SA Conference Proceeding: Industrial Revolution 4.0 Vol.1, Issue 01 (2020) 181-187
International Innovation Technology Exhibition & Conferences 2019 (Itec’19), September 24th - 25th 2019
Copyright © 2020 Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kemaman
E-ISBN: 978-967-17985-0-8
79–83.
Gomes, A., & Mendes, A. J. (2014). Learning to program - difficulties and solutions. (May).
Gomes, A., & Mendes, A. J. N. (2007). Learning to program - difficulties and solutions. ICEE - International
Conference on Engineering Education, (May), 411. https://doi.org/10.1007/s002449900368
Hamari, J., Koivisto, J., & Sarsa, H. (2014). Does gamification work? - A literature review of empirical studies on
gamification. Proceedings of the Annual Hawaii International Conference on System Sciences, 3025–3034.
https://doi.org/10.1109/HICSS.2014.377
Heckhausen, H. (1977). Achievement Motivation and Its Constructs: A Cognitive Model. In Motivation and Emotion
(Vol. 1).
Hew, K. F., Huang, B., Chu, K. W. S., & Chiu, D. K. W. (2016). Engaging Asian students through game mechanics:
Findings from two experiment studies. Computers and Education, 92–93.
https://doi.org/10.1016/j.compedu.2015.10.010
Jenkins, T. (2002). O d l p. ON THE DIFFICULTY OF LEARNING TO PROGRAM Tony, 53–58.
Jung, J. H., Schneider, C., & Valacich, J. (2010). Enhancing the motivational affordance of information systems: The
effects of real-time performance feedback and goal setting in group collaboration environments. Management
Science, 56(4), 724–742. https://doi.org/10.1287/mnsc.1090.1129
Karl, K. M. (2012). The gamification of learning Instruction. San Francisco, California: Pfeiffer An Imprint of Wiley.
Kasurinen, J., & Knutas, A. (2018). Publication trends in gamification: A systematic mapping study. Computer Science
Review, 27, 33–44. https://doi.org/10.1016/j.cosrev.2017.10.003
Khaleel, F. L., Ashaari, N. S., Siti, T., Tengku, M., & Ismail, A. (2016). Gamification Elements for Learning
Applications. 6(6), 868–874.
Khalid, F., & Wong, S. L. (2017). An Emic Perspective on Students ’ Learning Experiences Using Augmented Reality.
161–170.
Kyewski, E., & Krämer, N. C. (2017). To gamify or not to gamify? An experimental field study of the influence of
badges on motivation, activity, and performance in an online learning course. Computers & Education, 118(April
2017), 25–37. https://doi.org/10.1016/j.compedu.2017.11.006
Lahtinen, E., & Ala-mutka, K. (2005). A.9.A Study of the Difficulties of Novice Programmers.pdf. 14–18.
Li, F., Qi, J., Wang, G., & Wang, X. (2014). Traditional classroom VS e-learning in higher education: Difference
between students’ behavioral engagement. International Journal of Emerging Technologies in Learning, 9(2),
48–51. https://doi.org/10.3991/ijet.v9i2.3268
Mekler, E. D., Brühlmann, F., Tuch, A. N., & Opwis, K. (2017). Towards understanding the effects of individual
gamification elements on intrinsic motivation and performance. Computers in Human Behavior, 71, 525–534.
https://doi.org/10.1016/j.chb.2015.08.048
Ministry of Education Malaysia (MoE). (2015). Malaysia Education Blueprint 2015-2025 (Higher Education). In
Ministry of Education Malaysia (Vol. 2025). https://doi.org/10.5923/j.ijis.20120206.05
Ng, E., & Bereiter, C. (2011). Journal of the Learning Three Levels of Goal Orientation in Learning. (April 2015), 37–
41. https://doi.org/10.1080/10508406.1991.9671972
Olsson, M., Mozelius, P., & Collin, J. (2015). Visualisation and gamification of e-Learning and programming
education. Electronic Journal of E-Learning, 13(6), 441–454. Retrieved from www.ejel.org
Przybylski, A. K., Rigby, C. S., & Ryan, R. M. (2010). A Motivational Model of Video Game Engagement. Review of
General Psychology, 14(2), 154–166. https://doi.org/10.1037/a0019440
Rahmat, M., Shahrani, S., Latih, R., Yatim, N. F. M., Zainal, N. F. A., & Rahman, R. A. (2012). Major Problems in
Basic Programming that Influence Student Performance. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 59, 287–
296. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.09.277
Rincon-flores, E. G., Gallardo, K., María, J., & Fuente, D. (2018). Strengthening an Educational Innovation Strategy :
Processes to Improve Gamification in Calculus Course through Performance Assessment and Meta-evaluation.
