Asas Kawad Kaki
Tutup Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan
belakang. Pengakap yang berada di barisan tengah tidak melakukan
sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’.
Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan
hadapan bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan
belakang bergerak dua langkah ke hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri
disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada
dalam keadaan sedia semula.
Langkah ke Sebelah
Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan,
iaitu langkah ke sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap
berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah
ke sebelah kanan, Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan
kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri
dan hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia.
Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kiri, Pengakap
dikehandaki mengangkat dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri kira-kira
20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri
supaya dalam kedudukan sedia.
Paras
Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik
dan senang membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada
jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis
paras yang boleh diberikan iaitu:
Paras ahli tinggi di tengah;
Paras ahli rendah ditengah;
Paras ahli tinggi di kiri; dan
Paras ahli rendah di kiri.
Asas Kawad Kaki
Ke Kanan Lurus & Pandang Hadapan
Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan
sekali tidak perlu melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan,
semua pengakap yang berada di barisan hadapan, kecuali ’penanda’
keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke
tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di
sebelah kaki kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke
kanan, dan dalam masa yang sama angkat genggaman tangan kanan
supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan
dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada
masa yang sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan
belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya
yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan
hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila
barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada
dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan ’pandang depan’,
jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke
hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’.
Keluar Baris
Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk
melakukan aktiviti seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap
hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan
kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
Bersurai
Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau
tamat. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke
kanan, memberi hormat pengakap, bergerak 3 langkah ke hadapan
denga kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
Asas Kawad Kaki
Kawa
d Statik
1.Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan
menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing.
2.Ketua Platun mengarahkan ahli bergerak ke kanan dengan menggunakan
bahasa hukuman Begerak ke kanan...belakang pusing.
3.Ketua Platun mengarahkan ahli menghadap ke belakang menggunakan
bahasa hukuman Ke kanan...pusing.
4.Ketua Platun mengarahkan ahli mengahadap ke hadapan pentas hormat
menggunakan bahasa hukuman Mengadap ke hadapan...belakang pusing.
5.Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan berundur 1
langkah dan barisan belakang maju 1 langkah secara serentak. Barisan
tengah dalam keadaan statik. Bahasa hukuman yang digunakan ialah Tutup
barisan ...gerak.
6.Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan yang telah ditutup
diluruskan dengan menggunakan bahasa hukuman Ke kanan lurus dan
seterusnya Pandang depan setelah kekemasan barisan dalam keadaan
memuaskan.
Asas Kawad Kaki
Kawad
Dinamik
1.Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan
menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing.
2.Ketua Platun mengarahkan ahli berjalan dalam keadaan berkawad dengan
menggunakan bahasa hukuman Dari kiri / kanan....cepat jalan.
3.Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok
ke arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 2 kon yang
akan dilalui pada laluan ini.
4.Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah,
Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tukar langkah
semasa berjalan menggunakan bahasa hukuman Tukar Langkah "3 kali
sebutan secara berturut-turut selepas setiap perbuatan dan disusuli dengan
perkataan Maju selepas perbuatan tukar langkah yang ketiga.
5.Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok
ke arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 4 kon yang
akan dilalui pada laluan ini.
6.Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah,
Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tabik hormat ke
arah kanan semasa berjalan menggunakan bahasa hukuman
Hormat...hormat ke kanan....hormat. Semasa ahli terakhir menghampiri
kawasan pentas hormat, Ketua Platun mengarahkan ahli menjatuhkan tabik
hormat menggunakan bahasa hukuman Pandang...depan.
7.Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan ahli berpatah balik ke
kawasan tengah litar dengan menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke
kanan...bertiga-tiga...belakang pusing.
8.Setelah ahli sampai ke bahagian tengah litar, Ketua Platun mengarahkan ahli
untuk berhenti dengan menggunakan bahasa hukuman Skuad...henti.
9.Ketua Platun kemudiannya mengarahkan ahli menghadap ke hadapan pentas
hormat menggunakan bahasa hukuman Menghadap ke hadapan..kiri
pusing.
10.Ketua Platun kemudiannya berpusing menghadap ke hadapan pentas hormat
dan mara mengadap ke hadapan Ketua Pengadil bersama-sama keseluruhan
platun menggunakan bahasa hukuman Skuad akan mara menghadap...dari
tengah...cepat jalan. Pergerakan adalah sebanyak 14 langkah dan berhenti di
hadapan Ketua Hakim. Ketua Platun mengarahkan semua ahli memberi tabik
hormat kepada Ketua hakim dengan menggunakan bahasa hukuman hormat
ke hadapan...hormat. Perbuatan tabik hormat dilakukan secara serentak
selama 3 kiraan 3 saat sahaja.
