The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Taklimat Cukai Perkhidmatan Peluasan Skop 19022024 2am (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOOR AZIZAN BINTI ZAKI ABDUL KHAYER (JKDM-PERAK), 2024-02-28 02:33:45

Taklimat Cukai Perkhidmatan Peluasan Skop 19022024 2am (1)

Taklimat Cukai Perkhidmatan Peluasan Skop 19022024 2am (1)

PELUASAN SKOP CUKAI PERKHIDMATAN PENAFIAN : Maklumat yang ditunjukkan dalam pembentangan ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai layanan cukai ke atas SST dan tidak bertujuan untuk menjawab sebarang kemungkinan isu SST di masa akan datang. Maklumat yang dinyatakan adalah betul pada tarikh pembentangan dan telah mengikut prosedur yang digariskan oleh pihak Jabatan, sekiranya terdapat sebarang pindaan, JKDM berhak untuk membuat pindaan dengan sewajarnya. CAWANGAN DASAR CUKAI PERKHIDMATAN (CDCP) BAHAGIAN CUKAI DALAM NEGERI (SST) IBU PEJABAT, JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA PUTRAJAYA. 20 FEBRUARI 2024


2 AGENDA 1. PENGENALAN 2. PELUASAN SKOP CUKAI PERKHIDMATAN 3. LAIN-LAIN PINDAAN


3 PENGENALAN CUKAI PERKHIDMATAN


4 PENGENALAN CUKAI PERKHIDMATAN PERUNDANGAN AKTA PERATURAN PERINTAH


5 PERKHIDMATA N BERCUKAI DIBERIKAN DI MALAYSIA SKOP CUKAI OLEH ORANG BERDAFTAR PERKHIDMATA N BERCUKAI DIIMPORT Mulai 1 Jan 2019 Seksyen 1, ACP 2018 Tarikh pelaksanaan - 1 September 2018 Seksyen 7, ACP 2018 Pengenaan dan skop cukai perkhidmatan Seksyen 10, ACP 2018 Kadar cukai perkhidmatan : ➢ 6% ➢ RM25 tiap-tiap 12 bulan (kad kredit/kad caj) Seksyen 11, ACP 2018 Cukai perkhidmatan genap masa : ➢ Pada masa pembayaran diterima ➢ Invois diterima – tertakluk kepada kelulusan KP (efektif : 1.9.2019) ➢ ImTS – pembayaran dibuat / invois diterima (mana-mana lebih awal) PENGENALAN CUKAI PERKHIDMATAN


6 Seksyen 8, ACP 2018 Menteri boleh menetapkan mana-mana perkhidmatan sebagai perkhidmatan bercukai Jadual Pertama PENGENALAN CUKAI PERKHIDMATAN


7 TIGA ruang: Ruang (1) : Orang kena cukai Ruang (2) : Perkhidmatan bercukai Ruang (3) : Jumlah perkhidmatan bercukai PENGENALAN CUKAI PERKHIDMATAN


8 PELUASAN SKOP


9 PELUASAN SKOP PENGUMUMAN BAJET 2024 26. PERTAMA : Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar Cukai Perkhidmatan kepada 8 peratus ketimbang 6 peratus sekarang. Namun, agar tidak membebankan rakyat, peningkatan ini tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi. Kerajaan juga akan meluaskan skop perkhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan kelab karaoke.


10 PELUASAN SKOP SURAT DASAR MOF BERTARIKH 24 NOVEMBER 2023 Mewujudkan butiran baharu di bawah Kumpulan G (Profesional), Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 bagi mengenakan cukai perkhidmatan ke atas keseluruhan aktiviti perkhidmatan penyenggaraan, termasuk pengurusan penyenggaraan, penyenggaraan corrective atau/dan preventive;


PENGENALAN CUKAI PERKHIDMATAN 11 Kumpulan Kategori Nota A Penginapan B Makanan & Minuman C Kelab Malam, Dewan Tari-Menari, Kabaret, Pusat Karaoke, Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan, Rumah Urut, Rumah Awam dan Rumah Bir D Kelab Persendirian E Kelab Golf dan lapang Sasar Golf F Pertaruhan dan Perjudian G Profesional atau kemahiran 12 13 Kategori H Kad Kredit & Kad Caj I Penyedia Perkhidmatan Lain 12 10 Kategori J Perkhidmatan Logistik JADUAL PERTAMA, PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN 2018 (PCP 2018) 9 10 KUMPULAN CADANGAN


