The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teks Efektif STPM Geografi (Sem 2)_Anyflip

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2025-11-17 01:28:31

Teks Efektif STPM Geografi (Sem 2)_Anyflip

Teks Efektif STPM Geografi (Sem 2)_Anyflip

Sistem Geomorfologi47BAB25 Proses pengoksidaanTindak balas antara mineral batuan dengan oksigen dalam udara yang menyebabkan mineral tersebut teroksida. Contohnya, pembentukan tanah laterit yang sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit terbentuk daripada batuan yang mengandungi ferum bertindak balas dengan oksigen akan menghasilkan ferum oksida.Fe + O2 = FeO2(Ferum) (Oksigen) (Ferum Oksida)Luluhawa Biologi1 Luluhawa biologi ialah proses pemecahan dan penguraian batuan disebabkan tindak balas tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan manusia. 2 Tindak balas berlaku secara fizikal atau kimia. Luluhawa biologi aktif di kawasan Tropika Lembap.Proses Luluhawa Biologi1 Tindakan akar tumbuh-tumbuhanTindakan akar tumbuh-tumbuhan yang menjalar masuk ke dalam rekahan dan semakin membesar menyebabkan rekahan semakin melebar. Lama-kelamaan, akar tumbuh-tumbuhan memecahkan batuan besar kepada batuan lebih kecil.Akar pokok membesardan melebarkanrekahan batuanBatuanTanihRajah 2.11 Tindakan akar pokok2 Tindakan haiwan Tindakan haiwan mengorek tanah seperti arnab, cacing tanah, biawak dan tikus. Haiwan ini yang menggali atau membuat lubang dalam tanah untuk tujuan perlindungan, mencari dan menyimpan makanan. Aktiviti mengorek tanah mengakibatkan batuan persekitaran retak dan pecah. Tindakan haiwan akan memudahkan tanah terurai melalui luluhawa fizikal mahupun luluhawa kimia. 3 Aktiviti manusiaAktiviti manusia mendedahkan batuan kepada agen luluhawa seperti aktiviti memotong, menarah bukit dan meletupkan batuan. Aktiviti ini secara tidak langsung menggalakkan berlakunya luluhawa biologi. Semua aktiviti ini menyebabkan batuan pecah dan terurai.4 Aktiviti mikroorganismaMikroorganisma yang hidup di permukaan batuan akan mengeluarkan asid organik semasa menyerap zat-zat galian dari batuan. Asid organik akan bertindak balas dengan mineral batuan dan menguraikan batuan.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 47 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi48BAB2Faktor yang Mempengaruhi Luluhawa 1 IklimKeadaan suhu, hujan dan kelembapan udara di sesebuah kawasan mempengaruhi tindak balas luluhawa. Suhu panas pada siang hari dan suhu sejuk pada malam hari menjadikan luluhawa fizikal sangat berkesan di kawasan tersebut. Sementara itu, penerimaan hujan yang banyak dan suhu yang tinggi menjadikan luluhawa kimia lebih berkesan, terutama di kawasan Tropika.2 Litupan tumbuh-tumbuhanTindakan akar tumbuh-tumbuhan yang memasuki rekahan batuan dan mengalami proses pembesaran akar. Lama-kelamaan, proses ini akan memecahkan batuan kepada batuan yang lebih kecil.3 Jenis batuanBatuan keras lebih lambat untuk mengalami luluhawa sementara batuan yang lembut lebih mudah untuk mengalami luluhawa, terutama proses luluhawa kimia yang berlaku terhadap batu kapur. Contohnya, kuartza dan granit mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap proses luluhawa kimia berbanding dengan batu kapur yang mudah terluluhawa melalui proses pengkorbanan.4 HaiwanHaiwan yang hidup dalam tanah dan membuat lubang di dalam batuan menyebabkan luluhawa kimia lebih mudah berlaku apabila air hujan mengalir melalui lubang yang dihasilkan. Lubang yang dihasilkan oleh haiwan juga menjadikan struktur tanah longgar dan terpecah.5 Aktiviti manusiaAktiviti manusia seperti pemotongan dan penarahan bukit akan mendedahkan batuan kepada agen suhu dan cuaca yang menggalakkan proses luluhawa akan berlaku.6 MasaTindak balas luluhawa terhadap batuan memerlukan jangka masa yang lama atau cukup untuk memecahkan atau mereputkan batuan. Semakin lama masa diambil, maka semakin jelas tindakan luluhawa terhadap batuan.7 AspekBahagian cerun yang menghadap matahari mendapat bahangan matahari serta suhu lebih tinggi. Penerimaan suhu tinggi akan menggalakkan proses luluhawa berlaku dengan giat.Kesan Luluhawa terhadap Aktiviti Manusia dan Pembentukan Landskap1 Pandang darat karstDi kawasan batu kapur, tindakan luluhawa kimia mewujudkan pandang darat karst yang menarik seperti gua, sungai bawah tanah, stalagtit, stalagmit dan lainlain. Gua batu kapur seperti Gua Niah dan Gua Mulu di Sarawak menjadi tarikan pelancong.2 Pembentukan tanah liatPembentukan tanah liat hasil daripada proses luluhawa kimia. Pembentukan tanah liat berkait rapat dengan proses hidrolisis terhadap batuan feldspar. Tanah liat penting dalam industri membuat tembikar oleh Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), khususnya tanah liat jenis koalin.Karst ialah topografi yang terbentuk daripada pelarutan batuan karbonat larut seperti batu kapur dan dolomit. Proses tersebut mempunyai ciri-ciri seperti gua, lubang benam dan sistem saliran bawah tanah serta berbagaibagai bentuk muka bumi yang lain.Tahukah AndaTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 48 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi49BAB23 Pembentukan tanah lateritLuluhawa kimia menghasilkan tanah laterit yang terbentuk melalui proses pengoksidaan. Tanah laterit yang berwarna keperangan ini sesuai untuk aktiviti pertanian, khususnya tanaman getah dan kelapa sawit.4 Proses luluhawa fizikalProses luluhawa fizikal di kawasan gurun pula menghasilkan kawasan gurun batu dan gurun pasir. Proses pengembangan batuan dan pengecutan batuan yang berulang akan menjadikan batuan semakin kecil. Lama-kelamaan, proses ini menjadi butiran pasir.5 Pembentukan regolitTanih regolit yang tebal hasil luluhawa menggalakkan aktiviti pertanian dijalankan kerana menghasilkan tanah yang subur.6 Pembentukan humusLuluhawa biologi melalui tindakan haiwan dan mik roorganisma akan menghasilkan humus. Humus merupakan pereputan tumbuh-tumbuhan dan haiwan mati yang menghasilkan nutrien untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan serta aktiviti pertanian kerana tindakan mikroorganisma menghasilkan baja organik semula jadi.2.3.2 Pergerakan JisimPergerakan jisim bermaksud pergerakan bahan yang terluluhawa yang dikenali sebagai regolit bergerak dari atas cerun ke bawah cerun yang dipengaruhi daya tarikan graviti bumi.Jenis Pergerakan JisimAliran Cepat1 Tanah runtuhPergerakan regolit di cerun-cerun sangat curam dan ada kalanya tegak seperti di tebing tinggi, bahu bukit, yang telah ditarah untuk dibuat jalan raya dan petempatan. Di kawasan Tropika Lembap, fenomena runtuhan yang paling kerap berlaku ialah kejadian tanah runtuh, runtuhan batuan dan runtuhan tebing.2 Aliran lumpurPergerakan jisim jenis ini melibatkan pergerakan regolit, tanah dan lumpur pada kadar cepat dan di cerun lebih curam. Jisim regolit memerlukan air yang banyak untuk memudahkan pergerakan tanah. Aliran cepat yang kerap berlaku di kawasan Tropika ialah aliran lumpur. Di Malaysia dikenali sebagai banjir lumpur, iaitu aliran deras yang membawa tanah liat lumpur, kelodak dan sisa kayu balak pada cerun curam (5° hingga 20°).Rajah 2.12 Aliran lumpurLumpurTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 49 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi50BAB23 Gelongsoran tanahPergerakan tanah-tanih, regolit atau robohan bongkah batu di cerun berbentuk cekung. Gelongsoran tanah berlaku apabila lapisan batuan lebih berat berada di atas lapisan batuan lebih lembut seperti batu syal dan tanah liat. Proses pergerakan jisim berlaku apabila beban berat yang berada di atas lapisan batuan lembut akan runtuh dan lapisan batuan berat akan menuruni cerun. 4 Jatuhan batuanJatuhan batuan merujuk pergerakan bongkah batu secara besar-besaran di cerun yang curam dan hampir tegak. Jatuhan ini lebih aktif sekiranya lapisan batuan tersebut tersusun menyerong dengan kecerunan 20°.5 Runtuhan saljiRuntuhan salji merupakan pergerakan salji yang laju dan secara tiba-tiba menuruni cerun. Runtuhan salji terjadi disebabkan oleh faktor semula jadi atau aktiviti manusia yang menghasilkan gegaran yang kuat terhadap timbunan salji.Aliran Perlahan1 Kesotan tanihKesotan tanih merupakan satu proses pergerakan tanah yang berlaku secara perlahan-lahan di cerun yang landai (2° hingga 4°) akibat daya tarikan graviti bumi.(a) Kesotan tanih tidak dapat dilihat melalui mata kasar tetapi dapat dikenal pasti melalui kesan di permukaan cerun seperti tiang elektrik dan tiang telefon yang condong ataupun batang pokok yang bengkok.(b) Berlaku pada cerun landai dan melibatkan kedalaman beberapa sentimeter ke beberapa meter dan pergerakan ini mengambil masa yang lama. Kejadian ini menjadikan cerun tidak stabil dan struktur tanah menjadi longgar.Keretakan danruntuhan dindingTiang menjadicondongPagar menjadi condongRajah 2.13 Kesotan tanih2 Kesotan talusKesotan talus merujuk proses pergerakan puin kasar seperti batu kelikir dan serpihan batuan yang menuruni cerun yang sederhana curam. Tindakan fros di kawasan pergunungan menyebabkan batuan terluluhawa dan bergerak satu per satu ke kaki gunung dengan selang masa yang agak lama antara pergerakan batuan tersebut. Kesotan yang berkumpul di kaki gunung lalu membentuk kon talus.3 Gelangsaran tanihGelangsaran tanih merujuk proses pergerakan jisim tanih yang menuruni cerun bukit dengan kadar yang perlahan. Pergerakan jisim ini berlaku di kawasan yang TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 50 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi51BAB2bermusim, iaitu kawasan beriklim sejuk yang melibatkan pergerakan bahan tanih dan batu tongkol.4 Kesotan batuanMelibatkan pergerakan batuan yang besar seperti batu tongkol yang terdiri daripada batu granit dan batu syal. Pergerakan batuan-batuan ini secara perlahan.Kesan Kesotan Tanih terhadap Persekitaran Manusia1 Merosakkan harta bendaKejadian kesotan tanih akan merosakkan harta benda seperti tembok batu yang retak dan condong serta pagar rumah yang rosak.2 Menjejaskan kawasan pertanianKawasan pertanian akan terjejas di mana terdapat kawasan pertanian yang tertimbus dan berlaku juga kehilangan top soil yang subur untuk pertanian apabila berlakunya kesotan tanih.3 Gangguan terhadap proses pembinaan bangunanProses pembinaan bangunan akan terganggu di mana struktur binaan menjadi tidak stabil akibat cerucuk yang ditanam ke dalam tanah menjadi condong.4 Gangguan terhadap sistem perhubunganGangguan terhadap sistem perhubungan berlaku apabila tiang telefon mahupun tiang elektrik tumbang disebabkan kesotan tanih.5 Merosakkan kediaman pendudukKawasan petempatan dan kediaman penduduk akan rosak apabila dinding rumah merekah dan retak akibat kejadian kesotan tanih.6 Gangguan terhadap sistem pengangkutanSistem pengangkutan khususnya jalan raya akan terganggu di mana perjalanan kenderaan yang membawa penumpang dan barangan tergendala apabila jalan tertimbus dengan runtuhan tanih.7 Mengganggu sistem saliran dan perparitanSistem saliran dan perparitan akan terganggu apabila parit dan longkang tertimbus dan aliran air tersekat akibat kesotan tanih.Faktor yang Mempengaruhi Pergerakan Jisim1 Terdapatnya lapisan regolitLapisan regolit yang tebal di cerun bukit menjadikan struktur tanah agak longgar dan tidak stabil. Keadaan ini akan memudahkan tanah bergerak apabila beban di atasnya terlalu berat apabila berlaku hujan lebat.2 Hujan lebatHujan lebat menjadikan tanah berat serta bertindak sebagai pelincir di dalam tanah. Keadaan ini akan menyebabkan berlaku pergerakan jisim di cerun-cerun bukit yang curam akibat daya tarikan graviti bumi.3 Kurangnya litupan tumbuh-tumbuhanKekurangan litupan tumbuh-tumbuhan di lereng bukit menyebabkan kekurangan daya cengkaman tanah oleh akar tumbuh-tumbuhan. Keadaan ini menyebabkan struktur tanah akan menjadi longgar dan mudah bergerak ke bawah cerun.4 KecerunanDaya tarikan graviti bumi lebih tinggi di kawasan cerun yang curam. Semakin curam sesuatu cerun, maka semakin tinggi tarikan graviti dan berisiko berlakunya pergerakan jisim.Regolit ialah lapisan bahan batuan terluluhawa yang tidak seragam dan menutupi lapisan batuan padat. Lapisan regolit terdiri daripada pelbagai bahan termasuk debu, serpihan batuan dan bahan lain yang berkaitan.Regolit juga boleh merangkumi tanah, laterit dan bahan sisa lain. Regolit terbentuk melalui proses pereputan fizikal dan kimia batuan serta melalui proses pengangkutan dan pemendapan.Tahukah AndaTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 51 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi52BAB25 Gerakan tektonikPergerakan plat tektonik seperti gempa bumi dan letupan gunung berapi menyebabkan struktur tanah bergegar dan bergerak menjadikan struktur tanah longgar. Gegaran yang terbentuk memudahkan kejadian pergerakan jisim di cerun bukit.6 Tindakan manusiaAktiviti manusia seperti menarah tanah dan memotong tebing bukit untuk tujuan pembersihan dan perataan dilakukan sebelum membangunkan kawasan tersebut. Contohnya, pembinaan bangunan, jalan raya dan sebagainya memudahkan berlakunya pergerakan jisim akibat struktur tanah yang semakin longgar.7 GegaranLetupan di lombong kuari, pergerakan jentera-jentera dan lori besar akan menghasilkan gegaran yang kuat. Aktiviti ini melonggarkan struktur tanah lalu menyebabkan berlaku pergerakan jisim.8 Tindakan haiwanHaiwan yang membuat lubang dalam tanah seperti arnab, tikus dan cacing tanah akan melonggarkan struktur tanah di mana tanah mempunyai banyak ronggarongga yang terbuka. Keadaan ini memudahkan pergerakan jisim, terutamanya di lereng-lereng bukit.Faktor Hujan yang Menyebabkan Pergerakan Jisim1 Intensiti hujanKeamatan hujan mempercepat proses pergerakan jisim seperti kejadian tanah runtuh. Hujan lebat menjadikan resapan air ke dalam tanah tinggi dan tepu. Oleh itu, struktur tanah menjadi longgar apabila menerima jumlah hujan tinggi, khususnya di cerun bukit yang curam.2 Curahan hujanJumlah atau kuantiti hujan yang banyak juga dapat mempengaruhi kejadian pergerakan jisim. Air merupakan agen pelincir yang berkesan dalam menyebabkan berlakunya pergerakan tanah, khususnya kejadian tanah runtuh dan aliran lumpur dari atas ke bawah cerun bukit.3 Kekerapan hujanKekerapan hujan menyebabkan pergerakan jisim kerana jumlah air hujan yang tinggi menjadikan kadar resapan air ke dalam tanah menjadi tepu. Lamakelamaan, hujan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan mudah berlakunya kejadian tanah runtuh khususnya di lereng-lereng bukit.4 Tempoh masaHujan turun dalam tempoh masa yang lama akan menghasilkan jumlah air hujan yang banyak. Air hujan yang banyak dalam rongga tanah akan menjadikan struktur tanah longgar dan memudahkan berlakunya kejadian pergerakan jisim di ceruncerun bukit.Faktor Aktiviti Manusia yang Menyebabkan Pergerakan Jisim1 PertanianPergerakan jisim berlaku di kawasan pertanian di lereng bukit yang tidak diteres, aktiviti pembajakan tidak mengikut kontur, pertanian tanpa tanaman tutup bumi dan amalan pertanian pindah. Aktiviti pertanian telah mendedahkan permukaan cerun secara langsung terhadap agen luluhawa dan hakisan. Penyahhutanan yang berlaku telah mengurangkan proses cengkaman akar dan menyebabkan cerun menjadi tidak stabil.InfomindaHaiwan pengorek tanah akan menghabiskan sebahagian besar hidupnya di dalam tanah. Haiwan ini menggunakan pelbagai adaptasi fizikal untuk menggali dan hidup di bawah permukaan bumi. Antara haiwan pengorek tanah yang terkenal ialah tikus mondok, anai-anai dan beberapa jenis cacing tanah. Arnab antara haiwan pengorek tanah untuk dijadikan habitat tempat berlindungnya.