The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NURUL ATHIRAH BINTI KHOSNI
D20221103509

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL ATHIRAH BINTI KHOSNI, 2023-11-26 23:31:07

BUKU LOG KRS

NURUL ATHIRAH BINTI KHOSNI
D20221103509

51 2. Berlari di atas tumit. 3. Lurus, jarak dan kelajuannya tidak betul. Hentak kaki semasa berlari Hukuman: "Hentak….. kaki" Perbuatan: Diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi, 'check' dengan kaki kanan dan mulakan hentak dengan kaki kiri. Hukuman:- "Maju" Perbuatan:- Di beri ketika kaki kanan jejak ke bumi, hentak kaki kiri kemudian mulakan berlari dengan kaki kanan. Peringatan: Sebelum berhenti semasa berlari hendaklah tukar pergerakan hentak kaki terlebin dahul dan beri hukuman henti sebagaimana pergerakan hentak kaki TUKAR LANGKAH PERLAHAN, CEPAT JALAN DAN BERLARI Dari Cepat Jalan ke Perlahan Jalan Hukuman: "Tukar langkah perlahan, perlahan ...jalan" Perbuatan: Hukuman "Jalan" ketika kaki kiri jejak ke bumi. 'Check' dengan kaki kanan, kemudian hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dengan pantas hulur kaki kanan dan terus melakukan pergerakan perlahan jalan. Peringatan: 1. Kedudukan tangan dirapatkan di sisi semasa pergerakan check Dari Perlahan ke Jalan Cepat Hukuman: "Tukar langkah cepat, cepat...jalan" Perbuatan: Hukuman "cepat" diberi ketika kaki kanan jejak ke bumi, dan " jalan " ketika kaki kiri jejak ke bumi dan hendaklah secara berturut-turut. Dan mulakan pergerakan cepat jalan dengan kaki kanan.


52 Tangan dilenggangkan Dari Cepat Jalan ke Langkah Berlari Hukuman: " Tukar langkah berlari...... cepat lari" Perbuatan: Hukuman " lari " diberi di atas kaki kanan, check dengan kaki kiri, kemudian mulai lari dengan kaki kanan. BUKA DAN TUTUP BARISAN KETIKA BERJALAN Hukuman: "Вuka ........ Barisan" Perbuatan: Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check di atas kaki kiri dan hentak dengan kaki kanan, barisan tengah hentak kaki 2 kali dan terus maju. Barisan belakang hentak kaki 4 kali, barisan hadapan berjalan terus. Hukuman : " Tutup............ barisan " Perbuatan: Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check dengan kaki kiri, hentak kaki kanan, barisan hadapan hentak kaki 4 kali, dan barisan tengah henak kaki 2 kali dan terus maju. Barisan belakang berjalan terus. TUKAR HALUAN KETIKA BERHENTI DAN BERJALAN DALAM CEPAT DAN PERLAHAN Tukar Haluan Masa Berhenti dalam masa cepat jalan Hukuman : "Tukar haluan ke kanan dan henti, ke kanan.......... Tukar " Perbuatan: Anggota yang sebelah kanan, pusing ke kanan, yang lain dalam barisan hadapan pusing separuh kanan, anggota dalam barisan tengah dan belakang diam. Hukuman: "Cepat jalan" Perbuatan:


