The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi Projek Inovasi NAT 2023 PELAJAR (1)-1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HAFIAH BINTI ISMAIL (IPGM-PULAUPINANG), 2023-12-14 19:12:26

Kompilasi Projek Inovasi NAT 2023 PELAJAR (1)-1

Kompilasi Projek Inovasi NAT 2023 PELAJAR (1)-1

Jadual 3 Taburan Kekerapan dan Peratus Tinjauan Pandangan Murid Terhadap Buku Cerita Digital Item Soalan Selidik Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju 1 Buku cerita digital ini dapat meningkatkan penguasaan saya dalam kemahiran sebutan bahasa baku 21 (42%) 29 (58%) 2 Buku cerita digital ini dapat berfungsi sebagai bahan bantu belajar kepada saya dalam proses pembelajaran bahasa baku 2 (4%) 22 (44%) 26 (52%) 3 Buku cerita digital ini membolehkan saya lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran saya sendiri 1 (2%) 27 (54%) 22 (44%) 4 Buku cerita digital ini berjaya diintegrasikan dengan elemenelemen teks, grafik dan animasi yang menarik, jitu serta terperinci 23 (46%) 27 (54%) 5 Saya amat tertarik dengan buku cerita digital ini dalam mempelajari sebutan baku 26 (52%) 24 (48%) 6 Buku cerita digital ini dapat merangsang minat saya dalam mempelajari sebutan bahasa baku 1 (2%) 27 (54%) 22 (44^) 7 Buku cerita digital ini sesuai untuk murid-murid yang mempunyai kecerdasan pelbagai (Visual-Ruang, Kinestetik, Muzik) 22 (44%) 28 (56%) Jadual 3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus tinjauan pandangan murid terhadap penggunaan buku cerita digital. Item 1, sebanyak 42% setuju dan 58% sangat setuju. Item 2, jumlah peratusan untuk setuju ialah 44% dan peratusan untuk sangat setuju ialah 52%. Seterusnya, Item 3 pula mempunyai 54% setuju manakala 44% sangat setuju. Item 4, sebanyak 46% setuju dan 54% sangat setuju. Item 5 pula mempunyai sebanyak 52% untuk setuju dan 48% untuk sangat setuju. Item 6 mempunyai 54% setuju dan 44% sangat setuju. Akhir sekali, Item 7 mempunyai peratusan sebanyak 44% setuju dan 56% sangat setuju.


6.0 Rumusan dan Cadangan Kajian Selanjutnya Secara keseluruhannya, produk inovasi “Arena Sebutan Baku” yang kami hasilkan merupakan satu bahan bantu belajar yang dapat mendatangkan kemaslahatan kepada murid-murid terutamanya pada waktu pandemik Covid-19 ini. Buku cerita digital yang dihasilkan ini bukan sahaja membolehkan murid-murid menguasai kemahiran sebutan baku bahasa Melayu di samping dapat menyemai minat membaca dalam jiwa murid-murid. Selain itu, produk inovasi ini mengandungi bahan-bahan multimedia iaitu audio, bahan grafik dan animasi yang amat sesuai dengan murid-murid yang mempunyai kecerdasan pelbagai (visual-ruang, kinestetik, muzik). Tambahan pula, produk inovasi yang dihasilkan ini juga selaras dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Sekolah Rendah khususnya dari segi kemahiran mendengar dan bertutur. Di samping itu, penghasilan produk inovasi ini tidak memerlukan sebarang kos daripada kami. Maka, tidak dapat dinafikan bahawa produk inovasi “Arena Sebutan Baku” yang kami hasilkan mampu mewujudkan proses pembelajaran yang efektif kepada murid-murid yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan penguasaan sebutan baku bahasa Melayu dalam kalangan muridmurid. Rujukan Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1, 1-12. Diperoleh pada Mac 31, 2021 daripada https://core.ac.uk/download/pdf/11491577.pdf Azman Wan Chik. (1987). Kesilapan penggunaan bahasa Malaysia oleh muridmurid Melayu: Satu kajian. In: Abdullah Hassan, Hasmah Ibrahim dan Mashudi Kader (eds) Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Noor Rohana Mansor. 2009. Soalan dan penyoalan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Rosmani Omar, & Siti Ezaleila Mustafa. (2017). Buku digital interaktif kanak-kanak di Malaysia: platform untuk penerbit mengupayakan pembangunan kandungan kreatif negara. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(6), 183- 201. Diperoleh pada Mac 31, 2021 daripada http://www.mycite.my/en/files/article/124084 Salinah Jaafar. (2015). Penggunaan bahasa ibunda secara inklusif dalam pendidikan dengan rujukan kepada Bahasa Melayu. Seminar Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa, Kelantan.


