The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS SK MENTERA, 2022-04-19 21:27:54

BAHASA MELAYU TAHUN 6 KSSR 2022

BAHASA MELAYU TAHUN 6 KSSR 2022

Membaca

Integriti Peniaga

Irfan menulis cerpen daripada kisah pengalaman dia dan ibunya, Puan Nurin,
berurusan dengan peniaga dalam talian.

Aku menggelengkan kepala. Aku terkilan kerana
barangan aku yang dibeli oleh ibu belum tiba. Aku
masih teringat akan pesanan ayah kepada ibu pada
tempoh hari.

“Nurin, apabila kamu hendak membeli barangan
dalam talian, pastikan syarikat peniaga itu berdaftar.
Kamu perlu faham tentang harga, keterangan produk,
terma, dan syarat pembelian. Barangan itu mesti
mempunyai jaminan,” pesan ayahku.

“Irfan, semua maklumat yang sepatutnya ibu dapatkan daripada peniaga telah
pun lengkap. Pembayaran dalam talian sudah pun ibu buat. Bukti pembayaran
pun ibu sertakan,” beritahu ibu kepada aku.

Selepas seminggu membuat bayaran, barangan yang dipesan oleh ibu masih
belum tiba. Oleh sebab telefon ibu mengalami masalah, butiran nombor telefon
peniaga turut hilang. Ibu mula berasa dirinya tertipu.

Pada keesokannya, ibu menerima satu mesej.
“Barangan anda baru sahaja dipos. Yang berikut ialah nombor jejakan pesanan
anda. Sila semak nombor tersebut dalam laman sesawang syarikat pengeposan,”
ujar ibu membaca mesej itu.
Ibu juga melihat mesej-mesej sebelumnya semula. Ternyata peniaga telah
menyatakan bahawa barangan itu dijual secara pratempahan. Barangan hanya
akan dipos selepas seminggu.
Ibu menarik nafas lega. Ibu tersenyum memikirkan tingkahnya yang tidak
senang duduk selama seminggu itu. Ibu sedar akan silapnya kerana tidak
membaca mesej dengan telitinya. Ibu berasa bersalah kerana telah buruk sangka
terhadap peniaga itu.
Dua hari kemudian, barangan yang dibeli oleh ibu pun tiba. Aku memeriksa
keadaan barangan tersebut dan berpuas hati. Ibu segera memaklumkan hal itu
kepada peniaga tersebut.

192

Sejak peristiwa itu, Irfan selalu mengingatkan ibunya agar membuat senarai
semak selepas urusan pembelian dalam talian. Cara ini dapat menjamin
ketelusan antara peniaga dengan pembeli.

Senarai Semak

Perniagaan Maju

Maklumat Semakan 21 November 20
Penting Peniaga Ada
Perniagaan Maju
1. Status
Pendaftaran Terima kasih kerana menghubungi
Syarikat kami. Kami merupakan pengedar
bertauliah bagi produk jenama Sari
2. Harga Jelas Dandan. Kami juga berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Nombor
3. Pembayaran _______ pendaftaran kami ialah K-71639.
Anda boleh membuat tempahan
4. _______ ERC24051988MY dengan melayari laman sesawang
www.perniagaanmaju.com.my.
5. _______ _______ Penghantaran akan dibuat dalam
tempoh tiga hari waktu bekerja selepas
anda membuat pembayaran.

10:00 pagi

Adakah barangan Baiklah, saya maklum.
yang aku beli kali
ini akan selamat 1:50 tengah hari
aku terima?
24 November 20

Perniagaan Maju

Mungkinkah aku Terima kasih, Puan Nurin. Kami
akan berurusan telah menerima pesanan anda.
dengan peniaga Nombor jejakan pesanan anda ialah
ini lagi? ERC24051988MY. Sila semak status
pengeposan melalui https://jejakan.
pospantas.com.my.
11:00 pagi

Aktiviti kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran

Baca dan analisis teks cerpen dan perbualan telefon untuk

membuat ramalan.

Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat

• Bimbing murid membaca teks dan menganalisis kaUnndiut ngan karya sastera dan karya bukan sastera.
• Bimbing murid membuat ramalan.
2.3.1
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Meramalkan
193
EMK: Nilai Murni – Kejujuran
nota guru laman halaman rangsangan

Menulis

Tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya

Faris membaca satu e-buku tentang tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS) dalam komputernya.

TANGGUNGJAWAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

menjadi pendengar menjadi tenaga
yang faham akan pengajar kepada
masalah rakan murid yang lemah
dalam pelajaran

memimpin menjadi suri
kumpulan teladan kepada
perbincangan murid lain

membantu guru mematuhi etika
kaunseling dalam kerahsiaan
aktiviti bimbingan
dan kaunseling

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) memainkan peranan penting di sekolah. Mereka
menjadi pendengar yang faham akan masalah rakan. Cara ini membantu
rakan mereka menghilangkan tekanan.

____

kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti

Tulis perenggan untuk menyatakan pendapat secara kritis dan kreatif.

Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat

• Bimbing murid membina dan menulis perenggan untuk mUenniyt atakan pendapat yang kritis dan
kreatif daripada bahan.
3.2.1

194 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menilai – Mencadangkan

EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab laman halaman rangsangan
nota guru

Seni Bahasa

Pesan Ibu

Dayang Afni selalu diingatkan oleh gurunya supaya tidak membazirkan
penggunaan elektrik dan air, khususnya ketika berada di rumah. Contohnya,
dia perlu sentiasa mematikan suis dan menanggalkan plag peralatan elektrik
yang tidak digunakan. Pili air juga haruslah ditutup dengan kemasnya. Gurunya
juga berpesan bahawa jimat cermat amalan mulia.

Aktiviti

Persembahkan keindahan seni tulisan Jawi melalui kata-kata hikmat.

Nota Guru

• Bimbing murid mempersembahkan keindahan seni tulisan Jawi melalui kata-kata hikmat.

4.4.2 Strategi PdP: KP – Visual Ruang KBAT: Mencipta – Menghasilkan

EMK: Kreativiti dan inovasi 195

Tatabahasa

Amanah Kita

Irfan membaca maklumat tentang MyKad. Baginya, masyarakat perlu buka
mata dan sedar bahawa menjaga MyKad tanggungjawab masing-masing.
Sikap lepas tangan boleh menyebabkan MyKad disalah guna. Dia berkongsi
maklumat itu dalam satu hantaran media sosial.

Kepentingan
Menjaga MyKad

Ciri-ciri MyKad • Pemilik MyKad wajib
• berbentuk segi empat membawa kad ini
• berwarna biru laut ke mana-mana.
• mempunyai reka bentuk terkini
• dilengkapi cip mikropemproses • MyKad penting kerana
kad ini menentukan
MyKad Malaysia warganegara kita.

CONTOH • Untuk mengelakkan salah
guna MyKad, pemilik
bertanggungjawab
melaporkan kehilangan
kad kepada pihak polis
dengan segeranya.

• Pemalsuan MyKad
boleh dianggap sebagai
perbuatan pecah amanah
kepada negara.

Keistimewaan MyKad

• menyimpan nilai wang untuk transaksi tanpa tunai

• menyimpan rekod cap jari

• mempunyai cetakan pelangi yang boleh berubah warna

• menggunakan teknologi turisan laser pada gambar dan
nombor MyKad

Aktiviti (Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara)

Kenal pasti kata majmuk dalam bahan. Kemudian, tulis perenggan dengan
menggunakan kata majmuk.

Nota Guru

5.2.2 • Bimbing murid memahami pelbagai kata majmuk.
• Bimbing murid membina perenggan dengan menggunakan pelbagai kata majmuk.
196 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina
EMK: Patriotisme

UNIT Integriti Nadi

26 Kemakmuran Negara

UNMITen1dengar dan Bertutur

Tanggungjawab Awam

Ibu Irfan, Puan Nurin, menerima kunjungan rakannya, Doktor Hayati. Beliau
menceritakan pengalamannya pada hari yang melibatkan tanggungjawab
awam.

