dan mengatasi masalah banjir.5 Mengurangkan aktiviti pembangunan di kawasan rendahAktiviti pembangunan di kawasan tanah rendah akan mengurangkan kadar resapan air tanah, sebaliknya meningkatkan kadar larian air permukaan dan hakisan tanah. Keadaan tersebut akan menambahkan isi padu air sungai apabila hujan serta sungai menjadi cetek akibat pemendapan bahan di dalam sungai sehingga menyebabkan banjir.6 Tindakan undang-undangKawalan ketat terhadap aktiviti pembalakan, terutamanya di kawasan tadahan air bagi mengekalkan kawasan tadahan air semula jadi. Aktiviti pembalakan haram harus dikenakan tindakan undang-undang bagi memastikan kawasan hutan tidak diceroboh dengan sewenang-wenangnya. Penerokaan hutan akan meningkatkan larian air permukaan dan hakisan tanah. Kesannya, bahan hakisan akan dimendapkan di dasar sungai dan mengakibatkan alur sungai semakin cetek. Sebab Banjir Kilat Berlaku di Kawasan Bandar1 Kurang litupan tumbuh-tumbuhanLapisan bertar dan bersimen mempunyai kurang litupan tumbuh-tumbuhan di kawasan bandar untuk melakukan pintasan dan cegatan silara. Proses pintasan dan cegatan silara penting agar air hujan agar dapat meresap ke dalam tanih melalui aliran batang dan akar tumbuh-tumbuhan.2 Kadar air larian permukaan tinggiDi kawasan bandar, larian air permukaan tinggi kerana permukaan bumi di bandar tidak telap air. Permukaan di bandar dipenuhi tar, simen dan aspalt yang memudahkan larian air permukaan terbentuk.Lencongan aliran air banjir merujuk tindakan mengalihkan arah aliran air banjir dari suatu kawasan tertentu. Biasanya, menggunakan kaedah terowong, saluran atau kolam takungan/ tampungan untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan yang terjejas.Tahukah AndaInfomindaBanjir kilat terjadi secara tiba-tiba akibat hujan lebat yang berterusan, menyebabkan sungai penuh dan air melimpah ke kawasan rendah. Pembangunan yang tidak terancang serta kehilangan hutan untuk menyerap air juga berperanan menyebabkan kejadian banjir kilat.TE STPM Geo S2(B1)6th.indd 17 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB1183 Keamatan hujan yang tinggiHujan lebat dalam tempoh masa yang panjang akan menggalakkan kejadian banjir kilat di kawasan bandar. Sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik menjadikan kejadian banjir kilat di kawasan bandar mudah terbentuk. 4 Kapisiti isi padu air sungai yang rendah Keupayaan sistem perparitan menampung isi padu air sungai rendah di bandar disebabkan pemendapan bahan-bahan yang dihakis oleh larian air permukaan. Pemendapan bahan akan mencetekkan alur sungai dan mengurangkan isi padu air yang dapat ditampung oleh alur sungai.5 Sistem perparitan tidak cekapSistem perparitan yang kurang sempurna di bandar seperti longkang dan parit yang kecil dan sempit tidak mampu menampung larian air permukaan yang tinggi. Hal ini demikian kerana, kepesatan pembinaan petempatan dan kemudahan infrastruktur awam, namun sistem perparitan tidak ditambah baik. 6 Sikap pendudukSikap sebahagian penduduk yang suka membuang sampah ke dalam longkang menyebabkan longkang tersumbat. Lama-kelamaan, longgokkan sampah sarap ini akan menyekat dan melambatkan aliran air longkang ke sungai.Langkah Mengatasi Banjir Kilat1 Mewujudkan sistem perparitan yang cekapSistem perparitan perlu ditingkatkan dengan memperbanyak longkang dan parit di kawasan bandar. Keadaan ini menjadikan sistem perparitan tersebut dapat menampung isi padu air yang banyak sewaktu hujan lebat dan mengalirkan ke sungai dengan cepat.2 Penyelenggaraan sistem saliranAktiviti penyelenggaraan sistem saliran meliputi langkah mendalam, melebar dan meluruskan sungai. Alur sungai yang dalam dan lebar boleh menampung isi padu air yang banyak semasa hujan lebat dan dapat mengatasi masalah banjir kilat. Sungai yang lurus mempercepat air mengalir ke laut.3 Pengawalan pembangunan guna tanah bandarPembangunan guna tanah di bandar perlu dihadkan dan dikawal. Langkah ini dapat mengurangkan kawasan tidak telap air yang menjadi punca kepada larian air permukaan di kawasan bandar.4 Mewujudkan kawasan hijau di bandarPihak berkuasa tempatan perlu mewujudkan kawasan hijau di bandar dengan memperluas usaha menanam rumput dan pokok-pokok hijau terutama di lerenglereng bukit. Usaha ini dilihat dapat mengurangkan kadar larian air permukaan dan meningkatkan kadar resapan air tanih.5 Memastikan tanah rizab sungai tidak dibangunkanKerajaan perlu memastikan tanah rezab sungai tidak dibangunkan dengan sembarang aktiviti pembangunan. Tindakan ini memudahkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menjalankan kerja mendalamkan dan melebarkan sungai. Memastikan bahawa kawasan tebing sungai ditanam tumbuhtumbuhan hijau supaya dapat mewujudkan persekitaran yang pelbagai dan stabil. 6 Kempen kebersihanKempen perlu dijalankan terhadap penduduk agar mempunyai kesedaran untuk tidak membuang sampah sarap ke dalam longkang. Usaha ini bagi memastikan supaya longkang tidak tersumbat dan boleh menyebabkan banjir. Kerajaan Malaysia telah menetapkan rizab sungai pada jarak 50 meter dan seharusnya menjadi panduan bagi semua pihak sebelum melakukan pembangunan, khususnya pembinaan rumah dan premis di tepi sungai.Tahukah AndaTE STPM Geo S2(B1)6th.indd 18 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB 1197 PendidikanPendidikan secara formal dan tidak formal perlu diperluas melalui mata pelajaran Geografi, Alam sekitar dan sebagainya. Para pelajar perlu diajar dan dididik agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, terutama kawasan sungai agar tidak berlakunya banjir.Kurangan Air (Kemarau) Faktor yang Menyebabkan Berlakunya Kemarau1 Fenomena cuaca luar biasaFenomena cuaca luar biasa seperti kejadian El-Nino ialah pemanasan yang berlaku di Lautan Pasifik yang membawa udara kering ke daratan. Udara kering yang sampai ke daratan menjadikan kawasan persekitaran panas dan kelembapan bandingan udara rendah.2 Perubahan unsur-unsur iklimBerlakunya perubahan unsur-unsur cuaca seperti suhu, hujan dan tiupan angin. Suhu persekitaran menjadi panas oleh pancaran matahari akibat pemanasan rumah hijau, hujan yang turun sangat berkurangan dan angin yang bertiup adalah angin kering.3 Aktiviti penyahhutananAktiviti penyahhutanan sama ada untuk tujuan pembalakan, pembinaan bandar, tapak industri, kawasan perumahan, jaringan pengangkutan dan lain-lain yang menyebabkan kadar sejatan melebihi kadar kerpasan. Kelembapan bandingan udara juga rendah kerana kekurangan tumbuh-tumbuhan dan ditambah dengan pemanasan rumah hijau menjadikan tanah kekurangan air dan kering.4 Kadar pembandaran yang terlalu pesatPembandaran yang pesat menyebabkan banyak kawasan hijau dibersihkan untuk pembangunan. Aktiviti pembandaran akan mengubah kawasan muka bumi bandar dengan menggantikan kawasan hijau kepada kawasan yang tidak telap air seperti simen dan tar. Haba pendam akan diserap permukaan simen dan tar menjadikan kawasan bandar panas dan menyebabkan kadar sejatan di kawasan bandar tinggi kerana haba terperangkap dengan banyak di kawasan bandar. Akhirnya mengurangkan kadar kerpasan yang berlaku dan menjadikan udara kering dan panas. Tanah pula menjadi kering dan gersang.Kesan Kemarau terhadap Alam Sekitar Fizikal1 Kepupusan flora dan faunaFenomena kemarau yang berpanjangan menjadikan tanah kering, merekah dan tandus. Tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar akan kekurangan air untuk terus hidup. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kepupusan kepelbagaian flora dan fauna.2 Kemusnahan habitatKemarau yang berpanjangan menyebabkan tumbuh-tumbuhan akan mati dan habitat hidupan liar juga turut musnah. Ketiadaan habitat yang sesuai untuk meneruskan kehidupan menyebabkan hidupan liar yang lemah akan mati, manakala sebahagian besar hidupan liar akan berpindah ke tempat lain.3 Hakisan tanahKejadian kemarau mempengaruhi hakisan tanah, terutama melalui hakisan angin yang membawa debu dan pasir. Debu dan pasir yang diterbangkan angin akan menghakis batuan/ tanah yang menghalang laluannya.Kemarau ialah tempoh keadaan yang lebih kering daripada biasa.Kemarau menyebabkan pelbagai impak dan selalunya bertambah buruk oleh kesan berlakunya perubahan iklim terhadap kitaran hidrologi.InfoekstraTE STPM Geo S2(B1)6th.indd 19 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB1204 Pencemaran udaraKejadian kemarau menjadikan tanah kering dan berdebu. Keadaan ini menyebabkan debu akan berterbangan ditiup angin dan boleh menggalakkan pencemaran udara dan jerebu.5 Ekosistem terjejasKemusnahan habitat serta kepupusan flora dan fauna akan mengganggu ekosistem sesebuah kawasan. Kemusnahan habitat akan mengganggu rantaian makanan dan menjadikan keseimbangan sesebuah ekosistem terjejas.6 Kelembapan udara rendahKemarau menyebabkan badan-badan air menjadi kering dan tumbuh-tumbuhan mati. Kekurangan badan air dan tumbuh-tumbuhan akan menjadikan kelembapan udara di sesebuah kawasan rendah. Kadar kelembapan udara rendah berlaku kerana kurangnya proses sejatan daripada badan-badan air dan sejat peluhan oleh tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan wap-wap air di persekitaran.Kesan Kemarau terhadap Aktiviti Ekonomi1 Aktiviti pertanianImbangan air negatif atau kemarau boleh menyebabkan isi padu air akan berkurangan di sungai, tasik dan empangan. Hal ini menyebabkan tanaman yang bergantung pada sumber air, terutama tanaman padi akan mati dan akhirnya akan menjejaskan pendapatan petani dan sumber bekalan makanan masyarakat.2 Aktiviti perikananKejadian kemarau boleh menyebabkan sungai, tasik dan kolam-kolam ternakan kekeringan. Anak-anak ikan akan mati kerana kekurangan air dan ini akan menjejaskan penternakan ikan dan udang sama ada di kolam atau sangkar yang dibina di tebing sungai yang mengalami krisis bekalan air.3 Aktiviti pembalakanKekurangan air boleh mengakibatkan berlaku kebakaran hutan secara semula jadi yang boleh menjejaskan aktiviti pembalakan dan mengurangkan sumber hasil kayu balak. Kekurangan sumber kayu balak menyebabkan eksport kayu balak mengalami lebihan permintaan.4 Aktiviti penternakanKejadian kemarau boleh menyebabkan kekurangan padang ragut untuk ternakan lembu dan kambing. Keadaan cuaca yang kering dan bersuhu tinggi menyebabkan rumput mati dan kering. Haiwan ternakan juga mati disebabkan kekurangan air.5 Aktiviti perindustrianKemarau akan menyebabkan simpanan air bawah tanah akan berkurangan. Keadaan ini boleh mengganggu aktiviti perindustrian air mineral yang memerlukan simpanan air bawah tanah untuk melancarkan aktiviti perindustrian air mineral.6 Aktiviti pengangkutanSesetengah kawasan yang sukar dihubungi akan menggunakan sungai sebagai jaringan pengangkutan untuk ke sesuatu tempat. Air sungai yang cetek akibat kemarau akan menyukarkan sampan atau bot untuk bergerak melalui sungai tersebut. Sampan dan bot tidak dapat bergerak kerana air sungai yang semakin cetek hingga menampakkan dasar sungai.Ekosistem merupakan interaksi atau hubung kait antara benda hidup (biotik) dengan benda bukan hidup (abiotik) dalam alam semula jadi.InfoekstraTE STPM Geo S2(B1)6th.indd 20 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB 121Langkah dan Penyesuaian Manusia bagi Mengatasi Kemarau1 Memajukan sumber air bawah tanahAir bawah tanah merujuk air yang terdapat di bawah permukaan bumi yang dikenali sebagai akuifer. Air bawah tanah menjadi alternatif kepada sumber air permukaan yang terjejas akibat kemarau. Kekurangan sumber air boleh diatasi dengan penggunaan sumber air bawah tanah melalui cara menggerudi dan dipam untuk disalirkan ke loji pembersihan sebelum diagihkan kepada penduduk melalui sistem perpaipan.2 Melaksanakan pembenihan awanPembenihan awan dilakukan untuk mengubah atau mempengaruhi pembentukan awan yang bertujuan untuk menghasilkan hujan. Pembenihan awan dilakukan bagi menurunkan hujan di kawasan tadahan air. Larutan garam, iaitu silver iodideakan disemburkan ke atas awan kumulonimbus. Larutan garam berfungsi sebagai nukleus kondensasi awan untuk menarik wap-wap air di dalam awan supaya berkumpul dan bercantum ke arahnya. Pembesaran bintik-bintik air berlaku dan mencapai tahap tepu yang akhirnya menurunkan hujan.3 Memproses air dari sumber tasik atau kolamSumber air tasik dan kolam boleh dijadikan alternatif bagi kawasan yang mengalami kemarau. Air tasik atau kolam perlu melibatkan beberapa langkah untuk menjadikannya selamat digunakan. Contohnya, kawasan tasik bekas lombong bijih timah yang lama ditinggalkan dan perlu disahkan kurang mengandungi logam berat akan dipam, dirawat dan disalirkan dengan menggunakan alat Ultra Source. Projek ini dapat menampung keperluan air terhadap kawasan yang padat penduduk. 4 Sistem pengurusan airSistem pengurusan air melibatkan strategi untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi dan berterusan, terutama di kawasan yang terjejas. Pengurusan air meliputi pemulihan krisis, pengagihan air dan penggunaan teknologi untuk pengurusan air. Selain itu, penyelenggaraan saluran paip yang kerap boleh mengurangkan pembaziran air yang disebabkan oleh kebocoran paip. 5 Mengekalkan kawasan tadahan air semula jadiPihak kerajaan perlu mengambil inisiatif dalam mengekalkan kawasan hutan. Hutan perlu dipelihara dan diwartakan sebagai kawasan taman negara atau kawasan rizab hutan kekal dan dijadikan kawasan tadahan air seperti Hutan Simpan Belum di Perak yang membekalkan sumber air untuk Tasik Temenggor.6 Menjalankan catuan air kepada pendudukKemarau yang berlanjutan akan mengeringkan sumber bekalan air bersih. Dalam situasi ini, catuan air perlu dilaksanakan bagi memastikan keperluan air asas dapat dipenuhi. Penduduk dikenakan catuan air supaya mereka kekal mendapat air untuk keperluan harian. Air diagihkan mengikut jumlah yang tertentu mengikut waktu yang ditetapkan di sesebuah kawasan. 7 Kempen menjimatkan airMasyarakat perlu dididik untuk melaksanakan program penjimatan air. Melalui kempen masyarakat mengetahui kepentingan penjimatan air secara menggunakan semula air, menadah air hujan serta menentukan cara urus air isi rumah dengan terancang dan berhemah. TE STPM Geo S2(B1)6th.indd 21 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB1228 Langkah membina terowong airLangkah ini dilaksanakan dengan cara memindahkan air antara lembangan bagi mengimbangi lebihan air dan kekurangan air antara lembangan. Contohnya, pembinaan Terowong Saiong telah menghubungkan Empangan Pedu dan Empangan Muda di Kedah. Air dari Empangan Muda yang banyak dapat mengalir ke Empangan Pedu apabila mencapai paras tertentu. Langkah ini dapat menambahkan bekalan air kepada penduduk.9 Penghutanan semulaPenanaman semula hutan bertujuan meningkatkan proses sejat peluhan oleh tumbuh-tumbuhan. Kepadatan tumbuh-tumbuhan akan menghasilkan banyak wap air dan meningkatkan pembentukan awan. Usaha ini secara tidak langsung meningkatkan kekerapan hujan di sesuatu kawasan. 