a179639 Download PDF
  • 1
  • 0
Buku Program Dietitian Junior 4.0 @UKM
Program Dietitian Junior@UKM telah berjaya dilaksanakan sebanyak tiga siri sebelum pandemik COVID-19. Pada tahun ini, Program Dietetik berhasrat ingin menganjur semula acara tahunan ini iaitu Dietitian Junior 4.0@UKM. Program ini bertujuan untuk mempromosikan profesion Dietetik dalam kalangan komuniti, khususnya kepada ibu bapa serta kanak-kanak sekolah rendah. Bengkel yang berkonsepkan pembelajaran secara seronok ini akan mendedahkan kanak-kanak terhadap bidang tugas ahli Dietetik merangkumi perkhidmatan klinikal pesakit luar, dalam wad, perkhidmatan makanan serta perkhidmatan dalam komuniti. Aktiviti yang dirancang dalam siri keempat ini adalah lebih menarik dan bersesuaian dengan kumpulan sasaran setelah mendapat maklum-balas daripada siri ketiga yang telah dijalankan. Tema bagi siri kali ini adalah “Love Your Gut” atau “Sayangi Gastrousus Anda”. Pengetahuan mengenai kepentingan dan kaedah supaya memiliki gastrousus yang sihat akan disampaikan kepada kanak-kanak sekolah rendah melalui aktiviti yang menarik. Gastrousus yang sihat membolehkan penyerapan nutrien sepenuhnya dan memastikan sistem imun mereka kuat agar dapat menghindari daripada penyakit berjangkit. Pemilihan makanan yang betul dan sihat amat penting untuk menyokong kesihatan gastrousus kanak-kanak.
View Text Version Category : 0
  • Follow
  • 1
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications