56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75 AGENDA 3 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan Ahli Jemaah Pengarah PPN bagi Tahun 2022 Dicadang oleh : …………………...............…. PPK : …………………...............…. Disokong oleh : …………………...............…. PPK : …………………...............….
76 ALHAMDULILLAH, saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya bagi pihak Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Perak diberi peluang untuk membentangkan Laporan Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Perak bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022. Pertubuhan Peladang Negeri Perak (PPN Perak) telah mencatatkan perolehan kendalian berjumlah RM189.92 juta dan keuntungan bersih sebanyak RM1.486 juta pada tahun 2022. Perolehan kendalian pada tahun 2022 meningkat sebanyak 28% berbanding 2021. Pada tahun 2022, dividen saham atas pelaburan di Pertubuhan Peladang Kebangsaan sebanyak 12% berjumlah RM1.35 juta tidak direkodkan di dalam tahun kewangan 2022 dan dimasukkan ke dalam tahun kewangan 2023. Perolehan kendalian bersih bagi tahun kewangan 2022 mengikut aktiviti ekonomi adalah seperti berikut : Aktiviti Ekonomi RM Projek Kilang Sawit 152,419,897 Projek Niaga Tani 7,877,557 Projek Estet Kelapa Sawit: Ladang Kg. Tengah 2,744,918 Ladang Seri Perkasa 1,148,175 Ladang Changkat Lobak 874,183 Projek Stesen Minyak Petron 10,251,450 Projek Ternakan Lembu 1,453,310 Projek Kejenteraan: PPNJ Utara 2,987,125 PPNJ Tengah 5,534,718 PPNJ Hilir 4,632,586 JUMLAH 189,923,919 PPN Perak juga bertindak sebagai Agen Pengurusan bagi Ladang Kelapa Sawit Ahli dan Bukan Ahli dan jumlah pendapatan tersebut kepada PPN Perak adalah sebanyak RM1,485,720 bagi tahun kewangan 2022. Pada tahun 2022 juga, PPN Perak juga merekodkan pendapatan bukan gerakan berjumlah RM57,118. 1.0 LAPORAN AHLI JEMAAH PENGARAH 2.0 PRESTASI KEWANGAN TAHUN 2022
77 Dalam usaha untuk menjadi sebuah organisasi peladang yang berdaya saing, PPN Perak terus melaksanakan beberapa aktiviti ekonomi yang berdaya maju untuk dilaksanakan seperti kilang minyak kelapa sawit, pengurusan ladang sawit, stesen minyak Petron, ternakan lembu secara integrasi dan fidlot, perkhidmatan kejenteraan ladang, kontrak kerja, pembekalan input pertanian dan perkhidmatan pengangkutan. Pada tahun 2023, PPN Perak telah berjaya mendapatkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan bagi bangunan Wisma Peladang dan secara tidak langsung akan menambahkan pendapatan melalui sewaan bangunan sebanyak RM 40,000 sebulan. Selain itu, PPN Perak juga telah mewujudkan beberapa aktiviti perniagaan yang baharu seperti nurseri sawit dan pemasaran ayam. Sehingga Julai 2023, prestasi aktiviti ekonomi PPN Perak mencatatkan pencapaian yang memberansangkan. Berikut merupakan peratusan nilai isipadu perniagaan PPN Perak sehingga Julai 2023 ; 3.0 AKTIVITI PPN PERAK 4.0 PRESTASI AKTIVITI EKONOMI
78 Ahli Jemaah Pengarah PPN Perak dan Pengerusi-Pengerusi AJP PPK Negeri Perak telah banyak menyumbangkan idea dan pandangan untuk pembangunan aktiviti ekonomi dan sosial melalui mesyuarat berkala yang telah diadakan sepanjang tahun seperti berikut : 5.1 BAHAGIAN PENGELUARAN 5.1.1 AKTIVITI PERLADANGAN SAWIT Aktiviti perladangan sawit merupakan penyumbang utama kepada prestasi kewangan PPN Perak bagi tahun 2022. PPN Perak memiliki dan mengusahakan 448ha ladang sawit yang terdiri daripada Ladang Kampung Tengah di Beruas, Ladang Seri Perkasa di Hutan Melintang dan Ladang Changkat Lobak di Gunong Semanggol selain bertindak sebagai agen pengurusan bagi 9 ladang lain dengan jumlah keluasan 1,757ha yang melibatkan 14 buah PPK dan 1,010 orang peserta individu. Tanah - tanah tersebut diperolehi melalui anugerah kerajaan negeri untuk dibangunkan dan dimanfaatkan kepada ahli-ahli PPN Perak. Keupayaan PPN Perak mengurus dan menyelenggara ladang-ladang sawit ini mendatangkan pulangan hasil yang memberangsangkan kepada ahli dan organisasi. Pada tahun 2022, jumlah isipadu yang telah dicapai oleh PPN Perak bagi aktiviti ini ialah sebanyak RM27.22 juta dengan lebihan sebanyak RM14.37 juta dimana daripada jumlah itu, PPN Perak memperolehi untung bersih sebanyak RM3.50 juta manakala untung bersih yang diperolehi ahli adalah sebanyak RM10.87 juta. PPN Perak mencatatkan peningkatan hasil pengeluaran BTS pada tahun 2022 iaitu sebanyak 27,338 mt bebanding tahun 2021 sebanyak 26,709 mt dengan kenaikan sebanyak 628.69 mt. Sehingga Julai 2023, sebanyak 17,553 mt hasil BTS telah dikeluarkan dari semua ladang sawit di bawah PPN Perak. Jumlah isipadu yang telah diperolehi PPN Perak melalui tanaman sawit dalam tempoh 5 tahun dari 2018 hingga 2022 adalah sebanyak RM107.7 juta dengan lebihan sebanyak RM52.63 juta. Daripada jumlah itu, untung bersih yang diperolehi PPN Perak ialah RM14.23 juta. Ladang - ladang di bawah pengurusan PPN Perak mempunyai sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sejak tahun 2020 bagi menyahut seruan kerajaan untuk mengeluarkan buah sawit yang berkualiti serta mampan dan dapat diterima di pasaran global. 5.0 SUMBANGAN DAN PANDANGAN AJP
