KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang
Emas karya Khairuddin Ayip. Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia.
Terdapat banyak keistimewaan perwatakan Dahlia dalam novel ini.
Perwatakan Dahlia yang pertama ialah seorang yang rajin. Dahlia
rajin menguruskan kerja-kerja rumah. Dia mengasuh adiknya Anggerik,
memasak dan mengemas rumah. Ketika kerja-kerja memasak secara
bergotong-royong di balai raya bersempena sambutan Maulidur Rasul
pula, Dahlia menjadi orang terawal datang ke balai raya itu untuk
membantu kerja-kerja memasak.
Perwatakan Dahlia yang kedua ialah seorang yang tabah. Dahlia
tabah menghadapi pelbagai kesusahan dalam hidup. Dia sanggup keluar
asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya , Saleha dirawat di
Hospital Permai dan ayahnya dirawat di Hospital Batu Pahat.
TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Tirani karya Beb
Sabariah. Watak utama dalam novel ini ialah Waheeda Nurlyana. Terdapat
banyak perwatakan Waheeda dalam novel ini.
Perwatakan Waheeda yang pertama ialah seorang yang gigih.
Waheeda gigih mengembangkan sayap perniagaannya apabila dia berani
membuat pinjaman baharu dari Bank Pembangunan untuk membeli Chalet
Iwana-Iwani di Cameron Highlands. Waheeda juga gigih apabila
menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan
agropelancongan untuk menarik para pengunjung menginap di chalet Tajau
Emas.
Perwatakan Waheeda yang kedua ialah seorang yang bijaksana.
Waheeda bijak menegakkan kebenaran apabila dia mendapatkan khidmat
sahabat lamanya, Nurjihan untuk membuktikan bahawa Izzati ialah
anaknya dengan Zahid. Waheeda telah menyerahkan sampel rambut
Zahid, Izzati dan dirinya untuk ujian DNA.
MUKA SURAT 351 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Watak utama dalam novel ini ialah Nurul Hafsa. Terdapat
banyak perwatakan Nurul Hafsa dalam novel ini.
Perwatakan Nurul Hafsa yang pertama ialah seorang yang berani. Nurul
Hafsa berani membuat pembentangan dan menyatakan cadangan berkenaan
projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan menteri
besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah
Alam. Walaupun cadangan mereka dibantah oleh Dato’ Johann Arlington-Majid
namun mereka tetap meneruskan pembentangan tersebut.
Perwatakan Nurul Hafsa yang kedua ialah seorang yang
bertanggungjawab. Nurul Hafsa menjalankan tanggungjawabnya dengan
melayan sekumpulan kanak-kanak dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi,
Hiroshima, Jepun. Sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin,
Nurul Hafsa melayan dengan baik sekumpulan kanak-kanak tersebut untuk
melihat bintang. Namun demikian, hasrat mereka tidak kesampaian akibat
keadaan langit yang cerah. Nurul Hafsa berjanji kepada mereka untuk
memastikan hasrat 15 orang kanak-kanak dari Jepun itu tercapai.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Watak utama dalam novel ini ialah Haiqal Haqimi. Terdapat banyak
perwatakan Haiqal Haqimi dalam novel ini.
Perwatakan Haiqal Haqimi yang pertama ialah seorang yang tabah.
Haiqal tabah apabila umi memberitahunya bahawa walid ialah ayah tirinya
manakala Nurul Asiyah ialah adik tirinya. Pada ketika itu, Haiqal baru berusia 6
tahun. Apabila mengetahui perkara tersebut, Haiqal Haqimi berazam untuk
mencari ayah kandungnya pada suatu hari nanti.
Perwatakan Haiqal Haqimi yang kedua ialah seorang yang gigih. Haiqal
Haqimi gigih berlatih menari tarian zapin daripada Pak Cik Bakar. Pak Cik Bakar
yang mahir dalam tarian zapin meminta Haiqal mengikut langkah kaki dan
lenggok badannya. Dia turut belajar menari dengan Lazim. Atas kegigihan
Haiqal ini, dia dapat membuat persembahan dengan baik dan lancar.
MUKA SURAT 352 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah Songket Berbenang
Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak pengajaran tentang keprihatinan
dalam kedua-dua buah novel.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah kita
haruslah prihatin untuk membantu orang yang sakit. Datuk prihatin apabila dia
membantu sedaya upaya pesakit yang datang berubat dengannya. Datuk
menggunakan perubatan tradisional yang berasaskan akar-akar kayu dan daun-
daun herba. Datuk merawat ibu Geetha, Letchumi yang menghidap penyakit kencing
manis.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Songket Berbenang Emas ialah kita
perlulah prihatin untuk membantu insan yang ditimpa musibah. Dahlia prihatin
apabila dia terus terjun ke dalam sungai yang berarus deras untuk menyelamatkan
Said tanpa menghiraukan keselamatan dirinya. Walau bagaimanapun, Dahlia gagal
menyelamatkan Said apabila Said meninggal dunia kerana lemas.
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
karya Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya
Beb Sabariah. Terdapat banyak pengajaran tentang keprihatinan dalam kedua-dua
buah novel.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah kita
haruslah prihatin dengan membantu rakan-rakan untuk memahami arahan
dalam bahasa Inggeris. Adnan prihatin akan kesukaran rakan-rakannya untuk
memahami arahan dalam bahasa Inggeris ketika menjalani latihan di Kem Haig
Lines, Port Dickson. Dengan bantuan Adnan, masalah memahami arahan dalam
bahasa Inggeris berjaya diatasi.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Tirani ialah kita haruslah prihatin akan
masalah keluarga agar dapat membantu mereka. Ghazi prihatin akan masalah
yang dihadapi oleh keluarganya apabila Waheeda mengambil keputusan untuk
menerima rawatan pembedahan plastik bagi merawat wajahnya yang cedera
dicakar monyet Belanda. Ghazi sanggup balik ke pangkuan keluarga dengan
melepaskan jawatannya di Petronas Miri bagi membantu ayahnya menguruskan
Tajau Emas.
MUKA SURAT 353 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah
Nordin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Terdapat banyak pengajaran tentang keprihatinan dalam
kedua-dua buah novel.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Pantai Kasih ialah kita haruslah
prihatin akan keadaan anak agar mereka mendapat rawatan yang sewajarnya.
Ibu Unong Siron prihatin akan nasib anaknya yang terlantar sakit di Pusat Rawatan
Pantai Kasih. Unong Siron telah menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul
kali yang keenam. Ibu Unong Siron berasa bimbang akan keadaan anaknya kerana
wang pampasan yang diperoleh anaknya hampir habis untuk mengubati anaknya
yang sakit.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Bimasakti Menari ialah kita haruslah
prihatin akan alam sekitar agar kelestarian alam sekitar terpelihara. Muhammad
Taufik prihatin apabila dia membina sebuah rumah model berkonsepkan mesra alam
iaitu Rumah Ikhtiar Teknoalam di Kampung Kuantan. Projek ini dibuat bagi
memastikan rumah-rumah yang akan dibina dapat mengekalkan kelestarian alam
sekitar.
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya
Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat banyak pengajaran tentang keprihatinan dalam kedua-dua buah
novel.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Di Sebalik Dinara ialah kita perlulah
prihatin akan keselamatan keluarga agar keselamatan mereka terjamin. Azraai
prihatin akan keselamatan Farisha apabila dia memasang Retinal Scanner di rumah
Farisha supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini walaupun
Farisha hanyalah adik angkatnya.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Silir Daksina ialah kita mestilah prihatin
akan keperluan anak-anak agar mereka berasa disayangi. Abdul Fatah atau
Walid memberikan wang kepada anak tirinya, Haiqal yang akan ke Batu Pahat.
Walaupun hanya ayah tiri, namun Walid tetap memberikan kata-kata semangat
kepada Haiqal. Walid memahami keputusan Haiqal untuk menjejaki ayahnya,
Abdullah Kayan.
MUKA SURAT 354 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
SET 10 – JPN PENANG 2019
(a) Latar tempat sangat penting dalam sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat
dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bincangkan satu kepincangan
masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Adnan
dan Mamat menjalani latihan ketenteraan di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Daripada
seribu orang yang memohon hanya 25 orang sahaja yang terpilih dalam pasukan yang digelar
Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka telah menjalani selama setahun di kem
tersebut.
Latar tempat yang kedua adalah di Kampung Sungai Ramal. Di sinilah tempat Adnan
dan Budin berlawan tinju. Kekalahan pasukan bola sepak dari Sungai Merab dengan pasukan
bola sepak Kampung Sungai Ramal menyebabkan perasaan tidak puas hati. Pasukan bola
sepak dari Sungai Merab mencadangkan perlawanan tinju antara jaguh kedua-dua buah
kampung. Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin
dan Adnan berdamai kerana menganggap pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak
dijalankan mengikut peraturan.
.
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak
latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Soft Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke Soft
Lab selepas menculiknya. Pertemuan antara Marilyn dan Karl (Karl yang menguasai tubuh
Shida) telah menungkai peristiwa lama berkaitan hubungan mereka berdua dan punca Farisha
terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Di sini jugalah, Farisha mengetahui bahawa Karl
ialah bapa kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui bahawa dialah yang menyerahkan Farisha
kepada keluarga Azraai.
Latar tempat yang kedua adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah tempat
pertemuan pertama Farisha dengan Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke Kuala
Lumpur. Farisha tertarik dengan rupa paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal terbang pula,
Farisha dan Aqram duduk bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk mendekati
Farisha. Dia telah mengambil cawan minuman Farisha ketika Farisha sedang tidur.
MUKA SURAT 355 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di
Pekan Sentosa sebelum meneruskan perjalanan ke kampung datuk neneknya.
Sebaik turun dari bas, Lili diikuti oleh seorang pemuda Cina yang disangkanya
cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina itu ingin menyerahkan buku
kepunyaan Lili yang tertinggal di dalam bas.
Latar tempat yang kedua ialah di balai raya Kampung Sentosa. Mesyuarat
tergempar diadakan di balai raya pada pukul 10 pagi yang turut dihadiri oleh Kak
Mimah dan rakannya, Nadia. Che Jah bersetuju supaya suaminya diambil
tindakan kerana dia sudah tidak tahan dengan perbuatan suaminya. Lili
memberikan cadangan agar suami Che Jah dihantar ke pusat pemulihan akidah.
Kak Mimah bersetuju dengan cadangan Lili dan kemudiannya meminta Che Jah
membuat laporan polis agar bantuan kewangan dan sumbangan dapat disalurkan
kepada keluarga Che Jah.
PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK).
Doktor Raiha telah melakukan pembedahan terhadap Doktor Uwang yang cedera
akibat kemalangan dilakukan di PRPK. Kereta Doktor Uwang telah terbabas dan
melanggar tembok garaj PRPK. Doktor Uwang yang terhimpit dalam keretanya
dibawa ke bilik rawatan kecemasan. Doktor Uwang telah menjalani operasi
penggantian sendi pada anggota tubuhnya yang rosak. Akibat kemalangan
tersebut, lutut dan sebelah pergelangan tangannya hancur.
Latar tempat yang kedua adalah di mahkamah keluarga. Di sinilah tempat
berlakunya perbicaraan kes keluarga antara Doktor Sadiz dan Doktor Raiha
berkaitan punca kematian Ayu berlaku di mahkamah keluarga. Di sini jugalah
tempat Doktor Sadiz menyatakan bahawa Doktor Raiha akan digantung tanpa
bertali sampai bila-bila. Doktor Raiha sedih kerana kemenangan berpihak kepada
Doktor Sadiz apabila saksi tidak hadir.
MUKA SURAT 356 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggung Ibrahim ialah tempat Dahlia, Kavita dan Siti
Wangi menuntut ilmu sebagai murid tingkatan enam atas dan bakal
menduduki STPM pada hujung tahun. Dahlia sendiri pernah
memanggil Cikgu Salwani apabila mendapati pintu pagar sekolah
telah dikunci kerana dia lewat tiba.
Latar tempat yang kedua adalah di Universiti Malaya. Dahlia
telah terpilih untuk mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan
peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun. Sebelum itu,
Dahlia diwajibkan mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan
di Universiti Malaya. Dahlia telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Johor mewakili calon STPM daripada Bahagian Sri Gading.
TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di rumah Bazilah. Waheeda
menumpang di rumah Bazilah yang terletak di Yishun Street,
Singapura. Waheeda menumpang tinggal sementara di rumah Bazilah
kerana dia akan menjalani pembedahan di Silicon Medical Centre.
Latar tempat yang kedua adalah di Silicon Medical
Centre(SMC). Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya
di SMC. Pembedahan ini telah dilakukan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh
dan Dr. Averroes atau Dr.Rushdi. Selepas menjalani pembedahan,
Waheeda diminta memakai cermin mata hitam bagi melindungi
matanya yang masih membengkak.
MUKA SURAT 357 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Kuantan. Hafsa
pergi ke Kampung Kuantan bersama-sama ayahnya, Haji Yassir. Nurul
Hafsa kecewa apabila impiannya untuk melihat banyak kelip-kelip tidak
kesampaian. Setelah menunggu beberapa lama, barulah kelihatan
beberapa ekor kelip-kelip muncul. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima
kenyataan bahawa impiannya untuk melihat kerlipan kelip-kelip secara
sinkronasi tidak akan tercapai.
Latar tempat yang kedua adalah di Perpustakaan Awam Sultan
Salahuddin, Kuala Selangor. Di sinilah tempat Nurul Hafsa, Muhammad
Taufik dan Budiman berbincang tentang rancangan membuat projek
Kawasan Simpan Langit Gelap dan pada waktu yang sama Budiman
menyiapkan tugasannya untuk ijazah sarjana.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Seri Purnama.
Haiqal telah menziarahi pusara ayahnya yang terletak di Kampung Seri
Purnama. Dia menangis teresak-esak kerana tidak dapat membendung
kesedihan dan menanggung rindu yang mendalam terhadap ayahnya. Di
pusara ayahnya, Haiqal membaca surah Yasin dalam keadaan sebak.
