The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bebenang Edisi 2023 ini merupakan kompilasi program, aktiviti dan operasi yang dilaksanakan oleh MKN Kedah sepanjang tahun 2023.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Annuar Roshad, 2024-02-13 03:48:59

BEBENANG | Edisi MKN Kedah 2023

Bebenang Edisi 2023 ini merupakan kompilasi program, aktiviti dan operasi yang dilaksanakan oleh MKN Kedah sepanjang tahun 2023.

Keywords: MKN,Majlis Keselamatan Negara,Kedah,Dasar Keselamatan Negara 2021-2025

BEBENANG PERMAINAN PAPANBentuk minda keselamatan Edisi 2 0 2 3 MKN KEDAH K E S E L A M A T A N N E G A R A T A N G G U N G J A W A B B E R S A M A Lapan siri permainan papan yang dijalankan sepanjang tahun 2023 telah menerima maklumbalas memberangsangkan daripada peserta. “ ” Baca lanjut di muka surat 16


BEBENANG | EDISI 2023 2 Majlis Keselamatan Negara, Negeri Kedah “Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain” Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpahan kemakmuran dan kesejahteraan yang dinikmati di negeri ini. Sesungguhnya, tahun 2023 yang berlalu telah meninggalkan seribu kenangan dan pengajaran yang sangat berharga dalam mendepani cabaran isu keselamatan. Berteraskan Dasar Keselamatan Negara 2021 – 2025 sebagai sumber rujukan utama dan berpaksikan konsep Keselamatan Menyeluruh, setiap usaha yang digembleng sepanjang tahun lalu bermatlamatkan mewujudkan ekosistem keselamatan yang kondusif dan aman kepada seluruh rakyat. Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Tertinggi Majlis Keselamatan Negara yang telah memberi dorongan dan sokongan dalam setiap usaha yang dilaksanakan. Juga tahniah dan syabas kepada keseluruhan warga MKN Kedah yang telah bersungguhsungguh melaksanakan tanggungjawab memikul amanah yang digalas. Harus diakui bahawa setiap percambahan idea dan pandangan telah diraikan semahunya bagi menghasilkan output dan outcome terbaik untuk jabatan ini. Tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa apa yang dikongsikan di dalam Bebenang ini hanyalah secebis daripada segunung usaha yang telah diberikan. Pohon maaf atas segala kekurangan dan yang pastinya, kekurangan itu akan menjadi iktibar dan panduan bagi mengharungi cabaran tahun 2024. Semoga segala usaha yang telah dirancang tahun ini akan dipermudahkan dan dapat dilaksanakan dengan cemerlang bagi memastikan keselamatan negeri ini kekal terpelihara. Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama! PRAKATA EDITOR-IN-CHIEF Bakhtiar Effendy Khalid Mior Ahmad Shah Mior Shahidin Che Nur Syafiqkah Mohamad Fuzi Mohd Nurul Hasri Abdullah Hashim Raihan Mokti Annuar Roshad Mohd Shaher Ismail Nurul Wati Md Noor Ketua Penolong Pengarah Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Penolong Pengarah (Geraksaraf Perangsaraf) Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Penolong Pegawai Penerangan Pembantu Tadbir Penolong Pengarah Keselamatan Daerah ADVISOR Mohd Zawawi Zakaria Pengarah Keselamatan Negeri Kedah “Permasalahan kita pada hari ini adalah disebabkan kesilapan kita hari semalam” “Tidur punca kegagalan!” “If flowers can teach themselves how to bloom after winter passes, so can you” “Ikhlas dalam kehidupan, pasti ada ganjaran Tuhan” “Growing old is mandatory, growing up is optional” “Never stop learning, because life never stops teaching” “Just go with the flow” MANAGING EDITOR CONTENT EDITOR TALENT SCOUT CONTRIBUTING WRITERS LAYOUT DESIGNER & PHOTOGRAPHERS “YOLO!” “Kitalah Benteng Malaysia!”


BEBENANG | EDISI 2023 3 SetiausahaKerajaan NegeriKedah, YB Dato’ Haji NorizanKhazalidiberikan taklimat olehPengarah Keselamatan NegeriKedah, Encik MohdZawawi Zakaria Alor Setar - Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Haji Norizan Khazali di Wisma Darul Aman. Dalam pertemuan tersebut, YB Setiausaha Kerajaan Negeri telah menerima taklimat ringkas mengenai isu-isu keselamatan semasa di negeri Kedah di samping mengeratkan lagi kerjasama dan hubungan strategik di antara dua pihak. KunjunganHormatPengarah KeselamatanNegeriKedahkepadaYB SetiausahaKerajaanNegeriKedah 2 Januari 2023


Warga kerja MKN Kedahbergambar kenangan setelah selesai aktivitipengukuhanpasukandi Gunung Jerai,Kedah. BEBENANG | EDISI 2023 4 Gunung Jerai - “Bila kali terakhir kamu mengasah kapak kamu?” Ini soalan mudah yang membuatkan MKN Kedah termenung dan berfikir sejenak sebelum memutuskan untuk meluangkan sedikit masa untuk aktiviti healing dan mengukuhkan kembali kesatuan dan kebersamaan di dalam jabatan. Di dalam program yang berlangsung selama dua (2) hari ini, kesemua peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti kumpulan melibatkan fizikal dan spiritual termasuklah peningkatan kemahiran berkomunikasi, bekerja berkumpulan, persediaan menghadapi tekanan dan aktiviti santai yang lain. Pasukan yang mantap bukan sahaja mampu menggalas tugasan dengan lebih baik tetapi bersedia menyesuaikan diri menghadapi perubahan dalam pelbagai situasi khususnya melibatkan isu keselamatan di negeri. Apa yang penting? Kerjasama! Apayangpenting,kerjasama! 5 Januari 2023 Unity is strength, when there is teamwork and collaboration, wonderful things can be achieved “ Mattie Stepanek


BEBENANG | EDISI 2023 5 Ustaz Firdaus Firabib(tengah)berjaya membawa konsepbaharudakwah menggunakanplatform media sosial Merbok - Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria bersama-sama pegawai MKN Kedah telah telah mengadakan lawatan ke Masjid AlBusyra di Merbok, Sungai Petani setelah menjadi tular di media sosial. Imam Masjid Al-Busyra, Ustaz Firdaus Firabib berjaya mengubah persepsi dan membawa konsep baharu kepada orang ramai untuk mendekati masjid. Mengguna pakai konsep Rehat dan Rawat (R&R), beliau mengambil pendekatan untuk menjadikan masjid sebagai tempat hentian dan bukan semata-semata untuk tujuan ibadah sahaja. Dengan pembinaan kioskkiosk dan medan selera, masjid tersebut kini berjaya membina ekonomi anak kariah apabila dibenarkan untuk menjalankan perniagaan di situ. Jelas beliau lagi, wang masjid bukanlah untuk disimpan, tetapi perlu dibelanjakan bagi kegunaan komuniti. Hasilnya, Masjid Al-Busyra kini telah menjalani beberapa fasa penambahbaikan fasiliti bagi memberi keselesaan kepada jemaah yang hadir. Antara fasiliti yang dibangunkan di perkarangan Masjid termasuklah medan selera, dobi layan diri, cuci kereta, kedai gunting rambut, kedai telekomunikasi dan perkhidmatan percetakan. Ustaz Firdaus mula tular di platform Tiktok apabila usaha beliau memperkenalkan inisiatif ‘Infaq RM2.00’ telah mendapat perhatian masyarakat. “Saya sendiri tidak menyangka sambutan yang diterima sangat luar biasa. Orang ramai suka melihat wang sumbangan mereka digunakan ke arah kebaikan. Itu yang saya tunjukkan pada mereka,” tambah beliau. TadbirUrusYangBaikKunci KejayaanMasjidAl-Busyra,Merbok 18 Januari 2023


BEBENANG | EDISI 2023 6 Gua Kelam - Bagi memastikan gerak kerja yang lebih efektif dan efisien, pegawai MKN Kedah berkampung di Arau untuk membincangkan penetapan hala tuju MKN Kedah tahun 2023. Perbincangan yang berlangsung selama dua hari satu malam itu banyak menyentuh tentang penetapan Sasaran Kerja Utama (SKU) dan perancangan program-program Geraksaraf Perangsaraf (GSPS). Alor Setar - Sebagai usaha mendepani ancaman keselamatan yang semakin kompleks, keupayaan minda geraksaraf dan perangsaraf (GSPS) khususnya dari sudut Peperangan Persepsi (war of perceptions) dalam kalangan rakyat perlu dikuasai dan difahami sepenuhnya. Selain isu kestabilan sosio-politik yang perlu diberi perhatian, kemahiran melaksanakan kajian lapangan bagi mendapatkan pandangan awam berhubung sesuatu isu setempat perlu diperkasa. Isu-isu tersebut meliputi isu ekonomi, keselamatan sosial dan keselamatan awam serta pelbagai isu lain. Dengan pendedahan mengenai kaedah pelaksanaan kajian lapangan yang lebih komprehensif, hal ini akan membantu dan menjadi elemen sokongan kepada usaha GSPS yang teratur dan berkesan. PerbincanganPenetapanHalaTujuMKNKedah 1 Februari 2023 PemantapanKemahiranKajianLapangan BersamaMKNPerakdanMKNPulauPinang20 - 21 Februari 2023 EncikBakhtiar Effendy Khalid,KetuaPenolongPengarah MKN Kedah Peserta melakukan aktiviti semasaKursusKemahiranKajian LapangandiPerpustakaan Digital,Alor Setar


