The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dayangtajaus, 2021-09-10 11:27:03

Buku Log Pengakap

BUKU LOG PENGAKAP

Bendera & Lagu Negeri

Kedah

Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta,

Memelihara ugama Nabi kita,
Negeri Kedah serata-rata

Pahang

Ya Allah Yang Maha Kuasa
Dirgahayu Darul Makmur

Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan
Duli Tuanku raja kami

Bendera & Lagu Negeri

Pulau Pinang

Selamat Tuhan kurniakan,
Selamat Pulau Pinang
Negeriku yang mulia
Ku taat dan setia
Aman dan bahagia
Majulah, Jayalah
Negeriku yang ku cinta
Bersatu dan bersama
Untuk negeri kita..

Melaka

Melaka Bandar Bersejarah
Tempat tumpah darah kita
Dijunjung dengan sepenuh jiwa

Untuk maju dan jaya
Rakyat Melaka sudah bersatu padu

Berikrar taat setia
Jujur berkhidmat setiap masa

Melaka maju jaya

Bendera & Lagu Negeri

Sabah

Sabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.
Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka.

Sarawak

Sarawak tanah airku
Negeriku tanah airku Sarawak

Engkaulah tanah pusakaku
Tanah tumpah darahku
Ibu Pertiwiku

Rakyat hidup mesra dan bahagia
Damai muhibbah sentiasa
Bersatu, berusaha, berbakti
Untuk Sarawakku cintai
Sarawak tanah Malaysia

Aman makmur rahmat tuhani
Maha esa, kekallah Sarawak bertuah
Teras perjuangan rakyat, berjaya berdaulat

Bendera & Lagu Wilayah Persekutuan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Wilayah Persekutuan Putrajaya

Wilayah Persekutuan Labuan

Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah
Maju Membangun Dijulang Megah
Aman Sentosa Disepanjang Masa

Teguh Disemai Sentiasa
Membara Semangat Setiap Warganya

Cergas Mindanya Semangat Waja
Pada Wilayah Ditumpah Setia
Hormat Hormati Penuh Mesra
Bersatulah, Berbaktilah
Semua Warga Wilayah
Sayangilah, Lindungilah
Sepenuh Jiwa Raga
Kita Jaga Keharmonian Semua
Maju Sejahtera
Wilayah Persekutuan

Istiadat Laung
Agung
Istiadat- istiadat
Pengakap

Istiadat Laung Agung

Pengenalan

Tradisi satu amalan dalam Istiadat Pengakap Kanak- kanak dan
digunakan di seluruh dunia.Dilakukan oleh Pengakap Kanak-Kanak

untuk menunjukkan yang mereka telah membuat sehabis baik

Petunjuk

Cara Pelaksanaan

1.Akela berdiri dalam keadaan bersedia (menghadap tiang bendera) sambil berteriak
(dengan kuat) “PEK!”Semua PKK berdiri dalam keadaan diam dan bersedia.

2.Akela berteriak “PEK!! PEK!! PEK!!” Sambil berteriak “P..E..K…..!”( 5 harakat), PKK
berlari mengelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil yang rapat (bahu ke
bahu).

3.Akela mendepakan tangan dan PKK lantas memegang tangan membuat bulatan
besar mengikut sekawan.

4.Bila bulatan telah bersedia, berkeadaan bulatan, Akela turunkan tangan dan PKK
pun turunkan tangan.

5.Akela mendepakan tangan sekali lagi dari bawah ke paras bahu. PKK mengangkat
tumit

6.Akela turunkan dan rapatkan tangan ke peha. PKK mencangkung dengan
keadaaan pehanya rapat ke hadapan, tangan di sisi kedua-dua peha, 5 jari rapat
memcecah tanah, kepala pandang depan dan terus berteriak “A-K-E-L-A! KITA
BUAT HABIS BAIK!"

7.Akela mencabar seorang PKK. PKK tersebut bangun dalam keadaan bersedia dan
memberi hormat kepada Akela serta mencabar: “KAMU BUAT HABIS BAIK?”

8.PKK yang lain bangun serentak dan memberi hormat kepada Akela sambil dan
terus menjawab: “KAMI BUAT HABIS BAIK”.

9.Akela membalas hormat, PKK kekal memberi hormat sehingga Akela turunkan
tangannya.

Istiadat-istiadat Pengakap
(Istiadat Mengibarkan Bendera)

Tujuan

Sebelum memulakan sesuatu majlis.
Bagi menanda pemilikan bagi sesuatu kawasan yang sedang menjalankan
aktiviti.
Bagi menunjukkan identiti sesuatu pasukan.
Bagi menaikkan semangat perpaduan atau kecintaan dalam satu pasukan.

Cara Pelaksanaan

1.Sebelum istiadat dimulakan, bendera telah dilipat dan diikat awal pada
bahagian hujung tiang bendera.

