1
2 ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan UnitBeruniform 4-21 1.1 Perlembagaan Pertubanan 4-9 Prinsip-prinsip asas pertubuhan Perlembagaan pertubuhan Lambang dan cogan kata Bendera dan lagu pertubuhan Ikrar dan undang-undang pertubuhan 1.2 Sejarah Unit Beruniform 10-16 Sejarah pengasas Sejarah penubuhan Sejarah penubuhan di Malaysia Tujuan penubuhan Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan 1.3 Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin 17-21 Pakaian KRS Pakaian dan peralatan istiadat KRS Pakaian dan peralatan pegawai Pakaian kadet/murid Baju T & seluar trek 2.0 Asas Pertolongan Cemas 22-34 Prinsip dan amalan (Prinsip dan asas pertolongan cemas Panduan tindakan pada masa kecemasan) Pembebatan dan pembalutan (Cara membebat luka, Cara membalut) Pengangkutan dan pengusungan (Kaedah mengangkat dan menyusun, Fungsinya) Struktur badan, Struktur sendi, Struktur daging & kulit, Fungsi organ) Pernafasan dan Asfiksia ( Asfiksia, punca dan rawatan) Kecederaan terbakar (Pengelasan terbakar, Rawatan) Keracunan (Definisi, Kaedah rawatan) Gigitan dan sengatan serangga (Gigitan ular, kala, lipan dan lebah, Sengatan tebuan, Kaedah rawatan) Pendarahan (Peredaran darah, Punca dan rawatan) 3.0 Asas Kawad Kaki 35-53 Asas Kawad Kawad berjalan Tabik horma Kawad membawa bendera , Menaik dan menurunkan bendera
3 4.0 Kompas dan Ikhtiar hidup 54-63 Simpulan dan ikatan asas Tangga tali Jenis-jenis tali Peralatan tambahan Membuat perangkap Memasak 5.0 Perkhemahan 64-69 Perancangan dan pelaksanaan Peralatan perkhemahan 6.0 Kebudayaan 70-72 Nyanyian / Lagu perkhemahan Permainan Malam Kebudayaan 7.0 Lampiran
4 1.1 Perlembagaan Pertubuhan 1.1.1 Prinsip-prinsip asas pertubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) 1)Disiplin yang kental KRS ditubuhkan melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama. la juga membantu dalam menangani masalah salah laku di dalam kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. Melalui pendidikan ini, pelajar dapat membentuk disilin yang tinggi dengan pemakaian baju unit beruniform seragam serta belajar untuk mematuhi masa. 2) Pegang teguh kepada agama KRS ditubunkan berasaskan agama dan mengambil nilai-nilai sentiment beragama seperti menghormati orang lain, memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yang ditegah agama. Disiplin yang diterapkan dalam beragama menjadi asas yang berguna kepada pelajar untuk membentuk peribadi yang mulia. la juga melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak beragama serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan mesra tetangga. 3)Cinta akan negara Semangat cinta akan negara merupakan antara agenda utama dalam menubunkan KRS. Dalam kurikulum KRS, ia mendidik tentang semangat patriotik dan mengenali sisir budaya masyarakat Malaysia dengan lebin dekat. la juga memupuk pelajar untuk menghargai para pejuang kemerdekaan negara pada zama dahulu dan bersedia menggalas tugas dalam mempertahankan negara. Rukunegara dan bendera Malaysia menjadi tunjang kepada pendidikan Unit Berunufor KRS. 4) Sanggup berkhidmat KRS melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. la juga ditubuhkan untuk membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
5 1.1.2 Perlembagaan pertubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) 1. Nama dan alamat berdaftar: a) Nama ➢ Pasukan Badan Beruniform ini dikenali dengan nama Kadet RemajaSekolah atau ringkasan KRS bagi sekolah. b) Alamat berdaftar atau alamat KRS: ➢ Peringkat Kebangsaan: Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 187, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604, Putrajaya. ➢ Peringkat Negeri: Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPS) ➢ Peringkat Daerah: Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama (PPD Petaling Utama) ➢ Peringkat Sekolah: Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.
6 1.1.3 Lambang, Cogan Kata =Kadet Remaja Sekolah 1.1.3.1 Lambang/Logo https://youtu.be/Ul7dpZMan3g?si=b_atggGiWT_5STCJ 1. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada genjala yang tidak sihat. 2. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. 3. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. 4. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 5. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. 6. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. 7. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. 8. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.
7 1.1.3.2 Cogan Kata Ilmu - asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS Iman - keimanan yang mendalam ialah asas pembinaan diri Amal - penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri. 1.1.4 Bendera dan Lagu Pertubuhan KRS 1.1.4.1 Bendera KRS Warna Hijau melambangkan a) Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. b) Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. c) Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.
8 1.1.4.2 Lirik Lagu Kadet Remaja Sekolah (KRS) Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan Remaja, sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja, hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah
9 1.1.5 Ikrar Dan Undang-Undang Pertubuhan KRS 1.1.5.1 Ikrar Kadet Remaja Sekolah "Bahawasanya kami kadet remaja sekolah malaysia berjanji dan bersetia akan menyemai semangat patriotik tetap berdisiplin, berakhlak mulia berilmu, beriman dan beramal kami juga akan memupuk semangat keusahawanan, mencintai alam sekitar mempunyai ketahanan mental dan fizikal bersedia berkhidmat untuk masyarakat demi agama, bangsa dan negara serta mendukung rukun agama dan rukun negara sepanjang masa kami menjadi ahli kadet." 1.1.5.2 Undang-undang pertubuhan KRS 1) Menepati masa. 2) Dilarang memakai jam tangan, gelang dan yang dikaitkan. 3) Sentiasa membawa buku log 4) Berpakaian kemas. 5) Panggilan kepada AJK dalam perjumpaan mengikut jawatan dan pangkat yang disandang oleh AJK tersebut. 6) Tindakan akan dikenakan kepada ahli jika tidak hadir tanpa sebab. 7) Jika tidak hadir serta mempunyai alasan, sistem surat menyurat perlu dibuat dan tandatangan ibu bapa mesti ada didalam surat tersebut (WAJIB). 8) Setiap ahli atau AJK yang melanggar undang-undang KRS sebanyak 3 kali, akan dikenakan denda mengikut arahan Presiden atau guru Penasihat. 9) Setiap ahli atau AJK dibenarkan keluar tanpa kebenaran AJK atasan dan Guru Penasihat. 10) Menghormati setiap AJK dan ahli.