Latar tempat yang kedua adalah di Pantai Batu Buruk, Kuala
Terengganu. Di sinilah tempatnya Ratna bertanya kepada Haiqal Haqimi
tentang punca perpisahan ayah dan ibunya lalu dia meminta maaf apabila
melihat Haiqal Haqimi mendiamkan diri sambil menguis-nguis pasir pantai
di hujung kasutnya.
MUKA SURAT 358 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa kepincangan masyarakat dalam kedua-dua buah novel.
Kepincangan masyarakat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah kepincangan
masyarakat yang bersikap panas baran. Seman iaitu suami Che Jah bukan sahaja seorang
yang panas baran tetapi juga kaki mabuk dan kaki judi. Seman telah memukul Haziq sehingga
cedera dan memaki hamun Haziq seperti orang kena rasuk. Sikap Seman ini menyebabkan
Rafik dan Haziq terlibat dalam kegiatan dadah dan mencuri. Mereka telah menculik Lili kerana
terpaksa melepaskan diri daripada orang yang mengejar mereka.
Kepincangan masyarakat dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah
kepincangan masyarakat yang bersikap prejudis. Nek Kiah bersikap prejudis terhadap
Embong sekeluarga. Nek Kiah meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap Embong
kerana membawa nasib malang kepada Saleha sejak mereka berkahwin sehingga mempunyai
enam orang anak. Hal ini ditambah lagi dengan hasutan Seman yang memfitnah Embong
dengan mengatakan bahawa Embong membela ilmu hitam menyebabkan Saleha menjadi gila.
Nek Kiah yang percaya akan fitnah Seman, turut bersetuju dengan cadangan anaknya tersebut
untuk menjual tanah pusaka seluas seekar yang diduduki oleh keluarga Saleha dengan harga
RM15,000.00.
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat beberapa kepincangan masyarakat dalam kedua-dua buah novel.
Kepincangan masyarakat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah kepincangan
masyarakat yang suka berprasangka buruk dan berfikiran negatif. Penduduk Sungai
Ramal mewakili masyarakat yang berprasangka buruk dan berfikiran negatif apabila mendapat
tahu Pak Saidi menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris. Penduduk kampung menjadi
gempar dan ada yang mahu menghalau Pak Saidi keluar dari kampung. Hal ini demikian
kerana mereka khuatir anak Pak Saidi akan menjadi murtad sehingga melaporkan perkara itu
kepada ketua kampung.
Kepincangan masyarakat dalam novel Tirani pula ialah kepincangan masyarakat yang
suka berprasangka buruk dan cemburu. Bazilah mewakili masyarakat yang berprasangka
buruk dan cemburu apabila melihat kemesraan hubungan antara Waheeda dengan tunangnya,
Dr. Bahari ketika Waheeda menumpang tinggal di rumah Bazilah di Yishun Street, Singapura.
Waheeda terpaksa melayani Dr. Bahari di ruang tamu kerana Bazilah sibuk menelaah dan
sering memerap di dalam bilik untuk menyiapkan kajian dan bahan tesisnya. Akibat ingin
menjaga perasaan Bazilah akhirnya Waheeda berpindah keluar dari rumah Bazilah dan tinggal
di Flamingo Resort.
MUKA SURAT 359 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat beberapa kepincangan masyarakat dalam kedua-dua buah novel.
Kepincangan masyarakat dalam novel Pantai Kasih ialah kepincangan masyarakat
yang suka berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga. Doktor Uwang mewakili
masyarakat yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga. Doktor Uwang seorang
yang suka hidup bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah tangga, namun
beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis pelayan
dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun demikian, sikapnya yang memastikan
kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia seorang yang sangat pemilih dalam mencari
teman berhibur.
Kepincangan masyarakat dalam novel Bimasakti Menari pula ialah kepincangan
masyarakat yang bersikap pendendam. Dato’ Johann Arlington-Majid mendendami Tan Sri
Muhaimin kerana lelaki itu mengahwini wanita yang dicintainya iaitu Maryam @ Marion
Wickham Abdullah. Perasaan dendam ini semakin membara apabila dia mendapati bahawa
Tan Sri Muhaimin memasuki tender menyediakan lampu mesra alam untuk menerangi Kuala
Selangor. Dia amat marah kerana tender lampunya terjejas akibat projek baharu tersebut. Dato’
Haji Mansor pula memberikan masa yang terhad untuk dia menyediakan lampu yang
pencahayaannya mesra alam. Dato’Johann berazam bahawa pada kali ini dia tidak akan tewas
lagi dengan Tan Sri Muhaimin.
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat
beberapa kepincangan masyarakat dalam kedua-dua buah novel.
Kepincangan masyarakat dalam novel Di Sebalik Dinara ialah kepincangan masyarakat
yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Karl tidak mengakui dan mempercayai
kewujudan Tuhan. Dia telah menukarkan isterinya, Rusmina menjadi cyborg bernama Alia
kerana Rusmina tidak mahu meninggalkan agama yang dianutinya. Rusmina juga pernah
diseksa sehingga cacat oleh Karl apabila menolak meninggalkan agama. Alia ialah cyborg
canggih yang mempunyai perasaan kerana tidak semua ingatannya berjaya dipadamkan.
Kepincangan masyarakat dalam novel Silir Daksina pula ialah kepincangan masyarakat
yang bersikap pendendam. Umi tidak membenarkan Haiqal menjejaki sejarah hidup ayahnya
kerana dendam terhadap bekas suaminya itu. Umi juga tidak mahu membiayai perbelanjaan
Haiqal yang ingin ke Batu Pahat. Umi tidak mahu Haiqal menjadi seperti ayahnya yang
dianggap hidup dalam dunia yang tersendiri. Walid yang bersimpati dengan Haiqal telah
memberikan duit kepadanya. Ketika meninggalkan rumah, hanya walid dan Nurul Asiyah yang
menghantarnya ke muka pintu, manakala uminya hanya terperap di dalam bilik.
MUKA SURAT 360 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
SET 11 – PENANG FREE SCHOOL 2019
a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua pengajaran yang telah
diketengahkan oleh pengarang.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan kegigihan
watak utama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib. Terdapat banyak pengajaran dalam novel ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita mestilah mempunyai semangat patriotik untuk
mempertahankan negara. Adnan menjadikan semangat tokoh pejuang terdahulu seperti
Tok Gajah dan Mat Kilau yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi kerana sanggup
berjuang menggadaikan nyawa demi mempertahankan negara yang tercinta.
Pengajaran yang kedua ialah kita perlulah adil dalam membuat keputusan agar
tiada orang yang teraniaya. Tok Ketua adil dalam membuat keputusan apabila dia bertemu
terlebih dahulu dengan Pak Saidi untuk merungkaikan masalah yang wujud dalam kalangan
penduduk kampung berkaitan tindakan Pak Saidi menghantar anaknya ke sekolah Inggeris.
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Dinara. Terdapat banyak pengajaran dalam
novel ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita mestilah menghormati perintah ketua agar
kerja menjadi mudah. Aqram menghormati perintah ketuanya iaitu Dr. Maxi dan Karl
dengan menjejaki Farisha. Aqram telah mengambil cawan yang digunakan oleh Farisha
untuk membuat ujian DNA bagi memastikan Farisha ialah orang yang benar-benar dicari
oleh Karl untuk menyelamatkan Dinara.
Pengajaran yang kedua ialah kita perlulah berani menegakkan kebenaran agar
dapat mengetahui rahsia sebenar. Haiqal berani mempersoalkan tindakan uminya yang
tidak mahu dia menjadi seperti ayahnya. Haiqal menyatakan bahawa darah yang mengalir
dalam dirinya ialah darah ayahnya. Haiqal tetap tidak berganjak daripada keputusannya
untuk pulang ke kampung ayahnya. Akhirnya, umi membenarkan tetapi dia tidak akan
memberikan sebarang perbelanjaan kepada Haiqal. Haiqal memaklumkan kepada ayah
tirinya bahawa dia berbuat demikian bukan untuk melukakan hati ibunya, sebaliknya
menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Ayah tirinya memahami perasaan
Haiqal dan menasihati Haiqal agar tidak berasa bimbang akan masalah kewangan
sepanjang dia berada di Johor.
MUKA SURAT 361 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak pengajaran dalam novel ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita haruslah berusaha dengan gigih untuk
mencapai cita-cita yang diimpikan. Danel berusaha dengan gigih untuk menjadi
seorang penulis rencana yang terkenal dan memiliki kolumnya sendiri dalam akhbar
arus perdana. Danel telah menulis artikel tentang Remaja Jadi Pekebun Pisang
Berjaya di Tenom dan Perihal Pisang dalam buku yang berjudul Segalanya Tentang
Pisang.
Pengajaran yang kedua ialah kita perlulah bekerjasama agar dapat
menyelesaikan masalah dengan baik. Penduduk Kampung Sentosa bekerjasama
menangkap Seman dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk didakwa di
mahkamah atas perbuatan kejamnya terhadap isteri dan anak-anaknya. Seman telah
berjaya ditangkap oleh penduduk kampung ketika dia bersembunyi di dusun.
PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat banyak pengajaran dalam novel ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita haruslah bersikap baik hati agar
dapat membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Doktor Raiha
baik hati apabila dia pernah menumpangkan Felicia balik ke rumahnya di
Inanam dengan keretanya sebelum Felicia memiliki kereta sendiri. Doktor
Raiha juga baik hati apabila sanggup menerima tugas bagi menjalankan
pembedahan kali keenam terhadap Unong Siron kerana dia begitu simpati
dengan nasib pesakit tersebut.
Pengajaran yang kedua ialah kita perlulah bekerjasama agar dapat
menyelamatkan nyawa orang yang ditimpa musibah. Doktor Raiha dan
Doktor Alex Ng bekerjasama melakukan pembedahan kecemasan terhadap
Doktor Uwang yang kritikal setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Mereka terpaksa melakukan operasi penggantian sendi tulang lutut dan
sebelah pergelangan tangan Doktor Uwang yang hancur. Operasi tersebut
perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan terjadinya infeksi.
MUKA SURAT 362 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang
Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak pengajaran dalam novel
ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah membantu orang
lain yang berada dalam kesusahan. Tauke Lim membantu keluarga
Dahlia tanpa mengharapkan sebarang balasan. Beliau juga memberi
hutang kepada keluarga Dahlia. Beliau ikhlas memberi wang sebanyak
RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di Universiti Malaya.
Pengajaran yang kedua ialah kita mestilah nasihat-menasihati
antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Haji Sulaiman
menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais supaya mengamalkan
sikap bekerjasama dan sedia membantu jiran tetangga yang susah.
Begitu juga dengan Cikgu Hisyam yang menasihati Dahlia agar ke
sekolah kerana dia merupakan pelajar yang berpotensi untuk mendapat
keputusan yang cemerlang dalam STPM.
TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
banyak pengajaran dalam novel ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah rajin menelaah
pelajaran untuk kejayaan pada masa depan. Waheeda rajin menelaah
pelajaran sehingga dia memperoleh ijazah dalam bidang pengurusan
perniagaan dan pelancongan. Begitu juga dengan Zahid yang rajin dan
tekun belajar di Amerika Syarikat sehingga memperoleh sarjana dalam
bidang undang-undang.
Pengajaran yang kedua ialah kita perlu melayani tetamu dengan
penuh berhemah agar dapat menjaga imej keluarga. Fadhil dan
Raidah melayani tetamu dengan penuh berhemah apabila keluarga Zahid
datang ke rumahnya untuk merisik anak gadisnya, Waheeda. Sebagai ibu
bapa, mereka melayan tetamu dengan begitu baik sekali.
MUKA SURAT 363 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd
Yusop. Terdapat banyak pengajaran dalam novel ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita haruslah berani membuat
keputusan untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Muhammad Taufik
berani membuat keputusan apabila dia bertindak seorang diri selepas mendapat
nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa. Setelah keluar dari hospital,
Muhammad Taufik meminta ayahnya berhenti di stesen PETRONAS dengan
alasan untuk ke tandas. Namun demikian, Muhammad Taufik telah menuju ke
van putih. Kemudian, dia telah ditarik masuk ke dalam van dan diculik.
Pengajaran yang kedua ialah kita perlulah menjaga pergaulan agar
tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan dalam agama. Budiman
menemani Nurul Hafsa ketika adiknya itu berbincang dengan Muhammad Taufik
di bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Sharafuddin, Kuala Selangor.
Budiman menemani mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan
mereka. Sikap Budiman mengagumkan Muhammad Taufik kerana Budiman
setia menemani Nurul Hafsa sebagai saudara tua yang menjaga tatatertib
perhubungan antara lelaki dan wanita bukan mahram.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat
banyak pengajaran dalam novel ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita haruslah rajin berusaha agar dapat
mengatasi kesusahan hidup. Tauke Ong rajin bekerja apabila menetap di
Kampung Seri Purnama. Pada sebelah pagi dia akan menoreh getah manakala
pada sebelah petang, dia akan meraih hasil kampung seperti pinang, biji kopi,
pisang, getah beku dan getah sekerap. Hasil kerajinannya itu, dia berjaya
membeli setengah ekar tanah kebun untuk dijadikan tapak rumah.
Pengajaran yang kedua ialah kita perlulah menghormati keputusan orang
lain agar tidak menimbulkan perbalahan. Abdul Fatah iaitu bapa tiri Haiqal
Haqimi menghormati keputusan Haiqal untuk menjejaki sejarah hidup ayahnya.
Dia memberikan sokongan kepada Haiqal Haqimi dan memberikan wang belanja
untuk kegunaan anaknya itu sepanjang berada di Kampung Seri Purnama.
MUKA SURAT 364 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip. Watak utama dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah Lili
manakala watak utama dalam novel Songket Berbenang Emas ialah Dahlia. Terdapat
banyak persoalan kegigihan watak utama dalam kedua-dua buah novel.
Persoalan kegigihan dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah persoalan
kegigihan mencari rahsia jendela menghadap jalan. Lili gigih berusaha mencari rahsia
tentang sebab-sebab kebanyakan rumah penduduk di Kampung Sentosa mempunyai
jendela menghadap jalan sehinggalah nenek sendiri menceritakan rahsia bahawa jendela
tersebut direka sedemikian supaya senang penduduk kampung mengintai pergerakan
Bintang Tiga yang menyusup ke kampung-kampung.