53 Anggota yang sebelah kanan berjalan ke hadapan tiga langkah lalu berhenti. Lain-lain anggota berjalan berturu-turut dan membelok ke hala baru, serta berhenti. Jarak antara barisan ialah satu langkah. Ingatan: 1. Jika tukar haluan ke kir buatlah ke sebelah kiri. 2. Pergerakan ini biasa dibuat jika skuad itu lebih daripada enam anggota dalam barisan. 3. Jika tiada hukuman berhenti, mestilah hentak kaki, kemudian akan diberi hukuman maju atau berhenti. 4. Jika pergerakan ini dibuat dalam berjalan,maka anggota dalam barisan hendaklah belok ke hala yang baru. 5. Pergerakan bagi cepat jalan dan perlahan jalan adalah sama. Kesalahan biasa: 1. Tidak memastikan jarak yang betul. 2. Anggota yang disebelah luar mempercepatkan langkah. 3. Memanjangkan langkah. 4. Anggota nombor satu barisan hadapan (Penanda) tidak ambil cukup tiga langkah. 5. Tidak berhenti atau hentak kaki di atas kaki yang betul. ATURCARA PERGERAKAN KAWAD A. SEBELUM MASUK PADANG 1. Dari kanan cepat jalan 2. Skuad henti 3. Skuad akan mengadap ke hadapan, ke kanan pusing 4. Buka barisan gerak 5. Ke kanan lurus / pandang hadapan 6. Nombor 7. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan pusing 8. Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke belakang pusing 9. Skuad akan mengadap ke hadapan, ke kanan pusing 10. Empat langkah ke kiri, gerak 11. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan pusing 12. Dari kiri cepat jalan 13. Hormat, hormat ke hadapan hormat 14. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing 15. Hentak kaki. 16. Maju 17. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing 18. Skuad henti 19. Skuad akan menghadap ke hadapan, kekiri pusing. 20. 3 JENIS KAWAD FORMASI 21. Ke kanan lurus 22. Pandang hadapan 23. Melapor.


54 4.0 Kompas dan Ikhtiar hidup 4.1 MEMBACA KOMPAS/GLOBALPOSITIONING SATELITE (GPS) TUJUAN ❖ Untuk menentukan arah perjalanan ❖ Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam hutan ❖ Untuk mendapatkan arah yang tepat daripada sesak jalan semasa kembara JENIS KOMPAS Kompas Bearing Sudut ✓ Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudut adalah 360 darjah. Kompas Mata Angin ✓ Berpandukan 4 mata angin yang utama iaitu utara, Selatan, barat , timur


55 Perkara Penting Semasa Menggunakan Kompas ❖ Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arahnya betul dan tepat. ❖ Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya dapat terus menghala ke arah yang hendak dituju dengan mudah, misalnya, pokok besar, benda yang ganjil atau batu besar yang berada di sekitar Langkah mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta i. Letakkan peta di atas permukaan yang rata ii. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B iii. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan. Ini dapat dilakukan dengan melukis garisan selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran. iv. Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus v. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengikut arah pusingan jarum jam shingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik tersebut 4.2 MENGESAN TANDA DAN SIMBOL Tanda dan simbol ❖ Tanda dan simbol yang digunakan semasa penggembaraan di dalam hutan atau mendaki bukit. Kita perlu mempelajari upaya apabila sesat di dalam hutan, kita boleh memberikan isyarat supaya ahli lain dapat menjejaki dengan mudah. Isyarat boleh dibuat dengan menggunakan batu, rumput, ranting kayu pada tanah.


56 4.3 SIMPULAN DAN IKATAN 4.3.1 SIMPULAN ❖ Teknik ikatan sangatlah penting semasa perkhemahan dan pengembaraan. ❖ Menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya ❖ Digunakan untuk mengikat kasut, bungkusan mahupun memulakan jahitan 4.3.1.1 SIMPUL MANUK (CLOVE BITCH) ❖ Sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu ❖ Mengikat tali pada tiang atau balak ❖ Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik atau diangkat ke tempat yang dikehendaki dengan selamat ❖ Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikat seraya, ikat silang gunting dan lilit kacang / ular. 4.3.1.2 SIMPUL BUKU SILA (REEF KNOT) ❖ Kerap digunakan bagi menyambung dua utas tali yang sama besarnya. ❖ Tegap dan tidak boleh terlucut. ❖ Mengikat benda-benda kecil dengan menggunakan tali yang kecil dan ringan seperti bungkusan. ❖ Digunakan untuk mematikan simpulan dalam balutan (bandage)


57 ❖ Digunakan untuk mengikat khemah yang sudah dilipat atau bagi mengikat layar. 4.3.1.3 SIMPUL TINDIH KASIH (BOWLINE) ❖ Sangat berguna dalam kerja-kerja semasa menyelamat. Simpul ini akan diikat pada pinggang si malang. Kemudian, si malang akan ditarik ke tempat yang selamat. ❖ Digunakan semasa menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai. ❖ Digunakan untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa. ❖ Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga. ❖ Untuk membuat ikatan yang pantas serta sesuai digunakan untuk menaikkan atau menurunkan mangsa. 4.3.1.4 SIMPUL BUNGA GETI (COMMON BEND) ❖ Digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama besar saiznya ❖ Contoh kegunaan ialah untuk menyambung tali perahu dengan tali kapal. ❖ la juga digunakan untuk mengikat tali ke suatu tanjul.


