SDPB HyperLoop
BUKU PROJEK : Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit 1.0 LATAR BELAKANG KUMPULAN....................................................................................................... 1.1 Latar Belakang Kumpulan ..........................................................................................................1 1.2 Penglibatan Pihak Pengurusan...................................................................................................1 2.0 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK .................................................................................................... 2.1 Visi dan Misi Sekolah ..................................................................................................................2 2.2 Kaitan Dengan Fungsi Utama .....................................................................................................2 2.2.1 Hak Pendidikan.................................................................................................................2 2.2.2 Latar Belakang Masalah....................................................................................................3 2.3 Memenuhi Kehendak Pelanggan................................................................................................3 2.4 Memenuhi Kehendak Pemegang Taruh .....................................................................................4 2.5 Sejajar dengan Agenda Matlamat Nasional ...............................................................................4 2.6 Kaitan Dengan Ekosistem Semasa..............................................................................................5 2.7 Kaedah Pemilihan Projek ..........................................................................................................6 2.8 Penetapan Sasaran – Outcome .................................................................................................6 2.8.1 Aspek Kurikulum................................................................................................................6 2.8.2 Aspek Ekonomi .................................................................................................................7 2.9 Penetapan Sasaran - Impak.........................................................................................................7 2.9.1 Aspek Pedagogi .................................................................................................................7 2.9.2 Aspek Kelestarian Alam ....................................................................................................7 3.0 TINDAKAN PENYELESAIAN.............................................................................................................. 3.1 Pelan Tindakan Penyelesaian (Strategi Penilaian Kreatif)...........................................................8 3.2 Penghasilan Prototaip................................................................................................................8 3.3 Pengujian Prototaip ..................................................................................................................9 3.4 Data Maklum Balas Pengguna..................................................................................................10 3.5 Perakuan Pihak Bertauliah ......................................................................................................10 3.6 Pelaksanaan Inovasi................................................................................................................. 11 3.6.1 Carta Gantt..................................................................................................................... 11 4.0 KEBERHASILAN PROJEK ................................................................................................................. 4.1 Outcome Projekt...................................................................................................................... 11 4.1.1 Pencapaian Outcome dan Pembuktian ........................................................................11 4.1.2 Faedah Sampingan Luar Jangka ...................................................................................12 4.2 Impak Projek dan Pembuktian .................................................................................................12 4.2.1 Penilaian Impak dan Pembuktian.................................................................................13 4.2.2 Faedah Sampingan Luar Jangka (Impak Projek)............................................................14 5.0 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI ............................................................................................. 5.1 Tahap Ketersediaan Teknologi/ Sistem/ Projek Ila AquaHydro Kit............................................15 5.2 Tahap Replikasi atau Pengkomersialan ....................................................................................15 BIBLIOGRAFI..................................................................................................................................... INDEKS.............................................................................................................................................. LAMPIRAN MODUL ILA AQUAHYDRO .............................................................................................. LAMPIRAN........................................................................................................................................ ISI KANDUNGAN
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SDPB HyperLoop 1 BUKU PROJEK Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit SDPB HyperLoop adalah sebuah kumpulan inovasi SMK Dato’ Penggawa Barat yang ditubuhkan oleh sekumpulan guru yang aktif melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan inovasi sama ada di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. Idea penubuhan SDPB HyperLoop dicetuskan oleh gabungan idea sekumpulan guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bersama kumpulan guru aliran perdana. Penglibatan dalam pelbagai pertandingan inovasi menjadikan kumpulan SDPB HyperLoop lebih yakin dalam menghasilkan inovasi baru yang memberi impak yang lebih besar. Seterusnya, SDPB HyperLoop selangkah lagi menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2023. Kesinambungan inovasi Permata Sawit (2019) dan Sawit Gems (2020) menjadi cetusan idea baharu SDPB HyperLoop dalam penghasilan Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit iaitu sebuah inovasi kategori penciptaan di bawah Bidang Inovasi Sosial. ILA AquaHydro Kit merupakan satu pilihan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang mengandungi modul pembelajaran kendiri iaitu Modul Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro tentang ilmu tanaman dan akuakultur yang menggunakan sistem akuaponik. Produk inovasi ini diharapkan dapatmembantu Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) agar mampu belajar dengan cara mereka sendiri dengan bimbingan guru yang lebih banyak bertindak sebagai pemudahcara. Penubuhan kumpulan SDPB HyperLoop telah dibuat dengan persetujuan lantikan ahli kumpulan SDPB HyperLoop pada tahun 2022 oleh mantan pengetua SMKDPB pada 17 Ogos 2022 (Rujuk Lampiran 1). Penubuhan SDPB HyperLoop ini bertujuan untuk menghargai idea para guru SMKDPB yang telah menghasilkan kaedah penyelesaian yang unik dan menarik. Berikut adalah maklumat ahli-ahli Kumpulan SDPB HyperLoop. Fasilitator : Rosliza binti Rahmat (Pengetua) Ketua Kumpulan : Md Amin bin Kasbin Ahli Kumpulan : Mohd. Ehsan bin Mohamed Saad Nurzulaikha binti Ngah Halina binti Zulkifli Siti Hajar binti Mohd Amin Anuar bin Salleh Nursuhailah binti Mohd Norpiah Noorhidayati binti Jamari Zabilin bte Harjin Ariffin bin Bajuri LATAR BELAKANG KUMPULAN 1.1 LATAR BELAKANG KUMPULAN 1.2 PELIBATAN PIHAK PENGURUSAN
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SDPB HyperLoop 2 BUKU PROJEK Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat merupakan sebuah sekolah harian yang terletak di Pontian, Johor Darul Takzim. Seperti kebanyakan sekolah yang lain, setiap orang di sekolah ini khususnya barisan pentadbir berusaha dengan bersungguh - sungguh untuk memberikan pendidikan berkualiti selaras dengan status Sekolah Berprestasi Tinggi. Ini dapat dilihat melalui visi dan misi sekolah seperti berikut: Visi Sekolah : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Misi Sekolah : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara 2.2.1 Hak Pendidikan Pendidikan adalah hak asasi semua manusia kerana dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Berdasarkan prinsip “Education for All (EFA)” yang digariskan oleh The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), salah satu matlamat pendidikan adalah memastikan bahawa pada tahun 2015, semua kanak-kanak terutamanya kanak-kanak perempuan, kanak-kanak pendidikan khas dan mereka yang tergolong dalam kumpulan minoriti mendapat akses pendidikan, percuma, wajib, lengkap dan berkualiti (Bricker et al., 2002). Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 turut menjelaskan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas berhak memperoleh peluang pendidikan yang sama rata tanpa diskriminasi atau dikecualikan bagi mempertingkatkan potensi mereka. Institusi pendidikan terutamanya sekolah memainkan peranan penting bagi menyediakan sistem persekitaran dan aktiviti yang bersesuaian dengan keperluan MBPK bagi mengembangkan potensi mereka kerana mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal (Zalizan, 2009). Berdasarkan kepada matlamat ini, SDPB HyperLoop terus mengetengahkan idea – idea guru SMKDPB melalui inovasi lestari yang berpandukan beberapa kriteria. Kriteria-kriteria projek inovasi yang ditetapkan adalah seperti berikut: i. Menyokong ke arah merealisasikan visi dan misi sekolah. ii. Mengatasi masalah dalam pelaksanaan PdPC yang berkualiti. iii. Memberikan kepuasan dan kebaikan kepada pelanggan dan pemegang taruh (stakeholders) iv. Mempunyai nilai tambah dan boleh dikomersialkan. 2.0 SIGNIFIKASI PEMILIHAN PROJEK 2.1 VISI DAN MISI SEKOLAH 2.2 KAITAN DENGAN FUNGSI UTAMA SEKOLAH .