12 PELUASAN SKOP Pindaan Jadual Pertama : Dalam Kumpulan C – (i) Dalam kepala, dengan memasukkan selepas perkataan “KABARET,” perkataan “PUSAT KARAOKE,”; (ii) Dalam ruang (1) berhubung dengan butiran 1– (A) dalam subbutiran (c) dengan memotong perkataan “atau” dihujung subbutiran itu; (B) dalam subbutiran (d), dengan menggantikan noktah di hujung subbutiran itu dengan perkataan “;atau”; dan (C) dengan memasukkan selepas subbutiran (d) subbutiran yang berikut : “(e) mana-mana pusat karaoke”; dan CADANGAN KUMPULAN C : PUSAT KARAOKE


13 PELUASAN SKOP Pindaan Jadual Pertama : Dalam Kumpulan C – (iii) Dalam ruang (2), dengan menggantikan subbutiran (a) dengan subbutiran yang berikut : “(a) Penyediaan semua jenis perkhidmatan”; CADANGAN KUMPULAN C : PUSAT KARAOKE


14 PELUASAN SKOP KUMPULAN C : KELAB MALAM, DEWAN TARI MENARI, KABARET, PUSAT KARAOKE, PUSAT KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN, RUMAH URUT, RUMAH AWAM DAN RUMAH BIR (1) Mana-mana orang yang mengendalikan― (a) Kelab malam (b) Dewan tari menari (c) Kabaret ; atau (d) Mana-mana tempat yang dilesenkan di bawah perenggan 35(1)(a) atau (b) Akta Eksais 1976 [Akta 176] dan yang dinyatakan dalam lesen dalam subperaturan 9(1) Peraturan-Peraturan Eksais (Penjualan Liquor Yang Memabukkan) 1977 [P.U.(A)156/1977] sebagai Rumah Awam Kelas Pertama, Kelas Kedua atau Kelas Ketiga atau Rumah Bir Kelas Pertama atau Kelas Kedua. (e) Mana-mana pusat karaoke (2) Mana-mana orang yang mengendalikan mana-mana pusat kesihatan atau kesejahteraan, rumah urut atau tempat yang seumpamanya yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan atau yang didaftarkan secara sah sama ada atau tidak berdaftar dengan, atau diluluskan oleh, mana-mana pihak berkuasa tempatan yang berkaitan, (a) mana-mana kemudahan yang menyediakan akitiviti yang seumpamanya yang didaftarkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]; (b) b) mana-mana kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan; (c) (c) mana-mana fasiliti yang diuruskan oleh mana-mana universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] atau Akta Universiti Teknologi Mara 1976 [Akta 173] bagi maksud jagaan kesihatan. Tidak termasuk RUANG (1) : ORANG KENA CUKAI CADANGAN KUMPULAN C : PUSAT KARAOKE


15 PELUASAN SKOP KUMPULAN C : KELAB MALAM, DEWAN TARI MENARI, KABARET, PUSAT KARAOKE, PUSAT KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN, RUMAH URUT, RUMAH AWAM DAN RUMAH BIR RUANG (2) : PERKHIDMATAN BERCUKAI a) Pemberian semua perkhidmatan dalam establismen itu. Penyediaan semua jenis perkhidmatan; b) Pemberian mana-mana perkhidmatan bercukai lain yang dinyatakan dalam Kumpulan lain dalam Jadual ini. c) Penyediaan atau penjualan— (i) rokok; (ii) produk tembakau; (iii) paip tembakau (termasuk kepala paip) (iv) rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik peribadi yang serupa; (v) sediaan yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair atau gel, sama ada mengandungi nikotin atau tidak; atau (vi) (vi) minuman beralkohol dan tidak beralkohol. [Ganti P.U.(A) 150/2023 kuatkuasa 15 Mei 2023] CADANGAN KUMPULAN C : PUSAT KARAOKE


16 PELUASAN SKOP KUMPULAN C – PUSAT KARAOKE Pengendali pusat karaoke Tempat atau ruang yang menyediakan kemudahan berhibur secara individu atau berkumpulan untuk menyanyikan lagu terpilih dengan iringan muzik yang sedia terakam dalam alat audio visual. Siapa orang kena cukai? CADANGAN