Persoalan kegigihan dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah persoalan
kegigihan dalam menuntut ilmu. Dahlia gigih menuntut ilmu walaupun hidup dalam
kemiskinan dan menghadapi masalah kekeluargaan seperti ibunya yang sakit dan
ayahnya yang dipatuk ular. Atas kegigihannya itu, maka mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan dan telah ditawarkan melanjutkan pelajaran di Jepun.
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb
Sabariah. Watak utama dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah Leftenan Adnan
manakala watak utama dalam novel Tirani ialah Waheeda. Terdapat banyak persoalan
kegigihan watak utama dalam kedua-dua buah novel.
Persoalan kegigihan dalam novel Leftenan Wira Bangsa ialah persoalan
kegigihan menjalani latihan ketenteraan. Adnan gigih menjalani latihan ketenteraan
sehingga mendapat pangkat leftenan. Beliau gigih menjalani latihan ketenteraan yang
keras dan penuh disiplin di Kem Haig Lines, Port Dickson. Beliau turut mempelajari ilmu
agama dan undang-undang di kem tersebut. Selain itu, beliau dilatih menggunakan
senjata api, teknik mempertahankan diri dan gerak gempur.
Persoalan kegigihan dalam novel Tirani pula ialah persoalan kegigihan dalam
mempertahankan rumah tangga. Waheeda gigih mempertahankan rumah tangganya
yang hampir runtuh bersama Zahid dengan membuat ujian DNA bagi membuktikan
bahawa bayi yang dilahirkannya merupakan anaknya dan Zahid. Namun begitu, akhirnya
Zahid tetap menceraikan Waheeda tanpa meneliti ujian DNA. Perceraian ini memberikan
tekanan yang hebat kepada Waheeda sehingga dia kemurungan.
MUKA SURAT 365 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd
Yusop. Watak utama dalam novel Pantai Kasih ialah Doktor Raiha manakala watak
utama dalam novel Bimasakti Menari ialah Nurul Hafsa. Terdapat banyak persoalan
kegigihan watak utama dalam kedua-dua buah novel
Persoalan kegigihan dalam novel Pantai Kasih ialah persoalan kegigihan
mencapai cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Raiha tetap gigih dan belajar
dengan tekun untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah walaupun mendapat
tentangan daripada ayahnya. Bagi ayahnya, kerjaya sebagai doktor bedah tidak sesuai
untuk wanita kerana memerlukan penelitian dalam menjalankan tugas. Sebaliknya, ayah
Raiha beranggapan bahawa wanita hanya sesuai menjadi suri rumah tangga sahaja.
Persoalan kegigihan dalam novel Bimasakti Menari ialah persoalan kegigihan
mendapatkan sokongan kerajaan terhadap projek yang akan dijalankan. Nurul Hafsa
gigih mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit
Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Nurul Hafsa membentangkan rancangan projek
Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar. Hasil kegigihan mereka,
Menteri Besar menyokong projek tersebut dan berharap agar kontraktor yang dipilih
mampu menyediakan lampu seperti yang dikehendaki.
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang
Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Watak
utama dalam novel Di Sebalik Dinara ialah Farisha manakala watak utama dalam novel
Silir Daksina ialah Haiqal. Terdapat banyak persoalan kegigihan watak utama dalam
kedua-dua buah novel.
Persoalan kegigihan dalam novel Di Sebalik Dinara ialah persoalan kegigihan
untuk memajukan syarikat. Farisha gigih memajukan syarikat perunding keselamatan
sistem komputer iaitu Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd yang ditubuhkannya bersama
Rosman. Mereka telah menerima tawaran projek yang lumayan di Senawang dan Soft
Lab. Mereka menerima tawaran tersebut demi memajukan syarikat bersama itu.
Persoalan kegigihan dalam novel Silir Daksina ialah kegigihan berlatih untuk
memberikan persembahan terbaik. Haiqal Haqimi gigih berlatih menari tarian zapin
daripada Pak Cik Bakar dan Lazim. Haiqal menari mengikit langkah kaki dan lenggok
badan Pak Cik Bakar. Haiqal turut belajar tarian zapin secara teori dengan Pak Cik Bakar
di warung Wak Min.
MUKA SURAT 366 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
SET 12 – PPD LIMBANG, SARAWAK 2019 [7 markah]
(a) Salah satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
Jelaskan dua persoalan ketabahan dalam sebuah novel yang anda kaji.
(b) Saspens juga dikenali dengan istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa dalam novel yang
menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang
peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa saspens bagi setiap
novel tersebut.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib. Terdapat banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.
Persoalan ketabahan yang pertama ialah persoalan ketabahan seorang lelaki menghadapi
kematian ahli keluarga yang disayangi. Pak Saidi tabah menghadapi kematian dua orang anaknya
dalam masa seminggu iaitu Ahmad dan Adnan. Kemudian, Pak Saidi juga berhadapan dengan
kehilangan isteri, iaitu Mak Milah yang bersama-samanya mengharungi segala pahit getir kehidupan. Pak
Saidi tabah menerima ujian itu kerana baginya setiap yang diberikan oleh Allah adalah untuk
meningkatkan keimanan dan ketakwaan hamba-Nya.
Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan akibat dihina oleh penduduk
kampung. Pak Saidi dihina dan dicemuh oleh penduduk kampung kerana ketegasan untuk meneruskan
hasratnya menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Penduduk kampung beranggapan bahawa sikap Pak
Saidi yang menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris boleh memesongkan akidah mereka. Hasil
ketabahan Pak Saidi ini membolehkan anak-anaknya berjaya dan dapat menguasai bahasa Inggeris
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat
banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.
Persoalan ketabahan yang pertama ialah persoalan ketabahan menghadapi dugaan. Farisha
tabah apabila mengetahui bahawa dia ialah anak angkat keluarga Azraai. Azraai telah menyerahkan fail
yang mengandungi dokumen semasa arwah ayah Azraai menjadikan Farisha sebagai anak angkat.
Peristiwa ini menyebabkan Farisha sangat terkejut dan berasa sedih kerana tidak dapat menerima
kenyataan bahawa dia hanyalah anak angkat kepada arwah ibu bapa mereka. Akibat terlalu kecewa,
Farisha telah mencampakkan fail tersebut ke dalam almari kerana tidak sampai hati untuk membuka dan
meneliti dokumen tersebut.
Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan seorang ibu apabila terpisah
daripada anak. Marilyn/Medina tabah apabila dipisahkan daripada anaknya, Farisha kira-kira 26 tahun
yang lalu. Oleh sebab terlalu rindu, Marilyn telah mengarahkan Farid dan Amin untuk menculik Farisha.
Hal ini berlaku demikian kerana Marilyn tidak sanggup melihat Karl menjadikan Farisha sebagai bahan uji
kaji dengan menanam pelbagai implan ke dalam tubuh Farisha. Karl telah menuduh Marilyn cuba
membunuh Farisha dan melarikan diri. Farisha kemudiannya telah terpisah dengan ibunya apabila Dr.
Maxi menyerahkannya kepada keluarga angkat Farisha.
MUKA SURAT 367 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.
Persoalan ketabahan yang pertama ialah persoalan ketabahan pengamal
perubatan tradisional. Datuk Lili tabah apabila Danel mempertikaikan pantang
larang dalam proses rawatan tradisional menyukarkannya untuk membawa William
mendapatkan rawatan moden. Walaupun datuk cuba mempertahankan kaedah
rawatannya, namun Danel tetap bertegas mahu menggunakan kaedah perubatan
moden terhadap ayahnya. Datuk kecewa kerana anak muda sekarang ini hanya
melihat sesuatu yang ada di hadapan mata sahaja, namun maksud tersiratnya tidak
diketahui.
Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan menghadapi
masalah keluarga. Che Jah tabah menghadapi masalah keganasan rumah tangga
yang berpunca daripada sikap panas baran, kaki mabuk dan kaki judi suaminya.
Sikap Seman telah menyebabkan kerosakan akhlak kedua-dua orang anaknya
sehingga menjadi pencuri dan terlibat dengan dadah. Akhirnya, Che Jah setuju
membuat laporan polis atas kesalahan jenayah yang dilakukan oleh suaminya.
PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah
Nordin. Terdapat banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.
Persoalan ketabahan dalam novel Pantai Kasih ialah persoalan ketabahan
menghadapi kegagalan rumah tangga. Doktor Raiha tabah menghadapi
kegagalan rumah tangga dengan Doktor Sadiz terutama selepas kelahiran anak
mereka yang kurang sempurna. Kejadian Ayu disambar api kereta mewah milik
Doktor Sadiz merupakan kemuncak kemarahan suaminya itu. Doktor Sadiz
melafazkan bahawa dia tidak akan melepaskan Doktor Raiha sebaliknya akan
meninggalkan Doktor Raiha gantung tiada bertali sepanjang hayat.
Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan menerima
ujian Tuhan. Ibu Unong Siron tabah menerima ujian Tuhan apabila anaknya telah
menjalani pembedahan sendi pinggul sebanyak enam kali. Malahan dia terpaksa
membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan merawat anaknya di Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Ibu Unong Siron tidak lokek untuk membelanjakan wang
insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah dan sihat seperti orang lain.
MUKA SURAT 368 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.
Persoalan ketabahan yang pertama ialah persoalan ketabahan
berhadapan dengan cabaran hidup. Embong tabah menghadapi cabaran
hidup kerana kemiskinan dan masalah penjagaan anak-anaknya yang masih
kecil selepas Saleha jatuh sakit. Embong juga berhadapan dengan masalah
anak lelaki tunggalnya, Abu Bakar yang menjadi gelandangan dan enggan
membantunya untuk memikul bebanan keluarga.
Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan apabila
berhadapan dengan pandangan hina orang lain. Dahlia tabah apabila
berhadapan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Aton bahawa dirinya
menjadi punca kematian Said. Hakikatnya, Dahlia cuba menyelamatkan Said
yang lemas di dalam sungai. Dahlia sanggup terjun ke dalam sungai walaupun
arusnya sungai deras. Walaupun telah berusaha namun Dahlia gagal
menyelamatkan Said dan peristiwa ini amat mengecewakannya.
TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.
Persoalan ketabahan yang pertama ialah persoalan ketabahan
menghadapi konflik dalam rumah tangga. Waheeda tabah menghadapi
konflik dalam rumah tangga apabila Zahid menuduhnya mempunyai hubungan
sulit dengan pelancong dari Dubai. Sikap cemburu buta Zahid ini tidak
berkesudahan apabila Waheeda diceraikan oleh Zahid dengan talak satu di
hadapan ibu dan ayah Waheeda. Hal ini dikatakan demikian kerana Zahid
meragui wajah bayi mereka yang tidak mewarisi kecantikan Waheeda.
Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan
berhadapan dengan ejekan rakan-rakan. Waheeda tabah menghadapi ejekan
rakan-rakan seperti Si Nuar, Si Man dan Si Mat Gusi sewaktu zaman
persekolahannya kerana memiliki hidung yang pesek. Waheeda sering kali
menangis kerana diejek oleh rakan-rakannya dan berasakan dirinya tidak cantik
seperti orang lain.
MUKA SURAT 369 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Terdapat banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.
Persoalan ketabahan yang pertama ialah persoalan ketabahan
berhadapan dengan cabaran hidup. Muhammad Taufik tabah berhadapan
dengan cabaran apabila dia telah dicederakan dan diculik oleh penjahat yang
diupah oleh Dato’ Johann Arlington-Majid. Ujian yang datang tidak sedikit pun
mematahkan semangatnya untuk menjayakan projek Kuala Selangor Kawasan
Simpan Langit Gelap bersama Nurul Hafsa.
Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan dalam
kehidupan akibat perceraian ibu bapa. Muhammad Taufik tabah apabila
terpaksa berjauhan dengan bapanya kerana meneruskan pendidikan di Otago,
New Zealand setelah ibu bapanya bercerai. Selepas menamatkan pengajian,
Muhammad Taufik kembali ke Malaysia dan tinggal bersama Tan Sri Muhaimin
menyebabkan dia hanya dapat berjumpa ibunya sekali-sekala sahaja.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.
Persoalan ketabahan yang pertama ialah persoalan ketabahan menjalani
kehidupan tanpa kasih sayang daripada ayah. Haiqal tabah menjalani
kehidupan tanpa pernah merasai kasih sayang seorang ayah kandung selepas
ibu bapanya bercerai. Abdullah bin Kayan dan uminya berpisah ketika dia berusia
tiga tahun. Haiqal mengikuti uminya tinggal di Kuala Terengganu manakala
ayahnya tinggal di Batu Pahat. Haiqal tidak sempat bersua dengan ayahnya
apabila ayahnya meninggal dunia ketika dia sedang menduduki UPSR. Haiqal
hanya menumpang kasih sayang seorang ayah tiri yang dipanggil walid.
Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan menjalani
kehidupan tanpa anak kesayangan di sisi. Abdullah bin Kayan tabah menjalani
kehidupan tanpa kehadiran anak kesayangannya Haiqal. Dia berusaha untuk
membawa Haiqal tinggal bersama-sama dengannya tetapi tidak dibenarkan oleh
bekas isterinya. Oleh sebab itu, Abdullah bin Kayan sanggup menumpahkan kasih
sayang terhadap See Hwa yang sebaya dengan Haiqal. See Hwa dianggap
sebagai anak kandung oleh Abdullah bin Kayan. Abdullah bin Kayan juga menulis
manuskrip untuk mencurahkan perasaan rindu terhadap Haiqal
MUKA SURAT 370 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin manakala di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Terdapat banyak peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam kedua-dua buah novel
tersebut.
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Jendela Menghadap Jalan
ialah peristiwa tentang kehilangan kubah. Kehilangan kubah secara tiba-tiba menimbulkan
unsur saspens menyebabkan penduduk kampung mengesyaki pencuri kubah itu ialah Rafik
dan Haziq. Malah ada penduduk kampung yang telah bersiap sedia untuk menyoal siasat Haziq
yang baru sahaja dipukul dengan teruk oleh Seman. Akhirnya, teka-teki ini terjawab apabila
pembaca mengetahui bahawa pencuri kubah yang sebenarnya ialah Seman setelah Che Jah
membongkar perbuatan suaminya itu.