10 1.2 Sejarah Unit Uniform KRS 1.2.1 Sejarah Pengasas KRS Allahyarham Muhammad Thani Bin Shaaban berlahir di Teluk Kumbar Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik. Bapanya Shaaban bin Daud adalah bekas Guru Besar di SK Teluk Kumbar Pulau Pinang. Bondanya Norma Binti Abdul Rahman adalah suri rumah sepenuh masa. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Kumbar dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Raja Tun Uda, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum. Minatnya dalam bidang pendidikan terserlah apabila beliau telah berjaya menamatkan Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu pada 28 Februari 1985. Seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan perkhidmatan awalnya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan sebagai guru siswazah di SM Sains Selangor dan SM Sains Hulu Selangor, Ulu Yam. Beliau merupakan tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan apabila mencetuskan idea penubuhan Kadet Remaja Sekolan Malaysia. Kadet Remaja Sekolah telah ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam. Matlamat utama penubuhannya adalah melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berilmu, berakhlak mulia dan bersemangat patriotik serta berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah menjayakan Wawasan 2020. Penubuhan Kadet Remaja Sekolah secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pelajaran telah diusahakan oleh beliau pada 10 Ogos 1993. Tanggal 13 September 1993, satu pertemuan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mond Zahid Mohd Nordin.
11 1.2.2 Sejarah penubuhan KRS Kadet Remaja Sekolah (KRS ) telah ditubunkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubukan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani, Sek. Men Seri Titivangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubunkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM (KPIM) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS).
12 1.2.3 Sejarah penubuhan di Malaysia Kadet Remaja Sekolah (KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalan seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan | dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di selurun negara telah menubunkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993.
13 1.2.4 Tujuan penubuhan ➢ Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, mampu bersaing kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. ➢ Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai mumi selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. ➢ Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah laku kegunaan dadah, budaya lepak dan kes-kes juvana. ➢ Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajarpelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. ➢ Membina generasi pelajar bersifat patriot yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara. ➢ Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai mumi serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan negara. ➢ Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa dalam kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
14 1.2.5 Istiadat-Istiadat rasmi pertubuhan 1.2.5.1 Istiadat Perkhemahan Susun atur kedudukan anggota semasa menaikkan bendera 1.2.5.2 Istiadat Perbarisan Perbarisan merupakan satu bentuk kawad yang dilakukan oleh satu kumpulan anggota yang diseragamkan pelaksanaannya menjadi satu kontinjen dalam satu formasi kawad la diadakan untuk memberi penghormatan atau penghargaan bagi sesuatu acara seperti kawalan kehormat, hari sukan, tamat latihan/watikah/terima sijil, persaraan, ambil alih jawatan, menyambut hari
15 jadi pasukan, menyambut pembesar dan lain-lain peristiwa yang berbentuk istiadat/Rejimental adakalanya perbarisan ini diadakan dalam bentuk rasmi / tidak rasmi. Tujuan Istiadat Perbarisan • Memberi garis panduan bagaimana melaksanakan perbarisan supaya perkara-perkara asas dan prosedur yang sedia ada harus dipatuhi agar ia lebin kemas, teratur dan seragam. Tarikh, Tempat Dan Masa • Tarikh yang dipilih hendaklah disesuaikan dengan jadual- jadual 'orang penting' • Faktor kekuatan (bilangan) anggota harus juga diambil kira. • Pemilihan tempat hendaklah ditentukan berdasarkan kesesuaian majlis yang hendak diadakan. • Masa hendaklah ditetapkan pada masa yang sesuai. Pegawai • Perbarisan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Kadet Remaja Sekolah berkursus atau apa-apa upacara majlis hendaklah mengikut keperluan, jika melebini anggota 36 orang hendaklah dikira sebagai Kontijen besar dan jika kurang 36 anggota adalah sebagai Kontigen kecil. Pembacaan Doa • Seorang pembaca doa mestilan dilantik bagi membaca doa dalam sesuatu perbarisan. • Pembaca doa mestilah dipilin dari mereka yang mempunyai kepakaran serta nada suara yang jelas ,terang dan baik. • la hendaklah hadir bersama semasa raptai diadakan. • Teks doa hendaklah sesuai dengan keperluan perbarisan, sederhana dan tidak terlalu panjang. • Pembaca doa boleh dilantik dalam kalangan Kadet atau Pegawai Kadet Remaja Sekolah. Pengacara • Juruacara hendaklah dilantik bagi mengacarakan perbarisan. Juruacara mestilah mempunyai suara yang baik disamping berpengalaman dalam mengacarakan perbarisan-perbarisan yang lepas. • Bagi perbarisan yang besar atau berbentuk istiadat juruacara hendaklah seorang pegawai mestilah hadir semasa raptai perbarisan yang diadakan. • Skrip juruacara mestilah tepat,ringkas dan jelas. 1.2.5.3 Istiadat Perhimpunan Persiapan Tempat • Pentas = Pentas merupakan "wajah" kepada majlis yang diaturkan.