79 Pencapaian di atas memberikan pendapatan tambahan kepada kumpulan sasar di seluruh Negeri Perak selain meningkatkan taraf ekonomi dan sosial secara keseluruhannya. PPN Perak sentiasa berusaha meningkatkan hasil dengan penggunaan pelbagai mekanisasi di ladang – ladang di bawah seliaannya. 5.1.2 AKTIVITI TERNAKAN PPN Perak telah mula melibatkan diri dalam Agromakanan melalui ternakan lembu sejak tahun 1995. Walaubagaimanapun, aktiviti ini telah diberi tumpuan dan dilaksanakan secara agresif pada tahun 2022. Ini dibuktikan dengan jumlah isipadu pendapatan yang telah dicapai pada tahun 2022 di kedua – dua Ladang iaitu Ladang Kampung Tengah (ternakan secara Fidlot) dan Ladang Jaya Baru (ternakan secara Integrasi) ialah RM1.469 juta dan untung bersih sebanyak RM351,438 dengan jumlah ternakan sebanyak 825 ekor berbanding keuntungan tahun 2021 sebanyak RM66,708 dengan jumlah ternakan sebanyak 555 ekor. Keuntungan yang diperolehi dikembalikan kepada ahli melalui pemberian dividen ke atas saham. Selain itu, PPN Perak telah mengembangkan aktiviti ternakan di ladang Kampung Tengah pada tahun 2022 daripada ternakan secara fidlot kepada fidlot dan integrasi melalui peruntukan sebanyak RM400,000 yang telah diperolehi daripada Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perak. Jumlah ternakan pada 2022 ialah sebanyak 243 ekor dan telah mencapai 443 ekor pada Julai 2023. PPN Perak juga mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri melalui tawaran pembekalan lembu korban bagi program Ibadah Korban Sumbangan Kerajaan Negeri Perak bernilai RM222,000 yang melibatkan 40 ekor ternakan pada Julai 2023.
80 Dalam tempoh 5 tahun iaitu 2018 sehingga 2022, jumlah isipadu yang telah dicapai dalam projek ternakan lembu ini adalah RM1.92 juta dengan untung bersih sebanyak RM617,255. Keuntungan ini diperolehi melalui aktiviti jualan secara harian dan musim perayaan selain pembekalan lembu hidup kepada pemborong daging. Sehingga Julai 2023, PPN Perak telah mencapai jumlah ternakan sebanyak 1,072 ekor di kedua–dua Ladang Kampung Tengah dan Ladang Jaya Baru seterusnya menghampiri sasaran sebanyak 2,000 ekor sebelum tahun 2025. Bagi mencapai hasrat tersebut, PPN Perak telah menerima peruntukan sebanyak RM1 juta daripada Lembaga Pertubuhan Peladang melalui Program Pembangunan Pengeluaran Benih Berkualiti yang merangkumi bekalan 225 ekor lembu induk betina (KK Cross) bernilai RM900,000 dan pembangunan rumput napier bernilai RM100,000 pada Mac 2023. Bagi perancangan masa hadapan, PPN Perak bercadang untuk membina pusat penyembelihan ternakan bagi memastikan rantaian bekalan makanan yang kukuh di PPN Perak selaras dengan Tema Malaysia, Agriculture, Horticulture & Agroutourism Show (MAHA) 2022 iaitu Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan. Selain itu, PPN Perak juga merancang untuk membesarkan serta menambah kandang ternakan yang sedia ada di Ladang Kampung Tengah bagi menampung pertambahan jumlah ternakan akan datang. 5.2 BAHAGIAN PERNIAGAAN 5.2.1 CAWANGAN INPUT PERTANIAN / NIAGA TANI Bahagian Perniagaan PPN Perak mempunyai beberapa aktiviti perniagaan diantaranya ialah pembekalan ladang, Program Input Bersepadu (PIB), Kedai input pertanian, aktiviti kontrak dan kini bahagian Perniagaan telahpun mengembangkan lagi aktiviti perniagaan dengan mewujudkan Peladang Outlet yang menjadi satu aktiviti perniagaan membantu usahawan terutama ahli peladang bagi memasarkan produk-produk IKS mereka melalui Peladang Outlet PPN Perak. Ianya telahpun beroperasi pada Februari 2023. Selain penjualan produk IKS, Peladang Outlet juga memasarkan ayam sejuk beku dan juga daging “premium cut”.
81 Selain itu, Bahagian perniagaan juga telahpun menambahkan lagi satu cawangan baru iaitu nurseri sawit bertempat di ladang Kampung Tengah, Beruas. Nurseri Sawit tersebut berkeluasan 10 ekar dan pada tahun 2023 ini dimulakan dengan 5 ekar keluasan yang menempatkan 20,000 polibag anak sawit bagi menampung permintaan ladang ppn dan juga pasaran luar. Aktiviti baru bahagian perniagaan ini akan merancakkan lagi perniagaan PPN Perak di samping penambahan keuntungan Bahagian Perniagaan. Bagi Tempoh Kewangan berakhir 31 Disember 2022, Bahagian Perniagaan PPN Perak mencatatkan isipadu perniagaan bernilai RM7.9 Juta dengan purata sebanyak RM658 ribu sebulan. Keuntungan bersih yang dicatatkan daripada pendapatan tersebut adalah berjumlah RM24,674. Bagi tempoh masa kewangan berakhir 31 Julai 2023, Bahagian Perniagaan mencatatkan isipadu perniagaan berjumlah RM5.55 Juta dengan purata RM793 ribu sebulan. Untung rugi mencatatkan kerugian berakhir 31 Julai 2023 sebanyak RM15,439. Kerugian ini adalah disebabkan beberapa faktor. Faktor utama adalah disebabkan harga input pertanian yang tidak stabil dan terdapat beberapa projek melalui kontrak yang masih belum direkodkan. Walaubagaimanapun, bahagian perniagaan yakin akan menunjukkan keuntungan berakhir Disember 2023 berikutan terdapat hampir RM100 ribu perolehan keuntungan daripada tender dan kontrak yang akan direkodkan mulai Ogos 2023 ini.