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SDPB HyperLoop 3 BUKU PROJEK Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit v. Memberikan kepuasan kerja kepada ahli-ahli SDPB HyperLoop untuk memupuk dan meningkatkan kompetensi keguruan. vi. Memberi outcome dan impak luar jangka. 2.2.2 Latar Belakang Masalah Terdapat guru baru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMKDPB yang menyatakan bahawa mereka mempunyai sedikit cabaran dan kesukaran dalam melaksanakan PdPC subjek Kemahiran Asas Akuakultur Tingkatan 1 dan Asas Tanaman Tingkatan 2. Kekangan ini berpunca daripada komunikasi guru dan MBPK yang mempunyai masalah pendengaran dan menjadi lebih kompleks apabila PdPC mengambil masa yang lama untuk memahamkan murid berkaitan kemahiran akuakultur mahupun pertanian. Anak-anak berkeperluan khas suka akan keseronokan menyebabkan seseorang guru perlu kreatif dalam penyampaian ilmu bagi membentuk sahsiah muridnya. Pelbagai usaha dilakukan antaranya memulakan aktiviti reka cipta sebagai permulaan (set induksi) untuk meningkatkan minat murid supaya fokus dan mendengar arahan ketika belajar. Ini disebabkan golongan OKU mempunyai peluang untuk bekerja namun amat terbatas di kebanyakan negara (Aiseleso, 2016). Bertitik tolak kepada permasalahan ini, SDPB HyperLoop bertanggungjawab di dalam membantu murid OKU menguasai pembelajaran dengan menghasilkan tools ILA AquaHydro Kit yang dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM). Definisi ‘pelanggan’ di dalam projek ini merujuk kepada para guru dan tenaga pengajar yang telah menggunakan kit pembelajaran ILA AquaHydro Kit sebagai BBM. Mereka memilih ILA AquaHydro Kit bagi mengatasi kekangan dalam menyampaikan kandungan pengetahuan yang harus murid pelajari dan tidak semudah pelajar normal. KSSM Pendidikan Khas yang menyediakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) menjadi satu cabaran kepada guru-guru pendidikan khas untuk mengoptimumkan keupayaan diri dalam mengajar. Kajian Siti Fatimah dan Mustafa (2018) menjelaskan bahawa guru dalam bidang pendidikan khas mempunyai kerisauan jika mereka masih kurang berpengetahuan. Namun semua guru ingin melihat anak murid mereka berjaya dan akan tetap berusaha sedaya mampu. Oleh itu, usaha SDPB HyperLoop dalam menghasilkan ILA AquaHydro Kit adalah amat signifikan dalam menyediakan BBM yang menarik dan juga menjadi sebuah tool dalam Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) yang menepati silibus mata pelajaran kemahiran Asas Akuakultur dan Asas Tanaman yang perlu dikuasai oleh MBPK . 2.3 MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SDPB HyperLoop 4 BUKU PROJEK Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit Pemegang taruh atau stakeholders adalah mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sesebuah organisasi sekolah malah mereka akan menentukan sejauh mana inisiatif yang diambil oleh sesebuah institusi untuk melakukan perubahan dan memastikan transformasi dapat digerakkan sebaik mungkin serta juga menentukan sejauh mana kejayaan dapat dikecapi dalam jangka panjang. Stakeholder bagi SMKDPB ialah barisan SLT (Senior Leader Team), Pejabat Pendidikan Daerah Pontian (PPD Pontian) dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). ILA AquaHydro Kit memenuhi kriteria-kriteria kehendak pemegang taruh iaitu : i. Membantu guru merancang pelaksanaan PdPC secara profesional dan sistematik dengan menyediakan BBM yang bersesuaian dan berkualiti kepada murid. ii. Menyediakan bahan pengajaran yang mengikut pelbagai aras keupayaan murid, mengikut peruntukan masa yang ditetapkan dan mematuhi kurikulum pendidikan. iii. Menjadi satu pilihan kaedah pembelajaran berkesan iaitu Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL). iv. Membantu guru sebagai pengawal yang bertindak untuk memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan iaitu dapat mengendalikan murid dengan lebih mudah ketika PdPC. v. Membantu guru untuk bersifat kreatif dan berinovasi dalam PdPC dan dapat mencipta suasana kondusif di kelas bagi PdPC yang berkesan. vi. Menjadikan penyampaian bahan pengajaran lebih menarik, kreatif dan menyeronokkan kepada murid. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas dilaksanakan di sekolah menengah dengan menggunakan DSKP berlandaskan enam tunjang kerangka KSSM iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap & Nilai, Kemanusiaan, Keterampilan Diri, Perkembangan Fizikal & Estetika serta Sains & Teknologi. Hasratnya supaya melahirkan insan yang seimbang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam melaksanakan PdPC, guru memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dinyatakan secara eksplisit dalam DSKP. Antara pendekatan utama guru dalam menerapkan KBAT adalah Pembelajaran Berasaskan Inkuiri, iaitu pendekatan yang mementingkan penyiasatan, pengumpulan dan penganalisaan data. Pelaksanaan pendekatan Inkuiri boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning-PBL). ILA AquaHydro Kit merupakan sebuah kit pembelajaran yang menepati konsep Pembelajaran Berasaskan Projek ini. Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) adalah pendekatan berasaskan produk pertanian dengan objektif utamanya adalah untuk memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima sektor pertanian. Ia meliputi usaha memaksimakan 2.4 MEMENUHI KEHENDAK PEMEGANG TARUH 2.5 SEJAJAR DENGAN AGENDA DAN MATLAMAT NASIONAL
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SDPB HyperLoop 5 BUKU PROJEK Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan nelayan. Secara spesifik, ILA AquaHydro Kit menepati objektif DPN3 iaitu untuk: i. Meningkatkan sekuriti makanan (food security) dimana penghasilan produk yang mesra alam (tanpa penggunaan baja kimia). ii. Meningkatkan produktiviti (dalam penghasilan produk pertanian dan perikanan) dan daya saing sektor pertanian. iii. Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain. iv. Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian. v. Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan. Sumber yang ada di bumi pada masa ini telah banyak diambil dan dieksploitasi atas keperluan ekonomi. Ekploitasi ini telah menyebabkan begitu banyak kerosakan berlaku seperti penipisan lapisan ozon, kepupusan spesis, pemanasan global, penyahhutanan, dan pencemaran sungai, laut, udara dan tanah yang memerlukan tindakan pemuliharaan yang proaktif daripada semua pihak. Penghasilan produk ILA AquaHydro Kit ini menggantikan hidroton dengan tempurung biji kelapa sawit yang berfungsi sebagai media tanaman. Penggunaan biji kelapa sawit ini dilihat lebih lestari dan signifikan dalam usaha mengekalkan kelestarian dan keseimbangan ekosistem semasa. Ini kerana, tempurung biji kelapa sawit merupakan bahan buangan yang jarang dimanfaatkan oleh kebanyakan pekebun sawit. Bagi memajukan kehidupan masyarakat Malaysia, Kerajaan Malaysia di dalam agenda Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal-SDG) telah menggariskan beberapa perkara yang perlu dicapai untuk memastikan setiap warganegaranya saling memberi dan menerima manfaat daripada persekitarannya. Ini dapat dilihat di dalam SDG 2 (Kelaparan Sifar), SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan), SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) dan SDG 11 (Bandar dan Masyarakat Mampan) yang dapat dikaitkan dengan keperluan untuk memastikan sumber makanan mencukupi, selamat, berkhasiat dan sihat untuk rakyat. Oleh itu, aktiviti Pertanian Bandar merupakan salah satu kaedah yang harus didedahkan kepada masyarakat untuk memelihara dan memulihara ekosistem bumi di kawasan bandar khususnya. Ini bagi memastikan masyarakat di bandar mempunyai pengetahuan dan kesedaran dalam menghasilkan sumber makanan manusia dengan kaedah mesra alam sekitar, selamat dan menguntungkan. 2.6 KAITAN DENGAN EKOSISTEM SEMASA