Kesemua agensi keselamatan yang terlibat menerima taklimat ringkasdaripadaPegawai Hutan DaerahKedah Tengah, Encik Nor Shahrini NordinAhmad. Sik - MKN Kedah berpeluang meninjau aktiviti pengusahasilan di Hutan Simpan Ulu Muda, Sik. Program pemantauan bersepadu yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah ini turut disertai beberapa agensi keselamatan lain antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Jabatan Perhilitan. Tujuan pemantauan dibuat adalah untuk memastikan kerja-kerja atau aktiviti usaha hasil yang dijalankan memenuhi kriteria dan garis panduan yang ditetapkan. Bersesuaian dengan teras ketujuh dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 iaitu Pembangunan Mampan, yang menggariskan supaya setiap perancangan pembangunan perlu mengambil kira tentang kelangsungan sumbersumber negara, kesejahteraan rakyat dan keperluan generasi akan datang. TinjauanKeselamatan PengusahasilandiHutan SimpanUluMuda 1 Mac 2023 BEBENANG | EDISI 2023 7 Tinjauan dilaksanakan berdasarkan Audit Pemantauan Persijilan Pengurusan Hutan, Malaysia Criteria and Indicators for Sustainable Management (MC & I SFM)


Pengarah Zon Maritim KualaKedah, Komander Maritim NoorAzreyanti Ishak. Bukit Pinang - Satu pertandingan menembak tertutup telah dianjurkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kedah yang bertempat di Lapang Sasar Bukit Pinang, dekat sini. MKN Kedah turut diundang untuk menyertai kejohanan tersebut yang secara langsung memberi pendedahan berkenaan tatacara pengendalian senjata dalam situasi sebenar kepada para peserta yang hadir. Dalam program yang sama, MKN Kedah berkesempatan membuat rakaman temubual bersama Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak. Apabila ditanyakan tentang cabaran dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan, beliau menjelaskan bahawa isu Tonto yang mengawasi pergerakan anggota penguatkuasa merupakan perihal yang sangat memerlukan perhatian serius. Hal ini menyebabkan kerja-kerja penguatkuasaan seringkali terganggu. Rakaman tersebut telah dimuat naik ke akaun rasmi Tiktok MKN Kedah dan mula tular selepas mendapat perhatian warga maya tentang modus operandi tonto tersebut. PerkasaKomunitiMaritim UntukBanterasTonto BEBENANG | EDISI 2023 8 9 Mac 2023


Selain itu, Ketua Polis Balai ICQS BKH turut menyampaikan taklimat berkenaan Kawalan Keselamatan di Kompleks ICQS BKH. Seusai taklimat, beliau meneruskan program dengan sesi walkabout di sekitar Kompleks ICQS BKH, termasuklah Bahagian Passport, Bilik Kawalan Keselamatan, Kaunter Masuk JIM, JKDM, AADK, KKM, serta Balai Polis ICQS BKH. Pintu Masuk Antarabangsa Bukit Kayu Hitam (PMA BKH) merupakan salah satu daripada PMA Malaysia-Thailand yang penting bukan sahaja kepada laluan persendirian atau pengembara, malahan ianya merupakan penghubung utama laluan dagangan bagi kedua-dua negara. Kompleks ICQS BKH yang beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam juga merupakan salah satu PMA yang merekodkan jumlah keluar masuk yang tinggi, selain daripada Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di Johor Bahru. Kompleks ICQS BKH ini merupakan salah satu daripada lokasi dan aset terpenting dalam negara dalam mengawal pergerakan keluar masuk negara. Lokasi strategik seperti ini perlu dilindungi bagi mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah dari sebarang ancaman sama ada dari dalam dan luar negara. Teras 1: Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah, Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 jelas menyatakan komitmen Kerajaan dalam memelihara keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia dan negeri Kedah secara amnya, dan daerah Kubang Pasu secara khususnya. Encik Muhamad Mahazi,Pegawai DaerahKubangPasu melawat Kompleks ICQSBKH diiringiKetua Imigresen ICQS, EncikRosli Issak Bukit Kayu Hitam - YBrs. Encik Muhamad Mahazi Haji Ibrahim, Pegawai Daerah Kubang Pasu hari ini telah mengadakan Lawatan Kerja & Tinjauan Keselamatan di Kompleks ICQS BKH. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD) Kubang Pasu, beliau telah mengadakan program ini bagi melihat dengan lebih dekat pengoperasian di kompleks tersebut, termasuklah mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkaitan isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh seluruh warga kerja di Kompleks ICQS BKH. Beliau telah diberikan taklimat oleh MKN Kedah berkaitan pengurusan sempadan darat Malaysia-Thailand secara am, Pengoperasian Kompleks ICQS BKH secara umum oleh Ketua Imigresen ICQS BKH serta taklimat berkenaan Keselamatan Perlindungan oleh CGSO ICQS BKH. PengurusanKeselamatan PintuSempadanDarat AntarabangsaJadi Tumpuan 14 Mac 2023 Penaiktarafan Kompleks ICQS BKH baharu ini telah siap sepenuhnya pada tahun 2018 untuk menampung jumlah aliran keluar masuk individu, kenderaan persendirian serta kenderaan perdagangan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa BEBENANG | EDISI 2023 9


Delegasi yangdiketuai oleh Senior Col. OkanPunyasaran, TimbalanPengarah TMBCO DatukRodzi semasa tinjauandi sempadan Malaysia-Thailand Alor Setar - Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada ThailandMalaysia Border Coordination Office (TMBCO) di pejabat MKN Kedah. Pertemuan yang diadakan ini memberi ruang dan peluang kepada wakil kedua-dua negara membangkitkan isu dan permasalahan yang timbul terutamanya yang melibatkan jenayah rentas sempadan berkait permintaan ketum dan ganja yang masih tinggi di kawasan sempadan. Delegasi yang diketuai oleh Senior Col. Okan Punyasaran, Timbalan Pengarah TMBCO telah meluangkan masa hampir 1 jam di pejabat MKN Kedah dalam sesi lawatan kerja beliau ke negeri ini. Pertemuan ini akan terus mengeratkan hubungan di antara kedua pihak yang dijangka memberi manfaat besar dalam pengurusan keselamatan di sempadan kedua negara. Bukit Kayu Hitam - YBhg. Datuk Rodzi Md Saad, Mantan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, telah menjalankan tinjauan keselamatan di Pintu Masuk Antarabangsa Bukit Kayu Hitam (PMA BKH) pada 31 Mac 2023. Tinjauan ini bagi melihat situasi semasa di PMA BKH yang juga merupakan pintu masuk perdagangan utama yang menghubungkan Malaysia dan negara jiran, Thailand. Tinjauan ini turut mengenalpasti ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi menjadikan lokasi berkenaan sebagai lokasi tarikan pelancong ke negara ini. Meskipun begitu, aspek keselamatan tidak akan diabaikan dalam usaha membangunkan elemen pelancongan di lokasi ini khususnya berkait keselamatan sempadan. Tinjauan turut meliputi sekitar kawasan Zon Bebas Cukai dan Bazar Bukit Kayu Hitam. MKN Kedah mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Polis Balai ICQS Bukit Kayu Hitam yang telah terlibat secara langsung sepanjang tinjauan tersebut diadakan. KerjasamaDuaNegara FokusKeselamatan SempadanDarat Antabangsa AspekPembangunanPelanconganPerlu Seiringdengan ElemenKeselamatan15 Mac 2023 31 Mac 2023 BEBENANG | EDISI 2023 10


Statistik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015 mendedahkan satu per tiga rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas berdepan masalah mental. Pada tahun 2019 pula, KKM telah merekodkan sebanyak 2.3% orang dewasa dan 9.5% kanak-kanak berusia 10-15 tahun mengalami masalah mental dan KKM mengunjurkan peratusan tersebut dijangka akan terus meningkat. Bicara Eksekutif; MindaSihat NegaraMakmur20 Mac 2023 BEBENANG | EDISI 2023 11


Profesor Dr. Huzili Hussinberkongsipengalamandan memberi kesedaran kepadapeserta tentangpentingnya kesihatan mentaldalam kehidupan seharian. Alor Setar - Mutakhir ini, banyak kejadian jenayah kejam yang berlaku di negara kita kebanyakannya berkait dengan kesihatan mental si pelaku. Untuk rekod, masalah kesihatan mental menunjukkan trend peningkatan dengan statistik individu yang mendapatkan sokongan menerusi Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) meningkat lima kali ganda berbanding 2020. Melihat perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya, MKN Kedah mengambil inisiatif untuk menyebarluaskan kesedaran peri pentingnya menjaga kesihatan mental ini dengan penganjuran program Bicara Eksekutif; Minda Sihat Negara Makmur. BEBENANG | EDISI 2023 12 Pelaksanaan program ini juga adalah salah satu inisiatif dalam menyokong Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 melalui Teras 8: Keselamatan Rakyat, iaitu pendekatan keselamatan berpaksikan insan (people centric security) dan juga bertepatan dengan Matriks Keselamatan Negara di bawah pengukuhan kesihatan minda dan ketahanan rakyat. Seramai 150 orang peserta dari pelbagai agensi dan jabatan telah menghadiri program yang diadakan di Auditorium Wisma Persekutuan Anak Bukit, Alor Setar ini. Membawakan tajuk ‘Pengaruh Kesihatan Mental Terhadap Kemakmuran Negara’, Profesor Dr. Huzili Hussin, Pensyarah Psikologi Kaunseling, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) telah diundang untuk berkongsi pengalaman dan memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya kesihatan mental dalam kehidupan seharian. Pada tahun 2021, sebanyak 212,319 panggilan diterima oleh MHPSS berbanding pada tahun 2020 dengan hanya 44,061 panggilan.