82 5.2.2 STESEN MINYAK PPN Perak juga mengendalikan sebuah stesen minyak Petron Peladang bertujuan memberikan kemudahan perkhidmatan bekalan minyak kepada masyarakat dan mempelbagaikan aktiviti ekonomi. Bagi tempoh kewangan berakhir pada 31 Disember 2022, pendapatan Stesen Petron Peladang berjumlah RM10.25 juta dengan purata pendapatan sebulan adalah sebanyak RM0.85 juta. Keuntungan bersih daripada pendapatan tersebut adalah berjumlah RM264 ribu (purata keuntungan sebulan sebanyak RM22.04 ribu. Bagi tempoh berakhir pada 31 Julai 2023, pendapatan Stesen Petron Peladang adalah berjumlah RM5.93 juta dengan purata pendapatan sebulan adalah sebanyak RM0.85 juta. Keuntungan bersih daripada pendapatan tersebut adalah berjumlah sebanyak RM123 ribu (purata keuntungan sebulan sebanyak RM17.57 ribu). Pendapatan bagi tahun 2023 telah menurun sedikit sebanyak 20% berikutan menyusutnya jualan Ron 97 berikutan harga jualan lebih mahal berbanding Ron 95 iaitu berbeza sebanyak RM1.32 setiap liter. Selain itu masalah pam juga penyebab penyusutan jualan. Usaha pembaikan kerosakan telah dibuat dan dianggarkan pendapatan jualan akan meningkat semula untuk masa akan datang. 5.3 CAWANGAN KEJENTERAAN PPN Perak mempunyai 3 cawangan PPN Jentera iaitu di Bagan Serai (PPNJ Perak Utara), Padang Rengas (PPNJ Perak Tengah) dan Sungai Manik (PPNJ Hilir Perak). PPN Jentera menawarkan perkhidmatan kejenteraan ladang kepada petani seperti pembajakan sawah, penuaian padi, perataan sawah, pengapuran, kerja-kerja pembersihan kawasan, pengangkutan dan sebagainya.
83 Jumlah keseluruhan jentera bagi ketiga-tiga PPN Jentera adalah sebanyak 103 unit yang merangkumi bilangan Traktor, Jentuai dan Excavator. Keluasan perkhidmatan yang diberikan oleh ketiga-tiga PPN Jentera sehingga Julai 2023 seluas 13,846 Hektar melibatkan 6,564 orang petani di seluruh negeri Perak. Bagi tahun kewangan 2022 jumlah pendapatan bagi keseluruhan aktiviti PPN Jentera adalah sebanyak RM13,161,382.00 manakala perbelanjaan bagi semua aktiviti PPN Jentera adalah sebanyak RM13,097,129.00 yang menyumbang keuntungan bagi cawangan kejenteraan PPN Perak sebanyak RM64,243. Bagi mempelbagaikan perkhidmatan, cawangan kejenteraan PPN Perak menyediakan perkhidmatan menggunakan teknologi terkini iaitu jentuai mini bagi kawasan-kawasan yang mengalami permukaan tanah yang bermasalah. Pada tahun 2023, PPN Perak telah menerima pembekalan 4 unit jentuai mini yang di tempatkan masing-masing 2 unit di PPN Jentera Perak Utara dan PPN Jentera Hilir Perak melalui peruntukan pembangunan Lembaga Pertubuhan Peladang Rolling Plan Ketiga (RP3) Tahun 2023 Rancangan Malaysia Keduabelas (RMKe-12) berjumlah RM 620,000.00. Kerjasama di antara Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) dengan PPN Perak serta penglibatan Jabatan Pertanian Negeri Perak sebagai jawatankuasa teknikal dalam pembangunan dan pemulihan kawasan tanah sawah di luar Jelapang telah bermula pada musim 1 tahun 2023 dengan jumlah peruntukan RM1,000,000.00 yang melibatkan kerja-kerja perataan tanah menggunakan Land Laser Laveller dan pengapuran. Sasaran utama peruntukan ini adalah untuk meningkatkan hasil padi di kawasan luar Jelapang serta meningkatkan pendapatan petani. 4 unit jentuai mini untuk PPN Jentera Perak Utara dan PPN Jentera Hilir Perak Projek perataan tanah sawah menggunakan land laser laveller di bawah peruntukan SADC bersama Jabatan Pertanian Negeri Perak dengan PPN Perak
84 5.4 KILANG KELAPA SAWIT Kilang Kelapa Sawait Beruas PPN Perak yang berkapasiti 30 MT/jam buah tandan segar telah beroperasi pada tahun 2018. Kilang yang dibina di atas tapak berkeluasan 11 hektar ini merangkumi pembinaan bangunan utama proses dan kolam-kolam loji rawatan effluent. Kilang yang mendapat kelulusan lesen memproses 120,000 MT buah tandan segar kelapa sawit setahun daripada MPOB ini menghasilkan produk utama iaitu minyak sawit mentah (CPO) dan isirung kelapa sawit (PK). Selain daripada itu, hasil sampingan daripada pemprosesan yang dapat menambah pendapatan adalah seperti tandan kosong kelapa sawit, kulit isirung kelapa sawit serta decanter cake. Isipadu perniagaan kilang ini pada tahun 2022 adalah