6 BUKU PROJEK Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit Limitasi yang terdapat di dalam inovasi lestari PPKI SMKDPB iaitu Permata Sawit (2019) dan Sawit Gems (2020) merupakan pencetus kepada penghasilan produk ILA AquaHydro Kit. Limitasi tersebut adalah terdapatnya kekangan untuk menjadilkan proses PdPC bagi guru PPKI bersama MBPK lebih mudah. Dapatan pemantauan Senior Leader Team (SLT) melalui pemantauan guru baru PPKI pula menunjukkan terdapat sedikit kekurangan dalam kaedah PdPC guru di mana guru kurang bertindak sebagai pemudahcara atau fasilitator. Manakala murid juga menyatakan bahawa mereka kurang faham dan tidak berminat menyertai aktiviti PdPC di sekolah menambah keperluan untuk menyediakan BBM yang lebih baik bagi guru – guru PPKI. Kekangan yang berlaku di PPKI SMKDPB ini tidak boleh dipandang remeh kerana ianya melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu dilalui oleh setiap murid khas di sini. Selain itu penambahbaikan terhadap produk inovasi SMKDPB adalah penting bagi membantu pelajar mendapat output yang lebih baik, mesra alam dan menjimatkan kos projek. Oleh itu kumpulan SDPB HyperLoop beriltizam untuk menghasilkan BBM yang mudah digunakan, menarik, meminimumkan masalah penyampaian kandungan pelajaran antara guru dan murid serta memenuhi pelbagai aras keupayaan murid khususnya murid khas MBPK. 2.8.1 Aspek Kurikulum i. BBM bagi PPKI yang kreatif untuk menjadikan proses PdPC guru PPKI dan MBPK lebih seronok dan dapat menarik minat murid dalam melaksanakan PdPC berkesan terutamanya berkaitan ilmu pertanian dan akuakultur dan seterusnya mencapai objektif pembelajaran. ii. Memudahkan proses PdPC guru PPKI terutamanya guru novis dengan cara produk dapat memberi kefahaman mudah kepada MBPK dalam mempelajari Asas Tanaman dan Asas Akuakultur dengan lebih mudah dan dalam perancangan masa yang ditetapkan kerana masalah komunikasi antara keduanya dapat dikurangkan. iii. Mengoptimumkan peranan guru sebagai fasilitator dan pemudahcara dalam PdPC dan menepati elemen dalam SKPM Kualiti@Sekolah Standard 4 iaitu : 4.1 Guru sebagai perancang. 4.3 Guru sebagai pembimbing. 4.4 Guru sebagai pendorong. 4.6 Murid sebagai pembelajar aktif (Lampiran 3). iv. Membantu peningkatan kemahiran psikomotor iaitu motor kasar dan motor halus serta berupaya untuk mengkoordinasi antara akal fikiran dan anggota badan. 2.7 KAEDAH PEMILIHAN PROJEK 2.8 PENETAPAN SASARAN - OUTCOME KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SDPB HyperLoop
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SDPB HyperLoop 7 BUKU PROJEK Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit 2.8.2 Aspek Ekonomi i. Menghasilkan produk yang dapat menjana ekonomi MBPK sama ada melalui hasil jualan produk ataupun daripada jualan hasil pengeluaran set ILA AquaHydro Kit. ii. Memberi tambahan ilmu sampingan yang bermanfaat kepada MBPK iaitu ilmu perniagaan urusan jual beli. iii. Mengurangkan kos operasi dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau pelaksanaan kurikulum di sekolah dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berkualiti. iv. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dengan kos pembuatan yang lebih rendah (menggunakan material lebih murah tetapi kualiti yang setanding) 2.9.1 Aspek Pedagogi i. Membangunkan kebolehan MBPK dalam menyelesaikan masalah, berfikir secara kritis dan keupayaan untuk bekerja dalam pasukan. Pendekatan yang menyediakan peluang yang sama untuk MBPK di dunia luar serta memupuk keyakinan diri mereka. ii. Menggalakkan kerjasama dan kerja berpasukan dalam kalangan MBPK dan menghasilkan persekitaran kolaboratif yang dapat memupuk interaksi sosial, membina keyakinan diri, dan memupuk kesejahteraan emosi dan terapi diri 2.9.2 Aspek Kelestarian Alam i. Mengurangkan pembaziran sumber asas bumi dengan menggunakan sisa buangan tempurung biji kelapa sawit sebagai medium tanaman semula jadi yang lebih murah dan mesra alam. ii. Mengambil peluang dalam menggunakan bahan komoditi setempat yang mudah diperoleh iaitu hasil kelapa sawit dengan sebaiknya. iii. Memenuhi tanggungjawab sosial dalam mengekalkan keseimbangan ekonomi dan ekosistem. seperti mesra alam, lestari, mesra pengguna dan juga menerapkan elemen ‘Adab dengan Masyarakat’ kepada murid. 2.9 PENETAPAN SASARAN – IMPAK
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SDPB HyperLoop 8 BUKU PROJEK Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit Pelan Tindakan Penyelesaian adalah dengan membuat Analisis SWOT (Strength, Weaknesses, Opportunity dan Threaten). Justeru itu, kesinambungan produk inovasi 2019 (Permata Sawit) dan 2020 (Sawit Gems) berlaku dengan adanya penambahbaikan penghasilan modul pembelajaran kendiri untuk menjadi BBM ILA AquaHydro Kit dan digunakan dalam PdPC di PPKI SMKDPB. Setiap kandungan ILA AquaHydro Kit ini disemak oleh guru yang berpengalaman dalam bidang akuaponik dan penulisan modul pendidikan. Sokongan penuh daripada PPD terhadap PPKI, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti [PDK], Komuniti Kebuniti, Ibubapa/ Penjaga MBPK yang terlibat dengan pengujian Set ILA AquaHydro Kit Kekangan masa untuk melakukan pengujian di beberapa sekolah disebabkan kebanyakan guru & murid terlibat dengan programprogram di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Penggunaan ILA AquaHydro Kit ini boleh disepadukan ke dalam mata pelajaran KSSMPK Asas Tanaman dan Akuakultur juga subjek Reka Bentuk dan Teknologi bagi Kelas Aliran Perdana. Kekurangan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang akuaponik dan hidroponik menghalang pelaksanaan PdPC yang berkesan Rajah 1 : Set ILA AquaHydro Kit 3.0 TINDAKAN PENYELESAIAN 3.1 PELAN TINDAKAN PENYELESAIAN (STRATEGI PENILAIAN KREATIF) 3.2 PENGHASILAN PROTOTAIP MEDIUM TANAMAN PAIP PVC HIDROPONIK BELL SIPHON GROWBED TANAMAN HIDROTON/ TEMPURUNG SAWIT PAM AIR MEDIUM TERNAKAN IKAN TAKUNG PLASTIK/ BESEN RAK BESI 2.15 KAKI
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SDPB HyperLoop 9 BUKU PROJEK Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit Kos Pembuatan Set ILA AquaHydro Kit Tempoh 2 bulan uji lari terhadap 2 set prototaip ILA AquaHydro Kit ini menunjukkan bahawa pilihan penukaran material bagi set kedua adalah lebih menjimatkan kos pembuatan produk dan seterusnya menghasilkan hasil tuaian tanaman yang lebih banyak. Item Prototaip 1 Hasil Prototaip 2 Rasional Pengubahsuaian Struktur model Batang paip PVC warna kelabu Kos bahan lebih mahal Tukar kepada jenis PVC warna putih Kos pembuatan warna putih lebih murah Saliran air Saiz batang paip PVC berdiameter 2 inci Akar tumbuh banyak menjadikan aliran air kurang lancar Tukar kepada saiz berdiameter 3 inci Aliran air lebih lancar kerana ruang lebih besar Bekas tanaman hidroponik Net pot yang berukuran 3.5cm Ruang sempit untuk pertumbuhan anak pokok Net pot yang berukuran 4.5cm Ruang yang lebih besar bagi pertumbuhan pokok yang lebih banyak dan subur Material tiang model Batang paip PVC warna kelabu Tidak boleh ditempa dan mahal Tukar kepada besi rak (slotted angle bar) Daya tahan lebih tinggi dan lebih murah Jadual 1 : Analisis Data Pengujian Prototaip Bil Item Kuantiti Harga Jumlah 1 Besi Rak (2’ X 3’) 8 btg RM2.00 RM16.00 2 Besi Rak (4’) 4 btg RM4.00 RM16.00 3 Paip PVC 3” (3’) 2 btg RM3.00 RM6.00 4 Paip PVC 3” (2’) 2 btg RM2.00 RM2.00 5 Paip Elbow 3” 4 pcs RM2.00 RM8.00 6 Net Pot 18 pcs RM0.10 RM1.80 7 End Cap 1 pcs RM1.50 RM1.50 8 Besen (takung) (2’ X 3’) 2 pcs RM24.00 RM48.00 9 Bell Siphon ½” 1 pcs RM1.00 RM1.00 10 Water Pump 30 watt 1 pcs RM18.00 RM18.00 JUMLAH KECIL RM118.30 Bil Bahan Kuantiti Harga Jumlah 1 Tempurung Sawit 2.5 kg Tiada Kos Tiada Kos 2 Anak Ikan Keli/ Puyu 25 ekor RM0.70 RM17.50 3 Biji Benih (kangkong/ sawi) 1 paket RM3.30 RM3.30 JUMLAH KECIL RM20.80 JUMLAH KESELURUHAN RM139.10 3.3 PENGUJIAN PROTOTAIP