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 52 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi53BAB22 Perlombongan Aktiviti perlombongan kuari dan pemecahan batu menjadikan struktur cerun bukit longgar. Bukit diletupkan untuk memecahkan batu granit dan batu kapur. Tindakan ini menyebabkan cerun bukit tidak stabil dan mudah berlaku runtuhan batu dan runtuhan tebing bukit.3 PembalakanAktiviti pembalakan yang dijalankan di kawasan cerun dan tanah tinggi menjadi punca pergerakan jisim. Pembalak akan meninggalkan batang kayu, dahan ranting dan sampah sarap yang akan membentuk empangan sementara ketika hujan. Sisa ranting dan daun mengumpulkan air dengan cepat dan apabila empangan sementara itu pecah, air mengalir deras dan secara mendadak mengalir dari kawasan tanah tinggi pada tahap kekuatan yang luar biasa. Sisa kayu balak hanyut bersama lumpur lalu menyebabkan tanah runtuh dan banjir lumpur.4 PembinaanAktiviti pembinaan lebuh raya dan petempatan di kawasan tanah yang tinggi melibatkan pemotongan susuh bukit, peneresan, penarahan lereng bukit dan penghapusan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan merupakan pelindung semula jadi untuk menstabilkan cerun melalui cengkaman akarnya. Ketiadaan tumbuhtumbuhan mempercepat proses pergerakan jisim berlaku.5 Pemotongan lerengPemotongan lereng dan kaki bukit akan meningkatkan daya tegasan pada jisim batuan di permukaan. Tegasan dikenali sebagai tegasan ricih yang menyebabkan keseimbangan cerun terganggu, tidak stabil dan akhirnya berlaku kejadian tanah runtuh.Kesan Pergerakan Jisim terhadap Alam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar ManusiaKesan Pergerakan Jisim terhadap Alam Sekitar Fizikal1 Kemusnahan flora dan faunaPergerakan jisim seperti tanah runtuh dan aliran lumpur menyebabkan flora dan fauna musnah. Pelbagai spesies flora dan fauna akan mati ditimbus tanah runtuh atau dihanyutkan oleh aliran lumpur. Keadaan ini mengganggu keseimbangan ekosistem semula jadi.2 Kemusnahan habitatKejadian tanah runtuh secara besar-besaran menyebabkan habitat hidupan liar musnah. Kemusnahan tumbuh-tumbuhan menyebabkan hidupan liar hilang tempat tinggal dan rantaian makanan terganggu. Hidupan liar berpindah ke tempat lain untuk mencari habitat baharu yang lebih sesuai.3 Sungai menjadi cetekPergerakan jisim secara besar-besaran seperti tanah runtuh dan aliran lumpur yang menimbus alur sungai akan mencetekkan dasar alur sungai. Keadaan ini mengganggu kelancaran sistem saliran yang sedia ada. Dasar sungai yang cetek membolehkan kejadian banjir kilat di kawasan tanah rendah apabila hujan lebat yang menyebabkan isi padu air bertambah dengan cepat di dalam alur sungai.4 Kemusnahan ekosistem akuatikKejadian tanah runtuh menyebabkan badan air seperti sungai, tasik dan kolam tertimbus. Aliran lumpur ke badan air boleh menyebabkan air tercemar, hidupan akuatik mati dan mengganggu keseimbangan ekosistem akuatik.Pemotongan lereng bukit merujuk proses mengubah bentuk semula jadi cerun bukit untuk tujuan pembangunan atau pembinaan. Perubahan ini melibatkan pemindahan tanah, batu dan bahan lain untuk mendapatkan permukaan yang lebih rata bagi menyediakan ruang untuk bangunan atau infrastruktur. Pemotongan lereng bukit boleh memberi kesan alam sekitar yang ketara, termasuk risiko hakisan tanah, banjir dan tanah runtuh.InfoekstraFlora dan fauna merujuk tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar yang hidup di sesebuah kawasan. Secara umumnya, flora ialah semua jenis tumbuhtumbuhan sedangkan fauna meliputi semua jenis hidupan liar.Tahukah AndaTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 53 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi54BAB25 Kesuburan tanih terjejasKejadian pergerakan jisim seperti tanah runtuh dan aliran lumpur menghakis lapisan atas permukaan tanah dan menjadikan kesuburan tanah hilang. Tanah yang hilang kesuburan mengganggu proses pertumbuhan tumbuh-tumbuhan.6 Perubahan landskapPergerakan jisim seperti gelongsoran tanah secara besar-besaran akan mengubah landskap asal kepada landskap yang baharu yang sebelum ini tidak wujud seperti yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia. Struktur geologi seperti lereng curam, jenis tanah (tanah lempung) dan garis gelinciran dapat menggalakkan pergerakan tanah berlaku. Aktiviti pembalakan yang giat di lereng bukit menggalakkan lagi kejadian pergerakan jisim.Kesan Pergerakan Jisim terhadap Alam Sekitar Manusia1 Aktiviti ekonomi tergangguAktiviti ekonomi meliputi kegiatan pertanian, perindustrian dan perlombongan akan terganggu apabila berlaku kejadian tanah runtuh dan pergerakan jisim.2 Kehilangan nyawaKejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran petempatan atau kawasan tumpuan manusia mampu mengorbankan nyawa manusia. Pergerakan jisim secara tiba-tiba menyebabkan mangsa tidak dapat melarikan diri ke tempat yang selamat.3 Kemusnahan harta bendaKejadian pergerakan jisim seperti tanah runtuh akan memusnahkan harta benda, kenderaan, kemudahan infrastruktur dan tempat tinggal penduduk musnah akibat ditimbus oleh tanah dan batuan yang runtuh.4 TraumaMangsa yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh dan aliran lumpur akan mengalami trauma (ketakutan). Keadaan ini menyebabkan mangsa sentiasa dalam ketakutan dan berasa tidak selamat untuk tinggal atau melalui kawasan lereng bukit dan bawah cerun.5 Kemusnahan infrastruktur asasKejadian pergerakan jisim akan menyebabkan kemusnahan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan sumber bekalan air bersih. Kemusnahan infrastruktur asas ini, akan mengganggu aktiviti harian penduduk seperti berniaga, memasak, mandi dan pergi ke tempat kerja.6 Sistem pengangkutan tergangguKelancaran sistem pengangkutan akan terganggu disebabkan jalan raya tertimbus tanah dan mendapan lumpur. Hal ini menyebabkan kenderaan seperti lori, bas dan kereta tidak dapat meneruskan perjalanan dan berlaku kesesakan jalan raya.7 Perhubungan dan komunikasiSistem perhubungan dan komunikasi akan terganggu sekiranya menara pemancar condong, roboh dan musnah. Situasi ini akan menyebabkan sistem perhubungan dan komunikasi tergendala atau putus.Langkah Mengatasi Pergerakan Jisim1 Langkah perundanganPenguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 perlu dilaksanakan. Undangundang dan peraturan seperti akta pemuliharaan tanih, parit dan bangunan perlu dikuatkuasakan. Pemaju yang melanggar peraturan akan dikenakan denda TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 54 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi55BAB2dan kompaun yang maksimum. Pemantauan yang lebih kerap oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembangunan yang dilakukan di lereng bukit. Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) juga perlu dilaksanakan bagi projek pembangunan berisiko tinggi seperti pembangunan di cerun bukit.2 Penanaman tumbuh-tumbuhan tutup bumiAkar tumbuh-tumbuhan dapat mencengkam tanah dan menjadikan struktur tanah lebih kuat. Ciri-ciri akar seperti kepadatan, ketebalan, keselerakan dan kadar serapan air akan menguatkan struktur cerun. Sistem akar yang kompleks mencengkam dan mengikat butiran tanah daripada berlakunya hakisan dan diruntuhkan oleh pergerakan jisim.3 Penggunaan sungkupanSungkupan yang digunakan terhadap cerun bukit terdiri daripada plastik dan daun-daun mengurangkan kadar resapan air ke dalam tanah apabila berlakunya hujan lebat. Kaedah ini dapat mengurangkan kadar hakisan dan kejadian tanah runtuh.Rajah 2.14 Penggunaan sungkupan4 Pembinaan benteng dan tembok penahanAmalan langkah kestrukturan ini dapat mengurangkan pergerakan tanih dari atas cerun kerana tanih di kaki cerun telah ditahan oleh tembok dan benteng yang dibina.5 Membina gabionPembinaan gabion (sangkar dawai yang diisi batu yang bersaiz 6 inci hingga 9 inci) yang disusun dalam jejaring dawai. Gabion dapat menghalang tanah daripada berlaku pergerakan jisim, khususnya sewaktu hujan lebat.6 Membina cerucuk besi atau konkritCerucuk besi atau konkrit yang dipasang di kaki bukit dapat menahan tanah daripada bergerak semasa hujan lebat.7 Penyimenan cerunPergerakan jisim dapat dikurangkan melalui penyimenan cerun. Permukaan cerun bukit disimen dan dibuat lubang bagi mengawal aliran dan susupan air ke dalam tanah. Langkah ini bertujuan untuk melindungi permukaan cerun daripada titisan air hujan yang boleh menyebabkan pergerakan jisim jenis aliran dan gelongsoran.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 55 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi56BAB22.3.3 Hakisan1 Hakisan bermaksud pengukiran dan penghausan permukaan bumi dan pemindahan bahan oleh ajen hakisan yang bergerak seperti air yang mengalir, titisan hujan, angin, glasier dan ombak.2 Jenis hakisan permukaan terbahagi kepada dua:(a) Hakisan tidak beralur(i) Hakisan percikan, iaitu titisan hujan mencungkil butiran tanih lalu membentuk lekukan di permukaan bumi.(ii) Hakisan kepingan atau larian air permukaan. Butir tanih yang terlerai akan dihakis oleh larian air permukaan lalu membentuk hakisan kepingan.(b) Hakisan beralur(i) Hakisan galir (rill) merujuk bahan tanih yang dihakis dan diangkut bersama air yang mengalir dari atas ke bawah cerun menerusi alur-alur kecil.(ii) Hakisan galur (gully) merujuk bahan tanih yang dihakis dan diangkut bersama air yang mengalir dari atas ke bawah cerun menerusi alur-alur yang lebih luas.GalurGalirRajah 2.15 Galur dan galir2.3.4 Pengangkutan1 Pengangkutan merupakan proses pemindahan bahan yang telah terhakis daripada tempat asalnya akibat tarikan graviti.2 Ejen pengangkutan terdiri daripada angin, glasier dan air.(a) Ejen pengangkutan angin merujuk penggunaan angin sebagai medium untuk memindahkan sesuatu bahan yang terluluhawa dari satu tempat ke satu tempat yang lain berdasarkan halaju angin semasa bertiup.(b) Ejen pengangkutan glasier merujuk cara glasier bergerak dan memindahkan ais serta bahan lain yang terperangkap di dalamnya. Glasier merupakan jisim ais yang besar dan bergerak perlahan akibat tarikan graviti dan tekanan ais itu sendiri.(c) Ejen pengangkutan air mer uju k ca ra penga ng k uta n ba ha n ya ng menggunakan air sebagai medium pergerakannya.2.3.5 Pemendapan1 Pemendapan bermaksud letakan bahan oleh ejen pengangkutan.2 Sekiranya halaju agen yang bergerak menjadi semakin lemah dan perlahan, maka bahan yang diangkut akan ditimbunkan dan berlaku proses pemendapan bahan. Semasa proses pemendapan, berlaku perubahan tenaga dari tenaga kenetik kepada tenaga potensi.Glasier merujuk timbunan ais (salji) yang besar dan tebal yang terbentuk di kawasan yang menerima salji yang banyak setiap tahun dan bergerak perlahan menuruni cerun. Glasier juga meliputi sungai ais atau air batu yang bergerak ke bawah cerun. InfoekstraInfomindaLegeh sungai ditentukan oleh kemuncak kawasan tanah tinggi yang membahagi arah aliran air. Legeh sungai ini menjadi kawasan tadahan air sekali gus menjadi pembekal air untuk lembangan sungai berkenaan.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 56 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi57BAB2Semak Cepat 2.31 Berikan lima proses geomorfologi.2 Namakan tiga jenis luluhawa.3 Senaraikan enam faktor mempengaruhi luluhawa di sesuatu kawasan.4 Nyatakan lima kesan luluhawa terhadap aktiviti manusia.5 Kenal pasti dua jenis pergerakan jisim.6 Nyatakan tiga ejen hakisan dan pengangkutan.2.4 Sungai dan Pembentukan Bentuk Muka Bumi Konsep Lembangan Saliran1 Lembangan saliran merujuk kawasan tadahan bagi sesuatu sistem saliran yang disempadani oleh legeh.2 Sungai merupakan aliran air yang mengalir secara berterusan dari peringkat hulu ke peringkat hilir.3 Air sungai terdiri daripada air hujan, air bawah tanah dan glasier di kawasan yang tertentu.Profil Panjang Sungai1 Profil panjang sungai ialah gambaran keseluruhan peringkat aliran sungai daripada punca di bahagian hulu hingga ke hilir (muara sungai).2 Pembentukan likuan sungai disebabkan aliran air sungai yang perlahan dan berkeluk. Punca sungaiBahagianhuluBahagiantengahBahagianhilirMuara sungaiKetinggianRajah 2.16 Keratan rentas profil panjang sungai3 Proses pembentukan alur sungai di setiap kawasan, iaitu hulu, tengah dan hilir sungai:(a) Hulu sungai proses hakisan – hakisan mendalam alur.