sebanyak RM152,419,897. dengan peningkatan sebanyak 29% berbanding tahun 2021 iaitu sebanyak RM117,752,245. Pada tahun 2022, kilang ini mencatatkan kerugian sebanyak RM 6,233.00. Kerugian ini disebabkan terdapat pendapatan yang telah direkodkan pada tahun 2023 walaupun penghantaran minyak berlaku pada hujung bulan Disember 2022 (isu ‘point-of-recognition’). Pada tahun 2023, pihak pengurusan PPN Perak akan memantau prestasi kilang terutama pada bulan Disember bagi memastikan pendapatan ini dapat direkodkan pada tahun yang sama mengikut tarikh penghantaran minyak. Bagi menambahkan pendapatan kilang, PPN Perak telah merancang beberapa projek hiliran yang boleh menjana pendapatan tambahan dan menjimatkan kos operasi kilang kelapa sawit. Pada bulan Julai 2023, PPN Perak melantik syarikat Concord Northern Biogas Sdn Bhd untuk pembinaan loji biogas. Hasil penjanaan tenaga elektrik daripada loji biogas ini dapat menghasilkan keuntungan bersih kepada kilang berjumlah kira -kira RM350,000.00 setahun. Projek yang dirancang ini akan dimulakan pada pertengahan tahun 2024. Selain daripada itu, PPN Perak juga telah melantik syarikat Majuperak Berhad sebagai kontraktor bagi pemasangan sistem solar di kilang. Pemasangan panel solar ini dijangka dapat menjimatkan bil elektrik sebanyak RM50,000.00 setahun. Pada bulan Ogos 2023, kilang telah memasang jentera Empty Fruit Bunch Shreder untuk memproses tandan kosong kelapa sawit untuk dijadikan bahan bakar boiler. Dengan penggunaan bahan bakar daripada tandan kelapa sawit ini, kilang dapat menjimatkan penggunaan bahan bakar daripada tempurung kelapa sawit. Berdasarkan harga purata semasa bahan bakar tempurung kelapa sawit, dijangka killang dapat menjana pendapatan kira - kira RM900 ribu setahun.
85 5.7 UNIT HAL EHWAL KORPORAT Sepanjang tahun 2022, PPN Perak telah melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan Hal Ehwal Korporat dan Latihan menggunakan peruntukan kumpulanwang dengan perbelanjaan berjumlah RM500 ribu untuk ahli dan bukan ahli. Daripada jumlah tersebut, PPN Perak telah menyampaikan sumbangan Geran Pengurusan untuk digunakan dalam aktiviti ekonomi dan sosial PPK serta aktiviti PeladangNita dan Peladang Muda PPK. PPN Perak juga menjalankan tanggungjawab sosial dengan menyampaikan sumbangan kepada rumah-rumah anak yatim, persatuan kebajikan dan badan-badan amal. Di samping itu juga, peruntukan kumpulanwang dibelanjakan untuk aktiviti dan program PPN Perak yang melibatkan PPK dan ahli-ahli Peladang di seluruh negeri Perak. Ahli Jemaah Pengarah PPN Perak yang telah dipilih bagi tahun 2021/2023 telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan mengadakan mesyuarat-mesyuarat seperti berikut: 6.1.1 MESYUARAT AHLI JEMAAH PENGARAH (SEPTEMBER 2022 – OGOS 2023) Bil. Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah Tarikh Tempat 1 Bil. 06/2022 1/09/2023 Hotel Impiana Ipoh 2 Bil. 07/2022 15/09/2023 Hotel Symphony Suite Ipoh 3 Bil. 08/2022 29/12/2023 Bilik Mesyuarat PPN Perak 4 Bil. 01/2023 3/02/2023 Bilik Mesyuarat PPK Bagan Serai 5 Bil. 02/2023 7/04/2023 Bilik Mesyuarat PPN Perak 6 Bil. 03/2023 16/06/2023 Bilik Mesyuarat PPN Perak 7 Bil. 04/2023 24/07/2023 Bilik Mesyuarat PPN Perak 6.0 MESYUARAT-MESYUARAT YANG DIADAKAN
86 6.2.2 SENARAI KEHADIRAN AHLI JEMAAH PENGARAH (SEPTEMBER 2022 – OGOS 2023) Bil Nama Tarikh Mesyuarat 01/09/2022 15/09/2022 29/12/2023 03/02/2023 07/04/2023 16/06/2023 24/07/2023 1 YBhg. Dato‟ Haji Sham Bin Mat Sahat / / / / / / / 2 YBhg. Datuk Haji Khairuddin Bin Haji Tarmizi / / / / / / / 3 Encik Abdullah Bin Salleh / / / / / / / 4 YB. Kapten (B) Dato‟ Haji Mohd Najmuddin Bin Elias / / / - / / / 5 YBhg. Dato‟ Haji Nadzri Bin Haji Ismail / / / / / / / 6 Haji Nurdin Bin Haji Mat Isa / / / / / / / 7 Encik Hasan Bin Saadan / / / / / / „- 8 Encik Sapari Bin Sadikin / / / / / / / 9 Haji Mior Shahrin Bin Mior Mohamad Yusop / / / „- / / / 10 Puan Lolita Binti Taris / - / / / / / 11 Encik Mohd Amir Bin Amran / / / / / / / 6.3 MESYUARAT BIRO Bilangan Mesyuarat Biro (September 2022 – Ogos 2023) Bil Mesyuarat Bilangan 1 Pengurusan Pentadbiran & Kewangan - 2 Perancangan Pembangunan & Ekonomi 1 kali 3 Perniagaan & Pemasaran 1 kali 4 Hal Ehwal Korporat Dan Latihan 3 kali 5 Kredit - JK: Pelupusan 1 kali 6 Kejenteraan Dan Industri 1 kali 7 Pembangunan Tanah / Pertanian / Perladangan / Agromakanan & Industri 1 kali 8 Kilang Kelapa Sawit 1 kali
