BEBENANG | EDISI 2023 51 OperasiBersepadu BanterasPATI 20 Disember 2023 Sungai Petani - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Negeri Kedah telah menjalankan operasi membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) secara bersepadu di sekitar Sungai Petani. Dua lokasi penempatan haram telah diserbu penguatkuasa menyebabkan sebahagian daripada warga asing bertindak melarikan diri ketika operasi dijalankan. Penemuan menarik sepanjang operasi ini adalah modus operandi PATI yang menyelinap melalui terowong kecil yang dibina khas di dalam rumah bagi meloloskan diri dari pihak penguasa. Walau bagaimanapun, tindakan ini berjaya dikesan dan menyebabkan dua orang PATI ditahan ketika sedang bersembunyi di laluan tikus ini. Selaras dengan teras kelapan yang digariskan dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 iaitu Keselamatan Rakyat (Pendatang Asing Tanpa Izin), kehadiran PATI akan menyumbang kepada kesan negatif terhadap keselamatan sosial masyarakat dalam jangka masa panjang. Turut sama dalam operasi tersebut ialah Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria. Hasil pemeriksaan terhadap 130 individu mendapati 23 individu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
BEBENANG | EDISI 2023 52 Tahun
Dasar Keselamatan Negara merupakan satu dasar payung atau teras mengenai keselamatan negara yang komprehensif bertujuan untuk mengekal, melindungi dan mempertahankan nilai-nilai teras keselamatan negara dalam memastikan kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat, aman dan sejahtera. Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 (DKN 2021-2025) adalah panduan dan rujukan utama Kementerian-Kementerian dan Agensi di setiap peringkat pentadbiran kerajaan Persekutuan, Negeri dan Daerah di dalam tadbir urus keselamatan negara secara menyeluruh. DKN 2021-2025 adalah pendekatan strategik dalam membentuk hala tuju pengurusan keselamatan negara khususnya dalam tempoh yang dinyatakan. Ia merupakan bukti bahawa Kerajaan sentiasa komited memastikan keselamatan negara terus terjamin dan terpelihara. Lantaran itu, kerjasama rakyat amat diperlukan dalam memberikan sokongan, berganding bahu dan bekerjasama bagi menjamin kelangsungan (survival) Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka, selamat dan berdaulat berlandaskan prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ianya bukan sahaja untuk masyarakat pada masa kini, tetapi yang lebih utama demi kesejahteraan dan keamanan generasi akan datang. Majlis Keselamatan Negara, Negeri Kedah Jabatan Perdana Menteri