■■■■ ■■■ ■
■■■■■ ■■■
■■■■■ ■■■■■■
■■■■■■
•■•■•■•■•■ ■■■■
••■ •• I■■■■■■
■■■ ■
■■■
■■ ■
• KURIKULUM STANDARo�
i ��
�
KSSR---�Im� �
� (SEMAKAN 2017)
�
�tvom1KAN MALAYSIA e
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017)
SEKOLAH KEBANGSAAN
PENULIS EDITOR
Amir Hazlin bin Lin Norazura binti Abdul Samat
Hasdi bin Daud Muhammad Hisyam bin Haliah
Aiman bin Hamidon Hazimah binti Yusof
PEREKA BENTUK ILUSTRATOR
Jamilatul Salwa binti Shahrul Aminurashid bin Yeop Aziz
Nurulainis binti Mohd Rejal
Hairul Hakim bin Abu Bakar
Dewan Bahasa dan Pustaka i
Kuala Lumpur
2021 KPM
No. Siri Buku: 0001 PENGHARGAAN
KK 499-221-0102011-49-3275-20101 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama
ISBN 978-983-49-3275-6 banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima
kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat:
Cetakan Pertama 2021
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2021 • Jawatankuasa Penyemakan
Pruf Muka Surat,
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, Kementerian Pendidikan Malaysia
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan
lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk • Jawatankuasa Penyemakan
atau cara, baik dengan cara bahan elektronik, Naskhah Sedia Kamera,
mekanik, penggambaran semula mahupun dengan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu Kementerian Pendidikan Malaysia
daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan • Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Kementerian Pendidikan Malaysia
Diterbitkan untuk • Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Kementerian Pendidikan Malaysia
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa, • Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
50460 Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
No. Telefon: 03-21479000 (8 talian)
No. Faksimile: 03-21479643 • Jawatankuasa Pembaca Luar,
Laman Web: http://www.dbp.gov.my Dewan Bahasa dan Pustaka
Reka Letak dan Atur Huruf: • Pakar Rujuk Bahasa,
SH Design & Print Sdn. Bhd. Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah
binti Haji Abdul Karim
Muka Taip Teks: Azim
Saiz Muka Taip Teks: 13 poin • Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya Malaysia
Dicetak oleh:
Syarikat Percetakan Inderapura Sdn. Bhd., • Kementerian Kesihatan Malaysia
Jalan Tanjong Api,
Off Jalan Teluk Sisek, • Polis Diraja Malaysia
25050 Kuantan,
Pahang Darul Makmur. • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
• Jabatan Warisan Negara
• Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
• Muzium Negeri Terengganu
• Semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam usaha menjayakan
penerbitan buku teks ini.
KANDUNGAN
PENDAHULUAN iv
TEMA 1 KEKELUARGAAN 1
Unit 1 Saling Menyayangi 2
Unit 2 Ke Sana ke Sini 7
13
Unit 3 Cerita Pertemuan
TEMA 2 KESIHATAN DAN KEBERSIHAN 23
Unit 4 Kesihatan Tanggungjawab Kita 24
Unit 5 Kebersihan Asas Kesejahteraan
Unit 6 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa 31
37
TEMA 3 KESELAMATAN 47
Unit 7 Sentiasa Peka 48
Unit 8 Sentiasa Berhati-hati 55
Unit 9 Waspada Fenomena Alam 63
TEMA 4 PERPADUAN 73
Unit 10 Langkah Perpaduan 74
Unit 11 Gema Perpaduan 81
Unit 12 Semarak Perpaduan 87
TEMA 5 KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA 97
Unit 13 Warisan Budaya Kekal Terpelihara 98
Unit 14 Persada Seni Lambang Jati Diri 103
Unit 15 Estetika Cita Rasa Malaysia 109
TEMA 6 SAINS, TEKNOLOGI, DAN INOVASI 119
Unit 16 Indahnya Sains 120
Unit 17 Teknologi Membantu Kita 127
Unit 18 Inovasi Kreatif 133
TEMA 7 PERTANIAN DAN PENTERNAKAN 143
Unit 19 Penternakan Janakan Pendapatan 144
Unit 20 Rezeki daripada Tanah 151
Unit 21 Dunia Tani dan Ternak 157
TEMA 8 EKONOMI, KEUSAHAWANAN, DAN PENGURUSAN KEWANGAN 167
Unit 22 Sumber Ekonomi 168
Unit 23 Usahawan Berjaya 173
Unit 24 Bijak Mengurus Wang 179
TEMA 9 INTEGRITI 189
Unit 25 Amanah Sejagat 190
Unit 26 Integriti Nadi Kemakmuran Negara 197
Unit 27 Kejujuran Asas Jati Diri 203
iii
KPM
PENDAHULUAN
Penghasilan buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 Sekolah Kebangsaan berasaskan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017. Buku teks
ini terhasil bagi melahirkan murid yang berketerampilan dalam kemahiran berbahasa selaras dengan
aspirasi pendidikan negara yang menekankan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Buku teks
ini mampu membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih dinamik dalam
pelbagai keadaan. Kandungan buku ini mengandungi sembilan tema, iaitu:
Kekeluargaan Sains, Teknologi, dan Inovasi
Kesihatan dan Kebersihan Pertanian dan Penternakan
Keselamatan Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan
Perpaduan Integriti
Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika
Setiap tema dibahagikan kepada tiga unit. Penyusunan Kemahiran Mendengar dan Bertutur,
Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Seni Bahasa, dan Aspek Tatabahasa dalam unit ialah
secara modular. Pada akhir setiap tema pula, adanya aktiviti Pemulihan, Pengayaan, Pengukuhan,
dan Penilaian. Penetapan bahan dan Standard Pembelajaran (SP) secara ansur maju daripada tahap
mudah kepada tahap sukar memudahkan guru untuk membuat pentaksiran berterusan terhadap
perkembangan murid.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) pula diterapkan bagi mempelbagaikan pengetahuan dan
kemahiran murid. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dijelmakan dalam bahan pula dapat
menterjemahkan pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif murid. Selain itu, elemen PAK-21 melalui
penggunaan peta pemikiran dapat menjanakan kemahiran berfikir murid menerusi kerangka idea yang
tercatat.
Peta Bulatan Peta Pelbagai Alir
Proses pemikiran: Proses pemikiran:
mendefinisikan sesuatu menganalisis hubungan
mengikut konteks sebab dan akibat
Peta Buih Peta Dakap
Proses pemikiran: Proses pemikiran:
menerangkan sesuatu menentukan hubungan
dengan kata sifatan bahagian – seluruh
Peta Buih Berganda Peta Pokok
Proses pemikiran: Proses pemikiran:
membanding beza sesuatu mengelaskan sesuatu
Peta Alir Peta Titi
Proses pemikiran: Proses pemikiran:
menganalisis sesuatu secara menentukan faktor
berurutan penghubung
Buku teks ini juga memaparkan pelbagai bahan berunsurkan didik hibur dengan adunan teks dan
grafik dalam pelbagai reka bentuk dan warna. Persembahan buku ini diharapkan dapat memberi murid
pengalaman yang menyeronokkan semasa proses pembelajaran.
iv
KPM
Ikon-ikon yang menarik juga digunakan untuk menjelaskan bahagian-bahagian tertentu.
Aktiviti Unit Kemahiran Mendengar
Arahan aktiviti yang dan Bertutur
dirancang untuk mencapai Keupayaan murid berkomunikasi
Standard Pembelajaran (SP). dalam pelbagai situasi dengan lebih
berkesan diuji.
Kemahiran Membaca Aktiviti Lisan
Keupayaan murid Murid perlu memberikan
membaca, memahami, respons secara lisan.
dan menaakul pelbagai
bahan diuji. Kemahiran Menulis
Keupayaan murid
mengaplikasikan
maklumat dalam
pelbagai bentuk
penulisan bagi
menyampaikan
idea diuji.
Aspek Seni Bahasa Kod QR
Keupayaan murid Imbasan kod bagi
mengungkap, menghayati, mendapatkan maklumat
dan menghargai bahasa tambahan berkaitan dengan
yang indah diuji. kandungan pembelajaran.
Info
Rujukan yang menerangkan makna
perkataan atau maklumat tambahan
bagi sesuatu konsep yang berkaitan
dengan bahan atau teks.
KBAT Aktiviti Menulis
Elemen KBAT merangsang kemahiran Murid perlu memberikan
berfikir murid terhadap pelbagai bahan. jawapan secara bertulis.
v
KPM
Aspek Tatabahasa AR Nota Guru
Keupayaan Imbasan teknologi
murid menguasai dalam bentuk 2D atau 1.1.1 Nota Guru
tatabahasa yang 3D bagi mendapatkan Panduan dan
betul dalam maklumat tambahan. cadangan kepada
komunikasi dan Aplikasi AR boleh guru untuk
penulisan diuji. dimuat turun melalui: melaksanakan
aktiviti pengajaran
Munsyi Cilik Play Store dan pembelajaran.