17 Pengendali pusat karaoke Siapa orang kena cukai (OKC)? Contoh 1 Contoh 2 ZeMaju Entertainment Sdn Bhd (ZME) mengendalikan sebuah pusat karaoke di lot kedai di dalam sebuah pasaraya terkemuka dengan menawarkan perkhidmatan hiburan untuk berkaraoke. Tasha Entertainment Enterprise (TEE) telah menyewa beberapa ruang di dalam pusat membeli belah untuk meletakkan karaoke kiosk miliknya di ruangan tersebut. ➢ ZME adalah pengendali pusat karaoke dan tertakluk sebagai OKC ➢ TEE bukan pengendali pusat karaoke dan tidak tertakluk sebagai OKC PELUASAN SKOP KUMPULAN C – PUSAT KARAOKE CADANGAN


18 Pindaan butiran(a), ruang(2), Kumpulan C Pemberian semua perkhidmatan dalam establismen itu Penyediaan semua jenis perkhidmatan Apa-apa perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh OKC Kumpulan C sama ada di dalam establismen atau di luar establismen adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan PELUASAN SKOP KUMPULAN C – PUSAT KARAOKE CADANGAN


19 Pindaan butiran(a), ruang(2), Kumpulan C Pemberian semua perkhidmatan dalam establismen itu Penyediaan semua jenis perkhidmatan Apa-apa perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh OKC Kumpulan C sama ada di dalam establismen atau di luar establismen adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan Contoh 1 ZeMaju Entertainment Sdn Bhd (ZME) memiliki sebuah pusat karaoke dan telah menyewa beberapa ruang di dalam pusat membeli belah untuk meletakkan karaoke kiosk miliknya di ruangan tersebut. ➢ ZME merupakan orang kena cukai seperti dinyatakan dalam ruang (1), Kumpulan C, Jadual Pertama, PCP 2018 iaitu pengendali pusat karaoke. Oleh itu, penyediaan semua jenis perkhidmatan oleh ZME perlu dikenakan cukai perkhidmatan termasuklah penyediaan perkhidmatan karaoke kiosk PELUASAN SKOP KUMPULAN C – PUSAT KARAOKE CADANGAN


20 Pindaan butiran(a), ruang(2), Kumpulan C Pemberian semua perkhidmatan dalam establismen itu Penyediaan semua jenis perkhidmatan Apa-apa perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh OKC Kumpulan C sama ada di dalam establismen atau di luar establismen adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan Contoh 2 Ummi Reena Bidan Tradisi & Spa menyediakan perkhidmatan penjagaan berpantang untuk ibu-ibu lepas melahirkan anak di dalam premisnya termasuklah perkhidmatan urutan lepas bersalin ke rumah pelanggan. ➢ Perkhidmatan penjagaan berpantang untuk ibu-ibu lepas melahirkan anak di dalam premisnya dan penyediaan perkhidmatan urutan lepas bersalin ke rumah pelanggan tersebut adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan. PELUASAN SKOP KUMPULAN C – PUSAT KARAOKE CADANGAN


PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN ATAU PEMBAIKAN


22 PELUASAN SKOP Pindaan Jadual Pertama : Dalam Kumpulan G – (ii) Dalam ruang (1), dengan memasukkan selepas butiran 12 butiran yang berikut : “13. Mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan”; (iii) Dalam ruang (2) – (D) dengan memasukkan selepas subbutiran (m) sebagaimana yang dipotong subbutiran yang berikut: “(n) Penyediaan apa-apa perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan termasuk pengurusan penyenggaraan, penyenggaraan pembetulan, penyenggaraan pencegahan, penentukuran, penyesuaian, pemulihan semula, susun semula atau baik pulih kecuali – CADANGAN KUMPULAN G : PENYENGGARAAN ATAU PEMBAIKAN


23 PELUASAN SKOP Pindaan Jadual Pertama : (iii) Dalam ruang (2) – (i) Perkhidmatan pengurusan penyenggaraan berkaitan dengan tanah atau bangunan bagi kegunaan kediaman yang disediakan oleh mana-mana pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau persatuan kediaman; atau (ii) Perkhidmatan pembaikan bagi bangunan kediaman”; CADANGAN KUMPULAN G : PENYENGGARAAN ATAU PEMBAIKAN