16 • Kerusi Vip Kerusi = VIP hendaklah disusun dengan betul mengikut kekanan. • Backdrop Dan Hiasan Pentas = Backdrop hendaklah diletakkan pada papan backdrop di tengah - tengah bahagian belakang pentas dan dapat dilihat pada keseluruhan kawasan penglihatan para tetamu. Penggunaan logo, gambar atau warna hendaklah bersesuaian dan boleh di baca oleh tetamu kabur warna. • Meja Hadiah = Kedudukan meja hadiah hendaklah berhampiran rostrum juruacara dan berada di sebelah kiri belakang kerusi VIP. Sediakan kedudukan kerusi juga meja meletak hadiah (selepas penerima menerima hadiah) Tetamu pada kedudukan kiri (menghadap pentas) di bawah pentas. • Bendera = Kedudukan bendera mestilah di bahagian belakang pentas atau pada tiang tetap yang disediakan di sebelah kanan pentas. Kedudukan bendera mestilah mengikut susunan kekananan yang betul. • Kedudukan kerusi tetamu = Kedudukan kerusi tetamu hendaklah di susun mengikut keluasan dewan dalam dua kolum. Setiap kolum mengandungi bilangan kerusi yang sama banyak. Terdapat ruang berjalan pada bahagian tengah antara dua kolum dan pada bahagian tepi setiap kolum. Kerusi tetamu khas diletakkan pada bahagian hadapan dewan (menghadap pentas) dengan jumlan yang mencukupi mengikut senarai tetamu khas yang akan hadir. • Kedudukan kerusi peserta-peserta kursus hendaklah pada kedudukan di belakang kedudukan kerusi tetamu khas manakala tetamu biasa boleh diletakkan pada bahagian belakang selepas peserta-peserta kursus. Tatacara Perhimpunan • lanya hendaklah disusun dengan betul. • Malis pembukaan rasmi atau penutupan rasmi mempunyai tatacara yang sama. • Hanya sedikit perbezaan daripada segi kandungan acaranya. ISTIADAT PENTAULIAHAN Majis pentauliahan adalah satu majlis rasmi yang memerlukan perancangan dan perlaksanaan berdasarkan protokol dan istiadat rasmi. Majlis pentauliahan terbahagi kepada tiga keadaan majlis. i. Majlis di dalam dewan ii. Majlis di luar dewan iii. Majlis di dalam pejabat Kebiasaannya, majlis ini diadakan di dalam dewan khususnya bagi kumpulan penerima yang ramai. Majlis boleh juga diadakan di padang kawad atau kawasan lapang. Majlis pentauliahan dalam pejabat pula diadakan jika penerimanya tidak ramai atau sebagai majlis istimewa kepada penerima tauliah atau sijil berkenaan.
17 1.3 Pakaian Seragam Ahli & Pemimpin ✓ Pakaian KRS ✓ Pakaian Pegawai
18 ✓ Pakaian dan peralatan istiadat KRS (lelaki) ✓ Pakaian dan peralatan pegawai No2 (Bush Jacket)
19 ✓ Pakaian jurulatih sekolah No3
20 ✓ Pakaian pegawai No4
21 ✓ Peralatan pegawai Baju T & Seluar
22 2.0 Asas Pertolongan Cemas Pertolongan Cemas ditakrifkan atau diertikan sebagai bantuan permulaan dan rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital. Tujuan dan prinsip 2.1 Tujuan Pertolongan Cemas. a. Selamatkan nyawa. -Memberi bantuan aal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi. b. Mengelakkan dari bertambah buruk. -Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk. c.Mengurangkan kesakitan. -Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit. 2.2 Prinsip-prinsip pertolongan cemas: 1. Menyelamatkan nyawa 2. Mengurangkan kesakitan 3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk 4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital Peraturan Am Pertolongan cemas: 1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. 2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu. 3. Jangan sekali-kali meninggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dengan tujuan untuk memudankan perafasan mangsa dan pembantu mula memperhatikan pergerakan pernafasan mangsa. 4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital. Tindakan serta merta pertolongan cemas: 1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. 2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera. 3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. 4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempura. Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:
23 1. Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dan sebagainya. 2. Bertindak berdasarkan DRABC [Danger Response Airways Breathing 3. Circulation] iaitu: a. Keluarkan mangsa dari kawasan yang berbahaya [D] b. Pastikan mangsa bertindak balas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R] c. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A] d. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR [B] e. Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher (C], jika tidak melakukan CPR. 2.3 PETI PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. la biasanya terdir idari satu siriteknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. Antara peralatan yang umumnya ialah peti pertolongan cemas. Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi ahlisukarelawan menyelamat khususnya untukmengetahui isi kandungan di dalam peti pertolongan cemas.
24 2.4 ANDUH BALUTAN 2.4.1 JENIS ANDUH 1. Anduh Besar 2. Anduh Kecil 3. Anduh Pergrlangan Tangan 4. Anduh menaik Terdapat 5 jenis balutan anduh 1. Anduh lengan 2. Anduh kepala 3. Anduh lutut atqu siku 4. Anduh pergelangan tangan 5. Anduh tapak kaki Kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku sila : ANDUH LENGAN. ➢ Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera ➢ Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. ➢ Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipatke bahagian dalam untuk lebih kemas.
25 ANDUH LUTUT ➢ Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di ataslutut yang tercedera. ➢ Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan bukusila pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah). ➢ Tutup katan tersebut dengan bucu atas kain andun untuk lebih ANDUH KEPALA. ➢ Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsadan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala ➢ Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudiandibawa ke dahi dan dikat buku sila. ➢ Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas ANDUH PERGELANGAN TANGAN atau TAPAK KAKI. ➢ Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di bawah. 1 .) ➢ Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di bawah)
26 ➢ Ikatan buku sila kemudiannya dikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah. ➢ Ikatan buku sila dikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti di balut. BALUTAN ➢ Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan ➢ Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan JENIS KAIN PEMBALUT ➢ Pembalut Tiga Segi ➢ Pembalut Lebar ➢ Pembalut Kecil ➢ Pembalut Gulung JENIS BALUTAN LUKA 1. Luka tangan 2. Luka dada 3. Luka bahu 4. Luka peha 5. Luka siku 6. Luka lengan 7. Luka lutut 8. Luka jari