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Songket Berbenang Emas
ialah peristiwa Embong dipatuk oleh ular tedung ketika hendak mandi untuk ke masjid
bagi menunaikan solat Jumaat. Peristiwa ini menimbulkan unsur saspens kerana pembaca
tertanya-tanya akan nasib Dahlia dan adik-adiknya seandainya Embong tiada lagi. Hal ini
dikatakan demikian kerana Embong bertarung nyawa akibat bisa patukan ular tedung manakala
Saleha masih dirawat di hospital. Akhirnya, pelbagai persoalan yang bermain-main dalam
fikiran pembaca terjawab apabila Embong kembali pulih dan selamat daripada bisa patukan
ular tedung setelah seminggu berada di Hospital Batu Pahat.
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib manakala di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
beberapa peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam kedua-dua buah novel.
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
ialah peristiwa kedatangan askar Jepun yang memakai turban. Askar Jepun itu
menyamarkan diri sebagai askar Sikh. Peristiwa ini menimbulkan perasaan ingin tahu sama
ada dia benar-benar askar Sikh atau tidak. Akhirnya teka-teki pembaca terjawab apabila Adnan
sedar akan penyamaran tersebut dan tentera Jepun yang menyamar sebagai askar Sikh telah
dibunuh.
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Tirani ialah peristiwa
Waheeda kemurungan dan tidak bersemangat untuk meneruskan perniagaan. Peristiwa
ini menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca sama ada Waheeda akan pulih ataupun tidak.
Untuk mengetahuinya, pembaca perlu meneruskan pembacaan dan mendapat ibu Waheeda
iaitu Raidah banyak memberikan sokongan dan dorongan kepadanya sehingga Waheeda
berjaya mengatasi masalah kemurungan. Waheeda turut berjaya membuka cawangan chalet di
Cameron Highlands.
MUKA SURAT 371 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat banyak peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam kedua-dua buah novel
tersebut.
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Pantai Kasih ialah peristiwa
punca kematian anak perempuan Doktor Raiha iaitu Rohayu bin Sadiz. Dari awal
sehingga akhir, pembaca tidak mendapat gambaran yang jelas tentang punca
kematian Ayu. Pembaca berasa lega dan begitu juga Doktor Raiha apabila pada akhir
cerita Felicia telah mengaku dan menceritakan situasi sebenar kematian Ayu. Kemunculan
Ayu secara tiba-tiba menyebabkan dia disambar oleh api yang marak.
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Bimasakti Menari ialah
peristiwa Muhammad Taufik menerima nota dalam jambangan bunga. Muhammad
Taufik telah menerima nota agar dia pergi ke stesen PETRONAS pada hari Jumaat
jam 8.30 pagi. Nota tersebut telah dimasukkan dalam jambangan bunga . Muhammad
Taufik terkejut apabila melihat kerongsang mutiara berharga RM10.00 kepunyaan
Nurul Hafsa tersemat pada selendang itu. Peristiwa ini mengandungi unsur saspens
kerana pembaca tertanya-tanya tindakan yang bakal dilakukan oleh Muhammad Taufik
setelah menerima nota tersebut yang pastinya membuktikan bahawa Nurul Hafsa dalam
keadaan bahaya.
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam kedua-dua buah novel tersebut.
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Di Sebalik Dinara ialah
peristiwa Farisha tiba-tiba pengsan di makmal Soft Lab. Farisha yang sihat tiba-tiba
pengsan di Soft Lab menimbulkan prasangka buruk pada fikiran Dr. Maxi yang
kemungkinan Farisha mengandung. Akhirnya, teka-teki ini terjawab apabila pembaca
mengetahui punca Farisha pengsan adalah kerana dia telah diserang oleh virus yang
digodam oleh musuh mereka dan bukannya disebabkan oleh mengandung atau sakit.
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa
Cikgu Zam sering terkenang akan Aiman ketika melihat anak-anak Tauke Lim. Cikgu
Zam terlalu merindui anaknya itu. Sikap Cikgu Zam yang perahsia menyebabkan tiada
siapa yang mengetahui identiti Aiman. Akhirnya, perasaan ingin tahu terjawab apabila
identiti Aiman didedahkan oleh penulis. Aiman dan Haiqal ialah orang yang sama iaitu anak
yang sangat dirindui oleh Abdullah bin Kayan atau Cikgu Zam.
MUKA SURAT 372 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
SET 13 – SMK CHUNG HWA, MIRI, SARAWAK
(a) Salah satu nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah nilai kasih sayang.
Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam sebuah novel yang anda
pelajari.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, kemukakan satu peristiwa pada peleraian setiap
novel dan huraikan pengajaran daripada peleraian tersebut.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Mak Milah dan Pak Saidi terhadap anak-
anak. Mak Milah dan Pak Saidi menyayangi anak-anaknya iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah dengan
memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Kesemua anaknya diberikan didikan
agama, ilmu kepahlawanan dan pendidikan Inggeris. Mereka berbuat demikian dengan harapan agar
anak-anak mereka akan menjadi anak-anak yang berilmu dan berguna kepada bangsa dan negara.
Bagi Pak Saidi, anak-anaknya perlu belajar daripada bangsa yang berjaya supaya mendapat ilmu
pengetahuan yang tinggi.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang antara apabila Tauke Chong bersedia
menjual basikal baharu kepada Pak Saidi dengan bayaran secara ansuran bagi menggantikan
basikal Pak Saidi yang telah dirosakkan oleh Nordin. Nordin merosakkan basikal Pak Saidi kerana
mahu membalas dendam kepada Pak Saidi . Nordin menyalahkan Pak Saidi yang telah
menyebabkannya teruk dipukul olah bapanya setelah mendapat tahu kelakuan buruknya mencuri buah-
buahan penduduk kampung.
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak
peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Farisha terhadap abangnya, Azraai.
Farisha menangis teresak-esak selepas mendapat tahu abangnya Azraai disahkan oleh doktor
mempunyai masalah jantung. Farisha memeluk Azraai sekuat-kuat hatinya apabila dia mengetahui berita
tersebut. Pada malam itu, dia tidak dapat melelapkan matanya kerana menangis apabila memikirkan hal
tersebut.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang antara Marilyn / Medina terhadap anaknya,
Farisha. Dia cuba melindungi Farisha apabila dia tidak sanggup melihat Farisha menjadi mangsa Karl
yang begitu taasub terhadap sains. Karl telah menanam implan ke dalam tubuh Farisha tanpa sebarang
ubat bius untuk menjadikan dia kanak-kanak genius. Setelah berpisah berpuluh-puluh tahun lamanya dia
cuba menjejaki Farisha, akhirnya Marilyn/Medina dapat juga bertemu dengan Farisha dan menyatakan
perasaan sayangnya kepada Farisha.
MUKA SURAT 373 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih
sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang sesama sahabat apabila
Danel telah menyelamatkan Lili. Lili yang telah diculik dan dijadikan tebusan oleh
Haziq dan Rafik di sebuah pondok usang di hujung kampung telah diselamatkan oleh
Danel seorang diri pada waktu malam. Kesan daripada sikap tanggungjawab Danel ini
maka Lili dapat diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Lili terhadap ibunya. Lili
menyayangi ibunya apabila dia tidak membantah permintaan ibu yang menyuruhnya
pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu. Walaupun Lili tidak
bersetuju dengan cadangan ibunya namun Lili terpaksa menyembunyikan
perasaannya daripada diketahui oleh ibu. Lili mahu ibunya sentiasa kelihatan gembira
dan Lili tidak akan membantah sebarang kata-kata ibunya kecuali ibunya menyuruh
melakukan kejahatan. Lili berpura-pura tersenyum untuk menjaga hati ibunya.
PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Doktor Raiha terhadap
anaknya, Rohayu walaupun anaknya itu cacat sebelum dilahirkan lagi. Doktor
Raiha enggan mengikut kehendak Doktor Sadiz yang memintanya menggugurkan
kandungan. Baginya, Rohayu mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih
sayangnya. Doktor Raiha banyak menghabiskan masa melayani Rohayu berbanding
bekas suaminya, Doktor Sadiz selepas Rohayu dilahirkan. Doktor Sadiz
mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke pusat penjagaan jauh dari tempat mereka
bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya dijadikan bahan perbincangan ramai.
Peristiwa kasih sayang yang kedua ialah peristiwa kasih sayang ayah
terhadap Doktor Raiha. Ayah Doktor Raiha menyayanginya apabila dia menasihati
Doktor Raiha supaya tidak memilih Doktor Sadiz sebagai suaminya kerana Doktor
Sadiz merupakan seorang yang angkuh dan telah berumur. Raiha yang tetap berdegil
dengan keputusannya telah menerima lamaran Doktor Sadiz seorang Pakar Perunding
Pembedahan yang merupakan seorang duda beranak dua yang usianya lebih tua
daripada usia bapa Raiha. Ayah Doktor Raiha mengingatkan Doktor Raiha agar tidak
menyesal dengan keputusan yang dibuatnya nanti.
MUKA SURAT 374 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang
dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Embong terhadap
Saleha. Embong bermonolog agar Saleha bersabar untuk sehari dua lagi dengan
mematuhi nasihat doktor dan akur untuk makan ubat sekiranya dia masih sakit. Dia
amat yakin bahawa isterinya akan sembuh. Embong berdoa siang dan malam agar
isterinya sembuh. Embong tidak sabar menunggu waktu mereka sekeluarga dapat
berkumpul.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Dahlia terhadap neneknya.
Dahlia tetap menjaga neneknya dengan menyuapkan bubur ketika neneknya sakit.
Dahlia turut meminta neneknya agar tinggal bersama-sama mereka sekeluarga apabila
sembuh nanti kerana mereka adik-beradik boleh memantau kesihatan nenek. Selama
tinggal dua hari di wad, hanya anak-anak Saleha yang menjaganya. Sikap
bertanggungjawab Dahlia ini telah berjaya merobohkan tembok kesombongan nenek
yang selama ini bersikap prejudis dengan mereka sekeluarga.
TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Waheeda terhadap
Zahid. Waheeda begitu menyayangi Zahid dan amat terkesan dengan sikap dingin
Zahid terhadapnya. Zahid jarang pulang ke Tajau Emas dan sekiranya Zahid datang,
kedatangannya itu hanya menambahkan luka di hati Waheeda. Perasaan sayang dan
cinta terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Waheeda mengalami
kemurungan apabila Zahid melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan
keluarganya. Waheeda terpaksa mendapatkan rawatan dengan Dr. Qamariah untuk
mengatasi masalah kemurungannya.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Raidah terhadap
Waheeda. Raidah sanggup terbang ke Singapura semata-mata untuk bersama
dengan Waheeda pada hari pembedahan mata dan hidung anaknya di Silicon Medical
Centre. Raidah juga sanggup menjaga Waheeda ketika anaknya itu bersalin di
Hospital Pakar Normah, Kuching serta menemani Waheeda untuk mendapatkan
rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan
Islam(Pusrawi), Kuala Lumpur.
MUKA SURAT 375 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu binti Mohd Yusop. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai
kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Muhammad Taufik
terhadap ibu bapanya. Muhammad Taufik tidak pernah sangsi akan kasih sayang
yang diterima daripada kedua-dua ibu bapanya walaupun mereka telah berpisah.
Muhammad Taufik bersyukur apabila ibunya, Maryam Wickham datang ke Malaysia
walaupun seketika. Muhammad Taufik akan menghabiskan setiap detik yang ada
untuk berbual-bual dengan ibunya itu. Bagi Muhammad Taufik, dia percaya bahawa
kasih sayang, darah dan daging, jiwa dan minda tidak mengenal sempadan tempat
dan zon masa.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Maryam Wickham
Abdullah terhadap Muhammad Taufik. Maryam Wickham meluahkan perasaan
sayang dan rindunya kepada Muhammad Taufik semasa dia datang ke rumah
Muhammad Taufik. Maryam Wickham juga mengambil berat tentang projek Ikhtiar
Teknoalam yang diusahakan oleh anaknya. Ikhtiar Teknoalam ialah sebuah projek
pembinaan rumah mesra alam untuk tujuan komersial yang sedang diusahakan oleh
Muhammad Taufik. Walaupun dipisahkan oleh benua dan lautan, Maryam Wickham
dan Muhammad Taufik mempunyai minat yang sama.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Abdullah Kayan
terhadap anaknya, Haiqal. Meskipun telah berpisah dengan anaknya, Abdullah bin
Kayan tidak pernah melupakan Haiqal. Dia menangis teresak-esak apabila merindui
Haiqal. Kasih sayang terhadap anaknya dicurahkan kepada Ong See Hwa yang
sebaya dengan Haiqal. Dia juga meninggalkan rumah, tanah, dan wang untuk Haiqal
dengan mengamanahkan Tauke Ong untuk menguruskan harta-hartanya tersebut.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Abdullah Kayan terhadap
See Hwa. Abdullah Kayan sanggup menumpahkan kasih sayang terhadap See Hwa
dan menulis manuskrip untuk mencurahkan perasaan rindu terhadap anaknya, Haiqal.
Abdullah Kayan menumpangkan See Hwa ke sekolah. Apabila melihat See Hwa, dia
terbayang-bayang akan anaknya, Haiqal segak berpakaian sekolah. Abdullah Kayan
tidak dapat menemui anaknya itu sehingga dia meninggal dunia.
MUKA SURAT 376 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada
pembaca dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa golongan tua
Kampung Sentosa mempertahankan kampung daripada pembangunan kerana
mereka bimbang pembangunan akan merampas kampung yang dimiliki oleh
mereka. Golongan tua di Kampung Sentosa mahu golongan muda turut
bersama-sama mempertahankan kampung mereka. Peristiwa ini dapat memberikan
teladan kepada pembaca agar mempertahankan warisan negara daripada
dimusnahkan agar dapat dilihat oleh generasi demi generasi.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada
pembaca dalam novel Songket Berbenang Emas ialah peristiwa Dahlia yang terpilih
mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama
empat tahun di Jepun. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan oleh pembaca agar
berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran agar memperoleh keputusan
cemerlang walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam hidup.