24 PELUASAN SKOP RUANG (1) : ORANG KENA CUKAI (1) Peguam bela dan peguam cara yang berdaftar di bawah undang-undang bertulis (2) Peguam syarie yang berdaftar di bawah undang-undang bertulis (3) Akauntan awam yang berdaftar di bawah undangundang bertulis (4) Juruukur berlesen atau berdaftar termasuk penilai, penaksir atau ejen hartanah yang berlesen atau berdaftar di bawah undang-undang bertulis (5) Jurutera profesional yang berdaftar di bawah undangundang bertulis (6) Arkitek yang berdaftar di bawah undang-undang bertulis (7) Penyedia perkhidmatan perundingan (1 Sep 2018), latihan dan tunjuk ajar (1 Jan 2019) (10) Penyedia perkhidmatan pekerjaan (8) Penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (9) Penyedia perkhidmatan pengurusan (11) Agensi persendirian yang dilesenkan di bawah Akta Agensi persendirian 1971 [Akta 27] KUMPULAN G: PROFESIONAL (12) Mana-mana orang yang mengendalikan platform dalam talian atau tempat pasaran (13) Mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan CADANGAN KUMPULAN G : PENYENGGARAAN ATAU PEMBAIKAN


25 PELUASAN SKOP RUANG (2) : PERKHIDMATAN BERCUKAI (1) Perkhidmatan perundangan (2) Perkhidmatan perundangan mengenai perkara Islam (3) Perkhidmatan perakaunan, pengauditan, penyimpanan kira-kira (4) Pemberian semua jenis perkhidmatan mengukur (5) Perkhidmatan perundingan kejuruteraan (6) Perkhidmatan seni bina (7) Perkhidmatan perundingan (10) Perkhidmatan pekerjaan (8) Perkhidmatan teknologi maklumat (9) Perkhidmatan pengurusan (11) Penyediaan pengawal atau perlindungan KUMPULAN G: PROFESIONAL (12) Penyediaan perkhidmatan digital (13) (n) Penyediaan apa-apa perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan termasuk pengurusan penyenggaraan, penyenggaraan pembetulan, penyenggaraan pencegahan, penentukuran, penyesuaian, pemulihan semula, susun semula atau baik pulih kecuali— (i) perkhidmatan pengurusan penyenggaraan berkaitan dengan tanah atau bangunan bagi kegunaan kediaman yang disediakan oleh mana-mana pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau persatuan kediaman; atau (ii) perkhidmatan pembaikan bagi bangunan kediaman”; KUMPULAN G : PENYENGGARAAN ATAU PEMBAIKAN CADANGAN


KUMPULAN G, RUANG (2), BUTIRAN (i)(iv) KUMPULAN G, RUANG (2), BUTIRAN (g) PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN ATAU PEMBAIKAN Perkhidmatan pengurusan penyenggaraan Perundingan - Penentukuran PELUASAN SKOP KUMPULAN G : PENYENGGARAAN ATAU PEMBAIKAN CADANGAN


Servis kenderaan bermotor Perkhidmatan pembersihan KUMPULAN I, BUTIRAN 13 KUMPULAN I, BUTIRAN 5 PELUASAN SKOP KUMPULAN G : PENYENGGARAAN ATAU PEMBAIKAN CADANGAN


memelihara, menjaga, mengendali, mengawal selia, mencegah, memulih atau mengurus bangunan, barang, tanah atau sistem berfungsi dengan baik dan efektif, memenuhi piawaian semasa, meningkatkan keadaan dan prestasi, memanjangkan jangka hayat, meningkatkan produktiviti, selamat, meminimumkan risiko kerosakan, kemalangan dan lainlain. 28 PELUASAN SKOP KUMPULAN G : PENYENGGARAAN ATAU PEMBAIKAN PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN CADANGAN PENCEGAHAN


29 Aktiviti membaiki, membetulkan atau memulih sesuatu bangunan, barang, tanah atau sistem yang rosak, tidak berfungsi, atau memerlukan penyenggaraan PELUASAN SKOP KUMPULAN G : PENYENGGARAAN ATAU PEMBAIKAN PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN PEMBETULAN / CADANGAN PEMBAIKAN


