The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SOALAN + SKEMA NOVEL (PERCUBAAN SPM 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANG YOKE CHU, 2020-04-10 11:16:11

NOVEL (PERCUBAAN SPM 2019

SOALAN + SKEMA NOVEL (PERCUBAAN SPM 2019

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip. Terdapat pelbagai persoalan kasih sayang dalam kedua-dua buah
novel.

Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat persoalan kasih sayang antara
anak dengan ibu. Lili menyayangi ibunya apabila dia tidak membantah permintaan ibu yang
menyuruhnya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu. Walaupun Lili

tidak bersetuju dengan cadangan ibunya namun Lili terpaksa menyembunyikan
perasaannya daripada diketahui oleh ibu. Lili mahu ibunya sentiasa kelihatan gembira dan
Lili tidak akan membantah sebarang kata-kata ibunya kecuali ibunya menyuruh melakukan
kejahatan. Lili berpura-pura tersenyum untuk menjaga hati ibunya.

Persoalan kasih sayang dalam novel Songket Berbenang Emas ialah persoalan
kasih sayang kakak terhadap adik-adik. Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk
menjaga adik-adiknya. Dahlia juga sanggup ulang-alik dari rumah ke sekolah semata-mata
untuk memastikan adik bongsunya, Anggerik mendapat penjagaan yang sempurna
sepanjang ibunya menerima rawatan di hospital. Dia juga menjaga keperluan adik-adiknya

yang lain iaitu Abu Bakar, Mawar, Melati, dan Kiambang.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya

Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat pelbagai persoalan kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.

Dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, terdapat persoalan kasih sayang ibu
bapa terhadap anak. Mak Milah dan Pak Saidi menyayangi anak-anaknya iaitu Adnan,
Ahmad dan Amarullah dengan memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya.

Kesemua anaknya diberikan didikan agama, ilmu kepahlawanan dan pendidikan Inggeris.
Mereka berbuat demikian dengan harapan agar anak-anak mereka akan menjadi anak-anak
yang berilmu dan berguna kepada bangsa dan negara. Bagi Pak Saidi, anak-anaknya perlu
belajar daripada bangsa yang berjaya supaya mendapat ilmu pengetahuan yang tinggi.

Persoalan kasih sayang dalam novel Tirani ialah persoalan kasih sayang isteri
terhadap suami. Waheeda begitu menyayangi Zahid dan amat terkesan dengan sikap
dingin Zahid terhadapnya. Zahid jarang pulang ke Tajau Emas dan sekiranya Zahid datang,
kedatangannya itu hanya menambahkan luka di hati Waheeda. Perasaan sayang dan cinta
terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Waheeda mengalami

kemurungan apabila Zahid melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya.
Waheeda terpaksa mendapatkan rawatan dengan Dr. Qamariah untuk mengatasi masalah
kemurungannya.

MUKA SURAT 401 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin

manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat pelbagai persoalan kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.

Dalam novel Pantai Kasih, terdapat persoalan kasih sayang bapa terhadap anak.
Ayah Doktor Raiha menyayanginya apabila dia menasihati Doktor Raiha supaya tidak
memilih Doktor Sadiz sebagai suaminya kerana Doktor Sadiz merupakan seorang yang
angkuh dan telah berumur. Raiha yang tetap berdegil dengan keputusannya telah menerima
lamaran Doktor Sadiz seorang Pakar Perunding Pembedahan yang merupakan seorang

duda beranak dua yang usianya lebih tua daripada usia bapa Raiha. Ayah Doktor Raiha
mengingatkan Doktor Raiha agar tidak menyesal dengan keputusan yang dibuatnya nanti.

Persoalan kasih sayang dalam novel Bimasakti Menari ialah persoalan kasih sayang
ibu terhadap anak. Maryam Wickham Abdullah begitu menyayangi anaknya, Muhammad
Taufik. Maryam Wickham meluahkan perasaan sayang dan rindunya kepada Muhammad
Taufik semasa dia datang ke rumah Muhammad Taufik. Maryam Wickham juga mengambil
berat tentang projek Ikhtiar Teknoalam yang diusahakan oleh anaknya. Ikhtiar Teknoalam
ialah sebuah projek pembinaan rumah mesra alam untuk tujuan komersial yang sedang
diusahakan oleh Muhammad Taufik. Walaupun dipisahkan oleh benua dan lautan, Maryam

Wickham dan Muhammad Taufik mempunyai minat yang sama.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat
pelbagai persoalan kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.

Dalam novel Di Sebalik Dinara, terdapat persoalan kasih sayang antara anak
dengan ibu. Marilyn/ Medina menyayangi anaknya, Farisha. Dia cuba melindungi Farisha
apabila dia tidak sanggup melihat Farisha menjadi mangsa Karl yang begitu taksub terhadap

sains. Karl telah menanam implan ke dalam tubuh Farisha tanpa sebarang ubat bius untuk
menjadikan dia kanak-kanak genius. Setelah berpisah berpuluh-puluh tahun lamanya dia
cuba menjejaki Farisha, akhirnya Marilyn/Medina dapat juga bertemu dengan Farisha dan
menyatakan perasaan sayangnya kepada Farisha.

Persoalan kasih sayang dalam novel Silir Daksina ialah persoalan kasih sayang
ayah terhadap anak. Abdullah bin Kayan terlalu menyayangi anaknya, Haiqal. Meskipun
telah berpisah dengan anaknya, Abdullah bin Kayan tidak pernah melupakan Haiqal. Dia
menangis teresak-esak apabila merindui Haiqal. Kasih sayang terhadap anaknya
dicurahkan kepada Ong See Hwa yang sebaya dengan Haiqal. Dia juga meninggalkan

rumah, tanah, dan wang untuk Haiqal dengan mengamanahkan Tauke Ong untuk
menguruskan harta-hartanya tersebut.

MUKA SURAT 402 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 18 – JPN TERENGGANU (SET 2) 2019
(a) Unsur saspens dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan novel.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua teknik saspens yang terdapat
dalam novel tersebut.

[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu pengajaran berkaitan kasih

sayang yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]

JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib.
Terdapat banyak teknik saspens dalam novel ini.

Pengarang menggunakan teknik saspens apabila ketika perlawanan tinju antara Adnan
dan Budin yang diadakan di Kampung Sungai Ramal. Kekalahan pasukan bola sepak dari
Sungai Merab dengan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal menyebabkan perasaan tidak
puas hati. Pasukan bola sepak dari Sungai Merab mencadangkan perlawanan tinju antara jaguh
kedua-dua buah kampung. Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya apakah pertandingan
tinju itu benar-benar akan berlaku kerana Adnan bukanlah seorang yang suka mencari musuh.

Teknik saspens yang digunakan oleh pengarang apabila Pak Saidi bersikap jujur dengan
Ketua Kampung apabila memberitahu niat sebenarnya menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris
adalah untuk meningkatkan penguasaan berbahasa Inggeris dalam diri anaknya dan bukanlah
untuk memurtadkan anaknya, sebagaimana yang didakwa oleh penduduk kampung. Pembaca
berasa saspens atau tertanya-tanya akan tindakan penduduk kampung apabila Pak Saidi tegas
dengan pendiriannya.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak

teknik saspens dalam novel ini.

Satu unsur saspens yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara adalah apabila pembaca tertanya-

tanya punca penyakit Farisha. Pada pendapat saya, punca penyakit Farisha menimbulkan unsur saspens

kerana menyebabkan pembaca tertanya-tanya punca Farisha pengsan di Soft Lab. Sebelum ini, Farisha ialah

seorang yang sihat. Farisha yang telah disahkan sihat oleh Dr. Maxi jatuh pengsan secara tiba-tiba di Soft Lab.

Keadaan ini menimbulkan kekalutan kepada mereka kerana perancangan mereka sangat bergantung kepada

kesihatan Farisha. Percubaan untuk menukarkan Farisha dengan Shida juga tidak berjaya kerana sistem tubuh

mereka tidak sama. Akhirnya, pertanyaan yang bermain-main di fikiran pembaca terjawab apabila Farisha tidak

sakit atau mengandung seperti yang disyaki sebaliknya dia telah diserang oleh virus yang digodam oleh musuh

mereka.

Satu lagi unsur saspens yang terdapat dalam novel Di sebalik Dinara adalah apabila Shida mula

menjalani sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Tindak balas meronta dan membanting-banting diri

sangat mengejutkan semua yang berada di bilik pejabat Farisha dan biik Dr. Maxi. Aqram meminta agar sesi

ditamatkan kerana bimbang kejadian yang lebih buruk akan berlaku. Walau bagaimanapun, sesi tetap diteruskan

sehingga kekerasan digunakan. Kaki dan tangan Shida diikat. Shida berguling-guling ke lantai, nafasnya kencang

dan matanya terbeliak. Situasi ini menyebabkan pembaca ingin tahu apa-apa yang akan terjadi pada Shida.

Akhirnya, pertanyaan pembaca terjawab apabila apabila Dr Maxi terpaksa menghentikan sesi kerana Dr Maxi

tidak mahu memadamkan ingatan Shida dan dia mahu mendengar apa-apa yang dialami oleh Shida.

MUKA SURAT 403 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini

Matdarin. Terdapat banyak teknik saspens dalam novel ini.
Pengarang menggunakan teknik saspens apabila penduduk kampung

mengesyaki pencuri kubah ialah Rafik dan Haziq. Malah ada penduduk kampung
yang sudah bersiap sedia untuk menyoal siasat Haziq yang baru sahaja dipukul
dengan teruk oleh Seman. Haziq yang sedang mendapat rawatan di rumah datuk
Lili menjadi sasaran penduduk kampung. Pembaca tertanya-tanya nasib yang

akan menimpa Rafik dan Haziq selepas mengetahui bahawa pencuri kubah yang
sebenarnya ialah Seman.

Teknik saspens digunakan oleh pengarang ketika Lili diculik oleh Rafik dan
Haziq. Danel bijak bertindak apabila menyelamatkan Lili seorang diri pada waktu

malam kerana dia tahu tempat Lili disembunyikan oleh Haziq dan Rafik. Danel
tidak menggalakkan orang kampung mencari Lili pada waktu siang untuk
mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk. Danel yakin bahawa Lili tidak akan
diapa-apakan oleh Rafik dan Haziq kerana sikap pengecut kedua-duanya.
Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya akan nasib Rafik dan Haziq setelah
Lili berjaya dibebaskan.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat

banyak teknik saspens dalam novel ini.
Pengarang menggunakan teknik saspens ketika naluri Doktor Raiha

menyatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada filem sinar-X pesakit

bernama Unong Siron yang menghadapi komplikasi berulang kali sedangkan lima
pembedahan terdahulu dilakukan oleh Doktor Uwang sendiri. Pembaca berasa
saspens atau tertanya-tanya siapa sebenarnya pesakit bernama Unong Siron dan
sebab dia terpaksa dibedah sebanyak enam kali di tempat yang sama.

Teknik saspens yang kedua adalah pada ketika Felicia Landosi ditahan oleh

penceroboh yang menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih
sehingga mencetuskan rasa panik dalam kalangan kakitangan pusat rawatan
tersebut. Pembaca tertanya-tanya nasib yang akan menimpa Felicia apabila
menjadi orang tahanan doktor palsu memandangkan pada masa itu dia juga
berada dalam keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan.

MUKA SURAT 404 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin

Ayip. Terdapat banyak teknik saspens dalam novel ini.
Pengarang menggunakan teknik saspens apabila Embong telah dipatuk oleh

ular tedung ketika hendak mandi untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.
Pembaca tertanya-tanya akan nasib Dahlia dan adik-adiknya apabila Embong
bertarung dengan nyawanya akibat patukan ular tedung tersebut manakala
ibunya, Saleha masih dirawat di hospital.

Teknik saspens turut digunakan oleh pengarang apabila Nek Kiah sanggup
menjual tapak rumah yang diduduki oleh keluarga menantunya, Embong setelah
terpedaya dengan hasutan Seman. Nek Kiah sanggup memberikan amaran
kepada Dahlia agar segera berpindah dari tapak sedia ada ke tanah lain kerana

tanah rumah Dahlia akan dijual. Pembaca tertanya-tanya akan nasib yang
menimpa keluarga Dahlis seandainya Nek Kiah berjaya menjual tanah tersebut.

TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat

banyak teknik saspens dalam novel ini.
Pengarang menggunakan teknik saspens semasa Waheeda digigit dan

dicakar oleh monyet Belanda di inap desa Tajau Emas. Kejadian serangan ini

berlaku pada waktu malam. Seekor monyet Belanda telah masuk ke dalam chalet
Tajau Emas. Nasib malang menimpa Waheeda apabila monyet Belanda itu
menggigit dan mencakar muka Waheeda. Waheeda luka parah dan dibawa ke

hospital untuk mendapatkan rawatan. Pembaca tertanya-tanya akan nasib dan
tindakan yang akan dilakukan oleh Waheeda setelah mukanya cedera tersebut.

Teknik saspens turut digunakan oleh pengarang apabila Waheeda sanggup
menyerahkan sampel rambut dirinya, Zahid dan Izzati untuk ujian DNA kepada
Nurjihan. Waheeda sanggup berbuat demikian demi membersihkan namanya

setelah Zahid mencurigai bahawa Izzati ialah anaknya. Walaupun Zahid mengakui
bahawa wajah bayinya mempunyai persamaan dengan wajah Waheeda dan
rambut lebat bayi sama seperti rambutnya namun hidung pesek bayi itu tidak
sama dengan hidungnya dan Waheeda menyebabkan dia melemparkan pelbagai
tuduhan kepada Waheeda. Pembaca tertanya-tanya akan tindakan Zahid apabila
melihat ujian DNA tersebut.

MUKA SURAT 405 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd

Yusop. Terdapat banyak teknik saspens dalam novel ini.
Pengarang mengggunakan teknik saspens apabila pengemudi bot sukar

memenuhi permintaan Nurul Hafsa yang gagal melihat kerlipan kelip-kelip
secara sinkronasi agar mereka menyusur cabang sungai dan mendekati mulut
anak sungai yang gelap milik individu serta menjadi kawasan larangan.
Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya akan sebab pengemudi bot tidak

mahu mendekati anak sungai dan rahsia di sebalik mulut anak sungai yang
gelap serta penuh misteri itu.

Teknik saspens yang kedua adalah apabila Muhammad Taufik menerima
hadiah berupa jambangan bunga yang disangkannya daripada Nurul Hafsa.
Namun, apabila melihat hadiah tersebut yang diikat dengan sehelai kain
selendang berhias manik-manik kristal milik Nurul Hafsa, muka Muhammad
Taufik menjadi pucat kerana Nurul Hafsa tentu dalam bahaya. Pembaca

tertanya-tanya keadaan keselamatan dan lokasi Nurul Hafsa pada masa itu
serta tindakan yang akan diambil oleh Muhammad Taufik.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat
banyak teknik saspens dalam novel ini.
Pengarang menggunakan teknik saspens apabila Lazim ditimpa

kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari tempat kerja. Hal ini menyebabkan

Haiqal terpaksa mencari pengganti Lazim kerana Lazim tidak dapat membuat
persembahan. Haji Salim meminta Haiqal memujuk Ong See Hwa agar
menggantikan tempat Lazim. Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya
sama ada Haiqal mampu menari sebaik Lazim semasa persembahan nanti.

Teknik saspens yang kedua adalah apabila Cikgu Zam sering terkenang
akan Aiman ketika dia melihat anak-anak Tauke Lim. Cikgu Zam terlalu
merindui anaknya itu. Sikap Cikgu Zam yang perahsia menyebabkan tiada
siapa yang mengetahui berkenaan Aiman. Cikgu Zam menganggap Ai Ling

seperti anaknya sendiri. Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya akan
identiti sebenar anak Cikgu Zam yang begitu dirinduinya itu.