87 6.3.1 Biro Pengurusan Pentadbiran & Kewangan (September 2022 - Ogos 2023) i. Dato’ Haji Sham Bin Mat Sahat - Pengerusi ii. Datuk Haji Khairuddin Bin Haji Tarmizi iii. Encik Abdullah Bin Saleh iv. YB. Kapten (B) Dato‟ Haji Mohd Najmuddin BinElias v. Dato’ Haji Nadzri Bin Haji Ismail vi. Haji Nurdin Bin Haji Mat Isa 6.3.2 Biro Perancangan Pembangunan Dan Ekonomi (September 2022 - Ogos 2023) i. Datuk Haji Khairuddin Bin Haji Tarmizi - Pengerusi ii. Encik Mohd. Amir Bin Amran iii. Datuk Mohammed Akhiar Bin Ahmad Wazir Affandi iv. Datuk Haji Rosli Bin Husin v. Haji Suib bin Sulaiman 6.3.3 Biro Perniagaan dan Pemasaran (September 2022 – Ogos 2023) i. Dato’ Haji Nadzri Bin Haji Ismail - Pengerusi ii. Encik Sapari Bin Sadikin iii. Haji Mohd. Termizi Bin Lope i. Haji Mohd. Zamnuri Bin Abidin ii. Haji Md. Yusuf Bin Alang Ahmad iii. Haji Mat Jailani Bin Arshad 6.3.4 Biro Hal Ehwal Korporat (September 2022- Ogos 2023) i. Haji Nurdin Bin Haji Mat Isa - Pengerusi ii. Encik Hasan Bin Saadan iv. Encik Aziz Bin Abu Seman v. Haji Idris Bin Kulop Mohamed vi. Encik Asma Zaki Bin Mohd Salleh vii. Haji Abdul Rahman Bin Hamid 6.3.5 Biro Kredit (September 2022 – Ogos 2023) i. YB. Kapten (B) Dato’ Haji Mohd Najmuddin Bin Elias - Pengerusi ii. Puan Lolita Bt Taris iii. Haji Md. Salim Bin Amat iv. Haji Osman Bin Ngah Abdullah v. Encik Solahuddin Bin Mahmud vi. Haji Ahmad Bin Abdullah
88 6.3.6 Biro Kejenteraan (September 2022 – Ogos 2023) i. Encik Abdullah Bin Saleh - Pengerusi ii. Haji Mior Shahrin Bin Mior Mohamad Yusop iii. Haji Adzhar Bin Haji Salleh iv. Dato’ Haji Mohd. Nizar Bin Zakaria v. Haji Abdul Rahim Bin Haji Musa 6.3.7 Biro Pembangunan Tanah,Pertanian, Perladangan, Agromakanan Dan Industri (September 2022 – Ogos 2023) i. Datuk Haji Khairuddin Bin Haji Tarmizi - Pengerusi ii. Encik Hasan Bin Saadan iii. Encik Sapari Bin Sadikin iv. Haji Mior Sharin Bin Mior Mohamad Yusop v. Haji Abd Latif Bin Mat Ali vi. Haji Yahaya Bin Mat Jani viii. Encik Kusni Bin Juki 6.3.7 (a)Biro Kilang Kelapa Sawit (September 2022 – Ogos 2023) i. Dato’ Haji Nadzri Bin Haji Ismail – Pengerusi ii. Haji Mior Shahrin bin Mior Mohamad Yusop iii. Encik Hasan Bin Saadan 6.4 MESYUARAT JAWATANKUASA (a) Bilangan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil (September 2022 – Ogos 2023) Bil Mesyuarat Bilangan 1 Kumpulan Peladang Muda Negeri Perak 2 kali 2 Kumpulan PeladangNita Negeri Perak 2 kali 3 Ladang Jaya Baru Dan Ruminan 2 kali 4 Ladang Kg. Tengah / Changkat Lobak / Seri Perkasa / Rakyat 3 kali 5 Ladang Paya Kelubi / Bukit Merah 2 kali 6 Ladang Bikam 3 kali 7 Ladang Tumboh Blok 2 kali 8 Ladang Manjung 2 kali 9 Ladang Keramat Pulai - 10 Perolehan Tender / Sebutharga - 11 Perjawatan 1 kali
89 6.4.1 Jawatankuasa Peladang Muda Negeri Perak (September 2022 – Ogos 2023) i. Encik Mohd Amir Bin Amran – Pengerusi ii. Encik Muhammad Wafi Bin Mohammad Nonudin iii. Cik Norhafizah Binti Jamiran iv. Encik Azri Bin Kadir v. Encik Juwadi Bin Mat Rasid 6.4.2 Jawatankuasa PeladangNita Negeri Perak Dan Usahawan (September 2022 – Ogos 2023) i. Puan Lolita Binti Taris – Pengerusi ii. Cik Mai Faridah Binti Nazari iii. Cik Salmi Izwani Binti Hj. Md. Salim iv. Puan Hajah Nor Shakim Binti Lat v. Puan Saonah Binti Madar 6.4.3 Jawatankuasa Kecil Ladang Jaya Baru Dan Ruminan (September 2022 – Ogos 2023) i. Datuk Haji Khairuddin Bin Haji Tarmizi - Pengerusi ii. Encik Mohd Amir Bin Amran iii. Pengerusi AJP PPK (12 PPK) iv. Pengurus Besar PPK (12 PPK) i. Sungai Manik ii. Seberang Perak Iii. Bagan Datuk iv. Tanjung Piandang v. Kuala Kangsar vi. Lenggong vii. Gerik viii. Pengkalan Hulu ix. Tapah x. Senggang/ Manong xi. Kampong Gajah xii. Bagan Tiang 6.4.4 Jawatankuasa Kecil Ladang Ladang Kg Tengah Ladang Changkat Lobak Ladang Seri Perkasa Ladang Rakyat (Peladang) (September 2022 – Ogos 2023) i. Haji Nurdin Bin Haji Mat Isa - Pengerusi ii. Encik Sapari Bin Sadikin iii. Haji Mior Shahrin Bin Mior Mohamad Yusop 6.4.5 Ladang Paya Kelubi Ladang Bukit Merah (September 2022 – Ogos 2023) i. YB. Kapten (B) Dato’ Haji Mohd Najmuddin BinElias - Pengerusi ii.Haji Abdul Rahman Bin Hamid, Pengerusi AJP PPK Gunong Semanggol iii. Biro Ladang PPK Gunong Semanggol (1 orang) iv. Pengurus Besar PPK Gunong Semanggol