Asas Pertolongan Cemas
Tujuan
1.Untuk menyelamatkan nyawa
Jika tidak sedar diri (pengsan) pastikan bahawa saluran udaranya
tidak terganggu.
Pastikan ia bernafas.
Hentikan pendarahannya.
2. Untuk mengelakkan kecederaan menjadi lebih teruk
Jangan alihkan pesakit kecuali terpaksa elakkan sebarang
kecederaan bertambah parah.
Selesakan dan berikan keyakinan kepada pesakit.
Berikan lindungan daripada kesejukan, kepanasan dan keadaan
yang lembab.
3. Mendapatkan bantuan kecemasan
Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans atau
doktor dengan kadar segera.
Pastikan anda sentiasa berada disisi pesakit sehingga bantuan
sampai.
Prinsip
Menyelamatkan nyawa.
Mengurangkan kesakitan.
Mengelakkan keadaan bertambah teruk.
Mendapatkan bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Anduh & Balutan
Anduh digunakan untuk mengampu dan merehatkan anggota atas serta
menjauhkan anggota atas daripada menarik atau menggerakkan dada,
bahu dan leher. Terdapat tiga jenis anduh, iaitu anduh besar, anduh
leher dan lengan, dan anduh segitiga.
Jenis-jenis Anduh
Anduh Tangan
Anduh Pergelangan Tangan
Anduh Lutut
Anduh Kepala
Asas Pertolongan Cemas
(Anduh & Balutan)
Anduh Lengan
Fungsi
1.Mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
2.Mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
Teknik
1.Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang
cedera.
2.Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
3.Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan
atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.
Asas Pertolongan Cemas
(Anduh & Balutan)
Anduh Pergelangan Tangan
Teknik
1.Letakkan tapak kaki / tangan yang tercedera di atas kain anduh ,
kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas
kaki/tangan.
2.Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
3.Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan
seperti yangditunjukkan di gambarajah di bawah.
4.Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan
pada bahagian kakiyang mesti di balut.
Asas Pertolongan Cemas
(Anduh & Balutan)
Anduh Lutut
Teknik
1.Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di
bawah) di atas lutut yang tercedera .
2.Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian
ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut (seperti gamba rajah di
bawah) .
3.Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih
kemas .
Asas Pertolongan Cemas
(Anduh & Balutan)
Anduh Kepala
Teknik
1.Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi
mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang
kepala .
2.Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala
kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila .
3.Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas .
Pembalut Cincin
Fungsi
1.Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek
tajam.
2.Digunakan untuk menutup luka.
Asas Pertolongan Cemas
(Merawat Luka)
Jenis-jenis Luka
Luka terhiris (incised wound)
Luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata
tajam. Keadaan lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu garisan.
Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau, pedang, semilu buluh,
pisau cukur dan sebagainya.
Luka terkoyak (lacerated wound)
Luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh
senjata atau alat-alat yang tidak tajam.Contohnya kemalangan jalan
raya, cakaran atau gigitan binatang atau sebagainya.
Luka lebam (contusion)
Luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang
keluar berkumpul dalam tisu. Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh
benda-benda berat yang tidak bermata tajam. Contohnya kena
ketukan penukul, kena tumbukan, terhimpit kepada benda-benda
yang berat.
Luka tembus (punctured wound)
Luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata yang
hujungnya tajam. Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi
biasanya dalam dan mengeluarkan darah yang banyak. Contohnya
tusukan pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya
Asas Pertolongan Cemas
(Merawat Luka)
Rawatan Am
1.Bersihkan luka daripada kotoran. Bersihkan bahagian luka
pada air yang mengalir jika boleh sehingga bersih.
2.Basuh tangan anda sebelum atau selepas memberikan
bantuan kecemasan kepada seseorang untuk menghindarkan
daripada infeksi dan juga gunakan kain bebat sucihama
(sterile bandage) jika boleh.
3.Hentikan pengaliran darah dengan menekan ke ruas atas
luka, atau tautkan rapat-rapat bahagian yang terpotong.
Letakkan kain bebat yang tebal dengan kemas di atas
bahagian yang luka jika kain bebat yang sesuai tidak
diperolehi, gunakan sebarang pembalut lapek atau bahan-
bahan yang serupa dengannya ataupun kertas tisu. Berikan
tekanan yang kemas untuk 10 minit, dan seboleh-bolehnya
terlentangkan pesakit itu.
4.Jika luka berlaku pada anggota tangan atau kaki, tinggikan
bahagian yang cedera untuk meredakan pendarahan. Selesa
dan yakinkan pesakit.
5.Jika darah masih mengalir meresapi pada pembebatan
pertama, pastikan bebatannya berada di tempat yang betul.