2.Setelah istiadat bermula, Akela akan berteriak "BENDERA". Semua PKK
mengadap bendera.

3.Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) akan terus keluar berjalan
(berkawad) menuju ke tiang bendera. Petugas (Ahli dalam Sekawan
Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang bendera.

4.Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali
bendera untuk "memecah bendera" yang telah diikat awal sebelum istiadat
dimulakan.

5.Kemudian, terus bergerak selangkah ke belakang untuk memberi hormat
bendera serta diikuti pemimpin dan PKK lain. Petugas berpusing ke
belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan berkawad.

6.Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak menyanyikan lagu
Negaraku bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap
kembali ke dalam bulatan seperti asal.

7.Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up"
sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim,
tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama
masing-masing. Selepas tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan
Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat turunkan tangan.

8.Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapor kepada Ketua
Pemimpin atau minta menjalankan tugas lain.

9.Pemimpin memeriksa kesilapan uniform PKK sebelum membuat
pengumuman.

Istiadat-istiadat Pengakap
(Istiadat Menaikkan Bendera)

Cara Pelaksanaan

1.Semua PKK berdiri dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan
dalam keadaan sedia.

2.AKELA berteriak "BENDERA"
3.Petugas mara ke tiang bendera dan terus menaikkan bendera.
4.AKELA mengarah semua yang hadir menyanyi lagu Kebangsaan.
5.Setelah bendera sampai ke puncak tiang, petugas berundur selangkah ke

belakang dan memberi hormat. Semua yang hadir memberi hormat.
6.Petugas balik ke tempat asal.
7.Semua menyanyi lagu Pengakap.
8.Membaca doa.
9.Akela memberi arahan "SENANG..... DIRI"
10.Akela memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain.

Istiadat-istiadat Pengakap
(Istiadat Menurunkan Bendera)

Cara Pelaksanaan

1.Petugas memberi arahan “PEK..Sedia”
2.Petugas memberi arahan “Bendera”. Semua PKK akan menghadap

bendera.
3.Dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti dan bersedia di

hadapan tiang bendera.
4.Seorang PKK yang berada di hadapan akan menurunkan bendera dan

seorang lagi di belakang akan memastikan bendera agar tidak mencecah
tanah (sangkut pada bahu).
5.Kemudian, bendera dilipat menjadi segitiga.
6.Setelah selesai, hanya PKK di hadapan sahaja membawa bendera kepada
pemimpin, beri hormat dan serahkan bendera.
7.Setelah PKK masuk baris, upacara bacaan doa dijalankan dan pemimpin
akan memberi ucapan.
8.Seterusnya, arahan keluar baris diberikan.

Istiadat-istiadat Pengakap
(Istiadat Penyampaian Lencana

Kemajuan - PKK)

Cara Pelaksanaan

Lencana disediakan di dalam dulang dan di bawa oleh Penolong Pemimpin.

1.Laung Agung dijalankan terlebih dahulu
2.Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera
3.Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah

bulatan)
4.Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima
5.Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat
6.Akela menyematkan lencana

Lencana Kemajuan di kiri lengan baju
Lencana Kepandaian di kanan lengan baju
7.Akela bersalam dan ucapan “Syabas”.
8.PKK tabik hormat
9.Selesai semua - Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima
lencana
10.PKK balik ke sekawan masing-masing.

Istiadat-istiadat Pengakap
(Istiadat Meningkat Naik PKK - PM)

Kedudukan

Pek dan Troop berdiri dalam bentuk tapak kuda berhadapan antara satu dengan lain

Cara Pelaksanaan

1.Sebaik sahaja Laung Agung selesai dijalankan, Akela mara ke garisan
pemisah.

2.Pemimpin Kumpulan memberi arahan “Kumpulan Sedia”. Pemimpin akan
terangkan tujuan istiadat.

3.Apabila arahan "PKK meningkat naik" diberi, PKK akan bergerak satu
langkah ke hadapan, pusing ke kanan pusing dan terus bersalam dengan
PKK lain.

4.Seterusnya, maju ke Akela di garisan pemisah (tali).
5.Akela memberi pesanan terakhir kepada PKK.
6.PKK memberi hormat, salam dengan Akela. Akela dengan menggunakan

tangan kiri memimpin
7.PKK melangkah pemisah.
8.Seterusnya, PKK memberi hormat kepada pemimpin Pengakap Muda dan

bersalam.
9.Pemimpin menyerah PKK kepada Ketua Patrol.
10.Ketua Patrol membawa PKK ke patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli

kumpulan.
11.Selesai semua ahli baru dipindahkan semua ahli Troop akan memberi

sorakan “SELAMAT DATANG”.
12.Bagi PKK yang tinggal, Istiadat Laung Agung diteruskan.

Istiadat-istiadat Pengakap
(Istiadat Perlantikan Ahli PKK Baru)

Cara Pelaksanaan

1.PEK berada dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan.
Penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang tiang bendera. PEK
berdiri dalam keadaan sedia.