Iejme – Mathematics Education, 13(1), 1–11. https://doi.org/10.1016/j.ijporl.2007.09.012
Sailer, M., Hense, J. U., Mayr, S. K., & Mandl, H. (2017). How gamification motivates: An experimental study of the
effects of specific game design elements on psychological need satisfaction. Computers in Human Behavior, 69,
371–380. https://doi.org/10.1016/j.chb.2016.12.033
Seaborn, K., & Fels, D. I. (2015). Gamification in theory and action: A survey. International Journal of Human
Computer Studies, 74, 14–31. https://doi.org/10.1016/j.ijhcs.2014.09.006
Simões, J., Redondo, R. D., & Vilas, A. F. (2013a). A social gamification framework for a K-6 learning platform.
Computers in Human Behavior, 29(2), 345–353. https://doi.org/10.1016/j.chb.2012.06.007
Simões, J., Redondo, R. D., & Vilas, A. F. (2013b). A social gamification framework for a K-6 learning platform.
SA Conference Proceeding: Industrial Revolution 4.0 Vol.1, Issue 01 (2020) 181-187
International Innovation Technology Exhibition & Conferences 2019 (Itec’19), September 24th - 25th 2019
Copyright © 2020 Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kemaman
E-ISBN: 978-967-17985-0-8
Computers in Human Behavior, 29(2), 345–353. https://doi.org/10.1016/j.chb.2012.06.007
Sleeman, D. (1986). The challenges of teaching computer programming. Communications of the ACM, 29(9), 840–841.
https://doi.org/10.1145/6592.214913
Van Eck, R. (2006). Digital Game-Based Learning: It’s Not Just the Digital Natives Who Are Restless. Educause
Review, 41(2), 16–30. https://doi.org/10.1145/950566.950596
Wang, Y., Li, H., Feng, Y., Jiang, Y., & Liu, Y. (2012). Assessment of programming language learning based on peer
code review model: Implementation and experience report. Computers and Education, 59(2), 412–422.
https://doi.org/10.1016/j.compedu.2012.01.007
Weiner, B., Heckhausen, H., & Meyer, W. U. (1972). Causal ascriptions and achievement behavior: A conceptual
analysis of effort and reanalysis of locus of control. Journal of Personality and Social Psychology, 21(2), 239–
248. https://doi.org/10.1037/h0032307
SA Conference Proceeding: Industrial Revolution 4.0 Vol.1, Issue 01 (2020) 188-197
International Innovation Technology Exhibition & Conferences 2019 (Itec’19), September 24th - 25th 2019
Copyright © 2020 Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kemaman
E-ISBN: 978-967-17985-0-8
Baju Riau Pahang: Potongan Dan Material Istimewa Dalam Penghasilan Baju
Aszulhida Aman ¹,*, Ros Mahwati Ahmad Zakaria², Zuliskandar Ramli ³
1,2,3Institut Alam Dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Selangor.
1,*Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau, Pedas, Negeri Sembilan
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini akan memberi fokus kepada evolusi potongan baju Riau Pahang, menggunakan
pendekatan kualitatif bertujuan untuk mengenalpasti rupa bentuk, potongan dan fabrik
yang digunakan dalam penghasilan baju yang dikatakan mempunyai bentuk dan fungsi
yang unik ini. Baju Riau Pahang ini hanya dipakai oleh segelintir masyarakat di Alam
Melayu pada suatu ketika dahulu yang dikatakan berasal dari Riau tetapi mempunyai
nama yang berbeza . Beberapa penyelidik terdahulu menyatakan bahawa baju ini hanya
boleh didapati di istanaistana dan di kalangan golongan bangsawan sahaja.
Walaubagaimanapun, asalusul Baju Riau Pahang ini juga masih belum dikenal pasti
sehingga ke hari ini biar pun ada pendapat yang mengatakan ia kemungkinan berasal dari
Pahang atau Johor Riau. Pakaian ini juga mula diperkenalkan pada awal kurun ke - 20
tetapi kenyataan ini juga tiada bukti kukuh untuk disokong kesahihannya. Kajian ini akan
membincangkan evolusi rupa bentuk dan potongan Baju Riau Pahang yang dikatakan
berkembang di dalam istana serta golongan bangsawan tetapi kini dipakai oleh semua
lapisan masyarakat.
Kata kunci: Rupa bentuk; Potongan; Evolusi; Pakaian.
PENGENALAN
Pakaian adalah perkara asas dan penting di dalam kehidupan seseorang yang bertujuan
untuk melindunginya dari panas dan sejuk. Di dalam masyarakat Melayu, fungsi utama
pakaian adalah untuk menutup aurat mengikut hokum agama Islam yang dianuti oleh
masyarakat Melayu ini. Selain itu, ia juga berfungsi untuk melindungi kulit dari cuaca
panas atau sejuk dan keadaan sekeliling. Sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu,
kaum wanita di sini hanya berkemban dan cara pemakaian ini pula dianggap sebagai
pakaian wanita Melayu yang tertua dan terawal. Walaupun berkemban dianggap tidak
sopan, tetapi pada helaian ketiga pemakaian ini dipakaikan pada bahagian bahu untuk
menutup anggota badan yang terdedah. Kedatangan agama Islam bukan sahaja telah
menukar cara dan nilai agama pada orang Melayu, bahkan telah menukar cara mereka
berpakaian kepada memakai baju yang lebih menutup keseluruhan anggota badan dan
dilihat lebih sempurna.
Aman, A., et al.,
Setelah kedatangan Islam ke Tanah Melayu, masyarakat Melayu mula mencari identiti
mereka dalam berpakaian terutama sekali wanita yang memakai pakaian dan aksesori
kepala mengikut kelas lapisan masyarakat. Mengikut kajian terdahulu, baju kurung telah
wujud lebih dari dari 600 tahun terdahulu. Pakaian ini menjadi kebanggan dan warisan
masyarakat Melayu sejak abad ke 15 pada pemerintahan Kesultanan Melaka. Baju
Kurung ini juga terdapat beberapa jenis variasi mengikut negeri di Tanah Melayu
antaranya Baju Kurung Telok Belanga, Baju Kurung Cekak Musang dan Baju Riau
Pahang.
Antara baju yang jarang didengari dari dulu adalah Baju Riau Pahang. Ini kemungkinan
baju tersebut hanya dipakai oleh golongan yang tertentu sahaja. Zubaidah Shawal (1994)
berpendapat baju ini hanya boleh didapati di istanaistana dan pada golongan bangsawan
sahaja. Asal-usul Baju Riau Pahang ini juga masih belum dikenal pasti sehingga ke hari
ini walaupun ada pendapat yang mengatakan ia kemungkinan berasal dari Pahang atau
Johor Riau. Pakaian ini juga dikatakan diperkenalkan pada awal kurun ke - 20 tetapi ini
juga tiada bukti kukuh untuk disokong kesahihannya.
Sesetengah masyarakat menyebut Baju Riau Pahang sebagai Baju Belah atau Baju
Kebaya Turki. Ada juga berpendapat bahawa Baju Riau Pahang ini adalah adunan dari
Baju Kurung Cekak Musang dan Baju Kebaya Labuh. Menurut cerita, pakaian ini telah
diilhamkan oleh Tengku Ampuan Mariam iaitu puteri kepada Sultan Ahmad Al Muazzam
Shah (Sultan Pahang 1). Ikatan perkahwinan Tengku Ampuan Mariam dan Sultan
Sulaiman Badrul Alam Shah (Sultan Terengganu ke XIII) di mana ikatan perkahwinan
ini menjadi salah satu sebab mengapa Baju Riau Pahang hanya boleh didapati dikedua-
dua negeri tersebut sahaja. Pemakaian baju ini juga tidak meluas ke negeri lain seperti
mana Baju Kurung Kekek yang rata-rata dipakai oleh wanita Melayu seluruh Nusantara.