MUKA SURAT 406 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak pengajaran kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.

Pengajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah kita
perlulah menyayangi ibu bapa dengan mentaati kehendak mereka. Lili menyayangi ibunya

apabila dia tidak membantah permintaan ibu yang menyuruhnya pulang bercuti di kampung
datuknya di Dungun, Terengganu. Walaupun Lili tidak bersetuju dengan cadangan ibunya
namun Lili terpaksa menyembunyikan perasaannya daripada diketahui oleh ibu. Lili mahu
ibunya sentiasa kelihatan gembira dan Lili tidak akan membantah sebarang kata-kata ibunya
kecuali ibunya menyuruh melakukan kejahatan. Lili berpura-pura tersenyum untuk menjaga hati

ibunya.
Pangajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Songket Berbenang Emas ialah kita

haruslah menyayangi ahli keluarga semasa ketiadaan ibu bapa. Dahlia sanggup keluar dari
asrama untuk menjaga adik-adiknya. Dahlia juga sanggup ulang-alik dari rumah ke sekolah

semata-mata untuk memastikan adik bongsunya, Anggerik mendapat penjagaan yang
sempurna sepanjang ibunya menerima rawatan di hospital. Dia juga menjaga keperluan adik-
adiknya yang lain iaitu Abu Bakar, Mawar, Melati, dan Kiambang.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak pengajaran kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.

Pengajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah kita
haruslah menyayangi anak-anak dengan memberikan pendidikan yang sempurna kepada

mereka. Mak Milah dan Pak Saidi menyayangi anak-anaknya iaitu Adnan, Ahmad dan
Amarullah dengan memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Kesemua
anaknya diberikan didikan agama, ilmu kepahlawanan dan pendidikan Inggeris. Mereka
berbuat demikian dengan harapan agar anak-anak mereka akan menjadi anak-anak yang

berilmu dan berguna kepada bangsa dan negara. Bagi Pak Saidi, anak-anaknya perlu belajar
daripada bangsa yang berjaya supaya mendapat ilmu pengetahuan yang tinggi.

Pengajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Tirani ialah kita perlulah menyayangi
pasangan agar keluarga harmoni. Waheeda begitu menyayangi Zahid dan amat terkesan
dengan sikap dingin Zahid terhadapnya. Zahid jarang pulang ke Tajau Emas dan sekiranya

Zahid datang, kedatangannya itu hanya menambahkan luka di hati Waheeda. Perasaan
sayang dan cinta terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Waheeda
mengalami kemurungan apabila Zahid melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan
keluarganya. Waheeda terpaksa mendapatkan rawatan dengan Dr. Qamariah untuk mengatasi
masalah kemurungannya.

MUKA SURAT 407 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin

manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat banyak pengajaran kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.

Pengajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Pantai Kasih ialah kita perlulah
menyayangi anak-anak agar mereka tidak tersalah membuat keputusan. Ayah Doktor
Raiha menyayanginya apabila dia menasihati Doktor Raiha supaya tidak memilih Doktor Sadiz

sebagai suaminya kerana Doktor Sadiz merupakan seorang yang angkuh dan telah berumur.
Raiha yang tetap berdegil dengan keputusannya telah menerima lamaran Doktor Sadiz
seorang Pakar Perunding Pembedahan yang merupakan seorang duda beranak dua yang
usianya lebih tua daripada usia bapa Raiha. Ayah Doktor Raiha mengingatkan Doktor Raiha
agar tidak menyesal dengan keputusan yang dibuatnya nanti.

Pengajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Bimasakti Menari ialah kita haruslah
menyayangi anak walaupun telah berpisah dengan pasangan. Maryam Wickham Abdullah
begitu menyayangi anaknya, Muhammad Taufik. Maryam Wickham meluahkan perasaan
sayang dan rindunya kepada Muhammad Taufik semasa dia datang ke rumah Muhammad

Taufik. Maryam Wickham juga mengambil berat tentang projek Ikhtiar Teknoalam yang
diusahakan oleh anaknya. Ikhtiar Teknoalam ialah sebuah projek pembinaan rumah mesra
alam untuk tujuan komersial yang sedang diusahakan oleh Muhammad Taufik. Walaupun
dipisahkan oleh benua dan lautan, Maryam Wickham dan Muhammad Taufik mempunyai minat
yang sama.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak

pengajaran kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.

Pengajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Di Sebalik Dinara ialah kita haruslah

menyayangi anak dan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk bertemu dengan

mereka. Marilyn/ Medina menyayangi anaknya, Farisha. Dia cuba melindungi Farisha apabila

dia tidak sanggup melihat Farisha menjadi mangsa Karl yang begitu taksub terhadap sains.

Karl telah menanam implan ke dalam tubuh Farisha tanpa sebarang ubat bius untuk

menjadikan dia kanak-kanak genius. Setelah berpisah berpuluh-puluh tahun lamanya dia cuba

menjejaki Farisha, akhirnya Marilyn/Medina dapat juga bertemu dengan Farisha dan

menyatakan perasaan sayangnya kepada Farisha.

Pengajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Silir Daksina ialah kita perlulah

menyayangi anak walaupun terpisah daripada mereka. Abdullah bin Kayan terlalu

menyayangi anaknya, Haiqal. Meskipun telah berpisah dengan anaknya, Abdullah bin Kayan

tidak pernah melupakan Haiqal. Dia menangis teresak-esak apabila merindui Haiqal. Kasih

sayang terhadap anaknya dicurahkan kepada Ong See Hwa yang sebaya dengan Haiqal. Dia

juga meninggalkan rumah, tanah, dan wang untuk Haiqal dengan mengamanahkan Tauke Ong

untuk menguruskan harta-hartanya tersebut.

MUKA SURAT 408 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 19 – YAYASAN ISLAM KELANTAN 2019
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa tentang keberanian

watak utama yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu latar tempat yang
terdapat dalam novel setiap novel.
[8 markah]

JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib. Watak utama dalam novel ialah Leftenan Adnan. Terdapat beberapa
peristiwa tentang keberanian Leftenan Adnan dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Leftenan Adnan mempertahankan
Bukit Candu. Leftenan Adnan berani memimpin pasukannya untuk mempertahankan Bukit
Candu . Selain ramai yang terkorban, pasukan askar di bawah pimpinan Leftenan Adnan juga
kehabisan peluru. Namun, Leftenan Adnan dan pasukannya tidak mengalah sebaliknya

meneruskan tentangan terhadap tentera Jepun sehingga ramai tentera Jepun yang terkorban.
Dalam keadaan cedera parah, Leftenan Adnan tetap menaikkan semangat juang ahli
pasukannya untuk bertahan bersungguh-sungguh demi tanah air tercinta.

Selain itu, terdapat juga peristiwa keberanian Adnan menyertai pertandingan
syarahan bahasa Inggeris. Adnan berani menyertai pertandingan syarahan bahasa Inggeris

walaupun dia belum begitu fasih dalam bahasa tersebut. Nizam, Ah Chong dan Ramasamy
turut mentertawakan Adnan. Dengan usaha yang gigih, akhirnya Adnan berjaya menjuarai
pertandingan tersebut.

DI SEBALIK DINARA

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Watak utama dalam novel ini ialah Farisha. Terdapat beberapa peristiwa tentang keberanian
Farisha dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Farisha menerima tawaran

darpada Soft Lab. Azraai menasihati Farisha agar berani menerima tawaran daripada Soft
Lab. Bagi Azraai, peluang sebegini bukan datang selalu. Farisha perlu mengambil peluang ini
kerana dalam dunia perniagaan terdapat orang yang berani melabur dengan banyak dan ada
juga orang yang berani melabur sedikit. Atas nasihat Azraai, akhirnya Farisha berani menerima
tawaran Dr.Maxi dan Aqram.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa keberanian Farisha bertemu dengan Karl yang
pernah menyeksanya semasa kecil. Farisha berasa sedih apabila melihat wajah ayahnya
buat kali pertama dan terakhir. Walaupun Farisha sedar bahawa dirinya ialah anak tidak sah
taraf namun lelaki kurus yang terbaring di atas katil ialah darah dagingnya. Farisha telah
menggenggam tangan Karl dan memanggilnya ayah.

MUKA SURAT 409 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya

Ruhaini Matdarin. Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Terdapat beberapa peristiwa
tentang keberanian Lili dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Lili pergi ke rumah Che Jah. Lili
berani pergi ke rumah Che Jah walaupun dia baru berhadapan dengan peristiwa diculik oleh
anak-anak Che Jah. Lili ke rumah Che Jah dengan ditemani oleh Abang Rashid selepas
mendapat kebenaran nenek. Che Jah menceritakan kepada Lili tentang sikap anak-
anaknya. Che Jah mengadu kepada Lili tentang Haziq yang telah kena balun dengan tali

pinggang oleh ayahnya. Manakala Rafik menjadi kutu raya kerana asyik gagal dalam
peperiksaan dan dibuang sekolah akibat selalu ponteng dan melawan guru.

Selain itu, terdapat juga peristiwa keberanian Lili mengadu masalah Che Jah
kepada Kak Mimah. Lili berani melaporkan masa keluarga Che Jah kepada Puan Hamimah
iaitu Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk menyelamatkan Che Jah dan anak-anaknya
daripada terus dipukul oleh suami Che Jah iaitu Seman. Seman sering mabuk dan
mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Lili juga mencadangkan kepada Puan
Hamimah agar Seman dihantar ke pusat pemulihan akidah.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.

Watak utama dalam novel ialah Doktor Raiha. Terdapat beberapa peristiwa tentang
keberanian Doktor Raiha dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Doktor Raiha mempertikaikan
kegagalan pembedahan yang telah dijalankan oleh Doktor Uwang. Doktor Raiha berani
mempertikaikan kegagalan majikannya, Doktor Uwang dalam menjalankan pembedahan
terhadap Unong Siron sehingga pesakit itu dibedah sebanyak 6 kali. Pada pandangan mata
kasar, memang tiada yang aneh berlaku terhadap Unong Siron namun naluri Doktor Raiha

memberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada sinar-X Unong Siron. Doktor Raiha
cuba meluahkan perasaan tentang masalah tersebut kepada Doktor Uwang. Hal ini
menyebabkan Doktor Uwang berasa terpukul apabila pembedahannya terhadap Unong
Siron dipertikaikan oleh Doktor Raiha.

Selain itu, terdapat juga peristiwa keberanian Doktor Raiha mengengkari
kehendak Doktor Sadiz. Doktor Raiha berani mengengkari kehendak Doktor Sadiz yang
mahu dia menggugurkan kandungannya setelah mengetahui janin dalam kandungannya
cacat. Doktor Sadiz juga berkeras bahawa dia tidak menerima kelahiran bayinya yang cacat
disebabkan statusnya sebagai pakar perunding pembedahan yang terkenal. Doktor Sadiz

berusaha untuk menghantar anaknya itu ke Pusat Rawatan Khas bagi kanak-kanak yang
menghidap sindrom down. Namun, usahanya itu tidak dapat diteruskan apabila Rohayu binti
Doktor Sadiz meninggal dunia.

MUKA SURAT 410 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya

Khairuddin Ayip. Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia. Terdapat beberapa peristiwa
tentang keberanian Dahlia dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Dahlia meminta izin
bapanya, Embong untuk berhenti sekolah semata-mata mahu menjaga adik-
adiknya. Hal ini dikatakan demikian kerana Embong sedar akan kepentingan pelajaran
kepada anak-anaknya. Embong sanggup bersusah payah demi memastikan kejayaan
anak-anaknya dalam pelajaran. Dahlia ingin berhenti sekolah apabila memikirkan
kesusahan hidup mereka sekeluarga terutama setelah melihat ayahnya yang masih
lemah akibat bisa patukan ular tedung.

Peristiwa keberanian yang kedua ialah peristiwa keberanian Dahlia
menyelamatkan Said yang lemas di sungai. Dahlia berani terjun ke sungai yang
berkeladak dan berarus deras semata-mata untuk menyelamatkan Said yang tenggelam
di dasar sungai tanpa memikirkan keselamatan dirinya. Seorang anak muda telah
mengangkat Said ke tebing sungai lalu memeriksa jantung Said. Nek Kiah mula
mengarahkan pemuda tersebut mengangkat Said serta dibawa keliling rumah sebanyak
tujuh kali untuk memastikan Said kembali bernyawa namun usaha tersebut gagal.

TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Watak

utama dalam novel ini ialah Waheeda. Terdapat beberapa peristiwa tentang keberanian
Waheeda dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Waheeda menghadapi
tuduhan negatif suaminya. Waheeda berani menghadapi tuduhan negatif suaminya
kerana dia tidak bersalah. Waheeda menjelaskan kepada Dr Qamariah bahawa dia tidak
takut akan tuduhan nusyuz yang dilemparkan oleh Zahid. Hal ini demikian kerana
Waheeda yakin bahawa dia tidak pernah berlaku curang sebagaimana yang didakwa oleh
Zahid.

Peristiwa keberanian yang kedua ialah peristiwa keberanian Waheeda
mengembangkan perniagaan. Waheeda berani membeli Chalet Iwana-Iwani yang
berhadapan dengan masalah kerana pemiliknya iaitu Pak Cik Aziz telah diisytiharkan
muflis akibat penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Waheeda juga
berani membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank
Pembangunan untuk membeli Chalet Iwana-Iwani tersebut.

MUKA SURAT 411 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu

Mohd Yusop. Watak utama dalam novel ini ialah Nurul Hafsa. Terdapat beberapa
peristiwa tentang keberanian Nurul Hafsa dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Nurul Hafsa bertemu dengan
dengan Puan Foziah, pegawai atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor
berkenaan laporan tahap kecerahan langit Kuala Selangor. Nurul Hafsa berusaha
menyediakan laporan tentang tahap kecerahan langit di Kuala selangor namun tidak
mendapat kerjasama daripada pegawai atasan sebaliknya Nurul Hafsa dinasihati agar
tidak mengharapkan sebarang tindakan kerana tiada undang-undang alam sekitar yang
telah dilanggar di Kuala Selangor.

Peristiwa keberanian yang kedua ialah peristiwa keberanian Nurul Hafsa
mengemukakan cadangan dan pandangan. Nurul Hafsa berani membuat
pembentangan dan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di
hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan
SUK Shah Alam. Walaupun cadangannya menerima bantahan daripada Dato’ Johann
Arlington-Majid, namun dia tetap meneruskan pembentangan tersebut.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.

Watak utama dalam novel ini ialah Haiqal Haqimi. Terdapat beberapa peristiwa tentang
keberanian Haiqal dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Haiqal mempersoalkan
tindakan uminya yang tidak mahu dia menjadi seperti ayahnya. Haiqal menyatakan
bahawa darah yang mengalir dalam dirinya ialah darah ayahnya. Haiqal tetap tidak
berganjak daripada keputusannya untuk pulang ke kampung ayahnya. Akhirnya, umi

membenarkan tetapi dia tidak akan memberikan sebarang perbelanjaan kepada Haiqal.
Haiqal memaklumkan kepada ayah tirinya bahawa dia berbuat demikian bukan untuk
melukakan hati ibunya, sebaliknya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.
Ayah tirinya memahami perasaan Haiqal dan menasihati Haiqal agar tidak berasa
bimbang akan masalah kewangan sepanjang dia berada di Johor.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa keberanian Haiqal meneruskan
persembahan walaupun Lazim tiada. Lazim telah ditimpa kemalangan jalan raya
sewaktu pulang dari tempat kerja. Hal ini menyebabkan Haiqal terpaksa mencari
pengganti Lazim kerana Lazim tidak dapat membuat persembahan. Haji Salim meminta
Haiqal memujuk Ong See Hwa agar menggantikan tempat Lazim.