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
karya Abdul Latip bin Talib manakala di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb
Sabariah.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada
pembaca dalam novel Leftenan Adnan ialah peristiwa Pak Saidi berjaya membunuh
beberapa orang tentera Jepun dengan sebilah keris pusaka peninggalan
ayahnya. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan oleh pembaca kerana kita haruslah
bersemangat cinta akan negara dan berjuang sehingga titisan darah terakhir demi
mempertahankan keselamatan negara.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada
pembaca dalam novel Tirani ialah peristiwa Waheeda dan Ghazi membeli dan
mengusahakan Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di
Cameron Highlands dan menukarkan nama chalet tersebut kepada Aya-Sajinah.
Peristiwa ini dapat dijadikan teladan oleh pembaca kerana kita haruslah gigih berusaha
dalam apa-apa jua pun bidang yang kita ceburi demi mencapai kejayaan yang
cemerlang dan membanggakan ahli keluarga.
MUKA SURAT 377 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada
pembaca dalam novel Pantai Kasih ialah peristiwa Felicia memohon maaf daripada
Doktor Raiha kerana merahsiakan cerita sebenar tentang kematian Ayu. Doktor
Raiha mempersoalkan sikap Felicia yang tidak berani tampil sebagai saksi sewaktu
perbicaraan dengan Doktor Sadiz di mahkamah keluarga. Felicia yang terlibat
dalam komplot kematian Rohayu telah mengalami masalah kemurungan dan stres
yang berat. Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada pembaca agar berani
menegakkan kebenaran supaya hidup tidak tertekan dengan perkara tidak baik yang
dirahsiakan tersebut.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada
pembaca dalam novel Bimasakti Menari ialah peristiwa Tan Sri Muhaimin dinikahkan
semula dengan Maryam di Masjid Jamik Sultan Ibrahim, Selangor. Tan Sri
Muhaimin berasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana anak dan isterinya telah kembali
kepadanya. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan oleh pembaca agar mengelakkan
perceraian yang bukan sahaja memisahkan anak dengan ibu bapa malahan juga
memberikan kesan yang mendalam kepada mereka.
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang
Noor manakala di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa
kematian Karl. Kematian Karl pada pukul 7.00 malam menjadikan Farisha orang
yang terakhir bertemu dan bercakap dengan Karl. Farisha tetap menyayangi Karl
walaupun dia anak tidak sah taraf. Pertemuan dengan Karl merupakan pertemuan
yang pertama dan terakhir sebelum Karl menghembuskan nafas yang terakhir.
Pengajaran yang diperoleh daripada peleraian tersebut ialah kita haruslah menyayangi
ibu bapa walaupun mereka pernah melakukan kesalahan terhadap kita.
Peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa
semasa umi menyaksikan persembahan Haiqal. Umi memaafkan Haiqal apabila
dia hadir menyaksikan Haiqal menari tarian zapin jincat. Dengan kehadiran umi
maka dendam umi terhadap ayahnya terhapus apabila dia ke kubur arwah
suaminya itu. Akhirnya, umi Haiqal sedar bahawa darah yang mengalir dalam
tubuh Haiqal ialah darah Abdullah bin Kayan. Pengajaran yang diperoleh daripada
peleraian tersebut ialah kita haruslah menyedari kesilapan diri agar perselisihan faham
dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.
MUKA SURAT 378 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
SET 14 – PERCUBAAN NEGERI SELANGIR (SET 1) 2019
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat
dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan teknik pemerian yang
terdapat dalam setiap novel.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Adnan
dan Mamat menjalani latihan ketenteraan di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson.
Daripada seribu orang yang memohon hanya 25 orang sahaja yang terpilih dalam pasukan
yang digelar Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka telah menjalani selama
setahun di kem tersebut.
Latar tempat yang kedua adalah di Kampung Sungai Ramal. Di sinilah tempat
Adnan dan Budin berlawan tinju. Kekalahan pasukan bola sepak dari Sungai Merab dengan
pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal menyebabkan perasaan tidak puas hati.
Pasukan bola sepak dari Sungai Merab mencadangkan perlawanan tinju antara jaguh
kedua-dua buah kampung. Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan
hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana menganggap pertandingan tersebut tidak
sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan.
.
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat
banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Soft Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke
Soft Lab selepas menculiknya. Pertemuan antara Marilyn dan Karl (Karl yang menguasai
tubuh Shida) telah mengungkai peristiwa lama berkaitan hubungan mereka berdua dan
punca Farisha terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Di sini jugalah, Farisha
mengetahui bahawa Karl ialah bapa kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui bahawa dialah
yang menyerahkan Farisha kepada keluarga Azraai.
Latar tempat yang kedua adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah tempat
pertemuan pertama Farisha dengan Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke Kuala
Lumpur. Farisha tertarik dengan rupa paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal terbang
pula, Farisha dan Aqram duduk bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk
mendekati Farisha. Dia telah mengambil cawan minuman Farisha ketika Farisha sedang
tidur.
MUKA SURAT 379 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di
Pekan Sentosa sebelum meneruskan perjalanan ke kampung datuk neneknya.
Sebaik turun dari bas, Lili diikuti oleh seorang pemuda Cina yang disangkanya
cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina itu ingin menyerahkan
buku kepunyaan Lili yang tertinggal di dalam bas.
Latar tempat yang kedua ialah di balai raya Kampung Sentosa.
Mesyuarat tergempar diadakan di balai raya pada pukul 10 pagi yang turut
dihadiri oleh Kak Mimah dan rakannya, Nadia. Che Jah bersetuju supaya
suaminya diambil tindakan kerana dia sudah tidak tahan dengan perbuatan
suaminya. Lili memberikan cadangan agar suami Che Jah dihantar ke pusat
pemulihan akidah. Kak Mimah bersetuju dengan cadangan Lili dan
kemudiannya meminta Che Jah membuat laporan polis agar bantuan kewangan
dan sumbangan dapat disalurkan kepada keluarga Che Jah.
PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pusat Rawatan Pantai Kasih
(PRPK). Doktor Raiha telah melakukan pembedahan terhadap Doktor Uwang
yang cedera akibat kemalangan dilakukan di PRPK. Kereta Doktor Uwang telah
terbabas dan melanggar tembok garaj PRPK. Doktor Uwang yang terhimpit
dalam keretanya dibawa ke bilik rawatan kecemasan. Doktor Uwang telah
menjalani operasi penggantian sendi pada anggota tubuhnya yang rosak.
Akibat kemalangan tersebut, lutut dan sebelah pergelangan tangannya hancur.
Latar tempat yang kedua adalah di mahkamah keluarga. Di sinilah
tempat berlakunya perbicaraan kes keluarga antara Doktor Sadiz dan Doktor
Raiha berkaitan punca kematian Ayu berlaku di mahkamah keluarga. Di sini
jugalah tempat Doktor Sadiz menyatakan bahawa Doktor Raiha akan digantung
tanpa bertali sampai bila-bila. Doktor Raiha sedih kerana kemenangan berpihak
kepada Doktor Sadiz apabila saksi tidak hadir.
MUKA SURAT 380 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggung Ibrahim ialah tempat Dahlia, Kavita dan Siti
Wangi menuntut ilmu sebagai murid tingkatan enam atas dan bakal
menduduki STPM pada hujung tahun. Dahlia sendiri pernah
memanggil Cikgu Salwani apabila mendapati pintu pagar sekolah
telah dikunci kerana dia lewat tiba.
Latar tempat yang kedua adalah di Universiti Malaya. Dahlia
telah terpilih untuk mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan
peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun. Sebelum itu,
Dahlia diwajibkan mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan
di Universiti Malaya. Dahlia telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Johor mewakili calon STPM daripada Bahagian Sri Gading.
TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di rumah Bazilah. Waheeda
menumpang di rumah Bazilah yang terletak di Yishun Street,
Singapura. Waheeda menumpang tinggal sementara di rumah Bazilah
kerana dia akan menjalani pembedahan di Silicon Medical Centre.
Latar tempat yang kedua adalah di Silicon Medical
Centre(SMC). Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya
di SMC. Pembedahan ini telah dilakukan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh
dan Dr. Averroes atau Dr.Rushdi. Selepas menjalani pembedahan,
Waheeda diminta memakai cermin mata hitam bagi melindungi
matanya yang masih membengkak.
MUKA SURAT 381 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Kuantan. Hafsa
pergi ke Kampung Kuantan bersama-sama ayahnya, Haji Yassir.
Nurul Hafsa kecewa apabila impiannya untuk melihat banyak kelip-
kelip tidak kesampaian. Setelah menunggu beberapa lama, barulah
kelihatan beberapa ekor kelip-kelip muncul. Akhirnya, Nurul Hafsa
menerima kenyataan bahawa impiannya untuk melihat kerlipan kelip-
kelip secara sinkronasi tidak akan tercapai.
Latar tempat yang kedua adalah di Perpustakaan Awam Sultan
Salahuddin, Kuala Selangor. Di sinilah tempat Nurul Hafsa,
Muhammad Taufik dan Budiman berbincang tentang rancangan
membuat projek Kawasan Simpan Langit Gelap dan pada waktu yang
sama Budiman menyiapkan tugasannya untuk ijazah sarjana.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Seri Purnama.
Haiqal telah menziarahi pusara ayahnya yang terletak di Kampung
Seri Purnama. Dia menangis teresak-esak kerana tidak dapat
membendung kesedihan dan menanggung rindu yang mendalam
terhadap ayahnya. Di pusara ayahnya, Haiqal membaca surah Yasin
dalam keadaan sebak.
Latar tempat yang kedua adalah di Pantai Batu Buruk, Kuala
Terengganu. Di sinilah tempatnya Ratna bertanya kepada Haiqal
Haqimi tentang punca perpisahan ayah dan ibunya lalu dia meminta
maaf apabila melihat Haiqal Haqimi mendiamkan diri sambil menguis-
nguis pasir pantai di hujung kasutnya.
MUKA SURAT 382 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak teknik pemerian yang
digunakan oleh pengarang dalam kedua-dua buah novel.
Teknik pemerian dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah pengarang
memerihalkan keadaan Haziq kerana dipukul oleh Seman. Darah mengalir dari
bibir Haziq yang pecah. Matanya tidak bermaya ketika dia berkalih ke kiri untuk
mengelakkan sepakan Seman yang benar-benar seperti orang hilang akal. Dari
dalam rumah Che Jah pula sedang meraung meminta cerai dan riuh suara wanita
yang sedang menyabarkannya.
Teknik pemerian dalam Songket Berbenang Emas ialah pengarang
memerihalkan peristiwa Embong dibelit oleh ular sawa. Ular yang sudang
tergantung pada pokok lain menjuntaikan kepalanya ke arah Embong. Embong
terjatuh. Ular itu membelit kakinya kemudian ke badan. Embong meronta-ronta.
Embong mengumpul tenaga lalu berjaya mencekak leher ular dan berlaku
pergelutan.
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
karya Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya
Beb Sabariah. Terdapat banyak teknik pemerian yang digunakan oleh pengarang
dalam kedua-dua buah novel.
Teknik pemerian dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah pengarang
menggambarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu
pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang. Dia berlagak seperti Hang
Tuah yang menikam musuhnya. Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum
melihat telatah anaknya itu.
Teknik pemerian dalam novel Tirani ialah pengarang memerihalkan upacara
menyarung cincin perkahwinan pengantin lelaki di jari pengantin perempuan.
Waheeda tersenyum mengalu-alukan Makcik Hazimah ibu saudara Zahid lalu
menghulurkan tangan kanannya. Kemudian Makcik Hazimah menyarungkan cincin
pemberian Zahid di jari Waheeda. Waheeda mencium tangan suaminya,Zahid lalu
Zahid merapatkan wajahnya ke hadapan dan mencium dahi isterinya.
MUKA SURAT 383 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah
Nordin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Terdapat banyak teknik pemerian yang digunakan oleh
pengarang dalam kedua-dua buah novel.
Teknik pemerian dalam novel Pantai Kasih ialah pengarang memerihalkan
keadaan Doktor Uwang di pusat hiburan. Doktor Uwang memerhatikan para
pengunjung pusat hiburan bertambah ramai. Mereka semuanya datang
berpasangan dan meliang-liuk menari mengikut tempo irama muzik di lantai pusat
hiburan tersebut.
Teknik pemerian dalam novel Bimasakti Menari ialah pengarang
memerihalkan Muhammad Taufik yang sedang memerhatikan Nurul Hafsa.
Muhammad Taufik memerhatikan Nurul Hafsa yang sedang berhadapan dengan
serangan daripada kumpulan pemerhati bintang cilik dan pengiring-pengiring
mereka. Nurul Hafsa sederhana tinggi, susuk tubuhnya tidak terlalu kurus dan tidak
pula berisi. Ada bayang-bayang lasak walaupun Nurul Hafsa mengenakan baju
kurung dan blazer.
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya
Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat banyak teknik pemerian yang digunakan oleh pengarang dalam
kedua-dua buah novel.
Teknik pemerian dalam novel Di Sebalik Dinara ialah pengarang
menceritakan tentang suasana dalam simposium yang dihadiri oleh Farisha
dan Rosman. Simposium ini dihadiri oleh ratusan orang. Masing-masing dilengkapi
sebuah iPad. Farisha telah mengambil iPad daripada robot. Farisha menekan
butang Home lalu ikon My Desktop muncul di skrin iPad menggantikan mesej-mesej
selamat datang dan arahan-arahan daripada robot tadi. Farisha kecewa apabila
hanya hologram Phillips Young yang menyampaikan ucaptama kerana beliau
berada di Florida.
Teknik pemerian dalam novel Silir Daksina ialah pengarang memerihalkan
keadaan Haiqal ketika dia membelek manuskrip Abdullah Kayan. Haiqal
membelek manuskrip daripada Ai Ling. Haiqal memikirkan sama ada Ai Ling dan
Ong See Hwa ialah orang yang sama seperti yang dilukiskan wataknya oleh
ayahnya. Ataupun Ai Ling hanyalah watak yang sengaja diciptakan oleh ayahnya.