10 Langkah membina empanganPembinaan empangan bertujuan menyekat aliran air sungai agar dapat ditakung dan dibekalkan kepada penduduk untuk kegunaan sektor ekonomi. Pembinaan empangan dapat menakung kuantiti air yang banyak dalam jangka masa panjang dan mengatasi masalah kekurangan air kepada penduduk apabila berlakunya kemarau. Contohnya, pembinaan Empangan Batu yang bertujuan membekalkan air untuk penduduk Lembah Klang dan Empangan Gemencheh untuk membekalkan air bagi penduduk Tampin dan Rembau.11 Langkah membina lebih banyak tangki airPembinaan tangki-tangki air bertujuan untuk menyimpan air dalam kuantiti yang banyak. Langkah ini sebagai persediaan apabila berlaku masalah kekurangan air di sesuatu tempat dan merupakan langkah sementara atau untuk jangka masa pendek.Semak Cepat 1.51 Nyatakan lima kepentingan sumber air terhadap aktiviti manusia.2 Senaraikan empat faktor fizikal yang menyebabkan kejadian kemarau berlaku.3 Berikan enam langkah mengatasi masalah kejadian banjir.1.6 Kemahiran Geografi 1.6.1 Graf Garisan BergandaBerdasarkan Jadual 1.1 di bawah, lukis graf garis berganda imbangan air di bandar Zpada tahun 2025.Jadual 1.1 Imbangan air di bandar Z pada tahun 2025Bulan Jan. Feb. Mac Apr. Mei Jun Jul. Ogo. Sep. Okt. Nov. Dis.Kerpasan (mm) 97 99 97 84 104 97 132 112 66 66 66 99Sejatan (mm) 7 8 24 57 97 132 150 133 99 55 12 7Penghutanan semula di Malaysia merujuk usaha memulihkan kawasan hutan yang telah ditebang atau rosak, baik secara semula jadi atau disebabkan oleh aktiviti manusia. Tujuan utama penanaman semula hutan dengan spesies pokok yang sesuai bagi memulihkan ekosistem hutan.Tahukah AndaTE STPM Geo S2(B1)6th.indd 22 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB 123Rajah 1.6 Graf garisan berganda1.6.2 Graf BarBerdasarkan Jadual 1.2 di bawah, lukis graf bar untuk menunjukkan min hujan bulanan di bandar T pada tahun 2025.Jadual 1.2 Min hujan bulanan di bandar T pada tahun 2025Bulan Jan. Feb. Mac Apr. Mei Jun Jul. Ogo. Sep. Okt. Nov. Dis.Hujan (mm) 510 276 218 130 160 109 100 185 230 272 380 495KerpasanPetunjuk:04080120160x x xxxxxxx x xxx SejatanKelembapan (mm)Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov DisxxxxxxxxxxxxLebihan airCaj semulaair tanahKurangan airxSkala: 1cm = 20 mmBulanImbangan Air di Bandar Z pada Tahun 2025 TE STPM Geo S2(B1)6th.indd 23 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB124Rajah 1.7 Graf barRumusan Bab 1• Fasa perubahan air terdiri daripada cecair, gas dan pepejal.• Proses perubahan air melibatkan proses sejatan, pemeluwapan, pencairan, pembekuan dan pemejalwapan.• Kitaran hidrologi merujuk pergerakan dan pertukaran air secara berterusan dalam pelbagai bentuk dan ruang.• Proses mendatar kitaran hidrologi terdiri daripada alir lintang atmosfera, larian air permukaan dan aliran air bawah tanah.• Proses menegak kitaran hidrologi terdiri daripada proses sejatan, pemeluwapan, kerpasan, aliran batang, resapan dan cegatan silara.• Faktor yang mempengaruhi proses kitaran hidrologi terdiri daripada faktor fizikal dan aktiviti manusia.• Edaran air tanih melibatkan proses larian air permukaan, resapan, aliran air bawah tanah, simpanan air tanih dan akuifer.• Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi edaran air tanih, iaitu saiz liang pori tanih, struktur tanih, jumlah hujan, liputan tumbuhtumbuhan, kecerunan dan kelembapan tanih.• Imbangan air merujuk jumlah kerpasan sama dengan jumlah sejatan.• Variasi imbangan air mengikut ruang dan masa dapat dilihat melalui kejadian lebihan air dan kekurangan air.• Sistem hidrologi sangat berkait rapat dengan kehidupan flora dan fauna di muka bumi.• Gangguan imbangan air merujuk perubahan simpanan air yang boleh digambarkan oleh lebihan air (banjir) dan kurangan air (kemarau).• Gangguan imbangan air memberi kesan kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.• Terdapat langkah dan penyesuaian manusia untuk mengatasi masalah banjir dan kemarau.Petunjuk:0100200300400Min hujanMin Hujan (mm)Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov DisSkala min hujan: 1 cm = 50 mmBulan500600Min Hujan Bulanan Bandar T pada Tahun 2025TE STPM Geo S2(B1)6th.indd 24 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB 125Tinjau Bab1 Nyatakan tiga fasa perubahan air.(b)(a) (c)Fasa Perubahan Air2 Senaraikan lima proses menegak kitaran hidrologi.(a)(b)(c)(d)(e)Proses Menegak Kitaran HidrologiTE STPM Geo S2(B1)6th.indd 25 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB1263 Kenal pasti empat proses edaran air tanih.4 Senaraikan empat faktor yang mempengaruhi variasi imbang air mengikut ruang dan masa.Proses Edaran Air Tanih(a) (b)(c) (d)(a)(c)(d) (b)i-THINK Peta BuihTE STPM Geo S2(B1)6th.indd 26 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB 127Fokus STPM 1Soalan StrukturJawab semua soalan.1 Gambar rajah di bawah menunjukkan kitaran hidrologi. K2K1K3(a) Namakan proses kitaran hidrologi dalam gambar rajah tersebut. [3]K1:K2: K3: (b) Jelaskan bagaimana proses kitaran hidrologi pada peringkat K1 terbentuk. [3] (c) Huraikan dua faktor fizikal yang mempengaruhi proses kitaran hidrologi. [4](i) (ii) TE STPM Geo S2(B1)6th.indd 27 11/11/2025 12:14 PM


Sistem HidrologiBAB1282 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan air? [2] (b) Terangkan dua kesan kemarau terhadap alam sekitar fizikal. [4] (i)(ii)(c) Cadangkan dua langkah mengatasi fenomena kemarau. [4](i)(ii)Soalan EseiJawab semua soalan.1 (a) Huraikan enam proses yang terlibat dalam kitaran hidrologi. [12](b) Sejauh manakah faktor fizikal telah mempengaruhi proses kitaran hidrologi? [13] 2 (a) Huraikan empat kepentingan sumber air kepada manusia. [8](b) Terangkan empat kesan fenomena banjir terhadap alam sekitar manusia. [8] (c) Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasai masalah banjir di sesuatu kawasan. [9]TE STPM Geo S2(B1)6th.indd 28 11/11/2025 12:14 PM


Sistem GeomorfologiBAB 2InfografikLembangan saliranKawasan tadahan bagi sesuatu sistem saliran yang disempadani legeh. Pinggir pantaiKawasan yang berada antara tikas air pasang yang paling tinggi dengan tikas air surut yang paling rendah.Proses pembentukan alur sungai• Hakisan • Pengangkutan• PemendapanIsu pinggir pantaiPenebusgunaan dan penerokaan kawasan pinggir pantai (pencemaran, hakisan dan pemendapan)• Cara hakisan pantai • Cara pengangkutan bahan pantaiKajian sains terhadap proses pembentukan dan pengukiran bentuk muka bumi.• Luluhawa – Proses pemecahan dan penguraian batuan. • Pergerakan jisim – Pergerakan bahan regolit yang menuruni cerun akibat tarikan graviti.• Hakisan – Proses pengukiran dan penghausan permukaan.• Pengangkutan – Pemindahan atau pergerakan bahan yang telah terhakis akibat tarikan graviti.• Pemendapan – Letakan bahan oleh ejen pengangkutan.Peranan tenaga dalam proses geomorfologi• Endogenik• EksogenikSistem Geomorfologi 2BABSungai dan pembentukan bentuk muka bumiKaitan sistem geomorfologi dengan manusiaPinggir pantai dan pembentukan bentuk muka bumiKonsep geomorfologiBatuan• Batuan igneus• Batuan enapan• Batuan metamorfosisPlat tektonik• Proses pergerakan plat tektonik mampatan dan regangan. • Pergerakan plat tektonik melalui pertembungan, pencapahan dan perselisihan. Konfigurasi bentuk bumi Proses geomorfologi di kawasan tropika lembapSistem Geomorfologi29Isu lembangan sungaiPenebusgunaan dan penerokaan kawasan lembangan sungai, pencemaran air, hakisan dan pemendapan.