MUKA SURAT 412 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak latar tempat dalam
kedua-dua buah novel.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan adalah di
Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di Pekan Sentosa sebelum meneruskan

perjalanan ke kampung datuk neneknya. Sebaik turun dari bas Lili diikuti oleh
seorang pemuda Cina yang disangkanya cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya,
pemuda Cina itu ingin menyerahkan buku kepunyaan Lili yang tertinggal di dalam
bas.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Songket Berbenang Emas pula
adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah ini
menjadi tempat Dahlia, Kavita, dan Siti Wangi menuntut ilmu sebagai murid
tingkatan enam atas dan bakal menduduki STPM pada hujung tahun. Dahlia juga
pernah memanggil Cikgu Salwani apabila mendapati pintu pagar sekolah telah
dikunci kerana dia lewat tiba.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

karya Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya
Beb Sabariah. Terdapat banyak latar tempat dalam kedua-dua buah novel.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa adalah
di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Adnan dan Mamat menjalani latihan

ketenteraan di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Di kem tersebut bahasa
Inggeris menjadi bahasa perantaraan dalam semua jenis latihan kerana pasukan
askar Melayu dibimbing oleh jurulatih Inggeris. Jadual mereka sangat ketat dan
waktu rehat amat singkat sekali.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Tirani pula adalah di Silicon Medical
Center (SMC), Singapura. Waheeda telah bertemu dengan Dr. Alma Chen untuk
menandatangani dokumen-dokumen tentang pembedahan kosmetik dengan
ditemani oleh Raidah dan Bazilah. Waheeda menjalani pembedahan mata dan
hidungnya di Silicon Medical Center. Pembedahan ini dilakukan oleh Dr. Shirrim
Ghazizadeh dan Dr. Averroes atau Dr. Rushdi selama 12 jam.

MUKA SURAT 413 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin manakala

novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat
banyak latar tempat dalam kedua-dua buah novel.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Pantai Kasih adalah di apartment mewah Doktor
Raiha. Doktor Raiha pulang ke apartment mewahnya setelah penat menjalankan pembedahan
penggantian sendi pinggul ke atas Unong Siron. Doktor Raiha teringat kembali ketika dia meneliti
sinar-X Unong Siron. Doktor Raiha mencari-cari punca yang mungkin menyebabkan Unong Siron
terpaksa melalui enam kali pembedahan yang sama pada bahagian tubuh yang sama. Doktor
Raiha terfikir akan kesilapan yang dilakukan oleh Doktor Uwang sehingga menyebabkan
berlakunya infeksi terhadap Unong Siron.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Bimasakti Menari pula adalah di bilik mesyuarat
Pejabat Daerah Kuala Selangor. Nurul Hafsa membentangkan hal berkaitan dengan
pencemaran alam sekitar serta impaknya terhadap langit dan populasi kelip-kelip di dalam bilik
mesyuarat Pejabat Daerah Kuala Selangor. Dato’ Haji Mustofa al-Hamidi selaku Pegawai Daerah
Kuala Selangor mahu akan kepastian daripada Nurul Hafsa sama ada Kuala Selangor perlu
menjadi tempat yang gelap. Nurul Hafsa telah menjelaskan bahawa penduduk perlu menggunakan
sumber cahaya pada tahap minimum kerana pencemaran cahaya boleh dikawal dan tidak sukar
seperti pengawalan pencemaran udara, air atau tanah. Nurul Hafsa mencadangkan agar cahaya
lampu jalan atau kaki lima tidaklah terlalu terang sehingga menerangi seluruh bandar.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
latar tempat dalam kedua-dua buah novel.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara adalah di pejabat Secured
Shell. Farisha, Shida dan Rosman bertemu di pejabat Secured Shell untuk meneliti kandungan
kontrak dari Soft Lab. Mereka bertiga membaca dengan teliti setiap helaian kontrak yang
disediakan oleh bahagian perundangan syarikat Soft Lab. Shida dijemput sama berkongsi buah

fikiran kerana dia memiliki latar belakang undang-undang. Tiba-tiba Farisha terlihat satu cahaya
terang seperti kilat yang memancar dan kepalanya terus berdenyut. Ketika mereka ingin pulang,
mereka telah diberitahu oleh Uncle Seng bahawa dia terlihat dua orang asing yang lari menuruni
tangga dan mereka kelihatan aneh.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Silir Daksina pula adalah di kawasan Pantai Batu
Buruk di Kuala Terengganu. Haiqal Haqimi menikmati segelas teh tarik dan sepiring keropok
lekor di gerai ibu Ratna yang terletak di kawasan Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu. Ketika
berjalan di tepi pantai, Ratna turut bertanyakan punca perpisahan ayah dan ibu Haiqal Haqimi
menyebabkan Haiqal Haqimi diam sambil menguis-nguis pasir pantai di hujung kasutnya. Haiqal
tidak mengetahui punca perpisahan ibu bapanya namun dia yakin bahawa dia akan memperoleh
jawapan apabila selesai membaca manuskrip yang ada dalam simpanannya.

MUKA SURAT 414 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 20 – PPD KOTA MARUDU, SABAH 2019
(a) Klimaks merupakan bahagian plot yang paling penting dalam sesebuah cerita. Berdasarkan sebuah

novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel
tersebut.

[7 markah]
(b) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai baik

hati dalam novel tersebut.
[8 markah]

JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib. Terdapat
banyak peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.

Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa Adnan menghantar Sophia
dan anak-anak pulang ke kampung semula. Terdapat ura-ura kedatangan tentera Jepun semakin hampir
di Tanah Melayu dan Singapura, Adnan terpaksa menghantar keluarganya pulang ke kampung di Kajang
demi menjaga keselamatan mereka. Pada ketika itu, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang
ketiga. Pertemuan tersebut adalah pertemuan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat
Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan
mula mengatur persiapan. Askar Melayu dan tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah.
Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap
sedia dan berjaga-jaga.

Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa berita kemaraan tentera
Jepun bertiup kencang pada 6 Disember 1941. Menurut Sir Thomas Philips bahawa askar Jepun akan
menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan
mengalami pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan
Singapura. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak British mengetahui tahap kekuatan, jumlah
tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya penduduk kampung mula mempercayai bahawa Bukit Candu
akan diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Dalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba
menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar,
kedua-dua lembaga tersebut berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang
daripada mereka ialah Samad.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak peristiwa

yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa Farisha pengsan di makmal

Soft Lab. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr.Maxi hairan dan
menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada pula maklumat tentang
sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke hospital, Dr.Maxi, Aqram dan
Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa Shida. Beberapa soalan diajukan kepadanya tentang latar
belakang penyakit Farisha. Dr.Maxi ingin tahu sama ada Farisha mengandung.

Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Farisha mendedahkan
bahawa dia dapat berkomunikasi dengan ibunya kepada Azraai. Azraai kelihatan sangat cemas apabila
mendengar berita tersebut dan menyatakan bahawa Farisha dalam bahaya dan terus membawa Farisha
keluar dari hospital menuju ke arah selatan. Azraai bercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan
kunci rumah daripada orang tersebut di Perhentian Ayer Keroh.

MUKA SURAT 415 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Abdul Latip bin

Talib. Terdapat banyak peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa isu kubah

surau yang telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan
seorang pemuda. Berlaku pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan
tua berkaitan isu kubah sama ada perlu diletakkan di atas surau ataupun membina masjid
yang baharu. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini
dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan.

Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Seman yang
sedang berang memukul Haziq. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika
itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan
tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah
menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang
berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang perkara yang
berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan
karenah suaminya yang bertindak melulu.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak

peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa Sister

Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor di bilik
bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri
untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan
dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai
doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh

dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik
tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah
dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke
hospital tersebut

Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Doktor Uwang
yang teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas
menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah
apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama anak
perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak

petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan
teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-
kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.

MUKA SURAT 416 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak

peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa Nek Kiah yang datang lagi

ke rumah Dahlia untuk mengingatkannya tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek Kiah terkejut
apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah
memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek
Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan
senang hendak potong leher. Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk
membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal
di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama

Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Dahlia pergi ke balai raya
semasa persiapan Majlis Maulidur Rasul. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim
turut menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat
risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan
Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja
tersebut. Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman
bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia
bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul
Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman. Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah
memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah
memeluk abahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat banyak peristiwa yang

membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa pertemuan Waheeda,

Zahid, Hollaway dan Dr. Rushdi yang bercuti di Hotel Seri Gading. Mereka telah mengimbau kenangan
semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk
menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan
kehebatan wanita-wanita dahulu seperti halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’dan ramai lagi. Zahid melenting
di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan
Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Pada malam itu, Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan
alasan untuk menonton bola.

Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Zahid tidak menemani
Waheeda ketika Waheeda bersalin di Hospital Normah. Datin Hazirah, ibu mentuanya datang
menziarahinya dengan membawa jambangan bunga yang kononnya merupakan pemberian daripada Zahid.
Ibu mentuanya menyatakan bahawa Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.
Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang
menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila
Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu ialah anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak
bersabar bagi meredakan perasaan tersebut. Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu
Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA
terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati.
Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.

MUKA SURAT 417 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat

banyak peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa Datuk Johann

Arlington-Majid yang hadir hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan Nurul
Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan malah untuk
mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Taufik di
sisinya telah membentangkan projek tersebut kepada tetamu yang hadir. Segala sanggahan daripada
Datuk Johann Arlington-Majid telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan
dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan
pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk Datuk Johann dalam majlis tersebut.
Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan
mengiklankan tender dalam masa terdekat. Datuk Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam
kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik bagi memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

Peristiwa yang membawa klimaks yang kedua ialah peristiwa Muhammad Taufik dicederakan
oleh beberapa orang lelaki. Budiman dan Nurul Hafsa menerima berita bahawa Muhammad Taufik
ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Muhammad Taufik dan bertemu dengannya dalam
rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon
ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menurut siasatan awal, polis
memberitahu bahawa walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Muhammad Taufik,
namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada
mangsa.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak peristiwa

yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa Haiqal bertekad untuk

pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan Haiqal dan berharap dia
pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi
ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal,

namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuuk pergi
ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan
Haiqal dan menyokong keputusannya secara dam-diam.

Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Haiqal telah pergi ke balai
raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada
beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini,
balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk
kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil
daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal
tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-
gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin.
Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

MUKA SURAT 418 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai baik hati
dalam kedua-dua buah novel.

Peristiwa nilai baik hati Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa Lili yang baik hati
apabila sanggup memaafkan orang yang menculiknya. Lili sanggup memaafkan
kesalahan yang telah dilakukan oleh Rafik dan Haziq yang telah bertindak mengurung dan

menjadikannya sebagai tebusan. Lili telah dijadikan tebusan apabila beberapa orang lelaki
mengejar Rafik dan Haziq. Lili bersimpati dengan nasib Rafik dan Haziq yang menjadi
mangsa keganasan bapa mereka.

Peristiwa nilai baik hati dalam novel Songket Berbenang Emas ialah peristiwa Dahlia
dan Kavita yang baik hati apabila membantu Dahlia menyediakan nota pelajaran.
Kavita dan Najib membantu menyediakan nota pelajaran untuk Dahlia yang sering tidak
hadir ke sekolah akibat masalah keluarga. Dahlia telah berjanji dengan Cikgu Hisham
bahawa dia akan memastikan masalah yang dihadapinya itu tidak akan mengganggu
tumpuannya terhadap pelajaran.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya

Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai baik hati dalam kedua-dua buah
novel.

Peristiwa nilai baik hati dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah peristiwa
Tauke Chong yang baik hati apabila dia bersedia menjual basikal baharu kepada Pak
Saidi dengan bayaran secara ansuran. Nordin telah merosakkan basikal Pak Saidi kerana

mahu membalas dendam kepada Pak Saidi . Nordin menyalahkan Pak Saidi yang telah
menyebabkannya teruk dipukul olah bapanya setelah mendapat tahu kelakuan buruknya
mencuri buah-buahan penduduk kampung.

Peristiwa nilai baik hati dalam novel Tirani ialah peristiwa Waheeda baik hati apabila
membeli chalet Pak Cik Aziz yang bankrap kerana masalah kewangan. Waheeda telah
membeli Chalet Iwana-Iwani daripada Pak Cik Aziz. Dengan bantuan Waheeda tersebut,
masalah yang dihadapi oleh Pak Cik Aziz berjaya diselesaikan. Chalet Iwana-Iwani yang
diberi nama Chalet Aya-Sajinah berkembang maju dan Waheeda mengharapkan anaknya,
Izzati akan mengikuti jejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya

setelah memperoleh ijazah dalam jurusan pelancongan.

MUKA SURAT 419 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin

manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai baik hati dalam kedua-dua buah novel.

Peristiwa nilai baik hati dalam novel Pantai Kasih ialah peristiwa ibu Unong Siron yang
baik hati dengan membantu kakitangan PRPK menangkap penceroboh. Ibu Unong Siron
berjaya memujuk pemuda yang menyamar sebagai doktor. Pemuda yang berlagak sebagai

doktor tersebut memegang pisau bedah yang dihunuskan di dada Felicia Landosi. Walaupun
Felicia Landosi tidak melayannya dengan baik namun ibu Unong Siron tetap membantunya.
Akhirnya, pemuda yang kurang siuman itu berjaya dipujuk oleh ibu Unong Siron. Pemuda itu
telah dihantar ke hospital sakit jiwa untuk menerima rawatan lanjut.

Peristiwa nilai baik hati dalam novel Bimasakti Menari ialah peristiwa Budiman yang

baik hati apabila dia bergegas ke tempat Muhammad Taufik sebaik sahaja menerima
panggilan daripadanya. Budiman terus merangkul Muhammad Taufik sebaik sahaja menemui
rakannya itu yang sedang terbaring dalam rimbunan lalang. Budiman menenangkan
Muhammad Taufik dengan memberikan kata-kata semangat agar sahabatnya itu bersabar

sedangkan dia sendiri pucat lesi melihat kecederaan yang dialami oleh sahabatnya itu.
Muhammad Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang dengan ambulans untuk
menerima rawatan.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang menggambarkan nilai baik hati dalam kedua-dua buah novel.

Peristiwa nilai baik hati dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa Aqram dan
Khairul Anwar yang baik hati apabila mereka mempersoalkan tindakan Dr.Maxi yang
meneruskan eksperimen terhadap Shida. Shida telah dijadikan bahan ekperimen oleh Dr.
Maxi untuk dihubungkan dengan Karl secara telepati. Tindakan Dr. Maxi ini dipersoalkan oleh

Khairul Anwar dan Aqram kerana risau akan keselamatan diri Shida, seperti kemungkinan
Shida akan menjadi gila sekiranya uji kaji tersebut menghadapi masalah atau kegagalan.

Peristiwa nilai baik hati dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa pemandu teksi, Pak
Cik Salleh yang menghantar Haiqal hingga ke warung Wak Sakimin. Pakcik Salleh seorang
pemandu teksi yang baik hati kerana sudi menghantar Haiqal sehingga bertemu dengan orang

untuk bertanya walaupun Haiqal hanya meminta dia untuk menurunkannya di simpang masuk
kampung. Pakcik Salleh berbuat demikian kerana dia tahu bahawa Haiqal baru kali pertama ke
tempat itu dan tidak mengenali sesiapa di situ. Oleh itu, dia ingin memastikan Haiqal sampai ke
destinasinya dengan betul dan selamat.

MUKA SURAT 420 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 21, PPD BARAM, SARAWAK 2019
(a) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.

[7 markah]
(b) Unsur saspens digunakan dalam novel untuk menarik perhatian pembaca. Jelaskan satu

unsur saspens yang terdapat dalam dua buah novel yang anda kaji.
[8 markah]

JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip bin Talib. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.