Maklumat tatabahasa yang boleh dirujuk. (Android)
Aktiviti Nilai Tambah App Store
ASPEK (iOS)
SENI BAHASA
AKTIVITI
Pemulihan MENULIS Pengayaan Pengukuhan
BACAAN LUAS
PEMULIHAN
Penilaian Bacaan Luas
Cadangan Penggunaan Buku Teks
• Buku teks ialah bahan rujukan utama kurikulum yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Bahan dalam buku teks boleh dijadikan panduan bagi
mencapai SP.
• Guru boleh menggunakan mana-mana bahan yang sesuai daripada buku teks tanpa
terikat dengan susunan halamannya.
• Guru disarankan untuk menggunakan dan mengubah suai bahan dalam buku teks
berdasarkan tahap kebolehan dan keupayaan murid.
• Guru boleh memanfaatkan maklumat dalam Nota Guru bagi menjelmakan rancangan
pengajaran yang lebih cekap dan menarik.
Selaras dengan ciri pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, buku teks ini menjadikan
aktiviti pembelajaran bahasa lebih aktif, berpusatkan murid, mencabar kreativiti, serta
menyeronokkan. Yang lebih utama, buku teks ini dapat membantu murid mengaplikasikan
keterampilan berbahasa secara intensif.
Amir Hazlin bin Lin
Hasdi bin Daud
Aiman bin Hamidon
vi
KPM
TEMA KEKELUARGAAN
1
Bincangkan cara mewujudkan kasih sayang dalam keluarga.
1
UNIT Saling Menyayangi
1
UNMITen1dengar dan Bertutur
Jasa Ibu Tidak Terbalas
Keluarga Irfan menonton televisyen di ruang tamu.
Puan Fazlina luka pada bahagian kaki ketika menyelamatkan Audio pendengaran
tiga orang anaknya daripada banjir. Beliau telah mengangkat
anak-anaknya ke bumbung rumah semasa paras air semakin
naik. Ketika kejadian, suaminya tiada di rumah kerana bekerja
di luar kawasan.
Berita ini tentang
apa, Irfan?
Orang tua memang prihatin akan anak
mereka. Misalnya, semasa ayah masih
kecil, nenek sangat bimbang sewaktu
ayah demam. Nenek telah membawa
ayah ke klinik dengan segeranya.
Apakah pengalaman
ayah semasa kecil,
Irdina?
Aktiviti
Dengar ujaran dan cam sebutan. Kemudian, sebut ujaran semula.
Nota Guru
• Bimbing murid mendengar audio dan mengecam sebutan.
1.1.1 • Bimbing murid menyebut ujaran dalam pelbagai situasi.
Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti
2 EMK: Nilai Murni – Kasih sayang
Membaca
Fauzan Anak yang Cakna
Irfan telah membaca cerita tentang kasih seorang anak tukang kayu terhadap
ayahnya.
“Ayah nampak sungguh sibuk pada pagi ini Dari segi sikap, ayah Fauzan gigih
walaupun ayah kurang sihat,” kata Fauzan. semasa menyiapkan kerjanya.
“Benar, Fauzan. Tempahan Tuan Haji Lukman ini Perkara
mesti ayah siapkan pada petang ini juga. Ada sedikit menarik
kerja lagi yang perlu ayah buat,” balas ayahnya Tafsirkan
terbatuk-batuk.
Fauzan terdiam sebentar. Dia amat masak akan
sikap ayahnya. Ayahnya akan berusaha untuk
menyiapkan tempahan pelanggan mengikut masa
yang dijanjikan. Fauzan masuk ke dalam biliknya
untuk membuat kerja sekolah.
Dua jam berlalu. Bunyi alat-alat pertukangan
tidak kedengaran lagi. Fauzan tidak sedap hati.
Dia bergegas ke bengkel ayahnya. Pada papan
kenyataan, terdapat sekeping nota.
‘Meja dan kerusi ini masih belum siap
sepenuhnya. Kayunya masih belum bergosok dan
bervarnis. Nampaknya, aku perlu berbuat sesuatu,’
bisik Fauzan dalam hati.
Pada petang itu, Tuan Haji Lukman telah
datang untuk mengambil tempahannya. Fauzan
mempersilakan pelanggan ayahnya itu masuk.
Tidak lama kemudian, ayah Fauzan pulang.
“Eh, Tuan Haji Lukman! Bila sampai?” tiba-tiba
kedengaran suara ayah yang nampak keletihan.
“Saya minta maaf kerana ... .”
“Meja dan kerusi-kerusi ini bagaimana, tuan haji?”
tiba-tiba Fauzan mencelah.
“Cantik! Kemas sungguh tukangannya. Saya
amat berpuas hati. Ini wang upahnya,” kata Tuan
Haji Lukman.
Dengan terpinga-pinga, ayah Fauzan mengambil
wang upah tersebut. Ayahnya kebingungan. Fauzan
hanya tersenyum apabila ayah menoleh ke arahnya.
Aktivitikandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Baca dan fahami teks cerita. Kemudian, Nilai Pengajaran
3
jelaskan tafsiran tentang cerita tersebut
berdasarkamnindagakrtiaf fik. laman kreatif
uji minda kbat
Nota Guru
• Bimbing murid meUmnbitaca, memahami, dan mentafsir bahan.
2.1.1 Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menganalisis – Mentafsir
EMK: Nilai Murni – Baik hati
nota guru laman halaman rangsangan
Menulis
Sayang Ayah
Irfan telah berjaya mencipta lapan rangkap gurindam bersempena dengan
Hari Bapa. Dia menulisnya dalam bentuk tulisan berangkai untuk diberikan
kepada ayahnya.
Gurindam Kasih Ayahanda
Ketikamaekmuusjeudkanpegnbuehrdjuenkaa,ka.
Ketika makaaynahdumduemk bbeurksailas,elera.
KSeetliaklau amkuajumnenausinhatuttaiylmahuk,u.
Ketika seapyi asheorwaanjaghdibrei,rseri.
Ketikassaabkairt gkiigainh mmeurdaawraatt.,
Ketika jaalaynahhisdeunpykuumslualhit,sedikit.
Ketika tidurkauyathakmmeradmu ppuesolennaa.,
Ketilkaayaaryatehlefjaonuhabyearhkelmanenaj,elma.
Nukilan: Irfan Nabil
Aktiviti
Tulis gurindam semula dalam bentuk kad ucapan dengan menggunakan
tulisan berangkai.
Nota Guru
• Bimbing murid menulis gurindam dengan tulisan berangkai.
3.1.1 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
4 EMK: Nilai Murni – Kasih sayang PAK-21: Jalan Galeri
Seni Bahasa
Mari Kita Bantu Ayah
Pada hujung minggu, Encik Nabil telah mengajak anak-anaknya, Irfan dan
Irshad, mengemas stor. Encik Nabil berkata … .
Stor kita sudah Kalau berat sama dipikul,
seperti tongkang ringan sama dijinjing,
pecah. Boleh kerja yang susah akan
bantu ayah menjadi senang.
mengemasnya?
Betul, Abang Irshad.
Tentulah boleh, ayah. Kalau begitu, usah kita
Kami sentiasa ada membuang masa.
masa untuk ayah. Ayuh, kita mulakan
kerja sekarang!
Kalau melakukan sesuatu, janganlah bagai melepaskan
batuk di tangga sahaja. Jadi, marilah kita kemas stor ini
dengan sempurnanya.
Baik, ayah. Kita juga Saya bersetuju,
mestilah mengambil Abang Irshad,
berat tentang kerana kebersihan
kebersihan stor ini. asas kesihatan.
Berehatlah dahulu Bagus, Irshad dan
buah hati ibu semua. Irfan. Kalian tidak
Basahkan tekak dengan mengemas stor ini asal
air bujang ini dahulu. jadi sahaja. Terima kasih
kerana ringan tulang
Terima kasih, ibu. membantu ayah.
Sama-sama, ayah.
Aktiviti
Persembahkan cerita serta dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa
yang santun.
Nota Guru
• Bimbing murid bercerita dan mengujarkan dialog dengan menggunakan peribahasa dan
4.1.1 bahasa yang santun.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Mengguna pakai 5
EMK: Nilai Murni – Kerjasama
Tatabahasa
Kami Bangga, Tuk Akub
Tuk Akub telah mendapat anugerah Tokoh Peladang Jaya. Oleh itu, satu majlis
telah diadakan untuk meraikan kejayaan beliau. Majlis tersebut sangat berjaya.
Manakah Ya, kamu letakkannya
hendak kami di situ. Siapakah yang
letakkan dron menghadiahkan dron ini?
ini? Di meja itu?
Pak Ngah Zaki yang
menghadiahkannya untuk
memudahkan Tuk Akub
menyemburkan racun
di ladang.
Nenda yang
disayangi,
Apa khabar, nendaku
Tuk Akub?
Ucapan penghargaan
ini saya tujukan kepada
nenda kerana telah
mengharumkan nama
keluarga kita.
Cucundamu,
Irfan
Taman Seri Permai
Munsyi Cilik
Aktiviti Kata nama am ialah kata yang merujuk manusia,
haiwan, benda, atau perkara-perkara yang umum.
Kenal pasti kata nama am, kata nama
khas, dan kata ganti nama berdasarkan Kata nama khas ialah kata yang merujuk manusia,
bahan. Kemudian, bina ayat. benda, dan seumpamanya secara khusus.
Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk
menggantikan nama diri, tanya, dan tunjuk.
Nota Guru
• Bimbing murid mengenal pasti kata nama am, kata nama khas, dan kata ganti nama
5.1.1 berdasarkan bahan.
(i)(ii)(iii) • Bimbing murid membina ayat mengikut konteks.
6 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
EMK: Nilai Murni – Menghargai
UNIT Ke Sana ke Sini
2
UNMITen1dengar dan Bertutur
Bercuti di Tanah Tinggi
Situasi 1 Situasi 2
Kita sekarang berada di Tanah Encik Nabil, ini risalah tentang tempat-tempat
Tinggi Cameron. Suhu di sini menarik di Tanah Tinggi Cameron. Encik Nabil
sederhana sejuk, iaitu lebih dan keluarga boleh memilih tempat yang
kurang 20 darjah Celsius. sesuai untuk dikunjungi.
Sejuknya, ibu. Nasib baik
kita ada membawa baju
sejuk. Pada waktu malam,
suhu di sini tentu lebih sejuk.
Calet Kampung
Taman Sedia
Kita akan menginap
di calet ini selama
dua malam.
Strawberi banyak
ditanam di sini.
Pemilik calet
membenarkan kita
memetiknya.
Aktiviti
Dengar dan fahami maklumat. Kemudian, berikan respons.
Nota Guru
• Bimbing murid mendengar dan memahami maklumat yang diujarkan dalam pelbagai situasi.
1.1.2 • Bimbing murid memberikan respons.
Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menilai – Membuat justifikasi 7
EMK: Nilai Murni – Rasional
Membaca
Seronoknya Bercuti
Irfan selalu bercuti dengan keluarganya. Dia telah membaca rencana tentang
kebaikan bercuti dengan keluarga.
MANFAAT PERCUTIAN KELUARGA
1 Memperkukuh Hubungan 2 Menjadi Kenangan
Kekeluargaan Indah
Percutian membolehkan ahli keluarga Percutian merupakan
melupakan tugas rutin seketika. Mereka kegiatan yang menjadi
boleh bermandi-manda, merentas kenangan ahli keluarga.
hutan, dan bermain di taman tema. Kenangan ini akan tersimpan
Kegiatan yang dilakukan dengan dalam ingatan. Antara
ahli keluarga ini dapat mempererat kenangan indah tersebut
hubungan kekeluargaan. termasuklah melawat tempat
menarik, menikmati keindahan alam,
dan merasai keenakan makanan.
3 Mendapat Pengalaman 4 Meningkatkan Ilmu
Baharu Pengetahuan
Semasa bercuti, kita Banyak pengetahuan
akan mengalami diperoleh semasa
suasana yang berlainan bercuti. Misalnya, ahli
daripada tempat sendiri. keluarga mengetahui
Sebagai contoh, keluarga yang biasa sejarah, kraf tangan,
tinggal di bandar dapat menikmati dan keunikan tempat
suasana desa. Jika ke luar negara yang dikunjungi oleh mereka. Agar
pula, ahli keluarga akan mengalami percutian tidak sia-sia, ibu bapa boleh
keadaan cuaca yang berbeza. meminta anak-anak menulis catatan
tentang ilmu pengetahuan tersebut.
1. Di manakah tempat percutian yang menepati manfaat yang dinyatakan? Jelaskan.
2. Huraikan sebab percutian dengan keluarga memberikan banyak kebaikan.
3. Pada pendapat kamu, apakah manfaat percutian yang paling menarik? Mengapa?
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Baca teks rencana. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.
Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
• Bimbing murid membaca dan memahamUi tneitks rencana.
2.1.1 • Bimbing murid mentafsir teks rencana dengan menjawab soalan yang diberikan.
8
Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menganalisis – Mentafsir
EMK: Nilai Murni – Rasional laman halaman rangsangan
nota guru
Menulis
Melancong ke Pulau Mabul Video Pulau Mabul
Keluarga Irfan bercadang untuk berkunjung ke Pulau Mabul, Sabah. Irfan telah
merujuk risalah dan video tentang pulau itu. Dia telah menulis pendapatnya
daripada rujukan itu.
02:00/04:55 02:00/04:55
Untuk berkunjung ke Pulau Kritis Suria KencanaSyarikat Pelancongan 012-3456789
Mabul, saya akan memilih SuriaKencana
SuriaKencana
pakej B. Saya memilih pakej suriakencana.blogspot.com
tersebut kerana mahu berada
di sana dalam tempoh yang
sesuai dengan kegiatan
keluarga kami. Dalam masa PAKEJ PELANCONGAN
tiga hari dua malam, kami Kreatif KELUARGA KE PULAU MABUL
akan memanfaatkan masa
sebaik-baiknya. Kami akan
memastikan semua ahli
keluarga terlibat dalam setiap
aktiviti yang disediakan.
Dengan cara ini, hubungan PAKEJ A: PAKEJ B: PAKEJ C:
kekeluargaan dapat kami
perkukuh. 2 Hari 1 Malam 3 Hari 2 Malam 4 Hari 3 Malam
Info • 2 – 4 orang: RM749 • 2 – 4 orang: RM949 • 2 – 4 orang: RM1149
• 5 – 8 orang: RM729 • 5 – 8 orang: RM929 • 5 – 8 orang: RM1129
Kritis bermaksud membuat pertimbangan • Lebih 9 orang: RM709 • Lebih 9 orang: RM909 • Lebih 9 orang: RM1109
untuk menerima atau menolak sesuatu idea
dengan alasan. Bersnorkel di Pulau • Bersnorkel di Pulau Mabul, Pulau Kapalai,
Mabul dan Pulau Pulau Tatagan, Pulau Bohey Dulang, Pulau
Kreatif bermaksud mempunyai kebolehan Kapalai Mantabuan, dan Pulau Sibuan
untuk mengembangkan sesuatu idea.
• Tambahan aktiviti untuk Pakej C termasuklah
berkunjung dan bermalam di pekan Tawau
Pakej ini termasuk: Calet berpenyaman udara Makanan dan minuman
Pengangkutan dan Bayaran masuk
pemandu pelancong ke tempat pelancongan
KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Bina dan tulis perenggan untuk menyatakan pendapat tentang risalah
pakej pelancongan dan video secara kritis dan kreatif.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
• Bimbing murid membina dan menulis perenggan untuk menUynaittakan pendapat yang kritis 9
3.2.1 dan kreatif daripada bahan multimedia.
Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menilai – Memberikan pendapat
EMK: Nilai Murni – Rasional nota guru laman halaman rangsangan
Seni Bahasa
Kisah Sebuah Keluarga Audio seloka
Inilah kisah sebuah keluarga Ibu bapa hendaklah
Hidup bahagia setiap masa mengambil berat tentang
Meski ibu bapa sibuk bekerja kebajikan anak-anak
Anak-anak tidak dilupa walaupun sibuk bekerja.
Siang malam sibuk sekali
Anak-anak masih terjaga
Peranti pintar selalu ada
Boleh dipantau anak di sana.
Waktu cuti ke sana ke mari
Melancong dengan buah hati
Tak lagi sibuk urusan sendiri
Dengan keluarga masa terisi
Mata terpaku pada peranti
Info terkini hiburan sensasi
Namun tak lupa orang di sisi
Yang bersama masa bercuti.
Kenangan manis terimbau kini
Saat indah dengan keluarga
Doa dipanjat kepada Ilahi
Murah rezeki bercuti lagi.
Nukilan: Alias Derais
Info
Seloka ialah puisi yang mengandungi
sindiran, jenaka, atau gurau senda.
Aktiviti
Lafazkan dan lagukan seloka dengan nada
yang sesuai serta nyatakan pengajarannya.
Nota Guru
• Bimbing murid melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai.
4.2.1 • Bimbing murid menyatakan pengajaran yang terkandung dalam seloka.
10 Strategi PdP: KP – Muzik KBAT: Menganalisis – Menerangkan
EMK: Nilai Murni – Kasih sayang
Tatabahasa
Bercuti di Calet Dusun
Selama dua hari satu malam, Irfan sekeluarga menginap di calet dusun Pak
Latif. Sederet calet terletak di dalam dusun buah-buahan itu. Keluarga Irfan
telah menyewa dua buah calet.
Aktiviti Munsyi Cilik
Penjodoh bilangan ialah perkataan
yang digunakan berpasangan
dengan kata nama untuk
menunjukkan bilangan. Contoh:
sehelai baju
dua bilah gunting
beberapa potong betik
Kenal pasti dan kategorikan penjodoh bilangan dengan menggunakan
Peta Pokok. Kemudian, bina ayat.
Nota Guru
• Bimbing murid memahami penjodoh bilangan.
5.1.1 • Bimbing murid menulis ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan mengikut konteks. 11
(iv)
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
EMK: Nilai Murni – Baik hati
Tatabahasa
Kenangan Terindah
Irfan teringat akan pengalaman sewaktu mengunjungi Korea Selatan. Dia
dan keluarganya telah menikmati pelbagai keunikan di negara tersebut.