Walaupun terdapat banyak kajian dan penyelidikan mengenai pemakaian orang Melayu
sejak beratus-ratus tahun dahulu tetapi tidak ramai pengkaji yang memberi fokus kepada
Baju Riau Pahang itu sendiri. Ini adalah mungkin disebabkan pemakaian ini hanya
dikhaskan kepada golongan istana dan tertentu sahaja, tidak seperti Baju Kurung lain
yang dipakai oleh segenap lapisan masyarakat di Tanah Melayu dari dulu hingga kini.
Asal usul busana Melayu ini juga masih menjadi tanda tanya kerana tiada catitan yang
sahih tentang kedatanga busana ini ke Tanah Melayu.
Di antara berjenis baju tradisional orang Melayu, Baju Riau Pahang adalah yang paling
rumit pembuatannya dan istimewa dari segi potongannya. Ia melibatkan potongan kekek
dan pesak yang memerlukan tukang jahit yang mahir untuk memotong dan
mencantumnya. Jika diteliti kepada cara pembuatan Baju Riau Pahang ini, ia tidak dapat
ditiru oleh mana-mana tukang potong jikalau hanya dipandang sekilas pandang. Baju ini
juga dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang mengikut pangkat dan kedudukan
di dalam istana ( Busana Melayu – Zubaidah Shawal – 1994). Selain itu material yang
digunakan juga amat sukar didapati kerana ia hanya digunakan oleh sekelompok
masyarakat sahaja terutama golongan istana dan bangsawan.
Potongan pada leher baju ini juga adalah berkolar tinggi seperti kolar baju tradisional
masyarakat Cina. Baju ini juga dipercayai merupakan adunan Baju Kurung Cekak
Musang dan Baju Kebaya Labuh, sekali pandang ia seperti Baju Kebaya Labuh yang
berkolar tinggi. Fabrik baju ini juga memainkan peranan penting kerana hanya tujuh jenis
189
Aman, A., et al.,
fabrik sahaja yang digunakan oleh Tengku Ampuan Mariam pada ketika itu ( Busana
Melayu Johor – Siti Zainon Ismail). Jika dilihat dari segi tinggalan sejarah yang ada, Baju
Riau Pahang tidak mempunyai maklumat yang kukuh dari segi asal usul pemakaian baju
ini. Ini adalah kerana ia gabungan dua daerah yang berada jauh di antara satu sama lain.
Potongan baju ini juga kini adalah tidak asli dan diubah mengikut peredaran masa dan
trend terkini oleh para pereka fesyen tanpa mengetahui nilai-nilai estetik Baju Riau
Pahang ini. Penggunaan butang baju ini juga tidak diberi penekanan oleh sesetengah
pihak pada masa kini, ini mungkin kerana kurang pemahaman mengenai baju ini dan juga
maklumat yang amat sedikit diperolehi dari pihak istana dan potongan asli baju ini kurang
mendapat perhatian.
Untuk mendalami asal usul sesuatu kaum itu dan peredaran masa yang dilalui, pemakaian
mereka adalah adalah satu faktor yang perlu diambil berat. Ini dapat dilihat ada
sesetengah pihak masih keliru dengan Baju Pahang yang ada dan Baju Pesak Gantung
yang telah diperbaharui oleh masyarakat kini. Potongan dan cara cantuman ketiga-tiga
baju ini mempuyai ciri yang berlainan tetapi jika dilihat dari luaran sahaja, ia seakan-akan
sama.
KERAJAAN PAHANG-RIAU
Kesultanan Negeri Pahang dikatakan telah wujud semenjak zaman Kerajaan Melaka lagi
apabila Sultan Muhammad Shah iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri
Onang Sari yang telah dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum
wujudnya Kesultanan Negeri Pahang, mereka telah berada dibawah pemerintahan
Kerajaan Siam. Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan
Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan tragedi tersebut berakhir dengan satu
pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh. Bagi
mengekalkan pemerintahan Negeri Pahang, Sultan Ahmad telah dilantik sebagai Sultan
di Pahang.