Persoalan yang pertama ialah persoalan kegigihan berlatih untuk memperoleh
kejayaan. Adnan gigih berlatih bersyarah dalam bahasa Inggeris di hadapan Mak Milah dan Pak
Saidi apabila menyertai pertandingan syarahan dalam bahasa Inggeris di sekolahnya. Walaupun
rakan-rakannya seperti Nizam, Ah Chong dan Ramasamy mentertawakan Adnan kerana beliau
belum fasih berbahasa Inggeris namun Adnan tidak patah semangat. Kata-kata semangat dan
janji ibu bapanya bahawa mereka akan hadir pada hari pertandingan menambahkan lagi
semangat Adnan. Atas kegigihannya tersebut maka Adnan menjuarai pertandingan syarahan
berbahasa Inggeris tersebut.

Persoalan yang kedua ialah persoalan ketaatan akan perintah Tuhan. Penduduk
Kampung Sungai Ramal taat akan perintah Tuhan apabila mereka bersolat hajat memohon
pertolongan daripada Allah agar dilindungi daripada segala musibah setelah penduduk kampung
mula berpecah dua. Ada sebahagian penduduk kampung yang menyokong dan ada penduduk
yang tidak menyokong kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.

Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.
Persoalan yang pertama ialah persoalan kebijaksanaan dalam bidang sains. Karl bijak

dalam bidang sains apabila dia berjaya mencipta cyborg seperti Aqram, Alia dan Khairul Anwar

yang kini bekerja untuknya di Soft Lab. Aqram yang nama asalnya Akeem ialah adik kandung Karl
yang terencat akal. Karl telah mengubahnya menjadi manusia cyborg melalui teknologi yang
diciptanya. Karl telah memberikan wajah dan nama baharu kepadanya iaitu Aqram. Aqram
memiliki rupa paras yang menarik sehingga Farisha tidak dapat melupakannya ketika mereka
bertemu di Lapangan Terbang Senai.

Persoalan yang kedua ialah persoalan menunaikan amanah ibu bapa. Azraai
menjalankan amanah ayah dan ibunya yang telah menjaga Farisha sejak Farisha berumur 2
tahun. Azraai turut memastikan semua mikrocip mesti kekal dalam tubuh Farisha dan Farisha
mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Azraai turut menyerahkan fail yang mengandungi
macam-macam surat arwah ayah tentang maklumat Farisha seperti dokumen permohonan dan
sijil yang menunjukkan Farisha ialah anak angkat.

MUKA SURAT 421 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan

karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.
Persoalan yang pertama ialah persoalan ilmu pengetahuan dalam

kehidupan. Danel mempunyai banyak ilmu pengetahuan tentang pisang. Danel
telah menulis artikel dalam buku Segalanya Tentang Pisang namun dua artikel
Danel menarik perhatian Lili iaitu Remaja Jadi Pekebun Pisang Berjaya di Tenom
dan Perihal Pisang. Artikel bertajuk Perihal Pisang menceritakan khasiat dan

kandungan pisang yang kaya dengan vitamin B6, riboflavin, niasin, asid folik,
kalsium, magnesium, zat besi dan vitamin C.

Persoalan yang kedua ialah persoalan keteguhan terhadap kepercayaan
dan tradisi. Letchumi masih memegang teguh kepercayaan adat tradisinya

kerana dia menganggap bahawa roh nenek moyang mereka akan menjelma
sebagai burung gagak dan mereka perlu menjalani amalan pitru iaitu memberi
gagak tersebut makan

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah

Nordin. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.
Persoalan yang pertama ialah persoalan sikap mementingkan diri

sendiri. Doktor Uwang bersikap mementingkan diri sendiri apabila dia tidak

menghiraukan kesusahan pesakitnya, Unong Siron asalkan berkemampuan
mendapatkan rawatan. Doktor Uwang bersikap mementingkan diri sendiri apabila
dia sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya ke sekolah berasrama

seawal usia 7 tahun agar tidak mengganggu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak
tersebut adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak
menginginkan anak apabila berumah tangga.

Persoalan yang kedua ialah persoalan kebijaksanaan memajukan Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Doktor Uwang bijak memajukan Pusat Rawatan Pantai

Kasih yang dulunya hanyalah merupakan sebuah klinik sebesar kandang
penyembelihan kambing. Selepas dimajukan, Pusat Rawatan Pantai Kasih
menjadi pusat rawatan yang eksklusif dan tersohor. Kecekapan pengurusan dan
pentadbiran Doktor Uwang telah membuahkan kejayaan dan perkembangan
positif pusat rawatan itu.

MUKA SURAT 422 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas

karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.
Persoalan yang pertama ialah persoalan ketabahan untuk berjaya dalam

pelajaran. Dahlia tabah menghadapi suasana belajar dalam keadaan yang tidak
selesa di pusat pemindahan banjir setelah rumahnya dinaiki air. Dahlia terpaksa
belajar dalam keadaan yang serba kekurangan. Sikap Dahlia ini telah mendapat
pujian daripada Encik Daim yang merupakan bekas guru Dahlia kerana semangat

Dahlia yang masih rajin belajar walaupun berada di pusat pemindahan banjir.
Persoalan yang kedua ialah persoalan keprihatinan terhadap masalah

orang lain. Lili, datuk dan nenek prihatin akan nasib Che Jah yang mengalami
keganasan rumah tangga. Mereka banyak menolong keluarga Che Jah. Lili

misalnya menceritakan masalah Che Jah kepada Puan Hamimah. Datuk dan
nenek pula menjaga dan merawat Rafik dan Haziq. Datuk telah membawa Rafik
dan Haziq balik ke rumah untuk mendapatkan rawatan tradisional setelah
mengalami kecederaan dan lebam-lebam.

TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah

Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.

Persoalan yang pertama ialah persoalan menghargai budaya dan
warisan bangsa. Waheeda menghargai budaya dan warisan peribumi Sarawak
apabila dia meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu Sarawak di atas pintu

Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya-Sajinah, Cameron Highlands.
Persoalan yang kedua ialah persoalan kasih sayang ibu terhadao anak.

Sebagai ibu, Raidah amat menyayangi anaknya, Waheeda. Raidah sanggup
terbang ke Singapura semata-mata untuk bersama dengan Waheeda pada hari
pembedahan mata dan hidung anaknya di Silicon Medical Centre. Raidah juga

sanggup menjaga Waheeda ketika anaknya itu bersalin di Hospital Pakar
Normah, Kuching serta menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan
khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan
Islam(Pusrawi), Kuala Lumpur.

MUKA SURAT 423 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri

Rahayu Mohd Yusop. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.
Persoalan yang pertama ialah persoalan tanggungjawab memelihara

populasi kelip-kelip. Muhammad Taufik bertanggungjawab apabila dia memagar
sebahagian daripada sungai Selangor untuk memelihara populasi kelip-kelip.
Muhammad Taufik telah meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi
anak sungai di Kampung Kuantan terus ke Kampung Api-api yang berkeluasan 50

hektar. Dia berbuat demikian setelah mendapati populasi kelip-kelip di Kampung
Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai, bunyi enjin
motobot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya
bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang
semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip.

Persoalan yang kedua ialah persoalan kasih sayang anak terhadap ibu yang
tidak tinggal bersamanya. Muhammad Taufik amat menyayangi keluarganya dan dia
tidak pernah sangsi akan kasih sayang yang diterima daripada kedua-dua ibu bapanya
walaupun mereka telah berpisah. Muhammad Taufik bersyukur apabila ibunya,

Maryam Wickham datang ke Malaysia walaupun seketika. Muhammad Taufik akan
menghabiskan setiap detik yang ada untuk berbual-bual dengan ibunya itu. Bagi
Muhammad Taufik, dia percaya bahawa kasih sayang, darah dan daging, jiwa dan
minda tidak mengenal sempadan tempat dan zon masa.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.

Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.

Persoalan yang pertama ialah persoalan keprihatinan terhadap kesusahan
orang lain. Datuk Haiqal prihatin akan nasib yang menimpa Tauke Lim. Hidup Tauke
Lim sangat susah ketika dia baharu tiba di Kampung Seri Purnama. Tauke Lim
terpaksa menanggung kesusahan akibat sikap abangnya yang gemar berjudi sehingga
tanah mendiang bapanya dan tapak rumah tergadai. Datuk Haiqal telah membantu
Tauke Lim dengan memberi kerja kepada Tauke Lim sebagai penoreh getah di
kebunnya

Persoalan yang kedua ialah persoalan kejujuran tentang identiti diri. Aqram
jujur kepada Farisha apabila dia membocorkan rahsia dirinya yang sebenar kepada

Farisha. Aqram memberitahu Farisha nama sebenarnya ialah Akeem dan dia
merupakan adik Karl yang terencat akal. Umurnya 60 tahun dan bukan 30 tahun. Uji
kaji yang dijalankan oleh Karl berjaya mengubah penampilan dirinya.

MUKA SURAT 424 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat
pelbagai unsur saspens dalam kedua-dua buah novel.

Satu unsur saspens yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah isu pencuri
kubah. Pada pendapat saya, isu pencuri kubah menimbulkan unsur saspens kerana menyebabkan
pembaca tertanya-tanya tentang orang sebenar yang mencuri kubah tersebut. Penduduk kampung
mengesyaki pencuri kubah ialah Rafik dan Haziq. Malah ada penduduk kampung yang sudah bersiap
sedia untuk menyoal siasat Haziq yang baru sahaja dipukul dengan teruk oleh Seman. Haziq yang
sedang mendapat rawatan di rumah datuk Lili menjadi sasaran penduduk kampung. Namun persoalan
terjawab apabila pencuri sebenar ialah bapa Rafik dan Haziq.

Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, unsur saspens dapat dilihat melalui kisah patukan
ular tedung. Pada pendapat saya, kisah patukan ular tedung menimbulkan unsur saspens kerana
menimbulkan perasaan tertanya-tanya kepada pembaca kerana patukan ular tedung sangat berbisa dan
boleh membawa maut jika lambat mendapatkan rawatan. Embong telah dipatuk oleh ular tedung ketika
hendak mandi untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Pembaca tertanya-tanya akan nasib
Dahlia dan adik-adiknya apabila Embong bertarung dengan nyawanya akibat patukan ular tedung
tersebut manakala ibunya, Saleha masih dirawat di hospital. Namun, pembaca lega apabila Embong
kembali pulih dan selamat daripada bisa patukan ular tedung setelah seminggu berada di Hospital Batu
Pahat.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin

Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat pelbagai unsur
saspens dalam kedua-dua buah novel.

Peristiwa yang menimbulkan unsur saspens dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah
peristiwa kedatangan askar Jepun yang menyamar diri sebagai tentera Sikh. Pada pendapat saya,
peristiwa ini menimbulkan unsur saspens kerana menyebabkan pembaca ingin tahu sama ada yang
memakai pakaian tentera Sikh tersebut adalah benar-benar tentera Sikh atau tidak. Perasaan ingin tahu
ini menyebabkan pembaca meneruskan pembacaan untuk mengetahui kebenaran. Akhirnya, pembaca

mendapat bahawa Adnan mulai sedar akan penyamaran kerana Adnan tidak sedap hati apabila beliau
tidak dimaklumkan tentang kehadiran tentera Sikh. Adnan telah bertindak dengan menyerang tentera
Sikh yang sebenarnya tentera Jepun tersebut menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.

Dalam novel Tirani pula, unsur saspens dapat dilihat melalui peristiwa Waheeda yang
mengalami kemurungan dan tidak bersemangat untuk meneruskan perniagaan di Tajau Emas.
Pada pendapat saya, peristiwa ini menimbulkan unsur saspens kerana menimbulkan perasaan ingin tahu
pembaca sama ada Waheeda akan pulih seperti sedia kala atau pun tidak. Peristiwa ini menarik
pembaca untuk meneruskan pembacaan bagi mengikuti perkembangan Waheeda. Setelah meneruskan
pembacaan, pembaca mendapati bahawa Raidah dan keluarga banyak memberikan sokongan dan
dorongan sehingga Waheeda berjaya mengatasi masalah kemurungan dengan membawa Waheeda
bertemu pakar untuk mendapatkan rawatan dan kaunseling. Akhirnya, Waheeda bukan sahaja kembali
seperti sedia kala malahan lebih manis apabila dia berjaya membuka cawangan chalet di Cameron
Highlands.

MUKA SURAT 425 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin Talib manakala

novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat pelbagai unsur
saspens dalam kedua-dua buah novel.

Peristiwa yang menimbulkan unsur saspens dalam novel Pantai Kasih ialah peristiwa punca
kematian anak perempuan Raiha iaitu Rohayu binti Sadiz. Pada pendapat saya peristiwa ini menimbulkan
unsur saspens kerana pembaca tidak mendapat gambaran jelas tentang punca kematian anak perempuan
Raiha. Gambaran yang tidak jelas ini menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca terhadap kejadian sebenar
yang berlaku. Pembaca berasa lega dan begitu juga dengan Doktor Raiha apabila pada akhir cerita Felicia
telah mengaku dan menceritakan situasi sebenar kematian anak Raiha itu. Felicia menceritakan penglibatan
dirinya yang dijadikan budak suruhan untuk membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz. Doktor Sadiz telah
membakar kereta Porsche miliknya kerana geram dan marah dengan tindakan Doktor Raiha yang melarikan
anaknya dengan menggunakan kereta tersebut. Tiba-tiba Ayu muncul dan langsung disambar oleh api yang
marak. Felicia meminta maaf kerana tidak muncul sewaktu perbicaraan antara Doktor Sadiz dan Doktor
Raiha kerana takut. Baharulah pembaca mengetahui kedudukan sebenar punca kematian anak Raiha.

Dalam novel Bimasakti Menari pula, unsur saspens dapat dilihat melalui peristiwa Nurul Hafsa ingin
berjumpa dengan “lelaki kelip-kelip” . Pada pendapat saya, peristiwa ini menimbulkan unsur saspens
kerana menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca tentang impian Nurul Hafsa untuk bertemu dengan “lelaki
kelip-kelip” yang juga pemilik tanah persendirian di tepi sungai Kuala Selangor. Nurul Hafsa telah meminta
bantuan abangnya, Budiman untuk bertemu dengan “lelaki kelip-kelip”. Peristiwa ini menarik pembaca untuk
meneruskan pembacaan bagi mengetahui identiti “lelaki kelip-kelip” tersebut. Setelah meneruskan
pembacaan, pembaca mendapati bahawa “lelaki kelip-kelip” itu ialah Muhammad Taufik iaitu rakan
persekolahan Nurul Hafsa ketika mereka belajar di Sekolah Kebangsaan Tanjong Keramat.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel

di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat pelbagai unsur saspens dalam kedua-
dua buah novel.

Satu unsur saspens yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara adalah apabila pembaca tertanya-
tanya punca penyakit Farisha. Pada pendapat saya, punca penyakit Farisha menimbulkan unsur saspens
kerana menyebabkan pembaca tertanya-tanya punca Farisha pengsan di Soft Lab. Sebelum ini, Farisha ialah
seorang yang sihat. Farisha yang telah disahkan sihat oleh Dr. Maxi jatuh pengsan secara tiba-tiba di Soft
Lab. Keadaan ini menimbulkan kekalutan kepada mereka kerana perancangan mereka sangat bergantung
kepada kesihatan Farisha. Percubaan untuk menukarkan Farisha dengan Shida juga tidak berjaya kerana
sistem tubuh mereka tidak sama. Akhirnya, pertanyaan yang bermain-main di fikiran pembaca terjawab
apabila Farisha tidak sakit atau mengandung seperti yang disyaki sebaliknya dia telah diserang oleh virus
yang digodam oleh musuh mereka.