Jika masih juga berdarah, tambahkan selapis lagi kain bebat
– JANGAN BUANG kain bebat yang pertama tadi.
6.Biarkan bahagian yang luka berada dalam kedudukan yang
tinggi beberapa ketika selepas pendarahan dapat dihentikan.
Doktor seharusnya memeriksa kesemua luka yang teruk. Jika
perlu dijahit supaya cepat sembuh.
7.Luka tusukan, contohnya tercucuk paku yang berkarat atau
digigit anjing boleh menyebabkan jangkitan kemudiannya.
Oleh yang demikian suntikan ANTI-TETANUS (Kancing Gigi)
perlu diberikan.
Asas Pertolongan Cemas
(Gigitan)
Sengatan Kala Jengking
Tanda & Gejala
Sakit di tempat sengatan atau gigitan.
Bengkak, lebam dan keluar darah.
Tempat gigitan menjadi panas.
Mangsa gelisah.
Mangsa mengalami sesak nafas.
Berlaku renjatan.
Rawatan
1.Bawa mangsa ke tempat yang selamat.
2.Tenangkan mangsa.
3.Sekiranya mangsa renjat – periksa gerak nadi dan pernafasan.
Berikan rawatan CPR jika perlu.
4.Beri demahan sejuk di tempat cedera untuk mengurangkan sakit dan
bengkak.
5.Cuci tempat sengatan.
6.Dapatkan rawatan perubatan.
Digigit Lintah atau Pacat
Gigitan lintah atau pacat boleh menyebabkan darah keluar dengan
banyak dan berterusan kerana lintah memuntahkan sejenis enzim yang
menyebabkan pembekuan darah lambat.
Rawatan
1.Tanggalkan lintah atau pacat dengan menggunakan garam, abu atau
secara membakar badan binatang tersebut. Jangan mencabut lintah
yang melekat kerana ianya boleh menyebabkan taringnya tertanggal
di tempat luka.
2.Cuci tempat cedera dengan menggunakan larutan ammonia bagi
mengurangkan kegatalan.
3.Balut luka dengan kemas.
4.Dapatkan rawatan perubatan
Asas Pertolongan Cemas
(Gigitan)
Patukan Ular Berbisa
GiUlar berbisa boleh menyebabkan keracunan kepada sistem saraf atau
pun sistem darah yang menyebabkan berlakunya pendarahan di seluruh
badan. Contohnya ular senduk atau “king cobra”.Ular laut menyebabkan
berlakunya gangguan pada sistem saraf dan sistem pernafasan.
Manakala ular jenis ular kapak menyebabkan sistem pendarahan
terganggu di mana darah tidak mudah membeku dan keluar melalui
semua sistem badan.
Tanda & Gejala
Sakit di tempat patukan.
Bengkak dan lebam terutamanya patukan ular jenis kapak.
Darah keluar di tempat patukan.
Terdapat tanda patukan di tempat patukan.
Sesak nafas.
Gelisah, keletihan dan berasa anggota sejuk.
Gerak nadi berdenyut pantas dan lemah.
Berlaku renjatan.
Rawatan
1.Tenangkan mangsa.
2.Longgarkan pakaian mangsa.
3.Rendahkan anggota yang cedera dan jangan bergerak terlalu
banyak.
4.Awasi mangsa dari renjatan.
5.Cuci tempat cedera dan buat pembebatan.
6.Dapatkan rawatan perubatan segera.
Asas Pertolongan Cemas
(Melecur)
Melecur
Teknik:
1.Berhentikan kebakaran (Burning Stops) - sejukkan bahagian anggota
yang terbakar selama 20 minit. Tujuannya ialah untuk mengurangkan
kepanasan. - Tentukan ia tidak merebak dan kurangkan kesakitan
supaya tidak berlaku renjatan.
2.Tentukan mangsa tersebut bernafas (Breathing Maintain).
3.Periksa tahap kebakaran (Body Examine).
Sejukkan - Cool: Letakkan bahagian yang cedera dengan cermat ke
dalam air sejuk yang mengalir secara perlahan-lahan atau rendam
anggota itu ke dalam air sejuk.
Bebatkan - Cover: Bebatkan dengan kain yang telah dibasahkan.
Pemindahan: Hantarkan ke hospital dengan serta-merta.
Asas Pertolongan Cemas
(Pitam)
Pitam
Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak
yang menyebabkan terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini
menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri buat sementara.
Punca:
Mendapat perkhabaran buruk, sedih atau menakutkan.
Keletihan akibat dari berdiri terlalu lama atau terdedah kepada
kepanasan.
Kesakitan kuat akibat kecederaan.
Kelaparan atau terlalu dahaga.
Keadaan lemah selepas baru sembuh dari penyakit.