27 LUKA TANGAN LUKA DADA LUKA PEHA
28 LUKA SIKU LUKA LUTUT LUKA LENGAN
29 LUKA JARI Anduh dan balutan digunakan sekiranya: LUKA TUSUKAN Luka tertusuk boleh disebabkan olen benda-benda tajam seperti jarum, paku, duri, kaca dan lain-lain. la biasanya tidak banyak berdarah melainkan pembuluh darah yang besar tertusuk. Seelok-elonya bersikan luka tersebut sebelum rawatan diberi. Kemudian balut dengan pembalut yang bersih dan bawa pesakit kehospital untuk rawatan lanjut. TERKENA SELUMBAR Cara merawat: ➢ Cuci bahagian yang terkena selumbar dan Beri tuaman sejuk: ➢ Ambil sehelai kain atau tuala. Lipat mengikut saiz yang dikehendaki ➢ Rendam dalam air sejuk, perah hingga tidak menitik dan tuamkan pada bahagianyang luka. Tuaman ini haruslah dikenakan pada bahagian cedera dan diulang-ulangkan membasahkannya supaya sejuk. 2.5 Merawat luka dan gigitan 2.5.1 MERAWAT LUKA Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet. Bersikan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesua... Balut luka dengan teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih. 2.5.2 GIGITAN Digigit Hama rumput Hama-Hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar. Gigitannyamenyebabkan gatal dan bintat. Rawatan:
30 1. Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun 2. Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik 3. Janga digaru kerana ini menambankan atal dan menyebabkan 4. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidakterlalu keras atau minyak anti-histamine. Digigit lintah dan Pacat Jangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana sebahagian dari sengatnyaakan tertinggal pada kulit. Rawatan: 1. Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam untukmelonggarkan gigitan dan menggugurkannya. 2. Bensinkan sekeling tempat yang digit itu dengan methylated 3. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalukeras ataupun dengan minyak anti-histamine. 4. Tutup dan balut dengan pembalut kering. Dipatuk Ular Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat yangdigigit dan bisa. Rawatan: 1. Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat dengan kuat akanbahagian sebelah tempat yang digigit yang pengaliran darah kejantung. Jangan ikan sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Anda haruslah dapat merasa nadi pada pergelangan tangan atau kaki. 2. Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium permanganate untukmenawarkan racun yang ada pada luka. 3. Juntaikan anggota yang tergigit itu dan barkan darah keluar dengan memotongke dalam akan daging yang digigit dengan pisau yang tajam dan telah dibakar terlebih dahulu. 4. Longgarkan ikatan 'tourniquet' selama ½ minit tiap-tiap ½ jam 5. Biarkan orang yang digigit ular itu bertenang dengan cukup. 6. Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan panas. 7. Jika ia tidak bernafas Bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam pernafasan. 8. Hantar ke rumah sakit yang terdekat 9. Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan hanya boleh diberikanoleh mereka yang terlatih sahaja untuk membuat suntikkan. Rawatan kecemasan untuk gigitan ular termasuk menyedut bisa ular. Ini dapat diadakan dengan mulut sesudah menghiris satu bentuk X diatas gigitan itu. Buatlah beberapa irisan atas bahagian yang digigit itu 0.6cm dalamnya supaya darah mengalir dengan leluasa. Tidak ada bahayanya jikalau tidak ada luka pada mulut anda. Bisa itu tidak beracun meskipun tertelan. 2.6 Melecur ,pitam dan patah 2.6.1MELECUR
31 Cuci bahagian yang terbakar atau kene wap itu dengan sabun dan air hangat. Kemudian sapukan petroleum atau Vaselin dan balut dengan teliti. Jika terasa amat pedin berilah pesakit 2 pil aspirin dan ulangi setiap 2 jam bila anggap perlu untuk mengurangkan sakit. 2.6.2 Pitam a.Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat. Gejala ini terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan betul. b. Antara penyebabnya ialah: (i)Kekurangan darah di dalam otak; (i)Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu; (iii)Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan. c.Cara merawat: (i) Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah. (Longgarkan pakaian ketat. (ill)Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan harum ammonia. (iv) Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri. (v) Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau teh panas. 2.6.3 Patah: a. Patah ialah tulang pecah atau retak. la mungkin disebabkan oleh daya secara langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak ATAU daya tidak langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak tanah dan bukannya bola maka daya mungkin dialinkan untuk memecah tempurung lututnya. b. Tanda-tanda patah tulang: (i)Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang. (ii)Bengkak dan lebam. (iliKecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel. (iv)Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika patah berlaku di tulang paha atau pelvis. c. Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan di sekeliling tempat yang terlibat. d. Cara merawat:
32 (i)Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan. (i)Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah pergerakan. (il)Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah. (iv) Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah anggota juga harus dicegah pergerakannya. (v)Bawa mangsa ke hospital dengan segera. 2.7 Keracunan dan terseliuh 2.7.1 KERACUNAN Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap pada kulit dan mata. Tanda-tanda Kensracunan terdapat tanda-tanda berkut bergantung kealas ✓ Muntah, kadang-kadang terdapat kesan darah. ✓ Daya sedar yang lemah. ✓ Rasa sakit dan perit yang membakar. ✓ Bekas-bekas kosong dikawasan persekitaran. ✓ Latar belakang pendedahan/tertelan ✓ Cirit-brit ✓ Pening kepala dan demam. ✓ Tanda-tanda renjatan. ✓ Perut sakit dan kejang. Rawatan Awal Keracunan ✓ Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya. ✓ Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu. ✓ thnumangsa sedar tanyakan apa yang telah dimakan atau ✓ Tunggu arahan dan bertindak segera. ✓ Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan. ✓ Jangan galakkan mangsa muntah melainkan diarahkan. ✓ Jika bibir mangsa terselar oleh bahan-bahan kakis, beri mangsa minum airatau susu sejuk dari masa kesemasa sementara menunggu bantuan perubatan. 2.7.2 TERSELIUH Tanda-tanda dan gejala • Rasa kesakitan pada sendi itu. • Bengkak • Lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera.