30 PELUASAN SKOP Baik pulih (overhaul) Penentukuran (Calibrate) Penyesuaian (adjustment) Pemulihan semula (recondition) Susun semula (reconfigure) CADANGAN KUMPULAN G : PENYENGGARAAN ATAU PEMBAIKAN


31 Perkhidmatan pengurusan penyenggaraan diberi oleh Pemaju, JMB, MC dan persatuan kepada pemilik unit parcel kediaman. Palma JMB adalah badan pengurusan bersama yang ditubuhkan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 bertanggungjawab dalam menguruskan dan menyenggara bangunan kediaman Palma Residence. Palma JMB akan mengenakan caj pengurusan kepada pemilik parcel unit di Palma Residence. Caj tersebut adalah tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan. PELUASAN SKOP KUMPULAN G : PENYENGGARAAN ATAU PEMBAIKAN CADANGAN


32 Perkhidmatan pembaikan bagi bangunan kediaman En. Azuan telah melantik Naz Enterprise untuk membaiki tingkap-tingkap untuk 10 unit rumah kediaman yang dimilikinya. Perkhidmatan membaiki tingkap rumah kediaman adalah tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan. PELUASAN SKOP KUMPULAN G : PENYENGGARAAN ATAU PEMBAIKAN CADANGAN


CADANGAN 33 PERINTAH CUKAI PERKHIDMATAN (ORANG YANG DIKECUALIKAN DARIPADA PEMBAYARAN CUKAI) 2018 INVOIS CO. A CO. B CO. C Penyedia perkhidmatan di bawah Kumpulan G (tidak termasuk Butiran 10 dan 11), diberikan pengecualian daripada membayar cukai perkhidmatan sekiranya mereka memberikan perkhidmatan di bawah butiran yang sama dalam ruang (2) Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 kepada pelanggannya seperti mana yang diterima. PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN PELUASAN SKOP PENGECUALIAN DARIPADA MEMBAYAR CUKAI PERKHIDMATAN


34 Jika suatu syarikat dalam suatu kumpulan syarikat memberikan perkhidmatan penyenggaraan kepada mana-mana syarikat dalam kumpulan syarikat yang sama, perkhidmatan itu tidaklah menjadi perkhidmatan bercukai. Dengan syarat jumlah nilai perkhidmatan bercukai kepada pihak ketiga dalam tempoh dua belas (12) bulan tidak melebihi lima peratus (5%) daripada jumlah nilai perkhidmatan bercukai yang sama. Jika suatu syarikat dalam kumpulan syarikat memperoleh perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan, dari mana-mana syarikat dalam kumpulan syarikat yang sama di luar Malaysia, perkhidmatan itu tidaklah menjadi perkhidmatan bercukai diimport. 1. Dasar Cukai Perkhidmatan 2024 2. Pindaan PCP 2018 PELUASAN SKOP CADANGAN PELEPASAN KUMPULAN


PERKHIDMATAN PEMBROKERAN ATAU PENAJAJAMINAN


36 PELUASAN SKOP Pindaan Jadual Pertama : Dalam Kumpulan I (ii) Dalam ruang (2) – (D) berhubung dengan butiran 12, dengan menggantikan subbutiran “Penyediaan perkhidmatan yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan bagi penggunaan atau penyediaan pembrokeran dan penajajaminan” dengan subbutiran yang berikut: “Penyediaan perkhidmatan pembrokeran atau penajajaminan kecuali penyediaan perkhidmatan yang berikut: KUMPULAN I : PEMBROKERAN ATAU PENAJAJAMINAN CADANGAN


37 PELUASAN SKOP Pindaan Jadual Pertama : (a) perkhidmatan pembrokeran atau penajajaminan berkaitan dengan insurans perubatan atau takaful perubatan yang ditanggung oleh seseorang individu; (b) perkhidmatan pembrokeran atau penajajaminan berkaitan dengan polisi insurans nyawa atau sijil takaful keluarga yang ditanggung oleh seseorang individu; atau (c) perkhidmatan pembrokeran atau penajajaminan berkaitan dengan barang, tanah atau apa-apa perkara lain di luar Malaysia”. KUMPULAN I : PEMBROKERAN ATAU PENAJAJAMINAN CADANGAN