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SDPB HyperLoop 10 BUKU PROJEK Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit Soal Selidik Keberkesanan Modul Pendidikan Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit terhadap Murid Berkeperluan Khas (MBPK) telah diedarkan kepada 35 MBPK dari PPKI SK Bandar Pontian, PPKI SMK Teluk Kerang, PPKI SMK Dato’ Penggawa Barat dan PDK Sinar Bakti di Pontian. Item dipecahkan kepada konstruk Penilaian Pengetahuan MBPK dan juga Penilaian Kemahiran Amali dengan 6 item soalan bagi setiap konstruk. Data telah dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Package of Sosial Science). Secara keseluruhannya, pada konstruk Penilaian Pengetahuan MBPK, responden bersetuju bahawa penggunaan ILA AquaHydro Kit telah menambah ilmu pengetahuan MBPK dari aspek : i. mengenal pasti komponen utama set ILA AquaHydro Kit. ii. menerangkan apa itu akuaponik dan hidroponik serta fungsinya. iii. memahami protokol keselamatan dan langkah berjaga-jaga yang perlu dipatuhi. iv. mengenal pasti jenis ikan dan tumbuhan yang sesuai untuk set ILA AquaHydro Kit. Manakala bagi konstruk Penilaian Kemahiran MBPK, analisis data menunjukkan bahawa : i. MBPK telah menunjukkan keupayaan untuk menggabung dan memasang set ILA AquaHydro Kit secara bebas atau dengan bantuan yang minimum daripada guru. ii. Modul pembelajaran ini menggalakkan interaksi sosial dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan murid, guru, masyarakat dan ibu bapa. iii. MBPK dapat memahami arahan tenaga pengajar dan mengaplikasinya secara praktikal menggunakan set ILA AquaHydro Kit. Kesimpulannya, MBPK secara keseluruhannya menunjukkan impak yang positif dan menunjukkan peningkatan prestasi penguasaan pengetahuan dan kemahiran terhadap ILA AquaHydro Kit. Dapatan yang dikemukakan disertakan dengan bukti kajian daripada Stienstra, Koopmans, dan de Zeeuw (2018) yang menyatakan bahawa pendedahan akuaponik kepada pelajar kurang upaya mampu menonjolkan kesan positif terhadap pembangunan diri dan keyakinan diri mereka. Produk ILA AquaHydro Kit telah menyertai beberapa pertandingan dan telah mendapat beberapa pengiktirafan atau perakuan daripada pihak tertentu seperti : i. Pengiktirafan Inovasi ILA AquaHydro Kit daripada pihak Konservasi Alam Malaysia (PPM-021-08-14022017) (Lampiran 4) ii. Sijil Anugerah Mesra Alam (Lampiran 5) iii. Sijil Pengiktirafan Produk Inovasi di bawah PPD Pontian (Lampiran 6) iv. Sijil Naib Johan Pertandingan ‘Go-Green’ daripada Majlis Perbandaran Pontian (Lampiran 7) 3.4 DATA MAKLUM BALAS PENGGUNA 3.5 PERAKUAN PIHAK BERTAULIAH
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SDPB HyperLoop 11 BUKU PROJEK Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit 3.6.1 Carta Gantt Tahun 2022 2023 Langkah Aktiviti J U L O G O S E P O K T N O V D I S J A N F E B M A C A P R M E I J U N J U L O G O S E P O K T PLAN Sesi perbincangan meja bulat Penubuhan jawatankuasa Pemilihan projek Taklimat projek DO Pemasangan prototaip kali pertama Perbincangan antara ahli SDPB HyperLoop Bimbingan Penasihat Pemurnian prototaip kali kedua CHECK Perkongsian set ILA AquaHydro Kit dengan sekolah-sekolah dan PDK Penghasilan borang penilaian pengguna ACTION Laporan dan analisis data Post mortem Penulisan Buku Projek 4.1.1 Pencapaian Outcome Dan Pembuktian ILA AquaHydro Kit adalah bertepatan dengan konsep Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL). Berikut pula merupakan beberapa outcome yang diperoleh hasil penggunaan ILA AquaHydro Kit : i. Kecekapan Komunikasi Guru dan Murid Bertambah. Penggunaan ILA AquaHydro Kit menjadikan proses PdPC yang lebih terancang dan berfokus yang disebabkan oleh komunikasi berkesan antara keduanya. Guru dapat merancang proses pengajaran dengan lebih sistematik dengan adanya BBM yang berkualiti. Modul ILA AquaHydro Kit yang disediakan mengandungi manual pemasangan, manual jadual kerja penanaman dan juga senarai semak penguasaan murid terhadap kemahiran menanam tanaman menggunakan set ILA AquaHydro Kit. ii. Penjimatan Masa Tempoh masa pelaksanaan PdPC akan dijimatkan dengan penggunaan BBM ILA AquaHydro Kit. Guru PPKI mencapai objektif pembelajaran seperti yang dirancang dalam Bulan 3.6 PELAKSANAAN INOVASI 4.0 KEBERHASILAN PROJEK 4.1 OUTCOME PROJEK
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SDPB HyperLoop 12 BUKU PROJEK Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit tempoh pelaksanaan PdPC selama sebulan. Berbanding kaedah tradisional yang lebih kepada guru membantu pelajar dalam memahami isi pembelajaran menjadikan proses mengambil masa 2 bulan. iii. Kecekapan Psikomotor Meningkat Proses pemasangan model ILA AquaHydro Kit ini meningkatkan kecekapan kemahiran MBPK. Kesemua deria dan anggota tubuh badan digunakan semasa proses pemasangan set dengan baik mengikut manual yang diberikan. Seterusnya kemahiran ini dapat menjadikan kecekapan psikomotor meningkat dan bertambah baik. iv. Mengoptimumkan Penggunaan Ruang Ruang untuk bercucuk tanam dan memelihara ternakan ikan dapat dioptimumkan. Kesan dari proses pembandaran membawa kepada kehilangan tanah dan seterusnya menjejaskan ekosistem semula jadi. Kesan ketiadaan ruang tanah menjadikan penduduk amat digalakkan untuk mempraktikkan Pertanian Bandar. Set ILA AquaHydro Kit yang berukuran 2.15 kaki (P) x 1.9 kaki (L) x. 2.9 kaki (T) menjadikan set ini amat sesuai digunakan oleh pengguna terutamanya komuniti di bandar. Sekaligus penggunaan set ini adalah bersesuaian menjadi BBM guru di sekolah. v. Penjimatan Kos Pembuatan ILA AquaHydro Kit terdiri dari sebuah set akuaponik dan juga disertakan dengan modul pembelajaran kendiri ILA AquaHydro Kit adalah berharga RM 139.10. Ini adalah termasuk dengan benih tanaman dan juga anak ikan. Harga ini adalah jauh lebih murah daripada harga set akuaponik yang dijual di pasaran tanpa benih anak ikan. (Rujuk Lampiran 8). Produk set akuaponik yang berdimensi lebih kecil akan mengurangkan penghasilan produk tanaman dan ternakannya juga berbanding set ILA AquaHydro Kit yang bersaiz lebih besar. 4.1.2 Faedah Sampingan Luar Jangka i. Kecekapan Pengurusan Kewangan Hasil tuaian tanaman daripada set ILA AquaHydro Kit yang diperoleh murid akan dijual kepada warga sekolah. Seterusnya jualan hasil produk ini akan membantu meningkatkan kemahiran MBPK dari segi pengurusan kewangan. Murid dapat mengetahui penggunaan mata wang dengan baik semasa proses jual beli dengan pelanggan dan seterusnya murid dapat menggunakan bahasa komunikasi yang baik semasa berinteraksi dengan komuniti awam. ii. Mengurangkan Kos Operasi Operasi pengendalian dan penyelenggaraan set ILA AquaHydro Kit yang dijalankan serentak membolehkan murid memperoleh dua kebaikan dalam satu masa iaitu menguasai kemahiran Asas Tanaman dan juga pada masa yang sama menguasai kemahiran Asas Akuakultur seterusnya akan mengurangkan kos operasi. Ikan dapat diternak sekaligus produk tanaman akan dihasilkan walaupun hanya menggunakan sebuah medium penternakan atau tanaman sahaja.