58 4.3.1.5 SIMPUL BALAK (THE TIMBER HITCH) ❖ Ikatan ini digunakan bagi mengikat hujung tali pada kayu, tiang atau batang yang besar dengan mudah supaya tidak licin atau mudah digerak-gerakkan. ❖ Menarik balak atau kayu ❖ Memulakan ikat serong ❖ Sebagai ikatan sementara dan guna untuk mengangkat dan turun barang dari tempat tinggi. 4.3.1.6 SIMPUL BELIT ❖ Simpul belit digunakan bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau ke pacang kerana cara begini mudah dibuka dan tidak mudah tanggal ikatannya. ❖ Digunakan untuk mengukuhkan ikatan utama pada khemah besar. ❖ Satu simpulan mudah tetapi kemas untuk mengikat hujung tali pada mata kail. 4.3.2 IKATAN ❖ Digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya ❖ Terdapat 3 jenis ikatan: Ikatan seraya Ikatan serong Ikatan lilt kacang 4.3.2.1 SERAYA


59 ❖ Digunakan semasa membina jambatan, Menara dan aktiviti pioneering. ❖ Digunakan apabila kayu atau bulun itu bersudut tepat. ❖ Digunakan untuk mengikat dua batang kayu/ dua batang buluh yang bersilang 4.3.2.2 SERONG ❖ Digunakan untuk membuat jambatan, menara, gajet dan aktiviti pioneering. ❖ Apabila kayu atau buluh yang digunakan itu dalam keadaan bersilang, ikat serong digunakan. ❖ Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. ❖ Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manuk. 4.3.2.3 LILIT KACANG


60 ❖ Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh semasa mengikat gajet 4.4 MEMBUAT PERANGKAP Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau binatang ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di dalam hutan. Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya: PERANGKAP ATAU JERAT PELANDUK ❖ Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan sahaja. ❖ Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah : (i) kayu pelentik; (i) tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yang sesuai; (li) kayu cabang berbentuk 'Y' yang ditajamkan kedua-dua belan hujungnya; (iv) kayu pesawat; dan (v) alas pemijak. ❖ Tali jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan menggunakan daun-daun. Daun-daun juga digosok ke tengkuk dan tubuh untuk menyembunyikan bau badan. PERANGKAP ATAU JERAT AYAM HUTAN ❖ Jerat jenis ini mempunyai meanisme yang sama dengan jerat simbat dan jerat sentak yang dibuat bagi menangkap burung ruak-ruak. Di antara bahan- bahan yang digunakan ialah: (i) sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai; (i) dua batang kayu yang bercabang (iii) tali pesawat; (iv) dua batang kayu pelepas; (v) sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm; dan (vi) beberapa batang kayu pemijak. PERANGKAP ATAU JERAT HEMPAP DAN JERUT