Pulau Nami hanbok
menaiki menyaksikan memperagakan memakai
- – pulau peranginan yang popular – pakaian tradisional Korea
Menara Seoul
kimci
– pakaian dan cenderamata
– mercu tanda termakan membuat terbeli membelikan
ibu kota Seoul
– makanan tradisional Korea
yang pedas rasanya
Pasar Malam
Myeongdong
melawati merakamkan Munsyi Cilik
Aktiviti Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima
Teliti kata kerja transitif berdasarkan objek sebagai penyambut. Contoh:
bahan. Kemudian, bina ayat. • Mereka melawati bangunan bersejarah.
• Irfan terbaca buku yang tebal itu.
Nota Guru
• Bimbing murid memahami kata kerja transitif yang terdapat dalam bahan.
5.1.2 • Bimbing murid menulis ayat dengan menggunakan kata kerja transitif.
12 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi
UNIT Cerita Pertemuan
3
UNMITen1dengar dan Bertutur
Bertemu pada Hari Perayaan
Pada petang itu, Prasad dan Shu Ying melihat album foto di rumah Irfan. Mereka
tertarik akan foto tentang pertemuan keluarga pada Hari Raya Aidilfitri.
Lihat foto ini. Wah, gembiranya Walaupun tidak dapat Benar, Irfan. Saya pernah
ahli keluarga kamu kerana bertemu, kita boleh mengalaminya semasa
dapat bertemu! Kita tentu sedih berhubung dengan negara dilanda pandemik
jika tidak bertemu dengan pelbagai cara lain. COVID-19. Saya sekeluarga
keluarga begitu lama. Antaranya ____. tidak dapat pulang
ke kampung kerana
Kita boleh berhubung kerajaan melaksanakan
dengan cara lain tetapi Perintah Kawalan Pergerakan.
kemeriahannya tidak sama.
Kita tidak dapat ___.
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Dengar dan tafsir penyataan. Kemudian, berikan respons secara kritis
dan kreatif. minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru 13
• Bimbing murid mendengar dan mentafsir penyataan. Unit
1.1.3 • Bimbing murid memberikan respons secara kritis dan kreatif.
Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menilai – Mentafsir
EMK: Nilai Murni – Rasional nota guru laman halaman rangsangan
Membaca
Yang Jauh di Mata
Pada petang itu, Irfan mendengar drama radio.
Muzik pembukaan
Ibu: Lama benar ibu tidak mendengar berita tentang abang kamu, Hana.
Hana: Abang baik-baik sahaja, ibu. Baru pagi tadi, Hana ada meminjam telefon
Kak Suria. Dapatlah Hana menghubungi abang melalui panggilan video.
Ibu: Ibu bersyukur. Abang Idham tidak menghadapi apa-apa masalah
di rantau orang.
Hana: Tidak lama lagi, pulanglah Abang Idham, ibu. Sekarang, abang sedang
sibuk menyiapkan kertas projek tahun akhirnya.
Ibu: (Sayu) Abang kamu itu cekal orangnya. Sewaktu di sekolah menengah,
dia tidak mahu tinggal di asrama kerana mahu membantu ibu di kebun.
Walaupun penat bekerja, dia tidak culas untuk mengulang kaji pelajaran.
Hana: (Bangga) Benar, ibu. Kata abang, nasihat dan kata-kata ibu menjadi
perangsang kepadanya untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Ibu: Semasa di England pun, dia tidak mengharapkan biasiswa sahaja. Dia
bekerja secara sambilan di restoran milik orang kita di sana. Pada setiap
bulan, dikirimnya wang kepada kita di kampung.
Hana: Hana bangga, ibu. Hana ada abang yang bertanggungjawab. Kalau
arwah ayah masih hidup, tentu beliau juga bangga akan abang.
Ibu: Nanti kalau Hana berjumpa dengan Kak Suria, beritahu dia ibu hendak
bercakap dengan Abang Idham pula.
Kesan bunyi loceng basikal
Ibu: Eh, Suria datang!
Suria: Saya dengar nama saya diseru mak long tadi.
Tentu ada yang boleh saya bantu.
Hana: Ada-ada sahaja Kak Suria ini.
Suria: Sebenarnya, saya baru sahaja menerima
e-mel daripada Abang Idham.
Ibu: (Teruja) Apa isinya, Suria?
14
zmel idham
Daripada : [email protected]
Kepada : [email protected]
Perkara : Khabar dari Rantau
Ke hadapan sepupuku, Suria, diharap semoga sihat sejahtera selalu
di samping keluarga di tanah air.
Terlebih dahulu, abang ucapkan terima kasih kerana Suria mengambil
berat tentang kebajikan keluarga abang. Suria selalu meminjamkan telefon
kepada Hana dan mak long. Oleh itu, dapatlah kami berhubung walaupun
berjauhan.
Bagaimanapun, abang hanya dapat berbual sebentar dengan Hana
pada pagi tadi. Abang sekarang sedang sibuk menyiapkan kertas projek
tahun akhir. Ada beberapa pembetulan yang perlu abang buat berdasarkan
saranan pensyarah. Tidak lama lagi, siaplah kertas projek tersebut.
Pengajian abang di London akan berakhir pada bulan hadapan. Oleh
itu, abang tidak akan bekerja lagi di restoran Encik Badrul. Sebelum pulang
ke tanah air, abang bercadang untuk mengembara ke seluruh Eropah.
Abang ingin mengambil peluang untuk meninjau budaya orang.
Tentang wang ringgit, janganlah keluarga di sana risau. Abang telah
mengumpulkan wang yang cukup. Walaupun mengembara, abang tetap
akan mengirimkan wang kepada mak long di kampung.
Sampai di sini yang dapat abang tulis. Nantikan kepulangan abang yang
senantiasa merindui keluarga di sana.
Kemiskinan ISU Ikatan kekeluargaan
Tanggungjawab anak ?
Aktiviti kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Baca teks drama dan e-mel dengan telitinya. Kemudian, berikan tafsiran
berdasarkan isu pada grafik. minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru 15
• Bimbing murid membaca dan memahami teks. Unit
2.1.1 • Bimbing murid memberikan tafsiran berdasarkan isu yang diberikan.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Mentafsir
EMK: Nilai Murni – Kegigihan nota guru laman halaman rangsangan
Menulis
Merancang Pertemuan Keluarga
Ibu saudara Irfan menyatakan cadangan agar keluarga besar Haji Yaakub
mengadakan hari keluarga. Mereka berbincang dalam ruang sembang WhatsApp
keluarga.
KPaELkUnAgRaGhAseBdEaSnAgRmHeAnJaIipYA…AKUB
MKpkCaeiautkagdlboinaaaagkttbaaaenhnruhimknaaerinninkicgelaaaludgdaaia.rnkAggapaanaynkha.aanhrgi tkememleupnaaargtriadk?an
PIrkbkdaskoMneikaeiitmitauebawwKcsnbuaamuaabaondaoerhsndalalaaleogaannhKtaLrwgeauenrallaiamkmhynatyasaptbnuaaetnuaasmlugtarukred.np.PrdcKasgKaeuaiertiittatcratrb-iauodtukkesnaaoHeetm.andlwaasKspabajma.eiakanYmtabnaarmneaug.ansdBeukaiondnuanlaabanegrnn,hinkklayithaa
KSdtkmsbakemaiaukaeereymMskedrmcaeabanapawbangmakaulueesgranneittkuknc,gnaiaintkn.udcliadtgSa,imakiescdiadklbeaeaanaamnolnienlnglkagteueeimdskhatnulaaiilmd,akiwnpnkoeheegahirllttaniiahaaakkimarkkpebaimn,slakomumaesdalaepewlituerh.iungaanDsndaurhjiagigra,cbli.aa.adsoUanlaleennknthtaaunk
Mak long kasih, semua. Ada cadangan lain?
Terima
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Hasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.
Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
3.2.2 • Bimbing murid berbincang untuk dmeennggahnamsilekmanbejarwikaanpacna.danUgnaint yang kritis dan kreatif.
• Bimbing murid menulis jawapan
16
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menilai – Memberikan pendapat
EMK: Nilai Murni – Rasional PAK-21: Meja Bulat
nota guru laman halaman rangsangan
Seni Bahasa
Lembaran Memori
Irfan dan rakan-rakannya hendak membuat persembahan puisi di sekolah.
Mereka memilih sebuah sajak karya penulis negara untuk dipersembahkan.
Kepulangan
Anakku, Anakku,
tugas ibu telah berpenghujung ibu sering mengingatimu dari jauh
pasti nanti ibu akan pulang kerana engkau umpama matahari
dari negara atas angin ke tanah air. yang terbit dalam hati.
Anakku, Anakku,
akan ibu tinggalkan kerja sabarlah menunggu
lantas merentasi benua ibu tidak lama lagi
yang memisahkan kita. akan tiba di rumah kita.
Anakku, Anakku,
akan ibu bawa pulang hitunglah hari-hari
hadiah istimewa kita akan bertemu kembali
dari negara asing merapatkan kasih sayang yang suci.
sebagai cenderamata rindu.