MUKA SURAT 384 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
SET 15 – PERCUBAAN NEGERI SELANGIR (SET 2) 2019 [7 markah]
(a) Berdasarkan sinopsis yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. [8 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu persoalan tanggungjawab bagi setiap novel.
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib.
Sinopsis novel ini dimulakan apabila pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar
bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal
sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu.
Pada bahagian perkembangan, peristiwa tertumpu pada suasana kehidupan penduduk di Kampung Sungai Ramal,
Kajang yang hidup dalam serba kemiskinan. Kemiskinan penduduk kampung telah memberikan kesedaran kepada ayah Adnan,
iaitu Pak Saidi untuk mengubah nasib bangsanya. Pak Saidi berpendapat bahawa anak-anak perlu diberikan didikan yang
sempurna agar mereka lebih berpendidikan dan akhirnya mampu membawa perubahan kepada keluarga, bangsa, dan negara.
Pak Saidi diceritakan telah mengambil suatu tindakan yang luar biasa. Pak Saidi telah menghantar anaknya belajar di Sekolah
Inggeris. Penduduk kampung khuatir anak Pak Saidi akan dikristiankan atau menjadi murtad. Hal ini mengundang rasa kurang
senang penduduk kampung. Mereka ingin menghalau Pak Saidi sekeluarga dari kampung jika dia meneruskan cita-cita tersebut.
Namun Pak Saidi tidak berganjak daripada keputusan yang telah dibuatnya.
Pada bahagian klimaks, pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera
Jepun. Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu
terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu. Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan
Adnan turut tercedera. Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun
kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh
setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.
Pada bahagian peleraian, Jepun telah menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 dengan pengeboman Hirosyima dan
Nagasaki. Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula
sebagai guru di sekolah Sungai Ramal. Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka. Sophia
meninggal dunia akibat penyakit leukemia.
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Sinopsis cerita novel ini bermula dengan perkenalan antara Farisha dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya
ke KLIA. Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha ketika Farisha tidur untuk menguji DNA Farisha.
Pada bahagian perkembangan, Aqram telah menawarkan projek mini kepada mereka berdua. Setelah Farisha dan
Rosman bersetuju untuk menyertai projek mini, Aqram telah membawa mereka bertemu dengan Dr. Maxi. Dr. Maxi menawarkan
RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.
Shida pula diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana. Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka
manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha. Projek Dinara terpaksa dihentikan apabila Karl terlantar akibat
barah. Karl telah meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft
Lab, Farisha berasa sakit kepala secara tiba-tiba. Dua malam kemudian, Farisha telah mengunjungi Azraai. Dia terkejut apabila
Azraai memaklumkan bahawa dia terkena serangan jantung. Pada malam itu juga, Farisha mengetahui bahawa dia hanyalah
anak angkat keluarga Azraai.
Pada bahagian klimaks, Azraai membawa Farisha keluar dari hospital apabila mengetahui bahawa Marilyn berjaya
menghubungi Farisha. Farisha kemudiannya telah diculik oleh Amin dan Farid di Hentian Pagoh atas arahan ibunya,
Marilyn/Medina. Azraai meminta bantuan Rosman untuk mengesan Farisha. Sebelum itu, Marilyn telah berhubung dengan
Farisha semasa Farid dan Amin dalam perjalanan membawa Farisha kepadanya. Farisha akhirnya bertemu dengan ibunya,
Marilyn yang pernah cuba membunuhnya. Marilyn telah membawa Farisha ke Soft Lab dan di sinilah terungkainya sebab Marilyn
terpaksa membunuh Farisha kerana dia tidak sanggup melihat Farisha diseksa oleh Karl.
Pada bahagian peleraian, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot. Karl(Shida)
cuba menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn ke Soft Lab telah
membongkar rahsia bahawa Marilyn dan Karl merupakan ibu bapa kandung Farisha. Farisha bertemu dengan ayah kandungnya
yang semakin tenat. Karl akhirnya meninggal dunia dan mayatnya dibakar manakala abunya di ditabur di Selat Melaka. Selepas
Karl meninggal, Shida masih dikuasai oleh “Karl”.
MUKA SURAT 385 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Sinopsis novel ini dimulakan apabila pengarang menceritakan berkenaan Lili iaitu seorang remaja berusia 17 tahun
yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di Kuala Lumpur. Semasa cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti
bersama-sama nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung tetapi disebabkan perasaan
hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.
Pada bahagian perkembangan, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya lebih tertarik untuk
tinggal lebih lama di Kampung Sentosa. Datuk Lili merupakan antara orang pertama yang membuka kampung itu. Datuk
merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana
mereka beralih kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka yang masih
muda. Lili turut menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua berkaitan dengan isu kubah
masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya
ketika dalam perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi
bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.
Pada bahagian klimaks, Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini
penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar. Che Jah sangat bersetuju jika suaminya
dibawa ke muka pengadilan kerana kubah yang dilarikan itu berpunca daripada perbuatan jahat Seman namun suaminya
menghalakan segala perbuatan jahatnya kepada anak-anaknya yang sedang belajar untuk menjadi baik.
Pada bahagian peleraian, dengan pertolongan Kak Mimah yang kebetulan datang untuk berubat dengan
datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga pulih. Datuk dan nenek telah
menceritakan sejarah kedatangan mereka ke situ dan membuka rahsia tentang jendela yang menghadap jalan kepada Lili.
PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Sinopsis dimulakan apabila pengarang menceritakan kisah Raiha, seorang doktor muda yang terpaksa melalui
pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam rumah
tangga, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK).
Pada bahagian perkembangan, fikiran Raiha sering terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka masih
mampu untuk bertungkus-lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di
pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya-raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Fikiran Raiha
kian terganggu apabila melihat sinar-X milik salah seorang daripada pesakit iaitu Unong Siron. Dari mata kasar, memang
tiada apa-apa yang aneh berlaku namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada sinar-X itu. Hal ini
membuatkan Raiha bertambah tertekan. Pada masa yang sama, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya
yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati. Doktor Raiha cuba
meluahkan perasaan tentang Unong Siron kepada Doktor Uwang. Sikap Doktor Raiha menyebabkan mentornya itu kurang
senang kerana seolah-olah Doktor Raiha mencabar kewibawaannya. Walhal sebelum ini, Doktor Uwang ialah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan ketika dia menjadi
siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik di institusi tinggi tempatan dahulu. Namun, apabila bekerja di pusat
rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah Unong Siron yang
menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah.
Pada bahagian klimaks, berlaku pencerobohan seorang pemuda kurang siuman. Ariana Abdullah secara tiba-tiba
datang meminta pertolongan Doktor Raiha kerana Sister Felicia Landosi telah ditahan oleh penceroboh yang menyamar
sebagai doktor di bilik bedah. Ibu Unong Siron telah menawarkan bantuannya untuk memujuk pemuda kurang siuman itu
kerana pemuda itu tinggal bersebelahan kampungnya. Ibu Unong Siron telah memujuk pemuda itu melepaskan Felicia
Landosi dan mengikutnya merawat Unong Siron yang sakit. Selepas berjaya ditangkap, pemuda tersebut telah dihantar ke
hospital sakit jiwa bagi menerima rawatan lanjut.
Pada bahagian peleraian, Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan PRPK. Sebagai
seorang doktor yang profesional, Raiha tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor dan bertanggungjawab
menjalankan operasi pembedahan ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor
tersebut. Ketika Raiha melangkah ke garaj kereta PRPK, Felicia Landosi telah memanggil namanya dan menangis tersedu-
sedan. Felicia telah meminta maaf atas kesilapannya yang terjebak dalam kes kematian Rohayu. Doktor Raiha memaafkan
Felicia dan reda akan kematian anaknya. Bagi Doktor Raiha, dia dan Felicia merupakan dua orang insan yang sama-sama
menjadi mangsa keadaan dan kerakusan diri sendiri.
MUKA SURAT 386 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Sinopsis cerita dimulakan dengan pengarang mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam
Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-temannya.
Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang
bakal didudukinya.
Pada bahagian perkembangan, ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana
kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana
pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata setelah tersilap memilih rakan. Dia
tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat
pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda keluarganya walaupun dia
anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib
malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka
berbanding anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil
keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim menawarkan
pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
Pada bahagian klimaks, Abu Bakar telah menjumpai kain merah yang sudah reput. Abu Bakar menjumpai
kain merah yang membungkus dua biji telur ayam berwarna hitam yang berbau busuk dan mengandungi jarum peniti,
cincin akik, butiran pasir dan paku di bawah rumahnya. Abu Bakar mengandaikan telur itu digunakan oleh seseorang
yang berniat untuk memporak-perandakan keluarga mereka. Dahlia menyuruh Abu bakar membuang telur-telur busuk
itu ke dalam sungai.
Pada bahagian peleraian, Dahlia telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus
Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30
Disember iaitu pada hari pertunangannya. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan penduduk kampung sebanyak
RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. Azhari
telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa
menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur walau di mana-mana dia berada.
TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Sinopsis dimulakan apabila pengarang memperkenalkan watak waheeda melayari laman sesawang yang
berkaitan dengan perihal kecantikan wajah dan pembedahan plastik pada wajah.Keinginan Waheeda untuk
melakukan pembedahan plastik pada wajahnya yang bertujuan membaiki, memulih serta menjaga kekemasan diri
Pada bahagian perkembangan novel, Waheeda telah dicederakan oleh seekor monyet Belanda pada wajah
dan hidungnya hingga menyebabkan Waheeda dikejarkan ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani ibunya Raidah.
Waheeda bertemu dengan doktor pakar di Silicon Medical Centre (SMC) bagi menguruskan proses pembedahan
mata dan hidungnya.Waheeda mendapat tawaran kerja di Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai Perhubungan
Awam. Waheeda berkenalan pertama kali dengan Zahid di Flamingo.
Pada bahagian klimaks, Zahid bertindak nekad dengan menceraikan isterinya Waheeda dengan talak satu
kerana sikap cemburu dan sikap curiganya yang terlampau.Waheeda mengalami masalah kemurungan dan
mengalami masalah meroyan akibat tindakan suaminya yang kejam dan kerana dia terlalu mencintai suaminya itu.
Pada bahagian peleraian, Ghazi dan Raidah menemani Waheeda bagi mendapatkan rawatan dan khidmat
kaunseling di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) Kuala Lumpur. Waheeda dan Ghazi seterusnya mengusahakan
chalet Iwana-Iwani milik Pakcik Abdul Aziz yang terletak di Cameroon Highlands dengan menukar nama kepada Aya-
Sajinah. Zahid menyesal dengan tindakannya menceraikan Waheeda dan meninggalkan anaknya Izzati. Zahid
meluahkan penyesalannya atas kesalahannya terhadap Waheeda dan Izzati. Izzati memujuk ibunya agar memaafkan
kesalahan ayah kandungnya.
MUKA SURAT 387 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Sinopsis novel bermula apabila pengarang mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di
Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi,
Hiroshima, Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar tanpa sebarang bantuan alat
pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa menerangkan kepada rombongan tersebut bahawa
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor.
Pada bahagian perkembangan, Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di
Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ apatah lagi anak sungainya dipagar untuk
menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama
sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian
agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di
hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington-Majid. Dato’ Johann Arlington-Majid telah mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang lelaki bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik bagi memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa.
Pada bahagian klimaks, Muhammad Taufik oleh penculik yang menculik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas. Nurul Hafsa
dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan
membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Pada bahagian peleraian, Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas
isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi
dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington-Majid pula
bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul
Hafsa dan menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Sinopsis novel bermula apabila pengarang mengisahkan kehidupan Haiqal Haqimi yang tinggal bersama-
sama ibunya, ayah tiri dan adik tirinya. Pada usia Haiqal 6 tahun, umi telah memberitahu Haiqal bahawa walid ialah
ayah tirinya. Sejak itu, Haiqal sering tertanya-tanya tentang bapa kandungnya tetapi jawapan umi masih tidak
memuaskan hatinya.
Pada bahagian perkembangan, Haiqal Haqimi mendapat sebuah manuskrip setebal 58 muka surat daripada
Ong See Hwa pada suatu pagi. Menerusi, manuskrip tersebut Haiqal mula menjejaki perjalanan ayah kandungnya
yang merupakan seorang pejuang sastera yang dihormati di Batu Pahat. Abdullah bin Kayan/ Cikgu Zam/Cikgu
Amirulnizam telah memberikan amanat kepada Haiqal agar dia dapat meneruskan penubuhan Akademi Sastera
Rakyat (Aksara). Perasaan Haiqal untuk menjejaki ayah kandungnya begitu membuak-buak namun dia mendapat
tentangan daripada umi. Umi menganggap bahawa dunia sastera tidak mempunyai masa depan. Umi tidak mahu
Haiqal mengikut jejak langkah ayahnya yang terlibat dalam bidang sastera sebaliknya mengambil alih perniagaan
batiknya di Kuala Terengganu. Namun, dia tetap berkeras untuk pergi ke tempat ayahnya.
Pada bahagian klimaks, Haiqal terpandang keluarga terutama ibunya yang berdiri sambil tersenyum di
bahagian belakang balai tempat duduk penonton ketika dia asyik menari tarian zapin. Dia terkejut dan terharu apabila
adiknya menunjukkan tanda isyarat bagus kepadanya. Haiqal Haqimi ingin muzik zapin yang mengiringi tarian itu
segera tamat kerana dia ingin memeluk ketiga-tiga orang yang sangat dirinduinnya itu.
Pada bahagian peleraian, Umi telah melawat pusara ayahnya. Umi akhirnya sedar bahawa darah yang
mengalir dalam tubuh Haiqal ialah darah Abdullah bin Kayan. Ratna pula telah bertunang dengan ushawan. Haiqal
bertekad untuk mengenali Ong See Hwa dengan lebih rapat. Haiqal akan melaksanakan impian ayahnya untuk
mewujudkan Aksara apabila dia telah menjadi sehebat ayahnya.