Tanda & gejala:
Mangsa mengadu pening
Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemah
Muka dan tangan jadi pucat
Berpeluh dengan banyak
Meloya dan kadang-kadang disertai muntah
Mangsa seperti mengantuk dan menguap-nguap
Hilang kesedaran.
Rawatan Am:
Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara.
Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukkan dan
tundukkan kepala mangsa ke bawah.
Longgarkan pakaian & tenangkan mangsa.
Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika
sekiranyan mangsa telah pengsan.
Apabila mangsa telah pulih, berikan minuman.
Rawat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan.
Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.
Asas Pertolongan Cemas
(Patah)
Patah
Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang,
sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.
Punca Patah
Secara langsung - Patah tepat pada tempat atau puncanya.
Contohnya kena tembakan, pukulan, tendangan atau kemalangan.
Secara Tidak Langsung - Patah terletak jauh dari tempat yang
mengalami kecederaan. Contohnya, berlaku pengecutan otot atau
pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.
Jenis-jenis Patah
● Patah tebu/tertutup (simple fracture) - Patah yang tidak disertai dengan
luka di bahagian patah.
● Patah riok (Compound fracture) - Terdapat luka di tempat patah di
mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian luar kulit.
● Patah melarat (Complicated fracture) - Patah yang menyebabkan
organ lain turut mendapat kecederaan.
● Patah Remuk (Comminuted fracture) - Patah yang berkeping-keping
atau beberapa bahagian.
● Patah Terenyok (Impacted fracture) - Tulang patah kepada dua
bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang yang patah itu.
● Patah Rebung (Green Stick fracture) - Patah secara menyungkap dan
tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang kanak-kanak dan bayi.
● Pecah Remuk (Depressed fracture) - Tulang yang patah terbenam ke
bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya, tengkorak kepala yang
terbenam menghimpit otak.
Asas Pertolongan Cemas
(Patah)
Patah
Tanda & Gejalan
Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran.
Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera.
Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian
tercedera.
Terdapat kecacatan bahagian patah seperti bengkok ataupun
anggota menjadi lebih pendek.
Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah.
Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.
Rawatan Am
1.Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah
hendaklah dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan
berbahaya di situ.
2.Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
3.Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya.
Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.
4.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah
dilakukan. Hentikan pendarahan secara kaedah langsung
atau tidak langsung mengikut kesesuaian.
5.Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau
anduh mengikut keadaan dan tempat yang patah.
6.Dapatkan bantuan perubatan segera.
Asas Pertolongan Cemas
(Patah)
Patah Tengkorak Kepala
Tanda & Gejala
Mengalami pengsan sebentar atau berterusan.
Keluar darah dari hidung, tekak atau telinga.
Muntah.
Mangsa berkeadaan gelisah.
Anak mata membesar dan tidak seimbang antara satu dengan lain.
Nafas berbunyi kuat
Rawatan
Rawatan
1.Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring.
2.Betulkan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa.
Keluarkan bendasing sekiranya terdapat di dalam mulut mangsa.
3.Periksa pernafasan gerak nadi, lakukan CPR jika sekiranya
pernafasan dan nadi tidak berfungsi.
4.Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
5.Dapatkan bantuan perubatan segera.
Patah Tulang Rahang
Tanda & Gejala
Sakit pada bahagian dagu atau rahang.
Tidak boleh menggerakkan atau membuka mulut.
Bengkak dan lebam di bahagian belakang.
Air liur meleleh keluar dari mulut pesakit.
Gigi mangsa berselisih.
Rawatan
1.Tenangkan mangsa dan tentukan saluran pernafasan berada di
dalam keadaan baik.
2.Ampu bahagian dagu dengan kain yang lembut dan ikat dengan
balutan dagu.
3.Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.
4.Dapatkan bantuan perubatan.
Asas Pertolongan Cemas
(Patah)
Patah Tulang Rusuk
Tanda & Gejala
Sakit yang kuat semasa bergerak atau menarik nafas.
Bengkak dan lebam di tempat cedera.
Susah bernafas
Patah Anggota Atas
Rawatan
1.Tenangkan mangsa.
2.Ampu anggota atas supaya tidak banyak bergerak dengan
menggunakan anduh.
3.Jika anggota atas tidak boleh dibengkok, gunakan tuap untuk
mengampu bahagian yang tercedera.
4.Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.
5.Dapatkan rawatan perubatan.
Patah Tulang Paha
Rawatan
1.Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
2.Tenangkan mangsa.
3.Hentikan pendarahan dan rawat tempat tercedera.
4.Tuapkan anggota bawah dengan menggunakan tuap panjang.
5.Dapatkan rawatan perubatan.
Patah Tulang Tibia dan Fibula
Rawatan
1.Letak mangsa dalam keadaan selesa.