Nukilan: Qurratul ‘Ain
Info
Puisi boleh dipersembahkan dengan pelbagai cara. Antaranya termasuklah:
• dekon – deklamasi dan lakon
• mestamu – melagukan puisi tanpa muzik
• mimos – lakonan yang mementingkan gerakan anggota badan dan ekspresi muka
Aktiviti
Persembahkan sajak dengan penuh penghayatan dan keindahan bahasa.
Nota Guru
• Bimbing murid mempersembahkan sajak dengan penuh penghayatan dan keindahan bahasa.
4.2.2 Strategi PdP: KP – Kinestetik KBAT: Mencipta – Mempersembahkan
EMK: Nilai Murni – Kasih sayang 17
Tatabahasa
Manisnya Pertemuan
Pak usu Irfan telah berkahwin di luar negara. Isterinya berasal dari Itali. Mereka
telah pulang ke tanah air. Oleh itu, pak usu membawa mak usu tinggal di kampung.
berbual-bual beralaskan
datang bersalam
berhidang berterima kasih
ada tertawa
bertandang tertarik Munsyi Cilik
Aktiviti
Kata kerja tak transitif tergolong kepada:
(i) kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
Contoh: Mereka asyik berbual.
(ii) kata kerja tak transitif berpelengkap
Contoh: Kami tinggal di Kampung Jaya.
Fahami penggunaan kata kerja tak transitif. Kemudian, bercerita berdasarkan
bahan.
Nota Guru
• Bimbing murid memahami kata kerja tak transitif.
5.1.2 • Bimbing murid bercerita.
18 Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
EMK: Nilai Murni – Berusaha
Pemulihan
Berdasarkan gambar, tulis pendapat kamu dalam perenggan tentang kegiatan
yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Kasih Terjalin
Pada pendapat saya, ibu bapa
mestilah meluangkan masa dengan
keluarga. Mereka dapat melakukannya
dengan makan bersama-sama.
Semasa di meja makan, ibu bapa
wajar bertanyakan khabar
anak-anak. Sekali sekala, ibu bapa
boleh membawa keluarga makan
di restoran atau di gerai makanan.
Masa terluang boleh digunakan untuk
beriadah dengan keluarga. Ayah boleh
mengajak anak-anaknya ______.
Permainan ini dapat merehatkan
fikiran sambil ______. Ibu bapa boleh
mengambil peluang untuk ______.
Dengan cara ini, ______.
Ibu bapa juga boleh
membawa anak-anak ______.
Ahli keluarga dapat menikmati
______. Di samping itu, ahli
keluarga boleh menjalin
kemesraan dengan ______.
Misalnya, ahli keluarga boleh
______.
3.2.1
19
Pengayaan
Lengkapkan teka silang kata.
Teka Silang Kata
11 j 22 33
b n
44 55 p
m
z
66 u
77S
88m 99 d
n
1100
A
Melintang
1. Kakak menghadiahi emak se___ bunga mawar bersempena dengan Hari Ibu.
5. Ibu bapa memainkan ___ penting untuk membentuk keluarga bahagia.
6. Tuan Haji Amri selalu menasihati cucu ___ agar belajar dengan
bersungguh-sungguh.
8. Puan Alia ___ anak-anaknya kuih talam untuk minum petang.
10. Hari Bapa disambut pada hari ___ minggu ketiga bulan Jun pada setiap tahun.
Menegak
2. Encik Ismail membawa anak-anaknya ___ ke pusara ahli keluarga yang
telah meninggal dunia.
3. Pak Cik Rosdi yang telah lama menghilang tiba-tiba ___ di kampung.
4. Kami ___ kedatangan pak uda yang berkunjung ke rumah kami.
7. ___kah yang bertanggungjawab memastikan keselamatan keluarga?
9. Kereta baharu ___ dibeli oleh ayah untuk keselesaan keluarga kami.
5.1.1
20 5.1.2
Pengukuhan
Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang berikutnya.
Keluarga Bahagia
Selamat pagi dan salam sejahtera, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi.
Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Keluarga Bahagia”.
Hadirin sekalian,
Keluarga bahagia ialah keluarga yang saling memahami serta menerima
kelebihan dan kekurangan antara satu sama lain. Ahli keluarga tidak mementingkan
diri. Sebaliknya, mereka mengambil berat tentang kebajikan ahli keluarga yang lain.
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk membina keluarga bahagia. Mereka
mestilah memberikan kasih sayang yang secukupnya dan melayan anak-anak
bagai menatang minyak yang penuh. Oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab untuk
meluangkan masa dengan anak-anak.
Selain itu, anak-anak juga berperanan untuk memupuk keluarga bahagia. Abang
atau kakak perlu membantu ibu bapa untuk meringankan beban mereka. Sebagai
contoh, mereka hendaklah menjaga adik, mengemas rumah, dan membasuh
pakaian. Dengan itu, ibu bapa tidaklah terlalu tertekan apabila pulang ke rumah
setelah penat bekerja.
Hadirin yang saya hormati,
Kesimpulannya, pembentukan keluarga bahagia memerlukan pengorbanan dan
tolak ansur ahli keluarga. Saya berharap semoga keluarga yang bahagia dapat
diwujudkan dalam masyarakat kita. Saya akhiri syarahan ini dengan serangkap
pantun.
Jambu batu di dalam raga,
Dimakan kera tinggal sekerat;
Sekian, terima kasih. Saling membantu ahli keluarga,
Hubungan mesra terjalin erat.
1. Apakah maksud keluarga bahagia?
2. Bagaimanakah ibu bapa dapat membentuk keluarga bahagia?
minfoembeqnr cotdue k ar code
3. Sebagai anak, jelaskan peranan kakmanduunguan ntuk keluarga bahagia.standard
pembelajaran
4. Huraikan maksud pantun di atas.
5. Apakah kesan keluarga bahagia kepada negara? Jelaskannya.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
2.1.1 Unit 21
nota guru laman halaman rangsangan
Penilaian
Baca bahan dengan telitinya.
Poskad untuk Ayah
Molly anak Orang Asli yang tinggal di Hutan Simpan Belum, Perak. Dia perlu menetap
di asrama kerana rumahnya jauh dari sekolah. Walaupun berjauhan, Molly tidak
melupakan keluarganya di kampung. Dia mengirimkan poskad kepada ayahnya.
5 Januari 20 Kepada:
AAsp6MidbeaypeoulMadanaljlhaegmyu,lkaguhaahnaratka.tabrbtSiiendaiubrIaracassksunukdabpnienianegl.aarugmMlsauudrorheakigl-nlhmassyyuuienaanddsi.tgiuitKaigraeegs.uimlkaaMhaaknposnuaalbnlt?tydeetkirualarMabkkin.ehoaAmzlndlbayyeiebantrTehtecmaleaathdluajpauaalpahannrii
csiatnaSg-acaimttapm.aeikrainndusiamlaemrekkeap. ada adik-adik. Molly Itam bin Alik,
Yang jauh, Kampung Cantek,
Molly Hutan Simpan Belum,
33300 Banding,
Perak Darul Ridzuan.
A. Jawab soalan berikut:
1. Mengapakah Molly perlu tinggal di asrama?
2. Jelaskan dua sikap Molly yang wajar dicontohi oleh orang lain.
3. Sebagai rakan, bagaimanakah kamu dapat membantu Molly
menyesuaikan diri? Jelaskan cadangan kamu.
B. Senaraikan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif yang terdapat dalam
petikan. Kemudian, bina ayat.
2.1.1
22 3.2.2
5.1.2
TEMA KESIHATAN DAN
KEBERSIHAN
2
Bersoal jawab tentang gambar.
23
UNIT Kesihatan Tanggungjawab Kita
4
UNMITen1dengar dan Bertutur
Nasihat Pakar Pemakanan
Izzah dan ibunya, Puan Zurina, sedang menonton rancangan bual bicara
kesihatan. Topiknya tentang masalah obesiti.
Selamat datang, Encik Hisyam. Terima kasih kerana mengundang saya.
Bolehkah encik terangkan Untuk makluman penonton, obesiti
masalah obesiti dalam berlaku disebabkan oleh beberapa punca.
kalangan rakyat Malaysia? Antaranya termasuklah pemakanan yang
tidak terkawal. Kawalan pemakanan
merupakan cara terbaik untuk mengatasinya.
Pengambilan makanan berzat dan seimbang
akan menghindari kita daripada obesiti.
pengaruh emosi Punca keturunan
Obesiti
faktor persekitaran kurang bersenam
amalan pemakanan
24
pengaruh emosi Punca keturunan
Obesiti
faktor persekitaran kurang bersenam
amalan pemakanan
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
Puan Zurina: Izzah, obesiti berpunca daripada pelbagai faktor yang tidak
dijangka seperti faktor keturunan dan persekitaran.
Izzah: Ya, ibu. Obesiti juga disebabkan oleh sikap kita yang ____.
Puan Zurina: Oleh itu, obesiti perlu dicegah sejak kanak-kanak lagi.
Izzah: Betul, ibu. Jika tidak, penyakit ini akan berlanjutan sehingga
dewasa. Kita perlu ingat, kesihatan diri ialah tanggungjawab
sendiri. Jika telah mendapat obesiti, kita akan mengalami
pelbagai masalah. Contohnya, ____.