BEBENANG | EDISI 2023 13 Jumlah kes bagi tahun 2021 menunjukkan peningkatan ketara iaitu sebanyak 81 peratus berbanding tahun 2020 (Berita Harian, Oktober 10, 2022). Tingkah laku bunuh diri menunjukkan kadar membimbangkan dan kita belum pasti perangkaan bagi tahun 2022. Lebih dari itu, masalah kesihatan mental kini turut menular kepada golongan kanak-kanak. Seorang daripada 20 orang kanak-kanak berusia 5 hingga 9 tahun di Malaysia kini mengalami gangguan mental. Kini KKM telah merekodkan 424,000 kanak-kanak di Malaysia disahkan mengalami masalah mental. UNICEF turut merekodkan 12.3 % remaja 10-17 tahun yang mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang mengalami masalah kesihatan mental dan cenderung untuk membunuh diri (Harian Metro, Mac, 18, 2023). Pada 18 Jun 2022, Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteres menyatakan hampir 1 billion penduduk dunia mengalami masalah mental. Natijahnya, isu kesihatan mental menjadi antara punca utama yang menjejaskan kesejahteraan fizikal dan sosial seseorang individu. Most Viewed Article 2 0 2 3 Bukan itu sahaja, isu kesihatan mental dan tekanan emosi dalam kalangan rakyat perlu dipandang serius berikutan ia memberi pelbagai kesan buruk kepada negara. Isu kesihatan mental yang kini melibatkan pelbagai lapisan masyarakat merangkumi semua domain iaitu biological, psikologikal, sosial dan spiritual. Isu ini tidak boleh dipandang enteng dan usaha untuk mengesan, mencegah dan bertindak balas perlu dilaksanakan secara serius. Daripada 9 teras Dasar Keselamatan Negara 2021-2025, isu kesihatan mental ini merujuk kepada Teras yang ke-8 iaitu Keselamatan Rakyat dan salah satu daripada 153 item dalam Matriks Keselamatan Negara adalah Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat. Masalah kesihatan mental serta tekanan emosi antara isu kesihatan awam yang menjadi semakin penting terutamanya selepas pandemik COVID-19. Hal ini dibuktikan apabila masalah kesihatan mental menunjukkan peningkatan dengan statistik individu yang mendapatkan sokongan menerusi Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) iaitu inisiatif di bawah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meningkat lima (5) kali ganda bagi tahun 2022 berbanding tahun 2020 (Berita Harian, Oktober 10, 2022). Statistik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015 mendedahkan satu per tiga rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas berdepan masalah mental. Pada tahun 2019 pula, KKM telah merekodkan sebanyak 2.3% orang dewasa dan 9.5% kanak-kanak berusia 10-15 tahun mengalami masalah mental dan KKM mengunjurkan peratusan tersebut dijangka akan terus meningkat. Permasalahan kesihatan mental di Malaysia turut dikaitkan dengan tingkah laku bunuh diri di mana terdapat 1,142 kes dilaporkan pada tahun 2021 dan 631 kes dilaporkan pada tahun 2020. KesihatanMentaldi MalaysiaSemakin Membimbangkan Disediakan oleh: Raihan Mokti Penulis Puan Raihan Mokti Penolong Pengarah Keselamatan Daerah MKN Kedah www.mkn.gov.my/web/ms/2023/04/13/kesihatan-mental-di-malaysia-semakin-membimbangkan/


BEBENANG | EDISI 2023 14 MantanPegawai Daerah Langkawi, YBhg. Dato’ HajiAbdul Gafar Yahya Perbincangan ahli mesyuaratbersama YangBerhormat Dato' Haji NorizanKhazali, SetiausahaKerajaan NegeriKedah Langkawi - Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria telah mengadakan kunjung hormat kepada mantan Pegawai Daerah Langkawi, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya dalam rangka lawatan kerjanya di daerah tersebut. Pertemuan di antara kedua pihak telah membincangkan beberapa isu setempat berkait keselamatan secara keseluruhannya. Langkawi - Sesi libat urus Yang Berhormat Dato' Haji Norizan Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah bersama Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN, JPM) telah diadakan pada 4 April yang lepas bertempat di Wisma Darul Aman bagi membincangkan projek berkaitan penzahiran kedaulatan negara di negeri Kedah. Sesi libat urus ini antara lain berupaya meningkatkan komunikasi strategik di antara MKN bersama Kerajaan Negeri terutamanya dalam merangka dan menguruskan aspek keselamatan di negeri Kedah. Hadir mewakili MKN, JPM pada sesi ini ialah Pengarah, Bahagian Pembangunan Keselamatan (BPK), Tuan Ir. Rudy Amir, Ketua Penolong Pengarah BPK, Encik Khaiful Razak, dan Penolong Pengarah, Bahagian Keselamatan dan Kedaulatan Maritim (BKKM), Dr. Abdul Rashid Abdul Hamid. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Kubang Pasu, Encik Muhammad Mahazi Haji Ibrahim dan mantan Pegawai Daerah Langkawi, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya. Inisiatif pertemuan kedua-dua pihak ini diharapkan akan dapat mengekalkan kerjasama baik yang sekian lama terjalin dan sinergi sebegini menggambarkan kesungguhan kedua pihak dalam menitikberatkan aspek keselamatan dalam setiap hal dan perancangan. Kerjasama erat di antara agensi persekutuan dan negeri akan terus mengukuhkan tahap keselamatan dan keyakinan rakyat terhadap keupayaan agensi dalam melindungi dan memastikan keadaan negeri kekal aman dan sejahtera. Pertemuan turut dihadiri Penolong Pengarah (Tentera) MKN Kedah, Mejar Zamri Moin dan Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Langkawi, Encik Mior Ahmad Shah Mior Shahidin. KunjunganHormatPengarah KeselamatanNegeriKedahKepada MantanPegawaiDaerahLangkawi SinergiAntara PersekutuanDan NegeriPerkukuhElemen Keselamatan 5 April 2023 4 April 2023


15 Tujuan diadakan adalah untuk mendekati golongan kanak-kanak yang teraniaya dan terabai oleh keluarga masing-masing. Selain itu, program ini juga memberi ruang dan galakan kepada warga MKN Kedah untuk memahami dan mendekatkan diri dengan kerja-kerja sosial bagi membentuk masyarakat madani, bersesuaian dengan Matriks Keselamatan Negara: Memelihara Fabrik Sosial di bawah Teras Keenam: Keadilan Sosial, Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025. PengarahKeselamatan NegeriKedah, Encik MohdZawawi ZakariadanPengarah Maritim Negeri, LaksamanaPertamaRomli Mustaffa menyampaikan sumbangan raya IHYA’RAMADAN Padang Terap - Program ini merupakan usaha MKN Kedah dalam menyantuni rakyat serta mewujudkan perhubungan erat antara MKN Kedah bersama penduduk setempat melalui aktivitiaktiviti kebajikan dan semangat gotong royong berasaskan kepada konsep Community Based Security Management (CBSM). Peluang mendekati masyarakat ini juga memberi kesempatan untuk menilai keperluan dan bantuan yang boleh disalurkan oleh agensi-agensi yang berkaitan dengan berpandukan kepada Teras Keadilan Sosial sebagaimana digariskan di dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021 - 2025. Kubang Pasu - Bersempena dengan Ramadan, MKN Kedah mengambil peluang untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan menganjurkan satu majlis berbuka puasa di Masjid Ar-Rahmaniah Kampung Tanjung, Mukim Jeram, Kubang Pasu. Program berkonsepkan gotongroyong bersama ahli jawatankuasa dan penduduk tempatan itu dihadiri penduduk kampung seawal jam 4.00 petang sehingga selesai terawih pada malamnya. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah mantan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, YBhg. Datuk Haji Rodzi Md Saad yang turut menyampaikan sumbangan berupa sebuah motorsikal Modenas Kristar untuk kegunaan masjid. Turut hadir, Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria dan Imam Masjid, Tuan Haji Ibrahim Lebai Hashim. Langkawi - MKN Kedah turun ke lapangan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi memantau aktiviti maritim di sekitar perairan Langkawi tempoh hari. Pemantauan yang dilakukan ini bertujuan meninjau lokasilokasi tumpuan aktiviti jenayah yang dilakukan oleh komuniti maritim khususnya melibatkan penyeludupan kontraban dan pencerobohan sempadan perairan negara selain memberi pendedahan kepada pegawai MKN mengenai kesungguhan dan komitmen agensi dalam mengawal sempadan negara meskipun menjalani ibadah puasa Ramadan. Sepanjang aktiviti ini, MKN Kedah dan APMM berkesempatan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada komuniti nelayan yang ditemui di sekitar pulau. Kerjasama dan perhubungan erat di kalangan agensi dan komuniti ini penting dalam membantu perkongsian maklumat dan memastikan keselamatan maritim negara sentiasa terpelihara. Pokok Sena - MKN Kedah dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah hari ini menganjurkan Program ‘Sedetik Bersama, Selangkah ke Hati’ 2023 bertempat di Rumah Kanak-kanak Pokok Sena (RKKPS), dekat sini. MKNKedahTurunPadang SantuniMasyarakat IftarRamadanKPKNBersama KariahJeram 10 April 2023 10 April 2023 Komuniti Nelayan Di Langkawi Terima SumbanganRayaAPMMdanMKNKedah Kanak-kanakTerabaiDirai SempenaBulanRamadan 9 April 2023 5 April 2023