2.Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan.
3.Ketua Sekawan yang berkenaan membawa ahli baru itu berdiri di hadapan

AKELA. Selepas itu, Ketua Sekawan balik ke tempatnya.
4.Serentak dengan itu, Penolong Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan

berdiri di sebelah AKELA dengan membawa topi, skaf dan lencana
keahlian.
5.Kemudian, AKELA akan bertanya "Adakah kamu ingin menjadi seorang
Pengakap Kanak-Kanak?"
6.PKK Baru akan menjawab "Ya, AKELA."
7.AKELA akan bertanya lagi "Adakah kamu bersedia untuk melafazkan
Persetiaan Pengakap?"
8.PKK Baru akan menjawab "Ya, AKELA."
9.Kemudian, AKELA akan melafazkan Persetiaan Pengakap dan diikuti oleh
PKK baru.
10.AKELA akan berjabat tangan dengan Pengakap Kanak-Kanak yang baru
dan berkata "Saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa
yang kamu janjikan. Kamu sekarang adalah seorang Pengakap Kanak-
Kanak dan seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Sedunia."
11.AKELA menyematkan lencana keahlian, menyarungkan skaf dan
memakaikan topi kepada Pengakap Kanak-Kanak itu.
12.Pengakap Kanak-Kanak memberi tabik hormat kepada AKELA. Kemudian
PKK itu berpusing dan memberi hormat kepada PEK. PEK membalas
hormat sebagai tanda mengalu-alukan PKK (Adik baru) ke dalam PEK.
13.Ketua Sekawan berkenaan membawa Pengakap Kanak-Kanak baru itu dan
memperkenalkannya kepada Sekawan itu.
14.Istiadat ini diakhiri dengan Laung Agung yang dibuat kali pertama disertai
Pengakap Kanak-Kanak tersebut.
15.Sekiranya semua Sekawan adalah ahli baru, maka istiadat perlantikan
diadakan dalam dua peringkat. Ketua Sekawan dilantik terlebih dahulu dan
ahli lain dilantik kemudian.

Kraf Perkhemahan
Ikhtiar Hidup
Malam Kebudayaan &
Permainan
Jalan Lasak & Pandu Arah

Kraf Perkhemahan

Merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk
menghadapi cabaran alam semulajadi dalam kegiatan luar.
Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan
digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau

pengembaraan

Rasional

Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkelayakan dalam
menghadapi cabaran alam semulajadi serta habitatnya.
Memupuk perasaan cinta akan alam semulajadi dan mensyukuri
ciptaan-Nya.
Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati keindahan flora
dan fauna yang terdapat di muka bumi.

Objektif

Menggalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan
teknik kraf perkhemahan dalam kegiatan luar.
Memahami sifat habitat dan alam semulajadi serta mengetahui
cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan.
Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan
menjaga alam sekitar dengan cara yang sepatutnya.

Jenis-jenis Kraf Perkhemahan

Fire Craft



Api penting untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
Digunakan untuk membekalkan cahaya, memanaskan suhu
badan, keselesaan, memasak dan sebagainya.
Api boleh merosakkan alam sekitar jika disalahgunakan iaitu
tabah menjadi hitam, merosakkan dahan serta akar pokok.

Kraf Perkhemahan

Fire Craft



Api penting untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
Digunakan untuk membekalkan cahaya, memanaskan suhu
badan, keselesaan, memasak dan sebagainya.
Api boleh merosakkan alam sekitar jika disalahgunakan iaitu
tabah menjadi hitam, merosakkan dahan serta akar pokok.

Membuat Unggun Api

1.Kaedah “fire triangle” yang berbentuk huruf A.
2.Menggunakan 3 elemen iaitu haba, angin dan bahan bakar.
3.Bentukkan huruf A menggunakan ranting kayu dengan bukaan

huruf A menghala ke arah angin.
4.Letakkan bahan mudah terbakar di dalam huruf A dan

nyalakan api.
5.Seterusnya, kipas secara perlahan dan letakkan lagi bahan

bakar untuk nyalakan api secara berterusan.

Bahan
Kertas tebal
Sarang telur
Surat khabar
Lilin
Dahan atau ranting kayu

Jenis-jenis Kraf Api
Hunter's Fire
Reflector Fire
Star Fire
Teepee Fire
Log Cabin Fire
Long Council Fire

Kraf Perkhemahan




Hunter's Fire

Selain daripada menjadi bahan bakar, kayu-kayu ini juga berfungsi
sebagai tungku untuk memasak kerana ia disusun rapat.

Reflector Fire

Fungsi utama api jenis ini ialah untuk menghalakan haba ke satu
arah. Sebagai contoh, kita boleh menggunakannya untuk
memanggang dan juga memanaskan badan.