7:00 pagi 7:15 pagi

ternampak kemalangan

memberikan rawatan awal

Helo, ada menelefon 8:00 pagi
kemalangan talian 999
di Jalan Melati ... .
pergi ke hospital

7:20 pagi

8:10 pagi mangsa kemalangan
dibawa ke hospital

9:00 pagi

merawat mangsa

Aktiviti

Bercerita tentang situasi dalam gambar dengan sebutan, intonasi, gaya, dan

ekspresi yang sesuai.

Nota Guru

• Bimbing murid menganalisis bahan.

1.3.1 • Bimbing murid bercerita dengan sebutan, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai.

Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Melakonkan 197

EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab

Membaca

Cekal, Berani, Setia

Irfan membaca rencana tentang pasukan Senoi Praaq. Daripada bacaan itu, dia
menghasilkan syair untuk dipersembahkan semasa sambutan Kempen Integriti
di sekolahnya.

Senoi Praaq:
Pasukan yang
Penuh Integriti

Oleh: Zul Hazmi Hamad

Pasukan Senoi Praaq adalah antara paling besar ialah aktiviti penyeludupan
unit dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pencerobohan. Sifat amanah dan
yang ditubuhkan pada tahun 1956. beretika dalam tugasan memastikan
Senoi Praaq bermaksud orang perang sempadan dan kedaulatan negara tidak
dalam bahasa suku kaum Semai. diceroboh sewenang-wenangnya.
Penubuhannya memperlihatkan nilai
integriti masyarakat Orang Asli untuk Amalan integriti dalam pasukan Senoi
turut mempertahankan negara daripada Praaq mempamerkan imej baik kepada
ancaman komunis ketika itu. diri, organisasi, dan negara. Pengorbanan
dan kewibawaan mereka di perbatasan
Selain bertanggungjawab menjejaki wajarlah diteladani oleh generasi hari ini.
ancaman komunis, pasukan ini juga
menunjukkan ketaatan dengan mematuhi [Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)]
arahan bagi menyertai beberapa misi
keamanan di luar negara. Khidmat mereka
ditagih lantaran keberanian mereka telah
terbukti semasa operasi di dalam hutan.
Pasukan ini pernah dianugerahi “Beret
Maroon” oleh Rejimen 22 Perkhidmatan
Khas Udara Tentera British atas dedikasi
dan khidmat cemerlang mereka.

Kini, mereka masih setia dan teguh
mempertahankan negara di sekitar
belantara. Ketika ini, ancaman yang

198

Syair Senoi Praaq

Marilah kawan kita dengarkan, Ilmu
Kisah teladan satu pasukan, Kita wajar menjadikan
Pasukan Senoi Praaq nama diberikan, keberanian pasukan
Pertahankan negara elak dibinasakan. ini sebagai teladan.
Sebelum merdeka telah ditubuhkan, Nilai
Ilmu di hutan bakat digunakan, Berani
Tangkas mereka musuh ditumpaskan,
Di dalam hutan mereka diharapkan. Ilmu
Sentiasa tekun setiap masa, Kita harus ____
Demi negara agama dan bangsa,
Sempadan negara selamat sentiasa, Nilai
Penyeludup ditangkap tidak bersisa. Semangat patriotisme
Berkorban hingga hujung nyawa,
Tanda mereka insan berwibawa,
Terus berjasa tekad di jiwa,
Pabila gugur maruah dibawa.
Sematkan di dada sayangi negara,
Sikap integriti harus dipelihara,
Inilah hasrat syair bersuara,
Hargai pengorbanan setiap wira.

Nukilan: Irfan Nabil Ilmu

Info _____________
Nilai
Pasukan Senoi Praaq kini di bawah kawalan Briged Utara _____________
Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Batalion 3 dan Batalion 18.

Aktiviti

Baca rencana dan syair serta kenal pasti ilmu dan nilai. Kemudian, persembahkannya
dalam pelbagai bentuk.