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 29 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi30BAB22.1 Konsep Geomorfologi 1 Konsep geomorfologi merujuk kajian sains terhadap proses pembentukan dan pengukiran bentuk muka bumi.2 Tenaga diperlukan untuk membolehkan proses geomorfologi berlaku. Tenaga berpunca dari dalam bumi (endogenik) dan luar bumi (eksogenik).3 Proses eksogenik merupakan proses luar permukaan bumi yang berpunca daripada matahari. 4 Proses endogenik ialah proses yang berpunca dari dalam bumi yang disebabkan oleh arus perolakan magma dari teras bumi. Proses endogenik menghasilkan kejadian dan membentuk muka bumi seperti lipatan kerak bumi, gelinciran kerak bumi, gempa bumi dan gunung berapi.Semak Cepat 2.11 Apakah yang dimaksudkan dengan geomorfologi?2 Senaraikan dua punca tenaga. 2.2 Konfigurasi Bentuk Bumi Konfigurasi bentuk bumi merangkumi struktur bumi, taburan daratan dan lautan serta bentuk muka bumi daratan dan lautan.Struktur dan Kandungan Lapisan Bumi1 Struktur dalaman bumi dapat digambarkan melalui keratan rentas bumi yang menunjukkan lapisan bumi dari kerak bumi hingga teras bumi.2 Berdasarkan kejadian gelombang seismik, struktur lapisan bumi dapat dibezakan menjadi tiga komponen utama, iaitu:(a) Teras bumi(b) Mantel(c) Kerak bumiLitosfera 2 230 km(1 385 ml)2 250 km(1 400 ml)1 230 km(760 ml)6 370 km (3 960 ml)5 150 km (3 200 ml)PeralihanPeralihan2 900 km (1 800 ml)PeralihanPermukaan670 km (415 ml)250 km (155 ml)70 km (43 ml)45 km (5 ml)Rajah 2.1 Keratan rentas bumiGeomorfologi ialah kajian saintifik tentang asal usul, struktur dan perkembangan ciri-ciri topografi kerak bumi yang dihasilkan oleh proses fizikal, kimia mahupun biologi yang berlaku berhampiran permukaan bumi.InfoekstraTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 30 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi31BAB2Teras Bumi1 Di pusat bumi terdapatnya teras bumi berkedalaman 2 900 km hingga 6 370 km. Lapisan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu teras luar dan teras dalam. 2 Teras luar memiliki kedalaman 2 900 km hingga 5 150 km dan teras dalam pula berkedalaman antara 5 150 km hingga 6 370 km. Kandungan teras bumi terdiri daripada besi dan nikel.Mantel 1 Teras bumi dikelilingi lapisan mantel yang kaya dengan magnesium dan tidak stabil. 2 Mantel bumi terbahagi kepada dua, iaitu mantel atas yang bersifat pejal dan cecair yang memiliki kedalaman hingga 400 km.3 Mantel bawah bersifat padat dan memiliki kedalaman sehingga 2 900 km. 4 Mantel atas yang berhampiran kerak bumi yang bersifat padat dan bersama dengan kerak bumi membentuk muka bumi yang dinamakan litosfera. Mantel bumi terdiri daripada batuan granit dan basalt.Kerak Bumi1 Kerak bumi merupakan bahagian paling luar lapisan bumi dan memiliki ketebalan 5 km hingga 80 km. Kerak bumi dengan mantel disempadani oleh lapisan Mohorovicic. 2 Kerak bumi dominan terdiri daripada feldsfar dan mineral silika lain. Kerak bumi dapat dibezakan kepada dua jenis, iaitu:(a) Kerak samudraLapisan ini terdiri daripada mineral yang kaya dengan silika, ferum dan magnesium. Lapisan ini juga dikenali sebagai sima. Ketebalan kerak samudra antara 5 km hingga 15 km. Kerak samudra disebut sebagai lapisan basalt kerana batuan utamanya terdiri daripada komposisi batuan basalt.(b) Kerak benua(i) Kerak benua terdiri daripada mineral yang kaya dengan silika dan aluminium. Lapisan ini juga dikenali sebagai sial. Ketebalan kerak benua antara 30 km hingga 80 km. Kerak benua disebut sebagai lapisan granit kerana batuan utamanya terdiri daripada komposisi batuan granit.(ii) Selain perbezaan ketebalan dan jenis batuan, umur kerak benua biasanya lebih tua daripada kerak samudra. Batuan kerak benua yang diketahui sekitar 200 juta tahun. Umur ini sangat muda bila dibandingkan dengan kerak benua yang tertua, iaitu sekitar 3 800 juta tahun.2.2.1 Batuan1 Batuan merupakan pepejal yang terdiri daripada himpunan pelbagai bahan mineral. Jenis batuan dapat dibezakan berdasarkan cara pembentukan saiz, tekstur bahan, ketelapan air serta ketahanan terhadap agen hakisan. 2 Batuan dapat dibahagikan kepada tiga jenis batuan, iaitu:(a) Batuan igneus(b) Batuan enapan(c) Batuan metamorfosisLapisan kerak terbentuk daripada batuan, mineral, tanih dan bahan api fosil.Hanya 1/3 kerak bumi merupakan daratan yang selebihnya dilitupi oleh lautan.Tahukah AndaTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 31 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi32BAB2Batuan enapanPemadatandan simentasiPemanasandan tekananHaba, tekananPencairan PencairanLuluhawa, hakisandan pemendapanLuluhawa, hakisan,dan pemendapanHaba dan tekananLuluhawa,hakisan danpemendapanPenyejukanBatuanigneusMagmaPenenggelamandan pencairanBatuanmetamorfikRajah 2.2 Kitaran batuanJenis batuan PerkaraBatuan Igneus Batuan Mendak atau EnapanBatuan MetamorfosisProses PembentukanPenyejukan serta pemejalan magma dan lava• Pemendapan• Pemampatan• Peleburan• Penghabluran semulaBahan Batuan:• Igneus rejahan• Igneus terobosanMendakan Batuan:• Igneus• EnapanAgen Suhu Air atau suhu, glasierSuhuBentuk Muka Bumi yang TerhasilKubah, tanah tinggi, banjaran gunung, lereng curamPermatang, gaung, landskap karst, tanah pamahTanah tinggi, bukit, bukit sisaJadual 2.1 Jenis dan perbezaan pembentukan batuanProses Pembentukan BatuanBatuan IgneusBatuan igneus terbentuk hasil penyejukan dan pembekuan magma di dalam atau di luar kerak bumi. Ciri batuan igneus ialah berstruktur hablur. Terdapat dua jenis batuan igneus, iaitu batuan igneus rejahan (jalar dalam) dan batuan igneus terobosan (jalar luar).InfomindaTerdapat tiga jenis batuan, iaitu batuan igneus, batuan enapan, dan batuan metamorfosis. Batuan igneus terbentuk daripada pembekuan magma atau lava, batuan enapan terbentuk daripada pengenapan dan pengerasan bahan-bahan, manakala batuan metamorfosis terbentuk daripada perubahan batuan igenus dan enapan akibat tekanan dan suhu yang tinggi. TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 32 12/11/2025 12:43 PM


Sistem Geomorfologi33BAB2Proses Pembentukan Batuan Igneus1 Batuan igneus rejahanTerbentuk akibat penyejukan dan pembekuan magma secara perlahan-lahan dalam kerak bumi dan menghasilkan bentuk batuan berhablur kasar. Batuan ini boleh dilihat di permukaan bumi apabila berlakunya proses pengondolan. Contohnya, batuan gabro, diorit dan granit.2 Batuan igneus terobosanTerbentuk di permukaan bumi hasil penyejukan lava dengan cepat di permukaan bumi. Menghasilkan batuan yang berhablur halus seperti batuan basol, pumis dan riolit. Batuan igneus terobosan sangat keras dan berkilat.Foto 2.1 Batuan igneus terobosan (pembekuan lava)Batuan EnapanBatuan enapan terbentuk melalui proses pemadatan dan penyimenan bahan mendapan yang terdiri daripada pelbagai komposisi, jenis atau sebatian. Batuan ini berbentuk berlapis-lapis atau berstruktur. Batuan ini terbentuk dalam jangka masa yang panjang.Proses Pembentukan Batuan Enapan1 Proses pemadatanProses pemadatan berlaku apabila pengumpulan bahan mendapan seperti pasir dan lumpur. Pengumpulan berlaku secara berlapis-lapis dan semakin menebal mengikut masa. Semasa proses pemampatan berlaku bahan enapan tersebut akan melekat antara satu sama lain. Akhirnya, berlaku pembentukan pelbagai jenis batuan dalam tempoh masa yang lama.2 Proses penyimenanProses penyimenan terbentuk apabila pengumpulan bahan enapan dikenakan tekanan lalu bahan enapan mengeluarkan air dan mengalirkan perekat. Seterusnya, berlaku proses penghabluran mineral dan mineral tersimen membentuk batuan enapan.Jenis Batuan Enapan1 Jenis klastik atau mekanikal seperti batu kelikir, batu pasir, kelodak dan tanah lempung yang terbentuk melalui proses pemadatan dan penyimenan bahan enapan.