Dalam novel Silir Daksina pula, unsur saspens dapat dilihat apabila pembaca tertanya-tanya tentang
identiti sebenar anak Cikgu Zam. Pada pendapat saya, identiti sebenar anak Cikgu Zam menimbulkan
unsur saspens kerana Cikgu Zam sering terkenang akan Aiman ketika dia melihat anak-anak Tauke Lim.
Cikgu Zam terlalu merindui anaknya itu. Sikap Cikgu Zam yang perahsia menyebabkan tiada siapa yang
mengetahui berkenaan Aiman. Cikgu Zam menganggap Ai Ling seperti anaknya sendiri. Akhirnya,
pertanyaan ini terjawab apabila anaknya, Aiman didedahkan oleh penulis. Haiqal Haqimi ialah Aiman iaitu
anak yang sering disebut dan dirindui oleh Abdullah bin Kayan.

MUKA SURAT 426 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 22 – SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2019
(a) Jelaskan dua peristiwa yang dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam

sebuah novel yang telah anda kaji dan berikan sebab-sebab anda berpendapat demikian.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa yang
memaparkan nilai kebijaksanaan yang terdapat dalam setiap novel.
[8 markah]

JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib.
Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Pak Saidi sanggup menghantar Adnan dengan
berbasikal walaupun jaraknya jauh. Pada sebelah malam Pak Saidi mengajar anak-anaknya
mengaji al-Quran pula. Pak Saidi tetap meneruskan persekolahan anak-anaknya di sekolah
Inggeris walaupun mendapat tentang daripada penduduk kampung. Peristiwa ini memberikan
kesedaran kepada pembaca kerana pembaca harus menyedari bahawa setiap ibu bapa harus
mementingkan pendidikan anak-anak sejak kecil.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa askar Melayu yang terus berjuang mempertahankan
tanah air. Askar Melayu berlindung di kubu ketika serangan Jepun pada waktu malam. Hospital
tentera musnah dengan 700 orang askar India terkorban. Tentera Gurkha dan pasukan meriam
British di Bukit Timah tewas. Pengalaman tentera Jepun berperang di China digunakan bagi
melemahkan tentangan British. Tinggal Bukit Candu dan pasir Panjang sebagai benteng terakhir
bagi menyelamatkan pangkalan utama Alexandra. Tanggungjawab digalas oleh kapten Rix dan
Leftenan Adnan setelah Percival enggan mengaku kalah. Rix ragu-ragu, tetapi Adnan berjanji akan
bertahan hingga ke titisan darah terakhir. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca
kerana pembaca harus menyedari bahawa setiap askar harus menanamkan semangat juang yang tinggi
dalam mempertahankan negara seperti Leftenan Adnan.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak peristiwa

yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa pertemuan Farisha dengan Karl ketika Karl sedang
nazak. Farisha bertemu dengan Karl yang semakin tenat di rumah agam Karl. Ketika bertemu,
Farisha hanya merenung wajah Karl yang kelihatan cengkung. Farisha berjanji kepada Karl
bahawa dia akan sentiasa mengingati ayahnya itu. Farisha menangis mengucapkan selamat
tinggal kepada Karl dan tidak semena-mena air mata mengalir di pipi lelaki itu. Peristiwa ini
memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa menjaga hubungan kekeluargaan agar sentiasa
erat.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Azraai bekerjasama dengan ayah dan ibunya menjaga
Farisha sejak Farisha berumur 2 tahun. Azraai turut memastikan semua mikrocip mesti kekal
dalam tubuh Farisha dan Farisha mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Azraai turut
menyerahkan fail yang mengandungi macam-macam surat arwah ayah tentang maklumat Farisha
seperti dokumen permohonan dan sijil yang menunjukkan Farisha ialah anak angkat. Peristiwa ini
memberikan kesedaran kepada pembaca agar menjaga sentiasa menjaga amanah yang diberikan oleh
orang tua untuk menjaga adik-beradik.

MUKA SURAT 427 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.

Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kerajinan datuk Lili ke hutan. Datuk atau

Haji Abdul Rahman rajin masuk ke hutan untuk mencari akar-akar kayu sebagai
ramuan perubatan tradisional. Sikapnya yang rajin ini membimbangkan nenek kerana
pernah datuk tidak balik pada waktu malam semata-mata untuk untuk mencari akar-
akar kayu. Datuk turut ke paya bakau untuk mencari tumbuhan eksotik dan suka
merayau-rayau ke tempat-tempat yang berpotensi untuk dijadikan penyembuh tubuh

manusia yang sakit. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar
menghargai tumbuh-tumbuhan herba kerana banyak khasiat kepada manusia.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kerajinan Geetha membantu nenek di dapur.
Geetha rajin membantu nenek memasak apabila dia memotong sayur dan menyiang
ikan ketika dia tidur di rumah nenek. Walaupun nenek melarang Geetha menolongnya
kerana Geetha ialah tetamu namun dia tetap membantu nenek. Bagi Geetha,
membantu melakukan kerja-kerja di dapur ialah kerja orang perempuan. Peristiwa ini
memberikan kesedaran kepada pembaca agar ringan tulang apabila berada di rumah orang
lain.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak

peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Doktor Raiha bertegas tidak mahu

menggugurkan kandungannya walaupun telah dipaksa oleh suaminya. Doktor Raiha
telah dipaksa oleh Doktor Sadiz untuk menggugurkan kandungannya setelah
mendapati janin dalam kandungannya cacat melalui ujian ultrabunyi. Doktor Sadiz
tidak menerima kelahiran bayinya yang cacat disebabkan statusnya sebagai pakar

perunding pembedahan yang terkenal. Keengganan Doktor Raiha mematuhi kehendak
Doktor Sadiz menyebabkan hubungan mereka suami isteri semakin tegang sehingga
berlaku perceraian. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar tetap
menghargai anak-anak kurang upaya kerana anak itu merupakan anugerah Allah.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Doktor Raiha begitu tabah menerima
pelbagai dugaan yang berlaku dalam hidupnya. Ketabahan Raiha bermula dengan
gangguan peristiwa hitam keruntuhan rumah tangganya. Walaupun dia dijadikan
bahan tontonan sewaktu kes perbicaraan tersebut mendapat liputan media dan dia
gagal dalam kes tersebut, namun dia meneruskan kehidupan dengan tabah. Peristiwa

ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa tabah menghadapi pelbagai
dugaan dalam kehidupan.

MUKA SURAT 428 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.

Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa peristiwa Tauke Lim membantu keluarga

Embong. Tauke Lim menganggap Embong sebagai saudaranya kerana mereka sama-
sama merantau dari Melaka. Tauke Lim berniaga manakala Embong bekerja di estet.
Susah senang ditanggung bersama-sama. Tauke Lim begitu hairan dengan sikap Nek

Kiah dan Seman yang bermusuhan dengan keluarga Embong walaupun mereka satu
keluarga. Tauke Lim berjanji akan menolong Dahlia berkenaan wang yang diminta oleh
neneknya. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar membantu orang yang
dalam kesusahan walaupun berlainan bangsa dan agama sebagaimana yang dilakukan oleh
Tauke Lim terhadap keluarga Embong

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa keprihatinan Cikgu Hisyam terhadap pelajaran
Dahlia apabila mengingatkan Dahlia agar tidak mengabaikan pelajaran apabila Dahlia
membuat keputusan untuk keluar dari asrama. Cikgu Hisyam telah memanggil Dahlia
untuk menemuinya kerana Dahlia tidak hadir dua hari ke sekolah. Cikgu Hisyam cuba

mencungkil masalah yang dihadapi oleh Dahlia namun Dahlia lebih suka
merahsiakannya. Cikgu Hisyam yang bimbang akan pelajaran Dahlia telah meminta
rakan-rakan Dahlia membantu meminjamkan nota-nota untuk memudahkan Dahlia
mengulang kaji pelajarannya. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar
pembaca mementingkan pelajaran walau apapun masalah yang dihadapi oleh mereka.

TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat banyak peristiwa

yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke
SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa buah
dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya
dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda

berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.
Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca kerana peristiwa ini menyedarkan
pembaca tentang nilai kasih sayang seorang ibu, Raidah terhadap anaknya, Waheeda.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Raidah yang perasan akan perubahan yang
dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa

Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan
mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca bahawa pentingnya peranan keluarga
dalam menyelesaikan masalah kemurungan yang dihadapi oleh ahli keluarga yang lain.

MUKA SURAT 429 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.

Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Puan Wickham telah berkirim salam dengan

Tan Sri Muhaimin dan memasak untuk mereka bertiga sebelum pulang mengikut
rombongannya walaupun telah bercerai dengan Tan Sri Muhaimin. Maryam Wickham
telah bertemu dengan Muhammad Taufik ketika membawa rombongan sekumpulan

kanak-kanak dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima. Semasa menginap di
rumah anaknya itu, Maryam Wickham sempat memasak sayur campur goreng, sambal
ikan bilis dan sup ayam sebelum meninggalkan Muhammad Taufik. Peristiwa ini
memberikan kesedaran kepada pembaca tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anak
walaupun telah berpisah dengan suami.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Muhammad Taufik yang tabah meneruskan
kehidupan akibat perceraian Maryam Wickham dan Tan Sri Muhaimin. Muhammad Taufik
telah berpindah sekolah di Otago, New Zealand mengikut Maryam Wickham setelah
ibunya bercerai dengan Tan Sri Muhaimin. Muhammad Taufik meneruskan pendidikan di

negara itu sehingga peringkat sarjana sebelum berhenti belajar dan kembali ke Malaysia.
Muhammad Taufik hanya berjumpa sekali-sekala dengan ibunya. Peristiwa ini memberikan
kesedaran kepada pembaca agar tabah menghadapi kehidupan akibat perceraian ibu bapa.

SILIR DAKSINA

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Tauke Ong dengan Ai Ling untuk membantu
Haiqal ketika dia berada di Johor. Malahan, Haiqal juga dibenarkan tinggal di rumah
mereka. Haiqal banyak mengetahui berkenaan bapanya melalui Tauke Ong dan Ai Ling.

Ai Ling mengakui bahawa hubungannya dengan Abdullah bin Kayan amat rapat tetapi
dia tidak layak untuk menggantikan tempat Haiqal Haqimi sebagai anak kandung. Haiqal
Haqimi mengucapkan terima kasih kepada Ai Ling kerana telah membahagiakan ayahnya
hingga ke akhir hayat. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa

membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kebijaksanaan mengenal potensi murid.

Abdullah bin Kayan bijak mengenal potensi yang ada dalam diri See Hwa. Abdullah bin
Kayan telah mengajar See Hwa cara mendeklamasikan puisi yang betul. Cikgu Zam/
Abdullah bin Kayan meminta See Hwa datang ke rumahnya bersama-sama kakaknya

untuk belajar cara mendeklamasikan puisi. See Hwa telah memenangi pertandingan
mendeklamasi puisi di sekolahnya. Cikgu Zam sudah menduga kejayaan See Hwa
kerana persembahannya baik dan mengesankan. Peristiwa ini memberikan kesedaran
kepada pembaca bahawa setiap orang mempunyai potensi yang boleh diketengahkan.

MUKA SURAT 430 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang memaparkan nilai kebijaksanaan dalam
novel ini.

Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa
kebijaksanaan Danel menyelesaikan masalah penduduk kampung. Danel telah
mencadangkan supaya membuat pengumuman di surau untuk meminta pendapat penduduk

kampung sama ada ingin meletakkan kubah di surau ataupun membina masjid baharu.
Majoriti penduduk menginginkan pembinaan masjid baharu kerana surau sudah uzur. Danel
dan Lili tidak jadi memasang poster kerana kurang berkesan.

Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam novel Songket Berbenang Emas ialah peristiwa
kebijaksanaan Dahlia menguruskan masa dengan membuat ulang kaji di pusat
pemindahan banjir. Rumah Dahlia telah musnah akibat banjir. Dahlia bersyukur kerana
nota-nota pelajarannya dapat diselamatkan. Dalam keadaan sesak di pusat pemindahan
banjir tersebut, Dahlia mencuri peluang untuk belajar. Dia tidak peduli jika ada orang yang
mengatakan bahawa dia ingin menunjuk-nunjuk. Sikap Dahlia ini dipuji oleh Encik Daim,

bekas guru Dahlia ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya

Abdul Latip bin Talib manakala di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak peristiwa yang memaparkan nilai kebijaksanaan dalam novel ini.

Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah
peristiwa kebijaksanaan Pak Saidi bijak membuat keputusan apabila menyekolahkan
Adnan di sekolah Inggeris walaupun pada ketika itu anak-anak Melayu yang lain

bersekolah pondok. Walaupun berhadapan dengan sikap Guru Besar Steward yang
merendah-rendahkan kemampuan orang Melayu dan mendapat tentangan yang hebat
daripada penduduk kampung seperti Lebai Pian dan Abu namun Pak Saidi tetap
meneruskan keputusannya menghantar Adnan ke sekolah Inggeris.

Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam novel Tirani ialah peristiwa kebijaksanaan
Fadhil iaitu bapa Waheeda menarik kedatangan pelancong ke inap desanya. Selaku
pemandu pelancong, Fadhil membawa tetamu yang menginap di Tajau Emas ke dusun
buah-buahan, kolam ikan kap dan menikmati keindahan serta kedamaian Sungai Matang. Di
dusun buah-buahan yang berkeluasan 20 hektar tersebut, para pelancong berpeluang

merasai kemanisan buah durian, langsat dan rambutan

MUKA SURAT 431 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin

manakala di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat banyak peristiwa yang memaparkan nilai kebijaksanaan dalam novel ini.

Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam novel Pantai Kasih ialah peristiwa
kebijaksanaan Ibu Unong Siron menangani masalah yang berlaku di Pusat Rawatan
Pantai Kasih. Ibu Unong Siron telah menawarkan diri untuk memujuk pemuda yang kurang
siuman kerana secara kebetulan pemuda itu tinggal bersebelahan dengan rumah Unong
Siron. Pemuda kurang siuman tersebut telah menahan Felicia Landosi apabila menyamar

sebagai doktor di bilik bedah. Tindakan ibu Unong Siron telah berjaya memujuk pemuda itu
dengan memberikan segelas susu yang dicampurkan ubat penenang.

Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam novel Bimasakti Menari ialah peristiwa
kebijaksanaan Nurul Hafsa menyelesaikan masalah apabila dia mengemukakan hujah
kepada pengunjung Balai Cerap Sultan Salahuddin. Pengunjung di balai cerap tersebut
yang kecewa kerana tidak dapat melihat buruj Orion sepenuhnya. Nurul Hafsa menyatakan
keadaan tersebut berlaku akibat langit di Kuala Selangor yang terlalu cerah berikutan
dengan pencemaran cahaya. Nurul Hafsa juga telah berjanji akan memulihkan keadaan
seperti sedia kala dengan sedaya upayanya.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

manakala di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak

peristiwa yang memaparkan nilai kebijaksanaan dalam novel ini.

Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa

kebijaksanaan Nurul

Hafsa dalam pelajaran. Nurul Hafsa telah belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga

dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Jordan selama lima tahun dalam bidang fizik dan

kaji falak. Setelah menamatkan pelajarannya, Nurul Hafsa telah kembali ke tanah air dan

memanfaatkan biasiswanya dengan bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan

Salahuddin, Selangor.

Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa

kebijaksanaan Haiqal merancang strategi untuk menghidupkan kumpulan zapin

D’Purnama. Haiqal telah bekerjasama dengan Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif.

Haiqal merasakan dia tidak mampu melaksanakan impian ayahnya seorang diri kerana dia

masih muda dan tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sastera dan

kebudayaan. Pak Cik Bakar berjanji akan berbincang dengan ketua kampung terlebih

dahulu untuk meminta persetujuannya. Dalam pertemuan Haji Salim dengan ahli JKKK,

Haiqal Haqimi dan See Hwa, akhirnya mereka sebulat suara akan menghidupkan kembali

kumpulan zapin D’Purnama.

MUKA SURAT 432 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 23 – PPD SEMPORNA, SABAH 2019
(a) Konflik merupakan satu daripada teknik penceritaan yang dapat mengembangkan sesebuah

cerita.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh
watak utamanya.