61 ❖ Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk mencederakan haiwan atau binatang. ❖ Perangkap jenis ini mudan dibuat dan dapat diliat dengan jelas. Beberapa jenis bahan yang perlu disediakan ialah: i. tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang sesuai; ii. umpan; iii. tali pemberat tambahan; iv. batang kayu penghempap; v. dua batang kayu penghalang hadapan; vi. dua batang kayu penghalang belakang: vii. kayu pesawat; viii. dua batang kayu pelepas; dan ix. beberapa batang kayu pemijak. ❖ Perangkap atau jerat hempap dan jerut akan memastikan kaki haiwan terjerut serta dihempap oleh batang kayu. Namun begitu, masalah yang timbul ialah untuk mendapatkan kayu pelepas dan kayu pesawat yang kuat serta dapat menampung berat kayu penghempap serta kayu pemberat tambahan. PERANGKAP ATAU JERAT KURUNGAN ❖ Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan hiduphidup. ❖ Sungguhpun begitu cara ini kurang popular dan tidak praktis kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan serta banyak membazirkan tenaga. Bahan yang diperlukan bagi membuat perangkap jenis ini ialah : (i) Batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan dinding,kayu alang, tiang pintu dan sebagainya; (ii) umpan; (ili) gelang rotan; (iv) kayu pesawat; dan (v) tali pesawat. ❖ Tiang-tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi memastikan perangkap atau jerat tidak terbalik akibat dirempuh binatang liar. 4.5 MASAKAN SOLAR/RIMBA/KELOMPOK 4.5.1 MASAKAN RIMBA ❖ Memasak tanpa peralatan ❖ Gantian: daun kayu, ranting kayu, batu, ruas buluh, tanah liat / lumpur Kaedah Masakan Rimba


62 ❖ Memasak menggunakan makanan sebagai bekas - Ubi kentang, bawang besar, capsium, tomato, labu, nanas dipotong dan isi dikeluarkan, bahagian atas digunakan sebagai penutup - Bekas makanan dibalut dengan keranjang aluminium dan dimasak dalam bara api - Kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda ❖ Memasak menggunakan daun - Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan (ayam & ikan) - Makanan dibungkus dengan daun dan dimasak / bara api - Daun yang boleh digunakan: daun pisang, daun kunyit, daun pandan, kubis dan kulit jagung ❖ Memasak menggunakan ranting dan dawai - Ranting boleh dijadikan alat untuk memanggang - Ranting tidak boleh berasal dari pokok beracun - Dawai / penyangkut baju boleh dibentuk mengikutkeperluan bagi memanggang - Makanan ❖ Memasak menggunakan kepingan batu - Batu yang digunakan leper dan ketebalan sederhana - Api dihidup atas permukaan batu dan biarkan selama 30minit - Permukaan batu dikira cukup panas apabila tirisan air berdesir ketika jatun atasnya - Bersinkan permukaan batu dengan kain - Boleh menggoreng telur dan ikan ❖ Memasak menggunakan buluh - Buluh sesuai digunakan sebagai bekas memasak - Buluh boleh digunakan untuk memasak nasi dan lemang 4.5.2 MASAKAN SOLAR ❖ Menjadi tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif ❖ Menggunakan penggunaan bahan api dari kayu, tidak mempunyai ancaman bahaya kebakaran, keracunan asap dan gas ❖ Masakan sola sesuai digunakan di negara beriklim panas dan membuat aktiviti gerak kerja luar Cara Menyediakan Dapur Solar Bahan yang diperlukan: ❖ 1 tin cat sembur yang sesuai untuk bermukaan aluminium ❖ Panci/ periuk nipis ❖ Pelekat kertas ❖ Keranjang aluminium ❖ Kotak besar


63 Ukuran Dapur Solar 4.6 IKHTIAR HIDUP Teknik yang digunakan dalam keadaan yang membahayakan (natural disaster) untuk menyelamatkan diri sendiri ataupun orang lain. 4.6.1 Tujuan Ikhtiar Hidup ❖ Menyediakan keperluan asas kehidupan manusia - Air - Makanan - Tempat Tinggal - Habitat ❖ Keupayaan untuk berfikir ❖ Memberi isyarat ❖ Mengembara dengan selamat ❖ Mengelakkan interaksi yang tidak selamat dengan binatang ❖ Menyembuhkan apa-apa kecederaan