Pada tahun 1617, Acheh ketika itu berada di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam telah menyerang Pahang dan membawa Sultan Ahmad bersama
keluarganya ke Acheh dengan diikuti oleh 10,000 rakyat Pahang. Kemudian anak Raja
Pahang seperti Puteri Kamaliah atau dikenali sebagai Putrie Phang dan Raja Husein atau
dikenali sebagai Sultan Iskandar Thani telah menjadi Sultan dan Sultanah Acheh yang
hebat pada ketika itu. Seterusnya,pemerintahan Negeri Pahang telah diletakkan di bawah
Kesultanan Johor yang pada ketika itu berpusat di Negeri Johor. Di bawah kesultanan
tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang
Bendahara. Keadaan ini telah berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan
Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang) pada ketika itu. Apabila Sultan Mahmud
Shah II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pemerintahan pula
telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja, Tun
Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang
Saujana). Ini adalah keturunan Sayyid Al-Idrus dari Acheh iaitu dari Hadralmaut Yemen.
Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) telah menaiki takhta kerajaan
dengan gelaran Sultan Abdul Jalil IV pada masa itu. Seorang putera Baginda bernama
Tun Abbas dijadikan Bendahara yang telah memerintah di Negeri Pahang. Daripada
190
Aman, A., et al.,
keturunan zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada
kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja, iaitu Wan Ahmad.
Rajah 1: Sumber latar geografi menunjukkan ikatan Riau-Johor-Lingga
LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian ini akan tertumpu pada satu potongan pakaian masyarakat Melayu iaitu Baju Riau
Pahang. Asal usul baju ini juga sukar untuk dikenal pasti dengan tepat. Banyak pandangan
berpendapat bahawa baju ini tiba di Tanah Melayu ketika di zaman kerajaan Johor-Riau-
Lingga. Ini dapat dilihat ketika rombongan itu tiba di Tanah Melayu mengiringi Sultan
Ismail dan cara pemakaian hulubalangnya mirip kepada potongan Baju Riau Pahang ini
(Haziyah Hussin, 2013). Di dalam kajian ini Baju Riau Pahang yang akan diketengahkan
kerana kajian baju ini kurang mendapat perhatian. Ini mungkin juga ada yang menyatakan
asal-ususl pakaian ini adalah dari istana dan pada permulaan penciptaanya pemakaian
pakaian ini adalah amat terhad kepada golongan istana sahaja. Ada juga teori yang
berpendapat baju ini terjadi kerana hubungan baik di antara Riau dan Pahang satu ketika
dahulu. Negeri Riau dan Pahang adalah dua negeri yang terletak berjauhan tetapi catatan
mengenai dua buah negeri ini menyatakan ia mempuyai pertalian sejarah dan sosio
budaya yang rapat. Kedua-dua negeri ini sudah menjalin hubungan sejak dari zaman
kerajaan Melayu Melaka dan terus berkekalan buat sekian lamanya. Dari hubungan ini
terciptanya potongan pakaian Melayu ini yang dipanggil Baju Riau Pahang. Segelintir
masyarakat menyebut baju ini sebagai Baju Belah atau Baju Kebaya Turki (Zubaidah
Syawal,1994).
191
Aman, A., et al.,
Mengikut Zubaidah Sual baju yang telah diilhamkan oleh Tengku Ampuan Mariam iaitu
puteri kepada Sultan Ahmad Al-Muazzam Shah (Sultan Pahang 1). Hasil daripada
perkahwinan dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Sultan Terengganu) antara
faktor utama mengapa pakaian ini hanya popular di kedu-dua negeri tersebut. Pemakaian
potongan Baju Riau Pahang ini juga tidak menjadi pakaian rakyat sebalinya ia adalah
lebih berbentuk pakaian peribadi Tengku Ampuan Mariam dan kerabatnya.
Di antara potongan baju masyarakat Melayu, Baju Riau Pahang ini adalah yang paling
rumit pembuatannya. Sehingga kini tidak ramai tukang jahit yang mahir di dalam
pembuatan pakaian ini dan membuatkan potongan Baju Riau Pahang ini mendapat
suntikan baru dan dievolusikan kepada potongan yang lebih miudah. Jika kita melihat
potongan baju ini dengan sekilas pandang, amatlah sukar untuk ditiru cara
pemotongannya. Seperti baju-baju tradisi yang lain, Baju Riau Pahang juga diperbuat
daripada dasar-dasar pertambahan mengikut bentuk badan dan kesesuaian si pemakai.
Pada kedua-dua bahagian tepi baju berpesak kembang tidak berkekek tidak seperti Baju
Kurung biasa.