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SDPB HyperLoop 13 BUKU PROJEK Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit iii. Menjadi Penanda Aras ILA AquaHydro Kit merupakan produk yang dihasilkan oleh MBPK SMKDPB yang telah dijadikan penanda aras oleh sekolah-sekolah lain khususnya di daerah Pontian sebagai sebuah produk inovasi yang menjadi BBM yang baik, menghasilkan tuaian pertanian dan ternakan organik serta mesra pengguna serta menjadi satu galakan kepada sekolah luar untuk menghasilkan produk seumpamanya. iv. Meningkatkan Prestasi Murid melalui Pentaksiran Bilik Darjah. Penggunaan ILA AquaHydro Kit menjadikan MBPK dapat meningkatkan tahap penguasaan dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Ini merangkumi beberapa kemahiran terutamanya Standard Kandungan 2.0 (Membiakkan Tanaman) dan 3.0 (Menanam Sayursayuran). Perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid akan dinilai secara berterusan sewaktu menggunakan ILA AquaHydro Kit. (Lampiran 9-10) 4.2.1 Penilaian Impak Dan Pembuktian i. Kelancaran Proses Pengajaran dan Pemudahcaraan. PdPC antara guru PPKI dan MBPK dapat dilaksanakan dengan terancang, lancar dan berkesan apabila menggunakan ILA AquaHydro Kit sebagai medium pengajaran seterusnya mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. (Lampiran 11) ii. Penerapan Budaya Keusahawanan Penggunaan ILA AquaHydro Kit akan dapat menerapkan budaya keusahawanan kepada MBPK ketika dalam sesi persekolahan mahupun sebagai transisi kerjaya selepas menamatkan alam persekolahan. Ini selari dengan elemen keusahawanan merentasi kurikulum dan menjadikan slogan “Pertanian Adalah Perniagaan” dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara . iii. Penghasilan Produk Makanan yang Selamat dan Berkualiti. ILA AquaHydro Kit dapat membuahkan hasil pertanian dan penternakan ikan yang berkualiti serta bebas daripada penggunaan bahan kimia atau nutrien tambahan meskipun menggunakan bahan yang lebih murah di pasaran. Penggunaan baja organik daripada bahan buangan ternakan ikan menjadikan hasil tanaman cantik dan optimum tanpa perlu kerap memantau tahap ammonia dalam takungan dan penjagaan yang rapi. iv. Medium Terapi Minda Guru dan Murid ILA AquaHydro Kitseterusnya akan menjadi medium terapi minda untuk mengurangkan tekanan kerja dan juga belajar. Menurut Dr. Shoshana Bennett, Pakar Psikologi Klinikal di 4.2 IMPAK PROJEK DAN PEMBUKTIAN
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SDPB HyperLoop 14 BUKU PROJEK Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit dalam artikel HelloDoktor ‘Selain Ubat, Ini Cara Lain Berkesan Merawat Masalah Depresi dan Kegelisahan!’ di pautan https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/kesihatan-mentallain/rawatan-kemurungan-selain-ubat/, beliau menekankan bahawa mereka yang mempunyai masalah kemurungan, digalakkan untuk melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan minat dan keupayaan masing-masing untuk membantu menguruskan emosi secara lebih baik seperti bercucuk tanam 4.2.2 Faedah Sampingan Luar Jangka (Impak Projek) i. Peningkatan Pencapaian Murid melalui Kolaboratif Projek kolaboratif bersama PPKI lain dan juga komuniti setempat iaitu masyarakat taman dan Kelab Rukun Tetangga (KRT), murid OKU di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), ahli Rakan Taman Kebun Komuniti (KEBUNITI) dan murid arus perdana. Melalui projek ini, MBPK akan membina pengetahuan dan kemahiran konsultasi ketika membuat demonstrasi pemasangan dan penggunaan set ILA AquaHydro Kit. ii. Penambahan Permintaan Pengguna Melalui penempatan set uji lari di PPKI atau komunti luar, permintaan bagi pembelian set ILA AquaHydro Kit adalah amat menggalakkan. Seterusnya akan menambahkan pendapatan. iii. Penerapan BBM PPKI ke dalam PdPC Arus Perdana Menepati ciri BBM yang berkualiti, ILA AquaHydro Kit telah digunakan sebagai BBM guru arus perdana bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 2 untuk tajuk Reka Bentuk Sistem Akuaponik. Kit ini dapat membantu murid-murid arus perdana untuk mendapat TP6 dalam PBD topik tersebut. Ini kerana reka bentuk ILA AquaHydro Kit akan menjadi contoh ataupun petunjuk prestasi utama murid dalam menghasilkan model reka bentuk sistem akuaponik yang lain. (Lampiran 12) vi. Menyokong Agenda Kelestarian Alam Sekitar Media tanaman yang lebih lestari telah digunakan iaitu tempurung biji kelapa sawit dalam menggantikan hidroton yang lebih mahal kosnya. Kit ini dapat membuahkan hasil pertanian dan akuakultur yang berkualiti meskipun menggunakan bahan yang lebih murah di pasaran.