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 33 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi34BAB22 Jenis kimia meliputi batu kapur, evaporit, arang batu, gipsum dan fosfat yang terbentuk hasil enapan bahan-bahan kimia batuan yang dilarutkan semasa proses luluhawa kimia.3 Jenis organik merupakan arang batu yang terhasil daripada mendapan bahan tumbuh-tumbuhan dan haiwan laut yang tertimbus dalam lapisan tanih.Foto 2.2 Batuan mendak dan enapanBatuan MetamorfosisBatuan metamorfosis merujuk batuan baharu yang terbentuk melalui proses penjelmaan semula daripada batuan asal, sama ada daripada batuan igneus atau batuan enapan yang telah mengalami tekanan dan tindakan suhu yang tinggi.Proses Pembentukan Batuan Metamorfosis1 Batuan metamorfosis terbentuk apabila berlaku tekanan dan haba yang sangat tinggi terhadap batuan igneus dan enapan yang mengubah batuan asal menjadi batuan metamorfik.2 Tekanan dan haba yang tinggi disebabkan oleh pergerakan kerak bumi secara besar-besaran. Lazimnya, proses lipatan kerak bumi atau aliran magma dalam kerak bumi yang menyebabkan batuan igneus dan enapan bertukar menjadi batuan metamorfosis.3 Pada umumnya, batuan metamorfosis lebih keras dan mampat daripada batuan asal, kecuali batuan asalnya terdiri daripada batuan igneus.Contoh Batuan Asal yang Mengalami Penjelmaan Semula (Metamorfosis)Batuan Asal Batuan Baharu (metamorfosis)Batu kapur Batu marmarBatu pasir KuarzitBatu arang GrafitGrafit BerlianBasalt SyisBatuan metamorfosis terbentuk daripada batuan asal (batuan igneus dan batuan enapan), yang mengalami perubahan mineral, tekstur dan struktur akibat proses metamorfosis, iaitu perubahan batuan asal akibat suhu dan tekanan yang tinggi.Tahukah AndaTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 34 12/11/2025 12:43 PM


Sistem Geomorfologi35BAB2Jenis Batuan dan Bentuk Muka Bumi1 Batuan igneusBentuk muka bumi yang terhasil seperti kubah, tanah tinggi, banjaran gunung dan lereng curam.2 Batuan enapanBentuk muka bumi yang terhasil seperti permatang, gaung, landskap karst, tebing tinggi, cerun landai dan tanah pamah.3 Batuan metamorfosisBentuk muka bumi yang terhasil seperti tanah tinggi, permatang, tanah pamah, bukit dan bukit sisa.Kepentingan Kepelbagaian Jenis Batuan1 Batu kapurBatu kapur digunakan untuk industri pembuatan simen, manakala dalam kegiatan akuakultur batu kapur dapat meneutralkan pH air kolam. Selain itu, dalam aktiviti pertanian pula batu kapur digunakan untuk mengurangkan keasidan tanih dan batu kapur juga digunakan dalam penyelidikan fosil, khususnya dalam menentukan usia fosil haiwan purba.2 Kawasan pandang darat karstTopografi karst merujuk landskap yang terbentuk melalui pelarutan batuan seperti batu kapur, dolomit dan gipsum oleh air bawah tanah. Kawasan ini mempunyai ciri seperti gua, lubang benam dan sistem saliran bawah tanah. Pandang darat karst batu kapur boleh dijadikan sebagai kawasan ekopelancongan dan pusat penyelidikan. 3 Tanah lempung atau tanah liatTanah lempung (tanah liat) merupakan jenis tanah yang terdiri daripada partikel mineral silikat yang sangat halus. Tanah ini memiliki sifat khas, iaitu mudah dibentuk ketika basah dan menjadi keras ketika kering. Tanah liat digunakan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti pembuatan tembikar dan kraf tangan.4 Arang batuArang batu terhasil daripada tumbuh-tumbuhan mati dan hidupan lain yang mengalami proses penguraian, pengoksidaan dan pengerasan yang mengambil masa selama beribu-ribu tahun. Arang batu mengandungi elemen karbon diikuti dengan hidrogen, oksigen, sulfur dan nitrogen. Kewujudan arang batu di suatu kawasan membolehkan aktiviti perlombongan, perindustrian dan jana kuasa dapat dijalankan dengan pesat.5 Silika atau batu pasirSilika wujud dalam pelbagai bentuk seperti pasir, tanah liat dan batu. Silika merupakan bahan utama dalam pembuatan kaca, bahan binaan, elektronik dan bidang kesihatan.6 Batu kelikirBatu kelikir merujuk anak batu. Biasanya, batu kerikil berasal daripada batu granit yang dipecahkan. Batu kelikir menjadi bahan asas yang digunakan untuk aktiviti pembinaan petempatan dan jalan raya mahupun landasan kereta api.7 Batu permataBatuan metamorfik seperti intan dan delima membentuk batu permata yang digunakan untuk membuat barang kemas.Batu kapur merupakan sejenis batu enapan (sedimen) yang terdiri daripada kalsium karbonat. Batuan ini terbentuk melalui pemendapan dan penguraian bahan berkarbonat dalam persekitaran. Batu kapur mempunyai pelbagai kegunaan dalam pembinaan, pertanian dan industri kerana sifatnya yang tahan lama dan fleksibel.InfoekstraTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 35 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi36BAB22.2.2 Plat Tektonik1 Plat tektonik merujuk kepingan-kepingan kerak bumi yang berada di atas lapisan astenosfera. Pergerakan plat tektonik disebabkan oleh arus perolakan yang mempengaruhi fenomena di atas permukaan bumi seperti gempa bumi, gunung berapi, pembentukan gunung dan jurang lautan. 2 Benua merupakan daratan yang sangat luas pada permukaan bumi. Benua bergerak dalam bentuk plat-plat. Terdapat plat yang besar dan plat yang kecil. Antara plat yang besar ialah:(a) Plat Eurasia(b) Plat Pasifik(c) Plat Amerika Utara(d) Plat Amerika Selatan(e) Plat Afrika(f) Plat Indo-Australia(g) Plat Antartika3 Proses pergerakan plat terbahagi kepada dua, iaitu pertembungan dan pencapahan plat.4 Pertembungan plat terjadi apabila dua plat bertembung antara satu sama lain disebabkan daya mampatan. 5 Pencapahan plat pula berlaku apabila dua plat bergerak menjauhi antara satu sama lain disebabkan daya regangan atau tegangan.6 Pertembungan antara plat menghasilkan beberapa fenomena seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan proses lipatan. Pencapahan plat pula membentuk jurang dan lurah gelinciran. Dasar lautan juga boleh mengalami pergerakan dan peluasan akibat aktiviti tektonik. Kesan daripada aktiviti tektonik akan mewujudkan permatang lautan.UPlatAmerikaSelatanPlatAmerikaUtaraPlat PasifikPlat PasifikPlat EurasiaPlat AfrikaPlat AntartikaPlatIndoAustraliaPlat PasifikPlat AfrikaPlatAmerikaSelatanPlat PasifikPeta 2.1 Peta taburan plat duniaTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 36 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi37BAB2Konsep dan Proses Endogenik1 Proses endogenik merupakan satu proses dalaman bumi yang digerakkan tenaga haba radioaktif yang berasal dari dalam kerak bumi melalui tenaga endogenik. Tenaga haba ini wujud dalam lapisan mantel (lapisan astenosfera) atau lapisan batuan separa cair.2 Tenaga haba menghasilkan arus perolakan yang panas bagi membolehkan proses seperti seismik (gempa bumi), aktiviti volkanik (gunung berapi), aktiviti tektonik, pembentukan tsunami, gelinciran, lipatan kerak bumi dan pembentukan batuan yang mempengaruhi pelbagai bentuk muka bumi di dalam dan di luar kerak bumi.Proses Pembentukan Bentuk Muka Bumi Lipatan1 Pergerakan plat tektonik menghasilkan proses mampatan apabila dua plat saling bertembung. Manakala proses regangan berlaku apabila dua plat bergerak menjauhi antara satu dengan lain. Daya ini menyebabkan permukaan bumi berlipat, merekah dan mengelincir.2 Pertembungan plat tektonik melalui proses lipatan kerak bumi akan menghasilkan banjaran