Kraf Perkhemahan

Star Fire
Boleh menggunakan kayu yang pelbagai saiz dan panjang

Teepee Fire
Paling sesuai dan mudah digunakan tetapi, sukar untuk didirikan
kerana perlu disusun dan seimbangkan kayu.

Kraf Perkhemahan

Log Cabin Fire
Senang dan mudah untuk didirikan kerana ia sangat stabil.
Apabila terbakar, api hanya membakar di bahagian dalam kayu.

Long Council Fire
Dikenali sebagai ‘api piramid’. Sangat stabil, mudah membakar
dan senang dinyalakan.

Kraf Perkhemahan

Ropes Craft



Kemahiran asas berkaitan dengan ikatan dan simpulan tali.
Ikatan tali perlu dipelajari untuk digunakan dalam kehidupan
seharian.
Dalam kraf tali, ia penting untuk membuat ikatan pada
pelbagai jenis kraf dalam aktiviti perkhemahan.

Jenis-jenis Ikatan
Ikatan Overhand
Ikatan Figure Eight
Ikatan Eight Double
Ikatan Double Overhand

Joiner Knots
Granny
Reef
Fisherman
Surgeon's
Sheet Bend

Loop Knots
Bowline
Double Bowline
Man Harness
Running Bowline

End Securing Knots
Clove Hitch
Double Half Hitch
Half Hitch
Timber Hitch

Lashing
Square
Round
Diagonal
Continuous

Kraf Perkhemahan

Jenis-jenis Ikatan

Ikatan Overhand Ikatan Figure Eight

Ikatan Eight Double Ikatan Double Overhand

Granny Joiner Knots Fisherman
Reef

Surgeon's Sheet Band

Kraf Perkhemahan

Loop Knots

Bowline Double Bowline

Man Harness Running Bowline

Clove Hitch End Securing Knots
Double Galf Hitch

Half Hitch Timber Hitch

Kraf Perkhemahan

Lashing

Square Round

Diagonal Man Harness

Kraf Perkhemahan

Wood Craft



Dalam perkhemahan, individu perlu mempelajari cara untuk
membina kraf kayu atau disebut sebagai ‘Gajet’.
Gajet penting dalam aktiviti luar dan mempunyai pelbagai
fungsi iaitu memudahkan pengurusan tempat atau kawasan
perkhemahan dan menjadikan aktiviti perkhemahan lebih
tersusun dan teratur.

Jenis-jenis Wood Craft
Ampaian Kain
Meja & Kerusi
Tempat Buang Sampah
Dapur
Tangga

Kraf Perkhemahan

Tool Craft



Kemahiran menggunakan alatan semasa berada di luar atau
dalam hutan.
Kemahiran ini penting kerana dapat membantu dan
memudahkan individu melakukan aktiviti ketika berada di
hutan.

Jenis-jenis Alat/Senjata
Club (belantan)
Pisau
Batu
Kayu
Buluh
Besi

Jenis-jenis Gajet
Rak Kasut
Ampaian
Pintu Gerbang
Tiang Bendera & Pagar
Papan Kenyataan
Meja Makan
Penyangkut Periuk

Ikhtiar
Hidup

Ikhtiar hidup atau ‘survival’ ialah keupayaan atau kebolehan kita
untuk meneruskan hidup dalam situasi kecemasan seperti
berada di dalam hutan, di laut dan sebagainya. Situasi
kecemasan ini adalah apabila kita terputus dengan hubungan
luar dan tanpa mempunyai bekalan makanan yang cukup dan
memerlukan kita berikhtiar mencari tempat berteduh dan
mencari makanan sendiri dengan menggunakan sumber alam
yang ada. Selain itu, ikhtiar hidup boleh diertikan sebagai usaha
ikhtiar yang dilakukan oleh seseorang untuk terus hidup ketika
menghadapi sesuatu halangan, bencana atau ancaman.
Keupayaan dan kemampuan ikhtiar hidup kepada persiapan diri
kita dan sumber alam. Bagi individu yang mempunyai
pengalaman terhadap persekitaran dan kemahiran ikhtiar hidup,
masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan mudah dan
selamat.
.

Tujuan

Mendapat pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar
hidup semasa di laut, di bukit, di gunung dan rimba.
Memperoleh pengetahuan melalui alam semulajadi untuk
mencari makanan, perlindungan dan punca-punca air.
Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah
keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup.
Membina keyakinan diri untuk hidup.
Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan
dapat menikmati keindahannya.
Mencari dan menggunakan alam semulajadi sebagai
makanan untuk terus hidup.
Bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi
sesuatu situasi merbahaya.