Masyarakat Melayu pada zaman dahulu akan mengenakan baju tradisional orang Melayu
yang pada kebiasaanya lebih kepada Baju Melayu dan Baju Kurung. Selain dari baju
tersebut, orang Melayu juga dikenali melalui identity pakaian Baju Kebaya, Celana, Kain
Sarung, Samping dan Selendang (Baju dan Sarung – 2002). Namun begitu pemakaian ini
mendapat suntikan dan imej baru yang lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan
pakaian orang dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses perubahan ini adalah kerana
berlakunya peradaban awal masyarakat Melayu dahulu dan mendapat pengaruh dari luar
akibat daripada aktiviti perdagangan daripada India, China Arab dan Eropah. Unsur-unsur
tamadun dari pelbagai etnik inilah yang menjadikan identiti pemakaian orang Melayu
popular hingga kini dan masih dipakai seperti Baju Kurung dan Baju Melayu.
Di dalam kajian ini, rujukan sejarah dan klasik menjadi bahan utama untuk memahami
konsep budaya dan masyarakat Melayu. Bahan ini juga merupakan penyumbang utama
kepada bentuk, gaya dan koordinasi di dalam kostum tradisional Melayu khususnya di
dalam Baju Riau Pahang ini. Rahmat (2004) menyatakan bahawa kajian melalui
antropologi, kajian budaya, semiotika dan sejarah ada membincangkan budaya melalui
material makna simbolik sedia ada di dalam budaya. Zubaidah Syawal (1994)
menyatakan bahawa Baju Riau Pahang ini hanya dipakai di dibeberapa buah negeri
daripada kesan perkahwinan di raja. Pakaian ini juga hanya dapat dilihat digayakan oleh
segelintir masyarakat yang dipercayai terdiri daripada golongan istana dan bangsawan.
Sementara itu kajian mengenai kategori dan gaya kostum Melayu dilakukan oleh
Zubaidah Shawal (1994), Abbas Alias dan Norwani Md. Nawawi (2003) dan Azah Aziz
(2006). Pengarang seperti Mohd. Said Sulaiman (1931), Tenas Effendy (2005) dan Siti
Zainon Ismail (2006) menulis tentang etika dan prinsip umum baju tradisional Melayu.
Antara seminar dan pameran yang diadakan berhubung penggunaan tradisional pakaian
dan kain adalah Warisan Tekstil Malaysia (15 Disember 2003 - 31 Januari 2004) oleh
Galeri Seni Kebangsaan, Kuala Lumpur, Batik Malaysia: Warisan Hidup 10 November -
2 Disember 2007) oleh Galeri Petronas dan Galeri Seni Negara, Kuala Lumpur.
192
Aman, A., et al.,
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kalitatif bagi mengenalpasti rupa bentuk dan potongan
Baju Riau Pahang. Potongan baju ini yang unik dan tersendiri menjadi satu titik tolak
kepada teknologi pembuatan baju masyarakat Melayu di mana kekek dan potongan
pesaknya amat berlainan dari potongan baju kurung yang biasa dipakai. Kajian ini
menganalisis akan kompleksnya cara pemotongan baju ini kepada reka bentuk busana.
Kajian kepustakaan pula digunakan sepanjang kajian untuk menganalisis data dan bahan
rujukan yang lain. Antara bahan-bahan yang dijadikan rujukan adalah seperti buku,
jurnal, hasil kajian terdahulu, akhbar, dokumen dan lain-lain. Pada asas kajian ini
beberapa pasang baju dipotong bagi mendapatkan ukuran asas potongan dan reka bentuk
pakaian. Ia menjadi rumit dan unik ketika cantuman bahagian pesak dibuat. Ia tidak boleh
dijahit jika dilihat dengan hanya sekali pandang. Begitu juga pada bahagian kolar yang
nampak sedikit tegak pada bahagian leher. Ia juga memerlukan kemahiran untuk
mencantum bahagian badan ke bahagian kolar tersebut. Penyelidikan ini akan
merangkumi kajian etnografi dan bahan dalam budaya Melayu. Penyelidikan ini akan
berdasarkan analisis kandungan, bukti sejarah, lawatan ke muzium, Arkib Nasional dan
beberapa orang pengumpul barang-barang antik bagi mendapatkan data. Tinjauan kajian
terdahulu bagi memberi pemahaman sejarah dan latar belakang tatasusila pemakaian
orang Melayu sejak berkurun lama.