(b) Tengah sungai proses pengangkutan – pemindahan bahan yang terhakis.(c) Hilir sungai proses pemendapan – pemendapan bahan di dasar dan tebing sungai.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 57 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi58BAB2Jenis Hakisan Sungai1 Hakisan pendalaman alurProses hakisan menegak yang berlaku di bahagian hulu sungai di mana aliran air sungai deras yang menuruni kawasan tanah tinggi. Alur sungai berbentuk V. Hakisan mengorek dasar sungai oleh air sungai yang bergerak secara pusaran. Halangan batuan di dasar sungai menyebabkan pergerakan air sungai bertukar daripada laminar kepada pusaran. Setiap pusaran mempunyai tenaga untuk mengorek dasar alur-alur sungai tersebut.( (( (Hakisan mendalamberlaku secara menegak.Hakisan melebarberlaku secara mendatar.(a) (b)Hakisan mengundurke belakang akibatadanya takat terjun.Bahagian yang tidakmempunyai dayatampungan akibat dasar pangkal alur sungai dikorek air terjun.Air terjunPangkalalur sungaiRajah 2.17 Jenis hakisan sungai2 Hakisan pelebaran alurHakisan pelebaran alur berlaku di kawasan tengah dan hilir sungai di mana aliran sungai lebih perlahan. Menghasilkan alur sungai berbentuk U. Melibatkan penghakisan dan penghausan yang berlaku pada tebing alur sungai. Hakisan ini dikenali sebagai hakisan mendatar yang berlaku di kedua-dua bahagian tebing alur sungai. Hakisan ini lebih berkesan semasa banjir kerana air sungai mempunyai tenaga kinetik dan tenaga potensi yang kuat untuk menghakis dan meruntuhkan tebing sungai akibat pertambahan isi padu air sungai.3 Hakisan pengunduran alurProses berlakunya tawanan sungai. Hakisan pengunduran alur melibatkan proses pemotongan pangkal alur ke arah hulu kerana mempunyai takat air terjun seperti adanya air terjun di pangkal alur tersebut. Apabila air terjun jatuh ke pangkal dasar alur, aliran sungai berupaya untuk menghakis dan mengorek pangkal dasar alur berkenaan dan mewujudkan satu bahagian tebing atas alur yang tidak mempunyai daya tampungan. Apabila berlaku proses gerakan jisim, bahagian yang tidak mempunyai daya tampung akan jatuh ke dalam alur sungai. Kesannya, pangkal alur sungai mengundur dan memanjang ke belakang.Proses Hakisan Sungai1 Hakisan hidraulHakisan hidraul merupakan tindakan hakisan yang dilakukan oleh kuasa air di dalam alur sungai tanpa melibatkan bahan yang dibawa. Air sungai mempunyai tenaga potensi yang mampu memampatkan udara yang ada dalam rekahan batuan lalu menekan dinding batuan sehingga menyebabkan dinding batuan mengalami tegangan. Apabila air sungai keluar daripada rekahan, udara yang mampat dilepaskan dan dinding rekahan mengalami kenduran. Proses yang berulang menyebabkan rekahan menjadi lebih luas dan dalam. Kekuatan hakisan hidraul bergantung pada isi padu air sungai dan halaju air sungai.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 58 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi59BAB22 Hakisan geselan atau lelasanProses penghausan yang berlaku ke atas tebing dan dasar alur sungai apabila bahan-bahan yang dibawa oleh air sungai seperti pasir, kelikir, batu tongkol bergesel dengan tebing dan dasar alur sungai. Daya geselan yang wujud akibat aliran air sungai ini menyebabkan proses penghausan dialami oleh tebing sungai dan dasar alur sungai oleh bahan-bahan yang dibawa oleh aliran sungai berkenaan.3 Hakisan lagaanPelanggaran antara bahan yang dibawa oleh air sungai dengan tebing dan dasar alur sungai atau pelanggaran sesama bahan. Pelanggaran ini mewujudkan momentum lalu melanggar alur sungai dan akhirnya bahan-bahan yang dibawa oleh sungai menjadi semakin kecil. Hakisan alur yang berlaku bergantung pada kekerasan bahan yang dibawa. Kekuatan proses ini amat bergantung pada halaju arus sungai yang mampu menyeret dan melantun (saltasi) bahan-bahan yang dibawa sehingga berlakunya lagaan.(a) Batu-batu kasar berlaga antara satu sama lain.Aliran sungai Aliran sungai(b) Hakisan lagaan menghasilkan serpihan batu yang lebih kecil dan halus.Rajah 2.18 Hakisan lagaan4 Hakisan larutanTindak balas secara kimia antara air sungai dengan mineral batuan yang membentuk tebing dan dasar sungai. Jika batuan tebing dan dasar alur sungai terdiri daripada batuan yang lembut seperti batu kapur, gipsum dan dolomit, maka batuan ini mudah dilarutkan. Air sungai bertindak balas sebagai pelarut yang akan melarutkan mineral batuan dan dialirkan bersama-sama dengan aliran sungai. Proses ini menyebabkan struktur dan tekstur batuan tebing dan dasar alur sungai menjadi longgar dan tidak stabil lalu menjadikan tebing sungai mudah runtuh.Faktor yang Mempengaruhi Hakisan Sungai1 KecerunanAliran air sungai yang melalui kawasan cerun curam mempunyai halaju air sungai yang tinggi. Oleh itu, tenaga kinetik dan keupayaan air sungai akan bertambah dan hakisan sungai menjadi semakin giat. Hakisan lelasan dan lagaan berlaku dengan pesat jika halaju arus sungai tinggi. Oleh itu, bahagian hulu sungai mempunyai hakisan yang lebih tinggi berbanding dengan bahagian tengah dan hilir sungai.2 Bentuk alurBentuk alur sungai yang lurus menjadikan hakisan menegak atau mendalam lebih giat. Oleh itu, tebing alur sungai sama ada di kiri dan kanan akan mengalami hakisan pada kadar yang sama. Sementara alur yang berliku menyebabkan hakisan tebing atau melebar lebih giat, terutama di bahagian tebing cekung alur sungai.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 59 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi60BAB23 Isi padu airApabila isi padu air bertambah, maka tenaga keupayaan akan bertambah dan meluaskan lagi kawasan hakisan. Hujan lebat meningkatkan isi padu air sungai dan menambahkan lagi kekuatan hakisan sungai melalui proses hakisan larutan dan hakisan hidraul.4 Jenis batuanBatuan lembut lebih mudah dihakis seperti batu kapur dan dolomit di mana hakisan larutan lebih giat. Sementara batuan keras seperti batu granit dan gabro sukar untuk diuraikan. Oleh itu, kadar hakisan air sungai ke atas batuan bergantung pada jenis batuan di suatu kawasan.5 Bahan muatanBahan muatan yang banyak dibawa oleh air sungai akan menggalakkan lagi proses geselan tebing sungai. Pengangkutan bahan mempengaruhi keberkesanan proses pelanggaran sesama bahan muatan sungai. Selain itu, bentuk dan saiz bahan juga akan mempengaruhi jenis hakisan sungai sama ada secara seretan atau lantunan.6 Tiada halanganKetiadaan halangan seperti batuan di tengah atau tebing sungai akan memudahkan hakisan sungai. Namun, sekiranya tiada tumbuh-tumbuhan di tebing sungai, maka tiada cengkaman akar yang menguatkan struktur tanah dan hakisan sungai mudah berlaku.Proses Pembentukan Bentuk Muka Bumi Hakisan Sungai1 Air terjunAir terjun terbentuk di kawasan yang mempunyai lapisan batuan yang tersusun secara mendatar antara batuan keras di atas dan batuan lembut di bawah. Batuan lembut lebih mudah terhakis lalu membina dasar sungai yang tegak atau cekung ke dalam.Batuan kerasBatuan lembutBatuan lembutBatuan kerasAir terjunRajah 2.19 Pembentukan air terjun2 JeramJeram terbentuk di kawasan batuan yang tersusun secara menegak atau hampir menegak serta berselang-seli antara batuan keras dengan batuan lembut. Hakisan sungai aktif di kawasan batuan lembut. Batuan keras yang tahan hakisan akan menonjol ke atas menyebabkan aliran air sungai tersekat lalu mengalir secara lompatan. Biasanya, jeram menghasilkan air terjun yang kecil.3 LubukLubuk terletak di kawasan tebing sungai yang berliku, iaitu di tebing cekung. Di kawasan ini hakisan tebing alur sungai sangat giat berlaku dan aliran sungai membentuk pusaran menjadikan hakisan tebing sungai semakin giat.Jeram sungai merujuk bahagian sungai yang mempunyai aliran air yang deras dan cetek dengan batu-batu besar yang terdedah. Jeram sungai sering menjadi lokasi menarik untuk dikunjungi. Contohnya, Jeram Kelembar Sungai Loh di Terengganu, Ulu Slim di Perak, Jeram Besu di Pahang dan Sungai Kampar di Perak. InfoekstraTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 60 11/11/2025 12:14 PM


Sistem Geomorfologi61BAB24 LurahLurah terbentuk di kawasan hulu sungai hasil hakisan menegak dasar alur sungai oleh arus sungai yang deras. Hasil hakisan menegak dasar sungai ini, maka terbentuklah lurah bentuk “V” yang bertebing curam.5 GaungGaung atau jurang merupakan lurah yang dalam, sempit dan bertebing curam. Bentuk muka bumi ini terbentuk akibat hakisan mendalam sungai. Terbentuk di bahagian hulu sungai kerana aliran air yang deras menyebabkan hakisan menegak amat berkesan di dasar alur dan mendalamkan dasar sungai. Apabila lurah semakin dalam hakisan akan membentuk gaung.6 Lubang periukLubang periuk merupakan bentuk muka bumi yang terhasil daripada tindakan hakisan sungai yang terbentuk di bahagian pertengahan sungai. Aliran air sungai yang deras dan berpusar bertindak menghakis serta memperdalam rekahan menjadi lubang periuk. Contohnya, lubang periuk Telaga Tujuh di Pulau Langkawi.Cara Pengangkutan Sungai1 Pengangkutan beban sungai bermaksud satu proses pemindahan beban (kelodak, pasir, kelikir dan batuan) di dalam alur sungai dari peringkat hulu ke peringkat hilir. 2 Proses pengangkutan sungai melalui pelbagai cara seperti apungan, ampaian, golekan, larutan dan loncatan sepanjang alur sungai.Cara Pengangkutan Sungai1 Golekan atau seretanSeretan ialah suatu proses menyeret beban sedikit demi sedikit. Pemindahan ini berlaku terhadap beban yang lebih besar, tumpat dan berat seperti batu tongkol yang diseret atau digolekan di sepanjang dasar sungai. Pengangkutan beban secara golekan berlaku apabila terdapat alur sungai yang besar dan halaju air sungai yang tinggi.2 Lompatan (saltasi)Proses ini melibatkan pemindahan bahan-bahan dalam bentuk satu siri lompatan. Pemindahan berlaku terhadap beban yang sederhana besar seperti batu kelikir, batu lada dan batu pasir dalam satu siri lompatan mengikut arus aliran sungai.3 AmpaianPengangkutan sungai jenis ini berlaku terhadap beban yang sederhana ringan yang terampai-ampai di dalam aliran air sungai seperti kelodak dan tanah liat. Pengangkutan bahan ini dibawa dari dasar sungai dan tebing sungai.4 ApunganApungan ialah pengangkutan bahan-bahan yang berketumpatan rendah berbanding dengan air sungai yang terapung di atas permukaan air sungai seperti sampah sarap, daun-daun kayu dan sebagainya. Bahan-bahan yang ringan tidak tenggelam kerana terdapat pusaran arus di dasar sungai.5 LarutanLarutan ialah proses pemindahan yang berlaku terhadap beban yang mudah larut seperti mineral, bahan kimia seperti sisa toksik, selut dan lumpur yang larut bersama-sama dengan air sungai.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 61 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi62BAB2Permukaan sungaiLompatan AmpaianGolekanSeretanDasar sungaiApunganRajah 2.20 Cara pengangkutan beban sungaiFaktor yang Mempengaruhi Pengangkutan Sungai1 Tenaga (halaju arus)Halaju air sungai mempengaruhi kadar pengangkutan sungai. Pengangkutan sungai banyak berlaku pada musim banjir kerana isi padu air sungai yang banyak menjadikan halaju arus air sungai tinggi.2 KecerunanAliran air sungai melalui cerun curam menghasilkan arus sungai yang deras. Proses pengangkutan bahan yang melalui arus sungai yang deras menjadi lebih mudah. Semakin landai sesuatu cerun, daya pengangkutannya juga semakin berkurangan dan lemah.3 Kekasaran alurKawasan alur sungai yang terdiri daripada batuan keras dan kasar menghasilkan beban sedimen yang sedikit berbanding dengan kawasan alur sungai yang terdiri daripada batuan lembut seperti batu kapur yang dapat menghasilkan beban sungai yang banyak.4 HalanganHalangan di sepanjang alur sungai seperti batuan keras, akar tumbuh-tumbuhan dan runtuhan tanah akan memperlahankan arus sungai dan mengurangkan daya pengangkutan sungai.5 Bentuk alurAlur sungai yang lebar dan lurus lebih banyak melakukan pengangkutan, manakala alur sungai yang berliku-liku lebih banyak menjalankan proses pemendapan bahan.6 Saiz bahanBahan yang ringan lebih mudah dibawa oleh aliran sungai berbanding dengan bahan yang besar dan berat.Pemendapan Bahan Sungai1 Pemendapan sungai bermaksud berlaku penimbunan atau longgokan bahan atau sedimen yang diangkut akibat tenaga dan halaju aliran sungai yang semakin berkurangan apabila kecerunan sungai semakin landai. 2 Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi proses pemendapan bahan di alur sungai, iaitu:TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 62 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi63BAB2Faktor yang Mempengaruhi Pemendapan Sungai 1 Isi padu airIsi padu air mempengaruhi halaju air. Isi padu air sungai yang sedikit seperti musim kemarau menyebabkan keupayaan mengangkut beban sungai semakin berkurangan. Justeru, halaju air sungai yang semakin lemah menyebabkan banyak beban sungai akan dimendapkan, terutama apabila melalui sungai yang berlikuliku.2 Halaju airDi bahagian tengah dan hilir sungai, halaju air semakin berkurangan disebabkan alur sungai semakin landai. Halaju sungai yang semakin lemah menjadikan tenaga pengangkutan bahan sungai juga berkurangan dan menyebabkan bahan yang dibawa dimendapkan di dasar sungai. Pemendapan bahan berlaku di sepanjang aliran sungai.3 KecerunanDi bahagian hilir sungai, pemendapan bahan lebih giat berlaku kerana halaju sungai semakin berkurangan disebabkan aliran sungai yang perlahan. Oleh itu, beban sungai yang berat dan tidak mampu dibawa oleh aliran sungai akan dimendapkan di dasar sungai.4 Bentuk alurBentuk alur yang berliku-liku di tengah dan hilir sungai akan memperlahankan aliran sungai dan proses pemendapan bahan sungai menjadi lebih giat. Sungai yang berliku-liku menjadikan aliran sungai tidak lancar, perlahan dan membolehkan bahan yang diangkut dimendapkan.5 Beban sungaiSemakin banyak beban sungai yang dibawa, maka aliran air sungai semakin rendah. Batuan yang lebih besar seperti batu kelikir dan batu lada akan dimendapkan lebih awal di likuan sungai berbanding dengan batuan yang lebih ringan seperti kelodak dan lumpur yang dimendapkan di muara sungai sehingga membentuk delta.6 HalanganHalangan batuan keras yang menghalangan aliran sungai atau adanya halangan akar tumbuh-tumbuhan akan memperlahankan aliran sungai dan menggalakkan proses pemendapan bahan sungai. Contohnya, pembinaan empangan yang merentasi sungai menyebabkan pemendapan yang lebih tinggi di bahagian atas empangan.Proses Pembentukan Bentuk Muka Bumi Pemendapan Sungai1 Dataran banjirDataran banjir ialah kawasan tanah pamah yang terletak di peringkat hilir sungai dan dilimpahi air sungai ketika banjir. Air banjir yang melimpah ke kiri dan kanan sungai akan memendapkan lumpur, kelodak, aluvium, pasir dan kelikir apabila surut. Kejadian banjir yang berulang akan membentuk dataran banjir yang lebih luas dan rata.InfomindaBentuk alur sungai merujuk ciri-ciri fizikal alur sungai, yang terbentuk melalui proses hakisan dan pemendapan sungai. Terdapat beberapa bentuk alur sungai yang biasa ditemui, termasuk alur bercabang, alur berliku dan alur lurus.