33 Rawatan ❖ Letakkan beg ais pada bahagian yang ceredera ❖ Letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa. ❖ Ampu bahagian yang tercedera. ❖ Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan. 2.7.3 PEMULIHAN PERNAFASAN Asfiksia (Terhenti pernafasan) - Asfiksia adalah satu keadaan di mana system pernafasan terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tius-tisu badantidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi. Punca - punca Asfiksia - Lemas - Keracunan gas dan asap yang merbahaya. - Tersekat saluran udara - tergantung dan tercekik oleh makanan ataubenda-benda asing lain. - Tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak kedalam. - Ketika tidak sedarkan diri. - Disambar petir atau kilat - Terhimpit dada - runtuhan tanah. - Serangan penyakit TERMAKAN RACUN Tanda-tanda - Pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susahbernafas, d an akhirnyaterhenti. - Bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan. - Kebanyakkannya menyebabkan tidak sedarkan diri. Peraturan Am Memulihkan Asfiksia. A - Airways (saluran pernafasan) - Terbuka atau tersekat - Keluarkan bendasing seperti gigi palsu, rumput, tanah, bahan mentahdaripada mulut jika ada. B - Breathings (perafasan) - Boleh bernafas atau tidak - Jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan segera. C – Circulation ( peredaran darah ) - Pastikan adakah denyutan nadi atau tidak. - Jika tiada, lakukan pemulihan CPR ( Cardio-pulmonary Resuscitation) - pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar
34 Jenis – jenis Pemulihan Pernafasan I. Pemulihan pernafasan mulut ke mulut. II. Pemulihan pernafasan Holgen Nielson III. Pemulihan pernafasan mulut ke hidung. IV. Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada ( external cardiac compression) V. Pemulihan kardio-palmonari (Cardio- Pulmonary Risucitation) CPR
35 3.0 Asas Kawad Kaki 3.1 BAHASA HUKUMAN 1. Baris, baris sedia.... 2. Baris, senang diri.... 3. Rehatkan diri.... 4. Scout.... 5. Luruskan barisan, 6. Scout, 7. Buka barisan, Gerak.., 8. Ke kanan lurus, 9. Pandang depan...., 10. Bergerak ke kanan, kanan sing... 11. Menghadap ke hadapan, kiri Sing... 12. Bergerak ke kiri, kiri Sing.... 13. Menghadap ke hadapan, kanan Sing..., 14. Menghadap kebelakang, belakang sing..., 15. Menghadap ke hadapan, belakang sing.... 16. Dua langkah ke kiri, Gerak.... 17. Tutup barisan, Gerak... 18. Keluar........Baris. 3.2 KAWAD STATIK DAN KAWAD DINAMIK SEDIA Hukumannya: "Skuad.......Sedia" Perbuatan: Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan ; pergelangan tangan lurus; jar-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar; langut kepala memandang terus ke hadapan. Kesalahan Biasa 1. Kedudukan yang terlalu kaku dan menyukarkan pernafasan. 2. Berdiri tidak tetap serta mata bergerak. 3. Kaki dan badan tidak lurus ke hadapan serta tumit tidak rapat. 4. Tangan bengkok dan terjulur ke hadapan. 5. Belakang tangan menghala ke hadapan atau pergelangan tangan mengerekot. 6. Badan senget ke kiri atau ke kanan dan bahu tidak sama rata. 7. Tidak memandang (200 meter) ke hadapan.
36 8. Tunduk atau mendongak. 9. Semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapat dua bunyi. Ingatan: Beri hukuman supaya bersedia sebelum "Skuad..........Sedia" SENANG DIRI Hukuman : "Senang......Diri Perbuatan: Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi, siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak. Kesalahan Biasa: 1. Siku bengkok; 2. Lutut tidak tegap dan tiada bertahan; 3. Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci; 4. Menggerakkan kaki kiri menyebabkan rosak lurus barisan; 5. Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan; 6. Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu. 7. Bahu jatuh dan badan mengenjut. REHATKAN DIRI Hukuman : "Rehatan...........Diri" Perbuatan: Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan (1, 2, rehat ) Kedudukan kaki tidak berubah. Kesalahan biasa : 1. Kedua kaki bergerak, menyebabkan hilang lurus barisan; 2. Menggeliat dan bercakap-cakap. Ingatan: Dalam keadaan "Rehatkan ...... Dir", Skuad dibenarkan melakukan pergerakan setakat pinggang ke atas sahaja. Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri.
37 MASUK BARIS Hukuman: "Tiga Barisan Di hadapan Saya........... Gerak" Perbuatan: Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia. Kesalahan Biasa: 1. Datang berbaris tidak berlari 2. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari. 3. Bercakap-cakap; 4. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih. MEMBETULKAN BARISAN Hukuman: "Ke kanan......... Lurus" Perbuatan: Perbuatan Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2- 1), diikuti dengan hentak kaki "pendek - pendek" sehingga barisan lurus. Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan. Hukuman: "Pandang…depan" Perbuatan: Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk serentak dengan pantas. Hukuman: "Ke Kiri...... Lurus" Hukuman ini diberi apabila skuad menghadap ke belakang dan penanda berada di sebelah kiri.
38 Perbuatannya adalah sama dengan ke kanan lurus kecuali semua anggota akan palingkan muka ke kiri dan angkat tangan kiri. Penanda di sebelah kiri hendaklah diam. Kita boleh memberi nombor sama ada dari kiri atau kanan. Kesalahan Biasa : 1. Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa; 2. Pergerakan kaki dan bahu tidak sekata ke hadapan dan badan condong ke depan semasa meluruskan barisan; 3. "Pinggang lemah" semasa kaki bergerak; 4. Jarak dan bersetentang tidak betul; 5. Badan dan kepala tidak tegak semasa meluruskan barisan; 6. Turun tangan lambat dan siku bengkok. 7. Menepuk peha ketika menjatuhkan tangan. Hukuman: "Luruskan........ Barisan" Perbuatan : Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus, turunkan tangan dan palingkan muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan. NOMBOR Permulaan pelajaran, skuad hendaklah dinomborkan supaya menyenangkan jurulatih memanggil anggota. Dari itu memadai dengan memanggil "Nombo......... barisan. .............." saja. Anggota juga tahu kedudukannya dalam skuad. Hukuman: " Dari kanan........nombor" Perbuatan : Barisan hadapan sahaja yang membilang nombor dengan pantas dari kanan ke kiri. Anggota yang di sebelah kanan sekali bilang "satu", yang lain mengikut bilang "dua" dan seterusnya sehingga habis. Kesalahan Biasa: 1. Tidak mengira nombor dengan cepat. 2. Suara perlahan. 3. Lupa nombor masing-masing. Ingatan: Apabila anggota telan tersalah bilang, hendaklah diberi hukuman "Semula", kemudian ulang balik daripada anggota pertama.