BEBENANG | EDISI 2023 16 PERMAINAN PERMAINAN P A P A N Bentuk mindakeselamatan Pendekatan baharu dan perkongsian yang disampaikan secara santai ini berjaya menarik minat peserta dan seterusnya membuka mata mereka mengenai ancaman keselamatan yang kini bukan lagi bersifat tradisional. Mengambil kira ancaman keselamatan tidak lagi hanya bersifat tradisional seperti sebelum ini, pendekatan memahamkan dan merakyatkan isu keselamatan juga perlu seiring dengan perkembangan tersebut. Program permainan papan yang berkonsep santai dan berimpak tinggi yang diperkenalkan sepanjang tahun 2023 telah mendapat reaksi pelbagai dan amat positif. Cartographer, CS Files, Pandemic, Flashpoint: South China Sea, Letters from Whitechapel dan Ponzi Scheme merupakan antara permainan papan yang kerapkali digunakan telah memberi manfaat kepada peningkatan pemahaman mengenai Sembilan (9) Teras Keselamatan di dalam Dasar Keselamatan Negara 2021 -2025 meliputi Teras Keselamatan Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah, Tadbir Urus yang Baik, Keutuhan Ekonomi, Keadilan Sosial dan Keselamatan Rakyat.


BEBENANG | EDISI 2023 17 Pendidikan dan pemahaman isu keselamatan yang cuba diterapkan melalui program ini bermanfaat dalam merangsang pemikiran kritis, sifat bekerjasama dan bertanggungjawab secara kolektif serta kesedaran sosial mengenai isu keselamatan dalam setiap perkara di sekeliling kita. Sebagai contoh, permainan Pandemic memberi peluang kepada pemain untuk terlibat secara aktif dalam membuat keputusan penting dan menerima impak langsung samada positif mahupun negatif daripada keputusan yang dipilih. Sebahagian permainan papan yang digunakan sepanjang tahun ini. Program ini akan terus diusahakan sebagai kaedah baru untuk mendekati masyarakat dalam isu keselamatan. Meskipun pendekatan programnya berbeza dari yang biasa dilaksanakan sebelum ini, namun ia dilihat lebih mudah diterima dan difahami khususnya di kalangan generasi muda yang sukakan kepada pembaharuan dan aktiviti santai menyeronokkan.


BEBENANG | EDISI 2023 ANNUAR MOHD NURUL HASRI NURUL WATI WAN AKMAL IRSYAD NURSYAFAWATI MUHD SYAFIQ ZALEHA ROSHILA NOOR NOOR ZURAIMY FARAH JULIANA MOHD SHAHER SYARIFAH SUKAINAH HAMZI SHAINI CHE NUR SYAFIQKAH RAKIB SHARIDA A'INA NOR AZEAN MARDIANA Aidilfitri S E L A M A T H A R I R A Y A | M A A F Z A H I R B A T I N PHOTO BY MOHD BADRUL PRODUCTION HOUSE MBA PHOTOGHAPHY DIRECTOR OF PHOTOGRAPHY MOHD ZAWAWI COORDINATOR ANNUAR / CHE NUR SYAFIQKAH CAST ANNUAR ROSHAD MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, NEGERI KEDAH M E N G U C A P K A N MOHD ZAWAWI BAKHTIAR EFFENDY MIOR AHMAD SHAH MOHD NURUL HASRI DSP ABDUL SAMAD MEJAR ZAMRI NURUL WATI RAIHAN ANNUAR WAN AKMAL IRSYAD CHE NUR SYAFIQKAH NURSYAFAWATI MUHD SYAFIQ ZALEHA SHARIDA RAKIB NOOR ZURAIMY A'INA ROSHILA NOOR FARAH JULIANA MOHD SHAHER NOR AZEAN MARDIANA SYARIFAH SUKAINAH HAMZI SHAINI NUR AISYAH 1 S Y A W A L 1 4 4 4 H


BEBENANG | EDISI 2023 19 Sungai Petani - Mengambil konsep kebersamaan dalam pasukan, MKN Kedah telah menganjurkan satu program pengukuhan pasukan melibatkan wakil MKN Kedah, MKN Perlis dan MKN Pulau Pinang yang telah diadakan di Institut Tadbiran Awam Wilayah Utara (INTURA). Bak kata pepatah, “Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai”, ia memberi gambaran paling tepat mengenai ukhuwah di kalangan anggota MKN meskipun berkhidmat di negeri yang berbeza. Sepertinya setiap helaian daun sirih, meskipun berbeza rupa, raut dan warna, keperibadiannya yang pelbagai tidak mengubah peranan dan fungsinya sebagai daun sirih. Di sisi yang lain, serumpun bak serai membayangkan serumpun serai yang mesra di antara satu dengan yang lain. Meskipun berbeza, ia tetap membentuk kesatuan yang padu dan memberi manfaat. Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu menggabungkan pelbagai peringkat jawatan untuk menjalani aktiviti bersama di dalam dan di luar INTURA. Pendekatan santai yang digunapakai memudahkan penerimaan warga MKN untuk memahami konsep kebersamaan dan kesatuan yang cuba digarap di dalam program ini. Kesemua peserta pulang membawa pengalaman berharga bersama jalinan perhubungan yang lebih erat di antara setiap MKN yang terlibat. ProgramPengukuhan PasukanMKNZonUtara 11-13 Mei 2023


T A H N I A H Terima & Kasih 30 Mei 2023 Datuk Haji Rodzi Md Saad, Mantan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, atas segala sumbangan jasa dan khidmat. Selamat Maju Jaya! BEBENANG | EDISI 2023 20


BEBENANG | EDISI 2023 21 MesyuaratKumpulanKerja JawatankuasaKerjaKeselamatan Negeri(KKJKKN)Kedah


BEBENANG | EDISI 2023 22 JawatankuasaKerja GeraksarafPerangsaraf Negeri(JKGSPSN)Kedah Definisi Definisi Sebarang usaha yang dirancang dan dilaksanakan secara berterusan terhadap individu atau kumpulan tertentu dengan tujuan mempengaruhi pemikiran dan perilaku individu dan kumpulan berkenaan supaya selari dengan kepentingan dan matlamat negara Tindakan-tindakan yang diambil dalam bidang komunikasi, politik, sosioekonomi, pentadbiran, kepolisan, dan ketenteraan khas untuk mempengaruhi musuh supaya bertindak selari dengan kepentingan negara


BEBENANG | EDISI 2023 23 MesyuaratJawatankuasa PerancangGerakanNegeri (JPGN)Kedah Jawatankuasa yang dianggotai oleh agensi penguatkuasa antaranya, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berperanan untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan gerakan keselamatan di peringkat negeri.


BersamaKomuniti RukunTetangga Sembang Muhibah BEBENANG | EDISI 2023 24 Sebagai contoh, kebimbangan tersebut disuarakan oleh wakil KRT Kota Setar yang merasakan bahawa pihak kerajaan seolah-olah tidak memandang serius dengan peningkatan jumlah warga asing di dalam negara. Selain itu, wakil KRT di Seberang Kota, Kuala Kedah menyuarakan kebimbangan mengenai ancaman jenayah di laut dan juga bencana alam memandangkan lokasi penempatan mereka terletak berhampiran persisiran pantai. Program yang dianjurkan telah membolehkan agensi kerajaan mendengar keluh kesah dan kebimbangan masyarakat Kedah - MKN Kedah dengan kerjasama Jabatan Penerangan (JAPEN) dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah menganjurkan beberapa siri Program Sembang Muhibah Bersama Komuniti Rukun Tetangga (KRT). Intipati dalam program yang diadakan ini adalah perkongsian mengenai isu-isu keselamatan dan Dasar Keselamatan Negara 2021- 2025. Menggunakan pendekatan santai, MKN Kedah berjaya menarik minat pendengar yang hadir mengenai isu-isu keselamatan setempat dan memberi penekanan terhadap peranan komuniti dan konsep tanggungjawab bersama dalam isu keselamatan yang tidak harus bergantung kepada pihak berkuasa semata-mata. Malah, peserta yang hadir sempat menyatakan kebimbangan mereka mengenai beberapa isu keselamatan setempat yang perlu diberikan perhatian bersama. Antara isu yang seringkali menjadi pertanyaan dan perhatian masyarakat adalah isu lambakan warga asing yang semakin membimbangkan di beberapa lokaliti di negeri ini. seterusnya memberi peluang kepada pihak jabatan menjelaskan tindakan yang telah diambil terhadap isu yang dibangkitkan. Hal ini penting bagi memastikan masyarakat sentiasa maklum tentang peranan dan keberadaan agensi kerajaan dalam mendepani isu keselamatan di negeri ini. MKN Kedah juga sempat berpesan agar KRT terus menjadi mata dan telinga di peringkat akar umbi masyarakat dalam menjaga perpaduan kaum di negara ini. Harus diakui, KRT berperanan penting sebagai ‘orang tengah’ atau perantara dalam membantu mengenalpasti isu komuniti setempat khususnya melibatkan soal perpaduan, keharmonian dan keselamatan. Pendekatan Santai Tarik Minat Masyarakat CaknaIsuKeselamatan