64 5.0 Perkhemahan 5.1 KRAF PERKHEMAHAN ❖ Merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam semula jadi dalam kegiatan luar. ❖ Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan 5.1.1 Objektif Perkhemahan ❖ Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam kegiatan luar. ❖ Memahami habitat dan alam semula jadi dan mengetahui cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan. ❖ Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang sepatutnya. 5.2 PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH Khemah merupakan alatan penting dalam menjalankan aktiviti luar. 5.2.1 CIRI-CIRI / KAWASAN KHEMAH ❖ Mendapatkan kebenaran dan maklumat ❖ Kemudahan asas seperti bekalan air. ❖ Kawasan lapang ❖ Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan 5.2.2 PEMILIHAN TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH ❖ Tanah yang rata (selesa untuk berbaring) ❖ Tidak terlalu hampir dari punca air seperti sungai ❖ Boleh mendapatkan sinaran cahaya matahari bagi mengeringkan keadaan sekitar yang lembap, menjemur pakaian, khemah dan alatan yang basah. ❖ Berlawanan dengan arah tiupan angin ❖ Mempunyai pandangan persekitaran yang menarik. (seronok, lapang dan terhibur apabila melihatnya) ❖ Mempunyai hubungan dengan trek supaya memudahkan kita bergerak semula bagi tujuan kecemasan


65 5.3 JENIS-JENIS КНЕМАН Khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu: * Ridge Tent - Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. - Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilihat. * Frame Tent - Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel di sekolah dan sebagainya - Ringan, mudah dibawa dan sesai digunakan untuk perkhemahan seperti


66 *Dome Tent - Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga - Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian. * Bell Tent - Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah. - Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis "DOME"


67 5.3.1 PENJAGAAN KHEMAH ❖ Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul ❖ Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan. ❖ Tidak mencuci khemah menggunakan sabun atau bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia. ❖ Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesai dan selamat daripada ancaman haiwan perosak dan ditempat yang kering. ❖ Pastikan semula alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah dan lengkapkan sebelum ia disimpan. 5.3.2 PERALATAN PERKHEMAHAN Perkakasan perkhemahan • Khemah, tiang, pacak khemah, tali pengikat • Plastik alas lantai khemah • Plastik alas atas khemah (persediaan menghadapi kebocoran) • Tilam angin dan pam • Tikar tidur • Beg tidur • Selimut • Bantal • Pelita • Bahan api pelita dan corong (jika menggunakan minyak) • Lampu picit dan bateri ganti • Plastik sampah • Tali (Bagi ampaian dan 1,000 kegunaan lain!) • Pengepit baju • Kit pertolongan cemas • Belerang Perkakasan am • Parang • Kompas • Gunting • Pisau perkhemahan, pisau askar • Pemutar skru • Mancis tahan air / dalam bekas kedap air


68 • "Pemula api" • Kayu/bahan bakar • Kapas Memasak • Dapur perkhemahan • Bahan api dapur perkhemahan dan corong (jika menggunakan minyak) • Jaring bagi unggun api • Periuk perkhemahan dengan penutup • Cerek teh atau kopi • Kuali menggoreng • Penyejuk dan air batu • Pembuka tin • Pembuka botol • Sudu, pisau, garpu • Cawan plastik, kertas atau besi • Pinggan plastik/kertas • Mangkuk • Sudu hidangan • Spatula • Tuala pengesat • Span • Sabun ramah persekitaran • Tuala kertas • Bekas plastik bagi menyimpan makanan Makanan • Roti • Mentega kacang & jeli • Koko, teh dan kopi (serbuk bancuhan minuman) • Buah-buahan • Makanan tin • Air • Garam, lada hitam, perasai,gula


69 • Minyak masak • Sos tomato, stik dll • Maggie • Biskut Barangan persendirian • Tunai • Kad pengenalan • Tuala • Baju basahan / mandi • Sabun • Syampu • Berus gigi & ubat gigi • Selipar • Penghalau serangga • Pelindung matahari • Walkman & bateri, kaset / mp3 dll. • Peta atau panduan denai • Beg galas • Tabung air • Tisu tandas • Tisu • Ubat yang diperlukan • Baju sejuk / jaket ringan / kot tebal • Baju hujan • Topi & sarung tangan • Cermin mata gelap • Sekurang-kurangnya 2 pasang kasut • peralatan mandi • wisel • baju pesendirian • handphone, power bank, usb cable