39 BUKA / TUTUP BARISAN Hukuman: "Buka Barisan..........Gerak". Perbuatan : Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah kaki kanan ke hadapan 30 inci dan kaki kiri 15 inci, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Barisan belakang ambil dua langkah ke belakang mulai kaki kanan diikuti kaki kiri, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Masa bergerak bilang: (1-2-1) Kesalahan Biasa : 1. Kedua-dua tangan tidak rapat ke badan; 2. Tidak mengambil langkah cukup ke hadapan dan ke belakang; 3. Tangan dan bahu bergerak;. Mata pandang ke bawah; 4. Badan tidak tegak. Hukuman : "Tutup Barisan......Gerak". Perbuatan: Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang dan barisan belakang ambil dua langkah ke hadapan. Pergerakannya adalah serupa seperti "Buka Barisan... Gerak". Ingatan: Apabila skuad berjalan dalam barisan ke hadapan atau ke belakang (melintang) ketika hukuman buka barisan diber, barisan hadapan hendaklah jalan terus, barisan tengah hentak kaki dua kali, manakala barisan belakang hentak kaki empat kali dan maju. Kalau hukuman tutup barisan diberi, pergerakan adalah sebaliknya. BERPUSING KE KANAN/ KIRI/ BELAKANG Hukuman: "Bergerak ke kanan, kanan....... Pusing". Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia. 1. Kesalahan Biasa: 2. Tangan tidak rapat ke badan 3. Hentak kaki tendang kuda. 4. Membongkok Lutut bengkok 5. Angkat peha melebihi 45 darjah
40 Hukuman; "Bergerak ke kiri, Kir. .....Pusing" Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah Kesalahan Biasa: 1. Tangan tidak rapat ke badan 2. Hentak kaki tendang kuda. 3. Membongkok 4. Lutut bengkok 5. Angkat peha melebihi 45 darjah Hukuman: Menghadap ke belakang, "Belakang…..Pusing". Menghadap ke hadapan, "Belakang ...Pusing" Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut pusingan jam (ikut bahu kanan), di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia. Kesalahan Biasa: 1. Tangan tidak rapat ke badan 2. Hentak kaki tendang kuda. 3. Membongkok 4. Lutut bengkok 5. Angkat peha melebihi 45 darjah. 6. Badan melonjak ketika berpusing BERPUSING SEPARUH KANAN/KIRI Hukuman; "Bergerak ke kanan, separuh kanan........ Pusing". "Bergerak ke kiri, separuh kir. .....Pusing". Pergerakan sebagaimana berpusing kanan/kiri tetapi separuh kanan/kiri sahaja ( 45 darjah) Kesalahan biasa: 1. Badan melonjak semasa berpusing; 2. Tangan bergoyang dan membongkok semasa berpusing; 3. Tumit bergerak dari tempatnya masa berpusing. 4. Kedua-dua siku tidak lurus masa merapatkan kaki; 5. Badan dan bahu tidak berpusing dengan betul dalam pergerakan pertama.
41 6. Lutut bengkok semasa berpusing. BERSURAI DAN KELUAR BARIS Hukuman : "Ber...........surai". Perbuatan: Skuad itu hendaklah dalam keadaan tutup barisan, pusing kanan, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hormat sekali terus melangkah mulai kaki kanan ke hadapan tiga langkah dalam masa cepat; terus bersurai. Ingatan: Jika bertongkat, hendaklah dibawa tongkat it uke kedudukan kepit sebelum memberi hormat. Anggota yang tidak bertomgkat itu jurulatih hendaklah memerhatikan pergerakan hormat dilakukan dengan sempurna. Perhatian: Jangan disangka bersurai itu perkara kecil, bersurai ialah memberi hormat kepada pegawai. Dengan sebab itu jurulatih hendaklah memerhati pergerakan hormat dilakukan dengan sempurna. Hukuman : "Keluar............ Baris" Berbeza dengan bersurai, keluar baris bermaksud aktiviti belum tamat, malah bersurai sementara sahaja dan hormat tidak dikehendaki. Anggota tidak boleh beredar dari padang kawat atau kawasan latihan. PARAS Paras boleh dilakukan seperti berikut : 1. Anggota tinggi di sebelah kanan, anggota rendah di sebelah kiri. 2. Anggota rendah di sebelah kanan, anggota tinggi di sebelah kanan. 3. Anggota rendah di tengah-tengah. 4. Anggota tinggi di tengah-tengah Hukuman: "Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan ....paras". Perbuatan: Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia. "Dari kanan.......... Nombor" Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri. "Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang.........gerak".
42 Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan. "Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap ke kiri, barisan kanan dan kiri ........pusing". Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang diperintankan. "Jadikan tiga barisan, .......cepat jalan". Skuad itu dijadikan tiga baris. Anggota nombor dua menjadi nombor satu barisan tengah. Anggota nombor tiga menjadi nombor satu barisan belakang. Anggota nombor empat jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya. Apabila berhenti di tempat masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan bertiga-tiga setelah mendapat isyarat "up" dari anggota barisan belakang. Isyarat "up" diberikan sekali lagi untuk pergerakan senang diri. Ingatan: Jika dikehendaki kedudukan skuad itu tinggi di sebelah kanan dan rendah di sebelah kiri, hukumannnya: "Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan......pusing". "Jadikan tiga barisan........cepat jalan" (iaitu semasa mereka di dalam satu barisan), maka skuad hendaklah membuat pergerakan seperti di atas. Hukuman : "Yang rendah ke kanan, tinggi ke kiri, dalam satu barisan ..paras" Perbuatan: Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia. "Dari kanan.......... Nombor" Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri. "Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang......gerak". Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan. "Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap ke kiri, barisan kanan dan kir ........pusing". Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklan berpusing seperti yang diperintahkan. "Jadikan tiga barisan.......cepat jalan". Skuad itu dijadikan tiga baris. Anggota nombor tiga menjadi nombor satu barisan tengah. Anggota nombor lima menjadi nombor satu barisan belakang. Anggota nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya. Apabila berhenti di tempat masing-masing