2.Tenangkan mangsa.
3.Rawat kecederaan.
4.Tuapkan anggota yang cedera supaya tidak bergeraku. Jangan cuba
membetulkan tulang yang patah.
5.Dapatkan rawatan perubatan.
Asas Pertolongan Cemas
(Keracunan)
Racun
Racun merupakan bahan-bahan yang berbentuk cecair, pepejal, debu
atau gas yang bila mana ianya diambil atau masuk ke dalam tubuh
badan melebihi dari sukatan yang sepatutnya, maka ianya akan
menjejaskan kesihatan badan.
Cara Racun Masuk ke Dalam Tubuh
Sistem pemakanan – Secara makan atau minum bahan-bahan yang
berbentuk pepejal atau cecair.
Sistem pernafasan – Melalui sedutan gas atau bahan debu yang
terampai di udara.
Melalui suntikan urat darah atau otot – Biasanya ia berbentuk cecair.
Serapan kulit – Sesetengah bahan cecair seperti racun rumpai atau
serangga yang terkena kulit akan menyerap ke dalam sistem badan.
Sistem Pernafasan
Rawatan
Mangsa mengadu pening.
Lemah dan tidak bertenaga.
Loya dan muntah-muntah.
Mangsa mengadu sukar atau sesak nafas.
Muka mangsa dalam keadaan pucat dan mangsa dalam keadaan
gelisah.
Pergerakan nadi pantas dan lemah.
Berlakunya renjatan.
Rawatan
1.Bawa mangsa ke tempat yang berudara.
2.Tenangkan mangsa dan longgarkan pakaian yang ketat.
3.Sekiranya mangsa pengsan, baring mangsa dalam baringan separuh
meniarap. Periksa gerak nadi dan pernafasan. Beri bantuan CPR
segera sekiranya pernafasan atau gerak nadi mangsa terhenti.
4.Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Asas Pertolongan Cemas
(Keracunan)
Sistem Pemakanan
Tanda & Gejala
Sakit perut.
Loya dan muntah-muntah.
Gelisah dan pucat.
Berlaku cirit-birit.
Mangsa mengadu dahaga.
Terdapat tanda melecur atau terbakar di bibir dan mulut mangsa bagi
racun jenis yang membakar.
Terdapat bau racun apabila mangsa bernafas atau bercakap.
Berlaku renjatan.
Rawatan
1.Tenangkan mangsa.
2. Longgarkan pakaian yang ketat.
3.Cuba keluarkan bahan yang beracun dengan memberi air yang
dicampur garam sebanyak mungkin, atau mengeletek bahagian leher
atau kerongkong mangsa. Ini boleh dilakukan bagi racun yang bukan
jenis membakar.
4.Sekiranya bahan membakar – jangan cuba muntahkan mangsa
dengan cara di atas kerana ini membahayakan mangsa. Jika mangsa
sedar cuba meneutralkan dengan bahan-bahan air yang dicampur
limau bagi racun alkali dan air tepung jika sekiranya bahan asid.
5.Sekiranya mangsa pengsan, baring mangsa dalam baringan separuh
meniarap.
6.Betulkan saluran pernafasan. Periksa gerak nadi dan pernafasan.
Lakukan CPR jika pernafasan terhenti.
7.Dapatkan rawatan perubatan beserta dengan bahan yang boleh
menjadi bukti jenis keracunannya. Contohnya bekas ubat, muntah
atau bekas-bekas kosong pengisi bahan beracun tersebut.
Asas Pertolongan Cemas
(Keracunan)
Serapan Kulit
Tanda & Gejala
Pening dan badan menjadi lemah.
Loya dan muntah.
Terdapat tanda kegatalan atau bintik-bintik merah di tempat yang
terkena racun.
Badan menjadi sejuk.
Sesak nafas dan nadi berdenyut cepat.
Berlaku renjatan.
Rawatan
1.Tenangkan mangsa.
2.Cuci tempat terkena racun dengan air yang banyak.
3.Letakkan mangsa dalam keadaan yang selesa.
4.Dapatkan bantuan perubatan.
Suntikan & Gigitan
Tanda & Gejala
Mangsa mengadu pening dan lemah.
Loya dan muntah-muntah.
Gelisah dan badan menjadi sejuk.
Mangsa mengalami kesukaran bernafas.
Gerak nadi menjadi cepat dan lemah.
Mangsa berkedaan pucat dan keletihan.
Terdapat tanda-tanda suntikan atau gigitan di badan.
Terdapat tanda bengkak pada tempat sengatan atau gigitan.
Terjadi renjatan.
Rawatan
1.Tenangkan mangsa dan letakkan mangsa dalam keadaan selesa.
2.Dapatkan butir-butir keracunan dari mangsa.