BEBENANG | EDISI 2023 25 PemikiranStrategik:PembentukanMinda KeselamatanBersamaPelajarAkademiDarulIftak 11 Jun 2023 Sungai Petani - MKN Kedah telah mengadakan Program Pemikiran Strategik DKN 2021- 2025: Pembentukan Minda Keselamatan Bersama Pelajar Akademi Darul Iftak, dekat sini. Program yang telah menghimpunkan seramai 60 orang pelajar akademi itu bermula dengan perkongsian oleh Sheikh Hakimin Hassan, Penolong Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, dengan tajuk 'Khurafat dan Ancaman Kepada Keselamatan Negara'. Selain berkongsikan mengenai amalan karut dan tahyul yang masih diamalkan sesetengah individu Islam, isu ketaksuban kepada sesuatu pegangan juga dibangkitkan sebagai satu ancaman senyap di dalam masyarakat yang mampu memberi kesan kepada keamanan negara. Seterusnya, para pelajar didedahkan dengan aktiviti permainan papan yang dilihat berjaya menerapkan konsep dan elemen keselamatan secara santai dan mudah difahami oleh kelompok pelajar ini. Teras keselamatan berkait Pembangunan Mampan, Keutuhan dan Kedaulatan Wilayah dan Keadilan Sosial merupakan antara yang diperjelaskan di dalam sesi ini, sesuai dengan kelompok peserta yang terlibat. Turut hadir dalam program ini ialah Encik Mohd Zawawi Zakaria, Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Ustaz Wadi Annuar, Pengasas Akademi Darul Iftak, dan Ustaz Annuar Faiz Mohd Desa, Pegawai Akademik Akademi Darul Iftak. Ustaz WadiAnnuar,PengasasAkademi Darul Iftak


Encik Mohamad HermanRoslan, EXCO Persatuan Sejarah Malaysia CawanganKedah (PSMCK) Pengarah Jabatan Mineraldan Geosains (JMG) NegeriKedahbersamaPengarahKeselamatan NegeriKedah semasa tinjauan keselamatandi lokasiperlombongan haram unsur nadirbumi (REE) TiadaMasaDepanTanpaHariKelmarin BEBENANG | EDISI 2023 26 12 Jun 2023 12 Jun 2023 ‘Sejarah Kedah Yang Dilupakan’ Tinjauan KeselamatanDi KawasanUnsur NadirBumi 19 Jun 2023 Alor Setar - Mutakhir ini, seiring kecanggihan teknologi dan daya kepantasan menerobos setiap ruang media warga maya, usaha menyampaikan sesuatu maklumat dengan pantas dan berkesan adalah sesuatu yang tidak mustahil lagi. Bahkan, harus diakui, kehidupan warga dilihat lebih banyak diisi di ruang maya berbanding di luar sana. Namun, dalam menerima sesuatu yang dikongsikan, kita sebenarnya telah lama diperingatkan supaya bersikap berhati-hati dengan meneliti dan mencari bukti atas apa jua yang disampaikan. MKN Kedah mengambil peluang untuk menjemput Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) ke pejabat untuk mendapatkan pandangan dan perkongsian berkaitan asal usul negeri Kedah dan kedaulatannya dari sudut pandang sejarawan yang sememangnya menarik untuk diketahui umum. Mengambil kira perkongsian pengetahuan dan kepakaran setiap wakil yang dijemput, perbincangan yang telah dilaksanakan sedikit sebanyak membuka minda dan buah fikiran dalam mendepani cabaran dan isu-isu yang berkaitan. Sik - Isu berkaitan perlombongan haram unsur nadir bumi (REE) di Kedah merupakan isu yang tidak asing lagi. Sekiranya isu REE ini tidak ditangani dengan baik, MKN Kedah melihat isu REE ini berpotensi untuk mewujudkan risiko & ancaman keselamatan. MKN Kedah berpendapat Prosedur Operasi Standard (SOP) perlombongan REE perlu dimuktamadkan terlebih dahulu sebelum kebenaran melombong diberikan kepada mana-mana pihak. SOP berkenaan perlu mengambil-kira pandangan semua pihak berkepentingan, bagi memastikan segala ruang kewujudan risiko dan ancaman keselamatan dapat dikekang. “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan” - Al-Hujurat, Ayat 6


BEBENANG | EDISI 2023 27 KedaulatandanKeutuhanWilayah: PembinaanTuguBenderadiPulau TidakBerpenghunidiLangkawi 27 Jun 2023 Langkawi - Dengan matlamat menjaga kedaulatan dan keutuhan wilayah negara, MKN Kedah turun ke daerah Langkawi untuk meninjau serta mengenal pasti pulau-pulau di sekitar perairan Langkawi untuk projek pembinaan tugu bendera Malaysia. Tujuan pembinaan tugu tersebut adalah bagi menzahirkan kedaulatan negara agar tiada lagi tuntutan yang boleh dilakukan oleh mana-mana entiti terhadap pulau-pulau di dalam negara ini samada pada ketika ini mahupun di masa akan datang. Pengalaman lalu harus menjadi pengajaran dalam usaha memelihara kedaulatan negara ini. Malah, binaan tersebut juga dijangka mampu menjadi tarikan kepada pelancong yang menjalankan aktiviti air di sekitar pulau berkenaan selain bertujuan menerapkan rasa cinta terhadap negara. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah mantan Pegawai Daerah Langkawi, YBhg. Dato' Haji Abdul Gafar Yahya, Penghulu Mukim Ayer Hangat, Encik Abdul Azim Mahmud, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Keselamatan MKN JPM, Encik Khaiful Razak, dan Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Kedaulatan Maritim MKN JPM, Dr. Abdul Rashid Abdul Hamid. Dato’ HajiAbdul Gafar semasa sesi lawatan tapakdipulau-pulau sekitarperairan Langkawi


Pengurusan Keselamatan BerasaskanKomuniti: K E S E L A M A T A N N E G A R A T A N G G U N G J A W A B B E R S A M A Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti atau Community Based Security Management (CBSM) bukanlah perkara baru yang diperkenalkan dalam usaha memelihara keselamatan negara. Konsep ini telah diterapkan di negara ini sejak zaman komunis lagi apabila komuniti memainkan peranan bersama-sama dengan agensi keselamatan negara dalam usaha menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Bahkan, konsep ini juga digunapakai di banyak negara luar. Dengan penerapan tanggungjawab setiap anggota masyarakat untuk berganding bahu mengambil tahu dan peka terhadap keselamatan sekeliling, maka, peranan komuniti itu dapat diperkasakan sepenuhnya dalam menghadapi cabaran melindungi masyarakat. BEBENANG | EDISI 2023 28


BEBENANG | EDISI 2023 29 Keselamatan Menyeluruh adalah suatu usaha berterusan yang seimbang, bersepadu dan terintegrasi di setiap peringkat pentadbiran kerajaan dan struktur masyarakat serta merentas semua bidang bagi tujuan memastikan negara terpelihara dari sebarang ancaman dalaman dan luaran demi menjamin Persekutuan Malaysia kekal berdaulat, aman dan sejahtera. K e s e l a m a t a n M e n y e l u r u h C O M S E C C o m p r e h e n s i v e S e c u r i t y Justeru, pemahaman mengenai konsep Keselamatan Menyeluruh harus difahami oleh setiap kelompok masyarakat bagi menyedarkan bahawa tidak ada sesuatu yang berlalu di sekeliling mereka yang tidak berkait dengan keselamatan. Malah, Sembilan Teras Keselamatan di dalam Dasar Keselamatan Negara 2021 - 2025 merupakan bukti nyata mengenai perkara ini dan menjelaskannya dengan terperinci. Dari celik mata sehingga pejam mata, dari hal sejarah yang telah berlalu sehinggalah kepada hal masa depan, bermula diri sendiri kemudiannya kepada keluarga, komuniti masyarakat dan negara secara keseluruhannya, dari perihal ekonomi, sosial, politik, budaya dan pendidikan, dari kelompok bayi sehingga usia yang paling tua, isu keselamatan sebenarnya terangkum dan memberi kesan langsung kepada setiap yang berlaku di sekeliling kita. - Dasar Keselamatan Negara 2021-2025