Nota Guru

2.3.2 • Bimbing murid membaca dan menghargai ilmu dan nilai daripada pelbagai bahan.
• Bimbing murid membuat persembahan dalam pelbagai bentuk.
Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menganalisis – Menghasilkan 199
EMK: Patriotisme

Menulis

Kisah Pengganti Raja

Irfan membaca buku cerita tentang kisah pengganti raja.

Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang sangat adil dan bijaksana. Oleh sebab
usia baginda semakin tua dan tidak mempunyai putera, baginda menjadi risau. Selepas
bermesyuarat dengan para penasihatnya, baginda mendapat satu idea.

Baginda telah memanggil semua pemuda di negeri itu. Baginda mengurniai mereka
satu bekas kecil. Baginda menitahkan mereka balik dan menanam biji benih di dalam
bekas kecil itu. Pemilik pokok yang paling besar dan subur akan dipilih menjadi pengganti
baginda. Kesemua pemuda pulang dalam kegembiraan.

Salah seorang pemuda itu bernama Yasir. Yasir pemuda yang jujur. Dia menanam
semua biji benih itu. Pada setiap hari, dia menyiramnya tanpa jemu walaupun biji
benih itu masih tidak bertunas. Yasir tetap tidak berputus asa.

Selepas beberapa bulan, raja menitahkan semua pemuda itu hadir ke istana
bersama dengan pokok mereka. Para pemuda di negeri itu teruja. Mereka yakin
bahawa mereka akan dipilih menjadi pengganti raja.

Lain pula dengan Yasir. Dia sangat sedih setelah mendengar berita itu. Baginya, dia
telah gagal kerana biji benihnya tidak bertunas. Namun begitu, ibunya mengingatkan
Yasir bahawa baginda mahu melihat hasil tanaman daripada semua pemuda
di negeri itu.

Tibalah hari yang dijanjikan. Semua pemuda hadir ke istana membawa
pokok-pokok yang subur dan sihat. Hanya Yasir yang hadir tanpa sebarang pokok.
Baginda menitahkan Yasir untuk menceritakan perihal biji benihnya itu. Baginda sukacita
mendengar pengakuan jujur Yasir. Akhirnya, baginda berkenan melantik Yasir untuk
menggantikan tempat baginda.

Selepas beberapa hari, pemilihan Yasir sebagai pengganti raja masih menjadi
buah mulut pemuda lain ibarat rumah siap pahat berbunyi.

Pada pendapat kamu, adilkah cara pemilihan ini? Apakah cara lain yang sesuai
untuk melantik seorang raja?

Pada pendapat saya, cara
pemilihan ini ____. Untuk
melantik seorang pengganti
raja, baginda boleh _____.

kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti

Hasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.

Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat

3.2.2 • Bimbing murid menganalisis bahan. dengan memberikan cadUannigt an secara kritis dan kreatif.
• Bimbing murid menghasilkan jawapan
Strategi PdP: Pembelajaran Berasaskan KBAT: Menilai – Mencadangkan
200 Penyelesaian Masalah

EMK: Nilai Murni – Kejujuran nota guru laman halaman rangsangan

Seni Bahasa

Integriti Amalan Kita

Irfan menghadiri sambutan Hari Polis pada 25 Mac. Kemudian, dia membaca
maklumat tentang lencana Integriti Amalan Kita, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lencana ini hendaklah dipakai oleh warga PDRM
kecuali pegawai polis berpakaian preman yang
melakukan tugas risikan dan operasi.

Bunga Raya Latar Belakang Biru

Bunga melambangkan Warna latar biru
sikap mesra anggota berdasarkan bendera
polis terhadap Sang Saka Biru, lambang
masyarakat serta rakyat jelata yang menjadi
semangat patriotisme keutamaan pasukan PDRM.
terhadap negara.

Bintang Lima Integriti Amalan Kita

Bintang menjadi Moto yang menjadi
simbol keperibadian pegangan anggota
tinggi anggota polis PDRM bagi
yang berprinsip dan memartabatkan
berintegriti. integriti.

[Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)]

Lencana ini dipakai di sebelah kanan pada dada

bagi menjunjung integriti anggota polis. standard ar code
kandungan info qr code pembelajaran

Aktiviti

Hasilkan sajak dengan bahasa yang indah dan persembahkannya

secara kreatif. minda aktif laman kreatif uji minda kbat

Nota Guru

• Bimbing murid menganalisis bahan. Unit

4.3.1 • Bimbing murid menghasilkan sajak dan mempersembahkannya secara kreatif.
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mencipta – Menghasilkan
201
EMK: Kreativiti dan inovasi
nota guru laman halaman rangsangan

TTaattaabbaahhaassaa

Peluang Kedua

Dalam satu rancangan radio, Irfan mendengar kisah motivasi
seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

ayat Adila nama saya. Oleh sebab saya pegawai Jabatan Kebajikan
susunan Masyarakat yang dilantik, saya sentiasa mendampingi masyarakat.
songsang Pada suatu hari, kami menerima laporan tentang seorang lelaki
yang tidak terurus.

ayat Nama saya Adila. ___.
susunan

biasa

ayat Untuk berjumpa dengan lelaki itu, kami ke sana. Kami berikan
susunan segala bimbingan dan nasihat kepadanya. Membuahkan hasil
songsang usaha kami tersebut. Sejak hari itu, dia berazam untuk menjadi
seorang pembekal dan pengedar telur.

Pada hari ini, kehidupan lelaki itu sudah pun berubah. Setelah
mendapat peluang kedua, dia amat bersyukur. Sebagai tanda
kesyukuran, dia bertekad untuk membantu orang yang senasib
dengannya dahulu.

Aktiviti

Tukarkan ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa.

Nota Guru

• Bimbing murid mengenal pasti ayat susunan songsang dalam bahan.

5.3.4 • Bimbing murid membina ayat susunan biasa.

202 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina

EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab

UNIT Kejujuran Asas Jati Diri

27

UNMITen1dengar dan Bertutur

Jujur kepada Ilmu

Irfan dan Faris berbual-bual selepas selesai menjawab kuiz.

Irfan: Faris, kenapakah wajah kamu sugul? Ada yang tidak kena?

Faris: Saya sebenarnya rasa bersalah, Irfan.

Irfan: Mengapakah kamu berkata begitu? Kamu ada membuat apa-apa kesalahan?
Cuba ceritakan.

Faris: Begini, Irfan. Kelmarin, saya telah membuat nota ringkas untuk mata pelajaran
Sains. Saya amat yakin bahawa saya dapat menjawab kuiz tadi. Namun
begitu, tumpuan saya agak terganggu.

Irfan: Oh, begitu! Faris, saya fikir kamu agak tertekan.

Faris: Inilah yang membuatkan saya sangat kecewa. Saya hilang fokus semasa
menjawab kuiz tadi.

Irfan: Faris, kamu telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kamu juga
telah menjawab kuiz dengan sejujurnya. Usaha yang jujur pasti akan
mendatangkan keberkatan. Yang penting, kita perlu jujur kepada ilmu.

Faris: Itulah yang saya fikirkan sekarang. Kita harus ____.

Irfan: Jadikanlah ini sebagai pengajaran untuk kamu lebih bersedia pada masa
hadapan, Faris.

Faris: Terima kasih, Irfan. Saya akan ____.

kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti

Bertutur untuk membuat rumusan dan ramalan.

Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat

1.2.1 • Bimbing murid mbeerntugtaunr aulnistiuskkamnUedmnuitnbguaant bahan. dan ramalan tentang sesuatu perkara secara
• Bimbing murid rumusan

bertatasusila. 203

Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menganalisis – Merumus

EMK: Nilai Murnnio–taKguerujujuran laman halaman rangsangan

Membaca

Tokoh Wartawan Negara

Irfan mengikuti ibunya ke majlis pelancaran buku. Di sana, dia mendengar
ucapan Tan Sri Johan bin Jaaffar yang merupakan Tokoh Wartawan Negara.