70 6.0 Kebudayaan Definisi ❖ Merupakan suatu aktiviti yang membolenkan ahli-ahli kadet untuk mempersembahkan bakat ataupun kebolehan mereka dalam perkhemahan. ❖ Memahami kebudayaan adalah salah satu elemen dalam aktiviti KRS ❖ Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan kebudayaan kebangsaan. ❖ Matlamat: Melahirkan generasi pelajar yang sihat dari segi fizikal, mental, mempunyai daya tahan, berpotensi, berketerampilan dan mampu menghindarkan diri daripada gejala sosial yang buruk. Objektif ❖ Memupuk, mencungkil bakat dan menggalakkan potensi yang sedia ada dan mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. ❖ Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu menyelesaikan masalan secara bijaksana. Kebaikan /faedah Kebudayaan ❖ Mengenal asal-usul, adat resam dan kebudayaan kaum di Malaysia ❖ Mempertahankan kebudayaan kebangsaan ❖ Menghidupkan kembali permainan-permainan tradisional 6.1 NYANYIAN / LAGU PERKHEMAHAN TUJUAN ❖ Bersuka ria sesama ahli Kadet setelah seharian bekerja dalam perkhemahan. ❖ Mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli Kadet ❖ Memastikan ahli kadet tahu menyanyikan dan menghayati seni kata lagu KRS dengan baik. PANDUAN MENGAJAR NYANYIAN ❖ Lagu yang baik mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat lagu yang pendek, mudah difahami, lagu yang berulang perkataan dan melodinya. ❖ Melodi rama dan lirik yang menarik senang dingati. ❖ Para jurulatih perlu tahu menyanyikan lagu dan irik lagu yang dipilh sebelum mengajar kepada para kadet. ❖ Nyanyikan berulang kali untuk para kadet mendengarkannya. ❖ Nyanyikan dengan pic yang sederhana tidak terlalu tinggi atau terlalu rendan. ❖ Para jurulatih perlu bemyanyi dalam keadaan menghadap para kadet supaya mereka dapat memperhatikan cara jurulatih bernyanyi. ❖ Nyanyian jurulatih dan para kadet perlu jelas dan tepat nada serta sebutannya walaupun menggunakan Bahasa lain atau dialek daerah.


71 6.2 PERMAINAN Maksud ❖ Satu aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan. ❖ Aktiviti ini dijalankan bagi tujuan menerapkan penguasaan kemahiran, semangat kerjasama, kepekaan dan kepimpinan di samping memberi elemen keseronokan kepada ahli. API UNGGUN ❖ Api Unggun adalah api yang dinyalakan di tempat terbuka ❖ Api unggun dinyalakan waktu malam. ❖ Cara membuat iaitu dengan membakar kayu-kayu kering. Kayu-kayu tersebut dapat kita kumpulkan dari guguran ranting pohon sekitar. ❖ Kumpulan kayu tersebut dibentuk menyerupai lingkaran kecil. Setelah dibakar, duduklah bersama mengelilingi api unggun itu. TARIK TALI ❖ Pertandingan melibatkan dua regu dengan 5 atau lebih peserta. ❖ Dua regu bertanding dari dua sisi berlawanan dan semua peserta memegang erat seutas tali. Di tengah-tengah terdapat garisan ❖ Masing-masing regu berupaya menarik tali sekuat mungkin agar regu yang berlawananmelepasi garis batasan. ❖ Regu yang melepasi garis batasan dikira kalah ❖ Taktik permainan terletak pada penempatan pemain, kekuatan Tarik dan pertahanan tumpuan kaki di tanah. ❖ Biasanya, pemain dengan kekuatan paling kuat ditempatkan di hujung tali untuk menahan hujung tali ketika bertahan atau menghentak pada saat penarikan. "BALOO" DI MANA KAMU / PERMAINAN NENEK SI BONGKOK ❖ Ahli membuat satu bulatan dan duduk ❖ Mowgli diberikan surat khabar yang berulang untuk dijadikan sebagai pemukul dan matanya ditutup dengan skaf ❖ Alatan: Senaskan surat khabar yang diikat dan digulung ❖ Baloo dikehendaki berdiri di mana-mana dalam bulatan tersebut tanpa pengetahuan Mowgli. ❖ Mowgli hanya diberi peluang sebanyak 3 kali untuk bertanya " Baloo, di mana kamu" dan juga hanya boleh menggunakan gulungan surat khabar untuk memukul sebanyak 3 kali sahaja. ❖ Baloo hanya menjawab "di sini" setiap kali mendengar pertanyaan Mowgli. ❖ Baloo boleh mengelak pukulan Mowgli tetapi tidak boleh bergerak dari tempatnya. LAKONAN BISU ❖ Alatan: Kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu gerak kerja yang perlu dilakukan oleh ahli) ❖ Satu patrol menghantar seorang wakil dan wakil tersebut dikehendaki mencabut satu kertas.