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SDPB HyperLoop 15 BUKU PROJEK Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit Melalui demonstrasi uji lari yang telah dijalankan di beberapa PPKI lain, idea dan sistem ILA AquaHydro Kit adalah releven dan mempunyai tahap kebolehpercayaan kefungsian yang tinggi untuk diaplikasikan sebagai BBM yang baik. Ini dibuktikan dengan terdapatnya permintaan dari luar dan SDPB HyperLoop bersedia untuk membekalkannya. Dari segi kefungsian sistem, ILA AquaHydro Kit sangat berpotensi untuk diperluaskan kepada semua warga sekolah khususnya warga PPKI mahupun PdPC murid arus perdana kerana ianya menggabungkan teknik penanaman, akuakultur serta kemahiran penggunaan dan penyelenggaraan alatan tangan dan mesin mudah alih sewaktu proses membina model ILA AquaHydro Kit. Dari segi teknologi, ILA AquaHydro Kit dalam proses penambahbaikan kepada penggunaan sumber tenaga boleh baharu (tenaga solar) bagi menggerakkan water pump dan juga penggunaan pemasa (timer) untuk mengawal atur tempoh pemberian makanan ikan secara automatik. Sebanyak 5 unit set BBM ILA AquaHydro Kit telah berjaya dikeluarkan dan diuji lari di beberapa PPKI dan PDK lain. Sambutan serta permintaan adalah sangat positif dan menggalakkan. Kit ini boleh diketengahkan sebagai salah satu BBM PPKI yang boleh dipromosikan secara meluas di dalam membuat jaringan di antara PPKI sekolah lain ataupun kolaboratif bersama guru arus perdana di sekolah yang sama. Program jalinan bersama agensi luar juga boleh dijalankan. Kaedah penjualan secara atas talian membolehkan ILA AquaHydro Kit dipasarkan ke seluruh negara menggunakan pelantar e-dagang seperti Shopee, Lazada, TikTok dan sebagainya. Kini, SDPB HyperLoop dalam usaha untuk menambah baik ILA AquaHydro Kit dengan idea penggunaan serat daun nanas (bahan organik menggantikan medium hidroponik span net pot dan seterusnya penambahan arang aktif daun nanas dalam sistem penapisan air sudah semestinya menjadikan ILA AquaHydro Kit lebih mesra alam dan lestari. 5.1 TAHAP KETERSEDIAAN TEKNOLOGI / SISTEM/ PROSES 5.0 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI 5.2 TAHAP REPLIKASI ATAU PENGKOMERSIALAN
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SDPB HyperLoop 16 BUKU PROJEK Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit Rujukan: 1. Akta 685, Akta Orang Kurang Upaya 2008. 2. Aiyeleso, M.M. (2016). Blindness is non-barrier to employability in Nigeria. Academic Journal of Interdisciplinary Studies, 5(3), 135-139. 3. Bricker , D. , Bricker , D. , Pretti-Frontczak , K. , Johnson , J. , Straka , E. , Capt , B. , Slentz , K. and Waddell , M. , eds (2002). The assessment, evaluation, programming system (AEPS) , Baltimore, MD : Brookes 4. Bell, Bradford S dan Klein, Katherine J (2001). Effect of disability, gender and job level on rating job applicants. Rehabilitation Psychology 46(3):229-246 5. Bennett, S. P. I (2015). Beyond the Blues: Understanding and Treating Prenatal and Postpartum Depression and Anxiety. Untreed Reads Publishing 6. Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che Omar. (2018). Masalah Pengajaran Guru Dalam Program Pendidikan Inklusif Di Sekolah. Asian People Journal (APJ). eISSN : 2600-8971 Volume 1, Issue 2 (2018), PP 243-263. 7. Zalizan Mohd Jelas (2009). Pendidikan Inklusif dan Murid Berkeperluan Khas. UKM : Bangi. BIBLIOGRAFI
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SDPB HyperLoop 17 BUKU PROJEK Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydro Kit Jadual Tajuk Muka Surat 1 Item Projek 9 2 Bahan Projek 9 3 Carta Gantt Projek 13 Rajah Tajuk Muka Surat 1 Pelan Tindakan Penyelesaian 9 2 Model ILA AquaHydro Kit 13 BBM Bahan Bantu Mengajar DSKP Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran DPN3 Dasar Pertanian Negara Ketiga EFA Education for All ILA Independent Living Agriculture KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar KIK Kumpulan Inovatif dan Kreatif KPM Kementerian Pendidikan Malaysia KSSM Kurikulum Standard Sekolah Menengah KRT Kawasan Rukun Tetangga KEBUNITI Kebun Komuniti MBPK Murid Berkeperluan Pendidikan Khas OKU Orang Kelainan Upaya PBL Project Based Learning PDPC Pengajaran Dan Pemudahcaraan PDK Pusat Pemulihan Dalam Komuniti PPD Pejabat Pendidikan Daerah PPKI Program Pendidikan Khas Integrasi SPSS Statistical Package of Sosial Science SDG Sustainable Development Goal SLT Senior Leader Team SMKDPB Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat UNESCO United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI AKRONIM
KANDUNGAN01 PENDAHULUAN 02 UCAPAN PENGHARGAAN 03 PENGENALAN PROJEK 04 OBJEKTIF MODUL 05 06 07 08 09 KOMPONEN UTAMA ILA AQUAHYDROKITREKA BENTUK SISTEM ILA AQUAHYDROKITMANUAL PEMASANGAN SET ILA AQUAHYDROKITJADUAL KERJA DAN SENARAI SEMAK ANALISIS PENGUJIAN MODUL 10 POTRET INSPIRASI
PENDAHULUANModul pendidikan Independent Living Agriculture (ILA) AquaHydroini direkauntukmenyediakan pengalaman pembelajaran yang menggabungkanakuakultur(penternakan ikan) dan hidroponik(penanaman tumbuhan tanpatanah)dalamkalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Modul ini jugamenekankanpengalaman praktikal di mana MBK dapat mengambil bahagian secaraaktifdalampersediaan, penyemaian, pemantauan dan penyelenggaraan sistemakuaponikdenganberpandukan modul. Dengan menyepadukan kedua-dua elemenini, akuaponikmenawarkan cara yang mampan dan mudah diakses untuk muridbekeperluankhas(MBPK) menerokai dunia pertanian yang menarik. Kandungan modul ini dipersembahkan dalam pelbagai bentuk persembahanteksbesertailustari yang mampu menarik minat Murid Berkeperluan Khas (MBPK) mempelajari sesuatukemahiran praktikal dan membangunkan pengetahuan serta mengaplikasikannyadalamkehidupan seharian. Ia bertujuan untuk memperkasakan mereka, memberikanrasapencapaian, dan menggalakkan keterangkuman dalam bidang pendidikan. Modul ini jugadisertakan dengan ikon yang dapat membantu murid mengenalpasti aspekyangdinyatakan. Ikon tersebut adalah seperti berikut: Maklumat tambahan mengenai perkara yang berkaitandenganINFO TAMBAHAN topik. NOTA TENAGA PENGAJAR Cadangan pelaksanaan pengajaran dan pemudahcaraanuntuktenaga pengajar. Peringatan aspek keselamatan kepada parapelajardanASPEK KESELAMATAN CABAR MINDA pemantauan perlu dilakukan oleh tenaga pengajar. Soalan yang berkaitan dengan topik dan boleh diajukankepadapara pelajar. TEK. MAKLUMAT Pautan laman sesawang atau kata kunci untuk mencari maklumatRingkasnya, penghasilan modul ini diharapkan dapat membantu para pelajar khususnyaMurid Berkeperluan Khas menguasai kemahiran dan pengetahuan yang terkandungdalammodul ini disamping melahirkan murid yang membudayakan pemikiran kritis, kreatifdaninovatif dan bersedia menyahut cabaran sebagaimana yang dihasratkan olehnegara.
UCAPANPENGHARGAANAssalamualaikum warahmatullahiwabarakatuhdanSalamSejahtera Pendidikan Khas merupakan programyang tidakasingyangkitadengari dalam bidang pendidikan pada masakini. Sebagaisebahagian daripada masyarakat, kita perlulahmemainkanperanan lebih berkesan dan memberi perhatiankhususdalammembantu Murid Berkeperluan Pendidikan Khas(MBPK)iniagarmereka tidak tercicir dalam arus pembangunannegara. Matlamat ini dapat direalisasikan sekiranyamendapatsokongan dan komitmen semua pihak. ENCIK MOHAMAD AKMAL B KHALID PENOLONG PEGAWAI (PENDIDIKAN KHAS) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkanribuanterimakasih dan syabas kepada semua pihak yangterlibatsecaralangsung atau tidak dalam menghasilkan modul ini. Penghasilanmodul komprehensif ini adalah salah satu usahayangsangatbaik untuk memberi tumpuan kepada pembangunanmodalinsansupaya usaha melahirkan generasi yang berfikirankreatifdaninovatif tercapai. MBPK yang terlibat dalampengujianmodulinidiharapkan dapat meningkatkan ilmu kemahiransupayamerekaboleh menimba pengalaman dan pengetahuanuntukmeneruskan kehidupan yang lebih bermaknadanlebihberdikaridalam menjalani aktiviti harian yang mendatang. Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi menjadi saksi bahawaMurid Berkeperluan Khas berusaha untuk mengembangpotensidiri mereka ke arah lebih baik. Tahniah diucapkankepadaPPKI SMK Dato’ Penggawa Barat Pontian atas kegigihandankesungguhan yang dicurahkan dengan ikhlas demi membantuadik-adik istimewa ini. Harapan saya agar kita sama-sama bergeraksederapdansenada dalam membentuk Murid BerkeperluanPendidikanKhasyang boleh menghadapi cabaran masa danmengembangkanpotensi diri mereka. Sekian, terima kasih.