gunung lipat. Terdapat dua jenis gunung lipat, iaitu gunung lipat muda dan gunung lipat tua. Gunung lipat terbentuk apabila adanya daya tolakan daripada kiri dan kanan yang dialami lapisan kerak bumi. Akibat daya tolakan ini, lapisan kerak bumi akan terlipat membentuk banjaran gunung (lintap mungkum) dan lapisan kerak bumi yang terlendut (lintap lendut) membentuk lurah.3 Rajah 2.3 menunjukkan pelbagai jenis lipatan batuan yang dihasilkan oleh daya mampatan. Daya mampatan berlaku apabila tolakan dan asakan dari dua hala yang bertentangan. Oleh itu, terdapat lipatan yang menonjol ke atas dan melengkung ke bawah.AntiklinSinklinLipatanrebahLipatanlampauRabung sinklin Lurah antiklinRajah 2.3 Jenis-jenis lipatan yang dihasilkan oleh daya mampatan 4 AntiklinAntiklin merujuk lipatan bentuk muka bumi yang melengkung ke atas. Sebuah antik lin muda biasanya mempunyai lengan yang condong ke arah yang bertentangan. Sebuah antiklin juga mempunyai batuan tua di bahagian tengah lengkungan.5 SinklinSinklin merujuk bahagian lipatan yang melendut atau meleding ke bawah yang dikenali juga sebagai lintap lendut. Bentuk muka bumi sinklin berlawanan dengan antiklin, sinklin lazimnya dibentuk oleh geologi batuan muda di bahagian tengah lengkungan.Antiklin dan sinklin merupakan dua jenis lipatan pada batuan. Antiklin merujuk lipatan berbentuk kubah di mana lapisan batuan lebih tua terletak di bahagian tengah, sementara sinklin merujuk lipatan berbentuk cekungan dengan lapisan batuan lebih muda di bahagian tengah.Tahukah AndaTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 37 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi38BAB2Proses Pembentukan Bentuk Muka Bumi Gelinciran1 Gelinciran ialah proses perubahan dan pergerakan kedudukan lapisan kerak bumi atau lapisan batuan dari tempat asalnya secara mendatar atau menegak yang dihasilkan oleh daya regangan ataupun mampatan.2 Daya tegangan dan mampatan menyebabkan batuan teranjak di sepanjang garisan gelinciran. Anjakan di sepanjang garisan gelinciran mungkin berlaku ke atas, ke bawah dan secara mendatar atau menyerong. Kesannya, permukaan bumi yang terangkat membentuk gunung bongkah dan permukaan bumi yang jatuh lalu membentuk lurah gelinciran.Jenis-jenis Gelinciran1 Gelinciran biasaGelinciran biasa berlaku apabila daya regangan yang bertindak daripada lapisan kiri dan kanan batuan menyebabkan kedua-dua bahagian lapisan meregang dan merekah di bahagian garisan gelinciran. Daya ini menyebabkan satu bahagian terangkat ke atas dan satu bahagian lagi akan jatuh ke bawah.BatuanterjatuhBatuanterangkatRajah 2.4 Gelinciran biasa (daya rengangan)2 Gelinciran julang atau songsang Gelinciran julang atau songsang berlaku apabila daya mampatan bertindak ke atas lapisan batuan lalu membentuk garis gelinciran yang serong. Gelinciran ini menyebabkan sebelah bongkah batuan tertolak ke atas daripada kedudukan asal.BatuanterjatuhBatuanterangkatRajah 2.5 Gelinciran songsang (daya mampatan)3 Gelinciran rabak atau mendatarGelinciran rabak berlaku apabila dua bongkah bergerak secara mendatar dan melintang sepanjang garis gelinciran daripada kedua-dua arah yang bertentangan sama ada ke kanan mahupun ke kiri. Pergerakan bongkah secara menegak amat sedikit atau tiada berlaku.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 38 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi39BAB2Rajah 2.6 Gelinciran rabak (daya ricih)Bentuk Muka Bumi Gelinciran1 Cerun gelinciran ialah cerun curam yang terbentuk selepas berlakunya kenaikan atau penurunan kerak bumi.2 Lurah gelinciran terbentuk apabila dua bentuk bongkah naik ke atas lalu membentuk lurah ditengahnya.3 Gunung bongkah terbentuk akibat penurunan bongkah di kiri dan kanan atau kenaikan bongkah di tengah-tengah.4 Tebing tinggi terbentuk apabila satu lapisan turun ke bawah dan meninggalkan lapisan asal lalu mewujudkan kawasan tebing tinggi.5 Teres gelinciran terbentuk apabila berlaku beberapa siri kenaikan atau penurunan bongkah-bongkah yang akhirnya membentuk teres.6 Jurang gelinciran terbentuk apabila berlaku regangan dua lapisan kiri dan kanan lalu mewujudkan jurang.7 Pantai tenggelam atau pantai timbul terbentuk kesan daripada gelinciran biasa, sama ada mengangkat atau menurunkan pelantar benua.Proses Pembentukan Bentuk Muka Bumi Gunung Berapi1 Letusan gunung berapi merujuk pergerakan keluar asap, debu, piroklas dan lava dari lohong gunung berapi. Dengan adanya kuasa tolakan, maka bahan gunung berapi tersebut akan dihambur keluar melalui lohong gunung berapi. Aliran magma dari dalam gunung berapi akan membentuk pelbagai bentuk bumi jalar luar dan jalar dalam.2 Kawasan aktiviti gunung berapi setiap benua:(a) Plat Amerika Utara(b) Plat Amerika Selatan(c) Plat Afrika(d) Plat Eropah (termasuk Iceland)(e) Plat Asia (termasuk Jepun, Filipina, Indonesia)(f) Plat Oceania (termasuk Fiji, Papua New Guinea, New Zealand)(g) Plat Arabian(h) Plat AntartikLetusan gunung berapi terjadi apabila arus perolakan berlaku dalam mantel dan memaksa magma keluar ke permukaan bumi melalui rekahan kerak bumi.Magma yang keluar ke permukaan bumi akan membentuk lava, iaitu lava asid atau lava bes.InfoekstraTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 39 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi40BAB2Bentuk Muka Bumi Gunung Berapi1 Bentuk muka bumi gunung berapi terdiri daripada gunung berapi jalar dalam. Bentuk muka bumi jalar dalam terbentuk melalui penyejukan dan pembekuan magma secara perlahan-lahan dalam kerak bumi.2 Sementara itu, bentuk muka bumi jalar luar hasil daripada penyejukan dan pembekuan lava gunung berapi di permukaan bumi.LakolitDaikPengaliranmagmaSilLapisanbatuanLakolit yang terdedahkepada hakisanAliran lava Gunung berapiBatolitMagmaRajah 2.7 Bentuk muka bumi gunung berapi jalar dalam dan jalar luar Bentuk Muka Bumi Jalar Luar1 Kon gunung berapiKon gunung berapi terdiri daripada kon lava asid, kon lava bes, kon abu dan kon komposit.(a) Kon lava asid terbentuk apabila lava yang mengalir agak likat dan membeku dengan kadar yang cepat dan membentuk kon yang sangat curam.(b) Kon lava bes terbentuk apabila lava yang mengalir agak cair dan membeku dengan kadar yang lambat dan membentuk kon yang landai.(c) Kon abu terbentuk daripada letusan abu gunung berapi yang sangat kuat dan menghasilkan cerun yang curam.(d) Kon komposit terbentuk apabila magma yang dipaksa keluar dapat mengalir melalui lohong-lohong lain yang lebih kecil daripada lohong utama gunung berapi. Bahan kon yang keluar berselang-seli antara lapisan abu dan juga lava.2 Dataran lavaDataran lava yang luas atau dikenali sebagai penara basalt. Lava bes yang keluar melalui rekahan akan mengalir secara meluas kerana lava bes bersifat cair. Lava bes keluar menembusi lapisan batuan asal dan membentuk dataran yang agak tinggi dan luas.3 KalderaPengaliran magma yang terlalu banyak melemahkan struktur batuan di bahagian bawah bumi. Runtuhan bumi yang berlaku membentuk satu kawah yang besar atau dikenali sebagai kaldera.4 Tasik kraterTerbentuk hasil letusan gunung berapi yang kuat. Letupan yang kuat membentuk lekukan atau kawah gunung berapi. Kawah yang terbentuk menjadi tapak sebuah tasik yang membentuk tasik krater.