20 Disember 2022
Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus
Kuala Lumpur
Anjuran program Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan
1 TENTATIF PROGRAM ISI
3 PENGENALAN
KANDUNGAN
4 UCAPAN PERASMI
Aluan Dekan
6 OBJEKTIF
7 CARTA ORGANISASI
15 MODUL IPD
16 MODUL OPD
17 MODUL KATERING
18 MODUL KOMUNITI
19 PENGHARGAAN
TENTATIF PROGRAM
PERMULAAN
7.30 Pagi – 8.30 Pagi Pendaftaran Peserta
Ukur tinggi & berat
Pembahagian kumpulan
Pengambilan goodies bag
Pra-Uji Soal Selidik 8.30 Pagi – 8.45 Pagi
8.45 Pagi – 9.00 Pagi Persediaan Majlis Perasmian
Majlis Perasmian 9.00 Pagi - 9.50 Pagi
9.50 Pagi - 10.20 Pagi BCROBE Hexbio talk
Aktiviti-aktiviti di Stesen
Pergerakan Peserta Ke Stesen 10.20 Pagi – 10.30 Pagi
10.30 Pagi – 11.25 Pagi Aktiviti Modul Pendidikan 1
Pergerakan Peserta Ke Stesen 11:25 Pagi – 11:30 Pagi
11.30 Pagi – 12.25 T/Hari Aktiviti Modul Pendidikan 2
Pergerakan Peserta Ke BSJ01 11.30 Pagi – 12.25 T/Hari
TENTATIF PROGRAM
12.25 T/Hari – 12.30 T/Hari Health Talk By Yakult at BSJ01
Makan Tengahari Dan Solat 12.30 T/Hari -1.00 T/Hari
1.00 T/Hari - 1.55 Petang Pergerakan Peserta Ke Stesen
1.55 Petang - 2.05 Petang Aktiviti Modul Pendidikan 3
Pergerakan Peserta Ke Stesen 2.05 Petang – 3.00 Petang
3.00 Petang – 3.05 Petang Aktiviti Modul Pendidikan 4
4.00 Petang - 4.10 Petang Pergerakan Peserta Ke DK3
4.10 Petang – 4.20 Petang Ketibaan Ibu Bapa
Minum petang
Pasca-Uji Soal Selidik
4.20 Petang - 5.00 Petang Majlis Penutupan
Persembahan Peserta & 5.00 Petang - 5.15 Petang
Maskot (Kapten Serat)
5.15 Petang Bersurai
TAMAT
PENGENALAN
Program Dietitian Junior@UKM telah berjaya dilaksanakan
sebanyak tiga siri sebelum pandemik COVID-19. Pada tahun ini,
Program Dietetik berhasrat ingin menganjur semula acara
tahunan ini iaitu Dietitian Junior 4.0@UKM. Program ini bertujuan
untuk mempromosikan profesion Dietetik dalam kalangan
komuniti, khususnya kepada ibu bapa serta kanak-kanak
sekolah rendah. Bengkel yang berkonsepkan pembelajaran
secara seronok ini akan mendedahkan kanak-kanak terhadap
bidang tugas ahli Dietetik merangkumi perkhidmatan klinikal
pesakit luar, dalam wad, perkhidmatan makanan serta
perkhidmatan dalam komuniti. Aktiviti yang dirancang dalam siri
keempat ini adalah lebih menarik dan bersesuaian dengan
kumpulan sasaran setelah mendapat maklum-balas daripada
siri ketiga yang telah dijalankan. Tema bagi siri kali ini adalah
“Love Your Gut” atau “Sayangi Gastrousus Anda”. Pengetahuan
mengenai kepentingan dan kaedah supaya memiliki gastrousus
yang sihat akan disampaikan kepada kanak-kanak sekolah
rendah melalui aktiviti yang menarik. Gastrousus yang sihat
membolehkan penyerapan nutrien sepenuhnya dan memastikan
sistem imun mereka kuat agar dapat menghindari daripada
penyakit berjangkit. Pemilihan makanan yang betul dan sihat
amat penting untuk menyokong kesihatan gastrousus kanak-
kanak.