PENGGUNAAN SLAID INTERAKTIF “TO THE POINT” DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN DAN MINAT MURID TERHADAP TAJUK DARAB PERPULUHAN DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK TAHUN 5 Wan Nur Alia Wan Ismail1 ; Nur Syazana Mohd Helmi2 ; Yeo Yi Wei3 ; Yap Zhen Yi4 ; Norliza Mohamed5 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1,2,3,4,5 Email: 1 [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan minat murid terhadap tajuk Darab Perpuluhan di kalangan murid Tahun 5 menggunakan slaid interaktif yang telah dibangunkan dan diberi nama “To The Point”. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dengan menjalankan Pra-ujian dan Pasca-ujian. Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada murid-murid Tahun 5 SK Seri Indah terlibat dalam kajian ini. Dapatan data telah dianalisis secara manual dan menunjukkan slaid interaktif ini mampu meningkatkan pemahaman dan minat murid dalam mempelajari tajuk Darab Perpuluhan. Kata kunci: slaid interaktif, darab perpuluhan, sekolah rendah 1.0 Pendahuluan 1.1 Pengenalan Pendidikan melalui perubahan selaras dengan perubahan dunia. Pada masa kini, teknologi telah mengambil alih pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan. Malaysia juga tidak terkecuali daripada melalui perubahan dan mengimplementasi teknologi dalam pendidikan. Banyak sekolah di Malaysia telah dinaik taraf menjadi sekolah digital di mana pelbagai teknologi seperti papan putih interaktif telah digunakan di dalam kelas. Perubahan ini bukan sahaja mempengaruhi infrastruktur di sekolah malah pemudah cara dan pendidik yang menyampaikan ilmu di dalam kelas. Guru-guru di sekolah juga perlu mengadaptasi perubahan ini dan mempelbagaikan kaedah pengajaran yang berbantukan teknologi seperti projektor dan komputer. Selain daripada penggunaan gajet dan perisian teknologi, pembelajaran abad ke-21 (PAK21) adalah lebih kepada strategi berpusatkan murid dan kemahiran berfikiran aras tinggi (Mantihal & Maat, 2020). Menurut Yahaya, Hanafiah, Zakaria, Osman dan Bahrin (2019), kurikulum pendidikan perlu sentiasa mengikut peredaran zaman untuk memastikan murid bukan sahaja dibekalkan dengan ilmu pengetahuan tetapi juga kemahiran untuk menghadapi era globalisasi abad ke-21. Dengan ini, guru-guru perlu menguasai kefahaman tentang PAK-21 supaya dapat mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) untuk memanfaatkan pembelajaran anak murid kita. Bagi merealisasikan hasrat PAK-21, guru perlu menerapkan elemen 6C pada PdPc. Konsep 6C menekankan enam konstruk, iaitu komunikasi, kolaboratif,