MUKA SURAT 388 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak persoalan tanggungjawab dalam novel ini.
Persoalan tanggungjawab dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah persoalan
tanggungjawab anak mencari penawar penyakit bapa. Sebagai anak, Danel
bertanggungjawab untuk mencari jalan bagi merawat penyakit bapanya. Danel mengusahakan
pelbagai jenis rawatan untuk bapanya, William Ng yang menghidap penyakit kencing manis.
Rawatan tradisional dan moden dicubanya walaupun pada hakikatnya dia kurang bersetuju
dengan kaedah rawatan tradisional. Danel memberitahu datuk bahawa dia mahu mencuba
rawatan moden terhadap bapanya namun pantang larang ketika proses rawatan tradisional
menghalang hasrat mereka. Danel mahu bapanya menghentikan pengambilan akar kayu dan
herba. Dia mahu merawat bapanya dengan menggunakan produk kesihatan keluaran syarikat
MLM.
Persoalan tanggungjawab dalam novel Songket Berbenang Emas ialah persoalan
tanggungjawab anak menjaga dan menguruskan emak yang mengalami masalah mental.
Sebagai anak, Dahlia bertanggungjawab memujuk emaknya yang berada di kebun getah untuk
balik ke rumah. Dahlia mendapatkan emaknya, Saleha yang sedang bercakap sendirian dan
sesekali ketawa di kebun getah. Dahlia berusaha memujuk dan membawa emaknya hingga dia
terjatuh ke tanah yang becak. Dahlia menangis kerana dia terlalu sebak dan tidak mampu
berbuat apa-apa untuk membawa emaknya balik ke rumah. Akhirnya, Saleha berjaya dibawa
balik oleh Embong.
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
banyak persoalan tanggungjawab dalam novel ini.
Persoalan tanggungjawab yang pertama ialah persoalan tanggungjawab rekrut dalam
menjalani latihan ketenteraan. Adnan dan Mamat menjalankan tanggungjawab mereka
sebagai rekrut apabila menjalani latihan ketentera yang keras dan penuh disiplin di Kem Haig
Lines, Port Dickson. Mereka turut dilatih menggunakan senjata api, teknik mempertahankan diri
dan gerak gempur. Mereka juga mempelajari ilmu agama dan undang-undang. Adnan turut
dipilih sebagai rekrut terbaik
Persoalan tanggungjawab yang kedua ialah persoalan tanggungjawab untuk
memajukan perniagaan pelancongan inap desa Tajau Emas. Fadhil menjalankan
tanggungjawabnya memajukan Tajau Emas apabila dia menjadi pemandu pelancong dan
sentiasa bersikap mesra pelanggan dengan memberikan layanan yang istimewa kepada para
pelanggannya. Dia juga mengetengahkan produk yang unik seperti ekopelancongan di dusun
buah-buahan dan perkhidmatan ikan mengurut kaki.
MUKA SURAT 389 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat banyak persoalan tanggungjawab dalam novel ini.
Persoalan tanggungjawab dalam novel Pantai Kasih ialah persoalan tanggungjawab
masyarakat dalam menyelesaikan masalah pemuda kurang siuman yang menceroboh
masuk ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Ibu Unong Siron bertanggungjawab menawarkan diri
untuk memujuk pemuda yang kurang siuman apabila Felicia Landosi telah ditahan oleh
seorang penceroboh yang menyamar sebagai doktor di bilik bedah. Secara kebetulan, pemuda
itu tinggal bersebelahan dengan rumah Unong Siron. Ibu Unong Siron telah berjaya memujuk
pemuda itu dengan memberikan segelas susu yang sudah dicampur dengan sedikit ubat
penenang.
Persoalan tanggungjawab dalam novel Bimasakti Menari ialah persoalan
tanggungjawab anak muda untuk memastikan populasi kelip-kelip di kawasan sungai
tidak pupus. Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik bertanggungjawab untuk memastikan
peningkatan populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan. Dalam melaksanakan misi tersebut,
mereka telah diculik oleh penculik upahan Dato’ Johann Arlington-Majid yang telah menentang
projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor. Walaupun menghadapi pelbagai
rintangan, namun atas dasar tanggungjawab mereka maka akhirnya projek mengusahakan
populasi kelip-kelip berjaya.
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
persoalan tanggungjawab dalam novel ini.
Persoalan tanggungjawab dalam novel Di Sebalik Dinara ialah Peristiwa yang kedua ialah
persoalan tanggungjawab pekerja untuk mematuhi arahan ketua. Sebagai pekerja, Aqram
bertanggungjawab apabila dia mematuhi arahan ketuanya iaitu Dr. Maxi dan Karl. Aqram mula
menjejaki Farisha dengan mengekorinya di Lapangan Terbang Senai sehinggalah mereka
menaiki kapal terbang yang sama ke Kuala Lumpur. Aqram telah mengambil cawan yang
digunakan oleh Farisha untuk membuat ujian DNA bagi memastikan Farisha benar-benar orang
yang dicari oleh Karl. Ujian DNA dilakukan pada kesan air liur Farisha yang melekat di cawan
tersebut. Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk membantu mereka menyelamatkan Dinara.
Persoalan tanggungjawab dalam novel Silir Daksina ialah persoalan tanggungjawab
menguruskan dan menjaga aset sahabat. Sebagai jiran dan sahabat, Tauke Ong
melaksanakan tanggungjawab mengurus dan menjaga aset Cikgu Abdullah Kayan sebelum
diserahkan kepada anaknya. Tauke Ong memberitahu Haiqal bahawa dia telah diamanahkan
oleh arwah ayah Haiqal untuk mengerjakan tanah-tanahnya yang ditanami kelapa sawit. Tauke
Ong mahu menyerahkan hasil kutipan jualan kelapa sawit kepada Haiqal. Wang tersebut telah
disimpan dalam buku simpanan bank yang dibuka atas nama Haiqal Haqimi.
MUKA SURAT 390 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
SET 16 – PERCUBAAN NEGERI SELANGIR (SET3) 2019
(a) Jelaskan dua contoh peristiwa yang menimbulkan kesedaran kepada pembaca yang terdapat
dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran kegigihan bagi setiap
novel yang pada pendapat anda dapat dijadikan panduan hidup.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib.
Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Pak Saidi sanggup menghantar Adnan dengan
berbasikal walaupun jaraknya jauh. Pada sebelah malam Pak Saidi mengajar anak-anaknya
mengaji al-Quran pula. Pak Saidi tetap meneruskan persekolahan anak-anaknya di sekolah
Inggeris walaupun mendapat tentang daripada penduduk kampung. Peristiwa ini memberikan
kesedaran kepada pembaca kerana pembaca harus menyedari bahawa setiap ibu bapa harus
mementingkan pendidikan anak-anak sejak kecil.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa askar Melayu yang terus berjuang mempertahankan
tanah air. Askar Melayu berlindung di kubu ketika serangan Jepun pada waktu malam. Hospital
tentera musnah dengan 700 orang askar India terkorban. Tentera Gurkha dan pasukan meriam
British di Bukit Timah tewas. Pengalaman tentera Jepun berperang di China digunakan bagi
melemahkan tentangan British. Tinggal Bukit Candu dan pasir Panjang sebagai benteng terakhir
bagi menyelamatkan pangkalan utama Alexandra. Tanggungjawab digalas oleh kapten Rix dan
Leftenan Adnan setelah Percival enggan mengaku kalah. Rix ragu-ragu, tetapi Adnan berjanji akan
bertahan hingga ke titisan darah terakhir. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca
kerana pembaca harus menyedari bahawa setiap askar harus menanamkan semangat juang yang tinggi
dalam mempertahankan negara seperti Leftenan Adnan.
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak peristiwa
yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa pertemuan Farisha dengan Karl ketika Karl sedang
nazak. Farisha bertemu dengan Karl yang semakin tenat di rumah agam Karl. Ketika bertemu,
Farisha hanya merenung wajah Karl yang kelihatan cengkung. Farisha berjanji kepada Karl
bahawa dia akan sentiasa mengingati ayahnya itu. Farisha menangis mengucapkan selamat
tinggal kepada Karl dan tidak semena-mena air mata mengalir di pipi lelaki itu. Peristiwa ini
memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa menjaga hubungan kekeluargaan agar sentiasa
erat.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Azraai bekerjasama dengan ayah dan ibunya menjaga
Farisha sejak Farisha berumur 2 tahun. Azraai turut memastikan semua mikrocip mesti kekal
dalam tubuh Farisha dan Farisha mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Azraai turut
menyerahkan fail yang mengandungi macam-macam surat arwah ayah tentang maklumat Farisha
seperti dokumen permohonan dan sijil yang menunjukkan Farisha ialah anak angkat. Peristiwa ini
memberikan kesedaran kepada pembaca agar menjaga sentiasa menjaga amanah yang diberikan oleh
orang tua untuk menjaga adik-beradik.
MUKA SURAT 391 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kerajinan datuk Lili ke hutan. Datuk atau
Haji Abdul Rahman rajin masuk ke hutan untuk mencari akar-akar kayu sebagai
ramuan perubatan tradisional. Sikapnya yang rajin ini membimbangkan nenek kerana
pernah datuk tidak balik pada waktu malam semata-mata untuk untuk mencari akar-
akar kayu. Datuk turut ke paya bakau untuk mencari tumbuhan eksotik dan suka
merayau-rayau ke tempat-tempat yang berpotensi untuk dijadikan penyembuh tubuh
manusia yang sakit. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar
menghargai tumbuh-tumbuhan herba kerana banyak khasiat kepada manusia.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kerajinan Geetha membantu nenek di dapur.
Geetha rajin membantu nenek memasak apabila dia memotong sayur dan menyiang
ikan ketika dia tidur di rumah nenek. Walaupun nenek melarang Geetha menolongnya
kerana Geetha ialah tetamu namun dia tetap membantu nenek. Bagi Geetha,
membantu melakukan kerja-kerja di dapur ialah kerja orang perempuan. Peristiwa ini
memberikan kesedaran kepada pembaca agar ringan tulang apabila berada di rumah orang
lain.
PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak
peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Doktor Raiha bertegas tidak mahu
menggugurkan kandungannya walaupun telah dipaksa oleh suaminya. Doktor Raiha
telah dipaksa oleh Doktor Sadiz untuk menggugurkan kandungannya setelah
mendapati janin dalam kandungannya cacat melalui ujian ultrabunyi. Doktor Sadiz
tidak menerima kelahiran bayinya yang cacat disebabkan statusnya sebagai pakar
perunding pembedahan yang terkenal. Keengganan Doktor Raiha mematuhi kehendak
Doktor Sadiz menyebabkan hubungan mereka suami isteri semakin tegang sehingga
berlaku perceraian. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar tetap
menghargai anak-anak kurang upaya kerana anak itu merupakan anugerah Allah.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Doktor Raiha begitu tabah menerima
pelbagai dugaan yang berlaku dalam hidupnya. Ketabahan Raiha bermula dengan
gangguan peristiwa hitam keruntuhan rumah tangganya. Walaupun dia dijadikan
bahan tontonan sewaktu kes perbicaraan tersebut mendapat liputan media dan dia
gagal dalam kes tersebut, namun dia meneruskan kehidupan dengan tabah. Peristiwa
ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa tabah menghadapi pelbagai
dugaan dalam kehidupan.
MUKA SURAT 392 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa peristiwa Tauke Lim membantu keluarga
Embong. Tauke Lim menganggap Embong sebagai saudaranya kerana mereka sama-
sama merantau dari Melaka. Tauke Lim berniaga manakala Embong bekerja di estet.
Susah senang ditanggung bersama-sama. Tauke Lim begitu hairan dengan sikap Nek
Kiah dan Seman yang bermusuhan dengan keluarga Embong walaupun mereka satu
keluarga. Tauke Lim berjanji akan menolong Dahlia berkenaan wang yang diminta oleh
neneknya. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar membantu orang yang
dalam kesusahan walaupun berlainan bangsa dan agama sebagaimana yang dilakukan oleh
Tauke Lim terhadap keluarga Embong
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa keprihatinan Cikgu Hisyam terhadap pelajaran
Dahlia apabila mengingatkan Dahlia agar tidak mengabaikan pelajaran apabila Dahlia
membuat keputusan untuk keluar dari asrama. Cikgu Hisyam telah memanggil Dahlia
untuk menemuinya kerana Dahlia tidak hadir dua hari ke sekolah. Cikgu Hisyam cuba
mencungkil masalah yang dihadapi oleh Dahlia namun Dahlia lebih suka
merahsiakannya. Cikgu Hisyam yang bimbang akan pelajaran Dahlia telah meminta
rakan-rakan Dahlia membantu meminjamkan nota-nota untuk memudahkan Dahlia
mengulang kaji pelajarannya. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar
pembaca mementingkan pelajaran walau apapun masalah yang dihadapi oleh mereka.
TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat banyak peristiwa
yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke
SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen
mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan
mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda
berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.
Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca kerana peristiwa ini menyedarkan
pembaca tentang nilai kasih sayang seorang ibu, Raidah terhadap anaknya, Waheeda.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Raidah yang perasan akan perubahan yang
dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa
Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan
mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca bahawa pentingnya peranan keluarga
dalam menyelesaikan masalah kemurungan yang dihadapi oleh ahli keluarga yang lain.
MUKA SURAT 393 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Puan Wickham telah berkirim salam dengan
Tan Sri Muhaimin dan memasak untuk mereka bertiga sebelum pulang mengikut
rombongannya walaupun telah bercerai dengan Tan Sri Muhaimin. Maryam Wickham
telah bertemu dengan Muhammad Taufik ketika membawa rombongan sekumpulan
kanak-kanak dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima. Semasa menginap di
rumah anaknya itu, Maryam Wickham sempat memasak sayur campur goreng, sambal
ikan bilis dan sup ayam sebelum meninggalkan Muhammad Taufik. Peristiwa ini
memberikan kesedaran kepada pembaca tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anak
walaupun telah berpisah dengan suami.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Muhammad Taufik yang tabah meneruskan
kehidupan akibat perceraian Maryam Wickham dan Tan Sri Muhaimin. Muhammad Taufik
telah berpindah sekolah di Otago, New Zealand mengikut Maryam Wickham setelah
ibunya bercerai dengan Tan Sri Muhaimin. Muhammad Taufik meneruskan pendidikan di
negara itu sehingga peringkat sarjana sebelum berhenti belajar dan kembali ke Malaysia.