UCAPAN PERASMI
Prof. Dr. Suzana Binti Shahar
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Pertamanya, saya mengucapkan selamat datang kepada ibubapa/penjaga dan anak-
anak ke Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala
Lumpur. Untuk pengetahuan semua, Fakulti Sains Kesihatan UKM merupakan Fakulti
pertama di negara ini yang menawarkan program-program Sains Kesihatan secara
komprehensif yang menawarkan pelbagai program seperti Dietetik, Pemakanan, Sains
Bioperubatan, Audiologi, Sains Pertuturan, Optometri, Sains Forensik dan beberapa
program yang lain.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak
penganjur, Program Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, di atas kesudian menjemput saya
bagi merasmikan Program Dietitian Junior@UKM 4.0 yang diadakan bersempena cuti
sekolah akhir tahun 2022. Untuk makluman hadirin juga, tahun ini merupakan tahun
keempat program ini diadakan setelah mendapat sambutan hangat pada cuti
persekolahan akhir tahun 2017, 2018 dan 2019. Program ini terpaksa berehat seketika
semasa Pandemik Covid – 19 dan alhamdulillah hari ini sekali lagi kita dapat bersama
– sama secara bersemuka untuk memberikan pengalaman menarik kepada anak –
anak sekalian.
Tuan–tuan dan puan–puan serta hadirin sekalian,
Seperti yang diketahui, pendidikan pemakanan kepada golongan kanak-kanak adalah
sangat penting, kerana pembudayaan pemakanan sihat perlu dibentuk sejak kecil lagi.
Namun, terdapat pelbagai cabaran dalam usaha mendidik anak-anak mengenai
pemakanan sihat. Kaedah pemberian maklumat melalui kaunseling diet biasanya
kurang berkesan kerana ianya tidak menghiburkan. Oleh itu, pihak program Dietetik
UKM telah mengambil cabaran dan membentuk program berkonsepkan didik hibur
(fun learning) dalam memberikan maklumat berkaitan diet, pemakanan dan kesihatan
yang lebih berkesan kepada kanak-kanak. Setiap program Dietitian Jr@UKM
mempunyai tema tersendiri, dan pada tahun ini, tema yang dipilih adalah ‘Love Your
Gut’. Aktiviti yang akan dijalankan oleh anak-anak pada hari ini akan mendedahkan
mereka terhadap kepentingan penjagaan gastrousus.
Program ini juga merupakan salah satu platform untuk mempromosikan profesion
Dietitian atau pegawai dietetik kepada komuniti, khususnya kepada ibu bapa serta
kanak-kanak sekolah. Peserta akan didedahkan terhadap bidang tugas ahli dietetik
merangkumi perkhidmatan untuk pesakit luar wad, dalam wad, perkhidmatan
makanan serta perkhidmatan dalam komuniti. Saya yakin, aktiviti-aktiviti yang akan
dilakukan oleh anak-anak pada hari ini sangat menarik dan akan menambahkan ilmu
serta memberi manfaat kepada peserta.
Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga Program
Dietetik khususnya Ahli jawatankuasa Program Dietitian Junior 4.0 kerana telah
menjayakan program ini, dan buat anak-anak yang menyertai program ini, selamat
berseronok dan menambah ilmu. Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya
merasmikan Program Dietitian Junior @UKM 4.0 2022.
Sekian terima kasih.
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
OBJEKTIF
01 02
Pendedahan Minat
Memberi Memupuk minat belajar
pendedahan kanak-kanak terhadap
terhadap skop kerja
dan perkhidmatan bidang dietetik dan
Dietetik kepada pemakanan, khususnya
kanak- kanak
sekolah rendah. untuk subjek sains di
peringkat awal
03 pendidikan.
Belajar
04
Memberi peluang kepada Pemakanan
kanak-kanak untuk
Mempelajari dan
mempelajari beberapa memupuk amalan
kemahiran asas dan pemakanan sihat
dalam kalangan
praktikal dietetik dalam
penjagaan kesihatan tubuh kanak-kanak.
badan dan pemakanan.