pemikiran kritis, kreativiti, sahsiah dan kewarganegaraan (Yusof, Shaffie & Md-Ali, 2021). 1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Menurut DeWindt-King, A. M., dan Goldin, G. A. (2003) dalam Kalairajan dan Daud (2020), perpuluhan dan operasi yang melibatkan perpuluhan merupakan topik yang murid berasa sukar serta menghadapi masalah konsep. Salah satu faktornya adalah kebanyakan murid mempunyai kekangan untuk menghafal sifir matematik. Kemudian, murid akan keliru dengan langkah menambah selepas membuat pendaraban. Begitu juga dengan nombor perpuluhan darab dengan 10, 100 dan 1000, murid tidak memahami dan mengingati pengiraan menggerakkan titik perpuluhan ke kanan. 1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bertujuan membuat transformasi secara besar-besaran terhadap sistem pendidikan negara untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara kita (Hassan & Musa, 2020). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), terdapat 11 anjakan untuk transformasi sistem, dan anjakan ketujuh yang difokuskan adalah memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Justeru, anjakan tersebut menyediakan murid-murid dengan pelbagai kemahiran untuk mengakses komputer bagi memudahkan pendekatan e-pembelajaran (Yusof & Hassan, 2021). Merujuk kepada 7 teras utama yang ditumpukan oleh KPM, dua teras utama yang ditekankan adalah seperti isu keciciran pembelajaran dan meningkatkan pendidikan digital. Bagi isu keciciran pembelajaran, masalah literasi dan numerasi akan diberi keutamaan untuk merapatkan jurang dalam pendidikan negara supaya murid-murid dapat mengikuti pembelajaran kita (Ismail, 2022). Bagi hasrat meningkatkan pendidikan digital pula, pihak KPM akan berusaha untuk bekerjasama dengan agensi pusat untuk meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah (Malik, 2022). 2.0 Fokus Kajian 2.1 Pengenalan Kajian ini bermula dengan mengedarkan ujian diagnostik kepada murid Tahun 5 untuk mengenal pasti responden kajian yang terlibat. Seterusnya, Pra-ujian dijalankan kepada peserta kajian bagi mengumpul maklumat mengenai tahap penguasaan mereka. Pengkaji akan menjalankan intervensi dengan menggunakan slaid interaktif bertema ‘Among Us’ kepada peserta kajian. Penggunaan slaid interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) disokong oleh pernyataan Shaharuddin & Akhmal (2011) bahawa murid lebih mudah untuk menguasai dengan menggunakan komputer dan program multimedia seperti permainan video dan komponenkomponen bahan pembelajaran yang menepati gaya kehidupan mereka pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, murid seharusnya diberi peluang untuk meneroka bahan pembelajaran secara individu dengan bebas.


Penghasilan slaid interaktif ini telah pun melibatkan prinsip CASPER. Hal ini agar penampilan bahan yang dihasilkan adalah lebih berkualiti (Abdul et. al, 2019).Kaedah pembelajaran berpusatkan bahan melibatkan audio-visual seperti penggunaan slaid interaktif membolehkan guru menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, menarik dan berkesan (Huba & Freed dalam Syamsulaini & Mashitoh, 2016). Hal ini kerana pergerakan imej dapat menghasilkan imej realistik yang berfungsi untuk merangsang kognitif pelajar.Selain itu, terdapat juga penggunaan audio seperti muzik latar dan suara latar yang mengiringi persembahan video tersebut bagi membantu pelajar dalam memahami penyampaian maklumat dengan lebih berkesan. Hal ini bertepatan dengan pendapat Faridah (dalam Vespanathan, 2015) bahawa jika teks isi pelajaran yang panjang lebar dapat diringkaskan atau dipersembahkan dalam bentuk grafik, video, audio atau animasi, maka dengan gabungan grafik, animasi, warna, teks dan bunyian melahirkan persembahan yang lebih menarik serta mampu merangsangkan minda murid-murid, berdasarkan kajian yang beliau jalankan. 2.2 Isu dan Pernyataan Masalah Menurut Hiebert & Weame (1986), nombor darab perpuluhan adalah antara tajuk yang didapati sukar untuk dikuasai oleh ramai murid. Salah satu faktor yang menyebabkan murid menghadapi masalah dalam menyelesaikan darab perpuluhan adalah kekurangan pengetahuan tentang konsep nombor darab perpuluhan. Maka, murid-murid lebih suka untuk menghafal petua dan langkah-langkah yang berkaitan dengan nombor perpuluhan. Star (2013) menyatakan bahawa memahami konsep matematik perlu melalui sekurang-kurangnya tiga peringkat iaitu pengiktarafan konsep matematik di antara perwakilan yang berbeza, manipulasi yang fleksibel dalam sistem perwakilan dan terjemahan daripada satu sistem perwakilan yang lain (Kalairajan & Yusoff, 2020). Konsep nombor perpuluhan adalah termasuk dalam kurikulum matematik dan dianggap sebagai topik yang penting. Hal ini kerana topik perpuluhan melibatkan aplikasi dan penggunaan dalam kehidupan seharian. 2.3 Isu dan Pernyataan Masalah Kajian ini dilakukan untuk melihat tentang permasalahan matematik murid Tahun 5 dalam operasi asas darab perpuluhan secara menyeluruh. Fokus utama kajian ini adalah untuk melihat kepada keberkesanan slaid interaktif dalam membantu murid meningkatkan tahap penguasaan mereka. Selain daripada operasi asas tambah dan tolak, operasi asas darab dan kemahirannya sangat penting sebagai asas pembelajaran matematik. Menurut Zainudin & Rashidi (2011) bahawa kelemahan dan tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik dalam penguasaan operasi asas tambah, tolak dan darab akan menimbulkan perasaan tidak berminat terhadap subjek tersebut. Oleh hal yang demikian, slaid interaktif digunakan dalam kajian ini bagi mengenal pasti keberkesanan penggunaannya dalam tahap penguasaan murid mengenai tajuk darab perpuluhan. 2.4 Tinjauan Literatur dan Kajian Lalu Berkaitan Dengan Isi Kajian Berdasarkan pernyataan Norman (1998) bahawa penggunaan pengajaran dengan menggunakan komputer merupakan cara yang berkesan (Shaharuddin & Akhmal,