Selain itu maklumat melaui temu ramah bersama pakar di dalam bidang busana Melayu
yang terdiri daripada Zubaidah Sual, Prof. Dr. Siti Zainon dan beberapa lagi pakar dibuat
bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Selain itu, pertemuan bersama pengumpul
barang-barang antik, profesional dan para akademik yang dilakukan semasa lawatan ke
beberapa organisasi yang disebut. Antara lain faktor yang semakin dilupakan oleh
masyarakat kini di dalam memakai busana Melayu adalah fungsi fungsi lain seperti fungsi
jumlah butang, kain yang dipadankan dan jahitan kekemasan seperti tulang belut dan
sebagainya. Di dalam perbincangan Baju Riau Pahang ini, setiap jumlah butang yang
dikenakan mempunyai makna yang simbolik yang tersendiri di mana baju yang dikancing
dengan butang tujuh atau sembilan adalah mengikut darjat mereka di dalam istana. Kini
masyarakat Melayu lupa pada kiraan kancing yang digunakan. Mereka lebih selesa
membuat rekaan mengikut kehendak individu bukannya mengikut fungsi pakaian
tersebut.Kajian ini juga memberi penekanan kepada penggunaan kain broket dan songket
yang sememangnya amat popular di kalangan orang-orang bangsawan dari dulu hingga
kini. Ini dapat dilihat pada kebanyakkan koleksi Tengku Ampuan Mariam dan kerabatnya
yang di pamerkan di Muzium Johor untuk rujukan pada masa kini. Terdapat sekurang-
kurangnya tujuh jenis fabrik yang digunakan khas untuk membuat Baju Riau Pahang ini.
Apa yang menariknya adalah semua kain ini menampilkan ciri-ciri khas tradisi agung
dengan penggunaan fabrik mewah yang diimport khas seperti tafeta iaitu tenunan
Istanbul, serasah India lengkap dengan proses serta teknik seperti menyulam (tekat/suji),
menenun (cindai), menyukit (songket), menelepuk (telepuk) dan mengikat celup
(pelangi). Penggunaan kain-kain mewah ini bagi melambangkan status kedudukan
seseorang di dalam masyarakat. Kain yang dipilih hanyalah digunakan dikalangan
golongan istana sahaja.
193
Aman, A., et al.,
Kini setelah ia popular di kalangan rakyat biasa, penggunaan fabriknya juga tersebar luas.
Ramai yang membuat Baju Riau Pahang ini menggunakan fabric dari kain kapas dan satin
mengikut kesesuaian fesyen terkini. Pengaruh luar terhadap pakaian Melayu seperti
wujudnya Baju Kurung Moden telah menyebabkan busana Melayu sepeti Baju Riau, Baju
Kebaya, Baju Kurung Kekek makin kurang mendapat sambutan.
Rajah 2: Tengku Ampuan Hajjah Mariam dengan busananya.
Rajah 3: menunjukkan pola Baju Riau Pahang yang mendapat suntikan baru dari segi
pola dan fabriknya
194
Aman, A., et al.,
Rajah 4: Baju Riau koleksi dari Portal Diraja Pahang
Rajah 5: Baju Riau Pahang koleksi dari Portal Diraja Pahang
DAPATAN KAJIAN
Dari pandangan kajian yang dijalankan telah melibatkan tiga aspek perubahan kepada
rupa bentuk dan potongan di dalam evolusi Baju Riau Pahang ini seperti berikut:
1. Potongan baju asal adalah longgar dan mengikut syarak di dalam pemakaian baju.
Faktor bahawa kaum wanita Melayu pada masa itu yang menitikberatkan tata susila,
adat dan budaya berpakaian cara orang Melayu amat diambil kira.
2. Potongan yang telah dievolusi sekarang mengikut kehendak pasaran di Malaysia,
pakaian ini telah diubah sedikit dari segi tiada lagi kocek digunakan sebagai fungsi
utama pakaian ini. Kocek pada asasnya digunakan oleh kaum wanita sebagai tempat
menyimpan duit atau sapu tangan. Kini kocek itu seolah-olah tiada fungsi lagi apabila
kaum wanita sekarang lebih suka membawa tas tangan.