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Bertutur untuk membuat rumusan dan ramalan secara bertatasusila. kbat
minda aktif laman kreatif uji minda
Nota Guru
• Bimbing murid mengenal pasti maklumat daripada bahan untUunkitbertutur.
1.2.1 • Bimbing murid bertutur untuk menyampaikan rumusan dan ramalan secara bertatasusila.
Strategi PdP: Kajian Masa Depan KBAT: Menilai − Meramalkan 25
EMK: Sains dan teknologi nota guru laman halaman rangsangan
Membaca
Rawatan Fisioterapi
Izzah dan ayahnya, Encik Faizal, menemani datuknya membuat rawatan
fisioterapi di hospital.
mesin shockwave therapy Izzah menolak kerusi roda datuknya. Datuknya
alat terapi ultrabunyi akan menjalani proses rehabilitasi untuk
merawat penyakit saraf. Rawatan fisioterapi
ini akan dijalankan oleh jurupulih anggota yang
terlatih.
Datuk Izzah dirawat menggunakan alatan
elektroterapi, iaitu mesin shockwave therapy.
Jurupulih anggota itu membaca manual alatan
sebelum memulakan rawatan. Rawatan itu
telah mengurangkan kesakitan datuknya.
Jurupulih anggota juga menggunakan alat
terapi ultrabunyi untuk mengesan tindak balas
saraf datuk Izzah.
Di bilik lain, Izzah melihat beberapa orang
jurupulih anggota memberikan rawatan
senaman terapeutik kepada pesakit. Pesakit
dibantu untuk melakukan pergerakan ringan
dan berintangan. Terdapat juga pesakit yang
diberi rawatan terapi manual seperti terapi
manipulasi tisu lembut. Pesakit yang tidak
mampu bergerak dibantu untuk melakukan
senaman pasif.
26
arcdaataeyawrnauaaSghptearanuatnneyswdilaatauoathkmtbpatooeenslrreme.khhDhlebiodiddsakirlmaoawtoiktaareurttrkaaeadarnwpasnefita.idubstMiikuaohntentoemyn,srapuaeIirnptzbuaeizetlsratarwbejhnureatgmelsdikantpaaatuunan.,
tsmaenadgakIgzlruzubmanahhgaajbtawetweratnauptbaaehnytugakgnearrgasawkbneeaasstdiaahanar.ptafaisntimomteeemrnagppeuit.naDyhaiuaii
senaman pasif rawatan hidroterapi
terapi manipulasi tisu lembut Info
Jurupulih anggota juga
dikenali sebagai Pegawai
Pemulihan Perubatan
Fisioterapi dan Jurupulih
Perubatan Fisioterapi.
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
Aktiviti
Baca teks. Kemudian, rujuk kamus dan media elektronik untuk mencari makna,
sebutan, ejaan, dan penggunaan perkataan yang berwarna kuning.
Nota Guru
• Bimbing murid membaca teks.
2.1.2 • Bimbing murid merujuk kamus dan media elektronik untuk mencari makna, sebutan, ejaan,
dan penggunaan perkataan yang tepat. 27
Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Menganalisis − Mengesan
EMK: Nilai Murni − Bertanggungjawab
Menulis
Piramid Makanan Malaysia 2020
Izzah merancang menu harian pada hujung minggu untuk memastikan makanan
yang diambilnya seimbang. Dia merujuk Piramid Makanan Malaysia 2020.
Lemak, minyak, gula, Gula Enam hingga lapan gelas air kosong
dan garam
• perlu dikurangkan
Sumber protein Susu Susu dan Kumpulan Kuantiti Contoh
• satu hingga Soya produk tenusu makanan
• dua sajian
dua sajian Yogurt
Sayur- Dua hingga Lobak
Sumber Tepung sayuran tiga sajian
karbohidrat
• tiga Buah- ______ ______
hingga lima buahan
sajian
Gandum Sumber ______ ______
karbohidrat
Sumber ______ ______
protein
Susu dan ______ ______
produk
tenusu
Sayur-sayuran Buah-buahan Lemak,
• dua hingga tiga sajian • dua sajian minyak, gula, Dikurangkan Kek coklat
dan garam
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
Menu Sihat
Waktu Sarapan Minum Makan Minum Makan Makan Lewat
Pagi Tengah Hari Petang Malam Malam
Menu Sebiji pisang,
dua keping roti,
dan secawan ______ ______ ______ ______ ______
teh O
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Catat maklumat dan rancang menu sihat.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru Unit
• Bimbing murid mengenal pasti maklumat.
3.2.3 • Bimbing murid mencatat maklumat dan menjanakan idea berdasarkan bahan.
28 noStatrgaurtuegi PdPla:mPanehmalabmealnarajangrsaanngaKn ontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggambarkan
EMK: Nilai Murni – Keprihatinan PAK-21: Fikir-Pasang-Kongsi
Seni Bahasa
Kita Jaga Kita
Izzah ingin menyertai pertandingan mencipta pantun. Dia telah menulis serangkap
pantun. Dia telah membaca beberapa bahan untuk mendapatkan ilham bagi
mencipta pantun lain.
Gelap-gelita pasang pelita, Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah,“
Cahaya terang di tepi tambak;
Marilah kita jaga kita, “ Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Kita sekarang diancam wabak. Manusia bergerak, manusia
berhimpun. Virus tidak berhimpun.
Cara mencipta pantun: Virus merebak dan berjangkit
1. Tulis dua baris maksud. apabila manusia bergerak
2. Cari perkataan yang berima sama. dan berhimpun. Jadi, apabila
3. Bina dua baris ayat pembayang kita duduk di rumah, kita telah
menggunakan perkataan itu. mengurangkan pergerakan dan ini
4. Pastikan setiap baris mempunyai akan membantu kita memutuskan
rima akhir a/b/a/b. rantaian jangkitan wabak.
5. Samakan rima tengahnya. #kita jaga kita
AMALKAN NORMA BAHARU ELAKKAN 3S
• Kerap membasuh tangan • Tempat sesak
• Amalkan penjarakan fizikal • Tempat sempit dan tertutup
• Gunakan pelitup muka • Bersembang dekat-dekat
MEMBANTU AHLI KELUARGA SEMASA WABAK
Kerap Galakkan Sentiasa Kongsi kisah Kongsi
bertanyakan mereka berikan mereka yang maklumat
khabar, melakukan sokongan dijangkiti yang tepat,
terutamanya yang aktiviti virus rasmi, dan
terkena kjaandnunggaknitan iknfeo gemarqar cnode standard sah bagi
pembelajaran ar code
Aktiviti mengelakkan
kerunsingan
Hasilkan pantun dan persembahkannya.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru Unit
• Bimbing murid mengenal pasti perkataan yang boleh membentuk maksud pantun.
4.3.1 • Bimbing murid menghasilkan pantun dengan bahasa yang indah serta santun dan
memnoptaegrusreu mbahklaamnannhyalaam. an rangsangan KBAT: Mencipta – Membina 29
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik
EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab
Tatabahasa
Gajet, Oh, Gajet!
Izzah membaca rencana tentang kesan penggunaan gajet terhadap mata
kanak-kanak. Kemudian, dia menceritakan perkara itu kepada rakan-rakannya.
Kesan Penggunaan Gajet
terhadap Mata Kanak-kanak
Oleh: Doktor Farah Nabila
Penggunaan gajet memberikan kesan Pelihatan Kabur
kepada kesihatan kanak-kanak. Antaranya
termasuklah punca kerosakan saraf mata. Penurunan tahap pelihatan yang teruk
Hal ini berlaku apabila mata mereka terdedah akan menyebabkan sakit kepala dan
kepada skrin gajet terlalu lama. Cahaya biru pelihatan berganda.
dari skrin gajet berupaya untuk menembusi
saraf mata. Peningkatan Rabun Jauh (miopia)
Di samping itu, penggunaan gajet
Penggunaan gajet juga menyebabkan
tanpa kawalan juga boleh menyebabkan regangan bebola mata turut berlaku
kanak-kanak tidur lewat. Mereka leka apabila proses akomodasi berlaku
bermain gajet sehingga membawanya pada masa yang sama.
ke tempat tidur. Rehat yang tidak mencukupi
akan menyebabkan mereka menjadi lesu
dan pengsan.
Kesimpulannya, penggunaan gajet yang
tidak terkawal akan membawa padah.
Oleh sebab itu, ibu bapa haruslah sentiasa Mata Kering
memantau anak-anak mereka. Mereka perlu Kedudukan kanak-kanak yang tidak
bertegas dan sedar bahawa penggunaan sesuai semasa menggunakan gajet
gajet oleh anak-anak berada dalam kawalan akan menyebabkan masalah mata
mereka. kering, mata penat, dan kesakitan pada
Kawan-kawan, bahu dan leher.
penggunaan gajet
memberikan kesan Kerosakan Saraf Mata
Pendedahan kepada cahaya biru
kepada mata
kanak-kanak. Antaranya ... .
terlalu lama berbahaya kerana
cahaya itu dapat menembusi saraf
mata terus berbanding dengan
sinar ultraungu (UV).