3.Berikan rawatan CPR jika mangsa dalam keadaan terhenti
pernafasan atau pergerakan nadinya.
4.Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Asas Pertolongan Cemas
(Terseliuh)
Terkehel
Terkehel bermaksud berlaku perubahan kedudukan tulang dari acuan
persendiannya. Terkehel terjadi pada persendian tulang tanpa
melibatkan kecederaan tulang.
Tanda & Gejala
Sakit yang sangat kuat pada bahagian persendian.
Bengkak dan lebam bahagian sendi.
Tidak dapat menggerakkan anggota yang tercedera.
Terdapat perubahan bentuk pada sendi yang tercedera.
Terdapat tanda-tanda am renjatan.
Rawatan
1.Tenangkan mangsa dan letak mangsa dalam keadaan selesa.
2.Ampu bahagian yang cedera dengan menggunakan tuap atau anduh
bagi mengurangkan pergerakan.
3.Jangan cuba memasukkan kembali sendi yang cedera atau
mengurut-urut bahagian tersebut.
4.Beri demahan sejuk bagi mengurangkan sakit dan bengkak.
5.Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.
Tergeliat
Cedera, terkoyak atau terpusing otot-otot dan ligamen pada bahagian
persendian akibat dari pergerakan yang melampaui batas.
Tanda & Gejala
Sakit bahagian yang tercedera.
Bengkak dan lebam pada bahagian persendian.
Sakit apabila menggerakkan bahagian cedera tetapi masih dapat
menggerakkan anggota tersebut.
Rawatan
1.Tenangkan mangsa dan jangan menggerakkan anggota terlibat.
2.Ampu bahagian cedera dengan tuap atau anduh.
3.Jangan mengurut bahagian cedera.
4.Beri demahan sejuk pada tempat cedera supaya dapat
mengurangkan sakit atau bengkak.
5.Dapatkan rawatan perubatan.
Asas Pertolongan Cemas
(Terseliuh)
Salah Urat
Ketegangan urat yang terjadi akibat pergerakan yang berlebihan
anggota yang terlibat.
Tanda & Gejala
Sakit dan tegang otot-otot.
Susah mengerakkan anggota tetapi tetap dapat bergerak.
Rawatan
1.Rehatkan bahagian yang terlibat.
2.Beri demahan sejuk atau sapu minyak panas untuk mengurangkan
sakit.
3.Ampu dan rehatkan bahagian yang terlibat.
4.Beri minum air yang banyak.
Kekejangan Otot
Kekejangan otot terjadi apabila otot-otot menguncup secara tiba-tiba
akibat dari pergerakan yang berlebihan, kehilangan garam dalam badan
melampau, suhu yang terlampau sejuk. Kecutan otot yang berlaku ini
menyebabkan otot menjadi pendek dan sakit yang kuat.
Tanda & Gejala
Sakit yang kuat terjadi secara tiba-tiba di tempat yang mengalami
kekejangan.
Terjadi gumpalan otot pada bahagian yang terlibat. Otot menjadi
keras dan tegang.
Tidak dapat meluruskan anggota yang terlibat.
Rawatan
1.Baringkan mangsa dan tenangkannya.
2.Luruskan kembali bahagian yang mengalami kekejangan.
3.Beri demahan, dan beri minum minuman dengan banyak.
4.Rehatkan bahagian yang tercedera.
5.Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.
Asas Pertolongan Cemas
(Pemulihan Pernafasan)
Racun
Keutamaan yang mesti adalah membetulkan kedudukan salur
pernafasan, memastikan oksigen cukup masuk ke paru-paru dan
memastikan peredaran darah yang cukup bagi membawa oksigen.
Terdapat beberapa kaedah pemulihan pernafasan yang boleh
dipraktikkan semasa mangsa mengalami terhenti pernafasan. Kaedah-
kaedah ini ialah:
Pemulihan mulut ke mulut
Pemulihan mulut ke hidung
Kaedah Schafers
Kaedah Holger Neilson
Kaedah Selvester’s
Mulut ke Mulut
Cara Praktik
1.Rapatkan mulut pemulih ke mulut si mangsa.
2.Tutup hidung mangsa secara picitan hidung.
3.Lakukan hembusan selama kira-kira 1 hingga 1.5 saat sambil mata
memerhatikan bahagian dada mangsa.
4.Hembusan yang betul akan memperlihatkan pergerakan dada naik
dan tiada kebocoran dari celah bibir mangsa.
5.Lepaskan picitan hidung mangsa agar udara dapat keluar melalui
hidung.
6.Lakukan sekali hembusan setiap 5 saat bagi mangsa orang dewasa.
Manakala, 1 hembusan setiap 3 saat bagi kanak-kanak dan bayi.