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 63 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi64BAB2DataranbanjirDataranbanjirTetambakTetambakSungaiRajah 2.21 Dataran banjir dan tetambak2 TetambakTetambak wujud di sepanjang tebing sungai yang memisahkan sungai dengan dataran banjir. Bentuk muka bumi ini terbentuk apabila air sungai melimpahi tebing sungai. Bahan-bahan yang dimendapkan di belakang tebing sungai akan membentuk benteng semula jadi yang rendah di kedua-dua belah sungai. Timbunan atau beting ini dikenali sebagai tetambak. Proses yang berterusan menjadikan tetambak semakin tinggi.3 DeltaDelta terbentuk apabila timbunan bahan mendak berlaku secara meluas di muara sungai yang dibawa oleh aliran sungai. Di muara sungai, had laju arus sungai amat perlahan kerana pertembungan arus sungai dengan arus laut. Oleh itu, pemendapan bahan berlaku dengan giat. Bahan-bahan seperti kelodak, lumpur, lempung, koloid dan bahan ampaian dimendapkan hingga memenuhi sungai utama dan cawangan-cawangannya lalu membentuk delta yang rata, luas dan berbentuk segi tiga.4 Tasik ladamTasik ladam terbentuk akibat daripada likuan sungai yang terpisah, terpenggal atau terputus daripada aliran sungai utama. Proses hakisan sungai dan pemendapan bahan sungai yang berterusan menyebabkan likuan sungai terpisah daripada alur sungai. Likuan ini dinamakan likuan terpenggal. Bahagian likuan yang terpenggal dari aliran sungai asal akan membentuk tasik ladam.YYXX Aliran sungaiPemendapan PemendapanAliran sungaiPemendapanAliran sungaiHakisan HakisanPemendapan Likuan terpenggal Tasik ladamRajah 2.22 Pembentukan tasik ladam TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 64 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi65BAB2Pengaruh Bentuk Muka Bumi Hakisan dan Pemendapan Sungai terhadap Aktiviti Manusia1 Air terjunBentuk muka bumi air terjun sesuai untuk aktiviti rekreasi dan pelancongan kerana kawasan sekitar air terjun mempunyai pemandangan yang indah dan menarik.2 JeramSesuai untuk menjana aktiviti pelancongan dan rekreasi seperti sukan lasak (rafting dan kayak) kerana terdapat aliran air yang deras.3 LurahLurah sesuai dijalankan aktiviti sukan lasak seperti mendaki dan menuruni lurah.4 LubukAktiviti yang sesuai dijalankan ialah memancing dan menangkap ikan kerana lubuk sungai menjadi kawasan habitat dan pembiakan hidupan akuatik seperti ikan, udang dan ketam. 5 Tasik ladamTasik ladam atau likuan terpenggal sesuai untuk aktiviti sosial, rekreasi, aktiviti penangkapan dan penternakan ikan kerana terdapat kawasan takungan air dan pemandangan yang cantik.6 Dataran banjirDataran banjir sesuai untuk aktiviti pertanian kerana tanahnya yang subur, aktiviti perikanan dan akuakultur.7 TetambakBentuk muka bumi tetambak sesuai untuk kegiatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti menjemur ikan dan hasil kraf tangan, pembinaan kawasan petempatan dan pengangkutan.8 Delta Delta terbentuk apabila timbunan bahan mendak seperti lumpur, kelodak dan lempung di muara sungai yang terlindung. Kawasan delta sesuai untuk aktiviti pertanian (penanaman padi) kerana tanahnya yang subur, membina kawasan petempatan, aktiviti perlombongan pasir, pengangkutan, pelancongan, perikanan dan akuakultur.Semak Cepat 2.41 Senaraikan tiga proses pembentukan alur sungai.2 Nyatakan tiga jenis hakisan sungai.3 Namakan enam faktor yang mempengaruhi hakisan sungai.4 Senaraikan empat cara pengangkutan sungai.5 Nyatakan empat bentuk muka bumi pemendapan sungai.2.5 Pinggir Pantai dan Pembentukan Bentuk Muka Bumi 1 Pinggir pantai ialah kawasan yang berada antara tikas air pasang yang paling tinggi dengan tikas air surut yang paling rendah.2 Pantai seimbang merujuk pantai yang terdapat tindakan hakisan dan pemendapan yang seimbang, iaitu kadar hakisan sama dengan kadar pemendapan. Pantai yang melengkung dianggap lebih seimbang. Oleh itu, pantai seimbang tidak berlaku hakisan bersih atau pemendapan bersih.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 65 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi66BAB2Ombak dan Jenis Ombak1 Ombak bermaksud bentuk permukaan air laut yang beralun dan bergerak dari laut ke darat. Ketinggian dan kekuatan ombak bergantung pada kekuatan tiupan angin di permukaan laut.2 Ombak merupakan kuasa hakisan utama di pinggir pantai melalui proses damparan dan pengunduran ombak.3 Ombak terbahagi dua, iaitu ombak pembinasa dan ombak pembina.(a) Ombak pembinasa akan menghakis pinggir pantai(b) Ombak pembina akan memendapkan bahan di pantaiCara Hakisan Pinggir Pantai1 HidraulHakisan batuan di pinggir pantai yang berpunca daripada tenaga air laut tanpa melibatkan bahan yang dibawa. Proses ini berlaku apabila ombak merempuh rekahan yang ada pada batuan seperti di tanjung dan kaki cenuram yang menyebabkan udara termampat dalam rekahan sehingga rekahan akan mengalami pengembangan. Apabila ombak mengundur, udara dalam rekahan menguncup dan rekahan mengalami kenduran. Proses yang berulang membesarkan rekahan sehingga runtuhan tebing berlaku.2 Geseran atau lelasanHakisan pantai oleh bahan-bahan yang dibawa oleh ombak dengan batuan di kaki cenuram atau tanjung yang menghadap ombak. Bahan ombak yang terdiri daripada batu kelikir, batu pasir, batu lada dan serpihan batuan yang bertindak sebagai alat penghakis. Keberkesanan hakisan ini bergantung pada kekerasan bahan yang dibawa oleh ombak.3 LagaanProses hakisan yang melibatkan perubahan saiz dan bentuk pada bahan pantai apabila bahan ini berlanggar dan berlaga sesama sendiri sehingga pecah dan saiznya menjadi lebih kecil. Bahan ini akan melanggar tebing pantai. Pelanggaran ini berlaku dalam dua arah, iaitu sewaktu damparan dan lurutan ombak.4 LarutanProses hakisan secara kimia di mana air laut bertindak melarutkan mineral batuan yang ada di pinggir pantai seperti batu kapur dan dolomit. Tindakan larutan akan menghasilkan mineral yang baharu dikenali sebagai hasil larutan.Faktor yang Mempengaruhi Hakisan Pantai1 Jenis ombakKekuatan ombak bergantung pada kekuatan tiupan angin. Tiupan angin kencang seperti ribut akan menghasilkan ombak pembinasa yang bertindak menjalankan proses hakisan yang berkesan.2 Orientasi pantai Pantai yang terdedah secara langsung kepada damparan ombak seperti sepanjang persisir pantai di pantai timur Semenanjung Malaysia akan mengalami kadar hakisan yang kuat, terutamanya pada musim tengkujuh. Sebaliknya, pantai yang terlindung seperti oleh pulau akan mengalami kadar pemendapan yang tinggi kerana di kawasan ini halaju ombak menjadi perlahan.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 66 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi67BAB23 Jenis batuanFaktor batuan yang membentuk cerun pantai seperti jenis dan ketahanan batuan serta struktur cerun mempengaruhi kadar hakisan. Jika pantai dibentuk oleh batuan yang keras, maka batuan akan tahan hakisan ombak dan pinggir pantai ini akan membentuk tanjung. Manakala pantai yang terdiri daripada batuan lembut seperti batu kapur lebih mudah dihakis dan membentuk bentuk muka bumi seperti teluk, gua, geo, gloup dan lain-lain.4 Bahan mendakJika ombak membawa muatan yang keras seperti batu kerikil dan batu tongkol, maka kadar hakisan pantai akan meningkat kerana bahan-bahan tersebut akan bertindak sebagai alat penghakis yang berkesan.5 Peranan arusPertembungan arus laut dengan arus sungai. Biasanya, pertembungan ini berlaku di muara sungai. Akibat pertembungan, kedua-dua arus berkenaan akan memperlahan ombak dan mengurangkan kadar hakisan ombak.6 Tumbuh-tumbuhanHakisan pantai dapat dikurangkan dengan adanya tumbuh-tumbuhan di pinggir pantai seperti hutan paya bakau. Akar tumbuh-tumbuhan di hutan paya bakau mempunyai jenis akar ceracak dan jangkang yang dapat mengurangkan kadar hakisan pantai.7 Tindakan manusiaAktiviti manusia seperti mengorek pasir pantai dan penerokaan hutan paya bakau menyebabkan pantai lebih terdedah dengan agen hakisan ombak dan menjadikan hakisan pantai lebih giat.8 HalanganHalangan yang dibina manusia seperti benteng pemecah ombak mampu menghalang hakisan ombak yang kuat. Ombak yang melanggar benteng pemecah ombak akan menjadi lemah sebelum sampai ke pinggir pantai.Proses Pembentukan Bentuk Muka Bumi Hakisan Pinggir Pantai1 Tebing tinggiOmbak menghakis batuan yang terdapat antara tikas air pasang dan air surut. Tindakan ombak yang berterusan menghasilkan satu lekukan. Proses hakisan ombak yang berterusan akan menyebabkan tebing di atas lekukan akan runtuh akibat daya graviti lalu membentuk tebing tinggi.2 Gua lautGua laut, juga dikenali sebagai gua pantai. Gua laut terbentuk, terutamanya oleh tindakan hakisan ombak laut terhadap batuan lembut di pinggir pantai. 3 Gerbang lautHakisan yang berterusan di antara dua buah gua yang terletak secara bertentangan di sesuatu tanjung akan bertemu dan membentuk gerbang laut.4 Batu tunggulBatu tunggul terbentuk daripada runtuhan bumbung gerbang laut yang berasal daripada proses pembentukan gua laut. Kuasa hakisan ombak yang berterusan dan melalui proses luluhawa, akhirnya menyebabkan bumbung gerbang laut runtuh, lalu membentuk batu tunggul.Arus pesisir pantai meliputi pergerakan air laut yang selari dengan pantai. Arus ini disebabkan oleh ombak yang datang secara menyerong ke pantai, menghasilkan tenaga yang menggerakkan air di sepanjang garis pantai. Arus ini memainkan peranan penting dalam pengangkutan sedimen seperti pasir dan kerikil di sepanjang pantai.InfoekstraTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 67 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi68BAB25 Tunggul sisaBatu tunggul yang terdedah secara berterusan dengan hakisan ombak akan membentuk tunggul sisa yang boleh dilihat sewaktu air surut dan tidak kelihatan apabila air laut pasang.Aras air pasangBatu tunggulGerbang lautGuaTunggul sisaAras air surutRajah 2.23 Gua, gerbang laut dan batu tunggul6 Tanjung Tanjung dan teluk terbentuk secara serentak di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan lembut dan batuan keras yang berselang-seli. Tanjung ialah bahagian daratan yang menganjur ke laut kerana batuan keras tidak dapat dihakis oleh ombak laut.7 TelukTeluk merujuk bahagian laut yang menganjur masuk ke darat. Teluk terbentuk apabila batuan lembut seperti batu kapur mengalami hakisan ombak. Ombak menghakis batuan lembut sehingga membentuk teluk, sementara batuan keras akan tertinggal dan menganjur ke laut.TanjungPulauTelukRajah 2.24 Tanjung dan teluk8 Gloup dan geoOmbak yang memasuki gua di pinggir laut akan memukul dan menghakis bumbung gua sehingga membentuk lubang yang menembusi bumbung gua lalu membentuk gloup. Gloup juga dikenali sebagai lohong ombak. Gloup yang mengalami hakisan ombak berterusan semakin membesar dan runtuh akan membentuk muka bumi geo.9 Pelantar hakisan ombakBentuk muka bumi yang terbentuk hasil lanjutan daripada pembentukan tebing tinggi. Hakisan ombak yang berterusan terhadap tebing tinggi menyebabkan tebing tinggi mengundur lalu membentuk pelantar hakisan ombak di kaki tebing tinggi tersebut.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 68 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi69BAB2Cara Pengangkutan Bahan di Pinggir Pantai1 Hanyutan pesisir pantaiTerbentuk apabila ombak menuju ke pesisir pantai secara menyerong. Damparan ombak yang berlaku ke gigi air dan bergerak ke pantai juga secara menyerong. Basuhan balik pula berlaku secara menegak dengan garisan pinggir laut. Pergerakan damparan dan basuhan balik ini akan mengangkut batu pasir, kelikir, kelodak dan lumpur di pantai secara zig-zag.2 GolekanBahan atau batuan yang besar, berat dan tumpat seperti batu tongkol diangkut secara golekan. Pengangkutan bahan ini memerlukan tenaga kinetik yang kuat bagi membolehkan beban bergerak dan pergerakannya tidak selaju arus ombak.3 SeretanSeretan merupakan satu proses menyeret beban sedikit demi sedikit di dasar laut. Pengangkutan jenis ini memerlukan tenaga kinetik yang kuat untuk menggerakkan beban yang besar ke pinggir pantai.Faktor yang Mempengaruhi Proses Pengangkutan Bahan di Pinggir Pantai1 Tenaga arusArus pesisir pantai yang kuat menggalakkan proses pengangkutan bahan, sementara arus pesisir pantai yang lemah akan melambatkan proses pengangkutan bahan.2 Tenaga ombakOmbak yang kuat memudahkan pengangkutan bahan ke pinggir pantai berbanding dengan ombak yang lemah. Contohnya, ribut laut menghasilkan ombak yang besar dan kuat mengangkut banyak bahan dari dasar laut ke pinggir pantai.3 Pasang surut air lautPantai yang terdedah kepada pasang surut air laut menggalakkan proses pengangkutan bahan ke pinggir pantai. Hal ini demikian kerana, pasang surut air laut menghasilkan ombak yang besar dan kuat.4 Cerun pantaiCerun pantai yang landai membolehkan ombak mengangkut bahan lebih jauh ke pinggir pantai berbanding dengan cerun pantai yang curam.5 HalanganOmbak yang dihalang oleh beting pasir memperlahankan pergerakan dan pengangkutan bahan ombak.6 Orientasi pantaiKawasan pantai yang terdedah kepada lautan yang luas menghasilkan ombak yang besar dan meningkatkan keupayaan ombak untuk mengangkut bahan ke pinggir pantai.7 Saiz bahanJika saiz bahan kecil dan ringan seperti bahan kelodak dan lumpur lebih mudah diangkut ke pinggir pantai berbanding dengan batu kelikir dan batu tongkol yang memerlukan tenaga ombak yang lebih kuat.8 Jenis bahanBatuan yang terhakis oleh ombak membentuk beban ombak dalam pelbagai bentuk. Jenis bahan terdiri daripada bahan-bahan yang halus seperti pasir, kelodak dan lumpur yang lebih mudah diangkut oleh ombak. Sementara bahan yang kasar dan besar seperti kerikil dan batu tongkol lebih sukar untuk diangkut oleh ombak.InfomindaKekerapan pasang surut air laut biasanya dua kali dalam tempoh 24 jam (sehari), iaitu satu kali pasang dan satu kali surut. Keadaan ini disebabkan oleh daya tarikan graviti bulan dan matahari terhadap bumi.