Ikhtiar Hidup

Arahan Tambahan

Dilarang sama sekali untuk menebang pokok di sekitar
kawasan penempatan.
Dilarang membunuh binatang liar.
Dilarang membakar hutan, semak dan rumput.
Tidak dibenarkan merayau-rayau di luar kawasan
penempatan seorang diri.
Elakkan turun ke sungai atau laut secara seorang diri.
Jangan menegur atau hairan kepada sesuatu yang ganjil
(takbur).
Jangan membuat bising atau menganggu kehidupan lain.
Dilarang membuang sampah merata-rata.
Jangan melakukan atau melanggar peraturan yang
ditetapkan.

Langkah Am Keselamatan

Memakai jungle boot, seluar tebal dan baju berlengan
panjang
Pastikan tempat perlindungan selamat dan selesa.
Guna bahan-bahan yang dibekalan sebaik mungkin.
Elak daripada memakan tumbuhan yang tidak dikenali.
Menentukan jalan keluar semasa kecemasan.

Langkah Am Keselamatan

Keselamatan bentuk
Bahaya-bahaya dari alam semulajadi seperti
mukabumi, angin dan ribut petir.
Bahaya serangan binatang buas.
Kegunaan tumbuhan sebagai bahan ubatan.
Rekaganti senjata sebagai perlindungan diri.
Penggunaan unggun api.

Makanan
Mengeksploitasi sumber-sumber yang ada untuk
mendapatkan makanan dan minuman.
Mengenalpasti tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan.
Memerhatikan makanan haiwan yang tertentu untuk
memastikan makanan yang selamat untuk dimakan.
Simpan sumber makann yang ada untuk masa kecemasan.

Ikhtiar Hidup

Panduan Khas

Memilih tapak yang sesuai untuk perlindungan rekaganti.

Perlindungan rekaganti adalah perlindungan yang perlu dibuat
sendiri dengan menggunakan sumber-sumber yang boleh
diperolehi daripada alam sekitar. Di antara tapak perlindungan
yang mudah dibuat ialah pokok poncor, pisang sesikat, pondok
pokok tumbang dan ‘backwoodsman’.

Jenis atau bentuk tempat perlindungan berdasarkan tempoh
masa.
Keperluan untuk melindungi diri daripada hujan, panas,
angin atau ancaman binatang buas, ular atau serangga yang
merbahaya.
Pemilihan tapak yang sesuai:
- Berdekatan dengan sumber air
- Berekatan kayu api yang mencukupi
- Terdapat bahan untuk membina tempat perlindungan
- Tempat yang rata, tinggi dan kering dan saliran yang baik.
Gunakan alam semulajadi.

Mencari dan mengenalpasti sumber air.

Sebolehnya tempat berteduh atau tempat perlindungan
hendaklah di tempat yang mudah mendapatkan sumber air:

Sumber dari tumbuhan
Lopak-lopak air
Perigi
Hujan
Tadahan embun

Ikhtiar Hidup

Panduan Khas

Mencari dan mengenalpasti sumber makanan. Di dalam aktiviti
Ikhtiar Hidup, makanan terbahagi kepada dua kategori:

Tumbuhan. Kebanyakan tumbuhan di dalam hutan boleh
dimakan. Sekiranya kita was-was kita boleh memerhatikan
monyet atau burung makan kerana apa yang mereka makan,
kita juga boleh memakannya. Anda boleh mencuba sedikit
tumbuhan tersebut dengan lidah. Sekiranya terasa pedas atau
menggigit ianya beracun. Anda juga boleh menggosok tumbuhan
pada lengan, sekiranya terasa gatal elakkan daripada
memakannya. Di samping itu berhati-hati apabila
berjumpatumbuhan atau buahan yang mengandungi banyak
lendir, kerana ianya juga bahaya untuk dimakan.

Ciri-ciri tumbuhan yang perlu dielakkan untuk dimakan:
Rasanya pedas dan pahit.
Tumbuhan yang mengeluarkan getah berwarna putih,
Tumbuhan yang berwarna cerah seperti warna merah.
Rasanya menggigit lidah.
Tumbuhan yang banyak lendir,
Tumbuhan yang kurang pasti boleh dimakan.

Tumbuhan yang boleh dimakan:
Pokok palma seperti nipah, rotan, rumbia dan kelapa yang
mempunyai umbut dan buah.
Buluh yang ada rebung.
Pucuk paku.
Buah-buahan hutan seperti kepayang, cermai, tampoi, durian
dan sebagainya.
Jenis buah ubi.
Jenis kulat tidak beracun.
Tumbuhan herba seperti tongkat ali.
Haiwan

Ikhtiar Hidup

Panduan Khas

Kemahiran Menghidupkan Api Dalam Keadaan Seperti Hujan,
Angin dan Lain-Lain

Panduan menghidupkan api Api adalah penting untuk:
Memasak
Memanaskan badan
Menghalau haiwan

Jenis-jenis kayu untuk menghidupkan api Terdapat tiga jenis
kayu yang sering digunakan iaitu:

Ranting kayu – ranting yang digunakan untuk menyalakan
api
Kayu lambat bakar –kayu yang menghasilkan bara untuk
memanggang
Kayu cepat bakar – kayu yang terbakar dengan kuat

Tapak untuk menyalakan api, tapak mestilah:
Jauh dari khemah dan pokok
Kering
Dilindungi dengan batu, kayu atau tanah supaya apinya tidak
merebak ke tempat lain.