43 hendaklah berpusing ke hadapan bertiga-tiga setelah mendapat isyarat "up" dari anggota barisan belakang. Isyarat up" diberikan sekali lagi untuk pergerakan senang diri. Ingatan: Jika dikehendaki kedudukan skuad itu rendah di sebelah kanan dan tinggi di sebelah kiri, hukumannnya: "Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan.....pusing". "Jadikan tiga barisan........cepat jalan" (iaitu semasa mereka di dalam satu barisan), maka skuad hendaklah membuat pergerakan seperti di atas. BERJALAN DAN BERHENTI DALAM MASA CEPAT JALAN * Cepat jalan a. Hukuman: "Dari kanan/kiri, cepat jalan" Perbuatan: Langkah ke hadapan sejauh 30 inci dari tumit ke tumit mulai kaki kanan, dengan memacakkan tumit ke bumi, lutut lurus serta lenggangkan tangan separas bahu, tangan kanan ke belakang, jari genggam, ibu jari di bahagian atas menghala ke hadapan, kedua-dua lengan lurus. Masa berjalan badan tegak, buka dada, serta pandang ke hadapan 200 meter. Ingatan: a) Lenggang tangan ke belakang semaksima yang boleh. b) Lenggang tangan ke hadapan separas dengan banu. c) Melangkah dengan memacakkan tumit tanpa membengkokkan lutut. Kesalahan Biasa a) Jalan mengenjut; b) Lutut kendur; c) Lenggang tangan tidak lurus dan tidak separas bahu ke hadapan dan tidak semaksima ke belakang. d) Hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit; e) Pinggang lemah; pandang ke bawah dan membengkok, dan mengheret tumit semasa berjalan; f) Semasa berjalan satu tangan tidak lenggang dan lenggang tangan tidak g) Mendongak secara keterlaluan. BERHENTI Hukuman:
44 "Skuad.........Henti" Perbuatan: Bahasa "skuad" untuk memberi bahasa amaran dan "henti", semasa beri tumit kaki kiri mencecah bumi di hadapan kaki kanan. 'Check' atas kaki kanan. Hentak kaki kiri dikuti kaki kanan dan pada masa yang sama kedua - dua tangan dibawa ke sisi dalam kedudukan sedia. Kesalahan biasa : 1. Bergoyang selepas berhenti. 2. Badan tidak cukup tegap dan tetap selepas berhenti. 3. Mengangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan ke tumit kiri. 4. Lurus, jarak, bersetentang tidak betul selepas berhenti. 5. Turun tangan terlalu lambat.. Antara tumit tidak rapat dan antara hujung kaki tidak 30 darjah 6. Angkat peha melebihi 45 darjah. 7. Perbuatan 'check' menjadi hentak kaki. BERJALAN DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN JALAN Perlahan jalan Hendaklah diajar dengan bernombor (ansur maju) untuk mengimbangkan kedudukan badan. Hukuman: "Dari kanan/kiri, perlahan.....Jalan" Perbuatan: 1. Langkah pertama : Tolak kaki kanan ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak kaki selari dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk, ibu jari rapat pada penjahit seluar. Berat badan di atas kaki kiri. Kemudian, tolak kaki kanan ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 30 inci ( satu langkah) dengan tapak kaki jejak ke tanah. Pada masa yang sama tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci seperti kedudukan kaki kanan tadi. 2. Langkah ke dua : Tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak kaki selari dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk. Kemudian tolak kaki kiri ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 30 inci (satu langkah) dengan tapak kaki jejak ke tanah dan proses seperti itu dibuat berterusan. Kesalahan Biasa: 1. Tumit mencecah ke bumi dahulu / tapak kaki tidak selari dengan bumi. 2. Siku renggang dari rusuk. 3. Tangan mengikut pergerakan peha, dan bergerak pada setiap kali melangkah. 4. Memandang ke bawah. 5. Tidak menjaga jarak antara anggota
45 Ingatan: 1. Semasa perlahan jalan tidak perlu lenggang. 2. Tangan rapat ke rusuk dan lurus dan tiada pergerakan tangan. Berhenti Semasa Perlahan Jalan Hukuman "Henti " diberi apabila kaki kanan mencecah ke bumi, hentak kaki kiri dan kaki kanan. LANGKAH KE HADAPAN / KE BELAKANG Hukuman: "1/2/3 Langkah ke hadapan / ke belaka g.........Gerak" Perbuatan: Langkah kaki (15 inci langkah pertama, 30 inci langkah seterusnya) ke hadapan atau ke belakang mengikut bilangan langkah yang ditetapkan mulai kaki kanan dan diakhiri dengan sekali hentak (kaki kiri jika bilangan langkah ganjil dan kaki kanan jika bilangan langkah genap) Rapat kedua-dua tumit. Badan tegak, kedua - dua tangan rapat ke rusuk, jari genggam, ibu jari di sisi penjahit seluar serta pandang ke hadapan. Kesalahan Biasa: 1. Tangan tidak rapat di rusuk, badan bengkok dan kepala tunduk. 2. Tumit tidak rapat. LANGKAH MERUSUK Gunanya bagi menggerakkan skuad ke kiri / kanan semasa menghadap ke hadapan. Hukuman: “1/2/3/4/5/6/7/8.......... langkah ke kiri/kana.......... gerak". Perbuatan: 1. Angkat peha kiri/kanan 45 darjah ke hadapan dan bawa ke sebelah kirikanan sehingga habis bilangan langkah yang diperintahkan. Langkah dibuat dengan mengangkat peha kanan / kiri 45 darjah ke hadapan dan hentak padat di sebelah kaki kiri / kanan. Tumit dirapatkan. 2. Badan tegak, tangan rapat di rusuk (tiada pergerakan tangan) Ingatan: 1. Tiap-tiap selangkah berhenti sebentar mengikut bilangan (1-2-1, 1-2-2, 1-2-3 dan seterusnya), 2. Langkah merusuk tidak boleh melebihi 8 langkah. Sekiranya lebin skuad hendaklah digerakkan ke kiri/kanan. Kesalahan Biasa :
46 1. Langkah tidak sama; 2. Antara tumit tidak rapat 3. Bergerak seakan-akan melompat dan tidak dibawa kaki kanan/kiri itu dengan pantas apabila tinggi kaki kirikanan mencecah ke bumi; 4. Angkat peha (kurang / lebih dari 45 darjah). BELOK Hukuman: "Kanan/kiri........ Belok" Perbuatan: Samada berjalan dalam satu barisan (file) atau bertiga-tiga, maka orang yang di sebelah dalam hendaklah membelok seperti di atas satu lilitan bulatan ke kiri atau ke kanan 90. Panjang atau pendek langkah bergantung kepada kedudukan barisan. Anggota di dalam barisan, pendekkan langkah dan anggota di barisan luar, panjangkan langkah. Kesalahan-kesalahan biasa: Deretan di sebelah belakang terbawa-bawa lalu terpesong keluar daripada pusat belok itu. Jarak jadi rosak disebabkan oleh angota di luar tidak memanjangkan langkah dan anggota di dalam tidak memendekkan langkah keluar. BERPUSING SEMASA PERLAHAN JALAN Kedudukan masa berjalan mestilah dikekalkan dan semasa membuat semua pusingan, hendaklah berpusing tepat ke hala yang baru, lurus, jarak hendaklah dibetulkan oleh mereka dalam skuad itu dengan serta merta selepas berpusing. KE KANAN PUSING Hukuman : " Menghadap ke hadapan / belakang, kanan ...... pusing! " "Bergerak ke kanan / kiri, kanan........ pusing!" Perbuatan: Hukuman "pusing" diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan . Dalam masa yang sama halakan kaki kanan ke sebelah kanan dan terus berjalan.