[ 7 markah ]
(b) Kebijaksanaan pengarang mempersembahkan plot cerita dalam sesebuah novel dapat

menimbulkan minat pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan
teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel tersebut.

[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip bin Talib. Watak utama dalam novel ini ialah Leftenan Adnan. Terdapat pelbagai konflik
yang telah dihadapi oleh Leftenan Adnan dalam novel ini.

Konflik yang pertama ialah konflik antara anak dengan ibu. Adnan berkonflik dengan
ibunya, Mak Milah apabila Mak Milah tidak mengizinkan Adnan menjadi anggota tentera
sebaliknya dia lebih menyukai Adnan menjadi seorang guru. Mak Milah juga tidak sanggup
berpisah dengan Adnan yang perlu menjalani latihan ketenteraan di Kem Haig Lines, Port
Dickson.

Konflik yang kedua ialah konflik dengan rakan sekampung. Adnan berkonflik dengan
Nordin kerana Nordin tidak suka Adnan menyertai askar. Nordin beranggapan bahawa tindakan
Adnan tersebut akan menyebabkan Inggeris terus kuat di Tanah Melayu. Nordin juga menuduh
Adnan sebagai pengkhianat bangsa menyebabkan berlaku pergaduhan antara mereka berdua.
Adnan telah mencekak leher baju Nordin. Nordin turut menyerang Adnan namun terjatuh ke dalam
longkang kerana ilmu persilatan Adnan lebih hebat.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.

Terdapat banyak konflik yang dihadapi oleh watak utama iaitu Farisha dalam novel ini.
Konflik yang pertama ialah konflik antara adik dengan abang. Konflik tercetus apabila

Farisha berasa terkilan selepas menyedari dirinya merupakan anak angkat keluarga Azraai dan
merupakan seorang anak yang tidak sah taraf. Hal ini dikatakan demikian kerana pengenalan
bapanya tidak tercatat dalam fail manakala ibunya bernama Marilyn berketurunan Portugis.
Farisha terkilan kerana Azraai menyembunyikan perkara yang sebenar selama ini daripadanya.

Konflik yang kedua ialah konflik antara anak dengan ibu. Farisha berkonflik dengan
ibunya, Medina/Marilyn apabila dia mengetahui bahawa ibunya itu cuba membunuhnya semasa
kecil. Farisha melarang Marilyn mendekatinya atau memeluknya ketika mereka berdua berada di
dalam kereta. Farisha turut memalingkan muka apabila Marilyn mengucupnya pada bahagian pipi.

MUKA SURAT 433 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya

Ruhaini Matdarin. Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Terdapat pelbagai konflik yang
telah dihadapi oleh Lili dalam novel ini.

Konflik yang pertama ialah konflik sesama rakan. Lili berkonflik dengan Danel
apabila Danel tidak serius membincangkan isu kubah. Lili meminta Danel menjadi
penggerak kepada pembangunan di kampung itu dengan memberikan penjelasan kepada
penduduk kampung tentang kemajuan yang ingin dilaksanakan. Sikap Danel yang tidak
serius membincangkan hal tersebut membuatkan Lili berasakan semangatnya luntur. Danel

telah memujuk Lili dengan membawa aiskrim sebagai tanda minta maaf kerana menyakiti
hati Lili.

Konflik yang kedua ialah konflik dengan diri sendiri. Lili berkonflik dengan dirinya
sendiri apabila terpaksa merelakan dirinya untuk pulang ke kampung datuk dan neneknya
yang jauh daripada pembangunan di satu kawasan di Dungun, Terengganu. Lili terpaksa
menyembunyikan perasaannya daripada diketahui oleh ibu. Lili tidak mahu pulang ke
kampung kerana dia mahu menghabiskan cuti sekolah yang terakhirnya itu bersama-sama
rakan sekelasnya

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.

Watak utama dalam novel ini ialah Doktor Raiha. Terdapat pelbagai konflik yang telah
dihadapi oleh Doktor Raiha dalam novel ini.

Konflik yang pertama ialah konflik dengan diri sendiri. Doktor Raiha berkonflik
dengan dirinya sendiri apabila dia sentiasa dibayangi dengan peristiwa hitam yang
dialaminya. Doktor Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila
sentiasa dibayangi dengan kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya
menjadi tidak ceria disebabkan peristiwa hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha

berasa bersalah dengan kematian anaknya itu dan tetap menyalahkan bekas suaminya atas
kematian itu.

Konflik yang kedua ialah konflik antara suami dengan isteri. Raiha berkonflik hebat
dengan suaminya, Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca kematian anak
perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah yang menyebabkan
kematian anaknya itu dan merancang kematian anaknya itu. Konflik itu membawa mereka
hingga ke mahkamah dan akhirnya Doktor Sadiz menang dalam perbicaraan kematian anak
tunggalnya itu. Doktor Raiha turut berkonflik dengan Doktor Sadiz apabila bekas suaminya
itu menuduh Raiha mempunyai hubungan sulit dengan Doktor Uwang. Doktor Sadiz telah

bertindak ganas dengan cuba mencederakan Raiha sambil memaksa Raiha menggugurkan
janin yang dikandungkannya.

MUKA SURAT 434 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya

Khairuddin Ayip. Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia. Terdapat pelbagai konflik yang
telah dihadapi oleh Dahlia dalam novel ini.

Konflik yang pertama ialah konflik dengan diri sendiri. Dahlia berkonflik dengan
dirinya apabila mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Walaupun Cikgu Salwani
dan Cikgu Hisyam cuba untuk memujuk Dahlia menceritakan masalah yang dihadapinya
namun Dahlia tetap menyimpan masalah yang membelenggu hidupnya. Begitu juga
kegagalannya hadir ke sekolah pada hari Selasa dan Rabu tetap dirahsiakan daripada

Cikgu Hisyam sebab musababnya. Pada hari Selasa, Dahlia tidak pergi ke sekolah kerana
adiknya sakit ditambah dengan dirinya yang masih lemah kerana meredah arus sungai
untuk menyelamatkan Said.

Konflik yang kedua ialah konflik dengan jiran. Dahlia berkonflik dengan Aton apabila
Aton menyindir dan memfitnah Dahlia sebagai seorang gadis yang rendah akhlak. Aton turut
menuduh Dahlia sebagai buah kelapa yang telah ditebuk tupai. Aton juga sering menyindir
Dahlia apabila dia mengatakan bahawa Dahlia pulang ke rumah untuk melihat emaknya
yang dianggap tidak siuman

TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Watak

utama dalam novel ini ialah Waheeda. Terdapat pelbagai konflik yang telah dihadapi oleh
Waheeda dalam novel ini.

Konflik yang pertama ialah konflik antara anak dengan bapa. Waheeda berkonflik
dengan bapanya, Fadhil apabila bapanya menegur Waheeda selepas mengetahui bahawa
Waheeda mahu menjalani pembedahan kosmetik. Bapanya tidak mengizinkan Waheeda
menjalani pembedahan plastik kerana perbuatan melanggar fitrah Allah itu bertentangan

dengan kehendak agama Islam dan melanggar adat resam keturunan mereka. Larangan
tersebut menunjukkan bahawa ibu bapa Waheeda tidak mahu anaknya melanggar hukum
agama dan adat resam.

Konflik yang kedua ialah konflik antara suami isteri. Waheeda bertengkar dengan
suaminya, Zahid kerana Zahid menuduhnya mempunyai hubungan dengan Dawood selepas
Zahid menemui mereka di dalam bilik Chalet Tajau Emas. Ketika sampai di chalet tersebut,
Zahid terlihat lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid juga sering
menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan pelbagai tuduhan lagi. Sikap Zahid yang
sering meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda menyebabkan hubungan mereka

menjadi dingin.

MUKA SURAT 435 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri

Rahayu Mohd Yusop. Watak utama dalam novel ini ialah Nurul Hafsa. Terdapat
pelbagai konflik yang telah dihadapi oleh Nurul Hafsa dalam novel ini.

Konflik yang pertama ialah konflik dengan diri sendiri. Nurul Hafsa
berkonflik dengan dirinya sendiri apabila memikirkan kegagalan pengunjung dari
Jepun melihat bintang. Murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima gagal melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan

mata kasar kerana langit pada malam tersebut menjadi cerah. Nurul Hafsa
runsing dengan situasi tersebut kerana dia baru bermula bertugas di Balai Cerap
Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Dia mengakui puncanya kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor mengakibatkan pencemaran

cahaya.
Konflik yang kedua ialah konflik dengan pegawai atasan . Nurul Hafsa

berkonflik dengan Puan Foziah, pegawai atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala
Selangor berkenaan laporan tahap kecerahan langit Kuala Selangor. Nurul Hafsa
berusaha menyediakan laporan tentang tahap kecerahan langit di Kuala Selangor
namun tidak mendapat kerjasama daripada pegawai atasan sebaliknya Nurul
Hafsa dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindakan kerana tiada
undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar

Parman. Terdapat banyak konflik yang dihadapi oleh watak utama iaitu Haiqal

dalam novel ini.
Konflik yang pertama ialah konflik antara ibu dengan anak. Umi Haiqal

tidak menyokong tindakannya untuk pulang ke Johor kerana di Johor Haiqal tidak
mengenali sesiapa dan Haiqal juga tidak mempunyai tempat tinggal untuk
bermalam. Uminya juga tidak akan memberikan wang belanja kepada Haiqal jika

Haiqal ke Johor.
Konflik yang kedua ialah konflik antara sahabat. Haiqal berkonflik dengan

Ratna apabila Ratna menyepikan diri sepanjang Haiqal berada di Batu Pahat.

Setelah Haiqal pulang ke Terengganu, barulah Haiqal mengetahui sebab Ratna
menyepikan diri. Rupa-rupanya Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan
muda yang menjadi rakan kongsi dan bakal suaminya.

MUKA SURAT 436 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin manakala novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel

Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak teknik imbas
kembali dalam kedua-dua buah novel.

Teknik imbas kembali dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah teringat
kembali kisah sewaktu kecil. Datuk teringat kembali tentang kisahnya semasa

kecil yang terpaksa mengikut orang tuanya meredah belantara dan belayar
dengan kapal kemudian terdampar di satu tempat sehingga datuk bertemu dan
berkahwin dengan nenek.

Teknik imbas kembali dalam novel Songket Berbenang Emas ialah teringat

kembali kata-kata orang kampung. Dahlia teringat kembali pertanyaan orang
kampung tentang kelambatannya terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said
daripada lemas. Dahlia juga teringat akan kata-kata kesat Aton yang memaki
hamun dan menuduhnya sebagai orang yang membunuh anaknya. Tuduhan Aton
ini menyebabkan Dahlia begitu sedih kerana gagal menyelamatkan Said
walaupun dia telah berusaha bersungguh-sungguh.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira

Bangsa karya Abdul Latip bin Talib manakala novel yang saya kaji di Tingkatan 5
ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat banyak teknik imbas kembali
dalam kedua-dua buah novel.

Teknik imbas kembali dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah
teringat kembali akan janji ayah. Adnan teringat kembali akan janji Pak Saidi
untuk membelikan sebuah basikal untuknya jika dia telah selamat berkhatan
semasa Tok Mudim menenangkannya. Hal ini menyebabkan Adnan berani melalui
proses berkhatan tersebut.

Teknik imbas kembali dalam novel Tirani ialah teringat kembali akan sikap
negatif sahabat. Aiman, sahabat Zahid teringat kembali sikap Zahid semasa
zaman bujangnya yang kaki perempuan dan menjadi rebutan ramai gadis kerana
memiliki wajah yang kacak seperti hero hindustan tetapi akhirnya Zahid
menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini Waheeda yang merupakan
Ratu Pelancongan ASEAN pada masa itu.

MUKA SURAT 437 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin

manakala novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop. Terdapat banyak teknik imbas kembali dalam kedua-dua buah novel.

Teknik imbas kembali dalam novel Pantai Kasih ialah teringat kembali saat
kematian bekas suami. Doktor Raiha teringat kembali pertembungan dengan Doktor Sadiz
di mahkamah setelah suaminya itu memenangi perbicaraan kerana saksi utama tidak
muncul. Doktor Sadiz telah menjelaskan kepada Doktor Raiha bahawa dia akan digantung
tanpa bertali sampai bila-bila sebagai balasan kerana menjejaskan status elitnya di khalayak

ramai akibat perbicaraan tersebut. Sejurus beredar dari mahkamah keluarga, Doktor Sadiz
terlanggar lori tangki minyak yang berhenti di persimpangan lampu isyarat menyebabkan
keretanya meletup dan terbakar.

Teknik imbas kembali dalam novel Bimasakti Menari ialah teringat kembali kisah
diserang oleh penjahat. Muhammad Taufik teringat kembali kejadian diserang oleh
penjahat apabila tayar keretanya pancit akibat stinger sepanjang satu meter yang diletakkan
di atas jalan raya. Ketika Muhammad Taufik turun daripada kenderaan, dia dipukul di kepala.
Kemudian, mereka memapah Muhammad Taufik dan mengambil dompet serta jam
tangannya. Seterusnya, Muhammad Taufik ditinggalkan di rimbunan lalang dan pada ketika

itulah dia menghubungi Budiman.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

manakala novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Terdapat banyak teknik imbas kembali dalam kedua-dua buah novel.

Teknik imbas kembali dalam novel Di Sebalik Dinara ialah teringat kembali kisah
ketika kecil. Azraai teringat kembali peristiwa pertama kali dia melihat wajah anak kecil
berusia dua tahun pada ketika itu. Jarak usia Azraai dan Farisha ialah 14 tahun. Walaupun

sudah terbiasa dengan kehidupan anak tunggal, namun Azraai menyambut kehadiran
Farisha ke dalam hidup keluarga mereka dengan hati yang terbuka serta penuh ikhlas.
Farisha telah menjadi adiknya selama 26 tahun. Dia bimbang jika kasih sayang Farisha
berubah apabila Farisha mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat.

Teknik imbas kembali dalam novel Silir Daksina ialah teringat kembali kehadiran
lelaki Cina yang datang ke rumah. Amirulnizam teringat kembali peristiwa seorang lelaki
berumur dalam lingkungan dua puluhan berbangsa Cina memakai seluar labuh separas lutut
dan memakai baju kemeja lusuh berlengan pendek datang ke rumahnya. Lelaki itu bertemu
dengan ayahnya untuk mengambil upah menoreh getah di kebun ayahnya. Hasil

keuntungan akan dibahagi dua. Lelaki tersebut ialah Tauke Ong yang hidup susah kerana
tanah mendiang ayahnya telah habis digadaikan oleh abangnya yang kuat berjudi.