EncikBakhtiar Effendy Khalidbersama Encik MohamadRizal MohamadRadzi Pokok Sena - Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid telah mengadakan kunjung hormat kepada Encik Mohamad Rizal Mohamad Radzi, Pegawai Daerah Pokok Sena di pejabat beliau, dekat sini. Sesi kunjungan hormat ini diadakan sempena dengan pelantikan Encik Mohamad Rizal sebagai Pegawai Daerah Pokok Sena yang baharu. Pertemuan di antara kedua pihak ini juga telah membincangkan beberapa isu setempat berkait keselamatan secara keseluruhannya. Kerjasama erat di antara agensi persekutuan dan negeri akan terus mengukuhkan tahap keselamatan dan keyakinan rakyat terhadap keupayaan agensi dalam melindungi dan memastikan keadaan negeri kekal aman dan sejahtera. Pos Gabungan ini melibatkan operasi kawalan keselamatan secara bersama di antara pasukan keselamatan Malaysia dan Thailand, yang ditempatkan di dalam satu lokasi yang sama. TinjauanKeselamatankePos GabunganMalaysia-Thailand,Bt. 36,OpKotaBravo,PadangTerap 6 Julai 2023 KunjunganHormatKetuaPenolongPengarahMKN KedahKepadaPegawaiDaerahPokokSena 11 Julai 2023 BEBENANG | EDISI 2023 30


BEBENANG | EDISI 2023 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa lebih kurang satu jam beramah mesra bersama warga Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) PDRM di Batalion 2, Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim Kedah. Program yang bermula pada jam 5.30 petang ini dihadiri oleh lebih kurang 1000 orang pegawai dan anggota dari seluruh elemen dibawah JKDNKA PDRM. Sebagai usaha menjamin kesejahteraan dan keselesaan anggota yang bertugas menjaga keselamatan negara, Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (DKN). Selain itu, YAB Perdana Menteri turut menyampaikan wang saguhati kepada anak-anak warga PGA Kulim yang memperolehi keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini. Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Zuki Ali, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, YM Raja Dato' Nushirwan Zainal Abidin, Ketua Polis Kedah, YDH CP Dato' Fisol Salleh dan dif-dif jemputan. MALAYSIAMADANI YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam 15 Julai 2023 KetuaPengarahKeselamatan Negara, YM Raja Dato' Nushirwan ZainalAbidinbersama YAB Datuk SeriAnwar Ibrahim


S E L AMA T D A T A N G Lawatan Kerja YM Raja Dato’ Nushirwan Zainal Abidin, Ketua Pengarah Keselamatan Negara ke Pejabat MKN Kedah. 3 Ogos 2023 BEBENANG | EDISI 2023 32


BEBENANG | EDISI 2023 33 Langkawi - Profesion atau kerjaya sebagai penyelamat pantai bukanlah kerjaya yang popular di negara kita. Malahan, ramai dari kalangan kita masih belum mempunyai kesedaran yang tinggi tentang keselamatan ketika beriadah di pantai. Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Langkawi telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan peranan penyelamat pantai dengan menganjurkan program Langkawi Lifeguard Challenge 2023. KunjunganHormatKepada KomandanKolejTenteraUdara LangkawiLifeguard Challenge2023 DasarKeselamatan Negara2021-2025 DikongsiBersama 8 Ogos 2023 18 Ogos 2023 18 Ogos 2023 PerjumpaanPengarahKeselamatanNegeriKedah BersamaTimbalanKetuaPengarahKeselamatan Negara(KeselamatanStrategik) 10 Ogos 2023 Alor Setar - Mengambil inisiatif menjalinkan hubungan lebih erat di antara kedua agensi keselamatan di negeri ini, Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria telah mengadakan kunjungan hormat kepada Komandan Kolej Tentera Udara (KTU), Brigedier Jeneral Ramli Mohd Abd Jabar. Program ini disertai seramai 150 orang kakitangan APM dari seluruh negeri Kedah dan juga wakil dari hotel-hotel di Langkawi ini tidak hanya menumpukan kepada asas teori penyelamatan pantai semata-mata tetapi juga demonstrasi dan latihan secara fizikal. MKN Kedah berpeluang untuk menyampaikan sedikit perkongsian kepada peserta program mengenai isuisu keselamatan semasa dan juga peranan komuniti dalam mengekang masalah keselamatan sosial. Perkongsian telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid. Changlun - Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Program Transformasi Minda (PTM) untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai dan kakitangan di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Seramai 105 pegawai dan kakitangan lantikan baharu UUM telah menyertai program tersebut. Bersesuaian dengan tujuan program diadakan, MKN Kedah telah dijemput untuk memberi perkongsian mengenai keselamatan dalam konteks negeri Kedah. Perkongsian disampaikan oleh Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria. Langkawi - Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), CP Dato' Haji Baharuddin Haji Ahmad mengadakan pertemuan bersama Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria dalam satu siri lawatan kerja beliau ke Pulau Langkawi. EncikBakhtiar Effendy (tengah)bersama Kapt.(PA)AhmadShahfikriBin Darus,PegawaiPertahanan Awam Daerah Langkawi(kanan) semasaprogram Langkawi Lifeguard Challenge 2023


Nilai-nilai teras keselamatan negara merupakan nilai yang perlu dipelihara, dikekalkan dan diperkukuhkan bagi menjamin kelangsungan Persekutuan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, aman dan sejahtera. NilaiTeras 9KeselamatanNegara BEBENANG | EDISI 2023 34


RingankanBeban, BantuanDihulurkan SambutanBulan KemerdekaanPeringkat MKNKedah 28 Ogos 2023 KunjunganHormatPengarahKeselamatan NegeriKedahKepadaPanglima6Briged 28 Ogos 2023 Sungai Petani - Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria hari ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada Panglima 6 Briged Infantri Malaysia, Brig. Jen. Saipol Anuar Jaafar di pejabat Panglima bertempat di Markas 6 Briged, Sungai Petani. Dalam pertemuan tersebut, Panglima telah diberikan taklimat ringkas mengenai peranan beliau sebagai Pengerusi Bersama Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri (JPGN) Negeri Kedah bersamasama Ketua Polis Kedah. Jawatankuasa ini berperanan merancang, menyelaras dan melaksanakan gerakan keselamatan di negeri Kedah. Kedua-dua pihak juga berkesempatan berkongsikan pandangan dan membincangkan isu yang menjadi tumpuan iaitu jenayah rentas sempadan dan kebolosan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sempadan negara. Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pengarah Keselamatan Negeri Perlis, Encik Arif Helmi Junid. Tular di media sosial mengenai adik Aziana Shaari, 19 tahun, yang lumpuh sejak berumur 9 tahun akibat ditimpa runtuhan dinding konkrit rumah yang mencederakan tulang belakang beliau. Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria terpanggil untuk menziarahi keluarga ini susulan perkhabaran hasil daripada mesej yang tular tersebut. Pertemuan ini telah diatur dengan bantuan Penghulu Mukim Pinang Tunggal, Encik Yusuf. MKN Kedah telah sudi menghulurkan bantuan berupa wang tunai bagi meringankan sedikit sebanyak urusan harian keluarga adik Aziana. 28 Ogos 2023 BEBENANG | EDISI 2023 35 Panglima6BrigedInfantri Malaysia,Brig. Jen. SaipolAnuar Jaafar semasa menerima kunjunganPengarah Keselamatan NegeriKedahdanPerlis


BEBENANG | EDISI 2023 36 TinjauanKeselamatanPengarahBahagian PembangunanKeselamatan(BPK),MKNJPM KePagarSempadan,BukitKayuHitam AnalisisRisikoKeselamatanSempadanOleh KementerianPertahananMalaysiaDiKTJOpsPagarII 6 September 2023 14 September 2023 Lawatan ini bertujuan untuk melihat sebarang ruang dan peluang untuk ditambahbaik, seterusnya melancarkan operasi kawalan keselamatan di sempadan darat negara. Hadir sama dalam tinjauan ini ialah Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria, Penolong Pengarah (Tentera), MKN Kedah, Mejar Zamri Moin, wakil daripada Bahagian Pengurusan Sempadan Darat (BPSD), Majlis Keselamatan Negara, Encik Jasman Syazry Mohd Saari dan wakil daripada Markas Enam Briged, Mejar Mohamad Khairi Haji Hashim. Bukit Kayu Hitam - Delegasi dari Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Dasar & Perancangan Strategik (BDPS), Encik Azhar Mohamad Yusof telah membuat tinjauan ke kawasan operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Bukit Kayu Hitam, tempoh hari.