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 40 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi41BAB2Bentuk Muka Bumi Jalar Dalam1 SilSil ialah batuan igneus yang kedudukannya selari dengan lapisan batuan. Sil mempunyai ketebalan yang berbeza-beza. Bentuk muka bumi ini akan mengalami proses penggondolan akan membentuk air terjun atau jeram jika merentasi aliran air sungai. Sil yang besar mungkin membentuk penara.2 DaikBatuan jalar dalam yang terbentuk kerana magma yang menaik telah membeku di dalam rekahan batuan. Daik bersudut tepat dengan lapisan batuan dan membentuk tembok yang tegak. Daik yang terdedah, membentuk rabung atau permatang yang kukuh. Daik juga membentuk air terjun atau jeram di dalam sungai dan membentuk tebing tinggi di kawasan pinggir laut.3 BatolitBatolit ialah bentuk batuan jalar dalam yang sangat besar dan terletak paling jauh daripada permukaan bumi. Batolit yang terdedah di permukaan bumi akan membentuk banjaran gunung yang besar, penara dan bukit-bukit terpencil.4 LakolitBerbentuk kubah dan terbentuk selari dengan lapisan batuan. Bukit bulat yang rendah akan terbentuk jika terdedah kepada hakisan.5 LapolitLapolit terbentuk daripada aliran magma jalar dalam yang telah membeku di dalam kerak bumi secara mendatar dan berbentuk piring. Bahagian atas di sebelah tengah lapolit ini membentuk satu lembangan yang cetek.6 PakolitPakolit berbentuk seperti kanta dan mendatar di antara lapisan lipatan batuan di puncak lintap mungkum atau di bawah bahagian lintap lendut.Kesan Proses Pergerakan Plat Tektonik terhadap Alam Sekitar Fizikal1 Kepupusan flora dan faunaLetusan gunung berapi akan menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Flora dan fauna yang berada di kawasan berhampiran gunung berapi akan musnah akibat terkena aliran lava yang panas. Contohnya, letusan gunung berapi Santa Ana (El Salvador, 2005) dan Kilauea (Hawaii, 2018).2 Kemusnahan habitat flora dan faunaKejadian gempa bumi di dasar laut wujud disebabkan pergerakan plat tektonik boleh menghasilkan kejadian tsunami. Tsunami yang melanda pinggir pantai dan daratan dapat memusnahkan habitat flora dan fauna. Contohnya, habitat hutan paya bakau musnah dan mengganggu hidupan akuatik seperti ikan, udang dan ketam.3 Pencemaran alam sekitarLetusan gunung berapi menyebabkan berlakunya pencemaran udara, air dan tanih. Debu dan asap yang mengandungi sulfur dioksida, karbon dioksida, debu serta partikel terampai yang dikeluarkan letusan tersebut menyebabkan udara, air dan tanih tercemar. 4 Perubahan landskapLetusan gunung berapi menyebabkan berlaku perubahan landskap terhadap kawasan sekitar. Pembentukan kawah gunung berapi, tasik krater dan dataran lava akan menghasilkan pandang darat yang menarik di kawasan sekitarnya.Bentuk bumi jalar dalam seperti sil, daik, lakolit, batolit dan pakolit yang tidak nampak di permukaan bumi. Apabila magma membeku di dalam bumi sebelum dikeluarkan, magma ini akan membentuk pelbagai bentuk muka bumi yang dikenali sebagai bentuk muka bumi jalar dalam. Bentuk muka bumi jalar dalam kelihatan di permukaan bumi apabila agen hakisan seperti pergerakan air, angin, glasier dan luluhawa menghakis dan mendedahkannya kepada permukaan bumi.InfoekstraKesan pergerakan plat tektonik di negara-negara yang berada di kawasan Lingkaran Api Pasifik telah menyebabkan wujud beberapa fenomena alam seperti:• tsunami• gempa bumi• letusan gunung berapiGempa bumi yang berlaku di dasar lautan berisiko tinggi menghasilkan gegaran dan ombak besar (tsunami) membanjiri pesisiran pantai.Tahukah AndaTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 41 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi42BAB2Kesan Proses Pergerakan Plat Tektonik terhadap Alam Sekitar Manusia1 Mengorbankan nyawaKejadian tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi boleh mengorbankan ramai nyawa manusia.2 Kemusnahan harta bendaLetusan gunung berapi Sinabung pada bulan Jun 2014 telah menyebabkan kemusnahan harta benda. Kejadian ini menyebabkan penduduk menanggung kerugian bagi membaiki kerosakan tersebut. Kerugian ini meliputi kos baik pulih rumah kediaman, perabot, kenderaan dan kemusnahan hasil tanaman.3 Menggalakkan aktiviti pertanian Tanih gunung berapi yang mengandungi lava bes yang subur sesuai untuk aktiviti pertanian. Contohnya, penanaman kapas di Dataran Tinggi Deccan dan penanaman padi secara berteres di Pulau Jawa.4 Kemusnahan kemudahan infrastruktur Tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi akan memusnahkan kemudahan infrastruktur asas seperti jaringan jalan raya, sumber bekalan air bersih dan bekalan tenaga elektrik.5 Sumber tenaga alternatifKewujudan geiser yang berada berhampiran dengan kawasan gunung berapi boleh menghasilkan sumber tenaga geoterma sebagai tenaga elektrik alternatif bagi kegunaan aktiviti domestik, perniagaan dan perindustrian.6 Aktiviti perlombonganLetusan gunung berapi akan menggalakkan aktiviti perlombongan sulfur. Sulfur terdapat di kawah gunung berapi dan sumber mineral ini digunakan dalam industri pembuatan baja fosfat, mancis, racun serangga dan racun kulat.7 Aktiviti pelanconganKawah gunung berapi dan tasik krater yang terbentuk kesan daripada letusan gunung berapi yang kuat boleh dijadikan kawasan pelancongan alam semula jadi yang unik. Semak Cepat 2.21 Nyatakan tiga jenis batuan.2 Berikan tiga jenis gelinciran.3 Namakan enam bentuk muka bumi akibat kejadian gelinciran.4 Nyatakan enam bentuk muka bumi gunung berapi.5 Senaraikan enam kesan pergerakan plat tektonik terhadap alam sekitar manusia.2.3 Proses Geomorfologi di Kawasan Tropika Lembap 1 Proses geomorfologi bermaksud semua proses fizikal, kimia dan biologi yang bertanggungjawab untuk membentuk, mengembang dan mengubah bentuk muka bumi sama ada secara mikro atau makro. 2 Proses geomorfologi melibatkan pelbagai proses pembentukan dan pengukiran bentuk muka bumi seperti proses luluhawa, hakisan, pergerakan jisim, pengangkutan dan pemendapan. Proses geomorfologi yang berlaku di permukaan bumi juga melibatkan tenaga eksogenik dan endogenik.Perkataan geomorfologiberasal daripada bahasa yunani, iaitu geo (bumi), morphe (bentuk) dan logos(kajian). Oleh itu, geomorfologi bermaksud satu kajian tentang bentuk bumi. Geomorfologi merupakan satu bidang sains bumi yang mengkaji tentang interaksi antara proses, faktor dan bentuk muka bumi yang terhasil di permukaan bumi secara saintifik.InfoekstraTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 42 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi43BAB2Peranan yang Dimainkan oleh Tenaga dalam Proses Geomorfologi1 Tenaga gravitiTenaga graviti merupakan tenaga yang tersimpan dalam bumi untuk menarik sesuatu jirim ke medan graviti. Semakin berat sesuatu jisim, maka semakin tinggi tarikan tenaga graviti yang dikenakan ke atasnya. Contohnya, kejadian pergerakan jisim.2 Tenaga habaHaba dipindahkan daripada bahagan matahari ke sesuatu permukaan. Apabila tenaga ini terkena pada sesuatu permukaan, maka permukaan tersebut akan beransur-ansur menjadi panas. Contohnya, kejadian luluhawa.3 Tenaga keupayaanTenaga keupayaan atau potensi yang dimiliki oleh sesuatu jirim. Contohnya, semakin banyak isi padu air sungai, maka semakin besarlah tenaga potensinya. Tenaga keupayaan ini datangnya daripada bumi. Contohnya, proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan air sungai.4 Tenaga kinetikTenaga yang terhasil akibat pergerakan sesuatu jirim. Tenaga kinetik amat bergantung pada halaju pergerakan. Semakin laju pergerakan sesuatu benda, maka semakin tinggi tenaga kinetiknya. Tenaga ini datangnya daripada matahari dan bumi. Contohnya, hakisan sungai dan pengangkutan beban sungai.5 Tenaga kimiaTenaga kimia merujuk tenaga yang tersimpan dalam bahan dan dilepaskan semasa tindak balas kimia. Tenaga ini merupakan tenaga yang wujud dalam ikatan kimia antara atom dan molekul. Tenaga kimia digunakan untuk melakukan kerja dan menggerakkan pelbagai proses fizikal. Contohnya, proses luluhawa kimia.2.3.1 Luluhawa1 Luluhawa bermaksud pemecahan dan penguraian batuan di permukaan bumi secara in situ. Batuan yang terluluhawa tidak berubah tempat selain perubahan kecil daripada segi kedudukan kerana batuan akan pecah dan menjadi longgar berikutan pereputan.2 Jenis luluhawa terdiri daripada:(a) Luluhawa fizikal/ mekanikal(b) Luluhawa kimia(c) Luluhawa biologiLuluhawa Fizikal1 Maksud luluhawa fizikal atau mekanikal ialah proses penyepaian atau pemecahan batuan secara in situ. Luluhawa jenis ini berlaku kerana tindakan suhu sebagai agen utamanya. 