MUKA SURAT 438 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 24 – PPD LAHAD DATU, SABAH 2019
(a) Huraikan dua peristiwa yang memberikan pedoman yang terdapat dalam sebuah novel yang

anda pelajari.
[7 markah]

(b) Dalam setiap novel, konflik yang wujud mampu menjadikan novel menjadi menarik. Berdasarkan
dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan konflik antara
watak dan cara penyelesaiannya.
[8 markah]

JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib. Terdapat banyak peristiwa yang memberikan pedoman dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Adnan mematuhi cadangan ibunya untuk mengahwini
Sophia. Sebagai seorang anak, Adnan menjalankan tanggungjawabnya untuk patuh akan
kehendak ibu bapanya. Walaupun tidak mengenali Sophia, namun Adnan tidak membantah
apabila mereka mahu menjodohkannya dengan Sophia, seorang guru sekolah yang merupakan
anak Pak Faqih Muda sekembalinya dari London dan setelah berjaya menjawat jawatan leftenan
muda. Peristiwa ini memberikan pedoman supaya kita sentiasa mentaati kata-kata ibu bapa agar dapat
hidup dengan bahagia.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Pak Saidi sangat mementingkan ilmu apabila dia
berkeras untuk menghantar anaknya, Adnan ke sekolah Inggeris. Pak Saidi berpendapat bahawa
untuk mencari ilmu mestilah belajar dengan bangsa yang lebih berjaya dan maju. Walaupun
mendapat tentangan dan halangan daripada penduduk kampung, namun Pak Saidi tetap
meneruskan hajatnya menghantar anaknya ke sekolah Inggeris. Hasilnya anak-anak Pak Saidi
telah berjaya dan menjadi ikutan oleh penduduk kampung yang lain. Peristiwa ini memberikan
pedoman supaya kita seharusnya mementingkan ilmu pengetahuan untuk masa depan yang cemerlang
walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak peristiwa

yang memberikan pedoman dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Farisha tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana

rumah Farisha telah dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih iaitu retinal scanner dan
interkom yang bersambung dengan rumah abangnya, Azraai. Apabila Azraai menelefon Farisha,
hologram Azraai akan muncul. Mereka berbual tentang kes pembunuhan yang berlaku tidak jauh
dari apartmen Farisha. Sistem keselamatan ini dipasang oleh Azraai untuk menjamin keselamatan
adiknya yang tersayang. Peristiwa ini memberikan pedoman supaya kita sentiasa menyayangi adik-
beradik dengan menjaga keselamatan mereka.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa pekerja Soft Lab menunaikan wasiat Karl supaya
mayatnya dibakar dan abunya ditaburkan di Selat Melaka. Selepas subuh pada hari Ahad,
berpuluh-puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk upacara tersebut. Dr.
Maxi dan beberapa orang pengurus besar Soft Lab memberikan sepatah dua kata tentang
kenangan bekerja dengan Karl dan jasa-jasanya terhadap syarikat. Peristiwa ini memberikan
pedoman supaya kita sentiasa mentaati perintah ketua dalam menjalankan amanah yang diberikan.

MUKA SURAT 439 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya

Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak peristiwa yang memberikan pedoman dalam novel
ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa datuk Lili atau Haji Abdul Rahman
rajin masuk ke hutan untuk mencari akar-akar kayu sebagai ramuan perubatan
tradisional. Sikapnya yang rajin ini membimbangkan nenek kerana pernah datuk
tidak balik pada waktu malam semata-mata untuk mencari akar-akar kayu. Datuk

turut ke paya bakau untuk mencari tumbuhan eksotik dan suka merayau-rayau
ke tempat-tempat yang berpotensi untuk dijadikan penyembuh tubuh manusia
yang sakit. Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita menghargai sumber alam
semula jadi yang banyak memberikan manfaat kepada kesihatan manusia.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Geetha yang rajin membantu nenek
memasak apabila dia memotong sayur dan menyiang ikan ketika dia tidur di
rumah nenek. Walaupun nenek melarang Geetha menolongnya kerana Geetha
ialah tetamu namun dia tetap membantu nenek. Bagi Geetha, membantu
melakukan kerja-kerja di dapur ialah kerja orang perempuan. Peristiwa ini

memberikan pedoman agar kita rajin membantu orang yang lebih tua untuk
meringankan kerja-kerja mereka.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah

Nordin. Terdapat banyak peristiwa yang memberikan pedoman dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa ibu Unong Siron menjaga Unong

Siron yang terlantar sakit di Pusat Rawatan Pantai Kasih kerana menjalani

pembedahan penggantian sendi pinggul kali keenam. Wang pampasan yang
diperoleh hampir habis untuk mengubati anaknya yang sakit. Peristiwa ini
memberikan pedoman supaya kita sentiasa menyayangi anak-anak dengan menjaga
kesihatan mereka.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Doktor Muhammad dedikasi dalam
menjalankan tugasnya apabila dia sanggup datang bertugas semula apabila dia
menerima on call pada suatu malam. Doktor Muhammad terpaksa dipanggil
bertugas kerana terdapat kes kelahiran pramatang seorang bayi yang belum
cukup masa dan menghadapi kesukaran bernafas. Peristiwa ini memberikan
pedoman supaya kita sentiasa berdedikasi menjalankan tugas yang telah
dipertanggungjawabkan dalam apa-apa jua keadaan.

MUKA SURAT 440 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya

Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang memberikan pedoman dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keprihatinan Tauke Lim terhadap

kesusahan dan kemiskinan hidup yang dialami oleh keluarga Embong. Dia sanggup
memberikan makanan dan wang kepada keluarga Embong. Tauke Lim membenarkan
Embong sekeluarga mengambil barang runcit di kedainya dengan berhutang. Tauke
Lim turut menyumbangkan wang sebanyak RM300.00 untuk membiayai perbelanjaan
Dahlia di Universiti Malaya. Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita prihatin akan

kesusahan orang lain dengan menghulurkan bantuan kepada mereka.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Cikgu Hisyam yang mengingatkan Dahlia

agar tidak mengabaikan pelajaran apabila Dahlia membuat keputusan untuk keluar
dari asrama. Cikgu Hisyam telah memanggil Dahlia untuk menemuinya kerana Dahlia
tidak hadir dua hari ke sekolah. Cikgu Hisyam cuba mencungkil masalah yang
dihadapi oleh Dahlia namun Dahlia lebih suka merahsiakannya. Cikgu Hisyam yang
bimbang akan pelajaran Dahlia telah meminta rakan-rakan Dahlia membantu
meminjamkan nota-nota untuk memudahkan Dahlia mengulang kaji pelajarannya.
Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita sentiasa mementingkan pelajaran walaupun

berhadapan dengan pelbagai masalah.

TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat

banyak peristiwa yang memberikan pedoman dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Waheeda berani menghadapi risiko apabila

dia mengambil alih perniagaan Pak Cik Abdul Aziz yang mempunyai masalah
kewangan sehingga dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang dilakukan
oleh pekerja-pekerjanya. Waheeda berani membeli Chalet Iwana-Iwani sedangkan dia

baru sahaja sembuh daripada penyakit kemurungan yang dihadapinya setelah
mendapatkan rawatan dan kaunseling daripada Dr. Qamariah serta sokongan moral
daripada ibu dan abangnya. Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita berani
berhadapan dengan risiko untuk mendapatkan kejayaan.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Fadhil dan Raidah yang mematuhi ajaran
agama apabila mereka tidak membenarkan Waheeda melakukan pembedahan
kosmetik kerana perbuatan mengubah fitrah Allah itu bertentangan dengan kehendak
agama Islam dan melanggar adat resam keturunan mereka. Fadhil tidak mahu
Waheeda melanggar ajaran agama semata-mata ingin akan kecantikan. Justeru,

ajaran agama perlulah dipatuhi oleh semua dalam melakukan sebarang tindakan agar
tidak tersalah membuat keputusan. Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita tidak
melakukan perkara yang melanggar hukum agama supaya hidup diberkati Tuhan.

MUKA SURAT 441 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu

Mohd Yusop. Terdapat banyak peristiwa yang memberikan pedoman dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kegigihan Nurul Hafsa dan Budiman

mencari dan mengumpul data-data tentang kepupusan kelip-kelip di Kampung
Kuantan, Kuala Selangor. Nurul Hafsa dan Budiman duduk di jeti menunggu
kumpulan kelip-kelip. Kerja-kerja mencerap populasi kelip-kelip terhenti selama
seminggu kerana Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital. Sebagai menunaikan
janji serta menjaga integriti data yang akan dipersembahkan dalam kerja-kerja mereka

pada masa depan, Budiman dan Nurul Hafsa terpaksa melakukan pengumpulan data
tanpa Muhammad Taufik. Mereka perlu mengambil foto setiap kali ternampak kelip-
kelip dalam masa 10 minit mereka duduk di jeti tersebut. Mereka pulang selewat-
lewatnya pada pukul 10.00 malam. Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita gigih
melakukan sesuatu tugasan untuk mendapatkan bukti-bukti yang sahih.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Tan Sri Muhaimin terus membesarkan
anaknya Muhammad Taufik dengan baik dan penuh kasih sayang walaupun telah
berpisah dan bercerai dengan isterinya, iaitu Puan Mariam Wickham. Segala
keperluan anaknya dipenuhi dengan sebaik-baiknya supaya anaknya dapat kasih

sayang yang secukupnya. Peristiwa ini memberikan pedoman supaya kita menyayangi
anak-anak dengan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada mereka.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak

peristiwa yang memberikan pedoman dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Ai Ling telah meminta Cikgu Zam

mengajarnya mendeklamasikan puisi yang betul. Semasa Ai Ling mendeklamasikan
sajak, Cikgu Zam berkhayal seolah-olah Aiman mendeklamasikan sajak bersama-

sama Ai Ling. Ai Ling telah memenangi pertandingan mendeklamasi puisi di
sekolahnya. Cikgu Zam sudah menduga kejayaan Ai Ling kerana persembahannya
baik dan mengesankan. Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita berani meminta
bantuan orang lain yang lebih pakar untuk melakukan sesuatu agar mendapat kejayaan.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Tauke Ong yang rajin bekerja apabila dia
menoreh getah pada sebelah pagi bersama-sama isterinya. Pada sebelah petang pula,
mereka akan meraih hasil kampung seperti pinang, biji kopi, pisang, getah beku dan
getah sekerap untuk dijual di pekan. Sekiranya dia tidak menoreh getah, dia akan
membersihkan kebun ayah Abdullah bin Kayan. Hasil kerajinannya berusaha, dia

dapat membeli setengah ekar tanah kebun untuk dijadikan tapak rumah. Peristiwa ini
memberikan pedoman agar kita rajin bekerja agar dapat menampung keperluan keluarga.

MUKA SURAT 442 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Terdapat pelbagai peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dan cara penyelesaiannya
dalam kedua-dua buah novel.

Peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dalam novel Jendela Menghadap Jalan
ialah peristiwa Lili yang berkonflik dengan neneknya apabila nenek melarang Lili pergi ke
rumah Che Jah kerana risau akan keselamatannya. Nenek takut anak-anak Che Jah mengapa-
apakan Lili. Lili ingin pergi ke rumah Che Jah kerana berasa kasihan akan nasib Rafik dan

Haziq walaupun mereka telah menculiknya. Cara Lili menyelesaikan konflik ini adalah dengan
mematuhi arahan neneknya. Lili membatalkan rancangan untuk ke pekan namun masih
mengharapkan ada keajaiban yang muncul untuk membantunya.

Peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dalam novel Songket Berbenang Emas
pula ialah peristiwa Dahlia berkonflik dengan Azhari yang cemburu apabila melihat Najib datang
ke rumahnya. Najib datang ke rumah Dahlia untuk memujuk Dahlia meneruskan
persekolahannya. Najib juga bersedia membantu Dahlia berkaitan urusan pembelian tanah
yang akan dijual oleh Nek Kiah tetapi Dahlia menolak kerana tidak mahu termakan budi. Tidak
lama kemudian, Azhari datang ke rumah Dahlia. Azhari dan Najib berkenalan namun tiba-tiba
Azhari pulang tanpa memaklumkan kepada Dahlia akibat berselisih faham dengan Najib

tentang hubungannya dengan Dahlia. Cara Dahlia menyelesaikan konflik ini adalah dengan
bertanya kepada Najib tentang sebab Azhari pergi begitu sahaja. Setelah mengetahui bahawa Najib
berselisih faham dengan Azhari pandangan Dahlia menjadi kelam.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip

bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat pelbagai
peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dan cara penyelesaiannya dalam kedua-dua
buah novel.

Peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dalam novel Leftenan Adnan Wira

Bangsa ialah peristiwa Adnan yang telah berkonflik dengan Nordin kerana Nordin tidak suka
Adnan menyertai askar. Bagi Nordin, perbuatan Adnan tersebut menyebabkan Inggeris
semakin kuat di Tanah Melayu. Nordin turut menuduh Adnan sebagai pengkhianat bangsa.
Cara watak mengatasi konflik ini ialah Adnan mencekak leher baju Nordin kerana tuduhannya yang
tidak berasas. Nordin telah menyerang Adnan namun ilmu persilatan Adnan lebih hebat
menyebabkan Nordin terjatuh ke dalam longkang.

Peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dalam novel Tirani pula ialah peristiwa
Waheeda yang berkonflik dengan Zahid kerana suaminya itu tidak pasti sama ada Izzati ialah
anak kandungnya ataupun tidak kerana hidung anaknya pesek tidak sama dengan hidungnya
atau Waheeda. Cara Waheeda mengatasi konflik ini ialah Waheeda telah bertemu dengan Nurjihan
dan menyerahkan sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Walau bagaimanapun, Zahid
tidak melihat ujian DNA itu menyebabkan hubungan antara Zahid dan Waheeda semakin goyah.

MUKA SURAT 443 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin manakala novel

di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat pelbagai peristiwa
yang menggambarkan konflik antara watak dan cara penyelesaiannya dalam kedua-dua buah novel.

Peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dalam novel Pantai Kasih ialah peristiwa
Doktor Raiha berkonflik dengan Felicia Landosi apabila Felicia melayan ibu Unong Siron dengan
kasar. Doktor Raiha juga amat marah dengan sikap sambalewa Felicia ketika operasi pembedahan
Unong Siron sedang dijalankan. Felicia telah menghulurkan alat bedah yang salah ketika dia
menjadi pembantu perubatan semasa operasi pembedahan penggantian sendi pinggul Unong
Siron. Konflik antara mereka berdua ini diselesaikan apabila Doktor Raiha memanggil Felicia ke bilik
pejabatnya untuk mengetahui sebab-sebab Felicia memberikan layanan yang kasar terhadap ibu Unong
Siron.

Peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dalam novel Bimasakti Menari ialah
peristiwa Nurul Hafsa yang berusaha untuk menjadikan Kuala Selangor Kawasan Simpan Langit
Gelap mendapat tentangan hebat daripada Dato’Johann Arlington-Majid. Dato’ Johann mengupah
tiga orang tonto untuk menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Muhammad
Taufik telah dicederakan dan dirawat di hospital. Selepas itu, Nurul dan Muhammad Taufik diculik
oleh penjahat. Konflik ini dapat diselesaikan oleh Nurul Hafsa apabila dia tetap bersabar dengan dugaan
tersebut. Selain itu, ujian yang datang tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk terus berusaha
dengan gigih bagi menjayakan projek yang telah dirancang bersama Muhammad Taufik.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat pelbagai
peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dan cara penyelesaiannya dalam kedua-dua
buah novel.

Peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dalam novel Di Sebalik Dinara ialah
peristiwa Farisha berkonflik dengan dirinya sendiri apabila dia mengetahui bahawa dia
hanyalah anak angkat keluarga Azraai. Farisha tidak sanggup menghadapi kenyataan tersebut
setelah Azraai memberikan fail yang mengandungi maklumat tentang dirinya. Cara Farisha
menyelesaikan konflik ini adalah dengan mengabaikan fail tersebut apabila dia mencampakkan fail itu

ke dalam almari baju. Dia belum bersedia untuk membuka dan meneliti maklumat yang terdapat
dalam fail tersebut.

Peristiwa yang menggambarkan konflik dalam novel Silir Daksina pula ialah peristiwa Haiqal
Haqimi berkonflik dengan uminya, Rafiqah apabila keinginannya ke Johor untuk menjejaki
ayahnya dihalang oleh umi. Umi tidak mahu Haiqal mencari ayahnya untuk mengelakkan
Haiqal terpengaruh dengan bidang sastera yang baginya tidak menjamin masa depan. Umi
mahu menghantar Haiqal melanjutkan pelajaran di luar negara kerana umi mengharapkan
Haiqal untuk mewarisi empayar perniagaan batiknya pada suatu hari nanti. Cara Haiqal Haqimi
menyelesaikan konflik dengan uminya ialah Haiqal tetap meneruskan hasratnya untuk mencari

warisan ayahnya walaupun tanpa restu umi. Manakala umi terpaksa melepaskan Haiqal namun
enggan melihat pemergian Haiqal.