jawatankuasa kakitangan
MMAAJJLLIISS TTEERRTTIINNGGGGII
Prof. Madya Dr. Nik Shanita Safii
Penasihat
Dr. You Yee Xing Dr. Haslina Binti Abdul Hamid
Pengerusi Timbalan Pengerusi
Pn. Nor Hafiza Binti Mohd Yahaya Pn. Nurul Norfazlina Binti Jais
Setiausaha Penolong Setiausaha
Pn. Muhaini Binti Mahmud
Bendahari
JAWATANKUASA
KAKITANGAN
JAWATANKUASA PROMOSI
Dr. Munirah Ismail Pn. Marsita Binti Omar
Cik Tan Shy Pyng
JAWATANKUASA PENAJAAN
Pn. Norhaishah Pn. Samirah Taufiq Binti
Binti Harun Abdul Wahid
Dr. Haslina Binti Abdul Hamid
JAWATANKUASA
KAKITANGAN
JAWATANKUASA JAMUAN
Pn. Suzilawati Abd Ghani Pn. Mira Hazira Zaid
JAWATANKUASA LOGISTIK
& TEKNIKAL
En. Marisazam Salleh En. Razak Muda
En. Ab. Aziz Ishak
JAWATANKUASA
KAKITANGAN
JAWATANKUASA PROGRAM
Prof. Madya Dr. Nik Shanita Safii Dr. Nur Hana Binti Hamzaid
Dr. Nor Aini Binti Jamil @ Wahab Dr. Nurul Huda Binti Razalli
JAWATANKUASA MEDIA
Cik Siti Mariam Mohamad
JAWATANKUASA
PELAJAR
MAJLIS TERTINGGI
Nur Nadirah Binti Mohd Sanusi Raudhatul Syahirah Binti Ruzalee
Pengarah Timbalan Pengarah
Jashwiny a/p Dhanaseelan Nur Amira Adila Binti Zaidi
Setiausaha Bendahari
JAWATANKUASA
PELAJAR
EXCO PROGRAM
Nurin Athirah Binti Buhari Jaysrina a/p Mahalinga Moorthy
Muhammad Syahril Bin Mohd Khor Siau Ying
Nazley
EXCO PROMOSI
Norjianah Binti Aim Tee Li Ling
JAWATANKUASA
PELAJAR
EXCO TTK
Farisah Najwa Binti Zaman Krishini a/p Ganesan
EXCO LOGISTIK & TEKNIKAL
Muhammad Shukri Bin Othman Hazwani Binti Hashim
JAWATANKUASA
PELAJAR
EXCO MEDIA
Ain Nasuha Binti Azlan Mok Jia Wai
EXCO JAMUAN
Nur Fadzilah Binti Abu Kassim Nurul Mirza Binti Mohamad Shah
AKTIVITI 1: JOM KENALI GASTROUSUS
Struktur gastrousus terdiri daripada beberapa organ
penting seperti esofagus, perut, usus kecil, usus besar dan
rektum.
Dalam aktiviti 1, peserta akan diterangkan mengenai
struktur gastrousus dan pemahaman peserta akan diuji
melalui aktiviti puzzle dan melabel struktur gastrousus.
AKTIVITI 2: APA ITU SEMBELIT?
Sembelit adalah keadaan di mana seseorang jarang
membuang air besar serta mengalami kesukaran untuk
membuang air besar
Punca sembelit: Simptom sembelit:
Kurang pengambilan Sakit perut
serat Perut kembung
Kurang pengambilan air Membuang tinja yang keras dan
Kurang aktiviti fizikal kering
Menahan membuang air Mengalami kesukaran untuk
besar membuang tinja
Dalam aktiviti 2, peserta akan didedahkan mengenai
sembelit dan perlu menjawab 3 soalan kuiz bagi menguji
kefahaman mengenai topik ini.
AKTIVITI 3: MAKANAN UNTUK GASTROUSUS ANDA
Sembelit boleh dirawat dengan mengamalkan gaya
pemakanan yang sihat.
Dalam aktiviti 3, peserta akan diterangkan mengenai
sumber makanan untuk mengelakkan sembelit.
Kemudian, peserta akan bermain 'Uji Deria Rasa Anda' di
mana peserta perlu meneka makanan yang diberikan
dengan mata yang tertutup.
1 Pengenalan: Apa itu cirit-birit? CIRIT-BIRIT / DIARHEA
Cirit-birit adalah masalah pencernaan
dimana seseorang membuang najis yang
lembut atau berair lebih kerap daripada
biasa .