Aktiviti (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
Bercerita tentang bahan dengan menggunakan kata kerja transitif dan kata
kerja tak transitif.
Nota Guru
• Bimbing murid mengenal pasti kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
5.1.2 • Bimbing murid bercerita tentang bahan.
30 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan
EMK: Nilai Murni – Kasih sayang PAK-21: Main Peranan
UNIT KKeesbeejrashihtearnaAansas
5
UNIMTen1dengar dan Bertutur
Trak Makanan BeSS
Izzah dan keluarganya ke bandar untuk membeli-belah. Di sana, mereka
ternampak Trak Makanan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS). Mereka tertarik untuk
mencuba makanan di trak tersebut.
Premis makanan
yang BERSIH,
SELAMAT dan SIHAT
semestinya “BeSS”
Premis Makanan BeSS akan sentiasa:
Nasi lemak 400 kalori
mengekalkan menyediakan menyediakan mempromosikan saiz
premis yang makanan pilihan makanan hidangan makanan
bersih selamat yang lebih sihat yang mengikut
keperluan individu
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
Izzah: Trak makanan ini menepati standard premis makanan BeSS, ayah.
Encik Faizal: Ayah ____. Bagi ayah, peniaga trak makanan ini ____. Mengapakah
pengiktirafan BeSS ini sangat penting?
Fateh: Pengiktirafan BeSS ini sangat penting ____.
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Bertutur untuk menghujahkan kepentingan trak makanan BeSS.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
• Bimbing murid mengenal pasti maklumat tersurat danUtneitrsirat.
1.2.2 • Bimbing murid bertutur untuk menghujahkan sesuatu perkara menggunakan idea yang kritis.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menilai − Memberikan alasan 31
EMK: Nilai Murni − Kebersihan fizikal dnoatangumruental laman halaman rangsangan
Membaca
Penjagaan Diri Remaja
Izzah ingin mengetahui panduan penjagaan kebersihan diri. Dia melayari
laman sesawang untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Enam Panduan Penjagaan Kebersihan Diri untuk Remaja
Memelihara Kulit
Cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai. Kulit remaja sangat sensitif
dan mudah ditumbuhi jerawat. Kulit yang kering juga akan kelihatan lesu.
Memberus Gigi
Semasa memberus gigi, jangan lupa memberus kawasan lidah untuk
membersihkannya daripada sisa makanan. Kebersihan gigi penting agar
nafas kamu sentiasa segar dan tidak berbau.
Membersihkan Badan
Gosok badan dengan menggunakan berus atau span untuk membuang
sel-sel kulit mati ketika mandi. Gunakan sabun yang sesuai dengan kulit kamu.
Mengawal Bau Badan
Gunakan pewangi badan dan produk antipeluh yang sesuai untuk
menghilangkan bau badan. Perubahan hormon dalam diri remaja
menyebabkan masalah bau badan.
Membersihkan Rambut
Cuci rambut dua atau tiga kali seminggu. Rambut yang tidak sihat akan
menghasilkan kelemumur yang menjadi punca keguguran rambut dan
rambut yang berbau.
Membersihkan Kuku
Pastikan kuku sentiasa bersih dan pendek bagi mengelakkan kuman dan
kotoran berkumpul. Berhati-hati semasa mengetip kuku agar kamu tidak
mendapat penyakit cekam.
(Sumber: Buku Teks Pendidikan Kesihatan Tahun 6, 2015,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
kandungan info Rumusannya, untuk memastikan
penqjar cogdeaan kebstaendrarsd ihan dairrcoideremaja
Aktiviti sempurna, mepremebkelaajaranperlu ____.
Baca teks dan buat rumusan.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
NotaUGniut ru
• Bimbing murid membaca, memahami, dan menaakul bahan multimedia.
2.2.1 • Bimbing murid membuat rumusan.
32nota guru Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menganalisis − Menilai
laman h alamEManKra:ngNsainlagainMurni − Bertanggungjawab
Menulis
Kempen Kebersihan Tandas
Izzah menulis laporan tentang lawatan ke Majlis Perasmian Kempen Kebersihan
Tandas.
Laporan Lawatan ke Majlis Perasmian Kempen Kebersihan Tandas
Pada 19 Februari yang lalu, 20 orang ahli serta guru pembimbing Kelab
Doktor Muda telah menghadiri Majlis Perasmian Kempen Kebersihan Tandas
di Putrajaya.
Lawatan itu untuk mendedahkan isu-isu kebersihan kepada ahli Kelab
Doktor Muda. Selain itu, lawatan itu juga bertujuan untuk mendedahkan
cara-cara terbaik bagi menjaga kebersihan tandas.
Semasa di sana, kami diterangkan penggunaan pencuci antibakteria.
Pencuci ini perlu diletakkan di dalam tangki tandas. Apabila tangki dipam, air
yang bercampur dengan bahan antibakteria dapat menghilangkan kotoran
dan bau busuk pada mangkuk tandas.
Selepas itu, kami mendengar ceramah tentang teknologi flushometer.
Teknologi ini mengurangkan punca pembiakan nyamuk kerana air tidak ditadah
atau disimpan di dalam tangki. Lantai tandas juga akan lebih bersih apabila
tiada air yang bocor atau melimpah dari tangki tandas.
Akhir sekali, kami menonton video tentang penggunaan bidet terkini.
Penggunaan bidet lebih bersih kerana dapat mengurangkan sentuhan pada
mangkuk tandas. Cara ini dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman.
Lawatan itu selesai pada pukul 2:00 petang. Kesimpulannya, lawatan itu
telah memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada para peserta untuk
sentiasa menjaga kebersihan.
IzzahLaporan disediakan oleh, 21 FEBRUARI 20 .
(IZZAH BINTI FAIZAL)
Setiausaha,
Kelab Doktor Muda,
SK Seri Permai.
Aktiviti
Tulis teks laporan yang diimlakkan.
Nota Guru
• Bimbing murid mengenal pasti ejaan dan sebutan perkataan yang berwarna merah.
3.2.4 • Bimbing murid menulis teks prosa yang diimlakkan.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi − Melaksanakan 33
EMK: Nilai Murni − Kebersihan fizikal dan mental
Seni Bahasa
Kantin Bersih, Murid Selesa
Selepas cuti penggal, pengusaha kantin di sekolah Izzah telah membuat
penambahbaikan.
teruja baharu
tidak terdedah pensanitasi tangan
tidak berbau bertanggungjawab
34
PONDOK BAJA KOMPOS
sisa makanan mesra alam
kebersihan asas kesihatan
Pastikan tangan
kamu bersih.
Basuhlah tangan
dengan betulnya.
terjamin bersih
Amalan
Perkhidmatan Kantin
Terbaik Peringkat
Kebangsaan 20
SK Seri Permai
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Hasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan
bahan. Persembahkannya secara kreatif.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
• Bimbing murid menghasilkan cerita dengan bahasa yang indaUhnditan santun berdasarkan bahan.
4.3.2 • Bimbing murid mempersembahkannya secara kreatif.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mencipta − Menghasilkan 35
EMK: Nilai Murni − Kebersihan fizikal dan mentnaotla guru laman halaman rangsangan
Tatabahasa
Persekitaran Rumahku Sebersih Taman
Izzah bercerita tentang cara penduduk di kawasan perumahannya menjaga
kebersihan kediaman mereka.
Kempen “Rumahku Tamanku” dijalankan di kawasan perumahan saya. Sejak
kempen itu diperkenalkan, penduduk setempat sangat ambil berat tentang isu
kebersihan. Mereka ingin menjadikan kawasan rumah mereka bersih apabila
dipandang. Anak-anak yang masih muda remaja membantu ibu bapa
mengeluarkan sampah sarap dari longkang. Daun yang kekuning-kuningan
dikumpulkan lalu dibuang. Tinggallah pokok yang segar-bugar untuk membekalkan
udara bersih. Kini, kawasan perumahan saya sebersih dan seindah taman rekreasi.
tersubur
kemas semerbak rapat-rapat secantik-cantik
panjang senang hati
hijau daun
Munsyi Cilik
Kata adjektif terdiri daripada empat bentuk, iaitu:
• kata adjektif tunggal. Contoh: rendah, kuning, indah
• kata adjektif terbitan. Contoh: terkecil, semerah, serabut
• kata adjektif ganda. Contoh: baik-baik, kecil-kecilan, gelap-gelita
• kata adjektif majmuk. Contoh: manis buah, hitam legam, terang hati
Aktiviti
Bina ayat dengan menggunakan pelbagai bentuk kata adjektif.
Nota Guru
• Bimbing murid memahami pelbagai bentuk kata adjektif berdasarkan bahan.
5.1.3 • Bimbing murid membina ayat dengan menggunakan pelbagai bentuk kata adjektif
36 berdasarkan bahan. KBAT: Mengaplikasi − Menghasilkan
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual
EMK: Nilai Murni − Bertanggungjawab
UNIT Bersih Selalu,
Sihat Sentiasa
6
UNMITen1dengar dan Bertutur
Nyamuk Penyelamat
Dalam perjalanan ke hospital, Izzah menonton berita di dalam kereta ayahnya.