7.Pemulihan perlu dijalankan berterusan sehingga mangsa dapat
bernafas sendiri atau apabila tiba bantuan perubatan.
Asas Pertolongan Cemas
(Pemulihan Pernafasan)
Mulut ke Hidung
Kaedah ini boleh dilakukan sekiranya timbul masalah pada bahagian
mulut mangsa di mana kaedah pemulihan secara mulut ke mulut tidak
dapat dilakukan.
Cara Praktik:
1.Rapatkan mulut pemulih ke bahagian hidung si mangsa.
2.Tutup bahagian mulut mangsa supaya udara yang dihembus tidak
keluar melalui mulut.
3.Pemulih menghembus udara dari mulut ke hidung mangsa. Semasa
hembusan, perhatikan naik dan turun bahagian dada bagi
menentukan udara masuk atau tidak ke paru-paru.
4.Buka mulut mangsa dan biarkan udara keluar.
5.Masa yang diambil bagi setiap hembusan adalah seperti kaedah
mulut ke mulut.
Kaedah Schafers
Rawatan
1.Letakkan mangsa dalam baringan meniarap dengan bahagian
tangan mangsa mengampu bahagian kepalanya.
2.Pemulih duduk melutut selari dengan bahagian pinggang / punggung
mangsa dengan muka mengarah ke arah kepala mangsa.
3.Letakkan kedua belah tangan di bahagian pinggang mangsa.
Kenakan tekanan dengan menggunakan berat badan ke atas
mangsa sekama kira-kira 2 saat.
4.Balikkan badan pemulih ke tempat melutut bagi melemahkan
tekanan.
5.Kaedah ini dilakukan berulang-ulang kali sehingga mangsa pulih atau
sehingga tibanya bantuan perubatan.
Asas Pertolongan Cemas
(Pemulihan Pernafasan)
Holger Neilson
Kaedah ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang mengalami terhenti
pernafasan. Kaedah ini tidak sesuai dilakukan bagi mangsa-mangsa
yang mengandung atau gemuk dan berperut buncit.
Cara Praktik:
1.Mangsa dibaringkan dalam baringan meniarap dengan lengan dan
tangan mangsa mengampu bahagian kepala dan mukanya.
2.Palingkan muka mangsa ke kiri/kanan dan donggakkan kepala
mangsa ke hadapan supaya saluran pernafasan mangsa terbuka.
3.Pemulih duduk separuh melutut di bahagian kepala mangsa.
4.Kedua-dua tangan pemulih diletakkan di bahagian kiri dan kanan
tulang scapula.
5.Kenakan tekanan dengan menggunakan berat badan selama kira-
kira 2 saat di bahagian tulang scapula mangsa.
6.Angkat bahagian kedua-dua siku mangsa ke atas supaya rongga
dada mangsa mengembang. Lakukan selama kira-kira 2 saat.
7.Letakkan kembali tangan pemulih ke bahagian tulang scapula
mangsa.
8.Kaedah ini dilakukan berulang kali sehingga mangsa bernafas
kembali atau sehingga tiba bantuan perubatan
Asas Pertolongan Cemas
(Pemulihan Pernafasan)
Kaedah Selvesters
Kaedah ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang mengalami terhenti
pernafasan. Kaedah ini tidak sesuai dilakukan bagi mangsa-mangsa
yang mengandung atau gemuk dan berperut buncit.
Cara Praktik:
1.Letakkan mangsa dalam baringan melentang.
2.Pemulih melutut di bahagian kepala mangsa dengan bahagian lutut
pemulih mengepit bahagian kepala mangsa.
3.Dongakkan kepala mangsa.
4.Pegang kedua belah pergelangan tangan mangsa dan letakkan di
bahagian dada mangsa.
5.Kenakan tekanan di bahagian dada menggunakan berat badan
pemulih. Jangan gunakan kaedah kekuatan tenaga menekan dada
mangsa kerana ini boleh mencederakan dada mangsa.
6.Tekanan dilakukan selama kira-kira 2 saat.
7.Angkat dan depangkan kedua-dua belah tangan mangsa supaya
memberi ruang dada dan mengembang kira-kira 2 saat.
8.Kembalikan tangan ke bahagian dada dan lakukan kaedah ini
berulangkali sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba.
Lagu- lagu Patriotik
Lagu-lagu Pengakap
Lagu-lagu Patriotik
Jalur Gemilang
Merahmu bara,semangat waja,
Putihmu bersih budi pekerti,
Kuning berdaulat,payung negara,
Biru perpaduan kami semua.
Puncak dunia telah kau tawan,
Lautan luas telah kau redah,
Membawa semangat jiwa merdeka,
Semarak jaya kami warganya.