LawatanKerjaWakilPejabat SetiausahaKerajaanNegeriKedahKe BatuSempadan,BukitKayuHitam 20 September 2023 Tinjauan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana potensi lokasi di batu sempadan Kedah-Thailand tersebut boleh disuntik dengan elemen pelancongan yang boleh menzahirkan keutuhan Malaysia sebagai sebuah wilayah berdaulat, tanpa mengenepikan elemen keselamatan. Bukit Kayu Hitam - Tuan Haji Mohd. Tarmizi Abdul Rani, Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) mewakili Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah mengadakan lawatan dan tinjauan keselamatan ke pintu masuk antarabangsa (PMA) MalaysiaThailand di Bukit Kayu Hitam. Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh En. Badrulhisham Haji Sulaiman, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu dan En. Bakhtiar Effendy Khalid, Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah. BEBENANG | EDISI 2023 37


Alor Setar - Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria menerima kunjungan daripada delegasi PETRONAS, diketuai oleh Ketua Wilayah Tengah dan Utara, Encik Zulkifli Othman di Pejabat MKN Kedah. Selain membincangkan isu keselamatan melibatkan aset PETRONAS di negeri Kedah, wakil PETRONAS turut membentangkan cadangan untuk mengadakan Bengkel Pengurusan Bencana Zon Utara yang akan memberi tumpuan kepada penyelarasan antara agensi dan jabatan kerajaan. MKN PETRONAS 20 September 2023 MKNKedahSiasat IndividuDipercayai TekongDarat 24 September 2023 BEBENANG | EDISI 2023 38


BEBENANG | EDISI 2023 39 KeselamatanTerminal MinyakLangkawiPerlu Perhatian BersamaPempengaruh: NatashaHudsonBimbangIsuAlamSekitarLangkawi 27 September 2023 27 September 2023 Langkawi - Dalam era teknologi dan media sosial yang semakin berkembang, peranan pempengaruh dalam menyampaikan idea dan pandangan mengenai sesuatu perkara harus dimanfaatkan sepenuhnya. Dalam pertemuan bersama selebriti terkenal, Natasha Hudson yang kini banyak menumpukan masa dan usahanya untuk memberi kefahaman dan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar di Pulau Langkawi, MKN Kedah berkesempatan membincangkan mengenai cadangan bekerjasama dalam mendepani isu kelestarian alam sekitar. Langkawi - Sebagai infrastruktur yang diklasifikasikan Sasaran Penting di daerah Langkawi, isu keselamatan merupakan keutamaan dalam sesi Lawatan pemantauan keselamatan di Loji Terminal Minyak Langkawi khususnya berkait dengan operasi loji. Perhatian perbincangan telah diberikan kepada pematuhan piawai keselamatan industri minyak dan gas, penilaian risiko dan langkah-langkah pencegahan kecemasan. Turut dibincangkan ialah prosedur pemindahan dan evakuasi, pelan tindakan kecemasan dan ketersediaan pasukan penyelamat untuk bertindak dalam tempoh paling pantas sekiranya berlaku sebarang situasi. Selebritidan jugapempengaruh, Natasha Hudson menyuarakan kebimbanganbeliauberhubung isu keselamatan alam sekitardiPulau Langkawi


BEBENANG | EDISI 2023 44 SECURITY AMAZING RACE ‘23 Belajar Konsep Keselamatan Melalui Explorace Yan - MKN Kedah dengan kerjasama Majlis Daerah Yan telah menganjurkan Program Amazing Security Race 2023 bertempat di sekitar daerah Yan. Program berkonsep explorace yang julungjulung kali diadakan ini disertai seramai 70 peserta yang terdiri daripada pelajar dari sembilan (9) Institut Pengajian Tinggi di sekitar negeri Kedah. Antara tujuan lain, MKN Kedah ingin mendedahkan para peserta kepada keindahan daerah Yan dan terlibat langsung di dalam aktiviti sosioekonomi masyarakat setempat. Peserta dikehendaki menyempurnakan tugasan di tujuh (7) checkpoint yang telah disediakan oleh pihak penganjur. “ ” 5 Oktober 2023


Tugasan-tugasan yang diberikan kepada peserta merupakan refleksi kepada kesemua teras keselamatan yang terkandung di dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025. Antara tugasan menarik yang perlu dilaksanakan peserta adalah menyampaikan Sumbangan Rahmah kepada golongan kurang berkemampuan yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Yan. Aktiviti ini secara tidak langsung memupuk sifat rahmah dan semangat berkomuniti dalam kalangan peserta. Setiap checkpoint memerlukan peserta melaksanakan tugasan dan aktiviti yang berkaitan dengan sosioekonomi masyarakat setempat antaranya memproses ikan pekasam, mengerat dan membanting padi dan juga kukur kelapa. Aktiviti mengerat dan membanting padi telah mendedahkan peserta kepada sebahagian proses penghasilan makanan selain bertujuan untuk mengajar peserta menghargai perit jerih petani dalam mengusahakan sawah padi. Hadir sama dalam program ini ialah Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria, wakil Pegawai Daerah Yan, Encik Mohd Akmal Azimi, dan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Yan, Inspektor Daud Haji Arshad. Sebahagian maklum balas dari peserta Amazing Security Race 2023. - Yan - Amazing Security Race 2023 melabuhkan tirainya dengan peserta dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim dinobatkan sebagai juara keseluruhan mengatasi kesemua 14 pasukan yang bertanding. Pemenang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 beserta hamper dan sijil penyertaan. Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria dalam ucapannya melahirkan rasa teruja melihat kesungguhan dan penglibatan yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang program berlangsung. Semua peserta turut mendapat pujian daripada Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Yan, Inspektor Daud Haji Arshad apabila mereka kekal mematuhi peraturan jalan raya dan mengambil langkah berjagajaga sepanjang perlumbaan meskipun sedang mengejar masa. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada seluruh ahli jawatankuasa dari pelbagai agensi dan jabatan yang terlibat dalam menjayakan program ini. PoliteknikTuanku SultanahBahiyah, Kulimdinobatkan sebagaijuara keseluruhan 45 “Best!” “Nanti buat lagi” “Belajar benda baharu” “Susah rupanya buat bendang”


BEBENANG | EDISI 2023 40 Bukit Kayu Hitam - Pada 9 Oktober 2023, telah berlangsungnya Mesyuarat Penyelarasan Bengkel Informasi dan Kesedaran berkaitan Pengurusan Kecemasan dan Krisis di Malaysia yang bertempat di Bilik Gerakan SUK, Wisma Darul Aman. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Keselamatan Negeri Kedah tersebut turut dihadiri oleh pelbagai agensi dan jabatan yang dikenalpasti bertanggungjawab sebagai responden awal dalam menghadapi sesuatu bencana atau krisis yang berlaku di dalam negeri. Mesyuarat penyelarasan tersebut bertujuan mempersiapkan agensi dan jabatan bagi perbincangan bengkel yang akan menggunapakai konsep Table Top Exercise. Bengkel turut melibatkan kerjasama PETRONAS selaku pemilik aset yang akan digunakan dalam menghadapi situasi krisis dan ancaman yang telah dirancang. Kemampuan dan kesiapsiagaan agensi dan jabatan berkait situasi ancaman ini akan diuji sepenuhnya di dalam bengkel tersebut bertujuan untuk mengenalpasti sebarang kelemahan dan memperbaiki prosedur dan gerak kerja agensi / jabatan masingmasing. Turut hadir dalam mesyuarat sama adalah wakil pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah iaitu Encik Hazriq Zulkifli (dalam bulatan). Perbincangan Penyelarasan Bengkel Informasi dan Kesedaran Berkaitan PengurusanKecemasandanKrisisdiMalaysia 9 Oktober 2023


Tujuan jawatankuasa ini bersidang adalah untuk menyelaras dan mengkoordinasi operasi setiap jabatan di sempadan. Antara perkara yang dibincangkan adalah melibatkan jenayah rentas sempadan yang dilihat semakin meruncing. Pegawai DaerahKuala Muda, Encik Ilyas Shuib mempengerusikan mesyuarat MesyuaratJawatankuasaKerja KeselamatanDaerahKualaMuda 10 Oktober 2023 Alor Setar - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Sempadan (JKPS) telah dipengerusikan oleh Ketua Polis Kedah, YDH CP Dato' Fisol Salleh, bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Kedah. Mesyuarat tersebut dianggotai agensi dan jabatan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan kawalan sempadan negeri Kedah antaranya, Polis Kedah, Markas Briged Keenam Infantri Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Kedah, dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Kedah. KunjunganHormatPenolongPengarahKeselamatanDaerahBandarBaharu KepadaPegawaiDaerahdanKetuaPolisDaerah 17 Oktober 2023 Bandar Baharu - Sebagai key player dalam pengurusan keselamatan di daerah, hubungan erat di antara MKN Kedah dan Pegawai Daerah serta Ketua Polis Daerah merupakan faktor penting dalam memastikan sebarang isu keselamatan di daerah dapat diselaras dan dirungkai secara bersama. Kunjungan hormat oleh Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Bandar Baharu kepada kedua-dua Ketua Jabatan ini telah membuka peluang untuk berkongsi pandangan dan idea dalam merencana gerak kerja keselamatan di daerah Bandar Baharu. MesyuaratJawatankuasaKerja PenyelarasanSempadan(JKPS) 11 Oktober 2023 BEBENANG | EDISI 2023 41