2011). Hal ini kerana perisian menggalakkan pengguna untuk mengawal perjalanan perisian mengikut keselesaan pengguna serta tahap pengguna diri sendiri. Langkah ini mengandungi aspek kemudah-belajaran (learnability) dan kemudah-ingatan (memorability) serta kawalan pengguna melalui segi penggunaan secara teknikal. Justeru, slaid interaktif yang disediakan dapat membantu dan memudahkan pengguna secara tidak langsungnya. Grafik yang dilampirkan dalam slaid interaktif juga dipertimbangkan bagi meningkatkan tahap kefahaman pengguna secara visual. Sejajar dengan keperluan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) masa kini, maka kajian ini akan dijalankan untuk mengetengahkan kepentingan penggunaan multimedia interaktif dalam konteks sistem pendidikan dengan pengkhususan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Fatin, Farahkhanna, Shaari & Nallaluthan, 2021). Melalui kajian ini, pengkaji akan menjalankan aktiviti PdP dengan mengambil kira kepentingan slaid interaktif untuk menyampaikan sukatan pelajaran secara berkesan kepada murid agar dapat membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian mereka selain daripada melahirkan murid yang berpengetahuan luas dan celik teknologi. Oleh itu, para pengkaji bersetuju untuk menggunakan slaid interaktif sebagai bahan bantu mengajar (BBM) kerana slaid juga dianggap sebagai salah satu bahan yang berkesan dalam penyampaian ilmu. 3.0 Objektif dan Persoalan Kajian 3.1 Pengenalan Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan dan objektif yang tertumpu kepada peningkatan pemahaman murid dan minat mereka dalam pembelajaran topik Darab Perpuluhan bagi subjek Matematik. Kajian ini dilakukan untuk menilai keberkesanan penggunaan slide interaktif “To The Point” di dalam kelas Tahun 5. 3.2 Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan minat murid melalui pengintegrasian slaid interaktif yang telah dibina iaitu “To The Point” di dalam kelas Matematik Tahun 5 bagi topik Darab Perpuluhan. 3.3 Objektif Kajian Berdasarkan tujuan kajian, objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut: i. Meningkatkan pemahaman murid dalam topik Darab Perpuluhan penggunaan slaid interaktif “To The Point”. ii. Meningkatkan minat murid terhadap pelajaran Matematik terutamanya dalam topik Darab Perpuluhan dengan penggunaan slaid interaktif “To The Point”. 3.4 Persoalan Kajian Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, persoalan kajian adalah seperti berikut: i. Adakah penggunaan slaid interaktif “To The Point” dapat meningkatkan pemahaman murid terhadap topik Darab Perpuluhan dalam kalangan murid Tahun 5?