38 PELUASAN SKOP KUMPULAN I: PENYEDIA PERKHIDMATAN LAIN BUTIRAN ORANG KENA CUKAI 1 Penanggung insurans atau pengendali takaful yang berlesen 2 Penyedia telekomunikasi, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan 3 Ejen Kastam 4 Penyedia Ruang Letak Kenderaan 5 Servis Kenderaan Bermotor atau Pusat Pembaikan 6 Penyedia Perkhidmatan Kiriman Cepat Berlesen 7 Kereta sewa, pandu dan kereta sewa, carter bas dan bas persiaran 8 Penyedia perkhidmatan pengiklanan 9 Penyedia penghantaran dan pengagihan elektrik 10 Penerbangan domestik 11 Taman Hiburan 12 Pembrokeran & atau Penajajaminan 13 Pekhidmatan Pembersihan NOTA Menjadi perkhidmatan logistik Menjadi perkhidmatan logistik Skop diperluaskan kepada selain berkaitan kewangan KUMPULAN I : PEMBROKERAN ATAU PENAJAJAMINAN CADANGAN


39 PELUASAN SKOP RUANG (2) : PERKHIDMATAN BERCUKAI (1) Penyediaan semua jenis polisi insurans atau sijil takaful (2) Perkhidmatan telekomunikasi, penyiaran langganan, digital (3) Perkhidmatan bagi pelepasan barang daripada kawalan kastam (4) Penyediaan ruang letak kenderaan (5) Penyediaan servis kenderaan bermotor (6) Perkhidmatan pengiriman cepat (8) Pemberian semua jenis perkhidmatan pengiklanan (7) Pemberian perkhidmatan kereta sewa dan pandu (9) Penyediaan elektrik KUMPULAN I: PENYEDIA PERKHIDMATAN LAIN (10) Pemberian perkhidmatan pengangkutan penumpang udara (12) Penyediaan perkhidmatan pembrokeran atau penajajaminan kecuali penyediaan perkhidmatan yang berikut: (a) perkhidmatan pembrokeran atau penajajaminan berkaitan dengan insurans perubatan atau takaful perubatan yang ditanggung oleh seseorang individu; (b) perkhidmatan pembrokeran atau penajajaminan berkaitan dengan polisi insurans nyawa atau sijil takaful keluarga yang ditanggung oleh seseorang individu; atau (c) perkhidmatan pembrokeran atau penajajaminan berkaitan dengan barang, tanah atau apa-apa perkara lain di luar Malaysia”. (11) Pemberian semua perkhidmatan termasuk bayaran masuk CADANGAN KUMPULAN I : PEMBROKERAN ATAU PENAJAJAMINAN


Perkhidmatan kewangan Pengecualian - perkhidmatan pembrokeran berkaitan dagangan saham Pindaan panduan – Layanan cukai ke atas perkhidmatan pembrokeran insurans / takaful PELUASAN SKOP CADANGAN KUMPULAN I : PEMBROKERAN ATAU PENAJAJAMINAN SEMASA


41 komoditi hartanah apa-apa perkhidmatan pembrokeran (masucontoh) dan penajajaminan selain yang dinyatakan PELUASAN SKOP CADANGAN KUMPULAN I : PEMBROKERAN ATAU PENAJAJAMINAN kapal atau kapal terbang


42 PELUASAN SKOP PEMBROKERAN KAPAL KUMPULAN I : PEMBROKERAN ATAU PENAJAJAMINAN CADANGAN • Mengatur penjualan dan pembelian kapal termasuk sewaan kapal seperti kapal tangki, kapal tongkang, kapal kargo kering, kapal pengangkut kereta dan sebagainya untuk jangka masa pendek dan panjang Yazid ingin membeli sebuah kapal layar rekreasi untuk dihadiahkan kepada isteri beliau. Yazid telah berurusan dengan Zee Enterprise untuk membeli kapal tersebut dari pemilik kapal. Zee Enterprise telah mendapatkan beberapa sebut harga dari pemilik kapal dan selepas beberapa rundingan, Yazid telah menandatangani kontrak belian kapal dengan Kapal Besar Sdn Bhd. Zee Enterprise mengenakan komisen kepada Yazid untuk perkhidmatan yang diberikan.