MUKA SURAT 444 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 25 – RAMALAN CIKGU TAN CL UNTUK SPM BM 2019
(a) Salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah persoalan kasih

sayang.
Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang dalam sebuah novel
yang anda pelajari.

[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu sikap masyarakat yang

sepatutnya dihindari oleh pembaca.

[8 markah]

JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib.
Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Mak Milah dan Pak Saidi terhadap anak-
anak. Mak Milah dan Pak Saidi menyayangi anak-anaknya iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah dengan
memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Kesemua anaknya diberikan didikan agama,
ilmu kepahlawanan dan pendidikan Inggeris. Mereka berbuat demikian dengan harapan agar anak-anak
mereka akan menjadi anak-anak yang berilmu dan berguna kepada bangsa dan negara. Bagi Pak Saidi,
anak-anaknya perlu belajar daripada bangsa yang berjaya supaya mendapat ilmu pengetahuan yang
tinggi. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang ibu bapa kepada anak mereka.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang antara apabila Tauke Chong bersedia
menjual basikal baharu kepada Pak Saidi dengan bayaran secara ansuran bagi menggantikan
basikal Pak Saidi yang telah dirosakkan oleh Nordin. Nordin merosakkan basikal Pak Saidi kerana
mahu membalas dendam kepada Pak Saidi . Nordin menyalahkan Pak Saidi yang telah
menyebabkannya teruk dipukul olah bapanya setelah mendapat tahu kelakuan buruknya mencuri buah-
buahan penduduk kampung. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang antara
sahabat.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak

peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Farisha terhadap abangnya, Azraai.

Farisha menangis teresak-esak selepas mendapat tahu abangnya Azraai disahkan oleh doktor
mempunyai masalah jantung. Farisha memeluk Azraai sekuat-kuat hatinya apabila dia mengetahui
berita tersebut. Pada malam itu, dia tidak dapat melelapkan matanya kerana menangis apabila
memikirkan hal tersebut. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang adik kepada
abangnya.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang antara Marilyn / Medina terhadap anaknya,
Farisha. Dia cuba melindungi Farisha apabila dia tidak sanggup melihat Farisha menjadi mangsa Karl
yang begitu taasub terhadap sains. Karl telah menanam implan ke dalam tubuh Farisha tanpa sebarang
ubat bius untuk menjadikan dia kanak-kanak genius. Setelah berpisah berpuluh-puluh tahun lamanya
dia cuba menjejaki Farisha, akhirnya Marilyn/Medina dapat juga bertemu dengan Farisha dan
menyatakan perasaan sayangnya kepada Farisha. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan
kasih sayang ibu bapa kepada anak mereka.

MUKA SURAT 445 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini

Matdarin. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang dalam
novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang sesama sahabat apabila Danel
telah menyelamatkan Lili. Lili yang telah diculik dan dijadikan tebusan oleh Haziq dan Rafik
di sebuah pondok usang di hujung kampung telah diselamatkan oleh Danel seorang diri pada

waktu malam. Kesan daripada sikap tanggungjawab Danel ini maka Lili dapat diselamatkan
tanpa sebarang kecederaan. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang
antara sahabat.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Lili terhadap ibunya. Lili
menyayangi ibunya apabila dia tidak membantah permintaan ibu yang menyuruhnya pulang

bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu. Walaupun Lili tidak bersetuju dengan
cadangan ibunya namun Lili terpaksa menyembunyikan perasaannya daripada diketahui oleh
ibu. Lili mahu ibunya sentiasa kelihatan gembira dan Lili tidak akan membantah sebarang
kata-kata ibunya kecuali ibunya menyuruh melakukan kejahatan. Lili berpura-pura tersenyum

untuk menjaga hati ibunya. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang
anak kepada ibu bapanya.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat

banyak peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Doktor Raiha terhadap

anaknya, Rohayu walaupun anaknya itu cacat sebelum dilahirkan lagi. Doktor Raiha
enggan mengikut kehendak Doktor Sadiz yang memintanya menggugurkan kandungan.
Baginya, Rohayu mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih sayangnya. Doktor

Raiha banyak menghabiskan masa melayani Rohayu berbanding bekas suaminya, Doktor
Sadiz selepas Rohayu dilahirkan. Doktor Sadiz mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke
pusat penjagaan jauh dari tempat mereka bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya
dijadikan bahan perbincangan ramai. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih

sayang ibu kepada anaknya.
Peristiwa kasih sayang yang kedua ialah peristiwa kasih sayang ayah terhadap

Doktor Raiha. Ayah Doktor Raiha menyayanginya apabila dia menasihati Doktor Raiha
supaya tidak memilih Doktor Sadiz sebagai suaminya kerana Doktor Sadiz merupakan
seorang yang angkuh dan telah berumur. Raiha yang tetap berdegil dengan keputusannya

telah menerima lamaran Doktor Sadiz seorang Pakar Perunding Pembedahan yang
merupakan seorang duda beranak dua yang usianya lebih tua daripada usia bapa Raiha.
Ayah Doktor Raiha mengingatkan Doktor Raiha agar tidak menyesal dengan keputusan yang
dibuatnya nanti. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang bapa kepada
anaknya.

MUKA SURAT 446 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya

Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang
dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Embong terhadap Saleha.
Embong bermonolog agar Saleha bersabar untuk sehari dua lagi dengan mematuhi nasihat
doktor dan akur untuk makan ubat sekiranya dia masih sakit. Dia amat yakin bahawa
isterinya akan sembuh. Embong berdoa siang dan malam agar isterinya sembuh. Embong
tidak sabar menunggu waktu mereka sekeluarga dapat berkumpul. Peristiwa di atas

berkaitan dengan persoalan kasih sayang suami kepada isterinya.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Dahlia terhadap neneknya.

Dahlia tetap menjaga neneknya dengan menyuapkan bubur ketika neneknya sakit. Dahlia
turut meminta neneknya agar tinggal bersama-sama mereka sekeluarga apabila sembuh
nanti kerana mereka adik-beradik boleh memantau kesihatan nenek. Selama tinggal dua
hari di wad, hanya anak-anak Saleha yang menjaganya. Sikap bertanggungjawab Dahlia ini
telah berjaya merobohkan tembok kesombongan nenek yang selama ini bersikap prejudis
dengan mereka sekeluarga. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang
cucu kepada neneknya.

TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat

banyak peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Waheeda terhadap Zahid.

Waheeda begitu menyayangi Zahid dan amat terkesan dengan sikap dingin Zahid
terhadapnya. Zahid jarang pulang ke Tajau Emas dan sekiranya Zahid datang,
kedatangannya itu hanya menambahkan luka di hati Waheeda. Perasaan sayang dan cinta
terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Waheeda mengalami

kemurungan apabila Zahid melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya.
Waheeda terpaksa mendapatkan rawatan dengan Dr. Qamariah untuk mengatasi masalah
kemurungannya. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang seorang
isteri kepada suaminya.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Raidah terhadap Waheeda.
Raidah sanggup terbang ke Singapura semata-mata untuk bersama dengan Waheeda pada
hari pembedahan mata dan hidung anaknya di Silicon Medical Centre. Raidah juga sanggup
menjaga Waheeda ketika anaknya itu bersalin di Hospital Pakar Normah, Kuching serta

menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit
kemurungannya di Pusat Rawatan Islam(Pusrawi), Kuala Lumpur. Peristiwa di atas
berkaitan dengan persoalan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

MUKA SURAT 447 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu

binti Mohd Yusop. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang
dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Muhammad Taufik terhadap
ibu bapanya. Muhammad Taufik tidak pernah sangsi akan kasih sayang yang diterima
daripada kedua-dua ibu bapanya walaupun mereka telah berpisah. Muhammad Taufik
bersyukur apabila ibunya, Maryam Wickham datang ke Malaysia walaupun seketika.
Muhammad Taufik akan menghabiskan setiap detik yang ada untuk berbual-bual dengan

ibunya itu. Bagi Muhammad Taufik, dia percaya bahawa kasih sayang, darah dan daging,
jiwa dan minda tidak mengenal sempadan tempat dan zon masa. Peristiwa di atas
berkaitan dengan persoalan kasih sayang seorang anak kepada ibu bapanya.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Maryam Wickham Abdullah
terhadap Muhammad Taufik. Maryam Wickham meluahkan perasaan sayang dan rindunya
kepada Muhammad Taufik semasa dia datang ke rumah Muhammad Taufik. Maryam
Wickham juga mengambil berat tentang projek Ikhtiar Teknoalam yang diusahakan oleh
anaknya. Ikhtiar Teknoalam ialah sebuah projek pembinaan rumah mesra alam untuk tujuan
komersial yang sedang diusahakan oleh Muhammad Taufik. Walaupun dipisahkan oleh

benua dan lautan, Maryam Wickham dan Muhammad Taufik mempunyai minat yang sama.
Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang antara sahabat.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.

Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Abdullah Kayan terhadap

anaknya, Haiqal. Meskipun telah berpisah dengan anaknya, Abdullah bin Kayan tidak
pernah melupakan Haiqal. Dia menangis teresak-esak apabila merindui Haiqal. Kasih

sayang terhadap anaknya dicurahkan kepada Ong See Hwa yang sebaya dengan Haiqal.
Dia juga meninggalkan rumah, tanah, dan wang untuk Haiqal dengan mengamanahkan
Tauke Ong untuk menguruskan harta-hartanya tersebut. Peristiwa di atas berkaitan
dengan persoalan kasih sayang seorang bapa kepada anaknya.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Abdullah Kayan terhadap See
Hwa. Abdullah Kayan sanggup menumpahkan kasih sayang terhadap See Hwa dan menulis
manuskrip untuk mencurahkan perasaan rindu terhadap anaknya, Haiqal. Abdullah Kayan
menumpangkan See Hwa ke sekolah. Apabila melihat See Hwa, dia terbayang-bayang akan
anaknya, Haiqal segak berpakaian sekolah. Abdullah Kayan tidak dapat menemui anaknya

itu sehingga dia meninggal dunia. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih
sayang seorang guru kepada anak muridnya.

MUKA SURAT 448 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini

Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya

Khairuddin Ayip. Terdapat banyak sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari oleh pembaca

dalam novel ini.

Sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari oleh pembaca dalam novel Jendela
Menghadap Jalan ialah sikap masyarakat yang panas baran. Seman iaitu suami Che Jah
bukan sahaja seorang yang panas baran tetapi juga kaki mabuk dan kaki judi. Seman telah
memukul Haziq sehingga cedera dan memaki hamun Haziq seperti orang kena rasuk. Sikap
Seman ini menyebabkan Rafik dan Haziq terlibat dalam kegiatan dadah dan mencuri. Mereka
telah menculik Lili kerana terpaksa melepaskan diri daripada orang yang mengejar mereka.

Dalam novel Songket Berbenang Emas pula sikap masyarakat yang prejudis juga
perlu dihindari oleh pembaca. Nek Kiah bersikap prejudis terhadap Embong sekeluarga. Nek
Kiah meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap Embong kerana membawa nasib
malang kepada Saleha sejak mereka berkahwin sehingga mempunyai enam orang anak. Hal
ini ditambah lagi dengan hasutan Seman yang memfitnah Embong dengan mengatakan
bahawa Embong membela ilmu hitam menyebabkan Saleha menjadi gila. Nek Kiah yang
percaya akan fitnah Seman, turut bersetuju dengan cadangan anaknya tersebut untuk menjual
tanah pusaka seluas seekar yang diduduki oleh keluarga Saleha dengan harga RM15,000.00.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya

Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.

Terdapat banyak sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari oleh pembaca dalam novel ini.

Sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari oleh pembaca dalam novel Leftenan Adnan

Wira Bangsa ialah sikap masyarakat yang berprasangka buruk dan berfikiran negatif.

Penduduk Sungai Ramal mewakili masyarakat yang berprasangka buruk dan berfikiran negatif

apabila mendapat tahu Pak Saidi menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris. Penduduk

kampung menjadi gempar dan ada yang mahu menghalau Pak Saidi keluar dari kampung. Hal

ini demikian kerana mereka khuatir anak Pak Saidi akan menjadi murtad sehingga melaporkan

perkara itu kepada ketua kampung.

Dalam novel Tirani pula sikap masyarakat yang berprasangka buruk dan cemburu

juga perlu dihindari oleh pembaca. Bazilah mewakili masyarakat yang berprasangka buruk dan

cemburu apabila melihat kemesraan hubungan antara Waheeda dengan tunangnya, Dr. Zahari

ketika Waheeda menumpang tinggal di rumah Bazilah di Yishun Street, Singapura. Waheeda

terpaksa melayani Dr. Zahari di ruang tamu kerana Bazilah sibuk menelaah dan sering

memerap di dalam bilik untuk menyiapkan kajian dan bahan tesisnya. Akibat ingin menjaga

perasaan Bazilah akhirnya Waheeda berpindah keluar dari rumah Bazilah dan tinggal di

Flamingo Resort.

MUKA SURAT 449 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin

manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.

Terdapat banyak sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari oleh pembaca dalam novel ini.

Sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari oleh pembaca dalam novel Pantai Kasih
ialah sikap masyarakat yang suka berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga. Doktor
Uwang mewakili masyarakat yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga.
Doktor Uwang seorang yang suka hidup bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah
berumah tangga, namun beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak
bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun demikian,
sikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia seorang yang
sangat pemilih dalam mencari teman berhibur.

Dalam novel Bimasakti Menari pula sikap masyarakat yang pendendam juga perlu
dihindari oleh pembaca. Dato’ Johann Arlington-Majid mendendami Tan Sri Muhaimin kerana
lelaki itu mengahwini wanita yang dicintainya iaitu Maryam @ Marion Wickham Abdullah.
Perasaan dendam ini semakin membara apabila dia mendapati bahawa Tan Sri Muhaimin
memasuki tender menyediakan lampu mesra alam untuk menerangi Kuala Selangor. Dia amat
marah kerana tender lampunya terjejas akibat projek baharu tersebut. Dato’ Haji Mansor pula
memberikan masa yang terhad untuk dia menyediakan lampu yang pencahayaannya mesra
alam. Dato’Johann berazam bahawa pada kali ini dia tidak akan tewas lagi dengan Tan Sri
Muhaimin.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak

sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari oleh pembaca dalam novel ini.

Sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari oleh pembaca dalam novel Di Sebalik
Dinara ialah sikap masyarakat yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Karl tidak
mengakui dan mempercayai kewujudan Tuhan. Dia telah menukarkan isterinya, Rusmina

menjadi cyborg bernama Alia kerana Rusmina tidak mahu meninggalkan agama yang
dianutinya. Rusmina juga pernah diseksa sehingga cacat oleh Karl apabila menolak
meninggalkan agama. Alia ialah cyborg canggih yang mempunyai perasaan kerana tidak
semua ingatannya berjaya dipadamkan.

Dalam novel Silir Daksina pula sikap masyarakat yang pendendam juga perlu dihindari
oleh pembaca. Umi tidak membenarkan Haiqal menjejaki sejarah hidup ayahnya kerana
dendam terhadap bekas suaminya itu. Umi juga tidak mahu membiayai perbelanjaan Haiqal
yang ingin ke Batu Pahat. Umi tidak mahu Haiqal menjadi seperti ayahnya yang dianggap
hidup dalam dunia yang tersendiri. Walid yang bersimpati dengan Haiqal telah memberikan duit

kepadanya. Ketika meninggalkan rumah, hanya walid dan Nurul Asiyah yang menghantarnya
ke muka pintu, manakala uminya hanya terperap di dalam bilik.

MUKA SURAT 450 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


Click to View FlipBook Version