90 6.4.6 Jawatankuasa Kecil Ladang Bikam (September 2022 – Ogos 2023) Encik Sapari Bin Sadikin – Pengerusi Jawatankuasa Belia Bikam a) Encik Anuar Bin Abdullah b) Encik Salim Bin Wahi c) Encik Mazlan Bin Ibrahim d) Encik Halil Bin Petut e) Encik Abu Bakar Bin Yahaya f) Haji Mohd Nor Bin Yin g) Encik Wan Padli Bin Kholil 6.4.7 Jawatankuasa Kecil Ladang Tumboh Blok (September 2022 – Ogos 2023) i. Haji Mior Shahrin Bin Mior Mohamad Yusop - Pengerusi ii. Pengerusi AJP PPK iii. AJP PPK iv. Pengurus Besar PPK • Seberang Perak • Kampong Gajah • Sungai Manik 6.4.8 Jawatankuasa Kecil Ladang Manjung (September 2022 – Ogos 2023) i. Encik Hasan Bin Saadan - Pengerusi ii. Pengerusi AJP PPK Manjung Selatan- Haji Yahaya Bin Mat Jani iii. Pengerusi Biro Ladang PPK Manjung Selatan iv. Pengurus Besar PPK Manjung Selatan 6.4.9 Jawatankuasa Kecil Ladang Keramat Pulai (September 2022 – Ogos 2023) i. Datuk Haji Khairuddin Bin Haji Tarmizi - Pengerusi ii. Dato’ Haji Nadzri Bin Hj. Ismail iii. Encik Abdullah Bin Saleh 6.4.10 Jawatankuasa Kecil Perolehan Tender / Sebutharga (September 2022 – Ogos 2023) i. Dato’ Haji Sham Bin Mat Sahat - Pengerusi ii. YB. Kapten (B) Dato‟ Haji Mohd Najmuddin BinElias iii. Encik Mohd. Amir Bin Amran 6.4.11 Jawantankuasa Kecil Perjawatan (September 2022 – Ogos 2023) i. Dato’ Haji Sham Bin Mat Sahat – Pengerusi ii. Datuk Haji Khairuddin Bin Haji Tarmizi iii. Puan Lolita Binti Taris
91 Di kesempatan ini saya bagi pihak PPN Perak ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Kerajaan Negeri Perak atas sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan. Selain itu, sekalung penghargaan juga kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan agensiagensi kerajaan yang lain serta pihak sektor swasta yang telah memberi sumbangan yang padu serta kerjasama yang jitu dalam meningkatkan prestasi dan kejayaan PPN Perak bagi tahun 2022 dan 2023. Di samping itu, jutaan terima kasih kepada para perwakilan kerana sudi berkongsi idea, pendapat serta nasihat yang bernas untuk memajukan pergerakan Peladang. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan PPN Perak mencapai kecemerlangan. Setinggi-tinggi terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan Ahli Jemaah Pengarah PPN Perak dan warga kerja PPN Perak yang telah bertungkus-lumus berkhidmat dan melaksanakan tanggungjawab dan tugas demi mencapai matlamat PPN Perak. Prestasi keseluruhan PPN Perak bagi tahun 2022 telah mencapai unjuran sebagaimana yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan lagi pencapaian dan kecemerlangan PPN Perak pada tahun-tahun akan datang, kerjasama dan komitmen yang tinggi serta semangat berkhidmat daripada semua pihak dapat membantu mencapai matlamat tersebut. Selaras dengan itu, saya berkeyakinan PPN Perak akan terus maju dan mencapai matlamat serta kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan. Terima kasih. Yang Berbahagia Dato’ Haji Sham bin Mat Sahat Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negri Perak 7.0 PENGHARGAAN 8.0 PENUTUP
93 AGENDA 4 Membentang dan Menerima Laporan Audit Dalam Tahun 2022 Dicadang oleh : …………………...............…. PPK : …………………...............…. Disokong oleh : …………………...............…. PPK : …………………...............….
94
95
96
97 AGENDA 5 Membentang dan Meluluskan Laporan Audit dan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2022 RUJUK LAPORAN DAN PENYATA KEWANGAN BERAUDIT BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 Dicadang oleh : …………………...............…. PPK : …………………...............…. Disokong oleh : …………………...............…. PPK : …………………...............….
99 AGENDA 6 Membentang, Membincang dan Memutuskan (Jika berkenaan) perkara-perkara mengenai Transformasi Pertanian Dicadang oleh : …………………...............…. PPK : …………………...............…. Disokong oleh : …………………...............…. PPK : …………………...............….