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 69 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi70BAB2Faktor yang Mempengaruhi Proses Pemendapan Bahan di Pinggir Pantai1 Jenis ombakPemendapan bahan dipengaruhi oleh jenis ombak yang sampai ke garis pantai. Ombak pembina akan memendapkan bahan yang dibawa kerana saiz ombak yang kecil dan perlahan. Biasanya, pemendapan ombak berlaku di pinggir pantai yang terlindung. 2 Arus pinggir atau arus pesisir pantaiArus pesisir pantai yang bergerak selari dengan garisan pantai, mengangkut bahan dan dimendapkan di sepanjang pantai dan muara sungai hasil pertembungan kedua-dua arus, iaitu arus laut dan arus sungai.3 Kecerunan pantaiPantai yang landai mempunyai tenaga ombak menjadi lebih lemah kerana geseran yang banyak lalu memendapkan bahan yang dibawa oleh ombak.4 Orientasi pantaiPantai yang terlindung daripada angin lazim lebih landai dan banyak proses pemendapan giat berlaku kerana lebih banyak ombak pembina akan terbentuk.5 Kuantiti bahanPemendapan pinggir pantai dipengaruhi jumlah kuantiti bahan yang dibawa oleh ombak. Muatan yang banyak menggalakkan proses pemendapan yang tinggi seperti pasir, kelikir, batu lada, kelodak dan ampaian. Pemendapan berkait rapat dengan tenaga ombak.6 Tumbuh-tumbuhanPemendapan bahan di pinggir pantai dipengaruhi oleh liputan tumbuh-tumbuhan yang ada di pinggir pantai. Hutan bakau, hutan nipah, pokok rhu berfungsi sebagai pelindung semula jadi yang terbaik kepada proses hakisan ombak. Oleh itu, pemendapan sering berlaku di kawasan yang banyak tumbuh-tumbuhan.7 Faktor tindakan manusiaPembinaan benteng pemecah ombak akan menjadikan pantai di belakangnya lebih landai kerana halaju ombak menjadi semakin lemah dan menggalakkan pemendapan bahan yang banyak di kawasan tersebut.Proses Pembentukan Bentuk Muka Bumi Pemendapan Pinggir Pantai1 PantaiPantai ialah mendapan pasir yang terletak antara aras air pasang dengan aras air surut di kawasan pinggir pantai. Pantai terdiri daripada bahan mendapan seperti pasir dan batu kerikil yang di bawa ke arah pantai oleh ombak pembina dan arus pesisir pantai. Pembentukan pantai lebih mudah terjadi di pinggir pantai yang bercerun landai.2 Anak tanjungAnak tanjung terbentuk apabila arus pesisir pantai yang datang menyerong ke arah pantai. Adanya halangan bentuk muka bumi dan aliran muara sungai menyebabkan tenaga arus pesisir terhalang dan mengangkut bahan mendak dimendapkan di sepanjang garis pantai.3 Pulau Struktur kekal yang terbentuk akibat kenaikan atau penurunan arus laut. Pulau terbentuk hasil hakisan ombak, pemendapan batuan keras dan lembut.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 70 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi71BAB24 Beting pasirBeting pasirterbentuk apabila tindakan ombak dan arus pesisir tempur di kawasan pantai yang bersudut curam. Berlaku balikan ombak ke arah laut menyebabkan kehilangan tenaga. Bahan mendak dimendapkan di hadapan pantai di zon ombak pecah selari dengan garis pantai.5 TomboloTombolo ialah beting pasir yang menghubungkan daratan dengan pulau. Bentuk muka bumi ini terbentuk apabila pemendapan bahan mendak di bahagian belakang halangan. Contohnya, pulau yang disebabkan kehilangan tenaga akibat biasan ombak. Tombolo akan tenggelam apabila air pasang.6 DeltaDelta ialah tanah lanar yang subur terdiri daripada lumpur, kelodak dan pasir yang terbentuk di muara sungai hasil pemendapan bahan sungai. Biasanya, berlaku hasil bahan enapan atau sedimen yang dibawa melalui aliran sungai ke muara sungai yang bertemu dengan lautan.7 LagunLagun ialah badan air cetek di pesisiran pantai yang dipisahkan dari badan air yang lebih besar oleh pulau-pulau sawar atau terumbu baik secara penuh mahupun dihubungkan sedikit oleh sebatang sungai kecil. Lagun terbahagi kepada lagun jenis pantai dan jenis atol.8 Permatang lautPermatang laut merupakan timbunan benteng pasir yang panjang dan curam permukaannya. Permatang dibina oleh ombak yang kuat pada tikas air pasang di sepanjang pinggir pantai.Pengaruh Bentuk Muka Bumi Hakisan Pantai terhadap Aktiviti Manusia1 TanjungKawasan tanah tinggi yang menganjur ke laut ini sesuai dibina rumah api untuk panduan kapal ke daratan dan kawasan rekreasi serta pelancongan.2 TelukKawasan batu lembut yang melengkung ke daratan ini banyak menempatkan air laut dan keadaan ini sesuai untuk aktiviti perikanan, pelancongan dan membina jeti pendaratan kapal.3 Tebing tinggiKawasan dataran pinggi pantai yang tinggi dari air laut sesuai dibina rumah api, aktiviti rekreasi dan pelancongan.4 Gua, batu tunggul, gloup dan gerbang lautSesuai untuk aktiviti rekreasi dan pelancongan kerana terdapatnya pemandangan bentuk muka bumi yang cantik dan unik.Pengaruh Bentuk Muka Bumi Pemendapan Pantai terhadap Aktiviti Manusia1 DeltaSesuai untuk aktiviti pertanian (penanaman padi), membina kawasan petempatan, aktiviti perlombongan pasir, pengangkutan, pelancongan, perikanan dan akuakultur.Delta ialah bentuk muka bumi yang terhasil di muara sungai apabila sungai membawa dan memendapkan enapan (sedimen) di kawasan tersebut. Enapan ini berlaku apabila sungai bertemu dengan badan air yang lebih besar seperti laut, tasik atau sungai lain dan kelajuan alirannya menurun menyebabkan berlaku enapan bahan yang diangkut oleh aliran air sungai.Tahukah AndaTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 71 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi72BAB22 PantaiAktiviti manusia yang boleh dijalankan di kawasan pantai seperti pelancongan dan rekreasi, perlombongan pasir, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mengeringkan ikan kering dan kain batik.3 Anak tanjungAktiviti manusia yang boleh dijalankan seperti aktiviti perlombongan pasir serta aktiviti pelancongan dan rekreasi.4 Beting pasirAktiviti manusia yang boleh dijalankan seperti pelancongan dan rekreasi yang berkaitan dengan aktiviti sukan air.5 TomboloAktiviti manusia yang boleh dijalankan seperti pelancongan dan rekreasi, perikanan, jalan pengangkutan dan perhubungan.6 LagunAktiviti manusia yang sesuai dijalankan seperti penangkapan dan penternakan ikan. Selain itu, aktiviti rekreasi dan pelancongan sesuai dijalankan kerana kawasan lagun mempunyai air yang lebih tenang kerana bebas daripada pukulan ombak yang kuat.Semak Cepat 2.51 Senaraikan tiga cara hakisan pantai.2 Nyatakan enam faktor yang mempengaruhi hakisan pantai.3 Namakan lima bentuk muka bumi hakisan pantai.4 Nyatakan tiga cara pengangkutan bahan pantai.5 Senaraikan enam faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan bahan di pinggir pantai.6 Namakan enam bentuk muka bumi pemendapan pinggir pantai.2.6 Kaitan Sistem Geomorfologi dengan Manusia 1 Tanah pamahKawasan tanah pamah yang rata sesuai ditanam dengan pelbagai jenis tanaman seperti padi sawah, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Kawasan tanah pamah juga sesuai untuk dijadikan kawasan petempatan penduduk dan bangunan perniagaan. Contohnya, kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia mempunyai dataran tanah pamah yang luas. Kawasan perindustrian juga dibina di kawasan tanah pamah bagi menggurangkan kos pembinaan dan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik.2 Tanah tinggiKawasan tanah tinggi sesuai untuk aktiviti pelancongan suhu sederhana seperti di Genting Highlands, Cameron Highlands, Gunung Kinabalu dan sebagainya. Kawasan tanah tinggi juga dijadikan kawasan perlombongan kuari dan batu marmar. Selain itu, kawasan tanah tinggi ditanam dengan tanaman hawa sederhana seperti teh, sayur-sayuran, bunga-bungaan dan buah-buahan. Contohnya, aktiviti pertanian tanah tinggi dijalankan di Cameron Highlands, Pahang dan Tanah Tinggi Kundasang di Sabah.InfomindaCameron Highlands merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi yang terletak di negeri Pahang. Kawasan ini terkenal dengan ladang teh yang luas, kebun strawberi dan iklim sejuk yang nyaman. Ketinggian sekitar 1 829 m dari aras laut dan suhu purata kira-kira 10°C hingga 20°C.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 72 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi73BAB23 PantaiKawasan pantai yang memiliki pasir yang cantik dan bersih menjadi tumpuan pelancong seperti di Pantai Desaru, Pantai Batu Feringgi, Pantai Teluk Cempedak dan sebagainya. Kawasan pantai sesuai dengan aktiviti rekreasi dan sukan air. Sementara kawasan pantai yang berpasir sesuai dijadikan kawasan perlombongan pasir untuk kegunaan aktiviti pembinaan.4 Kawasan gunung berapiDi Indonesia, kawasan gunung berapinya amat sesuai dijadikan kawasan pertanian kerana memiliki lapisan tanah lava bes yang subur. Kawasan lereng gunung berapi diteres dan ditanam dengan tanaman padi sawah dan sayur-sayuran. Kawasan gunung berapi juga menjadi tarikan pelancong seperti Danau Toba di Sumatera, Indonesia.5 Kawasan sungaiAktiviti pengangkutan dijalankan di sungai-sungai besar seperti Sungai Rajang di Sarawak dan Sungai Kinabatangan di Sabah. Aktiviti pengangkutan penumpang dengan menggunakan bot besar dapat dijalankan di kawasan sungai yang besar dan dalam. Aktiviti penangkapan ikan juga dapat dijalankan di kawasan sungai.Isu Lembangan Sungai1 Penebusgunaan lembangan sungaiTebus guna tanah paya merupakan proses mengubah tanah paya menjadi kawasan daratan yang boleh digunakan untuk tujuan lain, seperti pembinaan perumahan, pertanian atau pembangunan komersial. Aktiviti tebus guna melibatkan pengeringan dan pemadatan tanah paya, serta pembinaan struktur seperti tembok penahan (benteng) untuk mengelakkan kemasukan semula air. Penebusgunaan tanah paya akan memusnahkan ekosistem kawasan tanah paya berubah menjadikan landskap budaya buatan manusia.2 Penerokaan kawasan lembangan sungaiPenerokaan kawasan lembangan sungai merujuk aktiviti pembangunan di sekitar sungai untuk pembangunan sosioekonomi. Penerokaan kawasan lembangan sungai boleh memberi kesan negatif terhadap alam sekitar. Aktiviti penerokaan ini melibatkan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, pembalakan, pembinaan infrastruktur dan pembangunan pembandaran. Penerokaan yang tidak terkawal boleh menyebabkan hakisan tanah, pencemaran air, banjir dan kemusnahan habitat semula jadi.3 Pencemaran air sungaiPencemaran air sungai berpunca daripada pembuangan sisa domestik, pembuangan sisa dari kilang seperti sisa toksik dan bahan kimia. Kegiatan pembalakan akan menyebabkan hakisan tanah. Aktiviti pertanian yang menggunakan baja kimia dan racun serangga secara berlebihan menjadikan tanah berasid. Kesannya, sungai akan dicemari dengan sampah sarap, sisa toksik dan bahan kimia yang akan merendahkan kualiti air dan sungai menjadi tidak sesuai untuk didiami hidupan akuatik. 