Empat belas melintang jalurnya,
Semua negeri dalam Malaysia,
Satu suara satu semangat,
Itu sumpah warga berdaulat.
Jalur gemilang...Dibawah naunganmu,
Jalur gemilang...Kami semua bersatu,
Perpaduan, Ketaatan,
Amalan murni rakyat malaysia.
Jalur gemilang...Megah kami terasa,
Jalur gemilang...Kibarkanlah wawasan,
Merah, putih, biru, kuning,
Jalur semangat kami semua.
Berkibarlah,berkibarlah,berkibarlah,
Jalur gemilang!
Lagu-lagu Patriotik
Keranamu
Buruh, nelayan dan juga petani,
Gaya hidup kini dah berubah,
Anak-anak terasuh mindanya,
Lahir generasi bijak pandai.
Pakar IT, pakar ekonomi,
Jaguh sukan dan juga jutawan,
Berkereta jenama negara,
Megah menyusur di jalan raya.
Alam siber, teknologi terkini,
Kejayaan semakin hampiri,
Biar di kota, ataupun desa,
Kita semua, pasti merasa bangga.
Keranamu...Kami mendakap tuah,
Keranamu...Kami bangsa berjaya,
Keranamu...Kami hidup selesa,
Limpah budi kemakmuran negara.
Keranamu...Kami bebas merdeka,
Keranamu...Nyawa dipertaruhkan,
Keranamu rela kami berjuang,
Demi bangsa kedaulatan negara.
Keranamu negara Malaysia,
Malaysia
Terima Kasih Malaysia!
Lagu-lagu Patriotik
Warisan
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Andai kuterbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus kubawakan
Ke mana harus kusemaikan
Cinta ini
Betapa di bumi ini 'ku melangkah
Ke utara, selatan, timur, dan barat
Kujejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Kuingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Kuingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
Lagu-lagu Pengakap
Di Sini Senang, Di Sana Senang
Di sini senang, di sana senang
Di mana-mana hati ku senang
Di sini senang, di sana senang
Di mana-mana hati ku senang
Lai, lai, lai, lai, lai, lai
Di Sini Kita Berkumpul
Di sini di sini, kita berkumpul
Di sini di sini, kita berkumpul
Salam, salam, salam, salam, salam,
ooi
Here we are, here we are,
here we are again
Here we are, here we are, here we are
again
Hello, hello, hello, hello, hello, ooi
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi
Huan si, huan si, huan si, huan si,
huan si, ooi
Porengeh, porengeh, engeh porengeh
Porengeh, porengeh, engeh porengeh
Aneh, aneh, aneh, aneh, aneh, ooi
Apa Guna Keluh Kesah
Apa guna keluh kesah
Apa guna keluh kesah
Pengakap/pandu puteri tak pernah
bersusah
Apa guna keluh kesah
There is no reason to be sad
There is no reason to be sad
We are always happy together
There is no reason to be sad
Lagu-lagu Pengakap
Tanya Sama Pokok
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Nanti jawab pokok
Angin yang goncang
Apa sebab goncang
Nanti jawab angin
Langit nak hujan
Tanya sama langit
Apa sebab hujan?
Nanti jawab langit
Tanyalah awan
Awan nanti kata
Aku kandung air
Sampai tempat sejuk
Aku pun cair
Tengok dalam air
Nampak bayang-bayang
Campak satubatu
Bayangpun hilang
Tarian Gajah
Apabila bunga kembang berseri
Seekor gajah keluar menari
Lenggang ke kanan hei hei
Lenggang ke kiri
Jemput seekor lagi keluar menari
Apabila bunga kembang berseri
Dua gajah keluar menari
Lenggang ke kanan hei hei
Lenggang ke kir
Jemput seekor lagi keluar menari
Lagu-lagu Pengakap
Tepi Gunung
Tepi gunung air terjun
Tempat orang bermain
Dan anaknya Mahani
Sungguh cantik rupa Ani
Hidung mancung seludang
Betis bagai bunting padi
Sungguh cantik dipandang
Tidur malam mimpi-mimpi
Ani datang ke rumah
Tapi sayang sudah pergi
Hati Ani sudah berubah
Burung Berbunyi
Dengarlah itu burung berbunyi
Bagai suara orang menyanyi
Riang gembira bercampur sayu
Sambil terbang ke hilir ke hulu
Terbang kerana mencari makan
Selagi ada nyawa di badan
Di waktu petang mencari pokok
Untuk tidur menantikan esok
Selamat Malam
Selamat malam
saudara/saudari/pemimpin
Selamat malam saudara
Selamat malam saudara
Kita akan berpisah sekarang
Bersuka ria kita
Beramailah ramai
Bersuka ria kita
Aman dan damai
Rekod
Semakan
Rekod Semakan oleh Pensyarah
Penasihat