72 ❖ Setelah membaca kandungannya, wakil tersebut hendaklah beraksi di hadapan patrolnya dan mereka cuba meneka lakonan yang dipamerkan. HARTA TERSEMBUNYI ❖ Ahli Kadet disuruh keluar mencari beberapa objek benda yang telah ditentukan oleh pemimpin seperti daun, rumput- rampai, buah-buahan dan lain-lain. ❖ Pemimpin akan memberi ciri-ciri benda yang perlu dicari. ❖ Setiap ahli akan mencari benda yang tersembuny itu mengikut ciri-ciri yang dinyatakan ❖ Pasukan yang pertama dapat menyerahkan tugasan kepada pemimpin dianggap pemenang. 6.3 MALAM KEBUDAYAAN ❖ Malam kebudayaan diadakan bersempena dengan satu-satu aktiviti ❖ perkhemahan, iaitu di dalam acara temasya unggun api. ❖ Amalan kebudayaan merupakan malam yang amat ditunggukan oleh setiap Kadet Remaja Sekolah. ❖ la diadakan di waktu malam ketika sekumpulan kadet sedang duduk dalam satu bulatan atau bentuk tapak kuda dan di tengahnya terdapat ❖ unggun api yang sedang menyala. ❖ Malam kebudayaan mempunyai tujuan yang tertentu dan amat memberi ❖ faedah kepada perkembangan jiwa ahli-ahli KRS. TUJUAN PERMAINAN ❖ Dapat mencungkil bakat kadet dari segi lakonan,nyayian dan lawak jenaka. ❖ Melatih kadet supaya tidak malu dan segan tampil ke hadapan untuk menunjukkan kebolehan dan bakat mereka. ❖ Bersuka ria sesama ahli setelah seharian berkerja, mengembara dan kegiatan-kegiatan lain ❖ Menerangi kawasan di waktu malam,dan bagi menjauhkan dan menakutkan binatang buas di waktu malam semasa berkhemah di hutan atau bukit. TEMPAT ❖ Di kawasan luar yang cukup lapang dan tidak mendatangkan kerosakan atau merbahaya kepada tanah, harta benda dan alam semula jadi. ❖ Jauh dari tempat-tempat orang ramai,seperti masjid, hospital, balai raya dan sebagainya. ❖ Jika tempat atau kawasan itu basah, letakkan zink kemudian bubuh sedikit tanah atau di atasnya. Kemudian baru nyalakan unggun api(ika dibuat di hutan). ❖ Jika ada dewan atau pentas bolehlah digunakan atau jika tiada ,boleh gunakan elektrik di kawasan tanah lapang.


73 7.0 LAMPIRAN PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH , KEPENTINGAN UNIT UNIFORM https://www.youtube.com/watch?v=lcnkFYP2Psw PAKAIAN SERAGAM KRS https://www.youtube.com/watch?v=Rn_efIvVzPQ ASAS PERTOLONGAN CEMAS https://www.youtube.com/watch?v=D5xDPGYkL5Q ASAS KAWAD KAKI https://www.youtube.com/watch?v=q7awIy4S7iM KOMPAS DAN IKHTIAR HIDUP https://www.youtube.com/watch?v=j93qCNElRfY PERKHEMAHAN https://www.youtube.com/watch?v=5RQGAb32Sdo KEBUDAYAAN https://www.youtube.com/watch?v=D9QryAr5Q7U


Click to View FlipBook Version