Punca cirit-birit : Simptom cirit-birit :
Keracunan Kekejangan
makanan perut
Jangkitan kuman Loya & muntah
Alahan atau Keletihan
intolerensi Demam
makanan
2 Aktiviti 1: Model Carta Tinja
Carta Tinja Bristol ialah alat bantuan
perubatan yang direka untuk
mengkelaskan tinja kepada tujuh
kumpulan
Peserta diminta untuk padankan
gambar tinja dengan penjelasan yang
betul dalam aktiviti ini.
3 Aktiviti 2: Rawatan cirit-birit
Cirit-birit boleh dirawat dengan menjaga
pemakanan.
Dalam aktiviti 2, peserta diminta untuk
melekatkan pelekat makanan saranan
untuk dimakan atau yang perlu
dielakkan ketika cirit-birit bagi setiap
kumpulan makanan.
pn
AKTIVITI 1: PENGENALAN SERAT
Serat merupakan satu komponen makanan yang
penting untuk menjaga kesihatan sistem
penghadaman. Serat terbahagi kepada dua, serat
larut dan serat tidak larut.
Dalam aktiviti 1, kanak-kanak akan didedahkan
tentang serat dan makanan yang tinggi dalam
kandungan serat.
AKTIVITI 2: AMALI MEMBASUH TANGAN
Amalan membasuh tangan yang betul amat penting untuk
memastikan tangan bersih daripada bakteria yang boleh
menyebabkan penyakit. Amalan membasuh tangan perlu
dilakukan sebelum, semasa dan selepas menyediakan
makanan dan sebelum dan selepas makan.
Terdapat 7 langkah membasuh tangan dengan betul:
1. Basuh tangan dengan sabun yang mencukupi.
2. Gosok tapak tangan
3.Gosok setiap jari dan celah jari.
4.Gosok kuku di tapak tangan.
5.Gosok belakang tangan.
6.osok tangan dengan air yang mencukupi.
7.Lap tangan dengan tuala atau tisu yang bersih.
AKTIVITI 3: LETS MAKE BURRITO
Dalam aktiviti 3, kanak-kanak akan membuat burrito
menggunakan bahan makanan yang tinggi dalam serat.
AKTIVITI 1: MATCHING RELAY (HAPPY TUMMY, HAPPY GUT)
Piramid Makanan Malaysia 2020 dijadikan
sebagai rujukan untuk memperkenalkan
makanan yang sihat dan baik untuk usus
seperti pengambilan bijirin penuh, yogurt,
sayur-sayuran dan buah-buahan.
AKTIVITI 2: JOM KENALI LABEL MAKANAN
Antara maklumat yang boleh didapati
pada label makanan (Rujukan:
Kementerian Kesihatan Malaysia) yang
membantu kita dalam membuat
pemilihan makanan meliputi :
Panel maklumat pemakanan
Akuan pemakanan
Senarai ramuan
Penandaan tarikh
Informasi mengenai pengilang atau
pengeluar
AKTIVITI 3: JOM SENAM UNTUK SIHAT
Piramid Aktiviti Fizikal (Kanak-Kanak)
dijadikan sebagai panduan untuk
melakukan senaman dan aktiviti fizikal. Ia
penting untuk membantu sistem
penghadaman supaya berjalan lancar
dengan menggalakkan pergerakan usus
yang teratur, meningkatkan selera dan
membantu mengekalkan berat badan
yang sihat.
UUCCAAPPAANN PPEENNGGHHAARRGGAAAANN
PENASIHAT, ORGANISASI, JAWATANKUASA PROGRAM
DAN PENAJA
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami
ucapkan atas masa dan usaha yang telah diberikan bagi
menjayakan program ini. Program ini tidak akan berjalan
dengan sempurna dan lancar tanpa bimbingan, sokongan
serta galakan anda dari permulaan sehinggalah
pengakhiran program ini.
KEPADA PARA PESERTA
Ucapan terima kasih diucapkan atas kesudian menyertai
program ini. Kami berharap anda semua pulang dengan
tambahan ilmu dan pengalaman baru.Kami berbesar hati
menerima kehadiran kalian sepanjang program berlangsung.
AHLI ORGANISASI
PROGRAM DIETITIAN JUNIOR 4.0
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2022