Muhammad Taufik hanya berjumpa sekali-sekala dengan ibunya. Peristiwa ini memberikan
kesedaran kepada pembaca agar tabah menghadapi kehidupan akibat perceraian ibu bapa.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Tauke Ong dengan Ai Ling untuk membantu
Haiqal ketika dia berada di Johor. Malahan, Haiqal juga dibenarkan tinggal di rumah
mereka. Haiqal banyak mengetahui berkenaan bapanya melalui Tauke Ong dan Ai Ling.
Ai Ling mengakui bahawa hubungannya dengan Abdullah bin Kayan amat rapat tetapi
dia tidak layak untuk menggantikan tempat Haiqal Haqimi sebagai anak kandung. Haiqal
Haqimi mengucapkan terima kasih kepada Ai Ling kerana telah membahagiakan ayahnya
hingga ke akhir hayat. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa
membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kebijaksanaan mengenal potensi murid.
Abdullah bin Kayan bijak mengenal potensi yang ada dalam diri See Hwa. Abdullah bin
Kayan telah mengajar See Hwa cara mendeklamasikan puisi yang betul. Cikgu Zam/
Abdullah bin Kayan meminta See Hwa datang ke rumahnya bersama-sama kakaknya
untuk belajar cara mendeklamasikan puisi. See Hwa telah memenangi pertandingan
mendeklamasi puisi di sekolahnya. Cikgu Zam sudah menduga kejayaan See Hwa
kerana persembahannya baik dan mengesankan. Peristiwa ini memberikan kesadaran
kepada pembaca bahawa setiap orang mempunyai potensi yang boleh diketengahkan.
MUKA SURAT 394 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak pengajaran kegigihan yang boleh dijadikan panduan hidup
dalam kedua-dua buah novel.
Pengajaran kegigihan dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah kita perlulah gigih
mencari rahsia jendela menghadap jalan agar dapat mengetahui kebenaran. Lili gigih
berusaha mencari rahsia tentang sebab-sebab kebanyakan rumah penduduk di Kampung
Sentosa mempunyai jendela menghadap jalan sehinggalah nenek sendiri menceritakan rahsia
bahawa jendela tersebut direka sedemikian supaya senang penduduk kampung mengintai
pergerakan Bintang Tiga yang menyusup ke kampung-kampung. Kegigihan Lili ini boleh
dijadikan panduan hidup agar kita sentiasa berusaha merungkai peristiwa sebenar di sebalik
sesuatu kejadian.
Pengajaran kegigihan dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah kita haruslah
gigih dalam menuntut ilmu untuk berjaya dalam kehidupan. Dahlia gigih menuntut ilmu
walaupun hidup dalam kemiskinan dan menghadapi masalah kekeluargaan seperti ibunya yang
sakit dan ayahnya yang dipatuk ular. Kegigihan Dahlia ini dapat dijadikan panduan hidup
kerana sesungguhnya hanya dengan ilmu dapat mengubah kehidupan seseorang kepada yang
lebih baik.
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak pengajaran kegigihan yang boleh dijadikan panduan hidup dalam kedua-dua
buah novel.
Pengajaran kegigihan dalam novel Leftenan Wira Bangsa ialah kita mestilah gigih
menjalani sesuatu latihan agar berjaya mencapai impian. Adnan gigih menjalani latihan
ketenteraan sehingga mendapat pangkat leftenan. Beliau gigih menjalani latihan ketenteraan
yang keras dan penuh disiplin di Kem Haig Lines, Port Dickson. Beliau turut mempelajari ilmu
agama dan undang-undang di kem tersebut. Selain itu, beliau dilatih menggunakan senjata api,
teknik mempertahankan diri dan gerak gempur. Kegigihan Adnan ini boleh dijadikan panduan
agar pembaca juga gigih dalam melakukan sesuatu sehingga berjaya.
Pengajaran kegigihan dalam novel Tirani pula ialah kita haruslah gigih dalam
mempertahankan rumah tangga agar tidak musnah. Waheeda gigih mempertahankan
rumah tangganya yang hampir runtuh bersama Zahid dengan membuat ujian DNA bagi
membuktikan bahawa bayi yang dilahirkannya merupakan anaknya dan Zahid. Kegigihan
Waheeda boleh dijadikan panduan agar pembaca gigih menegakkan kebenaran demi
keharmonian keluarga.
MUKA SURAT 395 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat banyak pengajaran kegigihan yang boleh dijadikan panduan hidup dalam kedua-dua
buah novel.
Pengajaran kegigihan dalam novel Pantai Kasih ialah kita mestilah gigih mencapai
cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Raiha tetap gigih dan belajar dengan tekun untuk
mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah walaupun mendapat tentangan daripada ayahnya.
Bagi ayahnya, kerjaya sebagai doktor bedah tidak sesuai untuk wanita kerana memerlukan
penelitian dalam menjalankan tugas. Kegigihan Doktor Raiha mengejar cita-cita boleh dijadikan
panduan oleh pembaca agar turut gigih mencapai cita-cita yang diimpikan.
Pengajaran kegigihan dalam novel Bimasakti Menari ialah kita haruslah gigih
mendapatkan sokongan kerajaan agar projek yang dirancang berjaya dilaksanakan. Nurul
Hafsa gigih mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit
Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Nurul Hafsa membentangkan rancangan projek
Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar. Hasil kegigihan mereka, Menteri
Besar menyokong projek tersebut dan berharap agar kontraktor yang dipilih mampu
menyediakan lampu seperti yang dikehendaki. Kegigihan Nurul Hafsa merealisasikan
impiannya boleh dijadikan panduan oleh pembaca agar turut gigih menggapai impian masing-
masing.
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
pengajaran kegigihan yang boleh dijadikan panduan hidup dalam kedua-dua buah novel.
Pengajaran kegigihan dalam novel Di Sebalik Dinara ialah kita perlulah gigih
memajukan syarikat agar semakin berkembang. Farisha gigih memajukan syarikat
perunding keselamatan sistem komputer iaitu Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd yang
ditubuhkannya bersama Rosman. Mereka telah menerima tawaran projek yang lumayan di
Senawang dan Soft Lab. Mereka menerima tawaran tersebut demi memajukan syarikat
bersama itu. Kegigihan Farisha ini boleh dijadikan panduan oleh pembaca agar gigih berusaha
dalam bidang perniagaan.
Pengajaran kegigihan dalam novel Silir Daksina ialah kita mestilah gigih berlatih agar
dapat memberikan persembahan terbaik. Haiqal Haqimi gigih berlatih menari tarian zapin
daripada Pak Cik Bakar dan Lazim. Haiqal menari mengikit langkah kaki dan lenggok badan
Pak Cik Bakar. Haiqal turut belajar tarian zapin secara teori dengan Pak Cik Bakar di warung
Wak Min. Kegigihan Haiqal ini boleh dijadikan panduan agar pembaca sentiasa serius dalam
memberikan persembahan yang terbaik di hadapan khalayak.
MUKA SURAT 396 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
SET 17 – JPN TERENGGANU (SET 1 )2019
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua latar tempat dan peristiwa
yang berlaku bagi setiap latar tempat tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, huraikan satu persoalan kasih
sayang yang terdapat dalam setiap novel.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Adnan
dan Mamat menjalani latihan ketenteraan di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson.
Daripada seribu orang yang memohon hanya 25 orang sahaj yang terpilih dalam pasukan
yang digelar Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka telah menjalani selama
setahun di kem tersebut.
Latar tempat yang kedua adalah di Kampung Sungai Ramal. Di sinilah tempat
Adnan dan Budin berlawan tinju. Kekalahan pasukan bola sepak dari Sungai Merab dengan
pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal menyebabkan perasaan tidak puas hati.
Pasukan bola sepak dari Sungai Merab mencadangkan perlawanan tinju antara jaguh
kedua-dua buah kampung. Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan
hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana menganggap pertandingan tersebut tidak
sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan.
.
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Watak utama
dalam novel ini ialah Farisha. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Farisha dalam
novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Soft Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke
Soft Lab selepas menculiknya. Pertemuan antara Marilyn dan Karl (Karl yang menguasai
tubuh Shida) telah merungkai peristiwa lama berkaitan hubungan mereka berdua dan punca
Farisha terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Di sini jugalah, Farisha mengetahui
bahawa Karl ialah bapa kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui bahawa dialah yang
menyerahkan Farisha kepada keluarga Azraai.
Latar tempat yang kedua adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah tempat
pertemuan pertama Farisha dengan Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke Kuala
Lumpur. Farisha tertarik dengan rupa paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal terbang
pula, Farisha dan Aqram duduk bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk
mendekati Farisha. Dia telah mengambil cawan minuan Farisha ketika Farisha sedang tidur.
MUKA SURAT 397 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di
Pekan Sentosa sebelum meneruskan perjalanan ke kampung datuk neneknya.
Sebaik turun dari bas, Lili diikuti oleh seorang pemuda Cina yang disangkanya
cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina itu ingin menyerahkan
buku kepunyaan Lili yang tertinggal di dalam bas.
Latar tempat yang kedua ialah di balai raya Kampung Sentosa.
Mesyuarat tergempar diadakan di balai raya pada pukul 10 pagi yang turut
dihadiri oleh Kak Mimah dan rakannya, Nadia. Che Jah bersetuju supaya
suaminya diambil tindakan kerana dia sudah tidak tahan dengan perbuatan
suaminya. Lili memberikan cadangan agar suami Che Jah dihantar ke pusat
pemulihan akidah. Kak Mimah bersetuju dengan cadangan Lili dan
kemudiannya meminta Che Jah membuat laporan polis agar bantuan kewangan
dan sumbangan dapat disalurkan kepada keluarga Che Jah.
PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pusat Rawatan Pantai Kasih
(PRPK). Doktor Raiha telah melakukan pembedahan terhadap Doktor Uwang
yang cedera akibat kemalangan dilakukan di PRPK. Kereta Doktor Uwang telah
terbabas dan melanggar tembok garaj PRPK. Doktor Uwang yang terhimpit
dalam keretanya dibawa ke bilik rawatan kecemasan. Doktor Uwang telah
menjalani operasi penggantian sendi pada anggota tubuhnya yang rosak.
Akibat kemalangan tersebut, lutut dan sebelah pergelangan tangannya hancur.
Latar tempat yang kedua adalah di mahkamah keluarga. Di sinilah
tempat berlakunya perbicaraan kes keluarga antara Doktor Sadiz dan Doktor
Raiha berkaitan punca kematian Ayu berlaku di mahkamah keluarga. Di sini
jugalah tempat Doktor Sadiz menyatakan bahawa Doktor Raiha akan digantung
tanpa bertali sampai bila-bila. Doktor Raiha sedih kerana kemenangan berpihak
kepada Doktor Sadiz apabila saksi tidak hadir.
MUKA SURAT 398 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggung Ibrahim ialah tempat Dahlia, Kavita dan Siti
Wangi menuntut ilmu sebagai murid tingkatan enam atas dan bakal
menduduki STPM pada hujung tahun. Dahlia sendiri pernah
memanggil Cikgu Salwani apabila mendapati pintu pagar sekolah
telah dikunci kerana dia lewat tiba.
Latar tempat yang kedua adalah di Universiti Malaya. Dahlia
telah terpilih untuk mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan
peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun. Sebelum itu,
Dahlia diwajibkan mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan
di Universiti Malaya. Dahlia telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Johor mewakili calon STPM daripada Bahagian Sri Gading.
TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di rumah Bazilah. Waheeda
menumpang di rumah Bazilah yang terletak di Yishun Street,
Singapura. Waheeda menumpang tinggal sementara di rumah Bazilah
kerana dia akan menjalani pembedahan di Silicon Medical Centre.
Latar tempat yang kedua adalah di Silicon Medical
Centre(SMC). Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya
di SMC. Pembedahan ini telah dilakukan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh
dan Dr. Averroes atau Dr.Rushdi. Selepas menjalani pembedahan,
Waheeda diminta memakai cermin mata hitam bagi melindungi
matanya yang masih membengkak.
MUKA SURAT 399 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL
BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Kuantan. Hafsa
pergi ke Kampung Kuantan bersama-sama ayahnya, Haji Yassir.
Nurul Hafsa kecewa apabila impiannya untuk melihat banyak kelip-
kelip tidak kesampaian. Setelah menunggu beberapa lama, barulah
kelihatan beberapa ekor kelip-kelip muncul. Akhirnya, Nurul Hafsa
menerima kenyataan bahawa impiannya untuk melihat kerlipan kelip-
kelip secara sinkronasi tidak akan tercapai.
Latar tempat yang kedua adalah di Perpustakaan Awam Sultan
Salahuddin, Kuala Selangor. Di sinilah tempat Nurul Hafsa,
Muhammad Taufik dan Budiman berbincang tentang rancangan
membuat projek Kawasan Simpan Langit Gelap dan pada waktu yang
sama Budiman menyiapkan tugasannya untuk ijazah sarjana.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Seri Purnama.
Haiqal telah menziarahi pusara ayahnya yang terletak di Kampung
Seri Purnama. Dia menangis teresak-esak kerana tidak dapat
membendung kesedihan dan menanggung rindu yang mendalam
terhadap ayahnya. Di pusara ayahnya, Haiqal membaca surah Yasin
dalam keadaan sebak.
Latar tempat yang kedua adalah di Pantai Batu Buruk, Kuala
Terengganu. Di sinilah tempatnya Ratna bertanya kepada Haiqal
Haqimi tentang punca perpisahan ayah dan ibunya lalu dia meminta
maaf apabila melihat Haiqal Haqimi mendiamkan diri sambil menguis-
nguis pasir pantai di hujung kasutnya.
MUKA SURAT 400 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)