Yang saya hormati, pengacara majlis, yang saya raikan, penulis buku “Liku-liku
Seorang Wartawan”, Encik Zainal bin Abu, dan seterusnya undangan sekalian.
Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang
mengundang saya hadir ke majlis pelancaran dan resensi buku ini.

Hadirin sekalian,
Bidang kewartawanan sebenarnya boleh mengangkat kredibiliti seseorang.

Apabila seseorang wartawan mula menggarap berita, mereka harus menjadikan
integriti sebagai nilai utama dalam pemberitaan mereka. Penulisan yang hanya
mementingkan retorik semata-mata tidak selari dengan etika kewartawanan
yang sebenar. Seseorang wartawan mesti menyemak sumber berita mereka dan
memastikannya sahih.

Beberapa dekad dahulu, wartawan dekat dengan masyarakat kerana akhbar
berperanan sebagai wadah perjuangan. Namun begitu, pada era
digital ini, syarikat akhbar perlu proaktif semasa melaporkan berita.
Masyarakat kini lebih bijak menilai sesuatu berita kerana jaringan
media sosial yang luas. Wartawan perlu mengintegrasikan
media sosial untuk membina kepercayaan masyarakat.

Akhir kata, saya dengan sukacitanya merasmikan
buku “Liku-liku Seorang Wartawan” ini. Saya
berharap semoga integriti kewartawanan
akan terus mekar.
Sekian, terima kasih.

Aktiviti

Baca dan rujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan,
sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat.

Nota Guru

• Bimbing murid membaca teks dan mengenal pasti perkataan yang berwarna merah.

2.1.2 • Bimbing murid merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan, sebutan

204 yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat.

Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Mengaplikasi – Melaksanakan

EMK: Nilai Murni – Kejujuran

Menulis

Helaian Kertas Bermakna

Irfan menulis satu cerita berdasarkan pengalaman kakaknya, Irdina.

Pada suatu hari, Irdina terselit
ke perpustakaan
sekolahnya. Dia ingin
meminjam sebuah
buku. Setelah memilih
buku yang diinginkan,
dia pun mendaftarkan
pinjamannya di kaunter.

mencadangkan berjumpa

meminta maaf berterima kasih

Aktiviti

Tulis cerita berdasarkan gambar dan teks secara koheren dan kohesi.

Nota Guru

• Bimbing murid memahami bahan.

3.3.1 • Bimbing murid menghasilkan penulisan tidak berformat secara koheren dan kohesi.

Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mencipta – Menghasilkan 205

EMK: Nilai Murni – Kejujuran

Tatabahasa

Kejujuran untuk Manfaat Bersama

Irfan ingin memulangkan buku teks di Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks
Sekolah (BOSS).

“Murid-murid, tandai buku yang kamu bawa pada hari ini. Minta pastikan semua
bilangan buku teks cukup,” pinta Cikgu Rizal kepada semua murid.

Tiba-tiba, Prasad mengangkat tangan.
“Cikgu, bagaimanakah jika buku saya hilang?” tanya Prasad.
Cikgu Rizal meminta Prasad supaya membeli buku teks baharu bagi
menggantikannya.
Semua murid mengikat buku teks dan membawanya ke Bilik Operasi Skim
Pinjaman Buku Teks Sekolah (BOSS).
“Wah, kemasnya rakan-rakan menyusun buku di sini!” kata Mun Chew ketika
tiba di sana.
Mereka membaca poster tatacara semasa di BOSS.

BKEUMKPEUN SATYEANKGIS Tatacara semasa di BOSS
1. Murid dikehendaki mematuhi peraturan berikut:
PENJAGAAN BUKU TEKS
TANGGUNGJAWAB KITA • Dilarang masuk tanpa kebenaran.
• Dilarang memakai kasut.
• Dilarang membawa beg, makanan, atau minuman.
• Dilarang membawa sebarang perkakasan, bahan,

atau buku keluar tanpa keizinan.

2. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan.

Apakah … Letakkan …

Aduhai, … SAINS MATEMATIK

BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS SEJARAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

Aktiviti

Bina pelbagai jenis ayat berdasarkan gambar.