able T Exercise op BEBENANG | EDISI 2023 42


Bukit Kayu Hitam - Lapan orang individu disyaki puak pelampau bersenjatakan rifle automatik telah menawan ruangan pemeriksaan penumpang bas dan pejalan kaki di Blok D, Kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam (BKH) pada 24 Oktober 2023. Puak pelampau bukan sahaja menawan blok tersebut malah menjadikan 8 orang petugas jabatan dan 24 orang awam lain sebagai tebusan. Itu merupakan senario latihan Table Top Exercise yang telah dijalankan oleh MKN Kedah dengan kerjasama Nothern Gateway Sdn. Bhd. selaku pengurus fasiliti di Kompleks ICQS BKH, tempoh hari yang bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan jabatan dan agensi dalam menghadapi sebarang insiden atau kejadian ancaman keselamatan berpandukan Arahan MKN No.18, Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan. Sungai Petani - Insiden kebocoran gas ammonia di fasiliti PETRONAS Chemicals Fertiliser Kedah Sdn. Bhd di Gurun pada hari semalam telah menjejaskan kualiti udara sejauh 7 kilometer radius dari kawasan kejadian. Penduduk di sekitar kampung berdekatan telah diarahkan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara yang dibuka sehingga insiden dikawal sepenuhnya. Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Kuala Muda telah diaktifkan sejurus menerima makluman kejadian melalui ketetapan Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20, Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara. Berikut merupakan senario Table Top Exercise yang dianjurkan oleh PETRONAS dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah yang bertempat di Purest Hotel, Sungai Petani bermula 30 hingga 31 Oktober 2023. Latihan ini berjaya menghimpunkan pelbagai jabatan dan agensi keselamatan yang bertanggungjawab untuk menguruskan kejadian bencana di negeri ini. Di dalam konteks latihan, senario ini merupakan bencana industri yang berpotensi berlaku di negeri Kedah khususnya melibatkan fasiliti berisiko tinggi. PETRONAS Disaster Management Collaborative Workshop yang bertemakan United Towards a Common Goal ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan), Majlis Keselamatan Negara, Encik Hamzah Ishak. (gambar) Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menguji tahap kesiapsiagaan jabatan dan agensi dalam menghadapi sebarang insiden atau kejadian bencana berpandukan kepada Arahan MKN No. 20. Antara jabatan dan agensi yang terlibat dalam bengkel ini adalah APM Negeri Kedah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, Markas Briged Keenam Infantri Malaysia, Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, dan Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda. Latihan yang dipengerusikan oleh Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria ini juga merupakan platform terbaik kepada semua jabatan dan agensi untuk membincangkan dan menambahbaik Perintah Tetap Operasi (PTO) jabatan dan agensi masing-masing dalam menghadapi situasi kecemasan di samping mengukuhkan hubungan di antara jabatan dan agensi barisan hadapan dalam mengurus sebarang ancaman keselamatan secara bersama. Turut hadir di dalam Table Top Exercise ini ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan), Tuan Dr. Haji Nadzman Haji Mustafa, Pengurus Fasiliti Kompleks ICQS BKH, Encik Ahmad Tarmizi Kasim dan wakil Pengarah KDNKA Bukit Aman, ACP Shaiful Azmi @ Hussein Omar. EX-ICQSBukitKayuHitam 24 Oktober 2023 30 & 31 Oktober 2023 PETRONASDisasterManagementCollaborativeWorkshop dirasmikanTimbalanKetuaPengarahKeselamatanNegara BEBENANG | EDISI 2023 43


Pertemuan turut dihadiri pegawai dari MKN Kedah dan Seksyen Kerjasama Pembangunan Sempadan Thailand (SKPST). KunjunganHormatPengarahKeselamatanNegeriKedah KepadaKonsulJeneralWilayahSongkhla 6 & 7 November 2023 Songkhla - Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria telah mengadakan kunjungan hormat kepada Konsul Jeneral Malaysia Wilayah Songkhla, Encik Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi (gambar) di pejabat beliau, di Songkhla, Thailand. Pertemuan empat mata ini merupakan pertemuan kali pertama di antara kedua-dua pihak sejak beliau dilantik sebagai Konsul Jeneral yang baharu. Alor Setar - Satu sesi kutipan data Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK) oleh Dr. Mohamed Samsudeen Sajahan, Pegawai Penyelidik UiTM Merbok melalui Perbincangan Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussion – FGD) telah diadakan di Pejabat MKN Kedah. FGD ini memberi tumpuan kepada isu miskin tegar di negeri Kedah dan melibatkan Jabatan/Agensi seperti Pejabat Pembangunan Negeri (ICU) Kedah, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zakat Kedah dan Pejabat Muafakat Komuniti Sg. Petani. IKK adalah satu ukuran yang bertujuan untuk menilai tahap keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia dan projek ini sedang dibangunkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM). Selain itu, IKK ini juga akan membantu menjadi petunjuk dan penanda aras kepada negara luar untuk membuat keputusan bagi melabur atau mengadakan sebarang program di negara ini. IKK ini akan bersandarkan kepada Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 yang menekankan bahawa keselamatan itu adalah satu pengurusan bersifat menyeluruh merangkumi semua aspek dalam kehidupan. Dalam pertemuan hampir dua jam itu, pelbagai isu keselamatan telah dibincangkan antaranya isu jenayah rentas sempadan di antara MalaysiaThailand dan isu-isu keselamatan di kawasan kedua-dua belah negara. Kunjungan ini juga dijadikan medan pertukaran informasi dan maklumat di samping mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua pihak. SesikutipandataIndeksKeselamatanKebangsaan(IKK) 19 November 2023 BEBENANG | EDISI 2023 46 EncikAhmadFahmi semasa menerima kunjungan hormat PengarahKeselamatan NegeriKedahdipejabatbeliau


PadangTerapTuanRumah SukanSempadan 23 November 2023 People to People Connectivity: Padang Terap - Na Thawi BEBENANG | EDISI 2023 47


BengkelPenetapanHala Tuju2024MKNKedah BEBENANG | EDISI 2023 48 3 Disember 2023 Kulim - Dalam pertemuan bersama Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Mohd Azizul Mohd Khairi, gambaran sebenar situasi terkini di daerah Kulim ditunjukkan melalui analisa dan statistik kes jenayah di daerah. Beliau turut berkongsi inisiatif dan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil dan sedang dirangka oleh pihak berkuasa bagi menangani isu ini. Perbincangan tertumpu untuk memperbaiki keberkesanan pencegahan jenayah, pemantauan kawasan sensitif dan peningkatan hubungan dengan komuniti setempat. Pertemuan ini memainkan peranan penting dalam mengemaskini taktik keselamatan, memupuk kerjasama antara agensi serta menyelaras usaha untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat di daerah Kulim. KunjunganHormat PenolongPengarah KeselamatanDaerahKulim KepadaKetuaPolisDaerah 13 Disember 2023


BEBENANG | EDISI 2023 49 Seberang Perai - Dalam usaha menekuni cabaran pengurusan keselamatan negara, MKN Kedah berkesempatan mengadakan lawatan ke Gudang Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) di Perai, Pulau Pinang, yang bermatlamat mendapatkan penjelasan mengenai proses penyimpanan dan pengedaran bekalan beras import mahupun tempatan di dalam pasaran negara serta kesiapsiagaan agensi dalam menghadapi sebarang krisis berkait keselamatan makanan. Lawatan tersebut dimulakan dengan taklimat pengoperasian gudang oleh Ketua Operasi Semenanjung, Encik Mohd Aliff Shamsuniam Mansor dan seterusnya taklimat penguatkuasaan oleh Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Negeri Pulau Pinang, Tuan Syed Abdul Kahar Muzzakir Syed Hamid. Delegasi MKN Kedah juga turut dibawa melawat tempat penyimpanan stok penimbal beras (stokpail) negara. Perjanjian Konsesi yang ditandatangani pada bulan Disember 2020 yang lalu telah menetapkan 10 obligasi sosial kepada BERNAS yang akan dipantau serta dinilai setiap tahun oleh pihak kerajaan. Salah satu obligasi sosial utama adalah untuk memelihara, menyelenggara dan mengurus stokpail beras negara dengan mematuhi kesemua garis panduan keselamatan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagaimana ditetapkan oleh Kerajaan. Berdasarkan perancangan semasa, jumlah simpanan stokpail beras negara akan ditingkatkan kepada 290,000 tan metrik secara berperingkat menjelang tahun 2024. Pertambahan permintaan secara mendadak terhadap bekalan beras tempatan menjadi faktor utama ianya sukar didapati di pasaran IsuKekuranganBekalanBerasTempatan, MKNKedahDapatkanPenjelasan 3 Disember 2023


BEBENANG | EDISI 2023 50 destinasi persinggahan pelancong yang melalui BKH untuk masuk ke dalam negara atau sebaliknya. Pulangan atau faedah pembangunannya dijangka bakal memberi dorongan dan limpahan ekonomi yang sangat baik kepada negeri dan juga negara. Hadir sama dalam sesi tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid dan Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Kubang Pasu, Encik Mohd Nurul Hasri Abdullah Hashim. Bukit Kayu Hitam - Delegasi MKN Kedah diketuai Pengarah Keselamatan Negeri, Encik Mohd Zawawi Zakaria hari ini berkesempatan mengadakan satu lawatan ke tapak projek Delapan Special Border Economic Zone (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam (BKH). Dalam pertemuan tersebut, MKN Kedah telah meminta agar pihak syarikat memastikan aspek keselamatan sentiasa diutamakan sepanjang kerjakerja pembangunan kawasan ini dengan mengambil kira lokasinya yang amat hampir dengan pos-pos kawalan dan kawasan operasi keselamatan sempadan negara. MKN Kedah turut mencadangkan agar sebarang perbincangan mengenai pembangunan kawasan tersebut di masa akan datang turut melibatkan agensi dan jabatan keselamatan bagi mendapatkan input dan sudut pandang berkait perihal keselamatan. Dalam sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Projek, Encik Razak Abdullah, beliau menjelaskan bahawa SBEZ mampu membawa kelainan dan menjadi ‘Delapan atau sebelum ini dikenali sebagai Kota Perdana merupakan sebuah projek pembangunan yang sedang giat dilaksanakan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand’ PeluangEkonomiBaharuDi SempadanNegara 19 Disember 2023


Click to View FlipBook Version