4 Hakisan tebing sungaiHakisan sungai berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti bentuk muka bumi, jenis batuan dan aktiviti manusia. Aliran air sungai yang deras dan berterusan boleh menghakis tebing dan dasar sungai, terutamanya di kawasan yang terdapat jenis batuan yang lembut. Aktiviti manusia seperti pembalakan, pertanian dan pembangunan yang tidak terkawal mempercepat proses hakisan tebing sungai.Pencemaran air ialah perubahan yang berlaku kepada air dari segi kandungan atau warna serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh pelbagai bahan pencemar dalam pelbagai bentuk seperti pepejal, cecair dan gas.Pada tahun 2024, Sebanyak 25 daripada 672 sungai di Malaysia berada dalam kategori tercemar, terutamanya Sungai Bakar Arang dan Sungai Petani serta Sungai Jawi di Kedah, Sungai Chempedak, Sungai Rambai dan Sungai Pinang di Pulau Pinang.Tahukah AndaTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 73 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi74BAB25 Pemendapan sungaiPemendapan bahan di sungai berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya pengurangan halaju dan daya angkut air sungai. Pemendapan sering berlaku di bahagian hilir sungai di mana arus air sungai semakin lemah kerana kecerunan sungai berkurangan. Aktiviti manusia seperti pembuangan sisa domestik, pembalakan tidak terkawal, pembangunan pesat di kawasan berhampiran sungai akan menggalakkan pemendapan bahan di sungai serta menjadikan alur sungai cetek dan memudahkan berlaku kejadian banjir dan banjir kilat apabila hujan lebat turun.Langkah untuk Mengatasi Isu Lembangan Saliran1 Meluruskan sungai Alur sungai yang berliku-liku menggalakkan proses pemendapan bahan sungai. Oleh itu, sungai yang berliku-liku perlu diluruskan bagi mengurangkan pemendapan bahan yang diangkut oleh aliran sungai.2 Mendalamkan sungaiUsaha mendalamkan alur sungai dilihat dapat mengurangkan kadar pemendapan bahan sungai dan mengurangkan risiko kejadian banjir akibat alur sungai yang cetek.3 Melebarkan sungaiMelebarkan sungai boleh mengatasi masalah penerimaan isi padu air yang berlebihan sewaktu hujan lebat atau semasa musim tengkujuh. Selain itu, melebarkan sungai akan mengatasi masalah banjir sekiranya sungai semakin cetek akibat pemendapan.4 Membina tembok atau cerucukPembinaan tembok atau cerucuk di sepanjang tebing sungai bertujuan untuk mengelakkan hakisan tebing sungai. Usaha ini dapat mengurangkan bahan yang diangkut oleh aliran sungai.5 Menanam tanaman tutup bumiPenanaman tanaman tutup bumi di sepanjang kawasan tebing sungai bagi mengurangkan kadar hakisan air larian permukaan yang akan membawa bahan hakisan ke dalam sungai.6 Kempen kesedaranKempen kesedaran perlu dilaksanakan bagi mendidik masyarakat agar sentiasa menjaga kebersihan sungai dan tidak membuang sampah sarap merata-rata tempat dan sungai. Kempen boleh dilaksanakan melalui media massa secara bercetak dan elektronik melalui penganjuran aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran.7 PendidikanPendidikan perlu dilaksanakan bagi mendidik pelajar agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar melalui pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pendidikan boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal di peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi melalui subjek Geografi, Alam Sekitar dan sebagainya.8 Perancangan pembangunan tanahProjek-projek pembangunan tanah perlu dilakukan dengan perancangan sistem perparitan yang sempurna bagi mengelakkan tanah dan bahan binaan tidak mengalir ke dalam sungai.Banjir berlaku apabila air melimpah keluar dari tebing sungai. Oleh itu, usaha mengorek dan mendalamkan alur-alur sungai utama termasuk anak-anak sungai daripada bahan pemendapan kerap dilakukan bagi mengatasi masalah banjir apabila penerimaan hujan lebat yang berterusan.InfoekstraTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 74 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi75BAB29 Penguatkuasaan undang-undangPenguatkuasaan undang-undang yang tegas perlu dikenakan terhadap individu atau organisasi yang membuang sampah sarap ke dalam sungai seperti mengenakan denda, penjara dan kompaun. Tindakan tegas juga perlu dikenakan terhadap pemaju pembangunan tanah yang menyebabkan pemendapan bahan berlaku dengan giat di dalam alur sungai.Isu Pinggir Pantai1 Penebusgunaan pantaiTebus guna tanah pantai merupakan proses pembentukan daratan baharu daripada dasar laut. Tanah yang ditebus guna itu dipanggil tanah tebus guna atau kambus tanah. Pembangunan dan tebus guna tanah pantai yang pesat dan padat menjadi punca hakisan pantai yang teruk di pantai barat Semenanjung Malaysia, khususnya di Perak, Selangor dan Pulau Pinang.2 Penerokaan kawasan pinggir pantaiPenerokaan pinggir pantai untuk pembangunan dan aktiviti manusia menyebabkan banyak kawasan paya bakau terutama di muara sungai diancam kemusnahan. Hutan paya bakau menjadi penghalang hakisan pinggir pantai daripada hakisan ombak. Kemusnahan kawasan hutan paya bakau sekali gus meningkatkan risiko bencana alam luar jangkaan yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan penduduk setempat melalui kejadian air pasang besar yang membawa ombak tinggi dan kuasa memusnah yang besar terhadap landskap persisiran pantai. 3 Pencemaran airPencemaran air laut disebabkan air laut tercemar dengan bahan-bahan berbahaya yang boleh memudaratkan hidupan laut dan juga manusia. Pencemaran air laut ini disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah pembuangan sisa industri, sisa pertanian, sisa domestik serta aktiviti manusia lain yang tidak terkawal.4 Hakisan pantaiHakisan pantai di Malaysia disebabkan oleh faktor aktiviti manusia dan semula jadi. Punca utama hakisan pinggir pantai ialah disebabkan aktiviti tebus guna kawasan persisiran pantai tanpa kawalan, pembinaan struktur bangunan seperti perumahan dan lapangan terbang yang mengubah morfologi pantai serta fenomena air pasang besar yang membawa ombak kuat.5 Pemendapan sampah sarapPencemaran sampah sarap di pantai merupakan masalah yang serius apabila sampah dibuang merata-rata di kawasan pinggir pantai, masuk ke laut dan dimendapkan di kawasan pinggir pantai. Punca pencemaran sampah sarap di pantai disebabkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata di pantai, sungai dan kawasan berhampiran laut. Begitu juga dengan sisa buangan industri yang tidak dikendalikan dengan baik juga boleh mencemari pinggir pantai dengan bahan-bahan pemendapan sampah sarap. Tindakan ini seterusnya memberi kesan negatif kepada alam sekitar, hidupan marin dan sektor pelancongan. Aktiviti Manusia yang Meningkatkan Kadar Hakisan Pinggir Pantai1 Pembalakan hutan bakauAktiviti manusia yang mempertingkat eksploitasi terhadap kawasan hutan bakau seperti pembalakan kayu bakau untuk digunakan dalam aktiviti pembinaan dan pembuatan kayu arang.InfomindaPencemaran air laut boleh berlaku melalui pelbagai cara, termasuk pembuangan sisa terus ke laut, aliran air dari darat yang membawa bahan cemar dan juga kejadian tumpahan minyak.TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 75 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi76BAB22 Perlombongan pasirAktiviti perlombongan pasir atau pengambilan pasir dari laut dan pantai untuk aktiviti pembinaan.3 Pembinaan struktur atau bangunan Aktiviti pembangunan di pinggir pantai menyebabkan hutan paya bakau yang luas ditebang telah mengubah landskap semula jadi. Tindakan ini telah menggalakkan berlakunya hakisan ombak.4 Aktiviti sukan airPeningkatan aktiviti manusia berasaskan air atau sukan air yang menjadikan hakisan ombak lebih giat.Langkah-langkah untuk Mengatasi Isu Pinggir Pantai 1 Pembinaan tembokPembinaan tembok atau dinding laut daripada struktur simen dan batu bagi mengurangkan kadar hakisan pantai oleh ombak pembinasa.2 Timbunan batu atau pasirTimbunan batu atau pasir yang diletakkan di pinggir pantai bagi melindungi permukaan pantai daripada tindakan ombak, iaitu proses basuhan balik. Timbunan batu menghalang ombak membawa bahan-bahan pantai semasa proses unduran balik.3 Penguatkuasaan undang-undangMelalui kaedah perundangan dan tatacara seperti kawalan penebangan pokok atau perlombongan pasir di pinggir pantai.4 Mengadakan jaluran pelindungan (shelter belt)Mengadakan jaluran pelindungan, iaitu melalui tananam semula pokok bakau yang telah ditebang, tanaman pokok rhu, pokok kelapa dan lain-lain di pinggir pantai.5 Menanam cerucuk besi atau konkritMenanam cerucuk besi atau konkrit bertujuan menguatkan lagi struktur tanah daripada berlaku hakisan ombak.6 Membina tembok pemecah ombakPembinaan tembok pemecah ombak di laut seperti di Paka, Terengganu. Pembinaan pemecah ombak membolehkan ombak pembinasa yang menuju ke pantai akan pecah terlebih dahulu di laut dan menghasilkan ombak yang kecil atau lemah apabila sampai ke pinggir pantai.7 Pembangunan lebih terancangPihak berkuasa tempatan (PBT) perlu merancang pembangunan sesuatu kawasan yang melibatkan pinggir pantai dengan lebih berkesan agar dapat mengurangkan kadar hakisan pantai.8 Pewartaan hutan simpanKerajaan perlu memperbanyak lagi hutan simpan paya bakau bagi mengurangkan hakisan pinggir pantai. Hutan paya bakau yang berpotensi mengawal hakisan pantai dengan berkesan perlu diwartakan sebagai hutan simpan kekal yang tidak boleh dibangunkan.Semak Cepat 2.61 Nyatakan tiga isu lembangan saliran.2 Senaraikan tiga isu pinggir pantai.3 Nyatakan empat langkah untuk mengatasi isu lembangan saliran.4 Nyatakan empat aktiviti manusia yang meningkatkan hakisan pinggir pantai.Tembok pemecah ombak dibina untuk melindungi pantai daripada ombak dan arus laut yang kuat. Struktur ini terdiri daripada longgokan batu, konkrit atau kayu yang diletakkan di lautan untuk memperlahankan kelajuan ombak sebelum smpai ke pantai. Tujuan utamanya untuk mengurangkan hakisan pantai, melindungi infrastruktur dan membolehkan aktiviti manusia di kawasan pantai.Tahukah AndaTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 76 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi77BAB22.7 Kemahiran Geografi 2.7.1 Mengukur Keluasan1 Berdasarkan Peta 2.2, hitung keluasan kawasan penanaman padi.12 1212121214141414343414141414141 1Peta 2.2 Kawasan penanaman padi(a) Menghitung keluasan kawasan segi empat grid. Skala 1: 50 000 bermaksud 1 cm di atas peta bersamaan 50 000 cm atau 0.5 km di atas muka bumi. Luas kawasan segi empat grid = 1 km × 1 km = 1 km persegi = 100 hektar(b) Kira bilangan segi empat grid, iaitu yang penuh, 14 penuh, 12 penuh dan 34 penuh.Petak Keluasan Bilangan Petak Jumlah KeluasanPenuh 1 km22 2.0014 penuh 14 km2 (0.25) 11 2.7512 penuh 12 km2 (0. 50) 5 2.5034 penuh 34 km2 (0.75) 2 1.50Jumlah keluasan = 8.75 km persegi= 8.75 hektarTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 77 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi78BAB22.7.2 Membina Profil Rentas1 Berdasarkan Peta 2.3, hasilkan keratan rentas Z dari Y dengan menggunakan skala ketinggian 1 cm sama dengan 20 meter. 165 150 135 12090907575606045 45 3030 1051059075 135120X YSungai TY ZPetunjukKontor dalam meterSungaiSkala 1 : 50 000Peta 2.3 Keratan rentas Z dari YTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 78 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi79BAB2 130120110100908070605040302010YZSgSgSgSgPetunjuk:Sg SungaiKeratan Rentas Z dari YTE STPM Geo S2(B2)6th.indd 79 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi80BAB22.7.3 Mentafsir FotoKejadian Pergerakan Jisim (Tanah Runtuh)Foto 2.3 Pergerakan jisimFaktor Kejadian Tanah Runtuh1 Kurangnya litupan tumbuh-tumbuhan2 Kejadian hujan lebat3 Terdapatnya cerun curam4 Jenis tanih yang poros5 Terdapat gegaran (aktiviti manusia)Kesan Kejadian Tanah Runtuh1 Kemusnahan flora dan fauna2 Kehilangan habitat3 Pencemaran air4 Aktiviti manusia terganggu5 Kehilangan nyawa6 Kemusnahan harta benda7 Kemusnahan kemudahan asas Langkah Mengatasi Kejadian Tanah Runtuh1 Penanaman tumbuh-tumbuhan2 Penyimenan cerun3 Peneresan cerun4 Membina tembok5 Pembinaan gabion6 Membuat longkang di cerun TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 80 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi81BAB2BAB2Rumusan Bab 2• Geomorfologi merupakan kajian terhadap proses pembentukan dan pengukiran bentuk muka bumi.• Tenaga berpunca dari luar bumi (eksogenik) dan dari dalam bumi (endogenik).• Terdapat tiga jenis batuan, iaitu batuan igneus, batuan enapan dan batuan metamorfosis.• Batuan penting kepada kegiatan ekonomi manusia seperti sektor primer, sekunder dan tertier. • Pergerakan plat tektonik melibatkan daya mampatan dan daya tegangan yang menghasilkan pertembungan, pencapahan dan perselisihan plat tektonik.• Pergerakan plat tektonik akan memberi kesan kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.• Proses geomorfologi di permukaan bumi seperti proses luluhawa, pergerakan jisim, hakisan, pengangkutan dan pemendapan.• Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi proses luluhawa seperti suhu, kerpasan, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya.• Proses luluhawa terhadap batuan memberi kesan kepada aktiviti manusia dan pembentukan landskap. • Pergerakan jisim melibatkan pergerakan bahan regolit yang menuruni cerun akibat daya tarikan graviti bumi.• Pergerakan jisim terbahagi dua, iaitu pergerakan cepat dan pergerakan perlahan.• Pergerakan jisim memberi kesan terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.• Hakisan merujuk proses pengukiran dan penghausan permukaan.• Jenis hakisan terbahagi dua, iaitu hakisan beralur dan hakisan tidak beralur.• Pengangkutan merujuk pemindahan bahan yang telah terhakis akibat tarikan graviti.• Pemendapan merujuk letakan bahan oleh ejen pengangkutan seperti angin, glasier dan air.• Lembangan saliran merupakan kawasan tadahan bagi sesuatu sistem saliran yang disempadani oleh legeh.• Terdapat tiga jenis hakisan sungai, iaitu hakisan melebar, mendalam dan mengundur alur.• Terdapat empat proses hakisan sungai, iaitu hidraul, geseren, lagaan dan larutan.• Bentuk muka bumi hakisan sungai seperti air terjun, jeram, lubuk, gaung dan lubang periuk.• Cara pengangkutan sungai melalui golekan, loncatan, ampaian, larutan dan apungan.• Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pengangkutan dan pemendapan sungai.• Bentuk muka bumi pemendapan sungai seperti dataran banjir, delta, tasik ladam dan tetambak.• Aktiviti manusia banyak dipengaruhi oleh bentuk muka bumi hakisan dan pemendapan sungai.• Pinggir pantai meliputi kawasan yang berada antara tikas air pasang yang paling tinggi dengan tikas air surut yang paling rendah.• Cara hakisan pantai melalui tindakan hidraul, geseran, larutan dan lagaan.• Bentuk muka bumi hakisan pantai seperti tanjung, teluk, gua, gerbang laut, batu tunggul, tebing tinggi, tunggul sisa dan pelantar hakisan ombak.• Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi hakisan dan pemendapan pinggir pantai.• Aktiviti manusia banyak dipengaruhi oleh bentuk muka bumi yang terhasil.• Terdapat pelbagai isu lembangan sungai dan pinggir pantai.• Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengatasi isu lembangan sungai dan pinggir pantai.BAB2TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 81 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi82BAB2Tinjau Bab1 Nyatakan tiga jenis batuan yang terdapat di permukaan bumi.2 Senaraikan lima proses geomorfologi di permukaan bumi.(a) (e)(d)(c)(b)Proses Geomorfologi di Permukaan Bumi(c) (a)(b)TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 82 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi83BAB23 Kenal pasti empat kesan proses pergerakan plat tektonik terhadap alam sekitar fizikal.4 Senaraikan enam faktor yang mempengaruhi hakisan pinggir pantai.Kesan Proses Pergerakan Plat Tektonik(b)(c) (d)i-THINK Peta Buih(a)(d) (c)(f)(e) (b)(a)TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 83 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi84BAB2Fokus STPM 2Soalan StrukturJawab semua soalan.1 Foto di bawah menunjukkan peringkat aliran sungai.(a) Di bahagian yang manakah bentuk muka bumi aliran sungai ini terbentuk? [1] (b) Namakan dan jelaskan proses yang mempengaruhi terbentuknya bentuk muka bumi dalam Soalan 1(a). [3] (c) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi hakisan sungai. [6](i) (ii)(iii)TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 84 11/11/2025 12:15 PM