100 PERTUBUHAN PELADANG NEGERI PERAK SUMBER MAKANAN HIJAU 2 TANAMAN RUMPUT MINYAK • PENGHASILAN SEDERHANA • MEMERLUKAN KAWASAN TANAMAN TIDAK TERLALU TERBUKA • PROSES TEBAS DAN TERUS BAGI MAKAN • SESUAI UNTUK SILAJ TANAMAN NAPIER • PENGHASILAN TINGGI • MEMERLUKAN KAWASAN TANAMAN TERBUKA • MEMERLUKAN KEMUDAHAN JALAN • MEMERLUKAN MESIN CHOPPER • SESUAI UNTUK SILAJ
101 RUMPUT MINYAK 3 01 NAMA SAINTIFIK BRACHIARIA HUMIDICOLA 02 KELEBIHAN SPESIES RUMPUT YANG TUMBUH DENGAN BAIK DI DALAM IKLIM YANG HANGAT. KADAR PERTUMBUHAN YANG PANTAS IAITU KADAR PENUAIAN HASIL ADALAH DIBAWAH 45 - 60 HARI. KADAR KETINGGIAN RUMPUT ADALAH 15 – 20 INCI. TANAMAN TAHAN LASAK KERANA IA ADALAH TANAMAN YANG INVASIF IAITU SUKAR DIMUSNAHKAN. HASIL TANAMAN YANG TINGGI (ANGGARAN 8 MT SATU PUSINGAN SEEKAR) TIDAK PERLUKAN PROSES CHOPP RUMPUT MINYAK 4 03 PROSES TANAMAN 1) MEMBAJAK TANAH MEMERLUKAN 2 PUSINGAN SEHINGGA TANAH HANCUR. MERMERLUKAN KAWASAN YANG TIDAK BERTAKUNG AIR SELAMA LIMA (5) HARI BAGI MENGELAKKAN TANAMAN TERSEBUT MATI PADA MASA HADAPAN. MEMERLUKAN SEKALI SAHAJA AKTIVITI MEMBAJAK TANAH TANAH PERLU DIBAJAK UTK MELAMBATKAN RUMPUT LIAR TUMBUH. 2) BENIH (KELUASAN 1 EKAR MEMERLUKAN BENIH 240KG) A) KERATAN AKAR RUMPUT TUA - UMUR 2 BULAN KE ATAS B) CABUT RUMPUT DENGAN AKAR/UMBI BERSERTA TANAH - UMUR 2 – 3 MINGGU - 1KG (15 – 20 AKAR/UMBI) 3) JARAK TANAMAN (1 KAKI X 1 KAKI) – SEMAKIN RAPAT JARAK TANAMAN SEMAKIN CEPAT TUMBUHAN TERSEBUT MENUTUP TANAH BAGI MENGGELAKKAN RUMPUT LIAR
102 RUMPUT MINYAK 5 03 PROSES TANAMAN 4) PROSES SIRAMAN DIGALAKKAN MENANAM PADA MUSIM HUJAN ATAU MENYIRAM TANAMAN SETIAP HARI SEHINGGA TANAMAN PADAT. MEMERLUKAN AIR SECUKUPNYA UTK MEMPERCEPATKAN PERTUMBUHAN AKAR TAHAN KEPADA MUSIM KEMARAU ATAU TIDAK DISIRAM PADA MUSIM PANAS TETAPI PERTUMBUHAN TANAMAN ADALAH LAMBAT. 5) PROSES MEMBAJA MENGGUNAKAN BAJA UREA @ CAMPURAN KALI PERTAMA:- • TEMPOH 2-3 MINGGU SELEPAS MENANAM • KUANTITI 2 GUNI/20KG • TUJUAN BAGI MEMPERCEPATKAN TUMBUHAN TERSEBUT MENJALAR KALI KEDUA:- • TEMPOH 5-6 MINGGU SELEPAS MENANAM • KUANTITI 4 GUNI/20KG • TUJUAN BAGI KESUBURAN TANAMAN (PADAT DAN DAUN LEBAR). RUMPUT MINYAK 6 04 PROSES PENUAIAN HASIL 6) PROSES PENUAIAN HASIL RUMPUT BERUMUR 45 HARI – 60 HARI DIGALAKKAN MENUAI HASIL SELEPAS SEBULAN MEMBAJA PADA KALI PERTAMA ANGGARAN HASIL 8MT – 10MT KETINGGIAN RUMPUT 15INCI - 20INCI.
103 NAPIER 7 01 NAMA SAINTIFIK PENNISETUM PURPUREUM 02 KANDUNGAN NUTRIEN DM – 17% CP – 16% CF – 30.3% ME – 8.58MJ/KG 03 PROSES TANAMAN 1) MENGGUNAKAN KERATAN BATANG DIMANA KERATAN BATANG MESTILAH CUKUP TUA ATAU MATANG 2) 3 TEKNIK PENANAMAN RUMPUT :- KAEDAH BATAS, KAEDAH RUMPUT DAN KAEDAH PERDU 3) MEMERLUKAN SIRAMAN AIR YANG SECUKUPNYA. SUMBER AIR ADALAH PENTING KEPADA KADAR PERTUMBUHAN YANG PANTAS. 4) PEMBERIAN BAJA ORGANIK DIATAS TANAH MEMBANTU PERTUMBUHAN AWAL RUMPUT NAPIER. NAPIER 8 04 PENUAIAN HASIL HASIL TANAMAN BOLEH MENCAPAI 30MT PER EKAR, JIKA: 1. PENGURUSAN BERSISTEMATIK 2. PENGGUNAAN JENTERA SEPENUHNYA MULAI DARI PERINGKAT TANAM HINGGA PERINGKAT MENUAI. 3. PENGGUNAAN BAJA TINJA LEMBU SEBAGAI SUMBER BAJA 4. PENYIRAMAN DENGAN GUN SPRAYER KETIKA WAKTU PANAS BAGI NAPIER KECIL
104 NAPIER 9 05 ISU LADANG NAPIER NAPIER 10 06 GAMBAR HUTAN NAPIER
105 AGENDA 7 Membentang dan Meluluskan Pelan Perkhidmatan dan Belanjawan (termasuk program/ projek berkaitan dengan Transformasi Pertanian) Tahun 2024 Dicadang oleh : …………………...............…. PPK : …………………...............…. Disokong oleh : …………………...............…. PPK : …………………...............….