2 Pemecahan batuan besar kepada serpihan-serpihan yang lebih kecil tanpa menukar sifat-sifat kimianya. Batuan ini mengalami pemecahan akibat kehadiran daya tegasan yang cukup. Luluhawa fizikal aktif di kawasan iklim panas (gurun) dan kawasan beriklim Tropika Lembap.Luluhawa fizikal melibatkan beberapa cara seperti pengembangan dan pengecutan batuan akibat perubahan suhu, tindakan fros atau ibun, penghabluran garam dan hidrasi (perlepasan tekanan).Tahukah AndaTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 43 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi44BAB2Proses Luluhawa Fizikal1 Pengembangan dan pengecutan(a) Proses ini berlaku apabila batuan mengalami julat suhu harian yang tinggi seperti di kawasan gurun. Pada waktu siang suhu yang panas boleh mencapai 40°C, manakala pada waktu malam suhu menurun sehingga 5°C atau 0°C. Suhu panas pada siang hari akan mengembangkan batuan dan suhu sejuk pada malam hari akan mengecutkan batuan.(b) Pengembangan dan pengecutan batuan yang berlaku secara berulang membolehkan mineral batuan pecah dan tersepai daripada jisim asal. Bentuk pemecahan atau penyepaian batuan ini amat bergantung pada sifat-sifat fizikal batuan tersebut. Umumnya, terdapat tiga jenis bentuk pemecahan, iaitu penyepaian bongkah, penyepaian berbutir dan pengelupasan batuan.Batuan retak Permukaan batuan asalPecahanbatuanBatuan mengembang Batuan mengecutRajah 2.8 Pengembangan dan pengecutan2 Proses pembasahan dan pengeringan berulang(a) Batuan juga mengalami pengembangan dan pengecutan akibat proses basah dan kering. Proses ini banyak berlaku di kawasan iklim Tropika Lembap. Hujan lebat menjadikan batuan basah dan menyerap air sehingga tepu. Batuan yang lembap ini mengalami pengembangan. (b) Sinaran matahari yang terik akan mengeringkan batuan dan batuan mengalami pengecutan. Proses kembang dan kecut yang berulang ini menyebabkan batuan tersepai daripada jisim asalnya.3 Tindakan ibun atau fros (a) Luluhawa fizikal jenis ini berlaku di kawasan sederhana dunia dan kawasan pergunungan tinggi yang mengalami kejatuhan suhu di bawah takat beku. Di kawasan pergunungan tinggi, air yang masuk ke dalam rekahan batuan akan membeku apabila suhu sekitar jatuh pada bawah takat beku atau 0°C. Pembekuan air di dalam rekahan menyebabkan isi padu bertambah sebanyak 10% dan menambah kuasa tekanan pada dinding rekahan batuan.(b) Kesannya, dinding rekahan mengalami ketegangan dan rekahan baharu terbentuk serta menjadi lebih besar dan dalam. Pada musim panas, ais dalam rekahan akan mencair dan memenuhi ruang rekahan dan dinding batuan mengalami kenduran. Proses beku cair yang berulang menjadikan rekahan semakin besar kerana rekahan mengalami ketegangan dan kenduran yang berulang kali sehingga batuan pecah dan tersepai.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 44 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi45BAB 2(a) Rekahan menyebabkan air masuk(c) Isi padu ais mengembang melebihi 10%(b) Air membeku di dalam rekahan(d) Batuan pecahRajah 2.9 Tindakan fros4 Penghabluran garam(a) Kadar sejatan yang tinggi akibat cuaca yang panas terutama di kawasan gurun mampu menarik garam-garam galian dalam bentuk larutan dari dalam bumi naik ke permukaan bumi melalui daya tarikan kapilari.(b) Apabila hampir ke permukaan bumi air akan tersejat ke udara dan meninggalkan garam galian di dalam rekahan batuan. Proses yang berulang menjadikan garam galian semakin besar dan membentuk hablur yang keras dan menimbulkan kuasa tekanan dan ketegangan kepada dinding rekahan sehingga rekahan menjadi luas dan batuan akan pecah.Luluhawa Kimia1 Luluhawa kimia merujuk proses pereputan dan penguraian batuan yang melibatkan perubahan kandungan kimia batuan apabila bertindak balas dengan agen-agen atmosfera seperti udara, air dan haiwan. 2 Tindak balas ini melemahkan ikatan mineral dalam batuan, melarutkan mineral batuan dan menyebabkan batuan mengembang sebelum terluluhawa.3 Luluhawa kimia melibatkan proses pengoksidaan, hidrolisis, pelarutan, pengkarbonan dan penghidratan. Luluhawa kimia berlaku dengan aktif di kawasan beriklim panas dan lembap seperti iklim Tropika dan kurang aktif di kawasan beriklim gurun.Proses Luluhawa Kimia1 Proses larutanLuluhawa jenis ini terbentuk akibat tindakan air hujan yang bertindak sebagai pelarut. Air berupaya melarutkan mineral dalam batuan yang mudah larut seperti gipsum dan kalsium karbonat (batu kapur) menjadi larutan. Kuantiti hasil larutan bergantung pada kuantiti air yang ada dan kadar larutan setiap mineral yang membentuk batuan. Keberkesanan proses larutan bergantung pada jenis mineral dan kuantiti air yang banyak.InfomindaProses luluhawa kimia lebih ketara dan giat berlaku di kawasan yang lembap dan panas seperti kawasan Tropika Lembap, di mana terdapat banyak air, bahan kimia serta penerimaan bahangan matahari yang tinggi sepanjang tahun untuk bertindak balas dengan batuan. TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 45 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi46BAB22 Proses pengkarbonanTindak balas antara asid lemah (asid karbonik) dengan kalsium karbonat (batu kapur). Hujan yang turun bercampur dengan karbon dioksida di dalam udara membentuk asid karbonik. Persamaan tindak balas kimia seperti berikut:H2O + CO2 = H2CO3 (Asid Karbonik)Asid karbonik berupaya menguraikan batuan apabila bertindak balas dengan kalsium karbonat yang menghasilkan larutan kalsium bikarbonat.H2CO3 + CaCO3 = Ca(HCO3)2 (Kalsium Bikarbonat)Proses pengkarbonan akan menghasilkan pelbagai bentuk muka bumi pandang darat karst.Batu kapurTasik StalagmitTiang kalsitBatuan tidak telap airStalagmitTiang kalsitBatu kapurStalagtitRajah 2.10 Pandang darat karst3 Proses hidrolisisHidrolisis merupakan tindak balas antara ion hidrogen (H+) atau ion hidroksil (HO-) dengan ion mineral pembentuk batuan sehingga menyebabkan terhasilnya satu sebatian dan mineral yang berlainan. Contohnya, pembentukan kaolin (tanah liat putih) daripada batuan feldstar bertindak balas dengan air dalam batuan granit. Biasanya, proses hidrolisis stabil dan kekal lama.4 Proses penghidratanSebarang pertambahan air terhadap mineral batuan sehingga menyebabkan mineral tersebut mengalami tegasan dan pengembangan. Contohnya, besi oksida (ferum oksida) menyerap air telah membentuk mineral baharu, iaitu besi hidroksida (ferum hidroksida). Sementara itu, batuan hemitit yang berwarna merah bertukar menjadi batuan limonit berwarna kuning apabila menyerap air.2FeO2 + 3H2O = 2FeO2 3H2O (Hemitit Merah) (Limonit Kuning)TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 46 11/11/2025 12:14 PM


Click to View FlipBook Version