47 KE KIRI PUSING Hukuman: " Menghadap ke hadapan / belakang, kiri ....... pusing! " "Bergerak ke kanan / kiri, kir.......... pusing! " Perbuatan: Hukuman "pusing" diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri. Dalam masa yang sama halakan kaki kiri ke sebelah kiri dan terus berjalan KE BELAKANG PUSING Hukuman; " Bergerak ke kanan / kiri, belaka......... pusing! " Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi, angkat kaki kiri letak di sebelah kaki kanan dalam keadaan menghala ke kanan, angkat kaki kanan menghala ke kanan dan letak di sebelah kaki kiri, angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan. Dengan pantas hulurkan kaki kanan dan terus perlahan jalan. Kesalahan Biasa: 1. Semasa berpusing lutut bengkok. 2. Membiarkan tangan terhayun-hayun dari kedudukan sedia. 3. Tidak mengekalkan jarak langkah. 4. Tidak berpusing tepat dengan kepala, badan, bahu dan kaki. 5. Pergerakan berpusing tidak serupa dengan masa berjalan. 6. Tidak mengangkat peha 45 darjah. 7. Hujung kaki menjunam ke bumi atau mendongak. BERPUSING SEMASA CEPAT JALAN KE KANAN PUSING Hukuman : " Menghadap ke hadapan / belakang, kanan ...... pusing " "Bergerak ke kanan / kiri, kanan.......... pusing " Perbuatan: Hukuman "pusing" diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi. "Check' kaki kanan dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dalam masa yang sama hala kaki kanan 90 darjah ke kanan dan terus berjalan. KE KIRI PUSING Hukuman: " Menghadap ke hadapan / belakang, kiri ....... pusing!" " Bergerak ke kanan / kiri, kir. .......... pusing! "
48 Perbuatan: Hukuman "pusing" diberi semasa kaki kanan jejak ke tanah. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri. Dalam masa yang sama halakan kaki kiri ke sebelah kiri dan terus berjalan. KE BELAKANG PUSING Hukuman; " Bergerak ke kanan / kiri, belakang......... using! " Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke tanah, 'check' kaki kiri, tarik kaki kanan di belakang tumit kaki kiri dalam keadaan menghala ke kanan (in), hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dengan pantas langkah kaki kanan dan terus berjalan (maju). Peringatan: 1. Tangan dirapatkan ke sisi semasa pergerakan "in" 2. Kesalahan Biasa : 3. Semasa berpusing lutut bengkok. 4. Membiarkan tangan terhayun-hayun dari kedudukan sedia. 5. Tidak mengekalkan jarak langkah. 6. Tidak berpusing tepat dengan kepala, badan, bahu dan kaki. 7. Pergerakan berpusing tidak serupa dengan masa berjalan. 8. Tidak mengangkat peha 45 darjah. 9. Hujung kaki menjunam ke bumi. 10. Seret kaki ketika pergerakan 'in'. HENTAK KAKI, MAJU DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN DAN CEPAT JALAN Semasa Cepat Jalan Hukuman; "Hentak......kaki" Perbuatan: Hukuman diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi, 'check' kaki kanan dan mula hentak kaki dengan kaki kiri. Kesalahan Biasa: 1. Tangan, badan dan bahu bergerak semasa hentak kaki 2. Tidak hentak kaki pada satu tempat. 3. Pinggang lemah dan bongkok. 4. Tidak pandang terus ke hadapan. 5. Lebih pantas daripada berjalan. Hukuman: "Maju"
49 Hukuman diberi apabila kaki kanan jejak ke bumi, kemudian hentak kaki kiri dan maju mulai kaki kanan. Semasa Perlahan jalan Hukuman; "Hentak......kaki" Perbuatan: Hukuman diberi dengan sebutan yang panjang, semasa kaki kanan melintasi kaki kiri dan mula hentak kaki dengan kaki kiri. Kesalahan Biasa: 1. Tangan, badan dan bahu bergerak semasa hentak kaki. 2. Tidak hentak kaki pada satu tempat. 3. Pinggang lemah dan bongkok. 4. Tidak pandang terus ke hadapan. 5. Lebih pantas daripada berjalan. Hukuman: "Maju" Hukuman diberi apabila kaki kanan jejak ke bumi, kemudian hentak kaki kiri dan tendang kaki kanan ke hadapan untuk berjalan. HENTAK KAKI CEPAT SEMASA BERHENTI. Hukuman: "Hentak kak........ cepat" Perbuatan: Mula hentak kaki dengan kaki kanan. Hukuman: "Suad.......henti" Perbuatan: Hukuman diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi . hentak kaki kiri dan kanan. Terus berhenti TUKAR LANGKAH DALAM MASA PERLAHAN JALAN DAN CEPAT JALAN Semasa perlahan jalan. Hukuman : "Tukar langkah masa berjalan, tukar.,......langkah" Perbuatan: Hukuman diberi masa kaki kanan jejak ke bumi.
50 Hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri Hulur kaki kanan ke hadapan dan terus perlahan jalan. Kesalahan Biasa : (a) Dalam masa berjalan: i. Melenggangkan tangan. ii. Tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga (b) Dalam masa hentak kaki : i. Badan membongkok. ii. Terlalu pantas. iii. Semasa cepat jalan. Hukuman : "Tukar langkah masa berjalan, tukar.....langkah" Perbuatan: Hukuman "tukar" diberi semasa kaki kanan jejak tanah. Hukuman "langkah" di beri atas kaki kiri Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri, Hentak kaki kiri disebelah kaki kanan Langkah kaki kanan ke hadapan dan terus cepat jalan. Kesalahan Biasa: (a) Dalam masa berjalan: i. Tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga. (b) Dalam masa hentak kaki: i. Badan membongkok. ii. Terlalu pantas. BERJALAN, HENTAK KAKI BERHENTI DALAM MASA BERLARI Hukuman: " Dari kiri/ kanan....... cepat lari" Perbuatan: Mula berlari dengan kaki kanan. Panjang langkah 40 inci dan lajunya 180 langkah dalam satu minit. Kesalahan biasa: 1. Memandang ke bawah.