Sistem Geomorfologi85BAB22 Foto di bawah menunjukkan bentuk muka bumi hakisan ombak.(a) Namakan bentuk muka bumi X dan jenis ombak yang terlibat. [2](i) Bentuk muka bumi X: (ii) Jenis ombak:(b) Jelaskan dua bentuk muka bumi yang akan terhasil akibat hakisan ombak yang berterusan terhadap bentuk muka bumi dalam Soalan 2(a). [4] (i)(ii)(c) Huraikan dua aktiviti manusia yang sesuai dijalankan di pinggir pantai. [4](i)(ii)Soalan EseiJawab semua soalan.1 (a) Huraikan enam faktor yang mempengaruhi pergerakan jisim aliran cepat. [12] (b) Sejauh manakah kesan pergerakan jisim banyak mempengaruhi alam sekitar fizikal? [13]2 (a) Huraikan tiga jenis luluhawa. [6] (b) Terangkan lima faktor yang mempengaruhi keberkesanan luluhawa. [10] (c) Bincangkan empat kesan luluhawa terhadap pembentukkan landskap fizikal. [9]TE STPM Geo S2(B2)6th.indd 85 11/11/2025 12:15 PM


BAB 1 Sistem HidrologiSemak Cepat 1.11 Fasa air.(a) Fasa cecair(b) Fasa pepejal(c) Fasa gas2 Proses perubahan fasa air.(a) Proses sejatan(b) Proses pencairan(c) Proses pemeluwapan(d) Proses pembekuan(e) Proses pemejalwapanSemak Cepat 1.21 Maksud kitaran hidrologi.Konsep kitaran hidrologi merujuk pergerakan dan pertukaran air secara berterusan dalam pelbagai bentuk dan ruang.2 Kitaran menegak kitaran hidrologi.(a) Sejatan(b) Sejat peluhan(c) Pemeluwapan(d) Kerpasan(e) Aliran batang/ Resapan/ Cegatan silara3 Faktor fizikal yang mempengaruhi kitaran hidrologi.(a) Perubahan suhu(b) Kadar kelembapan bandingan(c) Tiupan angin(d) Litupan tumbuh-tumbuhan/ Luas permukaan air/ Kemasinan air/ Kuantiti bekalan air/ Kekeruhan air4 Aktiviti manusia yang mempengaruhi kitaran hidrologi.(a) Pertanian(b) Perindustrian(c) Pembalakan(d) Pembandaran(e) Empangan(f) Penghutanan semulaSemak Cepat 1.31 Bagaimana edaran air tanih berlaku.Proses edaran air tanih berlaku apabila air hujan yang turun akan melalui proses pintasan oleh tumbuh-tumbuhan dan kemudian akan diserap oleh liang pori tanah ke lapisan telap air (akuifer).2 Proses edaran air tanih yang terlibat.(a) Larian air permukaan(b) Resapan(c) Aliran air bawah tanah(d) Simpanan air tanih(e) Keporosan batuan(f) Ketelapan batuan(g) Akuifer3 Faktor yang mempengaruhi edaran air tanih.(a) Sifat keporosan batuan berkaitan dengan liang poriJawapan(b) Ketelapan batuan(c) Jumlah hujan(d) Litupan tumbuh-tumbuhan4 Kepentingan air tanih kepada alam sekitar.(a) Sumber bekalan air bersih domestik(b) Sumber air kepada tumbuh-tumbuhan(c) Sumber mata air kepada sungai dan tasik(d) Sumber air bersih alternatif(e) Sumber air untuk kegiatan perikanan(f) Sumber air untuk aktiviti perlombonganSemak Cepat 1.41 Maksud dengan imbangan air.Imbangan air bermaksud jumlah kerpasan sama banyaknya dengan jumlah air yang mengalami sejatan dan sejat peluhan.2 Variasi imbangan air mengikut ruang dan masa.(a) Berdasarkan garis lintang benua(b) Perubahan musim3 Faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air.(a) Ketinggian sesuatu tempat(b) Aspek (kedudukan cerun)(c) Jumlah hujan(d) Topografi permukaan(e) Litupan tumbuh-tumbuhan(f) Jenis batuanSemak Cepat 1.51 Kepentingan sumber air terhadap aktiviti manusia.(a) Bekalan air domestik(b) Aktiviti pertanian(c) Aktiviti perindustrian(d) Aktiviti perlombongan(e) Aktiviti perikanan (akuakultur)/ Aktiviti pelancongan/ Aktiviti perniagaan – air minuman/ Aktiviti pembinaan2 Faktor fizikal yang menyebabkan kejadian kemarau.(a) Fenomena cuaca luar biasa – El Nino(b) Suhu yang tinggi(c) Kekurangan tumbuh-tumbuhan(d) Kekurangan hujan(e) Kadar pembandaran yang pesat(f) Perubahan musim – menyebabkan udara kering3 Langkah mengatasi masalah kejadian banjir.(a) Membina empangan(b) Mendalam dan meluruskan sungai(c) Membina benteng(d) Mengalihkan aliran sungai(e) Mengurangkan aktiviti pembangunan tanah(f) Tindakkan undang-undang/ Kempen/ Pendidikan Tinjau Bab1 Fasa perubahan air.(a) Fasa cecair(b) Fasa pepejal(c) Fasa gas203TE STPM Geo S2(Jaw)5th.indd 203 11/11/2025 12:16 PM


Jawapan JAWAPAN2 Proses menegak kitaran hidrologi.(a) Sejatan(b) Sejat peluhan(c) Pemeluwapan(d) Kerpasan(e) Aliran batang/ Resapan/ Cegatan silara3 Proses edaran air tanih.(a) Larian air permukaan(b) Resapan(c) Aliran air bawah tanah(d) Simpanan air tanih/ Keporosan batuan/ Ketelapan batuan/ Akuifer4 Faktor yang mempengaruhi variasi imbang air mengikut ruang dan masa.(a) Ketinggian sesuatu tempat(b) Aspek (kedudukan cerun)(c) Jumlah hujan(d) Topografi permukaan/ Litupan tumbuh-tumbuhan/ Jenis batuanFokus STPM 1Soalan Struktur 1 (a) Proses kitaran hidrologi dalam gambar rajah tersebut.K1 SejatanK2 KerpasanK3 Aliran air bawah tanah[Maksimum: 3 markah](b) Bagaimana proses kitaran hidrologi pada peringkat K1 terbentuk.F1 Tenaga haba matahari yang cukup diperlukanH1 Memanaskan badan air di permukaan bumi C1 Lautan, sungai, tasik dan kolamF2 Proses sejatanH1 Proses pertukaran air daripada bentuk cecair kepada bentuk wap air ke atmosfera[Maksimum: 3 markah](c) Faktor fizikal yang mempengaruhi proses kitaran hidrologi.F1 Faktor suhuF2 Kelembapan udaraF3 Faktor litupan tumbuh-tumbuhanF4 Jenis tanahF5 Faktor badan airF6 Bentuk muka bumiF7 Tekanan udara(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)[Maksimum: 4 markah]2 (a) Maksud imbangan air.Jumlah kerpasan sama banyak dengan jumlah sejatan dan sejat peluhan[Maksimum: 2 markah](b) Kesan kemarau terhadap alam sekitar fizikal.F1 Kebakaran hutan secara semula jadiF2 PenggurunanF3 Kejadian jerebuF4 Gangguan habitat/ kemusnahan habitatF5 Kemusnahan flora dan faunaF6 Kemerosotan sumber air bawah tanahF7 Gangguan rantaian makananF8 Persekitaran menjadi panas dan udara kering(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)[Maksimum: 4 markah](c) Langkah mengatasi fenomena kemarau.F1 Memajukan sumber air bawah tanahF2 Pembenihan awanF3 Memproses air dari sumber tasik dan kolamF4 Sistem pengurusan air yang cekapF5 Menjalankan catuan airF6 Mempergiatkan kempen menjimat airF7 Penyaluran bekalan air untuk memindahkan airF8 Membina empanganF9 Membina banyak tangki air(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)[Maksimum: 4 markah]Soalan Esei 1 (a) Proses yang terlibat dalam kitaran hidrologi.F1 SejatanH1 Pertukaran air daripada bentuk cecair kepada bentuk wap air ke atmosferaF2 Sejat peluhanH1 Sejat peluhan berlaku pada siang hari apabila tekanan wap pada sel- sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara di atmosferaF3 PemeluwapanH1 Pemeluwapan berlaku apabila wap air bertukar menjadi titisan atau bintik airF4 KerpasanH1 Kerpasan ialah lembapan yang terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi dalam pelbagai bentuk iaitu cecair dan pepejalF5 Aliran batangH1 Air hujan yang mengalir turun dari bahagian atas pokok daripada daun ke ranting dan dahan serta melalui batang pokok untuk sampai ke akar pokok dan permukaan bumiF6 ResapanH1 Air hujan akan diresap ke dalam tanah dan beredar melalui liang pori tanahF7 Aliran air bawah tanahH1 Air yang diserap ke dalam tanah akan membentuk aliran air bawah tanah dan dialirkan sebagai mata air semula jadiF8 Larian air permukaanH1 Air akan dialirkan di atas permukaan tanah lalu membentuk larian air permukaan yang akan menuju ke kawasan sungai, tasik dan laut.F9 Alir lintang atmosferaH1 Pergerakan titisan air atau awan dari lautan ke daratan atau sebaliknya secara melintang(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)[Maksimum: 12 markah](b) Faktor fizikal yang mempengaruhi proses kitaran hidrologi.F1 SuhuH1 Penerimaan suhu yang tinggi mempengaruhi kadar sejatan di permukaan bumiF2 Kelembapan udaraH1 Kelembapan udara yang tinggi di persekitaran akan meningkatkan proses pemeluwapan di atmosferaF3 Litupan tumbuh-tumbuhanH1 Sejat peluhan yang tinggi menghasilkan banyak wap air dan proses pembentukan awan menjadi lebih giatF4 Jenis tanah 204TE STPM Geo S2(Jaw)6th.indd 204 12/11/2025 12:52 PM


JawapanJAWAPANH1 Tanah yang mempunyai liang pori banyak akan membenarkan air untuk meresap dengan lebih mudah, manakala tanah yang tidak berpori akan menyebabkan air mengalir di permukaanF5 Badan airH1 Kewujudan badan air yang banyak membolehkan proses sejatan air berlaku dengan giatF6 Bentuk muka bumi H1 Cerun curam meggalakkan larian air permukaan, manakala cerun yang landai meningkatkan resapan air ke dalam tanah dan mempengaruhi proses kitaran hidrologiF7 Tekanan udara H1 Kawasan yang mengalami tekanan udara tinggi biasanya lebih sejuk dan kadar kelembapan persekitarannya yang tinggi(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)[Maksimum: 13 markah]2 (a) Kepentingan sumber air kepada manusia.F1 Bekalan air domestikH1 Sumber air bersih digunakan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dalam kehidupan harianF2 Aktiviti pertanianH1 Empangan dan tali air dibina untuk menyalurkan air kepada kawasan tanamanF3 Aktiviti perindustrianH1 Sumber air penting dalam industri pemprosesan dan pembuatan seperti industri pembuatan makanan, pakaian, besi dan keluliF4 Aktiviti perlombonganH1 Air digunakan untuk mengekstrak mineral, pembersihan dan rawatan air sisa perlombonganF5 Aktiviti perikanan (akuakultur)H1 Air menjadi habitat penting kepada pelbagai jenis hidupan akuatik seperti ikan, udang, ketam, siput, burung dan tumbuhan akuatikF6 Aktiviti pelanconganH1 Perkembangan aktiviti pelancongan yang melibatkan air seperti air terjun, kolam air panas, air sungai dan air lautF7 Aktiviti perniagaanH1 Sumber air semula jadi dibotolkan dan dijual kepada penggunaF8 Menjana tenaga hidroelektrikH1 Tenaga hidroelektrik akan dialirkan bagi kegunaan domestik, perniagaan dan perindustrianF9 Menyederhanakan suhuH1 Badan air yang terdapat di suatu kawasan menjadikan kadar kelembapan udara di kawasan tersebut tinggi(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)[Maksimum: 8 markah](b) Kesan fenomena banjir terhadap alam sekitar manusia.F1 Kerosakan dan kemusnahan harta bendaH1 Banjir akan menenggelamkan kemudahan infrastruktur awam dalam jangka masa yang lama H2 Keadaan ini akan merosakkan harta benda dan peralatan pendudukF2 Menyebabkan nyawa terkorbanH1 Mangsa hanyut dibawa arus yang deras dan tragedi renjatan elektrikF3 Sistem pengangkutan tergangguH1 Banjir menyebabkan jalan raya dan sistem perhubungan terjejasF4 Wabak penyakit mudah merebakH1 Banjir menyebabkan berlaku pencemaran air yang disebabkan oleh sisa kotoran dan sisa kumbahan bercampur dengan air.F5 Trauma dan tekanan jiwaH1 Mangsa yang kehilangan nyawa dan harta benda akan memberi tekanan jiwa dan trauma yang berpanjanganF6 Menganggu aktiviti ekonomiH1 Banjir boleh menjejaskan kegiatan ekonomi kerana banjir boleh memusnahkan hasil tanaman, ternakan, ruang niaga dan sebagainya(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)[Maksimum: 8 markah](c) Langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah banjir.F1 Membina empanganH1 Empangan yang dibina bagi menakung dan menyimpan air yang berlebihan daripada curahan hujan lebatF2 Mendalam dan meluruskan sungaiH1 Inisiatif memperdalam alur-alur sungai membolehkan sungai menampung isi padu air yang banyak. Meluruskan sungai membolehkan aliran air sungai dapat mengalir dengan mudah dan cepat ke lautF3 Membina bentengH1 Benteng dibina di sepanjang tebing sungai di kawasan yang rendah bagi mengawal air melimpahi tebingF4 Mengalihkan aliran sungaiH1 Melencongkan aliran sungai ke tasik untuk mengelakkan kejadian banjir di sesuatu kawasanF5 Mengurangkan aktiviti pembangunan tanahH1 Aktiviti pembangunan di kawasan tanah rendah akan mengurangkan kadar resapan air tanahF6 Tindakan undang-undangH1 Kawalan ketat terhadap aktiviti pembalakan terutama di kawasan tadahan air bagi mengekalkan kawasan tadahan air semula jadi(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)[Maksimum: 9 markah]BAB 2 Sistem GeomorfologiSemak Cepat 2.11 Maksud geomorfologi.Konsep geomorfologi merujuk kajian sains terhadap proses pembentukan dan pengukiran bentuk muka bumi.2 Punca tenaga.(a) Tenaga endogenik (dalam bumi)(b) Tenaga eksogenik (luar bumi)205TE STPM Geo S2(Jaw)6th.indd 205 12/11/2025 12:52 PM