PENGENALANPROJEKINDEPENDENT LIVING AGRIC U LT U RE (ILA ) AQU AH Y DR OKITmerupakansatu projek penghasilan modul yang memberikan pendedahanpendidikanberkaitan kaedah pertanian yang menggabungkan akuakultur (penternakanikan) dengan hidroponik (penanaman tumbuhan tanpa tanah) kepadagolongan murid berkeperlua pendidikan khas (MBPK). Pendekatan modul ini dilaksanakan bertujuan memupuk kemahiran interpersonal dan membantu MBPK ke arah hidup "survival" bagi meningkatkanmodal insanmereka. Modul pendidikan ini juga menawarkan pengalaman pembelajaranyanginklusif dan menarik. Pembelajaran inklusif dapat didefinisikan sebagai suatupenyertaan yang merangkumi bukan sahaja murid tipikal tetapi jugamuridberkeperluan khas dalam sesuatu komuniti sekolah. Dengan menangani pelbagai kebolehan dan menyediakan penyesuaian yang sesuai, modul ini memperkasakan pelajar untuk menerokai dunia penanaman gabunganantaraakuaponik dan hidroponik, membangunkan kemahiran praktikal, danmemupukpemahaman yang lebih mendalam tentang kemampanan dan pengeluaranmakanan. Secara keseluruhannya, matlamat modul ini dibuat adalah untuk melahirkanMBKyang berkemahiran dan produktif. Penekanan juga diberikan kepadapengamalanbudaya kerja yang baik dan selamat serta penerapan ciri-ciri keusahawananasassupaya murid bekeperluan khas ini juga berupaya menjadi penyumbangtenagakerja dalam bidang pertanian. Galakan kerja berpasukan jugaditerapkanmemandangkan untuk membina satu set sistem Aqua-Hydro memerlukankerjasama yang erat. Impak yang diperoleh akan membolehkan merekabelajarcara bekerjasama, meningkatkan interaksi sosial, dan berkomunikasi denganberkesan serta menyokong antara satu sama lain untuk mencapai matlamatbersama. Semoga dengan penghasilan modul ini, kita akan melihat perubahandanpeningkatan MBPK ini dari satu liabiliti menjadi satu aset yang pentingdanberguna kepada negara di mana mereka boleh menjadi modal insan yang cemerlang satu hari nanti. "PERTANIANADALAHPERNIAGAAN"01
MODUL PENDIDIKAN: INDEPENDENT LIVING AGR ICULTURE(ILA) KITMEMPERKASAKAN MURID BERKEPERLUAN KHASSelamat datang ke modul pendidikan Independent Living Agriculture (ILA) yangdirekakhasuntuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang komprehensif daninklusifuntukMurid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Modul pendidikan ini dibinabertujuanuntuk memupuk penglibatan, berdikari, dan pembangunan kemahirandisampingmengukuhkan pelbagai keperluan dan kebolehan golongan ini. Terdapat duabahagianyang akan diperincikan dalam modul ini antaranya: BAHAGIAN 1: MEMAHAMI ILA AQUAHYDRO KIT SECARARINGKAS1.1 PENGENALAN KEPADA MODUL ILA AQUAHYDRO KIT Dalam bahagian ini, pelajar akan mempelajari asas-asas gabunganakuaponikdanhidroponik, meneroka hubungan simbiotik antara ikan dan tumbuhan. Melalui bahanyangboleh diakses dan menarik seperti alat bantu visual, teks ringkas dan peneranganaudio,pelajar akan memahami konsep teras dan faedah ekosistemmelibatkangabungankedua-dua sistem. 1.2 KOMPONEN DAN FUNGSI Pelajar akan mendalami pelbagai komponen sistem akuaponik, termasuk tangki ikan, pamair, media tanaman dan sistem penapisan. Penjelasan dan tunjuk cara yangjelasdisertakanmelalui gambar rajah bagi membolehkan pelajar memahami tujuan danfungsi setiapkomponen. BAHAGIAN 2: APLIKASI AMALI DAN PEMBANGUNANKEMAHIRAN2.1 PERANCANGAN DAN REKA BENTUK: Pelajar akan dibimbing melalui proses merancang dan mereka bentuk sistemAquaHydromereka sendiri. Aktiviti hands-on ini akan menggalakkan pemikiran kritis, penyelesaianmasalah dan kerjasama antara pasukan. Penjelasan menggunakan visual bergambarditerapkan dalam modul ini bagi memberi pendedahan cara merancangdanmerekabentuksesuatu sistem yang dirangka. 2.2 PERSEDIAAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM: Bahagian ini akan merangkumi arahan langkah demi langkah untuk menyediakandanmenyelenggara sistem akuaponik. Pelajar akan mempunyai peluang untukmelibatkandiridalam tugas dunia sebenar seperti memberi makan ikan, menyemai danmenanambenihtanaman. Panduan visual, arahan ringkas akan memastikan penyertaanaktifdalampenghasilan sistem ILA AquaHydro di kalangan pelajar kurang upaya. 02
OBJEKTIFMODULObjektif merupakan pernyataan yang ingin dicapai dalamsesuatu projek. Pernyataanobjektif mestilah jelas dan tepat serta mempunyai ciri-ciri S.M.A.R.T iaitu Specific(spesifik),Measurable (boleh diukur), Achievable (boleh dicapai), Realistic (realistik) danTimebound(mempunyai tempoh masa tertentu). Antara objektif pelaksanaan modul ini adalahsepertiberikut: Menguasai secara teoridanaplikasi kemahiranasas pertanian Meningkatkan minat dan kecenderungan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) terhadap bidang pertanian dan penternakan moden Terapeutikcarakerjabagi menyemai sifatberdikari MuridBerkeperluan(MBPK)PendidikanKhasuntukmasahadapanmelaluimodulyang diperkenalkan. Meningkatkan Menerapkan slogankemahiran dan keterampilan positif agar pelajar boleh berdikari ‘Pertanian AdalahPerniagaan’ sebagai aspirasi kepadaMurid BerkeperluanPendidikan Khas (MBPK) 03
SISTEM PAM AIR DAN PENAPISANPam Air Digunakan untuk memindahkan air daripada tangki ikankebekastanaman secara menegak. Pemilihan pam mengikut kesesuaian saiz tangki danbekastanaman Penapis Penapis dapat menyingkirkan pepejal (penapisanmekanikal)danpenukaran arah air (penapisan biologi). Diperlukan agar kualiti air menjadi bersih dan jernih. Penapisjugadigunakan bagi mengelakkan pam daripada tersumbat NOTA TENAGA PENGAJAR Bimbing pelajar untuk mengenalpasti komponenutamadanfungsinya yang diperlukan untuk membina sistemAquaHydro. 06
Reka bentuk yang disediakan adalah gambaran projek sahaja. Pihaksekolahboleh merangka bentuk set ILA AquaHydro Kit mengikut perancangandankreativiti masing-masing. 07REKA BENTUKSISTEMILA AQUAHYDROKIT
MANUALPEMASANGANILAAQUAHYDROKITRUJUK GAMBARAJAH LENGKAP ILAAQUAHYDROKIT
MANUAL PEMASANGANSediakan alatan seperti pemotong paip beroda, mesin gerudi tangan dan set ‘hole saw’ 1 Sediakan komponen utama dan bahan yang hendak digunakan seperti paip pVC, glu PVC dan bahan penyambung yang bersesuaian. 2 Pertamanya, lakukan kerja-kerja mengukur, menanda, memotong dan membentuk set ILA AquaHydro Kit dengan menggunakan peralatan yang bersesuaian. 3 Gunakan cermin mata keselamatan atau gogal untuk melindungi mata09daripada percikan, semburan atau serpihan pemotongan paip. ASPEK KESELAMATAN
MANUAL PEMASANGANKemudian, cantumkan rak dengan skru yang telah disediakan sehingga membentuk kerangka dengan menggunakan mesin gerudi tangan. 4 Letakkan basin growded ke atas rak yang telah dirangka. 5 Pasang sistem paip AquaHydro dan letakkan netpot pada lubang-lubang penanaman. 6 10Gunakan peralatan yang sesuai dan berhati-hati semasa menggunakanalatan untuk mengelakkan berlaku kemalangan atau kecuaianyangtidak dijangka ASPEK KESELAMATAN