106 Kelebihan/ Pendapatan Perbelanjaan (Kekurangan) 1 BAHAGIAN GERAKAN PERNIAGAAN TANI 1.1 PEMBANGUNAN 9,873,500 6,119,100 3,754,400 1.2 PERNIAGAAN 34,229,600 32,756,200 1,473,400 1.3 KEJENTERAAN 12,846,530 12,530,530 316,000 1.4 KILANG SAWIT PPN 113,084,000 112,690,800 393,200 1.5 LOJI BENIH 1,327,000 1,310,725 16,275 JUMLAH 171,360,630 165,407,355 5,953,275 2 BAHAGIAN BUKAN MENGENAI GERAKAN 1,945,697 560,500 1,385,197 3 BAHAGIAN PENTADBIRAN 3,392,500 (3,392,500) KELEBIHAN/(KEKURANGAN) 173,306,327 169,360,355 3,946,047 PERUNTUKAN RIZAB BERKANUN - 25% 986,512 (986,512) YAYASAN PELAJARAN PELADANG 10,000 (10,000) PERUNTUKAN CUKAI PENDAPATAN 10,000 (10,000) KELEBIHAN SELEPAS CUKAI - DIBAHAGIKAN 2,939,535 4 KUMPULAN WANG - KEBAJIKAN AHLI 386,000 231,600 154,400 - PEMAJUAN 427,000 256,200 170,800 - PENDIDIKAN 445,000 267,000 178,000 - KEBAJIKAN AM 408,000 244,800 163,200 JUMLAH 1,665,999 999,600 666,399 PERTUBUHAN PELADANG NEGERI PERAK PELAN PERKHIDMATAN DAN BELANJAWAN TAHUN 2024 Bil Perkara Belanjawan Tahun 2024
107 Pencapaian Belanjawan Bil Perkara Sebenar Bajet Tahun 2024 2022 2023 Pendapatan Perbelanjaan Lebihan 1 BAHAGIAN GERAKAN PERNIAGAAN TANI 1.1 PEMBANGUNAN 1.1.1 LADANG KELAPA SAWIT 2,021,750 760,200 5,855,000 3,998,000 1,857,000 1.1.2 PENGURUSAN LADANG AHLI 1,591,615 987,000 1,244,900 - 1,244,900 1.1.3 PEMASARAN BTS 529 3,000 1,000 - 1,000 1.1.4 AGROMAKANAN 326,658 479,000 2,772,600 2,121,100 651,500 JUMLAH 3,940,551 2,229,200 9,873,500 6,119,100 3,754,400 1.2 PERNIAGAAN 1.2.1 INPUT PERTANIAN/PEMASARAN 39,813 1,058,068 5,500,000 5,444,500 55,500 1.2.2 STESEN MINYAK PETRON (K.KANGSAR) 264,425 372,700 11,788,000 11,484,900 303,100 1.2.3 NURSERI SAWIT - - 504,000 292,500 211,500 1.2.4 PELADANG OUTLET - - 1,573,600 1,381,000 192,600 1.2.5 PEMASARAN AYAM - - 7,884,000 7,686,000 198,000 1.2.6 WISMA PELADANG - - 480,000 167,000 313,000 1.2.7 KONTRAK 6,500,000 6,300,300 199,700 JUMLAH 304,238 1,430,768 34,229,600 32,756,200 1,473,400 1.3 KEJENTERAAN - 1.3.1 PPN JENTERA UTARA 79,712 60,000 4,797,000 4,697,000 100,000 1.3.2 PPN JENTERA TENGAH 56,710 62,500 3,419,650 3,303,650 116,000 1.3.3 PPN JENTERA HILIR 72,591 55,000 4,629,880 4,529,880 100,000 JUMLAH 209,013 177,500 12,846,530 12,530,530 316,000 1.4 KILANG SAWIT PPNP 1.4.1 KILANG SAWIT PPNP (33,346) 810,000 113,084,000 112,690,800 393,200 JUMLAH (33,346) 810,000 113,084,000 112,690,800 393,200 1.5 PROJEK BENIH PADI 1.5.1 LOJI BENIH - - 1,327,000 1,310,725 16,275 JUMLAH - - 1,327,000 1,310,725 16,275 1.5 KEWANGAN 1.5.1 PELABURAN 15,755 1,982,812 1,791,947 - 1,792,000 1.5.2 KREDIT (670,835) (624,000) - 560,500 (560,500) 1.5.3 PENDAPATAN PELBAGAI 161,489 182,000 153,750 - 153,750 JUMLAH (493,591) 1,540,812 1,945,697 560,500 1,385,250 3,926,865 6,188,280 2 BAHAGIAN PENTADBIRAN JUMLAH BELANJA 2,471,382 3,439,500 - 3,392,500 (3,392,500) JUMLAH PENDAPATAN & PERBELANJAAN 171,979,327 168,049,630 KELEBIHAN/(KEKURANGAN) 1,455,483 2,748,780 3,946,100 RINGKASAN ANGGARAN PERKHIDMATAN DAN BELANJAWAN TAHUN 2024