Jawapan JAWAPANSemak Cepat 2.21 Jenis batuan.(a) Batuan igneus(b) Batuan enapan(c) Batuan metamorfosis2 Jenis gelinciran.(a) Gelinciran biasa(b) Gelinciran julang/ songsang(c) Gelinciran rabak/ mendatar3 Bentuk muka bumi akibat kejadian gelinciran.(a) Cerun(b) Lurah gelinciran(c) Gunung bongkah(d) Tebing tinggi(e) Teres gelinciran(f) Jurang gelinciran(g) Pantai tenggelam atau pantai timbul4 Bentuk muka bumi gunung berapi.(a) Kon gunung berapi(b) Dataran lava(c) Kaldera / kawah gunung berapi(d) Tasik krater(e) Sil (f) Daik/ Batolit/Lakolit/ Lapolit/ Pakolit5 Kesan pergerakan plat tektonik terhadap alam sekitar manusia.(a) Mengorbankan nyawa(b) Kemusnahan harta benda(c) Menggalakkan aktiviti pertanian(d) Kemusnahan kemudahan infrastruktur(e) Sumber tenaga alternatif(f) Aktiviti perlombongan(g) Aktiviti pelanconganSemak Cepat 2.31 Proses geomorfologi.(a) Proses luluhawa(b) Proses hakisan(c) Proses pergerakan jisim(d) Proses pengangkutan(e) Proses pemendapan2 Jenis luluhawa.(a) Luluhawa fizikal(b) Luluhawa kimia(c) Luluhawa biologi3 Faktor mempengaruhi luluhawa.(a) Iklim(b) Tumbuh-tumbuhan(c) Jenis batuan(d) Haiwan(e) Aktiviti manusia(f) Masa4 Kesan luluhawa terhadap aktiviti manusia.(a) Pandang darat karst – Aktiviti ekopelancongan(b) Pembentukan tanah liat – Perkembangan aktiviti Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)(c) Pembentukan tanah laterit- Sangat sesuai untuk tanaman kelapa sawit dan getah (d) Proses luluhawa fizikal – Aktiviti pembinaan(e) Pembentukan regolit- Aktiviti pertanian(f) Pembentukan humus – Menyuburkan tanah dalam aktiviti pertanian5 Jenis pergerakan jisim.(a) Pergerakan cepat(b) Pergerakan perlahan6 Ejen hakisan dan pengangkutan.(a) Air mengalir(b) Titisan hujan(c) Angin/ Glasier/ OmbakSemak Cepat 2.41 Proses pembentukan alur sungai.(a) Proses hakisan(b) Proses pengangkutan(c) Proses pemendapan2 Jenis hakisan sungai.(a) Hakisan pendalaman alur(b) Hakisan pelebaran alur(c) Hakisan pengunduran alur3 Faktor yang mempengaruhi hakisan sungai.(a) Kecerunan(b) Bentuk alur(c) Isi padu air(d) Jenis batuan(e) Bahan muatan(f) Tiada halangan4 Cara pengangkutan sungai.(a) Golekan/ seretan(b) Loncatan(c) Ampaian(d) Apungan(e) Larutan5 Bentuk muka bumi pemendapan sungai.(a) Dataran banjir(b) Tetambak(c) Delta(d) Tasik ladamSemak Cepat 2.51 Cara hakisan pantai.(a) Cara hidraul(b) Cara geseran/lelasan(c) Cara lagaan(d) Cara larutan2 Faktor yang mempengaruhi hakisan pantai.(a) Jenis ombak(b) Orientasi pantai(c) Jenis batuan(d) Bahan mendak yang diangkut(e) Peranan arus sungai dan arus laut(f) Faktor tumbuh-tumbuhan(g) Tindakan manusia(h) Faktor halangan3 Bentuk muka bumi hakisan pantai.(a) Tebing tinggi(b) Batu tunggul(c) Tanjung(d) Teluk(e) Gua laut/ Geo dan glou/ Gerbang lau/ Batu tunggu/ Tunggul sisa/ Pelantar hakisan ombak4 Cara pengangkutan bahan pantai.(a) Hanyutan pesisir pantai(b) Golekan(c) Seretan5 Faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan bahan di pinggir pantai.(a) Tenaga arus206TE STPM Geo S2(Jaw)6th.indd 206 12/11/2025 12:52 PM


JawapanJAWAPAN(b) Tenaga ombak(c) Pasang surut air laut(d) Cerun pantai(e) Halangan(f) Orientasi pantai/ Saiz bahan/ Jenis bahan6 Bentuk muka bumi pemendapan pinggir pantai.(a) Pantai – pelancongan, perlombongan(b) Anak tanjung – perlombongan pasir, pelancongan dan rekreasi(c) Pulau – pelancongan dan rekreasi(d) Beting pasir – pelancongan dan rekreasi(e) Tombolo – pelancongan, rekreasi dan jalan pengangkutanSemak Cepat 2.61 Isu lembangan saliran.(a) Penebusgunaan lembangan sungai(b) Penerokaan kawasan lembangan sungai(c) Pencemaran air sungai/ Hakisan tebing sungai/ Pemendapan sungai2 Isu pinggir pantai.(a) Penebusgunaan pantai(b) Penerokaan kawasan pinggir pantai(c) Pencemaran air/ Hakisan pantai/ Pemendapan sampah sarap3 Langkah untuk mengatasi isu lembangan saliran.(a) Meluruskan sungai(b) Mendalamkan sungai(c) Melebarkan sungai(d) Membina tembok atau cerucuk(e) Pendidikan dan kempen(f) Penguatkuasaan undang-undang(g) Penanaman tutup bumi di tebing sungai(h) Perancangan pembangunan tahan4 Aktiviti manusia yang meningkatkan hakisan pinggir pantai.(a) Pembalakan hutan bakau(b) Perlombongan pasir(c) Pembinaan struktur atau bangunan(d) Aktiviti sukan airTinjau Bab1 Jenis batuan.(a) Batuan igneus(b) Batuan enapan(c) Batuan metamorfosis2 Proses geomorfologi.(a) Proses luluhawa(b) Proses hakisan(c) Proses pergerakan jisim(d) Proses pengangkutan(e) Proses pemendapan3 Kesan proses pergerakan plat tektonik terhadap alam sekitar fizikal.(a) Kepususan flora dan fauna(b) Kemusnahan habitat flora dan fauna(c) Pencemaran alam sekitar(d) Perubahan landskap4 Faktor yang mempengaruhi hakisan pinggir pantai.(a) Jenis ombak(b) Orientasi pantai(c) Jenis batuan(d) Bahan mendak(e) Peranan arus/ Tumbuh-tumbuhan/ Tindakan manusia/ HalanganFokus STPM 2Soalan Struktur 1 (a) Bahagian bentuk muka bumi aliran sungai tersebut.Tengah dan hilir sungai[Maksimum: 1 markah](b) Namakan dan jelaskan proses terbentuknya bentuk muka bumi tersebut.F1 Likuan sungaiH1 Aliran air sungai yang semakin lemah hanya mampu menghakis batuan lembutH2 Batuan keras tidak mampu dihakis oleh aliran sungai di sepanjang laluanyaH3 Hakisan batuan lembut menyebabkan terbentuknya likuan-likuan sungai(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)[Maksimum: 3 markah](c) Faktor yang mempengaruhi hakisan sungai.F1 KecerunanH1 Semakin curam hakisan semakin giatF2 Bentuk alurH1 Alur yang lurus menjadikan hakisan semakin giatF3 Isi padu airH1 Isi padu air yang banyak hakisan giatF4 Jenis batuanH1 Batuan keras hakisan kurang berlakuF5 Bahan muatanH1 Semakin banyak bahan muatan hakisan semakin giatF6 HalanganH1 Tiada halangan hakisan giat(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)[Maksimum: 6 markah]2 (a) Nama bentuk muka bumi X dan jenis ombak yang terlibat.(i) Gerbang laut(ii) Ombak pembinasa[Maksimum: 2 markah](b) Bentuk muka bumi yang akan terhasil akibat hakisan ombak yang berterusan terhadap bentuk muka bumi dalam Soalan 2(a).F1 Batu tunggulH1 Terbentuk daripada runtuhan bumbung gerbang laut yang berasal daripada proses pembentukan gua lautH2 Kuasa hakisan ombak yang berterusan menyebabkan bumbung gerbang laut runtuh, lalu membentuk batu tunggulF2 Tunggul sisaH1 Batu tunggul yang terdedah secara berterusan membentuk tunggul sisa yang boleh dilihat sewaktu air surut dan tidak kelihatan apabila air laut pasang(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)[Maksimum: 4 markah](c) Aktiviti manusia yang sesuai dijalankan di kawasan pinggir pantai.F1 Pelancongan/ rekreasiH1 Bentuk muka bumi yang menarik dan pelbagai C1 Pantai, teluk, gerbang batu, tanjung dan lainlainF2 PerikananH1 Pinggir pantai yang berteluk sesuai untuk dibina jeti pendaratan ikanF3 Pembinaan rumah api 207TE STPM Geo S2(Jaw)6th.indd 207 12/11/2025 12:52 PM


Jawapan JAWAPANH1 Dibina tanjung/ tebing tinggiH2 Memberi panduan kepada kapal-kapal untuk mengemudi perairan, terutamanya di waktu malam atau di kawasan yang berbahaya (Terima mana-mana jawapan yang munasabah)[Maksimum: 4 markah]Soalan Esei 1 (a) Faktor yang mempengaruhi pergerakan jisim aliran cepat.F1 Lapisan regolit yang tebalH1 Lapisan regolit yang tebal di cerun bukit menjadikan struktur tanah agak longgar dan tidak stabilF2 Hujan lebatH1 Hujan lebat menjadikan tanah berat serta bertindak sebagai pelincir di dalam tanahF3 Kurang litupan tumbuh-tumbuhanH1 Ketiadaan litupan tumbuh-tumbuhan lereng bukit menyebabkan kekurangan cengkaman tanah oleh akarH2 Struktur tanah akan menjadi longgar dan mudah bergerak ke bawah cerunF4 KecerunanH1 Daya tarikan graviti bumi lebih tinggi di kawasan cerun yang curamF5 Pergerakan tektonikH1 Gempa bumi dan letupan gunung berapi menyebabkan struktur tanah bergegar dan bergerak lalu menjadi longgarF6 Tindakan manusiaH1 Aktiviti penarahan dan pemotongan bukit memudahkan berlakunya pergerakan jisim akibat struktur tanah yang semakin longgarF7 GegaranH1 Letupan di lombong kuari, pergerakan jentera dan lori besar akan menghasilkan gegaran yang kuatH2 Melonggarkan struktur tanah lalu menyebabkan berlaku pergerakan jisimF8 Tindakan haiwanH1 Haiwan yang membuat lubang dalam tanah seperti arnab, tikus dan cacing tanah akan melonggarkan struktur tanah(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)[Maksimum: 12 markah](b) Kesan pergerakan jisim banyak mempengaruhi alam sekitar fizikal.F1 Kemusnahan ekosistem daratan dan akuatikH1 Pergerakan jisim seperti tanah runtuh dan aliran lumpur menyebabkan flora dan fauna musnahH2 Mengganggu keseimbangan sesebuah ekosistem hutan semula jadiH3 Kejadian tanah runtuh menyebabkan kawasan badan air seperti sungai, tasik dan kolam tertimbusF2 Kemusnahan kawasan tadahan airH1 Gelongsoran tanah secara besar-besaran akan mengubah landskap asal kepada landskap yang baharu yang sebelum ini tidak wujudH2 Kemusnahan kawasan tadahan air menjadikan aliran air permukaan tinggiF3 Mengganggu sistem saliran sungai H1 Pergerakan jisim secara besar-besaran seperti tanah runtuh dan aliran lumpur menimbus alur sungai atau mencetekkan dasar alur sungaiH2 Kejadian banjir kilat di kawasan tanah rendah apabila berlaku hujan lebat yang menyebabkanisi padu air bertambah dengan cepat(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)[Maksimum: 13 markah]2 (a) Jenis luluhawa fizikal.F1 Luluhawa fizikalH1 Proses penyepaian atau pemecahan batuan secara in situH2 Tindakan suhu sebagai agen utamanyaF2 Luluhawa kimiaH1 proses pereputan dan penghuraian batuan yang melibatkan perubahan kandungan kimia batuan apabila bertindak balas dengan agenagen atmosfera seperti udara, air dan haiwanH2 Tindak balas ini melemahkan ikatan mineral dalam batuan, melarutkan mineral batuan dan menyebabkan batuan mengembang dan terluluhawaF3 Luluhawa biologiH1 Proses pemecahan dan penguraian batuan disebabkan tindak balas tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan manusiaH2 Aktif di kawasan Tropika Lembap(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)[Maksimum: 6 markah](b) Faktor yang mempengaruhi keberkesanan luluhawa.F1 IklimH1 Keadaan suhu, hujan dan kelembapan mempengaruhi tindak balas luluhawaH2 Suhu panas pada siang hari dan suhu sejuk pada malam hari menjadikan luluhawa fizikal sangat berkesanF2 Tumbuh-tumbuhanH1 Tindakan akar tumbuh-tumbuhan memasuki rekahan batuan dan mengalami proses pembesaranH2 Lama-kelamaan proses ini memecahkan batuan kepada batuan yang lebih kecilF3 Jenis batuanH1 Batuan keras lebih lambat untuk mengalami luluhawaH2 Batuan yang lembut lebih mudah untuk mengalami luluhawa terutama proses luluhawa kimiaF4 HaiwanH1 Haiwan yang hidup dalam tanah membuat lubang di dalam batuan menyebabkan luluhawa kimia lebih mudah berlaku H2 Lubang yang dihasilkan oleh haiwan, juga menjadikan struktur tanah longgar dan terpecahF5 Aktiviti manusiaH1 Pemotongan dan penarahan bukit akan mendedahkan batuan kepada agen suhu dan menggalakkan proses luluhawa batuan akan berlakuF6 MasaH1 Memerlukan jangka masa yang lama atau cukup untuk memecahkan atau mereputkan batuan208TE STPM Geo S2(Jaw)6th.indd 208 12/11/2025 12:52 PM


JawapanJAWAPANH2 Semakin lama masa diambil, maka semakin jelas tindakan luluhawa terhadap batuan(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)[Maksimum: 10 markah](c) Kesan luluhawa terhadap pembentuk landskap fizikal.F1 Pandang darat karstH1 Di kawasan batu kapur, tindakan luluhawa kimia mewujudkan pandang darat karst yang menarikC1 Gua, sungai bawah tanah, stalagtit, stalagmit dan lain-lainF2 Pembentukan tanah liatH1 Pembentukan tanah liat berkait rapat dengan proses hidrolisis terhadap batuan feldsparH2 Tanah liat penting dalam industri membuat tembikar oleh Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) F3 Proses luluhawa fizikalH1 Menghasilkan kawasan gurun batu dan gurun pasirF4 Pembentukan tanah lateritH1 Luluhawa kimia menghasilkan tanah laterit hasil proses pengoksidaan H2 Tanah laterit yang berwarna keperangan ini sesuai untuk aktiviti pertanianF5 Pembentukan regolitH1 Tanih regolit yang tebal hasil luluhawa menggalakkan aktiviti pertanian dijalankan kerana menghasilkan tanah yang suburF6 Pembentukan humusH1 tindakan haiwan dan mikroorganisma akan menghasilkan humusK Kesimpulannya, kesan luluhawa terhadap pembentuk landskap fizikal membentuk pelbagai bentuk muka bumi dan memberi manfaat kepada manusia(Terima mana-mana jawapan yang munasabah) [Maksimum: 9 markah]Transformasi Luar Bandar dan PembandaranBAB 3Semak Cepat 3.11 Strategi pembangunan luar bandar di Malaysia.(a) Pembangunan in situ(b) Pembangunan pertanian bersepadu(c) Pembangunan wilayah(d) Perindustrian desa(e) Pembandaran desa(f) Pemodenan sosioekonomi luar bandar(g) Pusat perkhidmatan setempat(h) Pengelompokan penempatan baharu masyarakat 2 Proses perubahan luar bandar.(a) Saling kebergantungan luar bandar-bandar(b) Pembandaran luar bandar(c) Perancangan luar bandar sebagai pusat pertumbuhan luar bandar(d) Pemodenan sosioekonomi luar bandar3 Kesan pembangunan luar bandar terhadap sosioekonomi penduduk.(a) Perubahan pekerjaan(b) Peningkatan pendapatan(c) Perubahan demografi penduduk(d) Kualiti hidup meningkat(e) Peningkatan kemudahan infrastruktur(f) Peningkatan kemudahan sosial/ Perubahan gaya hidup/ Peningkatan tahap kesihatan/ Perubahan sektor ekonomiSemak Cepat 3.21 Faktor yang mempengaruhi proses pembandaran.(a) Faktor ekonomi(b) Faktor kemudahan infrastruktur asa(c) Faktor demografi penduduk(d) Migrasi masuk penduduk(e) Dasar kerajaan/ Faktor kemudahan sosial/ Faktor sejarah/ Faktor sumber alam/ Bentuk muka bumi2 Peranan bandar dalam pembangunan sesebuah negara.(a) Penyelaras projek pembangunan daerah(b) Pembekal barangan keperluan penduduk(c) Menjadi pasaran kepada produk desa(d) Pusat peluang pekerjaan(e) Membekalkan perkhidmatan sosial/ Penyebaran maklumat dan inovasi/ Pusat pertumbuhan ekonomi/ Pusat pentadbiran daerah3 Jenis bandar.(a) Metropolis(b) Bandar baru(c) Bandar satelit(d) Bandar mega/ Bandar global/ Bandar primat/ Bandar mati4 Kesan pembandaran terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar.(a) Peningkatan suhu setempat(b) Kejadian hakisan(c) Pergerakan jisim(d) Banjir kilat/ Pencemaran alam sekitar5 Langkah mengurangkan kadar pencemaran di bandar.(a) Menguatkuasakan undang-undang(b) Memasang penapis asap(c) Merawat enfluen/ sisa kumbahan(d) Meningkatkan penggunaan kenderaan awam(e) Perancangan pembangunan bandar yang teliti(f) Meningkatkan kawasan hijau/ Mempertingkat kelembapan bandingan/ Menggunakan tenaga alternatif/ Mengadakan kempen/ Melalui pendidikan6 Isu permasalahan rumah di bandar-bandar besar.(a) Harga rumah yang mahal(b) Kekurangan stok rumah murah dan kos sederhana(c) Pembinaan rumah di kawasan berisiko(d) Kualiti rumah yang rendah(e) Rumah yang terbengkalai(f) Penyediaan kemudahan perumahan yang kurang memuaskanTinjau Bab1 Strategi pembangunan luar bandar di Malaysia.(a) Pembangunan in situ(b) Pembangunan pertanian bersepadu(c) Pembangunan wilayah(d) Perindustrian desa(e) Pembandaran desa/ Pemodenan sosioekonomi luar bandar/ Pusat perkhidmatan setempat/ Pengelompokan penempatan baharu masyarakat 209TE STPM Geo S2(Jaw)6th.indd 209 12/11/2025 12:52 PM


Click to View FlipBook Version