JENIS SAYURAN YANG BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI MEDIUMTANAMANTANAMAN (SAYUR DAUN) JANGKA MASA TANAMAN KEKERAPANSETAHUNKangkung Bayam 4 minggu 4 minggu 4 minggu 4 minggu 3 bulan 88Sawi 8Kailan 8Timun 3 Bendi 4 bulan 3 bulan 2.5Kacang Buncis 3 Kacang Panjang Petola 3 bulan 3 4 bulan 6 bulan 2.5Cili / Terung 2 NOTA TENAGA PENGAJAR Jangka masa tanaman adalah selepas pindah anak benih, bukan dari tempohawal semaian. 13
DUA CARA SEMAIAN BIJI BENIH 1. SEMAI TERUS KE MEDIA HIDROPONIK Hanya sesuai sayuran daun Letakkan media dan masukkan 2- 3 biji benih di setiap pot/spanBiji benih yang bercambah dibiarkan dan hanya anak benih yangterbaikTinggalkan 1-2 pokok yang paling sihat di setiap pot (bergantungpadasaiz jenis tanaman) selepas 2-4 helai daun 2. SEMAI DAN ALIH Sesuai untuk sayuran buah seperti cili, terung. Gunakan tray semaian. Letakkan media seperti peat moss danmasukkan1 biji benih di setiap pot Biji benih yang bercambah dan mencapai 3-4 helai daun dipindahkankebekas takung hidroponik Bagi keratan batang atau anak benih sayur daun (span dipotongseparuhdan dikepitkan anak benih). TEK. MAKLUMAT Bahan bacaan mengenai sistem akuaponik yang dijalankandi sekolah. INFO TAMBAHAN Cara mengenalpasti akar pokok yang sihat Akar sihat – berbau segar, berwarna putih dan akar menjala hingga keluar pasuAkar mati- kelihatan membusuk, berwarna hitam dan akar tidak menjalar keluarpasu 14
JADUAL KERJA SET AQUAHYDROPenyediaan sistem pemasangan set ILA AquaHydro Kit memerlukan perancanganyang teliti, pelaksanaan yang tepat dan pematuhan kepada jadual kerjayangtersusun dengan baik. Modul ini menyediakan senarai semak dan jadual kerjayangkomprehensif untuk membimbing pelajar melalui proses memasang set sistemdenganjayanya. Dengan mengikuti panduan ini, pelajar boleh memastikan pemasanganyangdilakukan cekap dan menghasilkan hasil yang optimum. JADUAL KERJA SET ILA AQUAHYDROTugasan Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu4Perangkaan & penyediaan sistem Penyemaian biji benih dan ikan Pemantauan sistem Penuaian hasil tanaman dan ternakan Penyelenggaraan sistem Penuaian dan penanaman semula selepas minggu ke-4 hasil tanaman selesai dituai FASA PERANGKAAN SET ILA AQUAHYDROHARI MASA BUTIRAN KERJA TINDAKANCATATANPemilihan lokasi yang sesuai untuk penempatan sistem AquaHydro Menyediakan tangki ikan, media tanaman dan sistem penapisan serta perpaipan. FASA PENYEDIAAN ANAK BENIHBeli atau sediakan anak benih yang diperlukan untuk ditanam. Mulakan benih dalam dulang percambahan atau pasu kecil, mengikut mana yang berkenaan. Memastikan pencahayaan dan suhu yang mencukupi untuk pertumbuhan anak benih. 15
FASA PENANAMAN HARI MASA BUTIRAN KERJA TINDAKANCATATANMemindahkan anak benih ke sistem yang direka bentuk. Meletakkan anak benih ke dalam netpot yang disediakan. Memastikan jarak yang betul antara tumbuhan untuk membolehkan pertumbuhan berlaku. FASA PENYELENGGARAAN SISTEMMemeriksa paras air dalam tangki ikan dan tambah nilai jika perlu. Memberi makan ikan mengikut keperluan pemakanan mereka (2 kali sehari digalakkan). Memeriksa tumbuhan untuk mengesan perosak, penyakit, dan kekurangan nutrien. Memeriksa dan menyelenggara semua komponen sistem AquaHydro untuk memastikan aliran air berjalan lancar. FASA PENUAIAN DAN PENANAMAN SEMULAMulakan menuai tumbuhan matang, mengikut kitaran pertumbuhan. Buang mana-mana tumbuhan yang telah mati dan gantikan dengan anak benih baru NOTA TENAGA PENGAJAR Perlu diingat bahawa jadual kerja mungkin sedikit berbeza-beza berdasarkansaizsistemyang dirangka, jenis ikan dan tumbuhan yang ditanam, serta keadaanpersekitaransetempat. Pemantauan, pemerhatian dan pelarasan tetap adalah penting untukmemastikanproduktiviti tanaman dan sistem yang dibina dalam keadaan baik dan tersusun. CABAR MINDA Apakah komponen atau elemen utama yang diperlukan untuk sistemAquaHydroyangberjaya? 16
SENARAI SEMAK PENGUASAAN MURID TERHADAPKEMAHIRANMENGGUNAKAN SET ILA AQUAHYDROTAHAP PENGUASAANBIL KOMPONEN KEMAHIRAN CATATAN1 Memeriksa sambungan sistem paip Memeriksa kedudukan setiap netpot berada dalam keadaan baik 2 Memastikan penutup jaring ternakan ikan dipasang kemas 3 4 5 Menyelenggara sistem paip & lubang-lubang tanaman jika ada kotoran dan tersumbat Menyelenggara dan membersihkan water motor pump dari kotoran Memeriksa dan membersihkan water siphon dari kotoran & sisa media tanaman 6 Memberi makanan kepada ternakan ikan dua kali sehari mengikut sukatan 7 Memastikan anak pokok menerima air dan nutrisi secukupnya dan hidup subur 8 Membasmi serangan serangga perosak jika ada pada tanaman 9 Mengutip dan memungut hasil tanaman yang matang seterusnya boleh dijual 10 **Tahap penguasaan pelajar boleh dikategorikan kepada (1) Tidak Memuaskan, (2)KurangMemuaskan, (3) Memuaskan, (4) Baik, (5) Cemerlang NOTA TENAGA PENGAJAR Pemantauan guru atau tenaga pengajar amatlah diperlukan bagi memastikanjadualkerja yang disenaraikan mencapai objektif. Setiap komponen kemahiran boleh diubah suai berdasarkan keadaancuacadanpersekitaran lokasi tanaman. TEK. MAKLUMAT Bahan bacaan mengenai sistem akuaponik dan hidroponik 17
SOALAN PENGUKUHAN ?Jawab semua soalan di bawah Apakah langkah keselamatan yang akan anda ambil semasamengendalikan sistem AquaHydro? 1 Bolehkah anda namakan beberapa spesies ikan biasa yangsesuai untuksistem ini? 2 3 4 5 Bagaimanakah tumbuhan dipelihara dalam sistemAquaHydroini?Apakahsumber nutrien mereka? Apakah peralatan yang digunakan untuk memindahkan air daripadatangki ikan ke bekas tanaman? Apakah tahap kebiasaan anda dengan sistemakuaponikataupunhidroponik? 6 7 Senaraikan komponen utama dalam sistem AquaHydro. Berapakah jangka masa tanaman untuk kangkung? Terdapat dua jenis paip yang diperlukan untuk menghasilkan sistemAqua-Hydro. Nyatakan. 8 9 Apakah peralatan yang digunakan untuk memotong paip? Meletakkan anak benih ke dalam netpot yang disediakan merupakansalah satu jadual kerja AquaHydro. Apakah fasa tersebut? 10 NOTA TENAGA PENGAJAR Bimbingan guru atau tenaga pengajar amatlah diperlukan bagi memastikanparapelajar dapat menguasai bahagian soalan berikut. Guru/tenaga pengajar boleh mengubah suai tugasan untuk disesuaikandengankeperluan pelajar yang mempunyai ketidakupayaan yang berbeza. 18
HUBUNGI KAMI Sebarang bentuk kolaboratif ataupun pendedahan kemahiranbolehhubungitalian yang tertera: 012-7581231 (Cikgu Amin) 0136330990 (Cikgu Ehsan) PPKI SMK Dato Penggawa Barat https://www.facebook.com/sdpbaquariaandagrofarm
Lampiran 1
Lampiran 2