195
Aman, A., et al.,
3. Potongan pada pesak juga telah diubah pada bahagian hadapan di mana potongan
asasnya pesak bercantm pada bahagian belakang dan tiada potongan pada bahagian
hadapan. Sekarang potongan hadapan dan belakang adalah sama dan ia sedikit
sebanyak telah mengubah rupa bentuk pakaian itu sendiri. Ini secara tidak langsung
Baju Riau Pahang kini lebih mengikut rupa bentuk susuk badan di pemakai.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, walaupun terdapat banyak kajian dan penyelidikan mengenai pemakaian
orang Melayu tetapi tidak ramai pengkaji yang memberi focus kepada Baju Riau Pahang
itu sendiri. Ini adalah mungkin disebabkan pemakaian ini hanya dikhaskan kepada
golongan istana dan tertentu sahaja, tidak seperti Baju Kurung lain yang dipakai oleh
segenap lapisan masyarakat di Tanah Melayu dari dulu hingga kini. Asal usul busana
Melayu ini juga masih menjadi tanda tanya kerana tiada catitan yang sahih tentang
kedatangan busana ini ke Tanah Melayu.
Di antara berjenis baju tradisional orang Melayu, Baju Riau Pahang adalah yang paling
rumit pembuatannya dan istimewa dari segi potongannya. Ia melibatkan potongan kekek
dan pesak yang memerlukan tukang jahit yang mahir untuk memotong dan
mencantumnya. Pembuatannya Baju Riau Pahang ini juga memerlukan penelitian yang
sempurna kerana jika dilihat sekali imbas, amatlah sukar untuk menirunya. Pada bahagian
kolar baju ini juga berlainan dari baju-baju di Alam Melayu yang lain yang
kebanyakkannya berlubang di leher dan dikemas dengan jahitan seperti tulang belut atau
jahitan mata lalat. Baju ini juga dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang mengikut
pangkat dan kedudukan di dalam istana. Selain itu material yang digunakan juga amat
sukar didapati kerana ia hanya digunakan oleh sekelompok masyarakat sahaja terutama
golongan istana dan bangsawan.
Potongan pada leher baju ini juga adalah berkolar tinggi seperti kolar baju tradisional
masyarakat Cina. Baju ini juga dipercayai merupakan adunan Baju Kurung Cekak
Musang dan Baju Kebaya Labuh, sekali pandang ia seperti Baju Kebaya Labuh yang
berkolar tinggi. Fabrik baju ini juga memainkan peranan penting kerana hanya tujuh jenis
fabrik sahaja yang digunakan oleh Tengku Ampuan Mariam pada ketika itu
RUJUKAN
Abbas Alias dan Norwani Md Nawawi (2006). Pakaian Melayu Sepanjang Zaman.
Dewan Bahasa Pustaka.
Azah Aziz (2002) Rupa dan Melayu Busana Melayu Balai Senilukis Negara – Baju +
Sarung
Haziyah Hussin – Evolusi dan Tipologi Pakaian Wanita Melayu di Semenanjung
Malaysia.
196
Aman, A., et al.,
Maruwiah Ahmat (2012) Pakaian Tradisional – Siri Budaya Warisan Malaysia.
Mohd Said Sulaiman (2008) Pakai Patut Melayu- UKM
Patricia L. Baker. (1995) Islamic Textiles. Londo: British Muzeum Press
Prof. Dato’ Dr Hood Salleh (2011) – People and traditions. Editions Didier Millet,
Universiti Kebangsaan Malaysia,2006
Salikin Sidek (2010) – Rujukan Khazanah Budaya Melayu; Grup Buku Karangkraf
Zubaidah (1994) Busana Melayu. Jabatan Muzium Dan Antikuiti Malaysia.
Haziyah Hussin – Evolusi dan Tipologi Pakaian Wanita Melayu di Semenanjung
Malaysia.
Zaharah Sulaiman, Wan Hashim Wan Teh, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman –
Asal Usul Melayu, Induknya Di Benua Sunda
Zaharah Ahmad Osman (1995). Inspirasi Pendekatan Kontemporari Reka Corak Tekstil
Tradisional Melayu. Selangor.
197