Nota Guru

5.3.2 • Bimbing murid menganalisis bahan.
• Bimbing murid membina pelbagai jenis ayat berdasarkan bahan.
206 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina
EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab

Pemulihan

Tulis cerita berpandukan gambar.

Selamatkan Kucing Jalanan

Rakan Irfan, Shu Ying, telah membantu kakaknya menjalankan aktiviti
menyelamatkan kucing jalanan.

• terjumpa kucing
• rasa bertanggungjawab
• membawa kucing itu pulang

Kakak Shu Ying, Shu Yee, telah
terjumpa seekor kucing yang cedera.
Dia berasa bertanggungjawab untuk
merawat kucing itu. Dia membawa
kucing itu pulang ke rumahnya.

• berjumpa dengan doktor haiwan
• membayar kos rawatan
• berkongsi dalam media sosial

Pak Cik Lam • menjalankan aktiviti
menyelamatkan kucing jalanan
Selamat sejahtera. • mendapat banyak sokongan
Tahniah, atas • memberikan sumbangan
usaha murni
kamu membantu 207
kucing jalanan!
Bolehkah pak cik
menyumbangkan
dana untuk
menyokong usaha
itu?

Shu Yee

Terima kasih,
pak cik. Saya
berbesar hati
menerimanya.

• mengajak rakan lain
• memberikan makanan
• membersihkan dan

merawat kucing

3.3.1

Pengayaan

Permainan Membuat Ramalan

Cara Bermain Bilangan Tempat Situasi
Titik Semasa saya
1. Baca infografik dan syair untuk Dadu
mendapatkan maklumat.
mendapati baki
2. Lontar dadu sekali untuk nilai kad tunai
menentukan tempat dan sekali lagi saya tidak cukup.
untuk menentukan situasi.

3. Ramalkan tindakan yang akan kamu
lakukan berdasarkan situasi itu.

di kantin, tersedar kad tunai
saya hilang.
tambah atau
pindah nilai pada mendapati baki
nilai kad tunai
bila-bila masa rakan tidak cukup.

menggunakan terjumpa kad tunai
nombor orang lain.
keselamatan
jika kad
hanya tiada di kedai buku, membuat
imbas untuk Kelebihan perancangan
pembayaran
Kad Tunai sebelum berbeli.

nilai menyedari waktu
semasa rehat hampir
kad tunai tamat.
boleh
tambah nilai diimbas Contoh: Semasa di kantin, saya
secara dalam tersedar kad tunai saya
hilang. Saya akan ______.
talian

Syair Kad Tunai

Wahai rakan saya sampaikan, Masa berlalu ibarat emas,
Syair ini kita fahamkan, Menunggu baki terasa rimas,
Tanpa tunai wajar diamalkan, Guna kad tunai urusan kemas,
Banyak faedah dapat dirasakan. Mengejar masa tidaklah cemas.

Berjimat cermat jadi amalan, Kad diberikan jaga sendiri, Firaaz Aidiputra bin Aiman
Pesanan untuk sahabat kenalan, Pabila hilang harus dicari, IMBAS SAYA
Kewangan dirancang setiap bulan, Jika terjumpa segera diberi,
Belanja cukup tiada terkilan. Sikap amanah diri sendiri.

2.3.1 Nukilan: Faqeeh Adam

208

Pengukuhan
Bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai.

Jiranku yang Amanah

12

Kamu perlu pergi
ke sana segera
selama seminggu.
3 Siapalah yang 4
dapat membantu
aku memberi
arnab-arnabku
makanan.

56

78

Terimalah hadiah daripada saya.
Terima kasih kerana membantu
1.3.1 saya menjaga arnab-arnab saya.

209

Penilaian
Bina ayat berdasarkan gambar. Kemudian, ceritakannya.

ayat penyata Ceritakan situasi
dalam gambar
di atas.

ayat tanya

ayat perintah

ayat seruan

ayat susunan
biasa

ayat susunan
songsang

210 1.3.1
5.3.2
5.3.4



64


Click to View FlipBook Version