Ikhtiar Hidup

Panduan Khas

Cara Memasak Makanan



Memanggang

Alatan yang diperlukan ialah bilah buluh/ ranting kayu dan
ikan/ayam.
Bilah buluh dibelah dua sehingga membentuk Y.
Kemudian ikan/ ayam disepit di celah belahan buluh dan
hujungnya diikat dengan akar.
Bagi memanggang roti lilit, adunan yang telah siap dililit
pada bilah buluh/ ranting kayu.
Adunan roti lilit ialah tepung gandum, gula/garam, air, telur

Memasak Nasi

Alatan yang diperlukan ialah buluh.
Terdapat dua cara memasak nasi yang boleh digunakan.
Cara yang pertama ialah ruas buluh ditebuk pada bahagian
tengah dan bahagian lebihannya dijadikan tudung.
Beras yang telah dibasuh dimasukkan ke dalam ruangan
yang telah ditebuk dan diisi air secukupnya.
Lubang tersebut ditutup semula dengan tudung dan api
dinyalakan.
Cara yang kedua ialah buku buluh ditebuk dan dibersihkan.
Kayu berbentuk Y digunakan sebagai penyokong.
Buku yang telah dibersihkan, dimasukkan ke dalam buluh
tersebut dan dimasak.

Memasak dalam darurat



Peperangan, bencana alam dan sebagainya.
Alatan yang diperlukan ialah kawah, beras, pisang, lobak
merah, kekacang, ayam, bawang merah, putih, halia,
minyak, ikan bilis, udang kering.
Cara memasak (biasanya dilakukan secara bergotong-
royong)

Ikhtiar Hidup

Panduan Khas

Cara Memasak Makanan



Memasak Dalam Tanah

Alatan yang diperlukan ialah tanah liat dan daun pisang
Sebagai contoh dalam aktiviti memasak ikan.
Ikan yang telah dibersihkan, dibungkus dengan daun pisang.
Kemudian ikan tersebut dibalut dengan tanah liat.
Setelah itu, ikan tersebut dimasukkan ke dalam lubang dan
lubang itu ditimbus dengan tanah.
Unggun api dibuat di atas timbusan tersebut selama 30
minit.
Ikan yang telah masak dihidangkan.
Perhatian :- Cara ini boleh juga digunakan untuk memasak
bahan makanan yang lain seperti telur, ubi kentang, ubi
keledek, ubi kayu dan lain-lain.

Ikhtiar Hidup
(Masakan Rimba)

Masak Tanpa Peralatan

Memasak tanpa peralatan bermaksud memasak tanpa
menggunakan perkakas dapur
Sebagai ganti, daun kayu, ranting kayu, batu, ruas buluh,
tanah liat atau lumpur boleh digunakan
Dikenali juga sebagai masakan rimba.
Kini kerajang aluminium, tin, dawai juga digunakan.

Kaedah Memasak

1.Menggunakan makanan sebagai bekas
Ubi kentang, bawang besar, capsicum, tomato, labu atau
oren dipotong dan isinya dikeluarkan.
Bahagian atas digunakan sebagai penutup
Bekas makan dibalut dengan keranjang aluminium dan
dimasak dalam bara api.
Kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda yang
bersabut.

2. Memasak menggunakan daun
Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan
seperti ayam dan ikan.
Makanan dibungkus dengan daun dan dimasak atau bara api
Jenis daun yang boleh digunakan adalah daun pisang, daun
kunyit, daun pandan, kobis dan kulit jagung

3. Memasak menggunakan ranting dan dawai
Ranting boleh dijadikan alat untuk memanggang.
Pastikan ranting tidak berasal dari pokok beracun
Roti juga boleh dililit menggunakan ranting kayu
Dawai atau penyangkut baju keluli dibentukkan mengikut
keperluan

4. Memasak menggunakan kepingan batu
Batu yang digunakan leper dan ketebalan sederhana
Api dihidupkan atas permukaan batu dan biarkan selama 30
minit.
Permukaan batu dikira cukup panas apabila tirisan air
berdesir ketika jatuh atasnya.
Bersihkan permukaan batu dengan kain.
Goreng telur, ikan atas permukaan batu yang panas itu.

Ikhtiar Hidup
(Membuat Perangkap)

Perangkap Berumpan

Kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap
yang tidak menggunakan umpan.
Dengan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang
hendak ditangkap supaya masuk ke dalam perangkap.
Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak ditangkap
dan umpan yang sesuai bagi binatang tersebut.