PROGRAM KAWALAN Bekas hitam besar
DENGGI MELALUI PROJEK (release container)
WOLBACHIA
Apakah Wolbachia? Mengandungi
telur nyamuk
• Wolbachia ialah bakteria yang hidup bagi
dalam sel serangga berkurun-kurun menghasilkan
tahun dahulu dan diwarisi generasi nyamuk
seterusnya melalui telur. berwolbachia.
• Nyamuk berwolbachia tidak
berbahaya kepada manusia, Bekas hitam kecil
haiwan, dan alam sekitar. (ovitrap container)
• Nyamuk berwolbachia tidak Digunakan untuk
menyebabkan demam denggi. memantau
kehadiran
nyamuk
berwolbachia.
Perhatian: Jangan alihkan bekas-bekas hitam ini.
Bagaimanakah nyamuk berwolbachia mengawal populasi nyamuk Aedes?
Menghasilkan Nyamuk Aedes jantan betina jantan Tiada
jentik-jentik Nyamuk berwolbachia mengawan mengawan
Nyamuk jentik-jentik
berwolbachia jantan berwolbachia
Nyamuk Aedes terhasil
betina
(Sumber: www.infosihat.gov.my)
Encik Faizal: Izzah, program kawalan denggi dengan nyamuk berwolbachia
ini lebih mesra alam kerana tidak menggunakan sebarang racun
atau bahan kimia.
Izzah: Ya, ayah. Nyamuk berwolbachia tidak berbahaya ____.
Encik Faizal: Bagaimanakah persekitaran yang bersih dapat menjamin kejayaan
pembiakan nyamuk berwolbachia di dalam bekas-bekas hitam itu?
Izzah: ____.
Aktiviti
Bertutur untuk menghujahkan idea kreatif.
Nota Guru
• Bimbing murid menganalisis bahan untuk mendapatkan maklumat tersurat dan tersirat.
1.2.2 • Bimbing murid bertutur untuk menghujahkan maklumat dengan menggunakan idea kreatif.
Strategi PdP: Kajian Masa Depan KBAT: Menilai – Membahas 37
EMK: Sains dan teknologi
Membaca
Evolusi Ambulans
Izzah membaca maklumat dalam Internet tentang evolusi ambulans.
Perkembangan Ambulans di Malaysia
https://sejarahambulans.com.my
Perkembangan Ambulans di Malaysia
Ambulans Pertahanan Awam – 1952 hingga 1960-an
Ambulans ini bersaiz besar dan
hanya berfungsi untuk membawa
pesakit. Ambulans ini mampu
memuatkan lapan orang pesakit
pada satu-satu masa.
[Sumber: Angkatan Pertahanan Awam (APM)]
Ambulans Hospital Universiti Malaya – 1963
Ambulans ini lebih kecil
dan bergerak lebih pantas.
Ruang dalamannya mampu
memuatkan dua orang
pesakit dan seorang petugas.
(Sumber: Universiti Malaya)
Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia – kini
Ambulans spesifikasi tinggi ini dilengkapi alat
pemantau jantung dan alat bantuan pernafasan.
Selain itu, terdapat juga mesin untuk membantu
petugas melancarkan salur pernafasan pesakit.
Ambulans ini turut menyediakan pelbagai jenis
peralatan membawa pesakit mengikut kes yang
diterima.
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
kandungan info qr code standard ar code Bagaimanakah
pembelajaran ciri-ciri ambulans pada
masa hadapan?
Aktiviti
Baca teks dan buat ramalan.
minda aktif NlaomatnakreGatuif ru uji minda kbat
38 2.2.1 U••n itBBiimmbbiinngg murid membaca dan memahami bahan.
murid menaakul bahan untuk membuat ramalan.
nota guru
Strategi PdP: Kajian Masa Depan KBAT: Menilai − Meramalkan
EMK: Sains dan teknologi
laman halaman rangsangan
Menulis
Bilik Isolasi Audio sajak
Izzah pernah ditempatkan di dalam bilik isolasi. Dia mencatat pengalamannya
itu dalam sebuah sajak.
Terasing di Kamar
Di kamar ini
tanpa rela kuhadiri
ditemani batuk kecil
mataku berpinar-pinar
kepalaku berdenyut-denyut
tubuhku mula meragam.
Hadirnya aku di sini
mengasing diri keseorangan
berbaring diri dalam keselesaan
bantal bersih menjadi teman
menunggu masa untuk kupulang.
Hadirnya aku di sini Info Bilik Isolasi
sekeliling dapat kuperhati
kamar bersih cantik berseri 1. Bilik ini 2. Bacaan suhu
habuk dan hama takut hampiri menempatkan murid perlu
dengan harapan tidak dijangkiti. murid bergejala
direkod semula
Kamar ini dan kontak selepas
habis diguna terus dirapi rapat.
dilap dimop disanitasi 15 minit.
esok lusa berguna lagi
terus berkhidmat terus berfungsi. 3. Jika bacaan 4. Catatkan
suhu murid telah waktu masuk
Nukilan: Izzah Faizal
kembali dan waktu
Aktiviti normal, murid keluar murid
dikehendaki
dalam
balik ke kelas. buku catatan.
Tulis teks sajak yang diimlakkan.
Nota Guru
• Bimbing murid mengenal pasti ejaan dan sebutan dalam bahan.
3.2.4 • Bimbing murid menulis teks sajak yang diimlakkan.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi − Melaksanakan 39
EMK: Nilai Murni − Kebersihan fizikal dan mental
Seni Bahasa
Jagalah Tangan Kita Audio lagu
Kelab Doktor Muda telah mengadakan pertandingan menulis seni kata lagu.
Izzah bercadang untuk menulis seni kata lagu tentang cara penjagaan tangan.
3 Sapu krim 4 Jangan
tangan. gunakan bahan
antipenuaan.
2 Tekap tangan 5 Elakkan
pada tuala. bahan yang
mengandungi
retinol.
1 Basuh tangan
dengan cara
yang betul.
Tangan yang tidak 6 Sapu
dijaga dengan cara vaselin
yang betul boleh sebelum
menjadi terlalu kering. tidur.
Aktiviti kandungan (Suminbfoer: Kemeqnr ctoedreian KesihatspateamnndbaeMrldaajarlaanysia) ar code
Hasilkan seni kata lagu. Kemudian, persembahkannya dengan gaya
yang kreatif.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
• Bimbing murid menghasilkan seni kata lagu berdasarkanUnbitahan.
4.3.3 • Bimbing murid mempersembahkan seni kata lagu dengan kreatifnya.
40 Strategi PdP: KP – Muzik KBAT: Mencipta – Menggubah
EMK: Kreativiti dan inovasi nota guru laman halaman rangsangan
Tatabahasa
Bilik Selesa, Tidur Berkualiti
Kawan Izzah, Amna, berkongsi tentang masalahnya sewaktu tidur.
Amna: Izzah, saya tidak dapat tidur lena kerana bunyi bising.
Izzah: Bunyi apakah yang mengganggu tidur kamu, Amna?
Amna: Bunyi dengkuran kakak saya, Izzah.
Izzah: Oh, begitu! Dia mungkin menghidapi apnea tidur.
Amna: Jadi, apakah yang harus saya lakukan?
Izzah: Nasihatilah dia dengan suara kamu yang selunak buluh perindu. Minta
dia berjumpa dengan doktor.
Amna: Ada-ada sahaja kamu, Izzah. Kadang-kadang, saya juga berasa tidak
selesa sewaktu tidur.
Izzah: Amna, kebersihan diri mesti kita titik beratkan. Sebaik-baiknya, cucilah
muka sebelum tidur supaya kulit muka tidak berminyak.
Amna: Baik, Izzah. Saya juga selalu membuka tingkap untuk menghilangkan
bau hapak.
Izzah: Mungkin bau itu daripada pakaian yang belum betul-betul kering, Amna.
Pakaian yang lembap-lembap menyebabkan kulat membiak pada
fabrik. Situasi ini menyebabkannya berbau.
Amna: Kalau begitu, pengurusan diri akan saya utamakan agar lebih tenteram
semasa tidur. Saya juga akan memastikan bilik tidur sentiasa kemas
dan bersih.
Izzah: Bagus, Amna. Buat sementara waktu, semburkan pewangi agar bilik
kamu harum semerbak. Seperkara lagi, jangan ambil minuman
yang manis-manis sebelum tidur. Jangan buat pekak badak sahaja.
Ingat nasihat saya.
Amna: Baik, Izzah. Terima kasih atas nasihat itu. Info
Izzah: Sama-sama, Amna. Tidur lenalah puteriku. Apnea tidur ialah keadaan
Amna: Ha, ha, ha! Harap-harap masin mulut pernafasan yang terhenti untuk
sementara waktu semasa tidur.
kamu, Izzah.
Aktiviti
Kenal pasti pelbagai bentuk kata adjektif. Kemudian,
lakonkan dialog.
Nota Guru
• Bimbing murid memahami pelbagai bentuk kata adjektif.
5.1.3 • Bimbing murid melakonkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. 41
Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi − Melakonkan
EMK: Nilai Murni − Kasih sayang PAK-21: Lakonan