ii. Adakah penggunaan slaid interaktif “To The Point” dapat meningkatkan minat murid terhadap pelajaran Matematik terutamanya dalam topik Darab Perpuluhan dalam kalangan murid Tahun 5? 4.0 Metodologi Kajian 4.1 Pengenalan Metodologi kajian merupakan suatu proses dalam pelaksanaan bagi suatu penyelidikan yang menerangkan tentang kaedah-kaedah serta prosedur yang dijalankan. Bagi memastikan kajian dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan, metodologi telah ditetapkan yang melibatkan reka bentuk kajian, kumpulan sasaran kajian, pelan tindakan dan pelaksanaan pelan tindakan, kaedah pengumpulan data kajian dan cara menganalisis data kajian. Proses-proses ini akan dibincangkan dalam perenggan berikutnya. 4.2 Kumpulan Sasaran Kajian Kajian ini melibatkan 22 orang murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Seri Indah, Air Itam, Pulau Pinang. 4.3 Reka Bentuk Kajian Kajian yang digunakan ialah kajian tindakan. Ia bertujuan untuk melihat keberkesanan inovasi yang dihasilkan bagi mencapai objektif dalam pemahaman dan minat murid terhadap topik darab perpuluhan. Bagi meneliti hasil dan keberkesanan intervensi yang dilaksanakan, pra-ujian dan pasca-ujian telah dilaksanakan bagi melihat peningkatan markah sebelum dan selepas guru memperkenalkan bahan inovasi. 4.4 Pelan Tindakan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan Pelan tindakan merupakan satu perancangan yang dibina bagi memastikan pelaksanaan kajian adalah sempurna dan lancar. Kajian ini telah dilaksanakan mengikut pelan tindakan seperti jadual yang berikut: Jadual 1 Jadual pelan tindakan kajian Bil. Perkara Januari Februari Mac April 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1. Mengenal pasti masalah 2. Peninjauan awal


3. Perancangan pelan tindakan 4. Pelaksanaan pelan tindakan 5. Analisis data 6. Pelaporan Pelaksanaan kajian bermula dengan mengenal pasti isu dan permasalahan yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lalu. Penyelidik telah menganalisis PdP yang lalu dan mengenal pasti beberapa masalah seperti yang telah dinyatakan. Kemudian, penyelidik telah membuat tinjauan untuk mendapatkan data awal bagi sebelum merancang tindakan. Dalam merancang tindakan yang perlu dilakukan, penyelidik telah menetapkan objektif, persoalan kajian dan kumpulan sasaran untuk melaksanakan kajian. Penyelidik seterusnya membuat jadual pelaksanaan untuk mendapatkan data yang diperlukan sebelum data tersebut dianalisis bagi melengkapkan kajian. 4.5 Kaedah Menganalisis Data Kajian Analisis data merupakan satu proses mentafsir data yang telah diperoleh semasa proses pengumpulan data. Penyelidik perlu meneliti soalan kajian dan instrumeninstrumen yang digunakan dalam mengumpulkan data. Kajian ini menggunakan dua jenis instrumen iaitu Pra-ujian dan Pasca serta soal selidik bagi menjawab kedua-dua soalan kajian yang telah dinyatakan. Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama, penyelidik telah membuat analisis data melalui perbezaan peratusan bagi setiap soalan. Peningkatan bagi setiap item dikenal pasti untuk penyelidik membuat rumusan. Analisis data ini dikenali sebagai statistik deskriptif. Statistik deskriptif merupakan analisis yang diukur melalui frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis deskriptif turut digunakan bagi menjawab persoalan kedua yang berkaitan peningkatan minat murid dalam topik darab perpuluhan menggunakan slaid interaktif “To The Point”. Instrumen yang digunakan bagi mendapatkan data untuk persoalan ini ialah soal selidik yang mempunyai lima item berfokus kepada peningkatan minat selepas penggunaan slaid interaktif yang dinyatakan. Data yang diperolehi akan dibuat analisis peratusan bagi setiap indikator iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju dan sangat setuju. Penyelidik akan membuat rumusan bagi analisis peratusan ini.