Perangkap Tidak Menggunakan Umpan

Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan
bagi menarik perhatian binatang. Tetapi yang perlu dalam
persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan
cara melihat kepada kesan perjalanan, tempat binatang
bermain atau tempat binatang tersebut mencari makanan
atau minuman.
Kebiasannya jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang.
Asalkan binatang melalui sahaja perangkap dan ia pasti
akan terjerat.
Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini
seperti seladang, kijang, landak, rusa dan sebagainya.

Perangkap Bidas

Jerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan dengan
umpan ataupun tidak.
Jerat ini menggunakan kayu panjang yang menjadi sebagai
pembidas serta tali sebagai penjerat.
Binatang yang sesuai dijerat menggunakan jerat ini ialah
seperti ayam hutan, burung dan juga tupai.

Malam Kebudayaan & Permainan Pengakap

Tujuan

Merupakan acara kemuncak - diadakan di tempat lapang,
ada aktiviti seperti nyanyian, lakonan, tarian dan sebagainya
bagi tujuan menghibur kanak-kanak
Menghilangkan rasa bosan
Melatih bertatatertib, taat dan menurut perintah
Mencungkil bakat terpendam ,menghilangkan rasa malu
Latihan mengukur masa, menilai, menghargai dan
menghormati orang lain
Berkeyakinan, percaya kepada diri sendiri
Untuk kepuasan diri, bukan untuk menunjuk-nunjuk

Prosedur

1. Perasmian
2.Lagu rancak dimainkan
3.Pertunjukan / Persembahan - selang seli

Nyanyian beramai-ramai
Lakonan pendek / Sketsa
Nyanyian berkumpula
Tarian
Nyanyian - ‘round song'
Permainan ringkas
4. Selitkan dengan cerita pendek / celoteh berunsurkan nasihat
5. Selepas setiap persembahan - Yell
6. Lagu pantun di pertengahan acara - Rasa Sayang
7. Acara yang baik – di kemudiankan
8. Penutup - Lagu Negaraku, dilakukan tatkala acara sedang
berada di kemuncak - walaupun persembahan belum habis

Persediaan

1.Tempat yang sesuai
2.Perasmi Majlis
3.Acara / Program
4.Pengacara / Pengerusi Majlis
5.Peserta / Penyertaan
6.Jemputan - jika ada sediakan tempat duduk
7.Perkara-perkara lain yang perlu - mengikut situasi & tempat

Malam Kebudayaan & Permainan Pengakap

Panduan Pengisian

1.Lagu beramai-ramai - pastikan semua peserta boleh menyanyikan
lagu berkenaan

2.‘Round Song’ - sebagai satu latihan yang baik untuk bertatatertib
dan mengikut rentak yang sama

3.Lakonan / Sketsa - tempoh kira-kira 3 minit, tidak menyentuh
agama, perkauman atau bangsa, tidak perlu banyak alatan, elak
menggunakan bahan/senjata merbahaya

4.Tarian - bercirikan kebudayaan tempatan atau pergerakan
pengakap seperti joget, inang dan tarian gajah. Cukup 2 atau 3
tarian sahaja

5.Celoteh - boleh diselitkan oleh pengacara, berunsurkan nasihat dan
menghiburkan hati tetapi tidak menyentuh perkara sensitif

6.Yell - sorakan berunsurkan penghormatan kepada kumpulan yang
membuat persembahan, tidak menyentuh perkara sensitif

Jalan Lasak & Pandu Arah

Tujuan

Membina latihan fizikal secara terarah, pengetahuan mentafsir
maklumat berdasarkan pelbagai sumber serta melatih kemahiran

bertindak dalam pelbagai persekitaran secara rasional

Peraturan & Persediaan

Persediaan Alatan

1.Titik Kawalan
Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang
perlu dilawati oleh peserta.
Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan
manusia yang jelas.
Titik kawalan bukanlah “checkpoint” kerana ia tiada penjaga dititik

2. Penanda Kawalan
Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda
dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam
lingkungan 10m).
Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher)
yang unik.

3. Kad Kawalan
Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika
menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula
(start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai
di titik kawalan nanti.•
Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat
untuk mencatat masa penamat.

Jalan Lasak & Pandu Arah

4. Peta Utama
Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan
dengan keterangan kawalan.
Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.

5. Keterangan Kawalan
Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description)
kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik
kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik
kawalan.
Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk
‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah

6. Landasan
Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik
kawalan ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan
ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta
kemudiannya.
Tanda yang berkenaan landasan adalah :
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
- ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

Jalan Lasak & Pandu Arah

Peralatan Peserta

Pakaian yang sesuai
Kasut sukan
Topi
Bekalan air 1 liter
Makanan ringan
Ubatan peribadi
Baju hujan

Prosedur Pengendalian Aktiviti

Sebelum Aktiviti:
1.Penyediaan landasan
2.Taklimat jurulatih dan peserta
3.Semakan alatan dan logistic
4.Peralatan kecemasan
5.Pengagihan kumpulan

Semasa Aktiviti
1.Peserta berkumpul di tempat permulaan.
2.Jurulatih berada di lokasi sebelum peserta dilepaskan
3.Ketua aktviti memberi taklimat
4.Peserta diberikan alatan
5.Peserta memulakan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan.
6.Peserta tidak digalakkan mengikut kumpulan lain. Masing-masing
bergerak mengikut kemahiran dan kefahaman sendiri secara
berkumpulan.