43 PELUASAN SKOP PEMBROKERAN KOMODITI • Broker komoditi adalah mana-mana orang atau syarikat yang berdagang komoditi untuk orang atau organisasi lain. • Contoh komoditi yang diniagakan ialah minyak sawit mentah, minyak kelapa, getah, produk koko, kacang soya, kayu, aluminium, dan lain-lain. KUMPULAN I : PEMBROKERAN ATAU PENAJAJAMINAN CADANGAN


44 PELUASAN SKOP PEMBROKERAN HARTANAH • Ejen harta tanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) dikenali sebagai ejen harta tanah berdaftar (REA) dan dikawal selia di bawah Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981 (Akta 242) → Ejen harta tanah berdaftar merupakan orang kena cukai di bawah butiran 4, Kumpulan G, Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 mulai 1 September 2018. CADANGAN KUMPULAN I : PEMBROKERAN ATAU PENAJAJAMINAN KUMPULAN G, BUTIRAN 4


45 PELUASAN SKOP PEMBROKERAN HARTANAH • Broker hartanah adalah merujuk kepada mana-mana orang yang menjalankan amalan ejen harta tanah tetapi tidak berdaftar dengan LPPEH. • Broker bertindak sebagai perantara bagi mengatur pembelian dan penjualan sebuah perniagaan. • Ejen atau broker hartanah adalah mana-mana orang yang melakukan atau memberikan perkhidmatan perejenan atau pembrokeran harta tanah bagi suatu komisen, fi, upah atau balasan lain. KUMPULAN I : PEMBROKERAN ATAU PENAJAJAMINAN CADANGAN


46 PERKHIDMATAN BAHARU KUMPULAN J : PERKHIDMATAN LOGISTIK ❑ SKOP PENGENAAN CUKAI PERKHIDMATAN Perkhidmatan logistik, penghantaran, pengedaran atau pengangkutan barang, dokumen atau bungkusan termasuk dengan menggunakan platform E-Dagang termasuk bagi pihak mana-mana orang, perkhidmatan kiriman cepat dan ejen kastam adalah dikategorikan sebagai perkhidmatan bercukai di bawah Kumpulan J, Jadual Pertama, PeraturanPeraturan Cukai Perkhidmatan 2018 dan tertakluk kepada cukai perkhidmatan.


47 PERKHIDMATAN BAHARU KUMPULAN J : PERKHIDMATAN LOGISTIK ❑ DEFINISI PERKHIDMATAN LOGISTIK “Perkhidmatan logistik” ertinya perkhidmatan yang melibatkan suatu rantaian bekalan dengan merancang, melaksana dan mengawal pergerakan dan penyimpanan barang, perkhidmatan serta maklumat berkaitan secara cekap dan berkesan dari lokasi asal hingga ke lokasi penggunaan untuk memenuhi keperluan pelanggan


48 PERKHIDMATAN BAHARU KUMPULAN J : PERKHIDMATAN LOGISTIK ❑ ORANG KENA CUKAI a. pengurusan logistik, b. perkhidmatan penggudangan atau pengurusan penggudangan, c. perkhidmatan penghantaran fret, d. perkhidmatan pelabuhan atau lapangan terbang, e. perkhidmatan perkapalan, f. perkhidmatan penerbangan atau g. perkhidmatan kemudahan rantaian sejuk BUTIRAN 1 (a), RUANG (1) ❖ Mana-mana orang yang menyediakan— NILAI AMBANG DITETAPKAN RM500,000 KUMPULAN J, JADUAL PERTAMA, PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN 2018


49 PERKHIDMATAN BAHARU KUMPULAN J : PERKHIDMATAN LOGISTIK ❑ a . Penyedia pengurusan logistik Orang kena cukai penyedia perkhidmatan logistik yang mengatur dan mengurus keseluruhan proses penghantaran barang bagi pihak orang lain Perkhidmatan bercukai mengatur dan mengurus keseluruhan proses penghantaran barang bagi pihak orang lain


50 PERKHIDMATAN BAHARU KUMPULAN J : PERKHIDMATAN LOGISTIK ❑ b. Penyedia perkhidmatan penggudangan atau pengurusan penggudangan Orang kena cukai pengendali gudang yang meliputi pengaturan dan penyelarasan apa-apa aktiviti yang disediakan kepada pelanggan Perkhidmatan bercukai perkhidmatan pengurusan penggudangan adalah termasuk perkhidmatan pengendalian, memuat dan memunggah, memilih dan membungkus, kawalan keselamatan, dan lain-lain


Click to View FlipBook Version