5.0 Analisis dan Interpretasi Data 5.1 Pengenalan Data yang diperoleh selepas pengimplementasian slaid interaktif “To The Point” di dalam kelas dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Data yang telah dianalisis ini kemudiannya diintepretasi iaitu satu proses merumuskan dan membuat kesimpulan bagi kajian yang telah dilaksanakan. Dalam perenggan seterusnya, dapatan kajian akan dibincangkan dengan lebih teliti mengikut instrumen-instrumen yang telah dilaksanakan. 5.2 Dapatan Kajian Perbincangan tentang dapatan kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian mengikut instrumen-instrumen yang telah dilaksanakan. Bahagian pertama adalah berkaitan instrumen Pra-ujian dan Pasca-ujian yang telah dijalankan untuk menilai pemahaman murid dalam topik darab perpuluhan menggunakan slaid interaktif “To The Point”. Bahagian kedua membincangkan dapatan kajian menggunakan instrumen soal selidik untuk menjawab persoalan kedua iaitu peningkatan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik terutamanya dalam topik darab perpuluhan menggunakan slaid interktif ini. 5.2.1 Pemahaman dalam Darab Perpuluhan Jadual 2 Perbandingan markah pra-ujian dan pasca-ujian No. Soalan Pra-ujian Pasca-ujian Peningkatan Bil. pelajar % yang betul Peratus (%) Bil. pelajar yang betul Peratus (%) 1 6 27 12 54 27 2 7 32 11 50 18 3 5 23 17 77 53 4 5 23 14 64 41 5 10 45 21 95 50 6 9 41 22 100 59 7 10 45. 22 100 55 8 13 59 20 91 32 Pra-ujian dan pasca-ujian telah dikendalikan kepada murid-murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Seri Indah. Seramai 22 orang murid yang terlibat dalam ujian tersebut. Ujian ini dilaksanakan bagi melihat peningkatan markah dan pemahaman murid


terhadap topik pendaraban perpuluhan ini. Satu set soalan mengandungi sebanyak 8 soalan. Murid dikehendaki untuk menjawab semua soalan dengan jawapan yang tepat. Soalan pertama mempunyai peratus sebanyak 27% untuk pra-ujian manakala 54% untuk pasca-ujian. Oleh itu, peningkatan peratusan ialah sebanyak 27%. Bagi soalan kedua pula, 32% murid telah menjawab soalan dengan betul bagi pra-ujian manakala 50% murid betul bagi pasca-ujian. Terdapat peningkatan peratusan sebanyak 18%. Untuk soalan ketiga, bagi pra-ujian, peratusan yang betul ialah 23% bagi pra-ujian dan 77% bagi pasca-ujian. Terdapat peningkatan sebanyak 53%. Beralih pada soalan keempat, 23% murid betul pada pra-ujian dan 64% murid betul pada pasca-ujian. Terdapat peningkatan sebanyak 41%. Bagi soalan kelima, mempunyai peratus sebanyak 45% bagi pra-ujian dan 95% bagi pasca ujian, membuktikan peningkatan peratus sebanyak 50%. Seterusnya, soalan keenam mempunyai peratus sebanyak 41% bagi pra-ujian dan 100% bagi pasca-ujian. Peningkatan peratusannya mendadak sebanyak 59%. Selain itu, bagi soalan ketujuh, pra-ujiannya adalah 45% manakala pasca-ujiannya adalah 100%. Oleh itu, peningkatan peratusan ialah sebanyak 55%. Akhir sekali, soalan kelapan, pra-ujiannya mendapat 59% jawapan betul, manakala bagi pasca-ujiannya pula ialah 91%. Jadi, peningkatan peratusannya adalah sebanyak 32%. Rajah 1 Perbandingan peratusan Pra-ujian dan Pasca-ujian 5.2.2 Minat Murid terhadap Matematik Bagi menilai minat murid terhadap Matematik terutamanya dalam topik darab perpuluhan melalui penggunaan slaid interaktif “To The Point”, satu soal selidik telah dijalankan. Soal selidik ini mempunyai lima item yang telah disenaraikan dalam Jadual 4 seperti yang berikut:


Jadual 3 Peratusan setiap item bagi menilai minat murid Item Soalan Soal Selidik Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat Setuju 1 Saya suka akan penggunaan slaid interaktif “To The Point”. 9 (40.9%) 13 (59.1%) 2 Saya berminat dengan animasi yang digunakan dalam slaid interaktif ini. 6 (27.3%) 16 (72.7%) 3 Saya suka dengan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan menggunakan slaid interaktif ini. 11 (50%) 11 (50%) 4 Saya berminat untuk menjawab semua soalan darab perpuluhan yang diberikan dalam slaid interaktif ini. 2 (9.1%) 15 (68.2%) 5 (22.7%) 5 Saya berasa tidak bosan ketika belajar dengan menggunakan slaid interaktif ini. 4 (18.2%) 18 (81.8%) Jadual 3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan yang menilai minat murid terhadap penggunaan slaid interaktif “To The Point”. Sebanyak 40.9% setuju dan 59.1% sangat setuju bahawa mereka suka akan pengaplikasian slaid interaktif ini di dalam kelas. Seterusnya, 27.3% setuju dan 72.7% sangat setuju bahawa mereka berminat dengan animasi yang digunakan dalam slaid interaktif iaitu animasi bertemakan Among Us yang merupakan sebuah permainan dalam talian. Bagi item 3, separuh daripada responden setuju dan separuh lagi sangat setuju menunjukkan mereka suka dengan PdP yang mengimplementasi slaid interaktif ini. Item 4 menunjukkan majoriti responden setuju dan sangat setuju, masing-masing dengan peratusan sebanyak 68.2% dan 22.7%. Namun, terdapat 9.1% responden yang tidak bersetuju yang menunjukkan mereka kurang berminat untuk menjawab soalan


walaupun dengan penggunaan slaid interaktif. Item yang terakhir iaitu item 8 juga menunjukkan responden setuju (18.2%) dan sangat setuju (81.8%). Item ini menunjukkan responden dapat menumpukan perhatian semasa pengajaran berlangsung tanpa berasa bosan. 6.0 Rumusan Dan Cadangan Kajian Selanjutnya Melalui analisis data yang telah dilaksanakan, dapat dirumuskan bahawa penggunaan slaid interaktif “To The Point” telah mencapai semua objektif yang diingini dengan baik. Dengan menggunakan slaid interaktif ini, pemahaman murid terhadap topik darab perpuluhan dapat diperitngkatkan. Hal ini dibuktikan dengan data yang didapati daripada Pra-ujian dan Pasca-ujian yang dilakukan. Persoalan kajian yang pertama bagi kajian ini telah terjawab dengan hasil yang pertama ini. Seterusnya, melalui analisis data bagi soal selidik, persoalan kajian yang kedua mampu dijawab dengan baik. Responden yang merupakan murid-murid sekolah memberikan respon yang baik terhadap peningkatan minat mereka dalam PdP yang mengaplikasikan slaid interaktif ini. Dapat disimpulkan di sini, penggunaan slaid interaktif “To The Point” ini mampu menarik minat murid dalam Matematik terutamanya bagi topik darab perpuluhan. Cadangan bagi kajian selanjutnya adalah menambahkan jumlah responden dari pelbagai sekolah supaya dapatan kajian adalah lebih kukuh. Jumlah responden yang ramai membolehkan hasil yang lebih tepat. Selain itu, kajian selanjutnya juga boleh mempelbagaikan instrumen yang digunakan seperti temu bual bersama responden. Melalui temu bual, penyelidik percaya bahawa maklum balas yang lebih sahih dapat dikenal pasti berbanding penggunaan soal selidik. Sekiranya kajian selanjutnya ingin menggunakan instrumen soal selidik yang serupa, item-item boleh diperbanyakkan dan dipelbagaikan supaya responden dapat memberikan pendapat melalui instrumen ini dengan lebih baik. Rujukan Abdul Jasheer Jayaseelan, Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hasan. (2019). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. (2nd Ed.) Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Fatin, S. I., Farahkhanna, R., Shaari, R. & Nallaluthan, K. (2021, Mac 31). Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21. Online Journal for TVET Practitioners, 6(1), 15-24. https://doi.org/10.30880/ojtp.2021.06.01.003 Hassan, M. A. A. & Musa, K. (2020). Tahap profesionalisme guru sekolah kebangsaan di Semenanjung Malaysia. Management Research Journal, 9(2), 37-45. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/view/3536/2401


Hiebert, J. & Wearne, D. (1986). Procedures Over Concepts: The Acquisition of Decimal Number Knowledge. Conceptual and Procedural Knowledge: The Case of Mathematics. 199-223. Lawrence Erlbaum Associates, Inc. Ismal, I. S. (2022, Disember 15). 7 teras jadi tumpuan KPM. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/12/915433/7-teras-jaditumpuan-kpm-metrotv Kalairajan, S. & Yusoff, M. D. (2020, Mac 15). Meningkatkan Kemahiran Murid Dalam Menyelesaikan Operasi Tambah Nombor Perpuluhan Dengan Menggunakan Fishbone Decimal Board (FDB). Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 49-57. http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd Kalairajan, S. & Daud, M. Y. (2020). Meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan operasi tambah nombor perpuluhan dengan menggunakan Fishbone Decimal Board (FDB). Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 49-57. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/8325/3596 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/1813-pppm-2013- 2025/file Malik, H. (2022, Disember 15). KPM tumpu tujuh teras utama perkasa pendidikan negara. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpmtumpu-tujuh-teras-utama-perkasa-pendidikan-negara-396970 Mantihal, S. & Maat, S. M. (2020). Pengaruh Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) Terhadap Minat Murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Satu Tijauan Sistematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 82-91. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/8329/3600 Shaharuddin, M. S. & Akhmal, M. S. (2011). Penambahbaikan Perisian Pembelajaran Matematik Berbantukan Komputer Bertajuk ‘Decimals’ Tingkatan 1. Journal of Science & Mathematics Education. 1-11. http://eprints.utm.my/id/eprint/12012/1/Penambahbaikan_Perisian_Pembela jaran_Matematik_Berbantukan_Komputer_Bertajuk.pdf Syamsulaini Sidek & Mashitoh Hashim. (2016). Pengajaran Berasaskan Video dalam Pembelajaran Berpusatkan Pelajar: Analisis dan Kajian Kritikal. Journal of ICT in Education (JICTIE), Vol 3, 24-33 Vespanathan Supramaniyam. (2015). Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Kalangan Guru-guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Luar Bandar Negeri Johor. Perpustakaan Tunku Tun Aminah. Yahaya, M., Hanafiah, R., Zakaria, N. S., Osman, R. & Bahrin, K. N. (2019). Amalan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Guru-guru Sekolah Rendah. Jurnal IPDA, 26, 13-24. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ipda/article/view/8022/3377 Yusof, M. B. M. & Hassan, H. H. (2021). Tahap Kesediaan Pelajar Diploma dalam Mengimplimentasikan Kaedah E-Pembelajaran di Politeknik Malaysia. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 10(1), 53-63. https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/6230/1224


Yusof, S. M., Shaffie, F. & Md-Ali, R. (2021). Soft Skills for Teachers: Accepting Standard Guru Malaysia 2.0 (SGM) and SSB4K Theory in Future Teaching Practices. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 6(42), 40-52. https://doi.org/10.35631/IJEPC.642004 Zainudin, A.B & Rashidi, M.J. (2011). Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor. http://eprints.utm.my/id/eprint/11928/1/Keberkesanan_Kaedah_Petak_Sifir_ Dalam_Penguasaan_Fakta_Asas_Darab_Dalam_Matematik_Tahun_4.pdf


Click to View FlipBook Version