Selepas Aktiviti
1.Jurulatih mengumpul perserta dan memastikan bilangan cukup.
2.Mengenalpasti tahap kesihatan peserta.
3.Jika terdapat kecederaan, hendaklah diberikan rawatan secepat
yang mungkin.
4.Semua alatan dikembalikan. Jika rosak atau hilang sila laporkan
kepada pihak bahagian logistik.
5.Sesi refleksi

Jalan Lasak & Pandu Arah

Kompas

Untuk menentukan arah. pengembara
Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli teliti bagi
menentukan hala tuju di dalam hutan.
Kompas hendaklah digunakan dengan
mendapatkan arah yang tepat.

Kompas Bearing Sudut
Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah
sudutnya ialah 360 darjah

Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di
atas peta:

Diletakkan peta di atas permukaan yang rata.
Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing
sudutnya, misalnya A dan B.
Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selata. ini dapat
dilakukan dengan melukis garisan yang selari dengan mana-
mana garisan gred yang berhampiran.
Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis
lurus.
Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari
utara mengkut arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan
yang menyambungkan kedua-dua titik tersebut.

Simpulan & Ikatan
Asas Kawad Kaki
Asas Pertolongan
Cemas

Simpulan & Ikatan

Buku Sila

Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka,
menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk

mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung
tali tersebut senang dibuka semula.


Tek
nik:

1. Letakkan hujung A dan B di a
tas satu sama lain.
2.Masukkan hujung A dibawah B.
3.Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B

di bawah

Simpulan & Ikatan

Bunga Geti

Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak
sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal.
Teknik:

1.Mulakan simpul.
2.Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk

membentuk simpul.
3.Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk

simpul.

Simpulan & Ikatan

Simpul Manuk

Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat
pada kayu atau sebagainya.
Teknik:

1.Mulakan simpul pada kayu.
2.Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
3.Tarik hujung tali.

Simpulan & Ikatan

Tindih Kasih

Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut dan
menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan

mangsa



Teknik:
1.Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
2.Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
3.Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali

ke dalam bulatan tersebut.

Simpulan & Ikatan

Ikatan Seraya

Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak
dan mengikat dua kayu yang bersilang.

Teknik:
1.Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
2.Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
3.Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali

ke dalam bulatan tersebut.

Simpulan & Ikatan

Ikatan Serong

Ikatan ini digunakan untuk membuat jambatan, menara dan
sebagainya. Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada
tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang

dan matikan dengan simpulan manok.

Teknik:
1.Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang

bersilang.
2.Kemudian belitkan membujur dan melintang.
3.Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan

kemas.
4.Matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.

Simpulan & Ikatan

Ikatan Silang Gunting

Ikatan ini digunakan untuk mengikat dua kayu yang bersilang,
membina jambatan dan menara.
Teknik:

1.Dimulakan dengan menggunakan simpul manuk.
2.Belitkan kedua-dua tiang dengan kuat dan ketat.
3.Belitkan dicelah-celah dengan kuat.
4.Matikan dengan simpul manuk.

Simpulan & Ikatan

Lilit kacang

Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai
sesuatu gajet
Teknik:

a) Mulakan dengan membuat simpul manuk atau lilit balak.
b) Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang sehingga
selesai

Asas Kawad Kaki

Masuk Baris

Arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai
jurukawat. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang
diberikan oleh jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa latihan
perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk baris,
ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’.

Sedia

Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih
kurang 12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan,
genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka dada, dagu
didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan.

Senang Diri

Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’
adalah sama seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas
tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus.
Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke
tubuh.

Rehatkan Diri

Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan
diletakkan di paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan
tubuh.

Ke Kanan Pusing

Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar
hukuman ke kanan pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan
sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah
kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan
dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.

Asas Kawad Kaki

Ke Kiri Pusing

Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman
ke kiri pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90°
ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri
supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan
menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan.

Ke Belakang Pusing

Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman
ke belakang pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan
sebanyak 180° ke belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri
dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan
sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan
hujung kaki kiri.

Senang Diri

Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’
adalah sama seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas
tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus.
Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke
tubuh.

Buka Barisan

Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan
hadapan dan barisan belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah
tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam
keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan
hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan
belakang bergerak dua langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri
disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada
dalam keadaan sedia semula.


Click to View FlipBook Version